PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 06 Sep 2012 03:04 PM PDT JANJI DITEPATI. Posted: 05 Sep 2012 10:42 PM PDT
Secara ringkasnya, berikut beberapa pencapaian negara. Pencapaian Program Transformasi Ekonomi Pendapatan Negara Kasar RM830 bilion, paling tinggi sejak negara merdeka Pendapatan per kapita negara kini RM30,070 berbanding RM20,770 dua tahun lalu Pelaburan swasta RM94 bilion, pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun 313,471 pekerjaan baru diwujudkan Pelaburan langsung asing RM32.9 bilion, rekod tertinggi dalam trmpoh 10 tahun Mengurangkan Kadar Jenayah
Indeks jenayah - Turun 11.1 peratus Jenayah jalanan - Turun 39.7 peratus Kepuasan terhadap polis - 70.5 peratus
Menangani Kos Sara Hidup Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - 5.2 juta rakyat dapat manfaat bantuan RM500 Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) - 1.3 juta pelajar terima baucar buku RM200 Bantuan Persekolahan - RM100 untuk setiap pelajar sekolah Yuran Persekolahan - Dimansuhkan Klinik 1Malaysia - Caj RM1 untuk rawatan, warga emas percuma Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) - Barangan runcit murah 30 hingga 40 peratus Menu Rakyat 1Malaysia - Sarapan RM2 dan makan tengah hari RM4 Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) - Rumah mampu milik di bandar
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Kemasukan Prasekolah - Mencapai 77.23 peratus Kelas Prasekolah - 3,089 kelas prasekolah dilancar Program LINUS - Kohort 1 - 97.5 peratus kadar literasi dan 98.6 peratus kadar numerasi - Kohort 2 - 91 peratus kadar literasi dan 94.5 peratus kadar numerasi Sekolah Berpretasi Tinggi - 52 sekolah
Membanteras Rasuah Kesepakatan Integriti - 132,459 kesepakatan integriti ditandatangani Ikrar Integriti Korporat - 64 syarikat menadatangani Pendakwaan dalam setahun - 424 kes diproses dan 249 kes diselesaikan Pesalah - Sehingga akhir 2011, 900 pesalah disabitkan Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar
Bekalan air bersih di 73,227 rumah - manfaatkan 366,135 penduduk Bina dan baik pulih 14,365 rumah - manfaatkan 71,825 penduduk Bina dan baik pulih 1,013 km jalan - manfaatkan 425,377 penduduk Bekalan elektrik di 27,004 rumah - manfaatkan 135,020 penduduk
Pengangkutan Awam
Tambah 35 tren empat gerabak LRT - 10.4 juta penumpang pada 2011 Tambah 470 bas RapidKL - 4.04 juta penumpang pada 2011
Mempertingkatan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapat Rendah
Program 1AZAM - Disertai 63,147 isi rumah miskin e-Kasih - 96 peratus atau 317,359 kes tertunggak sudah diproses Usahawan - 1,100 usahawan wanita dibangunkan Miskin tegar - 44,000 isi rumah bebas miskin tegar KAR1SMA - RM1.4 bilion setiap tahun untuk 500,000 penenerima Subsidi bil elektrik 1 juta isi rumah yang bil bernilai RM20 ke bawah dapat manfaat
| PAS TOLAK ANUAR SEBAGAI PM! Posted: 05 Sep 2012 10:35 PM PDT ULASAN Kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu golongan Anwarinas menguasai parti itu kini nyata tersasar. Mungkin, jika memang ada pun penyokong tegar Anwar Ibrahim dalam barisan pimpinan PAS, bilangan mereka tidak ramai. Atau, mereka kurang berpengaruh. Sebab itu, agaknya, sehingga hari ini kenyataan paling penting yang dibuat Anwar Ibrahim menjelang pilihanraya umum akan datang, tidak disahut oleh PAS. Anwar menegaskan jika Pakatan Rakyat pimpinannya gagal dalam PRU-13, beliau akan bersara dari politik. Setakat ini tiada kenyataan simpati dan ucapan setiakawan "akan berenang atau tenggelam bersama Anwar" daripada PAS, jika PR gagal. Namun tidak pula demikian dengan DAP. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tidak teragak-agak mengisytiharkan dalam debat beliau dengan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek minggu lalu bahawa jika Pakatan Rakyat menang PRU 13, Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi Perdana Menteri. PAS – tidak kira ada ramai Anwarinas atau tidak dalam pimpinannya – masih belum menyatakan kesediaan menobatkan Anwar sebagai perdana menteri jika PR menawan Putrajaya. Bayangkanlah apatah sikap PAS Pakatan Rakyat gagal dalam cita-cita menggantikan Barisan Nasional. Seolah-olah masih ada dalam PAS menganggap bahawa Anwar tidak, atau belum layak diisytiharkan sebagai pemimpin utama PR – di masa kemenangan atau dalam kekalahan. Ini menyerlahkan beberapa hakikat: 1. PAS masih belum yakin Anwar layak menjadi perdana menteri sekalipun PR berjaya menumbangkan BN dalam PRU 13. Sikap teragak-agak atau "enggan" menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri ini jika PR menang, semakin ketara. PAS seakan-akan mahu berkawan dengan Anwar setakat bekerjasama menumbangkan BN sahaja. Apabila menang, PAS ada banyak perhitungan lain untuk dibuat. Sebab itu, agaknya, Haji Hadi memberitahu akhbar Cina masih belum ada keputusan dicapai siapa akan menjadi perdana menteri jika PR menang. 2. PAS menaruh harapan bahawa dalam PRU 13, jika PR menang, sumbangan bilangan kerusi parlimen terbanyak akan datang daripada PAS. Perkara ini diperkukuh oleh kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang, bahawa dalam PR, PAS adalah parti yang terkuat. 3. PAS juga melayan impian bahawa jawatan perdana menteri seharusnya diberikan kepada pemimpin PAS. Semangat perjuangan Islam yang ditunjukkan selama ini menebalkan lagi keyakinan PAS bahawa ia adalah pergerakan Islam yang tuntas dan suci. Anwar Ibrahim dan PKR tidak boleh mengenepikan hakikat ini. 4. PAS masih kurang yakin akan kewibawaan Anwar sebagai perdana menteri. Kempen-kempen media dan Barisan Nasional mempertikaikan ketelusan dan kekudusan moral Anwar nampaknya ada meninggalkan kesan pada sebilangan pemimpin kanan PAS. 5. PAS kini hanya bermain dengan waktu untuk menunjukkan taring politik sebenarnya apabila usai PRU 13 yang diyakini akan memihak kepadanya. Jika ia membuat perisytiharan sekarang bahawa ia menyokong Anwar menjadi perdana menteri, kemenangan PR kelak akan menafikan peluang PAS memimpin Malaysia. 6. PAS mungkin tidak mahu mengumumkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika PR menang PRU 13 sekarang kerana tidak mahu terjebak dalam percaturan siapa yang akan mengisi kabinet Anwar Ibrahim. Soal pemimpin PAS mana akan mengisi portfolio kritikal dalam kabinet PR kelak pasti akan menjadi satu isu sensitif. Atau, mungkin juga PAS sebenarnya sudah ada senarai kabinetnya sendiri! Sudah tentu akan agak menyulitkan PR dalam mencatur langkah politik selepas PRU jika ia sudah menamakan Anwar sebagai perdana menteri sekarang. Isu siapa patut jadi Yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, sehingga hari ini belum selesai. PAS mungkin mahu menjadikannya iktibar dalam menjalin hubungan kerjasama dengan PKR dan DAP. Apapun, yang pasti PAS seolah-olah masih belum menemui kesepakatan di kalangan pemimpin-pemimpinnya. Pada akhirnya mungkin ada kebenarannya juga kenyataan Hasan Ali bahawa sendi politik PAS kini sedang dimamah parasit politik yang tidak mahu lagi mengikut telunjuk ulama tanpa banyak soal. Mungkin parasit-parasit ini juga sedang mengatur formula bagaimana mahu menjadikan PAS parti politik mutlak dan bukan lagi sebuah pergerakan dakwah. | BILA PEMBANGKANG KEMARUK DEBAT, DEMONTRASI, DAN TUNJUK PUNGGUNG. Posted: 05 Sep 2012 10:33 PM PDT ULASAN Sejak terukir sejarah debat terbuka di antara Ketua Pemuda Umno dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan selera amat besar pada strategi debat untuk mengetengahkan idea dan menyerang pemimpin dan parti kerajaan. Mereka akan memilih sekecil-kecil isu untuk mencabar pihak BN untuk berdebat. Ini adalah lanjutan daripada manifestasi strategi fizikal yang memang mereka gemar gunakan iaitu demonstrasi. Mengapa mereka bersikap demikian mudah difahami. Pakatan adalah entiti politik baru di Malaysia. Ia perlu mempromosikan produk politik mereka pada rakyat. Oleh itu cara terbaik mengiklankan kewujudan mereka ialah dengan cuba menarik perhatian rakyat menggunakan apa jua cara. Melalui demonstrasi mereka akan lebih cepat mencuri perhatian umum. Satu, mereka boleh menunjukkan kewujudan, kegagahan dan keyakinan perjuangan. Dua, mereka akan mengundang reaksi daripada pihak keselamatan seperti polis dan akhirnya kerajaan. Apapun reaksinya mereka akan berhujah bahawa kebenaran di sebelah mereka. Jika reaksi polis keras dan kasar, kerajaan boleh dituduh menggunakan pasukan keselamatan itu untuk membenam prinsip dan butir perjuangan mereka. Jika tiada reaksi pula mereka akan mendakwa pendirian dan perjuangan mereka benar sebab itu kerajaan dan polis tidak berani menongkah arus kebenaran. Begitu juga dengan berdebat. Jika cabaran mereka disahut oleh kerajaan ia akan membuka peluang untuk mereka mendapat publisiti. Ini juga akan membuka ruang kepada mereka untuk mempamerkan kehebatan mereka berhujah dan berpidato. Sebagai pembangkang mereka ada beberapa kelebihan. Dari segi hujah, jika sekalipun fakta yang mereka ketengahkan tidak tepat, ia boleh difahami kerana mereka tiada akses kepada maklumat rasmi dan rahsia kerajaan. Sebaliknya hakikat ini akan membebankan pihak kerajaan. Namun paling penting ialah, oleh kerana kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat terlalu lama menjadi pembangkang, pentas-pentas ceramah adalah platform latihan paling baik untuk mereka mengasah bakat berpidato. Ini berbeza pemimpin kerajaan yang banyak dan lama terbeban dengan masalah bekerja mentadbir Negara dan kurang bercakap. Jika berdebat sudah pasti mereka yang saban hari berceramah ke seluruh pelosok negara akan lebih petah untuk menyergah pemimpin kerajaan yang sering tergagap apabila bercakap di khalayak ramai, apatah lagi jika di hadapan kamera televisyen. PR tidak kira isu. Apa sahaja boleh didebatkan dan apa sahaja boleh mendorong mereka untuk keluar berdemonstrasi di jalanan. Yang penting kewujudan mereka diketahui dan peluang untuk meresapi emosi rakyat lebih mudah terbuka. Budaya ini ada buruk dan baiknya. Bila difikir masak-masak, debat dan demonstrasi memang satu wahana berkesan untuk memenuhi kehendak kebebasan bersuara. Namun jika budaya ini bertukar menjadi kemaruk untuk publisiti dan kuasa, ia juga ada padahnya. Ambil contoh kes tema hari kebangsaan 2012. Kerajaan umumkan tema "Janji Ditepati". Namun Pakatan Rakyat dengan rasminya menjadikannya modal untuk berdebat dan berbalah. Hujah mereka tema itu sama dengan slogan kerajaan hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini sibuk menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan mengenai program transformasinya. Baik dari segi cara pemerintahan hingga ke ruang aktiviti politik dan perundangan, Najib cuba meyakinkan rakyat bahawa kerajaannya bukan hanya menyambung tradisi pemerintahan lama. Kerajaan Najib memilih amalan baik untuk diteruskan, menambahbaik prosedur yang lemah dan mengutarakan nilai baru untuk membina kekuatan bangsa Malaysia yang bersatu Seiring ini, nilai luhur turun temurun dan selaras tuntutan agama juga cuba dicambahkan. Maka pada musim Hari Kemerdekaan tahun ini, nilai yang dipilih untuk disebatikan dalam jiwa rakyat Malaysia ialah soal "janji". Janji adalah kontrak insan sesama insan dan individu dengan masyarakat, pemerintah dan akhirnya ikatan setiap diri dengan Khaliqnya. Janji adalah manifestasi nilai diri seseorang. Maka apa salahnya nilai ini dipupuk dan dizahirkan dalam slogan Janji Ditepati? Mengapa ia harus jadi persoalan dan bahan perdebatan?. Mengapakah Pakatan Rakyat terlalu gusar dengan penerapan nilai ini? Bukankah sebagai entiti politik Pakatan Rakyat juga banyak menabur janji? Apakah lantaran terasa ada janjinya yang masih banyak belum ditunaikan maka harus disorokkan hakikat nilai ini daripada menjadi darah daging rakyat Malaysia? Masih banyak isu dan cara untuk berpolitik. Hindarkanlah perbalahan remeh. Atau cuba meremehkan nilai dan budaya hidup yang luhur seperti soal "janji" dan kewajipan menunaikannya. Adalah dibimbangi jika masa dan tenaga dibazirkan dalam polemik sebegini, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah kelak, ia akan membuang lebih banyak masa untuk melayan rakyat dengan debat dan demonstrasi. | SIAPA YANG RUGI. Posted: 05 Sep 2012 10:18 PM PDT Angkara munafik, perpecahan Melayu, Islam makin parah 11:46am, 27 Mei 2012ULASAN SHAH ALAM: Setiap kali ada riak politik bahawa usaha untuk menjambatani perbezaan Umno dan PAS akan berlaku, umat Islam-Melayu akan teruja. Kajian rawak pasti menunjukkan lebih ramai yang bersikap positif mahu ia segera jadi realiti. Naluri ini memang semulajadi dalam diri Melayu-Islam yang akil baligh pemikiran politiknya. Mereka sentiasa condong kepada perdamaian dan kerukunan. Soal implikasi politik, sosial dan spiritual perhubungan Umno-PAS ini memang dekat di hati Melayu dan pemimpinnya. Malah, adalah agak selamat dikatakan dalam hati kecil pemimpin PAS dan Umno memang sentiasa menyimpan harapan ada sesuatu yang bermanfaat terjalin di antara kedua-dua parti itu. Yang pasti masing-masing pihak yakin perbezaan mereka tidak muktamad. Mustahil mereka akan bersaing dan bersengketa sepanjang hayat. Jika demikian tekad dalam sanubari pemimpin PAS dan Umno, sudah tentu mereka sendiri tahu apa akibatnya – kesejahteraan dan hayat politik Islam-Melayu akan bertambah singkat. Meskipun dalam permainan politik mereka harus merendahkan sumbangan seteru masing-masing kepada agama dan bangsa namun dalam hati kecil mereka pasti akur bahawa bukan semua tingkah politik mereka sempurna. Yang kurang bagi kebanyakan mereka ialah keikhlasan untuk mengakui kekurangan; baik pada aspek peribadi mahupun parti. Jika mereka berfikiran sebaliknya, sudah tentu juga mereka akan mengakui (dalam hati) akan kemunafikan diri sendiri. "Dalam Islam, setiap perkara yang kita buat mesti ikhlas. Apa yang dibuat dengan tidak ikhlas, boleh dianggap munafik," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Sebagai pemimpin Islam, beliau kena ikhlas. Itulah yang dilakukannya walaupun terpaksa bersilang pandangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang. Soal perpaduan dan kesejahteraan umat tidak boleh dipolitikkan. Jika tidak, ia boleh dianggap munafik. Lantaran itu mursyidul am itu tetap mahu muzakarah di antara PAS dan Umno diadakan kerana "kini adalah masa yang sesuai". Beliau menegaskan pertemuan dengan pemimpin Umno bukan bermakna PAS mahu bergabung dengan Umno tetapi sebaliknya membincangkan hal berkaitan dengan umat Islam. Itupun adalah satu nikmat bagi umat. "Muzakarah ini keluar daripada presiden (Haji Hadi) kalau dia tak setuju kepada saya tidak apa. Ini keputusan saya dan ia tidak ada kena mengena dengan orang lain. Jadi saya tidak kira jika ada pihak yang tidak bersetuju. "Apapun pendapat mereka biarlah merreka yang buat keputusan dan saya tetap dengan pendirian saya untuk mengadakan perbincangan bersama mereka(Umno)," katanya di Kota Bharu, Rabu lalu. Namun yang menggusarkan ialah, riak muzakarah kali ini akan terbantut sebelum ia diberikan pertimbangan saksama. Ini kerana presiden Pas sendiri berpaling hati daripada keinginan untuk bermuzakarah dengan Umno. Minggu lalu beliau dirakamkan sebagai berkata: ""Perkataan muzakarah yang disebut pada masa itu, muzakarah dalam bahasa Arab ialah perbincangan (iaitu) penjelasan kepada NGO-NGO tetapi telah disalahtafsirkan PAS ingin muzakarah dengan Umno. Tak timbul dengan Umno," ujar beliau selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS minggu lalu. Hadi merujuk kepada kenyataan beliau yang didakwanya telah disalahtafsirkan. Katanya, laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian pada 14 Mei lalu bahawa parti itu bersedia bermuzakarah dengan Umno adalah tidak betul. Walhal semakan rakaman kenyataan pada 14 Mei lalu berbunyi begini: "PAS bersedia bermuzakarah dengan semua pihak dan pejabat PAS terbuka kepada semua NGO Islam datang ke sini dan bermuzakarah dengan kita termasuk UMNO sendiri." Yang nyatanya keadaan sudah agak terbalik dalam PAS. Satu ketika dahulu Nik Azizlah yang paling lantang tidak mahu berbincang dengan Umno. Seikhlasnya, beliau tahu dan dapat menghidu perangkap politik Umno. Beliau sudah serik dengan gelagat Umno yang mengusir PAS keluar dari Barisan Nasional. Sebaliknya, Hadi pula yang bersikap agak lembut dan tidak terus menolak kemungkinan perbincangan diadakan Umno. Apa yang membuat Hadi berpatah arah di antara 14 Mei hingga pertengahan minggu lalu? Dan, sejak bila pula Nik Aziz menganggap sebarang tindakan, (yang dalam hal ini termasuk politik) jika tidak dilakukan dengan ikhlas boleh dianggap munafik? Ketaksuban pengikut kedua-dua belah pihak – Umno dan PAS – makin tirus. Namun ruang orang Melayu yang berada di atas bendul politik semakin melebar. Umno dan PAS harus menjadi pemimpin umat Melayu-Islam dan bukan semakin mengelirukan mereka. Malangnya, sekali lagi PAS menukar haluan. Walaupun bernada tegas Rabu lalu mahu meneruskan muzakarah dengan Umno, Mursyidul Am Pas juga berubah fikiran. Mungkin bagi Nik Aziz "mengikut imam" adalah tindakan politik lebih ikhlas dan akan terhindar daripada ciri-ciri munafik. Wallahu 'alam. | ADAKAH SYURGA UNTUK PAS SAHAJA? Posted: 05 Sep 2012 10:16 PM PDT PAS DAN UMNO: SIAPA YANG MASUK SYURGA? PAS dan Umno: Siapa yang masuk syurga? 04:36pm, 05 Jun 2012Oleh Zainal SalehULASAN Yang pasti bukan semua ahli PAS akan masuk syurga. Begitu juga barisan pimpinannya. Yang pasti juga bukan semua ahli Umno akan masuk neraka. Ada juga yang akan masuk syurga. Namun yang lebih tepat lagi ialah, kuasa menentukan siapa masuk syurga dan neraka adalah hak Allah aza wajalla. Meskipun PAS cuba disinonimkan sebagai Parti Ajaran Sesat oleh pihak tertentu, yang pastinya pihak berkenaan cuba mengambil alih hak Allah. Bukan manusia atau parti politik yang berhak dan berkuasa menentukan siapa sesat dan siapa terpimpin di jalan Allah kecuali Allah jua. Dalam nada yang sama, sesiapa jua yang enggan mengiktiraf keimanan ahli-ahli Umno kerana "tidak berhujah dengan al Quran" dilihat juga cuba merampas hak Allah. Ini satu kezaliman yang dilakukan atas nama peribadi mahupun parti politik yang mereka wakili. Demikian ngeri dan ngilunya kedudukan politik orang Islam berketurunan Melayu di Malaysia hari ini. Demi politik, masing-masing bukan sahaja cuba merendahkan martabat dan iman pihak seterunya, malah tidak segan silu mendabik dada bahawa nilai dan ukuran iman orang lain lebih rendah daripada martabat mereka. Astaghfirullah. Sukatan keangkuhan ini ialah, kini ahli-ahli politik Melayu Islam dengan sombong sedia mencabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pendirian mereka, untuk berdebat. Selera baru ini mungkin didorong oleh moderator debat Rafizi-Khairy, Dr Maszlee Malik bahawa kononnya debat adalah lambang masyarakat bertamadun dan berpendidikan. Kemenangan bukan kebenaran Maka debat dalam sekelip mata jadi igauan dan cabaran baru. Pemuda PAS Gombak mencabar Sekretariat Ulama Muda (ILMU) untuk berdebat mengenai siapa sesat – PAS atau Umno. Bayangkan soal akidah hendak diselesaikan melalui debat. Itu hak Allah. Yang suka berdebat ialah pihak yang ego dan angkuh. Jika hujahnya mematahkan suara lawan, ia dikira menang. Namun apakah kemenangan bererti kebenaran? Zaid Ibrahim pula mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berdebat mengenai kandungan buku tulisan Irshad Manji. Beliau mahu mematahkan hujah Khalid yang juga exco agama Selangor, mengapa buku "Allah, Kebebasan dan cinta" yang diterbitkan oleh syarikat anaknya diharamkan. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula kini bersedia berdebat dengan Umno dan bukan muzakarah. Beliau tidak mahu muzakarah dengan parti nasionalis itu kerana "Umno tidak berhujah dengan al Quran". PAS, kata Hadi hanya mahu bermuzakarah dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam sahaja. Maknanya, Umno bukan parti Islam! Tiba-tiba PAS hilang kesabaran dan "naik tocang" dengan keyakinan bahawa sebagai ahli dan pemimpin parti politik Islam, berhujah dengan al Quran adalah hak mutlak beliau dan partinya. Pihak lain seolah-olah tidak layak mengimbas al Quran apabila berhadapan dan berhujah dengannya. Nauzubillah min za lik. Kesombongan dan kemunafikan sudah hampir sampai ke kemuncaknya dalam politik Melayu-Islam di Malaysia. Bukan tiada ulama yang berbeza pandangan dan pendirian dengan PAS yang mana pandangan mereka perlu diberi perhatian. Namun PAS tidak menghiraukan pandangan lain. Jika tidak serasi dengan pandangannya PAS menyimpulkan ,ulama berkenaan adalah memihak kepada Umno! Ulama menikusBegitu juga bukan tiada ulama yang tinggi ilmunya yang tidak bersilang pendapat dengan Umno. Ramai. Pandangan dan pendirian mereka juga harus dihormati dan dipertimbangkan. Namun Umno berasa cukup dengan sekadar ada sekelompok ulamanya sendiri sebagai rujukan dalam berbicara hukum dan adab politiknya. Cuma yang menjadi masalahnya ialah ulama umumnya dilihat sebagai turut berpuak – Umno atau PAS; Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ini semua kesilapan ulama. Mereka yang tidak mahu menggunakan ilmu yang dikurniakan Allah untuk mengambil pendirian wajar dalam pertempuran politik ego dan gila kuasa umarak. Seharusnya ulama sebagai pewaris nabi harus meletakkan diri mereka sebagai penyuluh jalan. Ke mana pergi Persatuan Ulama? Ke mana hala tuju badan-badan dakwah? Menegur ahli dan pertubuhan politik adalah wajib. Dalam urusan politik tugas ulama ialah mengadili pandangan agama politikus; bukan menikus kerana mereka mungkin ada kuasa dan pengikut yang ramai! Tugas ulama ialah menegur dan melentur umarak. Tidak kira politikus itu namanya sebesar Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim; Hadi Awang atau Nik Aziz Nik Mat dan mungkin Jamil Khir Baharom. Ulama mestilah berdiri di sfera atau ruang ilmu dan KEBENARAN dan bukan turut hanyut atau gugup di hadapan ahli politik. Ulama Malaysia harus ikhlas menegur umarak. Untuk itu ulama dalam persatuan atau pertubuhan orang-orang berilmu harus tampil untuk berbincang secara Islami dan luhur untuk menegur mana yang salah; haram; harus dan juga sesat. Pewaris nabiJika tidak ahli-ahli politik, termasuk mereka yang dianggap ulama akan terus dengan keangkuhan ilmu mereka dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas orang lain yang tidak sependirian dengan mereka sebagai munafik dan sesat! Kini nampaknya, jika ulama sesama ulama tidak mahu dan tidak tahu menahan amarah, ego dan juga kecenderungan politik mereka bagaimana mereka mampu menjadi penyuluh bagi umat terutama dalam soal perpaduan umat, misalnya? Dengan perkataan lain, bagaimana mereka akan layak menjadi pewaris nabi? Ulama Malaysia harus keluar dari kepompong selesa sebagai orang suci dan bersedia mengotori persada politik seketika ibarat menggunakan tanah untuk membersihkan najis. Ulama yang sudah sedia ada dalam PAS dan Umno seharusnya menjadi golongan yang paling layak dipersalahkan jika umat Islam-Melayu di Malaysia berpecah dan bermusuh kerana mereka enggan bermuzakarah dan merintis jalan perdamaian dan silaturrahim. Wallahu alam Ulama memang pandai menggambarkan seksa neraka. Memang peringatan mereka mampu menanam kegerunan dalam hati pendengarnya yang takut dosa dan dambakan pahala. Namun ulama sering lupa dalam mengingatkan orang lain mereka seolah-olah berfikir bahawa mereka tidak mungkin dicampakkan ke dalamnya. Di mahkamah Allah kelak bukan PAS atau Umno yang menjadi pertimbangan. Maka ahli PAS dan Umno janganlah terlalu taksub. Apabila roh bercerai dari badan, segala kekuatan dan pendirian politik akan luntur jika dalam berpolitik mereka berasa hanya hujah mereka sahaja yang betul dan benar. Jika takut pada Allah, berhentilah mengutuk orang yang mempunyai pemikiran berbeza. Janganlah dengan sedar mendabik dada bahawa kononnya iman mereka lebih benar daripada orang yang menjadi ahli parti lain. Insaflah. A | PKR BUAT DRAMA SWASTA DI SELANGOR. Posted: 05 Sep 2012 10:13 PM PDT LAKONAN ANWAR SELAMATKAN PKR TEWAS DI SELANGOR Lakonan Anwar selamatkan PKR tewas di Selangor 09:46am, 16 Ogos 2012Oleh Abdul Rahman Malik
ULASAN: PARTI Keadilan Rakyat (PKR) cuma ada Selangor sahaja untuk dipamerkan sebagai dalil ia mampu memerintah. Sebab itu, tidak kira sama ada baik atau buruk rekod PKR di Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim, ia terpaksa ditelan sahaja agar tidak melimpah menjadi kudis di ambang pilihan raya umum ke-13.
Sebab itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor terpaksa berlakon kononnya tidak banyak masalah yang dihadapi oleh pentadbiran Khalid di Selangor. Walhal, masalah yang dihadapi bertali arus.
Jika tidak, mengapa Selangor perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi? Sudah tentu ini untuk mengizinkannya memberikan input parti dalam urusan Selangor. Ini juga adalah bagi mengendurkan rungutan dan kempen bisik berbisik anti-Khalid yang menular sejak tahun pertama pemerintahannya.
Dalilnya, masuk tahun kedua pentadbirannya, Khalid dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri dalam Kongres Tahunan PKR di Kota Bharu. Jika tidak serius masalah PKR dengan Khalid mengapa Anwar perlu pula mencelah dan menerima jawatan Penasihat Ekonomi Negeri?
Kini, ketika pilihan raya umum semakin dekat, Anwar tiada pilihan selain terpaksa mendendangkan lagu memuji Khalid. Tujuannya ialah untuk menunjukkan tiada masalah beliau "menyelia dan menasihati" Khalid.
Anwar yang berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tahu banyak yang tidak kena dengan cara Khalid mentadbir Selangor. Isu air digonggong Khalid sejak hari pertama menjadi Menteri Besar. Namun sampai sekarang masih belum selesai.
Lazimnya Anwar sebagai Ketua Umum yang menentukan agenda dan halatuju parti. Namun tidak di Selangor. Khalid sentiasa mahu semua pihak, termasuk PKR, tahu beliau ialah bos mutlak di negeri terkaya di Malaysia itu.
Maka, Khalid pun menebar visi yang muluk dan menabur janji sesuka hati untuk memerintah caranya. Khalid menjanjikan projek berbilion ringgit dari pengurusan Sungai Klang. Kononnya projek itu bukan sahaja mampu merawat air Sungai Klang tetapi akan membuka peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat Selangor. Hingga hari ini habuk pun tak nampak.
Anwar tahu Khalid bermimpi dan diulet wawasan serta egonya sendiri. Namun Anwar tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika melucutkan Khalid dari jawatan Ketua Perhubungan Negeri PKR, Anwar yakin beliau boleh melentur Khalid. Sebab itu Anwar memilih untuk menjadi Penasihat Ekonomi.
Namun semua pemimpin kanan PKR tahu hakikatnya tidak sedemikian. Khalid degil dan mempunyai ego terlalu besar. Untuk meremehkan pantauan PKR ke atasnya, Khalid menggunakan Setiausaha Politiknya Faekah Husin sebagai penghadang kemarahan PKR terhadapnya.
Khalid tahu Faekah wanita istimewa di hati Wan Azizah Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar. Jika Faekah jadi jurubicara bagi Khalid, Wan Azizah pasti menerima tanpa banyak cerewet. Maka ahli barisan pimpinan yang tidak setuju dengan cara pengurusan negeri Selangor oleh Khalid terpaksa "makan hati".
Di sebalik itu, Anwar terpaksa mendiamkan diri daripada membuat komen terbuka tentang gelagat negatif Khalid yang menjengkelkan parti. Hendak diturunkan Khalid daripada jawatan Menteri Besar akan mempamerkan kepincangan kepemimpinan PKR.
Maka pilihan yang tinggal bagi Anwar ialah mendiamkan diri daripada melaksanakan tugas hakiki seorang penasihat ekonomi. Isu Talam, Anwar berdiam diri; isu UNISEL, Anwar berpeluk tubuh; isu air, Anwar kelu untuk memberi ulasan kerana kerja mudah sebegitu mengambil masa lebih empat tahun pun belum selesai.
Apa yang Anwar boleh lakukan ialah gunakan taktik psikologi imbal balik (reverse psychology). Jika beliau kerap memuji kepemimpinan Khalid, mungkin itu akan melunturkan sedikit "keras hati" Khalid dan beri peluang Anwar "memberi nasihat" mengenai urusan ekonomi negeri.
Atau, setidak-tidaknya ia akan "menggentarkan" sedikit pengkritik Khalid di kalangan pemimpin parti bahawa jangan cuba mencabar keakraban hubungan beliau dengan bekas tokoh korporat itu.
Ketika semakin ramai pemimpin PKR menjeruk rasa, Anwar berharap ia akan mengalihkan pandangan mereka pada pilihan raya umum dan kurang mengkritik Khalid.
Harapan Anwar dengan memuji Khalid, di mata rakyat Selangor Khalid akan kelihatan seorang tokoh korporat sejati dan memberi PKR peluang mempertahankan satu-satu negeri di bawah pentadbirannya. Selamat berlakon Anwar! | MERDEKA KALI KEDUA IMPIAN PEMBANGKANG? Posted: 05 Sep 2012 10:10 PM PDT ANWAR MAHU JADIKAN MALAYASIA SEBAGAI REPUBLIK Anwar mahu jadikan Malayasia sebagai republik 04:52pm, 05 September 2012PETALING JAYA: Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh pagi tadi apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Barisan Bersatu Nambikaii (Nambikaii) mengadakan demonstrasi mencabar Ketua Umum PKR menyaman mereka. Presidennya, Kalai Vanar mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik. NGO itu turut mendakwa Anwar mahu menghapuskan kuasa Sultan. "Anwar Ibrahim saya percaya dia ada agenda, saya cabar dia buat laporan polis terhadap kami dan bawa ke mahkamah. "Kita ada bukti dia adalah agen anasir asing kerana dia nak jadikan Malaysia (sebagai sebuah negara) republik, menghancurkan raja-raja dan sultan. Kalai berkata tindakan Pakatan Rakyat Selangor yang tidak menjemput serta memaklumkan kepada Sultan berkenaan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 baru-baru ini membuktikan gagasan itu sama sekali meminggirkan institusi kesultanan. "Kita tengok sambutan kemerdekaan di Selangor, mereka tidak jemput Sultan. Ini adalah satu kes murtad. Ini adalah agenda kerana mereka ingin mewujudkan satu republik dan Anwar Ibrahim kalau dia berani, saya kata depan-depan, agenda dia ialah dia nak jadikan (Malaysia sebuah negara) republik, menghancurkan (kuasa) Sultan dan wujudkan republik. "Sekarang dia tak mahu Perdana Menteri, dia nak jadi Presiden," dakwa bekas orang kuat PKR itu. Nambikaii juga memberikan tempoh seminggu kepada Anwar untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah mencabul kedaulatan Jalur Gemilang. Jika Anwar gagal berbuat demikian beliau berkata kumpulan itu akan berhimpun di hadapan Parlimen untuk mendesak bekas Timbalan Perdana Menteri itu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Anwar sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan beberapa individu yang lain yang bertndak mengibarkan sang Saka Malaysia pada malam sambutan kemerdekaan negara. | ANTARA KEKUATAN INTELEK DAN FIZIKAL. Posted: 05 Sep 2012 10:06 PM PDT ATORY: KEKUATAN PEMIMPIN TERLETAK PADA DAYA PEMIKIRAN BUKAN FIZIKAL Atory: Kekuatan pemimpin terletak pada daya pemikiran bukan fizikal 09:40am, 06 September 2012Oleh Siti Sofia Md Nasir SHAH ALAM: Meskipun mengalami masalah kesihatan yang serius, ia tidak menjadi halangan kepada mana-mana pemimpin untuk terus menjalankan tugas, kata Penganalisis politik, Professor Dr Ahmad Atori Hussain. Malah ujarnya lagi seseorang ahli politik itu hanya memerlukan daya pemikiran yang tajam dan bukannya kekuatan fizikal. "Pada pandangan saya, pemimpin politik tiada halangan atau peraturan untuk menghalang siapa-siapa dalam parti untuk bertanding asalkan ia disokong oleh parti dan rakyat. "Dalam politik ini, ianya lebih kepada pemikiran bukan kekuatan fizikal," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah kesihatan yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyebabkan beliau gagal menghadiri majlis-majlis rasmi yang dianjurkan kerajaan negeri itu. Exconya, Datuk Ir Amiruddin Hamzah turut menegaskan Azizan tidak mengalami masalah kesihatan serius seperti heboh diperkatakan, sebaliknya hanya dinasihat oleh doktor supaya berehat ekoran demam dan alahan. Bagaimanapun, Azizan kembali menjalankan tugas rasminya bermula semalam selepas dua minggu mendapat rawatan kesihatan di Kedah Medical Centre (KMC). Dalam pada itu, Atori berkata tiada had umur atau jangka masa kepada ahli politik untuk mentadbir asalkan individu tersebut masih mampu untuk berfikir dan boleh diterima masyarakat. Sambil memberi contoh ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad, Atori menambah, tiada masalah sekiranya pemimpin itu hanya masuk hospital sekali-sekala. "Dalam politik ini, tiada had umur sebenarnya. Janji dia boleh berfikir, dan fikirannya waras dan boleh diterima pentadbir dan rakyat, selagi itu boleh memegang jawatan. "Tapi kalau setakat sakit masuk hospital sekejap-sekejap, saya rasa tiada masalah. Tun Mahathir semasa jadi Perdana Menteri pun banyak kali masuk hospital," katanya. | ISU BALING KASUT DALAM MASJID. Posted: 05 Sep 2012 09:35 PM PDT
Imam 'BERSIH' baling kasut ke arah hakim
Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.
Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.
Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.
| INGIN TAHU SUARAM - BACA INI. Posted: 05 Sep 2012 09:16 PM PDT Sebuah organisasi yang digelar SUARAM telah kerap dipaparkan di dalam media Malaysia dan antarabangsa kebelakangan ini. Organisasi tersebut sering diterangkan sebagai "kumpulan hak asasi manusia bebas". Maka, siapakah mereka? Yang membinggungkan ialah, ketika kumpulan tersebut menyerang Perdana Menteri Najib Razak secara umum, mereka adalah amat berahsia terhadap hal ehwal sendiri. Laman web mereka tidak memberikan apa-apa maklumat tentang siapa di belakang kumpulan tersebut. Selepas membuat sedikit penyelidikan media, kami dapat mengumpul dan menyusun biografi-biografi di bawah. Seperti mana yang anda dapat lihat, kumpulan tersebut dikuasai oleh gabungan-gabungan PKR, pegawai-pegawai dan ahli-ahli politiknya.Dan ini hanya maklumat yang kami tahui. Gambar yang didedahkan di atas menunjukkan hubungan yang telah lama wujud antara ahli-ahli SUARAM dengan Anwar Ibrahim dan kepentingan-kepentingannya. Kenapakah ini penting? Pertama sekali, use Scorpene yang berkontroversi telah dipanaskan kembali kebelakangan ini semata-mata kerana tuntutan-tuntutan tidak berasas oleh SUARAM, dan gambaran yang licik tapi mengelirukan tentang proses undang-undang Perancis. Adalah amat keterlaluan bahawa dakwaan serius sedemikian rupa boleh berdasarkan kepada perkataan-perkataan oleh satu kumpulan yang jelas bermotifkan politik tanpa soalan.Secara asasnya, adalah amat sinis dan tidak jujur (malahan merosakkan reputasi negara kita) untuk mengamalkan politik partisan sebegini cara. Sedihnya, kami telah melihat kejadian tersebut sebelum ini (kononnya " misi pencarian fakta antarabangsa" oleh Anwar). Cukuplah. Sila kongsi laman web ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka dapat mengetahui siapa SUARAM sebenarnya.Nalini Elumalai
Nalini Elumalai adalah Pengarah Eksekutif SUARAM yang telah dilantik pada awal tahun 2012. Sejak 2006, Nalini telah terlibat secara aktif dalam kempen – kempen anjuran SUARAM seperti kempen untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya. |
| | K. Arumugam
K. Arumugam adalah Pengerusi SUARAM. Beliau juga merupakan penulis buku berjudul 'Mac 8' yang telah diharamkan pada tahun 2006. Beliau telah pun menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkenaan pengharaman buku tersebut. Arumugam juga merupakan penasihat kepada Yayasan Tamil Malaysia. |
| | Cynthia Gabriel, Pengarah
Cynthia Gabriel ialah ahli Majlis Bandaraya yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Dia juga ialah setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, yang bekerja dengan PKR, PAS dan DAP. |
| | | | | | Sivarasa Rasiah, Pengasas Bersama
Sivarasa Rasiah ialah ahli politik dan peguam Malaysia. Dia memegang jawatan di Majlis Eksekutif Pusat untuk Parti Keadilan Rakyat dan juga merupakan ahli parlimen untuk Subang. |
| | Tian Chua
Tian Chua ialah naib presiden, ketua informasi dan ketua strategi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dia sekarang berkhidmat sebagai ahli parlimen Batu, dan merupakan salah satu daripada rakan-rakan seperjuangan politik kanan Anwar Ibrahim. |
| | Dr Syed Husin AliDr Syed Hussein Ali ialah senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. Dia ialah ahli utama Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai naib presiden selepas penggabungan parti dengan Parti Rakyat Malaysia (Parti PRM) |
| | | | | | Premesh ChandranPramesh Chandran ialah pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif portal berita Malaysiakini yang pro-Pakatan Rakyat. Dia ialah kawan rapat Tian Chua; mereka pernah menjadi ahli Network of Overseas Students Collective of Australia (NOSCA) bersama dengan Elizabeth Wong. |
| | Elizabeth WongElizabeth Wong ialah ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Lanjang dan juga EXCO negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna, dan Alam Sekitar. Dia juga ialah Ketua Informasi untuk Wanita Parti Keadilan Rakyat dan juga di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara. |
| | Irene FernandezIrene Fernandez ialah ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan pengarah dan pengasas bersama organisasi hak asasi manusia Tenaganita yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan. |
| | | | | | Dr Kua Kia SoongDr Kua Kia Soong pernah menjadi ahli parlimen (1990-1995) untuk Petaling Jaya di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat. |
| | Irene Xavier
Irene Xavier ialah aktivis hak wanita dan jurucakap untuk pertubuhan bukan kerajaan Inisiatif Manifesto Rakyat (PMI), sebuah gabungan oleh 50 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk sebuah jawatankuasa pemerhati parlimen. Dia ialah presiden Sahabat Wanita. |
| | Dr. Nasir HashimDr. Nasir Hashim ialah pengerusi untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kota Damansara, jawatan yang sebelum ini dimenangi di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat. |
| | | | | | S. ArutchelvanS. Arutchelvan ialah ahli pengasas dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). |
| | Julian Jayaseela, 1st CoordinatorJulian Jayaseela pernah menjadi pengarah eksekutif organisasi HIV/AIDS Pink Triangle sebelum ini. Dia juga menerbit filem, dan merupakan pengarah syarikat produksi Nuansa Films. |
| | Lee Siew Hwa, 3rd CoordinatorLee Siew Hwa ialah aktivis yang bekerja untuk Jawatankuasa untuk Wanita Asia (CAW). Dia adalah amat lantang tentang sentimen anti-kerajaannya. |
| | | | | | Charles Hector Fernandez, 2nd CoordinatorCharles Hector ialah peguam, dan bekas ahli Majlis Peguam Malaysia. Dia ialah seorang aktivis dan menulis blog tentang isu-isu hak asasi manusia secara konsisten. |
| | Bruno Gentil Pereira
Bruno Gentil Pereira ialah ahli jawatankuasa eksekutif untuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). |
| | Yap Swee Seng, Bekas Pengarah Eksekutif
Yap Swee Seng ialah bekas pengarah eksekutif FORUM-ASIA, sebuah organisasi hak asasi manusia serantau berasaskan keahlian. |
| | | | | |
|
| AKIBAT BUDAYA BENCI PEMIMPIN. Posted: 05 Sep 2012 09:08 PM PDT Akhir minggu lalu ketika majoriti rakyat negara ini meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 tahun, ada pula segelintir pihak yang mencemari perayaan itu dengan mengedarkan risalah mendesak bendera negara, Jalur Gemilang ditukar dengan satu bendera baru yang turut dikibarkan di perhimpunan Janji Bersih mereka di Dataran Merdeka, malam Jumaat lalu. Pada perhimpunan itu juga, berlaku tindakan memalukan dan tidak beradab memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah ada seorang daripada mereka melondehkan seluar menunjukkan punggungnya ke arah gambar yang sudah dipijak-pijak itu. Beginilah tindakan melampau yang berlaku apabila tohmahan dan membenci pemimpin terus dilaungkan hingga boleh mempengaruhi muda mudi, termasuk pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga tidak dapat berfikir dengan waras hanya kerana berjaya dirasuk untuk membenci kerajaan pimpinan UMNO dan BN. Tindakan melampau begini tidak menghairankan kerana muda-mudi yang tidak arif dengan perjalanan sebenar sejarah termakan tohmahan Hishamuddin Rais seorang aktivis proreformasi dan penyokong kuat pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hishamuddin adalah juga antara penganjur perhimpunan malam itu. Pandangannya yang songsang dipaparkan melalui dua tulisannya dalam lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, KeadilanDaily. Tulisan pertamanya bertajuk 'Berakhirnya Jalur Temberang' dan yang kedua 'Kelentong UMNO pecah, dongeng merdeka terbarai.' Dia dengan megah menulis: "Semenjak saya memiliki talian internet, setiap tahun saya menjadikan bulan Ogos sebagai bulan melawan lupa dan melawan penipuan... Setelah lebih dari sedekad, hasilnya mula kelihatan." Perlekeh perjuangan kemerdekaan Benarlah hasilnya ialah mengedar risalah mahu menukar Jalur Gemilang dengan bendera merah putih diberi nama Sang Saka yang dilaungkannya sebagai lambang sebenar kemerdekaan negara hanya kerana ia mula digunakan sebuah pertubuhan menentang penjajahan British, Kesatuan Melayu Muda pada 1938. Hishamuddin juga memperlekehkan perjuangan kemerdekaan oleh Datuk Onn Jaafar dan UMNO hingga menuduh negara ini sebagai negara ciplak dengan menyatakan Jalur Gemilang adalah ciplak bendera Star Spangled Banner Amerika Syarikat dan Negaraku pula diciplak daripada lagu keroncong popular Indonesia Terang Bulan. Bahkan dia turut mentohmahkan bahawa pejuang kemerdekaan sebenar ialah pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Parti Komunis Malaya tanpa mahu mengakui bahawa PKM dan Chin Peng menentang British bukan mahukan Kemerdekaan negara yang berdaulat tetapi untuk mewujudkan sebuah negara satelit Cina Komunis dengan sekali gus menghapuskan institusi Raja Melayu. Perjuangan puak berhaluan kiri KMM pimpinan Ibrahim Yaakob juga bukan mahukan kemerdekaan sebenar tetapi mahu bergabung dengan Sukarno untuk mendirikan Malaya Raya. Dukung institusi raja-raja Melayu Sejarawan terkemuka, Prof Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan bahawa majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan itu kerana Melayu mendukung institusi raja-raja Melayu dan Islam. Ramlah berkata, bendera Sang Saka itu digunakan dalam ceramah PKMM tetapi majoriti rakyat Tanah Melayu menolak perjuangan mereka. Bendera Sang Saka Merah Putih inilah kemudiannya dikibarkan Sukarno sebagai bendera Indonesia pada 1947. Hishamuddin menuduh sejarah diselewengkan tetapi dia sendiri yang melakukannya apabila memperlekehkan Jalur Gemilang dan Negaraku sebagai lambang ciplak. Jalur Gemilang sememangnya ciptaan tempatan hasil usaha Majlis Raja-Raja pada 1949 selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu apabila sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk memperakukan reka bentuk bendera untuk negara yang baru diwujudkan itu. Satu pertandingan untuk mereka bentuk bendera diadakan dengan 373 penyertaan. Tiga daripada reka bentuk dipilih ke peringkat akhir dengan satu daripadanya yang melakarkan bendera mempunyai 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri ciptaan seorang arkitek kerajaan Johor, Mohamad Hamzah dipilih orang ramai melalui akhbar Malay Mail. Reka bentuk itu diubah suai beberapa kali yang kemudian diteliti Majlis Raja-Raja pada Februari 1950 dan Jalur Gemilang yang ada sekarang diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada April 1950. Demikian juga lagu Negaraku bukan diciplak daripada Terang Bulan tetapi dipilih oleh sebuah jawatankuasa dipengerusikan Tunku Abdul Rahman berasaskan kepada lagu rasmi Kesultanan Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan yang diambil daripada lagu La Rosalie sebuah lagu popular di kepulauan Seychelles tanah jajahan Perancis di lautan Hindi ciptaan seorang Perancis, Pierre Jean de Beranger pada pertengahan 1800. Ia dibawa pulang oleh Raja Abdullah ketika dibuang negeri oleh British di kepulauan itu. Liriknya pula dicipta Saiful Bahri. Jelas sekali tohmahan Hishamuddin itu tidak berasas. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan