DUN BUKIT PAYONG Posted: 12 Nov 2012 03:23 AM PST Pemuda Pas cabar MB Terengganu lawan Hadi Posted: 11 Nov 2012 08:07 PM PST Petikan : Sinar Harian KUALA TERENGGANU – Selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Kemaman, Pemuda Pas Negeri Terengganu pula mencabar Ahmad untuk bertanding di Rhu Rendang.
Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang kurang bersetuju dengan tindakan Ahmad berkata, Umno tidak sepatutnya mencampuri hal ehwal 'rumah tangga' parti itu termasuk membabitkan penetapan calon Pas di kerusi tertentu.
Beliau juga turut melihat kenyataan Abdul Hadi yang bersedia bertanding di Parlimen Pekan sebelum ini juga tiada kaitan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kerana Pas berhak meletakkan calon di mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai.
"Apa kaitan Pas dan Umno dan dia (Ahmad) sendiri pun tidak tahu menjadi calon di mana. Jadi, apa peranan dia untuk mengganggu ketetapan calon Pas dan Pas berhak menentukan calonnya di mana-mana kerusi. Kita juga cabar beliau tanding di kerusi Rhu Rendang," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Dun Rhu Rendang ketika ini disandang Abdul Hadi dan kerusi tersebut dikatakan sebagai kubu kuat Pas.
Mohd Nor berkata demikian sebagai mengulas laporan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata, Abdul Hadi sepatutnya bertanding di Kemaman, bukan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di Pekan, Pahang.
Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong dilihat tidak berpuas hati apabila turut mencabar Ahmad supaya bertanding di Parlimen Besut.
Sementara itu, beliau turut menganggap cabaran yang dibuat pimpinan Umno itu menunjukkan ketakutan terhadap kegagalan BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Umno dalam keadaan takut kerana sehingga sekarang mereka tidak dapat menentukan tarikh pilihan raya," katanya.
Bagi Pas katanya, beliau yakin dengan kewibawaan Presiden parti itu dan calon-calon Pakatan Rakyat (PR) yang lain untuk membawa kemenangan pada pilihan raya umum nanti.
"Kita yakin berasaskan perubahan rakyat untuk mendapatkan sokongan bukan sahaja terhadap Presiden Pas tetapi juga calon PR," katanya. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 12 Nov 2012 03:16 AM PST Politik baru dipenuhi gaya samseng Posted: 11 Nov 2012 06:46 PM PST Pemimpin mana-mana parti dan rakyat di negara ini seharusnya sudah mencapai tahap kematangan dalam berpolitik dan bukannya terjerumus ke kancah politik ganas hanya semata-mata mahu meraih keuntungan dalam arena berkenaan. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagai sebuah negara demokrasi yang sudah mengecapi kemerdekaan puluhan tahun lamanya, politik ganas yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini hanya meletakkan negara di kedudukan terkebelakang dalam pemikiran. "Jika mahu politik ganas yang baling batu, baling cat, serang peribadi dan pelbagai lagi, maka politik ini hanya memundurkan pemikiran negara. "Negara kita juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jadi politik ganas ini bukanlah cara kita dan budaya Melayu,"katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian. PKR antara parti yang berhadapan dengan budaya politik 'samseng' apabila bas yang dilancarkan parti itu bagi menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat diserang dan disimbah cat. Bas yang turut membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disimbah dengan cat merah dan cerminnya dipecahkan ketika siri kempen parti itu di Kelantan. Malah perkara sama turut berlaku di Melaka. Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung ini dikatakan bertujuan untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat. PKR sebelum ini mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh 'samseng upahan'.Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan dalam berkempen, parti itu menganggapnya "sebagai ujian kepada kami dan ada hikmahnya." "Di bas jelajah kami, selepas pertama kali terkena cat, kami bersihkan, tetapi selepas kali kedua berlaku, kami tidak bersihkan. Kami cuma bersihkan di bahagian pemandu sahaja kerana tidak mahu halang pemanduan. Kami jadikan kesan cat ini sebagai perhiasan,"katanya. Menurut isteri kepada Ketua Umum PKR itu lagi, bagi mengelakkan budaya politik ganas daripada terus menular di negara ini, parti itu menasihati penyokongnya supaya "jika ada provokasi, jangan lawan balik, biarkan sahaja kerana apa pun berlaku, kami sering didakwa yang memulakan provokasi,"tambah beliau lagi. | |
Pas Kawasan Tanjung Malim Posted: 12 Nov 2012 02:12 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 12 Nov 2012 02:04 AM PST Kembara Oren: PAS cadang ambil tindakan Posted: 11 Nov 2012 11:58 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - IPOH: PAS Perak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat provokasi dan halangan terhadap Kembara Oren Selamatkan Felcra baru-baru ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu-individu yang telah menghalang, mengepung, dan membuat kekerasan terhadap peserta kembara. Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut namun sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat perkembangan. Bercakap dalam sidang media di Pejabat PAS, hari ini, Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) sangat kesal kerana pihak polis yang berada tempat kejadian tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya bersama-sama berkumpul bersama pihak yang membuat provokasi. Sementara itu, peguam PAS, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak polis berkenaan laporan yang telah dibuat itu. Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pegawai penyiasat kes itu apakah tindakan yang sudah dilakukan setelah menerima laporan polis. Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) itu menjelaskan, pihaknya kesal kerana pihak polis yang berada di tempat kejadian tidak menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya. "Sepatutnya orang yang membuat provokasi diminta bersurai sebelum pihak polis membuat tindakan lain seperti yang dilakukan kepada peserta Bersih," katanya. Kata beliau, jika pihak polis membuat keputusan tiada pertuduhan ke atas pihak yang membuat provokasi itu, pihaknya akan melihat daripada ruang tindakan sivil. "Kita mendapat asas yang kukuh untuk mendakwa mereka antaranya elemen kekerasan, serangan dan kesalahan merosakkan harta benda. "Jika polis membuat keputusan tiada kesalahan jenayah kami akan saman dari aspek sivil," jelas beliau. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan barisan peguam. harakahdaily/- | Jam tangan platinum RM12.6 juta Posted: 11 Nov 2012 11:54 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - GENEVA - Seutas jam tangan milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan di Switzerland.
Menurut akhbar MailOnline, jam kronograf jenama Patek Philippe yang diperbuat daripada logam platinum itu akan dilelong oleh firma Christie di sini hari ini.
Hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.
Barangan itu adalah antara 310 jam eksklusif dengan harga keseluruhan mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) yang akan dilelong oleh firma berkenaan.
Berita berhubung jualan jam tersebut disiarkan selepas sebuah lukisan oleh Gerhard Richter milik Clapton dijual £21.3 juta dalam satu lelongan Sotheby's di London sekali gus lelongan termahal di dunia bagi seseorang pelukis yang masih hidup.
Clapton yang popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan tersebut pada harga £2 juta (RM9.7 juta) dalam tahun 2001. - Agensi
| Zakat online cara mudah tunai tanggungjawab zakat Posted: 11 Nov 2012 11:52 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menerusi www.zakat.com.my , bukan sahaja mampu memperkenalkan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat secara dalam talian (online) malahan meningkatkan jumlah pembayar zakat. Sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas, Portal PPZ-MAIWP yang boleh dilayari di www.zakat.com.my nampaknya berjaya menggunakan teknologi ICT bagi memberi kemudahan kepada pembayar zakat, yang tidak berkesempatan mengunjungi kaunter zakat, menunaikan tanggungjawab zakat mereka pada bila-bila masa . Ini berdasarkan statistik pembayaran zakat melalui potongan gaji zakat (Skim Thohir) atas talian dari Ogos-Disember 2011. PPZ menerima jumlah bayaran zakat sebanyak RM266,638.28 daripada 740 pembayar. Ia menyumbang sebanyak 10 peratus daripada kutipan zakat di portal PPZ-MAIWP. Lebih mengembirakan, Januari-Ogos tahun ini sahaja, jumlah pembayar zakat potongan gaji melalui atas talian terus meningkat seramai 613 pembayar dengan kutipan sebanyak RM75,878. SKIM THOHIR Menurut Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan perkhidmatan potongan gaji zakat itu dinamakan Skim Thohir (suci). "Thohir bermaksud suci dan membabitkan skim potongan gaji zakat berjadual. Portal ini menyediakan kemudahan pembayaran ke atas semua jenis zakat iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat saham dan zakat KWSP." Kemudahan Skim Thohir secara online diperkenalkan bagi memudahkan lagi pembayar zakat. Pengguna dan pembayar zakat dialu-alukan menggunakan kemudahan Skim Thohir online ini kerana mereka boleh mentaksir zakat dan taksiran tersebut akan disimpan dalam Rekod Taksiran. Pengguna juga boleh mencetak, memadam atau membayar zakat yang telah ditaksir kerana ia mengandungi jumlah taksiran tahunan dan bulanan. Mohammed berkata langkah untuk membuat pembayaran zakat secara pemotongan gaji menerusi skim yang diperkenalkan PPZ-MAIWP ini sangat mudah. Pembayar hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) secara online dan pihak PPZ-MAIWP akan membuat susulan kepada bahagian gaji atau majikan pembayar. Proses ini mengambil masa dalam tujuh hari bekerja untuk tindakan selanjutnya. KELEBIHAN POTONG GAJI ZAKAT ONLINE Beliau turut menyenaraikan faedah yang diperoleh pengguna menerusi skim berkenaan. Selain membolehkan taksiran zakat dilakukan sendiri secara online, pembayar zakat juga boleh mengisi borang potongan gaji secara online. Manakala segala urusan potongan gaji akan dikendalikan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP dengan pihak majikan. Pembayar juga boleh melakukan semakan penyata secara online. Bagi pembayar yang telah membuat bayaran zakat di kaunter-kaunter zakat di Wilayah Persekutuan, mereka juga boleh membuat semakan pembayaran rasmi dengan cara mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan. Kemudahan lain, pembayar boleh memohon salinan resit dan penyata melalui e-mel dan akan dipos ke alamat yang didaftarkan. Malah pembayar juga boleh mencetak rekod bayaran yang telah dibuat. KEWAJIPAN BERZAKAT Zakat diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang mencukupi syarat-syarat berzakat iaitu Islam, merdeka, milik yang sempurna, cukup nisab, cukup haul dan niat untuk berniaga. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran: "Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan." Al-Baqarah: 110 Sebagai satu daripada rukun Islam yang lima, kewajipan menunaikan perintah dan ibadah kepada Allah ini bertujuan untuk memberi ketenangan serta pendapatan yang berkat kepada si pembayar zakat. Manakala di pihak yang layak menerima zakat(asnaf) pula, hasil kekayaan itu dapat dirasai bersama dan membantu mengurangkan beban kesusahan mereka. Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan adalah pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini. Menurut Mohammed, pihak PPZ-MAIWP turut berharap dengan kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian ini, mereka yang layak membayar zakat dapat segera menunaikan zakat yang wajib ke atas mereka. Ia sekaligus dapat meningkatkan kutipan zakat dan membantu mereka yang memerlukan terutama di Wilayah Persekutuan. BAYARAN ZAKAT DAN CUKAI INDIVIDU Beliau turut menjelaskan bahawa mereka yang membayar zakat boleh mendapat rebat cukai pendapatan individu seperti yang terdapat dalam akta Rebat Zakat Individu (Mastautin). Bayaran zakat dibenarkan potongan sebagai rebat di bawah Sek 6A (3) ACP 1967 yang berkuatkuasa mulai tahun 1978: 'Rebat hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.' Beliau menambah, bagi kemudahan rebat bulanan atas Potongan Cukai Berjadual (PCB), majikan boleh menyelaraskan potongan cukai bulanan zakat daripada potongan cukai bulanan membayar cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Penyelarasan terus hendaklah dibuat dengan mengambilkira amaun zakat dan mengurangkan daripada PCB sesuatu bulan. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan PPZ nombor 1-300-88-5757 atau layari laman web www.zakat.com.my . - Bernama
| Pembangkang Syria bersatu di bawah pimpinan baru Posted: 11 Nov 2012 11:38 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - QATAR: Pembangkang Syria akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang mendalam antara mereka dan menyokong pemimpin baru dalam pakatan yang diharapkan oleh Barat dan Arab dapat menjatuhkan kerajaan Syria dan mengambil alih pentadbiran negara tersebut. (Mouaz al-Khatib, seorang aktivis dan imam, dipilih untuk menerajui kumpulan pembangkang) Selepas beberapa hari rundingan dijalankan di Qatar di bawah pengawasan pelbagai pihak termasuk wakil-wakil kumpulan termasuk kumpulan penentang, kumpulan pembangkang veteran dan minoriti etnik serta agama bersetuju Ahad lalu untuk menyertai kumpulan baru yang membentuk kerajaan dalam buangan.
Mereka secara sebulat suara memilih pemimpin reformis Damsyik, Mouaz al-Khatib, sebagai presiden.
Khatib, 50, dijatuhkan hukuman penjara beberapa kali kerana mengkritik Bashar al-Assad, presiden Syria. Beliau akhirnya hidup dalam buangan tahun ini.
Khatib, seorang pendakwah yang pernah menjadi imam di Masjid Umayyah di Damsyik, segera menyeru kepada semua askar untuk berhenti dari menjadi tentera Syria dan juga menyeru kepada semua kumpulan untuk bersatu.
"Kami menuntut kebebasan untuk Ahlus Sunnah wal Jamaah, Alawiah, Ismail [Syiah], Kristian, Druze, Assyria dan hak untuk semua rakyat Syria," katanya.
harakah/- | umah kapsul popular di Wuhan Posted: 11 Nov 2012 11:32 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
WUHAN, China - Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan di sini, dalam wilayah Hubei, lapor akhbar New York Daily News.
Setiap bilik kecil itu yang digelar 'rumah kapsul', memiliki keluasan purata cuma 4.5 meter persegi.
Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunannya.
Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu.
Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya. Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang amat mahal di sini. - Agensi
| S'gor beri tempoh 14 hari tanggalkan kamera AES Posted: 11 Nov 2012 11:14 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.
Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.
Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.
Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.
Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.
sinar/- | Telefon awam: Terbiar tanpa penyelenggaraan Posted: 11 Nov 2012 11:11 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Keadaan telefon awam di sekitar bandar Pekan. Keperluan telefon awam kian terhakis dek arus kemodenan sekali gus membawa kepada cara berkomunikasi lebih mudah melalui lambakan peralatan jauh lebih canggih. Kewujudan telefon bimbit pelbagai bentuk dan warna, ringan serta mampu dibawa ke mana sahaja, selain harga mampu milik menjadikan ia pilihan utama sekali gus meminggirkan kewujudan pondok telefon yang fungsinya kini boleh dikatakan tidak lebih sekadar hiasan. Tinjauan Sinar Harian mendapati, pondok awam di sekitar bandar dan perumahan seakan terbiar tanpa penyelenggaraan, malah ada di antaranya menjadi sasaran pelaku vandalisme. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi dan Usahawan, Datuk Ishak Muhamad berkata, gejala vandalisme dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja perlu dibanteras sebelum ia menular dan menjadi budaya. Menurutnya, kebanyakan remaja tidak menghargai harta benda disediakan kerajaan seperti telefon awam yang perlu dijaga demi kebaikan bersama, malah ada di antara mereka menjadi perosak. "Saya hairan dengan sikap sesetengah remaja yang masih tidak mengetahui kepentingan kemudahan seperti telefon awam yang semakin dipinggirkan, malah mereka sanggup merosakkannya. "Pada saat-saat kecemasan, masyarakat terutama mereka yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah terpaksa bergantung kepada perkhidmatan awam tersedia," katanya. Ishak berkata, jika telefon awam rosak dan tidak boleh digunakan lagi, keadaan itu akan menyusahkan masyarakat terutama golongan berada dalam kesusahan kerana mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dengan kadar segera. "Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting untuk mendidik anak di awal usia dan mendedahkan keburukan kegiatan vandalisme kepada diri masyarakat. "Jika ibu bapa tidak menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak, bagaimana mereka mahu menjadi anggota masyarakat yang baik dan tidak terbabit dengan masalah sosial?" katanya. Menurutnya, masalah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak di mana usaha untuk membanterasnya perlu dilakukan bagi mengelak kerosakan harta benda awam terus berleluasa pada masa akan datang. "Saya berharap perkhidmatan awam dapat dijaga dengan baik. Semua pihak perlu mengambil tindakan terhadap perbuatan vandalisme di sekeliling kita," katanya. Tidak lapuk dek zaman Walaupun telefon bimbit kini menjadi keperluan utama masyarakat, namun masih ada pihak memerlukan telefon awam sebagai kemudahan berikutan faktor kemiskinan dan kedudukan tempat tinggal di pedalaman. Penduduk di Kampung Sungai Miang misalnya, kecewa kerana kampung itu masih belum disediakan kemudahan telefon awam walaupun mereka sudah membuat permohonan sejak sekian lama. Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Omar berkata, ketiadaan telefon awam menyukarkan mereka menghubungi pihak-pihak tertentu sewaktu kecemasan. "Kemudahan alat telekomunikasi awam masih penting, tambahan pula kampung ini berada agak jauh dari bandar. "Bukan semua penduduk memiliki telefon bimbit. Keadaan itu menyukarkan kami menghubungi pihak tertentu seperti polis, bomba atau ambulans pada waktu kecemasan," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Umno cawangan Sungai Miang, Fadzilah Awang Ibrahim berkata, penyediaan perkhidmatan tersebut wajar diberi perhatian sewajarnya. Menurutnya, pihak berkenaan diminta supaya memasang semula perkhidmatan telefon awam di kawasan tersebut. "Saya difahamkan wayar di sini sudah putus dan berharap pihak berkenaan dapat menyediakan kembali perkhidmatan telefon awam untuk memudahkan penduduk di sini. "Pembangunan dan kemodenan tidak seharusnya menjadi penyebab untuk pihak berkenaan melupakan serta meminggirkan keperluan penduduk memerlukan," katanya.
sinar/- | Pembaca Berita Sebak & Menangis Lapor Berita Kekejaman di Syria Posted: 11 Nov 2012 11:01 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya' yang ditembak oleh Rejim Bashar. Ayah Muhammad Dhiya' menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.
Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim. -halimislam | Penduduk diancam gajah lag Posted: 11 Nov 2012 10:59 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUANTAN- Penduduk di sekitar Sungai Lembing di sini tidak lagi boleh tidur lena, gara-gara gangguan sekumpulan gajah memusnahkan tanaman mereka.
Ketua Kampung Kuala Kenau, Niyamil Hassan berkata kebun dan tanaman penduduk musnah apabila sekumpulan gajah liar itu datang mencari 'rezeki' dari hutan bersebelahan kampung.
Menurutnya, serangan itu merupakan kali kedua setelah tanaman mereka dirosakkan haiwan berkenaan tiga bulan lalu.
"Tiga bulan lalu kami sudah diancam gajah yang masuk ke kampung ini, nasib baik hanya tanaman yang dirosakkan," katanya.
Bagaimanapun kata Niyamil pada serangan itu sebuah rumah penduduk hampir roboh setelah dinding bergesel dengan dua ekor gajah setinggi rumah tersebut.
Katanya, setiap kali kemunculan sang belalai ini bukan tanaman yang dirisaukan tetapi keselamatan penduduk di kampung ini yang lebih penting.
"Kami amat berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah bagi mengatasi masalah yang mengancam keselamatan kami di sini," katanya. Kampung itu mempunyai banyak kebun pisang, ladang kelapa sawit yang menjadi tumpuan sekumpulan gajah. Selain itu katanya, kebanyakan penduduk di sini yang gemar bercucuk tanam di halaman rumah juga menyebabkan kawasan kediaman mereka menjadi tumpuan gajah untuk mendapatkan makanan. Kata Niyamil, beliau mendapati gajah yang menyerang kampung itu bukannya daripada kumpulan yang sama. "Saya dapati gajah yang datang daripada kumpulan yang berlainan berdasarkan saiz dan jumlah mereka," katanya.
Bimbang akan keselamatan penduduk dan tidak sanggup lagi menanggung kerugian setelah beberapa kali tanaman dimusnahkan, penduduk merayu pihak berkenaan melakukan pemantauan di kampung mereka dari masa ke masa.
sinar/-
| Bedah perut keluar sudu Posted: 11 Nov 2012 10:53 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya. TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu. Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.
Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya. "Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
sinar/- | Warga emas mati terkejut selepas lihat puting beliung Posted: 11 Nov 2012 10:52 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga emas menemui ajal dipercayai akibat terkejut selepas melihat puting beliung di rumahnya di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Hasan Olok, 70, meninggal dunia dalam keadaan terbaring sejurus melihat angin puting beliung dari arah laut yang turut menerbangkan zink 33 buah rumah di kampung itu. Menurut anak mangsa, Mohd. Azri, 26, beberapa minit sebelum kejadian, bapanya yang mahu mengambil angin telah pergi ke pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
"Selepas dia keluar, saya terdengar bunyi angin kuat lalu panggil ayah masuk ke dalam rumah. Ketika itu, saya sempat lihat angin seperti puting beliung sedang bergerak laju menuju ke pantai dari arah tengah laut," katanya ketika ditemui di sini semalam.
metro/- | Pas: Umno punca Melayu-Islam berpecah Posted: 11 Nov 2012 10:48 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Khalid Samad SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad tidak nampak adanya ruang Pas dan Umno boleh bergabung untuk menyatupadukan Melayu dan Islam sekiranya parti teras Barisan Nasional (BN) itu kekal dengan caranya yang mementingkan kroni dan menindas rakyat. Beliau juga menafikan kajian yang dirujuk oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha bahawa 70 peratus rakyat Selangor sokong Pas Umno bergabung sebagai fakta yang tepat. Ini menurut beliau, Umnolah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini. "Kita pertikaikan dari mana dia dapat angka 70 peratus itu? Tetapi hakikatnya, orang Islam, Melayu berpecah selama Umno-Barisan Nasional memerintah. "Nak capai itu macam mana? Umno dengan cara dia. Dengan duit. Dengan adanya kroni-kroni yang jadi jutawan, maka orang Melayu akan bergantung kepada mereka, maka orang Melayu bersatu? Gagal, 55 tahun," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat. Norman sebelum ini berkata, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu kedua parti itu mengetepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga. "Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam," katanya pada satu sidang media selepas mengadakan wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di ibu negara kelmarin. Wacana yang menurut Norman dianjurkan atas inisiatif ahli Pas yang mahu rungutan mereka diberi perhatian berjaya mencapai 11 resolusi. Antaranya Pas mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam dan agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik. Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Pas untuk menerajui tampuk pemerintahan sekiranya mahu umat Melayu Islam di negara ini bersatu. "Sebab kenapa orang Melayu Islam berpecah pada masa Umno memerintah ialah kerana mereka berdiri atas dasar yang batil. "Nak Melayu Islam bersatu, cuba serah pada Pas dan kita zahirkan cara penyatuan yang berasaskan kepada sama-sama berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH. Itu kita yakin boleh berlaku," katanya lagi ketika ditemuinya di pejabatnya, di sini, hari ini. Tambah beliau, dalam hal penyatuan Pas dan Umno, apa yang lebih mustahak ialah berpatah balik kepada ajaran agama di mana keikhlasan harus menjadi tunjangnya. "Dalam Pas kita yakin bahawa dasar yang boleh menyatupadukan manusia ini khususnya orang Islam ialah apabila manusia khususnya orang Islam ikhlas dalam soal politik mereka kepimpinan mereka, pemerintahan mereka adalah untuk mencari keredhaaan Allah Taala," ujarnya. Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya adakah mustahil Umno dan Pas bersatu berkata, "tak lah hendak kata mustahil, tak ada benda yang mustahil tapi, dalam konteks sekarang ini, Pas bertanding di kerusi yang ditandingi oleh Umno." "Jadi kita bersaing untuk sokongan masyarakat yang sama. Umno mereka hendakkan kepimpinan Melayu, memimpin masyarakat Melayu atas dasar politik mereka. "Pas bersaing dengan Umno hendakkan kepimpinan bagi masyarakat Melayu atas dasar politik kita. Dia (Umno) nak bawa ke kiri, kita hendak bawa ke kanan," jelas beliau lagi.
sinar/- | Harga saham FGV jatuh bawah harga penyenaraian Posted: 11 Nov 2012 10:46 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Saham gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraiannya (RM4.55).
Saham tersebut mula diniagakan pada harga RM4.60 namun dan kemudiannya jatuh ke paras RM4.53 pada jam 10.46 pagi sebelum kembali melonjak.
Harga pasaran terakhir saham tersebut adalah RM4.57 ketika waktu rehat jam 12.30 tengahari.
Kejatuhan harga tersebut dijangka akan menjadi bahan kritikan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.
malaysiakini/- | PAS yakin dapat tawan DUN Sg Acheh Posted: 11 Nov 2012 10:45 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - NIBUNG TEBAL: PAS Nibung Tebal yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh pada pilihanraya umum ke 13 nanti berdasarkan sokongan golongan muda yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Yang Dipertuanya, Haji Abdul Rahman Ramjan ketika ditemui di majlis kejohanan futsal sempena Program Jalinan Mahabah dan Sehari Bersama Salebriti di Sungai Acheh berkata, sokongan golongan muda bertambah meningkat setelah banyak kampung yang dikuasai Umno berjaya ditembusi. Antara kubu Umno tersebut ialah Datuk Keramat, Batas Pinang dan Parit Kasa manakala yang belum mendapat celah seperti perumahan nelayan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Kampung Setar iaitu kampung Ketua Umno Bahagian Nibung Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman. Dalam PRU - 12, calon PKR bertanding di DUN yang terletak dalam Parlimen Nibung Tebal ini dan kalah 250 undi kepada calon BN dari Umno. Dalam pilihan raya akan datang, PAS disebut-sebut bakal meletakkan calonnya di DUN yang bersempadan dengan Perak di Parlimen Bukit Gantang ini. "Hari ini peluang untuk PAS menang di Dun Sungai Acheh terbuka luas cuma yang penting ialah pastikan semua jentera kita bergerak mencula dan mendaftarkan ahli atau penyokong seramai mungkin di samping bergerak mendepani isu masyarakat setempat, " jelas Haji Rahman ( gambar). Di Dun Sungai Acheh terdapat tujuh Unit Peti Undi (UPU) iaitu Sungai Acheh, Sungai Udang, Sungai Bakau, Permatang Tok Mahat, Transkrian, Tanjung Berembang dan Sungai Setar. Kawasan yang mendapat sokongan padu ketika Pilihanraya Umum ke 12 lalu ialah di Sungai Udang, Permatang Tok Mahat serta Transkrian kerana kedudukanya di pinggir pekan dan majoriti nya golongan terpelajar. Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Zamri Latiff ( gambar bawah) menambah, bagi menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya perubahan kerajaan, PAS sentiasa mengadakan ceramah kelompok, ziarah serta dialog di kedia-kedai kopi. Bagi merealissikan impian untuk menang di sini perlu ada berbagai pendekatan terutamanya golongan wanita kerana mereka masih dibelenggu kepercayaan terhadap siaran Televisyen, radio dn akhbar arus perdana.
Memang banyak lagi Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Acheh kena pelajari sambungnya, bagaimana untuk mendekati atau menangani masalah penduduk supaya masyarakat merasai kesungguhan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir berbanding Barisan Nasional (BN).
"MTD bergerak dengan sokongan Dewan Pemuda dan muslimat. Kita sudah banyak kali buat program kepemudaan dan wanita semata-mata memberi kesedaran betapa pentingnya memberi undi pada Pakatan Rakyat selepas ini, " terangnya.
harakah/- | Mekanik OKU maut kebakaran Posted: 11 Nov 2012 10:09 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di rumah kedai tiga tingkat yang mengorbankan seorang mekanik, semalam. KUALA LUMPUR - Seorang mekanik orang kurang upaya (OKU) sempat membuat panggilan terakhir kepada keluarga dan majikannya bagi memaklumkan kejadian kebakaran, sebelum ditemui mati dengan kesan melecur di rumah kedai tiga tingkat di Jalan Bangsar, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa Mohd Nor Mat Yaacob, 32, yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dipercayai terperangkap di dalam premis berkenaan. Mayat ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 6.30 pagi di tingkat satu selepas operasi memadam dan mengawal kebakaran selesai. Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian berada dalam keadaan terbaring, hanya tangan mangsa melecur selain terdapat besi menghempap badannya. Abang mangsa yang dikenali sebagai Nizam, 34, berkata, arwah sempat menelefon seorang adiknya yang tinggal di Gombak bagi memaklumkan kejadian kebakaran tersebut. "Arwah memberitahu dia terperangkap dalam kebakaran, sebelum talian telefon terputus. Kami cuba menghubungi dia semula selepas itu, namun tiada jawapan," katanya. Nizam berkata, mangsa mengalami kecacatan di lutut selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira 13 tahun lalu. "Arwah bekerja sebagai mekanik di pusat servis motosikal itu sejak sebulan lalu dan berulang-alik dari rumahnya di Gombak ke tempat kerja. "Pada malam kejadian, arwah yang menunggang motosikal tidak pulang ke Gombak kerana hujan lebat dan mengambil keputusan bermalam di premis tersebut," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman memberitahu, sebanyak lima jentera bomba dengan kekuatan 23 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut. "Kami terima panggilan pada jam 2.38 pagi dan sampai ke lokasi lapan minit kemudian. Api dapat dikawal pada jam 3 pagi. Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
sinar/- | NgO anti Lynas failkan rayuan Posted: 11 Nov 2012 08:28 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUANTAN: NgO 'Selamat Malaysia, Hentikan Lynas' (SMSL) telah memfailkan rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini yang membenarkan projek Lynas diteruskan melalui pengesahan Temporary Operating License (TOL). Peguam kepada SMSL telah memfailkan penangguhan sementara sekali lagi (interlocutory interim stay) kepada TOL Lynas di Mahkamah Tinggi Kuantan Jumaat lepas. Pendengaran kes ini dijangka akan dibuat pada hari Rabu, 14 November ini. Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini mengesahkan TOL yang diperolehi oleh Lynas selepas digantung buat sementara oleh Mahkamah. Ketika membuat keputusan itu, hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan, isu kesihatan dan keselamatan yang tidak boleh diperbetulkan adalah terlalu awal (premature) untuk diputuskan. Pemohon kepada penangguhan lesen TOL itu, Tan Bun Teet dalam kenyataannya berkata, isu radiasi dan bahan buangan merbahaya dari kilang ini bukan isu yang boleh diambil mudah. "Lynas akan mengeluarkan jumlah bahan buangan toksid yang sangta banyak, sedangkan kilang ini tidak mempunyai pelan yang selamat untuk membuang bahan buangan merbahaya ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
harakah/- | Kantoi! Pengguna Facebook edit gambar Rosmah! Posted: 11 Nov 2012 08:25 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Hasil kecanggihan teknologi kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali. Seperti mana yang terjadi ke atas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo, sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter. Rosmah yang hadir kelmarin di majlis resepsi pasangan mempelai pada malam kedua persandingan mereka bukan setakat dicemuh, malah mengelirukan para penonton yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen selama sejam bermula 8.30 malam Sabtu lalu. Seorang pengguna Facebook yang bengang dengan tindakan tersebut sempat mengambil beberapa keping gambar Rosmah dan pasangan pengantin secara terus dari hadapan televisyen lalu dengan usahanya itu, maka terhasillah apa yang kita semua lihat pada gambar di atas.
harakah/-
| Dalang air ketum tumpas Posted: 11 Nov 2012 08:21 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Wanita ini dibawa ke lokap IPD Dungun untuk siasatan lanjut selepas polis temui air ketum di rumahnya. Polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses ketum. AL MUKHTAFI BILLAH SHAH – Rahsia peningkatan kes penagihan ketum dalam kalangan penduduk tempatan terbongkar apabila dua warga Thailand yang dipercayai menjadi pembekal utama bahan terlarang terbabit, ditahan dalam satu serbuan polis dekat sini, pagi Rabu lalu. Hasil serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sebuah rumah kira-kira jam 10 pagi itu, wanita berusia 28 tahun yang mempunyai dokumen pengenalan diri dari negara jiran itu ditahan kerana disyaki menjadi dalang utama aktiviti memproses dan membekal air ketum kepada penagih tempatan. Pemeriksaan polis di rumah didiami dua beradik yang menggunakan pas lawatan sosial untuk tinggal di negara ini, turut menemui empat plastik hitam serta 40 bungkus plastik kecil air ketum yang siap diproses untuk dijual di kawasan sekitar. Pihak berkuasa juga turut menemui periuk dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk memproses air ketum. Siasatan awal mendapati, suami kepada wanita terbabit dipercayai pernah terlibat dengan aktiviti sama dan ketika wanita berasal dari Tak Bai, Selatan Thailand itu ditahan, suaminya difahamkan berada di lokap Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu kerana kesalahan sama. Turut ditahan termasuk 11 lelaki yang datang ke rumah terbabit, dipercayai untuk mendapatkan bekalan ketum. Hasil ujian saringan air kencing, lapan daripadanya positif dadah jenis methapethamine dan mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas menerima laporan lanjut daripada pihak perubatan. Wanita yang mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia 17 tahun itu kini ditahan reman empat hari sehingga Ahad (hari ini) mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan tersebut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti memproses, membekal atau penyalahgunaan dadah dapat menghubungi pihaknya di talian 09-8482222 (Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik) untuk tindakan lanjut.
sinar/- | Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta? Posted: 11 Nov 2012 08:19 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - (Jalan satu lorong dari pejabat Ketua Menteri ke DUN Sabah sejauh 0.9 km bernilai RM14.9 juta?)
KOTA KINABALU: Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta? Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.
(Inilah pintu masuk DUN Sabah yang dihubungkan oleh jalan ini)
Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah. Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan lalu setelah ia disiapkan. Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini. Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Wakil Harakahdaily yang melihat sendiri jalan itu mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah ( gambar) dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik. Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu. "Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwa Azmin Ali (PKR-Gombak) ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini. Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur. Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.
harakah/- | [UMNO DEMAM] Selangor Catat Nilai Pelaburan RM6.9 Bilion Tertinggi Di Malaysia Posted: 11 Nov 2012 08:12 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain. Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam. Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.
Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian 'Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.
"Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.
"Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain," kata Abdul Khalid.
Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.
Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.
Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.
Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times.
| Tangisan bayi bongkar cerita remaja 16 tahun bersalin Posted: 11 Nov 2012 08:09 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Abang kepada remaja 16 tahun yang melahirkan bayi perempuan terpaksa menunggu di luar Dewan Bersalin HSNZ sejak pagi sebelum dibenarkan melawat adiknya tengah hari, semalam. MARANG – Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.
Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan. "Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal," katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.
Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.
Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci.
sinar/-
| Gempa Bumi Sederhana Landa Myanmar Posted: 11 Nov 2012 08:08 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Ricther melanda Myanmar pada 6.54 petang Ahad.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan menyebut pusat gempa terletak 68 kilometer di barat laut Mandalay dan 1,827 kilometer di barat daya Padang Besar, Perlis.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA
| Pemuda Pas cabar MB Terengganu lawan Hadi Posted: 11 Nov 2012 08:00 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Mohd Nor Hamzah KUALA TERENGGANU – Selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Kemaman, Pemuda Pas Negeri Terengganu pula mencabar Ahmad untuk bertanding di Rhu Rendang. Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang kurang bersetuju dengan tindakan Ahmad berkata, Umno tidak sepatutnya mencampuri hal ehwal 'rumah tangga' parti itu termasuk membabitkan penetapan calon Pas di kerusi tertentu. Beliau juga turut melihat kenyataan Abdul Hadi yang bersedia bertanding di Parlimen Pekan sebelum ini juga tiada kaitan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kerana Pas berhak meletakkan calon di mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai. "Apa kaitan Pas dan Umno dan dia (Ahmad) sendiri pun tidak tahu menjadi calon di mana. Jadi, apa peranan dia untuk mengganggu ketetapan calon Pas dan Pas berhak menentukan calonnya di mana-mana kerusi. Kita juga cabar beliau tanding di kerusi Rhu Rendang," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Dun Rhu Rendang ketika ini disandang Abdul Hadi dan kerusi tersebut dikatakan sebagai kubu kuat Pas. Mohd Nor berkata demikian sebagai mengulas laporan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata, Abdul Hadi sepatutnya bertanding di Kemaman, bukan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di Pekan, Pahang. Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong dilihat tidak berpuas hati apabila turut mencabar Ahmad supaya bertanding di Parlimen Besut. Sementara itu, beliau turut menganggap cabaran yang dibuat pimpinan Umno itu menunjukkan ketakutan terhadap kegagalan BN pada pilihan raya umum akan datang. "Umno dalam keadaan takut kerana sehingga sekarang mereka tidak dapat menentukan tarikh pilihan raya," katanya. Bagi Pas katanya, beliau yakin dengan kewibawaan Presiden parti itu dan calon-calon Pakatan Rakyat (PR) yang lain untuk membawa kemenangan pada pilihan raya umum nanti. "Kita yakin berasaskan perubahan rakyat untuk mendapatkan sokongan bukan sahaka terhadap Presiden Pas tetapi juga calon PR," katanya.
sinar/- | Umno Guna Agama Untuk Raih Keuntungan Politik – Anwar Posted: 11 Nov 2012 07:59 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno BN menggunakan agama untuk mencari keuntungan politik dengan kali ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi mangsa. Menyifatkan serangan fitnah terhadap anaknya itu sebagai bermotif dendam, beliau percaya perjuangan Nurul Izzah bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya dihakimi rakyat biasa. "Satu kerajaan datang hentam dia, tapi saya nak kata bukan kerajaan penentunya, tapi rakyat yang akan menghakimi segala-galanya.
"Mereka nak kalahkan Izzah, nak angkat Raja Nong Chik. Apa mereka lupa isu tanah di Kampung Baru pun tak selesai, anak dia pula dapat kontrak tender berbilion ringgit.
"Saya pesan dekat Izzah, ini ujian. Kita kena hadapi," kata Ketua Pembangkang itu.
Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewas Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Raja Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya.
"Perlawanan ini antara rakyat dengan kerajaan yang korup. Inilah masanya untuk rakyat mengatakan tidak, kepada mereka," katanya depan 700 orang pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Bulatan Little India, Brickfields, di sini malam kelmarin.
Depan 2,000 orang di padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak dalam Jelajah Merdeka Rakyat pada malam samapula, Anwar berkata tidak ada maknanya Islam seseorang itu jika agama diperalat untuk kezaliman dan menindas.
"Walkaramah itu keadilan, kita sebagai umat Islam dituntut memberi keadilan untuk semua dan angkat darjat manusia.
"Ini disebut Ketua Ulama SeDunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam buku terbarunya (Kebangkitan Rakyat).
"Di Mesir, ada minoriti Kristian. Semasa berlaku serangan ke atas gereja oleh pelampau Mesir, anak-anak muda Islam bina benteng pertahankan penganut Kristian.
"Kerana apa? Kerana mereka mahu pertahankan umat manusia dari kezaliman. Semasa serangan gereja di Petaling Jaya dulu, Ustaz Haji Hadi Awang juga tolak kekerasan terhadap agama lain dan minta gereja tidak dirosakkan.
"Kalau orang Melayu dengan Cina bergaduh, yang untung Umno.Islam dengan Kristian gaduh, yang untung Umno," katanya.
| Pemandu teksi jadi penyelamat Posted: 11 Nov 2012 07:36 PM PST 27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KOTA TINGGI - Lapan pelancong warga Singapura berjaya ditemui pagi semalam selepas mereka dilaporkan sesat selama 24 jam ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan Air Terjun Kota Tinggi kelmarin.
Kesemua mereka berjaya diselamatkan selepas seorang daripada mereka menghubungi pemandu teksi yang menghantar mereka ke kawasan tersebut pada pukul 7.55 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, 18 anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mereka dalam keadaan sihat pada kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Penduduk kampung turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mereka itu yang bermula pukul 7 pagi.
Che Mahazan berkata, mangsa yang terlibat dikenali sebagai Tay Wei Xin, Law Teck Chuan, Sng Yu Xin, Lim Pong Hui, Sng Ping Qiu, Wong Thiam Siang, Seow Pei Wen dan Xiao Yulin.
kosmo/- | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 11 Nov 2012 09:22 PM PST Kem Motivasi Remaja Posted: 10 Nov 2012 10:20 PM PST
Tarikh : 25-27 Nov 2012 Tempat : Pusat Teknologi Pertanian, Ulu Sepri, Rembau Yuran : RM240 (RM120 jikan daftar sebelum 18 Nov 2012) Terbuka kepada remaja 10-18 tahun Sila hubungi Asri 010-5708354 , 013-6588240 Anjuran : Al Faliheen Management, Seremban | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 11 Nov 2012 03:40 PM PST SAH ! BN DAH GELABAH! Posted: 11 Nov 2012 03:39 AM PST BN memang gelabah di saat tempoh pemerintahan nak berakhir tidak lama lagi dengan kesan akan kantoi di mana-mana waima tektik beri wang pada rakyat telah digunakan. Kini BN nak kumpul maklumat walaupun Malaysia masih dikuasai dan ditadbir oleh mereka dengan segala media dan jentera digunakan.Mereka masih tak yakin, kini mereka mengelabah dan bersedia kalah dengan mungkin mungkin menggunakan nama Barisan 1Malaysia.Mungkin dah tak yakin dengan Barisan Nasional.
Umno mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan bersama 1,000 NGO pada 24 November bagi "mengumpul maklum balas" berhubung dasar kerajaan.
Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun menafikan bahawa perhimpunan tersebut berkaitan dengan persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ahmad yang juga pengerusi sekretariat acara berkenaan berkata, perhimpunan tersebut bukan anjuran Umno, BN atau kerajaan dan hanya menggunakan nama "Barisan 1Malaysia".
Ditanya sekiranya program tersebut merupakan acara yang bukan kepartian, Ahmad berkata ia terpulang kepada penilaian masyarakat.
Ahmad juga menafikan bahawa acara tersebut bertujuan untuk meraih sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum akan datang.
Katanya, perhimpunan tersebut antara lainnya akan dipenuhi dengan perbincangan dengan jabatan kerajaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka.
Sebagai contoh, perbincangan itu akan menyentuh isu sistem penguatkuasaan automatik (AES), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Hasil perbincangan itu kemudiannya akan dikumpulkan dan disalurkan kepada agensi terbabit sebagai maklum balas kepada dasar kerajaan, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur petang ini.
Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri berkata perhimpunan itu akan melibatkan NGO dari pelbagai kelompok kaum dan latar belakang.
| |
DPP Gopeng Posted: 11 Nov 2012 03:38 PM PST Tolak lidah UMNO manipulasi istilah kafir Harbi Posted: 11 Nov 2012 07:09 AM PST Tolak lidah UMNO manipulasi istilah kafir Harbi
Saya memandang serius berkenaan berleluasanya gejala fatwa kafir harbi yang kerap dilaung oleh individu atau puak tertentu pro UMNO. Hal ini disebabkan saya sendiri pernah berada di situasai berkenaan apabila sahabat seperjuangan saya YB Dr Lee Boon Chye dan angkatan PKR Gopeng digelar sebagai kafir Harbi semata-mata kerana membela suara rakyat Taman Pegoh Aman di Seksyen 18 di Parlimen Gopeng. Rakyat bangun kerana ketidakpuashatian mereka terhadap bangunan misteri yang dibina oleh YB Hamidah Osman di padang permainan taman berkenaan.
Banyak risalah haram tanpa penerbit dikeluarkan malah beberapa NGO yang berhimpun di Taman Pegoh Aman melaung-laung seruan perkauman dan istilah kafir harbi menjadi slogan mereka sepanjang demo menyokong SAR. Tindakan mereka berdemo tidak dapat mengikis sikap sebenar UMNO-BN terhadap SAR dan institusi pondok. Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu telah mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa'amah yang mengatakan haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi.
Sungguh mudah mereka menggunakan istilah harbi seolah-olah pondok mereka tiada silibus berkenaan fiqh kenegaraan beza kafir zimmi dan kafir harbi. Sangat jahil dan dangkal.
Saya memuji tindakan bijak Presiden PAS bertanya di dalam parlimen berkenaan sikap semberono individu rasis menggunakan istilah harbi tanpa pedoman.
Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah "Kafir Harbi" yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini.
Presiden PAS juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia. Namun tindakan jahil sebegini tiada pula diambil tindakan atas nama keselamatan dan ketenteraman dilakukan.
Saya juga berharap ulama' atau tuan-tuan guru seperti Abdullah Sa'mah tidak terpedaya dengan agenda pragmatik UMNO dalam isu pondok dan sekolah agama rakyat. Adakah dengan perlancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan beliau sendiri menerima sumbangan bantuan RM2 juta dari Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan menyebabkan beliau sanggup memanipulasikan istilah harbi?
Tuan-tuan guru dan murabbi pondok sekalian perlu sedar dalam Bajet 2013 yang lalu, kerajaan BN tidak langsung meletakkan peruntukan untuk kemajuan Sekolah Agama Rakyat seiring dengan bantuan sekolah-sekolah lain. Malah BN pernah berusaha mematikan SAR melalui penarikan bantuan perkapita kepada SAR. Adakah semua ini tidak cukup membuktikan UMNO hipokrit dalam isu SAR dan Pondok?
Radzi Bin Zainon Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat (PAS) | |
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33 Posted: 11 Nov 2012 02:00 PM PST Program Qurban YB Ustazah Ashah di Merbau Pulas Posted: 10 Nov 2012 05:46 AM PST | Program Mesra Rakyat Daerah Kulim Posted: 10 Nov 2012 05:38 AM PST 10 November 2012 -Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kulim telah diadakan di perkarangan Masjid Annajah Padang Serai. Program yang mendapat sambutan dari pelbagai kaum ini telah di amanahkan kepada PKWR N33 - Merbau Pulas sebagai tuan rumah. Majlis ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim, JKR Kulim, Jabatan Pertanian dan berberapa agensi kerajaan lain. YB Dato' Ustazah Aishah amat berterima kasih kepada Semua MKK Dun Merbau Pulas kerana berjaya memberi komitmen yang jitu dalam menjayakan program yang besar ini. Selain daripada Penyerahan sumbangan Kafalah, bantuan basikal, bantuan kewangan JKM dan Kaum india juga diraikan dengan sumbangan untuk menyambut Deepavali. Sebeleh petangnya - para wakil rakyat dan MP dibawa ke program turun padang dengan melawat kampung dan penduduk yang memerlukan bantuan. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 11 Nov 2012 11:56 AM PST Penyampaian barang2 IKS untuk usahawan muda dun pulai chondong Posted: 10 Nov 2012 03:25 PM PST | PRU13: Calon PAS Pahang akan buat deklarasi harta Posted: 10 Nov 2012 03:16 PM PST TEMERLOH: Semakin ramai memberikan sokongan kepada cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta di muktamar akan datang.
Setelah mendapat pujian dan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Pemuda PAS kini mendapat sokongan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Bercakap kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim berkata PAS Pahang menyambut baik cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta.
Beliau turut mengumumkan bahawa semua calon PAS di Pahang untuk PRU13 akan membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat.
"Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen," kata beliau.
Kata Tuan Ibrahim, perwakilan PAS Pahang akan memberikan sokongan penuh kepada usul Pemuda PAS ini di muktamar nanti.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.
"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.
Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.
Mustafa sebelum ini berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.
"PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka," katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.
Bagi cadangan untuk calon mengisytiharkan harta, Mustafa percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut. | PAS jangka PRU13 diadakan tahun ini Posted: 10 Nov 2012 03:15 PM PST MARANG: PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi beliau.
Bahkan, katanya jangka masa akan dibubarkan parlimen serta diadakan pilihan raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi.
"Ada maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena bersedia untuk tahun ini juga. Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi) tahun hadapan (2013).
"Tapi persediaan SPR sekarang untuk pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13)," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bertemakan "Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda" di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang 8 November lalu.
Antara pimpinan pemuda yang hadir Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Namun begitu, kata Datuk Seri Abdul Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda.
"BN kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan raya) bahaya lagi.
"Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang 'reti'. Mereka (kerajaan) boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya," jelasnya.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama ada lelaki mahu pun wanita.
Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.
Katanya, hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda.
"Orang muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.
"Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya.
"Dalam lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh jadi undi penentu pada PRU13 akan datang," ujarnya di hadapan lebih 1000 hadirin.
Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan para pemimpin serta ahli parti disemua peringkat agar tidak terlalu 'over confident' dengan perkembangan politik semasa.
Beliau menasihatkan agar tidak berlaku sifat keji yang ditegah oleh Allah SWT iaitu sifat 'ujub' atau rasa kagum pada diri sendiri.
Menuurtnya, jumlah sokongan yang ramai kadang-kala melahirkan sifat ujub, bangga diri serta hilang kebergantungan kepada Allah SWT.
"Kagum (bangga) dengan diri sendiri, 'over confident', terlalu yakin kita ramai dan boleh menang dengan mudah. Ramai doh (sokongan), boleh pergi ke Putrajaya bila-bila masa.
"Jangan galak sangat sebab ada di kalangan kita ini galak sangat…memang kita (PAS) hendak ke Putrajaya tetapi jangan 'ujub' (bangga diri).
"Saya minta kepada pemimpin kita (PAS) disemua peringkat, surat khabar kita..Harakah samalah juga jangan ujub sangat. Tuhan ajar Nabi saw jangan ujub.
"Kita (Pakatan Rakyat) ceramah ramai dah, himpunan ramai dah boleh menang..ini jangan ujub. Berarak sahaja tetapi tidak buat kerja, tidak jadi apa," tegasnya.
Tambah beliau, proses tarbiyah sangat penting dalam pengisian perjuangan Islam sama ada sebelum menang atau selepas kemenangannya.
Hadir sama meraikan majlis tersebut Pengerusi dan Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK dan Encik Jefri Chua | PAS sambut baik Pemuda PAS mahu isytihar harta Posted: 10 Nov 2012 03:15 PM PST KUALA LUMPUR: Cadangan Dewan Pemuda PAS untuk membuat pengisytiharan harta pimpinan masing-masing disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).
Bercakap kepada Harakahdaily, Mustafa berkata beliau mengalu-alukan keprihatinan Pemuda PAS untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab dalam mengambil inisiatif untuk membuat pengisytiharan harta sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.
"PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka," katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.
Bagi cadangan untuk calon mengisytiharkan harta, Mustafa percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.
"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.
Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.
Penganalisa politik Harakahdaily Li Fook Gao berkata sekiranya PAS dapat mewajibkan pengisytiharan harta pada semua calon PAS yang bertanding, Umno akan sangat tertekan dan gelombang PAS menggantikan Umno akan menjadi realiti.
"Maklumlah Umno suka hidup dalam keadaan tidak telus. PAS boleh melawannya dengan berkesan dengan ketelusan yang disarankan Islam, dan rakyat boleh menilai siapa yang lebih berwibawa, beramanah dan telus untuk dipilih sebagai wakil rakyat mereka," kata Li kepada Harakahdaily.
"Ini satu langkah besar untuk PAS," kata Li, sambil menegaskan langkah itu amat wajar dan selaras dengan keperluan rakyat Malaysia dan negara, yang kini amat memerlukan para pemimpin yang telus untuk memimpin.
Ia berbeza dengan pemimpin Umno yang berdolak-dalih dalam isu derma RM40 juta, mendapat projek kerajaan seperti NFC dan menerima komisyen secara diam-diam. | Muktamar paling penting sebelum PRU13 Posted: 10 Nov 2012 03:14 PM PST KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-53 merupakan muktamar terpenting bagi badan itu memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.
Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata muktamar yang bertemakan 'Mencorak Masa Depan' itu diharap menjadi pembangkit semangat dalam mempersiapkan jentera Pemuda bagi menghadapi pilihan raya umum.
Khairul Faizi berkata lantaran hasrat tersebut, buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan akan dihantar dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar dewan itu dijadualkan.
"Lantaran bagi memastikan ia memfokuskan kepada pilihan raya, maka buku laporan dan ucaptama Ketua Pemuda, kita hantar awal kepada perwakilan supaya memastikan mereka benar-benar bersedia dan memahami, sekaligus dapat berbahas dengan lebih dinamik," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Muktamar yang akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu akan bermula 14 hingga 15 Nov, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan.
Tambah Khairul Faizi, pada muktamar itu Pemuda akan melancarkan beberapa aktiviti seperti Alternative Photography Club, Facebook dan Twitter DPPM, Filem Maya Oley2 dan pelancaran DVD Animasi kartun PASTI.
Selain pelancaran itu, majlis penganugerahan kepada tokoh-tokoh Pemuda dan pejuang rakyat, serta anugerah PASTI akan turut disempurnakan. | Nurul Izzah sudah jelaskan, pemimpin Umno bagaimana Posted: 10 Nov 2012 03:14 PM PST KUALA LUMPUR: Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertepatan dengan pepatah 'kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan', kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Begitupun, katanya seronok apabila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu. Beliau berkata, Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.
"Beliau menjelaskan 'sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam', kenapa Umno terus bising," ujarnya dalam satu kenyataan.
Baginya, Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.
"Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud," ujarnya kepada Harakahdaily.
Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.
Katanya, apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.
Justeru, tanya beliau layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.
Semua rakyat di negara ini maklum Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik, justeru program agama hanya sekadar lepas batuk di tangga.
Oleh itu, katanya ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul di mana penceramah yang lantang akan digam.
Begitu juga, ujarnya Umno mendirikan masjid, tetapi bukan untuk memakmurkan masjid menyebabkan masjid 'mati' sebelum ahli kariah mati kerana ahli jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.
Baginya, Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk meraih sokongan orang Islam.
| |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 11 Nov 2012 11:10 AM PST Posted: 10 Nov 2012 05:19 PM PST PAS Bersedia Hadapi Pilihanraya 'Mengejut' Tahun ini - Friday, 09 November 2012
- Written By Wartawan Buletin
MARANG - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS Sudah bersedia, sekiranya parlimen akan dibubarkan serta pilihanraya akan diadakan dalam masa beberapa minggu lagi Menurutnya, maklumat terkini yang beliau terima, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini juga. "Ada maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena bersedia untuk tahun ini juga. Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi) tahun hadapan (2013). "Tapi persediaan SPR sekarang untuk pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13)," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bertemakan "Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda" di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang pada Khamis malam 8 November. Sebaliknya, kata Dato' Seri Abdul Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda. "BN kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan raya) bahaya lagi. "Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang 'reti'. Mereka (kerajaan) boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya," jelasnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama ada lelaki mahu pun wanita, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen. Katanya, hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda. "Orang muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen. "Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya. "Dalam lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh jadi undi penentu pada PRU13 akan datang," ujarnya di hadapan lebih 1000 hadirin. Walaupun yakin dengan kemampuan PAS pada PRU kali ini, beliau mengingatkan para pemimpin serta ahli parti disemua peringkat agar tidak terlalu 'over confident' dengan perkembangan politik semasa. Beliau menasihatkan agar tidak berlaku sifat keji yang ditegah oleh Allah SWT iaitu sifat 'ujub' atau rasa kagum pada diri sendiri. Menuurtnya, jumlah sokongan yang ramai kadang-kala melahirkan sifat ujub, bangga diri serta hilang kebergantungan kepada Allah SWT. "Kagum (bangga) dengan diri sendiri, 'over confident', terlalu yakin kita ramai dan boleh menang dengan mudah. Ramai doh (sokongan), boleh pergi ke Putrajaya bila-bila masa. "Jangan galak sangat sebab ada di kalangan kita ini galak sangat…memang kita (PAS) hendak ke Putrajaya tetapi jangan 'ujub' (bangga diri). "Saya minta kepada pemimpin kita (PAS) disemua peringkat, surat khabar kita..Harakah samalah juga jangan ujub sangat. Tuhan ajar Nabi saw jangan ujub. "Kita (Pakatan Rakyat) ceramah ramai doh, himpunan ramai doh boleh menang..ini jangan ujub. Berarak sahaja tetapi tidak buat kerja, tidak jadi apa," tegasnya. Tambah beliau, proses tarbiyah sangat penting dalam pengisian perjuangan Islam sama ada sebelum menang atau selepas kemenangannya. Antara pimpinan pemuda yang hadir Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah. Hadir sama meraikan majlis tersebut Pengerusi dan Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK dan Encik Jefri Chua. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 11 Nov 2012 10:30 AM PST |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 11 Nov 2012 09:04 AM PST BANTUAN ALLAH Posted: 10 Nov 2012 10:16 PM PST
Temui tentera yang hilang: Anggota Unit Amal terlibat 10 Nov 2012
KUALA KANGSAR: Dua anggota Unit Amal berjaya menemui mayat anggota tentera berpangkat koperal yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, 7 November lalu. Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama dikawasan itu.
Abdul Rahim Syukor, 61, bersama Mohd Adib, 21,ditugaskan oleh Unit Amal Perak untuk membantu operasi mencari mayat anggota tentera tersebut yang dilaporkan hilang beberapa hari.
Abdul Rahim berkata, beliau bersama seorang lagi anggota Unit Amal itu melapor diri di Bilik Gerakan Bomba di Ladang Holiwood.
Menurutnya, di peringkat awal, mereka tidak dibenarkan menyertai bersama 117 anggota penyelamat yang lain atas alasan keselamatan.
Namun, mereka berdua tekad untuk turun membantu mencari anggota tentera yang hilang tersebut. "Lebih kurang 10 minit sahaja kami mencari, kami telah menjumpai mayat tersebut di sebuah paya dalam kebun getah.
"Kami jumpa dalam keadaan yang sangat singkat sedangkan 177 anggota penyelamat yang lain sudah mencari berapa sejak beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas diraikan dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar semalam.
Kata Abdul Rahim, operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Amal yang menghantar hanya dua orang petugas.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss memberikan sagu hati meraikan kejayaan Unit Amal walaupun di dalam akhbar arus perdana tidak langsung menyebut bahawa anggota Unit Amal yang menjumpai mayat tersebut.
Raja Ahmad berkata, beliau bangga dengan kejayaan ini dan seharusnya mereka diktiraf oleh semua pihak. "Walaupun tidak memberi sebarang elaun mahupun gaji, namun mereka istiqamah membuat kerja-kerja kebajikan," jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.
| Kem Motivasi Remaja Posted: 10 Nov 2012 10:14 PM PST
Tarikh : 25-27 Nov 2012 Tempat : Pusat Teknologi Pertanian, Ulu Sepri, Rembau Yuran : RM240 (RM120 jikan daftar sebelum 18 Nov 2012) Terbuka kepada remaja 10-18 tahun Sila hubungi Asri 010-5708354 , 013-6588240 Anjuran : Al Faliheen Management, Seremban | Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan Posted: 10 Nov 2012 10:13 PM PST Aduanrakyat.com 11 Nov 2012
Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.
Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.
Saya datang dari Sabah dan memerlukan kos yang tinggi untuk berurusan masalah ini. Kalo diberikan penyelesaiannya saya tidak akan rasa rugi untuk terbang ulak alik ke Putrajaya KL. Malahan saya rasa seperti keputusan temuduga saya itu di abaikan macam begitu sahaja.
Saya telah menunggu penempatan ini dari tahun 2010 lagi. Sekarang ini hampir masuk Tahun 2013 dan langsung belum ada jawapan. saya harap pihak yang berkaitan tolong selesaikan masalah saya ini dengan cepat. Saya mengambil bidang ini pun bukannya secara percuma dan perlu membayar PTPTN. Jika begini berterusan bagaimana saya nak langsaikan hutan pinjaman itu.
By: Ita
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 11 Nov 2012 07:04 AM PST |
Pemuda Guchil Posted: 10 Nov 2012 09:19 AM PST |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 10 Nov 2012 09:03 AM PST SPPBS: Satu lagi aplikasi teruk Kementerian Pelajaran Malaysia Posted: 09 Nov 2012 08:35 PM PST
Aduanrakyat.com 10 Nov 2012
1. Pengisian data tidak dapat dilakukan kerana kegagalan capaian ke url SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
2. Walaupun disarankan oleh Helpdesk agar mengisi data antara pukul 3 – 5 pagi namun sistem masih gagal berfungsi dengan pantas dan mengambil masa loading yang lama. Ini membuang masa.
3. Pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) dan JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) di negeri tertentu terlalu kemaruk 'deadline' hingga mengarahkan guru melengkapkan data pada 31 Oktober dan menghantar cetakan sppbs ke ppd walhal tarikh yang diberi oleh pihak sppbs ialah pada 20 November 2012.
4. Masalah lama sppbs nampaknya tidak dapat ditangani kerana mungkin pihak yang terlibat kurang kepakaran, ambil lewa dan kekurangan peruntukan (ini sudah tentu menjadi tanggungjawab pengurusan, menteri dan kerajaan amnya).
5. Saluran aduan KPM juga pernah digunakan bagi mengadukan masalah yang sama tetapi masalah kegagalan untuk meningkatkan kecekapan sistem gagal diatasi.
6. Kemunasabahan jangka masa memasukkan data dengan bilangan pengguna serta kemampuan sistem juga tidak diambil perhatian serius. (hanya tahu bagi arahan sahaja. Pemantauan masalah tidak dilakukan. Makan gaji buta !)
Akhir kata, terima kasih kerana membaca. Walaupun ini tidak diambil tindakan segera, saya tidak lagi kisah kerana ini mungkin wajah sebenar pegawai-pegawai tertentu dan suku sakat gila kuasa di KPM.
*Maaf kerana tulisan saya agak pedas kerana kurang tidur akibat menunggu SPPBS online berfungsi.
By: MAZLAN ABDULLAH
| 20 ahli Perkasa berdemo depan balai polis ketika azan berkumandang Posted: 09 Nov 2012 06:19 PM PST
KERTEH 9 November 2012 : Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.
Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.
Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter.
Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan.
Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.
| Senjata dari China lebih murah serta berkualiti Posted: 09 Nov 2012 06:18 PM PST
Indonesia negara yang banyak mengeluarkan peralatan ketenteraan dan senjata untuk kegunaan dalam negeri serta dieksport kini menghadapi saingan dari China yang mengeluarkan senjata yang lebih murah serta berkualiti. .Malaysia beli senjata dari mana, adakah ianya lebih murah dan berkualiti atau lebih mahal tapi tak berkualiti?
SENJATA MURAH SAINGAN BERAT BERAT PINDAD
JAKARTA-( MilNas ) :PT Pindad (persero) menyatakan saat ini bersaing ketat dengan alat-alat militer buatan China yang menawarkan harga murah serta berkualitas.
Hal ini disampaikan oleh Staf Ahli Pindad Teguh kepadadetikFinance dalam pameran Indo Defence Expo 2012 di JIExpo Kemayoran, Jakarta, Jumat (9/11/2012).
"China menjadi saingan terberat kita soal pemasaran alat perang," kata Teguh singkat.
Menurut Teguh, China dengan produk murahnya mudah untuk membuat calon pembeli tergiur. Tetapi Pindad memastikan akan terus berkompetisi secara sehat.
"Pindad bisa berkompetisi soal harga, kita juga murah dan kita lebih berkualitas. Ini sudah diakui di banyak negara," paparnya.
Saat ini pasaran alat dan kendaraan militer Pindad sudah memasuki negara ASEAN, Australia, dan Korea. Bahkan merambah ke ranah Eropa sebut saja Prancis, Jerman, Turki, dan Bosnia.
Menurut Teguh dari banyaknya pasar Pindad, salah satu negara yang paling setia untuk membeli alat dan kendaraan militer Pindad adalah Singapura, Thailand, dan Brunei Darussalam.
"Produk seperti bom, senjata baik senapan jenis SS2, pistol jenis G2 dan amunisi juga kendaraan tempur laku dijual. Khusus untuk negara Singapura, mereka yang paling setia beli dari kami," cetusnya. Pindad Siap Serbu Irak PT Pindad (Persero), BUMN yang bergerak memproduksi alat tempur siap menyerbu pasar Irak. Rencana ini akan segera terealisasi dalam waktu dekat.
"Ini adalah himbauan dari Pak Dahlan Iskan untuk ekspansi ke sana," tutur staf ahli PT Pindad (Persero) Teguh saat ditemui detikFinance dalam acara Indo Defence di JIE Kemayoran Jakarta, Jumat (8/11/2012).
Menurutnya, Dahlan Iskan terinspirasi oleh Pasukan Garuda yang saat ini sedang bertugas di Libanon. Dahlan Iskan berpendapat mengapa Indonesia tidak menjual senjata buatan Pindad ke Irak.
"Pak Dahlan terinspirasi Pasukan Garuda di Libanon dan ada peluang untuk menjual kesana," katanya.
Rencana ini masih menunggu perjanjian bilateral antara Indonesia dan Irak. Jika perjanjian berjalan mulus, maka PT Pindad (Persero) siap memasarkan semua jenis produknya ke negara rawan konflik tersebut.
"Sudah ada delegasi dari Irak yang datang kepada kami (Pindad). Tinggal menunggu agreement saja dari Irak dan Indonesia. Selain itu Pindad harus selesai juga memenuhi kuota kebutuhan TNI sampai 60% baru kami bisa jual kesana," cetusnya.
| |
mtdchenderoh Posted: 10 Nov 2012 08:17 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 10 Nov 2012 08:09 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 10 Nov 2012 01:30 AM PST Dua militan terlibat bom dua hotel di Indonesia ditahan Posted: 09 Nov 2012 05:08 PM PST 25 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Republik Indonesia (Polri) menahan dua suspek warga Indonesia Rabu lepas, yang dipercayai terbabit dalam serangan bom di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Indonesia pada 2009. Dua suspek itu, Taufik Balaga atau dikenali dengan nama Upik Lawanga dan Ahmad Fauzi masing-masing berusia 40-an, yang menjadi anggota militan Jemaah Islamiyah (JI), ditahan semasa cuba merentas sempadan Malaysia-Kalimantan di Nunukan, Kalimantan Timur. Menurut sumber polis Bukit Aman, kejayaan itu adalah hasil perkongsian maklumat risikan antara PDRM dan Polri. Mereka disyaki sering berulang-alik dari Tawau ke Nunukan (Kalimantan Timur) sebelum ini, kata sumber berkenaan kepada Bernama hari ini. Menurut sumber itu, kedua-dua suspek itu dihantar ke Jakarta pada hari yang sama selepas proses soal siasat. Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam kejadian dua serangan pengebom berani mati pada 17 Julai 2009 di kedua-dua hotel berkenaan yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 53 yang lain. Serangan itu turut dikaitkan dengan kumpulan JI yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda. Upik sebelum ini turut dikaitkan dengan insiden memenggal kepala tiga pelajar di Poso, Sulawesi Tengah pada 2005. Menurut sumber itu, Upik dipercayai terbabit dengan kumpulan JI dan mempunyai kepakaran menghasilkan bom buatan sendiri. Upik dan Ahmad Fauzi kini sedang disiasat oleh polis Indonesia, dan dipercayai mempunyai seorang lagi rakan warga Malaysia yang sedang disiasat, kata sumber polis itu.-(Bernama) | Muktamar paling penting sebelum PRU13 Posted: 09 Nov 2012 04:50 PM PST 25 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-53 merupakan muktamar terpenting bagi badan itu memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata muktamar yang bertemakan 'Mencorak Masa Depan' itu diharap menjadi pembangkit semangat dalam mempersiapkan jentera Pemuda bagi menghadapi pilihan raya umum. Khairul Faizi berkata lantaran hasrat tersebut, buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan akan dihantar dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar dewan itu dijadualkan. "Lantaran bagi memastikan ia memfokuskan kepada pilihan raya, maka buku laporan dan ucaptama Ketua Pemuda, kita hantar awal kepada perwakilan supaya memastikan mereka benar-benar bersedia dan memahami, sekaligus dapat berbahas dengan lebih dinamik," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini. Muktamar yang akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu akan bermula 14 hingga 15 Nov, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan. Tambah Khairul Faizi, pada muktamar itu Pemuda akan melancarkan beberapa aktiviti seperti Alternative Photography Club, Facebook dan Twitter DPPM, Filem Maya Oley2 dan pelancaran DVD Animasi kartun PASTI. Selain pelancaran itu, majlis penganugerahan kepada tokoh-tokoh Pemuda dan pejuang rakyat, serta anugerah PASTI akan turut disempurnakan. (HD) | Muslimat diingat tidak bangkitkan isu remeh Posted: 09 Nov 2012 04:39 PM PST 25 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf mengingatkan para perwakilan tidak membangkit isu-isu remeh temeh di muktamar sebaliknya memberi fokus kepada peranan muslimat dalam merealisasikan Negara Berkebajikan. Ianya, jelas Zailah bersesuaian dengan tema Muslimat PAS ke-52 iaitu Muslimat / Wanita Prihatin Kebajikan Terlaksana. "Kita tidak mahu di dalam perbahasan nanti ada perkara negatif di kalangan kita diperbesar-besarkan. Tidak mahu perkara kecil dan remeh-temeh dibincangkan di sana," katanya ketika dihubungi. Sebaliknya, beliau berharap perwakilan dapat memberi ide dan cadangan yang bernas untuk memperkukuhkan gerak kerja parti yang sedia ada pada hari ini. Malah katanya, perwakilan digalakkan mengutarakan saranan ke arah memantapkan jiwa ahli serta kepimpinan untuk memperkuatkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya. "Kita sudah matang, kali ini adalah kali ke-57 kita bermuktamar dan tetapkan tujuan kita datang ke muktamar untuk bermuhasabah dan bagi pandangan bernas dan lebih baik bagi masa depan kita semua," katanya. Menurut Zailah, ucapannya nanti akan memfokuskan kepada persiapan Muslimat untuk pilihan raya supaya mereka mempunyai momentum yang kuat menghadapi cabaran untuk memastikan berjaya kekalkan kekuatan di negeri yang dimenangi. "Kita akan menjurus bagaimana hendak membina jentera yang lebih matang dan prihatin, yang selaras dengan hasrat untuk membina negara berkebajikan. Seterusnya meneruskan 'target' ke Putrajaya," katanya. Justeru katanya, untuk menjayakan Negara Berkebajikan Muslimat harus prihatin dengan keadaan sekeliling seperti menyantuni rakyat yang memerlukan mereka. Muktamar Tahunan Muslimat Pusat akan berlangsung pada 14 dan 15 November di Kelantan Trade Centre yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. (HD) | |
Idris Ahmad Posted: 09 Nov 2012 11:50 PM PST Nurul Izzah Sudah Menjelaskan, Bagaimana Pula Pemimpin Umno Posted: 09 Nov 2012 07:46 AM PST Nurul Izzah Sudah Menjelaskan, Bagaimana Pula Pemimpin Umno Idris hj Ahmad 9/11/12 Seronok bila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan YB Nurul Izzah Naib Presiden PKR di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu. Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polimik ini. Beliau menjelaskan “sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam”. Kenapa Umno terus bising. Tindakan yang dibuat oleh Nurul Izzah bertepatan dengan pepatah “Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan”. Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka. Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud. Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran. Apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis. Layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama. Semua rakyat di negara ini makruf Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Program agama hanya sekadar lepas batuk ditangga. Ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul. Penceramah yang lantang akan digam. Umno mendirikan masjid, tapi bukan untuk memakmurkan masjid. Masjid mati sebelum ahli kariah mati. Ahli Jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid. Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk raih sokongan orang Islam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Agama, Politik | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 09 Nov 2012 07:23 PM PST |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 09 Nov 2012 04:22 PM PST 2 JENIS ORANG YANG DAH KENA BATANG HIDUNG ! Posted: 09 Nov 2012 01:16 AM PST 1. Tan Sri Nazri bila dah kena serang bertubi-tubi hingga beliau tidak boleh menjawab dan mengelak dengan tuduhan kes wang RM40 juta masuk akaun UMNO Sabah memang memerangkap beliau.Akhirnya beliau kata kepada Rafizi , kalau nak bawa kes tsb ke mahkamah.
2.Tun Mahathir bekas PM Malysia juga begitu bila diserang dengan soalan cepumas berkenaan tender RM700 juta kepada anaknya walaupun pada ketika itu hingga kini menjawat penasihat Petronas...namun tiada rasa insaf dalam hati beliau. Akhirnya beliau akan menemplak dan perli cara mengaku salah dan berkata memang saya yang buat.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.
Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana. Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.
"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.
"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."
SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.
Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.
Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'screenshot' lamanweb menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta. | LAYANAN TERBAEK KHUSUS WANITA SELANGOR BUAT WANITA BN TERLIOR ! Posted: 08 Nov 2012 08:29 PM PST Merakyatkan Ekonomi untuk wanita – Iklan
Setelah empat tahun pakatan rakyat menjadi kerajaan negeri, banyak program khusus untuk kaum wanita telah memperkenalkan.
Antara program yang disediakan untuk kaum hawa di Selangor adalah Skim Kesihatan Wanita, Skim Bantuan Pemberdayaan Ekonomi Ibu tunggal (PET SOHO-S), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA), Laman Dapur dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, kerajaan negeri Selangor akan sentiasa memastikan yang terbaik untuk mereka yang bergelar wanita kerana Kerajaan Negeri Selangor menjaga kebajikan anda kaum wanita hingga ke akhir hayat.
Layari http://www.selangorku.com | DAH 50 TAHUN MEMERINTAH BARU TAHU SISTEM KAWALAN LEMAH ! Posted: 08 Nov 2012 04:28 PM PST Orang luar dilarang guna ruang sidang akhbar ahli Parlimen (ehem-ehem Mungkin dah tahu kehadiran peguam dari Perancis nak datang pada 22 Nov 2012 ..tiba-tiba ada larangan pula) KUALA LUMPUR 8 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen khas dan eksklusif untuk ahli Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan kemudahan ruang sidang akhbar tersebut untuk membuat kenyataan walaupun ditemani oleh ahli Parlimen.
Pandikar memberitahu, tindakan tersebut sudah lama difikirkannya atas faktor keselamatan dalam kawasan Parlimen.
Tambahnya, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pejabat Perdana Menteri, menteri yang bertanggungjawab berkaitan Parlimen, Ketua Pentadbir Parlimen dan Ketua Pembangkang. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121108/dn_28/Orang-luar-dilarang-guna-ruang-sidang-akhbar-ahli-Parlimen#ixzz2BcGjKqZS
| |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 09 Nov 2012 01:19 PM PST SIS : Kebebasan beragama sama menukar agama...apa pulak kata Mashitoh ?? Posted: 09 Nov 2012 11:50 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini. Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut. "Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya. Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya. "Islam bukanlah agama jalan sehala," kata Suri. Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad. Nurul Izzah telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelitkan kenyataannya. Murtad dan kebebasan beragama adalah isu sensitif di Malaysia, di mana Melayu — yang mewakili 60 peratus dari 28 juta penduduk — dari segi Perlembagaan adalah Muslim. Sementara kebebasan untuk beragama adalah dijamin bagi bukan Muslim di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, semua orang Melayu adalah Muslim di bawah undang-undang. Undang-undang Islam melarang Muslim dari keluar dari agama tersebut dan undang-undang syariah negara ini telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengenakan hukuman kepada golongan murtad. Dengan mempunyai dua sistem perundangan syariah dan persekutuan, ianya sering mencetus kontroversi dalam kebebasan beragama di bawah artikel 11 apabila orang Muslim cuba untuk keluar dari agamanya. Ini boleh dilihat dalam kes Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu).MI nota : Takrifan 'kebebasan beragama' mengikut perlembagaan negara seratus peratus tak sama dengan takrifan 'tiada paksaan dalam Islam' mengikut perlembagaan Al-Quran,ayat 256 Surah Al-Baqarah.... Kemana perginya pembela-pembela yang mengaku berjuang untuk bangsa,agama dan negara selama ini??? Memainkan isu sensitif tanpa ada kefahaman mendalam tentang hukum islam dan undang2 negara, secara tak langsung tingkah laku mereka ini memalukan Islam di mata masyarakat yang berbilang kaum. Mereka merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancangannya.... | Umno BN hipokrit pertahan Islam, tapi bisu kilang arak anak Mahathir Posted: 09 Nov 2012 11:46 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN hipokrit kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam dengan memfitnah anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai menggugat status Islam tetapi bisu tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri. dak. Yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (Mohamad) itu, mereka (Umno BN) tak berani nak cakap kenapa? "Mereka secara lantang melaungkan mana jabatan agama? Kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno BN (didiamkan)?" katanya dipetik Media Selangorku. Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam tadi. Isnin lalu, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lalu. Lanjutan putar belit akhbar pro-BN tersebut, Naib Presiden KEADILAN itu akan mengambil tindakan undang-undang diwakili peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah. Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberikan kenyataan mengelirukan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia secara berulang kali, namun pemimpin utama Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengurnya malah mengambil pendekatan berdiam diri. | Membisu anak Mahathir miliki kilang arak, Dr Mashitah patut letak jawatan Posted: 09 Nov 2012 11:45 AM PST JINGGA 13 PERTAHANKAN YB NURUL IZZAH ANWAR DAN DESAK DATO' DR. MASHITAH IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM Jingga13 menyatakan sokongan dan mempertahankan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar yang sengaja telah diputarbelit oleh media dan pimpinan UMNO dengan isu yang ternyata tidak masuk akal dan bersifat propaganda murahan dengan mengaitkan kenyataan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika menghadiri forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?' di Subang Jaya, Sabtu lalu. Kenyataan YB Nurul Izzah Anwar cukup jelas adalah berteraskan kepada ayat suci Al-Quran di surah Al-Baqarah , ayat 256 bahawa "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." yang ternyata telah diputarbelitkan dan dipolitikkan melalui cara yang sangat kotor oleh media Umno BN dan pimpinan Umno khususnya Dato' Dr. Mashitah Ibrahim. Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam ternyata jelas bertopengkan kedudukan mereka demi survival UMNO menyerang YB Nurul Izzah Anwar , sedangkan hakikatnya tidak mampu mempertahankan Islam dan hudud apabila Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA menghina Islam dan Hudud secara terang-terangan. Timbalan Menteri JPM , Datuk Dr. Mashitah dan pimpinan UMNO terus diam membisu tidak sedikit pun membantah terhadap serangan Datuk Seri Chua Soi Lek menghina Islam dan Hudud yang terkandung dalam al-quran. Tetapi. terlalu 'banyak mulut' apabila menggunakan platform beliau menyerang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan berniat jahat memutarbelitkan kenyataan YB Nurul Izzah berdasarkan laporan dan terjemahan media propaganda UMNO yang merupakan 'media syaitan' dalam negara. Tindakan memanipulasikan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar seolah-olah beliau " meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad" sengaja dilakukan untuk menyerang beliau tetapi dalam masa sama cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim . Sedangkan kenyataan beliau khusus berkaitan kebebasan agama sepertimana soalan yang ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu tanpa sedikit pun menyentuh isu murtad dan kaitan tentang murtad tetapi digambarkan seolah-olah YB Nurul Izzah Anwar bersikap sedemikian adalah satu tindakan fitnah yang nyata. Adalah mustahil hanya itu sahaja yang boleh dan mampu diputarbelit dan dimanipulasikan ? Atau memang sudah dirancang dengan licik bagi tujuan dan niat jahat menggunakan strategi murahan terhadap YB Nurul Izzah Anwar. Media propaganda UMNO seperti Utusan Malaysia , Berita Harian dan TV3 semakin tidak beretika serta tidak mempunyai integriti dan kredibiliti, malah gagal sebagai media yang bermaruah . Media UMNO inilah sebenarnya telah bertindak sebagai pemesong akidah dan pemutarbelit serta melakukan agenda fitnah demi survival UMNO yang semakin hilang sokongan orang-orang melayu , khususnya rakyat Malaysia . Dato' Dr. Mashitah Ibrahim wajar MELETAKKAN JAWATAN kerana beliau gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah dicemari oleh UMNO dan sekutu BN . Malah seorang 'Melayu' dan dikatakan sebagai seorang Islam , anak kepada bekas presiden UMNO memiliki kilang arak San Miguel pun beliau gagal mengambil tindakan dan terus diam membisu. Seolah-olah ada perbezaan undang-undang dan hukum . Dato' Dr. Mashitah Ibrahim dan pimpinan UMNO tidak ubah seperti perumpamaan "ayam berkokok berderai-derai , tetapi ekor penuh bergelumang tahi! ". MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI FARIZ MUSA KETUA KOORDINATOR JINGGA 13 | Pemuda Pas Difitnah Mengadakan Himpunan Membantah Yb Nurul Izzah Posted: 09 Nov 2012 11:26 AM PST "Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT…." Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan. Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia. Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan ? Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat. Disediakan oleh ;
NASRUDIN HASSAN Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia | Ni buktinya Najib patut turun... Posted: 09 Nov 2012 11:25 AM PST " Salam semua...
Orang kampung kalau terjerembab wakil rakyat depa redah ayaq bah macam neh, perghh... kira habih hati laa... Terutama geng-geng yang sewaktu ngan Mak Long hang, cayaq habih... dan-dan lembik tengkok. Aci lawan la, hilang habih apa yang Mat Sabu pesan bulan lepaih tuh... Tambah pulak yang redah ayaq bah tu si Muhyiddin, Timbalan Piem Amno... haha...
Ni la kelebihan Muhyiddin yang Najib tak berani nak cuba, takut kena cubit ngan Rosmah... haha...
Sebenaqnya nak cayaqkan hati orang kampung ni tak susah mana pun. Muhyiddin tau tu semua... Redah ja bila ayaq bah. Ekelleh... takat buku lali jaa, tak payah nak sintin seluaq pun... Kena ngan kasut tinggi motong getah punya, redah sat dalam ayaq bah tuh... siap!! Lepaih tu boh dalam surat habaq besaq-besaq, Muhyiddin redah banjir lawat penduduk... haha...
Lepaih neh Muhyiddin boleh la tempah baju melayu baru, tunggu time nak angkat sumpah ganti Najib... Tak payah dok kejan-kejan dahh... Kalau tak jadi Piem pun, dah tentu ketua pembangkang dalam tangan punya... hehe...
Wassalam... | Perlaksanaan AES: JUHAM Akan Fail Semakan Kehakiman Posted: 09 Nov 2012 11:24 AM PST Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) telah menjalinkan kerjasama bersama Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) untuk membela pihak orang kena saman (OKS) bagi kes Saman AES.
Satu perjumpaan telah diadakan pada 7/11/2012 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh pihak jawatankuasa KASE bersama wakil Peguam-peguam JUHAM dari seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan kepada wakil-wakil Peguam yang hadir untuk disebarkan kepada negeri masing-masing di mana kedua-dua pihak turut telah berdialog bagi mencapai persetujuan tindakan bersama dalam menangani Saman AES ini.
Melalui mesyuarat bersama Jawatankuasa KASE yang turut dihadiri dan dipengerusikan oleh YB Dato' Hj. Mahfuz Omar pada 8/11/2012, 3 resolusi telah dicapai seperti berikut: 1) KASE bersama barisan Peguam dari JUHAM akan membuka Kaunter Aduan Rakyat untuk 2 minggu sekali bermula dari 21 November 2012 ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Semua penerima Saman AES dijemput hadir pada waktu tersebut untuk mendapatkan nasihat serta khidmat guaman secara percuma sekiranya OKS memilih untuk ke Mahkamah 2) Peguam dari JUHAM akan mewakili orang kena saman (OKS) di Mahkamah di mana para Peguam akan memohon mitigasi untuk mengurangkan kadar denda sekiranya OKS memilih untuk mengaku bersalah serta akan mewakili OKS secara percuma sepanjang tempoh perbicaraan sekiranya OKS memilih untuk tidak mengaku bersalah dan pohon dibicarakan. 3) JUHAM turut akan memfailkan Semakan Kehakiman untuk mencabar kutipan saman yang dikongsi pihak kerajaan dengan syarikat swasta yang mengendalikan serta memasang sistem AES ini. Dalam semakan kehakiman ini, JUHAM akan mencabar sama ada perkara ini dibenarkan di sisi undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan. NOORAZMIR BIN ZAKARIA KETUA UNIT MEDIA/PENERANGAN JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA | Semoga ARC Selangor sampai ke sana.. Posted: 09 Nov 2012 11:22 AM PST "Dalam diam tak diam rupanya masih ada sekolah pondok yang tidak mempunyai dinding dan atap. Murid-murid hanya sekadar berteduh pada beberapa pokok besar ketika menimba ilmu agama dari tenaga guru yang sama-sama berkorban dalam mengembangkan lagi ilmu agama.
Bukan tiada bangunan tetapi belajar di dalam bangunan hampir sama belajar di bawah-bawah pokok juga memandangkan bangunan yang ada sekadar konkrit yang perjalanan siapnya hanya separuh dan terbengkalai agak lama. Semakin hari semakin bertambah anak murid dan semakin banyaklah pula pokok-pokok dijadikan tempat berteduh untuk menimba ilmu. Begitulah terjadinya di Madrasah Islamiyah An-nur di Pulau Kok Klang, Thailand. Di atas kprihatinan yang sangat mendalam dan wakil yang lebih dikenali sebagai Ustaz Khairul Hafiz bersama rombangan yang lain telah ke sana dan didapati perlunya sumbangan di sebelah sini untuk membantu mereka. Sehubungan dengan itu atas nama ARC SELANGOR telah berjaya menghimpunkan puluhan abang-abang motor kita bersama motor-motor berkuasa 650 cc keatas untuk berkonvoi pada 10 hingga 13 November 2012 secara Riadah Ukhuwah Dakwah untuk menyalurkan sumbangan orang ramai yang berjaya dihimpun atas kempen RIDE 4 CHARITY Malaysia - Thailand yang baru beberapa jam sahaja dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Dengan perasmian ini juga telah mencerminkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Selangor sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada anak-anak muda serta sangat peka kepada permasalahan dalaman dan luaran. | Tema penting Ucapan Dasar Posted: 09 Nov 2012 11:21 AM PST Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu kali ini mempunyai dua makna dan kesan yang penting. Pertama, ia diadakan di tengah-tengah suasana menjelang PRU Ke-13 yang ditandai pelbagai titik hitam, terutamanya isu perkauman, rasuah, nepotisme, malah isu daftar pemilih yang dilihat masih belum bersih.
Di tengah suasana begini, PAS sendiri menghadapi gelombang fitnah dan tuduhan tajam dari musuh politiknya, namun setakat ini PAS mampu menghadapi cabaran ini. Kedua, muktamar ini diadakan dalam suasana Hijratul-Rasul yang mempunyai pelbagai petunjuk untuk ummah dalam menghadapi gelombang cabaran. Muktamar PAS Ke-58 ini akan diadakan dari 14 hingga 18 November, manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.
Ia bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan. Pentingnya muktamar kali ini ialah diadakan dalam salam suasana Hijratul-Rasul dan dalam suasana menjelang PRU ke-13 di mana ia muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang. Perbincangan mengenai persiapan menghadapi PRU ke-13 tentunya akan mendominasi muktamar tersebut, di mana akan dibincangkan sampai ke tahap mana persiapannya di samping isu-isu mengenai tuntutan pilihan raya bersih dan adil yang berterusan. Muktamar kali ini tidak ada pemilihan, namun tidak kurang pentingnya, terutama untuk menunjau perbahasan mengenai persiapan pilihan raya yang akan dibangkitkan oleh perwakilan negeri-negeri. Seperti diketahui Negeri Selangor yang kata kaya dan ternama itu menjadi sasaran utama Umno/BN untuk memenanginya kembali, yang dilihat 'dengan apa cara sekalipun'. Sebab itu, persiapan yang cukup sangat diperlukan oleh menangkis serangan ini. Dalam masa yang sama, negeri selatan Semenanjung – Johor dan Negeri Sembilan – dilihat mempunyai potensi besar bagi Pakatan Rakyat untuk memenanginya, sementara Melaka juga sedang mengalami perubahan. Perwakilan Kedah juga tentunya akan melakarkan kemajuan persiapan pilihan rayanya untuk mempertahankan negeri Jelapang Padi itu. Diberitakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat Kedah semakin kukuh. Sementara Perlis, Pahang dan Terengganu juga penting untuk dilihat persiapannya di tengah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat negeri-negeri tersebut juga berpotensi untuk menang. Sementara negeri Perak pula, ada pertanyaan, bolehkah PAS/Pakatan Rakyat Perak 'merampas' semula negeri itu dan bagaimana persiapannya? Inilah persoalan yang dinanti-nantikan oleh para muktamirin untuk dibahaskan. Tentunya dalam soal ini Ustaz Abu Bakar Hussian sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan Ir. Nizar Jamaludin serta team pimpinannya menjadi perhatian muktamirin untuk mendengar kemampuan PAS Perak memenangi kembali Perak. Bagi Kelantan, pengalaman dan kejayaan cemerlang PAS memerintah 22 tahun dan dengan persiapan sejak bertahun-tahun kelihatannya sukar tergugat walaupun menghadapi asakan berterusan. Kejayaan PAS Ucapan Dasar Datuk Seri Presiden yang penting itu dijangkan akan mengupas pelbagai isu dalaman dan luar negara. Temanya sangat menarik - Negara Berkebajikan Teras Perpaduan - dan ia adalah pengisian kepada negara Islam di mana selama ini PAS dituduh sudah tidak lagi memperjuangkannya. Ucapan Dasar ini dijangka menghuraikan konsep 'Negara Berkebajikan' dan tentunya akan menjawab persoalan negara Islam bahawa jika 'Negara Berkebajikan' ini dapat dilaksanakan, di mana keadilan menjadi terasnya, nescaya akan terserlah wajah negara Islam seperti yang sering disebut-sebut. Di dalam 'Negara Berkebajikan' ini terserlah kepimpinan yang beramanah, keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat, kemakmuran negara tidak berkisar di kalangan satu gololongan elit pemerintah saja, kemiskinan ditangani secara serius di mana rakyat diberi hak dan harga diri. Tema muktamar ini sangat sesuai dengan tuntutan masa kini, di mana PAS mengenengahkan isi dan pelaksanaan negara Islam itu dan bukan label atau sebuah jenama popular. Semuanya ini akan menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak mengenai apa yang disebut negara Islam. Sementara itu PAS sebagai pemegang peranan utama dalam main stream parti politik di negara ini mempunyai fungsi penting untuk menangani kekalutan dalam negara dengan penuh bijaksana. Bagaimanapun PAS telah melakukan banyak perubahan sesuai dengan realiti masa kini. Kehdirannya dalam Pakatan Rakyat melalui pendekatan Tahalluf-Siasi sangat dihormati oleh rakan-rakan, termasuk kalangan bukan Islam. Oleh itu. desakan musuh supaya PAS menarik diri dari Tahalluf-Siasi, konon kerana tidak menguntungkan Islam, tidak menggugat keyakinan pendukung PAS supaya terus berada dalam Pakatan. Muktamar kali ini, seperti saya katakan, sangat penting justeru ia kebetulan diadakan bertepatan Muharram, bulan Hijratul-Rasul. Oleh itu, pengisian dari semangat dan falsafah Hijratul-Rasul ini sewajarnya menjadi wahana kepada perjuangan PAS. Hijratul-Rasul itu menatijahkan kejayaan Rasul-Allah itu mengangkat martabat manusia, membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, menegakkan keadilan sejagat dan peduli umat. Rasulullah s.a.w. telah berjaya mentransformasikan Madinah – yang dulunya padang pasir berdebu dengan masyarakatnya berpecah belah -telah menjadi bandar Madinatul-Munawwarah, bandar cahaya dengan masyarakat majmuknya yang uniq di mana Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin. Para muktamirin di muktamar ini sewajarnyalah merenung model paling agung sepanjang sejarah manusia di dunia ini, iaitu bagaimana kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan visi Islamnya dapat membina masyarakat Madinah dalam sebuah kesatuan yang kukuh berasaskan aqidah yang satu. Ertinya, masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama dan ras bukan alasan untuk menghalang perpaduan, justeru Islam itu sangat adil dan saksama. Di sinilah PAS berperanan sebagai prime-mover, penggerak utama ke arah perpaduan ini – walaupun di tengah pelbagai kaum dan agama - untuk menikmati keadilan Islam yang menjadi rahmat seluruh alam. | Benarkah Najib bimbang dengan penularan fahaman liberal Posted: 09 Nov 2012 11:20 AM PST "Setakat hari ini belum ada seorang pun perdana menteri Negara kita yang rasa bimbang dengan penularan fahaman liberal yang sangat berbahaya itu. Akan tetapi hari ini kita sedia maklum bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri Malaysia ke 6 menyatakan rasa bimbang yang amat sangat dengan penularan fahaman tersebut.
Apa pun fahaman liberal ini bukan baru sahaja menular di Malaysia ini, malah sudah sekian lama, akan tetapi tidak ada seorang perdana menteri pun yang rasa bimbang dengan penularan tersebut. Yang ada perasaan bimbang hanya dihati kalangan ulamak yang baik sahaja, manakala ulamak jahat berdiam diri bak syaitan bisu. Yang paling sedih lagi ada ulamak yang mengatakan "tak apa" pinjaman berfaedah (bunga) pada bank, termasuk bank bukan islam sebagai bukan "riba".kerana sudah diperbankan Islam dengan panel syariatnya. Malah, kata mereka, ia bertepatan dengan "syariah". Mereka ini terdiri daripada yang ada ijazah PHD bidang agama Islam luar dan dalam negeri dan sangat menggalakkan rakyat meminjam untuk membeli rumah dan kenderaan kerana tak apa. Apa pun fahaman liberal dalam hukum hakam ini sudah sekian lama menular sehingaga pihak kerajaan semasa diterajui Tunku Abdul Rahman Al Haj menghalalkan judi loteri kebajikan. Pendek kata sehingga ini judi telah di lesenkan di Malaysia dengan katanya dan beralasan bahawa kerajaan tidak menghalalkan" judi", walaupun telah dilesenkan.Judi tetap haram bagi orang orang Islam. Memang ada lojik juga kerana rakyat Negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama yang berbeza satu sama lain. Akan tetapi bagaimana pula dengan anggapan dan pernah diucapkan beberapa orang menteri kabenit bahawa "agama sama sahaja", sedangkan mereka yang menyamakan agama itu sama sahaja boleh jadi kafir "mutlak". Fahaman liberal menetapkan tidak boleh mengatakan orang kafir sebagai kafir atas alasan bahawa boleh "mengancam keterteraman awam" dan seolah olah kita telah mengajak orang kafir berperang. Bukan setakat itu sahaja, malahan sudah ada Negara orang islam yang mengharamkan perkataan "jihad" dan sekaligus tidak membenarkan mata pelajaran tersebut diajar sekolah sekolah dan university university negaranya. Di Malaysia mata pelajaran pengetahuan Islam sudah ditukar kepada mata pelajaran "moral" kerana ada kalangan yang bimbang dengan fahaman Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW bertapak kukuh. Kita sedia maklum bahawa 83 peratus rakyat yang mendakwa dirinya orang Islam tidak solat lima waktu sehari semalam, sedang tinggal solat dengan sengaja itu hukumnya jadi kafir (hadis). Ulamak yang berfahaman liberal tetap mengatakan tinggal solat dengan sengaja tidak jadi kafir atas alasan mereka itu tidak menafikan hukum wajib solat. Alasan yang dibuat ini jelas ianya berfahaman liberal dalam agama sepertimana yang pernah diucapkan oleh bijak pandai Islam liberal di Indonesia bahawa "tutup aurat" hanya dalam "solat" dan ketika mengerjakan umrah dan haji sahaja. Fahaman ini sudah lama menular ke Malaysia, sedangkan tidak " menutup aurat" itu tak bau cium syurga atau dengan katakana mereka yang terlanjang itu masuk neraka. Yang paling sedih lagi ada salah seorang yang ada PHD mengatakan belum tentu mereka yang tak aurat ini masuk neraka. Memang betul jika mereka sempat bertaubat dan diterima taubatnya, kerana Allah maha pengampun. Bagaimana pula dengan hadis yang bermaksud: "Barang siapa (perempuan) yang tak tutup aurat tak bau cium syurga" Apakah boleh kita sanggah mengatakan belum tentu mereka masuk neraka, sedangkan Rasulullah SAW telah dimaklumkan oleh Allah masuk neraka. Kesimpulannya fahaman liberal mengenai Islam di Malaysia sudah berakar umbi sekian lama sehingga 83 peratus rakyat orang islam tak solat lima waktu yang membabitkan "rosak akidah" dek sikap para pemimpin Negara yang menganut fahaman tersebut. | Najib gesa pertahan sekolah pondok Posted: 09 Nov 2012 11:19 AM PST "Institusi pondok di negara ini masih relevan kerana ia menjadi benteng mempertahankan identiti Melayu-Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata institusi ini perlu dipertahankan kerana ilmunya boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah serta trend pascamodenisme yang sedang berlaku. 700,000 GAGAL IKUTI KAFA 3 Nov 2012 : Lebih 700,000 murid tidak dapat mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berikutan kekurangan kelas berkenaan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hasil laporan penaziran tahun lalu mendapati, sejumlah murid terbabit dari tahun satu hingga enam tidak mengikuti program pendidikan agama sedia ada melalui kelas Kafa, sekolah rendah agama negeri, rakyat dan swasta pada sesi petang. SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESA, PERALATAN UZUR 19 Okt 2012 : Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna. Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur. Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru. | Nurul Izzah serahkan transkrip ucapan forum kepada Jais, saman terhadap akhbar diteruskan Posted: 09 Nov 2012 11:18 AM PST
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin untuk memberikan penjelasan dan menyerahkan transkrip ucapannya berhubung dengan forum yang menjadi kontroversi kerana dikatakan beliau menyokong kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam di negara ini.
"Saya telah memberikan aduan yang menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada pengarah Jais, Datuk Marzuki. "Dan Alhamdulillah Jais telah memberikan kerjasama yang baik," katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas bertemu dengan Jais. Nurul Izzah ditemani oleh peguamnya, Fadlina Sidek bertemu dengan pengarah dan tiga orang penguatkuasa Jais turut menyatakan kerjasamanya kepada badan penguatkuasa Islam negeri Selangor tersebut. Fadlina memberitahu pemberita bahawa saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog akan tetap diteruskan kerana memutarbelitkan kenyataan beliau dalam sebuah forum minggu lalu. Semalam, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menyatakan kesediaannya untuk menyediakan peguam kepada Utusan Malaysia jika disaman oleh Nurul Izzah. "Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman. "Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia," katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu. Jelasnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam. "Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam," katanya. Dalam kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, Nurul Izzah menjelaskan selain daripada menyerahkan transkrip ucapannya kepada Jais, beliau turut membuat aduan kepada Jais terhadap manipulasi kenyataannya yang dilakukan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog. Kenyataan yang didakwa dibuat Nurul Izzah tentang kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam mendapat respon negatif pelbagai pihak. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah tersebut - MalaysianInsider | Beta Tegap nafi kontrak AES diberi berkaitan Umno Posted: 09 Nov 2012 11:17 AM PST Beta Tegap- salah sebuah syarikat yang diberi kontrak melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) - menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan dalam perniagaan yang berkaitan dengan Umno.
Beta Tegap menjelaskan demikian dalam reaksinya terhadap dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Chang Lih Kang Isnin lalu bahawa kontrak AES diberi kepada syarikat tersebut kerana pemegang terbesar sahamnya mempunyai hubungan dengan Umno Johor.
"Ayah To' Puan Rozana yang meninggal 12 tahun lalu iaitu allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim merupakan bekas pemimpin Umno bahagian Parit Sulong," kata Pengerusi Beta Tegap, Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
"Kami dengan ini meminta supaya keluarga To'Puan Rozana tidak terus difitnah memandangkan allahyarham telah meninggal lebih sedekad lalu.
"Perbuatan memfitnah ini mencerminkan sifat tidak sensitif dan ternyata mencari publisiti murahan," kata Nik Ismail.
Mengenai kontrak yang diberi kepada syarikat itu pada tahun 2005, Nik Ismail berkata, agensi di bawah Kementerian Pengangkutan telah membuat penilaian menyeluruh terhadap perlaksanaan sistem AES di negara lain.
Katanya lagi, pada tahun 2007, sembilan buah syarikat tempatan dengan kerjasama dari pakar teknologi luar telah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam ujian secara langsung sistem itu diatas jalan raya di negara ini.
"Bermula dari 18 Jun 2007, di Lebuhraya Koridor Guthrie dan Putrajaya, tujuh dari sembilan syarikat telah menjalani ujian bagi menilai sistem mereka di jalan raya di Malaysia.
"Beta Tegap telah dipilih berdasarkan prestasi dan keupayaan dari segi teknikal yang ditunjukkan oleh rakan kongsi kami semasa ujian secara langsung itu diadakan, dan bukan kerana kami mempunyai kaitan dengan mana-mana individu berpengaruh," kata Nik Ismail lagi. - Malaysiakini | Ulama jadi jurucakap Chua Soi Lek Posted: 09 Nov 2012 11:16 AM PST SEKUMPULAN ulama yang makan gaji dengan Barisan Nasional telah datang kepada Dr. Chua Soi Lek bagi menyampaikan dakwah khsusnya mengenai hudud.
Ia satu pendekatan yang baik. Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad mesti pergi ke gunung. Dan itulah yang Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. yang diperintah Allah, pergilah kepada Firaun, sampaikan dakwah kepadanya dan seru dia supaya menyembah Allah. Rombongan ulama itu wajar dipuji dan teruskan dan ia boleh dicontohi. Mungkin inilah kelayakan untuk menjadi calon Pengarah Yadim. Tetapi jangan terhenti setakat mendatangi Soi Lek saja justeru adanya serangan berani Soi Lek terhadap hudud. Saya tidak suruh rombongan ulama itu mendatangi Karpal Singh kerana jadi momokan bagi UMNO kerana Karpal pernah berkata, langkah mayatnya sebelum perkara seperiti hudud itu hendak dilaksanakan. Itulah UMNO tidak pernah lupa. Ketika isu Karpal itu mulai reda, Soi Lek pula menghidupkannya semula. Dan serangan Soi Lek tidaklah lebih lunak dari Karpal. Sayugialah pergi jumpa Karpal menerangkan apa yang diterang kepada Soi Lek, moga-moga Karpal dapat memahami seperti Soi Lek dikatakan sudah memahaminya. Bahkan mereka patut jumpa siapa saja yang keliru tentang hudud. Jika boleh datangi Dr. Mahathir supaya dia juga akan faham seperti Soi Lek. Orang lain tidak tahu reaksi Soi Lek sebenarnya. Semua tahu Soi Lek dikatakan tidak menghina Islam dari ulama yang menemuinya. Berdakwah kepada si Soi Lek itu satu kerja mulia, menjadi jurucakap Soi Lek bukanlah kerja ulama. Bila Soi Lek melantik mereka jadi jurucakapnya? Dan jangan sampai orang melihat ulama jadi jurucakap kepada Soi Lek dan MCA. Sudah cukuplah jadi jurucakap tidak rasmi kepada PWTC, janganlah sampai dilihat jadi satu dari cabang lidah Soi Lek. Itu bukan kerja ulama. Mengikut apa yang ulama itu kata, Soi Lek tidak menentang hudud sebagai satu hukum Islam setelah mendengar penjelasan. Yang ditentangnya sekarang tinggal apa yang dikatakan 'hudud PAS.' Atau apa yang ketua MCA itu tentang sebelum didatangi oleh ulama itu adalah hudud PAS juga. Cuma orang Islam kebanyakannya mengira mana ada hudud PAS dan hudud UMNO. Yang kata hudud yang Kelantan dan Terengganu lulus itu hudud PAS adalah Dr. Mahathir dan sekalian pencarum kepada fikirannya. Selepas pertemuan Soi Lek itu, seperti yang rombongan ulama itu faham, Soi Lek sudah bersih dari menghina Islam kerana yang mereka tolak adalah hudud PAS. Soi Lekdengan ini sudah sama dengan pendirian UMNO dan kumpulan ulama itu juga setuju dengan Soi Lek yang ditolak dan mesti ditolak ia hudud PAS. Yang belum jelas pada ulama itu betulkah yang Soi Lek tentang itu hudud PAS saja? Jika kita teliti ucapan ADUN BN Johor yang mencadangkan kepada DUN Johor supaya tiba masanya kerajaan melaksanakan hudud, ADUN itu juga telah menyebutkan tentang beza hudud sebenar dengan hudud PAS. ADUN itu jelaskan yang dicadangkan supaya dilaksanakan ialah hudud yang disarankan oleh al-Quran. Apa kata Soi Lek tentang ADUN yanag mencadangkan pelaksaan hudud ialah ia satu cadangan yang sudah hilang akal. Jika BN bersetuju melaksanakannya ia bereti BN sudah hillang akal. Serangan Soi Lek yang awal bukan sekadar hudud PAS tetapi adalah hudud yang Allah dan NabiNya syariatkan. Ia dikira hilang akal. Sebagai jurucakap Soi Lek hal ini belum dijelaskan. Soi Lek sendiri mesti menjelaskannya. Bukan jurucakapnya. | UMNO dikejar “dosa dan bayang-bayang Memali” Posted: 09 Nov 2012 10:46 AM PST Dikejar bayang-bayang sendiri, UMNO dan sekutunya dalam BN semakin hilang arah apabila mereka sendiri terperangkap dengan permainan isu agama dan politik apabila terus menerus menuduh DAP sebagai golongan kafir harbi.
Sedangkan, DAP secara jelas dan tegas menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi negara. Persoalannya, adakah perjuangan mengangkat Perlembagaan Persekutuan itu "kafir harbi"? Tindakan jahat dan keji melabel DAP sebagai "kafir harbi" oleh lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia memnang disengajakan sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa menggelarkan orang bukan Islam sebagai "kafir harbi". Dalam satu kenyataannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah pun melancarkan perang terhadap Islam sebaliknya kerajaan BN sendiri bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang Islam dalam tragedi berdarah Memali, Kedah pada 1985. "Sepertimana DAP, PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan Melayu, "Sebaliknya, DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli PAS telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985," ujar Guan Eng.-Roketkini.com | Tahniah Untuk Permaisuri Agong!! Posted: 09 Nov 2012 10:45 AM PST "
Alhamdulillah, menunaikan haji kali ini memberi kesan kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang telah tampil berhijab. Tuanku Hajah Haminah pulang dari mengerjakan haji pada 31 Oktober lalu. Terkini, Tuanku (dua kanan) tampil bertudung semasa berangkat menghadiri majlis Festival Busana Islam Kuala Lumpur atau Islamic Fashion Festival (IFF) Kuala Lumpur 2012 di sini malam tadi.
Sebelum ini tuanku tampil bertudung sewaktu menghadiri Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-230 di Istana Negara. Tahniah, kerana perubahan ini. Kalau tudung tu ke bawah sedikit, lagi best!!
Dan...janganlah dihiraukan sangat dengan hajah ini.... Terkini hajah ini tampil pada majlis pelancaran buku Seorang Profesor Bersama NGO JUITA : Perkongsian Bijak Dalam Kerja Amal Kebajikan Masyarakat semalam dalam keadaan berkilau-kilau!! -Niat yang tulus -Amanah yang tinggi -Jujur hatinya -Ikhlas tindakannya -Bersih tingkahlakunya => N.A.J.I.B seperti yang terdapat dalam buku Fardhu Ain sebelum ini. Akhirnya Amanah Allah yang diberikan terabai... EkELEH.com | Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari Posted: 09 Nov 2012 10:44 AM PST Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.
Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: "Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL". Oleh kerana Fathul Bari turut 'ditag' dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut. Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk. Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya. Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.
Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!
Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:
1. Fathul bela CSL. 2. Kenyataan Karpal berbanding CSL. 3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal. 4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam. 5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO? 6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO. 7. Soal hudud dan perlaksanaannya. 8. Soal mendapatkan izin DAP. 9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.
Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau pun Facebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.
1. FATHUL BELA CSL
Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya 'ayat bunga-bunga' sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.
Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut "langkah mayat saya" sedangkan CSL hanya menolak 'hudud PAS' bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.
Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.
Hujjah 'hudud PAS' memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).
Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat'i yang telah ditetapkan Allah. Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.
Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini. Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya 'hudud PAS' tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.
Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.
Bersambung...
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | Melayu ASWJ PAS vs Melayu ASWJ UMNO Posted: 09 Nov 2012 10:42 AM PST "ASWJ umumnya terdiri dari empat mazhab.Ada yang bersetuju masukkan syiah zaidiyah,hasil dari perbahasan ulama.Rata2 disebelah sini yakni Malaysia-Indonesia majoriti memilih mazhab syafi'e.India-Pakistan_Afghanistan dan sekawasan memilih mazhab hanafi.Dan disebelah Timor Tengah kebanyakannya bermazhab maliki. Mazhab Syafi'e adalah mazhab yang paling dekat kepada syiah,dan paling cinta kepada al-Hussein.Berikut adalah serangkai syair imam Syafi'e untuk membuktikan perkara diatas:
"Jika saya akan dituduh orang Syiah kerana saya mencintai keluarga Muhammad,maka saksikanlah oleh seluruh manusia dan jin bahwa saya ini adalah penganut Syiah"
Manakala lain2 mazhab dalam ASWJ cenderong kepada pemujaan dua sheikh iaitu Abu Bakar dan Umar al-Khattab disamping menghormati keluarga Muhammad.Orang yang bertanggongjawab membawa kearah ini adalah khalifah Umar ibnul Aziz.Dialah yang membariskan empat khalifah Abu Bakar,Umar,Othman dan Ali dalam kumpulan yang digelari khalifah ar-rasyidin.Sebelumnya semua khalifah umaiyah hanya mengiktiraf Abu Bakar,Umar dan Othman saja.Ali akan dicerca diatas mimbar masjid setiap hari Jumaat dalam khutbah. Pernah diriwayatkan bahawa khalifah Umar ibnul Aziz ini memerhati bapanya bila berkhutbah mencerca Ali.Katanya."Kenapa aku lihat bila engkau mencerca Ali,engkau kelihatan resah dan tidak tenang"Jawab bapanya,"Kalau orang syam kenal siapa sebenarnya Ali bin Abi Thalib ini,mereka akan lari dari kita menyebelahi turunan Ali". Jadi isu cercaan terhadap Ali ini adalah isu politik. DiMalaysia keseluruhannya adalah bermazhab ASWJ fahaman syafi'e.Ada lah sedikit yang menganut syiah sejak dari bermulanya revolusi Iran.Sesungguh revolusi Iran merupakan satu kejutan besar terhadap dunia umumnya dan terhadap pengaruh ugama mazhab syiah khususnya.Kebetulan Iran menganut mazhab syi'ah imam dua belas.Revolusi Iran ini terutamanya mengejutkan dunia Arab yang rata2nya mazhab ASWJ.Ianya seolah2 memaparkan kelesuan ulama2 besar ASWJ yang gagal membawa perubahan terhadap negara2 mereka terutama dalam menghadapi pemimpin2 mereka yang bersifat diktator dan menjadi boneka kuasa2 besar dunia ketika itu iaitu Amerika dan Soviet Russia.Iran melalui gerakan ulama syiah berhasil menjatuhkan boneka terkuat Amerika iaitu Shah.Ini memalukan ulama2 ASWJ.Dunia mula kenal sejak dari itu akan mazhab syiah.Sebelumnya tidak ramai yang tahu akan ujudnya mazhab ini.Malah hingga hari ini ada-terutama golongan muda-yang tidak tahu menahu akan mazhab syiah ini. Maka mulalah negara2 Arab berikhtiar bagaimana untuk menyekat pengaruh revolusi Iran ini dari menyerap kedalam negara2 mereka. Umum tahu ramai bermazhab syiah di beberapa negara Arab terutamanya Iraq,Bahrain,Syria,Lebanon,Yemen malah di Arab Saudi sendiri.Langkah pertama ialah menyokong Saddam Hussein dalam tindakannya menyerang Iran dan Saddam Hussein,walaupun merupakan musuh barat dan Amerika,tapi dalam hal ini turut membekal senjata kepada Iraq dalam usahanya memerangi Iran. DiMalaysia,orang2 melayu biasanya kelihatan menyokong Iraq,kerana Iraq itu Arab.Dan Arab itu islam-mereka tidak menyedari yang ramai arab berugama kristian terutamanya arab Lebanon dan sedikit arab Iraq dan Mesir-manakala Iran itu parsi bermazhab syiah-dan mereka didakyahkan syiah itu kafir bukan islam.Maka bangkitlah isu2 tentang kahwin mut'ah,quran syiah dan sebagainya. Tapi bagi orang melayu yang berpengetahuan tentang islam apa lagi yang major dalam sejarah islam-rata2 ulama2 dalam PAS dan ahli2 PAS yg berpelajaran bertindak lebih matang.Bagi mereka adalah keterlaluan untuk mengkafirkan syiah.Kerana kalau benar syiah itu kafir bagaimana pula Arab Saudi boleh membenarkan mereka pergi Mekah mengerjakan haji. Manakala orang2 melayu dalam UMNO biasanya tidak berpelajaran ugama dan mereka ini buta tentang mazhab2 ini.Dan mereka bergantung kepada pendapat pemimpin2 mereka saja.Contoh yang paling ketara ialah tidak boleh berpolitik dalam masjid.Ini dipegang cukup kuat oleh ahli2nya dikampong2.Yang faham tentang perkara ini adalah golongan2 ulama dalam UMNO-tapi mereka mendiamkan diri demi menjaga politik mereka. Maka hari ini,ujud pendokong2 UMNO yang akan pergunakan syiah untuk mengacau PAS.Antara mereka cukup dangkal dalam sejarah syiah ini.Mereka inilah yang mati2 mengkafirkan syiah.Menuduh syiah mazhab yang pengasasnya seorang yahudi Abdullah ibnu Saba'.Mereka tidak mengenali beberapa cabang dalam syiah seperti Zaidiyah, Imamiyah, Ismailiyah, Kaisanyyah, Sabaiyah, Druze ,syiah ghulat dan sebagainya.Mereka hanya main pukul rata syiah itu kafir. Malah ada diantara mereka yang mengatakan al-Hussein itu gila kuasa kerana menentang Yazib bin Muawiyah tanpa mengetahui latar belakang sejarah perlantikan khalifah dalam islam.
Sampai2 ada yang dalam salawat tidak mahu menyebut kalimah "wa 'ala alihi'(keatas keluarganya-maksud kesejahteraan keatas keluarga Muhammad). Ini menunjukkan betapa jahilnya puak2 ini. | Himpunan Pemuda PAS bantah Nurul dianjurkan Papa Gomo? Posted: 09 Nov 2012 10:39 AM PST TERBACA berita tentang sebaran SMS palsu menjemput orang ramai menyertai himpunan aman serta penyerahan memorandum oleh Pemuda PAS membantah Nurul Izzah kononnya kerana menyamakan Islam dengan agama lain serta menyokong LGBT. Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Di bawah ini petikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini. ReJaM© sendiri menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang hal ini. Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini. ReJaM© sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger). Kalau tanya ReJaM©, siapakah dajal yang menyebarkan SMS palsu ini? Pada pendapat ReJaM©, SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak. Kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo. ReJaM© terima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas. Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo. Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak. ReJaM© "Semua penyokong United Malays No Otak dijemput hadir kah kah kah..." | Denda AES hak kerajaan, mengapa berkongsi Posted: 09 Nov 2012 10:37 AM PST KUALA LUMPUR: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) bercadang membuat semakan kehakiman terhadap sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dilaksanakan kerajaan. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, semakan kehakiman itu akan dibuat dalam tempoh terdekat, dengan peguam Kase dan peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Pusat sedang membuat persiapan berhubung perkara itu. Tambah beliau, pihaknya sudah berbincang, khususnya dari segi persoalan mengenai perkongsian jumlah kompaun dan denda yang dikenakan. Sebelum ini, tegas Mahfuz kabinet bersetuju melalui model kewangan tentang perkongsian kutipan denda antara kerajaan dengan dua syarikat itu iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd. "Bagi kami semua itu (kutipan kompaun) mesti dimasukkan dalam akaun yang disatukan. Kalau kerajaan nak berikan kepada mereka, perlu atas sebab perkhidmatan yang diberikan, bukan perkongsian denda yang dikenakan," kata beliau pada sidang media di Parlimen, hari ini. Tambah Mahfuz, saman tersebut merupakan hak kerajaan dan tidak sepatutnya berlaku perkongsian antara pihak kerajaan dan swasta. Justeru, beliau mendesak kerajaan harus mendedahkan perjanjian antara kerajaan dan syarikat terbabit kepada umum. Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang disifatkan sebagai 'flip flop' berhubung isu AES ini. Tegas beliau, sebelum ini pihaknya mendapati kecelaruan maklumat antara saman yang dikeluarkan dengan maklumat di laman wen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Katanya, kecelaruan itu berhubung kilometer 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE) yang sebelum ini menetapkan had laju 90 km sejam. "Bagaimanapun satu saman yang dikeluarkan, telah menulis had laju di kawasan terbabit ialah 80km sejam. Orang kena saman (OKS) itu memandu dengan kelajuan 91km sejam. Hari ini Kementerian Pengangkutan bersama agensinya yang lain telah memperbetulkan maklumat itu di dalam akhbar harian melalui iklan bahawa kawasan itu adalah 80km sejam," tegas beliau. Sehubungan itu, tegas Mahfuz perkara seperti ini sudah cukup membuktikan kerajaan membuat banyak kesilapan di dalam pelaksanaan AES," katanya. | PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas Posted: 09 Nov 2012 10:36 AM PST Salmiyah Harun, | 09 Nov 2012 | KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru. Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar) berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas. Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS. "Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk 'key in' data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan 'kerja- kerja perkeranian'. "Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa 'key in' data 120 orang pelajar?"tegasnya. Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian. Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk 'key in' data tidak dapat dilakukan. "Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui. Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini? "Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sisitem pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya. Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar. | Semua MP mesti hadir taklimat peguam Perancis Posted: 09 Nov 2012 10:35 AM PST Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan 'law-makers' negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi. Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini. Mesti ada pihak yang terlibat. Ia tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan. Pada 22hb Nov ini, dua orang peguam Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, telah mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia. Rakyat mesti memberikan perhatian tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak ada sebab ada pihak yang takut dan cuba menghalang kedua-dua peguam ini untuk datang dan memberikan taklimat kepada rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka di Parlimen. Kalau pihak yang dikaitkan dengan isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini kepada rakyat Malaysia ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini dengan semudah-mudahnya. Malahan pihak berkuasa, seperti Najib sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana beliau boleh memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat itu mendapat kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin yang tidak langsung terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene ini. Kita akan lihat, jika ada usaha pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada kebenarannya. Ketua pembangkang telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk meminta kepastian yang kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak dihalang dan Hisham sepatutnya memberikan jawapan 'ya' dengan secepat mungkin. Kita semua ingin tahu pandangan dan penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari pihak Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan persepsi mereka pucuk pimpinan kita benar-benar terlibat dengan kes Scorpene ini. Jika perkara ini tidak diselesaikan, bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa memandang serong terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan rakyat yang jika PR memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau kata di mana-mana dalam siri kempen beliau di seluruh negara? Jika pimpinan BN lebih cenderung untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur dengan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu yang mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang bankrap? - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | Dalang filem hina Nabi dipenjara Posted: 09 Nov 2012 10:03 AM PST Terjemahan Mohamad Yahya, | 09 Nov 2012 | (Youssef mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden kepada akhbar) CALIFORNIA: Mark Basseley Youssef, dalang filem hina Nabi, Innocence of Muslims, yang mengakibatkan berlakunya banyak keganasan di Timur Tengah, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bagi pelanggaran percubaan yang tidak berkaitan dengan filem. Hukuman itu diputuskan Rabu lalu selepas tawaran rayuan telah dicapai antara peguam Youssef dan pendakwa raya persekutuan. Youssef mengaku menggunakan beberapa nama palsu dan melanggar perintah percubaan dengan mendapatkan lesen pemandu California yang palsu di bawah nama palsu untuk melakukan penipuan bank. Hakim Mahkamah Daerah AS Christina Snyder menerima perjanjian rayuan dan terus menghukum Youssef selepas dia mengaku bersalah dalam empat dari lapan dakwaan pelanggaran. Tidak lama selepas Youssef meninggalkan mahkamah, beliau mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden. "Satu perkara yang beliau mahu saya beritahu anda semua adalah Presiden Obama mungkin telah mendapat Osama bin Laden, tetapi dialah orang yang membunuh ideologinya," ujar Seiden. Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut, Seiden berkata, "Saya tidak tanya beliau, dan saya tidak tahu." Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan empat tuduhan di bawah perjanjian rayuan, termasuk tempoh percubaan yang lebih lama. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada pelanggaran adalah ekoran kandungan "Innocence of Muslims", filem yang menyinggung umat Islam. Keganasan maut yang diakibatkan filem itu tercetus 11 September lalu dan merebak ke banyak bahagian di Timur Tengah. Tetapi Penolong Peguam Amerika Syarikat, Robert Dugdale berhujah bahawa pembohongan Youssef tentang identiti beliau telah menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, termasuk kepada barisan pelakon dan krew filem tersebut. "Mereka tidak mempunyai idea bahawa dia sebenarnya adalah seorang penjenayah yang baru dilepaskan," ujar Dugdale Rabu lalu. "Sekiranya mereka mengetahui perkara itu, mereka mungkin akan berfikir panjang" untuk mengambil bahagian dalam filem berkenaan. Beliau berkata mereka telah menerima ancaman bunuh dan merasakan bahawa kerjaya mereka telah hancur. | MP mohon larangan sidang media dilonggar Posted: 09 Nov 2012 10:02 AM PST Muhammad Faizal, | 09 Nov 2012 | KUALA LUMPUR: Wakil-wakil ahli parlimen Pakatan Rakyat kurang bersetuju dengan larangan terbaru yang tidak membenarkan sudut sidang media parlimen digunakan oleh bukan ahli parlimen termasuk Badan Bukan Kerajaan NGO. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, larangan yang dilaksanakan itu perlu ada kelonggaran khususnya kepada pembantu atau pegawai ahli parlimen untuk bersama-sama pada sidang media yang diadakan. "Saya mengharapkan kelonggaran perlu ada kepada pegawai Ahli Parlimen mengadakan sidang media bersama Ahli Parlimen. "Bagi saya tidak ada kesalahan untuk pegawai-pegawai bersama Ahli Parlimen dalam sidang media tersebut kerana mereka juga turut mempunyai maklumat dalam isu yang dibangkitkan," jelas beliau. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula berpendapat larangan yang dikeluarkan ini tidak wajar. Katanya lagi, NGO khususnya sememangnya tidak dapat memasuki dewan rakyat untuk mengutarakan apa-apa isu tetapi sebolehnya dibenarkan untuk membuat sidang media di sudut sidang media perlimen tersebut. "Mereka (NGO) tidak dapat memasuk dewan untuk berhujah menyampaikan apa jua isu yang dibangkitkan setempat. "Jadi dengan cara mereka mengadakan sidang media di Parlimen bersama-sama Ahli Parlimen perkara ini dapat diketengahkan dan sebagai Ahli Parlimen, input-input yang terperinci itu akan digunakan sewantu berbahas," jelasnya. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen juga meminta agar diberikan kelonggaran pada larangan yang dikeluarkan itu. "Pengadu atau orang yang diiringi Ahli Parlimen bagi saya tidak menimbulkan kesalahan apa-apa apabila turut sama mengadakan sidang media. "Sekatan tersebut tidak begitu sesuai dan pengadu hadir bersama ahli parlimen untuk menyatakan masalah yang mereka hadapi dan jika tidak diberikan kebenaran bagaimana media ingin mendapatkan maklumat lengkap dan tepat permasalahan yang mereka hadapi," jelasnya. Beliau memberitahu, media mempunyai pilihan sama ada untuk menyiarkan atau tidak kenyataan yang dinyatakan oleh individu mahupun NGO. Katanya lagi Parlimen ini merupakan Dewan Rakyat dan ia menjadi milik rakyat untuk memyampai permasalah mereka, sekatan yang dilaksanakan ini perlu diberi kelonggaran. | Larang sidang media: NGO dakwa ada kaitan Scorpene Posted: 09 Nov 2012 10:01 AM PST Harakahdaily, | 09 Nov 2012 | KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berpendapat, larangan kepada bukan ahli parlimen mengadakan sidang akhbar di sudut sidang media parlimen berkemungkinan ada kaitan dengan kes Scorpene. Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata, beliau tidak menolak kemungkinan arahan terbaru itu sebgai cubaan menghalang pihak tertentu yang akan hadir ke parlimen bagi mendedahkan isu kapal selam itu. Difahamkan katanya, peguam dari Perancis akan hadir ke parlimen bagi mengadakan sidang media dalam masa terdekat. "Atau adakah ini merupakan cubaan menghalang kehadiran dan sidang media Peguam Perancis yang bakal hadir ke Parlimen bagi mendedahkan sisi gelap pembelian kapal selam Scorpene," soal Ahmad Anwar. Jika benar katanya, ianya adalah satu lagi cara untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin daripada terus dibongkar segala jenis kecurangan yang selama ini ingin disorok. Menurut beliau lagi, parlimen Malaysia adalah satu-satunya institusi tertinggi demokrasi berperlembagaan di mana wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi pilihanraya berbahas dan meluluskan rang undang-undang demi kemaslahatan rakyat. "Sekiranya rakyat ataupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat sivil tidak lagi dibenarkan hadir membuat sidang media bersama wakil-wakil rakyat di Parlimen, ia merupakan satu tragedi besar kepada lanskap demokrasi negara," tambahnya. Beliau juga berpendapat, parlimen adalah milik rakyat dan bukannya eksklusif kepada beberapa kerat Ahli-ahli Parlimen. Dalam pada itu beliau berkata, SAMM tidak menolak sekiranya arahan diberikan bagi kemudahan rakan-rakan pengamal media malah menyokong sama sekali sekiranya penggiliran dan had masa sidang media dikenakan, sidang media tidak diadakan semasa waktu rehat, sidang media yang ingin diadakan mesti diiringi Ahli Parlimen. Namun tegasnya, bukan arahan yang tidak membenarkan selain Ahli Parlimen untuk membuat sidang media di Parlimen. "SAMM turut melihat bahawa sidang media yang diadakan di Parlimen mempunyai nilai berita atau "news value" yang tinggi berbanding sidang media di lokasi lain," katanya. | Nurul Izzah sudah jelaskan, pemimpin Umno bagaimana Posted: 09 Nov 2012 10:00 AM PST Harakahdaily, | 09 Nov 2012 | KUALA LUMPUR: Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertepatan dengan pepatah 'kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan', kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Begitupun, katanya seronok apabila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu. Beliau berkata, Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu. "Beliau menjelaskan 'sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam', kenapa Umno terus bising," ujarnya dalam satu kenyataan. Baginya, Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka. "Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud," ujarnya kepada Harakahdaily. Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran. Katanya, apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis. Justeru, tanya beliau layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama. Semua rakyat di negara ini maklum Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik, justeru program agama hanya sekadar lepas batuk di tangga. Oleh itu, katanya ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul di mana penceramah yang lantang akan digam. Begitu juga, ujarnya Umno mendirikan masjid, tetapi bukan untuk memakmurkan masjid menyebabkan masjid 'mati' sebelum ahli kariah mati kerana ahli jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid. Baginya, Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk meraih sokongan orang Islam. | |
Jasindaily Online Posted: 09 Nov 2012 10:28 AM PST Raja Muda Selangor Tengku Amir Buat Hal ?? Posted: 08 Nov 2012 11:27 PM PST Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Perkembangan Raja Muda Selangor Tengku Amir sekarang? Apa yang kami idamkan selama ini, mempunyai barisan Sultan/Raja & kerabat diraja yang ada sekarang di Malaysia benar-benar ikhlas dan prihatin kepada rakyat. Bukan sekadar bersifat kosmetik di mata rakyat Malaysia. Senantiasa turun berdamping dengan rakyat dan membantu rakyat dikala mereka hidup dalam kesusahan.
Bukan hanya…..gah semata-mata untuk tayangan televisyen dan hebahan di akhbar sahaja untuk diberitajhu kepada rakyat semata. Ini yang dimahukan sebenarnya…. Kalau dilihat ada kalangan orang Melayu Islam lebih gemar berdamping dan berkawan dengan kawan-kawan daripada negara orang putih sana. Terpulang…..tetapi jangan memalukan diri sendiri apabila anda dilihat lebih "Mat Saleh" dengan kehidupan sosial + liar yang diamalkan sekarang ini. Sehingga orang bukan Islam pun geleng kepala melihatnya….
Macam ini pegang botol Moet untuk tuang dalam gelas, ada style..
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis @ Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
| Membisu anak Mahathir miliki kilang arak, Dr Mashitah patut letak jawatan – Jingga 13 Posted: 08 Nov 2012 11:17 PM PST Jingga13 menyatakan sokongan dan mempertahankan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar yang sengaja telah diputarbelit oleh media dan pimpinan UMNO dengan isu yang ternyata tidak masuk akal dan bersifat propaganda murahan dengan mengaitkan kenyataan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika menghadiri forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?' di Subang Jaya, Sabtu lalu. Kenyataan YB Nurul Izzah Anwar cukup jelas adalah berteraskan kepada ayat suci Al-Quran di surah Al-Baqarah , ayat 256 bahawa "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." yang ternyata telah diputarbelitkan dan dipolitikkan melalui cara yang sangat kotor oleh media Umno BN dan pimpinan Umno khususnya Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.
Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam ternyata jelas bertopengkan kedudukan mereka demi survival UMNO menyerang YB Nurul Izzah Anwar , sedangkan hakikatnya tidak mampu mempertahankan Islam dan hudud apabila Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA menghina Islam dan Hudud secara terang-terangan. Timbalan Menteri JPM , Datuk Dr. Mashitah dan pimpinan UMNO terus diam membisu tidak sedikit pun membantah terhadap serangan Datuk Seri Chua Soi Lek menghina Islam dan Hudud yang terkandung dalam al-quran. Tetapi. terlalu 'banyak mulut' apabila menggunakan platform beliau menyerang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan berniat jahat memutarbelitkan kenyataan YB Nurul Izzah berdasarkan laporan dan terjemahan media propaganda UMNO yang merupakan 'media syaitan' dalam negara. Tindakan memanipulasikan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar seolah-olah beliau " meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad" sengaja dilakukan untuk menyerang beliau tetapi dalam masa sama cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Sedangkan kenyataan beliau khusus berkaitan kebebasan agama sepertimana soalan yang ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu tanpa sedikit pun menyentuh isu murtad dan kaitan tentang murtad tetapi digambarkan seolah-olah YB Nurul Izzah Anwar bersikap sedemikian adalah satu tindakan fitnah yang nyata. Adalah mustahil hanya itu sahaja yang boleh dan mampu diputarbelit dan dimanipulasikan ? Atau memang sudah dirancang dengan licik bagi tujuan dan niat jahat menggunakan strategi murahan terhadap YB Nurul Izzah Anwar. Media propaganda UMNO seperti Utusan Malaysia , Berita Harian dan TV3 semakin tidak beretika serta tidak mempunyai integriti dan kredibiliti, malah gagal sebagai media yang bermaruah . Media UMNO inilah sebenarnya telah bertindak sebagai pemesong akidah dan pemutarbelit serta melakukan agenda fitnah demi survival UMNO yang semakin hilang sokongan orang-orang melayu , khususnya rakyat Malaysia .
Dato' Dr. Mashitah Ibrahim wajar MELETAKKAN JAWATAN kerana beliau gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah dicemari oleh UMNO dan sekutu BN . Malah seorang 'Melayu' dan dikatakan sebagai seorang Islam , anak kepada bekas presiden UMNO memiliki kilang arak San Miguel pun beliau gagal mengambil tindakan dan terus diam membisu. Seolah-olah ada perbezaan undang-undang dan hukum . Dato' Dr. Mashitah Ibrahim dan pimpinan UMNO tidak ubah seperti perumpamaan "ayam berkokok berderai-derai , tetapi ekor penuh bergelumang tahi! ". MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA KETUA KOORDINATOR JINGGA 13 | Alahai Pakcik Hassan Ali Al-Akidah Posted: 08 Nov 2012 11:07 PM PST
Nak Komen tu hati -hati ... :) | Anak Bekas Ketua Cawangan Sertai PAS Posted: 08 Nov 2012 11:05 PM PST SETIU - "Saya bagi pihak arwah Cikgu Mat memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PAS dalam DUN Batu Rakit, sekiranya semasa arwah memegang (jawatan) pengerusi JKKK, ketua umno (Kampung) Balai Maras dan pengerusi masjid ada melakukan kesilapan kepada saudara-saudara, "Kata Zulhairi Haji Che Mat ketika mengumumkan secara rasminya beliau meninggalkan umno. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah yang diadakan di Kampung Maras dekat sini, Isnin malam.
Pada Majlis tersebut Zulhairi adalah antara 70 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua rakan-rakan yang seangkatan dengan ayahnya, yang masih duduk dalam umno agar meninggalkan perjuangan parti tersebut. "saya merayu kepada ahli-ahli umno yang sama usia dengan (arwah) saya, apa lagi yang kita hendak dengan pembangunan, umur sudah 50, 60, 70, kita masih bercerita tentang pembangunan dunia, sedangkan pembangunan akhirat di mana?, "(walau pun umur sudah lanjut) masih tidak menjenguk masjid, kalau ada (pergi) pun (hanya) sembahyang Jumaat,"ujarnya.
Mengungkap tentang pembangunan negeri Terengganu yang didakwa 'hebat' oleh sesetengah pihak, anak muda ini berkata, beliau cukup benci dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan umno-BN Terengganu. "benda yang membazir, yang saya lalu hari-hari, saya benci tengok (iaitu) stadium runtuh, (sebanyak) RM292 juta...gitu dia buat (jadinya), kalau buat rumah kepada orang-orang miskin (dengan) RM292 juta....berapa ribu boleh dapat,"luahnya. Sekaligus bekas Pemuda Umno itu berikrar, bahawa beliau dan beberapa rakannya yang lain akan menjadi 'tulang belakang' menggerakkan kempen PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13. "dan saya berjanji akan menjadi tulang belakang bagi menjatuhkan Umno dan Baisan nasional pada pilihanraya umum ke 13,"tegasnya. Borang permohonan menjadi ahli PAS tersebut diterima oleh penceramah jemputan yang juga Speaker DUN Kelantan, Datuk Ustaz Nasaruddin Daud. | Santai Bersama Abby Abadi dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fazir Posted: 08 Nov 2012 11:03 PM PST
Santai Bersama Abby Abadi dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fazir Tarikh : 9 / 11 / 2012 Masa : 8.00-10.00 Malam Tempat : Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Melaka Taman Seri Telok Mas Anjuran : PAS Kota Melaka | UMNO Hina Islam Lagi Posted: 08 Nov 2012 10:59 PM PST | Ceramah Perdana Pakatan Rakyat JENTERA UBAH Posted: 08 Nov 2012 10:55 PM PST
Ceramah Perdana Pakatan Rakyat JENTERA UBAH Melaka Tour
Tarikh :09/11/2012 Jumaat Masa :7.30pm Tempat :Pejabat DAP Melaka, Jln PM 1/1, Tmn Pandan Mawar, Jalan Pandan 75200 Melaka. Penceramah: YB Dato Teng Chang Khim, YB Tony Pua, YB Teo Nie Chin, YB Goh Leong San, Sdr. Adly Zahari ( Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka), Sdr.Shamsul Iskandar ( Pengerusi PKR Negeri Melaka & Sdr. Fariz Musa.
Semua dijumput hadir | Ceramah Isu Semasa Di Sungai Rambai Posted: 08 Nov 2012 10:52 PM PST
Ceramah YB Tian Chua di Kg Parit Perawas, Jalan Ke Kilang Kotak, Sg Rambai, Melaka pada hari Sabtu, 10/11/2012 jam 9 malam.. semua dijemput hadir untuk mendapat informasi terkin | |
KHIDMAT MERU Posted: 09 Nov 2012 09:11 AM PST LAWATAN PJ SELANGOR KE KAWASAN BANJIR DI DENGKIL Posted: 08 Nov 2012 05:50 PM PST | BUFFET MESRA RAKYAT DIBANJARI RAKYAT Posted: 08 Nov 2012 05:33 PM PST Buffet Mesra Rakyat demi mengumpul dana PRU 13 yang diadakan di Shah Alam mendapat sambutan diluar jangkaan apabila juadah yang disediakan untuk 2500 pengunjung habis kesemuanya kerana yang hadir lebih dari 3500 orang. Pelancaran dana oleh YB TG Dato Seri HJ Abd Hadi Awang itu disambut baik dan semangat perjuangan yang ditiupkan oleh pimpinan parti meriahkan lagi suasana. | PENDUDUK KG BUKIT KERAYONG 2 BOLEH TARIK NAFAS LEGA Posted: 08 Nov 2012 05:13 PM PST Setelah lebih dari 10 tahun menunggu, akhirnya penduduk Bukit Kerayong 2 boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri Selangor membaiki sistem perparitan, membaiki dan menurap jalan bukit keTanah Perkuburan Islam.di Kg Bukit Kerayong 2. Menurut Ketua Kampong nya, Tuan Hj Amin bin Sarjo, sebelum ini jika ada kematian, amatlah susah untuk dibawa kekuburan kerana jalan nya mendaki dan bertambah teruk sekiranya musim hujan berlaku. | PASAR MALAM DITUTUP 20 MINIT Posted: 08 Nov 2012 12:03 PM PST Pasar Malam di Jalan Paip, Meru diarahkan ditutup oleh YB Dr Rani dengan kerjasama pihak MPK dan JKKK Kampong Meru selama 20 minit untuk menghormati waktu solat maghrib. Semua peniaga-peniaga beragama Islam dinasihatkan menutup lampu dan gerai jualan dan sama-sama bersolat jemaah di surau berdekatan. YB Dr Rani sendiri menjadi imam solat maghrib pada malam itu dan para peniaga berasa gembira dan bersyukur diatas langkah yg diambil oleh pihak berkuasa. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 09 Nov 2012 09:10 AM PST PRU13 tahun ini??? Posted: 09 Nov 2012 07:33 AM PST Memang beberapa hari yang lepas, taufan Sandy menggans di bumi Amerika Syarikat. Tengah kehangatan kempen calon Presiden Obama dan Mitt Romney taufan teruk menyebabkan kempen penentu samada calon kulit hitam boleh dipilih untuk penggal kedua atau tidak terpaksa ditinggal sebentar oleh Obama. Yang didahulu perlu didahulukan.....mangsa taufan mesti diberi perhatian.
Entah kenapa hujan sepanjang hari. Sudah berhari-hari...Adakah bersedih kerana kerancakan berkempen untuk PRU 13 seluruh negara sudah tidak tahu adab sopan??Adakah kerana banyak dosa dan maksiat dilakukan?? Ada yang bingung tak keruan. Ada yang meroyan.Ada yang meracau. Bertempik tanpa fakta. Berdrama dengan skrip ulang tayang sekian lama. Ada yang merepek bab ekonomi. Ada yang mengigau bab pendidikan. Paling malang....paling serius....paling mengundang petaka ada yang sawan menuturkan bab agama...Sedih...sedih! Jahilnya bangsa.....tidak bertamaddunnya cara...!! Mengapa.....oh mengapa?!
Bila kedua-dua calon USA berdebat dengan hujjah.Bergelut dengan sopan.Berkonfrontasi dengan batasan......di negara ini......bak planet asing!! Jelas kurang mampu berkomunikasi dengan fakta dan logik akal fikiran. Yang terhambur adalah natijah pengaruh amygdala! Perasaan/emosi menjadi pedang terhunus menyembelih lawan. Api hasut, taufan dengki mentsunamikan sifat manusiawi. Jijik, kotor, bobrok!
Adakah kerajaan yang normal mahu membubar parlimen ketika ratusan manusia bakal bersilat menangani air bah? Dengan cuaca yang tidak menentu ramai yang tidak mahu mengundi.Ramai yang akan terjejas pekerjaan dan harta bendanya berisiko untuk rosak.
Adakah kerajaan UMNO-BN akan bertindak luar jangkaan?mahu bubar juga Parlimen?demi survival dan pelan strategik semata-mata untuk menang?
Awas.....rakan dalam PAS dan pakatan perlu siap siaga.......untuk menempuh sebarang kemungkinan........insyaallah.....orang PAS lazimnya lebih stamina dalam keadaan tertekan.Wallahu alam | YB Dr Halimah rasmi TAHFIZ DARUL FURQAN Posted: 09 Nov 2012 06:11 AM PST Kpg Hulu Teris, Sg Pelek, DUN Tanjong Sepat Parlimen Sepang 9/11/12 Di dalam ladang kelapa sawit orang kampung Kpg Hulu Teris, ada hamba berhati mulia mewakafkan 3 1/2 ekar tanah untuk dijadikan pusat pengajian Al Quran sepenuh masa. Berbekalkan keyakinan yang mantap, si pewakaf memilih Al Fadhil Ustaz Salleh Sani Hj Harun al Hafiz sebagai pemegang amanah untuk mewujudkan sebuah tahfiz di kampung tersebut sebagai amal jariahnya. Ustaz Salleh Sani memang tepat dipilih kerana pengalamannya mengasaskan Darul Furqan di Padang Balang, Sentul sejak 1992 terbukti memberi hasil. Ada pelajarnya menjadi johan Asia Pasifik! Sebagai mantan naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sudah tentu banyak agenda mengilmukan ummat yang mahu diusahakannya. Peluang mendidik anak bangsa tidak mahu dilepaskannya begitu sahaja. Beliau gigih bersama orang kampung mencari dana untuk merealisasikan hasrat pewakaf. Alhamdulillah sebuah bangunan 2 tingkat tersergam indah, memuatkan 40 orang pelajar dan 3 guru bermula Januari 2012. Selaku EXCO Pendidikan Kerajaan Negri Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali memuji usaha baik tersebut dan mahu Darul Furqan sebagai sendir penting membantu kerajaan Selangor mengerjakan makruf dan mencegah kemungkaran selain mengajak ummat beriman kepada Allah swt. Beliau menaruh harapan yang tinggi kepada kemampuan institusi penting seperti Darul Furqan melahirkan modal insan yang berguna dan membantu melahirkan khaira ummah. Beliau menerangkan kerajaan negeri menyokong dan mendokong perjuangan SAR untuk mentarbiyyahkan insan di Selangor. Semoga niat tulus semua pihak membuahkan hasil terbaik untuk mencapaikan tahap baldatun tayyibatun wa rabbun ghafuur insyaallah. Amiin. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan