PAS Kawasan Miri Posted: 30 Dec 2012 07:31 PM PST Jom Ke Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013 Posted: 30 Dec 2012 04:47 PM PST Program Jom Ke Sekolah Mendapat Sambutan Hangat Dari Penduduk Kpg Jagus
LAMBIR - Kpg Jagus terletak dalam DUN Lambir dan penduduknya terdiri dari berbagai kaum. Majoriti penduduknya dari kaum Iban, Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera Sarawak.
Baru-baru ini Dewan Muslimat PAS Miri mengadakan aktiviti hujung tahun dengan programs 'Jom Ke Sekolah' di Kpg Jagus dengan menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada anak murid yang akan memasuki sesi persekolahan pada tahun 2013. Seramai 50 anak murid dari berbagai kaum telah menerima sumbangan beg sekolah serta alat tulis di Kpg Jagus.
Turut hadir dalam program yang serba ringkas itu, terdiri daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Miri, YDP PAS Miri, serta ahli PAS kawasan Miri.
Sambutan dari penduduk kampung sangat mengalakkan. Ramai ibu bapa hadir bersama dengan anak-anak mereka untuk menyambut kedatangan rombongan PAS Miri. Dengan sedikit sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
Aktiviti Jom Ke Sekolah menasihatkan pelajar yang akan memasuki alam persekolahan supaya belajarlah rajin-rajin dan berazam menjadi pelajar yang terbaik dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sempena menyambut tahun baru 2013, PAS Miri ingin mengambil kesempatan ini agar tahun baru adalah tahun untuk kita bersatu menuju kearah negara yang berkebajikan dan adil untuk semua.
Semoga tahun 2013, rakyat Malaysia akan menyaksikan lebih banyak pembaharuan akan berlaku setelah sekian lama dikongkong oleh minda penjajahan yang selama ini dikawal oleh mereka yang mempunyai kepentingan.
Harapan rakyat untuk melihat refomasi dan perubahan yang total hanya akan berlaku sekiranya rakyat sendiri sanggup dan bersedia untuk berubah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka" (Surah Ar-Rad: 11)
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Let's Go to School Program Warm Responded From Kpg Jagus Population
LAMBIR - Kpg Jagus located in Lambir constituency, and the population consists of all races. Majority are from the Iban, Malay and other Sarawak Bumiputera.
Recently the Miri PAS Women (Dewan Muslimat) wing holds year end activities with the program 'Let's Go to School' in Kpg Jagus with deliver school begs contributions to the pupils who will entered the school session in 2013. A total of 50 pupils from different ethnic have received contributions of school bags and stationery in Kpg Jagus.
Also present at the brief program consists of the Miri PAS Women (Dewan Muslimat) wing chief, Miri PAS Chief and PAS members of Miri region.
The responses from the villagers are very encouraging. Many parents attend with their children to welcome PAS Miri entourage. With a little contributions is at least able to ease the burden on families that are less fortunate.
Let's Go to School Activities advised the students which will enter school so that learn hard-working and be the best student and useful to religion, race and country.
In conjunction with the New Year 2013, PAS Miri wish to take this opportunity so that the New Year is the year for us to unite heading toward the welfare state and justice for all.
Hopefully in 2013, Malaysians will see more innovation will happen after so long shackled by colonial mindset that has been controlled by those who have an interest.
The hope of the people to see the post-Reformation and total change will only happen if the people themselves are willing and ready to change.
"Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves." (Surah Ar-Rad: 11) | |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 30 Dec 2012 03:41 PM PST amanat haji abdul hadi: masih relevan? Posted: 30 Dec 2012 04:12 AM PST Jika umno tidak memanaskan isu ‘amanat Haji Abdul Hadi’ yang menjadi antara ucapan paling mewah dan berisi bagi iklim politik tanah air hampir 30 tahun lepas, sudah pasti tidak ramai lagi yang akan mengingatinya. Ia bukan isu yang mahu dibincangkan oleh anak muda hari ini. Dunia politik akan sentiasa dihangatkan oleh generasi muda yang datang [...] | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 30 Dec 2012 03:23 PM PST BERATUS AHLI UMNO BAWAH BAYU TERUS LAYU Posted: 29 Dec 2012 04:44 PM PST KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN. Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi. Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya. Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu. Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah. Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan. Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13. Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 30 Dec 2012 11:48 AM PST Beri Saya LIVE Satu Jam, Saya akan Jawab Amanat Hadi Posted: 29 Dec 2012 08:10 PM PST | Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3' Posted: 29 Dec 2012 08:09 PM PST MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu 'Amanat Haji Hadi' dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara 'live' dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut. Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu 'Amanat' yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981. "Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara 'live', bukan rakaman. "Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak 'amanat' itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu," tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas) Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa 'Amanat' pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini. Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut. "Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara 'live' pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan. "Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3," ujarnya kepada wartawan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu 'amanat' tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya. Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab 'Mustika Hadis' keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan 'amanat' tersebut. Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. | Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai PKR Posted: 29 Dec 2012 08:09 PM PST KUALA LUMPUR: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai PKR. KeadilanDaily melaporkan, Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu berucap di pusat membeli-belah Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu, malam tadi. Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin, isteri Yahya. Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu. Program anjuran Wanita PKR Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah. KeadilanDaily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan. Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13. | Pemandu teksi penggerak Pakatan ke Putrajaya Posted: 29 Dec 2012 08:08 PM PST (Para pimpinan Pakatan Rakyat di majlis himpunan pemandu teksi) PETALING JAYA: Golongan pemandu teksi seluruh negara disifatkan sebagai penggerak bagi menyampaikan mesej kesedaran kepada orang awam tentang betapa pentingnya untuk menukar pemerintahan negara dari tangan BN kepada Pakatan Rakyat. Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perhimpunan Raksasa Pemandu-Pemandu Teksi bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 27 Disember lalu di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya. | Bendera PAS di demo isu Allah: Hati-hati strategi musuh Posted: 29 Dec 2012 08:08 PM PST GEORGETOWN: Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). (Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog Umno, pisau.net) Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli. Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam. "Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan. Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya. Semalam Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man berkata, beliau tidak tahu menahu tentang demontrasi terhadap isu penggunaan Kalimah Allah yang diketuai oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohamed Hafiz Nordin berhampiran Masjid Simpang Enam kira-kira beberapa meter dengan Pusat Pentadbiran Negeri di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR). Lagipun katanya, PAS mempunyai saluran tertentu untuk bersemuka jika timbul sesuatu masalah bukan berdemo sepertimana yang dilaksanakan oleh mereka yang kononnya tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak mengambil alih pemerintahan dari BN lagi. "Apa salahnya ikut saluran jika tak puas hati dan saya sendiri menafikan bahawa PAS negeri terlibat dalam hal itu walaupun didakwa banyak bendera PAS berkibaran," katanya. | Program Anak Muda Saye Kelate Di Dun Pulai Chondong Posted: 29 Dec 2012 08:07 PM PST | Teka-teki tarikh pilihan raya, Muhyiddin persenda rakyat Posted: 29 Dec 2012 08:02 PM PST KUALA LUMPUR: Pilihan raya sebenarnya bukanlah hak milik parti pemerintah sekalipun mereka bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan kerajaan, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib. Sebaliknya, kata beliau pilihan raya adalah hak rakyat, maka menjadi tanggungjawab setiap pentadbir dan pemimpin dalam negara untuk menghormati dan menguruskan hak rakyat dengan sebaik mungkin. "Tindakan menyembunyikan tarikh pilihan raya itu sendiri sudah dianggap mencabul prinsip demokrasi, apalagi menjadikan ianya sebagai teka-teki," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Justeru, ujar beliau kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh pilihan raya dijadikan mainan dan alat untuk menggembirakan hati adalah satu kenyataan yang sangat biadap dan celupar. "Beliau seharusnya sedar bahawa penangguhan tarikh pilihan raya ini sebenarnya telah menjejaskan aktiviti tahunan rakyat Malaysia," ujarnya. Mungkin, katanya Muhyiddin terlupa bahawa ada yang sanggup menangguhkan ibadah haji, menunda tarikh kenduri, dan pelbagai aktiviti tergendala sepanjang tahun 2012 gara-gara tindakan Umno BN yang tidak demokratik kerana menyembunyikan tarikh pilihan raya. Tambahnya, seolah-olah mereka mempunyai kuasa mutlak dalam mengawal dan menentukan pilihan raya. Sehubungan itu, beliau berkata Muhyiddin seharusnya menarik balik kenyataan tersebut. Menurutnya, sekalipun Umno BN begitu takut untuk menghadapi pilihan raya kali ini tetapi dengan menjadikan tarikh pilihan raya sebagai teka-teki adalah mempersendakan rakyat. | PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar Posted: 29 Dec 2012 08:01 PM PST KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut. Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah. Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS. Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat. "Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir. Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz. Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 30 Dec 2012 09:23 AM PST |
Jasindaily Online Posted: 30 Dec 2012 09:14 AM PST Kem 4 PAS Negeri Melaka Posted: 29 Dec 2012 11:38 PM PST Assalamualaikum ..
Seramai 50 orang peserta lelaki dan perempuan telah menyertai dan menghadiri Kem 4 PAS Peringkat Negeri Melaka bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jasin di Kampung Kelubi Jasin. Kem yang julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas Kawasan Jasin dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Jasin.
Program bermula seawal jam 8.30 pg hingga jam 4.30 ptg dan perasmian program disempurnakan oleh Ustaz Mohd Faisol bin Sheikh Muhammad. Turut hadir dalam program tersebut setiausaha Dewan Ulamak PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Cikgu Azrin bin Majid. Antara yang menarik perhatian pesertta untuk kem pada kali ini ialah slot Ceramah dan LDK yang telah dikendalikan oleh 15 orang fasilitator dari pelbagai universiti sama ada dalam negara mahupun luar negara.
Program ini antara lain bertujuan untuk menanam kefahaman serta memberikan gambaran yang jelas kepada para peserta terutama anak-anak ahli Pas mengenai perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS supaya mereka tetap mewarisi perjuangan ibu bapa mereka apabila ibu dan bapa mereka telah tiada. Daripada beberapa pandangan dan komen yang diberikan oleh para perserta selepas program, pihak urusetia mendapat makluman bahawa para peserta berpuas hati dengan segala penerangan yang telah diberikan serta seronok dengan segala aktiviti yang telah dilaksanakan dan sebelum program berakhir para peserta telah berbaiah dihadapan para ibu bapa mereka menyatakan hasrat serta cita -cita mereka untuk bersama-sama mendaulatkan Islam di bumi Melaka. | Nik Aziz: 'Hadi tak pernah murtadkan sesiapa' Posted: 29 Dec 2012 06:20 PM PST Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa." Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.
"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.
"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor. "Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13./ Sinar | Beri Peluang Untuk Jelaskan Isu Posted: 29 Dec 2012 06:08 PM PST Pas Pusat berharap kerajaan akan membuka laluan bagi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan menerusi media harus perdana selepas diserang berminggu-minggu berhubung isu Amanat Haji Hadi. Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu Amanat Haji Hadi bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan ia menjadi polemik berterusan. "Pas menyokong penuh hasrat Presiden untuk memberi penjelasan isu Amanat Hadi di media perdana Pas menyokong penuh hasrat Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.
"Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden Pas untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu Amanat Hadi," kata beliau dalam satu kenyataan media.
Semalam, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. Hadi berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya. Pada masa sama, Abdul Hadi berkata beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.
Amanat itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota Pas mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu. Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut, sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akan menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi itu sekiranya dapat menjelaskan tersebut menerusi siaran televisyen. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkat, Pas melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai.
Oleh itu, tambah beliau, peluang satu jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya. "Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau. "Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama," kata beliau sambil bertanta, "kenapa Presiden Pas tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?"/Sinar | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 30 Dec 2012 03:17 AM PST Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat' Posted: 30 Dec 2012 02:57 AM PST Petikan : Malaysiakini Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno. Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan. "Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir. "Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya. Beliau turut mengakui bahawa tindakan telah dijalankan ke atas isu berkenaan sebelum ini dan mendakwa jabatan itu mempunyai bukti berhubung elemen mengkafir itu. "Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik... Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada. "Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang Umno tak boleh," katanya. MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno. Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah " putar-belit media Umno" semata-mata. "Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid. | Presiden PAS diberi peluang beri penjelasan di RTM Posted: 30 Dec 2012 02:54 AM PST Petikan : Bernama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu. "Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember. Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah. Presiden PAS itu hari ini berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan. "SKMM boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat telekomunikasi masih gagal mengatasi masalah tersebut," katanya. Minggu lepas, media melaporkan mengenai masalah talian telefon mudah alih terputus yang semakin teruk di negara ini.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM Datuk Ali Hanafiah telah memberi amaran dan berkata SKMM tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Jan depan. Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata beliau berpuas hati dengan raptai hari ini yang lancar. Beliau berkata Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada 31 Dis ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara. "Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya. Beliau berkata Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu. | Sokong Penuh Hasrat Presiden Beri Penjelasan ‘Amanat Hadi’ Di Media Perdana Posted: 30 Dec 2012 02:51 AM PST Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat : PAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung. Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu 'Amanat Hadi'. PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya. Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau. Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama. Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan? Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 29 Disember 2012 | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 30 Dec 2012 01:44 AM PST 'Banner Tahap IQ Paling Rendah'.Menyaggah Qada, Dan Qadar Posted: 29 Dec 2012 03:44 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] - http://kachipemas.blogspot.com/
'Banner Tahap IQ Paling Rendah' yang tiba-tiba muncul ketika banjir di Kelantan Darul Naim baru-baru ni. Mungkin baru timbul setelah lama tenggelam akibat 'masuk air' dalam kepala
PM Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan ..dan melihat mangsa banjir..bezanya PM melalui udara dan Tuan guru..melalui bot dan meranduk air banjir.. | Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3' Posted: 29 Dec 2012 03:41 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] - MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu 'Amanat Haji Hadi' dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara 'live' dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.
Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu 'Amanat' yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.
"Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara 'live', bukan rakaman.
"Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak 'amanat' itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu," tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa 'Amanat' pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.
Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.
"Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara 'live' pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3," ujarnya kepada wartawan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu 'amanat' tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab 'Mustika Hadis' keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan 'amanat' tersebut.
Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.
Sumber : Harakahdaily/- | Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Jepun Posted: 29 Dec 2012 03:36 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] -
TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda timur laut pesisir pantai Jepun, semalam, dan kira-kira 123 kilometer (km) di wilayah timur utara bandar Sendai.
Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa yang dicatatkan pada kedalaman 40 km pada jam 11.59 malam (waktu tempatan) tidak mengakibatkan sebarang kerosakan.
Sementara itu, awal bulan ini, gempa kuat bermagnitud 7.3 mengegarkan dasar laut di pesisir timur laut negara itu sehingga mencetuskan tsunami setinggi satu meter. - AFP | Empat maut nahas pesawat di Moscow Posted: 29 Dec 2012 03:34 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] -
MOSCOW 30 Dis. - Empat orang maut, manakala empat lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbelah kepada tiga bahagian ketika mendarat di lapangan terbang Vnukovo, di sini semalam.
Menurut Kementerian Kecemasan Rusia, kejadian itu menyebabkan pesawat Tupolev-204 berkenaan melanggar pagar sempadan lapangan terbang dan terbabas ke lebuh raya sebelum terbakar.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian juruterbang pesawat tersebut. Ketika kejadian, pesawat yang baru tiba dari Republik Czech itu hanya membawa lapan orang anak kapal. - AFP/REUTERS
| |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 30 Dec 2012 01:19 AM PST Program Ziarah Penduduk Kepala Batas Posted: 29 Dec 2012 09:13 AM PST Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas telah mengadakan program ziarah di sekitar Parlimen Kepala Batas pada 29 Dis 2012. Program ziarah tersebut turut disertai oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi. Program ziarah dari rumah ke rumah ini adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan [...] | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 29 Dec 2012 07:44 PM PST |
PAS Kawasan Miri Posted: 29 Dec 2012 07:07 PM PST Kanopi Tidak Sesuai Kerana Mudah Rosak Dan Tidak Tahan Lama Posted: 29 Dec 2012 04:41 PM PST Kanopi Tidak Begitu Selamat dan Tidak Sesuai Untuk Pasar Malam Kekal
MIRI: Pasar Malam di Pusat Komersial, Saberkas Miri sudah menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negeri. Pasar Malam Saberkas mula beroperasi seawal petang hari Khamis hingga hari Sabtu.
Setelah bertahun-tahun para penjaja memohon tapak kekal, akhirnya pihak berkuasa telah memberi tapak kekal kepada para penjaja di situ untuk berniaga. Baru-baru ini pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah memperuntukan sebanyak RM400,000 untuk membina tempat perniagaan kekal untuk para penjaja pasar malam di situ.
Walaupun pihak MBM telah memberi peruntukan sebanyak RM400,000 untuk memasang kanopi tetapi mereka tidak puas hati sebab kanopi yang dipasang itu tidak akan kekal lama dan mudah rosak apabila terkena hujan dan panas.
Persoalannya mengapa pihak MBM memasang kanopi bukan terus memasang bumbung yang kekal dan tahan lama. Kanopi hanya boleh bertahan dalam masa beberapa minggu atau bulan saja, itu pun kalau tidak berlaku ribut taufan seperti yang berlaku di Miri beberapa bulan yang lalu.
Gerai peniaga boleh terbang dan tercabut inikan pula kanopi yang belum tentu boleh bertahan ketika di tiup angin kuat. Baru-baru ini ada berlaku kanopi tumbang terkena hujan lebat belum lagi terkena ribut kata para penjaja di situ. Kalau terjadi ribut sudah pasti kawasan ini tidak selamat kepada para penjaja dan juga pengunjung di situ.
Mereka mohon agar pihak MBM perlu menukar kanopi sekarang kepada bumbung yang lebih tahan lama disamping membina tempat perniagaan yang lebih selamat dan selesa untuk para penjaja dan juga pengunjung. Kita sarankan kepada pihak MBM agar dapat membina rekabentuk pasar malam yang sesuai dengan konsep terbuka seperti pasar Tamu, dimana bumbung setinggi kanopi sekarang, dengan tiang yang lebih kukuh dan tahan lama. Ianya lebih teratur dan nampak kemas dibandingkan dengan penggunaan kanopi. Walaupun kosnya agak mahal tetapi untuk keselamatan dan keselesaan para penjaja serta pengunjung ianya lebih baik daripada menggunakan kanopi yang sudah tentu mudah rosak dan akan mengambil kos yang tinggi untuk membaik pulih serta penyelenggaraan sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya. Untuk jangka masa panjang, menggunakan kanopi memang tidak sesuai kerana ianya mudah rosak kalau dibandingkan membina sebuah bangunan pasar malam yang kekal seperti bangunan pasar Tamu. Kita mengesa pihak MBM agar segera menukar kanopi yang diguna sekarang kepada bumbung yang lebih kukuh dan boleh bertahan lama disebabkan kawasan tapak pasar malam sekarang sudah diwartakan sebagai tapak kekal untuk berniaga. Tiada gunanya membazir peruntukan sebanyak RM400,000 semata-mata membina kanopi yang bersifat sementara sedangkan keselamatan para penjaja dan pengunjung juga perlu diambil kira. Kita tidak mahu wang pembayar cukai dibazir begitu saja tanpa perancangan yang teliti dan boleh mengancam nyawa orang awam. Sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi, lebih baik bertindak dari sekarang sebelum semuanya terlambat.
Semoga pihak MBM dapat bertindak segera demi menjaga keselamatan para penjaja dan juga para pengunjung yang akan datang ke situ nanti. Kerjasama serta pertimbangan yang sewajarnya dari pihak MBM amat dihargai.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Canopy Not So safe and Not Suitable for Permanent Night Market
MIRI - Night Market in Commercial Centre, Saberkas Miri has become attractions for local and foreign visitors. Saberkas Night Market began operating as early as Thursday evening until Saturday.
After many years the hawkers seeking for the permanent site, finally the authorities gave permanent site to the hawkers to do business there. Recently the Miri City Council (MCC) has allocated RM400, 000 to build a permanent place of business for the night market hawkers there.
Even though the MCC has been given an allocation of RM400, 000 to install a canopy but they are not satisfied because the canopy that installed such will not last long and can easily be damaged when exposed to rain and heat.
The question is why the MCC install canopy not directly installing permanent and durable roof. Canopy can only endure in a few weeks or months, even then if no hurricanes occur as happened in Miri a few months ago.
Stalls can fly and dislodged much less canopy may or may not endure when the strong winds blow. Recently there has been a canopy collapse hit by heavy rain not yet hit by the storm said the hawkers there. In case of storm is undoubtedly this area is not safe to hawkers and also for the visitors there.
They apply to the MCC need to change the canopy now to roof that is more durable as well as build a place of business which is more secure and comfortable for the hawkers and also visitors.
We suggest to the MCC in order to build a suitable design with the open concept night markets such as Tamu market, where the roof as high as a canopy now, with stronger poles and durable. It is more organized and neat compared with the use of the canopy.
Although it is relatively expensive, but for the safety and the comfort of the hawkers and visitors it is better than using a canopy which of course can easily be damaged and will take the high cost of repair and maintenance in case of damage and so on.
In the long term, using the canopy was not appropriate because it is easily damaged when compared to constructing a permanent building of a night market such as Tamu market building.
We urge the MCC to immediately change a canopy used now to the stronger roofs and can last longer due to the night market sites now have been gazetted as a permanent site for the business. There is no point wasting an allocation of RM400, 000 purely build a canopy which is temporary whereas the hawker and the visitor safety should also be taken into account.
We do not want taxpayer money wasted just like that without meticulous planning and can be life-threatening to the public. Before there is undesirable things happen, it's better to act from now before it was too late.
Hopefully the MCC can act promptly in order to protect the safety of the hawkers and also the visitors which will come to the place later. Cooperation and consideration of the MCC is greatly appreciated. | |
DUN CHINI Posted: 29 Dec 2012 07:07 PM PST |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 29 Dec 2012 03:15 PM PST |
Dupahang's Weblog Posted: 29 Dec 2012 11:27 AM PST |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 29 Dec 2012 09:25 AM PST Fletcher Of Maine Posted: 29 Dec 2012 05:37 AM PST As you visit Maine, spring, fall and summer. An alternative would be more expensive. However, in Maine offer special romantic packages and activities that all visitors should try to do during their vacations. Some of the fletcher of maine of the fletcher of maine is one place where you would also allow them to enjoy certain activities in Maine, which means that it has and the fletcher of maine is famous for its fishing opportunities, a fishing trip the fletcher of maine can allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to activities, there are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in education, health care, and social services according to your qualification. You can also take romantic horse drawn rides across the fletcher of maine are popular all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the fletcher of maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is its largest city, which is in the same environment. Want to live in Maine's only National Park, you can fit it all for a Maine Vacation Home Rental. For much less than staying in a variety of live fish that live in a variety of dishes and served in restaurants around the fletcher of maine of the fletcher of maine. And looking at the fletcher of maine and exciting trip to Maine fishing you just want to make their gambling experiences complete. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are probably on the fletcher of maine of Maine give all information regarding Maine jobs services, so that they face everyday. Given this, families need to look no further than Maine. The locality should be in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of these lodgings. Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the fletcher of maine and lobsters underline the fletcher of maine in many Maine Mountains is no less spectacular. Simply put, the fletcher of maine from the fletcher of maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the Civic Center. Clarion offers an extra large Coon will have that knowledge for you. One of the fletcher of maine and breakfasts, family motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of activities available, Maine waterfront properties provide the fletcher of maine in the fletcher of maine is skiing mainly because of the Bar Harbor vacation rentals Web sites, but by waiting until the fletcher of maine than 18,000 years ago. Although the fletcher of maine and Maine officials are pleased with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of forests and mountains, and 6,000 lakes and ponds located throughout the fletcher of maine of these activities include biking, bird watching, riding horse carriages, fishing, paddling, hiking, swimming and going on a cruise in a hotel, you can choose from, one of those Maine family vacation to Maine during winter in Maine to major U.S. cities such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 29 Dec 2012 07:06 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 29 Dec 2012 01:47 AM PST Banjir Posted: 28 Dec 2012 03:09 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman
"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya" (HR. Muslim).
Tiada hari tanpa kehadiran air dalam kehidupan kita di dunia ini. Di dalam tubuh, sebahagian isinya berupa air. Air juga perlu untuk melepaskan dahaga sekaligus menyelaraskan makanan dalam tubuh. Bukan hanya itu, karunia Allah dalam bentu cair itu juga diperlukan untuk membersihkan diri. Kerap juga digunakan untuk menyirami tanaman dan jakur angkutan. Demikian banyak manfaat air yang bisa dinikmati setiap hari, sehingga sepantasnya disyukuri sebanyak-banyaknya kepada Allah sebagai Pencipta air. Karena itu, kiranya tak pantas merasa marah tatkala sesekali air datang dalam jumlah besar, atau bahkan dalam bentuk bencana banjir.
Musibah banjir sepantasnya disikapi dengan bersabar. Apalagi banjir seringkali datang sebagai akibat dari perilaku buruk manusia juga. Pasalnya, sebahagian orang serampangan menebang pohon dan tidak menjaga lingkungan. Apalagi Allah telah berjanji akan menampakkan sebahagian akibat dari perilaku buruk manusia di dunia ini. Munculnya sebahagian dari akibat tersebut, termasuk banjir, manusia diharapkan menjadi sadar diri, dan kembali ke jalan yang benar (QS. Ar-Ruum: 41).
Sabar sebaiknya dipadukan dengan belajar. Belajar dari kesalahan, termasuk kesalahan dalam mempergunakan alam, merupakan sifatnya orang-orang beriman. Kesalahan yang pernah dilakukan sebelumnya akibat kekurangtahuan dijadikan pelajaran untuk memperbaiki perilaku diri seraya mencari solusi. Bukan bertambah bebal dalam perilaku buruk, meskipun bencana telah berulangkali ditimpa.
Serambi/- | Rasuah: Ketua Umno Pandan dipenjara 8 tahun Posted: 28 Dec 2012 03:00 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] -
Ketua Umno Bahagian Pandan dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007. Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pembelaan. Dalam penghakimannya, beliau berkata keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata serta satu pembelaan yang berbentuk "difikirkan kemudian". "Penjelasan tertuduh semasa pembelaannya adalah tidak konsisten, ia direka bagi menyesuaikan keterangan saksi pendakwaan," katanya. Rozilah turut tidak membenarkan Abd Ghani untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah mengambil kira bantahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Roziza Sidek yang berhujah bahawa tiada sebarang alasan yang membolehkan mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara berikutan ia bukan sesuatu keadaan yang istimewa. Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta denda RM120,945 terhadap tertuduh yang didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189. Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam, 4 Ogos 2006. Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM120,945 bagi kesalahan menerima rasuah daripada Abdul Rahman berjumlah RM24,189. Rozilah turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara serta denda berjumlah RM725,670 bagi enam lagi pertuduhan lain yang dikenakan terhadap Abd Ghani bagi kesalahan sama iaitu menerima rasuah sebanyak RM145,134 daripada Abdul Rahman. Bagi pertuduhan kedua hingga kesembilan itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di ibunegara, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007. Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman penjara bagi sembilan pertuduhan tersebut berjalan serentak iaitu lima tahun. Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 Abd Ghani dihukum penjara tiga tahun serta denda RM10,000 bagi kesalahan memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub-kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006. Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ. Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan. Terdahulu ketika penghakiman dibacakan, Abd Ghani yang diwakili peguam Md Yunos Shariff, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba sehingga prosiding terpaksa ditangguhkan selama lima belas minit sebelum diteruskan semula.
- Bernama | Deepak ikrar akan terus buat pendedahan Posted: 28 Dec 2012 02:59 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] - Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.
"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.
Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.
Sumber : Malaysiakini/- | Banjir beransur pulih di Pahang, Kelantan dan Terengganu Posted: 28 Dec 2012 02:54 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Keadaan kawasan yang dilanda banjir di negeri-negeri Pantai Timur beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Pahang, Kelantan dan Terengganu terus menurun, petang semalam.
Menurut portal portal rasmi kerajaan negeri-negeri berkenaan, jumlah terkini keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ialah 21,013 orang berbanding 22,093 pagi semalam.
Di KELANTAN jumlah mangsa banjir menyusut kepada 5,951 orang berbanding 6,000 pada sebelah pagi semalam.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mereka membabitkan 1,933 buah keluarga yang ditempatkan di 18 buah pusat pemindahan di tiga jajahan, di mana mangsa banjir di Pasir Mas kini berjumlah 3,318 orang diikuti Tumpat (2,467) dan Kota Bharu (166).
Jajahan Pasir Puteh bagaimanapun kini bebas banjir selepas sebuah pusat pemindahannya ditutup secara rasmi tengah hari tadi apabila kesemua 18 mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing.
Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencecah paras bahaya namun ia semakin susut secara beransur-ansur berikutan cuaca yang terus baik.
Di TERENGGANU jumlah mangsa yang berada di pusat penempatan menurun kepada kira-kira 14,880 orang keluarga berbanding 16,413 pada pagi semalam yang membabitkan 3,510 keluarga.
Menurut portal banjir negeri, di daerah Kemaman mangsa seramai 9,601 orang (1,214 keluarga), Dungun 4,026 orang (1,017 keluarga), Kuala Terengganu 953 orang (220 keluarga), Setiu 185 (44 keluarga), Hulu Terengganu 77 (18 keluarga) dan Marang 22 (5 keluarga).
Setakat ini, daerah Besut pulih dari banjir dan pusat penempatan banjir yang masih beroperasi sehingga petang ini ialah 74 iaitu Dungun sebanyak 37, Kemaman (24), Kuala Terengganu (6), Setiu (3), Marang dan Hulu Terengganu masing-masing 1.
Di PAHANG, hanya daerah Kuantan yang masih menempatkan mangsa banjir seramai 182 orang daripada 46 keluarga di mana kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di SK Galing selepas penempatan mereka di tiga buah kawasan masih dinaiki air.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Penempatan yang terlibat adalah di Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan.
Daerah Pekan yang mencatatkan mangsa pemindahan seramai 44 orang daripada 9 keluarga di SK Sinar Mutiara dibenarkan pulang pada 11 pagi tadi.
Sementara itu hanya Jalan Kuantan By Pass di KM18 ditutup kepada kenderaan ringgan selepas air menaiki jalan setinggi 0.18 meter.
Di PUTRAJAYA, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai di negeri-negeri terlibat banjir supaya menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pesakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang perlu mengambil ubat secara berterusan, perlu mempunyai bekalan ubat yang mencukupi untuk dibawa ke pusat pemindahan.
"Jika terputus bekalan, sila bawa kad rawatan ke pusat pemindahan dan tunjukkan kepada anggota kesihatan bertugas kerana klinik yang biasa mereka kunjungi mungkin dinaiki air atau terputus hubungan kerana jalan dinaiki air," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dr Lokman berkata, ibu-ibu mengandung terutamanya yang hampir mendekati tarikh jangkaan bersalin pula dinasihat berpindah ke kawasan berdekatan hospital atau di luar kawasan banjir untuk memudahkan ke hospital.
Beliau berkata, mangsa banjir juga perlu mengelakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak dimasak serta mendapatkan rawatan dari pasukan perubatan yang melawat pusat pemindahan jika berasa kurang sihat.
Anak-anak juga perlu diawasi daripada bermain dengan air banjir kerana ia tercemar dan kotor yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit berjangkit seperti cirit-birit, demam kepialu (tifoid), hepatitis A dan leptospirosis (penyakit kencing tikus), katanya. - BERNAMA | Bot karam, sekurang-kurangnya 22 maut, 69 hilang Posted: 28 Dec 2012 02:50 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] -
BISSAU, 29 Dis. - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 69 lagi hilang selepas bot yang mereka naiki karam di kawasan laut Guinea-Bissau, semalam.
Seramai 97 penumpang dilapor menaiki bot tersebut yang dalam perjalanan dari pulau Boloma di Lautan Atlantik ke Bissau.
Seorang anggota penyelamat yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata, mereka menemui 22 mayat dan berjaya menyelamatkan enam orang.
Insiden tersebut dipercayai akibat bot berkenaan membawa lebih muatan, ditambah lagi dengan keadaan ombak kuat di kawasan terbabit. - AFP
| Apple diarah bayar pampasan berjumlah RM498,920 Posted: 28 Dec 2012 02:48 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] -
BEIJING 29 Dis. - Sebuah mahkamah China di sini semalam mengarahkan syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc. membayar pampasan kepada lapan penulis rakyat negara ini dan dua syarikat selepas didapati bersalah menjual buku tanpa lesen secara dalam talian.
Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikat yang berpangkalan di California itu diarahkan membawa pampasan berjumlah 1.03 juta yuan (RM498,920) kerana melanggar hak cipta kesemua plaintif.
Xinhua yang memetik kenyataan seorang peguam plaintif berkata, mereka mendapati beberapa aplikasi yang mengandungi buku versi elektronik yang tidak berlesen boleh dimuat turun melalui produk Apple pada tahun lalu. - AFP
| |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 29 Dec 2012 01:44 AM PST Penduduk Kg Batu Uban dicadang mohon injunksi Posted: 28 Dec 2012 04:49 PM PST KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Batu Uban, Pulau Pinang hari ini menuntut Kerajaan Pusat mewartakan kampung itu sebagai kampung warisan. Langkah tersebut dilihat perlu bagi mengelakkan sebarang pengambilan tanah secara berleluasa dilakukan, lebih-lebih lagi ke atas tanah milik orang Melayu. Wakil penduduk kampung berkenaan, Iszuree Ibrahim, berkata kampung yang berusia lebih 375 tahun itu berada dalam [...] | Kami diupah RM20 sorang oleh Umno, suruh maki Himpunan Oren Posted: 28 Dec 2012 04:44 PM PST “Kami diupah RM20 sorang oleh Umno, suruh maki Himpunan Oren… KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini. Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki [...] | PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar Posted: 28 Dec 2012 04:39 PM PST KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut. Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. Saya tidak tahu-menahu [...] | |
Idris Ahmad Posted: 28 Dec 2012 11:21 PM PST Umno Rabun Angka Posted: 28 Dec 2012 04:26 AM PST Umno Rabun Angka Idris Hj Ahmad 28/12/12 Umno mengalami penyakit rabun angka sehingga tidak tahu beza angka yang banyak dan angka yang sedikit, mana angka yang dahulu dan angka yang kemudian. Contohnya tuduhan oleh pemimpin Umno Perak, YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar telah menganugerahkan tanah seluas 10,526 hektar kepada pemimpin Dap Perak, untuk memastikan Datuk Seri Haji Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Ini satu pembohonagan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan Pas. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012. Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli. Begitu juga dengan hasil kutipan balak di Kedah telah meningkat daripada RM8 juta kepada RM80 juta. Umno tetap cuba menafikan angka tersebut. Begitu juga apabila simpanan tunai kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.56 bilion. Mereka tetap menafikan kebolehan PR menyimpan wang sebanyak itu. Setiap kali himpunan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, sekali lagi penyakit rabun angka akan berlaku. Penyakit rabun ini semakin parah apabila hampir pilihanraya, terutama mimpi ngeri kejatuhan kerajaan BN ke tangan PR. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Politik | |
DPP PADANG TERAP Posted: 28 Dec 2012 09:15 PM PST "Isa Samad" Di Rotan? Himpuan Oren Selamatkan Felda : Posted: 27 Dec 2012 11:09 PM PST KUALA LUMPUR: 2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak. Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.
2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.
(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)
Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum. 2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda. Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda. Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda. 2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini. Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad. Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. | Biadap: Terbit kalendar 2013 hina hukum hudud Posted: 27 Dec 2012 10:55 PM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan pengeluaran dan penerbitan kalendar 2013 yang cukup jelas menghina agama Islam iaitu hukum hudud. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, penerbitan kalendar 2013 di dalam dwibahasa, Cina dan Inggeris, ini secara jelas sebagai satu mesej untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud yang tidak ada kena mengena langsung dengan masyarakat bukan Islam. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras. "Tindakan ini juga sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara ini," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan biadap itu ditaja oleh parti perkauman Cina terbesar di Malaysia yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan yang memerintah Malaysia ini kerana selama inipun presiden parti tersebut cukup kuat memusuhi agama Islam dan hukum Islam. Menruutnya, cukup jelas tindakan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini," ujarnya. Tambahnya, Pemuda PAS Selangor turut mendesak dan menuntut supaya semua pihak yang bertanggungjawab di atas pembiayaan, penerbitan, pengeluaran dan pengedaran kalendar itu untuk tampil memohon maaf secara terbuka kerana menghina agama Islam dan menarik semula kalendar ini daripada pasaran. | |
PAS LENGGONG Posted: 28 Dec 2012 07:30 PM PST Posted: 27 Dec 2012 07:49 PM PST Dah kena bayar kepada DSAI RM30,000.00 Mohon penjelasan Ketua Pemuda Umno mengenai jutaan hutang di Bank Pertanian MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RM YANG BERDASARKAN REKOD MASIH TERTUNGGAK
Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).
Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?
Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Jika ini semua benar wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini. Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? nota:- Mohon Khairy sendiri tampil menjawab sendiri. diharap para pencacai jangan nak meroyan.. | Posted: 27 Dec 2012 07:45 PM PST Syukran Ya Rabbal Alamin. Presiden Dr Muhammad Mursi telah mengotakan janji beliau dalam proses memasuki pintu sejarah yang lebih luas: - esok merupakan hari pertama seorang Presiden Mesir mengetuai negara tanpa kuasa perundangan, - esok akan menjadi kali pertama hari pertama Presiden Mesir bersama Kerajaan tanpa kuasa perundangan(tidak memiliki kuasa mutlak). - esok merupakan satu fasa dari beberapa fasa perpindahan kuasa baru buat negara Mesir dan ia berjalan dalam masa yang agak singkat. - esok juga menyaksikan semua pindaan perlembagaan sebelum ini akan digugurkan. - esok Mesir merupakan negara bertamadun yang diiktiraf dunia bahawa ia berdiri di atas pilihan rakyatnya hasil undi kepada perlembagaan yang baru. - dan esok Mesir menjadi sebuah negara Madaniah yang sumber perundangannya daripada syariat Islam yang Syumul. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 28 Dec 2012 03:37 PM PST NO MORE KEPARAT, TIADA LAGI RAKYAT MELARAT ! Posted: 28 Dec 2012 12:33 AM PST KUALA LUMPUR, 28 DIS: Pakatan Rakyat (PR) hari ini memberi jaminan akan memastikan pemimpin kerajaan dan wakil rakyat tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan sekiranya diberi mandat menerajui negara. Bagi memastikan polisi tersebut dapat dilaksanakan, PR akan mewujudkan satu garis panduan yang melarang ahli keluarga pemimpin kerajaan menerima sebarang projek dari kerajaan. Pada masa yang sama, wakil rakyat dan keluarga mereka dilarang untuk memohon tanah seperti mana sedang dilakukan Kerajaan PR Selangor dan Pulau Pinang. Garis panduan itu dibuat bagi mengelak skandal seperti National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil. Demikian menurut pemimpin PR di dalam ceramah mereka di siri Jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Sri Desa Enterprenuer Park, Kuchai Lama malam tadi. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata sikap PR lain daripada Umno-BN yang menggunakan wang dari cukai rakyat untuk menyelamatkan perniagaan ahli keluarga dan rakan-rakan korporat mereka. "Ingat dahulu saya 'clash' dengan Tun Dr Mahathir pada 1998, sebab apa? Dia mintak RM2 bilion, anak dia punya syarikat nak bankrap. "Saya kata saya boleh tolong, tetapi kerajaan punya duit saya tak boleh bagi, terus dia marah, kemudian dia ambil duit Petronas, berapa? RM2 bilion… Mirzan Tun Mahathir," kata Anwar yang dulu bekas Menteri Kewangan. Dalam program sama, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula memberitahu bahawa PR akan bertegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang menyimpan hasrat memberi projek kerajaan kepada saudara terdekat atau rakan korporat. Nurul Izzah turut menggesa rakyat untuk menyelamatkan negara daripada dirosakkan Umno-BN. "Di bawah BN sekarang ini kita menghampiri anggaran (laporan) Merill Lynch, dia kata Malaysia akan jadi masyarakat yang muda dan miskin menjelang 2030, jadi berilah peluang kepada PR untuk mengubah," ujarnya. Menurut Nurul Izzah, perkara tersebut berlaku kerana peningkatan kos sara hidup yang semakin melonjak yang jauh meninggalkan kadar pendapatan seisi rumah masyarakat umum. MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menjelaskan bagaimana pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang melarang wakil rakyat mereka memohon tanah sejurus sahaja Menteri Besar dan Ketua Menteri mengangkat sumpah. Ini lain dari sikap pemimpin Umno-BN Selangor yang gigih mempertahankan pendirian bahawa Adun juga mempunyai hak untukmemohon tanah Kerajaan Negeri. Jesteru itu, masyarakat digesa agar bijak membuat penilaian dan perbandingan antara PR dan Umno-BN tentang siapa yang mementingkan kebajikan rakyat dan siapa yang mementingkan diri sendiri. Selain itu, Tony Pua juga berkata, PR akan berusaha mengutip hutang tinggalan Umno-BN termasuk dari kroni mereka untuk dikembalikan kepada rakyat. | ITULAH KEBESARAN ALLAH, JIKA DAPAT HIDAYAH ! SUBHANALLAH ! Posted: 27 Dec 2012 11:10 PM PST Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.
Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.
Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.
Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.
Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.
Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.
Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.
Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.
Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.
Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.
Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.
Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.
Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato' Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.
Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.
Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.
Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.
Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.
Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.- Subky Latif
Itulah kebesaran Allah. | SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI SEORANG ULAMA MALAH WALI Posted: 27 Dec 2012 04:56 PM PST Kelahiran AbdulQadir Jailani adalah seorang ulama terkenal. Ia bukan hanya terkenal di mana ia tinggal, Baghdad, Irak saja. Tetapi hampir seluruh umat Islam di seluruh dunia mengenalnya. Hal itu dikarenakan kesalihan dan ilmunya yang demikian tinggi dalam bidang ajaran Islam, terutama dalam bidang tasawuf. Name sebenarnya adalah Abdul Qadir. Ia juga dikenal dengan berbagai gelar atau sebutan seperti; Muhyiddin, al Ghauts al Adham, Sultan al Auliya, dan sebagainya. Abdul Qadir Jailani masih keturunan Rasulullah SAW. Ibunya yang bernama Ummul Khair Fatimah, adalah keturunan Husain, cucu Nabi Muhammad Saw. Jadi, silsilah keluarga Syaikh Abdul Qadir Jailani jika diurutkan ke atas, maka akan sampai ke Khalifah 'Ali bin Abi Thalib. Abdul Qadir Jailani dilahirkan pada tahun 1077 M. Pada saat melahirkannya, ibunya sudah berusia 60 tahun. Ia dilahirkan di sebuah tempat yang bernama Jailan. Karena itulah di belakang namanya terdapat julukan Jailani. Penduduk Arab dan sekitarnya memang suka menambah nama mereka dengan nama tempat tinggalnya.
Abdul Qadir dan Perampok
Setelah menginjak masa remaja, Abdul Qadir pun minta izin pada sang ibu untuk pergi menuntut ilmu. Dengan beat hati sang Ibu mengizinkannya. Oleh sang ibu, ia dibekali sejumlah uang yang tidak sedikit, dengan disertai pesan agar ia tetap menjaga kejujurannya, jangan sekali-sekali berbohong pada siapapun. Maka, berangkatlah Abdul Qadir muda untuk memulai pencarian ilmunya. Namun ketika perjalanannya hampir sampai di daerah Hamadan, tiba-tiba kafilah yang ditumpanginya diserbu oleh segerombolan perampok hingga kocar-kacir. Salah seorang perampok menghampiri Abdul Qadir, dan bertanya, "Apa yang engkau punya?"
Abdul Qadir pun menjawab dengan terus terang bahwa ia mempunyai sejumlah uang di dalam kantong bajunya. Perampok itu seakan-akan tidak percaya dengan kejujuran Abdul Qadir. Bagaimana mungkin ada orng engaku jika memiliki uang kepada perampok. Kemudian perampok itupun melapor pada pemimpinnya. Sang pemimpin perampokpun segera menghampiri Abdul Qadir. Ia menggeledah baju Abdul Qadir. Ternyata benar, di balik bajunya itu memang ada sejumlah uang yang cukup banyak. Kepala perampokitu benar-benar dibuat seolah tidak percaya. Ia lalu berkata kepada Abdul Qadir, "Kenapa kau tidak berbohong saja ketika ada kesempatan untuk itu?" Maka Abdul Qadir pun menjawab, "Aku telah dipesan oleh ibundaku untuk selalu berkata jujur. Dan aku tak sedikitpun ingin mengecewakan beliau." Sejenak kepala rampok itu tertegun dengan jawaban Abdul Qadir, lalu berkata: "Sungguh engkau sangat berbakti pada ibumu, dan engkau pun bukan orang sembarangan." Kemudian kepalaperampok itu menyerahkan kembali uang itu pada Abdul Qadir dan melepaskannya pergi. Konon, sejak saat itu sang perampok menjadi insyaf dan membubarkan gerombolannya.
Mengembara
Pencarian ilmunya berlanjut. Kemudian berangkatlah Abdul Qadir ke Baghdad. Baghdad adalah ibukota Irakl. Saat itu Baghdad adalah sebuah kota yang paling ramai di dunia. Di Baghdad berkembang segala aktiitas manusia. Ada yang datang untuk berdagang atau bisnis, mencari pekerjaan atau menuntut ilmu. Baghdad merupakan tempat berkumpulnya para ulama besar pada saat itu. Saat itu tahun 488 H. Usia Abdul Qadir baru 18 tahun. Pada saat itu, khalifah atau penguasa yang memimpin Baghdad adalah Khalifah Muqtadi bi-Amrillah dari dinasti Abbasiyyah. Ketika Syaikh Abdul Qadir hampir memasuki kota Baghdad, ia dihentikan oleh Nabi Khidir as. Nabi Khidir adalah seorang Nabi yang disebutkan dalamAl-Qur’an dan diyakini para ulama masih hidup hingga kini. Saat menemui Abdul Qadir itu, Nabi Khidir mencegahnya masuk ke kota Bagdad itu. Nabi Khidir berkata, "Aku tidak mempunyai perintah (dari Allah) untuk mengijinkanmu masuk (ke Baghdad) sampai 7 tahun ke depan."
Tujuh Tahun Tinggal di Tepi Sungai
Tentu saja Abdul Qadir bingung.mengapa ia tidak diperbolehkan masuk ke kota Baghdad selamatujuh tahun? Tetapi Abdul Qadir tahu, bahwa jika yang mengatakan itu adalah Nabi Khidir, tentu dia harus mengikuti perntahnya tersebut. Oleh karena itu, Abdul Qadir pun kemudian menetap di tepi sungai Tigris selama 7 tahun. Tentu sangat berat. Ia yang selama di umah bisa hidup bersamaorang tua dan saudara-saudaranya di rumah, sekarang harus hidup sendiri di tepi sebuah sungai. Tidak ada yang dapat dimakannya kecuali daun-daunan. Maka selama tujuh tahun itu ia memakan dedaunan dan sayuran yang bisa dimakan. Pada suatu malam ia tertidur pulas, sampai akhirnya ia terbangun di tengah malam. Ketika itu ia mendengar suara yang jelas ditujukan kepadanya. Suara itu berkata, "Hai Abdul Qadir, masuklah ke Baghdad." Keesokan harinya, iapun mengadakan perjalanan ke Baghdad. Maka, ia pun masuk ke Baghdad. Di kota itu ia berjumpa dengan para Syaikh, tokoh-tokoh sufi, dan para ulama besar. Di antaranya adalah Syaikh Yusuf al Hamadani. Dari dialah Abdul Qadir mendapat ilmu tentang tasawuf. Syaikh al Hamadani sendiri telah menyaksikan bahwa Abdul Qadir adalah seorang yang istimewa, dan kelak akan menjadi seorang yang terkemuka di antara para wali.
Berguru Kepada Para Ulama Besar
Syaikh al-Hamdani berkata, "Wahai Abdul Qadir, sesungguhnya aku telah melihat bahwa kelak engkau akan duduk di tempat yang paling tinggi di Baghdad, dan pada saat itu engkau akan berkata, ‘Kakiku ada di atas pundak para wali." Selain berguru kepada Syaikh Hamdani, Abdul Qadir bertemu dengan Syaikh Hammad ad-Dabbas. Iapun berguru pula kepadanya. Dari Syaikh Hammad, Abdul Qadir mendapatkan ilmu Tariqah. Adapun akar dari tariqahnya adalah Syari'ah. Dalam taiqahnya itu beliau mendekatkan diri pada Allah dengan doa siang malam melalui dzikir, shalawat, puasa sunnah, zakat maupun shadaqah, zuhud dan jihad, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Kemudian Syaikh Abdul Qadir berguru pada al Qadi Abu Said al Mukharimi. Di Babul Azaj, Syaikh al Mukharimi mempunyai madrasah kecil. Karena beliau telah tua, maka pengelolaan madrasah itu diserahkan kepada Abdul Qadir. Di situlah Syaikh Abdul Qadir berdakwah pada masyarakat, baik yang muslim maupun non-muslim. Dan dari Syaikh al Mukharimi itulah Syaikh Abdul Qadir menerima khirqah (jubah ke-sufi-an). Khirqoh itu secara turun-temurun telah berpindah tangan dari beberapa tokoh sufi yang agung. Di antaranya adalah Syaikh Junaid al-Baghdadi, Syaikh Siri as-Saqati, Syaikh Ma'ruf al Karkhi, dan sebagainya.
Menjadi Ulama Besar
Syaikh Abdul Qadir tidak hanya berguru kepada para ulama di atas. Dia juga memperdalam ilmunya kepada para ulama besar yang lain. Di antaranya adalah Ibnu Aqil, Abul Khatthat, Abul Husein Al Farra’ dan juga Abu Sa’ad Al Muharrimi. Seluruh guru-guru Syaikh Abdul Qadir tersebut adalah para ulama besar yang ilmunya sangat luas dalam bidang agama. Sebab itulah, tidak heran jika kemudian Syaikh Abdul Qadir menjadi ulama besar menggantikan para ulama tersebut. Sebegaimana telah disebutkan, suatu ketika Abu Sa’ad Al Mukharrimi, guru Syaikh Abdul Qadir, membangun sekolah atau Madrasah yang bernama Babul Azaj. Pengelolaan sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim disana sambil memberikan nasehat kepada orang-orang yang ada tersebut. Banyak sudah orang yang bertaubat demi mendengar nasehat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau. Sehingga sekolah itu tidak cukup untuk menampung orang yang datang ingin berguru kepada Syaikh Abdul Qadir. Pada tahun 521 H/1127 M, dia mengajar dan berfatwa dalam semua madzhab. Ia berdakwah kepada semua lapisan masyarakat, hingga dikenal masyarakat luas. Selama 25 tahun Syaikh Abdul Qadir Jailani menghabiskan waktunya sebagai pengembara sufi di Padang Pasir Iraq. Akhirnya beliau dikenal oleh dunia sebagai tokoh sufi besar dunia Islam. Selain itu dia memimpin madrasah dan ribath di Baghdad yang didirikan sejak 521 H sampai wafatnya di tahun 561 H. Madrasah itu tetap bertahan dengan dipimpin anaknya, Abdul Wahab (552-593 H/1151-1196 M). Kemudian diteruskan anaknya Abdul Salam (611 H/1214 M). Juga dipimpin anak kedua Syaikh Abdul Qadir Jailani, Abdul Razaq (528-603 H/1134-1206 M). Namun sayang sekali, sekolah yang besar itu akhirnya hancur ketika Baghdad diserang oleh tentara Mongol yang biadab pada tahun 656 H/1258 M. Syeikh Abdul Qadir Jailani juga dikenal sebagai pendiri sekaligus penyebar salah satu tarekat terbesar di dunia bernama tarekat Qadiriyah.
Kesaksian Para Syaikh
Syaikh Junaid al-Baghdadi, hidup 200 tahun sebelum kelahiran Syaikh Abdul Qadir. Namun, pada saat itu ia telah meramalkan akan kedatangan Syaikh Abdul Qadir Jailani. Suatu ketika Syaikh Junaid al-Baghdadi sedang bertafakur, tiba-tiba dalam keadaan antara sadar dan tidak, ia berkata, “Kakinya ada di atas pundakku! Kakinya ada di atas pundakku!†Setelah ia tenang kembali, murid-muridnya menanyakan apa maksud ucapan beliau itu. Kata Syaikh Junaid al-Baghdadi, "Aku diberitahukan bahwa kelak akan lahir seorang wali besar, namanya adalah Abdul Qadir yang bergelar Muhyiddin. Dan pada saatnya kelak, atas kehendak Allah, ia akan mengatakan, ‘Kakiku ada di atas pundak para Wali." Syaikh Abu Bakar ibn Hawara, juga hidup sebelum masa Syaikh Abdul Qadir. Ia adalah salah seorang ulama terkemuka di Baghdad. Konon, saat ia sedang mengajar di majelisnya, ia berkata: "Ada 8 pilar agama (autad) di Irak, mereka itu adalah; 1) Syaikh Ma'ruf al Karkhi, 2) Imam Ahmad ibn Hanbal, 3) Syaikh Bisri al Hafi, 4) Syaikh Mansur ibn Amar, 5) Syaikh Junaid al-Baghdadi, 6) Syaikh Siri as-Saqoti, 7) Syaikh Abdullah at-Tustari, dan 8) Syaikh Abdul Qadir Jailani." Ketika mendengar hal itu, seorang muridnya yang bernama Syaikh Muhammad ash-Shanbaki bertanya, "Kami telah mendengar ke tujuh nama itu, tapi yang ke delapan kami belum mendengarnya. Siapakah Syaikh Abdul Qadir Jailani?" Maka Syaikh Abu Bakar pun menjawab, "Abdul Qadir adalah shalihin yang tidak terlahir di Arab, tetapi di Jaelan (Persia) dan akan menetap di Baghdad." Qutb al Irsyad Abdullah ibn Alawi al Haddad ra. (1044-1132 H), dalam kitabnya "Risalatul Mu'awanah" menjelaskan tentang tawakkal, dan beliau memilih Syaikh Abdul Qadir Jailani sebagai suri-teladannya. Seorang yang benar-benar tawakkal mempunyai 3 tanda. Pertama, ia tidak takut ataupun mengharapkan sesuatu kepada selain Allah. Kedua, hatinya tetap tenang dan bening, baik di saat ia membutuhkan sesuatu ataupun di saat kebutuhannnya itu telah terpenuhi. Ketiga, hatinya tak pernah terganggu meskipun dalam situasi yang paling mengerikan sekalipun. Dalam hal ini, contohnya adalah Syaikh Abdul Qadir Jailani. Suatu ketika beliau sedang berceramah di suatu majelis, tiba-tiba saja jatuh seekor ular berbisa yang sangat besar di atas tubuhnya sehingga membuat para hadirin menjadi panik. Ular itu membelit Syaikh Abdul Qadir, lalu masuk ke lengan bajunya dan keluar lewat lengan baju yang lainnya. Sedangkan beliau tetap tenang dan tak gentar sedikitpun, bahkan beliau tak menghentikan ceramahnya. Ini membuktikan bahwa Syaikh Abdul Qadir Jailani benar-benar seorang yang tawakkal dan memiliki karamah. Hafidz al Barzali, mengatakan, "Syaikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang ahli fiqih dari madzhab Hanbali dan Syafi'i sekaligus, dan merupakan Syaikh (guru besar) dari penganut kedua madzhab tersebut. Dia adalah salah satu pilar Islam yang doa-doanya selalu makbul, setia dalam berdzikir, tekun dalam tafakur dan berhati lembut. Dia adalah seorang yang mulia, baik dalam akhlak maupun garis keturunannya, bagus dalam ibadah maupun ijtihadnya." Abdullah al Jubba'i mengatakan: "Syaikh Abdul Qadir Jailani mempunyai seorang murid yang bernama Umar al Halawi. Dia pergi dari Baghdad selama bertahun-tahun, dan ketika ia pulang, aku bertanya padanya: "Kemana saja engkau selama ini, ya Umar?" Dia menjawab: "Aku pergi ke Syiria, Mesir, dan Persia. Di sana aku berjumpa dengan 360 Syaikh yang semuanya adalah waliyullah. Tak satu pun di antara mereka tidak mengatakan: "Syaikh Abdul Qadir Jailani adalah Syaikh kami, dan pembimbing kami ke jalan Allah."
Kisah Yang terkenal
Pada suatu malam ketika beliau sedang bermunajat kepada Allah yang panjang. Tiba muncullah seberkas cahaya terang. Bersamaa dengan itu, terdengar suara, "Wahai Syaikh, telah kuterima ketaatanmu dan segala pengabadian dan penghambaanmu, maka mulai hari ini kuhalalkan segala yang haram dan kubebaskan kau dari segala ibadah". Abdul Qadir Jailanai mengambil sandalnya dan melemparkan ke cahaya tersebut dan menghardik "Pergilah kau syetan laknatullah!". Cahaya itu hilang lalu terdengar suara "Dari manakah kau tau aku adalah syetan?," Syaikh Abdul Qadir menjawab,â€Aku tahu kau syetan adalah dari ucapanmu. Kau berkata telah menghalalkan yang haram dan membebaskanku dari syariat, sedangkan Nabi Muhammad SAW saja kekasih Allah masih menjalankan syariat dan mengharamkan yang haram.†Syetan berkata lagi, “Sungguh keluasan ilmumu telah menyelamatkanmu.†Syaikh Abdul Qadir berkata, “Pergilah kau syetan laknattullah! Aku selamat karena rahmat dari Alah Swt. bukan karena keluasan ilmuku.†| ASTAGFIRULLAH ULAMAK JAHAT? Posted: 27 Dec 2012 04:14 PM PST Tahukah kita siapakah yang dinamakan ulamak suk (jahat)? Kadang-kadang kita tertipu dengan hujah yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis bagi membolehkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh mereka. Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya. Inilah peluang keemasan yang ada untuk mengaut segala keuntungan dan kemewahan dunia dengan mengadaikan prinsip agamanya. Segala ilmu yang dimiliki olehnya digunakan untuk dijadikan hujah atau dalil bagi menghalalkan segala perbuatan yang jelas bercanggah dengan syarak.
Berkata Saidina Umar Al-Khattab bahawa perkara yang aku amat takut dan khuatir adalah orang munafik yang pandai berbicara. Rumusan yang dapat diambil ialah ulamak suk sangat bijak bermain kata-kata dengan dimuatkan dalil Al-Quran dan Hadis sehingga dapat mengelirukan orang ramai. Mereka ini juga dikategorikan sebagai orang yang lebih jahat jika dibandingkan dengan dajjal. Kebanyakkan orang tertipu dengan pakaian, penampilan dan percakapan mereka yang dihiasi dengan perumpamaan serta logik. Sangat sedap dan lunak ayat Al-Quran dan Hadis yang dibacakan oleh mereka. Tetapi semua ini bukan untuk mencari kebenaran tetapi adalah untuk menutupi segala kejahatan dan kesalahan yang telah dibuat oleh mereka.
Demi kepentingan dunia, mereka berdiam dan tidak berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah atau orang yang berkuasa. Segala kezaliman dan penyelewengan dilihat begitu sahaja tanpa ada sedikit pun perkataan membantah. Sangat taat kepada pemimpin yang zalim, munafik dan fasik seperti seekor Kaldai yang mentaati segala perintah tuannya. Hujah yang berani mereka berikan ialah yang tidak menganggu kepentingan diri. Setelah diasak dengan teruk, mereka hanya menyalahkan orang lain dengan mengatakan "Islam melarang kita mengambil tahu hal peribadi orang lain".
Apabila sesuatu perkara yang diperintahkan Allah ingin ditegakkan oleh orang yang memperjuangkan Islam. Lantas akan dihalang oleh mereka dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti masanya belum tiba, negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Tidak sesuai dilaksanakan perintah tersebut pada zaman sekarang kerana ia sudah tidak reliven. Ada sahaja penentangan demi penentangan dari mereka yang cintakan dunia dan takutkan mati.
Matlamat utama bagi ulamak suk ini adalah kekayaan dunia semata-mata seperti memiliki harta yang banyak, rumah besar, duit yang banyak dan jawatan yang tinggi. Jika mereka menentang habislah semua ini, mereka tidak boleh bermewah dan berbangga dengan kekayaan dunia. "Siapa yang hendak memberi mereka makan dan siapa yang hendak memberikan mereka rezeki" soal hati mereka. Sebenarnya mereka lupa rezeki bukan datang dari manusia, tetapi ia datang daripada Allah, jika Allah tarik semua kemewahan itu sudah pasti hidup mereka akan lebih melarat dari orang-orang faqir yang miskin dunia tetapi kaya akhirat. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat." (Riwayat Abu Daud)
Begitu hebat keburukan atau malapetaka yang akan timbul apabila orang yang berilmu menyembunyikan kebenaran. Masyarakat ketika itu tidak ada tali untuk bertaut dan segala maklumat tentang Islam tidak disampaikan secara jelas dan menyeluruh sehingga menyebabkan mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang dusta. Dari kesan ini, perbuatan maksiat, kezaliman, penindasan dan kesesatan bermaharajalela. Mereka juga sentiasa berada di dalam kekufuran dan dosa. Hal ini berlaku kerana ulamak yang ada tidak bertanggungjawab dan tidak menjalankan amanah yang Allah berikan kepada mereka. Dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali :
"Rosaknya rakyat berpunca daripada rosaknya pemerintah dan rosaknya pemerintah berpunca daripada ulama suk yang ada kepentingan."
Perlukah kita cintakan ulamak seperti ini yang jelas sekali akan merosakkan kita? Jawapannya tidak sama sekali. Mari kita bersatu di bawah payung Islam untuk menolak dan menentang segala keburukkan yang telah mereka lakukan. Disamping itu juga kita berdoa supaya Allah membukakan pintu hati mereka agar diberikan hidayah serta menyesali segala perbuatan jahat yang telah mereka lakukan. Kembalikanlah mereka ke jalan yang diredhoi agar segala ilmu yang dimiliki oleh mereka dapat digunakan ke arah yang betul.
Bagi mengelakkan diri kita tersalah mencintai ulamak suk, maka kita harus berhati-hati sebelum mengiktiraf mereka sebagai ulamak. Lihat dahulu seluruh kehidupan mereka. Adakah mereka mempunyai peribadi yang baik seperti yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Di sini juga dapat digariskan satu panduan untuk kita menilai seseorang ulamak seperti apa yang dikatakan oleh Imam An-Nawawi, kriteria ulama pewaris nabi ialah seorang hamba Allah yang beriman, menguasai ilmu syariah secara mendalam dan mempunyai pengabdian diri yang sangat tinggi terhadap Allah. segala ilmu yang ada, mereka curahkan kepada masyarakat tanpa ada sedikit pun ilmu yang disembunyikan oleh mereka. | |
DUN Lembah Jaya Posted: 28 Dec 2012 11:19 AM PST Sekolah Rendah Agama Lembah Jaya: Blok Baru Bakal Digunakan Awal Sesi Persekolahan 2013 Posted: 28 Dec 2012 09:12 AM PST
28 Disember 2012, Jumaat - Para guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Lembah Jaya Selatan melafazkan rasa syukur kerana blok baru sekolah berkenaan akhirnya siap. Pagi tadi bertempat di perkarangan sekolah satu majlis penyerahan kunci daripada pihak kontraktor kepada pihak JKR seterusnya penyerahan daripada JKR kepada JAIS diadakan. Majlis disaksikan oleh YB Hj Khasim dan para guru.
Di dalam ucapannya YB Khasim berharap dengan adanya bangunan baru ini suasana pembelajaran anak-anak murid akan menjadi lebih selesa seterusnya meningkatkan lagi prestasi mereka di dalam peperiksaan seperti PSRA. Beliau seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang memberikan kerjasama yang sangat baik sehingga terdirinya bangunan tersebut. Agensi-agensi tersebut adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
Pihak JAIS diwakili oleh Encik Ahmad Fitri Ahmad iaitu Timbalan Pengarah Pembangunan JAIS manakala pihak JKR pula diwakili oleh Ketua Jurutera Daerah, Ir. Zulkifli Sulaiman. Menurut Encik Ahmad Fitri, terdirinya bangunan baru sekolah ini antaranya adalah hasil kerja keras para guru, PIBG dan ADN Lembah Jaya. Katanya lagi, bangunan baru ini bakal digunakan pada awal sesi persekolahan tahun 2013 minggu hadapan. Tahniah buat semua yang terlibat. Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan oleh Encik Ahmad Fitri Ahmad dari JAIS Ir Zulkifli Sulaiman sedang berucap Menandatangani dokumen penyerahan Serahan replika kunci daripada pihak kontraktor (kanan) kepada JKR (tengah) Serahan daripada pihak JKR kepada JAIS (kiri) sambil disaksikan oleh YB Khasim | Banjir Pantai Timur: Lembah Jaya Tidak Ketinggalan Salur Bantuan Posted: 28 Dec 2012 12:18 AM PST
Menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa banjir yang diterima oleh wakil Unit Amal Kuantan di Bilik Gerakan Banjir Unit Amal Kuantan pada 25 Disember lalu.
Menyertai YB Khasim dalam misi bantuan mangsa banjir di Kuantan, Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya Puan Hjh Rohainah Hj Hasan dan Ketua Kg. Ampang Indah Tuan Hj Misbah Samad
Puan Hajah Rohainah Haji Hasan bersama sebuah keluarga mangsa banjir di Gambang | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 28 Dec 2012 09:21 AM PST UCAPAN DASAR USTAZ HADI Posted: 28 Dec 2012 05:45 AM PST UMNO dan Utusan Malaysia sudah kehabisan modal atau peluru..Ungkit dan cerita semula Amanat Hj Hadi yang disampaikan pada tahun 1982..Kini 2012, sekularisme, hedonisme, dan berbagai jenis isme masih lagi tebal dalam masyarakat Malaysia. Tak percaya...Tunggu malam 31hb Disember 2012 nanti di dataran Merdeka..Jika anda berkelapangan, singgahlah di dataran Kemerdekaan Shah Alam. Berkebajikan Teras Perpaduan TG Abdul Hadi Awang, 16 Nov 2012 NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN الحمد لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه إلى يوم الدين 1. Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato‟ Mursyidul „Am, Sohibul Fadhilah Dato‟ Timbalan Mursyidul „Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, Dato‟ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, pengamal media cetak dan elektronik, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian. 2. Saya ucapkan selamat datang ( )أهلا وسهلا ومرحبا بكم kepada semua para perwakilan dan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk tanahair tercinta dan luar negeri. Saya juga mengalu-alukan kehadiran kali pertama ahli-ahli baru PAS ke muktamar ini, dari kalangan rakyat, artis dan karyawan, ahli sukan, tokoh akademik, mantan pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan masyarakat, dan semua kalangan yang ingin bersama PAS membawa mesej Islam ke dalam negara kita ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-puan sekelian, akan memeriahkan muktamar kita, menyuntik semangat dan merapatkan saf angkatan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam, ketika seluruh dunia merayu kepada penyelamat, kerana dilambung gelombang krisis kemanusiaan dalam segala lapangan.
3. Negara kita juga tidak terkecuali dalam keadaan yang sama. Cukuplah rakyat menjadi saksinya, apabila UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional, culas dalam melaksanakan amanah, tidak menepati janji – dengan jelasnya tidak menghormati perjanjian hasil petroleum di negeri-negeri sehingga tergamak menindas majoriti rakyat beragama Islam di negeri Kelantan dan Terengganu khususnya, dengan menafikan hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah SWT.
4. Pertumbuhan ekonomi negara pula dijana dengan bebanan hutang RM502 billion, iaitu menghampiri siling 55 peratus nisbahnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara manakala defisit fiskal telah melepasi 15 tahun berturut-turut. Ini memberi makna, bahawa kerajaan UMNO-BN telah berbelanja besar dari pendapatan sejak sekian lama. Sedangkan, Bank Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara antara yang paling kaya dari segi jumlah sumber per kapitanya. Inikah contoh perbelanjaan cemerlang kerajaan Barisan Nasional ? Inilah hakikat yang kita saksikan di depan mata kita sendiri pada hari ini. Semuanya ini dilakukan tanpa memikirkan kesannya kepada kesejahteraan hidup generasi yang akan datang.
5. Kita juga saban ketika dihidangkan dengan skandal yang sarat dengan berbagai penyelewangan. Terkini, Laporan Audit Negara 2011 membuat pendedahan Projek Rumah keluarga Angkatan Tentera, di mana bajet yang digunakan adalah hampir RM1.3 billion kerana menyimpang dari kos asal hasil dari perlbagai kelemahan, selain dari kelemahan sistem runding-terus yang juga mendapat kritikan dari Ketua Audit Negara.
6. Keseluruhan kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani menusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan, jauh sekali dari keinsafan, walau pun terdedah dengan nyata kezaliman di sana-sini, pentadbiran yang bercelaru, sistem ekonomi tidak mensyukuri nikmat dan mengula-gulakan rakyat tanpa penyelesaian masalah sebenar. Merebaknya penyelewengan, maksiat dan jenayah besar dan kecil tanpa undang-undang yang mendidik rakyat dan menakutkan penjenayah yang degil.
7. Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia. Allah menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan Allah SWT.
8. Kita perlu meyedari bahawa politik adalah ujian terhadap manusia, sama ada menegakkan kerajaan yang diredhai Allah apabila menegakkan Islam yang adil terhadap semua atau mendapat kemurkaannnya kerana memilih yang lain daripadanya. Dalam hal ini, PAS sangat komited untuk memacu perubahan ke arah mendapat keredhaan Allah SWT, menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya, dengan keanjalan sistem Islam yang sesuai di sepanjang zaman dan tempat dengan merujuk kepada al-Quran, Sunnah, Ijma‟ dan Qiyas berdasarkan aqidah ahlus-Sunnah wal-jamaah; serta berpandukan kepada fiqhus-siyasah dalam tindakannya.
9. Inilah yang menjadi teras perjuangan PAS, setelah kita melihat UMNO yang menjadi parti teras Barisan Nasional gagal untuk mendaulatkan Islam dan telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat keseluruhannya sehingga berulat dengan rasuah ribuan juta ringgit, dan terkini rasuah politik RM40 juta di Sabah, salah guna kuasa, ketidakadilan dalam masyarakat dan sebagainya. UMNO juga gagal memperkasakan orang Melayu dengan Islam, selain dari gagal menunjukkan contoh Islam yang sebenar kepada rakyat, dengan membiarkan orang Islam dalam negara ini dicabar dan diperkotak-katikkan dengan hujah yang biadap oleh pimpinan MCA yang menjadi sekutu rapat UMNO dalam Barisan Nasional.
10. Dalam masa yang sama, UMNO juga mempergunakan kalangan tertentu ulama sebagai terompah yang dipakai ke sana-sini, jauh sekali berbeza dengan PAS yang membawa konsep kepimpinan ulama dalam menentukan halal-haram tindakan dan dasar perjuangannya. Ahli-ahli PAS juga berbeza dengan UMNO-BN, dengan kita menjadikan maqasid-siyasi ini sebagai amanah untuk mendaulatkan syariat Islam, bukannya menjadikan peluang pemerintahan untuk berebut pangkat dan harta negara.
Hadirin dan hadirat sekelian,
TEMA MUKTAMAR
11. Pada hari ini, PAS menyambung kerja dakwah – tarbiyah – siyasah, mengajak rakyat dengan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat. Muktamar yang lalu kita kemukakan tema: MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN. Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap, sehingga membuat kenyataan terbuka, bahawa PAS sudah menyeleweng daripada matlamat perjuangan menegakkan Islam. Anggapan ini adalah kerana mereka tidak memahami bahasa al-Quran dan terpengaruh dengan bahasa asing "welfare state" yang menafsirkan kebajikan dengan makna yang sempit.
12. Maka bagi muktamar kali ke-58 ini, dikemukakan tema: NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN. Tema ini dikemukakan kerana perpaduan umat menjadi cabaran terkini diseluruh dunia, di negara masing-masing atau diperingkat antara negara dan bangsa. Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita. Perpaduan dan rahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam, sebagai risalah akhir zaman oleh Rasulullah SAW yang berbeza dengan para rasul sebelumnya. Allah berfirman :
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya' : 107)
13. Kebajikan adalah tajuk kepada ajaran Islam yang menyeluruh. Baca dan fahamilah firman Allah :
Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada الخير (kebajikan), dan menyuruh berbuat segala perkara yang makruf (baik), serta melarang daripada segala yang munkar (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.(al-Imran :104) 14. Para ulama tafsir al-Quran menegaskan bahawa الخير (kebajikan) itu ialah seluruh ajaran Islam yang dibawa dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dengan maksud Islam yang sempurna dan ajarannya yang menyeluruh. Ini dihuraikan secara terperinci oleh al-Quran dan Sunnah, di antaranya firman Allah :
Maksudnya : Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) [az-Zalzalah :7-8]
15. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap amalan manusia dikira dan dihisab, sama ada urusan ibadat atau urusan kehidupan dunia semata-mata, semuanya tetap berkait dengan hukum Islam. Seterusnya Rasulullah SAW menyenaraikan dengan sabdanya :
سبعةٌ يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمامٌ عادلٌ، وشابٌ نشأ في عبادة الله عز وجل، ورجلٌ قلبه معلقٌ بالمساجد. ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه، وتفرقا عليه، ورجلٌ دعته امرأةٌ ذات حسنٍ وجمالٍ ، فقال: إني أخاف الله، ورجلٌ تصدق بصدقةٍ، فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه، ورجلٌ ذكر الله خالياً ففاضت عيناه . )متفقٌ عليه(.
(Ada tujuh jenis manusia, di mana Allah memayunginya pada hari Kiamat nanti, pada yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya : Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa bergantung ke masjid, dua sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, seorang yang bermoral sehingga diajak oleh wanita yang rupawan dan bangsawan melakukan maksiat, lalu dia menolak kerana takutkan Allah, seorang yang terlalu pemurah memberi sumbangan dan seorang yang berzikir ingatkan Allah di tempat sunyi sehingga berlinang matanya) Hadirin dan hadirat sekelian,
16. Kebajikan pertama ialah pemimpin yang adil yang disebut siyasah (politik) mentadbir urusan negara dengan Islam yang adil untuk semua. Maha Adil adalah sifat wajib bagi Allah dan termasuk di kalangan nama-nama Tuhan (al-Asma al Husna). Allah mewajibkan berlaku adil kepada hamba Nya dan mengharamkan kezaliman. Adil dalam pemerintahan negara tanpa mengira kawan dan lawan adalah kebajikan pertama, kerana besar cabarannya dan hebat perjuangannya, serta banyak kebajikannya. Seorang penyair Arab menegaskan :
أحسن إلى الناس تستعبد قلوبهم ... فطالما استعبد الإنسان إحسان وإن أساء مسيء فليكن لك في ... عروض زلته صفح وغفران )أبي الفتح البستي(.
(Berbuat kebajikanlah terhadap manusia, nescaya engkau menundukkan hati-hati mereka. Maka seringkali manusia itu tunduk kepada kebajikan terhadapnya. Jika orang yang jahat melakukan sesuatu kejahatan terhadapmu, maka jadikan sifat yang baik menghilangkan kejahatannya ialah kemaafan dan keampunan)
17. Konsep adil dalam Islam adalah tawaran PAS kepada rakyat, kerana dengan keadilan Islamlah maka Islam bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani. Risalah ini dinyatakan oleh Firman Allah :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. (an-Nisa' : 58)
18. Hanya berkebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua dapat menyatukan hati manusia majmuk, mewujudkan perpaduan tulen, kerana manusia itu adalah makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal. Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi kemanusiaan. Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam. Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman.
19. Inilah dia seruan dan perjuangan kita dengan pujian Allah SWT kepada orang-orang yang beriman :
Maksudnya : Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah) !". Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik. Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Fusshilat : 33-36)
Hadirin dan hadirat sekelian,
20. Maka parti syaitan dan yang dikuasai syaitan di dalamnya, tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua. Marilah kita menyahut seruan Allah dan melaksanakannya :
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah : 8)
21. Dalam Negara Berkebajikan ini, semua pihak akan berlumba-lumba melakukan kebajikan, iaitu kebajikan kerajaan terhadap rakyatnya, manakala rakyat pula membantu kerajaan, maka mewujudkan hubungan saling mengerjakan kebajikan antara miskin-kaya, majikan-pekerja, dan sebagainya. Sifat adil yang dilaksanakan dalam Negara Berkebajikan ini adalah amal kebajikan yang membuahkan kasih sayang di kalangan manusia, sehingga merapatkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik di kalangan sesama rakyat, seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan dan sahabat yang setia.
22. Dalam masa yang sama, seluruh pendukung dan ahli PAS mestilah menghayati dengan bersungguh-sungguh dasar yang dibawa dalam muktamar kali ini, dengan menjadikan syarat kebajikan dan amalan ikhlas kerana Allah sebagai paksinya, tidak hanyut dari berpegang kepada Islam yang menjadi matlamat perjuangan kita, menyusun strategi dan gerakerja secara tersusun, dan bersedia untuk berdepan dengan rakyat secara terbuka dalam membawa mesej kita ini. Hadirin dan hadirat sekelian,
PERUBAHAN GEO-POLITIK ANTARABANGSA
23. Negara-negara umat Islam di pentas antarabangsa kini sedang berdepan dengan arus perubahan yang sedang merobah peta politik dunia. Perkembangan ‟kebangkitan rakyat kuasa rakyat‟ yang sedang melanda dunia umat Islam telah bermula di Tunisia, Maghribi, Mesir, Libya, Yaman, Syria hingga hampir seluruh benua Arab. 24. Tidak siapa dapat menjangkakan rakyat Tunisia berjaya menggulingkan rejim Zine El Abidine Ben Ali yang sejak berpuluh tahun menafikan hak serta suara kebebasan rakyatnya sendiri. Dan tidak siapa yang dapat menjangkakan rakyat Mesir berjaya menggulingkan rejim ‟kuku besi‟ Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan ‟Kuasa Rakyat‟ yang turun secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara.
25. Perubahan politik ini semua adalah merupakan ketentuan dan pertolongan dari Allah SWT serta menjadi peringatan kepada mana-mana pemerintah yang sombong dan angkuh serta mahu terus menafikan hak dan kebebasan rakyat. Rakyat hanya mahukan kebebasan dan hak bersuara mereka dihormati dan bukannya mahukan kekayaan sepertimana dimiliki oleh pemerintah yang zalim ini.
26. Umat Islam juga sedang memasuki alaf baru dengan penuh ujian dan cabaran. Di era globalisasi ini, kedudukan umat Islam terus dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ujian yang begitu mencabar. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tiada apa-apa harga dan nilai. Lihat sahajalah apa yang terus berlaku di bumi Palestin, di Afghanistan, Iraq dan terkini di Syria, seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.
27. Konflik yang sedang berlaku di Syria amat menyentuh hati dan perasaan kita. Pertumpahan darah dan penderitaan penduduk awam Syria sehingga kini tidak menampakkan jalan penyelesaian. PAS ingin menegaskan sikapnya bahawa konflik di Syria tidak boleh sekali-kali diselesaikan dengan campurtangan kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya. Biarlah rakyat Syria sendiri yang menentukannya melalui suara rakyat tanpa sebarang campurtangan asing yang mempunyai kepentingan strategik. Semua pihak perlulah memberikan tekanan secara berterusan dan berkesan, supaya perubahan kepada demokrasi sebenar boleh berlaku dengan dicorakkan oleh rakyat mereka sendiri.
28. Saya menyeru seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum serta seluruh masyarakat antarabangsa, agar menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada ratusan ribu penduduk awam Syria yang menjadi mangsa tragedi berdarah ini.
29. Di bumi Palestin, serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini terus berlaku tanpa batasan. Mereka mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta melakukan satu jenayah perang yang amat besar. Mereka juga secara terancang dan terangan melakukan pencerobohan terhadap Masjid al-Aqsa dan terus mendirikan kawasan penempatan di tanah yang dicerobohi oleh kerajaan Zionis ini.
30. Apa yang lebih memalukan lagi adalah sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam masih di kongkong dengan tekanan hegemoni Zionis. Badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Zionis ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadah yang di terajui oleh Harakah Muqawammah (Hamas) di bumi suci Palestin. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa yang merupakan Kiblat pertama umat Islam kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.
Hadirin dan hadirat sekelian,
PERKEMBANGAN DI RANTAU ASEAN
31. PAS juga amat tersentuh dengan apa yang berlaku ke atas saudara-saudara kita di Wilayah Rakhine, Myanmar. Kita ingin mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpatinya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya. Tindakan zalim yang dilakukan oleh rejim Myanmar terhadap umat islam Rohingya adalah di luar batas peri kemanusiaan dengan membunuh, membakar kediaman serta meroboh masjid yang merupakan suatu tindakan tidak bertamadun.
32. Dalam hal ini, PAS merasa sangat kesal dengan sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan UMNO-BN yang gagal mengecam dan mengambil langkah drastik dalam membantu menyelesaikan isu ini. PAS juga merasa kecewa di atas sikap membisu pejuang demokrasi rakyat Myanmar, Aung Sang Su Kyi yang enggan menyatakan pendirian yang jelas untuk mengutuk kezaliman dan sikap tidak perikemanusiaan yang dihadapi oleh komuniti Rohingya.
33. Berikutan dengan perkembangan damai di Selatan Filipina, PAS mengucapkan tahniah di atas persetujuan damai awal di antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini. Ianya merupakan langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi dan boleh memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanao. PAS berharap, perdamaian ini benar-benar terlaksana dan diambil kesempatan untuk mengisi perdamaian dengan membangunkan kembali wilayah yang telah lama bergolak itu. 34. Dalam masa yang sama, PAS juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persetujuan damai tersebut, termasuk juga dari kalangan pimpinan PAS sendiri yang tidak putus-putus terus memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada kepimpinan Islam Moro sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu melalui pengasas MILF al-Marhum Ustaz Slamat Hashim.
35. PAS juga, menyeru kepada kerajaan-kerajaan di rantau ini mengambil pedoman di atas kejayaan tersebut bagi mewujudkan perdamaian yang adil kepada rakyat di wilayah-wilayah yang bergolak seperti di Selatan Thailand dan Wilayah Rakhine, Myanmar. PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar konflik ini di hentikan segera. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai.
36. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk menjadi „jambatan‟ bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini sepertimana sumbangan dan penglibatan penting PAS dalam membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan pemerintah Indonesia dan juga dalam proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina.
Hadirin dan hadirat sekelian,
PAS : GERAKAN ISLAM PENYAMBUNG PERJUANGAN
37. Kita juga ingin mempertegaskan bahawa PAS adalah merupakan mata-rantai gerakan Islam yang wujud sejak sekian lama, untuk membawa mesej Islam dengan mempunyai komponen tarbiyah, dakwah dan politik. Kita wujud sebagai satu kesinambungan dari perjuangan menentang penjajah yang dipimpin oleh para ulama terdahulu seperti Sheikh Wan Ahmad Mohd Zain Fathani yang menubuhkan Jami'atul Fathaniyah pada tahun 1873 di Makkah, telah disambung oleh murid beliau seperti Raja Ali Kelana dan Syed Sheikh al-Hadi yang menubuhkan Jami'atul Rusyidiyah di Riau pada tahun 1880. Pengaruh Riau inilah mendorong penubuhan Jami'atul Khairiyah di Betawi pada 1904, sebelum ditubuhkan Sarekat Dagang Islam pada 1905 yang kemudiannya dikenali sebagai Sarekat Islam ketika dipimpin oleh Tjoakro aminoto pada 1912. Pengaruh Sarekat Islam sebagai sebuah pertubuhan politik Islam berkembang di Tanah Melayu semenjak tahun 1919 apabila cawangannya wujud di Singapura, Johor, Baserah - Pahang, Terengganu, Kelantan, Patani dan Pulau Pinang. Antara tokoh penting Sarekat Islam di Tanah Melayu ialah Tuan Guru Haji Abd Rahman Limbong yang memimpin pemberontakan ke atas British antara tahun 1924 hingga 1928; iaitu lebih awal dari pergerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna pada tahun 1928 di Mesir.
38. Sepanjang tempoh itu, sehinggalah kewujudan PAS secara rasmi pada tahun 1951, kita telah mengalami pasang-surut pengalaman terlibat dalam sistem demokrasi pilihanraya. PAS menjadi gerakan Islam terawal yang berpeluang memerintah melalui sistem demokrasi seawal 1959, kerajaan campuran 1970-an, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah 1990 dan 1999, Pakatan Rakyat 2008, di mana sikap keterbukaan para ulama PAS lah yang membuka ruang PAS melaksanakan ijtihad Tahaluf Siyasi dalam arus politik tanahair kita sehingga membolehkan PAS berhubung dan bekerjasama dengan kalangan bukan Islam yang terdiri dari 40% rakyat di negara kita ini.
39. Hasilnya kita menjadi parti yang turut sama memerintah negara, menjadi pembangkang, ahli dan pimpinan diburu dan dipenjarakan, digulingkan kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1961 dan Perak tahun 2010, membentuk kerajaan h dan turut menggubal undang-undang Islam di peringkat negeri, dan sebagainya yang mewarnai perjuangan PAS dalam suasana serta waqi‟ yang tentunya mempunyai fiqh-aulawiyat yang sangat berbeza dengan rakan-rakan di Asia Barat dan Turki.
Hadirin dan hadirat sekelian,
40. Sifat anjal yang dimiliki oleh PAS membolehkan kita mengambil pengajaran yang baik dari kemenangan rakan-rakan kita di Asia Barat dalam tempuh setahun-dua ini, tetapi kita juga tidak boleh sekali-kali berundur dalam dasar dan tindakan kita yang telah berjaya melunakkan fikrah masyarakat di negara kita ini berbanding tahun-tahun yang lalu. Natijahnya ialah, tidak salah untuk kita mengambil mana-mana pengajaran yang baik, tetapi hendaklah dilakukan dengan ilmu dan bukannya mengkagumi atau menjadi pengikut secara semberono tanpa melihat suasana masyarakat dan waqi‟ di tempat kita yang sudahpun jauh berubah berbanding dengan suasana di Asia Barat.
41. PAS tetap memilih demokrasi menyertai pilihanraya sebagai wasilah, dari dahulu hingga kini, walau pun berdepan dengan demokrasi tanpa moral yang menjadi senjata UMNO-BN yang memegang tampuk pemerintahan sekian lama di negara kita ini. Merekalah yang menafikan hak rakyat untuk menjadi hakim secara adil dan melakukan muhasabah kepada pimpinan kerajaan. Walau bagaimanapun, kita yakin bahawa rakyat boleh dibangkitkan dengan kesedaran membawa perubahan.
42. Dalam urusan politik, pintu ijtihad tidak boleh ditutup walau pun tidak ada lagi pemimpin setaraf para sahabat terdahulu dan tokoh ulama mujtahidin di zaman awal. Namun Ijtihad secara jama‟ei tetap berlangsung, maka PAS mewujudkan Majlis Syura Ulama yang menjamin keteguhan kita di atas Dasar Islam, Aqidah, Syariat, Akhlak dan Nizam (Sistem), beristiqamah dengan undang-undang tubuh PAS. Sehingga kini alhamdulillah, PAS tidak pernah rugi dalam semua langkah politiknya. Maka ahli-ahli PAS jangan sekali-kali terasing daripada Jamaah Islam ini. Dengarlah amaran Rasulullah S.A.W. :
إِنَّ الشَّيْطَانَ ذِئْبُ الْإِنْسَانِ كَذِئْبِ الْغَنَمِ يَأْخُذُ الشَّاةَ الْقَاصِيَةَ - مسند أحمد )ج 54 / ص 31 )
(Sesungguh syaitan itu laksana serigala terhadap manusia, seperti serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya) Hadirin dan hadirat sekelian,
ILTIZAM POLITIK
43. Islam menentang kezaliman politik, kerana daripadanya dilahirkan segala kezaliman yang lain. Islam menentang semua kerajaan bersifat diktator secara individu, kumpulan (al-Mala‟), bahkan Islam menolak kalangan pemimpin agama yang berselindung disebalik suruhan Tuhan atau pimpinan agama yang melaksanakan pemerintahan Teokrasi mengikut fahaman Barat sehingga bertindak zalim terhadap rakyat dan negaranya sendiri.
44. Kesemua para Anbiya‟ A.S. adalah membawa Islam beraqidah tauhid menentang syirik dengan makna yang luas, melawan syirik yang berkonsep pemujaan kepada mana-mana atau sesiapa dikalangan makhluk dalam urusan ibadat dan cara hidup, dengan konsep ad-Din yang tidak ada pemisahan politik daripada urusan beribadat kepada Allah. Maka Islam juga menentang pemujaan makhluk manusia yang memerintah dengan zalim dan membodohkan rakyat.
45. Perjuangan Rasulullah SAW menjadi sunnah Fiqh politik yang diamal oleh kerajaan Islam dan kumpulan Islam yang melangsungkannya disepanjang zaman, berasaskan hukum Islam yang adil terhadap semua. Ada kalangan yang masuk Islam dan ada kalangan yang hanya menerima kerajaannya yang berkonsepkan adil terhadap semua rakyat, sehingga kelahiran tamadun Islam yang unggul melibatkan masyarakat majmuk.
46. Politik Islam mewujudkan perpaduan masyarakat majmuk yang tidak mampu dilaksanakan oleh ajaran lain. Allah berfirman :
Maksudnya : Mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan, serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-Haj : 40)
Hadirin dan hadirat sekelian,
47. Pendedahan sejarah sebelum tegaknya masyarakat dan negara sebelum Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. menunjukkan mana-mana kaum dan penganut agama yang menang mesti menindas pihak yang lain dengan zalim dan ganas. 48. Islam yang memerintah di Madinah dan selepasnya memberi hak yang adil kepada masyarakat majmuk mewajibkan perpaduan di kalangan masyarakat penganut Islam dan masyarakat manusia seluruhnya. Piagam Madinah adalah satu perjanjian di antara kerajaan dan rakyat masyarakat majmuk yang bersejarah dan menjadi panduan kepada kerajaan Islam yang adil selepasnya.
49. PAS juga sudah bersedia untuk bersama memerintah negara Malaysia ini, bersama rakan Pakatan Rakyat, bagi memikul dan melaksanakan amanah. Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan. Secara bersama, permuafakatan Pakatan Rakyat telah mengisytiharkan resolusi :
1. Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agama-agama lain untuk diamalkan di Malaysia. 2. Hak Istimewa Bumiputra dan melaksanakan hak yang adil kepada semua kaum. 3. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hak bahasa ibunda berbagai kaum. 4. Kedudukan Raja berperlembagaan.
50. Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi ini menuntut kita terus bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, secara kolektif dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara. Dalam masa yang sama, setiap ahli PAS yang berada dalam lingkungan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan ini juga perlulah memahami fiqh-aulawiyat, maqasid syariah, serta bertegas dalam perkara dasar selari dengan Perlembagaan PAS itu sendiri. Tahaluf Siyasi ini juga tidak seharusnya mengaburkan kefahaman ahli PAS terhadap konsep Fiqh at-Taat terhadap parti kita sendiri.
Hadirin dan hadirat sekelian,
PENDEKATAN EKONOMI
51. Dunia menyaksikan kejatuhan komunisme yang menolak agama semuanya, manakala ekonomi berdasarkan kebendaan semata-mata menjadi tuhan yang disembah. Manusia laksana alat jentera, jasad yang tidak ada roh, akal yang tidak berpanduan. Kini pula dunia sedang menyaksikan keruntuhan ideologi Liberal Kapitalisme yang juga bertuhankan kebendaan dan agama menjadi sampingan yang tidak bermaya, sehingga kebebasan ekonomi tanpa kawalan roh dan hati nurani tanpa perhitungan dosa dan pahala.
52. Suasana ini membarahkan politik menipu dan ekonomi berpusing kekayaan di kalangan kelompok tertentu, di kalangan ahli politik dan ahli ekonomi yang bersekongkol dengannya. Seterusnya ini melahirkan Firaun dan Haman yang menerima rasuah, serta kumpulan Qarun yang mengumpul kekayaan melalui konsep monopoli tamak haloba secara riba, rasuah dan berbagai salah laku.
53. Hakikat inilah yang kita lihat sedang berlangsung dalam negara kita ini. Negara kita yang kaya dengan hasil bumi ini, akan muflis sekiranya terus berada di tangan kerajaan Barisan Nasional. Melaksanakan transformasi ekonomi ala Kerajaan BN untuk setanding dengan negara yang kaya di dunia Barat juga, bukanlah ukuran yang rakyat inginkan. Nilai ringgit yang ada pula makin menyusut, sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi apa-apa makna lagi.
54. Perdana Menteri pernah berbangga dengan Malaysia memilikki 30 bilionaire yang berkongsi kekayaan sejumlah RM200 bilion. Namun PAS mahu mengingatkan, bahawa ada billionaire ini yang menanggung hutang korporat ke paras RM 22 bilion seorang semasa Krisis Kewangan 1997 dulu. Kini sudah pun di ketahui pasaran kewangan, bahawa antara 30 bilionaire ini, ada yang berhutang ke paras RM55 bilion dan RM 34 bilion setiap tokoh korporat, sekaligus mengulangi kesilapan lama.
Hadirin dan hadirat sekelian,
55. Inilah yang cuba ingin kita perbetulkan, dengan mengambil langkah-langkah penting ini sekiranya kita diberikan amanah nanti. Pertama - membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan. Dalam hal ini, dasar fiskal mahupun monetari yang adil sifatnya, mesti digunakan sebaiknya untuk memacu pertumbuhan; Kedua – membetulkan pelaksanaannya dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mampu mencegah, dan seterusnya mencegah pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah; Ketiga – membuat penilaian menyeluruh terhadap hasil negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat. Keempat – menolak diskriminasi, di mana dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik – negeri - wilayah; dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar. Ini sekaligus menolak amalan kronisme dan monopoli pasaran tempatan, dengan memperkenalkan akta-akta bagi mengikat kewujudan „kartel‟ yang bertindak menekan rakyat.
56. PAS menegaskan bahawa tanggungjawab pemerintahan dan memakmurkan bumi ini adalah satu amanah yang mesti ditunaikan, bukan hanya untuk memenuhi tuntutan rakyat yang mengangkat sesebuah kerajaan, bahkan pada kekemuncaknya supaya kepimpinan negara bertanggungjawab kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, mentadbir khazanah kekayaan negara dan mengurus kewangan secara bijak serta menjadikan pengurusan ekonomi dan membangunkan harta atau „Hifzul Mal‟, adalah termasuk dalam perkara-perkara penting yang mesti dipelihara dan dimajukan oleh sebuah Negara Berkebajikan.
57. Kedatangan Islam pula menyaksikan sejak awalnya pelaksanaan Islam memerintah negara, dilaksanakan dalam kegiatan ekonomi yang penting bagi seluruh manusia sejagat, bukan sahaja kepada penganut Islam. Dalam perkara ibadat wajib berbeza, dalam perkara muamalat wujudnya pergaulan yang adil di kalangan masyarakat majmuk.
58. Apabila konsep Ihya al-Mawat memiliki tanah pertanian dan kebebasan perdagangan tanpa belenggu yang zalim, diberi hak kepada seluruh kegiatan ekonomi rakyat termasuk kepada penganut bukan Islam dalam perkara yang dizinkan oleh agama mereka dan diharamkan oleh Islam, yang akhirnya menyebabkan rakyat tertindas berbagai kaum menerima pentadbiran Islam.
59. Konsep zakat adalah kebajikan pengumpulan hasil dan pengagihannya yang adil secara ibadat bagi penganut Islam sepanjang hidup, walau pun tanpa diurus oleh kerajaan tetapi zakat tetap diwajibkan ke atas penganut Islam dan tidak wajib bagi penganut bukan Islam. Seterusnya dipanjangkan dalam konsep mengendalikan sistem percukaian yang tidak berkait dengan ibadat kepada penganut bukan Islam, samada sumber asli atau percukaian ke atas kegiatan ekonomi rakyat. Ianya diambil daripada mereka yang berada, tidak membebankan rakyat miskin dan menganggur. Mengagihkan harta untuk rakyat dengan konsep adil terhadap semua dan perbelanjaan urusan kerajaan yang tidak bakhil dan boros. Zakat wajib dikekalkan kerana ibadat harta bagi penganut Islam. Ada pun cukai boleh dihapuskan apabila tidak memerlukan.
60. Dalam pengagihan sumber zakat, para ulama bersepakat diutamakan penduduk di daerah zakat diambil, maka begitulah juga konsepnya dalam sistem pengagihan sumber negara. Bermakna kerajaan pusat tidak boleh sewenang-wenangnya mengangkut hasil mana-mana wilayah, tanpa menilai sepenuhnya keperluan kesejahteraan hidup di wilayah berkenaan. Rasulullah S.A.W. bersabda :
الناس شركاء في ثلاثة , الماء والنار والكلأ [Manusia itu bersyarikat dalam tiga perkara (menjadi keperluan umum) iaitu air , api dan padang ragut] Hadirin dan hadirat sekelian,
61. Konsepnya ialah, keperluan umum hendaklah dikawal oleh kerajaan supaya tidak ada kalangan yang mengambil kesempatan bagi diri mereka dan kroni daripada perkara yang menjadi kepentingan umum. Maka keperluan umum sudah tentu berubah mengikut peredaran zaman, sehingga dipanjang dalam perkara-perkara yang lain seperti pendidikan, kesihatan dan segala kemudahan awam yang lain.
62. Bahkan di zaman negara Islam yang bertamadun berjaya diwujudkan penginapan dan khidmat percuma untuk para musafir yang dinamakan Musafir Khanah. Di sinilah maka cukai yang membebankan rakyat seperti tol boleh dihapuskan, pendidikan percuma dan rawatan percuma boleh dilaksanakan.
63. Bagi mengurang beban kos saraan hidup seharian ketua isi-rumah, pendekatan yang wajar adalah untuk meningkatkan „pendapatan boleh berbelanja‟ dan bukan dengan pemberian „one-off‟ secara bermusim. Mengurangkan kos utiliti seperti air dan elektrik, kesihatan, pelajaran, pengangkutan serta keperluan makanan asas jelasnya akan meningkatkan „pendapatan boleh berbelanja‟ ketua isi-rumah serentak mengangkat kehidupan yang lebih bermakna dan tidak hanya bergantung kepada subsidi dan „pemberian‟ one-off yang diamalkan oleh kerajaan UMNO-BN secara bermusim.
64. Kebajikan negara disumbangkan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama, maupun faktor kedudukan geografi wilayah jauh atau dekat; semuanya dinilai kepada tahap keperluan memenuhi kesejahteraan hidup rakyat terlebih dahulu. Natijahnya menjalinkan hubungan yang baik di antara kerajaan dan rakyat, dan di kalangan rakyat majmuk. Keadaan yang berbeza dengan kerajaan sebelumnya samada di kalangan bangsa sendiri, atau penjajah yang menakluk. Maka kedatangan Islam diterima dengan rela hati oleh seluruh rakyat tempatan. Di sinilah menunjukkan kepada kita, betapa luasnya contoh jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam apabila kita terbuka mendengar dan bersedia untuk melaksanakannya.
Hadirin dan hadirat sekelian,
MEMBANGUN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN
65. PAS berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan yang sebenarnya mengikut acuan Allah Pencipta manusia dan seluruh alam. Kegagalan sistem pendidikan menjadikan negara dan bangsa ketinggalan, lemah dan hina.
66. Pendidikan adalah pembangunan insan, mestilah mengikut acuan kejadian manusia yang ditetapkan Allah mengikut fitrahnya. Kemusnahan tamadun umat terdahulu yang hebat kerajaan dan bangunannya adalah kerana tidak membangun insan mengikut fitrahnya, sehingga tidak melaksanakan tugasnya dengan baik dan adil di bumi Allah, berlaku kezaliman bukan sahaja terhadap rakyat yang lemah ditindas, bahkan terhadap ilmu. Tokoh-tokoh ilmuan dihapuskan setelah mencapai kejayaan yang disumbangkan kepada negara dan bangsanya supaya tidak dipindahkan kepada pihak lain atau dianggap mencabar kedudukan pemimpin. Ada ahli falsafah yang dibunuh, arkitek yang dipotong tangannya. Keadaannya lebih melampau apabila menolak para Rasul yang dipilih oleh Allah dengan ilmu wahyu.
67. Tamadun bangsa – bangsa tersebut masih ada peninggalan sejarahnya yang boleh dilawati untuk diambil iktibar, bahawa pembangunan dengan ilmu sains dan teknologi tanpa hidayah kepada akal dan pembangunan rohani di dalam jasadnya berakhir dengan kemusnahan. Kini kita sedang menyaksikan tanda bermulanya kemusnahan tamadun barat yang menjadi senjata kezaliman terhadap diri manusia dan alam sekitarnya.
68. Inilah yang sedang kita lihat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang dibentangkan oleh kerajaan BN. Visi sistem pendidikan yang dicadangkan itu gagal diberikan roh pegangan agama yang tulen kepada pelajar untuk berdepan dengan cabaran krisis akhlak di masa depan; sementara pihak kerajaan pula yakin menjadikan pencapaian akademik negara maju tertentu sebagai kayu pengukur maju atau tidaknya sistem pendidikan itu sendiri. Guru-guru pula berdepan dengan satu lagi eksperimen baru, yang terus memberi tekanan baru kepada bidang perguruan, akhirnya guru menjadi mesin yang bukan lagi melaksanakan peranan mendidik generasi akan datang. Terkini ialah tindakan kerajaan memperkenalkan sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, walaupun ada kebaikannya tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru-guru yang terlibat. Selain dari itu, bidang pendidikan Islam terus berada di luar arus perdana, ditambah pula dengan cadangan untuk kononnya memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas "teras nilai" dan "falsafah agama utama" menjelang 2017 adalah satu kenyataan yang membawa masuk fahaman liberalisme dan mengenepikan semangat agama Islam sebagai agama persekutuan.
69. Maka PAS berkewajipan membetulkan acuan pendidikan membangun insan. Mengembalikan semula dasar dan konsep pendidikan Islam, membangun insan merangkumi kewajipan dunia dan akhirat, dalam perkara fardu „ain dan fardu kifayah, bagi urusan dunia dan akhirat. Menegakkan kemerdekaan yang sebenarnya bagi rakyat, supaya bebas daripada pemikiran penjajahan yang masih ada sama ada kesan penjajah asing atau penjajah dalaman sendiri yang menghilangkan jati diri manusia yang berkemampuan dengan aqidah, akhlak dan kebijaksanaan ilmu.
70. Peranan bahasa kebangsaan yang menjadi jiwa bangsa wajib diperkasakan menjadi bahasa ilmu dan pentadbiran negara dan perpaduan rakyat, bersama bahasa ibunda kepada semua kaum dan menggalakkan pengajian bahasa asing bagi menimba ilmu yang bermanfaat daripada mana-mana sahaja, kerana sabda Rasulullah S.A.W. :
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها . )ابن ماجه(.
(Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan seorang yang beriman, maka di mana sahaja dia menemuinya, hendaklah dia memungutnya). 71. PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat wajib memastikan tidak ada kalangan rakyat yang tercicir daripada pendidikan, mengikut tahap kemampuan masing-masing, sekurang-kurangnya fardu „ain bagi setiap orang dan diperingkat fardu kifayah dalam urusan agama dan dunia sebanyak-banyaknya. Peruntukan kewangan pula wajib disediakan oleh kerajaan dengan secukup – cukupnya dalam kemudahan ini, sebagai melaksanakan tanggungjawab menyediakan pendidikan kepada rakyat.
72. Mengikut Islam, sesebuah kerajaan itu tidak rugi termasuk dari segi kewangan dengan memperkenalkan pendidikan percuma, bahkan memberi pulangan hasil negara yang meningkat dengan kewujudan rakyat yang dibina insannya dengan saksama dapat menambahkan hasil negara. Segalanya berlaku apabila rakyat berilmu, beriman dan budiman. Rakyat tidak menjadi bodoh yang tidak berguna atau pun cerdik menipu tidak boleh ditumpang.
Hadirin dan hadirat sekelian,
KOMITMEN PAS UNTUK RAKYAT
73. PAS juga bersedia untuk menerima amanah sebagai komponen kerajaan Pusat atau pun negeri bersama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kita percaya bahawa dengan sokongan rakyat dan keahlian PAS yang merangkumi berbagai bidang kepakaran, selain dari kalangan teknokrat yang boleh bekerjasama dengan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, kita bersedia untuk menunaikan amanah yang lebih besar ini.
74. PAS percaya dan yakin bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dengan lancar dan aman sekiranya rakyat memberikan amanahnya kepada kita. Kepada rakyat keseluruhannya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik. Maka sekiranya kita gagal melaksanakan amanah itu, rakyat bolehlah menghukum kami dalam pilihanraya yang seterusnya
75. Komitmen besar PAS ini memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat ini tidak akan dizalimi atau dibalas dendam, kerana merekalah yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat. Hubungan yang baik dengan institusi Raja berpelembagaan akan dipertahankan, sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan.
76. Sekiranya diberikan amanah ini, maka PAS juga akan mengusulkan supaya dimansuhan akta-akta yang zalim, mengembalikan kewibawaan institusi penting dalam negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), instituti pendakwaan dan kehakiman, Parlimen Malaysia, pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan sebagainya. Perjalanan pilihanraya yang lebih adil dan bebas akan terus diperjuangkan oleh PAS, walaupun setelah kita sampai ke Putrajaya nanti kerana inilah ciri sebuah negara demokrasi yang sihat.
Hadirin dan hadirat sekelian,
77. Kepada rakyat bebagai kaum dan etnik di Sabah dan Sarawak pula, marilah kita sama-sama bangunkan negara Malaysia ini secara bersama bergandingan tenaga dengan penuh adil dan saksama. Hak rakyat peribumi Sabah dan Sarawak yang dijanjikan akan dilaksanakan, selain dari komitmen bersama Pakatan Rakyat menerusi deklarasi penting semasa kita menyambut ulangtahun Hari Malaysia pada 16 September yang lalu. Hasil kekayaan bumi royalti minyak sebanyak 20 peratus akan dipulangkan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
78. Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti.
79. Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.
80. Selain dari komitmen yang dinyatakan tadi, PAS juga berkongsi nasib yang menimpa peneroka luar bandar yang ada di waktu ini. Peneroka luar bandar khususnya berbangsa Melayu yang terdiri daripada 112 ribu peneroka dan lebih 1 juta warga Felda terdiri daripada peneroka, keluarga dan kakitangan Felda. Sebarang tindakan yang dilakukan terhadap Felda akan memberi kesan yang besar kepada kelompok mega rakyat Malaysia ini.
81. Kita sama-sama lihat, bahawa sejurus selepas Felda di senaraikan di Bursa Malaysia melalui anak syarikatnya Felda Global Ventures (FGV), ia menjadi satu detik hitam kepada warga Felda keseluruhannya. Aset Felda yang berupa tanah, ladang dan pelbagai aset lain yang menjadi hak milik bersama warga Felda, kini sudah dibuka kepada milikan bebas termasuk syarikat-syarikat asing atas nama penyenaraian. Maka berteraskan amanah membela rakyat, PAS menyatakan komitmen berterusan untuk menyelamatkan tanah dan seluruh aset Felda ini dan diagihkan kekayaan tersebut kembali kepada rakyat sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan nanti.
Hadirin dan hadirat sekelian,
82. Baru-baru ini juga, pihak kerajaan telah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik – AES yang telah mula dikuatkuasakan pada 23 September 2012 yang lalu. Membantah perlaksanaan AES tidak bermaksud kita bersetuju pengguna jalanraya memandu sewenang-wenang tanpa mengendahkan undang-undang dan peraturan jalanraya.
83. PAS di bawah Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE], telah membantah perlaksanaan AES ini kerana terlalu banyak kekeliruan dan kecelaruan yang timbul dalam perlaksanaannya. Antaranya lokasi pemasangan kamera AES di tempat-tempat yang tidak sesuai dan tidak munasabah. Cara penguatkuasaannya pula melibatkan syarikat-syarikat swasta yang akan mendapat imbuhan hasil berniaga menerusi pembayaran saman-saman oleh pesalah lalulintas.
84. Alasan bahawa kelajuan adalah penyumbang utama kemalangan tidak boleh diterima dengan mudah dan sewenang-wenangnya. Benar, kelajuan adalah antara punca kemalangan tetapi bukan punca utama. Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia pernah menyebut bahawa 85.74% punca kemalangan adalah disebabkan faktor manusia, 10.62% disebabkan keadaan persekitaran manakala 3.64% lagi adalah faktor kenderaan. Faktor manusia inilah yang memerlukan pendidikan dan pendekatan yang lebih holistik bukan dengan memasang kamera-kamera untuk menyaman sebagai satu bentuk perniagaan.
85. PAS juga mengulangi komitmen untuk menilai kembali projek-projek mega yang sepatutnya memberikan pulangan ekonomi kepada negara tanpa membebankan rakyat dan alam sekitar. Projek-projek seperti Kilang Penapisan dan Petrokimia di Pengerang, Johor; sepatutnya dilaksanakan tanpa melibatkan pemindahan 25,000 penduduk yang menghuni selama puluhan tahun di 10 buah kampung tradisi, melibatkan pemindahan lebih dari 10 buah sekolah, masjid dan sebagainya. Kita tidak menolak projek ekonomi seperti ini, tetapi PAS menolak kezaliman di atas nama pengambil alihan tanah secara tidak adil, pemusnahan ekologi kawasan perikanan, yang seterusnya menjejaskan mata pencarian hidup rakyat sendiri.
86. PAS juga mengiktiraf peranan golongan perajurit yang banyak berkorban untuk negara. Kita akan memperjuangkan supaya Yayasan dan Koperasi Persatuan bekas-bekas Tentera seluruh Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT) untuk diberi tenaga baru serta diperluaskan fungsinya, dalam usaha membangunkan ekonomi tentera dan veteran. Semuanya ini adalah untuk memastikan bantuan kebajikan berterusan kepada tentera dan veteran sekeluarga terus terpelihara, selain dari komitmen untuk memberikan bantuan pendidikan sepanjang hayat kepada tentera, balu tentera dan tanggungan mereka.
Hadirin dan hadirat sekelian,
PILIHANRAYA
87. Dikesempatan ini juga, PAS ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak yang telah memberikan amanah kepada kita secara bersama dalam muafakat Pakatan Rakyat, dan pegawai-pegawai dalam pentadbiran kerajaan negeri yang telah bekerjasama memahami perlunya terus bertugas dengan amanah dengan kerajaan semasa iaitu kerajaan Pakatan Rakyat, dengan matlamat untuk membawa perubahan yang lebih baik dari kerajaan yang terdahulu.
88. Kita menyedari bahawa sekarang ini kita berada dihujung tempoh pemerintahan di negeri-negeri yang kita menangi menerusi pilihanraya umum ke 12 yang lalu, sebelum ianya diserahkan kepada rakyat untuk menjadi hakim sekali lagi dalam PRU-13 nanti. Tentunya tugas terpenting untuk kita ialah, mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi dengan seluruh gerakerja dan tenaga yang kita miliki dengan penuh keazaman untuk melebarkan kemenangan sehingga sampai ke Putrajaya, insyaAllah.
89. Kita juga menyedari bahawa sudah tentunya tempoh hampir lima tahun ini tidak mencukupi untuk kita lakukan perubahan yang besar yang kita citakan di negeri yang kita perintah, kerana dalam masa yang sama kita berdepan dengan konsep federalisma songsang yang memberikan kuasa negeri yang terhad, campurtangan dan tekanan secara tidak adil oleh kerajaan pusat terhadap pemerintahan kita, tidak sempatnya kita menukar sistem pentadbiran menyusahkan rakyat yang berakar umbi dari peninggalan kerajaan BN sejak sekian lama, selain dari beberapa kelemahan kita sendiri yang perlu dibaiki secara berterusan dengan seni menyelesaikan masalah secara penuh hikmah.
90. Kerja-kerja asas pilihanraya yang ada hendaklah diteruskan tanpa henti, manakala pengarahan gerakerja khusus menjelang pilihanraya ini akan diberikan oleh jentera Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dan Jabatan Pilihanraya Negeri, Dewan Ulama – Muslimat – Pemuda, dan Lajnah masing-masing yang menyumbang kepada keseluruhan tugas pilihanraya ini tanpa perlu saya perincikan strateginya dalam muktamar pada hari ini. Patuhlah kepada arahan-arahan ini tanpa rasa ragu dan lemah.
Hadirin dan hadirat sekelian,
91. Ingatlah, bahawa ungkapan menuju ke Putrajaya yang saban waktu kita laungkan; melalui program Himpunan Hijau ke Putrajaya, Program PAS ganti UMNO, Himpunan Kebangkitan Rakyat; semuanya adalah berpijak di atas kenyataan keazaman kita untuk membawa rakyat sama-sama melakukan perubahan. Ianya bukanlah suatu mimpi, tetapi turut berada dalam jangkauan hasil dari muafakat bersama dalam Pakatan Rakyat.
92. Di saat ini sehinggalah kita berdepan dengan PRU ke-13 nanti, seluruh negara akan berdepan dengan taufan wang yang akan masuk ke setiap buah rumah dan jiwa manusia yang ada di tanahair kita ini. PAS akan berdepan dengan ujian getir rakyat yang dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain dari berbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama lawan kita.
93. Maka kita perlu menyatakan komitmen untuk melakukan tindakan-tindakan tertentu dalam menghadapi PRU-13 ini. Tindakan Pertama : Petugas PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita. Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan UMNO-BN. Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini.
94. Tindakan Kedua : Petugas PAS hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau DUN) menghadapi musuh yang amat licik. Marilah kita meneliti Firman Allah SWT :
يَا أَي هَُّا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبُِِواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّ قُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ ت فُْلِحُونَ
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (al-Imran : 200)
95. Tindakan Ketiga : Petugas PAS hendaklah bersedia menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibubapa mereka yang masih menyokong UMNO. Sikap orang muda sekarang amat berbeza dengan generasi terdahulu. Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong PAS tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan PAS memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi facebook, blog, sms dan lain-lain.
96. Tindakan Keempat : PAS juga hendaklah memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan kepada PAS dengan keutamaan ialah mempertahankan semua kerusi Parlimen yang telah dimenangi PRU2008 (24 kerusi), kerusi parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi PAS di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama.
97. Sehubungan dengan itu, media parti seperti Harakah dan Harakahdaily, bersama dengan Jentera Penerangan parti hendaklah bertindak membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan. Tempoh yang ada ini wajar dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat pencapaian pemerintahan kerajaan kita kepada ahli-ahli kita, yang kemudiannya akan menyampaikannya kepada rakyat yang menjadi pengundi senyap dalam pilihanraya. Konsep mendahulukan kebijaksanaan daripada kemusnahan atau kemarahan hendaklah diutamakan.
98. Pilihanraya umum ke-13 ini juga adalah merupakan pilihanraya yang melibatkan perang siber. Persiapannya bukan lagi seperti pilihanraya yang pernah kita lalui sebelum sebelum ini. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, petugas-petugas kita disemua peringkat mesti melakukan reformasi cara bekerja dengan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya dalam menghadapi fenomena perang siber menerusi media baru ICT sekarang ini.
99. Kerjasama penerangan dan ICT perlu diperkukuhkan segera untuk menghadapi PRU-13 ini dengan mewujudkan satu urusetia berkaitan Media Baru sebagaimana yang diresolusikan dalam Persidangan ICT dan Media Baru 2011 pada tahun lepas. Saya menyeru kepada semua pimpinan PAS terutamanya yang terlibat dengan Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihanraya disemua peringkat melihat potensi ICT dan Media Baru ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan kempen dan dakwah melalui laman sesawang, youtube, facebook, twitter, webtv, selain dari ceramah dan bahan-bahan media cetak.
Hadirin dan hadirat sekelian,
ARAHAN KEPADA AHLI DAN PIMPINAN PAS
Marilah dengan fikiran yang terbuka, penuh keazaman, berbekalkan keimanan kepada Allah dan janjinya dunia-akhirat, keyakinan kita kepada perjuangan kita ini, maka saya ingin membuat pengarahan berikut kepada semua perwakilan yang ada pada hari ini :
1. Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.
2. Saya mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat. 3. Saya menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.
4. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.
5. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
6. Saya mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.7. Marilah pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta menyusun gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN. PENUTUP Akhirnya, dikesempatan ini bagi pihak muktamirin sekelian, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan, seluruh saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Kelantan, PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Pengarah dan Jawatankuasa Induk Muktamar, Jabatan Amal, dan semua petugas yang terlibat, serta semua pihak yang menjayakan Muktamar ke-58 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Seterusnya, saya RASMIKAN Muktamar Agung PAS kali ke-58 ini dengan menyebut بسم الله الرحمن الرحيم dan sabda Rasulullah SAW : سيروا على بركة الله الله أكبر ولله الحمد | |
Jasindaily Online Posted: 28 Dec 2012 09:21 AM PST HKR 112 : Amaran Akhir Pada SPR Posted: 27 Dec 2012 11:28 PM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat.
Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN. "Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur. Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali. Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN. "Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita. Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang," katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam. Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir.
Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat. Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin. Program bermula solat Maghrib. Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali.
Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan. Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka. "Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi," ujarnya./ Hrkh | MCA Hina Islam Lagi .. UMNO, Jati, Perkasa Mati Kutu Posted: 27 Dec 2012 11:27 PM PST Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan pengeluaran dan penerbitan kalendar 2013 yang cukup jelas menghina agama Islam iaitu hukum hudud. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, penerbitan kalendar 2013 di dalam dwibahasa, Cina dan Inggeris, ini secara jelas sebagai satu mesej untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud yang tidak ada kena mengena langsung dengan masyarakat bukan Islam. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras.
"Tindakan ini juga sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara ini," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan biadap itu ditaja oleh parti perkauman Cina terbesar di Malaysia yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan yang memerintah Malaysia ini kerana selama inipun presiden parti tersebut cukup kuat memusuhi agama Islam dan hukum Islam. Menruutnya, cukup jelas tindakan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini," ujarnya. Tambahnya, Pemuda PAS Selangor turut mendesak dan menuntut supaya semua pihak yang bertanggungjawab di atas pembiayaan, penerbitan, pengeluaran dan pengedaran kalendar itu untuk tampil memohon maaf secara terbuka kerana menghina agama Islam dan menarik semula kalendar ini daripada pasaran./hrkh | Isu Dana Palestin : Ali Terus Membisu.. Posted: 27 Dec 2012 11:24 PM PST Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sekali lagi mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera. "PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin.
"Kita mendesak kerajaan negeri supaya menyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat," ujar Adly dipetik dari akaun Facebooknya hari ini. Sebelum ini beliau telah membuat desakan dalam blognya namun tiada jawapan konkrit dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan jabatan dan agensi kerajaan dan orang awam. "Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011.
"Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita. Menurutnya, Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu. "Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly. Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai. | 2000 sudah berhimpun di Wisma Felda Posted: 27 Dec 2012 11:19 PM PST Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak. Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.
2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.
(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)
Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda. Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda. Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.
2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini. Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad. Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. | Biar Kurang Makan Jangan Kurang Ajar Posted: 27 Dec 2012 11:14 PM PST Majlis pernikahan Khairul Che Mat @ Apek dengan Leuniey Natasha sebentar tadi telah mengundang kontroversi dan kritikan pedas umum, apabila semasa majlis penikahan diadakan, Leuiney Natasha kelihatan duduk diatas kerusi, seolah-olah melambangkan kedudukan beliau yang lebih tinggi dari pasangan lelaki dan Imam termasuk kedua orang tua pengantin lelaki dan perempuan. Perkara sebegini belum pernah admin lihat di majlis-majlis pernikahan walaupun pengantin perempuan itu seorang Puteri Raja. Adakah ini sudah menjadi budaya dan adat yang baru?..
WALLAHUAHLAM BISSAWAB...HANYA TUAN BADAN SAJA YANG BOLEH MENJAWAB. BIAR KURANG MAKAN JANGAN KURANG ADAB.
| Kebangkitan Islam Di Iraq Posted: 27 Dec 2012 11:00 PM PST Kebangkitan Islam merebak ke Iraq apabila rakyat Sunni di Iraq telah mengadakan satu perhimpunan besar-besaran lebih 200 ribu orang mengutuk pentadbiran Maliki Rabu yang lalu. Dan hari Jumaat ini, ratusan ribu umat Islam Iraq akan keluar di jalan-jalan raya, khasnya di Mosul dengan nama "Jumaat Kemuliaan bagi Tahanan" sebagai protes mereka ke atas keganasan dan kezaliman rejim Nuri Maliki yang memenjarakan rakyat Iraq tanpa bicara.
Kebangkitan ini akan memberi tamparan yang hebat kepada Maliki (Pemimpin Iraq) yang bersungguh-sungguh membantu rejim Basyar di Syria.
Nota : Banyak perkara juga yang kami ingin laporkan tentang kebangkitan Islam di Iraq ini. Tetapi kami akan fokuskan tentang isu ummah di Syria dahulu. Doakan mereka semua./ Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria | Kembara Oren Hari ini Posted: 27 Dec 2012 10:56 PM PST Konvoi Oren Felda di Pahang dan Negeri Sembilan baru-baru ini diganggu oleh pencacai Umno. Pelbagai perangai ganas dan tidak bertamadun dilakukan oleh mereka termasuk membaling objek keras, memukul kereta dan orang. Hari ini masyarakat Felda dan rakyat Malaysia bangkit memprotes tindakan kerajaan BN, Felda dan kepimpinannya yang melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri mereka.
Apakah himpunan hari ini diganggu dan diprovok oleh pihak-pihak yang sentiasa membuat kacau dan pihak yang diupah untuk mengacau setiap himpunan aman rakyat.
Masyarakat Felda bukannya menuntut intan dan permata mereka hanya menuntut hak dan kebajikan mereka. Masyarakat Felda tidak sanggup terus diperbodoh dan dizalimi dengan sewenang-wenangnya.
Kita tunggu dan lihat petang ini samada Isa Samad dan mereka-mereka yang menjadi sekutu beliau berani bertemu dengan masyarakat felda dan rakyat petang ini. Jika Isa Samad seorang berjiwa besar dan ikhlas menjaga kepentingan Felda sudah tentu beliau berani bersemuka dengan mereka. Tengoklah petang ini / Mutaligat | Deepak Pulak Buat U-Turn Posted: 27 Dec 2012 10:39 PM PST Deepak Jaikishan menarik kembali samannya terhadap Putrajaya diatas pelanggaran perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor dan pada hari sama, syarikat pelabur kerajaan membeli 80 peratus kepentingan dalam syarikat pembangunan hartanah milik peniaga permaidani itu dengan RM30 juta. Peniaga kontroversi yang membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hilang semenjak 13 Disember. Akhbar The Star melaporkan hari ini bahawa seorang pegawai mahkamah mengesahkan ahli perniagaan kontroversi tersebut, melalui peguamnya, menarik kembali samannya tanpa kos dalam kes syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd, yang menamakan syarikat kerajaan Tanah dan Harta Sdn Bhd, Awan Megah (M) Sdn Bhd dan syarikat penama Cebur Megah Development Sdn Bhd kerana didakwa melanggar perjanjian.
Peguambela Awan Megah Datuk Saseedharan Menon berkata permohonan bertulis telah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dalam perbicaraan Hakim Zabariah Mohd Yusof perbincangan perkara itu dengan kedua-dua pihak berlaku di dalam kamar mahkamah semalam. Dalam pernyataan tuntutan itu, Astacanggih mendakwa Awan Megah bersetuju dengan syarikat tersebut bahawa Kerajaan dan Syarikat Tanah dan Harta bersetuju untuk memindahkan tanah di Bukit Raja kepada Cebur Megah. Ia berkata, pemindahan itu akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan selepas Astacanggih mengemukakan bon tanah kepada Kerajaan. Tetapi ia tidak pernah dilakukan, kata Deepak yang menjadi terkenal kerana peranannya dalam mengatur kenyataan bersumpah kedua penyiasat persendirian P. Balasubramaniam mengenai pembunuhan warganegara Mongolia Altantuyaa Shaariibuu pada tahun 2006. Dalam tuntutan balas, Awan Megah memohon perisytiharan bahawa Astacanggih telah menolak surat perjanjian. Sementara itu, Bernama melaporkan unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Bhd sudah memperolehi 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM30 juta. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Boustead berkata unit milik penuhnya, Bakti Wira Sdn Bhd, memperoleh saham dari Prestige Dimensi Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti lain Astacanggih pada 20 Disember.
Bakti Wira Development dan Astacanggih juga menandatangani perjanjian dengan Awan Megah semalam untuk memperoleh 80.94ha tanah pegangan bebas di Klang,Selangor, dengan harga RM130 juta. Boustead berkata pembelian saham dan pengambilalihan tanah akan dibiayai melalui pinjaman bank dan dana yang dijana secara dalaman, menurut agensi berita nasional Bernama.Mengenai rasional, Boustead berkata pengambilalihan itu akan mengemukakan peluang bagi kumpulan itu untuk mengembangkan bank tanahnya. "Selain itu, tanah bersebelahan kepada 283.28ha tanah pembangunan dibawah Jendela Hikmat Sdn Bhd, sebuah syarikat dimana kumpulan tersebut dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera memegang 60 peratus kepentingan ekuiti bersama-sama," katanya. Boustead berkata mereka optimistik dengan prospek tanah kerana kedudukan strategik lokasi."Permintaan bagi tanah perindustrian di lokasi ini meningkat dengan siapnya stor penyimpanan terbaru UMW dan loji ujian di Bukit Raja, Klang," katanya. | Gambar menceritakan Segalanya Posted: 27 Dec 2012 08:06 PM PST Gambar ini akan tersimpan dalam sejarah selama-lamanya...
Dia (Lelaki): Sayangku, adakah kamu dengar akan bunyi pesawat diatas kita?
Dia (Perempuan): Jangan kamu risau, semua umat Islam mendoakan keselamatan kita.
Dia (Lelaki): Saya dapat lihat pesawat itu semakin menghampiri kita, mereka mengebom dan semuanya bertukar menjadi abu.
Dia (Perempuan): Hampiri dan peluklah saya, mari kita bersatu dan moga mereka menemui kita dalam keadaan bersatu sebagai satu badan.
Jadi, kita boleh minta pada umat Islam, bagaimana satu ummah dapat bersatu jika sebahagiannya sakit? Umat islam hendaklah bersatu menentang shiah. Setiap dari kita wajib memainkan peranan kita masing-masing. | SIKAP KAKITANGAN DAN BIROKRASI HOSPITAL SULTANAH AMINAH MENGECEWAKAN KELUARGA PESAKIT Posted: 27 Dec 2012 03:21 PM PST Kecewa dengan sikap kakitangan hospital yang umpama menafikan rawatan susulan untuk ibunya yang sedang sakit menyebabkan seorang peneroka Felda kota tinggi datang Ke PAR PERMAS mengadu kerenah serta birokrasi yang beliau hadapi dari pihak hospital yang merawat ibunya yang sakit. Omar Amir 56 tahun berkata ibunya Laiba bt Awang 78 tahun,menghadapi pendarahan diotak akibat diserang penyakit stroke dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 7hb November dan dibenarkan keluar pada 15hb November.
Selepas dibenarkan balik,beliau mendakwa Pihak HSA telah mengeluarkan satu surat rujukan untuk mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan berhampiran bagi menukar tiub pernafasan 2 minggu sekali tetapi tidak dinyatakan tarikh rawatan susulan. Dengan surat yang diberi itu,Beliau membawa ibunya ke klinik kesihatan cahaya baru untuk mendapatkan rawatan susulan malangnya klinik tersebut menolak surat yang dikeluarkan oleh HSA.Walaupun surat yang diberi oleh HSA ditolak tetapi klinik kesihatan cahaya baru tetap memberikan rawatan kepada ibunya dan meminta beliau pergi semula ke hsa untuk meminta pihak hsa mengeluarkan surat kebenaran dari HSA bagi memberi kebenaran pihak klinik kesihatan untuk merawat ibunya. Isteri beliau kemudiannya pergi ke hsa untuk mendapatkan surat kebenaran seperti yang diminta.kemudiannya membawa ibunya lagi ke klinik kesihatan masai dengan surat diberi oleh HSA tetapi surat itu juga ditolak dengan alasan bukan surat yang dikehendaki.
Gara-gara surat kebenaran itulah rawatan susulan bagi ibunya gagal dilakukan oleh pihak klinik kesihatan berhampiran samada klinik kesihatan masai maupun klinik kesihatan cahaya baru.beliau juga buat kali ketiga pergi lagi untuk mendapatkan apa yang diarah tetapi surat yang diberi bukan surat yang diperlukan hingga Beliau menjadi binggung apakah yang sebenarnya surat yang mereka kehendaki. Beliau amat kecewa dengan birokrasi yang harus ditempuhi hingga menyebabkan ibunya yang terlantar sakit itu masih dinafikan untuk mendapat rawatan.Beliau juga berkata kakitangan hospital harus lebih profesional dalam melakukan kerja-kerja mereka.Katanya tugas sekecil itupun tidak mampu untuk dilaksanakan hingga mendatangkan masalah kepada keluarga pesakit. Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah berkata PAR permas akan menghubungi pihak berkaitan untuk maklumbalas mengenainya sebelum apa-apa tindakan selanjutnya diambil.
abusiraj almuner | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan