Selasa, 9 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Oct 2012 09:52 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


JOM UBAH

Posted: 08 Oct 2012 01:58 AM PDT


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 08 Oct 2012 07:31 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2012

Posted: 07 Oct 2012 08:15 PM PDT

DUNGUN 8 Oktober, Isnin - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan PMR 2012 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. 

Gambar hiasan - ADUN Sura bersama bekas pelajar cemerlang PMR
dari SMK Sultan Omar, adik Mohd Afiq Iqram bin Rohaidi (8A),
bapanya En. Rohaidi dan Ketua PAS Caw Padang Jambu, En. Baharuman Abd Hamid

Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,560 pusat  peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini.
" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang ", katanya ringkas.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 08 Oct 2012 11:27 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Ziarah & Sumbangan Untuk Mangsa Ribut Di Bukit Kuang

Posted: 08 Oct 2012 01:39 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 08 Oct 2012 09:20 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Rahsia BN kekal berkuasa lama: Projek IC Mahathir

Posted: 08 Oct 2012 03:13 AM PDT

Surirumah akui dapat warganegara dalam 'Projek Mahathir'
3:43PM Okt 8 2012 
Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

Jasindaily Online

Posted: 08 Oct 2012 09:18 AM PDT

Jasindaily Online


Chegu Bard : Penjawat Awam Bukan Tali Barut

Posted: 08 Oct 2012 08:06 AM PDT

Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada. Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. 

Ini satu penghinaan. Ini juga boleh disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melabel ahli kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan mereka. Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang membocorkan maklumat penyelewengan kepada perbagai pihak, malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar penyelewengan dalam negara. Namun adakah mereka yang membocorkan maklumat penyelewengan ini wajar digelar tali barut?

 Seharusnya mereka digelar 'hero rakyat'. Contohnya pegawai kastam yang membekalkan fail kemasukan cincin RM24.45 juta (yang telah dibongkarkan sebahagianya) dan banyak lagi barang mewah berkaitan Rosmah (yang fail-fail ini masih tersimpan), adakah ia wajar dilabel tali barut?. Pegawai Kerajaan itu sendiri tidak tahan melihat bagaimana pemimpin negara yang kononnya bersifat 'wasatiyah' namun sangat membazir bermewah ketika majoriti rakyat sangat susah. Ini sesuai dengan amanah mereka menjaga negara. 

Menuduh 'pembongkar maklumat penyelewengan' menerima habuan ialah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Pegawai kerajaan yang mendedah maklumat penyelewengan ialah antara mereka yang sedar dan insaf betapa negara ini perlu diselamatkan. Mana mungkin mereka juga punya sikap seperti koruptor yang dibongkar mereka? Usaha melebel mereka menerima habuan hanyalah usaha menyelamat regim yang dibongkar penyelewengan mereka. Pegawai Kerajaan yang tampil membekal maklumat penyelewengan ini bukan sahaja mereka yang berani menyalur maklumat malah SAMM sendiri pernah menerima sampul surat dokumen membongkar penyelewengan dengan wang tunai RM500.00 . 

Menurut pembekal maklumat tersebut gunakan wang tersebut untuk duit minyak dan sebagainya untuk membongkar penyelewengan dan menyelamatkan kepentingan rakyat dari diselewengkan. Dalam isu pembelian kapal selam contohnya SAMM yakin mana mungkin pegawai kerajaan semuanya diam apabila ia melibatkan pembaziran wang rakyat bukan itu saja lebih serius ia melibatkan penjualan maklumat ketenteraan negara kepada pihak asing.

 Jangan terkejut dalam perbagai agensi kerajaan sudah ramai pegawai tinggi yang sudah sedar dan mula tampil ke depan. Ini juga hasil dari kesedaran bahawa perubahan tampuk pemerintahan mungkin terjadi. Hanya wujud segelintir pegawai yang masih bersungguh – sungguh mempertahankan korupsi dan penyelewengan yang wujud di atas kepentingan tertentu. 

Kepada semua pegawai kerajaan SAMM menyeru, bangkit dan tampillah dengan berani. Sama ada terang – terang atau menyembunyi identiti bersama dengan gelombang rakyat membongkar penyelewengan dan menyelamatkan negara ini.

 Sedarlah bahawa jasad kerajaan itu yang sebenarnya perlu diselamatkan, bukan parti politik atau individu tertentu. Mempertahankan kerajaan ialah mempertahankan kepentingan rakyat dan negara tercinta. 

Di depan kamu ada pilihan jelas ikut jalan yang rutin melindungi semua aktiviti memusnahkan negara atau buat jalan sendiri seterusnya menyelamatkan negara dan akan dikenang dalam sejarah anak cucu sebagai hero rakyat yang sebenar. 

 Badrul Hisham Shaharin @ CheGuBard 
Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
8 Oktober 2012

Edisi Kantoi : Pengerusi SPR Bohong Rakyat

Posted: 08 Oct 2012 08:01 AM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berbohong mengatakan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. "Aziz menipu rakyat mengatakan daftar pemilih di Malaysia paling bersih di dunia, sedangkan di Selangor sahaja, daripada 400,000 nama pemilih baru, lebih 100,000 nama tak dapat dikesan," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri. "Sebab itu, pilihan raya umum ke-13 nanti akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara," tegasnya ketika dihubungi.

 Aziz dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew April lalu berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. Beliau berkata, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada kerana menurutnya, tiada daftar pemilih negara lain di dunia lebih bersih daripada Malaysia. Kenyataan Aziz ini susulan penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan. Anwar pada 30 September lalu turut mendedahkan, sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih SPR dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. Justeru beliau memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu. Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat. Menurutnya, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, manakala 3.3 juta hanya ada nombor rumah. Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, Anwar berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan. 

"Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya. Selain itu, kata Anwar, masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan. "Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya. "Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya. Sebelum ini, Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) dalam syor mereka menuntut SPR, Pengerusi dan Timbalannya dilantik melalui Parlimen, bukan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti amalan sekarang. 

"Kalau kita tuntut Aziz letak jawatan, dia takkan berbuat demikian. Sebab itu, kita berhimpun (Bersih) tiga kali. Kita hantar memoramdum pada Yang Dipertuan Agong. Tapi sampai hari ini tak ada jawapan," kata Azmizam yang juga Pengarah Biro Pilihan Raya AMK. Dalam pada itu, Azmizam mengingatkan jentera pilihan raya Pakatan menumpukan kepada pengurusan pengundi berbanding logistik. 

"Tumpuan utama jentera pilihan raya ialah pengundi," katanya. Dalam perkembangan lain, SPR hari ini dituntut memuktamadkan segera rundingannya dengan beberapa NGO yang dijemput menjadi pemerhati pilihan raya bagi memastikan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan. Ini kerana dilaporkan, tiada sebarang berita dari SPR sejak suruhanjaya itu mengadakan pertemuan dengan NGO berkenaan kira-kira dua bulan lalu./Keadilan.com

PM Greece : PR Mampu Tumbangkan BN

Posted: 08 Oct 2012 07:59 AM PDT

Lucas Papademos, Perdana Menteri baru kerajaan sementara Greece, menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Pembangkang mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13. Perkara tersebut dinyatakan Papademos kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu melawat Greece baru-baru ini. Anwar berkata, Papademos telah bertanya mengenai pilihan raya di Malaysia yang semakin hampir. "Dia tanya, Anwar…Saya dengar pilihan raya Malaysia dah tak lama lagi? Saya dengar You go to win…Perdana Menteri Greece pun tahu kita nak menang," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong di Padang Taman Seri Ria, Kampung Kepayang, Simpang Pulai pada program jelajah Merdeka Rakyat ke Perak semalam. Hadir sama, pimpinan KEADILAN Negeri antaranya, Pengerusi Dr Muhammad Nur Manuty dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye. 

Pada program itu, Anwar banyak mengupas mengenai kepincangan Bajet 2013 BN yang disifat lebih mengutamakan kroni daripada rakyat bawahan. Berbeza dengan Umno BN, Belanjawan Pakatan kata Anwar, lebih optimis untuk mengurangkan beban rakyat. "Saya ulang! Tak payah banyak ekonomi…Apa yang kita buat kita turunkan beban rakyat…Itu yang akan kita utamakan. Tapi pemimpin yang duduk di atas, macam dewa, tak faham masalah ini.

 "Kalau kita menang, sehari kita turunkan harga minyak…Orang tanya kenapa sehari? Cepat sangat. Saya jawab rakyat dah letih tunggu," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi. Beliau turut bertegas tentang komitmen Pakatan boleh mengurus ekonomi lebih baik dari Umno BN termasuk melaksanakan semua tawaran dalam Buku Jingga. Ini kerana, katanya Malaysia mempunyai pelbagai hasil bumi termasuk minyak dan balak. "Negara kita kaya. Kalau negara kita macam Nepal atau Bangladesh, saya tak berani beri jaminan…Sebab minyak tak ada, sawit tak ada, balak pun tak ada…Tapi kita semua ada," kata Anwar./Keadilandaily.com

Kenyataan Media : Tahniah Kepada Kerajaan Filipina dan MILF

Posted: 08 Oct 2012 07:56 AM PDT

Berikutan perkembangan damai di Selatan Filipina, PAS mengucapkan tahniah di atas persetujuan damai awal di antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia merupakan langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanoa. "PAS berharap, perdamaian ini benar-benar terlaksana dan diambil kesempatan untuk mengisi perdamaian dengan membangunkan kembali wilayah yang sekian lama bergolak tersebut," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan. 

 Katanya, kekayaan hasil bumi Mindanoa mestilah dikembalikan kepada rakyat untuk pembangunan sosio-ekonomi di wilayah tersebut. "Dalam masa yang sama, kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persetujuan damai tersebut," ujarnya lagi. PAS juga, tambah beliau menyeru kepada kerajaan-kerajaan di rantau ini mengambil pedoman diatas kejayaan tersebut bagi mewujudkan perdamaian yang adil kepada rakyat di wilayah-wilayah yang bergolak seperti di Selatan Thailand, Myanmar dan lain-lain wilayah./Pas pusat

Pengkalan Tentera AS : Jangan Babitkan Malaysia

Posted: 08 Oct 2012 07:54 AM PDT

Kerajaan Umno BN digesa tidak menjadikan negara sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di sini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. "Jangan jadikan Malaysia sebagai 'base' (pangkalan). Jangan dedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik," katanya merujuk kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang, semalam. Bernama melaporkan kenyataan pegawai pemerintahnya, Kapten Greg Fenton, kapal tersebut yang memuatkan pasukan pesawat udara Carrier Air Wing 5 dengan 5,000 anak kapal akan berada di negara ini selama lima hari. 

Laporan itu turut menyatakan enam projek komuniti akan diadakan, manakala lebih 500 orang kenamaan Malaysia akan dirai dalam satu majlis di atas kapal tersebut hari ini. Mahfuz yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan kebimbangan apabila USS George Washington dikatakan sebagai pasukan siap siaga untuk 'bertindak melindungi dan mempertahan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik'. Laporan itu juga menyebut, USS George Washington dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera. 

"(Apabila) mereka datang untuk mengetahui maritim, sudah tentu mereka tahu tentang logistik. Adakah ada agenda tersembunyi?" soal Mahfuz. Beliau tidak menolak kemungkinan kehadiran kapal pengangkut berkuasa nuklear itu turut bertujuan 'mengimbangi' peranan China di Asia Pasifik. "Sedangkan, Malaysia sendiri ada kepentingan ekonomi dan sebagainya dengan China. Kita akan cadang membawa usul mempersoal tindakan kerajaan membenarkan kapal itu berlabuh," tegas Mahfuz. 

Mahfuz menambah, tidak ada jaminan perairan Malaysia akan selamat dari kesan radiasi akibat kehadiran kapal berkuasa nuklear USS George Washington sekiranya berlaku kebocoran. "Apa jaminan bahawa kapal (dipantau) di bawah penjagaan baik? Kerajaan tak patut benarkan kapal nuklear itu berada di sini. (Kita) nasihat, tinggalkan Malaysia segera," tegasnya. Pada 8 Mac 2011, kapal 'The USS Blue Ridge', Armada Ketujuh dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, pernah singgah di Port Klang Cruise Center (PCKK), kononnya bagi meningkatkan hubungan ketenteraan dengan Malaysia.

Temu janji Malam Ini

Posted: 07 Oct 2012 07:58 PM PDT


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Oct 2012 09:05 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


JOM UBAH

Posted: 08 Oct 2012 01:57 AM PDT


Petani China cipta helikopter dari bahan buangan

Posted: 08 Oct 2012 12:14 AM PDT


Ketika kita menghadapi masalah remaja yang merempit, melepak, seks bebas, meragut, dadah dan sebagainya, cuba pula diatasi dengan program PLKN, remaja di China yang juga merupakan seorang petani telah mencipta helikopter dari bahan buangan, enjin skuter 150 cc, kepingan papan dari pokok yang dipotong sendiri dan boleh terbang setinggi 2600 kaki pada kos $1600 dan dibuat dalam tempoh 3 bulan.

Chinese Farmer Builds Psycho-Copter From Scratch

Presenting Wu Zhongyuan, a resourceful inventor who easily joins the ranks of his creative Eastern counterparts. Zhongyuan has crafted a helicopter out of an old jungle gym, a motorcycle engine, and wooden rotors cut from an elm tree. The helicopter cost him roughly $1600 to make, and supposedly elevated him 2600 feet above ground before the authorities ordered him down.

"Zhongyuan has no formal aviation training, but still managed to assemble the rickety beast using a recollection of middle school physics courses and "relevant knowledge found while surfing the Internet via his mobile phone."


Chinese farmer builds a working wooden helicopter
Aug 6 2009

Chinese farmers probably have a knack for creating DIY flying machines. Wu Zhongyuan, a farmer from China's Henan province has built himself a helicopter, using wood from an elm tree, a motorcycle engine and steel pipes. The 150cc engine powers the wooden blades, while the steel tubes provide structural rigidity.

Wu has had no formal education in aviation or aeronautics, and says he built the helicopter relying on the Physics he learnt in middle school. He spent three months and nearly $1600 in creating the helicopter, which he claims can go as high as 800 meters. He won't be able to fly it though, the Chinese government has stopped the flight for safety reasons.

Bukan semua pengusaha bas sekolah mampu beli bas baru

Posted: 07 Oct 2012 11:22 PM PDT


8 Oktober 2012

SEREMBAN - Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menghapuskan syarat had usia bas sekolah tidak melebihi 30 tahun.

Timbalan Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, bukan semua pengusaha bas sekolah mampu membeli bas baru berharga puluhan ribu ringgit.

Katanya, syarat SPAD yang mengambil alih urusan memperbaharui permit bas daripada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sangat membebankan.

"Perkhidmatan bas sekolah tidak sama dengan bas ekspres kerana kita lebih menjurus kepada kebajikan dan tidak meraih keuntungan besar berbanding bas ekspres.

"Justeru, kami berharap SPAD dapat menghapuskan syarat yang dikenakan dari segi had usia bas bagi meringankan beban pengusaha," katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, dalam Bajet 2013 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pengusaha bas sekolah diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus untuk pinjaman penuh bagi menggantikan bas lama berusia 25 tahun kepada bas baru berkapasiti antara 12 hingga 18 tempat duduk.

"Bagaimanapun, hanya 20 peratus daripada 3,000 bas sekolah berusia 25 tahun ke atas yang mampu menikmati rebat itu, berikutan ia tidak relevan untuk membeli kenderaan 18 tempat duduk berbanding bas yang digunakan sekarang berkapasiti 30 tempat duduk.

"Selain itu, tidak semua berkelayakan membeli bas baru kerana 70 peratus pemandu bas di negara ini berusia 60 tahun ke atas sekali gus menyukarkan mereka membuat pinjaman bank," katanya.

Amali berkata, berdasarkan statistik SPAD, pada Jun 2010 terdapat 17,462 bas sekolah di negara ini, bagaimanapun jumlah itu menurun kepada 12,234 pada Mei 2012.

"Banyak faktor menyebabkan penurunan, antaranya bas yang sudah berusia dan karenah birokrasi menyukarkan pengusaha bas mendapatkan permit.

"Kita bimbang, jika masalah ini berlarutan, ia akan memberi impak lebih-lebih lagi kepada pelajar," katanya.

- Sinar Harian

Masjid-masjid di Malaysia bila lagi nak mesra OKU?

Posted: 07 Oct 2012 08:12 PM PDT


Legoland begitu bersungguh-sungguh untuk mempromosi orang datang melawat tempat mereka termasuk mereka yang OKU. Malang sekali masih banyak masjid-masjid di Malaysia masih belum mesra OKU.

Legoland mesra OKU
8 Oktober 2012

JOHOR BAHRU -  Taman tema Legoland Malaysia bukan sahaja sebagai lokasi riadah keluarga pertama seumpamanya di Asia, malah ia juga mesra orang kurang upaya (OKU) dengan ciri-ciri kemudahan bertaraf dunia.

Pengurus Veritas Arkitek Sdn Bhd cawangan Johor, Shah Jaffar berkata, kemudahan buat OKU antara yang dititikberat syarikat tersebut yang diberi amanah merekabentuk, menjadi perunding hiasan dalaman dan landskap bagi projek mega RM720 juta itu.

"Kemudahan untuk golongan yang kurang upaya di Legoland ini menjadi penanda aras buat projek pembangunan lain untuk mengaplikasikan kemudahan yang sama seperti yang dibangunkan di sini.

"Hampir dua hingga lima peratus daripada  bajet reka bentuk ini difokuskan untuk kemudahan OKU seperti menyediakan laluan pejalan kaki, papan tanda  braile, tac tiles, dan pelbagai kemudahan lain.

"Kami amat peka dengan keperluan OKU kerana salah seorang arkitek yang terlibat dalam pembangunan projek ini juga seorang OKU," katanya kepada pemberita sempena ulang tahun ke-25 syarikat terbabit, di sini, Khamis lalu.

Shah berkata, kejayaan menyediakan kemudahan 'barrier free' buat OKU di Legoland juga menjadi rujukan untuk pembangunan dua projek sekolah menengah pendidikan khas yang bakal dibangunkan syarikat tersebut di Pulau Pinang dan Kedah.

Projek sekolah yang bakal dibina sebelum hujung tahun ini kini di peringkat rekaan pelan dengan nilai pembangunan RM50 juta setiap satu.

"Kita anggarkan dapat memulakan projek sekolah khas ini dalam tempoh terdekat dengan perangkaan pembinaan selama 18 bulan untuk disiapkan di atas tanah tujuh ekar (2.8 hektar).

"Kebanyakan pemaju kurang menitikberatkan soal penyediaan kemudahan OKU kerana mengandaikan ia sesuatu perkara yang remeh dan memerlukan kos yang tinggi, kerana kelengkapan prasarana bagi golongan itu 10 kali lebih mahal," katanya.

Shah berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat yang mempunyai beberapa cawangan di luar negara itu, seramai 25 kanak-kanak kurang upaya dari Taman Sinar Harapan Johor Bahru akan dibawa ke Legoland pada 24 Oktober depan.

"Mereka akan cuba sendiri kemudahan OKU yang disediakan di Legoland sekali gus beri peluang untuk berseronok buat mereka," katanya.

- Sinar Harian

Taman 'port' memadu asmara

Posted: 07 Oct 2012 08:12 PM PDT


Penguatkuasa PBT, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah perlu lebih kerap melakukan rondaan di tempat-tempat awam agar perkara sebegini tidak berleluasa dan tidak terkawal.

Taman 'port' memadu asmara
8 Oktober 2012

TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih di situ.

Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga.

Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan.

Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging.

Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar di taman berkenaan.

"Mula-mula memang saya terperanjat dan malu kerana budaya ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

"Namun, apabila ia semakin berleluasa, rasa malu saya bertukar menjadi marah dan berharap agar pihak berkenaan segera buat pemantauan," katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, lokasi terbabit dicemari 'drama' segelintir pasangan seawal 2 petang di lokasi terlindung daripada orang ramai.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rahmat, 50-an berkata, dia kesal kerana taman rekreasi itu disalahgunakan golongan muda.

"Jika pasangan terbabit beri alasan mahu berehat di sini, kelakuan mereka tetap salah kerana duduk dengan pasangan bukan muhrim dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, taman rekreasi itu adalah kemudahan yang terdapat berhampiran pusat bandar bagi membolehkan masyarakat beriadah dalam usaha membudayakan cara hidup sihat.

"Bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku iaitu kelakuan tidak senonoh pasangan di lokasi tersembunyi di taman ini, diharap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini," katanya.

- Sinar Harian

Menuju negara maju tahun 2020, makin ramai ibu bapa terbiar

Posted: 07 Oct 2012 06:33 PM PDT


Laporan rasmi menunjukkan semakin ramai warga emas ditinggalkan terus oleh anak-anak mereka apabila mereka dimasukkan ke hospital. 95 peratus kes sebegini adalah akibat dari kemiskinan. Ini menyebabkan banyak rumah perlindungan warga emas semakin sesak ketika ini.

Rising number of seniors left behind at hospitals
Monday October 8, 2012

KUALA LUMPUR: More senior citizens are ending up in welfare homes after being abandoned by their families at public hospitals.

Hospitals, especially those in the Klang Valley and other urban areas, have little choice but to refer them to shelters run by the Government or NGOs, as they need the beds for new patients.

Hospital Kuala Lumpur's medical social work department head Hasnah Sulaiman said that up to June this year, 157 patients above 60 were abandoned by their families at hospital. A total of 205 senior citizens were abandoned last year.

Hasnah said 95% of those abandoned came from poor families.

She said in most cases, family members refused to take them back or could not be contacted because fake telephone numbers and addresses were given during registration.

"In some cases, doctors even called the children personally to tell them that their parents had recovered, but they insisted that the old folk were still unwell," she said.

Another common excuse was that they did not have the time to fetch their elderly parents back.

She said hospitals usually handed over the neglected old folk to non-governmental organisations. "But even these shelters are now almost filled up."

Sakit mental meningkat, tangani cara Islam

Posted: 07 Oct 2012 06:31 PM PDT


Malaysia sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental sepatutnya menangani kes mental ini dengan institusi agama yang banyak terdapat di negara ini dengan dana zakat yang banyak seperti JAKIM, PERKIM, MAIN, KAGAT, IKIM dan sebagainya. Kenapa perlu tanggungjawab merawat pesakit mental ini diserahkan kepada Kementerian Kesihatan keseluruhannya?

REMAJA SAKIT MENTAL MENINGKAT
8 Okt. 2012

Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap membimbangkan malah bilangannya semakin menunjukkan peningkatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan tersebut telah meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus pada tahun lalu.

Katanya, pengaruh internet dan teknologi komunikasi di samping faktor kesibukan ibu bapa dijangka terus membawa kepada peningkatan peratusan tersebut kelak.

"Kanak-kanak kini terpengaruh dan menghabiskan banyak masa dengan internet dan teknologi komunikasi terkini yang menyebabkan mereka semakin kurang berinteraksi dan berkomunikasi terutama bersama keluarga.


12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL
3 Feb. 2012
SUNGAI PETANI - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

GURU BESAR CEDERA DISERANG GURU LELAKI
Selasa Februari 28, 2012
GEORGE TOWN: Seorang guru besar sekolah rendah di Air Itam cedera selepas diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama dalam satu pergaduhan di sini, Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar lelaki berusia 48 tahun itu diserang ketika membuat rondaan dari kelas ke kelas pada 8.30 pagi.

GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH
Jumaat Februari 24, 2012
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

KERJA HARI SABTU PUNCA GURU MARAH - NUTP
Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

RAMAI GURU SAKIT JIWA
22 Mac 2009
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

KADAR STRES PELAJAR SEKOLAH, TINGGI
October 6, 2011
PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai 'tinggi'. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali 'Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah' itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.

HEALTHY MIND SCREENING FOR ALL SCHOOLS
Saturday February 25, 2012
KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday.

UJIAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH
2011/02/03
PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA
Berita Harian 20 Jan 2011
KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.

BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU
Utusan Malaysia 2 Mac 2011
KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.

PENSYARAH PERGURUAN MENGADU PENAT, LETIH KERJA
Utusan Malaysia 26 April 2010
PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru. Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008.

Sumber :

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Oct 2012 07:07 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


JELAJAH MERDEKA RAKYAT : RAKYAT BAGAN DATOH SAMBUT MERIAH !

Posted: 07 Oct 2012 09:48 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Oct 2012 03:40 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Mengapa saya tinggalkan Umno?

Posted: 07 Oct 2012 08:01 PM PDT

DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.

Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman.

Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.

Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?

Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.

Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri.

Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.

Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada pemimpin-pemimpin tertentu.

Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang.  

Apakah tiada sebab-sebab lain? 

Seperti pembangunan, contohnya.Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.

Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.

Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan. Namun masalah air tetap berlaku

Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh, tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya pembangunan dibawa ke kawasan ini.

Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?

Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.

Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat. Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.

Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.

Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang kepada mereka.

Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang. Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan dengannya.Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering bertindak secara sendirian.

Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.

Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?

Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.

Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004 sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.

Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calonBN. Saya menjadi mangsa.

Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti masih memilih saya menjadi calon.

Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?

Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.

Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.

Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada ketika itu jatuh merudum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan