Pas Kawasan Tanjung Malim Posted: 09 Dec 2012 01:29 AM PST Al Fatihah .. Hj Abdullah Omar Kembali ke Rahmatullah Posted: 08 Dec 2012 10:18 AM PST Pas Kawasan Tg Malim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Abdullah Omar yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Semoga ruhnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Allahyarham semasa hayatnya pernah bertugas sebagai OCPD di Slim River. Dan, di akhir hayatnya, beliau sempat berucap di Muktamar Pas baru-baru ini dan memohon maaf kepada semua ahli Pas di atas segala salah dan silapnya terutama ketika menjawat jawtan sebagai anggota polis. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh beliau. Al Fatihah. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 08 Dec 2012 09:26 PM PST Sumbangan komputer terpakai untuk Pasti Rembau diperlukan Posted: 08 Dec 2012 07:43 PM PST
Sesiapa yang ingin menyumbang satu set komputer terpakai serta pencetak untuk kegunaan PASTI Al Ahmadi, Taman Chembong Utama, Rembau sila hubungi Ustaz Muhammad 014-2268837 , 013-6889185 atau disalurkan melalui akuan BSN, No Akaun 0412929000077372 | Hari Pendaftaran Terbuka Pasti Ahmadi, Rembau Posted: 08 Dec 2012 07:43 PM PST
HARI PENDAFTARAN TERBUKA PASTI Al Ahmadi untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad Masa : 9 pg – 12 tgh Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan asila hubungi Cikgu Tarwiah 013-6889185 , 014-2268837
Kelebihan belajar di PASTI : - Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal - Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan - Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih - Konsep Tadika Islam - Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak - Asas Al Quran dan Doa Harian - Amali dan Praktikal Ibadah - Aktiviti Sukan dan Riadah - Yuran yang berpatutan | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 08 Dec 2012 07:43 PM PST Insiden Selasih, Misi Kami Menyelamatkan Masyarakat… Posted: 07 Dec 2012 07:59 PM PST Pilihanraya Umum ke 12, tahun 2008, daripada 804 majoriti kekalahan di Dun Jabi, 588 undi adalah daripada UPU Tok Dor yang menempatkan Felda Selasih. Satistik ringkas ini bisa difahami dengan mudah bagaimana pentingnya Felda Selasih yang menjadi talian hayat terakhir Umno Dun Jabi ini perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun.
Saya tidak melihat segelintir penduduk yang rendah tahap kewarasannya ketika membentuk benteng manusia bagi menghalang peserta Kembara Oren masuk ke Felda Selasih petang semalam, walaupun hanya sekadar untuk menunaikan solat asar sebagai mewakili suara masayarat felda tetapi lebih kepada menjadi alat Umno/BN. Buktinya mudah… keseluruhan mereka memakai baju dacing dan membawa bendera dacing walaupun dengan dukacita saya menyesali tindakan mereka memperalatkan kanak-kanak sekolah yang belum memahami apa-apa.
Telah beberapa kali kita mengunjungi rumah-rumah di Felda Selasih dalam program-program yang diatur sebelum ini. Sedikit sebanyak suara hati masyarakat felda telah berbekas dihati saya. Tidak keterlaluan untuk saya bentangkan fakta, daripada 152 rumah peneroka, 50 daripadanya tidak lagi bersama Umno/BN. Cuma mereka mengambil sikap berdiam diri dan memerhatikan dari jauh apa yang sedang berlaku dan sejauh mana drama umno yang memperalatkan pengurusan felda ini akan berakhir. Saya mengakui bahawa saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam membuat keputusan untuk peserta konvoi berundur secara terhormat setelah mengambil kira beberapa pertimbangan. Yang pertama, pendekatan damai sentiasa kita utamakan dalam apa jua keadaan dengan kekerasan menjadi pilihan paling akhir. Apatah lagi Kembara Oren adalah dengan motto 'Selamatkan Felda'. Misi kita adalah untuk menyelamatkan masyarakat. Dengan jumlah kekuatan yang kita miliki petang semalam, 'kacang' saja sekatan itu boleh dirempuh dengan mudah dan kita meyakini peserta kita mempunyai cukup keberanian, tapi saya lebih mempertimbangkan kesan jangka panjang. Kekerasan dan kekecohan tidak akan mampu menawan hati-hati manusia yang kelihatan semakin jinak untuk didekati. Kita ingin bersahabat, apatah lagi masyarakat Felda Selasih bukanlah orang asing bagi saya. Hasrat kita untuk membentuk komuniti Jabi yang harmoni walaupun pandangan politik mungkin berbeza. Tak salah untuk kita saling bertemu muka, minum bersama-sama, solat berjemaah di masjid yang sama, ziarah menziarahi ketika sakit dan kematian. Semua pendekatan ini telah kita rintis dan sinarnya semakin terang dan jalannya semakin lebar terbuka. Saya tidak mahu lantaran kerana tindakan segelintir manusia yang diupah dan kurang tahap kewarasan, segala yang dibina musnah begitu sahaja.
Yang kedua, perlukah kita melayan provokasi yang dicetuskan hanya oleh segelintir kelompok yang berjumlah hanyalah sekitar 100 orang, kebanyakkannya pula adalah kanak-kanak dan remaja, sedangkan fakta yang perlu diketahui, bilangan pengundi Felda Selasih sahaja telah mencecah 1,000 orang. Sementara jumlah keseluruhan penduduk Selasih sekitar 2,500 orang. Di mana nisbah 100 : 2,500? Di manakah lagi baki semua mereka ini? Kenapa tidak turut sama terpekik dan terlolong, memaki dan menyumpah peserta kembara? Kerana itulah saya berhujah bahawa mereka yang menimbulkan kekecohan hanyalah kelompok minoriti. Saya lebih memandang kelompok besar yang perlu kita raikan. Kekecohan juga tentu tidak akan mengembirakan mereka dan menjarakkan jurang komunikasi yang sedang dibina. Bilangan kenderaan konvoi ketika tiba di Felda Selasih pula sekitar 80 buah kenderaan. kalau 4 peserta berada dalam sebuah kenderaan, bermakna angkanya telah melebihi 300 orang ditambah lagi dengan anggota keselamatan Pas setempat dari Dun Jabi. Saya mengira paling sedikit, kita mempunyai 500 kekuatan. Pembaca boleh bayangkan, apa yang akan berlaku kepada wanita, kanak-kanak dan remaja kalau sekatan itu kita rempuh untuk memasuki felda.
Yang ketiga, ketika saya menadah tangan mengepalai doa, mendoakan kemenangan Islam dan ummat Islam, ianya turut diaminkan oleh keseluruhan anggota polis, kepala-kepala peneroka malah mereka yang membentuk benteng manusia turut mendiamkan diri dengan segelintir mereka turut menadahkan tangan. Selepas itu, datang beberapa orang kepala masyarakat peneroka, memeluk saya dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ertinya, ketinggian akhlak kita dihargai dan dihormati. Fenomena 'malu mata' ini sangat perlu dalam masyarakat kampong seperti di Jabi. Walaupun ketika mula turun dari kenderaan saya yang berada di kedudukan paling hadapan, saya terdengan laungan "baliklah Dr Azman!! Orang felda tak sir ko mung!!" Saya hanya sambut dengan senyuman dan bersalaman dengan seramai mungkin mereka yang ada termasuk anggota keselamatan sambil menyatakan hasrat konvoi hanyalah untuk singgah dan solat asar. Hasrat kami pada mulanya diizinkan, tetapi dibantah oleh orang-orang yang saya istilahkan 'tak boleh masuk buku'. Malah pada malamnya, ketika dalam perjalanan untuk menghadiri ceramah umum di Felda Tenang yang menjadi acara terakhir Kembara Oren, saya masih menerima beberapa panggilan telefon dari berapa individu sekitar Felda Selasih, memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengajak untuk terus mengunjungi felda dilain kesempatan. Kesemuanya sangat saya hargai.
Akhirnya, maaf saya pohonkan kepada keseluruhan peserta konvoi atas 'ijtihad politik' yang dibuat untuk tidak meneruskan hasrat memasuki felda secara kekerasan. Semoga kesabaran kita membuahkan hasil yang lebih besar sekalipun kelihatan hajat awal kita tidak kesampaian. Saya memahami ramai sahabat-sahabat yang bersemangat tinggi dan memiliki keberanian. Semua itu kita sangat menghargainya. Saya memikul tanggungjawab penuh atas semua kekhilafan yang berlaku.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 08 Dec 2012 07:32 PM PST Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir Posted: 08 Dec 2012 04:43 PM PST Masalah Infrastruktur dan Penduduk Tempatan Tanpa Surat Beranak Masih Berlaku Di Sarawak NIAH – Rumah Mandau Sekerat Kampung Iran terletak dalam kawasan Parlimen Sibuti. Kebanyakan penduduk di situ adalah petani dan bekerja dengan syarikat swasta. Perjalanan dari bandaraya Miri ke Kampung Iran mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.
Baru-baru ini kita buat kunjungan ke Rh Mandau untuk meninjau keadaan kehidupan masyarakat di situ. Secara amnya, penduduk di situ hidup dalam keadaan aman damai, cuma ada beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah iaitu masalah bekalan air bersih dan juga masalah tanah mereka yang sudah diceroboh oleh syarikat peladangan.
Mereka sudah lama memohon bekalan air bersih ke rumah mereka tetapi sehingga kini, masalah tersebut masih belum dapat diatasi. Mereka hanya mendapat bekalan air dari tangki dan juga sungai berdekatan tetapi air sungai juga tercemar dengan kekotoran akibat daripada sisa dari ladang sawit berdekatan.
Mereka berharap pihak pemerintah dapat menyelesaikan masalah bekalan air dan juga isu tanah mereka dengan segera.
Disamping itu terdapat juga masalah keluarga yang anaknya tidak dapat surat beranak disebabkan isterinya bukan orang tempatan. Pengadu Jusing Ak Gum telah beberapa kali datang ke pejabat pendaftaran Negara di Miri untuk mendapat surat beranak dan juga Mykad anak sulongnya tetapi sehingga kini masih belum lagi menerima jawaban yang positif dari pihak berkenaan.
Beliau mempunyai dua orang anak, dimana anak bongsu perempuannya pula mendapat surat beranak, mungkin disebabkan anak bongsunya lahir dalam Malaysia. Beliau berharap masalah anaknya yang tidak memiliki surat beranak ini dapat diatasi dengan segera.
Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan amanah, jujur dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, kerana setiap mereka ini adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sah dan seharusnya diberi keutamaan.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Infrastructure and Local Population Problems without Birth Certificate Still Occur In Sarawak
NIAH - Rumah Mandau Sekerat Kampung Iran, located in Sibuti Parliamentary. Most of the residents are farmers and working with private companies. The journey from Miri city takes about 1 hour and 15 minutes.
Recently we made a visit to the Rh Mandau to survey the living conditions of the community there. Generally, the residents live in peace, but there are some issues that should be noted by the government, namely the problem of clean water supply and also the problem of their lands been invaded by plantation companies.
They have been applying for clean water to their homes, but until now the problem has yet to be resolved. They only get water from the tank and the nearby river but the river water is also contaminated with impurities as a result of waste from oil palm plantations nearby.
They hope the government can solve the problem of water supply and also their land issues immediately.
Besides, there is also a family problem which his child did not get a birth certificate caused his wife are not locals. Jusing Ak Gum a complainant has several times come to the National registry in Miri to get birth certificates and MyKad his eldest son, but to date has yet to receive a positive response from the authorities. He has two children, where the youngest daughter was getting a birth certificate, perhaps because his youngest child was born in Malaysia. He hoped the problem of his son, who does not have a birth certificate, can be resolved immediately.
We urge that the government is able to perform the duties of the trust, honesty and fairness to all regardless of race, religion and political affiliation, because each of them is part of Malaysians, legitimate and should be a priority. | |
Rembau Hari Ini Posted: 08 Dec 2012 07:24 PM PST |
Pemuda Guchil Posted: 08 Dec 2012 09:46 AM PST |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 08 Dec 2012 09:21 AM PST YB Dr Hjh Halimah di BERSIH 3.0 Posted: 08 Dec 2012 07:30 AM PST Itu sahaja!! Duduk dan bantah. Saya memang berada di situ. Saya menyaksikan sendiri. Orang muda orang tua. Orang sihat bahkan ada orang asthma yang duduk di tepi kedai untuk mengumpulkan tenaga dan melapangkan pernafasan. Ramai orang muda. Melayu, Cina , India. Semua ada belaka. Saya bersama PA berjalan ke Jalan Raja Laut mengikut arus orang ramai. Ada polis traffik. Semua tenang. Tidak ada kebencian. Tidak ada kebiadaban. Tidak ada kekacauan. Jalan beradab. Hanya setelah disemburkan oleh FRU dengan air kimia pemedih mata dan kulit ke arah orang ramai yang berhimpun berkongsi satu kerisauan iaitu sistem pilihanraya yang ADIL DAN BERSIH. Salahkah rakyat mahukan sesuatu yang bagus?! Tidak betulkah anak muda yang mahukan sistem memilih pemimpin yang membuat dasar negeri dan negara mereka melalui satu sistem pilihanraya yang bersih, telus dan profesional? Apabila setelah keperitan, sesak nafas disembur dengan pemedih mata. Kanister yang mengandungi kimia beracun ini menyebabkan sesak nafas, pedih mata serta kulit dan hidung. Maka bertempiaranlah Melayu, Cina, India kerana semuanya merasa kesan semburan tersebut. Fenomena ini mencetus fitrah baik manusia di mana mereka berkongsi garam, menghulurkan air untuk disiram ke mata teman seperjuangan baru yang tidak dikenali pun sebelum ini. Fitrah manusia yang inginkan kebaikan. Ini yang gagal difahami pemerintah yang sedang dikemudikan oleh REJIM UMNO-BN Saya akhirnya bersama-sama dengan pimpinan PAS Pusat singgah di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut KL. Tuntutan BERSIH adalah PATUT, RASIONAL dan TEPAT serta disokong oleh semua rakyat yang WARAS | SEKADAR SUSPEK, BELUM DIHUKUM SUDAH LETAK JAWATAN Posted: 08 Dec 2012 01:31 AM PST Suspek kes rasuah, menteri Indonesia letak jawatan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, meletakkan jawatan daripada kabinet semalam. Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Jakarta Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden. Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri. Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri. Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah semalam mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono. Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu. Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri. Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang daripada projek itu. Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault. Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta). - Bernama/ MALAYSIAKINI | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 08 Dec 2012 09:16 AM PST Pusat Judi Terbuka Berleluasa di Johor? Posted: 07 Dec 2012 03:48 PM PST
Harap pihak berkaitan terutama PBT, PDRM dan Jabatan Agama dapat menyiasat dakwaan di bawah ini serta mengambil tindakan susulan yang efektif demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu di Johor.
Aduanrakyat.com 7 Dis 2012
Saya amat hairan kerana terdapat banyak pusat judi boleh beroprasi secara terbuka dan terletak di kebanyakan pusat membeli belah di sekitar Kulai Jaya.IOI mall,Tesco,TJ Mart dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan disini.Ia beroperasi 24 jam dan berlesenkan pusat hiburan keluarga.
Mustahil pada saya pihak berkuasa tidak tahu pekara ini kerana telah bertahun tahun telah beroperasi tanpa apa-apa tindakan?
Amat malang pada saya kerana kebanyakan pengunjungnya adalah melayu yang menghabiskan wang gaji mereka tiap-tiap bulan disitu.
Boleh saya tahu sejak bila kita ada mengeluarkan lesen judi secara terbuka atau mungkin terdapat unsur rasuah disini?
Saya amat berharap pekara ini diselesaikan secepat mungkin kerana benda ini telah berlarutan lebih kurang 4 – 5 tahun.
By: nasir
| Tugas JPAM kini amat berisiko tinggi Posted: 07 Dec 2012 03:47 PM PST
Tugas anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini berisiko tinggi kerana ada diantara mereka yang terlibat dalam rondaan cegah jenayah dibawah Strategi Lautan Biru. Adakah anggota JPAM ini cukup terlatih untuk mencegah jenayah, dilindungi skim takaful berkaitan serta dibekalkan dan dilatih menggunakan senjata api?
Anggota JPAM cedera ditembak 8 Dis 2012
PULAU PINANG - Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) nyaris maut apabila terkena satu das tembakan di pinggang kirinya semasa mengejar dua suspek di Jalan Kulim, Bukit Mertajam di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, Konstabel Adi Luqman Zainal Abidin, 27, sedang melakukan rondaan cegah jenayah bersama seorang lagi anggota JPAM dan dua anggota polis dengan motosikal.
Ketika mangsa dan rakannya mahu membuat pusingan U, mereka terserempak dengan dua lelaki di bawah sebatang pokok dalam keadaan mencurigakan sebelum kedua-duanya melarikan diri dengan motosikal.
| Kuliah Tafaqquh bersama Ustaz Hairul Nizam Mat Husain Posted: 07 Dec 2012 03:46 PM PST
Setiap Hari Khamis (malam) , Minggu 1, 2, 3 Kitab Tafsir Al-Jalalain & Kitab Sirah: Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
Di Masjid Bandar Baru Senawang, Surau Al Ansar Taman Coral Heights Sikamat dan Imtiyyaz Tarbiyyah Centre Taman Kayu Manis Seremban
| |
mtdchenderoh Posted: 08 Dec 2012 07:27 AM PST MUKTAMAR PERTAMA & TERAKHIR... AL- FATIHAH Posted: 07 Dec 2012 06:56 PM PST Tuan Haji Abdullah Omar (Mantan OCPD Slim River) telah menghembuskan nafas yang terakhir awal pagi tadi di kediamannya di RT 20A lot 4671 Kg. Baru Kamunting, Taiping, Perak
Selepas bersara, beliau telah mengumumkan menyertai Pas dan begitu aktif menyampaikan ceramah di pentas- pentas Pas.
Lebih sayu apabila mengenangkan ucapannya dalam Muktamar Pas Pusat baru- baru ini, selaku perwakilan dari Taiping dengan nada bersungguh- sungguh beliau meminta maaf kepada seluruh perwakilan dan ahli Pas di atas kesalahannya sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan polis. Beliau begitu menyesal di atas tidak tanduknya terhadap Pas terutamanya ketika beliau berada dalam SB.
Antara kata- kata yang masing terngiang- ngiang di telinga ini ketika ucapannya dalam sidang Muktamar Pas Pusat baru- baru ini... "apa yang saya tak pernah buat kepada Pas?..."
Di peringkat DUN Chenderoh, beliau pernah berceramah di Dataran Pakatan Rakyat, Sauk dan yang terakhir beliau dijadualkan berceramah di Kota Lama Kiri pada 4/12/2012 yang lalu bersama Ustaz Idris Ahmad tetapi beliau tidak dapat hadir kerana uzur.
Jenazahnya akan disolatkan di Masjid Kg. Expo Kamunting, Taiping, Perak. Mudah- mudahannya rohnya dicucuri rahmat... AL- FATIHAH...
| ULAMA UMNO IBARAT SERAI DALAM TOMYAM Posted: 07 Dec 2012 09:23 AM PST Ustaz Idris Ahmad (AJK Pas Pusat) menyatakan bahawa ulama tidak sesuai duduk dalam UMNO. Mereka ibarat serai dalam tomyam. "Serai dalam tomyam hanya digunakan untuk mendapatkan baunya sahaja sedangkan serai tak dimakan pun". Ulama UMNO juga ibarat daun kari dalam kari. "Daun kari hanya digunakan untuk mendapatkan bau karinya sahaja sedangkan daunnya tak dimakan orang". Itulah letaknya kedudukan ulama dalam UMNO. Berbeza dengan Pas yang meletakkan ulama di kedudukan yang tertinggi dalam menentukan hala tuju perjalanan parti. Sebab itu Pas terus diterima rakyat walau pun sejarah telah membuktikan walaupun segelintir pimpinan utama Pas sudah tidak lagi bersama dengan Pas namun kedudukan parti tidak terjejas. Contohnya Pas pernah kehilangan Presiden apabila Dato' Asri Muda keluar parti. Bekas Setiausaha Agung Pas (Ust Nakhaei) juga telah masuk umno dan beberapa pemimpin yang lain. Namun, kehilangan mereka tidak sedikit pun menjejaskan parti kerana dasar Pas jelas dan dari sehari ke sehari Pas semakin kuat dan diterima oleh rakyat. Beliau bercakap demikian ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 08 Dec 2012 03:23 AM PST Putuskan Hubungan Dagang Dengan Israel! Posted: 07 Dec 2012 04:19 AM PST Petikan : Buletinonline KUALA TERENGGANU - Pemuda PAS Terengganu menyifatkan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) 'hiporkrit' dalam tindakannya membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor mendesak agar kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno-BN memutuskan hubungan dagangnya dengan pihak Israel. Kata beliau, kerajaan Umno-BN bersikap 'hiporkrit' terhadap umat Islam di negara ini kerana didakwa mempunyai hubungan dagang serta diplomat dengan Israel dan sekutunya. Menurutnya, jika kerajaan Malaysia benar-benar jujur dan ikhlas ingin membantu umat Islam di Gaza-Palestin putuskan hubungan dagang tersebut. "Saya mendesak kerajaan Malaysia menarik-balik dan menghentikan segera pelaburan atau penjualan minyak sawit Malaysia kepada pihak-pihak Israel, jika Malaysia benar-benar ikhlas dan jujur untuk membantu umat Islam di Palestin. "Kerajaan Malaysia menjanjikan sumbangan RM1 juta kepada Gaza, Palestin. Ini kerana, bagi menutup isu yang sedang didedahkan oleh Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) apabila minyak sawit Malaysia dijual kepada negara Israel. "Ini (sumbangan) untuk menutup sebenarnya, bagaimana kerajaan Malaysia bersikap 'hiporkrit' dengan mengadakan hubungan dagang dan diplomat dengan Israel secara senyap-senyap. "Mereka (kerajaan BN) sanggup menjual minyak sawit Malaysia ini kepada Israel, yang menggunakan segala kekuatan ekonomi mereka (Israel), ketenteraan mereka dengan mengepung dan membunuh umat Islam di Gaza-Palestin," jelasnya. Beliau mendedahkan Felda Oil Products Sdn. Bhd telah menjual hasil minyak sawit Malaysia kepada syarikat Israel iaitu Bunge Agribusiness Singapore yang berpengkalan di Singapura. Sementara itu, satu majlis penyampaian sumbangan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berjumlah lebih RM22,000.00 hasil kutipan derma selama seminggu diserahkan kepada pihak Amal Malaysia. Ustaz Mohd Nor melahirkan rasa syukur dan gembira dengan sikap keprihatinan anak-anak muda serta orang ramai terhadap isu kemanusiaan, penindasan dan kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin. Ini kerana, katanya, dalam tempoh satu minggu Pemuda PAS berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak lebih RM22,000.00 bagi membantu umat Islam di Palestin. "Kita (Pemuda PAS) menyampaikan sumbangan daripada anak-anak muda dan orang ramai di negeri Terengganu yang kita berjaya kumpulkan sebanyak RM22,261.00 dalam tempoh satu minggu. "Bermula dengan demontrasi aman di perkarangan Masjid Pengadang Baru pada Jumaat lalu, alhamdulillah..anak-anak muda menunjukkan sikap keprihatinan mereka tentang isu kemanusiaan, isu penindasan dan kezaliman Israel serta sekutu-sekutunya terhadap umat Islam di Gaza, Palestin," ujarnya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pemuda PAS Terengganu kepada Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu, di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, 4 Disember lalu. Menurutnya, sumbangan yang disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia akan dibawa terus kepada gerakan Islam Hamas dan umat Islam di Gaza, Palestin. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan ketua Pemudanya, Ustaz Ridzuan Hasyim dan Bendahari Amal Malaysia cawangan Terengganu, Mustafa Ismail. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 08 Dec 2012 01:12 AM PST Sarung kamera AES di S'gor ditangguhkan, kata exco Posted: 07 Dec 2012 02:12 AM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - Arahan untuk menyarung kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan atas nasihat pejabat peguam negeri, kata exco Selangor Ronnie Liu.
Beliau yang juga ADUN Pandamaran berkata nasihat tersebut dikeluarkan hari ini oleh pejabat berkenaan.
"Saya diberitahu oleh Yang Dipertua MPS bahawa penasihat undang-undang memberitahu supaya Majlismemberi masa yang secukupnya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Syarikat Beta Tegap untuk menjawab arahan menutup kamera itu," katanya.
Setakat ini hanya terdapat dua kamera AES yang telah dipasang di Selangor dan kedua-duanya terletak dalam kawasan MPS.
Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan.
Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor berkata kerajaan Selangor tidak akan menurunkan kamera itu tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya.
Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan negeri dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya tidak menutup sendiri kamera itu di dua lokasi seperti yang umumkan oleh kerajaan negeri.
Sebaliknya, katanya, MPS telah mengarahkan JPJ dan syarikat Beta Tegap menutupnya sendiri kamera itu melalui notis seksyen 72(1)c Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan pada 6 Disember 2012.
"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," kata Mohd Sayuthi dalam satu kenyataannya hari ini.
Malaysiakini/- | |
DPP PADANG TERAP Posted: 07 Dec 2012 09:38 PM PST Isu STDC: Pemuda PAS Padang Terap lapor polis Posted: 07 Dec 2012 07:16 PM PST Harakahdaily, 07 Dis 2012 PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno. Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin. Dalam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno. Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta. Selain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64. Duit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150. Selain itu duit turut digunakan untuk: 1) Membeli kemeja T dan wang saguhati kepada aktiviti konvoi Pemuda Umno padang Terap sbeanyak RM4 ribu. 2) Meberi sumbangan RM5 ribu kepada Umno Cawangan Padang Kerasak 3) Menaja kalendar Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak RM8 ribu 4) Pemasangan billboard mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu 5) Sebanyak RM10 ribu dikeluarkan untuk membiayai lawatan sambil belajar Pemuda Umno KEdah 6) Lawatan sambil belajar Puteri Umno Kedah sebanyak RM5 ribu 7) Menyumbang sebanyak RM200 ribu kepada Umno negeri 8) Membayar sewa khemah dan meja untuk mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu 9) Membeli tudung untuk Puteri Umno RM20 ribu 10) Membayar sebanyak RM21,700 untuk tujuan makan minum mesyuarat Umno Padang Terap | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 07 Dec 2012 09:22 PM PST Keselamatan: Jangan pertaruhkan "Masa Depan USIA" Posted: 06 Dec 2012 10:13 PM PST KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
KESELAMATAN: JANGAN PERTARUHKAN "MASA DEPAN USIA"
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan ini merasa terpanggil untuk menyuarakan kebimbangan rakyat negeri ini terutamanya dikalangan mereka yang beragama Islam yang semakin gusar melihat beberapa isu yang menyelubungi sebuah pertubuhan yang cukup dihormati oleh umat Islam di negeri ini. Harapan Pemuda PAS adalah supaya pihak Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (AMT USIA) tampil membuat penjelasan tentang perkara-perkara yang akan dibangkitkan ini bagi meredakan kebimbangan rakyat.
USIA yang merupakan sebuah badan agama Islam ditubuhkan sejak tahun 1969 itu sering diimpikan kebanyakan ahli-ahlinya supaya menjadi pelindung untuk memayungi umat Islam di Sabah.
Pihak Pemuda PAS Sabah pada asasnya merasa bimbang berhubung tentang isu Ibu Pejabat USIA yang kini berada berdekatan Hypermall 1Borneo terutama berkaitan soal keselamatan. Pembangunan Hypermall 1Borneo yang dimajukan secara usahasama diantara Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd dan Sagajuta (Sabah) Sdn. Bhd., dengan seluas 4.8 juta kaki persegi merupakan yang terbesar di Sabah yang dibina di atas tanah milik USIA seluas 23.3 ekar di Lebuhraya Sulaman, bersebelahan dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Tinjauan singkat Pemuda PAS Sabah mendapati bahawa stesen penjana kuasa elektrik bagi kegunaan 1Borneo telah ditempatkan di dalam bangunan yang sama dengan Ibu Pejabat USIA. Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa, bangunan tersebut adalah milik USIA sepenuhnya, maka adalah menimbulkan persoalan; adakah tindakan penempatan stesen penjana kuasa elektrik tersebut telah mendapat persetujuan AMT USIA atau tidak.
Pemuda PAS Sabah juga merasa bimbang; adakah dengan kedudukan stesen tersebut tidak akan menimbul sebarang implikasi keselamatan dan kesihatan terhadap kakitangan USIA yang setiap hari berkemungkinan mendapat mudarat daripada perkara tersebut dan adakah para AMT USIA turut diletakkan dalam risiko yang sama kerana mereka kerap berurusan di bangunan tersebut sedangkan mereka itu terdiri daripada tokoh-tokoh penting masyarakat. Justeru itu, timbul persoalan adakah penempatan stesen penjana kuasa elektrik tersebut telah ditapis perihal keselamatannya oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan lain lain agensi kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan?
Persoalan-persoalan lain juga turut dibangkitkan oleh rakyat berkaitan isu ini adalah: - Adakah stuktur bangunan tersebut mampu menanggung impak haba yang dihasilkan oleh stesen penjana elektrik tersebut?
- Adakah ada satu pelan atau langkah keselamatan yang kukuh telah diambil sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di stesen penjana elektrik tersebut seperti kebakaran?
Pada pemerhatian kasar kami, tidak kelihatan ruang disediakan di lot meletak kenderaan untuk di akses oleh Jentera Bomba dan Penyelamat Malaysia sekiranya berlaku kebakaran ataupun kejadian tidak diinigini berlaku di Pejabat USIA kerana semua tempat meletak kenderaan sentiasa penuh hampir setiap hari.
Kesemua ini membawa kepada persoalan yang besar iaitu: - Adakah bangunan tersebut selamat untuk digunakan?
- Adakah satu sijil atau perakuan selamat untuk diduduki telah dikeluarkan oleh agensi yang bertanggungjawab?
- Sekiranya ada, adakah semua persoalan yang diungkapkan di atas telah diambil kira sepenuhnya atau setakat ala kadar sahaja pemeriksaan kelulusannya?
Akhirnya Pemuda PAS Sabah juga berkongsi kebimbangan besar ibu bapa dan keluarga kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ditempatkan di bangunan tersebut sebagai kolej kediaman.
Satu keraguan timbul, adakah pihak pengurusan UMS telah mengambil kira dengan cermat segala risiko apabila mereka memilih untuk memilih bangunan tersebut atau mereka sekadar mencari penyelesaian mudah kepada masalah penempatan mereka dengan menggadaikan soal keselamatan anak didik mereka?
Pemuda PAS Sabah mengingatkan bahawa yang dipertaruhkan dalam isu ini adalah nyawa insan yang menjadi tenaga kerja USIA dan juga individu-individu penting yang menjadi AMT USIA, bahkan usah dipandang enteng pula tentang nyawa mahasiswa yang menjadi harapan keluarga dan tonggak negeri ini pada masa depan. Adalah amat tidak wajar sekiranya USIA dan semua pihak yang terlibat membisu dalam isu ini.
Justeru, Pemuda PAS Sabah menuntut segala keraguan yang dibangkitkan ini perlulah dijawab dengan kadar yang segera..!
Sekian,
LAHIRUL LATIGU Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
| |
PAS Negeri Sembilan Posted: 07 Dec 2012 09:17 PM PST Kuliah Tafaqquh bersama Ustaz Hairul Nizam Mat Husain Posted: 07 Dec 2012 07:36 PM PST
Setiap Hari Khamis (malam) , Minggu 1, 2, 3 Kitab Tafsir Al-Jalalain & Kitab Sirah: Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
Di Masjid Bandar Baru Senawang, Surau Al Ansar Taman Coral Heights Sikamat dan Imtiyyaz Tarbiyyah Centre Taman Kayu Manis Seremban
| 100 sertai Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0 Posted: 07 Dec 2012 01:34 AM PST
7 Dis 2012 Kira-kira 100 orang mengayuh basikal menyertai acara 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0' yang dianjurkan oleh NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) di Negeri Sembilan hari ini.
Majlis itu dilancarkan oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim dan enam wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat di Pasar Besar Seremban pada jam 9.30 pagi ini.
Antara ADUN Pakatan yang hadir memberi sokongan ialah Chai Tong Chai (PKR-Chuah), Che Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang), Mohamed Taufek Abd Ghani (PAS-Paroi) dan M Ravy (PKR-Port Dickson).
Acara itu bertujuan menuntut tujuh perkara antaranya pilihan raya bersih dan adil, gesaan supaya menghentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat dan tuntutan supaya kerajaan menghentikan penswastaan perkhidmatan awam.
Selain itu, mereka juga menuntut supaya kerajaan melindungi hak dan kebajikan pekerja, hak untuk berhimpun secara aman, hak bersuara dan juga memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim.
Peserta akan melalui 23 kawasan luar bandar dan ladang di tujuh daerah di negeri itu sebelum berakhir di Wisma Negeri untuk menyerahkan memorandum tuntutan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Anthony Loke.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Koordinator JERIT Negeri Sembilan P Nithiya berkata sepuluh lokasi yang menjadi laluan dan tumpuan peserta pada hari ini.
"Kami tiba di Lenggeng pada jam 10.30 pagi tadi. Kami disambut oleh PAS kawasan itu, dan turut menyajikan makanan untuk kami. Kami mengedar risalah mengenai tuntutan rakyat itu di semua tempat yang lalui," katanya.
Menurutnya lagi, peserta turut disambut penduduk Ladang Kerbi kira-kira jam 12 tengahari. Mereka turut meluangkan masa untuk mendengar keluhan dan tuntutan penduduk terbabit, antaranya menuntut supaya rumah, tanah dan kuil mereka di ladang itu dipelihara.
Mereka juga menuntut pampasan daripada Sime Darby kerana mendakwa diberhentikan kerja selepas tanaman getah ditukar kepada kelapa sawit.
"Sambutan rakyat cukup bagus. Mereka bertanya tentang acara kami dan kami juga menjelaskan tuntutan kami dan mengutip tandatangan untuk diserahkan bersama memorandum itu nanti," katanya.
Nithiya berkata pihaknya dijangka sampai di DUN Rantau dalam parlimen Rembau kira-kira jam 6 petang ini dan akan bermalam di pejabat PKR di situ sebelum meneruskan berbasikal esok.
- Malaysiakini
Kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0' mula di Seremban 7 Dis 2012
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Mohd Nasir Hashim berkata tuntutan peserta kempen ini adalah tuntutan yang tidak boleh dipertikaikan.
SEREMBAN: Kempen berbasikal 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ selama 16 hari meliputi seluruh negara atas inisiatif Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) bermula dari sini pagi tadi.
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohd Nasir Hashim dalam ucapan ringkas sebelum peserta berbasikal dilepaskan berkata tuntutan yang didokong oleh peserta kempen ini adalah tuntutan yang tidak boleh dipertikaikan.
"Semua tuntutan tersebut adalah berkaitan masalah rakyat maka semua pihak sepatutnya melibatkan diri dalam kempen ini terutama sekali golongan muda," kata Mohd Nasir.
Setiausaha PSM Seremban, S Tinagaran berkata kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0' ini yang bermula hari ini akan berakhir pada Isnin 10 Disember ini.
"Jelajah dan kempen berbasikal ini akan meliputi semua daerah di Negeri Sembilan termasuk Port Dickson, Rembau, Tampin, Jempol, Kuala Pilah, Jelebu, Nilai dan Seremban.
"Pada hari Isnin ini kami akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan pada pukul 10.00 pagi di Wisma Negeri, Seremban.
"Sepanjang kempen ini kami akan edarkan risalah berkaitan tuntutan-tuntutan Jerit. Terdapat tujuh tuntutan bertaraf nasional dan tujuh tuntutan untuk Negeri Sembilan", jelas Tinagaran.
Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang, P Gunasekaran (DAP) berharap Menteri Besar dapat menunjukkan semangat keterbukaan dan menerima memorandum tersebut pada hari Isnin ini.
Setiausaha PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby pula menjanjikan sokongan penuh PAS Negeri Sembilan kepada peserta dan penganjur kempen tersebut.
"PAS kawasan akan menunggu peserta kempen di setiap 'check point' dan akan meraikan mereka dengan menyediakan makanan dan minuman.
"Di setiap lokasi PAS juga akan membawa peserta kempen berkunjung rumah ke rumah untuk mengedar risalah tersebut," kata Mohamad Hassan.
Turut terlibat dan memberikan sokongan kepada Jerit dalam kempen ini ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Tujuh tuntutan Jerit untuk kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0' peringkat nasional ialah pilihan raya yang bersih dan adil, hentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat, hentikan penswastaan perkhidmatan asas, lindungi hak dan kebajikan pekerja, lindungi hak demokrasi rakyat dan mansuh undang-undang zalim.
Sementara untuk peringkat Negeri Sembilan; tujuh tuntutan Jerit untuk kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0' adalah skim perumahan alternatif, perkhidmatan awam dan jalan raya, keperluan asas, penternakan, pendidikan, keselamatan dan pembangunan.
- Free Malaysia Today
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 07 Dec 2012 03:24 PM PST KISAH LAGI TERUK DARI 6 JAHANAM, MUNGKIN ADA ORANG FAHAM? Posted: 07 Dec 2012 01:04 AM PST Komen : Kisah 6 jahanam rasanya ramai tahu cerita Allahyarham P Ramlee yang sukar dilupakan dari segenap lapisan, namun kisah tentang Gangnam ni pula kalau benar memang tidak elok remaja.muda-muda dan orang ramai mengikuti dan menyukai.Citer di bawah tidaklah sama mesejnya cuma bila disebut gangnam teringat citer 6 Jahanam atau NamJahanam.Yang ada persamaan ialah kita tidak mahu citer ii menjadi ikutan.
Saya bawakan satu kisah yang di ceritakan oleh seorang Sahabat bernama Mohamad Sidik pada pada Ahad 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg
Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles...ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya, "Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.
Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"
Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."
"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.
"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.
"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.
"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.
"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.
Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,
"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."
Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.
"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.
"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."
"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan 'Wipe Out' di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."
Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.
"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."
"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."
"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."
Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,
"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.
Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."
Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."
Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,
"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."
"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."
"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."
"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."
Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."
Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...
"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.
"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.
"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.
"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."
"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi." jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.
"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.
"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."
"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.
"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.
"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.
Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.
Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.
Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.
Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.
Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...
Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.
Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat... -------------------------------------------------------------------------------- -tranungkite- | KONSPIRASI SANGAT MERBAHAYA ,CEGAH SEBELUM PILIHANRAYA! Posted: 06 Dec 2012 06:39 PM PST KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) didakwa sedang berada dalam bahaya jika benar wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menyenaraikan KPF ke dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).
Presiden Persatuan Anak peneroka Felda Kebangasaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, konspirasi ini melibatkan seorang menteri dan mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, menteri berkenaan telah mengarahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Md Yusof Samsudin mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah.
Pembatalan AGM ini katanya dipercayai sebagai jalan membolehkan AGM diadakan semula bagi melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi KPF dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai setiausaha.
Pada 20 Jun lalu, ahli KPF yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad mengadakan mesyuarat agung untuk mengambil alih semula pengurusan itu.
Beberapa perwakilan kemudian meminta mesyuarat itu dibatalkan atas sebab laporan audit kewangan KPF lambat dihantar kepada mereka.
"Untuk bawa masuk KPF adalah sukar dengan peraturan sedia ada melainkan satu konspirasi dibuat antaranya adalah membatalkan mesyuarat agung KPF dan memastikan dua orang, Tan Sri Isa Samad dan Faizoull Ahmad berada dalam KPF.
"Jadi AGM akan diadakan semula pada 27 Disember ini dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokan melalui Pengurus Felda kepada perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kepada SKM agar Isa Samad menerajui KPF," Katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam,
Mazlan menjelaskan, apabila KPF disenaraikan ke dalam FGVH, ekuiti KPF dalam Felda Holdings dikurangkan sebanyak 22 peratus dan diambil alih oleh Felda.
Hal ini menyebabkan KPF yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja dan Felda akan memindahkan syer 22 peratus kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham majoriti.
"Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10 peratus, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad.
"KPF akan hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan konco-konconya.
"Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12 hingga 15 peratus tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH membawa isyarat KPF akan lingkup bersama FGVH," tegas Mazlan. | BUKAN PERSEPSI LAGI Posted: 06 Dec 2012 05:19 PM PST Kajiselidik: Separuh firma Malaysia hilang kontrak kerana rasuah Datuk Paul Low Presiden Transparency International-Malaysia Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa. Presiden Transparency International-Malaysia, menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan penyelewengan. Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia. Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?" Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas. azlan"Ini adalah satu soalan 'sebenar' - ia bukannya mengenai persepsi (rasuah) - (jawapannya) sama ada 'ya' atau 'tidak'. "Saya tunjukkan kepada anda (data ini) kerana ini mencerminkan realiti, bukannya apa yang orang panggil 'persepsi'," kata Low dalam sidang akhbar ketika mengumumkan indeks tersebut. Low berkata beliau membangkitkan perkara itu bagi menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kos ekonomi. Daripada syarikat-syarikat yang dikajiselidik, 39 di Malaysia menjawab secara afirmatif dan 39 menjawab negatif. Baki 23 lagi berkata mereka tidak tahu, atau tidak menjawab soalan. Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat - 50 peratus - yang menjawab 'ya' kepada soalan tersebut. Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17 peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang paling rendah - 2 peratus di Jepun. Kajiselidik yang sama juga mendapati 75 peratus daripada syarikat Malaysia percaya bahawa usaha anti-rasuah kerajaan dalam sektor swasta adalah tidak berkesan, meletakkannya di kedudukan keempat. Sumber: Malaysiakini | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 07 Dec 2012 09:20 AM PST AMALAN RASUAH DI MALAYSIA BUKAN SATU ILUSI ATAU PERSEPSI .. Posted: 06 Dec 2012 04:33 PM PST Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah Datuk Paul Low Presiden Transparency International-Malaysia Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa. Presiden Transparency International-Malaysia, menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan penyelewengan. Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia. Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?" Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas. azlan"Ini adalah satu soalan 'sebenar' - ia bukannya mengenai persepsi (rasuah) - (jawapannya) sama ada 'ya' atau 'tidak'. "Saya tunjukkan kepada anda (data ini) kerana ini mencerminkan realiti, bukannya apa yang orang panggil 'persepsi'," kata Low dalam sidang akhbar ketika mengumumkan indeks tersebut. Low berkata beliau membangkitkan perkara itu bagi menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kos ekonomi. Daripada syarikat-syarikat yang dikajiselidik, 39 di Malaysia menjawab secara afirmatif dan 39 menjawab negatif. Baki 23 lagi berkata mereka tidak tahu, atau tidak menjawab soalan. Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat - 50 peratus - yang menjawab 'ya' kepada soalan tersebut.
Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17 peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang paling rendah - 2 peratus di Jepun.Kajiselidik yang sama juga mendapati 75 peratus daripada syarikat Malaysia percaya bahawa usaha anti-rasuah kerajaan dalam sektor swasta adalah tidak berkesan, meletakkannya di kedudukan keempat. Sumber: Malaysiakini | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 07 Dec 2012 09:08 AM PST Kamera perangkap laju sebabkan lebih banyak kemalangan Posted: 06 Dec 2012 06:08 PM PST
Kajian di negara maju iaitu di United Kingdom mendapati sistem kamera perangkap laju hanya mengurangkan kadar kemalangan di tempat yang di pasang kamera, tetapi meningkatkan kadar kemalangan di tempat yang tidak di pasang kamera. Akibatnya kadar kemalangan keseluruhan negara tersebut telah meningkat. Di negara kita juga terbukti apabila terdapat beberapa lokasi di lebuhraya sering berlaku kemalangan dalam tempoh beberapa hari. Begitu juga kita dapati bas dan lori sering melebihi had laju 90 km/j apabila berada di lebuhraya.
SPEED CAMERA SIGNS A HAZARD
Signposted speed cameras may actually make roads more dangerous, according to experts.
Road safety advisor Ray Shuey told ninemsn that speed cameras have a positive local influence but signposting them could make other areas of the road network more hazardous.
The warning follows the revelation of a 25 percent dip in speeding fines in NSW since a trial of mobile speed cameras in unmarked police vehicles was abandoned in 2004.
"If you analyse the traffic flows near overt speed cameras along the Hume Highway on the NSW side, you'll see that many motorists break before the camera zone and accelerate afterwards," he said.
"It does reduce crashes in this location but then you have to consider the collision displacement effect – has this strategy really reduced crash rates?"
Mr Shuey, a former Victorian assistant police commissioner, cited a 2003 study showing that accident blackspots in the United Kingdom monitored by overt speed cameras reported a 30 percent reduction in collisions.
However, the overall road fatality rate in the UK rose by two percent that year. His concerns are shared by Professor Jack McLean, director of the Centre for Automotive Safety Research at Adelaide University.
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 07 Dec 2012 07:23 AM PST |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 07 Dec 2012 03:30 AM PST Bil letrik akan naik lagi Posted: 07 Dec 2012 02:59 AM PST Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.
"Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya," kata Wong, serta menambah kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun lalu.
Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun.
"Kadar 10 peratus ini adalah penanda aras global yang digunakan di peringkat antarabangsa, malah PR juga akan menguruskan rizab margin pada kadar optimal 20 peratus, berbanding sekarang, 38 peratus.
"Bagi setiap 1 peratus, sejumlah RM483 juta hilang sebagai pelaburan terkandas, oleh itu pengurangan 18 peratus rizab margin dapat menjimatkan pelaburan terkandas sebanyak RM8.7 bilion, dan dengan bayaran kapasiti 10 peratus ROI, TNB dapat jimat sebanyak RM870 juta setahun.
"Dengan merundingkan semula IPP pada kadar 10 peratus (RM2.6 bilion) dan mengurangkan rizab margin kepada 20 peratus (RM870 juta), keseluruhan penjimatan TNB adalah RM3.47 bilion setahun," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Menurut Wong lagi, purata keuntungan TNB sekarang adalah RM2.14 bilion, dan melalui penjimatan bayaran IPP sebanyak RM3.47 bilion, TNB akan memperolehi keuntungan mencecah RM5.61 bilion setahun.
"Keuntungan yang tinggi ini akan mampu mengurangkan hutang TNB … dan yang paling penting, dengan keuntungan tinggi ini TNB tidak lagi perlu meningkatkan tarif elektrik yang akan membebankan pengguna," katanya.
Beliau turut menjanjikan kerajaan PR akan memberikan jaminan, sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13, 10 peratus saham TNB yang dimiliki Khazanah akan dipertimbangkan untuk dijual kepada kesemua 30,000 pekerja TNB.
"Ini adalah sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" kita untuk mewujudkan kelas menengah pengurus-pemilik dan juga mengurangkan penglibatan kerajaan di sektor swasta," katanya lagi.
Beliau sebelum ini mendakwa, keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik TNB, apabila syarikat milik Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.
Wong turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun. | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 07 Dec 2012 01:23 AM PST Sah, DAP Anti Islam Posted: 06 Dec 2012 08:21 AM PST Umno menuduh DAP anti Melayu dan anti Islam. Tetapi pada masa yang sama MCA pula mendakwa DAP sedang menuju ke arah Islamisasi. Mana yang betul ini. Komponen BN sudah biul dan siul. Tidak tahu apa yang mereka cakapkan. Rakyat pula sudah kenal siapa Umno, MCA dan MIC. Cakap berbelit-belit, memutarkan fakta dan calap tidak berfikir [...] | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 07 Dec 2012 01:10 AM PST Haji: Pencarum KWSP mungkin dibenar guna simpanan penuh Posted: 06 Dec 2012 07:56 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji bersedia mengkaji untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan akaun kedua bagi perbelanjaan penuh menunaikan ibadah haji.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, bagaimanapun perkara itu perlu mendapat kelulusan KWSP.
"Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pencarum KWSP menggunakan sebahagian daripada akaun kedua iaitu berjumlah RM3,000 ringgit untuk tujuan menunaikan ibadah haji," katanya menerusi program 'Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini hari ini.
Ismee berkata, setakat ini Tabung Haji telah berjaya mengekalkan jumlah perbelanjaan dengan kos RM9,980 seorang jemaah, walaupun jumlah sebenarnya adalah RM15,150.
"Daripada jumlah itu, Tabung Haji menanggung RM5,170 bagi setiap jemaah. dan turut menanggung beberapa perkara lain, termasuk kursus haji," katanya.
Ismee juga berkata Tabung Haji sentiasa menambah baik perkhidmatan yang disediakan setiap tahun bagi tujuan memberi keselesaan kepada jemaah.
Pada Januari depan, pegawai Tabung Haji akan ke tanah suci untuk urusan memperbaharui kontrak penempatan sedia ada dan melihat perumahan baru bagi memastikan jemaah haji dari negara ini sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik.
Menyentuh mengenai musim haji yang baru lepas, beliau menyifatkan perjalanan haji baru-baru ini sebagai satu kejayaan daripada sudut perkhidmatan apabila rungutan jemaah berkurangan berbanding sebelumnya. -
Bernama
| Dua lelaki dihukum gantung, bunuh pekerja sambilan stesen minyak Posted: 06 Dec 2012 07:51 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - IPOH - Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di sini, empat tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhi hukuman itu terhadap K.Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, kedua-duanya dari Kampung Baru Jelapang di sini selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Nanda Kumar dan Yugaraja didapati bersalah membunuh Mohammad Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pada 6.58 pagi, 11 Nov 2008. Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Sebaik sahaja selesai prosiding kes, Nanda Kumar yang mengenakan kemeja putih berseluar hitam dan Yugara berbaju-t hitam berbelang hijau serta seluar berwarna coklat dilihat menangis sambil dipeluk anggota keluarga terdekat mereka. Ketika ditemui pemberita, peguam Rajit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata pihak pembelaan akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh 14 hari. Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad pula berkata pendakwaan mengemukakan 18 saksi sepanjang prosiding kes berkenaan. Mohd Khairudin, pekerja sambilan di stesen minyak itu ketika kejadian, merupakan petugas Jabatan Agama Islam Perak dan pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Syariah Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sementara itu, balu Allahyarham Mohammad Khairuddin, Nayes Mohd Mokhtar, 42, menangis hiba sambil melahirkan rasa syukur kerana kes itu berakhir hari ini dan mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal. "Saya rasa lega, penantian keluarga untuk tertuduh mendapat hukuman yang sewajarnya kini berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya orang yang terlibat membunuh suami saya dihukum sewajarnya. Saya dan anak sulung mengikuti keseluruhan perjalanan kes ini," kata ibu enam anak itu ketika dihubungi - Bernama | Morsi tawar konsesi redakan rusuhan Posted: 06 Dec 2012 07:47 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberi ucapan malam Khamis lalu, di samping menyeru kepada dialog dan menyatakan simpati ke atas kematian penunjuk perasaan, beliau turut menawarkan beberapa konsesi dan menolak kumpulan pembangkang.
Beliau mencadangkan satu mesyuarat Sabtu ini dengan pemimpin-pemimpin politik, "belia revolusi" dan tokoh-tokoh undang-undang untuk membincangkan hala tuju, tetapi kumpulan aktivis terkemuka menolak tawaran berkenaan, dan memangil untuk mengadakan demonstrasi baru Jumaat ini.
"Pergerakan 6 April", yang memainkan peranan penting dalam menyalakan pemberontakan terhadap Mubarak berkata di halaman Facebook mereka bahawa demonstrasi Jumaat ini akan adalah "kad merah" untuk Morsi.
Rusuhan bermula selepas Morsi mengeluarkan dekri pada 22 November memberikan kepadanya kuasa yang lebih besar yang tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
Protes mencapai kemuncaknya Rabu lalu, dengan tujuh mati dan lebih 770 cedera ketika pertempuran di luar istana presiden.
"Sebarang kejadian yang menyedihkan ini berlaku kerana perbezaan politik yang perlu diselesaikan melalui dialog," ujar Morsi.
"Saya menyeru untuk dialog yang produktif dengan semua tokoh dan ketua-ketua parti, belia revolusioner dan tokoh-tokoh kanan undang-undang untuk bermesyuarat Sabtu ini," kata beliau. (aljazeera.com)
harakah/-
| ANAK persoal keputusan adakan semula AGM KPF Posted: 06 Dec 2012 07:43 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
Keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membatalkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) pada 20 Jun lalu dan mengarahkan ia diadakan semula sebelum 31 Disember, telah dipersoalkan oleh sebuah NGO yang berkaitan dengan PAS. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (kanan) mendakwa ia adalah satu percubaan Felda Global Ventures (FGV) supaya KPF menjadi pemegang saham utama Felda Holdings.
"Konspirasi itu melibatkan pembatalan AGM dan memastikan dua orangnya menganggotai lembaga KPF," katanya, sambil mendakwa dua individu berkenaan ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan pemangku ketua pengarahnya, Faizoull Ahmad.
SKM telah mengeluarkan surat pada 4 Disember mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM sebelumnya tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.
Surat itu menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November, yang didakwa Mazlan sebagai tidak munasabah.
Semasa sidang akhbar semalam, Mazlan menunjukkan salinan surat SKM yang bertarikh 4 Disember kepada pemberita.
Surat itu mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:
- Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012. - Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.
- Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 berserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
- Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011. - Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013
Mazlan berkata AGM tersebut adalah luar biasa kerana SKM yang mengarahkan AGM diadakan pada 27 Disember dan bukannya KPF.
malaysiakini/- | Tahniah Umno pamer sifat ganas, tidak bertamadun Posted: 06 Dec 2012 07:42 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno Bahagian Gombak, Selangor kerana telah membantu Pakatan Rakyat untuk mempamerkan sifat sebenar Umno dan Barisan Nasional yang ganas dan tidak bertamadun seperti di dalam kejadian 'serangan' terhadap program anjuran Pakatan Rakyat di Batu 8, Gombak Utara kelmarin.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kejadian tersebut juga telah memperlihatkan sikap berpura-pura Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak yang menafikan keganasan pemuda Umno Gombak sedangkan banyak rakaman pada malam tersebut telah membuktikan sebaliknya.
Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa sangat kesal dan mengecam tindakan ganas tersebut dan meminta supaya pihak yang berwajib menyegerakan siasatan yang terperinci serta membawa pihak yang bersalah untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga tidak menolak kemungkinan yang Umno dan Barisan Nasional sememangnya cukup terdesak untuk memulihkan imej mereka yang sudah 'rosak' di mata rakyat sehingga sanggup bertindak ganas dan 'berlakon' sebagai mangsa keadaan semata-mata untuk meraih simpati rakyat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, pihaknya penuh yakin dan percaya bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak pernah mencetuskan sebarang kekacauan di dalam setiap program yang telah dilaksanakan sehingga ke hari ini kerana 'track record' penganjuran program Pakatan Rakyat selama ini adalah bersih dan cemerlang.
Tegasnya, Pemuda PAS Selangor dengan ini memberikan amaran yang keras kepada Pergerakan Pemuda Umno Selangor supaya menasihatkan Pemuda Umno bahagian mereka untuk berpolitik secara berhemah dan 'gentleman'.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersedia untuk menyahut cabaran Pemuda Umno sekiranya mereka berterusan untuk membuat provokasi seperti ini di masa hadapan," tegasnya lagi.
harakah/-
| Ditembak ketika minum Posted: 06 Dec 2012 07:37 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian. SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam. GOMBAK: Seorang lelaki yang sedang menjamu selera bersama rakannya di sebuah warung di kawasan perindustrian Batu Caves di sini, maut selepas ditembak seorang lelaki bertopeng, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang dikenali sebagai M Siva, 32, dikatakan terkena tiga das tembakan di dada, perut dan tangan.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika berada di kilang berdekatan, dia terdengar bunyi tiga das tembakan, namun tidak berani keluar kerana bimbang keselamatan diri.
"Selepas 10 minit, seorang rakan mangsa datang meminta bantuan saya dan memberitahu rakannya itu parah dan terbaring berlumuran darah akibat ditembak. "Sebaik tiba di lokasi, saya lihat beberapa lelaki dipercayai rakan mangsa sedang mengangkatnya masuk ke dalam sebuah kereta untuk menghantarnya ke hospital," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
metro/-
| Tungku perut meletup Posted: 06 Dec 2012 07:36 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Alat bertungku meletup. Itu yang berlaku di sebuah rumah di Wangsa Maju, kelmarin apabila alat bertungku elektrik meletup hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di tangan, dada dan badan.
Lelaki berkenaan yang melecur kira-kira 12 peratus di seluruh badannya itu masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Hisham, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, anak perempuan keduanya itu memanaskan alat bertungku elektrik berkenaan untuk anak sulungnya yang sedang berpantang.
Menurutnya, alat bertungku itu digunakan untuk membantu mengempiskan perut lebih cepat bagi anak sulungnya yang baru bersalin dua minggu lalu. "Selepas memanaskan alat bertungku itu, anak kedua saya sedang membuat kerja lain tanpa sedar proses pemanasan itu sudah melebihi masa dan panas hingga meletup.
"Ketika itu, anak lelaki saya yang secara kebetulan berada berdekatan terkena serpihan alat bertungku itu dan melecur lebih 12 peratus ," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, anak lelakinya yang cedera di tangan, dada dan badan dibawa ke klinik swasta untuk rawatan kecemasan, tetapi diminta ke HKL. Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menolak unsur jenayah sebagai punca kejadian berkenaan.
metro/- | Ketua Cabang PKR risau maklumat disalah guna Posted: 06 Dec 2012 07:32 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
Zahari menunjukk tingkap yang disyaki menjadi laluan pencuri menceroboh masuk ke dalam rumahnya di Taman Pandan Damai, Kuantan, malam kelmarin.
KUANTAN- "Kerugian saya alami tidak banyak, lebih kurang RM4,000 sahaja tetapi perkara paling dirisaukan ialah maklumat berhubung parti dalam komputer riba, thumb drive dan beberapa dokumen berkaitan yang hilang itu akan digunakan pihak lain yang berkepentingan," kata Zahari Mamat, 51, Ketua Cabang PKR Paya Besar selepas rumahnya disyaki dipecah masuk pencuri, malam kelmarin. Kejadian pecah masuk kediamannya yang terletak di Taman Pandan Damai, dekat sini hanya disedari kira-kira jam 9 malam selepas beliau pulang dari masjid. Menurutnya, dia meninggalkan rumahnya yang turut digunakan sebagai pejabat operasi PKR Cabang Paya Besar kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan baik. "Tiada sebarang kesan pecah masuk atau geledah kelihatan ketika itu cuma langsir tingkap bahagian hadapan terbuka dan pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah melalui bahagian itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam. Zahari berkata, kehilangan itu disedari selepas dia gagal menemui sebuah telefon bimbit yang diletakkan bersama komputer riba dan beberapa dokumen lain atas meja dalam bilik sebelum keluar ke masjid. "Anak lelaki saya yang ada bersama ketika itu turut mengadu komputer riba turut hilang lalu kami berdua bersama-sama mencari namun tidak menjumpai. "Selepas itu baru kami sedar ada beberapa barangan lain termasuk dompet, tunai RM500, telefon bimbit, komputer riba yang mengandungi dokumen maklumat parti dan sebuah jam tangan hilang," katanya. Menurutnya, beliau mengesyaki kejadian itu dirancang namun tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan dengan pihak tertentu. Beliau berkata, dia dan keluarga tidak tinggal di rumah itu sepanjang masa sebaliknya pulang sekejap-sekejap jika ada urusan. "Bagaimanapun dalam masa dua hari ini, saya dan anak lelaki pulang dan bermalam di sini kerana banyak kerja berkaitan parti perlu disiapkan. "Saya agak pelik, jika penjenayah berhajatkan barang berharga, banyak barang lain yang dia boleh ambil tapi hanya yang ada di atas meja itu sahaja yang dikebas," katanya. Zahari berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian. "Setakat ini tiada sesiapa sesiapa yang disyaki cuma kira-kira jam 11 malam kelmarin ada pemuda dikenali datang ke rumah ini menemui saya untuk meminta bantuan. "Pemuda terbabit mendakwa dia dan keluarga mengalami gangguan dan minta saya membacakan ayat suci al-Quran pada limau yang dibawa bersamanya ketika itu," katanya. Susulan kejadian, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading kira-kira jam 10.25 malam, hari yang sama. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kejadian dipercayai lebih kepada kes biasa dan tiada motif politik,
sinar/- | Kecewa tanah bertukar milik Posted: 06 Dec 2012 07:26 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - Anuar menunjukkan beberapa dokumen yang diragui berkenaan penukaran hak milik tanah terbabit. BANDAR TUN RAZAK - Seorang anak peneroka Wilayah Jengka kecewa apabila mendapat tahu tanah pusaka milik arwah ayahnya bertukar hak milik tanpa pengetahuannya. Anak peneroka tersebut yang hanya mahu dikenal sebagai Anuar berkata, penukaran hak milik tanah terbabit kepada nama arwah abangnya hanya diketahui sebaik sahaja mendapat berita kematian abangnya itu. "Pada 1985, arwah ayah meninggal dunia dan saya dan tujuh beradik saya dipanggil pihak pengurusan Felda untuk menandatangani borang menyerahkan urusan tanah terbabit kepada abang saya sebagai pemegang amanah. "Ketika itu, saya masih lagi di bawah umur dan belum mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan," katanya. Katanya, pada 2005, abangnya sebagai pemegang amanah pula meninggal dunia dan ketika itu, dia mendapati hak milik tanah telah bertukar nama kepada arwah abangnya. "Saya dan adik beradik tidak mengetahui perkara ini sehinggalah kami melihat sendiri geran tanah tersebut. "Kami keliru kerana bagaimana geran tanah tersebut bertukar hak milik tanpa pengetahuan kami. Setelah disiasat, saya mendapati geran tanah tersebut bertukar hak milik sebaik sahaja peneroka habis membayar hutang dan geran tersebut diserahkan kepada mereka," katanya. Menurut Anuar, hasil siasatan yang dilakukan, dia mendapati terdapat pemalsuan dokumen berkenaan pertukaran nama hak milik tanah terbabit. "Kini isteri arwah abang saya pula hendak membuat tuntutan menukar nama geran tersebut kepada namanya, dan kami telah membuat kaviet dengan meletakkan nama salah seorang abang saya," katanya. Menurutnya, dia dan adik-beradiknya kecewa dengan pengurusan Felda ketika itu yang mengambil sikap sambil lewa terhadap penukaran hak milik tanah tersebut. "Saya tidak faham mengapa begitu mudah penukaran hak milik tanah itu dibuat. Saya juga kecewa kerana setakat ini masih tidak ada sebarang tindakan dilakukan pihak pengurusan Felda terbabit. "Kami adik-beradik bukanlah mahukan wang durian runtuh atau mahu menghalau kakak ipar kami keluar dari rumah itu, kami cuma mahu tanah itu dikekalkan hak milik kepada anak-anak arwah ayah kerana banyak kenangan manis kami semasa di awal kemasukan ke tanah rancangan itu suatu ketika dahulu," katanya.
sinar/- | Laluan ibarat ‘sungai’ kecil Posted: 06 Dec 2012 07:21 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
Keadaan paip bocor di hadapan sebuah rumah di Lorong 2 Taman Mawar Indah, Ketari. BENTONG – Penduduk di Lorong 2 Taman Mawar Indah, dekat sini, mahu tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah paip bocor di hadapan sebuah rumah di kawasan itu. Penduduk, Ismail Fahmi, 40, berkata, paip bocor itu menyebabkan air mengalir tanpa henti di hadapan beberapa rumah penduduk ibarat 'sungai' kecil. Menurutnya, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan kerana menyebabkan kawasan di hadapan rumah terbabit berair dan kotor. "Air daripada paip bocor itu sentiasa mengalir kemudiannya bertakung di hujung jalan. "Kami bukan sahaja tidak selesa dengan keadaan itu malahan bimbang kerana lama-kelamaan akan berlaku mendapan tanah," katanya. Ismail berkata, sebelum ini ada kerja baik pulih dijalankan, namun tidak berhasil sebaliknya menjadi lebih teruk. Menurutnya, tindakan segera perlu diambil untuk menangani masalah itu kerana sekiranya dibiarkan, keadaan tersebut dikhuatiri menyebabkan insiden tidak diingini berlaku. "Air mengalir daripada paip bocor jelas membazir kerana terbiar begitu sahaja. Kadangkala bekalan air di rumah penduduk terganggu kerana masalah tersebut," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati paip bocor itu berada di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni seterusnya mengalir ke kediaman penduduk berhampiran.
sinar/-
| Polis rampas laptop Malaysiaki Posted: 06 Dec 2012 07:12 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
Polis merampas sebuah komputer riba daripada portal berita Malaysiakini untuk menyiasat kiriman e-mel Prof Abdul Aziz Bari mengenai kenyataannya ke atas Sultan Selangor susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap gereja DUMC. Rampasan itu dilakukan dua anggota polis diketuai Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam Mohd Hamizi Abu Bakar dan disaksikan oleh Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar. Rampasan yang dilakukan untuk pada kira-kira jam 5.35 petang di pejabat portal berita ini petang semalam bertujuan untuk menyemak e-mel daripada Aziz Bari berhubung perkara tersebut. Polis merampas komputer riba yang digunakan penolong pengarang meja bahasa Melayu Malaysiakini, Mohd Jimadie Shah Othman, untuk ujian forensik namun tidak dapat dipastikan bila komputer itu akan dipulangkan. "Kami menggesa polis untuk memulangkan laptop itu sebaik sahaja selesai melakukan siasatan. Malaysiakini sentiasa memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa. Dan kami berharap polis juga boleh memberi kerjasama," kata Fathi Aris. Pasukan berkenaan sebelum itu merakam kenyataan daripada Mohd Jimadie Shah selama kira-kira 20 minit bermula 4.30 petang – antara mengenai lokasi komputer terbabit dan pengesahan bahawa beliau merupakan pengguna komputer tersebut. "Saya menjawab laptop itu diletakkan di meja saya di pejabat. Saya tiada dokumen untuk mengesahkan ia digunakan oleh saya, tetapi polis boleh merujuk kepada pihak majikan saya," katanya kepada Malaysiakini selepas disoalsiasat. Mohd Jimadie Shah dan Abdul Aziz disiasat bawah seksyen 4 Akta Hasutan selepas Senator Ezam Mohd Nor membuat laporan polis berhubung pandangan Abdul Aziz yang disiarkan Malaysiakini. Abdul Aziz dalam laporan berita itu antara lainnya menyatakan pandangannya mengenai tindakan campurtangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu. Oktober lalu, polis turut mengambil keterangan daripada Mohd Jimadie serta penolong pengarang berita pada ketika itu, Wee Yu Meng berhubung isu sama. Difahamkan, polis telah mengambil keterangan daripada Wee, Isnin lepas. malaysiakini/- | Gambar Bumi pada waktu malam Posted: 06 Dec 2012 06:59 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi
| Istana Presiden Mesir dikawal Posted: 06 Dec 2012 06:47 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
KAHERAH - Pasukan Pengawal Republikan Mesir mengarahkan penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Presiden Mohammed Morsi meninggalkan kawasan di sekitar istana presiden disini yang menjadi medan beberapa pertempuran ganas.
Pasukan tersebut yang merupakan unit elit tentera Mesir memberi masa sehingga pukul 3 petang waktu tempatan kepada penunjuk perasaan kedua-dua belah pihak untuk beredar dari kawasan itu.
Kata dua semalam itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi yang turut mengharamkan sebarang bantahan di luar mana-mana istana presiden di negara itu.
Beberapa buah kereta kebal dan kawat berduri juga diletakkan di sekitar kawasan istana presiden di sini. Setakat ini, seramai tujuh orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penyokong dan penentang Morsi.
Beberapa pegawai berkata, seramai 350 lagi cedera dalam pertempuran antara para penyokong dan penentang Morsi setakat ini.
Penentang presiden itu meminta beliau mengugurkan dekri yang memberikannya kuasa hampir mutlak dan membatalkan satu draf perlembagaan kontroversi yang akan diundi menerusi pungutan suara pada 15 Disember ini.
Draf perlembagaan tersebut menyatakan semua undang-undang dan dekri yang dikeluarkan oleh Morsi adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.
Morsi dipilih pengundi sebagai presiden pada pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu. - Agensi
| TurkStat: Kadar kemiskinan Turki terus menurun Posted: 06 Dec 2012 06:30 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - Bilangan warga Turki yang berpendapatan kurang daripada $2.15 sehari jatuh pada tahun 2011 untuk mencatat paras rendah yang baharu, menurut satu kajian oleh Institut Statistik Turki (TurkStat) yang diumumkan Jumaat lalu.
Angka kemiskinan bagi tahun 2011 menunjukkan penurunan yang dramatik berbanding satu dekad yang lalu. Pada tahun 2002,
individu yang berpendapatan kurang daripada $2.15 sehari adalah sebanyak 3.04% 2002, dan mereka yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari adalah sebanyak 30.3%. Berdasarkan garis kemiskinan $2.15 sehari dan kadar Kuasa Beli Semasa (CPP), sebanyak 0.21% adalah golongan miskin tegar pada tahun 2010, manakala hanya seramai 0.14% adalah golongan miskin tegar pada tahun 2011.Bilangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari jatuh dari 3.66% pada tahun 2010 kepada 2.79% tahun lepas.
Laporan TurkStat juga mendedahkan jurang pendapatan yang berpanjangan antara kawasan bandar dan luar bandar, dengan peratusan penduduk bandar yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari pada tahun 2011 adalah sebanyak 0.94% berbanding 6.83% di kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, sebanyak 4% berpendapatan kurang daripada$4.30 sehari di kawasan bandar, dan 38.82% di di kawasan luar bandar.
Pada tahun 2011, penduduk yang berpendapatan kurang daripada $2.15 adalah 0.02% peratus di kawasan bandar, dan 0.94% di kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, bagi pendapatan kurang dari $2.15 sehari, sebanyak 2.37% di kawasan bandar dan sebanyak 24.62% di kawasan luar bandar.
Jurang kekayaan yang terlalu besar kekal sebagai ciri berterusan landskap ekonomi Turki di sebalik peningkatan dalam pendapatan skala rendah. Pada tahun 2008, satu kajian mendapati jurang antara golongan kaya dan miskin di Turki adalah tertinggi dalam kalangan negara-negara Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Terdapat juga perbezaan yang nyata antara keadaan ekonomi di wilayah timur dan barat Turki, dengan penduduk wiliayah Aegean dan Marmara menikmati lebih daripada dua kali ganda purata pendapatan tahunan wilayah tengah dan timur Turki.
harakah/- | Zeti: Subsidi dikurang secara berperingkat Posted: 06 Dec 2012 06:25 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
Zeti ketika menyampaikan ucapan pembukaan dalam satu forum pada hari ketiga persidangan WIEF kelapan semalam. JOHOR BAHRU – Langkah pengurangan subsidi secara berperingkat tidak akan memberi kesan inflasi kepada negara atau menyebabkan pengguna menanggung beban kenaikan harga tinggi. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi ketika ini, Malaysia mempunyai ruang mengurangkan subsidi secara berperingkat agar industri dan pengguna bersedia menghadapi perubahan yang berlaku. "Malaysia mempunyai prospeks untuk menyelaraskan subsidi secara beransur-ansur supaya industri dan pengguna sedar dan dapat menyesuaikan diri dengan tindakan yang diambil. "Tempoh pelaksanaan subsidi secara berperingkat ini, memberikan lebih ruang kepada peniaga mencari penyelesaian mengurangkan perbelanjaan agar peningkatan kos tidak diletakkan sebagai beban. "Peniaga boleh menguruskan perkara ini dengan lebih cekap dengan meningkatkan produktiviti mereka dan keadaan ini boleh mengurangkan peningkatan harga kepada pengguna," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaan forum bertajuk 'Perbankan Kewangan Islam: Dari Kerangka Perundangan kepada Nilai Ekonomi sempena hari ketiga World Islamic Economic Forum (WIEF) Kelapan, semalam. Selain itu katanya, walaupun Malaysia semakin rancak menerima pelaburan dari sektor swasta namun pada masa sama pasaran sukuk (bon Islam) berjaya mengukuhkan kedudukannya dan mencatat perkembangan memberangsangkan. Sementara itu, di dalam ucapan pembukaannya, Zeti memberitahu pasaran sukuk semakin berkembang di peringkat antarabangsa dan berjaya menumpulkan pasaran dari lebih 20 negara serta terdapat trend untuk menerbitkannya dalam pelbagai mata wang. "Dimensi pasaran antarabangsa sukuk berkembang pesat dan menyaksikan penyertaan pelabur dari seluruh benua serta menjadi asas kepada pertumbuhan kewangan Islamik. "Sukuk menyediakan pembiayaan yang kompetitif dan saluran yang lebih meluas kepada pelabur bagi kedua-dua sistem kewangan Islamik dan konvensional," katanya.
sinar/- | Nasrudin cadang Najib dan Khairy isytihar harta Posted: 06 Dec 2012 06:22 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu usaha untuk memulihkan persepsi rasuah negara. "Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri dan para menteri yang melaungkan politik baru pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) supaya mengisytiharkanharta masing-masing. Tidak lupa juga kepada rakan sejawat saya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nasrudin berkata sedemikian setelah Malaysia mencatatkan markah 'gagal peperiksaan' 49/100 di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) 2012 yang baru diterbitkan. "Indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan, Malaysia naik 6 anak tangga ke tangga 54 daripada 183 negara. Walaupun saya agak gembira dengan peningkatan ini, kegembiraan itu terbantut apabila melihat markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah. "Kalau dinisbah kepada pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan 49/100 belumpun mampu meraih markah C," kata beliau. Nasrudin berkata markah 49/100 yang diperolehi menunjukkan bahawa rata-rata rakyat berpandangan bahawa rasuah masih membelenggu sektor awam negara ini. "Maknanya rakyat masih cenderung berpandangan bahawa kebarangkalian berlakunya rasuah yang melibatkan jentera pentadbiran adalah tinggi. Pendapat ini sememangnya bukan semata-mata persepsi atau ilusi, sebaliknya urus tadbir negara khususnya berkait dana awam sememangnya sangat membimbangkan," kata beliau. Perkara itu, kata beliau, jelas berlaku dengan laporan audit saban tahun yang mendedahkan berbilion ringgit akibat ketirisan daripada pelbagai projek kerajaan. Nasrudin juga menyatakan sokongannya kepada cadangan TI-M untuk memperkenalkan akta ketelusan maklumat bagi menjamin ketelusan dalam tadbir urus negara. Katanya, akta itu bakal membolehkan rakyat tahu dan semak dokumen-dokumen berkaitan supaya sebarang ketirisan dan penyelewengan duit rakyat tidak boleh diklasifikasikan 'rahsia kerajaan'. Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah terbaru ini. Kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak dalam kes-kes seperti skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dakwaan Bruno Manser Fund (BMF) Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, pendedahan Deepak Jaikishan, PKFZ, ketirisan yang dilaporkan laporan audit dan sebagainya menyebabkan pencapaian Malaysia tidak perlu disorok. "Dengan pelbagai kesilapan besar dan kelemahan di dalam usaha dan inisiatif membanteras rasuah, Malaysia tidak boleh berasa selesa walau sedikit dengan kemajuan di dalam kedudukan CPI negara," tegasnya. harakah/-
| Kali kedua jumpa bayi Posted: 06 Dec 2012 06:21 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
AMPANG JAYA: "Ini bukan kejadian pertama sebaliknya berlaku kali kedua seingat saya dalam tempoh empat ke lima tahun," kata Siti Hatijah Samah, 44, ketika diminta mengulas mengenai penemuan bayi perempuan yang ditemui baru dilahirkan di halaman rumahnya di Kampung Pandan Dalam, di sini, kira-kira jam 5 pagi, semalam.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi ibunya, Fatimah Bee Ahmad Khan, 70, yang menemui bayi perempuan terbabit. "Sebaik dimaklumkan, saya segera pulang ke rumah sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan," katanya yang memberitahu ketika malam kejadian, dia bermalam di sebuah lagi rumahnya di Sungai Besi.
Fatimah Bee berkata, dia yang bangun untuk bersiap-siap sementara menunggu masuk waktu solat Subuh tiba-tiba terdengar tangisan bayi yang kuat. "Saya kemudian memanggil Tohi Taib, 50, yang menyewa di rumahnya itu untuk keluar bagi melakukan pemeriksaan," katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas dimaklumkan Tohi bahawa dia menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat, dia mengarahkan supaya bayi malang itu dibawa masuk ke dalam rumah.
"Saya bimbang jika dibiarkan di halaman rumah, bayi terbabit akan mati kesejukan," katanya. Katanya, ketika bayi itu ditemui, dia dibalut dengan kain batik yang dipenuhi darah.
"Malah, laman rumah saya juga dipenuhi darah menyebabkan yakin wanita terbabit melahirkan bayi di kawasan berkenaan," katanya. Fatimah Bee berkata, dia kemudian menghubungi anak perempuannya, Siti Hatijah dan memintanya supaya pulang segera.
"Kira-kira 20 minit kemudian, Siti Hatijah tiba di rumah sebelum dia menelefon pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan," katanya.
Katanya, sepasukan polis bersama ambulans tiba di rumahnya kurang 10 minit kemudian sebelum membawa bayi berkenaan ke hospital berhampiran.
Ditanya mengenai keadaan bayi terbabit, Fatimah Bee dan Siti Hatijah berkata, bayi itu berada dalam keadaan sihat.
"Kulitnya (bayi) cerah dan comel...jika boleh diambil sebagai anak angkat, kami sekeluarga sanggup berbuat demikian," katanya.
Wartawan yang bertanya mengenai tindakan pihak berkuasa yang tiba di rumahnya itu, Fatimah Bee berkata, polis memeriksa halaman rumah dan mengambil kain batik yang digunakan untuk membalut bayi itu.
"Malah, ada polis juga mengambil keterangan saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
metro/-
| Racun tikus punca penternak rugi Posted: 06 Dec 2012 05:57 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
Ahmad menunjukkan laporan polis dan gambar kambingnya yang mati akibat termakan racun tikus. KUALA PILAH – Seorang penternak kambing berputih mata apabila 30 ekor ternakannya ditemui mati dipercayai akibat termakan racun tikus di Kampung Temeris, baru-baru ini.
Ahmad Md Dauh, 45, berkata, akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM12,000. Menurutnya, kejadian itu bermula 13 Ogos lalu, di mana tiga ekor kambingnya ditemui mati di kawasan ladang sawit berhadapan rumahnya. "Keesokan harinya saya mendapati enam ekor kambing yang berada di dalam kandang juga mati. "Sejak saya menjadi penternak 10 tahun lalu, inilah kali pertama kambing saya mati secara tiba-tiba," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, akibat tidak rasa puas hati dengan kejadian itu, dia cuba menyiasat puncanya. "Ketika saya kembali ke tempat kambing yang mati ditemui, saya menemui racun tikus yang ditabur di atas tanah dan setahu saya, racun tikus hanya ditabur di pelepah pokok kelapa sawit bukannya atas tanah," katanya. Menurutnya, selepas itu, dia membuat pemeriksaan di Jabatan Veterinar Kuala Pilah dan pihak terbabit turut menyatakan kambingnya mati kerana racun tikus berdasarkan kepada sampel yang diperoleh dari perut kambing berkenaan.
Berikutan kejadian itu, dia membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Melang.
sinar/-
| Umno tidak bermoral, pemimpin pula rendah akhlak Posted: 06 Dec 2012 05:55 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - Apa yang sedang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hasan akhir-akhir ini merupakan 'consequence' yang amat buruk hasil daripada pencerobohan pihak 'executive' terhadap badan-badan bebas seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta 'Badan Legislative' yang mula dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir dan Dr Mahathir itu sendiri. Walaupun ramai yang menentang tindakan Dr Mahathir mencemari badan-badan bebas negara semasa itu, tetapi mereka ini tidak dipedulikan kerana ketamakan kuasa dan tidak mahu tunduk kepada sistem demokrasi negara. Pihak kerajaan pimpinan Mahathir semasa itu amat jelas tidak berakhlak dengan memecat Ketua Hakim Negara dan empat Hakim Mahkamah Agung semasa itu. Dr Mahathir telah menekan Badan Kehakiman khususnya terhadap Tun Salleh Abas semasa Mahkamah Agung bersedia untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO (asal) untuk menghidupkan UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir. Kalau dikaji dari mana sudut penghakiman sekali pun, UMNO asal akan hidup, dan inilah yang tidak digemari oleh Dr Mahathir. Mahathir mahukan UMNO asal itu mati terus dan tidak mahu melaksanakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan untuk diadakan sekali lagi pemilihan UMNO. Pemilihan sebelumnya itu tidak sah kerana wujudnya beberapa orang yang tidak layak mengundi dan menjadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung 1987. Dr Mahathir tidak mahu pemilihan itu diadakan sekali lagi kerana takut dengan keputusan pemilihan yang demokratik dalam UMNO semasa itu. Dr Mahathir terpaksa menggunakan peguam, Sri Ram, untuk mengharamkan UMNO di Mahkamah Tinggi kerana Dr Mahathir mahu UMNO terus mati dan beliau terus menjadi Perdana Menteri walaupun jawatan yang beliau pegang itu sudah tidak lagi 'legitimate'. Untuk memenuhi kehendak dan nafsu beliau itu cara yang terbaik ialah dengan mengharamkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti baru yang diberi nama UMNO (baru). Badan Executive pimpinan Mahathir telah menceroboh badan kehakiman dengan meminta Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas untuk duduk membuat penghakiman dengan hanya tiga Hakim Mahkamah Agung. Mahathir mahukan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara bersama dua orang Hakim yang Mahathir boleh pengaruhi duduk untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO yang telah terbatal pendaftarannya itu. Tun Salleh tetap dengan pendirian untuk semua kesembilan hakim-hakim Mahkamah Agung untuk duduk bersama menghakimkan tuntutan itu kerana isu ini merupakan isu yang amat besar bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Tetapi Dr Mahathir tidak gemar dengan tindakan Ketua Hakim Negara itu kerana Mahathir begitu 'desperate' untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang beliau pegang itu. Dr Mahathir mahu semua pihak tunduk kepada beliau kerana beliau begitu terdesak dan akan kehilangan kerusi PM itu jika demokrasi terlaksana secara telus. Dr Mahathir sudah hilang pertimbangan dan tidak mahu lagi institusi demokrasi menghalang niat beliau untuk berkuasa mengikut kehendak hati beliau. Beliau secara peribadi telah memanggil Tun Salleh Abas dan bertanyakan samada Ketua Hakim itu mahu bersara. Tun Salleh tidak berganjak kerana Hakim-Hakim mempunyai umur persaraan dalam usia 65 tahun sedangkan beliau semasa itu baru berumur 59 tahun. Tun Salleh memberitahu yang beliau mengetuai Badan Kehakiman yang bebas dari campur tangan 'Executive' termasuk Perdana Menteri. Sesungguhnya Tun Salleh akan hanya boleh berhentikan jika 'brother judges' melakukannya. Cara kedua untuk memberhentikan Ketua Hakim ialah dengan menubuhkan tribunal yang di titahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal untuk membicara Tun Salleh ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dengan tergesa-gesa dan lucunya cara penubuhannya tetap menjadi ingatan kepada semua yang mengikuti isu itu dengan cara yang lebih dekat. Tribunal itu telah ditubuhkan dalam satu hari dan dengan pantas. Nasihat PM kepada Tuanku Agong dibuat pada 1hb Mei 1988 dan persetujuan YDP Agong juga didapati pada 1hb Mei. Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi Sri Lanka dan Singapura dibuat pada 1hb Mei dan jawapan persetujuan mereka pun pada hari yang sama. Yang lebih lucu dan menyedihkan 1hb Mei itu adalah hari buruh dan cuti umum dan hari minggu pula. Semuanya ini adalah tindakan 'desperate' pimpinan semasa itu untuk bergayut kepada kuasa yang hampir terlepas itu. Insiden ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana pada saat itulah bermulanya Badan Kehakiman dicerobohi dan ditakluk oleh pihak 'executive' yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammad. Dari saat itulah semua badan-badan bebas demokrasi dikuasai oleh Perdana Menteri dan semua sistem demokrasi terkubur dan tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul. Dari saat itu jugalah badan kepolisian negara tercemar serta badan perundangan seperti Jabatan Peguam Negara tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul. Apabila sesuatu badan bebas yang mempunyai tanggungjawab terhadap negara sudah tidak bebas lagi, maka politik sahajalah yang menentukan segala-galanya. Kecacatan sistem demokrasi kita ini telah rosak sehingga ke hari ini dan tidak mungkin boleh diperbetulkan oleh parti atau kepimpinan kerajaan yang telah mencemarinya iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan Tan Sri Musa Hasan itu adalah sebahagian yang sangat kecil dari apa yang sebenarnya dilakukan oleh pimpinan kerajaan yang tidak henti-henti mencemari tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara misalnya. Segala tindakan 'professional' telah diambil alih oleh tindakan politik di mana-mana dan jika pimpinan politik itu gila, ia bermakna kita dipimpin oleh orang-orang gila. Hasil daripada pencerobohan inilah yang telah menjadikan segala-galanya tidak betul lagi termasuk politik yang kini menjadi aktiviti ganas yang dilakukan oleh penyokong pihak kerajaan yang sudah dibenci rakyat dan akan ditumbangkan oleh rakyat juga dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jika kita pertimbangkan secara halus kita sudah boleh membuat pertimbangan yang 'conclusive' Dr Mahathir bukanlah seorang PM yang 'legitimate' dan tidak bermoral. Mengekalkan Dr Mahathir semasa itu amat mahal harganya sehinggakan semua sistem demokrasi kita telah punah ranah. Keadaan ini lebih teruk lagi kerana pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir telah terikut-ikut dengan budaya dan sistem Mahathir dalam mentadbir negara. Mereka yang mewarisi Dr Mahathir telah melakukan perkara yang lebih teruk lagi kerana sistem Mahathir itu telah menjadi ikutan pimpinan yang mengambilalih darinya (Mahathir). Pendeknya memang tepat kata-kata perbidalan, "jika bapa kencing berdiri anak-anak pula kencing berlari." Mahathir yang kencing berdiri, Pak Lah dan Najib juga kencing berlari. Jika Muhyiddin mengambil alih Najib sekarang seperti yang dihajati Dr Mahathir mungkin Muhyiddin akan kencing sambil menonggeng. Kenyataan Musa Hasan wajar didengar dengan baik kerana beliau mempunyai hak untuk membela diri dari tohmahan pimpinan UMNO terhadap beliau sedangkan apa yang berlaku semasa beliau dalam perkhidmatan sehingga hari ini ialah UMNO dan pimpinnya sendiri. Musa Hasan wajar membuat kenyataan-kenyataan dari masa ke semasa dengan membongkar segala apa yang berlaku dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kenyataan Musa itu nanti akan menjadi kenyataan yang membantu usaha ramai untuk mengetahui segala-gala yang berlaku di belakang tabir dan ia akan ditambah pula dengan kenyataan Deepak yang akhir-akhir ini telah membongkar isu Altantuya dan lain-lain yang berkaitan dan yang menghangatkan itu. Pendeknya, tidak ada lagi yang betul dalam UMNO dan BN sekarang ini. Jika mereka benar, masakan apa yang kita lihat dan dengar itu boleh berlaku di hadapan mata dan kepala kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
| Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan Posted: 06 Dec 2012 05:29 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan. Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam. Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian. "Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng. "Sikap membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun perjanjian sudah ada, hanya samseng sahaja yang sanggup mengkhianati perjanjian," kata beliau. Katanya, politik samseng sebenarnya telah wujud sejak lama dan bukannya dalam senario politik sekarang. Beliau merujuk kepada peringkat awal Kelantan diambil alih pemerintahan oleh PAS, segala hak dan peruntukan dianaktirikan. "Lagi satu kita lihat di Terengganu bila PAS menang pilihanraya perkara pertama dilakukan adalah mansuhkan tol, adakah itu samseng. "Tetapi tidak kepada kerajaan Umno Barisan Nasional apabila mereka menarik balik pemberian royalti dan menukarkan kepada wang ehsan, ini adalah contoh samseng yang diamalkan apabila menafikan hak dan sanggup melanggar perjanjian," sambung beliau lagi. Beliau menambah, pengalaman Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri dan paling lama di Kelantan akan memberi jaminan bahawa apabila Putrajaya diambil alih nanti, pentadbiran akan menjadi lebih baik. "Saya rasa reformasi yang kita ingin buat akan dapat dilakukan dengan lebih baik. "Pengalaman yang kita ada dan rakyat telah melihat akan terus memberi keyakinan kepada Pakatan untuk membawa perubahan dalam lanskap politik demokrasi negara," jelas beliau.
harakah/- | Warak bekalan jihad Posted: 06 Dec 2012 05:27 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
BERANI MATI....anggota Komando Qassam. GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.
Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam. Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.
metro/- | Politik Samseng Petanda Jelas UMNO/BN Sedang Menuju Kemusnahan (KO)! Posted: 06 Dec 2012 05:27 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
Politik ganas, salah siapa?
PETALING JAYA: Insiden 'berdarah' di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu.
Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban.
Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu.
Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik.
Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik.
Pembunuhan speaker dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik.
Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998.
Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa.
Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka.
Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu.
Mengapa perkara ini berlaku?
Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat.
Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik.
'Kebangkitan Arab'
"Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab," tambah beliau.
Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu.
Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus.
Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.
Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya.
"Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya.
"Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya," kata beliau lagi.
Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah.
Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.
kelab greenboc/- | Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut Posted: 06 Dec 2012 05:00 PM PST 23 Muharram 1433H. [MOD] -
JOHANNESBURG 7 Dis. - Sebanyak 11 anggota tentera Afrika Selatan terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara yang dinaiki terhempas di sebuah kawasan pergunungan, timur negara ini, semalam.
Dalam satu kenyataan, Tentera Udara berkata, seramai enam krew dan lima penumpang yang merupakan pegawai tentera menaiki pesawat jenis C-47 Dakota dan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.
Bangkai pesawat terbabit ditemui di kawasan pergunungan Drakensberg selepas sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menangguhkan operasi akibat cuaca buruk. - AFP
| |
Peghelih La... Posted: 06 Dec 2012 11:20 PM PST PRU-13: Jangan buat kecoh... Posted: 06 Dec 2012 02:53 AM PST KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis,Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) meminta semua parti politik memasuki pilihanraya umum (PRU) ke 13 akan datang dengan a hlak yang baik dan menjaga keharmonian. Berucap membahaskan Bajet 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 5 Disember lalu, Ustaz Hashim menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam PRU ke-13 nanti agar menumpukan kepada kerja masing-masing dan tidak berbuat sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang dan Islam. PRU ke 134 sudah tak lama lagi dan saya kira ini mungkin sidang DUN yang terakhir bagi kita. Tak tahulah dalam dewan ini siapa yang akan ada lagi pada sesi akan datang. "Tapi kita dengar dari pimpinan BN ada yang menyebut 'kita akan buat apa saja untuk menang". Jagalah keharmonian semasa PRU nanti dan jangan ada pimpinan yang jadi batu api untuk memberi arahan supaya tercetus perkara-perkara yang tidak baik nanti," katanya | Pj Perlis tepis sangkaan buruk Exco Agama Posted: 06 Dec 2012 02:50 AM PST KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis,Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)menangkis tanggapan Exco Agama, Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) bahawa terdapat sebuah parti politik di negeri Perlis yang menjalinkan hubungan dengan sebuah negara yang menyokong Israel dalam satu pertemuan yang diadakan Mei lalu. Menurut Ustaz Hashim, PAS Perlis memang membuat perjumpaan dengan seorang menteri dari Singapura yang datang ke Kompleks PAS Perlis dan kehadiran itu adalah di atas permintaan pihak mereka sendiri. "Menteri tersebut bukan sekadar hadir berjumap dengan PAS malah berjumpa dengan Menteri Besar Perlis. Mereka datang untuk berkenalan dengan kami dan pihak PAS sendiri dalam perumpaan itu ada mengemukakan beberapa persoalan untuk mengambil pengalaman pentadbiran di Singapura. "Antara lainnya kita bertanya bagaimana Singapura dapat membanteras rasuah,"jelas beliau ketika mencelah penggulungan oleh Jafperi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini. Ustaz Hashim juga menjelaskan bahawa bukan hanya Singapura, malah banyak lagi keduataan asing yang hadir bertemu PAS perlis termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Peranchis. | RINGKAS DARI SIDANG DUN PERLIS Posted: 06 Dec 2012 02:39 AM PST IPTIPS bakal dirombak Sidang DUN Perlis diberitahu oleh Exco Agama, Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) bahawa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) bakal dirombak pegurusannya bermula dari jawatan teringgi. Menggulung perbahasan bajet 2013, Jafperi berkata untuk tuuan penambahbaikan IPTIPs, pihak kerajaan telah menubuhkan tiga jawatankuasa. Dalam Sidang DUN Perlis kali ini, isu IPTIPs terud dibangkitkan oleh ahli dewan. Perlis tak mampu saingi negeri Pakatan Rakyat Khairy Hasan (BN-Mata Ayer) mengakui kerajaan Perlis tidak mampu untuk bersaing dengan negeri lain termasuk negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi menarik pelaburan asing dan perlu dibantu oleh kerajaan pusat. Katanya, untuk membawa pelaburan asing, Perlis tidak mampu untuk bersaing dengan kawasan seperti di Kulim (Kedah) dan Shah Alam (Selangor) serta Pasir Gudang (Johor). Tegur Exco Agama Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) menegur Exco Agama, Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) yang cuba mengaitkan PAS mengikut telunjuk parti-part lain di dalam Pakatan Rakyat. Jafperi dalam ucapan penggulungan perbahasan bajet cuba membangkitkan isu-isu yang sudah diselesaikan di dalam Pakatan Rakyat termasuk isi sensitif berkaitan agama Islam seperti masalah azan. "Saya tak tahu apa jenis Exco yang bercakap macam ni. Cuba Yang Berhormat pergi ke Selangor, adakah azan tidak boleh berkumandang," tanya Rus'sele.
Kualiti bekalan air masih teruk Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata kualiti bekalan air yang diterima di Perlis masih lagi belum memuaskan dan meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera. "Saya pun hairan air yang kita dapat seminggu jernih kemudian merah balik, sebulan jernih kemudian merah balik. Kita nak berbangga dengan orang Kelantan pun tak boleh kalau macam ni,"katanya.
Belanjakan bajet SUKMA dengan sebaiknya Dalam ucapannya membahaskan bajet 2013, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) meminta kerajaan supaya menggunakan peruntukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2104 di perlis dengan sebaiknya. "Bajet untuk Sukma tu saya lihat banyak sangat, cukup belanja untuk setahun negeri Perlis. Biarlah angka yang dibelanjakan itu mendapat keberkatan dan hasil yang munasabah," katanya. Tunggakan hasil air RM21.8 juta Sidang DUN Perlis diberitahu bahawa jumlah tunggakan hasil air yang belum dapat dikutip sehingga September 2012 adalah berjumlah RM21.773 juta merangkumi akaun yang masih aktif sebanyak RM16.18 juta dan RM5.6 juta akaun tidak aktif. Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu ketika menjawab soalan lisan Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat). Rakyat sudah cerdik Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata bahawa rakyat sekarang hatta golongan tua sekalipun sudah cerdik dan mengetahui bahawa setiap pemberian oleh kerajaan adalah hak mereka. Bangun mencelah ucapan Dato' Seri Sahidan Kassim (BN-Tambun Tulang), beliau berkata zaman sekarang sudah berbeza berbanding zaman dahlu di mana tahap pemikiran dan pandangan rakyat jugaberubah mengikut zaman. "Apakah Yang Berhormat sedar bahawa sekarang ini sudah masuk tahun 2012 dan bukannya seperti tahun 1960-an dulu. Mentaliti rakyat sekarang pun sudah berbeza berbanding dulu.Macam wakil Mata Ayer sebut PAS hanya bagi beras sekampit berbanding dengan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan dan sebaginya tadi, rakyat sudah tahu membezakannya. Kalau PAS bagi tentunya dari sumbangan orang dan bial BN bagi itu dari kerajaan dan itu hak mereka," jelasnya.
| Murid Sekolah Agama dapat buku teks dimakan anai-anai Posted: 06 Dec 2012 02:16 AM PST KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis semalam dikejutkan dengan pendedahan oleh Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) yang menunjukkan buku teks yang diedarkan kepada murid Sekolah Rendah Islam yang begitu usang.
Berucap membahaskan Bajet 2013, Rus'sele menyelar pihak kerajaan yang tidak memberikan penekanan tentang aspek pendidikan dan pembangunan insan dalam pembentangan bajet tersebut.
Beliau mendedahkan bahawa terdapat sebuah Sekolah Rendah Islam di mana buku teks yang dibekalkan kepada pelajar sudah terlalu usang dan ada pula yang telah dimakan anai-anai. "Bajet kali ini sekali lagi tidak menyentuhpun tentang peruntukan untuk pendidikan khususnya berkaitan Sekolah Agama Rakyat. Apa yang kita buat sekarang adalah untuk generasi akan datang. Kita kena didik anak-anak untuk menjadi orang yang cerdik dan bertakwa, barulah selamat dunia dan akhirat.
"Dalam Pesidangan Agung Umno baru-baru ini, cakap hebat nak bela Melayu, nak bela Islam, tapi macam inikah yang kata nak bela nasib rakyat. Bagi buku teks pun sampai murid-murid nak tengok pun tak lalu,"jelasnya. | Bajet "copy and paste" Posted: 06 Dec 2012 02:12 AM PST KANGAR - PAS Perlis melihat bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu baru-baru ini sebagai bajet "copy and paste" kerana tiada pembaharuan yang dibawa dalam pembentangan tersebut.
Malah sekali lagi bajet yang dibentangkan pada tahun ini mengenepikan aspek pendidikan dan kerohanian.
Keseluruhan bajet yang dicadangkan untuk tahun 2013 adalah sebanyak RM253 juta yang merangkumi RM181.65 juta perbelanjaan mengurus dan RM72.14 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus pada kali ini meningkat berbanding RM181.24 juta pada tahun lalu dan perbelanjaan pembangunan pula meningkat dari RM55 juta pada tahun lalu.
Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2013 ialah sebanyak RM76.12 juta menyebabkan kerajaan negeri bakal menanggung defisit sebanyak RM105 juta.
Menyentuh bajet 2013, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata bajet tersebut hanya menyentuh aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek pembangunan insan.
"Secara keseluruhannya bajet yang dibentangkan adalah baik kerana memberikan penumpuan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat, tapi sayangnya aspek kerohanian atau pembangunan insan langsung tidak disentuh.
"Kerajaan tidak sepatutnya berbangga kerana berjaya mengurangkan defisit sebanyak RM2 juta berbanding tahun lalu kerana angkanya tetap tinggi dan kerajaan sepatutnya memberikan penumpuan kepada mencari idea-idea baru bagi peningkatan hasil," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) pula berkata bajet kali ini tidak banyak beza daripada tahun-tahun sebelum ini.
Menurutnya, bajet yang dibentangkan itu nampak seperti salinan daripada tahun lalu kerana banyak menyebut perkara-perkara yang telah atau sedang dilaksanakan.
"Umpamanya disebut tentang pelaburan asing yang masuk sedangkan syarikat berkenaan telahpun beroperasi. Kerajaan juga masih banyak menyentuh perkara-perkara yang dibentangkan dalam bajet pusat oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Tak nampak pun ada banyak perkara yang baru. Program BR1M 2.0 pun masuk sebagai program negeri sedangkan benda tu dari pusat,"jelasnya.
Menyentuh pembentangan bajet ini juga, Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (kiri) berkata bajet tersebut tidak mesra rakyat dan gagal dibentangkan secara menyeluruh.
"Mana ada penumpuan kepada pembangunan modal insan seperti pendidikan, program dakwah dan pembasmian gejala sosial? Bajet juga tidak memberikan penumpuan khusus kepada projek pembangunan terus kepada rakyat dibawah.
"Walaupun diuar-uarkan tentang Perlis Maju 2015, bajet ini juga tidak memberikan fokus khusus ke arah itu,"katanya. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 06 Dec 2012 09:41 PM PST Kaki tertusuk besi konkrit ketika mandi di pantai Port Dickson Posted: 06 Dec 2012 07:47 PM PST
7 Dis 2012 , TELOK KEMANG – Percutian seorang pemuda di Pantai Telok Kemang, di sini bertukar tragedi apabila kakinya tercucuk besi konkrit ketika mandi, dipercayai sisa bahan binaan longkang di sekitar kawasan pantai berkenaan, petang kelmarin.
Difahamkan akibat kejadian itu, mangsa, Nur Khamisi Ahmad, 26, yang datang dari Muar, Johor itu, cedera di bahagian tumit kanan dan dibawa ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Port Dickson oleh anggota penyelamat.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Port Dickson, Omar Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.28 petang.
Menurutnya, mangsa ditemui sepasukan anggota JPAM yang ketika itu sedang melakukan rondaan di Pantai Telok Kemang.
"Bantuan segera dilakukan. Bagaimanapun berlaku sedikit kekangan untuk menyelamat kerana kejadian itu berlaku dalam air dengan kedalaman hampir ke paras pinggang iaitu kira-kira 30 meter daripada kawasan darat," katanya.
Omar berkata, selain JPAM, anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang turut bergegas ke lokasi.
"Anggota penyelamat turut menyelam bagi mengenal pasti sejauh mana kecederaan yang dialami mangsa dan beberapa usaha dilakukan untuk memotong besi tersebut, namun menemui kegagalan.
"Akhirnya anggota penyelamat terpaksa menarik kaki mangsa memandangkan mangsa tidak boleh dibiarkan terlalu lama dalam air kerana cedera," katanya.
Beliau berkata, pasukan penyelamat mengambil masa hanya beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Katanya, sepanjang tahun ini, ini adalah kejadian kali pertama membabitkan kecederaan terkena besi konkrit berkenaan.
"Sebelum ini, JPAM sering menerima aduan kecemasan berikutan kecederaan ringan pengunjung yang terkena mata kail pemancing, kayu, serpihan kaca dan sampah," katanya.
| REPOT POLIS Posted: 06 Dec 2012 03:08 PM PST | Pembetung kecil punca banjir Posted: 06 Dec 2012 12:32 AM PST
6 Disember 2012
KUALA PILAH – Penduduk Kampung Kepis Hulu mendakwa banjir yang berlaku Isnin lalu di kawasan itu adalah disebabkan pembetung yang dibina kecil.
Kejadian yang disifatkan paling buruk itu menyebabkan perkakas rumah rosak dan ia bukan kali pertama berlaku dalam tahun ini.
Penduduk, Hindun Dahalan, 63, berkata, dalam tahun ini sahaja sudah empat kali banjir berlaku iaitu pada Oktober, November sebanyak dua kali dan Disember.
"Makcik sudah tidak larat lagi untuk berdepan dengan masalah banjir ini kerana banyak barang rosak termasuk makanan.
"Air naik pada jam 5 petang Isnin lalu hingga paras leher, mujur ada rumah tingkat atas dan anak serta suami berlindung di situ. Suami makcik menghidap strok dan menghadapi kesukaran untuk dibawa ke tingkat atas," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, meskipun longkang di depan rumah sudah dibina tetapi banjir masih berlaku disebabkan pembetung masih tidak ditukar kepada saiz besar.
"Kejadian kali ini paling teruk dan kami tidak menyangka air baik begitu cepat.
"Pertembungan air hujan dan sungai Kampung Air Besar menyebabkan kawasan di sini dilanda banjir lumpur. Air naik sehingga ke jalan raya seperti lautan," katanya.
Sementara itu, Zainab Saat, 61, melahirkan rasa kecewa kerana sepanjang tinggal di rumah pusaka itu belum pernah dia berdepan masalah banjir namun pada November dan Disember tahun ini, ia menjadi sejarah dalam hidupnya.
"Sebelum ini kawasan berkenaan pernah dinaiki air pada November 2012, tetapi tidak seteruk ini.
"Mujur ada anak dan cucu membantu membersihkan rumah ini. Makcik pun tidak larat juga mahu bersihkan seorang diri kerana suami menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.
Zainab berkata, dia berharap pihak berkaitan dapat membantu menangani masalah yang berlaku dengan menaik taraf pembetung kepada saiz besar.
"Pembetung yang dibina terlalu kecil sehingga menyukarkan kelancaran air terutama pada hujan lebat. "Disebabkan itu, sungai sedia ada tidak mampu menampung limpahan air luar biasa dan masuk ke rumah penduduk," katanya.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 06 Dec 2012 07:21 PM PST Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara Posted: 06 Dec 2012 01:10 AM PST Terima Kasih, Apabila Rakyat Bersuara, Barulah Kerajaan Bertindak Alhamdullillah, PAS Miri ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan tambahan sejumlah RM500,000 kepada Masjid At-Taqwa Miri bagi menaik taraf kemudahan serta membaik pulih masalah bumbungnya (kubah masjid) bocor yang masih membelenggu para jemaah masjid terutama sekali semasa musim hujan. Menurut Pengerusi Masjid At-Taqwa Miri, Hamzah Dadu peruntukan tersebut telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan menerusi agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksana kerja-kerja membaik pulih kerosakan yang sedia ada, seperti yang dilaporkan oleh akbar tempatan baru-baru ini. Kita berharap dengan peruntukan tersebut, kebocoran bumbung masjid Miri yang sudah lama berlaku dapat diatasi dengan segera. Kami juga ada menerima maklumat dari masjid Lutong juga mempunyai masalah yang sama, apabila musim hujan lebat ada juga berlaku kebocoran bumbung di masjid Lutong. Diharap pihak yang berkenaan boleh memohon bantuan dari kerajaan pusat melalui agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membaiki keadaan struktur masjid yang sudah berusia tersebut. Kita hanya sebagai wakil menyampaikan masalah rakyat kepada pihak pemerintah dan kepada mereka yang berkenaan agar segala masalah yang mereka hadapi dapat ditangani dan diatasi sebaik mungkin. Kita harap apa yang dilaporkan kepada agensi kerajaan mendapat perhatian serta tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan. Kami menggesa kerajaan sedia ada dan yang akan memerintah di masa depan, dapat bekerjasama dengan baik tanpa sebarang prasangka terhadap semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa rakyat, kerajaan tidak akan wujud, kemudian bertindak adil kepada semua dan kerjasama dengan pihak kerajaan adalah amat dihargai. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama serta memberi perhatian kepada masalah rakyat yang kita kemukakan selama ini. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Thank You, when the People speak out, Then the Government act Thank God, PAS Miri wish to thank the Federal Government for allocating an additional sum of RM500, 000 to the Masjid At-Taqwa Miri for upgrading and repair of the roof problems (dome of the mosque) leak, this is still shackle the mosque congregation, especially during the rainy season. According to the Chairman of the At-Taqwa Mosque, Miri, Hamzah Dadu provision was channelled by the federal government and its agency, the Public Works Department (PWD) for implementing repair works of the existing damage, as reported by a local newspaper recently. We hope that with this provision, the Miri mosque roof leaks that have been long occurred can be resolved immediately. We also received information from Lutong mosques also have the same problem, when heavy downpour season there is also a leak in the roof of the Lutong mosque. It is hoped that the relevant authorities may request assistance from the federal government through its agency, the Public Works Department (PWD) to improve the condition of the structure of the old mosque. We only act as representatives of the people delivering problems to the government and to those concerned so that all the problems they face to be adequately addressed. We hope what was reported to government agencies get the attention and appropriate actions from the parties concerned. We urge the present government and who will rule in the future, be able to work together well without any prejudice against all the people regardless of race, religion and political affiliation for the welfare and prosperity of the people. Without the people, the government would not exist, then act fair to all and cooperation with the government is very much appreciated. Thank you also to all those involved as give a full cooperation and pay attention to the problems of the people that we has been submitted all this while. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 06 Dec 2012 11:48 AM PST Posted: 06 Dec 2012 12:09 AM PST Umno-BN gagal urus kerajaan Terengganu | |
Posted on Tuesday, December 04 @ 23:25:19 MYT by paktam Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD dan SAZALI MOHD NOORTAHUKAH anda, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said telah pun membelanjakan hampir RM10 bilion wang rakyat dalam tempoh satu penggal pemerintahannya.
Beliau yang dikenali dengan panggilan 'Mat Said' sebenarnya bukanlah MB pilihan rakyat mahu pun kehendak wakil-wakil rakyat BN.Ini kerana, pada awal pelantikannya sebagai MB Terengganu bagi menggantikan mantannya, Dato' Seri Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan Sultan Terengganu penuh dengan kontroversi. Terengganu yang sememangnya kaya dengan hasil minyak (petroleum dan gas) boleh memperkayakan kroni-kroni pemimpin yang menerajui negeri dengan cepat dan mudah. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menempelak kerajaan Umno-BN Terengganu yang dipimpin oleh Ahmad 'menumpukan' pelbagai projek kepada sebuah syarikat yang bernama Teluk Kalong Construction Sdn Bhd. "Sebuah syarikat yang bernama Teluk Kalong Construction Sdn Bhd kepunyaan 'Ah Gu' orang kanan Ahmad Said, macam-macam projek yang dia (Ahmad Said) beri, bukan satu bukan dua… banyak. "Projek zoo di Bukit Takal RM100 juta dia beri, projek pagar elektrik nak tahan gajah (Santuari Gajah) di Tasik Kenyir RM25 juta siapa boleh? Dua orang saja yang dia beri (seorang) 'Ah Gu' seorang lagi 'Ah Yam',"jelasnya. Ini kerana, setiap tahun wang royalti yang menjadi hak rakyat dianggarkan mencecah RM2 bilion itu dibelanjakan sesuka hati dengan pelbagai projek yang kurang bermanfaat serta membazir. Jika diukur dari segi kemampuan memimpin negeri mengikut cara Umno-BN sudah tentunya Idris Jusoh lebih layak berbanding Mat Said. Namun kata pepatah Melayu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah Mat Said nampak di Sultan", maka, beliau pun dipilih oleh Tuanku Sultan Terengganu menjadi ketua kerajaan negeri Darul Iman ini. Mengikut rekod lalu, dalam tempoh tiga tahun terakhir Ahmad Said sebagai Menteri Besar telah meluluskan Belanjawan (Bajet) negeri melebihi RM6 bilion. Bahkan, setiap tahun kerajaan negeri terpaksa memohon lagi peruntukan tambahan bagi menampung keperluan bajet tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi turut melahirkan rasa kebimbangan jika kerajaan negeri berterusan menanggung defisit. "Dalam tempoh tiga tahun terakhir (2008-2011) di bawah pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said dewan telah meluluskan lebih RM6 bilion ringgit. "Saya bimbang sekiranya amalan (tambahan) ini diteruskan negeri ini akan terus menanggung bajet defisit dan bukan lagi bajet yang berimbang," tegasnya. Persoalannya, kata Dr Syed Azman apakah ia menjadi keperluan apabila pengurusan dan pembangunan yang tidak mampan serta tidak cukup untuk 'bergelar' sebagai pengurus kewangan yang baik. Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu pada tahun 2010. Laporan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) iaitu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan. Seperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri. Antara yang perlu diberikan perhatian adalah laporan penyata kewangan yang masih memberi gambaran bertapa tingginya 'perbelanjaan tahunan' kepimpinan Dato' Seri Ahmad Said, berbelanja dengan tanggunggan 'defisit' (lebihan perbelanjaan) yang masih berada di tahap yang amat tinggi. Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada tahun 2010 antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM 1,690.22 juta. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2010 di bawah akaun hasil disatukan mencatitkan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM 496.28 juta. Kerajaan negeri juga mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009. Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2010 masih lagi 'Terimaan Dana Khas' daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini hasil 'royalti minyak' yang disalurkan dalam bentuk bantuan dana khas. Defisit (kurangan) Akaun hasil yang disatukan Kerajaan Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM274,046,116.36 pada 31 Disember 2009 menjadikan jumlah defisit terkumpul pada akhir tahun tersebut berjumlah RM699,010,087.44. Pada akhir tahun 2008, Akaun Hasil kerajaan telah mencatatkan defisit sebanyak RM146,548,465.66 menjadikan jumlahnya sebanyak RM424,963,971.08 pada 31 Disember 2008. Fakta tersebut diumumkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjawab soalan yang dikemuka oleh Dr Syed Azman. Antara projek-projek yang disifatkan tidak ada keperluan diutamakan tetapi mendapat perhatian wajar oleh kerajaan Ahmad Said iaitu pembangunan Zoo Bukit Takal, di Ibok, dalam Dun Kijal, Kemaman. Menurut sumber yang boleh dipercayai sejumlah RM100 juta diperuntukan bagi membangunkan zoo tersebut 100 peratus daripada wang rakyat Terengganu. Mengikut senarai perincian bagi pembelian binatang untuk menempatkan haiwan serta binatang berkenaan adalah seperti berikut; Sebanyak RM10 juta untuk membeli beruk dan binatang, RM1 juta bagi membeli tiga ekor badak sumbu, enam ekor zirafah (RM1.6 juta), dua ekor harimau (RM128,000.00), empat ekor cheetah dengan harga (RM256,700.00), enam ekor chimpanzee (RM672,000.00), enam ekor baboon (RM153,600.00), enam ekor beruk tupai (RM128,000.00), 24 ekor flamingo pula berharga (RM230,000.00), 10 ekor burung kakak tua (RM160,000.00) serta membeli 20 ekor burung merpati dengan harga mencecah RM384,000.00. Tinjauan Harakah sebelum ini mendapati satu set gelongsong air yang berharga RM2.69 juta juga rosak meski pun baru setahun dibinanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa kerajaan Umno-BN bukan sahaja zalim terhadap rakyat tetapi gagal menguruskan negeri ini dengan baik. Katanya, kepincangan dalam mentadbir-urus negeri bukan sahaja baru berlaku di zaman pemerintahan kerajaan di bawah Mat Said tetapi kesinambungan dari legasi bekas MB Terengganu, Idris Jusoh lagi. Menurutnya, siri 'rampasan' tanah rakyat bermula sejak tahun 2005 lagi sebaik sahaja Umno-BN mengambil-alih semula kerajaan negeri ini. "Pada 23 Mac 2005, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Belimbing Api, Jabi Besut dirampas semula oleh kerajaan BN Terengganu. Selepas itu, pada 19 Mei 2005 RTB Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu. 26 Mei 2005, RTB Bujal, di Kijal Kemaman dan 26 November 2007, RTB Padang Landak, Besut juga menjadi mangsa roboh ketika era Idris Jusoh. "Pada 26 November 2008, RTB Padang Luas Bujal. Tanah Warisan Kampung Pak Bang, Kuala Terengganu dan Tanah Warisan Che Long, Kuala Terengganu 'dirampas' pada 11 Disember 2009. Tanah RTB Kubang Labi, Setiu pada 2 Ogos 2010, Tanah Kampung Paya Bunga Kuala Terengganu (2 Mac 2011), Tanah Warisan Kampung Gelugor Kuala Terengganu (1 Februari 2011) dan Tanah Warisan Kampung Banggol Donas Kuala Nerus (April 2012)," jelasnya. Selain itu, kata beliau kos pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang kos asalnya RM200 juta meningkat naik kepada RM440 juta. Menurutnya, kos pembelian 101 ekor angsa dan itik berjumlah RM223,750.00 kerana harga itik yang paling murah RM750.00 dan paling mahal RM5,600.00 seekor. Justeru, kata Ustaz Wan Sukairi yang juga Setiausaha Lajnah Penerangan PAS negeri menyifatkan pemimpin Umno-BN lebih mengutamakan rakan kroninya.
|
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan