Jumaat, 26 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 26 Oct 2012 03:18 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Hudud : Lim Kit Siang selar MCA

Posted: 26 Oct 2012 12:08 AM PDT


Penasihat DAP Lim Kit Siang menyelar pemimpin MCA yang membisu berhubung jawapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa hudud hanya melibatkan golongan Muslim dan tidak terpakai untuk bukan Islam.

Jawapan menteri yang memegang portfolio agama Islam itu kata  Lim, jelas bercanggah dengan pendirian Datuk Seri Chua Soi Lek yang begitu tegas dan nyata menolak pelaksanaan hukum Islam di negara ini.
"Masih tiada jawapan lagi dan yang ada cuma senyap sunyi!

"Bagaimana ini boleh terjadi apabila sejak dua tahun lalu, Chua telah mengepalai puak-puaknya yang terdiri daripada menteri dan timbalan menteri MCA mengelilingi negara dengan satu-satunya tema kempen iaitu "tipu" untuk mengatakan hudud tidak akan melibatkan orang bukan Islam," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan lagi, dengan sikap Dr Chua berkenaan hudud itu, "mereka tentu sekali akan memarahi Jamil Khir kerana 'menipu' di Parlimen.
"Adakah mereka akan meminta tindakan keras terhadap Jamil daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian MCA di dalam Barisan Nasional (BN) atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan Umno disebabkan jawapan parlimen Jamil?" soal Lim.
"Adakah Chua pemimpin MCA cuma bermain politik, tanpa benar-benar yakin dengan apa yang diperjuangkan, dan peranan mereka hanyalah seperti yang digambarkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  iaitu "pendirian tidak bertolak ansur" MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan "menakut-nakutkan" komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.
"

Tambahnya, disebabkan itulah MCA "tidak pernah membantah" apabila Mahathir secara sebelah pihak, sembarangan dan tidak mengikut perlembagaan membuat "deklarasi 929" bahawa Malaysia adalah Negara Islam pada Persidangan Delegasi Nasional Gerakan, 29 September 2001.
Veteran DAP itu turut menyelar MCA yang menurutnya tidak konsisten dalam isu hudud, seperti mana DAP yang berpegang pada prinsip bahawa ia tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia yang majmuk dan ia bukannya sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.
"Sebaliknya, MCA hanya memainkan wayang politik yang tidak bertanggungjawab memandangkan apabila sampai kepada analisis terakhir, mereka akan menurut kehendak dan arahan Umno," katanya dalam kenyataan itu lagi.

Jihad dan Pengorbanan

Posted: 25 Oct 2012 04:07 PM PDT

Muqaddimah

Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan sesuatu kerja yang tidak mudah lagi mengambil masa yang panjang seperti firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah : ayat 42;
  

Maksudnya;

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah dan mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh) nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dan berkata : Sesungguhnya kalau kami sanggup tentulah kami akan pergi bersamamu. (Dengan sumpah dusta itu) Mereka membinasakan diri mereka sendiri sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta."

Perjuangan ini menuntut penganut-penganut dan pencinta-pencintanya kepada kesungguhan dan pengorbanan. Oleh itu kefahaman tentang konsep pengorbanan sebenar dan keperluannya mestilah difahami oleh petugas-petugas perjuangan Islam ini.

Pengertian pengorbanan

Pengorbanan berasal daripada perkataan korban. Menurut Kamus Dewan antara lain ia bermaksud; pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda kebaktian, kasih dan lain-lain.

Pengorbanan itu juga memberi maksud perihal mengorbankan segala yang punya seperti jiwa raga, harta benda, masa, kehidupan dan segalanya untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat.  Dalam teori ekonomi disebut sebagai "kos melepas" untuk mendapatkan marginal sesuatu yang optimum.

Dalam Bahasa Arab ia disebut "qurban" iaitu dari kata dasar "qarraba" yang bermaksud mendekatkan. Maka dari sudut istilah ia membawa maksud; segala bentuk daya usaha yang membawa diri seseorang mendekatkkan dirinya kepada Allah SWT.

Dari sudut fikrah harakiyyah, pengorbanan juga disebut "tadhiyyah".  Ia mengandungi makna yang luas merangkumi pengorbanan maddiyah, maliyyah, fikriyyah, nafsiyyah dan jasadiyyah. Penggunaan istilah ini telah dimasyhurkan oleh asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau telah meletakkan tadhiyyah sebagai rukun kelima dalam membina 10 rukun baiah bagi pembentukan keperibadian anggota Jemaah. Natijahnya terbentuk baitul muslim, mujtama' muslim dan daulah Islamiyyah. Justeru itu ia menjadi pra syarat yang mesti dihayati oleh petugas-petugas perjuangan Islam.

Realiti kehidupan duniawi

Menegakkan Islam atau melaksanakan amal makruf nahi mungkar ini adalah usaha dan kerja yang bertentangan dengan hawa nafsu manusia dan kehendak syaitan laknatullah. Tuntutan hawa nafsu dan bisikan syaitan memang suka kepada kejahatan dan mengajak manusia terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf : ayat 53;
Maksudnya;

" ….sesungguhnya nafsu manusia itu sangat mendorong melakukan kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah mereka daripada hasutan nafsu itu) Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

FirmanNya lagi dalam surah Faatir : ayat 6;

Maksudnya;

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni api neraka yang menyala-nyala (menjulang-julang)."

Angkara nafsu dan syaitan

Akibat daripada angkara nafsu dan syaitan menjadikan manusia lebih menyukai kehidupan duniawi, lalai dan leka serta mementingkan diri sendiri. Namun Allah SWT tidak menyukai cara hidup begini dan mengancam dengan amaranNya dalam surah at-Taubah : ayat 24;
  
Maksudnya;

"Katakanlah (wahai Muhammad):Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau pasangan) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan rugi, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksa); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Seterusnya Allah SWT menegaskan bahawa kehidupan dunia hanyalah mainan dan sia-sia saja seperti firmanNya dalam surah al-Ankabut : ayat 64;

 
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)".

Pengorbanan yang dituntut

Justeru itu kita perlu berjuang melaksanakan perintah Allah, demi mencapai keredhaanNya. Perjuangan itu pula memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang menjurus kepada melaksanakan perintah Illahi bagi menjamin diri dan jiwa raga mencapai keredhaanNya.

Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah : ayat 111;
 


Maksudnya; 


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian itu) sebagai janji yang benar di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar."

Allah SWT juga menyifatkan bahawa orang-orang yang mati mengorbankan dirinya untuk perjuangan pada jalan Allah itu, sebagai suatu kematian yamg amat mulia. FirmanNya dalam surah Ali Imran : ayat 169 -171;



169.Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
170.(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171.Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa para petugas Islam mestilah bersedia untuk berkorban di dalam perkara berikut:

i.  al-anfus   :  Diri (perasaan, tenaga, akal, masa dan nyawa)
ii. al-amwal : Harta benda (Sanggup mengeluarkan zakat, bersedeqah, hidup sederhana,   mengeluarkan belanja untuk kegunaan Jemaah, melakukan kebajikan kepada yang   memerlukan).

Kedudukan pengorbanan dalam Islam

1. Perintah Allah SWT 

Pengorbanan yang dilaksanakan dalan Jemaah Islam merupakan suatu tuntutan Allah SWT terhadap orang-orang yang beriman. FirmanNya dalam surah at-Taubah : ayat 41; 

 
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui".

2. Sunnah Rasul

Tuntutan berkorban dalan Jemaah Islam juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan para solihin. Firman Allah lagi dalam surah at-Taubah : ayat 88; 


"(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya".

3. Faktor kejayaan

Pengorbanan adalah elemen penentu kejayaan dalam perjuangan. Kejayaan akan menjadi manis dan lebih bererti. Lumrah kehidupan mengajar kita bahawa sesuatu kejayaan, kemenangan dan kebahagian memerlukan pengorbanan. Keterangan ayat-ayat al-Quran tersebut dalam surah as-Saaf dan at-Taubah menjelaskan kepada kita bahawa pengorbanan adalah faktor penentu sesuatu kejayaan. Bak kata pepatah "jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Cita-cita untuk mendapatkan kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan hanya akan menjadi angan-angan dan omongan kosong sahaja.

4. Keperluan dakwah

Tidak ada kejayaan dalam dakwah tanpa pengorbanan. Inilah hakikat yang pasti dilalui oleh para amilin dalam usaha-usaha dakwah dengan jelas dan nyata. Mereka mestilah mempersiapkan  diri serta bersedia berkorban untuk meleburkan diri dalam perjuangan jika ingin melihat matlamat perjuangan Islam menjadi kenyataan.

Dakwah tidak akan hidup dan berkembang melainkan dengan jihad. Jihad pula tidak akan berlaku tanpa pengorbanan. Inilah jalan yang telah ditempuh oleh para nabi dan solihin sepanjang zaman seperti dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa : ayat 74;



"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar".

Demikianlah peri pentingnya kefahaman yang dihasilkan daripada tarbiyah yang berkesan melahirkan pengorbanan dan dapat membuahkan kemenangan di dunia dan akhirat.

Kisah-kisah Pengorbanan dalam al-Quran dan as-Sunnah

1. Kisah Qabil dan Habil anak-anak kepada Nabi Adam a.s.

Allah SWT merakamkan kisah pengorbanan dalam surah al-Maidah : ayat 27;

"Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah) lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): "Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!" (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa"

2. Kisah Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Kisah teladan dari dua orang Nabi anak beranak yang sanggup berkorban apa sahaja walaupun dengan nyawa kerana kasih dan patuh terhadap perintahNya dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah as- Shaffat : ayat 102 – 105;
102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),
104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

3. Kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Saidina Abu Bakar telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya untuk perjuangan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya kepadanya: "Apakah yang kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?" Lalu beliau menjawab: " Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya"

4. Kisah Suhaib r.a.

Antara para sahabat Rasulullah s.a.w, Suhaib telah mengorbankan seluruh harta yang dimiliki demi perjuangan membantu baginda. Lantas Allah SWT mengiktirafnya bersama-sama orang-orang sepertinya dalam al-Quran pada surah al-Baqarah : ayat 207;
š
207.Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya.

Rasulullah s.a.w dengan gembira menyambutnya seraya berkata:"Wahai Suhaib, Tuhanmu telah membeli daganganmu (menerima pengorbananmu)".

5. Kisah para sahabiyah yang bersama-sama Rasulullah s.a.w

Saidatina Khadijah r.a. adalah orang yang mula-mula beriman dan melakukan pengorbanan harta benda dan kemewahan serta keselesaan hidupnya untuk bersama-sama baginda. Sumaiyyah pula syahid mengorbankan nyawanya demi untuk mempertahankan aqidah. Ummu Sulaim (Khansa') pula sanggup mengorbankan tiga anak-anak lelakinya di medan jihad. Beliau begitu sedih mengadu kepada baginda bahawa dia tidak ada anak lelaki lagi untuk pergi ke medan jihad.

Nusaibah pula pergi ke medan perang dan sanggup menjadikan dirinya sebagai benteng melindungi baginda. Asma' pula dengan penuh keletihan sarat mengandung sanggup mendaki bukit untuk menghantar bekalan dalam keadaan para pemuda tangkas Quraisy memburu Rasulullah s.a.w dan bapanya Abu Bakar yang sedang bersembunyi dalam peristiwa hijrah.

Sesungguhnya mereka semua telah melakukan pengorbanan yang sangat bernilai demi perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Begitulah tarbiyah nabawiyyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal yang menjadi contoh teladan bagi kita.

Ganjaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkorban

Allah SWT menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat kepada mereka yang sanggup berkorban seperti firmanNya dalam surah as-Shaff : ayat 10 -13;

 
10.Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
12.(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan yang besar.
13.Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

FirmanNya lagi pada surah Saba' : ayat 39;


39.Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia- lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".

Seterusnya firmanNya pada surah Ali Imran : ayat 157;

 
157.Demi sesungguhnya! jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), Sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).

Adalah berdasarkan ayat-ayat di atas ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT berbentuk pada dua peringkat di dunia dan akhirat.

1. Ganjaran di dunia

i.   Mendapat pertolongan Allah SWT dalam urusan duniawinya.
ii. Menikmati kemenangan hasil perjuangannya
iii.Mendapat jaminan Allah SWT tentang rezekinya tanpa disedari dari mana datang     puncanya.
iv. Allah SWT menggantikan dengan berlipat ganda segala yang telah dibelanjakan ke jalanNya.

2. Ganjaran di akhirat

i.   Mendapat jaminan keselamatan dari azab neraka yang pedih.
ii. Mendapat keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan.
iii.Dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
iv. Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga bernama "Adn".


Kesimpulan

Kita hendaklah mengambil contoh teladan generasi terdahulu yang telah beroleh kemenangan dalam perjuangan menegakkan Islam. Jadikanlah perjuangan ini dalam gerak kerja amal jamaie keutamaan yang didahulukan. Pastikan setiap detik masa yang dianugerah oleh Allah SWT tidak berlalu dengan sia-sia dan sentiasa dalam ruang lingkup bersama-sama Jemaah.

Sayugia didalam kesibukan gerak kerja amal jamaie janganlah lupa memastikan zuriat kita bersedia menjadi pewaris dan generasi pelapis perjuangan. Yakinlah bahawa pengorbanan yang dilakukan untuk perjuangan Islam merupakan suatu perniagaan atau pelaburan yang sangat menguntungkan. Yakinlah juga bahawa segala kepayahan dan perit getir mengharungi liku-liku perjuangan Islam akan mendapat pertolongan dari Allah SWT yang telah dijanjikanNya. Siapakah yang pasti dan lebih baik menunaikan janjiNya selain dari Allah?

MCA kini hero baru Umno

Posted: 25 Oct 2012 08:28 AM PDT

Pas Selangor mendakwa Umno sedang berusaha mengetengahkan MCA sebagai hero dan tidak menolak kemungkinan bahawa parti itu menjadi dalang di sebalik kenyataan provokasi MCA kebelakangan ini terutama menyentuh tentang hukum hudud.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman mendakwa, sejarah membuktikan bahawa Umno menolak usaha untuk pelaksanaan hudud sejak ia diperkenalkan pada 1993 di Kelantan.

Menurutnya, kenyataan media yang dikeluarkan MCA yang menghasilkan ketegangan seakan didalangi Umno.

“Terkini kenyataan provokasi terhadap Pas dan ajaran Islam.

Walaupun cuba diselindungkan dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada Pas dan bukan Islam, sebaliknya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya pelaksanaan hukum hudud.

“Ia ditokok tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau berkata, Pas Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak MCA untuk melonjakkan imejnya dalam kalangan masyarakat Tionghua dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur Pas.

“Pandangan MCA dilihat tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam masa sama, Abd Rani turut mempersoalkan kewajaran isu yang dibangkitkan wakil MCA dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) sedangkan AhliParlimen Barisan Nasional (BN) ramai dalam sidang tersebut.

"Ini menunjukkan MCA cuba ditampilkan sebagai hero dan ia sebagai sandiwara untuk tatapan awam bagi meraih undi khususnya masyarakat Tionghoa,”

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 26 Oct 2012 03:13 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Perutusan Eidul Adha Adun Bukit Payong

Posted: 25 Oct 2012 06:48 AM PDT

Assalamualaikum
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Walillaahil Hamd
Segala puji bagi Allah kerana dengan kehendakNya, kita bertemu lagi dengan Eidul Adha pada tahun 1433 ini. Semoga kita semua mendapat lebih kebaikan pada hari yang penuh barakah ini. Ketika ini (9 Zulhijjah) umat Islam yang menjadi tetamu Allah sedang menjalani rukun haji iaitu Wuquf di Arafah. Manakala kita yang tidak menunaikan haji, disunatkan berpuasa sunat Arafah sebagai mengejari ganjaran yang dijanjikan rasulullah s.a.w.
Suka saya mengingatkan peristiwa pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika menerima ujian agar meninggalkan anak dan isterinya di tanah yang tandus dan gersang dan tidak berpenghuni  iaitu di Mekah atas nama perintah dari Allah. Kekuatan jiwa isteri baginda Hajar, juga dapat dilihat apabila dia menerima dengan redha ketika bertanya kepada Nabi Ibrahim adakah ini arahan Allah? Dan apabila nabi Ibrahim menjawab "Ya" diapun membalas dengan penuh keyakinan "Maka Allah tidak akan mensia-siakan kami".
Begitulah pula apabila anak lelaki baginda, nabi Ismail, apabila telah meningkat dewasa, didatangkan kepada oleh Allah nabi Ibrahim mimpi agar menyembelih satu-satunya anaknya itu. Jelas terbukti kekuatan jiwa ayah serta ibunya telah diwarisi oleh anaknya Ismail dengan menyuruh nabi Ibrahim melakukan penyembelihan itu hasil keyakinannya yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran sebagai bukti kepada ketaatan keluarga nabi Ibrahim ini untuk dijadikan contoh kepada umat terkemudian.
Akan tetapi satu persoalan kepada para pembaca yang saya kasihi, disebalik kisah pengorbanan keluarga nabi Ibrahim ini, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar telah menghayati hakikat pengorbanan itu. Adakah kita sudah dikira berkorban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti yang diajarkan oleh rasulullah? Adakah dengan menghadam cerita pengorbanan keluarga nabi Ibrahim saban tahun ketika menghampiri Eidul Adha dikira sebagai berkorban?
Sudah tentu tidak semudah itu hakikat korban dihayati. Apa yang lebih penting setelah kita mendengar cerita kisah keluarga nabi Ibrahim dan menyembelih binatang sebagai tanda pengorbanan kita ialah kita mesti bersungguh-sungguh menghayati hakikat korban itu  dengan memenuhi segala kehendak Allah keatas hambanya. Kita berkorban waktu tidur kita semata-mata mencari keampunan dan redhaNya di tengah-tengah malam. Kita mengorbankan harta benda kita demi menegakkan agama Allah. Kita mengorbankan rasa takut kita kepada ancaman dari mana-mana pihak kerana kita mencegah mungkar. Kita berkorban masa bagi memelihara keluarga kita dari api neraka serta lain-lain jalan pengorbanan yang memerlukan kekuatan jiwa yang kental.
Dan akhirnya kemuncak pengorbanan kita kepada Allah ialah mengorbankan jiwa kita demi kerana Allah. Pastinya pengorbanan jiwa kerana Allah tidaklah semudah seperti yang dikatakan atau didengar. Kerana ianya satu perniagaan yang menguntungkan yang dijamin oleh Allah seperti dalam firmanNya dalam surah as-Shaf ayat 10:
"Wahai orang-orang yang beriman mahukah Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang melepaskan kamu dari azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda kamu dan dengan jiwa kamu. Dan itu lebih baik jika kamu mengetahuinya"
Tetapi sayang, dek kerana kelemahan dan ketakutan kita untuk berkorban, maka agama kita dihina sebegitu rupa. Tiada jalan lain lagi yang harus kita lakukan kecuali berkorban dengan segala kepunyaan kita kerana Allah untuk menaikkan kembali ketinggian Islam. Ingatlah akan amaran Allah yang Dia akan menggantikan dengan kaum lain sekiranya kita tidak mahu berkorban mempertahankan agamaNya
Oleh itu sentiasalah bersiap sedialah untuk berkorban demi kerana Allah. Jika kita sentiasa dalam keadaan bersedia berkorban demi kerana Allah maka insyaAllah Allah akan membantu kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini. Hanya orang-orang yang benar-benar cintakan Allah sahaja yang akan berkorban kerana Allah. Maka persiapkanlah diri kita semua agar menjadi hamba yang mencintai Allah dengan sepenuh jiwa dan raga. Jagalah Allah, maka Allah akan menjaga kamu. Semoga pengorbanan kita semua diterima Allah dan kita semua termasuk dari kalangan hambaNya yang berkorban demi kerana Allah insyaAllah.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Walillaahil Hamd
Ustaz Mohd Nor Hamzah
9 Zulhijjah 1433

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Oct 2012 09:46 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Demo ‘Selamatkan Pantai Kita’

Posted: 25 Oct 2012 07:56 AM PDT


October 25, 2012

Bantahan berkisar kepada isu penambakan pantai Teluk Kemang dan isu persatuan peniaga kecil Melayu yang ditindas oleh pemimpin Umno.

PETALING JAYA: Lebih 100 peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson membuat satu bantahan di hadapan Wisma Negeri di Seremban semalam.

Bantahan berkisar kepada isu penambakan pantai Teluk Kemang dan isu persatuan peniaga kecil Melayu yang ditindas oleh pemimpin Umno setempat termasuk Majlis Perbandaran Port Dickson.

Menurut Pengarah Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan, Azizi Abd Aziz, satu memorandum turut diserahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan.

"Bagaimanapun Mohamad Hassan tidak sudi untuk mendengar rintihan rakyat di atas kesibukan mengurus negeri dan beliau hanya diwakili oleh pegawai khas, Zulkifli Awang," kata Azizi dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, demonstrasi bantahan berpunca dari isu penambakan pantai Teluk Kemang yang telah menimbulkan suasana yang menjejaskan periuk nasi mereka yang saban tahun berniaga di Teluk Kemang.

Penambakan pantai juga merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai Teluk Kemang yang selama ini menjadi pilihan nombor satu pelancong tempatan terutamanya dari bandaraya Kuala Lumpur di atas faktor pantainya yang landai dan lokasinya yang strategik.

Azizi menjelaskan bahawa penambakan pantai di atas alasan 'pantai sempit' tidak releven. Ia akan menjurus kepada kerosakan ekosistem.

"Secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf antara pantai selesa yang selamat berbanding pantai di tempat lain yang berselut lumpur dan terdedah kepada bahaya air pasang surut yang jauh dari gigi pantai.

Katanya, seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman lantas meragut banyak nyawa pengunjung. Akhirnya pantai tersebut dihindari oleh pengunjung.

Pusat pelancongan

"Inilah yang amat dikhuatri akan berlaku di pantai Teluk Kemang. Nescaya dalam jangka masa panjang negara akan kehilangan satu pusat pelancongan yang paling digemari.

"Dalam jangka masa pendek pula, peniaga akan mengalami kerugian yang berterusan dan ramai yang bakal hilang mata pencarian di atas projek yang terburu-buru ini," terang beliau.

Dalam demonstasi yang sama, Persatuan Peniaga Kecil Melayu juga ingin memohon kepada Menteri Besar supaya segera menyelesaikan kemelut persatuan mereka.

Mereka mendakwa persatuan mereka disabotaj oleh beberapa pemimpin Umno setempat bersama pihak berkuasa tempatan bagi menutup segala kemungkaran dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengerusi persatuan yang terdahulu.

Antara lain mereka menuntut perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi diperbetulkan dan membantah pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor.
Mereka juga menuntut supaya gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti yang baru, memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya supaya perniagaan tidak terhenti lama dan pampasan yang setimpal sekiranya projek penambakan ini diteruskan.


CERAMAH UMUM

Posted: 25 Oct 2012 07:39 AM PDT


Himpunan Rakyat 3 Nov 2012 SEREMBAN

Posted: 25 Oct 2012 07:38 AM PDT


Rembau Hari Ini

Posted: 25 Oct 2012 07:38 PM PDT

Rembau Hari Ini


CERAMAH UMUM

Posted: 25 Oct 2012 07:46 AM PDT


PAS Kawasan Miri

Posted: 25 Oct 2012 07:38 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Salam Eid-Al-Adha Mubarak

Posted: 25 Oct 2012 03:03 PM PDT

Salam Idul Adha Dari PAS Sarawak

Eid al-Adha atau dikenali sebagai Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji disambut oleh umat Islam di seluruh dunia  setiap tahun yang  jatuh
pada hari ke-10 bulan Zul Hijjah mengikut  Kalendar lunar Islam.


Dengan kesempatan ini PAS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha kepada semua. Semoga kita semua dapat meraikannya dengan semangat pengorbanan, yang
tinggi untuk mencapai matlamat kita bersama.


Pengorbanan yang paling besar adalah berjuang untuk tegakkan keadilan sejagat dan menyeru kepada amar  ma'ruf (kebaikan) dan mencegah
kemungkaran.


Jangan korban diri anda dengan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam, Jangan ikut amalan Syaitan yang dikenali sebab syaitan adalah musuh utama umat Islam dan mereka yang beriman. Berhati-hati memandu di jalanraya, jangan sampai jadi korban di jalanraya. Semoga selamat sampai ke distinasi masing-masing bersama keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Idul Adha. Maaf Zahir dan Batin

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version
Eid ul Adha Greetings from PAS Sarawak
Eid al-Adha or known as the Feast of Sacrifice or Hari Raya Haji is celebrated by Muslims around the world each year, which falls on the 10th of the month of Dhul-Hijjah, according to the Islamic lunar calendar.

With this opportunity Sarawak PAS would like to wish Eid Al Adha to all. Hopefully we all are able to celebrate with the high spirit of sacrifice to achieve our common goal. The biggest sacrifice is struggling to uphold the justice and calls for amar ma'ruf (good) and forbid evil. Do not sacrifice yourself with the practice of that contrary to the tenets of Islam.

Do not follow the practice of Satan that is known because the devil is the main enemy of Muslims and those who believe. Be careful driving on the road, do not end up to be a victim of the road. May safely reached to the destination respectively with beloved family.

Happy Eid ul Adha.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Dr Azman Ibrahim

Posted: 25 Oct 2012 07:29 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Solidariti Hijau Serah Deklarasi Air ’21 Perkara’ Menyokong Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat

Posted: 24 Oct 2012 08:09 PM PDT


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/IMG_2139.jpgSHAH ALAM – Solidariti Hijau telah menyerahkan 'Deklarasi Air' kepada Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di bilik gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disini, pada jam 2.00 petang hari ini, Rabu 24 Oktober.

Deklarasi 21 perkara tersebut yang mewakili pendirian 80 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menegaskan sokongan terhadap tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menangani isu air di negeri tersebut.

Penyerahan deklarasi telah dibuat oleh Haji Zulkefly Mohamad Omar, Pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Turut bersama adalah Dr Azman Ibrahim Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu yang juga mewakili NGO menangani isu ternakan udang Setiu, I-Bantah.

Haji Zulkefly dalam ucapannya selepas menyerahkan deklarasi itu berkata, Solidariti Hijau menegaskan bahawa, mendapatkan air yang bersih adalah hak asasi manusia

Beliau berkata, air sebagai sumber utama kehidupan mestilah dilindungi dan sebarang pembangunan yang menjejaskan sumber air akan ditentang habis-habisan oleh Solidariti Hijau.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/IMG_2109.jpgBeliau juga memberi amaran kepada pihak yang berkepntingan, sesungguhnya sir tidak boleh dikomersialkan secara tidak bertanggungjawab.

"Air tidak boleh dikomersialkan, mana-mana pihak tidak boleh mempolitikkan isu air dan kami (Solidariti Hijau)  berikrar komitmen kami untuk menyelesaikan cabaran yang mengancam kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia,

" dan membuat penekanan kepada akses air, tadbir urus air dan penggunaan air yang cekap,"jelasnya.

Beliau berkata, Solidariti Hijau juga menegaskan kepentingan pelaksanaan strategi pengurusan air mestilah cekap serta akses kepada air itu adalah sejagat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/IMG_2119.jpgBerikut adalah Deklarasi penuh sebagaimana yang diedarkan kepada pihak media;

Solidariti Hijau menegaskan bahawa:
1.    Mendapatkan air yang bersih adalah hak asasi manusia

2.    Air sebagai sumber utama kehidupan mestilah dilindungi

3.    Sebarang pembangunan yang menjejaskan sumber air ini akan ditentang secara habis-habisan

4.    Air tidak boleh dikomersialkan secara tidak bertanggungjawab

5.    Mana-mana pihak tidak boleh mempolitikkan isu air

6.    Kami berikrar komitmen kami untuk menyelesaikan cabaran yang mengancam kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia dan membuat penekanan kepada akses air, tadbir urus air dan penggunaan air yang cekap.

7.    Kami juga mengaskan kepentingan pelaksanaan strategi pengurusan air yang cekap serta akses kepada air sejagat.

8.    Kami menyarankan kepada kerajaan bahawa ini adalah, "Masa untuk Penyelesaian", dan ianya ditentukan dengan menangani cabaran air pada semua skala.

9.    Air adalah kunci kepada keamanan dan kestabilan dan pusat kuasa,

10.    Pengurusan Air yang strategik dan cekap juga merupakan "ekonomi hijau dalam konteks pembangunan mapan dan pembasmian kemiskinan" dan "rangka kerja institusi bagi pembangunan mampan".

11.    Sebagai pengiktirafan terhadap hak manusia untuk air minuman yang bersih dan selamat dan sanitasi, kami mendesak kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan penuh obligasi hak asasi manusia yang berkaitan dengan akses kepada air minuman yang selamat dan bersih dan sanitasi dengan segala cara yang sesuai sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengatasi krisis air di semua peringkat.

12.    Kami berazam untuk berusaha dengan terus mendesak pihak bertanggungjawab agar rakyat Malaysia mencapai akses kepada air minuman yang selamat dan sanitasi dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan, kualiti, penerimaan air, dan kemampuan, tanpa diskriminasi mengikut kaum ataupun jantina.

13.    Untuk memperbaiki keadaan rakyat tanpa akses kepada air minuman yang selamat dan sanitasi yang sempurna, kami berhasrat untuk mendesak Kerajaan untuk menumpukan usaha mereka pada perancangan tempatan dan nasional, penyelarasan, pembiayaan yang mencukupi termasuk pelaburan, dan pengawalseliaan yang kukuh, rangka kerja pemantauan dan akauntabiliti, yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan.

14.    Pendekatan bersepadu ke arah kebersihan dan pengurusan air sisa, termasuk pengumpulan, pemantauan, rawatan dan penggunaan semula, adalah penting untuk mengoptimumkan manfaat dan nilai air. Kita perlu memajukan pembangunan dan penggunaan sumber air bukan konvensional, termasuk penggunaan semula, menjadikan air sisa ke sumber, dan penyahgaraman yang sesuai, untuk merangsang ekonomi tempatan, dan membantu mencegah penyakit bawaan air dan kemusnahan ekosistem.

15.    Kita perlu mempergiatkan usaha untuk mencegah dan mengurangkan pencemaran air dengan tujuan untuk mempercepatkan akses kepada sanitasi lestari dan meningkatkan kualiti sumber air dan ekosistem.

16.    Kami berhasrat untuk menggalakkan wawasan yang dikongsi bersama, bersepadu dan inovatif pengurusan bandar, air sisa di luar bandar, industri dan pertanian, termasuk konteks khusus sasaran bagi pelaksanaan tindakan, dalam rangka kerja undang-undang dan institusi, kebangsaan dan mekanisme penguatkuasaan yang disokong oleh serantau dan antarabangsa kerjasama, termasuk penyebaran teknologi relevan dan perkongsian pengetahuan.

17.    Air mempunyai peranan yang penting dalam semua alam sekitar, sistem sosial dan ekonomi dan oleh itu perlu diiktiraf ke arah itu di dalam pembangunan ekonomi bersama-sama dengan faedah sosial dan alam sekitar.

18.    Dalam rangka pembangunan mampan, sumbangan air kepada dasar-dasar ke arah ekonomi hijau harus digalakkan dengan cara yang membawa kepada pencapaian pertumbuhan pembasmian kemiskinan, dan mewujudkan peluang pekerjaan di samping memelihara ekosistem dan menangani perubahan iklim.

19.    Menyarankan agar kerajaan mennyegerakan pelaksanaan obligasi hak asasi manusia yang berkaitan dengan akses kepada air minuman yang selamat dan sanitasi untuk kebaikan dan jaminan kesihatan bersama, khususnya untuk rakyat yang paling terdedah, serta memperbaiki pengurusan air kumbahan;

20.    Kami mendesak kerajaan agar memahami kesalinghubungan antara keselamatan air, tenaga dan makanan, memastikan asimilasi air di dalam dasar kerajaan untuk menjamin pengekalan ekosistem berkaitan air, dengan tujuan untuk mengeksploitasi sinergi dan mengelakkan kesan buruk merentasi sektor, sebagai asas untuk pertumbuhan yang mampan dan mewujudkan peluang pekerjaan;

21.     Kami mendesak kerajaan untuk merealisasikan penjagaan air dalam semua dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam rangka kerja tadbir urus, pembiayaan dan kerjasama, dengan mengambil kira kemajuan yang ingin dicapai

PAS LENGGONG

Posted: 25 Oct 2012 07:11 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 24 Oct 2012 08:32 PM PDT


Sambutan 22 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kelantan

http://www.blogtokguru.com,25 Okt 2012
Pengajaran dari semangat korban Nabi Ibrahim – bersabar menyampai perintah Allah
Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah ayat 30)

Sesungguhnya, Nabi Adam adalah bapa seluruh manusia di muka bumi. Bapa bagi semua bangsa di dunia ini, tidak kira Melayu, Cina mahupun Arab. Di sebalik cerita Nabi Adam ini, ia boleh menimbulkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak menimbulkan krisis bangsa dan agama bila kembali memahami dan beriman dengan keterangan Allah SWT. Justeru janganlah kita tertipu dengan seruan dan ajakan berkasih sayang berpandukan pembawaan bersifat perkauman tanpa mengambi panduan daripad Al-Quran.
Bersempena genap 22 tahun (pada 21 Oktober 2012) pentadbiran Membangun Bersama islam di Kelantan tahun ini adalah berlaku pada bulan Zulhijah 1433. Bulan bagi umat Islam menunaikan ibadat Haji di Mekah. Oleh kerana itu, pada bulan ini ummat Islam diseluruh dunia pergi ke Mekah untuktawaf di Baitullah dan berhimpun di Padang Arafah serta menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
Atas nilai kebesaran ibadat Haji itu, kita disuruh mengingati kisah Nabi Ibrahim AS yang memberi sumbangan besar (berkorban) sehingga terbangunnya Kota Mekah sebagai pusat ibadat Haji. Kewajipan yang telah dilaksana oleh Nabi Ibrahim atas semata-mata melaksanakan perintah Allah.
Di sebaliknya, amatlah besar pengorbanan Nabi Ibrahim, maka kita perlu mengingati sejarahnya dan setiap kali solat kita diminta berselawat kepadanya, sama juga kita diminta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Ibadat Qurban
Satu lagi dari sejarah Nabi Ibrahim yang perlu diingati ialah Allah meminta Nabi Ibrahim melalui mimpi supaya menyembelih anaknya Ismail dan Nabi Ibrahim melaksanakan suruhan tersebut. Dengan kuasa Allah, Ismail ditukarkan dengan kibas.
Firman-Nya:
"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar."
(Surah As-Saaffat ayat 102)
Seterusnya Allah SWT membalas ketaatan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail itu dengan suatu binatang (kibas).
Firman-Nya:
" Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!"
(Surah As-Saaffat ayat 107-109)
Justeru setiap Hari Raya Aidil Adha kita disunatkan menjalankan kurban sebagai satu ibadat. Hikmatnya amat besar dari segi mengingatkan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta para Nabi yang lain. Atas sifat ini, janganlah kurban itu hanya ingat untuk makan daging sahaja, sebaliknya kita perlu juga memperingati sejarah Nabi Ibrahim.
Bagaimana sejarah Nabi Ibrahim, ayahnya seorang pembuat berhala dan menjual berhala tersebut ialah Nabi Ibrahim. Hidup Nabi Ibrahim amatlah perit seperti juga sejarah Nabi Nuh AS sehingga Nabi Muhammad. Ada sahaja fitnah dan cabaran atas kebenaran yang disampaikan (atas perintah Allah). Bagi Nabi Ibrahim, cabarannya ialah antara untuk mengikuti suruhan ayahnya atau untuk mentatati Allah.
Kebijaksanaan di sisi Nabi Ibrahim ialah dengan mengambil jalan tengah ketika menjual berhala (suruhan ayahnya) dengan melakukan kempen terbalik dengan mengumumkan kepada masyarakat (yang menyembah berhala) bahawa berhala yang dijualnya buta,tuli,dan tepok. Inilah jalan tengah yang dipakai oleh pejuangan islam, termasuk oleh kerajaan Negeri Kelantan selama 22 tahun melaksanakan tuntutan Membangun Bersama islam. Suatu pendekatan bersederhana dalam politik pentadbiran.
Aidil Adha
Kisah Nabi Ibrahim perlu diingati sempena Hari Raya Aidil Adha, selain nilai pengorbannya, ia juga mengandungi kalimah dan lafaz membesarkan Allah SWT. Lafaz zikir 'wahazamal ahzabawahdah' iaitu Allah menghancur leburkan bala tentera Ahzab. Ia dapat diambil pengajaran dari beberapa siri peperangan dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, Antaranya, perang Badar, kemudian Uhud, kemudian Ahzab dan beberapa peperangan lagi. Dalam lafaz ini ('wahazamal ahzabawahdah'), Ahzab bermaksud parti, kumpulan atau NGO yang berpakat untuk lawan dan mengalahkan perjuangan Nabi Muhammad. Diminta sebut perang Ahzab kerana dari segi zahirnya Nabi dapat dikalahkan tapi dengan kuasa Allah, pasir dan ribut diarahkan oleh Allah untuk menolong Nabi Muhammad. Itul;ah kehebatan nilai keimanan dan cabaran prjuangan dalam lipatan sejarah nabi yang membawa Islam hingga samapai kita semua menjadi orang yang beriman.
Ingatlah akhirat
Saat kita menyambut apa sahaja (ulang tahun kerajaan, Aidil Adha atau pun peristiwa perjuangan Nabi-nabi), kita diajar supaya juga agar memperingati bahawa dunia akan hancur dan selepas itu ada di sana dunia baru iaitu akhirat yang mana ada syurga dan neraka. Sesiapa yang menuruti ajaran Islam akan masuk syurga, dan sesiapa yang menolak ajaran Islam akan masuk neraka. Ini kenyataan dan penegasan dari Allah dan Nabi Muhammad. Atas sebab ini, sampai masanya, setiap manusia wajib meniti Titian Sirat dan di penghujungnya ada Nabi Muhammad SAW dengan menyebut "ummati" bukan 'qaumi' yang bermaksud ummatku bukan bangsaku.
Hayatilah firman Allah SWT:
" Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Al-Alaq ayat 6-8)
Justeru itu, perbalahan besar antara perjuangan Islam dengan perjuangan sekular atau kebangsaan adalah disebabkan oleh ada pihak yang sekadar ingin menjaga bangsanya (orang Melayu dan lain-lainnya) sahaja. Sedangkan di sana ada perintah Allah SWT yang menyuruh supaya kita menjaga manusia, kerana manusia diciptakan untuk membesarkan kedudukan keinsanan bukan membesarkan kebanggaan atas nama kaumnya. Semoga kita memilih satu jalan yang selamat di akhirat kelak, iaitu Islam yang memartabatkan nilai insan.

Posted: 24 Oct 2012 08:32 PM PDT


Sejuk hati bila pemimpin DAP pertahan PAS

Ahmad Lutfi Othman,25 Okt 2012
Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008, lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nampak jelas, sekali Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.

Sentimen dan api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno, misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas  menggugat sensitiviti. Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP, berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta. Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan terdesak itu.

Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal  -- seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi mempertahankan Putrajaya.

Kepada audien Melayu-Islam, Umno ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan  menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.

MCA, yang kalah  pada kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina, menggunakan lenggok bahasa dan penekanan isu berbeda. PAS yang disifatkan Umno sebagai kuda tunggangan DAP, telah diangkat Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek -- ketika berdepan masyarakat Tionghua -- menjadi parti paling berpengaruh dan bakal menerajui kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.

Untuk mengusik emosi penyokong tradisinya, konsep Negara Berkebajikan dikritik hebat media Umno, dan PAS ditohmah sanggup melupakan cita-cita menubuhkan Negara Islam, sekali gus meremehkan Hudud. Bekas pemimpin PAS, seperti Dr Hasan Ali dan dua tiga kerat ulamak tertentu diperalatkan bagi memalitkan imej buruk ke wajah Parti Islam itu.

Dalam masa sama, lidah pemimpin MCA terutama Soi Lek, semakin fasih mencerca Hudud dan membayangkan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi kepada pelaksanaan undang-undang Islam, yang sengaja digambarkan sebagai peraturan kolot, menindas dan zalim.

Bukanlah isu besar jika MCA menolak Hudud, memandangkan Umno turut mengambil pendirian hampir sama. Malah sekutu rasminya dalam Perikatan sejak 1953 -- Umno -- melalui pemimpin utamanya kerap melemparkan ungkapan mempersenda dan menghina Islam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merumuskan dengan baik situasi ini: "Dulu ketika Umno tidak pandai lagi menggunakan hujah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin dan pengikutnya mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam."

Ketika Soi Lek memberikan gambaran salah terhadap apa yang didakwanya perlaksanaan Hudud di negara-negara yang dianggap "paling korup, tidak stabil dan tidak selamat", dalam perhimpunan agung MCA baru-baru ini, banyak pihak mengecam sikap membisu Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan majlis berkenaan. Soi Lek juga tidak menyokong tohmahannya itu dengan fakta dan data sahih.

Dalam perhimpunan itu,  Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie, yang juga seorang timbalan menteri, memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis kempen menutup aurat di Kelantan, dengan mendakwa Mursyidul Am PAS itu menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Satu kenyataan paling biadab, kurang ajar dan cukup celupar!

Najib sebelum itu turut enggan mengulas dakwaan Soi Lek (yang hanya bersumberkan satu SMS diterimanya daripada individu yang tidak dikenali)  bahawa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika Hudud dilaksanakan. Presiden MCA menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwanya itu, antaranya, pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah membidas Najib: "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia  boleh duduk senyum. Kemudian bila berucap tak tegur pun. Mana dia maruah  sebagai umat?"

Namun apa yang ditunjukkan Soi Lek bukan lagi sekadar penolakan Hudud (sesuatu yang boleh dianggap lazim bagi seorang bukan Islam), tetapi ia usaha terancang dan bermotif untuk menghina dan merendahkan Islam bagi meraih sokongan. Menyedari MCA mungkin menjadi sejarah selepas PRU13, Soi Lek cuba menampilkan imejnya sebagai "pembela dan penyelamat" bagi masyarakat Cina daripada "kezaliman Hudud".

(Dalam satu paditonya, Mat Sabu menyindir: "Sekarang orang ramai bukan lagi bertanya berapa banyak kerusi MCA yang dimenanginya dalam PRU13 nanti, tapi mereka bercakap berapa ramai ahli MCA yang tinggal.")

Soi Lek secara terbuka pernah melafazkan: "Kita orang Cina berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini." Saya perhatikan banyak posting dalam internet menggandingkan kenyataan Soi Lek itu dengan ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita."  Masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang memperlekehkan Hudud.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas dilaporkan menepuk meja dalam sidang Parlimen menyokong Tok Guru Nik Aziz yang difitnah Senator MCA, memberi respons penuh hikmah: "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."

Gaya politik Soi Lek  -- yang kerap diingati dengan pengakuan rakaman rahsia hubungan seksnya pada 2007 di sebuah hotel di Johor -- dan pemimpin MCA mutakhir ini cukup berbahaya. Ia semakin menjadi-jadi apabila kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek  sejak awal dulu tidak pernah ditegur pemimpin Umno. Seharusnya diperbetulkan, apatah lagi jika ia berpunca dari kejahilan, memandangkan Umno juga mempunyai ilmuan Islam dan ulamak!


Saya tertarik dengan ingatan Anthony Loke, Ketua Pembangkang dalam Dun Negeri Sembilan dan ahli Parlimen Rasah, tanda kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan tidak pernah pudar. Masyarakat Islam tentunya mendapat pengajaran bermakna dalam episod ini, sekurang-kurangnya dapat membantu membuat penilaian menyeluruh dan adil terhadap gelagat aktor-aktor politik yang gelisah berdepan hukuman rakyat.     


Sejuk dada saya membaca kenyataan dan reaksi pemimpin DAP terhadap fitnah MCA itu. Kalau dulu kita terpaksa mengharapkan sanggahan daripada pemimpin PAS tetapi kini cukuplah dengan sokongan sekutunya dalam DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Soi Lek mempertahankan tuduhan liar Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

"Perasan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek PRU13," tegas Kit Siang.

"Adalah jelas MCA dan Umno telah mengadakan 'perjanjian syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa Umno-BN  pada PRU13," tambahnya.

Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya  menyifatkan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz sebagai "satu pembohongan besar".

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata  Guan Eng dalam kenyataannya.

"MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup. MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," ujarnya.

Saya segera teringat bisikan Guan Eng semasa bertemunya di Lapangan Terbang LCTT, Sepang ketika saya masih keuzuran selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Beliau yakin hubungan PAS dengan DAP tidak mudah diputuskan disebabkan persefahaman pemimpin kedua-dua parti, terutama Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang, yang pernah melalui pelbagai penderitaan dan tekanan yang sama dalam memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat.

Selamat hari raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban serta menghayati pengertian pengorbanan setulusnya seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Posted: 24 Oct 2012 08:30 PM PDT


Rumah: Dakwaan Donald Lim tidak berdasarkan fakta

Harakahdaily,25 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berpandangan dakwaan Datuk Donald Lim tidak berdasarkan fakta, tidak cermat, mengelirukan dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang timbalan menteri.


Ini ekoran Donald Lim selaku Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi MCA Negeri Selangor telah mendakwa di lobi Parlimen pada 22 Oktober lepas bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak membina rumah mampu milik.

Menurut Iskandar, rakyat sedia maklum akan projek-projek perumahan rumah mampu milik yang dibina di Negeri Selangor sama ada oleh kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri atau pemaju-pemaju swasta.

Katanya, kerajaan negeri sedia ada telah menggalakan pemaju-pemaju membina rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk dibina rumah kos rendah atau di mana tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah.

"Beberapa siri lawatan telah turut saya lakukan untuk projek-projek tersebut malah harga  jualan rumah mampu milik di Selangor adalah di antara RM85,000 hingga RM150,000 iaitu jauh lebih rendah dari projek rumah mampu milik kerajaan Persekutuan, Prisma yang dijual sehingga RM300,000.

"Walau bagaimanapun saya hanya akan mengumumkan senarai projek-projek rumah mampu milik yang sedang dibina dan yang telah diluluskan pada 1 November 2012 untuk memberi peluang kepada Datuk Donald untuk menarik balik dakwaan beliau," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan jika Donald Lim gagal, maka tidak ada pilihan lain selain daripada meletakkan jawatan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Oct 2012 03:16 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


CAKAPNYA ORANG DAH TAK PERCAYA !

Posted: 24 Oct 2012 10:33 PM PDT

Mahathir tidak pernah mungkir janji?
Semalam Utusan Malaysia dapat RM1.50 dari saya kerana buat pertama kali saya membeli senaskhah akhbar propaganda UMNO itu setelah lima belas tahun tidak membeli atau melanggannya. Saya membeli rokok di sebuah stesyen minyak di Subang Jaya dan saya ternampak 'headline' muka depan akhbar itu yang menarik hati saya untuk berbelanja sebanyak RM1.50. Apa yang menarik kepada saya ialah tajuk 'Dr M tegur Nik Aziz' di muka depan akhbar itu. Setelah berfikir seminit dua saya relakanlah RM1.50 untuk membeli akhbar ini. Kali ini terpedaya juga saya oleh Utusan kerana tajuknya yang menarik perhatian saya apatah lagi ia melibatkan nama Dr M di muka depan itu.

Dalam liputan Utusan itu, Dr M telah menegur TGNA kerana telah memberitahu rakyat yang Tok Guru itu akan bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Mahathir menuduh TGNA tidak menepati janji-janji beliau (TGNA) untuk mengundurkan diri dari menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang dan meminta rakyat supaya menolak TGNA. Dr M berkata memilih orang yang tidak menunaikan janjinya akan membawa banyak masalah kepada negara. Apa masalah yang dimaksudkan Dr M itu tidak pula saya ketahui kerana saya tidak membaca laporan itu sehingga habis walaupun saya telah membeli akhbar itu dengan berat hati.

Saya tidak hendak sentuh tentang janji TGNA itu buat kali ini untuk memendekkan tulisan saya ini. Saya mahu memberikan fokus kepada mungkir janji Dr Mahathir yang telah membawa masalah kepada UMNO dan seterusnya kepada rakyat dan negara. Selalunya orang yang sentiasa mengintai-ngintai kesalahan pihak lawan ini akan terlupa kepada janji-janji beliau yang beliau tidak mahu menunaikannya selama ini. Dr M tentu telah terlupa apa yang beliau janjikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli UMNO semasa beliau mengambilalih kepimpinan parti itu dari Hussein Onn pada tahun 1981 dahulu.

Semasa mengambilalih pimpinan UMNO dari Hussein Onn dalam perhimpunan agong 1981 itu Dr M telah berjanji kepada ahli-ahli UMNO melalui perwakilan di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, yang beliau meminta rakyat memberikan 'signal' jika ada tanda-tanda yang ada segelintiran rakyat yang tidak menyukai beliau. Dengan tanda-tanda itu beliau berjanji akan mengundurkan diri secara terhormat Itu janji beliau secara terbuka yang beliau luahkan semasa ucapan penangguhan sebaik sahaja beliau menjadi Presiden kepada parti yang telah beliau matikan pada tahun 1988 itu.

Tetapi akhirnya beliau tidak menunaikan janji beliau itu dan telah membawa masalah besar yang kita warisi pada hari ini. Beliau tidak mahu berundur walaupun jawatan beliau itu telah dicabar dan beliau hanya mendapat kemenangan yang begitu tipis. Kemenangan tipis ini merupakan tanda-tanda yang jelas orang ramai sudah mula tidak berkeyakinan dengan pimpinan dan mahukan UMNO menyampaikan signal itu kepada Dr M. Beliau bukan sahaja tidak mahu mengundurkan diri tetapi telah meruntuhkan semua institusi demokrasi kerana bertegas ingin melanjutkan keseronokan dan kegilaan berkuasa sebagai PM semasa itu.

Beliau telah mematikan pendaftaran UMNO dan dalam usaha melakukan itu beliau mendapat reaksi keras dari ahli-ahli UMNO maka beliau telah membuang dan memecat beberapa hakim Mahkamah Agong termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Badan eksekutif yang beliau ketuai telah masuk campur dalam hal perundangan dan kehakiman untuk memungkiri janji-janji beliau itu. Akhirnya tindakan beliau itu telah memberikan banyak masalah kepada negara dan rakyat sehingga ke hari ini.

Apa yang beliau katakan dalam Utusan itu benar tetapi beliau sendiri tidak mahu menunaikan janji-janji beliau dan sanggup membunuh semua institusi demokrasi negara semata-mata keinginan beliau untuk berkuasa terus menerus sambil memungkiri semua janji-janji beliau semasa mula-mula mengambilalih kepimpinan dari Hussein Onn pada tahun 1981 itu.

Dr Mahathir telah banyak memungkiri janji-janji beliau sendiri dan beliau tidak boleh menuduh TGNA sebagai pendusta kerana tuduhan itu sepatutnya beliau arahkan kepada diri beliau sendiri. Pada tahun 1985 sebuah parti baru, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah ditubuhkan secara tergesa-tergesa beberapa hari sebelum Sabah mengadakan pilihanraya negeri. PBS telah menyertai pilihanraya negeri untuk menumbangkan parti Berjaya. Mahathir telah pergi ke Sabah dan berucap dan berjanji secara terbuka yang beliau akan 'swim and sink' dengan Berjaya. Beliau memihak kepada Berjaya pimpinan Haris Salleh dan berulang-ulang kali berjanji untuk berenang dan tenggelam bersama Berjaya.

Tetapi apabila Berjaya tewas termasuk Presiden Berjaya, Harris Salleh yang ditewaskan oleh Kaduh Agundun di Tenom, Dr M telah lari dan memungkiri janji-janji beliau dengan parti Berjaya. Kebetulan saya berada di Kota Kinabalu dan mendengar ucapan beliau secara berdepan dan saya mendengar segala janji-janji beliau kepada Berjaya semasa itu. Dengan tangkas sekali Dr M telah membawa PBS ke dalam BN dan menjadi rakan komponen kepada BN pimpinan Dr M dari peringkat Persekutuan itu. Berjaya tenggelam tetapi Dr M tetap berenang dan meninggalkan Berjaya terumbang-ambing dan hanyut sampailah parti itu mati begitu sahaja. Mahathir terus berenang sampai 22 tahun berenang dan menenggelamkan semua musuh-musuhnya yang menghantui kedudukan beliau.

Janji-janji beliau untuk membangunkan negara tidak sampai ke mana kerana beliau hanya mampu untuk membina bangunan tinggi-tinggi, jambatan yang panjang-panjang di dunia. Beliau hanya mampu membina pembangunan fizikal yang merupakan sebahagian pembangunan negara. Pembangunan fizikalnya pesat kerana ia melibatkan projek-projek runding terus yang mahal-mahal untuk kepentingan kroni-kroni dan kebanyakan projek-projek tersebut adalah projek-projek cadangan kroni-kroni dan bukannya untuk keperluan rakyat dan negara. Projek-projek tersebut hanya memberikan keuntungan kepada segelintiran kroni dan keluarga beliau .

Tetapi dalam pembinaan sikap dan 'mentality' terhadap rakyat tidak ada langsung sehinggakan pembangunan infrastruktur yang besar-besar itu tidak 'commensurate' dengan pembangunan nilai dan budaya bangsa. Rakyat menjadi ahli masyarakat yang 'materialistic' yang mengutamakan pengisian perut dan tempolok mereka yang hampir kepada kuasa dan rakyat dipermainkan dengan gula-gula serta coklat manis-manis untuk melekakan mereka dan meneruskan sokongan terhadap kepimpinan yang tidak jujur dan ikhlas itu.

Dr M ini tidak dapat diikut kerenahnya lagi. Dalam satu masa dia mengatakan UMNO sudah busuk sampai ke usus dan mengatakan UMNO bukan untuk yang pandai, cerdik dan bijak. UMNO hanya untuk yang bodoh-bodoh dan yang tidak mempunyai tulang belakang. Tetapi dalam satu masa yang lain Dr M mahukan rakyat memberikan sokongan berterusan kepada UMNO dan BN.

Dalam keadaan UMNO yang lemah Dr M meninggalkan parti dan apabila partinya hilang sokongan tradisi 2/3 beliau menyalahkan Abdullah Badawi. Dr M menyertai kembali UMNO selepas musuh yang dibencinya Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM. Apabila kembali menyertai partinya beliau menuduh UMNO itu parti yang rasuah. Dalam pilihanraya yang lalu beliau berkehendakan sangat rakyat supaya tidak memilih parti tetapi memilih calon.

Tetapi sekarang Dr M mahu semuanya mengundi sesiapa sahaja yang diturunkan oleh parti untuk menjadi calon. Beliau telah 'obsess' dengan kehendak beliau untuk memenangkan BN sehinggakan beliau meminta semua pemimpin bersumpah tidak akan mensabotaj parti dalam pilihanraya yang akan datang ini sedangkan beliau sendiri adalah pensabotaj UMNO yang terbesar dalam sejarah kewujudan parti itu, sehinggakan beliau sanggup membunuhnya. Dr M bukan sahaja setakat pensabotaj parti tetapi beliau adalah pembunuh parti itu.

Habis keliru rakyat dengan kata-kata Dr M ini. Nak diikut nasihatnya nanti beliau akan menasihati kita melakukan perkara yang dulunya beliau tidak suka. Entah yang mana satu nasihat yang patut diikuti dan entah mana satu kata-katanya yang benar. Lidahnya sentiasa berubah dan jika ada kesempatan elok kita minta Dr M membuka mulutnya lebar-lebar untuk melihat apa jenis lidah yang ada di dalam mulut beliau itu. Kalau ia bercabang hendak juga kita tahu berapa cabangnya.

Pendeknya nasihat beliau kepada TGNA itu elok kita abaikan sahaja kerana jika kita terima nasihatnya, nanti dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi Dr M akan menasihati untuk berbuat perkara yang lain pula.

Sesungguhnya Dr M hanyalah seorang yang bermain-main dengan politik yang melakonkan berbagai-bagai watak. Kadang-kadang watak baik tetapi selalunya beliau melakonkan watak sebagai orang jahat yang tidak senang dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

Tetapi apa pun watak yang dilakonkan oleh beliau, Dr M gagal untuk menjadi negarawan. Beliau tidak mungkin mampu untuk menjadi negarawan lagi kerana beliau hanyalah seorang aktivis politik yang sekarang bermain dengan pihak yang hendak digugurkan oleh rakyat ramai.

Mungkin oleh kerana penyelia kemas dan pegawai penerangan khas gagal untuk melaksanakan tugas mereka maka Dr M lah yang mengambil alih tugas mereka untuk berkata-kata perkara yang mungkar sentiasa.

Tetapi kita tidak harus berasa kesal dengan tindakan Dr M ini kerana beliau dari dahulu sampai sekarang hanya kekal dalam keadaan rakyat berpecah-belah. Dalam keadaan rakyat sedang bersatu di luar BN ini Dr Mahathir nampaknya tidak akan menjadi orang yang relevan lagi untuk negara dan rakyat.

Tidak ada siapa yang boleh membetulkan Dr M ini. Hanya Tuhan sahaja yang boleh melenturnya. Kita abaikan sahaja pandangan beliau. Biarkan beliau bercakap kepada dirinya sendiri semahu beliau.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/10/mahathir-tidak-pernah-mungkir-janji.html

KALAU BN NAK TUNJUK KEBENGONGN BUATLAH !

Posted: 24 Oct 2012 09:43 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR : LANGAT 2 AKAN MENJADI ISU ANTARABANGSA JIKA KERAJAAN PERSEKUTUAN GAGAL MENGHORMATI UNDANG-UNDANG.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Johor Baharu semalam bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Langat 2 walaupun tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri akan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut walaupun ia tidak mendapat Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau bertentangan dengan Rancangan Tempatan yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri.

Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa.

Apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat antrabangsa.

Pelabur-pelabur tidak akan berani lagi melabur di negara kita kerana tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan dihormati.

Mereka akan merasakan pelaburan mereka tidak akan terjamin kerana undang-undang negara tidak akan dapat melindungi kepentingan mereka.

Juga jika sebuah kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang maka ia tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat.

Dua kesan utama akibat dari keputusan Kerajaan Persekutuan itu adalah,

1. Pelaburan di negara kita akan menurun sama ada daripada dalam atau luar negara kerana pelabur-pelabur tidak akan lagi merasakan pelaburan mereka selamat. Peluang pekerjaan baru akan berkurangan.

2. Undang-undang negara tidak lagi akan dihormati kerana rakyat akan beranggapan jika kerajaan boleh membelakangkan undang-undang maka rakyat juga tidak perlu patuh kepada undang-undang. Maka jenayah akan meningkat.

Imej negara juga akan menjunam kerana terdapat negara-negara lain yang mengamalkan sistem Persekutuan seperti di Malaysia. Di antaranya adalah Australia dan Kanada. Kegagalan Kerajaan Persekutuan menghormati hubungan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Maka Kerajaan Persekutuan janganlah tergesa-gesa membuat keputusan untuk melanggar undang-undang negara. Buatlah keputusan dengan penuh kewarasan dan tidak dipacu oleh sentimen politik semata-mata. Kesannya adalah kepada seluruh negara bukan hanya kepada negeri Selangor.

Iskandar Abdul Samad
Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / ADN Chempaka
14 Oktober 2012

TERIMA KASIH PADA PAKATAN RAKYAT KERANA MEMBANGKITKAN ISU

Posted: 24 Oct 2012 05:43 PM PDT

Panas !Perbendaharaan Kekurangan Duit ? 3 Orang Bekas Menteri Kewangan Bimbang Dengan Kedudukan Kewangan Negara !!!

Cukai Rokok dan AES Cara Pantas Jana Hasil

SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati. Pengotor.

Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar, menaikkan harga semua produk sebanyak 20 sen. Ia berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober mengenai kebenaran menaikkan harga kilang rokoknya antara 26 peratus hingga 58 peratus bermula Jumaat 19 Oktober.

Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu "menceritakan" sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera.

Lazimnya, pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu.

Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat begitu? Saya hanya berani dan boleh membuat andaian. Yang terlintas dalam fikiran adalah Mohd Najib mahu membentangkan belanjawan pilihan raya yang menyenangkan semua orang dan pihak. Beliau sendiri tidak menaikkan cukai rokok sebab beliau tahu banyak pengundi adalah perokok.Tetapi, kenapa selepas 20 hari cukai rokok dinaikkan secara tidak langsung melalui kebenaran kenaikan harga oleh Kastam dan Eksais? Perokok lagi marah kerana mereka berasa tertipu. Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.

Ada dua kemungkinan. Pertama, kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui pengumuman Belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan wang untuk tahun semasa (2012).

Dan ketiga, dengan membenarkan kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar Belanjawan, kerajaan boleh memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui Belanjawan, ia hanya boleh dilaksanakan apabila Belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.

Perbendaharaan Kesuntukan Duit?

Melihatkan kenaikan pintu belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.

Saya dapat merasakan kemungkinan bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang setelah secara kebetulan, bercakap dengan tiga orang bekas Menteri Kewangan, yang semua bimbang dengan kedudukan kewangan kerajaan.Hari ini, dalam akhbar The Star tersiar surat Mohd Zakry Omar, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Awam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bertajuk "AES Cameras Smart Enough" (kepintaran kamera AES memadai" dalam ruangan surat pembaca.

Setelah melihat saman yang dikeluarkan berikutan pelaksanaan AES, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau. Sebaliknya, saya rasa sistem itu "is not smart enough" (tidak cukup pintar) apatah lagi meyakinkan.

Gambar yang disertakan hanya mempamerkan bahagian hadapan kenderaan dengan pelat nombornya sahaja. Gambar seperti itu boleh diambil di mana-mana pun. Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju). (Lihat Gambar).


Kalau inilah hasil kamera AES, saya rasa kamera digital RM500 lebih "smart" kerana boleh pamerkan banyak maklumat atas gambar.

Terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan ketidaksenangan dan keraguan umum terhadap sistem ini. Daripada apa yang saya lihat, sistem itu bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi kesilapan boleh berlaku ketika menulis saman kerana bukti bergambar seperti yang saya sebutkan di atas tidak ada atau tidak disertakan.

Tetapi, seperti lampu isyarat yang dipasang di tempat-tempat yang tidak diperlukan dan tidak dinyalakan, kemungkinan berlaku pakatan dan persekongkolan antara pembekal sistem dengan pembeli (JPJ) tidak boleh ditolak bulat-bulat.

Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan "cost effective" kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Wallahualam. ~ A Kadir Jasin

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 25 Oct 2012 11:11 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Selamat Menjalani Ibadah Korban dan Selamat Manyambut Hari Raya AIDILADHA 1433H.

Posted: 24 Oct 2012 11:39 PM PDT


Penghayatan Hari Wukuf Peringkat Negeri Kelantan.

Posted: 24 Oct 2012 11:37 PM PDT



















Tempoh 1 minggu kepada Soi Lek

Posted: 24 Oct 2012 08:20 PM PDT


200 demo bantah kebiadaban Soi Lek

Posted: 24 Oct 2012 08:20 PM PDT


200 demo bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA

Posted: 24 Oct 2012 08:19 PM PDT

 
KUALA LUMPUR: Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik.

"Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan takbir.

Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.

Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.

Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.

Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda MCA.

"Bukan itu sahaja, kami hanya dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun.

Bahkan katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar dari hari ini.

"Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau.

Himpunan yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh peserta yang hadir.

Rogol: MP DAP pertahan Tok Guru

Posted: 24 Oct 2012 08:19 PM PDT


Selepas Anthony, Guan Eng pula bela TG Nik Aziz

Posted: 24 Oct 2012 08:18 PM PDT

(Anthony Loke mempertahankan TG Nik Aziz di Dewan Rakyat)

KUALA LUMPUR: Selepas Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menepuk meja di Dewan Rakyat kerana marahkan fitnah MCA terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Setiausaha Agung DAP pula mengambil langkah yang sama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang bukan Islam dirogol satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Lim Guan Eng (gambar) dalam kenyataannya.

Semalam, Anthony Loke dalam ucapannya di Dewan Rakyat mempertikaikan kenyataan Chua Soi Lek yang bersetuju dengan Senator Heng dari MCA bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam.

"Saya rasa ini adalah kenyataan yang paling biadab dari MCA. Chua Soi Lek adalah Presiden MCA yang paling silap dalam perkara ini," kata Anthony Loke, anggota Parlimen Rasah sambil menumbuk meja.

Bagi Lim Guan Eng, MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup.

"MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.

Menurut Lim, fitnah terbaru Chua adalah bahawa kerajaan Pulau Pinang merampas peluang lebih 100,000 keluarga tempatan untuk membeli rumah di kawasan pulau akibat harga hartanah yang melambung.

Dalam tempoh setahun kenaikan harga kondominium/pangsapuri sebanyak 411%, rumah pangsa 339%, rumah kos rendah 157% dan rumah berasingan 103%.

"Ini merupakan fitnah yang tidak masuk akal kerana bagaimanalah harga kondo boleh naik sebanyak 411% dalam tempoh setahun?

"Pulau Pinang sudah tentu mengalami peningkatan harga hartanah paling tinggi di dunia apabila semua orang tahu harga hartanah paling tinggi adalah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang tinggi dari Pulau Pinang," katanya.

Kelantan juga tangguh pemasangan AES

Posted: 24 Oct 2012 08:17 PM PDT

KOTA BHARU: Bersama-sama negeri Pakatan Rakyat yang lain, Kerajaan Negeri Kelantan juga hari ini memutuskan untuk menangguhkan penggunaan sistem Penguatkuasaan Automatik AES di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata sehingga kini pihak kerajaan negeri tidak menerima sebarang maklumat dari pemegang konsesi pemasangan Kamera AES tersebut.

"Kita sehingga kini masih lagi belum menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan pemasangan Kamera AES ini dan mengikut undang-undang, pihak kerajaan negeri mempunyai hak ke atas jalanraya negeri.

"Oleh itu kita bercadang untuk menangguhkan terlebih dahulu pemasangan kamera tersebut," ujar beliau.

Takiyuddin berkata demikian selepas mesyuarat Exco hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini.

Kerajaan negeri juga ujarnya telah mengarahkan Setiusaha Kerajaan Negeri untuk memanggil pihak dari Kementerian Pengangkutan bagi memberi taklimat terlebih dahulu kepada kerajaan negeri dalam hal pemasangan kamera AES tersebut.

Beliau juga berharap pihak konsesi alatan tersebut dapat memberi taklimat terlebih dahulu kepada kerajaan negeri agar ia tidak menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat.

" Memang tidak dinafikan terdapat beberapa pilihan untuk menjaga keselamatan rakyat, namun dengan penggunaan AES ini ia boleh menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

"Kita difahamkan alat ini akan dipasang di kawasan 30km/j hingga 70km/j dan kebanyakkannya melibatkan jalan kerajaan negeri" katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak menentang pemasangan kamera AES ini tetapi ia mestilah mempunyai mekanisma terbaik terlebih dahulu dan tidak bersifat menyusahkan rakyat.

Sebelum ini, selain Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah juga membuat pendirian serupa iaitu menangguhkan dahulu pemasangan AES di negeri masing-masing sehingga satu kajian menyeluruh dibuat.

Kerajaan Kedah serah 394 lembu korban

Posted: 24 Oct 2012 08:17 PM PDT


(Menteri Besar menyampaikan replika lembu korban kepada Adun Pengkalan Kundor yang juga anggota Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk diagihkan di kawasan yang diwakilinya.)

ALOR SETAR:
Kerajaan negeri Kedah melalui anak-anak syarikatnya menyumbang 394 ekor lembu bernilai RM1.75 juta untuk dikorbankan semasa Hari raya Aidil Adha ini.

Sumbangan yang dibuat melalui wakil-wakil rakyat itu disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Razak.

Ia dibuat oleh Azizan dengan cara menyerahkan replika lembu untuk semua wakil penerima lembu korban itu.

Jasindaily Online

Posted: 25 Oct 2012 09:48 AM PDT

Jasindaily Online


Amanat Tok Guru : Teruskan Perjuangan Walau Saya Tiada

Posted: 25 Oct 2012 07:13 AM PDT

Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba. "Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam. "Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian," katanya di sini. Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut. 

 Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini. Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang. Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain. Ditanya konsep berkebajikan yang diuar-uarkan, katanya sebelum Kelantan melaksanakan dasar kebajikan, Islam sebenarnya agama berkebajikan. "Bersesuaian dengan itu kita meneruskan program dan bantuan untuk membantu rakyat. Bantuan baja padi, al-It'aam, dividen Ladang Rakyat, skim Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi program kebajikan dilaksanakan untuk manfaat rakyat," ujarnya. 

 Pada pertemuan itu beliau juga berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam apabila ketiadaannya nanti. "Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. "Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan. "Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. "Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya," katanya.

Tahniah DAP Kerana Berani Bidas MCA

Posted: 25 Oct 2012 07:11 AM PDT

Murshidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengutuskan surat ucapan penghargaan kepada DAP atas keberanian membidas MCA dalam serangan presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap beliau. Dalam satu surat yang diutuskan melalui setiausaha politik beliau Wan Nik Wan Yusoff kepada ahli parlimen Rasah Anthony Loke, dinyatakan bahawa Nik Aziz terasa terharu dan berterima kasih atas keberanian Loke membela beliau daripada tuduhan MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam. 

 "DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz. Aksi Loke bangkit mempertahankan Nik Aziz di parlimen pada Oktober 22 yang lalu menjadi perbualan hangat di sosial media. Loke menepuk-nepuk meja ketika menyelar Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai presiden "paling biadap" menyokong kenyataan yang mendakwa Nik Aziz menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam. Perkara tersebut menyebabkan mikrofon Loke dimatikan oleh speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia. Di laman Facebooknya, Loke yang memaparkan surat yang diutus daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan berkata beliau amat amat terharu atas surat yang dikirim. 

 Loke berkata surat tersebut membuktikan kemurahanhati dan kesederhanaan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun! "Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!" tambah beliau. 

 Berikut adalah tulisan Loke di Facebooknya: "Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun! Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!"

Adab Berhari Raya

Posted: 25 Oct 2012 07:08 AM PDT


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Semua Muslimin dan Muslimat 
Semoga Hari Raya yang kita sama-sama raikan akan menambah ukhuwah 
dikalangan kita semua 



1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatto' (الموطأ) أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى Maksudnya : "Bawasanya 'Abdullah bin 'Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya." Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya. 

 2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya 'Aid al-Fitri dan sebaliknya untuk 'Aid al-Adha Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا Maksudnya : "Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil." (al-Bukhari : 953) Al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : "Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut)." (Fath al-Bari : 2/446) 

 3. Bertakbir pada hari Raya Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt : وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن Maksudnya : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah : 185) Daripada al-Walid bin Muslim katanya : "Aku bertanya kepada al-Auza'ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua : "Ya, adalah 'Abdullah bin 'Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya)." 

 Sahih juga daripada 'Abdul Rahman al-Salamiy katanya : "Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki' berkata : "Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir." (Lihat Irwa' al-Ghalil : 3/122) Al-Daraqutni dan selainnya pula meriwayatkan bahawa Ibn 'Umar apabila keluar pada pagi hari Raya al-Fitri dan hari Raya al-Adha, beliau bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke tempat solat, kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan solat)."

 Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhriy katanya : "Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila Imam bertakbir, mereka juga bertakbir." (Lihat Irwa' al-Ghalil : 2/121)

 Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, 'Abdul Razak dan al-Firyabi dalam kitabnya Ahkam al-'Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi' bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : "Apakah kamu semua tidak bertakbir?" Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya. 

4. Lafaz Takbir Hari Raya  
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas'ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz : اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ لَا إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian." Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali. Al-Mahaamiliy (المحاملي) meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada Ibn Mas'ud : اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً اللهُ أكْبَرُ وَأجَلّ ، اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد Maksudnya : Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar dan yang maha agung, Allah yang maha besar dan bagi Allah segala pujian." (Irwa' al-Ghalil : 3/126) Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

 5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan : 1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua) 2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati. Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : "Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446) 

 6. Bercantik di Hari raya Daripada Jabir r.a. katanya : "Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat." (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765) Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn 'Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya. Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa seperti sabda Nabi saw : وليخرجن تَفِلات Maksudnya : "Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian (berpakaian biasa dan tidak bertabarruj)." 

 7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Daripada Jabir bin Abdillah r.'anhuma katanya : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ Maksudnya : "Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya)." (al-Bukhari : 986) Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat. ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam. v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim. 

8. Solat Hari Raya Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu 'ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz menyebut : "Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran." 

 Cara-caranya (kaifiyatnya) Solat Hari Raya. - Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw, dan tidak ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. 

 - Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-'Ala (سبح اسم ربك الأعلى) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (هل أتاك حديث الغاشية) berdasarkan hadith riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadith riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw. 

 - Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka orang-orang yang hadir solat hari raya dia boleh memilih samaada hendak hadir atau tidak pada solat Jumaat. 

Jika dia memilih untuk tidak hadir, dia hendaklah menunaikan solat Zohor. 

 - Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn 'Abbas r'anhuma : أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ 

 Maksudnya : "Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah." - Keringanan meninggalkan khutbah bagi yang mahu Daripada Abdullah bin Sa-ib (عبد الله بن السائب) katanya : "Aku menyaksikan hari raya bersama Nabi saw, apabila selesai solat (hari raya) baginda bersabda : "Sesungguhnya kami akan berkhutbah, maka sesiapa yang hendak mendengar khutbah duduklah, dan sesiapa yang hendak pergi (tidak mendengar khutbah) bolehlah dia pergi." (Irwa' al-Ghalil : 3/96) 

 Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu' : "Dan disunatkan bagi orang ramai untuk mendengar khutbah, dan bukanlah khutbah dan mendengarnya satu syarat sah solat hari raya, akan tetapi al-Syafie berkata : "Jika seseorang meninggalkan mendengar khutbah hari raya atau (khutbah) solat gerhana, atau (khutbah) solat al-Istisqa (minta hujan) atau khutbah haji atau dia bercakap ketika khutbah (yang disebut) atau dia berpaling lalu pergi meninggalkan khutbah, aku memakruhkannya dan dia tidak perlu mengulanginya." 

 - Khutbah raya dimulakan dengan memuji-muji Allah, tidak terdapat petunjuk dari Baginda saw memulakan khutbah dengan bertakbir. Al-Imam Ibn Qayyim berkata : "Ramai (ulama) telah berbeza pendapat tentang pembukaan khutbah dua hari raya dan al-Istisqa (khutbah solat al-Istisqa), sebahagian mengatakan dibuka dengan bertakbir, yang lain pula mengatakan dibuka khutbah (solat) al-Istisqa dengan beristighfar, ada juga yang mengatakan dibuka dengan kalimat pujian, berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Inilah yang benar… kerana Nabi saw membuka semua khutbah baginda dengan kalimat pujian kepada Allah."

 - Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibn Battal (ابن بطال) : "Telah sepakat para fuqaha' bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat." Yazid bin Khamir berkata, Abdullah bin Yusr (عبد الله بن يسر) 

– sahabat Rasulullahs saw – telah keluar bersama orang ramai pada hari raya fitri atau Adha, dan beliau mengingkari kelewatan Imam (dari solat hari raya) dan berkata : "Sesungguhnya kami (para sahabat) telah selesaikan (solat hari raya) pada waktu ini" ketika itu adalah waktu al-Tasbih. Yang dimaksudkan dengan waktu al-Tasbih itu ialah waktu solat sunat, setelah tamatnya waktu dilarang solat. (Sila lihat Fath al-Bari dan Sunan Abi Daud)

 9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya Daripada 'Ali bin Abi Tolib r.a. katanya : "Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki." (Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya). Kata al-Tirmizi : "Beramal dengan hadith ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (utk solat hari raya) dengan berjalan kaki." 

Kata Ibn al-Munzir : "Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu', dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan." 

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn 'Umar katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا Maksudnya : "Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan." (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah) 

 10. Wanita juga keluar menunaikan solat hari raya Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm 'Atiyyah r.'anha katanya : "Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang."

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Oct 2012 09:11 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH UMUM

Posted: 25 Oct 2012 07:43 AM PDT


Himpunan Rakyat 3 Nov 2012 SEREMBAN

Posted: 25 Oct 2012 07:43 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 25 Oct 2012 07:49 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERUTUSAN IE'DUL ADHA 1433 : KP PAS BAGAN DATOH

Posted: 25 Oct 2012 05:08 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 25 Oct 2012 07:45 AM PDT

PAS Kulaijaya


Posted: 24 Oct 2012 08:03 PM PDT

Kewajaran pemberian durian runtuh kepada peneroka.

Posted: 24 Oct 2012 07:36 PM PDT

MEMBARA

Posted: 25 Oct 2012 07:22 AM PDT

MEMBARA


Selamat Berhari Raya Qurban 1433h

Posted: 25 Oct 2012 02:09 AM PDT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan