Isnin, 8 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 08 Oct 2012 03:17 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Jutaan terima kasih daripada Pengarah PGU 5.0

Posted: 07 Oct 2012 09:22 AM PDT


Marang : Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Pengarah Program Pas Ganti Umno (PGU) 5.0 di DUN Jabi Setiu, hari ini menzahirkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang terlibat menjayakan program tersebut.

Beliau mendedikasikan ucapan terima kasih itu kepada PAS Kawasan Setiu sebagai tuan rumah, petugas-petugas PAS dari pelbagai lapisan pangkat dan semua ahli PAS dan PR dari seluruh pelusuk Terengganu.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawsan Setiu dan seluruh jentera yang telah bersusah payah mengembeling tenaga bagi menjayakan program ini.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Pekan Jabi diatas kerjasama yang telah diberikan. Kami memohon kemaafan sekiranya ada kelemahan kami sewaktu program ini berlangsung.
Juga kepada pasukan keselamatan yang membantu melicinkan perjalanan program ini," katanya.
Ustaz Mohd Nor sangat berpuashati dengan perjalanan PGU 5.0 ini secara keseluruhannya dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi PGU seterusnya sekiranya tiada pilihanraya umum selepas oktober ini.
Ditanya mengenai kemasukkan tiga orang tokoh dalam program itu semalam, beliau menyatakan ianya adalah isyarat jelas PAS diterima oleh semua lapisan masyarakat.
"Kemasukan Tengku Paduka (Tengku Ibrahim) ini jelas memperakui bahawa PAS menjulang institusi istana apabila kerabat diraja sanggup bersama-sama PAS.
 
Manakala penyertaan saudara Amzad yang mewakili golongan profesional ke dalam PAS ini sebenarnya menzahirkan keyakinan mereka iaitu PAS layak memerintah dan memimpin.
Jadi tuduhan PAS parti ajaran sesat telah memberikan kesan positif bukan kepada Umno tetapi kepada PAS dimana golongan cerdik pandai malah yang dalam Umno sendiri seperti Datuk Osman, tahu bahawa tuduhan itu hanyalah bohong," tegas beliau lagi.
 
Semalam dalam program PGU 5.0 itu tiga orang tokoh anak Terengganu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.
Mereka ialah Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni al Marhum Sultan Ismail Nasirudin Shah atau lebih dikenali sebagai Ku Duka dikalangan rakyat Terengganu.
Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 mewakili Parti Melayu Semangat 46 ketika itu.
Tokoh kedua ialah Datuk Osman Abu Bakar bekas wartawan utusan dan pegawai akhbar di Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga menteri pertahanan iaitu Tan Sri Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohammad.
Ketiga, seorang profesional muda, saudara Ahmad Amzad bin Mohammad@Hashim, Pengerusi Eksekutif Norstar Technology Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah Urusan di MSET Shipbuilding Corperation Sdn. Bhd.
Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaksikan oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali dan saf kepimpinan PAS Terengganu.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Oct 2012 01:32 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Scorpene: Jelajah SAMM heret Najib untuk dibicara

Posted: 08 Oct 2012 12:42 AM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bekerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.
 Sehubungan itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata resolusi SAMM sempena Rapat Kebangsaan Siri 3 di Sekinchan kelmarin bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian demokrasi yang menghalang perubahan pemerintah.

Menurutnya, lapan resolusi SAMM sempena rapat itu yang perlu diangkat kepada massa, antaranya menegaskan negara ini sememangnya bermasalah, maka diputuskan walau apa pun terjadi, Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.

Tambahnya, isu Scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara.

Katanya, isu ini perlu diadili dalam negara di mana SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Menurutnya kagi, media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang, maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif.

Di samping, ujarnya Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan BN dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat.

"Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno BN di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran 'Najib' harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu," ujarnya.

Katanya, SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintah wajib tidak diperbaharui.

Beliau berkata, selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti itu untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa.

Justeru, ujarnya SAMM akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara.

Beliau menambah, resolusi ketujuh pula ialah SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti, maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar.

Menurutnya, sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah.

"Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya," tegasnya.

Beliau menambah, SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi.

 harakahdaily/-

Perkauman-Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri

Posted: 08 Oct 2012 12:36 AM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini.

Buktinya kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang. Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melakatelah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

 Hishamudin jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan.

Siapa yang beri keranda kepada  Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.

Media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda  Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam

Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan "1 Melayu 1 Bumi". Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini

Akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Cubaan kedua samun gagal

Posted: 08 Oct 2012 12:30 AM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 
 
BANGUN...suspek yang ditahan  di tempat kejadian, semalam.
BANGUN...suspek yang ditahan di tempat kejadian, semalam.

SEPANG: "Ketika sedang membeli buah naga, tiba-tiba jalan sesak, mulanya saya ingatkan kemalangan jalan raya, tidak lama selepas itu terdengar dua das tembakan sebelum melihat seorang lelaki ditahan polis dengan kaki berlumuran darah dan mengaduh kesakitan di tepi jalan," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Salleh.

Pada masa sama, dia melihat seorang lagi lelaki melarikan diri ke laluan bertentangan menaiki motosikal.
  Selain itu, seorang lelaki India turut tercedera di lengan kiri, rupa-rupanya dia ditetak ketika cuba disamun. Kejadian berlaku amat pantas dan keadaan di situ kecoh seketika...nasib baik penyamun itu dapat ditangkap.

"Beberapa orang awam lain melihat tiga lagi rakan penyamun melarikan diri menaiki dua motosikal," katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, suspek cedera di paha kiri selepas ditembak polis ketika cuba menyamun seorang lelaki dikenali K Panneer, 28, di Pekan Sungai Pelek, dekat sini.

metro/-

Sukan, dakwah hiburan dekati golongan muda

Posted: 07 Oct 2012 11:53 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


IPOH: Pemuda PAS Perak kektika ini sudah membuat persediaan pilihanraya seolah-olah parlimen sudah dibubarkan.

Pengarah Pilihanrayanya, Nazri Din (gambar) berkata, persediaan Pemuda PAS di tahap yang begitu tinggi dan bersedia menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.

Menurutnya, Pemuda PAS Perak telah bersedia sejak insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009 lagi.

"Sebenarnya kalau kita tengok kepada situasi negeri Perak, ada peristiwa politik tersendiri bermula daripada tahun 2008.

"Ketika kita mendapat menubuhkan kerajaan dalam majoriti mudah, dalam situasi itu kita pun sudah bersedia kerana apa sahaja boleh terjadi, jadi apabila berlaku krisis rampasan kuasa, kita telah kemaskan dan perkuatkan jentera bagi menghadapi pilihanraya negeri," katanya ketika ditemui di Pejabat Pemuda PAS Perak, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Larut menjelaskan, di setiap parlimen dan Dun yang ditandingi PAS, Pemuda sudah pun membuka bilik gerakan untuk menjalankan gerak kerja pilihanraya.

Ujar beliau, Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri akan turun memantau jentera Pemuda PAS di setiap kawasan untuk melihat gerak kerja serta strategi yang dibuat dan mengenalpasti masalah yang dihadapi.

Ketika ditanya apakah program yang dilakukan, Nazri berkata, Pemuda PAS mendekatkan diri dengan pelbagai kaedah termasuklah sukan dan hiburan berbentuk dakwah.

"Orang muda ini mempunyai pelbagai sifat seperti bersifat radikal dan menghiburkan, mereka hendakkan satu jawapan yang pasti tentang masa depan serta kualiti hidup mereka," ujar beliau.

harakahdaily/-

Macam bunyi jet terhempas

Posted: 07 Oct 2012 11:51 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


CEMAS...anggota bomba dan penyelamat  mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta  dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad, Semambu,  pagi semalam.
 
CEMAS...anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad, Semambu, pagi semalam. 
 
KUANTAN: "Sebaik saja menutup suis televisyen, saya tergamam seketika apabila terdengar bunyi dentuman amat kuat seolah-olah sebuah jet terhempas. Saya bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku," kata B Shasi, 35.

Dia antara saksi awal kemalangan ngeri meragut empat nyawa, membabitkan dua kenderaan Nissan Skyline GTR dan Skyline 250 GT di Jalan Haji Ahmad, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu Skyline GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor, dan penumpang yang juga warga China, Bao Shanhan, 26, serta pemandu Skyline 250 GT, Go Haw Wei, 20, dari Taman Impian, Beserah, di sini dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21, dari Jalan Bukit Sekilau, dekat sini.

Dua lagi penumpang kereta yang dipandu Tan iaitu Wei Lidong, 27, dan Chang Hong Nei, 36, kedua-duanya warga China, cedera parah di leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Kedua-dua kereta itu yang datang dari arah pusat bandar menuju ke Semambu, dekat sini, dipercayai dipandu laju sebelum bergesel sesama sendiri lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.

metro/-

Israel tembak pesawat pengintip

Posted: 07 Oct 2012 11:37 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Pasukan Pertahanan Israel
Foto dikeluarkan menunjukkan Pasukan Pertahanan Israel melancarkan tembakan ke arah pesawat pengintip yang melintasi ruang udara mereka.
 
GAZA - Sebuah pesawat pengintip dari Laut Mediterranean ditembak sehingga jatuh ke tanah oleh tentera Israel selepas dilihat menyeberangi kawasan udara Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera rejim, Kolonel Avital Leobovich berkata, beberapa sistem daratan mengeluarkan amaran bahawa ada tanda-tanda kehadiran pesawat pengintip sejak Sabtu lalu terbang di sekitar ruang udara Semenanjung Gaza tetapi bukan daripada wilayah Palestin.

Katanya, pihak Israel masih gagal mengesan tempat asal pesawat itu dan sedang melakukan siasatan selain mengesahkan tiada mana-mana pihak yang cedera di atas serangan itu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan pesawat berkenaan tidak membawa sebarang alat letupan dan ia mungkin sebuah pesawat pengintipan.

"Kini kami sedang di peringkat pengawasan berikutan pesawat pengintip yang tidak berstatus itu dikendalikan tanpa manusia dan oleh beberapa sebab, pihak atas memerintahkan agar tentera Israel menyekat kesemua kenderaan udara tanpa manusia dari memasuki ruang udara wilayah Negev," katanya.

Menembak jatuh pesawat pengintip yang melalui ruang udaranya bukanlah satu tindakan baru oleh tentera Israel, tetapi kes-kes serupa itu jarang sekali berlaku.

Dalam peperangan tahun 2006, kumpulan Hezbollah pernah melancarkan sebuah pesawat pengintip buatan Iran yang membawa bahan letupan ke ruang udara Israel namun telah ditembak jatuh.

sinar harian/-

PRU13 tahun ini! - Anwar Ibrahim

Posted: 07 Oct 2012 11:32 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


GOPENG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini.

Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku.

"Saya yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya," tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih 1000 hadirin.

Takut



(Anwar berucap dari bas Merdeka Rakyat)

Mengulas lanjut, beliau mengecam Datuk Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet.

Katanya, Najib takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut dengan tidak menghadirkan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mementingkan kawalan harga barangan keperluan harian berbanding pemberian rebat rm200 untuk anak muda membeli telefon bimbit pintar.

Menurutnya, Najib pada masa yang sama mengumumkan kenaikan harga gula yang menjadi keperluan harian rakyat dinegara ini.

"Kenaikan tersebut telah membebankan rakyat dan mengkayakan kroni yang kita tahu syarikat gula tersebut adalah milik orang mereka,"  ujar beliau.

Penguguman tersebut menggambarkan tidak memahami naluri dan kehendak rakyat.

Turut hadir ialah Ketua PKR Negeri, Dr Muhd Nur Manuty; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien (gambar atas); Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan pimpinan Pakatan Rakyat.

harakahdaily/-


PAS ucap tahniah perdamaian MILF-Filipina

Posted: 07 Oct 2012 11:20 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Berikutan perkembangan damai di Selatan Filipina, PAS mengucapkan tahniah di atas persetujuan damai awal di antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  berkata, ia merupakan langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanoa.

"PAS berharap, perdamaian ini benar-benar terlaksana dan diambil kesempatan untuk mengisi perdamaian dengan membangunkan kembali wilayah yang sekian lama bergolak tersebut," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan.

Katanya, kekayaan hasil bumi Mindanoa mestilah dikembalikan kepada rakyat untuk pembangunan sosio-ekonomi di wilayah tersebut.

"Dalam masa yang sama, kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persetujuan damai tersebut," ujarnya lagi.

PAS juga, tambah beliau menyeru kepada kerajaan-kerajaan di rantau ini mengambil pedoman diatas kejayaan tersebut bagi mewujudkan perdamaian yang adil kepada rakyat di wilayah-wilayah yang bergolak seperti di Selatan Thailand, Myanmar dan lain-lain wilayah.

harakahdaily/-

Bot khas angkut lembu

Posted: 07 Oct 2012 11:15 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BERCHTESGADEN, Jerman - Sebuah bot khas digunakan untuk mengangkut sejumlah lembu ternakan di sini pada Rabu lalu.

Bot itu menyeberangi Tasik Koenigssee dekat sini ketika membawa haiwan tersebut kembali daripada meragut rumput di kawasan pergunungan Alps.

Pada setiap musim panas, para pemilik lembu akan menghantar haiwan ternakan mereka ke kawasan pergunungan itu untuk meragut rumput. - Agensi

Bonda Fatimah az-Zahra' RA

Posted: 07 Oct 2012 11:08 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

"Saat aku melihatnya, hilanglah duka dari seluruh jiwaku." Bait kata seperti ini pastinya datang dari lubuk hati yang dalam, memberi pengiktirafan kepada insan yang dikagumi. Saiyidina Ali KW tidak mungkin berkata begitu melainkan jika sekiranya insan disebut beliau benar-benar seorang yang istimewa. Daripadanya Ali mendapat ketenangan, ketenteraman, dokongan dan kebahagiaan. 

  Sememangnya dia seorang insan yang lebih indah dari susun syair puitis, lebih mekar dari kelopak mengembang, lebih semerbak dari haruman mewangi, kerana itulah dia digelari az-Zahra'; dia ialah Fatimah binti Muhammad RA, penghulu wanita seluruh alam (Saiyidatul Nisa' il-'Alamin).

Baginda Rasulullah SAW sendiri pernah mengungkapkan pengiktirafan terhadap Fatimah. Kata Baginda;  

"Dia adalah ibu kepada ayahnya," kerana amat mengambil berat akan hal ayahandanya, amat mencontohi ayahandanya dan menjadi ganti kepada bondanya. Kepada Saiyidatina A'isyah RA, Rasulullah SAW pernah berkata; "Wahai A'isyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui tentang Fatimah, nescaya engkau akan mencintainya sebagaimana aku mencintainya. 

Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Barang siapa yang membencinya, maka ia telah membenciku, dan barang siapa membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku." Bahkan jika dihitung terlalu banyak adanya akan kata-kata yang menyanjung diri Fatimah. Terkadang dirinya dilihat iras manusia agung, yakni ayahandanya sendiri. Saiyidatina A'isyah RA melukiskan Fatimah sebagai seorang yang paras dan tuturnya mengingatkan kepada Nabi; "Aku tidak pernah menyaksikan ada orang selain Fatimah, yang baik di waktu duduk maupun berdiri, lebih menyerupai Rasulullah dalam hal ketenangannya, kebaikan perilakunya dan pembicaraannya."

Menyaksikan Kepayahan Dakwah

Fatimah dijadikan sandaran oleh Musyrikin Quraisy untuk mengejek ayahandanya sebagai orang yang telah terputus (keturunan) hanya kerana dia anak bongsu dan anak perempuan sedangkan abang-abangnya pula telah meninggal dunia. Tidak seperti kanak-kanak seusianya yang gemar bermain dan bersuka, Fatimah lebih banyak menyertai ayahandanya. Bermakna dia membesar dengan menyaksikan segala sikap jelik Musyrikin Quraisy menentang dakwah ayahandanya. Anak kecil ini pernah menangis melihat ayahanda kesayangannya dipermainkan; belakang Baginda diletakkan kotoran haiwan saat sedang sujud solat di hadapan Ka'bah. Fatimahlah yang membersihkan sambil matanya bercucuran dengan air mata.

Isteri Kebanggaan Suami 

Jika para pengantin hari ini diserikan dengan segala kemeriahan, perhiasan dan balasan hantaran, sesungguhnya Fatimah saat mendirikan rumahtangga hanya memiliki kulit kambing sebagai alas tidur di malam hari. Di siang hari, alas tidur itu pulalah yang dijadikan alas unta. Selimut yang dimiliki pun tidak mampu menutupi seluruh tubuhnya, ditarik ke atas terlihatlah kakinya, ditarik ke bawah terlihatlah kepalanya.

Tetapi keutamaannya jodoh Fatimah adalah dengan pemuda pilihan Allah dan RasulNya. "Anakku, aku telah menikahkanmu dengan laki-laki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal keperibadian dan kebijaksanaan."
Ali pula saat usaha melangsungkan pernikahan itu hanya memiliki sebuah pedang dan perisai. Hajat menjual keduanya dihalang Rasulullah kerana ujar Baginda Islam memerlukan pedang itu dan Baginda hanya mengizinkan Ali menjual perisainya.

Pun begitu, kecintaan antara suami isteri ini tiada tandingannya. Saiyidina Ali KW memanggil Fatimah; "Ya binta Rasulillah." (Wahai puteri Rasulullah) manakala Fatimah pula memanggilnya dengan gelar; "Ya Amirul Mukminin." (Wahai pemimpin kaum mukmin)

Rasulullah SAW pernah menukilkan nasihat yang penting untuk seluruh kaum isteri yang disampaikannya melalui Fatimah RA; "Wahai Fatimah, perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni semua dosa-dosanya dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. 

Wahai Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Wahai Fatimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat). Teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang." 

"Wahai Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya, janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat."

"Wahai Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT."

Kerana keperibadiannya itulah, Fatimah meninggalkan nostalgia manis buat suaminya Saiyidina Ali KW: "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku."

Didikan Agung Suri Rumah

Rutin hariannya menggiling gandum dan mengangkut air hingga terlihat kesan melecet pada tangannya dan berbekas pada dadanya. Dia juga menyapu rumah hingga berdebu baju dan menyalakan api di dapur hingga mengotori dirinya. Ternyata setiap hari yang dilihat padanya adalah kepayahan. Pernah Fatimah mendatangi Rasulullah memintakan pembantu untuknya. "Ucapkanlah: "Ya Allah, Tuhan pemilik bumi dan Arsy yang agung. Ya Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah biji dan benih. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai nyawanya. Engkaulah awal dan tiada sesuatu sebelumMu. Engkaulah yang akhir dan tiada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin dan tiada sesuatu di bawahMu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkan aku dari kekurangan." Demikianlah Rasulullah SAW mendidik Fatimah dan Fatimah redha bahawa itulah tarbiyyah untuk dirinya.

Saiyidina Ali KW juga pernah mengadukan kepayahan Fatimah dalam menjalankan kerja sehariannya. Namun Rasulullah SAW tetap tidak pernah memanjakan puteri bongsunya itu dalam menguruskan hal keduniaan. "Mahukan kamu aku nyatakan suatu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? (Iaitu) apabila kamu selesai solat, ucapkanlah 'Subhanallah' 10 kali, 'Alhamdulillah' 10 kali dan 'Allahu Akbar' 10 kali. Apabila hendak masuk ke tempat tidurmu, maka ucapkanlah 'Subhanallah' 33 kali, 'Alhamdulillah' 33 kali dan 'Allahu Akbar' 33 kali. Ini adalah lebih baik daripada yang kamu pohon."

Dalam hal menguruskan rumahtangga Rasulullah SAW juga pernah mewasiatkan nasihat kepada Fatimah; "Wahai Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit."

Ibu Mithali

Jika ummah ini mengagumi Saiyidina Hassan RA dan Saiyidina Hussin RA, Fatimahlah ibu mereka. Yang telah melahir, mendidik dan membesarkan mereka menjadi mujahid ummah. Menjadi insan kebanggaan Rasulullah, kerana anak-anak itu telah dididik Fatimah mencontohi keperibadian datuk mereka. Ke mana sahaja Baginda pergi, Baginda selalu membawa mereka bersama dan cucunya itu diperkenalkan sebagai buah hatinya di dunia.

Nasihat Rasulullah menjadi pegangan Fatimah dalam kesabaran menguruskan anak; "Wahai Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan kurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat."

"Wahai Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

Srikandi Ummah

Perasaannya terhadap ummah ini saling tak tumpah seperti ayahandanya. Prinsipnya rela bersusah untuk kemudahan orang lain. Setiap pengemis mahupun tetamu yang datang pasti melangkah keluar dari pintunya dengan senang hati. Sedangkan dia dan keluarganya sendiri hidup dalam serba tidak memiliki, hatta terkadang berhari-hari menahan dari makanan semata-mata memberi makan kepada orang lain. Pernah digadaikan kain tudungnya untuk mendapatkan sedikit jagung lalu dibuatnya roti untuk makanan seorang Yahudi sedangkan dia dan keluarganya langsung tidak menyentuh roti itu bahkan tidak menjamah makanan sejak beberapa hari. Dari kepemurahannya menyebabkan Yahudi ini menyatakan keIslamannya.
Dirinya berpegang kepada nasihat ayahanda; "Wahai Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat."

Dalam usaha mempertahankan Islam, di tengah-tengah medan peperangan yang serba menggerunkan, Fatimah adalah antara srikandi yang bergerak dicelah-celah kekalutan pukulan tombak dan tikaman mata pedang serta hujan anak panah. Ia turut serta membantu, menyediakan bekal dan merawat tentera yang cedera. Sedangkan ramai wanita hari ini hendaknya bersenang umpama puteri di singgahsana nan mewah.
Bahkan Fatimah jauh berbeza dari wanita-wanita yang rata-ratanya cenderung kepada kecantikan duniawi dan perhiasan. Tidak ada padanya sedikit pun kerana berpegang kepada nasihat ayahandanya bahawa semua itu di dunia menjadi simbol keangkuhan dan di akhirat menjadi fitnah dan bahan bakar api neraka.

Dunianya Mendampingi Akhirat
Antara lain gelarannya ialah al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingannya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlak, adab, hasab dan nasab. Mengenai ubudiyyahnya, Hassan bin Ali RA menuturkan; "Ibuku memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad." Dalam katanya yang lain; "Aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih alim daripada ibuku. Dia selalu melakukan solat dengan begitu lama hingga kakinya bengkak."
Sikap Fatimah terhadap umat ini juga tergambar dari kata-kata Hassan RA; "Aku melihat ibuku, Fatimah berdiri solat pada malam Jumaat. Beliau meneruskan solatnya dengan rukuk dan sujud hingga subuh. Aku mendengar beliau berdoa untuk kaum mukminin dan mukminah dengan menyebut nama-nama mereka. Beliau berdoa untuk mereka tetapi tidak berdoa untuk dirinya sendiri." Hassan pernah bertanya akan hal itu, jawab Fatimah; "Anakku, (berdoa) untuk jiran-jiranmu diutamakan dan kemudian barulah dirimu."


Sebaik-baik Teladan

Itulah Fatimah; payah hidupnya disulami dengan zikir, perit laparnya diisi dengan sujud. Dia muslimah yang akan terus menjadi nostalgia segar seluruh ummah. Akan ada  sentiasa mencari dan akan ada yang sentiasa meneladani halwa kehidupannya. Fatimah adalah contoh sebaik-baik isteri dan suaminya adalah contoh sebaik-baik suami seperti yang telah disabdakan Baginda; "Wahai Ali, sebaik-baik isteri adalah isterimu." "Wahai Fatimah, sebaik-baik suami adalah suamimu." Umpama sebuah pohon, Fatimah adalah pokok yang baik; akarnya menghunjam kukuh ke bumi, cabangnya menjulang tinggi ke langit; membesar dengan pancaran wahyu dan siraman sunnah.

Dia mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada sesiapa jua. Dia menghayati dakwah ayahandanya, menemani dan menghiburkan Baginda sepanjang langkah perjuangan, kerana itu manis sekali gelar Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) itu untuknya. Dia juga yang pertama mengalunkan kesedihan mendapat tahu tanda kewafatan Baginda dan bergembira menjadi insan pertama yang akan menyusul Baginda. Saat kematian menghampiri Baginda, Fatimahlah yang membacakan kalimah-kalimah suci al-Qur'an hingga Baginda terbuai dalam kekusyukan. Pemergian Rasulullah menjadi kesedihan yang tidak kepalang terhadap dirinya. Jiwanya sering dilanda kehibaan, dibaluti kesedihan dan kerinduan yang mencengkam hinggalah dia juga turut menyusul kemudiaannya. Tatkala selesai jasadnya disemadikan, Ali KW meluahkan rasa cinta seorang suami; "Salam sejahtera bagimu duhai Rasulullah… dariku dan dari puterimu, yang kini berada di sampingmu dan yang paling cepat datang menemuimu. Duhai Rasulullah! Telah berkurang kesabaranku atas pemergian puterimu, dan telah berkurang pula kekuatanku… Puterimu akan mengadukan kepadamu mengenai umatmu yang telah menghancurkan hidupnya. Pertanyaan yang meliputinya dan keadaan yang akan menjawab. Salam sejahtera untuk kalian berdua!"

Fatimah akan terus menjadi lambang seorang muslimah yang menakjubkan dan setiap saat ummah ini meneliti hidupnya, maka "hilanglah duka dari seluruh jiwa". Bonda Fatimah, kami menyanjungimu……

 Saiyidatul Nisa'il-'Alamin

Perkauman: Hisham seperti pencuri menjerit pencuri

Posted: 07 Oct 2012 11:03 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri.

"Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang.

Selain itu, ujarnya bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Justeru, katanya Hishammuddin jangan pura-pura tidak tahu.

Menurutnya, sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Katanya, bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama.

Katanya lagi, pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa PAS sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan DAP, apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti PAS akan berkuasa.

Begitulah, ujar beliau dengan MCA apabila berjumpa dengan pengundi Cina, Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti PAS yang dominan.

"Siapakah yang beri keranda kepada  Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?" tanya beliau.

Menurutnya, media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang.

Tegasnya, tidak logik langsung laporan itu sedangkan ia memerlukan 2/3 untuk pinda  Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Jelasnya, kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi, lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam.

Katanya, Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan "1Melayu 1Bumi", jadi apakah maknanya itu kepada Hishammuddin.

"Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?

"Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini?" tany beliau.

Katanya, akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman.

"Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai," katanya lagi.

harakahdaily/-

Tengku Paduka Ibrahim sertai Pas

Posted: 07 Oct 2012 10:23 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Tengku Ibrahim
 
Tengku Ibrahim menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi semalam.
JABI - Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan menyertai Pas semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas semalam.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.

"Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik," katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.

Pusat tidak konsisten isu royalti minyak

Dua lagi individu yang menyerahkan borang keahlian sempena perasmian perhimpunan Pas Ganti UMNO (PGU) 5.0 yang disempurnakan Nik Abdul Aziz semalam adalah bekas Ketua Penerangan Umno Kemaman ketika zaman Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, iaitu Datuk Omar Abu Bakar.

Bekas Wartawan Utusan Malaysia ini juga pernah menjadi Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga bekas Menteri Pertahanan.

Seorang lagi yang mengikut jejak dua individu terbabit ialah bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim dari Kuala Terengganu.

Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat dalam bidang industri rekabentuk dan perbuatan perkapalan.

Hadir sama dalam program itu Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sementara itu Wahid berkata, kemasukan beberapa tokoh itu menunjukkan semakin ramai menyokong Pas terutama dalam menghadapi PRU akan datang.

Dalam ucapannya beliau turut menyentuh isu royalti minyak apabila beliau mendakwa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak konsisten serta berdolak dalik dalam menyelesaikan royalti yang dikatakan hak rakyat Terengganu.

Kabinat bayangan bukan dari PR

SEMENTARA itu Pas menafikan Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan senarai Kabinet bayangan seperti yang disiarkan sebuah akhbar harian Khamis lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP tidak pernah membuat senarai Kabinet bayangan seperti yang didakwa tersebut.

"Senarai itu bukan dari Pakatan Rakyat dan bukan dari PKR. Kita tidak pernah buat macam itu. Kita ada perancangan tapi tidak boleh beritahulah," katanya yang menyifatkan senarai tersebut hanya direka oleh akhbar terbabit.
Mustafa berkata, Pakatan

Rakyat akan membuat pengumuman senarai anggota kabinet selepas Plihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Pada Khamis lalu akhbar terbabit menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Senarai itu dikatakan dipetik dari sebuah blog dan bahan tersebut pula didakwa diperoleh melalui sumber dalaman PKR.

Sementara itu Nik Abdul Abdul Aziz menyifatkan demonstrasi adalah sama seperti jemaah dalam solat bagi melambangkan kekuatan.

Menurut beliau, demonstrasi sebenarnya sudah lama diamalkan iaitu duduk rapat-rapat tetapi telah dihalang oleh kerajaan BN.

sinar harian/-

Gadis hanya jadi pemuas nafsu

Posted: 07 Oct 2012 10:19 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




NADIA… setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua.

KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.

Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar 'penghuni neraka'.

Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.
Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.

Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.

Harian Metro

Bajet 2013-Slogan dan gula-gula BN untuk Memancing Undi

Posted: 07 Oct 2012 08:46 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia sedar begitu banyak pihak sudahpun menyatakan pandangan dan pendirian masing-masing berkenaan belanjawan 2013 ini.

Bagaimanapun, izinkan kami untuk menyampaikan pandangan mewakili golongan berpendapatan sederhana, 'middle income group' dan penjawat awam, yang sebahagiannya adalah golongan yang membayar cukai, dan berhak mengetahui serta memberi pandangan bagaimana duit 'kami' sepatutnya dibelanjakan.
Di bawah tajuk meringankan kos sara hidup, Belanjawan 2013 menawarkan diskaun 50% kadar tambang bagi pengguna komuter berpendapatan kurang RM3000. Malang bagi kerajaan Barisan Nasional ini, masih tidak memahami apa yang diperlukan rakyat. Apa yang lebih penting, 

sebenarnya adalah untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada pertambahan jumlah koc, dan meningkatkan kekerapan tren. Kesesakan di dalam tren, serta masa menunggu yang lama sekian lama menghantui warga kota yang menggunakan perkhidmatan komuter ini. Penurunan harga tiket, (walaupun dapat mengurangkan beban kumpulan pengguna terbabit) tidak bersifat menyeluruh, dan dikhuatiri hanya akan menambah kesesakan sekiranya tidak disusuli dengan peningkatan prasarana.

Bonus satu bulan setengah gaji (termasuk setengah bulan gaji yang sudah diberikan Julai lalu) bagi penjawat awam ternyata bukanlah penyelesaian jangka panjang. Walaupun ia disambut dengan baik dan diperlukan oleh 1.4 juta kakitangan awam (kira-kira 10% daripada jumlah tenga kerja di Malaysia), tetapi bagaimanakah pemberian ini dapat membantu mereka dari segi jangka masa panjang? Apa yang lebih diperlukan oleh penjawat awam sebenarnya adalah kos sara hidup yang lebih rendah, termasuk membantu keperluan mereka seperti mendapatkan rumah dan kereta. 

Begitu juga dengan pemberian BR1M yang kedua. Benar, wang itu memang diperlukan rakyat yang kurang berkemampuan. Bagaimanapun, apakah pemberian yang bersifat 'one-off' ini dapat membantu mereka mengubah taraf hidup? Nampaknya belanjawan kali ini masih memberikan 'ikan' kepada rakyat, dan bukannya 'joran'.

Satu lagi kelemahan yang langsung tidak disentuh di dalam belanjawan kali ini adalah berkenaan skim perjawatan dan pelarasan gaji yang tidak seimbang di dalam sektor pekhidmatan utama. Di dalam perkhidmatan kesihatan sebagai contoh, isu 'brain-drain' merupakan isu yang serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, 

boleh mengakibatkan kualiti penyampaian sistem kesihatan di negara ini semakin buruk. Kian hari semakin ramai pakar perubatan yang meletakkan jawatan di universiti dan hospital kerajaan untuk berkhidmat di swasta. Masalah ini menjadi semakin buruk apabila jumlah pegawai perubatan yang menyertai universiti dan fakulti perubatan sebagai pensyarah semakin berkurang, disebabkan skim gaji yang lebih baik di kementerian kesihatan. Akibat daripada ini, dikhuatiri kualiti pengajaran bakal-bakal doktor semakin menurun. Akhirnya yang akan menerima kesan adalah rakyat terbanyak yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan.
 
Klinik 1Malaysia hanya merupakan satu lagi gimik politik dan bersifat retorik semata-mata. Klinik-Klinik ini tidak mempunyai doktor dan rawatannya terhad berbanding klinik-klinik kesihatan. Malah, ada di antaranya yang terletak sangat berhampiran dengan klinik kerajaan sedia ada. Siapakah yang beroleh manfaat dari Klinik 1Malaysia ini? Tindakan menambahkan jumlah Klinik 1Malaysia tidak mungkin mencapai matlamat kesihatan yang terbaik untuk rakyat. Sepatutnya, jumlah peruntukan dimaksimumkan untuk penambahbaikan klinik-klinik kerajaan yang sedia ada, serta memberikan tumpuan lebih kepada pembangunan modal insan.

Pemberian rebat RM 200 untuk pembelian telefon pintar sekadar mengabsahkan tuduhan bahawa Belanjawan 2013 ini tidak lebih dari sekadar gula-gula politik Barisan Nasional. Sekiranya manfaat dari telefon pintar ini begitu tinggi, mengapa ia dihadkan kepada mereka yang berusia 21-30 tahun sahaja? Apakah ini boleh dikaitkan dengan demografi pengundi muda yang baru berdaftar sebagai pengundi? Mengapakah sehingga RM300 juta diperuntukkan untuk tujuan ini, berbanding hanya RM100 juta untuk menambahbaik klinik kesihatan yang boleh dimanfaatkan rakyat keseluruhannya?

Skim rumah pertamaku yang dinaikkan had pendapatan individu juga dilihat tidak banyak membantu. Ia mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah mereka yang tiada tabungan untuk membayar deposit. Tetapi ia tidak melihat kepada masalah rumah yang terlalu mahal dan ketidakmampuan rakyat untuk membayar pembiayaan dan ansuran bulanan rumah tersebut. Cadangan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara dilihat relevan, dengan sasaran untuk menyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.

Secara kasar, LPPM melihat belanjawan ini merupakan satu lagi belanjawan 'gula-gula', dikarang dan dibentang semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik parti memerintah tanpa memikirkan masa hadapan negara. Barisan Nasional semakin tertekan, di dalam suasana di mana sokongan terhadap Barisan Nasional dilihat semakin merudum, dan ini merupakan belanjawan terakhir sebelum parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13. Belanjawan 2013 masih kekal dengan sikap boros dan berbelanja melebihi keperluan.

Tidak ada penyelesaian jangka panjang bagaimana untuk mengatasi lambakan hutang negara yang semakin meruncing. Tidak ada perancangan yang jelas dan konkrit bagaimana untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara. Tidak ada kaedah tertentu bagi mengatasi ketirisan dan pembaziran dana negara. Tidak ada penumpuan diberikan kepada meningkatkan taraf hidup rakyat bagi tempoh yang panjang dan mengurangkan kos sara hidup. Juga tidak ada langsung disebut langkah-langkah persediaan di dalam bidang automotif, sedangkan pelan liberalisasi industry automotif dan pemansuhan AP kereta dijanjikan untuk dilaksanakan menjelang 2015.

Lihat pula Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Ia jauh lebih relevan, menepati kehendak rakyat dan berpijak di bumi nyata. Teras-teras utama untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara, reformasi dan ketelusan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), menurunkan harga kereta, hasil minyak untuk negeri, mengangkat martabat wanita, dan reformasi membanteras jenayah, semuanya memberikan keyakinan kepada rakyat berkenaan kebolehan Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Sesungguhnya bajet 2013 oleh kerajaan Barisan Nasional tidak menepati seperti yang dilaksanakan.

DR HJ GHAZALI HASBULLAH--
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS 

10 Tahun Lagi Israel Lenyap

Posted: 07 Oct 2012 08:41 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PREDIKSI soal kehancuran Negara Israel tidak hanya datang dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang terkenal dengan kalimatnya "Israel must be wiped off the map" (dihapus dari peta dunia). Tetapi mantan pejabat Amerika Syrikat (AS) juga memprediksi hal yang sama. Adalah Henry Kissinger, mantan menteri luar negara AS, juga menyebut dalam waktu sepuluh tahun ke depan, di dunia tidak akan ada lagi negara bernama Israel. Pernyataan Kissinger ini menarik, kerana ia adalah seorang warga AS keturunan Yahudi. Dan selama menjabat sebagai menlteri luar di era Presiden Richard Nixon dan Presiden Gerald Ford, sosok Kissinger dikenal sangat dekat dengan Israel dan lobi-lobi Israel di AS

Dilaporkan Hufftington, Rabu 3 Okt,  kernyatan Kissinger itu membuat politik di Washington tersentak dan tidak percaya seorang Kissinger boleh melakukan hal itu.

"Pernyataan Kissinger datar dan tidak memenuhi syarat. Dia tidak mengatakan Israel ada dalam bahaya, namun boeh diselamatkan jika kita hanya memberi tambahan triliunan dolar dan menghancurkan musuh, cukup dengan militer kita. Dia tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta: Pada 2022, Israel tidak akan lagi ada," ujar Barret Kevin, dari US Intelligence Community (IC).

Data di US Intelligence Community (IC), terdiri dari 16 badan intelijen AS, awal tahun ini, berjudul "Preparing for a Post-Israel Middle East," ("Persiapan untuk Post-Israel Timur Tengah") menunjukkan dan memang menguatkan pandangan Kissinger .

Dokumen itu jelas menyebut 16 badan intelijen AS setuju bahawa Israel tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin datang terdiri dari Musim Semi Arab, Kebangkitan Islam, dan kebangkitan Republik Islam Iran.

Laporan IC menyatakan, pemerintah AS tidak lagi memiliki sumber daya militer dan kewangan bagi membantu Israel terhadap keperluan mereka dan menunjukkan bahawa AS suatu masa kena ikut kepentingan nasional dan menarik bantuan pada Israel.

Di kalangan pejabat AS, nasib Israel dapat ditelusuri dalam berbagai alasan. Diantaranya, Politik AS dan aktivis politik "bertambah muak dengan kuatnya fanatisme Israel; AS merasa "benci atas dominasi angkuh lobi Israel pada wacana publik; dan masyarakat Yahudi Amerika kini tidak lagi bersatu menyokong Israel. Kini, AS diambang muflis dan mengorbankan ribuan nyawa dalam perang bagi Israel.

"Ini akan menjadi mudah bagi perancang kebijaksanaan AS, mengikuti jejak Kissinger dan enam belas badan-badan intelijen, untuk mengenali jelas, bahawa Israel memang telah mencapai akhir kehidupannya," jelas Barrett.(IH


Lajim: 'Mengapa saya keluar Umno'

Posted: 07 Oct 2012 08:28 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LAJIM UKIN

DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.

Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.

Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.
Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.
Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang. 


Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.

Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.

Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan. Namun masalah air tetap berlaku

Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh, tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya pembangunan dibawa ke kawasan ini.

Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?

Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.

Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat. Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.

Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.

Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang kepada mereka.

Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang. Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan dengannya.

Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering bertindak secara sendirian.

Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.

Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?

Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.

Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004 sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.

Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon
BN. Saya menjadi mangsa.

Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti masih memilih saya menjadi calon.

Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.

Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.

Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada ketika itu jatuh merudum.

sinar harian/-

Guan Eng Patut Saman Utusan Sekali Lagi

Posted: 07 Oct 2012 08:18 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Guan Eng: Utusan 'putar' kenyataan pemimpin gereja

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali lagi "memutar" fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu kelmarin.

Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

"(Bekas Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang.

"Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang.

"Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini.

Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi.

kelab grenn boc/-

JPJ Sasar Pasang 831 Kamera AES Dalam 18 Bulan

Posted: 07 Oct 2012 08:16 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



PEKAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.

"Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di sini.

Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
"Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat," katanya.

Program SKSJ memudahkan orang ramai khususnya di luar bandar memiliki lesenmotosikal dengan lebih mudah dan cepat. – BERNAMA

Mengemis ikut ‘Abang Jat’

Posted: 07 Oct 2012 08:10 PM PDT


INSAF...Shah memeluk ibunya, Fatimah dan meminta maaf.
INSAF...Shah memeluk ibunya, Fatimah dan meminta maaf.


22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM: Termakan hasutan kawan bagi mendapatkan wang dengan cara mudah, 

seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari daerah ini bertindak nekad melarikan diri dari rumah lebih 10 kali sejak hampir dua tahun lalu untuk menjadi pengemis di beberapa negeri.


Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Shah itu meninggalkan persekolahan semata-mata mahu mengikut kenalannya, seorang warga asing berusia 20-an, menjadi peminta sedekah di Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, Shah kini insaf dan kesal dengan perbuatannya selepas ditangkap ketika asyik bermain di pusat permainan komputer di Melaka sebelum diserahkan kepada keluarganya, Julai lalu.

Sepanjang tempoh menjadi pengemis dan melarikan diri dari rumah itu, kanak-kanak terbabit menginap di hotel murah yang dibayar menggunakan wang hasil mengemis selain menjual surah Yasin kepada orang ramai dengan harga RM3 senaskhah.

Shah berkata, pendapatan diperolehnya antara RM60 dan RM200 sehari dibahagikan dengan rakannya selain diasingkan untuk membayar hotel, membeli pakaian serta makan.

metro/-

Gunung berapi Lokon di Sulawesi utara meletus.

Posted: 07 Oct 2012 08:04 PM PDT


22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



JAKARTA 8 Okt. - Sebuah gunung berapi di utara Indonesia, semalam memuntahkan asap dan abu yang menyebabkan hujan berlumpur di kampung-kampung berdekatan.

Pegawai pengawasan tempatan, Farid Ruskanda Bina berkata, Gunung Lokon di wilayah Sulawesi utara meletup petang semalam seperti hujan lebat di dalam sebuah kawah.

Katanya bunyi letupan telah didengar sejauh 5 kilometer tetapi ketinggian letusan tidak dapat dilihat. Ia merupakan letusan kedua sejak bulan lepas yang berlaku Lokon. - AGENSI

3,200 penduduk Korea Selatan hidu toksik

Posted: 07 Oct 2012 08:01 PM PDT


22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



SEOUL 8 Okt. - Lebih daripada 3,000 penduduk di tenggara bandar Gumi di sini semalam menerima rawatan di hospital kesan daripada kejadian kebocoran di sebuah kilang toksik.

Kira-kira 3,200 penduduk menerima rawatan selepas mengadu loya, sakit dada, ruam, sakit mata atau sakit tekak selepas terhidu asap toksik, kata agensi berita Yonhap, memetik data dari kerajaan bandar.

Kilang kimia Hube Global meletup pada 27 September lalu dan menyebabkan lima terkorban dan kebocoran asid hidrofluorik telah menjejaskan tanaman, ternakan serta penduduk di kawasan tersebut. - AFP

BN Menggelupur Lagi: Rating Musa Aman Turun Bawah 50% - Kajian Merdeka Center

Posted: 07 Oct 2012 07:56 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam. 

Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.

Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.

Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.

Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.

Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.

Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.

Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.

Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.

BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.

"Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen 'Sabah-sentrik' yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat," kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.

Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.

Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan "persepsi" bahawa Sabah masih "ketinggalan" dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

kelab grennboc/-

3 jam jari lekat pada tombol pintu

Posted: 07 Oct 2012 07:55 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




DANISH menunjukkan tombol pintu yang menyebabkan sebatang jarinya tersepit selama tiga jam.

MELAKA – Gara-gara bermain tombol pintu, seorang murid tahun tiga terpaksa menahan sakit dan cemas selama tiga jam apabila jari hantu tangan kiri mangsa tersepit pada tombol tersebut di rumahnya di pangsapuri Ujong Pasir di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 11.45 pagi, Muhd. Danish Abbasi Mokhtar, 9, murid Sekolah Kebangsaan Banda Hilir di sini dikatakan bermain dengan tombol pintu di bilik kakaknya, Nurkia Satina Batrisyia, 12.

Ketika tombol itu dipusing-pusing oleh Danish, tiba-tiba jari hantu mangsa termasuk ke celah tombol tersebut yang juga tercabut dari pintu.

Cerita ibu mangsa, Sharifah Nazahatul Akmal Syed Abu Bakar, (gambar kecil) 38, dia mengetahui perkara itu selepas anaknya gagal menarik jarinya keluar dari tombol pintu yang tercabut itu.

Kosmo

Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO

Posted: 07 Oct 2012 07:51 PM PDT

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 

Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.

Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.

Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.


Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.



"Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"

Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.



Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!! "

Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..

Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..


tranung kiter/-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 08 Oct 2012 01:21 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Paderi Jelaskan Putar Belit Laporan Utusan Malaysia

Posted: 08 Oct 2012 12:37 AM PDT

Guan Eng: Utusan ‘putar’ kenyataan pemimpin gereja

Posted: 07 Oct 2012 07:41 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali lagi “memutar” fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu kelmarin. Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu. “(Bekas Presiden [...]

Idris Ahmad

Posted: 07 Oct 2012 11:21 PM PDT

Idris Ahmad


Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri

Posted: 07 Oct 2012 08:48 PM PDT

Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri
Idris Hj Ahmad
8/9/12
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini.
Buktinya kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina dalah kaum pendatang.
Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Hisahmudin jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Bukankah pemimpin Umno dan Mca yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan.
Siapa yang beri keranda kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.
Media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam

Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan "1 Melayu 1 Bumi". Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini
Akbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai.


Filed under: Agama, Pilihanraya, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Oct 2012 09:43 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Polis: Pencuri pecah masuk kediaman MB N Sembilan

Posted: 07 Oct 2012 06:57 AM PDT

4:28PM Okt 7 2012

Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk dalam satu kejadian pagi ini.

Ketika dihubungi, Saiful Azly mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Satu set televisyen dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu, katanya.

Katanya lagi, polis setakat ini bagaimanapun belum menahan mana-mana suspek.

Wang pencen cuma RM190

Posted: 07 Oct 2012 03:25 AM PDT

7 Oktober 2012

TERACHI – Dengan pendapatan sebanyak RM190 sebulan hasil daripada wang pencen, sudah pasti jumlah itu tidak mampu untuk menyara keluarga lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Lebih malang lagi, Mahat Bachik, 57, yang pernah berkhidmat dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) selama tujuh tahun sebagai pekerja rendah awam (R11) kini disahkan buta sebelah mata susulan terkena batu ketika memotong rumput semasa dalam tempoh perkhidmatannya.

Menurutnya, dia bekerja dengan MDKP sejak 1997 dengan gaji pokok sebanyak RM384 sebulan sebelum meningkat kepada RM630.89 sebulan.

"Kemudian, saya diarahkan bekerja di bawah SWM Sdn Bhd selama tujuh tahun dengan pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan.

"Baru-baru ini, apa yang difahamkan, semua kakitangan dan pesara kerajaan berpencen serta tidak berpencen menerima faedah. Jadi, saya harap pencen saya berjumlah RM190 ini dapat dinaikkan. Kenaikan sebanyak RM300 sudah memadai.

"Saya perlu bayar sewa bagi rumah rakyat ini sebanyak RM158 sebulan. jadi, baki yang tinggal hanya berjumlah RM32," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Menurutnya, dia yang tiada punca pendapatan lain memohon kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) supaya dapat mempertimbangkan kenaikan pencen bagi pesara kerajaan yang berkhidmat kurang daripada 25 tahun.

"Dalam pembentangan belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menaikkan jumlah pencen daripada RM720 kepada RM820 sebulan kepada pesara yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

"Meskipun saya tidak mencapai tempoh itu, namun saya juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam," katanya yang pernah menerima imbuhan pencen daripada SWM Sdn Bhd sebanyak RM3,000," katanya yang juga bekas Pengerusi Persatuan Pekerja Negeri Sembilan mewakili SWM Sdn Bhd.

Menurutnya, keinginan untuk bekerja masih ada tetapi terbatas berikutan mata kanannya tidak boleh berfungsi.

"Saya juga tiada kebun mahupun harta pusaka lain untuk diusahakan. Barang-barang dapur semakin mahal, sudah pasti tidak mencukupi. Isteri saya pula, tidak bekerja.
"Justeru, saya amat berharap Ceupacs membantu pesara kerajaan yang menerima jumlah pencen terlalu sedikit," katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 07 Oct 2012 07:54 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Kenduri Mega : Engkau Tidak Ada Duit, Senyap Sudah La!!

Posted: 07 Oct 2012 07:45 AM PDT


"Engkau orang kalau tak ada duit senyap sudah lah. Jangan dok bising-bising tuduh orang rasuah dan sebagainya."

"Alah dia orang tu dengki tak boleh tengok orang senang. Apa salahnya dia nak buat kenduri mega, nak pakai duit sapa pun dia kan Ketua Menteri, kalau awak jadi Ketua Menteri, awak pun sama."

"Kita tak kisah malah kita bangga pemimpin kita banyak duit dan boleh buat kenduri besar dan hebat sampai masuk rekod, kita bangga sebab dia pemimpin Melayu, dari mana dia dapat duit, kita tak usah ambik tahu, dia Ketua Menteri dah tentu dia kaya".

Itu antara ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut rakyat Melaka ketika ditanya tentang kenduri kahwin ultra membazir yang dianjurkan oleh Ali Rustam Ketua Menteri Melaka.

Patutlah Ali Rustam tak kisah sebab buat apa pun rakyat seperti di atas tu tak ambik pot. Lingkup negara kalau rakyat semua macam di atas tu.

Kenduri kahwin anak Ali Rustam Ahad lalu dihadiri kira-kira 130,000. Jika perbelanjaannya RM10.00 maka sudah tentu Ali Rustam berbelanja sebanyak RM1.3 juta. Dari mana dia dapat duit sebanyak itu????

sumber : mutaligat.blogspot.com 

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 07 Oct 2012 07:23 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


72% Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Tanah Suci...ADUN Sura Ziarah Pengerusi JKKK

Posted: 07 Oct 2012 07:39 AM PDT

Seramai 19,764 orang, atau 72% daripada 28,000 orang jemaah haji Malaysia, sudah pun berada di Tanah Suci.
Encik Husain Sukri A. Rahman bergambar kenangan 
selepas dikunjungi ADUN Sura di hadapan kediamannya. 
Turut kelihatan, Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser  Jaffar berkata daripada jumlah itu, 17,915 jemaah sudah berada di kota Mekah manakala selebihnya masih di Madinah dan akan bertolak ke Mekah, Isnin.

"Selepas ini, semua penerbangan haji dari Malaysia akan mendarat di terminal penerbangan haji di Jeddah, dan jemaah akan terus dibawa masuk ke Mekah," katanya kepada pemberita di pusat operasi Tabung Haji, di sini Ahad.

Beliau juga berkata sehingga kini, 58 daripada 77 penerbangan yang membawa jemaah haji telah berlepas dari tanah air ke tanah suci.

Penerbangan pertama ialah pada 17 September lepas - Bernama.com 

Sementara itu, di Dungun khususnya di DUN Sura, seramai lebih 30 orang bakal haji telah menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebelum mereka bertolak ke tanah suci.

Program tahunan ziarah bakal haji ini dilakukan tanpa mengira latar belakang politik. Pengerusi JKKK Kampung Molek, Encik Husain Sukri A. Rahman, 59 (gambar atas), adalah di antara yang telah dikunjungi oleh ADUN Sura, baru-baru ini.

Rembau Hari Ini

Posted: 07 Oct 2012 07:22 PM PDT

Rembau Hari Ini


Rumah keluarga MB diceroboh

Posted: 07 Oct 2012 06:30 PM PDT


8 Okt 2012

SEREMBAN: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro.

Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.

"Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang," katanya.

Kemudahan tidak sempurna

Posted: 07 Oct 2012 03:22 AM PDT

7 Oktober 2012

REMBAU - Maklumat yang diterima Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri mengenai kira-kira 12 gerai perniagaan di hadapan sebuah pasar raya di Chembong, dekat sini tidak dilengkapi kemudahan air paip, plak tiga pin dan sistem saliran ternyata berasas apabila senario berkenaan adalah rutin harian yang terpaksa dihadapi peniaga di sini untuk mencari rezeki.

Ketua AMK negeri, Mohd Nazri Mohd Yunus berkata, aduan berkenaan merupakan salah satu daripada 35 aduan yang diterima pihaknya sejak penubuhan biro berkenaan yang bertujuan memberi ruang dan peluang masyarakat setempat mengetengahkan pelbagai masalah lebih-lebih lagi masalah yang sudah dibiarkan tanpa tindakan penyelesaian dalam tempoh masa lama.

Menurutnya, bagi aduan mengenai kemudahan air, sejak beberapa tahun lalu golongan peniaga terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk mengangkut air dari paip yang terletak berhampiran pasar raya berkenaan hampir setiap hari bagi memenuhi keperluan mereka membasuh tangan dan peralatan yang digunakan pelanggan.

"Senario seumpama ini seharusnya tidak berlaku sama sekali kerana kebajikan peniaga di sini yang rata-ratanya golongan Bumiputera perlu diambil perhatian serius oleh pelbagai pihak memandangkan mereka bergantung sepenuhnya untuk menambah sumber pendapatan melalui aktiviti perniagaan makanan dan minuman.

"Malah, wujud permintaan daripada pelanggan untuk makan di hadapan kios ini yang pada mulanya hanyalah kios untuk jualan sahaja dan peniaga pula harus mengikut rentak pelanggan kerana ia bersangkutan dengan penambahan pendapatan mereka lebih-lebih lagi sewa bulanan gerai berkenaan adalah sebanyak RM200 sebulan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi gerai berkenaan,.

Turut hadir, Exco AMK Malaysia yang juga Pengarah Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam AMK Negeri, Ramlan Roes.

Sementara itu, Mohd Nazri berkata, dia berharap masalah berkenaan akan mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan kemudahan bekalan air dan juga sistem saliran di gerai ini amat diperlukan oleh golongan peniaga Bumiputera di sini lebih-lebih lagi lokasi berkenaan semakin mendapat perhatian daripada masyarakat setempat.

Menurutnya, sememangnya pihak pemilik gerai sudah pun melengkapi gerai berkenaan dengan kemudahan lampu seawal jam 6 petang, namun ia masih lagi tidak memenuhi keperluan peniaga untuk memiliki plak sendiri sekiranya ingin memasang kipas untuk keselesaan masing-masing semasa menjalankan aktiviti perniagaan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 07 Oct 2012 03:14 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SEJARAH AKAN TERCIPTA 3 PM BERTURUT MEMANG PENAKUT

Posted: 07 Oct 2012 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang.
Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.
Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.
"Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.
"Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak itu diteruskan Najib.
"Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir," katanya.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.
Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Dicatat oleh don jamil d

PAS KOTA TINGGI

Posted: 07 Oct 2012 01:29 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program Makan Malam

Posted: 06 Oct 2012 09:49 PM PDT




Kami mengalu-alukan kehadiran anda. Sila hubungi nama dan nombor telefon yang tertera bagi menempah kupon. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Program Ceramah Terhampir

Posted: 06 Oct 2012 09:47 PM PDT




Mohon dapat di panjang-panjangkan kepada sahabat handai, kenalan dan saudara saudari terdekat.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 07 Oct 2012 11:08 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.

Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?

"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

PAS Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT















Serang Anak, Ahmad tertekan kata Mazlan

Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Serangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan terhadap status Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hanyalah isu yang dikitar semula.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad, sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.

"Bukan perkara baru.  Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Enggan mengulas lanjut soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada peneroka dan semua pihak.

"Bukan soal sah atau tidak, daftar atau tidak.  Tapi apa yang diperjuangkan Anak itu yang perlu diteliti dan didengari.  Itu yang lebih penting dari bercakap soal status," sindir beliau sambil menyifatkan Ahmad seorang yang lekeh sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Felda.

Tambah Mazlan, sekiranya apa yang disentuh Anak selama ini tidak benar, pihaknya bersedia jika Ahmad menganjurkan perbincangan, perdebatan mahupun forum berkaitan.

Malangnya, kata Mazlan pelawaan pihak Anak untuk berbincang dengan Ahmad tidak pernah dilayan, malah tidak mendapat sebarang respons mengenainya.

Beliau yang baru pulang dari negara jiran, Singapura, juga berkata beliau tertarik dengan pentadbiran Singapura yang menggalakkan sebarang forum dan perbincangan dengan badan NGO dn komuniti masyarakat.

"Seharusnya Malaysia mengamalkan budaya itu dalam mencari kebaikan semua pihak, bukan hanya membangkitkan soal status yang bagi saya hanya perkara remeh," tegas beliau.

Tambah Mazlan, serangan Ahmad itu menunjukkan beliau berada di dalam keadaan tertekan, sebagaimana yang dihadapi kerajaan berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene.

"Sebelum ini, status Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dipertikaikan, sekarang Anak pula.  Semuanya akibat mereka sudah tertekan dan tiada jawapan untuk rakyat," tegas beliau lagi.

Tamrin Pimpinan PAS Kawasan Machang 2012

Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT
















Pengerang: Salahuddin akan hantar surat kepada MB Johor

Posted: 06 Oct 2012 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar surat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi memastikan perbincangan mengenai masalah penduduk Pengerang diadakan.

"Tidak kisahlah sama ada debat, perbincangan atau apa sahaja yang wajar asalkan dapat diselesaikan masalah penghapusan 10 kampung di Pengerang untuk projek Rapid (Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) itu," kata beliau.

Surat rasmi mengenai perkara tersebut akan dihantar dalam waktu yang segera dan terdekat kepada Menteri Besar Johor itu, kata beliau.

"Isu utama ialah mengapa hendak ambil alih tanah penduduk sedangkan ada tanah kerajaan yang boleh digunakan untuk projek tersebut," katanya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Salahuddin memberitahu, terdapat tanah kerajaan yang luas, yang lebih daripada 5,000 hektar daripada sempadan Sungai Kapas sehingga ke Desaru.

"Kenapa tidak dibuat di tanah yang seluas itu tetapi hendak ambil daripada 10 kampung itu?

"Itu isunya yang saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan supaya isu ini dapat dijawab dalam Dewan yang mulia ini supaya rakyat kampung tradisi ini tidak akan hilang daripada peta negeri Johor dan mereka tidak akan hilang kampung halaman mereka," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin mengulangi penegasan bahawa pihaknya tidak menghalang pembangunan.

"Kita mahu pembangunan dan kita sudah dapat bukti ada satu tanah kerajaan yang luas...Rapid, Petronas hendak buat, buatlah untuk memajukan negeri Johor.

"Johor negeri besar, kita bukan negeri kecil...ada banyak tanah lagi. Akan tetapi kenapa 10 kampung ini hendak diusir," katanya.

Jambori AMAL Kebangsaan 2012

Posted: 06 Oct 2012 04:41 PM PDT













50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT


PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.


Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.

"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.

"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.

Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.

Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT


TUMPAT: Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dianggap tidak mempunyai ciri pembentangan belanjawan sepatutnya kerana ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap anggota Parlimen.

Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, pengalamannya selama 13 tahun di parlimen, pembentangan bajet tahun ini dianggap banyak kecatatan.

"Mengapa ada arahan Laporan Audit itu dilewatkan, kononnya kata mereka bagi membolehkan anggota parlimen memberi tumpuan kepada bajet," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan dana lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini hari ini.

Kamaruddin yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai hutang negara yang semakin tinggi.

Sebaliknya kata beliau bajet kali ini sarat dengan "rasuah politik" menjelang pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya juga usaha non-muslim seperti ditunjukkan masyarakat Siam dan Cina membantu projek lebuh raya rakyat amat mengujakan sekali.

"Non muslim bukan sahaja memberi sumbangan moral dan kewangan tetapi mempamerkan kecintaan, penghormatan, kepercayaan serta keyakinan amat tinggi kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan.

"Dan itu juga bermaksud sokongan kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan.

"Dan bukan sahaja mereka menghantar wakil seorang dua, bahkan semua Tok-Tok Raja hadir bersama dan kita melihat bagaimana penghormatan dan kemesraan yang ditunjukkan," katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah kita lihat dalam sejarah.

Wat Siam serah sumbangan bina lebuh raya rakyat

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT














Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat

Posted: 06 Oct 2012 04:27 PM PDT

TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.

Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.

Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.

Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.

Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.

Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

"Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

"Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi," katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.

"Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.

"Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat," katanya.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini.

Azalina terkejut peserta demo PR tidak dibayar?

Posted: 06 Oct 2012 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti itu.

"Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati.

"Mungkin juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.

Mengulas lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa dibayar upah sesen pun.

"Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan.

"Bagi mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas (pengangkutan) dan lain-lain.

"Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.

Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.

Azalina ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut dibayar.

"Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 07 Oct 2012 09:39 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bergaduh: Polis tahan 27 pelatih PLKN

Posted: 07 Oct 2012 06:59 AM PDT

8:15PM Okt 7 2012

Polis menahan 27 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem PLKN Cenderawasih Cador di Pengkalan Berangan, Marang kerana terlibat dalam satu pergaduhan, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang di kem itu dipercayai akibat salah faham antara dua kumpulan pelatih membabitkan dakwaan mencuri barang.

"Satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain memecah lokar dan mencuri barang sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan.

"Kumpulan berkenaan dianggotai seramai 27 orang kemudian bertindak menyerang kumpulan satu lagi, yang terdiri daripada sembilan orang, dan ada daripadanya bersenjatakan kayu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata akibat pergaduhan itu, sembilan pelatih cedera dan lebam di badan dan satu laporan dibuat sebelum polis bertindak menahan 27 pelatih terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, mereka yang terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

- Bernama

SEPANDUK PAKATAN RAKYAT N9 DIBAKAR !

Posted: 07 Oct 2012 03:20 AM PDT


Ustaz Nor Azman pecah rekod

Posted: 06 Oct 2012 10:26 PM PDT




Ustaz Nor Azman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan telah memecah dua rekod apabila berada di pentas ceramah umum Pakatan Rakyat di Kg Baru Chengkau Ulu, Rembau.

Rekod pertama ialah pertama kali beliau menjadi penceramah utama menggantikan Ustaz Ridhuan Mohd Nor.

Rekod yang kedua ialah beliau berceramah selama 2 hari berterusan iaitu bermula jam 11.30 mlm Sabtu 6 Oktober 2012 hingga ke hari Ahad 7 Oktober 2012.

Beliau sebelum itu telah berceramah di pentas ceramah Pakatan Rakyat di Kg Terachi.

Turut memberi ceramah malam tadi ialah Nazree Yunus, Hakki dan Rozmal.

Saya membangkitkan isu kepada mereka yang hadir pada ceramah tersebut betapa tidak prihatinnya kerajaan negeri apabila soalan saya untuk Sidang DUN minggu ini banyak yang ditolak yang melibatkan alam sekitar dan kepentingan Islam, antaranya ialah mengenai kes pembalakan di jajaran Gunung Angsi, serta persoalan aset-aset Majlis Agama Islam yang sedia ada dan yang telah dijual atau terjual.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 07 Oct 2012 09:35 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG di PESTA TANGLUNG

Posted: 07 Oct 2012 09:09 AM PDT



 DUN SELAT KLANG
7/10/12

ADUN SELAT KLANG merangkap EXCO KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali sudah biasa main tanglung.
Tahun ini adalah kali kedua pesta tanglung diadakan di padang Telok Pulai Klang anjuran Persatuan Penduduk Telok Pulai yang dipengerusi oleh Mr Loo Hock Chai.

Program bermula dengan sedikit ucapan.
Kemudian tanglung mula dinyalakan. ADUN Selat Klang dan ADUN Kota Alam Shah disambut dengan tarian singa.
Kemudian perarakan membawa tanglung diketuai oleh para VIP dan disertai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Dihadapan kumpulan tarian singa. Perarakan berjalan mengelilingi taman telah berjaya menarik perhatian penduduk disekeliling yang menjengah keluar rumah dan turut terhibur dengan tarian singa dan orang ramai berarak membawa tanglung.

Ada juga yang masih ikut berarak walaupoun api tanglung sudah padam!
 Tidak sukar mewujudkan perpaduan asal hati bersih dan mampu hormat menghormati antara satu sama lain.
 Ahli Majlis Perbandaran Klang yang juga merupakan Naib Pengerusi Dewan Penyokong PAS Selangor, Mr Song Soon Guan juga turut hadir bersama PA ADUN Selat Klang.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 07 Oct 2012 07:41 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TOKOH AGAMAWAN KELAHIRAN BAGAN DATOH

Posted: 07 Oct 2012 01:05 AM PDT

SEJARAH PAS : ULAMA' PAS DARI PERINGKAT AWAL LAGI.

Posted: 06 Oct 2012 08:35 PM PDT

ISU SCORPENE : ZAHID JAWAB MACAM BUKAN MASALAH BESAR.

Posted: 06 Oct 2012 07:33 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 07 Oct 2012 03:39 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Enggan Melepaskan Jawatan; Che Mat Jusoh 'Sombong dan Degil'

Posted: 06 Oct 2012 09:11 PM PDT

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/futsal.jpgBESUT - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBST) Datuk Che Mat Jusoh disifatkan sebagai seorang yang 'sombong dan degil' kerana enggan berundur dan melepaskan jawatannya setelah didesak oleh para penyokong dan peminat bolasepak negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Che Mat Jusoh mengambil sikap demikian kerana beliau disokong penuh oleh kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

"(Ia) menandakan kedegilan dan kesombongan (Datuk) Che Mat Jusoh, walaupun (telah) didesak oleh penykong-penyokong pasukan bolasepak negeri Terengganu.

"Che Mat Jusoh berdegil kerana mendapat sokongan yang padu daripada kepimpinan kerajaan (Umno-BN) Terengganu," tegasnya.

Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan sokongan kepada passukan-pasukan yang bertandngan dalam pertandingan Futsal sempena program Himpunan Pemuda dan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT).

HIMPIT diadakan sebagai 'pembukai tirai' program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0)di Pekan Jabi, dekat sin, pada Sabtu 5 Oktober.

Justeru, bedasarkan sikap Che Mat tersebut, beliau menegaskan, tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam kepimpinan bolasepak negeri Terengganu dan penyelesaian terhadap 'polemik' yang melanda sukan utama itu.

"Tidak (akan) ada penyelesaian terhadap (polemik yang dihadapi oleh) pasukan bolasepak negeri Terengganu melainkan (dilakukan) perubahan (dalam) kepimpinan kerajaan negeri Terengganu dalam pilihanraya (umum ke-13) akan datang," jelasnya.

Desakan supaya Datuk Che Mat Jusoh meletakkan jawatan telah 'berkumandang' sejak tahun lalu dan kemuncaknya, satu himpunan aman yang digelar 'Himpunan Asal Bukan Che Mat (ABC) telah diadakan oleh para penyokong pasukan bolasepak negeri Terengganu di Batu Burok pada 29 September lalu.

Namun begitu, sebagai respons kepada himpunan tersebut, Datuk Che Mat pada 30 September telah membuat kenyataan, beliau tidak akan meletakkan jawatan.

Sementara itu, pasukan dari kawasan Setiu (gambar) telah menjuarai pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda sempena PGU 5.0 di Jabi, apabila pasukan tersebut mengalahkan pasukan dari kawasan Marang dengan jaringan gol 3 berbalas 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan