CINA ISLAM (林川興) Posted: 16 Dec 2012 01:25 AM PST Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP Posted: 16 Dec 2012 12:08 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] -
Seperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam.
Mencerminkan hasrat 1,826 perwakilan yang mengundi semula 20 anggota lama CEC - kecuali tiga orang - jawatankuasa baru itu memilih untuk tidak membuat perubahan drastik dalam barisan kepimpinannya ketika parti bersiap sedia bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan dalam enam bulan yang akan datang.
Ini ekoran seruan pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang yang meminta perwakilan mengekalkan kepimpinan Karpal-Guan Eng - di mana kedua-duanya kini akan ditugaskan mengetuai 'kempen 100 hari' untuk menawan Putrajaya bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu, dua pemimpin yang tewas semalam - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw - telah dilantik menganggotai CEC yang menjadi badan membuat keputusan parti itu.
Untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu kerana tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih semalam, Senator Ariffin Omar dan Zairil Khir Johari, yang juga merupakan setiausaha politik Guan Eng, turut dilantik menyertai jawatankuasa kerja tersebut.
Turut dilantik ialah Jimmy Wong dan Edwin Bosi (Sabah), John Brian Anthony (Sarawak), Leong Ngah Ngah (Pahang), V Sivakumar dan Thomas Su (Perak).
Pemimpin veteran Tan Kok Wai telah dipilih menjadi timbalan pengerusi DAP, manakala barisan naib presiden terdiri daripada Chow Kon Yeow, M Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Teresa Kok dan Ariffin.
Senarai penuh CEC
Pengerusi - Karpal Singh
Timbalan Pengerusi - Tan Kok Wai
Naib presiden - Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok
Setiausaha agung - Lim Guan Eng
Timbalan setiausaha agung - Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy
Bendahari - Fong Kui Lun
Setiausaha organisasi - Loke Siew Fook
Timbalan setiausaha organisasi - Vincent Wu, Thomas Su
Setiausaha publisiti - Tony Pua
Timbalan setiausaha publisiti - Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
Setiausaha antarabangsa - V Sivakumar
Pengarah pendidikan politik - Liew Chin Tong
Timbalan pengarah pendidikan politik - Boo Cheng Hau
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong, John Brian Anthony, Edwin Bosi, Gobind Singh Deo.
| HKR Peringkat Negeri Perak Posted: 15 Dec 2012 10:24 AM PST | Jelas saman tidak semesti setuju dengan AES Posted: 15 Dec 2012 09:41 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] -
Saya tertarik dengan beri yang disiarkan oleh Bernama pada hari ini yang menyatakan lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 Sept lalu.
Namun jelas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.
Bagi saya membayar saman AES bukalah bermaksud bahawa mereka yang membayar saman tersebut bersetuju dengan peraturan baru yang dikuatkuasa Kerajaan itu. Denda yang dikenakan jelas menyusahkan dan membebankan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai bayaran dan cukai yang lain.
Kemungkinan atas dasar nama mereka di senarai hitamkan dan tidak boleh membayar cukai jalan kenderaan mereka terpaksa membayar saman tersebut.
Selain itu pihak Kerajaan mestilah menyedari bahawa dakwaan saman AES adalah untuk mengurangkan kemalangan maut adalah sangat rapuh dan longgar.
Hakikatnya dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad yang dipetik berkata dalam mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa seperti pertambahan bilangan kenderaan dan pemandu setiap tahun.
Beliau berkata untuk rekod, negara mengalami pertambahan kenderaan sebanyak kira-kira 1.1 juta setahun dan pertambahan pengguna jalan raya sebanyak 400,000 orang dan ia menjadi satu cabaran besar kepada JPJ dan agensi penguatkuasaan lain dalam mengurangkan kemalangan maut di Malaysia.
Pelbagai lagi perkara yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan kalau ingin mengurangkan kemalangan maut seperti keadaan jalan yang masih banyak yang mendedahkan pemandu kenderaan pelbagai jenis kepada kemalangan.
Bukannya dengan mengambil saman sebagaimana yang mendapat bantahan ramai semudahnya kemalangan maut dapat diselesaikan.
Idham Lim.
| Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang Posted: 15 Dec 2012 06:23 AM PST 1 Safar1433H. [MOD] - Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.
NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awan Jawi, malam ini.
Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.
Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu
| DAP selesai pilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat Posted: 15 Dec 2012 06:17 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] -
Walaupun dengan peningkatan jumlah perwakilan baru, daripada 948 orang pada 2008 kepada 1,823 orang tahun ini, tidak banyak perubahan dikesan dalam bentuk pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kali ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang muncul di tempat kedua pada pemilihan parti 2008, kali ini turut menerima jumlah undi kedua paling banyak.
Bapanya, penasihat kanan parti Lim Kit Siang sekali lagi di hadapan dengan menerima 1,607 undi.
Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berada di tempat ketiga dengan 1,411 undi.
Tiada pemimpin Melayu berjaya meraih tempat dalam 20 kerusi yang dipertandingkan.
Pemilihan CEC lalu menyaksikan seorang wakil Melayu Ahmad Ton dipilih ke jawatankuasa itu.
Anggota CEC baru itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan pemegang jawatan, selain melantik 10 anggota lain ke dalam jawatankuasa itu.
Berikut adalah senarai penuh calon yang dipilih ke CEC hari ini. 1. Lim Kit Siang 2. Lim Guan Eng 3. Karpal Singh 4. Chong Chieng Jeng 5. Loke Siew Fook 6. Vincent Vu 7. Tan Kok Wai 8. Gobind Singh Deo 9. Tony Pua 10. Teng Chang Khim 11. Fong Kui Lun 12. Nga Kor Ming 13. Chong Eng 14. Chow Kon Yeow 15. Liew Chin Tong 16. M Kulasegaran 17. Boo Cheng Hau 18. Teresa Kok 19. Teo Nie Ching. 20. Ngeh Koo Ham
Sumber : Malaysiakini/- | Karpal buat laporan polis ke atas Deepak Posted: 15 Dec 2012 02:10 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] - Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa ahli DAP membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau mendakwa Deepak melakukan kesalahan keranamenyembunyikan maklumat berkaitan pembunuhan itu selama ini.
"Sesiapa sahaja yang ada maklumat mengenai arahan melakukan pembunuhan perlu membuat laporan polis.
"Deepak belum buat sebarang laporan polis. Beliau sudah melakukan kesalahan," kata Karpal.
Tambahnya, laporan itu membolehkan polis membuka siasatan baru terhadap kes tersebut.
"Apa yang penting di sini bukanlah Deepak, tetapi pendedahan yang dibuatnya membolehkan polis melakukan siasatan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.
Deepak dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mendakwa adik perdana menteri membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam bagi menandatangani akuan bersumpah kedua berkaitan kes pembunuhan Altantuya.
Dua anggota polis dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah dan kini sedang merayu hukuman mereka.
Karpal kemudian membuat sendiri laporan polis berkenaan pada waktu rehat makan tengah hari kongres di balai polis Bayan Baru.
Dalam laporannya Karpal memetik wawancara Deepak dengan Malaysiakini bertarikh 27 November 2012 dengan bertaju "Deepak regrets getting involved in Bala's SD".
Karpal menggesa polis menyiasat Deepak mengikut Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah yang menetapkan mana-mana individu dengan maklumat tentang jenayah bunuh berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan perlu melaporkannya kepada balai polis terdekat.
"Saya membuat laporan ini agar siasatan menyeluruh polis boleh dilancarkan terhadap perkara dituturkan Deepak yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," katanya.
Mengikut Seksyen 202 Kanun Keseksaan mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian jenayah tetapi merahsiakannya boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya.
Sumber : Malaysiakini/- | Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir Posted: 15 Dec 2012 01:22 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] - Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU.
DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.
Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini, Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.
"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.
"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah, tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.
Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.
"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.
"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.
"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.
Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi.
Sumber : Harakahdaily/-
| |
PAS Negeri Sembilan Posted: 15 Dec 2012 09:10 PM PST CERAMAH UMUM Posted: 15 Dec 2012 07:09 PM PST | Masalah Air di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah Posted: 15 Dec 2012 07:07 PM PST
Aduanrakyat.com 16 Dis 2012 - Saya adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej matrikulasi tersebut. .
Masalah yang telah berlanjutan sekian lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga.
Keadaan bertambah serius sejak kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar.
Ada pelajar terpaka keluar hingga ke Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari aspek keselamatan pelajar2.
Mohon pihak terbabit memandang serius masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej Matrikulasi tersebut.
Kami hanya disensasikan oleh berita2 masalah air di negeri di bawah Pakatan Pembangkang..tapi sebenarnya masalah air di negeri bawah pentadbiran BN juga berlaku sudah sekian lama..
Mohon tolong selesaikan masalah air di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah ini..Pelajar2 ini adalah aset negara..macam mana mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sekiranya kebersihan serta keselesaan diri berada pada peringkat yang teruk.
Mohon pihak terbabit mengambil tindakan segera.
Terima kasih.
By: Amir
| |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 15 Dec 2012 07:32 PM PST |
Dr Azman Ibrahim Posted: 15 Dec 2012 07:15 PM PST |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 15 Dec 2012 01:43 PM PST PERKASA a.k.a SAYAP UMNO/BN..munafiq..!!.. Posted: 15 Dec 2012 07:46 AM PST Dimana MARUAH IBRAHIM ALi yang selama ini mengatakan PERKASA bukan NGO yang berpihak kpd mana parti politik..?..Kebangkitan rakyat kali ini diharap dapat merana pkan golongan seperti ini...gegak gempita HIDUP melayu kini bertukar HIDUP UMNO..dan itu jelas.. PERKASA hari ini berikrar akan menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu mendapat kerusi majoriti dua pertiga dan membentuk kerajaan. Ikrar tersebut dibaca oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di hadapan kira-kira lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati di Persidangan Agung Tahunan PERKASA di Astaka Taman Tasik Tititwangsa di ibu negara. "Bahawasanya kita berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah, menyerah diri, tidak jadi pengkhianat, tetapi membantu beri kemenangan kepada BN dua pertiga majoriti," kata Ibrahim yang kemudian diikuti satu persatu oleh perwakilan. Dalam ucapan dasarnya itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata sekiranya majoriti dua pertiga dapat maka isu yang berkaitan raja-raja Melayu dan persoalan agama Islam tidak akan berbangkit lagi. Beliau juga meminta seramai lebih 350,000 anggotanya untuk menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan NGO itu, bagi menyokong mana-mana calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya umum itu. "Jangan rasa terguris... (Ada) pemimpin MCA beri pelbagai respon (kepada kita)... Saya juga terguris... MCA boleh membantu Umno untuk menubuhkan kerajaan kuat. "Sebab itu kita undi Umno dan BN... Kalau nak ikut, saya lagi marah kepada Umno dan BN tetapi marah saya tidak boleh mengatasi agama, bangsa dan negara," katanya. Bercakap dalam sidang media kemudiannya, Ibrahim berkata sokongan kepada calon BN termasuk MCA dan MIC "tidak ada percanggahan" dengan prinsip perjuangan PERKASA yang berteraskan Melayu. Katanya, lagi mereka mahu membantu kerajaan menyatukan rakyat sekaligus menjadikan negara ini dalam keadaan aman dan menjamin kestabilan negara. "Kita sokong semua calon BN termasuk MCA dan MIC. Kita tidak lihat isu peribadi. Pemimpin datang dan pergi... Bukan soal individu. Tak adil seorang bawa lumpur, semua kita kena tolak. "Kita sokong BN atas dasar BN sebagai satu gabungan membawa wadah politik yang berkongsi kuasa dengan semua kaum," katanya. Ditanya sama ada menyokong BN juga bermaksud PERKASA menyokong perjuangan MCA, Ibrahim menegaskan bahawa NGO itu menyokong BN dan bukan individu tertentu semata-mata. "Saya tegaskan kita sokong BN, kerana konsep gabungan antara kaum yang terbukti sejak merdeka," katanya yang merayu supaya mandat diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membaca 10 perisytiharan dan resolusi PERKASA yang antara lainnya menyeru pengundi pengundi memilih kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat. "Pilihan yang betul bagi membentuk kerajaan yang kuat ialah dengan memilih parti yang mempunyai rekod trek kecemerlangan mentadbir negara. "Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana tawaran yang dibuat oleh pakatan alternatif jelas berkecamuk, sangat kacau dan semberono serta memperlihatkan percanggahan dan pertentangan sesama mereka," katanya. Beliau bimbang parti dalam Pakatan "yang tidak sehaluan" itu akan membawa "mudarat besar kepada rakyat dan negara". Sembilan lagi perkara yang digariskan dalam resolusi itu termasuk soal perpaduan bangsa, kebebasan beragama, ancaman pluralisme dan pengaruh lesbian, gay serta transgender (LGBT). Perkasa juga menyatakan sokongan terhadap Pelan Tindakan Pendidikan Negara serta kecaman mengenai campurtangan kuasa asing dalam negara. Perkara itu, menurutnya, akan diluluskan dalam mesyuarat Agung PERKASA di sebelah petang. http://www.malaysiakini.com/news/216709 http://www.malaysiakini.com/news/216745 | |
Dupahang's Weblog Posted: 15 Dec 2012 11:47 AM PST 10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui Posted: 15 Dec 2012 06:33 AM PST Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun. Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada [...] | Sultan Selangor benci dituduh orang Umno Posted: 15 Dec 2012 06:29 AM PST Sultan diiringi Menter Besar dan Speaker Dewan Negeri. Kepimpinan PAS Selangor menyambut baik dan amat menghargai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa baginda bukan Umno, tidak menyokong Umno dan sangat benci mendengar tuduhan bahawa baginda merupakan orang Umno. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sewaktu berbicara dengan penulis berkata, beliau menjunjung kasih terhadap baginda [...] | PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal Posted: 15 Dec 2012 06:24 AM PST Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat. Karpal menyifatkan PAS sebagai “sekutu penting” yang “berprinsip tegas” walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP. “PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip [...] | Polis sokong PR ditukar ke Sarawak Posted: 15 Dec 2012 06:20 AM PST | |
DUN Lembah Jaya Posted: 15 Dec 2012 11:27 AM PST Sambutan Meriah SEPETANG BERSAMA DURIAN di Taman Seri Watan Posted: 14 Dec 2012 10:12 PM PST Bergambar bersama sebahagian masyarakat kaum Tiong Hua yang hadir
Program SEPETANG BERSAMA DURIAN anjuran bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Ampang mendapat sambutan meriah dari penduduk sekitar Lembah Jaya. Program tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Seri Watan pada 8 Disember 2012, Sabtu jam 4:30 petang.
Kebanyakan masyarakat yang hadir adalah dari pelbagai kaum terutama Melayu, Cina dan India yang rata-rata menyatakan pendirian untuk terus memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Ketua DHPP Ampang, Saudara Kalaimani bersama Tuan Hj Zulkifli, Pengerusi JMB Flat Sri Intan Lembah Jaya
| |
Jasindaily Online Posted: 15 Dec 2012 09:41 AM PST PANAS! Ahli Perkasa Ada Bai'ah Beb! Posted: 15 Dec 2012 12:56 AM PST Nampaknya bukan setakat PAS yang ada tapi rupanya pertubuhan yang diketuai seekor katak dari Pasir Mas pun dah pandai beb! Siapa yang tak kenal dengan Tok Him aka Berahim Ali? Hari ni, dekat Taman Tasik Titiwangsa, dia kununnya menyeru ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), yang majoritinya merupakan ahli Umno hari ini berbai'ah untuk mengundi Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan majoriti dua pertiga gabungan tersebut di Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, kunun bagi memastikan agama Islam dan ketuanan Melayu tidak tergugat. Tambah Ibrahim, ketika ucapan dasar presiden sempena Persidangan Agung Tahunan ketiga Perkasa di sini menegaskan, dengan kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen Umno dan BN, isu-isu mempertikaikan raja-raja Melayu dan agama Islam tidak akan berlaku.
"Kuasa undi kita pastikan BN dapat majoriti dua pertiga majoriti, termasuk calon parti komponen mereka. "Bila MCA dan MIC menang... mereka juga akan membantu Umno untuk mengemudi kerajaan," kata Ibrahim di hadapan lebih 2,000 perwakilan dan pemerhati ketika majlis perasmian persidangan agung mereka yang dirasmikan mufti Perak, Harussani Zakaria. Dijangka, Ibrahim akan melepaskan beribu-ribu berudu untuk dijadikan katak sepertinya bagi membolehkan lebih ramai manusia sepertinya hidup dalam kepura-puraan. Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah menyifatkan termaktublah jalinan kerjasama antara Perkasa dengan Umno walaupun Ibrahim tidak menyertai parti perkauman itu. Perkasa kini dianggap 'tukang kutip wang saman' untuk Utusan Malaysia setelah pemimpin Pakatan Rakyat berjaya dalam kes saman fitnah mereka terhadap akhbar itu. | Pemuda UMNO Ternak Gay ?? Posted: 15 Dec 2012 12:32 AM PST | Pemuda UMNO Penang Berdepan Saman Lim Guan Eng Posted: 15 Dec 2012 12:30 AM PST | Sub Kontraktor UMNO Berceramah Di Semabok Semalam Posted: 15 Dec 2012 12:28 AM PST | Konspirasi Terbarai .. Posted: 15 Dec 2012 12:25 AM PST Pencipta lagu yang membuat ramai Mak Cik- Mak Cik ,Pak Cik- Pak Cik UMNO termasuk anak-anak muda di PWTC menangis teresak-esak, "ANAK KECIL MAIN API" telah didapati menjalankan konspirasi terhadap seorang pensyarah kanan UUM sehingga terbantut dan menyekat kenaikkan pangkatnya.
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi membayar ganti rugi kepada plaintif, Dr Abdul Halim Mohamed, 46, kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat. Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, satu deklarasi oleh mahkamah mengisytiharkan bahawa plaintif memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan sejak Jun 2008 dan berhak untuk memegang jawatan Profesor Madya berkuat kuasa tiga tahun lalu dari tarikh pelantikan seperti yang ditetapkan kriteria kenaikan pangkat.
"Defendan hendaklah membayar tunggakan gaji dan lain-lain bayaran yang berkaitan kepada plaintif mulai Jun 2008 sehingga sekarang mengikut skala gaji pensyarah kanan dan apa-apa bayaran yang layak plaintif terima berikutan kenaikan pangkat selanjutnya," katanya. Peguam, Rahimah Bee yang mewakili Abdul Halim berkata, mahkamah berpuas hati dengan surat kenaikan pangkat plaintif kerana memenuhi syarat yang ditetapkan. Terdahulu, Abdul Halim memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya. Pada 2007, plaintif yang ketika itu berkhidmat di UUM sebagai seorang pensyarah di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan mengemukakan permohonan kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU). KALAU PADA SEORANG PENSYARAH KANAN YANG MEMPUNYAI MASA DEPAN CERAH PUN DIA SANGGUP LAKUKAN PERKARA YANG JAHAT DAN JIJIK... APALAH SANGAT SEKADAR MENCIPTA LAGU YANG LIRIKNYA SEBAGAI PENGABUR JIWA PARA PENGKAGUM UMNO UNTUK MELIHAT REALITI. | Musa Aman akan didakwa' Posted: 15 Dec 2012 12:22 AM PST Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan kemungkinan besar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan didakwa pihak berkuasa Hong Kong atas tuduhan pembersihan wang haram. Rafizi berkata demikian dengan memetik kenyataan naib pengerusi kepada satu panel yang menyelia Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong, James To. NONE Katanya, beliau turut menyerahkan dokumen yang didakwanya sebagai bukti baru dalam kes sumbangan politik RM40 juta pada Umno Sabah kepada ahli majlis perundangan Hong Kong itu.
"James To memaklumkan bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain. "Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," kata Rafizi dalam kenyatannya. Rafizi turut yakin bahawa dokumen yang dikemukakannya itu adalah bukti baru yang tidak diperolehi ICAC sebelum ini. Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin. Menurut Rafizi, beliau yakin ICAC akan memanggil seorang saksi rahsia bagi "memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC". Bagaimana pun, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut tentangnya kerana diminta ICAC untuk melindungi kerahsiaan siasatan. "Oleh yang demikian kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti diputuskan ICAC," katanya. Susulan perkembangan terbaru kes ini, PKR menurutnya akan menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen bagi meningkatkan tekanan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara menyiasat kembali kes itu. | Sabotaj: Pas, DAP tak bimbang, PKR ada strategi Posted: 15 Dec 2012 12:21 AM PST Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak gejala sabotaj turut membelenggu parti yang masih baru itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, yang dianggap paling genting dalam sejarah. Bercakap kepada Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan, bagaimanapun senario itu berbeza dengan apa yang berlaku dalam Umno - parti yang sudah lama mentadbir negara ini.
"Lamanya mereka memerintah mewujudkan satu budaya yang selesa... Dalam PKR, walaupun baru, kita masuk pilihan raya tahun 1999, tahun 2004, 2008 dan kali ini Pilihan Raya Umum ke-13, saya menjangkakan hal yang sama akan wujud. "Punca terbesar ialah apabila seorang penjawat jawatan dalam merasakan diri mereka adalah calon yang terbaik, calon yang sudah lama buat kerja di sesuatu kawasan tetapi atas pertimbangan-pertimbangan strategik lain, pimpinan membuat keputusan untuk meletakkan calon yang lain daripada pemegang jawatan," katanya. Beliau ditanya adakah PKR turut berhadapan dengan kebimbangan seperti Umno-Barisan Nasional (BN) berhubung isu sabotaj - budaya yang boleh meranapkan usaha mempertahankan Putrajaya jika tidak diatasi. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, PKR telah pun mempersiapkan parti dan mengambil langkah proaktif bagi menangani implikasi perbuatan tersebut.
"PKR menjalankan kaedah merekrut sukarelawan sejak tahun 2010 lagi. Sukarelawan ini bukan pemegang jawatan dalam parti tetapi mereka ahli biasa dan keutamaan mereka ialah memenangkan calon parti," jelas beliau lagi. Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak pernah khuatir dengan gejala sabotaj kerana ahli-ahlinya sudah diterapkan dengan nilai-nilai wala' (kesetiaan) terhadap parti. Meskipun ada yang tidak berpuas hati terhadap calon yang dipilih untuk mewakili sesuatu kawasan, namun ia tidaklah sampai ke tahap mahu mensabotaj parti. Tambahan pula katanya, ahli Pas sudah ditekankan bahawa kepentingan parti mestilah mengatasi kepentingan peribadi, di samping menjadi calon adalah satu "amanah yang berat dan bukan perkara yang perlu direbut."
"Pencalonan dalam Pas ini juga daripada bawah dan bukan daripada atas. Kecuali dalam kes-kes tertentu, kes-kes yang 'special', ini selalunya tak banyak tetapi ada satu dua kes," katanya. Ketika diminta menjelaskan apakah kes 'special' itu, Tuan Ibrahim berkata, ia mungkin melibatkan kawasan di mana calon yang dipilih oleh pusat tidak dapat diterima oleh ahli di kawasan itu pada mulanya, namun setelah diberi penjelasan, maka mereka akan akur. "Kawasan satu hal tapi yang satu lagi (berkaitan) calon. Biasanya ada tokoh-tokoh yang pusat lihat ia perlu diturunkan tapi kawasan tak nampak apa yang pusat nampak," katanya sambil menegaskan, "tapi sabotaj tidak berlaku."
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran berkata, dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, beliau tidak nampak ada ahli DAP yang akan bertindak sabotaj terhadap parti. "Dalam parti kita, setakat yang saya tahu memang tidak ada. Sudah ada ruang untuk semua mainkan peranan. Bahkan kita juga mengambil ahli-ahli baru dan memberi sokongan dan bimbingan terhadap mereka," ujar beliau. Malah menurut beliau, isu sabotaj ini sengaja dimainkan oleh Umno-BN untuk mempersiapkan jawapan apabila mereka gagal mencapai misi mereka pada pilihan raya. "Bila Umno-BN mengaku, sebenarnya mereka sedang mengalihkan perhatian bahawa masalah dalaman itu disebabkan oleh sabotaj. Sebenarnya ramai orang tidak suka kepada mereka," ujar beliau./Sinar | Ahli Gerakan Sengaja Cabar MPKB -BRI Posted: 15 Dec 2012 12:19 AM PST Sekumpulan anggota parti Gerakan dari Negeri Sembilan mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di bandar Kota Bharu dalam usaha untuk mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan di bandar tersebut. Enam anggota parti itu, diketuai penolong setiausaha Gerakan Negeri Sembilan berkenaan bertolak dari Negeri Sembilan pada 10.30 pagi Isnin lalu dan tiba di Kota Bharu 12 jam kemudian. Kumpulan berkenaan kemudiannya berkunjung ke satu salun rambut di bandar berkenaan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan empat pendandan rambut wanita Cina.
Ketika dihubungi selepas itu, Choong berkata semua pendandan rambut berkenaan adalah wanita manakala kumpulannya terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita. Choong berkata beliau mendapatkan khidmat gunting rambut manakala lima lagi mendapatkan khidmat mencuci rambut. Kataya, pihak berkuasa tempatan Kota Bharu bagaimanapun tidak tampil ke tempat berkenaan, walaupun tindakan mereka menyebabkan seramai kira-kira 20 orang berhimpun di luar salun tersebut. Kecewa dengan ketidakhadiran penguatkuasa berkenaan, Choong berkata beliau akan menganjurkan pasukan lebih besar ke Kota Bharu selepas ini. | |
Pemuda Guchil Posted: 15 Dec 2012 09:27 AM PST |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 15 Dec 2012 09:06 AM PST YAB Mursyidul Am Sempurnakan Perasmian PGU 6.0 Posted: 15 Dec 2012 04:43 AM PST TGNA berdoa untuk kemenangan perjuangan Islam seluruh dunia DUNGUN, 15 Disember 2012: Ahli PAS perlu meyakini bahawa setiap gerak kerja yang dilakukan untuk memastikan Islam berdaulat di Malaysia akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah Taala. YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan perkara tersebut dalam ucapan Perasmian PGU 6.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Terengganu di sini tengahhari tadi.
Keuzuran yang dihadapi tidak menghalang beliau untuk menyampaikan taujihat dengan penuh bersemangat kepada seluruh hadirin. Dalam mukaddimah, beliau membaca sepotong ayat daripada Surah At-Taubah sebagai satu motivasi kepada seluruh penyokong dan pendokong perjuangan yang dibawa oleh Parti Islam Semalaysia (PAS)
Maksudnya: " Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [ At-Taubah: 120]
Dalam ucapan tersebut, beliau memperingatkan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah atas asas Islam. PAS berbeza dengan UMNO yang berjuang atas dasar bangsa yang sempit. Pergantungan PAS adalah kepada Allah.
Cinta & Kasih Kerana Allah
Kesempatan tersebut digunakan oleh YAB Mursyidul Am untuk menerangkan kepentingan akhlak terutamanya bagi umat Islam. UMNO menjauhkan masyarakat seluruhnya daripada akhlak yang baik. Maka, PAS berjuang untuk menghapuskan kemungkaran melalui kuasa pemerintahan. Segala yang disebut oleh khatib di atas mimbar hanya boleh dilaksanakan oleh pemimpin yang mempunyai kuasa politik dan pemerintahan.
" Ertinya apa yang UMNO kata politik lain, agama lain itu mengarut. Sesat, Ayah Pin belake (semua) ni", tegas beliau.
Selain itu, beliau turut membongkarkan pembohongan UMNO yang mendakwa kononnya berjuang untuk menjaga Melayu. Segala pengkhianatan yang dilakukan kepada rakyat Kelantan adalah bukti bahawa UMNOlah yang mengkhianati Melayu dan Islam. Para Hadirin & Pimpinan Khusyuk Mendengar Amanat Mursyidul Am " Para hadirin semua, Pesuruhjaya PAS disebut dalam keadaan uzur. Saya Pesuruhjaya PAS Kelantan. Keluar hospital seminggu, boleh mari sini. Saya mari sini bukan apo dok, ada telefon daripada orang PAS kita daripada Terengganu kepada setiausaha saya. Dia kata ada orang UMNO sebut dalam dewan Nik Aziz sakit berat. Saya kata, kita kena pergi la" " Saya hari ni, tanya doktor dua tiga kali boleh dok pergi. Ada hok buwi (beri), ada hok senyap; dok berape nok buwi. Akhirnya saya berhenti setakat tu je la. Doktor marah. Tak uzur guano gak; siang hari (di) pejabat, malam ceramah. Kes UMNO. " ujar beliau di hujung ucapan disambut dengan ketawa oleh para hadirin. Sebelum itu, Us Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya BPPNT menyampaikan ucapan mewakili Pesuruhjaya. Beliau memperingatkan supaya seluruh ahli berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi pilihanraya. Tugas masyarakat hanyalah menggunakan tangan kurniaan Allah untuk memangkah Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Beliau turut menyampaikan penghargaan khusus buat Mursyidul Am yang sudah acap kali datang merasmikan program PGU di Negeri Terengganu. " Kita sepatutnya orang muda kena rasa malu melihat faktor umur beliau lebih daripada 80 tahun masih lagi istiqamah ke hulu, ke hilir untuk menyampaikan mesej perjuangan ini. Berapa kali kita mintak perasmian program PGU ni, acap kali. Beliau masih lagi istiqamah. Pernah jugak beliau tanya: " berapa kali PGU benar Tranung ni?.. tapi mari jugak nok tengoknya Tranung ni menang, insyaallah. Dan insyaallah kita mintak sekali lagi tok guru, PGU 7.0 terakhir di Kuala Nerus pada bulan Febuari, insyaallah. Pahtu takdok PGU benar doh, kita mene la pulok, insyaallah", seloroh beliau di penghujung ucapan disambut laungan takbir oleh para hadirin. | " Wajib Bersama Perjuangan Islam " - YB ADUN Sura Posted: 15 Dec 2012 04:17 AM PST
DUNGUN, 15 Disember 2012: Al-Quran memperingatkan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bahawa tugas yang besar adalah untuk memenangkan Islam sehingga ke peringkat pemerintahan. Sekalipun terpaksa berdepan dengan tentangan musuh, Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam tetap berkewajipan menjalankan tugas penting ini.
Begitulah antara intipati utama ucapan YDP PAS Kawasan Dungun selaku tuan rumah ketika mewakili PAS Kawasan Dungun pada Majlis Perasmian PGU 6.0 di paka tengahhari tadi. Majlis bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Alim Zakaria.
Beliau turut menegaskan, perjuangan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam di sambung pula oleh Sayyidina Abu Bakar Radiallahu'anhu selepasnya diikuti oleh para sahabat serta pewaris perjuangan ini sehingga hari kiamat. Dalam ucapan tersebut, beliau yang juga ADUN Sura memperingatkan para hadirin kepada hadis Baginda Solllahu'alaihiwasallam;
Dalam ucapan tersebut, beliau yang juga ADUN Sura memperingatkan para hadirin kepada hadis Baginda Solllahu'alaihiwasallam;
" Ketika gering Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam, para sahabat datang berkunjung dan bertanya kepada Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam: Wahai Rasulullah, apabila kamu telah wafat adakah belakang bumi lebih baik bagi kami atau perut bumi?". Pertanyaan sahabat bermaksud hidup dengan mati setelah Rasulullah wafat, mana lebih baik kami umat Islam.
" Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam terus bersabda: kamu tengok tiga perkara: jika pemimpin kamu orang-orang yang baik, hartawan kamu pemurah (suka menderma) dan urusan kamu umat Islam dilakukan secara mesyuarat, maka hidup lebih baik bagi kamu daripada mati. Sekiranya pemimpin kamu jahat, orang kaya kedekut dan urusan kamu diserahkan kepada wanita, maka mati lebih baik daripada hidup", terang beliau.
Antara Muslimin & Muslimat Yang Hadir
Dalam kesempatan tersebut, beliau memperingatkan para hadirin tentang kewajipan bersama jemaah Islam. Beliau mengajak seluruh yang hadir untuk bersama PAS menumbangkan kezaliman UMNO - Barisan Nasional. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa kemunduran rakyat hari ini disebabkan oleh pemimpin jahat yang berpaling daripada sunnah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Segala masalah seperti buang bayi, dadah, kemerosotan akhlak berpunca daripada kepimpinan yang tidak cerdik. Perkara ini pernah diperingatkan oleh Baginda Sollallahu'alaihiwasallam. " Nabi memanggil Kaab bin Ujrah lantas bersabda: Mudah-mudahan Allah memberi perlindungan kepada engkau daripada kepimpinan yang bodoh. Kaab bertanya: apakah kepimpinan yang bodoh itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: pemimpin-pemimpin yang datang selepasku tetapi tidak mengambil petunjukku dan tiduk mengikuti jalanku", jelas beliau lagiDi penghujung ucapan, beliau mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan, para petugas serta peserta yang bersama menjayakan program kali ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan khusus kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS serta para penyumbang yang telah menginfakkan sumbangan masing-masing sehingga program dapat berjalan dengan baik. " Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kita untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya umum yang ke - 13 akan datang", ujar beliau menutup ucapan selaku tuan rumah PGU kali ini. Us Arifin Deraman Mewakili Panitia Induk PGU 6.0
Turut memberi ucapan adalah Ustaz Arifin Deraman selaku Pengarah Panatia Induk PGU kali ini. Beliau memperingatkan seluruh petuga supaya bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan keuzuran Pesuruhjaya BPPNT yang masih berada di wad dan tidak dapat bersama dalam program. Program kali ini dipengerusikan oleh Us Zakaria Dagang, Penolong Setiausaha BPPNT. | |
KHIDMAT MERU Posted: 15 Dec 2012 09:04 AM PST MAJLIS SARAPAN DAN MINUM KOPI DI DEWAN HAMBALI Posted: 15 Dec 2012 04:06 AM PST YB Dr Rani dan isteri menjadi tetamu kehormat dalam majlis sarapan dan minum kopi bersama kaum-kaum ibu dan bapa di Dewan Hambali Masjid Meru. Puan Hjh Afidah Anum bt Moghni mengingatkan tetamu yang hadir agar bersabar dalam menghadapi segala ujian dari Allah swt. | DR RANI SAMPAIKAN KULIAH DHUHA DI MASJID NURUL JANNAH Posted: 15 Dec 2012 03:56 AM PST YB Dr Rani bin Osman telah menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Nurul Jannah. Dalam kuliah nya YB Dr Rani menekankan betapa pentingnya ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk peribadi anak-anak mereka. | CERAMAH ISU SEMASA DI MERU MENDAPAT SAMBUTAN BAIK DI PELUSUK KAMPUNG Posted: 15 Dec 2012 03:47 AM PST Masyarakat kampung semakin berminat untuk mendengar isu-isu semasa dari pimpinan PR yang diadakan dikampung-kampung. Ceramah YB Manikavasagam, YB Dr Rani dan Ustaz Salahuddin Nasir berjaya mengumpul pendengar yang ramai dari kalangan lelaki dan wanita di Jalan Jabar, Meru. | KULIAH MAGHRIB OLEH YB MERU Posted: 15 Dec 2012 03:29 AM PST Yb Meru Dr Hj Abd Rani bin Osman dijemput memberi kuliah maghrib di surau Taman Klang Perdana. Selepas memberi kuliah tersebut beliau telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa ibu tunggal dan anak yatim ditaman tersebut. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 15 Dec 2012 07:09 AM PST |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 15 Dec 2012 03:37 AM PST Che Det kini komandan perang Umno Posted: 14 Dec 2012 05:14 AM PST Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pasukan penyerang dan pertahanan Umno ketika pimpinan yang lain tidak mampu melawan tsunami kebencian rakyat kepada Umno.
Justeru, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Mahathir terpaksa mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai kepentingan peribadi, bukan kepentingan rakyat. "Beliau sedar jika BN kalah nasib beliau dan anak beliau akan menerima musibah. Kebetulan Najib pula mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan anak beliau," ujarnya kepada Harakahdaily.
Dengan itu, katanya, Mukhriz tetap dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri walau pun kalah di dalam perebutan Ketua Pemuda Umno.
Bagi Idris, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin tetap 'menganggur' kerana tidak mendapat tempat di dalam kabinet, semuanya gara-gara Tun Mahathir.
Beliau turut menyentuh berhubung Petron Malaysia (Petron) dan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) membekal dan membeli minyak untuk penggunaan pesawat Airbus A380 pada 2 Julai lalu.
"Kenapa Petronas, syarikat negara tidak diberikan peluang sedangkan beliau pengerusi Petronas?
"Semuanya gara-gara Petron adalah milik Mirzan," ujarnya lagi.
Beliau percaya Mahathir terus membela Najib kononnya seorang pemimpin yang berwibawa dan membelasah Tun Abdullah Badwi tidak kira masa dan tempat.
Idris berpandangan Mahathir memang seorang pendendam.
"Beliau marah kepada Tun Abdullah kerana membatal projek Jambatan Bengkok, dan zaman Pak Lah juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.
"Tun Mahathir juga mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor bukan masalah kepada pentadbiran Najib sedangkan semua orang tahu bahawa Rosmah adalah isteri Perdana Menteri yang keterlaluan dan menjadi buah mulut rakyat, dan tidak pernah dilakukan oleh orang lain," katanya.
Sehubungan itu, kata Idris Mahathir akan mempertahankan Najib selagi mengikut telunjuknya dan boleh menjaga kepentingan anaknya. | Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar Posted: 14 Dec 2012 05:04 AM PST | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 14 Dec 2012 09:09 PM PST |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 14 Dec 2012 11:37 AM PST Posted: 13 Dec 2012 03:00 PM PST SPRM Diminta Jelaskan 'Khabar Angin'- Thursday, 13 December 2012
- Written by Wartawan Buletin
KEMAMAN - Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjelaskan kepada orang ramai sekitar daerah ini berhubung dakwaan seramai tiga orang pemimpin sebuah parti politik dan seorang pegawai tinggi kerajaan yang ditahan dan disiasat kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau menerima sungutan dari orang ramai yang tidak selesa dengan 'khabar angin' tersebut. "Saya minta pihak SPRM jelaskan perkara ini, sekiranya tidak benar, SPRM perlu menafikannnya, sekiranya benar, maka SPRM perlu bertindak telus dan mendakwa mereka yang terbabit,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis makan malam bersama kaum tionghua dusebuah restoran di Taman Chukai Utama dekat sini pada Selasa 11 Disember. Menurutnya sebelum ini pernah tersebar luas beberapa kes rasuah yang melibatkan pemimpin parti politik yang di daerah tersebut yang ditahan dan disiasat. Walaupun secara jelas dilaporkan melalui akhbar dan media massa, namun tiada sebarang tindakan mendakwa pemimpin terbabit seolah-olah ada campurtangan 'pihak atasan'. Beliau melahirkan kebimbangan, perkara yang sama turut 'menjangkiti' SPRM seteah pengakuan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa wujud campurtangan 'orang politik' dalam pentadbiran polis. "saya bimbang, rakyat tidak percaya lagi dengan penguatkuasaan undang-undang, apabila rakyat mendengar ada pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi tidak diambil tindakan, "sebagaimana dakwaan bekas ketua polis negara terhadap pasukannya, tidak mustahil SPRM dijangkiti penyakit yang sama,"tegasnya. Sementara itu, Haji Hanafiah berkata, lebih 200 orang warga Tionghua Kemaman yang hadir dalam hadir dalam majlis makan malam memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. Menurutnya, 80 peratus kaum Tionghua sudah membuat keputusan akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kerana mereka percaya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak amanah dan terlibat dengan pelbagai rasuah dan penyelewengan. Turut hadir dan menjadi tetamu majlis tersebut adalah ADUN Sekincan Ng Sui Lin, Bekas Setiausaha Parti Gerakan Kelantan Cikgu Lau Chin Chua, Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing dan Timbalan Peengerusi DHPP Terengganu Jeffry Chua. | |
Jasindaily Online Posted: 14 Dec 2012 09:49 AM PST 50,000 sertai HKR T’ganu, bukti rakyat berubah Posted: 14 Dec 2012 08:08 AM PST Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti. "Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN," tegasnya. Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.
"Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka," ujarnya. Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini. Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang. Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang. Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama.
Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan. Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu). Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka.
"Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi. Di Setiu pula, katanya, 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar. "Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah," katanya. Berikut adalah gambar-gambar awal perhimpunan ini.
(Sebahagian orang ramai yang menyertai HKR Terengganu - Foto Nurulslah)
(AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution - Foto Nurulslah) | Bersih 2.0: Kerajaan diperintah bayar RM70,000 kepada Mahfuz, Salahudin Posted: 14 Dec 2012 08:04 AM PST Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah. Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.
Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu. Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid. Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Kedua-dua pemimpin dan ahli parlimen PAS itu diwakili oleh empat peguam iaitu Zulhazmi Shariff, Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan. Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0. Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka. Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 14 Dec 2012 09:26 AM PST Sejuta menunggu: Mengapa kerap tunai haji masih dipilih? Posted: 13 Dec 2012 03:12 PM PST
Forum UM 14 Dis 2012 - SAYA amat tertarik dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai sejuta umat Islam Malaysia yang berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan ibadah haji.
Ini bermakna kemampuan dan kesedaran umat Islam di Malaysia membawa kepada jumlah tersebut, Buat masa ini, kerajaan banyak membantu untuk menaik taraf kehidupan golongan miskin untuk menikmati kehidupan lebih selesa, di samping juga menerapkan nilai agama kepada semua rakyat Islam. Dengan kesedaran dan kemampuan itulah, maka ramai umat Islam di Malaysia bercita-cita mahu menunaikan fardu haji.
Persoalannya, apakah fungsi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) betul-betul cekap untuk menangani jumlah yang besar itu?
Contohnya, pada setiap tahun ada sahaja jemaah haji pergi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya sedangkan senarai menunggu panjang.
Saya difaham pihak Tabung Haji mengenakan pelbagai syarat termasuk faktor umur, tetapi yang saya hairan mengapa pada setiap tahun ada sahaja jemaah tertinggal disebabkan kuota, terutama penduduk di luar bandar, sedangkan jemaah di bandar dan berkemampuan boleh pergi buat kali kedua dan ketiga?
Semasa saya menunaikan haji beberapa tahun lalu, saya pernah bertanya seorang jemaah yang pergi buat kali keempat.
Kalau Tabung Haji mempunyai pengurusan cekap, pasti setiap pemohon yang kerap pergi akan dapat dikesan.
YUSOF SUJAK Johor Bahru, Johor.
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 14 Dec 2012 07:03 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 14 Dec 2012 01:15 AM PST Tawaran 6+3: PAS anggap Adnan stereotaip, dangkal Posted: 14 Dec 2012 12:32 AM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - TEMERLOH: PAS Pahang menganggap kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa tawaran 6+3 Pakatan Rakyat (PR) sebagai tidak munasabah dan menghancurkan negara adalah stereotaip dan dangkal. Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (gambar) berkata ia juga melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk membuat perubahan dengan memilih PR demi survival dan masa depan mereka. Suhaimi dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, menyebut sudah ada jawapan 'standard' oleh pemimpin Umno dan BN apabila PR menawarkan kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum yang akan datang. Suhaimi memberi memberi kenyataan demikian sebagai reaksi kepada ucapan negatif Adnan semasa penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang disiarkan sebuah media cetak semalam. Sementara dalam edisi online akhbar berkenaan meletakkan tajuk: 'Tawaran mega 3+6 Pakatan boleh hancur negara'. Adnan pula memberi respons demikian berikutan perisytiharan tawaran kerajaan PR kepada rakyat negeri Pahang semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) Ahad lalu. "PAS Pahang menganggap, mentaliti Menteri Besar ini menjadi ikutan semua pemimpin Umno segenap peringkat. Bagaimana menolong rakyat hancurkan negara? Sedangkan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran dianggap tuntutan kemajuan. Hakikatnya negara dan negeri Pahang sedang menuju kehancuran selepas 55 tahun Umno diberi mandat. Pada PRU 12 apabila PR tawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, Umno kata hancur negeri. "Maka PAS Pahang berpandangan, komen Adnan itu melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk buat perubahan sekali gus Adnan akan kalah dalam pertaruhan yang melibatkan telinganya. "Hakikatnya, tidak ada mana-mana negara yang menolong rakyatnya menuju kehancuran. Tetapi terlalu banyak negara yang hancur akibat keangkuhan penguasa yang terus selesa dengan rasuah dan salah guna kuasa," jelas Suhaimi. Dalam HKRP, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah telah membuat pengumuman tawaran bersama iaitu pertama, menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun. Kedua, menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. Ketiga, mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Keempat, memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan. Kelima, menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep 'bebas rasuah' dalam pentadbiran kerajaan. Tawaran terakhir ialah menjanjikan sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat. Sementara tiga tawaran mega Kerajaan PR Pusat kepada rakyat negeri ini ialah menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda. Kedua, memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi. Ketiga, memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai. Tawaran itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.
harakah/-
| Lelaki 42 tahun hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh Posted: 14 Dec 2012 12:30 AM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Rabidin dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat. BENTONG - Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa bawah umur antara tahun 2009 dan 2011.
Dua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong manakala lima lagi di Mahkamah Sesyen Raub.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong dalam keadaan tangan bergari, dengan kawalan ketat kira-kira jam 9.05 pagi, dengan berpakaian lokap berwarna oren.
Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17.
Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir, kejadian berlaku pada 7 Mac 2009 antara jam 11.30 malam hingga 1.50 petang, 8 Mac 2009 di sebuah rumah di Lot 4168 Kampung Ketari.
Ketika kes dibacakan, tertuduh kelihatan tenang kemudian menganggukkan kepala dan menjawab faham dengan pertuduhan itu.
Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah Sesyen Raub pula menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk setiap pertuduhan kerana lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua hingga kelima iaitu merogol mangsa bawah umur.
Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama iaitu merogol seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan tetapi Hakim Murtazadi Amran, tidak membenarkan ikat jamin kerana bimbang akan menganggu mangsa.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di dalam sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.
Bagi pertuduhan kedua, Rabidin yang berasalal dari Sabah itu dituduh merogol remaja berusia 17 tahun di dalam bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur- Bentong di antara jam 1 hingga 3 pagi pada 21 Jun 2010.
Pertuduhan ketiga membabitkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun 2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu.
Rabidin turut menghadapi dua lagi pertuduhan bagi kes keempat membabitkan remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi.
Rabidin dituduh membabitkan Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun keseksaan.
Hakim Murtazadi Amran, menetapkan 31 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.
sinar/- | KantoiI! Penipuan BN terbongkar seluruh dunia! Posted: 14 Dec 2012 12:29 AM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - Memalukan!
Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia!
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa "sengaja" memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.
Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara.
Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM "memudahkan" silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.
"Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita," kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan 'A' yang diperolehi semasa peperiksaan," tambah mereka.
Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.
Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.
Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.
Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata.
Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.
Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.
"Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM," kata Pua dan Ong.
Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.
Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.
"Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.
"Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik)," kata mereka.
TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.
Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.
Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi.
Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS.
Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains.
Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan "memudahkan" silibus dalam sistem pendidikan negara.
"NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita," kata mereka.
"Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.
"Sekiranya Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang," tegas mereka lagi. harakah/-
| Pemimpin Umno rosakkan nama negara di mata dunia, bukan rakyat Posted: 14 Dec 2012 12:22 AM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - Yang rosakkan nama Negara di mata dunia ialah pemimpin Umno, bukan rakyatUmno seringkali menuduh rakyat merosakkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam isu himpunan rakyat Bersih bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Demi menutup kerosakan yang telah dibuat kepada Negara, pemimpin Umno cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu rakyat. Keratan akhbar di bawah ini jelas menunjukkan bagaimana pemimpin Umno bertaraf Menteri lah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan imej Negara. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada kebodohan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
Dalam isu logo dan lagu sambutan Kemerdekaan ke-55, hanya kerana kepentingan politik dan kerja bodek ampu orang atas, Negara menanggung malu dan menjadi bahan hinaan di seluruh dunia dengan kualiti sambutan kemerdekaan Negara yang hambar. Pertama kali dalam sejarah Negara, seluruh rakyat mengutuk kerajaan dalam sambutan kemerdekaan. Pakatan Rakyat dengan bantuan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said terpaksa mengambil peranan menghasilkan tema dan logo berkualiti serta lagu yang memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kerja siapa lagi jika bukan kerja Menteri Rais Yatim. Siapakah yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?
Sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Najib sudah menghancurkan imej Negara di mata dunia. Dikelilingi oleh skandal masa lampau, terpalit dengan isu 'Queen Control' Rosmah Mansur, terkini beliau terkial-kial untuk menyelesaikan skandal pembunuhan Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene. Seluruh dunia memandang hina Negara Malaysia kerana dipimpin oleh Perdana Menteri yang korup. Berita korupsi Najib dilaporkan dalam akhbar-akhbar utama di seluruh dunia. Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?
Isu yang sedang hangat diperkatakan. Zainuddin Maidin yang suatu ketika dahulu pernah meracau kepada wartawan Al-Jazeera dalam isu Bersih, sehingga beliau menyalahkan media antarabangsa itu. Terkini, Zainuddin Maidin sekali lagi memalukan Negara apabila beliau menghina bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie. Malang sekali Umno memiliki pemimpin dan bekas Menteri yang singkat akal dan tidak mampu menjernihkan hubungan antarabangsa Negara kita dengan Negara lain. Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?
Di Sabah, Ketua Menteri Musa Aman didakwa terpalit dengan skandal penyeludupan wang haram RM40 juta yang melibatkan pihak berkuasa Hong Kong. Kemungkinan besar, Hong Kong akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Musa Aman kerana terdapat unsur-unsur korupsi. Malangnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia belum mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan sahaja penyelewengan yang boleh menggugat masa depan Negara ini berlaku. Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno? Rakyat sentiasa mahukan Negara ini aman dan diberikan hak mereka. Malangnya Umno menuduh rakyat mencemarkan nama Negara. Walhal, pemimpin Umno lah yang korup dan merosakkan nama Negara di mata dunia! harakah/- | Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang Posted: 14 Dec 2012 12:12 AM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru. Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga).
"Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan 'made in heaven'. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan," ujar Andy di satu kesempatan.
Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.
Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.
Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).
Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan.Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.
Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. "Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, "
Prestasi Zidane:
Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis Liga Champions 2002 bersama Real Madrid Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid) La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.
Pemain Terbaik Eropah pada 1998
-republika
| PAS tetap perjuang bayaran royalti Terengganu Posted: 14 Dec 2012 12:00 AM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan tetap memperjuangkan hak royalti Terengganu biarpun Kerajaan Negeri yang diterajui BN ketika ini telah membatalkan saman terhadap Petronas. Presiden PAS itu berkata, perjuangan menuntut bayaran balik royalti Terengganu yang dihentikan pada 2000, iaitu sebaik sahaja PAS mengambilalih negeri itu selepas pilihanraya umum 1999, bukan atas sentimen politik, tetapi perjuangan mengembalikan hak rakyat negeri itu. "Kami (PAS) berjuang untuk dapat balik royalti Petroleum. Walaupun, kerajaan negeri telah menarik-balik saman yang dikemukakan. Ini adalah hak negeri yang wajib diminta. "Kerana sentimen politik, (Umno) sanggup meminta supaya royalti ini dibatalkan. Dengan sebab sentimen politik mengatasi kepentingan negeri dan rakyat negeri ini," katanya yang juga Adun Rhu Rendang. Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian membahaskan Belanjawan Negeri Terengganu (Bajet) 2013 pada Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, Rabu lalu. Mengulas bajet negeri, beliau turut menegur sikap membuat peruntukan bajet yang besar namun menggunakan kaedah berhutang. Beliau juga berkata, jika Terengganu diberi semula bayaran royalti, sudah tentu ianya menjadi sumber pendapatan utama negeri, sekaligus mampu meringankan beban rakyat negeri ini dan mengurangkan hutang dalam bajet. "Dalam bajet ini jangan sangat kita (kerajaan) bergantung kepada hutang, sepatutnya kita bergantung kepada sumber hasil kita sendiri. "Marilah kita sama-sama minta balik royalti ini. Satu sumber yang sangat besar di samping itu kita manfaatkan sumber-sumber yang telah sedia ada tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan cukai," tegasnya. harakah/- | PAS utus surat kepada Perdana Menteri Palestin Posted: 13 Dec 2012 11:30 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh.
MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza.
Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan.
"Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan.
"Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin.
"Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang 'barakah' ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas.
Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab.
harakah/- | Zunar mahu tumbangkan BN dengan 'Lawak & Lawan' Posted: 13 Dec 2012 11:28 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque tampil dengan satu lagi buku kartun berjudul Lawak & Lawan yang bakal dilancarkan esok di Petaling Jaya. Karya terbarunya itu, diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu dan Inggeris, merupakan himpunan kartun yang disiarkan dalam portal berita Malaysiakini dan laman sesawang lain sepanjang 2012. Zunar berkata beliau masih mengekalkan mesej berkaitan rasuah dan salahguna kuasa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan BN dalam karya berkonsepkan "kartun untuk rakyat" itu. "Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat. "Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin BN dan kroni mereka. "Judul Lawak & Lawan juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim BN," katanya dalam satu kenyataan.
Pemenang anugerah dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa itu berkata buku kartunnya cetakan berwarna setebal 108 halaman itu tidak akan diedarkan ke kedai buku.
Sebaliknya, ia hanya boleh diperolehi melalui tempahan secara atas talian melalui zunarcartoonist.com dengan harga RM25 senaskhah, katanya.
Majlis pelancaran dijangka diadakan selama dua hari bermula esok (15 Disember) di perkarangan Amcorp Mall – di kawasan menghadap Tasik Taman Jaya – bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.
malaysiakini/-
| Pembangkang Mesir gesa undi 'tidak' Posted: 13 Dec 2012 11:00 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Rakyat Mesir digesa mengundi 'tidak' dalam pungutan suara draf Perlembagaan yang dibuat Mursi serta Ikhwannul Muslimin. KAHERAH - Kumpulan pembangkang Mesir menggesa pengikutnya menandakan 'tidak', dalam borang pungutan suara bagi meluluskan draf Perlembagaan baru oleh Presiden Mohammed Mursi yang dijadualkan esok dan 22 Disember ini. Pembangkang yang diwakili Barisan Penyelamat Nasional (NSF), menuntut satu proses seliaan kehakiman penuh termasuk membenarkan kehadiran pemantau antarabangsa serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), sepanjang proses undi itu. Mereka juga menuntut proses pembuangan undi diadakan dalam tempoh sehari sahaja. Agensi berita Al-Jazeera melaporkan, pengumuman tempoh mengundi itu berkemungkinan menimbulkan kekecohan di kalangan pembangkang walaupun NSF terlebih dahulu berikrar tidak akan memboikot proses tersebut. Pada masa sama, pemimpin pembangkang utama Mesir menyuarakan bahawa mereka kini sedang dalam persediaan mengadakan perbincangan keamanan negara bersama wakil tentera. - Al-Jazeera | Rezeki si penjinak ular Posted: 13 Dec 2012 10:40 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Seorang anak murid Mohd Hamdan menunjukkan kebolehan 'bermain ular' dengan mencium haiwan berbisa itu. Mohd Hamdan (kanan) bersama empat pemain ular yang belajar daripadanya untuk buat persembahan ular dan menjinakkan reptilia berbisa itu. Sebut sahaja ular, pasti ramai menyatakan rasa takut terhadap reptilia berbisa itu apatah lagi jika tahu serangan haiwan itu boleh membawa pelbagai komplikasi termasuk maut.
Kalau boleh, majoriti kita tidak mahu 'berjumpa' dengan haiwan berbisa itu dalam apa jua keadaan dan jika ada yang berani sekali pun, mungkin sekadar memegang spesies ular jinak seperti sawa. Justeru, agak menakjubkan apabila Mohd Hamdan Mahadi, 33, dari Guchil 1, di sini, bukan sahaja mampu bermain dan menjinakkan ular berbisa malah menjadikan 'persahabatan'nya bersama reptilia itu sebagai sumber rezeki.
Senaraikan sahaja kebanyakan jenis ular, dari sawa hingga pelbagai jenis tedung berbisa, semuanya pernah ditangkap Mohd Hamdan malah jumlah tangkapannya sehingga kini dikatakan mencecah puluhan ribu ekor. Main ular sumber utama pendapatan
Bagi Mohd Hamdan, biar berbahaya dan upahnya tidak selumayan kerja lain, ia tidak menghalangnya menjadikan kerja menangkap dan membuat pertunjukan ular sebagai sumber pendapatan utama. "Kalau rumah dimasuki ular dan tuan rumah panggil saya, saya akan tangkap dan tidak harapkan apa-apa bayaran. Jika ada orang mahu saya usahakan juga tangkap ular seperti dalam lubang, baru ada bayaran," katanya.
Untuk pertunjukan ular pula katanya, dia mampu memperoleh kira-kira RM500 untuk sehari persembahan di Kuala Krai dan mencecah RM700 jika libatkan lokasi di luar daerah ini.
"Walaupun sudah banyak kali dipatuk dan disembur bisa, saya tidak serik untuk terus 'bersahabat' dengan ular, lagi pun ini satu-satunya bidang yang saya mahir dan minat," katanya. Digelar Raja Ular Kelantan ketika berusia 18 tahun Mengimbas sejarahnya bermain ular, Mohd Hamdan mula berjinak dengan reptilia itu ketika berusia 14 tahun sebelum makin aktif dua tahun kemudian apabila mampu menjinakkan spesies ular berbisa.
"Masa umur 16 tahun, saya juga mula belajar dengan seorang kawan buat pertunjukan ular di merata-rata tempat seperti di ekspo, konsert dan program besar termasuk di luar Kelantan.
"Waktu itu, saya sudah mahir jinakkan ular, jadi kawan saya pula belajar cara nak tangkap ular kerana sebelumnya, dia hanya buat pertunjukan ular sahaja," katanya.
Menurutnya, dia mula dikenali sebagai Raja Ular Kelantan ketika berusia 18 tahun selepas menang tempat kedua pertandingan pertunjukan ular di Thailand. Sedia khidmat tangkap ular, penawar bisa Bagi khidmat sukarela, Mohd Hamdan kerap dipanggil membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) apabila melibatkan operasi menyelamat berkaitan ular. Lebih membanggakan, dia tidak pernah kedekut ilmu kerana dari masa ke semasa menerima pelajar baru dari seluruh negeri ini yang ingin belajar cara bermain ular. "Setakat ini, seramai 48 orang datang belajar untuk jadi 'pemain ular' dengan saya tetapi bukan semuanya berjaya sebab sedikit sebanyak bakat juga perlu ada," katanya. Menurut Mohd Hamdan, mereka ingin belajar bermain ular, perlukan bantuan untuk jinakkan ular atau penawar bisa ular boleh menghubunginya di 012-9619443.
sinar/-
| Mahathir Sindir Rosmah, Ingatkan Kedudukan Najib Posted: 13 Dec 2012 10:30 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan 'menjawab secara telus' isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.
Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.
"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya," kata Mahathir dipetik.
Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan 'lampu hijau' untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib.
"Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah," kata Aisyah ketika dihubungi.
"Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir 'membenarkan' Rosmah ke depan," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.
"Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.
"Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang," ujar Aisyah. -KD
| Dua kali gerai dirempuh Posted: 13 Dec 2012 08:00 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
MUSNAH...orang ramai melihat MPV yang terperosok ke dalam gerai makan. KUANTAN: "Hanya dua minit memisahkan saya dengan maut kerana jika saya lambat sedikit meninggalkan dapur, sudah pasti nyawa saya melayang dirempuh kereta itu," kata Roziah Abdul Rahman, 33, pemilik gerai makan yang dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bukit Setongkol, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, bahagian depan gerai makannya roboh, manakala dapurnya pula musnah sama sekali apabila MPV jenis Toyota Estima dinaiki pasangan suami isteri berkenaan merempuh gerainya yang dibuka sejak jam 3 petang. Katanya, sebelum kejadian, dia baru selesai menyiapkan nasi goreng dipesan pelanggan, manakala suami, Ikhwan Nasir Jahudin, 37, berada di bahagian tepi gerai bersama anak keduanya, Nor Syafikah Ikhwan Nasir, empat tahun.
"Selepas masak, saya pergi ke arah anak bongsu saya (Nor Ain Aisyah, 16 bulan) yang berada di sofa di tepi dapur dan mengangkatnya ke dalam buaian bagi menidurkannya. "Namun, beberapa saat kemudian saya mendengar bunyi brek kenderaan sebelum melihat sebuah kereta berwarna putih meluru laju ke arah gerai menyebabkan saya menjerit ke arah suami dan seorang pelanggan supaya melarikan diri," katanya.
Katanya, kereta berkenaan merempuh bahagian dapur sebelum terhenti di hadapan gerai dan apa yang membimbangkan, kereta itu berkemungkinan meletup kerana tong gas digunakan untuk memasak turut diseret dan melekat di bawah kenderaan berkenaan.
Roziah berkata, dia bersyukur keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan, namun terkilan melihat gerai yang diusahakan sejak 13 tahun lalu musnah. "Saya kecewa kerana pemandu yang merempuh gerai saya tidak meminta maaf sebaliknya terus meninggalkan gerai ini dengan menaiki sebuah kereta lain," katanya.
"Saya tidak pasti bila gerai kami ini akan dapat beroperasi semula memandangkan banyak barang terutamanya dapur, kerusi dan meja mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian. Sementara itu, Ikhwan berkata, dia tidak menyangka kejadian sama yang pernah berlaku dua tahun lalu berulang kembali dan lebih menyedihkan, kerosakan dan kerugian kali ini lebih teruk.
metro/- | 'Hasan Ali tidak layak desak Nik Aziz' Posted: 13 Dec 2012 07:45 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Nasrudin Hassan Tantawi SHAH ALAM – Pemuda Pas Pusat menegaskan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak berhak untuk meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am parti itu.
Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan. Hasan telah dipecat dari Pas awal Januari lalu.
"Siapa yang hendak jadi pemimpin, itu hak parti yang tentukan.
"Dia tak berhak membuat kenyataan tersebut sebab kepimpinan dalam parti adalah urusan parti," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan, memetik Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menerusi tulisannya di laman sosial milik beliau, mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya susulan kenyataan mempertahankan kerjasama Pas dan DAP.
Menurut Hasan, Nik Aziz wajar menyerahkan jawatannya kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang lebih berupaya dan berwibawa.
Mengulas lanjut, Nasrudin sebagai generasi muda dalam parti Islam itu berkata, Pas masih memerlukan seorang pemimpin yang "berkhidmat dengan baik dan mampu memimpin parti" seperti Nik Aziz.
"Tok Guru Nik Aziz masih relevan untuk memegang amanah sebagai Mursyidul Am Pas," tegas beliau. Nasrudin turut mempertegaskan bahawa kenyataan Nik Aziz membela DAP yang didakwa Hasan "menghiris hati ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar" difahami oleh anggota parti itu.
"(Kenyataan Tok Guru) bukan satu masalah buat kami. Bukan satu kewajaran Datuk Hasan memperbesarkannya.
"Harus difahami kenyataan Tok Guru dengan betul yang mana ia mempertegaskan dasar parti tahaluf siyasi, kerjasama politik di antara Pas, DAP dan PKR," katanya.
"Kerjasama politik ini telah terjalin sejak sekian lama. Tidak ada yang mengelirukan atau tidak betul," tambah beliau.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad menjelaskan kewajaran Pas membela DAP, yang menurut beliau, berlandaskan hukum agama.
"DAP atau mana-mana pihak yang dituduh dan difitnah tanpa bukti perlu diberikan pembelaan kerana Islam itu adil.
"(Hasan) jangan ikut atas dasar perasaan dan emosi. Buktikan apa yang Tok Guru Nik Aziz katakan adalah silap. Buktikan kenapa DAP tidak layak dibela," kata Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.
Hasan dalam tulisannya menyatakan kebimbangan beliau sekiranya terus dibela parasit dalam Pas manakala DAP akan bermaharajalela dan terus menghina Islam.
"Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan "peluru" yang disediakan oleh TGNA (Nik Aziz)," kata Hasan.
Menjawab kepada kenyataan itu, Khalid berkata, jelas sekali Hasan kini mengamalkan politik "marah anak, sindir menantu".
Sasaran Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, kata Khalid, bukan DAP sebaliknya Pas.
"Dia serang DAP, DAP tidak akan kalah. Yang mereka harap akan terjejas ialah Pas," katanya.
sinar/-
| Mursyidul Am Gerakan Islam Morocco meninggal Posted: 13 Dec 2012 07:30 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gerakan 'Adil dan Ihsan' yang diharamkan di Morocco mengumumkan pengasas dan Mursyidul Amnya, Syeikh Abdussalam Yaasin, 84, menghembuskan nafas terakhir pagi semalam, Khamis. Perkara tersebut diumumkan oleh jurucakap rasmi gerakan tersebut, Fathallah Arsalan. Syeikh Yaasin (dilahirkan pada September 1928) yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di ibu negara Morocco merupakan pengasas gerakan Islam tersebut pada tahun 1973 dan memimpinnya hingga akhir hayat. Blog Gendang Perang dan laman web eramuslim turut melaporkan perkara itu. Pada tahun 1974, beliau menulis risalah nasihat kepada Raja Morocco ketika itu, Al-Marhum Raja Hasan Kedua bertajuk "Islam atau Taufan" yang memberi peringatan kepada kerajaan untuk melaksanakan syariat Islam atau mereka dan negara akan dilanda bencana taufan seperti kaum Nabi Nuh yang menolak dakwah nabi mereka. Antara kandungan risalah tersebut: "Nasihat Ustaz Yaasin kepada raja yang bimbang kehilangan kuasa satu nasihat yang jelas dan nyata. Nasihat beliau menyeru kepada raja bertaubat dan kembali kepada syariat Islam serta mencontohi sejarah yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin Abdul 'Aziz.." Disebabkan risalah tersebut, beliau dipenjarakan selama 3 tahun enam bulan tanpa dibicarakan di mana-mana mahkamah. Akibat tekanan yang dihadapi di dalam penjara, beliau terpaksa dirawat di hospital mental untuk beberapa tempoh waktu. Pada tahun 1981, kerajaan Morocco mengharamkan gerakan tersebut tetapi berdasarkan pengamatan penganalisis politik, Gerakan Adil dan Ihsan merupakan gerakan pembangkang utama yang mampu menggugat kerajaan. Pada tahun 1983, beliau sekali lagi meringkuk dalam penjara selama 3 bulan (yang kemudiannya dilanjutkan selama 2 tahun) setelah mengkritik ucapan Al-Marhum Raja Hasan Kedua melalui sebuah artikel tulisannya. Pada tahun lepas, ketika berlaku gelombang 'Arab Spring' di beberapa buah negara Arab, Morocco juga tidak terkecuali terkena tempiasnya apabila berlaku beberapa siri protes dan Gerakan Adil dan Ihsan menggerakkan kebangkitan rakyat dengan menyatukan kumpulan pembangkang atas nama "Gerakan 20 Februari". Hasilnya, ia memberi tekanan kepada Raja Muhammad Keenam, Raja Morocco untuk membuat pindaan perlembagaan dan memberikan kebebasan kepada rakyat pada Julai 2011.- Abdul Malik harakah/- | Posted: 13 Dec 2012 07:15 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - Greiner jual bola mata palsuMUNICH – Seorang penjual kanta okulus, Gerhard Greiner di sini menjual bola mata kaca palsu kepada orang ramai yang kehilangan mata.
Setiap bola mata palsu itu berharga AS$457 (RM1,395) dan ia mengambil masa satu jam untuk menghasilkannya.
Bola mata itu dimasukkan ke bahagian mata pelanggan yang tidak lagi berfungsi akibat kemalangan atau penyakit.
Ia juga boleh dimasukkan di tempat asal mata menerusi pembedahan. – Reuters | Pemuda Pas: SPR perlu bebas pegawai aktif politik Posted: 13 Dec 2012 07:00 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Nasrudin Hassan SHAH ALAM - Pemuda Pas mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bertegas untuk tidak membiarkan mana-mana pegawainya menjadi ahli parti-parti politik. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jika ada pegawai SPR menganggotai mana-mana parti politik, ia akan mendedahkan ketidaktelusan pengendalian dan menjejaskan kualiti pengurusan tertinggi SPR. Ia juga, katanya, mendorong SPR tunduk kepada pengaruh politik kepartian yang boleh menghakis kredibiliti sistem demokrasi negara. "Pengerusi SPR mesti peka dengan pendedahan seperti ini dan berasa bimbang akan kesannya terhadap kredibiliti SPR, apatah lagi mengambil kira pengajaran dari banyak kajian kes sedia ada, sejarah dan iklim politik semasa, khususnya di Sabah yang sensitif kepada perubahan kerajaan. "Keterlibatan ahli parti dalam hierarki pentadbiran SPR seperti kes ini kelak membuka ruang pertikaian terhadap pilihan raya yang boleh mengheret badan itu ke dalam proses mahkamah yang merugikan dan retorik yang berpotensi mengganggu kesentosaan awam. Hakikatnya, perkara seperti ini boleh mencabar kesahihan kerajaan yang ditegakkan melalui proses pilihan raya tersebut," katanya. Beliau mendakwa alasan Abdul Aziz sebelum ini yang mengatakan pegawainya mempunyai hak demokrasi sebenarnya telah gagal menunjukkan pertimbangan wajar untuk memelihara hak demokrasi komuniti yang berasa terancam dengan penglibatan langsung ahli parti dalam tata kelola pilihan raya. "Artikel 114 (2) Perlembagaan Malaysia secara jelas menggariskan bahawa Pengerusi SPR tidak boleh menyertai mana-mana organisasi bagi menjamin integriti bebas suruhanjaya tersebut. "Jadi amat mendukacitakan apabila Pengerusi SPR enggan menunjukkan kepimpinan moral dan kebertanggungjawaban seperti yang dituntut Perlembagaan ke atasnya dengan menetapkan piawaian yang sama ke atas pegawai-pegawai SPR di bawah seliaan beliau bagi memelihara keutuhan integriti badan yang beliau pimpin," katanya.
sinar/- | Bagaikan bermimpi Posted: 13 Dec 2012 06:40 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
REMUK...keadaan van dan bas selepas perlanggaran. ALOR SETAR: "Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan pantas kerana saya tertidur tanpa menyedari apa yang berlaku sebelum terjaga sebaik berasa ada orang menghempap badan," kata Hasliza Shafie, 40-an.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, van dinaiki sembilan penumpang termasuk pemandu merempuh belakang sebuah bas ekspres yang menunggu giliran membayar tol di Kilometer 30, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Plaza Tol Jitra, di sini.
Van berkenaan membawa tujuh kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dari Alor Setar ke pusat pengajian tinggi itu.
Mangsa yang parah ialah pemandu van itu, Mohd Esman Osman, 54; Haslina Mohamed Shah, 39; Wan Merina Wan Saad, 51; Zurina Yahya, 43; Norhaneza Nordin, 42; Nelwati Abidin, 39, dan Alina Mohd Mahdzir, 46. Manakala, mangsa yang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Hasliza dan Noor Azura Othman, 41
metro/- | 'Ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa' Posted: 13 Dec 2012 06:30 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan kemungkinan besar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan didakwa pihak berkuasa Hong Kong atas tuduhan pembersihan wang haram. Rafizi berkata demikian dengan memetik kenyataan naib pengerusi kepada satu panel yang menyelia Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong, James To. Katanya, beliau turut menyerahkan dokumen yang didakwanya sebagai bukti baru dalam kes sumbangan politik RM40 juta pada Umno Sabah kepada ahli majlis perundangan Hong Kong itu. "James To memaklumkan bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain. "Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," kata Rafizi dalam kenyatannya. Rafizi turut yakin bahawa dokumen yang dikemukakannya itu adalah bukti baru yang tidak diperolehi ICAC sebelum ini. Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin. Menurut Rafizi, beliau yakin ICAC akan memanggil seorang saksi rahsia bagi "memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC". Bagaimana pun, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut tentangnya kerana diminta ICAC untuk melindungi kerahsiaan siasatan. "Oleh yang demikian kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti diputuskan ICAC," katanya. Susulan perkembangan terbaru kes ini, PKR menurutnya akan menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen bagi meningkatkan tekanan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara menyiasat kembali kes itu. metro/-
| Melaka Maju: Turap jalan guna bahan terbuang Posted: 13 Dec 2012 06:20 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari.
Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar. Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu.
"Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan.
"Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah," katanya.
Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak.
"Ada juga penduduk bermotosikal turut membawa anak kecil tergelincir disebabkan struktur jalan yang rosak teruk," katanya.
Abdul Razak berkata, masalah itu sudah diajukan sebanyak lima kali kepada pihak berkenaan namun tindakan yang diambil hanya mengecewakan penduduk.
"Yang terbaru aduan ini diusulkan lima bulan lalu dan saya difahamkan peruntukan sudah diperoleh namun, tiada sebarang tindakan diambil untuk membaik pulih permukaan jalan," katanya.
Penduduk, Mohd Asri Osman, 28, berkata, laluan itu menghubungkan Jalan Benteng dengan Rumah Awam Ayer Molek dan ia merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pekan.
"Saya sudah biasa menggunakan laluan ini untuk ke pekan sejak berpuluh tahun lalu, namun sudah banyak kali tayar motosikal saya pecah dan rim motosikal bengkok disebabkan jalan ini.
"Bila hujan lebat permukaan jalan dinaiki air hingga pernah beberapa kenderaan sebelum ini terbabas dalam parit kerana mengelak lopak air," katanya.
Menurutnya, terdapat pembetung mendap di laluan ini sehingga permukaan jalan tidak rata dan sempit. Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke dalam parit besar berhampiran.
"Laluan yang mendap itu betul-betul bersebelahan dengan parit besar, jika pengguna gagal mengawal kenderaan terutama motosikal pasti akan terjatuh ke dalam parit itu," katanya.
Sementara itu, Exco Kerjaya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Datuk Kapten (B) Abd Karim Sulaiman berkata, penggunaan serpihan bahan terbuang untuk menurap jalan adalah satu kesalahan.
"Menggunakan bahan terbuang untuk menurap lopak jalan adalah tidak mengikut garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan pihak berkaitan dalam proses membaik jalan raya," katanya
Menurutnya, penggunaan bahan terbuang membabitkan serpihan tajam mengundang bahaya kepada pengguna selain merosakkan kenderaan seperti yang berlaku kepada penduduk di sini.
Hebat betul negeri maju Melaka 2010 ..............
Sumber : Sinar Harian
| S'gor sedia bincang Langat 2 dengan Pusat, tapi... Posted: 13 Dec 2012 06:00 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sedia berbincang berhubung Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dengan syarat kerajaan pusat membenarkan kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula air di negeri itu.
Katanya, sehingga kini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap surat yang dihantar oleh kerajaan negeri berhubung perkara itu.
"Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika kerajaan pusat bersetuju untuk kerajaan negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan (Langat 2) lanjut," katanya dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.
Projek Langat 2 menjadi polemik apabila kerajaan negeri tidak memberi kebenaran untuk projek tersebut diteruskan.
Bagi kerajaan negeri, tindakan paling wajar bagi menyelesaikan isu air di Selangor pada ketika ini adalah membuat penstrukturan semula industri itu. Bagaimanapun, kerajaan pusat memutuskan bahawa projek Langat 2, yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam masa terdekat.
Sebelum ini, kerajaan negeri berulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada pusat meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan.
harakah/-
| Semakin Ramai 'Kesan AES' Guna Telefon Pintar Posted: 13 Dec 2012 05:50 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
PETALING JAYA: Pengguna jalan raya dan lebuh raya akan melakukan apa sahaja untuk mengelak daripada terkena perangkap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Bagi yang mampu, mereka mungkin sanggup membayar sejumlah wang untuk memasang alat pengesan AES pada kenderaan mereka.
Bagi pengguna telefon pintar, mereka mungkin boleh dikatakan 'pintar' apabila mereka memuat turun aplikasi pengesan AES pada telefon masing-masing bagi mengelak daripada dikenakan saman.
Sejak AES diperkenalkan September lalu, aplikasi untuk mengesan kamera AES semakin mendapat perhatian ramai apabila ia sering berada pada kedudukan terbaik di antararibuan aplikasi lain yang ditawarkan sama ada kepada pengguna android atau iOS.
Aplikasi 'AES Detector' misalnya pernah berada pada kedudukan 30 teratas bersama aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp Messenger, Viber, Twitter yang menjadi aplikasiyang 'wajib' dimuat turun bagi kebanyakan pengguna telefon pintar dunia masa kini.
Aplikasi lain yang berkaitan termasuklah 'AES Location Detector', 'AES Alert', 'AES Detector With Map', 'AES Camera Detector', 'AES Camera Location' dan banyak lagi yang beradapada kedudukan yang tidak kurang hebat.
Kevin Chua, 34, yang membangunkan aplikasi 'AES Detector' berkata dia membangunkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai daripada terkena perangkap AES.
Katanya, sejak aplikasi ini pertama kali dipasarkan melalui 'Google Play' untuk dimuat turun oleh pengguna android melalui 'Play Store' pada 14 Oktober 2012, rekodmenunjukkan seramai 313,769 pengguna telah melakukan muat turun.
Aplikasi ini kemudiannya ditawarkan kepada pengguna iOS pada 20 November 2012.
"Saya ingin membantu pengguna dan dalam masa yang sama saya juga boleh menggunakannya. "Ia percuma dan saya belum terfikir untuk mengenakan bayaran untuk aplikasi ini. Aplikasi ini membantu orang ramai dengan mengingatkan mereka tentang adanya AES berhampiranmereka dan dengan itu mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada mStar Online.
Kevin menunjukkan aplikasi 'AES Detector' pada iPad dan telefon pintar yang dibangunkan untuk pengguna jalan raya. Mempunyai ijazah dalam bidang Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Kevin berkata dia tidak berniat menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang trafikdengan membangunkan aplikasi seumpama ini.
"Saya hanya ingin membantu dengan cara ringkas dan mudah. Bayangkan dengan adanya aplikasi ini mereka yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mungkin bolehmenyelamatkan wang sehingga RM600 jika mereka terkena perangkap AES kerana memandu melebihi had laju ditetapkan," katanya yang membangunkan aplikasi ini secarapersendirian.
Bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan AES, Kevin berkata dia akan membuat kajian dan dengan bantuan para pengguna yang memberikan maklumat berkaitan.
"Sehingga kini kamera AES dikenal pasti di 14 buah lokasi di seluruh negara," katanya. Kevin berkata aplikasi boleh terus digunakan sebaik sahaja pengguna melakukan muat turun yang mengambil masa beberapa minit.
Sebelum memulakan perjalanan, pengguna perlu mengaktifkan telefon atau 'tablet' mereka kepada mod bunyi dan memandu meneruskan perjalanan seperti biasa.
"Peranti akan berbunyi, isyarat terdapat AES perangkap kelajuan di hadapan 2,000 meter dari kenderaan sedang dipandu.
"Isyarat akan berbunyi sebanyak lima peringkat mengikut jarak tertentu sehingga kenderaan tiba di lokasi sebenar AES," katanya.
Bagi AES perangkap kesalahan melanggar lampu isyarat, peranti akan berbunyi dari jarak sejauh 800 meter dari lokasi kamera.
Kevin berkata walaupun aplikasi ini hanya boleh digunakan di Malaysia, rekod menunjukkan terdapat juga rakyat Singapura dan Indonesia yang memuat turun aplikasi ini untuk digunakan dalam pemanduan mereka di sini.
Mengenai pelaksanaan AES di Malaysia Kevin bersetuju ia dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi berpendapat ia harus dipasang di tempat yang sesuai dan kadar saman dikaji semula.
"Saya bersetuju jika ia diletakkan di kawasan kemalangan dan usaha ini memerlukan penjelasan berterusan kepada rakyat.
"Bayangkan anda memandu dari Johor ke Utara yang mana anda mungkin menerima lebih dari satu saman. RM300 untuk satu saman agak mahal untuk rakyat biasa," katanya.
Sementara itu ramai pengguna telah membuat penilaian terhadap aplikasi ini.
Daripada 2,140 yang membuat penilaian, seramai 1,321 pengguna memberikan lima bintang, 477- empat bintang, 193- tiga bintang, 47- dua bintang dan 102- satu bintang.
Azriena FerousZ memberikan komen: Baru sahaja mengemas kini aplikasi tetapi tiada isyarat bunyi? Atau adakah telefon saya yang mempunyai masalah? Bagimanapun aplikasiini sangat bagus. Cara yang baik untuk menjimatkan wang.
Seorang pengguna telefon bimbit model HTC Nexus One memberi komen: Aplikasi yang bagus, dan menjadi kemestian untuk mereka yang sering memandu. Anda akan menjadi kaya nanti (bergurau).
Pengguna android memberi komen: Terbaik...5 bintang bro...aplikasi sangat-sangat membantu. Seorang pengguna memberi komen agak negatif: Saya benci bunyi isyarat GPS. Bolehkah anda memberi pilihan untuk mengalihkannya?
Wagner Sahui memberi komen: Khidmat terbaik untuk masyarakat
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata aplikasi ini mungkin boleh membantu pengguna daripada melakukan kesalahan berkaitan had laju atau melanggar lampu isyarat.
mstar/- | Bayi lahir 12.12 tengah hari pada pukul 12.12.12 Posted: 13 Dec 2012 05:45 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.
Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi. Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.
Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan rahmat buat keluarganya.
Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa dilahirkan. – Agensi
| Taktik menyamar pelanggan Posted: 13 Dec 2012 05:40 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
Anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Johor melakukan soal siasat ke atas warga asing.
JOHOR BAHRU – Seramai 18 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam Ops Jaja di sebuah pasar raya sekitar bandar raya ini, kelmarin.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, dalam serbuan sekitar jam 11 pagi itu, seramai 25 pendatang asing diperiksa. "Sebelum ops, kami telah menghantar anggota berpakaian preman menyamar sebagai pelanggan. Kehadiran anggota tidak disedari oleh warga asing yang bekerja. Bagaimanapun, sebaik sahaja disedari, ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di celah-celah raga sayur untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.
"Hasil pemeriksaan ke atas 25 pendatang asing, 18 orang berusia 20 hingga 43 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Seramai 17 daripada jumlah keseluruhan yang ditahan adalah warga Indonesia dan baki iaitu seorang merupakan rakyat Bangladesh. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang ops ini dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Khairulanuar yang juga ketua operasi berkata, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas, Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama berikutan tinggal di negara ini tanpa pas serta permit.
Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen negeri Johor di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, di sini, untuk tindakan lanjut.
sinar/-
| Uji bakat terlampau Posted: 13 Dec 2012 05:30 PM PST 30 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: "Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya," kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.
Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.
Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota. "Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
harian metro/-
| |
PAS Negeri Sembilan Posted: 13 Dec 2012 09:10 PM PST Bendera PKR dibakar, budaya politik samseng menular Posted: 13 Dec 2012 06:12 AM PST
13 Disember 2012
PALONG - Gerak kerja PKR yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peneroka dipercayai menjadi punca bendera parti itu yang digantung di simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6, di sini menjadi mangsa khianat.
Naib Ketua PKR Cabang Jempol, Rebin Birham berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar bendera parti itu, Ahad lalu, bukan saja biadab, malah menunjukkan rasa terdesak segelintir pihak yang cemburu melihat parti itu semakin mendapat sokongan.
"Saya lihat perbuatan ini adalah rentetan daripada rasa tidak puas hati pihak berkenaan terhadap PKR kerana gerak kerja dan segala aktiviti kita mendapat tempat di kalangan peneroka.
"Namun, peneroka kini lebih bijak menilai dan memilih parti mana yang mereka nampak lebih baik serta mempunyai masa depan untuk membela nasib peneroka," katanya yang juga merupakan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan.
Sementara itu, Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh berkata, tindakan tersebut menunjukkan amalan 'politik samseng' sudah menular di daerah ini, walaupun negara mengamalkan demokrasi membolehkan bebas memilih parti mereka mahu.
"Masalah ini bukan saja di Palong, malah kawasan lain turut terkena tempiasnya.
"Budaya ini perlu diubah. Kita minta kerjasama polis agar mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak beretika ini," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Sementara itu, kejadian bendera PKR dibakar, Ahad lalu, disedari Setiausaha Ranting Keadilan Felda Palong 5, Mohd Razali Salleh ketika dia dalam perjalanan ke kebun.
"Semasa saya dalam perjalanan ke kebun sekitar 7 pagi, saya dapati satu bendera besar serta dua bendera kecil PKR telah dibakar dekat simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6.
"Saya terus buat laporan polis pada hari sama kerana ini adalah kejadian ketiga berlaku. kami tidak puas hati atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 13 Dec 2012 03:14 PM PST MOH KOME ! JANGAN LUPE 16 DISEMBER ? Posted: 12 Dec 2012 09:41 PM PST IPOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Disember ini bertempat di Bandar Seri Iskandar. Pengarah Program, Dr Khairuddin Abdul Malik, pihaknya menyasarkan kehadiran lebih 40,000 orang dari seluruh pelusuk negeri itu. Setiausaha Pakatan Rakyat Perak itu berkata, himpunan tersebut akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Program ini akan bermula jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. Di sebelah petangnya diisi dengan pelbagai program termasuklah sukan rakyat, konvoi, dan persembahan yang membariskan artis termasuklan Ito Blues Geng, Zuar XPDC dan Nik Jidan serta para seniman. "Kemuncak program tersebut ialah disebelah malamnya iaitu pidato daripada pimpinan parti politik dan NGO," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan jawatankuasa program tersebut bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, Sabtu lalu. Khairuddin menjelaskan, himpunan tersebut adalah untuk meneruskan momentum kebangkitan dan perubahan rakyat serta mengingatkan kembali tragedi rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak bertamadun oleh BN. "Tragedi rampasan kuasa itu tidak pernah kami lupakan dan ianya menjadi semangat kepada rakyat Perak untuk bangkit membuat perubahan dalam PRU13 nanti. "Kami menyeru seluruh rakyat Perak hadir beramai-ramai ke himpunan tersebut bagi menghantar mesej kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit menentang mereka," tegas beliau. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah AJK PAS Pusat, Muhaimin Sulam; Adun Lubok Merbau, YB Zainuddin Mohd Yusof; Adun Tronoh, V Sivakumar; Pengerusi PKR Negeri, Dr Nur Manuty dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 13 Dec 2012 11:56 AM PST Kelantan hadiah RM60,000 kepada persatuan ragbi Posted: 12 Dec 2012 08:41 PM PST KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menghadiahkan RM60,000 kepada Persatuan Ragbi Kelantan di atas kejayaan mencul juara Piala Agong tiga tahun berturut-turut bermula 2010. Cek berkenaan disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Timbalan Yang Dipertua persatuan itu, Hanafi Abdul Rahman, di bilik mesyuarat Menteri Besar semalam. Turut hadir pada majlis itu, naib-naib pengerusi persatuan itu, Mohd Nor Alias dan Mohd Roslan Mohd Nor termasuk setiausaha, Ahmad Nasri Salleh. Tuan Guru berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti sukan di negeri itu selagi tidak bercanggah dengan dasar dan syariat Islam. Katanya, apa yang penting usaha mempopularkan sukan ragbi perlu dipergiatkan agar standing dengan acara sukan lain. "Di Eropah sukan ragbi begitu masyhur dan kita harap ianya turut berlaku perkara yang sama di negara ini khususnya Kelantan. "Semoga kita bukan sahaja popular dengan sukan bola sepak, tetapi juga sukan ragbi," ujarnya. Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood. | Kelantan tangguh kuatkuasa syarat kedai gunting rambut Posted: 12 Dec 2012 08:40 PM PST (Dr Fadzli, Takiyudin dan Anuar Tan dalam sidang media hari ini) KOTA BHARU: Semua penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula. Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang telah diguna pakai sejak tahun 1991 itu ditangguhkan serta merta hari ini selepas mesyuarat exco bersetuju untuk berbuat demikian. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pemimpin organisasi yang dianggotai masyarakat bukan Islam baru-baru ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tengahari tadi. Katanya, kerajaan negeri sebelum inipun membuat dasar berhubung perkara itu pada tahun 1991 selepas diadakan perbindangan, perbincangan dan pandangan umum. Peraturan dibuat ketika itu ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan. "Hasil perbincangan akhirnya penguatkuasaan syarat-syarat kedai gunting rambut misalnya dibuat setelah ianya dipersetujui. "Bagaimanapun, pada tahun ini selepas 21 tahun ianya berjalan, isu yang melibatkan perkara yang sama timbul semula, maka cara yang kita buat sama juga, iaitu perundingan,"ujarnya. Sambungnya, sebelum keputusan kerajaan negeri diambil hari ini, perbincangan dengan pimpinan organisasi masyarakat bukan Islam diadakan untuk mendapatkan gambaran atau hasrat mereka. Pertubuhan Gabungan Tionghwa Kelantan dan Dewan Perniagaan Cina Kelantan turut hadir baru-baru ini yang diwakili oleh pemimpin mereka. "Selain itu juga kita turut mendapat pandangan dari pelbagai pihak, iaitu pihak kedua dan ketiga juga,"ujarnya. Sambungnya, perkara itu dilaporkan dalam mesyuarat exco hari ini dan akhirnya keputusan telah diambil untuk diistiharkan keputusan kepada mereka berkenaan melalui dua orang lagi wakil anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. | Tawaran 6+3: Rakyat Pahang alu-alukan lot rumah Posted: 12 Dec 2012 08:40 PM PST TEMERLOH: Tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat negeri ini kepada yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman, disambut gembira oleh rakyat yang ditemui. Bagi mereka, inilah masa yang sesuai untuk PR melaksanakan keperluan asas rakyat itu jika memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang setelah isu pemberian lot tanah dan rumah dijadikan modal kempen Umno dan BN setiap kali PRU. Mereka berpendapat, sedangkan Pahang memiliki tanah yang luas tetapi rakyatnya pula masih ramai yang tidak mempunyai rumah dan tanah. Pemberian lot tanah serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun, termasuk dalam 'Tawaran 6+3' yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau, 9 Disember lalu. Bagi Saifuddin Kamarudin, 35, dari Mentakab, menganggap tawaran PR itu tepat pada masanya dan amat bersetuju kerana beliau sendiri belum mempunyai tanah dan masih tinggal di rumah sewa. Bapa kepada tiga anak itu berkata, di kampungnya masih ramai yang menyewa hingga ke usia tua gara-gara tanah pusaka berkongsi adik beradik. Sedangkan rumah merupakan keperluan asas, tanpa rumah merempatlah jadinya. "Memang lot-lot rumah ini penting, kalau orang susah nak buat rumah rakyat miskin (PPRT) atau rumah mesra rakyat pun perlukan tanah sendiri. "Inilah masalah kerajaan tak mahu tolong. Yang peliknya tiap-tiap kali dekat PRU, orang Umno datang minta kad pengenalan. Kononnya nak bagi lot tanah. Lama sangat dah kami penduduk kampung kena tipu. "Jadi tepatlah pada masanya kerajaan PR nanti sediakan lot tanah, kerajaan pusat seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar boleh bantu bina rumah. Dengan itu nampak cantik dah gabungan Pusat dan negeri untuk segera penuhi kebajikan rakyat," katanya. Saifuddin percaya, jika keperluan rumah dan tanah dibantu oleh kerajaan, langkah itu cepat mengeluarkan orang Melayu daripada garis kemiskinan. Kerana ketiadaan rumah berkait rapat dengan kemiskinan bangsa Melayu selama ini. Hasanal Bolkiah Hasan Basri, 28, berkata tawaran PR Pahang itu akan menyebabkan generasi muda sepertinya akan memilih PR dalam PRU akan datang demi kebajikan dan survival mereka pada masa depan. "Orang baru kawin seperti saya bukan senang untuk membeli rumah sekarang, bagi yang bergaji di bawah RM3,000 tak mampu nak memiliki rumah yang agak selesa. "Sebab itu apabila saya berbual-bual dengan kawan-kawan yang tidak berparti, ramai yang mengatakan tawaran PR di luar jangkaan mereka dan mereka begitu teruja dengan tawaran itu. "Di kampung-kampung pula bukannya mudah untuk memiliki tanah kosong. Banyak tanah yang diusahakan atas nama belia tetapi akhirnya diluluskan kepada kelompok tertentu menyebabkan golongan muda kecewa," katanya. Hasanal menganggap, tawaran pertama daripada enam tawaran yang diumumkan Tuan Ibrahim itu banyak membuka mata golongan muda sepetinya kerana selama ini tawaran Umno selama ini hanyalah setakat yang remeh-temeh sedangkan PR menjanjikan lot rumah sebagai jaminan masa depan. Sementara itu, Fauzi Omar, 63, dari Felda Lakum, Lanchang tawaran kerajaan PR untuk menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun, amat bersesuaian demi membina semula penghidupan yang sempurna kepada masyarakat. "Kalau kita lihat keadaan kampung baru sekarang tidak dilengkapi prasarana memuaskan dan bersesak-sesak tetapi mereka tatap membayar cukai kepada kerajaan. Sebab itu kedudukan mereka mesti distruktur semula. "Lagipun, kalau kerajaan sediakan kawasan penempatan tersusun, kawasan itu akan maju dengan dan akhirnya menjadi bandar. Sekali gus akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat," katanya. Dalam pada itu, seorang penganalisis ekonomi Pahang Syed Ali Badarudin Othman, mengalu-alukan tawan kedua PR Pahang iaitu 'menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat'. Katanya, janji tersebut boleh dilaksanakan jika diamalkan kaedah pengurusan tanah yang cekap dan cepat, berbanding dengan karenah birokrasi di pejabat-pejabat tanah sekarang. "Bayangkan untuk rakyat yang memohon tanah bagi mendapatkan satu kelulusan, mereka terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di pejabat tanah, PTG dan SUK. Untuk pelupusan tanah kerajaan memakan masa antara 10 hingga 20 tahun. "Kenapa lambat sedangkan permohonan tanah tidak perlu masa yang lama kerana kriteria dan prosedur melalui format permohonan sudah menggambarkan kelayakan seseorang pemohon serta sudah ada sistem maklumat mengenai status tanah," katanya. Syed Ali juga mengalu-alukan tawaran keempat PR bagi memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada kepada lot perumahan atau bangunan. Katanya, sistem yang dipakai kerajaan BN sekarang, bukan sahaja menimbulkan masalah besar kepada rakyat yang berurusan, malah firma-firma guaman juga mengeluh kerana tidak dapat meneruskan urusannya terlalu bersifat birokrasi. "Saya cadangkan kepada kerajaan PR nanti menggunakan kuasa di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara supaya urusan tukar syarat tanah juga memadai di luluskan peringkat pentadbir tanah daerah. "Jika kerajaan cekap hasil pendapatan daripada tanah juga meningkat seiring dengan pembangunan semasa. Kita perlu ingat, sebarang urusniaga melibatkan hartanah adalah berbayar. Itu merupakan pendapatan kerajaan. Sekiranya budaya birokrasi ini dikekalkan, kutipan hasil negeri terus tidak berkembang," katanya. | Royalti: Saman kedua menanti Petronas - Husam Posted: 12 Dec 2012 08:39 PM PST PENGKALAN CHEPA: Kerajaan Kelantan memberi tempoh selama 15 hari kepada Petronas bagi menjelaskan mengapa royalti 5 peratus gagal diberi terus kepada kerajaan negeri. Anggota Exco, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kenyataan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini jelas menggambarkan Petronas membayar 5 peratus bahagian Kelantan kepada kerajaan persekutuan. "Sebaliknya kerajaan pusat tidak menyerah pembayaran itu kepada Kelantan. Selain itu tidak juga memasuk dalam Akaun Wang Yang Disatukan kerajaan persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957. "Selain itu kerajaan pusat juga membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak akta terbabit," katanya pada program solat hajat dan ceramah perdana di Putik malam tadi. Shamsul Azhar dalam kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata, bayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar sumber itu terletak kepada kerajaan persekutuan. Sedangkan kata Husam, Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada 1975 dengan Petronas serta tiada sebarang perjanjian antara negeri ini dan kerajaan Malaysia. Menurutnya pada perjanjian itu, Petronas berjanji membayar secara langsung kepada Kelantan 5 peratus bayaran tunai dua kali setiap tahun pengeluaran bermula. "Kenapa Petronas tidak membayar langsung kepada Kelantan tetapi sebaliknya menyerah kepada pihak ketiga, kerajaan persekutuan. "Pembayaran Petronas 5 peratus adalah hak Kelantan dan ini bermakna satu tindakan jenayah pecah amanah dilakukan Petronas," katanya. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, notis kepada Petronas dihantar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Kata beliau sekiranya Petronas tidak menjawab surat tersebut dalam tempoh ditetapkan, satu lagi saman akan dikemukakan terhadap agensi berkenaan. Beliau juga mencadangkan supaya diwujudkan akaun bersama melibatkan jumlah royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan kini berjumlah lebih RM10 bilion. Kata beliau sekiranya Petronas menang dalam perbicaraan dalam kes saman sekarang, wang tersebut boleh menjadi milik mereka. "Namun sekiranya Kelantan menang wang tersebut akan menjadi milik kerajaan dan rakyat Kelantan," ujarnya. Beliau juga mendesak Ketua Audit Negara menyiasat akaun Petronas bagi mendapat gambaran lanjut mengenai jumlah royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan. Husam turut mengulangi Petronas dikerah menyiapkan pembinaan menara berkembar Kuala Lumpur City Centre melibatkan perbelanjaan RM5 bilion. "Namun anehnya selepas siap Petronas diarah pula membayar sewa ruang pejabatnya di KLCC kepada seorang jutawan yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Bekas perdana menteri terbabit betul-betul perah susu daripada Petronas," katanya. | |
Dupahang's Weblog Posted: 13 Dec 2012 11:32 AM PST Nasihat Ali Sobuuni Kpd Nik Aziz, Al-hamdulillah! Posted: 12 Dec 2012 07:46 PM PST Ibnu Hasyim Tok Guru Nik Aziz mencium tangan menyantuni ulama besar dari Syria, Syeikh Muhammad Ali As Sobuni yang melawat Kelantan.Syeikh Muhammad Ali As Sobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Sobuni, yang diguna ramai umat Islam di seluruh dunia ~ Tinta Hijau DKB Diam Perkara Batil Turun [...] | Serangan Di Gaza, Syahid 156, Tapi Lahir 1,197 Posted: 12 Dec 2012 07:43 PM PST Pencerobohan lapan hari Zionist Israel ke Jalur Gaza bulan lalu mencatat seramai 1197 bayi lahir di Gaza dilaporkan oleh Mi’raj News Agency (MINA) dari Gaza, Selasa (11/12). Korban dari pihak Gaza tercatat seramai 156 Syahid. Sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. namun pada masa yang sama seramai 1197 bayi dilahirkan dengan selamat di Semenanjung Gaza, [...] | Subhanallah !!Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan Posted: 12 Dec 2012 07:42 PM PST Khalil al-Syarif – Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah. Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama. Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang [...] | Tanda besar “PRU 13″ telah diketahui. Posted: 12 Dec 2012 07:36 PM PST Oleh: tokpepijat “ Agaknya ramai teruja dan tertunggu-tunggu kemunculan buku tentang kisah hidup isteri PMNajib. Buku itu disahkan oleh Mat Maslan,Menteri FELDA akan keluar pertengahan Januari 2013. Apa agaknya yang mahu dijawab oleh Rosmah tentang “fitnah” dirinya. Antaranya, cincin, tag tangan, pakaian, anak daripada suami pertama, keluarga di Negeri Sembilan, kontrak PLKN, kes bunuh Altahtunya, [...] | Tok Guru Nik Aziz Menyantuni Ulama’ Besar Posted: 12 Dec 2012 07:16 PM PST Tok Guru Nik Aziz mencium tangan menyantuni Ulama’ besar dari Syria,Syeikh Muhammad Ali As Sobuni yang melawat Kelantan. Syeikh Muhammad Ali As Sobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Sobuni,yang diguna ramai umat Islam di seluruh dunia ~ Tinta Hijau DKB | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 13 Dec 2012 09:49 AM PST 31,931 anak Selangor dapat bantuan masuk IPT Posted: 13 Dec 2012 06:21 AM PST Anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah dapat RM1,000 jika masuk IPT. Anak Negeri Sembilan pula berapa banyak kerajaan N.Sembilan beri?
31,931 anak Selangor dapat bantuan masuk IPT 13 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, iaitu sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, sejumlah 31,931 anak negeri itu telah diberi bantuan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Untuk jumlah itu, kerajaan negeri Selangor telah membelanjakan RM31.7 juta bagi membantu anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT awam mahupun swasta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan kerajaan negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu.
Ianya juga sebagai penghargaan kepada golongan mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.
"Walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri masih ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini," kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi.
Hadiah Pengajian IPT merupakan skim yang diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Ianya berupa bayaran hadiah RM1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 13 Dec 2012 09:46 AM PST sidang DEWAN NEGERI SELANGOR: SOALAN DEWAN Posted: 13 Dec 2012 06:16 AM PST | SEKIRANYA SY MOKHTAR PENDEK UMUR, SIAPA BAKAL MEWARISI EMPAYARNYA? Posted: 12 Dec 2012 10:17 PM PST Masih ingatkah anda Allahyarham Tan Sri Yahya? Siapa yang ambil alih empayar perniagaan beliau? Adakah ahli keluarga terdekat beliau? TIDAK..Berlainan dengan Kumpulan NAZA, apabila SM Nasimuddin meninggal dunia, anak beliau SM Nasaruddin telah mengambil alih perniagaan yang beliau asaskan. Begitu juga dengan kematian Dato Shahrani kumpulan Shapadu, keluarga beliau meneruskan aktiviti perniagaan. Kini siapa yang bakal mewarisi harta kekayaan bertimbun-timbun yang dimiliki di "atas kertas" kepunyaan TS Mokhtar al Bukhary? Mudah sahaja kriteria pemilikan mutlak kita. Sekiranya memang benar harta TS Mokhtar dilambangkan dengan syarikat milik beliau maka jika beliau tiada seharusnya kekayaaan tersebut akan berpindah ke tangan anak cucu cicit beliau. TETAPI jika TS Mokhtar hanya sekadar pemegang amanah, trustee atau nominee , maka kekayaan, projek, syarikat dan apa jua milikan serta pegangan beliau di atas kertas akan berpindah tangan ke tuan empunya hakiki atau pemilik sebenarnya seperti yang tertera dalam surat perjanjian.Persoalannya siapa? Adakah UMNO. MCA atau MIC? Di mana sasaran ekuiti pemilikan bumiputera yang diidam-idamkan di atas kertas? Ekonomi dan politik, siapa berkuasa?Syahir Sulaiman, 12 Dis 2012 "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Al-A'raf: 96) Ekonomi rakyat di antara dua pilihan Ekonomi sangat berkait-rapat dengan keputusan dan pilihan. Sesebuah ekonomi yang sihat diukur pada tahap permintaan dan penawaran terkumpul yang terbit daripada kerancakan aktiviti keusahawanan dan transaksi perniagaan di antara penjual dan pembeli, manakala pelaksanaan polisi ekonomi sesebuah negara boleh bertindak sebagai pemangkin atau penghalang kepada kerancakan ekonomi tersebut. Dalam sektor perniagaan, terdapat 2 kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi (exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi (exploitation). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdayaeksplorasi. Di pentas politik pula terdapat 2 kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (serviceoriented) dan mereka yang berdaya-manipulasi (manipulative-oriented). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai pemimpin berdaya-khidmat berbanding pemimpin khianat yang hidup dengan korupsi, manipulasi dan pembaziran wang rakyat. Manakala di kalangan rakyat juga terdapat 2 kategori pengguna iaitu pengguna-bijak (smart consumer) dan pengguna-dimanipulasi (manipulated consumer). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis pengguna ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai rakyat yang bijak daripada dipijak. Rakyat penentu kuasa ekonomi dan politik Pemangkin sebenar pertumbuhan ekonomi terletak di tangan pengguna dan rakyat yang bijak. Tahap permintaan dan penawaran di dalam negara bergantung pada tahap kecenderungan rakyat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan (propensity to produce) yang dibalas dengan ganjaran pendapatan, seterusnya kecenderungan untuk berbelanja, menyimpan dan meminjam (propensity to consume, to save, to borrow). Kita seharusnya hidup mengikut kemampuan, seterusnya berjimat untuk menyimpan dan meminjam hanya untuk perkara yang berkualiti dan diperlukan. Usahawan berjaya pula adalah mereka yang melaburkan masa dan tenaga dalam mencipta produk yang lebih baik, memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar, dan menyokong segmen pekerja untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti. Namun, dari masa ke masa, kebanyakan usahawan berdaya-eksplorasi ini cenderung untuk beralih menjadi usahawan berdaya-eksploitasi apabila mereka ini 'terlalu besar untuk gagal'. Mereka melobi kerajaan untuk mendapatkan pelbagai projek, tender dan insentif cukai, mengurangkan kos dengan memberi tekanan kepada gaji pekerja, bergabung dengan pesaing untuk mewujudkan gergasi monopoli, ketandusan idea baru dan meneruskan penghasilan produk yang sama berbanding membangunkan produk baru, serta memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan yang lebih terhadap pengguna dan rakyat. Sokongan kerajaan sewajarnya dialih daripada membela gergasi korporat kepada usaha penggalakan pertumbuhan industri kecil dan sederhana. Insentif dan subsidi perlu disalurkan untuk meningkatkan kecekapan dan dayatahan rakyat dan usahawan, manakala polisi cukai dan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang mampan dan produktiviti yang tinggi, bukannya untuk melahirkan generasi 'kenal-siapa' (know-who) yang mengatasi kualiti 'tahu-bagaimana' (knowhow) di dalam masyarakat. Dasar ekonomi negara perlu beralih kepada prinsip nilai berbanding terbina di atas prinsip manipulasi yang dipandu rasa tamak dan takut (greed and fear). Kebergantungan kepada kerajaan dapat dikurangkan dengan membudayakan nilai tanggungjawab bersama di antara kaya dan miskin sebagaimana dianjurkan daripada amalan zakat, sedeqah, infaq dan waqaf bagi menampung pembinaan institusi agama, masyarakat, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur kepada rakyat. Walaupun kerajaan berbangga dengan kedudukan di tangga ke-54 di kalangan 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, namun realiti nilai integriti dan tranparensi di Malaysia tidak seindah khabar. Pemberian tender bernilai jutaan dan bilion ringgit oleh pihak kerajaan terus mengundang persoalan terhadap budaya kronisma dan nepotisma, amalan rasuah dan sogokan terus membiak daripada sebesarbesar nilai hingga ke sekecil-kecil nilai, malah institusi agama dan pendidikan turut tidak dapat lari daripada terdedah kepada bahaya amalan rasuah. Dasar fiskal yang penuh integriti dan berkebajikan sangat diperlukan oleh negara Malaysia. * Syahir Sulaiman merupakan EXCO Pemuda PAS. Beliau mendokong usaha membangun Negara Berkebajikan. Sumber Harakahdaily Syed Mokhtar's Proton win raises concerns over wealth concentration | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan