KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.
"Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.
"Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian," katanya di sini.
Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.
Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.
Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.
Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain.
Ditanya konsep berkebajikan yang diuar-uarkan, katanya sebelum Kelantan melaksanakan dasar kebajikan, Islam sebenarnya agama berkebajikan.
"Bersesuaian dengan itu kita meneruskan program dan bantuan untuk membantu rakyat. Bantuan baja padi, al-It'aam, dividen Ladang Rakyat, skim Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi program kebajikan dilaksanakan untuk manfaat rakyat," ujarnya.
Pada pertemuan itu beliau juga berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam apabila ketiadaannya nanti.
"Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak.
"Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan.
"Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang.
"Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya," katanya.
(Ikuti wawancara penuh bersama Menteri Besar Kelantan pada edisi Harakah cetak keluaran akan datang).
Saya tertarik dengan artikel yang ditulis PolisPencen di laman ini melalui artikel "Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini?". Mula-mula saya rasa ini hanya satu gimik politik tetapi apabila saya membaca kenyataan daripada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiusaha Agung Barisan Nasional di Utusan Malaysia saya rasa minit itu ada kebenarannya.
Tengku Adnan ada menyebut "Meskipun menganggap dakwaan pembangkang itu sebagai gimik politik, tegasnya, sebarang tindakan terhadap mereka yang bertindak membocorkan maklumat tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak."
Timbul di sini siapa yang membocorkan maklumat sulit UMNO dan kenapa mereka membocorkannya. Secara amnya mesti ada sesuatu yang tak dipersetujui dalam minit tersebut.
Apa yang saya perhatikan, Dato' Ahmad Said masih lagi menjadi Menteri Besar sekiranya UMNO menguasai Terengganu dan ini menolak anggapan bahawa Dato' Seri Najib tidak sukakan Dato' Ahmad Said.
Dalam kabinet baru ini beberapa orang nama-nama besar dalam UMNO Terengganu di gugurkan seperti YB. Ahmad Razif, YB Datuk Zaabar, YB Hj Khazan, YB Rozi Mamat, YB Dr Rahman dan YB Dat' Mat Tera.
Kenapa mereka yang disebut di atas disingkirkan darpada exco? Adakah mereka ini akan bertanding dalam PRU-13 nanti. Tak ada yang boleh memberi jawapan.
Adakah Dato' Seri Najib telah bersetujui dengan Kabinet ini dan bersetuju untuk mengukuhkan team Dato' Ahmad Said bagi menguatkan UMNO Terengganu dan menyingkir mana-mana pimpinan yang cuba belot kepada Dato' Ahmad Said.
Banyak persoalan yang timbul daripada minit meyuarat rahsia UMNO Terengganu ini.
Hari ini bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Amirudin Abd Rashid berkata dalam Sinar Harian bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diwakili mana-mana kumpulan, sebaliknya hanya pasukan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ini dipercayai ekoran daripada tersebarnya satu minit mesyuarat sulit yang dipercayai telah didalangi satu 'team' yang cuba mengekalkan kuasa Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkir beberapa orang penting dikalangan musuh dan juga orang yang dipercayaai dalam team Datuk Seri Ahmad Said itu sendiri. Penyingkiran "orang-orang Mat Said sendiri" ini dikatakan kerana ada dikalangan mereka telah belot dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said daripada dalam.
Minit mesyuarat tersebut telah mula tersebar dua minggu lalu di facebook Kelab Penyokong UMNO Terengganu. Penyebaran ini juga dikaitkan dengan usaha untuk mengekalkan team Datuk Seri Ahmad Said untuk berkuasa semula bagi penggal kedua jika Barisan Nasional mengekal kuasa.
Walaupun tiada pihak dapat memberikan kepastian di mana dan bila mesyuarat itu diadakan. Siapa yang hadir tetapi yang paling jelas mesyuarat ini adalah 'grand design' untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkirkan secara halus dan terancang mereka yang menentangnya daripada luar dan dalam sebelum pilihan raya ke-13 bermula.
Dalam minit yang tersebar itu ada dan jelas menunjukkan pembahagian kabinet, robakan beberapa portfolio sedia ada dan ini menepati sebagaimana aduan keberkesanan perjalanan exco Terengganu seperti yang pernah dimesyuarat pada tahun yang lalu.
Minit yang tesebar dalam FB kelab penyokong UMNO Terengganu.
Kabinet Bayangan Terengganu 2013 seperti tersebar ialah;
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad bin Said Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.
YM Dato' Tengku Putera Tengku Awang Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri.
YB Dato' Abdul Rahim bin Mohd Said Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Ksenian dan Warisan Neggeri.
Ashari bin Khartib Hassan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri.
Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid Pengerusi Jawartankuasa Belia dan SUkan Negeri.
YB Alias bin Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri.
YB Toh Chin Yaw Pengerusi Jawatankasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri
YB Asha'ari bin Idris Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri.
Datuk Haji Jalaini bin Ngah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.
Haji Muhammad Pehimi bin Yusof Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri
Haji Mohamad bin Jusoh Pengersui Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri.
Menurut sumber yang dipercaya saudara Mohd Hisham Haji Zubir, Ketua Pemuda Kemaman ketika ditanya hal ini semasa majlis Qurban Aidil Adha mengesahkan bahawan memang untuk menang dan mengekalkan Barisan Nasional memerintah Terengganu perlu ada kabinet yang kukuh, kuat dan dipercayai.
Ini bertepatan dengan kenyataan dan saranan Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub supaya UMNO menamakan calon lebih awal. Dengan itu tindakan ke atas pensabotaj akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon.
Menurut sumber tersebut, Mohd Hisham setuju dengan kenyataan Datuk Mustapha dan menyebut Terengganu sudah bersedia dengan muka baru yang lebih mantap dan taat.
Menjadi persoalan adakah kabinet ini telah mendapat makluman dan persetujuan daripada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak?
Ada pula sumber menyebut bahawa Datuk Seri Najib telah menemui Sultan Mirzan untuk mendapatkan perkenaan untuk calon-calon UMNO Terengganu supaya tidak terjadi seperti mana sebelum ini.
Banyak persoalan timbul daripada Kabinet 2013 UMNO Terengganu ini kerana kabinet tidak dimaklumkan secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat Bahagian UMNO.
Adakah itu satu lagi edisi cantas (cah kenting) yang mahukan satu team sahaja berkuasa dalam UMNO Terengganu. Sama-sama kita saksikan nanti.
KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. - Bernama
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.
Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)
82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.
20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.
Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.
Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.
Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.
Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.
Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.
Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.
Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.
"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya. -Hrkh
Gambar ni diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering.
Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera 'speed trap' berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera 'speed trap' ni.
Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera 'speed trap'di laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j.
Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik.
Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas (rujuk sini).
Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.
"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES.
"Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.
Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.
"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.
Guan Eng berkata setakat ini kerajaan Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.
"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan.
"Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.
Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had lajut.
"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam.
Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang.
AES Dipulang Kepada Kerajaan Selepas Lima Tahun, Siapa Untung, Soal Guan Eng. KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Sistem Kamera Automatik (AES) akan dikembalikan kepada Kerajaan Pusat selepas lima tahun.
Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang disiarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew hari ini.
"Kalau ada kebaikan selepas lima tahun dipulangkan kepada Kerajaan Pusat, saya nak tanya kamera 1Malaysia (AES) dipulangkan? "Saya tidak nampak kebaikan. Dia nak pulangkan semula kerana sudah mengaut keuntungan yang cukup.
"Saya tidak tahu dia (Cho Ha) nampak apa kebaikan kepada kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Tambah Guan Eng, kerajaan perlu mengkaji semula kadar kelajuan sedia ada yang disifatkan tidak praktikal.
Berdasarkan statistik, 831 buah kamera yang akan dipasang diseluruh Malaysia dengan 331 buah kamera tersebut diletakkan di negeri Pakatan Rakyat (PR).
Tambahnya lagi, semua negeri yang ditadbir PR mengambil langkah menangguhkan pemasangan AES bagi memperincikan segala maklumat penting mengenai perkara ini.
Beliau turut membangkitkan mengenai surat saman yang sehingga kini belum dikirimkan kepada pengguna jalan raya.
"Bila surat saman akan dikirmkan kepada pengguna yang ditangkap (kamera AES)?
"Saya nak tahu bila? Apakah selepas PRU-13 ia akan dihantar?" soalnya lagi.
Sistem AES dipasang di seluruh negara, melibatkan syarikat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd dengan jumlah pelaburan bernilai RM717 juta.
"Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya -selangorku
KOTA BHARU: “Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam.
Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.
“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.
Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.
Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.
Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.
Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
“Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.
“Jadi mereka tidak layak memimpin negara.
Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat,” ujarnya.
Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya ia terletak kepada keputusan parti dan dirinya sendiri.
“Kalau saya rasa boleh bertanding, saya bertanding, namun kena dengar dahulu keputusan parti.
“Apabila parti buat keputusan bertanding maka bertandinglah kecuali saya kata tak boleh bertanding lagi kerana masalah kesihatan atau sebagainya.
“Tetapi selagi saya berasa masih boleh bertanding dan parti pun setuju maka saya bertandinglah,” katanya.
Menurutnya tidak ada had umur dalam perjuangan gerakan Islam kerana penamatnya ialah mati.
Mengenai calon dalam PRU-13, beliau berkata, PAS akan bertindak secara rapi dan berhati-hati berdasar kepada pengalaman lalu.
Ini kerana menurutnya negara ini bukan demokrasi sebenar sebaliknya hanya demokrasi buat-buatan sahaja.
“Kami tidak diberi lesen mengendalikan radio, surat khabar harian pun tak diluluskan permit, demikian juga dengan televisyen.
“Akses media sangat tidak adil. Ini kerana mereka tahu perjalanan gerakan Islam adalah pada landasan yang betul.
“Apabila diberi peluang mendapat tempat dalam suratkhabar menyebabkan rakyat sedar dan menolak fahaman kebangsaan.
Namun mereka sekat supaya rakyat terus jadi bodoh,” kata beliau. -HD
penyapu sial
Depa tu bukan tak faham tapi disebabkan matlamat hidup sudah terpesong dari Islam, maka inilah akibatnya. Tak logik seorang insan yang waras mahukan perempuan lain samada Islam atau tidak, saudara atau tidak, ... untuk dirogol.
Depa tu bukan takat bodoh, bahlul, stupid, gong, ..... tapi HARAMJADAH. Dah Presiden ni tiada akhlak dengan bersetubuh dengan wanita lain. Entah-entah Heng ni pun ada .... dengan CSL juga kot.
Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie patut pakai skirt, tengah malam jalan dalam bandar....apa berlaku agaknya?
Presiden MCA tu memang kaki seks jadi dia takut pada hukum HUDUD...takut2 terkena pada dia agaknya.
Fitrah manusia mmg tak suka pada yg dedah2, melainkan klu setan dah jadi member depa. Bukan saja org kafir, termasuuk juga yg Islam.
murshitt am porno MCA....yang UMNO kiblatkan....!!!!
Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.
"Boleh jadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat kelmarin , Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..
Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..
Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..
Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..
50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO
penyapu sial
Kini terpampang jelas, ulamak UMNO pun dah kena kencingkan oleh Soi Lek.
Sebab selama ini UMNO inggeh apa juga penghinaan Soi Lek terhadap Islam.
Apatah lagi dengan sikap Presiden UMNO sendiri yang membisu dan berdiam diri yang amat menggembirakan Soi Lek.
Jamil Jamil, lebih baik pencen dari di perlekeh setahap poyo!
Lepas ni, kita harus wujudkan KEMENTERIAN FILEM LUCAH SATU MALAYSIA dan menterinya ialah Bintang Filem Lucah,
Mana apek ni mahu pada HUDUD? Kalau jadi, kote dia pasti dikerat.
UMNO parti syaitan mana dia peduli cina kapiaq urus Islam sbb dia nak duit je.. Cuba hampa tgk menteri agama duit zakat pun dia Pakai utk peribadinya...
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenapa Bekas Pengarah Polis Dato Fauzi Shaari menyertai PAS sebagai wardah perjuangan.Marilah kita ikuti sajak beliau yang diperdengarkan di Ceramah Umum Isu Isu Semasa Taman Jutaria Batu Gajah 28 Oktober 2012 yang lalu..boleh dinyanyikan mengikut stail Lagu M.Nasir Kepada Mu Kekasih..
Kepada Mu Ya Allah
Diri ku ikhlas
Segala silap dan salah ku
Aku bertaubat
Ku tahu Engkau memahami kelemahan ku
Diriku menyembah menuntut keampunan Mu
Kepada Mu Ya Allah
Aku berserah jiwa raga ku juga segalanya
Semoga Kau menerima ibadahku ini
Jangan kelak Kau meluntar ku
Ke neraka jahanam Mu
Kepada Mu Ya Allah
Aku tinggalkan
Segala yang bathil
yang kau bencikan
Apa yang aku impikan
Hidup yang diredhaai
Dan dirahmati....
Kepada Mu Ya Allah
Diri ku sadar
Tiada yang ragu segala wahyu Mu
Ampunkan segala dosaku maafkan daku
Izinkan kami menuju ke syurga ciptaan Mu
Msinc-kalau dinilai dari sudut seni suara Dato Fauzi boleh diangap penyanyi yang baik kerana mempunyai tone yang macho dan lunak serta vibrato yang baik.Syabas Dato, kerana memberi kelainan dan pembaharuan dalam kaedah kaedah penceramahan.
Menurut laporan Ketua Audit Negara, hutang kerajaan Negeri Melaka meningkat sebanyak RM12.87 juta menjadikan keseluruhan hutang kerajaan negeri adalah sebanyak RM865.94 juta.
Namun, kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam tanpa rasa segan dan malu mengumumkan bahawa kerajaan negeri berjaya mengekalkan bajet surplus selama 10 tahun berturut-turut.
Apa gunanya bajet surplus jika hutang negeri bertambah setiap tahun, bayar pun setakat RM180k sahaja untuk tahun lepas.
Ini menunjukkan Ali Rustam cuba mengelirukan rakyat Melaka dengan kenyataan tersebut. Mungkin jugak ingin menutup kegagalan Umno BN dalam mentadbir negeri Melaka dengan baik.
Namun, tindakan Ali Rustam tersebut di lihat usaha terdesak Umno BN dalam memenangi hati rakyat Melaka dengan kerja-kerja kotor sebegini.
Dalam era teknologi maklumat ini, golongan tua mungkin terpengaruh dengan dakyah Umno BN sebegini namun sebaliknya berlaku pada golongan muda.
SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda Umno sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu."Pemuda desak kerajaan tangguh AES.
Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.Pergerakan Pemuda Umno mengadakan mesyuarat exconya hari ini. ~sinar
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersedia untuk berwacana dengan Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah sekiranya pertemuan itu membincangkan isu dibangkitkan secara "matang dan ilmiah.""Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang," kata beliau kepada Sinar Harian pada Majlis Hari Raya Aidiladha Karangkraf di sini, petang ini.
Mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali awal hari ini, Asri berkata, "terima kasih pada jemputan dan akan memberi pandangan.
"Sehubungan itu, Asri menambah, beliau tiada masalah untuk menghadiri wacana yang dimaksudkan sekiranya tarikh penganjuran tidak bercanggah dengan urusan-urusan beliau selain jemputan disampaikan secara profesional.
Justeru, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini berharap wacana yang dirancang oleh Dewan Ulama Pas itu tidak berakhir dengan ketegangan sebagaimana pernah dialami oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr A Aziz Bari."Saya tidak kata Dewan Ulama itu tetapi beberapa orang yang pakai label ulama.
"Cuma (saya) harap tidak jadi seperti yang berlaku kepada Aziz Bari apabila pernah mengkritik dan dijemput tetapi dihentam secara keras dalam perbentangannya sehingga menimbulkan ketegangan," kata beliau lagi. ~sinar
IPOH - PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog 'PerakCyberTrooper.com' dan 'Bicara Perjuangan' telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun.
Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa.
"Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut.
"PAS mempersoalkan bagaimana blogger pro-Umno ini mendapat dokumen tersebut yang diklasifikasikan sulit dibawah kerajaan negeri," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh baru-baru ini.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menjelaskan, butiran dokumen tersebut tidak diketahui kesahihannya.
Justeru, Salman berkata, PAS Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan adakah butiran dokumen yang didedahkan oleh blogger tersebut adalah benar atau palsu.
"Kami menggesa pihak polis menyiasat pendedahan ini dan mendakwa kedua-dua blogger itu jika penjanjian tersebut adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi.
"Kami mahukan kesahihan butiran dokumen itu kerana ianya membabitkan soal urus tadbir dan harta negeri," tegas beliau.
Hadir sama membuat laporan polis ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh; Peguam Pemuda PAS Negeri, Mohd Fitri Asmuni; dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri, Muhammad Basyir. ~harakahdaily
SHAH ALAM 30 OKT : Sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah berjaya disiapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak mengambil alih pemerintahan pada 2008 sehingga tahun ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah tersebut tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.
"Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah berjaya disiapkan bagi daerah Petaling, Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191)," kata Iskandar dalam kenyataan medianya.
Jelas Iskandar, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi daerah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).
Sementara itu, sejumlah 9,990 unit diluluskan yang melibatkan daerah Petaling (1,540), Klang (5,059), Hulu Langat ( 1,300) , Gombak (1,278), Sepang (280), Kuala Selangor (357) dan Kuala Langat (176).
Katanya, bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).
Ujarnya lagi, terdapat banyak projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang berjumlah 1,682 meliputi projek di Bandar Baru Bangi, Sungai Long Kajang, dan Bukit Botak Selayang.
"Rakyat Selangor memerlukan pemimpin-pemimpin yang jujur dan bukan yang hanya pandai memutarbelit untuk kepentingan politik masing-masing," katanya.
Tegas Iskandar, fakta dan statistik yang dikemukakan beliau sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Negeri mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.
"Cara yang terbaik bagi Kerajaan negeri untuk menjawab tohmahan ini adalah melalui fakta.
"Kerajaan Negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ternyata ia tidak benar.
"Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata," kata Iskandar. ~selangorku
Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977, ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.
Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tinggal 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.
Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products (FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.
Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.
Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP.
IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.
IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll.
Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.
Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.
Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.
Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.
Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing.
Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.
Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati, matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.
Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali.
Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%.
ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.
IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pengorbanan pekerja tempatan.
Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....
Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya.
Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan.
Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. Ia tidak diendahkan.
Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH.
Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2, sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!
Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya, siapa khianat?
"Derma politik" kontroversi RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman rupanya telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi "seorang pemimpin Umno", dakwa bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN).
Wilfred Mojilip Bumburing yang kini merupakan ahli parlimen bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga "pemimpin Umno" yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.
"Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
"Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?" katanya dalam kenyataan tersebut.
Bekas timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Bumburing juga mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana, dengan mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa.
Beliau mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan mengatakan bahawa ahli parlimen Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma dengan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan.
"Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang?
"Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?" soalnya.
Bumburing dan seorang lagi MP Sabah, Lajim Ukin meninggalkan BN baru-baru ini dan berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Altantuya.
Awal bulan ini, didedahkan di parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah "derma politik" untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
Menurut laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia.
Akan tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua Umno Sabah itu.
Ali parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut dan menuntut pentadbiran Najib Altantuya mendedahkan sumber derma tersebut dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa.
Menurut laman pembocor maklumat Sarawak Report, yang pertama mendedahkan kes tersebut, peniaga kayu dari Sabah, Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dengan wang tunai dalam bentuk matawang dolar Singapura.
Pada ketika itu, Chia dilaporkan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong wang tersebut adalah untuk Musa.
Dalam pendedahan April lepas Sarawak Report turut mendedahkan dokumen dikatakan dari ICAC Hong Kong menunjukkan peguam Sabah itu memegang US$30 juta (RM90 juta) dalam akaun bank Swiss (trustee) untuk Musa.
Laporan itu juga mendakwa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam matawang Euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura telah disalurkan dari beberapa firma diuruskan oleh Chia yang berpangkalan di Hong Kong untuk beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada akaun peguam di Swiss yang dimiliki peguam tersebut.
Tetapi apabila menjelaskan isu ini di Parlimen Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa Chia tidak pernah ditangkap dengan wang tunai di Hong Kong dan tidak pernah ditangkap oleh ICAC.
Nazri berkata RM40 juta sebenarnya dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong Kong, yang kemudiannya perlu dipindahkan ke sebuah akaun dalam bank Switzerland.
"Itu adalah pemahaman saya dalam kes itu," katanya kepada Dewan.- Jalan Pulang
KANTOI! Pelakon Porno MCA Alami Nasib Serupa Dengan Najib
Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika bosnya, Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) amnya.
Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar. Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.
Akhbar harian berbahasa Cina, China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus atau lebih 4,500 daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulai keluar ketika Chua sedang berucap.
Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal kununnya bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.
Ini mengingatkan kita kepada satu insiden serupa di mana perdana menteri Najib Altantuya ditinggalkan hampir 3,000 orang semasa baru hendak memulakan ucapan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Lumut, awal tahun ini.
Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.
Bagaimanapun, dia tidak memberikan penjelasan lanjut untuk menyokong dakwaannya.
Johor antara sasaran terbesar Pakatan Rakyat dalam memastikan kemaraan pakatan itu memperolehi kuasa di peringkat persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang.
TANJONG KARANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.
"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.
Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.
Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN."
Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.
"Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen? Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.
"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.
Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.
"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia"' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam.
Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.
"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya," katanya.
Ajak berdebat tak berani, yang depa berani hanyalah lawan dengan kain pemidang yang tak pandai berkata-kata... Inilah namanya samseng taik kucing...
Kahkahkah...
Nampak sangat double standard depa... Tak payah CSI, tak payah pakar forensik... Tengok caranya ni pun dah tau identiti samseng taik kucing neh... Pemidang 1Malaysia tak diapa-apakan tapi pemidang Jelajah Merdeka Rakyat yang depa koyakkan. Persoalanya mengapa puak Umno takut sangat pada program jelajah merdeka rakyat neh?
Takat ni saja la Umno boleh buat... Takat ni saja la akai dan kelaku depa dalam berpolitik... tak matang langsung. Dan setakat tu jugaklah maruah pencacai-pencacai Umno, hanya dibayar upah RM30 dan sekotak rokok sudah berlagak mahu jadi gangster taik kucing...
Pemuda Umno hari ini sebulat suara menuntut kerajaan supaya menangguhkan hasrat untuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, terlalu banyak kelemahan AES dikenal pasti walaupun sistem itu bertujuan untuk menangani berlakunya kes kemalangan.
"Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula pelaksanaan tersebut," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di Bangunan Umno di sini hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kajian itu perlu meliputi kewajaran lokasi kamera itu dipasang, had laju yang praktikal, serta pendedahan kepada umum sebelum ianya dilaksanakan memandangkan terlalu banyak rungutan diterima mengenainya.
"Penangguhan ini juga tak bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tapi AES ni terlalu banyak masalah.
"Harap jemaah menteri yang bermesyuarat pada minggu ini dapat membincangkan mengenai isu ini dan dapat keluarkan satu keputusan," katanya.
Semalam, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan – memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AES di negeri-negeri terbabit.
Pemasangan AES
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
Ini memandangkan pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya dipetik Bernama.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi 'hitam' bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebelum ini pernah membuat kenyataan menafikan pihaknya akan mengaut keuntungan daripada sistem tersebut.
Katanya, setakat ini hanya dua daripada tujuh syarikat yang memohon layak mendapat tender pemasangan kamera AES dengan tempoh konsesi 66 bulan, iaitu ATES Sdn Bhd yang menggunakan teknologi robot daripada Jerman dan Beta Tegap Sdn Bhd yang menggunakan teknologi Redflex daripada Australia.
Hujung minggu lalu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.
Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.
Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi itu.
Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.
Kohilan mengakui semasa dia menjadi ahli majlis menyedari tentang projek tersebut tetapi menafikan memberikan kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.
"Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan 'Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622'.
"Tetapi ia bukan kelulusan untuk 'Rancangan Pembangunan' dengan tujuan membina kondo 29 tingkat," kata Kohilan.
Benarkah dakwaan Samy Vellu dan Kohilan itu bahawa projek ini diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?.. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala ada jawapannya...
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis.
"Sebenarnya, Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan.
"Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama.
"Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut," kata beliau.
Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu, namun pihak Jabatan Alam Sekitar, dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.
"Projek ini telah mendapat kelulusan oleh JMG tetapi dalam laporan tersebut pihak Alam Sekitar tidak menyokong dalam pembinaan yang dirancang tersebut," kata Zainal Abidin tanpa menyatakan sebab pihak JAS tidak menyokong.
Mengulas Langkah seterusnya yang akan diambil oleh MPS bagi menangani isu yang timbul ini, Zainal Abidin menyatakan MPS akan membawa isu ini ke Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) untuk memutuskan tindakan susulan.
"Perkara ini akan dibawa ke PSC bagi dibincangkan oleh ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor sebelum mengambil tindakan susulan," tambah beliau lagi.
Dalam perkembangan lain, menteri besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.
Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.
"Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan," kaata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu ~ The Malaysian Insider
Sama saja nampaknya perangai pemimpin MIC ini dan UMNO.. demi meraih undi mereka sanggup memperbodohkan rakyat, kononnya merekalah yang prihatin tetapi hakikatnya itu adalah hipokrit semata-mata...
Empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.
Lim berkata pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah ~ Bernama
Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977, ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.
Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tinggal 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.
Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products (FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.
Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.
Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP.
IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.
IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll.
Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.
Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.
Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.
Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.
Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing.
Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.
Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati, matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.
Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali.
Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%.
ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.
IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pengorbanan pekerja tempatan.
Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....
Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya.
Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan.
Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. Ia tidak diendahkan.
Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH.
Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2, sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!
Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya, siapa khianat?
Subhanallah! Kalimah Allah di Cap Jari | Kalimah Allah telah dijumpai pada cap jari seorang manusia yang identitinya tidak diketahui. Dalam gambar yang banyak tersebar di facebook ini, antara tulisan lain yang boleh kita dapati ialah, "way to jannat" yang bermaksud jalan ke syurga. Satu lagi tulisan ialan "Dikkat" yang berkemungkinan nama pemilik ibu jari yang istimewa ini. Apa-apa pun, mari kita lihat cap jari yang mempunyai kalimah Allah ini. Semoga iman dan amal kita bertambah insyaAllah. Subhanallah. Maha Suci Allah.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketika Pakatan Rakyat dan BN saling menuding jari dalam projek pembinaan kondominium di Batu Caves, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kerajaan Selangor memansuhkan cadangan itu segera.
Katanya, tindakan itu akan menamatkan pertelingkahan, sekali gus meredakan kebimbangan penganut Hindu dan mengelak ancaman kerosakan terhadap kuil yang menjadi tarikan pelancong di situ.
"Kerajaan negeri tidak boleh mengetepikan manifestasi bantahan terhadap projek itu," katanya.
Karpal juga menawarkan perkhidmatan undang-undang secara pro bono kepada jawatankuasa kuil jika memerlukan bantuan.
MARAN,30 Okt- Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Yahya Zainal Abidin(foto) kini diwar-warkan bakal menggantikan tempat Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak untuk bertanding sebagai calon UMNO Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor dalam Parlimen Maran pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Yahya, baru saja menerimaDarjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) bergelar "Datuk" sempena ulang tahun ke-82 Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shahbaru-baru ini dikatakan calon popular "winable candidate" yang bakal diketengahkan oleh UMNO kali ini. Beliau yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya dari Kementerian Pelajaran, kini dikatakan sedang bercuti sebelum memulakan langkah untuk menceburi bidang politik. Nama Yahya dikatakan paling panas memandangkan beliau dilihat mampu memastikan BN terus menang di kerusi DUN terbabit berbanding dengan calon-calon lain yang lebih senior darinya. Difahamkan juga, sebelum mengakhiri perkhidmatannya beliau turut mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah seluruh Pahang di Kuantan bagi memberi gambaran yang beberapa nama popular akan dipilih untuk bertanding sebagai calon BN pada PRU-13 termasuk beliau. UMNO kini terpaksa menggunakan pegawai kerajaan termasuk guru sebagai calon bagi menarik undi simpati. Ini kerana jawatan guru amat disegani dan disanjungi oleh masyarakat terutamanya orang Felda dan kampung-kampung Melayu. Maka itu, anda golongan terbabit dipilih sebagai calon maka sudah pasti ia dapat menarik kembali undi mereka yang banyak hilang pada PRU-12 lalu. Selain dari nama Yahya, terdapat beberapa nama lagi bekas guru dan pegawai kerajaan yang bakal diketengahkan sebenarnya. Bagi masyarakat sekitar DUN Chenor dan Parlimen Maran, nama Yahya memang sudah tidak asing lagi kepada sebahagian besar dari kalangan mereka. Ini kerana Yahya juga merupakan anak jati Kg.Paya Pasir yang terletak dalam DUN Chenor itu sendiri. Malah, beliau telah berkhidmat sebagai guru dibeberapa buah sekolah sekitar daerah Maran sebelum dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah dan kemudiannya Pengarah Pelajaran. Kerusi DUN Chenor kosong selepas Dato' Tan Aminuddin meninggal dunia pada 19 Jun lalu. Sepatutnya, Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) terbabit namun dek kerana tempohnya yang terlalu hampir dengan PilihanRaya Umum maka itu ia tidak dijalankan olehSuruhanjaya Pilihan Raya.
[Pada PRU-12 lalu Dato' Tan Aminuddin menang ke atas calon PAS, Ustaz Mujibur Rahman Ishak dengan majoriti undi sebanyak 2,468 undi. Beliau mendapat 6,170 undi manakala calon PAS itu hanya mendapat 3,702 undi. Kemenangan itu adalah penggal yang kelima bagi Allahyarham Dato' Tan Aminuddin sebenarnya. Persoalannya sekarang apakah undi di dua kubu kuat BN iaitu Felda Jengka 7 dan Jengka 6 masih lagi menjadi aset mereka kali ini. Difahamkan, masalah bekalan air yang sering melanda kawasan itu sejak 40 tahun lalu kini menjadi isu besar yang perlu ditangani oleh BN kali ini. Malah, ramai juga anak muda yang kecewa dengan janji pemberian tanah kelompok yang sekadar tinggal janji, serta beberapa projek pertanian dan penternakan yang "indah khabar dari rupa" seperti projek tanaman jagung, keledek, roselle dan lembu pawah yang hanya tinggal namanya sahaja. Sebaliknya, yang untung ialah pemimpin UMNO yang mengeluarkan hutan balak di kawasan terbabit tetapi projek entah ke mana. Kini, isu-isu berkenaan bakal menjerat UMNO BN dengan slogan "janji ditepati" yang langsung tidak menjadi kenyataan sebenarnya. Apapun, nantikan laporan seterusnya perkembangan isu ini nanti].
KUANTAN,30 Okt - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob(foto) hari ini menafikan beliau cuba memperlekeh dan menghina masyarakat orang asli yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau baru-baru ini. Sekumpulan masyarakat orang asli dikatakan telah berhimpun di hadapan Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang dekat sini pada 18 Oktober lalu. Ketika mereka berhimpun Adnan dikatakan telah dengan berani turun sendiri ditengah kumpulan orang asli terbabit untuk berbincang dan mententeramkan mereka. Namun, mungkin dek kerana berbagai provokasi dan kata-kata "panas" yang dikeluarkan oleh beberapa orang asli termasuk sekumpulan penyokong pembangkang yang diketuai oleh Kamarul Hatta Ali(fotobawah) dari Soladirati Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebabkan kata-kata diluar kawalan terkeluar dari mulut MB Pahang itu. Susulan kejadian itu, maka bermacam-macam komen kontroversi telah disiarkan oleh kebanyakkan blog pro-pembangkang termasuk rakaman videonya sekali. Malah, keesokkan harinya ramai pihak yang menggesa Adnan menarik balik beberapa perkataan yang dikatakan telah menghina masyarakat orang asli. Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dalam satu kenyataan medianya berkata, di sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku Adnan dan mahu beliau menuntut maaf daripada orang asli terbabit. Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias pula berkata parti itu amat kesal jika ia benar-benar terjadi, tapi akan menjalankan siasatan terperinci kes tersebut. Menurut Razali lagi, beliau tidak percaya kenyataan yang dibuat oleh MB Pahang itu. Tambahan pula dengan jawatan MB, mana mungkin Adnan tergamak berbuat demikian kepada orang awam yang datang ke pejabatnya. Razali turut menegaskan, siasatan lanjut akan dibuat terhadap insiden berkenaan jika ada laporan dibuat oleh pihak berkenaan katanya. Setakat ini, difahamkan tiadalaporan polis telah dibuat.
Sementara itu, dalam satu kenyataan lainMenteri Besar Pahang itu berkata orang asli puas hati dapat berjumpa beliau pada hari itu. "Mereka berbincang dengan baik dengan saya. Mereka tunggu sampai habis dan bergambar dengan saya. Mereka akan datang beramai-ramai untuk menghadiri majlis jamuan yang akan saya adakan selepas Hari Keputeraan Sultan Pahang", kata Adnan. Beliau turut menegaskan beberapa orang ahli PKR dan DAP termasuk beberapa orang peguam balik dengan "hampa" apabila melihat orang asli sudi makan dan minum bersama beliau. "Hasutan pembangkang gagal.... sekarang mereka cuba spin dengan memetik rekod secara potong-potongan untuk propaganda mereka", katanya. Menurut Adnan, beliau juga telah berjanji dengan wakil orang asli bahawa mana-mana tuntutan yang munasabah akan diselesaikan oleh kerajaan manakala yang tidak munasabah tidak dapat dipenuhi. "Kerajaan akan bela nasib mereka, hidup orang asli.. hidup BN",katanya lagi.
[Ada dua pengajaran penting yang boleh diambil dalam insiden sebegini. Satunya, kepada mana-mana pemimpin mereka haruslah bersabar atas segala kerenah dan provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Tidak perlu merasa marah dan melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej serta kreadibiliti masing-masing. Jalan terbaik, pemimpin harus menunaikan segala janji-janji mereka kepada rakyat. Tidak perlu memberi berbagai alasan demi alasan, sedangkan rakyat terus menanggung derita akibat masalah yang semakin bertimpa-timpa. Keduanya, mana-mana pemimpin atau penyokong pembangkang tidak perlu terlalu kehadapan dalam isu yang melibatkan pihak lain. Tambahan pula bila membawa sepanduk-sepanduk yang bertujuan untuk publisiti semata-mata. Lebih baik biarkan pihak yang berkenaan ke hadapan kerana kelak ia menimbulkan kontroversi. Apapun, "suara rakyat suara keramat" maka dengarlah rintihan serta jangan sesekali cuba memperlekehkan mereka!].
…….dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (at Talaaq 2-3)
Menurut PM telaga berkenaan dianggarkan mempunyai rizab pengeluaran sejumlah 64 juta tong minyak mentah. Iaitu bakal mempunyai pengeluaran sebanyak 17,500 – 20,000 tong sehari. Ini bermakna Negeri Pahang dijangka menerima royalti tunai sebanyak RM100 juta setahun dari kerajaan Persekutuan.
Kita bersyukur kehadrat Allah swt dengan hasil terbaru ini dan semoga Allah swt terus menerus melimpahkan rezeki Nya buat kita.
Cumanya kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Pahang juga wajarlah bersyukur dan wajarlah juga mengambil langkah menyekat dan membenteras hasil-hasil haram selama ini yang membantu menampung ekonomi Pahang. Sudah pastilah antara yang terbesar adalah kasino di Genting.
Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat Allah ini wajib kita menunjukkan kesyukuran itu dengan menghentikan segala yang dilarang itulah tanda kerajaan yang bertaqwa. Jangan nanti segala yang ada ditarik balik oleh Allah swt.
Dan sesungguhnya menjadi pemimpin yang bertaqwa dan membentuk kerajaan yang bertaqwa bukan hanya tanggungjawab kerajaan-kerajaan ini tetapi semua pemimpin dan kerajaan. Tiada alasan yang boleh dipersembahkan kehadrat Allah swt nanti apabila setelah diberi kuasa kita berdolak-dalik.
Sebelum dapat kuasa kita menabur janji dan berbagai tetapi apabila dipinjamkan kuasa kita tabur pula alasan dan dalih.
Save Gandhi School (SK Simpang Empat Sitiawan) - Part 2
Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu tidak akan dapat memenjarakan fikiranku - Mahatma Gandhi
Ada beberapa info yg masuk melalui email, tapi masih terperok dlm inbox sebab masa tak mengizinkan untuk mengesahkan maklumat tu sebelum diulas di blog ini, member yang diberi tugas utk dapatkan segala dokumen berkaitan juga masih buntu! Apa cite bai?! tapi ManjungMari ada la juga 'hidden cikgu' yg roger, kisah dia baca di SINI dan SINI. Sinar juga ada melaporkan, baca di Sekolah 80tahun Ditutup.
Ada yang kata Dindings Indian Association (DIA) nak robohkan sekolah dan nak bina 'Little India' termasuklah rumah kedai yang akan dijual rege lebih RM500k. Secara logiknya, tanah ini akan pindah milik mengikut lot kedai kepada pembeli. Depa jual sebahagian tanah utk bina rumah kedai, hasilnya bina Little India di tapak yang masih tinggal. Perancangan DIA ini masih kabur sebab tiada sebarang data pengesahan yang datang bergolek ke email aku. DIA halau sekolah sebab dakwa tanah ini milik depa, bukan depa sebenarnya tapi generasi terdahulu, depa hanya menguruskan sebagai pewaris yg bertanggungjawab menjaga amanah. Tidak adillah jika amanah orang terdahulu berhempas pulas untuk mendirikan sekolah di'CAPATI'kan, dey!
Sekeliling sekolah ada kawasan perumahan, kebanyakan anak-anak isi rumah ini bersekolah kat sini. PPD Manjung kata depa takleh buat apa, kuasa tak memihak depa walau ada usaha utk kekalkan sekolah.
Klik Gambar Utk Besarkan
Makpak yang anaknya masih bersekolah kat sini turut membantah penutupan sekolah ini, segala kemudahan menghantar anak sekolah bakal tergugat dan pendaftaran sekolah 'tumpang' juga agak merumitkan keadaan. Lebih kurang 464 murid yang terbabit, ibubapa dan cikgu-cikgu sekolah....terkorban untuk sebuah pembangunan. Kurang-kurangnya depa mohon tempoh kekalkan sekolah sementara waktu hingga kerajaan siapkan tapak & sekolah baru. Simple...depa yang terkorban ini mohon pengorbanan satu pihak lagi agar menilai semula rayuan ini utk selesaikan kerumitan.
Sitiawan harga nilai tanahnya semakin meningkat, lokasi sekolah ini antara sekolah yang berada di tengah pekan. Selain persepsi kepentingan politik parti pemerintah, percaturan 'duit' mungkin salah satu punca kenapa depa ini & depa itu mahu robohkan sekolah dan meneruskan projek pembangunan di tanah ini. Hmmmmm...... atau barangkali juga pak menteri sudah congak untuk membuat 'perhitungan' ke atas satu lagi projek pembinaan sekolah baru? setakat baiki & tambah, tak masyuk sangaaaat! Kalau dah semuanya dicongak utk keuntungan masing2, negara ini akan terus dikuasai kaum pemodal. Sekarang sekolah samada ditutup atau tidak, pemodal dapat mempengaruhi keputusan terbabit....kapitalis terussss menjalar..
Jom kita ingatkan kembali kepada para depa-depa ini terhadap perancangan sumbangan orang terdahulu. Niat asal orang lama dikianati oleh pewaris hari ini.
Klik Gambar Utk Besarkan
Baca ayat yang digariskan - "it was unanimously resolved to erect a memorial in the form of a school which is indeed a pressing need in the district, to perpetuate the everlasting in memory of Mahatma Gandhi...." Translate BM: "sebulatsuaramemutuskan untukmendirikansebuahmemorialdalambentuksebuah sekolahyang merupakan satukeperluan mendesakdi daerah ini, untuk kekal dalamingatanMahatma Gandhi...."
Sekiranya DIA mahu buat pembangunan ke atas hak depa sebagai pewaris tanah, tak boleh ke kerajaan negeri offer tanah (tapak baru) seluas mana tanah ini atau ikut nilai tanah sebagai gantian? win-win situation...DIA mahu buat apa atas tanah gantian itu, itu depa punya pasal...duit depa! Kerajaan akan dapat kurangkan kos untuk tapak baru sekolah, dan kos bina bangunan sekolah baru yg secara tak langsung warisan penuh sejarah ini kekal dan tidak gugat semua ibubapa, murid & guru sekolah. Duit lebihan tu boleh 'perkasa'kan sekolah sediada, tgk apa yg kurang kasi tambah, apa yg perlu dibaiki kasi baikpulih dan apa yg rosak kasi gantilah! lagi cun kalau tempat ni di'khazanah-negara'kan....
Tapi mahu ke syarikat kontraktor DIA untuk bina rumah kedai di tapak baru yang belum tentu dapat sambutan jualan yang tinggi? Depa mestilah nak kan di tapak sekolah ini sebab ia di tengah kepadatan penduduk, harga boleh lambung tinggi bagus buat pelaburan, buka kedai niaga pun strategik tempatnya, dan kalau susah-susah pun boleh buat rumah burung walit. Semua ini telah dicongak oleh pihak yg sedang mencongak berapa bahagiannya.
Kontra dalam memutuskan cadangan di atas...jika itu diberatkan, maka keuntungan materialistik lebih penting dari sebuah pusat pendidikan.... biar rakyat 'tak bersekolah' pun takpe janji boleh bikin duit! Dulu pewaris lama duk hantar anak pergi sekolah cucu sudah pandai, kini anak cucu dah besar pandai cari duit dengan menutup sekolah.....manusia menyalahguna kepandaian & kuasa demi kepentingan pihak tertentu.....!!
Bumi ini mencukupi untuk kesenangan semua orang, tapi tidak mencukupi bagi orang-orang yang rakus ketamakan - Mahatma Gandhi
Catitan 2010 ketika sembang santai bersama Pak Wahab -
"Pak Wahab bekas pelajar sekolah yg menjadi isu berkenaan tanah warisan rakyat, dahulunya dikenali sebagai Gandhi Memorial School. Merupakan murid terawal era sebelum merdeka masih mengingati cikgunya berbangsa Benggali. Harapannya agar 'pihak yg berkenaan' tidak menggadaikan warisan keringat rakyat terdahulu yg menoreh getah saban hari untuk membeli tanah ini & membina sekolah pada waktu itu. Sehingga kini, ia masih digunakan lagi tanpa sebarang sekatan oleh waris terdahulu, tapi rakyat tidak rela ia di'salahguna'kan oleh tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab untuk menjual atau merampas milik tanah ini."
"Sebagai bekas murid, Pak Wahab menyeru & merayu agar pihak berkenaan meningkatkan mutu sekolah sedia ada & pengawasan yg cukup ke atas bahan-bahan sejarah tanpa mengira sentimen politk atau kaum. Kerana ini, Pak Wahab hadir di Bantahan Rakyat di Pejabat Daerah & Tanah Manjung walaupun ia telah dibatalkan pada hari sebelumnya. Insan tua yg prihatin, hadirnya tanpa disedari." -Sept 2010
Sambung... video dokumentari penuh peristiwa 2010 akan menyusul.
Bakal disingkirkan kerana tidak mendapat kepercayaan
penduduk tempatan di padang rengas.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Pelbagai maklumat sulit ditujukan kepada tim era pasca telah sampai, melalui beberapa maklumat penting ini, umno bahagian padang rengas yang mana maklumat telah di bocorkan oleh wisma putra mendapati ketua umno bahagian iaitu dato sri nazri aziz akan hilang jawatan sebagai ahli parlimen kerana beliau didapati menjadi second winnable di kawasannya, apapun pemberi maklumat ini yang akan kami rahsiakan mengikut akta kerahsiaan pemberi maklumat atau whistle-blower kesatuan bloger bloger politik 1malaysia rakyat di dahulukan menteri di kemudiankan memberitahu bahawa calon boleh menang di kawasan padang rengas adalah ketua pemuda umno di kawasan itu untuk di angkat ke parlimen malaysia, ketua pemuda umno bahagian padang rengas ismail nordin di dapati mendapat tempat di kebanyakkan kawasan kawasan di sana kerana umum tahu anak muda masa kini lebih tertarik kepada calon muda yang lebih lantang dan berkarisma, pertembungan 2 penjuru ini melibatkan keseluruhan umno cawangan padang rengas dengan menamakan ketua pemuda bahagiannya iaitu ismail nordin sebagai calon untuk parlimen padang rengas pasca pru13. tim muhyiddin ini akan di senaraikan sebagai calon muda yang berkemampuan untuk salah 1 kerusi parlimen bagi keseluruhan 166 kerusi parlimen yang Barisan Nasional yakini boleh menang. berita selanjutnya menyusul. perebutan kerusi parlimen ini bakal menyaksikan tim najib akan cuba menyekat tim muhyiddin. 1Malaysia Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.
Winnable Candidate bagi BN padang Rengas untuk Parlimen.
by @tiewnama - Rahsia Calon Pembangkang Juga Ada Pada UMNO kata Adnan Mansor. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama Nazri Aziz berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah dan sebagainya tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation NFC, Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya. akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan Institusi Kewangan atau Bafia." Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower atau pembocor maklumat, dia trumpet blower atau peniup trompet. Kita tak lindungi trumpet blower, Asalnya ialah kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak lindungi apa lagi? Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower pemberi maklumat. Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah." Untuk dakwaan RPK bahawa Nazri Aziz menerima rm 3 juta dari jutawan cina chia yang di tahan oleh sprm kerana cuba menyeludup rm 40 juta dari hongkong ke umno sabah, anda boleh layari link SINI atau SINI 1Malaysia Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.
by @tiewmama - Selagi berkuasa, buatlah apa yang anda suka. usia BN lagi 4 bulan saja. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. bila wanita memandu kereta di katakan wanita emosi dan sebagainya tetapi jika lelaki memasak ianya mampu untuk?
by @tiewnama - boring tak tahu nak tulis apa.. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
BUKTI.... Rudy menunjukkan dua set dokumen warga asing yang mendapat MyKad dan yang satu lagi warga tempatan tidak diluluskan permohonannya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.
Oleh : MUTALIB M.D
PENANGKAPAN dua rakyat Malaysia, Rafik Mohammed Aaref and Mohammed Razin Shaaban di Beirut, Lebanon beberapa hari lalu atas tuduhan terlibat dengan kegiatan Al-Qaeda setelah direkrut oleh Mustapha Mansour di Malaysia sejak 2007; sewajarnya membuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menubuhkan Tribunal Khas Dalaman untuk menyiasat isu kerakyatan songsang di Sabah; tanpa menunggu siasatan Panel RCI.
Segala penafian dan teka-teki Hishamuddin semakin terjawab dengan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi, berhubung kerakyatan 'sonsang' seorang warga Pakistan, Ihsan Ullah Said Ghani kerana melibatkan kelulusan menteri berkenaan sendiri.
"Rakyat Sabah inginkan penjelasan bagaimana Ihsan Ullah boleh mendapat kerakyatan Malaysia dalam masa tidak sampai satu tahun setelah memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan. Tidak mustahil jika Ihsanullah sebahagian rangkaian Al-Qaeda kelak?"
Menurut Rudy, Ihsan Ullah meninggalkan Lapangan Terbang Karachi, Pakistan pada 13 Jun 2010 setelah Pesuruhjaya Malaysia di Islamabad meluluskan Single Entry Visa selama 3 bulan bermula 18 Mei 2010 sehingga 17 Ogos 2010 dan beliau tiba di Sabah pada 14 Jun 2010.
PASPORT.....Pasport Pakistan yang dikeluarkan kepada Ihsan Ullah pada 4 Mac 2010.
VISA....Single Entry Visa yang dikeluarkan Pesuruhjaya Malaysia di Karachi, Pakistan.
"Undag-undang apa yang digunakan untuk meluluskan kerakyatan segera Malaysia kepada warga Pakistan ini dalam masa yang begitu singkat, tanpa melalui saringan?" tanya Rudy yang menunjukkan surat kelulusan warganegara Malaysia yang dianugerahkan kepada Warga Pakistan itu dan ditandatangani oleh Hishamuddin sendiri; berbanding rakyat Sarawak yang terpaksa meunggu selama lebih 30 tahun untuk mendapat Permit Masuk (PR) sebagai rakyat Sabah.
Tanya Rudy lagi, apakah ini Modus Operandi baru memberi kerakyatan segera kepada warga asing yang mendapat MyKad Projek Mahathir untuk membawa anak isteri mereka daripada negara asal berdasarkan 'Loop Holes' yang boleh dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan?
Jika Modus Operandi ini berleluasa, maka kata Rudy, 3.1 juta Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang di Malaysia (1.7 juta berada di Sabah) akan meningkat secara mendadak kerana jika setiap keluarga membawa masuk lima hingga enam anak yang berusia di bawah 21 tahun, maka jumlah rakyat 'Malaysia' yang mendapat kerakyatan songsang akan bertambah lima kali ganda.
Kata Rudy, Hishamuddin adalah antara Menteri Kabinet paling lantang menafikan isu kerakyatan songsang sekalipun Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing mengemukakan memorandum dan Panel RCI hanya ditubuhkan setelah Bumburing dan rakannya Ahli Parlimen Malaysia (Beaufort) Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin meletakkan jawatan dan keluar daripada Barisan Nasional.
"Kita ingin tahu tongkat sakti apa yang Hishamuddin pakai bagi membolehkan beliau meluluskan Taraf Warganegara Malaysia kepada Ihsan Ullah yang dilahirkan di Buner, Pakistan pada 5 Januari 1993; sedangkan ratusan ribu Anak Jati Sabah masih menjadi pelarian di negeri sendiri?," tanya Rudy.
WARGANEGARA......Hishamuddin telah meluluskan Taraf Warganegara kepada Ihsan Ullah berdasarkan Fasal 15 (2) Perlembagaan Persekutuan?
Kata Rudy, beliau amat hairan kerana Pas Lawatan Ihsan Ullah tamat tempoh sejak masuk ke Malaysia pada 14 Jun 2010 dan tinggal secara 'haram' di Malaysia, sehinggalah Menteri Dalam Negeri melalui surat Bil KDN (S) 158/560/2/2-90933 (7) bertarikh 16 Disember 2011, yang dialamatkan kepada bapa pemohon, Said Ghani Bin Abdul Nabi memaklumkan anaknya Ihsan Ullah telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Tegas Rudy, mengikut Pas Lawatan Sementara IMM13 PA 0622787 IMM13 (rujukan BVP/PLS/12011-51642) dikeluarkan pada 12 Ogos 2011 oleh Pejabat Imigresen Keningau dengan bayaran RM110 yang dilekatkan di pasport Pakistannya; Ihsan Ullah dibenarkan berada di Sabah dan Semenanjung Malaysia sehingga 6 September 2012 atas dasar Anak kepada warganegara berhubung Sabah, Said Ghani Bin Abdul Nabi Kad Pengenalan 560806-12-5175 (H0480263) selaras kelulusan dalam mesyuarat JKTPV Bil 08 Tahun 2010 pada 06.09.2010.
Kata Rudy lagi, dalam pas lawatannya PC2299064 bertarikh 29 Ogos 2012, Ihsan Ullah dibenarkan tinggal di Malaysia sehingga 06 September 2013 sedangkan dalam masa yang sama beliau memiliki Mykad bernombor 930105-76-5095. Jika sudah ada MyKad, kenapa harus memperbaharui PLS lagi?
Mengikut semakannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara, kata Rudy, MyKad Ihsan Ullah dikeluarkan pada 12 Oktober 2012 sedangkan dalam masa yang sama Ihsan Ullah masih memegang PLS dan Pasport Pakistan.
"Apa istimewanya warga Pakistan dan Filipina kerana mereka tidak perlu ke luar negara untuk memperbaharui Visa atau PLS mereka kerana ada orang tengah yang mempunyai hubungan dengan Jabatan Imigresen boleh 'menerbangkan' pasport mereka untuk dicop keluar di Merapok Sarawak sebelum cop masuk kembali melalui pintu imigresen yang sama," kata Rudy sedangkan pada hakikatnya, Kedutaan Pakistan yang terdekat ialah di Brunei, bukannya Sarawak.
Rudy menegaskan beliau agak terkejut kerana Permohonan MyKad Ihsan Ullah dibuat bapanya melalui Permohonan 12071012-20121022-102629-52 di Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu (WG12004834) pada 23 Julai 2012 telah diserahkan pada 22 Oktober 2012 berdasarkan kelulusan kewarganegaraan oleh KDN pada 16 Disember 2011.
Tegas Rudy lagi, Ihsan Ullah memegang Pasport Pakistan DA2740721 yang dikeluarkan pada 4 Mac 2010 dan masih berkuatkuasa sehingga 4 Mac 2015 iaitu memegang kerakyatan dua negara.
"Jika Hishamuddin mahu tahu atau berpura-pura tidak tahu sebelum ini, bapa Ihsanullah ialah pemegang IC Projek Mahathir yang dikeluarkan pada 1991 kerana kad pengenalan lamanya bernombor H0480263 dan kini memegang MyKad bernombor 560806-12-5175," kata Rudy yang merujuk nombor siri berkenaan terdapat di Muka Surat 257, buku IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir? (Bab Ops Gembling @ X-Files).
Kini sudah jelas kata Rudy, bapa Ihsan Ullah adalah Warganegara Pakistan yang diberi kerakyatan songsang melalui Ops Gembling sekalipun memegang kod kelahiran 12 iaitu di Sabah berbanding Ihsanullah 76 iaitu di Pakistan.
Warga Pakistan yang mendapat kerakyatan songsang seperti Said Ghani Bin Abdul Nabi dan sudah pastinya telah direkrut sebagai pengundi tegar BN, seperti cabutan rekod SPR berikut;
"Setelah mereka mendapat kerakyatan Sabah, maka mereka menyalahgunakan kelonggaran undang-undang di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu Permohonan Taraf Kewarganegaraan bagi Anak Kepada Warganegara Yang Berumur Kurang Daripada 21 Tahun untuk membawa anak mereka dari Pakistan menjadi warganegara Malaysia," kata Rudy yang meminta pembaca Sabahkini.net merujuk ke link berikut.
Sehubungan itu tegas Rudy, beliau terkesima apabila bukti berada di hadapan mata setelah Ihsan Ullah yang berusia 19 tahun telah diluluskan kerakyatan Malaysia ketika beliau masih berada di Pakistan dan mendapat kerakyatan tanpa saringan keselamatan yang ketat.
PERMOHONAN......Begitu mudah Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang memohon MyKad untuk anak mereka yang berada di Pakistan dan diluluskan dalam masa yang singkat.
MYKAD.....Bertuahnya Ihsan Ullah kerana permohonan Mykadnya diluluskan JPN pada 12 Oktober 2012 dalam masa tidak sampai setahun selepas Hishamuddin meluluskan kewarganegaraannya.
BELAKANG.....Salinan muka belakang MyKadnya bernombor 930105-76-5095 yang tiba 10 hari sahaja selepas JPN meluluskannya.
PLS......Pas lawatan sementara ini dikeluarkan kepada Ihsan Ullah berdasarkan taraf kerakyatan bapanya sebagai Warganegara Sabah berakhir pada 6 September 2012.
LUCU..... Pas Lawatan ini dikeluarkan 29 Ogos 2012 dan tamat tempoh pada 6 September 2013 sedangkan dalam masa yang sama Ihsan Ullah telah memegang MyKad.
Dengan jumlah anggaran 60,000 warga Pakistan yang mendapat kerakyatan Malaysia dan diberi kad pengenalan yang dikeluarkan JPN Sabah, maka tidak hairan jika mereka akan membawa masuk lebih 500,000 anak-anak dan isteri mereka ke Sabah melalui Fasal 15 (1) dan 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Rudy menegaskan bahawa adalah lebih wajar jikalau kerajaan melakukan penyiasatan ke atas perkara tersebut secepat mungkin kerana dipercayai telah berleluasa di negeri, termasuk di seluruh pelusuk pedalaman.
ORANG KITA.....Agak menghairankan setelah Orang Sabah dilantik sebagai Pengarah Imigresen, perkara sebegini boleh berlaku. Warga asing bebas keluar masuk dan menetap di Sabah sedangkan mereka menggunakan 'Pasport Terbang'.
Dalam pada itu, satu perkembangan berasingan, Rudy turut terkilan dengan sikap tidak bertanggung jawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Junis bin Amat @ Akucai, 48, suku kaum Murut untuk mendapat dokumen pengenalan diri untuk 4 orang anaknya.
Tegas Rudy lagi, Junis telah beberapa kali mengajukan masalahnya ke pihak atasan JPN namun alasan yang diberi amat mengecewakannya iaitu JPN mendakwa Junis berkahwin dengan orang asing; sedang mengikut amalan undang-undang yang sedia ada, kes sebegini tidak menjadi masalah atau kekangan bagi permohonan Junis untuk diluluskan .
Dalam pada itu, Junis ketika ditemui, masih dalam kebingungan memikirkan malang yang menimpa keluarganya kerana anak sulungnya, Azman yang dilahirkan tahun 1998 akan menghadapi PMR; anak keduanya Aznil lahir pada 1999, anak ketiga Aishawati dan Asyikah juga akan menghadapi masalah yang sama.
PAK KADOK.....Malang sekali keluarga Junis seperti Pak Kadok, menang sorak, tetapi kampung tergadai apabila menghadapi kesulitan mendaftar Mykad dan Sijil Lahir untuk empat orang anaknya.
Junis yang seolah-olah pasrah dengan keadaan itu, kini tidak langsung bersemangat apabila memikirkan bahawa besar kemungkinan masa depan persekolahan anaknya akan terjejas sekiranya JPN masih berdegil untuk tidak meluluskan dokumen pengenalan diri mereka.
"Apakan daya saya seorang kerdil, miskin dan tidak berupaya. Tiada apa yang saya dapat lakukan dan berbeza pula dengan orang yang berharta dan punya wang yang banyak, dokumen boleh diurus dengan sekelip mata," keluh Junis sambil menitis air matanya kesalnya.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Satu berita tentang Ketua Menteri Sarawak tersebar di dalam internet. Di dakwa berlaku pergaduhan di antara TS Taib Mahmud dengan isteri beliau.
Sila baca printscreen di bawah :
Laporan tersebut telah disiarkan di dalam Sarawak Report. Lihat di bawah :
ekekekekkek... Samseng khawin samseng.. apa nak di pelik nya.
Mimpi Senja
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Sri Nazri Aziz telah menafikan menerima apa apa wang dari jutawan Balak Michael Chia dan ia lebih berupa skandal RM40 juta yang melibatkan Umno Sabah. Beliau mengulas komen bloger MT yang kini dalam buangan di UK, Raja Petra Kamarudin yang juga dikenali sebagai RPK yang mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing masing telah menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia. "Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, ". Walaupun dia tidak langsung mengkritik Raja Petra atas dakwaan terbaru itu, Nazri berkata bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan perkara ini. "RPK adalah seorang yang sosial. Beliau menggabungkan dengan banyak orang, jadi dia mungkin mendapat maklumat daripada mereka. Kemudian menulis ini, ia memberikan saya peluang untuk menjelaskan cerita saya, " Nazri juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai pengaruh ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM atau badan kehakiman, sambil menambah bahawa jika dia terpaksa, kes Chia akan digugurkan. Dalam laporan MT, Raja Petra mendakwa bahawa Chia sendiri datang ke Parlimen untuk menyerahkan RM3 juta kepada Nazri, selepas didakwa Nazri sendiri bahawa perkara berkaitan skandal RM40 juta telah ''diselesaikan''. Beliau juga mendakwa bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Peguam Negara Abdul Gani Patail juga terlibat sama. sesuai dengan moto kerajaan Barisan Nasional 1Malaysia Rakyat di bahulukan. penipuan di utamakan.
by @tiewnama - tahu cara membaca pemikiran pemimpin Barisan Nasional? senang saja, terbalikkan saja semua ayat di atas, kalau nafi tu maknanya betul. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang. Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat atau PKR di Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun. "Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini. berikut adalah janji Barisan Nasional jika berjaya memerintah selangor semula, pertama, sistem AES jpj akan di perbanyakkan lagi di jalan jalan sekitar selangor kerana di dalamnya terdapat banyak kemalangan yang melibatkan jalan jalan utama di negeri ini, sistem ini supaya rakyat lebih bersiplin dan wajib membawa kereta pada kadar 60kmj saja di jalan2 utama hatta kereta royroice agung sekalipun, kedua, empangan langat 2 akan di bina supaya ianya dapat membekalkan air yang banyak kepada pengguna di sekitar selangor dan seterusnya dapatlah kerajaan menaikkan lagi harga air ketahap yang lebih mesra kroni dan lebih menindas rakyat, ini penting kerana syarikat syabas yang pengarahnya mempunyai keahlian umno seumur hidup wajib di bayar gaji rm 5.1 juta setahun dan bonus 20 juta setahun kerana berjaya membawa harga air naik untuk kekayaan golongan elit melayu, ketiga, harga elektrik akan di naikkan lagi bagi menampung perbelanjaan 5 syarikat kapitalis letrik yang mempunyai kaitan dengan dana Barisan Nasional yang memaksa tnb membeli tenaga letrik lebih mahal dari yang di jual kepada rakyat, kenaikkan harga letrik ini adalah untuk menampung rm 19 billion subsidi kepada 5 syarikat swasta kapitalis kroni kerajaan Barisan Nasional tadi, rakyat perlu menanggung semua bayaran kenaikan kerana bersesuaian dengan moto BN 1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.
by @tiewnama - Melayu menyampah dengan UMNO isu Rasuah, Cina Menyampah dengan MCA isu chua soi lek hina ISLAM, India Menyampah dengan MIC sebab sami velu buat projek VILLA batu caves. tinggal siapa lagi nak sokong Barisan Nasional? PPP? GERAKAN? kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Maran, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan setiap pemimpin dan parti politik supaya berhati-hati dalam menegakkan manifesto masing-masing serta diminta berpolitik secara bertoleransi. Titahnya apa yang perlu diutamakan adalah pengorbanan mereka untuk kesejahteraan rakyat, agama, bangsa dan negara. "Setiap pemimpin dan parti politik perlu mengurangkan perbezaan dan mengamalkan politik berasaskan toleransi, jangan berjuang dan berkorban untuk kepentingan diri semata-mata tanpa memikirkan implikasinya terhadap rakyat," bercakap pada majlis ibadah korban perdana Parlimen Maran di sini, Ahad. Baginda bertitah setiap pemimpin serta parti politik juga perlu mengamalkan konsep muhibah dan harmoni dalam pentadbiran masing-masing. "Setiap parti mempunyai visi yang sama iaitu untuk membantu rakyat dan seharusnya mereka duduk bersama bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Percanggahan pandangan politik yang keterlaluan tidak membawa manfaat kepada kesejahteraan rakyat, malah hanya mengeruhkan keadaan dan tidak mencerminkan kematangan politik di negara ini," Abdullah turut berharap pihak yang menjalankan ibadah korban supaya memastikan daging haiwan korban sampai kepada golongan sasaran kerana bimbang ia juga mungkin akan dipolitikkan pihak-pihak tertentu. Pada majlis itu sebanyak 50 ekor lembu dikorbankan dan diagihkan kepada golongan memerlukan di 47 buah kampung di Parlimen Maran Pahang.
by @tiewnama - kahkahkahkahkah
INGAT ANAK MUDA SEMUA!
LEMBU JANGAN DI POLITIKAN!
ROZITA CHE WAN JANGAN DI POLITIKAN!
kahkahkahkahkahkah
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Langit di bumi malaysia hampir seakan runtuh kerana isu terbaru yang di dakwa mirip anak sultan, yang mana sebuah laman blog telah menyiar beberapa keping gambar terbaru mengenai keahli sunnah wal jemaahnya anak sultan di sebuah negeri ini. pihak tim era pasca juga tidak mengetahui bahawa gambar gambar yang di siarkan dalam blog itu tulin atau sebaliknya, tim era pasca mengharap agar gambar itu adalah gambar palsu dan seterusnya dapat membersihkan imej kesultanan yang menjadi ketua agama islam ada dalam malaysia pada hari ini. tim era pasca juga tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini.. anda nilailah sendiri akan kebenarannya.. blog itu sila klik SINI dan SINI
by @tiewnama - rozita che wan mana lah ni.. kikikiki Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tampaknya Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Dr Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kali ini dia akan bertanding di kerusi Dun. Dipetik dari satu laporan menurutnya beliau masih belum tentukan Dun mana, sama ada Selangor atau pun Pulau Pinang yang akan ditandingi. Katanya juga, parti akan menentukan kawasan mana untuk dia bertanding.
Wan Azizah: Boleh jadi penasihat.
Sekali tenguk kenyataan itu serius, tetapi saya tidak mengira Wan Azizah sendiri serius untuk bertanding. Bagi saya tidak perlu beliau berbuat begitu. Cukuplah suaminya Anwar dan anaknya Nurul Izzah saja mengambil bahagian sementara beliau lebih afdal menjadi penasihat dari rumah. Walaupun kronisme dalam politik perkara biasa, tetapi dalam konteks hari ini dan suasana kini tidak elok kalau suami isteri dan anak bertanding. Apakah Anwar atau keluarganya ingin mencatat rekod di mana tiga beranak berada dalam dewan dan paerlimen serentak? Mahu mengatasi keluarga Lim Kit Siang di mana dia, anak dan menantu berada dalam dewan?
Atau Karpal Singh di mana dia dan anaknya Deo berada dalam parlimen? Hanya kalau itu tujuan Wan Azizah bertanding tidak wajar untuk bekas MP Permatang Pauh itu ikut sama bertanding. Saya jamin kalau 'Nonaku Azizah' bertanding dia boleh menang. Namun atas kapasitinya dan melihat kepada pencapaiannya tidak sesuai kalau beliau bertanding.
Saya harap ura-ura Azizah akan turun gelanggang sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. Anwar diminta waras di dalam hal ini. Jika Azizah diharap meneruskan perjuangan atas andaian Anwar terpaksa berundur atas sebab-sebab tertentu, bukankah Nurul Izzah sudah ada sebagai galang gantinya.
Dunia tidak mahu melihat akan berlaku perebutan jawatan dalam sebuah parti di antara anak dengan ibu. Dalam politik serba boleh berlaku kerana setiap individu atau tokoh itu akan ditentukan oleh penyokong dan bukan pertimbangan peribadi. Sekiranya Wan Azizah digembur untuk menjadi pemimpin masa akan datang pasti dia akan bertembung dengan Nurul Izzah yang nampak sedang mempersiapkan diri.
Lagipun penyertaan Wan Azizah akan menjadi ejekkan dan persendaan oleh pihak lawan kelak. Lebih merumitkan lagi ia akan dijadikan precedent oleh mana-mana pihak untuk berbuat demikian. Kalau ini berlaku dan orang lain juga ingin meletakkan isteri, anak, dan menantu serentak tidak boleh dibantah sebab presiden dan penasihat umum Keadilan juga berbuat demikian.
Politik memang tidak waras tetapi orang yang waras boleh mewaraskan politik. [wm.kl.12:55 t/hari 30/01/12]
Sebelum dikemukakan bakal-bakal calon kerusi parlimen dari Pas, saya terlebih dahulu akan menarik perhatian umum terhadap harapan dan impian Umno Kelantan untuk menakluki beberapa kerusi parlimen. Kita kaji dan analisa apakah harapan Umno ini bakal menjadi kenyataan atau ianya sebuah mimpi saja. Selepas ini nama-nama bakal calon kerusi Parlimen akan dibentangkan untuk sama-sama difikirkan kemunasabahannya.
Mustapa Mohamed
Daripada 14 kerusi parlimen di Kelantan Umno dipercayai mensasarkan sekurang-kurang lapan kerusi dengan harapan akan menang sekurang-kurangnya enam kerusi. Umno menyedari akan kesukaran mereka untuk menang 2/3 kerusi parlimen di Kelantan. Sejarah tahun 1978 di mana Pas hanya memenangi satu saja kerusi parlimen iaitu Pengkalan Chepa menerusi Allahyarham Nik Abdullah Arshad tidak mungkin akan berlaku.
Bagi Umno kalau mereka memperolehi enam kerusi sudah mencukupi dan kalau mencecah lapan ini ia bermakna kejayaan agung yang membawa makna kerajaan Pas Kelantan akan tertumus.
Di dalam satu-satu kawasan parlimen terdapat tiga kerusi Dun kecuali di Tumpat, Kuala Krai dan Pasir Puteh ada empat kerusi. Kalau Umno memperolehi lapan kerusi parlimen ini bermakna parti itu merangkul sekurang-kurang 24 kerusi. Dengan jumlah itu Umno berjaya menubuh kerajaan Kelantan dengan simple majoriti.
Dalam pilihan raya ke-11 tahun 2004 lalu Umno memperolehi lapan kerusi parlimen, yang mana kemenangan itu menyumbangkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi-kerusi parlimen itu ialah, Kota Bharu, Bachok, Ketereh, Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.
Di dalam pilhan raya ke-13 yang bakal menjelma nanti pencapaian itu yang Umno inginkan. Baginya tidak mustahil kerana mereka sudah mencapai rekod berkenaan. Apa yang menyebabkan Umno merasa konfiden, kalau ketika pilihan raya ke-11 itu mereka tidak bersiap sedia untuk memerintah, tetapi pencapaian sudah ke tahap itu, apa lagi kali ini... dalam keadaan siap siaga ia tidak mustahil akan mendatangkan natijah sama. Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti kerajaan Pas berusia 22 tahun akan ranap.
Mungkin berdasar perkiraan inilah menyebabkan Mustapa sedang bergedik kaki untuk menakluki Kelantan.
Saifuddin Nasution Ismail
Mustapa Mohamed yang menjadi komandan bagi kali kedua sudah boleh berpuas hati kalau enam kerusi parlimen saja yang jatuh. Secara mudah kalau enam parlimen dirangkul bermakna 18 kerusi Dun yang diperolehi. Walaupun Umno tidak dapat memerintah tetapi Mustapa sudah berpuas hati kerana dapat mengekalkan pengaruh dan kekuatan Umno di Kelantan di zaman Umno terdesak dan hampir kehilangan sokongan di banyak negeri. Saya percaya kalau Umno terus mengekalkan Mustapa sebagai pengerusi perhubungan selepas pilihan raya ke-11 mungkin dalam pilihan raya ke-12 lalu Umno sudah memerintah Kelantan.
Lapan kerusi parlimen yang menjadi sasaran atau idaman Umno dalam pilihan akan datang ialah tiga kerusi diwakili PKR, iaitu Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Kerusi-kerusi lain ialah Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Manakala dua kerusi lagi yang dikira sudah pasti menjadi miliknya ialah Jeli diwakili Mustapa Mohamed dan Gua Musang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Mengikut penculaan Umno kesemua kerusi itu ditandai dengan warna "kelabu" bukan hitam, manakala kerusi Gua Musang dan Jeli ditanda dengan putih. Kerusi-kerusi lain ditandai dengan "hitam", ini termasuk Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian. Umno sudah melupai kerusi-kerusi berkenaan untuk dirangkulnya.
Dari lapan kerusi disasarkan Umno enam kerusi dikira munsabah dan mempunyai potensi besar untuk menang. Mari kita suluh satu persatu sejauh mana akan relevansinya. Kita mulai dengan kerusi Ketereh yang kini disandang oleh Abdul Aziz Kadir Pengerusi PKR Kelantan. Dalam pilihan raya lalu Aziz menang hanya 400 undi saja mengalahkan Annuar Musa. Kejayaan Aziz menewaskan Annuar Musa mengejutkan dan dianggap kejayaan peribadi buat Aziz kerana berjaya mengalah bekas bosnya. Sekiranya tidak ada pengkhianatan di kalangan rakan-rakan Annuar sudah pasti kerusi itu menjadi milik Umno. Dalam kata lain Aziz menang kerana adanya sabotaj sesama Umno.
Annuar Musa: Perlu bersara.
Kemenangan Aziz juga dikira diluar dugaan umum kerana jika dibandingkan dari segi ketokohan sebagai ahli politik antara Aziz dengan Annuar kata orang panggil tidak dengar. Aziz tidak mempunyai apa-apa kelebihan melainkan berkeperibadian baik berbanding dengan Annuar bekas seorang menteri. Dari segi pengaruh dan jentera pilihan raya, Aziz didokong oleh rakan-rakan dan bergantung kepada jentera Pas. Pengaruh partinya (PKR) tidak begitu besar di Ketereh. Tidak sampai 1,000 ahli PKR di Ketereh?
Atas hakikat itu Umno meletakkan Ketereh sebagai sasaran utamanya. Kerusi Ketereh menjadi appetizer bakal membuka lorong luas buat Umno. Bagi memastikan itu katanya kali ini Umno tidak akan menurunkan Annuar Musa yang sudah dua kali tewas di parlimen Ketereh. Tokoh yang disebut-sebut akan diletakkan di situ ialah Haji Mohd Alwi bin Che Ahmat, Adun Kok Lanas kini dan bekas ahli parlimen Ketereh. Alwi menang kerusi parlimen pada tahun 2004, dengan majoriti 2,888 menewaskan Muhammad Mustafa dari Keadilan.
Walaupun ada pendapat mengatakan sekiranya Annuar atau Alwi tidak diletakkan di situ akan berlaku tindakan 'kerat mengerat' tetapi Umno menyakinwi Ketereh akan bertukar tangan kali ini. Alwi dikatakan akan dikerat oleh Annuar dan begitu juga sebaliknya. Namun kali ini tindakan sebegitu rasanya tidak berlaku lagi memandangkan Umno Kelantan seakan bersedia untuk mengambil alih Kelantan. Sudah pasti kalau Umno Ketereh bersatu, ditambah pula dengan tidak ada campur tangan individu "si golok dua mata" yang selama ini mendatangkan "kabus sutra unggu" (mengucar dalam Ketereh) Alwi akan menang di Ketereh.
Bagaimana pula dengan kerusi Machang dan lain? Bersambung ke bahagian ke-3. [wm.kl.10:39 am 30/10/12]
Alah sensitif sangat sesetengah orang Pas terutamanya para ustaz muda yang baru pandai membelit serban atau baru pandai menambat tali pinggang keledar atas kapal terbang dalam memberi reaksi apa-apa teguran dan kritikan umum ke atas mereka. Sikit-sikit hendak berdebat sikit-sikit hendak berdebat mentang-mentanglah insturment debat itu dibenarkan oleh Islam.
Bukan semua debat membawa kebaikan. Apakah dimaksudkan 'memperlagakan' kepala itu membawa kebaikan dan diperlukan dalam serba serbi?
Asri: Jangan layan ulamak muda Pas.
Kalau sebelum ini ketua dewan pemuda Pas Nasarudin Hasan, selalu berkokok hendak berdebat dengan orang itu dan orang ini, kini ada watak baru pula yang menambah angkah dan bilangan ingin berdebat. Kali ini setiausaha dewan ulamak Pas, Dr Mohd Khairuddin A Razali pula mencandangkan untuk berdebat dengan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Isunya ialah ekoran teguran dan peringatan Asri secara umum agar pemimpin Pas bila menang mentadbir kerajaan kelak tidak jadi seperti Ayutullah. Saya tidak pun mendalami apakah maksud Asri itu dan menganggap ia sebagai peringatan biasa yang tidak perlu diberi reaksi. Sebagai seorang pendakwa dan aktif menulis pandangan itu terbit dari celah mindanya saja.
Suara yang dinyatakan itu adalah kelumit-kelumit kebimbangan mungkin yang ada beliau tersilau ada unsur-unsur berkenaan bakal berlaku di dalam Pas kelak.
Saya rasa teguran atau peringat (lebih tepat) Asri itu tidak salah. Ia untuk kebaikan Pas juga. Lagipun peringatan itu sekiranya Pas menang dan memerintah negara ini. Saya tidak tampak Asri sudah membuat dakwaan yang pemimpin Pas waktu ini termasuk Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat sudah bersikap seperti Ayatullah, iaini dalam bahasa mudah diktator yang menggunakan pendekatan agama. Maaflah kalau istilah saya ini salah.
Jadi kenapa Pas perlu memberi reaksi berlebihan sampai hendak berdebat. Apa hendak tunjuk handal atau hendak pamer ilmu lebih? Teguran Asri itu wajar dilayan dengan cara membalas dalam satu artikel saja, tidak payah di pentas siap dengna prop, pembesar suara kemudian dirakam yang mana rakaman akan diecerkan dalam Fb. Cukup jawab dengan sehelai kertas saja kalau hendak jawab.
Islam memang mengajar berdebat demi mencari kebenaran bukan hendak menunjuk hebat dan ketinggian ilmu. Dari konteks politik saya bimbang kalau berlaku perdebatan unsur itu akan menjunjung diri kerana perangai politik itu sendiri begitu, tidak mudah mengaku kalah.
Teguran Asri itu tidak memberi apa-apa implikasi pun. Rakyat negara ini tidak akan menggeruni dan menjauhi Pas dengan teguran itu. Apa lagi realitinya tidak begitu.
Bila ada orang melenting dan merasakan teguran itu serius apakah ianya terkena ke atas batang tengkoknya sendiri? Di sinilah kefatanahan siasah diperlukan. Bukan semua isu atau kritikan harus dilayan dengan cuba menempelak orang yang membuat teguran. Asri tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam hal ini, beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai da'i saja.
Saya bukan hendak bela Asri, tetapi ulamak didalam Pas harus mengerti dan sedar bahawa ada perbezaan naiwatu di antara mereka dengan Asri. Asri tidak menggunakan politik sebagai acuan atau medan dakwah berbeza dengan ulamak muda dalam Pas yang terpaksa menggunakan acuan dan rukun-rukun politik 4C dalam berjuang dan berdakwah. Jadi mereka tidak akan terlepas dari 'tersesek' dengan elemen kotor politik.
Kepada Asri selamatkan Pas dengan isu ini, iaitu jangan layan permintaan ustaz muda Pas itu. Biarlah sdr dikatakan kalah tidak mengapakah asalkan hakikat kemenangannya untuk Pas. Bukan apa saya bimbang kerana ghairah untuk berdebat, bertukar-tukar fikiran takut perdebatan itu merendahkan martabat dan kualiti keulamakan mereka pula. Kalau itu berlaku bukankah itu namanya kes nyanya? [wm.kl. 6:50 pm 29/10/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit.
"Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat," katanya.
Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.
Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit.
"Di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, sebahagian besar balak habis (ditebang)…bukit sudah botak," katanya sambil menegaskan akan mengemuka bukti dari masa ke semasa.
KEADILAN Selasa lalu mendedahkan mengenai pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Mohammad membabitkan 487.3 hektar hutan yang diwarta sebagai hutan simpan sejak 1918.
Kuala Lumpur: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Beirut minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Tentera Lubnan semalam, atas tuduhan menganggotai kumpulan al-Qaeda.
Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, dan Razif Mohamad Ariffin, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu sebaik mereka dibawa ke mahkamah berkenaan pada jam 10 pagi (4 petang waktu tempatan).
Bagaimanapun, hakim menangguhkan kes itu untuk disebut semula esok bagi membolehkan kedua-dua tertuduh mendapatkan khidmat peguam bela.
Mahkamah juga membenarkan permohonan bapa Razif, Mohamad Ariffin Abdullah untuk menemui anaknya selama setengah jam sebelum kedua-dua tertuduh di bawa ke Pusat Tahanan Tribunal Tentera Beirut.
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan, berkata hakim yang mendengar kes itu memerintahkan supaya mereka mendapatkan khidmat peguam bagi membela mereka.
Katanya, pihak kedutaan sudah mengenal pasti sebuah firma guaman di Beirut dan sedang mengkaji fakta kes itu.
Ilango berkata, beliau sudah menghantar dua pegawai kedutaan untuk menemui kedua-dua tertuduh di pusat terbabit.
Minggu lalu, pihak berkuasa Lubnan menahan tertuduh di sebuah hotel di Beirut kerana dipercayai menganggotai kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.
Ariffin ketika dihubungi berkata, beliau sempat bertanyakan mengenai keadaan kesihatan anaknya selain mendapatkan maklumat lanjut sama ada diseksa semasa berada dalam tahanan.
Katanya, beliau juga masih menunggu maklumat lanjut berhubung penahanan anaknya itu namun enggan mengulas lanjut mengenai tuduhan terhadapnya.
Saya minta mana-mana pihak agar dapat memberikan saya sedikit masa dan ruang bagi mengikuti proses tuduhan ke atas anak saya dan buat masa ini saya tidak dapat mengulas dakwaan terhadap Razif, katanya yang dihubungi sejurus selesai mengikuti proses pertuduhan di mahkamah.
Ibu Mohamad Razin, Sharifah Asma, berkata dia tidak tahu bagaimana anaknya boleh ditahan atas kesalahan menganggotai kumpulan al-Qaeda.
Anak saya tinggal di Melaka dan menuntut di sebuah kolej di Trolak dan sementara saya dan suami menetap di Putrajaya, saya sering berhubung dengan anak saya namun, kami tidak mengetahui pembabitannya dalam kumpulan itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Antipengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sentiasa memantau pergerakan rangkaian kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.
Kita tak menerima maklumat mengenai rangkaian al-Qaeda di sini, namun tidak menolak kemungkinan adanya aktiviti merekrut rakyat tempatan menganggotai kumpulan itu di negara jiran.
Kita juga memantau kenalan kedua-dua rakyat Malaysia itu bagi mengesan sebarang maklumat atau aktiviti mencurigakan, katanya.
Mohamad Fuzi berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap pihak berkuasa di Lubnan mengenai penahanan itu.
Rakyat Malaysia ditahan di Lubnan tinggalkan kolej Ogos laluTROLAK - Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan, telah meninggalkan pengajiannya pada Ogos lepas.
Pengurus Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak Norhana Samsudin berkata, pelajarnya Mohammed Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, berhenti daripada meneruskan pengajian peringkat sijil kursus Juruteknik Sistem Komputer.
"Beliau memasuki kolej ini pada 2011 dan merupakan seorang pelajar yang baik.
Beliau tidak mempunyai masalah akademik atau masalah disiplin. Tiada luar biasa mengenai pelajar itu," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pihaknya tidak pasti sebab Mohammed Razin berhenti daripada pengajiannya yang mengambil masa setahun setengah dan sekiranya masih belajar, beliau kini menjalani latihan praktikal selama tiga bulan.
Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa seorang lagi rakyat Malaysia yang ditahan, Rafik Mohammed Ariffin, 28, di Lubnan merupakan bekas pelajar kolej itu.
"Setakat ini tiada pelajar nama berkenaan, memang tidak pernah dengar dan tiada," katanya.
Norhana berkata sekiranya Mohammed Razin menghabiskan pengajiannya, beliau sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen yang dijadual berlangsung pada akhir tahun ini.
Selain itu menurut rakan Mohammed Razin yang enggan dikenali, pelajar berkenaan merupakan seorang yang pendiam dan berpegang kuat kepada agama.
"Beliau seorang pendiam, sering kaitkan sesuatu dengan al-Quran dan kisah-kisah Nabi," katanya.
Difahamkan, ibu bapa Mohammed Razin ada menghubungi pihak kolej baru-baru ini selepas pelajar itu dipercayai hilang dan tidak dapat dikesan.
Media hari ini melaporkan bapa Rafik merupakan bekas tentera manakala Mohammed Razin yang berasal dari Kuala Lumpur pernah menuntut di sebuah kolej di Trolak, Perak.
Pada Khamis lepas, akhbar Lubnan, Al-Joumhouria' memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.
Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.
Al-Joumbouria berkata dua bulan lalu, kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati - Bernama.
Rakyat Malaysia di tahan di Lubnan perlukan pembelaan kerajaan, kata MPKUALA LUMPUR, 30 Okt — Susulan penangkapan dua rakyat Malaysia di Lubnan, ahli parlimen (MP) yang ditemui semalam menggesa kerajaan Malaysia memberi pembelaan kepada mereka dengan menghantar satu pasukan peguam.
MP Wangsa Maju Wee Choo Keong, yang ditemui The Malaysian Insider, berkata kerajaan perlu bertanggungjawab untuk memberi pembelaan kepada semua rakyat Malaysia kerana selagi belum dibuktikan bersalah, mereka perlu diberikan keadilan.
"Walaupun mereka ditangkap, tidak bermakna mereka bersalah.
"Kementerian Luar perlu bertanggungjawab untuk menyediakan peguam kepada rakyat Malaysia tersebut bagi mendapatkan pengadilan di Lubnan tetapi pada masa sama kita perlu menghormati undang-undang disesebuah negara tersebut," kata Wee.
Menurut Wee lagi beliau tidak menolak berita penangkapan tersebut mungkin memberi impak negatif kepada imej negara tetapi menyifatkan ia tidak adil untuk membuat penilaian umum.
"Hanya dua orang yang ditangkap. Jadi, tidak adil untuk mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara yang melahirkan pengganas."
Chua Tian Chang (Tian Chua) juga senada dengan Wee yang bertindak menggesa kerajaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada dua warga Malaysia tersebut.
"Sehingga tidak dibuktikan bersalah mereka masih tidak bersalah dan pengadilan perlu diberikan.
"Kes ini perlukan perhatian daripada pihak kerajaan dan perlu kedua-dua mereka yang ditahan ini mendapat hak untuk pembelaan.
"Ia bagi memastikan rakyat Malaysia tersebut tidak dianiaya dan tidak boleh membiarkan kes tersebut berlalu begitu sahaja. Campur tangan kerajaan perlu dalam kes ini," kata naib presiden PKR itu.
MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai status dua orang rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan itu dan dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa al-Qaeda.
"Wisma Putra perlu jawab tentang isu ini agar semua rakyat Malaysia boleh tahu.
"Lebih baik lagi, jika Wisma Putra dapat memberikan laporan tersebut semasa sidang parlimen sedang berjalan sekarang agar perkara ini dapat dibincangkan bersama," kata naib presiden PAS ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Sabtu lalu, pihak berkuasa Lubnan menahan dua warga Malaysia kerana dipercayai akan menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.
Menurut akhbar Lubnan, Al-Joumhouria memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.
Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.
Al-Joumbouria melaporkan dua bulan lalu kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.
Rancangan serangan itu diselaraskan oleh seorang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab atas kemasukan semua anggota jihad ke Syria, menurut akhbar itu lagi.
Akhbar itu melaporkan bahawa apabila dua warga Malaysia gagal memasuki Syria, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Lubnan bagi melakukan serangan pengganas tetapi aktiviti mereka berjaya dihidu oleh pasukan perisikan tentera.
Selepas dikesan, warga Malaysia itu ditahan dan siasatan menunjukkan mereka bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan di negara itu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan siasatan terperinci mengenai dua rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada masa sama pihak kementerian sedang menunggu laporan daripada Kementerian Luar mengenai latar belakang kedua-dua lelaki terbabit untuk tindakan lanjut.
"Masih terlalu awal untuk mengumumkan penglibatan mereka (dengan keganasan dan al-Qaeda)," katanya kepada pemberita hujung minggu lalu.
Sebuah jambatan di Sungai Rasau, Kampung Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Puchong runtuh petang tadi menyebabkan laluan dari kampung itu ke Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya terputus.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata runtuhan jambatan itu mulai berlaku pada kira-kira 2 petang sebelum ia runtuh sepenuhnya tiga jam kemudian.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya sedang melakukan kerja pembaikan.
"Penduduk di kawasan kampung itu dinasihat menggunakan laluan alternatif Jalan Puchong-Putra Perdana-Cyberjaya," katanya kepada Bernama.
Zaldino juga berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hakisan di sungai berhampiran.
Sementara itu, penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti terkejut dengan kejadian tersebut.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata ketika melalui jambatan itu pada kira-kira 1.30 petang semalam, beliau terasa kenderaannya 'terhayun'.
"Saya segera memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Kampung tetapi ia runtuh setengah jam kemudian. Mujur ketika kejadian, tiada kenderaan yang lalu dan tiada orang cedera," katanya ketika ditemui di sini.
Hafiz berkata retakan dan lubang kecil mula dikesan pada jambatan itu enam bulan lepas namun tiada kerja baik pulih dilakukan. Saiful Wan Mohd Rosli, 40, pula berkata laluan itu juga sering digunakan lori dan treler yang berkemungkinan menyebabkan retakan.
"Saya menyedari retakan pada laluan ini semasa pulang dari solat Jumaat minggu lepas dan saya mendapati seperti ada lubang yang agak besar di bahagian bawah jambatan itu," katanya. -BERNAMA
Runtuhan jalan semakin serius
SEPANG – "Pada mulanya lubang yang berada di tengah jalan utama Pulau Meranti itu hanya bersaiz 0.3 meter tetapi saya terkejut apabila melihat lubang itu membesar dan mengakibatkan runtuhan yang serius semalam," kata penduduk kawasan berhampiran, Norizan Abd Hamid, 48.
Norizan berkata, kewujudan lubang itu disedarinya pada sambutan Aidilfitri lalu namun tidak menyangka keadaan menjadi teruk sehingga menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup kepada umum, petang semalam.
Katanya, dia turut bersyukur kerana ketika kejadian berlaku dia tidak melalui jalan itu untuk pulang ke rumahnya di Taman Kipark sebaliknya mengambil keputusan berkunjung di rumah sahabat yang mempelawanya makan tengah hari di Taman Bukit Puchong.
Dakwa Norizan, dia tidak tahu apa yang berlaku sekiranya pulang ke rumah pada waktu sama insiden berlaku kerana hasrat awalnya hendak pulang dari rumah rakannya pada jam 2 petang.
"Memang bernasib baik kerana pada waktu kejadian jalan mendap dan runtuh saya serta rakan tidak melalui jalan itu sebaliknya mengambil keputusan menerima pelawaan seorang sahabat lain untuk makan bersamanya.
"Terkejut sangat apabila melihat lubang yang kecil itu sudah berubah menjadi besar," katanya yang menggunakan laluan itu setiap hari kerana jalan itu lebih dekat berbanding menggunakan laluan lain.
Norizan berkata, desakan hati untuk melihat insiden itu menyebabkan dia ke lokasi kejadian bersama suaminya kira-kira jam 4.30 petang dan terkejut apa yang disangkanya selama ini berlaku.
Katanya, sebelum ini dia sudah berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat lubang terbabit tambahan kejadian hujan lebat yang berlaku beberapa bulan lalu menambahkan lagi kebimbangannya.
"Pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke tadika, saya nampak lubang itu membesar tetapi tidak sangka ia akan runtuh ketika hendak menghala pulang selepas ke rumah rakan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kejadian berlaku di Batu 8, Kampung Sungai Rasau, Pulau Meranti menghala ke Puchong.
Katanya, insiden itu menyebabkan kedua-dua arah jalan utama berkenaan terpaksa ditutup kepada pengguna jalan raya selepas runtuhan bersaiz lebih tiga meter berlaku.
"Semua agensi berkenaan sudah dipanggil meninjau lokasi kejadian dan jalan itu akan ditutup sehingga kerja baikpulih selesai dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan Cyberjaya atau jalan alternatif lain -SH
Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.
"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES.
"Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.
Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.
"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.
Guan Eng berkata setakat ini kerajaan Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.
"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan.
"Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.
Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had lajut.
"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam.
Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang.
AES Dipulang Kepada Kerajaan Selepas Lima Tahun, Siapa Untung, Soal Guan Eng.
KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Sistem Kamera Automatik (AES) akan dikembalikan kepada Kerajaan Pusat selepas lima tahun.
Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang disiarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew hari ini.
"Kalau ada kebaikan selepas lima tahun dipulangkan kepada Kerajaan Pusat, saya nak tanya kamera 1Malaysia (AES) dipulangkan? "Saya tidak nampak kebaikan. Dia nak pulangkan semula kerana sudah mengaut keuntungan yang cukup.
"Saya tidak tahu dia (Cho Ha) nampak apa kebaikan kepada kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Tambah Guan Eng, kerajaan perlu mengkaji semula kadar kelajuan sedia ada yang disifatkan tidak praktikal.
Berdasarkan statistik, 831 buah kamera yang akan dipasang diseluruh Malaysia dengan 331 buah kamera tersebut diletakkan di negeri Pakatan Rakyat (PR).
Tambahnya lagi, semua negeri yang ditadbir PR mengambil langkah menangguhkan pemasangan AES bagi memperincikan segala maklumat penting mengenai perkara ini.
Beliau turut membangkitkan mengenai surat saman yang sehingga kini belum dikirimkan kepada pengguna jalan raya.
"Bila surat saman akan dikirmkan kepada pengguna yang ditangkap (kamera AES)?
"Saya nak tahu bila? Apakah selepas PRU-13 ia akan dihantar?" soalnya lagi.
Sistem AES dipasang di seluruh negara, melibatkan syarikat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd dengan jumlah pelaburan bernilai RM717 juta.
"Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya -selangorku
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak.
"Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti dalam satu wacana baru- baru ini," kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali kepada Harakahdaily.
Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.
Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.
Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: "Demi masa. Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr)
Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan.
Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri.
"Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.
Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam," ujarnya.
Ulasan GB
Demikianlah. Kita berharap tiada banyak alasan dan tepisan untuk Dr.Asri menerima jemputan PAS untuk berwacana.
Berani cakap beranilah tanggung. Kita berhujjah bersama-sama. Bukankah Islam dan kebenaran itu tertegak dengan hujjah?
KOTA BHARU: "Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam.
Kalau tak tutup aurat "padanlah" kalau kena rogol pun.
"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.
Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.
Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.
Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.
Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
"Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.
"Jadi mereka tidak layak memimpin negara.
Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya.
Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya ia terletak kepada keputusan parti dan dirinya sendiri.
"Kalau saya rasa boleh bertanding, saya bertanding, namun kena dengar dahulu keputusan parti.
"Apabila parti buat keputusan bertanding maka bertandinglah kecuali saya kata tak boleh bertanding lagi kerana masalah kesihatan atau sebagainya.
"Tetapi selagi saya berasa masih boleh bertanding dan parti pun setuju maka saya bertandinglah," katanya.
Menurutnya tidak ada had umur dalam perjuangan gerakan Islam kerana penamatnya ialah mati.
Mengenai calon dalam PRU-13, beliau berkata, PAS akan bertindak secara rapi dan berhati-hati berdasar kepada pengalaman lalu.
Ini kerana menurutnya negara ini bukan demokrasi sebenar sebaliknya hanya demokrasi buat-buatan sahaja.
"Kami tidak diberi lesen mengendalikan radio, surat khabar harian pun tak diluluskan permit, demikian juga dengan televisyen.
"Akses media sangat tidak adil. Ini kerana mereka tahu perjalanan gerakan Islam adalah pada landasan yang betul.
"Apabila diberi peluang mendapat tempat dalam suratkhabar menyebabkan rakyat sedar dan menolak fahaman kebangsaan.
Namun mereka sekat supaya rakyat terus jadi bodoh," kata beliau. -HD
Petani di Sekinchan membuat laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tender pemberian benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria tender.
Menurut laporan polis yang dibuat petani itu semalam, mereka mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.
Laporan polis oleh Misran Serman, Loo Kim Yong dan S Ragavan di balai polis Sekinchan itu antaranya mendakwa lebih separuh kuota subsidi benih padi sah setahun berjumlah 80,000 tan metrik dianugerahi kepada syarikat kroni.
Antara lain kandungan laporan polis itu juga menyebut kebimbangan sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat ditangani syarikat terbabit sehingga mengancam bekalan benih padi sah.
Noh pada 18 Oktober bagaimanapun mendakwa isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang "seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata".
Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang. -mk
Batu caves - Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.
Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.
Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak.
"Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan menyambar terus kepada enjin kereta.
"Saya dan isteri berada di luar kenderaan manakala anak (T Priyadharyshyini) berada dalam kereta bertindak melompat keluar menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika kejadian.
Insiden menyebabkan Tehinagaran mengalami kecederaan kecil apabila tangan dan kepalanya melecur manakala anak dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kejadian menyebabkan anak saya trauma kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku.
"Dianggarkan lebih RM10,000 kerugian dialami apabila dua telefon bimbit, GPS dan alat permainan DVD hangus dalam kebakaran," katanya.
Sejurus kejadian, dua jentera bomba dari Gombak Selatan dan Selayang tiba di tempat kejadian.
Anggota bomba dengan kekuatan seramai 11 orang mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran.
Ketua operasi, Nasir Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran gas.
KENYATAAN Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga tetapi segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa?
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib solat lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman :
Maksudnya : "Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.
Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk dibawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO dipecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.
PAS DAN DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.
Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.
PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PRESIDEN PAS
Sent from my BlackBerry®
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) terus mempersoal alasan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan dan mengenakan saman terhadap pesalah trafik.
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) dewan itu, Mohd Firdaus Jaafar, berkata tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh LPAS mendapati rata-ratanya tidak menyokong pelaksaan sistem ini.
Ini kerana ianya dilihat bukan untuk keselamatan semata-mata tetapi lebih kepada cuba mengaut keuntungan yang agak besar dalam masa singkat.
"LPAS juga mempersoal adakah pelaksanaan kamera AES ini dapat menjamin 100 peratus keselamatan kepada pengguna jalan raya, mendisplinkan pengguna jalan raya ataupun sebaliknya hanya mahu membuat keuntungan semata-mata," soalnya.
Beliau berkata demikian mengulas alasan yang diberi kerajaan kononnya AES perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan maut.
Menurut Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai, banyak faktor lain juga yang menyumbang kepada kemalangan maut selain faktor memandu secara laju.
Ia termasuk soal kualiti permukaan jalan raya, keadaan kenderaan dan lain-lain.
"Kerajaan mahupun JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya) sepatutnya menyelesaikan faktor-faktor penting yang boleh menyumbang ke arah kemalangan jalan raya, bukannya mencari salah pengguna jalan raya yang kononya membawa kenderaan dengan laju.
"Dengan alasan seperti ini terlalu senang kerajaan Umno BN membazir ratusan juta semata-mata untuk mewujudkan kamera AES sedangkan banyak lagi kaedah dan cara yang lebih efisyen serta menjimatkan," katanya.
Malah katanya, kerajaan juga boleh menggunakan kaedah lain selain AES bagi menangani masalah kemalangan maut tersebut.
"Dah sampai masanya Kerajaan mahupun JKJR memikirkan dan juga mengkaji polisi-polisi atau plan-plan perancangan demi untuk kepentingan pengguna jalan raya dan bukannya 'berniaga dengan nyawa rakyat'," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Datuk Mahfuz Omar turut mendedahkan satu kajian yang dibuat menunjukkan kadar kemalangan di bandar yang menggunakan kamera AES lebih tinggi berbanding bandar yang tidak menggunakan sistem tersebut.
Kajian yang dibuat sekumpulan masyarakat awam pembayar cukai di London itu mengkaji kadar kemalangan terhadap 1000 kenderaan berdaftar di beberapa bandar yang menggunakan AES dan tidak menggunakan AES.
Kajian mereka mendapati kadar kemalangan di bandar London yang menggunakan kamera AES adalah 90.9.
Sebaliknya sebuah lagi bandar Swindon di UK yang telah memansuhkan kamera AES pada 2009 hanya merekodkan kadar kemalangannya 2.0.
Berikut adalah cadangan LPAS kepada kerajaan:
- Sepatutnya pihak Kerajaan Persekutuan dan juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) perlu menyelesaikan masalah ini dengan menganal pasti dan membaik pulih setiap permukaan jalanraya yang mempunyai faktor risiko yang tinggi terjadi nahas kemalangan, supaya ia selamat kepada pengguna jalan raya walaupun dalam keadaan cuaca panas mahupun hujan.
- Memasang lampu-lampu keselamatan di tempat-tempat yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan agar jalan seperti ini sentiasa kelihatan terang dan jelas semasa memandu pada waktu malam. Tetapi sebaliknya pemasangan lampu-lampu ini hanya berada di zon-zon bandar dan juga di plaza tol-tol.
- Pihak JKJR, sepatutnya menyedarkan pengguna jalanraya dengan mengadakan kempen besar-besaran punca yang menyumbang kemalangan dengan mengiklankan papan tanda seperti jumlah atau peratus kemalangan, gambar-gambar kemalangan dan juga bilangan atau angka nyawa-nyawa yang terkorban di kemalangan jalanraya. papan iklan ini perlu dipasang setiap penjuru ataupun kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kemalagan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.
Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.
"Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.
Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.
"Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab," ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.
Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.
Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.
Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa.
Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor.
Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.
Bukankah syarikat putar alam ini milik rakan Mahdzir Khalid?
Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Antara Ahli Lembaga Pengarah PSSB ialah Dato' Ahmad Sudin, Dato' Bakri Hj Ali Mahamad dan Dato' Halim Said. Syarikat itu diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM40 juta. Harga siling yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco. Tetapi Pegawai kewangan Negeri pada waktu itu Dato' Rasli telah menaikkan harga kepada RM46 juta tanpa dibawa masuk dalam mesyuarat Exco.
Kes ini telah dilaporkan kepada SPRM dan Rasli telah disoal-siasat oleh SPRM berhubung isu tersebut. Jawapan yang diberikan oleh Rasli kepada SPRM ialah selaku Pegawai Kewangan beliau berhak berbuat demikian berdasarkan pekeliling tertentu (mungkin dari JPA). Malangnya selepas beberapa bulan berlaku Rasli masih belum dapat mengemukakan dokumen atau pekeliling itu kepada SPRM.
Cara kedua untuk 'menyelamatkan' Rasli ialah mengemukakan permohonan dalam Mesyuarat Exco untuk menaikkan harga kontrak berasaskan keperluan semasa, kenaikan harga barang dan sebagainya. Soalnya semasa Rasli menambah harga sebanyak RM6 juta itu projek belum berjalan, tidak mungkin berlaku tuntutan yang melebihi kos asal... tiang pun tak pacak lagi masa tu.
Projek bina kompleks MPSP belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat 'silap mata' yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor berdaftar (PKK) untuk melakukan projek itu. Khabarnya syarikat putar alam bernama Najwa Bina itu ialah milik rakan baik Mahdzir Khalid iaitu Fakhrulrazi. Orang kampung dah tahu itu.
PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Sekali lagi berlaku kepelikan kerana bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Mahdzir Khalid kena beri beri penjelasan bagaimana hal ini boleh berlaku. Jangan beri alasan 'saya tak tahu' nanti mendapat gelaran Bekas MB Serba Tak Tahu pulak! Yang paling bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentulah pembuat bayaran sendiri iaitu Rasli. Macam mana yang buat projek ialah Najwa Bina dapi bayaran dibuat atas nama FBS Bina? Jawab Rasli jawab
Khabarnya syarikat yang didakwa milik sahabat Mahdzir ini hanya mampu melakukan kerja permulaan, pasang cerucuk saja kot. Akhirnya syarikat kena terminate... kerajaan negeri jugak yang rugi. Kerajaan mana yang memerintah masa tu?? Jawab kuat kuat... BE ENDDDDD!!!
Cerita bayaran RM10 juta kepada Najwa Bina tu belum selesai. Banyak lagi jalan cerita dan konanya. Pi mana duit tu? Sapa yang usung cash duit tu? Depa beli apa?
Nak dengag cerita rajin-rajinlah melawat blog ini...
Oleh: Pak Dee Jantan - http://kedahla.blogspot.com/2012/10/bukankah-syarikat-putar-alam-ini-milik.html
SEBAGAI penduduk asli Kampung Semuning, Tambisan, saya telah mengikuti pendedahan demi pendedahan Sabahkini.net termasuk kes Samsuddin Yahya dan Surau Kampung Semuning; memuji keberanian dan keprihatinan Sabahkini.net membela nasib rakyat yang tertindas seperti kami.
Walaupun saya kini terpaksa merantau jauh dari kampung halaman untuk bekerja dengan syarikat asing di luar negara, tetapi hubungan dengan keluarga saya di Kampung Semuning tidak pernah terputus, apatah lagi dengan adanya Sabahkini.net.
Kepada siapa yang tidak kenal Samsudin mungkin terpedaya dengan helah dan kepalsuannya, tetapi bagi kami penduduk Kampung Semuning, telah masak dan mengetahui siapa sebenarnya Samsudin yang layak digelar 'Umang-Umang' atau 'Hermit Crab'.
Untuk makluman Pembaca Sabahkini.net dan Ketua Menteri Sabah, Samsudin Yahya bukanlah anak jati Tambisan atau Kampung Lupak Meluas, Sandakan (seperti dalam rekod JPN) sebaliknya Pendatang Asing Filipina yang datang ke Sabah sekitar usia 10 tahun.
Samsudin dilahirkan di Pulau Cagayan, Filipina tetapi telah dibawa oleh keluarganya ke Tambisan (masuk secara haram). Setelah bapanya bercerai dengan ibunya (keturunan Brunei) dan kembali ke Filipina, Samsudin dipelihara bapa tirinya, Yahya, iaitu sepupu Tun Juhar Mahiruddin.
Kini ibu Samsudin menetap di Brunei, manakala bapa tirinya, Yahya kini sudah meninggal dunia ketika menetap di Brunei. Sepanjang pengetahuan saya, Samsudin mempunyai empat adik beradik 'Saudara Anjing' iaitu satu ibu berlainan bapa kerana ibu Samsudin (namanya sudah lupa) telah bernikah tiga kali.
Hal-hal lain saya rasa tidak perlu sentuh kerana saya hanya ingin memaklumkan bahawa Samsudin adalah PATI dan memalsukan keterangan diri untuk mendapat MyKad Malaysia sebagaimana gundiknya, Pia Binti Dahlan.
Berbeza pula dengan kenyataannya pada 24 Oktober 2012 (di sini). Beliau kelihatan bersungguh-sungguh pula untuk menutup kebiadapan Presiden MCA yang telah menghina Hudud..
KUALA LUMPUR, 29 Okt - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.
"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES. Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.
Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.
"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.
Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.
"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan. "Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.
Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju.
"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang. "Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan kenyataan lamanya yang ditafsirkan pemimpin kanan MCA sebagai membenarkan merogol orang bukan Islam.
"Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat 'padanlah' kalau kena rogol pun.
"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily hari ini.
Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.
Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Sementara itu, menteri besar Kelantan juga dilapor berkata, dakwaan yang dilempar MCA terhadapnya sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong terhadap Islam.
Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.
"Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.
"Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.
Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.
"Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.
Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.
"Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab," ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.
Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.
Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.
Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa.
Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor.
Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.
KUALA LUMPUT 21 April - Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.
"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu…mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.
"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am…bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya. - www.selangorkini
Kenapa tiba-tiba heboh pasal nasi lemak punca kanak-kanak gemuk? Menteripun cepat-cepat bagi komen pasal obesiti ini. Adakah mereka gemuk kerana makan nasi lemakkah? Hal sekecil ini betul-betul menggelikan hati!
Apa tidaknya? Hal sekecil ini tiba-tiba mendapat liputan meluas dengan pelbagai pakar dari pelbagai institusi turut terpanggil dengan masalah GEMUK!
NASI LEMAK mengandungi 5 bahan utama yang diperlukan badan! Sains mengakuinya factor ini. Nasi lemak mengandungi; 1. Karbohidrat 2. Protein 3. Vitamin 4. lemak 5. garam galian
Budak tahun 5 pun dah didedahkan perkara ini. Kenapa VVIP di Malaysia tiba-tiba risau pasal NASI LEMAK sampai ada menteri yang melawat kantin-kantin sekolah.
Yang membuat rakyat Malaysia GEMUK bukan NASI LEMAK! Tetapi makanan moden!
KFC, MARY BROWN, SUGARBUN, McDONALD, FIZZA, AISKRIM, SOSEJ, HOTDOG, ROTI JOHN, dan beratus-ratus jenis lagi…!
Kenapa pula menteri-menteri tidak memantau semua premis makanan moden ini?
Very doubtful!
Semua menteri yang ada pada hari ini tidak gemukpun! Walaupun dari kecil mereka menjamah nasi lemak! Saya 100% yakin tidak seorangpun menteri hari ini 'Lahir sahaja terus makan KFC dan semua makanan moden di atas!' Itu belum termasuk makanan hebat-hebat di hotel-hotel!
Tolonglah jangan perbesarkan perkara sekecil ini! Kesian makcik-makcik yang baru sahaja cuba menambah pendapatan secara kecil-kecilan dengan berjual nasi lemak. Rezeki tidak seberapa inipun kita nak sekat! Kita bukan hidup di zaman Firaun!
Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.
Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.
Di samping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, diperingkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing danada Exco Agama daripada UMNO juga.
TETAPIsegala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi ditempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan dinegeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam.Manakala hukum hududpula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.
Parti UMNOlah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam didalam tubuh parti UMNOserta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku,kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.
Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.
Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalamgabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadicabang yang berteduh dibawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apasahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayahdalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS".Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman yang bermaksud:
Maksudnya :"Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas.Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa kemahkamah.Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.
Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan.
Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya,seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.
PAS DAN DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan diMadinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.
Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu.Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.
PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
Maka proses pelaksanaan undang –undang termasuk Hudud dibawa kedalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.
Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini diKedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.
DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA,MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukankepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara.Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.
Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Penulis adalah Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang.
(Datuk Ismail Kamus makan tengahari bersama TG Nik Aziz di Kota Darul Naim hari ini)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan hormat, Ustaz Datuk Ismail Kamus di pejabatnya.
Mereka berdua kemudiannya makan tengahari bersama di pejabat itu dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli oleh kakitangan pejabat MB. Ustaz Ismail Kamus adalah tokoh agama terkenal yang pernah menjadi Adun Gombak Setia setelah menang dalam pilihan raya umum 1999.
Namun beliau kemudiannya kalah dalam pilihan raya umum 2004 di kerui yang sama. Ustaz Ismail terkenal dengan ilmunya dan popular dalam siri ceramah dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.
Beliau juga terkenal dengn rawatan As Syifa' dan mempunyai ramai anak murid dalam bidang perubatan ini. -Hrkh
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan