KOMENTAR TUKAR TIUB madey telah mengadakan tribunal tentang jenayah perang bush dan tony blair
saheh dua orang malaon ini adalah penjenayah perang
telah sampai masanya rakyat malaysia mengadakan tribunal terhadap madey jenayah madey tehadap rakyat malaysia
masany dan ketikanya telah sampai untuk mendakwa madey!
KITA BUNTANG KAN LAGI
PECAT MAHATHIR DARI PETRONAS : MAHFUZ - harakah daily
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.
Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia.
Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.
"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... SAMPAI BILA AGAKNYA MELAYU NAK SEDAR.... kah kah kah...
kah kah kah...SAMPAI BILA AGAKNYA MELAYU NAK DIBODOHKAN.... kah kah kah...
kah kah kah....SAMPAI BILA MELAYU NAK KENA TIPU.... kah kah kah....
nak faham politik senang saja apa kerja politik yang gerombolan larang apa kerja politik yang gerombolan tak beri apa kerja yang gerombolan ganggu
kerja politik itu adalah betul dan tepat
apa yang gerombolan benarkan apa yang gerombolan galakkan aya yang gerombolan nasehatkan
itu ada kerja bodoh dan sia sia
demonstrasi telah menghumbankan suharto demonstrasi telah mengumbankan marcos demonstrasi telah menghumbankan mubarak
hindraf berdemo peguam berdemo bersih berdemo
hasilnya ialah kemenangan 8 march 2008 tanpa demo demo ini sampai mampoos pakatan tak akan menang
bersih berdemo hasilnya ada jawatankuasa parlimen himpunan hijau berdemo sampai sekarang kilang lynas tak bukak
kerja bodoh yang digalakkan oleh gerombolan kerja bodoh yang dinobatakan oleh gerombolan:
- hantar memo - buat laporan polis ini kerja bangang ini kerja bodoh
berapa banyak memo telah dihantar berapa banyak laporan polis telah dibuat semua masuk tong sampah
kalau semua tenaga diguna untuk menyusun demo jamin akan dilihat hasil
DEMO 14 JULAI DEMO FELDA mari kita buat ramai mari kita berdemo lagi
KERJA POLITIK TEPAT DAN BETUL
PELAJAR DIINGAT TIDAK TERLIBAT BUDAYA SUKA PROTEST - Mstar
KEPALA BATAS: Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)di negara ini diingat supaya tidak mengamalkan budaya suka memprotes yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab semata-mata mahu menggagalkan usaha murni kerajaan.
Nor Mohamed Yakcop berkata pelajar sebaliknya harus menggunakan peluang keemasan ketika di IPT untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memenuhi impian keluarga.
Nor Mohamed, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan wang tunai RM200 kepada 102 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT di Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Murni di sini, Sabtu.
Selain itu, beliau juga menyampaikan bantuan komputer riba kepada 42 pemimpin masyarakat dan persatuan di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
Bantuan komputer riba itu bertujuan meningkatkan kecekapan mereka untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat setempat, katanya. -BERNAMA
CULT SEPANJANG ZAMAN
CHANGE DOES NOT OCCUR ON THE STREET , SAYS NAJIB - Minsider
SHAH ALAM, July 7 — Street demonstrations will not bring change or bolster democracy, Najib Razak said today, warning that these may even ruin a country.
"Certain parties are trying to destroy a country though street rallies. Change will not occur through street demonstrations," he said today in his opening address during the Malaysia Young Thinkers Convention here.
"Demonstrations will not strengthen democracy. That's 'democrazy'," he added.
Najib urged those who disagreed with government policies to voice their discontent through "proper channels".
"This democrazy will not bring benefit to the country. If you disagree with us, channel your discontent politely and well, so the government can listen," he said to the 2,000 strong crowd.
He added Malaysia was on the right track to achieving a developed nation status.
"Don't think we are wrong. If not, we won't be developing like this," he said.
"We have a complete road map in achieving developed nation status, even developed nations do not have a road map like ours.
"This shows we are capable of governing."
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...KALAU NAJIB PUN DAH KATA JANGAN.... kah kah kah...
kah kah kah...ERTINYA BERDEMO ADALAH BERKESAN... kah kah kah
perhatikan berita ini betul betul ada dua menteri di indonesia kenapa duia dua sekali?
ada dua kemungkinan:
1 - najib hantar zahid untuk tahu apa yang muhyuiddin buat najib tak yakin dengan muhyiddin kerana mungkin muhyiddin akan berkomplot dengan para jawa di sana
2 - muhyiddin dan zahid sedang berkomplot di belakang najib.
PERDANA MENTERI BARU MALAYSIA
PENGARUH ANWAR DI INDONESAIA TAK SEHEBAT GAMBARAN - minider
NUSA DUA, 7 Julai — Muhyiddin Yassin percaya pemimpin kerajaan dan parti politik di Indonesia tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana pengaruh beliau di republik itu tidak sehebat gambaran yang diberikannya.
Beliau berkata tokoh pemimpin di Indonesia kini semakin memahami iklim politik Malaysia dan memilih untuk mengakui hubungan bilateral yang baik, yang sudah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia.
"Bagi saya tidaklah sebegitu rupa sebagaimana yang digambarkan oleh beliau (Anwar) seolah-olah dia (Anwar) di Indonesia cukup berpengaruh.
"Saya tidak melihat begitu. Dalam media-media tempatan, dia tidak mengambil ruang yang besar seolah-olah apa yang Anwar lakukan cukup hebat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Sabtu.
Muhyiddin berada di sini dalam rangka lawatan enam hari ke Indonesia untuk meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia selain berbincang mengenai isu yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat di kedua-dua negara.
Di awal lawatan pada 3 Julai, Muhyiddin bertemu dan berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono serta pemimpin tiga parti politik terbesar di Indonesia semasa di Jakarta.
Para pemimpin parti politik itu ialah Ketua Umum parti Golkar Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (DPI-P) Megawati Sukarnoputeri.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengetuai delegasi pemimpin Umno dalam pertemuan dengan ketiga-tiga parti politik Indonesia itu.
"Saya percaya pemimpin-pemimpin Indonesia dan parti-parti politik lebih memahami keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi kita ada hubungan akrab antara kerajaan dan kerajaan," katanya.
Muhyiddin bagaimanapun tidak menolak kenyataan bahawa Anwar mempunyai kenalannya di Indonesia. — TIEWNAMA
SUWEY NAJIB TAK HABIS HABIS
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... BETUL KE MEMANG TAK HEBAT.... kah kah kah..
kah jkah kah...KALU TAK HEBAT KENAPA DUA EKOR JAWA KE SANA?... kah kah kah..
kah kah kah...... JAWA PAGOH DAN JAWA BAGAN DATUK?.... kah kah kah..
woit.... KALAU TAK HEBAT KENAPA SAMAPI 6 HARI JAWA PAGOH DI SANA?.... kah kah kah..
woit... KALAU TAK HEBAT TUNGGU SABENTAR.... kah kah kah..
kah kah kah... MINGGU DEPAN SEMUA LAPORAN KAN DI KETAHUI OLEH PAKATAN.... kah kah kah...
kah kah kah... SAMPAI KE KENTUT JAWA PAGIH PUN AKAN DI KETAHUI BERAPA KALI.... kah kah kah
kah kah akh... BUKAN SAJE DI MANA JAWA PAGOH BEREHAT DENGAN NENG DI BALI.... kah kah kah..
jah kah kah... BERAPA JAWA PAGOH BAYAR PUN DI KETAHUI... kah kah kah..
kah kah kah...JAWA PAGOH BELUM BALIK LAGI.... LAPORAN DAH SAMPAI.... kah kah kah..
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH
woit.... KENAPA MACAM INI?.... kah kah kah..
kah kah kah...BETUL KE MACAM INI?.... kah kah kah..
RON95 TIDAK BOLEH DITURUN SEWENANG WENANG : ISMAILM SABRI - mSTar
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang menurunkan harga petrol RON95 walaupun harga minyak mentah menurun di pasaran dunia, kata Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan harga minyak petrol RON95 kerana ia merupakan bahan bakar bersubsidi.
"Penurunan harga minyak petrol RON95 adalah tertakluk kepada penurunan harga minyak di dunia. Namun, kerajaan hanya dapat melaksanakan penurunan harga minyak RON95 sekiranya tanggungan subsidi oleh kerajaan mencapai tahap kosong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Jumaat.
Harga petrol RON95 dijual pada RM1.90 seliter selepas subsidi kerajaan sebanyak 53 sen seliter.
SEKOLAH SATU SESI TETAP DILAKSANAKAN - berita hairan
Baling: Kementerian Pelajaran iltizam melaksanakan sistem persekolahan satu sesi walaupun terpaksa menanggung kos tinggi.
Timbalan Menterinya, Mohd Puad Zarkashi, berkata ia berikutan kementerian memerlukan tapak dan pembinaan sekolah baru selain penempatan guru.
"Pertambahan penduduk di bandar menyukarkan kerajaan melaksanakan sekolah satu sesi. Kita sentiasa mengkaji untuk memperbanyakkan sekolah tetapi tidak mampu dalam tempoh singkat meskipun beberapa sekolah luar bandar sudah melaksanakannya," katanya.
Puad berkata, setakat ini sebanyak 6,971 sekolah rendah sudah melaksanakan persekolahan satu sesi dengan 1,532 membabitkan sekolah menengah.
dari ank muda yang berjiwa besar dari ank muda yang bangun melawan dari anak muda yang tidak akan putus asa dari ank muda berjiwa muda
LAGU PERJUANGAN lagu saya tidak terpilih. tapi marilah rayakan lagu yang tidak seberapa ini, jika sudi. :-) http://www.youtube.com/watch?v=SUcr4PMDDAw *klik atau copy & paste link ke browser. enjoy! By Anonymous on DUA BELAS LAGU BERTANDING UNTUK UNTUK BANGUN MELA... on 7/6/12
JEMPUTAN UNTUK BERPESTA
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
APABILA DS Anwar menyebut bahawa beliau mungkin akan memikirkan untuk bersara di arena politik sekiranya PR gagal mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 akan datang, maka tokoh Pembangkang yang pertama mengulas isu ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz. Kemudiannya beberapa pimpinan dari PKR dan DAP serta tidak ketinggalan juga dari beberapa tokoh Umno.
Ulasan Tuan Guru Nik Aziz penuh pengertian iaitu DS Anwar seharusnya terus `mengajar' rakyat Malaysia berpolitik tidak kira samada PR menang atau tewas. Pimpinan dari PKR sepertima kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah terus mempertahankan Ketua Umum iaitu ayahandanya sendiri bahawa PKR masih memerlukan bimbingan DS Anwar. Pimpinan DAP pula tegas dari dulu iaitu DS Anwar mesti mengetuai PR dan DAP tetap yakin kali ini rejim Umno/Bn akan tumbang di Putrajaya.
Berbeza dengan ulasan pimpinan Umno. Di antaranya kenyataan Fuad Zakarshi dan Idris Haron yang masih ragu-ragu akan kenyataan DS Anwar dan menganggap itu hanya satu kenyataan politik dan permainan psikologi bagi meraih simpati.
Secara peribadi, saya bersetuju dengan kehendak DS Anwar itu. Ada lojiknya kerana sudah terlalu lama DS Anwar menghambakan dirinya untuk rakyat dengan berbagai dugaan dan fitnah yang beliau tempuhi. Kini, usia beliau mencecah 65 tahun di dalam keadaan tidak begitu cergas akibat penyakit tulang belakang yang dihidapinya. Namun, tokoh reformasi ini terus melupakan semua itu dan pada setiap saat tiada waktu yang tidak melibatkan beliau dengan rakyat jelata. Sabab hari, siang dan malam DS Anwar bersama rakyat, susah dan senang. Tidak terfikir oleh kita, di dalam usia se tua itu, tokoh ini mampu bergerak di dalam dua atau tiga program serentak pada satu malam, kadangkala menjelajah di dua negeri dalam tarikh yang sama. Terlalu kuat staminia yang `dipaksa' oleh DS Anwar.
Dari segi psikologi, amat mustahil tokoh yang sudah berusia ini mampu bergerak seaktif ini di dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh musuh-musuh politik beliau melalui serangan tidak pernah putus melalui media. Tuduhan seks, liwat, ejen asing, rasuah, fahaman ugama liberal, pro kaum Cina dan berbagai lagi tuduhan yang sehingga kini tiada satu pun yang dapat dibuktikan dan dipercayai rakyat yang bijak. Malahan serangan berbentuk fizikal melibatkan diri dan keluarga beliau sendiri. Bukan satu fitnah apabila kereta beliau disabotaj, anak beliau YB Nurul Izzah diugut melalui SMS, di baling batu ketika ceramah, kereta dikemekkan dan berbagai lagi sehingga beliau dapat menyaksikan bagaimana seorang tua penyokong kuatnya berdarah di hadapan beliau akibat dibaling batu oleh rejim sekutu Yahudi.
Beliau cuba hadapinya dengan kekuatan tenaga yang tidak sekuat orang muda. Kekuatan rohani yang ada beliau memberanikan diri untuk mencabar ketua rejim Umno iaitu Najib Razak agar berdepan dengannya di pentas debat sebagai menebus penderitaan rakyat yang selama ini dizalimi oleh rejim sekutru Apco itu. Malangnya, Najib yang lebih muda dari beliau, bukan lelaki sejati. Najib hanya layak menjadi Menteri Wanita. Najib sehingga kini terus mempamirkan sikap penakutnya untuk berdepan dengan DS Anwar. Najib terpaksa gunakan media untuk melindungi telornya yang hilang di dalam seluar.
Di dalam usia mencecah 65 tahun sekarang ini, DS Anwar mungkin memikirkan apakah beliau boleh berdiri sekuat sekarang untuk 5 tahun lagi seandainya PR tidak mampu ke Putrajaya? Jika PR tewas (Nau'zubillah) di dalam PRU ke 13 nanti, kita terpaksa menunggu untuk 5 tahun lagi. Ketika itu, tokoh ini telah mencapai usia mencecah 70 tahun. Mungkin beliau berfikir, apakah yang boleh beliau lakukan di dalam keadaan usia sedemikian?
Saya juga boleh bersetuju jika kenyataan DS Anwar ini merupakan kenyataan psikologi yang baik. Beliau mahu semua pemimpin dan penyokong di dalam PR, terutamanya di dalam PKR sendiri untuk bekerja keras dari sekarang seperti yang beliau telah lakukan. Jika mahu beliau menerajui negara ini di dalam keadaan masih bertenaga seperti sekarang, tiada pilihan lain kecuali rampas Putrajaya di dalam PRU ke 13 ini. Di samping itu, pimpinan semua parti di dalam PR mesti lah bersedia untuk menampilkan tokoh muda yang berkaliber bagi meneruskan perjuangan ini.
Umumnya, kita menyokong PKR atau PR bukan kerana tubuh DS Anwar. Samada beliau masih ada bersama kita, atau beliau di dalam penjara, mahupun beliau bersara atau pergi selama-lamanya dari dunia yang fana ini, kita yang masih hidup wajib terus berjuang tumbangkan rejim zalim Umno/Bn. Cuma, pada waktu ini, ketika dan saat ini, kita perlukan nakhoda yang kuat, gagah dan licik seperti DS Anwar. Tapi, untuk 5 tahun akan datang kita tidak tergamak lagi untuk `memaksa' tokoh ini terus menghadapi dugaan dan fitnah seperti yang sedang beliau hadapi sekarang. /wfauzdin.blogspot.com
BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.
Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.
Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.
Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.
Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Ayub Rahmat (ADUN Johor) di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut pihak kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan Hukum Hudud.
Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Datuk Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan Umno.
Dalam pada masa yang sama kami mencabar Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pertubahan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk bangun dan membela Datuk Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud. Apakah badan pemuda dan NGO yang mengaku kononnya pejuang Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu berbaur kepada penghinaan untuk umat islam di Malaysia ?
Beberapa persoalan ingin saya lontarkan kepada umno, di manakah Pemuda UMNO dan Perkasa? Adakah mereka hanya mampu melihat kebiadapan Chua Soi Lek menghina Islam tanpa apa-apa tindakan? Mengapa tidak berani untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat DS Chua Soi Lek itu di atas nama perjuangan agama sedangkan hukum Hudud itu adalah undang-undang Islam yang tertera dalam Al-Quran? Di mana hilangnya kejantanan Perkasa dan NGO-NGO lain yang sebelum ini sangat garang dalam beberapa isu ?
Adakah keberanian mereka hanya selektif dan mampu bersuara sekiranya perkara yang sama berlaku dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat ? Apakah Umno sangat takut dan gentar kepada Chua Soi Lek?
Saya selaku Penyelaras SAMM Wilayah, ingin mencabar Pemuda UMNO Malaysia, mencabar Ketua Wira Perkasa Malaysia dan beberapa Ngo Melayu untuk bangkit dan membuat dan laporan polis seterusnya menuntut permaafan daripada Presiden MCA itu, di atas kebiadapan untuk kesekian kalinya.
Pemuda UMNO digesa tidak hanya berani dan lantang bersuara di dalam kandang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO sahaja. Dengan ini saya juga mendesak supaya pemuda Umno tidak lagi menggunakan Keris sebagai simbolik keberanian Pahalawan Melayu sekiranya hal keceluparan Presiden MCA itu gagal diselesaikan dengan setimpal tindakan.
Azmir Haji Mustafa Penyelaras SAMM Wilayah Solidariti Anak Muda Malaysia www.sammwilayah.com
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.
"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung.
"(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.
"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.
Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.
Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.
MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.
Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.
Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Kerajaan Selangor berjaya mendapatkan 13 bidang tanah daripada Talam Corporation Bhd dengan diskaun RM9.1 juta sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula hutangnya, kata DAP.
Kenyataan ini bertentangan dengan dakwaan MCA bahawa tindakan itu sebenarnya langkah bailout (penyelamatan).
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ini berdasarkan perbezaan penilaian harga sebuah firma tanah swasta yang berjumlah RM685 juta, berbanding penilaian negeri berjumlah RM676 juta.
Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Pua berkata, maklumat itu dinyatakan dalam edaran Talan kepada pemegang sahamnya pada 15 Mac 2011.
"MCA patut berterima kasih kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim atas tindakan perniagaan yang bijak, bukan hanya mengkritik kerajaan Selangor," kata Pua, yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya.
Pua berkata, edaran itu juga boleh didapati di laman web Bursa Malaysia secara percuma. Justeru, beliau secara sinis mencadangkan MCA membuat kerja rumah mereka terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR- Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.
Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia.
Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.
"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya.
Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik negara.
"Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang," sambungnya lagi.
Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion).
Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd.
Serang Pakatan
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut berpendapat, serangan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya.
"Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau.
"Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi," tegasnya.
Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.
MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.
Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini. -harakahdaily
Gombak: Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.
Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.
Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.
Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. -hm
Ulasan GB
Kes ini berleluasa terutama di bandar-bandar besar.
Seorang sahabat menulis di dalam FBnya:
Zina dgn bos!
Apa puncanya, dan kemudian apa penyelesaiannya?
Adakah wajar wanita bekerja atau duduk sahaja di rumah supaya terhindar dari kes sebegini ....?
GOMBAK : Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar tindakan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang cuba mengaitkannya dengan penyebaran video Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini.
Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai palsu dan tidak bertanggungjawab, Azmin juga tidak menolak andaian bahawa ia sengaja direka untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin.
Beliau turut mencabar pihak berkenaan untuk tampil mengemukakan bukti dan hujah sekiranya benar seperti yang didakwa.
"Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya sejak kebelakangan ini, malah semua masalah di Malaysia dibebankan ke atas saya.
"Baiklah, kalau itu tuduhan Raja Petra Kamaruddin (RPK), saya minta dia baliklah ke sini. Jangan jadi bacul.
"Kalau benar-benar nak berjuang, pulanglah ke tanah air. Jangan menyalak di luar negara, tetapi kemukakan bukti. Mari bertarung di dalam negara," tegas Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
RPK sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Abdul Khalid untuk merakamkannya dalam keadaan yang mencurigakan di dalam pejabat.
Penulis blog itu mendakwa, pihak yang rapat dengan Azmin memiliki pelbagai rakaman video yang boleh menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu.
Azmin turut menyelar taktik kotor Umno-BN yang seringkali menggunakan penyebaran video sebagai senjata untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Ini kerana menurutnya, Umno-BN semakin hilang kredibiliti untuk memikat hati rakyat, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Azmin dengan tegas turut memaklumkan tidak akan melayan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menguatkan jentera parti dalam PRU-13 nanti.
"Saya tidak akan berdebat atau melayan tuduhan tidak berasas oleh RPK ini kerana dia bukan sesiapa. "Inilah cara Umno-BN untuk menjatuhkan Pakatan kerana mereka sedar rakyat mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan mereka.
"Bagi saya, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab kerana beliau memiliki pentadbiran yang paling jijik dan paling kotor," selarnya.
SHAH ALAM: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini mendedahkan satu lagi kes pembelian tanah oleh Umno Tanjong Karang yang merugikan rakyat Selangor. Kali ini negeri hilang RM3.3 juta akibat diskaun premium yang diberikan kepada parti itu.
Tanah komersial keluasan 1.2 hektar tersebut terletak di Jalan Sungai Kajang, Tanjong Karang dan Umno Tanjong Karang hanya membayar premium RM130,244.
Sedangkan tanah itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM3.3 juta pada tahun 2001, semasa Umno Tanjong Karang membuat pembelian.
Menurut Suee Lim, pada ketika itu mantan Menteri Besar, Dr Mohamed Khir Toyo merupakan Ketua Bahagian Umno Tanjung Karang.
Menurutnya, pada masa itu, Umno Tanjong Karang merayu supaya harga asal premium tanah dikurangkan dan kerajaan negeri, yang diterajui Dr Mohamed Khir pada masa itu, meluluskan permohonan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada April 2002.
"Secara tidak langsung Umno mendapat durian runtuh sekiranya dijual atau dipindah milik dengan keuntungan RM3.1 juta," kata Suee Lim pada satu sidang media di sini.
I
Ini merupakan pendedahan kedua yang dibuat Suee Lim selepas mendedahkan bahawa Umno bahagian yang sama membeli tanah 47,000 kaki persegi daripada Kerajaan Negeri Umno-BN pada masa itu dengan harga premium hanya satu ringgit untuk satu kaki persegi.
Walhal, premium tanah tersebut pada masa ia dibeli pada 2002 adalah RM 27 untuk satu kaki persegi.
"Ini adalah antara siri tanah-tanah kerajaan yang diagihkan kepada Umno oleh Kerajaan BN dahulu. Khir Toyo sebagai Ketua Bahagian Tanjong Karang pada ketika itu.
"Tanah diagihkan begitu murah, sedangkan rakyat pada ketika itu tidak diluluskan meskipun tapak rumah.
"Apakah modal Umno nak berbicara soal ketelusan. Umno ghairah isu Talam tapi tidak berasas. Pada masa sama mereka mengutamakan kepentingan diri sendiri," katanya.
Tegas Suee Lim, beliau mencabar Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar agar dapat memberikan penjelasan sewajarnya kepada rakyat mengapa tanah diberikan dengan begitu murah.
GOMBAK : Dalam masa tiga bulan, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor akan mendapat Pusat Wanita Berdaya (PWB) tersendiri bagi meningkatkan taraf socio-ekonomi wanita di seluruh Selangor.
Rancangan ini akan dijayakan dengan peruntukan RM 1.33 juta dari Geran SelangorKu bagi membina 35 PWB baru. Setakat ini Kerajaan Negeri sudah membina 21 PWB di sekitar Selangor.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata misi Pemberdayaan Wanita Selangor akan menyaksikan PWB menjadi hub aktiviti wanita yang akan menghubung jalin wanita setempat dan di seluruh Selangor.
"Ia akan menjana kreativiti dan inovasi ke arah meningkat kualiti hidup wanita, keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka," kata Rodziah di satu majlis penyampaian cek Geran Selangorku untuk PWB berjumlah RM 1.33 juta.
Cek tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Program Penerangan Geran Selangorku di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak, Greenwood di sini semalam.
Setiap PWB memberi peluang wanita menceburi bidang-bidang kemahiran seperti menjahit, memasak dan membuat kraftangan bagi menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka.
GOMBAK : Sokongan ibubapa, berkat ilmu pensyarah dan kegigihan untuk ke peringkat sarjana, membolehkan tiga pelajar Universiti Selangor (UNISEL) cemerlang sehingga menerima anugerah Skim Biasiswa Internship Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Program Penerangan Geran Selangorku yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak, Greenwood di sini semalam.
Tiga pelajar itu, Farahani Mohammed Zakaria, Nurul Nadiah Begum Sahabuddin Khan dan Azalea Ahmad Kushairi kesemuanya daripada jurusan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) berjaya memperoleh GPA 3.8 ke atas.
Mereka menerima Cek berjumlah RM1,000 dan sijil penghargaan.
Menurut Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Rosniza Mohammad Rasol, setakat ini lima pelajar UNISEL telah berjaya mendapat pengiktirafan Kerajaan Selangor kerana prestasi cemerlang sepanjang pengajian.
"Adalah diharapkan kejayaan mereka akan menjadi inspirasi kepada pelajar UNISEL lain untuk bersaing secara sihat dalam mencapai kejayaan.
"Serta meletakkan nama UNISEL sebagai hub pendidikan unggul serta pilihan utama rakyat negara ini dan luar negara," kata Rosniza dalam kenyataan medianya. Sementara itu Farahani bersyukur menerima anugarah ini dan menyifatkan kejayaannya atas usaha dan sokongan daripada semua pihak.
"Nasihat saya kepada pelajar UNISEL yang ingin berjaya supaya belajar dengan rajin dan serius," katanya ketika ditemui.
Menurut Nurul Nadiah Begum, yang mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana, para pelajar diingatkan supaya mendapatkan keberkatan daripada pensyarah jika mahu berjaya.
"Saya sangat gembira menerima anugerah ini kerana bukan senang untuk mendapat anugerah seperti ini," ujarnya.
BANGI : Pemilihan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebagai institusi pilihan bagi menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi ternyata tepat dan tidak mengecewakan.
KUIS bukan sahaja menyediakan kurikulum berlandaskan Islam tetapi turut menjanjikan persekitaran yang tenang dan selesa, demikian ujar penerima Anugerah Datuk Menteri Besar Selangor, Nadzirah Hassan Basri 25, sempena Majlis Konvokesyen KUIS ke 15 di sini pagi tadi.
"Setiap kursus di sini menjurus kepada pembentukan insan Ta'dibi iaitu insan berilmu disamping berpendidikan tinggi untuk masa depan para pelajarnya.
"Jadi, keseimbangan sebegini menjadikan kami para pelajar lebih bersedia untuk bersedia mengejar kemajuan di dunia disamping tidak melupakan akhirat," tegas beliau yang juga penerima sijil Diploma Pengajian Islam Syariah ini.
Sementara itu, Hanisah Sakirun, 25 pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang Undang-undang turut berkongsi pendapat yang sama selain merasakan KUIS sebagai pusat pendidikan yang sempurna untuk menyambung pelajaran.
"Saya sendiri yang memilih menyambung pengajian di sini kerana merasakan ianya sesuai untuk membentuk diri saya menjadi insan berpendidikan selain teguh dari segi rohaniah juga.
"Apatah lagi sebelum ini saya yang mempunyai latar belakang sekolah berasrama penuh sudah terbiasa dengan persekitaran Islamik sebegini, jadi dengan adanya KUIS pilihan itu tidak sukar dibuat," kata Hanisah, penerima Anugerah Kepimpinan Siswi bagi edisi konvokesyen kali ini.
Selain mereka berdua, turut menerima anugerah khas akademik ialah Siti Zuwairah Albar Ali, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang menerima Anugerah Rektor KUIS selain Ahmad Zaki Osman, Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang menerima Anugerah Kepimpinan Siswa.
Untuk edisi kali ini, seramai 982 orang pelajar daripada enam fakulti layak menerima sijil Diploma dan Ijazah masing-masing yang disampaikan Pengerusi KUIS yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut ialah Exco Pendidikan, Dr. Halimah Ali, Rektor KUIS, Prof Dr Aziudin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selain kehadiran ribuan keluarga dan ibubapa pelajar.
KUIS yang dimiliki sepenuhnya oleh MAIS ditubuhkan pada tahun 1995 dan sehingga kini KUIS menawarkan lebih daripada dua puluh kursus meliputi pelbagai bidang seperti pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, bahasa dan komunikasi, ICT dan multimedia, kejururawatan dan pendidikan.
KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Bersih 3.0, Baharudin Hashim, 53, memberitahu, polis hanya memberi tempoh bersurai selama dua minit sebelum bertindak mengepung peserta.
Jelas beliau, selepas tempoh itu, polis terus bertindak ganas dengan mengejar dan membelasah peserta yang masih berada di kawasan berhampiran.
"Itu adalah satu perangkap dan alasan untuk membelasah peserta, bukan kami tak mahu pulang…tapi tempoh yang diberikan memang tak cukup, tambahan pula LRT ditutup, bagaimana kami nak bersurai?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya panel dalam sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam.
Bercerita lanjut, Baharudin yang merupakan saksi kedua pendengaran itu berkata, tanpa sempat meninggalkan kawasan tersebut, beliau langsung duduk di hadapan Bangunan Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak sebelum dirempuh tiga anggota polis secara tiba-tiba dan menangkapnya.
"Mereka heret saya sampai ke Dataran Merdeka, dan dalam perjalanan itu saya disepak, ditumbuk sehingga lebam seluruh badan," katanya.
Menurut Baharudin, beliau langsung tidak melawan malah merayu kepada polis dengan berkata: "Tolonglah tuan lepaskan saya, saya dah tua…" sehinggalah beliau dilepaskan atas arahan seorang pegawai.
Tambahnya, selepas kejadian itu, beliau menjadi sangat takut dan trauma terhadap polis.
"Bukan setakat takut, malah saya berasa malu, bodoh dan terhina kerana diperlakukan sebegitu rupa," jelas Baharudin.
"Tapi atas nasihat dan dorongan peguam-peguam dari Lawyers For Liberty, barulah saya berani tampil membuat laporan polis," katanya di hadapan panel yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
KLANG : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan berhubung masalah pemilikan kad pengenalan oleh masyarakat India berikutan kempen Mydaftar yang diselenggara MIC gagal.
Surendran berkata, karenah birokrasi dan proses Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang lembab punca kira-kira 300,000 rakyat Malaysia keturunan India dinafikan hak sebagai warganegara.
"Ini polisi yang sengaja menafikan hak warganegara berturunan India. Mereka kini seperti tanpa negara (stateless). Kita minta supaya Najib selesaikan, kerana nampaknya JPN ada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menemani lebih 40 warga keturunan India bertemu Pengarah JPN Selangor, Mohd Azmin Hassan di pejabat agensi itu di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Kebanyakan mereka hadir bagi diri sendiri atau mewakili keluarga untuk membuat pertukaran dari kad pengenalan merah ke kad pengenalan biru.
"Mereka sudah mengikuti garis panduan. Tetapi ada permohonan yang tak diproses sehingga hari ini. Ini penganiayaan," kata Surendran.
Menurutnya, JPN telah menggunakan prosedur salah dengan menakrifkan permohonan dengan Artikel 19 Perlembagaan Persekutuan, iaitu permohonan menjadi warganegara.
"Sedangkan, mereka sememangnya warganegara. Mereka lahir dan tinggal lama di Malaysia. Adakah semata-mata tidak cukup dokumentasi maka dinafikan hak sebagai warganegara? soal Surendran lagi.
Kata beliau, masalah pertukaran kad pengenalan merah kepada biru antaranya berpunca dari kehilangan dokumen di hospital atau kematian saksi seperti bidan kampung.
"Ada kes yang dibuktikan saksi, menunjukkan salah seorang dari ibu bapa pemohon adalah warganegara atau ahli keluarga yang lain. Sepatutnya pemohon ini dibenarkan memiliki kad pengenalan biru.
"Tapi mengapa mereka diberikan kad pengenalan merah? Tambah rumit, apabila penentuan ini mutlak di tangan Menteri Dalam Negeri," kata Surendran.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.
"Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana 'melepaskan' kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.
Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.
"Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.
Katanya, beliau bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas.
SELAYANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang mahu beliau segera bersara daripada politik.
Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya menunjukkan beliau bimbang kehilangan pegangan syarikat-syarikat miliknya dan kroni yang sekian lama menguasai ekonomi negara termasuk Esso Malaysia (kini Petron Malaysia) sekiranya Putrajaya ditadbir Pakatan Rakyat.
"Dia (Dr Mahathir) takut saya rampas harta dia dan anak-anak dia.
"Saya bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas.
"Ini negeri bapa Umno atau rakyat punya?" katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri padang Kampung Selayang Indah di sini malam tadi.
Katanya, Dr Mahathir tidak lagi perlu menghalangnya sekalipun beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelak.
"Saya tak kacau dia…yang kena pukul saya, yang masuk penjara saya, yang kena bogel pun saya. Sudahlah, saya dah maafkan dia," katanya.
Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata hasrat untuk bersara itu cuma retorik politik sahaja dan berpendapat Anwar perlu tidak perlu melengahkannya lagi.
Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.
Perdana Menteri ke 7
Disambut kehadirannya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, Ketua Umum PKR itu juga berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini.
"(Kaum) Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban saya tak mahu khianati sebab saya tahu apa erti susah, saya tahu apa erti sakit, dihina.
"Kerana semasa saya jatuh di bawah rakyatlah yang tolong saya bangkit," katanya.
Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk menurunkan harga minyak petrol dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
Katanya, perkara itu pasti membimbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sewenangnya membenarkan Petron, syarikat yang didakwa milik Datuk Mirzan Mahathir memonopoli bekalan bahan api kepada Malaysia Airlines System (MAS) selama enam bulan bermula 1 Julai lalu.
Selain itu, katanya janji untuk menanggung kos pendidikan percuma sebanyak RM5 bilion setahun serta pelaksanaan gaji minimum akan tetap dikotakan segera mulai tahun menangnya pilihan raya.
Turut berceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Adun Teja Chang Lih Kang, serta Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.
PPIM mendakwa makanan sukar dipastikan halal, manakala barangan elektrik mempunyai cop Sirim sendiri.
PETALING JAYA: Barangan termasuk makanan yang diimport ke negara ini terdedah kepada penipuan dan pihak berkuasa Islam tidak mampu mengatasinya.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa, pihak berkuasa Islam terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) gagal mengesahkan sama ada makanan halal atau tidak.
"Tidak cukup kakitangan, tidak cukup penguatkuasaan. Untuk mengesahkan makanan dalam negara tidak boleh, bagaimana hendak memastikan produk dari luar negara.
"Kalau cukup penguatkuasaan, mana mungkin ada promosi arak oleh sebuah pasar raya di Seri Petaling" kata Setiausaha Agung, Datuk Nadzim Johan.
PPIM mencadangkan Jakim menghantar kakitangan ke negara yang mahu mengeksport makanan halal untut umat Islam Malaysia.
Katanya, jabatan itu boleh berkerjasama dengan persatuan-persatuan Islam di negara berkenaan supaya proses pengeluaran secara halal dipatuhi.
Cop Sirim sendiri
"Yang pasti kita tidak dapat mengesahkan sama ada produk yang dibawa masuk untuk orang Islam negara ini halal atau tidak.
"Kemasukan produk makanan ini semakin banyak, bagaimanakah kita mahu mengawalnya.
"Bagaimana Jakim mahu mengesahkan produk makanan keluaran negara China halal jika mereka tidak pergi memerika sendiri di negara tersebut?.
"Setahu saya pegawai-pegawainya tidak pergi keluar negara, bagaimana hendak tahu produk itu halal atau tidak.
Di negara-negara luar mereka ada kumpulan sendiri yang membuat logo halal ini," kata beliau lagi. Sementara itu, Nadzim mendakwa, pihaknya mendapat aduan dari orang awam mengenai barangan elektrik luar negara yang diragui kualitinya.
Beliau berkata, cop kelulusan Sirim dipercayai dibuat sendiri berdasarkan penelitian yang dibuat hasil serbuan terhadap produk berkenaan.
"Maknanya, barangan yang tidak berkualiti dan diragui keasliannya berleluasa di pasaran tempatan dan ini membahayakan pengguna.
"Perkara ini mesti disekat segera," tambah Nadzim.
KUALA LUMPUR: DAP melahirkan rasa kesal dan terkejut atas keengganan Astro Awani untuk menyiarkan debat secara langsung di antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng dalam topik "DAP vs MCA: Dasar siapa yang lebih menguntungkan negara?" pada Ahad ini 8 Julai, bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre dekat sini.
Debat yang sepatutnya disiarkan secara langsung melalui TV pada jam 2.30 hingga 4.30 petang hari tersebut ditunda dan cuma akan disiarkan pada jam 11 malam.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Astro cuma boleh membuktikan komitmen mereka terhadap laporan yang tidak berat sebelah dengan menyiarkan debat tersebut secara langsung.
"Astro tidak pun menyatakan sebab mengapa mereka tidak mahu menyiarkan debat kali kedua ini secara langsung dan saya telah menyemak dengan Pengarah Urusan ASLI sendiri Tan Sri Michael Yeo di mana beliau telah mengesahkan bahawa ASLI tidak mengenakan apa-apa bayaran pun untuk disiarkan secara langsung," ujarnya.
Kata beliau, keengganan Astro Awani untuk menyiarkan debat ini secara langsung mungkin disebabkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan ketua oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim serta penjelasan lemah Najib sendiri yang mengatakan debat bukan sebahagian dari budaya politik kita.
"Ini jelas menunjukkan wujudnya tekanan politik yang dikenakan terhadap Astro." kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tambah beliau lagi, penjelasan Astro yang mengatakan bahawa mereka memerlukan masa untuk menyediakan sarikata adalah tidak munasabah kerana semua orang memahami bahasa kebangsaan. "Kalau debat dalam Bahasa Mandarin pun boleh disiarkan tanpa sarikata kenapa perlunya sarikata bagi debat dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris?" soalnya.
Menurutnya, debat yang akan disiarkan oleh TV lewat malam tidak akan memberi keadilan untuk meningkatkan kesedaran dan penambahbaikan wacana awam terhadap isu nasional yang penting.
"Ini boleh menjejaskan nasib rakyat Malaysia. Alasan untuk melewatkan siaran debat yang akan dijalankan pada waktu petang kerana rakyat Malaysia tiada di rumah antara jam 2.30 hingga 4.30 petang adalah mengarut," tambahnya.
"Kalau begitu, Astro juga perlu menghentikan apa jua siaran mereka pada waktu itu (2.30 hingga 4.30 petang) kerana tiada siapa yang menonton TV masa itu sbeagaimana yang dikatakan oleh Astro," ujar beliau lagi. – Roketkini.com
Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan ramai lagi telah menjadi sasaran politik kotor Barisan Nasional.
Kesemua tuduhan ke atas pemimpin-pemimpin ini bukan disasarkan hanya kepada batang tubuh tokoh tersebut sebaliknya ia melibatkan kaum keluarga mereka. Ini satu perkembangan yang amat memalukan bagi sebuah negara yang sedang membangun dari aspek politiknya.
Mengapa MCA takut ulangi fitnah di luar Dewan Undangan Negeri?
Terbaru isu yang ditimbulkan oleh salah seorang ADUN MCA dari Melaka yang telah mengambil kesempatan di dalam dewan Undangan Negeri untuk menuduh Lim Guan Eng 'main kayu tiga'. Kerja ini pastinya direstui oleh pemimpin lucah mereka iaitu Chua Soi Lek.
Apa rasionalnya menimbulkan tuduhan bersifat peribadi ke atas pemimpin lain di dewan Undangan Negeri Melaka? Adakah dewan Undangan Negeri Melaka lebih berminat isu 'dalam kain' pemimpin dari negeri lain untuk dibahaskan dalam mesyuarat kerajaan mereka?
Jika benar tuduhan itu, mengapa tidak berani diulangi di luar Dewan supaya perkara itu boleh dibawa dan ditentukan di mahkamah? Apakah MCA begitu bacul sehingga tak berani mempertahankan tuduhan keji semacam itu?
Keghairahan MCA meniru politik lucah sesetengah pemimpin UMNO semakin memalukan ahli-ahli MCA sendiri. Sudahlah mereka dipimpin oleh seorang pelakon video lucah, kini mereka mahu mempalitkan orang lain kerana tuduhan palsu tentang peribadi orang lain. Sampai begitu sekalikah politik MCA sudah tertiarap kerana ditolak oleh majoriti kaum Cina di Malaysia?
Ahli-ahli MCA memilih wakil rakyat mereka untuk membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, tetapi sebaliknya isu peribadi yang disibukkan oleh pemimpin mereka. Ahli-ahli MCA harus berfikir kembali adakah mereka telah membuat tindakan yang betul dengan memilih Presiden yang ada.
Soi Lek ingat semua pemimpin seperti dirinya?
Malah, Chua Soi Lek baru-baru ini dengan angkuhnya mencabar Lim Guan Eng untuk meletak semua jawatan beliau atas alasan Guan Eng pun sama juga dengan beliau, yakni tidak bersih dengan adanya skandal dengan wanita lain.
Soalnya sekarang, mana bukti yang menyokong dakwaan Chua dan apakah justifikasi untuk Guan Eng meletak jawatan?
Jika Chua mahu berbangga dengan kehebatan beliau beraksi lucah di depan kamera video dan selepas itu terpaksa meletakkan jawatan kerana memalukan diri, keluarga, parti dan amsyarakat, itu masalah peribadi beliau. Tak perlu samakan masalah dia dengan orang lain. Semua orang tahu, bukti skandal beliau itu telah terdedah di khalayak awam dan beliau memang seharusnya bertanggungjawab.
Namun, apakah keghairahan MCA menyebar fitnah dan bermain politik lucah dan kotor ini adalah budaya kaum Cina?
Jika isu seperti ini (tuduhan seks dan skandal lelaki-wanita tanpa bukti sahih) tertimpa kepada pemimpin Melayu Islam, tahu pula orang Melayu mengatakan ini isu politik lucah, budaya politik fitnah dan pelbagai lagi isu yang dikaitkan dengan masalah negara.
Tetapi yang kita lihat, siapa yang melanggar undang-undang media dengan menyiarkan gambar dan video lucah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat? Siapa yang menyebar fitnah tentang anak dan isteri pemimpin Pakatan Rakyat?
Ini satu perkembangan yang agak menyedihkan bagi rakyat yang menjunjung demokrasi sebagai sistem bernegara. Ada yang masih melihat isu seperti ini berdasarkan pecahan kaum, sedangkan mereka lupa bahawa apa saja perkara buruk, itu adalah masalah masyarakat, masalah negara.
Politik lucah ini dengan pantas pula mengalih pandangan kita daripada masalah ekonomi dan urus tadbir yang kita semua alami.
Politik lucah UMNO-BN mampu bangunkan negara?
Apakah dengan politik lucah yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin UMNO-BN bererti kita semua tidak lagi mengalami masalah kewangan? Apakah dengan politik lucah, kita tidak perlu lagi menanggung beban bayaran rumah, kereta, anak-anak bersekolah, makanan keluarga seharian?
Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah salah guna kuasa oleh pemimpin kerajaan? Apakah politik lucah telah membebaskan beban dan tanggungan kewangan pelajar dan ibu bapa? Apakah politik lucah berjaya meningkatkan syiar Islam di bumi Malaysia? Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah ragut, rompak, rogol, pukul dan pelbagai jenayah?
Adakah politik lucah UMNO-BN akan menyebabkan kita lupa kepada skandal kewangan negara yang bakal ditanggung bebannya oleh anak cucu kita yang terpaksa membayar cukai bagi membayar balik lesapnya wang berbilion ringgit? Adakah politik lucah telah melupakan kita kepada skandal PKFZ, skandal lembu NFC, skandal mata wang asing Bank Negara, skandal kapal selam Scorpene, skandal cincin?
Sama-sama kita tolak politik lucah dan fitnah dalam PRU13 nanti. – Roketkini.com
Babi seberat 50 kilogram yang mengalami kecederaan selepas merempuh kedai cuba menyembunyikan diri dalam premis tersebut.
KUANTAN - Peniaga dan beberapa pelanggan deretan kedai di Jalan Mahkota di sini gempar berikutan kemunculan seekor babi hutan yang tersesat masuk ke kawasan itu sebelum merempuh sebuah kedai, tengah hari kelmarin.
Babi yang dianggarkan seberat 50 kilogram itu turut merosakkan kaunter pameran sebuah kedai selepas merempuh masuk premis tersebut dipercayai akibat terkejut dengan kehadiran kenderaan dan orang ramai.
Suasana kelam kabut di kawasan itu berakhir kira-kira sejam kemudian selepas haiwan tersebut ditembak mati oleh kakitangan Perhilitan di kawasan Padang MPK 1.
Seorang saksi, Koh Yen Thong, 23 berkata, ketika itu dia berada di kaki lima deretan kedai tersebut sebelum ternampak kelibat seekor babi hutan meluru dari arah Jalan Bukit Ubi.
Menurutnya, haiwan itu dipercayai panik dengan suasana lalu lintas yang sibuk lalu melintas jalan menuju ke arah bangunan kedai itu.
"Saya nampak babi itu masuk ke sebuah kedai dan terus mendekati untuk melihat kejadian seterusnya.
"Peniaga premis itu panik apabila haiwan itu bertindak liar dengan merempuh rak pameran kaca hingga pecah malah babi itu turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan," katanya.
Yen Thong berkata, babi hutan itu akhirnya kepenatan dan terus sembunyi di sebalik kaunter dalam keadaan cedera sehingga kelihatan ada darah menitis ke lantai.
'Saya difahamkan pemilik premis bertindak menutup pintu dan memaklumkan kejadian kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan sebelum dilanjutkan kepada Perhilitan," katanya.
Dia berkata, mungkin bimbang haiwan itu terus mengamuk, pemilik kedai bertindak membuka pintu dan haiwan tersebut terus meluru keluar dan berlari menyeberangi jalan ke kawasan padang berdekatan.
"Haiwan terbabit nyaris dilanggar kereta kerana suasana jalan ketika itu agak sibuk," katanya.
Menurutnya, haiwan tersebut kemudiannya kelihatan merayau-rayau di kawasan padang sebelum masuk ke dalam longkang untuk minum air.
"Anggota jabatan Perhilitan yang datang melepaskan tiga das tembakan ke arah haiwan itu sebelum rebah dan mati," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya terpaksa menembak mati haiwan itu atas faktor keselamatan orang ramai.
Menurutya, haiwan yang berada dalam kecederaan dan ketakutan itu dikhuatiri akan mengamuk bila terancam dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan haiwan itu tidak mencederakan orang ramai.
"Bagaimanapun kita mengambil langkah perlu sebelum melakukan tembakan termasuk memastikan tiada orang ramai di kawasan tersebut," katanya.
Khairiah berkata, pihaknya percaya babi hutan itu dari kawasan belukar sekitar yang tersesat masuk ke kawasan bandar.
"Ada kemungkinan habitatnya diganggu sehingga memaksa haiwan itu lari ke kawasan lain," katanya.
Abdul Khalid menyampaikan ucapannya pada Program Khas Terima Kasih Rakyat Daerah Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, semalam.
GOMBAK - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) disarankan menyerahkan pengurusan air di negeri ini kepada yang lebih layak dan dapat memikul tanggungjawab itu dengan lebih baik daripada rakyat berterusan ditipu dan dibebani masalah air.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor dihujani tohmahan apabila air didakwa tidak mencukupi di Negeri Selangor sedangkan masalah tersebut disebabkan kegagalan Syabas mengendalikan dan menguruskan air di negeri ini.
Menurutnya, baru-baru ini Syabas memberi alasan bahawa krisis air yang melanda Selangor disebabkan rakyat menggunakan air lebih dari penggunaan biasa.
"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri yang memegang amanah rakyat tidak akan sesekali menerima penjelasan Syabas kerana air di Selangor sememangnya mencukupi.
"Buktinya, air di empangan melimpah keluar tetapi yang tidak cukupnya adalah air dirawat. Ini membuktikan pengurusan pengendalian air oleh Syabas tidak betul dan mereka gagal melaksanakan apa yang diamanahkan," kata beliau ketika berucap pada Program Khas Terima Kasih Rakyat Daerah Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, semalam.
Abdul Khalid berkata, perjanjian penswastaan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri sebelum ini memberi kuasa sangat besar kepada Syabas untuk mengendalikan pengurusan air dan termasuklah menaikkan tarif air.
Katanya, sekiranya perjanjian penswastaan itu diteruskan, rakyat Selangor akan terus menerima beban iaitu harga air akan terus naik 20 hingga 30 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Kita tidak akan menerima situasi ini kerana Kerajaan Negeri diberi amanah untuk merakyatkan ekonomi Negeri Selangor dan bukannya untuk menaikkan harga bagi membebankan rakyat," katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga membuktikan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa hak asas air mesti dikembalikan kepada rakyat sepertimana pemberian air percuma kepada penduduk di Selangor.
Menurutnya , usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri selama itu tidak menjadikan negeri ini muflis dan rakyat terus menikmati manfaat sebagaimana hak mereka sebagai rakyat Selangor.
Katanya, semua pemimpin akar umbi dan wakil rakyat diharap dapat menerangkan kepada rakyat supaya tidak tertipu dengan masalah dibawa oleh Syabas.
TEATER Orang-orang teater itu cuba memberi suara kepada kematian pembantu politik Teoh Beng Hock yang dijumpai meninggal dunia dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, menariknya, dalam teater terbitan Rumah Anak Teater (Rat) itu, watak yang memerankan Teoh tidak bercakap sepatah pun - kesunyian yang menjadi suaranya sepanjang persembahan 45 minit itu.
Mungkin benarnya kata editor pengurusan RAT Faisal Mustaffa bahawa "orang mati tidak bercerita", maka suara itu disampaikan melalui watak lain.
"Dia bukan Teoh Beng Hock, sebab Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia. Itu bukan dia, itu lelaki daripada taman yang membayangkan (insiden itu)," jelas Faisal.
'Lelaki dari taman' itu membuka pentas, muram di bangku putih selepas dibuang kerja. Orang tidak dikenali, wanita, berjalan masuk dan marah-marah.
"Kamu mungkin dibuang kerja, tetapi kamu masih bernyawa... Orang lain, Teoh Beng Hock sebaliknya hilang dari pangkuan tunang dan anak kecil yang belum lahir," kata wanita kepada lelaki itu - yang kemudiannya tenggelam dalam perwatakan 'Teoh', sekali gus memberikan 'suara' kepadanya.
3 beradik menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan serta penjagaan rapi perlu bantuan
SHAH ALAM - Nurul Huda Zanery, 12, yang menghidap penyakit tiroid tahap empat masih tidak mendapat tarikh baru untuk rawatan susulan ekoran pendarahan kerongkongnya yang semakin serius.
Ibunya, Adiana Othman, 34, berkata, Nurul Huda masih ke sekolah kerana menjalani ujian percubaan tahun enam, namun anaknya itu perlu bantuan ais batu bagi meredakan panas badan dan kesakitan kerongkongnya.
"Saya bimbangkan Huda kerana semakin hari keadaannya menjadi teruk. Saya takut untuk memberi sebarang ubat. Hanya guna ais untuk mengelap bahagian belakang badannya bagi mengurangkan kesakitan," katanya.
Menurutnya, rawatan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan keadaan anaknya bertambah kritikal.
Dalam perkembangan sama, dua anaknya, Nurul Fatihah Zanery, 8, dan Muhammad Amir, 11, masing-masing menghidap penyakit saraf tulang kongenital dan saluran kencing juga menunjukkan tahap kesihatan tidak menentu.
"Fatihah sudah tidak berdaya mengangkat benda berat. Apatah lagi untuk memegang pensel untuk menulis," katanya.
Sebelum ini, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menjadualkan Nurul Fatihah membuat ujian rawatan imbasan magnetik resonan (MRI) ke atas lehernya kali kedua untuk mengesan kedudukan kansernya.
Menurutnya, pakar surgeri Nurul Fatihah dari PPUKM, Dr Hanafiah akan melakukan ujian itu dan menentukan tarikh bulan ini, supaya tarikh pembedahan dijalankan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Muhammad Amir memerlukan perhatian khusus walaupun keadaannya tidak serius.
Jumlah dana terkumpul setakat ini, meningkat kepada RM27,400.
Sesiapa yang berhasrat menyumbang boleh menghubungi 013-2934837 atau terus ke akaun Maybank Adiana, 162508103642.
Isteri ketua menteri Pulau Pinang Betty Chew menggesa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menghentikan dan menyekat anggota partinya daripada menyebarkan "pembohongan" bahawa suaminya Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan.
Pembohongan itu, termasuk dakwaan beliau menyerang bekas kakitangan itu, kata Betty yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana.
Chew mendakwa, ia sebenarnya helah untuk merosakkan reputasi keluarganya, sekali gus menjejaskan anak-anaknya.
"Kami ada keluarga juga.
"Saya pasti keluarga kamu melalui saat sukar ketika kamu mengaku secara secara terbuka mempunyai hubungan sulit dan berundur sebagai menteri," kata Chew dengan emosi, dalam sidang media bersama suaminya di Pulau Pinang hari ini.
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda bersetuju dengan pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan, kerenah birokrasi khususnya peranan pihak ketiga perlu dikurangkan jika mahu menghapuskan budaya rasuah dalam perkhidmatan awam.
"Dalam perkhidmatan awam, perkara yang perlu dikurangkan bagi menjamin sesuatu perkara itu mampu diselesaikan dengan segera ialah dari segi kerenah birokrasi," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Kelmarin, Dr Mahathir berkata, kelewatan dalam melaksanakan sesuatu perkhidmatan oleh kerajaan boleh menyebabkan berlaku rasuah.
Justeru kata beliau, semua jabatan kerajaan harus menetapkan jangka waktu bagi pegawainya menyiapkan sesuatu tugas, kerana tempoh masa yang diambil akan menentukan sama ada tugas itu dilaksana dengan baik atau tidak.
"Jangan ada kelewatan. Saya takut kelewatan akan menyebabkan rasuah. Jika suatu perkara boleh dilaksana dalam satu hari, pastikan perkara itu siap dalam sehari. Jika tidak, panggil pegawai itu dan tanya mengapa dia tidak boleh lakukan dalam sehari," katanya.
Sehubungan itu menurut Azih, kerenah birokrasi seharusnya dikurangkan atau dihapuskan sebaik-baiknya bagi memastikan para pelanggan yang berurusan dengan pihak kerajaan boleh berhubung secara terus tanpa menggunakan orang tengah.
"Apabila wujudnya pihak ketiga jika pelanggan berurusan, kebarangkalian terjadi atau berlakunya rasuah di antara pelanggan dan kakitangan perkhidmatan awam adalah tinggi.
"Jika boleh kita hendaklah elakkan campur tangan (peranan) orang ketiga bagi mengelakkan rasuah berlaku," ujarnya.
Beliau turut menambah, perkara ini juga menyebabkan wujudnya persepsi negatif di kalangan orang ramai terhadap kakitangan awam.
"Segala jenis urusan di kaunter seharusnya tidak melibatkan pihak lain dan seharusnya orang ramai dibenarkan berurusan secara terus apabila menguruskan atau terlibat dengan sebarang urusan dengan pihak kerajaan," tambah beliau.
Segala jenis proses dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan seharusnya telus tanpa ada sebarang penglibatan pihak lain bagi menjamin terjadinya amalan rasuah.
Satu lagi pusingan perhimpunan anti-Lynas akan berlangsung serentak di 34 kota di Malaysia dan Australia pada 14 Julai akan datang susulan seruan kumpulan antiprojek nadir bumi itu Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk "bertindak".
Bertemakan "kami akan undi untuk masa depan yang bersih dan selamat", perhimpunan itu akan bermula pada jam 5 petang di sembilan negara di Malaysia dan beberapa kota di Australia termasuk Sydney, Perth dan Melbourne.
"Perhimpunan peringkat kebangsaan dianjurkan oleh SMSL. Kami menjangkakan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengambil bahagian.
"Ini hanya perhimpunan, bukan protes," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teet dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam.
Tan berkata, oleh kerana rakyat menuntut "persekitaran bersih dan selamat", perhimpunan akan memasukkan juga acara pilihan raya olok-olok, yang mana setiap peserta akan diberi kertas undi bagi mengundi menerima atau menolak Lynas.
KUALA LUMPUR — Anak kepada bekas pemimpin dan pejuang ternama Umno melihat parti terbesar Melayu itu kini hilang arah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tamrin Ghafar, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba turut menyuarakan rasa tidak senang dengan pentadbiran Najib yang menurutnya lebih banyak merampas daripada mempertahankan hak rakyat di negara ini.
"Umno sudah lari daripada matlamat perjuangan asal pemimpin terdahulu yang lebih mengutamakan rakyat.
"Di bawah pemerintahan Najib, Umno kini lebih banyak menekan dan merampas hak rakyat daripada mempertahankannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi malam tadi.
Tamrin turut menyuarakan rasa kecewa terhadap Najib (gambar) kerana sejak beliau menerajui negara ini pada 2009 apabila menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dasar parti utama dalam Barisan Nasional (BN) itu juga telah berubah sama sekali.
"Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, dasar-dasar perjuangan Umno juga telah berubah," tambah bekas ahli Parlimen Batu Berendam ini lagi kepada The Malaysian Insider.
Bapa Tamrin, yang juga pernah menjadi pemangku perdana menteri sewaktu Dr Mahathir menjalani rawatan jantung pada 1989 adalah pejuang sejati Umno yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran empat perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, Tun Ghafar juga pada pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka selama lapan tahun bermula 1959 sehingga 1967 walaupun pada mulanya menolak untuk dilantik menjawat jawatan tersebut oleh Tunku Abdul Rahman.
Tamrin yang dilihat aktif di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat (PR) hari ini turut mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin Umno pada 26 Jun lalu apabila seringkali dilihat mengkritik kepimpinan perdana menteri tersebut.
"Memang saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti. Surat itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Jelas Tamrin, surat itu antara lain menuntut agar beliau memberikan penjelasan berhubung tindakannya mengkritik kepimpinan parti yang mana Jawatankuasa Pengurusan Umno melihatnya sebagai "melanggar disiplin parti."
"Saya diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan. Namun saya enggan membalasnya dengan surat. Sebaliknya, saya menuntut untuk bersemuka dengan jawatankuasa disiplin Umno dan memberikan penjelasan terus kepada mereka," tegas Tamrin yang turut menghadapi kemungkinan dipecat sebagai ahli Umno.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik lain sekiranya dipecat, Tamrin menjelaskan, beliau masih lagi belum membuat keputusan terhadap perkara itu.
"Kita tunggu tindakan jawatankuasa disiplin parti dahulu. Saya belum fikir lagi nak sertai mana-mana parti," tambahnya lagi.
Tamrin yang sebelum ini hanya memencilkan diri kini dilihat semakin agresif di pentas ceramah anjuran pembangkang termasuk kemunculan semula pertamanya pada perhimpunan pra Bersih 3.0 pada penghujung April lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini.
Selain itu, beliau juga pernah menulis "surat kuning" kepada Najib dan memberi teguran, saranan dan pandangan bagi memulihkan sokongan rakyat kepada Umno.
Bagaimanapun, usaha beliau itu tidak mendapat perhatian Najib walaupun perdana menteri itu kerap menyatakan parti itu "perlu berubah jika tidak mahu diubah" dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
SHAH ALAM, 7 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan perubahan di dalam negara tidak akan berlaku hanya jika disebabkan oleh demonstrasi jalanan.
Najib turut menegaskan, demonstrasi juga tidak akan memantapkan demokrasi, sebaliknya bakal memusnahkan negara.
"Pihak-pihak tertentu cuba untuk memusnahkan negara melalui demonstrasi jalanan. Perubahan tidak akan berlaku dengan demonstrasi jalanan.
"Demonstrasi juga tidak akan memantapkan demokrasi. Itu 'democrazy'," tegas Najib (gambar) sewaktu memberi ucapan perasmian Konvensyen Pemikir Muda Malaysia (PPM) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini.
Jelas Najib, peserta demonstrasi jalanan itu juga tidak ubah seperti "kera kena belacan", malah beliau turut menggesa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan untuk menyuarakan pendapat mereka melalui saluran yang betul.
"'Democrazy' ini tidak menguntungkan negara. Kalau tidak setuju, suarakan dengan baik, beradab dan sopan, supaya kerajaan boleh dengar," jelas perdana menteri di hadapan 2,000 peserta konvensyen tersebut.
Justeru itu, beliau berkata, bukti kerajaan Malaysia berada di landasan yang betul sudah ditunjukkan melalui pembangunan yang dikecapi negara pada masa kini.
"Jangan fikir kita kerajaan tidak betul. Jika tidak, Malaysia tidak akan membangun seperti ini.
"Kita ada 'road map' yang lengkap dalam mencapai matlamat negara maju, malah negara maju sendiri tidak mempunyai road map mereka seperti kita. Ini membuktikan kita mampu memerintah," tegasnya lagi.
Konvensyen sehari anjuran PPM itu turut menghimpunkan generasi muda daripada pelbagai bidang profession termasuk lebih 22 profession yang meliputi mereka yang berkhidmat dalam bidang pendidikan, keselamatan, petani, wartawan, dan banyak lagi.
Dalam majlis tersebut, Najib turut diberi pengiktirafan menerima Anugerah Tokoh Pemikir Terbilang oleh PPM atas jasa beliau dalam merencana Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Saya cukup terharu sebagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak apabila bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri mengishtiharkan dirinya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.
Saya sendiri bersalaman dengannya dan mengucapkan Tahniah kepadanya.Alhamdulillah, beliau masih mengingati saya lagi....
Tidak sia-sia saya mengharapkan agar dia mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti. Allah telah makbulkan juga kini!
Saya sempat ambil no talifonnya....ha! ha! siaplah tu...saya nak panggil dia berceramah kat Sungai Rokam sedikit masa lagi sebelum menjelang Ramadhan! Kawan-kawan akan bantu menjayakannya nanti insya'Allah!
"Kalau kerajaan yang ada hari ini baik dan betul perjalanannya, buat apa saya memilih untuk bersama PAS?" Kata-kata Abdullah itu di sambut dengan laungan Allahu akbar oleh hadirin yang memenuhi dewan majlis High Tea di Hill City Ipoh sebagai meraikan personaliti dan pegawai Tinggi Kerajaan yang baru menyertai PAS.
Khusyuk bebenor sahabat kita dengo cerita Abdullah weh!
Antara ikon ahli baru Pas yang turut hadir ialah Leman Raja Lawak, bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Haji Omar, Bekas Ketua Jamaah Nazir KPM , Tokoh Guru Negeri Perak 2011, Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin, pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman, bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid.
Ambik kaw! Nizar dan Mat Sabu terpukau dengar celoteh Leman Raja lawak
Mereka kesemuanya menceritakan perihal sebab masing-masing meyertai PAS.Masing-masing mengaku menyertai PAS secara sukarela dan kehendak diri sendiri tanpa diajak oleh mana-mana pimpinan PAS yang ada.
Kembali kepada Abdullah Antong, dia menceritakan betapa ketika itu ditahun 2009, ianya mendapat tekanan dari kerajaan Zambry.
Dia kata terlalu ramai yang mengutuknya.Ha! Ha! Ha! Dia sebut juga blog al-husseyn – antara blog yang mengutuk tindakannya pada waktu itu.
Dia boleh ingat heading entri al-husseyn itu!- Dia sebut, "Abdullah Antong, bertaubatlah kamu ....." dan alhamdulillah; Abdullah Antong kini sudah bertaubat dan Allah letakan beliau diatas landasan perjalanan yang benar.
Mudah-mudahan Abdullah merupakan peribadi Muslim sejati sebagaimana Allah sifatkan dalam surah al-Hujraat, ayat 105 yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
Antara yang pernah saya tulis dulu mengenai Abdullah ialah :
Amatlah malang bagi Abdullah Antong kerana orang Hindu mampu melaksanakan seruan jihad yang Allah rakamkan dalam al-Quran.Mudah-mudahan Abdullah akan bertaubat dan Sivakumar mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti.
Kepada Abdullah Antong, saya teringat kata-kata Tok Alim : Ajjilu bi-salati qablal faut; ajjilu bi-taubati qablat maut - Bersegeralah solat sebelum masanya luput, bersegeralah taubat sebelum (tibanya)ajal maut! Baca di sini
Alhamdulillah, Abdullah telah pun menyatakan dihadapan hadirin tadi bahawa beliau telah pun bertaubat. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahilhamd!
Hari ini anak kawan aku bertunang. Selepas sahaja balik pasar tadi, aku bersama isteri pun pergilah ke Kg Batu Lapan Uli Kinta, rumah kawan aku tu, Onon namanya, pesara Askar Melayu.
Tidak ramai kawan-kawan sekolah yang lain hadir.Yang ada Kepten Curut dan Cina Mafia yang dah pencen tu.Hanya tatkala aku dan isteri nak balik muncul Zairo dengan isteri barunya.Ha! ha! Zairo pakai songkok tinggi! Silap betul aku tak ambil gambar dia tadi tuh!
Ha! ha! Aku bersalam dengan dia dan bagi tau kat dia aku yang nak masuk Umno!
"Bagus tu! Bagus tu!" jawab Zairo dengan ketawa biasanya. "Aku nak masuk Umno Johor !" Ha!Ha! baru dia perasan yang aku bergurau dan merujuk pasal Adun kat Johor yang cadangkan laksanakan Hudud!
"Dia tu dah hilang akal!"Marah sahut si Zairo. "Hanya dia sorang tu saje!" ha! ha! aku cuma ketawa aje dan minta diri nak pulang dulu. Aku sempat ambil beberapa gambar di majlis tersebut.
Aku ucapkan selamat bertunang kepada mereka berdua -Annur Adha dan Khairudin Muhamad; semoga dipertemukan jodoh dan berpanjangan bahagia hendaknya.
Tunang anak kawan aku ni dari Pasir Pekan, Kelantan. "Orang Tuan Guru Nik Aziz atau Ibrahim Ali?" Sadin aja aku bertanya.
"Bab itu tak pula aku bincangkan," jawab Onon. Getik aku dengar jawabnya! Tapi aku yakin diaorang tu bukan Umno.
Aku dapat bezakan orang Umno atau PAS melalui baunya. Orang Umno biasanya bau taik! Mahathir yang beritahu aku begitu.
BANDA ACEH- Jika anda seorang wanita yang biasa menggunakan pakaian ketat, jangan menggunakannya di Aceh. Jika tidak anda akan diberkas oleh RAZIA – Polis Syariah atau Wilayatul Hisbah (WH).
Berpakaian ketat dan tidak mengenakan jilbab dinilai melanggar qanun (Perda) Syariat Islam.
Petugas akan mencatat identiti mereka yang berpakaian tidak sesuai Syariat Islam.
"Mereka hanya diberikan nasihat saja tidak ditangkap. Kami hanya mencatat identitinya jika diketahui melakukan hal sama lagi akan ditindak," kata Kepala Seksi Penyidikan Satpol PP dan WH Aceh, Samsuddin.
Ini razia rutin untuk menyosialisasikan qanun nomor 11.
Provinsi Aceh akan mengeluarkan aturan pelarangan penjualan pakaian semacam itu. Kepala Penegakan Hukum Islam di Aceh , Samsudin menyatakan surat edaran perihal pelarangan ini segera disampaikan pada pemilik toko.
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
[HM] KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.
Alhamdulillah. Bukan senang manusia yang hina macam kita Allah nak bagi hidayah tetapi tidak mustahil Allah nak bukakan pintu hati. Semua tu kuasa Allah.
Ayuh mereka diluar sana. Boleh tengok dan beza artis dan orang kenamaan yang masuk Pas dan Umno. Sungguh berbeza.
Masuk je belah Pas, mula la geng sana nak tabur fitnah. Sekarang skandal seks pula.
Jul 6 2012 / Keadilan Daily (Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.
"Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana 'melepaskan' kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.
Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.
"Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.
KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation - sebuah syarikat arak terkemuka.
"Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.
Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.
"MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron - boleh," katanya, sinis.
Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.
"Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.
Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno 'berikrar' mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.
"Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.
"Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh," katanya.
KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).
"Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan," ujar Abby lagi.
Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS Kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza. -sumber
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.
"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung.
"(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.
"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.
Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.
Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.
MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.
Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.
Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. -mk
Nampaknya semakin jauh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung semakin banyak tembelang Perdana Menteri pecah dan semakin sukar beliau menepis segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.
"Dalam pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR mendakwa laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan ," ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, George Kent juga didakwa tidak ada kepakaran membina projek LRT dan hasil rekod projek syarikat George Kent juga membuktikan bahawa syarikat itu hanya pernah mengendalikan projek bernilai RM40 juta yang tidak memenuhi kriteria projek LRT Ampang yang bernilai RM1 bilion.
Sehubungan itu, kata Riduan pihaknya merasakan campur tangan PM dalam urusan pengendalian projek ini amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Soalnya, kata beliau apakah PM mahu menggadaikan keselamatan orang awam dengan syarikat yang tidak memenuhi spesifikasi projek.
"Mengapa begitu beria-ia PM menganugerahkan projek kepada syarikat ini walhal telah dilaporkan bahawa syarikat ini sememangnya tidak layak mendapat projek ini?
"Adakah sesuatu kepentingan lain diperolehi oleh PM atau ahli keluarganya melalui penganugerahan projek ini?" kata beliau.
Dalam hal ini, tambahnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menutup mata melihat skandal sebesar ini berlegar di depan mata tanpa tindakan.
Menurutnya, skandal itu menguji integriti badan itu dan mahu melihat sejauh mana wibawanya bagi mengendalikan skandal sebesar ini.
Namun demikian, ujar Riduan ramai boleh mengagak bagaimana kesudahan episod kisah ini dan siapa yang akan untung dan terselamat, sebaliknya siapa pula yang bakal terjerat dan disiasat.
"Kesemua pendedahan ini menunjukkan bahawa sudah sampai masanya era pemerintahan BN berakhir kerana para pemimpin negara pada hari ini sudah terlalu bermasalah dan berpenyakit," ujarnya.
Justeru, ujar beliau dalam beberapa bulan akan datang, entah berapa banyak lagi projek sulit akan didedahkan yang menggemparkan dan mensensasikan negara. -Hrkh
Kita tidak perlu bergurau dengan Dr Mahathir Mohamad untuk menyumbatkan ke dalam penjara, sebagai banduan selama lima hari sahaja. Tak tau la dia tahan ke tidak.
Dr M tidak perlu hendak usik Anwar Ibrahim kerana selepas Anwar dibebaskan dari penjara, Anwar tidak menyerang bekas bosnya secara terbuka. Dr M dah maki Anwar banyak kali. Tiap-tiap kali ada peluang jumpa press, dia akan mula menyerang Anwar.
Saya pernah tanya Anwar secara peribadi, mengapa beliau tidak mahu menyerang bekas bosnya, sedangkan semua orang tahu betapa zalimnya Dr M yang menyumbatkan Anwar ke dalam penjara dan Dr M membiarkan samseng KPN, Rahim Noor memukul Anwar dalam lokap polis tanpa belas ihsan.
"Dato' Seri, anta tidak mahu balaskah serangan Dr M kepada anta, nampak tak henti-henti orang tua tu," tanya saya.
Reaksi Anwar kepada saya,"Tak usahla..ana tak mahu berdendam dengan beliau, biarlah dia hendak kata apa. Barangkali dia tengah meroyan tengok Umno makin teruk," katanya sambil tersenyum kecil.
Saya setuju dengan Anwar. Dalam Islam kita tidak harus berdendam dengan sesiapa. Jika kita boleh menjadi pemaaf, itulah yang terbaik, walaupun kebanyakan orang sukar melakukannya.
Berbalik tentang Dr M. Kita sebagai orang awam, kadang-kadang muak dengan pelbagai kenyataan bekas PM yang bukan sahaja menyerang Anwar, malah menyerang PAS dan DAP.
Ada sumber-sumber dalaman Perkasa mendakwa Dr M ada hubungan yang akrab dengan presiden Perkasa. Kita tahu banyak kerja-kerja kotor dilakukan Perkasa. Apakah ianya disaran oleh Dr M? Kita tidak tahu.
Dr M mungkin berseloroh untuk memperli Anwar untuk dijadikan PM selama lima hari. Tetapi kita tidak harus berseloroh dengan beliau, untuk kita siasat Dr M dan seluruh organisasi Umno di bawah OSA.
Tidak perlu ambil banyak kes. Kita ambil kes seumpama yang dikenakan kepada Uncle Seekers a.k.a Syed Abdullah.
Berapa banyak dokumen yang diklasifikasikan sebagai OSA, diedar pada perhimpunan agung Umno, disiar media massa pro Umno untuk memaki hamun institusi Raja?
Takkan dalam hal Uncle Seekers, pihak Istana boleh bersetuju dengan tindakan polis, tetapi dalam menyiasat pemimpin Umno, pihak Istana boleh mendiamkan diri? Itu persoalan yang rakyat lontarkan.
Jadi, pada kita, pihak polis wajar untuk mereman Dr M selama empat lima hari, untuk dilakukan siasatan di bawah OSA.
Apa macam Dr M? Ada berani?
Ulasan ringkas sebagai reaksi kepada news Bernama:
Dr M: Jadikan Anwar 'PM kehormat' 5 hari
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.
Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri.
Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.
Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.
"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.
Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.
Justeru, katanya, rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan BN yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor. Oleh: Mohd Rashidi Hassan
Wau, ramai artis di pentas pakatan Rakyat kini. Mengapa.
Dengan sangkaan baik, sememangnya mereka sudah sedar akan kebatilan BN dan memahami aspirasi Pakatan Rakyat.
Atau adakah BN atau media BN gagal memberi peluang berterusan untuk artis ini, secara kebetulan sudah mulai veteran, untuk berkarya.
Dilaporkan media BN gagal membina pengkarya baru kerana melayan kroninya. Rezki TIDAK dilebarkan kepada ramai pihak. Contohnya drama Roda2 Kota Raya yang tidak berkualiti itu gagal digantikan dengan siri lain oleh pengkarya lain. Monopoli sudah lebih 10 tahun!!!!
Artis, walaupun telah masuk ke alam veteran menarik minat peminat ceramah politik. Pihak penganjur dikatakan bersedia membayar antara RM 1,000 ke RM 2,000.00 untuk menjemput seorang artis. Dikatakan kaum wanita yang selama ini tidak berminat dengan ceramah Pakatan Rakyat pun telah sanggup hadir!! Ha ha sesekali kena pasang "perangkap" baru juga.
Wau. Moga-moga sang artis ini jangan sekali round sahaja!!!!!
PTPTN , apakah akhirnya peminjam(pelajar) yang menjadi mangsa, sedangkan kolej swasta kaut keuntungan? Kenapa Kementerian Kesihatan tidak membuka lebih banyak kolej kejururawatan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk belajar pada kos yang minima tanpa memikirkan keuntungan?
Nasib 553 pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di Seri Kembangan, Selangor yang terjejas berikutan pusat pengajian berkenaan gagal meneruskan operasi mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kementerian berusaha memindahkan kesemua mereka yang dipaksa berhenti pengajian itu ke mana-mana kolej kejururawatan di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, senarai kolej terlibat akan diserahkan kepada pelajar, Isnin ini untuk proses pemilihan. Beliau berkata, KPT sebenarnya sudah melakukan beberapa pertemuan dengan pihak pengurusan kolej yang gagal meneruskan operasi bersama pelajar dan ibu bapa sebelum ini.
“Pertemuan dilakukan sebelum keputusan dibuat dan pelajar boleh meneruskan pengajian ke kolej-kolej kejururawatan di seluruh negara melalui aktiviti pemudahcara. “Keputusan ini agak lewat kerana melibatkan banyak isu seperti akademik, pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sehinggalah kita mengambil keputusan memindahkan pelajar yang sudah berada di semester empat, lima dan enam,” katanya pada sidang media sempena Majlis KPT Bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Zon Selatan, di sini, semalam.
Kok Chung berkata, bagi mengelakkan masalah sama berulang, kementerian akan memastikan kesemua pelajar terlibat dipindahkan ke kolej bertaraf empat atau lima bintang dari segi kualiti. Katanya. KPT tidak akan berkompromi dengan IPTS yang tidak memenuhi standard ditetapkan kementerian.
"Kolej terbabit bakal dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sebagai peringatan kepada IPTS lain untuk tidak mengabaikan kualiti dan standard operasi," katanya.
amkns
penyapu sial
dasar penyamun wang rakyat....mana pikir untuk kesenangan rakyat....sibuk kasi untung kroni aje....kerajaan macam ini wajib di gulingkan aje....menyusahkan rakyat tak habis habis...!!!
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sekarang, Umno-BN rejim paling korup di Asia dengan wang haram terbanyak mengalir keluar
Najib boleh merayu kepada rakyat untuk menyelamatkan BN (Barisan Nasional) dari tersungkur dalam pilihan raya umum yang akan datang. Namun, dia tidak sedar bahawa kemantapan politik dan kestabilan ekonomi kekal sebagai idea sahaja apabila rasuah berleluasa dalam kerajaan. Rasuah atau penyalahgunaan kuasa awam adalah sinonim dengan urus tadbir yang buruk bagi sesebuah negara
"UMNO dan BN bergelumang dengan skandal dan rasuah, ekonomi yang parah dan akhir-akhir ini yang mendedahkan bahawa pihak berkuasa asing sedang meneliti akaun bank rakyat Malaysia yang terkenal termasuklah ahli politik," komen seorang ahli parlimen yang senior. "Tiada apa yang memberi petanda baik bagi kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi.
IPR (Indeks Persepsi Rasuah) Malaysia pada tahun 2011 seperti yang diterbitkan dalam TI (Transparency International) adalah 4.3 - skor terburuk dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Angka ini terus merosot apabila lebih banyak kes-kes rasuah dibongkar oleh pihak pembangkang yang kuat di negara ini sekarang.
Ini akan meletakkan negara setanding dengan kebanyakkan negara membangun yang lain yang sedang menghadapi masalah yang sama - rasuah, ketidaktentuan politik dan ekonomi yang tidak stabil.
Kestabilan politik adalah penting bagi pelabur dan pembangunan. Kestabilan ini hanya boleh ditambah apabila terdapat sistem dua-parti. Menyemak dan memberi imbangan adalah penting dalam memastikan bahawa terdapat demokrasi yang sihat, akauntabiliti dan tiada penyalahgunaan kuasa awam untuk kepentingan peribadi. Menindas pembangkang dengan pembohongan dan kebencian akan menampakkan kerajaan yang sedang memerintah kurang bijak.
"Untuk memastikan kemantapan politik hanya ahli politik yang mempunyai integriti, cekap dan tidak rasuah dipilih untuk menerajui negara," komen seorang pensyarah universiti.
Bukti pentadbiran yang cekap
Sistem dua-parti di negara ini telah merintis jalan bagi kedua-dua BN dan PR bersungguh dalam menjaga kepentingan negeri-negeri di negara ini.
Bukti tadbir urus yang baik boleh dicontohi dari empat negeri di bawah kerajaan PR (Pakatan) - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - yang merintis jalan bagi ketelusan untuk semua negeri-negeri lain contohi.
Kejayaan negeri-negeri di bawah PR adalah bukti bahawa negara tidak akan berada dalam bahaya atau terjerumus dalam bankrupsi jika pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara.
Kepastian politik adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi. Selaras dengan ini, pelabur yakin bahawa Pulau Pinang dan Selangor adalah dua negeri yang paling berjaya dan stabil di negara ini. Kedua-dua negeri mencapai yang terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi bagi empat tahun yang lalu.
Negri-negeri ini diuruskan dengan baik dari segi kewangan dan ekonomi. Kedah dan Kelantan juga telah ditadbir dengan baik.
Jumlah gabungan pertumbuhan ekonomi di empat negeri di bawah PR adalah yang tertinggi berbanding dengan jumlah gabungan semua negeri-negeri di bawah pemerintahan BN dalam tempoh empat tahun yang lalu. Sebabnya adalah mereka tahu bagaimana menjana pendapatan, tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran. Selangor, misalnya, telah mencatatkan jumlah tertinggi dalam rizab, iaitu RM1.9 bilion bagi tahun lepas.
Tiada yang lebih nyata
Hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan telah dikurangkan daripada RM630 juta kepada hanya RM30 juta. Oleh itu, tiada apa yang lebih membuktikan kejayaan daripada apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan sekarang.
Kecekapan dan bebas daripada rasuah telah memainkan peranan dalam kemakmuran ekonomi dari segi perbandingan yang dinikmati oleh negeri-negeri ini sejak kerajaan PR mengambil alih. Negeri-negeri ini telah menyaksikan kestabilan dan kemakmuran bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam aspek sosial dan agama juga.
Sama ada BN atau PR, akan sentiasa ada kemantapan politik di negara ini. Satu-satunya cara untuk memastikan keadaan ini berlaku adalah untuk memberi imbangan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dengan mempunyai pihak pembangkang yang kuat. Dalam konteks tempatan, pihak pembangkang kini boleh jadi sama ada BN atau PR - terima kasih kepada kemunculan sistem dua parti di negara ini yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
Negara ini kini mempunyai empat negeri yang berjaya di bawah PR di mana BN adalah pembangkang. Di semua negeri-negeri lain PR merupakan pembangkang.
Kejatuhan rejim
Rasuah dalam semua bentuk menghalang kepastian politik bagi BN untuk terus berkuasa. Dengan PR membuat jalan masuk utama di kebanyakan negara pilihan raya umum akan datang dapat melihat perubahan dalam persamaan politik di negara ini. Ideal, tiada satu parti politik atau gabungan harus menerajui kuasa selama beberapa dekad sebagai hal makan Rasuah baka ini akan.
Sejarah telah membuktikan bahawa rejim-rejim ramai yang telah runtuh pada masa lalu apabila ahli-ahli politik menyalahgunakan kuasa awam untuk kepentingan peribadi mereka. Rasuah dalam semua bentuk telah membawa perubahan kepada kerajaan di seluruh dunia.
Sejarah telah menyaksikan bagaimana negara-negara di masa kini dan masa lampau yang telah berada di bawah kuasa berwibawa tunggal selama beberapa dekad tetapi akhirnya runtuh dengan cara berdenyut. Dekad kuasa tidak dicabar atau penindasan rakyat seperti 'bom masa' menunggu untuk meledak dan bagi rejim di negara-negara ini ke gua.
Apabila pemimpin, keluarga dan kroni-kroni mereka memperkayakan diri dengan wang rakyat dan golongan miskin, krisis bermula. Selepas atau sebelum kejatuhan mereka, kumpulan-kumpulan yang mementingkan diri sendiri akan mencari jalan untuk meninggalkan negara ini berserta kekayaan secara haram yang dikumpul mereka yang berada di luar negara dan di bank-bank asing. Ahli keluarga terdekat mereka menjadi jutawan dan mempunyai harta dan rumah mewah di negara-negara maju.
Banyak negara yang mempunyai pemimpin seperti Ferdinand Marcos di Filipina dan Hosni Mubarak Mesir menghadapi nasib yang sama sebagai contoh.
'Isteri mahal'
Ferdinand Marcos adalah seorang ahli politik Filipina yang memegang gelaran Presiden Filipina selama lebih daripada dua dekad (1965-1986). Pentadbirannya kemudian dicemari oleh kezaliman autoritarian, politik, dan pencabulan hak asasi manusia.
Tahun 1986 menyaksikan penyingkirannya dari kuasa dan akhirnya hidup dalam buangan di Hawaii. Ia kemudiannya didapati pula, dalam tempoh 20 tahun dia berkuasa, dia dan isteri 'mahalnya', Imelda Marcos telah memindahkan berbilion-bilion dolar yang digelapkan dari dana awam ke akaun dan melabur di Amerika Syarikat, Switzerland, dan juga negara-negara lain.
Kerosakan yang dilakukan begitu teruk sekali walaupun selepas rejim Marcos telah lama berlalu IPR negara itu masih berada pada 2.8-3.4 untuk 10 tahun yang lalu.
Korupsi dan penyalahgunaan kuasa
IPR bagi Mesir ialah 2.8 ke 3.4 untuk 10 tahun yang lalu. Hosni Mubarak berkhidmat sebagai Presiden keempat Mesir selama lebih kurang 3 dekad dari 1981 ke 2011.
Mubarak digulingkan setelah 18 hari demonstrasi revolusi Mesir 2011. Mubarak dan kedua-dua anaknya telah ditahan dan disoal mengenai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Keluarga ini dikatakan telah menjadi antara orang terkaya di dunia.
Ia telah dilaporkan bahawa keadaan rasuah semasa pemerintahan presiden Mubarak tidak terkawal. Kerajaan Mesir di bawahnya dilengkapi peraturan-peraturan birokrasi, keperluan pendaftaran, dan kawalan lain yang sering memerlukan rasuah. Rasuah masih menjadi masalah utama di bawah Mubarak, yang telah berjanji untuk melakukan banyak perubahan, tetapi sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun untuk menanganinya dengan lebih berkesan.
Pada tahun 2010, laporan TI mengenai IPR Mesir menunjukkan skor CPI sebanyak 3.1, berdasarkan persepsi tahap rasuah daripada ahli perniagaan dan penganalisis negara.
Banyak negara telah menghadapi ketidaktentuan politik bukan disebabkan rakyat atau pembangkang tetapi ahli politik yang sibuk mencari harta dalam kerajaan yang diperintahnya dan mencuri melalui cara yang licik.
Lebih menjejaskan UMNO
Kemantapan atau kestabilan politik sekali lagi fungsi banyak faktor lain, termasuk kerajaan sedia ada yang sanggup melepaskan pentadbiran jika mendapati pentadbirannya tidak cukup baik dan tidak berkesan. Hanya apabila rejim enggan melepaskan kuasa apabila kehilangan dalam pilihan raya akan menyebabkan ketidaktentuan politik. "Menukar kerajaan secara demokratik akan sentiasa dipastikan kestabilan politik dan ekonomi," kata seorang pemerhati politik tempatan. "Hanya apabila kerajaan yang sedia ada enggan menerima kekalahan dan melepaskan kuasa akan mendatangkan masalah," katanya lagi.
Selagi demokrasi dihargai, negara akan maju tanpa gangguan walaupun pakatan lain mengambil alih pemerintahan.
Jika ada sekalipun ketidaktentuan politik di negara ini, ia akan memberi kesan kepada UMNO lebih daripada PAS - dua parti didominasi Melayu di negara ini. Menyemarakkan polarisasi kaum dan agama tidak baik untuk para pelabur. Apabila UMNO memainkan isu perkauman orang akan dapat meneka bahawa ini akan membawa kepada ketidaktentuan politik atau survival UMNO itu sendiri.
Hubungan antara kaum di negara ini mujurnya telah diredakan oleh PAS - parti yang telah menunjukkan tindakan munasabah apabila menyentuh kepada hubungan antara kaum.
Selain itu, perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini juga telah membuktikan kepada pelabur bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini boleh bersatu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebuah kerajaan yang tidak menghiraukan pilihanraya yang bebas dan adil.
Rakyat sekarang cukup bijak menilai sifat perkauman dalam cara politik UMNO. Mereka juga menganggap kerajaan sebagai korup dan tidak cekap dalam menguruskan dana negara.
"Perkauman, kerajaan yang tidak cekap dan rasuah bertanggungjawab untuk menyukarkan kehidupan rakyat," kata graduan universiti berusia 28 tahun. "Jika ini dibiarkan sahaja, ia akan menyebabkan ketidaktentuan politik di dalam negara. Ia sebenarnya akan menjejaskan UMNO daripada parti lain, "katanya.
Platform alternatif
Kepastian dan kestabilan politik akan hanya boleh dicapai apabila kerajaan yang dipilih tidak rasuah, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Najib mahupun Mahathir boleh berhenti mendesak pengundi untuk setia pada BN. Apabila kerajaan tidak bertanggungjawab, korup, tidak kompeten ataupun menipu dan berboros, rakyat akan mencari alternatif lain untuk memastikan kestabilan bagi negara.
Tanpa persaingan dalam politik aka nada monopoli kuasa yang akan menjurus kepada korupsi, ketidak cekapan dan penyalahgunaan dana awam. BN tidak boleh dibenarkan untuk memonopoli kuasa.
"Merekalah sumber ketidaksatbilan kerana wang pembayar cukai dibazirkan dan menjadikan hidup sengsara bagi kebanyakkan rakyat Malaysia," komen seorang usahawan di Kuala Lumpur. " Amalan korupsi telah meletakkan BN dalam keadaan tidak baik dimata rakyat," katanya lain.
Meraka yang mahukan perubahan bukanlah mahukan kekacauan tetapi ingin mendapatkan keadaan politk dan ekonomi yang stabil untuk negara. Najib terpaksa mencari apakah sebab berlakunya ketidakstabilan politik dalam kerajaan, bukan rakyat.
Ternyata, apa yang tidak pasti disini adalah masa depan politik UMNO apabila PAS sudah menjadi parti pilihan untuk menggantikan
Adakah UMNO dan BN sudah tidak relevan kepada negara ini?
Oleh Amin Iskandar KUALA LUMPUR, 6 Jul — Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin berani dan kata timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, mengulas mengenai temuramah ketua pembangkang dengan Financial Times (FT) baru-baru ini.
Dalam wawancara bersama FT, Anwar Ibrahim mengatakan jika gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) 13 ini, beliau akan bersara dalam politik dan kembali mengajar di universiti.
"Dengan menggeluarkan kenyataan sanggup untuk bersara dari politik jika tidak berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 ini, membuktikan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang berani," kata Mohamad Sabu dalam temubual telefon kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
"Ertinya beliau yakin dengan kekuatan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya."
Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Anwar pernah diundang untuk mengajar dibeberapa universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Georgetown.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan persaraan politik Anwar benar-benar terjadi, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu mengatakan PR pasti mengemukakan pengganti kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
"Soal pengganti kepada Anwar bukanlah satu isu kerana PR mempunyai ramai pemimpin pelapis," jelas Mat Sabu lagi. "Persoalannya adalah apakah pengganti itu setanding dengan Anwar Ibrahim."
PR ditubuhkan sebaik sahaja PKR, PAS dan DAP yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga BN pada PRU 12.
Semenjak berlakunya peristiwa bersejarah — digelar Tsunami politik itu, PR terus menjadi pencabar terkuat BN yang belum pernah lagi tewas dalam PRU semenjak kali pertama ia diadakan.- TMI
KANADA 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum disebabkan kes rasuah Scorpene.
Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
"Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.
"Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
"Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.
"Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO," jelas Manthorpe seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.
Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.
Pemain Malaysia murung selepas tewas kepada 'abang' Myanmar dalam saingan penentu.
Kita semua tak tahu kenapa FAM sanggup bersikap sebegitu: Kay Kim
"Sekurang-kurangnya buatlah bantahan dahulu. Tak salah kita minta lakukan siasatan jika kita mengesyaki berlaku penipuan umur oleh pasukan Myanmar.
"Tindakan itu yang patut dilakukan oleh orang terpelajar. Hanya orang jahil saja yang tak nak buat bantahan." kata pengkritik sukan terkemuka negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas tindakan pelik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin.
FAM yang diberi masa 48 jam, akhirnya enggan membuat bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tindakan Myanmar menggunakan beberapa pemain lebih umur pada Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Yangon, baru-baru ini atas alasan, tiada bukti kukuh.
"Kita semua tak tahu kenapa FAM sanggup bersikap sebegitu. Hantar sajalah bantahan, biar AFC siasat terlebih dahulu. Ini bantah pun tidak, macam mana nak tahu apa kebenarannya.
"Perkara seperti ini tak patut berlaku dalam zaman moden. Jika ada pihak langgar peraturan dan undang-undang, takkan semudah itu kita nak menerimanya," kata Kay Kim ketika dihubungi, semalam.
Terdahulu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengadakan sidang media khas di Kelana Jaya bagi menjelaskan punca pihaknya tidak meneruskan bantahan biarpun notis awal sudah dihantar pengurus skuad B-22 negara, Datuk Afandi Hamzah selepas aksi bertemu Myanmar di Yangon, Selasa lalu.
"Kita kena bantah berserta bukti kukuh. Jika tidak, ia boleh beri implikasi terhadap imej FAM dan hubungan kita dengan negara-negara ASEAN kerana Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) juga adalah Presiden AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN).
"Saya juga sudah persembahkan kepada Presiden FAM kenapa FAM tak teruskan bantahan ini. Bukan sebab kita takut kehilangan wang bantahan AS$500 (RM1,580), tapi adalah tidak beretika untuk kita mempersoal dokumen pengenalan diri yang diperakui kerajaan Myanmar," jelas Azzuddin.
Ditanya mengenai jurulatih kelab Myanmar, KBZ FC, P N Sivaji, mengesahkan pemainnya, Kyaw Zayar Win yang tertera umur 24 tahun dalam senarai perlawanan Piala Singapura bertemu Loyola Meralco Sparks adalah individu sama menjadi kapten skuad B-22 Myanmar, Azzuddin berkata "Saya tak meneliti sehingga tahap itu."
"Kita tak pasti dia Zayar Win mana satu (yang berusia 21 atau 24). Ini satu input baru. Saya tak tahu pendaftaran Piala Singapura pergi ke AFC atau tidak."
Azzuddin berkata, badan induk bola sepak Asia hanya menerima maklumat yang didaftarkan dalam sistem maklumat pemain AFC dan segala data dalam kejohanan bukan anjuran badan itu seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF, tidak diperakuinya. - BH
RAWANG, 7 Julai — Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kekal dengan pendiriannya untuk bersara sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang walaupun dipujuk oleh anaknya Nurul Izzah semalam.
Anwar yakin Pakatan Rakyat (PR) akan menang PRU 13 walaupun mungkin terdapat penipuan.
"Insya-Allah, saya yakin akan menang", katanya bila ditanya mengenai peluang memenangi PRU.
Dengan tegas ketua pembangkang mengulangi kenyataan jika PR kalah, dia akan bersara dari politik dan kembali mengajar.
"PRU mungkin akan berlangsung pada September, kita menang, kita tidak akan lupakan rakyat kerana kita juga pernah susah.
"Kalau kita menang, hari angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak", kata ahli parlimen Permatang Pauh (gambar) itu.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengatakan bahawa anak Tun Dr Mahathir menggunakan pengaruh bapanya untuk membeli Esso Malaysia yang bernilai RM 1.9 billion.
Pembelian itu juga mendorong Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menandatangani perjanjian dengan Esso Malaysia - kini dikenali sebagai Petron bagi membeli petrol untuk kapal terbang.
"Mirzan Mahathir telah beli syarikat bir San Miguel, Esso dan kini MAS tandatangan kontrak untuk petrol kapal terbang, sebab itu Mahathir takut kalau Pakatan menang", kata Anwar Ibrahim dihadapan penyokongnya dalam majlis makan malam anjuran PKR cabang Selayang malam tadi.
Baru-baru ini MAS memeterai perjanjian dengan Petron untuk membeli petrol sekaligus mengenepikan Petronas yang selama ini membekal petrol kepada syarikat penerbangan itu.
Terbaru, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa MAS kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api ketika dibekalkan oleh Petronas.
Azan berkata, Petron dianugerahkan kontrak pembekal bahan api adalah perkara yang sangat meragukan kerana Mahathir merupakan penasihat kepada Petronas.
"Petron diberi kontrak kerana ia dimiliki oleh anaknya, kerana San Miguel milik Mirzan telah untung menyebabkan dia boleh membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sendirian Berhad", kata Azan yang dipetik dari sebuah blog.
Turut hadir dalam ceramah itu adalah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.
Fuziah pula berkata rakyat haruslah menyedari penipuan dalam pilihanraya dan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Tan Seng Giaw berkata hutang negara sudah mencecah RM 500 billion dan skandal PKFZ oleh MCA memufliskan negara. - TMI
Abdul Rahim Sabri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau supaya tidak berlengah-lengah untuk bersara daripada politik.
Sebaliknya, dengan nada tegas, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri meminta bekas bosnya itu "duduk diam-diam sambil menjaga syarikat anaknya".
"Duduk rehat tadi, ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.
"Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Puluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.
"Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar kira-kira 2,000 hadirin yang hadir dalam ceramahnya di Selayang malam tadi.
Dr Mahathir dilapor berkata Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13.
Bahkan dengan nada bergurau, bekas perdana menteri itu mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impiannya sebelum bersara.
Sebelum itu diawal ucapan dalam ceramahnya di Padang Kampung Selayang Indah malam tadi, Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu "marah" kepadanya.
Sedangkan, kata Anwar yang juga ketua pembangkang berkata selama ini, beliau "tidak pernah mengacau" dan telah memaafkan bekas pemimpin nombor satu itu.
"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
"(Tetapi) yang kamu takut ini apa. Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan.
PENOLONG Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, M Mohan, 39, dipenjara 13 tahun dan didenda RM2.275 juta selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berhubung siasatan kes rasuah seorang suspek. - Foto Sairien Nafis
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketika permulaan kehadiran. Tak ramai. Makcik2 Klate tak faham Inggeris. Seratus jer datang. Bangang.
Irene Tan. Wakil kaum Cina. Berucap pun dalam bahasa Cina. Lagi la Pakcik Kelantan tak faham. Terbaik Irene. Untuk audien Cina.
W4R#1 pilih jambatan yang akan berubah lanskapnya. Rakyat Kelantan dah catat dan rakam sejarah di situ. W4R#2 Stesen Bas KB plak. Hampir seluruh anak Kelantan ada memori dengan Stesen Bas KB. Gile cun punya angle. Bangunan merah vs lautan merah. Gambar ni masuk dalam buku sejarah Kelantan. Insyaallah.
Samseng UMNO yang diupah pada hari itu, berbaik2 dengan perjuangan R. Dalam menuntut hasil bumi sendiri, setiap anak Kelantan perlu buang baju politik masing2.
Benz Ali dan Nik Jidan adalah simbol keluarga luar Kelantan yang menyokong pada petang bersejarah ini. Tq boss..
Selama 20 tahun pemuda Kelantan mengalami desifit lanskap politik yang teruk. 20 tahun unit amal yang hanya beraksi di tapak2 ceramah. 7 Julai adalah era baru kepada seluruh dunia Kelantan. Tq boh.
Semoga kehadiran anda semua menjadi asbab Allah mengeluarkan kita dari golongan yang dayus.
Lautan merah yang membara. Alah menghadiahkan cuaca yang mendung sejak selepas Zuhur. Terima kasih Allah. Wa caya sama Lu. Tuhan yang satu. Maha penyayang.
Kenderaan yang memberikan sokongan dalam bentuk horn.
Tua dan muda. Lama dan baru. Lanskap baru warna-warni politik Kelantan. Yeyeh!
Perarakan yang mahu bermula. Dikepalai oleh titah Sultan Kelantan. TPU sempat merakankan kereta perdana rasmi istana yang meninjau keadaan W4R#2. Tak tau siapa duk dalam.
Aksi Jeming Hasan yang mengetuai sendiri Unit Keselamatan. Pada hari ini, tanda pengenalan Unit Keselamatan adalah kain kuning di lengan.
TPU yang tertungkus-lumus menyebarkan hasutan dan fitnah perjuangan.
Area sekitar Stesen Bas dan Stesen Teksi penuh. Kehadiran 100 orang jer.
Detik2 sebelum arahan bersurai kepada peserta. Terima kasih rakan polis, rakan UMNO dan seluruh yang menjayakan atas nama anak Kelantan dan atas nama rakyat yang menyokong hak rakan Kelantan.
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata apa la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~msk
Maklumat nih Addin perolehi daripada blog Cipan.. Daripada Cipan dapat meklumat nih Addin pun tak berapa pasti. Mungkin Cipan nih sepupu sepapat @ seangkatannya dengan Uncle Seekers kot, sebab tu macam-macam maklumat dapat. Jangan Cipan reka-reka sendiri udah ler..
Serbuan Keatas Rumah Uncle Seekers
Bhai... Ini info fresh... Satu unit pengawai penyiasat sedang mendapatkan waran geledah untuk melakukan serbuan keatas rumah UncleSeekers...
Serbuan ini bertujuan untuk mengumpulkan bukti bagi memudahkan pendakwaan keatas UncleSeekers.. Kemungkinan besar komputer dan beberapa dokumen akan dirampas... Mungkin jugak ader dokumen yang akan dihilangkan atau dimusnahkan..
Kiter tunggu maklumat perkembangan selanjutnyer.... Okay...
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hari ini berkata kekal dengan pendiriannya untuk bersara sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang walaupun dipujuk oleh anaknya Nurul Izzah semalam. Anwar yakin Pakatan Rakyat (PR) akan menang PRU 13 walaupun mungkin terdapat penipuan. "Insya-Allah, saya yakin akan menang", katanya bila ditanya mengenai peluang memenangi PRU. Dengan tegas ketua pembangkang mengulangi kenyataan jika PR kalah, dia akan bersara dari politik dan kembali mengajar.
"PRU mungkin akan berlangsung pada September, kita menang, kita tidak akan lupakan rakyat kerana kita juga pernah susah.
"Kalau kita menang, hari angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak", kata ahli parlimen Permatang Pauh (gambar) itu.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengatakan bahawa anak Tun Dr Mahathir menggunakan pengaruh bapanya untuk membeli Esso Malaysia yang bernilai RM 1.9 billion.
Pembelian itu juga mendorong Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menandatangani perjanjian dengan Esso Malaysia - kini dikenali sebagai Petron bagi membeli petrol untuk kapal terbang.
"Mirzan Mahathir telah beli syarikat bir San Miguel, Esso dan kini MAS tandatangan kontrak untuk petrol kapal terbang, sebab itu Mahathir takut kalau Pakatan menang", kata Anwar Ibrahim dihadapan penyokongnya dalam majlis makan malam anjuran PKR cabang Selayang malam tadi.
Baru-baru ini MAS memeterai perjanjian dengan Petron untuk membeli petrol sekaligus mengenepikan Petronas yang selama ini membekal petrol kepada syarikat penerbangan itu.
Terbaru, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa MAS kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api ketika dibekalkan oleh Petronas.
Azan berkata, Petron dianugerahkan kontrak pembekal bahan api adalah perkara yang sangat meragukan kerana Mahathir merupakan penasihat kepada Petronas.
"Petron diberi kontrak kerana ia dimiliki oleh anaknya, kerana San Miguel milik Mirzan telah untung menyebabkan dia boleh membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sendirian Berhad", kata Azan yang dipetik dari sebuah blog.
Turut hadir dalam ceramah itu adalah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.
Fuziah pula berkata rakyat haruslah menyedari penipuan dalam pilihanraya dan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Tan Seng Giaw berkata hutang negara sudah mencecah RM 500 billion dan skandal PKFZ oleh MCA memufliskan negara. ~sinarharian
Apa kejadahnya Muhyiddin keluar statement nih kat Bali? Cukup terdesak Muhyiddin sehingga keluar statement macam nih. Dari orang tak tau yang gerombolan Umno desperate, kini satu Indon pun dah tau. Rakyat Malaysia peduli apa Anwar ada pengaruh hebat di luar negara ke atau tidak.
Yang rakyat peduli sekarang ialah pengaruh Anwar di Malaysia dan keinginan tinggi rakyat Malaysia ingin melihat Umno BN berkubur pada PRU 13 nanti.
Pengaruh Anwar Di Indonesia Tidak Hebat Pun
BALI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pemimpin kerajaan dan parti politik di Indonesia tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pengaruh beliau di republik itu tidak sehebat gambaran yang diberikannya.
Beliau berkata, tokoh pemimpin di Indonesia kini semakin memahami iklim politik Malaysia dan memilih untuk mengakui hubungan bilateral yang baik, yang sudah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia.
"Bagi saya tidaklah sebegitu rupa sebagaimana yang digambarkan oleh beliau (Anwar) seolah-olah dia (Anwar) di Indonesia cukup berpengaruh.
"Saya tidak melihat begitu. Dalam media-media tempatan, dia tidak mengambil ruang yang besar seolah-olah apa yang Anwar lakukan cukup hebat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.
Muhyiddin berada di sini dalam rangka lawatan enam hari ke Indonesia untuk meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia selain berbincang mengenai isu yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat di kedua-dua negara.
Di awal lawatan pada 3 Julai lalu, Muhyiddin bertemu dan berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono serta pemimpin tiga parti politik terbesar di Indonesia semasa di Jakarta.
Para pemimpin parti politik itu ialah Ketua Umum parti Golkar Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (DPI-P) Megawati Sukarnoputeri.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengetuai delegasi pemimpin Umno dalam pertemuan dengan ketiga-tiga parti politik Indonesia itu.
"Saya percaya pemimpin-pemimpin Indonesia dan parti-parti politik lebih memahami keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi kita ada hubungan akrab antara kerajaan dan kerajaan," katanya.
Muhyiddin bagaimanapun tidak menolak kenyataan bahawa Anwar mempunyai kenalannya di Indonesia. ~bernama
BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar. Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan. Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.
Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.
Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan. ~sinarharian
Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerudn dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki .
Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.
Bhai... baru kejap tadi ader sorang member gua call... lama dah tak dengar suara dier... sejak ditukarkan ke Johor lebih 4 tahun.. baru nih gua dengar suara dier... hahaha... Dier call pasai katanyer ader maklumat fresh dier nak kasi tau kat gua.. dan dier mintak gua sebarkan...Oh yer ... lupa nak bagitau... member gua tue kerja dalam satu agensi Kerajaan Persekutuan dalam bidang penguatkuasaan... sori.. gua takmo kasi tau Jabatan aper...
Lu teka-teki lar sendirik yer... hahahaDier bagitau gua... ader maklumat dalaman yang dah terbocor kat beberapa unit...yang bagitau bahawa berkemungkinan UncleSeekers bakal dibelasah dalam lokap... Dan yang membelasah UncleSeekers nih bukan anggota PDRM... tapi tahanan lain....
Katanya lagie...Bukannyer tahanan lain tue sengaja nak belasah UncleSeekers....tapi pasai depa diugut oleh pihak-pihak tertentu... Ikut maklumat yang member gua nih dapat... katanyer... ader beberapa orang yang disyaki pegawai JMF yang didapati kerap keluar masuk kompleks IPD Nusajaya .... tak tau la aper dibuatnyer....
Lagi satu... kawan gua kata... kalau UncleSeekers kena belasah... dier berkemungkinan akan kena belasah cara professional... takkan nampak pecah berdarah kat muka ker aper ker... tapi belasah cara "EXXXXXXK" .... ini satu possibiliti....Sori aaa,,, stakat itu jer makluman yang gua dapat... harap UncleSeekers tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.... part lain tue kitorang sambung bagi pihak lu...
Mungkin yang ini yang dimahukan oleh polis. Bukan hendak menyiasat sama ada apa yang dikatakan oleh Uncleseekers itu betul atau tidak, tapi mahu mematikan blog milik Uncleseekers. Cubaan untuk memasuki blog Uncleseekers sebentar tadi mendapati blog tersebut sudah tidak boleh diakses lagi.Sementara itu, polis Johor pula membuat kenyataan bahawa Uncleseekers didapati mengambil dadah jenis morfin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi.
Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kehangatan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13,Umno berada dalam keadaan terdesak untuk mengharapkan sokongan rakyat.Banyak cara digunakan termasuklah pemberian BR1M yang dibuat untuk kali kedua,Program Himpunan Belia yang menjijikan itu dan pelbagai cara yang terlalu banyak untuk disebutkan.Untuk memantapkan strategi pilihan raya nya,Umno telah bersiap sedia dengan sebaik mungkin dengan membina bilik gerakan awal awal lagi dalam tempoh 4 bulan yang lalu.Hampir setiap kampung dalam daerah Perak tengah telah mendapat bilik gerakan yang baru.Hal yang sama juga berlaku diseluruh negara.Timbul persoalan untuk membina bilik gerakan yang berjumlah beribu ribu unit di seluruh negara itu mengunakan dana dari sumber apa.Tidak mungkin ianya mengunakan wang dari kutipan yuran ahli Umno yang sebanyak RM 2.00 setahun itu.
Tambah memburukan keadaan,pembinaan bilik gerakan tersebut bukan lah diatas tanah yang dimiliki oleh Partai Umno tetapi sebaliknya dibina diatas tanah milik kerajaan.Pembinaan itu dibuat sewenang wenang nya berhampiran Dewan Orang Ramai atau bangunan kerajaan yang lain.Di setengah tengah tempat Umno telah menjalankan kerja kotor dan tidak bermaruah dengan mengunakan Dewan Orang Ramai sebagai markas atau bilik gerakan mereka.Mungkin ketua-ketua mereka tidak cukup cerdik untuk membezakan mana satu hak rakyat,mana satu harta benda Umno.Adalah amat memalukan dalam prinsip demokrasi yang diamalkan,partai yang memerintah mengunakan hak milik kerajaan untuk kepentingan parti.Mungkin mereka tak pernah belajar erti demokrasi yang sebenar.Ramai pemimpin Umno yang pandai politik mengikut selera mereka sahaja tanpa merujuk kepada konsep demokrasi.Mereka mungkin mencampuradukkan konsep demokrasi dengan konsep politik yang lain seperti totalitarian dan autoritarian.Mungkin ini lah saf ampuh yang diinginkan dibentuk oleh Dato Najib dalam menghadapi pilihanraya yang sungguh getir bagi Barisan Nasional.
Diharapkan pihak Pakatan Rakyat tidak terlepas pandang perkara ini serta membuat langkah langkah yang bijak bagi menghalang penyalahgunaan hak milik kerajaan ini.Pihak pihak yang berwajib mestilah dimaklumkan walaupun mereka sudah sedia maklum.
Msinc – memerhati dengan teliti segala strategi yang dilakukan oleh Umno.Pada msinc, umno kin lama kin terdesak..kin lama kin meroyan…
Teman dok layan tulisan sahabat teman Mat Sakam Kati (MSK) kat Media Perak..
Huh! Ada 2-3 sejarah yang teman baru tahu!
So, teman nak share kat pembaca blog kerdil teman neh..
Sapa-sapa ada info2 lain leh share2 jugak..
Hujungnya nanti.. kita humbankan UMNO-BN ni ke Laut!
wakakakaka!
budakbalun 07072012
Misteri Genting Highlands
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL. cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri. Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah. Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Terdesaknya UMNO/BN… aku ingatkan hanya untuk ke himpunan UMNO, UMNO terpaksa menyediakan pengangkutan dan juga wang saku untuk ahlinya agar mereka hadir ke himpunan tu…
Rupa-rupanya nak menarik kehadiran Blogger dan Facebookers ke Konvensyen Media Sosial mereka di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyediakan berbagai imbuhan..
Ada blog pencacai UMNO mengatakan lebih dari 90 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk peserta seperti IPad, Tablet PC, Blackberry, Kamera Digital, Telefon Bimbit..
Takkanlah terdesak sangat kot?? Kan masih ada lagi pencacai UMNO di Pulau Pinang ni..
Kalau tak ada hadiah tu agak korang berapa orang yang akan hadir?
Aku padam tarikh kat banner tu pasal aku tak mahu dituduh tolong promote program UMNO/BN…
Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.
Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.
Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.
"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.
Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
"Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.
"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah." "Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah" "Kami tak panik.
Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja."
"Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi.
Laksana sesumpah yang berubah mengikut persekitaran begitulah juga dengan Ustazah Mashitah ini..
Suatu masa dulu, ketika Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri, Ustazah Mashitah secara terang-terang telah mempermainkan hukum hudud dalam satu ceramah.
Tetapi kini semuanya telah berubah, semuanya bermula dengan saranan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO dari Kemelah, Johor Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.
Meskipun secara peribadi beliau menyokong saranan ADUN tersebut.. namun demi mahu menjaga hati Najib yang telah mengumumkan tidak akan melaksanakan hukum Hudud di negara ini lihat videonya di ( SINI ).. Mashitah terpaksa memberikan alasan kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini..
Alasan Mashitah untuk tidak membenarkan hudud dilaksana di negara ini ialah negara masih lagi kekurangan prasarana untuk membolehkan ia menjadi realiti.
Katanya "Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini. - laporan penuh sila baca di ( Sinar Harian )
Menyokong katanya tapi alasan yang diberikan menunjukkan sebaliknya pula..
Inilah bahananya apabila seorang Ustazah terlibat dalam politik.. dalam apa jua kenyataan jawatan yang dianugerahkan UMNO diutamakan.. bukannya perintah Allah didahulukan...
Kalau dah lupa apa Mashitah kata pasal hudud.. lihat Video di bawah...
Berikut pula adalah nasihat UAI buat Mashita dan kita semua..
Menurut C++ beliau telah memperoleh maklumat yang mengatakan Uncle Seekers akan dibelasah di dalam lokap yang menurutnya telah diterima dari seorang sahabat lamanya yang berkhidmat dalam Agensi Persekutuan yang terlibat dalam penguatkuasaan.
Tulis C++ , bukan anggota Polis DiRaja Malaysia yang terlibat dalam kerja-kerja membelasah Uncle Seekers ini tetapi tahanan lain akan dipergunakan untuk melaksanakan kerja-kerja tidak bertamaddun ini.
Dan mereka telah diugut oleh pihak tertentu untuk melaksanakan kerja-kerja itu.
Dalam pada itu beberapa orang yang disyaki pegawai dari JMF didapati sering keluar masuk kompleks IPD Nusajaya, Johor menimbulkan kecurigaan untuk apa mereka berada di sana.. adakah mereka mempunyai kuasa lebih besar dari anggota Polis sendiri?
Menurut sumber C++ Uncle Seekers akan dibelasah secara proffesional yang yang tidak akan menampakkan sebarang kesan luaran..
Nak tahu apa yang dimaksudkan secara proffesional itu sila baca disini ( C++ ) dan untuk info lebih detail juga sila baca di ( C++ )
Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa pemberian kontrak membekalkan hamper Hari Raya dan Deepavali bernilai RM 2 juta dari 2009 ke 2011 adalah mengikut prosedur yang betul.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika pemberian kontrak pada 2008 dan 2009, sebahagiannya dibuat melalui rundingan terus kerana ia bernilai bawah RM50,000.
Namun, pada tahun ini, pemberian kontrak akan dilakukan melalui tender terbuka yang diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
"Pada 2008 dan 2009, ada keputusan yang menetapkan tender itu dibuat secara terus tanpa melalui tender terbuka kerana nilainya bawah RM50,000.
"Tetapi apabila menyentuh soal RM2 juta, kita mesti melalui tender terbuka," katanya kepada pemberita semasa Program Terima Kasih Rakyat daerah Gombak, di sini.
Beliau bersedia mendedahkan proses pemberian tender tersebut kepada media semasa persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan berlangsung Isnin depan.
"Kalau mahu maklumat terperinci, kita akan dedahkan pada sidang DNS nanti. Kerajaan Negeri telus dalam melakukan kerja," ujarnya lagi.
Portal berita Malaysiakini semalam melaporkan, Kerajaan Selangor memberi kontrak membekalkan hamper bernilai RM2 juta sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka.
Agihan hamper percuma kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali itu dibuat oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.
Sementara kira, 200 penduduk setempat datang pada sesi sesi aduan pada PKMR hari ini di Dewan Beringin Taman Sri Gombak di sini.
Mereka mengemukakan masalah perumahan dan memohon pelbagai bantuan kewangan serta pemilikan tanah. - Selangorku
Mahadet suruh Anwar bersara... Eeee... nyebok jer dia. [sini]
Anwar jawab... awat hang sibuk, biar rakyat yang tentukan. Hang... dok diam-diam, pi jaga syarikat anak-anak hang yang terbina, hasil duit rakyat yang hang perosah masa hang jadi piem dulu. [sini]
Kalau hang tak jadi piem dulu, hang ingat hangpa anak beranak boleh jadi kaya raya dan bermaharaja lela macam sekarang ni ka??
Hahahaha... pooraahh!! Kaya mungkin boleh la kot... tapi 'raya'?? I doubt that. Bukannyer berotak brilliant sangat anak-anak dia tu. Kalau hebat.... tak perlu ler bantuan apak!! Sebab tak berapa nak ada otak ler, depa kena bergantung banyak pada apak. Tak gitu komer??
Kesian Mahadet... selagi Anwar is 'alive and kicking', dia tak senang duduk. Fikiran kacau, jiwa meracau dibuat Anwar!! Cakap pun udah merapu merabai.
Mengapa ek??
Kata banyak orang... sebab Mahadet banyak 'dosa' pada rakyat Malaysia. Dosa tu akan bertukar jadi bala besar kepadanya jika UMNO tumpor dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Mahadet ni... dia terlibat dengan bukan calang-calang punyer salah guna kuasa. Gilerr babi punyer salah guna kuasa, komer!!
Kalau UMNO tumpor dan dia masih hidup, bermakna.... dia kena lari keluor negeri. Probably balik India iaitu ke Kerala. Kalau dia terus diam di sini.... besar kemungkinan dia akan diheret ke muka pengadilan, macam Hosni Mubarak, mantan presiden Mesir yang kena pencen paksa.
Setiap kali dia terkenangkan nasib setan jadian Mesir tu, ngilu jantung dia. Nasib tak baik kalu, mau dia pun, tumpor sama bersama UMNO. Maklum ler, 'bateri' dia pun dah weak. Kalau baterinya kong, alamat.... caca marbalah jadinyer anak-anak kesayangan dia.
Sebab tu, dia tak senang duduk dengan Anwar kerana Anwarlah 'catalyst' yang bisa mendatangkan tsunami yang akan mempercepat.... tenggelam dan tumpornya UMNO dari bumi Malaysia. Anwar ibarat 'glu gajah' yang dapat menyatu dan mengukuhkan ikatan dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Fuuhhh... Bukan calang-calang penangan Anwar ke atas kehidupan Mahadet Kutty. Demi menyelamatkan diri dan keluarganya, macam-macam helah dan fitnah, dia buat untuk mengugat kedudukan Anwar dan kacau hidup Anwar, because... Anwar is his living nightmare. Nightmare yang mungkin boleh menyebabkan dia kena heart attack. Innalillah... wa cakap lu.
As for UMNO.... malang buat mereka kerana terpaksa menyimpan 'koran buruk' ni. Nak dibuang tak kena gaya.... banyak rahsia 'sulit' para pemimpin UMNO yang dalam tangan dia. Komer kacau aku.... jaga komer. Aku telanjangkan komer. Agaknya, ituler 'MOU' antara demer dalam UMNO dengan dia, wallahualam.
Nak disimpan dan dibiorkan malaon tua ni.... jadi liabiliti pulak. Mahadet bukak jer mulut.... rakyat semakin getik kepada UMNO. Mahadet ni begitu sinomin dengan UMNO. Maklum ler... UMNO yang dok ada hari adalah hasil ciptaan dia. UMNO yang dulu dulu dah terkubor. Sebab tu... dia suka menyibuk dalam urusan dan hal-hal yang ada kaitan dengan UMNO.
Selain itu.... kini, Anwar juga telah menjadi musuh nombor satu UMNO. Ini juga ialah angkara 'kerja tangan' Mahadet. Haaaa... sekarang, padan muka UMNO. Saban hari, kena attack kaw-kaw dengan Anwar and the gang. Habis kena telanjang para pemimpin UMNO.
Mahadet kata... UMNO busuk sampai ke usus!! Semua yang menimpa UMNO ni.... berpunca daripada Mahadet al Kutty ler!! Dia 'ibu'nyer. 'Cerdik' si 'ibu' ni, ditiru oleh para pemimpin UMNO yang lain. Bapak Perosak Negara, wa cakap lu.. dia ni.
Ciiitttt!! Haparak punyer Mahadet Kutty!!
Lastly.... tak der apa dah. Itu jer ler. Gua chao dulu ler. Assalamualaikum...
Biar pun penuh dengan kontroversi, akhirnya Sukan Malaysia XV Pahang 2012 bakal dilancarkan secara rasmi di Stadium Darul Makmur malam ini. Raptai dan latihan intensif telah diadakan sejak beberapa hari lalu untuk memeriahkan acara pembukaan malam ini. Khabarnya, syarikat yang menguruskan acara persembahan (Event Management) ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Dato' Siti Nurhaliza artis tersohor dari negeri ini. Beliau menggunakan lebih 2,000 pelajar sekolah sekitar Kuantan untuk membantu menjayakan program tersebut. Tinjauan PDO, ke stadium semasa latihan terakhir malam kelmarin mendapati Stadium Darul Makmur kini benar-benar sudah berwajah baru. Imej warna-warni menghiasi seluruh kawasan stadium bagi menyambut kehadiran ribuan peserta dan penyokong masing-masing ke temasya sukan terbesar di negara kita ini. Gajah masih menjadi maskot SUKMA di Pahang kali ini. Walau pun ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kejayaan sukan itu, namun pihak penganjur percaya ia akan berjalan seperti yang dirancangkan. Memang ada kecacatan terutamanya dari segi persiapan vanue-vanue sukan, malah ada lokasi yang terpaksa dibatalkan biar pun ribuan ringgit telah dilaburkan untuk membaik pulih kemudahan terbabit. Namun, dek kerana kelewatan maka ia digantikan dengan vanue yang lain. Apa yang pasti, ramai pihak kini memantau dan mahu melihat kejohanan SUKMA di Pahang kali ini berjaya. Dengan belanja melebih RM200 juta ringgit maka ia diharap dapat menjadi sejarah baru dalam industri sukan di negara ini. Penyertaan negara Brunei Darus Salam juga diharap menjadi suntikan baru untuk menyemarakkan lagi semangat athlet kita pada kejohanan ini.
Difahamkan, kini bandar Kuantan sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang mula berpusu-pusu untuk memenuhi stadium malam ini. Mereka datang awal-awal lagi untuk tidak melepaskan peluang keemasan bagi menyaksikan detik bersejarah perasmian SUKMA XV Pahang 2012 malam ini. Bagi kami, bair pun banyak pendedahan panas yang dilakukan terhadap pihak terbabit sebelum ini, namun kami juga berharap SUKMA kali ini dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Kita tidak mahu lagi mendengar isu-isu panas seperti stadium runtuh atau sebagainya. Imej Pahang akan tercemar jika ada insiden panas seperti ini. Pada tahun 1996 dulu, umum masih ingat beberapa hari menjelang perasmian tiba-tiba bumbung Stadium SUKPA di Bandar Indera Mahkota telah runtuh. Ini amat memalukan dan diharapkan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.
[Sempena perasmian pembukaan Sukan Malaysia 2012 (Sukma 2012) malam ini juga, Dato Siti Nurhaliza Taruddin dikatakan bakal membuat satu kejutan besar. Difahamkan, penyanyi yang sibuk mempromosikan produk Simply Siti buat julung kalinya akan menyanyi sambil menaiki seekor gajah. Siti Nurhaliza yang banyak kali mengadakan persembahan di majlis perasmian seumpama ini melakukan satu inisiatif baru kerana penganjuran pembukaan perasmian kali ini mendapat usahama dari syarikat miliknya sendiri. Oleh itu, pada malam itu nanti, Siti Nurhaliza ingin meninggalkan satu memori bersejarah buat penggiat sukan negara dengan melakukan persembahan berani. Mungkin, ia satu pendekatan yang diambil oleh Siti dari penyanyi lagenda Datuk Sudirman Hj Arshad yang menyanyikan lagu Tanggal 31 dengan mengenakan baju bendera yang panjang berjelar. Menerusi segmen persembahan pada malam itu nanti, Siti bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertemakan sukan yang mana lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang dicipta khusus buat pejuang sukan negara. Upacara gilang-gemilang ini akan disiar secara langsung oleh RTM].
Terbaru, sebuah badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.
Masih sokong BN?
MOHON ANDA SHARE YEE..
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Komuniti Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid diseluruh penjuru Negara untuk melaksanakan solat Jumaat, diganti dengan hari Sabtu.
Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, kerana hari Jumaat di Azarbaijan termasuk hari kerja resmi negara.
Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangi kinerja para pegawai dan pekerja pemerintah.
Cuti rasmi pemerintah Azarbaijan adalah hari Sabtu dan Minggu (seperti Malaysia), yang memungkin bagi pegawai pemerintah tidak terganggu jam kerjanya.
Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebuah sentimen politik belaka.
"Pemerintah khuatir solat Jumaat menjadi tunjang pendidikan politik yang boleh menggugat pemerintah. Yang namanya solat Jumaat tidak boleh dipindah hari," ujarnya.
Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim disana mencapai 90% dari total keseluruhan warganya.
Keakraban rejim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan pegawai-pegawai pemerintah cenderung anti Islam.
Hingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangankan hak-hak kaum muslimah untuk mengenakan jilbab.
p/s: Inilah yang berlaku apabila majoriti penduduk beragama Islam tapi pemerintah cenderung kepada Israel maka Islam akan ditindas.. Di negara kita majoriti ummat Islam tapi pemerintah upah APCO@ZIONIS sebagai penasihat..Segeralah kita menolak pemerintah yang cenderung memilih Zionis sebagai penasihatnya..
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
MCA dicabar supaya mengulangi fitnah di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkaitan pembohongan mereka terhadap peribadi dan keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, agar isteri YAB Lim Guan Eng, iaitu Betty Chew, boleh membuktikan di mahkamah dakwaan palsu MCA tersebut.
Jika MCA berani berbuat demikian, Guan Eng dan isterinya akan mendedahkan di mahkamah bahawa MCA telah bermain politik lucah dan kotor serta membuktikan bahawa "Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek".
Guan Eng di dalam kenyataan akhbarnya hari ini mengecam cubaan membunuh karektor peribadi beliau dengan mengheret isteri dan ahli keluarga beliau dalam kancah politik lucah yang didalangi oleh Barisan Nasional dan MCA.
"Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah. Sebelum ini anak saya yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO," kata beliau.
Fitnah UMNO tersebut akhirnya terbongkar apabila gambar gadis yang kononnya dicabul itu dikenal pasti sebagai seorang juara catur Hong Kong dan tidak pernah bertemu dengan mana-mana ahli keluarga Guan Eng.
Setelah gagal, jentera media BN kali ini beralih pula kepada isteri beliau, Betty Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi kawasan Kota Laksamana.
Isnin lalu, Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo di dalam DUN Melaka telah menuduh Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang petugasnya sendiri dan menuntut isterinya supaya menjawab tuduhan bahawa beliau (Betty) telah memukul wanita tebabit dan mengakibatkan wanita itu dipindahkan dari pejabat Ketua Menteri.
Menurut Guan Eng lagi, Gan telah menyalahgunakan keistimewaan dan jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap beliau di dalam dewan tersebut.
"Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu," tegas beliau.
Guan Eng mendakwa bahawa Gan adalah orang yang tidak layak untuk menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat tuduhan palsu demi menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga kebahagiaan rumah tangga orang lain.
"Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup dipergunakan sebagai orang suruhan UMNO untuk bermain politik longkang itu?" tambahnya lagi.
Setiausaha Agung DAP itu juga menengaskan bahawa DAP tidak pula pernah menyalahgunakan keistimewaan dan prosiding Parlimen untuk menyerang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek apabila video lucahnya didedahkan.
Beliau justeru menuntut supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak sendiri yang mengarahkan MCA supaya megulangi fitnah itu di luar dewan, memandangkan Chua Soi Lek tidak mempunyai kapasiti moral untuk berbuat demikian, kerana turut terpalit skandal sebelum ini.
"Biar MCA mengulangi dakwaan mereka di khalayak ramai supaya saya dan isteri boleh buktikannya di mahkamah bahawa "Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek".
"Saya tidak mempunyai mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan bekas kakitangan saya. Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya," jelas beliau lagi.
Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek dijadual bertemu lagi dalam acara debat kali kedua pada hari Ahad, 8 Julai ini. Debat kali ini bakal membincangkan dasar DAP berbanding MCA, siapa yang lebih memberi faedah kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini. – Roketkini.com
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kebiadapan ini samaada disegajakan atau tidak patut dihukum sebagai pengajaran
MALAYSIA BOLEH!!!...ARAK PON BOLEH!!!...APA APA PON BOLEH!!!..HALAL KE HARAM KE SEMUA BOLEH!!!..Mungkinkah ini maksud disebalik laungan 'MALAYSIA BOLEH'...
Seolah olah kata kata ini membolehkan kerajaan dan sesiapa sahaja mengatakan 'HALAL' pada perkara perkara yang telah Allah s.w.t 'HARAMKAN'...Jika tidak pastinya perkara seumpama ini tidak akan berlaku...
Atau mungkinkah ini yang dinamakan konsep 1Malaysia??!!..Yang mana bukan sahaja 1 negara 1 bangsa tapi apakah mereka juga maksudkan 1 agama??!!..Bolehkah kita orang Islam menerima akan konsep satu agama??!!..
Jika tidak mengapa perkara yang HARAM BAGI ORANG ISLAM(orang Islam ye bukan orang melayu terutamanya melayu UMNO) boleh diiklankan sebagai promosi menyambut bulan mulia umat Islam iaitu bulan Ramadhan??!!...Apakah pihak yang bertanggungjawab melakukannya tidak memikirkan perasaan penganut agama Islam??!!..Apakah dalam satu syarikat yang begitu besar tidak ada seorang pun yang beragama Islam dan boleh menegur akan perkara ini??!!
Alahai 'tuan' Jamil...takkan membisu jer
Dan kemana perginya 'hamba Allah' ini??!!..Tidakkah beliau berasa bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap pihak yang menghina bulan ramadhan ini??!!..
Bukankah beliau mempunyai 'kuasa' dalam perkara ini??!!..Atau adakah mulutnya telah 'terkunci' dan matanya telah 'ditutupi'??!!..Apakah erti jawatan yang disandangnya selama ini??!!...ADAKAH BONEKA SEMATA MATA??...
Ingatlah,sesungguhnya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita akan disoal kelak di akhirat samaada kita melaksanakannya sebagaimana yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita...
Sadis sungguh bila pak haji pi rasmi air kencing iblis ini
Atau mungkinkah ini jawapan yang tepat mengapa pihak perkara seumpama ini boleh berlaku..Kalau seorang pemimpin tertinggi negara yang mengaku beragama Islam dan bergelar 'haji' tanpa rasa segan silu dan bersalah boleh merasmikan pembukaan syarikat 'air kencing syaitan' ini, jadi mungkin ianya dirasakan tidak salah untuk pihak pasaraya ini turut mempromosikan arak dalam pakej jualan ramadhan.
Dan adakah perasmian kilang ini oleh mantan Perdana Menteri kita juga dikatakan 'tidak disengajakan' sebagaimana alasan pasaraya yang terbabit ini dalam permohonan maafnya setelah perkara ini disebarkan.
(permohonan maaf The Store)
The Store Corporation Berhad PEMBERITAHUAN
Pelanggan Muslim Yang Kami Hargai
Pihak Pengurusan The Store memohon maaf atas keterlanjuran mempamerkan minuman
'Carlsberg Can' pada notis dan risalah promosi PRE-RAMADHAN SALE baru-baru ini.
Kami sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Kesilapan
ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal & kecuaian pengurusan dan ianya amatlah
dikesali.
Kami, Pihak The Store mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesetiaan anda
selama ini.
Daripada
Pihak Pengurusan The Store
Cawangan Sri Petaling
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa
sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-
Maa'idah : ayat 90)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa'idah : ayat 90)
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :
Jebat Berani : Awat weii hang tak berani nak bangun...Takkan berani melalak macam budak kecik nak susu jerk...Dah bagi peluang bangun hang bangun la..HANG KATA HANG TERER
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PENGENDALI blog uncleseekers.blogspot.com dilaporkan di media-media tempatan ditahan dan direman selama empat hari kerana didakwa melakukan fitnah kepada Sultan Johor.
Namun cuba lihat laporan di bawah ini baik-baik, petikan berita daripada Sinar Harian. Uncle Seekers didakwa melakukan fitnah namun ditahan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Jika segala pendedahan di blognya, termasuk dokumen-dokumen, kenyataan dan video adalah fitnah, sepatutnya Uncle Seekers ditahan mengikut Akta Fitnah 1957, namun ia tidak berlaku.
POLIS Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.
Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari.
Beliau ditahan polis di Senawang kelmarin, Perintah tahanan reman ke atas beliau bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru .
Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Sinar].
SAYA amat bimbang kerana pihak polis sedang menyiasat Rafizi Ramli yang telah mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bakri Zinin telah mengumumkan bahawa perkara ini sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Pihak polis seolah-olah tidak menunjukkan minat dan kepentingan dalam pendedahan ini, suatu tender yang penting yang telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak satu pun diantara mereka dipanggil dan disiasat oleh pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka lebih berminat untuk mempertahankan OSA, satu undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa. Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita?
Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.
Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas.
Kenyataan Bakri Zinin jelas menyatakan beliau berat sebelah dalam memihak kepada Najib & Barisan Nasional (BN). Pihak polis telah gagal untuk mengekalkan kebebasan mereka dan mengkhianati kepercayaan orang ramai.
Jika pihak Polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan dgn siasatan OSA terhadap Rafizi sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.
Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN Sent from my BlackBerry®
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan