::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 02 Aug 2012 01:04 AM PDT Syabas gagal selenggara rumah pam punca taman tiada air, kata Ronnie Posted: 01 Aug 2012 07:46 AM PDT SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu (gambar) ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan [...] | |
Idris Ahmad Posted: 01 Aug 2012 11:14 PM PDT Apa Khabar Puasa Kita? Posted: 01 Aug 2012 07:21 PM PDT Apa Khabar Puasa Kita? Idris Hj Ahmad 2/8/12 Ramadhan sudah berlalu hampir separuh. Nampaknya masa berjalan begitu cepat sekali. Semua orang merasakan terlalu pantas masa berjalan, sehingga tidak sedar bahawa puasa sudah hampir separuh Ramadhan. Benarlah ini tanda akhir zaman sebagaimana nabi SAW peringatkan . Sabda Rasulullah SAW "Tidak berlaku kiamat sehinggalah jarak masa menjadi dekat. Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu. Seminggu seperti sehari. Sehari seperti sejam. Sejam seperti api yang menyambar bahan bakar". Cuba kita bayangkan dulu jika kita berpuasa memang terasa begitu lama. Sekarang sebaliknya. Ini adalah petanda dunia sudah tua, ia akan menemui ajal yakni kiamat. Bagi kita ahli Pas rebutlah peluang Ramadhan yang masih berbaki, terutama di malam sepuluh terakhir bagi merebut Lailatul Qadar. Perbanyakkan berdoa kerana ia adalah senjata mukmin yang paling kukuh untuk menghadapi cabaran masa depan. Mohonlah kepada Allah agar Allah berikan kekuatan Iman dan istiqamah dan kemenangan kepada perjuangan Islam di negara ini. Beberapa perkara yang boleh kita muhasabah diri kita apabila separuh Ramadhan berlalu. Apakah ada peningkatan amal kita di dalam amalan sunat kita di dalam bulan Ramadhan ini. Jika tidak, cepat-cepat perhebatkan, kerana masih ada peluang. Ramadhan ialah bulan ibadah. Semua amalan digandakan oleh Allah yang maha pemurah kepada kita. Sebagaimana Nabi SAW bersabda "Siapa yang melakukan satu fardhu digandakan sampai tujuh puluh fardu, siapa yang melakukan amalan sunat, maka ia menyamai satu fardu". Ayuh jangan lepaskan peluang ini. Perbanyakkan amalan sunat kerana ia menampung kekurangan amalan fardu yang kita lakukan selama ini. Solat tarawih jangan diabaikan. Tidak kiralah berapa kita mahu amalkan dari segi bilangan rakaat. Tidak perlu perbesarkan soal bilangan rakaat, kerana ia hanya sunat muakkad. Kesemuanya ada hujah masing-masing. Tidak perlulah polimik bilangan ini dibawa ke dalam jamaah sehingga membawa kepada masam muka di kalangan ahli jamaah. Perkara yang sudah lama dibincang sejak dahulu lagi. Apa yang penting ialah kita buat. Bukan perkara bilangan yang hendak kita polimikkan. Tidak ada makna jika perkara ini diperbesarkan sedangkan masalah Islam dihina, hukum Allah diketepikan, penindasan dan ketidak adilan berluasa di dalam masyarakat. Apa yang penting, biarlah ruh tarawih dihayati oleh kita semua. Tidak ada makna jika buat lapan atau dua puluh, tetapi ruhnya hilang. Biarlah buat dengan tenang dan tertib. Imamnya membaca dengan keadaan tartil dan tenang. Janganlah kita sebagai pejuang Islam sibuk hendak mencari imam yang cepat habis solat. Tidak elok sangatlah kita jika kita bersikap sedemikian. Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja, tidak seperti ibadah lain setiap hari dan sepanjang bulan. Siapa boleh jamin kita mampu bertemu lagi di bulan Ramadhan akan datang. Berapa ramai kenalan, ahli keluarga, jiran kita yang tidak diberi peluang oleh Allah untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Mungkin tahun depan kita juga tidak sempat bertemu Ramadhan. Oleh itu anggaplah Ramadhan ini terahir kepada kita. Azamlah terbaik untuk Ramadhan pada kali ini. Bagaimana pula dengan al-Quran? Sudah berapa juzuk dihabiskan?. Mesti berazam supaya al-Quran dapat dikhatamkan. Amat memalukan kita sebagai ahli Pas terutama yang bertaraf pemimpin daripada pusat sehingga cawangan jika tidak mampu menghabiskan al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Apa makna al-Quran menjadi rujukan parti, jika kita tidak membaca. Ketika masyarakat menolak kandungan al-Quran, jangan pula kita sebagai pejuang agama Allah tidak membaca al-Quran. Kerana membaca al-Quran adalah ibadah yang terbaik. Sebagaimana nabi SAW bermaksud "Sebaik-baik ibadah ialah membaca al-Quran" Sesibuk mana sekalipun al-Quran tidak boleh disampingkan. Kita mampu habiskan al-Quran di dalam Ramadhan jika disiplinkan diri. Kebiasaan satu juzuk mempunyai 10 helai. Jika setiap waktu sebelum dan selepas solat sehelai insyaAllah, lima waktu dapat satu juzuk. Ertinya jika sebulan dapat khatam al-Quran. Alhamdulillah kebanyakan masjid di kendalikan oleh orang yang minat dnegan Islam akan mengadakan tazkirah. Ini merupakan langkah yang bijak untuk proses pencerahan ilmu di dalam masyarakat. Kesempatan ini diambil dengan kehadiran mereka yang tidak berapa jinak dengan masjid. Selalunya akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. Cuma perlu ada kebijaksanaan untuk menghuraikan isi tazkirah yang membangkit kesedaran beragama dan rasa ingin kepada akhirat. Biarlah masanya jangan melebihi 30 minit, isinya tepat dan padat. Bagi ahli Pas jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat motivasi dan maklumat yang membolehkan kita istiqamah di dalam perjuangan berlandaskan ilmu. Penuhilah dan renunglah butir-butir mutiara yang dikeluarkan oleh pentazkirah agar ia boleh menghidupkan hati supaya terus bersinar di dalam diri kita. Ambillah peluang untuk sama-sama bangun dan bermunajat kepada Allah terutama di waktu dini hari (sahur) kerana ia adalah waktu yang mustajab Allah perkenankan permintaan hambanya. Perjuangan kita amat kritikal kehadapan. Musuh tidak akan biarkan kita meraih kemenagan dengan permaidani merah, mereka akan buat apa sahaja asalkan cita-cita mereka tercapai. Soal moral, dosa, pahala, syurga, neraka bukan perhitungan mereka. Mereka sudah buta hati dan hilang rasioanal. Apabila dunia sudah beraja di hati, maka agama diketepikan di dalam tindakan mereka. Maka Allahlah yang mesti dijadikan tempat pengaduan kita, dan penyerahan yang bulat kepadanya. Tidak ada kuasa yang akan dapat menandingi kuasa Allah. Firaun, Namrud, Haman megah dengan kuasa akhirnya tersungkur dengan kehendak Allah SWT. Filed under: Tarbiyyah | RAMADHAN MERASAI KEPERITAN ORANG SUSAH Posted: 01 Aug 2012 07:20 PM PDT RAMADHAN MERASAI KEPERITAN ORANG SUSAH Idris Hj Ahmad 26/7/12 Ibadah puasa ialah ibadah yang tidak diberi apa-apa keistimewaan pada pelakunya. Samaada ia kaya atau miskin tanggungjawab berjalan sama rata, tidak ada unsur pilih kasih. Jika ibadah lain kita boleh lihat ada tempat VVIP (orang kenamaan)diberi layanan istimewa untuk mengerjakan solat, walaupun datang lewat daripada orang awam. Begitu juga ibadah haji, semakin hilang ruhnya, apabila orang kenamaan bertawaf mereka dikawal, tidak perlu berhimpit seperti orang biasa. Ia berlainan dengan ibadah puasa semuanya kena menahan makan dan minum daripada masuk waktu subuh hingga tenggelam matahari. Tidak ada siapa yang berpuasa ia diberi keistimewaan. Semuanya merasai kelaparan tidak kira apa darjat sekalipun. Inilah ibadah puasa yang mempunyai hikmah yang tersendiri, hanya Allah lebih mengetahui daripada segalanya. Puasa memberi keinsafan kepada mereka yang kaya dan mempunyai limpahan rezki bahawa inilah kelaparan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin perut kita berkeroncong dalam jangka masa 8 jam sahaja, kemudian sewaktu berbuka kita dilimpahi dengan nikmat dan juadah yang berbagai rasa. Sedangkan ada di kalangan saudara kita samaada di dalam atau di luar negara, mereka masih berlapar walaupun azan mahgrib berkumandang di udara menandakan waktu berbuka sudah bermula. Pada mereka berpuasa dengan tidak berpuasa sama sahaja. Kelaparan terhadap saudara kita di Rohingya, Syria, Plestin dan ada sebahagian kecil saudara kita di negara kita. Maka perkara ini kita tidak boleh terlepas pandang begitu sahaja. Puasa memberi tarbiah kepada kita sebagai ahli gerakan Islam mengenai penderitaan orang yang kurang bernasib baik. Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW "Siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan saudaranya maka ia bukan di kalangan kami" Rasulullah s.w.w bersabda, yang bermaksud: "Tidak patut dinamakan beriman, orang yang tidur malam dalam keadaan kenyang sedang jiran yang berada berhampirannya dalam keadaan lapar, sedangkan ia mengetahuinya." (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi) Hadis ini mengigatkan kepada kita tentang Islam bukan agama yang hanya penting diri tanpa mengambil berat mengenai masalah orang lain. Ini menunjukkan Islam ialah agama yang memastikan hubungan dengan Allah dan manusia. Perkara ini mesti seimbang, maka cacat seorang yang hanya baik dengan Allah tetapi tidak baik hubungan dengan manusia. Ramadhan amat menggalakkan kita yang bersedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ini adalah amalan Rasulullah SAW yang memang seorang pemurah, tetapi di bulan Ramadhan baginda lebih pemurah. Kita bersedekah yakni dengan membelanjakan harta di jalan kebajikan untuk menuntut keredaan Allah SWT dan mendapat pahala. Firman Allah SWT Ertinya "Dan segala apa yang kamu belanjakan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kamu hanya membelanjakan itu hanya untuk menempa keredhaan Allah, dan segala apa yang kamu belanjakan itu akan dibalas kepada kamu, sedangkan kamu tidak akan dirugikan:" (Al-Baqarah. 272). Kehadiran Ramadhan ,tarbiahlah diri kita supaya menambah kegemaran untuk bersedekah, maka rugilah orang yang tidak memikirkan anjuran Allah untuk bersedekah sehingga dibiarkan sifat kikir itu menguasai dirinya dan ia merasa sayang hendak mensedekahkan suatu kelebihan harta yang terdapat di dalam dirinya . Kadang kala sampai zakat pun dia abaikan kerana terlalu kikir. Nauzubillah. Peringatan baginda mengenai perkara ini perlu diambil iktibar. Sabda Rasulullah SAW "Setiap matahari terbit, melainkan telah ada dua Malaikat disebelah kanan dan kiri, yang satu menyeru Ya Allah! Ya TuhanKu! ,kurniakanlah ganti terhadap orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Yang lain pula : Ya Allah! Ya Tuhanku, berilah kemusnahan terhadap orang yang menahan hartanya". Yakinlah bahawa doa Malaikat itu mustajab. Orang yang menahan hartanya atau pun kikir untuk membelanjakan di jalan kebajikan miskipun hartanya tidak binasa secara zahir , tetapi hakikatnya ia binasa juga , kerana tidak dimanfaatkan oleh orang untuk kepentingan akhirat mahu pun dunia. Di dalam erti kata yang lain hartanya hilang keberkatan. Jadilah diri kita orang yang mengambil berat mengenai orang miskin, kerana mereka adalah orang yang cukup sensitif di dalam masyarakat. Mereka tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Orang kaya selalunya jiwa mereka besar berbanding dengan orang miskin. Orang kaya, dia tidak kisah jika orang lain tidak mengambil berat masalah mereka. Sejarah terpahat, Nabi SAW merupakan orang yang cukup mengambil berat mengenai orang susah dan kadang-kadang baginda makan bersama-sama orang miskin. Mana-mana pemimpin yang mengambil berat kepada orang susah dan berusaha untuk memberi kelapangan hidup kepada mereka ini adalah kayu ukur ia seorang pemimpin yang prihatin kepada masalah rakyat. Akhlak yang ditunjukkan oleh Saidina Umar al-Khattab yang meninjau masalah rakyat pada malam hari adalah satu contoh yang unggul tercatat di dalam lipatan sejarah. Pernah satu malam Saidina Umar bertemu dengan seorang Yahudi yang sudah tua usianya. Beliau tidak kenal Saidina Umar, maka ditanya kepada beliau berkenaan dengan kehidupan beliau. Maka Yahudi tadi memeberi tahu bahawa dulu sewaktu beliau muda beliau memberi jizyah (cukai keatas kafir zimmi), malangnya apabila ia sudah tua ia tidak lagi diperdulikan oleh Umar. Maka Saidina Umar yang mendengar ucapan Yahudi terus balik ke gudang Baitul Mal untuk mengambil makanan untuk diberikan kepada si Yahudi tadi. Ketika itu khadamnya minta untuk memikul makanan untuk dibawa kepada Yahudi. Saidina Umar menjawab apakah di akhirat nanti kamu akan memikul dosa aku?. Saidina Umar merasa beliau zalim kepada Yahudi tadi, kerana sewaktu muda beliau memungut jizyah sedangkan sewaktu beliau tua maka dia tidak diperdulikan. Mutaakhir hari ini apabila Dr Mursi yang baru memenangi kerusi Presidein Mesir dengan undian sebanyak 13,230,131 mewakili 51.7 peratus dengan majoriti 882,751 undi ke atas lawannya Ahmad Syafiq yang memperolehi undi sebanyak 12,347,380 undi mewakili 48.3 peratus. Beliau telah mendekati orang miskin di Mesir. Tidakan beliau telah menaikkan lagi sokongan rakyat Mesir terhadap kepimpinan beliau. Rakyat Mesir yang berjumlah 85 juta, 40 juta hidup di dalam keadaan miskin, lebih 20 juta rakyatnya memiliki pendapatan RM60 sebulan. Filed under: Tarbiyyah | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 01 Aug 2012 07:26 PM PDT Tahukah Anda Siapa Bakal Suami Abby Abadi? Posted: 01 Aug 2012 07:55 AM PDT Riuh rendah gossip pelakon Abby Abadi akan bernikah pada Disember ini. Tetapi tahukah anda siapa bakal suami beliau???
Dalam twitternya Abby menyatakan akan bernikah pada bulan Disember nanti. Tahun 2012 atau tahun berapa tidak dinyatakan secara jelas.
Abby dengan nada bergurau menyatakan di twitter miliknya pada 1 ogos, 12:21 pagi berkaitan pertanyaan seseorang tentang soal kahwin, Insyaallah bulan 12 nanti. Cara jawapannya agak betul walaupun nada bergurau dan tahniah diucapkan.
Mengenai calon suami, Abby ada memberikan ciri-ciri bakal suami yang beliau 'terlior', katanya kalau boleh dia 'gecor' kepada ustaz. Maka yang bukan ustaz kena cepat-cepat mengaku ustaz manakala yang sudah bergelar ustaz kena mengaku jadi Tok Guru ha3. Sebelum mengaku jadi Ustaz kena pergi mengaji dahulu .........yang dah bergelar Ustaz pergilah buka kelas mengajar ..............
Namun mahukah anda tahu siapa bakal suami Abby Abadi. Siapa yang tahu silalah jawab ................saya tak tahu ...........
Jika tidak tunggulah sehingga masa yang dimaksudkan tiba ............bulan Disember itupun kalau ianya bukan gossip ....
sumber : mutaligat.blogspot.com
| Anwar: Rafizi didakwa untuk sekat pendedahan Posted: 01 Aug 2012 07:51 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya bahawa pendakwaan yang dihadapi Rafizi Ramli hari ini bertujuan untuk menghalang pengarah strategi parti itu daripada terus mendedahkan dakwaan skandal penyelewengan BN. "Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit. "Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno dan BN," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini. Anwar mendakwa, Rafizi mendapat ramai "seteru yang berkuasa" sejak membuat pendedahan mengenai projek NFC tahun lalu. Golongan ini, kata Anwar, akan menggunakan apa sahaja untuk mendiamkan Rafizi. Selangor tubuh tabung khas"Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi perdana menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh," katanya yang mengecam keras tindakan ke atas Rafizi. Kecaman sama turut disuarakan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali yang mendakwa Umno dan BN terdesak sehingga mengheret Rafizi ke mahkamah atas dakwaan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan itu kerana mendedahkan skandal NFC. "PKR percaya Umno dan BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat," katanya dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor turut menyatakan sokongan kepada Rafizi dengan menyatakan dana khas bagi membiaya kos guaman bekas ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor itu. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, langkah itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri untuk membanteras rasuah. "Tindakan terhadap saudara Rafizi membuktikan bahawa komitmen kerajaan BN terhadap ketelusan dan pertanggungjawaban yang diuar-uarkan oleh perdana menteri ternyata hanya janji kosong," katanya. | Rafizi, kami mendoakan kesejahteraan saudara Posted: 01 Aug 2012 07:51 AM PDT
Penahanan Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, pagi ini tidak memeranjatkan saya kerana tanda-tanda yang pentadbiran Najib akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada kepada beliau untuk menekan orang seperti Rafizi. Bagi UMNO dan pimpinan BN Rafizi itu bersalah kerana membocorkan rahsia kecurangan yang berlaku di dalam kerajaan. Rafizi dituduh di bawah seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 di mahkamah seksyen Shah Alam pagi tadi. Bersama dituduh ialah Johari Mohamad, pegawai dari Public Bank, kerana bersubahat dalam kes ini. Rafizi memang sentiasa berada di dada media dengan pembongkaran-pembongkaran yang melibatkan salahguna wang dan harta rakyat yang berlaku di dalam kerajaan pada masa kini. Kita tidak menafikan jika ada akta yang boleh membawa Rafizi ke mahkamah, tetapi apa yag dibongkar oleh Rafizi itu sememangnya isu yang melibatkan wang dan harta rakyat yang sedang dirompak oleh pihak yang diberi mandat oleh rakyat selama ini. Pembongkaran yang dilakukan oleh Rafizi telah menambah maklumat yang sebenarnya yang sepatutnya diketahui oleh umum sebagai empunyai negara ini. Pembongkaran oleh Rafizi sejak akhir-akhir ini membuatkan kerajaan BN yang sedang dalam keadaan 'desperado' menjadi 'defensive' dan banyak isu yang di bongkar oleh Rafizi tidak mendapat jawapan dan respons yang memuaskan banyak pihak. Penahanan Rafizi awal pagi tadi menjadi berita hangat di pasaran politik negara dan di mana-mana rakyat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap isu penangkapan itu. Apa yang jelas kita dengar ialah persepsi rakyat terhadap BN bertambah merudum dan mengambil pandangan yang penangkapan itu merupakan salah satu dari tindakan BN untuk mempertahankan kuasa yang kian hari kian menjelaskan kemungkinan besar kuasa kerajaan akan berpindah tangan. Kesalahan Rafizi, jika ada pun, akan tetap memberikan impak negatif yang besar terhadap pihak kerajaan. Jika Rafizi melakukan kesalahan dengan pembongkaran itu, tetapi kenyataannya tetap menyatakan yang apa yang dibongkar oleh beliau itu ada perkara yang benar-benar berlaku dan memudaratkan negara dalam jangka masa yang panjang. Penahanan dan tuduhan terhadap Rafizi tetap merupakan pengorbanan peribadi yang terpaksa beliau lalui semata-mata untuk mencari kebenaran. Bagi saya penahan dan tuduhan terhadap beliau itu akan memberikan semangat kepada rakyat ramai untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengharungi ranjau-ranjau yang kita terpaksa lalui untuk meruntuhkan 'hagemony' UMNO dan BN yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan perjuangan rakyat untuk membina negara yang maju dan kehidupan rakyat yang harmoni di antara semua kaum buat selama-lamanya. Kepada Rafizi, saya bagi pihak keluarga saya keseluruhannya, mengucapkan syabas di atas pengorbanan beliau dalam perjuangan kita dan saya berharap beliau akan tetap bersabar menempuh segala halangan yang diletakkan di hadapan beliau selama ini. Saya yakin Rafizi tidak akan gentar dan akan terus memberikan tugas untuk melakukan anjakan dan peralihan dalam politik negara yang sekarang sedang bersedia untuk menempuh perubahan yang akan berlaku buat kali pertamanya sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu. Rafizi mesti mengetahui yang saudara mendapat sokongan ramai yang sentiasa berdoa saudara akan bertambah gigih untuk mencari kebenaran. Sokongan kerajaan negeri Selangor seperti yang diumumkan oleh TS Khalid Ibrahim petang tadi amat menggembirakan orang biasa seperti saya di bawah ini. TS Khalid pastinya memahami apa yang dihadapi oleh Rafizi kerana beliau sendiri (TS Khalid) juga sedang menghadapi serangan yang tidak bermoral politiknya dari pihak BN sekarang ini. Janji kerajaan Selangor untuk membayar segala kos guaman Rafizi itu sangat-sangat saya sanjungi. Kita semua tahu di negara ini yang memberikan maklumat terhadap kemungkaran pihak berkuasa merupakan pihak yang salah, tetapi kepada mereka yang melakukan segala kemungkaran terhadap rakyat dan negara sentiasa mendapat perlindungan dari kuasa yang ada di tangan mereka. Itu pun sebabnya menukar kerajaan adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menghapuskan segala kemungkaran politik dan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak BN tanpa had sekarang ini. Kita mesti mengetahui yang rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 01 Aug 2012 07:16 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 01 Aug 2012 07:16 PM PDT Sistem Giliran Tabung Haji Perlu Dikaji Semula Posted: 01 Aug 2012 03:07 AM PDT GILIRAN UNTUK MENGERJAKAN HAJI TIDAK MUNASABAH? Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 400 imam serta pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), akan ditawarkan tempat untuk mengerjakan ibadah haji di bawah penajaan 1 Malaysia Development Berhad. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih ramai imam dan pengerusi JKKK berpeluang mengerjakan haji di Mekah pada musim ini berbanding hanya seramai 111 orang tahun lalu.
Kalau difikirkan ini jelas menunjukkan kemungkinan besar PRU ke13 tidak akan diadakan pada musim haji pada tahun ini. Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang dapat menunaikan Haji tanpa perlu menunggu terlalu lama seperti pendeposit Haji yang lain. Bagi mereka yang mendaftar dengan Tabung Haji yang terpaksa menunggu giliran terlalu lama untuk menunaikan fardhu Haji semoga mereka sabar menanti giliran mereka.
Baru-baru ini kita ada menerima keluhan dari orang ramai yang mempersoalkan mengapa mereka yang mendaftar untuk mengerjakan haji dengan Tabung Haji terpaksa menunggu terlalu lama sampai 10 tahun atau lebih mengikut kuota yang ada, sedangkan ada pula pihak tertentu dapat pergi mengerjakan haji tanpa perlu menunggu giliran.
Sebagai contoh, apabila pihak kerajaan dengan mudah memberi kuota kepada 400 orang tertentu menunaikan Haji tanpa perlu mengikut giliran seperti mana mereka yang berdaftar dengan Tabung Haji, sedangkan para deposit yang berdaftar terpaksa menunggu lama, keluhan seorang pengadu kepada pihak kami.
Bagaimana pula dengan nasib orang-orang tua dan mereka yang sudah lama mendaftar yang mungkin mengambil masa yang terlalu lama untuk menanti giliran mereka untuk menunaikan fardhu haji ke Makkah disebabkan kuota mereka telah diambil oleh pihak tertentu?
Memang Tabung Haji ada memberi kelonggaran kepada bakal-bakal Haji yang telah mendaftar untuk menunaikan fardhu Haji tetapi belum lagi terpilih, dibolehkan membuat rayuan untuk menunaikan fardhu Haji. Perkara ini belum lagi dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sudah lama menunggu giliran mereka yang belum pernah mengerjakan Haji sekiranya terlalu ramai orang membuat surat rayuan disamping ada golongan yang kaya yang sudah banyak kali mengerjakan Haji dengan mudah mengambil tempat kekosongan bagi mereka yang masih kurang berkemampuan.
Kita sarankan kepada Tabung Haji agar memberi peluang dan keutamaan kepada warga emas dan kepada mereka yang belum pernah menunaikan Haji pergi dulu sebelum memberi peluang kepada mereka yang sudah banyak kali pergi menunaikan Haji di Makkah. Bagi mereka yang sudah melaksanakan fardhu Haji berulang kali boleh melakukan sekali lagi sekiranya ada kekosongan tapi berilah keutamaan kepada pendeposit yang belum pernah pergi menunaikan fardhu Haji.
Oleh kerana kewajiban menunaikan fardhu Haji hanya sekali seumur hidup, kita sarankan Tabung Haji perlu memberi peluang kepada mereka yang belum pernah menunaikan Haji. Kita juga menyarankan kepada golongan yang kaya dan berkemampuan agar dapat memberi bantuan kewangan kepada golongan warga emas yang miskin yang tidak cukup pembelanjaan untuk menunaikan Haji. Adalah lebih baik bersedekah atau menderma wang kepada golongan yang kurang berkemampuan daripada mengerjakan Haji berulang kali.
Kita tidak mahu disebabkan oleh kepentingan pihak tertentu, mereka yang sepatutnya pergi terpaksa menunggu lebih lama lagi kerana giliran mereka sudah diambil atau diisi oleh mereka yang tidak sepatutnya pergi. Kita mahu perkara ini diberi perhatian serius oleh pihak yang berwajib agar tidak berlaku diskriminasi terhadap golongan yang lemah dan tidak mempunyai kuasa dalam soal kuota Haji ini.
Kita harap pihak Tabung Haji dapat mengkaji semula cara yang terbaik untuk memberi peluang kepada mereka yang terpaksa menunggu terlalu lama untuk menunaikan Haji disebabkan kuota yang dihadkan kepada setiap negeri.
Kita tidak ingin hendak menyalahkan mana-mana pihak dalam soal ini tapi cubalah kita cari jalan penyelesaian yang terbaik agar semua pihak puas hati dengan cara pengurusan kuota Haji, terutama sekali kepada para pendeposit Haji yang ingin menunaikan fardu Haji tanpa perlu menunggu terlalu lama disebabkan hak mereka telah diambil oleh pihak tertentu.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version A QUEUE TO PERFORM HAJ IS NOT REALISTIC? Recently, the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak announced that 400 Imams and the chairman of the village development and security committee (JKKK) will be offered a place for pilgrimage under the sponsorship of 1Malaysia Development Berhad. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said, more Imams and the chairman of the JKKK have a chance to perform the Hajj in Makkah this season compared to only about 111 people last year. "
If you think this clearly shows the 13th general election likely will not be held on the Hajj season this year. We congratulate those who can perform the Hajj without having to wait too long as other Hajj depositors. For those who register with the Tabung Haji who had to queue for too long to perform Hajj may they patiently waited for their turn.
Recently we have received a complaint from the public who questioned why those who sign up for pilgrimage with Tabung Haji have to wait too long until 10 years or more according to the quota existing, whilst there were certain parties can go on pilgrimage without having to take turns.
For example, when the government simply gives a quota to 400 particular people perform the Hajj without the need to follow in turn as they are registered with Tabung Haji, while the registered deposit have to wait a long time, sigh a complainant to us.
How about the plight of the elderly and those already registered that may take too long to wait for their turn to perform the pilgrimage to Makkah because of their quota has been taken by a third party?
Indeed the Tabung Haji have given flexibility to potential pilgrims that have registered for the pilgrimage, but not yet selected, is allowed to appeal for pilgrimage. This matter has not been able to resolve the problems faced by those have been waiting for their turn who had never perform Hajj if too many people making an appeal letter as well as some wealthy groups which have many times perform Hajj easily take the place of emptiness for those who were less fortunate.
We suggest that the Tabung Haji to give opportunities and priorities to senior citizens and to those who have not performed Hajj going first before given chance to those that has many times go to perform the Hajj to Makkah. For those who already perform the obligatory of Hajj frequently can do this again if there are available, but give priority to depositors who have never gone on the pilgrimage.
As the pilgrimage obligation only once in a lifetime, we suggest that the Tabung Haji should give priority and opportunity for those depositors who have not performed Hajj. We also suggested to the wealthy and fortunate to be able to give financial assistance to the poor senior citizens that has not enough financing for Hajj. It is better to give alms or donate money to the less fortunate than perform Hajj repetitively.
We do not want due to the interests of certain parties, those who supposed to go have to wait much longer because their turn have been taken or filled by those who should not go. We want this to be taken seriously by the authorities to prevent discrimination against those who are weak and have no power in terms of this Hajj quota.
We hope the Tabung Haji will review the best ways to give opportunity to those who have to wait too long to perform the Hajj because of the limited quota of each state.
We do not want to blame any party in this matter but let us look for the best solution so that all parties satisfied with Hajj quota management, especially to Hajj depositors who wish to perform the Hajj without having to wait too long because their rights have been taken by certain parties. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 01 Aug 2012 01:27 PM PDT |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 01 Aug 2012 11:43 AM PDT Kerajaan Selangor sedia biayai kos guaman Rafizi Posted: 31 Jul 2012 11:47 PM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bersedia membiayai kos guaman bagi membantu bekas CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Mohd Rafizi Ramli ekoran dakwaan ke atas beliau berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi tadi menyelar tindakan penahanan tersebut selepas Rafzi mendedahkan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin Umno-BN termasuk Projek Tambahan LRT Ampang. "Insya-Allah, kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman Mohd Rafizi Ramli. "Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent," katanya. Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012. Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya Awal pagi tadi, menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989. Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang. Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi. Turut ditahan Johari Muhamad merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar. | Dakwa Rafizi: Sah transformasi Najib bohong Posted: 31 Jul 2012 11:47 PM PDT SHAH ALAM: PAS menyifatkan segala janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan tranformasi politik hanya cakap politik semata-mata.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang ditemui di Mahkamah Shah Alam berkata, segala janji Najib itu terbatal dengan hanya tindakan pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini.
"Kes pendakwaan hari ini membuktikan segala janji kerajaan di bawah Najib dalam membawa perbaharuan selaras dengan demokrasi semuanya terbatal.
"Apa yang dijanjikan oleh beliau itu hanya sekadar cakap-cakap politik Umno-Barisan Nasional sahaja," jelasnya ketiaka ditemui di Mahkamah Shah Alam hari ini.
Beliau yang hadir memberi sokongan kepada Rafizi berkata, sempena bulan Ramadhan ini sepatutnya kerajaan menggalakkan rakyat meningkatkan ibadat serta meningkat amalan kebaikan.
Namun katanya, tindakan pendakwaan terhadap individu yang menegakkan kebaikkan telah mencemar kesucian bulan Ramadhan.
"Kesucian bulan Ramadhan akhirnya tercemar apabila tiba-tiba orang yang ingin membawa perubahan kebaikan dalam menonjolkan penyelewengan dan rasuah akhirnya didakwa.
"Pendedahan penyelewengan dilakukan kerana ia melibatkan ratusan juta wang rakyat dan wang negara namun kerajaan di bawah Najib tetap meneruskan pendakwaan," katanya.
Kamaruddin turut menyatakan, ini bukti yang jelas bahawa semua rakyat mesti memahami bahawa kerajaan di bawah Najib seperti mahu melindungi mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah serta penyelewengan.
"Kita melihat tidak ada sedikit pun unsur-unsur yang dilakukan oleh Najib dalam mengambil tindakan serta menghukum mereka yang melakukan jenayah terutamanya rasuah walaupun bukti yang jelas telah didedahkan.
"Malah Najib masih lagi mahu melindungi mereka-mereka ini serta memberi peluang untuk mereka-mereka yang terlibat membersihkan nama," tambahnya.
Beliau yang ketika ditanya tentang peluang kemenangan dalam kes hari ini memberitahu bahawa pendakwaan hari ini memberi peluang untuk melakukan pendedahan yang lebih mendalam.
"Bagi kes ini telah memberi ruang kepada kita membuat lebih pendedahan dan kita berpeluang untuk menang.
"Selain itu juga peluang kepada kita menjelaskan lagi kepada rakyat bahawa tidak ada penyelesaian terhadap masalah hari ini jika berada di bawah Umno-Barisan Nasional kecuali melakukan perubahan melalui pilihanraya umum yang akan datang," tegasnya. | Qaryah Ramadhan Malam Yang ke 12 Ramadhan. Posted: 31 Jul 2012 11:46 PM PDT | NFC: Usaha Rafizi patut dipuji tetapi dihukum Posted: 31 Jul 2012 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR: DAPSY mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan akaun kewangan berkenaan National Feedlot Corporation (NFC) pada pagi ini. Ketuanya, Loke Siew Fook (gambar) berkata, tindakan pendakwaan terhadap Rafizi yang membongkarkan skandal kewangan NFC memberikan mesej yang salah kepada rakyat Malaysia bahawa pemberi maklumat yang membantu memerangi rasuah adalah sesuatu yang salah dan perlu dihukum. Menurutnya, pendakwaan tersebut juga bertentangan dengan semangat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang diluluskan Parlimen yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang berani tampil memberikan kerjasama dan bukti dalam kes-kes rasuah. "Ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib langsung tidak serius dalam usaha memerangi rasuah dan segala slogan transformasi kerajaan adalah janji-janji kosong," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, Rafizi sepatutnya dipuji kerana kelantangan dan keberaniannya membongkarkan skandal kewangan NFC dan membantu usaha ke arah sistem pentadbiran yang lebih telus dan bersih. "Namun, peranan beliau bukan sahaja tidak dihargai tetapi dihukum pula dengan pendakwaan yang dihadapinya sekarang," katanya lagi. Justeru, katanya DAPSY menggesa pihak Peguam Negara menimbang semula kes tersebut dan menggugurkan pendakwaan terhadap Rafizi kerana tindakan mendakwa beliau di mahkamah hanya akan menimbulkan lebih banyak perasaan tidak puas hati terhadap sistem keadilan negara kita di kalangan rakyat Malaysia. | Gambar fitnah MB Kedah dicekup SPRM tersebar Posted: 31 Jul 2012 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit. Blog http://omakkau.blogspot.com mendedahkannya. Berikut petikan daripada blog tersebut. Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah YAB Datuk Seri Azizan Razak dan Setiausaha Politiknya ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit. Wang kononnya dirampas itu telah dipamirkan kepada umum. Sila lihat cara pencacai UMNO membuat gambar yang telah diedit semata-mata mau membuat fitnah. Memperlihatkan berasa bangga apabila melakukan fitnah sedemikian rupa. LAGI DIFITNAH.. LAGI RAMAI RAKYAT AKAN BERHIJRAH. | Angaukan Selangor, Sabah pula terlepas Posted: 31 Jul 2012 11:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Dalam keghairahan untuk merampas Selangor, BN diingatkan agar tidak menjadi seperti peribahasa 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran'.
Sebaliknya BN perlu meneliti suasana politik di Sabah yang muktahir ini meniupkan gelombang perubahan pimpinan BN, sekaligus rakyat negeri di bawah bayu itu.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata BN sebelum ini begitu yakin untuk merampas Selangor, namun 'terlepas pandang' terhadap Sabah yang dianggap sebagai 'fix deposit' mereka selama ini.
"Jadi, saya nasihatkan BN agar tidak membuang masa untuk mengubah suasana harmoni di Selangor hari ini, tetapi selesaikan kemelut di Sabah hingga menyebabkan dua pimpinan BN bertindak keluar parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan keluar dari BN dan menyokong Pakatan Rakyat, baru-baru ini.
Dr. Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai itu berkata gelombang perubahan di Sabah itu bukan sahaja membabitkan kedua-dua pimpinan terbabit, sebaliknya ia juga merupakan satu gelombang rakyat.
Beliau juga menjangkakan BN tidak dapat membendung gelombang perubahan tersebut, malah yakin akan ada beberapa lagi nama lain di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan mengambil keputusan sama seperti Lajim dan Wilfred.
Ditanya sama ada suasana tersebut akan membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lagi pilihan raya, Dr. Hatta berkata ia sesuatu yang tidak mustahil.
"Kita harap, pilihan raya dipanggil segera. Tapi, perkiraan saya Najib akan mengambil masa yang lebih lama untuk berbuat demikian. Dia masih resah dan mengharapkan adanya perbalahan di kalangan Pakatan Rakyat untuk diambil kesempatan," tegas beliau lagi.
Pada 29 Julai lalu, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti dan BN berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Sabah.
Perlantikan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dibatalkan serta-merta setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Wilfred yang mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.
Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu Pakatan Rakyat memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang. | Kes Rafizi: Rakyat tambah benci pemimpin korup Posted: 31 Jul 2012 11:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini. (Rafizi bersama Dr Dzulkefly Ahmad dan N Surendran di perkarangan mahkamah hari ini) "Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss. Katanya, DPPM menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh beliau. "Tindakan ini juga seperti suatu ancaman ke atas beliau ekoran kejayaan beliau mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) serta ugutan kepada pemberi-pemberi maklumat lain supaya jangan memberi kerjasama kepada 'whistle blower' skandal pemimpin negara ini. "Malah beliau juga mempunyai siri-siri pendedahan skandal pemimpin negara yang mempunyai kepentingan terhadap projek tertentu serta terlibat dalam pelbagai penyelewengan," katanya lagi. Beliau berkata, kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakannya membocorkan maklumat. Tambahnya, tindakan Rafizi wajar dipuji kerana usahanya memastikan negara ini bebas daripada penyangak-penyangak rasuah oleh pemimpin-pemimpin negara. DPPM menegaskan, ujarnya negara ini menuju kemusnahan jika jenayah rasuah dibiarkan berleluasa manakala pemberi maklumat diambil tindakan. "Politik dendam dan hasad dengan menghukum seseorang hanya kerana individu tersebut bercakap benar adalah tindakan keji golongan yang menolak kebenaran," ujarnya. Bagi rakyat, tegasnya tindakan itu bukan melunturkan semangat mereka mahukan perubahan, malah menambah lagi sentimen kebencian mereka melihat kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri. | Rafizi dibebas dengan jaminan RM15,000 Posted: 31 Jul 2012 11:37 PM PDT SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan jaminan sebanyak RM15 ribu kepada Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad sebanyak RM15 ribu tiap seorang dengan seorang penjamin. (Kanan: Rafizi dan Johari bergari di Mahkamah Sesyen Shah Alam.) Mahkamah juga menetapkan 10 September depan bagi perbicaraan. Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan dan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan daripada pihak plantif dan defenden. Sebelum itu, peguam pihak plantif yang mewakili Bank Negara meminta wang jaminan sebanyak RM100 ribu beserta pasport antarabangsa mereka berdua ditahan. Namun, peguam defenden, N.Surendren meminta wang tersebut dikurangkan dan tidak melebihi RM5 ribu serta pasport mereka tidak ditahan. Beliau menjelaskan penahanan pasport antarabangsa tidak wajar kerana Rafizi memerlukan passport tersebut bagi urusan rasmi beliau terhadap parti yang memerlukan beliau ke luar negara. Rafizi dituduh di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Intitusi Kewangan 1989, manakala Johari pula di bawah Seksyen 112 (1)(c) juga di bawah akta yang sama, yang menetapkan hukuman maksimun 3 tahun penjara atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad bertindak sebagai penjamin kepada Rafizi, manakala Johari pula dijamin oleh abangnya. Kedua-dua mereka telah digari dan dibawa ke bilik tahanan bagi menunggu urusan membayar wang jaminan selesai. (Rafizi dan rakan-rakannya di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini) Sebelum itu, Rafizi yang ditahan di rumahnya awal pagi tadi kira-kira jam 6.50 pagi. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya. Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Mahkamah hari ini penuh dengan penyokong PKR yang hadir memberi sokongan kepada Rafizi. | Guru Kafa berkhidmat 20 tahun tapi masih kontrak Posted: 31 Jul 2012 11:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan diskriminasi terhadap guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) tidak sewajarnya berlaku kerana sumbangan mereka bukanlah satu usaha yang boleh dipandang remeh. (Para pelajar Kafa yang perlu mendapatkan guru yang terbaik - gambar hiasan) Sehubungan itu, DPPM meminta agar kerajaan Malaysia mengkaji dan mempertimbangkan cadangan yang telah dibuat oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sejak 16 Mei 2009 lagi sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang meminta agar 33,000 guru (Kafa) diserap ke jawatan tetap supaya kebajikan guru-guru Kafa lebih terbela. "Pada masa ini guru Kafa di Malaysia berkhidmat secara kontrak. Mengambil kenyataan daripada Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, pihak beliau telah menerima banyak rungutan dan keluhan berhubung isu taraf jawatan kontrak dan kebajikan guru Kafa yang tidak terbela," kata Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Malah, katanya terdapat juga aduan yang menyatakan mereka telah berkhidmat selama lebih daripada 20 tahun tetapi secara kontrak. "Perkara ini sewajarnya diberikan perhatian oleh pihak kerajaan," ujar Khairul Faizi (gambar kanan) dalam satu kenyataan. Bahkan, tambah beliau lebih teruk kerana ada guru Kafa yang tidak disambung kontrak perkhidmatannya sedangkan dirinya dibebani dengan pelbagai jenis ansuran seperti kenderaan atau rumah yang perlu mereka jelaskan. Katanya lagi, diskriminasi terhadap guru Kafa tidak sewajarnya berlaku kerana sumbangan mereka dalam memberi pendidikan dan pembentukan generasi rabbani dan madani bukanlah satu usaha yang boleh dipandang remeh dan kecil. Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas keperihatinan mereka terhadap masalah yang melanda guru Kafa di negeri tersebut. Tambahnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilihat konsisten dalam membantu untuk meringankan bebanan guru-guru Kafa terutama apabila kerajaan pusat mengumumkan "duit raya" kepada penjawat-penjawat awam. "Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan lebih RM500 ribu sebagai bonus kepada guru-guru ini. "Terkini pada tahun 2012, sebanyak RM RM3.9 juta telah diperuntukkan untuk pemberian bonus hariraya Aidil Fitri kepada penjawat awam dan guru Kelas Fardhu Ain (Kafa) seluruh negeri itu mulai 9 Ogos depan," ujarnya. Beliau berkata, bagi membela kedudukan dan masa depan guru-guru Kafa, kerajaan perlu menyerapkan mereka ke dalam jawatan tetap. "Tindakan kerajaan ini akan dilihat bijak bahkan seolah-olah hadiah istimewa buat mereka yang telah berkhidmat lama di dalam bidang ini terutamanya," katanya. Tambahnya lagi, bukan sahaja kehidupan mereka lebih terjamin bahkan mereka juga dapat memberikan perhatian yang lebih di dalam pengajaran mereka. "Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia, kami bersedia untuk menerima apa jua pandangan dan keluhan yang sedang menimpa guru-guru Kafa pada masa ini kerana kami percaya bahawa banyak lagi isu yang perlu diberikan perhatian terhadap guru-guru ini," katanya. | Rakyat perlu celik mata isu genosid Rohingya Posted: 31 Jul 2012 11:37 PM PDT Rakyat Malaysia digesa untuk mencelikkan mata melebarkan telinga terhadap isu genosid yang melanda kaum Rohingya di Arakan. Sejak 3 Jun yang lalu selepas satu kontroversi gadis Burma yang dituduh dirogol oleh 3 lelaki Rohingya di Sittwe Myanmar, walaupun tanpa bukti dan perbicaraan, puluhan ribu nyawa Rohingya telah melayang tanpa harga. Mereka secara mendadak menerima lonjakan genosid semula walaupun sebelumnya kelihatan mulai reda sejak sinar demokrasi dikatakan kian muncul di negeri Buddha tersebut. Mereka mengalami bentuk genosid atau penghapisan jejak bangsa yang cukup dahsyat, dikepung, tiada muamalah jual beli dibenarkan, dibunuh oleh orang awam Buddha dengan lesen wewenang diberikan oleh tentera Burma serta aktiviti pemerkosaan yang cukup sadis. Rakyat Malaysia juga digesa menyokong tindakan pro-aktif yang dijalankan oleh Mapim sebuah ikatan NGO-NGO Islam Malaysia yang ke Myanmar 1 Ogos 2012. Menurut Setiausaha Agung Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, antara agenda pertemuan itu ialah untuk mendesak Presiden Thein Sein membenarkan misi kemanusiaan masuk ke Myanmar untuk membantu pelarian Rohingya tanpa gangguan ala barbarian seperti misi Mavi Marmara suatu ketika dahulu ke Palestin. Mereka juga akan berjumpa dengan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan Aung San Suu Kyi bagi membincangkan isu yang sama memandangkan ikon demokrasi itu telah berkempen sekian lama isu kemanusiaan dan kebebasan. Lebih bermakna, Mapim akan membawa surat daripada para sami Buddha di Alor Setar yang menolak keganasan dan kezaliman kerana ia bercanggah dengan semangat ajaran Buddha. Sebelum ini Mapim dan Persatuan Ulama' Kedah telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Sami Buddha Malaysia iaitu Ketua Wad Nikhotaram En Ai Lap a/l Tim di Wad Buddha di Alor Setar , Kedah dalam rangka memohon pemimpin agama itu mengadakan perbincangan bersama ketua-ketuanya yang lain mengenai isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar. Sebenarnya Aung Syu Kyi telah dihubungi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui panggilan telefon sejurus selepas Mapim mengutus surat untuk menggesa pemimpin itu bertindak atas isu genosid ini. Sebelumnya Mapim telah menghantar surat kepada OIC, ASEAN, Setiausaha PBB, malah kepada Perdana Menteri Malaysia tetapi bagaikan anjing menyalak bukit. Tiada respons! Malah yang menjadi kemarahan rakyat Malaysia yang prihatin adalah apabila usul mengenai kezaliman ini dibawa oleh Datuk Kamarudin Jaafar ke dalam parlimen ia ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia atas alasan tidak penting dan tdak relevan! Adakah nyawa umat islam di luar sana tidak penting sehingga berdiskusi pun dianggap membuang masa oleh kerajaan yang mengaku hebat di mata dunia Islam? Lebih menyedihkan, saat usul itu ditolak, telah 29,000 nyawa Rohingya melayang di Myanmar sejak 3 Jun 2012 yang lalu. Perhatian isu ini secara teliti. Bayangkan jika Gaza dikepung da dibedil, sekurangnya mereka memiliki roket dan kerajaan HAMAS yang tegar menyerang balas. Rohinga tiada senapang malah tiada pedang pun untuk mempertahankan nyawa mereka. Mereka disembelih hidup-hidup! Mereka tiada doa daripada umat islam selazim yang diterima oleh pejuang Chehnya, Afghanistan dan Palestin. Mereka tiada pengenalan diri, kad identiti sehingga mereka dianggap tidak wujud dalam sejarah bangsa. Sekalipun rakyat patani dihimpit, mereka masih boleh bersekolah dan bebas ke bumi Malaysia, sedangkan Rohingya bakal menerima maut jika menyeberangi sungai sempadan ke Bangladesh. Bersama kita doakan misi Mapim ke sana serta menantikan kejayaan kapal pertama yang bakal mengangkut bantuan ke Arakan melalui jalan laut insya Allah. | NFC: Rafizi ditahan di bawah Bafia Posted: 31 Jul 2012 07:16 PM PDT SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi ini menjelaskan pihak polis datang kerumahnya kira-kira jam 6.50 pagi tadi. "Pihak polis dan juga pegawai Bank Negara datang ke rumah saya pagi ini kira-kira jam 6.50 pagi. "Lebih kurang 10 orang pegawai yang datang iaitu lima daripadanya adalah pegawai dari Bank Negara," jelasnya. Tambahnya lagi, beliau ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA). "Selepas ditahan, saya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang untuk buat laporan polis berhubung penahanan saya sebelum dibawah ke mahkmah. Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya. Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Sebelum itu turut hadir di mahkamah pagi ini adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Sementera itu, Peguam N Surendran bertindak sebagai peguam yang mewakili beliau pagi ini. | Pakatan tubuh JK pilih tema Hari Kemerdekaan Posted: 31 Jul 2012 04:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional. Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif Women's Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah. Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian. "Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR. Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak. "Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik," katanya. Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari. | Tadarrus Al Quran Dan Berbuka Puasa DPPKM bersama YB Ust Latif di Banggol Juddah Posted: 31 Jul 2012 04:48 PM PDT | Seminggu untuk Awang Adek jelas isu cek Posted: 31 Jul 2012 04:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk membuat penjelasan mengenai sebuah syarikat yang memasukkan cek bernilai RM80,000 ke akaun beliau. Cek tersebut didakwa sebagai rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Syarikat Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB). Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Awang Adek tidak memberikan sebarang respon berhubung tuduhan tersebut, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan. "Kita beri Dr Awang Adek seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar. "Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya dan bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun Awang Adek ketika beliau menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010. Pertengahan Julai lalu, DPPP mendakwa Awang Adek pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM). DPPP mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun. Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Awang Adek. "Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama. "Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang Adek tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya. Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan DPPP, Nik Abduh Nik Aziz, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Exconya Nurul Islam. | Pertama kali tema Hari Merdeka jadi perdebatan Posted: 31 Jul 2012 04:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, 55 tahun adalah umur yang memerlukan seseorang itu menjadi sangat matang dan boleh membuat anjakan yang besar dalam kehidupan. Baginya, tema Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini mempunyai signiikan yang tersendiri. Ini, katanya adalah kerana umur lebih setengah abad memerlukan negara menilai dengan jujur apa yang telah dicapai dan apa kelemahan yang masih belum dapat diatasi. "Teras tergerak untuk memberi komen kepada tema kemerdekaan kali ini ialah kerana ia telah menimbulkan perdebatan," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, sementara ada yang cuba mempertahan tema yang asal iaitu 'Janji Ditepati' ramai yang berpandangan tema itu adalah lanjutan dari tema Barisan Nasional yang kini giat mempopularkan mesej bahawa kerajaan telah menunaikan janji dan dengan itu harus dibekalkan berkuasa. Akan tetapi, ujarnya bukankah kermerdekaan adalah persoalan yang berkait dengan perjuangan dan partisipasi rakyat serta soal kedaulatan. "Tidakkah kemerdekaan ialah persoalan menjadikan negara dan seluruh rakyat sebagai entiti yang satu, yang tidak boleh dipisah kerana tanpa negara tiada rakyat dan tanpa rakyat tiada negara?" tanya Azmi. Lantaran itu, kata beliau kemerdekaan semestinya membawa mesej kesatuan dalam perbedaan darjat, pemikiran serta warna kulit dan kaum dikalangan seluruh rakyat. Menurutnya lagi, apabila tema kemerdekaan tidak membawa pengertian asasi untuk menyuburkan rasa kebanggaan terhadap kedaulatan negara, maka sambutannya sendiri akan hilang erti. Mohd Azmi berkata, untuk menyambutnya dengan membawa agenda sebuah parti politik maka kemerdekaan bukan lagi suatu penyatuan malah telah menjadi penyebab kepada perpecahan. Justeru, katanya kemerdekaan yang disorot hanya dari kacamata sebuah parti politik tidak akan membawa kesan kebersamaan malah boleh menimbulkan perpecahan dan saling mencurigai. "Cukuplah pelbagai program kemerdekaan yang dilakukan selama ini oleh Kerajaan yang sering menonjolkan hanya acara perarakan dan acara hiburan , kini Teras mengesa agar sambutan dilaksanakan dengan tema yang lebih serius dan membayangkan pengertian kebersamaan rakyat dari semua golongan sebagai penyumbang kepada kemerdekaan," ujarnya. Penekanan betapa harga kemerdekaan adalah terlalu mahal untuk dibiar digadai oleh pihak tertentu yang mahu meraih kekayaan dan membolot kekuasaan, maka mesej kemerdekaan harus menanam semangat pengorbanan dan rasa maruah yang tinggi untuk negara dan rakyat. Katanya, rakyat perlu diingatkan pelbagai cabaran dari dalam dan luar yang boleh sahaja menghancurkan kemerdekaan yang dibina oleh golongan terdahulu. Beliau menambah, Teras kecewa apabila tema kemerdekaan tiba-tiba dicadangkan bernuansa agenda parti politik bukan kepada mesej yang mendalam yang mahu disuburkan dikalangan rakyat. "Sebab inilah kali pertama tema kemerdekaan dijadi perdebatan kerana ia tidak berdasarkan kesatuan tetapi hanya mahu menonjolkan mesej sebuah parti politik," katanya. | |
KHIDMAT MERU Posted: 01 Aug 2012 09:37 AM PDT ADIK NUR SYAZLIN FARISHA DIZIARAHI Posted: 31 Jul 2012 03:13 PM PDT Adik Nur Syazlin Farisya bt Mohd Sani , 2 tahun, telah didapati mengalami sakit bengkak hati sejak lahir lagi. Adik Nur Syazlin telah 2 kali menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan sekarang sedang menunggu kalau ada insan yang sanggup menjadi penderma hati kepadanya. Lawatan ihsan dan sumbangan dana dari YB Dr Rani kerumah Saudara Mohd Sani membuatkan beliau berasa terharu. YB Dr Rani juga akan membantu keluarganya untuk mendapat bantuan Lembaga Zakat Selangor bagi meringankan bebanan nya yang mempunyai 7 orang anak dan isterinya hanya seorang suri rumah. En Mohd Sani hanya bekerja sebagai pekerja kontrak dengan pendapatan bulanan RM 1000.00 | IFTAR DAN SAHUR BERSAMA RAKYAT Posted: 31 Jul 2012 02:50 PM PDT Kehadiran YB Dr Rani dalam majlis berbuka puasa dan bersahur bersama rakyat Meru bukanlah satu perkara yang menghairankan bagi masyarakat Islam di Meru kerana itulah kelaziman yang di lakukan beliau sebelum bergelar YB lagi. Masjid Meru sejak diambil alih oleh Pentadbiran AJK yang baru yang dilantik dalam Mesyuarat Agung yang sebelum ini tak pernah diadakan telah menganjurkan program berbuka puasa, tadarus, qiyamullail dan bersahur sejak dari awal hingga akhir Ramadhan. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 01 Aug 2012 09:20 AM PDT Isu pengangguran semakin kritikal Posted: 31 Jul 2012 06:52 PM PDT Dasar pengajian tinggi negara semakin hilang arah tuju. Dulu kerjaya juruterbang boleh menjamin kejayaan, kini bukan sahaja tidak terjamin kerjaya, malahan dibeban dengan hutang pengajian samada dari PTPTN atau lain-lain institusi pembiayaan. Tema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 membuktikan hala tuju kepimpinan dan pembangunan negara semakin bercelaru.
Atasi juruterbang menganggur 1 Ogos 2012
KAMI ibu bapa kepada graduan juruterbang komersial persendirian yang masih menganggur pada ketika ini, ingin membuat sedikit teguran kepada pihak yang berkenaan mengenai punca permasalahan ini. Kami juga ingin mencadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mereka.
Masyarakat sudah jelas mengenai betapa kroniknya tahap pengangguran juruterbang pada ketika ini. Hampir setiap minggu ada sahaja berita atau artikel mengenai juruterbang menganggur. Tetapi bagaimanakah permasalahan ini berpunca?
Ini adalah kerana munculnya lambakan sekolah penerbangan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sejak tahun 2005, sekolah penerbangan berkenaan telah menghasilkan ribuan juruterbang muda yang telah melebihi permintaan syarikat penerbangan.
IBU BAPA PRIHATIN Puchong, Selangor
Pengambilan pelatih wajib kelulusan DCA 6 Julai 2012
Berkuat kuasa serta-merta, semua sekolah penerbangan perlu mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum mengambil pelatih juruterbang baru bagi membendung masalah juruterbang menganggur. Ia susulan pendedahan eksklusif BH Selasa lalu, mengenai kira-kira 1,000 juruterbang muda yang memiliki lesen juruterbang komersial (CPL) gagal mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan negara. Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapatkan lesen itu, kini terpaksa bekerja sambilan termasuk di kilang, pasar raya dan restoran makanan segera bagi menampung kos sara hidup serta membayar pinjaman.
Pilot training
For those who dream of becoming an airline pilot or commercial helicopter pilot, the minimum qualification for pilot training is SPM or O-level or equivalent, with five credits that must include Mathematics, English, and a Science subject. This allows to offer the Diploma in Aviation (Pilot Training) course. For this, students can apply to PTPTN to secure a loan of up to RM35,000.
Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM Jul 3 2012
Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam. Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.
CUEPACS tidak setuju dua dasar baru SPA
2 Julai 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam. Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. | CGPA 4 tidak menjamin tempat di IPTA Posted: 31 Jul 2012 06:51 PM PDT Keputusan cemerlang PNGK 4.0 lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi kini tidak lagi menjamin tempat di IPTA. Akhirnya kerajaan menempatkan mereka ini di IPTS. Kenapa pengambilan ke IPTA semakin berkurangan, adakah untuk menguntungkan IPTS dan PTPTN?
Kerajaan Taja 600 Pelajar Ikuti Pengajian Perubatan, Pergigian & Farmasi Di IPTS 31 Julai 2012
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menaja 600 pelajar aliran sains meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya mereka merupakan pelajar yang gagal mendapat tempat untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013.
Mohamed Khaled berkata kesemuanya adalah pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan memilih tiga bidang pengajian itu sebagai pilihan utama di IPTA, tetapi gagal mendapat tempat.
Julai 17, 2012 - Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama berkurangan pada tahun ini.
Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama.
"Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan tempat di 20 IPTA," katanya lagi.
20 Ogos 2012 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.
| |
Landskap Siasah Posted: 01 Aug 2012 07:21 AM PDT Rakyat Perlu Celik Mata Terhadap Isu Genosid Rohingya Posted: 31 Jul 2012 11:08 AM PDT RAKYAT PERLU CELIKKAN MATA DENGAN ISU GENOSID ROHINGYA
SEAN HUMANITARIAN SHIP TO ARAKAN
Mereka secara mendadak menerima lonjakan genosid semula walaupun sebelumnya kelihatan mulai reda sejak sinar demokrasi dikatakan kian muncul di negeri Buddha tersebut. Mereka mengalami bentuk genosid atau penghapisan jejak bangsa yang cukup dahsyat, dikepung, tiada muamalah jual beli dibenarkan, dibunuh oleh orang awam Buddha dengan lesen wewenang diberikan oleh tentera Burma serta aktiviti pemerkosaan yang cukup sadis. Rakyat malaysia juga digesa menyokong tindakan pro-aktif yang dijalankan oleh MAPIM sebuah ikatan NGO-NGO Islam Malaysia yang akan ke Myanmar esok, 1 Ogos 2012 (artikel ini ditulis sehari sebelum). Menurut Setiausaha Agung Mapim Cikgu Haji Mohd Azmi Abdul Hamid , antara agenda pertemuan itu ialah untuk mendesak Presiden Thein Sein membenarkan misi kemanusiaan masuk ke Myanmar untuk membantu pelarian Rohingya tanpa gangguan ala barbarian seperti misi Mavi Marmara suatu ketika dahulu ke Palestin. Mereka juga akan berjumpa dengan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan Aung San Suu Kyi bagi membincangkan isu yang sama memandangkan ikon demokrasi itu telah berkempen sekian lama isu kemanusiaan dan kebebasan. Lebih bermakna, MAPIM akan membawa surat daripada para sami Buddha di Alor Setar yang menolak keganasan dan kezaliman kerana ia bercanggah dengan semangat ajaran Buddha. Sebelum ini MAPIM dan Persatuan Ulama' Kedah telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Sami Buddha Malaysia iaitu Ketua Wad Nikhotaram En Ai Lap a/l Tim di Wad Buddha di Alor Setar , Kedah dalam rangka memohon pemimpin agama itu mengadakan perbincangan bersama ketua-ketuanya yang lain mengenai isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar. Sebenarnya Aung Syu Kyi telah dihubungi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui panggilan telefon sejurus selepas MAPIM mengutus surat untuk menggesa pemimpin itu bertindak atas isu genosid ini. Sebelumnya MAPIM telah menghantar surat kepada OIC, ASEAN, Setiausaha PBB, malah kepada Perdana Menteri Malaysia tetapi bagaikan anjing menyalak bukit. Tiada respon! Malah yang menjadi kemarahan rakyat malaysia yang prihatin adalah apabila usul mengenai kezaliman ini dibawa oleh Dato' kamarudin Jaafar ke dalam parlimen ia ditolak mentah-mneth oleh Speker Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia atas alasan tidak penting dan tdak relevan! Adakah nyawa umat islam di luar sana tidak penting sehingga berdiskusi pun dianggap membuang masa oleh kerajaan yang mengaku hebat di mata dunia Islam? Lebih menyedihkan, saat usul itu ditolak, telah 29 000 nyawa Rohingya melayang di Myanmar sejak 3 Jun 2012 yang lalu. Perhatian isu ini secara teliti. Bayangkan jika Gaza dikepung da dibedil, sekurangnya mereka memiliki roket dan kerajaan HAMAS yang tegar menyerang balas. Rohinga tiada senapang malah tiada pedang pun untuk mempertahankan nyawa mereka. Mereka disembelih hidup-hidup! Mereka tiada doa daripada umat islam selazim yang diterima oleh pejuang Chehnya, Afghanistan dan Palestin. Mereka tiada pengenalan diri, kad identiti sehingga mereka dianggap tidak wujud dalam sejarah bangsa. Sekalipun rakyat patani dihimpit, mereka masih boleh bersekolah dan bebas ke bumi Malaysia, sedangkan Rohingya bakal menerima maut jika menyeberangi sungai sempadan ke Bangladesh. Bersama kita doakan misi MAPIM ke sana serta menantikan kejayaan kapal pertama yang bakal mengangkut bantuan ke Arakan melalui jalan laut Insya Allah. Muhammad Nuruddin Bashah MEDIA TERAS PERAK | KENYATAAN PERDANA MENTERI BANGLADESH AMAT DIKESALI Posted: 31 Jul 2012 09:20 AM PDT Kenyataan Media MAPIM Dan SHURA
1 hb Ogos 2012
KENYATAAN PERDANA MENTERI BANGLADESH AMAT DIKESALI
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina , yang tidak mahu membantu pelarian Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh regim Myanmar.
Kenyataan beliau yang mengatakan Bangladesh tidak bertanggungjawab untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak kelaur dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam.
Sementara kita tidak menafikan bahawa Bangladesh memang sebuah negara yang miskin , itu tidak bermakna keadaan yang genting seperti yang dihadapi oleh etnik Rohingya untuk menyelamatkan nyawa tidak boleh dibantu , padahal mereka yang sedang dizalimi adalah saudara seagama .
Lebih parah lagi Bangladesh pula tidak mahu bekerjasama untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di sempadan yang terdiri daripada kanak-kanak , wanita, orang tua dan orang yang cedera.
Pendirian yang diambil oleh beliau dalam isu yang sudah mendapat perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.
Kini keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar . Laporan yang diterima keganasan ke atas Rohingya Muslim maseh berterusan oleh operasi tentera Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.
Nyawa kanak-kanak dan kaum wanita berada dalam keadaan yang sangat genting kerana pembunuhan tidak mengira umur sedang berlakukan secara sangat ganas dan brutal.
Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya kerana menutup sempadan dalam keadaan dharurat yang sepatutnya difahami oleh Perdana Menteri Bangladesh.
Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya yang sedang ditindas .
Tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan semada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan..
Usaha untuk masuk ke Arakan bagi mengekang pembunuhan etnik Rohingya yang maseh berterusan serta menghantar bantuan kemanusiaan perlu dilaksanakan tanpa lengah-lengah lagi.
Mohd Azmi Abdul Hamid Setiausaha Agong MAPIM
Abdul Ghani Samsudin Pengerusi SHURA | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan