Isnin, 3 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Dec 2012 03:16 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


TGNA : Umno jangan mengungkit-ngungkit

Posted: 02 Dec 2012 07:28 PM PST

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.

Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara.

"Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa!

"Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam  mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Dec 2012 01:12 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


13 Mei: Dakwaan Shahrizat melampau, andaian jahat

Posted: 03 Dec 2012 12:25 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

Shahril (tengah) menunjukkan laporan polis di hadapan balai polis Temerloh.

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini membuat laporan polis di sini berhubung kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan agung parti itu yang didakwa bersifat hasutan.

Dalam laporan polis oleh ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim, mahu polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan ekoran ucapan menghasut beliau ketika merasmikan perhimpunan sayap parti berkenaan di PWTC pada 28 November itu.

Memetik laporan tersebut yang turut disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik, Shahrizat berkata jika Umno atau BN tidak lagi berada di tampuk kuasa kestabilan politik (negara ini) akan goyang seterusnya mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Dalam laporan polis itu, Shahril sebagai seorang warganegara Malaysia, berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat bahawa ia adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat kepada ketenteraman awam.

Justeru beliau membuat laporan bagi polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500, 503, 504, 505 dan 506 atau mana-man peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta menggugat ketenteraman ekoran kenyataan beliau.

Sementara itu, Shahril dalam sidang medianya selepas itu menganggap kenyataan bekas menteri yang pernah terpalit dengan skandal lembu kondo  itu, sebagai tuduhan melampau dan andaian jahat jika Pakatan Rakyat (PR) menang.

"Walhal PR telah buktikan negeri yang dikuasai selepas pilihan raya lalu bukan saja aman tanpa rusuhan kaum, malah terus maju sehingga diiktiraf oleh Ketua Audit Negara.

"Sebab itu bagi Pemuda PAS, ugutan Shahrizat ini melambangkan ketakutan parti pemerintah berhadapan pilihan raya akan datang kerana bimbang dihukum rakyat lalu mengugutnya dengan tragedi berdarah 13 Mei," tegasnya.

Katanya, pada hari ini Pemuda PAS negeri-negeri membuat laporan polis seluruh negara terhadap isu yang sama.

harakah/-

Ditinggal berlumuran darah

Posted: 03 Dec 2012 12:15 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -


JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan yang keluar bersarapan berdepan dengan detik-detik cemas apabila dia dilarikan oleh sekumpulan tiga ah long dengan sebuah kereta sebelum dibelasah dan ditikam di sebuah lorong di Jalan Tekun, Taman Maju Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Too Chow Siew, 50, juga ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Bagaimanapun, Chow Siew dapat diselamatkan setelah orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu terdengar jeritannya dan terus membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dr. Hashim Haron, kejadian yang hampir meragut nyawa mangsa itu berpunca apabila ah long tersebut berang dengan mangsa yang tidak melangsaikan pinjaman yang dibuat.

"Mangsa telah dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan sebuah kenderaan di hadapan rumahnya kira-kira pukul 9.30 pagi dan kemudian dia ditinggalkan selepas dipukul oleh ah long berkenaan pada pukul 12 tengah hari di sebuah lorong di Taman Maju Jaya.

"Ah long berkenaan dipercayai memburu mangsa selepas dia dipercayai menimbulkan kemarahan kumpulan itu kerana tidak membayar hutang yang dipinjam," katanya kepada Kosmo!.

Gempa bumi lemah dikesan di Keningau

Posted: 03 Dec 2012 12:12 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Gempa bumi bermagnitud 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku 11 kilometer dari timur Keningau pada jam 11.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak 5.3 darjah utara dan 116.3 darjah timur.

Gegaran dilapor dirasai berhampiran pusat gempa. - Bernama

Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis

Posted: 03 Dec 2012 12:09 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti.
"Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati.

"Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?" tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah.

Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf,  longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan.

Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502 bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200 graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen tidak ada kapal terbang untuk dibawa.

"Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan, pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh menteri, rakyat lagi sakit hati," katanya.

Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk menamatkan keangkuhan mereka.

Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan  tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa.

Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan.

"Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini," tegasnya.

harakahdaily/-

Laporan media tidak tepat isu selatan Thai

Posted: 03 Dec 2012 12:00 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -


KOTA BHARU: Pemimpin masyarakat Islam  di Thailand menyifatkan banyak laporan media mengenai pergolakan di selatan negara itu tidak tepat dan bukan mencermin situasi sebenar.

Anggota Jawatankuasa Majlis Ulama Thailand, Ustaz Harun Salleh Nadawi (gambar) berkata, banyak maklumat yang disalurkan melalui media massa kurang tepat kerana dikawal orang bukan Islam.

Oleh itu katanya, penduduk Islam di negara itu sekarang mengusahakan saluran media sendiri termasuk menggunakan kemudahan teknologi baru bagi membolehkan umat Islam di tempat lain mendapat maklumat lebih tepat.

"Malah ada usaha untuk memiliki channel yang menyalurkan maklumat dalam bahasa Melayu," katanya pada Kongres Dunia Islam 2012 di sebuah hotel di sini semalam. Beliau sekarang tinggal di Bangkok.

Beliau bersama Senator Anang Sharifuddin dari Indonesia membentang syarahan berkisar tajuk Perpaduan Islam Sejagat: Ke Arah Peraturan khalifah.

Turut menjadi peserta kongres berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pegawai-pegawai kerajaan.

Harun berkata, peristiwa berdarah yang mulai meletus di selatan Thailand iaitu di Takbai, Natathiwat dan Kerisik, Patani sekarang sudah merebak sehingga ke Hatyai.

Katanya, kehidupan umat Islam di selatan Thailand sentiasa tertekan dengan kehadiran begitu ramai anggota tentera dan polis sekarang.

Beliau juga mempersoalkan pemimpin-pemimpin politik yang dianggapnya kurang serius menangani konflik di selatan dan hanya muncul menjelang musim pilihan raya sahaja.

Menurutnya juga konflik yang berlaku memberi peluang kepada kumpulan samseng dan pengedaran dadah mengambil kesempatan sehinggga memburukkan lagi keadaan.

"Kumpulan samseng ambil kesempatan. Masalah dadah tidak kurang hebatnya. Itu tidak bagus untuk umat Islam.

"Kami haya mengharapkan doa umat Islam termasuk di Malaysia. Bagaimanapun proses tarbiah kepada umat Islam di Thailand terus berjalan dengan peranan dimainkan pertubuhan-pertubuhan Islam," ujarnya.

Beliau juga mengakui dasar asimilasi menyebabkan ramai generasi muda di Thailand sekarang tidak lagi fasih berbahasa Melayu.

Anang Sharifuddin (kiri) mewakili Partai Keadilan Sejahtera (PKS) mendedahkan masih ada umat Islam di Indonesia berpecah belah angkara perkara kecil yang hanya bersifat khilaf dari sudut agama.

Katanya, pihak yang menekan aspek tersebut masing-masing membentang hujah sehingga memperlihatkan percanggahan besar dalam kalangan umat Islam.

"Sedangkan Islam meminta penganutnya mengambil jalan tengah dan tidak membesar-besarkan perkara-perkara yang kecil," ujarnya.

Menjawab soalan Ustaz Abu Bakar katanya, biar pun muncul banyak parti berorientasikan Islam di Indonesia namun ia tidak menggambarkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam.

Katanya, biar pun banyak namun masing-masing sedang bergerak menuju ke arah satu matlamat.

"Bagaimanapun saya doakan semoga situasi itu tidak berlaku di Malaysia, biarkan hanya ada satu parti politik Islam sahaja di sini," ujarnya.

harakah/-

Umno benar-benar habis modal – Presiden PAS

Posted: 02 Dec 2012 11:47 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Umno dianggap benar-benar kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.

"Mereka sudah tidak ada modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain.

"Inilah saban kali kita saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal lagi," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi.

Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah Najib pada ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan.

Ustaz Abdul Hadi juga berkata, Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka.

Menurutnya sebelum ini Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun membaca doa.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia.

"Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam.

"Islam tetap bangkit biar pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil.

"Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat," katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Kongres Dunia Islam 2012 berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara.

HARAKAHDAILY/-

Lima rakyat Jerman maut

Posted: 02 Dec 2012 11:44 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -
 
ORANG ramai melihat dua bas mini yang remuk akibat berlanggar di lebuh raya berhampiran Hurgada, semalam.

ORANG ramai melihat dua bas mini yang remuk akibat berlanggar di lebuh raya berhampiran Hurgada, semalam. 
 
KAHERAH: Lima pelancong Jerman dan tiga warga Mesir terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas mini berhampiran pusat percutian Laut Merah, semalam.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua bas itu bertembung dalam sebuah pusat peranginan berhampiran Hurghada.

Jumlah pelancong yang cedera belum disahkan. Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jerman berkata, beberapa warganya terbunuh dan cedera dalam kemalangan di bandar pinggir laut Mesir. "Kementerian Luar mengaktifkan kumpulan pengurusan krisis bagi menangani isu ini, manakala Duta Jerman dalam perjalanan ke tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, agensi berita lain melaporkan, lima warga Jerman dan tiga penduduk tempatan maut dalam kemalangan berkenaan. Sumber polis berkata, lima warga Jerman itu adalah kakitangan syarikat 

penerbangan yang dalam perjalanan ke lapangan terbang Hurghada. "Kemalangan berlaku apabila bas mini membawa warga Jerman itu memasuki jalan utama tetapi dirempuh sebuah bas lain yang membawa pelancong. Kedua-dua pemandu bas terbabit adalah warga tempatan dan mereka meninggal dunia. 

Kemalangan jalan raya memang lazim di Mesir, dengan kebanyakannya disebabkan keadaan jalan raya dan kekurangan penguatkuasaan undang-undang.

Jumaat lalu, dua pelancong Russia maut apabila bas yang mereka naiki terbalik berhampiran Nuweiba, Sinai. Pada 17 November lalu pula, 47 pelajar tempatan terkorban apabila bas mereka dirempuh kereta api di tengah Mesir. - AFP

Bina hotel ais di Sweden

Posted: 02 Dec 2012 11:42 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD]



KIRUNA, Sweden - Sebuah hotel baharu ais di Jukkasjarvi yang terletak 12 kilometer dari Lapangan Terbang Kiruna di sini dibina sejak 16 November lalu.

Hotel tersebut dibina pada setiap tahun dengan menampilkan reka bentuk bangunan gaya baharu.
Ia mempunyai beberapa buah bilik yang ditawarkan kepada para pelancong. - Agensi

Suhakam: Penjawat awam boleh ikuti ceramah parti

Posted: 02 Dec 2012 11:15 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menerima memorandum berhubung pemecatan seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan.

Ini ekoran Qatrun Nada Latfi yang bertugas sebagai guru sementara menerima notis pemecatan pada 24 Oktober yang berkuatkuasa 1 Disember lalu tanpa menyatakan secara terperinci sebab pemecatan tersebut.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), Mohd Faris Abdullah kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabat Suhakam pagi tadi. Qatrun Nada turut hadir.

Detta Samen selepas menerima memorandum tersebut berkata pihaknya akan mengambil masa seminggu bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan tersebut.

Malah menurut Detta Samen lagi, jika pihak pengadu sudah berurusan dengan peguam dan akan membawa kes tersebut di mahkamah, Suhakam akan turut bersama-sama peguam bagi membantu di mahkamah.

"Dan apa yang kami melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar, selain dari itu jika pihak pengadu sudah melantik peguam, Suhakam boleh turut sama dengan peguam tersebut di mahkamah," jelasnya.

Beliau berkata, sebagai seorang guru, pengadu boleh mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu sekolah dan ia adalah hak seorang individu apatah lagi tidak mengganggu urusan sekolah.

"Semua boleh mengikuti ceramah parti dan tidak kira siapa yang menganjur, sebagai individu mahupun kakitangan awam itu adalah hak mereka dan mereka berhak untuk menilai sendiri seseorang pemimpin atau parti.

"Proses ini adalah bagi memastikan pilihan beliau pada pilihanraya nanti adalah bertepatan, lagipun undi itu rahsia," sambung beliau.

Sementara itu, Mohd Faris memberitahu memorandum yang sama telah diserahkan kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November yang lalu namun sehingga sekarang tidak menerima sebarang jawapan.

harakah/-

‘Mama, dada saya sakit...’

Posted: 02 Dec 2012 11:09 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan.

USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan. 
 
SEPANG: "Saya tidak sangka kehilangan tiga rakan karib serentak pada hari ulang tahun kelahiran saya," kata Mohd Hafis Zahari, 21, rakan kepada tiga mangsa yang maut dan seorang parah dalam kemalangan ngeri di Jalan Salak, Sungai Pelek, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama sepuluh lagi rakan, termasuk keempat-empat mangsa sedang berkonvoi menaiki tiga kenderaan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan selepas menyambut hari kelahirannya di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.

Dia berkata, mereka ingin menyambung sambutan hari lahir itu di tepi pantai.
"Kami 11 orang sepakat ke Port Dickson secara konvoi menggunakan tiga kereta untuk makan kek dan mengambil gambar.

"Mereka berempat naik satu kereta dan berada di depan sekali, jarak kami hanya kira-kira satu kilometer, namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya melihat kemalangan berlaku. Sebaik berhenti, amat mengejutkan ia membabitkan kereta kawan sendiri," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Serdang, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia lihat Ahmad Fikri Mohd Salihudin, 21, dan Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, berlumuran darah tidak bernyawa.

 metro/-

MPV rentung langgar lembu

Posted: 02 Dec 2012 11:07 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran MPV  dalam kejadian berdekatan persimpangan Telok Mas, malam kelmarin. Gambar kecil, keadaan lembu yang mati dilanggar.

HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran MPV dalam kejadian berdekatan persimpangan Telok Mas, malam kelmarin. Gambar kecil, keadaan lembu yang mati dilanggar. 
 
MELAKA: Perjalanan sebuah keluarga termasuk tiga kanak-kanak pulang ke Johor selepas membeli-belah di bandar raya ini, bertukar detik menakutkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki mereka merempuh seekor lembu sebelum terbabas dan terbakar di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berdekatan persimpangan Telok Mas, dekat sini, malam kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 11 malam itu turut menyebabkan lembu berkenaan mati di tempat kejadian. Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Lim Yok Chin, 46, berkata dia yang memandu kereta berkenaan baru selesai membeli-belah bersama enam ahli keluarganya termasuk tiga kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 10 tahun di sebuah pusat beli-belah terkemuka. "Setibanya di lokasi kejadian, saya yang berada di lorong kiri dipotong sebuah kenderaan lain sebelum terkejut melihat seekor lembu tiba-tiba muncul atas jalan.

"Pada waktu itu, saya gagal mengawal kereta lalu melanggar binatang berkenaan sebelum terbabas. Sejurus rempuhan, saya mendapati enjin turut berasap dan segera mengarahkan semua ahli keluarga keluar menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, kelmarin. Menurut ahli perniagaan itu, dalam tempoh 10 minit, kereta miliknya terbakar dan mereka hanya mampu melihat berikutan api terlalu marak.

"Apabila diperhatikan, saya mendapati lembu yang dilanggar turut mati dan tidak pasti sama ada ia tercampak atau sebaliknya berikutan kejadian berlaku begitu pantas. "Saya gagal menyelamatkan apa-apa di dalam kereta termasuk barangan terutama tilam yang baru dibeli. Nilai semua barangan itu dianggarkan RM1,300," katanya yang menetap di Muar.

Kata Lim yang masih terkejut dengan kejadian itu, kereta berkenaan dibeli dua tahun lalu dengan harga RM180,000.

"Walaupun mengalami kerugian, saya bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ini.

"Selain itu, saya berterima kasih dengan keprihatinan orang awam yang membantu menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya yang turut meminta pihak berkaitan berbuat sesuatu bagi mengelak kejadian sama berulang.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati dua jentera bomba berada di lokasi kejadian mengawal dan memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

metro/-

PAU 2012: PAS yakin Pakatan menang besar PRU13

Posted: 02 Dec 2012 11:04 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS yakin dengan perkembangan yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 2012) minggu lepas, Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

"Memang nampak tak bergaduh, tak berbangkit isu peranan Rosmah dan tak berbangkit isu pertembungan Najib dan Muhyiddin kerana ia sudah diarahkan agar tidak dibangkitkan.

"Ini dilakukan Umno melalui taklimat yang dibuat sebelum PAU 2012 ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini.

harakahdaily/-

Berperanglah dengan Deepak dahulu sebelum PR

Posted: 02 Dec 2012 10:30 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berperanglah dahulu dengan Deepak Jaikishan sebelum berperang dengan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Pergi bawa Umno dia berperang dengan Deepak dulu, dah menang dengan Deepak baru datang berperang dengan kita (PR).

"Kalau dengan Deepak pun tak boleh menang perang dan tak berani jawab sepatah pun, tak usahlah cakap lebih-lebih nak berperang dengan PR," katanya.

Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno, Najib mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap PR dengan laungan slogan anti-PR.

Deepak kini dilihat memerangi Najib dengan pelbagai tuduhan terutama tuduhan yang amat jelas berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Deepak bukan memerangi ketua Umno cawangan tetapi Presiden Umno yang juga Perdana Menteri.

"Tentulah beliau mempunyai asas yang sangat kuat untuk berbuat demikian," kata Mohamad.

Beliau juga menyifatkan isu yang berlaku kini bukan isu Najib semata-mata tetapi isu yang melibatkan keburukan Umno yang sekaligus menjejaskan nama baik negara.

"Bukan isu serangan Deepak terhadap Najib sahaja tetapi ia juga mempunyai kaitan yang rapat dengan pendedahan (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri) Musa Hassan bahawa (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) campur tangan dalam siasatan polis.

"Campur tangan dalam siasatan polis bermakna Umno melalui menterinya menafikan keadilan untuk rakyat.

"Jika Umno menang lagi, tidak ada jaminan menteri Umno tidak campur tangan dalam siasatan polis terhadap tuduhan Deepak ke atas Najib," kata Mohamad.

Beliau berkata, kalau konstabel polis sekalipun yang membuat pendedahan, rakyat perlu mengambil kira dan memastikan kebenarannya.

"Ini bukan OCPD Baling yang buat pendehan, ini pendedahan bekas Ketua Poilis Negara.

"Lebih dari itu, ini bukan pertama kali dia mendedahkan campur tangan menteri Umno dalam siasatan polis," kata beliau.

Meskipun demikian, kata Mohamad, Hishammuddin hanya menepis pendedahan Musa itu dengan mendakwa semua itu bertujuan untuk mengalihkan tumpuan ahli-ahli Umno dalam perhimpunan agung mereka.

"Itu jawapan tipu tanpa asas.

"Dalam kes Deepak membisu, dalam kes Musa pula menipu," katanya lagi.

harakah/-

S'gor beri tempoh akhir cabut kamera AES

Posted: 02 Dec 2012 10:29 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh akhir tiga hari lagi kepada Kementerian Pengangkutan untuk merobohkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika pihak kementerian gagal berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya hujung minggu ini.

"Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

"Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri," katanya kepada Keadilandaily.

Beliau sebelum ini bersama bersama Exco Yaakob Sapari turut melawat ke lokasi kamera AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).

Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang kawasan itu dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan kamera AES di Selangor.

Bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kementerian setakat ini dan kerajaan negeri memberikan tempoh akhir beberapa hari lagi.

Selangor sebelum ini antara negeri yang mahu kerajaan pusat menangguhkan pemasangan kamera AES di negeri itu sehingga satu kajian melibatkan semua pihak dibuat terlebih dahulu.

Selain Selangor, semua negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Kelantan, Kedah Pulau Pinang turut membuat keputusan serupa.

harakah/-

SPR: Petugas media boleh mengundi melalui pos

Posted: 02 Dec 2012 10:28 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

 
Petugas media yang bertugas semasa pilihan raya umum boleh membuang undi melalui pos, kata Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.

Katanya, mekanisme pengundian pos digunakan untuk semua pekerja media bertugas pilihan raya, termasuk wartawan, jurugambar, juruteknik dan pemandu, lapor TheStar Online.

Kemudahan itu, bagaimanapun, tidak akan diperluaskan kepada wartawan sambilan atau mana-mana penyumbang yang bukan pekerja sepenuh masa organisasi media berdaftar.

malaysiakini/-

170 syahid semasa 8 hari serangan Israel

Posted: 02 Dec 2012 08:32 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -



GAZA: 800 rumah musnah samasekali, 170  syahid, 300 yang cedera parah, 1000  yang cedera rengan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga kini menjadi miskin tegar.

Itulah apa yang diperolehi Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) dalam tinjauan mereka ke Gaza.

Misi tinjauan dan mencari fakta  MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu.

Dalam tinjauan MAPIM di Gaza bermula sejak perang bermula apabila wakil MAPIM, Sany Araby, telah dapat masuk menyaksikan sendiri perang tersebut.

Misi kedua seramai lima orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong Mapim kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya.

Menurut Setiausaha Agong Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sedang mengerakkan usaha untuk memberi keutamaan yang mendesak mengikut keperluan dan  telah menjalin kerjasama dengan Majlis NGO Pembangunan Gaza untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.

Kordinasi juga telah diperolehi dengan pejabat OIC di Gaza yang sedang giat mengemaskini data dan maklumat terkini mengenai keperluan Gaza.

Mapim, katanya, membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan bernilai RM 200,000.

Delegasi Mapim yang sempat meninjau masjid yang telah dibina oleh Mapim di daerah Beit Hanoun.

Cikgu Azmi menyatakan kesyukuran masjid tersebut tidak terjejas.

Sebuah masjid lagi yang sedang dibangunkan oleh Mapim iaitu Masjid Umar Abdul Aziz sedang berjalan lancar yang dijangka siap Mei 2013.

Program tinjauan telah dapat menemukan Cikgu Azmi dengan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza serta Dr Mulfid Menteri Kesihatan Gaza.

Dalam pertemuan tersebut PM Gaza tersebut menyatakan kekagumannya terhadap kegigihan NGO Malaysia yang tidak henti-henti meneruskan bantuan kepada Gaza.

Beliau sangat menghargai kesungguhan rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa kemenangan Gaza adalah kemenangan Ummah.

Dalam tinjuan selepas gencatan senjata 23 hb Novemebr yang lalu  ini keadaan di Gaza kelihatan tenang dan masyarakat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Gencatan senjata yang telah dimeterai membolehkan nelayan pergi ke laut sejauh 6 batu nautikal berbanding 3 batu nautikal sebelum ini.

Mapim sedang menyusun usaha yang lebih besar untuk menghubungkan pelbagai pihak di Malaysia dengan Gaza dalam pelbagai sektor dalam rangka  mengusahakan proses pemulihan Gaza dengan secepat mungkin.

harakah/-

Tumbukan ragut nyawa abang

Posted: 02 Dec 2012 08:31 PM PST

Tumbukan ragut nyawa abang16 Muharram 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN: "Walau apapun yang berlaku, saya tetap maafkan dia," kata Nayati Man, 33, ibu Muhammad Asyraf Muhammad Shukri, 17, yang maut apabila ditumbuk adiknya selepas kedua-duanya bergaduh di rumah mereka di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Asyraf yang menghidap penyakit asma sejak kecil ditumbuk adiknya hingga mulut berdarah dan tersembam.

Asyraf mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketika kejadian, menurut Nayati, dia berada di rumah dan anak sulungnya itu berbaring di sofa sambil menonton televisyen di ruang tamu manakala anak keduanya bermain permainan video di komputer riba.

"Anak bongsu saya yang berusia empat tahun menangis kerana mahukan mainan.
Namun, anak kedua saya mengusik adik perempuannya dan ini menimbulkan kemarahan Asyraf yang menegur perbuatan itu," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), malam kelmarin.

metro/-

Hanya 11% yakin BN dapat 2/3, 89% undi PAS

Posted: 02 Dec 2012 08:29 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -



(Keputusan bancian antara PAS dan Umno))

KUALA LUMPUR: Hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3  kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang.

89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS  dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno.

Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian hari ini.
(Bancian tentang majoriti 2/3 oleh Sinar)

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu.

Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai  kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?"

Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67).

Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046.

(Bancian tentang sokongan antara BN dan PR)

Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?:

PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta.

Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129).

Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang.

harakah/-

Tunjuk perasaan bantah Kardashian

Posted: 02 Dec 2012 07:30 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -
 

MANAMA - Kehadiran selebriti televisyen Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian di Bahrain telah mencetuskan tunjuk perasaan sehingga mengakibatkan polis pencegah rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan lebih 50 orang penunjuk perasaan kelmarin.

Tunjuk perasaan itu berlaku sebelum Kardashian merasmikan cawangan kedai makanannya, Millions of Milkshakes di sini.

Seorang wartawan agensi berita Associated Press menyaksikan para penunjuk perasaan menjerit: "Tuhan Maha Besar".

Tunjuk perasaan itu berlaku dekat kedai tersebut di bangunan beli-belah Riffa, 20 kilometer ke selatan Manama.

Bagaimanapun, para penunjuk perasaan itu berjaya disuraikan polis sebelum ketibaan Kardashian.
Sebelum kejadian tersebut berlaku, selebriti itu menghantar kenyataan di laman Twitter dengan menyatakan bahawa Bahrain merupakan tempat yang paling cantik di bumi.

Beribu-ribu peminat yang telah membayar sehingga AS$1,360 (RM4,132) untuk sekeping tiket bertindak menjerit sejurus selebriti berusia 32 tahun itu merasmikan kedai tersebut.

Beberapa anggota parlimen negara itu mengemukakan usul untuk melabelkan Kardashian sebagai artis yang mempunyai reputasi buruk.

Namun, ramai peminat aktres itu menghantar kenyataan di Twitter untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan tindakan kumpulan ahli parlimen tersebut.

"Ahli-ahli parlimen sepatutnya menumpukan perhatian untuk menyelesaikan isu-isu penting seperti ekonomi, politik dan sosial," lapor akhbar Daily News.

Kardashian, 32, pernah berbogel untuk majalah lucah Playboy dan terkenal menerusi program realitinya di AS. - Agensi


Najib silap tidak jawab dakwaan Deepak

Posted: 02 Dec 2012 07:30 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gagal memanfaatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang diberi liputan meluas untuk menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Ia hanya menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.

"Sesungguhnya, rakyat menanti respons PM  dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim juga berkata perkara yang sama turut berlaku kepada Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang enggan menjawab tuduhan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau mencampuri urusan pihak polis.

PAU kali ini, katanya terpesong tujuannya sebagai medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama.

"Persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno," kata Tuan Ibrahim.

Perwakilan Umno, kata beliau, langsung tidak memikirkan kepentingan negara kerana tidak berani menyoal isu Scorpene, kegagalan Najib menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas, isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak dan isu keselamatan negara.

"Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya.

"Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan," sindir Tuan Ibrahim.

Kelemahan Umno dalam memerangi rasuah, kata beliau jelas terpapar di PAU Wanita Umno di mana ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu National Feedlot Corporation masih disanjung kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut.

"Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju  apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan," terang beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mempersoalkan mengapa ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU tatkala Najib mengisytiharkan bahawa boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum ke 13.

"Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan (serangan terhadap PR) itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku," katanya.


Tuan Ibrahim turut menyarankan agar seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat.

"Medium terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang jelas dan membina keyakinan mereka.

"Paluan gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh," nasihat beliau.

harakah/-

Ibubapa Orang Asli buat laporan 'cubaan rasuah'

Posted: 02 Dec 2012 07:29 PM PST

NONE16 Muharram 1433H. [MOD] -


 
Sudah lebih sebulan sejak anak-anak perempuan mereka yang berusia 12 tahun, ditampar oleh seorang guru kerana tidak membaca doa. 

Bagaimanapun, kekurangan tindakan yang diambil, mendorong tiga bapa Orang Asli mengambil masa tiga jam perjalanan dari pedalaman Kelantan hari ini untuk membuat satu lagi laporan polis.

Kali ini, laporan itu bukan sahaja terhadap guru SK Bihai yang menampar anak-anak mereka, tetapi juga terhadap beberapa rakannya, kerana didakwa cuba merasuah ibubapa terbabit supaya menarik balik laporan awal mereka yang dibuat pada 24 Oktober 2012 di balai polis Gua Musang.

Menurut laporan polis terbaru itu yang dibaca kepada Malaysiakini oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Bihai, Arom Asir, mereka membuat laporan tersebut untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Along Pandak, Hassan Achoi dan Atar Pedik, dalam laporan mereka, mendakwa percubaan merasuah itu berlaku pada 7 November dalam satu mesyuarat PIBG.

Mereka mendakwa, para guru berkata jika mereka menarik balik laporan itu, mereka (guru-guru) akan membayar RM250 setiap pelajar, manakala guru yang menampar mereka (nama dirahsiakan) akan menambah RM50 menjadikannya berjumlah RM300 bagi setiap pelajar.

Menurut laporan itu lagi, mereka jelas tidak puas hati
dengannya kerana pihak sekolah, dalam insiden menampar pelajar-pelajar tersebut, telah melanggar Seksyen 17 Akta Orang Asli.

Seksyen 17 Akta tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak Orang Asli tidak boleh menerima arahan mengenai agama kecuali dengan persetujuan ibubapa mereka, dan dalam kes ini, mereka mendakwa tidak dirujuk. Kesemua pelajar terbabit bukan beragama Islam.

Menurut Arom, guru-guru berkenaan sebelum itu berkata mereka akan membawa ibubapa terbabit ke balai polis Gua Musang pada 19 November untuk membuat satu lagi laporan polis bagi menarik balik laporan awal mereka, tetapi ibubapa berkenaan menolaknya.

"Guru-guru tersebut telah memohon maaf, merayu kepada ibubapa tersebut dan menggesa mereka supaya menerima tawaran itu. 

"Kami memutuskan untuk tidak menghubungi guru-guru berkenaan sejak itu kerana kita tahu mereka akan terus mendesak kami mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi.

mca youth agm 201012 wee ka siong 03
Bulan lepas, di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Wee Ka Siong telah mengesahkan kejadian itu dan berkata tindakan sedang 'diambil'.

"Tidak nampak apa-apa tindakan telah diambil, tetapi ini cuti sekolah, jadi kita hanya akan tahu jika guru yang terlibat masih mengajar di SK Bihai apabila penggal persekolahan bermula nanti," kata Arom.

Arom juga berkata, ibubapa berkenaan akan menurut nasihat Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi supaya mereka membuat aduan mengenai percubaan merasuah itu  kepada pejabat pendidikan daerah.

"Kami akan berbuat demikian, walaupun saya percaya mereka sudah pun tahu mengenai perkara ini," katanya.

Malaysiakini sejak bulan lepas berulang kali cuba untuk menghubungi sekolah berkenaan, manakala SMS yang dihantar pula tidak terjawab.

SK Bihai, sebuah sekolah ekslusif untuk anak Orang Asli, terletak berhampiran sempadan Kelantan-Perak, dan tidak mempunyai liputan telefon bimbit.

Satu-satunya nombor telefon yang disenaraikan untuk sekolah tersebut, disambung terus kepada pejabat pendidikan daerah Gua Musang, yang juga menerima surat-surat bagi pihak sekolah tersebut.

malaysiakini/-

Najib takut Deepak juga calon 'winnable' Umno

Posted: 02 Dec 2012 07:11 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yang nampak benar takut menghadapi tuduhan Deepak Jaikishan juga akan menjadi calon 'winnable' Umno, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau juga menyifatkan istilah calon 'winnable' digunakan sebagai alasan kepada sistem kediktatoran baru Umno untuk memaksakan calon-calon yang dikehendaki oleh pemimpin parti itu.

"Kalau sesama ahli Umno pun bersifat diktator, dengan rakyat tentulah lebih teruk lagi jika Umno menang lagi dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mahfuz.

Dengan berdalihkan alasan calon 'winnable', Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli-ahli parti itu supaya menerima sahaja calon 'winnable' yang ditentukan oleh pemimpin mereka.

"Dengan sistem kediktatoran terbaru Umno yang disolekkan dengan istilah calon 'winnable' itu, sesiapa sahaja yang dipaksakan oleh pemimpin Umno sebagai calon mesti diterima oleh ahli-ahli parti itu.

"Mereka dipaksa memikul biawak hidup. Kalau pemimpin Umno pilih pembunuh Altantuya Shaariibuu, usus busuk, pencuri tanah, perasuah, perompak, malah siapa sekalipun yang didakwa sebagai calon 'winnable', ahli-ahli parti itu mesti terima.

"Malah, lembu pun tak malu-malu mendakwa dia adalah calon 'winnable' Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dengan alasan calon 'winnable' itu, kata Mahfuz, antara calon yang sudah pasti akan didakwa sebagai calon 'winnable' Umno tentulah termasuk Najib sendiri.

"Walaupun Najib nampak benar menikus dan membisu menghadapi tuduhan Deepak, tentulah beliau juga akan dibohongkan kepada rakyat sebagai calon 'winnable' Umno," katanya.

Sebab itulah, katanya, dengan mempunyai kekebalan atau 'immunity' sebagai calon 'winnable' Umno itu, Najib yakin beliau tidak perlu jawab atau memberikan apa-apa penjelasan mengenai tuduhan-tuduhan Deepak itu.

"Sebab itulah, Najib langsung tidak memberikan apa-apa penjelasan mengenai tuduhan Deepak itu kepada perhimpunan agung Umno kerana beliau sudah mempunyai kekebalan sebagaui calon 'winnable' dan siapa pun beliau yang sebenarnya, ahli-ahli Umno terpaksa menerima beliau sebagai calon," kata Mahfuz.

Dalam apa yang dilihat antara serangan paling tepat kepada Najib, antara lain Deepak mendedahkan bahawa akuan bersumpah kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Mahfuz mengingatkan rakyat bahawa mereka tidak boleh dilembukan seperti ahli-ahli Umno untuk menerima apa yang dibohongkan sebagai calon 'winnable' Umno.

harakahdaily/-

Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat

Posted: 02 Dec 2012 07:04 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -


Sebuah NGO kaum India yang merasa terancam dengan kenyataan Ketua Wanita Wanita Umno Shahrizat Abdul Jail berhubung dengan tragedi 13 Mei telah membuat satu laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

"Kenyataan Shahrizat itu jelas bermaksud untuk menakutkan kaum bukan Melayu.

Apa yang beliu ingin nyatakan jika kaum bukan Melayu mengundi pembangkang akan menyebabkan UMNO hilang kuasa, dan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 akan akan berlaku," tegas Ketua Tamilar Action Force (TAF) A Vethaamoorthy, lapor Freemalaysiatoday.

Mengetuai kumpulan orang ahli, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul kelmarin, beliau berkata Shahrizat sepatutnya didakwa kerana menakutkan orang awam dan cuba mencetuskan perbalahan antara kaum.

Shahrizat membangkitkan insiden 13 Mei di dalam ucapannya di perhimpunan Wanita Umno pada Rabu minggu lalu.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya, memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

"Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

"Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.

"Dengan membuat kenyataan sedemikian rupa, ia menunjukkan betapa terdesaknya UMNI kini," kata Vethaamoorthy.

Beliau menekankan tragedi 13 Mei sudah menjadi sejarah,dan pemimpin negara ini sepatutnya menyedari bahawa rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka mahu di dalam pilihanraya.

"Ia lansung tidak membantu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian ," tambahnya.

Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk M Kulasegaran dan Khalid Samad juga telah mengkritik Shahrizat, mememanggilnya sebagat "amat memalukan" dan menegaskan bahawa rakyat Malaysia kini lebih bersatu dari tahun 1969.

Terowong di lebuh raya Jepun runtuh

Posted: 02 Dec 2012 06:59 PM PST

19 Muharram 1433H. [MOD] -




TOKYO - Beberapa anggota penyelamat menemui lima mayat yang rentung selepas bumbung sebuah Terowong Sasago di lebuh raya Chuo, tengah Jepun runtuh semalam.

Mayat-mayat itu ditemui di dalam sebuah kereta.

Dua buah kereta remuk di dalam terowong tersebut.

Menurut laporan agensi berita Kyodo, beberapa pekerja penyelamat kini melakukan siasatan bagi memastikan jika terdapat mangsa lain yang terperangkap.

Terowong itu sepanjang 4.7 kilometer dan terletak di Otsuki, 80 kilometer ke barat Tokyo.

Kira-kira 150 kepingan siling yang setiap satu berukuran lima meter lebar, 1.2 meter panjang dan setebal lapan sentimeter serta berat 1.2 tan runtuh di dalam terowong tersebut.
Lebuh raya itu telah dibuka sejak 35 tahun lalu.

Rangkaian televisyen menunjukkan kepulan asap keluar dari terowong itu.
Tujuh orang dipercayai hilang manakala dua lagi cedera dan sekurang-kurangnya dua buah kereta juga terperangkap, kata seorang anggota bomba.

Seorang mangsa, Tomohiro Suzuki, 37, yang melalui kawasan berhampiran menceritakan detik-detik tragis itu.

Menurutnya, dia keluar dari kereta dan berlari ke arah sebuah kenderaan lain yang remuk akibat dihempap konkrit dengan tujuan untuk menyelamatkan penumpang kereta tersebut.

Suzuki berkata, dia kemudian menghubungi polis selepas mendapati amat mustahil untuknya melakukan kerja-kerja menyelamat.

Seorang lagi lelaki memberitahu agensi berita Jiji Press bahawa dia menyaksikan konkrit bumbung terowong itu menghempap sebuah kenderaan di depan matanya.

Menurutnya, dia mendengar bunyi suara orang meminta pertolongan dari celah-celah timbunan runtuhan sebelum seorang wanita keluar tanpa memakai kasut dengan pakaiannya koyak. 

Wanita berkenaan meminta supaya semua rakan dan kekasihnya diselamatkan selepas kereta yang dinaikinya dihempap runtuhan itu.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menyatakan, kereta yang dinaiki wanita yang terselamat itu terbakar.
Seorang wartawan, Yoshio Goto yang terperangkap dalam kemalangan itu berkata, dia sempat memecut kenderaannya dan berjaya keluar dari terowong itu.

Bagaimanapun, terdapat serpihan runtuhan yang menghempap kenderaannya.

"Saya kemudian melihat ke arah kenderaan saya dan mendapati separuh bumbungnya remuk," katanya.
Terowong Sasago yang melalui sebuah kawasan bukit tidak jauh dari Gunung Fuji merupakan salah sebuah terowong yang paling panjang di Jepun.

Ia merupakan kemalangan terburuk yang pernah berlaku di Jepun sejak tahun 1996, setelah sebuah terowong runtuh dan mengakibatkan 20 orang terbunuh. 

Syarikat yang mengendalikan lebuh raya itu, Central Nippon Expressway menyatakan pihaknya sedang menyiasat punca kejadian.

Menurut syarikat itu, pihaknya tidak menemui sebarang kecacatan semasa melakukan pemeriksaan pada Septembar lalu.

Presiden syarikat itu, Takekazu Kaneko meminta maaf berhubung kejadian itu pada sidang akhbar di Nagoya. 

"Saya meminta maaf kerana menyebabkan kemalangan serius. Saya kini meletakkan keutamaan berhubung kerja-kerja menyelamat," katanya. - Agensi


Tubuh suruhanjaya siasat dakwaan Musa Hassan

Posted: 02 Dec 2012 06:30 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis.

Musa Hassan dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya minggu lalu ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Hishammuddin.

Ketua DPPM, Nasrudin Hassanberkata, pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis itu tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ianya melibatkan persoalan integriti Pasukan Polis Malaysia.

Tindakan Hishammuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

"Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan dan dakwaan terhadap campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein terhadap pasukan polis yang dibongkarkan baru-baru ini.

"Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPM juga, katanya mendesak agar Hishammuddin Hussein bercuti sehingga siasatan yang di buat selesai.

Beliau berkata, Hishammuddin perlu bersikap "gentleman" dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang lalu.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM berharap agar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata.

harakah/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Dec 2012 09:38 PM PST

PAS Negeri Sembilan


35 bendera Pakatan Rakyat lenyap satu malam

Posted: 02 Dec 2012 05:50 PM PST



3 Disember 2012

LABU - Sebanyak 35 bendera lenyap begitu sahaja dalam tempoh satu malam. Itulah nasib malang menimpa bendera PKR yang dipasang pada tiang lampu di sepanjang bahu jalan dari Kampung Pulau menghala ke Kampung Jerangkang, Labu, semalam.

Koordinator PKR Labu, Mokhtar Ahmad berkata, ini kali keenam kejadian membabitkan bendera parti di kawasan tersebut dalam tempoh tiga bulan.

Beliau turut menyifatkan insiden ini sebagai perbuatan sabotaj terancang.

"Kita syak perkara ini didalangi oleh individu yang mempunyai kepentingan tertentu. Kalau tidak, masakan bendera yang digantung setinggi enam meter pada tiang lampu boleh hilang begitu sahaja.

"Lebih dikesalkan, pihak berkuasa tempatan langsung tidak mengambil sebarang tindakan walaupun empat aduan telah dibuat bagi kejadian terdahulu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mokhtar berkata, mereka hanya menyedari kejadian tersebut lebih kurang jam enam pagi selepas dimaklumkan oleh rakan yang menggunakan laluan itu untuk ke Nilai, semalam.

Menurutnya, bendera tersebut dipasang kira-kira 10 hari lalu sebelum kejadian.

Kali terakhir bendera dilihat pada jam 12 tengah malam kelmarin dan kesemuanya masih berkeadaan elok.

Menurut Mokhtar, hanya dua bendera yang berada di simpang Kampung Pulau terselamat manakala baki selebihnya langsung tidak ditemui kecuali beberapa cebisan yang tinggal. 

"Melihat pada kesan kerosakan ditinggalkan pelaku, jelas bendera direntap atau dikoyak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Majlis Permuafakatan Keadilan Labu, Norizam Yasin berkata, pihaknya memutuskan tidak akan membuat sebarang laporan polis terhadap peristiwa tersebut.

"Melalui mesyuarat diadakan, kita sebulat suara akan menghantar satu memorandum tanda kecewa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Rabu ini jam 10 pagi sambil diiringi beberapa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat negeri.

"Satu temu janji akan turut dibuat dengan Ketua Polis daerah untuk menyerahkan memorandum serta mengadakan sedikit perbincangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, lewat petang semalam.

Sementara itu, Mokhtar berkata, diharap penyerahan memorandum itu dapat menjadi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak berbuat sesuka hati dan mengulangi kesalahan serupa demi kepuasan diri.

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Posted: 02 Dec 2012 03:29 PM PST


Marilah kita sama-sama membantu golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat ini.


atau hubungi ;
Puan Fuziah
Pusat Kebajikan dan Pejabat
No.9, Jalan RK 5/1, Rasah Kemayan
Seremban
013-756 6949 (hp)
06-6017980 (tel / fax)

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui Akaun No : Bank Islam 05012010067290
(Pusat Jagaan Baitul Mahabbah)

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah, Seremban Negeri Sembilan no pendaftaran 0117-11-NSE dan Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (NS0042365-W) adalah sebuah pusat jagaan, pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat.

Memulakan operasinya pada Julai 2008 dengan menyewa Lot Banglo di No.9, Jalan RK 5/7, Rasah Kemayan, Seremban.

SKANDAL RM300 JUTA VETERAN WANITA UMNO N.SEMBILAN?

Posted: 02 Dec 2012 01:28 AM PST


Berapa banyak projek BN di N.Sembilan yang terbiar?

Posted: 02 Dec 2012 01:27 AM PST


Mungkin ada sahabat yang boleh memberi maklumat keadaan semasa pasar awam di Bandar Seri Jempol dan beberapa projek lain yang terbiar dan terbengkalai di Negeri Sembilan, terutama yang mendatangkan risiko kepada orang awam.

Pasar Jempol sarang kegiatan tidak bermoral

JEMPOL 13 Okt. - Pasar Awam Bandar Seri Jempol, dekat sini yang terbiar dan tidak terurus kini menjadi 'sarang' segelintir remaja untuk melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan tidak bermoral.

Ruang binaan dalam pasar tersebut yang mempunyai dinding di kiri dan kanan seperti sebuah bilik kecil ternyata memudahkan urusan remaja terbabit untuk melakukan maksiat.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati hampir seluruh dinding bangunan tersebut diconteng dengan pelbagai tulisan dan gambar menggunakan tin penyembur cat.

Lebih memburukkan persekitaran bangunan yang baru dibina beberapa tahun itu apabila ia turut didapati dipenuhi dengan sampah termasuk serpihan kaca botol arak pelbagai jenis.

Pengawal keselamatan di dewan berhampiran, Mohd. Khair Abu Bakar, 21, berkata, bangunan yang sunyi di siang hari itu akan bertukar menjadi tempat 'lepak' sekumpulan remaja menjelang petang sehingga tengah malam.

''Waktu pagi ia sunyi sahaja tanpa penghuni, tetapi bermula pukul 5 petang sehingga 4 pagi, bangunan pasar itu mula di penuhi oleh golongan remaja. Macam-macam gelagat boleh dilihat di situ.

''Bagaimanapun, pada hari Jumaat, ada pasar tani berhampiran pasar itu. Masa itu, mereka tidak berani datang untuk melepak di pasar ini. Mungkin mereka takut kerana ramai orang ketika itu," ujarnya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Mohd. Khair berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius masalah tersebut dengan mengambil tindakan sewajarnya.

''Sudahlah kini banyak kes pembuangan anak luar nikah. Jika pasar ini tidak dipantau, semakin ramai yang berani membuat perkara terkutuk di sana,'' katanya.

Keadaan pasar tersebut turut mencacatkan pemandangan bangunan berhampiran seperti Dewan Nur dan Kompleks Belia dan Sukan selain Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol yang kini dalam proses pembinaan.

Sementara itu, seorang pekerja di Dewan Nur, Jamilah Khalid, 44, berkata, dia berharap agar Pasar Awam Bandar Seri Jempol itu segera dimajukan demi membanteras masalah itu selain menyediakan kemudahan buat orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan harian.

"Rugi kalau ia tidak digunakan, sedangkan banyak wang telah dibelanjakan bagi menyiapkan projek tersebut.

"Tempat ini asalnya cantik dan turut menyediakan kemudahan tandas awam. Tidak tahu di mana silapnya, sehinggakan ia tidak beroperasi lagi.

"Lokasinya amat strategik iaitu dikelilingi pelbagai bangunan. Tidak tahu kenapa peniaga tidak berminat berniaga di pasar ini," jelas Jamilah.

Tambahnya, pasar tersebut kini semakin terbiar apabila tiada pihak yang menguruskan soal kebersihannya.


SAVE SYRIA FREE GAZA

Posted: 02 Dec 2012 01:26 AM PST


SMASH 2012

Posted: 02 Dec 2012 01:25 AM PST


RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN

Posted: 02 Dec 2012 01:25 AM PST


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 02 Dec 2012 09:20 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Hanya UMMMNONONONO yang dapat mempertahankan ISLAM ... huyo... bagusnya ... bukti ada.

Posted: 02 Dec 2012 04:08 AM PST

Rembau Hari Ini

Posted: 02 Dec 2012 07:49 PM PST

Rembau Hari Ini


Umno, antara 2 darjat

Posted: 02 Dec 2012 06:08 AM PST


Di Rembau, orang Melayu di sini yang terlibat dengan pengambilan tanah dan rumah untuk projek landasan keretapi berkembar hanya di beri pampasan RM 120,000 sahaja, sedangkan PKNS menawarkan tanah untuk membina Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki persegi atau hampir RM 1 juta seekar.

Adakah orang kampung di Rembau sedar akan perkara ini, yang terang lagi bersuluh, atau mereka rela diperlakukan begini dari dulu, kini dan selamanya?

Tahukah kita semua, terutama anak-anak Rembau di perantauan bahawa harga rumah teres dua tingkat sekarang ini di Rembau paling murah ialah RM 250,000. Dengan pampasan RM 120,000 memang tidak dapat membeli rumah di Rembau yang selesa pada ketika ini.


PROJEK PERUMAHAN TAMAN REMBAU BAYU DILANCARKAN

REMBAU 4 Nov. 201 - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam.

Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.

Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.

Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.


Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 02 Dec 2012 07:13 PM PST

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


Angkara Chua Soi Lek habislah UMNO kali ini.

Posted: 02 Dec 2012 07:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini. "Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya. Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily. Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan. "MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan," kata sumber itu lagi. Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam. menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS. "Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku," tambah beliau. Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. "Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal," kata beliau. "Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang

Ziarah Ketua Muslimat DMPK Kak Ros pulang dari Tanah Suci

Posted: 02 Dec 2012 07:12 AM PST

DUN CHINI

Posted: 02 Dec 2012 07:11 PM PST

DUN CHINI


PANAS!!!...BEKAS KONGLOMERAT DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN DAN FELDA SERTAI PAS.......!!!!!!

Posted: 01 Dec 2012 09:43 PM PST



BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Ab
dul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.


Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14970-datuk-rahman-maidin-umum-sertai-pas

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 02 Dec 2012 11:53 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS

Posted: 02 Dec 2012 12:14 AM PST

(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)

BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.


(Haji Ramlan serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.


(Gambar: Haji Nasir)

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

3 selebriti sertai Bicara Selebriti ke-7

Posted: 02 Dec 2012 12:13 AM PST


(Bergambar kenangan dengan Tuan Guru Nik Aziz)

KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk seorangnya dari Indonesa aktres Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira, menjayakan Bicara Selebriti Ke-7 malam tadi.

Dua orang lagi, Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Buat julungkalinya sejarah program selebriti, ianya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, berbanding sebelum ini diadakan di Balai Islam, KTC dan KB Mall.

Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob di JKR 10, petang semalam.

Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam.

Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.

Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini.

Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,"ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru.

Ribuan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor

Posted: 02 Dec 2012 12:13 AM PST


BATU PAHAT: Ribuan rakyat Johor kini memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.

Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.
Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

(Gambar: Mohamad Sabu menerima limau sebagai gimik perasmian.)

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.



Pada malam ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka hadir.

Mereka dijangka memberikan ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir hari ini.

Sedang berada dipentas ketika ini Pengarah Program Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PAS, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesurhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Terdahulu program malam ini dibuka dengan pertunjukan tarian singa dan kemudian dirasmikan pembukaannya oleh Mohamad Sabu.

Jasindaily Online

Posted: 02 Dec 2012 09:06 AM PST

Jasindaily Online


Warong Dunia Belia Kosong

Posted: 02 Dec 2012 06:50 AM PST


Warong nie kosnya RM3,948,250.00.......hebat Melaka Maju

Bukti Penjawat Awam Tolak UMNO Di Johor

Posted: 02 Dec 2012 06:48 AM PST

Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Datuk Abdul Rahman Maidin muncul personaliti terbaru menyertai Pas. Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor di Batu Pahat, malam tadi. Turut menyertai Pas ialah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Mohd Sais Joned. Dua yang lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Johor, Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat, Nasir Abdullah. 

Datuk Abdul Rahman Maidin menyerahkan borang keahlian kepada Dato' Seri Presiden 

Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Mohd Sais Joned. menyerahkan borang keahlian kepada Dato' Seri Presiden 

Bekas Pengarah Pelajaran Johor, Ramlan Sariman menyerahkan borang keahlian 
kepada Dato' Seri Presiden 

Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat
 menyerahkan borang keahlian kepada Dato' Seri Presiden 




Doa Tok Guru Untuk Najib

Posted: 02 Dec 2012 05:56 AM PST

Buatlah Penilaian Anda

Posted: 02 Dec 2012 05:53 AM PST

Cara Pejuang Palestin Solat 

Cara Pemimpin UMNO Bersolat 


Ijtima' Tarbawi Negeri Melaka

Posted: 02 Dec 2012 05:16 AM PST


Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya telah berjaya dilaksanakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Akademi Tabiyah Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pemuda PAS Malaysia itu dirasmikan oleh al-fadhil Ust Faisol bin Sheikh Mohd, Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka.




Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan pemuda PAS seperti Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia), Ust Zaharudin Mohamad (Ahli Majlis Syura Ulama), Ust Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan Ust Fadhli Ghani (Arkib PAS Pusat). Begitu juga pimpinan PAS Negeri seperti Ust Faisol Sheikh Mohd (Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah) dan Jauhar Mohd Dawi (Exco Pemuda PAS Negeri).

Antara tajuk yang dibentangkan adalah "Pemuda PAS Ke Arah Memenangi PRU-13", "Pilihanraya dan Fiqh Waqie'" dan "Tarbiyah Siasah". Manakala forum pula membincangkan tajuk "PAS sebagai gerakan Tarbiyah, Dakwah dan Siasah".



Program yang bermula jam 9.00 pagi itu dihadiri sejumlah hampir 100 orang anak muda dari pelbagai latar belakang. Turut hadir pimpinan Pemuda PAS negeri dan kawasan-kawasan.

Akademi Tarbiyah Pemuda PAS Pusat dalam rangka program untuk turun ke setiap negeri dalam misi mengadakan Ijtima' Tarbawi di peringkat negeri bagi menggantikan Ijtima' Tarbawi peringkat Pusat yang ditangguhkan. Ijtima' Tarbawi Pemuda Pusat ditangguhkan bagi memberi laluan kepada persiapan Pilihanraya Umum ke-13.

Palestin: Kedaulatannya Diiktiraf Antarabangsa ..

Posted: 02 Dec 2012 04:39 AM PST

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengalu-alukan undi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah memihak kepada Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu. "Undian Perhimpunan Agung PBB tersebut sekurang-kurangnya telah mengiktiraf kehadiran Palestin sebagai negara yang berdaulat," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

 Katanya, kemenangan diplomatik yang ditunjukkan oleh 138 negara mengundi memihak kepada Palestin untuk menaik taraf status, dengan itu memungkin ia juga boleh terlibat dengan pelbagai forum dalam PBB dan di dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Beliau berkata, pokoknya status Palestin semakin jelas untuk menyuarakan haknya yang selama ini dinafi oleh Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat. "Kami mengutuk reaksi duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin," ujarnya kepada Harakahdaily.


 Ini, ujarnya jelas membuktikan Amerika bukan sahaja menyokong Israel menafikan hak Palestin malah telah merestu segala tindakan ganas yang dilancarkan oleh Israel ke atas rakyat Palestin selama lebih 64 tahun. Tegasnya, seluruh Negara Islam yang memberi undi menyokong Palestin harus faham bahawa ini adalah langkah kecil dalam proses yang masih panjang untuk menuntut hak Palestin dikembalikan. Tambahnya, terlalu banyak lagi yang perlu diperjuangkan terutama soal mengembalikan wilayah Palestin yang telah dirampas oleh Israel sejak 1967. Katanya lagi, perjuangan yang paling utama ialah hak umat Islam ke atas Masjid Al Aqsa yang sangat dekat dengan hati ummah. "Dengan membantah usul ke atas Palestin ternyata Amerika dan Israel merupakan negara yang tidak mahu perdamaian dicapai dengan memberi hak kepada Palestin," katanya.

Doa Kehancuran UMNO Mujarab

Posted: 02 Dec 2012 04:36 AM PST

Ajaib, Doa Keramat PAS Menembusi Perhimpunan UMNO! Siapa sangka doa Pas yang memohon agar Allah hancurkan UMNO dan BN tiba-tiba berkumandang di kubu musuh. Perwakilan UMNO Perlis, Encik Fathul Bari telah menayangkan video doa PAS itu di Perhimpunan Agong Umno, Dewan Merdeka PWTC sehingga membuatkan semua perwakilan UMNO yang menontonnya rasa resah, gelisah, gelabah dan kecut perut. Begitulah keramatnya doa dari seorang yang alim sehinggakan doa yang telah dibaca pada dua minggu lepas, masih berjaya menembusi mesyuarat esklusif UMNO serta menusuk ke telinga dan hati mereka satu persatu secara tidak disangka-sangka. Sukar dipercayai bahawa doa kehancuran untuk musuh boleh di baca dihadapan musuh itu sendiri melainkan apa yang terjadi ini merupakan satu petanda buruk buat UMNO dan BN


Muslim Care Selamat Tiba Di Gaza City

Posted: 02 Dec 2012 04:30 AM PST







Siapa Kata Isu Palestin Tiada Kaitan Dengan Politik Malaysia ??

Posted: 02 Dec 2012 04:24 AM PST


Mereka kata mereka bebar-benar memperjuangkan Islam .. tapi berdasarkan hologram ini kita dapat nilai siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Kononnya UMNO mendabik dada bahawa merekalah pejuang Islam .. Terbukti jelas siapa kawan dan sahabat mereka .. 

Israel Terus Mengganas

Posted: 02 Dec 2012 04:08 AM PST

800 rumah musnah sama sekali, 170 syahid, 300 yang cedera parah, 1000 yang cedera ringan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga kini menjadi miskin tegar. Itulah apa yang diperolehi Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) dalam tinjauan mereka ke Gaza. Misi tinjauan dan mencari fakta MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu. Dalam tinjauan MAPIM di Gaza bermula sejak perang bermula apabila wakil MAPIM, Sany Araby, telah dapat masuk menyaksikan sendiri perang tersebut. Misi kedua seramai lima orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong Mapim kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya. 

 Menurut Setiausaha Agong Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sedang mengerakkan usaha untuk memberi keutamaan yang mendesak mengikut keperluan dan telah menjalin kerjasama dengan Majlis NGO Pembangunan Gaza untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa. Kordinasi juga telah diperolehi dengan pejabat OIC di Gaza yang sedang giat mengemaskini data dan maklumat terkini mengenai keperluan Gaza. Mapim, katanya, membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan bernilai RM 200,000. Delegasi Mapim yang sempat meninjau masjid yang telah dibina oleh Mapim di daerah Beit Hanoun. Cikgu Azmi menyatakan kesyukuran masjid tersebut tidak terjejas. Sebuah masjid lagi yang sedang dibangunkan oleh Mapim iaitu Masjid Umar Abdul Aziz sedang berjalan lancar yang dijangka siap Mei 2013.

 Program tinjauan telah dapat menemukan Cikgu Azmi dengan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza serta Dr Mulfid Menteri Kesihatan Gaza. Dalam pertemuan tersebut PM Gaza tersebut menyatakan kekagumannya terhadap kegigihan NGO Malaysia yang tidak henti-henti meneruskan bantuan kepada Gaza. Beliau sangat menghargai kesungguhan rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa kemenangan Gaza adalah kemenangan Ummah. Dalam tinjuan selepas gencatan senjata 23 hb November yang lalu ini keadaan di Gaza kelihatan tenang dan masyarakat menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Gencatan senjata yang telah dimeterai membolehkan nelayan pergi ke laut sejauh 6 batu nautikal berbanding 3 batu nautikal sebelum ini. 

 Mapim sedang menyusun usaha yang lebih besar untuk menghubungkan pelbagai pihak di Malaysia dengan Gaza dalam pelbagai sektor dalam rangka mengusahakan proses pemulihan Gaza dengan secepat mungkin.

Sokong UMNO Dapat Sampah

Posted: 02 Dec 2012 04:05 AM PST

Sekumpulan penduduk Kampung Mohd Noor Batu 5, Parit Sulong, Johor menyatakan kekesalan terhadap Umno negeri itu yang didakwa bukan sahaja gagal menolong malah turut mengainaya mereka. Ia berikutan tindakan parti yang disokong mereka sejak sekian lama itu tidak mahu membela mereka dalam isu Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Payung yang terletak hanya beberapa ratus meter dari penempatan mereka. Ibarat 'diberi madu dibalas tuba', Umno kata mereka tidak mempedulikan nasib penduduk biarpun sudah beberapa kali bantahan dibuat.


 "Patut ke bagi sampah kepada kami yang sokong mereka sudah lama? "Kami ada mintak pertolongan ketua Umno Sri Gading, dia kata dia tak boleh tolong dan suruh kita terima sahaja, patut ke?" soal wakil penduduk Mohd Nazrin Abdul Samad. Hampir 10 orang wakil penduduk kampung itu malam tadi tampil di pentas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini. Mereka membawa kain rentang raksasa bertulis, "Bantah, kami tak mahu sampah, sokong Umno dapat sampah" sebagai menyatakan bantahan dan kekesalan mereka terhadap Umno. 

 Dalam nada merayu, Nazrin dalam ucapannya malam tadi, memohon Pakatan Rakyat membela nasib mereka kerana menganggap Umno sudah tidak boleh diharap lagi untuk membela mereka yang rata-rata orang Melayu. "Tolong kami, kami rayu kepada Pakatan Rakyat, tolong la pindakan tapak itu jika berjaya ke Putrajaya. "Hidup Pakatan Rakyat, menang Pakatan Rakyat. Semoga Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya," laung Nazrin disambut lebih 30,000 hadirinm

Maaf Diterima Dengan Syarat .....

Posted: 02 Dec 2012 04:04 AM PST

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu. Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu. Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam. 

 Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Dan syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri. "Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof. Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.  

"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya. Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa. 

 Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)

 "Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

3 selebriti sertai Bicara Selebriti ke-7

Posted: 02 Dec 2012 04:03 AM PST


Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk seorangnya dari Indonesa aktres Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira, menjayakan Bicara Selebriti Ke-7 malam tadi.Dua orang lagi, Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris. Buat julungkalinya sejarah program selebriti, ianya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, berbanding sebelum ini diadakan di Balai Islam, KTC dan KB Mall.


 Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob di JKR 10, petang semalam. Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam. Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama. Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini. Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini. "Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,"ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru.

Tahniah Datuk Rahman Maidin ..

Posted: 02 Dec 2012 04:00 AM PST


Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
(Haji Ramlan serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.

(Gambar: Haji Nasir)

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Dec 2012 09:04 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Umno, antara 2 darjat

Posted: 02 Dec 2012 06:07 AM PST


Di Rembau, orang Melayu di sini yang terlibat dengan pengambilan tanah dan rumah untuk projek landasan keretapi berkembar hanya di beri pampasan RM 120,000 sahaja, sedangkan PKNS menawarkan tanah untuk membina Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki persegi atau hampir RM 1 juta seekar.

Adakah orang kampung di Rembau sedar akan perkara ini, yang terang lagi bersuluh, atau mereka rela diperlakukan begini dari dulu, kini dan selamanya?

Tahukah kita semua, terutama anak-anak Rembau di perantauan bahawa harga rumah teres dua tingkat sekarang ini di Rembau paling murah ialah RM 250,000. Dengan pampasan RM 120,000 memang tidak dapat membeli rumah di Rembau yang selesa pada ketika ini.


PROJEK PERUMAHAN TAMAN REMBAU BAYU DILANCARKAN

REMBAU 4 Nov. 201 - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam.

Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.

Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.

Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.


SAVE SYRIA FREE GAZA

Posted: 02 Dec 2012 01:23 AM PST


SMASH 2012

Posted: 02 Dec 2012 01:22 AM PST


RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN

Posted: 02 Dec 2012 01:22 AM PST


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 02 Dec 2012 07:29 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


NASRUDIN LEBIH HEBAT DARI KHAIRY !

Posted: 02 Dec 2012 02:38 AM PST

NAIB PRESIDEN : TIADA BEZA DOA UMNO DENGAN PAS!

Posted: 02 Dec 2012 12:20 AM PST

mtdchenderoh

Posted: 02 Dec 2012 07:12 AM PST

mtdchenderoh


CERAMAH PENERANGAN

Posted: 02 Dec 2012 06:00 AM PST


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Dec 2012 03:37 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


TGNA OK

Posted: 01 Dec 2012 04:57 PM PST

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, setakat ini beliau berada dalam keadaan baik dan kesihatannya juga tidak terganggu biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan mahupun baru sahaja selesai dengan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 baru-baru ini.

Beliau turut menyifatkan, tindakan menyebarkan berita mengenai kesihatannya yang tidak betul itu adalah satu ikhtiar terakhir (fitnah) pihak tertentu terhadap dirinya.

“Itu ikhtiar (tuduhan) yang paling akhir oleh orang yang tiada ikhtiar. Saya sihat dan sekarang ini pun saya sihatlah.

“Saya masih sihat dan mampu meneruskan kerja-kerja pentadbiran negeri,” katanya dalam nada gembira ketika ditemui media di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai tahap kesihatannya setelah terdapat pihak tertentu termasuk blog melaporkan Mursyidul Am Pas itu menerima rawatan di ICU.

Terdahulu beliau menerima kunjungan rombongan dari Singapura dan pelakon Indonesia, Meyda Sefira yang membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih serta selebriti terkenal, Heliza Helmi di kediaman rasminya sebelum mengadakan Hari Hiburan Islam di sini pada sebelah malamnya.

Penjelasan Nik Abdul Aziz itu juga sekali gus menafikan kesahihan laporan sebuah blog Rabu lalu yang memaparkan berita beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta kira-kira jam 6.30 pagi kerana serangan sakit jantung.

Memetik laporan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga turut melawat Nik Abdul Aziz yang dirawat di hospital berkenaan.

Pada Rabu lalu ketika desas-desus mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz tersebar sedangkan pada sebelah paginya beliau mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan