Selasa, 7 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 Aug 2012 01:27 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September

Posted: 07 Aug 2012 12:51 AM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.

"Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.

"Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif.

"Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.

"Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS.

"Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut.

"Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi.

Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR.

harakahdaily/-

Mencintai Karena Allah

Posted: 07 Aug 2012 12:50 AM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Sahabatku, Rasulullah bersabda, "Tiada yang bisa dilihat lebih indah oleh orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan." (HR. al-Hakim). Cinta itu berintikan kerelaan untuk memberi, berbagi dan membahagiakan. Itu tidak terjadi jika ego masih nomor satu, kita mencintai karena ingin menguasai. Meredam dan menata ego adalah keharusan agar mampu mencintai setulus hati. "Ada tujuh golongan yang mendapatkan perlindungan Allah, tiada perlindungan kecuali dariNya -Disebutkan salahsatunya- dua orang yang saling mencintai karena Allah dan dia berpisah karena Allah." (HR. Bukhari).

Sahabatku, cinta karena Allah, cinta karena akhlaknya yang baik, rindu bertemu dengannya karena Allah, jika orang yang kita cintai ahli ibadah maka kita juga menjadi ahli ibadah. jika pasangan kita orang yang sangat peduli dan mencintai dunia anak-anak maka kita pun peduli dan mencintai dunia anak-anak. Jika pasangan kita orang yang peduli dengan penderitaan sesama, kita juga menjadi orang yang peduli dengan penderitaan sesama. Inilah ekpresi cinta karena Allah. Bersyukurlah bila anda memiliki rasa cinta itu karena Allah.

bukan menodai cinta, menodai hati, menodai pikiran dan menodai tubuh dengan kemaksiatan. Kemaksiatan kenikmatan yang mengakibatkan penderitaan, perasaan berdosa dihadapan Allah akan terus membayangi hidup. Hindarilah berpacaran. Keindahan cinta karena Allah hanya terwujud dengan ikatan suci pernikahan. Bila memang mencintainya karena Allah. Maka segeralah menikah!

Sahabatku, yuk..aminkan doa ini untuk mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah.'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' Artinya. "Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat."

posted by :agussyafii

Bangunan runtuh dalam masa enam saat

Posted: 07 Aug 2012 12:48 AM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BANGUNAN Rangkaian Radio runtuh dnegan menggunakan bahan letupan di Christchurch kelmarin.

CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah bangunan Rangkaian Radio setinggi 14 tingkat yang rosak kerana gempa bumi yang berlaku pada 2011 diruntuhkan di sini kelmarin.

Bangunan itu diruntuhkan dengan menggunakan 63 kilogram bahan letupan dalam tempoh hanya enam saat.

Seorang pesakit kanser berusia enam tahun, Jayden Halliwell diberi penghormatan menekan butang untuk meletupkan bangunan tersebut.

Ratusan orang menyaksikan letupan itu. - Agensi

Bonggol bahayakan pengguna

Posted: 07 Aug 2012 12:37 AM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

JENGKA 1 - Keadaan dua bonggol di pintu masuk Felda Jengka 1 boleh membahayakan keselamatan pengguna yang melalui jalan itu kerana bukan sahaja garisan kuningnya pudar, malah tiada papan tanda amaran.

Sinar Harian dimaklumkan, penduduk di situ sering terlepas pandang setiap kali melalui dua bonggol itu terutama pada waktu malam.

Malah difahamkan ada pengguna jalan itu nyaris mengalami kemalangan kerana tidak nampak kedua-dua bonggol tersebut.

Justeru, penduduk Felda Jengka 1 memohon pihak berkaitan menyediakan papan tanda amaran dan mengecat semula garisan kuning di kawasan bonggol terbabit.

sinar harian/-

‘Rakan sekelas saya adalah penjenayah perang’

Posted: 07 Aug 2012 12:30 AM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Bashar al-Assad yang dipanggil 'Donkey' oleh jurulatihnya tiba-tiba berubah menjadi penjenayah perang)

CHICAGO: Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perubatan yang menuntut di University of Damascus, sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka Syria pada tahun 80-an.

Ketika dalam salah satu senaman latihan fizikal, pelajar tersebut telah menimbulkan kemarahan jurulatihnya, dan jurulatih tersebut menghinanya dengan panggilan "anak keldai".

Namun, jurulatih yang telah merah padam mukanya mula menyedari siapa yang baru dimarahinya, dan lekas-lekas meminta maaf.

Pelajar tersebut adalah Bashar al-Assad, anak kedua dan pewaris utama presiden Syria ketika itu, Presiden Hafez al-Assad.

Tetapi, Bashar Assad "tidak terasa hati" dengan hinaan jurulatihnya.

Sedang Dr Zaher Sahloul mengingat kembali kejadian yang melibatkan rakan sekelasnya selama enam tahun itu, pakar sakit paru-paru Chicago itu terfikir bagaimana "seorang yang begitu biasa dan merendah diri" berubah menjadi dalang kepada pertumpahan darah yang berlaku di Syria, yang telah membunuh lebih dari 17,000 orang, mengikut kiraan United Nations.

"Kamu tidak akan pernah terlintas bagaimana seorang yang pernah menjadi rakan sekelas kamu di fakulti perubatan, akan mampu melakukan jenayah perang sebegini terhadap manusia," ujar Sahloul, yang berasal dari Homs, Amerika dan merupakan presiden untuk Persatuan Perubatan warga Amerika berbangsa Syria (Syrian American Medical Society).

Era gelap yang baru

Bagi Sahloul dan rakan-rakan warga Amerika berketurunan Syria yang menyambut Ramadhan, bulan suci pada tahun ini menandakan bermulanya era gelap yang baru dalam komuniti kecil mereka, yang kebanyakannya mempunyai rakan-rakan dan ahli keluarga yang ditangkap dalam 17 bulan pemberontakan bersenjata.

Doa mereka dari perlindungan untuk ibubapa mereka yang memilih untuk terus menetap di kota Homs yang tandus angkara bom, hinggalah kepada pengusiran rejim Assad dari Damaskus, mencerminkan kesakitan sebuah bangsa yang terluka, di mana seorang presiden menyerang rakyatnya sendiri.

"Ia amat sulit untuk meraikan kedatangan bulan Ramadham, kerana menyedari ahli keluarga kita berhadapan dengan ancaman pembunuhan pada setiap masa," ujar Sahloul. "Apa yang berlaku sekarang adalah krisis kemanusiaan yang amat serius."

Dua minggu lalu, Sahloul kembali dari misi perubatan yang ke-empat untuk kem pelarian rakyat Syria di Kilis, Turki.

Di sana, Sahloul bekerja bersama 45 doktor sukarela warga Amerika berketurunan Syria bergilir di beberapa kem pelarian, walaupun ramai ahli keluarganya yang terkorban dalam taufan keganasan yang melanda Syria.

Kawasan Chicago adalah tempat tinggal untuk sekurang-kurangnya lapan bekas rakan sekelas Bashar al-Assad.

Selain Sahloul, Dr Hassan Alzein, seorang pakar pediatrik, adalah salah seorang dari 800 rakan sekelas Bashar. Seperti Sahloul, Alzein mengganggap Bashar dulunya sebagai seorang yang biasa sahaja.

"Kami cuba menjauhkan diri darinya," ujar Alzein. "Ayah dia adalah seorang diktator yang kejam dan kami selalu mengingatkan satu sama lain, jika kami rapat dengan Bashar, lama-kelamaan kami akan dijadikan target oleh rejim."

Seorang penduduk Chicago yang pernah rapat dengan Bashar al-Assad adalah Maher Basatneh, seorang yang berasal dari Damaskus. Tokoh perniagaan Chicago ini berkata dia mula berkawan dengan Presiden Syria itu ketika mereka masih remaja, di sebuah kem terjun udara.

"Dia seorang yang peramah," ungkap Basatneh berkenaan Bashar al-Assad. "Dia makan bersama dengan kami semua dan kami berbual dengannya seperti rakan biasa. Dia tidak tahu apa-apa berkenaan politik."

Basatneh dan Assad menjadi teman rapat dan mereka selalu meluangkan masa di kediaman Assad. Di sana, Basatneh berkata, beliau selalu menyaksikan Maher al-Assad mencemuh abangnya, Bashar al-Assad, dengan memanggilnya "bodoh".

Kemudian, Basatneh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan bersama Assad, yang menyokongnya sebagai ketua Majlis Pelajar.

Tetapi Basatneh, yang kemudiannya keluar dari fakulti perubatan, tidak percaya bahawa Assad mempunyai keupayaan untuk memimpin Syria, dan dia menyifatkan Bashar sebagai remaja yang mempunyai perangai pelik yang menjengkelkan.

"Saya telah mengenali lelaki ini untuk bertahun lamanya, dan jawatan presiden bukanlah untuk dirinya," ujar Basatneh, sambil menambah bahawa beliau tidak akan mempertaruhkan nyawanya dengan melantik Assad menjadi doktornya.

Basatneh mendakwa bahawa Assad bukanlah seorang pelajar perubatan yang serius, dan hanya mendapat ijazah kedoktoran kerana dia adalah anak kepada presiden.

Kematian abang Bashar, Bassel al-Assad, yang telah dipersiapkan untuk menjadi presiden, dan selepas itu kematian bapa Bashar, Hafez al-Assad, telah memaksa Bashar mengambil tugas kepemimpinan yang beliau sendiri tidak bersedia untuk memikulnya, jelas Basatneh, dan menambah bahawa krisis Syria adalah kesan langsung kegagalan kepemimpinan Bashar al-Assad.

Menghitung hari

Sahloul berkata dia sendiri tidak pernah terlintas bahawa bekas rakan sekelasnya itu akan menjadi seorang presiden, dan pemerintahan Bashar al-Assad sebenanrya hanya menghitung hari untuk jatuh.

Walaupun mereka tidak rapat, dia selalu melihat Assar di Univesity of Damaskus dari tahun 1982 hingga 1988.

"Beliau bukanlah seorang yang sombong," kata Sahloul. "Tetapi, dari apa yang saya lihat, beliau bukanlah seorang yang pintar ataupun terhormat."

"Saya fikir beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang presiden yang tidak bagus bila berhadapan dengan krisis, sama ada krisis di Iraq, atau di Lebanon selepas pembunuhan (bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq) al-Hariri," ujar Sahloul. "Keputusan-keputusan beliau sangat teruk dan kerana itulah akibat-akibatnya amat teruk."

Sahloul mengimbas kembali bahawa, selepas bekas rakan sekelasnya menjawat jawatan presiden, dia bersama rakan-rakan doktornya warga Amerika berketurunan Syria, berpeluang bertemu Assad di satu persidangan di Damaskus.

Ketika beramah mesra, Sahloul teringat Assad ada menyebut bahawa tentang keinginannya untuk menjadi seorang doktor dan bukannya seorang presiden.

Dalam pertemuan yang sama, Sahloul bertanya kepada Assad tentang kesediaan Syria untuk menerima pakai sistem demokrasi. Assad menjawab tidak, dengan memberikan budaya berpuak-puak dan politik sektarian Syria sebagai alasan utama penolakannya.

Sekarang, setelah Assad enggan untuk mengiktiraf permintaan rakyat untuk pemerintahan yang lebih demokratik, peristiwa itu mungkin kembali menghantui dirinya.
Namun, Sahloul memberi amaran bahawa, rejim Assad sanggup untuk jatuh bersama-sama dengan seluruh rakyat Syria.

"Rejim itu masih kuat," ujar Sahloul. "Pihak tentera masih berpihak kepada rejim dan ia akan mengakibatkan banyak kemusnahan dan kacau bilau sebelum rejim ini runtuh."

"Sudah pasti rejim ini akan berakhir," kata Sahloul. "Tiada siapa di Syria yang akan membiarkan rejim ini terus memerintah. Rakyat telah tidak takut lagi, amat mustahil untuk Bashar al-Assad terus memerintah Syria."

"Ia bukannya soal berapa kebarangkalian ia berlaku, ia adalah soal bila ia berlaku," ujar Sahloul.

harakahdaily/-

CIJ lancar Hari Internet Blackout

Posted: 07 Aug 2012 12:23 AM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia hari ini mengumumkan hasratnya untuk melancarkan Hari Internet Blackout pada 14 Ogos 2012.

Ia merupakan sebahagian daripada kempen menentang Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu.

Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.

Hari Internet Blackout ini mengambil contoh usaha yang dilakukan aktivis-aktivis di Amerika Syarikat dan New Zealand untuk memperjuangkan kebebasan berinternet di negara masing-masing.

Untuk tempoh 24 jam, para pengguna Internet yang berkunjung ke laman-laman web yang mengambil bahagian akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut.

CIJ menyeru para pengguna Internet di Malaysia untuk menyertai kempen ini dengan memaparkan paparan yang direka khas tersebut pada laman web serta blog mereka.

Pengguna Facebook dan juga Twitter juga digalakkan menukar gambar profil dan avatar dengan warna hitam atau gambar yang boleh dimuat turun melalui CIJ.

Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, Masjaliza Hamzah berkata objektif pelaksanaan kempen tersebut ialah untuk menggesa Kerajaan untuk menarik semula pindaan terbabit yang dipercayai telah diluluskan secara tergesa-gesa di parlimen empat bulan lalu.

Sebelum ini, pemerhati media tersebut telah melancarkan e-petisyen untuk menggesa pihak Kerajaan menarik semula Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 kerana pindaan tersebut dikatakan mengancam kebebasan berinternet dan mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh tanpa dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu.

Petisyen yang ditandatangani oleh lebih daripada 3300 pengguna Internet tersebut kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew di parlimen.

CIJ juga telah menganjurkan forum terbuka bertajuk 'Seksyen 114A: Pencegahan Jenayah atau Tapisan Internet?' untuk membincangkan kesan-kesan pindaan terbabit.

Pindaan kedua terhadap Akta Keterangan itu telah menarik perhatian ramai pihak termasuk para peguam dan juga pemilik restoran yang menyedia kemudahan Wi-Fi.

Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka.

Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam.

Kempen untuk Hari Internet Blackout ini telah menerima sambutan yang positif daripada kalangan pengguna Internet.

Laman-laman web popular seperti laman jual beli lelong.com.my, komuniti forum cari.com.my, dan portal hiburan gua.com.my telah menyatakan hasrat untuk menyertai kempen ini.

Selain itu, laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Free Malaysia Today, The Nut Graph dan Digital News Asia turut sama menunjukkan minat.

Blogger seperti Niki Cheong dan Nat Tan juga akan turut serta dalam kempen ini.

Pengguna Internet yang ingin mengambil bahagian boleh menghubungi CIJ melalui emel cijmalaysia@gmail.com atau telefon di talian 03-4024 9840.

Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke blog rasmi kempen di www.stop114a.wordpress.com atau laman Facebook di https://www.facebook.com/evidenceamendmentact.

TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB

Posted: 06 Aug 2012 11:54 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

"Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga.

"Ini pilihan yang ada kepada kerajaan Persekutuan. Sama ada bersama Pengerusi Puncak Niaga ataupun memilih bersama rakyat Selangor," katanya kepada Keadilan Daily pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok menegaskan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor, Muhyiddin pasti jelas mengenai penyusunan semula yang dipersetujui sejak 2008 antara kerajaan Pusat dan Syabas.

"Maklumat-maklumat itu kita dah ada. Saya sudah siap menyediakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukan proses perbincangan mengenai perkara ini.

"Saya rasa jawatankuasa yang baru ditubuhkan dan dipengerusikan Muhyiddin bersama Menteri Air (Peter Chin) dan Noh Omar tahu proses-proses ini," katanya. -KD

55 tahun merdeka, ISA masih menjajah

Posted: 06 Aug 2012 11:52 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pelbagai isu berlaku bersempena dengan bulan kemerdekaan ini. Bermula dengan slogan Janji Ditepati yang dikritik hebat, kini logo dan lagu tema kemerdekaan ke 55 juga mengalami respon negatif daripada masyarakat umum. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional seperti terlalu terdesak dalam menagih sokongan rakyat. Sifat desprado ini hanya menimbulkan rasa jelek yang merosakkan mood rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sesebuah parti untuk menggunakan hari bersejarah milik seluruh rakyat demi menjaga kepentingan politik tertentu.

Jika soal logo dan lagu pun tidak berjaya ditangani dengan baik, maka tidak hairan isu ISA masih tidak selesai. Sudah hampir setahun sejak ISA diumumkan mansuh oleh Perdana Menteri, namun masih ada 42 orang tahanan ISA terkurung diceruk Kem Tahanan Kamunting. Apalah erti Hari Merdeka bagi mereka. Sejak 2010 mereka disumbat ke dalam Neraka ISA dan diperlakukan seperti binatang. Dapat dibayangkan betapa jeleknya perasaan kesemua tahanan ISA dengan slogan slogan seperti Janji Ditepati mahupun Satu Malaysia. Sejak 2010, pelbagai slogan melintasi ruang udara Kem Tahanan, namun mereka masih dikurung tanpa diperlakukan dengan sewajarnya sebagai seorang manusia.

Ditahan dengan pertuduhan atas angin, tahanan ISA ini terus dikurung tanpa diberi peluang untuk membela diri di Mahkamah. Kerajaan terus mempertahankan tindakan ini dengan mengatakan mereka bertindak berasaskan maklumat risikan. Namun tidak ada siapa yang berhak mencabar keabsahan maklumat risikan ini selain daripada Menteri Dalam Negeri. Oleh itu jika Menteri menganggap maklumat itu betul, maka tahanan akan dikurung bertahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.

Apakah ISA menyelesaikan masalah? Tidak sama sekali. Bahkan ISA hanya menjadi medan mengasah dendam antara rakyat dan kerajaan. Individu yang ditahan bukan sahaja dihukum tanpa bicara, tetapi turut diseksa dengan pelbagai jenis penderaan fizikal dan mental. Sami Hammood, seorang tahanan warga Iraq, diperlakukan bagai binatang semasa dalam tempoh 60 hari pertama di bawah ISA. Dibelasah, dibogelkan, dilumur cili kisar seluruh badan, bahkan cili turut disumbat ke bahagian sulit, apakah ini kaedah yang dikatakan akan menyelesaikan masalah?

Mustawan Ahbab seorang pemuda Indonesia yang telah lama tinggal di Malaysia, bahkan dia juga merupakan graduan lepasan universiti tempatan. Ogos 2010 menjadi sejarah hitam buat seluruh keluarga Mustawan apabila dia ditangkap dihadapan anak dan isterinya. Lebih pilu apabila peristiwa itu berlaku selepas keluarga itu baru selesai bersahur pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa. Rumahnya digeledah sehingga bakul pakaian yang hendak dibasuh juga diselongkar. Anak kecil Mustawan yang berumur setahun lebih merangkak dan duduk di atas riba bapanya sewaktu bapanya itu dipaksa duduk bersila atas lantai dalam keadaan kepala diserkup dengan kain hitam. Polis memberitahu Isteri Mustawan bahawa suaminya akan dibebaskan dalam masa seminggu. Dalam keadaan kebingungan Isteri Mustawan hanya mampu percaya kata-kata Polis itu. Namun hakikatnya, Oktober ini genap 2 tahun Mustawan dikurung di Kem Tahanan Kamunting.

Seorang lagi tahanan ISA, Radzali Kassan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah 8 hari tidak mengambil makanan dan minuman. Tidak cukup dengan itu, Radzali diterajang, ditampar bahkan diludah di muka oleh pegawai Kem Tahanan kerana enggan berhenti daripada mogok lapar. Semasa Radzali ditahan, Isterinya diminta untuk memberi kerjasama dengan tidak berhubung dengan mana-mana NGO ataupun Media, dengan itu suaminya akan dijaga dengan baik dan akan dibebaskan awal. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Walaupun isterinya akur pada arahan Polis, Radzali Kassan tetap dibelasah semasa berada dalam tahanan dan hanya akan dibebaskan pada Mac 2013 berdasarkan perintah tahanan.

Selain Mustawan, Radzali dan Sammy, masih ada 39 orang lagi tahanan ISA yang semestinya memiliki cerita tersendiri mengenai kezaliman yang telah mereka alami. Kesemua penyeksaan yang mereka alami ini bukanlah cerita baru. Tetapi merupakan sambungan kepada episod kezaliman yang pernah dilalui oleh bekas tahanan ISA yang lalu.

Saya kira, ISA hanya menjadi medan yang menyemarakkan dendam antara rakyat dan pemerintah. Laungan seperti tranformasi, Janji ditepati, demokrasi dan sebagainya hanya menaikkan rasa jelek rakyat terhadap pemimpin yang menyembunyikan kezaliman disebalik slogan.

Apalah makna kemerdekaan bagi mangsa akta zalim ISA? Dapat saya bayangkan betapa membaranya kemarahan para isteri, dan anak-anak tahanan mendengar laungan Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dalam keadaan suami atau ayah mereka masih tidak bebas daripada penjajahan akta zalim ISA.

Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), juga merupakan Sekretariat kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Masalah air di Pahang tak selesai, Najib jamin Kelantan?

Posted: 06 Aug 2012 11:48 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kata Najib ketika melawat Kelantan, Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990 tambahnya lagi..

Dengan bongkaknya beliau menambah "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN.

Kalau diikutkan kata Najib itu.. beliau sendiri yang tak perlu bercakap tentang soal lain..

Ini kerana sejak empat tahun yang lalu, beberapa kawasan kampung di sekitar Temerlohm Pahang negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN sendiri berhadapan masalah bekalan air paip yang kritikal.

Paling terjejas, Kampung Lebak Seberang dan Kampung Paya Badak, dengan kebanyakan penduduknya masyarakat orang asli.

Isunya ialah kebelakangan ini, mereka amat sukar untuk meredah hutan mencari bekalan air bersih kerana perigi dan telaga dicemari racun tanaman.

Ikuti laporan Puspavathy Ramaloo dalam segmen Aduan Rakyat TV3..


Penduduk di perkampungan orang asli ini menerima bekalan air paip pada 2006.


Semuanya berjalan lancar dan bekalan air paip nyata memudahkan kehidupan mereka yang sebelum ini hanya bergantung kepada air hujan dan telaga buatan sendiri.

Namun sejak tiga tahun lalu bekalan air paip di kampung mereka sering kali terputus.


Ada kalanya melarat sehingga tiga bulan.


YUSNIZAL MAHTIAR/ PENDUDUK..

Rosaknya kita tak tahu, dia cakap cuci tangkilah, baiki tangkilah kita tak tahu. Apa masalah dia . Kalau Tok Batin pergi tanya dia bagi surat kata akan datang check. Datang check je gitu je buat tidak jugak.


Sumber air semulajadi dari perigi atau telaga juga bukan semudah yang disangka untuk diperolehi.


Penduduk mengadu ia tercemar dengan racun tanaman yang digunakan di ladang berdekatan.


KHAIRI MADAN/ PENDUDUK.

Memang tercemar sebab sana racun, sini racun baja memang tercemar. Tapi apa boleh buat dah nasib kami terpaksa minum, dah beracun pun kami minum.


HASHIMAH MANG/ PENDUDUK.

Masa ini orang asli hidup serba moden, keperluan asas dah ada. Jadi tak naklah susah-susah. Biar majulah.


Kami juga merakamkan kekecewaan penduduk beragama Islam yang tinggal di Kampung Paya Badak serta Kampung Lebak Seberang.


Persiapan menyambut hari lebaran terganggu dan menyusahkan penduduk.


JAMALUDDIN SHAMSUDDIN/ PENDUDUK.

At least JBA hantar wakil tahu apa problem. Sampai tak boleh selesai. Kita pun hairan. Orang dah pergi bulan, pergi dasar laut, takkan masalah air JBA tak boleh selesaikan. Depan tu ada sungai itu yang kita sangat kecewa.


Ketika tinjauan dibuat sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil fitri, penduduk Kampung Lebak Sebarang dan Kampung Paya Badak bersyukur bekalan air paip sudah mula pulih.


Apabila Jabatan Bekalan Air Pahang, dihubungi, kami dimaklumkan masalah bekalan air paip yang dihadapi penduduk di kampung terbabit disebabkan Loji Air Lubuk Kawah yang tidak dapat menampung kapasiti air diperlukan penduduk terutamanya sejak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh memulakan operasi.


Justeru, operasi Loji Air Seberang Temerloh yang masih belum siap sepenuhnya dimulakan pada kadar 40 peratus kapasiti iaitu dua juta gelen sehari bagi menampung keperluan penduduk.


Apabila siap sepenuhnya loji ini dapat beroperasi pada kapasiti 5 juta gelen sehari.


Dan sebentar tadi penduduk di kampung terbabit ketika dihubungi mengesahkan sudah mula menerima semula bekalan air paip tanpa henti sehingga hari ini.


Aduan Rakyat juga pernah menyiarkan kesukaran hidup penduduk di gugusan Bera terutamanya di Felda Purun dan Felda Mayam Triang Pahang akibat masalah bekalan air paip yang kritikal.

S
elepas lebih setahun, tinjauan di Felda terbabit mendapati masih ada masalah bekalan air paip terutama ketika menjelang Aidil fitri baru-baru ini.


Ketika tinjauan ini dibuat, sebahagian penduduk masih menerima bekalan air paip.


Manakala beberapa kawasan terletak di atas bukit bekalan air sudah terputus.


Bagimanapun bekalan air yang berterusan sebelum itu, kolah dan tangki air sudah penuh diisi air.


Justeru masalah bekalan air yang tidak begitu menentu tidak menjejaskan keceriaan sambutan hari raya oleh penduduk Felda ini yang pada satu masa dulu pernah mengadu anak-anak tidak mahu pulang ke rumah kerana ketiadaan bekalan air paip.


MOHAMAD NOOR/PENEROKA.

Sekarang ni ok, siang-siang lagi dah balik semua. Dia tengok air ada terus balik. Makcik betul-betul bersyukur kerana anak-anak semua balik termasuk yang duduk jauh, suka sangat.


Jabatan Bekalan Air Pahang mengesahkan, masalah bekalan air untuk jangka pendek berjaya diselesaikan dengan pemasangan 'inline booster pump' di Loji Sungai Bera.


Bagaimanapun gangguan masih berlaku ketika sambutan hari raya baru-baru ini disebabkan peningkatan penggunaan air sekali ganda menjelang musim perayaan.


Masalah dijangka selesai apabila kerja-kerja mengubahsuai sistem perpaipan dan menaik taraf pam siap sepenuhnya menjelang 2012.

HARAKAHDAILY/-

Dipanah petir dalam rumah

Posted: 06 Aug 2012 11:45 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA ROMPIN - Seorang pemandu lori tanah terbunuh, manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dipanah petir di dalam sebuah rumah pekerja ladang di Ladang Sungai Merbau, Ladang Yayasan Pahang, Kampung Pianggu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Nazrun Othman, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohd Ikhwan Mohamad, 19, yang cedera pula terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama empat lagi rakannya berada di dalam rumah berkenaan.

"Difahamkan mangsa bersama empat lagi rakannya ketika itu sedang berborak kosong dalam rumah terbabit sewaktu hujan lebat, bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah akibat panahanpetir yang menyambar kepala mangsa," katanya.

Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Tempua, Felda Selendang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Endau dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kesan terbakar serta lubang halus di bahagian kepala.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Selendang 1.

Beliau berkata, seorang lagi rakan mangsa yang masih cedera, kini dirawat di Hospital Mersing, sementara dua lagi rakan mereka yang juga pemandu lori masih belum dikenal pasti identiti mereka pula dirawat sebagai pesakit luar.

"Hanya seorang saja rakan mangsa yang terkena serpihan petir, manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan kerana pada waktu itu, Mohd Ikhwan berhampiran dengan mangsa," katanya.

sinar harian/-

'Anugerah' RM100,000 untuk Chong Wei dari P Pinang

Posted: 06 Aug 2012 11:42 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin dianugerahkan RM100,000 daripada tabung negeri.

Bercakap dalam satu sidang akhbar awal pagi ini, Lim berkata beliau akan mengesyorkan kepada Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBA) supaya Chong Wei diiktiraf kerana menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi dua pingat perak di Sukan Olimpik.

"PBA biasanya (memberikan) anugerah (kepada) olahragawan dan olahragawati cemerlang," kata Lim.

malaysiakini/-

PAS Kota Samarahan Mendesak Penyelesaian Masalah Tapak Pelupusan Sampah

Posted: 06 Aug 2012 11:37 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kota Samarahan - PAS Kota Samarahan telah membuat tinjauan khusus ke tempat pelupusan sampah daerah Kota Samarahan yang menjadi masalah kepada masyarakat sekitar kawasan ini.

Tempat pelupusan sampah ini di bawah tanggungjawab dan seliaan pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Samarahan. Dari tinjauan yang dilakukan, tempat ini tidak diselenggara dan diurus dengan baik, yang menyebabkan bau busuk dan sampah sarap terbiar begitu sahaja.

Tambah memburukkan lagi keadaan, kawasan ini berdekatan dengan penempatan penduduk tempatan. Antara kampung yang berdekatan ialah Kampung Plaie, Kampung Sungai Batu, Kampung Rembus, Kampung Jegoi dan Kampung Baru.

Menurut penduduk kampong Sungai Batu yang ditemui, masalah bau (akibat tidak diurus drngan baik) ini akan bertambah buruk apabila waktu hujan dan mereka telah menanggung masalah ini sejak 20 tahun yang lalu.

Menurut Abang Ahmad Kerdee (Penasihat Undang-undang PAS Sarawak), yang ditemui ketika tinjauan ini dijalankan menyatakan kekecewaan beliau mengenai pengurusan pusat pelupusan sampah ini yang begitu teruk. Bukan itu sahaja, aktiviti pembakaran terbuka di pusat pelupusan sampah ini memburukkan lagi keadaan.

Penduduk sekitar berharap agar PAS Kawasan Kota Samarahan dapat membawa permasalahan ini ke pihak berkuasa tempatan. Agar penderitaan mereka selama 20 tahun akan berakhir.

Abang Ahmad Kerdee ditemui selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk di Kampung Baru, yang terdiri dari golongan fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Harapan beliau agar sumbangan ikhlas ini dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam bulan Ramadan ini. Tambahan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi.

Beberapa penduduk kampong yang ditemui menyatakan kesyukuran dan mengakui bahawa PAS merupakan parti yang telus dan benar-benar bersifat rakyat, sekaligus menepati slogan yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan.

Selain itu, menurut salah seorang penduduk kampong yang mahu dikenali sebagi Abon, meminta kepada PAS agar mengajukan kepada kerajaan Barisan Nasional tentang agihan BR1M. Katanya "kalau benar kerajaan Barisan Nasional bersifat membela rakyat, kenapa tidak bantuan ini diberikan setiap tahun. Adakah ini ada kaiatan dengan pilihanraya? Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah lebih 50 tahun."

pas miri/-

Bahana potong kenderaan lain

Posted: 06 Aug 2012 11:33 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

RAUB – Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan sekitar jam 9.30 malam hingga jam 9.40 malam di Jalan Raub – Bentong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian kemalangan pertama membabitkan motosikal, kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 355 dekat Taman Raub Jaya 3.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa, S Thajahiralan, 49, mati di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

"Mangsa yang menetap di Taman Medan Indah dalam perjalanan dari arah Bentong ke Bandar Raub.

"Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta dari arah Raub cuba memotong kenderaan pacuan empat roda di hadapannya, tetapi bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa yang berada di laluan bertentangan," katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke kanan jalan sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Katanya, selepas 10 minit, berlaku pula kemalangan kedua di Kilometer 363 dekat persimpangan Lurah Bilut membabitkan dua kereta.

"Pertembungan itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Razalli Khalid, 65, meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan mendapati mangsa yang menetap di Shah Alam, Selangor dalam perjalanan dari arah Raub.

"Setibanya di tempat kejadian, sebuah kenderaan dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan lain, tetapi berada pada jarak dekat lalu bertembung dengan kereta dipandu mangsa," katanya.

Beliau berkata, jarak kedua-dua kemalangan hanya lebih kurang 8 kilometer hingga mengakibatkan kesesakan lalu-lintas sepanjang tempoh kejadian.

Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sinar harian/-

Terdesak Sangat Sampai Klon Twitter Anwar

Posted: 06 Aug 2012 09:22 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Account twitter DS @anwaribrahim di klon .... hmmm terdesak sangat sampai klon-klon account org lain.....sampai ada menteri yang hampir terkena tipu...kuikuikui

"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim. -PR Supporter

Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga

Posted: 06 Aug 2012 09:18 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Hukuman tampal poster menghina

KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah, semalam. Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga, Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -hm

Mesir ikrar balas dendam

Posted: 06 Aug 2012 09:16 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEORANG askar Israel semalam memeriksa sebuah kenderaan berperisai yang digunakan para militan Islam dekat pos sempadan Kerem Shalom.

KAHERAH - Tentera Mesir semalam berjanji akan membalas dendam kematian 16 pengawal sempadan dalam satu serangan di sebuah pos kawalan dekat sempadan Israel pada hari sebelumnya, menurut satu kenyataan oleh agensi berita rasmi MENA.

Para pengawal sempadan itu mati selepas sekumpulan miltan Islam melancarkan serangan.

Kejadian itu berlaku di pos sempadan Kerem Shalom.

"Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami akan membalas kematian mereka.

"Rakyat Mesir tidak perlu menunggu lama untuk melihat tindak balas kami ke atas serangan pengganas ini," kata kenyataan Majlis Agung Angkatan Bersenjata (SCAF).

"Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang menyerang tentera kami di Semenanjung Sinai sejak beberapa bulan lalu akan membayar dengan harga yang tinggi sama ada mereka berada di dalam atau luar Mesir," tambah kenyataan tersebut.

Presiden Mohamed Morsi (gambar kecil) sebelum ini turut berikrar lewat kelmarin untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan mengambil alih kawalan di Semenanjung Sinai.

Kumpulan penyerang militan Islam itu melintas masuk ke Israel dengan menaiki sebuah kenderaan berperisai selepas melakukan serangan tersebut.

Israel kemudian menyatakan, lima orang lelaki bersenjata dibunuh dalam serangan melibatkan beberapa buah kereta kebal dan helikopter rejim Zionis.

Di bawah perjanjian damai 1979 dengan Israel, Mesir dibenarkan menempatkan pasukan tentera dalam jumlah yang terhad di Sinai.

Jurucakap tentera Israel, Yoav Mordechai memberitahu Radio Tentera semalam bahawa para militan Islam itu merupakan anggota kumpulan jihad global yang berpangkalan di Sinai.

Sinai menjadi pangkalan para militan global kerana kelemahan Mesir mengawal semenanjung tersebut. - Agensi

MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor

Posted: 06 Aug 2012 09:07 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.

"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.

"Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.

SYABAS pada Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada di tahap kritikal.

Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS.

Abdul Khalid bagaimanapun mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti membekalkan air.

"Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya, disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan bekalan," katanya.

Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan.

Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik.

"Tentulah ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan bahagian itu," katanya.

malaysiakini/-

80 rumah dilanda banjir kilat waktu sahur

Posted: 06 Aug 2012 09:03 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MUAR - "Makcik menggigil kesejukan apabila rumah dinaiki air banjir," kata Morsidah Abd Rashid, 77, salah seorang penghuni daripada 80 rumah penduduk di Taman Jaya, Bakri, yang dinaiki air banjir kilat berikutan hujan lebat lebih tiga jam melanda kawasan berkenaan, semalam.

Menurutnya, dia menyedari rumahnya dinaiki air pada jam 3.30 pagi, sewaktu bangun dari tidur untuk masak hidangan bersahur.

Jelasnya, ketika itu hujan sangat lebat, dia tergerak hati melihat luar rumah melalui tingkap dan terkejut apabila mendapati air telah memenuhi ruang beranda rumah.

"Setengah jam kemudian, air mulai melimpah masuk ke dalam rumah sehingga mencecah ketinggian 0.25 meter," katanya kepada Sinar Harian.

Morsidah yang juga ibu tunggal berkata, dia tinggal berseorangan di rumah sejak 30 tahun lalu dan terpaksa menyelamatkan beberapa barangan elektrik yang mula ditenggelami air sendirian.

Menurutnya, jika ikutkan keadaan fizikal memang tidak kuat, tetapi dia memaksa diri memunggah barangan di rumahnya perlahan-lahan.

"Habis semua almari, perabot dan pakaian rosak terkena air banjir," katanya sambil menahan sebak.

Morsidah berkata, masalah banjir kilat kerap berlaku di kawasan berkenaan sejak sebuah perumahan baru dibuka beberapa tahun lalu dan didakwa berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak sistematik.

Menurutnya, dia sangat sedih dengan keadaan ini, terutamanya apabila mengenangkan Aidilfitri bakal menjelang kurang daripada 14 hari lagi.

"Saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius masalah ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya segera kerana ia membebankan penduduk terutamanya dalam kalangan warga emas," katanya.

Seorang lagi penduduk, Rabuah Bonari, 53, berkata, dia yang sudah lali dengan masalah tersebut tetap menaruh harapan agar masalah itu diatasi segera.

Menurutnya, air banjir yang memasuki rumah akan mengambil masa selama satu hari untuk surut, tetapi jika hujan masih tidak berhenti, keadaan banjir mungkin menjadi lebih teruk.

"Banjir kilat kali ini antara yang terburuk sejak 32 tahun menetap di perumahan ini," katanya yang pernah kerugian hampir RM5,000 berikutan masalah sama yang ber- laku sebelum ini.

sinar harian/-

Lee Chong Wei Oh Lee Chong Wei

Posted: 06 Aug 2012 08:50 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Sewaktu singgah di rumah anak di Putrajaya sekembali dari Kelantan untuk menghadiri upacara perkebumian seorang sepupu yang meninggal Subuh semalam sempat juga saya menyilau mata ke skin tv yang sedang menayangkan siaran langsung perlawanan bandminton antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan dari China. Semua anak-anak termasuk menantu saya menyokong Chong Wei atas semangat kenegerawaan dan simpati kepada Malaysia yang kosong mendapat emas.

Lee Chong Wei diganggu?

Saya tidak pasti apakah cucu saya Muhammad Khalif Ummar yang kini sedang kepenatan dan rajin berlaih merangkak dan cuba bangun sendiri juga bersama mereka yang lain? Rakan saya dan isteri dan anaknya juga yang ada sama bersorak setiap kali Chong Wei berjaya menambah mata.

Berlainan dengan saya. Saya agak pesimis sedikit terhadap apa yang ada. Terus terang saya kata, saya tidak mesra dengan kemenangan bakal dicatat Chong Wei malam tadi. Bukan saya dengki kerana dia akan mendapat jongkong emas bernilai RM4 juta, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang tidak wajar saya kata sekiranya dia menang.

Dari awal-awal lagi atau tepatnya sejak penampilan pemain ini dalam dunia badminton dan meneliti perkembangan dan kemenangannya, menjadikan saya tertanya-tanya. Dia selalu menang kalau bermain secara individu tetapi permainan berpasukan untuk negara dia sering kalah. Mungkin ini nasib dan takdir, dan kejaguhannya tidak boleh membantu membakar semangat rakan-rakan lain demi negara. Mungkin itu anggapan saya ini salah.

Berkaitan dengan perlawanan semalam, saya tidak senang kalau dia menang kerana kemenangan itu akan dipolitikkan. Ini bukan Chong Wei yang salah tetapi manusia politik yang berada di sekelilingnya menjadi penoda kepada niat sucinya dan profelismenya sebagai seorang atlit. Sudah pasti kalau Chong Wei menang semalam dia akan dijadikan modal dalam dunia politik. Berani saya katakan tentu wajah dan aksinya akan ada di dalam manifesto parti politik yang Chong Wei mangangkat jongkong emas atau berpelukan dengan Rosmah Mansor.

Ini pasti akan terjadi. Justeru kerana meramalkan kejahatan politik yang bakal dilakukan ke atas beliau inilah maka saya senang bila Malaysia tidak akan mendapat pingat emas. Bagi saya adalah keji kalau kejayaan seseorang untuk negara kemudian diambil kesempatan oleh parti politik untuk membuktikan kejayaan seseorang itu kononnya disebabkan mereka.

Pemisahan antara parti dengan kerajaan tidak berlaku di Malaysia. Kejayaan individu di dalam negara ini sering diagungkan sebagai kejayaan parti politik. Bagi saya sikap mengeksploitasi kejayaan individu atau negara ini sebagai kejayaan parti politik adalah salah dan sesuatu yang keji serta perlu dihindarkan. Dari sinilah baru sukan dapat dijadikan alat perpaduan dan kekuatan negara.

Begitu juga saya lihat pemburuan pingat dilakukan Chong Wei itu sebenarnya sudah dinodai dengan tawaran jongkong emas. Di dalam minda Chong Wei yang terdampar bukan lagi pingat emas tetapi jongkong emas. Kerana secara relatifnya nilai jongkong dengan pingat itu jauh berbeza. Melainkan seseoranag itu tulen bersemangat negarawan... dia akan meletakkan pingat dan nama negara lebih dari segala-galanya dalam dirinya.

Bahkah ganjaran atas kejayaan itu kelak dia akan kembalikan kepada negara. Apakah kalau Chong Wei menang diberi jongkong emas, dia akan kembalikan wang itu kepada negara untuk memajukan dunia sukan? Chong Wei boleh jawab dan sekiranya tidak, ini bermakna ganjaran itu adalah untuknya maka kalau dia berjuang ketika itu bukan lagi untuk maruah negara tetapi untuk dirinya.

Penawaran untuk memberi jongkong emas oleh syarikat berkenaan...atau lain-lain tawaran dalam situasi begitu kepada saya adalah pembunuh semangat dan jiwa negara yang ada kepada Choing Wei. Tawaran demikian juga sedikit sebanyak mengganggu minda dan konsentrak Chong Wei untuk meraih kejayaan. Natijahnya dia seakan hilang fokus dan menangis sebelum bola terakhir jatuh ke gelanggangnya.

Apapun tahniah juga buat Chong Wei setidak-tidaknya perlawanan malam tadi mengingatkaqn kepada sesetengah dunia bahawa negara bernama Malaysia wujud di dunia ini. Chong Wei adalah duta besar Malaysia ke dunia sukan. [wm.kl.3:32 pm 06/08/12]

harakahdaily/-

Kenderaan robotik mendarat di Marikh

Posted: 06 Aug 2012 08:38 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MODEL kenderaan robotik Curiosity.

PASADENA, California - Kenderaan robotik, Curiosity mendarat di kawah gergasi Gale di planet Marikh semalam dalam misi meneroka permukaan planet berkenaan.

Pasukan penyelidik dan jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bersorak kelmarin apabila kenderaan itu memasuki atmosfera planet itu.

"Kita selamat mendarat di permukaan Marikh," kata jurutera NASA, Allen Chen.

Selepas mendarat, kenderaan itu menghantar gambar dari dalam kawah tersebut di planet Marikh ke pejabat NASA.

Dijana kuasa nuklear, Curiosity yang bersaiz sebesar sebuah kereta dilengkapi pelbagai peralatan saintifik, kamera dan stesen cuaca.

Kenderaan itu turut memiliki gerudi, sebuah tangan robotik, pancaran laser, alat pengukur radiasi dan makmal kimia mini.

Curiosity akan melakukan penerokaan selama dua tahun di permukaan Marikh.

Misi tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan sama ada Marikh memiliki bahan asas bagi menyokong kehidupan seperti karbon, nitrogen, fosforus, sulfur dan oksigen.

Pembinaan dan penghantaran Curiosity ke planet merah berkenaan menelan belanja sekitar AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion).

Walaupun kos itu amat tinggi, beberapa penyelidik NASA memberitahu, perbelanjaan besar tersebut berbaloi sekiranya Curiosity dapat melakukan pelbagai penemuan saintifik.

Kenderaan tersebut dihantar ke Marikh dengan menggunakan sebuah roket yang mengambil masa perjalanan lebih lapan bulan sejauh 566 juta kilometer (km). - Agensi

Pencemaran Sungai Juaseh bimbangkan penduduk

Posted: 06 Aug 2012 08:36 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEGAMAT: Pencemaran air Sungai Juaseh yang terletak di Dun Kemelah di Parlimen Sekijang di sini cukup membimbangkan penduduk.

Difahamkan, sisa buangan berpunca dari kilang sawit yang berdekatan dan dibimbangi bakal menjejaskan kesihatan penduduk kampung sekiranya dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan tindakan pihak yang bertanggungjawab.

Menurut penduduk, apabila hari hujan, air sungai akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan berwarna hitam.

Lebih- lebih lagi ,terdapat sisa pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan baik, berdekatan dengan sungai tersebut.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis, Parlimen Sekijang, Normala Sudirman berkata, isu pencemaran air di Sungai Juaseh ini cukup membimbangkan penduduk kampung kerana akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas.

"Kita menerima aduan bahawa kemungkinan berlaku pembuangan sisa hasil kilang yang tidak mengikut sistem jadual berskala yang betul dari kilang sawit yang berdekatan," katanya kepada Harakahdaily.

"Ini bukan soal untuk menyuluh kelemahan sesiapa tetapi ini soal kebajikan penduduk. Matlamat kami adalah untuk membantu rakyat dengan menyalurkan aduan ini dan mengemukakan bukti bergambar untuk kesejahteraan semua," katanya yang juga bekas calon Pilihan Raya Kecil Dun Tenang.

Katanya, pihaknya bersama penduduk juga akan mengadakan sidang media dan menghantar memorandum kepada pihak bertanggungjawab.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak akan teragak- agak untuk mendedahkan nama kilang yang menyebabkan pencemaran air sungai ini berlaku, jika masalah ini dibiarkan berlarutan tanpa tindakan yang sewajarnya.

"Kita tidak mahu berlaku seperti isu Gas Ammonia di Sg. Gatom Labis beberapa tahun dahulu yang akhirnya menyebabkan penduduk kampung menjadi mangsa dan terpaksa berpindah kerana sesak nafas hingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tahap kesihatan mereka berada di tahap yang kritikal," katanya.

harakahdaily/-

Negeri Pakatan guna tema alternatif Merdeka

Posted: 06 Aug 2012 08:34 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa tiga negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan - akan menggunakan tema alternatif mereka 'Sebangsa Senegara, Sejiwa' untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagaimanapun, sebuah lagi negeri Pakatan - Kedah - akan menggunakan tema yang berbeza, iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'.

Sinar Harian melaporkan Salahuddin berkata, jawatankuasa
Pakatan mengenai tema Merdeka telah membuat keputusan tiga hari lalu untuk menggunakan tema alternatif tersebut.

Anggota exco publisiti Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco baru-baru ini.

Pakatan memutuskan untuk menggunakan tema alternatif selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim enggan menukar tema 'Janji Ditepati' yang juga merupakan tema kempen politik BN.

Tema alternatif telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada 250 penyertaan yang diterima daripada orang ramai.

malaysiakini/-

Tindih anak sampai mati

Posted: 06 Aug 2012 08:25 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM: "Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.

"Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin)," kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.

Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.

metro/-

Simpati Dana Ramadhan jejaki insan istimewa

Posted: 06 Aug 2012 08:20 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SUBANG: Melihat kekurangan golongan orang kurang upaya (OKU), Robiah Sayuti, 56, dan Jasni Selamat, 30an mengalami kecacatan fizikal akibat demam panas waktu kecil.

Simpati memandang golongan ini, Dana Ramadan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Jabatan Pengarang Harakah akan terus menjejaki insan-insan istemewa sepanjang bulan Ramadan.

Robiah merupakan ibu tunggal yang mengalami buta sejak kecil. Namun beliau tidak menjadikan alasan untuk terus menagih simpati daripada orang ramai. Ibu tunggal ini merupakan wanita cekal dan istiqamah dalam perjuangan PAS.

(Gambar: Siti Zailah mengedarkan bubur lambuk sebelum berbuka puasa.)

Setiap kali PAS Cawangan Paya Jaras menganjurkan program beliau akan menginfak air. Beliau antara wanita yang istiqamah dalam usrah.

Walaupun Jasni mengalami kecacatan fizikal dan sedikit terencat akal, ketaatan menjalani perintah Allah tidak pernah dilupakan. Wajah yang periang dan peramah, mudah tersenyum menjadikan ramai orang menyukainya. Jasni tetap menunaikan solat fardu dan mengamalkan puasa sunat.

Surah Al-Ma'un ayat 1-7 Allah berfirman maksudnya: "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak memberi makan orang miskin, maka celakalah bagi orang-orang yang sholeh yaitu orang-orang yang lalai dari sholatnya, orang-orang yang berbuat riya dan enggan menolong dengan barang berguna".

Berpandukan ayat ini, Dewan Muslimat PAS Pusat bersama Jabatan Pengarang Harakah telah menganjurkan berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan orang susah di DUN Paya Jaras.

Lajnah Kebajikan PAS Selangor serta Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras turut memberi kerjasama menyediakan tempat dan memberi sumbangan. Dalam majlis rengkas dan santai itu, Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Osman turut melancarkan Semarak Kasih, Lajnah Kebajikan PAS Selangor.

Dalam ucapan, beliau mengingatkan supaya umat Islam menjadikan ramadan sebagai bulan mendidik menjadi insan yang baik.

"Bulan ini perlu dihayati sebagai bulan penuh kemuliaan untuk mendapatkan peluang yang disediakan Allah. Puasa merupakan medan latihan yang memutuskan jiwa dan nafsu daripada melakukan perkara biasa," katanya.

Sementara itu, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, puasa ibarat perisai dan puasa yang sempurna bukan sahaja mengukuhkan silaturahim tetapi menjadi benteng azab neraka.

"Kita kena jaga hubungan dengan Allah kerana matlamat ramadan untuk mencapai keredaan Allah. Ramadan perlu banyak menghulurkan sedekah terutama golongan miskin dan anak yatim," katanya.

Zailah berjanji akan bekerjasama dengan Jabatan Pengarang Harakah serta DUN fokus untuk ditawan pada PRU nanti menjejaki insan-insan istemewa supaya mereka turut menikmati keceriaan bulan ramadan.

Penyelaras DUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman bersyukur dengan kesudian Jabatan Pengarang Harakah diketuai Ahmad Lutfi Othman yang menjadikan DUN Paya Jaras tempat pertama menanjurkan berbuka puasa.

"Saya berterima kasih dengan Ahmad Lutfi yang dalam keadaan uzur tetapi masih mampu menaja jamuan berbuka puasa bersama DMPP," katanya.

Siti Zailah bersama Mohd Khairuddin dan Mariam Abd Rashid turut mengagihkan bubur lambuk, air mineral dan kurma kepada ibu-ibu tunggal dan orang susah sambil bertanya khabar. Beliau turut melancarkan air mineral Amal Malaysia. Majlis berbuka puasa dan sumbangan itu ditutup dengan solat maghrib berjemaah.

Memandangkan ramai lagi ibu-ibu tunggal, OKU dan anak-anak yatim yang perlu diberi sumbangan, DMPP dan Jabatan Pengarang Harakah mengalu-alukan sumbangan ke Dana Ramadan nombor akaun Maybank 564025400533 atau hubungi Nadia 013-3767312.

harakahdaily/-

Warga Myanmar maut dipercayai dibunuh rakan

Posted: 06 Aug 2012 08:17 PM PDT

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Seorang pekerja kedai membaiki pendingin hawa warga Myanmar maut dipercayai dibunuh rakan senegara di tempat kerjanya di Batu 5 Jalan Ampang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa berumur 30-an itu dipercayai dilibas di leher dari belakang ketika sedang membaiki penyaman udara kira-kira pukul 6.10 petang.

"Menurut saksi, mangsa yang ketika itu sedang melakukan kerja didatangi seorang lelaki dipercayai warga Myanmar, berkulit gelap, berumur lingkungan 30-an. Suspek yang datang dari belakang terus melibas ke arah leher mangsa.

"Mangsa yang ketika itu sedang membongkok terus rebah, tidak sedarkan diri dan dipercayai meninggal dunia selepas itu," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Amiruddin berkata suspek kemudian berlari ke arah belakang sebuah klinik lalu membuang senjata yang digunakan ke dalam longkang berhampiran dan menghilangkan diri.

"Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui sebilah parang panjang dalam longkang di belakang klinik berkenaan," katanya.

Beliau berkata, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimiliki sebuah bank berdekatan tempat kejadian.

Amiruddin berkata, polis juga akan menemubual dua rakan sekerja mangsa yang juga warga Myanmar, seorang pemilik kedai cuci kereta berusia 23 tahun dan seorang pemilik kedai kereta terpakai berusia 51 tahun, dipercayai saksi kejadian bagi membantu siasatan. — BERNAMA

Idris Ahmad

Posted: 06 Aug 2012 11:37 PM PDT

Idris Ahmad


BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja.

Posted: 06 Aug 2012 06:46 PM PDT

BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja.
Idris Hj Ahmad
7/8/12
BN hari ini sudah hilang ideologi dan kesegaran di dalam perjuangan untuk menarik sokongan rakyat. Mereka hanya mampu hidup kerana masih jadi parti pemerintah. Dengan kapasiti sebagai parti yang memerintah maka mereka menggunakan segala kemudahan kerajaan dan dana setiap kementerian untuk menabur halwa telinga kepada rakyat. Datuk Seri Najib dilihat sebagai tokoh roforamsi yang tidak ada isi. Mungkin pada permulaan orang agak teruja dengan laungan reformasi. Tetapi setelah sekian lama beliau bercakap, maka terserlah wajah sebenar Najib sebagai pemimpin yang hanya pandai melaungkan tranformasi sahaja.
Najib telah membelanja hampir RM5.77 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2012 untuk beli sokongan supaya rakyat memilih BN dengan berbagai-bagai janji. Ini semua perbelanjaan luar jangka.
Sebanyak RM2.2 bilion untuk bonus kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta.
Termasuklah juga berbagai pengumuman '
Projek "one-off" yang memakan belanja hampir RM3.57 billion. Seperti

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1 Malaysia and Bantuan Buku 1 Malaysia.

Tahun ini sahaja sudah dua kali bajet tambahan yang diluluskan di Parlimen, iaitu pada bulan Mac 2012 RM10,290,243.800 (Lebih RM10.2 bilion) dan RM13.8 bilion pada 14 Jun 2012. Ertinya sudah lebih RM23 bilion bajet tambahan pada tahun ini sahaja.
Peruntukan segera sebanyak RM609j dilulus dalam 11 minggu (Januari-Mac 2012)ketika lawatan PM, TPM ke seluruh negara dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.
Apakah BN Umno boleh hidup, jika kuasa di peringkat pusat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?.


Filed under: Ekonomi, Politik

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 06 Aug 2012 11:13 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


JELAJAH SUMBANGAN PAS CAWANGAN BALAI BESAR

Posted: 06 Aug 2012 06:36 AM PDT

6 OGOS 2012, KG BALAI BESAR - Pusingan Kedua Jelajah Sumbangan Fakir miskin dan ibu tunggal telah berjaya dilakukan oleh PAS Cawangan Balai Besar.Turut sama dalam aktiviti tahunan ini adalah Tuan Haji Alias bin Harun selaku Pengarah MTD Rantau Abang, Tuan Guru Hj Daud ketua PAS Cawangan Tuan Haji Anuar dan AJK PAS Balai Besar.

Berbincang tentang peluang di DUN Rantau Abang...

Bercerita mengenai kisah silam...

Ramah mesra amalan mulia...berlainan ideologi

Bertanya khabar....

Ibu tunggal bersama anak dan cucunya yang yatim piatu....

InsyaAllah apa yang diusahakan mendapat ganjaran di sisiNya...

Ibu tunggal bersama tiga orang anak ....

Lagi bantuan beras 10kg dan duit hasil derma orang ramai yang perihatin....

ibu tua tinggal keseorangan.....

tidak kenal usia..bantuan tetap diberikan...

Ketua cawangan Balai Besar...

Bersama Mu......

PAS Negeri Sembilan

Posted: 06 Aug 2012 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


IFTAR AMAL UNTUK PALESTIN

Posted: 06 Aug 2012 03:48 AM PDT

Peluang sedekah jariah, untuk saudara kita di Gaza.
Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad) di Klana Resort Hotel, Seremban.
Objektif: Membeli sistem penapis air dan inkubator bayi di Gaza
Pakej Individu: RM100
Pakej Kumpulan: Dari RM3,000

Hubungi : Us. Isfahmi: 013-6391003 / Tn. Hj. Omar: 019-6699630 / Fauzi: 013-4201245

Anjuran bersama : AMAN Palestin, ISMA dan PEMBINA cawangan N.Sembilan

Maklumat lanjut di

Janji fasa kedua Hospital Rembau belum ditepati

Posted: 06 Aug 2012 12:34 AM PDT

Menteri Kesihatan mengatakan (Janji) bahawa tender fasa kedua Hospital Rembau untuk kerja-kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012. Akan tetapi laman web JKR setakat 6 Ogos 2012 belum pun ada kenyataan tender tersebut untuk fasa kedua kerja-kerja bangunan.

*************
Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.

"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber :

misbahul munir

Posted: 06 Aug 2012 09:16 PM PDT

misbahul munir


EHYA RAMADHAN PAS BAGAN DATOH DEKATKAN RAKYAT DENGAN ALLAH

Posted: 06 Aug 2012 07:30 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 06 Aug 2012 09:11 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Iftar jamaei pererat silaturahim

Posted: 06 Aug 2012 07:55 AM PDT

MTD N24 Bemban

Posted: 06 Aug 2012 09:07 PM PDT

MTD N24 Bemban


Persoalan Manusia Semuanya Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran

Posted: 06 Aug 2012 01:03 AM PDT

Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

dipetik dr  http://greenboc.blogspot.com/2012/08/persoalan-manusia-semuanya-telah.html

Dr Azman Ibrahim

Posted: 06 Aug 2012 07:25 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


DEWAN BEDAH HOSPITAL SETIU, MAT SAID MERUNGUT LAGI!

Posted: 05 Aug 2012 09:58 PM PDT

"Memalukan!" Itulah reaksi MB Terengganu entah untuk kali yang keberapa ketika beliau melakukan lawatan ke Hospital Setiu kelmarin (Selasa 31 Julai 2012) sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan apabila merungut perihal kegagalan Dewan Bedah Hospital Setiu untuk beroperasi sehingga sekarang walaupun Hospital Setiu sebenarnya telah dibuka semenjak tahun 2003 lagi. Puncanya masih didakwa kerana kelewatan kontraktor untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih dan pengawasan yang tidak serius dari Jabatan Kerja Raya. Dengan makna lain, MB ingin menyatakan, "Itu salah mereka! bukan salah saya!"

Imbas kembali, kenyataan Menteri Besar Terengganu selepas mesyuarat EXCO pada 26 Mei  2011 lepas, di mana beliau menyuarakan kekecewaannya kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan serta kontraktor atas kegagalan Dewan Bedah Hospital Setiu berfungsi setelah lebih tujuh tahun siap dibina.

Lebih awal dari itu,  di dalam simpanan saya, kenyataan pertama berhubung isu ini telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Januari 2011 lalu, kemudian disusuli dengan kenyataan kedua pada Mei 2011 seterusnya disusuli pula dengan kenyataan ketiga pada kelmarin (31 Julai 2012), saya melihat ada kecenderungan untuk saling tuduh menuduh apabila sesuatu projek yang dibina bermasalah atau mengalami kegagalan.

Antaranya, sikap menyalahkan pimpinan kerajaan negeri terdahulu (sedangkan MB sekarang adalah sebahagian pimpinan kerajaan negeri terdahulu)  dan kementerian serta agensi kerajaan pusat termasuk pihak kontraktor tanpa ada sebarang langkah konkrit ke arah penyelesaian. Semua polemik ini  tidak akan mendapat memberi sebarang manfaat  kepada rakyat. Malah rakyat akan menjadi pelanduk yang tersepit di antara gajah-gajah yang telah 'sendawa' kekenyangan mengaut keuntungan walaupun hakikatnya projek tersebut gagal berfungsi sepenuhnya.

Kalau pada kenyataan Menteri Besar Januari 2011 lalu, soal cat yang tidak berkualiti sehingga menyebabkan serangan hama dan menggelupas, kebocoran bumbung serta resapan air bawah tanah yang semuanya berpunca dari pembinaan yang tidak menepati spesifikasi dikatakan menjadi sebab kegagalan dewan bedah berfungsi, kini setelah hampir 2 tahun berlalu, masalah yang sama masih ditimbulkan serta belum berjaya diperbaiki kalau sekiranya memang benar kerja-kerja pembaikian telah dilakukan.

Pihak pentadbiran Hospital Setiu yang dihubungi pula kelihatan cuba untuk menyembunyikan hakikat keadaan sebenar yang berlaku dari pengetahuan rakyat. Jawapan yang diberikan tidak meyakinkan malah Menteri Besar pula yang disalahkan kerana didakwa terlalu 'boros' mengeluarkan kenyataan tanpa mendapatkan fakta sebenar. Malah didakwa oleh sumber dalaman pentadbiran Hospital Setiu, Menteri Besar dikatakan cuba membina imej diri dengan cara suka mengkritik kegagalan orang lain sedangkan beliau (MB) sendiri bersikap lepas tangan. 

Tetapi apabila saya tekankan, apakah kenyataan Menteri Besar itu satu kesilapan dan Dewan Bedah Hospital Setiu sebenarnya berfungsi sebagaimana sepatutnya? Jawapannya, Tidak! Sekadar boleh digunakan untuk pembedahan kecil (minor surgery) sahaja. Kenapa dewan bedah yang dibina pada tahun 2000 lagi masih tidak boleh digunakan sepenuhnya? Akhirnya sumber dalaman pentadbiran hospital mengakui, ia akibat dari terlalu banyak campur tangan politik yang sukar dijelaskan. Kenapa dalam soal projek yang melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat, masih terdapat campur tangan politik yang memeningkan? Jangan salahkan rakyat kalau mereka sekadar bertanya, apakah projek Hospital Setiu ini juga dibina oleh kontraktor OKU (Orang Kuat Umno)?

Lujnah Pengguna PAS Terengganu merasa terpanggil untuk menyatakan keprihatinan atas apa yang berlaku ini. Kita menegaskan bahawa,   semua polemik dan karenah birokrasi pentadbiran serta mainan politik yang tak bertempat perlu dihentikan segera!

Kita ingin melihat Hospital Setiu yang dibina pada tahun 2000 dan dibuka pada 2003 dengan kos RM65.8 juta benar-benar boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Semua agensi yang terlibat baik Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu dan pihak kontraktor perlu sekali lagi duduk semeja, berbincang dan mengambil langkah penyelesaian konkrit.

Semua pihak tidak terkecuali baik Menteri Besar, Kerajaan Negeri, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya serta kontraktor, wajib segera mengambil tindakan yang cepat dan tepat tanpa perlu saling menunding jari ke arah satu sama lain. Hakikat yang perlu diakui, memang terdapat masalah pada struktur binaan dan kelengkapan Dewan Bedah Hospital Setiu sehingga ia gagal berfungsi sebagaimana dirancang.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Pengguna PAS Terengganu

Penamatan Pinjaman Pelajar Yayasan Terengganu

Posted: 05 Aug 2012 09:55 PM PDT

Nasihat Untuk Adik Muhamad Hasyim

Doa kami pohonkan kehadhrat Allah semoga adik sekeluarga dan 8 lagi teman-teman di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan dan kedangkalan politik pemimpin Umno sentiasa dirahmati Allah.
Adik Muhamad Hasyim,

Setiap mereka yang ingin memperjuangkan kebenaran pasti akan diuji, kita perlu lalui dengan keyakinan bahawa kita bukanlah orang yang pertama diuji dan ujian untuk kita bukanlah yang paling berat untuk dihadapi. Allah telah memilih adik untuk diuji diawal usia lagi. Tentunya Allah tidak akan menguji seseorang hambanya melainkan Allah akan mengurniakan ganjaran pahala bagi sesiapa yang sabar.
Adik Muhamad Hasyim,

Menuntut dalam ilmu perubatan, apatah lagi di sebuah universiti terkenal di luar negara adalah impian kebanyakkan pelajar, tapi tak semua mampu menjejakinya. Bersyukurlah kerana adik adalah salah seorang yang terpilih dari kelompok yang terpilih. Tentunya ianya bukan dicapai dengan secara percuma tanpa usaha gigih yang luar biasa. Saya meyakini adik seorang yang memiliki mentaliti, sakhsiah dan ketahanan yang kuat untuk sampai ke sini dan berjaya keluar nanti untuk bergelar doktor.

Kriteria inilah yang perlu dipertahankan supaya kita boleh tampil ke dalam masyarakat kelak sebagai insan yang hebat dan mampu menyumbangkan bakti. Jalan di hadapan adik masih terlalu jauh untuk dilalui.

Apa yang adik lalui sekarang adalah sebahagian dari pengalaman mahal yang juga pernah saya lalui sebagai penuntut perubatan di negara orang.


Ketika melangkah meninggalkan tanahair, keluarga dan perjuangan untuk sementara waktu pada September 1993, saya sudah sedia maklumi, negara yang akan dituju, Iraq adalah sebuah negara bergolak yang sedang berhadapan dengan sekatan ekonomi PBB ekoran penaklukan Iraq terhadap Kuwait pada 1991.  

Lantaran itu, saya tidak pernah mengimpikan suasana pembelajaran yang penuh kemewahan dan kemodenan tapi impian saya untuk mengaut dan membawa pulang semaksima mungkin ilmu dari bumi yang pernah menjadi pusat penyebaran ilmu di zaman keagungan Khilafah Abbasiyyah.

Sayunya pandangan Ayahanda ketika saya melangkah menuju Balai Berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ketika itu menyuntik suatu semangat, walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan pulang sehingga saya mampu mempersembahkan kejayaan untuk mereka yang menyayangi dan mendoakan kejayaan saya. Memang semenjak hari itu, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah air selama 6 tahun sehinggalah berjaya pulang dengan ijazah pada tahun 1999.

Mustahil ada orang yang tidak ingin kembali menjenguk keluarga terutamanya dimusim cuti panjang, tambahan pula saya bukanlah Imam Syafie yang telah diberikan syarat oleh ibunya ketika pergi merantau untuk menuntut ilmu, "jangan balik wahai anakku selagi kamu tidak menjadi seorang alim!" tetapi ketidak mampuan kewangan menyebabkan saya sentiasa memujuk diri untuk bersabar setiap kali melihat teman-teman senegara pulang untuk bercuti.

Belajar dengan biasiswa FAMA (Father and Mother) tambahan pula 'FAMA' saya bukanlah orang berada, sekadar memiliki sebidang tanah dan kudrat empat kerat, tetapi dengan semangat seorang anak desa yang bercita-cita tinggi saya mengambil sikap pergi dulu walaupun ramai yang menentang dan apa nak jadi, jadilah... kepada Allah tempat berserah. Kalau ulat dalam batu boleh hidup, tak kanlah saya yang berakal fikiran tak boleh hidup. Itulah keyakinan saya walaupun bunyinya sedikit angkuh tapi angkuhnya cuma untuk merangsang potensi diri saya sendiri.

University of Baghdad


Baghdad bukanlah sebagaimana Mesir dengan berbelas ribu anak Malaysia di sana. Di sini bilangan rakyat Malaysia cuma boleh dibilang jari tambahan pula saya satu-satunya anak Malaysia malah satu-satunya pelajar bukan berbangsa Arab di Kuliah Perubatan dan Pergigian, Universiti Baghdad. Pelajar lain kebanyakkannya dari Palestin, Jordan, Yaman, Eriteria, Sudan, Syria, Mauritania di samping pelajar tempatan Iraq.

Bukan mudah menyesuaikan diri di tengah-tengah suasana yang begitu asing seorang diri, manusia-manusia asing, bahasa pertuturan yang sukar difahami, pensyarah-pensyarah yang sukar diajak berkomunikasi kerana masalah bahasa serta keadaan sosio-ekonomi masyarakat yang tertekan ekoran sekatan ekonomi PBB.

Walaupun mempunyai asas bahasa Arab yang agak kukuh bekalan dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, nyata ianya sekadar bekalan yang terlalu nipis, bahasa Arab tempatan Iraq terlalu jauh lenggok dan bunyinya daripada Arab standard.

Di bulan-bulan pertama pengajian, saya pastikan dapat hadir ke dewan kuliah pada awal pagi, mengambil tempat di barisan paling hadapan tetapi nyata tidak mencukupi untuk saya memahami pengajian. Pulangnya diwaktu petang dengan rasa kesal dan terbuku di hati. Walaupun dikatakan Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar pengajian tetapi sebenarnya kuliah dan segala medium pengajian tetap menggunakan bahasa Arab, lebih perit lagi Arab Iraq, bukannya standard Arabic.  

Rakan-rakan sekuliah yang lain, penguasaan bahasa Inggeris mereka terlalu minima, tak banyak mereka mampu membantu, malah mereka yang mengharapkan bantuan saya sedangkan saya sendiri hampir-hampir terfikir untuk mengalah dengan keadaan.

Tapi kalau sekali kita rela berada di pihak yang kalah dengan keadaan, kita tidak akan belajar untuk menjadi insan yang cekal dan berjiwa luar biasa. Sekali melangkah tiada lagi istilah undur. Inilah kata-kata perangsang yang selalu dibisikkan untuk diri sendiri.

Berada di dalam lingkungan masyarakat Iraq yang meraikan kehadiran kita sebagai saudara seagama, saya cuba hadir di kalangan mereka sebagai insan dengan berbentengkan akhlak dan keperibadian mulia, akhirnya kita rasa disayangi dan disenangi baik di kuliah atau pun di dalam masyarakat di persekitaran rumah sewa. Pergaulan mesra dengan masyarakat ini menjadikan saya mampu menguasai Bahasa Arab gaya Iraqi dengan begitu cepat sekali malah kata mereka saya telah menjadi 'lebih Iraq dari Iraq'.

Keterbatasan kewangan pula menyebabkan saya hanya mampu menyewa rumah flat kecil serta uzur yang terletak di kawasan Pasar Adhamiya seorang diri, kawasan penempatan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tapi masih berpegang dengan nilai agama yang tinggi.

Berulang-alik ke Kuliah dengan jarak kira-kira 5 km setiap hari dengan menaiki mini bas yang dipanggil coaster suatu kenangan menarik. Mini bas milik Kementerian Pengangkutan Iraq ini cuma mengenakan tambang sekitar 5 sen sekali naik, tak kira nak turun di mana pun di sepanjang laluannya. Sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah seperti anggota tentera dan para buruh kasar. Saya tidak terkecuali termasuk antara mereka yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan teksi yang jauh lebih selesa.  Coaster pun kira o.k. yang penting sampai.

Diwaktu awal pagi, sesaknya usah dicerita lagi. Kalau mampu berdiri dengan dua kaki sudah dikira sangat selesa. Kerapnya cuma ada ruang untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Bau badan dan pakaian anggota-anggota tentera yang sudah beberapa hari tak mandi ditambah lagi dengan buruh-buruh kasar usah digambarkan lagi. Sangat 'wangi'!

Jarak perhentian bas dengan kuliah pengajian saya kira-kira 1 km. Menjadi kelaziman saya menapak 2 km setiap hari pergi dan balik. Kata orang Iraq, menaiki 'Renault 11'. Mulanya saya tak berapa faham kerana yang saya tahu, model kereta 'Renault 12'. Rupanya Renault 11 adalah istilah untuk 2 batang kaki yang digunakan untuk berjalan. Musim sejuk, menapak dalam kesejukan yang mencengkam, musim panas, menapak di bawah terik panas matahari...

Tapi kita perlu kuat wahai adikku kerana kecemerlangan dan kegemilangan adalah milik bagi mereka yang tabah.

Adik Muhamad Hasyim… kadang-kadang apabila wang belanja dari keluarga lewat diterima, biasa saya melangkah dengan kaki longlai disebabkan perut yang kosong ke kuliah. Di waktu-waktu sukar sebegini, saya tidak malu untuk menerima sekeping roti arab yang dihulurkan oleh hamba-hamba Allah yang mengagihkan sumbangan kebajikan di masjid setiap kali selepas solat. Roti inilah yang dibawa pulang, dicicah dengan air sejuk sebagai teman pengalas perut untuk mentelaah pelajaran. Saya yakin, kalau ada pun kesukaran, Adik Hasyim tidak pernah melalui kesukaran sampai ke tahap ini.

Paling menguji kesabaran apabila musim panas, bekalan elektrik kerap terputus akibat ketidak cukupan bekalan lantaran banyak stesen janakuasa elektrik yang rosak ketika Perang Teluk. Sekatan ekonomi dan sekatan eksport minyak yang dikenakan ke atas Iraq tidak memungkinkan mereka membaik pulih semua kerosakkan yang berlaku. Iraq hanya mempunyai satu Janakuasa Hidroelektrik yang dinamakan Sadd (empangan) Saddam di Mosul yang terletak di bahagian utara Iraq. Lainnya adalah janakuasa menggunakan tenaga minyak.

Penggunaan melampau pendingin udara dimusim panas menyebabkan ketidak cukupan bekalan elektrik dan hasilnya ia perlu dicatu. Bekalan elektrik biasanya terputus (sebenarnya diputuskan) sekitar dua atau tiga kali sehari dengan setiap satu sessi memakan masa dua atau tiga jam. Bayangkan betapa 'selesanya' berada di dalam rumah dengan suhu melebihi 45°C tanpa pendingin udara. Panasnya bagaikan berada dalam tempat pembakar bata tanah liat! Perlu dimaklumi, musim panas mula memuncak menjelang bulan Jun, Julai dan Ogos. Jun pula adalah waktu peperiksaan akhir tahun di university.

Kondisi umum di Iraq pun bukannya aman wahai adikku. Kesempitan hidup rakyat lantaran peperangan dan sekatan PBB melonjakkan kadar jenayah dengan mendadak. Ditambah lagi apabila hampir setiap tahun sepanjang tempoh sekatan ekonomi, dengan pelbagai alasan, bumi Iraq sentiasa dihujani bom dan peluru berpandu US, paling tragis, hospital di mana tempat saya sedang menjalani latihan praktikal turut menjadi mangsa pengeboman pada 1998.

Apa yang saya coretkan di sini sekadar sedikit perkongsian ikhlas, secebis catatan pengalaman dengan besar harapan agar Adik  Hasyim dapat meluangkan masa seketika merenunginya.

Saya mengucapkan syabas di atas keberanian adik untuk bersama-sama dengan sekelian ramai ratusan ribu lagi pencinta keadilan di seluruh dunia pada tarikh keramat 9 Julai 2011 lalu walaupun apa yang teman-teman dihadapi di bumi Mesir hanya sekelumit dari apa yang kami hadapi di tanahair. Air kimia, gas pemedih mata, sepak terajang dan maki hamun FRU, dibelasah sehingga patah riot dan luka parah serta pelbagai lagi, tetapi amat menakjubkan kerana sehingga sekarang kita belum pernah mendengar kenyataan dari seorang pun mangsa keganasan polis yang mengeluarkan kenyataan, menyatakan kekesalan kerana turut serta terlibat dalam himpunan BERSIH yang sia-sia kecuali dari Adik Muhamad Hasyim!

 Apatah lagi BERSIH yang disertai oleh adik dan teman-teman di Mesir telah diistiharkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu sebagai bukan pertubuhan haram. Lantas adik tidak perlu menyesal kerana yang turut adik 'perjuangkan' adalah tuntutan-tuntutan yang bakal menentukan hala tuju negara tercinta di mana adik akan balik berkhidmat sebagai seorang yang menyandang gelaran doktor, suatu posisi terpandang dalam masyarakat. Wahai adikku… ianya bukan suatu kerja sia-sia, kalaulah benar adik berkata begitu sebagaimana yang dilaporkan oleh media.

Dengan mengeluarkan kenyataan sebegini, adik sebenarnya telah merendahkan reputasi dan mentaliti diri adik sendiri  serta menongkah arus gelombang yang sedang melanda negara sekarang. Sebenarnya, bukan setakat saya, malah sekelian pencinta keadilan, semuanya bersimpati dengan kezaliman Umno dalam menafikan hak adik dan 8 lagi teman-teman dalam menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk meragut secara kejam wang pinjaman para penuntut ilmu seolah-olah wang tersebut adalah milik mak bapak Umno! Persetankan mereka yang tidak sehaluan dengan Umno! Yang salah, zalim, kejam, menindas dan tamak kuasa adalah Umno wahai adikku. Bukannya BERSIH.

Simpati kami di tanahair bukan setakat dengan luahan kata-kata sahaja. Bukan untuk mengungkit tapi sekadar membangkit, di tengah panas terik mentari kami berdemonstrasi demi membela adik dan teman-teman, mimbar Jumaat dijadikan medan untuk mendedahkan kerakusan tindakan pimpinan Umno ini, kutipan derma dilancarkan di segenap pelusuk negeri serta rombongan pimpinan PAS negeri telah bertentang mata menemui Pengarah Yayasan Terengganu.

Tentunya sumbangan yang kami hulurkan tidak mencapai angka ratusan ribu ringgit sebagaimana yang disalurkan oleh Yayasan Terengganu kepada adik. Tapi kebenaran adalah tetap kebenaran, walaupun adik menafikan ada menerima apa-apa sumbangan dari mana-mana pihak. Sebagai bakal doktor, adik perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata kerana sebaris ungkapan yang keluar dari mulut kita, kesannya besar kepada orang lain dan reputasi adik sendiri.

Saya sangat memahami tekanan yang adik hadapi ekoran penamatan pinjaman ini kerana saya sendiri pernah belajar tanpa sebarang pinjaman dan bantuan kewangan dari mana-mana pihak kecuali FAMA saya yang tercinta. Tapi dengan izin Allah, saya berjaya balik sebagai seorang doktor, menyambung pengajian diperingkat sarjana, pernah berkhidmat sebagai pensyarah universiti dan sekarang memiliki klinik sendiri. Ramai lagi orang lain yang lebih berjaya dari saya, cubalah damping dan korek kisah mereka, semoga ianya boleh menjadi motovasi untuk adik.

Anggaplah saya sebagai seorang abang yang tulus memberikan nasihat. Berpeganglah dengan kebenaran sekalipun ianya pahit. Tekanan dan cabaran jangan sekali-kali dibiarkan mengaburi hakikat. Untuk berjaya kita perlu memiliki ketabahan diri yang luar biasa.   

Apatah lagi kalau adik boleh memahami, BERSIH bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dan revolusi, tapi tuntutan kita adalah demi mempastikan pilihanraya dilangsungkan di atas padang yang sama rata. Di atas padang yang sama rata itulah, dengan izin Allah Umno/BN adak kita tumbangkan.

Akhirnya selamat berjaya untuk adik dan teman-teman seperjuangan semua. Malah, sekiranya Umno terus berdegil dan menolak untuk mengembalikan pinjaman, ianya dengan izin Allah akan menjadi agenda awal Kerajaan Pas Terengganu pasca PRU 13 nanti.






Rembau Hari Ini

Posted: 06 Aug 2012 07:16 PM PDT

Rembau Hari Ini


Janji fasa kedua Hospital Rembau belum ditepati

Posted: 06 Aug 2012 12:35 AM PDT

Menteri Kesihatan mengatakan (Janji) bahawa tender fasa kedua Hospital Rembau untuk kerja-kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012. Akan tetapi laman web JKR setakat 6 Ogos 2012 belum pun ada kenyataan tender tersebut untuk fasa kedua kerja-kerja bangunan.

*************
Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.

"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber :

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 06 Aug 2012 11:41 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Terengganu "Darul Runtuh"

Posted: 05 Aug 2012 07:05 PM PDT

Jasindaily Online

Posted: 06 Aug 2012 09:41 AM PDT

Jasindaily Online


Farah Asyikin – Saya Sokong Islam

Posted: 06 Aug 2012 08:13 AM PDT

Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat. Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. "Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini. Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu.

Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Aug 2012 09:07 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


IFTAR AMAL UNTUK PALESTIN

Posted: 06 Aug 2012 03:46 AM PDT

Peluang sedekah jariah, untuk saudara kita di Gaza.
Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad) di Klana Resort Hotel, Seremban.
Objektif: Membeli sistem penapis air dan inkubator bayi di Gaza
Pakej Individu: RM100
Pakej Kumpulan: Dari RM3,000

Hubungi : Us. Isfahmi: 013-6391003 / Tn. Hj. Omar: 019-6699630 / Fauzi: 013-4201245

Anjuran bersama : AMAN Palestin, ISMA dan PEMBINA cawangan N.Sembilan

Maklumat lanjut di

Jengka 12 di mana?

Posted: 06 Aug 2012 01:11 AM PDT


Krisis air semakin teruk
6 Ogos 2012

JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan.

Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka.

"Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu. Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian.

"Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian," katanya.

Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian.

Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila bil air diterimanya lebih mahal berbanding penduduk kawasan lain.

"Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian," katanya.

Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak.

"Namun, itu semua tidak dapat menyelesaikan masalah air ini khususnya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang," katanya.

Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen.

"Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu.

"Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran," katanya.

Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air.

"Kami pernah mandi dan menggunakan air di surau kerana air di rumah tidak mencukupi walaupun ditadah semalaman," katanya.

Janji fasa kedua Hospital Rembau belum ditepati

Posted: 06 Aug 2012 12:33 AM PDT

Menteri Kesihatan mengatakan (Janji) bahawa tender fasa kedua Hospital Rembau untuk kerja-kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012. Akan tetapi laman web JKR setakat 6 Ogos 2012 belum pun ada kenyataan tender tersebut untuk fasa kedua kerja-kerja bangunan.

*************
Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.

"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber :

Atlet dari negara miskin di dunia menang 2 emas olimpik

Posted: 05 Aug 2012 05:33 PM PDT

Atlet dari negara miskin di dunia iaitu dari Ethiopia setakat ini telah memenangi 2 pingat emas di Olimpik London 2012. Salah seorang darinya ialah Tiki Gelana, atlet marathon yang bukan sahaja menang emas, malah memecahkan rekod dunia. Jurulatih Tiki Gelana hanyalah seorang bekas guru sekolah. Dan diet mereka hanyalah makan barli. Apakah atlet, pegawai sukan, persatuan sukan kita terlalu dimanjakan atau terlalu banyak politikking?

London 2012: Tiki Gelana's Olympic marathon win a hometown triumph
Sunday 5 August 2012 19.17 BST

Ethiopia's Tiki Gelana breaks the ribbon on the Mall to win the London 2012 women's marathon in 2hr 23min 07sec.

Meanwhile, Ethiopia's Tiki Gelana fell to the ground, picked herself up, brushed herself down and won the gold medal. Gelana is yet another runner from the tiny 17,000-strong town of Bekoji, which has produced six world champions and five Olympic gold medallists, all trained by the former schoolteacher Sentayehu Eshetu. Kenya's Priscah Jeptoo won silver and Russia's Tatyana Petrova Arkhipova bronze.

Earlier this year I visited Bekoji, 9,220ft above sea level, and asked the coach if he had the magic touch. He looked confused, hurt even, and said there was no question of magic – the success of his athletes was down to a diet of barley, hard work and running at altitude.

After the victory ceremony, when Bekoji and Eshetu were mentioned in the press conference, her face lit up. "Bekoji produces athletes on a daily basis," she said. "Running is a lifestyle in Bekoji and I am part of that."

KHIDMAT MERU

Posted: 06 Aug 2012 09:06 AM PDT

KHIDMAT MERU


TURUN PADANG DI PASAR BESAR KLANG

Posted: 05 Aug 2012 04:27 PM PDT




YB Dr Rani dan Ahli Majlis Mpk, Ustaz Nur Najhan telah turun padang dan mendengar sendiri pelbagai masaalah yang di ketengahkan oleh peniaga-peniaga di Pasar Besar Klang.
Antara masaalah yang masih di suarakan ialah masaalah bumbung bocor, masaalah tandas yang tidak memuaskan dan masalaah peniaga asing yang berniaga di persikataran pasar.

PAS Kulaijaya

Posted: 06 Aug 2012 07:28 AM PDT

PAS Kulaijaya


Singgah Iftar PAS Kawasan Kulai

Posted: 05 Aug 2012 10:23 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 06 Aug 2012 07:25 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TAZKIRAH : SIRAH PERANG BADAR AL KUBRA.

Posted: 05 Aug 2012 06:59 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 Aug 2012 03:38 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Royalti, Mahkamah Rakyat dan Rakyat Hakim Negara

Posted: 06 Aug 2012 03:04 AM PDT


Isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan kembali menjadi perbualan hangat apabila Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isu ini mula timbul sebaik sahaja PAS berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999. 

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu dan menggunakan kaedah baru yang dikenali "Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan" tanpa menyalur terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum.

Malahan Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa "pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan". 

Lebih malang lagi ada menteri dan pimpinan Umno negeri Terengganu sendiri yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas hanyalah merupakan suatu MOU sahaja. 

Begitu juga apakah yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri PAS Kelantan. 

Kalangan kepimpinan Umno juga menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. 

Malahan menurut pimpinan Umno, dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri. 

Sebab itulah Kelantan hanya layak menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta setahun yang disalurkan terus kepada rakyat Kelantan melalui ajensi kerajaan pusat iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Dalam pertikaian isu royalti ini, kerajaan PAS Terengganu telah menfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan kerajaan Persekutuan untuk menuntut kembali royalti minyak berdasarkan kepada perjanjian yang di tandatangani pada tahun 1975. 

Bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan setiap negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz turut memfailkan saman terhadap Petronas bagi menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum yang diperoleh di luar pantai negeri berkenaan yang tidak dibayar sejak 2004. 

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri. 

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun serta berniat meyiksa rakyat yang telah memberi mandat kepada PAS memerintah negeri. 

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum rakyat Terengganu dan Kelantan yang 96 peratus adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun apa yang telah berlaku di negeri Terengganu adalah merupakan suatu pengajaran besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang cintakan keadilan. 

Sepanjang wang royalti Terengganu di rampas oleh kerajaan Persekutuan Umno/BN dan diletakkan dibawah 'Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan' negeri Terengganu sepatutnya berhak menerima royalti berjumlah lebih dari RM15.4 billion dari tahun 2000-2009.

Malah jika diperincikan perbelanjaan 'wang Ehsan' yang diuruskan Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh 11 tahun royalti yang di nafikan kepada kerajan Terengganu, mereka berbelanja berbilion-bilion semewah-mewahnya melalui projek-projek seperti pembinaan Taman Tamadun Islam,  Masjid Kristal, Monsoon Cup serta Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya. Begitu juga dengan pembinaan Zoo di Kemaman yang menelan belanja RM100 juta.

Wang ihsan yang kononnya untuk membantu golongan miskin seperti nelayan, petani, penarik beca di Terengganu di jaja secara meluas sehinggakan rakyat Terengganu di perangkap dan terpenjara dengan 'budaya subsidi' Umno/BN. 

Rakyat terus dihimpit kemiskinan dan Trengganu mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 17.3 peratus dengan rakyatnya kebanyakannya hidup miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, walaupun pendapatan per kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara.

Umno/BN telah sejak berpuluh tahun melakukan sabotaj dan menganak-tirikan kerajaan pimpinan PAS. Mereka sanggup mencabul prinsip demokrasi berparlimen dan konsep Federalisma walaupun bertentangan dengan perlembagaan negara kita sendiri.  

Namun,  'Mahkamah rakyat' yang akan menjadi penentu.  Biarlah rakyat yang menjadi hakim dan membuat penghukuman terhadap siri kezaliman pemimpin-pemimpin Umno/BN terhadap pemerintahan Tok Guru di Kelantan sekarang ini.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 06 Aug 2012 03:10 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Kes Penamatan Pinjaman Pelajar Mesir; Fitnah Umno-BN Terengganu

Posted: 05 Aug 2012 05:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.

Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang 'kononnya' didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi.

Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju BERSIH, 'tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri'.

Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein yang mengharam kan BERSIH.

Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.

Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu 'terbatal' kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menggesa Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir

Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh sebagai 'haram dan kotor'.

Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah 'menangguk di air yang keruh' dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu.

Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu.

Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan.

Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perblenjaan Muhamad Hasyim yang menunjut dalam jrusan perubatan.

Menurut laporan, sebanyak RM170,000. daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya.

Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanupulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu.

Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan 'kesukaran dan kepayahan' Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN.

Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula 'blog-blog' upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit.

Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat.

"Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,"kata Zaidan.

[Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pntas Pemuda di Manir pada Mac 2012]

Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka.

Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT

Sumbangan tiada sempadan politik

Posted: 05 Aug 2012 04:09 PM PDT


Bukit Payong : Majlis Tindakan DUN Bukit Payong hari ini telah berjaya mengadakan program pengagihan sumbangan aidilfitri peringkat pertama kepada mereka yang memerlukan sumbangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.
Majlis yang telah diadakan di Madrasah Darul Iman Titian Baru itu, disempurnakan oleh wakil rakyat DUN Bukit Payong Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penerima sumbangan.
Menurut Mohd Kamal Mohd Yusof (gambar), penyelaras program jumlah 150 orang ini ialah sebahagian daripada keseluruhan penerima di kawasan Kedai Buloh, Kampung Laut, Surau Haji Mat Zin dan Sena Rendang.
Manakala selebihnya penerima-penerima yang telah dikenalpasti kira-kira 350 orang lagi, tanpa mengira fahaman politik, akan diagihkan sedikit masa lagi mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.
Menurut beliau lagi, barang-barang dan wang bagi menjayakan program ini telah disumbangkan oleh dermawan-dermawan dari luar dan dalam kawasan.
Ustaz Mohd Nor pada permulaan ucapannya menyatakan bahawa sumbangan ini bukan daripada beliau akan tetapi dari sumbangan orang ramai dan berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang membantu merealisasikan program itu.
"Sumbangan ini bukan duit saya. Jangan salah faham. Ini adalah hasil dari sumbangan daripada orang-orang yang ingin mencari keredhaan Allah dalam bulan yang penuh berkat ini," kata beliau
Dalam ucapannya lagi, Ustaz Mohd Nor, beliau menekankan perlunya agar semua peringkat masyarakat menambahkan ilmu terutama dibulan Ramadhan ini.
Beliau menggesa agar majlis-majlis ilmu diikuti dan dicari lebih dari harta yang mana ilmu agama akan membantu manusia diakhirat nanti sedangkan harta dunia akan kita tinggalkan.
"Dengan ilmu, kita dapat membezakan antara hak dan batil. Kita tidak akan mudah ditipu oleh sesiapapun apabila kita mempunyai ilmu.
Carilah harta dunia, akan tetapi jangan dilupakan harta akhirat," pesan beliau kepada mereka yang hadir.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan meminta agar penerima-penerima bantuan memanjatkan syukur kepada Allah dan mendoakan kebaikan kepada penderma-penderma kepada program ini.

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 06 Aug 2012 03:07 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN HARI RAYA KALI KE-5

Posted: 05 Aug 2012 09:57 AM PDT


3 OGOS 2012; Satu program anjuran Pemuda Pas Dun Rantau Abang telah berjaya diadakan pada hari ini iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya untuk anak-anak yatim untuk Dun Rantau Abang. Program seumpama ini diadakan tiap-tiap tahun pada bulan Ramadhan bagi meraikan anak-anak yatim yang terpilih serta bersama-sama berkongsi kegembiraan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi . Program ini telah diadakan di Perkarangan Surau Pelandang dan telah memasuki versi yang ke-5 untuk tahun 2012.


Program ini dimulakan dengan ucapan Pengarah Program iaitu Ustaz Fauzi Nawang . Dalam ucapan beliau, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat mengadakan program seumpama ini serta dapat berjumpa lagi bersama anak-anak yatim yang terplih pada tahun ini. Selain daripada itu, beliau mengingatkan kepada muslimin dan muslimat yang hadir pada hari ini dengan kelebihan-kelebihan  bulan Ramadhan iaitu "Awal bulan Ramadhan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah, dan akhirnya 'itqun minan nar (pembebasan dari neraka)."

                                      Ybhg. Cikgu Alias Harun sedang berucap

Pengerusi MTD Dun Rantau Abang iaitu Ybhg. Cikgu Alias Harun turut hadir pada program ini. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan jutaan terima kasih serta syukur kepada Allah SWT kerana Pemuda Dun Rantau Abang telah berjaya mengadakan program seperti ini dengan bantuan Nisa' Dun Rantau Abang serta muslimin dan muslimat cawangan Kg. Pelandang.

Beliau berkata program pada tahun ini agak istimewa kerana anak-anak yatim yang berumur 12 tahun ke bawah dipilih untuk diberi sumbangan hari raya. Pada tahun-tahun sebelum ini, anak-anak yatim yang berumur 7-12 tahun sahaja yang dipilh untuk diberi sumbangan seperti ini. Beliau juga mengingatkan kepada anak-anak yatim hadir pada hari ini supaya mengkhatam Al-Quran semasa berada di darjah 6 lagi.



Selain daripada itu, beliau juga mengingatkan kepada muslimin dan muslimat yang hadir tentang rezeki kurniaan Allah SWT kepada kita semua supaya jangan takut membuat kerja-kerja untuk memberi kepada Islam. Hanya Allah SWT sahaja yang memberi rezeki kepada kita semua, ujar beliau.

Program ini berakhir dengan memberi sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim serta tazkirah dan tahlil ringkas.

                     Ybhg. Cikgu Alias Harun Sedang Memberi Sumbangan Hari Raya 
                               
                             Pn. Serina Lim Sedang Memberi Sumbangan Hari Raya






Tiada ulasan:

Catat Ulasan