Selasa, 30 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Dd i n b u n g a

Posted: 30 Oct 2012 07:30 AM PDT

Dd i n b u n g a


ANTARA 3 DARJAT, DAP, PKR DAN PAS

Posted: 29 Oct 2012 09:08 PM PDT

DARJAT DAP

DARJAT PKR



DARJAT PAS

SEMEMANGNYA BERMEGAH MEGAH CARA PAKATAN PEMBANGKANG,
SECARA MATA KASAR BOLEH DI KATEGORIKAN ANTARA PKR, DAP DAN PAS SIAPA DIANTARA PARTI INI YANG MENGUASAI POLITIK PEMBANGKANG.

PAS YANG BERDEGOR DEGOR DIKAMPONG MENCERITAKAN DIA KUAT SEDANGKAN DIA SENDIRI DI PERLEMBUKAN OLEH PARTI YANG MEMPUNYAI KEKAYAAN DAN SUMBER KEWANGAN YANG KUKUH SEPERTI DAP.

PKR YANG MENUNJUK NUNJUK KEKAYAANNYA, SEDANGKAN HAKIKATNYA CUKUP TAKUT DAN TUNDUK KEPADA DAP SEPERTI DI PULAU PINANG, TIMBALAN KETUA MENTERI DARI PKR NYARIS KENA SERANGAN JANTUNG SEBAB DI SERGAH OLEH KETUA MENTERI DAP KERANA MULUT CELUPAR.

KESIMPULANNYA, SIAPA PUN DALAM PKR DAN PAS YANG BERLAGAK KUAT HAKIKATNYA MEREKA TIDAK MAMPU UNTUK MENGENEPIKAN KEHENDAK DAP, MEREKA HANYA BERPOLITIK UNTUK MENGUNTUNGKAN DAP, MEREKA HANYA PENGLIPUR LARA DAN PELAKON OPERA YANG DITONTON DAN DIKETAWAKAN OLEH DAP DI PENTAS POLITIK.

JANGAN DIHARAP DAN DICITA CITA TINGGI KAN MEREKA INI AKAN MAMPU MEMBELA NASIB AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

JANGAN SAMPAI KITA SEMUA TERQURBAN.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN.



anakbukitgantang says

Posted: 30 Oct 2012 03:46 AM PDT

anakbukitgantang says


Islam tertekan di bawah DAP di Pulau Pinang

Posted: 29 Oct 2012 05:35 PM PDT



Umat Islam Pulau Pinang kemukakan  20 tuntutan

MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (tengah) menyatakan sesuatu dalam sidang akhbar selepas Majlis Silaturrahim Ummah, di Pulau Pinang, kelmarin. - UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG 29 Okt. - Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mengemukakan 20 tuntutan dalam usaha memastikan kesucian agama dan perpaduan umat Islam serta orang Melayu di negeri ini tidak terus terhakis.
 
Dalam tuntutan yang dihasilkan melalui Majlis Silaturrahim Ummah, di sini malam tadi, JMPP turut menuntut supaya larangan membaca al-Quran sebelum waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang ditarik balik.
 
Selain itu, mereka juga meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004 bagi membolehkan kuasa melantik Mufti dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam serta lima lagi perkara berkaitan agama diserahkan kembali kepada Yang di-Pertuan Agong.


Artikel Penuh: SINI
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

Politik Harian

Posted: 30 Oct 2012 03:37 AM PDT

Politik Harian


Azizan MB Paling Lemah!

Posted: 30 Oct 2012 02:43 AM PDT


Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai, suka berjenaka dan bersih. Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh, ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi. Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi.

Bagaimanapun, Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah. Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan 'kehilangan arah' akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku.

Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah. Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal.

Audit mendapati bahawa MB Kedah telah gagal mengenalpasti projek yang berisiko tinggi seperti perladangan di Papua New Guinea. Entah bagaimana, projek sebegitu besar boleh diteruskan dengan pinjaman berjumlah USD44 juta dari luar negara tanpa tandatangan Lembaga Pengarah. Pinjaman pula dibuat tanpa dokumen yang lengkap.

Begitu juga dengan projek 99 East Langkawi yang mengalami kerugian hanya kerana tidak menepati perjanjian tanpa sebab-sebab yang pasti.

Dan tidak perlulah disebut lagi tentang lantikan kontraktor yang tidak berdaftar sepertimana yang didedahkan secara meluas di dalam akhbar. Dari situ pula, terdedah kemudiannya amalan kronisme dan korupsi serta kelemahan yang ketara di semua peringkat pentadbiran yang terlibat.

MB yang kononnya Ulama ini juga gagal memastikan perihal agama dititikberatkan. Buktinya, Laporan Audit mendapati bahawa sijil halal negeri Kedah bagi tahun 2011 telah diberikan tanpa dikemukakan kepada jawatankuasa kerana jawatankuasa telah TIDAK PERNAH BERMESYUARAT. Sebaliknya semua kelulusan sijil halal dilakukan oleh YDP secara bersendirian atas alasan untuk kepentingan industry yang mana membangkitkan persoalan mengenai korupsi.

Semua yang berlaku ini amatlah mengejutkan kerana ia melangkaui kelemahan biasa dalam sejarah audit negeri.

Kedah bukannya negeri yang besar malah besar sedikit sahaja dari Perlis. Dari segi perindustrian juga Kedah masih jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Selangor atau Johor. Dengan hanya beberapa projek setahun tentunya aktiviti kewangan Kedah juga tidaklah begitu rancak. Dalam ertikata lain, tidak seharusnya seorang Menteri Besar terlepas pandang atau tidak sedar akan apa yang berlaku dalam negeri yang kecil ini.

Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk menafikan kelemahannya. Azizan juga tidak dapat lagi untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan terdahulu memandangkan projek-projek yang mengalami masalah yang 'pelik-pelik' ini adalah bermula ketika pemerintahannya.

Sudahlah projek yang 'diluluskan' tidak masuk akal, kerugian yang dialami pula diakibatkan oleh masalah yang tidak masuk akal juga. Di masa yang sama pula, Azizan langsung tidak mampu mencari projek yang benar-benar masuk akal yang amat diperlukan oleh Kedah dan rakyatnya. Contohnya, memelihara, memulihkan dan membina pusat-pusat pelancongan serta peninggalan sejarah. Sehingga kini, pusat pelancongan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah, hanyalah Langkawi, itupun dicetus dari pemikiran Tun Mahathir yang amat dibenci oleh PAS.

Kedah sebagai tamadun tertua seharusnya mampu menjadi pusat sejarah namun usaha untuk menggali dan mengorek serta mendokumenkan sejarah lama masih gagal dilakukan. Malang bagi Kedah kerana pemimpinnya hanya berminat untuk meraih undi tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka terhadap negeri tersebut. Sedangkan Kedah mampu mengatasi atau menyaingi Melaka dalam menjadi negeri bersejarah.

Ini belum lagi dikira masalah sampingan seperti KUIN atau KCS sendiri yang mana perasaan tidak puas hati di antara orang bawahan dengan orang atasan serta orang sekeliling berterusan tanpa apa-apa tindakan atau keputusan dari Azizan. Perebutan jawatan dalam pentadbiran Kedah juga dibiarkan berlarutan seolah-olah Azizan sudah buntu atau mungkin benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku.

Kini, setelah segalanya terdedah dengan bukti audit, kita tidak tahu sama ada Azizan sengaja buat tak tahu atau benar-benar tidak tahu. Beliau tidak pula memberi jaminan siasatan atau penambahbaikan akan dilakukan ke atas pendedahan audit.

Tetapi, apa yang beliau tahu ialah menuding jari kepada pihak lain serta mengangkat bahu mengaku tidak tahu. Langsung beliau tidak malu menjadi MB yang serba tak tahu.

Maka tidak hairanlah bila ada yang bertanya "Apa yang Azizan buat di Kedah?" Maka jawapan rakyat Kedah ialah "Azizan buat tak tau".

Coming Soon: Video Anwar-Shamsidar Bakal Tersebar ?

Posted: 29 Oct 2012 11:39 PM PDT


Laman suarapakatanrakyat.com yang mendakwa mendapat berita lewat malam tadi menyebut satu rakaman video Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri YB Azmin Ali, Shamsidar Taharin akan tersebar.

Menurut laman itu, rakaman video itu kemungkinan bersumber dari video yang disimpan oleh bekas rakan karib Anwar, Datuk S Nallakarupan yang sebelum ini pernah menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pada April lalu.

"Laman ini bimbang, Pakatan Rakyat akan sekali lagi terperangkap dengan permainan politik jahat UMNO seperti mana dalam soal penyebaran video lucah pertama yang mengaitkan Anwar dengan seorang pelacur dari China, jika mengambil mudah maklumat ini serta tidak bersedia dari sekarang.

"Dalam kes tersebut, bukan isu video lucah itu sahaja yang menyusahkan Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri, tapi kegagalan menunjukkan jam Omega yang didakwa keluarga Anwar tidak hilang sepertimana dakwaan asal oleh perakam video, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, turut menjadi isu politik yang tidak kurang hebat juga,"dakwa laman itu. -AIDC

Anwar Restui Azmin Ganti Khalid di Selangor

Posted: 29 Oct 2012 07:00 PM PDT


Sepintas lalu memang tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding sekali lagi bagi mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada PRU ke 13 nanti.

Sebelum inipun Ketua Umum PKR itu sudah mengumumkan Naib Presiden, PKR N. SurendraN, akan bertanding di Padang Serai manakala Pengarah Strategi, PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di Pandan.

Kerusi Padang Serai kini disandang N.Gobalakrishnan yang keluar PKR pada 29 Januari 2011 manakala kerusi Pandan diwakili ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Cuma jadi tanda tanya kenapa Anwar hanya mengumumkan Menteri Besar Selangor itu akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak tidak sekali dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang dimenangi Khalid pada 2008?

Apakah ini mesej Anwar bahawa Khalid hanya akan mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan dan tidak dicalonkan semula di DUN Ijok?

Menariknya, pengumuman Ketua Pembangkang itu yang juga penasihat ekonomi Selangor dibuat beberapa hari selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh mencadangkan wakil rakyat parti itu bertanding satu kerusi saja pada pilihan raya akan datang.

Namun, beliau berkata dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CEC), parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang dua kerusi iaitu kerusi DUN dan parlimen.

Karpal juga berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.

Lim kini wakil rakyat bagi kerusi parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Sepatutnya, Anwar boleh mengikuti cara Karpal bagi memastikan Khalid bukan sahaja kekal bertanding di Bandar Tun Razak tetapi di Ijok supaya Khalid kekal sebagai Menteri Besar sekiranya pembangkang kekal memenangi Selangor pada PRU ke 13.

Apabila beliau tidak berbuat demikian, timbul tanda tanya, apakah tindakan Anwar itu sebagai mesej awal kepada Khalid, yang disifatkan Anwar sebagai Menteri Besar paling 'cemerlang' bahawa Khalid tidak akan bertanding di Selangor lagi.

Apakah ini juga bermakna Anwar awal-awal lagi menghantar signal supaya timbalan presiden parti, Azmin Ali bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar?

Lagipun sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei pernah mengeluarkan pendapat bersetuju Khalid dipindahkan ke pentadbiran kerajaan pusat sekiranya pembangkang PRU ke13.

Beliau menyifatkan sebagai seorang yang berpengalaman luas dan sememangnya layak mentadbir di peringkat persekutuan.

Pandangan Shuhaimi dilihat selari dengan pendapat Azmin sebelum ini, yang menyatakan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan akan ditukar ke peringkat pusat selepas PRU13.

Selain itu, sudah diketahui umum bahawa Azmin dikatakan sudah memasang angan-angan menggantikan Khalid sebagai menteri besar malah sudah mengambil alih jawatan pengerusi PKR Selangor daripada Khalid.

Dalam pada itu, pengumuman demi pengumuman bakal calon PKR dalam PRU ke 13 hanya mengesahkan Anwar berkuasa penuh dalam parti itu bukannya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Walaupun sebagai Presiden PKR, Wan Azizah masih membisu mengenai calon-calon parti itu kecuali hanya mengumumkan beliau akan bertanding kerusi DUN di Pulau Pinang pada PRU nanti.

Wan Azizah mungkin tidak kisah suaminya itu mengumumkan nama-nama calon mewakili parti tetapi dalam isu membabitkan Khalid, pastinya Wan Azizah tidak senang duduk jika Anwar berkeras hanya mahu Khalid bertanding di Bandar Tun Razak sahaja.

Ini kerana Khalid dilihat rapat dengan Wan Azizah yang diketahui amat tidak menyenangi Azmin.

Namun, dengan mengumumkan Khalid kekal bertanding di Bandar Tun Razak dan 'membisu' pasal kerusi DUN Ijok atau DUN lain di Selangor, Anwar sudahpun membuka jalan kepada Azmin memburu cita-citanya sebagai Menteri Besar di negeri itu. -Agendadaily

Video KJ Bidas Kerajaan Selangor Yang Hipokrit!

Posted: 29 Oct 2012 07:00 AM PDT




Vedio Sidang Dewan Rakyat- Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan kerajaan negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.

Sidang Akhbar Musa Hassan Rekaan Pakatan Rakyat

Posted: 29 Oct 2012 06:00 AM PDT


Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'.

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

tunku

Posted: 30 Oct 2012 03:06 AM PDT

tunku


Azizan - A Clueless CM

Posted: 30 Oct 2012 12:10 AM PDT

Dato' Seri Azizan Razak, Chief Minister of Kedah is known by rakyat of Kedah as a laidback person, humorous and transparent. For those who do not think far, the three attitudes are enough to win their votes. They somehow fail to realize that administering a state requires more quality then just those three attitudes. However, the Audit Report which was presented recently should really be an eye opener for rakyat Kedah due to their mistake in giving trust to the wrong person. The report clearly showed that Kedah is now in a tough spot only because its Chief Minister do not have any control nor knowledge over things that are happening in his state. This is a very big problem, not as small as how PAS tried to portray to rakyat Kedah. His weakness has cost Kedah such huge loss, which should not have happened if he were to take preventive measures since beginning. The audit found that Kedah CM has failed to identify high risk projects such as the farming project in Papua New Guinea. From nowhere, such big project continued with loan worth USD44 million from a foreign country without any signature from the Board of Directors. The loan was also signed without proper complete documentation. The same thing goes to 99 East Langkawi project which suffers damages only because it does not follow the agreement requirements, without any valid excuse. And I do not have to repeat on the appointment of unregistered contractors like what was revealed by the media. From there, it was then revealed the practice of cronyism as well as corruption in the administration level. This 'Ulama' CM also failed to ensure that religious matters are taken care of. The proof, Audit report found that halal certificates for Kedah in 2011 were awarded without any notice to the committee because the committee has never held any meetings. Instead, all of the halal certification process were done by YDP personally with the reason of the industry's interest, when he was questioned whether corruption was involved. All of these are simply shocking because it surpasses normal weaknesses in the history of state audit. Kedah is not a big state, it is slightly bigger than Perlis. In terms of industries, Kedah is still less developed to be compared to Penang, Selangor or Johor. With only a few projects annually, the state's financial activity is definitely not that active. In other words, a CM should not have missed any of these issues in the state. Thus, there should be no excuse for Azizan to deny his weaknesses. Azizan also can no longer blame the previous government considering that all of these projects which suffers 'bizzare issues' began as he took over. Not just that the projects which were 'approved' were simply irrelevant, the damages which occurs after it were also irrelevant. At the same time, Azizan could not even find any relevant projects which Kedah and its rakyat really need. For example, restoring tourism sites. Up until now, the only tourism site which can be considered as a pride for people of Kedah is Langkawi, even that was made possible by Tun Mahathir who PAS really hate. We are still yet to consider other issues such as KUIN or KCS where complaints made by staffs are left there without any actions taken from Azizan. Now, after everything is finally revealed in the audit, we cannot tell whether Azizan purposely ignore all of those issues or he really never knew about any of it. He did not even give any guarantee whether he would fix each of those issues which were reported in the audit. But, what he knows now is only to blame others and act as if he does not know anything.

Musa Hassan's Press Conference Is Fabricated By Pakatan Rakyat

Posted: 29 Oct 2012 04:00 PM PDT

Most Malaysians are already aware with the fact that the venue of Foreign Correspondent Club of Thailand (FCCT) with links on the press conference made by former Malaysia, Chief of Police, Musa Hassan was used by SUARAM when they held a press conference regarding Scorpene. So, it is not surprising when all of the sudden FCCT was once again manipulated by SUARAM and opposition coalition just to tarnish the former PC's image so that they could proceed with their propaganda regarding Altantuya. At FCCT, anyone could organize press conferences with just about any issue, and for SUARAM as PR's NGO proxy, organizing such event is not something hard. The Opposition and its NGO would always want the story of Altantuya to go around until at least the coming GE13, to make that happen, a new character would need to be included in the drama. A few days prior to the event, Musa had withdrew his suit against PKR's General Leader, Anwar Ibrahim regarding the charge where he was involved in the conspiracy of fabricating evidences against Anwar. The fact is, no evidence were fabricated and the suit was only withdrew by the former PC when Anwar sent his representative to suggest that the case is settled out of the court. "I was understood that there were some misunderstanding regarding my role in this case, by the defendant, and I accept to settle this case outside of court as suggested by defendant," Musa's statement when asked by reporters on the reason why he withdrew the suit. Anwar then took the advantage from the case withdrawal by portraying that he was at the right side even though the suggestion to settle the case outside of the court was made by his side. Then all of the sudden FCCT's website showed the invitation for a press conference by the former PC by saying that 'there is a new finding in the murder case of Altantuya'. Pro-opposition portals were few of the first to publish the news on this matter. Then as Musa realized that his name was misused, he immediately denied the matter, then the same media had to announce that the conference was cancelled. For us, this fabricated press conference by Pakatan Rakyat seemed funny, but for opposition's loyal supporters, they look at this matter as their moral win, without even realizing they were fooled by their own leader. It was clear how opposition was smart in taking the chance to manipulate Musa for their own political interest. The close GE comes, more wird stories would come up. That is all they can afford to do. They did not do anything to rakyat because all of leaders have been focusing on their own interest. Despite that, there is no doubt that PR and its vehicle has always been great when it comes to drama, but that would not last long. They might be able to lie to a few people, but they cannot lie to all Malaysians.

2 Terrorists Arrested In Lubnan Are PR Supporters

Posted: 29 Oct 2012 10:00 AM PDT

We are lucky to be born in Malaysian a country free from terrorism or any big natural disaster. Even though there were multiple attempts to cause chaos in this country by a few people, until now all of the attempts managed to be broken or curbed by authorities. For that, we should appreciate the performance of the national security force and the government's leadership. This is the proof that all of the criticism which told that the government is corrupt and unreliable is untrue. It is impossible for a country which has a corrupt government and security service to maintain security in the country. However, it does not mean that the mentality which loves 'terrorism' does not spread in the minds of Malaysians. Perhaps because they are unable to penetrate through Malaysian security system, these Malaysian terrorists then decides to fight in other countries, this include Nordin Mat Top from Johor, who was shot dead in Indonesia for being involved in a bombing attack at the country. Besides that, the arrest of two Malaysians, suspected to be suicide bombers in Lubnan recently also proves such mentality among Malaysians. Investigation found that the two Malaysian men were recruited into Al-Qaeda by another Malaysian before they were brought to Yemen where they met with other members of the terrorist group. Both of the suspects tried to enter Syria through Turkey for their jihad mission. They were said to have planned to contact an individual in Lubnan to proceed their attack. The mentality of terrorism often hides beneath the name of jihad so that it would be okay for them to commit such crime. The history on terrorism in Malaysia recorded how PAS was involved in spreading such mentality which resulted to the bloody Memali Tragedy as well as Sauk. All of those were in the name of Jihad. It began from Amanat Haji Hadi who stated that UMNO was kafir for working alongside non-muslims and the party should be rejected. Up until now, there are still a few PAS supporters described those who were killed in Memali tragedy as 'syuhada'. They believe that murder, rebelling and bringing down an Islamic government was a must because it was not 'Islamic enough'. They were convinced that killing officers who were at that time mostly Muslims was a jihad and that if they were killed, they would descent to heaven. Even though PAS has became more open now, probably liberal as well, the terrorism mentality still stay in the mind of a few of their supporters. Today, these group chooses to join terrorist organization such as JI, Al-Qaeda and a few others. They refuse to practice jihad in a peaceful manner such as which is practiced by a few organisations such as Aman Malaysia and Mercy Malaysia where the members are willing to put their lives at risk with attacks from Israel terrorists just so that they could send food supplies to Palestine. Choosing act of terrorism instead of peace has always been synonym for those who goes against the government or rebels. Just like those two Malaysians who were arrested in Lubnan, early source which was gained from Lubnan stated that their main political stand is to go against the government and to support the opposition. We do not need to mention which opposition party do they support because the opposition has been under one roof, Pakatan Rakyat. Thus, it is enough for us to say that these two suspected terrorists are Pakatan Rakyat supporters. So it has been proven that the hate which is spread by Pakatan Rakyat has resulted to act of terrorism.

Khalid Ibrahim Is The Best: Anwar Confirmed Nik Aziz As The Worst CM?

Posted: 29 Oct 2012 06:06 AM PDT

The actions of Opposition Leader in announcing the 'best Chief Minister Award' which was 'won' by Khalid Ibrahim is seen as politically incorrect, in a war shows that Anwar's performance in politics is deteriorating. This minor mistake is not a normal thing for Anwar considering that he has been really smart when it comes to talking in politics that he manages to fool a lot of people including the Hews and internationally acclaimed leader, Tun Mahathir Mohamad for years and years. However, recently, Anwar kept on making minor mistakes either for being trapped in tough situations such as when he was asked on his stand regarding Israel and sodomy trial, or perhaps he was scared that he might be caught such as the Omega watch case. But in this 'Best Chief Minister' award slip up, Anwar is not in a stressed situation. Thus, there is a probability that the announcement was not a mistake but he really meant to announce the matter without even thinking of the consequences. Pakatan Rakyat has four Chief Ministers and for Anwar to compliment only one would definitely raise this uneasy feeling for the other three. When the fact is, the performance of CMs should not be evaluated through the state's financial income because each states has its own issues based on the state's sources and social landscape. In another angle, choosing to compliment a single CM is seen as an attempt to save the CM who is seen as weak. This is a basic political game where as a politician gets weaker, the more compliments would be given to him to ensure that supporters would still be able to put their trust on him. That is why Anwar complimenting Khalid does not just backfire him, it also causes problems to people around him. According to a few blogs, this action is seen as a life-support for Khalid as his reputation is being tarnished by Azmin Ali and his group who uses Faekah Hussin, CM's Political Secretary as their scapegoat. And naturally, when there is the best, there should be the worst. So, who is PR's worst CM? Even though Anwar did not really announce it, based on logic, Nik Aziz who has been ruling Kelantan for 22 years should automatically be the worst among the four. Complimenting Khalid who has only been CM for a term can be said as a sarcasm for Nik Aziz as he never really managed to develop Kelantan at all. Kelantan even stayed as the poorest and under-developed state in Malaysia for more than two decades. At the same time, rakyat is aware that Khalid Ibrahim is a weak CM, might not be as weak as Nik Aziz, but he is still weak for a CM. Under him, political issues which could cause loss for PR were not handled well. Few of the issues include murtad, alcohol and massage houses. Besides that, under Khalid, rakyat has witnessed how UNISEL went down, Malay business owners under PKNS suffers risks, YBK land under risk of being taken, water issue which gets worse each day. Despite that, Selangor government still yet to provide any convincing answers nor solution. Hence, even though Anwar seemed like complimenting Khalid, the assumption which is made by rakyat is that Anwar is trying to revive Khalid's image, thus, criticizing Nik Aziz. Whatever it is, Nik Aziz should get Anwar's message. Anwar has been known for not having any respect for PAS, That is why such sarcasm was made by Anwar, to remind PAS how weak they are and that they are not at the same level as PKR and DAP in PR.

Sahabat-Gunung

Posted: 30 Oct 2012 01:48 AM PDT

Sahabat-Gunung


Tolak Pembinaan UITM – Kepentingan Politik Didahulukan, Rakyat Diketepikan

Posted: 29 Oct 2012 02:32 AM PDT


Kerajaan negeri Selangor dibidas kerana bersikap double standard terhadap isu pembinaan cawanganUniversiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dilihat tidak adil serta mempunyai agenda politik sehingga mengenepikan kepentingan rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Menurut Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom, sikap kerajaan negeri yang cubaberdolak dalik dengan memberikan pelbagai alasan dan syarat dalam isu ini cukup jelas memperlihatkan sikap berat sebelah mereka dalam mengurus tadbir kerajaan negeri.

"Dalam isu ini, kita telah pun membayar cukai tanah sebanyak 218 ekar berjumlah RM 1.28 juta  bagi tujuan untuk membina sebuah UiTM yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, ada empat lot tanah lagi yang berjumlah 800 ekar, di mana YBK mempunyai cukai tertangguh RM 5.7 juta.
"Kerajaan negeri telah mengeluarkan borang 6A untuk menuntut bayaran cukai tersebut. Sekiranya YBK tidak mampu untuk membayar jumlah cukai tersebut, maka kerajaan negeri akan merampas tanah milik YBK itu. Dalam usaha untuk memastikan kerajaan negeri tidak merampas tanah milik YBK itu, maka  Yayasan Melaka telah membantu YBK untuk melangsaikan hutang cukai tersebut," jelas beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online baru-baru ini.
Dalam masa yang sama menurut beliau lagi, YBK juga telah memohon kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan kelulusan pembinaan cawangan UiTM tersebut di atas tanah milik YBK 218 ekar tersebut.
"Malangnya kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan YBK bahkan telah menghantar suratmemberikan syarat sekiranya mahu permohonan ini diluluskan. Syarat mereka ialah, saya sebagai pengerusi YBK mestilah melepaskan jawatan yang saya pegang ini. Kedua, tiga wakil kerajaan negeri, dua exco dan seorang pegawai kerajaan mesti dilantik untuk duduk di dalam yayasan ini.
"Yayasan ini mempunyai enam orang pemegang amanah. Pengerusi adalah Menteri Besar sendiri, tiga orang daripada exco dan kerajaan negeri , maka tinggal dua orang yang benar-benar daripada YBK. Dalam situasi ini, kami lihat tindakan kerajaan negeri seolah-olah mahu merampas YBK. Dengan merampas YBK, maka segala tanah dan harta-harta ini akan menjadi milik kumpulan ini," ujarnya.
Namun jelas beliau lagi, apabila mereka menyedari bahawa YBK ini bukanlah ditubuhkan oleh kerajaan negeri, sebaliknya ditubuhkan oleh Tan Sri Muhammad Mat Taib, maka kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa apabila YBK menolak segala syarat dan permintaan mereka itu.
"Ternyata penolakan tersebut telah membuatkan mereka tersinggung dan mereka membuat satu keputusan untuk memulangkan semula wang bayaran cukai yang telah dibayar oleh Yayasan Melaka dengan alasan cukai tidak boleh dibayar oleh Yayasan lain.
"Manakala bayaran cukai sebanyak RM 2.8 juta yang telah dibayar untuk memastikan projek UiTM ini dapat dilaksanakan turut dipulangkan semula oleh kerajaan negeri melalui Pegawai Tadbir Tanah Hulu Selangor dengan nota yang berbunyi 'Saya diarah oleh mesyuarat kerajaan negeri untuk memulangkan semula wang ini"," jelas beliau lagi.
Berdasarkan senario di atas, bagi beliau amat jelas sekali bahawa kerajaan negeri Selangor tidak bersikap profesional dengan menidakkan kepentingan rakyat Selangor demi untuk kepentingan politik kepartian mereka.
"Mungkin Menteri Besar tidak meluluskan pembinaan UiTM ini kerana saya sebagai pengerusinya adalah ahli UMNO. Ya saya akur tentang perkara itu tetapi bagaimana pula dengan isu pengambilan hutang Talam  yang ditanggung oleh kerajaan negeri, bukankah syarikat tersebut juga dibangunkan ketika pemerintahan Barisan Nasional?
"Jadi  saya amat  hairan dengan sikap Menteri Besar Selangor, kenapa dalam isu Talam dia tolong, tetapi dalam hal ini beliau tidak mahu membantu? Inilah yang sayakan sebagai tindakan double standard dan satu penyalahgunaan kuasa yang amat ketara oleh pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Kuasa yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka itu telah disalah gunakan dan mereka membuat keputusan berdasarkan nafsu dan tidak berdasarkan keadilan," tegasnya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana baru-baru ini Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan bahawa perlucutan hak tanah YBK serta pemulangan balik wang cukai yang telah dibayar itu tidak sah dan terbatal.
"Setelah keputusan mahkamah, isu pembinaan UiTM di atas tanah YBK ini dibawa semula ke dalam mesyuarat kabinet dan akhirnya kabinet bersetuju untuk membangunkan UiTM di atas tanah YBK sekiranya mendapat kelulusan dari kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri Selangor membenarkan sekarang, maka kita akan bina sekarang dan sekiranya mereka tetap tidak membenarkan, maka kita akan tunggu sehingga Selangor kembali kepada pemerintahan Barisan Nasional, " ujarnya.
Beliau juga menyeru rakyat di Selangor agar melihat isu ini sebagai satu isu kepentingan bersama untuk menjamin masa depan anak cucu pada masa yang akan datang.
"Saya melihat kerajaan negeri yang telah diberi peluang oleh Allah untuk memerintah negeri ini, telah melakukan kesilapan yang besar. Sebuah kerajaan sepatutnya apabila ia ditubuh, tidak boleh meminggirkan mana-mana rakyat atas alasan awak orang UMNO atau parti lain selain dari parti mereka.
"Malah, mereka mengambil sikap bermusuhan dengan Yayasan seperti YBK ini. Yang sepatutnya tidak dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri.  Jadi saya minta rakyat di Selangor, memgambil satu pendirian untuk mengubah senario ini agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," akhiri beliau.
Sumber: UMNO-Online

GAPS Kutuk Tindakan ‘Ala Taliban’ Pemuda PAS

Posted: 29 Oct 2012 01:30 AM PDT


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) kesal dengan tindakan pemuda Pas pusat yang beraksi seperti golongan Taliban dengan membuat demontrasi di hadapan ibupejabat MCA mengenai isu Syariah beberapa hari yang lalu.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, GAPS menyifatkan tindakan pemuda Pas ini adalah sangat ekstrem seperti Taliban dengan cuba memaksa orang yang bukan Islam tertakluk dengan undang-undang Syariah khususnya hudud. Dalam Al Quran sendiri dengan jelas menyebut bahawa " Tiada paksaan dalam agama" (Surah Al Baqarah 256). Ini dengan jelas memperlihatkan bahawa tauhid Islam bukan lah boleh dipaksa kepada yang bukan Islam.

"Di atas prinsip itu, Syariah tidak boleh dikuatkuasakan kepada penganut bukan beragama Islam. Ini adalah prinsip asas dalam syariah. Malahan seseorang yang bukan Islam boleh memilih samada mahu tertakluk dengan Syariah atau undang-undang nya sendiri.

Adalah amat dikesalkan, Pemuda Pas mahu berlagak seperti Taliban dengan memaksa MCA mengikut telunjuk mereka. Ini tentunya kejam dan tidak munasabah.

Lebih dari itu, yang disebut oleh Presiden MCA adalah undang-undang hudud Pas. Pas pernah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 sewaktu memerintah Trengganu dan kini Kelantan. Bila disemak didapati ada perkara-perkara yang diharam oleh Syariah tetapi dibolehkan oleh Enakmen Pas ini seperti "boleh meliwat isteri" yang disebut dalam S 14 Enakmen itu yang berbunyi - Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur," ujarnya.

Tambahnya, Hudud Pas- Islamik kah Enakmen Hudud Pas ini bila ia bertentangan dengan asas syariah itu sendiri? Sudah terang lagi bersuluh, hudud adalah modal mainan politik Pas terutamanya menjelang pilihanraya umum.

"Menjadi kepelikan juga rakyat kenapa Pemuda Pas tidak membuat demontrasi di hadapan pejabat Karpal Singh pemimpin Dap yang terang-terangan mencabar ketertinggian Islam dan syariah. Perangai double standard seperti ini dengan jelas memperlihatkan betapa Pas itu bukan lah Islam dan Islam itu bukan lah Pas," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Taipingmali (tm)

Posted: 30 Oct 2012 01:22 AM PDT

Taipingmali (tm)


Khalid Ibrahim Is The Best: Anwar Confirmed Nik Aziz As The Worst CM?

Posted: 30 Oct 2012 12:30 AM PDT

The actions of Opposition Leader in announcing the 'best Chief Minister Award' which was 'won' by Khalid Ibrahim is seen as politically incorrect, in a war shows that Anwar's performance in politics is deteriorating.

This minor mistake is not a normal thing for Anwar considering that he has been really smart when it comes to talking in politics that he manages to fool a lot of people including the Hews and internationally acclaimed leader, Tun Mahathir Mohamad for years and years.

However, recently, Anwar kept on making minor mistakes either for being trapped in tough situations such as when he was asked on his stand regarding Israel and sodomy trial, or perhaps he was scared that he might be caught such as the Omega watch case.

But in this 'Best Chief Minister' award slip up, Anwar is not in a stressed situation. Thus, there is a probability that the announcement was not a mistake but he really meant to announce the matter without even thinking of the consequences.

Pakatan Rakyat has four Chief Ministers and for Anwar to compliment only one would definitely raise this uneasy feeling for the other three. When the fact is, the performance of CMs should not be evaluated through the state's financial income because each states has its own issues based on the state's sources and social landscape.

In another angle, choosing to compliment a single CM is seen as an attempt to save the CM who is seen as weak. This is a basic political game where as a politician gets weaker, the more compliments would be given to him to ensure that supporters would still be able to put their trust on him.

That is why Anwar complimenting Khalid does not just backfire him, it also causes problems to people around him. According to a few blogs, this action is seen as a life-support for Khalid as his reputation is being tarnished by Azmin Ali and his group who uses Faekah Hussin, CM's Political Secretary as their scapegoat.

And naturally, when there is the best, there should be the worst. So, who is PR's worst CM? Even though Anwar did not really announce it, based on logic, Nik Aziz who has been ruling Kelantan for 22 years should automatically be the worst among the four.

Complimenting Khalid who has only been CM for a term can be said as a sarcasm for Nik Aziz as he never really managed to develop Kelantan at all. Kelantan even stayed as the poorest and under-developed state in Malaysia for more than two decades.

At the same time, rakyat is aware that Khalid Ibrahim is a weak CM, might not be as weak as Nik Aziz, but he is still weak for a CM.

Under him, political issues which could cause loss for PR were not handled well. Few of the issues include murtad, alcohol and massage houses.

Besides that, under Khalid, rakyat has witnessed how UNISEL went down, Malay business owners under PKNS suffers risks, YBK land under risk of being taken, water issue which gets worse each day. Despite that, Selangor government still yet to provide any convincing answers nor solution.

Hence, even though Anwar seemed like complimenting Khalid, the assumption which is made by rakyat is that Anwar is trying to revive Khalid's image, thus, criticizing Nik Aziz.

Whatever it is, Nik Aziz should get Anwar's message. Anwar has been known for not having any respect for PAS, That is why such sarcasm was made by Anwar, to remind PAS how weak they are and that they are not at the same level as PKR and DAP in PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 Pengganas yang diTangkap di Lubnan Penyokong PR

Posted: 29 Oct 2012 11:26 PM PDT

Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.

Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan. Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.

Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan keamanan yang berkekalan di negara ini.

Namun, itu tidak bermakna yang mentaliti 'gemar kepada keganasan' tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin kerana tidak mampu mengatasi kecekapan pihak berkuasa Malaysia maka pengganas Malaysia memilih untuk melakukan keganasan di negara lain, antaranya, Nordin Mat Top yang berasal dari Johor, telah ditembak mati di Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di negara itu.

Selain itu, penangkapan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati di Lubnan baru-baru ini juga menjadi satu lagi bukti akan kewujudan mentaliti sebegini di kalangan kita.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu. Kedua-dua suspek itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati. Mereka dikatakan bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan tersebut.

Mentaliti yang 'cintakan keganasan' ini sering menggunakan nama penyamaran iaitu 'jihad' bagi menghalalkan kemusnahan yang mereka bakal lakukan.

Sejarah mengenai keganasan di Malaysia merekodkan bagaimana parti PAS terlibat dalam menerapkan mentaliti ini sehingga membawa kepada tragedi berdarah Memali dan juga Sauk. Semuanya atas nama 'jihad'. Ia bermula dari Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam dan wajib ditentang.

Sehingga kini, masih ada di kalangan PAS yang menggelar mereka yang terbunuh di Memali sebagai para 'syuhada'. Mereka percaya, yang mereka wajib membunuh, menentang dan menjatuhkan kerajaan Islam yang ada di Malaysia atas sebab 'tidak cukup Islam' atau 'kafir' dan perlu digantikan dengan pemimpin mereka yang 'benar-benar Islam'. Mereka benar-benar yakin bahawa membunuh pihak berkuasa yang sebahagian besarnya juga beragama Islam, adalah satu jihad dan jika terbunuh ketika berjihad itu, maka kematian mereka adalah syahid.

Walaupun PAS kini sudah semakin terbuka, hatta liberal juga mungkin, tetapi mentaliti ektremis ganas yang diterapkan oleh mereka suatu ketika dulu terus kekal di dalam beberapa golongan masyarakat. Hari ini, golongan ini memilih untuk menyertai organisasi asing seperti JI, Al-Qaeda dan berbagai-bagai lagi, yang menaja keganasan atas berbagai alasan dan sebab. Membela umat Islam Palestin, adalah antara alasan paling 'popular' di kalangan mereka.

Mereka enggan memilih untuk berjihad dengan cara aman sepertimana yang dilakukan oleh Aman Malaysia atau Mercy Malaysia yang sanggup bergadai nyawa merempuh bahaya serangan dan halangan pengganas Israel untuk menghantar bantuan ke Palestin. Tetapi, mereka memilih untuk membunuh atau membalas keganasan dengan keganasan juga, dengan harapan untuk mati syahid. Lebih buruk apabila mereka bukannya bertindak ganas di zon bahaya yang terlibat, tetapi di tempat awam yang selamat dengan misi 'bom berani mati'.

Memilih keganasan dan bukan keamanan untuk berjuang adalah sinonim bagi pihak penentang kerajaan atau pemberontak. Telah menjadi satu 'hukum tidak bertulis' bahawa golongan bermentaliti ganas tidak mungkin menyokong pemerintah dan sering menganggap orang lain salah dan jahil serta hanya mereka sajalah yang benar dan bijak.

Kalaupun mereka menyokong kerajaan, kerajaan itu pastinya kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan yang memerintah negara mereka. Dan ini akan dijadikan alasan untuk mengganas. Pendek kata, mereka tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata dan sering mencari alasan untuk memberontak.

Seperti juga dua warga Malaysia yang ditangkap di Lubnan tersebut, sumber awal yang didapati dari Lubnan menyatakan bahawa kecenderungan politik mereka ialah membenci kerajaan Malaysia dan menyanjung pihak pembangkang.

Tidak perlu diperincikan parti mana dari pembangkang yang mereka sanjung kerana pembangkang di Malaysia kini telah terangkum menjadi satu, iaitu Pakatan Rakyat. Justeru, cukup untuk kita hadamkan maklumat ini iaitu dua warga kita yang disyaki pengganas itu adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Maka terbuktilah sudah bahawa politik benci keterlaluan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya berjaya melahirkan pengganas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kumpulan Kristian Kuasai DAP

Posted: 29 Oct 2012 11:20 PM PDT

Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sidang Akhbar Musa Hassan Rekaan Pakatan Rakyat

Posted: 29 Oct 2012 08:24 PM PDT

Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'.

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa bukti S'gor bina 6 ribu rumah kos rendah?

Posted: 29 Oct 2012 05:02 PM PDT

Kenapa perlu dicampur adukkan dengan cerita rumah kos sederhana?
Setakat berbohong dalam Harakah boleh lah, Pas jangan jadi munafik dengan membohongi rakyat terutama kepada orang kampung yang tidak tinggal atau menetap di Selangor.

Mungkin ahli Pas di Perak, Kedah, Pulau Pinang percaya dengan angka dan cerita diatas kerana ia hanya dari kitab rasmi media Pas.

Apa bukti kerajaan Selangor telah membina 6000 buah rumah kos rendah?

Ada bukti bergambar menunjukkan majlis pecah tanah, gambar pembinaan, majlis penyerahan kunci dan sebagainya?

Jika ada , sila buktikan.,

Perjumpaan dengan Pemuda Pas Perak membawa impak yang positif dalam hubu...

Posted: 29 Oct 2012 03:57 PM PDT

YB Zahir sokong umum calon lebih awal

Posted: 29 Oct 2012 07:57 AM PDT

Manjungmari semakin sasau

Posted: 29 Oct 2012 02:56 AM PDT

SUNDAY, OCTOBER 28, 2012

Kenal siapa dia ni, begitu kusyuk cium tangan Najib...Aku tak tau atas sebab apa,,, ada setengah pihak mencium tangan pemimpin,,, atas dasar hormat atau bodek untuk sesutu wallahhuaklam,,,, 






Setelah aku selidik melalui rupa paras melalui goggle,, rasanya sama dengan gambar di bawah
Ketua UMNO Taiping bro.... pujaan hati blogger Taipingmali,,,, rasa-rasanya lihat pada songkok tinggi, batang hidung,, memang ngam mamak juga ni,,, Kalau yang duk belakang tu pun sama juga.... 

Hei-hei tau apa jawatannya sekarang,,, SETPOL kepada Zambry,,, whauuuuu... pilihan sejenislah rupanya,,, kesian orang melayu tuan utama UMNO.... Dalam UMNO pun ada etnik juga ya... same colour senanglah hidup...


Komen TM:
Manjungmari buat hal lagi. dok kutuk Dato Shalimin salam cium tangan dengan Dato Seri Najib. Mat Desa oi....Shalimin tu muda, memang elok lah dia cium tangan Najib. Tu tanda hormat. bukan macam orang Pas...tak reti nak hormat orang.

RAPERA ..

Posted: 30 Oct 2012 01:14 AM PDT

RAPERA ..


Education Policy: What is BN's and PR's policy if either wins the GE13?

Posted: 29 Oct 2012 06:12 AM PDT

The Unspinners

Posted: 29 Oct 2012 11:45 PM PDT

The Unspinners


Tuduhan terhadap CSL sengaja dipelan untuk perangkap MCA

Posted: 29 Oct 2012 11:30 PM PDT

Khalid nyatakan hasrat nak jual aset PKNS

Posted: 29 Oct 2012 08:30 PM PDT

Peniaga Melayu dihalau PKNS untuk PRU PKR?

Posted: 29 Oct 2012 05:31 PM PDT

Payung Anwar Ibrahim dapat di mana?

Posted: 29 Oct 2012 06:12 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 29 Oct 2012 11:40 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Blog Top Malaysia Ulas Konflik Mantan Mufti Dr Asri vs Fathul Bari

Posted: 29 Oct 2012 09:50 AM PDT


MUFTI YANG SUKA HURU HARA MASYARAKAT

Sebenarnya kami dah lama fed-up dengan Dr Asri tapi hanya bulan September sini baru kami belasah.

Mantan Mufti ini tidak hayati consensus sesama mufti dan mulut suka cakap sesuka hati hanya demi mahu timbulkan polemik dan kelirukan orang awam.

INi benar-benar menghuru harakan masyarakat dari usaha membawa progress minda.Ini semua kami salahkan Dato Shahidan Kassim yang dok suka sangat dengan Mantan Mufti Wahabi Perlis ini.

Hingga dia bawak makghib yang senang sangat kami cakap sebagai orang yang tak ada adab dan bertanggungjawab ini dalam majlis-majlis ilmu blogger.Agendadaily sini mula dedahkan sikapnya yang mula menyerang ILMU:

Baca lagi
The Unspinners: Dah lama kata Asri ni gila publisiti dan tak bertanggungjawab


Blog MP Kota Belud Siar Artikel Fakta Lengkap Tajuk : AES - Mengupas Kebenaran

Posted: 29 Oct 2012 09:40 AM PDT

Blog MP Kota Belud http://mpkotabelud.blogspot.com/2012/10/aes-mengupas-kebenaran.html


AES: Mengupas kebenaran
Oleh Muhammad Shaahidullah Shayaa
Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?


Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?

Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.

Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.

Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih daripada separuh sejak minggu lepas?

Pengguna-pengguna jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?
Kelebihan-Kelebihan AES
Kita perlu diingatkan sekali lagi tentang tujuan dan kelebihan-kelebihan sistem ini.

AES membawa banyak kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan keselamatan setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan bahawa AES bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh pegawai-pegawai polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun sepanjang lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan berdekatan lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi undang-undang. Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan diproses di pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk pengeluaran denda atau saman.

Apa yang membingungkan lagi adalah sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak AES sedangkan ianya adalah sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan terhadap pihak polis dalam pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan atau menghapuskan rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa yang kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita melanggar undang-undang jalanraya?

Satu lagi aspek yang bagus tentang AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh pegawai-pegawai polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih membawa nilai tambahan sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita memandu, kita juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka bersembunyi untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas lain.
AES mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem yang berfungsi 24 jam, di bawah setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak mendiskriminasi, kerana tidak wujud sebarang interaksi peribadi di antara sistem ini dan pesalah-pesalah, dan ia juga tidak mendiskriminasi antara kenderaan-kenderaan persendirian, komersil mahukan awam.
AES juga mensasar untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim perayaan apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap dijalankan.
Di negara-negara maju di mana pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan berpengetahuan, kadar POBC mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di belakang, namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan lihat saja apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di kesemua 817 kawasan-kawasan "blackspot" di seluruh negara.
Kenapa perlu kecoh?
Sesetengah orang mula memanggil AES sebagai "rompakan lebuhraya" dan ada juga yang mahu nama sistem ini ditukar kepada "Saman 1-Malaysia." Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik.
Setiap perniagaan perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan walau satu sen pun untuk AES dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.
Sekiranya ini benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.
Tiada siapa yang membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang menjalankan model perniagaan yang serupa?
Tidak perlu ada sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.
Kini ada kira-kira 20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.
Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.
Muhammad Shaahidullah Shayaa pernah menjadi setiausaha sulit kepada CEO Pemandu Idris Jala. Beliau kini sedang bercuti sabatikal.



Panglima : pembangkang biasanya sejak dahulu selalu menghentam polis dan membela pesalah termasuk penjenayah. Mereka juga menghentam agensi Kerajaan dengan dakwaan berbaur propaganda dan fitnah. Bukan melawan musuh mereka dalam politik seperti UMNO dan Barisan Nasional.

Sent from my iPad

PELABURAN GENNEVA GOLD DISAHKAN TIDAK PATUH HUKUM SYARAK : Majlis Fatwa Kebangsaan

Posted: 29 Oct 2012 09:25 AM PDT



1/8/12 - KUALA LUMPUR – Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara. Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini. 

Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti  laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.

(Gambar kanan : Pelancaran Syariah Genneva yang melanggar etika Islam)


Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa. Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas.

Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.


Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama


Sumber

http://www.sinarharian.com.my/nasional/fatwa-pelaburan-emas-genneva-malaysia-tak-sah-1.65671

Tarikh : 11 Julai 2012


Letter from Bank Negara

We note that you have raised issues with regard to the gold investment of Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva). We would like to inform you that buying and selling gold or silver is not under the purview of Bank Negara Malaysia (the Bank), thus the Bank does not issue any license to any company who wish to conduct such activities.

However, if the gold/silver trading - investment scheme clearly offers investment opportunity by collecting deposits from the public and investors are promised investment returns/profits within a certain period of time, whereby the original investment will be refunded or in other words if a company appeared to be involving in illegal deposit taking by using gold/silver to camouflage its activities, it maybe contravene section 25(1) Banking And Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).

We have investigated numerous instances involving companies having illegal deposit-taking and trading in gold as their underlying products that might contravene Section 25(1), BAFIA such as Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Berhad, Gold Label Sdn Bhd.

For your information, we also monitor these activities very closely and we will not hesitate to conduct investigations should a company appears to be involved in illegal deposit-taking using gold to camouflage its activities.  

With regard to the statement made by Genneva: 

"The company has fulfilled all requirements and has been given approval by Central Bank as Scheduled Institution under Section 21(1) of the Banking and Financial Institution Act 1989. We are also a company being classified under First Schedule of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 as a "Reporting Institution".

For your information, a scheduled institution has to notify the Bank for its operation under Section 21(1) BAFIA. However, we do not regulate its activities. In this instance, Genneva has submitted its application for change of name as previous notification was made under the name of other company which was acquired by Genneva. The activities described in the application are to conduct the leasing and factoring businesses. Genneva does not require the Bank's approval to conduct the gold bar trading as gold trading is not under the Bank's purview as mentioned above. 

Thus, again we would like to take the opportunity to inform members of public that gold trading is not under Bank Negara Malaysia's jurisdiction. Members of public are to be reminded to be more cautious and scrutinize the risk associated with the gold investment before joining any investment scheme which promise higher returns in short-term period.


http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=817:genneva-gold-disahkan-haram&catid=62:info-pengguna&Itemid=245


Sent from my iPad

Isu Scorpena - Mari Baca Blog Jomo Malaya

Posted: 29 Oct 2012 08:00 AM PDT

PanglimaPerangCyber (@panglima_cyber) tweeted at 8:44 PM on Mon, Oct 29, 2012:

Jomo Malaya : lagi Scorpene! "Chegu Bard Lemas Dengan Labu-Labunya..." cc @Najib_Razak @Zahid_Hamidi: Lobi melob... http://t.co/SkzxujIk

(https://twitter.com/panglima_cyber/status/262897615434293250)


Get the official Twitter app at https://twitter.com/download





Sent from Samsung Galaxy Note

Terkini : Dalang curi Galaxy Note II di KLIA serah diri

Posted: 29 Oct 2012 05:09 AM PDT


Dalang curi Galaxy Note II di KLIA serah diri

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Selepas lima hari diburu polis, seorang lelaki yang disyaki dalang utama kes kecurian telefon pintar Samsung Galaxy Note II bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal akhirnya menyerah diri di Balai Polis Sepang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, suspek berusia 42 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah dan merupakan pekerja sebuah syarikat penghantaran kargo itu hadir bersama seorang peguam ketika menyerah diri petang ini.

Katanya, polis percaya dia ialah dalang utama yang merancang jenayah itu bersama empat lagi suspek yang masih diburu dan telah dikenal pasti identitinya.

Menurut beliau, penahanan suspek yang terbaru itu menjadikan jumlah individu yang ditahan berhubung kes tersebut setakat ini adalah seramai 13 orang.

Katanya, empat suspek yang diburu ialah U. Chalan, 23, dari Jalan Klang Lama; J. Aravindan, 29, dan J. Pratib, 22, dari Bandar Baru Nilai serta N. Selvakumar, 30, dari Taman Desa Cempaka, Nilai.

"Dalang kes itu telah membuat perancangan rapi dengan mengarahkan ahli sindiket menyamar sebagai wakil syarikat untuk mengeluarkan barangan daripada gudang simpanan," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana hari ini. - UTUSAN



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent via Flipboard


Sent from my iPad

Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh

Posted: 29 Oct 2012 05:07 AM PDT


Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh
PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya
tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh
kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus
tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut selepas projek pembangunan tersebut mendapat teguran serius daripada pihak Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.

"Kita hendak tahu sama ada pihak pemaju akan melunaskan janji-janjinya iaitu pembinaan jambatan berharga RM150 juta begitu juga dengan yang lain kerana tanah di kawasan tersebut telah digunakan.
"Pemaju sudahpun menjual rumah kedai dan bangunan yang dibuat, adakah kerajaan negeri sudah mendapat faedah hasil pemberian kawasan berkenaan kepada syarikat tersebut.

"Selain itu, saya difahamkan ada beberapa ekar tanah telah dicagarkan
kepada pihak bank oleh pemaju. Sekarang ini bagaimana kepentingan
kerajaan negeri dan rakyat dan perkara ini cukup serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis
perkahwinan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah
Mohammad, 26, dan pasangannya Bakri Setapa, 32, di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat sini hari ini. - UTUSAN


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 29 Oct 2012 11:10 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Dua Pengganas yang DiTangkap Di Lubnan Rupanya Penyokong Pakatan

Posted: 29 Oct 2012 10:00 PM PDT



Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar.  Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.  

Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan.   Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.  

Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan keamanan yang berkekalan di negara ini.  

Namun, itu tidak bermakna yang mentaliti 'gemar kepada keganasan' tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia.  Mungkin kerana tidak mampu mengatasi kecekapan pihak berkuasa Malaysia maka pengganas Malaysia memilih untuk melakukan keganasan di negara lain, antaranya, Nordin Mat Top yang berasal dari Johor, telah ditembak mati di Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di negara itu.   

Selain itu, penangkapan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati di Lubnan baru-baru ini juga menjadi satu lagi bukti akan kewujudan mentaliti sebegini di kalangan kita.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.  Kedua-dua suspek itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.  Mereka dikatakan bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan tersebut. 

Mentaliti yang 'cintakan keganasan' ini sering menggunakan nama penyamaran iaitu 'jihad' bagi menghalalkan kemusnahan yang mereka bakal lakukan.  

Sejarah mengenai keganasan di Malaysia merekodkan bagaimana parti PAS terlibat dalam menerapkan mentaliti ini sehingga membawa kepada tragedi berdarah Memali dan juga Sauk.   Semuanya atas nama 'jihad'. Ia bermula dari Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam dan wajib ditentang. 

Sehingga kini, masih ada di kalangan PAS yang menggelar mereka yang terbunuh di Memali sebagai para 'syuhada'.  Mereka percaya, yang mereka wajib membunuh, menentang dan menjatuhkan kerajaan Islam yang ada di Malaysia atas sebab 'tidak cukup Islam' atau 'kafir' dan perlu digantikan dengan pemimpin mereka yang 'benar-benar Islam'.  Mereka benar-benar yakin bahawa membunuh pihak berkuasa yang sebahagian besarnya juga beragama Islam, adalah satu jihad dan jika terbunuh ketika berjihad itu, maka kematian mereka adalah syahid.  

Walaupun PAS kini sudah semakin terbuka, hatta liberal juga mungkin, tetapi mentaliti ektremis ganas yang diterapkan oleh mereka suatu ketika dulu terus kekal di dalam beberapa golongan masyarakat.  Hari ini, golongan ini memilih untuk menyertai organisasi asing seperti JI, Al-Qaeda dan berbagai-bagai lagi, yang menaja keganasan atas berbagai alasan dan sebab.  Membela umat Islam Palestin, adalah antara alasan paling 'popular' di kalangan mereka.   

Mereka enggan memilih untuk berjihad dengan cara aman sepertimana yang dilakukan oleh Aman Malaysia atau Mercy Malaysia yang sanggup bergadai nyawa merempuh bahaya serangan dan halangan pengganas Israel untuk menghantar bantuan ke Palestin.  Tetapi, mereka memilih untuk membunuh atau membalas keganasan dengan keganasan juga, dengan harapan untuk mati syahid.  Lebih buruk apabila mereka bukannya bertindak ganas di zon bahaya yang terlibat, tetapi di tempat awam yang selamat dengan misi 'bom berani mati'. 

Memilih keganasan dan bukan keamanan untuk berjuang adalah sinonim bagi pihak penentang kerajaan atau pemberontak.   Telah menjadi satu 'hukum tidak bertulis' bahawa golongan bermentaliti ganas tidak mungkin menyokong pemerintah dan sering menganggap orang lain salah dan jahil serta hanya mereka sajalah yang benar dan bijak.  

Kalaupun mereka menyokong kerajaan, kerajaan itu pastinya kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan yang memerintah negara mereka.  Dan ini akan dijadikan alasan untuk mengganas.   Pendek kata, mereka tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata dan sering mencari alasan untuk memberontak. 

Seperti juga dua warga Malaysia yang ditangkap di Lubnan tersebut, sumber awal yang didapati dari Lubnan menyatakan bahawa kecenderungan politik mereka ialah membenci kerajaan Malaysia dan menyanjung pihak pembangkang.  

Tidak perlu diperincikan parti mana dari pembangkang yang mereka sanjung kerana pembangkang di Malaysia kini telah terangkum menjadi satu, iaitu Pakatan Rakyat.   Justeru, cukup untuk kita hadamkan maklumat ini iaitu dua warga kita yang disyaki pengganas itu adalah penyokong Pakatan Rakyat.  

Maka terbuktilah sudah bahawa politik benci keterlaluan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya berjaya melahirkan pengganas.

Sidang Media Musa Hasan

Posted: 29 Oct 2012 07:00 PM PDT



Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.


Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.


Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.


Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'. 

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

Hasan Ali " Nik Ajis Bukan Segala-galanya"...

Posted: 29 Oct 2012 06:00 AM PDT



Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong PAS.

Ketiadaan ahli dan penyokong  yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu PAS dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan PAS dalam PRU ke 13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai stature seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud? Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan PAS yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu supreme.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan PAS daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan PAS disebabkan "peluru" yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai "custodian" kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung  sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
PRESIDEN JATI

Nik Ajis Kecil Hati, Anwar Umum Khalid MB Ter Agung...

Posted: 29 Oct 2012 01:00 AM PDT


Entah apa yang tidak kena dengan Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim sebagai MB terbaik pakatan. Pengumuman ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Pengkurniaan ini juga bertentangan dengan pandangan umum betapa teruk sebenarnya pentadbiran Selangor dibawah regim Pakatan Pkr, DAP dan Pas selama hampir 5 tahun ini. Selain itu, pengumuman Anwar ini juga mengecilkan hati pemimpin Pas kerana sumbangan Nik Aziz selama 22 tahun sebagai Menteri Besar langsung tidak dihargai atau diiktiraf oleh Anwar. Nampaknya sangat Pas sekadar menjadi alat dan kuda tunggangan Anwar, Pkr dan Dap.

Terdapat lebih dari 10 isu utama kegagalan regim pakatan di Selangor. Penyelewengan yang paling besar adalah skandal Talamgate yang melibatkan transaksi hampir RM 1 Billion. Penduduk Selangor juga berhadapan dengan krisis air yang semakin hampir, terbaru Empangan Air Sg Selangor semakin kering dan sekarang hanya mencatat jumlah simpanan air sebanyak 52%, merosot sebanyak 48%.

Skandal Pasir Selangor, Skandal PKNS, Yayasan Selangor, UNISEL jelas menampakkan rasuah sebenarkan bermaharajalela di Selangor. Kegagalan pengurusan sampah di Selangor juga semakin ketara apabila ada kontraktor sampah yang enggan menyewa lori kompak sampah milik GLC Selangor kerana harga sewaaan yang mahal.

Rumah urut juga sangat menjolok mata di Selangor sekarang. Tahniah kepada Anwar, Khalid dan Ronnie kerana disebut oleh rakyat sebagai pelupor industri seks dan rumah urut di Selangor.

Geran Selangorku RM300 juta yang dipegang erat oleh MB juga semakin ketara dipertikaikan oleh rakyat. Lapuran Ketua Audit Negara sendiri menyatakan bagaimana TAWAS yang dibiayai oleh MBI Incorporated itu telah gagal kerana tidak diurus dengan sempurna.

Yang paling tidak cerdik adalah apabila MB sebut yang janji-janji dalam manifesto pakatan Selangor 2008 bukan lah satu perjanjian, yang demikian ianya tidak perlu ditepati! Muktakhir skandal bas mewah Khalid Ibrahim, siapa yang sebenarnya membiayai pembelian bas mewah bernilai RM900 ribu masih lagi menjadi misteri namun GAPS penuh yakin jawapannya sudah ada di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pengumuman Anwar ini tidak lebih dari lawak jenaka terbaik untuk bulan ini.

Kenyataan Media GAPS
Hamidzun Khairuddin
Presiden

Belantan

Posted: 29 Oct 2012 11:07 PM PDT

Belantan


Isu Selangor : MB Khalid tidak hormat Laporan Audit Negara?

Posted: 29 Oct 2012 06:26 PM PDT



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) apabila mempertikaikan jumlah kelahiran di negeri itu dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas iaitu seramai 313,706 orang.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata penafian Abdul Khalid bahawa angka kelahiran tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran untuk skim itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 hanya 23.7 peratus.

"Adakah Menteri Besar mengatakan bahawa hampir 80 peratus kelahiran lagi merupakan bukan warganegara? Persoalan penting ialah bagaimanakah kerajaan negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun.

"Ini kerana sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak kerajaan negeri untuk menghasilkan pulangan berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar," katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.


Mohd Zin mendakwa peruntukan untuk TAWAS juga digunakan secara tidak seimbang apabila daripada RM13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk skim\ itu, sebaliknya RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.

Beliau berkata ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membelanjakan 98 peratus dari peruntukan RM5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4 peratus sahaja yang mendapat faedah daripadanya.

"Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi daripada wang yang diagihkan dan ke manakah bagi RM5.5 juta lagi," katanya.

Selain itu, beliau berkata Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran.

Mohd Zin berkata Laporan Ketua Audit Negara turut merekodkan bahawa kerajaan persekutuan memberikan RM375.9 juta kepada kerajaan Selangor bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri sepanjang 16,013 kilometer, tetapi kerajaan negeri didakwa hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan peruntukan.


"Ini secara tidak langsung menyebabkan wang kerajaan negeri meningkat tetapi hakikatnya peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.

"Tidak guna jika Abdul Khalid berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor masih lagi mempunyai infrastruktur tidak sempurna di sesetengah kawasan," katanya.

Mohd Zin berkata Laporan Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010 dan selain itu, berbanding 2010, kerajaan negeri turut membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal.

"Abdul Khalid kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemah, sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan sama ada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajikan lain.

"Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban," katanya.

Suara Politik
Taminsari

UMNO tandus pemimpin muda, dakwa Azmin!!!...Betul ke..?

Posted: 29 Oct 2012 07:21 AM PDT



Umno didakwa sudah ketandusan pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong parti itu sehingga terpaksa 'kitar semula' pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya, ini kerana masa depan negara bergantung kepada pimpinan generasi muda berasaskan prinsip serta nilai murni dan bukannya ditentukan generasi Mahathir.

"Kenapa Najib gagal menonjolkan pimpinan baru dalam kalangan Umno untuk turun berkempen bagi pihak Umno? Ini membuktikan bahawa perkhidmatan Mahathir diperlukan untuk menyelamatkan Umno.


"Saya mengalu-alukan peranan Mahathir untuk lebih aktif dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang," katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja kali Ke-5 di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Sentosa, Klang.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Ketua Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafiei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu Azmin dalam ucapannya, turut menasihati penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya bangkit memfokuskan kerangka besar dan menolak cerita remeh dalam menentukan hala tuju menawan Putrajaya nanti.


"PKR sudah membuktikan kita bukan parti nyamuk malah kini semakin kuat bersama Pas dan DAP, malah turut digeruni Barisan Nasional (BN) yang ada bertanyakan Kabinet bayangan kita.

"Jika mereka tidak gentar kenapa mereka berminat untuk mengetahui Kabinet bayangan kita? Bermacam-macam spekulasi yang timbul tetapi apa yang penting bagi saya bukan soal jawatan tetapi mahu 'kuburkan' Umno," katanya.

Beliau mengakui, mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mengejarnya tetapi yakin sudah hampir dengan kemenangan melihat kepada sokongan yang semakin kuat terhadap PR termasuk di Sabah dan Sarawak.

Talqin buat PKR dalam PRU ke 13 nanti! InsyaAllah.

Suara Politik
Taminsari

Isu Selangor : MB Khalid dipersoal lupus lima aset?

Posted: 29 Oct 2012 02:55 AM PDT



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertaruhkan premis- premis perniagaan yang menjadi payung kepada peniaga Melayu dipersoalkan sedangkan pada masa sama membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam).

Sehubungan itu, Koodinator UMNO Selangor, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed mencabar Abdul Khalid tampil menjelaskan rasional dasar baharu kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan segera.

Tegas beliau, Abdul Khalid perlu memberi pemahaman kepada rakyat kerana tindak-tanduk yang dilakukan kerajaan negeri ketika ini semakin membimbangkan rakyat.

Selama ini rakyat Selangor sedia maklum Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan untuk membantu rakyat seperti menyediakan rumah-rumah kos rendah dan sederhana serta premis komersial dengan harga berpatutan.

Tetapi jika semua yang disediakan untuk rakyat khususnya orang Melayu itu mahu dijual, adakah ini dasar baharu yang kita semua tidak tahu atau wujud agenda tersembunyi?" katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mencabar Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.

Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS Petaling Jaya, Pusat Konvensyen Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Wisma Yakin.

Jelas Mohd. Zin, meskipun butiran pembelian hartanah itu masih belum diputuskan, Abdul Khalid turut dicabar menjual harta-harta strategik tersebut kepada syarikat milik kerajaan (GLC) yang mempunyai perniagaan hartanah seperti Permodalan Nasional Bhd. atau Lembaga Tabung Haji.

Katanya, tindakan itu bagi membuktikan kerajaan negeri benar-benar jujur membantu dan melindungi peniaga Melayu kerana kedua-dua GLC tersebut sudah terbukti berupaya melindungi kepentingan orang Melayu.

Saya membuat cabaran ini kerana kita tidak mahu hartanah-hartanah strategik ini menerima nasib sama seperti bangunan Yayasan Selangor," ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid yang menganggap pentadbiran Selangor sebagai peluang mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

Cadangan penjualan aset-aset itu cukup mengecewakan kerana PKNS sepatutnya menambah pegangan dan bukan mengurangkan aset- aset yang ada.

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 29 Oct 2012 11:03 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Pakar Kelengtong Rakyat (PKR)

Posted: 29 Oct 2012 10:42 PM PDT





Pakar Kelengtong Rakyat (PKR)

 "Kami tidak segan silu dan berani mengatakan begitu kerana, setelah kajian mendalam dibuat, di dapati tidak wujud negara dalam dunia dengan pendapatan negara perkapita seperti Malaysia yang menawarkan pendidikan percuma (semua peringkat) dan lebuhraya percuma dalam masa yang sama!!"

sumber http://suarapakatanrakyat.com/2012/09/bajet-2013-pakatan-rakyat-terbaik-di-dunia/

Memang terbaik! Fuckatan memang penipu pemutar belit terbaik! Minggu lalu pembentangan bajet penipu pakatan rakyat 2013 ini terbit, si Anwar dengan konfiden mengatakan 'Apabila kami menubuhkan kerajaan persekutuan, kami akan menghapuskan PTPTN serta merta, dan menghapuskan hutan-hutang peminjam PTPTN sedia ada, kami akan hapuskan tol serta merta juga'. 

PAKATAN RAKYAT MENCAPATI JANJI

Ini petikan dari blog si bapak jembalang penipu ni pula
 
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN PR (RM bilion)
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
Menghapuskan tol
6.0
6.0
50.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
5.0
18.5
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun

 
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat

"Kos RM33.5 bilion itu ialah elaun guru (RM2.4 bilion), Wifi percuma (RM1.2 bilion), Hapus tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion), Hapus PTPTN dan pendidikan percuma (RM6 bilion), Turunkan harga kereta pada 20 peratus potongan cukai (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion) dan peruntukan 20 peratus royalti minyak (RM12.5 bilion)." 

 *http://www.keadilandaily.com/belanjawan-pakatan-2013-tumpu-kebajikan-rakyat-realistik/
(Perhatikan perbezaan Jadual Anwar dan petikan ini. Sangat tidak konsisten)

Kalau dikaji dengan lebih mendalam, intipati Belanjawan Rakyat 2013 mencapati janji Fuckatan rakyat ni boleh dikatakan pejam nampak, bila celik apa pon takdak. Kalau dibayangkan memang sangat best contohnya pendidikan percuma, memang sampai PhD penyelidik MyMassa sambung, repeat brape kali pon tak kisah percuma tu!!. Tapi logik akalnya, bila PTPTN dimansuh, dan pendidikan percuma diberi secara keseluruhan, ianya melibatkan kos yang sangat tinggi, bukan RM6 billion sahaja, jika diambil kira yuran keseluruhan untuk seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam pada setiap semester lebih kurang RM2000 untuk pelajar. MyMassa telah membuat perkiraan untuk pelajar UiTM Shah Alam sahaja iaitu seramai 52,826 ianya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM105.652 juta ringgit satu semester sahaja! Itu tak termasuk lagi kampus kampus cawangan UiTM, 19 IPTA yang bercambah-cambah, puluhan IPTS, Politeknik serta lagi 2 semester setahun. Cukup kah RM 2 billion duit royalti minyak setahun nak tampung pengajian percuma kesemua rakyat Malaysia tu? Agaknya viewers pon boleh kira sendiri, dan memang ternyatalah janji yang dibuat janji mencapati. 

Kalau berjanji biarlah boleh ditepati, bukan dicapati. Selama 20 tahun hutang akan membebankan rakyat. Kata pegang kerajaan mansuh serta merta, bila dapat tahu hutang 30 bilion kelam kabut tukar statement bayar 2 bilion setahun, pandai betul ketua pembangkang ni memutar belit ayat, memang hebat betul. Bayar dulu duit tadika PASTI tu, beri pendidikan percuma pelajar Unisel tu, beri yuran percuma pelajar Kuin. Peminjam PTPTN ramai orang Melayu yang tak mampu, nampak sangat fuckatan nak belitkan dan menyusahkan orang melayu memasuki IPTA dan IPTS. 
Penghapusan tol; kalau nak berjanji tu kajilah dulu, tahukah anda sebanyak RM 1.8 billion telah digunakan untuk penyelenggaraan lebuhraya Plus bagi tahun 2009 dan 2010? Sedangkan Lebuhraya Kelantan dah 20 tahun berbunyi masih tak buat buat, inikan berjanji nak bagi tol percuma. Memang janji tinggal janji la jawabnya. Lebuhraya belum buat, dah nak buat stadium, lepas tu nak buat keretapi laju lagi, lepas ni nak buat apa stesen angkasa lepas ka? Memang hebat kerajaan Tok Ajis berkempen menipu rakyat! Kalau betul nak hapuskan tol, siapkan dulu lebuh raya kelantan, bagi rakyat lalu percuma jangan cakap sembarangan, jangan berani berjanji bukan-bukan! 

Kalau kita tengok kerajaan sekarang dengan pegangan 'Janji Ditepati'. Kerajaan memberi janji serta bajet yang realistik dan bertepatan, atas hasil kajian yang mendalam. Janji-janji yang diberi serta bajet yang dibuat, memang ternyata dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebagai contoh DS Najib melancarkan BR1M, sambutan yang terima sangat menggalakkan, sampaikan mereka yang taksub dengan PAS di Kelantan pon sanggup ambik. Sejumlah 45,816 bantuan yang melibatkan RM22.908 juta diberikan kepada seluruh penduduk Kelantan yang merupakan negeri yang paling tinggi permohonan serta pemberian sumbangan BR1M (sumber Sinar harian). 

Nah ni sebagai buah pikiran viewers masing-masing kalau mat salleh cakap 'Food For Thought' jadi pikir-pikirkan lah, bagi pihak MyMassa sendiri Kerajaan Pakatan Rakyat ni HEBAT MENCAPATI JANJI! Boleh tukar nama Pakar Kelentong Rakyat (PKR jugak) :)

PANAS: Rahsia Bagaimana Suara Keadilan Beroperasi Terbongkar

Posted: 29 Oct 2012 09:00 PM PDT

SECARA tiba-tiba nama Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menjadi perhatian kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pembongkaran demi pembongkaran didedahkan oleh Presiden KWMM, DZULKARNAIN TAIB terutama yang melibatkan isu kapal selam Scorpene.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Suaram disifatkan sebagai mengancam keamanan negara dan sekali gus membenarkan pihak asing mencampuri urusan Malaysia.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan ini berkata, tindakan Suaram terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.

Pengalaman berkhidmat dengan Suara Keadilan menyedarkannya betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.

"Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," kata Dzulkarnain.

Dzulkarnain dan Suara Keadilan

MINGGUAN: Bagaimana sebenarnya pembangkang menggerakkan medium media mereka?

DZULKARNAIN:
Sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum 2008, pihak pembangkang telah aktif berkempen melalui medium Internet terutamanya melalui blog dan sebagainya. Mereka seolah-olah mendapat suatu tenaga baru melalui penggunaan media sosial baru ini. Saya boleh katakan nisbah antara blogger pembangkang dan BN adalah antara 15 ke 20 blogger propembangkang berbanding hanya satu di pihak blogger pro-UMNO atau BN. Itu menjadi faktor bagaimana pihak pembangkang begitu menguasai dunia maya. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan terutama yang menghentam kerajaan. Sama ada isu ditimbulkan itu benar atau tidak, ia bukan menjadi ukuran dan keutamaan pembangkang.

Apa yang menjadi keutamaan dalam pemberitaan mereka?

DZULKARNAIN:
Keutamaan mereka adalah mendedahkan sebanyak mungkin isu yang boleh dipolitikkan untuk menghentam kerajaan. Melalui cara ini mereka akan cuba mewujudkan satu persepsi negatif kepada rakyat yang selama ini menyokong kuat BN. Mereka telah melancarkan propaganda dan fitnah melalui laman-laman sosial dan media baru. Saya mahu menjelaskan di sini bahawa taktik ini masih diteruskan sehingga kini malah dengan lebih kerap. Sebenarnya kebenaran bukanlah matlamat mereka kerana ia lebih sebagai propaganda. Taktik ini jika kita lihat lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Propaganda Nazi, Joseph Groebbels, iaitu apabila berkali-kali kita menyatakan sesuatu itu sebagai benar walaupun hakikatnya ia satu penipuan, kerana minda dari sudut psikologi, apabila diulang banyak kali akhirnya orang akan mempercayainya. Jadi itulah strategi lama namun masih berkesan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sehingga kini.

Jika begitu, apakah strategi yang digunakan dalam memanipulasi berita dan fakta?

DZULKARNAIN:
Saya lihat pembohongan, fitnah dan character assasination adalah sebahagian daripada strategi utama mereka. Kita boleh lihat sekarang ini dalam isu Scorpene. Ia telah dijadikan satu isu yang besar dan membawanya ke peringkat antarabangsa dan Mahkamah Perancis. Tidak cukup bagi mereka melempar fitnah melalui ceramah dan medium media baru. Apa sebenarnya agenda mereka kerana semua pertanyaan yang diluahkan mereka sudah terjawab? Malah Ketua Audit Negara telah pun menjawab bahawa segala urusan melibatkan Scorpene adalah mengikut prosedur dan perundangan. Namun pihak pembangkang masih berterusan memfitnah kerajaan walaupun jelas Mahkamah Perancis sudah menetapkan pendiriannya. Malah saya ada terbaca baru-baru ini pihak pembangkang cuba menganjurkan satu jelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan isu Scorpene walaupun tidak ada isu sebenarnya dalam hal ini.

Kenapa pihak ini begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif dalam perbicaraan ini?

DZULKARNAIN:
Sebab itu KWMM membuat sidang akhbar membongkar status Suaram sebagai plaintif. Sejak Mac lalu, pihak mahkamah Perancis telah menolak permohonan Suaram untuk menjadi plaintif. Untuk menjadi plaintif mereka perlu mempunyai kepentingan dalam urusan pembelian Scorpene. Oleh itu jelas ini adalah usaha Suaram untuk menipu Mahkamah Perancis dan apabila pihak mahkamah menyedarinya maka mereka menolak usaha ini. Sekarang ini mereka tidak ada kena-mengena malah tidak boleh bersuara dalam isu Scorpene.

Mereka cuba pula untuk menjadi plaintif bersama namun mereka mahu bersekutu dengan siapa? Kenapa Suaram begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif? Ini adalah sebab undang-undang Perancis berbeza yang mana apabila mereka diterima menjadi plaintif, mereka akan diberi kebenaran ke atas kesemua dokumen yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Maka apabila mereka boleh mendapat kesemua maklumat itu maka mereka akan berterusan memfitnah dan memutarbelitkan isu dan fakta mengenai perkara ini kepada umum. Ini yang mereka mahukan sebenarnya dan kami mendedahkan bahawa mereka bukan lagi plaintif dalam perbicaraan malah mereka hanyalah satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar.

Boleh ceritakan latar belakang saudara semasa berada di akhbar Suara Keadilan?

DZULKARNAIN: Apabila saya ditawarkan menjadi Pengarang Bersekutu akhbar itu pada 2008 dan kartunis Zunar ialah Ketua Pengarangnya, satu perkara yang saya sangat terkejut adalah, saya diberitahu jika mahu bekerja di akhbar ini paling penting adalah wajib percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam perlakuan liwat. Saya terdiam dan agak terkejut. Sebagai orang media, saya ada perkiraan sendiri iaitu masuk ke akhbar ini kerana ingin tahu bagaimana media pembangkang beroperasi dan apakah prinsip kewartawanan yang mereka pegang. Kemudiannya Suara Keadilan telah diambil alih oleh pengurusan baru dan saya dilantik sebagai Ketua Pengarang. Saya cuba membawa prinsip-prinsip arus perdana dalam akhbar itu supaya ia boleh menjadi satu wadah profesional dalam membuat laporan berita. Jika pemberitaan kami lebih bertanggungjawab walaupun bersuara pembangkang, mungkin kami akan lebih dihormati.

Saya memegang jawatan itu selama setahun namun sepanjang saya memegang jawatan itu, akhbar itu masih sah dari sudut perundangan kerana permitnya sah. Yang pasti walaupun saya cuba membawa pembaharuan namun mereka sebenarnya tidak memberi tumpuan kerana yang penting bagi mereka, ia perlu menjadi satu saluran propaganda dan fitnah yang efektif untuk mereka. Akibatnya akhbar itu banyak disaman. Jawapan kenapa saya berhenti dan kemudian bertindak keluar PKR adalah kerana saman RM200 juta terhadap saya dan beberapa yang lain berhubung isu Felda bankrap. Apabila saya melihat kembali peristiwa itu saya berpandangan adalah tidak adil untuk memfitnah Felda yang telah begitu berjasa kepada orang Melayu dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

Bagaimana boleh timbul masalah sehingga disaman?

DZULKARNAIN: Apabila kita mahu mengatakan sesuatu perkara, kita juga perlu melihat kemungkinan apakah kita juga ada kemungkinan bertindak salah dalam hal itu. Saya berpandangan ketika itu adalah tidak betul untuk meletakkan tajuk utama sebagai 'Felda bankrap' dan ia sebenarnya perlu diletakkan tanda tanya di pengakhiran tajuk itu. Jadi mungkin ia sekadar kami menimbulkan persoalan namun pihak atasan langsung tidak bersetuju dan tetap dengan tajuk berkenaan. Saya sudah melihat kami akan disaman dan ia benar-benar berlaku. Kita sedia maklum bahawa mereka mahu mempopularkan akhbar mereka namun bukanlah senantiasa semua berita yang dikeluarkan perlu disensasikan. Kita faham jika terdapat sesuatu berita yang mahu disensasikan namun bukan semua apatah lagi berita dan artikel yang dikeluarkan itu lebih kepada fitnah dan pembohongan.

Bagaimana hubungan Suara Keadilan dengan akhbar-akhbar parti lain seperti Harakah dan Roket?

DZULKARNAIN: Sepanjang saya berada di Suara Keadilan, saya tidak nampak sebarang kerjasama antara kesemua akhbar ini. Masing-masing hanya buat hal masing-masing yang bertumpu kepada aliran pemikiran mereka sendiri. Oleh itu saya berani menyatakan bahawa pakatan pembangkang ini tidak sekuat mana kerana sesama media mereka pun tidak wujud persefahaman yang jelas. Bagaimana mereka mahu menguruskan peranan media jika tiada persefahaman sesama mereka. Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

Bagaimana saudara melihat kritikan yang dilemparkan NUJ terhadap KWMM baru-baru ini?

DZULKARNAIN: Memang mereka menyatakan bahawa kami ini dilihat seolah-olah menyebelahi kerajaan. Namun bagi saya, apa salahnya. Apakah timbul masalah jika kami menyokong kerajaan? Ada juga pihak NGO media yang tidak menyokong kerajaan namun kami tidak merungut atau membuat sebarang aduan mengenai mereka. Ini kerana kita perlu faham bahawa kita adalah pengamal media maka kita perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima semua hujah dan fakta yang dikemukakan. Jika pihak NUJ mengatakan kami berat sebelah maka saya cabar mereka supaya mengeluarkan hujah dan komentar mengenai isu Scorpene. Ini mungkin boleh mengimbangi pandangan saya mengenai isu ini dan saya mahu mereka berani ke depan. Mungkin mereka melihat kami lebih kepada prokerajaan namun sebenarnya kami lebih kepada pro-Malaysia. Kami tidak menyokong secara membabi buta namun yang penting adalah keselamatan negara, bebas daripada campur tangan asing dan pada masa, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu menjadi keutamaan.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121021/re_06/Saluran-propaganda-untuk-pembangkang#ixzz29zaawDe6

 
*Sebar-sebarkan.
 

Lagu Untuk Semua Pejuang Siber BN.

Posted: 29 Oct 2012 06:00 PM PDT

Semalam MyMassa keluarkan ranking di sini : http://mymassa.blogspot.com/2012/10/ranking-mymassa-top-100-29102012.html

Alhamdulillah, ramai pejuang-pejuang siber BN melawat blog ini dan memberikan komen.

Atas komen-komen tersebut, MyMassa tujukan lagu ini untuk semua pembaca MyMassa khususnya otai blogger.


Untuk makluman pembaca, MyMassa hampir-hampir menutup blog ini. Pendek kata, MyMassa dah kehilangan semangat untuk berjuang di alam siber ini.

MyMassa yakin ramai pejuang siber BN pernah merasakan apa yang MyMassa rasa. Kadang-kadang kita rasa seperti perjuangan kita tak dihargai. Kadang-kadang kita rasa down untuk menulis.

Bila perasaan macam tu datang, nak menerbitkan artikel pun dah rasa macam satu penyeksaan.

Sebab itulah semalam MyMassa terbitkan ranking untuk pejuang siber BN. Kerana setidak-tidaknya ranking ini boleh meniup kembali semangat MyMassa yang telah hilang. Dan MyMassa juga berharap agar ranking ini boleh memberi kesan yang sama kepada pejuang siber lain.

Ramai yang tak paham tentang perjuangan di dunia siber. Tetapi bila bercakap, seolah-olah mereka mengetahui pahit dan jerihnya blogger, facebooker dan pengamal twitter pro Kerajaan. Bila tak paham tapi buat-buat macam paham, di situlah masalah timbul.

MyMassa ambil dua contoh portal milik pembangkang yang dahulunya gah iaitu Nutgraph dan Merdeka Review. Kerana kekurangan dana, kedua-dua portal ini 'mati'.



Merdeka Review memang dah tutup sepenuhnya pada 31 Ogos 2012 manakala Nutgraph pula hanya seperti akhbar bercetak terbitan berkala. Entrinya tidak dikemaskini sekerap seperti sebelum ini.

Jadi MyMassa harapkan agar nasib pejuang-pejuang siber Kerajaan tidak menjadi seperti dua portal terkemuka pro pembangkang ini. Semoga esprit de corps pejuang siber akan menjadi pembakar semangat antara kita.

Selamat berjuang!

*Orang lain dok releks-releks cuti raya, pejuang siber Kerajaan tetap istiqamah membongkar penyelewengan puak pembangkang.

Ranking @MyMassa Top 100 (29/10/2012)

Posted: 29 Oct 2012 01:30 AM PDT




Ranking untuk pejuang siber BN.




Tahniah untuk yang berjaya istiqamah dalam perjuangan.

*Mana-mana blog yang layak tapi MyMassa tak listkan dalam ranking ni, mohon maklumkan di ruang komen. Terima kasih.
*Terdapat beberapa blog yang telah dipautkan ke dalam Mymassa tetapi masih tidak di index oleh Alexa Rank System. Maka, Pihak Mymassa tidak dapat menentukan rank blog tersebut. Harap Maaf.

PISAU.NET

Posted: 29 Oct 2012 09:43 PM PDT

PISAU.NET


Musa Hassan's Press Conference Is Fabricated By Pakatan Rakyat

Posted: 29 Oct 2012 03:24 PM PDT


Most Malaysians are already aware with the fact that the venue of Foreign Correspondent Club of Thailand (FCCT) with links on the press conference made by former Malaysia, Chief of Police, Musa Hassan was used by SUARAM when they held a press conference regarding Scorpene.


So, it is not surprising when all of the sudden FCCT was once again manipulated by SUARAM and opposition coalition just to tarnish the former PC's image so that they could proceed with their propaganda regarding Altantuya.


At FCCT, anyone could organize press conferences with just about any issue, and for SUARAM as PR's NGO proxy, organizing such event is not something hard.


The Opposition and its NGO would always want the story of Altantuya to go around until at least the coming GE13, to make that happen, a new character would need to be included in the drama.
A few days prior to the event, Musa had withdrew his suit against PKR's General Leader, Anwar Ibrahim regarding the charge where he was involved in the conspiracy of fabricating evidences against Anwar.


The fact is, no evidence were fabricated and the suit was only withdrew by the former PC when Anwar sent his representative to suggest that the case is settled out of the court.


"I was understood that there were some misunderstanding regarding my role in this case, by the defendant, and I accept to settle this case outside of court as suggested by defendant," Musa's statement when asked by reporters on the reason why he withdrew the suit.


Anwar then took the advantage from the case withdrawal by portraying that he was at the right side even though the suggestion to settle the case outside of the court was made by his side.
Then all of the sudden FCCT's website showed the invitation for a press conference by the former PC by saying that 'there is a new finding in the murder case of Altantuya'.


Pro-opposition portals were few of the first to publish the news on this matter. Then as Musa realized that his name was misused, he immediately denied the matter, then the same media had to announce that the conference was cancelled.

For us, this fabricated press conference by Pakatan Rakyat seemed funny, but for opposition's loyal supporters, they look at this matter as their moral win, without even realizing they were fooled by their own leader.


It was clear how opposition was smart in taking the chance to manipulate Musa for their own political interest. The close GE comes, more wird stories would come up.
That is all they can afford to do. They did not do anything to rakyat because all of leaders have been focusing on their own interest.



Despite that, there is no doubt that PR and its vehicle has always been great when it comes to drama, but that would not last long. They might be able to lie to a few people, but they cannot lie to all Malaysians.

Khalid Ibrahim Terbaik: Anwar Sahkan Nik Aziz MB Paling Teruk?

Posted: 29 Oct 2012 08:21 AM PDT




Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan anugerah Menteri Besar terbaik yang dimenangi oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai politically incorrect, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas. 



Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk  pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun. 



Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega. 



Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap.  Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. 



Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain.  Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.



Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah.  Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti. 



Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali.  Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.



Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot.  Jadi, siapakah MB PR yang tercorot?  Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot. 



Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun.  Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.  



Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB.   Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik.  Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut. 



Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. 



Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.  Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya. 



Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini.  Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS.   Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. 



PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? 



Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ëmukaí kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz.  Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR. 

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 29 Oct 2012 09:42 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Kerajaan Negeri Selangor Tutup Mata Isu Kondominium Batu Caves

Posted: 29 Oct 2012 07:30 PM PDT


Video Ini Dedahkan Penipuan Tony Pua

Posted: 29 Oct 2012 05:59 PM PDT


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 29 Oct 2012 09:29 PM PDT

r b f

Posted: 29 Oct 2012 07:42 PM PDT

r b f


R Husam Kena Cantas

Posted: 28 Oct 2012 09:54 PM PDT


Kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....

Husam dah tertelan kahak hijau weh......

Selanjutnya klik di sini

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 29 Oct 2012 03:43 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Video Klip Bukti Mat Sabu Penyokong Tegar SYIAH Di Syria....

Posted: 28 Oct 2012 06:56 PM PDT




Video berdurasi 2 minit 54 saat itu melaporkan kehadiran dan lawatan rasmi mat sabu selaku Timbalan Presiden pas terhadap Menteri Wakaf (Menteri Agama) Syria.

Mengikut laporan berita itu, katanya mendakwa Mat Sabu MAHU TAHU situasi sebenar apa yang berlaku di Syria. PERSOALAN UTAMA ? 

1) Mat Sabu jumpa Menteri Agama Syria yang berfahaman syiah. Sudah pasti berita yang disampaikan kepada Mat Sabu oleh Menteri Syiah itu akan lebih positif dalam menggambarkan situasi sebenar yang akan pro kepada Syiah .

2) Apa bodohnya Mat Sabu perlu berjumpa dengan Menteri Syiah Syria untuk mendapatkan penjelasan, sedangkan di dalam internet terdapat puluhan Youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan Syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam Sunnah....!!

3) Apakah Mat Sabu tak baca laporan Human Right watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Syria terhadap penduduk Sunnah ?

4) Kedatangan Mat Sabu "SECARA RASMI MENGADAP PEMIMPIN SYIAH DI SYRIA" semakin melambangkan yang beliau ini memang penganut sesat Syiah... 

Pertama, mengapa di kala berlakukanya pergolakan di Mesir di mana pemberontaknya adalah Syiah, Mat Sabu tak buat kunjungan hormat kepada pemimpin Mesir sebaliknya menyokong gerakan kebangkitan Syiah di Mesir ?

Kedua, mengapa mat sabu TAK PERGI MENGADAP PEMIMPIN SUNNAH DI BAHRAIN sedangkan pada waktu itu penganut Syiah sedang galak membuat huru hara menumbangkan kerajaan Bahrain yang SAH......??

APA SUDAH JADI KEPADA PAS.....? 

Selanjutnya, bukti bukti panasss, klik SINI.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 29 Oct 2012 03:32 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


DAJJAL AL MASIH LAHIR DI MALAYSIA?

Posted: 29 Oct 2012 08:58 AM PDT

Pendekatan "berjanji untuk membayar nazar" jika dikabulkan sesuatu hajat dan niat kerap kali dilakukan oleh manusia yang berada di dalam keadaan paling terdesak.

Banyak juga berlaku "kes tipu tuhan" setelah sesuatu niat dan hajat dikabulkan.

Tidak kurang juga manusia yang "menurunkan nilai nazar" dari jumlah seperti mana yang dijanjikan sewaktu keadaan sangat mendesak.

Ketika perahu dipukul gelombang besar yang hampir mengkaramkan perahu, mereka sanggup bernazar akan menyembelih 50 ekor lembu jika selamat dari bencana ombak besar. Tapi bila sudah beransur hampir sampai ke tepian dan ombak sudah reda, mereka kurangkan nilai dari 50 ekor kepada 30 ekor jika seandainya berlaku kesulitan dalam mendapatkan lembu yang bermutu tinggi. 

Ada juga kalangan mereka yang bertindak mengatasi maha bijaksananya tuhan dengan cara mencari jalan membocorkan sendiri perahunya secara senyap-senyap hingga menyebabkan perahu yang dinaiki benar-benar tenggelam ketika sudah sampai ke kawasan air cetek paras pinggang.

Disebabkan perahu tersebut tenggelam juga akhirnya, maka segala niat dan nazar yang telah dilafazkan di sepanjang tempoh terdesak tersebut, terbatal dengan sendirinya.

Tindakan Anwar dan gangnam pakatannya yang semakin kerap berjanji dan semakin hampir PRU13, semakin tinggi nilai tawaran yang dijanjikan kepada rakyat jika menang PRU13, memberi petanda betapa terdesaknya mereka pada kedudukan hari ini.

Dalam "sedar tak sedar" tawaran yang dijanjikan oleh Anwar kepada rakyat Malaysia sudah jauh melebihi tawaran yang dibuat oleh kerajaan Brunei Darussalam terhadap rakyatnya, malahan tawaran janji pakatan sudah jauh melebihi tawaran yang dibuat oleh pemerintah Kuwait dan negara-negara kaya minyak yang lain. 

Kerajaan Singapura yang lebih kaya dari Malaysia juga tidak mampu untuk menawarkan kepada rakyatnya yang sedikit sepertimana tawaran janji yang dibuat oleh Anwar & gangnam pakatannya.

Di bawah pemerintahan pakatan yang dipimpin oleh Anwar selaku Perdana Menteri, seluruh rakyat akan mendapat pendidikan percuma. Tawaran ini jauh mengatasi faedah yang diperolehi oleh rakyat Brunei dan Singapura.

Di bawah pemerintahan Anwar & gangnam pakatan, rakyat negara ini akan menikmati tawaran kereta pada harga runtuh.

Di bawah kepimpinan PM Anwar Gangnam style, seluruh pengguna jalanraya juga akan menikmati toll free (tapi toll free bernombor la...1000300004000).

Pendek kata, Imam Mahadi yang digambarkan oleh Nabi Muhammad saw yang akan zahir di akhir zaman dengan membawa kemakmuran kepada dunia juga mungkin terpaksa meminda semula segala perancangan baginda untuk memakmurkan dunia kerana ditakuti kemakmuran yang dijanjikan seperti disebut di dalam kitab-kitab sewaktu lahirnyaa baginda tidak mampu menyaingi kemakmuran yang telah dijanjikan oleh Anwar Gangnam Style kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika tidak dipinda, maka besar kemungkinan Imam Mahadi tidak berupaya menarik sokongan dan menawan hati rakyat Malaysia untuk turut bersama baginda.

Setahu aku Imam Mahadi ni hanya akan berlawan dan bersaing dengan musuh agama dan musuh Allah yang bernama Dajjal Al Masih. Jangan-jangan budak gangnam style ni dajjal tak? Pasal apa...kalau kita dengar segala tawaran dan janji yang dibuat dek budak Anwar Gangnam Style ni sebijik macam kaedah tawaran dajjal yang diberi kelebihan oleh tuhan untuk menghasut manusia dengan kelebihan-kelebihan yang luar biasa yang dimilikinya.

LAWAN KEPADA "TAK MELAYU HILANG DI DUNIA ADALAH "MALAISI@MELAYU MATI!!

Posted: 28 Oct 2012 07:35 PM PDT

Ura-ura kerajaan PKR Selangor mahu menjual aset @ PKNS adalah kemuncak kepada "kegilaan" kerajaan pakatan dalam menjalankan urus tadbir pemerintahan mereka bagi sesi 2008/2013.

Daripada puluhan juta kerugian yang dtanggung UNISEL hingga kepada pengambilalihan hutang Talam Corporation, penjualan tanah strategik bernilai ratusan juta jauh di bawah nilai pasaran, keengganan bekerjasama dalam menyelesaikan isu kepentingan rakyat dalam isu loji Langat 2 dan pelbagai lagi keputusan yang melampaui keraguan menasabah telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Khalid Arogan.

Begitu juga dengan penggunaan dana awam secara terbuka untuk kegunaan parti dan gerakan kempen parti pembangkang, terus dilakukan tanpa rasa bersalah dan tanpa akauntabiliti.

Bas dan lori mewah tajaan kerajaan Selangor yang digunakan untuk kempen jelajah Anwar sangat mengaibkan. Tapi mereka tidak ambil pusing. Kalaulah UMNO yang berbuat seperti mereka sudah pasti satu dunia akan gamat menceritakan perihal pemimpin UMNO rasuah dan hidup bermewah-mewah menggunakan duit rakyat marhain dan golongan miskin tertindas.

Begitu juga dengan kerugian yang ditanggung oleh KUIN di Kedah dan kegagalan pelaburan puluhan juta duit rakyat di Irian Jaya. Kalaulah semua pelaburan ini dibuat oleh kerajaan UMNO, sudah pasti "lumat" UMNO dikerjakan pembangkang.

Tindakan MPPP yang meruntuhkan gerai-gerai rakyat miskin yang mencari rezeki halal di Penang sudah pasti akan ribut satu dunia jika MPPP hari ini berada di bawah pentadbiran BN. Pengambilan tanah kampung Melayu dan India di Penang pasti akan ditentang keras oleh mereka jika pengambilan itu dilakukan oleh kerajaan BN.

Kegagalan urus tadbir kerajaan PAS Kelantan tak payah cerita la. Ia tidak beri kesan apa-apa kerana telah terbukti walau bagaimana lemah dan gagal sekalipun pentadbiran 22 tahun PAS di Kelantan, rakyat tidak mahu peduli itu semua. Apa yang mereka peduli hanya pastikan PAS terus mentadbir tanpa perlu dipersoalkan apa yang dibuat oleh PAS sepanjang pemerintahannya. Bagi mereka, undi saja PAS.

Semua yang berlaku ini membayangkan sebarang ketidakadilan atau kegagalan pentadbiran kerajaan pakatan di dalam mengurus negeri-negeri di bawah pentadbirannya bukan persoalan kepada rakyat yang menyokong mereka. Tiada sebarang isu yang lebih penting bagi mereka selain dari isu mahu menjatuhkan kerajaan BN dengan apa cara sekali pun. Kegagalan menangani isu rakyat, isu kemiskinan, isu pembangunan dan lain-lain isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan rakyat mampu mereka tutup dan rakyat yang menyokong mereka tidak kisah pun. Cara mereka menutup semua ini ialah dengan melakar segala kisah kezaliman, kebobrokan dan pembaziran kerajaan BN dan apa keadaan pun BN mesti ditumbangkan. Yang lain-lain tak apa. "Put on hold" dulu.

Mengurus kerajaan dan mencari duit dengan cara mencair dan melelong segala aset negeri tidak memerlukan apa-apa kepakaran. Bailiff dan kerani mahkamah pun lebih pakar dalam hal lelong-melelong harta. Kalau begitu serahkan saja pentadbiran kerajaan negeri kepada bailiff dan kerani mahkamah untuk mentadbir kerajaan Selangor.

PKNS dan lain-lain Perbadanan Kemajuan Negeri-Negeri adalah merupakan aset terpenting yang menjadi penjana ekonomi bumiputera hampir di semua negeri di Malaysia sejak bermulanya DEB. PKNN/SEDC sejak tahun 1971.

Tanpa SPV ini, mungkin sudah lama ekonomi negara ini di monopoli sepenuhnya oleh bukan Melayu. SPV ini khas diwujudkan oleh kerajaan untuk menjadikan Melayu dan bumiputera mampu bersaing dan menjalankan aktiviti ekonomi di dalam suasana ketidakadilan ekonomi antara kaum yang berlaku.

Pendek kata Perbadanan Kemajuan Negeri-Negeri ini adalah merupakan entiti perusahaan bumiputera yang diwujudkan dari inti pati perlembagaan dan diterjemahkan ke dalam alam realiti bagaimana ekonomi dan aset Melayu/bumiputera itu mahu dibangunkan.
Jika PKNS ini dicairkan demi kepentingan politik kerajaan pembangkang, ia adalah bermaksud cubaan mencair dan menghapuskan segala terma-terma dalam perlembagaan yang telah diwujudkan untuk memastikan Melayu dan bumiputera tidak terpinggir di tanah air sendiri.

Lawan kepada "war cry" ciptaan Hang Tuah, "Takkan Melayu Hilang di Dunia" ialah "Malaisi" yang membawa maksud "Melayu mati" ciptaan DAP sewaktu 13 Mei 1969.
Semua ini berlaku seperti tidak sengaja dan tiada siapa peduli pun kerana Melayu hari ini sudah dididik oleh pemimpin pakatan dengan "war cry" baru, iaitu, "ada aku kisah?"

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 29 Oct 2012 03:22 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Rompak sambil tayang payudara, taktik terbaru sendiket di ibukota

Posted: 29 Oct 2012 03:01 PM PDT

Gambar hiasan
PETALING JAYA – Terdapat helah mencuri terbaru iaitu dengan menanggalkan pakaian dan menjerit seolah-olah pencuri berada dalam masalah.

Penjaja dan peniaga di SS2 di sini telah menghadapi kes-kes di mana sekumpulan wanita Vietnam merompak mangsa dan kemudian menunjukkan buah dada sambil berlari melepaskan diri membuat bising yang akhirnya mengelirukan mangsa.

Menceritakan satu insiden apabila seorang wanita telah ditangkap mencuri dompet, penjaja Chow Kwai Chet, 41, berkata: "Dia yang tidak memakai coli dengan cepat menanggalkan baju sambil menjerit.

Terdahulu, dia cuba menahan wanita genit, dipercayai warga Vietnam lingkungan usia 30-an apabila dia ditangkap mencuri dompet.

Wanita itu juga cuba untuk membuka seluarnya.

"Walau bagaimanapun, seorang penjaja wanita menampar dan memarahinya," kata Chow pada sidang akhbar bersama Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong, Ahad.

Seorang lagi penjaja, Leng Chin Huat, 46, berkata, kumpulan wanita ini biasanya terdiri daripada 3-4 individu dan dipercayai menjadi sebahagian daripada sindiket.

Dia berkata, mereka berjaya menangkap tiga wanita Vietnam kerana mencuri dan telah menyerahkan mereka kepada polis.

"Bagaimanapun, polis terpaksa melepaskan mereka kerana tidak dapat menemui barang-barang dicuri mereka," katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Pagi SS2 Khor Choon Seong, 27, berkata wanita hanya akan mengambil wang dan bukannya kad kredit.

"Mereka kemudian akan buang dompet atau beg duit. Pelanggan hanya akan mengetahui bahawa mereka telah dirompak apabila mereka mahu membeli sesuatu," katanya.

Chong berkata kejadian itu biasanya berlaku pada hujung minggu.

Beliau menasihatkan orang ramai menghadkan jumlah wang tunai yang dibawa dan menyimpan wang dalam poket hadapan. – THE STAR

Aksi 'liar': Nabila Huda bidas Rotikaya, nafi hadiri Parti Halloween

Posted: 29 Oct 2012 10:16 AM PDT

Pelakon jelita, Nabila Huda melalui Twitter menafikan bahawa dia hadir ke parti Halloween seperti yang disebarkan oleh sebuah laman blog hari ini. Sebaliknya dia berpakaian sebegitu kerana mengikuti tema kostum sempena majlis hari jadi rakannya yang jatuh pada 28 Oktober 2012.

Tambahnya lagi, tarikh sambutan Halloween sebenarnya jatuh pada 30 Oktober 2012.

Kekesalan jelas disuarakan oleh Nabila Huda apabila dia secara langsung menegur laman blog berkenaan kerana menggunakan foto peribadinya sebagai bahan berita.

'Hi @ro******, Stealing people's personal photos n make ur own statement without asking nicely?Good job!Apa salah saya dgn awk ek?DM x jawap.'

Kata Nabila lagi, sepatutnya blog berkenaan bersikap lebih profesional dengan menerbitkan berita berdasarkan fakta yang kukuh.

'Nak jadi bloggers,biar professional. Jangan makan gaji buta.Kalau nak controversi, pegi cari. Nak gambar, amik sendiri. Jangan mencuri..," ujarnya di Twitter lagi.

Baru-baru ini, Nabila Huda turut ditimpa dengan kontroversi apabila mengenakan gaun hitam yang seksi di malam Anugerah Blokbuster.

Hudud: PAS dan DAP sudah ada bibit-bibit 'cinta'...uwek!

Posted: 29 Oct 2012 08:01 AM PDT

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

"Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau lagi.

Dr. Asri pun 'bersyarat' juga nak jumpa PAS...mengata UMNO pandai!

Posted: 29 Oct 2012 07:45 AM PDT

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersedia untuk berwacana dengan Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah sekiranya pertemuan itu membincangkan isu dibangkitkan secara "matang dan ilmiah."

"Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang," kata beliau kepada Sinar Harian pada Majlis Hari Raya Aidiladha Karangkraf di sini, petang ini.

Mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali awal hari ini, Asri berkata, "terima kasih pada jemputan dan akan memberi pandangan."

Sehubungan itu, Asri menambah, beliau tiada masalah untuk menghadiri wacana yang dimaksudkan sekiranya tarikh penganjuran tidak bercanggah dengan urusan-urusan beliau selain jemputan disampaikan secara profesional.

Justeru, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini berharap wacana yang dirancang oleh Dewan Ulama Pas itu tidak berakhir dengan ketegangan sebagaimana pernah dialami oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr A Aziz Bari.

"Saya tidak kata Dewan Ulama itu tetapi beberapa orang yang pakai label ulama.

"Cuma (saya) harap tidak jadi seperti yang berlaku kepada Aziz Bari apabila pernah mengkritik dan dijemput tetapi dihentam secara keras dalam perbentangannya sehingga menimbulkan ketegangan," kata beliau lagi.

Isu Ayatollah: PAS 'cabar' Dr Asri berwacana

Posted: 29 Oct 2012 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat menjemput bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kini berhadapan dengan kontroversi ekoran pandangan mengaitkan dengan pimpinan Ayatollah, agar menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu menerusi wacana ilmu.

"Saya merujuk kepada kebimbangan Dr Asri bahawa ulama-ulama dalam Pas dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah Kerajaan Pusat nanti dalam satu wacana baru-baru ini," kata Setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulama Pas Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulama Pas Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulama dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias, di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Tambah beliau, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Asri.

"Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.

"Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam," ujarnya.

(Gambar) Selebriti realiti raikan hari jadinya dengan memakai seluar dalam di atas kepala!

Posted: 29 Oct 2012 06:45 AM PDT

Sambutan hari lahir adalah sambutan yang diraikan setahun sekali dan yang pastinya individu yang terlibat mahukan perhatian terhadap dirinya pada hari tersebut.

Selebriti realiti jelita, Chloe Sims nampaknya berjaya mendapatkan 'perhatian' tersebut!

Ketika menyambut hari lahirnya di Cafe de Paris, London bersama rakan-rakannya, bintang ini yang menyambut hari lahirnya yang ke-31 dengan stail....memakai seluar dalam yang dihadiakan kepadanya...atas kepala!
Who here has a story to share? If it's interesting enough, you may just walk away with cool cash prizes! #NESCAFEonthelife

Tak segan lakukan adegan lesbian

Posted: 29 Oct 2012 03:01 AM PDT

Sedutan dari filem Loe Gue End
Barangkali nama Nadine Alexandra agak asing di Malaysia. Tetapi di negara seberang, gadis berdarah Inggeris cukup dikenali semenjak dinobat sebagai Ratu Cantik Indonesia 2010. Sementelah baru-baru ini jadi perhatian ekoran 'adegan panas' dia melakukan seks dengan seorang pelakon wanita?

Menurut laporan media Indonesia, bagaimanapun aksi tersebut sebetulnya adalah salah satu babak dalam filem terabru lakonannya berjudul Loe Gue End.

Dalam filem arahan sutradara Awi Suryadi itu Nadine memainkan peranan sebagai Alana. Gadis yang ketagih alkholol yang hidupnya berantakkan setelah kedua ibu bapanya bercerai.

Menurutnya, filem tersebut menggambarkan sisi gelap anak muda dengan aktiviti sosial bebas.

Nadine Alexandra
"Filem ini bukan mahu mendidik remaja tenggelam ke dunia gelap tapi berusaha menghindari agar mereka tidak terjerumus ke dunia tersebut", ujar Nadine.

Dalam filem berdurasi 80 minit itu menuntut gadis berusia 21 tahun ini 'melakukan' adegan seks dengan wanita lain, iaitu pelakon Kelly Tandiono.

"Bimbang dan gementar juga ketika melakonkan babak itu. Tapi mujurlah hanya 2 hingga 3 take saja", katanya yang turut memberitahu dia ada menjalani reheasal sebelum melakonkan babak tersebut.

Filem Loe Gue End akan tayang di dipagawam seluruh Indonesia pada 1 November 2012. Selain Nadine dan Kelly, antara bintang lain yang turut terlibat seperti Dimas Beck, Manohara, Dion Wiyoko, dan Moudy Zanya.


- mD

MB Azizan tak patut gelar orang 'beruk'

Posted: 29 Oct 2012 01:00 AM PDT

PEDU - Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan 'beruk atas pokok cermai', mana boleh kata macam tu.

"Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai."

Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.

Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu 'jangan usik beruk atas pokok cermai'.

"Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis," katanya.

Mat Sabu cuba dendang perkataan 'Melayu' dalam PR, tak rasis kah?

Posted: 29 Oct 2012 12:00 AM PDT

TANJONG KARANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.

"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.

Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.

Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN."

Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.

"Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen? Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.

"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.

Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.

"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia"' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam.

Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.

"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya," katanya.

(Gambar) Aksi 'liar' hisap payu dara Nabila Huda di parti Halloween

Posted: 28 Oct 2012 11:31 PM PDT

Pelik betul dengan anak Amy Search ni. Baru sahaja reda kontroversi gambar separuh bogel beliau di sebuah majlis anugerah, kini timbul lagi gambar-gambar yang kami kira kurang senonoh sebagai gadis Melayu yang beragama Islam.

Rotikaya telah berkongsi gambar yang dimuat naik sendiri oleh Nabila Huda melalui akaun Instagramnya.

Gambar-gambar tersebut memeprlihatkan pelbagai aksi yang agak keterlaluan Nabila Huda bersama beberapa orang lagi artis-artis wanita terkenal di sebuah parti Halloween.

Parti Halloween? Adakah ini sambutan untuk umat Melayu Islam? Kenapalah mereka ini suka sangat meraikan perayaan yang langsung tidak bermanfaat malah boleh mengugat akidah?

Semakin hanyut pula kami lihat perlakuan artis-artis sekarang. Nak kena ceramah dek Ustazah Abby kot diorang ni..
Hmmm..
Who here has a story to share? If it's interesting enough, you may just walk away with cool cash prizes! #NESCAFEonthelife

Yuna dirompak di Seattle, peralatan nyanyian lesap, mujur tak dirogol

Posted: 28 Oct 2012 08:31 PM PDT

Satu dugaan buat penyanyi kesayangan ramai yang sedang gigih mencipta nama di bumi Amerika Syarikat ini. Yuna dan pemuzik beliau di'rompak di sana baru baru ini.

Beberapa jam yang lalu, Yuna berkongsi screenshot perbualan beliau bersama ibu'nya tentang kisah rompakan yang berlaku selepas habis jelajah beliau di Seattle, Amerika Syarikat.

Menurut Yuna, semua peralatan muzik yang mereka gunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van yang digunakan mereka & bernasib baik kerana tidak berada di tempat kejadian.

Tidak pula dinyatakan jumlah kerugian yang dialami tetapi untuk pemuzik professional seperti Yuna, pasti peralatan muzik yang lesap bukan alang alang murah harganya.


13 tahun 'berzina' dengan suami

Posted: 28 Oct 2012 07:31 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang wanita mualaf kini hidup dalam kebingungan selepas mengetahui perkahwinannya sejak 13 tahun lalu tidak sah apabila 'suaminya' menggunakan sijil palsu selain tidak pernah melakukan akad nikah seperti pasangan lain.

Menyulitkan lagi keadaan, wanita itu yang mahu dikenali sebagai Nursinah, 30, kini ada lima cahaya mata berusia empat hingga 12 tahun hasil 'perkahwinannya' itu, bimbang mengenai status taraf anaknya yang samar.

"Sepanjang berkahwin, suami tidak pernah menunjukkan sijil nikah kami dan hanya terbongkar sebaik saya terjumpa satu sijil yang disembunyikan suami dalam kereta.

"Saya membawa sijil itu ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk semakan dan terkejut apabila dimaklumkan ia sijil palsu," katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Nursinah berkata, dia yang tidak tahu cara pernikahan Islam ketika itu hanya menurut kata lelaki terbabit yang memaklumkan mereka sudah bernikah ketika ke pejabat agama pada 1999.

"Saya pelik kerana suami hanya keluar dari pejabat agama sambil membawa sijil nikah dan memaklumkan kami sudah sah bergelar suami isteri.

"Walaupun pelik kerana tiada akad nikah dilakukan, saya terlalu naif ketika itu dan mengiyakan saja kata-kata suami," katanya.

Ketika menceritakan perkara itu, Nursinah berkata, dia berkenalan dengan suaminya tanpa dirancang sebelum lelaki itu mengajaknya berkahwin selepas seminggu berkenalan.

"Ketika itu, saya sudah berkahwin selama lima tahun atas dasar pilihan keluarga tetapi perkahwinan kami tidak bahagia dan akhirnya berpisah begitu saja.

"Tanpa perasaan curiga, saya menerima lamaran suami untuk mendirikan rumah tangga sebelum kami bersama-sama ke pejabat agama untuk memeluk Islam dan bernikah," katanya.

Nursinah berkata, mereka ke Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), untuk mendaftar sebagai mualaf sebelum bernikah. "Ketika di wisma itu, suami mengarahkan saya menunggu di kedai makan dan sebaik kembali kira-kira sejam kemudian, dia mengatakan saya sudah memeluk Islam dan bernikah dengannya.

"Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu mengenai Islam dan selepas itu, kami menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri lain," katanya.

Nursinah berkata, sepanjang mendirikan rumah tangga suaminya tidak pernah mengajarnya berkenaan Islam. "Malah, setiap kali bertanyakan mengenai sijil nikah, dia naik berang, malah saya terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga," katanya.

Menurut Nursinah, segala-galanya terbongkar apabila suaminya ditahan pihak berkuasa kerana didapati menyeleweng wang syarikat.

Katanya, susulan kejadian itu, dia nekad meninggalkan suaminya dan tidak mahu terus bergelumang dosa.

"Saya berharap ada pihak sudi membantu terutama jabatan agama kerana saya tidak boleh memfailkan kes ini di mahkamah syariah berikutan tiada sebarang rekod pernikahan kami.

"Saya mahu memulakan kehidupan baru dan bertaubat selain melupakan semua yang berlaku," katanya.

Apakah itu manifesto?

Posted: 28 Oct 2012 06:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain calon yang dipilih untuk bertanding,

kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi.

Menjelang pilihan raya umum yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat manifesto yang baik adalah manifesto yang dapat membangkitkan rasa keinginan di kalangan pengundi untuk memilih sesebuah parti politik dan wakil rakyat mereka.

"Memang benar faktor calon itu memainkan peranan yang penting, tetapi pengundi juga mahu tahu apakah manifesto atau deklarasi yang boleh ditawarkan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Janji pilihan raya

Setakat manakah janji-janji berkenaan mampu diingati semua pengundi?

Che Hamdan berkata satu kajian, yang dijalankan pada 2009 terhadap sekumpulan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, mendapati kebanyakan orang telah lupa dengan apa yang ditawarkan kepada mereka semasa kempen pilihan raya umum 2008.

"Pada masa itu (kempen pilihan raya), pengundi amat ghairah dengan apa yang ditawarkan dalam manifesto sesebuah parti itu, namun lama-kelamaan, mereka sendiri lupa sehinggalah nak dekat pilihan raya, baru mereka ingat kembali selepas hal berkaitan dibangkitkan beberapa pihak," katanya.

Menjelang pilihan raya umum yang semakin hangat diperkatakan, Che Hamdan, yang juga penganalisis politik, berkata selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

"Memberitahu apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat sebenarnya amat memberi kesan kepada mereka. Mereka akan tahu apa yang telah dilaksanakan dan apa yang belum.

"Barisan Nasional (BN) pada saya perlu memperbanyakkan lagi penjelasan mengenai apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat," katanya merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati yang memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat terkini tentang apa yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.

Bagi pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein, manifesto, katanya, memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya.

"Mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto. Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya," katanya.

Pengaruh manifesto

Beliau berkata manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu.

Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau.

"Contohnya pada pilihan raya umum 2008, pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri," katanya.

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah.

Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.

Ahmad Atory berkata melalui manifesto juga, pengundi akan menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan.

- Bernama

Projek sakit BN: Mahdzir jawab MB Kedah

Posted: 28 Oct 2012 06:31 PM PDT

ALOR SETAR - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono.

Katanya, projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa.

"Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir.

Beliau mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan BN semasa memerintah, memaksa kerajaan Pas Kedah menanggung beban hutang.

Mahdzir ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini.

Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan dalam program tahunan Umno Padang Terap dan dagingnya diagihkan kepada peneroka.

Dalam sidang medianya semalam, Azizan berkata, beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan Pas Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu.

Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut.

Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya.

Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan.

Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya.

Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usaha sama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul.

Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan.

"Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau.

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir.

Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal.

Menurut Mahdzir, hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - Bernama

ILMU mahu jumpa Chua Soi Lek

Posted: 28 Oct 2012 06:15 PM PDT

SHAH ALAM: Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi menjelaskan konsep sebenar hukum hudud berdasarkan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pertemuan itu bertujuan memberi gambaran lebih tepat kepada kepemimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mengenai hukum hudud.

Fathul Bari berkata, kenyataan dikeluarkan sebelum ini yang mengatakan negara akan mundur sekiranya melaksanakan hukum hudud berkemungkinan disebabkan Dr Chua menerima maklumat dan analisis kurang tepat daripada pihak tertentu.

Katanya, analisis diperoleh Dr Chua tidak tepat kerana tidak memetik sumber Islam yang asal menyebabkan ia mengundang persepsi negatif terhadap hukum Islam.

Katanya, berdasarkan rakaman video dalam beberapa ceramah yang disampaikan Dr Chua jelas menunjukkan penolakan MCA terhadap hukum hudud ala Pas walaupun sebenarnya ia hanyalah hukum yang berlandaskan Islam bukan kepartian.

"Hukum hudud sebelum ini sememangnya menjadi pertikaian antara Pas dan DAP namun saya rasa lebih sesuai sekiranya kepemimpinan Pas sendiri yang menjelaskan konsep hudud kepada DAP.

"Namun, bagi MCA yang juga parti komponen BN, adalah lebih mudah untuk kami (Ilmu) bertemu dan menjelaskan perkara sebenar mengenai hudud dari terus tuding-menuding antara satu sama lain," katanya pada Program Ibadah Korban Mengikut Sunnah Nabi anjuran Ilmu, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan respons awal diterima beliau yakin pertemuan dapat diadakan dalam masa terdekat berdasarkan keterbukaan Dr Chua membincangkan isu hudud. Menurutnya, umat Islam perlu memberi penjelasan lebih tepat kepada golongan bukan Islam mengenai hudud kerana itu sememangnya sebahagian daripada dakwah yang dituntut Islam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai program berkenaan, Fathul Bari berkata, golongan muda disarankan menyertai program korban yang dianjurkan mana-mana pihak bagi memberi pendedahan awal mengenai ibadah korban.

Katanya, ibadah korban mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dituntut supaya sempurna dan diterima Allah selain menunjukkan ihsan kepada binatang ternakan yang mahu disembelih.

Rakyat Malaysia dapat latihan pengganas di negara jiran

Posted: 28 Oct 2012 06:01 PM PDT

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak menolak kemungkinan sebilangan rakyat Malaysia yang direkrut oleh gerakan militan antarabangsa Al-Qaeda menerima latihan di sebuah negara jiran.

Beliau berkata, berdasarkan beberapa gerakan militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda beroperasi di negara jiran itu, merupakan salah satu faktor ada segelintir rakyat Malaysia yang direkrut di negara itu.

"Kita tidak boleh menyangkal perkara ini, mungkin mereka dilatih di sebuah negara jiran sebelum menyertai kumpulan militan dan kemungkinan juga mereka dilatih di negara kita... perkara ini kita perlu lakukan siasatan dan kita tidak boleh ramal terlalu awal," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama mengenai penahanan dua rakyat Malaysia, berusia 21 dan 28 tahun, oleh pihak berkuasa Lubnan dipercayai menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda oleh pihak berkuasa Lubnan.

Zulkifeli berkata kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau aktiviti serta gerakan di Malaysia telah diwujudkan sebelum ini dan ia akan dipertingkat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

"Kita sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam perkongsian maklumat risikan dan keselamatan mengenai pergerakan militan di negara kita. Pemantauan ini perlu dipertingkat selepas perkara ini (penahanan dua rakyat Malaysia)," katanya.

Bagaimanapun Zulkifeli berkata, pemantauan pergerakan militan itu adalah di dalam bidang kuasa polis dan tentera sentiasa membantu dalam menyediakan maklumat risikan dalam negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama berkata, satu laporan lengkap oleh pihak berkuasa Lubnan dan pihak kedutaan Malaysia di Lubnan sedang ditunggu oleh pihak polis bagi mengetahui punca sebenar penahanan dua lelaki berkenaan.

"Kita sedang tunggu satu laporan lengkap dari pihak berkuasa Lubnan bagi membolehkan kita menyiasat dan memantau pergerakan militan membabitkan rakyat Malaysia," katanya.

Menurut sumber polis Interpol, kedua lelaki itu dipercayai mendapat latihan daripada seorang lagi rakyat Malaysia, Mustapha Mansour di negara ini pada 2007 untuk dilatih oleh kumpulan militan Al-Qaeda. - Bernama

bERANIKAN hATI

Posted: 29 Oct 2012 03:15 PM PDT

bERANIKAN hATI


KALAULAH PENGIKUT PAS TAHU....

Posted: 28 Oct 2012 05:39 PM PDT



1. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa tidak semua yang pemimpin Pas lakukan adalah kerana kepentingan agama, sudah tentu kita akan kecewa dan menolak perjuangan Pas yang kononnya berlandaskan Islam. Namun sebenarnya mereka hanya jadikan agama sebagai alat untuk mencapai cita-cita dan perjuangan peribadi mereka sendiri.

2. Kalaulah pengikut Pas tahu....keratan akhbar diatas adalah tentang pemimpin Pas yang merayu kepada pengusaha rumah urut supaya memohon lesen dan mendaftar supaya cukai dapat dikutip. Kalau kita belum lupa, tidak lama dulu para pemimpin Pas menjerit-jerit mengatakan bahawa kerajaan BN perolehi hasil dari sumber haram dengan mengutip cukai dari perniagaan yang diharamkan oleh agama. Apakah apabila mereka sudah berkuasa dan memerintah maka apa yang mereka katakan haram itu sudah Allah halalkan bagi mereka?

3. Kalaulah pengikut Pas tahu.....Nik Aziz pernah meluluskan sebanyak 44 lesen arak di Kelantan tetapi dalam masa sama bercakap tentang apa yang kerajaan BN lakukan mengenai lesen arak adalah haram dari segi hukum Tuhan. (Klik Sini)

4. Malangnya para pengikut Pas telah buta mata dan hatinya dan terlalu taksub kepada pemimpin yang menjanjikan mereka syurga sedangkan syurga itu bukanlah milik para pemimpin mereka. Di Kelantan kerajaan negeri sering menjuruskan pemikiran rakyat kepada kehidupan akhirat kerena mereka gagal memberikan kebaikan kehidupan dunia bagi rakyat mereka. Kerajaan negeri gagal membekalka air bersih bagi menjamin kesihatan rakyat Kelantan biarpun sudah memerintah sekian lama.

4. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa mereka sudah sejak sekian lama tertipu, tentu mereka tidak akan sanggup berguling-guling dijalan raya kerana memprotes kerajaan yang sedang memberikan kebaikan untuk mereka dan menunaikan segala janjinya.







tun faisal dot com

Posted: 29 Oct 2012 02:06 PM PDT

tun faisal dot com


Royalti: Kelantan tiada hak dan PAS hanya tamakkan duit minyak?

Posted: 29 Oct 2012 08:05 AM PDT



Mesti Baca : Dahsyat Cara Ku Li dan Kickdefella ' Check-Mate ' Geng Royalti R Husam Musa di Facebook !!! @NajibRazak

Berikut entri Kickdefella yang patut dibaca berkenaan beza status antara Negeri Kelantan dengan Negeri Sabah dan Sarawak, selain isu 3 batu nautika dan juga perjanjian antarabangsa yang gagal difahami pendokong tuntutan royalti minyak Kelantan sehingga memalukan mereka sendiri apabila tersebar hujjah seperti ini.

Pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, admin Facebook Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memuat naik jawapan YB Menteri Di Kementerian Luar Negeri kepada soalan Ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung dakwaan penyerahan dua blok carigali petrolieum kepada Brunei. Sebelum ini, YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS telah melemparkan pelbagai tuduhan mengenai kononya blok-blok tersebut telah diserahkan kepada Brunei oleh Kerajaan Malaysia.
Siri dakwaan dan kecaman Husam  boleh dilihat di dalam weblognya sendiri iaitu seperti link-link di bawah.
i)               Medan Minyak Tergadai: Ya atau Nafi.
ii)              Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib.
iii)             Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang.
v)             Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei.
Dengan jawapan daripada YB Menteri di Dewan Rakyat, ternyata apa yang ditulis oleh YB Husam di blognya hanyalah spekulasi yang penuh dengan elemen putar belit fakta dan hasutan.
Tidak diketahui ada kebetulan atau tidak, tetapi sebelum menyiarkan jawapan YB Menteri itu, Ku Li di Facebooknya ada berpesan,
"Jangan suka memusing fakta sehingga menjerat diri sendiri."
Tidak hairanlah, anak-anak buah Husam turut mengamalkan taktik sama. Bagaimanapun, pada hari Khamis itu, rakan-rakan mewakili suara anak Kelantan dan saya sempat untuk berdebat secara online mengenai tuntutan royalti oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan geng NGO R di dalam FB Ku Li. Berikut adalah perdebatan yang dimaksudkan untuk penilaian pembaca sendiri. Ini merupakan permulaan sahaja di dalam usaha kami membuktikan bahawa NGO R hanyalah bercakap kosong sahaja selama ini.

Baca selanjutnya : http://kickdefella.net/2012/10/20/baung-dalam-bangkar-2-ngo-r-bungkus-dalam-fb-ku-li/

Kenyataan penuh Chua Soi Lek hina hudud dan cabar Jamil Khir debat?

Posted: 28 Oct 2012 08:30 PM PDT


Di bawah adalah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang disiarkan oleh akhbar the Star semalam. Bloggers dan cybertroopers PR, terutamanya dari Pas sedang sibuk memanipulasi berita ini dari segi dengan menyatakan bahawa Chua menghina hudud. Silalah teliti kenyataan di bawah untuk memahaminya. 

Kesimpulan saya, blogger dan cybertrooper menipu kerana tidak ada kenyataan menghina hudud, melainkan menyatakan perasaan tidak yakin dan ketakutan kepada hudud Pas

Dalam kenyataan Chua, dia menolak Pas sebagai Islam. Pas hanya parti politik. 

Jika ada perkara yang tidak tepat dalam kenyataan ini adalah, Chua menyebut dan menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini sedangkan di dalam Perlembagaan, Islam disebut sebagai agama Persekutuan. Kedua, adalah lebih manis dan sesuai jika Chua melakukannya dengan lebih berhemah, sama ada menyatakan pandangannya melalui saluran BN atau tanpa perlu sama sekali menyentuh Datuk Seri Jamil Khir.

Ekspresi Chua adalah tentang ketakutan dan ketidak yakinan bukan Islam bahawa Pas boleh melaksanakan hudud dengan adil tanpa menjejaskan mereka. 

Spin pemimpin dan cybertrooper PR pula menunjukkan bahawa mereka cuba menidakkan ketakutan mereka terhadap Karpal dan DAP yang terang-terang menolak hudud dan PKR yang secara `malu-malu' menolak hudud. 

PR cuba menafikan pembongkaran bahawa DAP adalah anti-Islam yang dibuat oleh beberapa orang bekas pemimpin DAP dan PKR. Pas pula cuba menafikan hakikat bahawa PR sebenarnya menolak hudud melalui kenyataan bahawa hudud bukan agenda PR. Hakikatnya - jelas bahawa Pas bersubahat menolak hudud apabila PR menolaknya untuk dijadikan sebagai agenda.


___________________



(The Star) - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.

"Maybe he did not do his homework. I am disappointed with what he said," the MCA president said.

On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims. Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.

Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.

He also pointed out that a political party should not be equated to religion.

"PAS is a political party while Islam is the official religion.

"The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said.

Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.

Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud.

"Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said.

On another matter, Dr Chua said the DAP had been championing PAS as this was obvious when Rasah MP and DAP Youth leader Anthony Loke slammed the table in Parliament against the MCA in defence of PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"When Penang PKR chief Datuk Mansor Othman remarked that Penangites viewed Chief Minister Lim Guan Eng as tokong (deity), why did Loke not slam the table in Parliament?

"Does this mean that to Loke, Nik Aziz is more important than Lim?" he asked, claiming that this showed that the DAP was a "political eunuch" to PAS.

Dr Chua also said that Batu Pahat MCA would hold a mega dinner at Sea View Restaurant on Nov 3 and the money raised would be channelled to six Chinese primary schools and a Chinese independent school in the area.

"From next year onwards, 25 poor students from each of the Chinese primary schools will be given RM600 in aid per year while those from the independent school will receive RM1,000 every year," he said



Audit: Cubaan Azizan nafi kegagalan, digagalkan oleh Mahdzir #TukarKedah

Posted: 28 Oct 2012 06:12 PM PDT

azizan-mahdzir

MB Kedah gagal! 

Apa kata Audit?

Kedah Corporation Berhad (KCB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). KCB telah ditubuh dan didaftarkan pada 15 Mei 2006 dengan modal dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal diterbitkan RM1 juta. Objektif utama penubuhan syarikat adalah untuk memajukan aktiviti perlombongan dan pertanian di peringkat antarabangsa. Pengauditan yang dijalankan di antara bulan November hingga Disember 2011 mendapati kedudukan kewangan KCB adalah lemah kerana mencatatkan kerugian sepanjang tahun 2008 hingga 2010. KCB juga didapati tidak mengamalkan tadbir urus korporat yang baik di mana terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Syarikat 1965 dan Pekeliling Perbendaharaan serta pengurusan pelaburan yang lemah.

Kedah Agro Industries & Marketing Berhad (KAIMB) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2006 dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM5 juta dan modal diterbitkan RM0.5 juta. KAIMB merupakan syarikat milik penuh Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) iaitu sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). Pengauditan yang dijalankan di antara bulan September 2011 hingga Oktober 2011 mendapati KAIMB hanya memperolehi keuntungan pada tahun 2008 dan kemudiannya mengalami kerugian pada 2 tahun berikutnya. Pengurusan aktiviti KAIMB seperti projek ternakan udang di Kerpan dan projek tanaman getah dan kelapa sawit juga terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan perjanjian dan pemantauan. 





Dakwaan Azizan projek sakit di Kedah zaman BN: Ini penjelasan Mahdzir Khalid
ISNIN, 29 OKTOBER 2012 03:14  

Ceritanya sama saja. Baik di Selangor,Pulau Pinang dan terbaru di Kedah.Kerajaan pakatan pembangkang di negeri-negeri ini cuba nak cari apa saja yang boleh ditonjolkan sebagai ' kesalahan' kerajaan Barisan Nasional.

Sedangkan sudah lebih empat tahun berlalu sejak mereka mengambilalih negeri-negeri ini semasa pilihanraya umum 2008...tidak ada perubahan yang dapat dirasai dan dilihat dengan mata kasar.

Di Kedah,bekas Menteri Besar  Datuk Seri Mahdzir Khalid naik angin bila Menteri Besar PAS sekarang Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memperlekehkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN dulu.

Dan...kalau dilihat dari penjelasanya nampak sangat Azizan macam tenggelam punca bila pentabirannya menghadapi masalah dalaman dengan puak PAS sendiri di negeri itu.

Siapa boleh lupa peristiwa PAS Pusat terpaksa campurtangan wujudkan badan pengawas keatas pentabirannya ekoran krisis beliau dengan dua Exco Kerajaan Negeri tidak lama dulu.

Mahadzir yang kini Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), berkata, projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono

Beliau ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari Alor Star Ahad mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan BN semasa memerintah, memaksa kerajaan Pas Kedah menanggung beban hutang.
   
Katanya, projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa.
   
"Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir.
   

Dalam sidang medianya Sabtu, Azizan berkata, beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan Pas Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu.

Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut.
   
Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya.
   
Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.
   
Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan.
   
Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya.
   
Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usaha sama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul.  

Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. 
   
"Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau.
   
"Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir.
   
Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal.
   
Menurut Mahdzir, hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - 28/10/2012


yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 29 Oct 2012 01:56 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Jangan sesal, jangan kesal.

Posted: 29 Oct 2012 12:12 AM PDT

Kekuatan sokongan rakyat kepada PAS Kelantan tidak perlu dipertikaikan lagi, apa pun gerakan dan hasutan yang dilakukan oleh pihak UMNO tidak memberi kesan bagi rakyat Kelantan untuk tidak menyokong PAS.

Berbagai-bagai sekatan dan tindakan dilakukan oleh Kerajaan BN dan UMNO Kelantan terhadap Kerajaan PAS dan rakyat Kelantan, ianya tidak melemahkan semangat kepada rakyat Kelantan untuk terus menyokong PAS dan Kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Rakyat Kelantan amat percaya, khazanah negeri Kelantan akan dijaga dengan amanah oleh YAB TGNA walaupun terdapat beberapa rancangan yang diistiharkan oleh Kerajaan agak terbengkalai tapi itu semua tidak menyiksakan kehidupan rakyat Kelantan.

Walau pun berbagai-bagai isu dibangkit oleh UMNO bagi menghasut rakyat supaya tidak menyokong Kerajaan dan PAS dibawah pimpinan TGNA tapi rakyat masih sayang dan percaya kepada TGNA, sebab itulah usaha UMNO jadi sia-sia.

Isu Air, Depu, Jambatan, Ladang Rakyat dan macam2 lagi fitnah yang dileparkan oleh UMNO terhadap Kerajaan TGNA tidak disokong oleh rakyat kerana rakyat lebih kenal kebaikan TGNA daripada pemimpin UMNO yang berjuang bukan untuk rakyat tapi untuk kepentingan peribadi.

Walapu pun ada terdapat wakil rakyat PAS yang kurang menyerlah, itu semua tidak menjejaskan khidmat mereka kepada rakyat kerana TGNA selalu mematau akan gerak kerja wakil rakyat PAS, yang kurang aktif diberi peringatan dan tarbiah akan tugas dan tanggongjawab dan PRU13 adalah masa yang sesuai oleh TGNA dan PAS menyemak keberkesanan wakil rakyat PAS.

Yang mana difikirkan perlu dirihatkan sudah pasti akan dirihatkan kerana TGNA tidak mahu dichop sebagai pemimpin yang lepas tangan, lagi pun TGNA lebih cederung untuk melihat kepentingan rakyat lebih diutamakan dalam mengerakkan slogan Negara Berkebajikan dan Membangun Bersama Islam.

Tapi lain pula nampaknya dalam menentukan calun-calun Parlimen. PAS Kelantan lebih berminat untuk menentukan kerusi DUN dimenangi dengan  cemerlang sedangkan tidak ghairah bagi memastikan kerusi Parlimen dimenangi dengan cemerlang. Ini dapat diperhatikan PAS lebih berhati-hati bila berbicara kedudukan kerusi Parlimen, umpamanya PAS tidak terlalu gelisah pasal kedudukan kerusi Parlimern walaupun 'cula' telah memberi isyarat kedudukan beberapa kerusi Parlimen boleh diperbaiki. Ini kerana PAS teramat menjaga hati sekutunya.

Sebagai contoh Parlimen Tanah Merah dan Gua Musang boleh diperbaiki untuk mengekal dan mencari kemenangan. Nampaknya istilah 'biar mati anak jangan mati adat masih dipegang erat oleh PAS Kelantan'. Semuanya akan kesal dan sesal apabila 'Road to PUTRAJAYA' punah ranah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan