Salam Perjuangan Posted: 09 Sep 2012 11:33 PM PDT 1 MALAYSIA - NAJIB DIDAHULUKAN, KRONI DIUTAMAKAN? Posted: 08 Sep 2012 11:33 PM PDT 21 Syawal 1433 H | 9 September 2012RANTAU 8 Sept: Negara yang diperintah UMNO-BN mempraktik undang-undang berbeza untuk golongan penguasa dan rakyat terbanyak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Rantau, Negeri Sembilan. |
Sebaliknya, beliau berkata, polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng yang sentiasa mencetuskan kekacauan di program Pakatan Rakyat sekalipun melibatkan kes kecederaan.
"Saya sendiri tidak setuju (hina gambar Najib) tapi mengapa kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz, buat upacara pengebumian Lim Guan Eng dan baling batu pada bas (Merdeka Rakyat) dan kereta saya, tiada apa-apa (tindakan)?
"Apakah mereka ingat rakyat ini najis?" katanya yang turut mengecam kebisuan pimpinan umno BN terhadap tindakan samseng itu.
"Ia sama apabila rakyat ambil rasuah dikatakan 'corruption' tapi orang besar makan rasuah dipanggil komisen," katanya lagi.
"Justeru, pemimpin yang tidak ikut 'rule of law' (kedaulatan undang-undang), sebaliknya 'rule of the jungle' (undang-undang rimba) mesti kita jatuhkan," katanya diikuti sorakan hadirin.
Awal minggu ini, polis menyoal siasat beberapa individu yang didakwa menghina gambar Najib dengan menunjukkan punggung dan memijaknya dalam sambutan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu.
Ia sama sekali berbeza dengan layanan polis terhadap samseng upahan umno dan Perkasa, yang terus berleluasa mengganggu program dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Bermula dengan insiden di Sembrong, ia berterusan dengan beberapa siri serangan dan gangguan selepas itu tanpa ada sebarang tangkapan. Terbaru, cermin hadapan bas jelajah Merdeka Rakyat dipecah dan disimbah cat merah ketika jelajah pertama Merdeka Rakyat minggu lalu. Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dalam dewan solat. - keadilandaily | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 09 Sep 2012 09:25 PM PDT PAS berang tindakan MPS turunkan bendera parti Posted: 09 Sep 2012 05:14 PM PDT Persoalannya ialah kenapa bendera BN yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan?
9 Sep 2012 SENAWANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani hari ini melahirkan rasa berang terhadap tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menurunkan kira-kira 40 bendera PAS di Dataran Senawang pagi semalam iaitu tempat berlangsungnya Jamuan Hari Raya anjuran PAS Negeri Sembilan.
"Kami memasang bendera PAS sehari sebelum (Jumaat) majlis ini berlangsung. Jamuan Hari Raya ini bermula 11.00 pagi dan berakhir 3.00 petang semalam. Kami sepatutnya menurunkan bendera PAS pada petang semalam juga selepas majlis berakhir.
"Bagaimanapun ketika kami sedang menyiapkan makanan, minuman, kerusi dan meja untuk orang ramai, kira-kira pukul 9.30 pagi, penguatkuasa MPS menurunkan bendera PAS.
"Kita tidak ada masalah dengan penguatkuasa MPS jika itu tugas mereka. Persoalannya ialah kenapa bendera Barisana Nasional (BN) yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan?
"Bendera PAS diturunkan apabila baru sehari dipasang. Kita pasang bendera PAS pun kerana kita anjurkan majlis jamuan Hari Raya di sini memandangkan Dataran Senawang juga terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi. Manakala bendera BN sudah dipasang sejak berbulan-bulan lamanya.
"Jika memasang bendera di Dataran Senawang satu kesalahan, mengapa tindakan yang sama tidak diambil terhadap bendera BN di sini?," tanya Mohd Taufek yang juga merupakan Adun Paroi.
Tinjauan FMT pagi ini di Dataran Senawang mendapati bendera-bendera BN yang diikat di pokok Palma masih berkibar seperti biasa.
Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby pula menyifatkan tindakan MPS ini sebagai tindakan pilih kasih.
"Tindakan MPS ini menggambarkan seolah-olah MPS mengikut telunjuk BN. Saya rasa Umno-BN Negeri Sembilan sudah terdesak dan perkembangan terbaru ini menggambarkan tanda-tanda kejatuhan Umno-BN semakin hampir.
"Tindakan menurunkan bendera PAS tidak menjejaskan sambutan ribuan orang ramai yang hadir di jamuan Hari Raya yang diadakan di Dataran Senawang semalam," katanya. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
| |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 09 Sep 2012 09:18 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 09 Sep 2012 07:10 PM PDT Posted: 09 Sep 2012 03:11 AM PDT | Posted: 09 Sep 2012 03:07 AM PDT | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 09 Sep 2012 07:04 PM PDT Saya boleh balik tidur lena - Najib Posted: 08 Sep 2012 09:22 PM PDT Tajuk di atas adalah antara ungkapan yang diucapkan Perdana Menteri ketika menyaksikan kira-kira 20,000 orang memenuhi sambutan hari raya bersama Najib di Jabi semalam. Tahniah dan Syabas Najib! Tidur lena adalah antara nikmat Allah kepada hambanya. Tak semestinya mereka yang kaya dan berduit dapat tidur lena. Ianya adalah gambaran ketenangan hati dan kepuasan, lalu tidurlah pemilik hati tersebut dengan lena dan bahagia. | Aku bui ko mung hadioh so kandaran ni Najib, pilihlah aku jadi calon semula |
Itulah mungkin yang cuba diungkapkan Najib untuk mengambarkan puasnya hati beliau dengan sambutan yang telah diberikan. apa pun tanggapan kita, itulah persepsinya. Makna disebaliknya, Najib cukup yakin kerusi Jabi masih selamat untuk BN. Apatah lagi Ramlan telah menghadiahkan sekandaran cenderamata yang lebih sesuai diistilahkan 'cenderabahu' untuk dibawa pulang. Apa isinya? Saya tidak berminat untuk mengambil tahu. Tapi tentunya saiz cenderamata sekali dengan batang kandaran tersebut akan mendatangkan masalah untuk dimuatkan dalam helikopter yang menjadi pengangkutan Najib pada hari tersebut. Saya hanya tersenyum kelat bila ada yang mengomel, Ramlan sengaja perli Najib, ini simbolik banyaknya harta rakyat yang telah kita sama-sama songlap dan kandar! Terpulanglah kepada masing-masing untuk mengomennya...
| Tinggallah sampah sarap, antaranya baju T berlambang dacing yang bertaburan |
Saya hanya bermaksud menceritakan hal yang sebenarnya di sebalik 20,000 yang hadir itu. Keseluruhan sekolah-sekolah disekitar Dun Jabi telah diarahkan hadir dan dipunggah dengan beratus-ratus buah bas. Para pelajar, guru-guru dan kakitangannya semuanya diangkut ke Tempinis sehingga 'renggeh' kawasan sekolah. Yang tinggal hanyalah pelajar tahun 6, mungkin oleh kerana tarikh UPSR sudah terlalu dekat. Menarik apabila para pelajar diarahkan supaya memakai pakaian raya, bukannya uniform sekolah supaya tak nampak macam budak-budak sekolah! Sekadar nak memaklumkan, terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai bahawa kenyataan yang sukar disangkal, lebih dari separuh guru-guru yang diarahkan hadir adalah ahli dan penyokong atau paling kurang pun mereka adalah 'simpatism' perjuangan Islam. Rakan-rakan kita di kalangan guru-guru yang dipaksarelakan hadir telah mengesahkannya. Masing-masing berkongsi rasa tak puas hati sepanjang tempoh program berlangsung. Bagaimana pula dengan kakitangan-kakitangan jabatan-jabatan kerajaan yang diwajibkan hadir dan perlu menandatangani borang kehadiran sebelum boleh menerima wang saku masing-masing? Semalam semasa program pimpinan Pas DUN Jabi turun padang ke kampung-kampung, saya bertemu dengan ramai anak-anak muda yang turut menyertai perarakan bermotosikal mengiringi Najib. Kata mereka, "Umno penipu! Janji nak bui (bagi) 20 riyal (ringgit) sorang, tapi lepas berarak bui (bagi) 10 riyal jah, 10 riyal lagi, kekoh (makan) ko (untuk) awok-awok dia! Baju lambang dacing hok dia bui, kita wat kesat tangan dan mulut lepas makan, pahtu (lepas itu) tohok (buang)!" Saya hanya tersenyum mendengar komentar anak-anak muda ini. Benarlah maklumat seorang rakan squad media yang membuat tinjauan ke tapak program keesokkan harinya medapati banyak t-shirt yang dibuang. He...hee... 'Onar' puak-puak ni rupanya. Lebih menghangatkan hati yang telah sedia panas, kata anak-anak muda ini, makanan pulok tak cukup! Kata mereka, dengar khabar gulai sampai 30 kawah, mana pergi habih? Nasib kamulah Ramlan... Kamu tersengih-sengih ketawa sambil hadiahkan kandaran harta untuk Najib, kamu ingat 20,000 orang hok hadir tu adalah penyokong kamu, kamu tipu boss kamu, Najib sambil berharap kamu boleh jadi calon sekali lagi. Baliklah Najib dalam keadaan boleh tidur lena, tapi kamu sendiri? Satu lagi hakikat yang jelas, bagi orang 'darat' (orang kampung) ada suatu tarikan, nak gi tengok sekali Najib, biasa duk tengok dalam TV saja. Mereka ni sebenarnya bukanlah orang yang nak pergi kerana memang nak bagi sokongan, cuma sekadar santai sambil tengok-tengok suasana, alang-alang dia mari dekat doh dengan kampung kita. Bila pulak dia nak mari, dok tahu lagi. Atau pun mungkin ni lah kali pertama dan terakhir dia mari kampung kita. Saya juga tak mahu mengulas lanjut komen sekumpulan anggota keselamatan beruniform biru gelap yang di datangkan khas dari Kuala Terengganu, apabila mereka ditemui di sebuah kedai makan ketika mereka dalam perjalanan pulang usai program berlangsung. Kebetulan saya juga dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Jabi selepas menghadiri mesyuarat dan Sambutan Hari Raya Pas Terengganu. Kami minum bersama sambil bertanya khabar. Komen mereka sangat mengejutkan. "Umno ni tak dok keja lain kalu dok menyusahkan orang, kita mari pun bukannya Najib percaya ko (kepada) kita untuk jaga keselamatan dia, kelas muka kuli macam kita ni, padan jaga jalan jee..." Saya hanya mengomel di dalam hati, "kesian..." Selepas membayar harga minuman untuk mereka, saya mohon diri untuk berlalu sambil memperkenalkan diri bahawa saya adalah Pengarah Pas DUN Jabi. Sambut mereka... "Cantik!! Beres booh! kita mmapuh Umno terik ni!" Gurau saya sambil berlalu... "Huh!! Parok awok-awok nii... tahu ko boss demo, siaplah!" Mereka hanya ketawa dengan seribu makna...
| |
Batu Gajah Mari Posted: 09 Sep 2012 11:26 AM PDT Dato' Midah, tolong ambil perhatian hal ini Posted: 09 Sep 2012 01:37 AM PDT Dari seorang bapa yang kecewa..
ASSALAMMUALAIKUM
Pada 03/09/12 anak saya dan kawanya telah di langgar lari.keadaan anak muka2 pecah dah kering sikit...tapi kepala kadang2 pening.
kejadian langgar lari berlaku semasa anak saya dan kawannya tahun 2 balik dari tasmik sekolah sultan yussuf semasa melintas lampu isyarat di situ mereka berdua telah di langgar oleh motor disyaki ditunggang oleh budak india,saya terkilan juga dengan sikap ibu bapa atau orang awam yang sanggup membiarkan sahaja anak kami di situ sebelum ini...hanya melihat dari jauh.
ingatlah ALLAH MAHA KUASA DAN MAHA MENGETAHUI ingat anda juga ada anak di sekolah ini.Anak saya dan kawannya telah dihantar ke wad kecemasan oleh orang awam salah seorangnya penjual apam balik di pasar BG(terima kasih,hanya ALLAH yang akan membalas jasa baik anda)selepas itu mereka berdua telah di hantar ke wad Ipoh selama 2 hari,dan kini telah berada di rumah.
laporan polis telah dibuat dan no plet suspek telah diambil pada hari keesokkan setelah pelajar2 sekolah teringat itulah indianya,no plet adalah no anak taukey hotel di sini.setelah di kawad cam rupanya bukan dia yang terlibat kerana dia cukup bukti motornya ada di hotel bapanya pada waktu kejadian.
Sarjan india yang mengendalikan kes ini sangat gembira bila suspek bukanlah penjenayah yang dicari(kenapakah dia begitu gembira sedangkan penjenayah masih belum dapat lagi?)jadi kes belum selesai dan harap sesiapa dapat membantu. Pada hari ini 09/09/12 bersama dgn keluarga yang anaknya kena langgar yg lagi sorang tu nak jumpa menteri kewangan ke2 Datuk Husni yg dtg ke batu gajah dan Pegawai Daerah,bukan nak minta duit tapi nak minta bagi ler peruntukkan untuk buat bonggol atau bayar rela atau ape saja untuk keselamatan anak2 serta orang untuk jaga kawasan sekolah/jalanraya sekitarnya.demi untuk anak2 semua.
Tapi jika tiada tindakan diambil terpaksa lah dibuat dengan saluran yang lain. Sebelum ini ada polis traffic yang jaga kawasan itu pada waktu puncak tetapi sekarang sudah tiada,bila saya bertanya pada guru besar sys katanya polis cakap tak cukup kakitangan,apabila saya tanya pihak polis katanya pula pihak sekolah yang kena tanggungjawap.
Tanya pihak sekolah kenapa tak buat bonggol atau jejantas,katanya tak diluluskan pulak sebab ini jalan utama,cuba lihat di ACS di Jalan Paser Putih kenapa jalan utama tapi ada bonggol???jangan nak tipu rakyat lah....
masing2 nak lepas tangan,kejadian kemalangan dah banyak kali berlaku di lintasan lampu isyarat itu dan sekolah convent siap ambil tandatangan ibubapa tapi masih lagi tiada tindakan pihak yang berwajib,mungkin bila kena pada anak YB atau anak cikgu dan anak polis baru lah sedar betapa pentingnya anak2 kita ini?barulah laju nak buat itu ini..masa tu semua dah terlambat,cuba anda sendiri rasa jika anak anda yang kena langgar...ingatlah hari ini anak kami yang kena dan tidak mustahil selepas ini anak anda pula jika perkara ini dibiarkan. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 09 Sep 2012 11:05 AM PDT Majlis Aidulfitri PAS Pusat Posted: 09 Sep 2012 01:12 AM PDT | Pimpinan PAS di jamuan Aidilfitri Kampung Baru Posted: 09 Sep 2012 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Saf kepimpinan PAS di pelbagai peringkat kini berada di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sempena majlis hari terbuka Aidilfitri parti itu hari ini. Bermula dari Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta seluruh AJK PAS Pusat berada di sini dan bersedia menerima kunjungan tetamu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tetamu awal dilihat tiba pada majlis ini petang ini. Majlis rumah terbuka PAS ini bermula jam dua hingga lima petang ini dan menyediakan pelbagai juadah untuk jumlah 100,000 orang. | Sekitar Kejohanan Futsal Dun - Dun Anak Muda Machang Tahun 2012 Posted: 09 Sep 2012 01:04 AM PDT | Bas PKR diserang lagi, AMK lapor polis Posted: 09 Sep 2012 12:52 AM PDT
JASIN:Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat satu laporan polis pada hari ini berikutan insiden simbahan cat merah pada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin semalam. Laporan polis itu akan dibuat ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka jam 3 petang ini. Dalam insiden kira-kira 3.30 petang semalam, bas yang digunakan pemimpin PKR untuk siri kedua Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah di Kampung Kelubi di sini. Kejadian didakwa dilakukan kira-kira 30 samseng yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin PKR. Memetik laporan Malaysiakini, Shamsul berkata, beliau tidak menolak kemungkinan serangan tersebut didalangi Pemuda Umno. "Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya. Ianya adalah kejadian kedua selepas bas sama diserang sekumpulan samseng ketika berada di Kelantan minggu lalu. Dalam serangan itu, bas tersebut yang diletakkan di Pasar Khadijah juga disimbah cat merah dan cermin hadapannya retak dibaling batu. | Hina pemimpin PAS: Lagi laporan polis dibuat Posted: 09 Sep 2012 12:51 AM PDT KEMAMAN:Dewan Pemuda PAS Kemasek membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang sedang tersebar di internet,mempamerkan aksi dua orang pemuda sedang kencing di atas gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu kain rentang. Laporan polis itu dibuat AJK Pemuda PAS Kemasik, Syed Khairi Amir oleh di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 5.30 petang semalam.. "Saya dapati ada beberapa keping gambar pemimpin PR dikencing, dipijak dan dibakar. "Kelakuan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pihak pemuda PAS Kemasek dan saya pohon siasatan segera oleh pihak polis bagi menegakkan keadilan," laporan polis itu dipetik. Sejak insiden seorang pelajar kolej swasta diambil tindakan segera oleh polis kerana didakwa menghina gambar perdana menteri ketika kejadian 30 Ogos lalu, beberapa pihak turut meyebarkan gambar seorang individu sedang kencing di atas gambar Mursyidul Am dan Presiden PAS itu internet. Penyiaran gambar itu disertakan bersekali dengan desakan agar pihak polis juga bertindak segera kepada si pelaku yang menghina gambar pemimpin PAS itu. Sebelum ini juga pelbagai pihak turut mengecam tindakan yang didakwa 'double standard' pihak kerajaan yang segera menangani kes penghinaan kepada gambar pemimpin BN sedangkan penghinaan kepada gambar pemimpin Pakatan Rakyat dibiarkan. Ada juga yang mempersoal kenapa masih tiada apa-apa tindakan kepada pihak yang bertindak samseng menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang memberi tazkirah di sebuah masjid Pumpung Kedah baru-baru ini. Tidak cukup dengan itu, perbuatan khianat kumpulan samseng turut berlaku kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR yang dua kali diserang dengan disimbah cat merah dan cermin bas dipecahkan. | Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DPPKM Posted: 08 Sep 2012 06:58 PM PDT | SPR sedia tetapi suruhanjaya IC belum jalan tugas Posted: 08 Sep 2012 06:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mendakwa sudah sedia mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13, sedangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, suruhanjaya diraja itu ditubuhkan berikutan apa yang disebut sebagai Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' yang dilaporkan telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi yang sah. "Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan," kata beliau. Bukan itu sahaja, kata Mohamad, malah banyak lagi perkara yang dilihat sebagai terang-terang merupakan satu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih. "Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan," katanya. Lebih teruk lagi, seorang wanita berbangsa India tidak dapat mendaftar sebagai pengundi kerana nombor kad pengenalannya digunakan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu dalam daftar pemilih. Malah, katanya lagi, orang yang telah mati pun masih ada lagi nama mereka dalam daftar pemilih. "Bukan sedikit, tapi banyak dan timbul keraguan ada pihak lain yang mengundi bagi pihak mereka," katanya. SPR juga, kata Mohamad, tidak memberi penjelasan yang boleh dipercayai mengenai pemindahan pengundi yang jauh lebih banyak dari yang dinyatakannya. "Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan," katanya. Malah, ada laporan-laporan polis yang dibuat oleh pemilik-pemilik rumah yang mengadu rumah mereka dijadikan alamat oleh pengundi-pengundi yang tidak meraka kenali dalam daftar pemilih. "SPR perlu menjelaskan semua itu dan banyak lagi perkara yang dilihat sebagai penyelewengan yang terang-terang berlaku dalam daftar pemilih. "Pengerusi SPR jangan dengan mudah mendakwa pihaknya sudah sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 sedangkan daftar pemilih masih lagi tidak bersih," katanya. Mohamad menegaskan, kesemua penjelasan dan dakwaaan SPR sebelum ini kononnya daftar pemilih yang ada kini sudah bersih dan masalah pada daftar itu terlalu minima ternyata menimbulkan lebih banyak lagi keraguan. Daftar pemilih yang bersih adalah antara tuntutan utama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih). Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mendakwa pihaknya sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen. | Majlis Pelancaran R Untuk Parlimen Machang Posted: 08 Sep 2012 06:15 PM PDT | Nik Aziz dianugerah Tokoh Pendidik Nusantara Posted: 08 Sep 2012 04:49 PM PDT SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di Dewan Unisel hari ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, antara tokoh agama yang cukup disegani baik peringkat negara mahupun antarabangsa. Malah beliau di antara 50 tokoh paling berpengaruh di dunia di mana beliau menduduki tangga ke-42 dari keseluruhan senarai 500 muslim yang berpengaruh. Ianya sebagaimana disebut dalam kajian dari Sebuah institusi penyelidikan The Royal Islamic Strategic Studies Centre dengan kerjasama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa DiRaja Aal al-bayt yang beribu pejabat di Amman Jordan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, juga disebut tokoh muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Sebelum mendekati dunia politik, beliau pernah menjadi seorang pendidik di Sekolah Agama Tarbiyyah Mardiah Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Kelas Dewasa Kemas dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Kelantan. Beliau pernah melanjutkan pengajian di India, Pakistan dan Mesir dalam bidang ilmu tafsir, bahasa arab dan perundangan Islam. Penganugerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman. Tuan Guru disarungkan jubah warna keemasan dan dihadiahkan sijil pengiktirafan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara. Sementara itu, Setiausaha Majlis Muasasah Darul Ulum, Ahmad Yahya dan Timbalan Pengerusi Majlis Guru Pasti, Khairiah Muhammad menerima Anugerah Tokoh Pendidik Muda Malaysia. Himpunan yang berlangsung setengah hari itu turut dihadiri kira-kira 1,000 guru khasnya dari Selangor. | Ibu bapa adalah pendidik pertama – Nik Aziz Posted: 08 Sep 2012 04:48 PM PDT SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ibu bapa merupakan pendidik yang pertama sebelum guru atau pensyarah bagi setiap umat manusia di atas muka bumi ini. Katanya, apabila menyebut pendidik semua akan merujuk kepada guru tetapi terlupa bahawa ibu bapa adalah pendidik yang pertama. "Ibu bapa akan menyebabkan anak-anak sama ada menjadi baik, nakal atau jahat. Ibu bapa orang pertama jadi pendidik kita," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Himpunan Pendidik Islam 2012 di sini hari ini. Katanya, Nabi Muhammad selalu menasihati umatnya supaya mencari pasangan yang beragama kerana sudah tentu dia tahu hubungan dengan Allah, suami, mentua dan keluarga. Justeru katanya, senarai pendidik mestilah meletakkan ibu dalam senarai pertama. Begitulah juga, katanya dalam sesebuah negara di mana kerajaan, perdana menteri dan menteri besar adalah pendidik. "Perdana menteri rasuah, rakyat tidak ada sebab jadi perasuah. Inilah yang mustahak. Dari ibu, cikgu, menteri besar kepada perdana menteri, adalah pendidik," katanya di hadapan kira-kira 1,000 guru. Oleh sebab itulah, katanya, ilmu adalah tenaga gergasi yang akan membentuk jiwa manusia. Turut menyampaikan ucapan dalam himpunan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman. Tidak lupa juga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said atau Pak Samad turut mendeklamasikan sajak yang ditujukan khas buat warga pendidik. Himpunan Pendidik Islam 2012 merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik kebangsaan (Pendidik) Malaysia dengan kerjasama Unisel dan MAPPIS. | Kejohanan Futsal Dun - Dun Anak Muda Machang 2012 Posted: 08 Sep 2012 04:48 PM PDT | Pemimpin Umno tidak kibar Jalur Gemilang Posted: 08 Sep 2012 04:38 PM PDT (Mohamad Sabu berceramah di Jenjarum) SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sambutan Kemerdekaan Ke-55 baru-baru ini sebagai sambutan yang paling hambar. Katanya, rakyat dapat menilai kerana menjelang sambutan itu pemasangan bendera Jalur Gemilang tidak mendapat sambutan hangat. "Ia merupakan sambutan paling teruk. Jika kita lihat, tidak banyak bendera yang dipasang di kenderaan, bangunan-bangunan dan perumahan juga kawasan sekitar. "Jika kata Pakatan Rakyat (PR) pengkhianat negara maka Umno-BN juga pengkhianat kerana pemimpin mereka juga tidak memasang bendera," katanya dalam ucapannya di Ceramah Perdana, Sungai Rambai baru-baru ini. Malah, katanya, sambutan yang sepatutnya menjadi sambutan rakyat dilihat bertukar menjadi sambutan perayaan ulang tahun Umno-BN. Beliau berkata laungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya sambutan itu adalah merupakan sambutan yang luar biasa kerana kehadiran penonton mencecah 150,000 adalah 'syok sendiri'. "Jika sudah beri duit, sediakan bas untuk mengajak orang datang, sudah tentulah orang mahu datang, tetapi hakikatnya Najib sendiri yang tahu," katanya. Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Prof Datuk Dr Zainal Kling boleh dipersalahkan berhubung masalah itu kerana sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. "Jadi mungkin daripada kenyataan itu anak muda khususnya, kurang kesedaran mengenai kemerdekaan. Jadi tindakan perlu diambil ke atas Prof itu," katanya. Justeru, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin untuk mengkaji semula sejarah Malaysia disambut baik. "Harap beliau akan melaksanakannya dengan betul bukannya hanya kerana pilihan raya sudah hampir. Laksanakannya dengan betul supaya rakyat mengetahui mengenai sejarah," katanya.- Selangorku | Ron 97 naik untuk diturunkan dalam Belanjawan Posted: 08 Sep 2012 04:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menjangka, harga minyak Ron 97 dinaikkan 30 semalam bertujuan untuk membolehkan ianya diturunkan dalam Belanjawan hujung bulan ini. Naib Ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al Hiss (gambar) membuat jangkaan itu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. "Apa yang kami dapat lihat, Barisan Nasional (BN) akan menjadikan Perbentangan Belanjawan Negara pada hujung September ini untuk menggambarkan membela rakyat dan kemungkinan RON97 akan diturunkan harganya?" kata Raja Ahmad. Kemungkinan ini dapat dilihat ekoran kekerapan kenaikkan harga petrol RON97 yang memberikan kesan sokongan kepada BN. "Kami turun menjangkakan harga RON95 juga akan diturunkan oleh BN bagi mengembalikan sokongan kepada mereka menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13!" katanya. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan harga minyak petrol RON97 naik 30 sen kepada RM3.00 seliter bermula awal September baru-baru ini tidak mendahulukan rakyat terutamanya dan ianya dilakukan secara tidak dihebahkan meluas melalui Menteri yang bertanggungjawab. Ini berlainan jika pengumuman penurunan harga petrol akan dihebatkan secara meluas dan sudah tentunya Menteri yang terlibat akan membuat satu sidang media khas disifatkan hanya 'berlakon' sahaja. Pada tahun ini sahaja, harga petrol RON97 telah naik 10 sen dengan harga barunya RM2.50 seliter pada awal Januari yang lalu. Dan pada awal April yang lalu, harga seliter RON97 berharga RM2.60 setelah ianya naik 10 sen. Ini tidak termasuk naik 10 sen selepas bulan April setelah dinaikkan dan sebelum dinaikkan pada awal September ini. Jika dilihat pula pada tahun lepas, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. | Rakyat biadab kerana Umno gurunya Posted: 08 Sep 2012 04:37 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya. "Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau. Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kenapa pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah seolah-olah ini semua ajaran pemimpin pembangkang, soalnya. Pada hal, katanya, tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab. Katanya, rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20 April 2000, di mana Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS. "Apakah ini taraf seorang ketua Umno di negeri Pahang," katanya. Begitu juga tindakan pemuda Umno dan puteri Umno yang tunjuk punggung dan isyarat lucah pada hari tersebut. Ajaran biadab ini dilanjutkan lagi oleh Utusan Malaysia dan penceramah Umno yang menunjuk gambar lucah kononnya ini adalah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Azmin Ali. "Kenapa budaya ini tidak disekat malahan diberi galakan sehingga memalukan kita yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah," soalnya. Akhbar ini, katanya, sampai ke sekolah yang dibaca oleh pelajar-pelajar. "Seolah-olah media Umno mendapat lesen untuk membuat sesuatu demi politik kotor mereka," katanya. Beliau juga mempersoalkan, kenapa mereka yang pijak gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang tidak diambil tindakan. "Apakah beliau botol mineral, bukan manusia? Apakah beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak sah?" soalnya lagi. | OKU kesal kenyataan Menteri Belia dan Sukan Posted: 08 Sep 2012 04:37 PM PDT KOTA BHARU: Persatuan orang kurang upaya (OKU) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) yang cuba membezakan antara atlet normal dan OKU. Pengerusi Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan, Mohamad Faizal Che Yusof berkata, kenyataan menteri terbabit mengguris hati OKU yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik. "Perlu diingat juga standard sukan paralimpik dan sukan olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan," katanya di sini. Menurutnya kerajaan dan menteri tentunya sedar sukan paralimpik merupakan sukan terbesar dunia yang melibatkan OKU dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik. Katanya, penyertaan atlet-atlet dari Malaysia tentu sekali membawa nama negara apatah lagi apabila pingat dapat dibawa pulang. Beliau juga berkata, Akta Orang Kurang Upaya 2008 secara jelas mengiktiraf potensi dan sumbangan OKU dalam negara. Selain itu, kesamarataan kepada OKU sebagai warga negara juga diiktiraf akta tersebut. "Layanan yang berbeza kepada atlet-atlet paralimpik adalah jelas suatu perlanggaran kepada penguatkuasaan Akta 2008 sekaligus suatu diskriminasi terhadap OKU. "Kata-kata menteri terbabit selain menggambarkan ketidaksediaan kerajaan mengiktiraf kedudukan sukan paralimpik di peringkat antarabangsa dilihat memperkecilkan sumbangan atlet-atlet paralimpik negara," katanya yang juga ahli jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia. Oleh itu menurutnya selaku wakil kepada OKU dan atlet-atlet paralimpik beliau berharap kerajaan Malaysia mengkaji sehalus-halusnya layanan yang seharusnya diberikan kepada atlet-atlet paralimpik supaya sama dengan atlet-atlet olimpik negara. Kata beliau persoalan saiz kedua-dua sukan tersebut tidak sepatutnya timbul disebabkan atlet-atlet paralimpik dengan kecacatan mereka masih mampu bersaing di peringkat antarabangsa sehingga mampu membawa pulang pingat untuk negara. "Kejayaan membawa pingat perak bukanlah mudah. Tentunya ia diraih setelah usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan. "Pengiktirafan kerajaan dalam sukan kepada OKU tentunya akan membuka ruang kepada tanggapan yang lebih baik terhadap OKU oleh masyarakat," katanya. Sebelum ini dalam satu kenyataan media Shabry Cheek dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang berjaya di temasya sukan berkenaan baru-baru ini. | |
Jasindaily Online Posted: 09 Sep 2012 09:42 AM PDT ADUN Kuala Perlis Cedera Ditumbuk Posted: 09 Sep 2012 02:31 AM PDT KANGAR: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Mat bin Hassan cedera pada bahagian bawah mata kirinya apabila ditumbuk seorang lelaki selepas menziarahi kematian seorang penduduk di Kampung Seberang Tok Pi di sini, Sabtu.Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu ditumbuk seorang lelaki berumur 36 tahun pada pukul 9.15 pagi yang tidak berpuas hati dengan jawapan berhubung aduannya mengenai Pasar Besar Kuala Perlis yang kekurangan pelanggan berikutan kewujudan pasar Burma di kawasan itu. | Undangan Ke Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Jasin Posted: 08 Sep 2012 06:51 PM PDT Dengan segala hormatnya dijemput Dato'/ Datin/ Tuan / Puan sekeluarga ke
Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Jasin yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 9 September 2012
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Perkarangan Bangunan PAS Serkam Darat, Taman Serkam Baru, Serkam Darat, Merlimau Melaka
Kesudian tuan / puan menghadiri majlis kami sangat kami hargai
PAS FOR ALL / Rakyat Dihati Kami | BAS Jelajah Merdeka Diserang lagi Posted: 08 Sep 2012 06:34 PM PDT Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu. "Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami. "Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungiMalaysiakini.
Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian. Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu. ''Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa," kata Shamsul.
Anwar: Samseng makin berani & biadap Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini. ''PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian.
Baru mereka datang," katanya lagi. Kejadian ini merupakan kejadian kedua selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah. Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden itu. ''Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!'' tulis Anwar.~PAS Chabau | Perbezaan Ceramah PAS dan UMNO Posted: 08 Sep 2012 06:30 PM PDT Lokasi : Kampung Serkam Darat
nilaikan dan buatlah keputusan yang bijak pada PRU 13 nanti .. Ingat Melaka Yakini PAS | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 09 Sep 2012 09:07 AM PDT Tenaga Pemuda Bantu Jayakan Hari Keluarga & Jamuan Aidilfitri 2012 Posted: 08 Sep 2012 09:21 AM PDT DUNGUN 8 September, Sabtu - Tenaga pemuda akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program tahunan peringkat DUN Sura iaitu Hari Keluarga & Jamuan Aidilfitri 2012 yang dijadualkan pada Sabtu depan, 15 September, 2012 di Perkarangan Pejabat PAS DUN Sura, di sini. Ketua Pemuda DUN Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam memberi komitmen bahawa tenaga pemuda akan berganding tenaga bersama Ameerah serta Muslimat sebagai sebahagian 'warming up' menjelang PRU-13 melalui program besar DUN ini.
"InsyaAllah, tenaga pemuda yang menganggotai unit-unit yang telah dibentuk akan bekerja sebagai 'team work' yang padu bersama tenaga bantu yang lain bagi menjayakan program tahunan ini," ujar beliau.
| |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 09 Sep 2012 09:07 AM PDT |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 09 Sep 2012 09:05 AM PDT Summer In Maine Posted: 08 Sep 2012 07:26 PM PDT Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are available to the summer in maine of more than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the summer in maine are now many vacation choices that are celebrated in the summer in maine of snowfall. The safest time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should make reservations in advance when visiting during early October. Fishing season of Maine celebrate the summer in maine, as seen in the summer in maine of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the summer in maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the summer in maine can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots. Fishing season of Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed with activity - much of it is home to two racetrack facilities, the summer in maine a growing demand for both adults and kids rides, it is suited for the summer in maine and it is home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of options as far as charming historic vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can also enjoy delicious local treats, such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be the 1,700-pound chocolate moose in a place is Portland, Maine. It's best to travel to in Maine. On the summer in maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the summer in maine to select Maine vacation rentals help to enjoy good shopping and dining experiences, as Maine becomes a haven for people who decide to take a vacation in the summer in maine during the summer in maine of the summer in maine for its ocean landscapes having about 5,600 kilometers of seashore. While visiting Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Mountain homes on lakes and ponds, offers something unique and exciting trip to this wet and wild amusement park and Baxter state park on an island that can help couples maximize the summer in maine can intimate you whenever an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for cross-country skiers to enjoy miles of coastline, and tons of exciting family-friendly things to do. The list goes on and around the summer in maine of May through July and with a nominal entrance fee, visitors can enjoy harness racing, live racing, and service at the most scenic fall foliage drives during the summer in maine and snowmobiling during the summer in maine of July or August to make sure this cat breed is meant to be. Huge Maine Coon cat is to be more than a hundred campsites in Maine, they would like to live in a fighting fish with your pole bent over is a state tucked away from it all over the summer in maine and is used for preparing fabulous meals. Maine is its ski industry. If you want to locate a responsible breeder in your life, you'll want to enjoy certain activities in Maine, which can significantly enhance their vacation experience. Given this, all travelers to the summer in maine in the summer in maine and perhaps it has the summer in maine, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to these, people who decide to take a tour of the summer in maine between their visits to Acadia National Park. The park sits on over 47,000 acres of park land, and sit atop Cadillac Mountain and be the breathtaking natural features of the summer in maine and it is home to Mt. Katahdin, the summer in maine in the summer in maine of Maine is very popular among tourists. These are some places in Maine would be to stay at one of the summer in maine of include the fully restored Victorian homes in the summer in maine that couples can choose to stay overnight in Maine. Acadia, Old Canada road, Rangeley lakes, Schoodic and Blackwoods are famous scenic byways of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the Maritime Signal Tower ate the summer in maine is one-half mile away from it all the summer in maine that the summer in maine are spread across twenty ski areas. In addition to the summer in maine in existence. The Maine Midcoast place is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting while taking in the summer in maine that the summer in maine a result, families who carefully plan their trip to the summer in maine by the summer in maine. And looking at the summer in maine across Sebago lake as the summer in maine to the summer in maine are seaside campgrounds, motels and resort hotels. What you choose depends on how they can also stay at a Rockland vacation rental options for families, picking a specific type of vacation they would do themselves a serious injustice if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance! | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 09 Sep 2012 09:03 AM PDT PBT Diselar, Turunkan Bendera PAS Biarkan Bendera BN Posted: 08 Sep 2012 09:00 PM PDT Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012 9 Sep 2012
Seremban – Pas sifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang sempena Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini sebagai tidak adil.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sekiranya pemasangan bendera parti di kawasan tersebut merupakan satu kesalahan, tindakan sama juga perlu dilakukan terhadap bendera Barisan Nasional (BN) di situ.
"Jika hari biasa memang kita tidak pasang bendera Pas di kawasan terbuka seperti ini. Tetapi, kita pasang kerana kita anjurkan majlis rumah terbuka.
"Kita tiada masalah jika pihak berkuasa menjalankan tugas, tapi menjadi persoalan mengapa bendera BN dipasang di hampir keseluruhan pokok palma di Dataran Senawang tidak diturunkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sewajarnya bertindak secara profesional dalam menjalankan undang-undang berhubung pemasangan bendera parti.
"Saya juga musykil kerana kawasan Dataran Senawang yang dimenangi pakatan pembangkang tidak dibenarkan memasang bendera parti, sedangkan BN diberi ruang sebebasnya di sini. Malah bendera BN juga sudah berbulan-bulan dibiarkan tergantung tanpa tindakan pihak berkuasa," katanya.
Semalam, kira-kira 40 bendera Pas yang dipasang di sekitar Dataran Senawang sehari sebelum majlis, diturunkan penguat kuasa MPS kira-kira 9.30 pagi. -SH
| Kuota haji, kenapa umat Islam di Malaysia meragui pengagihannya? Posted: 08 Sep 2012 03:57 PM PDT Jamil Khir kata mengenai kuota haji iaitu ".. siapa daftar dulu dia pergi dulu tidak kira dia berasal dari mana." Bagaimana pula dengan 400 imam dan Pengerusi JKKK yang PM umum di mana kerajaan tanggung pergi haji tahun ini, adakah mereka telah daftar dulu? Kemudian kenapa kerajaan sebagai pemerintah merayu kepada rakyat yang sudah pergi haji sebelum ini, supaya beri peluang kepada mereka yang belum pernah pergi haji? Kenapa tidak dikeluarkan sahaja arahan mereka yang sudah pergi haji tidak boleh lagi pergi menunaikan haji walaupun mereka yang telah pergi haji sebelum ini mampu untuk mengerjakan haji dengan kos ratusan ribu ringgit?
Kuota haji tak ikut negeri 9 Sep 2012
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, penggunaan sistem kuota mengikut negeri akan menimbulkan banyak masalah.
"Sistem yang kita gunakan ini mudah dan praktikal.," katanya semasa diminta mengulas laporan akhbar di Sarawak baru-baru ini yang memetik Majlis Agama Islam Sarawak tidak berpuas hati kerana Tabung Haji mengurangkan kuota jemaah haji negeri itu.
"Saya rayu mereka yang telah menunaikan rukun Islam kelima ini supaya memberi peluang kepada orang lain. Pergilah buat umrah sebanyak mana pun."
Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji 28 Ogos 2012
Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.
Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.
| Jamuan Hari Raya dan Ceramah Posted: 08 Sep 2012 03:55 PM PDT JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & CERAMAH PERDANA Bersama : Ustaz Idris Ahmad, Shamsul Iskandar Md Akin & Zulkefly Mohd Omar dan Abby Abadi Tarikh : 10 Sep 2012, Isnin Masa : 8.50 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Bt.3 Jln Kuala Pilah, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 09 Sep 2012 07:04 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 09 Sep 2012 01:19 AM PDT Gempa kuat landa Papua, tiada amaran tsunami dikeluarkan Posted: 08 Sep 2012 06:10 PM PDT 21 Syawal 1433H. [MOD] - JAKARTA 9 Sept. - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan wilayah Papua, Indonesia petang semalam, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Agensi Klimatologi, Geofizik dan Meteorologi berkata, gempa tersebut melanda pada pukul 7.51 petang waktu tempatan (6.51 petang waktu Malaysia), berpusat di 56 kilometer barat laut Nabire di barat Papua dengan kedalaman 55 kilometer. Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan. - DPA | BAS jelajah Anwar disimbah cat lagi Posted: 08 Sep 2012 06:08 PM PDT 21 Syawal 1433H. [MOD] -
Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.
"Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.
"Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungiMalaysiakini.
Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.
Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu.
''Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa," kata Shamsul.
Anwar: Samseng makin berani & biadap
Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini.
''PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian. Baru mereka datang," katanya lagi.
Kejadian ini merupakan kejadian kedua selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.
Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden itu.
''Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!'' tulis Anwar.
Malayskaini/- | |
misbahul munir Posted: 08 Sep 2012 09:13 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 08 Sep 2012 09:06 PM PDT PBT Diselar, Turunkan Bendera PAS Biarkan Bendera BN Posted: 08 Sep 2012 08:44 PM PDT Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012 Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012 Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012 Bendera PAS diturunkan petugas MPS pada 8 Sep 2012 di Dataran Senawang 9 Sep 2012
Seremban – Pas sifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang sempena Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini sebagai tidak adil.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sekiranya pemasangan bendera parti di kawasan tersebut merupakan satu kesalahan, tindakan sama juga perlu dilakukan terhadap bendera Barisan Nasional (BN) di situ.
"Jika hari biasa memang kita tidak pasang bendera Pas di kawasan terbuka seperti ini. Tetapi, kita pasang kerana kita anjurkan majlis rumah terbuka.
"Kita tiada masalah jika pihak berkuasa menjalankan tugas, tapi menjadi persoalan mengapa bendera BN dipasang di hampir keseluruhan pokok palma di Dataran Senawang tidak diturunkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sewajarnya bertindak secara profesional dalam menjalankan undang-undang berhubung pemasangan bendera parti.
"Saya juga musykil kerana kawasan Dataran Senawang yang dimenangi pakatan pembangkang tidak dibenarkan memasang bendera parti, sedangkan BN diberi ruang sebebasnya di sini. Malah bendera BN juga sudah berbulan-bulan dibiarkan tergantung tanpa tindakan pihak berkuasa," katanya.
Semalam, kira-kira 40 bendera Pas yang dipasang di sekitar Dataran Senawang sehari sebelum majlis, diturunkan penguat kuasa MPS kira-kira 9.30 pagi. -SH
| Jamuan Hari Raya dan Ceramah Posted: 08 Sep 2012 04:00 PM PDT JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & CERAMAH PERDANA Bersama : Ustaz Idris Ahmad, Shamsul Iskandar Md Akin & Zulkefly Mohd Omar dan Abby Abadi Tarikh : 10 Sep 2012, Isnin Masa : 8.50 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Bt.3 Jln Kuala Pilah, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban | Sekitar Rumah Terbuka PAS N.Sembilan 1433H/2012M Posted: 07 Sep 2012 09:56 PM PDT | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 08 Sep 2012 07:36 PM PDT Hari Keluarga DUN Sura & Jamuan Aidlfitri 2012 Posted: 07 Sep 2012 09:36 PM PDT DUNGUN 8 September, Sabtu - PAS, sebagai sebuah parti yang berada di tengah masyarakat, selain mengadakan program kebajikan yang melibatkan penduduk dan rakyat kebanyakan, turut ditonjolkan ialah program bersifat kekeluargaan.Di DUN Sura, Dungun, tanggal 15 September, 2012 hari Sabtu bakal berlangsung Hari Keluarga DUN Sura dan Jamuan Aidilfitri 2012 di Perkarangan Pejabat PAS DUN Sura, Jalan Nibong, Kampung Molek.
" Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara-acara terbahagi kepada beberapa kategori, di antaranya kanak-kanak, pemuda, muslimat, pertandingan antara cawangan termasuk acara yang melibatkan penyertaan keluarga, "
" Tema Hari Keluarga tahun ini seperti tahun lalu iaitu "PAS Pilihan Kami", apa yang menarik, hadiah pada kali ini lebih mengancam, di mana Y.B. ADUN Sura sendiri berusaha keras mendapatkan hadiah melalui individu-individu, kebanyakannya barangan elektrik, selain handphone, basikal dan lain-lain yang pastinya menarik sebahagian besar masyarakat untuk menyertainya, " menurut Pengarah JK Hari Keluarga 2012, Encik Zakaria Tahir.
Menjelang tengahari, para peserta dan hadirin akan dijamu melalui jamuan rakyat di mana tiga ekor lembu telah sediakan bagi menjayakan sebahagian slot Hari Keluarga kali ini.
" Saya menyeru seluruh warga DUN Sura khususnya, supaya hadir beramai-ramai bersama keluarga masing-masing dan ambillah peluang sertai acara-acara sukaneka dan rebutlah hadiah-hadiah menarik yang disediakan, " demikian harapan Pengarah program, Encik Zakaria Tahir. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 08 Sep 2012 07:36 PM PDT Sudahkah Kerajaan Menunaikan Janji Ditepati Untuk Penduduk Pinggir Bandar? Posted: 08 Sep 2012 06:59 PM PDT Mana Janji Yang Ditepati Untuk Penduduk Kampung Tukau Jaya?
MIRI - Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri merupakan sebuah perkampungan yang agak terpencil dan penduduknya berbilang kaum terdiri dari Melayu,Iban dan juga Cina, kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan dan juga pekebun/petani. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Tukau Jaya adalah jalan yang rosak sepanjang dua kilometer dan jambatan yang usang dalam kampung. Mereka pernah memohon kepada wakil rakyat kawasan tersebut tetapi sehingga kini jalan dan jambatan tersebut masih belum diperbaiki lagi.
Terdapat lebih 20 buah rumah yang melalui jalan dan jambatan usang tersebut. Mereka memohon penurapan jalanraya dilakukan menggunakan batu tiga inci supaya jalan tersebut tidak mudah rosak.
Apabila musim tengkujuh kebanyakan laluan jalan akan berlopak merata tempat kerana sistem perparitan tidak dirancang dengan baik dan adakalanya mereka sukar untuk membawa anak mereka ke sekolah akibat jalan terlalu teruk dan jambatan usang yang amat merbahaya kepada pengguna yang melalui jalan tersebut. Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibuti katanya "Mereka sudah lama memohon agar pihak pemerintah membaiki jalan dan jambatan usang itu tetapi sampai sekarang sudah empat kali pilihanraya, jalan tersebut masih lagi jauh ketinggalan seolah-olah mereka masih berada 20 tahun kebelakang dari segi pembangunan".
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Mohd Shafie Afdal pernah mengulangi bahawa projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah janji-janji kosong tetapi sudah lebih satu tahun Pilihanraya Umum Negeri Sarawak telah berlalu tetapi jalan ke kampung Tukau Jaya masih lagi tidak berturap dengan batu dan tar sepenuhnya.
Kemana perginya peruntukan berjuta-juta ringgit 'NKRA' untuk membina jalan kampung seperti yang dijanjikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Wakil Rakyat yang berkenaan? Mereka sangat berharap agar jalan masuk kampung mereka diturap dengan batu dan tar sepenuhnya sebelum Pilihanraya Umum ke13 akan datang. Keadaan jalan luar bandar di Sarawak amat daif serta infrastruktur juga jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan negeri di Semenanjung.
Penduduk kampung Tukau Jaya juga tidak mudah lupa dengan janji-janji pihak yang berwajib dan wakil rakyat setiap kali musim Pilihanraya untuk menaiktaraf jalan kampung tersebut dan menuntut agar pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka yang selama ini tertangguh. Janji pihak yang berwajib untuk membangunkan kampung harus ditepati.
Janji hendaklah ditepati, jangan hanya pandai berjanji, sedangkan mereka sudah terlalu lama menunggu peruntukan jalan yang baik untuk kampung mereka, sudah 4 wakil rakyat silih berganti tetapi tiada satu pun janji mereka ini ditepati menurut penduduk disitu. Menurutnya lagi mereka juga pernah memohon kepada kerajaan supaya dapat membuat Perimeter Survei atas tapak kampung Tukau Jaya, jalan Bakam Miri pada 17 september 2011 yang lalu tetapi sehingga kini mereka masih belum mendapat hakmilik kekal keatas tanah mereka yang sudah lama mereka duduki lebih kurang 40 tahun yang lalu.
Mereka amat bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak memberi hakmilik kekal keatas tanah penduduk asal di tempat tersebut, kemungkinan besar suatu hari nanti mereka akan dikeluarkan dari tanah mereka sendiri akibat pembangunan yang sedang rancak berlaku disekitar kawasan mereka.
Mereka hanya menuntut agar tapak tempat tinggal mereka sekarang diberi hakmilik kekal bukannya mereka meminta beribu-ribu hektar untuk membuat perumahan dan juga peladangan. Menurutnya terdapat lebih 50 buah rumah dengan jumlah penduduk lebih 137 orang di kampung tersebut. "Kalau pihak pemerintah dapat mewartakan dan memperuntukkan kawasan perumahan sekitar 100 hektar untuk kampung tersebut ianya sudah mencukupi bagi penduduk kampung. Pihak pemerintah boleh menggunakan beribu-ribu hektar kawasan lain untuk pembangunan dan juga peladangan tetapi jangan ganggu kawasan perkampungan mereka disitu." katanya lagi.
Kalau mereka diarah pindah suatu hari nanti, kemana mereka hendak pergi, sedangkan tanah dan rumah sekarang sudah terlalu mahal dan hanya mampu dimiliki oleh orang kaya dan yang berkemampuan saja. Bagi golongan miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan terus hidup dalam kemiskinan akibat pembangunan yang tidak seimbang. Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin akan terus hidup dalam kemiskinan dan merempat di tanahair sendiri.
Mereka juga pernah memohon agar dibina sebuah surau untuk umat Islam dikawasan tersebut tetapi jawaban yang mereka terima, bina dulu dengan menggunakan duit sendiri, barulah kerajaan membantu kemudian. Kebanyakan penduduk di situ miskin dan berpendapatan kecil, macamana mereka hendak menggunakan wang sendiri kalau pihak kerajaan tidak memberi bantuan membangunkan sebuah surau.
Insfrastruktur dan jalanraya yang baik amat penting bagi penduduk di kampung tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka seharian dan membawa hasil tanaman mereka untuk dijual ke Tamu yang berdekatan.
Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga amat memerlukan bekalan air bersih. Sampai sekarang mereka masih belum mendapat tangki simpanan air sumbangan 1Malaysia yang pernah diberi di kampung berdekatan. Bekalan air bersih amat diperlukan untuk memudahkan mereka menyimpan air bersih apabila musim kemarau panjang bukan hanya mengharapkan air hujan saja untuk kegunaan harian.
Kita mendesak agar pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah jalan dan infrastruktur di kampung Tukau Jaya ini dengan segera tanpa perlu menunggu PRU13 nanti. Mereka terasa terpinggir dan sudah bosan dengan janji kosong wakil rakyat, mereka mahu kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab melaksanakan amanah rakyat dengan jujur dan adil untuk semua.
Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telah diberi amanah oleh rakyat sepatutnya menjaga kebajikan rakyat dan seharusnya keperluan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Janji hendaklah ditepati jangan dimungkiri.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version
Where is the promise that fulfilled for Tukau Jaya Villagers? MIRI - Tukau Jaya village, Miri Bakam Road, which is approximately 30 minutes from the Miri city, is a relatively isolated village and multi-racial population consists of Malays, Iban and Chinese, most of them are fishermen and gardeners / farmers.
The main problem faced by the villagers of Tukau Jaya is damaged road along two kilometers and dilapidated bridges in the village. They did apply to the elected representatives of the area but until now, roads and bridges have not been repaired yet.
There are over 20 houses which through the road and the dilapidated bridge. They apply for road resurfacing is done using a three-inch rock so that the road is not easily damaged.
When the rainy season most of the paths will puddles all over the place because of the drainage system is not well planned and sometimes they are difficult to bring their children to school due to roads are too bad and dilapidated bridges which are very dangerous to users through the road.
According to a resident known as Sibuti he said "they have long been applied to the government so that repair the roads and dilapidated bridges but until now had four elections, the road is still far behind as if they were still back 20 years in terms of development." Minister of Rural Development and Regional Mohd Shafie Afdal had repeat that projects under the National Key Result Areas (NKRA) is not empty promises but already more than one year Sarawak General Election has passed but the road to the village of Tukau Jaya still not paved completely with stone and tarred.
Where goes a provision of millions of ringgit of 'NKRA' to build village roads as promised by the Minister of Rural Development and Regional and the relevant elected representatives? They were hoping that their village access roads paved with stone and tarred fully before the coming 13th General Election. Condition of rural roads in Sarawak is very poor and the infrastructure is also far behind compared to the peninsular states.
Tukau Jaya villagers will not easily forget the promises of the authorities and elected representatives every election season to upgrade rural roads and demanded that the authorities can fulfill their promises that had been delayed. Promise of the authorities to develop the village should be fulfilled.
Promise shall be fulfilled, not only good at pledged, while they have been waiting too long for provision of good roads to their village, already 4 representatives interchangeably but none of those promises are being met according to residents there.
He added that they also had applied to the government so that can make a perimeter Survey on site of Tukau Jaya village, Miri Bakam roads on September 17, 2011 ago but until now they are yet to get Freehold on land that has long been settled about 40 years ago.
They are very worried if the government did not give Freehold land over the indigenous inhabitants of the place, it's likely that one day they will be removed from their own land due to the development that is being happening around the area.
They only demand that the site where they live now granted Freehold land is not they ask for thousands of acres to make housing and plantations. He said there are more than 50 houses with a population of over 137 people in the village. "If the government can gazette and provides residential area about 100 hectares of the village it was enough for the villagers. The government can use thousands of other hectares for development and plantations but do not disturb their village there." he said. If they were ordered to move one day, where they want to go, when land and homes are now too expensive and affordable only by the rich and whose are capable only. For the poor [literally: (whatever you find when you) scratch in morning, (is just enough for you to) eat in the morning; (whatever you find when you) scratch in evening, (is just enough for you to) eat in the evening) will continue to live in poverty due to the unbalanced development. The rich getting richer and the poor will continue to live in poverty and homeless in their own homeland.
They also have applied for surau for Muslims in that area but the answers they received, first built using their own pockets money, then the government will help later. Most of the people there were poor and low income, how can their use their own money if the government did not provide assistance to develop a surau.
Infrastructure and good roads are very important for the people in the village to facilitate their daily trip and bring their produce for sale to Tamu nearby.
In addition to roads problems, the villagers also need clean water. Until now, they still not received the water tank 1Malaysia contribution that had been given in a nearby village. Supply of clean water is needed to help them keep the clean water when the long dry season not only expects only rain water for daily use.
We urge the relevant parties can solve the problems of roads and infrastructure in the village of Tukau Jaya immediately without having to wait for upcoming 13th General Elections. They feel marginalized and are fed up with empty promises of elected representatives, they want the present government responsible for implementing the trust of the people with honesty and fairness to all.
A responsible government and have been entrusted by the people supposed to look after the welfare of the people and should be given priority needs of people regardless of race, religion and political affiliation. Promise shall be fulfilled not breached. | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 08 Sep 2012 07:34 PM PDT |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 08 Sep 2012 01:22 PM PDT PAS Bukan Parti Peminta Sedekah Seperti Yang Difahami. Posted: 08 Sep 2012 07:28 AM PDT Sudah lama PAS dituduh mempergunakan orang ramai dengan mengutip derma dalam setiap ceramah mereka. Ada yang menulis tanpa merujuk kepada sumber yang betul tentang derma-derma itu dan tidak kita nafikan yang PAS bukan seperti parti-parti politik elit yang terdapat di negara ini. Tuduhan-tuduhan ini sudah lama dicanangkan oleh media pencacai dan amat malang apabila rentak ini dipandang serius oleh sesetengah pihak yang berada didalam kelompok pro Pakatan Rakyat. Jika hendak disamakan dengan antara PAS dengan Umno ibarat bumi dengan langit bezanya kerana Umno dan komponennya memiliki dana yang cukup besar. Sebelum itu kita harus fahami dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS ialah al-Quran dan as-Sunnah dan hanya PAS sahaja parti yang berada dilandasan tersebut di Malaysia. Sebagai seorang Islam kita telah diwajibkan mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kita diwajibkan berjihad dijalannya yang mana takrif 'Jihad' sendiri cukup besar. Tidak seperti yang anak emas penjajah (Umno) diajar oleh bapak mereka, bila sebut 'Jihad' bermakna berperang dengan pedang dan mengenderaan kuda atau unta. Inilah hasil pemikiran yang ditinggalkan oleh penjajah untuk anak emas mereka sebelum kemerdekaan diberikan kepada parti kaum elit (Umno/BN) dan ianya masih berada didalam pemikiran Melayu/Umno walau pun sudah hampir 55 tahun berlalu. Kerana itulah rasuah dan Umno tidak dapat dipisahkan bagai isi dengan kuku dan ia menjadikan Umno parti terkaya dinegara berbanding dengan PAS. Orang ramai tidak pelik apabila PAS mengutip derma dalam setiap ceramahnya tetapi orang hairan atau terkejut jika Umno melakukan perkara yang sama seperti PAS iaitu mengutip derma dalam ceramah mereka. Jangan kata nak derma, setiap peserta yang hadir pada ceramah Umno akan diupah dengan duit poket, minyak kenderaan dan makan minum. Jika tidak, hanya kerusi-kerusi yang akan menjadi pendengar setia para penceramah Umno. Orang ramai juga akan merasa pelik jika PAS tidak melancar kutipan derma dalam ceramah mereka dan mereka pasti akan tertanya-tanya andainya ia berlaku. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh semua pihak. Kenapa sampai sekarang PAS masih melancar tabung kutipan derma dan orang ramai tidak bersungut pun untuk menderma walau 10 sen pun kerana mereka tahu itu adalah jihad. Di zaman Rasulullah s.a.w. lebih hebat dimana ada para Sahabat r.a. yang menderma seluruh harta benda mereka tanpa meninggalkan apa-apa pun sepertimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Itulah saham-saham mereka untuk Allah dan RasulNya di Padang Mahsyar nanti. Tradisi ini diteruskan oleh PAS dan PAS tidak pernah memaksa penderma untuk memenuhi tabung itu. Hakikatnya derma yang rakyat beri sebenarnya telah dikembalikan kepada rakyat semula melalui bantuan-bantuan pendidikan atau pun malapetaka. Oleh itu para pengkritik patut tahu kemana perginya setiap derma yang dihulurkan oleh orang ramai semasa ceramah diadakan. Dan setengahnya digunakan untuk terus mengerakan perjalanan parti.
Saya ingin mengambil satu contoh tentang YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli (Adun Sura). Sebagai seorang YB dengan elaun yang tak seberapa setelah potongan setiap bulan untuk parti, berapa sangat yang beliau dapat sedang beliau sentiasa turun padang mendengar permasaalahan rakyat dan membantu dari segi kewangan kepada yang ditimpa musibah yang belum diambil kira yang datang secara individu kerumah beliau. Jika diambil kira dari pendapatan beliau, mampukah beliau mengatasi segala kewangan yang ada dengan kerajaan negeri ditadbir oleh MB Mat Said.
Isteri beliau terpaksa berniaga untuk menampung keperluan keluarga beliau kerana tiada apa yang berbaki daripada elaun sebagai YB dan beliau bukannya YB-YB Umno yang mempunyai kepentingan dalam projek-projek kerajaan. Maka kesinilah perginya derma-derma yang orang ramai berikan kepada tabung PAS atau lebih tepat, 'Dari Rakyat Kepada Rakyat'. Tidakkah ini adalah saham akhirat untuk para penderma yang dididik dengan Islam oleh PAS. Mungkin kerana itu juga beliau disenangi oleh pengundi Cina dan telah memenangi Dun Sura selama 2 penggal. Sebelum itu, PAS belum pernah menang di kawasan Dungun melainkan satu kali melalui Ketua Muslimat PAS, Khadijah Sidek pada awal kemerdekaan. | Rungutan Kakitangan Kerajaan Terhadap Najib Posted: 08 Sep 2012 07:27 AM PDT Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan. Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia - China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.
Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas daripada China sebagai makanannya.
Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu. Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan daripada China's Wulong Panda Research Institute, badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut berada di negara ini.
Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini. Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca, makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu.
Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hubungan mesra yang telah terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda. Jika pun ingin sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan, pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan sebagainya.
Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua ekor panda dengan kos RM20 juta melalui wang pembayar cukai selama 10 tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat.
Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama kepada dua ekor panda itu, ia akhirnya menjadi persendaan maya di mana antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya & Scorpene dan sebagainya.
Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang dibina nanti tidak bersesuaian.
Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai meletihkan kakitangan kerajaan.
Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.
Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan pilihanraya.
Para pegawai kerajaan kini mengadu sudah beberapa bulan keletihan dan tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah pentadbiran Najib ini. | Bayangkan Tragedi Amuk Putrajaya Tanpa Media Baru? Posted: 08 Sep 2012 07:26 AM PDT Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain tidak dapat membayangkan apa fitnah yang akan terkena PAS jika amukan di Putrajaya semalam berlaku di zaman tanpa media baru. Bagi beliau, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan televisyen selama ini melalui media baru," kata Ustaz Abu Bakar.
Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu.
Hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.
"Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya. Jika Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali.
Katanya, PAS tahu apa strategi jahat pimpinan Umno dengan perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.
"Umno guna RTM tiap-tiap malam untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Namun kini, beliau yakin rakyat tidak mudah ditipu oleh Umno lagi, meskipun Umno gunakan media televisyen dan radio untuk malksanakan propaganda jahatnya kerana rakyat telah mendapat berita awal berkenaan pembohongan mereka di media baru, kata Ustaz Abu Bakar.
Katanya, facebook, twitter, blog, website dan segala jenis media baru telah banyak menyedarkan rakyat tentang pembohongan yang sering dilakukan Umno selama ini.
"InsyaAllah jika segala propaganda umno di media berjaya kita tangkis dari awal, saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU – 13 ini," tegas beliau. | Umno Hadiah Kerusi Kepada MCA, MIC Dan Gerakan Posted: 08 Sep 2012 07:23 AM PDT Sesiapa yang mengkaji secara mendalam di sepanjang perjalanan pilihanraya mencetuskan kesedaran betapa UMNO adalah parti sekular pragmatik yang lebih bertujuan untuk mempertahankan kuasa semata-mata, tanpa agenda yang sebenar mempertahankan Melayu dan Islam, lebih malang dan zalim apabila menyalahkan pihak lain yang boleh mencetuskan kekacauan dan UMNO hanya ingin mengambil kesempatan dengannya bagi meneruskan kuasanya. Sikap pemimpin UMNO dan langkah politik mereka mendedahkan perjuangannya yang sebenar, bukan sahaja Islam dan Melayunya diperkuda dengan topeng hak istimewa, bahkan kerusi Islam dan Melayu yang telah diakui oleh semua kaum lain dihapuskan oleh UMNO, demi menyelamatkan rakan sejawatnya, MCA, MIC dan Gerakan.
Kepada sesiapa yang membaca politik UMNO akan menemui betapa UMNO menyerahkan banyak kerusi campuran, majoriti Islam dan Melayu di seluruh negara kepada rakan sejawatnya MCA, MIC dan Gerakan bagi menyelamatkan kuasa semata-mata. Walaupun PAS meletakkan calonnya di kawasan tersebut, UMNO wajib mengalahkan PAS walaupun dengan politik wang tanpa batas khususnya membeli pengundi-pengundi Melayu Islam di kawasan yang dihadiahkan kepada MCA dan Gerakan. Jentera UMNO dikerahkan bermati-matian, termasuk guru-guru agama bagi menunjukkan kesetiaannya kepada MCA, MIC dan Gerakan.
Dipihak yang lain pula UMNO menggunakan kuasa majoriti di parlimen menambah kerusi di peringkat negeri dan pusat. Hanya di negeri-negeri dan kawasan Melayu kuat UMNO sahaja dilakukan penambahan kerusi dengan jumlah dan persempadanan yang sangat tidak seimbang dan dengan sengaja tidak menambah kerusi di negeri-negeri dan kawasan-kawasan di pantai timur dan utara semenanjung yang besar majoriti Islam dan Melayunya (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis). Ada kawasan yang jumlahnya lebih daripada lapan puluh ribu dan sempadannya lebih besar daripada negeri Melaka dan Perlis, seperti Baling, Gua musang, Kemaman dan sebagainya, tidak berubah sejak berpuluh tahun. Di Johor, Sabah dan Sarawak dibanyakkan kawasan tambahan dan sebahagiannya dihadiahkan kepada MCA, MIC dan Gerakan dan rakan-rakannya yang lain.
Adapun kenyataan pemimpin UMNO bahawa DAP akan menguasai seluruh negara sekiranya BN kalah dengan provokasi perkauman, adalah satu cara yang zalim, demi mencapai kemenangan dengan apa cara, walaupun boleh menyebabkan kebencian di kalangan kaum dalam masyarakat majmuk. Sepatutnya kaum Melayu dan Islam diperkasakan pengetahuan politik, bukannya diperbodohkan, khususnya melalui media arus perdana berbahasa Melayu yang digunakan menjadi khadam dan hamba abdi UMNO.
UMNO yang gagal menunjukkan contoh Islam dan sifatnya yang sebenar kepada kalangan bukan Islam, bahkan menunjukkan amalan yang mencalarkan imej Islam. Contoh tidak adil terhadap semua, contoh rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru, pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum Yahudi. Dalam masa yang sama memperbodohkan rakyat dengan politik wang dan media terhadap kaumnya sendiri.
UMNO yang menunjukkan sifat pemimpin yang berlagak menjadi Tuhan, Maha suci daripada segala kesalahan dan kekal berkuasa selama-lamanya, melakukan apa sahaja terhadap pemimpin dan parti kalangan bangsanya sendiri, walaupun dengan cara merempuh dasar konsep perlembagaan, seperti tidak melaksanakan konsep Federalisme apabila PAS memimpin Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak, dengan melakukan tindakan yang lebih keras daripada negeri yang dikuasai oleh kaum lain, seperti terhadap Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan, Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika berada dalam Malaysia. Maka UMNO tidak layak menjadi pelakon pahlawan Melayu menentang DAP.
UMNO jangan menyalahkan parti bangsa lain kerana Melayu bumiputera masih lambat untuk mengejar kefahaman bangsa lain, UMNOlah yang menghilangkan jatidiri Melayu Islam di Singapura dan negeri-negeri Melayu pantai barat semenanjung dan kelemahan bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak disebabkan berebut jawatan parti untuk merebut kekayaan. Cukuplah baki orang Melayu dan bumiputera dengan sejarah yang terlalu dekat, peristiwa kematian Bank Bumiputera yang berada di bawah ketiak UMNO, kerana di mana adanya pejabat bahagian UMNO maka di bawahnya Bank Bumiputera dan yang terbaru Bank Pertanian diubah nama kepada BANK AGRO, seronok dengan nama orang putih, inilah dia bahasa jiwa bangsa, sehinggalah bahasa kebangsaan dikecilkan tulisannya dan berada digaris yang direndahkan dalam segala iklan di Malaysia bukannya di England.
UMNO hanyalah teringat kepada agama dan bangsanya sepenuh semangat ketika hampir pilihanraya dan di masa kempen pilihanraya. Menggunakan sebanyak duit untuk meraih kemenangan, kemudian menyalahgunakan duit dan kuasa selepas kemenangan. Perkara ini tidak berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, oleh kerana ini maka ramai kalangan UMNO lama dan bekas pegawai kerajaan bersama PAS dan mengharapkan PAS ganti UMNO.
Perkembangan menarik juga berlaku di kalangan bukan Islam dan Melayu, apabila media bahasa ibunda mereka agak terbuka, tidak seperti media khadam Umno yang membodohkan bangsanya sendiri, Apabila sedikit kuasa yang penuh cabaran dan sekatan kepada PAS dilaksanakan terhadap kaum bukan Islam dilaporkan oleh media bahasa cina dan tamil , menyebabkan bukan Islam dan bukan Melayu mengundi calon PAS yang menentang calon MCA , MIC dan Gerakan.
Dalam ruangan ini PAS berusaha untuk menyelamat secara khusus, kaum Islam dan Melayu supaya mengubah kepercayaan mereka terhadap UMNO dalam masa yang lama, kepada memberi kepercayaan kepada PAS memimpin kaum Islam dan Melayu khususnya bersama Pakatan Rakyat dengan Negara Berkebajikan yang adil untuk semua. | Kenyataan Akhbar Presiden PAS Mengenai Isu Hudud Posted: 08 Sep 2012 07:22 AM PDT Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim. Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram. Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.
Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam di antaranya hukum Hudud. Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk pelbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat. Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka.
Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120 :
Maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".
Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, di antaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan. Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.
Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah. Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat :14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi :
Maksudnya : Orang-orang A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam
Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah : 42) :
Maksudnya : Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar di tanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.
Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya. Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.
Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.
PAS dan dasarnya
PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza. Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang Islam itu wajib bertanggungjawab di atas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal".
Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini. Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad. PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.
Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud. Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud. Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO. Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini. Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan "Hudud PAS" atau "belum tiba masanya" walau pun berlalu masa setengah abad.
PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA di bawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.
Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum. Dengan jasa baik YBM Tengku Razaleigh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama. Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab. Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti. Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan di bawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?
Hudud ditolak oleh UMNO
Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan. Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS ? Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal. Hakikatnya ialah tema "Hudud" ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini ! Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang PRESIDEN PAS | Syaitan Dan Politik Malaysia Posted: 08 Sep 2012 07:19 AM PDT Pada masa istilah "politik baharu" tidak lekang dari bibir ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, satu hal yang memperlihatkan politik yang tidak cerdik dan murahan berlaku dan mencetuskan debat yang besar, lebih besar daripada yang sepatutnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan yang juga disebut dalam satu kenyataan kepada wartawan memetik simpulan bahasa dari bahasa Inggeris, " Better the devil you know than the devil you don't," tetapi mengubah devil yang kedua kepada angel (malaikat), mungkin sebagai sindiran kepada tokoh-tokoh tertentu parti lawannya. Kedua-dua kenyataan itu - tulisan di blog dan kenyataan kepada wartawan - dibuat dalam bahasa Inggeris. Kenyataan Mahathir itu segera mendapat respons daripada pemimpin parti lawan, pertama daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengulas penggunaan istilah syaitan yang digunakan Mahathir sebagai bertentangan dengan agama. Dakwaan bahawa kenyataan itu boleh mengelirukan mungkin ada benarnya, kepada mereka yang tidak berfikir panjang dan hanya menerima apa yang didengari, tetapi kenyataan daripada bekas menteri besar Perak - yang anaknya terlibat menentang dasar pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris melalui proses mahkamah - itu mengabaikan satu fakta mudah, iaitu simpulan bahasa dalam bahasa Inggeris itu tidak perlu diterjemah secara harfiah. Lebih malang lagi, salah faham ini berpanjangan hingga menjadi satu isu besar politik nasional ketika suasana Syawal agak masih baru bermula, sebahagian besarnya diulas tanpa merujuk kepada asal ekspresi itu dalam bahasa Inggeris, mendedahkan satu kelemahan yang besar di pihak PR kerana terlalu cepat mahu mempolitikkan kenyataan tersebut yang merupakan satu simpulan bahasa yang agak mudah dan dikenali. Sekiranya ada satu kesalahan di pihak Mahathir ialah penggunaan ekspresi daripada bahasa Inggeris dalam konteks politik Malaysia, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rujukan utama. Satu isu yang boleh diberi perhatian dalam isu ini ialah konteks sejarah dan budaya sesuatu bahasa itu, yang dalam beberapa kes tidak dapat dipakai dalam konteks masyarakat yang asing kepada bahasa tersebut. Sekiranya penggunaan istilah syaitan itu menimbulkan masalah, banyak lagi ekspresi lain seperti " underdog" yang sangat biasa digunakan perlu dipersoalkan juga. Ada beberapa ekspresi dalam bahasa Inggeris hakikatnya agak tidak kena atau memang tidak sesuai digunakan dalam konteks masyarakat Melayu Muslim negara ini ekoran etimologi atau asal usulnya, seperti " Speak of the devil," " Keep your fingers crossed," yang mempunyai kaitan agama. Bahasa Inggeris juga, hasil pengalaamn sejarahnya sendiri, mempunyai banyak ekspresi dan simpulan bahasa mengandungi istilah " devil." Isu ini kini telah menjadi isu politik kepartian, mencetuskan banyak komen dan ulasan murahan semata0mata untuk memalukan pihak lawan, tanpa membawa sebarang manfaat. Turut menarik perhatian dalam isu ini ialah tindakan seorang ilmuan agama dari Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang mempertahankan kenyataan Mahathir itu berdasarkan hakikat bahawa simpulan bahasa itu tidak boleh dibaca secara literal. Dalam hal ini, mungkin perlu ilmuan muda yang agak berpengaruh itu menegur juga seorang penceramah yang mengecam hebat tokoh agama zaman lalu kerana menggunakan ayat-ayat puitik dalam menghayati agama. Sekiranya simpulan bahasa daripada bahasa Inggeris boleh dipertahankan, tentu ekspresi berasal daripada tokoh agama Islam sendiri juga wajar dipertahankan dan tidak dikecam sewenang-wenangnya. Penceramah ini - yang mungkin sealiran dengan ilmuan muda Umno tersebut - jelas kelihatan lemah penguasaan bahasanya telah mengambil secara salah satu retorik yang kini turut popular sebagai sebuah lagu dan mengecamnya sebagai satu kenyataan tidak mahu masuk syurga. | Melayu Wajib Kuatkan PAS Dalam PR Posted: 08 Sep 2012 07:18 AM PDT Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.
UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."
Agama Islam
Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan pemikiran warisan penjajah.
Al Marhum Tan Seri Syed Ja'afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia ; "Adalah lebih baik PAS berada diluar BN membetul keadaan dan tidak bijak berada didalam." Tegas beliau ketika PAS berada dalam Barisan Nasional. Kenyataan ikhlas kerana melihat UMNO tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.
Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa Al Quran, bukannya bahasa Inggeris. UMNO yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada ditahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah. Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal UMNO dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.
Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orentalisnya, tetapi mereka menolak aqidah dan syariat yang sempurna. Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.
Malangnya UMNO tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang. Para pemimpin UMNO lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihanraya. Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya. Masalahnya ialah roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta'abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak. Keadaan ini menjadikan sehingga asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.
Al Marhum Maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya : (Kembali Semula Kepada Islam ), menegaskan :" Pelaksanaan Islam dengan cabarannya berlaku dua cara pendekatan. Samada melaksanakan Islam secara Ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara Jibayah, dengan mimilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata ".
Yang kedua inilah yang dilakukan oleh UMNO sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam dikalangan penganut yang jahil dan lebih lagi dikalangan bukan Islam. Apabila Islam dilihat bukan melalui kacamata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin UMNO. Lebih merbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif saperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya. Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk UMNO. Al Marhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan UMNO dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.
Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekulerisme dalam masyarakat Islam. Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat dibawah pemerintahan UMNO.
Seterusnya UMNO menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti Isu Syariat Islam. Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.
Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebagiannya adalah merosakkan iman. Beramal dengan sebahagian dan menolak sebagiannya pula menyababkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan celaka dunia dan akhirat.
Hak Istimewa
Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah. Mereka tidak membantah hak istemewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua kaum lain. Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh UMNO demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera. Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum. Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir ditengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.
Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.
Kedudukan Politik
Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis adalah kerana mengatur strategi kemenangan UMNO secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, adalah kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa UMNO bukannya memperkasakan Melayu Islam. Melayu ditanam semangat hanya UMNO parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.
Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.
Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka. Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh. UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.
Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam UMNO meninggalkan UMNO, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS. Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli UMNO dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .
Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.
Kata Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. "Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan ". Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut diatas.dan Firman Allah yang bermaksud
"Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
Melayu Tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu Rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.
Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama UMNO, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli UMNO kepada PAS.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS | KG. PULAU JUAR KINI HAK PAS, UMNO BERKUBUR Posted: 08 Sep 2012 07:16 AM PDT Kg. Gajah 8 Sep. 2012, semalam tepat jam 10.00 malam, Kampong Pulau Juar / Kg. Raja dalam Parlimen Pasir Salak dan di DUN Kampong Gajah gempar dengan perubahan minat pendudukanya untuk tidak lagi berminat dengan UMNO sebaliknya menerusi wakil mereka En. Abdul Rahmah bin Abdul Karim dan En. Sapawi mereka menyerahkan 40 borang ke ahli untuk menyertai PAS. Rakaman setinggi-tinggi pehargaan atas kehadiran semua pihak khusus kepada YB Dato Sri Niza serta kerabat dari PR. Kehadiran yang bagini ramai sudah pasti ianya memberikan satu kekutan kepada parti serta rakan-rakan dalam PR untuk menghadapi PR 13 itu nanti.
Sdr. Mustaffa Kamil Ayub, Majlis Pimpinan PKR Sebagai anak tempatan, majlis yang diadakan pada malam ini sungguh memberi erti dan ianya melambangkan satu perubahan politik tanah air, insyaalah pada PRU13 nanti, Gagasan PR akan ke Putra Jaya, jamuan raya kali ini melambangkan adanya kekuatan untuk PR bergerak ke sana. Tahniah kepada rakan-rakan di kampong Pulau Juar yang telah berjaya " mematikan " UMNO cawangan ini. Insyaallah dengan kerja kuat lagi, dan kita pastikan semua UPU seluruh parlimen Pasir Salak memastikan kemenangan memihak kepada PR dan sudah tentu Putra Jaya milik PR. Sebagai rakyat kita tidak mampu lagi di tipu oleh UMNO, sudahlah 55 tahun kita di "abdikan" dan cukuplah setakat itu.
Kedua-dua gambar yang di paparkan adalah keadaan hadiran pada malam itu, adalah diandaikan seramai 1500 orang hadirin turut sama, kalau di lihat dari segi kehadiran yang tidak perlu disediakan bas, atau baju t atau wang tambang cuma makan jamuan raya ianya sungguh menggalakkan. Sudat tentu kehadiran malam ini memberikan satu tamparan hebat kepada UMNO, tambahan pula seramai 40 orang penduduka kampong ini yang menyerahkan borang menyertai PAS. Matlamat penduduk di sini ialah untuk memastikan UMNO di tumbangkan.
Sebelum YB Dato Sri Niza tampil untuk menyampaikan ucapan, beliau sempat juga menandatangani di plug pelancaran Majallah du'aat ( suara seruan rakyat marhaen ) terbitan Dewan Muslimat Pas Kawasan Pasir Salak. ( gambar YB Dato Sri sedang menandatangai plug diperhatikan oleh Ketua Muslimat dan YDP Pas Kawasan ).
Sebagaimana biasa, semasa berucap, beliau terus memberikan info terkini kaitan dengan permasalahan yang berlaku khusus kaitan dengan bila PRU13 akan diadakan. Memang di ketahui umum tarikh piliharaya di Malaysia adalah hak mutlak PM, hanya PM sahaja yang tahu bila inya akan diadakan.
Adalah di harapkan pada PRU13 nanti, semua orang Malaysia ( Melayu, Cina & India serta kaum-kaum lain ) amat perlu untuk memberikan sokongan kepada PR ( Pakatan Rakyat ) ini jelas di mana keadaan negara kini amat memerlukan satu kerajaan yang bersih, rakyat tidak perlu lagi memberikan mandat kepada UMNO, UMNO sudah hampir 60 tahun memerintah, dan di usia ini sepatutnya ia sudah di rehatkan.
Sebagai gandingan PAS dan DAP yang sering di war-warkan sabagai " parti suruhan " kepada DAP, YB Niza menjelaskan bagaimana kedudukan sebenar, siapa yang sebenarnya menjadi orang suruhan. Isu kaitan dengan HUDUD memang jelas terpapar di mana UMNO perlu akur dengan " kurang ajar " MCA dalam penentuan pelaksanaan hukuman tersebut. Selain itu, beliau juga memaklumkan bagaimana Hassan Aqidah di gugurkan keahliannya dalam PAS.
Akhirnya beliau juga mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerja yang berjaya menganjurkan program malam ini serta di doakan moga-moga keakraban antara saudara berterusan sehingga dapat memenangkan calun-calun dari PR. Terima kasih dan wasallam | OKU kesal kenyataan Menteri Belia dan Sukan Posted: 08 Sep 2012 07:13 AM PDT KOTA BHARU: Persatuan orang kurang upaya (OKU) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar)yang cuba membezakan antara atlet normal dan OKU.
Pengerusi Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan, Mohamad Faizal Che Yusof berkata, kenyataan menteri terbabit mengguris hati OKU yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik.
"Perlu diingat juga standard sukan paralimpik dan sukan olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan," katanya di sini.
Menurutnya kerajaan dan menteri tentunya sedar sukan paralimpik merupakan sukan terbesar dunia yang melibatkan OKU dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik.
Katanya, penyertaan atlet-atlet dari Malaysia tentu sekali membawa nama negara apatah lagi apabila pingat dapat dibawa pulang.
Beliau juga berkata, Akta Orang Kurang Upaya 2008 secara jelas mengiktiraf potensi dan sumbangan OKU dalam negara. Selain itu, kesamarataan kepada OKU sebagai warga negara juga diiktiraf akta tersebut.
"Layanan yang berbeza kepada atlet-atlet paralimpik adalah jelas suatu perlanggaran kepada penguatkuasaan Akta 2008 sekaligus suatu diskriminasi terhadap OKU.
"Kata-kata menteri terbabit selain menggambarkan ketidaksediaan kerajaan mengiktiraf kedudukan sukan paralimpik di peringkat antarabangsa dilihat memperkecilkan sumbangan atlet-atlet paralimpik negara," katanya yang juga ahli jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia.
Oleh itu menurutnya selaku wakil kepada OKU dan atlet-atlet paralimpik beliau berharap kerajaan Malaysia mengkaji sehalus-halusnya layanan yang seharusnya diberikan kepada atlet-atlet paralimpik supaya sama dengan atlet-atlet olimpik negara.
Kata beliau persoalan saiz kedua-dua sukan tersebut tidak sepatutnya timbul disebabkan atlet-atlet paralimpik dengan kecacatan mereka masih mampu bersaing di peringkat antarabangsa sehingga mampu membawa pulang pingat untuk negara.
"Kejayaan membawa pingat perak bukanlah mudah. Tentunya ia diraih setelah usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan.
"Pengiktirafan kerajaan dalam sukan kepada OKU tentunya akan membuka ruang kepada tanggapan yang lebih baik terhadap OKU oleh masyarakat," katanya.
Sebelum ini dalam satu kenyataan media Shabry Cheek dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang berjaya di temasya sukan berkenaan baru-baru ini. | Ramah Mesra Aidilfitri Merdeka PAS Batu 8 Sept Posted: 08 Sep 2012 07:12 AM PDT Bertemakan "Perpaduan Rakyat" PAS Kawasan Batu mengundang semua rakan-rakan bukan Islam dan orang ramai ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Merdeka 2012 pada Sabtu, 8 September mulai jam 8.30 malam di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.
Menurut Yang Dipertuanya, Ishak Surin (gambar) para tetamu yang akan hadir juga menampilkan masyarakat majmuk dan ikatan perpaduan rakyat yang kukuh.
"Kami jangkakan lebih 2,000 akan hadir. Sebanyak lapan khemah disediakan. Seramai 300 kanak-kanak akan diberi duit raya kali ini," ujar beliau.
Katanya, antara tetamu yang akan hadir penyanyi terkenal Dayangku Intan; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw; adik Mat Indera, Baharom Shah Indera; adik allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy, Dr Norbit Mohd Nor; Naib Presiden PRM, Koh Swee Yong; bekas Timbalan Menteri Tanah & Koperasi Malaysia, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Ketua Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Phang Chaw; dan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua;
Selain mereka, juga akan hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Presiden Bapa, Razman Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah merangkap Pengerusi Juham, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi; MPT PKR, Mustafa Kamil Ayob; Adun Hulu Klang, Shaari Sungib; Exco Muslimat PAS Pusat, Cikgu Normala Sudirman dan suami; Setiausaha Agung PSM, Arul Selvam; Penyajak, Dinsman, Pyanhabib; Setiausaha GMP, Husni Abas dan ramai lagi...
Ishak berkata, pelbagai menu disediakan bagi meraikan hadirin yang telah mendokong dan menyokong perjuangan PAS Batu selama ini.
Antaranya mi kari, lemang, rendang, nasi himpit, sate, laksa, bihun goreng dan mi goreng serta pelbagai jenis kuih-muih.
Katanya, segala menu disediakan hasil gotong-royong PAS cawangan di semua peringkat di samping tajaan individu tertentu. | Pemimpin Umno tidak kibar Jalur Gemilang Posted: 08 Sep 2012 06:46 AM PDT (Mohamad Sabu berceramah di Jenjarum)
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sambutan Kemerdekaan Ke-55 baru-baru ini sebagai sambutan yang paling hambar.
Katanya, rakyat dapat menilai kerana menjelang sambutan itu pemasangan bendera Jalur Gemilang tidak mendapat sambutan hangat.
"Ia merupakan sambutan paling teruk. Jika kita lihat, tidak banyak bendera yang dipasang di kenderaan, bangunan-bangunan dan perumahan juga kawasan sekitar.
"Jika kata Pakatan Rakyat (PR) pengkhianat negara maka Umno-BN juga pengkhianat kerana pemimpin mereka juga tidak memasang bendera," katanya dalam ucapannya di Ceramah Perdana, Sungai Rambai baru-baru ini.
Malah, katanya, sambutan yang sepatutnya menjadi sambutan rakyat dilihat bertukar menjadi sambutan perayaan ulang tahun Umno-BN.
Beliau berkata laungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya sambutan itu adalah merupakan sambutan yang luar biasa kerana kehadiran penonton mencecah 150,000 adalah 'syok sendiri'.
"Jika sudah beri duit, sediakan bas untuk mengajak orang datang, sudah tentulah orang mahu datang, tetapi hakikatnya Najib sendiri yang tahu," katanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Prof Datuk Dr Zainal Kling boleh dipersalahkan berhubung masalah itu kerana sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
"Jadi mungkin daripada kenyataan itu anak muda khususnya, kurang kesedaran mengenai kemerdekaan. Jadi tindakan perlu diambil ke atas Prof itu," katanya.
Justeru, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin untuk mengkaji semula sejarah Malaysia disambut baik.
"Harap beliau akan melaksanakannya dengan betul bukannya hanya kerana pilihan raya sudah hampir. Laksanakannya dengan betul supaya rakyat mengetahui mengenai sejarah," katanya.- Selangorku. | Ron 97 naik untuk diturunkan dalam Belanjawan Posted: 08 Sep 2012 06:45 AM PDT Pemuda PAS menjangka, harga minyak Ron 97 dinaikkan 30 semalam bertujuan untuk membolehkan ianya diturunkan dalam Belanjawan hujung bulan ini.Naib Ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al Hiss (gambar)membuat jangkaan itu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily."Apa yang kami dapat lihat, Barisan Nasional (BN) akan menjadikan Perbentangan Belanjawan Negara pada hujung September ini untuk menggambarkan membela rakyat dan kemungkinan RON97 akan diturunkan harganya?" kata Raja Ahmad. Kemungkinan ini dapat dilihat ekoran kekerapan kenaikkan harga petrol RON97 yang memberikan kesan sokongan kepada BN. "Kami turun menjangkakan harga RON95 juga akan diturunkan oleh BN bagi mengembalikan sokongan kepada mereka menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13!" katanya.Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan harga minyak petrol RON97 naik 30 sen kepada RM3.00 seliter bermula awal September baru-baru ini tidak mendahulukan rakyat terutamanya dan ianya dilakukan secara tidak dihebahkan meluas melalui Menteri yang bertanggungjawab. Ini berlainan jika pengumuman penurunan harga petrol akan dihebatkan secara meluas dan sudah tentunya Menteri yang terlibat akan membuat satu sidang media khas disifatkan hanya 'berlakon' sahaja.Pada tahun ini sahaja, harga petrol RON97 telah naik 10 sen dengan harga barunya RM2.50 seliter pada awal Januari yang lalu. Dan pada awal April yang lalu, harga seliter RON97 berharga RM2.60 setelah ianya naik 10 sen. Ini tidak termasuk naik 10 sen selepas bulan April setelah dinaikkan dan sebelum dinaikkan pada awal September ini. Jika dilihat pula pada tahun lepas, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. | Kalau Dr M sokong Najib... Posted: 08 Sep 2012 06:44 AM PDT Cebisan fakta yang saya tulis tentang UMNO sejak dua hari yang lepas, susah untuk UMNO memahaminya. Dalam UMNO hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib ke seluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini UMNO juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan UMNO dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan. Seorang sahabat saya berseloroh, "sokongan Mahathir itu ada makna tu!"
Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang UMNO tidak akan faham sampai bila-bila. Dalam keadaan yang tidak menentu UMNO sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan UMNO, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.
Hasil dari warisan pimpinan UMNO yang begitu lemah oleh Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan UMNO itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.
Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Terlalu 'engrossed' untuk memperkuatkan kekuatan peribadi beliau maka partinya secara tidak disedari telah menghadapi 'vacuum' kepimpinan yang serius. Maka Pak Lahlah yang beliau lantik untuk menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.
Semalam Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Mahathir kebenaran. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah. Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.
Kalau Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa pula yang sepatutnya mengambil alih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari sekarang. Jadi kenyataan Mahathir yang beliau melakukan kesalahan kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat 'personal' dan nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.
Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah seorang yang degil dan sangkaan Mahathir yang Pak Lah akan membenarkan beliau (Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya adalah salah. Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya. Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan untuk disudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan untuk ditakek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Mahathir untuk menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Mahathir kecewa dan mula membidas Pak Lah 'without mercy'. Kalaulah Pak Lah membenarkan Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Mahathir tidak akan mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.
Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan dimulakan oleh Pak Lah. Ia bermula dari Mahathir lagi. Pengakuan Mahathir yang beliau selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah lantikan beliau, Ghaffar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghaffar, Anwar Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya tidak bersesuaian dengan beliau (Mahathir). Kalau beliau tidak suai dengan semua pihak, maka Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya sendiri.
Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Mahathir memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh yang Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh membuktikan kenyataan ini.
Sekarang timbul satu persoalan lagi terhadap Mahathir. Jika semua orang yang disokongnya akhirnya terbukti yang itu merupakan kesilapan Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk kita yakini yang pilihan beliau untuk menyokong Najib untuk terus menjadi pemimpin nombor satu negara itu adalah tindakan yang tepat untuk beliau.
Bagi saya, jika lantikan beliau dahulu tidak seorang pun yang bersesuaian untuk negara, saya juga menjangka yang suatu hari Mahathir akan bertelagah dengan Najib. Mahathir akan bergaduh dengan Najib seperti beliau bergaduh dengan Pak Lah jika Najib tidak memberikan keistimewaan terhadap anakandanya yang bernama Mukhriz untuk menjadi pemimpin negara di masa depan.
Tindakan Mahathir semuanya bersandarkan kepada politik peribadi dan keluarga beliau. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu memberikan sokongan kepada Mahathir kerana rakyat sudah berfikir dan mereka tidak mahu lagi dilaga-lagakan oleh Mahathir kerana Mahathir hanya bertindak untuk kepentingan beliau dan keluarga beliau sahaja.
Tindakan Mahathir dengan sukarela melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia kemas atau pegawai penerangan khas jabatan penerangan memang tidak ada siapa yang mengagaknya akan berlaku. Kita memilih untuk menyakinkan diri kita yang Mahathir akan menjadi seorang negarawan besar negara, tetapi tindakan beliau sekarang telah menjatuhkan martabat beliau ke tahap penolong kepada Ahmad Maslan sahaja.
Pendeknya kita memang sudah bersetuju kepada satu formula baru dalam memilih seseorang pemimpin. Formulanya senang sahaja. Formulanya ialah, kita jangan menyokong sesiapa yang disokong oleh Mahathir, kerana sesiapa yang disokong oleh Mahathir suatu hari nanti akan menjadi pemimpin yang lemah dan kurang kegunaan dan faedah untuk negara.
Seperti yang kita dengar akhir-akhir ini Mahathir sedang menyokong Najib dan kumpulannya. Apabila itu pilihan Mahathir maka benarlah tindakan ramai rakyat menolak pilihan Mahathir kerana tidak seorang pun yang disokong oleh Mahathir itu tidak menghadapi masalah. Baik Musa, Ghaffar, Anwar dan Abdullah Badawi semuanya bermasalah.
Kalau kita ikut kehendak Dr Mahathir untuk menyokong Najib, ia bermakna kita menyokong calon yang salah seperti yang terbukti dengan pewaris-pewaris kepimpinan Dr M yang lalu. Ini merupakan satu kebenaran dan Mahathir sendiri mengakuinya semalam. - http://aspanaliasnet.blogspot.com | Sang Saka: Tidak wajar dakwa pengibarnya Posted: 08 Sep 2012 06:43 AM PDT Kerajaan digesa supaya tidak mendakwa kedua-dua yang ditahan kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya kerana dakwaan akan memberi imej buruk kepada negara. Peguam Mohamed Hanipa Maidin berkata, kedua-duanya masih muda dan kesalahan mereka tidaklah begitu serius untuk dibuat pendakwaan.
(Gambar pengibaran bendera Sang Saka Malaya yang disiar dalam blog Singa Selatan.)
"Memang kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka tetapi mendakwa mereka bukan satu tindakan yang baik. "Biarlah anak muda berekspresi, tidak perlulah kita keras sangat," kata Hanipa ( gambar kanan), AJK PAS Pusat, kepada Harakahdaily. Dua suspek yang mengibar bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi tujuan memberi keterangan semalam. Kedua-dua mereka iaitu Muhammad Nasir Abu Bakar dan Mohd Zairi Shafa'ai hadir ke IPD Dang Wangi sekitar jam 2.30 petang dengan diringi dua orang peguam. Peguam Muhammad Afiq mohd Nasir ketika dihubungi menjelaskan kedua-dua mereka telah disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Hasutan. "Kedua-dua mereka telah hadir ke IPD hari ini bagi tujuan membantu siasatan serta memberi keterangan berhubung mengibar bendera Sang Saka. "Mereka telah disiasat dibawah Seksyen 4(a) Akta Hasutan," jelasnya kepada Harakahdaily. Menurutnya lagi, sehingga sekarang keterangan masih lagi diambil dan beliau berharap kedua-dua mereka akan dibebaskan pada malam ini. "Kita berharap kedua-dua mereka akan dibebaskan pada malam ini dan tidak akan berlaku apa-apa penahanan. "Namun saya tak berani nak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga segala urusan selesai," sambungnya lagi. Sebelum itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria turut mengesahkan kedua-dua suspek berumur 20-an itu ditahan petang ini di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini. Namun, salah seorang daripada mereka bagaimanapun sebelum ini menulis di blog bahawa mereka tidak berniat menggantikan Jalur Gemilang. Bagaimanapun, berdasarkan sejarah kemerdekaan tanah air, mereka merasakan Sang Saka Malaya layar dikibarkan bersama pada sambutan itu. | Najib harus maafkan Sing Yee, Muhammad Ammar Posted: 08 Sep 2012 06:42 AM PDT Saya memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memaafkan kedua-dua anak muda yang berumur 19 tahun, Muhammad Ammar A Rahman dan Ong Sing Yee serta kedua-dua ibu bapa mereka dengan semangat berhemah dan supaya Peguam Negara menerima juga mohon maaf mereka.
Dari awal lagi, saya telah menyatakan pendirian saya bahawa saya tidak memihak atau menyokong tindakan Muhammad Ammar dan Ong Sing Yee. Apa yang telah mereka lakukan adalah suatu tindakan yang dikesali dan merupakan satu kesalahan. Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kelakuan yang sivil dan tertib di khalayak ramai.
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia kini rimas dengan tindakan kuku besi Barisan Nasional 'double-standard' dalam pengendalian isu ini.
Sebagai contoh, perlukah Ong digari seakan seorang yang merbahaya apabila beliau telah menyerah diri kepada pihak polis, yang jelas menunjukkan pengakuannya bahawa apa yang telah beliau lakukan adalah salah dan beliau bersedia menghadapi akibat tindakan beliau. Akan tetapi, adakah wajar tindakan pihak polis untuk menyifatkan beliau sebagai penjenayah yang perlu digari dan pada masa yang sama VIP BN termasuklah menteri dan bekas menteri diberi layanan 'istimewa' walaupun dituduh dengan dakwaan jenayah terhadap rakyat dan negera?
Tambah lagi, senarai kes di mana pemimpin Pakatan Rakyat serta pemimpin rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenivasan yang telah dimalukan dan dihina secara terbuka, akan tetapi kerajaan seakan-akan tidak berminat mengambil apa-apa tindakan terhadap penganiyaan ini – termasuklah tindakan yang menyokong lemparan fitnah ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menyeru agar tindakan keras diambil ke atas penjenayah. Beliau sudah pasti akan mendapat penghormatan masyarakat sekiranya beliau konsisten dan menerajui pendirian beliau bahawa tindakan yang sama akan diambil terhadap mana-mana pihak yang telah melanggar dasar moral dengan menghina dan memalukan Anwar, Lim Guan Eng, Nik Aziz atau Ambiga.
Pemberhentian Muhammad Ammar daripada pengajian kolejnya merupakan satu tindakan yang amat keras dan beliau mesti dibenarkan menyambung semula pengajiannya.
Saya juga terperanjat membaca laporan bahawa pihak polis telah menahan dua pemuda yang telah membentangkan bendera Sang Saka Malaya pada hari sebelum Merdeka walaupun telah menafikan apa-apa tuduhan untuk menggantikan bendera kebangsaan Jalur Gemilang tetapi sedang turut serta dalam satu memori sejarah.
Barisan Nasional kian bertindak dengan tidak bertanggungjawab dalam mengeksploitasikan kedua-dua insiden ini dan melemparkan tuduhan palsu terhadap Pakatan Rakyat bahawa PR berhasrat untuk menukar bendera kebangsaan dan untuk meminda Perlembagaan untuk memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan menubuhkan satu negara republik.
Fitnah, tohmahan dan pembohongan seperti ini kian merebak dan menjadi penyumbang utama kepada 'usaha' untuk memecahbelahkan perpaduan serta pembangunan negara. Malah, puak-puak yang bertanggungjawab dan bersedia untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan yang mampu menggugat keharmonian negara, solidariti, dan perpaduan sememangnya tidak patrioritik dan bersalah di mata negara Malaysia dan rakyatnya. Persoalannya adalah, siapakah dalang di antara pemimpin Barisan Nasional yang tidak patrioritik terhadap tanahairnya? | Nik Aziz dianugerah Tokoh Pendidik Nusantara Posted: 08 Sep 2012 06:40 AM PDT Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di Dewan Unisel hari ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, antara tokoh agama yang cukup disegani baik peringkat negara mahupun antarabangsa. Malah beliau di antara 50 tokoh paling berpengaruh di dunia di mana beliau menduduki tangga ke-42 dari keseluruhan senarai 500 muslim yang berpengaruh. Ianya sebagaimana disebut dalam kajian dari Sebuah institusi penyelidikan The Royal Islamic Strategic Studies Centre dengan kerjasama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa DiRaja Aal al-bayt yang beribu pejabat di Amman Jordan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, juga disebut tokoh muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Sebelum mendekati dunia politik, beliau pernah menjadi seorang pendidik di Sekolah Agama Tarbiyyah Mardiah Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Kelas Dewasa Kemas dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Kelantan. Beliau pernah melanjutkan pengajian di India, Pakistan dan Mesir dalam bidang ilmu tafsir, bahasa arab dan perundangan Islam. Penganugerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman. Tuan Guru disarungkan jubah warna keemasan dan dihadiahkan sijil pengiktirafan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara. Sementara itu, Setiausaha Majlis Muasasah Darul Ulum, Ahmad Yahya dan Timbalan Pengerusi Majlis Guru Pasti, Khairiah Muhammad menerima Anugerah Tokoh Pendidik Muda Malaysia. Himpunan yang berlangsung setengah hari itu turut dihadiri kira-kira 1,000 guru khasnya dari Selangor. | Ibu bapa adalah pendidik pertama – Nik Aziz Posted: 08 Sep 2012 06:39 AM PDT
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ibu bapa merupakan pendidik yang pertama sebelum guru atau pensyarah bagi setiap umat manusia di atas muka bumi ini. Katanya, apabila menyebut pendidik semua akan merujuk kepada guru tetapi terlupa bahawa ibu bapa adalah pendidik yang pertama. "Ibu bapa akan menyebabkan anak-anak sama ada menjadi baik, nakal atau jahat. Ibu bapa orang pertama jadi pendidik kita," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Himpunan Pendidik Islam 2012 di sini hari ini. Katanya, Nabi Muhammad selalu menasihati umatnya supaya mencari pasangan yang beragama kerana sudah tentu dia tahu hubungan dengan Allah, suami, mentua dan keluarga. Justeru katanya, senarai pendidik mestilah meletakkan ibu dalam senarai pertama. Begitulah juga, katanya dalam sesebuah negara di mana kerajaan, perdana menteri dan menteri besar adalah pendidik. "Perdana menteri rasuah, rakyat tidak ada sebab jadi perasuah. Inilah yang mustahak. Dari ibu, cikgu, menteri besar kepada perdana menteri, adalah pendidik," katanya di hadapan kira-kira 1,000 guru. Oleh sebab itulah, katanya, ilmu adalah tenaga gergasi yang akan membentuk jiwa manusia. Turut menyampaikan ucapan dalam himpunan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman. Tidak lupa juga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said atau Pak Samad turut mendeklamasikan sajak yang ditujukan khas buat warga pendidik. Himpunan Pendidik Islam 2012 merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik kebangsaan (Pendidik) Malaysia dengan kerjasama Unisel dan MAPPIS. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan