Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) akan mengumukan satu deklarasi dinamakan sebagai 'Deklarasi Kuching' pada sambutan Hari Malaysia di Sarawak, Ahad ini - perkembangan terbaru ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.

Deklarasi itu bakal menyatakan komitmen PR dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah - dua lagi negeri yang menjadi tumpuan perikatan dalam PRU13.

Dipetik Harakahdaily, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diberi tumpuan pada Negeri Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching Sarawak pada 16 September.

Jadual program PR dan Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, diedarkan kepada media malam tadi.

Beliau juga dipetik berkata, segala persiapan sambutan tersebut dilakukan oleh Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak.

"Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Dalam pada itu, satu deklarasi yang dinamakan sebagai Deklarasi Kuching akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus kepada unsaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan Sabah," jelas beliau.

Deklarasi Kuching merupakan satu rangka bersama antara komponen dalam PR iaitu Pas, DAP dan PKR dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia.

Deklarasi Kuching yang mangandungi beberapa agenda utama ini akan turut ditandatangani oleh pemimpin utama PR.

Laporan itu berkata, ia juga satu janji PR kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak dalam memastikan masyarakat terus hidup dalam perpaduan dan keamanan.



Panglima : harap janganlah rakyat Sabah dan Sarawak 'dikencing' kali ini. Selepas sekian banyak janji yang 'dikencing' oleh puak Pakatan Republik sebelumnya.

Jika mahu memilih Pakatan Republik juga, bersedialah menerima sebarang akibat daripadanya.

Lihatlah sebuah negeri paling maju seperti Selangor sekarang menjadi negeri bermasalah dan ditimpa berbagai krisis sehingga menjejaskan pandangan awam kepada prestasi mereka dan mengurangkan minat pelabur untuk melabur di sana.

Penyelesaian juga dilihat tidak bijak sehingga dikritik banyak pihak bukti kelemahan pihak PR untuk mentadbir negeri.

Tidak mustahil Sabah dan Sarawak akan mundur seperti Kelantan jika memilih Pakatan PRU 13.

Sekali mengundi kesannya mungkin melibatkan dua tiga generasi...