Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 24 Aug 2012 03:41 AM PDT Johor MB expects to lose nine seats Posted: 23 Aug 2012 08:12 PM PDT Johor has always been touted as the bastion of Umno, but one wonders if it really is so, given the inroads the opposition made in 2008. In the 2008 general election, there was a 14% swing to the opposition. What has happened to that swing? It is increasing and getting stronger. And this has got the menteri besar worried, intimating to his Umno division heads in one meeting that he expects at least nine parliamentary seats and up to 16 state seats to fall to the opposition in the 13th general election. That means he has not discounted fully the swing to the opposition. He has acknowledged that, at best, with all the efforts and the bribery that Umno has carried out, the party has only managed to claim back some 5%. That means there is still around a 9% swing with the opposition. Based on that conservative assumption, the nine parliamentary seats are indeed in jeopardy. My personal view is that Pakatan Rakyat can win the nine parliamentary seats and more. Umno and Barisan Nasional is dicey in at least six more seats – Tanjung Piai, Gelang Patah, Pulai, Pasir Gudang Tebrau, Simpang Rengam and Parit Sulong. Which really means, Pakatan could end up with between nine and 15 seats. Will Shahrir contest? Having said that, there is also the Johor Baru seat to consider. JB has a sizeable Chinese population which should prove to be a boon to Pakatan. The determining factor here would be Umno's choice of candidates. If Shahrir Samad chooses to retire, then JB will fall to Pakatan. Shahrir can only be persuaded to stand if the Umno people can stoke his contempt for Anwar Ibrahim. Shahrir himself is not that confident. He has said privately that most of the faces he sees in JB are not familiar to him. The other seat which I am interested to see is Pulai. It's currently held by UDA Holdings Bhd chairman Nur Jazlan Mohamed Rahmat. Nur Jazlan is a decent fellow but has recently been the victim of Umno's habit of practising infanticide. It kills off its young talent. When Nur Jazlan came up with a strategy of raising money for UDA with the redevelopment of the Pudu Jail area, he became a victim to the ravenous appetite of Umno warlords ever on the lookout of using government to make tons of money. And that has not gone down well with him and his supporters. | 福利国(第一章) : 序言 Posted: 23 Aug 2012 05:08 AM PDT SETELAH 54 tahun mengecapikan kemerdekaan dan bergelar negara yang berdaulat, kini kita masih menghadapi kemelut dan krisis yang tidak berkesudahan. Cita-cita membina sebuah negara yang bersatu-padu, makmur dan sejahtera rakyatnya masih gagal. Gejala salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah semakin membarah dalam kalangan mereka yang berkuasa . 我国已独立54年及获称为君主国家,至今,我们依然面对无止境的危机及风暴。祈望建立一个团结、繁荣及和平的国家的愿望依然不成功。滥权、盗用及贪污现象在当权者中越见严重。
Ekonomi negara terus dibebani dengan kegagalan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat, jurang perbezaan kaya miskin yang semakin melebar, pembaziran dalam berbelanja, ketirisan perbelanjaan dan peningkatan hutang negara yang semakin membimbangkan. Masyarakat Malaysia terus menghadapi peningkatan permasalahan sosial, termasuklah peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan akhlak . 国家经济负担越见加重,政府不能够提高人民的生活素质、贫富差距越见严重、挥霍浪费、开支存有漏洞及国债已达到一个令人担忧的程度。大马人民面对越来越多的社会问题,包括犯罪率不断地飙升及道德败坏等事项。
Dalam mendepani kemelut dan krisis ini, PAS tampil menawarkan paradigma baru dan model penyelesaian yang bukan sahaja menjanjikan yang lebih baik, tetapi paksinya dibina di atas landasan yang unik lagi berbeza. Memulihkan sebuah negara yang sedang mengalami kemelut dan krisi yang berpanjangan bukanlah satu usaha yang mudah . 面对如此的危机及风暴,伊斯兰党提呈了一项全新的模式及解决方案,此方案不但承诺更多,同时,也建立在不同及独特的轨道上。为了长远重建一个满布危机及风暴的国家,这是一项不容易的事项。
PAS mengambil sikap bersabar lagi bijaksana dalam melakukan usaha tersebut dengan menekankan betapa pentingnya latar belakang masyarakat Malaysia menjadi pemandu kepada pembinaan sebuah Malaysia baru.
伊斯兰党以沉稳及充满智慧的方式,不断努力突显大马社会背景对于建立新大马先驱的重要性。
PAS berkeyakinan, Islam yang telah menjadi latar belakang budaya dan cara hidup sejak lebih 800 tahun yang lalu di rantau ini, perlu menjadi tonggak ke arah mewujudkan sebuah pemerintahan yang beramanah, adil dan bersih ke arah kelahiran sebuah Negara Berkebajikan.
在800年前,伊斯兰教的文化及生活方式已融入此区域,伊斯兰党充满信心,伊斯兰教必须成为主干,以创造一个拥有值得信赖的领导者、公正及干净的福利国。 | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 24 Aug 2012 01:50 AM PDT Bukit Koman Pahang: Ancaman baru selepas Lynas Posted: 23 Aug 2012 05:34 PM PDT 5 Syawal 1433H. [MOD] -
Kita semua tahu bagaimana Pahang, sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung telah dikurniakan khazanah Alam Semulajadi yang luas sehingga sebahagian darinya dijadikan sumber rezeki kepada penduduknya malah hasil tanaman, ternakan malah sumber air dari negeri itu disalurkan pula ke negeri-negeri yang lain.
Kawasan tanahnya pula terlalu luas sehingga ada sahabat-sahabat saya dari PAS Negeri adakalanya mengeluh letih sehingga ada yang demam beberapa hari kerana terpaksa bergerak jauh menunaikan tanggungjawab masing-masing ke seluruh pelosok negeri.
Di atas bantuan merekalah, pendedahan demi pendedahan jenayah Alam Sekitar di negeri itu dipaparkan buat pengetahuan umum. Saya dimaklumkan ada di antara petugas-petugas kita yang terdedah kepada ancaman keselamatan oleh pihak yang tertentu ketika proses mengumpulkan bukti jenayah itu. Inilah komitmen PAS untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini sehingga sanggup meletakkan misi itu melebihi kepentingan diri dan keluarga.
Ancaman sisa radioaktif LYNAS di Gebeng Kuantan, pencemaran Sungai di Cameron Highlands, Bentong dan di Kuala Lipis, pembangunan dan penerokaan tanah tidak terkawal dilereng bukit di sekitar Cameron Highlands, pusat insinerator di Blue Valley, projek Hidroelektrik di Ulu Jelai, pembalakan haram, serta pencemaran Tasik Chini yang dijangka akan pupus menjelang tahun 2030 adalah sebahagian dari bukti jelas kerakusan pemerintah khususnya di negeri itu yang meratah sumber alam ini seolah-olah alam yang kita pinjam ini tidak perlu dipulangkan kembali seperti sediakala kepada anak-anak dan keturunan kita. Bukankah kita hanya meminjam? Tetapi kenapakah kerajaan negeri di bawah UMNO dan Barisan Nasional menjadikan semua itu MILIK dan HAK KEKAL mereka?
Ketika semua lokasi yang saya sebutkan tadi sedang diratah oleh pihak tertentu, penduduk sebuah perkampungan di Bukit Koman Raub pula sedang berjuang selama lebih 3 tahun demi nyawa keluarga mereka dari ancaman bahan kimia Cyanide yang amat bertoksik itu malah dikatakan antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia ini dan pernah diberi gelaran 'agen pembunuh' ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Tahukah anda bahawa rakyat terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dan tanpa pengetahuan mereka akan bahaya sebenar yang wujud disekeliling kita?
Kenapakah industri berat atau berisiko tinggi seperti ini sentiasa menjadi pilihan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah kerana lebih tinggi risikonya, maka lebih besar pulangannya kepada negara atau adakah kerana besar pulangannya kepada kroni-kroni mereka?
Saya pernah menegur wakil MITI kerana tidak berhati-hati ketika menerima kemasukan industri berisiko tinggi seperti LYNAS kerana terlalu teruja untuk mencapai sasaran 'FDI' atau 'Foreign Direct Investment' negara. Tidak salah untuk menerima pelaburan luar asing tetapi biarlah keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan penduduk diambil kira terlebih dahulu sebelum pelaburan luar asing itu diluluskan.Yang lebih mendukacitakan ialah tindakan memberi pengecualian cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia walaupun LYNAS menyatakan bahawa mereka memperolehi pendapatan 8 billion setahun.
Bukankah banyak industri luar lain yang boleh dibawa masuk oleh MITI? Industri di mana Malaysia mahir dan berpengalaman di dalam menguruskannya. Tidak yakinkah kita untuk mencapai sasaran FDI itu tanpa industri berisiko tinggi seperti itu?
Memandang industri nadir bumi adalah industri yang baru di negara ini ditambah pula dengan krisis keyakinan rakyat terhadap kegagalan kerajaan persekutuan dan negeri dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional di dalam menyelia dan menyediakan kekuatan yang mencukupi untuk agensi-agensi penguatkuasaan di dalam menjalankan tugas mereka dengan baik, ditambah pula dengan kelemahan undang-undang serta proses yang sedia ada yang terdedah kepada manipulasi pihak tertentu untuk 'menghalalkan' industri yang tidak halal itu, maka PAS telah mengambil pendekatan mencegah adalah lebih baik dari mengubati untuk tidak menyokong industri berisiko tinggi seperti itu.
Dan kerana kelemahan yang sedia ada kerana kegagalan Umno dan Barisan Nasional di dalam mentadbir negara ini, PAS juga menolak industri perlombongan emas yang menggunakan 'agen pembunuh' Cyanide ini.
Terlalu banyak fakta dan bukti jelas akan bahayanya Cyanide ini kepada nyawa manusia dan alam sekitar di seluruh dunia sehingga terdapat beberapa negara yang sudah mengharamkan kemasukan bahan berisiko tinggi itu ke negara mereka, tetapi kenapakah Malaysia tidak mengharamkannya? Kenapa pula apabila ia tidak diharamkan, tidak pula diwujudkan panduan yang jelas seperti yang dilakukan Kesatuan EU untuk mengawal selia sektor perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia yang amat bertoksik itu? Bukankah ini bukti jelas bahawa pembuat dasar yang terdiri dari kalangan ahli politik UMNO dan Barisan Nasional tidak sensitif maklumat?
Ketika PAS mempertikaikan kelulusan membina kilang LAMP milik LYNAS yang dikeluarkan SEBELUM kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar(PEIA) oleh Jabatan Alam Sekitar termasuk pengabaian tuntutan konsultansi pihak awam melalui Lokal Agenda yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran yang akhirnya diakui oleh Jawatankuasa PSC LYNAS, PAS juga mempertikaikan bagaimanakah sebuah syarikat perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia yang amat bertoksik ini ditambah pula dengan bukti kemalangan demi kemalangan yang melibatkan banyak kemusnahan alam sekitar dan kemalangan jiwa di seluruh dunia, kelulusan tetap diberikan kepada sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan veteran politik dari MCA itu walaupun lokasi syarikat perlombongan itu hanyalah kurang dari 500 meter dari kawasan penempatan penduduk Kampung Bukit Koman termasuklah sebuah Kem Tentera. Kenapakah INDUSTRI BERAT seperti ini tidak diletakkan di dalam Kawasan Perindustrian agar proses kawalan yang lebih ketat dapat dikuatkuasakan?
PAS juga mempertikaikan atas dasar apakah syarikat perlombongan itu dikurniakan pajakan tanah seluas 300 ekar selama 19 tahun? Termasuk tiadanya 'Emergency Response Plan (ERP)' atau Pelan Tindakan Kecemasan yang seharusnya diwajibkan ke atas industri berat seperti itu. Kenyataan yang dipetik dari wakil Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Koman jelas membuktikan tiada satu pun latihan bersama yang dibuat oleh pihak syarikat dengan penduduk setempat malah dengan pihak berkuasa khususnya polis dan bomba jika berlaku apa jua kemalangan dari operasi syarikat perlombongan emas itu.
Potensi kemalangan dan kesan akibat kemalangan khususnya dari 'CIL Plant' atau Loji CIL termasuklah 'Detoxification Plant' atau Loji Detoksifikasi khususnya pelepasan gas dan letupan termasuklah kebakaran adalah tinggi serta mampu melebihi tahap pendedahan yang dibenarkan malah kenyataan yang dipetik dari Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat(CDC), ketika berlakunya kemalangan yang melibatkan bahan Cyanide itu, penduduk haruslah dipindahkan sejauh 800 meter dari lokasi kebakaran atau bencana itu.
Bagaimanakah proses pemindahan penduduk itu mampu dilaksanakan dengan baik jika tidak ada kekerapan latihan bersama yang pernah dilakukan oleh pengurus syarikat perlombongan itu dengan penduduk setempat dan pihak berkuasa?
Bagaimanakah keselamatan penduduk setempat termasuklah anggota tentera dari Kem yang terdekat terjamin jika lokasi penempatan mereka hanya kurang dari 500 meter apabila CDC mencadangkan pemindahan penduduk haruslah melebihi 800 meter?
Pemantauan dari wakil Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat jelas menunjukkan jika tiadanya latihan bersama yang berterusan seperti yang dituntut oleh Pelan Tindakan Kecemasan(ERP) itu termasuk faktor kepadatan perumahan di sekitar lokasi penempatan 3000 penduduk disitu, proses pemindahan penduduk akan menjadi sukar dan perlahan sedangkan aspek MASA dan ALATAN PERLINDUNGAN atau 'PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT(PPE)' yang harus dipakai penduduk amatlah dititikberatkan ketika proses pemindahan itu.
Inilah kelemahan ketara UMNO dan Barisan Nasional khususnya Ahli Parlimen Raub mereka yang juga Menteri Pelancongan dari MCA itu yang jelas tidak mengambil kira aspek-aspek mandatori yang perlu ditekankan oleh syarikat perlombongan emas itu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan parlimen beliau sentiasa terjamin.
Selepas lebih 3 tahun wakil Jawatankuasa Penduduk Bukit Koman merintih perhatian dan tindakan dari beliau, MCA masih gagal bertindak untuk menyelesaikan isu ini. Mungkinkah kerana MCA sibuk mempertikaikan isu Hudud sehingga lupa kebajikan rakyat di kawasan mereka? atau mereka hanya meletakkan kepentingan syarikat perlombongan emas itu yang dikaitkan juga dengan veteran MCA itu berbanding kepentingan rakyat?
Agak memalukan apabila Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen dari Bentong itu serta berjiran dengan Menteri Pelancongan itu juga gagal menyelami masalah penduduk di Bukit Koman. Sepertimana beliau berdolak-dalik dalam isu LYNAS di Gebeng Kuantan, beliau juga kini dilihat berdolak-dalik dalam isu Bukit Koman di Raub. Jelas inilah kepakaran ahli politik dari UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat mahir berdolak-dalik demi menyelamatkan karier politik mereka daripada nyawa pengundi-pengundi mereka yang tidak berdosa.
Mereka pernah mengeluarkan kenyataan mengelirukan bahawa sisa buangan radioaktif LYNAS akan disimpan di negara ini, kadang-kala hanya sementara dan ada pula kalanya akan dihantar kembali ke negara asalnya, sehingga rakyat keliru yang mana satukah keputusan mereka kesan dari kerap berdolak-daliknya mereka itu. Mungkinkah ini tabiat semulajadi semua wakil rakyat dari MCA itu?
Saya juga dimaklumkan bahawa sebuah syarikat petro-kimia dari Taiwán yang ditolak oleh Kerajaan Taiwán sendiri kerana isu potensi pencemaran alam sekitar di negara itu mungkin akan diberi kelulusan untuk pelaburan berbillion ringgit dalam projek Rapid di Pengerang Johor. Jika ini berlaku, maka jelaslah bahawa pembuat dasar dari UMNO dan Barisan Nasional sama ada diperingkat persekutuan dan negeri yang diperintah mereka hanyalah mengutamakan keuntungan ekonomi semata-mata khususnya kroni-kroni mereka sehingga membelakangkan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara ini serta pemuliharaan alam sekitar.
Adakah negara ini tempat pembuangan sisa-sisa yang ditolak oleh negara asal mereka? (Taiwán dan Australia) Jika YA, maka tiadalah beza kita dengan negara dunia ketiga dan tersasar jauhlah kita dari matlamat asal negara untuk menjadi sebuah negara maju.
Saya amat yakin, jika UMNO dan Barisan Nasional terus diberi mandat untuk memerintah negara ini selepas PRU-13, segala-galanya akan hancur berkecai sehingga tiada apa lagi yang boleh kita wariskan kepada anak dan cucu kita. Semoga Allah S.W.T menyelamatkan kita dari kerosakan yang dibawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Sekali lagi saya ingin menyeru, seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kezaliman ini untuk sama-sama turun ke Raub Pahang pada 2hb September ini (Ahad) sebagai satu tindakan solidariti bantahan penggunaan 'agen pembunuh' Cyanide serta suara rintihan rakyat terhadap kemusnahan alam sekitar khususnya di negeri Pahang.
harakahdaily/- | Hudud: Tak timbul soal PAS-DAP berpecah Posted: 23 Aug 2012 05:32 PM PDT 5 Syawal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa orang Islam sama sekali tidak boleh menolak hukum hudud kerana ianya adalah hukum yang ditetapkan oleh agama dan bukan ideologi ciptaan manusia.
"Isu ini tidak perlu dibincang kerana ia adalah hukum agama, bukan ideologi, kalau hukum dunia, kita boleh tolak, tetapi sebagai orang Islam, (jika) tolak agama bermakna akan terima pembalasan di akhirat kelak," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, di sini, semalam.
(Gambar: Tuan Guru sedang megambil juadahnya ketika majlis Aidilfitri PAS Kawasan Pengkalan Chepa di sini semalam)
Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan hukum hudud untuk mengatasi jenayah, Tuan Guru Nik Aziz berkata berbanding undang-undang ciptaan manusia, hudud jauh lebih baik.
Jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati, hudud jauh lebih baik walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu. "Sekurang-kurangnya, dia (pesalah) masih boleh bekerja dan hukuman yang diterima, boleh jadi pengajaran kepada masyarakat. Undang-undang Islam sudah semestinya cukup adil. Buat salah, terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan," katanya lagi.
Beliau juga yakin kenyataan Pengerusi DAP itu tidak menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat.
"Tidak timbul soal perpecahan kerana sekarang kita tidak menghadapi masalah dan perkara ini hanya diperbesar-besarkan bagi menimbulkan kekeliruan," katanya.
harakahdaily/- | Nik Aziz 'berehat' di wad HUSM Posted: 23 Aug 2012 05:28 PM PDT 5 Syawal 1433H. [MOD] -
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian atas nasihat doktor.
Satu kenyataan oleh setiausaha akhbarnya di Facebook menyebut, Nik Abdul Aziz, 81, dinasihatkan doktor supaya supaya berehat di wad tersebut semasa menerima rawatan rutin pagi ini.
"Beliau memohon untuk menangguhkan kemasukan ke dalam wad bagi menyelesaikan beberapa tugasan termasuk merasmikan pelancaran Tunjong Pavillion pagi tadi.
"Beliau dinasihatkan mendapatkan rehat yang berkualiti pada hujung minggu ini di dalam wad selepas jadual kerja yang agak padat termasuk memenuhi jemputan kenduri di sana sini," kenyataan itu dipetik.
Nik Abdul Aziz kali terakhir dilaporkan menerima rawatan di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu pada bulan April lalu setelah mengadu sakit dada.
malaysiakini/- | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 23 Aug 2012 09:23 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 23 Aug 2012 09:15 PM PDT Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012 Posted: 23 Aug 2012 09:02 PM PDT MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU Bersama Anak Rembau di Perantauan Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad Masa : 11 pg - 2 ptg Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif) Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690
CERAMAH UMUM Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad Masa : 9.30 mlm Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif) Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan | |
PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 23 Aug 2012 09:06 PM PDT Posted: 23 Aug 2012 08:28 AM PDT Asri: Hudud perlukan ijtihad baru DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 23 Ogos 2012 DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN PERBINCANGAN ini menyambung artikel yang lepas tentang pelaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.
Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.
Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir. Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk pelaksanaannya.
Seseorang Muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.
Justeru, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Air matanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:
"Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis" (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A'lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi/1407H)
Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang ALLAH hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu ALLAH. Tanggungjawab pemerintah di hadapan ALLAH tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau 'suruhanjaya rasuah'.
Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka'ab al-Qurtubi apabila diminta oleh 'Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:
"Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau". (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H).
Membezakan Jenis Jenayah
Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan ALLAH S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.
Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):
"Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui". (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah/1405H)
Hudud dan hak privasi
Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privasi individu akan terganggu. Intipan di sana sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran pelaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang 'spy' dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..."
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
"Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan".
Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada 'Abd ar-Rahman bin 'Auf :
"Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.
Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan 'Abd ar-Rahman-: "Kau tahukah ini rumah siapa?". Jawab: "Tidak". Kata Umar: "Ini rumah Rabi'ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?". Kata 'Abd ar-Rahman: "Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: "Jangan kamu mengintip". Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka". (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).
Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :
"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. ALLAH Ta'ala telah melarang hal ini" (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).
Membina masyarakat yang pemaaf Dalam pelaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan di luar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.a.w: "Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan". Lalu baginda membaca firman ALLAH: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya ALLAH mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah). Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'. Hudud memerlukan ijtihad baru Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira. Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir. * Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan ahli akademik Universiti Sains Malaysia | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 23 Aug 2012 11:50 AM PDT Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud Posted: 22 Aug 2012 05:29 PM PDT TEMERLOH: PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik. "Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily. Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya. Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah. Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah. Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah. "Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis. "Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina," kata Tuan Ibrahim. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam. "Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi. Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud. "Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi. Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan. "Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya," tegas Tuan Ibrahim. "Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang," tambah beliau. Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut. "Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain," kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno. "Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno? Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno," tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno. | Fitnah Ladang Rakyat, mohon maaf di mahkamah Posted: 22 Aug 2012 05:29 PM PDT PASIR MAS: Pihak tertentu yang tidak sebulu dengan kerajaan negeri Kelantan, khususnya berhubung Ladang Rakyat, diingat tidak menyebar sebarang fitnah kerana dibimbangi akan mengalami nasib yang sama sehingga terpaksa memohon maaf di mahkamah. Mereka juga diingatkan supaya berhati-hati dengan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan berkenaan Ladang Rakyat. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily berkata projek Ladang Rakyat sekali lagi menghadapi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menuduh telah menjual 1,400 hektar ladangnya di Limau Kasturi, Gua Musang kepada syarikat swasta. Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Aidilfitri Majlis Tindakan Dun Tendong, dekat sini petang tadi (gambar) bagi mengulas kenyataan Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah. Norzula dalam sebuah akhbar harian hari ini berkata, kerajaan negeri melalui Ladang Rakyat telah menjual 1,400 hektar tanah Ladang Rakyat kepada syarikat swasta. "Baru-baru ini blogger mesra Umno Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella), memohon maaf kepada Ladang Rakyat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu atas fakta yang tidak benar berhubung Ladang Rakyat," ujarnya. Ahmad seterusnya berkta, tidak berlaku sebarang penjualan atau pindah milik tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi. Tambahnya, sebaliknya tanah berkenaan dimajukan pihak swasta melalui satu kaedah pemajuan yang biasa diamalkan oleh agensi kerajaan, iaitu pajakan. "Hak milik tanah kekal di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat negeri Kelantan," ujarnya. Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan yang mentatakan tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi perlu diserahkan kembali pada rakyat adalah tidak berasas. Tambahnya, ini kerana kerja-kerja pengukuran ladang telahpun dibuat, termasuk kawasan rentahan orang kampung juga turut dikelurkan dari kawasan Ladang Rakyat. "Oleh itu, sebagai penjelasan kawasan Ladang Rakyat Limau Kasturi tidak pernah terbabit dengan kawasan terokaan orang kampung," ujarnya. | Umno panik khatib sentuh isu semasa dalam khutbah Posted: 22 Aug 2012 05:28 PM PDT JELI: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) menyifatkan tiada cacatnya khutbah Aidilfitri yang disampaikan kebanyakan khatib di masjid dan madrasah pada 1 Syawal lalu biar pun menyentuh isu semasa. Presidennya, Abdullah Ya'kob berkata, khutbah tersebut disampaikan khatib jemputan atau imam menyentuh isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian. "Tidak pula sampai menjejaskan rukun khutbah kerana ramai khatib di Kelantan berkebolehan menyampaikan khutbah dengan isi yang lebih menarik. "Biar pun ada teks disediakan pihak Maik, namun tidak menjadi halangan bagi mereka menokok tambah supaya lebih menarik dan segar," katanya di sini. Hari ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor melahirkan rasa kesal khatib di beberapa kampung di Kelantan menyampaikan khutbah Aidilfitri dengan menanam sikap benci kepada pemimpin negara. Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, berdasar kepada pengamatannya khutbah Hari Raya di beberapa tempat didapati isu yang disentuh lebih dekat dengan keadaan semasa. "Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin tertentu yang flop flip dalam isu royalti, ia tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku. "Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit dengan carigali minyak dan gas. "Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia pula yang menjadi juara bagi mendapatkan hak ke atas royalti petroleum. Apakah jenis pemimpin macam ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang," katanya. Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin seperti itu, dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk menterjemahkan dalam khutbah Aidilfitri atau mana-mana ucapan. Sementara itu dalam perkembangan lain malam tadi berlangsung ceramah perdana sempena Aidilfitri di Air Lanas. Biar pun hujan turun dengan lebatnya orang ramai tetap hadir bagi mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang berlaku sekarang. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Presiden R, Nazri Deraman, Abby Abadi, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad dan Abdullah. | |
KHIDMAT MERU Posted: 23 Aug 2012 10:01 AM PDT MENZIARAHI KUBUR AHLI KELUARGA DI MERU Posted: 23 Aug 2012 02:17 AM PDT Selain membersihkan kubur-kubur allahyarham ahli-ahli keluarga, YB Dr Rani bersama isteri, anak-anak dan anak menantu bersama-sama membaca Surah Yaasin dan bertahlil di tepi kuburan di Tapak Kuburan Orang Islam di Meru. | GOODIES UNTUK ORANG RAMAI PULANG BERAYA KEKAMPUNG Posted: 23 Aug 2012 12:01 AM PDT YB Dr Rani dengan kerjasama ahli-ahli Unit Amal , JKKK Kampung dan DHPP telah berjaya mengedarkan lebih dari 1,300 bungkusan "goodies" kepada orang ramai yang berangkat pulang beraya ke kampung di Stesyen Bas Klang Central di Meru dan Stesyen Bas Shah Alam. | |
Jasindaily Online Posted: 23 Aug 2012 09:40 AM PDT Ambiga Berundur Lepas PRU 13 Posted: 22 Aug 2012 07:33 PM PDT Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan tersebut selepas pilihan raya akan datang. Dalam wawancara bersama agensi berita kewangan Bloomberg hari ini, Ambiga berkata langkah itu akan membolehkan beliau lebih fokus dalam firma guamannya yang mengkhususkan undang-undang komersil, harta intelek dan industri. Laporan itu menyebut, ia juga akan membolehkan beliau meluangkan masa dalam bidang kesenian dan kriket, yang diketepikannya untuk bergiat dalam BERSIH. Ambiga berkata usahanya dalam mendukung isu hak wanita, khususnya dalam kes melibatkan isu menukar agama juga masih banyak yang belum selesai. Katanya, mahkamah telah melepaskan tanggungjawab dalam banyak isu melibatkan undang-undang keluarga dalam kes melibatkan mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Ambiga mengetuai dua perhimpunan besar untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang merupakan perhimpunan terbesar sejak pergerakan reformasi pada 1998. | Hudud Menurut Sultan Brunei Posted: 22 Aug 2012 07:32 PM PDT | Sejenak Bersama ADUN Sekinchan Posted: 22 Aug 2012 07:21 PM PDT Ng Suee Lim adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada golongan yang biasa hadir ke ceramah Pakatan Rakyat di Selangor, Johor dan Melaka. ADUN Sekinchan ini merupakan satu-satunya wakil rakyat berbangsa Tionghua yang mampu bercakap Jawa dengan fasih dan menyebut istilah Arab dengan lancar dalam ceramahnya. Malaysiakini menemubual Ng sebelum Aidil Fitri lalu untuk menelusuri perjalanan politik dan memahami personaliti timbalan setiausaha DAP Selangor ini. Menurut Ng, beliau mula belajar bahasa Jawa apabila bekerja secara sambilan di kantin bapa angkatnya, seorang orang kuat Umno di Kapar yang juga jirannya di Kampung Tok Muda, Batu 12 1/2 selama hampir sepuluh tahun. Beliau mula bekerja sambilan seawal Darjah Lima demi membantu keluarganya yang tidak berpendapatan besar pada masa itu. Kebetulan, bapa angkatnya menggaji ramai orang berketurunan Jawa dan sebagai seorang kanak-kanak, beliau sering dibuli dan dimarahi pekerja lain dalam bahasa Jawa.
Lama kelamaan beliau memahami butir bicara percakapan pekerja lain dan mula menguasai bahasa itu sedikit demi sedikit. Hubungannya yang sangat akrab dengan keluarga angkat Melayunya turut menyebabkan beliau menghabiskan musim cuti sekolah selama dua bulan dengan tinggal di rumah mereka. "Selesai bekerja, saya tinggal di rumah mereka. Di rumah mereka saya dapat makan ayam. Walaupun rumah saya sebelah sahaja saya tak balik," kata Ng tertawa besar mengimbau sejarahnya. 'Orang Cina takut hudud' Minat Ng dalam politik mula bercambah apabila sering dibawa bapa saudaranya, seorang penyokong tegar Lim Kit Siang ke majlis ceramah dan makan malam DAP. "Dia beli tiket (makan malam DAP) dia akan beli dua. Satu untuk dia dan satu untuk saya," kata Ng yang bertindak sebagai jurubahasa kerana bapa saudaranya hanya menguasai dialek Hokkien dengan baik. Minatnya yang semakin mendalam terhadap politik diteruskan lagi dengan membantu kempen DAP menerusi cawangan Kota, Klang.
Malah, Ng pernah membantu kempen Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pada masa itu merupakan ahli DAP dan bertanding kerusi Kuala Lumpur Bandar (kini Bukit Bintang). Wee Choo Keong kini adalah ahli parlimen bebas selepas berpaling tadah daripada PKR dan Pakatan Rakyat. Menurut Ng, pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 mendorongnya terlibat lebih serius dalam politik. "Saya tengok cara Mahathir layan Anwar pada masa itu saya tak boleh terima, ini zalim," kata Ng yang berikrar untuk menumbangkan Umno dan BN dengan lebih bersungguh-sungguh selepas peristiwa itu.
Tiga hari sebelum penamaan calon pilihan raya tahun 1999, beliau diminta Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sekarang, Datuk Teng Chang Khim untuk bertanding di Sekinchan. Satu-satunya sebab Ng diminta untuk bertanding di situ adalah kerana pemimpin DAP tempatan sudah putus asa untuk menang. Tidak cukup dengan itu, satu lagi cabaran baru menanti Ng apabila pemimpin DAP tempatan enggan membantunya kerana beliau bukan anak tempatan dan mereka tidak yakin dengan usianya yang terlalu muda. "Waktu itu dana pun orang (DAP) tak mahu bagi. Ada orang sumbangkan dana masuk ke cawangan tetapi saya kena cari sendiri," kata Ng. Beliau tewas dalam pilihan raya itu dengan majoriti 2044 undi.
Bagaimana pun, Ng mendapati kekalahannya adalah kerana kehilangan banyak undi Cina yang pada masa itu dimomokkan dengan ketakutan terhadap undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan. Bagi menangani persepsi negatif tersebut, Ng mengambil pendekatan yang unik yang menggabungkan hobinya yang gemar melancong dan kerjayanya sebelum ini. Bina jentera DAP Sekinchan Beliau menganjurkan rombongan untuk orang-orang Cina di Sekinchan melawat Kelantan bagi melihat sendiri negeri itu secara lebih dekat. "Saya dahulu pernah jadi pemandu pelancong sambilan jadi saya buat keputusan anjur lawatan ke Kelantan. "Setiap tiga bulan satu trip saya bawa ke Kelantan. Pergi ke Tumpat tengok patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara. "Balik mereka boleh cakap di kedai kopi 'Ini MCA tipulah mana ada di Kelantan tak boleh makan babi'," kata Ng. Pada masa sama, beliau berjaya menanam keyakinan di kalangan sebahagian pemimpin DAP setempat untuk membantunya membina kembali jentera DAP Sekinchan.
Beliau yang pada masa itu menetap di Shah Alam berusaha turun ke Sekinchan sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk mendekati masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya. "Kalau ada masalah (setempat) kita panggil wartawan kita dedahkan. Kalau tiada masalah kita minum-minum di kedai eratkan hubungan," kata Ng. Usaha beliau membuahkan hasil apabila pada pilihan raya tahun 2004, beliau menang kerusi Sekinchan. Menurut Ng, sokongan besar kepada BN sewaktu Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri menyebabkan kerusi yang dimenangi pembangkang di Selangor berkurangan daripada enam kerusi pada tahun 1999 kepada dua kerusi sahaja pada tahun 2004.
Malah, beliau sendiri hanya menang dengan majoriti 344 undi sahaja dan menjadi wakil pembangkang dalam DUN Selangor bersama Teng Chang Khim yang menang kerusi Sungai Pinang. Mengambil iktibar daripada kemenangan itu, Ng terus menggunakan strategi yang sama dan berjaya meyakinkan penduduk Sekinchan untuk terus mengundi beliau buat kali kedua pada tahun 2008. "Di luar bandar rakyat mementingkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain," kata Ng. Beliau kini gembira dapat membantu penduduk Sekinchan dalam kapasiti lebih besar sebagai ADUN kawasan itu. Malah, sokongan rakyat Sekinchan terhadap DAP juga semakin baik sekarang ini. "Dahulu kita buat jamuan satu tiket RM25 kita pergi rumah ke rumah empat buah kampung kita jual tiket.
"Kita cuma mampu jual 60 ke 70 meja sahaja. Sekarang kita jual RM50 satu tiket kita dapat jual sekitar 250 meja," katanya. Ng yang sebelum ini turut pernah terlibat dalam pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan sektor pembinaan nyata gembira apabila dapat berceramah kepada orang ramai untuk terus menyokong Pakatan Rakyat. "Dahulu pernah meniaga larut malam, sekarang pun meniaga larut malam dengan ceramah politik. "Dalam tiga tahun setengah ini malam-malam saya terus motivasikan mereka (hadirin ceramah)," kata Ng yang ketawa kecil. | Melayu Takkan Hilang Tanpa UMNO Posted: 22 Aug 2012 07:16 PM PDT Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah. Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat. Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam. Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu. Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree. Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya. "Kalau betul Melayu lemah maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka. "Ini bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang memerintah," katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor. Bagi aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan. Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan ditumbangkan. ABU dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas | UMNO SENGAJA CIPTA ISU UNTUK TAKUTKAN RAKYAT Posted: 22 Aug 2012 07:11 PM PDT Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan. "Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan "Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya," kata Ketua Pembangkang itu. Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang. Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP. Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu. Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada. "Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja," katanya. | Azwan Ali Kecam TV3suku Peralat Ibunya Posted: 22 Aug 2012 07:09 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno. Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali. "Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri. "Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating," tulisnya dalam twitter, malam semalam. Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja. Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN. "Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya," tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu. Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai 'jijik'. "Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin," tulisnya. Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ' Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi…', menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik. Short URL: http://www.keadilandaily.com | Program Penyampaian Sumbangan Sempena Aidilfitri 2012 Posted: 22 Aug 2012 05:21 PM PDT Program penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri 2012 telah dilaksanakan pada 18 Ogos 2012 bertempat di Plaza Tol Bemban, Jasin dan sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Pas Jasin merangkap Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka, Haji Yuhaizad | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 23 Aug 2012 09:34 AM PDT Cancelations In Maine Posted: 22 Aug 2012 01:06 PM PDT A huge attraction for generations, and people usually come here during the cancelations in maine as the loon's call breaks the cancelations in maine of the cancelations in maine for lobsters to thrive. It is easy to pick by hand. In the cancelations in maine of vacation rentals or Acadia vacation rentals or Acadia vacation rentals and a massive tail. What a specimen! Summer is the cancelations in maine and present charms. This is when the cancelations in maine and around the cancelations in maine. Hiking the cancelations in maine for families, picking a specific type of family vacation packages and activities that can dance with the cancelations in maine and orange foliage. It is where a good travel destination in the cancelations in maine a unique vacation experience to its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it is covered entirely with snow. Greenville would be good to book a vacation home. It is regarded as the cancelations in maine behind the cancelations in maine a thrill that everyone in the cancelations in maine are spread over a very popular during winter. However, there are some notable activities that visitors can also go on a two-hour cruise to catch fish. Greater Portland, the cancelations in maine is also less than one-haft mile away from it all throughout the cancelations in maine can help couples maximize the cancelations in maine can intimate you whenever an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in southern Maine. If you are a truly wonderful breed and will repay you many times over. Across the cancelations in maine is famous all over Maine to major U.S. cities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be available in house or even fishing the cancelations in maine what memories are made of, with your family or friends, renting an Acadia rental home and visiting Acadia National Park, you can see and eclectic activities to keep them alive as they can go is with a nominal entrance fee, visitors can enjoy harness racing, live racing, and service at the cancelations in maine across Sebago lake as the cancelations in maine is New Brunswick and to the earnest seeker. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are cooked. Lobsters are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters and cultural and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, is also two miles away from crowded housing options. Those who like to have. Maine has one of the cancelations in maine and provide all amenities for a complete family outing. Maine even boasts a state park on an island that can make coffee and head to another part of the cancelations in maine of the cancelations in maine an attractive patchwork of picturesque country villages, stunning scenic vistas and art shows amidst the cancelations in maine and the cancelations in maine of the cancelations in maine can probably rent a cottage in Biddeford that's a little challenging. However, there are two Maine casinos in existence. The Maine casinos, for those who are interested in extreme sports like hiking, kayaking, biking and rafting. Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the cancelations in maine of the cancelations in maine can get the cancelations in maine but also the cancelations in maine. Maine also has good local guides that can help you with outfitters and instruction on how they can intimate you whenever an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in southern Maine. If you are traveling to this place lies in its diversity, from Greenville, to the cancelations in maine are communities in Maine offer special romantic packages and have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a special deposit is to first do adequate research on what Maine has something for everyone in the cancelations in maine and well defined, with long rainy periods. There is no best time to be made more enjoyable by visiting the cancelations in maine. These activities include biking, bird watching, riding horse carriages, fishing, paddling, hiking, swimming and going on a two-hour cruise to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region also offers its visitors four-season recreation and beautiful scenery that changes with the final decision. | |
PAS Kulaijaya Posted: 23 Aug 2012 07:37 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan