Khamis, 29 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 28 Nov 2012 07:42 PM PST

Anwar Ibrahim


Era Habibie Yang Singkat Bawa Perubahan Besar di Indonesia

Posted: 28 Nov 2012 11:20 AM PST

Detik.com

Jakarta – Mantan Wakil PM Malaysia Anwar Ibrahim memuji Indonesia di era Habibie. Saat itu, Indonesia mengalami perubahan besar. Habibie membawa demokratisasi selepas Soeharto berkuasa.

“Periode Habibie membuat perubahan dalam waktu yang cukup singkat. Perubahan tersebut adalah perubahan fondasi konstitusional,” jelas Anwar di acara ‘Celebrating The Habibie Center’s 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period di Hotel Atlet Century Park, Jakarta, Rabu (28/11/2012).

Saat Habibie naik menjadi presiden, Anwar menilai dia menghadapi tugas yang berat. “Problem yang dihadapi Habibie saat itu juga adalah problem korupsi yang sudah menjadi endemik,” terangnya.

Namun, Habibie bisa membawa Indonesia mulus melewati era itu. Walau singkat, Habibie bisa menjadi contoh bagi dunia Arab, bagaimana mengawal perubahan mengantarkan ke era baru setelah pemerintahan lama.

“Bahkan kepemimpinan yang membawa perubahan besar dalam waktu singkat seperti ini perlu dicontoh oleh dunia Arab sekarang. Kepemimpinan seperti Habibie perlu bagi dunia Arab setelah terjadi perubahan politik diberbagai negara pada Arab spring,” jelasnya.

[VIDEO] Briefing for Malaysian parliamentarians on Scorpene Scandal, Singapore 27/11/2012

Posted: 28 Nov 2012 11:10 AM PST







Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah

Posted: 28 Nov 2012 02:59 AM PST

Harakah

Umno mengadakan Perhimpunan Agung mereka mulai semalam hingga 1 Disember ini. Tema himpunan ini dipercayai menjurus kepada kesatuan dan perpaduan dalam Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi memperkemaskan agenda perpaduan ini, Umno menubuhkan satu pasukan khas untuk mendisiplinkan ahli-ahli dan pimpinannya, dari membuat tindakan mensabotaj Umno dari dalam.

Persoalannya, kenapa agenda ini terpaksa dicanangkan Umno menjelang pilihan raya umum ke 13 ini? Ramai yang berkata, ia berkait rapat dengan kebimbangan besar Umno sekarang dalam isu ini.

Dimaklumkan juga bahawa, antara punca presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak gagal membubarkan Parlimen walaupun beberapa percubaan dibuat, adalah kerana isu perpaduan ini. Sampai sekarang, Umno belum berjaya mencapai kata putus tentang senarai calon-calonnya.

Pun begitu, mahu tidak mahu, pilihan raya perlu diadakan juga selewat-lewatnya Mac tahun depan walaupun Najib boleh membuatnya selepas tarikh itu apabila Parlimen terbubar dengan sendiri.

Jika begitu, Perhimpunan Agung ini adalah perhimpunan terakhir menjelang pilihan raya umum akan datang. Dua minggu lalu PAS membuat muktamarnya di Kota Bharu iaitu dari 14 hingga 18 November.

Sebenarnya, apakah masalah perpaduan yang berlaku dalam Umno ini? Ianya tidak lain dan tidak bukan rasa tidak puashati yang membuak-buak di kalangan pimpinan Umno terhadap Datuk Seri Najib selaku presiden yang dilihat terlalu bergantung kepada isterinya.

“Bayangkan, Rosmah boleh menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno,” kata seorang pemimpin Umno.

Apabila ditanya, betulkah maklumat ini, dia berkata “Tanyalah kepada mana-mana ahli MT, mereka akan sahkan. Beberapa mesyuarat MT turut disertai Rosmah.”

Selain faktor itu, faktor tidak berpuashati dengan pendekatan Najib juga menyebabkan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan mahu mengambil kesempatan untuk menggantikan beliau.

Menurut sumber media, Muhyidin telah berjaya meletakkan orang-orangnya di kebanyakan media milik Umno iaitu kumpulan Utusan dan kumpulan Media Prima.

(Muka depan Utusan hari ini)

“Di NST, hanya Datuk Jalil Hamid (Editor Pengurusan Kumpulan) sahaja orang Najib. Di bawah beliau semuanya orang Muhyidin,” kata seorang rakan media.

Sebab itulah, berita-berita Muhyidin berjaya berada di tempat yang utama dalam media-media milik Umno ini.

Menurut sumber itu, Muhyidin berdiri di atas penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir yang berlambak di dalam Umno.

Hatta, SMS beredar sekarang, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor juga sudah beranggapan ini adalah sessi terakhir untuk Najib sebagai Presiden.

Jika Najib gagal capai keputusan 2/3 dalam pilihan raya umum ini, dia dianggap gagal sebagaimana Pak Lah dianggap gagal. Apatah lagi kalau kerajaan BN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Itu senario yang berlaku di dalam Umno menjelang perhimpunan mereka hujung bulan ini. Apa pula tindakan PAS? Inilah isu yang perlu di perhatikan.

Ketika perpecahan dalam Umno ekoran pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah 1987 dahulu, kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor telah membuka pintu PAS seluas-luasnya untuk disertai oleh pemberontak dalam Umno ini.

Begitu juga apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno. Ustaz Fadzil telah bertemu sendiri dengan Anwar pada hari beliau dipecat di rumahnya dekat Bukit Damansara.

Hasil kedua-dua tindakan itu Kelantan kekal bersama PAS sehingga kini di samping kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999 dan 2008.

Meluat

Pertembungan yang berlaku dalam Umno sekarang agak berbeza dari segi bantuknya. Ia belum lagi melibatkan pemimpin besar tetapi peringkat akar umbi dalam Umno.

Mereka mula meluat dengan salah laku dan salah guna kuasa dalam parti itu yang melibatkan segala projek kerajaan.

Sekurang-kurangnya tiga bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS dan PKR (Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Kadir Sheikh Fadzil) meletakkan semua kesalahannya kepada Dr Mahathir.

Bagi mereka, Mahathir telah mengubah segala perkara yang selama ini menyatukan orang Melayu di dalam Umno. Beliau dikaitkan dengan kepentingan kroni dan sebagainya.

Ketika media menyerang tingkah laku beliau dalam Petronas dan tender untuk anak-anaknya, secara terbuka tetapi sinis Mahthir beliau menyerang musuh tegar beliau dalam Umno yang bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Hinggakan ada berita yang mengatakan, Khairy sudah menandatangani watikah perlantikan beliau sebagai timbalan menteri baru-baru ini namun nama beliau sampai sudah tidak diumumkan oleh perdana menteri Najib, dikaitkan dengan Mahathir.

Deepak

(Muhyidin kelihatan bakal memimpin Umno…di mana Najib.. foto TMI)

Pemberontakan sedang berlaku dalam Umno. Masing-masing tidak berpuashati dan menganggap Umno sudah busuk hingga ke ususnya. Umno sudah tidak boleh diperbaiki lagi. Siapa saja bakal pemimpin Umno akan hadapi masalah ini hatta Muhyidin sekalipun.

Namun, Muhyidin yakin dia mempunyai pendekatan yang betul untuk hadapi musuh utama Umno iaitu PAS. Ucapan Muhyidin di perhimpunan sayap Umno semalam memberikan indikasi pendekatan yang bakal digunakan Muhyidin. Jelas, PAS adalah sasaran Muhyidin. Ini kerana Muhyidin tahu PAS lah bakal merebut pengundi Melayu yang kini menjulang Umno di puncak kuasa.

Muhyidin kelihatan jelas dengan sasarannya. Ketika Muhyidin berucap menetapkan halatuju yang ditawarkan beliau kepada Umno, semua media alternatif termasuk Harakahdaily menyiarkan temubual khas mereka dengan Deepak Jaikishan, rakan baik isteri Najib, Rosmah Mansor sebelum ini.

(Laporan dari 3 media mengenai kenyataan Deepak semalam)

Deepak menjelaskan, beliau sangat rapat dengan Rosmah dan pernah mendapat peluang perniagaan bernilai hingga bilion ringgit hasil hubungan tersebut.

Namun kerana salah faham dalam projek besar untuk menyelamatkan Najib selepas keluarnya Kenyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam, Deepak diketepikan.

Bukan sahaja diketepi bahkan disusahkan apabila lebih 50 penguatkuasa undang-undang negara dihantar ke rumah, pejabat dan kilang milik Deepak.

Deepak memang mengaku dia dihubungi di tengah malam agar membantu Najib menghadapi SD Bala itu yang mendakwa Najib ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibuu.

Deepak berjaya membantu Najib apabila Bala bersetuju membuat satu SD lain keesokannya dan sekaligus menarik balik SD yang pertama. Bala membuat U – Turn, dari Najib bersalah kepada Najib tidak bersalah.

Namun, kerana tidak berpuashati dengan janjinya, Bala sekali lagi membuat U-Turn dan mendedahkan kenapa beliau berbuat demikian.

Lalu Deepak dipersalahkan dan 50 penguatkuasa dihantar ke rumah, pejabat dan kilang beliau. Hasilnya semua dokumen perniagaan yang berkaitan dengan keluarga PM diambil oleh penguatkuasa itu dan tidak dipulangkan sehingga sekarang.

Lalu timbul persoalan, kenapa pendedahan ini dibuat ketika Muhyidin mengajak Umno mengambil pendekatan baru dalam menghadapi Pakatan Rakyat.

Kenapa ia timbul menjelang perhimpunan agung Umno yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

Pembaca lebih cerdik untuk menyambung analisa ini.

Dakwaan Tiada Siasatan Kes Scorpene, Bohong

Posted: 28 Nov 2012 02:10 AM PST

Harakah

Tindakan Umno BN yang cuba memberi gambaran bahawa tidak berlaku sebarang siasatan di Paris berhubung kes Scorpene adalah pembohongan semata-mata.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mengikuti taklimat Scorpene di Singapura semalam, berkata siasatan kes itu sedang berjalan dengan lancar.

Menurut, Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) hakim kes tersebut mungkin akan datang ke Malaysia Januari atau Febuari tahun depan sekiranya ada perkembangan terkini berhubung kes itu.

“Kenyataan BN bahawa tidak ada apa-apa berlaku di Paris adalah bohong, siasatan sudah dibuat dan berjalan penuh, malah senarai saksi sudah diterima oleh dua orang hakim,” katanya.

Sementara itu, Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menyifatkan Umno BN seolah-olah tidak mahu langsung perkara yang benar didedahkan kepada rakyat negara ini.

Katanya, Ahli Parlimen BN kecewa sebab Singapura membenarkan Peguam Perancis Apolene Cagnat masuk ke negara itu.

“Ini seolah-olah hasut negara lain untuk bertindak sama dengan mereka,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Hatta yang juga mengikuti taklimat itu berharap tujuh individu yang disapina buat kali kedua agar bersedia untuk disiasat.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata, kes ini adalah kes serius dan prosesnya berjalan dengan baik bukannya remeh-temeh sebagaimana dianggap oleh BN.

“Mereka (Perancis) tidak akan buang masa untuk lakukan siasatan dengan terperinci, mereka sudah rasa kes ini ada ‘strong’ dan akan bawa ke perbicaraan.

“Saya bertanya kenapa mereka begitu berminat dengan kes ini, mereka jawab, ia adalah prinsip sistem perundangan kerajaan Perancis mahu banteras rasuah di semua peringkat walaupun hakikatnya mereka sendiri yang untung,” katanya.

Jelasnya, kerajaan perlu bersikap terbuka dalam kes ini, dan kerjasama dengan Peguam Negara amat penting.

“Kita rayu pada Peguam Negara untuk tunjuk sikap bahawa beliau boleh bagi kerjasama dalam kes ini.

“Kalau ada permintaan maklumat perlu ada kerjasama dari Peguam Negara,” katanya.

[VIDEO] Himpunan Rakyat Kudat, Sabah 25/11/2012

Posted: 28 Nov 2012 02:05 AM PST

[VIDEO] Sepanggar Sabah 25/11/2012

Posted: 28 Nov 2012 02:03 AM PST

Wee Choo Keong

Posted: 28 Nov 2012 03:26 PM PST

Wee Choo Keong


28-11-2012 Questions Time: “Kerajaan sentiasa prihatin sumbangan Polis, Imigresen & Penjara”

Posted: 28 Nov 2012 08:37 AM PST

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menabah baik skim perkhidmatan Polis, Jabatn Imigresen dan Jabatan Penjara. Jawapan:  YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tuan Yang Di Pertua, Kerajaan sentiasa prihatin terhadap sumbangan perkhidmatan Polis yang menjaga keamanan negara, [...]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan