Ahad, 26 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Aug 2012 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mahathir rampas kuasa Najib?

Posted: 25 Aug 2012 08:14 PM PDT

7 Syawal 1433H. [MOD] -

Sementara Ha Najib Razak terus menelan panadol kerana skait kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdekat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.

Mahathir Mohamad
Walaupun Najib muncul sebagai Santa Claus yang membahagi-bahagikan air skrim dan gula-gula untuk rakyat tetapi aksi dan kebaikan itu tidak berjaya melonjakkan markah untuk dirinya. Sokongan dan minat orang ramai kepada BN tetap merudum. Jadi menyedari kelemahan Najib itu maka Mahathir terpaksa 'kudeta' kuasa Najib untuk terus menyerang Anwar.
Mahathir pun sudah terkial-kial, habis giar untuk memancu kelajuannya dalam mengekori Anwar apa lagi hendak memintas. Anwar terlalu laju dan jauh ke depan tanpa mempedulikannya membebel di belakang. Penampilan dengan berbagai idea yang ideal untuk rakyat Malaysia meletakkan Anwar menjadi harapan rakyat. Di Sabah dan Sarawak rakyat ngeri itu sudah mulai merasa Anwar akan menjadi pahlawan membela mereka.

Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir. Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.

Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Syaitan telah terang-terang memperakui akan melakukan tipu daya ke atas manusia bahkan dia berjanji untuk menggoda manusia dari syurga hingga ke atas muka bumi sampai kiamat. Berapa kali di dalam Quran menyebut Allah s.w.t. mengutuk dan mengecam syaitan (sama ada dikenali atau tidak) berbanding dengan malaikat. Inilah kesongsangan dan kejahilan Mahathir dalam agama yang cukup bahaya kalau tidak ditegur.

Berlainan dengan malaikat, tugasnya ialah membawa rahmat, menjaga manusia zahir dan batin. Dalam konteks fungsi dan peranan kedua makhluk ini lebih baik mendekati malaikat yang tidak kenal sebab fungsi dan tugasnya membawa rahmat dan tidak akan mempedayakan manusia. Malaikat sama ada kenal atau tidak dia tetap akan membawa rahmat.

Syaitan walaupun baik dengan berbagai bentuk penyamaran ia tetap jahat dan kerja-kerjanya membimbing manusia ke arah jahat. Apakah selama ini Mahathir mengambil syaitan yang dikenali untuk menjadi kawannya menyebabkan hidup dan karektor politiknya rencam dan songsang seprerti hari ini? Menghentam Pas, menghentam Anwar tanpa ada henti-henti. Menghentam juga Abdullah Badawi yang cuba membawa malaikat ke dalam raga Umno? Begitukah. Begitulah agaknya.

Perumpamaan dan bidalan Mahathir itu tidak kena. Rakyat yang ada latar belakang agama dan pengetahuan serta tahu mengenai rukun-rukun imam tidak akan mudah terpengaruh dengan gesaan Mahathir itu. Melainkan mereka yang jahil mengenai rukun imam akan menerimanya, akan merasa senang hati dan menganggap syaitan itu sebagai sahabat manakala malaikat yang baik itu musuh yang perlu ditinggalkan jauh.

Mahathir juga perlu meralatkan kata-kata berbunyi; "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya seperti dilapor.

MasyaAllah tergamak Mahathir bermadah demikian mengatakan malaikat juga melakukan kehilafan? Di sini Mahathir menafikan akan penjelasan dan pengakuan bahawa malaikat itu adalah makhluk suci yang tidak ada nafsu amarah. Kata-kata Mahathir itu boleh dianggap dia menyamakan malaikat dengan syaitan. Sebenarnya kata-kata jahil murakab begitu tidak menghairankan kerana sebelum ini Mahathir banyak kali mempersendakan agama dan batang tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan kata-kata yang sikir telinga untuk mendengarnya. Bahkan hudud juga menjadi bola mainan di mulut rapuh Mahathir.

Satu masa beliau pernah mempersendakan orang yang simpan janggut dan memakai jubah. Apabila orang yang cuba meniru sunnah Nabi itu dengan menyimpan janggut, beliau memberi helah kononya Rasulullah menyimpan janggut bukan ada apa-apa keberkatan dan hikmah di sebaliknya, tetapi kerana waktu itu tidak ada gillate (pisau cukur) untuk Nabi mencukur janggutnya.

Begitu sekali tohor dan jahilnya Mahathir dalam memahami sunnah dan perbuatan Rasulullah. Mempersendakan amalan Rasulullah begitu ia boleh meletakkan akidah Mahathir dalam keadaan sengget kalaupun tidak jatuh dan tercelup lumur hanyir.

Mengenai Mahathir ini banyak yang menghirankan kita dan sama sekali tidak sangka orang dianggap bijak, membangun Malaysia, bapa pembangunan moden Malaysia atau Kamal Altartuk Malaysia masih bermain dengan politik ala-ala budak. Misalnya beliau terus mempertikaikan dan memperkecilkan janji-janji atau agenda politik Anwar. Beliau membuat jahil mengenai janji politik.

Katanya politik Anwar macam Barak Obama di mana banyak berjanji tetapi tidak ada jaminan untuk melaksanakannya. Apakah Mahathir masih bangun awal dari tidur dan membuka internet membaca blog-blog pro pembangkang? Kalau Mahathir bangun lewat dan hanya membaca Utusan, Berita Harian, tonton tv RTM dan TV3 serta hanya membaca blog-blog pembodek dan pentaksubnya beliau tidak akan menemui jaminan dimaksudkan itu.

Tidak payah pergi jauh Mahathir cuba baca kenyataan-kenyataan dikeluarkan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli. Di situ sahaja kalau Mahathir ikhlas beliau dapat jaminan terhadap janji yang dibuat oleh Anwar itu. Tetapi kalau beliau ralik dan asyik baca media PB beliau akan menemui bidasan mengatakan semua agenda yang diperkenalkan Anwar dan PKR hanya akan membankrupkan negara? Tidak sepatutnya orang sebijak Mahathir terus membaca pendapat dan pandangan orang yang berfikiran sempit penuh emosional yang disiarkan media PB itu.

Duhai Mahathir belajar bangun pagi dan buka internet selepas Subuh. Jangan hanya menulis blog tetapi diisi oleh orang lain kita sendiri buta dan tutup mata, telinga dan hidung kepada syarahan orang lain dalam internet. Ambillah sdedikit keadilan untuk mengseimbangkan diri.

Kalaupun hendak ambil tugas Najib dalam menyerang Anwar ambillah secara baik dan lakukan kerja yang diamanahkan Najib itu dengan baik. Jangan pula kita menjadi tikus yang cuba membaiki labu. Kalau diperhatikan banyak pandangan Mahathir dalam hendak membela Umno terjadi sebaliknya, bela membawa celaka. Sikap Mahathir menegur Najib daripada mengumumkan (bentuk) suruhanjaya bebas RIC di Sabah telah mencalarkan imej Najib sebagai seorang perdana menteri. Sebagai bekas PM Mahathir tidak sepatutnya menghalang Najib dan berikan peluang kepadanya.

Tindakan atau sikap merasakan diri sendiri pandai dan bijak seperti mana dilakukan ke atas Abdullah Badawi dulu tampaknya dihala pula kepada Najib. Apakah Mahathir mahukan Udin anak Yassin mengambil alih kepimpinan Umno dan tidak yakin pilihan raya ke-13 Umno akan menang dua pertiga kalau ia dinokhodai Najib. Nampak-nampkanya begitulah?

harakahdaily/-

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 25 Aug 2012 11:40 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 25 Aug 2012 10:31 PM PDT


Salam Perjuangan

Posted: 25 Aug 2012 11:29 PM PDT

Salam Perjuangan


HUDUD - UMNO KELANTAN 'MENANGGUK DI AIR KERUH'

Posted: 25 Aug 2012 07:26 PM PDT

8 Syawal 1433 H | 26 August 2012

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang menyebut bahawa Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan sebagai satu sandirawa politik semata-mata. Ia hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu Islam yang merupakan golongan majoriti di Kelantan sedangkan pada hakikatnya hudud tetap terhalang dengan kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah.

2. DPPNK ingin mempersoalkan hak Alwi untuk membuat kenyataan tersebut di atas kapasiti beliau yang hanya merupakan seorang Ketua Pembangkang di dalam DUN Kelantan sahaja dan tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan di peringkat pusat. Sekiranya benar UMNO ikhlas untuk memberikan laluan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan, DPPNK mencabar kenyataan Alwi ini diulangi dan disokong oleh pemimpin tertinggi UMNO di peringkat Pusat sendiri.

3. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO Kelantan kadang-kadang hanya bernada retorik sahaja. Ini jelas kelihatan dalam isu bayaran tunai atau royalti minyak yang habis-habisan dinafikan oleh pemimpin UMNO Kelantan, bahkan ada yang menyatakan bayaran royalti ini sudah dibayar melalui wang ehsan. Tidakkah mereka jelas berbohong apabila Perdana Menteri sendiri mengutuskan surat memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji bayaran tunai ini beberapa minggu lepas?


Dua kenyataan yang bercanggah...

4. DPPNK ingin bertanya kepada Alwi bahawa adakah kenyataan beliau sudah mendapat restu Presiden UMNO? Sedarkah Alwi bahawa Datuk Seri Najib Razak sendiri selaku Presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar The Star, 25 September 2011 yang lepas di bawah tajuk "Najib : No Hudud in M'sia"? Di dalam kenyataan tersebut, Najib dilaporkan membuat penegasan bahawa hukum hudud sama sekali tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Siapakah yang bersandiwara di antara Alwi dan Najib? Atau kedua-duanya bersandiwara?

5. Perlu diingatkan bahawa surat yang dihantar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap berkuatkuasa sehingga ke hari ini dan ia belum ditarik balik. DPPNK mencabar UMNO untuk mengeluarkan kenyataan bahawa surat halangan tersebut ditarik balik dan memberikan ruang seluas-luasnya kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud. Ini termasuklah memberikan jaminan bahawa agensi-agensi seperti polis, penjara dan sebagainya yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Pusat akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Kelantan untuk menjayakan pelaksanaan ini.

6. Beranikah UMNO untuk menyahut cabaran ini?

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

DPP PADANG TERAP

Posted: 25 Aug 2012 09:44 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Padang Terap Bersama Selebriti 1 Sept

Posted: 25 Aug 2012 06:53 PM PDT


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Aug 2012 09:33 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Judi Monyet Ceria mengancam akidah dan keluarga muslim

Posted: 24 Aug 2012 08:01 PM PDT

Nampaknya tidak ada usaha bersepadu yang benar-benar dapat membanteras aktiviti judi di kalangan umat Islam, khususnya judi siber. Serbuan ke atas pusat judi tanpa tindakan susulan berlandaskan syariat Islam, khidmat nasihat, kaunseling, rawatan ketagihan judi dan sebagainya mengakibatkan pusat judi ini akan semakin rancak selepas diserbu umpama memotong atau membakar lalang. Lalang hilang sementara, tapi hidup semula dengan lebih subur.

Mereka yang ketagihan judi ketika ini bukanlah mereka yang menganggur, malah mereka yang sudah berkeluarga dengan anak yang ramai, para pelajar sekolah hinggakan ke warga emas yang menunggu panggilan kubur.

'Monyet Ceria' bawa bencana
25 Ogos 2012

KUALA LUMPUR: Permainan judi mesin slot 'Funky Monkey' atau lebih dikenali sebagai 'Monyet Ceria' kini antara yang menjadi kegilaan kebanyakan kaki judi di sekitar ibu kota untuk bertaruh bagi memenangi wang tekaan.

Berselindung di sebalik kafe siber dan pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.

Tinjauan di beberapa pusat siber di Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1, mereka layak memenangi sehingga RM800.
Bukan hanya dikunjungi pelanggan dewasa, malah permainan terbabit turut disukai pelajar dan remaja yang terjebak gejala sosial itu selepas diajak rakan.

Wartawan yang memasuki pusat judi di Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk dipertaruh.

Selain Funky Monkey antara menjadi pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House, Magic Scots dan Real Classic.

Melalui perbualan bersama penjaga premis judi di Kepong, difahamkan pemilik perniagaan itu meraih hampir ratusan ribu ringgit sehari selepas pusat judi terbabit dikunjungi ramai pelanggan.

"Sekarang ini, ramai bertaruh Funky Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak, puluhan ribu boleh menang," katanya.

Funky Monkey adalah permainan judi memerlukan setiap barisan slot menyamai urutan objek dikehendaki antaranya 1Bar, 2Bar, 3Bar, objek pisang, cermin mata, kelapa muda, pokok dan gendang.

Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.

Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir, 52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.

"Kalau diikutkan bermain judi komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau sekali," katanya.

Pak Kadir ketika ditemui di sebuah premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah berbanding menang.

Penjenayah semakin kreatif dan inovatif mencari mangsa

Posted: 24 Aug 2012 07:59 PM PDT

Bagaimana suri rumah, warga emas hendak membezakan antara polis sebenar dengan polis palsu, staf TNB sebenar dengan staf TNB palsu, pegawai JKM sebenar dan pegawai JKM palsu? Penjenayah di negara kita semakin hari semakin kreatif dan inovatif, sedangkan usaha pencegahan jenayah oleh semua pihak masih di takuk lama.

'Staf TNB' kelar tangan suri rumah
25 Ogos 2012

JOHOR BAHRU: "Ketika kami berbual termasuk menyiasat aduan kerosakan meter elektrik di rumah, tiba-tiba seorang daripada dua lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengugut dan meminta saya menyerahkan semua barang kemas.

"Apabila saya menjerit meminta tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar pergelangan tangan saya berulang kali," kata suri rumah dikenali sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.

Ibu tiga anak itu berkata, kejadian berlaku jam 4 petang apabila dia bersama anak perempuan sulungnya berusia belasan tahun berada di rumah, manakala suaminya keluar bekerja. Dua lagi anaknya berada di rumah saudara di kawasan berhampiran.
Menurutnya, ketika itu, dia didatangi dua lelaki memakai seragam TNB dan berpura-pura mahu memeriksa meter serta bil elektrik rumahnya.

Katanya, secara kebetulan suaminya membuat aduan kepada TNB berkaitan masalah pada meter elektrik.

Katanya, sebaik masuk dalam rumah, dia terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba mengugut mahu mencederakannya sekiranya tidak menyerahkan barang kemas.

Terkejut dengan permintaan lelaki terbabit, katanya, dia menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu bertindak agresif dengan mengelar pergelangan tangan kanannya. "Melihat kejadian itu, anak perempuan saya lari ke tingkat atas dan mengunci pintu sementara saya melarikan diri dengan keluar dari rumah dan menjerit meminta bantuan jiran.

"Dua lelaki itu yang cemas melarikan diri," katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Regency di Masai di sini, sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini, petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abd Hamid mengesahkan kejadian itu.

"Kami masih menyiasat kejadian itu dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik kumpulan penjenayah. "Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai boleh menghubungi TNB bagi mendapatkan kepastian sebelum membenarkan pemeriksaan meter di rumah mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 25 Aug 2012 09:17 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Dr Hjh Halimah bawa sedikit keceriaan kepada golongan yang dhaif dan peniaga

Posted: 25 Aug 2012 01:50 AM PDT

 Menjelang Syawal, keluarga yang miskin gembira berbaur pilu kerana menyambut Hari Raya tetapi kedhaifan menghalang mereka memenuhi keperluan anak kecil serta tetamu daripada sanak saudara dan jiran tetangga.

Sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berupa barang-barang dapur sudah tentu disambut penuh keriangan. Lebih-lebih lagi apabila yang turut menghantarnya dalah wakil rakyat mereka sendiri.

Pasukan Muslimat PAS Dun Selat Klang bergabung tenaga dengan staff pejabat ADUN Selat Klang untuk menjelajah sebanyak mungkin rumah golongan marhaen.
 Kegigihan mereka tidak boleh dipertikaikan. Mengalahkan kaum Adam. Kebanyakan meeka adalah suri rumah. Sanggup berkorban bermandi peluh tanpa meminta balasan. Keredhaan Tuhan dipulunkan...

Yang sakit kronik juga tidak ketinggalan untuk disantuni. Pesakit buah pinggang berkembar kencing manis. Hj Jaafar, pesakit strok jelas terkejut ria menerima kunjungan tanpa notis ADUN Selat Klang dan rombongan.

Sebelah petang pula bertemu dengan peniaga pasar malam Kpg Delek yang diuji oleh Allah swt dalam usaha mencari rezeki yang halal dengan perpindahan tempat pasar malam untuk mengelakkan gangguan pengguna jalan simpang tiga kritikal di Kpg Delek. Mula-mula masa perpindahan memang ada sedikit kegusaran. Mereka takut rugi!Namun atas keprihatinan dan akur kepada permohonan penduduk kampung, mereka pasrah,
Difahamkan  daripada pemantauan ahli majlis MPK dan JKKK perniagaan mereka terus rancak. Rezeki mereka tidak terhalang.
Inilah berkat apabila maslahah awam diutamakan daripada maslahah golongan kecil.
Allah Maha Adil.Allahu akbar!!
Selat Klang semakin yakin derap kemajuan insyaallah!

Mainkan nombor untuk beri gambaran yang dikehendaki

Posted: 24 Aug 2012 06:47 PM PDT

Massaging crime figures - why we're not surprised
7:59AM Aug 25, 2012  
YOURSAY 'It is not uncommon to massage figures to portray a better picture. But when carried too far, the strategy can backfire.'

How crime statistics can be doctored

your sayTelestai!: What a disgrace! Is there anything else that hasn't been doctored? Someone close to me told me how public examination results were doctored to project a trend of overall improvement in performance.

It is part of the government propaganda to showcase the the achievements of the BN. Are we surprised why students with strings of As can't construct a proper sentence to save their lives?

And as for the crime statistics - all lies and damn lies.

Kgen: It is not uncommon to massage figures to portray a better picture but this has been carried too far so much so that reality and statistics move in opposite directions.

This is when the strategy backfires as the public totally rejects the said statistics. Yet the government still insists that crime is a perception problem because its statistics say so. This is an insult to our intelligence.

What government think-tank Pemandu is doing is like trying to sell ice to Eskimos by saying that the natural ice around them is a false perception.

Well, Mr IGP (inspector-general of police), your brilliant little scheme has been found out. You had Pemandu fooled completely but not us, the suffering public who has first-hand experience of crime.

Please don't insult us by saying 'perception' again and that goes for that loudmouth home minister who grudgingly said police will focus on fighting crime as if that is something extraneous for them.

Teoh Hock Aun: What an excellent written piece! So clear and so easy to comprehend. Such a brave and honest police officer who must be sick of his bosses' deception and would rather call a spade a spade.

Now I presume the government and his bosses will launch a witch-hunt to get the whistleblower. This country has gone to the dogs with the corrupt Umno and BN in power. They should have been booted out long ago.

Jkthum: It's an unspoken practice that most statistics and indices are doctored to paint the picture that those with vested interest want to portray.

Rarely do we get any that are not. But when statistics and reality are too far apart, that's when the public loses confidence.

Jiminy Qrikert: Just imagine what this does to the morale, self-image and honour of the police force.

These are the men and women who are faced with the increasing barrage of reports of crime but are forced to be a part of this huge lie and succumb to the political pressures to doctor data to prop up their political masters.

They know it's a lie but are helpless to prevent it. At the same time, they see the extent of corruption committed by these political masters who are powerful enough to literally get away with murder.

It does not take much pushing or temptation for these police to also succumb to crime and corruption since you might as well join them if you can't beat them.

No wonder, Umno-BN is so deeply buried in corruption as the police are now guilty accomplices in spinning a crime into a non-crime.

Unspin: Besides measuring our crime rate based on reported cases, a more meaningful KPI (key performance indicator) for the police force should be based on how many of those reported crimes that are resolved.

If they are given a target to resolve crimes, the police will be forced to work harder to hunt down the criminals.

In addition, it would not be easy to fake resolved crime numbers because if a crime is resolved, there will be corresponding statistics of the criminal(s) being charged in court or sent to jail.

Rightan: What are statistics anyway? You want a higher passing rate in any public examination for any year, just lower the passing mark.

A classic case is the additional mathematics paper in the SPM examination. I was told that the passing mark is only 17 marks. No wonder my son can score an 'A' though he failed in his trial examination.

Amused Malaysian: Why crime statistics only. What about Hari Raya road fatalities? There's none of the fuss of previous years. Don't tell me there are no road fatalities this Raya.

Yeow: Kudos to the police officer who gave the information for this report. Good that he remains anonymous as he may be bumped off and go missing.

Then it will be an index case becoming a non-index case, with the excuse that he has absconded and probably in Vietnam.

Rakyat Malaysia: Now, why I am not surprised by this manipulation in the police force? I don't blame them.

Blame their BN political masters for asking for 20 percent reduction. Yet nobody is really looking into finding the root cause rather than just throw the job to police and asking them to figure it out.

The police themselves also are laden with links to underworld figures. So, what high expectations can we expect from them?

Anonymous #58437020: Finally, someone has spoken up. A Malaysian who 'tak boleh tahan' (can't stand it) anymore.

No wonder the crime statistics created so much debate. I think the next audit for AG (auditor-general) should start here.

Can more Malaysians write in please? We need an independent audit appointed by the rakyat to go in and check this out.

Anonymous #79199503: If the crime rates are reducing, why does the government keeps asking for an increase in manpower for the police force?

Headhunter: And with the home minister having embedded himself in Bukit Aman (federal police headquarters) and lording over the police, is it any surprise that the police has been used to hound the opposition?

Can anyone imagine any police officer, no matter how senior he is, dare to go against Umno or BN with the man sitting upstairs? Pity the IGP and his senior officers having to be on standby, to be summoned by him every day.

No wonder they don't have time to fight crime. I hope the whistleblower will disclose to us more dirt in future. It's one way to clean up the police force.

Clearwater: This commentary on crime statistics manipulation is eye opening and above all, utterly believable.

Who polices the police statistics? Cynical manipulation of statistics is more plausible an explanation than the idiotic excuses put up by the certain politicians and their police henchmen.

Bartimaeus 2020: "He uses statistics as a drunken man uses lamp posts - for support rather than illumination" (Andrew Lang, 1844 - 1912, Scottish novelist and literary critic)

Raya permit untuk buat dosa?

Posted: 24 Aug 2012 09:52 AM PDT

Ramai manusia berasa lega apabila tamatnya Ramadhan. Ini disebabkan rasa terkongkong oleh peraturan agak ketat tentang waktu makan, minum, hubungan suami isteri, bahkan tidak boleh marah, menipu, berbohong, khianat buat maksiat kerana bulan Ramadhan dianggap bulan yang mulia yang perlu dihormati. Samada mereka berpuasa atau tidak, ramai akur tentang  ketertiban yang dituntut semasa bulan Ramadhan.

Seusai Ramadhan, muncul anak bulan Syawal menjadi pembebas kongkongan bagi iman yang lemah dan gagal mensucikan jiwanya.
Harus diingatkan kepada semua kita insan yang bermujahadah agar memeriksa kecenderungan diri sebelum Ramadhan dan selepas Ramadhan. Sekiranya  tidak ada perbezaan malah makin teruk maknanya kita telah gagal merebut peluang terbaik berkursus intensif di bulan Ramadhan. Perlu istighfar banyak lagi. Perlu kloroks hati. Perlu berus qalbu. Gilap hingga bersinar dan dapat menangappi pancaran Nur Ilahi.Dengan Nur inilah kita merasa nikmat Ramadhan. Syawal hanya perayaan kemenangan sehari. Bukan untuk terus longgar  dan melanggar  peraturan Ilahi. Syawal bermaksud kita perlu bertarung lebih teruk bukan sahaja dengan hawa nafsu bahkan dengan syaitan yang dibebas lepas dengan tamatnya Ramadhan.


Jasindaily Online

Posted: 25 Aug 2012 09:09 AM PDT

Jasindaily Online


Jamuan Hari Raya Pas Negeri Melaka 2012

Posted: 25 Aug 2012 03:37 AM PDT

Assalamualaikum .. Salam Edulfitri buat semua readers.

Kami warga kerja Jasindaily Online mewakili saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Jasin dan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menjemput dan mempersilakan tuan/ puan ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bertempat di Perkarangan Bangunan PAS Kawasan Kota Melaka, Taman Seri Telok Mas, Telok Mas Melaka bermula jam 7.00 malam hingga 11.00 Malam. Bersama –sama kita raikan majlis yang saban tahun diadakan ini.

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri –
  • Maaf Zahir dan Batin -

Rasuah Merdeka Dalam Senyap

Posted: 24 Aug 2012 07:32 PM PDT

Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri JPM telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini.Dalam e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi dilihat semalam, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau "melakukan beberapa pembentukan bendera mudah" apabila lagu kebangsaan "Negaraku" atau lagu "1Malaysia" yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil, pada waktu petang.

"T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta " kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari. "Jadi untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100 " kata pegawai tersebut. Pegawai tersebut menambah jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti.

Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.

Perkauman Juga Diutamakan

E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut. Apabila ditanya mengapa pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya. Tawaran ganjaran tunai Putrajaya untuk menarik peserta menyertai sambutan Hari Merdeka sudah pasti akan menyebabkan kemarahan daripada Pakatan Rakyat apalagi di tengah-tengah kritikan meluas bahawa Barisan Nasional BN telah mempolitikkan sambutan hari kebangsaan.

Kabinet Najib telah memilih "55 tahun kemerdekaan Janji Ditepati" sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN. Logo "Janji Ditepati" dan lagu tema telah mendapat reaksi hebat oleh kerana terdapat dakwaan bahawa lagu tersebut ditiru daripada lagu gospel Indonesia.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan hari kebangsaan demi mengetengahkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen. Sebagai tindak balas pakatan Rakyat PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif sendiri — "Sebangsa Senegara Sejiwa" — cadangan diterima daripada orang ramai awal bulan ini.~ http://azmieyusoff.blogspot.com

Projek M -Projek Warga Asing

Posted: 24 Aug 2012 06:00 PM PDT

Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah. Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan. Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan. Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui 'Projek Presiden Mahathir'. 

"Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini," jelas Chong Eng dalam kenyataan. Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas. "Ketika ditanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanakah mereka memperolehi IC, jawapan yang diberi (oleh penama) sama sahaja, iaitu dari 'Projek Mahathir'," ujar Dr Chong. Penglibatan Mahathir dalam projek kad pengenalan tersebut, dakwanya, diperkuat melalui perakuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim pada 1980 an. 

Perakuan itu mendedahkan satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri), menyebut bahawa projek tersebut diluluskan Mahathir. Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah. Bagaimanapun banyak pihak berpendapat penubuhan RCI tidak lebih satu sandiwara untuk mengurangkan keresahan rakyat Sabah menjelang pilihan raya umum. 

Umi Hafilda Bukan Lagi Adik Azwan Ali

Posted: 24 Aug 2012 05:47 PM PDT


Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau  yang terkenal dengan ungkapan 'Amboi, Amboi, Amboi'  enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda.
"Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.

Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.
Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.
"Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya.

Hudud Selesai Masalah Jenayah Di Saudi , Malaysia ?

Posted: 24 Aug 2012 05:31 PM PDT

Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.

3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.

4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.

5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.

Penulis ialah Dr. Aminurrasyid Yatiban, Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).

Sanggup Jadi Syaitan untuk Kekal Kuasa

Posted: 24 Aug 2012 05:17 PM PDT

Ust Idris Ahmad

Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).

Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan.

Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun.Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah.Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali.

Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat.Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 25 Aug 2012 07:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


DIA SUDAH NYANYUK..DAH LAMA DAH JADI SETAN PUN!

Posted: 24 Aug 2012 06:58 PM PDT

PENJELASAN : MURSYIDUL AM PAS.

Posted: 24 Aug 2012 05:31 PM PDT

APE CITE YOP & YONG : KATE NAK TOLONG BAGI AYO KE SELANGOR ?

Posted: 24 Aug 2012 05:20 PM PDT

KEJE GILO : BOLEH TIDO BAWAK KAPAL TERBANG!

Posted: 24 Aug 2012 05:14 PM PDT

HUDUD: TIADA PERLU KELUAR PR !

Posted: 24 Aug 2012 05:10 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Aug 2012 03:17 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


1Malaysia yang gagal : Sogok wang tunai untuk 1 kan rakyat di Putrajaya

Posted: 24 Aug 2012 11:11 PM PDT


Pemberian wang tunai untuk meramaikan sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan membuktikan kegagalan polisi 1Malaysia perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatukan rakyat Malaysia, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, hari ini.
Penasihat DAP itu melabel tindakan ini dengan apa yang beliau istilahkan sebagai "menyewa hadirin" untuk dua acara ambang Merdeka dengan menyatakan ini adalah kebiasaan Barisan Nasional (BN), menggunakan wang agar majlis mereka dilihat ramai hadirin.
"Acara Hari Kebangsaan ini… sepatutnya berlaku secara spontan," kata Lim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. "Apabila ia menjadi terlalu tiruan, ia kehilangan maknanya."
Lim menambah, keperluan untuk membayar hadirin untuk datang ke acara tersebut adalah refleksi jelas percubaan perdana menteri untuk membangunkan negara bangsa gagal untuk menyatukan rakyat Malaysia walaupun dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Menurut Lim, konsep 1Malaysia yang sering dipromosi seharusnya telah berjaya membawa rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama bersama lebih-lebih lagi dalam sambutan Hari Merdeka — seharusnya membangkitkan semangat patriotisme mereka.
"Ini adalah refleksi menyedihkan kegagalan 1Malaysia untuk membawa rakyat Malaysia bersama menjadi satu, terutamanya dalam perayaan hari kebangsaan seperti ini," katanya.
Kata Lim lagi, kerajaan BN menguruskan sambutan hari kebangsaan tahun ini dengan cara salah, menjadikan contoh kekecohan sebelum ini dalam penggunaan "Janji Ditepati" sebagai tema Hari Merdeka.
"Ia memecahbelahkan. Sepatutnya ia menyatukan, sebaliknya yang berlaku," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan pagi ini bahawa Putrajaya menawarkan wang tunai dan cendrahati kepada 1000 orang pelajar universiti untuk menyertai perayaan Hari Kebangsaan.
Logo Hari Kebangsaan Putrajaya
Dalam sebuah e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi yang dilihat oleh The Malaysian Insider semalam, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau "melakukan beberapa pembentukan bendera mudah" apabila lagu kebangsaan "Negaraku" atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang.
"T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta," kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti.
"Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan."
Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.
"Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100," kata pegawai tersebut.
Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini.
Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.
Logo Hari Kebangsaan Pakatan Rakyat
E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut.
Apabila ditanya mengapa, pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya.
"Mungkin mereka (jabatan) sudah mempunyai bilangan orang Melayu yang mencukupi," kata beliau.
Kabinet Najib telah memilih "55 tahun kemerdekaan, Janji Ditepati" sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN.
Logo "Janji Ditepati" dan lagu tema telah mendapat reaksi hebat oleh kerana terdapat dakwaan bahawa lagu tersebut ditiru daripada lagu gospel Indonesia.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan hari kebangsaan demi mengetengahkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen.
Sebagai tindak balas, pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif sendiri pada hari Rabu — "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" — cadangan diterima daripada orang ramai awal bulan ini.

Ku Li nafi jejaskan Umno Kelantan

Posted: 24 Aug 2012 06:17 PM PDT


Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Lagi pun apa yang saya perkatakan dalam beberapa kenyataan sebelum ini membabitkan desakan ke atas Petronas sahaja dan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata beliau bukan hendak membela kerajaan negeri pimpinan Pas itu, tetapi apa yang diperkatakan adalah bagi menjelaskan perkara sebenar yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri terbabit.

Katanya, beliau berhak menjelaskan perkara itu supaya rakyat lebih yakin dengan perjuangan Umno dan BN walaupun masalah itu menjadi tanggungjawab Petronas untuk menyelesaikannya.
"Sumber sebenar hasil itu (petroleum) diperoleh Petronas dan Petronaslah yang harus bertanggungjawab membayar semua tuntutan kerajaan negeri terbabit seperti yang terkandung dalam perjanjian yang saya lakukan kerana ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas.
"Memanglah ramai yang membuat tafsiran salah berhubung kenyataan saya itu hingga ada yang menuduh lebih memihak kepada pembangkang dan saya ingin jelaskan kenyataan itu adalah hakikat yang patut kita sama-sama selesaikan," katanya.
Beliau berkata segala perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas ketika itu juga mendapat persetujuan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan semuanya terkandung dengan jelas dalam akta petroleum berkenaan.
"Saya bukan nak berada di sebelah mana-mana pihak berhubung tuntutan berkenaan dan apa yang saya lakukan itu untuk memberi faedah bersama termasuk rakyat. Jika rakyat mendapat manfaat sudah tentu akan menyokong kita pada PRU-13 tidak lama lagi," katanya.
Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum, Tengku Razaleigh berkata, persiapannya sudah diatur dengan baik khususnya di bahagian Gua Musang bagi mengekalkan kubu kuat Umno di Kelantan itu yang tidak pernah tewas kepada pembangkang.
"Saya mempunyai strategi sendiri bagi mengekalkan kemenangan itu, tetapi pada PRU-13 nanti terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik, tetapi saya harap sokongan mereka tidak berubah dan memberi kemenangan kepada BN," katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan