Siapa tidak kenal dengan negeri Selangor yang berubah dari sebuah negeri paling maju kepada sebuah negeri yang dipenuhi dengan pusat-pusat maksiat, premis hiburan, rumah-rumah urut dan pusat judi selepas Pakatan Haram mengambil alih negeri itu pada tahun 2008.
Baru-baru ini sebuah akhbar berbahasa inggeris telah menyiarkan laporan di muka depan tentang kegiatan perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu "The Don", mengulas bahawa "tidak banyak" yang mampu dilakukan oleh pihak PBT di bawahnya dan menggesa agar pihak polis khususnya supaya bersikap pro-aktif untuk mengambil tindakan terhadap pusat-pusat maksiat tidak berlesen itu.
Kenyataan Ronnie itu seolah-olah dia cuba menggambarkan bahawa pihak polis tidak mengambil berat tentang masalah pertumbuhan premis-premis maksiat di Selangor dan bersikap lepas tangan, dalam pada masa yang sama Ronnie cuba menyelamatkan dirinya dan PBT dari dipersalahkan.
Secara umum, kita pernah menyaksikan satu kes yang jelas menunjukkan betapa Ronnie begitu sayangkan pusat-pusat hiburan dan maksiat di negeri Selangor apabila mengherdik tindakaan JAIS yang menyerbu beberapa pusat hiburan di kawasan Subang Jaya dahulu.
JAIS yang ketika itu bertindak dengan restu Exco Agama Selangor ketika itu, Datuk Dr. Hasan Ali, telah dikecam dan Ronnie dikatakan telah menggunakan kuasanya untuk menghubungi Menteri Besar, Tan Sri Khalid "Gagap" untuk menyelesaikan masalah serbuan JAIS itu.
Dalam tindakan Ronnie itu, dia dilihat sangat condong menyebelahi pusat-pusat maksiat yang diserbu dan melarang JAIS untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang Islam yang "bermaharajalela" di pusat tersebut.
Dikatakan bahawa bermula titik tolak itulah maka Ronnie Liu dianggap sebagai "The Don" kepada pusat-pusat maksiat dan perjudian yang tumbuh menggila di negeri Selangor, sama ada yang berlesen mahupun yang tidak berlesen.
Pernah juga kita dikejutkan dengan dakwaan masalah dalaman DAP di mana salah seorang bekas pemimpin parti itu mendakwa tentang Ronnie Liu yang dilibatkan sebagai salah seorang "taiko" kongsi gelap yang mengawal premis-premis hiburan, maksiat dan judi di Selangor dan Lembah Klang.
Ketika itu Ronnie marah sungguh dan menafikan dakwaan tersebut. Namun sehingga kini dia tidak memfailkan saman terhadap bekas pemimpin DAP tersebut. Bak kata pepatah Melayu, "jika tiada angin yang bertiup, takkanlah pokok akan bergoyang", bukan?
Dalam kebanjiran pusat-pusat maksiat, hiburan dan judi di Selangor, Ronnie baru-baru ini "berlakon" dan mengeluarkan kenyataan bahawa dia sendiri kononnya "hilang kawalan" terhadap premis-premis tersebut dan meminta pihak polis membantunya.
Kalau nak tahu hal sebenar, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menegaskan bahawa pihak polis pernah menghantar ratusan permohonan sita kepada PBT Selangor, namun satu pun tidak dilayan oleh jabatan di bawah Ronnie Liu itu.
Berdasarkan rekod, pihak polis telah merampas 26,655 mesin judi daripada 7,809 serbuan dengan 2,054 tangkapan pada tahun ini sahaja.
Masalahnya, pihak polis tak boleh menyita premis-premis tersebut tanpa kelulusan PBT Selangor dan dipercayai "tauke-tauke belaan Ronnie Liu" itu kemudiaannya membawa masuk mesin-mesin judi baru bagi menggantikan bahan yang dirampas polis.
Itu baru pusat perjudian. Bayangkan bagaimana pihak polis nak sita pusat-pusat hiburan, rumah urut dan lain-lain kelab malam yang melanggar undang-undang jika Ronnie Liu tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis?
1,000 kali serbu pun, premis itu tetap akan ada disitu dan "tauke-tauke"nya dikatakan bersedia dengan mesin-mesin baru dan "chinadoll-chinadoll" baru untuk kembali beroperasi seperti biasa. Di mana keberkesanannya?
Jelaslah di sini bahawa masalah pusat-pusat maksiat di Selangor tidak akan dapat diselesaikan selagi Pakatan Haram mentadbir negeri itu dan bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mentadbir negara.
Nak diharapkan PAS? Maaflah, silap-silap mana-mana pemimpin PAS yang buka mulut, dia akan senasib seperti Hasan Ali. Dan PAS akan tetap menjadi "balaci" yang menguruskan soal "nikah kahwin" saja sampai bila-bila…
Apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dikritik hebat oleh ratusan kakitangan dan ribuan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana tidak mampu mentadbir universiti itu dengan baik, Azizan melenting "naik minyak".
Di sidang DUN Kedah tempohari, dia berkata KUIN dalam keadaan "baik" diuruskan oleh rakan baiknya, Datuk Dr. Jamil Osman sebagai Rektor dan universiti yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah itu tidak mengalami sebarang masalah kewangan sebagaimana didakwa.
Kononnya, KUIN akan lebih berjaya apabila kampusnya di Kuala Ketil siap dibina kelak...
Sebagaimana maklum, Azizan sering menyebut di mulutnya agar semua pihak "buat kerja cara Islam" dan tidak menipu memandangkan penipuan itu adalah dilarang, tidak bermoral dan berdosa dari sudut hukum Islam.
Namun, bagaimana jika saya katakan bahawa Azizan berbohong besar dan telah hampir merosakkan KUIN? Sebenarnya, saya melihat KUIN kini telah menjadi "pusat pengagihan kekayaaan" di kalangan kroni-kroni Azizan, Dr. Jamil dan rakan-rakan baik Anwar Ibrahim.
Saya memiliki senarai puluhan nama yang dikatakan kroni-kroni Azizan, Anwar dan khususnya Dr. Jamil yang dilanjutkan kontrak sebagai Rektor selama 4 tahun baru-baru ini oleh Azizan meskipun kakitangan KUIN mendesak dia dipecat segera dari kolej universiti itu.
Antaranya ialah CEO Insan Medik yang membawa isteri dan menantunya masuk ke KUIN dan menjawat jawatan utama.
CEO Insan Medik itu juga merangkap Fellow Kuliyyah Perubatan, Pensyarah dan pemangka CEO Insaniah Holdings itu dikatakan memperoleh pendapatan lebih RM40,000 sebulan, isterinya RM25,000 sebulan dan menantunya pula memperoleh lebih RM15,000 sebulan.
Bayangkan mereka sekeluarga sahaja sudah menelan wang sebanyak RM80,000 sebulan dan mereka bukanlah satu-satunya keluarga kroni Dr. Jamil yang ada di KUIN! Ada ramai lagi kroni-kroni, rakan baik, bekas rakan sejawat dan tukang bodek "jester" yang "menghabiskan wang rakyat" di KUIN!
Punyalah hebat KUIN, mereka kini sudah memiliki Kuliyyah Perubatan sendiri yang diketuai oleh CEO Insan Medik itu sendiri. Untuk makluman, Insan Medik merupakan satu syarikat bukan di bawah KUIN dan dibayar untuk menjadi tenaga pengajar di KUIN. Ada berlaku di universiti lain?
Kuliyyah itu ditubuhkan pada tahun 2011 dan hanya memiliki seramai 26 orang pelajar. 15 pelajar belajar ditahun dua dan 11 pelajar baru masuk tahun 2012 baru-baru ini. Maklumlah, kos baru ditubuhkan…
Peliknya, mereka memiliki 11 mayat untuk menjadi bahan kajian dalam pengajian mereka. Pernah dengar pelajar yang baru ditahun satu dan dua sudah dibenarkan "sentuh" mayat? Cuba bersangka baik, saya menjangkakan kuliyyah itu hanya menggunakan 1 mayat sahaja untuk dikaji.
Tapi, bagaimana pula dengan 10 lagi mayat yang ada? Bagaimana dengan kos penyelenggaraan mayat yang melibatkan kos ratusan ribu ringgit? Syarikat mana yang mendapat "anugerah direct-nego" tanpa tender untuk menguruskan mayat-mayat tersebut?
Bayangkan, dengan jumlah-jumlah kos yang tinggi yang saya sebutkan di atas melibatkan Kuliyyah Perubatan di KUIN, apakah ia dapat ditampung dengan kos yuran para pelajar seramai 26 orang itu?
Itu baru membabitkan satu kuliyyah di KUIN dan bayangkanlah apa yang berlaku pada kuliyyah-kuliyyah lain yang ada di universiti tersebut. Dan bayangkan pula apa yang terjadi pada kedudukan kewangan KUIN…
Ketika KUIN ditinggal dan diamanahkan kerajaan BN kepada PAS Kedah, kedudukan kewangan di universiti itu sangat kukuh dan sama ada kakitangan atau para pelajar, mereka begitu aman terteram serta berbangga sebagai warga KUIN.
Tapi bila PAS mengambil alih KUIN sejak Mac 2008, boleh dikatakan hampir setiap enam bulan kolej universiti Islam itu dicemari dengan insiden demonstrasi dan rusuhan yang menggambarkan protes dari seluruh kakitangan serta para pelajarnya.
Peliknya, yang mengetuai gerakan demonstrasi-demonstrasi tersebut adalah seorang pendokong PAS totok yang pernah sanggup mengambil cuti untuk membantu Nizar Jamaluddin berkempen di PRK Bukit Gantang dulu.
Jadi, jangan hairanlah jika selepas ini saya katakan bahawa para penyokong PAS tegar sendiri pun menyampah, marah, kecewa dan benci dengan pentadbiran PAS Kedah. "Kerja cara Islam" pun penyokong PAS benci? Pelik, kan?
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuwan menafikan tuduhan kononnya dia menggunakan gambar testimoni palsu bagi melariskan produk kesihatan yang dijualnya.
Serina, 30, yang kini berada di London memberitahu gambar yang dimaksudkan telah dimuat naik oleh ahli lain yang mewakili produk itu di laman Facebook miliknya dan dia hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.
"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya.
"Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga," jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online ketika dihubungi pada petang Isnin.
Tambah Serina, dia tidak pernah menokok tambah maklumat tentang gambar testimoni tersebut hanya untuk menarik pelanggan.
Menurut laporan tersebut Serina ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya menguruskan badan selepas menggunakan produk makanan tambahan yang dijualnya.
Bagaimanapun individu tersebut telah menafikan mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina.
Dalam pada itu, Serina memberitahu dia terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya.
Jelas Serina dia tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan.
"Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka.
"Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain," jelasnya.
Sementara itu, Serina berkata, atas dasar minat itu juga dia bakal melancarkan produknya sendiri pada pertengahan Januari ini sebagai satu bukti kesungguhannya dalam bidang perniagaan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.
Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".
"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini.
Presiden PAS itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.
Rais berkata Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.
Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.
Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.
"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.
Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.
Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.
"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.
"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.
Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula mengesyorkan supaya Hadi mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.
Menurut Ahmad tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.
"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, Isnin.
Ahmad berkata pada sidang akhbar Sabtu lepas selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.
"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA
Selepas Guan Eng , kini giliran paderi Ngeh pulak menghina umat Islam berhubung isu penggunaaan Kalimah Allah oleh Kristian .
Memang benarlah kata seorang pemimpin Perkasa, desakan kuat oleh berhubungan penggunaan kalimah Allah adalah seperti AMANAT DAP . Mereka sudah tak hirau lagi kemarahan umat Islam tetapi sebaliknya semakin melampau dengan menyamakan Bible dengan Al Quran .
PAS pulak akan bersikap syaitan bisu kerana jika mereka tibai Ngeh bermakna akan mengugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Ia telah terjadi di P.Pinang di mana PAS negeri telah melabelkan ahli yang bantah Guan Eng berhubung kalimah Allah adalah musuh parti .KLIK DI SINI
Apakah akan terjadi jika negara ini diperintah Pakatan ?? Tak mustahil kalimah Allah akan dibenarkan Pakatan digunakan oleh agama Kristian .
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme. Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)
Sila buktikan kami salah! Itu cabaran kumpulan penyokong Harimau Malaya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa tindakan mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan bukan jalan penyelesaian terbaik mengangkat martabat bola sepak negara.
Tidak mahu disalah anggap mencari kesilapan orang lain, jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata tujuan mereka menggesa pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presiden meletak jawatan kerana mahu melihat bola sepak Malaysia maju dan berdaya saing seperti Jepun dan Korea Selatan.
Objektif kami hanya untuk melihat prestasi skuad kebangsaan meningkat dan bukan mahu menuding jari atau memburukkan mana-mana individu. Kami tidak ada kepentingan malah bukan mahu menentukan siapa yang bakal menjawat jawatan presiden.
Anggap apa yang kami buat ini adalah satu cabaran buat FAM. Kalau orang FAM sekarang mahu terus kekal, sila buat sesuatu dan buktikan yang kami salah. Kami tidak dapat apa-apa cuma mahu tengok peningkatan pasukan bola Malaysia.
Kami tidak malu jika apa yang kami buat ini salah kalau bola sepak tempatan kita maju, katanya semalam.
Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai tindakan mendesak Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan merombak pengurusan tertinggi badan induk bola sepak negara itu bukan penyelesaian terbaik.
Razali beranggapan bola sepak adalah antara sukan paling sukar diuruskan kerana ia membabitkan pelbagai aspek termasuk memerlukan dana yang banyak. Jatuh bangun prestasi pasukan bola sepak negara juga katanya terletak kepada sejauh mana usaha pembangunan yang dijalankan.
Al Fadli berkata, sesebuah persatuan tidak boleh terlalu bergantung kepada seseorang individu untuk mendapatkan tajaan atau dana sebaliknya perlu melihat kepada industri sukan itu sendiri.
Kita lihat England sekali pun, negara itu tidak bergantung kepada Ratu Elizabert tetapi mendapatkan dana melalui tajaan dan keuntungan daripada industri bola sepak itu sendiri, katanya.
Beliau berkata, kalau seseorang lihat sesuatu benda itu susah, sudah semestinya ia akan menjadi susah kerana semua itu bergantung kepada diri sendiri. Contoh, kalau kita lihat pembinaan KLCC (Kuala Lumpur City Center) itu susah, maka saya rasa sampai sekarang pun KLCC tidak akan wujud di Malaysia.
"Kalau kita sudah tahu Korea Selatan memiliki lebih 500 pasukan pelapis, saya rasa tidak salah jika kita tiru sistem yang mereka guna pakai," katanya ketika mengulas mengenai kebergantungan skuad kebangsaan terhadap Harimau Muda A dan B.
** Razali kalau nak defend FAM pun ..jangan bagi jawapan yang buat orang ketawa. Sukan bola sepak boleh diuruskan dengan baik jika pengurusan /kepimpinan FAM itu betul-betul komited mahu angkat martabatkan bola sepak negara . Hendak seribu daya tak nak seribu dalih ......
PAS kini lebih sayangkan Lim Guan Eng & hubungan dalam Pakatan daripada pertahankan kalimah Allah .
Itu lah maksud yang hendak disampaikan PAS P.Pinang yang mana mengingatkan mana-mana ahli PAS yang melakukan demontrasi bantah desakan Guan Eng tentang kalimah Allah adalah musuh utama parti .
Hari ini mereka melabel sebagai musuh , mungkin selepas ini akan difatwakan berdosa pulak jika ada ahli parti sertai demontrasi pertahankan kalimah Allah ini .
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.
Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.
"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan. Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.-Harakah
Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang tadi, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.
Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak
Azmi berkata Guan Eng dijadualkan tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).
Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka.
"Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.
"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami," katanya ketika ditemui media.
Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.- ANTARA POS-
** Bila nak undi rakyat ketika pilihanraya , Guan Eng punya la merayu dan bersalam minta sokongan . Tapi bila berkuasa .. jadi angkuh & sombong hingga lari daripada rakyat yang menunggunya Kalau dia lari ,....kita ajar di kertas UNDI !!
Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar tempat beristirehat semata-mata tetapi ia sebenarnya bangunan yang sarat dengan momen sejarah.
Bangunan ikonik itu mula membuka pintu untuk kunjungan tetamu pada 15 Ogos 1932 dan kini usianya mencecah 80 tahun.
Terletak di lokasi strategik di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur, bangunan ini pernah menjadi salah satu hotel terbesar di Tanah Melayu dengan kapasiti 51 buah bilik ketika itu.
Sudut kemerdekaan negara dirintis di hotel ini dengan penubuhan Parti Pembebasan Malaya yang turut disertai oleh MCA diwakili oleh Presidennya, Tun Tan Cheng Lock termasuk wakil daripada kaum India pada tahun 1951.
Malah, pada tahun yang sama, Yang Dipertua UMNO semasa itu, Tunku Abdul Rahman telah meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada 'Merdeka' pada satu mesyuarat.
Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO juga di bangunan ini pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada Merdeka.
Tidak berhenti begitu sahaja, Hotel Majestic menjadi saksi Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan pada 26 September 1950. Beliau ialah Presiden UMNO yang pertama sejak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Namun, pada 26 Ogos 1951, UMNO melantik Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman sebagai presiden parti yang kedua di Persidangan Agung keenam.
Selain itu, pada 21 Mei 1984, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merasmikan bangunan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 13 November 1998 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sesungguhnya, hotel ini bukan sekadar bangunan tapi ia merupakan saksi sejarah Malaysia.
Hotel Majestic direka oleh seorang arkitek Belanda, Van Leangeanderg dengan keluasan 150 kaki panjang dan 70 kaki tinggi.
Semasa kegemilangannya, ia menjadi kediaman untuk golongan kenamaan serta kelompok elit penjajah British.
Selain itu, bangunan ini penuh dengan aktiviti majlis kerajaan dan negeri.
Uniknya, terdapat perkhidmatan yang mana pihak pengurusan hotel mengupah isteri pekerja untuk menjaga anak orang kenamaan dengan bayaran sebanyak RM2 sejam dengan masa kemuncaknya ialah semasa hujung tahun.
HOTEL Majestic pernah menjadi Balai Seni Lukis Negara selama 14 tahun.
Menurut Ted Miles, 80, yang merupakan seorang bekas pendidik, dia masih dapat mengimbas kembali semasa menetap di dalam bilik Hotel Majestic.
Hotel pilihan
"Kejadian itu berlaku pada 1964. Itu kali pertama saya menonton televisyen hitam putih di restoran. Televisyen hanya dipasang dari jam 6 petang sehingga 11 malam.
"Hanya satu siaran berita sahaja dan peristiwa itu menyebabkan saya dapat melihat wajah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Lyndon Johnson membuat pengumuman tentang Perang Vietnam," katanya.
Miles pernah menyaksikan pengumuman kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dengan duduk di tempat bernombor 389.
Katanya lagi, dia masih mengingati bunyi lif yang bising kerana pintunya hanya jeriji besi bersambung.
Kini Miles menetap di sebuah kediaman di Bentong, Pahang.
Seorang bekas pakar perubatan, Tan Sri Dr. M Mahadevan memberitahu, stik yang dihidangkan pada awal 1970-an sudah cukup untuk membuatkan beliau kecur liur.
"Sedap dan murah diselangi layanan kakitangan restoran yang cukup menghiburkan," katanya.
Pengalaman tentang makanan turut dikongsi bekas Pengarah Balai Seni Lukis Negara kini Balai Seni Visual Negara (BSVN), Wairah Marzuki yang menganggap Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah hotel.
"Saya banyak menghabiskan masa bekerja di bangunan ini apabila menjadi Galeri Seni Negara pada 1984 hingga 1998. Perpindahan itu satu kenangan yang nostalgik kerana ruang yang lebih besar untuk mengendalikan pameran serta program pendidikan," cerita Wairah.
DATUK ONN JAAFAR mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin UMNO di hotel ini.
Tambahnya, dia masih mengingati harga set makanan ala Barat iaitu RM6 yang lengkap dengan sup, roti bersaiz besar dan chicken chop.
Bagi aktres terkenal, Datuk Maria Menando, menikmati minum teh lebih 50 tahun yang lalu di hotel itu cukup mengujakan.
"Nikmatnya terasa selain bangunan yang cantik sekali," katanya.
Wajah baharu
Namun pada 8 Disember lalu, hotel ini mula dibuka semula selepas ditutup lebih 28 tahun.
Pembangunan semula ini menelan kos sebanyak RM250 juta di atas tanah seluas 1.3 hektar oleh YTL Corporation Bhd.
Menurut Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh, syarikatnya bertekad untuk membawa era baharu hotel tersebut tetapi masih mengekalkan identiti asalnya.
"Kami yakin dengan gabungan unsur tradisional dan moden ini, Hotel Majestic akan kembali gah dan menjadi ikon di negara ini seperti dahulu," katanya.
Menurut arkitek yang menjenamakan semula hotel ini, Zaidan Tahir, dia tidak menyangka pengalaman mengunjungi BSLN di situ pada 1985 menjadi titik tolak bagi dirinya menjenamakan semula hotel itu.
"Kami ingin mengekalkan gambaran dan perasaan pengunjung tetapi dalam masa yang sama memberikan nafas baharu.
"Saya mengambil masa selama 30 bulan untuk menyiapkannya serta mengkajinya," katanya.
Kini, hotel ini gah dengan 300 buah bilik yang selesa namun masih mengekalkan bangunan asal yang menempatkan bilik suite, The Colonial Cafe, The Bar dan The Tea Lounge.
Tetapi, anda perlu menyediakan RM1,080 hingga RM10,000 ke atas untuk bermalam di suite tersebut.
Bagaimanapun, pengalaman kru Jurnal menetap semalam di Kolonial Suite cukup menenangkan dengan gabungan rekaan bilik klasik dan moden yang cukup menenangkan.
Aura perabot lama seperti mengimbau kenangan silam walaupun penulis belum dilahirkan lagi semasa itu.
Ruang yang besar memberi keselesaan dan terdapat ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen.
Selain itu, satu menara baharu setinggi 15 tingkat turut memuatkan bilik deluxe, suites, restoran, 16 bilik mesyuarat dan dewan besar yang mampu memuatkan 1,200 orang, gimnasium dan kolam renang.
Uniknya, terdapat jambatan khas yang menghubung bangunan lama dan baru ibarat satu transisi masa yang menakjubkan khas untuk tetamu.
Keistimewaan hotel ini ialah sebuah bilik yang menempatkan ribuan pokok bunga orkid jenis Phalaenopsis.
Ditempatkan di bilik berhawa dingin bunga yang berwarna kuning, jingga dan putih ini pasti membuai perasaan anda seperti berada di taman bunga.
Dilengkapi dengan meja dan kerusi suasana ibarat kolonial Inggeris lengkap dan enak dinikmati bersama minuman teh pada waktu petang.
Menurut Pegawai Perhubungan Awan YTL Hotel, Izan Yusof, hotel itu mempunyai bilik khas untuk tetamu menghisap rokok dan bersantai.
"Ini untuk memberikan keselesaan kepada tetamu yang tidak merokok," katanya.
KEMUDAHAN bilik yang selesa tetapi anda perlu menyediakan wang lebih RM1,000 untuk menyewanya.
Tarikan lain yang terdapat di hotel ini ialah bilik menonton yang boleh memuatkan 15 orang dalam satu masa untuk berehat sambil menonton filem yang dihajati.
"Anda boleh berehat sambil menonton filem yang dihajati bersama keluarga dengan tenang," katanya.
Tutur Izan, terdapat khidmat bas perantara kepada pengunjung terutamanya pelancong asing untuk mengunjungi pusat beli-belah Starhill di Bukit Bintang.
"Selain itu, kedua-dua bas ini ada yang menuju ke Kl Sentral untuk tetamu hotel menggunakan pengangkutan awam untuk bersiar-siar di lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur.
"Kekerapan bas ini setiap 30 minit sekali," ujarnya.
Paling utama, The Majestic Spa, selepas kepenatan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur, saat ini untuk anda memanjakan diri dengan di urut di bahagian kepala dan kaki dengan urutan yang menyegarkan.
Kesimpulannya, rasanya sendiri baru tahu meneroka hotel yang lama tetapi tidak usang malah sarat dengan kemewahan dan ketenangan.
Bila kena sindir secara live ..sapa tak bengang . Itu yang terjadi kepada pelakon drama Arash Mohamad yang naik angin kepada Azwan Ali , Propaganza & SENIMAN melalui twitter nya .
DARI pekan kecil Tanjung Rambutan menghala ke Chemor, Perak kita akan sampai ke Kampung Kolam bersebelahan Sekolah Menengah Tanjung Rambutan.
Kampung Kolam ialah sebuah kampung tradisional yang dihuni 100 peratus orang Melayu dan dibuka 60 tahun lalu oleh kakitangan Hospital Bahagia, Ulu Kinta.
Peringkat awal, mereka membuat kerja-kerja sampingan seperti menanam padi, bercucuk tanam pokok buah-buahan. Apabila mereka bersara dengan wang KWSP dan ganjaran maka ramai yang mempunyai tanah di situ telah mendirikan rumah.
Hari ini Kampung Kolam Tanjung Rambutan telah mendapat semua keperluan sebagai sebuah kampung yang setanding dengan kampung- kampung tradisional yang lain di Malaysia seperti bekalan air bersih, elektrik, lampu jalan, jalan kampung berturap, surau dan dewan orang ramai.
Kampung Kolam ini, tiga perempat dikelilingi oleh bukit. Di atas sebuah bukit terdapat sebuah kolam simpanan air terawat (reservoir) untuk dibekalkan kepada penduduk sekitar Tanjung Rambutan dan Hospital Bahagia, Ulu Kinta. Apabila hujan lebat air dari bukit-bukit ini akan turun dengan banyak dan deras masuk ke dalam kampung. Rumah yang paling bawah bukit akan mengalami banjir hingga masuk ke dalam rumah.
Jika hujan tidak lebat memadai laman rumah sahaja yang banjir. Keadaan begini telah berlarutan selama hampir 20 tahun.
Saya terpanggil untuk menulis di ruangan Forum Utusan Malaysia setelah sekian lama masalah banjir yang dialami oleh dua keluarga adik-beradik (pesara kerajaan, warga emas) ini tidak dapat diatasi oleh pihak berwajib.
Semasa YB Mazidah Zakaria menjadi ADUN Ulu Kinta lagi masalah ini telah dibangkitkan tetapi kerja mengatasi banjir tidak dibuat dengan sempurna.
Paip longkang yang dipasang terlalu kecil dan tidak dapat menampung air hujan yang turun dengan banyaknya dari atas bukit.
Yang lebih memburukkan keadaan ialah sungai lama yang melalui Kampung Kolam telah tersumbat akibat hakisan yang berlaku setiap kali hujan dan juga pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sungai Kampung Kolam telah dilencongkan dan tidak lagi melalui Kampung Kolam tetapi sungai lama itu telah menjadi separas dengan laman rumah. Air hujan dari bukit telah melimpah hingga masuk ke dalam rumah.
Mengapa sungai yang terbiar itu tidak diselenggara dan dipasang longkang/parit besar/paip besar supaya air boleh mengalir masuk semula ke hilir sungai apabila hujan lebat?
Setiap kali banjir Hamba Allah itu akan membuat aduan kepada pihak berwajib tetapi tiada tindakan diambil dan seterusnya membawa perkara ini kepada pengetahuan ADUN Ulu Kinta untuk mengatasi masalah banjir ini, tetapi masalah tetap seperti biasa.
Untuk pengetahuan, Kampung Kolam ini terletak dalam DUN Ulu Kinta dan Parlimen Tambun.
Hari ini dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' masih gagal menyelesaikan penderitaan yang dihadapi oleh sebuah keluarga ini selama hampir 20 tahun.
Harap-harap sangat YB Rosnah Kasim dan YB Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dapat menghantar orang untuk meneliti kerja-kerja yang pernah dibuat untuk mengatasi masalah ini.
Tolonglah angkat penderitaan keluarga ini. Janganlah perkara sekecil ini pun hendak menunggu arahan tangan keramat YAB Perdana Menteri baru boleh diselesaikan.
Kami masing-masing ada kerja dan tanggungjawab, maka buatlah kerja dan tanggungjawab dengan telus dan ikhlas supaya rakyat dapat hidup dengan penuh kebahagiaan.
Under public scrutiny, Perak DAP chief Ngeh Koo Ham bluntly and without hesitation said it was none of the public's business on where he obtained the money to buy the land in Kelantan. And arrogantly to MACC he said: "Show us you are impartial first before we can have any confidence in them." Obviously the cousins Ngeh and Nga are arrogant in their replies as they feel they are on top of the world, nobody can 'touch' them in this deal with Kelantan government. Ngeh has been propagating transparency, translucent and whatever trans….probably plus transgender and what not…and when it comes to him, he said THE PUBLIC HAS NO BUSINES TO ASK WHERE HE GOT THE MONEY TO DO HIS BUSINESS. The 'shit' he said it was none of the public's business to know when he is himself holding a public office, elected by the people and was at one time a state exco member. He has no right whatsoever to tell the public its none of the public's business to know where he got the money because he is a public servant, serving the public under his capacity as an MP and also state assemblyman. He has no right to tell the public what they should know and what they should not know about him. The public, especially the people who voted for him have the right to know and he has no right to tell them off, as he did with arrogance and without conscience. Not just that, Ngeh even showed his arrogance to MACC asking the commission to show its impartiality before he and his cousin have any confidence in them. Ngeh and gang, particularly Anwar Ibrahim have been attacking MACC's credibility the past few years which gave (Anwar and gang) the leverage in every move they make. They always create the doubts on MACC whenever the commission tries investigating one of their own and in this case, they will go all out to create credibility doubts against MACC so that Ngeh and cousin Nga can escape thorough and deep investigations. Now it is up to MACC to take up the challenge because delaying in actions mean allowing the two DAP leaders to ridicule and tarnish the credibility of the commission which in turn create doubts in the minds of the public towards them (MACC). Arrogant as they are, it is also up to party chairman Karpal Singh to show the world that he is of clean character and clean heart by pressuring Ngeh and Nga to reveal where they obtain the money to be involved in a RM30 million deal. Karpal should get Ngeh and Nga to reveal where they obtained the money and how the deal was made so that the party is clear of practices that have elements of corrupt, abuse of power and free of any related issues that reflect an unclean chauvinistic party. If Karpal fails to do this, it simply means that Karpal is no different than any of the chauvinistic leaders in the party who puts up a clean front for public consumption which in reality full of 'shits' behind their back. It is no small amount and Ngeh and Nga could not have saved the amount even if they pool their financial resources together, sold or mortgaged their houses, and no one would give such a huge amount of loans.
Ever since they won a few states during the 2008 election, Pakatan Rakyat has been very busy with politics trying to take over yet a few other states for the coming election. PR put their whole soul in tarnishing BN's image as well as making more and more promises. Not just with their ceramah, they also look out for gap to demonstrate. For the whole term, PR's 'work' can be seen through their various demonstrations organized by NGOs which would use one another to achieve the same target, to bring down BN government. Few of them include Bersih 2.0 on July 2011, Bersih 3.0 April 28, 2012, Himpunan Janji Demokrasi on the eve of August 31, 2012, a few series of Himpunan Hijau going against Lynas, Himpunan Royalti Minyak Kelantan, Himpunan 901, series of Himpunan Kebangkitan Rakyat, series of Himpunan Oren going against FGVH's listing and a whole lot of others. Looking at such strategy, we could expect that PR's political momentum would rise up as the election draw closer. However, we might be wrong. Only a few months before GE13, PR seem tired of politics because they have just done too many. Their demonstrations are getting less and less attention that even their party's assembly did not show much excitement. For example, DAP's National Congress, the congress only showed low number of attendance, and Muktamar PAS which seemed anti-climax with their bad prayers which hit them afterwards. Besides that, the recent Himpunan Oren which was held on December 28, was attended by less than 1,000 participants, their target, 30,000, despite of the official orders given by PAS asking their supporters to join the event. The same thing goes to Himpunan Hijau (hunger strike) on December 27 - 30, which promises this huge convoy of 10,000 cars and motorbikes which will head to Lynas plant, only took around 50 people, such small number. What's worse is when a few of those hunger strike participants decided to eat in hiding, until their actions were recorded by the media. It seems like the whole event is a bust, and they are the 'final hope' for PR to increase its momentum in facing GE13. Everyone is aware that Himpunan Oren is led by PAS and Himpunan Hijau is under DAP, with PKR as the 'cover'. That is why, these demonstrations somewhat shows rakyat's support towards PR. With such small attendance for both of the demonstrations, this clearly show that PR is beginning to fall. It crumbles due to different principals, goals, mixed with racism, extremism, liberal as well as the iron fist leadership which can be seen at all PR leaders which has been the coalition problems and problems from the start. Time is running out for PR to repair the damage. Their leaders' credibility is also growing thin in the eyes of rakyat. The sad thing about PR's destruction is that the states which they rule crumbles along with the party. Just imagine, within a single term, they managed to clear out a whole jungle and dig up all the sand in the world which led to pollutions and natural disasters, they found a way to isolate bumiputeras, add up numbers of 'entertainment' centres which grew uncontrollably. If they are rule for yet another term, just imagine how much logs would be left in Kedah? How much land would there be enough for Kelantanese? How many more entertainment areas will bloom in Selangor? And how many Malay will be able to survive in the middle of Penang? Rakyat should be aware of these facts before we all fall with PR just like Sodom and Gomorrah.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebaik saja timbul skandal tanah-untuk-jawatan MB di blog Pisau dan turut juga muncul di sidang Dewan Undangan Negeri Perak, mantan Speaker DUN Perak dan ADUN Tronoh telah membuat sidang akhbar mendedahkan mengenai satu video seks yang dipercayai melibatkan Speaker DUN, Datuk Ganesan.
Selama beberapa hari, orang ramai tertanya-tanya dan ingin melihat video tersebut sebelum menyatakan pendirian masing-masing.
Penyokong BN tidak percaya tetapi ramai tidak berani mahu menyangkal kerana takut berulang balik kisah video seks bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato DP Vijendran pada tahun 80an.
Tanpa segan silu, Dato Ganesan telah cepat membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dan terus mendiamkan kontroversi ini.
Pihak Pakatan Rakyat memang takut nak meneruskan isu apabila ada pemimpin sedia buat laporan polis. Mana tidak pihak BN akan cabar Anwar Ibrahim dan Azmin Ali takut untuk membuat laporan polis terhadapi isu jam Omega dan aiskrim.
Kini pula sedang panas dikatakan di Tronoh bahawa ada muncul pula satu video seks adegan rogol yang melibat seorang yang menyerupai Mantan Speaker V Sivakumar.
Husin Lempoyang akan cuba dapat video tersebut hari ini dan terus ditayangkan di blog ini. Dalam pukul 3 petang ketika tidak banyak kerja dan selepas semua buku akaun ditutup untuk akhir tahun pada tengahhari tadi, cuba kembali ke blog ini.
Kita akan cuba siarkan video tersebut.
Pukul 3 petang ye ...
Wow! Padan muka tuduh orang, sekarang sendiri kena
Ismail Minna President MUAFAKAT menyanggah kenyataan Gudwara Malaysia
Di bawah peruntukan 3(1),4(1), 11(4) Perlembagaan Malaysia, perkara perkara berkenaan ugama Islam hanya BERHAK ditentukan oleh orang Islam.
Malah dakwaan Gudwara bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam menyalahi Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar. Ikuti penerangan Ismail Minna.
SHAH ALAM: Dakwaan pengharaman penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, disifatkan Ismail Mina Ahmad sebagai satu kenyataan palsu dan bermotifkan politik murahan.
Sebaliknya menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) itu, kenyataan tersebut yang dikeluarkan Persatuan Gurdwara Malaysia (MGC) sebenarnya yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.
Berpendapat Presiden MGC, Jagir Singh sebagai tidak memahami asas Perlembagaan, Ismail menegaskan bahawa di dalamnya dengan jelas menyatakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di mana segala urusan yang berkaitan dengan agama tersebut adalah hak mutlak penganut-penganutnya sahaja.
"Kenyataan Persatuan Gurdwara agama Sikh itu adalah satu kenyataan palsu. Mereka tiada memahami asas Perlembagaan kerana jelas Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia ini.
"Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang mempunyai implikasi yang cukup jelas bahawa semua urusan yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah hak mutlak penganut Islam semata-mata," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Kenyataan Jagir kepada portal berita The Malaysian Insider itu jelas Ismail bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan, tetapi juga bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang turut mengiktiraf kedudukan Islam serta peranan Raja-raja Melayu dalam segala urusan yang berkaitan dengannya.
"Dan demikian juga ia mempunyai implikasi kepada kerajaan negeri-negeri yang mana semua undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai agama negeri yang berkenaan dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan yang berkaitan dengan ajaran dan agama dan umat Islam.
"Oleh yang demikian, pandangan Raja-raja Melayu sudah tentu melalui penasihat agama baginda masing-masing, adalah sesuatu yang berkaitan menurut Perlembagaan Negeri dan juga menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Justeru, beliau menyeru rakyat negara ini yang bukan beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan cubaan pihak luar yang mahu merosakkan keharmonian masyarakat pelbagai agama yang telah lama wujud di negara ini.
"Saya ingin mengingatkan kepada orang-orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaysia, memahami benar-benar Perlembagaan Malaysia supaya mereka jangan terikut-ikut dengan rentak 'tangan-tangan' di luar daripada Malaysia yang mahu mewujudkan huru-hara dan ketidakstabilan masyarakat Malaysia yang selama ini cukup harmoni," gesa beliau.
Mengulas lanjut, Ismail mempertikaikan tujuan Jagir mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan pemimpin utama agama Sikh yang berpusat di Amritsar di Wilayah Punjab, India tidak pernah mengutarakan perkara sedemikian.
Untuk itu, beliau tidak menolak kemungkinan isu tersebut sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut agama Islam di negara ini.
"Kenyataan Persatuan Gurdwara itu mempunyai tujuan politik murahan kerana selama ini tidak pernah terjadi di Amritsar, iaitu pusat agama Sikh, yang meminta supaya kerajaan India mewajarkan penggunaan atau kalimah Allah di dalam kitab-kitab mereka seperti Kitab 'Guru Granth Sahib'.
"Kenapa mereka mahu meminta penggunaan perkataan Allah sedangkan majlis agama mereka di Amritsar tidak berbuat demikian?
"Ini adalah satu konspirasi jahat mereka untuk mengelirukan orang Islam dalam isu kalimah yang cukup mulia bagi umat Islam," tegasnya.
Diterbitkan pada 30/12/2012 30/12/2012 -- Rakyat ingin tahu bagaimana Nga, Ngeh dapat RM31 juta untuk beli Upayapadu: Datuk Hamidah Osman
PENGERUSI DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming perlu menjelaskan sumber wang yang mereka diperolehi untuk membeli dan memiliki syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Mukim Relai, dekat Gua Musang, Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata rakyat ingin tahu bagaimana mereka memperolehi dana sebanyak RM31 juta bagi tujuan membeli syarikat tersebut.
"Mereka masih berdolak-dalih mengenai perkara ini dan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan isu lain pula.
"Cara paling terbaik ialah mereka perlu tampil mendedahkan dan menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Perak di Pasar Raya Mydin, Meru Raya, dekat Ipoh hari ini.
Sementara itu, Hamidah yang juga ADUN Sungai Rapat, kesal dengan tindakan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming yang masih berdegil dan enggan memberi kenyataan kepada polis berhubung kes ugutannya terhadap beliau.
Menurutnya, pihak polis telah meminta Kor Ming tampil untuk memberi keterangan berhubung ugutan terhadap dirinya kerana mendedahkan skandal pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, lalu.
"Sehingga hari ini, beliau gagal memberi keterangan berkaitan ugutan itu sebaliknya ADUN Tronoh, V. Sivakumar pula yang tampil membuat laporan polis.
"Saya kecewa dengan sikap beliau itu dan jika saya telah membuat laporan palsu berhubung ugutan itu, maka Kor Ming sendiri yang patut buat laporan polis dan bukannya Sivakumar kerana pada masa itu, dia tidak ada di situ.
"Walaupun sudah diminta datang untuk memberi keterangan, Kor Ming tidak hadir dan difahamkan Timbalan Pendakwa Raya akan keluarkan arahan untuk meminta beliau hadir beri keterangan berhubung laporan polis saya terhadap ugutan yang dibuat olehnya," katanya.
Pada 22 Disember lalu, Hamidah membuat laporan polis terhadap Kor Ming kerana mengeluarkan ugutan terhadapnya selepas mendedahkan skandal pemilikan tanah milik Kerajaan PAS Kelantan.
KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.
Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.
Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).
Berikut kronologi penemuan kami;
Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Setelah menyepi kan diri beberapa minggu akhirnya Hadi Awang membuka mulut dan bersedia untuk menjawab isu amanat beliau 1981 sehingga menyebabkan berlaku penentangan terhadap kerajaan oleh kumpulan Ibrahim Libya yang membawa kematian dan menukarkan sejarah Pas sebagai parti Islam kepada sebuah parti rebellian atau kumpulan ekstrem. Selepas itu dalam tahun 2000 muncul pula kumpulan al-Maunnah dan kumpulan Styer. (Styer bertujuan untuk memusnahkan kilang arak yang terdapat di Shah Alam).
Peristiwa Memali terus menjadi barah kepada Pas dalam isu Tabung Memali. Cikgu Non mangsa fitnah Senator Husin sehingga beliau dipecat daripada Pas telah bangkit untuk mendedahkan kemunafikan Pas terutama dalam isu Memali. Cik Non telah menulis dua buah buku yang berjudul Air Mata Memali dan terkini ialah Kafirkah Aku yang ditujukan khas kepada Presiden Pas Hadi Awang.
Selepas membisu lebih seminggu, Hadi muncul dan memohon diberi peluang 1 jam untuk bercakap di televisyen. Permintaan telah diluluskan dan sebaik-baiknya RTM dan TV3 hendaklah menjemput sama Cikgu Non untuk berdepan dengan beliau.
48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan Pas Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.
Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.
Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Pas Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.
Bagaimana pun apabila berlaku krisis kepimpinan Pas di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan Pas jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.
Kini, di era milenium selepas Pas memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.
Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.
Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.
Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.
Dengan kata lain, Pas seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar Pas di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan Pas pada 1978 dulu.
Dengan kata lain, Pas seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar Pas di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan Pas pada 1978 dulu.
Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.
Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong Pas yang rapat dengan kepimpinan negeri.
Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.
Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB Pas bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.
Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin Pas dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?
Namun bila ia dilakukan oleh Pas sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.
Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.
Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat Pas tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadai kan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung di sebalik alasan pembangunan.
Pas dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran Pas dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.
Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin Pas.
Usahlah pemimpin Pas terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun Pas memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.
Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar Pas erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.
Sejarah kejatuhan Pas di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak Pas semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga Pas akan menyembah bumi.
Dr Muslim Umar
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Speaker meroyan yang tetiba muncul dengan kononnya ada VIDEO lucah Dato' Ganesan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, dia meroyan bila dalam sidang yang lepas bila Ngeh dan Ngah teruk dibelasah pasal sedekah tanah dari PAS dan dikaitkan soal MB, pahamler kita yang dia nie memang nak mencelah atau menarik perhatian medai dan rakyat supaya menutup kesah panas Ngeh dan Ngah pasal tanah yang mereka dapat bila blogger Pisau.net mendedahkan beberapa dokumen berkaitan sebagai bukti.
Video itu pun dia tak tengok sebaliknya sivakumar mendakwa punya Video lucah, ater kalau dah tak tengok dan tak bukak lagi envelope DVD tu macamana pulak yang dia tahu itu Video lucah, sesapa pun boleh buat begitu, sebaliknya kita juga paham dia kan dendam dengan speaker yang ada sebab sampai kena keluar dengan bangku sekali pasda kejadian meroyan nya...
Difahamkan satu video berunsur lucah yang menyerupai Adun Tronoh V. Sivakumar kini sudah mula tersebar. Video tersebut telah diwar-warkan oleh beberapa blog dan mereka akan menyebarkannya pada petang ini. Dalam masa Sivakumar mendakwa bahawa beliau berjaya mendedahkan video lucah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Dato' R. Ganesan dan dalam masa yang sama beliau juga mempunyai video yang sama sebagaimana yang didakwanya. Rakyat puji sikap Dato R. Ganesan kerana bertindak serta merta membuat laporan polis diatas tuduhan liar itu dan hari ini kita akan lihat pula bagaimana tingkahlaku V. Sivakumar apabila videonya didedahkan adakah seperti Anwar Ibrahim yang tidak berani membuat laporan polis. Menurut sebuah blog video Sivakumar akan ditayangkan jam 3 petang ini...tungguuuuu!!
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Inilah hasil tarbiah Pas selama ini kepada Abby Albody..Ketika umat Islam lain menentang pengunaan kalimah Allah oleh penganut kristian, si Abby Albody ni pulak berkata isu kalimah lebih kecil berbanding menolak hukum Allah..
Sebenarnya perbualan ini hanyalah diantara penyokong UMNO yang mengucapkan tahniah kepada MP Pas Mujahid Yussof Rawa tidak menuduh Umno memulakan isu kalimah Allah sebaliknya Guan Eng..
Tiba tiba saja Si Abby menyampuk cakap isu kalimah lebih kecil.Tidak pasti sama ada Abby ada melihat perbualan sebelumnya atau tidak.
Sebenarnya MyMassa dah malas nak layan Abby yang jelas menonjolkan kecetekal akal fikiran beliau, tapi MyMassa terpanggil apabila, si Abby ini asik berceramah bercerita hal agama, mengeluarkan Fatwa-Fatwa dan hukum hakam sesuka hati beliau, MyMassa khawatir anak-anak muda yang dipengaruhi dengan gejala kebebasan beragama PKR terikut USTAZAH CELOP Abby Abadi ini. Mereka yang bergurukan internet dan Ustaz celop lain pada perkiraan MyMassa tidak layak untuk mengajar orang lain serta menyatakan fatwa sesuka hati mereka. Dan MyMassa anggap layaklah kiranya Abby Abadi ini dianggap GILA kerana suka berkata yang bukan-bukan serta mengeluarkan fatwa serta fakta yang mengelirukan.
Orang GILA hanya boleh didengar, jgnlah percaya pada ORANG GILA.
Berdasarkan rekod-rekod polis, Amanat Haji Hadi itu telah dipergunakan oleh PKM yang masih bergerak aktif sekitar 1960-an, 1970-an dan pertengahan 1980-an. PKM pada masa itu mengikuti setiap perkembangan yang berlaku dalam masyarakat walaupun mereka tinggal di dalam hutan atau di sempadan negara jiran.
Mereka menyalahkan kerajaan di atas segala isu yang membabitkan kepentingan rakyat. Mereka menggunakan apa sahaja cara untuk mengkritik kerajaan seperti radio bawah tanah dan penerbitan secara sulit. Dalam isu kafir mengkafir pun PKM bangkitkan, tetapi ini bukan bermakna mereka sokong Pas. Mereka mengeksploitasi Pas sebagai parti pembangkang untuk mendapatkan keuntungan politik.
Sejarah PKM menunjukkan walaupun pada masa itu, ideologi komunisme tidak suka agama, PKM mengeksploitasinya. Pada 12 April 1965, PKM menubuhkan Parti Persaudaraan Islam (PAPERI) semacam satu subsidiarinya. Matlamat PAPERI adalah untuk memperluaskan pengaruh komunis dalam kalangan masyarakat Melayu dengan menguar-uarkan kononnya komunisme tidak bertentangan dengan Islam. Kononnya Islam dan komunisme boleh tidur sebantal. PAPERI juga membuat kenyataan menyambut fatwa dan hujah Pas yang mendakwa kerajaan tidak Islamik. PAPERI diketuai oleh Abdullah CD yang juga ketua Rejimen Ke-10 PKM yang berpangkalan di sempadan Kelantan-Thailand.
Bagi melemahkan kepercayaan orang Melayu, PKM turut menyelewengkan dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis. Perkara ini dilakukan dalam risalah bertarikh 28 Disember 1982 yang bertajuk 'Bersatulah mengikut jejak Rasulullah melawan ketidakadilan dan membela kepentingan rakyat'. Jika diperhatikan, risalah itu dikeluarkan lebih setahun selepas Amanat Haji Hadi. Risalah tersebut, antara lain, menyeru umat Islam di Malaysia supaya bangun menentang kerajaan dan menyokong perjuangan bersenjata PKM untuk keadilan, untuk rakyat dan untuk kemerdekaan penuh tanah air. Orang Melayu telah diserang Pas dengan fatwa dan PKM pula semacam mempergunakan fatwa itu.
Bagaimanapun, ini bukan bermakna Abdul Hadi bersetuju atau bersekongkol dengan posisi PKM itu.
Kemudian, PKM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya (PKMRM) pada 24 Mei 1981. Perbuatan kafir mengkafir pada masa itu semakin hebat. Matlamat PKMRM adalah menyatupadukan golongan-golongan sosialis, nasionalis, komunis dan agama. Tindakan ini mirip langkah Presiden Indonesia, Sukarno, pada awal 1960-an sebelum pemerintahannya berakhir pada 1965. Sukarno memperkenalkan gagasan NASAKOM iaitu akronim bagi nasionalis, agama dan komunis bagi menyatupadukan tenaga-tenaga progresif-revolusioner dan tenaga-tenaga yang bersedia mengangkat senjata untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sukarno seorang nasionalis yang cenderung kepada fahaman Marxisme dan NASAKOM ialah wadah politik Sukarno untuk menjayakan projek Ganyang Malaysianya.
Tahniah kerana anda menyedari, Lim Guan Eng itu keparat yang bertopengkan manusia. Syaitan yang berbau hamis. Hina keji, pemusnah Islam, merencat bangsa Melayu. Lim Guan Eng harus ditolak.
Namun yang tak sedap, kenapa berhimpun di tempat pelajar belajar? Jgn libatkan mereka dengan politikus PAS, jgn meraih simpati murahan pelajar. Dan harus diingat jgnlah berhimpun dan berdemo di Masjid di Rumah Allah s.w.t. Menganggu umat sekitar kawasan serta mukim itu beribadah. Jgn amalkan demo, elakkan keganasan, tidak pernah dalam sejarah Islam yang benar tanpa pengaruh Syiah, kita berdemonstrasi haram, kerana ia menggalakkan keganasan.
sumber : http://aloqlaloq.blogspot.com/2012/12/himpunan-oren-bertukar-anti-lge.html
''Jadi saya harap UMNO Perak bangkit bagi mengembalikan maruah bangsa dan agama lslam yang kini cuba diperalatkan di bawah 'Perjanjian Pangkor II' kerana ia jelas bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini," katanya.
Difahamkan, DAP telah meminta Nizar menandatangani surat 'Perjanjian Pangkor II' sebelum bersetuju melantik wakil Pas itu menjadi Menteri Besar Perak.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu memberi penjelasan berhubung status sebenar projek pembinaan 60 unit pangsapuri oleh anak syarikat kerajaan negeri itu di Seksyen 18 di sini, yang didakwa mengelirukan.
Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, kekeliruan itu timbul susulan kerana terdapat dua papan berbeza di projek yang dibangunkan di Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2 itu.
Menurutnya, satu papan tanda menyatakan projek itu adalah pembinaan pangsapuri kos sederhana manakala satu lagi papan tanda menyatakan projek itu adalah pangsapuri kos sederhana tinggi.
"Bagaimana boleh wujud dua papan tanda yang berbeza. Apakah PKNS sengaja menukar status projek itu kepada kos sederhana tinggi sedangkan kami difahamkan, mengikut perancangan awal, projek itu adalah untuk membina 60 unit pangsapuri kos sederhana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Budiman, beliau khuatir 'penukaran' status itu akan memberi kesan kepada harga kediaman berkenaan yang boleh melambung sehingga RM400,000 sedangkan pangsapuri kos sederhana harganya di antara RM40,000 hingga RM80,000 seunit.
Kenaikan harga itu, katanya, akan membebankan rakyat terutama golongan muda berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.
"Kita mahu tahu sejak bila kategori perumahan kos sederhana tinggi dilaksanakan oleh PKNS. Bagaimana dengan janji kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahu menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat termasuk golongan muda sebelum ini.
"Untuk siapa sebenarnya projek pangsapuri itu dibina. Adakah kerajaan negeri dan PKNS mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat yang kurang memiliki keupayaan kewangan untuk memiliki kediaman sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya turut mendesak kerajaan negeri dan PKNS menjelaskan mengenai kedudukan sebenar status projek perumahan tersebut.
Katanya, sekiranya benar PKNS menukar status projek itu untuk mendapatkan keuntungan, ia satu langkah yang tidak wajar kerana seolah-olah satu cubaan untuk menekan dan menghalau orang Melayu dari Shah Alam.
"Lihatlah bagaimana keadaan orang Melayu di Pulau Pinang pada hari ini, hartanahnya melambung tinggi sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka terpaksa keluar dari pulau itu kerana tidak mampu membelinya," tegasnya.
Golongan muda menyifatkan penganjuran program 'MBS Job Fair' sepanjang empat hari Karnival Sayangi Selangor 2012 yang bermula hari ini sebagai usaha yang perlu diteruskan pada masa hadapan.
Rata-rata mereka yang ditemui hari ini menyatakan program tersebut adalah satu langkah yang baik kerana ia memberi peluang kepada lepasan sekolah dan graduan untuk mendapat peluang pekerjaan yang sesuai.
Seorang pelajar, Fauziah Johari, 24, berkata, kehadiran beliau ke program yang dikendalikan Majlis Belia Selangor (MBS) itu setelah mendapat maklumat terdapat 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelbagai syarikat termasuk syarikat milik kerajaan (GLC).
"Peluang pekerjaan yang ditawarkan begitu banyak dan sewajarnya mereka yang sedang mencari pekerjaan seperti saya mengambil manfaat daripada program ini," katanya yang berminat dalam bidang jualan dan pemasaran.
Pandangan sama dikongsi oleh S. Tamilmohli, 27, yang ketika ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan program 'MBS Job Fair' sebagai medan untuk mencari pekerjaan yang sesuai.
Katanya, peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam program tersebut meliputi pelbagai bidang termasuk bidang yang dipelajarinya iaitu bioteknologi.
Sementara itu, graduan Kejuruteraan Elektronik Politeknik Shah Alam, Cairull Barrydynn, 34, mahu mencari peluang lain untuk meningkatkan lagi pengalamannya dalam bidang yang dipelajari.
"Saya lihat banyak pekerjaan yang ditawarkan. Bagi mereka yang ingin mencari pengalaman kerja baru, inilah tempat yang harus dikunjungi," ujarnya.
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015 sebagai angkuh dan pentingkan diri sendiri.
Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, pendirian itu senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk George bahawa Abdul Khalid lebih mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat seperti yang disiarkan dalam akhbar semalam.
Isu air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid menganggapnya sebagai satu mainan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor untuk mengekalkan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang.
"GPRS kesal kerana mempunyai pemimpin yang 'singkat akal' kerana sering mengeluartkan kenyataan-kenyataan sempit dan mengelirukan semata-mata mahu menghalalkan keputusan bodoh yang dibuat oleh beliau dan exco kerajaan negeri.
Sebelum ini GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi Abdul Khalid dengan angkuh mengatakan bahawa manifesto pilihan raya itu bukan janji yang perlu dilunaskan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada kenyataan itu rakyat perlu sedar bahawa kerajaan negeri sekarang langsung tidak boleh dipercayai dan tidak perlu dipilih lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana semua janji yang dilaungkan hanya janji palsu semata-mata.
"Setakat hari ini, 6,000 saman telah difailkan dan masih ada banyak lagi dalam senarai menunggu, semua daripada rakyat Selangor yang tidak puas hati kerana tidak menerima air percuma seperti dijanjikan. Saya percaya jumlah saman itu boleh mencecah sehingga 50,000 kerana ramai rakyat Selangor yang tidak menikmati air percuma itu sejak pakatan rakyat menguasai negeri ini.
GPRS juga mendedahkan mengenai kekurangan bekalan air terawat terutama di beberapa kawasan di Selangor akibat pertambahan penduduk tetapi Abdul Khalid dan exco tetap berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi.
Itu membuktikan bahawa Abdul Khalid dan barisan exco yang dilantik hanya 'tahu bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja' kerana rakyat memerlukan bekalan air air terawatt, bukannya air mentah. Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada loji-loji rawatan sedia ada," tambahnya.
Dalam isu air ini, bukan rakyat yang tidak faham tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya.Ini kerana GPRS mendedahkan bahawa beberapa empangan di negeri ini mengalami penyusutan air sebanyak 40 peratus dan memberi implikasi kepada pengguna di Lembah Klang.
Tetapi malangnya Abdul Khalid langsung tidak mencari penyelesaian jangka panjang sebaliknya memberi kenyataan retorik mengatakan bahawa kerajaan negeri akan menggunakan teknologi membrane untuk membenihkan awan, kerana cadangan itu hanya sesuai untuk mengatasi masalah jerebu.
Bagi mengatasi krisis air 2015, kerajaan Pusat bercadang untuk membina Loji Langat 2 dengan membawa bekalan air mentah dari Pahang namun projek ini mendapat tentangan daripada kerajaan negeri pimpinan Selangor yang melaungkan konsep Negeri Berkebajikan itu.
Mereka langsung tidak memikirkan implikasi lebih besar terhadap pengguna sebaliknya lebih ghairah untuk menguasai kepentingan dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang sebelum ini terbukti menjalankan tugas dengan baik dalam menyediakan perkhidmatan air kepada rakyat.
Lebih memalukan apabila bekas ahli korporat itu mahu membawa air dari Tasik Kenyir sedangkan kosnya jauh lebih tinggi berbanding membawa air dari Pahang, mereka juga enggan untuk berbincang dengan kerajaan Pusat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sudah tentu kerajaan negeri tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini kerana tempoh pemerintahan tinggal bebarapa bulan sahaja lagi dan GPRS menasihati rakyat agar tidak memberi mandat kepada kerajaan yang bodoh sombong ini.
Buatlah keputusan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang ini kerana kesilapan memberi mandat kepada parti yang tidak tahu mentadbir membawa padah yang buruk. Ini bukan masa untuk bereksperimen lagi kerajna kerajaan negeri sedia ada sudah terbukti gagal.
Pergerakan Hamas sebelum ini pernah menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu mesej negatif dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.
Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan berkata, bagi rakyat Palestin, sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama dengan Israel, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian besar bumi Palestin secara haram.
Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa individu tersebut menentang hak rakyat Palestin yang bangkit untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.
Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang salah kepada Israel kerana rejim Zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki bumi Palestin secara haram sambil terus memperluaskan jajahan mereka tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.
"Hamas berharap akan mendengar kenyataan bahawa deklarasi itu (menyokong keselamatan negara Israel) adalah tidak benar atau seumpama itu kerana saya percaya sesiapa yang mencintai kebebasan dan kemerdekaan negara mereka, akan mengutamakan keselamatan serta hak rakyat Palestin berbanding Israel," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatannya ke negara ini di sini tidak berapa lama dahulu.
Usamah diminta mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) edisi Asia pada Januari lalu yang berbunyi: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel", namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Sebelum ini, Anwar mendakwa pendirian beliau itu selari dengan pendirian Hamas namun dinafikan pergerakan tersebut. Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan lain, kata Usamah, Hamas dan seluruh rakyat Palestin menghormati pendirian Malaysia serta beberapa negara lain yang tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.
Katanya, dengan tidak mengadakan sebarang hubungan politik dengan Israel, ia bermakna tiada sesiapa yang melupakan perjuangan rakyat Palestin yang berterusan cuba membebaskan tanah air mereka dan lebih penting, isu Baitulmaqdis bukan hanya isu Palestin tetapi isu umat Islam.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.
Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".
"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Presiden PAS itu, katanya, harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.
Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.
Menurut Rais, Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.
Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh agama lain yang akan turut serta. "Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.
Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, Rais meminta parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.
Katanya, Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa.
"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.
"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang UMNO pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.
Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata Hadi disyor mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai "Amanat Haji Hadi" tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.
Menurut Ahmad, tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.
"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, hari ini.
Ahmad berkata, pada sidang media, Sabtu lalu selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.
"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Larian Tahun Baru 1Malaysia 2013 pada 31 Disember 2012 (Isnin) jam 6.00 pagi bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Hadiah berupa wang tunai dan cabutan bertuah menanti anda.
Setiap penyertaan layak mendapat T-shirt dan goodies dan pendaftaran adalah PERCUMA.
Orang ramai dijemput hadir.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian 03-89117330 atau di Aras 11, Kompleks KPKK dan borang pendaftaran boleh diserahkan di tempat-tempat berikut:
i) i) Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150 Kuala Lumpur
ii) Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur
iii) Kaunter Khidmat Pelanggan Kompleks Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
iv) Kaunter Khidmat Pelanggan ( Di Lobi KPKK ) Jabatan Penerangan Malaysia
v)Aras 11, Kompleks KPKK Jabatan Penerangan Malaysia
atau semasa hari program berlangsung di Dataran Merdeka.
Panglima : tulisan Sayuti Omar ini memang menggelikan hati saya. Sinis dan memang telah memanaskan punggung anak muda yang menjawab tulisan di FB beliau.
Kepada Ahmad Fadhli Shaari, anda jangan segan akui kesalahan.
Ketahuilah bahawa ego itu boleh membunuh dan melawan bukan pilihan.
Anda masih muda dan lebihkanlah akal fikiran dari ikut perasaan...
Tulis Sayuti Omar :
Dari semalam lagi saya nak buat teguran sedikit kepada setiausaha akhbar MB Kelantan Fadli Shaari yang pada saya ada ketikanya beliau tidak relevan untuk menjawab segala permasalahan berkaitan kerajaan dan parti yang diluruhkan di kaki bosnya, Tokguru Nik Aziz.
Fadli: Perlu berwaspada.
Bukan bermakna semua isu yang dibangkitkan menerusi media massa menjadi tanggungjawab setiausaha akhbar atau perlu dijawab olehnya hanya atas alasan dia "setiausaha akhbar". Fadli perlu memilih isu-isu yang relevan dan terlayak dipikul olehnya saja untuk menjawab. Hatta kalau pun beliau menerima arahan daripada Tokguru, tidak semestinya beliau terus patuh sebaliknya beliau kena rujuk kepada mana-mana pihak lain atau individu sebelum menjawab.
Jawaban yang hendak disampaikan menerusi media massa perlulah kemas, bukan saja dari segi bahasa tetapi susunan ayat-ayat yang digunakan, dan lebih-lebih fakta dan hujah perlu dipastikan ia akan mematikan isu bukan menjadikan ia bertele-tele. Dalam politik jika kita ingin memukul sesuatu kena pastikan apa yang dipukul itu terus mati dan kayu pula tidak patah.
Saya timbulkan ini kerana ada sesetengah penjelasan dibuat oleh Fadli tidak padan dengan diri dan 'kederat'nya. Maksudnya beban yang cuba dipikul bagi meringankan diri Tokguru tidak layak ditanggungjawab olehnya. Disebabkan keadaan itu menyebabkan isu yang cuba dijawab itu bukan saja selesai tetapi mendedah kelemahan lain dan menambahkan masalah lain pulak.
Saya terus mengambil contoh berhubung isu dibangkitkan oleh blog kemudian dipetik oleh media PB(Utusan Melayu), dalam isu ini bukan saja Fadli tetapi orang lain juga simpati kepada Tokguru kerana dipermainkan begitu sekali. Maka Fadli cuba menjawabnya untuk menghentikan isu berkenaan. Niat dan usaha itu terpuji.
Dalam menjelas dan menjawab isu itu, dua perkara atau pendekatan diambil, pertama dengan mengancam untuk saman media berkenaan dan mana-mana individu yang 'mabuk todi' dengan isu tersebut. Fadli boleh menjawab atau memberi tahu hal pertama itu. Tetapi langkah kedua cuba memberi penjelasan secara terperinci mengenai kronologi bagaimana tanah seluas 10,526 hektar kepada pemimpin DAP itu nampak kekok dan "berat" sedikit.
Dengan memberi kronologi itu Fadil mengira dapat difahami mengenai status tanah berkenaan. Tetapi apabila ia mendedah perkara yang tidak perlu seperti mana surat kelulusan / persetujuan Awang Adek Hussein tentang apa dipohonkan oleh YIK itu ia memberi kesan lain. Rasanya tidak perlu surat Awang Adek itu. Isu di sini ialah sedikit saja, tuduhan yang pemberian tanah itu untuk mendapatkan jawatan MB Perak menerusi Nizar Jamaluddin. Itu isunya. Dengan cuba mengaitkan Awang Adek alias UMNO terlibat dalam kelulusan tanah itu ia tidak tepat dan sedikit 'ngor'.
Fadli sepatutnya berputar di sekitar itu di mana ia telah turut terjelas dalam kronologi itu. Pendedahan Awang Adek itu tidak perlu sebab orang tahu siapa yang berhak dan berkuasa memberi tanah berkenaan. Apakah surat atau dokumen itu ingin melawan dokumen pemilikan syarikat dan kertas bukti pembelian tanah oleh pemimpin DAP itu seperti mana didedah?
Tidak semuanya dokumen dilawan dengan dokumen, apa lagi dokumen yang dibalas itu akan diambil musuh untuk melayak kita balik. Bagi saya fitnah itu perkara remeh walaupun kesan tindakan besar, menyaman balik di penuduh. Fitnah sebegitu terlalu banyak berlaku dan akan berlaku. Menjelang pilihan raya makin banyak buah-buah fitnah digugurkan di kaki Tokguru.
Tokguru Nik Aziz boleh selesai segala tuduhan itu dengan menjawab secara mantik saja, katakan bahawa apa didedahkan Utusan itu fitnah belaka dan ini tidak perlu di'kulasah'kan kerana semua orang mengetahui bahawa akhbar berkenaan adalah fitnah. Kita sudah menolak Utusan sebagai Abu Lahab atau pun Abdullah Bin Ubai, tetapi kenapa dalam keadaan tertentu kita masih menganggap ianya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali?
Kadang-kadang saya tengok baik Tokguru atau pun pemimpin Pas lain tidak dapat membuang Utusanseperti mana ibu tua yang serba salah untuk membuang kucing yang sudah lama tidur dalam selimutnya. Dalam fanction tertentu Utusan masih dipanggil dan dilayan seperti tetamu. Dalam hal ini Keadilan lebih konsisten dalam bermusuh dengan kertas penyebar fitnah nombor 1 ++ itu.
Berbalik kepada isu tanah tadi, melihat cara Fadli menjawab isu itu bukan menyelesaikan tetapi merusutkan keadaan atau memakan diri sendiri.
Lagipun saya rasa isu-isu seperti itu dianggap besar dan menyentuh dasar dan polisi kerajaan tidak elok dijawab oleh setiausaha akhbar. Bukan orang berjatawan setiausaha akhbar layak menjawabnya. Sepatutnya MB mengarahkan setiausaha politik, setidak-tidaknya ataupun pengerusi tanah Kelantan atau mana-mana exco bagi menjelaskan perkara itu ataupun Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) sendiri kerana ia menyentuh soal YIK.
Jawaban dan penjelasan dari pengerusi tanah yang kini dipegang oleh TMB Ahmad Yaacob atau Pengarah YIK lebih kemas dan menyakinkan. Ia juga nampak serius. Lainlah kalau MB mahu dilihat isu itu kecil maka orang kecil dan kurang berkelayakan seperti Fadli menjawabnya. Tetapi kalau itu maksdunya ia tidak sampai kerana orang kecil kurang hemah dan politikingnya.
Keadaan sama pernah berlaku sebelum ini di zaman Wan Ismail Wan Jusoh menjadi setiausaha akhbar dan Husam Musa menjadi setiausaha politik MB. Banyak isu-isu yang timbul disekeliling Tokguru di mana ia memerlukan jawaban Togkuru tetapi digalang ganti menjawabnya oleh mereka berdua. Kerana kerajinan dan 'kelacatan' mereka menyebabkan seolah-olah mereka menjadi MB dan ada kalanya mulut mereka lebih panjang dari MB.
KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.
Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.
Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.
"Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan," katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.
Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.
"Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya," katanya.
Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.
Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.
Kediaman yang disewa seorang warga Iraq yang dikenali sebagai Maulana hampir roboh sepenuhnya.
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami.
Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan.
"Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan ke kawasan kejadian yang berlaku pada 10 malam, Jumaat lepas.
Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, peta bencana itu dapat menjadi panduan kepada pemaju perumahan dan penduduk bagi membolehkan mereka mengambil langkah keselamatan tertentu.
Ahmad Phesal menafikan dakwaan kononnya pemaju di sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa membina kediaman tidak mengikut spesifikasi.
Beliau berkata, syarikat berkenaan telah mengikuti segala piawaian pembinaan dan keselamatan ketika membangunkan kawasan perumahan itu lebih 20 tahun lalu.
"Spesifikasi ini berubah dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kejadian bencana alam seperti ini, kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak kerana insiden seperti ini tidak dapat dijangka.
"Namun Bahagian Siasatan Cerun, Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian berdasarkan keadaan tanah dan struktur pembinaan oleh pemaju," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa pemaju diarah merobohkan segera sebuah banglo lereng bukit yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh itu. - Bernama
Lihat wajah orang tua di kampung cukup gembira mendapat kunjungan Menteri Pertahanan, iaitu Menteri Kanan Kerajaan Malaysia ke teratak mereka bertanya khabar dan menyampaikan bantuan.
Pada lawatan petang tadi DS Ahmad Zahid Hamidi juga turut bertemu dengan Jentera parti di Pasir Mas. Jam 6 petang mengikut twitter beliau telah diwawancara oleh Kelantan FM.
Kesungguhan pemimpin kita mendekati rakyat ketika banjir wajar difikirkan bersama.
Ketika ini hangat isu amanat Hj Hadi seluruh negara. Tetapi ramai lupa orang UMNO juga Islam macam mereka.
Adakah ini bukan ajaran Islam wahai kawan ???
DS Zahid juga sempat makan tengah hari bersama rakyat Cik Siti Wan Kembang.
Semoga pemimpin ikhlas dekati rakyat akan makin berkat dan kekal disukai semua pihak hingga berjaya di dunia dan akhirat.
Pemimpin Kanan Pakatan Rakyat Takut Sertai Himpunan Oren
Tika ini kemarahan sebahagian rakyat Kelantan terhadap PAS sedang meluap-luap berikutan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang yang kini telah menjadi hak milik pemimpin DAP dari Perak.
Rupanya tak terdetik walau sezarah pun rasa bersalah dalam hati nurani pemimpin PAS sebaliknya dicubanya pula untuk mengalih perhatian ramai dengan mengadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kononnya usaha mengadakan himpunan ini salah satu tujuannya untuk menyelamatkan tanah peneroka FELDA yang didakwa akan tergadai berikutan penyenaraian FGVH di BSKL disamping menuntut pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA.
Sibuk betul PAS dengan untung nasib peneroka FELDA walhal nasib peneroka Ladang Rakyat di Selatan Kelantan yang terumbang ambing dengan hanya mendapat dividen RM200 sebulan sahaja sampai sekarang tak terbela.
Tanah berpuluh ribu ekar tergadai ke tangan pemimpin Cina DAP tak pula PAS sibuk ambil tahu untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya lebih sibuk usung cerita lain untuk alih pandangan ramai.
Maka beriya-iya PAS dan NGO ANAK yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mempropagandakan himpunan anti FELDA itu kononnya akan dihadiri oleh lebih 30,000 orang peneroka FELDA dari seluruh negara.
"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," demikian kata Mazlan pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut minggu lepas.
Tinggi melangit angan-angan yang dihajatinya. Itu standardlah, dalam bab bermain propaganda angka dan nombor sudah menjadi budaya PAS sejak azali lagi. Memanjang gebangnya besar mengalahkan bas.
Namun bila tiba sahaja hari perhimpunan berlangsung, akhirnya hanya kurang dari 1,000 orang sahaja yang hadir di mana rata-ratanya adalah ahli dan penyokong PAS yang telah menerima arahan rasmi dari Setiausaha AGung PAS, Mustafa Ali supaya meramaikan program himpunan itu yang diadakan selepas Solat Jumaat.
Mana peneroka FELDA yang dikatakan 30 ribu akan hadir sama?
Tak wujud pun 30 ribu orang peneroka di himpunan tersebut, hanya beberapa puluh orang sahaja yang benar-benar berstatus peneroka, baki lebih 95% lagi adalah ahli dan penyokong PAS yang walau sesaat pun tidak pernah melalui kehidupan sebagai peneroka FELDA.
Mana pula pemimpin-pemimpin kanan PR khususnya dari PAS dan PKR, misalnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?
Langsung tak nampak muka, sebab mereka tahu dengan menyertai himpunan yang tidak popular seperti ini hanya akan menjatuhkan air muka sahaja. Itu yang masing-masing takut menyertainya. Takut malu beb!. Kiriman Email
Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013. Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di 'tempat kejadian'.
Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam 'perjuangan' ini.
Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng. Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.
Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah 'membanjiri' Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.
Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli. Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.
Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.
Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu 'setback' atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.
Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.
Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati. Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.
Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.
Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif. Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.
Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.
Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik. Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang. Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup. Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai 'regime change'?
Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan. Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.
Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.
Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan 'menyiksa' rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya. Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.
Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.
2. Semoga kerajaan terus membantu dalam meringankan beban rakyat terutamanya peningkatan kos sara hidup di bandar khususnya.
3. Semoga agama Islam terus berkembang dan kuat di Malaysia.
4. Semoga rakyat akan lebih bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tidak terlalu meminta-minta serta hanya tahu komplen sahaja.
5. Semoga kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib akan terus memerintah selepas PRU13.
6. Semoga DS Rosmah dibukakan hati untuk bertudung. (Kenapa saya mendoakan sedemikian? Kerana terdapat sekelompok rakyat telah dibutakan mata untuk melihat kerja-kerja amal yang dilakukan oleh DS Rosmah. Mereka hanya nampak isu tudung sahaja. Jadi tidak salah untuk kita berdoa agar DS Rosmah memakai tudung kan).
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu bukan sahaja menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi turut dikecam pemimpin berketurunan Tionghua.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong tanpa berselindung menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana memperalatkan isu agama demi meraih kepentingan politik tanpa memikirkan kesan kepada negara.
Katanya, sebagai pemimpin tertinggi DAP apatah lagi Ketua Menteri, Guan Eng perlu lebih sensitif dan jangan sesekali menyentuh perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan kerana Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama serta budaya.
"Agama bukan alat untuk meraih undi kerana tuntutan sebegini perkara sensitif. Kita kena sedar Malaysia ini negara berbilang kaum, agama dan budaya. Kalau isu-isu sensitif sebegini terus dimainkan oleh pemimpin seperti Guan Eng, apa akan jadi kepada masa depan negara.
"Kepada Guan Eng, nasihat saya jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Jangan kita sesuka hati menimbulkan perkara sensitif seperti kalimah Allah ini untuk menyinggung hati dan perasaan orang lain khususnya umat Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi Guan Eng sempena perutusan Krismas apabila mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.
Dalam pada itu, Choo Keong mempersoalkan motif sebenar Guan Eng yang berterusan membangkitkan perkara sensitif tersebut, sedangkan penganut Kristian sendiri hidup dalam keadaan aman dan harmoni atas prinsip saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Jelasnya, Guan Eng selaku pemimpin Cina tidak berhak menuntut sesuatu yang dianggap sensitif oleh orang Islam kerana tindakan itu hanya akan mencetuskan suasana tidak stabil dalam masyarakat apatah lagi Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan di negara ini.
"Gesaan ini tidak sesuai apatah lagi untuk diheret ke gelanggang politik kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam, sebab itu saya kata jangan ada mana-mana pihak mempertikai perkara sensitif apatah lagi soal agama jika mahu keamanan ini kekal," katanya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Yang berdemo baru baru di Masjid Simpang 6 Komtar rupanya musuh pakatan rakyat. PAS Pulau Pinang dakwa tindakan membantah mengenai isu penggunaan nama Allah adalah bercanggah dengan persetujuan diantara parti didalam pakatan.
Semasa muktamar dah beberapa kali pesan kepada ahli PAS,bukankah kepentingan tahaluf siyasi bersama DAP dan walaq kepada para pemimpinnya mengatasi kepentingan agama. Apa kejadahnya ahli PAS bersusah payah turun dijalan raya membantah. Tak perlu bantah bantah.. bukankah Nik Aziz dan para pemipin PAS kata ..Allah tuhan Kristian dan Allah tuhan umat Islam namanya sama saja..tak gitu?
Kepada ahli PAS harus mengaji bab pluralisme lebih mendalam..barulah dapat menghayati bahawa semua agama adalah sama..semua tuhan adalah sama tak gitu.. Pluralisme dan liberalisme sekarang ini begitu kuat didakwah oleh Anwar malah didalam PAS juga ramai yang menganut fahaman ini.
Apa salahnya tuntutan Guan Eng?Niat murni Guan Eng demi menyemarakkan pluralisme dan liberalisme harus disokong oleh umat Islam.. Bukankah ini yang dimahukan oleh para penyokong pakatan?
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.
Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.
"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan. Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.-Harakah
Pisau kata " Rupanya yang bantah penggunaan nama Allah musuh PAS yer.."
Nik Aziz kata orang Umno solat tak dapat pahala ...tak masuk syurga...Nik Aziz kata Umno tak Islam..jangan undi selain Umno..Undi DAP pun boleh pahala beb..
Ustaz budak pula kata ulama dalam PAS kesemuanya para nabi..patutlah pengikut PAS kata kalau tak sokong PAS di padang masyar nanti tak dapat syafaat tok guru..
Korang tau tak hati korang gelap..hitam dzolmat... ini semua punca tak pakai baju hijau..Anak Nik Aziz kata tak terima hidayah.Dia kata Allah mahukan orang PAS takluk Putrajaya..
Pisau kata "Oh rupanya Tuhan PAS suruh puak ambil alih Putrajaya..patutlah sanggup berguling atas jalan"
Inilah sebenarnya yang berlaku, Apabila Mazlan Aliman berselingkoh dengan ANAK .Peneroka bukan saja ditipu malah wang mereka turut hilang.
PAS tak boleh lari dari kerja menipu orang kampung, Ramai peneroka Felda ditipu sebab itulah tidak mengejutkan jelajah Oren dibantah hingga di serbu oleh para peneroka . Video dibawah tidak mungkin akan didedahkan oleh blog atau media haprak pakatan.
Sekarang ini Mazlan Aliman adalah liabiliti kepada PAS. Ramai ahli PAS sudah muak dengan Mazlan..setiap tuduhan dan dakwaan beliau kesemuanya pembohongan semata mata.Dah kehabisan modal sekarang kerjanya mahu menghasut dan mempolitikkan apa saja asalkan matlamat tercapai.
Video dibawah menjadi bukti PAS dan para peguamnya makan duit dan menzalimi rakyat marhain. Apa kejadahnya makan duit peneroka untuk pi umrah?
Nampak gayanya kegiatan Mazlan Aliman bersama ANAK membawa padah kepada PAS dengan kehilangan ahli dalam Felda Kemahang 3. Ikuti penjelasan oleh bekas ahli PAS yang sudah berang dengan 'penipuan' yang dilakukan oleh Mazlan Aliman bersama kumpulan peguam yang dilantik beliau dalam kes saman peneroka Felda Kemahang 3 keatas Felda.-MinaqJinggo
Bak mencabul ,panjat atas perut bini orang,kaunseling jam 3 pagi,pekena konekto dalam toilet,tembak torpedo kat China Doll kita serah kat pemimpin pakatan.. Puak ni serba boleh..
Pemimpin haprak pakatan bukan saja pandai berselingkoh..bab selingkohan pun pandai jugak.. Dari menjalang dengan DAP hinggalah kepada bab mencabul agama..
Pisau kata "Apa cerita dengan Ostad Badrul...kes kaunseling dengan bini orang senyap jer.."
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sejak 2-3 hari ni, aku mengalami sakit urat. Mungkin mengangkat barang berat. Keadaan ini mengganggu aku, khusunya ketika hendak rukuk dan sujud ketika solat.
Seorang kawan menyarankan aku menggunakan produknya - Waist Nipper - Premium Beautiful dari Hai-O.
Ketika pakai, agak pelik, macam perempuan berkemban je pulak. huhuhu..
Aku search dalam internet, antara kebaikan benda ini untuk lelaki adalah:-
Sakit pinggang, slip disc
Anti-kanser, lemah tenaga batin, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, gout, asma, batu karang
Membaiki posture badan bagi yang mengalami masalah bongkok, dan sakit belakang
Britney Spears nampaknya harus berdepan dengan satu lagi kontroversi setelah bekas adik iparnya, Christopher Federline mendakwa anak sulung Britney sebenarnya adalah anaknya.
Tambah mengejutkan, adik kandung Kevin Federline (bekas suami Britney) itu mengaku pernah berselingkuh dengan Britney.
Gosip terbaru ini benar-benar mengejutkan dunia hiburan negara Uncle Sam itu.
Dalam laporan Showbizspy menyebut sebelum bernikah dengan Kevin, Britney sebenarnya sedang mengandung anak hasil perselingkuhan itu. Malah Christopher cukup yakin, Sean Preston yang kini berusia 7 tahun adalah anak kandungnya.
Christopher juga menggambarkan Britney sebagai wanita gila. Serangan itu dilepaskan Christopher setelah dirinya mengaku menghadapi banyak kerugian. Selama berhubungan dengan diva pop itu, dia mengaku dompetnya kerap digeledah dan kad kredtnya dicuri.
"Dia (Britney) berada di luar kawalan dan gila. Saat dia pergi ke rumah Kevin untuk menjemput Sean Preston dan Jayden James, dia berani mengambil dompet dan mencuri salah satu kad kredit saya," ujarnya.
Christopher membuat laporan di mahkamah Tampa, Florida Amerika Syarikat pada 18 Disember lalu. Dalam laporan itu menyebut Christopher meminta pihak pengadilan menahan Britney.
Christopher mendakwa dirinya telah kerugian kira-kira USD200 juta gara-gara Britney. Dia juga mengaku diperas oleh ibu dua anak itu.
"Chris mengatakan perselingkuhan itu adalah kesalahan. Dia sering merasa bersalah apabila mengingatkan kembali hal itu. Dia tidak mahu isterinya, Aliah, tahu mengenai perselingkuhan itu," ujar sumber yang dekat dengan Christopher. - mD
TUMPAT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menggunakan sebaik-baiknya peluang ke udara di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperjelas amanatnya pada 1981 yang dikatakan mengkafirkan Umno.
Menggesa demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu (amanat) itu telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Beliau menyifatkan amanat itu sebagai 'fatwa politik'.
"Ia pendapat politik yang harus dibayar harganya dengan mahal kerana apa yang berlaku dengan masyarakat Islam di beberapa kawasan seperti perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam komuniti.
"Perkara ini perlu diperbetulkan," kata Ahmad Zahid mengulas keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi peluang kepada Abdul Hadi untuk membuat penjelasan menerusi RTM.
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim tengkujuh bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.
"ATM turut menempatkan pasukan perubatan di kawasan memerlukan sebagai bantuan tambahan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata ATM juga sedia mencurah tenaga untuk membaiki rumah mangsa banjir yang rosak akibat bencana alam itu.
"Kami tidak mempunyai peruntukan untuk membeli bahan-bahan bagi kerja membaik pulih tetapi kita akan bantu daripada segi tenaga kerja," tambahnya. - Bernama
JITRA: Seorang wanita menjalin hubungan sulit dengan rakan baik bekas suaminya manakala bekas suaminya itu pula mempunyai hubungan dengan adik iparnya dan lebih mengejutkan apabila kedua-dua pasangan itu tinggal serumah.
Bagaimanapun onar yang dicipta mereka terbongkar apabila rumah mereka diami di Kampung Sanglang, dekat sini, diserbu Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada awal pagi semalam.
Lebih mengejutkan lagi apabila janda terbabit melahirkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil hubungan sulitnya dengan rakan bekas suaminya itu.
Difahamkan, janda terbabit bersama bekas suaminya tinggal bersama di rumah itu bersama teman lelakinya serta adik perempuan wanita itu yang berusia 18 tahun.
Adik wanita itu dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan abang iparnya sendiri yang berusia 39 tahun sejak beberapa bulan lalu selepas kakaknya bercerai dengan abang iparnya itu.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kepimpinan PAS Kelantan pasti melompat dan berang apabila hampir semua bendera Pas Kelantan yang di tempah berubah warna dari hijau kepada biru. Gambar-gambar di bawah diambil di Simpang Pulai Chondong, Machang, Kelantan. Entah apa hikmah yang Allah ingin sampaikan kepada penduduk-penduduk Kelantan untuk dijadikan pedoman. (Kredit gambar kepada rakan Facebook Ambo Pangkah BN).
Hari minggu yang damai, Bolehlah ruangkan masa untuk mendapat sedikit ilmu melalui celoteh daripada Ustaz Azhar Idrus. Bakal isteri jangan terperangkap dengan soalan bakal suami manakala suami jangan bertanya berlebih-lebih.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tayangan sebuah gambar kawasan hutan simpan kekal di Tasik Pedu, Kedah, yang seolah-olah menjadi "padang jarak padang tekukur" setelah menjadi mangsa digondolkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah.
Kerakusan di tahap melampau untuk membolot kekayaan hasil balak negeri Kedah secara mudah itu menjadi salah satu dosa kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak, yang tidak dapat dimaafkan oleh seluruh rakyat negeri Jelapang Padi itu.
Sebenarnya, gambar tersebut merupakan salah satu gambar yang berjaya dirakam ketika tinjauan dari udara dilakukan di sekitar hutan simpan kekal bernilai tinggi kira-kira 200 meter dari empangan Tasik Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama bagi kawasan utara semenanjung.
Dulu ketika Kedah ditadbir BN di bawah Datuk Seri Syed Razak, pernah ada cadangan untuk membalak di kawasan tersebut secara sistematik yang melibatkan 3 batang balak secara berjadual. Namun mengenangkan anak cucu dan alam sekitar, hasrat tersebut dibatalkan secara total.
Namun tidak sampai 5 tahun Kedah ditadbir PAS, kawasan yang diharamkan BN untuk sebarang aktiviti balak itu telah "didogolkan" Azizan Razak tanpa rasa bersalah dan secara automatik landskap di kawasan itu bertukar wajah!
Bila ditegur tentang pembalakan rakus yang tidak memikirkan masa depan dan sistem ekologi itu, Azizan Razak terpaksa menyuruh Setiausaha Politiknya, Sanusi Mohd Nor untuk menjawab kontroversi PAS merosakkan Kedah itu.
Mungkin berlatar belakangkan pengalaman sebagai "land surveyor", Sanusi selamba "badak" menjawab dan "confident" mengatakan bahawa "tidak ada setitik pun air dari kawasan balak tersebut yang masuk dan mencemarkan empangan Pedu"…
Pada saya, jawapan dari "pakar balak PAS Kedah" itu jelas menunjukkan bahawa dia hanya melihat pada "surface" sahaja dan dia fikir rakyat Kedah semuanya jenis bodoh-bodoh belaka seperti pak-pak lebai yang dia perbodohkan selama ini.
Untuk menunjukkan kedunguan jawapan dari Setiausaha Politik yang menjadi kesayangan Azizan Razak itu, saya fikir memadai dengan merujuk kepada gambar di atas. Kalau susah sangat nak faham, maka dia sepatutnya pergi sekolah semula dan tajamkan otaknya..
Hanya sekali saja kesilapan rakyat Kedah yang memilih PAS dan sekali saja kesilapan para penyokong UMNO yang enggan turun mengundi pada PRU ke-12 yang lalu, telah menyebabkan negeri Kedah kehilangan lebih 15,000 hektar kawasan hutan simpan kekal di seluruh negeri itu.
Bukan hanya di Pedu, PAS Kedah juga membolot hasil balak sehingga licin di kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas di Baling, Bukit Perak di Pendang dan banyak lagi kawasan-kawasan yang menjadi mangsa pak-pak lebai PAS ini.
Kalau sebatang dua saja yang ditebang, tak mengapalah juga. Tapi yang melampaunya, mereka rompak balak di hutan-hutan itu tanpa meninggalkan sebatang pokok kemucup sekali pun! Licin, botak sebotak-botaknya..!!!
Itu baru Kedah yang dijajah PAS. Kedah yang ada sedikit kawasan hutan pun ditarah sampai "togel" oleh pak-pak lebai kulup PAS itu. Bayangkan kalau PAS dapat menjajah Pahang dan Sarawak, silap-silap kedua negeri itu akan jadi "gurun Sahara" diratakan mereka.
Begitulah bila kuasa sesebuah negeri jatuh ke tangan orang yang bukan "ahli" dan mampu mentadbir dengan baik, bagaikan "beruk dapat bunga", dia rosakkan apa saja yang ada ditangannya tanpa memikirkan akibat atau kesan di sebalik tindakannya.
Bila ditegur, PAS kata kita cuba memperlekeh dan memburuk-burukkan mereka. Kalau tak ditegur, makin menjadi-jadi mereka menjahanamkan negeri Kedah sehingga melibatkan kehilangan dan kerugian besar dalam jangka masa yang panjang.
Payah benar bila bercakap dengan golongan "bodoh sombong". Tiada cara lain, rakyat Kedah kini termasuk para penyokong PAS di akar umbi sudah nekad untuk mengembalikan Kerajaan Kedah kepada BN. Kami sudah serik dengan rejim PAS Kedah..!!!
Saya agak terkejut apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang ditubuhkan oleh kerajaan BN di Selangor kini bersikap pembelit "putar alam" setelah kerajaan negeri itu diambil alih oleh Pakatan Haram.
Pengarahnya, Md. Khairi Selamat baru-baru ini mengeluarkan kenyataan senada dengan MB Selangor, Khalid "Gagap", kononnya sumber air di negeri termaju itu cukup untuk kegunaan rakyat sehingga tahun 2030.
Katanya, hanya 40% dari sumber air larian di permukaan diperlukan bagi menampung kekurangan sumber bekalan air bersih di negeri itu.
Untuk makluman, air larian di permukaan yang dimaksudkan itu merangkumi air hujan yang jatuh tu ditadah dan dikumpulkan samada nak buat benteng, kolam atau apa-apa jenis takungan, LUAS belum umumkan sehingga kini.
Merujuk kepada kenyataan LUAS, pengarahnya yang "cerdik pandai" cakap sumber air yang boleh digunakan adalah sumber lombong, kolam dan termasuk longkang, lecak serta takungan yang ada di Selangor. Semua kawasan yang boleh ditakung air akan dicampurkan sekali..
Pertamanya, saya tertanya-tanya mengapa kenyataan LUAS sangat berbeza berbanding yang dinyatakan pada kajian industri air pada tahun 2000 dulu?
Dulu, LUAS sendiri menyatakan bahawa sumber air di Selangor tidak cukup dan setuju menambah sumber baru air mentah di Selangor setelah dikejutkan dengan Krisis Air 1998 serta menyokong pembinaan loji Langat 2 yang bersumberkan air dari Pahang.
Mengapa kini LUAS berpusing 360 darjah? Atau Pengarah LUAS dipaksa diugut Khalid untuk mengeluarkan kenyataan menyokongnya?
Menurut dari laman web LUAS…
"Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sendiri sebagai Setiausaha."
Nampak tak? Dulu Khalid cakap dia tak bekukan Capex SYABAS. Memang benar kerana surat tersebut ditandatangani, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin dan kini Pengarah LUAS selaku setiausaha pula kata air mentah di Selangor cukup sampai 2030. Kalau tak dengar cakap "boss", silap haribulan dapat gelaran "bodoh" dan tak mustahil hilang kerja pula nanti..
Pengarah LUAS mahu rakyat Selangor dan Lembah Klang minum air lombong dan air hujan? Apa kata kalau dia dan keluarganya dulu yang minum?
Saya tak tahu dari mana LUAS dapat idea bodoh untuk mengumpul air hujan, lombong dan sebagainya. Apakah LUAS mahu semua rakyat Selangor menakung air hujan di dalam baldi atau mengorek telaga?
Kemudian LUAS mahu memaksa rakyat membeli teknologi membran untuk memproses air dari sumber tersebut? Atau LUAS mahu SYABAS kutip air dari setiap rumah dan dibawa ke loji rawatan air untuk diproses?
Jika diharapkan air dari lombong, apakah air dari sumber itu akal kekal tidak berkurangan dan seperti "telaga air zam-zam" di Mekah yang tidak pernah kering? Kalau musim kemarau nanti bagaimana?
Apakah LUAS mahu membina loji berteknologi membran di setiap lombong, sungai dan parit di Selangor? Bagaimana pula dengan paip-paip untuk menyalurkan air kepada rakyat? Nak suruh SYABAS kutip pakai lori lagi, kah?
Kalau nak pakai lori, maka Kerajaan Selangor ada alasan lagi nak beli lori. Bisnes model ni bagus sebab boleh suruh Ronnie Liu beli lagi lori tangki air dari China, sama macam beli lori sampah dulu. Kayalah lagi kroni Pakatan Haram dan Khalid pula akan dapat sebuah lagi "bas baru"?
Khalid selama ini kerap menghina para pegawai kerajaan, tetapi baru-baru ini dia puji LUAS sebagai "agensi terbaik" dalam memantau bekalan air di Selangor. Ada udang sebab batu ke? Lepas dipuji Khalid, LUAS terus jadi pandai pulak?!!! Kenyataan terancang Khalid-LUAS?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan