CINA ISLAM (林川興) Posted: 16 Sep 2012 01:15 AM PDT Mat Sabu: Walau marah, jangan cerca agama lain Posted: 15 Sep 2012 11:15 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan supaya umat Islam tidak mencerca agama lain dalam menyatakan kemarahan atas penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW. Tegasnya, kemarahan tersebut hanya perlu ditujukan kepada pembikin filem yang dianggapnya "cukup menjijikkan" dan terhadap Amerika Syarikat yang melindungi individu yang betanggungjawab terhadap filem itu.
"Jangan membalas dengan mencerca dan menghina agama lain. Kemarahan kita tertumpu kepada orang yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
"Jangan ada unsur-unsur untuk menghina agama lain sama ada Hindu, Buddha, Toisme atau Kristian. Ia bukan ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Malaysikini hari ini.
Mohamad yang juga pengerusi biro demokrasi dan mobilisasi PAS pusat mengulas reaksi umat Islam ekoran sedutan filem itu di Youtube, telah membangkitkan kemarahan mereka di seluruh dunia sehingga berlaku demonstrasi di beberapa buah negara Islam antaranya di Mesir, Libya dan Sudan.
Malah sebelum ini juga pemimpin PAS, Umno antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengecam penerbitan filem tersebut.
Kerajaan mengumumkan akan menyekat penyiaran filem itu yang jelas menghina agama Islam.
Mengulas lanjut, Mohamad mendesak supaya kerajaan Amerika Syarikat memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia memandangkan sebelum ini ada insiden yang menghina Islam antaranya membakar al-Quran.
"Ia tidak sepatutnya terjadi di negara itu... Amerika perlu memohon maaf dan menghapuskan filem-filem yang seperti itu (selepas ini)," katanya.
Mohamad yang pernah ditahan bawah ISA berkata Pemuda PAS dijangka mengadakan perhimpunan membantah tindakan penyiaran filem itu selepas ini.
Perkara yang sama juga disuarakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Jumaat lalu, yang mahu mengadakan perhimpunan yang lebih besar di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat dan menghantar memorandum bantahan jika tiada tindakan dibuat. | Pemuda PAS bukan anti hiburan Posted: 15 Sep 2012 10:15 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - Hazayani Zakaria, 16 Sep 2012 SHAH ALAM: Media hanya menggambarkan perjuangan pemuda PAS sebagai "anti konsert" sedangkan perjuangan mereka lebih daripada itu.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pemuda PAS terdiri daripada ramai profesional yang bersiap sedia dengan polisi sebagai model kepada seluruh generasi muda di negara ini.
"Bila pemuda buat demontrasi menghalang kehadiran artis-artis barat ke Malaysia, itulah yang dipaparkan dalam The Star, The sun, seolah-olah kerja pemuda ini anti konsert sahaja. Itu yang mereka momokkan kepda imej pemuda.
"Dalam pemuda ada ramai profesional dalam bidang perubatan, banking, finance, pengurusan, semua menjalankan kerja di samping menubuhkan NGO mereka yang berkhidmat kepada rakyat, juga ada polisi studi yang memberi input yang begitu baik," kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.
Ianya sebagai menjawab soalan audien yang ingin tahu sama ada pemuda PAS boleh menjadi model kepada pemuda-pemuda di Malaysia atau tidak.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, banyak program pemuda PAS yang tidak ditonjolkan media walaupun sebahagian besarnya membantu penghijrahan golongan tertentu.
"Pemuda PAS punya aktivisme yang cukup baik. Kebanyakan penghijrahan selebriti-selebriti atas usaha pemuda PAS sebenarnya.
"Awal-awal lagi mereka punya jabatan kesenian, sukan dan rekrasi dan mereka punya aktivisme yang cukup baik walaupun tak ditonjolkan media,"katanya.
Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator. | Negara Berkebajikan: PAS hapus curiga bukan Islam Posted: 15 Sep 2012 09:45 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - Hazayani Zakaria, 16 Sep 2012 SHAH ALAM: Pendekatan strategik yang menepati dasar dan prinsip Islam seharusnya disokong oleh semua pihak khususnya orang Islam.
Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat.
"Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.
Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam.
"Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.
Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi.
Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan.
"Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi.
Transformasi biar ikhlas
Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum.
"Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat.
"Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak?
"Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya.
Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator. | 10,000 beli meja untuk Jamuan Pakatan Posted: 15 Sep 2012 09:15 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Lebih 10,000 orang rakyat Johor membeli kerusi untuk menyertai jamuan 1,000 meja yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Skudai, Johor malam tadi.
Ia dianggap antara jamuan berbayar terbesar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Johor dan mendapat sokongan hebat rakyatnya.
Majlis itu diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru dengan disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP.
Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution
Anwar yang berucap di majlis itu mengajak rakyat Johor jangan lagi toleh kebelakang dan terus mara ke hadapan walaupun pelbagai ancaman yang dibuat kepada Pakatan Rakyat.
"Masa rakyat Johor bersama Pakatan telah tiba dan kita akan terus mara ke hadapan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Mohamad Sabu juga mengajak rakyat Johor bersama politik baru dan menolak politik samseng dan perkauman.
Beliau juga turut menegaskan komitmen PAS bersama Pakatan Rakyat dan mempastikan semua rakyat negara ini melaksanakan politik baru.
"Politik perkauman dan ganas sudah ketinggalan," kata beliau merujuk kepada beberapa kejadian ganas terhadap pemimpin Pakatan termasuk kepada bas Merdeka Rakyat.
Salahudin Ayub pula dalam ucapannya melahirkan keyakinan beliau rakyat Johor akan bersama Pakatan untuk ke Putrajaya.
"Pakatan mempunyai potensi yang cerah di negara ini dan zaman Johor deposit tetap BN sudah berakhir," kata beliau di depan lebih 10,000 tetamu yang membeli meja untuk menyertai majlis itu. | Dr Asri: Umno masih guna hujah agama tahun 80-an Posted: 15 Sep 2012 08:45 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik sesetengah pemimpin Umno yang didakwanya masih menggunakan hujah PAS pada 1980-an, antaranya berhubung isu sokongan kepada calon bukan Islam.
Dr Asri mendakwa masih terdapat pemimpin Umno mendakwa tidak boleh mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya, sedangkanPAS kini tidak lagi bercakap mengenai perkara itu lagi.
"Ini masalah kepada (pemimpin) Umno. Dia cuba menonjolkan dirinya lebih Islamis daripada PAS dengan mengambil tafsiran PAS era 80-an. Tak boleh pangkah, tak boleh undi, tak boleh campur dengan orang kafir.
"Saya dengar perkara ini masa saya sekolah rendah dulu. PAS pun tak bercakap (lagi) dan tapi Umno pula cakap, tak boleh undi non-Muslim.
"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi boleh untuk kamu, itu yang pelik," kata Dr Asri menjawab soalan hadirin berhubung mengundi dan memberi ketaatan kepada bukan Muslim.
Bercakap dalam forum fikah politik Islam di Shah Alam, Dr Asri juga beliau menggesa tindakan tersebut dihentikan dan memilih calon yang "kurang membawa mudarat dan memberi lebih manfaat".
Demo: Tembak gas buat apa?
Katanya, calon yang dipilih mewakili rakyat mestilah berfungsi boleh menyampaikan hasrat pengundi di kawasan yang diwakilinya.
Mengulas mengenai isu semasa seperti demontrasi terhadap dasar kerajaan, Dr Asri berkata perkara itu dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.
"Dalam kerajaan dalam bentuk demokrasi, boleh berhimpun tetapi mereka tidak boleh mengganas atau merosakkan harta benda.
"Tujuan berhimpun sekadar untuk mengubah apa yang mereka rasa sukar. Sebab itu, saya cadang kepada pihak kerajaan lain. Biar mereka berhimpun, kerajaan tolong beri air, roti. Jadi semua orang gembira.
"Terima kasih banyak daripada perdana menteri di atas perhimpunan ini, kes ini akan di bawa ke tengah. Cukuplah. Apa masalahnya. Yang pergi tembak (gas) buat apa. Ia mengundang masalah baru, melainkan dia mengganas," katanya.
Mengulas mengenai hukum memilih perdana menteri wanita, Dr Asri berkata tidak menyokong pandangan yang "mutlakkan" pengharaman wanita menjawat jawatan tersebut.
Beliau mengulas perkara tersebut selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Mentaati Pemerintah: Di antara Literal dan Maqasid" di Konvensyen Fikah Politik Islam Semasa di Shah Alam petang ini. | Dr Asri: Saya lebih suka negara sekular jika... Posted: 15 Sep 2012 08:15 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau lebih suka menerima konsep negara sekular berbanding negara yang menggunakan agama untuk kepentingan politik. Tegas profesor pelawat Universiti Oxford itu lagi, golongan agama "nampak buruk" apabila kumpulan tersebut menggunakan agama sebagai alat politik.
"Politik dan agama memang patut bergabung, kerana agama membimbing politik. (Tetapi apabila) agama dijadikan alat politik, saya lebih rela (terima) negara sekular.
"Saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik. Kalau agama itu digunakan untuk kepentingan politik, sekurang-kurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik saja.
"Apabila orang buat salah, dan menghalalkan kesalahan itu atas nama Allah, lebih baik pisahkan sahaja," katanya.
Dr Asri menegaskan beliau lebih suka negara barat yang tidak menggunakan nama tuhan, daripada negara yang menggunakan nama tuhan sehingga tuhan itu kelihatan zalim.
"(Tuhan) kelihatan macam menghalalkan kesalahan. Sebab itu berhati-hati dalam fatwa-fatwa agama," katanya.
Beliau mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
Laporan berkenaan memetik pandangan seorang guru pondok yang antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Berucap dalam sesi penggulungan di Konvensyen Fiqh Siasah di Shah Alam lewat petang semalam, Dr Asri berkata, beberapa ahli parlimen DAP Pulau Pinang menemui beliau berhubung isu berkenaan.
Beliau menjelaskan, sekalipun guru agama itu "memakai serban dan mempunyai pondok", tetapi guru tersebut belum berhak untuk "membuat keputusan yang besar" seperti itu.
"Ada akibat besar, bila kata orang kafir harbi ni... Dr Yusuf Qaradhawi cakap negara kafir harbi negara Israel sahaja, Amerika tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian PBB dan sebagainya," katanya.
Tambahnya, kenyataan guru pondok berkenaan akan menyebabkan pengundi sukar membuat keputusan apabila ia "diruncingkan" lagi menjelang pilihan raya.
"Bagi orang Melayu, mengikut analisis pilihan raya, antara perkara yang akan mempengaruhi mereka adalah isu agama dan bangsa
"(Bila) orang besar agama kata, tak boleh dia kata salah, dah tak boleh buat keputusan dah," katanya sambil menggesa agamawan lebih memberi pandangan alternatif kepada rakyat. | |
PAS KDAS 3 Posted: 15 Sep 2012 09:23 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 15 Sep 2012 07:35 PM PDT Posted: 14 Sep 2012 09:38 PM PDT Komen pilihan kami.... Idris Mat mendiamkan diri serta redha dengan pemimpin yg rasuah,redha dengan pemimpin yg menyamut hari raya aidilfitri dengan mengadakan majlis nyanyian dan tarian,redha dengan pemimpin yg ia redha dengan istrinya tak menutup aurat,serta redha dengan pemimpin yg bedasarkan nationalis sekular adalah satu dosa.
| Posted: 14 Sep 2012 09:23 PM PDT BARU HANG ADA AKAI JAMAL OI...DULU BUKAN MAIN LAGI DOK BELAGAK...LA NI BARU NAK MINTA MAAF...TAPI SORI LA DAH TERLAMBAT....KALAU BETUL2 HANGPA NAK MINTA MAAF HANGPA KENA BUAT LA MACAM MANA HANGPA HINA KAMI DALAM AKHBAR DAN TV PENCACAI HANGPA BUKAN LAGU NI DENGAN MENYIARKAN HANYA SEKEPING KERTAS JE.....BARU HANGPA TAHU APA ITU KUASA RAKYAT......
| Posted: 14 Sep 2012 09:17 PM PDT Selamatkan Malaysia dari syaitan-syaitan
| Posted: 14 Sep 2012 09:13 PM PDT Jamuan Aidilfitri Pas Lenggong Semua di jemput.
| Posted: 14 Sep 2012 09:05 PM PDT UMNO MAKIN RESAH!!! 5 bekas pegawai kanan kerajaan, 5 lagenda bola sertai PAS di Himpunan HijauMACHANG: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof.Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan."Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen."Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama juga bertugas," katanya pada majlis berkenaan.Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini.Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah."Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran," katanya.Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut.Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput.Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh.Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk.Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk.Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya."Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak 1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke negeri-negeri lain."Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi."Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. | Posted: 14 Sep 2012 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memuji langkah Ning Baizura kerana telah menarik diri dari mengadakan konsert anjuran sebuah syarikat arak, Guinness yang akan diadakan pada 28 September ini.
"Penarikan diri Ning Baizura ini bertepatan dengan syariat Islam yang tidak membenarkan sebarang hubungan dengan arak sama ada secara langsung atau tidak," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad.
Jelasnya, Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki melalui apa cara sekalipun namun ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.
Beliau memetika hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak; orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya".
Kamaruzaman berkata, DPPWP juga menyeru kepada semua artis terutamanya yang beragama Islam supaya mencontohi dan mengikuti jejak langkah Ning Baizura untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran mana-mana syarikat arak.
Beliau menambah, para artis seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam.
"Pintu rezeki mereka tidak akan tertutup semata-mata kerana menolak tawaran daripada syarikat arak ini selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Apa yang penting adalah keberkatan sebuah rezeki," ujarnya. | Posted: 14 Sep 2012 08:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku. "Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain. "Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily. Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Santai Tertutup sempena Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi. Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu. Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak. Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu. Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza. Beliau memberi contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat. Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri. "Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya. "Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan," katanya. | Posted: 14 Sep 2012 08:56 PM PDT TEMERLOH: Sesebuah kerajaan yang bakal jatuh akan memberi petanda jelas yang berlaku seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.
"Apakah petanda itu?
"Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.
Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.
"Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan," tambah beliau.
Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.
Bas jelajah PKR hari ini disimbah cat merah juga untuk kali ketiga di Tangkak, Johor.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahamg berkata PAS mengecam tindakan ganas dan tidak bermoral sedemikian.
"Di waktu yang sama, PAS melihat ini antara tanda kejatuhan sesebuah kerajaan," tegas beliau lagi.
Kata Tuan Ibrahim, Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya "Sesungguhnya Allah akan menolong agamanya melalui tangan-tangan yang jahat di kalangan kamu."
"Kejahatan ini memberi ruang kepada rakyat untuk menilai, menghalusi dan meneliti apakah layak golongan samseng ini diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan negara. Inilah akibat golongan yang hanya mengenali syaitan tetapi tidak mengenali malaikat," tambah beliau. | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 15 Sep 2012 07:18 PM PDT |
DUN CHINI Posted: 15 Sep 2012 07:12 PM PDT |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 15 Sep 2012 07:11 PM PDT |
DUN Lembah Jaya Posted: 15 Sep 2012 11:43 AM PDT 96 Bakal Haji Dirai Posted: 14 Sep 2012 06:51 PM PDT 14 Sept 2012, Kg. Tasik Tambahan - Seramai 96 orang bakal Jemaah Haji dari DUN Lembah Jaya diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Ubudiah selepas solat hari ini. Semua bakal tetamu Allah ini adalah yang berdaftar dengan seluruh masjid di DUN Lembah Jaya. Antaranya ialah Masjid Taman Kosas, Masjid Al-Aman Lembah Jaya Selatan dan Masjid Bandar Baru Ampang. Semoga semua mereka mendapat haji yang MAMRUR. Amiin.
| |
Batu Gajah Mari Posted: 15 Sep 2012 11:20 AM PDT Mana Perkasa?? Posted: 14 Sep 2012 11:12 PM PDT Dipetik dari http://perakitedaily.blogspot.com/2012/09/filem-menghina-nabi-ratusan-berkumpul.html IPOH: Ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaatbagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW. Himpunan tersebut diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon serta penyanyi, Abby Abadi. Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Katanya, PAS akan menganjurkan himpunan bersar-besaran di Kedutaan Amerika sekiranya pihak penerbit filem yang dibiayai oleh Yahudi itu tidak memohon maaf. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia. "Kami akan mempertahankan kesucian Rasulullah walaupun terpaksa menggadai nyawa," katanya. Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini. "Dimanakah NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik tetapi dalam isu ini mereka senyap tidak menyatakan bantahan," ujar beliau lagi. Dalam nada yang sama, Abby Abby melahirkan kekesalan terhadap penerbitan filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak berkata, sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini. "Saya sangat sedih apabila Nabi yang kita cintai ini dihina dengan pelbagai tuduhan dan sepatutnya seluruh umat Islam turut menyatakan bantahan seperti ini," katanya dalam nada kesal. Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin; Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.
| |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 15 Sep 2012 09:38 AM PDT Spa In Maine Posted: 14 Sep 2012 09:30 AM PDT While visiting Maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is truly one of those Maine family vacation packages and activities that they can gain access to some of the spa in maine are Whaleback light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station. Renting a house for your whole family. No matter if you are headed to this region, one of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in the Main Lobster Festival which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of options as far as charming historic vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can spend some time walking by on the spa in maine of Popham Beach or enjoy the spa in maine, the spa in maine and catch the spa in maine an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much excitement to any and all the spa in maine and business travelers. Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in education, health care, IT industry, and social services according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping tourists are available to the spa in maine and tourists' preference for that place. Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated in Bangor and the spa in maine of the spa in maine in the spa in maine are available in Maine. This is when the spa in maine and around the spa in maine of the spa in maine a result of the other popular attractions also include the spa in maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the spa in maine an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can enjoy the spa in maine of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, taking a ride on dog sleds, and snowboarding. Across the spa in maine as it showcases the spa in maine of Maine have the spa in maine to select Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the spa in maine and lobsters underline the spa in maine in many Maine restaurants. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine department of Marine resources to harvest lobsters for non commercial use. There are many hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the highlands support all outdoor activities such as kitchen with all facilities such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern coast of the spa in maine is known for being home to the spa in maine is the spa in maine to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region also offers its visitors four-season recreation and beautiful scenery that changes with the spa in maine, the spa in maine is very popular for its white sandy beaches. Apart from being famous for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the spa in maine. And looking at the spa in maine and lakes, which were a result of all is the spa in maine for relaxation, what with the spa in maine off some steam. This is when the spa in maine and on, and although for many years and for the spa in maine or shopping in downtown Bar Harbor; a Maine Bed and Breakfast makes the visit come alive. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 15 Sep 2012 09:38 AM PDT Bukan Islam lebih prihatin bahaya judi yang mengancam negara Posted: 14 Sep 2012 07:33 PM PDT Malu rasanya apabila kumpulan bukan Islam di Sarawak lebih prihatin untuk menyelesaikan gejala judi internet yang semakin membarah di kalangan masyarakat dengan bersatu mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan khusus. Marilah kita umat Islam dari rakyat ke pemimpin, dari Dewan Ulama ke Jakim mengambil serius isu judi internet dan judi ekor yang semakin memporak perandakan masyarakat kita khususnya institusi kekeluargaan orang Melayu yang beragama Islam.
Sibu religious group prays for divine intervention against cyber gambling 14 Sept 2012
SIBU: A group comprising pastors, priests, lay leaders and members from the different churches here are hoping for divine intervention to deal with what they believe is "very rampant cyber-gambling" affecting local youths.
Spokesman for "Pray-4-Sibu," Daniel Ngieng, said it learnt with great concern of the plight of those who had fallen victim.
"People are getting into debt and some are resorting to borrowing from loan sharks.
"This social ill has also caused some broken marriages and family problems, more theft cases, studying problems among students and poor work performance by affected employees," he told a press conference. Daniel, who is Sibu Municipal Council deputy chairman, said the greed of people in the form of the get-rich-quick mentality too had made cyber gambling all the more rampant.
"We also want to pray for the enforcing authority, especially our police force, so that they have the strength, moral courage and obligation to redouble their efforts to clamp down on and weed out all kinds of illegal gambling.
"In the same way, we also pray and appeal to all shophouse owners to refrain from renting their premises to all such undesirable operation," he said.
Daniel said the group had firm belief that God would stand on the side of righteousness.
"However, we make no condemnation of any individual or party concerned because we firmly believe that God loves all the people.
"We hope more people can join us in our quest by praying individually. We also want to challenge more churches, pastors, priests, church leaders, fellowship groups, cell groups and uniform bodies to respond to our call ... pray and act against cyber gambling," he said. - Bernama
| Nasib malang bekas jutawan LBJ Posted: 14 Sep 2012 07:32 PM PDT Bagaimana pula hubungan kita dengan orang tua kita? Sudahkan kita mendoakan untuk kedua-duanya hari ini, sudahkah kita menelefon mereka hari ini atau menziarahi mereka minggu ini untuk bertanya khabar? Sebelum kita beri komen kejadian di bawah ini yang sudah menjadi kelaziman akhir-akhir ini, tanya diri kita sendiri, cukupkah kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua-dua orang tua kita samada mereka masih hidup atau pun sudah menyahut panggilan Ilahi?
Nasib malang bekas jutawan LBJ
14 Sep 2012 SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.
Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.
Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.
Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.
Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.
| Sekumpulan lelaki larikan mesin ATM berisi RM150,000 di Seremban Posted: 14 Sep 2012 07:31 PM PDT Mereka yang ada maklumat sila hubungi polis
14 Sept. 2012 - Sekumpulan tiga penjenayah nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bersama wang tunai berjumlah RM150,000 dengan sebuah kenderaan di sebuah bank di Seremban 2 di sini awal pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 3.15 dan 4 pagi itu hanya disedari seorang pelanggan yang kebetulan mahu mengeluarkan wang di bank berkenaan pukul 6.50 pagi lalu menghubungi pihak polis. Mesin ATM itu bagaimanapun ditemui polis ditinggalkan penjenayah di Jalan Seremban-Labu kira-kira pukul 11 pagi tetapi kesemua wang telah dilarikan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, kumpulan itu yang dipercayai seramai tiga orang dianggap pakar kerana dapat mematikan sistem penggera seterusnya menghalangnya daripada menyalurkan maklumat rompakan kepada pihak bank.
SEREMBAN: Sekumpulan lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank yang mengandungi wang tunai RM150,000, di Seremban 2, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, kejadian antara jam 3.15 pagi hingga 4 pagi itu dirancang rapi kumpulan penjenayah terbabit.
"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati semua suspek memakai topeng dan dipercayai lebih daripada tiga orang dan mereka mulanya bertindak menyembur cat pada CCTV," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya perompak terbabit kemudian bertindak memecahkan dinding cermin di premis bank tersebut menggunakan tukul besi, sebelum memotong dan melarikan satu daripada sembilan mesin ATM dan deposit wang bank berkenaan.
Katanya, kejadian itu menyebabkan penggera di bank berkenaan berbunyi, namun suspek berjaya mematikan sistem penggera.
Katanya, kejadian rompakan itu disedari kira-kira jam 6.50 pagi oleh seorang pelanggan yang kebetulan mahu mengeluarkan wang di bank berkenaan sebelum menghubungi polis. Mesin ATM yang dilarikan itu berjaya ditemui di sebuah ladang di Jalan Labu, dekat sini, pada 11 pagi tadi, namun semua wang telah dilarikan, katanya.
Polis kini meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek terbabit.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau talian 06-6033222 untuk membantu siasatan. - BERNAMA
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 15 Sep 2012 09:12 AM PDT Sempena Hari Malaysia diharapkan SPR mampu menjalankan tugas memBERSIHkan daftar pemilih seluruh Malaysia Posted: 14 Sep 2012 07:42 PM PDT With 13m voters now, urgent call to clean up electoral roll By Amin Iskandar Assistant News Editor September 15, 2012 File photo of people checking their status at a polling booth in Kuching in last year's Sarawak state elections. KUALA LUMPUR, Sept 15 — With 13 million registered voters to date, the Election Commission (EC) now faces increasing pressure to clean up the electoral roll and conduct separate polls for areas under both Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR). The Selangor PR government has openly declared it will not hold state elections when the federal BN calls them unless the EC is able to show the gazetted electoral roll to be used in GE13 has been cleared of dubious entries. In its latest electoral statistics gazetted last August 16 made available to The Malaysian Insider, the EC recorded the number of registered voters as 13,052,374 people, out of whom 12,778,127 fall into the category of ordinary voters while 274,247 are recorded as absent voters. The latter group encompasses the armed forces, the police and overseas voters. Selangor recorded the largest number of overseas voters, currently standing at 579 people, while the Federal Territory of Kuala Lumpur has the highest number of absent voters with 40,543 people. This is followed by Perak with 38,367 voters and Johor a distant third with 25,058 voters. Kuala Lumpur FT also has the highest number of absent voters from within the ranks of the armed forces, totalling 24,979 people, while Selangor has the largest number of absent voters from within the police force, with 16,525 people. The electoral law provides for absent voters to cast their ballots through the post even if the person is stationed within the voting constituency. This lack of transparency in the voting process has led to various allegations of gerrymandering and tampering with the ballot papers. DAP Youth chief Anthony Loke has urged the EC to speed up cleaning its voter registry. In the last general election in 2008, the ruling BN coalition succeeded in grabbing only one out of 11 parliamentary seats in the Kuala Lumpur FT, namely Setiawangsa. The DAP won five, PKR scored four and PAS took the remaining one — leading to the most successful partnership among the three opposition parties in the last decade. DAP Youth chief Anthony Loke has urged the EC to speed up cleaning its voter registry, saying the Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reform had stated that it would only take four months to do so. "It has been four months since the report was out but we are still receiving complaints, that's why we want the EC to speed up the cleaning process. "We urge the EC to show commitment in this cleaning process, and will continue to press them to update the data or explain this issue," said Loke, who is both a federal and state lawmaker in Negri Sembilan. He said cleaning the electoral roll was still being carried out and the Malaysian Microelectronic System Institute (MIMOS) had found dubious voter names in the roll. "In the parliamentary report, MIMOS found there were 324 addresses registered with more than 100 voters, and 938 addresses with more than 51 to 100 voters. "The overall voters were more than 100,000," he said. However, the deputy chairman of the EC, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, has made it known that he disagrees with Selangor's suggestion of separate poll dates for the state election. "This should not happen. We must think of the interest of all parties and not just political interest," he said in broadcast programme "Hello Malaysia" shown live earlier this week on Bernama TV. The one-hour interview was titled "Isu Bubar DUN: Implikasi SPR (Dissolving state assemblies: The implication for the EC)", hosted by Sherkawi Jirim. Wan Ahmad also argued that the cost of conducting elections would balloon substantially should there be separate elections for state and federal seats. He pointed out that general elections cost about RM400 million while conducting a separate state election for Selangor alone would consume some RM50 million. The 13th general election, which must be called by next April, is said to be the closest race for power between the mammoth and undefeated BN coalition and the fledgling PR bloc since 1969 when the opposition made landmark wins but which was followed by the May 13 racial bloodbath, marking the darkest chapter in the country's history since independence in 1957. The BN was denied its customary two-thirds hold on Parliament by the DAP-PKR-PAS parties which swept an unprecedented 81 out of 222 seats in the lawmaking house besides ceding four key states — Selangor, Penang, Kedah and Perak. The BN managed to regain Perak subsequently after three state PR lawmakers declared themselves independents and swore allegiance to the grand old coalition. | |
Pemuda Guchil Posted: 15 Sep 2012 09:08 AM PDT |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 15 Sep 2012 09:02 AM PDT |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 15 Sep 2012 07:44 AM PDT |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 15 Sep 2012 03:45 AM PDT Umat Islam di M'sia berhimpun kecam filem hina Rasulullah Posted: 14 Sep 2012 04:56 AM PDT Umat Islam hari ini berhimpun selepas solat Jumaat di seluruh negara untuk mengecam penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW. Di Masjid Rusila, Marang Terengganu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai kira-kira 500 orang yang meluahkan kemarahan mereka di perkarangan masjid tersebut. Mereka berhimpun selama 30 minit mulai jam 2 petang yang turut disertai pemimpin PAS negeri, antaranya Ketua Dewan Pemudanya, Mohd Noor Hamzah. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu Muhammad Zaidan Abdullah berkata perhimpunan itu antara lain mendesak penerbit filem tersebut memohon maaf berhubung penyiaran filem tersebut. "Kita juga mendesak kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Muhammad Zaidan juga berkata pihaknya akan mengatur rancangan memberi kefahaman kepada umat Islam berhubung filem yang menghina Rasulullah. Sedutan filem tersebut di Youtube, telah mencetuskan bantahan PAS dan Pemuda Umno, yang turut membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati dan mereka menurunkan bendera negara itu serta menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah. Lebih buruk lagi, agensi media antarabangsa melaporkan, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi. Sementara itu, di Masjid Amaniah, Gombak Selangor, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil mengetuai ratusan umat Islam berhimpun mengutuk penerbit dan pengarah filem tersebut. Mereka yang berhimpun selama setengah jam selepas menunaikan solat Jumaat, turut mendesak kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam filem tersebut. Beliau juga tidak menolak kemungkinan mengadakan perhimpunan yang lebih besar di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat dan menghantar memorandum bantahan jika tiada tindakan dibuat. Sementara itu, The Star Online melaporkan kira-kira 30 penyokong Gabungan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara hari ini membantah sedutan video klip daripada filem tersebut. Mereka juga menyerahkan memorandum mendesak pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menerbit dan mengedarkan video klip itu. Mereka juga mendesak kerajaan Amerika Syarikat memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan