Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut. Ini [...]
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya. Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam [...]
Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.
Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'jawaban' sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno sudah pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para perwakilan dan pemerhati.
Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung apakah tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.
Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedang apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengaruhnya menirus di kalangan Melayu.
Jadi penegasan dan jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit. Ini dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembu jatuh dari punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka terkesan dengan ucapan Najib.
Penyediaan sticker I love PM, jelas menunjukkan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa perwakilan kena dibekalkan dengan sticker khas untuk menzahirkan sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada sticker itu yang diangkat dan didendengkan ke muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada sticker, perwakilan kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.
Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya, dan ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak ada apa-apa di sepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin anak Yassin semasa merasmikan persidangan serentak sayap parti, juga diulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!
Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kuih dia sendiri yang menguji dan dimakannya.
Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan bebas dari bersifat 'keUmnoan'. Mengenai orang Cina dan India langsung tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib kepada mereka sekiranya menyokong Umno.
Keterlupaan ini boleh dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang bukan Melayu. Keterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno. Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka. Najib sepatutnya mengiktiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.
Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut sehinggaka ia memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen. Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau.
Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu. Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamerkan dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.
Misalnya kalau Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis dan programnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana ketelusan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak payah pergi jauh apa yang berlaku, dalam parlimen sudah cukup. Macam mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak membahas bajetnya baru-baru ini.
Beberapa hujah politik yang diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan pilihan raya, skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak muda, pengangguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.
Sebagai pemimpin Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca terma atau istilah-istilah yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak disampai dan di luar teks itu sendiri.
Ucapan Najib juga tadi tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus menghurai secara fakta dan persejarahan mengenai nasib malang negara dan Melayu sekiranya ia tidak lagi di tangan Umno.
Najib sepatutnya menjawab persoalan, bahawa negara ini hak dan tanggungjawab rakyat negara ini semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno. Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia menjelaskan betapa rasis dan sifat perkauman Najib dan kecurigaan kepada bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan bangsa lain akan menjauhinya.
Ringkasnya bukan saja Melayu tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga semakin meragui Najib betapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam ucapannya. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pakatan Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.
Demikian juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan unjuran ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang kritisdan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang mapan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja, misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabun naik harganya bagi mereka itu menandakan negara makin parah.
Ucapan Najib bukan saja tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini tinggi, melebihi dari ketinggian penghormatan kepada Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.
Najib tidak boleh berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu mengeluarkan sinar dari liang roma perjuangannya sendiri. Najib harus menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti siput membalikkan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerangnya ke dalam gelap malam.
Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos bersifat kurafat dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu kepada Umno.
SHAH ALAM: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berbohong apabila mendakwa projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Sebaliknya JAS, melalui satu kenyataan bertarikh 24 Januari 2007, jelas tidak menyokong projek yang dimajukan oleh Dolomite Industries Company Sdn Bhd itu.
Bagaimanapun pemaju projek tersebut tetap berdegil meneruskan pembangunan tanpa mengambil kira pendirian JAS, lapor Selangorku.
Demikian kata Pengerusi Jawatankuada Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong dalam sidang medianya di lobi bangunan Annex Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
"JAS tidak pernah keluarkan surat sokongan seperti yang didakwa Menteri Perumahan dalam laporan Malaysiakini bertajuk "Chor: Dolomite kemuka penyelesaian kejuruteraan" 19 November 2012 lalu," kata Elizabeth.
Elizabeth turut menunjukkan laporan JAS yang ditandatangani Pengarah JAS Negeri Selangor, Rosli Zul yang jelas tidak menyokong pembangunan tersebut memandangkan ianya boleh menimbulkan masalah tanah runtuh.
Elizabeth juga memberitahu sehingga kini, sembilan blok bangunan komersil projek itu telah disiapkan tetapi belum diduduki kerana masih belum mendapat Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).
Terdahulu, Majlis Perbandaran Selanyang ketika era pentadbiran Umno-BN telah memberi kebenaran merancang kepada projek yang terletak di kira-kira 180 meter dari Kuil Mahamariamman, Batu Caves.
Bagaimanapun projek itu menerima tentangan masyarakat Hindu yang bimbang ia akan menjejaskan struktur tanah Batu Caves yang merupakan tempat ibadat mereka.
Arifiriazul menunjukkan keratan akhbar mengenai penemuan terbaru simpanan gas di perairan Miri. KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Sarawak bersyukur dengan penemuan terbaru simpanan gas (gas reserve) di perairan Miri oleh Petronas baru-baru ini.
Penemuan gas di lapangan Kuang Utara dan Tukau Timur itu dianggarkan mempunyai simpanan gas sebanyak 4.4 TSCF (trillion standard cubic feet).
"Penemuan terbaru ini menunjukkan Sarawak ialah negeri yang kaya dengan hasil asli terutama hasil minyak dan gas," kata Ketuanya, Mohd Arifiriazul Paijo.
Justeru, ujarnya hasil gas itu hendaklah dimanfaatkan untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sarawak, sesuai dengan tuntutan Islam untuk sesuatu hasil hendaklah dibelanjakan untuk negeri tersebut sebelum dipindahkan kepada kerajaan pusat.
Tambahnya, fokus utama hendaklah diberikan kepada pembangunan infrastruktur asas seperti lebuhraya, kemudahan air bersih dan elektrik di seluruh Sarawak serta program-program mensifarkan kemiskinan di kalangan rakyat Sarawak.
"Kami menganggarkan pendapatan sebanyak RM43 billion sepanjang operasi pengeluaran gas daripada dua lapangan ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, dengan menganggarkan operasi pengeluaran selama 20 tahun, hasil tahunan daripada penemuan terbaru ini ialah RM2.16 billion setahun.
"Kami meneruskan tuntutan 20% royalti daripada hasil pendapatan tersebut yang dianggarkan RM430 juta setahun bermula daripada tahun pengeluaran pertama," ujarnya lagi.
Dengan jumlah royalti tahunan sebesar itu, katanya kemiskinan di Sarawak dengan kadar 5.3% mampu disifarkan sepenuhnya hanya dalam masa setahun.
Dalam masa yang sama, kata beliau sekiranya keseluruhan hasil daripada 20% royalti gas ini dijumlahkan untuk 20 tahun operasinya, kerajaan negeri akan memperoleh hampir RM9 bilion yang dianggarkan mampu membina sekitar 60,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat Sarawak yang memerlukan.
Sehubungan itu, katanya Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah sedar bahawa hasil minyak dan gas Sarawak ialah milik rakyat Sarawak dan hendaklah dikembalikan kepada rakyat Sarawak.
"Hasil royalti 20% selaras dengan tuntutan NGO R dan Pakatan Rakyat ini hendaklah disokong oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
"Janganlah berslogan juara rakyat tetapi tidak mahu membela nasib rakyat sendiri," katanya lagi.
Anggota bomba dibantu penduduk kampung berusaha untuk memadamkan kebakaran, semalam. Gambar kecil : Nurul Syafikah
TELUK INTAN - "Walaupun bahaya dan boleh membawa kecederaan serius, saya nekad masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan sijl-sijil penting milik saya," kata Nurul Syafikah Ahmad, 16, salah seorang anak mangsa kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Nibong, di sini, semalam.
Katanya, dia bertindak nekad walaupun menyedari api marak ketika itu demi menyelamatnya dokumen penting miliknya.
Menurutnya, antara sijil yang bermakna buat dirinya adalah sijil Malaysian Book Of Records (MBO) untuk projek yang dibuatnya bersama rakan sekelas bagi acara Berjalan 10,000 langkah dan acara senamrobik 1 Malaysia ketika di sekolah kebangsaan dahulu.
"Saya tahu keadaan ketika itu amat membahayakan sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius. Saya sanggup masuk semula ke dalam rumah walaupun api marak ketika itu untuk menyelamatkan sijil-sijil penting milik saya.
"Walaupun kehilangan tempat berteduh, saya bersyukur kerana kesemua ahli keluarga selamat dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah papan itu," katanya.
Pada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka hangus dalam kebakaran.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Hairam Kasran berkata, dua jentera bomba bersama tujuh anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian dalam usaha untuk memadam kebakaran.
Hairam berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal dan memadam keseluruhan kebakaran tersebut.
"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan juga jumlah kerugian masih dalam siasatan kami," katanya.
Sementara itu, sepupu Nurul Syafiqah, Norhayati Jamaluddin, 27, berkata, sebelum kejadian, mereka sekeluarga sedang berehat di tingkat atas rumah sambil menonton televisyen.
Menurutnya, dia terhidu bau getah terbakar datang dari arah belakang rumah sebelum api marak dari arah belakang rumah secara tiba-tiba.
Menurutnya, terkejut dengan keadaan itu, dia menjerit meminta semua keluar dari sambil mendukung anaknya berusia dua tahun.
"Api yang marak begitu cepat sehingga kami sekeluarga tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbangkan keselamatan kami.
"Semua harta benda termasuk barangan elektrik, barangan perabot dan semua dokumen penting hangus sekelip mata malah anjung rumah kami ini pun baru sahaja diubahsuai dengan harga RM20,000," katanya.
Kejadian itu turut menarik perhatian beberapa ahli politik, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil dan menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa kebakaran.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengutamakan kepentingan semua pihak termasuk peniaga, pelanggan dan orang awam berkaitan isu kedai gunting lain jantina (uniseks).
"Hari ini sesi penerangan dan perbincangan dalam keadaan yang amat harmonis dan amat baik bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik antara semua pihak berkaitan kedai gunting rambut.
"Ini kerana ia ada kaitan dengan dasar kerajaan negeri. Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan masyarakat Cina.
"Dan dengan penuh gembira dan suci hati kami akan membawa cadangan dibincang dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi," kata anggota Exco Datuk Takiyuddin Hassan.
Hari ini berlangsung pertemuan kerajaan negeri bersama Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan berkaitan isu kedai gunting lain jantina.
Kedua-dua NGO terbabit disertai seramai 10 wakil termasuk seorang wanita. Pertemuan diadakan di Pejabat Menteri Besar. Selepas pertemuan mereka turut menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut hadir pada pertemuan terbabit anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pegawai hubungan kaum Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chua Lay dan Guan Seng.
Sebelum ini seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.
Bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, cadangan dikemukakan kedua-dua NGO terbabit begitu baik dan boleh membantu kerajaan menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya yakin kerajaan akan membuat satu keputusan tidak lama lagi dengan mengutamakan semua pihak.
"Jadi saya tidak berhasrat untuk sebut cadangan itu kerana pertemuan diadakan secara tertutup, InsyaAllah akan dibincang dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat," ujarnya.
Ditanya pemberita, kata beliau cadangan itu lebih daripada tiga perkara.
Menurutnya beliau memberi jaminan cadangan tersebut akan dipertimbangkan dengan cara terbaik oleh kerajaan.
"Isu ini akan selesai dalam masa terdekat. Kita telah banyak menyelesaikan perbagai isu berbangkit termasuk isu bekalan air.
"Dalam isu ini saya optimis boleh selesai dengan cara terbaik. Cadangan itu boleh jadi terima sepenuhnya atau ada ubah suai, jadi kalau ada masalah kita boleh bincang balik. Perbincangan ini tidak terhenti setakat ini sahaja," ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, perkara yang berkait dengan undang-undang, ada kaedahnya yang boleh diselesaikan termasuk melalui budi bicara.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengutamakan kepentingan semua pihak termasuk peniaga, pelanggan dan orang awam berkaitan isu kedai gunting lain jantina (uniseks).
"Hari ini sesi penerangan dan perbincangan dalam keadaan yang amat harmonis dan amat baik bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik antara semua pihak berkaitan kedai gunting rambut.
"Ini kerana ia ada kaitan dengan dasar kerajaan negeri. Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan masyarakat Cina.
"Dan dengan penuh gembira dan suci hati kami akan membawa cadangan dibincang dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi," kata anggota Exco Datuk Takiyuddin Hassan.
Hari ini berlangsung pertemuan kerajaan negeri bersama Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan berkaitan isu kedai gunting lain jantina.
Kedua-dua NGO terbabit disertai seramai 10 wakil termasuk seorang wanita. Pertemuan diadakan di Pejabat Menteri Besar. Selepas pertemuan mereka turut menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut hadir pada pertemuan terbabit anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pegawai hubungan kaum Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chua Lay dan Guan Seng.
Sebelum ini seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.
Bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, cadangan dikemukakan kedua-dua NGO terbabit begitu baik dan boleh membantu kerajaan menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya yakin kerajaan akan membuat satu keputusan tidak lama lagi dengan mengutamakan semua pihak.
"Jadi saya tidak berhasrat untuk sebut cadangan itu kerana pertemuan diadakan secara tertutup, InsyaAllah akan dibincang dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat," ujarnya.
Ditanya pemberita, kata beliau cadangan itu lebih daripada tiga perkara.
Menurutnya beliau memberi jaminan cadangan tersebut akan dipertimbangkan dengan cara terbaik oleh kerajaan.
"Isu ini akan selesai dalam masa terdekat. Kita telah banyak menyelesaikan perbagai isu berbangkit termasuk isu bekalan air.
"Dalam isu ini saya optimis boleh selesai dengan cara terbaik. Cadangan itu boleh jadi terima sepenuhnya atau ada ubah suai, jadi kalau ada masalah kita boleh bincang balik. Perbincangan ini tidak terhenti setakat ini sahaja," ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, perkara yang berkait dengan undang-undang, ada kaedahnya yang boleh diselesaikan termasuk melalui budi bicara.
Keadaan treler muatan serbuk kari yang musnah dalam kejadian kebakaran, kelmarin.
IPOH - Pemandu dan kelindan treler yang membawa muatan serbuk kari bernasib baik apabila mereka berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan yang mereka naiki meletup dan terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 386.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) (arah utara) malam kelmarin.
Kelindan treler berkenaan, S Rammurthy, 29, berkata dalam kejadian yang berlaku jam 10.50 malam itu, dia dan pemandu dikenali P Mohandass, 22, terpaksa memberhentikan kenderaan selepas dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah belakang treler.
Katanya, apabila memberhentikan treler tersebut mereka mendapati bahagian tayar belakang sedang terbakar dan merebak ke muatan.
"Beberapa pengguna lebuh raya serta pemandu lori turut memberhentikan kenderaan mereka untuk membantu kami memadamkan kebakaran.
"Selepas usaha untuk memadam kebakaran menemui jalan buntu, kami segera menghubungi bomba dan penyelamat untuk mendapatkan bantuan," katanya.
Rammurthy berkata, dia bersama Mohandass memulakan perjalanan kira-kira 9.00 malam dari Selayang, Selangor menuju ke Ipoh untuk menghantar muatan serbuk kari.
Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Tanjung Malim ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan 11.15 malam kelmarin sebelum tiba 20 minit kemudian di lokasi kejadian bersama sebuah jentera termasuk lima anggota dari balai bomba dan penyelamat Slim River.
Beliau berkata, sebaik tiba, kepala treler berkenaan sudah dipisahkan dari muatan manakala, pemandu dan kelindan treler berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kami mengakui sukar memadam kebakaran akibat asap tebal selain serbuk kari yang memasuki mata dan hidup anggota yang bertugas," katanya.
Tambahnya, api berjaya dikawal sepenuhnya lebih kurang jam 6.30 pagi semalam selepas lapan jam anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran.
Lan ketika menemani isterinya di wad D1 Hospital Taiping. Dia telah menggantung sepanduk dan belon sebagai tanda genap setahun Noor Ainon menerima rawatan di wad.
TAIPING – Demi kasih kepada isteri, bekas Pengurus Cawangan Pos Laju Taiping, Lan Yoep Noordin, 59 sanggup meluangkan masa selama 18 jam sehari menjaga dan menemani isterinya yang terlantar di Hospital Taiping, di sini, sejak setahun lalu.
Lan berkata, semenjak isterinya, Noor Ainon Mohd Saaid, 53 disahkan lumpuh, kehidupannya bersama tiga anak berusia 20, 25 dan 27 tahun banyak dihabiskan di wad hospital berkenaan.
Menceritakan keadaan Noor Ainon, Lan memaklumkan, kini isterinya hanya mampu untuk menggerakkan mata untuk berhubung dan tidak kira apa juga keadaan, mereka sekeluarga tetap setia menemaninya sebagai pendorong semangat.
"Hari ini (semalam) genap setahun isteri saya berada di wad dan saya telah gantung sepanduk serta belon sebagai tanda peringatan ulang tahun pertama dia berada di hospital.
"Jujurnya ia bukan satu tanda kegembiraan buat kami tetapi membawa makna sebaliknya. Saya tidak akan bawa Noor Ainon pulang selagi tidak yakin dengan tahap kesihatannya," katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, Noor Ainon disahkan lumpuh kerana mengalami pendarahan selepas menjalani satu pembedahan tiriod di Hospital Taiping dan mereka sekeluarga menerima takdir itu secara terbuka.
Dalam pada itu, Lan mengakui agak terkilan dengan kelalaian petugas hospital yang didakwa cuai ketika melaksanakan pemeriksaan susulan.
"Akibat pendarahan dan komplikasi berkenaan, isteri saya terpaksa melalui satu lagi pembedahan. Selepas itu dia mula tidak sedarkan diri serta terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
"Kini dia boleh gerakkan mata namun tidak pasti dapat melihat atau tidak. Kami sekeluarga masih menunggu maklum balas pihak hospital berkenaan isu ini," jelasnya.
Dia serta keluarga yang kini menetap di Regat Desa Jaya, Taman Desa Jaya 4, Kamunting masih berharap untuk melihat Noor Ainon pulih seperti sedia kala dan masih boleh bersabar sehingga kini.
"Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang maklum balas berkenaan kes yang menimpa isteri saya ini dalam tempoh masa tertentu, saya akan ambil tindakan susulan bagi menuntut keadilan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman yang dihubungi menjelaskan bahawa beliau sedia maklum tentang perkara itu dan sepanjang tempoh berkenaan Hospital Taiping memberikan rawatan bersesuaian untuk pemulihan.
"Selain rawatan hospital, kami turut berusaha mendapatkan rawatan luar dalam usaha mengubati isterinya.
"Berhubung dakwaan petugas hospital ini lalai serta melakukan kecuaian, buat masa ini siasatan di peringkat kementerian telah selesai dan sejumlah bayaran akan diberikan kepada pesakit. Namun amaun sebenar belum diketahui," jelas beliau.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menepati janjinya untuk memberi peluang kepada pengundi-pengundi luar negara mengundi pada pilihan raya umum ke-13 yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Menurut Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, SPR sepatutnya membentangkan 'statute paper' dan menteri seharusnya memaklumkan kepada parlimen berkenaan pindaan Peraturan Pengurusan Perjalanan Pilihan Raya.
"Malangnya ia tidak ada, sedangkan hari ini adalah sidang parlimen terakhir sebelum pilihan raya yang dijangka berlaku pada bila-bila masa," katanya kecewa.
Jelas Fuziah, sewaktu SPR berjumpa ahli-ahli Parlimen mereka mengatakan kertas tersebut akan dibentangkan pada sidang parlimen kali ini.
"SPR telah menafikan hak rakyat yang berada di luar negara untuk mengundi," katanya.
Turut bersama dalam sidang media ini, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahamud.
Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, perkara ini sudah diputuskan dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya (PAC) yang dibentangkan pada April lepas.
Malah katanya, perkara ini tidak melibatkan perlembagaan dan ianya hanya peraturan di bawah kuasa SPR sahaja.
"Jadi kita beranggapan setelah jaminan diberi dan diputuskan dalam PAC, ianya akan dibentangkan. Tetapi sampai hari ini tidak ada satu pindaan, maka statusnya sama.
"Jadi tidak ada kemajuan baik pulih dan penambahbaikan pilihan raya seperti mana yang kita minta," katanya dalam sidang media.
Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw meminta SPR menjelaskan mengapa mereka tidak dapat menunaikan janji untuk membuat pindaan tersebut dalam sidang parlimen kali ini.
"Apa sebab musababnya, adakah SPR akan bentang pada Mac 2013 nanti?" tegasnya.
Penduduk menunjukkan sebahagian batu nisan yang rosak.
Penduduk menunjukkan tanah perkuburan di ladang kelapa sawit.
SELINSING - Ruang terhad dan persekitaran menyedihkan! Itulah realiti tapak perkuburan tanah perkuburan 'terpencil' di kawasan Ladang Sawit Eng Thye, Kuala Gula di sini.
Sudahlah lokasinya jauh dari penempatan penduduk, keluasan tanah kubur kurang satu hektar terbiar dikelilingi 'hutan' sawit .
Tanah perkuburan ihsan seorang penduduk asal berbangsa Jawa yang mewakafkan tanahnya untuk kegunaan penduduk Kampung Nelayan Kuala Gula sejak 60 tahun dahulu kini sesak.
Wakil penduduk, Razak Md Desa,45, berkata, 500 penduduk menuntut Kerajaan Negeri menyediakan tapak perkuburan baru menggantikan tapak perkuburan tersebut yang jauh dan sukar dikunjungi penduduk.
Menurutnya, pihaknya sudah mengemukakan permohonan mendapatkan tapak tanah perkuburan baru melalui pelbagai saluran sejak 25 tahun dahulu, bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan susulan diambil.
"Sejak 60 tahun dahulu, kami terpaksa menanam jenazah keluarga kami di kawasan tanah perkuburan yang jauh dari penempatan dan terletak di tengah-tengah ladang sawit.
"Lebih mengecewakan, penduduk yang hendak menziarahi pusara keluarga terpaksa meminta izin daripada pengurusan ladang untuk pergi ke tapak perkuburan dan tidak dibenarkan membawa cangkul disebabkan bimbang hasil sawit mereka dicuri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai lebih 20 penduduk kampung mengadakan perhimpunan aman menuntut janji penganugerahan tapak tanah perkuburan baru di kampung mereka ditunaikan.
Macam kubur tinggal
Razak berkata, tuntutan mendapatkan tapak tanah kubur baru penting memandangkan bilangan penduduk kampung kini mencecah 700 orang dan dijangka bertambah pada masa hadapan.
Menurutnya, tapak tanah perkuburan Islam baru di Kuala Gula dijangka turut memberi manfaat kepada lebih 300 penduduk yang tinggal dan bekerja di Ladang Chersonese, Alor Pongsu.
"Keadaan tapak perkuburan sedia ada terlalu terpencil dan menyeramkan menyebabkan penduduk jarang mengunjunginya kecuali pada hari perayaan.
"Keadaan itu turut menyebabkan terdapat sebahagian penduduk kampung mengambil keputusan menanam jenazah keluarga mereka di kawasan lebih jauh sehingga ke Kuala Kurau dan Alor Pongsu yang terletak lebih 15 kilometer dari kampung.
"Tuntutan penduduk bukanlah melampau, cukuplah sekiranya tapak baru yang diluluskan dekat dengan kawasan kampung dan memudahkan kami untuk datang menziarah," katanya.
Seorang lagi penduduk, Wahab Arop, 51, berkata, keadaan tanah perkuburan sedia ada amat menyedihkan apabila sebahagian besar batu nisan rosak akibat dilanggar binatang seperti babi hutan dan lembu.
Menurutnya, selain batu nisan yang rosak, kawasan perkuburan itu turut dicemari dengan najis lembu seolah-olah berkeadaan 'kubur tinggal' apabila tiada usaha penyelenggaraan dan membaik pulih tapak berkenaan walaupun ianya tapak perkuburan utama penduduk.
"Sebelum ini, penduduk turut memohon pembinaan pagar di keliling tapak perkuburan itu bagi mengelakkan serangan binatang buas dan meminta kemudahan jalan untuk ke lokasi berkenaan dinaik taraf demi kemudahan kami.
"Namun, sehingga kini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada Kerajaan Negeri dan wakil rakyat terdahulu dan terpaksa membiarkan tanah kubur seperti sedia ada disebabkan kami juga tidak mampu untuk membiayai kos membaik pulih," katanya.
Kecewa kampung terpinggir
Bagi nelayan, Rosdi Che Ros,42, pula, penduduk kampung kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri meminggirkan keperluan mereka di kampung itu apabila permohonan untuk memperbesarkan masjid juga turut diketepikan sehingga kini.
Menurutnya, keadaan masjid sedia ada kini semakin sesak sehingga menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa menunaikan solat Jumaat di masjid terletak di kawasan lebih jauh.
"Bagaimana Kerajaan Negeri boleh meluluskan perlaksanaan projek akuakultur di Pulau Gula seluas 320 hektar, tetapi permohonan penduduk untuk mendapatkan tanah kubur dan menaik taraf masjid sering diketepikan.
"Di sebalik usaha Kerajaan Negeri mewartakan Kuala Gula sebagai kawasan eko-pelancongan yang menjadi tumpuan masyarakat dunia, sejauh mana usaha mereka menaik taraf pembangunan di sini agar selari dengan keperluan semasa.
"Kami tidak mahu sekadar ditaburi janji kosong dan menggesa permohonan kami diberi pertimbangkan serius memandangkan majoriti penduduk merupakan penyokong Barisan Nasional(BN)," katanya.
Adun minta kerajaan prihatin
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Selinsing, Husin Din ketika dihubungi menggesa perkara ini diberi keutamaan segera oleh Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah(PDT) Kerian memandangkan isu tanah kubur merupakan keperluan utama penduduk.
"Saya maklum mengenai isu ini, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan fungsi wakil rakyat parti pembangkang dipinggirkan sehinggakan kami tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat majlis tindakan daerah.
"Sekiranya kami tidak dijemput, bagaimana kami hendak menyalurkan permasalahan rakyat kepada Kerajaan Negeri? Lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri sedia ada ditadbir oleh Barisan Nasional(BN).
"Justeru, kami ketandusan saluran dan sekadar mengharapkan sidang Dewan Undangan Negeri(Dun) untuk mengemukakan permasalahan rakyat," katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha berkata, Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah Kerian sememangnya memandang serius permohonan penduduk kampung untuk mendapatkan tanah perkuburan baru memandangkan tapak perkuburan sedia ada dikenal pasti tidak sesuai.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih dalam proses mencari tapak sesuai bagi tujuan itu susulan beberapa lokasi yang dicadangkan sebelum ini memerlukan kos pembayaran pampasan yang amat tinggi.
"Baru-baru ini, Kerajaan Negeri mengenal pasti sebidang tanah dengan keluasan enam hektar yang terletak bersebelahan bangunan Klinik Komuniti Kuala Gula dianggap sesuai untuk dijadikan tapak perkuburan baru.
"Bagaimanapun, kami tengah menunggu laporan pengesahan nilai harga tanah itu daripada jurunilai bagi membolehkan perbincangan lanjut dibuat dengan pemilik tanah, syarikat Sime Darby.
"Sekiranya rundingan dengan syarikat berkenaan mendapat hasil positif, Kerajaan Negeri akan memikirkan cara untuk mendapatkan dana bagi membiayai kos pembayaran pampasan kepada tuan tanah," katanya.
Zaili meminta penduduk kampung bersabar dan menegaskan perkara ini sudah berada dalam pengetahuan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
"Dalam lawatan Menteri Besar ke Kuala Gula pada Jun lalu, beliau sendiri memberi jaminan kepada penduduk kampung untuk menyelesaikan tuntutan tapak perkuburan baru dan proses rundingan dengan Sime Darby kini di peringkat lebih serius.
"Justeru, saya meminta perkara ini tidak dipolitikkan memandangkan ianya tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat," katanya.
Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.
Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.
TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.
Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.
Saya pun menjawab dengan gurauan, "wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan." Rakan saya itu menjawab pantas, "Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahajalah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?" katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan bergegar-gegar Presidennya itunya itu.
Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.
UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan 'initiative' untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai'ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.
Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.
UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.
Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.
Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.
KUALA LUMPUR - Hubungan keluarga yang renggang, mementingkan kerjaya serta mahu diberi perhatian menjadi antara faktor utama wanita di negara ini mudah terjebak dalam penipuan internet yang melibatkan kerugian RM50 juta pada 2011.
Anggota Majlis Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhatian serius perlu diberikan terhadap bahaya kes penipuan dalam internet terhadap wanita dan masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara itu.
Justeru, beliau mencadangkan supaya badan bukan kerajaan mengambil inisiatif dengan menubuhkan kaunter perkhidmatan aduan awam sekiranya berlaku kes penipuan tersebut.
"Gadis zaman sekarang tidak rapat dengan keluarga atau golongan yang lebih tua untuk membincangkan masalah dan pentingkan kerjaya jadi mereka lebih suka mencari jalan penyelesaian sendiri dan ini adalah punca berlakunya jenayah ini," katanya kepada Bernama.
Menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, seramai 1,436 wanita tempatan terjerat dengan pujukan warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.
Ia meningkat daripada 514 pada 2010 menjadi 671 pada 2011 dengan kerugian mencapai RM20 juta pada 2010, RM50 juta (2011) dan RM17.6 juta bagi lima bulan pertama tahun ini.
Sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, 417 wanita tempatan menjadi mangsa kes penipuan melalui laman sosial kemudian memujuk mangsa supaya mengirimkan wang.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata penipuan internet bukan hanya melibatkan wang namun melibatkan hati dan perasaan kerana golongan wanita berusia 40-an, yang belum berumahtangga serta janda merupakan mangsa yang paling ramai.
"Mereka kebanyakannya mempunyai kewangan yang stabil namun kurang menerima perhatian, jika mereka mendapat rakan siber khususnya lelaki yang mengambil berat serta memberi perhatian maka mereka dengan mudahnya akan percaya setiap kata-kata lelaki tersebut," katanya.
Seorang broker insurans yang ingin dikenali sebagai Lim , 47, pernah menerima kejutan yang teruk apabila ditipu lebih RM1 juta oleh seorang lelaki Kanada melalui laman sesawang www.match.com pada September tahun lepas.
Lelaki yang dikenali sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe berusia 48 tahun mendakwa bekerja sebagai jurutera kimia di Petronas cawangan Terengganu.
"Saya telah menyerahkan sebanyak RM1,021,000 kepada Joe tanpa bertemu muka dengannya. Dia mengalami masalah kewangan dan meminta tolong. Dia menceritakan banyak masalah peribadi dan saya berasa simpati," katanya.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Rina, 38, merupakan seorang janda dan memiliki sebuah perniagaan mengalami kerugian RM135,800 kerana ditipu rakan sembang MySpace.
Presiden Persatuan Ekonomi, Pengguna dan Keluarga Malaysia (MCAFEA) Dr Jariah Masud pula berpendapat wanita yang selalunya terjebak dengan masalah ini adalah mereka yang tidak banyak bergaul, selalu membuat keputusan sendiri dan tidak mendapatkan nasihat orang lain dalam membuat keputusan.
"Mereka ini mudah menerima apa sahaja yang disampaikan oleh orang yang tidak mereka kenali tanpa usul periksa malah tidak memikirkan implikasi serta tidak berfikir panjang, lebih mudah dipengaruhi dengan pujukan emosi.
"Ada di kalangan mereka yang terjebak ini mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi tidak memiliki kehidupan yang baik serta kurangnya kemahiran kehidupan," katanya. - Bernama
TEL AVIV - Seorang pegawai atasan tentera Israel didakwa, mencetuskan isu perkauman selepas memuat naik gambar wajahnya yang dilumuri lumpur dan menggelarnya sebagai 'gaya Obama' ke laman sosial Facebook Tindakan Leftenan Sacha Dratwa, 29, itu dianggap menghina Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan menimbulkan kemarahan rakan Fecebook terutama dari AS.
Laman berkenaan menjadi bualan rakyat AS sekali gus memaksa Dratwa memohon maaf atas sikap keterlaluannya itu.
"Bermuka hitam adalah sangat perkauman dan mungkin ada yang terguris dengan gaya anda," komen seorang daripada rakan Facebooknya.
Sementara itu, sebahagian pengguna rangkaian sosial lain melabelkan tindakan Dratwa sebagai kesilapan kecil dan lebih bodoh daripada sifat perkauman.
Dratwa yang bertanggungjawab sebagai jurucakap dan pengemas kini akaun Twitter rejim, bertindak menyekat masuk akaun Facebook peribadinya dan memberi jawapan bahawa dia bukan individu bersifat perkauman.
"Tolong berhenti menyebarkan fitnah terhadap saya," kata warga Belgium itu. - Mail Online
NGO Malaysian Crime Watch Task Force (MyWATCH) mendakwa statistik Kerajaan Pusat tidak melambangkan realiti sebenar di mana kes-kes jenayah semakin menular sehingga anggota polis menjadi mangsa.
Pengerusinya, R Sri Sanjaven berkata masyarakat kini dibelenggu rasa ketakutan kerana jenayah boleh berlaku tidak mengira waktu dan tempat.
"Kita sekarang dalam keadaan tidak selamat lagi, kejadian kecurian dan pembunuhan semakin meningkat itupun kerajaan mendakwa bahawa negara masih lagi selamat," katanya di dalam satu sidang media di sini semalam.
Hadir bersama Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang juga penaung MyWatch.
Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka yang menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu, manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.
Akan tetapi statistik tersebut dipertikaikan Sanjaven yang merujuk kepada kes berprofil tinggi seperti kecurian kereta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang ketika itu menjawat Ketua Polis Selangor.
Malah juga terdapat cubaan untuk merompak rumah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye turut Oktober lepas.
Ujar beliau, kerajaan perlu memberi penjelasan dan telus dalam mengumumkan indeks statistik jenayah.
Dalam pada itu, Musa berkata pihak polis dan kerajaan sewajarnya melantik pihak ketiga yang bebas seperti universiti untuk memberikan data statistik jenayah.
Katanya semasa beliau menjadi Ketua Polis Negara, pakar-pakar bebas yang mempunyai pengalaman luas dipanggil bersama untuk membuat kajian berkenaan indeks statistik jenayah.
"Semasa menjadi KPN, kita mendapatkan geran daripada kerajaan untuk Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuat penyelidikan terhadap statistik kadar jenayah dari pihak polis.
"Kajian itu telah dijalankan oleh Professor Sundramorthy, dan program itu sepatutnya terus berjalan sehingga kini," katanya. -selangorku
KUALA LUMPUR: NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) hari ini menyerahkan memo bantahan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung pemecatan seorang kakitangan jabatan itu yang disifatkan sebagai bermotifkan politik.
Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Jawi pada jam 11.30 pagi tadi, di pejabat Jawi.
Hampir 20 orang menyertai rombongan menyerahkan memorandum tersebut.
Turut serta termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh, Ketua Penerangan Muslimat Wilayah Salbiah Wahab dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.
Sebelum ini seorang kakitangan sementara Jawi, Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.
Pemecatan itu didakwa ada kiatan dengan tindakan beliau menghadiri menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.
Qatrun Nada telah disiasat 22 Oktober lalu dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa 1 Disember ini.
Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.
Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lepas.
Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.
Qatrun Nada merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.
Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jawi.
Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan.
Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut air bersih di UMS Labuan pada 2009.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan lebih 118 waran tangkap kepada pesalah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) apabila mereka gagal hadir ke mahkamah.
Bagi kes pertama sebanyak 120 saman dikeluarkan dan diarahkan hadir ke mahkamah hari ini tetapi hanya dua orang sahaja yang hadir.
Namun kedua-dua mereka tidak menggunakan khidmat peguam Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) dan mengaku salah.
Hakim Mahkamah Majistret Trafik, Noorasyikin Sahat memutuskan kedua-dua mereka perlu membayar denda minimum sebanyak RM300.
Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff (gambar atas) yang hadir mendengar kes tersebut menjelaskan atas tindakan pelaksanaan AES secara tergesa-gesa menyebabkan rakyat tidak mengetahui apa itu saman AES.
Malah menurut beliau lagi, tindakan saman AES yang mengelirukan itu juga turut memberi beban kepada pengguna jalan raya apatah lagi bila waran tangkap dikeluarkan.
"Pelaksanaan secara tergesa-gesa menyebabkan rakyat tidak tahu apa itu AES dan mereka menjadi mangsa kerakusan kerajaan.
"Rakyat tidak mengetahui apa itu AES menyebabkan kebanyakkan mereka tidak hadir pada hari ini, kerajaan tidak memberikan penjelasan yang lebih terperinci kepada rakyat dan akibatnya semua pihak terbeban," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, beliau menberitahu Kase tidak mengetahui bahawa terdapat pendakwaan pertama bagi kesalahan AES dan beliau hanya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Saya telah menemui dua orang penerima saman AES dan ingin membela di mahkamah sebentar tadi, tapi disebabkan mereka tidak mengetahui apa yang ingin kita bantu.
"Jadi kedua-dua mereka memutuskan untuk mengaku salah dan membayar denda tersebut," sambung beliau.
Menurutnya, kes pertama AES yang akan dibawa oleh Kase adalah pada 4 Disember di mahkamah yang sama.
Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.
Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.
"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri.
Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.
Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.
Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.
Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah.
Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan." -mk
Jiali bertahan ketika menerima rawatan di hospital Xijing, China.
GANSU - Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas sekumpulan doktor berupaya mencabut pemutar skru dari hidungnya di Tianshui, wilayah Gansu, China.
Akhbar tempatan melaporkan, Jiali Gang, 4, dipercayai tergelincir ketika bermain di rumah neneknya.
Menurut ibu mangsa, Jiali dikejarkan ke dua hospital, namun doktor enggan merawatnya kerana berisiko tinggi.
"Saya bergegas ke hospital Xijing untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Jiali terlalu tenat ketika itu," katanya.
Sementara itu, pakar bedah Yu Qin berkata, dari imbasan x-ray, pemutar skru itu hanya terletak dua hingga tiga milimeter dari bahagian otaknya.
"Dia berisiko mengalami kerosakan sel jangka panjang. Kami berjaya melakukan pembedahan tanpa mengusik bahagian otaknya," katanya. - Daily Mail
Mohamad Yusoff Zainal meninggal dunia setelah ditimpa buah durian semasa didukung ibunya.
Zainal menunjukkan buah durian yang terkena anaknya di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, kelmarin.
NIBONG TEBAL - Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian semasa di dukungan ibunya ketika sedang mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian dibelakang rumah mereka dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ibunya, Samimi Kasmin, 29, membawa bersama Mohamad Yusoff itu keluar bersama, ketika sedang mengutip pakaian, tiba-tiba buah durian gugur mengenai kepala dan bahunya.
Mangsa merupakan anak sulung kepada pasangan Samimi dan Zainal Abedin, 52.
Panik dengan keadaan itu, Samimi merupakan warganegara Indonesia cuba mententeramkan anaknya sebelum menghubungi suaminya yang ketika itu tidak berada dirumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superitendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, buah durian seberat 2.150 kilogram (kg) itu gugur daripada pokok lalu terkena kepala mangsa dan bahunya menyebabkan dia menangis kesakitan.
"Keadaan ini menyebabkan ibu mangsa ketakutan dan dalam masa sama cuba memberikan bantuan dengan menggosok-gosok kepala anaknya itu.
"Samimi kemudiannya bertambah panik selepas mendapati anaknya itu tiba-tiba berhenti menangis dan tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi suaminya sejurus selepas itu," katanya.
Shafien berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia meninggal dunia kira-kira jam 5 petang, sejam selepas kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Lama Sungai Bakap petang, semalam.
Difahamkan akibat terlalu sedih dan tidak mampu mengawal diri, Samimi dilaporkan pengsan di perkarangan hospital.
TAHAN...dua wanita warga emas dicekup kerana disyaki berkelakuan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan.
BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin.
Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat di beberapa lokasi pusat hiburan berkonsepkan 'bar korek', pada jam 11 malam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan 50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan.
Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.
RAI...penyokong kembali bersorak selepas skuad negara menang malam tadi.
PENYERANG negara, Safee Sali mengakui sudah mendapat kembali keyakinannya selepas membantu skuad negara menewaskan Laos malam tadi.
Penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu nyata mempunyai aura tersendiri apabila diperlukan seperti mana edisi dua tahun lalu.
"Walaupun hanya satu jaringan, ia tetap memberikan keyakinan kepada saya untuk meneruskan memburu lagi gol dalam saingan selepas ini.
"Lebih penting, gol yang saya jaringkan itu menaikkan keyakinan dan semangat rakan sepasukan untuk memburu tambahan jaringan," katanya yang turut membuat lambang S menggunakan jarinya selepas menggegarkan gawang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Safee meledak jaringan kedua selepas Safiq Rahim membuka jaringan untuk skuad negara, diikuti jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd Khyril Muhyameen Zambri.
Bagaimanapun Safee tetap kecewa apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan lebih banyak gol.
"Mungkin saya terlalu gopoh dan ghairah mahu menjaringkan gol," katanya yang turut bimbang mengenai keadaan padang teruk.
TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang
membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.
"Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar," kata beliau.
Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.
"Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.
Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.
Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Shahrizat yang disifatkkannya 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.
(Shahrizat dalam Himpunan Agung Umno semalam.Foto The Star)
"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.
"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.
Ahli parlimen Pokok Sena itu turut meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.
"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.
"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.
Semakin hampir PRU Ke-13, semakin menyerlah kebangkitan PAS Johor, negeri Muhyiddin Yassin yang bersungguh-sungguh untuk menentang PAS habis-habisan.
Laporan terkini memberi khabar gembira hampir setiap hari iaitu bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS/Pakatan Rakyat Johor, negeri yang digahkan sebagai kubu kuat Umno selama ini.
Sabtu, 1 Disember ini akan diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran Rakyat Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat dari jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. Dijangkakan puluhan ribu orang akan membanjiri Dataran Rakyat itu untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan negeri Johor.
Himpunan Rakyat ini dijangka akan menyerlahkan sekali lagi gelombang kebangkitan rakyat Johor dalam usaha untuk menukarkan kerajaan Umno/BN yang memerintah lebih suku abad kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Seperti yang saya katakan dulu bahawa tsunami politik Malaysia dijangka akan bermula dari negeri paling selatan, iaitu negeri Johor, kemudian akan melimpah ke negeri lain, khususnya Negeri Sembilan, dengan negeri Melaka juga dijangka akan mengalami perubahan.
Perkembangan di negeri Johor ini sangat luar biasa, di mana sebuah negeri yang selama ini menjadi benteng pertahanan Umno kelihatan telah bertukar wajah dengan mood rakyat yang mahukan perubahan disebabkan pelbagai isu besar dan kecil.
Antaranya, pengambilan tanah rakyat, pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat tempatan, harga barangan yang melambung naik, yang tidak mampu ditanggung oleh rakyat tempatan, harga rumah yang tidak mampu dibeli oleh rakyat, sementara rumah sewa juga begitu mahal.
Bagi rakyat Johor, seperti yang saya tinjau beberapa kali di Muar, Batu Pahat, Segamat, Simpang Renggam, Labis, Gelang Patah Kota Tinggi, Endau, Mersing, dan sekitar Johor Bahru, keluh kesah mereka semakin meningkat, terutamanya harga barang keperluan harian yang melambung. Setiap hari mereka seolah-olah 'bertanding' daya beli dengan pembeli dari Singapura yang mempunyai dollar bernilai tinggi.
Ini bukan saja dirasai oleh penduduk sekitar Johor Bahru, bahkan sampai ke Gelang Patah, malah sampai ke Air Hitam dan daerah yang lebih jauh.
Penduduk tidak melihat ada sebarang usaha konkrit dari kerajaan Umno/BN negeri Johor untuk menyelesaikan masalah rakyat, dalam masa yang sama pemimpin politik yang berkuasa hidup bermewah-mewah.
Dalam suasana baru di negeri Johor, jika sesiapa yang datang ke negeri itu akan mendapati bendera PAS dan Pakatan Rakyat ada di mana-mana, malah hingga di ceruk kampung yang selama ini diketahui sebagai 'lubuk Umno'. Dalam masa yang sama markas PAS besar dan kecil kelihatan begitu rancak dengan pelbagai kegitan parti siang dan malam.
Mereka benar-benar telah bersiap untuk menghadapi PRU akan datang, untuk menunjukkan PAS/Pakatan Rakyat negeri Johor mampu membuat perubahan.
Oleh itu tidak memeranjatkan apabila membaca analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Masduki, meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai fix deposit Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat Umno, beberapa penemuan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberangsangkan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.
Pola sokongan pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.
Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.
Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.
"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.
Menurut pendapat saya, apa yang penting sekarang ini bagi PAS/Pakatan Rakyat Johor ialah mengekalkan momentum sokongan rakyat yang ada sekarang, bahkan meningkatkannya dan jangan sekali-sekali membuat sebarang kesilapan. Over-confidence juga tidak baik.
Saya yakin pimpinan PAS/Pakatan Rakyat Johor mampu membuat kejutan dalam PRU akan datang ini.
SHAH ALAM – Doa dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan ditujukan kepada individu, bukan pertubuhan.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa 'KO BN' yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat, tidak bercanggah dengan enakmen itu.
Jika bercanggah, katanya, ia boleh diadukan kepada Majlis Agama Islam Kelantan.
"Pas mendoakan (terhadap kemusnahan) Barisan Nasional (BN) kerana parti itu adalah lawan kami. Ia doa biasa terhadap lawan supaya ia lemah dan musnah.
"Ia tidak mendoakan (terhadap kemusnahan) ahli-ahli Umno, individu atau tokoh politik tertentu. Jika mendoakan ahli Umno, kita mendekati mereka dan mendoakan supaya mereka diberikan petunjuk," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
ANGGOTA polis mengelilingi suspek (dalam bulatan) yang menjadikan Wan Nor Hayati sebagai tebusan di Samarahan kelmarin.
SAMARAHAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghadapi detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia yang menghadapi masalah hutang kelmarin.
Kejadian pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, kampus tersebut di sini itu menyebabkan Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, dari Kelantan trauma apabila diacu pisat lipat oleh suspek.
Bagaimanapun, pelajar tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) universiti tersebut tidak dicederakan.
Polis yang tiba sebaik menerima maklumat kemudian telah membuat rundingan dengan suspek sebelum lelaki itu bersetuju melepaskan mangsa.
Difahamkan, suspek dari Lempur Danau, Jambi Indonesia berusia 30 tahun tersebut datang ke negara ini pada Sabtu lalu untuk mencari pekerjaan.
Sebaik tiba di Kuching, suspek telah tinggal di rumah kongsi bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai buruh binaan di dalam kawasan kampus tersebut.
Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah menerima panggilan dari kampung mengatakan anak dan isterinya telah ditahan dan diugut ah long kerana hutang yang dibuatnya.
Suspek yang berang apabila majikan tidak mengizinkannya pulang kemudian nekad menggunakan jalan mudah untuk dihantar pulang dengan menjadikan mangsa sebagai tebusan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, semasa menahan mangsa, suspek memberitahu pelajar itu supaya 'jangan bimbang saya takkan cederakan kamu, panggil polis saya banyak lakukan dosa.'
Katanya, sebaik tiba, pihaknya tidak mengambil masa yang lama untuk membuatkan suspek menyerah diri dan melepaskan tebusan.
"Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian tetapi tidak menolak kemungkinan suspek berbuat demikian kerana masalah keluarga di kampungnya.
"Kita juga percaya suspek berbuat demikian untuk mendapat perhatian polis supaya dihantar pulang," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Zulkifli, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.
Sementara itu, Wan Noor Hayati memberitahu, dia tidak dapat melupakan saat-saat cemas ketika ditawan selama sejam.
Katanya, sebelum kejadian, dia sedang berjalan bersama rakan, Siti Nurfarawahida Abdul Rahim, 22, untuk ke kelas sebelum suspek menerpa dari belakang.
"Saya cuba leraikan pelukan lelaki tersebut dengan cara memukul menggunakan payung tetapi bukan sahaja gagal malah, pelukan itu semakin kuat. Ketika itu saya hanya memikirkan mengenai nyawa saya melayang," cerita anak ketiga daripada lima beradik itu yang masih trauma ekoran kejadian tersebut.
Tambahnya, dia ada bertanya mengapa dia dijadikan sasaran tetapi suspek tidak menjawab. Dia bagaimanapun bersyukur apabila dilepaskan sebaik polis tiba.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unimas, Mohd. Fadzil Abd. Rahman berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepada keluarga mangsa.
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya.
Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".
"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.
Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Selain Najib, turut menjadi sasaran menjelang Perhimpunan Agung Umno ini adalah Naib Presiden Umno paling kanan, Datuk Seri Hishamudin Husein.
Hishamudin, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis. Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam satu sidang medianya.
MIRI - Piasau Jaya atau lebih dikenali sebagai Piasau Link merupakan kawasan perumahan rakyat yangsudah dibina khas untuk Bumiputera berpuluh tahun yang lalu. Di situ terdapat sebuah bangunan kedai untuk peniaga Melayu menjalankan perniagaan. Di hadapan kedai terdapat sebuah taman rekreasi untuk penduduk perumahan bersantai.
Baru-baru ini kita mendapat aduan dari penduduk di situ mengatakan bahwa taman rekreasi tersebut sepatutnya dibina untuk bersantai tapi sayangnya kawasan tersebut terbiar begitu saja tanpa sebarang penyelenggaraan. Walaupun bersebelahannya terdapat sebuah gelanggang futsal tetapi taman rekreasi yang berhampiran dengan kedai agak terbiar.
Kawasan tempat duduk agar kotor dan becak dengan air bertakung apabila musim hujan dan kawasan parkir juga terhad. Setakat ini jarang sekali melihat orang ramai bersantai dalam taman tersebut kecuali nyamuk dan serangga.
Menurut pengadu lagi, mereka telah dijanji oleh setiausaha politik Datuk Peter Chin yang kawasan itu akan dijadikan kawasan persekitaran hijau dan taman rekreasi, tetapi malangnya kawasan yang sepatutnya menjadi tempat orang bersantai dan juga tempat berniaga telah bertukar menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Air bertakung dan juga tiada penyelenggaraan yang baik menyebabkan orang ramai tidak ingin hendak bersantai di kawasan itu kerana kawasan tanahnya kotor terutama sekali selepas hujan.
Begitu juga dengan tong sampah besar yang penuh dengan sampah diletak di tepi jalan masuk kedai di situ juga tidak sesuai dan tidak elok dipandang oleh para pengunjung.Sepatutnya tong sampah tersebut diletak di kawasan yang sesuai untuk pembuangan sampah bukannya diletakkan dihadapan jalan masuk taman itu. Ianya akan nampak terlalu kotor apabila terlalu banyak sampah dibuang disitu sekiranya pihak yang berkenaan lambat untuk mengutip sampah tersebut.
Kita mencadangkan agar tapak tempat duduk di kawasan taman itu perlu diubahsuai sepenuhnya, agar ianya sesuai untuk para pengunjung bersantai. Begitu juga perlu ada tapak untuk berniaga dan kawasan parkir juga perlu ditambah.
Untuk mencantikkan lagi taman itu, tapak untuk berjalan kaki dan tempat duduk perlu ada lantai semen, agar ianya tidak kotor terutama sekali selepas waktu hujan.
Apabila taman rekreasi nampak cantik maka pengunjung pun suka bersantai sambil menikmati udara segar dibawah pohon yang rendang. Disamping itu para peniaga juga mendapat hasil dari para pengunjung dan ini akan menambahkan pendapatan para peniaga di situ. Secara tidak langsung ini akan menaikkan imej kawasan perumahan Piasau dan juga bandaraya Miri sebagai pusat pelancongan.
Kerjasama dengan pihak MBM danjugapihak yang berkenaan amat dihargai, kita ingin melihat kawasan perumahanserta bandaraya Miri nampak cantik dan sesuai sekali dengan gelaran pusat bandaraya pelancongan. Kebersihan dan kesihatan penduduk adalah tanggungjawab kita bersama tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Piasau Recreation Parks should be Refurbished
MIRI - Piasau Jaya or better known as Piasau Link is a housing area that is built for the Bumiputera decades ago. There is a shops building for the Malay traders to do business. In front of the shop there is a recreational park for housing residents relaxing.
Recently we received complaints from residents there, said that recreational park was built for relaxation but unfortunately the area was abandoned without any maintenance. Although next to it there is a futsal court, but the recreational park near the shop is quite idle.
The seating area is so dirty and muddy with the stagnant water when the rainy season and the parking area is also limited. So far rarely see people relaxing in the park except for mosquitoes and insects.
According to the complainant, they have been promised by the political secretary of Datuk Peter Chin, that the area will be turned into a green environment and recreational parks, but unfortunately the area is supposed to be a place where people relaxing and also a place of business has turned into a breeding ground for mosquitoes. Stagnant water and no good maintenance cause people do not want to relaxing in the area because the ground is dirty especially after rain.
Similarly, a large trash bin full of garbage at the roadside placed at the entrance of the shops are also not appropriate and is not good to be seen by the visitors. The trash should be placed at the suitable area for garbage disposal instead of placed in front of the park entrance. It would look too messy when too much rubbish dumped there if the party concerned is slow to collect the rubbish.
We propose that the site seating in the park areas, it should be completely renovated, so it is appropriate for the visitors relaxing. Similarly, there should be a site for business and parking areas should also be increased.
To beautify the park, the site for walking and seating should have cement floor, so it is not dirty, especially after rain.
When recreational parks look beautiful then visitors love to relax and enjoy the fresh air under the shade of a tree. Besides, the traders also earn income from the visitors and this will increase the income of traders there. Indirectly, this will enhance the image of the Piasau residential areas and Miri city as a center for tourism.
The collaboration with the MCC and the parties concerned is very much appreciated, we would like to see residential areas and Miri city look beautiful and dovetails well with the title of the tourist city center. Cleanliness and population health is our joint responsibility, regardless of race, religion and political affiliation.
KUALA LUMPUR 28 November: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka.
Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN.
Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
"Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.
"Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.
"Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi," jelas Fahmi.
Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.
Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.
Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.
Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.
Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.
Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.
"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.
Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.
Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?
Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.
Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?
Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.
Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?
Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri Pertahanan.
Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?
Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.
Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?
Ya boleh dikatakan begitu.
Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?
Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.
Sebelum ini tidak ada apa-apalah?
Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.
Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?
Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.
Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...
Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.
Saudara memang kenal Bala?
Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.
Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?
Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.
Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?
Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.
Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?
Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.
Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?
Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.
Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?
Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.
Jadi apa tindakan saudara?
Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.
Apa tindakan selepas itu?
Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.
Oleh: siasahkini Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah. ~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti. [...]
Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail. Muktamar kali ke 58 yang diadakan oleh PAS baru-baru ini telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh perwakilan sebagai muhasabah kepada seluruh ahli dan kepimpinan bagi memantapkan parti, apatah lagi dalam persiapan untuk mendepani Pilihanraya Umum yang boleh berlaku bila-bila masa daripada sekarang. Syabas dan tahniah [...]
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana [...]
KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya mendapat maklumat daripada sumber yang terpercaya bahawa mengikut tinjauan yang baru saja diadakan, majoriti peniaga dan masyarakat non muslim di Kota Bharu sudah cukup selesa dengan peraturan kedai gunting dan salun yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan MPKB-BRI," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia," Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Katanya, para peniaga non muslim merasa lebih beruntung kerana hampir semua pengunjung wanita Islam akan melanggani perkhidmatan mereka dengan selesa tanpa ragu-ragu dengan kehadiran kaum lelaki tetpi jika sebaliknya, mereka mungkin mengalami kemerosotan pelanggan wanita Islam.
Bahkan, ujarnya mereka juga sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Datuk Takiyudin Hasan, exco kerajaan negeri, kelmarin merasa lebih selesa apabila keluarga dan wanita mereka akan melanggani pusat kecantikan tersebut tanpa kaum lelaki yang kehadiran mereka sedikit pun tidak dianggap satu keperluan di premis berikut kecuali gatal sangat mahu didandan rambut mereka oleh wanita.
"Perlu difahami, peraturan ini bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat ugama," ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, agama Islam menyeru kepada keselamatan dan kehormatan wanita, menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat dan kemungkaran.
Beliau menambah, adalah jelas berdasarkan kajian lapangan di seluruh negara, pusat-pusat kecantikan wanita sering menjadi topeng kepada operasi dan kegiatan eksploitasi dan tidak bermoral terhadap wanita.
"Sesuai dengan masyarakat Kelantan yang majoriti besarnya adalah muslim, di samping masyarakat non muslimnya yang begitu tahu, menghormati dan selesa dengan peraturan-peraturan 'Islamik' yang diperkenalkan, adalah wajar sekali peraturan seperti di atas dijadikan panduan dan kajian ke arah melahirkan masyarakat madani/sivil yang menghormati martabat kaum wanita," katanya.
Justeru, ujarnya malang sekali bagi sesetengah pihak, muslim atau bukan muslim, yang menjadikannya sebagai bahan perlecehan dan serangan atas nama hak-hak asasi dan kebebasan.
"Isteri mana selesa melihat suaminya diusap tangan wanita?" tanya beliau.
Ini, kata beliau apatah lagi, wanita non muslim di Kelantan juga sudah cukup selesa dengan pengharaman premis judi dan penghadan penjualan arak di Kelantan.
Menurut beliau, mereka perlukan suami yang bertanggung jawab, tidak pulang ke rumah lewat malam, mabuk dan berang terhadap mereka dan anak-anak di rumah.
Bukankah ini satu kehidupan yang aman dan sejahtera? Bukankah inilah transformasi dan reformasi masyarakat sivil yang gemilang?
"Walau bagaimanapun, saya amat sukacita jika ianya dibincangkan secara sihat. Mana tahu, ia semakin membuka mata kita untuk melihat kesempurnaan panduan agama Islam yang semakin diterima dengan baik hari ini. Usaha penambahbaikan amat dialu-alukan.
"Sehingga kini, tiada yang menentangnya kecuali yang keras kepalanya, luar dan dalam," katanya.
KUALA LUMPUR: Wakil NGO Royalti (R) yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini didakwa telah dihalau ketika cuba masuk ke dewan itu.
Enam orang wakilnya termasuk presiden NGO tersebut, Nazri Deraman telah dihalau ketika berada di tingkat 4 untuk mesuk ke dewan.
Kumpulan mereka kemudian diiring keluar sehingga ke kaki lima luar dewan.
Menurut kenyataan ringkas di Facebook Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali, beliau mendakwa telah dihalau oleh sekumpulan 'samseng' Umno.
"Kami hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul tergempar berikan royalti Kelantan.
"Berginikah layanan parti yg kononnya memperjuangkn Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami diperlakukan bergini?" soal beliau.
Sehubungan itu, mereka terpaksa membuat satu sidang media di kaki lima di luar dewan.
Bising UMNO dalam perhimpunannya isu Tok Guru Nik Razi mendoakan agar Allah menghancurkan UMNO. Takut sangat perwakilan UMNO kalau doa itu mustajab.. Dah kalau depa rasa UMNO bukan zalimi rakyat, tak zalimi hak Terengganu dan Kelantan, tak rampas royalti, tak sapu duit rakyat, tak payahlah takut. Kalau dalam kitab-kitab para ulama, belambak cerita orang-orang soleh doakan kecelakaan orang-orang yg zalim.. Ustaz Nik Razi ok apa... hanya doakan UMNO yang zalim, tak doakan pun orang-orang UMNO yang dokong perjuangan yang zalim..
1) Ibnu Kathir sebut dalam Tafsir beliau menyebut bahawa sahabat Nabi yang bernama Sayyidina Abdullah bin Abbas dalam menghuraikan ayat 148 surah al-Nisa' kata: "Allah tak suka seseorang mendoakan kebinasaan orang lain melainkan kalau orang yang didoakan tersebut menzalimi orang yang berdoa. Maka ketika itu tidak mengapa yang dizalimi mendoakan kebinasaan orang yang dizalimi". (Tafsir Ibni Kathir 1/571)
2) Sahabat nabi yang bernama Sa'd bin Abi Waqqas pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar telah dituduh oleh seorang penduduk Kufah yang bernama Usamah bin Qatadah bahawa Sayyidina Sa'd antaranya tidak adil di dalam hukuman yang diputuskannya. Akhirnya Sayyidina Sa'd telah berdoa: "Saya benar-benar akan berdoa dengan tiga doa. Ya Allah sekiranya hambamu ini (orang yang menuduh) menipu yang dia berdiri hanya untuk tujuan riak dan mendapat nama, maka panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kefakirannya dan timpakanlah dia dengan pelbagai ujian". Lelaki yang menipu itu akhirnya telah berusia terlampau lanjut tetapi masih lagi mengorat dan mengacau anak-anak gadis. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis ke-762)
3) Seorang sahabat nabi yang bernama Sa'id bin Zayd bin 'Amr bin Nufayl telah dituduh oleh seorang wanita yang bernama Arwa bahawa Sayyidina Sa'id telah merampas haknya lalu Sayyidina Sa'd berdoa "Ya Allah, sekiranya wanita itu menipu, maka butakanlah matanya dan jadikanlah kuburnya di dalam rumahnya". Wanita itu akhirnya telah buta dan akhirnya ketika dia sedang berjalan, dia telah terjatuh di dalam sebuah telaga yang berada di dalam kawasan rumahnya lalu dia akhirnya mati di dalam telaga tersebut. (Sahih Muslim, Kitab al-Musaqah, hadis ke-4218)
4) Apabila Hajjaj binYusuf al-Thaqafi membunuh seorang ulama Tabi'in yang bernama Sa'id bin Jubayr secara zalim, al-Imam al-Hasan al-Basri telah berdoa "Ya Allah, wahai tuhan yang melumat-lumatkan orang-orang yang zalim, lumat-lumatkanlah al-Hajjaj". Akhirnya selepas tiga hari doa kebinasaan itu diucapkan oleh al-Hasan al-Basri, perut al-Hajjaj telah berulat dan membusuk dan akhirnya matinya si pemerintah yang zalim ini (al-Bidayah Wa al-Nihayah 9/9).
Edaran risalah kempen boikot barangan Israel juga akan diedarkan mulai demontrasi sehinggalah ke hari-hari minggu berikutnya tanpa henti.Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mengambil tanggungjawab ini bagi menyedarkan rakyat tentang kesedaran perlunya ada usaha untuk memboikot barangan Israel supaya tidak tergolong antara kalangan yang menyumbang kepada usaha pembunuhan rakyat Palestine.
Selain pidato daripada pimpinan PAS Kawasan Dungun,upacara pembakaran bendera Amerika Syarikat dan Israel semasa demontrasi akan menghangatkan lagi suasana panas terik tengahari Jumaat nanti.
JOM PAKAT MARI BELAKE !!!! Tunjukkan solidariti kita
Ex-IGP says ministers meddle with investigations UPDATED @ 06:22:24 PM 28-11-2012 November 28, 2012 Musa (right) suggested that his professed refusal to pander to politicians had cost him his job. — File pic PETALING JAYA, Nov 28 ― Tan Sri Musa Hassan today accused Cabinet ministers and politicians of regularly trying to interfere with police investigations and arrests when he was serving as Inspector-General of Police ― a practice that continues even now. Musa, who retired as IGP in September 2010, named Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein as one of the politicians but suggested at a press conference today that his refusal to indulge them had resulted in the government's decision not to renew his contract. "There are certain misgivings from police officers who said that they received instructions not from (their police superiors) but from the Home Ministry. "Even the ministry can issue instructions now ... Who is in control now?" Musa asked at a press conference here. Musa then quoted Section 4(1) of the Police Act, which states that police orders must only come from the IGP, who will be liable for such instructions. "I was informed even a Secretary-General can direct CPOs (Chief Police Officers) and (ask them to) report back to him. So, who is in charge of the police now? "Command and control ... over the police force should be under the IGP. No other person can issue instructions." The former top cop refused to name any names, but stressed that he had received such instructions from ministers, deputy ministers and politicians, as well as even from the opposition. "Whenever I arrest some crooks, who are involved in illegal activities, there will be phone calls from the top. "I still remember ... an opposition MP used to come to my office. He brought with him a bundle of summons (to settle). I said Tan Sri ... you were (among those) who passed the law in Parliament. He also took aim at his successor, Tan Sri Ismail Omar, suggesting the latter was a yes-man who bowed to politicians' influence. "You read the papers. Sometimes, you hear (politicians say) "I directed the police to do this ... to do that," Musa replied, when asked to list down orders given to the current IGP. "(Ismail) is a good man, but being a good man alone and to become popular, is not a criterion to be an IGP. You need to be tough. "Sometimes, you have to be vocal (to) your superiors. When it is not right ... don't just say yes. "If the IGP is a yes-man, he will the best IGP in the world. If he is vocal, he will be a very bad IGP and he will have a lot of allegations against him," he joked. The former top cop described his working relationship with Hishammuddin as cordial, but the Home Minister did not see eye-to-eye with him on the command of the police force. "When I found out that instructions were given to junior officers and OCPDs (Officer in Charge of Police District) without my knowledge, then something was wrong. "So, I highlighted to him Section 4(1) of the Police Act ... command and control of the police force is by the IGP, not a minister. "I talked to him nicely, he didn't like it ... that's why (my tenure) was not extended," Musa claimed. Tan Sri Musa Hassan served as the IGP for three years before retiring on September 13, 2010, after a corruption case that was closed in July 2007 for lack of evidence. The press conference today was organised by Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), a crime watchdog NGO who had claimed that they will "challenge any statistics that the Royal Malaysian Police (PDRM) comes out with". The NGO claimed that they have the "real" crime statistics from the police force, which they said are "manipulated" before their release to the public. MyWatch also claimed to have evidences of alleged links between high-ranking police officers and underworld kingpins. They plan to release their revelations in stages, starting from next week, if PDRM continues to refuse working with them.
Selangor mempunyai satu sistem yang mewujudkan pengajaran dan pembelajaran akademik di bawah satu pentadbiran sebagai usaha untuk mula sistem pendidikan sepadu yang dinamakan Sekolah Rendah Agama Integrasi(SRAI).Ia masih begitu awal untuk memperlihatkan keberkesanan dan menghayati kesyumulan sistem pendidikan Islam.
Ruang untuk penambahbaikan masih begitu luas.Namun langkah untuk memulakan sistem holistik adalah baik berbeza dengan sistem pendidikan bersifat dualisme warisan daripada penjajah.
Maklumat SRAI di Selangor
11 SEKOLAH 216 KELAS 599 GURU 7217 MURID
Klang: 1 sekolah; 22 KELAS; 53 GURU; 734 MURID
Kuala Langat: 1sekolah;13 kelas; 37 guru; 429 murid
Kuala Selangor: 1 sekolah; 13kelas; 37 guru; 365 murid
Hulu Langat: 2 sekolah; 42 kelas; 114guru; 1463 murid
Malaysia hari ini telah berjaya melahirkan penghutang-penghutang yang cukup ramai dan tidak mengira bangsa atau warna kulit. Bahkan bayi yang baru lahir turut sama terkena tempiasnya. Disebabkan Malaysia menggalakkan aktiviti ini berlaku secara berleluasa, negara kini berhadapan dengan krisis yang cukup membimbangkan dan yang telalu keluar dalam media ialah hutang PTPTN tapi kenapa hutang yang sebegini saja yang dituntut membayarnya .. Hutang yang banyak kat bawah nie siapa nak bayar ?? adakah mereka juga telah melunaskan hutang mereka ??
Para nelayan Gaza hanya dibenarkan oleh 'Navy' Israel untuk menangkap ikan sejauh 3 batu nautika daripada persisiran pantai Gaza sebelum serangan Gaza dan hasilnya mereka hanya berjaya menangkap ikan yang kecil seumpama ikan sardin sebesar 2 jari.
Namun selepas perang, mereka terus kelihatan kegembiraan selepas dibenarkan menangkap ikan sejauh 6 batu nautika dari pantai dan hasilnya lebih lumayan seumpama tangkapan di laut jauh. Ingatlah akan firman Allah swt :
Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Surah Al-A'raaf ayat 96)
N.Sembilan - Seorang peneroka Felda Pasoh 1, di sini bingung memikirkan nasibnya sekeluarga yang terpaksa menanggung beban hutang sebanyak RM3,600 di sebuah bank tempatan.
Difahamkan perkara itu diketahui selepas peneroka terbabit menerima surat pengesahan dari sebuah bank tempatan menyatakan arwah ibunya membuat pinjaman untuk membeli saham Felda Global Ventures.
Zulkeflee Nasir, 35, berkata, arwah ibunya, Salbiah Mannan, 67, meninggal dunia pada 23 Julai 2012, manakala surat pengesahan itu diterima pada 4 Jun 2012.
Menurutnya, dia pelik bagaimana arwah ibunya boleh bersetuju dan menandatangani borang untuk membeli saham sedangkan semasa hayatnya ibunya terlantar sakit.
"Saya kemudian merujuk surat itu kepada pengurus Felda di sini dan beliau mengaku menandatangani borang pembelian saham itu bagi pihak ibu saya.
"Apabila saya bertanya mengapa berbuat demikian, dia menjawab untuk kesenangan saya. Tapi bagi saya semua ini akan menyusahkan saya kerana saya memang tidak berminat untuk membeli saham itu," katanya kepada Sinar Harian.
Sejurus mendengar penjelasan pengurus terbabit, Zulkeflee membuat satu laporan di Balai Polis Simpang Pertang pada 4 Julai 2012.
Zulkeflee berkata, perkara itu diadukan kepada pihak atasan Felda tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil dan pengurus berkenaan masih bertugas seperti biasa.
"Mana boleh kita menandatangani borang bagi pihak orang lain? Bagaimana beliau boleh berbuat demikian sedangkan tiada persetujuan saya mahupun arwah ibu?," katanya.
Menurutnya, sejak Februari 2010, dia sudah mengambil alih tanah milik ibunya bersama seorang kakaknya, Rohaya Nasir, 37.
Katanya, sebelum menguruskan tanah sendiri, dia hanya menerima wang sara hidup daripada Felda sebanyak RM1,500 sebulan.
"Setelah keluar dari Felda, saya mendapat pendapatan sekitar RM7,000 hingga RM8,000 sebulan.
"Justeru itu, tidak timbul minat untuk membeli saham atau menyertai saham dan saya kesal apabila perkara ini berlaku," katanya.
28 November: Penerangan PAS Perak telah melancarkan siri kempen penerangan "Gelombang Perakite" di DUN- DUN yang ditandingi oleh Pas semalam. Antara lain untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang isu- isu politik serta menjawab tohmahan- tohmahan jahat yang direka cipta oleh UMNO/ BN terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS. Ustaz Misbahul Munir Masduki (Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak) menyampaikan ceramah di Markaz Lubuk Merbau. Antara isu yang dibawa ialah berkaitan tohmahan UMNO/ BN yang mendakwa jika Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya atau negeri Perak jumlah kerusi orang Melayu akan menjadi berkurangan di Parlimen dan DUN Perak. Beliau menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat khususnya di negeri Perak telah berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh parti PAS, PKR dan DAP. Ini berbeza dengan UMNO/ BN Perak yang masih gagal menampilkan calon- calon mereka kerana masih bertelagah dan berebut kerusi sesama sendiri. Secara keseluruhannya pembahagian kerusi DUN Pakatan Rakyat Perak mengikut komposisi kaum ialah 38 kerusi Melayu (PAS dan PKR) manakala 21 kerusi bukan Melayu (PKR dan DAP) . Daripada keseluruhan kerusi Pas bertanding sebanyak 22 kerusi DUN manakala DAP bertanding hanya 18 kerusi DUN selebihnya ialah PKR. Oleh yang demikian tohmahan UMNO bahawa DAP akan menguasai kerajaan adalah tuduhan yang tidak berasas kerana adalah mustahil untuk DAP memerintah bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dari PAS dan PKR. Manakala peringkat parlimen pula secara umumnya pembahagian kerusi Pakatan Rakyat mengikut komposisi kaum ialah 131 kerusi Melayu dan 91 kerusi bukan Melayu. Daripada keseluruhan jumlah kerusi DAP hanya bertanding 60 kerusi parlimen. Kalau DAP menang semua kerusi parlimen pun mereka tak dapat memerintah Malaysia bersendirian. Sebenarnya UMNO/ BNlah yang menjadi pengkhianat sebenar berkurangnya jumlah kerusi orang Melayu di parlimen. Contoh berdasarkan PRU ke-12 yang lalu: 1. Parlimen Bandar Tun Razak: Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) mengalahkan Datuk Tan Chai Ho (MCA). 2. Parlimen Kuantan: YB Fuziah Salleh (PKR) mengalahkan Dato' Fu Ah Kiow (MCA) 3. Parlimen Kota Raja: YB Dr. Sitii Mariah (PAS) mengalahkan S.A. Vigneswaran (MIC). Jelas menunjukkan kemengan calon- calon PAS dan PKR tersebut telah menambahkan jumlah kerusi Melayu di Parlimen. 4. Parlimen Gerik: Calon Gerakan YB Tan Lian Hoe mengalahkan calon Pas. Sedangkan parlimen tersebut mejoriti pengundi Melayu adalah tinggi. Persoalannya mengapa BN tidak meletakkan calon UMNO dalam parlimen tersebut jika benar- benar mahu menambah kerusi Melayu di parlimen? Persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003 juga jelas menunjukkan pengkhianatan UMNO/ BN terhadap orang Melayu. Kawasan parlimen di negeri- negeri mejoriti Melayu yang tinggi tidak diberi penambahan seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu kerana kebimbangan bertambahnya kerusi Pas yang mendapat sokongan yang tinggi daripada pengundi Melayu pada ketika itu. Contohnya di parlimen Baling, Kemaman dan sebagainya sepatutnya menerima penambahan kerusi parlimen kerana jumlah pengundinya hampir mencecah 90 000 pengundi. Kerusi parlimen yang ditambah hanya di kawasan- kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang tinggi khususnya di bandar dan Sarawak. Namun "mood" pengundi kini berubah kerana sokongan bukan melayu kini beralih kepada Pakatan Rakyat menyebabkan "senjata makan tuan". Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa UMNO/ BNlah sebenarnya yang telah mengkhianati Melayu. Apa yang dilakukan oleh UMNO/ BN sekarang hanyalah suatu usaha menagih simpati rakyat dalam keadaan rakyat mahukan perubahan...
Lakonan Pejuang Melayu Bermula Semalam Idris Hj Ahmad 28/11/12
Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, mengelupor seperti lembu yang hendak mati. Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan Agama. Walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah. Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan. Mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama. Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja. Pemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno. Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno. Mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu. Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri. Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat. Andaiannya, Umno boleh buat apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno. Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri . Walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanam sesama bangsa dan agama. Penapian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno. Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz Salam Palestin, Alhamdulillah, saya mendapat maklumat daripada sumber yang terpercaya bahawa mengikut tinjauan yang baru saja diadakan, majoriti peniaga dan masyarakat non muslim di Kota Bharu sudah cukup selesa dengan peraturan kedai gunting dan salon yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan MPKB.
Para peniaga non muslim merasa lebih beruntung kerana hampir semua pengunjung wanita Islam akan melanggani perkhidmatan mereka dengan selesa tanpa ragu-ragu dengan kehadiran kaum lelaki. Jika sebaliknya, mereka mungkin mengalami kemerosotan pelanggan wanita Islam. Bahkan, mereka juga sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YB Dato Takiyudin Hasan, exco kerajaan negeri semalam, merasa lebih selesa apabila keluarga dan wanita mereka akan melanggani pusat kecantikan tersebut tanpa kaum lelaki yang kehadiran mereka sedikit pun tidak dianggap satu keperluan di premis berikut (kecuali gatal sangat mahu didandan rambut mereka oleh wanita.). Perlu difahami, peraturan ini bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat ugama. Agama Islam menyeru kepada keselamatan dan kehormatan wanita. Ia menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat dan kemungkaran. Adalah jelas berdasarkan kajian lapangan di seluruh negara, pusat-pusat kecantikan wanita sering menjadi topeng kepada operasi dan kegiatan eksploitasi dan tidak bermoral terhadap wanita. Sesuai dengan masyarakat Kelantan yang majoriti besarnya adalah muslim, di samping masyarakat non muslimnya yang begitu tahu, menghormati dan selesa dengan peraturan-peraturan 'Islamik' yang diperkenalkan, adalah wajar sekali peraturan seperti di atas dijadikan panduan dan kajian ke arah melahirkan masyarakat madani/sivil yang menghormati martabat kaum wanita. Malang sekali bagi sesetengah pihak, muslim atau bukan muslim, yang menjadikannya sebagai bahan perlecehan dan serangan atas nama hak-hak asasi dan kebebasan. Isteri mana selesa melihat suaminya diusap tangan wanita? Ini, apatah lagi, wanita non muslim di Kelantan juga sudah cukup selesa dengan pengharaman premis judi dan penghadan penjualan arak di Kelantan. Mereka perlukan suami yang bertanggung jawab, tidak pulang ke rumah lewat malam, mabuk dan berang terhadap mereka dan anak-anak di rumah. Bukankah ini satu kehidupan yang aman dan sejahtera? Bukankah inilah transformasi dan reformasi masyarakat sivil yang gemilang? Walau bagaimanapun, saya amat sukacita jika ianya dibincangkan secara sihat. Mana tahu, ia semakin membuka mata kita untuk melihat kesempurnaan panduan agama Islam yang semakin diterima dengan baik hari ini. Usaha penambahbaikan amat dialu-alukan. Sehingga kini, tiada yang menentangnya kecuali yang keras kepalanya, luar dan dalam.
Salam Palestin, Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal tuhannya sebagaimana non muslim. Kelahirannya sebagai seorang muslim itu juga adalah satu ganjaran besar Allah kepada kedua ibu bapanya yang istiqamah dengan iman dan Islam sepanjang hayat mereka. Dengan itu, menjadi mudahlah bagi mereka untuk mendidik anak-anak kepada Islam. Anak-anak adalah amanah yang diperlu dijaga, tidak dikhianati dan akan ditanya Allah nanti. Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya? Bukankah Islam itu saudara akalnya yang turut membesar, matang dan baligh bersama tumbesaran fizikalnya? Bukankah ibu bapanya yang muslim sentiasa di sisinya menjadi tiang yang gagah untuknya bergantung dan meminta pertolongan? Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar ugamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap tuhannya, ugamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap ugama Islam dan penganutnya. Jika dia keliru dan was-was dengan ugamanya akibat sebab-sebab peribadi dan tertentu yang boleh menyebabkannya menyimpang daripada landasan istiqamah masyarakat Islam di sekelilingnya, maka dia mestilah merujuk atau dirujuk kepada masyarakatnya itu yang diwajibkan oleh ugama untuk berperanan dan bergandingan menjaga ugama dan iman setiap individu muslim di kalangan mereka. Islam adalah ugama hujjah akal dan diperkuatkan pula dengan petunjuk al Quran yang penuh keterangan menakjubkan yang menjadi mukjizat agung kehidupan. Maka ruang syaitan adalah tertutup rapat untuk memurtadkan individu muslim dalam sebuah masyarakat muslim. Jika dia masih enggan tunduk kepada kebenaran dan bersedia murtad daripada ugamanya, maka dia sebenarnya adalah pemberontak terhadap Allah, al rasul, ugama dan masyarakatnya. Demi kelangsungan martabat dan kemuliaan masyarakat muslim yang menjunjung Islam sebagai nikmat tertinggi, syariat Islam akan mengancamnya dan mengenakan hukuman keras ke atas kemurtadan. Ia adalah hukuman hudud yang telah nyata daripada Allah sendiri. Hukuman ugama, bukan hanya hukuman daripada masyarakat. Dia akan ditahan, kemudian diberi peluang masa untuk belajar, bertanya, berhujah dan berfikir bersama ulama berwibawa yang dikira mampu membuka segala kekusutan yang melanda dirinya. Ia mungkin ditahan dan diberi peluang berbulan-bulan, bahkan bertahun sehingga keputusan akhir dibuat. Jika dia sedar, maka dengan izin Allah dia akan bertaubat dan dibebaskan dengan sambutan lega masyarakat. Jika sebaliknya, maka hukum Allah adalah paling adil dan layak ke atasnya. Perbincangan lanjut boleh didapati dalam bab hukum murtad di tempatnya. Pernyataan di atas secara jelas menunjukkan bahawa ayat 'tiada paksaan dalam berugama' adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam. TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya. Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?? Adapun seorang muslim yang murtad di negara bukan Islam dan di luar masyarakat Islam, maka tiada hukuman murtad ke atasnya di dunia, tetapi dia tetap dilaknat Allah sehinggalah dia bertaubat. Dia tidak akan diburu di dunia oleh masyarakat Islam. Kekurangan bantuan sosial ke atas ugamanya menjadikan hukuman duniawi adalah tidak terpakai untuknya. Kemudian, bagaimana seorang bukan Islam jika dia memeluk Islam? Bukankah itu melanggar hak ugama asalnya dan masyarakat non muslim? Mengapa Islam melarang di sini dan membenarkan di sana? Carilah jawabannya. Ia pasti menyeronokkan untuk lebih berilmu. Tetapi bukan di sinilah. Saya berhenti di sini dulu. Jika diizin, saya tulis lagi. Bersama menyintai ugama Islam. Ugama terbaik dan terpilih dari tuhan pencipta alam. Allahu akbar wa liLlahil Hamd..
Oleh AZAMIN AMINSidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kali ke-12 bermula dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Seri Utama Tan Seri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet 2013, 20 November lalu. Perasmian sidang DUN dimulakan dengan titah ucapan YTM yang memuji dan rakaman tahniah kepada pasukan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Razak yang telah berusaha keras melaksanakan dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat negeri ini. "Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bekerja keras merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memajukan negeri Kedah khasnya dalam bidang pertanian, pendidikan dan kesejahteraan rakyat. "Usaha-usaha yang dijalankan telah pun menampakkan kejayaannya," titahnya. Sidang DUN kemudian diwarnai dengan arahan Speaker DUN Dato' Dr Abdul Isa Ismail tidak mengizinkan Adun Kuala Nerang Dato' Syed Sobri Syed Hashim mengambil bahagian pada Sidang Bajet kali ini kerana belum dapat memutuskan status terkini berhubung kes muflis wakil rakyat tersebut yang menyebabkannya hilang kelayakan sebagai ADUN. "Saya juga dinasihatkan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk mengumpul dan mengesahkan semua dokumen yang berkaitan untuk menentukan kedudukan beliau seterusnya," katanya. Sebelah petang hari yang sama sesi sidang DUN menyaksikan pembentangan Bajet oleh Ustaz Azizan selama sejam yang menyatakan kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM1.1 bilion bagi melaksanakan semua program dan projek yang disusun rapi bagi memajukan Negeri Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Beliau memulakan ucapan Bajet itu dengan petikan dua surah al-Quran tentang nikmat Allah (Surah Ibrahim Ayat 34) dan menggunakan nikmat yang ada kepada jalan kebaikan (surah al-Hajj ayat 41). Ustaz Azizan menyentuh pelbagai sektor termasuklah pencapaian Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil akan dirasmikan pada awal 2013 yang bakal disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Sidang DUN hari kedua, 22 November bermula jam 9 sehingga 10 pagi hanya tiga soalan lisan berjaya dikemukakan iaitu berkenaan Khutbah Jumaat, isu Kerajaan menanggung beban kerajaan terdahulu dan kemerosotan prestasi bola sepak Kedah. Namun, dewan menjadi 'sunyi' tatkala pendedahan dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) berhubu8ng projek-projek sakit BN Kedah terdahulu sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat kini terpaksa menanggung beban tuntutan saman dan hutang. Antaranya Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah telah menggunakan wang syarikat untuk membiayai aktiviti Umno sebelum 2008 yang lalu. Ketika Amiruddin memberi jawapan, Adun-adun BN lebih banyak 'menikus' dan tunduk kerana bimbang 'tercucuk' mata sendiri. Kata Amiruddin STDC di masa BN telah membuat pembayaran di bawah item 'sumbangan' sebanyak RM8 juta dan daripada jumlah itu RM7.5 juta tidak mendapat pengecualian cukai kerana sumbangan kebanyakannya dibuat untuk membiayai aktiviti politik Umno, kata Amirruddin. "Sumbangan digunakan antaranya untuk membeli t-shirt dan tudung untuk Pemuda dan Puteri Umno serta pelbagai tajaan untuk kempen Umno sewaktu pilihan raya kecil di Ijok. "STDC di bawah Pakatan Rakyat kena jelaskan cukai RM3.1 juta dan 'penalty' RM1 juta kerana pengurusan lama lambat bayar cukai tanpa rebat pengecualian," katanya. Kemudian dalam jawapan berkaitan bola, kedangkalan terserlah apabila wakil BN Dato' Ahmad Bashah (BN-Bakar Bata) dalam soalan tambahan menyarankan agar kerajaan 'ditukar' berikutan kekalahan dan kemerosotan prestasi pasukan bola sepak Kedah sejak mutakhir ini. Ini termasuklah menukar Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang kini disandang oleh Ustaz Azizan. Namun soalan tambahan Bashah, merupakan 'bola tanggung' yang berjaya dilibas tepat ke muka beliau oleh Exco Kerajaan Negeri Dato' Hamdan Khalib (PAS-Tanjung Dawai) dalam jawapan balasnya. "Kalau itu dijadikan ukuran, maka kerajaan BN dan Perdana Menteri mesti ditukar...sebab pasukan bolasepak Malaysia kalah dan jatuh dalam ranking dunia! "Kita jangan jadikan bola sepak sebagai bahan politik. Biar kita sama-sama bangunkan dan sokong pasukan bola sepak kita," katanya. Sesi membahas titah ucapan, kemudiannya berlangsung selepas soalan lisan, menyaksikan semua Adun-adun diberi peluang berucap sehingga memakan masa sampai jam 9.00 malam. Hari terakhir Sidang DUN, 4 soalan lisan dikemukakan dan antara yang menarik perhatian ialah jawapan cukup tenang dan telus oleh Amiruddin berhubung isu kegagalan projek Papua New Guinea (PNG). Setelah selesai menjawab Amiruddin sekali lagi menegas bahawa kegagalan PNG berpunca daripada salah maklumat dan bukannya membabitkan rasuah atau penyelewengan. "Namun, jika terbukti bersalah, kita tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan," katanya. Kira-kira jam 11.40 pagi Abu Hasan Sarif (BN-Kota Siputeh) yang ingkar arahan Spekar diarah untuk meninggalkan dewan. Beliau tidak berpuas hati kerana Lim Soo Nee tidak memberi laluan untuk mencelah ketika sesi sedang menggulung perbahasan. Lim menyatakan bahawa selepas selesai beliau akan memberi laluan namun tidak diendahkan oleh Abu Hassan yang mendakwa bahawa pihak kerajaan tidak mengamalkan sistem demokrasi. Speaker DUN menegur dan mengarahkannya Abu Hassan duduk sebanyak dua kali namun beliau ingkar menyebabkan Abdul Isa mengarahkan Abu Hasan keluar sambil diiringi Bentara Dewan. Abu Hasan kemudiannya mengajak adun-adun BN untuk bersamanya untuk keluar sedangkan ada antara mereka yang teragak-agak dan berbelah bahagi untuk menuruti permintaan Abu Hassan. Setelah merayu dan melaungkan suara sebanyak tiga kali:"Saya mintalah rakan-rakan semua keluar dewan", barulah masing-masing bangun meninggalkan dewan kecuali Adun Bebas Tan Wei Shu. Setelah 15 minit berada di luar dan membuat sidang media, barulah semua adun BN memasuki Dewan semula kecuali Abu Hassan. Tepat jam 5.00 petang, giliran Ustaz Azizan menggulung perbahasan dan menyentuh semua kritikan dan perkara yang dibangkit adun BN. Beliau mengambil sikap menghormati semua teguran yang diberikan meskipun hujah adun BN tidak berasaskan fakta yang tepat. "saya rai dan hormati pandangan semua...walaupun ada yang dapat maklumat yang salah. Itu hak mereka tetapi yang penting hubungan kita berlangsung secara aman seperti adik-beradik. "Tujuan kita berkhidmat sebagai wakil rakyat adalah untuk kesejahteraan rakyat...biatrlah berpolitik, berparti tetapi sesama kita hubungan sentiasa baik," katanya. Ustaz Azizan yang sudah berpengalaman berada di siadang DUN selama 18 tahun kemudian melahirkan rasa syukur, kerana Kedah berada dalam keadaan sejahtera tanpa ketegangan yang melampau seperti di tempat lain. Harapannya ialah supaya Kedah menjadi contoh kepada yang lain dalam memelihara keharmonian meskipun masing-masing berlainan ideologi politik. Beliau mengakhiri penggulungan dengan nada sayu, merakam terima kasih kepada semua Adun dan memohon maaf memandangkan Sidang DUN kali ini merupakan yang terakhir sebelum berdepan Pilihan Raya Umum ke-13. "Saya bersyukur kerana Kedah aman dan sejak 1990 bersama Fadzil Noor (Almarhum Presiden PAS) sehingga kini...kita boleh duduk sekali. "Dan saya memohon maaf kepada semua atas apa-apa yang tidak dapat ditunaikan. Moga kita semua mendapat keberkatan Allah di dunia dan akhirat," katanya.
Salam Palestin, Alhamdulillah, saya mendapat maklumat daripada sumber yang terpercaya bahawa mengikut tinjauan yang baru saja diadakan, majoriti peniaga dan masyarakat non muslim di Kota Bharu sudah cukup selesa dengan peraturan kedai gunting dan salon yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan MPKB. Para peniaga non muslim merasa lebih beruntung kerana hampir semua pengunjung [...]
Dear Sir/Madam, I know that this message might look astonishing to you due to the fact that we have no previous relationship and you are reading from me for the first time but I want you to know that the good things of this life come freely. My name is Mr. Daniels Louise George. I am the H.O.D. Admin Department Bank of Africa Benin. I am contacting you due to some important business on the ground. Last year one of Colonel Gaddafi's sons whose name I will disclose to you when we come into agreement that you are with me, deposited four trunks boxes in our bank through one of his diplomats for safe keeping. The four consignments was registered in my name as the depositor as they did not want anybody to know that the treasures are from the Gaddafi's family. In the consignments after supervision and machine counting was found three of the boxes contains US dollars 100 bills to the tune of US$85 Million (EIGHTY FIVE MILLION UNITED STATES DOLLARS) and the fourth box contains 750 Kilograms of Alluvial gold 22 carat.
I need your assistance to relocate this treasures to your country for investments. The Gaddafi's son who deposited this treasure died last year in the midst of the Libya war and his diplomat who brought the consignments died in the hospital after sustaining jaw injury from the rebels bullet. As it stands now no one else knows about this secret treasure except me and as I am revealing it to you. My problem is that our code of conduct and policy does not allow me to posses such amount of wealth and the time of deposit is due and if no one comes up to claim them it will be auctioned by the government as abandoned treasures.
In plight of this I will like you to indicate your interest to assist me secure these properties in your custody for our mutual benefit and we shall share it at the ratio of 60:40 that is 60% for me and 40% for you for all your effort and assistance. I am not a greedy man if we can successfully secure this treasure 60% of it will change my life and that of my family forever. I can assure you that this transaction is totally risk free as the two people who knows about the treasure are all dead (Gaddafi's son and his diplomat)and presently I am the only person who can dictate to my bank who the real owner of the treasures is because I have the authority as the depositor of the treasures so be rest assured that this transaction is 100% risk free.
I hope to read your positive response as soon as possible.
SYEIKH AHMAD MAMDUH MESIR ZIARAH SYEIKH SALLEH MUSA , SIK, KEDAH
SYEIKH AHMAD MAMDUH Ahli Majlis Tertinggi Fatwa Mesir Ziarah Tn Guru Hj Salleh Musa pagi ini 27.11.2012 Jam 9.30 bersama wakil Ustaz Yusaini Perlis iaitu Ustaz Nazirul Pertemuan hampir satu jam . Majlis ini Tn Guru Hj Salleh dan Syeikh Muslim sempat membahas isu aqidah bersama Syeikh Ahmad Mamduh . Diantara isu yang dibincang adalah isu wahabi , syiah , dan tauhid Rububiyah uluhiyyah asma wa sifat yang mana tauhid ini ditolah terus oleh Syeikh Azhar Mesir , di Mesir Hanya diterima pakai tauhid Sunni Asyaari
PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahmood berkata, Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.
Pada 14 November lepas, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama
Lebih 100 Orang Asal Berkumpul di IPD Cameron Membuat Laporan Polis 22 November 2012
Pada hari ini, seramai 100 Orang Asal (OA) telah berkumpul di IPD Cameron Highlands, Brinchang untuk membuat laporan polis berkenaan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Laporan polis telah dibuat oleh 10 orang wakil OA.
Kesemua kampung OA sebelum ini telah bersama menubuhkan 'Jaringan Tanah & Wilayah Adat OA Cameron Highlands (JARICH)' untuk memperjuangan hak mereka. Ini adalah kali pertama OA di Cameron Highlands keluar membuat laporan polis beramai-ramai untuk mempertahankan hak mereka.
SYABAS diucapkan kepada OA di Cameron yang kini sudah berani menyuarakan masalah mereka. PSM Cameron akan sentiasa bersama menyokong OA menyuarakan dan mempertahankan hak mereka. Berikut ialah isi kandungan laporan mereka:
Saya mewakili Jaringan Tanah & Wilayah Adat Orang Asal Cameron Highlands (JARICH) ingin membuat aduan polis berkenaan masalah OA di Cameron Highlands yang kini mengancam nyawa & kehidupan kami. Saya dilahirkan & dibesarkan di kampung OA. Ibu bapa dan nenek moyang saya juga telah mendiami kawasan lembah Sungai Bertam / Telom / Terisu sejak zaman sebelum British. Pada asalnya tanah adat di kampung kami adalah di bawah pentadbiran masyarakat Orang Asli tempatan secara adat. Kami bercucuk tanam, memburu, mengumpul hasil hutan, dan menjalankan berbagai-bagai aktiviti yang lain di atas tanah adat kami. Kehidupan kami adalah sangat bergantung pada tanah. Lebih kurang pada tahun 2010, kami telah mendapati bahawa mungkin sebahagian tanah adat kami akan dibangunkan di bawah projek Empangan Hulu Jelai iaitu satu projek Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kami tidak tahu dan tidak diberi apa-apa maklumat tentang sejauh mana tanah adat kami akan diambil kerana projek empangan. Pertanyanyaan telah dibuat melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli tetapi tiada maklum balas secara pasti yang di beri. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011 kerja tanah telah bermula di tanah adat kami. Akibatnya, pokok-pokok tanaman kami dan juga pokok semulajadi telah ditebang. Kami tidak setuju dengan perbuatan tersebut. Masalah yang kami hadapi ialah:
Struktur-struktur seperti bangunan, pencawang dll dibina di atas kawasan kubur nenek moyang kami oleh TNB atau Salini Malaysia Sdn Bhd tanpa kebenaran dari kami. Kawasan ini adalah kawasan bersejarah dan berusia beratusan tahun. Kawasan ini tidak patut dicerobohi. Seramai lebih kurang 2000 penduduk dari Kg Teji, Kg Renglas, Kg Pinang, Kg Relong, Kg Terakit & Kg Rening tidak tahu samada perlu berpindah atau tidak akibat pembinaan Empangan Ulu Jelai. Walaupun mereka telah bertanyakan perkara ini beberapa kali kepada pegawai TNB, tiada jawapan yang konkrit diberikan. Mengikut laporan EIA, kampung OA terancam akibat pembinaan Empangan Ulu Jelai. Kenapakah TNB harus berahsia mengenai isu ini? Sungai-sungai di kawasan ini tercemar dengan tanah mendapan (silt) akibat projek Empangan Ulu Jelai. Sungai-sungai ini merupakan punca air utama untuk penduduk OA di kawasan ini. Pembinaan terowong air di dalam projek Empangan Ulu Jelai mungkin akan menyebabkan pembanjiran di beberapa kampung di mana terowong ini berakhir. Penjelasan mengenai perkara ini telah ditanya kepada pegawai TNB. Walaupun pegawai TNB menafi akan berlakunya banjir akibat pembinaan terowong, namun TNB tidak mahu memberikan jaminan ini secara bertulis. Tanah adat & kampung OA dirampas utk pembinaan Menara Kabel Voltan Tinggi. Tanah adat milik turun-temurun diceroboh oleh TNB dan kontraktor untuk pembinaan menara tanpa kebenaran OA. Kebun baru dibuka di atas tanah adat OA oleh individu/syarikat tanpa kebenaran. Aduan lisan kepada Pejabat Tanah & Daerah Cameron Highlands (PTDCH) tidak diendah dan tiada tindakan diambil. Walaupun Kerajaan Pahang telah menghalang pembukaan tanah pertanian yang baru di Cameron sejak tahun 2002, namun kebun baru seperti ini masih terus dibuka dengan membersihkan tanah adat OA yang terdiri dari hutan. Di Kg Terisu, OA tidak tahu bagaimana pampasan dibayar kepada mereka akibat pengambilan wilayah adat mereka untuk pertanian oleh pihak lain. Lesen pembalakan diberi tanpa terkawal menyebabkan banyak tanah & wilayah adat OA diceroboh dan hutan ditebang. Kemudahan titi tiada atau usang di beberapa kampung menyebabkan kesukaran penduduk berulang-alik (juga pelajar sekolah). Walaupun perkara ini telah dimaklumkan kepada Pejabat Daerah Cameron & Jab Kemajuan OA, namun tiada tindakan diambil. Pencemaran udara dengan habuk akibat projek pembinaan Empangan Ulu. Masalah ini ketara semasa ketiadaan hujan. OA hilang pendapatan akibat tidak dapat mengambil hasil hutan. Wilayah adat OA yang terdiri dari hutan telah diambil oleh kerana aktiviti seperti pembinaan Empangan Ulu Jelai, pembalakan dan pembukaan kebun.
Daripada Laporan Penilaian Impak Alam Sekiatar (EIA) yang dihantar oleh TNB kepada Jabatan Alam Sekitar dan diluluskan oleh JAS, ditulis dengan jelas bahawa Kampung Teji / Telanok adalah berada di dalam kawasan yang berisiko tinggi di mana sekiranya berlaku apa apa kejadian empangan pecah, kampung kampung ini akan ditenggelami air dan semua penduduk tidak mengkin terselamat. Maka dicadangkan supaya penduduk di kampung kampung ini dipindah semula. Kami tidak tahu tentang perkara ini SEBELUM laporan EIA ini diluluskan. Kami juga tidak dapat memberi apa-apa pandangan kami terhadap projek Empangan semasa laporan EIA ini disediakan dan sebelum ia diluluskan. Tanah adat Kg. Orang Asli adalah hak masyarakat Orang Asli di sini. Kami adalah pemegang hak tanah secara adat. Hak tanah kami adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Aktan Orang Asli 1954. Kami membuat laporan ini untuk merekodkan perasaan tidak puas hati berkenaan masalah yang sedang hadapi. Sehingga kini projek empangan terus berjakan dan tanah adat kami terus diceroboh dan dimusnahkan sedikit demi sedikit. Ini adalah bertentangan dengan hak asasi kami.
Chukai - Majlis berkhatan tahunan Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN yang diadakan pada 24 November 2012 baru-baru ini di Surau Geliga Hj Muda. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama dan sokongan menjayakan majlis ini.
Majlis anjuran 'Pusat Khidmat Masyarakat PAS' DUN Chukai telah menerima penyertaan dari cawangan dalam DUN Chukai dan juga dari kampung bersebelahan yaitu dari Chendor.
SINGAPURA: Peguam kes Scorpene di Perancis menegaskan mahkamah negara tersebut bakal memanggil dua orang kenamaan terkemuka di Malaysia, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Abdul Razak Baginda sebagai saksi kes tersebut.
Mereka adalah di antara tujuh orang yang bakal dipanggil sebagai saksi, antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.
Bagaimanapun belum dapat dijelaskan, bilakah tarikh mereka akan dipanggil mahkamah.
Maklumat tersebut dijelaskan dalam taklimat mengenai kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen hari ini, terpaksa dipindahkan ke Changi, Singapura.
Taklimat disampaikan peguam, Apolene Cagnat yang juga rakan kongsi peguam William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes Scorpene yang didakwa membabitkan penyelewengan ratusan juta ringgit.
Hadir sama mendengar wakil kedutaan Malaysia di Singapura. Cagnat ditemani peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri.
Taklimat dihadiri ahli-ahli Parlimen daripada PAS, PKR dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat.
Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikr Amin Mulia menolak permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus melarang taklimat peguam yang dibawa khas dari Perancis.
Sebelum ini Bourdon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.
Sementara itu Sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel kesal, taklimat tepaksa diadakan di Singapura kerana Kerajaan Malaysia berusaha keras menghalang maklumat sebenar mengenai Scorpene diketahui rakyat.
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang pada 9 Disember ini adalah medan penting untuk meneruskan gelombang perubahan di negeri itu.
Katanya, Pahang mempunyai banyak isu besar termasuk isu Lynas, pembinaan Empangan Klau, penggunaan sianida di Raub, pengambilan tanah di Cameron Highland, pencerobohan kawasan tadahan air di Jerantut dan Projek Petrokimia di Tanjong Agas.
"Himpunan ini sangat penting bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap pelbagai penyelewengan yang berlaku di peringkat negeri Pahang khususnya dan di seluruh negara amnya.
"Pahang berhadapan dengan pelbagai isu besar negara mampu membuat lonjakan politik dalam PRU akan datang," katanya.
Menurutnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, pelbagai persiapan telah disusun oleh urusetia termasuklah perluasan Dataran Kompleks PAS Kerdau seluas tiga ekar yang kini sedang diratakan akan memudahkan semua peserta dan para peniaga yang dijangka memenuhi seluruh dataran.
"PAS menyeru seluruh ahli dan pendokong parti menghadiri program tersebut bagi menggambarkan sokongan dan era perubahan politik negeri Pahang," jelasnya.
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang akan menampilkan pimpinan utama semua parti Pakatn Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Sementara itu, Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor pula akan berlangsung pada 1 Disember ini.
KOTA BHARU: Atas cadangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan wakil masyarakat dan peniaga bukan Islam mengenai isu kedai gunting rambut unisex.
Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Fadzli Hassan berkata, kerajaan Kelantan bersedia untuk berbincang dengan mereka bagi mencari penyelesaian terbaik dalam waktu terdekat ini berhubung isu berkenaan.
Beliau seterusnya berkata, kerajaan negeri mengambil kira hasrat bagi menjaga hak masyarakat bukan Islam di Kelantan itu dan pertemuan akan diatur secepat mungkin.
Fadzli bagaimanapun berkata, sebelum ini peraturan salon milik wanita hanya untuk pelanggan wanita sahaja berjalan dengan baik dan tiada bantahan rasmi yang sampai kepada pihak kerajaan negeri.
"Kerajaan Kelantan berusaha sedaya mungkin cuba melaksanakan dasar Islam dalam pentadbiran sekadar mengikut bidang kuasa yang ada.
"Tetapi dalam masa yang sama akan cuba memastikan hak-hak dan kepentingan masyarakat bukan Islam juga terjamin,"ujarnya.
Tujuan peraturan ini dibuat dahulu adalah untuk mengekang penyalahgunaan premis sebegini untuk aktiviti yang tidak bermoral dari merebak ke negeri ini.
KUALA LUMPUR: Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.
Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai "fix deposit" Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut. 13 kerusi tidak selamat
Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.
Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di saat akhir membuat keputusan.
Daripada kawasan-kawasan tersebut, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.
"Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak besar," kata Dr Zuhdi.
Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi-pengundi Melayu di Johor kepada Pakatan meningkat antara 3 % - 5 %, katanya.
"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat 2 % - 3 % kepada Pakatan, yang kebanyakannya datang daripada pengundi-pengundi muda dan golongan kelas pertengahan," beritahu Dr Zuhdi.
Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan (swing) undi yang amat signifikan, sehingga dijangkakan tidak kurang 7 lagi kerusi parlimen boleh jatuh kepada PR di samping kerusi PR yang sedia ada.
"Penemuan ini hampir selari dengan penemuan kajian MPN yang menyatakan 9 kerusi parlimen di Johor dalam kategori hitam bagi BN," katanya.
Pola sokongan pengundi-pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.
Hanya 26 DUN putih BN
Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.
Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.
"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.
Tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar Johor oleh PR memberi impak besar kepada peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan, beritahu beliau.
"Sebenarnya perlantikan Menteri Besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian. Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau PR menawan Johor," jelasnya.
Katanya, tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar oleh PR sememangnya memberikan kesan positif. Salahudin 74 %
Menurut kajian MPN terhadap "Tingkah Laku Pengundi" dalam memilih pemimpin negeri Johor, Salahuddin Ayub memperolhi kedudukan yang tertinggi iaitu 74 % diikuti Mazlan Aliman 71 %. Pemimpin-pemimpin UMNO tertinggal di belakang termasuk Menteri Besar Johor sekarang.
Berdasarkan penemuan-penemuan di atas, hasil analisis PPP terhadap kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak, peluang PR untuk menawan Johor adalah seimbang.
Kedudukan PR, katanya, semakin cerah dengan bangkitnya isu RAPID di Pengerang dan peningkatan pengundi Melayu disebabkan keyakinan terhadap kepimpinan Melayu Johor dari kalangan PR.
Selain daripada itu, beberapa isu yang besar seperti isu FELDA, Projek Wilayah Iskandar dan kepememimpinan bersih adalah berpihak kepada PR.
Oleh sebab itu, perluang PR untuk menawan Johor disebabkan perkembangan-perkembangan mutakhir ini adalah semakin cerah, tegas beliau lagi.
Sebuah syarikat pemaju hartanah yang dipercayai pro Umno, memfailkan tuntutan saman terhadap Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka sebanyak RM53.5 juta kerana perlanggaran kontrak. Peguam syarikat berkenaan, AP Land, Mohd Harris Abdullah berkata tuntutan saman difailkan syarikat berkenaan kepada anak syarikat kerajaan negeri Melaka itu berkaitan keingkaran perjanjian dan penamatan tawaran. Menurutnya, AP Land selaku plaintif telah mencapai persetujuan dengan defendan untuk membangunkan Fasa 5, Bandar Baru Jasin Bistari di Lot PT 8535 Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka seluas 90.2 ekar (36.5 hektar) secara usahasama. "Setelah semua perjanjian dipersetujui bersama, satu surat dari defendan bertarikh 21 Februari tahun ini, didapati berbeza dengan persetujuan bersama iaitu di H.S(D) 10230 (FASA 5), PT 8795 Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka dengan keluasan 33.94 hektar. "Ternyata hak milik yang dikeluarkan untuk maksud usahasama tidak menepati keluasan asal.
Terdapat pengurangan keluasan sebanyak 2.56 hektar daripada keluasan asal yang dicadangkan oleh defendan melalui surat tersebut," katanya ketika ditemui Harakahdaily. Tambahnya, akibat daripada itu terbit isu-isu berbangkit yang sepatutnya diselesaikan seperti keperluan untuk menetapkan nilai sebenar projek memandangkan terdapat pengurangan keluasan tanah, balasan yang perlu dibayar kepada defendan kerana pengurangan keluasan tanah dan mengatasi kecacatan dalam rekabentuk kolam takungan. Akhirnya, melalui surat bertarikh 26 April tahun ini, defendan telah dengan secara salah, tidak sah dan melanggar perjanjian yang termeterai, membatalkan tawaran dalam surat tersebut dan menafikan hak-hak plaintif untuk memajukan tanah tersebut sebagaimana yang telah dipersetujui. Harris berkata, sebaik sahaja bayaran komitmen dibuat oleh plaintif, kerja-kerja awalan telah dilaksanakan seperti menyediakan pelan-pelan cadangan, merekabentuk unit-unit rumah yang akan dibangunkan, membuat kajian tapak dan kerja-kerja berkaitan melalui perunding yang dilantik. Tambahnya, plaintif juga telah melantik kontraktor utama bagi membina dan membangun rumah-rumah yang dicadangkan di atas tanah tersebut serta melalui Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) lebih kurang 500 unit.
"Akibat daripada perlanggaran kontrak oleh defendan, plaintif telah mengalami kerugian-kerugian, kos, penat lelah dan kehilangan peluang mendapatkan keuntungan daripada pembangunan tanah tersebut sebagaimana yang telah dirancang. "Defendan, semasa membuat penamatan tawaran tersebut tahu atau mempunyai pengetahuan atau sepatutnya tahu bahawa akibat semulajadi kepada penamatan tawaran tersebut, plaintif akan mengalami kerugian-kerugian, kos, penat lelah dan kehilangan peluang mendapatkan keuntungan," katanya daripada The Law Office of Mohd Harris di sini. Pada 1 Julai, AP Land melalui Tetuan Nurliny & Associates telah menuntut perbelanjaan kerja-kerja perundingan RM130,000, rampasan Wang Komitmen RM100,000.00, perbelanjaan dan Kos Perunding RM3,500,000, kos kakitangan dan pengurusan RM830,000 dan kerugian peluang untung pembangunan projek RM49,000,000 Jumlah keseluruhan ialah RM53,560,000. Namun keengganan defendan membuat bayaran kepada plaintif sebagaimana yang dituntut adalah satu penganiayaan yang teruk terhadap plaintif. Oleh yang demikian, plaintif yang dipercayai ada hubungan dengan Umno menuntut daripada defendan ganti rugi jumlah berkenaan melalui tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan