Rabu, 29 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 29 Aug 2012 01:33 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Adun Umno sertai rumah terbuka Saleh Man

Posted: 28 Aug 2012 07:46 AM PDT

PERMATANG PAUH:Kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah ke rumah terbuka Adun Permatang Pasir  Datuk Saleh Man pada 26 Ogos lalu memberi petanda baru iklim politik di Pulau Pinang. Walaupun beliau datang sebagai tetamu atau rakan dalam arena politik di negeri ini namun sedikit sebanyak ianya mencuit perasaan [...]

Dzulkifli disingkir sebagai Pengarah Besar Felda

Posted: 28 Aug 2012 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Dzulkifli Abd Wahab hari ini disingkirkan sebagai Pengarah Besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali. Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman keputusan menyingkirkan Dzulkifli dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi tadi. Tempat Dzulkifli akan diganti oleh Faizoull Ahmad berkuatkuasa [...]

Xpresi Hijau Anak Muda Malam Merdeka 2012

Posted: 28 Aug 2012 07:26 AM PDT

PAS TAMBUN

Posted: 29 Aug 2012 01:20 AM PDT

PAS TAMBUN


Takziah Kpd KP Tambun

Posted: 29 Aug 2012 12:29 AM PDT


Team Pastambun.Blogspot merakamkan setinggi-tinggi takziah kepada Ketua Pemuda PAS Tambun dan Keluarga beliau..

Seluruh AJK DPPK Tambun merakam dukacita dan takziah kepada Ketua Pemuda PAS Tambun diharapkan bersabar dan menerima sebagai satu iktibar untuk teruskan perjuangan beliau.. Al-Fatihah

Kelicap kuning : Takziah abg zairul.. semoga digolongkan dikalangan mereka yg berjuang di jalan Allah

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Aug 2012 01:14 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Patutlah Mahathir begitu mudah tolak hudud!!

Posted: 29 Aug 2012 01:06 AM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Kalaulah Mahathir senang-senang mengeluarkan kenyataan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan yang menyalahi syariat Islam seperti kata Datuk Haron Din, maka senang-senanglah juga Mahathir menolak hudud dulu dan kini. Mahathir tak ambil kira sangat sangat apa yang nak ditulis dan dikatanya.

Terkini Mahathir berkata dia tolak hudud PAS dan bukannya hudud Islam. Hanya kata-kata seorang yang tidak sukakan hudud dan tak mahu hukum Islam ditegakkan. Kalau dia cintakan hudud pasti lain yang dia ungkapkan.

Malaikat dan syaitan, ikuti penjelasan Dr Haron Din;

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali' adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.

"Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.

"Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.

Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH," katanya. -SinarHarian


Malang harimau bintang

Posted: 29 Aug 2012 12:57 AM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

KAKI harimau ini tertusuk besi pagar menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri.
DOKTOR memberikan rawatan segera ketika harimau berkenaan masih pengsan akibat ubat pelali.
DOKTOR memberikan rawatan segera ketika harimau berkenaan masih pengsan akibat ubat pelali.

NEW DELHI: Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam.

Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.

Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.

Harimau bintang berusia empat tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.


Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.

Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu.

Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.

Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan.

Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.

Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya.

Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan.

Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi. - DM

D.Dinesh Tak bersenjata, Tapi Polis Tembak Berkali-kali – Saksi

Posted: 29 Aug 2012 12:30 AM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Petaling Jaya: Saksi tembakan rambang polis ke atas ahli perniagaan, D Dinesh, 26, memberitahu, mangsa tidak memiliki senjata ketika dikepung, juga tidak menyerang polis sebelum dia ditembak mati.

Mosas Kanesan, 23, yang berada beberapa meter di belakang Dinesh mendedahkan, ketika mangsa dikepung, polis preman melepaskan beberapa tembakan hingga terkena leher mengsa.

Menurutnya, pada kejadian 21 Ogos lalu itu, Dinesh yang merupakan anak bongsu ditembak sekumpulan anggota polis terbabit ketika dalam perjalanan untuk makan malam bersama enam lagi rakannya.

Beliau berkata, dua buah kereta Proton Wira dan Waja mengekori mangsa sebelum menyekatnya di hadapan lampu isyarat berhampiran Ampang Waterfront.

"Saya berada selang satu kereta di belakang mangsa. Ketika itu lampu merah. Tiba-tiba kereta Dinesh disekat. Ada seorang keluar dari salah satu kenderaan.

"Dinesh kemudian keluar dari keretanya dan ketika tembakan dilepaskan, mangsa berlari semula ke kereta. Lelaki itu terus melepaskan tembakan rambang.

"Saya terus memecut tetapi satu peluru terkena kereta saya. Cara dia menembak, kelihatan seperti mahu membunuh seseorang.

Jika saya tahu mereka adalah polis, saya tidak akan lari," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ahli Parlimen Subang R Sivasara; Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan beberapa anggota keluarga Dinesh.

Versi polis

Polis bagaimanapun mendakwa dalam kejadian jam 2.00 pagi itu, mangsa dan beberapa rakan lain cuba meyerang polis menggunakan parang dan besi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi mendakwa, mangsa adalah anggota kumpulan Geng Viva Nanda 36 diburu polis berikutan terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan kumpulan lain di kawasan Flat 700, Pandan Indah.

Nazri mendakwa, pihaknya melancarkan gerakan mengesan suspek terbabit susulan laporan mengenai pergaduhan bersenjatakan parang di flat berkenaan hingga mencederakan tiga individu.

Dakwa Nazri lagi, dua kereta terbabit berjaya dihalang dan dikepung namun sekumpulan lelaki keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang, besi dan buluh.

Akibat tembakan itu, Dinesh dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum meninggal dunia dua hari kemudian selepas mengalami pendarahan otak. Dalam kejadian itu polis menahan empat lelaki.

Dinesh tak pernah terlibat jenayah

Seorang lagi saksi, Y Ilavarasen, 24, yang berada dalam kereta berlainan, menolak dakwaan kononnya Dinesh adalah kumpulan Geng Viva Nanda 36, sebaliknya menegaskan mangsa merupakan remaja yang baik dan tidak pernah terlibat jenayah.

Ilavarasen berkata, pada malam kejadian, mereka merancang untuk makan malam di sekitar Ampang selepas mendapat panggilan daripada Dinesh.

"Kami belum memutuskan untuk makan di mana. Mungkin di Restoran Steven Corner. Kami hanya mengekori kereta Dinesh untuk ke sana," katanya.

Bapa mahu pembunuh dihukum setimpal

Sementara itu, bapa Dinesh, W Darmasena menggesa polis melakukan siasatan kematian anaknya dan mahu pembunuh tersebut diheret ke muka pengadilan.

"Saya mahukan keadilan untuk anak saya! Saya mahu mereka yang menembak anak saya dikenakan hukuman setimpal," katanya. -KD

Mati tertimbus dalam liang lahad

Posted: 29 Aug 2012 12:21 AM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam sebelum itu.

Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah.

"Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu.

Bagaimanapun, Nasir bernasib baik kerana runtuhan tanah tersebut tidak menimpa badannya.

Nizri memberitahu, Zailan terkambus sedalam kira-kira setengah meter dan semasa itu hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar dari timbunan tanah.

"Melihat kejadian tersebut, saya menjerit meminta tolong kawan-kawan yang sedang berehat di kawasan kubur," kata Nizri.

Tambah Nizri, mereka kemudian beramai-ramai menggali kubur itu semula menggunakan tangan tanpa cangkul kerana takut akan mencederakan kepala dan badan mangsa yang tertimbus.

kosmo/-

Samad: Saya pernah undi, akan undi PRU13

Posted: 28 Aug 2012 11:42 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mengaku beliau pernah mengundi dalam pilihan raya umum dan akan berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sasterawan Negara ini berkata, sebelum ini ramai yang mempersoalkan statusnya sama ada pernah mendaftar sebagai pengundi ataupun sebaliknya, tetapi tidak memberi sebarang ulasan bagi memberi ruang kepada pihak terlibat memeriksa statusnya.

"Ya, saya sudah daftar sebagai pengundi. Sebelum ini saya sengaja tak jawab kerana mahu pihak yang meragui itu buat semakan sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkatam beliau akan menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi pada PRU13.

"Sudah tentu saya akan turut serta mengundi seperti yang saya perjuangkan dalam Bersih. Tidak ada sebab saya tidak turun mengundi," katanya yang dilantik sebagai Pengerusi Bersama Bersih 2.0 selepas perhimpunan tahun lalu.

Samad menjadi sasaran beberapa pihak tentang statusnya sejak menyertai perhimpunan Bersih Julai 2011 dan menjadi 'ikon politik' generasi muda.

Bersih 2.0 menuntut sistem pilihan raya bebas dan adil, antara lain berkenaan dengan daftar pemilih dan pendaftaran pengundi termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

sinar harian/-

'Saya hanya tukar parti bukannya tukar agama', kata Tamrin

Posted: 28 Aug 2012 11:27 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – "Saya hanya tukar parti bukan tukar agama" tegas bekas pemimpin Umno, Datuk Tamrin Ghafar yang menyertai Pas 11 Ogos, lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan ahli keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba yang kesal terhadap keputusannya keluar dari Umno dan menyertai Pas.

Katanya, terdapat pemimpin Umno lain bertindak keluar parti ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

Antaranya, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Malah, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn juga keluar Umno dan meninggal.

"Dan, arwah abah (Tun Ghafar Baba) hampir keluar Umno dan tubuhkan parti baru," katanya.

Pada 27 Ogos lalu, ahli keluarga Tun Ghafar melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan yang diambil Tamrin.

Adik Tamrin, Datin Zainon Ghafar, berkata, beliau tidak nampak alasan terbaik buat abangnya untuk keluar dari Umno.

Menurutnya, Tamrin sepatutnya lebih matang dalam membuat keputusan kerana Umno telah banyak berjasa kepadanya hingga beliau menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek.

sinar harian/-

FGV: Dari haramjadah ke makhluk perosak

Posted: 28 Aug 2012 11:15 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pemimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barisan depan transformasi ekonomi Najib.

Kali ini dia kata Felda akan membiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab borang pinjaman bank ketika itu diedarkan ke seluruh kawasan Felda?

Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka.

Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH disenaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa.

Harga hari ini ialah RM5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najib dah panik. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM4.55 seunit.

Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM50 sebulan tak pasal pasal.

Pada harga RM5.02 bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 unit saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung bersih sebanyak RM180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh.

Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua!

Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat durian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM3,645.50. campur untung hari ini sebanyak RM380.70, untung besar sebanyak RM4,026.

Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM4,000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya.

Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM15,000 setiap keluarga. Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15,000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Kerajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen.

Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanyak RM380 x 112,635= 43 juta.

Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang dikeluarkan untuk peneroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harganya RM4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu.

Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:-

· RM1,680 juta( rasuah pendahuluan).

· Bonus raya = 43 juta.

· Pembiayaan penuh RM415 juta.

Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksalah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampaknya tahun hadapan.

Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM5.99 billion dari penjualan saham FGV?

Hmm.cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion.

Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya.

Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa ladang pada harga RM3500/hektar.

harakahdaily/-

30 buah rumah di Mak Mandin rosak dipukul ribut

Posted: 28 Aug 2012 11:09 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Tiga puluh buah rumah di perumahan Mak Mandin Hijau di sini rosak selepas dipukul ribut dalam kejadian hujan lebat semalam.

Dalam kejadian pada 9.30 malam itu, lapan buah rumah daripada keseluruhan kediaman yang terlibat rosak teruk kerana bumbung rumah mereka turut diterbangkan angin kencang.

Seorang mangsa, Zainab Md Zain, 57, berkata semasa kejadian dia berada di dalam rumah apabila tiba-tiba berlaku hujan lebat serta ribut sehingga bumbung rumahnya tercabut diterbangkan angin dan bahagian dalam rumah pula dimasuki air hujan.

Katanya dalam keadaan takut, dia bersama empat anak memunggah barangan ke bahagian ruang dapur bagi mengelak daripada basah dan rosak.

"Apa yang boleh saya kata ribut kali ini antara yang teruk berbanding sebelumnya dan bahagian atas rumah yang dijadikan ruang tamu dan bilik tidur tidak lagi boleh digunakan," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa, K.Valli, 70, berkata ketika kejadian dia bersama anak, menantu dan seorang cucu perempuannya sedang berehat di bilik masing-masing selepas menonton televisyen.

Katanya kira-kira pukul 9.30 semalam, dia terdengar deruman angin kencang diikuti kerangka bumbung tiba-tiba bergoyang dan pada masa sama kepingan bumbung di ruang tamu mula tercabut satu persatu, menyebabkan mereka segera keluar menyelamatkan diri.

Bagi M.Thivuselvi, 20, kejadian ribut itu hampir mencederakan dia dan anggota keluarganya yang lain.

"Saya bersiap untuk tidur selepas berbual dengan emak di ruang tamu apabila tiba-tiba bumbung rumah tercabut dan diterbangkan angin.

"Kami kemudian bergegas mencari plastik untuk menutup peralatan eletrik daripada ditimpa air hujan namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana bumbung telah jatuh ke dalam rumah kami sebelum bergegas keluar selepas mendapati kepingan asbestos semakin banyak pecah dan jatuh," katanya.

Kejadian ribut yang berlaku kira-kira 30 minit itu mendapat perhatian segera Penyelaras Parlimen Bagan David Chua Teik Siang yang melakukan lawatan dan menghulurkan sumbangan bagi mengurangkan beban penduduk.

Ketika ditemui, Chua berkata pihaknya turut memaklumkan kejadian itu kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara Abdul Rahim Mohd untuk mengambil tindakan segera membantu penduduk yang terlibat.

Dalam masa sama, beliau turut menghantar permohonan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan bagi memohon bantuan di bawah kategori bencana dan sementara menantikan permohonan itu diluluskan, beliau mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membantu mangsa terlibat.

"Saya harap penduduk bersabar kerana kita turut mengusahakan pelbagai bantuan lain untuk membantu meringankan beban mereka," katanya. - Bernama

TGNA Kepada Fathul Bari: Mari Bersemuka Dengan Saya, Tak Perlu Bersurat-surat!

Posted: 28 Aug 2012 10:55 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

"Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. -SH

Bot terbakar, rugi RM170,000

Posted: 28 Aug 2012 10:42 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

PERLIS – Hasrat seorang nelayan untuk ke laut tidak kesampaian apabila bot miliknya terlibat dalam satu kebakaran di Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Kebakaran terbabit yang berlaku kira-kira jam 5.33 pagi berhampiran sebuah Restoran Ikan Bakar di situ melibatkan tiga buah bot.

Pemilik, Shahbani Desa, 42, berkata, dia yang dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang dikejutkan dengan panggilan seorang rakan yang memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 5.50 pagi.

Menurutnya, dia tidak menyangka bot miliknya akan terlibat dalam kebakaran memandangkan sebelum ini kejadian sebegitu tidak pernah berlaku sejak dia meletakkan botnya di Kuala Sungai Baru empat tahun lalu.

"Semasa rakan saya menelefon saya, ketika itu saya sudah berada di Alor Setar. Saya terus bergegas ke sini, namun bot saya sudah musnah terbakar.

"Cadangnya esok saya akan ke laut, memandangkan saya bercuti sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Nampaknya buat masa ini saya terpaksa berhenti seketika ke laut untuk membaiki semula bot saya yang pastinya memerlukan sejumlah kos yang tinggi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Kuala Perlis, Mohamad Abu berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.33 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Menurutnya, operasi itu melibatkan satu jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba Perlis dan api dapat dipadamkan kira-kira jam 6.25 pagi.

Mohamad berkata, anggaran kemusnahan ialah sebanyak 50 peratus dan bagi pemilik bot Shahbani Desa, anggaran kerugian bagi kedua-dua buah bot bersaiz besar RM130,000 manakala anggaran jumlah harta pemilik bot sebanyak RM170,000.

Di fahamkan, pemilik bot kecil masih belum dikenal pasti dan kebakaran dapat dikawal sebelum ia merebak ke kawasan lain.

Rumah terbakar ketika beraya

Posted: 28 Aug 2012 10:37 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Sebuah keluarga di Kampung Paya Bungor di sini bernasib baik apabila terselamat daripada rentung dijilat api setelah rumah yang didiami terbakar, kelmarin.

Mohd. Rael Mahidin, 47, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tiada di rumah kerana pergi beraya di rumah saudaranya dan terkejut apabila melihat api sedang marak sejurus selepas balik ke rumah.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang pada Ahad lalu apabila mereka terkejut melihat sebahagian ruang rumah mereka sudah terbakar.

"Kami bernasib baik apabila tangki air yang berada di atas siling pecah dan membantu memadamkan kebakaran daripada terus merebak.

"Bagaimanapun, banyak barang yang sudah musnah dijilat api," katanya.

Sementara itu, nasib keluarga ini mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang menghulurkan bantuan kepada mereka di sini.

Keluarga mangsa terbabit menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 daripada Abdul Manan dan barang keperluan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Abdul Manan ketika ditemui berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban yang ditanggung meskipun mereka masih berasa trauma akibat kejadian tersebut.

"Saya bersyukur kerana tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Namun saya berharap penduduk harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling terutama dalam keadaan cuaca yang panas sejak kebelakangan ini menyebabkan kebakaran mudah berlaku.

"Malang tidak berbau, oleh itu, sebelum kita keluar rumah, pastikan terlebih dahulu peralatan elektrik telah dipadamkan dan juga segala kemungkinan lain yang boleh menyebabkan musibah seumpama ini berlaku," katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd. Shohaimi Jusoh.

Mohd Shohaimi berkata, dia simpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini pada saat semua orang Islam sedang bergembira menyambut kemeriahan Syawal.

"Saya harap selepas ini ada lagi pihak yang datang untuk menyumbangkan keperluan kepada mereka bagi memastikan kehidupan mereka tidak terjejas dengan kejadian tersebut.

"Kita akan membantu meringankan beban mereka dan semoga mereka boleh teruskan kehidupan mendatang dengan lebih baik lagi dan menjadikan kejadian ini sebagai iktibar," katanya.

sinar harian/-

Roket Palestin mengenai selatan Israel

Posted: 28 Aug 2012 10:21 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

BAITULMUQADDIS - Sebuah roket yang ditembak oleh kumpulan militan Gaza mengenai selatan Israel pada petang kelmarin, kata seorang jurucakap tentera Israel.

Roket terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada empat yang disasarkan ke negara Yahudi itu.

Menurut jurucakap itu, roket tersebut meletup di sebuah kawasan lapang di Eshkol, tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kecederaan.

Terdahulu, tiga buah roket yang disasarkan ke Israel merosakkan dua buah kilang di bandar Sderot tanpa sebarang kecederaan berlaku, kata tentera Israel.

Kumpulan Salafi dari Gaza, Majlis Syura Mujahedeen pada petang kelmarin mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya melancarkan tiga serangan pertama roket tersebut. - AFP

35 atap rumah terbang sekelip mata

Posted: 28 Aug 2012 10:18 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

KUANTAN – "Kejadian itu berlaku sekelip mata, tidak sampai lima minit, 35 atap rumah kami diterbangkan angin ribut," kata mangsa ribut, Azlina Wahab, 31.

Katanya, ketika kejadian, dia bersama ibunya, Hendon Che Salleh, 58, baru sahaja mengambil pakaian yang disidai di bahagian garaj kereta sebelum angin kuat menerbangkan atap rumahnya.

"Saya dan ibu mengambil pakaian yang disidai selepas mendengar bunyi kilat yang agak kuat, namun tidak terlintas di fikiran saya dentuman kilat itu memberi petanda rumah kami akan dilanda ribut.

"Selepas beberapa minit masuk ke rumah, bahagian bumbung rumah saya tercabut dan saya melihat atap rumah diterbangkan angin satu persatu," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, selepas melihat atap rumahnya terbang, dia yang sedang sarat mengandung lapan bulan mendukung anak keduanya, sementara ibunya pula mendukung anak kakaknya keluar menyelamatkan diri.

"Dalam keadaan takut dan kelam-kabut, kami keluar rumah menyelamatkan diri kerana bimbang ada yang cedera dihempap atap.

"Ketika kami keluar, kelihatan beberapa kepingan atap sudah bertaburan di depan kawasan rumah, malah ada beberapa keping yang mengenai kenderaan jiran," katanya.

Azlina berkata, sejak 26 tahun menetap di situ, ini merupakan kejadian pertama yang menimpa keluarganya serta bersyukur semua ahli keluarganya selamat.

"Kejadian ribut itu menyebabkan kami sekeluarga kerugian mencecah RM 1,000. Pun begitu, kami bersyukur atas keprihatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dapat meringankan beban kami.

"Sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian ribut itu, pegawai JKM menghulurkan bantuan awal seperti tilam, tikar, selimut, kain pelikat, kain batik serta barangan makanan," katanya.

Azlina sekeluarga turut menerima bantuan kewangan sebanyak RM 1100 sumbangan daripada JKM, MCA Bahagian Kuantan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alor Akar/Semambu.

Sementara itu, Hendon berkata, mereka sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudaranya di Beserah kelmarin berikutan keadaan rumah yang rosak teruk selain terputus bekalan elektrik.

"Saya tidak pasti malam ini (semalam) terpaksa bermalam di rumah mereka lagi ataupun tidak kerana kerja-kerja membaiki atap masih lagi belum siap. Selain itu, kami juga perlu memastikan bekalan elektrik selamat untuk digunakan kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

"Pun begitu, saya harap semuanya akan pulih secepat mungkin kerana tidak mahu sesi persekolahan cucu terganggu," katanya.

Turut hadir melawat mangsa ribut semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming, Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayat Ahmad serta Pengerusi JKKK Alor Akar/Semambu, Ramli M. Taib.

sinar harian/-

Rakyat, pelancong bimbang laporan jenayah di Perak

Posted: 28 Aug 2012 10:13 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak amat bimbang dengan laporan media yang memuatkan berita daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dengan kes-kes kemalangan, kematian dan juga kecurian kecil ataupun besar yang sering berlaku di negeri itu.

"Perkembangan ini amat mencemaskan bukan hanya rakyat, tetapi juga pelancong luar yang datang melawat negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 pada kali ini," kata Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri al-Amin.

Sebagai contoh, ujarnya satu akhbar hari ini telah memuatkan satu muka surat berita laporan polis tentang kes-kes yang berlaku di Perak sudah tentu akan memberikan persepsi tidak sihat dalam isu berkaitan keselamatan.

Katanya, rakyat negeri itu khasnya dan pelancong luar yang berkunjung ke Perak sudah tentu mengikuti perkembangan itu dan tidak merasa selesa dan selamat untuk berada di negeri itu.

Menurutnya, insiden yang berlaku di musim perayaan ini akan memberi gambaran yang tidak elok terhadap suasana sambutan hari-hari kebesaran yang dibimbangi akan menjejaskan sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos ini jika tidak ditangani dengan sebaiknya, sama ada dari pihak media atau polis.

"Justeru, kami mengharapkan agar pengamal media dapat membantu pihak polis dalam usaha untuk mencegah kejadian jenayah yang sering berlaku agar proses pencegahan awal dapat mendidik rakyat khasnya," ujarnya.

Beliau berkata, usaha bagi memberikan teguran awal melalui media dapat memberikan didikan kepada semua lapisan masyarakat bagi menangani isu ini secara berkesan.

"Kami akan sentiasa menyokong usaha bagi memberikan informasi pendidikan kepada masyarakat agar isu keselamatan dapat dibendung lebih awal lagi," katanya.

Pihak polis juga, tambah beliau disarankan agar memberikan tumpuan yang serius terhadap isu jenayah yang semakin meruncing di Perak demi untuk menyumbang ke arah negeri yang lebih selamat kepada semua.

harakahdaily/-

Air: Kegagalan Pahang dikesali

Posted: 28 Aug 2012 10:11 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

KUANTAN: Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar Pahang (LPPAS) melahirkan kekecewaan di atas kegagalan Kerajaan Negeri Pahang termasuklah Perdana Menteri dalam menangani krisis air yang tidak henti-henti di negeri ini.

Ia menghantui penduduk di negeri yang diketahui umum mempunyai sumber air yang banyak khususnya ketika umat Islam berpuasa termasuklah ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Dengan ketiadaan sumber air ketika bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri khususnya di Jengka, Kuantan malah di Parlimen Pekan baru-baru ini, jelas membuktikan Kerajaan Negeri Pahang malah Perdana Menteri selepas 55 tahun merdeka, masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri itu.

"Agak memalukan bila Umno yang dilihat cuba memutarbelitkan isu air di Selangor dan Kelantan, rupa-rupanya tidak berupaya menguruskan keperluan asas utama itu di negeri yang diperintah mereka.

"Dengan kekuatan sumber kewangan yang mereka miliki diperingkat pusat, Umno dan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang berasal dari Pekan Pahang itu seharusnya akur bahawa isu seperti ini cukup memalukan buat beliau yang sentiasa ke hulu ke hilir menjaja program transformasi beliau," kata Andansura Rabu (gambar atas) Pengerusi LPPAS PAS Pahang.

Katanya, LPPAS Pahang juga kecewa dengan kualiti air bersih yang dibekalkan kerana terlalu keruh seperti kelodak lumpur.

"Adakah ini yang program transformasi yang dijaja Perdana Menteri kita itu? Iaitu transformasi air jernih ke air yang keruh?

"Kalau inilah program transformasi beliau, maka sudah tiba masanya rakyat Pahang melaksanakan program transformasi menukar kerajaan negeri yang sedia ada.

"Kain mereka yang terlondeh pun mereka tidak nampak tetapi sibuk dengan kain orang lain. Inilah hipokritnya mereka," ujar Andansura yang komited untuk memantau isu air ini.

Antaranya beliau komited untuk mendesak kerajaan negeri dan anak syarikat mereka iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk memperbaiki kemudahan keperluan asas ini serta perkhidmatan mereka kepada rakyat dengan seberapa segera.

harakahdaily/-

Hormati dunia mahasiswa

Posted: 28 Aug 2012 09:55 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Beberapa hari lepas, dunia kampus digemparkan dengan isu penubuhan Kelab Penyokong UMNO di setiap IPTA yang dicadangkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Sebelum itu juga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memulakannya dengan melacarkan Kelab Mahasiswa Keadilan yang sama konsepnya iaitu sebagai cawangan parti masing-masing di kampus-kampus Malaysia. Ini bukanlah perkara baru dalam dunia mahasiswa, lihat sahaja kelab-kelab UMNO yang ditubuhkan untuk mahasiswa di kebanyakan negara luar.

Sampai bilakah parti-parti politik ini mahu memancing undi mahasiswa dengan strategi-strategi yang lupus dek zaman ini? Sewajarnya, berdepan dengan generasi facebook, twitter dan teknologi moden ini pastinya satu metode dan pendekatan yang lebih memberi nilai kepada mahasiswa hari ini. Parti-parti politik mestilah memahami kehendak dan mengetahui keadaan semasa mahasiswa dengan membuat kajian-kajian secara imiah, bukan bertindak secara 'syok sendiri'.

Mahasiswa ada dunia sendiri, ada fikiran tersendiri, dan yang penting ada pilihan masing-masing untuk menentukan siapa yang terbaik bukan berdasarkan batang tubuh seseorang pemimpin dalam parti semata-mata bahkan tindakan, kenyataan dan tawaran-tawaran yang dibuat kepada masyarakat.

Mungkin ada pihak menyambut baik kewujudan kelab-kelab tersebut, ada juga yang membangkang. Penubuhan kelab ini ada baik dan buruknya, inilah yang saya katakan sebagai penilaian mahasiswa. Apa yang penting, parti-parti politik mesti menghormati dunia mahasiswa dan gaya mahasiswa berfikir. Jika mahu memancing ikan gunalah cacing sebagai umpan, jika mahu memburu harimau cacing bukan lagi menjadi umpan.

Mahasiswa asasnya 3 kriteria utama yang membolehkan institusi mahasiswa ini bergerak lebih terkehadapan iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme.

1. Idealisme yang diterjemahkan kepada daya fikir atau kekuatan mental yang menjadi titik mula kepada seorang pemimpin yang berjaya, mahasiswa mesti terdidik atas landasan pemikiran tersendiri dengan kombinasi kepercayaan dan pendirian yang tegas, jelas dan berlandaskan kecintaan kepada nilai murni dan pada masa yang sama kebencian kepada perkara yang negatif.

2. Idealisme hanyalah berkonsep teori dan masih belum terbukti kecuali dengan adanya aktivisme dalam diri seorang pimpinan mahasiswa, kesanggupan berkorban dan kesungguhan yang jitu demi merealisasikan idea dan fikiran yang tercetus

3. Seorang mahasiswa tidak layak digelar mahaiswa sehingga budaya keilmuan dihidupkan di dalam dirinya melalui pembacaan, diskusi, debat, pendengaran atau apa sahaja yang mampu melahirkan sifat intelektual di dalam diri seorang mahasiswa

Mahasiswa dalam kancah politik tidak dapat dipisahkan dengan tema 'mahasiswa agen perubahan'. Tidak mengira siapa kerajaan dan siapa pembangkang, mahasiswa hanya mahu mencetuskan perubahan. Dan perubahan tersebut pastinya perubahan daripada tidak baik kepada baik dan daripada yang baik kepada lebih baik. Setiap kerajaan tidak pernah sempurna, kerana itu mahasiswa bertindak sebagai kelompok check and balance.

Inilah realiti mahasiswa yang parti-parti politik samada daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) mesti hadapi. Hormati dunia mahasiswa dengan tawaran-tawaran yang lebih merakyat dan berfaedah, bukan helah politik yang hanya akhirnya menjadi gula-gula kepada rakyat.

Penulis ialah Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'

Posted: 28 Aug 2012 08:38 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali' adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.

"Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.

"Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.

Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH," katanya.

Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk 'Change' atau 'berubah' ada menyebut 'lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali' yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

sinar harian/-

Selangor Cemerlang Di Bawah Pakatan Rakyat Berbanding BN

Posted: 28 Aug 2012 08:30 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Semasa mentadbir Selangor, BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat. Pendek kata tak de apa-apalah...rakyat dapat habuk jer....

Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 bilion...

kelab grennbox/-











Dunia Askar Amerika bakar al-Quran dihukum

Posted: 28 Aug 2012 08:17 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Anggota kencing mayat militan Taliban turut didenda

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat mengenakan tindakan disiplin terhadap enam askarnya yang merakam video memaparkan aksi anggota Marin kencing mayat militan Taliban dan membakar al-Quran, dua kejadian yang mencetuskan kemarahan di Afghanistan awal tahun ini.
Hukuman itu mungkin termasuk notis membidas mereka atas kesalahan itu, diturunkan pangkat atau gaji dirampas. Namun, tidak dapat dipastikan adakah ia memenuhi tuntutan Afghanistan yang mahukan keadilan.

100 al-Quran dibakar

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, sebelum ini menganggap tindakan anggota Marin dalam video itu tidak berperikemanusiaan dan menggesa diadakan perbicaraan umum ke atas tentera yang membakar al-Quran.

Siasatan terperinci tentera menunjukkan 100 al-Quran dan teks agama daripada perpustakaan di pusat tahanan dibakar pada 20 Februari.

Siasatan juga mendapati amaran daripada penduduk Afghanistan, termasuk seorang tentera Afghanistan, tidak dilayan dan kejadian disifatkan sebahagian punca askar Afghanistan dan Amerika saling tidak mempercayai.
"Namun, saya menolak kenyataan mereka yang terbabit tidak menghormati al-Quran atau memfitnah Islam," kata pegawai penyiasat, Brigadier Jeneral Bryan Watson.

Persoalan mengenai rasa tidak percaya antara tentera Amerika dan Afghanistan semakin menjadi tumpuan disebabkan serangan membabitkan orang dalam, apabila askar tempatan dipercayai menyerang sekutu antarabangsa mereka.

Tak yakin pada AS

Keadaan itu mengurangkan keyakinan terhadap strategi Amerika bergantung kepada usaha melatih tentera Afghanistan untuk mengambil alih tugas menjaga keamanan, ada kalanya membabitkan hanya beberapa askar yang keluar bersama tentera Afghanistan meronda lokasi terpencil.

Kebanyakan tentera Amerika dijangka meninggalkan Afghanistan menjelang 2014.
Kejadian membakar al-Quran menyebabkan rusuhan beberapa hari dan askar Amerika diserang selepas pekerja tempatan menemui helaian kitab suci yang terbakar dalam sampah di pangkalan Bagram, utara Kabul.

Sekurang-kurangnya 30 maut dalam keganasan di seluruh Afghanistan selepas kejadian itu manakala dua pegawai tentera Amerika ditembak mati. - Reuters

Kecewa Dzulkifli disingkir sebagai Pengarah Besar Felda

Posted: 28 Aug 2012 07:51 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Kecewa sekali perasaan saya apa bila membaca berita penyingkiran Dato' Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengaraha Besar Felda. Takziah Dato' dan bersabarlah; sesungguhnya kecemerlangan khidmat Dato' sebagai Pengarah Besar FELDA telahpun diiktiraf massa, dan paling penting, Dato' telah berjaya dalam berjihad menentang kemungkaran golongan berkepentingan. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan rahmat-Nya kepada Dato' sekeluarga khasnya sekaligus membuktikan lagi hipokrasi mereka terhadap matlamat dan prinsip perjuangan sendiri.

Jelas sekali peristiwa ini merupakan satu lagi sejarah hitam negara, khasnya FELDA. Sudahlah sebelum ini, pada November tahun lalu, Perdana Menteri telah sewenang-wenangnya meminta Dato' Zulkifli bercuti sambil berkursus, kononnya untuk transformasi FELDA.

Kini, terbukti sekali lagi bahawa apa yang mereka war-warkan kepada kita bahawa merekalah pejuang tulennya hanya sandiwara murahan. Penyenaraian FGVH ke bursa saham hanya untuk menghimpun sebanyak mungkin harta peribadi. Tindakan menggantikan seorang pakar pengurusan yang berilmu, beriltizam lagi berpengalaman dengan seorang yang "rasuah" yang hanya disokong para politikus yang "rasuah" juga, satu lagi petanda keruntuhan akhlak dan syakhsiah politik regim pemerintah sekarang. Tetapi, adakah mereka mahu mengakui ini semua?

Justeru, ayuh kita bersama-sama memerdekakan negara Islam Malaysia tercinta ini daripada kemerosotan prestasi sebegini akibat keangkuhan para pemegang amanah yang kita pilih selama ini.

Sekadar perbandingan, zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) berbanding Dato' Sri Najib - setidak-tidaknya, terdapat sedikit sebanyak transformasi yang agak berjaya dilakukan di era Pak Lah, seterusnya membuka ruang ke arah perubahan lanskap politik dengan kemenangan pembangkang yang agak ketara pada pilihan raya lalu, walaupun menyebabkan Tun Mahathir berang dan merestui rampasan kuasa terbesar di dalam Umno setahun kemudian.

Oleh itu, marilah kita menyambut kemerdekaan yang menjelang tiba ini dengan keazaman untuk berhijrah daripada jahil kepada berilmu dan matang, insya-Allah.

harakahdaily/-

Rafizi lancar pusat pendedah maklumat esok

Posted: 28 Aug 2012 07:42 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

Rafizi Ramli, yang sedang berdepan dengan tindakan mahkamah atas peranannya sebagai pendedah maklumat berhubung dakwaan skandal terhadap National Feedlot Corporation, akan melancarkan penubuhan pusat pendedah maklumat, esok.

Ia akan dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now).
Rafizi (kiri dalam gambar), yang merupakan pengarah eksekutif pusat tersebut, akan berucap di majlis pelancaran tersebut bersama dengan Bendahari Majlis Peguam, Steven Thiru dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Maszlee Malik.

Ketika dihubungi, Rafizi berkata, beliau akan menjelaskan berhubung rancangan masa depan mereka.

Membuat pendedahan, kata Rafizi, hanyalah sebahagian kecil daripada tugas pusat tersebut, manakala fokus yang lebih besar ialah terhadap pembaharuan perundangan dan pengawasan yang berkaitan dengan pendedahan maklumat.

Thiru pula dijangka bercakap mengenai aspek perundangan manakala Maszlee akan bercakap mengenai pendedahan maklumat dari perspektif Islam.

malaysiakini/-

Lepas rindu 59 tahun

Posted: 28 Aug 2012 07:40 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

BERSATU...Normah (duduk dua dari kiri) ditemani anaknya, Nuraida Mohd Ali (kiri) bersama adik-beradik dan saudara-maranya yang terpisah 59 tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Selepas 59 tahun terpisah, empat beradik berlainan agama akhirnya bertemu semula dalam suasana penuh emosi, semalam.

Pertemuan Normah Hashim, 59, dengan tiga adik-beradiknya, diatur Biro Pengaduan Awam MCA.

"Saya terpisah daripada keluarga kandung selepas diserahkan kepada suami isteri berbangsa Melayu ketika berusia tiga bulan berikutan kesempitan hidup.

"Arwah ibu bapa angkat memberitahu saya mempunyai kembar dan keluarga kandung berniaga air di tepi jalan di Pekan Kulim, Kedah," kata Normah.

Beliau berkata, dia cuba mengesan keluarga kandungnya itu sejak 23 tahun lalu sebaik diberitahu arwah bapanya, namun menemui jalan buntu.

Menurutnya, dia gembira usahanya itu menjadi realiti dengan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA.

"Saya bertambah gembira dan terkejut apabila diberitahu yang saya sebenarnya ada seorang adik lelaki kembar," katanya.

Kakak kedua Normah, Teo Hooi Nai, 63, turut berterima kasih kepada biro berkenaan yang dipengerusikan Datuk Seri Micheal Chong kerana mempertemukan dia dan Normah yang terpisah selama 59 tahun itu.

Katanya, dia dan adik-beradik lain juga pernah cuba mengesan Normah atau nama keluarganya, Teow Hooi Sang menerusi siaran televisyen, namun tiada sebarang khabar diterima.

"Kini, kami sekeluarga telah disatukan dan perasaan kami amat gembira walaupun Normah beragama lain daripada kami.

"Selepas 59 tahun tidak pernah bersua muka, pasti banyak perkara ingin diceritakan antara kami," kata Hooi Nai.

metro/-

Tentera Bashar bedil timur Damsyik

Posted: 28 Aug 2012 07:29 PM PDT

10 Syawal 1433H. [MOD] -

SEORANG anggota pemberontak mengibarkan bendera Islam semasa
pertempuran dengan tentera Syria di pinggir bandar Damsyik kelmarin.

DAMSYIK - Tentera Syria membedil timur bandar raya ini semalam selepas sebuah pertubuhan hak asasi manusia menyatakan seramai 60 orang terbunuh di wilayah Damsyik pada hari sebelumnya.Pertubuhan berkenaan, Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia memberitahu, angka kematian itu menyusul selepas 190 orang iaitu 116 penduduk awam, 40 pemberontak dan 34 askar terbunuh di seluruh negara tersebut.

Pertubuhan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu turut melaporkan beberapa daerah di timur bandar raya ini termasuk Zamalka, Qaboon, Jubar dan Ein Tarma dibedil bertubi-tubi oleh tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Serangan tersebut dilakukan bagi menghapuskan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Kelmarin pemberontak FSA mendakwa mereka menembak jatuh sebuah helikopter tentera semasa pertempuran sengit berlaku di Qaboon dan Jubar serta beberapa bandar lain di pinggir ibu kota Syria, dekat sini.

Tentera Bashar kemudian melakukan serangan balas di timur bandar raya ini dan beberapa kubu kuat pemberontak di kawasan sekitarnya.

Beberapa helikopter tentera Syria turut menjatuhkan beribu-ribu risalah di sini dan kawasan sekitarnya semalam untuk mengugut anggota-anggota (FSA) supaya menyerah diri atau berdepan dengan kematian.

Tindakan tersebut adalah sebahagian strategi tentera Bashar untuk menawan kawasan-kawasan di pinggir bandar raya ini yang jatuh ke tangan pemberontak.

Risalah itu juga merupakan perang saraf terhadap pemberontak. Namun beberapa penganalisis sangsi tindakan itu akan membuahkan hasil.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kumpulan hak asasi manusia menyatakan, lebih 20,000 orang terbunuh di Syria sejak kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula pada Mac 2011.

Penentangan itu berlaku ekoran rakyat negara itu mahukan perubahan dalam sistem pemerintahan negara termasuk kebebasan demokrasi.

Sementara itu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) semalam menyatakan, bilangan pelarian Syria yang tiba di utara Jordan meningkat dua kali ganda sejak seminggu lalu.

Menurut UNHCR, seramai 10,200 pelarian Syria tiba ke kem Za'atri di Jordan sepanjang tempoh tersebut.

"Kami percaya ini merupakan permulaan kebanjiran pelarian Syria secara besar-besaran di Jordan," kata ketua jurucakap UNHCR, Melissa Fleming pada satu sidang media di Geneva.

Menurutnya, setakat ini terdapat hampir 70,000 pelarian Syria yang didaftarkan di Jordan dengan ribuan lagi tidak mendaftarkan diri untuk mendapatkan bantuan UNHCR. - Agensi

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Aug 2012 09:41 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Penduduk kesal masalah limpahan air kumbahan tiada kesudahan

Posted: 28 Aug 2012 09:04 PM PDT


August 29, 2012

Kolam takungan yang terletak di Taman Senangin menjadi lokasi utama pengumpulan semua jenis air termasuk air kumbahan, air longkang dan air hujan yang yang mengalir masuk dari beberapa taman.

SENAWANG – Dua puluh keluarga dari Taman Bukit Emas, Senawang di sini kesal kerana masalah limpahan air kumbahan dari sebuah kolam takungan air kumbahan sejak 20 tahun lepas masih tiada kesudahannya.

Seorang penduduk R Radhakrishnan berkata,  kolam takungan tersebut yang terletak di Taman Senangin menjadi lokasi utama pengumpulan semua jenis air termasuk air kumbahan, air longkang dan air hujan yang yang mengalir masuk dari beberapa  taman berhampiran termasuk Taman Senangin, Taman Seremban Jaya dan sebahagian daripada Taman Merpati.

"Kami penduduk Taman Bukit Emas bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan bau busuk dan meloyakan tetapi juga terpaksa mengharungi pelbagai masalah seperti limpahan air kumbahan ini memenuhi perkarangan rumah dan membanjiri halaman rumah kami," kata Radhakrishnan.

ADUN Senawang, P Gunasekaran (DAP) memberitahu FMT bahawa beliau telah berulang kali mengajukan masalah ini kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

"Malah isu berkenaan juga telah kerap kali diusulkan di dalam persidangan DUN dan pampasan juga telah dimohon bagi meringankan bebanan mangsa keadaan yang mengalami kerugian dan kerosakan harta benda akibat bencana tersebut namun jalan penyelesaian masih belum dapat dicapai sehingga hari ini.

"Pencemaran bau busuk, limpahan air dan banjir akibat limpahan air kumbahan dari kolam takungan kumbahan seluas lebih kurang tiga ekar ini masih terus berlaku dan keadaan bertambah buruk ketika hujan.

`Mohon sekali lagi'

"Memang pihak MPS ada membuat kerja pembaikan di kolam takungan ini dengan membina 'inlet sump', walaubagaimanapun punca sebenar berlakunya limpahan air kumbahan ini ialah disebabkan saluran 'over flow' air kumbahan ini yang sepatutnya melalui sebuah longkang ke Taman Bukit Emas dan seterusnya ke Sungai Rahang sudah tersumbat dan tidak selenggara dengan sempurna.

"Justeru itu saya memohon sekali lagi, meminta pihak MPS dapat memandang serius permasalahan ini agar jalan peyelesaian dan langkah-langkah keselamatan dapat dibuat segera demi keselesaan penduduk setempat agar tidak terbeban dengan masalah ini,' jelas Gunasekaran.

Gunasekaran berkata langkah yang diambil oleh MPS setakat ini masih tidak mampu menyelesaikan masalah limpahan air kumbahan ini.

Sementara itu Radhakrishnan berkata penduduk taman itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika mereka terus berhadapan dengan bencana ini yang sering mengakibatkan kerosakan harta benda.

"Saya menyeru agar tindakan dan jalan penyelesaian dapat dilakukan segera demi keselesaan penduduk bersama," kata beliau.

Tidak tahan bau busuk sampah flat

Posted: 28 Aug 2012 06:22 PM PDT


JEMPOL 28 Ogos 2012 - Masalah bau busuk sampah masih menghantui penduduk di rumah Flat Taman Meranti, Bahau dekat sini.

Seorang penduduk, Siti Faziran Tumiran, 19, berkata, dia terpaksa menutup hidung apabila balik ke rumah kerana keadaan yang busuk dengan sampah berselerak.

"Saya duduk di tingkat bawah dan selalu menjadi mangsa. Sudah 10 tahun keluarga saya menyewa di sini dan pernah pakaian yang dijemur turut kotor kerana ada saluran air haram yang diubah penduduk," dakwanya.

Sementara itu, Lee Shi Yen, 31, pula menjelaskan, beliau mahu pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) serta Southern Waste Management (SWM) Environment Sdn. Bhd. datang dan melihat keadaan di sini.

"Saya tidak nafikan memang pekerja SWM datang memungut sampah, tetapi yang terdapat dalam tong besar sahaja dan ada kalanya berlonggok begitu lama. Kita tahu, sampah yang berselerak itu kerana sikap penduduk," katanya.

Laporan Jamuan Raya PAS Rembau di Sinar Harian

Posted: 28 Aug 2012 06:21 PM PDT


Jamuan Raya DUN Sikamat

Posted: 28 Aug 2012 06:19 PM PDT


Jamuan Raya PKR Seremban

Posted: 28 Aug 2012 06:00 PM PDT


Rumah Terbuka PAS Jempol

Posted: 27 Aug 2012 11:23 PM PDT


PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 28 Aug 2012 07:46 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Solat Hari Raya Aidilfitri

Posted: 28 Aug 2012 05:48 AM PDT

Ziarah Malam Hari Raya

Posted: 28 Aug 2012 05:13 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 28 Aug 2012 07:26 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Flash back : Mengapa Guan Eng Beri RM500 Kepada Huffaz

Posted: 28 Aug 2012 08:02 AM PDT

SEORANG WARTAWAN BERBANGSA CINA TANYA LIM GUAN ENG, KENAPA ANDA BERI RM500 KEPADA PENGHAFAL AL-QURAN? APA JAWAB LGE, SILA BACA:

RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu.

: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah."

Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya.Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN.




Sumber : FB Bus Man

Rembau Hari Ini

Posted: 28 Aug 2012 07:20 PM PDT

Rembau Hari Ini


Laporan Jamuan Raya PAS Rembau di Sinar Harian

Posted: 28 Aug 2012 06:23 PM PDT


DUN CHINI

Posted: 28 Aug 2012 07:09 PM PDT

DUN CHINI


BAPA KAFIR - MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN RAHIM NOOR

Posted: 28 Aug 2012 01:32 AM PDT


Harakahdaily, 28 Ogs 2012

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir. Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.

Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'

Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6. Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"

Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates. Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.

Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.
Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.

Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.

Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.

Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.

Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat. Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."

Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.

Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah




ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 28 Aug 2012 03:24 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MB GANU HAKIM ARAH BAYAR 5 RIBU , SAPA MALU

Posted: 28 Aug 2012 01:51 AM PDT

TERKINI!!!Saman MB Terengganu terhadap ADUN PAS ditolak Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak saman Menteri Besar Terengganu terhadap ADUN PAS DUN Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) dan tiga yang lain berhubung artikel dalam organ parti yang berhubungan dengan skandal pembelian pakaian seragam sekolah negeri.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Peguam Abdullah Omar Bawadi mewakili Menteri Besar, Ahmad Said dan dua yang lain manakala Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Syed Azman dan tiga defendan lain.

Azhana memberitahu pemberita hakim memutuskan bahawa Menteri Besar tidak dapat mengekalkan tindakan fitnah terhadap empat kerana beliau telah menyaman mereka atas kapasiti rasminya (menteri besar) dan bukannya individu.

"Hakim juga mengarahkan plaintif kedua (Menteri Besar) untuk membayar kos RM5,000 kepada defendan dalam tempoh 14 hari," katanya, sambil menambah bahawa mahkamah telah menetapkan 10 September ini bagi pengurusan kes untuk mengetahui sama ada dua lagi plaintif mahu meneruskan atau menarik balik tindakan itu.


Pada 15 Disember tahun lepas, kerajaan Terengganu, Menteri Besar Terengganu, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang telah diberikan kontrak untuk membekalkan pakaian seragam sekolah dan alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.

Mereka menamakan Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah Mustafa Ali, ketua editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan pencetak Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.

Pada 23 Julai, mahkamah menolak permohonan kerajaan Terengganu sebagai pihak dalam saman itu selepas membenarkan bantahan awal defendan dan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai locus standi untuk meneruskan saman.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan bahawa Syed Azman telah memfitnah mereka melalui satu artikel bertajuk (Penggelapan RM30 juta bantuan sekolah?) yang telah diterbitkan dalam organ parti itu pada keluaran 11-13 November bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?".

Mereka mendakwa bahawa defendan telah berniat jahat mencetak dan menerbitkan artikel, yang mereka (plaintif) faham dirujuk kepada mereka.

Plaintif juga mendakwa bahawa artikel itu memberi makna bahawa kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak telus dan curang dalam pemberian kontrak di bawah program bantuan sekolah negeri.

Mereka menuntut ganti rugi am, khas, ganti rugi teruk dan teladan, kos dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan artikel yang didakwa memfitnah.
http://paspb2.blogspot.com/2012/08/terkinisaman-mb-terengganu-terhadap.html

DAH 50 TAHUN MEMERINTAH, KEMELUT SAMPAH BUAT RAKYAT MENYAMPAH !

Posted: 27 Aug 2012 09:14 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

KANGAR: PAS Perlis meminta Kerajaan Negeri Perlis menyelesaikan segera

masalah pungutan sampah di negeri ekoran kemelut yang melanda antara

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan syarikat konsesi pembersihan

Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman).

Kemelut melanda apabila MPK pada 23 Ogos lalu mengumumkan untuk menamatkan

perkhidmatan E-Idaman yang didakwa gagal memenuhi tahap pencapaian dan

melanggar perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.

Bagaimanapun E-Idaman meneruskan kerja kutipan sampah pada 24 Ogos

walaupun lori-lori sampah mereka dihalang untuk memasuki tempat pelupusan

sampah di Padang Siding, Arau.

Pengurusan syarikat itu memutuskan untuk meneruskan perkhidmatan mereka

berikutan pembuangan sampah dan sisa pepejal yang meningkat secara

mendadak pada musim perayaan.

Sementara itu, MPK memaklumkan bahawa buat sementara waktu ini,

kerja-kerja pengutipan sampah akan diserahkan kepada sebuah syarikat

swasta yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembersihan.

Mengulas isu ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan (gambar

atas) berkata tindakan MPK itu tidak wajar kerana mereka belum melantik

sebuah syarikat yang akan menggantikan E-Idaman.

Menurutnya, maklumat yang beliau perolehi, syarikat yang akan mengutip

sampah buat sementara waktu ini adalah sebuah syarikat sub-kontraktor yang

bekerja dengan E-Idaman juga.

"Hari tu saya hairan kenapa MPK buat keputusan tidak membenarkan lori

sampah E-Idaman buang samaph di Padang Siding? Kalau tak pergi buang di

situ ke mana mereka nak buang sampah tu?

"Dengan melantik kontaktor semnetara ini, saya ingat jangan sampai jadi

macam orang-orang dulu sebut 'ibarat buang kentut ambil tahi'. Pergi ambil

yang baru nak bagi busuk lagi keadaan," katanya yang juga Ahli Dewan

Undangan Negeri Simpang Empat.

Tegasnya lagi, PAS Perlis memandang serius isu ini kerana melibatkan

kepentingan rakyat Perlis serta kesihatan mereka.

"Kenapa ditamatkan kontralk E-Idaman secara mengejut. Jangan sampai nak

jaga kepentingan syarikat tertentu sampai kita menyusahkan rakyat.

"Kita harap agar isu ini diselesaikan segera secara dan baik. Jangan biar

rakyat yang menjadi mangsanya nanti,"ujarnya lagi.

harakahdaily/-

DR MAHATHIR ANTARA 3 ORANG PM PERNAH KELUAR DARI UMNO

Posted: 27 Aug 2012 06:08 PM PDT

Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan.


Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tunku Abd. Rahman dan Tun Husein Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO.

Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais, T. Razaleigh dan ramai lagi.

May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam. -mutaligat
Lanjut http://greenboc.blogspot.com/2012/08/tamrin-mat-sabu-jawab-menantu.html

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 28 Aug 2012 11:32 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Roadshow Penerangan Dun Temangan

Posted: 27 Aug 2012 04:34 PM PDT



Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz

Posted: 27 Aug 2012 04:32 PM PDT


MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

"Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan," ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

"Kenyataan sedemikian memang bahaya," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas.

Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

"Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya," ujarnya.

PAS Kelantan sumbang RM54,000 untuk pelajar Yik

Posted: 27 Aug 2012 04:32 PM PDT


MACHANG: PAS Kelantan melalui sumbangan Badan Amal Kesejahteraan Insan (Amal) membelanjakan sejumlah RM54,000 sebagai sumbangan kepada lebih 330 orang pelajar bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) ke Timur Tengah.

Sumbangan berkenaan disampaikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis meraikan pelajar Yik ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Dewan Ulama (Madu), di sini tengah hari tadi.

Turut menyampaikan sumbangan pengerusi Amal, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) dan Pengarah Yik, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Seramai 330 orang pelajar bakal melanjutkan pengajian mereka dalam bidang perubatan, Pengajian Islam, kejuruteraan di Jordan, Mesir, Morocco dan Arab Saudi.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mengingatkan pelajar berkenaan berhati-hati di bumi anbia kerana mereka akan sentiasa diuji.

Menurutnya, Timur Tengah tempat kelahiran para nabi, namun pada masa yang sama golongan taghut juga lahir di tempat yang sama.

"Guna ilmu yang kita pelajari sebaik mungkin, jangan kita pula mudah terpesong dengan ajaran yang tidak selari dengan kehendak Islam," katanya.

Sementara itu Tengku Azmi, memberitahu, daripada 330 orang calon, seramai 59 akan melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Mesir, 186 pelajar pula ke Jordan untuk bidang pengajian Islam dan kedoktoran.

"Manakala 17 pelajar yang lulus Imtihan Qabul akan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Mesir," ujarnya.

Air: Serang Pakatan tetapi negeri BN yang kering

Posted: 27 Aug 2012 04:31 PM PDT


(Laporan Sinar Harian masalah air di Jengka 7, negeri PM sendiri)

TEMERLOH: Ketika media Umno saban hari menyerang kononnya kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pandai menguruskan bekalan air, media yang agak bebas melaporkan masalah bekalan air sedang  melanda negeri BN.

Hampir setiap tahun, penduduk negeri Perdana Menteri iaitu Pahang menghadapi masalah air.

Nak dikatakan air tidak cukup, Kerajaan BN lah saban hari berkempen agar projek Langat 2 dilaksanakan  kerajaan negeri Selangor untuk hadapi krisis air.

Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang.

Namun rupa-rupanya, penduduk Pahanglah saban hari menghadapi masalah air.

Menurut laporan Sinar Harian, penduduk Jengka 7 menghadapi masalah bekalan air hampir setiap tahun khasnya di hari raya Aidil Fitri.

Pada hari itulah mereka terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman, membersihkan pakaian bahkan membersihkan pinggang mangkuk yang bertimbun-timbun di hari raya.

"Jika begitu, yang tidak pandai mengurus air sebenarnya kerajaan BN. Air banyak tetapi tidak sampai kepada pengguna...inilah kelemahan mengurus yang nyata," kata salah seorang mangsa ketiadaan air ini.

(Muhyidin wajar membantu Najib menyelesaikan masalah air di Pahang dahulu sebelum membuat kenyataan sebegini supaya orang tidak ketawa.)

Media Umno selalu sahaja memaparkan kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Kedah tidak pandai menguruskan air di negeri masing-masing.

Padahal apa yang dibangkitkan tidak ada pun bahkan sekadar reka-rekaan semata-mata dan bukan isu.

Di Selangor misalnya, kerajaan negeri mendakwa amaran Syabas untuk mencatu air di negeri itu hanya retorik politik untuk menekan kerajaan negeri dan menggusarkan rakyat Selangor.

Padahal air di empangan penuh bahkan melimpah apabila hujan turun. Semuanya bertujuan mahu menekan kerajaan negeri agar meluluskan projek Langat 2.

Bagi kerajaan negeri Selangor, mereka keberatan untuk meluluskan projek ini kerana kosnya terlalu tinggi dan tidak wajar.

Ia hanya bertujuan untuk mengisi tokoh-tokoh korporat kroni BN sahaja.

"Ia akan menyebabkan tarif air terpaksa dinaikkan nanti. Ini akan menyusahkan rakyat," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagi penulis blog Cucu Mat Kilau (CMK), cerita ketiadaan air ini memalukan.  "Inikah yg dikatakan masyarakat 'Janji ditepati'?" soal beliau dalam blognya.

"Hari ni eksklusif keluar di Sinar Harian Pahang. Mana PM?... Kelantan dan Selangor dikatakan tidak pandai mengurus air.. Tapi di Pahang lebih teruk rupanya.. Hampir 40 tahun masa
lah berlaku... kasihan mereka yg teraniaya," tulis beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian itu.

Lebih memalukan JBA Pahang baru dikorporatkan awal tahun ini.. sekarang dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), tapi servis makin HANCUR dan cukup mengecewakan, tulisnya lagi.

AKSB mohon pinjaman bank tingkatkan bekalan air

Posted: 27 Aug 2012 04:30 PM PDT


PASIR MAS: Keseriusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengatasi masalah bekalan air di sini dapat dilihat apabila terpaksa mendapat pinjaman bank bagi membina telaga tiub untuk menambah kapasiti pengeluaran air.

(Menteri Besar melihat Telaga Tiub yang dibina oleh AKSB)

Setiap telaga tiub bernilai RM130,000 dan sehingga sekarang tiga telaga tiub yang dibina di Loji Rawatan Air Kelar sudah beroperasi.

Dan sebuah lagi telaga tiub akan dibina di Slow Machang. Sehingga sekarang pengeluaran air di Loji Kelar sebanyak 67 juta liter padu (MLD) sehari, melebihi kadar biasa sebelum ini.

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, kapasiti pengeluaran air di loji berkenaan akan dipertingkat kepada 80 MLD bagi menampung keperluan air bersih di jajahan ini dan Tumpat.

"Sebuah telaga jejari juga akan dibina di tepi Sungai Kelantan berhampiran Loji Kelar. Di kawasan muka sauk di Kelar juga akan dipasang empat pam baru yang berharga kira-kira RM1.2 juta.

"Selain itu AKSB juga merancang mengoperasikan semula loji lama di Kampung Lemal yang dijangka dapat menyumbang tambahan pengeluaran air sebanyak 8 MLD sehari," katanya di sini.

Kata beliau berdasar kepada usaha berterusan dilakukan AKSB didapati pengeluaran air bersih bagi jajahan Pasir Mas dan Tumpat sudah melepasi tahap biasa.

Menurutnya juga masalah tekanan rendah yang dialami di beberapa kampung di Tumpat dijangka dapat diatasi sepenuhnya apabila Loji Rawatan Air di Wakaf Bharu yang sedang dipertingkatkan siap sepenuhnya.

Katanya, projek berkenaan yang dibiayai di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar membabitkan kos RM5 juta dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.

Sementara itu pegawai Komunikasi Korporat AKSB, Azhari Ab Rahman berkata, tekanan air Kampung Padang Tok La dan Kampung Belukar, Kubang Bemban antara 2mH hingga 4mH.

Katanya, berdasar kepada tinjauan dilakukan kakitangan AKSB di dua kampung berkenaan semalam didapati kesemua rumah mendapat bekalan air bersih sepenuhnya.

Beliau berkata, terdapat 240 akaun pengguna di Kampung Padang Tok La dan 310 akaun pengguna AKSB di Kubang Bemban.

Dan sejak 15 Ogos sehingga semalam tiada aduan berkenaan tekanan rendah diterima Kaunter Khidmat Pelanggan, AKSB Pasir Mas,

Hanapi juga berkata, AKSB berusaha mendapatkan sumber pembiayaan bagi melaksanakan projek meningkatkan pengeluaran air di Pasir Mas.

Menurutnya masalah itu menjadi hambatan memandangkan kerajaan negeri hanya diberi pinjaman mudah hampir RM600 juta pada 2003 selepas 13 tahun dinafikan hak.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Aug 2012 09:52 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rumah Terbuka PAS Jempol

Posted: 27 Aug 2012 11:25 PM PDT


Doa sebagai usaha cegah jenayah

Posted: 27 Aug 2012 07:58 PM PDT


Memandangkan kadar jenayah yang semakin membimbangkan, sebagai umat Islam disamping kita berusaha, kita hendaklah banyak memohon doa.

Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: "Sesiapa membaca 'BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA' WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM' (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah." (HR Ahmad no 497)

MALANG BERTIMPA
28 Ogos 2012 - "Ia bagaikan 15 minit paling malang dalam hidup saya. Saya bukan saja ditikam dan kereta dilarikan, malah tiga lelaki yang menawarkan diri untuk membantu sebenarnya mahu menyamun, menyebabkan saya nekad terjun semasa kereta bergerak," kata mangsa samun, M Kamal, 30, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi Sabtu lalu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura sebelum singgah di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini.

Katanya, ketika mahu mengisi petrol pada Proton Waja miliknya, seorang lelaki berjaket hitam menghampiri dan bertanya sama ada dia berasal dari Melaka, memandangkan keretanya menggunakan nombor pendaftaran negeri itu.

Selepas menjawab dia adalah penduduk Johor, katanya, dia cuba memasuki kereta kerana bimbangkan keselamatannya.

Bukan 7, 12 tetapi Jengka 10, 11 dan 16 juga tiada air

Posted: 27 Aug 2012 07:57 PM PDT


Harakahdaily,  27 Ogos 2012 

JENGKA: Masalah ketiadaan air di Jengka 7 dan 12 pada hari raya baru-baru ini juga berlaku di Jengka 10, 11 dan 16.

Demikian beritahu seorang pembaca Harakahdaily melalui emailnya hari ini.

Beliau memberikan maklum balas itu hasil laporan Harakahdaily hari ini berdasarkan laporan khas yang dibuat oleh sebuah akhbar harian.

Dalam laporan itu, Sinar Harian melaporkan, penduduk Jengka 7 dan 12 sentiasa sahaja menghadapi masalah ketiadaan air pada setiap sambutan hari raya.

"Ini berlaku semenjak kami mula menetap di Felda tahun 70an," kata Khairi Muzakir dalam emailnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, "kerajaan yang ada buat tak tahu je."

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, penduduk beberapa kawasan di Temerloh termasuk taman perumahan juga menghadapi masalah ketiadaan bekalan air bersih.

Ia bukan sahaja berlaku semasa hari raya bahkan pada hari-hari lain juga.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin berkata, masalah air di Kelantan akan diselesaikan jika BN memerintah negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga berkata, ia akan menyelesaikan masalah air di Kelantan jika BN diberikan mandat.

Sehubungan itu, ramai antara mangsa masalah air di Pahang ini meminta Najib menyelesaikan masalah air di Pahang ini sebelum sibuk memperkatakan masalah di negeri lain yang mempunyai masalah sendiri.

Ini kerana, Pahang dikatakan mempunyai sumber air yang banyak iaitu Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia itu.

Pihak BN pula sedang melobi agar kerajaan negeri Selangor meluluskan projek Langat 2, iaitu projek penyaluran air sungai Pahang ke Selangor melalui terowong dan sungai buatan manusia.

Namun kerajaan negeri Selangor tidak berapa bersetuju kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

Jika dilaksanakan, kerajaan negeri yakin, tarif air akan dinaikkan di Selangor dan bakal membebankan rakyat.

Rumah Terbuka Pakatan Rakyat N.Sembilan

Posted: 27 Aug 2012 07:56 PM PDT


Jasindaily Online

Posted: 28 Aug 2012 09:45 AM PDT

Jasindaily Online


Bekas IGP bohong bila nafi kenal bos kongsi gelap'

Posted: 28 Aug 2012 03:04 AM PDT

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berbohong apabila menafikan pernah berhubung dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa masih berkhidmat, kata bekas pegawai kanan polis. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, terdapat bukti dikumpulkan pasukannya, akuan bersumpah yang tidak dicabar dan pengakuan mahkamah membuktikan sebaliknya. 

 Tambahan pula, tambahnya, dalam perbicaraan dakwaan salah guna kuasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Musa diputuskan bukan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan. "Musa saksi terakhir untuk memberikan keterangan dalam kes salah guna kuasa yang didakwa terhadap saya. "Hakim Supang Lian mendapati kenyataannya bertentangan dengan pengakuan tujuh pegawai polis bawahnya. Oleh itu, hakim menolak pengakuan Musa sebagai tidak boleh dipercayai," kata Ramli (kiri). 

 "Di sini, kita ada hakim junior yang mengeluarkan kenyataan itu terhadap IGP yang sedang berkhidmat. Ini memalukan pasukan polis," katanya ketika diwawancara Malaysiakini. Hakim berkata demikian pada tahun 2009 apabila membebas dan melepaskan Ramli tanpa memanggilnya untuk membuat pembelaan. Ramli dibersihkan daripada lima pertuduhan yang didakwanya direka-reka. Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu menafikan mengenali Goh yang juga dikenali sebagai Tengku Goh dan BK Tan - yang didakwa mendapat sokongan Musa ketika menjadi ketua polis Johor.~Mkini

Tun Musa: “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual

Posted: 27 Aug 2012 07:42 PM PDT

Tun Musa: "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim." Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. 


 Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama! Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut? Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?". 


Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim." Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!" Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election". Zaman berubah seperti juga manusia. WaLlahu 'Alam 

 KHALID SAMAD

Bila Masa Pulak Malaikat Buat Dosa ?

Posted: 27 Aug 2012 07:39 PM PDT


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat. Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat. "Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan," ujarnya. 

 Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan. "Kenyataan sedemikian memang bahaya," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas. Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS. "Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya," ujarnya.

Inilah Makhluk Perosak Anak Johor Mesir

Posted: 27 Aug 2012 07:26 PM PDT


Gambar ini menunjukkan En.Maulan,Pegawai Khas Menteri Besar Johor telah hadir ke program Kelab UMNO Mesir.Bahkan status facebook En.Khairi Jalalluddin mengatakan En.Maulan sebagai Penasihat KUM (Johor).Apakah KUM ? Kelab UMNO Mesir atau lain-lain ? Minta penjelasan. Jika En.Maulan adalah salah seorang penggerak UMNO Mesir,maka En.Maulan akan menggerakkan gerak kerja UMNO.Dan gerak kerja UMNO mempunyai matlamat. Sedia maklum bahawa matlamat UMNO tidak sepertimana matlamat-matlamat yang terkandung dalam buku 'Ahdafuna Akhtar Qadayal Muslimin'. 

 Pihak Pegawai tidak meluluskan penggunaan dewan untuk program pendidikan,campak borang permohonan mahasiswa,arah kosongkan pejabat rasmi BKPJM,elak diri dari perbincangan,tidak serius dengan isu hisbah,rancang buat pintu sukahati,tidak menitik beratkan kebajikan anak-anak Johor seperti tidak membantu mangsa pecah rumah dan mangsa kemalangan.Adakah perkara-perkara ini diantara gerak kerja UMNO ?

KHIDMAT MERU

Posted: 28 Aug 2012 09:42 AM PDT

KHIDMAT MERU


LAWATAN KERUMAH SAUDARA AHMAD LUTFI

Posted: 27 Aug 2012 05:51 PM PDT




Pesurujaya PAS Selangor bersama SU, Saudara Khairudin Othman, Ketua Penerangan Saudara Shaari Sungib dan Ketua Dewan Muslimat telah berkunjung kerumah Saudara Ahmad Lutfi, Ketua Pengarang
Akhbar Harakah.
Saudara Ahmad Lutfi yang baru sahaja menerima rawatan bagi serangan stroke kali kedua, alhamdulilah masih sihat untuk bergerak, bersantai dan bertukar-tukar fikiran dengan rombongan dari Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor.

MELAWAT KAWASAN PERUMAHAN YANG DILANDA BANJIR KILAT

Posted: 27 Aug 2012 05:10 PM PDT






Walaupun masih dalam suasana hariraya, menerima kunjungan tetamu yang tidak putus-putus berkunjung kerumah, YB Dr Rani bersama Ahli Majlis Ustaz Nur Najhan tidak berlengah untuk turun kepadang dan menziarahi rumah-rumah penduduk yang dinaiki banjir kilat di Taman Klang.
Menurut penduduk taman yang majoritinya adalah berbangsa Cina, inilah banjir kilat yang paling teruk menimpa mereka sejak 20 tahun yang lalu ekoran hujan lebat yang turun di Kawsasan Kelang.
Bersama pegawai dari JKR, JPS dan MPK, YB Dr Rani melawat tempat-tempat yang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan berharap mereka mengambil tindakan segera bagi mengatasi masaalah banir tersebut.
Rata - rata penduduk mengucapkan 'kamsia' atau terima kasih kerana YB dan Ahli Majlis sanggup turun kepadang walaupun sebenarnya masih dlam suasana meraikan Hari Raya Puasa mereka.

PAS Kulaijaya

Posted: 28 Aug 2012 07:42 AM PDT

PAS Kulaijaya


BID'AH.

Posted: 27 Aug 2012 06:42 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 28 Aug 2012 07:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ZIARAH ERAT SILATURRAHIM : DPPK ANJUR USRAH SYAWAL

Posted: 28 Aug 2012 01:33 AM PDT

KENYATAAN BAHAYA DARI SEORANG BEKAS PM!

Posted: 28 Aug 2012 12:36 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 28 Aug 2012 03:40 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Projek untuk memecahkan Pakatan Rakyat

Posted: 27 Aug 2012 06:07 PM PDT


PAS merupakan parti yang sangat setia dengan perjanjiannya. Pimpinan PAS perlu dipuji dengan akhlak mulia dalam memperteguh dan memperkukuh pakatan dan tahaluf siasii ke arah menuju kemenangan Islam. PAS dan pimpinan tidak akan mengkhianati perjanjian dan tahaluf ini, walaupun sejarah pernah membukti PAS telah dikhianati rakan tahaluf politik seperti UMNO dan Semangat 46. Pengalaman pahit dengan pengkhianatan rakan tahaluf, tidak pernah mematikan perjuangan dan perjalanan politik PAS. PAS terus mengajak rakan tahaluf siasi agar menghormati dan bertasamuh dengan segala perselisihan dan kekhilafan idealogi dan bersepakat untuk bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui  bersama. Kenapa beberapa orang pimpinan DAP dan PKR  tidak boleh berdiam diri untuk tidak terus mempertikai Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Islam ? Marilah kita tumpukan tindakan untuk menggenggam jari jemari untuk membuatkan satu penumbuk kukuh dan kuat bagi menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO dalam PRU 13.

Dalam kitab dongeng 'Kalilah wa Dimnah' terdapat satu cerita menarik yang dapat kita jadikan pengajaran berharga dalam menjalani tahalauf siasi. Ringkasan cerita itu adalah seperti berikut ;

Konon ada seekor singa dan tiga ekor sapi yang berbeza-beza warnanya. Seekor berwarna putih, dan yang dua berwarna hitam dan merah. Keempat haiwan ini hidup di tengah-tengah hutan. Singa tidak dapat menerkam salah satu dari tiga sapi tersebut, kerana ketiga sapi bersatu dan saling bekerjasama menjaga antara satu sama lain. Singa mempunyai niat jahat, dia memujuk dua ekor sapi yang berwarna hitam dan merah untuk pergi menikmati keindahan hutan dan mencari makan. Kedua sapi itu dengan senang hati pergi berkeliling hutan.

Sang singa gembira kerana ia punya kesempatan untuk memangsa sapi yang berwarna putih, kerana sapi itu hanya sendirian. Setelah memangsakan sapi putih, sang singa mengejar kedua sapi yang tadi pergi.

Singa mendatangi sapi hitam dan berkata : "Aku mempunyai  cadangan, bagaimana kalau aku membunuh sapi merah dan kemudian harta di hutan ini, kita bahagi antara kita berdua. Ini tentunya lebih menguntungkan kamu daripada harta di hutan ini dibahagikan menjadi tiga bersama sapi merah." Sapi hitam bersetuju dangan cadangan singa itu dan akhirnya sang singa menerkam sapi merah.

Sekarang di hutan itu hanya ada seekor sapi hitam dan seekor singa. Dan di saat singa mulai lapar tidak ada lain melainkan dia mesti memangsakan sapi hitam tadi. Ketika singa hendak menerkamnya, sapi hitam mengingatkannya perjanjian yang pernah disepakati kedua, namun singa tidak ingat dengan janjinya. Maka di waktu itu, sapi hitam baru menyedari bahawa dia dibohongi oleh sang singa, dan sang sapi hitam pun berkata : "Sebenarnya aku telah mati di saat singa menerkam sapi putih kawanku."

Pengajaran cerita ini sangat mudah difahami oleh mereka yang melalui pergolakkan politik negara hari ini. Barisan Nasional sangat menyedari kekuatan PAS dan pengundi melayu. UMNO hanya mengharapkan sokongan pengundi melayu untuk meneruskan UMNO berada di persada politik tapi musuh sebenar UMNO ialah PAS. Jika PAS kalah bererti UMNO menang, maka UMNO berjaya menolak segala usaha PAS ganti UMNO. Bagaimana UMNO bagaikan sang singa tadi mahu menjauhkan sokongan melayu dan rakyat terhadap PAS ? Bila PAS gagal menjatuhkan UMNO, bermakna UMNO terus berkuasa. Pakatan Rakyat juga tidak akan kuat, jika PAS lemah dan tidak mendapat sokongan rakyat dan pengundi melayu. UMNO akan pastikan rakyat dan pengundi melayu tidak mempercayai PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat Islam, akhirnya rakyat dibutakan oleh media pro UMNO dan terus menyokong UMNO yang penipu dan zalim. Jika PAS ditolak  oleh rakyat, maka PKR dan DAP tidak akan memerintah juga kerana PAS sahaja insyaAllah yang mampu menjatuhkan UMNO yang menjadi parti tulang belakang dalam Barisan Nasional. Patah tulang belakang, nescaya lumpuh Barisan Nasional selepas PRU 13. Takbir.....!!!

Ustaz Mohd Nor Hamzah
8 Syawal 1433

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 28 Aug 2012 03:31 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


PEMIMPIN PAS PAHANG RAIKAN AIDILFITRI

Posted: 27 Aug 2012 05:57 AM PDT

TEMERLOH - PARA PEMIMPIN PAS PAHANG MENYAMBUT AIDILFITRI DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN BERSAMA RAKYAT DI KAWASAN MASING -MASING .
1.TUAN IBRAHJIM TUAN MAN PJ PAS PAHANG MERAIKAN ANAK DI PERANTAUAN DI MARKAS PAS RUMPUN MAKMUR KUALA KRUA .
TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENYAMPAIKAN DUITRAYA KEPADA KANAK -KANAK DI MARKAS PAS RUMPUN MAKMUR KUALA KRAU

SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS PAHANG ROSLAN ZAINAL BERSAMA PEMIMPIN PAS KAWASAN CAMERON HIGHLAND  DI AUR GADING MENYAMBUT HARI RAYA BERSAMA PENDUDUK DI AUR GADING - TURUT SERTA PEMIMPIN DAP  APALASAMY - KEHADIRAN MEREDAKAN KETEGANGAN ISU HUDUD YANG DIMAINKAN UMNO UNTUK MERETAK PERHUBUNGAN PAS DENGAN DAP .
YDP CAMERON HAIGHLAND USTAZ ABDUL KARIM NOR (NO 2 DARI KIRI )MERAIKAN WAKIL DAP APALASAMY DAN SETIAUSAHA PERHUBUNGAN ROSLAN ZAINAL
ROSLAN  ZAINAL AL AHMADI SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS PAHANG BERAYA DI AUR GADING BERSAMA PENDUDUK DI SANA

SAUDARA FADLY RAMLY PENASIHAT UNDANG - UNDANG PAS PAHANG MENYMAMPAIKAN KHUTUBAH HARI RAYA DI ROMPIN.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan