KOTA BHARU: Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini.
Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tah "Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh itu. "Saya yang terkejut dan kebingungan bergegas pulang sebelum mendapati bahagian bumbung hangus," katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian di sini, kelmarin.
Ilhami berkata, objek dipercayai terdiri daripada besi dan gentian kaca kabel tahan panas yang memungkinkan rumahnya hangus jika lambat bertindak. "Nasib baik juga isteri dan anak-anak berada di rumah, jika tidak, mungkin kami kehilangan harta paling bernilai, sedangkan ia kesilapan dan kecuaian orang lain," katanya.
Menurutnya, dia berharap akan ada pihak-pihak tertentu tampil bertanggungjawab kerana jika diperhatikan objek tersebut dibuat dengan ciri-ciri berteknologi.
"Apa yang diharapkan pihak terlibat tampil dan memberi penjelasan serta bertanggungjawab di atas kejadian di luar jangkaan itu, selain menanggung kerugian yang terpaksa dialami kesan daripadanya," katanya.
PALSU......Daniel percaya papantanda ini palsu kerana mengikut semakan penduduk kampung mendapati Para Cemerlang Sdn Bhd menafikan mereka mendapat kontrak berkenaan. Siapa betul?
Oleh: SAMSIAH LAMSAH
SELEPAS Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada 4 November 2010, penduduk Kampung Lupak Meluas terus menanti Kerajaan Barisan Nasional menunaikan segala janji yang dilafazkan daripada 'lidah tidak bertulang' pemimpin UMNO; sehinggalah mereka sedar bahawa segala janji berkenaan hanyalah 'janji kosong' setelah mereka akhirnya menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri.
Jurucakap penduduk Kampung Lupak Meluas, Daniel Abdul Ganih, ketika menghubungi Sabahkini.net pagi tadi mengesahkan bahawa tidak ada satu janji yang dibuat pada PRK Batu Sapi ditunaikan Kerajaan Barisan Nasional sehingga ke hari ini. "Malah kami dihalau keluar daripada tanah yang kami duduki oleh pemilik tanah setelah Kerajaan BN gagal menunaikan janji membina rumah PPR di tapak yang sebelum ini diwartakan untuk penempatan semula penduduk Lupak Meluas," kata Daniel yang memaklumkan bahawa papantanda janji BN masih berdiri teguh berhampiran tapak cadangan perumahan PPR berkenaan.
Kata Daniel, selepas PRK Batu Sapi, hanya Pesuruhjaya PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang datang menjenguk dan membantu mereka setelah pihak tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat menipu dan menggelapkan wang saguhati yang dijanjikan kepada mereka oleh pemilik tanah yang dijadikan tapak rumah mereka selepas Kampung Lupak Meluas terbakar.
Dengan bantuan Haji Hamzah, mereka berjaya mendapat sedikit saguhati untuk membolehkan mereka membuka rumah mereka dan mencari tapak baru bagi membolehkan mereka mendirikan rumah baru setelah tidak ada walau seorang pemimpin BN sudi melayan rayuan dan aduan mereka setelah menerima notis perintah mengosongkan tanah daripada mahkamah.
Tetapi kata Daniel, mereka kesal disebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terus menekan mereka agar membayar sejumlah tertentu sebelum boleh membina rumah di kawasan baru sekalipun pemilik tanah telah memberikan mereka kebenaran dan menerima bayaran sewa.
"Malah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah, Adun Sekong dan para pemimpin BN amat mengetahui masalah kami, tetapi tidak ada yang turun padang membantu kami," kata Daniel yang kesal kerana mereka hanya dijadikan umpan untuk mengundi dan memenang BN dalam PRK yang amat genting berkenaan.
Kata Daniel, beliau amat menyesal berkempen bagi pihak BN dan memujuk masyarakat Bajau menyokong BN pada PRK berkenaan sehingga calon BN yang tidak pernah menjejakkan kaki berkenaan ke kampungnya mendapat undi majoriti.
"Selepas PRK Batu Sapi, kami berulang kali mengemukakan masalah ini kepada Datin Linda dan Datuk Samsuddin, tetapi rayuan kami tidak pernah dilayan," kata Daniel lagi.
Menurut Daniel, projek merekabentuk, membina dan menyiapkan 180 unit rumah pangsa 5 tingkat 'walk-up' dan kerja-kerja berkaitan dengannya bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di atas P.T.2010070049 Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, Sandakan telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya.
"Kontraktorpun telah dilantik iaitu kontraktor Para Cemerlang Sdn.Bhd. Tetapi sehingga ke hari ini hanya papan tanda yang berdiri, tetapi rumah kami pula yang dirobohkan," kata Daniel dengan nada kesal kerana Kerajaan BN umpama habis madu sepah dibuang.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan supaya berterus terang dalam isu konsesi pembalakan negeri atau berhadapan dengan pendedahan lanjut.
"Rakyat berhak tahu siapa yang memiliki konsesi pembalakan, berapa banyak pendapatan kerajaan perolehi dan status pemilikan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rafizi berkata demikian berikutan respons yang didakwa tidak memuaskan oleh Mohamad dalam akhbar Sinar Harian Khamis lalu.
Rafizi mendakwa, kerajaan negeri menyalahi undang-undang dengan membenarkan sebuah syarikat berkaitan Umno memasuki hutan simpan Jeram Padang Selatan.
Katanya, walaupun Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, ahli dewan undangan negeri Rantau itu sebenarnya tidak mengambil kira aspek keabsahan undang-undang.
"Mohamad telah gagal untuk jelaskan tentang keputusan exco membatalkan status hutan simpan Jeram Padang Selatan yang tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.
Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, tanah hutan simpan di Negeri Sembilan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu atau syarikat lain.
"Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.
"Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan perancangan tersebut kerana kerajaan negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan," beliau dipetik sebagai berkata.
Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menggantikan lebih RM2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, lapor Sinar Harian.
Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar daripada 4,800 yang digunakan.
"Tidak timbul soal hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang," katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.
Berlagak bukan main lagi mantan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sewaktu mengetuai satu demonstrasi dihadapan Kuil Batu Caves bagi membantah projek pembinaan Kondominium 29 tingkat di situ. Samy Vellu dan MIC cuba berlagak hero kaum India kononnya prihatin dgn Kuil Batu Caves itu...
Sebenarnya MIC bertujuan mahu menggunakan isu tersebut sebagai kempen PRU-13 yg hampir menjelang ini.
Tapi malang sekali, isu tersebut telah mendedahkan tembelang MIC yang sebenarnya memang jijik dan busuk. MIC adalah petualang kepada kaumnya sendiri bila terbukti bahawa projek kontraversi tersebut diluluskan sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor.
Exco Selangor, Ronnie Liu pada 24 Oktober lalu, mendakwa A.Kohilan dan ahli parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek kondominium kontroversi 29 tingkat di Batu Caves.
"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya di sini
Tanpa disedari, P.Kamalanathan yang marah-marah dengan dakwaan Liu itu telah mendedahkan dan mengakui sendiri bahawa "Projek itu diluluskan pada September 2007" - projek kontraversi itu telah diluluskan semasa MB Khir Toyo atau Umno/BN perintah Selangor. Ha! ha! Mana Samy Vellu mahu taruk muka dia sekarang?
Sementara itu, Kohilan yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selama 11 tahun daripada 1997 hingga 2008, menafikan penglibatannya. Projek itu diluluskan pada September 2007. " Saya pun tidak terlibat," katanya di sini
"Saya hanya ahli majlis, bukan saya yang memberi kelulusan. OSC dalam majlis yang beri kelulusan, saya tidak terlibat…" Kata Kohilan yang lebih kurang sama tahap bangangnya itu dengan Kamalanathan. Buat apalah Barisan Nasional lantik orang-orang bangang macam ini jadi wakil rakyat?
Malah Kohilan lebih menakjubkan kita lagi bila dia bertanya kepada Ronie Liu : 'Apa peranan ahli majlis era Pakatan?' Ha! ha! ha! ...
Dia sepatutnya tanya soalan itu kepada dirinya sendiri kerana dia adalah ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika projek itu diluluskan. Kesian.Begitu sekali bangangnya tambi ini!
Bijak betul Ronie Liu, dia berjaya memerangkap Kamalanathan dan mendedahkan betapa bodohnya Kamalanathan ini!
Liu juga berjaya menjadikan Kohilan menggelabah dan mendedahkan kepada kita bahawa dia tidur sahaja selama ini sewaktu jadi ahli majlis dahulu….
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Penjenayah dipercayai tembak anggota polis mati ditembak
ZUMURNI HAMZAH
MACHANG- Seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam, mati ditembak pagi ini selepas gerakan memburu suspek dipertingkatkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak oleh anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan dari Masjid Palohtetapi terbabas di Simpang Tiga Kemuning.
Dalam kejadian tersebut juga seorang anggota polis turut cedera ditembak dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Dalam kejadian semalam, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, cedera parah ditembak penjenayah di bahagian dada dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang.
Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa bertindak nekad untuk memberkas dua suspek setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di Bandar Gua Musang.
Samy Vellu luluskan projek kondo Batu Caves – Anwar
KeadilanDaily, 31 Okt 2012
KUALA LANGAT: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.
Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.
Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.
“Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu,” kata Ketua Pembangkang.
“Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab,” tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.
Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.
“MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.
Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.
“Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim,” katanya.
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada polis Kelantan kerana berjaya menumpaskan penjenayah yang dipercayai menembak anggotanya sehingga menyebabkan cedera parah di sini.
Beliau juga melahirkan rasa terharu dan bangga terhadap kecekapan polis dalam membanteras jenayah serta bertindak balas dalam kejadian terbabit.
“Tahniah kepada polis Kelantan dan Insya-Allah hari ini saya akan melawat anggota polis yang dirawat di hospital,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Eexco hari ini.
Pagi tadi seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam mati ditembak.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan di Masjid Paloh, Machang.
Rakaman sidang media oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bilik mesyuarat utama AMMK di mana beliau mengucapkan ucapan terharu dan tahniah di atas kecekapan polis negeri Kelantan membanteras jenayah.
15 Zulhijjah 1433H/ 31 Oktober 2012M
Tahniah PDRM... penjenayah ditembak di Machang berkaitan kes tembakan angota Polis di Paloh Gua Musang. Kelantan.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada polis berikutan kejayaan pasukan itu membanteras kegiatan jenayah di negeri ini. Rakaman ucapan tahniah itu disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada sidang media khas selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.
Beliau juga turut melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan anggota berkenaan menjaga keamanan di negeri ini sehingga terpaksa mengorbankan diri demi keamanan rakyat.
"Kebetulan tadi saya ada menghubungi Ketua Polis Kelantan untuk bertanya khabar tentang kejadian tembakan semalam, kebetulan Ketua Polis berada di luar Kelantan," ujarnya.
Beliau juga berkata, sekiranya rakyat berpuas hati dengan kecekapan anggota polis menembak mati penjenayah, kenapa ada umat Islam sendiri yang tidak senang dengan hukum hudud.
Lagipun, tambahnya hukum hudud yang dikenakan pesalah tidak sampai mati bagi yang mencuri hanya memotong tangan sahaja.
Sementara itu, Tuan Guru turut meluangkan masa menziarahi anggota polis Koperal Mat Ridwan Mat Hassan, 50 dan Lans Koperal, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan tengah hari tadi.
Kedua mereka kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.
Shamsul ditembak oleh salah seorang penjenayah ketika menyertai sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, pagi semalam.
Ridwan pula ditembak sewaktu berbalas tembakan dengan penjenayah yang dipercayai ada kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan anggota polis, Shamsul di Gua Musang.
Kejadian berlaku di Cabang Tiga Kemuning, Machang. Penjenayah tersebut bagaimanapun mati ditembak. -Hrkh
New York – Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kotaraya New York dan Sandy adalah taufan yang paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga menyebabkan bandaraya itu terputus bekalan elektrik.
Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.
Seorang rakyat Malaysia yang menetap di sebuah kompleks apartmen di 38th Street, yang terletak di tengah pulau itu dan bersebelahan dengan East River, memaklumkan air hujan memasuki kediamannya sekitar pukul 2 petang, Isnin, akibat hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat.
"Air hujan masuk melalui celah-celah tingkap rumah, walaupun tingkap sudah ditutup, angin yang sangat kuat menyebabkan tingkap rumah saya bergegar dengan itu kunci terbuka dengan sendirinya," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Dilla ketika dihubungi Bernama lewat malam Isnin.
Beliau, yang menetap di tingkat 25 kompleks apartmen setinggi 54 tingkat dengan 840 unit itu, berkata air hujan juga membolosi kediamannya menerusi penyaman udara sehingga membasahi bilik dan ruang tamu rumahnya.
Beliau yang tinggal seorang diri dan baru berpindah ke kota raya itu setelah dihantar bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan di sini turut terputus bekalan elektrik.
"Selepas tidak ada elektrik, saya kunci rumah dan turun ke tingkat 11, menumpang rumah rakan sekerja, yang turut tinggal di kompleks yang sama," katanya.
Katanya, sekitar pukul 2 dan 3 petang, langit menjadi sangat gelap dan aliran air sungai East River bergelombang sangat kuat.
Kebanyakan mereka yang tinggal di bangunan kompleks itu bekerja dengan jabatan dan agenci kerajaan Malaysia yang berpejabat di New York.
Kawasan tengah pulau Manhattan itu tidak berada dalam zon yang terjejas teruk dan wajib pindah.
Beberapa rakyat Malaysia yang menetap di Brooklyn pula, antara lain, menggunakan laman sosial Facebook memaklumkan mengenai kejadian angin kencang serta merasai bangunan pangsapuri mereka seakan bergegar.
Beberapa rakyat Malaysia di Connecticut melaporkan turut mengalami putus bekalan elektrik dan seorang daripada mereka pernah berpengalaman terputus bekalan elektrik sehingga sepuluh hari semasa berlakunya taufan Irene pada tahun lepas.
Dalam komunikasi menerusi laman Facebook, beliau melahirkan kebimbangan memandangkan stok makanan sejuknya terutamanya daging halal akan rosak sekiranya gangguan bekalan elektrik berpanjangan.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri-negeri yang terlibat dengan taufan Sandy seperti di Maryland, Virgina, Delaware, New Jersey, New York, Connecticut, memaklumkan mengenai keadaan mereka pada status laman Facebook mereka.
Antaranya memaklumkan mengenai angin yang sangat kencang dan maklumat terkini mengenai kawasan mereka.
Sementara itu, penulis sendiri menerima beberapa amaran kecemasan melalui telefon bimbit daripada Pengurusan Kecemasan sejak petang semalam sehingga malam Isnin.
Antara amaran yang dikeluarkan ialah "Emergency Alert in this area until 8 am, Take Shelter Now,NYC-OEM".
Bagaimanapun, penulis dan keluarga tidak terjejas teruk dengan taufan Sandy, kerana kedudukan kediaman penulis di kompleks apartmen yang berbentuk U selain unit rumah yang terletak di tingkat paling bawah.
Kawasan tempat tinggal yang berada di kawasan tinggi dan dikelilingi bangunan-bangunan kompleks apartmen yang lain, turut menyelamatkan keadaan. – BERNAMA
Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkata di Kelantan semalam yang beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berundur kerana desakan dari pihak-pihak yang tidak kena mengena dengan PAS. Beliau akan berundur jika desakan itu datangnya dari PAS. TGNA mengulas desakan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, yang meminta TGNA berundur kerana kesihatan beliau tidak membolehkan beliau mentadbir negeri Kelantan.
TGNA berkata beliau akan hanya mempertimbangkan untuk berundur jika PAS mendesak beliau untuk meletakkan jawatan dan jawapan TGNA ini kepada saya adalah jawapan yang tepat dan benar. Di Kelantan yang menentukan siapa yang menjadi MB itu adalah PAS kerana rakyat Kelantan telah memandatkan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan sejak tahun 1990 dahulu dan parti-parti serta pihak-pihak yang lain tidak ada hak untuk menuntut beliau meletakkan jawatan itu.
TGNA adalah seorang MB dan Ketua yang diberikan tugas untuk memantau kerja-kerja dan tanggungjawab pelaksana, iaitu pegawai-pegawai kerajaan negeri dilaksanakan dengan baik dan telus. Bagi saya TGNA adalah benar-benar seorang MB yang difahami dalam erti kata yang sebenarnya. Beliau tidak masuk campur di dalam pelaksanaan tanggungjawab kerajaan tetapi 'accountable' terhadap apa yang dilakukan oleh pihak pelaksana iaitu pegawai-pegawai dan penjawat awam di negeri itu.
Beliau tidak bersekongkol dengan pelaksana yang rasuah seperti yang dilakukan oleh MB-MB di negeri-negeri tadbiran UMNO. Banyak negeri-negeri tadbiran UMNO pelaksana dan penggubal dasar termasuk Menteri-Menteri Besar nya mengarah dan masuk campur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan ia telah membawa kepada kegiatan korupsi yang meluas.
Jika penggubal dasar terutamanya MB hanya mengambil tugas sebagai pemantau kepada perlaksanaan dasar-dasar yang telah di gubal dengan baik, maka budaya rasuah tidak akan berlaku dengan mudah. Rasuah berlaku di Kementerian-Kementerian Persekutuan di sebabkan penggubal dasar yang di ketuai oleh Menteri-Menteri dalam kementerian-kementerian itu tidak melaksanakan tugas dengan betul, iaitu untuk memantau segala tugas perlaksanaan kementerian itu dilaksanakan mengikut apa yang telah di gubal.
Sebaliknya menteri-menteri menyalahgunakan kedudukan mereka dengan bersekongkol untuk melakukan kerja yang bertentangan dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu untuk mempastikan pelaksana tidak melakukan rasuah dan sebagainya. Jika menteri-menteri melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan tidak mungkin rasuah berlaku dalam kadar yang sangat membimbangkan sehinggakan rakyat sudah hilang kepercayaan mereka kepada penggubal dasar yang diberi mandat oleh mereka.
Bagi TGNA beliau telah memberikan jawapan dengan betul. Yang penting ialah kesihatan pemikiran bukan setakat sihat tubuh badan. Jika pemikiran seorang MB seperti TGNA itu masih sihat, tidak ada apa masalah untuk terus menjadi MB dan pihak UMNO, Perkasa atau pihak-pihak lain tidak berhak untuk membuat tuntutan untuk beliau berundur.
Ramai pemimpin di dalam UMNO itu masih sihat tubuh badan mereka tetapi pemikiran mereka telah uzur. Jika mereka masih mempunyai pemikiran yang tidak uzur, segala rasuah dan salah guna kuasa tidak akan berlaku. Pemimpin yang rasuah itu melambangkan pemikiran yang tidak sihat. Jika pemikiran mereka sihat mereka akan tahu yang rasuah itu salah dan pemikiran yang sihat akan memberitahu mereka yang rasuah itu amat bersalahan dengan syariat agama dan satu dosa yang amat besar di sisi Tuhan. Itu sebabnya saya berulangkali mengingatkan semua yang pemakan rasuah itu sama lah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri.
Bagi saya TGNA adalah seorang pemimpin yang paling sihat kerana beliau masih mempunyai pemikiran yang kuat untuk memberitahu beliau dan kepimpinan beliau itu yang rasuah itu adalah kesalahan besar. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin UMNO lah yang sudah uzur kerana tidak dapat menahan dari melakukan rasuah besar-besaran.
Pemikiran TGNA masih terlalu sihat kerana beliau tidak mahu tunduk kepada desakan untuk membuat kekayaan dan duduk di rumah-rumah yang besar dan berglamor. TGNA masih sihat pemikiran beliau kerana beliau tidak membelikan isteri beliau cincin yang puluhan juta harganya.
TGNA tidak menggunakan wang rakyat untuk membayar bil kenduri perkahwinan anak beliau dan tidak berbelanjakan wang rakyat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi beliau. TGNA tidak terlibat dalam isu ber'dating' dengan teman wanita dengan membayar wang sejumlah ratusan ribu ringgit setiap kali ber'dating' seperti yang dilakukan oleh seorang Menteri Persekutuan. Setakat yang kita semua tahu TGNA tidak ada teman wanita di luar rumah.
Pemikiran TGNA masih sihat kerana beliau tidak pergi berpeleseran di pusat-pusat karaoke dan membayar GRO-GRO dengan menggunakan wang rakyat dan beliau tidak pernah pun pergi bersukaria di pusat-pusat hiburan tempatan atau antarabangsa.
TGNA tidak seperti seorang MB yang kurang sihat pemikirannya yang terlibat dengan jenayah menghantar wang sebanyak RM10 juta ke-London melalui sebuah pengurup wang yang begitu 'dubious' kedudukannya.
Jika kita timbang-timbang dengan secebis tulisan saya ini kita boleh membuat andaian yang 'conclusive' yang TGNA adalah seorang pemimpin yang paling sihat dan belum uzur lagi. Disebaliknya pimpinan BN dan UMNO lah kumpulan pemimpin yang telah uzur kerana mereka tidak dapat menggunakan pemikiran mereka untuk menentukan yang mana satu yang tidak baik dan yang mana satu yang baik untuk dilakukan atau untuk tidak dilakukan.
Oleh kerana keuzuran pemikiran pimpinan BN dan UMNO inilah yang menyebabkan kerajaan pada hari ini menjadi persoalan besar oleh rakyat jelata.
Bagi saya, secara peribadi TGNA perlu terus bertanding dalam PRU ini kerana tidak ramai lagi pemimpin yang masih sihat seperti TGNA dan Tok Guru Hadi Awang dan beberapa orang pimpinan besar dalam DAP dan parti-parti yang lain. Mereka ini masih sihat kerana tahu yang mana baik dan yang mana buruk.
Pendeknya kalau kita hendak tahu mana satu pemimpin yang masih sihat ialah mereka yang belum terlibat dengan banyak dosa dan noda yang memercukan syariat agama dengan sesungguhnya.
Sesiapa yang tidak memercukan syariat yang diperintah Tuhan itu adalah mereka yang tidak sihat dan perlu direhatkan untuk membina kembali kesihatan mereka mengikut sudut agama dan syariat agama yang kita anuti.
Salah satu dari sebab PAS mendapat sokongan ramai hari ini ialah kerana kesihatan kepimpinan dan pemikiran pemimpin mereka. Kerana kesihatan pemikiran mereka itulah rakyat sedang berlumba-lumba untuk menyokong pemimpin-pemimpin yang sihat sekarang ini. Aspanalias
KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.
Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.
Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.
Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.
Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.
Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.
Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu.
Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.
Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut.
Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain.
Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu ~kosmo
Addin :
Ataupun... perniagaan Amy senasib dengan restoran sekinchan setelah beliau isytihar masuk umno? Mungkinkah restoran cheng ho diboikot sepertimana sekinchan ikan bakar? Mungkinkah apa sahaja yang dikaitkan dengan Umno rakyat akan tolak akibat kebencian yang meluap-luap? Anda semua mungkin ada jawapannya?
KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.
"Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.
Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.
"Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.
"Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau," katanya.
Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.
Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.
Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.
"Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan," katanya. -SH
Saya tak layan desakan 'Umno buangan' - TG Nik Aziz. KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai 'Umno buangan' yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.
Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.
Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.
Katanya, sekiranya seorang pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya tidak bermasaalah dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.
Menurutnya lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar, sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan negeri juga.
"Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,"ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus menerajui pentadbiran negeri.
Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, Tok Guru adalah merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.
"Kami yang minta Tok Guru untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
"Biar kami (PAS) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut," katanya.
Sebelum ini, turut lantang membuat desakan agar Tuan Guru berundur termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali -HD
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun baik tetapi tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Moktar Radin, hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dengan menggunakan isu itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Justeru katanya, untuk memberi keyakinan kepada rakyat terutamanya pengguna jalan raya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES.
"Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
"Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan," katanya kepada Sinar Harian Online melalui SMS, pagi ini.
Sebelum ini, pembangkang dengan lantang membantah dan meminta kerajaan menangguhkan pemasangan kamera AES.
Dalam pada itu, beberapa Ahli Parlimen BN turut membantah pemasangan sistem itu termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan seperti Cuepacs, yang menggesa kerajaan menangguhkan dan mengkaji semula lokasi operasi AES yang dilihat tidak bersesuaian.
Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.
"AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya," katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
DEWASA ini, jin, iblis dan syaitan terus menjadi 'pujaan' para pembikin filem yang diterjemahkan ke dalam naskhah yang dipersembahkan kepada khalayak. Tujuannya hanya satu, iaitu bagi memastikan setiap filem terbitan mereka pecah panggung. Natijahnya, secara berterusan para penonton akan terus disogokkan dengan fahaman salah atau tidak tepat mengenai makhluk yang juga hamba Allah, sama seperti manusia itu. Iblis dan syaitan tanpa sebarang takwil adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan dalam al-Quran sebagai musuh manusia yang nyata. Peperangan melawan makhluk ini adalah berat sebelah seperti peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. Tetapi pada bila-bila masa boleh menyerang manusia secara mendadak. Oleh itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sudah terlalu banyak menghancurkan manusia. Sedar atau tidak, sebenarnya sudah terlalu banyak buku-buku agama di pasaran yang membicarakan mengenai tipu helah iblis dan syaitan terhadap manusia. Cuma umat Islam sahaja yang buat-buat tidak nampak. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk tidak menyentuh, membaca atau membelinya. Tetapi apabila demam tarian 'kuda kepang' gangnam style dari Korea meledak, ramai pula yang bersusah-payah belajar dan memuat turun videonya daripada youtube. Jika berkesempatan, bacalah buku terbaru di pasaran, Ayat-Ayat Syaitan, Membongkar Rahsia Jin, Iblis & Syaitan Dalam Al-Quran persembahannya amat santai, senang halwa mata untuk dibaca melalui penggunaan kaedah Tafsir Tematik (Mawdu'i) yang membincangkan secara tersusun ayat-ayat khusus berkaitan syaitan dalam al-Quran. Pendekatan Tafsir Tematik lebih berkesan untuk mendekatkan manusia awam moden yang amat sibuk dengan urusan harian kepada al-Quran. Rasional pemilihan kaedah Tafsir Tematik ialah kerana al-Quran dengan jumlah ayatnya 6,236 seumpama 'minyak mentah' yang pastinya menyusahkan pemandu jika secara terus dituang ke dalam tangki kereta. Untuk lebih menyerlahkan manfaat pada minyak tersebut, pihak yang memiliki kemahiran memprosesnya perlu melakukan proses saringan agar faedah daripadanya dapat digunakan oleh manusia sejagat. Lantaran itu, penggunaan kaedah Tafsir Tematik seumpama suatu proses saringan dan penyusunan semula ayat al-Quran di bawah suatu tajuk yang khusus untuk memudahkan orang awam memahami al-Quran. Menyentuh mengenai tajuk buku ini, ia mungkin agak kontroversi, tetapi buku ini bukanlah seperti Satanic Verses karya jahat Salman Rushdie yang biadab menolak al-Quran dan pernah menggemparkan dunia Islam pada tahun 1980-an. Yang pastinya, buku ini adalah tulisan daripada hamba Allah yang sudah bersumpah mengabdikan dirinya kepada al-Quran sejak 1993 ketika mula menjejakkan kaki ke Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam malaysia (Jakim). Tajuknya lebih kepada suatu bentuk dakwah moden bertujuan menarik sebanyak mungkin pembaca agar manfaat yang terdapat dalam buku ini dapat melimpah kepada semua. Dalam buku ini juga, penulis menggunakan beberapa kaedah mesra pembaca seperti beberapa nas al-Quran dan hadis digariskan bagi membolehkan pembaca memahami fokus perbincangan nas tersebut. Beberapa hadis juga disertakan dengan sumber ambilan bersama rujukan kitab dan bab, bagi memudahkan pembaca merujuk secara terus kepada kitab hadis yang diberikan. Malah kesimpulan pada setiap bab juga disertakan bagi melancarkan rujukan perbincangan yang panjang lebar. Langkah ini bersesuaian dengan tahap orang awam yang memerlukan nota ringkas daripada sesuatu perbincangan. Peta minda keseluruhan perbincangan isi buku disediakan pada akhir buku yang akan membantu pembaca memahami idea secara keseluruhan penulisan buku ini. Buku ini sebenarnya cuba membongkar serangan syaitan ke atas manusia dan cara menghadapinya berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Buku setebal 226 muka surat hasil nukilan Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz ini boleh dibeli dengan harga RM17 bagi Semenanjung dan RM19 bagi Sabah dan Sarawak. Sedikit biodata mengenai penulis, beliau adalah anak jati Kelantan berkelulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qira'at, Darul Quran, Jakim, bermula 1993 hingga 1997. Selepas itu menyambung pengajian di Universiti Malaya bermula 1997 hingga 2000, Fakulti Usuluddin pengkhususan al-Quran dan hadis. Kemudiannya beliau mendapat Sarjana Usuluddin pengkhususan Tafsir al-Quran di universiti sama bermula 2000 hingga 2004. Pada masa ini bertugas di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
UMN@ sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah (Petikan dari artikel penuh Aspan Alias )
Sekarang ini UMN@ terpaksa menubuhkan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj parti. Parti ini menghadapi masalah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya oleh rakyat yang ramai. Jika parti itu bermasalah dalam sebegini serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMN@ patut diketepikan dahulu dan biarkan parti itu menyelesaikan masalah mereka dahulu. Sementara itu biarlah pihak alternatif menjaga rakyat dan negara dalam tempoh dan penggal yang akan datang ini.
Buat masa ini UMN@ terpaksa berbelanja berlipat kali ganda kali ini untuk membiayai kos pekerja pilihanraya yang lebih mementingkan wang ringgit yang besar sebelum melaksanakan tugas dalam pilihanraya nanti. UMN@ ibarat kereta yang sudah terlalu tua dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Apabila kurang penyelenggaraan UMN@ akan tidak berfungsi dan akan seperti kereta tua yang rosak: terbengkalai di tepi-tepi jalan.
Itu sebabnya orang ramai memilih untuk memandu kereta baru yang masih berbau wangi di dalamnya. Kereta lama ini mempunyai bermacam-macam masalah. Lepas diperbaiki, enjin rosak pula dan sistem penghawa dinginnya. Sekarang apabila kereta itu diyakini boleh berjalan dengan baik, lampu pula padam dan tidak boleh dipandu diwaktu malam. Susah memandu kereta tua ini. UMN@ perlu dihantar ke bengkel dan diperbaiki sebelum ia boleh digunakan lagi.
Oleh itu kita mesti terima hakikat apabila sampai masa UMN@ itu jatuh ia akan jatuh bergelimpangan. Ia seperti nyawa kita, apabila sampai waktunya untuk pulang ke Penciptanya, ia tidak boleh ditangguh walaupun sesaat. Ada sahaja jalannya untuk kembali ke asal. Setengahnya mati kerana kemalangan, setengahnya kerana serangan jantung dan angin ahmar, ada yang mati kerana C4 dan berbagai-bagai lagi cara manusia melalui jalan kematian.
Parti politik pun begitu. Ada yang gugur kerana peperangan dan ada yang jatuh kerana rasuah yang keterlaluan dan salahguna kuasa seperti yang berlaku di negara kita ini.
Ini Islamik ke? agak-agaklah kalau nak bodek pun. Ni namanya mempersendakan Islam. Islam tak suruh berpakaian macam ni.
Sudahlah berpakaian macam tak cukup kain lepas tu ko label sebagai Islamik fesyen. Dah kalau ko orang je sesat janganlah sesatkan orang lain pulak. Bertambah-tambah dosa..
Cuba tengok model yang hujung sebelah kiri, sampai macam tu sekali pakai pun boleh dikatakan Islamik fesyen lagi ke?
Gambar ni Addin cilok dari blog semut, menurut semut, maksud hakuna matata ialah tak perlu risau. Betul ke ni Semut? Hang jangan main reka je..
Inilah hasil didikan sekular Umno, abih sesat barat semua orang. Pakaian yang tak beretika macam ni pun boleh di label Islamik fesyen.
MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. ~bernama
Addin :
Apa pun di beri kita ambik tapi pastikan jangan undi BN..
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
"Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. "Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen.
Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.
Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.
"Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.
"Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.
"Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya.
Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).
Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.
Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.
"Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.
"Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya. Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.
Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan ~selangorku
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas akhbar China Press yang menulis laporan mengenai orang ramai beredar keluar ketika jamuan makan malam MCA Johor minggu lalu, dan menuduh akhbar itu membesar-besarkannya.
(Gambar) Keratan akhbar China Press yang melaporkan 20% hadirin keluar beramai-ramai ketika Chua Soi Lek (dalam bulatan) berucap.
"Apabila anda mengadakan satu majlis besar yang dihadiri 15,000 orang dan ia dimulakan lambat kerana hujan, anda tentu sudah menjangka orang ramai untuk meninggalkan majlis pada masa itu," kata Presiden MCA itu hari ini.
"Jika anda melihat semua akhbar, hanya China Press menulis berkaitan (keluar beramai-ramai) itu."
Dr Chua merujuk kepada sebuah artikel sebuah akhbar Cina di mana ia melaporkan bahawa kira-kira 20 peratus daripada orang ramai yang menghadiri acara "makan malam besar" yang dianjurkan oleh MCA di Kulai, Johor pada Sabtu lepas telah ditinggalkan orang ramai semasa ia berucap.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu.
Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.
Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut.
Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain.
Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu ~kosmo
Addin :
Ataupun... perniagaan Amy senasib dengan restoran sekinchan setelah beliau isytihar masuk umno? Mungkinkah restoran cheng ho diboikot sepertimana sekinchan ikan bakar? Mungkinkah apa sahaja yang dikaitkan dengan Umno rakyat akan tolak akibat kebencian yang meluap-luap? Anda semua mungkin ada jawapannya?
KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sebahagian ahli kelab itu mahu kerajaan menimbang dan memperhalusi pelaksanaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES).
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen malam tadi.
"Dalam BBCBN kita masih belum ada pendirian. Apa yang berlaku ialah ahli-ahli Parlimen menyuarakan pendapat setiap individu. Tidak ada mesyuarat khusus untuk kita membincangkan isu AES.
"Sebenarnya isu ini agak rumit sedikit. Ada yang menyokong, tidak ada yang membantah tetapi ada yang meminta supaya AES ini diperhalusi, letaklah lebih papan tanda. Ada yang meminta di kawasan-kawasan yang ada 30, 40 meter ini diletakkan AES," ujar beliau yang juga Setiausaha Umno Sabah.
Semalam, Pemuda Umno mengambil pendirian mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap Kabinet yang bermesyuarat minggu ini dapat memutuskan berkenaan hal terbabit.
"Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda BN.
Sementara itu, Abdul Rahman ketika diminta mengulas menambah, beliau secara peribadi merasakan AES ini adalah cara terbaik dalam mengurangkan kadar nahas jalan raya di negara ini.
"Sudah tiba masanya kita mengenakan syarat-syarat seperti ini. Dari segi pendidikan kita sudah buat. Inikah sahaja caranya? Sebab 7,000 kematian berlaku di atas jalan raya kita," katanya.
Kelmarin, empat Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya. ~sinar
Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairy Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairy bagaikan telur dihujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai. Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairi Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairi...
Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairi Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNo Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri.
Idea dan gerak politik Khairi dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama tranformasi politik Najib Razak.
Khairy Jamaluddin terbukti gagal menahkhodakan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairi Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train.
Mungkin ada benarnya Khairy Jamaliddin tidak namanya dalam senarai calun PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairi Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak.
Namun Khairy Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentut dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairi Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah.
Sehingga kini Khairy Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir disaat saat akhir keputusan calun yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairi Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calun yang diputuskan oleh Najib Razak.
Namun ramalan kami Khairy Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairi adalah menantu Pak Lah."
Cari sponsor kenduri kahwin mega anak boleh tapi untuk membangunkan pasukan bolasepak tak boleh. Untuk kepentingan peribadi boleh tapi untuk kepentingan negeri tak boleh. Apa punya citer ni Ali rustam sampai nak jadi peminta sedekah?
Dulu kutuk rapat bila Kelantan mintak derma buat lebuhraya sedangkan tangungjawab bina lebuhraya bawah bidang kerajaan persekutuan.
Tu ler.. lain kali jangan kutuk.. kan dah terpalit dekat batang hidung sendiri.. dengan Umno, apa pun tak boleh...
Melaka mungkin kutip derma bantu pasukan bola sepak
MELAKA 30 Okt. - Melaka mungkin terpaksa membuat kutipan derma bagi melonjakkan kembali pasukan bola sepak negeri itu untuk bersaing dengan pasukan terbaik di Malaysia, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata langkah itu dilihat dapat menangani masalah kekurangan kewangan Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) sehingga menyebabkan ramai pemain dan jurulatih tidak berminat beraksi dengan skuad Sang Kancil yang kini menghuni saingan Liga FAM.
"Cara terbaik persatuan bola sepak adakan kutipan derma sebanyak 12 kali setahun iaitu sebulan sekali, setiap bulan adakan kempen kutip derma dapatkan sumbangan daripada orang kaya di negeri ini, tanpa kutipan derma mustahil kita dapat kumpul duit yang banyak," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan negeri Melaka 2013 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri Melaka tidak mampu menyalur dana yang besar terhadap Mafa kerana perlu mengagih peruntukan bagi pembangunan negeri secara keseluruhan khususnya dalam mengadakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Mohd Ali berkata sebanyak RM400,000 disumbangkan kerajaan negeri kepada Mafa pada tahun ini sedangkan persatuan itu memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta setiap tahun bagi membina sebuah pasukan yang mantap.
Justeru katanya Kementerian Belia dan Sukan diharap dapat menjalin kerjasama dengan sektor korporat di ibu negara untuk mendapatkan penajaan bagi membangunkan pasukan bola sepak negeri.
"Mungkin Kementerian Belia dan Sukan boleh tolong carikan syarikat-syarikat korporat kerana di Kuala Lumpur banyak syarikat-syarikat yang besar, kalau kementerian dapat kumpul RM42 juta boleh bagi satu negeri RM3 juta," katanya. ~bernama
Inilah standard pemikiran pencacai Umno, dah takde modal untuk serang negeri Pakatan Rakyat dalam isu Laporan Audit maka pencacai Umno mengatakan negeri Pakatan Rakyat mengamalkan perakauan kreatif pula.
Apa? ko orang semua ingat yang duduk dalam Audit negara semua bodoh-bodoh macam pencacai Umno.Pencacai Umno lain kali cakap bersertakanlah dengan bukti jangan cakap kosong je.
Sudah kebanyakan negeri dibawah Umno BN kantoi dalam laporan audit maka pencacai cuba mencari jalan untuk mengaitkan pula negeri Pakatan Rakyat.
Jikalau perakaunan kreatif boleh di gunakan untuk 'make up' Laporan Audit supaya nampak cantik sudah pasti semua negeri di bawah Umno BN dahulu yang lakukan kerana pemimpin Umno BN kebanyakannya kaki belit dan kaki sapu.
Kesimpulannya jangan cuba memperbodohkan rakyat yang sudah semakin bijak dari pemimpin Umno BN..
BNBBC: Negeri Pakatan manipulasi perakaunan kreatif
Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.
"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.
Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.
"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini. ~mkini
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Member dari KL datang. Menginap di Sabrina Court. Sebelah Pizza Hut KB. Member kol gua ajak makan malam dengan family.
Gua dengan bini gua park kete situ. Naik kete member. Settle makan malam, hantar gua. Gua pun menuju ke kereta gua.
Sekali gua nampak satu perempuan terjerit2. Dikelilingi ramai lelaki. Ni kes samun ke rogol nih? Agak2 bukan kes bahaya, baru gua ajak isteri gua jadi pak sibuk. Belum apa2 gua dah tangkap gambar. Kah3.. tak sangka dulu gua selalu kutuk makcik astro kat kg gua. Skang gua plak.
"Kunci kereta tinggal bey. Lamo doh. Takut budok daley lemah jah."
Rupanya2 ada 2 budak dalam kereta. Cermin dah berkabus dari dalam. Seorang lelaki umur 7-8 tahun. Seorang perempuan umur 10-11 bulan. Budak lelaki tidur tak sedar diri. Budak perempuan menangis sampai takda suara.
Suara ramai terjerit2 suruh budak lelaki bangun menyebabkan bayi tu semakin panik.
"Siapa owner kete ni? Akak tu ke?"
"Ho la.."
Gua skodeng cermin depan tengok roadtax. Ogos 2013. Lambat lagi mampos. Kalau dah tak lama bleh pecah jer. Pastu masa hidup roadtx, beli insuran cermin.
"Kak... Ooo kak."
Akak tu dah macam orang gila kejutkan anak dia dalam bahasa Inggeris.
"Wake up abang!!! Wake up!!!!! Baby sit down. Sit down. Pijak kepala abang. Kejut abang."
Orang luar women driver ni.
"Kak.. Cermin depan ada insuran tak?"
"Jangan pecahkan cermin. Jangan rosakkan kereta saya!"
Menang Pasir Mas pun atas watikah PAS, tapi sekarang neh gigit balik tangan yang memberi dia laluan... Orang camnie ka nak kita harapkan membela nasib rakyat?
Rakaman sidang media oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bilik mesyuarat utama AMMK di mana beliau mengucapkan ucapan terharu dan tahniah di atas kecekapan polis negeri Kelantan membanteras jenayah.
15 Zulhijjah 1433H/ 31 Oktober 2012M
Tahniah PDRM... penjenayah ditembak di Machang berkaitan kes tembakan angota Polis di Paloh Gua Musang. Kelantan.
TERKINI !!! Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR
Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!
Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah. Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.
Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR). Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi.
Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah.
Kedua-dua isu tersebut kini digalas pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari Barisan Nasional (BN) awal Julai lalu. Seorang lagi pemimpin BN yang keluar dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Lajim Ukin turut mendekati rakyat terutamanya di kalangan kaum bumiputera Islam di pantai barat negeri itu.
Bekas ahli parlimen kawasan itu dari BN, Monggoh Orow turut bersama dengan APS membantu Ansari meneruskan kegiatan mendekati para pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sejak Bumburing meninggalkan BN.
Tugas mereka kini mendekati masyarakat Lotud Tuaran yang terdiri daripada Monggoh sendiri; bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richard Libau; Balanting dan bekas Ketua Bahagian BERJAYA DUN Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel. - Kedahkini
SOI LEK JADI PENASIHAT AGAMA UMNO!!! Jika Jamil Khir , Fathul Bari tidak berani sahut cabaran debat Soi Lek
Oleh: Tok Janggut
Kalau sudah berkali-kali dengan rasa sombong, megah dan ego Presiden MCA dan pemimpin Gerakan berani menghina Islam, menghina syariat Allah tetapi tiada siapa yang mampu menegur atau memberi amaran, maka elok sajalah Soi Lek ini dilantik sebagai Penasihat Agama UMNO seumur hidup atau dilantik sebagai Ketua Agama negara kerana Ketua Agama yang ada sekarang pun tidak mampu dan tidak berani memberi amaran kepada "bapak syaitan" ini, maka apa lagi yang boleh umat Islam harapkan untuk menjaga kesucian agama Islam dan syariat Allah dari terus dihina dan dicaci?
Punca utamanya sehingga membuatkan MCA dan Gerakan berani menghina Islam ialah UMNO sendiri. Kalau UMNO yang selama ini dilihat oleh MCA dan Gerakan sebagai penganut Islam tetapi seringkali menghina dan mempersendakan syariat Allah dan Sunnah Nabi, maka MCA dan Gerakan yang selama ini menjadi tempat berpautnya UMNO untuk meneruskan nyawanya sudah tidak ada rasa segan silu lagi melakukan perkara yang sama sebagai menunjukan betapa benci dan antinya mereka terhadap Islam selama ini.
MCA dan Gerakan juga tahu bahawa UMNO tidak akan berani berbuat apa-apa apatah lagi untuk mengambil tindakan atau menghalau mereka keluar dari gabungan BN kerana tanpa mereka UMNO sudah lama berkubur. Oleh kerana UMNO ini lebih sayangkan MCA, Gerakan dan undi orang Cina maka UMNO tidak peduli apa yang akan terjadi pada Islam dan umat Islam. APAKAH MASIH ADA ORANG MELAYU YANG MENGAKU BERIMAN YANG AKAN TERUS MENYOKONG DAN MENGUNDI UMNO LAGI?
Dimana tokoh agama UMNO, Mufti UMNO? Ulama muda UMNO, penasihat agama UMNO? Jakim? Sudah tidur atau sedang seronok dengan kemewahan hidup? Apakah kerja mereka selama ini hanya sekadar sibuk untuk memantau penceramah agama di masjid, memastikan orang yang berkhutbah Jumaat mempunyai tauliah, membaca doa, merasmikan musabaqoh Al Quran, menerima cek wang zakat atau sekadar untuk memastika kuato jemaah haji cukup dan sebagainya sahaja?
Kalau setakat inilah sahaja fungsi mereka untuk menjaga Islam, maka mereka ini samalah tarafnya dengan Soi Lek itu. Patutlah hidup umat islam makin merempat, masjid dan surau boleh dirobohkan tanpa halangan. Pemimpin negara bebas merompak wang rakyat, merampas tanah rakyat, menipu dan menindas rakyat, puncanya adalah kerana semua tokoh agama yang menyokong UMNO sudah dikunci mulut mereka dengan pangkat, wang dan kemewahan hidup. Mereka inilah sebenarnya syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang menjual ilmu agama anugerah Allah dengan harga yang murah demi kerana mengejar dunia.
Oleh itu insaflah semua umat Islam, selagi UMNO dibarkan berkuasa, maka nasib umat Islam, masa depan negara serta aqidah penganut Islam berada dalam keadaan kritikal dan bahaya. Bulatkanlah hati dan tekad supaya bersama-sama kita tumbangkan UMNO dalam PRU13 tanpa rasa ragu dan bimbang lagi. Masa sudah terlalu suntuk.
Bagaimana seorang bukan Islam begitu bebas bercakap tentang Islam dengan tujuan untuk menghinanya? Siapa mereka? Selama ini kita umat Islam amat berhati-hati malahan tidak mahu langsung bercakap tentang hal yang berkaitan dengan agama penganut agama lain tetapi mereka bagitu berani dan lantang boleh bercakap tentang Islam yang mereka sendiri tidak faham.
Dimana maruah umat islam sebenarnya? Jika zaman para sahabat dahulu apabila berlaku keadaan begini, mereka akan istiharkan perang tetapi kita sekarang hanya mampu berpeluk tubuh, mengangguk dan boleh lagi bersahabat dan ketawa dengan mereka ini? Repot polis untuk apa?
Ini hal berkaitan dengan Islam, dengan Allah dan Rasul! Polis mampu ke untuk bertindak terhadap puak kesayangan UMNO ini? Ini urusan agama! Beginilah hinanya kita dizaman sekarang ini. Wang, pangkat, projek, kawasan balak, kereta mewah sudah jelas mampu menjadikan kita syirik kepada Allah.
Islam kita sekarang hanya pada nama dan pada kad pengenalan sahaja. Solat kita hanya kerana sudah masuk waktu, puasa kita hanya kerana sudah masuk bulan Ramadhan, zakat kita kerana wang banyak dan haji kita kerana sudah ada kemapuan TETAPI semuanya dilakukan BUKAN kerana ALLAH dan ajaran RASUL. Semuanya hanyalah lakunan dunia yang bersifat luaran sahaja. Dari segi aqidah dan iktiqad sebenarnya sudah ramai yang rosak dan batal kerana jahil bab tauhid kepada Allah. Maka apa yang berlaku sekarang adalah kutukan dan penghinaan dari Allah terhadap kita kerana semua.
Cakap agama berdegar-degar, sambut Maulidul Rasul sehingga habis jalanraya ditutup, buat musabaqoh sehingga dijemput seluruh dunia umat Islam menyertainya, buat masjid sanggup habis berjuta-juta ringgit malahan ratusan juta dengan kubahnya diimpot dari luar negara. Untuk apa semua ini jika dalam masa yang sama kita sendiri menghina dan menolak syariat Allah dan sanggup lagi bersekongkol dan bersekutu dengan orang bukan Islam yang bebas menghina Islam? Tidak ada nilai walaupun sekumit pun semuanya ini disisi Allah.
Ingatlah, dalam usaha kita untuk melaksanakan perintah Allah tidak perlu kita meminta izin atau bertanya kepada orang bukan Islam samada boleh dilaksanakan atau tidak kerana mereka tidak punya kelayakan untuk ditanya dan diminta keizinan. Dan yang pastinya orang bukan Islam tidak akan sekali-kali membenarkan kita melaksanakan syariat Allah. Kita wajib menunaikan perintah dan amanah Allah kerana kita hamba Allah dan umat Muhammad. Kita bukan hamba kepada MCA, Gerakan dan sebagainya dan kita bukan umat mereka. Agama kita, kitalah yang menentukanya, tidak perlu nasihat dan pandangan orang bukan Islam. Quran dan Hadis adalah rujukan kita, bukanya perlembagaan negara.
Adalah syirik hukumnya jika kita membelakangkan Quran dan hadis semata-mata untuk mempertahankan perlembagaan negara yang tidak ada kaitanya dengan Allah dan Rasul itu. Perlembagaan negara adalah ciptaan bekas penjajah yang bertujuan untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus dan terancang. Hanya orang faham bab tauhid dan yang diberikan hidayah oleh Allah sahaja yang memahaminya. Yang sesat, kufur,syirik dan yang istidroj sahaja yang sanggup mati demi perlembagaan negara.
Oleh itu, jalan penyelamatnya ialah KUBURKAN UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Jika tidak, jangan menyesal nanti dan jangan salahkan musuh Islam menghina Islam kerana kita sendiri yang mengundang dan memberikan lesen untuk mereka melakukanya dengan cara yang jelas melalui undi kepada UMNO/BN. Wallahualam. PSM
IPOH: PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog 'PerakCyberTrooper.com' dan 'Bicara Perjuangan' telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun.
Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa.
"Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut.
"PAS mempersoalkan bagaimana blogger pro-Umno ini mendapat dokumen tersebut yang diklasifikasikan sulit dibawah kerajaan negeri," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh baru-baru ini.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menjelaskan, butiran dokumen tersebut tidak diketahui kesahihannya.
Justeru, Salman berkata, PAS Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan adakah butiran dokumen yang didedahkan oleh blogger tersebut adalah benar atau palsu.
"Kami menggesa pihak polis menyiasat pendedahan ini dan mendakwa kedua-dua blogger itu jika penjanjian tersebut adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi.
"Kami mahukan kesahihan butiran dokumen itu kerana ianya membabitkan soal urus tadbir dan harta negeri," tegas beliau.
Hadir sama membuat laporan polis ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh; Peguam Pemuda PAS Negeri, Mohd Fitri Asmuni; dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri, Muhammad Basyir.- Harakahdaily
Penyanyi lagenda rock tanah air, Amy Search meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju baru-baru ini.
Menurut laporan Kosmo, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina yang sudah beroperasi selama empat tahun itu terpaksa ditutup kerana mempunyai pelbagai masalah.
"Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.
Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut.
Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain.
Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu - Sumber
Kewasatiyyahan Najib terbukti dengan kesungguhannya membawa muzik K-Pop dari Korea Selatan datang sekali lagi ke Malaysia (Gambar)
Apa kita boleh katakan, depa yang berkuasa...
Katakan TAHNIAH LAH UMNO!!!
K-POP akan datang lagi, amat bersesuaian sekali dengan konsep Wasatiyyah Najib...
Pokoknya, sampai bila anak-anak remaja kita mahu di sajikan dengan K POP...
Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas bukan boleh diubati dengan muzik K-Pop. Malah isu K-Pop ini jugalah kini yang memainkan peranan utama menaja keruntuhan akhlak dan moral remaja kita...
Duta Hyundai, Teoh Bonnie (kanan) dan Eloise Low Yan Lei bersama model terbaru kereta keluaran Hyundai 'Veloster' pada majlis pelancaran Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang pertama di Ipoh, dikendalikan oleh Sime Darby Auto Hyundai. - Foto Bernama
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Najib bercakap soal amanah..
Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?
Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?
Najib bercakapa soal amanah tapi dalam masa yang sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.
Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden Parti..
Tapi kalau budak sekolah Rendah Darjah 6 pun dikerah.. masaalah ni Najib..
Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?
Semua gambar-gambar sambutan buat Najib diatas aku rembat dari Blog-blog pencacai UMNO.. surat kerahan untuk murid Tahun 6 di atas darangnya dari ( SINI )
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
"Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. "Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen.
Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.
Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.
"Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.
"Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.
"Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya.
Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).
Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.
Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.
"Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.
"Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya. Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.
Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan ~ Selangorku
Hampir 20 keping papan siling di bahagian hadapan Klinik Dermatologi di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, runtuh hari ini.
Kejadian di tingkat satu kompleks itu disedari pegawal keselamatan bertugas pada kira-kira pukul 6 pagi.
Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilapor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kejadian berpunca apabila siling tidak mampu menampung beban sejumlah saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon dan ICT.
"Pihak hospital telah meminta siling itu dibaiki dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap petang ini. Kos akan ditanggung oleh pihak hospital. Pihak hospital juga akan memeriksa di bahagian lain bagi mengelak kejadian serupa berulang," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan kejadian.
Beliau berkata kompleks itu siap dibina pada 1994 dan telah 18 tahun menyediakan perkhidmatan perubatan pakar.
"Walaupun sudah 18 tahun usia kompleks ini, kejadian seperti ini memang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Seorang penyelenggara HRPB yang enggan dikenali berkata saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon, Internet dan ICT sepatutnya dipasang secara sistem 'trunking' pada ruang atas siling berkenaan.
Ini kerana sistem itu dapat menampung kabel yang banyak pada pemasangan yang besar atau pihak kontraktor yang memasang kemudahan itu perlu menggunakan 'bracket' bagi memastikan beban paip tidak ditampung sepenuhnya oleh siling berkenaan, katanya kepada Bernama.
Beliau yang sedang memulakan kerja pembaikan siling itu, berkata saluran paip kabel telefon, Internet dan ICT itu dipasang oleh kontraktor luar yang dibayar oleh hospital tanpa melalui mereka sebagai pihak kontraktor penyelenggaraan rasmi hospital berkenaan. - Bernama
Kenapa tak guna 'Trunking'?? .. sebabnya ialah budget ciput..
Sebab apa budget ciput? sebabnya terpaksa dikeluarkan komisyen untuk dapat projek..
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) awal Oktober lalu telah menyatakan sebab serbuan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd.
Sebab serbuan dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya ialah kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.
Turut serta dalam serbuan itu ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Beberapa hari kemudian Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam satu kenyataannya mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat itu.
Dan keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.
Berikutan serbuan itu kira-Kira 1,500 pelabur Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung perkara itu.
"Kami tampil kerana para pelabur ini adalah dikategorikan sebagai pelabur yang jujur, ataupun dikenali dalam istilah undang-undang sebagai pelabur bona-fide," katanya.
"Apa yang kami beli, itu yang akan kami dapat, dan walaupun ada beberapa kali syarikat tersebut terlewat membayar keuntungan, tetapi syarikat itu tetap akan membayarnya," kata salah seorang pelabur.
Apa yang menariknya dalam hal serbuan ini.. ia adalah sama dengan apa yang telah diperlakukan oleh pihak Bank Negara Malaysia terhadap beberapa syarikat pelaburan yang lebih dikenali dengan 'Skim Cepat Kaya' sebelum ini.
Setelah bertahun-tahun beroperasi dan dana yang dikumpul mencecah puluhan juta RM maka Syarikat tersebut akan diserbu pihak berkuasa.
Meskipun ada aduan telah dilakukan pada awal syarikat ditubuhkan, namun ianya memakan masa bertahun untuk diambil tindakan.
Adakah kerana ianya tidak diserbu pada peringkat awal penubuhannya kerana jumlah dana yang dikumpul adalah sedikit dan tidak menguntungkan Kerajaan UMNO/BN?
Contoh terbaik ialah Skim Cepat Kaya Pak Man Telo dan Pertubuhan Al-Arqam.. jumlah dana dan asset yang dikumpul mereka aku dah lupa..
Bagi Genneva Malaysia Sdn Bhd sehingga tarikh syarikat tersebut diserbu pelaburnya telah mencecah 35,000 orang dan Jumlah pelaburan adalah RM10 Billion...
Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk menghalang rakyat Malaysia dari menyertai himpunan 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' pada 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka ialah himpunan tersebut akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum itu menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.. kalau dah lupa sila baca di ( SINI )
Nampaknya untuk menghalang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 3 November ini di Negeri Sembilan pula satu lagi sebab yang tidak munasabah diberikan oleh pihak Polis.
Sebabnya ialah pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki...
SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.
"Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.
Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.
"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.
"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini ~ Sinar Harian
Kalau dah salah isi borang kenapa tak tolong dibetulkan? Apa susah sangat ke nak tolong betulkan?
Sikap double standard pihak Polis sekali lagi terserlah dalam hal ini..
BEIJING: Polis China dikenali sebagai antara pasukan keselamatan paling terlatih dalam dunia.
Disebabkan kesukaran dan cabaran dihadapi dalam latihan itu, anggota polis terbabit mungkin sukar untuk tersenyum.
Bagi mengatasinya, mereka diajar bagaimana untuk mempamerkan senyuman kepada orang ramai. Justeru, pasukan polis di Dalian di wilayah Liaoning baru-baru ini mengadakan kursus khas bagi mengajar anggota mereka teknik tersenyum yang betul.
Untuk mencapai matlamat itu, peserta diberi sebatang penyepit makanan dan mereka dikehendaki menggigitnya sambil tersenyum.
Menurut jurucakap polis Liaoning, kurus itu diadakan untuk mendedahkan kakitangan mereka kepada "senyuman seragam.
"Kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran anggota polis di wilayah Liaoning ketika mereka berurusan dengan orang ramai supaya nampak lebih mesra," katanya. - DM
BANGKOK: Seorang wanita dan suaminya ditahan polis dan didakwa membunuh abang wanita terbabit untuk mewarisi harta bernilai 20 juta baht (RM1.9 juta), lapor akhbar semalam.
Polis menahan To-Pluem; suaminya, Theerawat Meesaard dan pembunuh upahan, Nu Khongrod. Mereka didakwa membunuh Sak To-Pluem. Polis berkata, suspek mengakui melakukan jenayah itu.
Menurut polis, Sak ditembak mati pada 9 September lalu di daerah Kampheang Sean di wilayah Nakhon Pathom. Pembunuh upahan terbabit memberitahu polis, pasangan itu mengupahnya RM3,980 untuk membunuh mangsa.
Dia menembak mati mangsa dekat kediamannya di Nakhon Pathom sebelum mengambil bas untuk pulang ke kampung halamannya di wilayah Phichit. To-Pluem mendakwa dia bergaduh dengan abangnya dan terpaksa melarikan diri ke Phichit bersama anak-anaknya untuk tinggal dengan suaminya.
Menurutnya, abangnya mudah naik angin dan sering membelasah ibu mereka.
Dia kemudian mendapat tahu ibu mereka menjual sebidang tanah dengan harga RM1.9 juta. Dia bimbang abangnya akan membolot semua wang itu, jadi dia dan suaminya merancang pembunuhan mangsa. - Bangkok Post
Betul atau tidak anda sendiri kena saksikan video ini. Nak gelak pun ada. Betulkah ini lembu atau jin? Sama-sama kita tonton video lebih kurang 1 minit ini.
BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.
Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.
Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.
Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.
"Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut," katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.
Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. "Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak," katanya.
Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya 'putus.' Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.
Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. "Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.
"Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu," katanya.
Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari. - TS
Sebelum kita jawab Dato Najib- kita komen sedikit mengenai kenyataan Dr Mahathir. the man who can walk on water. setelah 55 tahun, dibawah pemerintahan UMNO, Dr Mahathir kata orang Melayu mengemis ditanah air mereka sendiri. Adakah keadaan demikian disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP? Atau adakah keadaan orang Melayu itu disebabkan kesemulajadian mereka iu berbangsanya Melayu? Mahathir akan mengatakan all of the above. Its in the genes. Melayu bodoh kata Dr Mahathir. Keadaan orang Melayu jadi begini adalah disebabkan kepimpinan mereka. Dan hampir seluruh tempoh hidup orang Melayu dizaman moden ini, mereka diperintah oleh UMNO. Inginlah saya mengulangi apa yang pernah dinyatakan oleh Pendita Zaaba puluhan tahun yang lampau- seolah olah penulisan Zaaba menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh UMNO Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya –iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri. Tidak syak lagi yang dimaksudkan oleh Pendita Zaaba ialah UMNO!. Dr Mahathir tidak berhenti daripada membodohkan orang Melayu. Yang pegang kuasa ialah UMNO dan 22 tahun darinya di pegang oleh Dr Mahathir sendiri. Masa nya sudah tiba kita buangkan rasa sentimentalism terhadap UMNO yang telah merompak kekayaan negara dan melanun kekayaan negara. Yang kaya ialah Melayu terpilih. Yang memegang kuasa ialah UMNO dan gerombolan penyamun BN. suatu hari dirumah Dato Najib , dia memberitahu saya Dr Mahathir menyamun kekayaan negara melalui projek lebuhraya, projek pelabuhan, projek IPP. Tun Musa Hitam berpendapat Dr Mahathir tidak ada perasaan malu bila menyatakan bahawa pemimpin negara ini korap dari yang paling atas sampai kebawah. Sedangkan yang memulakan budaya merasuah ialah Dr Mahathir sendiri. Tun Daim beritahu saya- sejarah akan menghukum Mahathir dari satu sudut sahaja, iaitu rasuah yang berluasa. History will judge Mahathir in the end on his record of incubating and nurturing rampant corruption. testimony Mahathir bahawa Ling Liong Sik tidak berupaya menipu negara adalah bahan ketawa. Tun Daim juga beritahu saya, macam mana kita mahu benteras rasuah, jika sogokan wang sudah menyampai kepada pemimpin yang tertinggi. Segala masaalah dan malapetaka, rasuah, kegawatan ekonomi disebabkan oleh UMNO. Apa yang akan buat kita percaya yang gagal dibetulkan oleh UMNO selama 55 tahun, boleh ia lakukan dalam masa 5 tahun? UMNO tidak ada rekod untuk menyokong janji2 mereka. Yang mungkir janji ialah UMNO. Yang membuktikan mereka boleh memenuhi janji ialah semua negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka sayugialah rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan membenamkan UMNO. Rakyat Selangor umpamanya tidak pernah diberitahu bahawa kajian yang dijalankan oleh UM menunjukkan hanya 29% sahaja responden percaya BN boleh merampas balik Selangor. kenapa rakyat Selangor mahu mengembalikan negeri ini dalam tangan lanun dan perompak? bukan kah UMNO yang menjalankan dasar ekonomi yang menyebabkan 40% dari penduduk negara ini mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut ialah orang Melayu? 8 juta lebih Melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 dan itu adalah hasil dasar dan kepimpinan UMNO. Marilah kita sama sama menghantar semua lanun dan perompak ini ke Sungai Buloh dan jadikan mereka B1M!- Banduan 1 Malaysia. Bukankah dasar ekonomi Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi penindasan Dr Mahathir? menindas majority orang Melayu dan mengayakan segelintir Melayu terpilih? Antara yang terpilih ialah anak Dr Mahathir sendiri yang kaya raya bahkan seorang dari nya boleh membina ruang pameran kereta Ferari bernilai RM20 juta. Orang yang buang tebiat akan meyebut seperti yang dinyatakan oleh Mahathir. dan Mahathir disertai oleh geng2 lama perompak negara seperti Sanusi Junid dan lain lain. Nanti lah kita akan mengupas apa Dr Mahathir kata dalam artikel yang lain. Let us deal with the political invertebrate Najib Razak for now. Dato Sri Najib kata orang Melayu benci dengan DAP. Kita boleh jawab awal dan tidak perlu tanya Tunku Aziz. Yang benci adalah mereka yang termakan dakyah UMNO. Yang benci ialah mereka yang berfikiran sempit. Pemimpin UMNO takkanlah menyukai parti yang akan membenamkan geng perompak nya. Yang membenci ialah mereka yang tidak faham politik dan lupa bahawa daripada 29 juta rakyat Malaysia, hampir 19 juta orang Melayu. UMNO ingat 16 juta orang Melayu yang lain itu, penakut dan bacul macam mereka. Yang benci ialah mereka yang lupa, kalau 1 orang UMNO kecundang, ada 6 orang lagi Melayu yang terus hidup. Melayu tidak memerlukan UMNO. Kenyataan Najib tidak mengherankan dan bukan nya sesuatu yang baru. Mustahil kita akan dengar Najib menyatakan perkara yang baik mengenai DAP. Pada pandangan Najib, DAP itu parti cauvinis cina. DAP mahukan negara repablik. DAP akan menguasai politik Malaysia. DAP mengkuda semua parti politik yang lain. Pendek kata, Najib mengulangi penceritaan lapuk dan basi terhadap DAP. Inilah standard pemikiran dari seorang pemimpin yang penakut dan kurang cerdik. Apa yang tidak dikemukakan kepada rakyat Malaysia, ialah alasan2 rasional kenapa orang Melayu mesti membenci DAP. Najib tidak mampu berbuat demikian selain dari mengkakaktuakan apa yang dinyatakan oleh pecacai UMNO yang lain. Bolehkah kita harapkan apa2 yang besar dan menakjubkan dari pemimpin yang penakut dan kurang cerdik? Apabila saya ceramah, takkanlah saya hendak ceritakan kebaikan UMNO. Tentulah saya mengambil kesempatan mendedahkan keburukan pemimpin UMNO yang merugikan orang Melayu. Menyokong UMNO akan membawa bangsa Melayu rebah dan negara kita musnah. Menyokong UMNO bererti menyokong gerombalan pencuri dan perompak. Maka, bila Najib bercakap, sudah barang tentu tidak ada apa2 baik untuk diberitahu mengenai DAP, PKR dan Anwar Ibrahim, serta PAS. Tapi, marilah kita dedahkan sebab2 sebenar Najib berkata demikian. Kita tidak perlu tanya apa2 dari Tunku Aziz. Biarkan Tunku Aziz dengan leteran kebangsawanan nya. Itu pun sebab utama Tunku Aziz keluar DAP- dia ada sense of over inflated importance. Bila perasaan demikian tidak dipedulikan atau tidak dilihat begitu penting, tergurislah hati aristokrat itu. yang lain dalam DAP tidak ada perasaan demikian. Kita tak kira itu semua. Ketakutan. Ketakutan yang amat sangat menyebabkan Najib melatah seperti orang tidak siuman. Saban hari Najib melihat UMNO kian keseorangan. Gerakan berada diambang maut dengan 2 kerusi parlimen nya. MCA dengan 15 kerusi akan kecundang teruk. MIC dengan 3 kerusi nya hanya kerana ehsan UMNO. PPP ialah Parti Peminta Sedekah. UMNO dengan 79 kerusi nya pun dalam keadaan cemas. Kerana apa? Kerana undi dan sokongan cina berpindah kepada DAP. Undi orang Melayu berpindah kepada PAS. Undi golongan menengah pergi ke PKR. Dimana datang sokongan untuk UMNO dan BN? ia datang dari warga negara segera- rakyat Bangla, Nepal, Myanmar, Cambodia. Inilah dia parti yang berjuang Hidup Melayu dan Agama, Bangsa dan Tanah Air. Akhirnya UMNO melacur maruah dan mengkhianati negara dengan menjual kerakyatan kerana mahu mengekalkan kuasa. Najib melihat sokongan masyarakat Cina kepada nya merosot dengan teruk. Dan penyebab utama kemerosotan sokongan tersebut ialah DAP. Hari ini DAP telah menguasai 80-90% sokongan masyarakat Cina. Ini akan menyebabkan BN akan hilang lebih banyak kerusi dimana dalam kawasan parlimen itu ada sekurang kurangnya 40% orang Cina. Najib juga tahu bahawa MCA sduah tidak terdaya menahan penghijrahan sokongan orang Cina. Kedua, Najib tidak faham. Masakan orang kurang cerdik faham bahawa sokongan orang Cina bukan disebabkan chauvinism dan ekstremism. Orang Cina memperakui bahawa ini negara majority nya Melayu dan orang Melayu akan terus menguasai politik. Orang Cina bukan beroperasi atas chauvinism tapi menginginkan kerajaan yang telus, demokratik, menjalankan dasar2 ekonomi yang adil,mahukan sebuah negara yang menghormati undang2. UMNO dan BN mempunyai rekod buruk dalam kesemua perkara ini dan sebab2 ini yang menyebabkan orang Cina tidak mahu lagi menyokong UMNO, MCA atau parti2 BN yang lain. Najib ingat orang cina beroperasi atas perasaan ekstrim dan bersangkaan bahawa orang menyokong DAP dan membenci dan berniat jahat keatas bangsa lain terutama bangsa Melayu. Sebab itu DAP dituduh mahu menubuhkan repablik dimana institusi Raja Melayu dihapuskan, apa2 kepentingan bangsa Melayu dihapuskan dan seumpamanya. Sebab sebenarnya orang Cina menyokong DAP ialah kerana parti tersebut tidak bacul dan tidak perlu menggunakan isiu emosional seperti MCA. DAP is fearless. Sebagai sebuah parti yang fearless, DAP boleh memahami atas prinsip apa orang PAS beroperasi. Kerana itu PAS dan DAP saling menghormati. Demikian juga DAP memahami PKR. DAP boleh memahami parti2 dimana pemimpin nya berani masuk jel, di ISAkan, ada yang dibunuh, serta dipenjarai. DAP boleh faham ketokohan parti2 yang berani berjuang dan berkorban. Berani berjuang dan berkorbanlan yang menyebabkan orang Cina menyokong DAP. Orang Cina yang menikmati lebih demokrasi dan oleh itu memiliki lebih pilihan melihat MCA parti yang penakut dan lembik memperjuangkan isiu2 yang melibatkan kepentingan orang Cina. Dan cubaan MCA menjuarai isiu kepentingan cina disaat akhir sudah tidak berguna lagi. Orang Cina tidak ada isiu dengan hudud. Orang Cina sedar itu isiu orang Melayu yang beragma Islam. Orang Cina tahu, walaupun mereka bukan Islam, tapi hak dan kepentingan mereka akan dihirmati dan dilindungi.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kalau rakyat Malaysia tak tau @ tak faham lagi teman tak tau la nak kabo.. Bukannya nak tangguh sebab nak kaji cara perlaksanaan termasuk yang dikritik rakyat iaitu lokasi-lokasinya yang langsung tak munasabah! Tapi nak tangguh sebab Pilihanraya Umum dah dekat??? Ini haramjadah apenye?
Maknanya, lepas pilihanraya kalau UMNO-BN menang lagi maka silalah laksanakannya??
Duhai rakyat Malaysia yang semakin ramai yang cerdik! Sedarlah! Insaflah! Kita wajib tolak UMNO-BN ini jauh-jauh! Mereka semakin tidak keharuan dengan kebangkitan rakyat! Mereka semakin keliru dengan apa yang perlu dibuat untuk kembalikan keyakinan rakyat!
Ayuh! Menuju Putrajaya untuk selamatkan Malaysia daripada kemunafikan ini! budakbalun 31102012
Bung Mokhtar: AES tidak sesuai sekarang, PRU 13 makin hampir
KUALA LUMPUR, 31 Okt — Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.
Datuk Bung Moktar Radin
Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN. "Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya. "Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
KUALA LUMPUR,31 Okt - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa dasar "satu calon satu kerusi" yang dicadangkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang.Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP."Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang)," katanya. Pakatan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.Salahuddin berkata, PAS tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untuk bertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika mereka diminta berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti."Kenyataan (pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak bertanding lebih daripada satu kerusi ialahkerana DAP kini telah pun mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya akan datang... lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP," katanya.Pada Jumaat lepas, Karpal Singh dipetik sebagai berkata bahawa wakil rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP.Cadangan"satu calon satu kerusi" ini juga bukanlah perkara baru kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata calon DAP akan hanya bertanding satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika mereka memenangi kerusi yang ditandingi.
Rahmat dan hikmat Tuhan itu kadang-kadang kita tidak dapat menyelaminya langsung. Adakalanya kita berfikir begini tetapi yang jadi sebaliknya. Selalu berlaku perkadasan di antara hamba dengan Rabbnya. Misalnya musuh Pas dan mereka membenci Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan beliau berundur dari politik mengira apabila dilakukan asakan dan tekanan ke atas MB itu beliau akan menjadi lemah jiwa dan tertekan akhirnya segera meninggalkan jawatan, tetapi yang jadi sebaliknya.
Nik Aziz: Makin ditekan makin naik.
Tokguru itu semakin diasak bukan jadi makin tertekan dan mudah mengaku kalah untuk melepaskan jawatan, sebaliknya ia menjadi semakin bersemangat dan terus degil untuk mempertahankan jawatannya. Seolah-olah desakan dan tekanan itu menjadi penawar atau beteri tambahan pula kepadanya. Beliau jadi macam tepong yang dibubur serbut penaik, makin menggelembung.
Tenguk apa yang beliau jawab dan ulas apabila ada pihak tertentu meminta beliau berundur sambil memperkecil-kecil keupayaan serta mempertikaikan kesiahatannya. Apa jawabnya, katanya dia masih sihat dan masih ada kederat untuk berkhdimat. Cakap-cakap pun berasap-asap.
"Kalau sekat nak lawan Umno bila-bila sajalah. Dan orang berkhidmat bukan menggunakan fizikal tetapi akal," begitulah katanya. Jawaban itu menunjukkan desakan dan perlecehan itu tidak memberi bekas sikitpun dan mengugahkan semangatnya untuk terus berada di tempatnya kini.
Lagipun menurutnya desakan dari luar sama sekali tidak akan dipedulikan, lainkan kalau dari dalam Pas sendiri, beliau akan mempertimbangkannya. Beliau tidak perlu rungsing kerana dari dalam Pas bukan akan mendesak beliau berhenti tetapi di'agah' supaya terus kekal sampai ke akhir hayat.
Inilah dikatakan apa yang difikirkan itu tidak tepat seperti dikehendaki dan strategi mereka yang mahu melihat beliau berudur dan tidak lagi aktif di dalam Pas sudah silap. Mereka mahu menekan dan melemahkan Tokguru, yang terjadi sebaliknya.
Justeru Pas harus bersyukur dan tidak perlu kesal dengan orang-orang yang anti dengan Mursyidul Am Pas itu. Biarkan sesiapa saja mendesak dia berundur jangan peduli kerana desakan itu akan menjadikan Tokguru sihat, gagah dan bersemangat.
Sebenarnya pihak musuh telah silap dalam membaca 'DNA' Menteri Besar Kelantan ini. Beliau bukan seperti mana dianggapkan dan inilah juga kelebihan yang ada kepadanya. Memang kalau beliau seorang yang tidak kuat dan utuh jiwanya sudah lama beliau cabut dan berundur. Rasanya selepas Mahathir Mohamad, Nik Azizlah orang yang kedua terbanyak diasak dan diserang agar meninggalkan jawatan.
Dan ternyata jika dibanding beliau dengan Mahathir dalam hal ini beliau mengatasi Mahathir kerana tidak mudah untuk menangis kemudian berundur.
Makanya kepada musuh Pas dan mereka yang mahu melihat Nik Aziz cepat berundur perlu menggunakan tektik dan strategi lain. Tektik tekan dan desak sudah tidak menjadi, strategi ini sudah kalih (imu) dengan tokguru seorang ini. [wm.kl.5:56 pm 31/10/12]
[kemaskini] Berita ini belum dapat disahkan. Semasa makan malam sekejap tadi saya diberitahu oleh seorang tokoh Umno asal Terengganu beberapa orang pegawai kerajaan termasuk seorang yang berkhidmat di pejabat MB Terengganu dan seorang kontrektor dikatakan ditahan reman oleh SPRM beberapa hari sebelum hari Aidiadha yang lalu.
Menurut tokoh Umno itu penahanan tersebut ada kena mengenai dengan laporan kemungkinan berlaku rasuah kerana beberapa fail di pejabat mereka dirampas.
Kejadian ini bagaimana pun masih belum tersebar tetapi mereka yang rapat dengan pejabat MB sudah mengetahuinya. Tokoh Umno berkenaan berjanji akan memberi maklumat lengkap esok berhubung perkhabaran yang boleh menjejaskan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu. Tunggulah... [wm.kl.1:23 am 31/10/12]
KEMILAU RASA Kadang-kadang nasib malang dan penganiayaan berlaku ke atas seseorang atau kumpulan di negara ini berlalu begitu saja. Kalau tidak ada yang membela kejadian itu akan tertutup dari pengetahuan awam. Sedihnya ia akan jadi seperti mana katak atau ular yang mati dilanggar kereta, bangkainya akan dibiarkan berulat di tengah jalan, dan lama ke lamaan hancur begitu saja diselam tanah.
Abu Bakar Abdullah: Teraniayaan.
Begitu juga dengan nasib sesetengah pegawai kerajaan yang tidak ada kekuatan untuk melawan atau pun ada jiwa membela diri terhadap tindakan politik oleh parti pemerintah. Nasib malang yang yang diterimanya dibiarkan saja dengan meletakkan semua itu atas kehendak takdir untuk tidak mendamaikan jiwa. Sesetengah dari mereka mati beragam begitu saja kerana tidak ada keupayaan untuk membela diri disebabkan berjauhan dengan penguasa-penguasa politik.
Mereka yang dekat dengan penguasa politik apa lagi yang sedia menjadi perkakas akan mendapat manfaat lumayan seperti kenaikan pangkat dan segala macam kemudahan termasuk memakan gaji buta. Walaupun grednya jauh lebih rendah dan perkhidmatannya baru setahun jagung tetapi kerana dekat dengan penguasa, kenaikan pangkatnya secepat kilat di senja hari.
Yang tidak kenal penguasa dan tidak sedia jadi perkakas terus bersembahyang hajat mendoakan kenaikan pangkat. Setengah sampai berlumut di ruang pejabat tetapi pangkat tetap tidak naik. Lalu mereka pun senyap-senyap mendengangkan lagu, "dimanakah keadilan" seorang diri?
Misalnya nasib malang diterima oleh bekas Ketua Pengarah JPA, Abu Bakar Abdullah yang ditamatkan perkhidmatnya sesuka hati oleh kerajaan, hampir terbiar begitu saja, tidak ada mana-mana pihak mempedulikannya. Kesatuan pegawai-pegawai kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa untuk membela atau memberi simpati kepada Abu Ab Bakar kerana beliau pegawai tinggi. Lagipun kesatuan hanya membela orang-orang rendah daripada Abu Bakar. Jadi orang tinggi teraniaya siapa membela?
Mungkin tindakan kerajaan memecat beliau ada alasan, tetapi sejauh mana alasan itu memenuhi ehsan pertimbangan manusia boleh dipertikaikan. Mungkin Abu Bakar dan kita semua dapat menerimanya. Namun keadilan terhadapnya masih boleh dipertikaikan.
Apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar membangkitkan di parlimen isu pemecatan Abu Bakar dianggap zalim itu, ia merupakan satu pembelaan oleh Pas. Tindakan Mahfuz membawa isu ke parlimen sebagai kepedulian terhadap nasib malang diterima Abu Bakar. Saya nak tanya di mana peranan ahli parlimen BN terutamanya ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin? Syabas kepada Mahfuz kerana prihatin mengenai perkara ini.
Saya bersetuju dengan persoalan oleh Mahfuz sebagai menjawab penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berhubung pemecatan itu; bahawa pemecatan Abdu Bakar atas alasan kesalahan berhubung penglibatan Abu Bakar dalam menggubal dan melaksanakan SPBA yang dibuat tanpa mengambil perhatian semua golongan perkhidmatan.
Soal Mahfuz dalam sidang akhbar, adalah tidak adil kalau tindakan itu dipersalahkan kepada Abu Bakar saja sebab yang terlibat dalam menggubal dan melaksanakan SPBA itu bukan Abu Bakar bersendirian. SPBA dibincang dalam mesyuarat gaji kabinet dan dipengerusikan sendiri oleh Najib Razak.
Anihnya pada peringkat awal Najib sendiri bersetuju dan memuji SPBA. Apaklah semasa membuat kelulusan itu Najib tidak menyemak dan bersetuju buta begitu saja? Kalau begitulah caranya macam mana Najib boleh muncul menjadi seorang perdana menteri cemerlang. Seorang perdana menteri seharusnya lebih prihatin, peka daripada mana-mana kumpulan.
Justeru yang perlu bertanggungjawab bukan saja Abu Bakar tetapi Najib juga perlu memikul tanggungjawab sama dengan meletak jawatan? Atau sekaruang-kurangnya Najib perlu memohon maaf dan dia sendiri harus ambil tanggungjawab membela Abu Bakar atau pertahankan dari menamantkan perkhidmatan Abu Bakar begitu saja.
Apakah tindakan itu bukan penganiyaan dan kezaliman ke atas Abu Bakar?
Saya perhati Abu bakar mendiamkan diri berhubung kesnya itu menyebankan orang akan menuduh yang bersalah 100% adalah dia. Beliau seakan tidak ada naluri langsung untuk bangkit membela diri. Di sini apa kata kalau sayang cadangkan Abu Bakar mula bangkit untuk membela penganiyaan itu dengan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pas mungkin boleh berikan kerusi parlimen Putrajaya kepadanya.
Kalau Abu Bakar sedia terjun ke dalam politik dan bertanding, tujuannya bukan hendak membela dirinya semata-mata tetapi tetapi untuk mengajar kerajaan yang berlaku zalim ke atas orang sepertinya dan para pegawai lain. Saya yakin kalau Abu Bakar sedia menawar dan mengorbankan diri ramai yang menyokongnya.
Abu Bakar boleh cuba merisik perkara ini. Saya rasa kalau kerusi Putrajaya diberikan kepada Abu bakar banyak undi simpati dari kalangan pegawai kerajaan akan masuk ke peti undinya. Kalau kena strategi dan tektik ia boleh menyebabkan Teuku Adnan Teuku Mansor akan mati terkangkang di Putrajaya? Apa kata?
Lagi pun katanya Pas ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan di Putrajaya. Ada ura-ura untuk meletakkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Nik Mohd Zain Yusuf untuk bertanding di situ tetapi calon itu agak tua bimbang tidak mendapat sokongan golongan muda. [wm.kl.4:21 pm 30/10/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kuala Lumpur - by @tiewnama Terdapat banyak PENGGANAS terdiri daripada RAKYAT TEMPATAN dan orang asing keluar dan masuk di negara malaysia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Bagaimanapun Malaysia hanya dijadikan sebagai pusat transit dan bukannya sasaran mereka. Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan bersiap sedia memberkas mereka sekiranya menjadikan Malaysia sebagai sasaran. sekiranya negara asing pula menjadi sasaran, amaran akan dikeluarkan kepada negara berkaitan untuk mengambil tindakan. Siasatan juga mendapati pengganas tidak menjadikan Malaysia sebagai pusat merekrut anggota baru. adakah hishamuddin berkata untuk dirinya sendiri siapa dia pengganas yang sebenar? mari kita selidik sedikit demi sedikit apakah kata kata menteri dalam ini benar atau sebaliknya.. perlu diketahui cara membaca media media malaysia dan cara cara menteri bercakap. hanya perlu di terbalikkan saja kata kata mereka untuk menjadi jawapan yang sebenar. contoh jika menteri kata malaysia selamat, sebenarnya malaysia tidak selamat. sekian.
PENGGANAS MENGGANAS ATAU
POLIS BAWAH HISHAMUDDIN YANG JADI PENGGANAS?
HASILNYA
HISHAMUDDIN YANG MENJADI KETUA KEPADA SEMUA
POLIS TELAH MENJADI PENGGANAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA.
MAKA SIAPAKAH PENGGANAS YANG SEBENARNYA?
by @tiewnama - Hishamuddin Husin Ketua Pengganas Malaysia. kahkahkahkah
Keganasan Ketawa.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama berikut adalah aturcara bagi majlis pelancaran BERSIH 3.1 di seremban pada 3 november 2012, perhimpunan ini tidak mendapat permit dari polis dan majlis bandaraya seremban kerana umum tahu mereka adalah agen Barisan Nasional, anak muda 1malaysia di jemput hadir bagi tujuan menyelamatkan negara dari tangan pemerintah yang ganas dan rasuah. ATURCARA PETANG 3 NOVEMBER 2012 BERSIH RAKYAT BANGKIT. 3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di perkarangan Stadium Paroi 3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju ke tapak Himpunan 4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan,Sambutan Gendang India,Kompang & Tarian Singa 4.30 ptg - Karnival Rakyat Bermula 1. Pidato Rakyat 2. Bakat Seni @ Konsert Rakyat 3. Persembahan Kebudayaan Rakyat 4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat 6.30 ptg - Tamat program petang ATURCARA MALAM 8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan sehingga pukul 12.00 mlm 8.30 mlm - Aluan Pengerusi Majlis, YB P. Gunasekaran 8.35 mlm - Ucapan YB Mohd Taufik Abdul Ghani 8.45 mlm - Ucapan YB Loke Siew Fook 8.55 mlm - Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abbas 9.05 mlm - Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman PR N9 9.10 mlm - Ucapan YB Mohd Azmin Ali 9.30 mlm - Ucapan Sdr Mohamad Sabu Pengarah Program 9.50 mlm - Ucapan Wakil Hijau Lynas 9.55 mlm - Ucapan Wakil Kuning Bersih 3.0 10.00 mlm - Ucapan Wakil Merah Royalti 10.05 mlm - Ucapan Wakil Oren Felda 10.10 mlm - Deklamasi Sajak: A. Samad Said 10.15 mlm - Ucapan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang 10.45 mlm - Ucapan YB Lim Kit Siang 11.15 mlm - Gimik Muzikal 'Ubahlah Sekarang' 11.20 mlm - Ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim 12.00 mlm - Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat semua di jemput hadir memeriahkan suasana tembakan water cannon fru, libasan cota fru rusuhan polis di raja malaysia, tembakan gas pemedih mata kerajaan Barisan Nasional.
by @tiewnama - ini adalah sejarah terakhir anak muda kalau nak rasa gas pemedih mata sebelum tidak merasa lagi kerana Barisan Nasional akan ke kerusi pembangkang atau ke penjara selepas ini . kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Share kan beb, jemput anak semua bangsa turun, Allahuakhbar!!
PAS Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke negeri ini sempena program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad berkata dua lokasi berkumpul telah disediakan iaitu di Markaz MTD DUN Chembong, Kampung Mulia dan Markaz PR DUN Seri Menanti, Terachi yang akan dibuka bermula jam 3 petang.
"Bagi memudahkan perjalanan, semua ahli dan penyokong PAS digalakkan hadir secara berkonvoi.
"Berkenaan dengan kemudahan lokasi, boleh menggunakan lebuhraya PLUS susur keluar (exit) Senawang manakala stesyen komuter yang terdekat ialah Stesyen Komuter Sungai Gadut yang jaraknya ke lokasi program 1.5 kilometer," katanya.
Himpunan yang akan di adakan di Taman Seremban Jaya, Seremban itu akan bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.
Program tersebut akan dihadiri oleh semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Dijangka lebih 50,000 ahli, penyokong dan rakyat tempatan hadir ke program itu nanti.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Allah s.w.t hanya menghantar air dan angin saja untuk memusnahkan sebuah negara yang di katakan paling canggih dan paling angkuh dalam dunia baik dari segi ketenteraan politik dan ekonomi kapitalis di pegang mereka. berbalik kepada gambar dan video di bawah ini, malapetaka ini adalah azab terbaru dari Tuhan kepada negara yang memerangi islam ini, sama seperti Barisan Nasional natijah dari azab Allah s.w.t ini di anggarkan amerika kerugian 3 trillion us dollar. saksikan videonya di bawah sekali nanti.
by @tiewnama - Taufan Anak Muda Pada BN jadi Malapetaka pada Najib. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Sambung perjuangan Islam bila saya tiada - TG Nik Aziz
"Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Saya berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam," pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
"Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan, di mana pemimpinnya tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah.
"Ini menjadi model kepada masyarakat untuk lebih mempercayai perjuangan PAS," kata beliau.
bersambung..
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. di katakan ramai rakyat malaysia dan anak muda mendakwa bahawa perdana menteri dato sri Najib Razak telah menghina hukum hudud dengan mengatakan ''HUDUD LANCAU'' dalam perhimpunan Barisan Nasional baru baru ini, mengikut kajian tim era pasca perkataan yang najib ucapkan dalam video ini bukanlah merujuk kepada penghinaan kepada undang undang islam secara terus seperti yang di dakwa oleh sebahagian blog blog anak muda tetapi dengan samar mungkin Najib Merujuk kepada ''HUDUD'' jika mengikut niat dan waktu semasa chua soi lek yang juga berada di tempat yang sama menghina Al QURAN, walaupun ucapan najib ini ketika dalam himpunan BN yang mana sebelum itu di dalam dewan yang sama Chua Soi Lek telah menghina hudud dan islam, sebenarnya najib merujuk kepada satu penempatan atau perkampungan di sarawak yang di namakan HULU LACAU, era pasca berdiri di atas landasan berkata benar walaupun pahit di hadapan pemerintah. apa pun yang berlaku , kita juga tidak mengetahui akan niat sebenar presiden umno ini berkata sedemikian tetapi jelas dari keadaan ketika itu niatnya mungkin seolah untuk menghina AGAMAnya sendiri, Najib seakan Menghina Islam yang di anutinya! sehingga hadirin cina MCA ketawa sinis dengan perkataan yang beliau sebutkan. najib razak yang di katakan bermazhab ahlul sunnah wal jemaah hadir pada persidangan BN itu selaku pengerusi Barisan Nasional, selepas selesai penghinaan chua soi lek kepada islam dan umat islam dengan mengatakan negara islam adalah negara rasuah dan kotor, najib enggan menjawab setiap pertanyaan wartawan, bloger dan anak muda, apabila di ajukan adakah najib razak bersetuju dengan kenyataan chua soi lek yang jelas mengguris sensitiviti umat islam di malaysia, najib menjawab NO KOMEN. Tahniah Najib Razak 1malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. saksikan videonya di bawah ini. anda nilailah sendiri akan video ini dengan mendalam, buatlah keputusan segera.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama Dalam dunia yang serba canggih ini pelbagai perkara boleh berlaku, dan terbaru dikatakan bahawa terdapat ''malaikat'' di negara china bilamana seorang lelaki yang membawa basikal di selamatkan oleh 1 cahaya yang terang ketika lelaki itu hampir di langgar oleh sebuah lori yang membawa muatan seberat 5 tan. jika mengikut perkiraan gua, sudah pasti malaikat maut akan bengang dan marah serta mungkin bergaduh bertumbuk bagai dengan malaikat yang menyelamatkan manusia ini kerana umum tahu setiap kematian tidak kurang walau 1 saat kedepan atau kebelakang dan malaikat maut adalah malaikat yang paling setia. akan tetapi bagi rakyat malaysia yang beragama islam bermazhab ahlul sunnah wal jemaah apa apa pun perkara boleh berlaku, tidak di ketahui bahawa video ini adalah video edit atau sebaliknya dan tidak juga di ketahui siapakah mahkluk dalam video ini yang mana adakah dia iblis, syaitan, jin, hin, atau malaikat atau selain makhluk mahkluk yang di nyatakan.
pada pandangan kami di era pasca, video ini menyatakan bahawa jika ianya benar terjadi adalah mustahil kerana Allah s.w.t itu Maha Adil dengan segalanya di ciptakan untuk manusia dengan logik, meletakkan suatu pada tempatnya agar manusia itu memahami kejadian dan hakikat dan kematian itu adalah dalam kalam Allah s.w.t, hampir kepada logik untuk kematian sering berlaku tetapi jika di selamatkan oleh 1 makluk ianya tidak masuk akal dan di luar kotak pemikiran manusia. saksikan videonya. apapun terpulanglah kepada anda untuk mentafsirkannya sendiri. adakah ianya benar atau sebaliknya,
by @tiewnama - yang pasti Barisan Nasional akan cuba membuat perkara macam dalam video ini, hampir di langgar oleh rakyat malaysia, soros datang tolong umno. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Inilah barisan badut badut upahan yg berhimpun di DUN Sg Air Tawar (N01), Sabak Bernam. Begitu ramai hingga jem jalan kerana melihat lembUMNO terkinja kinja beraksi macam orang xde pedoman.. Kah kah kaaaaaaaaaaahhh.. Antara calon2 lembUMNO terbaik mewakili DUN Sg Air Tawar untuk Pertandingan lembUMNO Terbaik Peringkat Nasional hujung tahun ni.. Antaranya ialah...
Budak lagi... Baru 25 tahun.. Orang tua tua kata baru nak belajar kenal dunia.. Aduuuuuuuuuuuuuhh.. Carik lah yg matang sikit!! Yang faham apa itu politik!!! Bebudak gak yg korang hantar..
Kesetiaannya sehingga bekerja pun dengan UMNO. Sebagai DRIVER VAN SAYANGI SELANGOR yg selalu digunakan oleh wanita2 UMNO keliling kampung.. Kerja sambilan menabur fitnah dan cabut bendera PR.. Kemungkinan dia yg atur semua ni.. kira kepala laaaaaaa..
Dalam ramai ramai yg berdemo 100meter dari lokasi tapak ceramah Jelajah Merdeka Rakyat DUN Sg Air Tawar tempoh hari, dia ni x menyerlah sangat. Sekadar duduk dibelakang sambil isap rokok sambil melihat lembu2 belaannya terlompat lompat gaya gangnam sytle sambil pegang manila kad semasa rombongan Jelajah Merdeka Rakyat tiba. Dia ni Ketua PEMUDA UMNO Sg Air Tawar.. Alaaaaa, cawangan jeeee.. Oh, ada hati isi borang untuk bakal calon DUN N01 Sg Air Tawar rupanya.. Mamat ni bernama Mohd Fitri Bin Anuar, bapaknya adalah Tok Sidang kat situ bawah JKKP.. Kalau macam ni la gaya bakal pemimpin Sg Air Tawar, habis laaaaaaaaa..
Lain lain x tercalon laaaaaaaa.. Sila kerja keras lagi ye?
Kih kih kiiiiihh!!
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
kawan aku ada sertai Pertandingan Tulis Sajak Duduk Bantah Bersih 3.0 dulu (waktu ni aku di Beijing). Perkembangan yang dibaca adalah penyertaan tetapi sehingga hari ini keputusan tak keluar-keluar. hadiah pertandingan ok juga. sekitar RM1500. dia tanya penganjur ada dalih itu, tanya Harakah yang menyiarkan iklan tu kata cam gitu pulakkk... ni dah nak masuk Bersih 4 dah ni habuk pun tarakkk.... kih kih kih! harap Harakah dan Dinsman kasi clear jangan buat orang tertanya-tanya 'macam orang gila'...
KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.
Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.
Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.
Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.
Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.
Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.
Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.
KERAJAAN Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Projek Langat 2 membekalkan air dari Negeri Pahang di mana projek ini akan menelan belanja RM3 Billion (RM3000 juta).
Manakala Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada KEADILAN, menolak perlaksanaan itu yang disifatkan memakan belanja yang sangat besar dan tidak menyelesaikan masaalah sebenar. Perkara ini sudah berlarutan begitu lama.
Perkembangan terbaru di dewan rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam soalan lisannya kepada menteri, beliau mendedahkan kandungan kertas kerja bahawa terdapat pilihan-pilihan lain (kos-kos bandingan) yang lebih baik berbanding projek Langat 2 dari segi kos dan kecekapan pengurusan (management efficiency).
Tan Sri Khalid juga mendedahkan bahawa keluaran air terawat di Negeri Selangor melebihi 5 juta liter sehari, namun penggunaan paling banyak hanyalah 3.5 juta liter sehari. Ini bermakna sekitar 1.5 Juta liter air bocor (dibazirkan) setiap hari.
Kebocoran air (Non-revenue water) inilah yang menyebabkan kekurangan air di Negeri Selangor. Namun kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menebuk gunung dan menebang hutan bagi mengambil air daripada Pahang untuk menyelesaikan masaalah ini.
Bagaimanapun, pendedahan Tan Sri Khalid di dewan rakyat ini disahut oleh salah seorang ahli Parlimen BN, dengan mengatakan "keras kepala gulingkan aje" merujuk kepada Tan Sri Khalid yang dilihat berdegil dan tidak bersetuju dengan projek Langat 2.
Tan Sri Khalid menjawab "Tidak, ini bukan keras kepala kerana nak curi duit rakyat. Ini keras kepala lain, bukan keras kepala seperti saudara dari Umno, ini keras kepala nak jaga duit rakyat".
Saksikan perbahasan seterusnya bagaimana Tan Sri Khalid dibuli oleh MP Barisan Nasional yang enggan mendengar penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam video di bawah ini.
Kesian Tan Sri Khalid, beliau dibuli oleh Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat gara-gara mahu mempertahankan dan menjaga duit rakyat Selangor yang diamanahkan kepadanya.
MINGGU lalu parti komponen Barisan Nasional, MIC cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India apabila mengadakan satu demonstrasi di kuil Batu Caves, membantah pembinaan kondominium mewah 29 tingkat berhampiran kuil.
Demonstrasi sekitar 300 kaum India yang turut disertai oleh bekas Presiden MIC, Samy Vellu itu diadakan sebagai protes kepada Kerajaan Selangor kerana meluluskan pembinaan kondominium mewah yang dikatakan akan menjejaskan struktur Kuil Batu Caves.
Sebelum itu, sebuah NGO kaum India pro Barisan Nasional, Nambikkai telah membuat laporan Polis kerana menurut mereka kononnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa meluluskan pembinaan kondominium tersebut.
Namun gara-gara marahkan Ronnie Liu yang dikatakan cuba mengaitkan dirinya dengan kelulusan kondominium itu, P Kamalanathan Ahli Parlimen Barisan Nasional Hulu Selangor telah mendedahkan perkara sebenar.
Beliau mendedahkan bahawa kelulusan projek kondominium mewah 29 tingkat itu sebenarnya telah diluluskan tahun 2007. Kalau kita lihat, semasa 2007 Negeri Selangor masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional.
Jelas secara tidak sengaja, P Kamalanathan telah mengkantoikan kebodohan MIC yang cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India. Jelaslah bahawa, projek kondominium itu sebenarnya diluluskan oleh Barisan Nasional.
Menteri Dalam negeri kata Malaysia ada pengganas... Cuma tidak jadikan Malaysia sebagai sasaran. Pendedahan tersebut mungkin hasil tertangkapnya 2 rakyat Malaysia di Lubnan. Sebelum ni kata tak de pengganas.
Kenyataan Hisyam ni nampaknya macam ada agenda sendiri. Samada nak ajak rakyat kepada isu lain...pengganas di sekeliling kita... atau memang Hisyam jenis tunduk pada desakan sekutu Israel- Amerika.
Istilah pengganas ditujukan kepada umat Islam. Setakat ini belum ada pihak lain selain Islam yang dituduh pengganas. Siapa sahaja yang dikaitkan dengan perjuangan Jihad Islam adalah pengganas. Cop tersebut datangnya dari penjajah di bumi umat Islam yang direstui oleh Amerika dan Israel. Ruginya umat Islam apabila ada Menteri yang sepatutnya membela umat Islam sebaliknya menjadi kaki tangan kepada Dajjal antarabangsa. Kenyataan ini secara tidak langsung adalah isyarat berlepas tanggungjawab terhadap dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan.
Ia satu peringatan tidak langsung kepada rakyat Malaysia terutama yang Islam bahawa... Kami tidak akan bela anda jika disabitkan dengan tuduhan pengganas.... kerana di Malaysia memang ada pengganas... Wajarkah menteri sebegini dibiarkan menjaga nasib umat Islam???
Bahang AES sudah mula dirasa oleh menteri. Gelombang penentangan AES sedang bermula. Ramai yang masih belum merasa kesan AES kerana saman belum sampai kat tangan lagi . Negeri Pakatan Rakyat nampaknya telah merasa denyut kemarahan rakyat. Tindakan bijak ialah dengan menangguhkan perlaksanaan di negeri pemerintahan Pakatan. Jawapan mudah dan palin cepat untuk membatalkan AES ialah serah kuasa kepada Pakatan Rakyat.
AES ni dilihat sebagai satu cara paling cepat kerajaaan nak peras ugut rakyat di samping mengayakan kroni. Itu yang di rasai. Alasan kerajan untuk mengatasi kadar kematian dari kemalangan maut sangat sukar di terima.
Pertama, kebanyakan kemalangan maut melibatkan motorsikal. Kemalangan maut lain turut melibatkan masalah jalan. Bengkang bengkok dengan selekoh merbahaya, beralun macam ombak laut, berlubang sana sini dan macam macam lagi. Alasan laju sebagai punca kemalangan adalah sangat terpencil dan kecil
Kemalangan akibat kelajuan sebenarnya turut dipengaruhi oleh sikap memandu secara merbahaya. Merbahaya bukan hanya laju.... perlahan juga termasuk di dalam merbahaya. Pengaruh alkohol dan mengantuk sebahagian dari faktor yang mempengaruhi. Sebenarnya pemandu yang memandu secara laju kebanyakannya lebih berhati hati berbanding perlahan yang dikuasai mengantuk, sambil lewa dan sebagainya.
Ong Tee Keat antara menteri yang telah merasai bahang itu. Kenyataan beliau bahawa AES diluluskan sebelum beliau terlibat dengan kabinet menteri Pengangkutan menunjukkan keresahan beliau. Nampaknya beliau antara bekas menteri yang awal menyuarakan keadaan ini. Kata orang...dah mula tak ngaku.... Ramai lagi yang duduk dalam umNO yang tak selesa tetapi terpaksa "menelan jadam" kerana takut terpelanting.
Rakyat sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk mempastikan AES tidak digunakan untuk mengaut keuntungan dengan meletakkan kesalahn kepada rakyat.... memang betul...rakyat didahulukan... sebagai mangsa...
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LANGAT 31 Oktober: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.
Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.
Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.
"Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang.
"Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.
Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.
"MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar.
Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.
"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya.
Pemuda PAS hari ini memutuskan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengetengahkan isu kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkaitan hudud yang didakwa menghina Islam.
Tindakan itu diambil ekoran tempoh seminggu yang diberikan mereka supaya Chua memohon maaf bermula 24 Oktober lalu bukan sahaja tidak diendahkan, tetapi juga didakwa "dibakulsampahkan".
"Bagi Pemuda PAS Malaysia, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi (yang termaktub) dalam perlembagaan Malaysia," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.
KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai 'Umno buangan' yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.
Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.
Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.
Katanya, sekiranya seorang pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya tidak bermasaalah dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.
Menurutnya lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar, sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan negeri juga.
"Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,"ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus menerajui pentadbiran negeri.
Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, Tok Guru adalah merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.
"Kami yang minta Tok Guru untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
"Biar kami (PAS) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut," katanya.
Sebelum ini, turut lantang membuat desakan agar Tuan Guru berundur termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis.
"Sebenarnya, Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan.
"Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama.
"Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut," kata beliau.
Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu, namun pihak Jabatan Alam Sekitar, dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.
"Projek ini telah mendapat kelulusan oleh JMG tetapi dalam laporan tersebut pihak Alam Sekitar tidak menyokong dalam pembinaan yang dirancang tersebut," kata Zainal Abidin tanpa menyatakan sebab pihak JAS tidak menyokong.
Mengulas Langkah seterusnya yang akan diambil oleh MPS bagi menangani isu yang timbul ini, Zainal Abidin menyatakan MPS akan membawa isu ini ke Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) untuk memutuskan tindakan susulan.
"Perkara ini akan dibawa ke PSC bagi dibincangkan oleh ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor sebelum mengambil tindakan susulan," tambah beliau lagi.
Dalam perkembangan lain, menteri besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.
Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.
"Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan," kaata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.
Hujung minggu lalu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.
Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi semalam.
Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.
Kohilan mengakui semasa dia menjadi ahli majlis menyedari tentang projek tersebut tetapi menafikan memberikan kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu. "Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan 'Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622'.
"Tetapi ia bukan kelulusan untuk 'Rancangan Pembangunan' dengan tujuan membina kondo 29 tingkat," kata Kohilan.
Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.
KUALA LUMPUR 30 Oktober: KEADILAN akan membuat laporan polis Khamis ini mendesak siasatan terhadap pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram yang dilakukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan.
"Sehingga kini Mohammad masih belum memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri. Oleh itu, saya dan pimpinan Pakatan Rakyat serta aktivis NGO akan membuat laporan polis di Seremban pada 1 November ini jam 3 petang agar siatan dapat dimulakan segera," kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau berkata, Mohammad perlu mendedahkan segera semua maklumat skandal konsesi pembalakan di negeri itu melibatkan kuota 4,800 hektar.
"Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada kerajaan negeri dan status hak milik tanah-tanah ini setelah diterokai.
"Sebaliknya jika keadaan ini tidak berlaku, KEADILAN akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat 'durian runtuh' dari kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan pimpinan Umno BN," kata Rafizi.
8,616 hektar hutan simpan dibatalkan status
Menurut Rafizi, pendedahan tersebut berdasarkan Laporan Audit 2010 yang menegur kerajaan negeri berhubung penggantian kawasan hutan simpan.
"KEADILAN menyemak dokumen-dokumen rasmi secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan, mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang diambil untuk kegunaan lain.
"Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar seperti yang disebut oleh Mohammad, jumlah keluasan hutan simpan di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan yang dibatalkan statusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar, yang mencatat 8,616 hektar tanah hutan hilang," katanya.
Rafizi berkata, jika kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di negeri itu berterusan dan di luar kawalan akibat tidak dapat menggantikan hutan simpan yang dibatalkan, Negeri Sembilan bakal kepupusan tanah hutan.
"Pada kadar kehilangan hutan simpan lima peratus setiap lima tahun, KEADILAN menjangkakan kawasan hutan dan tadahan hujan di Negeri Sembilan boleh pupus sepenuhnya dalam tempoh 50 tahun, terutamanya apabila semakin tahun hutan simpan makin berkurangan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan