Umno sentiasa mewar-warkan jika Umno kalah, maka tak ada siapa lagi nak perjuangkan nasib Melayu di negara ini.
Sebelum kita menjawab dakyah tersebut, eloklah kita bertanya dahulu, betulkah Umno memperjuangkan nasib Melayu. Ahh, jawabannya adalah betul tetapi hanya untuk sekerat dua Melayu sahaja. Umno merangka strategi membantu seorang dua kapitalis Melayu sahaja dan bukan untuk majoriti Melayu. Hari ini saya memberi 3 kes sahaja untuk makluman awal!!!
Umno membiarkan generasi kedua Felda yang sepatutnya berpeluang memiliki tanah 10 ekar dalam sekim Felda tetapi semua tanah tersebut di peruntukkan kepada Felda Plantion Sdn Bhd. Yang buat untung ialah Felda bukannya rakyat Melayu. Dianggarkan 80,000 orang anak generasi kedua Felda terlepas peluang ini. Di dalam ekonomi, kerajaan tidak perlu berniaga, kerana iannya akan mengambil tempat atau merampas peluang rakyat!!!!
AP kereta mewah hanya tidak sampai 80 orang sahaja yang diberi kepada rakyat negara ini. Terlalu monopoli. Usahawan baru kereta Melayu yang benar-benar menjalankan perniagaan kereta mewah, tidak langsung diberi peluang mendapat AP. Dan hanya lebih kurang 20 dari 80 orang yang mendapat AP itu, benar-benar menjalankan perniagaan kereta mewah. Yang lain hanya untung atas angin, menjual kertas kosong sahaja.
Pembekal ubat ke hospital di monopoli oleh satu syarikat sahaja, bukan kepada banyak syarikat. Kerja membekal ubat, bukanlah suatu yang memerlukan kepakaran sehingga hanya satu orang sahaja yang layak. Tanpa monopoli, akan memberi peluang kepada ramai peniaga "merasa" rezki di negara ini.
KUALA LUMPUR 18 September - Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang.
Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.
"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.
Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.
Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.
Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.
Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.
Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.
Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily
Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) akan menghantar memorandum bagi mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menambah baik sistem Pilihan Raya Kampus (PRK).
Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat.
Ia turut disertai beberapa persatuan mahasiswa termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi).
Akram berkata, pihaknya menuntut KPT melaksana enam tuntutan berkaitan PRK iaitu penetapan tarikh, mahasiswa terlibat menguruskannya, pemantauan, sistem pengundian telus, kebebasan berkempen, dan peruntukan dana kepada calon.
"Kita akan hantar memorandum untuk terus mendesak supaya KPT melaksanakan tuntutan ini. Setakat ini tiada tanda-tanda tuntutan kami akan dipenuhi walaupun PRK dijangka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi.
Kelmarin, seramai 800 pelajar yang terdiri daripada beberapa persatuan mahasiswa menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur bagi menuntut PRK yang bersih.
Perarakan bermula di kawasan Masjid Jamek kira-kira jam 2.30 petang dan berakhir di pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Penetapan tarikh PRK
Menurut Akram, tindakan KPT melengah-lengahkan PRK seolah-olah menafikan hak mahasiswa dalam memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus.
"Kebanyakan MPP di IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) sudah dibubarkan kerana habis penggal. Tetapi sehingga kini pihak yang bertanggungjawab masih belum menetapkan tarikh pilihan raya," katanya.
Beliau turut mendakwa mahasiswa tidak diberi ruang untuk menguruskan PRK, sebaliknya ia diuruskan oleh pentadbiran universiti yang penuh dengan konspirasi dan campur tangan politik kerajaan.
"Kita dapat maklumat adanya pertemuan-pertemuan sulit antara kerajaan Umno BN dengan pentadbiran universiti untuk menentukan kemenangan calon aspirasi (calon pro-kerajaan) dengan memberikan suntikan dana kepada mereka," katanya.
Lantik Suhakam, Mafrel jadi pemantau
Akram berkata, disebabkan campur tangan tersebut, pihaknya menuntut supaya PRK dipantau oleh badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Badan Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel).
Selain itu katanya, Gamis turut mencadangkan beberapa ahli akademik untuk menjadi pemantau antaranya, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya.
Menurutnya, Gamis telah menghantar surat jemputan kepada badan-badan pemantau berkenaan supaya dapat bekerjasama memastikan PRK dijalankan dengan adil dan bersih.
"Kita juga sedang menunggu lampu hijau daripada KPT supaya dibenarkan badan-badan ini membuat pemantauan," katanya.
Tuntut pengundian telus
Akram mendedahkan, beberapa IPTA mengamalkan sistem pengundian tidak telus apabila terdapat nombor siri pada kertas undi.
Tindakan itu bertujuan mengenal pasti sama ada mahasiswa menyokong pro-mahasiswa atau pro-aspirasi.
"Berlaku juga kepincangan dalam sistem undian online atau E-Voting. Melalui sistem ini kita tidak boleh membuat bantahan ataupun semakan. Kita tidak tahu apa yang berlaku dan hanya menunggu keputusan sahaja.
"Justeru itu, kita menuntut penambahbaikan dengan memberikan salinan kepada mereka yang mengundi secara online," katanya.
Mahu tempoh kempen lima hari
Gamis, menurut Akram menuntut tempoh berkempen selama lima hari waktu berkuliah berbanding tiga hari pada masa ini.
"Tempoh pilihan raya kampus diadakan selama lima hari tetapi ia dipendekkan kepada tiga hari. Justeru kita menuntut ia diadakan lima hari sesuai dengan kempen yang dijalankan," katanya.
Dana untuk semua calon
Beliau turut menuntut supaya semua calon diberikan dana untuk berkempen tidak hanya terhad kepada calon aspirasi sahaja.
"Kita tak bersetuju apabila hanya calon pro-aspirasi sahaja yang diberikan dana pilihan raya. Kalau nak bagi kena bagi semua calon sama ada mereka pro-mahasiswa ataupun pro-aspirasi," katanya. -KD
Pilihan Raya Kampus Serentak Bukti Wujud Campurtangan 'Orang Politik'
Penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan dakwaan mahasiswa wujudnya campurtangan 'orang politik' sebelum ini benar.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang berkata ini membuktikan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang dipanggil 'OPS 2020′.
Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila tarikh PRK ini akan berlangsung.
Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaleed Nordin.
Langkah ini jelas Safwan menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.
"Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang yang mengejutkan kita.
"Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa kampus berlangsung pada tarikh lain," katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.
"Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.
"Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan," katanya.
Beliau menambah, tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya mengenainya.
Semalam, hampir 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada KPT untuk melaksanakan enam tuntutan 'Deklarasi Mahasiswa'.
Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.-selangorku
Kredit gambar:wartawan foto Harakah Wan Zahari Salleh via FB Dato Tarmizi Mohd Jam
Selepas tiga penggal menjadi Adun dan 21 tahun menjadi pemimpin utama PAS Perlis, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Namun beliau telah mempersiapkan segala-galanya untuk PAS Perlis menghadapi Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang ini. Ikuti wawancara wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dengan beliau baru-baru ini.
Harakahdaily: Apa perkembangan berlaku di Perlis sekarang ini terutama dari segi persediaan hadapi pilihan raya umum ke 13?
Hashim Jasin: Pertamanya terima kasih kepada Harakahdaily yang sudi datang ke Perlis ini. Pertamanya dari segi persediaan pilihan raya terutama dari segi kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP. Sebenarnya, sejak Mei tahun lalu (2011), kita sudah selesai pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat.
Selepas itu, kita iaitu PAS telah membuat re treat dua hari satu malam yang disertai oleh wakil-wakil dari DUN dan Kawasan-kawasan sebab kita dah tahu kawasan yang kita bertanding. Ia bertujuan untuk menentukan bakalbakal calon. Dengan re treat itu kita sudah dapat cadangan dari wakil-wakil yang hadir, nama-nama yang bakal bertanding. Pihak Perhubungan khasnya Dewan Harian kemudiannya atur mereka mengikut keutamaan dan kita serahkan nama-nama itu kepada Pusat. Baru-baru ini, kesemua nama-nama yang kita hantar itu diluluskan oleh Majlis Syura.
Langkah kedua yang kita buat adalah memperkemaskan jentera melalui Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN). Kali ini pengarah dia, kita bagi orang baru, orang muda jadi pengarahnya iaitu Saudara Hasharudin dan dia susun kerja-kerjanya. Kita telah banyak belanja untuk JPN, hampir RM200,000 untuk membuat pelbagai persiapan. Ia banyak kerana Perlis ni negeri kecil sahaja.
Yang kedua, Pemuda. Juga kita banyak gerakkan parti melaluinya termasuk penubuhan PKC iaitu Pasukan Kerja Calon yang diuruskan Pemuda. PKC ditugaskan untuk membantu calon kita mendekati pengundi melalui aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat. Kita juga telah belanjakan RM107,000 untuknya kerja-kerja ini. Bukan yang PAS, Pemuda saja. Antaranya kita bagi daging, buah kurma semasa Ramadhan dan lain-lain. Ini sebenarnya banyak membantu kita untuk memasuki mana-mana kawasan di negeri ini. Ia macam pembuka jalan.
Seterusnya kita perkuatkan jentera di peringkat UPU. Ini sedang berjalan sekarang dengan tumpuan kepada cula. Dari lapan kawasan DUN kita tanding, enam sudah siap. Kita pula jalankan ikut taktik Kelantan ketika nak rampas negeri semula menjelang tahun 1990. Sekarang ini ia masih terus berjalan lagi tetapi tinggal tak banyak dah, dalam 20 peratus lagi untuk kita selesaikan.
(Ustaz Hashim mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Perlis)
Bagaimana dengan pembahagian kerusi?
Kita telah berbincang ketiga-tiga parti dan selesai pada Mei tahun lepas lagi. Ia kemudiannya ditandatangani oleh wakil ketiga-tiga parti. Saya telah wakili PAS. Kita kemudian telah hantar kepada Pusat.
Jadi Perlis antara yang awal?
Ya, saya rasa kita antara paling awallah yang selesai. Walaupun ada usaha untuk ubah, tetapi kita di Perlis sudah selesai.
Dari segi kerjasama antara PAS, PKR dan DAP di negeri ini?
Kita telah sekian lama menubuhkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat negeri. Kita telah adakan empat atau lima kali mesyuarat di mana saya adalah pengerusinya. Yang tak pernah putus mesyuarat adalah Sekretariat Pakatan Rakyat negeri yang adakan mesyuarat setiap bulan dan kadang-kadang dua kali sebulan. Ia dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS.
Bagaimana kedudukan pengundi Cina di Perlis?
Perubahannya sangat menarik di Perlis ini. Mereka sangat banyak cenderung kepada Pakatan sekarang. Misalnya di Sanglang, kawasan saya bertanding sebelum ini. Dulu masa pru 12, saya dapat 30 undi sahaja dari 800 pengundi Cina yang ada. Sekarang ini saya rasa, BN akan dapat 30 undi itu dan selebihnya calon PAS akan dapat.
Secara keseluruhannya di Perlis ini, bagaimana kecenderungan mereka?
Saya kira antara 70 - 80 peratus dari mereka menyokong Pakatan dalam pilihan raya akan datang ini. Dan yang menariknya, ini kali pertama fenomena ini berlaku di negeri ini.
Maknanya pilihan raya 2008 lalu, hal ini tidak berlaku?
Ya kali ini baru bergerak macam tu, dulu tak begitu.
Yang menarik juga Ustaz kata tadi adalah PKC. Apa makna PKC ini dan tugas mereka ustaz?
PKC ialah Pasukan Kerja Calon. Mereka ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda. Mereka dibentuk untuk membantu setiap calon kita yang akan bertanding. Merekalah barisan hadapn kita yang akan menemui masyarakat dengan memasuki kampung-kampung, berjumpa orang. Mereka membawa bersama sumbangan PAS, pemimpin PAS atau bakal calon kita kerana kita telah kenalpasti calon kita.
Maknanya semua calon PAS sudah tahu mereka adalah calon?
Ya mereka telah tahu mereka adalah calon.
Seterusnya, ada kajian yang menunjukkan perpecahan dalam Umno Perlis sekarang ini sangat ketara. Ikut kajian itu, penduduk Perlis tidak tahu isu NFC misalnya tetapi mereka tahu perpecahan dalam Umno Perlis ini. Sebenarnya setakat mana kebenaran perkara ini?
Ia memang betul berlaku. Misalnya dalam sidang DUN Perlis baru-baru ini, (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) bantai MB, bantai Exco. Saya mencelah, nampaknya Umno pecah dua. Dia (Shahidan) jawab, dok bukan dua...tiga. Baru-baru ni, saya tanya lagi...bagaimana doh jadi tiga. Dia kata lagi...dok, empat.
Dalam sidang itu juga, ADUN Mata Air, Khairy berucap. Dia kata, anak muda tidak menyokong BN. Kerana dihasut pembangkang, dia kata. Saya kata, bijak pembangkang. Ada antara mereka beritahu saya, kamu senanglah dah tau dah nak buat apa. Kami tak tau lagi. Nak buat kerja pun tidak boleh, takut saja je. Buat kerja pun takut tak lekat langsung (jadi calon). Ini dilema yang mereka hadapi berbanding dengan kita yang tidak ada masalah itu.
Tetapi perpecahan yang berlaku dalam Umno Perlis ini sejak dari dahulu lagi? Adakah darjahnya berbeza sekarang?
Ooooh berbeza, berlain. Tengoklah, dulu (Datuk Seri) Najib mai sekali je. Sekarang dah berapa kali dah Najib datang. (Tan Sri) Muhyidin pun datang . Dulu mereka buat keputusan, bagi kawasan Arau misalnya, Shahidan tentukan calon. Bahagian ini pula ketua bahagian. Tetapi sekarang tak boleh. Shahidan dah kontrol semua JKKK dengan cara dia bayar elaun JKKK selain kerajaan negeri. Dia bagi dahulu, tiada yang tertangguh. Banjir, kerajaan bagi RM300 juta sahaja tetapi Shahidan bagi RM600,000.
Selain Shahidan, siapakah lagi pemimpin yang mengawal kumpulan Umno Perlis ini?
Ada empat kumpulan, kalau berdasarkan kata Shahidan itu iaitu diketuai Shahidan, Datuk Seri Mohamad Isa Menteri Besar, adinda Tuanku Sultan Adun Pauh Syed Razlan dan Datuk Azmi Khalid, bekas menteri.
Sikap PAS Perlis dalam menghadapi perpecahan dalaman Umno ini?
Kita tidak kesah dan biarlah kepada mereka untuk selesaikannya.
(Komplek PAS Perlis yang dibina dengan harga RM1.8 juta sahaja)
Negeri Perlis ini, negeri miskin. Kalau federal tidak sokong, boleh ke negeri ini hendak bayar gaji pegawai dia apatah lagi membuat pembangunan. Apa komen ustaz?
Hal ini juga berbangkit dalam Dewan Undangan Negeri. Saya kata senang je, pendapatan kerajaan negeri dalam RM120 juta saja. Bagaimana nak hidup. Saya jawab, komplek PAS Perlis, orang nilai RM6 ke RM7 juta. Dengan tanah, tar dan segalanya. Barang yang orang bagi pun kami kira duit. Jumlahnya kami buat RM1.8 juta. Semua orang tidak percaya. Sampai Menteri Dalam Negeri Singapura yang datang ke sini pun tidak percaya. Kita boleh buat.
Jadi Umno, dengan RM200 juta pun tidak cukup, kita yakin dengan RM100 juta tu cukup untuk mentadbir negeri. Kita yakin, pintu rezeki Allah akan buka.
Perlis juga menarik kepada orang luar dengan pelancongannya. Ramai yang datang untuk melancong. Dasar PAS dengan pelancongan ini macamana?
Memang ramai orang luar datang ke Perlis kerana pelancongan. Namun sekarang ini, banyak yang terbengkalai. Kalau kita buat pelancongan ilmu dan perubatan alternatif di Perlis ini akan mendapat sambutan baik. Maknanya, kita akan majukan lagi pelancongannya. Kita juga suka kerana dari segi negatif pelancongan di Perlis ini masih terkawallah.
Akhir sekali apa harapan Ustaz dalam pilihan raya akan datang ini?
Pertama saya nak maklumlah, dalam pilihan raya akan datang ini saya tidak bertanding dah. Ini Ustaz Hadi (Presiden PAS) tahu dah. Saya dah cari ganti saya dan dah ada dah (untuk DUN Sanglang) dan ada dalam Dewan Harian. Saya pun dah tolong perkenal dia.
Kita telah gariskan kabinet bayangan. Kalau diizinkan kita kemenangan kita dah sedia. Kita juga yakin, kalau menang, saya yakin bahawa PAS mesti menguasai kerajaan dalam bentuk apa aktivitipun. Parti yang menguasai kerajaan. -Hrkh
Iran menaikkan ganjaran AS3.3 juta (RM10 juta) kepada mana-mana individu yang dapat memenggal kepala penulis murtad, Salman Rushdie atas penghinaannya terhadap Nabi Muhammad SAW, melalui penulisan bukunya berjudul The Satanic Verses pada tahun 1988.
Pengumuman itu dilakukan Pengurus Yayasan Khordad 15, Ayatullah Sheikh Hassan Sane'ei dalam satu kenyataan sebagai susulan protes di seluruh dunia terhadap produksi film menghina Nabi Muhammad SAW yang telah berlanjutan pada hari kelima.
"Hari ini adalah masa paling sesuai untuk menjalankan pemburuan kepala Rushdie.Kami tidak memberi ruang terhadap sebarang konspirasi anti-Islam yang dilakukan oleh rejim Zionis dan ini adalah waktu terbaik untuk melakukan jihad", katanya.
Pada Februari 1989 bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khomeini telah mengeluarkan perintah agama dengan menuntut kematian ke atas novelis berdarah Inggeris-India itu.
Ketika itu, beliau menawarkan ganjaran AS$500,000 (RM1.5 juta) kepada mana-mana individu yang berjaya membunuh novelis tersebut.
P/S- Berapa juta agaknya untuk kepala penghina Islam terbaru??? -sumber
Tahniah kepada Pengajur ...memperkenalkan konsep kayuhan amal bewarna kekuningan sama dengan warna bersih..kemungkinan penganjur pun dari ahli pakatan rakyat..tahniah..
Gambar di atas adalah satu penghinaan yang tiada taranya bukan sahaja ke atas TG Nik Abdul Aziz, tetapi juga ke atas sunnah Rasulullah.
Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir?
Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan. Ia adalah perkara basic di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama sendiri.
Hadith:Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (HR. Muslim)
Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan.
Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China.
Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.
Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.
"Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.
"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.
Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.
Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.
"Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.
"Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu," katanya.
Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.
"Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai," katanya lagi. -sumber
Pekan, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi.
Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya.
Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius.
Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini.
Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit.
"Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah memberikan petunjuk kepada pihak terbabit. Pihak polis juga diharap dapat bertindak secara adil menyiasat kes ini", katanya.
Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu.
Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian saudara seperti ini.
Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudian terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat.
Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini]. -PDO
Kita nak mengingatkan Ketua Wanita Lembu Umno, Shahrizat Jalil supaya tidak mencampuri dasar Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Ini kerana Umno BN hanya mampu merancang tetapi gagal melaksanakan agenda wanita termasuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan..
Berapa ramaikah wanita yang dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen di kalangan BN? Malah Umno BN juga gagal meletakkan 30 peratus wanita untuk menjadi Ahli Parlimen.
Menteri Wanita Lembu pun diletakkan di bawah PM Najib Razak. Tidak adakah lembu lembu wanita dalam BN yang layak untuk memangku jawatan itu?
Kita mengulas kenyataan Shahrizat kononnya pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu sebagai ketinggalan zaman.
Shahrizat mendakwa semua yang ingin diperjuangkan Pakatan Rakyat sudah dilakukan BN sejak merdeka lagi.
Kita juga mencabar bekas Menteri Pembangunan Lembu Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyenaraikan kejayaan mengangkat martabat wanita di bawah pemerintahan Umno BN.
Tidak ada pencapaian yang dilakukan oleh mereka! Cuma perancangan tetapi implementasinya gagal. Setiap perancangan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan..
Dalam memperjuangkan wanita, Pakatan Rakyat lebih ke depan termasuk meletakkkan lebih ramai calon sebagai Ahli PArlimen.Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memberi lebih peranan kepada golongan itu untuk menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Di Selangor, kita mempunyai hampir 40 peratus bilangan wanita dalam barisan exco dan juga sebagai Adun. Ia melebihi indeks yang disasarkan BN..
Indeks Global Jurang Gender menunjukkan wanita Malaysia menduduki tangga paling bawah jika dibandingkan dengan negara-negara Asean lain membuktikan Umno BN mendiskriminasikan wanita.
Dalam Indeks Global Jurang Gender sedunia 2012, Malaysia di tangga 97 daripada 135 negara, lebih rendah dari Filipina di tangga 28, Afrika Selatan, (14), Cuba (20), Mozambik (26), Argentina (28), Sri Lanka (31), Kazakhtan (49), Thailand (60), Bangladesh (69), Brunei (76), Indonesia (90).
Wanita perlu diletakkan setaraf dengan kemampuan mereka dalam menyumbang secara signifikan kepada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia.Dalam hal-hal tertentu, wanita patut diberi peluang untuk membuat keputusan tanpa diskriminasi. Sebab itu kalau berjaya memerintah, Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan 40 peratus wanita sebagai menteri penuh..
penyapu sial
betina sial tak sedar diri....diri bergelumang dengan najis lembu...ada hati nak sibuk hal orang lain...x malu....!!!
dah lah kutuk...rupanya tak ada konek....dulu kutuk pasal angan angan 16 september anwar sampai bawa lari 49 ahli parlimen ke taiwan...kini copy paste idea PR....betul 2 muka tak malu .maruah celah buntut ,haramjadah dan pukimak bangsa UMNO ini...!!!
Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).
Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.
Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.
Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.
Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan.
Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut.
“Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri,” dedah Chegu Bard dalam kenyataannya.
“Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen,” kata beliau lagi.
“Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka.
“Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan,” tegas Chegu Bard.
Gambar: Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki.
Berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah Termerloh , Pahang terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.
Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.
Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.
Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.
“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.
Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.
“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.
Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.
Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.
“Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.
Tinjauan kelmarin turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.
Di imaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.
Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.
“Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.
“Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti,” katanya. -SH
penyapu sial
Itu namanya Janji Ditepati.Tapi kualiti belum jamin dipercayai.kroni pukimak di sayangi....janji musibat masyuukkkk di utamakan....!!!
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu membalas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang.
Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.
"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.
Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.
Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.
Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.
Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.
Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.
Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily
Tee Hui Yi yang berjaya dalam dua pembedahan transplan jantung meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pada Selasa. Mendiang berusia 19 tahun.
Tee dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pukul 10 pagi namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia setengah jam selepas tiba di hospital.
Ayah Tee, Ah Soon, 57, berkata doctor tidak memaklumkan punca sebenar kematian anaknya kepada pihak keluarga.
"Dia sihat sebelum ini namun dia mengadu sakit badan malam tadi. Tee muntah beberapa kali (pada waktu pagi) sebelum badannya lemah dan dia tidak bergerak," kata Ah Soo sambil menambah dia cuba menyembuhkan semula tetapi tidak dapat mengubah apa-apa.
Tee terpaksa berhenti sekolah ketika di menuntut di Darjah Empat selepas tahap kesihatannya merosot. Dia terpaksa menggunakan jantung mekanikal ketika menunggu pembedahan transplan jantung.
Dia telah menjalani pembedahan transplan jantung pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 4 Oktober, 2007 namun badannya tidak dapat berfungsi dengan baik dengan organ berkenaan.
Hui Yee menjalani satu lagi pembedahan transplan jantung kali kedua keesokan harinya. Dia telah dibenatkan keluar daripada IJN pada 22 Disember selepas 15 bulan berada di hospital. Mayat Tee kini berada di rumah mayat Cina Jalan Fatimah di sini untung diberi penghormatan terakhir dan majlis pengkebumian akan berlangsung Khamis ini.
Riyadh: Kementerian Buruh Arab Saudi mengarahkan sekurang-kurangnya
Kira-kira 100 kedai pakaian dalam di Riyadh, Arab Saudi diarah ditutup kerana mengambil pekerja lelaki.
Pegawai kementerian Buruh negara itu berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan keadaan lebih selamat bagi wanita yang bekerja.
Pada awal tahun ini, kementerian berkenaan melarang jurujual lelaki bekerja di kedai pakaian dalam wanita diikuti perintah bahawa hanya wanita boleh menjual alat kosmetik di kedai mekap.
Pada Jun 2011, pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah mengumumkan peraturan bahawa hanya wanita tempatan boleh bekerja di kedai pakaian.
Ia bertujuan mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan wanita Arab Saudi yang dianggarkan 30 peratus.
Pihak berkuasa Arab Saudi melarang pergaulan di kalangan wanita dan lelaki bukan muhrim yang dianggap antara faktor menyebabkan ramai wanita tidak diambil bekerja di banyak sektor.
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 18 September: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sebagai penentu survival politik bangsa Melayu kerana beliau sangat takut kehilangan kuasanya sebagai Perdana Menteri.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Najib itu bertujuan menimbulkan ketakutan kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa apabila Umno BN tewas dalam pilihan raya nanti."Umno sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu.
Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain. "Apabila perkara ini terjadi, Umno BN berharap orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong mereka kononnya disebabkan survival Melayu," katanya pada sidang media di pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Kelmarin, pada majlis penutup Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan, Najib berkata, PRU 13 bukan sebarang pilihan raya, kerana ia penentu survival bangsa Melayu.
Presiden Umno itu berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam Barisan Nasional (BN) yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, Najib hanya berselindung di sebalik survival Melayu bagi memastikan rejim Umno BN kekal berkuasa.
Katanya, selama 55 tahun Umno BN memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini.
"Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah.
"Ini disebabkan Melayu tidak pernah mengubah pemerintahan. Sebaliknya yang senang lenang adalah pemimpin dan juga kroni Umno," katanya.
Justeru beliau berharap, rakyat tidak terpedaya dengan penipuan halus Umno BN dan bersedia memerdekakan diri daripada rejim yang kini semakin tenat. ~kd
Addin:
Najib betul-betul takut kalah pilihanraya, jelas kelihatan dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Umno Pekan. Jikalau kalah pasti tembelang pemompin Umno BN bakal pecah..
Sudahlah gambar edit, gambar terang-terang menipu pembaca NST tetapi masih belum dipadam sehingga ke hari ini. Tinjaun mendapati gambar tersebut masih belum di padam setakat ini...
Yang peliknya.. adakah NST tak perasan yang pembaca sudah tahu yang mereka penipu.. edit gambar Najib untuk menampakkan audien ramai.
Tetapi di zaman ICT nih agak mustahil mereka tidak tahu.. Namun sebelum NST padam gambar edit nih, ko orang boleh layarinya di sini dan di sini.
KUALA LUMPUR 18 September - Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang.
Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.
"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.
Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.
Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.
Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.
Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.
Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.
Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique
Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China. Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.
Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.
"Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.
"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.
Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.
Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.
"Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.
"Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu," katanya.
Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.
"Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai," katanya lagi. ~mp
KUALA LUMPUR 18 September: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendedahkan senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran terhadap proses semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang diragui dalam usaha menyelesaikan masalah daftar pemilih.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, keengganan SPR berbuat demikian menunjukkan badan itu tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana masih belum mendedahkan senarai daftar pemilih.
Oleh itu, beliau mengingatkan SPR supaya berhenti menuduh Kerajaan Selangor enggan bekerjasama menyelesaikan isu daftar pemilih.
"Jangan hanya tahu tuduh kerajaan negeri, persoalan pokoknya kenapa SPR tidak dedahkan nama-nama tersebut.
"Apa yang penting SPR kena dedahkan untuk memudahkan kami membuat semakan supaya tidak timbul nama bertindih dan sebagainya. Takkan SPR mahu dedah nama dua minggu sebelum pilihan raya?," katanya ketika dihubungi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa kononnya Kerajaan Selangor tidak pernah membuat aduan dan menunjukkan hasil siasatan mereka berhubung senarai nama pengundi baru yang meragukan kepada badan itu.
Selangor bantu SPR
Borhan menjelaskan, proses pendemokrasian oleh kerajaan Selangor belum lagi selesai sepenuhnya, jadi tidak perlu SPR menuduh melulu kerana pihaknya akan membuat aduan sebaik kerja-kerja tersebut selesai.
"Apa yang dibuat oleh Kerajaan Selangor adalah proses pendemokrasian untuk bantu SPR berhubung pengundi baru yang meragukan dan nama pengundi bertindih.
"Sekarang ini kita masih dalam pengumpulan, prosesnya belum siap 100 peratus lagi. Tujuan kita adalah untuk dapatkan data terlebih dulu bagi proses pengasingan. Kalau semuanya selesai, baru kita ada bukti untuk lapor kepada SPR," jelas beliau.
Borhan berkata, walaupun senarai daftar pemilih akan disemak mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun SPR tidak boleh menafikan kewujudan pengundi hantu.
"Pengundi hantu banyak takrifannya, kalau dulu orang yang sudah mati tapi ada orang lain tolong mengundi bagi pihaknya dipanggil pengundi hantu, tapi jika seseorang itu mengundi dua kali juga dipanggil pengundi hantu.
"SPR tolonglah jadi badan berkecuali, dan pastikan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-13 ini dibuat dengan bebas dan telus," ujarnya.
Peningkatan mendadak di Selangor
Kerajaan Selangor sebelum ini mendedahkan, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008.
Berikutan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN melancarkan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 di seluruh negara bermula Mei lalu.
Sismep merupakan sistem yang direka dan berfungsi mengesan pengundi hantu melalui perbezaan senarai pengundi yang berdaftar dan kawasan mengundi dari tahun 2004 hingga 2011.
Sistem itu terbukti berkesan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.
Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 Kerajaan Selangor menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar (6,049), Hulu Selangor (15,481), Tanjong Karang (4,307), Kuala Selangor (10,083), Selayang (16,189), Gombak (15,467), Ampang (9,467), Pandan (13,175), Hulu Langat (23,334), Serdang (23,748), Puchong (19,772), Kelana Jaya (13,714).
Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara (5,603), Subang (27,765), Shah Alam (15,417), Kapar (21,606), Klang (11,702), Kota Raja (22,256), Kuala Langat (17,172) dan Sepang (14,627). ~kd
Sheikh Raed Salah. Nama yang paling digeruni rejim Israel. Aktivis dan ahli politik Palestin ini pernah menjadikan dirinya sebagai perisai manusia untuk menghalang orang Yahudi memasuki dan mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa.
Beliau juga pernah dipenjarakan dua tahun oleh Israel kerana keberaniannya berjuang mempertahan tanah air.
Sheikh Raed yang berada di Malaysia sejak 4 September lalu, menceritakan situasi sebenar dan penderitaan luar biasa orang Palestin yang bermula sejak 1948, selepas penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin.
Ikuti sesi soal jawab bersama tokoh hebat ini ketika majlis ramah mesra yang dianjurkan pertubuhan Aman Palestin di Shah Alam, awal bulan ini.
Bagaimana keadaan di Palestin dulu dan sekarang?
Sejak 1940-an, Israel memusnahkan 1,200 masjid dan tempat bersejarah Islam. Kini, hanya 50 masjid masih ada di Tebing Barat. Tetapi Israel mengubah masjid tersebut menjadi kedai arak, pub dan kandang haiwan.
Ada juga yang dijadikan tempat tari menari, synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan muzium yang diletakkan patung Yahudi.
Mereka mencabuli kesucian masjid kita! Selain itu, Israel membongkar kubur orang Islam, membuang tulang ke dalam laut kemudian mendirikan rumah serta jalan raya.
Di Tel Aviv, ada taman dan hotel yang cantik, semuanya dibina di atas kubur orang Islam. Kalau ini bukan kezaliman, maka apa lagi? Baru-baru ini kami membuat demonstrasi selepas
Universiti Tel Aviv mengumumkan akan membina bangunan tambahan di atas kubur orang Islam. Saya tanya kepada mereka, tamadun apa yang benarkan kita aniaya orang mati?
Berapa banyak tanah yang masih dimiliki orang Palestin?
Kini, hanya tiga peratus tanah Palestin dimiliki orang Islam, selebihnya dirampas Yahudi dengan bantuan Britain (yang menjajah Palestin sebelum 1948). Ribuan orang Islam Palestin hidup di antara langit dan bumi.
Israel mencabut pokok zaitun kami, dan gunakan pesawat untuk bakar kebun kami. Kalau anda nak tahu, ada sebuah kampung di Naqab, Tebing Barat, yang telah dihancurkan 40 kali oleh Yahudi. Setiap kali dimusnahkan, kami bina semula.
Itulah pendirian orang Palestin, kami tidak akan menyerah kalah.
Bagaimana keadaan Masjid Al-Aqsa sekarang?
Sejak akhir kurun ke-18 lagi, (Perdana Menteri pertama Israel) David Ben Gurion berkata, tiada nilai bagi Israel tanpa Baitulmaqdis, dan tiada nilai bagi Baitulmaqdis tanpa Masjid Al-Aqsa.
Kini Israel mahu umumkan pembahagian Al-Aqsa, satu kepada Palestin, satu kepada Yahudi. Apabila mereka dapat bahagian mereka dengan sokongan dunia antarabangsa, mereka akan runtuhkan Al-Aqsa.
Saya mahu sampaikan tiga mesej penting kepada orang Islam seluruh dunia mengenai Al-Aqsa:
i. Isu Al-Aqsa adalah isu al-Quran. Jika kita baca al-Quran, kita tahu Al-Aqsa perlu dipertahankan.
ii. Isu ini bukan hanya milik Palestin, tetapi semua orang Islam. Tentu kita tidak benarkan orang menceroboh masuk rumah kita, jadi begitulah kita perlu pertahan Al-Aqsa.
iii. Kita tahu Israel ada semua kekuatan tetapi mereka akan kalah. Sejarah menunjukkan setiap penjajahan ke atas Al-Aqsa gagal. Yang kekal adalah orang Palestin, pemilik sebenar tanah itu.
Israel memberitahu dunia Masjid Al-Aqsa dibina di atas tapak kuil paling suci ajaran Yahudi. Apa pendapat anda?
Mengenai dakwaan itu, Israel sendiri telah mengorek terowong selama 40 tahun untuk buktikan kewujudan kuil itu yang kononnya berada di tapak Al-Aqsa, tetapi sampai sekarang mereka tidak temui sebarang bukti.
Ya, cita-cita akhir mereka adalah untuk membina kuil itu (dianggap tempat beribadat paling suci dalam ajaran Yahudi) selepas meruntuhkan Al-Aqsa. Matlamat ini tidak pernah berubah.
Apabila wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pergi melawat Al-Aqsa, Unesco melaporkan Israel menggali jaringan terowong di bawah Al-Aqsa menggunakan bahan kimia. Tujuan utama adalah untuk runtuhkan Al-Aqsa.
Anda pernah ditahan di penjara Israel. Boleh kongsi pengalaman?
Pada masa ini, Israel sedang penjarakan lebih 500,000 orang Palestin. Ada yang syahid semasa dalam tahanan, ada yang mati ketika disiasat atau akibat sakit. Ada wanita hamil ditahan sehingga melahirkan anak di dalam penjara.
Kanak-kanak yang umurnya kurang 10 tahun juga dipenjarakan. Mana ada penjara di dunia yang menahan kanak-kanak? Hanya Israel yang buat begitu.
Lelaki yang dipenjarakan seumur hidup tidak mungkin dapat berjumpa keluarganya. Mereka hanya akan jumpa anak mereka, apabila anak itu juga dipenjarakan kerana menentang kezaliman Israel.
Revolusi dunia Arab tahun lalu, apa kesannya kepada Palestin?
Apabila orang Arab mendapat pemerintahan yang sah, dipilih oleh rakyat sendiri, ia akan membantu membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.
Israel sebolehnya mahu semua diktator ini kekal di bumi Arab supaya mereka boleh mengawal orang Arab daripada memberi bantuan kepada Palestin.
Tetapi kini rakyat Arab telah bebas, dan mereka ini akan mainkan peranan membantu Palestin. Pembebasan Kaherah dan Damsyik adalah jalan kepada pembebasan Palestin.
Bagaimana layanan kerajaan Mesir terhadap Palestin sekarang?
Mohamed Morsi adalah presiden pertama dipilih rakyat dalam sejarah Mesir. Beliau berdepan banyak masalah besar, seperti kemiskinan, pengangguran dan tekanan daripada tentera.
Morsi juga terpaksa berdepan dengan perjanjian lalu yang ditandatangani presiden sebelum ini. Saya percaya beliau boleh lakukan perubahan bukan saja untuk Mesir tetapi dunia Arab kerana dia mempunyai akhlak yang baik serta bijaksana.
Ini tentu sekali akan memberi kesan positif kepada Palestin, terutama wilayah Gaza. Namun buat masa ini, kita perlu beri peluang kepada beliau untuk menyelesaikan lebih banyak masalah besar di negaranya sendiri.
Pendapat mengenai peranan dunia Islam dalam membantu Palestin.
Saya banyak kali ke ibu pejabat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan cerita mengenai keadaan Palestin, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa. Memang OIC mahu menolong dan janji akan tunai kewajipan untuk bantu Al-Aqsa.
Cuma masalahnya, kita belum sampai tahap kesatuan Islam secara rasmi. Semua orang Islam cintakan Al-Aqsa dan mahu bantu, tetapi tiada dasar politik tetap di peringkat antarabangsa dalam kalangan negara Islam untuk sokong isu Palestin.
Tidakkah penyatuan orang Palestin sendiri menjadi kunci kepada penyelesaian konflik ini?
Ya, semua rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis, termasuk Al-Aqsa, menjadi ibu negara. Tetapi Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah berikan kesan buruk kepada rakyat Palestin.
Mereka ingin gagalkan penyatuan Hamas dan Fatah (dua kumpulan Islam utama di Gaza dan Tebing Barat). Israel beri kata dua kepada Fatah, "sama ada kamu buat perjanjian dengan Hamas, atau kita hentikan perjanjian damai".
AS dan Eropah pula kata "kamu berdamai dengan Hamas, kami hentikan bantuan". Ini meletakkan kami dalam keadaan sukar. Apa yang pasti, penyatuan rakyat Palestin hanya akan tercapai apabila Fatah berani menolak tekanan Israel dan AS.
Nasihat anda kepada orang Malaysia.
Saya merasa tenang dan timbul perasaan harapan apabila tiba di Malaysia. Saya mahu kejayaan Malaysia dibawa kepada negara Islam lain dan dijadikan contoh.
Hanya penyatuan umat Islam dapat memberi kekuatan kepada Palestin. Berpeganglah kepada tali ALLAH SWT dan jangan berpecah-belah.
Apabila kita berpecah-belah, kehebatan umat Islam akan hilang dan agenda Zionis akan berleluasa di negara Islam. ~sinarharian
Lelaki berusia 38 tahun ini ada satu sifat dalam dirinya yang bukan sekadar kelakar tetapi pelik sebenarnya.Sesiapa sahaja yang menyebut perkataan JKK di hadapannya, ia akan diikuti oleh bunyi yang pelik.
Kalau sebut jawatankuasa kampung ke apa tidak ada respon, tapi kalau sebut JKK, pasti ada bunyi pelik yang keluar dari mulutnya.
Lelaki berkenaan ada memberikan penjelasan mengapa ia berlaku kepada Ustaz Azhar Idrus dalam klip di bawah.
Namun, penulis rasa penjelasan itu belum lengkap. Mungkin ada penjelasan dari segi perubatan kenapa lelaki ini yang dikenali sebagai JKK bertindak demikian.
Suatu yang pasti lelaki itu melatah, cuma tak perlu sentuh tapi sebut aje JKK dia dah melatah. Apa pun, tindak-balas lelaki itu nampaknya spontan dan mampu membuat sesiapa sahaja ketawa. ~metro
CALIFORNIA - Keluarga pengarah filem anti-Islam telah meninggalkan rumah mereka di California pada tengah malam semalam.
Jurucakap Polis Los Angeles berkata ahli kerluarga Nakoula Basseley Nakoula telah meninggalkan rumah mereka sekitar pukul 3.45 pagi Isnin (17/9/2012).
Balai Polis setempat telah memberikan mereka tumpangan sementara kepada mereka setelah mereka berkumpul dengan Nakoula sebelum dibawa ke lokasi yang dirahsiakan.
Nakoula berpakaian yang menutupi penampilannya ketika meninggalkan rumahnya akhir minggu lalu.
Pihak berkuasa telah mengesahkan Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab di sebalik filem "Innocence of Muslims", sebuah filem yang merendahkan agama Islam dan menghina Rasulullah yang menimbulkan kemarahan kaum Muslimin di seluruh dunia.
Kemarahan kaum Muslimin di Libya yang ditunjukkan melalui aksi tunjuk perasaan di pejabat Kedutaan AS di Benghazi, berakhir dengan terbunuhnya Duta Besar AS di Libya.
Negara-negara kaum Muslimin yang lain juga menunjukkan aksi tunjuk perasaan di pejabat Kedutaan AS di negara mereka untuk menunjukkan bahwa mereka tidak menerima penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
PEKAN, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi. Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya.
Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
(Gambar) Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan.
Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini.
Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit.
"Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah memberikan petunjuk kepada pihak terbabit. Pihak polis juga diharap dapat bertindak secara adil menyiasat kes ini", katanya. ~pdo
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bangunan DAP disimbah cat.. Gerakan pula dakwa bangunannya disimbah AIR KOPI..
Suatu masa dulu Mahathir pernah berkata kini hanya tinggal orang-orang yang bodoh bersama UMNO kerana yang cerdik pandai menyertai PAS/Pakatan Rakyat.
Dan ada orang yang berkata, jika kita berkawan dengan orang-orang yang bijak dan pandai sedikit sebanyak kita juga akan terpengaruh menjadi bijak begitulah juga sebaliknya..
Oleh kerana telah menjadi sahabat kepada sebuah parti yang dipenuhi oleh orang-orang bodoh, GERAKAN yang sudah berpuluh tahun menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional, ahli-ahlinya kini turut dilanda sindrom 'bodoh' yang di bawa oleh UMNO.
Setelah tiga bangunan DAP menjadi mangsa disimbah dengan cat merah oleh puak yang tidak bertamaddun, untuk mengelakkan dari Barisan Nasional Pulau Pinang terus menjadi pihak yang dipersalahkan GERAKAN juga mendakwa turut menjadi mangsa vandalisma seperti itu.
Tetapi apa yang menimpa GERAKAN adalah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan vandalisma yang dilakukan terhadap bangunan milik DAP.
Dimana menurut Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini dibaling beberapa BIJI TELUR dan disimbah AIR KOPI awal pagi tadi.
Ha..ha..ha.. korang percaya ke apa kata Teng Hock Nan tu?
Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.
Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa?
Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.
Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.
Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.
Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.
Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang lain.
Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali merasai terbang dengan jet peribadi?- MSO
Segerakan P/Raya Kerana Kami Telah Jemu Menunggu...
SDR PENGARANG, AKHBAR The Star pada edisi 4 September telah memaparkan satu berita muka depan yang sangat menarik iaitu mengenai kalendar pilihan raya umum akan datang dengan mengemukakan beberapa tarikh yang difikirkan paling sesuai untuk diadakan.
Maka antara lain, tarikh yang difikirkan sesuai itu ialah pada 3, 5, 11, 14, 23 atau 25 November.
Setiap tarikh berkenaan mempunyai beberapa sebab tertentu kenapa ia dipilih dan dikatakan sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.
Dan bulan November dipilih atas beberapa sebab. Pertama ia adalah satu-satunya bulan yang masih tinggal pada tahun ini yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.
Bulan ini adalah bulan pembentangan bajet. Bulan depan (Okt) adalah bulan orang Islam mengerjakan haji.
Bulan Disember adalah yang paling tidak sesuai kerana musim tengkujuh tiba dan ini memberi masalah kepada persediaan logistik dan juga persediaan untuk mengadakan satu pilihan raya umum.
Maknanya, jika tidak diadakan pada tahun ini, maka kita semua terpaksa melupakan pilihan raya umum sehinggalah menjelang tahun hadapan.
Tahun hadapan pula, kerajaan yang ada sekarang hanya sah berkuasa secara teknikalnya sehingga 28 April kerana menjelang tarikh itu, genaplah lima tahun pemerintahannya - iaitu suatu tempoh maksimum sesuatu kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat untuk berkuasa dan memerintah.
Selepas tarikh itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum.
Ini bermakna, paling maksimum pun pilihan raya perlu diadakan menjelang Jun 2013.
Namun begitu, ini belum lagi lah pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara kita.
Tahun hadapan dengan ekonomi global dijangka menjadi lebih tidak menentu, apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia mengambil risiko tersebut.
Bagi saya, jalan yang paling selamat ialah adakan pilihan raya tahun ini.
Dan sepertimana akhbar The Star, saya sebagai rakyat jelata juga mahukan perihal pilihan raya ini diselesaikan dengan segera tanpa tangguh-tangguh lagi iaitu menjelang bulan November nanti.
Satu-satunya penghalang ialah peperiksaan SPM dan STPM yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 19 November depan.
Bagaimanapun sejarah telah pun membuktikan bahawa pilihan raya pernah dilangsungkan pada musim peperiksaan berkenaan iaitu pada tahun 1999. Jadi segerakanlah pilihan raya umum kerana kami telah jemu menunggu...
Sebagai warga Malaysia yang beragama Islam, saya menganggap Majlis Fatwa dalam sebuah negara Islam adalah sangat penting, berperanan menjelaskan hukum-hakam Allah SWT tentang permasalahan masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya, serta menjelaskan penyelesaiannya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Ia bagi menghindarkan sebarang kekeliruan dan salah faham yang boleh mengakibatkan perselisihan dan pertikaian pendapat di antara sesama mereka yang sangat buruk kesannya.
Tetapi, dengan terus-terang, dan terlebih dahulu memohon maaf sebanyak-banyaknya, saya terkejut dan kecewa membaca berita fatwa mengharamkan demonstrasi Bersih 3.0, yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.
Setiap warga, bahkan kebanyakan masyarakat antarabangsa, mengetahui bahawa siri demonstrasi Bersih semata-mata menuntut supaya kerajaan Malaysia tidak mencabuli atau memperkosa hak mereka yang sah, sama ada mengikut Perlembagaan atau pun mengikut ajaran Islam.
Jika hak untuk memilih pemimpin yang mereka percayai tidak dihalang dengan pelbagai macam cara yang keji dan zalim, mereka tidak akan keluar bersusah payah berdemonstrasi dan memikul risiko berdepan keganasan polis, yang disalahguna kerajaan.
Semua mengetahui tuntutan lapan perkara mereka:
1. Pembersihan senarai pengundi berdaftar. 2. Mereformasi undi pos. 3. Penggunaan dakwat kekal. 4. Tempoh berkempen minimum 21 hari. 5. Akses media yang bebas dan adil. 6. Pengukuhan institusi awam. 7. Hentikan rasuah. 8. Hentikan politik kotor.
Dalam Bersih 3.0 terdapat tiga tuntutan tambahan:
1. Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meletak jawatan, terutama sekali atas kegagalannya melaksanakan tanggungjawab dan telah kehilangan kepercayaan umum. 2. Proses pilihan raya mesti dibersihkan sebelum PRU13. 3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk meneliti proses PRU13.
Tidak satu pun daripada perkara yang mereka tuntut itu yang bukan hak mereka sebagai warganegara, dan ia diakui Perlembagaan dan agama. Semua itu bukan hanya tuntutan peserta siri demonstrasi tetapi juga tuntutan seluruh rakyat. Hanya orang yang buta hati yang tidak mahu memahaminya.
1. Memasukkan orang yang tidak berhak mengundi, seperti orang mati, tidak wujud dan warga asing yang diberi Mykad sebagai pengundi adalah perbuatan khianat yang membahayakan keselamatan negara dan bangsa, yang jelas dilarang agama.
Perbuatan tersebut, selain membahayakan, juga merupakan perbuatan merompak atau merampas hak setiap warga Malaysia untuk menentukan nasib dan memilih orang yang dipercayai bagi mewakili mereka, sama ada di Parlimen atau di Dun.
Wakil rakyat yang terpilih dengan cara penipuan itu jelas terpilih secara haram. Maka seluruh gaji dan elaun juga hukumnya haram. Apa yang dimakan oleh mereka dan anak isteri adalah daripada hasil haram.
Orang yang terpilih secara haram itu tidak boleh dianggap wakil rakyat Malaysia, tetapi adalah wakil pendatang asing. Dengan memaksakan rakyat menerima senarai pengundi yang penuh dengan warga asing, bererti kerajaan Umno dan talibarutnya ingin memaksakan ke atas seluruh rakyat Malaysia menerima kerajaan haram yang dianggotai menteri-menteri yang bukan terdiri daripada wakil-wakil pilihan rakyat yang sah. Ia penjajahan versi baru, rekaan Umno-Bn.
2. Mengenai undi pos, semua mengetahui bahawa selama puluhan tahun ia dimanipulasi untuk memenangkan calon Umno-Bn. Tidak sedikit calon Umno-Bn yang menang dengan sebab undi pos. Pertambahan undi pos yang terlalu besar dan menjolok mata menunjukkan ketidakwajaran(baca: kezaliman) yang tidak boleh diterima.
3.Tuntutan menggunakan dakwat kekal kerana kewujudan pemilih yang mengundi lebih daripada satu kali.
4.Tempoh berkempen yang dituntut adalah wajar, kerana kebanyakan negara, seperti India, Indonesia, Thailand dan lain-lain menetapkan tempoh berkempen yang lebih lama. Tempoh berkempen yang ditetapkan kerajaan terlalu singkat dan zalim. Umno-BN dari sekarang sudah mulai berkempen melalui media arus perdana, yang sebenarnya milik semua rakyat, sedangkan partai pembangkang tidak diberi kesempatan sama sekali.
5.Justeru, tuntutan akses media yang bebas dan adil bagi media arus perdana merupakan tuntutan yang adil. Semua parti yang bertanding berhak menuntutnya, kerana ia bukan milik Umno-BN secara khusus.
6.Tuntutan pengukuhan institusi awam agar ia tidak dimanipulasi sebagai jentera kempen Umno-BN adalah tuntutan yang adil dan wajar kerana institusi awam adalah milik kerajaan, dan gaji semua kakitangannya dibayar rakyat, dan bukan Umno-BN.
7.Rasuah adalah perbuatan keji yang dikutuk agama. Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Allah melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah, dan juga yang menjadi perantara antara keduanya." Rasulullah juga bersabda, maksudnya: "Orang yang menerima dan memberi rasuah akan dimasukkan ke dalam neraka."
8. Setiap manusia yang berakal dan beragama mengutuk politik kotor yang dilakukan secara terang-terangan tanpa adanya perasaan malu.
9.Tuntutan agar SPR meletakkan jawatan adalah tuntutan yang wajar dan adil. Pengerusi, Timbalan dan seluruh kakitangan SPR, begitu juga Jabatan Pendaftaran Negara, polis dan seluruh kaki tangan kerajaan sepatutnya tidak mengkhianati rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang membayar gaji dan pelbagai imbuhan serta elaun mereka, bukannya Umno-BN. Semua yang mereka terima hanya halal hukumnya, jika mereka tidak mengkhianati rakyat yang membayarnya.
10. Tanpa pembersihan daftar pengundi daripada nama pengundi haram, PRU13 akan berubah menjadi "Pemaksaan atau Penipuan Raya Umno-BN", bukan pilihan raya umum lagi.
11.Kewujudan pemerhati antarabangsa akan menjadi bukti ketelusan pilihan raya, sebaliknya penolakan kewujudan mereka menjadi bukti keazaman untuk Umno-BN terus menipu.
Jika perkara semacam itu tidak tersembunyi bagi kebanyakan orang awam, seperti saya, tentunya mustahil kalau ia tersembunyi atau tidak disedari oleh semua anggota Majlis Fatwa, yang di antara syarat keanggotaannya adalah kepakaran khusus dalam bidang agama, terutama dalam bidang hukum-hakam syariat.
Kalaulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau beberapa mantan Ketua Polis Negara turut mengutuk demonstrasi, kami tidak merasa terkejut atau hairan, mengingati mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Seharusnya Dr Mahathir, yang sudah berumur lebih lapan puluh tahun, yakni di penghujung umur, memahami dan beriman bahawa semua manusia pada hari kiamat nanti akan dihisab seluruh amalannya.
Juga memahami bahawa setiap orang bukan hanya akan memikul dosa orang lain yang menirunya, seperti dilakukannya sendiri, tetapi juga akan memikul dosa orang lain yang menirunya, seperti fitnah liwat atau zina yang direka untuk menjatuhkan lawan politik, menyalahgunakan polis, kehakiman dan mahkamah untuk kepentingan politik peribadi dan untuk menzalimi lawan politik, memasukkan warga asing sebagai pengundi di Sabah dan lain-lain, yang kini semua rekaan beliau itu diikuti oleh muridnya PM Dato' Seri Najib Razak, dan mungkin oleh orang lain selepasnya.
Ini berdasarkan maksud sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan Muslim, Tirmidzi, Nasa'le, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hanbal:
"Sesiapa yang memulakan jalan atau perbuatan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang-orang yang mengikutinya (beramal dengannya) selepasnya, tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga. Dan sesiapa yang memulakan jalan atau perbuatan yang buruk, atau jahat dalam Islam, maka baginya dosanya dan juga dosa orang-orang yang mengikutinya (beramal dengannya) selepasnya, tanpa dikurangi daripadanya dosa-dosa mereka sedikit pun juga."
Kalaulah beliau betul-betul beriman kepada adanya kehidupan akhirat yang berkekalan dan adanya hisab dan balasan amalan, tentulah beliau tidak akan mendukung segala tindakan Najib, yang bererti kerja menambahkan senarai dosa atau beban sendiri.
Tentunya beliau tidak akan menyibukkan diri kecuali dalam usaha mencari jalan membersihkan diri dengan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT, dan kerja-kerja lain untuk mengurangi dosa dan menambahkan amal kebajikan sebelum tiba ajal.
Allah SWT telah memberi peluang untuk itu kepada beliau dengan dipanjangkan umurnya. Semoga beliau menyedari dan tidak menyia-nyiakan peluang tersebut.
Dengan penuh kerendahan hati saya menulis surat terbuka ini kerana terdorong perasaan kewajiban melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, disamping keinginan yang sangat besar untuk melihat perubahan keadaan negara tercinta ke arah perkembangan yang jauh lebih baik melalui proses pilihan raya adil, bebas dan bersih daripada segala penipuan dan politik kotor.
Sebagai salah seorang daripada jutaan warganegara yang beragama Islam, saya memahami bahawa mengikuti ajaran Islam, di antara syarat kepimpinan yang diperlukan untuk seseorang diangkat sebagai Imam, Ketua Negara atau Perdana Menteri adalah -- selain memiliki sifat-sifat jujur, amanah, warak, memahami hukum-hakam syariat dan lain-lain -- tidak terlibat atau diragukan terlibat dalam sebarang jenayah rasuah, korupsi, pembunuhan dan lain-lain.
Walaupun kita tidak boleh menuduh seseorang tanpa bukti, tetapi bolehkah kita mendukung seseorang yang diragukan ratusan ribu rakyat, dan bahkan oleh sebahagian masyarakat antarabangsa, bahawa PM Malaysia terbabit dengan hal itu?
Bolehkah kita mempercayakan nasib bangsa dan anak cucu kita, bahawa mereka akan hidup aman dan sejahtera, bebas daripada segala macam penindasan di bawah kerajaan pimpinannya?
Bolehkah kita memejamkan mata dan telinga daripada melihat dan mendengar apa yang berlaku di sekeliling kita?
Mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam apa yang difirmankan Allah SWT, dalam surah Al-Isra, ayat 72, maksudnya:
"Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat nanti ia akan buta dan tersesat jauh dari jalan kebenaran."
Saya juga ingin menyampaikan peringatan Allah SWT (surah Hud ayat 113), maksudnya:
"Dan janganlah kamu memihak kepada orang-orang yang zalim yang menghakibatkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan tidak ada bagi kamu sebarang penolong selain Allah, sehingga kamu tidak akan mendapat sebarang pertolongan."
Imam Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa sahaja di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lidahnya; dan jika tidak mampu juga, maka dengan hatinya. Dan yang demikian adalah selemah-lemahnya iman."
Akhirul kalam, saya memohon kemaafan sebanyak-banyaknya kepada tuan-tuan Ashabul Fadhail atas segala kekurangan, kesilapan dan keterlanjuran saya menulis surat terbuka ini. Tujuan saya hanyalah untuk mencapai keredaan Allah SWT dan terhindar daripada tergolong ke dalam golongan yang memiliki selemah-lemah iman, atau yang lebih buruk lagi, na'udzubillah min dzalik.
Wassalam.
-----
Penulis merupakan bekas profesor madya berkelulusan PhD pengajian Islam
Samseng UMNO sanggup tak solat Jumaat tapi kantoi saksi nampak no plat motor
Tangkak 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika rombongan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.
Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.
Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid lantas. Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan. -KD
- Kalau Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bertindak Tegas & Adil spt mana yg berlaku pd Hari Kemerdekaan tempoh hari! Adakah perkara ini akan berulang? Puak2 Jahiliyah ni tak solat rupanya! Nauzubillah!!! - Kedah La
Khas buat makcik dan pakcik Felda serta mak mak penakan kat hujung kampung. Tepuk dada tanya selera samaada berani atau tidak untuk berubah. Semua tu terletak pada diri anda sendiri....
Yang pasti, segala penerangan atau segala macam hal yang berkaitan untuk anda membuat keputusan dan penilaian telah diberikan...
Tak tau la nak kata apa kalau masih ada rasa was-was dan takut mati kebuluran tanpa Be End... Jangan menyesal dikemudian hari sudah..
Gambar nie jelas menunjukkan pembodek Najib saja nak malukan Najib lagi...
Pembodek Najib sengaja menggambarkan Najib memang pakar dalam bidang Photoshop gambar...
Gambar ni di katakan ada 15 ribu orang bersama Najib di Rumah Terbuka Raya Pekan. Tapi hampa tengok sendiri laa... Buat malu Malaysia ja ada Piem yang kaki kelentong...
Motosikal mangsa tersepit di bawah kereta api sebelum diheret sejauh kirakira 200 meter.
Satu kemalangan ngeri telah berlaku yang melibatkan kereta api dan dua orang penunggang motorsikal. Kejadian ini mengakibatkan seorang wanita maut digilis dengan kereta api berkenaan.
Acapkali kita mendengar kes kejadian digilis kereta api berlaku. Namun kepekaan kita terhadap isu ini agak kurang. Terbaru satu kejadian telah berlaku di Sungai Petani, Kedah. Ia bermula dengan tindakan berani dua beradik perempuan melintasi laluan kereta api yang sudah pun ditutup dengan palang automatik mengundang padah apabila seorang daripadanya maut dan seorang lagi cedera parahdilanggar kereta api.
Kejadian ngeri jam 12.45 tengah malam itu menyebabkan penunggang motosikal, Nalinidevi Kanabal, 18, maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Rani Kanabal, 20, cedera parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.
Kejadian dikatakan berlaku apabila dua beradik yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat Taman Ria Jaya di sini, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria.
Menurut sumber, mangsa baru selesai melakukan upacara keagamaan dekat sebuah rumah kenalan di Pekan Baru Sungai Petani bersama dua lagi rakan.
Rani yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
"Mangsa yang tiba di pagar lintasan kereta api sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Pekan Lama Sungai Petani melintas laluan pagar yang diturunkan.
"Belum sempat melintasi landasan, mangsa dilanggar sebuah kereta api yang mengangkut muatan simen dari Perlis menuju ke Kuala Lumpur," katanya.
Motosikal mereka dipercayai tersangkut pada rel semasa dilanggar dan diseret lebih 200 meter menyebabkan perjalanan kereta api tergendala seketika.
Cebisan mayat mangsa turut kelihatan di atas landasan dengan keadaan kaki, tangan dan anggota lain yang putus antara satu sama lain. Rani yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang mengesahkan kejadian itu. Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak tergesa-gesa untuk melintas landasan kereta api.
Sekiranya rumah kita berhampiran dengan landasan kereta api, hendaklah kita sentiasa berhati-hati. Malang memang tidak berbau. Kita juga diminta supaya sentiasa peka dengan segala isyarat yang diberikan oleh pegawat stesen kereta api. Elakkan melintas tanpa melihat keadaan kiri dan kanan. Samalah juga seperti mana kita mahu melintas di jalan raya.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pada Sabtu ini, saya Insya-Allah akan membentangkan kertas dalam Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak.
Tajuk yang diberikan kepada saya ialah "Mentaati Pemerintah: Antara Literal dan Maqasid".
Oleh kerana penyertaan ke konvensyen itu terhad, maka saya ingin berkongsi sedikit di ruangan yang terhad ini mengenai tajuk tersebut.
Mentaati pemerintah ini termasuk dalam fikah siasah iaitu fikah Islam yang berkaitan dengan imarah, imamah ataupun kepimpinan dalam Islam.
Perbezaan pandangan dalam hal ini, bukanlah masalah akidah. Saya sebutkan ini kerana ada golongan muda agama politik tertentu yang menganggap isu ini isu akidah.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang tidak taat kepada kerajaan bererti rosak akidahnya. Ini tidak tepat. Al-Imam Ibn 'Ashur ketika menyebut tentang sebab-sebab perpecahan:
"Kelima: memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam mazhab yang empat...." (Muhammad Tahir ibn 'Asyur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun)
Walaupun tujuan mereka mungkin untuk menghalang fitnah yang mereka jangka, tetapi memasukkan bab-bab itu ke dalam tauhid adalah tidak benar.
Ia akan membawa kekecohan bawa iaitu kafir-mengkafir, ataupun sesat menyesat kerana politik.
Hal yang sama berlaku kepada golongan yang menjadikan penyertaan kepada parti politik mereka termasuk dalam isu akidah, lantas mereka mengkafirkan ataupun memandang sesat sesiapa yang tidak menyokong parti tertentu.
Sejarah hitam kafir mengkafir di Malaysia adalah hasil dari nas-nas agama ditafsirkan menurut kehendak politik kepartian.
Rukun kedamaian
Mentaati ulil amri ataupun penguasa adalah rukun dalam penegakan maslahah siasiyah (kemaslahatan politik).
Mustahil dapat diwujud satu kerajaan yang aman dan kuat yang melaksanakan kemaslahan rakyat tanpa ketaatan daripada rakyat itu sendiri.
Ini seperti mana mustahil dapat ditegakkan keamanan tanpa keadilan daripada pemerintah yang menguruskan kehidupan negara dan rakyat.
Allah menegaskan dalam al-Quran, Surah al-Nisa' ayat 58-59 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
"Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
"Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan al-Rasul (sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya."
Ayat perintah ketaatan datang selepas penegasan Allah tentang tanggungjawab memilih pemimpin dan orang yang layak untuk memegang amanah, kemudian pemimpin pula berhukum dengan adil.
Apabila dua tanggungjawab utama itu dilaksanakan, mana datangnya penegasan tanggungjawab ketaatan.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebut petikan ucapan yang disandarkan kepada Ali bin Abi Talib:
"Tanggungjawab pemerintah ialah berhukum dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila dia melakukan yang demikian, wajib ke atas muslimin untuk mentaatinya kerana Allah memerintahkan kita menunaikan amanah dan adil, kemudian memerintah agar mentaati pemerintah". (Al-Qurtubi: Abu 'Abdillah Muhammad bin Ahmad, al-Jami' li Ahkam al-Quran, 5/359. Beirut: Dar al-Fikr)
Ibn Hajar al-'Asqalani (meninggal 852H) menyebut dalam kitab Fath al-Bari:
"Antara jawaban yang menarik, ungkapan kalangan tabiin kepada para pemerintah Bani Umayyah apabila ada yang berkata: Tidakkah Allah memerintahkan kamu untuk taat kepada kami dalam firman-Nya 'dan Ulil Amri dari kalangan kamu'.
"Maka dijawab: 'Tidakkah kewajiban taat itu telah dicabut (dibatalkan) apabila kamu menyanggahi kebenaran dengan firman-Nya 'jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah. (Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari 15/4. Beirut: Dar al-Fikr).
Dalam Tafsir al-Nasafi disebut dialog ini antara tokoh tabiin yang terkenal Abu Hazim dengan Maslamah bin 'Abd al-Malik bin Marwan. (Jilid 1/232. Beirut: Dar al-Fikr)
Ini kerana, apabila pemerintahan menyanggahi kebenaran, maka hilanglah kemaslahatan siasah yang menjadi kewajibannya untuk dia tegakkan.
Maka, ketika itu penilaian terhadap arahan pemerintah hendaklah dirujuk kepada asas-asas ajaran Allah dan rasul-Nya.
Tidak mutlak
Maka, ketaatan kepada para pemerintah ada batasannya. Hak untuk mereka ditaati tidak sama dengan ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya. Ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya adalah mutlak. Allah dan rasul tidak boleh dibantah. Dalam masa yang sama kita tahu segala arahan yang bersifat syariat yang datang dari keduanya adalah untuk kemaslahatan manusia.
Hal ini tidak sama dengan para pemerintah. Ketaatan kepada mereka tidak mutlak. Mereka sentiasa terdedah kepada kepentingan diri seperti mana manusia lain, maka bukan semestinya semua yang datang dari mereka itu untuk maslahat rakyat dan negara. Kemungkinan arahan mereka membawa kerosakan bukan kemaslahatan, yang mana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Untuk itu jika kita melihat firman Allah dalam hal ini, Allah menyebut yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan al-Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya."
Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menukilkan kata-kata al-Tibi:
"Berkata al-Tibi: Allah mengulangi arahan dalam firman-Nya 'taatilah Rasul' sebagai isyarat bahawa kemutlakan Rasul itu dalam ketaatan. Dia tidak mengulanginya pada ulil amr sebagai isyarat terdapat dalam kalangan mereka (ulil amri) yang tidak wajib ditaati.
"Kemudian Allah terangkan perkara itu dengan firman-Nya 'jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu...' seakan dikatakan jika mereka tidak beramal dengan kebenaran maka kamu jangan taat dan kembalikan apa yang kamu selisihkan mengenainya kepada hukum Allah dan Rasul-nya".(Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari 15/4)
Taat dalam perkara ijtihadi
Tidak dinafikan kadang-kala ada tindakan pemerintah yang tidak dipersetujui oleh rakyat bawahan sedangkan tindakan itu tidak mungkar.
Maka sekiranya tindakan itu tidak menyanggahi syarak, tidak membawa mafsadah (kerosakan) yang nyata ataupun bukan satu kezaliman, maka ia termasuk dalam batas-batas ijtihad pemerintah yang diizinkan syarak, dan rakyat mesti taat.
Ini kerana jika setiap orang mahu bertindak mengikut ijtihad sendiri dalam perkara yang membabitkan kepentingan awam, tentu rosak keadaan negara dan musnah kemaslahatan awam.
Dalam keadaan seperti ini, ijtihad rakyat hendaklah akur kepada bidang kuasa pemerintah dalam perkara yang membabitkan pengurusan kemaslahatan awam.
Daripada 'Abd Allah bin 'Umar RA, daripada Nabi SAW, sabda baginda:
"Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas dengan jelas mewajibkan setiap muslim mentaati para pemerintah dalam apa jua perkara, selagi tidak berbentuk maksiat kepada Allah.
Bahkan dalam hadis di atas baginda Nabi SAW menegaskan bahawa ketaatan kepada para pemerintah merangkumi perkara yang disukai atau dibenci selagi ia tidak menyanggahi Allah.
Kata al-Nawawi (wafat 676H) dalam mensyarahkan hadith berkenaan:
"Maksudnya, wajib mentaati para pemerintah dalam perkara yang susah, yang tidak disukai oleh jiwa dan selainnya dalam perkara yang tidak maksiat". (Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/537, Beirut: Dar al-Khair).
Dengan itu, jika pandangan kita berbeza dengan pandangan pemerintah sedangkan pandangan pemerintah itu bersifat ijtihadiyyah yang tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah secara jelas, juga kemaslahatan awam secara nyata, maka kita diamkan diri dan serahkan urusan tersebut kepadanya.
Ini tidak menghalang kita memberikan pandangan kita melalui saluran yang disediakan.
Membezakan
Maka, rakyat hendaklah membezakan antara perkara mungkar, zalim dan mafsadah (merosakkan) dengan ijtihad pemerintah yang mungkin tidak disukai oleh sesetengah pihak tetapi ia tidak mungkar, tidak zalim dan tidak merosakkan kepentingan awam.
Maka bahagian yang kedua termasuk dalam ijtihad pemerintah yang wajib ditaati oleh seorang muslim sekalipun dia tidak menyukainya.
Namun, jika ia mungkar, kezaliman dan kerosakan yang nyata, maka ia tidak ditaati. PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Presiden kumpulan pro-Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa Amerika Syarikat membiayai penerbitan filem 'Innocence of Muslim' melalui penyaluran dana kepada NGO.
Ibrahim berkata, beliau percaya Amerika Syarikat bertindak demikian melalui Agensi Risikan Pusat (CIA) yang didakwanya menyalurkan dana kepada NGO dan seterusnya kepada penerbit filem tersebut.
"Sebelum (serangan pengganas pada 11 September 2001), operasi CIA banyak yang gagal, jadi selepas itu dia tukar strategi dengan menubuhkan NGO," katanya.
Ibrahim seterusnya mendakwa bahawa filem tersebut dibiayai kelompok Zionis, yang didakwanya menguasai AS.
"Kalau kita cakap Amerika pun tak tepat sebab Amerika itu satu negara. Bukan semua Amerika jahat.
"Dalam Amerika ini mereka dikawal minoriti Zionis yang berkuasa. Mereka inilah pembiayanya.
"Mereka ini jahat dan macam-macam operasinya," katanya lagi ketika mengemukakan andaiannya itu.
Dalam sidang media tersebut, Ibrahim turut mengkritik setiausaha negara AS, Hillary Clinton yang dilihatnya masih mempertahankan filem itu "atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi."
Laporan AFP sebelum ini memetik ulasan Clinton mengenai persepsi masyarakat dunia yang menurutnya tidak memahami mengapa AS tidak boleh menghalang video berkenaan daripada disiarkan.
Clinton juga berkata, AS "tidak menghalang rakyat individu daripada menyatakan padangan mereka, tidak kira betapa meloyakan sekalipun".
Mengulas kenyataan itu, Ibrahim berkata reaksi umat Islam yang mengadakan demonstrasi di kedutaan AS bagi membantah filem berkenaan merupakan "harga yang perlu dibayar Amerika kerana mempertahankan nilai-nilai mereka".
"Pada saya (mempertahankan kebebasan bersuara dan filem itu) tidak boleh diterima kerana jumlah umat Islam seluruh dunia adalah 1.1 bilion orang.
"Adakah nilai AS ini termasuk hina Islam dan Nabi Muhammad?" soalnya, yang menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu menyatakan bantahan secara aman ke atas filem tersebut.
"Dari segi bersuara, adakan himpunan aman yang tidak membahayakan nyawa orang lain," katanya.
Setahu aku, yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Wanita di Negara ini ialah Najib.. dia sendiri yang dah lantik dirinya untuk memangku jawatan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Ianya berikutan pengumuman Sharizat Abdul Jalil untuk kononnya melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.
Padahal itu adalah kenyataan untuk cover malu saja kerana, kontrak dia dah tak disambung oleh Najib.. jadi samada dia letak jawatan atau tidak, cukup tempoh dia bukanlah seorang Menteri lagi..
Malangnya ada pencacai UMNO yang sanggup bertegang leher mempertahankan kenyataan Sharizat itu bahawa beliau meletakkan jawatan.. bodoh sungguh mereka ini!!
Tindakan Najib yang melantik dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Wanita itu membuktikan kepada umum bahawa tiada Wanita UMNO yang layak diiktiraf sebagai pemimpin..
Berbalik kepada perkara Ketua Wanita di atas tu.. sepanjang pengetahuan aku Najib yang melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Wanita… Tapi si Nalla kata Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik diri sendiri sebagai Ketua Wanita Pakatan Rakyat..
Ishhh… bila pulak wujud jawatan ni dalam Pakatan Rakyat?
Dah gila apa si Nallakarupan ni??
Atau mungkin juga kenyataan tu dikeluarkan semasa dia mabuk.. malangnya kenyataannya ketika mabuk itu digunakan pula oleh Utusan Malaysia...
Nak sebar fitnah tu selidiklah dulu sikit... main tangkap muat saja.. kan dah nampak bodoh sangat...
Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China.
Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.
Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.
"Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.
"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya. Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.
Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.
"Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.
"Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu," katanya.
Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.
"Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai," katanya lagi.
Meskipun namanya menunjukkan beliau adalah seorang yang berugama Islam dan berbangsa Melayu, aku kurang pasti adakah pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Idham bin Zulkifli ini adalah seorang Melayu yang berugama Islam.
Sebagai seorang yang berbangsa Melayu, kita tidak pernah diajar untuk menjadi sebegini kurang ajar meskipun berbeza fahaman politik.
Dan sebagai seorang Islam pula kita tidak mungkin tergamak untuk meletakkan seorang Ulama atau seorang yang jauh lebih tinggi ilmu ugamanya dari kita sama tarafnya dengan seekor binatang yang dihina didalam ugama Islam.
TG Nik Aziz disamakan dengan Babi.. itulah yang telah dilakukan oleh manusia ini..
Selain dari menghina seorang ulamak, manusia yang bernama Idham bin Zulkifli ini telah menghina sunnah Rasulullah S.A.W...
Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir?
Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan.
Ia adalah perkara asas di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama.
Hadith: Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan.
Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (HR. Muslim)
Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan ~ Greenboc
Setelah menyedari apa yang disiarkannya itu bakal menyusahkan dirinya sendiri.. gambar tersebut telah di padah dari wall facebook miliknya disini ( Idham bin Zulkifli )
DONGONGAN, SABAH: Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar.
BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan.
Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi tiada satupun yang ditepati.
Antaranya adalah jalan-jalan di beberapa kawasan di Kota Belud, Telipok-Kiulu, Ranau, Kota Marudu,Tambunan, Inannam, Menggatal, Sook, 1 Bornero Kg Kibagu Road, tenom, Kalabakan, Matunggong, Kudat Sandakan, Nosob di Penmpang, Putatan, Kokol, jambatan di Kota Marudu, Keningau, projek jambatan tergendala di Beaufort dan banyak lagi.
Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Negeri, pada tahun 2003 BN mengumumkan peruntukan 100 juta untuk membina jambatan ke pulau Bum-Bum sepanjang 1.2 kilometer.
"Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!"
Malah yang mengejutkan, penduduk terpaksa melakukan inisiatif mereka sendiri. Kenderaan yang mahu dibawa ke Pulau Bum-Bum seperti kereta, motosikal dan van akan diangkut menggunakan dua buah perahu dan ia sangat membahayakan.
"Kedaan sebegini begitu teruk. Kita kena tahu bahawa ini cuma janji kosong, janji yang tidak ditepati oleh BN"
Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar.
"Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk.".
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUANTAN,18 Sept - Orang ramai di kawasan Beserah, Balok dan sekitarnya digesa berjaga-jaga kerana dikhuatiri adanya ancaman penjenayah di kawasan mereka. Ini berikutan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta peronda polis yang sedang membawa banduan telah berlaku di jalan By-Pass (Kuantan-Kemaman) berhampiran Taman Dato' Rashid tengahari tadi. Difahamkan penjenayah terbabit berjaya merampas pistol polis dan melarikan diri menghala ke hutan Beserah menghala ke Pelabuhan Kuantan. Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan sekiranya ternampak kelibat individu yang mencurigakan, sila laporkan kepada polis.
Keadaan kereta peronda polis yang telah remuk selepas kemalangan tersebut
[Satu kejadian yang ttidak sewajarnya berlaku, namun tidak dapat dielakkan kerana incividu terbabit sedang dibawa oleh kereta peronda polis yang terlibat dalam kemalangan. Namun, pihak polis diharap dapat menyelesaikan kes ini dengan segera bagi menggelakkan kebimbangan penduduk setempat. Mereka kini gusar kerana banduan terbabit dipercayai berjaya merampas pistol milik anggota polis berkenaan. Difahamkan, sekatan jalanraya telah dilakukan oleh pihak polis di sekitar Kuantan sejak tersebarnya berita ini. Malah, polis juga telah menggunakan anjin pengesan untuk menjejaki banduan berkenaan yang dipercayai masih berada di kawasan yang berhampiran. Apapun, orang ramai digesa berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini dari berlaku].
Ramai pihak yang terkejut apabila tersebarnya gambar yang menyamakan Tok Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat (foto), Menteri Besar Kelantan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dengan imej seekor "khinzir". Foto itu kini disebarkan secara meluas di laman sembang sosial facebook dan dipercayai dilakukan oleh penyokong sebuah parti politik agaknya. Ia berdasarkan kepada cara gambar itu diolah sedemikian rupa yang jelas sekali satu tindakan "biadap" terhadap pemimpin terbabit. Pada posting yang dibuat oleh Raden Ku Asmar terhadap tindakan ini beliau berkata "Kita marah apabila ada pihak lain menghina Rasul kita yang dikasihi ... tapi, mari kita lihat sendiri ada pihak lain di Malaysia ini menghina sunnah rasul kita... biadap!". Persoalan kenapa perbuatan ini boleh dilakukan oleh pihak berkenaan?. Ia jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama dan keimanan seseorang hingga tergamak menyamakan apa yang menjadi sunnah Rasullullah SAW iti seperti binatang. Susulan pendedahan ini juga, ramai pihak yang mengutuk tindakan Idham Zulkifli itu sebenarnya. Beliau bukan sahaja menerbitkan posting berkenaan malah tergamak pula mengeluarkan kenyataan ".. Yang bangang itu Nik Aziz.. lebih bangang dari babi.... wakakaka... nampaknya begitulah.. babi itu lebih sopan dari Nik Aziz .. huahuahua". Bukankah perkataan beliau itu jelas sekali satu penghinaan?. Sedangkan dalam hadis ada menyebaut "Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan"(Hadis Riwayat oleh Muslim).
[Amatlah tidak wajar pihak berkenaan menyamakan perbuatan manusia dengan binatang, tambahan pula satu amalan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW itu sendiri. Perkataan "Antara Dua Haiwan Ini, Mana Yang Lebih Sopan" itu jelas sekali satu penghinaan terhadap Tok Guru Nik Aziz sendiri sebenarnya. Kenapakah tergamak mengatakan manusia ciptaan Allah itu sebagai haiwan?. Ini mengingatkan kembali kita kepada filem P.Ramlee "Ibu Mertuaku" sebenarnya. Dalam filem itu, Kassim Selamat menyamakan ibu mertuanya seperti haiwan apabila tergamak mengatakan isteri beliau (Sabariah) telah meninggal dunia dan tergamak pula membawa dia ke kubur isterinya itu. Padahal yang dibawa ialah kubur orang lain. Masih segar dalam memori kita bait-baik perkataan yang dikeluarkan oleh P.Ramlee ketika itu. Kini, dari filem ia sudah jadi realiti. Apakah ini namanya orang Islam?. Tergamak menyamakan manusia dengan binatang?. Semoga pihak berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Aziz atas perbuatan biadap yang jelas memalukan ini].
KUANTAN,18 Sept - Apa sudah jadi, gara-gara taksub dengan "1Malaysia", ada orang tergamak menukarkan hurup "Aliff" pada surah "Al-Mulk" dengan logo "1Malaysia". Perkara ini didedahkan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar (foto), di laman sembang sosialnya awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku dalam sebuah surau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. "Huruf Aliff pada ejaan surah 'Al Mulk' ditukar kepada no 1 , jumpa disurau Al Badar Lembah Pantai, puak-puak 1 Malaysia ni dah tak takut dosa lansung sampai menukar huruf AlQur'an", kata beliau pada posting tersebut. Kenyataan beliau itu mendapat reaksi panas daripada sahabat FB yang lainnya. Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sesuatu yang memalukan dan jelas sekali oleh orang yang tidak punyai ilmu agama langsung. "Ya Allah....ini species tak taku kpd Allah...hanya takut sesama manusia yang durjana...", kata Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang."Sengaja tak sebut satu huruf tu dah kafir kalau sengaja tukar tak tahu lah mcmmn pulak ... tak fikir hukum hakam akibat terlalu taksub dgn sesuatu", kata salah satu komentar pada posting tersebut. Persoalannya sekarang, apakah perkara ini direstui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?. Jika sebelum ini umat Islam marah apabila filem yang menghina Rasulullah SAW diterbitkan di Amerika Syarikat. Kini ada pula, umat Islam di bumi sendiri yang tergamak menukarkan ayat Al-Quran dengan logo "1Malaysia". Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Justeru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam,Dato' Seri Jamil Khir Baharom digesa turun padang untuk memantau keadaan ini. Jika tidak sudah pasti apa yang berlaku di surau berkenaan akan diikuti pula oleh surau-surau yang lain pula selepas ini. Kita tidak mahu, ayat Al-Quran dipermainkan sewenangnya oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam tetapi terlalu jahil sebenarnya. Hingga mereka tergamak berbuat demikian, tanpa bertanya kepada mereka yang lebih arif tentang agama Islam itu sendiri.
Bukti, huruf "Alif" pada surah "Al-Mulk" ini telah ditukar jadi logo 1Malaysia
[Kejadian ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Sebelum ini memang sudah banyak ia didedahkan, namun tidak disedari oleh pihak terbabit. Makanya, dengan pendedahan terbaru ini diharap pihak yang berkenaan mengambil perhatian serius dan arahkan perkara ini diperbetulkan semula jika tidak mahu mereka itu digelar jahil oleh orang lain. Ia bukan sahaja memalukan pihak surau yang berkenaan, malah boleh mengelirukan orang ramai. Tindakan ini memang tidak nampak satu penghinaan tetapi mengubah satu huruf pada ayat Al-Quran itu pun sudah dikira berdosa apatah lagi kepada surah ayat berkenaan. Mungkin tindakan ini dilakukan oleh mereka yang jahil, namun masih ada masa lagi untuk diperbetulkan dan kita takut semua surah yang memang ada hurul "Alif" pun akan ditukarkan dengan logo "1Malaysia" selepas ini nanti. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar sebelum segalanya ini terlambat nanti].
PEKAN,17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf(foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat awal pagi tadi. Kenderaan beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Perbuatan khianat itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan terdapat saksi yang mengatakan penjenayah terbabit merupakan seorang dewasa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5. Beliau dikatakan telah masuk ke rumah mangsa dan melontarkan dua biji baru bata. Salah satu daripadanya terkena cermin belakang dan satu lagi terkena pada bumbung dan bahagian depan kereta berkenaan. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya. Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini. Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah berikan petunjuk kepada pihak terbabit. Ppolis juga diharap dapat bertindak secara adil siasat kes ini", katanya.
Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan
[Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu. Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian suadara seperti ini. Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudia terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat. Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini].
PETALING JAYA,17 Sept - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Kerajaan Pusat bertegas meneruskan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar (foto) berkata hanya peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara boleh digunakan sebagai langkah akhir bagi menghalang Kerajaan Persekutuan meneruskan projek tersebut termasuk untuk tidak memberikan Perintah Pembangunan (DO). "Kerajaan negeri memang tidak akan berikan DO bagi projek ini. Kita harap Kerajaan Persekutuan bertindak mengikut Perlembagaan kerana isu tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. "Kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya mereka (Kerajaan Persekutuan) meneruskan tanpa kebenaran...hanya undang-undang boleh menghalang kalau terus berdegil," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengulangan pendirian tegas Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Langat 2 walaupun ditentang hebat kerajaan negeri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata keputusan untuk tidak berganjak daripada meneruskan projek itu bukan sekadar tekad tetapi azam Kerajaan Pusat demi kebaikan rakyat di Selangor dan Lembah Klang. Sebelum ini Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan, projek Langat 2 masih boleh dilaksanakan meskipun Kerajaan Selangor berkeras tidak membenarkan pembinaannya dan enggan memberikan kelulusan DO.
[Amat menghairankan apabila Kerajaan Pusat beriya-iya benar mahu mengadakan projek tersebut sedangkan ia tidak disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor yang lebih bertanggungjawab tentang tanah di negeri terbabit. Soalnya, kenapa mereka begitu teruja untuk membinanya? Apakah kerana mahu wang untuk menampung Pilihanraya Umum Ke-13 nanti atau sebaliknya. Kenapakah pusat tidak boleh mengikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan?. Inilah yang memusykilkan sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya. Bukankah telah termaktub dalam Kanun Tanah Negara bahawasanya hal ehlwa tanah adalah tertakluk kepada kerajaan negeri. Makanya, tindakan cuba melanggar dan memperlehkan undang-undang akan menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO BN sebenarnya. Oleh itu, berhati-hatilah dan hormatilah undang-undang negara jika mahu rakyat hormati kerajaan yang terbabit].
Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China.
Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.
Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"
Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."
Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.
Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"
Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP.
Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong.
Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat.
Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung.
30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap dia terus mengamuk tak tentu pasal
Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan.
Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.
Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan.
Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.
Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.
Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa?
Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.
Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.
Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.
Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.
Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang lain.
Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali merasai terbang dengan jet peribadi? [wm.kl.5:57 pm 18/09/12/]
Semasa di Sarawak kelmarin saya sempat menghadiri rumah terbuka anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan Malaysia) Cawangan Kuching yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM). Majlis itu walaupun ringkas tetapi ia tetap meriah dengan kehadiran lebih 200. Apa mengkagumkan saya ialah kerja sama dan pemaufakatan yang wujud di kalangan ahli dan anak beranak Perakan cukup kental.
Kedatangan Husam dan Fatah disambut Hamzah.
Ukhwan dan persaudaraan di kalangan anak-anak Kelantan terserlah dalam majlis tersebut. Benarlah kata orang di mana ada kesatuan dan maufakat ia akan membawa keberkatan. Walaupun berada jauh dari kampung dan daerah sendiri namun untuk mengadakan majlis seperti itu tidak menjadi masalah jika tiada kerjasama mantap.
Siti Zailah duduk bersama sebahagian wanita yang hadir.
Rakyat Kelantan begitu utuh menjalani kerjasama di mana saja mereka berada dan inilah menjadi rahsia kenapa rakyat Kelantan dilihat sebagai mempunyai perasaan keakuan yang menebal sehinggakan menimbulkan rasa irihati masyarakat negeri-negeri lain.
Majlis itu turut sama diraikan oleh pemangkau Presiden Hamzah dan penaung Perakanan Abdul Fatah Mahmod yang juga merupakan anggota Exco kerajaan Kelantan.
Hadirin berbaris untuk mengambil menu disediakan.
Pemangku Perakan Hamzah serta penasihat Perakan Malaysia sanggup hadir walaupun mereka penuh dengan acara lain semata-mata merai atau pun berjumpa mata dengan anak buah di Kuching.
Husam yang sempat memberi sepatah dua kata menasihat anak-anak Kelantan yang berada diluar supaya mengambil berat mengenai negeri walaupun berada di mana saja. Katanya salah satu mekanisme dalam hal ini ialah dengan mengambil bahagian dalam mengundi pada pilihan raya.
"Kuasa undi yang dimilik setiap orang penting kerana ia bakal menjadi penentu bukan saja kepada kuasa politik tetapi menjaga hak-hak rakyat Kelantan seperti pembangunan, keselamatan dan sebagainya," ujarnya.
Justeru beliau mengingatkan supaya mereka tidak akan mengsia-siakan kuasa undi yang ada dan jika tidak sempat atau mahu mengundi di Kelantan tetapi daftarlah di mana tempat mereka bermukim.
Fatah dalam ucapannya pula mengingatkan supaya ahli Perakan khasnya dan anaka Kelantan yang berada di luar senantia menjaga keunikan orang Kelantan yang erat bergaul dan mereka diharap agar menjadi duta Kelantan yang membawa apa-apa juga kebaikan yang dimiliki rakyat Kelantan.
Pemimpin Kelantan lain yang turut sama hadir Dr Mohd Hata Ramli (MP Kuala Krai), Siti Zailah Yusuf MP Rantau Panjang) dan Apandi Mohamad (bekas MP Jeli). [wm.kl.6:01 pm 16/09/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaahh!! Lawak betul laaaaaaaaaaa... Nalla buat lawak.. kah kah kaaaaaaaaaaaaaahh!!! Pastu lawaknya disambut Utusex pulak.. Jeles agaknya sebab anwar dan pimpinan melancarkan Manifesto Wanita Pakatan Rakyat...
X serik serik lagi kene saman, banyak betul duit diorang nih!!!
Bila masa pulak Anwar ni jadi Ketua Wanita? kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!! Gelak guling guling... Kalau Najib si Menteri Wanita tu aku taw le... waaaaaaaaaaakakkakakaaaaa!!!
Eh!!! Siapa yang baca tuh?! kih kih kiiiihh..
Bini aku sampai marah aku x makan2 lagi tapi asyik gelak sambil guling2
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
LIHAT keratan laporan berita yang diambil daripada portalNews Strait Times, NST di bawah ini baik-baik. Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib.
Salah seekor hantu itu memakai tudung berwarna merah satu suit saling tak tumpah seperti uniform wanita Umno. Benarlah kata Tun Mahathir sebelum ini bahawa Umno dan Barisan Nasional adalah "syaitan yang dikenali".
Lihat dengan mata kepala anda sendiri gara-gara mahu menunjukkan kononnya program yang dihadiri oleh Najib Razak mendapat sambutan, maka hantu-hantu terpaksa digunakan.
Lihat dalam dua bulatan berikut apabila gambar di atas diperbesarkan hantu-hantu kembar digunakan untuk memenuhi ruang-ruang kosong dalam gambar supaya majlis Najib Razak nampak meriah.
Inilah kerja akhbar-akhbar propaganda Najib Razak yang seangkatan dengan Utusan Syaitan dan Berita Hairan. Sanggup menggunakan gambar "photoshop" untuk menipu rakyat, namun mereka terkantoi di situ! Kah kah kah...
KUALA LUMPUR 18 September: Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing.
"Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang. Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.
"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.
Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.
Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.
Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.
Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.
Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.
Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum.
REMBAU – Pemuda Umno masih lagi menilai sama ada mahu bergabung dengan Pemuda Pas atau sebaliknya dalam mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara berhubung filem kontroversi Innocence of Muslims, Jumaat ini.
Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan dibuat bagi mengambil kira beberapa perkara antaranya berwaspada dalam hal berkaitan keselamatan semasa bantahan dibuat bagi mempertahankan maruah agama Islam berhubung filem anti-Islam berkenaan.
Menurutnya, tidak timbul isu pihak mana yang menyuarakan bantahan terlebih dahulu, baik Umno mahupun Pas kerana perkara yang lebih utama ialah kesediaan untuk bekerjasama dalam membuat bantahan terhadap filem berkenaan.
"Kesediaan Google untuk menyekat filem kontroversi berkenaan untuk diakses di negara ini juga kita puji dan sokong walaupun syarikat milik AS berkenaan mengamalkan dasar kebebasan bersuar.
"Malah, kita harap agar, YouTube tidak sesekali menyiarkan rakaman video yang boleh menghina mana-mana agama di dunia ini kerana ia sama sekali tidak wajar dipaparkan," katanya ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Program Kajian Sejarah warisan Negeri Sembilan di Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar Astana Raja, dekat sini, hari ini.
Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya berharap tiada mana-mana pihak yang mempolitikkan isu berhubung filem kontroversi berkenaan dan tidak perlu menyatakan mereka lebih terdahulu untuk membuat bantahan.
"Nampak macam kebudak-budakan... jangan tunjuk sikap tak matang kerana apa yang penting kerjasama semua pihak bagi membantah filem kontroversi berkenaan... Pemuda Umno juga bersedia untuk membuat bantahan tetapi masih belum memutuskan untuk turut sama dengan Pemuda Pas atau tidak Jumaat ini.
"Jika sesuai... saya akan turut serta dengan mereka (Pemuda Pas)," katanya.
Turut hadir, Adun Kota, Datuk Dr. Awaluddin Said; Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad; dan Pengarah Politeknik Port Dickson, Mejar (K) Mohd Kharir Mohd Ibrahim.
Aku jumpa foto ni kat FB.Aku edit sikit kerana aku pun tak tergamak melihatnya.Haramjadah punya facebooker Umno.
Tergamak mereka menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan binatang haram tu.Inilah sikap facebooker dan blogger Umno yang sering mengedit gambar mengaibkan pemimpin Pas dan PR tanpa menghiraukan adab dan tatasusila.
Setahu aku tidak pernah ada dikalangan facebooker dan blogger PR yang menghina pemimpin Umno/BN seaib ini.
Tindakan anak haram umno ni bukan sekadar hina ulama tapi hina sunah nabi.Adakah anda yang beragama islam masih nak sokong umno?
Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan." (HR Muslim)
Di dalam hadis lain menyebut:
"Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan." (HR Bukhari)
Sebab itulah menghirup menghabiskan sisa makanan, menjilat jari, bahkan menjilat pinggan sekalipun adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW.2o adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW rujuk SINI.
(Perhatikan dua imej dalam bulatan itu - ia serupa - bererti "copy paste" dilakukan -GB)
Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!
Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib Altantuya yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.
Dengan angkuhnya, Najib Altantuya berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.
Dengan nada marah bercampur geram, Najib Altantuya menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.
Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.
Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib Altantuya dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR 17 September: Kerajaan Umno BN memperalat murid sekolah melalui program pendidikan sebagai topeng untuk merembat wang rakyat, kata bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud.
Wayang Muhyiddin untuk mendapat perhatian murid sekolah
Ia berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di 10,000 sekolah seluruh negara.
"Murid-murid diperalat atas nama program pendidikan. Untuk nampak halal, pihak tertentu menggunakan saluran ini bagi mengaut kekayaan. Kalau satu sekolah membabitkan RM1,000, bayangkan kalau 10,000 sekolah berapa banyak belanja diguna untuk program ini?
"Perkara ini dirancang. Mereka (kerajaan) sendiri buka tender, kemudian pilih pembekal dan kontraktor di kalangan kawan-kawan mereka sendiri. Semua ini wayang," katanya.
"Kita ada pengalaman dalam PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Hanya setahun lepas guna, (komputer riba) rosak," katanya ketika dihubungi.
Beliau merujuk perkara ketujuh dari sembilan anjakan yang dirangka melalui Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Perkara itu mengandungi komitmen kerajaan bahawa semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang kononnya menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.
Muhyiddin sebelum ini turut berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan laporan tersebut.
Justeru, Nordin menyeru bekas guru-guru sekolah, pensyarah maktab perguruan dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) meneliti laporan tersebut.
"Kita takut hal (kerugian) ini berulang. Apa yang dirancang Kementerian Pelajaran hari ini, signifikan dengan apa yang pernah berlaku pada dasar PPSMI," tegasnya.
Petaling Jaya – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
"Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
"Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala," katanya.
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.
Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka 'benda' itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.
Ulasan GB
GB sudah ulas sebelum ini, 2 dosa dalam 1 - berzina dan membunuh. Bertaubat nasuhalah semuga Allah memperkenankan taubatmu...
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. -malique
Pekan, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi.
Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya.
Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius.
Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini.
Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit.
"Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah memberikan petunjuk kepada pihak terbabit. Pihak polis juga diharap dapat bertindak secara adil menyiasat kes ini", katanya.
Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu.
Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian saudara seperti ini.
Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudian terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat.
Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini]. -PDO
Gambar di atas adalah satu penghinaan yang tiada taranya bukan sahaja ke atas TG Nik Abdul Aziz, tetapi juga ke atas sunnah Rasulullah.
Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir?
Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan. Ia adalah perkara basic di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama sendiri.
Hadith:Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (HR. Muslim)
Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan.
Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).
Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.
Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.
Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.
Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan.
Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut.
"Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri," dedah Chegu Bard dalam kenyataannya.
"Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen," kata beliau lagi.
"Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka.
"Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan," tegas Chegu Bard. -KD
Semasa merasmikan persidangan tahunan Umno-APCO Pekan yang ketua bahagiannya kebetulan perdana menteri Najib Altantuya, akhbar pencacai dari Kumpulan Media Prima, The New Straits Times didapati mengedit sekeping gambar yang dimuatkan di dalam laman webnya pada 16 September 2012 (semalam).
Gambar yang diedit ini kemudian dimuatkan dalam laman web akhbar berkenaan sebagai tajuk berita utama.
Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!
Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib Altantuya yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.
Dengan angkuhnya, Najib Altantuya berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.
(Perhatikan dua imej dalam bulatan itu - ia serupa - bererti "copy paste" dilakukan -GB)
Dengan nada marah bercampur geram, Najib Altantuya menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.
Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.
Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib Altantuya dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu. -jalanpulang/GB
TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.
Gambar:Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki.
Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.
Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.
Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.
"Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki," katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.
Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.
"Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.
Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.
Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.
"Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki," katanya.
Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.
Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.
Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.
"Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.
"Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti," katanya. -SH
SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.(gambar di atas)
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. - Bernama
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak 'nampak' pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran 'kecil' (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari "arah yang salah" ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan 'terbit dari barat'.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah "betul-betul kiamat" dan bukannya lagi "hampir kiamat". Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat '2' jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas. Sumber
[Bernama] KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, UMNO bahagian Pekan, Pahang bersedia menghadapi cabaran dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, kesediaan itu diakui sendiri oleh anggota UMNO bahagian terbabit hari ini.
"UMNO bahagian Pekan bersedia menghadapi cabaran PRU 13 seperti pengakuannya pagi ini," katanya dalam tweet terbaru beliau.
Najib, yang juga Ketua UMNO bahagian Pekan, merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian itu di Pekan pagi ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan. - sumber
MS : Sebenar nya tak la ramai sangat yang sambut Najib tu, tapi hampa tau surat khabar pencacai xkan nak siar bila hanya ada 2 3 orang je yang sambut Najib , terpaksa la edit gambar bagi nampak ramai ... kesian Najib orang Pekan pun dah meluat. Nasib kau lah Najib
Capitan, anjing berjenis Argentina ini telah menghabiskan masanya selama 6 tahun untuk membuktikan dia merupakan teman baik manusia walaupun tuannya sudah meninggal dunia.
Sekitar Mac 2006, Capitan telah hilang dari rumah sejurus kematian tuannye, Miguel Guzman. Tiada siapa tahu kemana hilangnya anjing ini termasuk keluarga terdekat si mati sehinggalah mereka melawat tapak kubur si mati dan melihat Captian setia berada di situ.
Tiada seorang pun ahli keluarga perasan anjing itu selama 6 tahun ini di sekitar tapak perkuburan kecuali penjaga tapak perkuburan itu. Menurut penjaga tapak perkuburan itu, setiap hari sekitar jam 6 petang, Capitan akan baring mengadap kubur tuannya ibarat menunggu tuannya bangun dari tidur. oh no ... this is a sad story. Lagi gambar di bawah ini.
KUALA LUMPUR 16 September: Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana Industri Kreatif sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara.
Hasmi yang lebih dikenali dengan nama pena Buddhi Hikayat berkata, beliau dimaklumkan hanya sebahagian kecil penggiat seni menerima peruntukan dari dana berkenaan.
"Hanya sebilangan kecil saja yang kita ketahui mendapat dana kreatif tersebut, contohnya seperti (Pengarah) Uwei Haji Saari dan KRU, jadi siapa selebihnya yang dapat?
"Kita ingin bertanya dan meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim supaya mengemuka, memperjelas dan membentangkan siapa dan syarikat mana yang memperoleh dana tersebut.
"Kita tidak mahu ia disalahguna oleh pihak tertentu," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN parti Sulong, ketika dihubungi.
Dalam pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Pada Mac tahun ini, Rais Yatim turut mengumumkan peruntukan Geran Industri Kreatif sebanyak RM120 juta lagi bagi membantu karyawan dan seniman mencetuskan lebih banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersialkan.
Pada masa sama, Hasmi yang juga seorang penulis membidas kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyatakan golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat, dibayar untuk memburukkan kerajaan.
"Kenyataan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali dan ia bukan isu pokok," kata penulis lirik yang dikenali menerusi lagu Awan Nano ini.
"Ada masalah yang lebih besar yang patut dipersoalkan contohnya seperti menggunakan wang rakyat untuk membeli kilang arak, kenapa tidak persoalkan?," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36176
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
APABILA membaca kenyataan merapu Umno P.Pinang sepertimana yang disiarkan melalui Malaysiakini di SINI, jelas secara tidak langsung Umno seolah-olah mengaku mereka terlibat di dalam beberapa insiden provokasi terhadap Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.
Umno P.Pinang mendakwa bahawa sikap Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah Lim Guan Eng yang sering menimbulkan kebencian orang ramai, maka berlakulah perbuatan-perbuatan khianat seperti melontar cat dan sebagainya. Tidak pula mereka menyebut apakah contoh "menimbulkan kebencian" yang telah dilakukan oleh pemimpin DAP tersebut.
Lojikkah kerana DAP yang dikatakan menimbulkan kebencian itu, maka PKR dan PAS menjadi mangsa? Adakah kerana di dalam setiap ucapan Lim Guan Eng yang menyeru rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat dan mendedahkan keburukan serta penyelewengan Umno/Bn maka itu dikatakan perbuatan "menimbulkan kebencian"?
Umno P.Pinang seharusnya menyuluh muka mereka sendiri di cermin. Siapakah yang menimbulkan kebencian sehingga sanggup menipu warga emas agar memulangkan kembali wang RM100 untuk warga emas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang kononnya wang tersebut hasil dari wang judi? Akhirnya terbukti dakwaan mereka salah dan yang menjadi mangsa adalah warga emas tersebut.
Tidakkah Umno P.Pinang melihat setiap malam di kaca TV dan setiap hari di akhbar Utusan bagaimana fitnah serta kerja memburukkan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan? Bayangkan betapa dahsyatnya kerja Iblis yang dilakukan oleh media berkenaan sehingga sanggup menyiarkan aksi seks berupa bahan fitnah terhadap DS Anwar dan juga Azmin Ali yang sehingga kini mereka gagal bawa ke mahkamah. Bukankah itu kerja "menimbulkan kebencian" malahan menyebarkan fitnah untuk menarik sokongan terhadap parti mereka?
Terlalu banyak bukti untuk kita tampilkan bagaimana Umno telah menjalankan usaha "menimbulkan kebencian" di kalangan rakyat agar rakyat menjauhkan diri dari Pakatan Rakyat. Namun usaha mereka sia-sia kerana rakyat tidak sebodoh itu. Rakyat kini lebih kenal Umno/Bn sebagaimana kita mengenali Syaitan yang sentiasa memusuhi amalan kebaikan dan menyeru kepada kemungkaran itu./wfauzdin.blogspot.com
Pengajaran yang diperoleh bila menonton filem Pendekar Bujang Lapok: 1.dapat lihat amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan samseng di Penambang bila anak dara muda diberikan laluan terlebih dahulu dari mereka yang beratur panjang untuk menaiki sampan 2.apabila orang kampung sudah jelek dan muak,muncul seseorang sebagai pencetus kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan sikap dan layanan dari samseng Penambang 3.apabila muncul seorang yang berani,maka orang kampung yang lain mula bangkit menentang ketidak adilan dan memprotes sebagai rasa tidak puas hati
4.baru kita tahu,yang Alif Mim Nun Wau yang diucap oleh Sudin berbunyi SARKIS 5.kita perlu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum berjuang,seperti Ramlee,Sudin dan Ajis dihantar ke sekolah buta huruf terlebih dahulu.. 6.sabar dan berani melayan karenah MAMBANG-MAMBANG yang buat provokasi murahan dari puak...(macam hantu Jepun,kucing dan mereka suka mengumpat) 7.lepas tu jangan lupa cari JKK dan Sarip Dol samseng,lawan pun kena pakai otak...tengok cara Sudin dan Ajiz,pakai tongkat je(kita pakai garam dan botol mineral) 8.akhir sekali,dah menang JANGAN NAK PELUK ANAK DARA orang pula ye...
KingJason kata...p/s: kata biar terasa,tak suka sila REMOVE
You are subscribed to email updates from Apadianie... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KLANG 18 SEPT : Bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemampuan dan berdisplin tinggi Kerajaan Negeri Selangor menyokong penuh pertandingan debat dan pidato yang dianjurkan di peringkat sekolah lagi. Exco Pendidikan , Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata demikian dalam ucapan penutup Pertandingan Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor di dewan Bestari Asrama Yayasan Selangor di sini. Katanya, pertandingan debat dan pidato anjuran Yayasan Selangor memasuki tahun keenam itu jelas berjaya kerana ia menarik penyertaan banyak sekolah berasrama penuh dan menengah agama dari sekolah luar Selangor. "Ia adalah antara program penting dalam pendidikan ke arah melahirkan pelajar yang punya kemampuan dan disiplin diri ke arah menjadi pemimpin yang petah berbicara pada masa depan. "Ia adalah medan awal bagi pelajar semua yang akan membentuk jati diri berkualiti serta memajukan Malaysia dengan kualiti membanggakan," katanya yang juga menjelaskan Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan terhadap pertandingan seperti itu demi membudayakannya. Pertandingan debat dan pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor bermula pada 2003 dengan penglibatan sekolah menengah dan sekolah berasrama penuh di sekitar Lembah Klang sebagai porgram dwi tahunan. Read More / Baca Lagi >>
Khas buat makcik dan pakcik Felda serta mak mak penakan kat hujung kampung. Tepuk dada tanya selera samaada berani atau tidak untuk berubah. Semua tu terletak pada diri anda sendiri....
Yang pasti, segala penerangan atau segala macam hal yang berkaitan untuk anda membuat keputusan dan penilaian telah diberikan...
Tak tau la nak kata apa kalau masih ada rasa was-was dan takut mati kebuluran tanpa Be End... Jangan menyesal dikemudian hari sudah..
KUALA LUMPUR: Sebelum ini gerakan mahasiswa di peringkat nasional seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pro-Mahasiswa Nasional dan sebagainya telah mendedahkan dan membongkarkan rahsia di sebalik perancangan konspirasi Ops 2020 yang menunjukkan keterlibatan Umno dalam pilihan raya kampus kali ini. Rentetan daripada itu, beberapa orang mahasiswa yang bertindak sebagai kumpulan volunteer untuk membuat siri-siri pendedahan konspirasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah melancarkan 'Ops Kantoi 2020'.
Secara umumnya, perancangan ini telah melibatkan pihak tertinggi dalam Umno dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pejabat Rektor UIA.
Siri-siri pembongkaran ini akan disalurkan dan dimuatkan melalui medium FB Buletin Uiam.
Semenjak kehadiran rektor yang baru, pelbagai sekatan dan kes yang telah berlaku dan ianya sangat tidak disenangi oleh warga UIA bahkan masyarakat di luar.
Tujuan pendedahan ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi adalah untuk menyelamatkan UIA sebagai institusi ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia serta menjaga imej baik UIA untuk jangka masa panjang.
PEKERJA kilang yang direman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kes mencampak bayi.
Gadis Kilang Campak Bayi Direman
PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam. "Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!. Read More / Baca Lagi >>
Khoo menegaskan bahawa PR masih belum tampil dengan 'kabinet bayangan' atau kerajaan menunggu. — Gambar-gambar oleh Siow Feng Saw
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemerhati politik meragui mengenai kesediaan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia jika gabungan itu berjaya untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dengan mengatakan terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan menggugat peluang mereka. Peguam Andrew Khoo menegaskan bahawa PR masih belum tampil dengan "kabinet bayangan" atau kerajaan menunggu, mengatakan ini telah "menyekat kredibiliti mereka". "Walaupun mereka mempunyai dasar biasa dalam Buku Jingga... ketidakupayaan atau keengganan PR untuk membentuk kabinet bayangan... bermakna mereka tidak dapat menyuarakan apa bentuk polisi mereka," katanya malam tadi. Khoo berkata bahawa amalan PR adalah untuk "sentiasa mempunyai jawatankuasa tiga" mewakili parti pakatan pembangkang DAP, PAS, PKR, tetapi apa yang dipersoalkan adalah, siapa paling "berwibawa" untuk bercakap mengenai dasar dicadangkan. PR telah berjanji untuk menukar pelbagai dasar negara sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya, dengan cadangan baru-baru ini termasuk membuat kereta lebih murah, membanteras jenayah dan menangani isu-isu wanita. "Saya mempunyai kebimbangan. Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan. Itu akan dalam beberapa cara meletakkan kemungkinan bahawa akan ada satu lagi pembangkang." Beliau menjawab soalan mengenai sama ada PR telah bersedia untuk memerintah pada forum bertajuk "Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi untuk PRU 13 Malaysia" di Petaling Jaya semalam. Read More / Baca Lagi >>
I know that all of you here instinctively understand the responsibility to report what you see accurately, and to inform your audience without prejudice.Kim Il Najib.
When Mas and Air Asia were about to get into bed together, the boss of Khazanah and the short-tenured deputy CEO of MAS called up a few bloggers for a briefing. The meeting was held at a suite in KL Hilton. There was only one objective: to enlighten a group of supposedly overly critical bloggers to see it their way- that the marriage of convenience between MAS and Air Asia then was good. We all know what eventually happened.
After the meeting, for a brief time the bloggers and practitioners of the new media then, sung praises about the short-lived one night stand between the two airlines. Bloggers who would otherwise be scathing about what Azman Mokhtar and his boys in Khazanah are doing were suddenly appreciative about what the Collaboration meant and wrote of the unholy union between the two was the best thing to happen in the aviation industry. The engagement and disengagement made some people behind the scenes very rich. Not bad for people who say, they do not know anything about the airline industry and served merely as a matchmaker.
Pekan, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi.
Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya.
Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius.
Saya percaya rata-rata umat Islam marah apabila Nabi Muhammad dipersenda sebegitu rupa dalam; 'Innocence of Muslims'. Saya juga turut mempunyai perasaan sebegitu rupa. Cuma saya berpendirian kita perlu lebih berhikmah dalam menangani masalah ini.
Soal penghinaan sejak dari zaman Rasulullah sendiri sudah ramai yang mempersendakannya, hatta nabi-nabi terdahulu juga tidak terlepas daripada penghinaan umatnya ketika itu. Ada beberapa perkara yang boleh kita semak semula supaya perkara ini dapat ditangani secara hikmah :
1) Sibuk memarahi individu yang menghina Islam tetapi kita terlupa melihat bangsa dan kaum sendiri yang menghina Islam dengan menolak hukum Islam.
2) Sibuk memarahi individu yang menghina Islam tetapi kita terlupa melihat individu yang memeluk Islam itu sendiri gagal mencerminkan akhlak Islam yang sebenar kepada penganut agama lain.
Sudah lama saya hendak menyebut secara khusus tentang apa yang saya hendak perkatakan ini walaupun saya pernah menulis tentangnya secara rambang dan tidak khusus kepada sesiapa yang hendak bercakap tentang kenegaraan dan politik. Tetapi oleh kerana kita dapati kesilapan ini masih terlalu jelas dan tidak di perbaiki saya ingin menyebutnya kali ini.
Saya ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin kita dan semua yang mahu mendengarnya bahawa negara kita ini adalah sebuah negara persekutuan. Di negara kita tidak ada kerajaan pusat. Di Putrajaya itu adalah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan (federal government), bukan kerajaan pusat (central government).
Negara yang mempunyaai kerajaan pusat adalah negara-negara 'unitary' seperti Thailand, Indonesia dan banyak negara-negara lainNegara kita terbentuk di atas persetujuan kerajaan-kerajaan negeri yang berdaulat untuk membentuk bersama sebuah gabungan persekutuan. Harus di ingat yang negeri-negeri yang berada di dalam persekutuan ini hanya wujud pada 2hb Feb 1948 apabila negeri-negeri yang berada di dalam semenanjung ini menandatangani perjanjian persekutuan itu.
Kalau betul hasrat Haji Najib nak panggil PRU-13 pada bulan sebelas nanti seperti mana yang dia dok kelentong pada rakyat, dan bila ada pegawai dia yang tunjuk pula video ini, Najib bukan saja sakit perut tapi boleh terberak bila dia rujuk pada 16 kerusi parlimen di Johor. Macam mana kita nak terjemahkan apa yang ada dalam 'kepala otak' dari ribuan orang yang hadir pada program ini kelmarin dulu di Johor? Apa apa pun dan walau dimana saja Anwar turun bercakap, dia tak pernah lupa dengan orang orang iban, orang orang dayak, orang orang kadazan. dollah yankee - Mengingatkan kepada seorang gurkah politik yang sedang merancang mahu bermukim di Sabah pada hari penamaan calun hingga hari mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan