TUMPAT: Usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat kini terus mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan agama. Mereka tampil selepas projek itu diketepikan kerajaan persekutuan sejak 1986.
Dan pada Jumaat ini sebanyak 32 buah wat Siam di negeri ini mengambil inisiatif mengumpul dana Lebuh Raya Rakyat yang akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Sami Buddha Tumpat, Than Tit berkata, pihaknya turut mengambil tangungjawab bersama membantu kerajaan negeri membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu bagi keperluan orang ramai.
"Jangan pula ada pihak menganggap pemberian sumbangan kami itu sebagai isu politik.
"Lebuhraya tersebut merupakan keperluan semua tidak kira agama, bangsa atau pegangan agama mereka," katanya di sini.
Menurutnya majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk ufti akan diadakan di Wat Machimmaran dekat sini yang turut dihadiri penduduk Siam tempatan.
Difahamkan sebelum berlangsung majlis penyerahan tersebut syarikat yang bertanggungjawab membina Lebuh Raya Rakyat, Baidah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd akan menyampaikan taklimat mengenai projek lebuh raya tersebut.
Kelmarin peneroka dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor menyerahkan sumbangan bagi projek Lebuh Raya Rakyat sebanyak RM21,300 kepada Menteri Besar pada satu program di JKR 10.
KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.
Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion.
"Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.
"Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002," katanya di sini semalam.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik kerajaan pusat.
Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada kerajaan baru.
"Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang pada PRU-13 nanti.
"Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah," ujarnya.
Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka hati.
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian.
"Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau. Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau.
(Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)
Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat.
Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
"Mengapa projek Rapid tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?
"Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.
Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari.
Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam.
Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kapal-kapal dagang.
"Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau.
Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu.
Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengulangi pendiriannya mempelawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman agar berdialog secara terbuka berhubung isu pengambilan tanah di 10 kampung tradisi di Pengerang, bagi memberi laluan kepada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Menurutnya, hanya Menteri Besar Johor yang mempunyai kelayakan menjawab sebab tanah rakyat diambil bagi membangunkan projek Rapid.
Katanya, "saya tetap dengan pendirian saya bahawa isu itu melibatkan pengambilan tanah, jadi orang betul untuk memberi kenyataan adalah Menteri Besar."
"Jadi, saya mengajak berdebat atau berbahas atau berdiskusi atau berdialog, saya nak tahu kenapa kampung tradisi itu diambil bukannya tanah kerajaan.
"Kalau nak kata laluan kapal, tanah kerajaan di Pengerang juga dekat dengan laluan kapal itu, jadi apakah sebabnya tanah 10 kampung tradisi itu perlu diambil," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengajak Salahuddin berdebat mengenai isu itu.
Namun Salahuddin telah menolak dan menyatakan niatnya untuk berdebat dengan Abdul Ghani bagi menyelesaikan isu tersebut.
Semalam, Azalina sekali lagi mempelawa Naib Presiden Pas itu untuk berdebat dengannya.
Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, perjuangannya sekarang adalah di tahap menghalang tanah rakyat diambil.
Tambahnya, isu pengambilan tanah akan diselesaikan terlebih dahulu dan isu-isu lain akan diselesaikan selepas mendapat kenyataan daripada Menteri Besar Johor.
Bukan hanya syarikat Suaram, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings yang ditimbulkan DAP semalam.
"Kita baru tahu dan kita akan siasat. Kita akan siasat jika menerima aduan.
"Kita tak pilih sesiapa (untuk jalankan siasatan)," katanya pada sidang media selepas menyerahkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Petaling Jaya hari ini.
Beliau mengulas dakwaan anggota Parlimen DAP Tony Pua bahawa NADI - rakan kongsi syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways - tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 2007.
Pua mendakwa syarikat YGP Holdings Sdn Bhd juga tidak memfailkan akaun audit sejak 31 Disember 2006.
Beliau mendakwa anggota Parlimen BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Abdul Rahman Dahlan pengarah syarikat itu, manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pemegang sahamnya.
Sementara itu, Ismail turut mengulas mengenai siasatan ke atas entiti perniagaan Suaram, Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwanya tiada kaitan dengan NGO tersebut.
'Apa istimewanya Suaram? Katanya, agensi bawah kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang berdaftar bawah pendaftar pertubuhan syarikat (ROS).
Tegasnya, tiada syarikat yang mendapat pengecualian daripada disiasat sekiranya pihaknya mendapat aduan.
"Saya tak nak orang anggap tindakan pada Suara Inisiatif ini ada kaitan dengan Suaram. Kita bertindak sebab ada aduan.
"Apa istimewanya Suara Inisiatif ini sehingga tiada siapa boleh sentuh dia? Kalau kita tak siasat bila ada aduan, orang akan kata kita pilih kasih," kata Ismail lagi.
Menurut Ismail, bawah kementeriannya, purata sebanyak 200 buah syarikat setahun disiasat dan diambil tindakan.
"Kalau saya ambil tindakan dekat 200 syarikat dan dekat dia tak ambil tindakan, itu orang akan kata pilih kasih.
"Ini negara kita. Kerajaan ada hak untuk memelihara negara," katanya lagi.
Beberapa individu yang ditemui wartawan Malaysiakini mempertahankan penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.
Walaupun ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis sebesar itu diadakan, individu-individu itu, ketika ditemui di Bandar Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba dibangkitkan itu bermotifkan politik.
Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman (kiri), 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu.
"Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.
"Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak besar sedikit," kata surirumah tersebut. Neo: Menunjuk-nunjuk
Seorang lagi individu, Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.
"Beliau seorang pemimpin dan jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya (kanan) yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Namun berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan.
"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," katanya.
Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik.
"Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu.
'Elok salur untuk rumah PPRT' Seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar.
Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.
"Wang sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat termiskin (PPRT).
"Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak berturap," dakwanya.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
PUTRAJAYA- Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan dua permohonan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung isu menangguhkan prosidingyang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurdan permohonan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan isu royalti minyak.
Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Tan Sri Mohd Raus Sharif membuat keputusan itu setelah dipersetujui sebulat suara oleh hakim-hakim lain, selepas mendengar permohonan dibawa peguam bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan, Tommy Thomas.
Panel hakim yang lain ialah Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri SulongMatjeraie dan Datuk Jefferey Tan.
Semasa prosiding berlangsung, Thomas berkata, pihaknya memohon agar kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap permohonan yang difailkan di mahkamah tersebut.
Mahkamah Persekutuan turut membenarkan permohonan rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,yang sebelum ini telah memutuskan kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas dijalankan mengikut isu perundangan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan isu dalam kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas, yang difailkan kerajaan Kelantan, dijalankan melalui isu perundangan.
Kerajaan Kelantan seterusnya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana mahu kes tersebut dijalankan menerusi perbicaraan penuh untuk memanggil saksi-saksi dan barangan-barangan kes yang terlibat.
Bagaimanapun pada 26 April lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Kerajaan Kelantan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kes saman tersebut perlu didengar dan diselesaikan mengikut isu perundangan.
Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk menjalankan perbicaraan secara penuh kerana tanpa perbicaraan penuh, ia sangat prejudis terhadap Kerajaan Kelantan.
Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas.
Dalam pernyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas supaya membuat pembayaran tunggakan dan bayaran tunai seterusnya bagi petroleum dihasilkan di luar pantai Kelantan seperti ditetapkan dalam perjanjian petroleum; serta menuntut ganti rugi dan kos.
Dalam tuntutan, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.
Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September.
TNC Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baharu.
JOHOR BAHRU - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor, pada Disember 2010.
Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.
Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.
Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.
Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, Abdul Aziz boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga B dan Ahli Lembaga Perolehan UTHM turut mengaku tidak salah atas satu pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM15,000 terbabit daripada Mohammad Anal, pada tarikh dan menerusi akaun bank yang sama.
Dia dituduh melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghafar Ab Latif menawarkan jaminan RM30,000 terhadap Abdul Aziz.
Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Shahrul Syazwan Salehin yang mewakili tertuduh bagaimanapun, merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin atas alasan Abdul Aziz menanggung seorang isteri dan enam orang anak.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov depan untuk sebutan semula kes. - Bernama
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan mengadakan sidang khas bagi membincangkan, antara lain isu hutang Talam Corporation dan penyusunan semula industri perkhidmatan air di Selangor.
"Saya telah pun menghadap Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) hari ini bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengadakan sidang khas dewan," katanya dipetik Bernama.
"Sekiranya mendapat perkenan Tuanku Sultan, saya jangka sidang khas ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu hingga tiga minggu akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2 Januari depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).
Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili Mohammad Nizar dan peguam Lim Qi Si mewakili pihak TV3.
Lim, ketika ditemui pemberita memberitahu beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneruskan perbicaraan kes itu walaupun Mohammad Nizar bersedia untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan 10 Disember untuk pengurusan kes tersebut. Mohammad Nizar memfailkan saman itu terhadap TV3 kerana menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
Sementara itu, bagi saman berjumlah RM50 juta yang difailkan Mohammad Nizar terhadap Utusan Melayu berkaitan pernyataan fitnah yang sama, mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk mendengar permohonan Utusan Melayu bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang diperintah oleh mahkamah pada 8 Ogos lepas.
Mohd Fitri memberitahu pemberita bahawa pendengaran kes itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof. Pada 10 Julai lalu, Mohammad Nizar memfailkan dua saman tersebut secara berasingan (terhadap Utusan Melayu dan TV3) dan dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan.
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor. - Bernama
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menganjurkan himpunan mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November depan.
Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan mensasarkan kehadiran sejuta rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.
Mat Sabu berkata, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menunjukkan bagaimana anggota keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 28 April lalu.
"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan, maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 November nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dipetik Harakah Daily.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya bebas dan telus.
"Apa terus meragukan misalnya ditemui 60,000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.
"Bagaimana hendak adakan pilihan raya, sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran Mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," kata Mat Sabu lagi.
Justeru, Pakatan bimbang SPR boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk pilihan raya umum kali ini.
Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Fuziah Salleh (Kuantan), Anthony Loke (Rasah), Tian Chua (Batu) dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.
KUALA LUMPUR : Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tekanan Umno BN kepada NGO hak asasi itu berpunca daripada pendedahan skandal urus niaga Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
"Apakah yang anda fikir mengenai 'serangan' terhadap Suaram masa ini?" soalnya sambil disambut jawapan "Scorpene" oleh kira-kira 100 hadirin.
"Scorpene? Anda fikir begitu? Ya!" jawab Cynthia pada forum 'Who is in the spotlight? Suaram or Scorpene' di Petaling Jaya malam tadi.
Forum tersebut memfokuskan motif serangan Umno BN terhadap NGO tersebut kebelakangan ini.
Turut serta peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, peguam Tommy Thomas dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
Kos operasi Suaram hanya RM450,000 setahun
Cynthia menjelaskan, NGO itu hanya membelanjakan RM450,000 untuk kos operasi setahun.
Menurutnya, dana tersebut diguna untuk menjalankan beberapa kempen hak asasi selain membayar gaji staf Suaram.
"Media propaganda kerajaan mendakwa Suaram menerima dana asing berjuta-juta ringgit yang kononnya bertujuan menjejaskan kestabilan negara.
"Ia tidak tepat sama sekali kerana dalam setahun Suaram hanya membelanjakan kira-kira RM450,000. Adakah ia jumlah yang banyak?
"Ia hanya cukup untuk menjalankan lima kempen dalam setahun dan membayar gaji serendah RM2,500 kepada lapan kakitangan kami. Mereka boleh mendapatkan gaji lima kali ganda, jika bekerja di sektor korporat," katanya.
Menerangkan lebih lanjut, Cynthia berkata, dana tersebut dibiayai pihak swasta yang kebanyakannya dari dalam negara, pengutipan dana melalui kempen yang dijalankan selain kempen jualan buku dan barangan. "Dana diterima dengan tegas tanpa campur tangan penderma," tegasnya.
Dalam pada itu Cynthia berkata, aktiviti Suaram berlandaskan prinsip yang ditetapkan dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948.
Katanya, Suaram mengkhususkan hak-hak sivil dan politik seperti kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menubuhkan persatuan, hak untuk perbicaraan yang adil, kebebasan kehakiman, akauntabiliti awam dan demokrasi tulen.
Umno BN makin paranoid terhadap NGO
Sementara itu, Irene berkata, sama seperti Suaram, Tenaganita juga menerima pelbagai tekanan selepas mendedahkan isu penindasan pekerja asing dan rasuah di kalangan penguatkuasa.
Katanya, tekanan itu berlaku apabila pendedahan mengenai sesuatu penyelewengan itu boleh menggugat kerajaan Umno BN.
"Mereka mengalih tumpuan untuk menangkap saya. Sepanjang tempoh itu, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) menyerbu pejabat kami tiga kali. Mereka mendakwa Tenaganita kononnya menyediakan maklumat kewangan palsu dan akaun yang tidak wajar," katanya.
Dalam temubual dengan akhbar Jakarta Post 7 Mei lalu, Irene menyifatkan Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing, lantaran layanan buruk diterima dari majikan dan penguatkuasa.
Ekoran itu, dua badan bukan kerajaan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat laporan polis ke atasnya 16 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kemudian memaklumkan bahawa siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan.
KUALA LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat membidas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak kerana memperlekeh peranan wanita dalam pembangunan negara.
Ini berikutan Najib dalam ucapannya sempena Hari Wanita Kebangsaan 2012 semalam mengatakan pergerakan menuntut hak wanita adalah tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak mereka sejak kemerdekaan lagi.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Perdana Menteri itu meremeh dan menghina golongan wanita kerana cuba membandingkan golongan itu dengan negara luar.
"Najib memperlekehkan wanita sedangkan kita berada di tahap pemberdayaan wanita dan mengarus perdanakan peranan wanita.
"Proses pemberdayaan ini amat lemah apabila laporan dalam The Global Gender Index Gap 2011 menyatakan Malaysia berada pada kedudukan 97 dari 135 negara dalam empat aspek penilaian iaitu penglibatan dan peluang ekonomi, pencapaian pembelajaran, kelangsungan kesihatan dan hidup dan pemberdayaan politik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Wanita Pakatan Rakyat berpendirian lantikan Najib sebagai Menteri Wanita adalah kesilapan besar yang terpaksa ditanggung seluruh wanita Malaysia.
"Najib gagal mendapat nasihat yang tepat dari kepimpinan Wanita Umno BN.
"Berbeza dengan Pakatan melalui Agenda Wanita Malaysianya menawarkan polisi yang mesra gender akan mengangkat martabat dan membela wanita, bukannya meremeh temehkan peranan wanita," katanya lapor Harakah Daily.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff tidak menolak jika Najib terus memegang jawatan Menteri Wanita menyebabkan kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Index akan menjunam jauh daripada kedudukan sekarang iaitu 115.
"Ini satu penghinaan kepada wanita Malaysia, seolah-olah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu.
"Sebaliknya Agenda Wanita Malaysia yang ditawarkan Wanita Pakatan Rakyat fokus kepada tujuh tumpuan yang mana empat tumpuan di atas diterapkan sebagai kayu pengukur dalam pemberdayaan wanita Malaysia," kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu lagi.
LOKALITI.....Pelan Lokaliti sebuah rumah PPRT yang roboh terletak di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari Pekan Semporna. Gambar sisipan, Mamat Bin Balhana, Ketua Penaja USNO Senallang.
DILAPORKAN sebuah lagi rumah PPRT yang dibina Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tumbang menyembah laut di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari pekan Semporna.
Pulau berkenaan yang terletak dalam DUN Senallang yang diwakili Datuk Nasir Tun Sakaran. Malangnya, mengikut maklumat yang diterima, Nasir tidak kelihatan melawat mangsa kemalangan yang berlaku di tempat permainannya di zaman kanak-kanak kerana keluarganya pernah tinggal di pulau ini.
Sebelum ini pada April 2012, Sabahkini.Net telah melaporkan mengenai masa hadapan penghuni rumah PPRT di ambang maut melalui artikel bertajuk 'PBR Maut Lambang Kejatuhan Shafie?'.
Manakala wakil USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad telah membuat lawatan ke kawasan berkenaan bagi meninjau peristiwa tersebut dan rakamannya telah diuploadkan ke YOUTUBE.
Selepas peristiwa di Semporna, sebuah lagi rumah PPRT yang dibina KKLW tumbang di Kampung Bokara, Sandakan pada awal bulan September 2012 dan seterusnya tidak sampai sebulan; kejadian rumah PPRT tumbang kembali lagi ke Semporna; iaitu kampung asal mantan Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Askalani Abdul Rahim.
Wakil USNO Dun Senallang, Mamat bin Balhana telah mendapat maklumat telah mengadakan lawatan segera ke kawasan itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat; bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.
Mamat berjanji akan terus berkhidmat untuk rakyat kawasan itu walaupun USNO belum mendapat kelulusan pendaftarannya; namun tetap akan menurunkan calonnya di Dun Senallang kerana Wakil Rakyat BN gagal menjalankan tugas.
ALI BABA.....Inilah kualiti jambatan kayu yang dibina secara Ali Baba. Mangsanya adalah rakyat jelata yang miskin.
TIADA yang lebih lucu dalam politik kerajaan Barisan Nasional selain dari amaran Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob untuk membatalkan membekalkan air ke Selangor kiranya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak rancangan kerajaan pusat.
Amaran MB Pahang itu dikira satu ugutan kepada kerajaan Selangor. Kiranya Selangor berkeras dengan sikapnya dalam isu air ini, maka kerajaan Pahang akan membatalkan persetujuannya untuk membekalkan air ke negeri jirannya itu.
Semua tertawa lucu dengan amaran itu.
Adakah Adnan merasakan kerajaan hendak sangat air dari Pahang itu yang menyebabkan ia akan membayar kira-kira 80 juta setahun kepada Pahang.
Kerajaan Selangor seronok sangat kalau Adnan membuat keputusan itu. Kurang tapak tangan, akan ditadah nyiru oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jika benar Adnan anak jantan, dia umumkan pembatalan itu sekarang! Nescaya pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor selesai kiranya kerajaan Pahang bertindak demikian.
Tidak berbangkit lagi isu pembinaan Langat-2 yang menurut Timbalan Perdana Menteri ia akan diteruskan tidak kira Selangor setuju atau tidak setuju dengan rancangan kerajaan pusat atas isu itu. Malah kerajaan pusat memang bernafsu untuk membuka tender pembinaan Langat-2 itu.
Memang kita nampak siapa yang hendak membida tender Langat-2 itu dalam keadaan kerajaan Selangor tidak member laluan. Selangor tidak sedia membenarkan buminya digunakan untuk projek itu.
Jika Langat-2 ditender juga, maka yang masing-masing nampak ruang yang kerajaan pusat boleh gunakan ialah ruang udara dari Pahang ke loji Langat-2 itu di mana-mana tanah milik kerajaan pusat di Langat.
Kerajaan pusat terpaksa menggunakan teknologi yang tidak menggunakan tiang buat projek itu sepanjang dari sempadan Pahang-Selangor hingga ke tapak Langat-2 itu. Sebagaimana langit dibina tanpa tiang, maka demikian juga Langat-2.
Selangor telah menyatakan ia tidak membenarkan tanah di negeri itu digunakan untuk projek itu. Tentulah ia tidak akan membenarkan tiang-tiang projek itu menggunakan tanahnya bagi tapak tiang–tiang yang diperlukan.
Dengan dasar Selangor yang demikian siapakah yang sedia untuk membida projek itu?
Pihak yang paling keciwa jika Adnan Yaakob membatalkan pembekalan air itu ialah keraaan pusat yang membuat propaganda untuk membina juga projek itu sama ada Selangor setuju atau tidak.
Untuk apa lagi Langat-2 itu jika Pahang membatalkan pembekalan airnya?
Selangor pada masa ini tidak memerlu bekalan air dari luar baik yang sudah dirawat mahupun tidak. Negeri Selangor cukup air untuk keperluan penduduknya jika sumber air yang banyak itu dirawat.
Kebarangkalian Selangor putus bekalan air bukan kerana negeri yang setiap hari hujan itu tidak cukup air tetapi ialah pihak yang diberi tanggungjawab tidak merawat air yang banyak itu.
Pertikaian isu air ini berlaku pada ketika adanya kemajuan teknologi merawat air laut dan sungai yang amat canggih.
Singapura dan Israel sudahpun memanfaat teknologi yang canggih itu bagi menggunakan air laut untuk keperluan penduduknya. Jepun dan lain-lain negara maju tentu sudah mengirim orang ke Selangor bagaimana air pantai Selat Melaka di Selangor itu boleh menjadi alternatif kepada air Pahang atau kiranya berlaku kemarau.
Jika benar Adnan hendak bertindak, tiadalah yang lebih gembira selain dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerajaan Selangor rasanya dengan senang hati mempersilakan Adnan Yaakob buat apa saja yang patut.
Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belanjawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung.
Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.
Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual 'minyak'nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.
Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat 'gentleman' dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak daripada berdepan dengan Ketua Pembangkang secara terus.
Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita. Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang lain.
Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.
Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang secara terbuka di hadapan rakyat.
Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu ditegah untuk bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.
Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu. Jika benar Najib mempunyai 'clarity' dalam pemikiran yang beliau persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai 'conclusive' tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.
Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu adalah 'self insulting'.http://aspanaliasnet.blogspot.com
SEREMBAN: Penjawat awam Negeri Sembilan akan turut menikmati bayaran tambahan bonus sebulan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Kita harap pemberian bonus ini akan memberikan sedikit kesenangan kepada penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Pemberian bonus itu melibatkan perbelanjaan tambahan RM12 juta, katanya.
Beliau berkata sepertimana langkah kerajaan Pusat, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lepas sempena Aidilfitri. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.
"KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa danmurid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng(BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini, Rabu.
Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.
Muhyiddin berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.
Katanya, kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.
Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajarmembawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermulatahun depan.
Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibubapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebihbanyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. - BERNAMA
Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.
Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.
"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.
Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.
"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.
Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.
"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.
"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.
Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.
Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).
Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi kawasan fakulti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pilihan raya semula yang berlangsung semalam.
Pengundian semula menggunakan sistem manual.
Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto, kesemua kerusi yang diperuntukkan bagi kawasan kuliah dimenangi Pro-Mahasiswa.
"Kami sapu bersih semua 26 kerusi kawasan fakulti daripada 31 kerusi yang diperuntukkan UIAM.
"Baki lima kerusi lagi merupakan kawasan Antarabangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Pengumuman keputusan dibuat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar setiap fakulti bermula jam 8.15 malam di Kompleks Sukan Lelaki, UIAM.
Keputusan semalam menjadikan Pro-Mahasiswa menguasai tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 17 IPTA.
Bagaimanapun Pro-Aspirasi juga mendakwa mereka memenangi pilihan raya kampus UM.
Sementara itu, Penolong Pengarah Perhubungan Media dan Promosi UIAM, Suki Ahmad berkata, kaunter pengiraan undi tambahan dibuka untuk mempercepatkan proses pengiraan.
"Kami jangka pengumuman akan tamat sekitar 12 malam tetapi ia berjaya diselesaikan lebih cepat dari yang dijangka.
"Malah, ia berjalan lancar tanpa sebarang provokasi," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, "pengiraan undi bermula sekitar jam 6.30 petang." UIAM mempertandingkan 31 kerusi di kedua kampusnya.
Sebelum ini, UIAM mengumumkan pengundian semula selepas berlaku kesilapan teknikal pada sistem e-undi yang digunakan.
Catat rekod kehadiran tetamu paling ramai, perbelanjaan mungkin melebihi RM3 juta
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan perbelanjaan persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26.
Acara berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain. Siti Nurhaliza juga didatangkan khas dalam majlis tersebut untuk mendendangkan lagu.
Penyelaras SAMM Melaka Zuraidi Abdullah berkata, persoalanya kini menurut laporan media kehadiran lebih 100,000 tetamu (ada juga laporan yang mengatakan 130,000 orang).
"Jika dalam kiraan minima dan mudah untuk seorang tetamu majlis persandingan itu menelan perbelanjaan RM10, maka berdasarkan laporan media lebih 100,000 tetamu menjadikan kos hidangan makanan tetamu biasa sahaja sudah RM1juta lebih.
"Dengan kehadiran yang angkanya jauh lebih besar dari rumah terbuka PM dan persediaan serta sambutan yang lebih hebat, angka mungkin menelan belanja mencecah lebih RM2juta.
"Itu kiraan minima tetapi melihat persediaan majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Sultan Selangor dan ramai VVIP lain rasanya menjangkau perbelanjaan mungkin lebih RM30 seorang maka akan jumlah besarnya akan melebihi RM3 juta. Siapa yang menajanya?
"Maka persoalannya kini, dari mana sumber penganjuran majlis berkenaan. Jika RM sendiri, adakah ia angka munasabah simpanan seorang Ketua Menteri, jika ia tajaan, siapa yang menajanya dan apa kepentingan pihak yang menaja?
"Dalam majlis yang gilang-gemilang ini bukan sedikit agensi kerajaan juga turut kelihatan dikerah untuk menjayakan program ini. Berapa banyak wang rakyat terbazir dalam kos pengangkutan membawa anggota kerajaan terbabit, elaun lebih masa termasuk makan dan minum mereka ?
"Adakah wajar dalam keadaan anggota keselamatan negara kurang maka mereka dikerah menjayakan kenduri kahwin anak Ketua Menteri ? Adakah ini tidak wujud unsur penyalah-gunaan kuasa?, katanya.
Menurut Zuraidi, atas dasar tanggungjawab terhadap wang rakyat Malaysia khususnya negeri Melaka, SAMM Melaka mendesak Ketua Menteri yang sebelum ini pernah dihalang bertanding dalam Umno kerana 'rasuah politik wang' untuk tampil memberikan penjelasan jujur dalam perbelanjaan majlis perkahwinan anaknya ini atau SAMM akan tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara itu.
Katanya, SAMM melihat ini simbol ketidak pedulian pimpinan BN dalam keadaan rakyat hidup susah dan negeri berhutang banyak tetapi pemimpin terus bermewah.
Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR: Penyata kedudukan hutang negara disyaki 'dihilangkan' dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.
Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang, memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.
"Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.
"Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya.
"Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku," katanya
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan mereka berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum 30 Oktober ini.
Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan.
Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur Diana Mat Radzai bagi pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala kesemua defendan diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan Zunita Kamaruzaman.
Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing defendan kedua dan ketiga.
Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu.
Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti.
Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan.
Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat.
Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat peguam bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah cuai, gagal atau mengabaikan permintaannya.
Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah.utusan
KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.
"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.
Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.
Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.
Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.
Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.
Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".
"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.
"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.-harakahdaily
Bagi anda yang mempunyai tabiat membuat atau mengadakan hubungan seks di dalam kereta, hentikanlah tabiat buruk ini. Pasangan dari China, ini boleh menjadi contoh. Mereka berdua hampir kehilangan nyawa apabila kereta mereka hampir terjatuh dari bangunan 18 meter tinggi.
Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk memadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yang lengang.
Setelah parking, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan sepertinya menyewa di hotel.
Ketika sedang asyik bermesraan, entah kerana tersenggol, tombol sudah berpindah ke gear mundur. Dan sialnya lagi, ketika suasana romantis tersebut pedal minyak tertekan sehingga kereta bergerak kebelakang dengan cepat dan menghentam tembok.
Mujurlah, pasangan yang berada di belakang kenderaan dengan pantas memijak brek, sebelum kereta tersebut jatuh dari bumbung bangunan setinggi 18 meter tersebut.
Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, situasi itu sangat mengerikan. Sebab setengah badan kereta sudah tergantung. Sedar akan hal tersebut, siperempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta.
Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. "Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup," ungkap seorang saksi.
Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR: Penyata kedudukan hutang negara disyaki 'dihilangkan' dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.
Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang, memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.
"Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya. "Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.
"Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya. "Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku," katanya.
DEY MACHA!!! KITA PAKAT TANYA NAJIB PASAI PA DIA PONTENG TAK MASUK PARLIMEN MASA ANWAR BERBAHAS BAJET 2012 #TANYA NAJIB MALAM NI PUKUI 9 MALAM DI YOUTUBE KAH! KAH! KAH!
DEY MACHA!!! ADA PROJEK BARU DARI TOKEY 1MALAYSIA INI PROJEK BARU NAMANYA ST1M WALAUPUN TAKDAK TELOQ JANJI BOLEH ST1M KAH! KAH! KAH!
INI PROJEK BARU SAPA NAK JADI PEMBEKAL MESTI TAU TARIAN PUNGKOQ MESTI PERNAH USUNG KEPALA LEMBU KAH! KAH! KAH!
INI PROJEK BARU SILA CEPAT HANTAQ TENDER HANYA KRONI DIUTAMAKAN MESTI BERPENGALAMAN MENIPU SELAMA 55 TAHUN KAH! KAH! KAH!
Rebat telefon pintar hanya melalui 'pembekal terpilih'
Individu yang layak menerima rebat telefon pintar RM200 yang dicadangkan dalam belanjawan 2013 hanya boleh mendapatkan diskaun itu melalui "pembekal terpilih". Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Irwan Siregar Abdullah berkata individu yang layak boleh mendapatkannya melalui pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Bernama sebelum ini melaporkan saranan daripada satu badan yang kurang dikenali, Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) , yang mahu SKMM melantik ejen terpilih untuk menjual telefon pintar itu.
Persatuan itu bimbang, bekalan telefon itu terjejas dan pengedar akan menjual telefon bukan asli dan menaikkan harga.
Kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk rebat yang layak diterima oleh golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000.
Sementara itu, Mohd Irwan turut mengulas mengenai belanjawan alternatif yang dikemukakan Pakatan Rakyat akan menyebabkan satu kejutan kepada ekonomi.-MK
APAKAH PROJEK INI AKAN POTONG STIM MACAM PROJEK NOTEBOOK 1MALAYSIA KRONI DAN PEMBEKAL UNTUNG JUTA-JUTA RAKYAT JUGA YANG MERANA BARU BELI TAK LEH GUNA KAH! KAH! KAH!
TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.
Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.
Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.
Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.
"Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki," katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.
Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.
"Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.
Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.
Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.
"Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki," katanya.
Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.
Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.
Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.
"Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.
"Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti," katanya.-sinarharian
Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas).
Korang tentu ingat kenyataan 'Over My dead body' yang pernah diucapkan oleh Karpal Sigh.Sekarang baru aku tahu kenapa Karpal Singh begitu berani sangat ....Kalau korang nak tahu juga, tengoklah VCD berikut.
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Saya berharap soalan-soalan anda tidak 'SEPANAS' anda"
Kata-kata yang mungkin bernada gurauan oleh seorang ahli politikMesirkepada seorang pengacara TV telah mencetuskankemarahan segelintir rakyat Mesir.
MenteriMaklumatSalahAbdelMaksud berkata demikian kepada pengacara TV Dubai, ZeinaYazjy dalam satu program temu bualminggu laludan kata-kata itu dianggap sesuatu yang tidak wajar.
Yang menariknya, pengacara TV yang "panas" itu tanpa teragak-agakdan dalam keadaan tenang menjawab,"Soalansaya mungkinpanastetapisayasebaliknya,sayaseorang yang 'sangat sejuk'."
Salah merupakan ahliIkhwan Muslimin,parti politik yang kini berkuasa di Mesir.
Ratusan rakyat Mesirmengutuk kata-kata ahli politik tersebut. Bagi mereka, kata-kata Salah dianggap'tidak sesuai'dan 'keluar dari tempat'. - DCM/DM
[HD] KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.
"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.
Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.
Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.
Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.
Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.
Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".
"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.
"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.
[Kosmo] NEW HAMPSHIRE - Dua pucuk pistol yang pernah dimiliki oleh pasangan gengster Amerika Syarikat (AS), Bonnie dan Clyde apabila mereka terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa dijual pada harga AS$504,000 (RM1.5 juta) pada satu majlis lelongan di sini kelmarin.
Senjata api itu merupakan antara sejumlah 134 artifak yang mencatatkan harga keseluruhan AS$1.1 juta (RM3.3 juta) dalam acara berkenaan.
Sekitar dua pertiga barangan yang dilelong milik pasangan Clyde Barrow dan Bonnie Parker. Sementara sebahagian lagi dimiliki oleh beberapa penjenayah kejam lain di AS termasuk Al Capone, Pretty Boy Floyd dan John Dillinger.
Timbalan Presiden firma lelongan RR Auction yang mengendalikan lelongan tersebut, Bobby Livingston berkata, pistol jenis .38 kaliber Detective Special yang dilekatkan oleh Bonnie di pahanya apabila dia terbunuh pada 1934 mencatat tawaran tertinggi untuk dijual pada harga AS$264,000 (RM806,916).
Menurut Livingston, pistol automatik Colt. 45 milik Clyde pula dilelong pada harga AS$240,000 (RM733,560) kepada pembida sama yang tidak mahu identitinya didedahkan.
"Anda boleh menjangkakan keterujaan seperti ini apabila ada barangan yang sukar didapati dilelong," kata Livingston.
Seutas jam poket milik Clyde pula dijual pada harga AS$36,000 (RM110,034) dalam lelongan itu. - Agensi
[HM] OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya.
Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.
Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit.
Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram.
Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.
Frasier memberitahu akhbar The Register-Guard: "Apa yang kami tahu, ia kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan." Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. - Agensi
[TMI] KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.
Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.
"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
"Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.
"Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.
"Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.
Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty.
Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut.
"Itu duit siapa?" tulis Nga.
Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta.
"Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja," tulis Kit Siang dalam Twitter.
Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Kit Siang ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.
"Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit," tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter.
P/s: Anda percaya? Silakan! TM musykil!!!!
Syarikat katering mana yang sanggup sedekah makanan bernilai jutaan ringgit kepada keluarga Ali Rustam?
Pemuda, pemudi mana yang sanggup berkhidmat untuk melancarkan majlis perkahwinan anak KM Melaka secara percuma?
Adakah ini paling jawapan kreatif Ali Rustam yang ditunggu-tunggu oleh rakyat 1Malaysia?
[SH] TAPAH - Kunjungan seorang kanak-kanak ke kediaman kakak angkatnya menjadi igauan ngeri apabila dirogol oleh lelaki tak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini, 12 September lalu.
Mangsa yang berusia 12 tahun itu bukan sahaja dirogol, malah turut diugut suspek supaya tidak memberitahu perbuatan jijiknya kepada orang lain.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pada 6 September lalu, kanak-kanak yang berasal dari Slim Village mengikut seorang rakan ke rumah kakak angkatnya di Kampung Petalin Baru untuk bermalam di sana selama beberapa hari.
Bagaimanapun, menurutnya, pada 12 September lalu, seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumah telah memecah masuk kediaman berkenaan.
"Suspek yang juga penganggur itu pecah masuk rumah tersebut melalui pintu dan merogol mangsa yang berada seorang diri di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan, kira-kira 12.30 malam.
"Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau orang lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.
Kata Som Sak, pada keesokan harinya mangsa pulang ke rumah di Slim Village dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berkenaan kes itu.
Jelasnya, mangsa dihantar ke Hospital Slim River sebelum ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk pemeriksaan dan mendapati anak sulung daripada lima beradik itu disahkan dirogol.
"Hasil siasatan polis, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang dikenal sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, dari Kampung Petalin Baru, Bidor.
"Suspek juga berada di bawah pengawasan polis dalam kes dadah dan dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur," katanya.
Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau ke balai polis berhampiran.
[Bernama] KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.
Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.
Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.
Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun).
P/s: Berdasarkan maklumat iklan produk doktor ini di akhbar (hari-hari disiarkan), rasanya tidak payahlah Kementerian Kesihatan membeli ubat dari negara luar. Memadailah jika kementerian membeli produk daripada syarikat doktor ini. Bayangkanlah semua penyakit boleh sembuh dengan pengambilan produk kesihatan syarikatnya. Daripada menyembuhkan sakit jantung, diabetes, penyakit kulit kepada menyelesaikan masalah kecerdasan otak.
Itu soal penggantungaan keanggotaan MMC. Bagaimana pula dengan masalah pelanggaran etika pengiklanan produk kesihatan yang melibatkan syarikat doktor ini dan syarikat-syarikat lain? Walhal dakwaan sesuatu produk dapat merawat atau menyembuhkan sesuatu penyakit sudah jelas melanggar Akta-akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976.
KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.
"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.
"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.
"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.
Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.
Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya
Rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat.
Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu.
Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi kita percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut.
Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang..
Menteri Pertanian dan Asas Tani itu di dakwa memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah.
Mengikut amalan lazim, seseorang rakyat biasa hanya dapat mengesahkan permohonan tanah mereka diluluskan setelah menerima borang tawaran terima iaitu Borang 5A.
Keputusan meluluskan permohonan tanah dalam mana-mana mesyuarat sebelumnya juga boleh dipinda selagi borang tawaran itu tidak dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
Sebelum Borang 5A yang sah dari Kanun Tanah Negara tidak berada dalam tangan, selagi itulah rakyat di bawah tidak dapat mengatakan ‘sipolan bin sipolan’ dapat tanah.
Melalui mesyuarat exco, dari segi pentadbiran dan pengurusan mengiktiraf mereka memiliki tanah tersebut apabila Borang 5A dikeluarkan kepada rakyat.
Rakyat biasa hanya mengetahui permohonan tanah mereka sudah diluluskan apabila mereka menerima Borang 5A kecuali bagi pihak yang mempunyai hubungan atau pengaruh dengan pihak yang membuat keputusan tersebut.
penyapu sial
Lepas dilantik jd menteri sudah pasti lg byk harta yg dirompaknya yg msh belum kita ketahui...tumbangkan biawak hidup, kuburkan UBN
Baek punya songlap..tanah2 kolam udng benih padi baja padi masih xckup ke lg noh omar hoi!!!..nk kaya tahap mane..
Tanah kubur selayaknya bagi beliau bukannya 30ekar tapi 3'x7'
Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia.
Pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk
Berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya.
Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri.
Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat.
Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus,.Pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan “seorang dua bos besar”.
penyapu sial
Apa nak buat kebnyakkan rakyat malaysia masih buta pemahaman tentang budget BN tu. Contohnya pengurangan subsidi gula pasir sebanyak 20sen/kilo dikatakan harga gula turun 20sen/kilo. Hingga tahap ini pun masih lagi kebanyakkan rakyat malaysia dibodohkan oleh kerajaan BN/APCO/ syaitan yang dikenali......
Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.
"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.
Walau bagaimanapun, langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.Ia adalah satu pengumuman yang bodoh macam lembu NFC. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1, 000
Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800
Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat.
Begitu juga dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet.Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi.
Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? sebab beliau bukan pakar ekonomi mau pun pakar belanjawan yang memikirkan kesan buruk kepada rakyat.
RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap.
Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013.
Anak Muda juga mahukan pendidikan percuma la… bukannya kurangkan harga telefon..... bodoh punya NAJIB... lagi bagus kalau duit itu digunakan untuk buat jalan tar pergi ke ba'kelalan atau buat jalan-jalan lain di Sarawak… ataupun RM300juta itu digunakan untuk manafaatkan rakyat dengan lebih bijak…
penyapu sial
bila rakyat negara diibarat macam lembu kondo cucuk hidung atau dah dipawahkan
manakala anak muda BN mana mau pendidikan percuma..diorang nak jadi samseng hang kebun je..janji dapat duit..
Tak faham keperluan rakyat. Yang diperlukan anak-anak muda ialah pekerjaan - bukan telefon!
Lagi satu, apasal Najib tak hadir sidang Parlimen lepas bentang Bajet?
Maruah sebagai pengundi muda bukan bernilai RM200. Jangan jadi bodohlah UMNO nak kaut undi di PRU akan datang kerana kami golongan muda bukan pengemis bodoh. Yang kami nak kebajikan kami dijaga bukan beri gula - gula macam kau beri derma kepada pengemis. UMNO mesti ditumbangkan pada pru akan datang dari dulu kini dan selamanya.
Sebelum ini beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu pelakon taik kucing penjilat buntot UMNO ini yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, rupanya memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor.
Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom...!
Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu.
Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor.
Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa “Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto).”.....kah kah kah....depa meroyan dah....!!!!
Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang.
Seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen.
Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort!
Jadi jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: adalah jangan layan mangkuk hayun ini ...adalah tepat.
penyapu sial
perangai Yahudi. Sayang sangat pada manusia jahat ni. Dilahirkan sebagai manusia HEBAT anugerah Illahi tapi sayangnya bila dah besar dan cukup tua, bertukar jadi perangai pengkhianat ala laknatullah Yahudi.
Manusia inilah yang digelar Melayu Yahudi.Kesian bila melihatkan aksi askar pencen ni, tak malukah kepada anak, isteri dan rakan askar pencen serta askar yang masih bekhidmat. Dah lah dulu, menjadi ketua tunjuk ponggong tapi sekarang ni pula nak tunjuk hero pasal kes air pulak. Cukup2lah
nak air percuma koreklah perigi kat tepi rumah tu, tapi duduk kat flat mana ada tanah, sedarle diri sikit. jangan jadi manusia yang bodoh, lembu pun tak sebodoh ini.
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gambar : Harakahdaily dan berbagai sumber di Facebook
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.
Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.
Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.
Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.
Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.
"Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.
"Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.
"Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya. -Hrkh
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan mereka berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum 30 Oktober ini.
Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan.
Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur Diana Mat Radzai bagi pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala kesemua defendan diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan Zunita Kamaruzaman.
Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing defendan kedua dan ketiga.
Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu.
Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti.
Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan.
Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat.
Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat peguam bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah cuai, gagal atau mengabaikan permintaannya.
Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah.
Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak.
2010
i. Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009.
ii. Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan.
iii. Kelantan kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak dibantah Petronas.
iv. Dua permohonan iaitu permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar dihadapan Hakim Zabariah.
v. Keputusan permohonan pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah Petronas.
vi. Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun kedua-dua rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil.
vii. Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan.
viii. Kes kembali ke Mahkamah Tinggi. Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan.
ix. Seminggu selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara. x. Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A.
2011
xi. Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A.
2012
xii. Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan.
xiii. Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A.
xiv. Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut
a. Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan b. Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas c. Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan.
xv. Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma penyelesaian tersebut didedahkan. Walaubagaimana pun permohonan sekali lagi ditolak.
xvi. Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April. Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerjaan Negeri Kelantan.
xvii. Dalam masa 14 hari selepas keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013.
xviii. Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale. -Hrkh
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya, menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya RM4.06 juta.
Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.
Bagi penahanan dibawah seksyen 8 ISA, walaubagaimanapun, mahkamah berpihak kepada kerajaan.
Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Tian Chua ketika ditemui diluar mahkamah mengatakan bahawa kemenangan mereka dalam kes ini merupakan kemenangan untuk perjuangan ribuan orang yang pernah ditahan dibawah ISA.
"Kami belum tahu lagi sama ada kerajaan akan merayu atau tidak.
"Tetapi apabila kerajaan memasuhkan akta ini, ia merupakan bukti bahawa mereka mengaku salah," katanya.
Sementara itu Hishamuddin Rais pula mengatakan beliau akan menggunakan wang kemenangan itu untuk memperbaiki kenderaan sahabatnya yang dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali di Pengerang, Johor minggu lalu.
"Wang daripada saman yang telah berjaya ini akan saya gunakan untuk membaiki kereta kawan saya yang disimbah asid di Pengerang.
"Nak cat kereta tersebut," katanya.
Pada April 2001 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan Norian Mai telah menahan Tian Chua, Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin di bawah ISA selama 60 hari dan kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.
Pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri dalam negeri manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah perdana menteri Malaysia. -TMI
Hishamuddin: Pembebasan ISA Bukti Umno-BN berniat jahat Penahanan 10 aktivis reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 yang diputuskan tidak sah dan berniat jahat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuktikan kerajaan Umno-BN menyalahgunakan akta itu bagi tujuan politik.
Salah seorang aktivis terlibat, Hishamuddin Rais berkata, dengan keputusan dibuat mahkamah itu adalah jelas ISA disalahgunakan demi kepentingan politik kerajaan Umno-BN untuk terus berkuasa.
"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini adalah satu undang-undang yang zalim di mana hakim telah berkata bahawa penangkapan kami dulu telah dibuat pada 2001 adalah "malafide" bermakna berniat jahat.
"Hakim telah menyatakan bahawa penangkapan itu juga salah dan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai itu telah merosakkan imej kami," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Pada 2001, polis telah menahan Hishamuddin bersama sembilan yang lain termasuk MP Batu, Tian Chua dan pemimpin kanan PKR, Dr Badrulamin Bahron dalam satu gerakan reformasi yang didakwa mengancam keselamatan negara.
Berikutan keputusan itu, beliau berkata, mahkamah telah memutuskan di mana pihak kerajaan didenda untuk membayar sekian jumlah yang tidak dinyatakan.
"Niat kerajaan pada ketika itu adalah bertujuan memecahkan gerakan reformasi maka kami dituduh ada membawa molotov coctail, ballbearing dan barangan lain untuk membuat keganasan.
"Tetapi selama 54 hari saya dan kawan lain ditahan, tidak ada satu soalan pun tentang ballbearing atau molotov coctail ditimbulkan dan ditanya kepada kami semua.
"Apa yang mahu dibuktikan dalam siasatan 54 hari itu ialah mereka mahu merisik tentang pergerakan PKR.
Ini yang berlaku dan bukan seperti tuduhan," katanya.
Ia semacam satu "signal" jelas dari Mahkamah kepada pihak p[olis khususnya dan kepada kerajaan BN amnya bahawa: jangan keterlaluan menekan rakyat, jangan sewenang-wenangnya membuat tangkapan dan yang utama jangan suka sangat menyalahgunakan kuasa.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.
Akan tetap ada para hakim yang akan menghukum berdasarkan kepada kebenaran dan keadilan sekalipun ia hanya muncul sekali sekala. Namun perkembangan mutakhir menampakkan kepada kita ramai para hakim sudah tidak gentar dan takut dengan sebarang ugutan dan ancaman.
End of the day, kerajaan yang kejam dan korup PASTI akan binasa sekalipun cuba ditegakkan dengan pelbagai cara terutama dokongan para pencacai dan agensi berita arus perdana! -GB
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu terhadap tuduhan meminta dan menerima suapan RM 15,000 daripada seorang kontraktor pada 2010 dan tahun lepas, hari ini. - Foto Bernama
Cybertrooper UMNO (berbaju kotak), menjadi orang penting dalam majlis ini.
- Blog: Penggempur Mutiara - Ahli UMNO Nibong Tebal - Tempat Tinggal : Bandar Tasek Mutiara - Pekerjaan : Pejabat SUK (unit IT)
** Tolong ambil perhatian !!
Beliau salah seorang yang sering masuk ke Pejabat EXCO & TKM1 untuk urusan repair computer dan sebagainya. Dalam masa yang sama beliau boleh curi maklumat2 penting. Harap pimpinan dapat ambil tindakan SEGERA..- chegubard
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan tokoh wanita, Puan Sri Sukumari Sekhar (kiri) dan Datuk F.R Bhupalan (dua kiri) ketika menghadiri Sambutan Hari Wanita di sini, Selasa. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor (dua kanan) dan wakil tokoh wanita Datin Marian Abdul Kadir (kanan). -foto BERNAMA
PERDANA Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak berbual dengan suku kaum Long Bawang dari Lawas ketika menghadiri sambutan Hari Wanita 2012 di Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Datin Seri Rosmah Mansor (kiri). - Foto Effendy Rashid
Korang tau kan apa makna BODOH tu kan? Bodoh tu bermakna tak cerdik... Tak cerdik sama macam bengong... Alaaa... macam puak-puak Umno tu laarhh...
Hahaha...
So, aku sengaja buang sikit masa aku yang mahal nak mampus neh untuk buat kesimpulan mudah supaya rakyat yang terbaca nanti tak diperbodohkan oleh Najib and the geng...
Aku tau ramai yang agak terkejut dengan kenyataan keras Rafizi mengatakan rebat RM200 Najib untuk pembeli muda Smartphone adalah sebagai satu cubaan Najib untuk memperbodohkan rakyat... Jangan cepat menuduh si Rafizi tu bercakap ikut arahan Anwar plak walaupun memang dia kerja bawah Anwar... Tengok dulu hujah-hujah dia... Tak kena baru kita rembat...
Rafizi nampaknya agak berhemah menggunakan kata-kata. Dia tak kata Najib tu BODOH tapi menggunakan ayat yang lebih sedap didengar telinga iaitu tidak bijak. Najib dilihat sebagai tidak bijak bila memperkenalkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G pada anak-anak muda.
Najib dilihat sebagai tidak bijak bila dia dengan megah membuat satu pengumuman BODOH melalui pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah...
Ikut kata Najib, ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia...
Langkah tidak bijak Najib tu hanya akan memperkayakan peniaga... apatah lagi peniaga-peniaga tu pulak adalah peniaga yang dilantik. Bertambah lagi tidak bijak bilamana budak-budak yang baru belajar nak bekerja tu terikut ghairah memaksa mereka mengeluarkan duit poket RM800 semata-mata nak beli smartphone yang berharga RM1,000 dan keatas.
Depa yang termakan umpan kerana nakkan rebat RM200 pasti akan terkena. Dah la terpaksa belanjakan lagi RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Dah tu terpaksa pulak langgan internet untuk melayakkan depa neh dapat rebat tersebut. Jadi, anak-anak muda ni dapat untung tang mana? Dah tentu peniaga tadi dah pun mendapat RM800 buta dari keghairahan ciptaan Najib neh...
Bila anak-anak muda terpaksa melanggan internet, depa dah tak boleh nak pilih sistem prabayar yang mungkin diorang telah langgan sebelum neh... BEBAN makin bertambah terhadap anak-anak muda yang baru nak belajar bekerja...
Jadi adakah ini langkah terbaik yang dapat Najib and the geng fikirkan untuk RAKYAT?
Cakap saja la Najib oii bahawa rebat RM200 tu hanya untuk memenangi hati anak muda supaya memilih Umno lagi pada pilihan raya umum yang akan datang...
Nampak gayanya Najib garu tak kena tempat laa... gatai belakang pi garu kepala...
Oooo... Tengok cara dia tahan keretapi pun dah boleh kenai. Ni mesti bebudak Parlimen Umno yang ponteng Perbahasan bajet 2013 kat Parlimen kelmarin neh....
Wow.... Sejarah Dunia Tercipta Lagi Bila Perbahasan Bajet 2013 Oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Telah Menimbulkan Kegerunan Yang Teramat Gerun....
Ahli Parlimen BN Habih Cabut Lari Bila Dengar Nama Anwar Ibrahim!
Jom tengok gambar atas neh... Setelah 55 tahun UMNO Be End diberi peluang dan 55 tahun tu bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti UMNO Be End telah gagal menjadi jagoan untuk membahas bajet yang dibentang mereka sendiri.... Malah waktu Najib membentang bajet, semua ahli parlimen pembangkang hadir.... tanda hormat!
Manakala giliran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membahaskan tentang bajet kelmarin (1 Okt.2012)... semua (Ahli Parlimen Be End Cabut Lari) tak nampak muka... tak ada telor atau takut ker.... termasuk DS Najib yang galak perli pembangkang hari jumaat lepas... agaknya beginilah status Ahli Parlimen Be End kelas dunia ketiga.... lucunya.. hehehe
Mana macai2 UMNO, Perkasa, JATI dan TIBAI.... apa komen anda agaknya....
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa. Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu. Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti. Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa. UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa. Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -mk
Sebentar tadi Addin mengikuti program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.
Najib kelihatan berjoli sakan semata-mata untuk promosikan mempromosikan program tersebut.
Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan mengiklankan di Google.
Ianya dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda. (rujuk sini).
Najib seolah-olah cuba menandingi Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.
Namun malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga internet.
Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube]
gambar-milosuam
Namun, tak sampai setengah lepas tu video YouTubetersebut telah diprivatekan (kata mudah, padam). Sungguh memalukan, setelah pelbagai usaha di buat untuk promosi program tersebut berakhir dengan kegagalan. Lihat di bawah dan klik sini.
Manakala di Twitter #TanyaNajib, Najib teruk di belasah oleh pengikutnya. Pelbagai soalan yang tak logik tetapi ianya menggambarkan warga internet sudah bosan dengan Najib. Maka medan inilah menjadi tempat melepaskan ketidakpuasan hati terhadap Najib dan pentadbirannya.
Kesimpulannya, apa yang di buat oleh Najib dan pentadbirannya di tolak kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan permainan mereka.
Rakyat hanya tak sabar untuk mengundi pada PRU13 bagi menumbangkan Najib dan gerombolannya.
Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.
Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.
Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:
@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?
[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]
Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.
Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.
Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.
Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.
Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.
Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang
Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam sidang dewan rakyat sebentar tadi membahaskan bajet 2013 Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti penyata gaji bulan Disember 2011 milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang hanya bekerja secara kontrak memperolehi gaji sebanyak RM85 ribu sebulan dan bonus pada tahun yang sama sebanyak RM700 ribu!
Beliau mempersoalkan bagaimana status CEO yang hanya diambil secara kontrak boleh memperolehi gaji sebesar itu sedangkan dalam masa yang sama gaji dan bonus CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bekerja tetap tidak sampai sebanyak itu, malah melebihi gaji dan bonus perdana menteri sendiri.Beliau mengesyaki bahawa adanya penyelewengan yang berlaku dalam institusi terbabit sehingga berlaku ketidak puasan hati sesetengah pegawai kanan yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan perkara sedemikian berlaku.
Pendedahan Mahfuz membuatkan ahli parlimen BN terdiam seketika tanpa mampu membalas hujah Mahfuz.Ini termasuklah pendedahan pada 9 April lalu yang mana Mahfuz mempertikaikan dakwaan pemindahan wang Tabung Haji sebanyak RM300,000 ke dalam akaun peribadi ketua pegawai eksekutif badan tersebut, Ismee Ismail.
Mahfuz berkata, kerajaan dan Tabung Haji perlu menjelaskan dakwaan tersebut ekoran jawapan yang diberikan timbalan menteri kewangan, Donald Lim Siang Chai di Dewan Rakyat masih tidak memuaskan.
Mahfuz berkata, Donald sekadar menjawab bahawa langkah itu dibuat mengikut prosedur tetapi tidak menjelaskan sebab pemindahan wang itu dilakukan."Duit itu untuk apa"," soalnya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen.Duit berkenaan mungkin untuk bayaran gaji Ismee "berjumlah RM85,000 sebulan", kata Mahfuz lagi yang turut mengedarkan dokumen berhubung dakwaan tersebut.
Dokumen yang diedarkannya itu antara lainnya menunjukkan arahan terperinci ketua pegawai kewangan Tabung Haji kepada pengurus banknya supaya memindahkan wang ke akaun peribadi Ismee. ~mpr
AYER KEROH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perbelanjaan majlis perkahwinan anak Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi mengenal pasti punca dana bagi majlis itu. Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ia penting kerana wujud keraguan dan persoalan mengenai punca dana yang digunakan untuk majlis perkahwinan berkenaan. Menurutnya, ini kerana sekiranya mengikut pengiraan konservatif RM10 untuk setiap pengunjung, jumlah 130,000 sebagaimana dilaporkan menghadiri majlis itu membabitkan belanja RM1.3 juta.
Sehubungan itu katanya, Ketua Menteri perlu membuat pengisytiharan mengenai perbelanjaan untuk majlis itu sama ada ia ditaja pihak tertentu, menggunakan dana kerajaan ataupun duit persendirian.
"Jika beliau ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan jika ia ditanggung individu tertentu, tolong nyatakan siapa yang taja.
"Tiada apa yang perlu beliau takutkan jika SPRM menyiasat kes ini sekiranya dana bukan daripada sumber yang salah, malah secara tidak langsung membantu membersihkan namanya," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi yang timbul akibat majlis perkahwinan anak lelaki Mohd Ali pada Ahad lalu, di mana 130,000 pengunjung dilaporkan hadir, sekali gus membolehkan majlis itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Beberapa pihak, terutama pembangkang menggunakan portal media alternatif untuk meminta Mohd Ali mengisytiharkan perbelanjaan dan punca dana yang digunakan. ~sinar
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.
Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.
Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.
Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.
Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.
"Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.
"Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.
"Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya. ~harakahdaily
NGO yang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu badan siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.
"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.
"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.
Pada Jun lalu, Suaram berkata dua peguamnya di Perancis, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, antara orang terpenting dalam skandal proses pembelian kapal selam Scorpene itu.
Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.
Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.
Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang Suaram cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.
Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Najib Altantuya; Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda; isteri Razak - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak Baginda - Abdul Malim Baginda.
Jumlah komisen yang setakat ini diketahui berjumlah EUR114 juta (RM547 juta). ~mpr
MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menolak dakwaan jamuan perkahwinan anak lelakinya diadakan secara mewah. Ketika dihubungi, Mohd Ali yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata beliau tidak boros. "Adakah murah untuk menganjurkan majlis? Majlis perkahwinan itu dilihat gah kerana jumlah mereka yang hadir adalah ramai," katanya.
Sementara itu, pegawai khas kepada Mohd Ali, Datuk S. Mahadevan berkata orang ramai hadir pada majlis itu kerana mereka mahu memberikan ucapan tahniah kepada pengantin lelaki, Mohd Ridhwan, 26 dan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, 26.
"Tiada siapa dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut, termasuk kakitangan kerajaan negeri," kata Mahadevan pada Selasa.
Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, pada Ahad. Sebelum ini, pemimpin pembangkang menggesa Mohd Ali mendedahkan kos yang dibelanjakan pada majlis perkahwinan anaknya dan daripada mana sumber kewangan tersebut diperolehi.
"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya.
"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," kata Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan membantu dalam majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
Majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka itu heboh selepas dilaporkan memecahkan rekod 'Malaysian Book of Records' dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut," katanya. Beliau turut menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Mohd Ali itu turut diperolehi secara percuma. ~mstar
Addin :
Kalau macam tu, Addin pun nak jadi KM.. semua orang berbaik hati dan suci hati untuk sponsor..
Gara-gara bacul.. takut berbahas dengan Anwar Ibrahim semasa sesi perbahasan Bajet 2013 pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai mempersendakan Najib dengan meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'.
Dijual dengan harga 80 sen sekeping, Roti Najib ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib. Roti Najib ini merujuk kepada roti kosong yang tiada telur, yang orang ramai istilahkan tiada telur sebagai bacul, pengecut ataupun penakut.
Najib enggan berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.
Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping. Tidak dapat di pastikan sama ada peniaga roti canai ini adalah anti Umno BN namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa akan mengambil tindakan di sebabkan menu istimewa Roti Najib.
Dengan bukti jelas Najib kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya sepertimana berlaku di Twitter #TanyaNajib malam tadi.
KUALA LUMPUR - Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.
Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.
Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.
"Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.
"Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu," kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.
Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.
Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.
Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh. ~mpr
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 30 Oktober ini untuk tarikh akhir pengurusan kes saman fitnah difail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tulisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian didakwa mengandungi unsur fitnah.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof bagi merekod keterangan defendan terlibat, semasa prosiding sebutan kes tersebut di sini semalam. Abdul Hadi, selaku plaintif memfail saman pada 18 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai defendan pertama kes itu.
Beliau turut menamakan Sinar Karangkraf Sdn Bhd iaitu Penerbit Sinar Harian sebagai defendan kedua dan Ultimate Print Sdn Bhd iaitu pencetak akhbar berkenaan sebagai defendan ketiga. Menurut dokumen itu, plaintif menegaskan menteri itu dengan niat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah ke atas plaintif dalam kolumnya iaitu 'Langit Terbuka' bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu di muka surat 17, di mana kata-kata fitnah itu dikeluarkan defendan pertama sebagai kolumnis dan akhbar Sinar Harian sebagai penerbit, manakala Ultimate Print Sdn Bhd, pencetak.
"Kata-kata fitnah itu secara langsung terus merujuk kepada plaintif kerana nama dan jawatan plaintif disebut secara spesifik dalam artikel itu," katanya. Menurut pernyataan tersebut, kata-kata fitnah itu merupakan fitnah yang amat jahat ke atas plaintif sama ada dalam kapasiti peribadinya atau jawatannya selaku Presiden Pas.
Pernyataan itu juga menegaskan, meskipun plaintif melalui peguamnya telah menghantar notis pada tarikh 20 Jun kepada Sinar Harian, dan meminta syarikat tersebut menarik balik tuduhan fitnah, meminta maaf, dan membayar ganti rugi, namun Sinar Harian tidak berbuat demikian.
Antara dituntut, ganti rugi am; ganti rugi teladan; ganti rugi melampau; perintah mengarahkan defendan kedua meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah writ saman itu di muka depan Utusan Malaysia; dan kos.s/harian
Inilah yang dikatakan sebagai murah oleh seorang pemimpin UMNO!! RM600,000 belanja untuk sebuah Majlis Perkahwinan anak lelakinya dianggap sebagai murah...
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu.
Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000 hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh menjamu tiga orang.
Dalam kenyataan kepada The Malay Mail, naib presiden Umno itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta untuk majlis perkahwinan tersebut, "mungkin tidak pernah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung.
"Mungkin beliau hanya menghadiri majlis makan dengan sup sirip ikan Yu yang berharga RM100 satu kepala, sebab itu beliau tidak faham."
Sementara itu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Melaka mempersoalkan dakwaan pegawai khas ketua menteri (KM) Melaka itu, Datuk M S Mahadevan bahawa perkahwinan anak lelaki anak Mohd Ali ditaja.
Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka itu diperolehi secara percuma.
"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew meminta Mohd Ali supaya mendedahkan secara terperinci pihak-pihak yang memberi tajaan majlis perkahwinan anak beliau.
"Ketua Menteri perlu mendedahkan siapa yang memberikan tajaan kepada perkahwinan anak beliau.
"Beliau harus telus, kita juga mahu tahu mengapa mereka menaja perkahwinan anak Mohd Ali," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.
Adun Kota Laksamana itu turut mengatakan Mohd Ali kini lebih popular dariapada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkahwinan anaknya dihadiri seramai 130,000 orang.
"Rumah terbuka perdana menteri hanya 100,000 orang datang.
"Rumah ketua menteri 130,000 orang datang, maknanya ketua menteri lebih popular daripada Najib," katanya.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Asyraf Mukhlis Minghat pula mempertikaikan tentang penggunaan harta kerajaan dari majlis kerajaan tempatan oleh Mohd Ali dalam majlis perkahwinan anaknya
"Kita dapat maklumat dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, peralatan logistik seperti khemah, kerusi dan banyak lagi diambil dari kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
"Ini adalah satu kesalahan kerana menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi," katanya.
Tinjauan The Malaysian Insider di laman sosial Facebook dan Twitter juga mendapati isu majlis perkahwinan anak Mohd Ali yang memecahkan rekod Malaysian Book of Record kerana dihadiri oleh lebih 130,000 orang juga menjadi bahan kutukan rata-rata penyokong dan simpatisan PR.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Abu Nawas tidak dapat menyembunyikan kemarahannya tentang isu perkahwinan anak Mohd Ali dengan mengatakan,"Seramai 130 ribu yang hadir ke majlis perkahwinan anak ketua Menteri Melaka berapa ramaikah yang makan di meja VVIP, berapa ramaikah yang makan di meja VIP dan berapa ramaikah pula yang makan di meja anjing dan kucing dengan menggunakan pingan polyform?
Harap2 semua 130 ribu tetamu yang hadir di layan sama rata tak kira yg miskin atau yang kaya yang ternama atau tidak bernama. Harap tidak tidak ada orang miskin yang hadir makan menggunakan pinggan pinggan anjing dan kucing."
"TERDEDAH: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) digunakan untuk menaja perkahwinan anak Ketua Menteri, Ali Rustam yang memakan belanja jutaan ringgit. Duit rakyat diseleweng untuk kegunaan majlis peribadi pemimpin Umno!" tulis Zunar Kartunis di Facebook.
Di laman Twitter pula pengguna yang menggunakan akaun @safibnrahman menulis, "Majlis perkahwinan anak Ali Rustam di anggarkan RM3 juta. Ingat kawan-kawan. Ini hasil menabung. Jom menabung. Ptuih!"
"KHAMIS 4 OKT 11am SPRM Melaka-Pimpinan Pakatan Rakyat Melaka diketuai SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN akan kemuka aduan siasat 'majlis' Ali Rustam," tulis @rozanazen.
Sejumlah RM224,073 wang tunai telah dilaporkan dibawa oleh wakil Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang ke Komtar hari ini sebagai tanda setuju untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis.
Selain dari berapa buah rumah kos rendahkah yang boleh dibina di atas tanah seluas 0.445 hektar itu kini pula timbul persoalan dari manakah datangnya RM224,073 wang tunai tersebut?
Jika perkara ini iaitu membawa wang tunai sebegitu banyak dilakukan oleh Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat.. jangan kata pintu pejabat kerajaan negeri.. baru sampai ditangga Komtar pun dah kena serbu dengan SPRM..
Tapi dalam hal ini aku sokong Barisan Nasional dikekalkan sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini, kerana mereka jauh lebih prihatin akan nasib rakyat ketika menjadi Pembangkang berbanding ketika mereka berkuasa..
Mungkin kerana terlalu banyak masa terluang..
Tapi.. aku yakin bukan aku saja yang suka .. UMNO/BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini malah ramai pemimpin UMNO/BN juga begitu.. mahunya tak suka.. peruntukan melimpah ruah buat mereka...
Laporan berkaitan...
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah. Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 4 Sept lepas dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.
"Hari ini kita bawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan.
"Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma dan syarat akan diuruskan oleh peguam," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Komtar hari ini.
Isu tanah di Taman Manggis itu timbul selepas tanah itu yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dijual oleh kerajaan negeri pimpinan DAP kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.
Oh berkata pelaksanaan pembangunan rumah kos rendah di atas tanah itu akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.
Terdahulu ketika ditanya mengenai bayaran secara tunai pada hari ini, Oh menjelaskan mereka berbuat demikian kerana di dalam surat tawaran daripada kerajaan negeri tidak menyatakan kaedah pembayaran dan kepada siapa ia harus dibuat.
"Dalam surat itu hanya dinyatakan harga sekaki tanah sahaja, banyak maklumat lain tidak dinyatakan di dalam surat tawaran itu, tetapi kita (BN) mahu bantu rakyat jadi kita sediakan wang tunai supaya tidak tersilap tulis nama penerima," katanya.
Bagaimanapun setelah berjumpa dengan wakil daripada kerajaan negeri, pembayaran wang pendahuluan satu peratus itu dibuat kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang ~ Bernama
Ini adalah maklum balas oleh Ali Rustam berkenaan Majlis perkahwinan anak lelakinya yang telah memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.
Majlis yang berlangsung hujung minggu lepas di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.
Kata Ali Rustam " Penganjurannya adalah murah.. Majlis Perkahwinan itu nampak gah dan meriah kerana jumlah yang hadir…."
Mungkin ada kebenarannya akan kata-kata Ali Rustam itu... murah sajee...
Murah bagi orang yang kaya raya.. tapi mahal bagi rakyat macam kita ni.. pencacai UMNO tak kira sebab diaorang semua kaya raya pasal tu ramai yang persoalkan kenapa Majlis Kahwin anak Ali Rustam ini dijadikan isu..
Murah tu berapa agaknya??
Jika Ali Rustam kata penganjuran Majlis kahwin itu adalah murah.. Pegawai Khas Ketua Menteri itu pula berkata ianya adalah ditaja...
Baca ni...
LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.
Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.
"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
"Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.
"Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.
"Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.
Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty ~ The Malaysian Insider
Yang mana satu betul ni?? menggunakan belanja sendiri yang murah atau ditaja??
Jika beberapa hari lalu tajaan jet peribadi yang digunakan Anwar dijadikan isu oleh pencacai-pencacai UMNO, kononnya ianya perlu disiasat kerana kemungkinan pihak yang menaja mengharapkan sesuatu sebagai balasan dari Anwar... Majlis Perkahwinan anak Ali Rustam ni tak nak minta di siasat sama ke?
Manalah tahu mungkin ada udang disebalik batu.....
Semalam ketika melayari laman micro blogging Twitter membaca soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Najib (#Tanya Najib) dalam sessi Google Hang-out malam ini terbaca aku satu soalan..
Soalan yang dijangka langsung tak akan dijawab oleh Najib.
Soalan yang ditanya oleh @azhar1975 itu berbunyi "Dato Seri tau tak ada roti canai dinamakan roti najib?".. sila lihat di ( SINI )
Memang diakui ada sesetengah Kedai atau Restoran mamak yang menggunakan istilah itu untuk roti canai mereka, ianya digunakan untuk roti kosong (roti tiada telur).
Dan ramai anak muda menggunakan istilah 'Roti Najib' jika ingin menikmati roti canai tiada telur.
Peniaga roti canai pun sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'Roti Najib' itu..
Tapi tak pernah lagi aku jumpa kedai yang yang seberani ini.. tengok gambar di bawah..
Gara-gara takut dengan cabaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang meminta Perdana Menteri, Najib berdebat dengannya semasa sesi perbahasan Bajet 2012 oleh Anwar pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'!
Dijual dengan harga 80 sen sekeping, 'Roti Najib' ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib yang diistilah sebagai tiada telur sebab tidak berani) berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib Altantuya membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.
Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping.
Tidak diketahui sama ada peniaga roti canai ini adalah penyokong Pakatan Rakyat namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa mahu menyerbu kedainya semata-mata tindakannya menamakan roti canai itu sebagai 'Roti Najib'.
Dengan bukti jelas ini sahlah bahawa Najib kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya ~ Jalan Pulang
Kebelakangan ini, individu yang dilihat sering memperkatakan tentang PKR Pulau Pinang ialah Zamil Ibrahim yang telah dipecat dari KITA Kedah..
Beliau bercakap seolah-olah beliau adalah Jurucakap kepada Parti KeAdilan Pulau Pinang.
Banyak yang disuarakannya dan yang terbaru ialah beliau mendakwa kebocoran maklumat lengkap atau sulit, mesyuarat PKR kepada pihak luar bukanlah sesuatu yang baru.
"Ianya telah berlaku sejak dari beberapa tahun yang lalu" dakwa Zamil.
Dakwanya lagi pimpinan PKR negeri sememangnya telah menyedari perkara ini dan mengesyaki pemimpin PKR tempatan yang punya hubungan rapat dengan DAP menjadi dalang kerja-kerja sabotaj ini.
Tambah Zamil lagi orang begini sering dilabelkan sebagai "Hantu DAP bertopeng PKR".
Berdasarkan maklumat dalaman PKR kata Zamil, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan menerima segala maklumat termasuk maklumat sulit dari "Hantu DAP bertopeng PKR" dalam masa lima minit sahaja selepas mesyuarat bermula..
Seterusnya sila baca di bawah...
GEORGE TOWN: Internal leakage on details of Penang PKR meetings to outsiders, especially DAP, is not something new.
"It has been happening since a year ago," alleged former Kedah PKR secretary Zamil Ibrahim.
He claimed that the PKR state leadership was aware of it and suspected a local party leader close to DAP to be the culprit behind the sabotage work.
Zamil said the politician had often been described by party insiders as a "DAP ghost in PKR mask."
Based on internal information, he said DAP secretary-general Lim Guan Eng would receive all information, including confidential details, from the suspect on goings-on in PKR meetings.
He said Lim, who is also the Penang chief minister, would be informed by this "ghost" within five minutes after a meeting ended.
"The leakage in Penang PKR is rampant and dangerous. It's not only an act of sabotage but an act of betrayal," Zamil told FMT.
He was commenting on the public leaking of details of an internal casual meeting between the state PKR chief and Deputy Chief Minister I Mansor Othman with seven local Chinese members.
Details of the meeting were published in verbatim in June postings of a blog called "Gelagat Anwar" while its audio recording was aired by TV3 on Sept 24.
According to the leaked details, Mansor had, during the meeting, apparently described Lim as "cocky, arrogant and tokong", which was now been popularly termed as the "CAT" by critics.
The CAT leak had now put Mansor in a politically awkward position as PKR conducts its internal investigation to nab the culprit.
The seven who met Mansor in the closed-door discussion were state PKR deputy chief Law Choo Kiang, Bukit Bendera division deputy chief Felix Ooi Keat Hin, Bayan Baru vice chairman Tan Seng Keat, 2004 candidate for Bayan Baru federal and Batu Uban state seats – Raymond Ong Ting Cheow, Tanjung Youth chief Ng Chek Siang; Bayan Baru member Cheah Peng Guan and Mansor's special assistant John Ooh Sin Hwa.
It is learnt that all seven members had so far denied being involved in the sabotage act.
Sack them all
Notwithstanding the on-going internal probe into the case, Zamil said the PKR top leadership should terminate all seven instantly.
He said by leaking out the meeting details, including party electoral strategies, the culprit or culprits had sabotaged the party's political interests.
"If PKR is a honest, fair and sincere party, the seven should have been sacked by now," he added.
He recalled that former PKR Sungai Petani division secretary Suhaimi Hashim was sacked merely for attending KITA's launching in Kedah.
He said Suhaimi attended the function on a personal invitation and did not in any way sabotage PKR.
If Suhaimi could be sacked for such a flimsy reason, he said PKR top brass should terminate all seven since none of them pleaded guilty.
He claimed that several local PKR leaders had been plotting Mansor's downfall since he won the Penanti state seat in 2009 by-election.
"One's loss is another's gain … Mansor's fall will benefit the one favoured by the chief minister," he added ~ Free Malaysia Today.
Hantu DAP bertopeng PKR? mana mai pulak dah ni??.. dah lama aku dalam PKR ni tak pernah pulak aku dengar ada benda macam ni...
Bagaimanapun kenyataan Zamil ini seolah-olah benar tetapi apa yang tersirat ialah ianya adalah satu percubaan untuk menimbulkan rasa sangsi atau curiga sesama pemimpin PKR Pulau Pinang selain melaga-lagakan antara PKR dan DAP.
Cuma aku tertanya-tanya siapakah yang telah melantik Zamil ini sebagai jurucakap kepada PKR Pulau Pinang?
Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.
"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.
"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.
Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.
Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.
Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.
Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.
Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.
Belanjawan 2013 yang dibentangkan minggu lalu jelas "mempraktikkan penipuan" apabila gagal mengumumkan peningkatan tarif elektrik, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Lim berkata, pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berhubung perkara itu mengejutkan kerana kerajaan yang bertanggungjawab patut mengumumkannya dalam belanjawan.
"Sekiranya peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 September lalu?" Soal Lim (kanan).
Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, kegagalan itu jelas "penipuan terancang" dalam "rekod 3D" - defisit, hutang (debts) dan penipuan (deception) - kerajaan.
Ia bertentangan sama sekali dengan dasar 3S Pakatan Rakyat, iaitu surplus (lebihan), pengekalan (sustainable) pengurangan hutang dan tindakan tegas (stern) terhadap rasuah, kata anggota Parlimen Bagan itu.
Chin semalam dilaporkan berkata, penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.
Walaupun tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau, lapor Sin Chew Daily.
Beliau juga dipetik harian itu sebagai mendedahkan, penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
HUKUM AQIQAH
Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.
Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.
Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.
Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belanjawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung.
Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.
Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual 'minyak'nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.
Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat 'gentleman' dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak daripada berdepan dengan Ketua Pembangkang secara terus.
Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita. Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang lain.
Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.
Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang secara terbuka di hadapan rakyat.
Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu ditegah untuk bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.
Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu. Jika benar Najib mempunyai 'clarity' dalam pemikiran yang beliau persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai 'conclusive' tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.
Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu adalah 'self insulting'.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 3 Okt -Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November ini di Stadium Bukit Jalil untuk menuntut pilihan raya yang bersih. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) hari ini. Menurut beliau, Pakatan Rakyat mahu mengadakan perhimpunan itu kerana lapan tuntutan mengenai pilihan raya bersih tidak diendahkan oleh pihak berwajib. Jawatankuasa Bersih dalam tuntutan mereka mahukan daftar pemilih yang bersih, pembaharuan ke atas sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, liputan media yang lebih adil, pengukuhan institusi awam dan penghapusan politik yang korup serta kotor.
Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar...ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih - korang baca kisahnya di Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak
Ini maklumat dari website Perikanan: Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan Pusat Penetasan Penyu di kawasan ini dalam usaha menangani ancaman kepupusan penyu. Pusat ini berfungsi sebagai tempat pengurusan dan penyelidikan penyu di samping memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai. Ia terletak di atas tapak seluas 2.4 Hektar dan dilengkapi dengan kemudahan pameran dan juga kolam penyu hidup untuk tatapan pengunjung. (baca lanjut di Segari Turtle Centre)
Projek loji simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel berhampirannya [rujuk artikel sebelum ini- Visit Perak Year (2.0)] boleh menambah gugat ekosistem sedia ada, tambahan ia dikatogerikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (ESA Rank 1), diulang TAHAP SATU! Ia lebih sensitif dari Teluk Rubiah (Tahap 2) yang mana merupakan laluan, pendaratan & penetasan penyu satu-satunya di Perak.
Sekali lagi Kerajaan Negeri terang-terang langgar Rancangan Fizikal Negara!
NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah membantah projek-projek yang boleh menggugat kawasan semulajadi darat mahupun persisiran pantai di Segari daerah Manjung, rujuk keratan-keratan akhbar (klik untuk besar) di bawah.
Keratan Akhbar Berita Harian 13 Julai 2012
Keratan Akhbar The Star 12 Julai 2012
Keratan Akhbar Sinar Harian 13 Julai 2012
Malaysia bukanlah terletak digaris bencana alam yg dasyat selain banjir dsbgnya, tapi peristiwa bencana seperti contoh tanah runtuh adalah angkara manusia sendiri. Ia seharusnya memberi pengajaran utk dikekalkan dalam zon guna tanah sedia ada dan tidak harus dibenarkan untuk di ubah-guna menjadi kawasan pembangunan atau penempatan yang boleh menimbulkan masalah keselamatan awam, haiwan yang dilindungi & sistem ekologi pada masa akan datang. Duit punya pasalapa pun boleh di negara ini! Lepas tu peruntukan duit keuntungan itu utk hadapi kecelakaan bencana dalam menyelamatkan atau mengurangkan beban mangsa.......pun buat duit!
Dalam menangani isu ini, Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) akan sertai lawatan & gotong royong anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk mengetahui lebih dekat segala kelemahan & permasalahan yang ada dan apa yang terkesan dengan bakal kehadiran 2 projek terbabit. Kami mahu bekerjasama dengan semua pihak yang prihatin bagi menghindarkan kepupusan penyu di negeri ini. Kami bukanlah anti pembangunan tapi kami anti pembangangan, tiada kompromi dalam melestarikan alam sejagat!
QR Code: facebook.com/SaveTelukRubiah - Hentikan Tangisan Penyu @ Segari
Hamidah sbg Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan bla bla...sukses menjadikan zon pelancongan & sensitif alam kepada industri berat, mungkin pelabur asing juga dianggap pelancong baginya. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan berjaya melihat diam seribu bahasa kejayaan transformasi tempat pelancongan bertukar wajah dan Zambry Kadir mengiyakannya dalam memastikan Perak Amanjaya! Aman melancong atau berjaya melencong bai!?!.....
#Selepas ini Visit Perak Year 2012 (3) - berkisar pusat pelupusan sisa radioaktif disebalik banjaran kledang, projek menikus tanpa pengetahuan meluas kepada orang awam. kenapa dan apa yang ada disitu? nantikan....
Teluk Rubiah sudah tergadai dan hilang dari dunia pelancongan, malah akan menjejaskan kawasan pelancongan sekitarnya Teluk Batik & Pulau Pangkor. Baca di bahagian 1 - Visit Perak Year 2012 (1) atau boleh layari cerita yang lebih detail di Teluk Rubiah: Vale of Tears for The Malaysia Project. Cuma di bahagian 1 aku tak bagitau musnahnya Teluk Rubiah berkait dengan 'Rampasan Kuasa Perak 2009', apabila seseorang yang mendapatkan jawatan MB dari kuasa monarki pihak Istana, maka agak sukar bagi MB itu untuk mengatakan tidak apa yang berkaitan dengan kehendak istana. Utk lebih lanjut korang baca di Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (1) & Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (2).
Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas.... hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik.
Aku dapat tahu apabila kerajaan beralih kuasa secara kotor, sebuah hotel terkemuka di Ipoh juga menjadi pertaruhan. Dulu dikenali Casuarina Parkroyal Hotel, apabila termakan budi, MB juga meluluskan peralihan jualbeli dengan 'harga ajaib' yang mana sekarang dikenali Impiana Hotel. Syarikat siapa korang, berapa dijual cari sendiri. Apa yg aku nampak seperti isu Teluk Rubiah juga dahulunya dikenali Royal Teluk Rubiah Country Club, kini Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd atau lebih dikenali Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd. Jadi, jenama 'Royal' sudah tidak ada lagi dalam kedua-dua kes ini! Jadi tak heran jika suatu masa nanti 'Royal' juga bakal ghaib dimuka bumi Perak dan menjadi bahan sejarah di muzium negara dek kerana tangan-tangan mereka sendiri....tambahan pula hari ini rakyat mula bicara & kritik raja-raja secara terbuka, mereka tak peduli dah!
Gambar Hiasan: Hamidah & AC Mizal sama-sama cun, sama-sama cari makan....
Jika Exco Pelancongan Perak, Hamidah yang merestukan segala mak nenek industri di pusat pelancongan Perak, Zambry sbg MB sudah tentulah berperanan utama tapi dimanakah Menteri Pelancongan untuk pertahankan industri pelancongan dari terus dijahanamkan. Jika hamidah tidak memantau website peraktourism serta tidak bertindak dalam membetulkan fakta terkini Teluk Rubiah yang masih diletakkan dalam promosi pelancongan, Ng Yen Yen ada bagusnya sebab mempromosikan 'kempen memastikan kebersihan tempat pelancongan' di dalam website '1Malaysia Green & Clean - Think Tourism, Act Tourism'.
Gambar Hiasan: Ng Yen Yen 'melancong' ke Masjid
Bagus! tapi cakap tak serupa bikin! atau mungkin Ng Yen Yen gunakan percaturan alam maya hanya untuk Curi Curi Wang Malaysia, siapa tak tahu berapa bayaran untuk kendalikan facebook Cuti Cuti 1Malaysia nya! Aku pernah komen difacebook terbabit perihal isu Teluk Rubiah, tak sampai 1minit komen aku hilang & terus dibanned. Wow, memang mahal gaji pengendali fb berkenaan....cepat & cekap menjaga 'kepentingan' menteri terbabit.
Ini copypaste dari website kempen tersebut, baca dan nilaikan sendiri... dia suruh orang ramai paparkan untuk tindakan kementeriannya tapi berlaku sebaliknya. Ini betul-betul belit punya cakap! Jom kita ke tempat pelancongan seterusnya yang bakal diindustrikan. Kali ini bukan sahaja nelayan, pelancongan dan alam tergugat, penyu haiwan terlindung pun bakal menjadi mangsa perakus.
Apa yang ada di tempat pelancongan seterusnya....Data berkaitan akan dipaparkan dalam bahagian 2.5; Hentikan Tangisan Penyu. Tahun lepas aku ada linkkan kisah satu lagi projek musnah alam, antara petikannya - EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dibawah DS Zambry Abd Kadir telah meluluskan tanah 150 ekar kepada syarikat Ati Gas yang hanya punyai modal berbayar RM100.00 sahaja pada Mei, 2011 untuk stor gas asli di SEGARI Manjung bernilai RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Rakyat mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. (baca lanjut di SINI). Korang layan dulu kenyataan hamidah......makcik cun ini memang sukses!
Ini salah satu projek yang dibantah oleh Aktivis Alam Sekitar, dan satu lagi Kilang Besi Maegma Steel - antara maklumat baca di SINI.
The Star Online: Maegma director Tunku Shaharuddin Tunku Mahmud (2nd from left) and Pramod exchanging GSA documents, witnessed by Zambry and Ahrens.
Dalam isu ini, sekali lagi Ng Yen Yen diam seribu bahasa malah aku juga di'diam'kan dalam facebook milik kementeriannya yg jutaan nilainya......nyonya, lu memang bagus!
Sambung: Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu @ Segari
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang MP PAS berkata, pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun kepada peminjam yang melangsaikan sepenuhnya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional hanya akan menguntungkan golongan kaya.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekali gus.
Katanya, kerajaan sepatutnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak.
Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang mencadangkan supaya diskaun dan biasiswa diberikan kepada pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2013 minggu lalu mengumumkan bahawa peminjam yang melangsaikan sepenuhnya hutang tersebut, antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2012, akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus.
Selain itu, peminjam yang membuat bayaran secara konsisten juga akan diberikan diskaun 10 peratus.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.
"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.
Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.
Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.
Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.
Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.
Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".
"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.
"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Persoalan yang EP nak tanya adakah Najib akan beri lesen hijau kepada Khairy untuk debat ini kerana bakal membogelkan Bajet BN sememangnya merugikan Rakyat dan Negara??
Rafizi cabar Khairy debat pertahan
Bajet BN Belanjawan 2013 yang masing-masing dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan di antara dasar-dasar ekonomi yang dibawa.
Lazimnya, perdebatan ekonomi di antara kedua-dua pakatan politik kebelakangan ini berkisar kepada tawaran-tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang dilihat lebih berpihak kepada rakyat terbanyak, tetapi dipersoalkan oleh Barisan Nasional atas kebimbangan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.
Ini satu perkembangan baik kerana ia melambangkan sistem dua parti semakin mendapat tempat di Malaysia. Perbandingan dasar seperti ini juga adalah fungsi dan tanggungjawab utama pembangkang persekutuan seperti yang selalu dituntut melalui kabinet bayangan.
Kebolehan Pakatan Rakyat menampilkan satu gagasan ekonomi yang jelas berbeza dari pendekatan Barisan Nasional hingga berjaya mempengaruhi perdebatan ekonomi adalah bukti sistem bayangan sedia ada (seorang wakil dari tiga parti bagi setiap portfolio) berfungsi dengan baik.
Pun begitu, perdebatan yang sihat ini hanya boleh berlangsung dengan keikhlasan kedua-dua pihak duduk di atas satu pentas membincangkan fokus ekonomi negara. Tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional terutamanya barisan kabinet yang memulaukan pembentangan dan jawapan balas Ketua Pembangkang terhadap Belanjawan 2013 bukanlah amalan yang baik dalam sistem demokrasi.
Begitu juga keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ekonomi walaupun beliau menggunakan peluang lintas langsung pembentangan Belanjawan 2013 untuk menyerang Ketua Pembangkang.
Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meneruskan saranan dan jemputan kami supaya wakil-wakil dari Barisan Nasional berani hadir dan tampil mempertahankan pendekatan ekonomi mereka sambil menjawab soalan dari rakyat, bukannya hanya berani berhujah dalam siaran televisyen atau di Dewan Rakyat semata-mata.
Tawaran dan saranan ini ditujukan khas kepada tokoh-tokoh pimpinan muda Barisan Nasional seperti Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Chua Tee Yong atau P Kamalanathan.
Pakatan Rakyat akan mengadakan Forum Terbuka Belanjawan 2013 untuk mengupas situasi ekonomi semasa dan perbandingan belanjawan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional pada hari Rabu (3 Oktober 2012) jam 830 malam bertempat di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (berdekatan Hospital Assunta).
Forum akan disertai oleh ahli-ahli panel dari Pakatan Rakyat iaitu YB Dr Dzulkifly Ahmad (PAS), Dr Ong Kian Ming (DAP) dan Rafizi Ramli (KEADILAN).
Forum ini adalah terbuka kepada semua terutamanya kepada pimpinan muda Barisan Nasional atau mana-mana wakil Barisan Nasional yang berani tampil ke depan mempertahankan Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.
YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR/AJK PAS PUSAT
DR ONG KIAN MING
STRATEGIS PILIHANRAYA DAP
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
REHLAH MINDA Benarlah kata orang gambar membawa seribu makna yang tidak terungkap dek seribu kata-kata. Gambar juga boleh menarik dan mengabui pandangan mata zahir. Dan gambar juga membawa cerita yang tersirat dan boleh diterjemahkan dengan sejuta pengertian dan maksud. Dalam sebuah lagi P Ramlee senikatanya berbunyi; tiada gambar secantik lukisan. Memang tepat sekali.
Pun begitu bukan semua seniman; pelukis atau jurufoto dapat menghasilkan gambar yang boleh mengugah perasaan dan sanubari manusia. Ia memerlukan daya kreatif yang tinggi dan keikhlasan dalam menghasilkannya. Bahan seni atau kesenian itu tidak boleh dilahirkan secara 'haram' kerana ianya tidak ada roh. Seni itu sendiri fitrahnya suci.
Mercu tanda Lembah Temir ciptaan Sharina.
"Saya merakam gambar dengan hati dan perasaan, tuan." Demikian ucap sang pengambil gambar 'musang king' jurufotonita Shahrina Ahmad Sharkawi tatkala saya menceritakan bagaimana kaki kami diruntun untuk menjejaki Lebah Temir. Kata-kata itu segera mengenalkan saya siapa si Hawa ini sebenarnya. Bukan saja saya, tetapi Rushdan Mustafa dan Dr Wan Suhaimi Wan Daud juga teruja dengan sekeping gambar durian musang king yang dipotret Shahrina dan dimuatkan dalam Facebooknya.
Tangga menyusuri air terjun memudahkan perjalanan.
Iya kerana gambar itulah yang menarikan kami yang berkebetulan juga merupakan hantu durian. Tidak semena-mena selepas bersarapan pagi kami terus bergerak ke Raub untuk mencari Lembah Temir seperti mana digambarkan Shahrina menerusi alat perakam ajaibnya itu. Mulanya kami sering bertanya dan membuat nujuman, di manakah Lembah Temir. Antara kami tidak ada siapa yang tahu persis lokasinya.
Jambatan kecil menghubungkan antara resort ke resort.
Selepas menghubungi Shahrina yang sudah berada di sana, kami bertolak ke Raub. Dr Wan Suhaimi membatalkan niatnya untuk ke parlimen bagi mendengar perbahasan bajet oleh Anwar Ibrahim. Manakala kebetulan pula Rushdan dalam rangka untuk pulang ke Kelantan kerana ada urusan di mahkamah. Beliau bersetuju saja, katanya selepas makan durian dia akan meneruskan perjalanan senjanya bersendirian ke Kelantan tanpa singgah merasai kelah di Perasu?
Tanpa Shahrina mungkin kami tidak akan ke sana sebab Encik Din, empunya Eco Resort sudah pun berpatah balik bersama isterinya ke Kuala Lumpur. Sebenarnya saya sudah bercakap dan memberi janji dengan Encik Din untuk sampai semalam lagi. Encik Din menanti kedatangan saya ke resortnya itu. Tetapi disebabkan hari minggu itu agak sibuk dan kebetulan kekawan semua ada kerja lain, jadi niat itu tertangguh. Saya bercadang untuk mencari hari lain untuk menyinggahi Lembah Temir.
Pun begitu, walaupun Encik Din tiada... saya tidak merasa kekok kerana Encik Zul yang merupakan Pengurus Eco Resort itu senantiasa berada di situ untuk membantu dan menjelaskan apa-apa saja kegiatan atau fasalitis yang ada di resort berkenaan. Apa lagi dengan adanya Shahrina yang menjadi 'tuan rumah' sementara memudahkan segala urusan termasuk mendapatkan durian dan menyediakan nasi tengah hari berulamkan pucuk-pucuk kayu.
Sesampai kami disambut sebagai rombongan menteri oleh Shahrina. Bukan main lagi dia sibuk dengan peralatan kameranya. Menyengeng, mendongak menyunting wajah dan pergerakan kami. Dari mula sampai hingga naik ke atas balai resort. Benarlah Shahrina seorang yang benar-benar minat dengan fotografi. Fotografi adala dunianya dan kemera dan lensa adalah teman akrab dan rapatnya. Shutter kemeranya ... shruppp... shruppp bertindak memberi salam. Setiap langkah dan gerak kami disambar mucung kameranya. Mengkagumkan dalam masa tidak sampai sejam semua gambar yang diambil itu di upload ke dalam Fbnya. Semua dunia tahu di mana kami berada dan apa kegiatan kami waktu itu.
Mencium koi yang manja/
Menurut Shahrina beliau berada di situ dalam rangka kerjanya untuk membuat penggambaran Lemah Temir dan suasana resort Encik Din.. untuk dibangunkan web atau blog bagi mempromosi Eco Resort berkenaan. Katanya beliau berjumpa dengan Encik Din tanpa dirancang. Pertemuan itu juga kerana Encik Din tertarik kepada gambar dirakam Shahrina yang bermain dengan anggur di Uzbisktan. Rupanya camera membawa tuah kepada Shahrina dan menjadi penghubung beliau dengan insan sesama insan.
Seperti saya katakan, kalau bukan Shahrina kami tidak sampai ke situ. Saya sendiri pertama kali mendengar nama Lembah Temir itu dan kewujudan eco resort itu setelah membelek Facebooknya. Begitu juga dengan Rushdan Wan Suhaimi. Mereka juga asing dengan lokasi berkenaan.
Saya yakin sejak beliau 'tak dan tangan' memasukan gambar dan membuat catatan apa saja yang terhidu dan tersambar dek lensa kameranya ke dalam Fbnya kemudian di share oleh Fb kekawannya. Sudah ribuan penjenguk Fb beliau khasnya mengetahui tempat itu. Ini dapat dirasakan kerana ada yang tersasar ke wall Fb saya bertanya di mana gerangan Lembah Temir.
Dalam tilikkan saya Shahrina memang seorang yang cekap dan tidak berlengah dengan kerjanya. Dia komited. Jadi tidak salah kalau seorang jurufoto Islam Peter Sanders menggelar dan mengharapkan Shahrina menjadi "mamarazzi" kerana menilai kepada hasil kerja yang dilakukan sebelum ini.
Menurut Shahrina, Sanders tertarik kepada kerja seninya setelah melihat gambar-gambar Sultan Muhamad Ke V yang dirakamnya di satu upacara di Kota Bharu. Jurufoto yang dulu Kristian dan kini Muslim itu juga berminat untuk merakam gambar Sultan Mohamad ke V yang disifatkan sultan yang penuh kehambaan berdasarkan gambar-gambar yang dirakam Shahrina tempoh hari. Kata Shahrina gambar yang menyentuh hati Sanders ialah foto baginda Sultan Muhammad memakai sendiri kasut.
Shahrina tuan rumah sementara dan Rusdhan.
Dalam masa lebih 24 jam Shahrina berada di Lembah Temir saya rasa semua sudut, objek, pohon, daun, ranting, sungai, ikan, atau flora dan fauna yang terdapat di situ telah dirakam dan diadunkan dengan perasaannya. Memang kena pada orangnya kalau Encik Din dan juga Zul memanggil Shahrina ke situ. Sepatah kata Zul; tempat ini tidak begitu cantik tetapi ianya diindahkan oleh gambar Shahrina." Apakah maksudnya, itu adalah pengikhtirafan Zul kepada hasil kerja Shahrina.
Wan Suhaimi menabur pelak untuk koi.
Kami ke Lemah Temir itu sebenarnya ada dua tujuan, pertamanya tentulah untuk meratah musang king atau D 24, atau 'cakeko'. Namun nasib kami tidak berapa baik. Salahnya kami juga tidak memberi tahu awal-awal akan kedatangan kami. Buah durian yang luruh pada malamnya telah pun dibawa ke luar untuk dijual atau dipunggah tetamu.
Bagimana pun rezeki kami tetap ada, dalam keadaan hampir kecewa tiba-tiba si Adi (Orang Asli) yang berkerja di resort itu membawa tiga biji musang king. Apa lagi raja buah yang ditunggu-tunggu itu kami lahad sepuasnya.
Adi yang jadi tukang kopek musang king.
Tujuan kedua ialah untuk berkenalan dengan Lembah Temir keistimewaan dan juga keunikan alam semula jadi ciptaan Ilahi.
Ringkasnya berada di Lembah Temir ia mengembalikan kita ke alam semula jadi. Ia jauh dari hiruk pikuk kotaraya yang sibuk 24 jam. Lembah damai itu sangat sesuai untuk berihat di hujung minggu. Sambil menenangkan fikiran kita dapat menikmati suasana alam semulajadi yang masih belum terusik. Air terjun yang jatuh celah-celah batu menyembur di wajah sungai menghiburkan. Manakala ribuan anak-anak kelah dan tegas yang berkeliran dan sesekali melompat di permukaan air, menjadi kita bersatu jiwa bersama mereka dan tanpa disedari juga latar masa 'bocahan' dulu terbentang di ruangan mata.
Kemanjaan ribuan koi di kalam yang dirawat rapi pula menyebabkan kita terlupa sama sekali kepada dunia lain. Anda boleh merasai satu pengalaman baru bergurau dengan koi kelaparan dan manja. Mereka akan mengerumuni kita dan mengigit jari jemari dengan mulutnya yang tidak bergigi. Sentuhan langsung dengan mereka menyedarkan kita bahawa antara kita dengan mereka tidak ada batas perbezaan kecuali dipisahkan akal.
Saya tidak mampu untuk bercerita panjang dan terperinci dari sini, anda perlu singgah ke lemah ini dan menjadi warganya untuk seketika barulah kita dapat merasai keindahan, keseronokan dan bahagia bersama alam yang kita sudah lama tidak menyatukan diri dengan ciptaan Tuhan ini kerana mungkinan disebabkan kesibukan masa.
Bagaimana untuk ke sana? Untuk ke Lemah Temir ke Eco Resort ini tidak begitu sulit. Dari arah Kuala Lumpur ia boleh dimasuk menerusi dua jalan besar. Menerui Felda Mempaga di Lurah Bilut atau menerusi Jalan Sungai Ruang di Raub. Jarak Lemah Temir dari Raub kira-kira 45 km. Lemah Temir dari segi geografinya terletak di Lembah Klai. Jarak dari jalan besar Lemah Klai ke Lemah Temir hanya sejauh 6 km menerusi jalan separuh tar dan simen yang membelah ladang sawit.
Penginapan..? Disediakan beberapa buah resort yang dibina di puncak bukit batu atau dipinggir air terjun. Dari jendela resort dapat menyaksikan pemandangan fantastik dan sambil mendengar nyanyian beburung dan percikan air terjun. Suasana sekitar dan resort disediakan sangat sesuai untuk pasangan yang baru diijabal kabulkan. Tidak terlupa pasangan yang sudah bercucu seperti saya juga, sesuai. Pastinya bayu dan bisikan air terjun akan mengasyikkan kita dan menambahkan lagi biru warna cinta selama bermukim di lembah taman para pari-pari itu. [wm.kl.8:51 pm 02/10/12]
RANTAU PANJANG: Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan mengingatkan usaha mengimarah masjid dan madrasah hendaklah berjalan secara terancang sebagai persediaan rohani sebelum mengambil alih kerajaan di Putrajaya.
Dato' Mohamed Daud berharap pendokong dan penyokong PAS di seluruh negara terus memantapkan diri dengan ilmu dan amalan agama.
Katanya, majlis-majlis ilmu dengan kelas ilmu tauhid, fiqah dan siasah sekurang-kurang perlu diadakan dua atau tiga kali seminggu.
"Begitu juga kelas memperbetulkan bacaan surah al Fatihah dan Tahiyyat serta membaca al Quran hendaklah dilakukan lebih tersusun.
"Dengan kemantapan ilmu yang ada dalam setiap diri pendokong PAS, membolehkan orang ramai tertarik dengan perjuangan mendaulatkan Islam.
"Selain itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat datang ke masjid mengikuti pelbagai ilmu agama. Ini cukup penting sebagai proses sebelum memerintah pusat," katanya di sini.
Beliau mendedahkan perkara itu pada kuliah Maghrib di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang dekat sini baru-baru ini.
Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Mat Iraq juga berkata, pendedahan mengenai ilmu memerintah negara perlu diketengahkan kepada masyarakat.
Menurutnya Islam sebuah agama yang lengkap, di mana semua cabang ilmu sudah tersedia sejak lebih 1400 tahun lalu.
Beliau juga berkata, banyak aktiviti tambahan boleh diadakan di masjid dan madarasah termasuk kelas mempelajari al Quran, bahasa Arab, tiusyen subjek matematik dan sains.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Ustaz Mohamad Awang, Ketua Penerangan, Abdul Aziz Yunus dan penghulu-penghulu mukim.
HARAKAH DAILY..
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.
Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.
"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
"Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.
"Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.
"Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.
Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty.
Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut.
"Itu duit siapa?" tulis Nga.
Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta.
"Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja," tulis Kit Siang dalam Twitter.
Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Kit Siang ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.
"Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit," tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter.
Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.
Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.
Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.
Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.
Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.
Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:
@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah
Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.
@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib
Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!
@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe
Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!
@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak
Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!
@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib
Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.
Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.
Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.
Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa. UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.
Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.
Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.
Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
KUALA LUMPUR 2 Oktober: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.
Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.
"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.
Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.
"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.
Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.
"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.
"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.
Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.
Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).
Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan