Sabtu, 7 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 07 Jul 2012 01:09 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ceramah Rakyat Bicara Selebriti

Posted: 06 Jul 2012 07:32 PM PDT


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 06 Jul 2012 09:33 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Hairie Othman & Leman Raja Lawak di Pentas Kampung Gajah

Posted: 06 Jul 2012 10:48 AM PDT

misbahul munir

Posted: 06 Jul 2012 09:07 PM PDT

misbahul munir


HIMPUNAN HIJAU PAS BAGAN DATOH BERSAMA MAT SABU

Posted: 06 Jul 2012 05:51 PM PDT

Hi tea bersama Mat Sabu

Posted: 06 Jul 2012 05:37 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 Jul 2012 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENGAKUAN KETUA UMNO JENGKA MEMANG TAK DIJANGKA ! SYUKUR ALHAMDULILLAH !

Posted: 06 Jul 2012 02:53 AM PDT

Ketua Umno Nih Sudah Insaf.. Ikuti Pengakuannya
Komen : Teman mengucapkan syukur alhamdulillah pada Allah kerana kuasa Allah dan doa dan solat hajat dan istikharah kita orang Islam akan mengubah pendirian orang UMNO walau mereka sudah berumur lebih 60 tahun dan orang kata berdarah UMNO kaalau ditoreh kulit mereka.

JENGKA - Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran. Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.

"Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah," katanya.

Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.

Beliau merayu rakan-rakannya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.Posted by Addin at 7/06/2012

RAYUAN PEMBUNUH DITUNDA, GARA-GARA AIDILFITRI?

Posted: 06 Jul 2012 02:11 AM PDT

PUTRAJAYA: Pendengaran kes rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu ditunda kepada 31 Oktober dan 1 November.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, N. Kanageswari hari ini. Kanageswari menetapkan tarikh itu setelah meluluskan permohonan peguam J. Kuldeep Kumar yang, yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, untuk menukar tarikh asal pendengaran kes berkenaan pada 27 dan 28 Ogos ini.
Kuldeep memohon penangguhan itu atas alasan tarikh berkenaan terlalu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri.

Katanya beliau dan rakannya peguam Datuk Hazman Ahmad juga memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persiapan kerana perlu meneliti 65 naskhah rekod rayuan.

Adifiltri dijangka disambut pada 19 dan 20 Ogos ini .

Sementara itu, Azilah juga mungkin memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya.
Pada 30 April lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Koperal Sirul Azhar Umar menambah enam lagi alasan kepada sembilan alasan sedia ada dalam petisyen rayuannya.

Pihak pendakwa diwakili Ketua Unit Rayuan, Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup, manakala Nurhidayah Mohd Razali mewakili Sirul Azhar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, merayu terhadap keuptusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan mereka pada 9 April 2009 terhadap membunuh Altantuya yang ketika itu berusia 28 tahun.

Kedua-duanya didapati bersalah membunuh wanita kelahiran Ulan Bator itu di antara 9.45 malam pada 18 Oktoberjam 9.45 malam hari berikutnya di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang dekat sini.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dilepaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 atas alasan tidak terdapat kes prima facie terhadap beliau. - BERNAMA

PARAH ! NEGARA KANADA PUN TAHU KES RASUAH !

Posted: 05 Jul 2012 09:11 PM PDT

KANADA 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum disebabkan kes rasuah Scorpene.

Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.

Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.

"Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.

"Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.

"Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.

"Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO," jelas Manthorpe seperti dipetik.

7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.

Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32347

SEMUANYA DALAM BAHAYA WALAU ADA YANG KAYA !

Posted: 05 Jul 2012 06:49 PM PDT

Pertama Sdr Rafizi dalam bahaya kerana membuat pendedahan melibatkan DS Najib (PM Malaysia serta Pengerusi BN dan Pengerusi UMNO Malaysia). Apataknya bahaya, orang yang didakwa penyeleweng tak disiasat yang mendedah pula then and then terus disiasat.Kalau betul siasatlah kedua pihak. Kedua, rakyat merangkap pengguna juga bahaya bila kontrak diberi kepada bukan pakar pembuat LRT. Nanti berlaku kemalangan rakyat juga yang kena. Mujurlah projek BN/UMNO banyak kantoi sebaik siap baru nak guna seperti Stadium di Terengganu dan banyak lagi.
Ketiga pihak polis dan kementerian juga dalam bahaya kerana akan hilang kepercyaan dari rakyat kerana kes kebelakangan ini banyak melibatkan keburukan polis terutama BERSIH 3.0 dan jenayah lain.Maka jangan ditambah lagi dengan arahan politik yang nampak sangat seperti melembukan polis.
Keempat, harta dan wang hasil mahsul kerajaan habis begitu sahaja untuk membantu projek yang merugikan .

LRT Ampang: Rafizi akan teruskan siri pendedahan
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek itu.
Demikian ditegaskan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memandang berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya lebih mementingkan kekuasaan Umno BN berbanding keselamatan rakyat.

Katanya, tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan Umno BN mengatasi segala-galanya.

Baginya, kenyataan Datuk Seri Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Najib dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli.

Menurutnya, ia juga mengesahkan bahawa Najib bimbang skandal itu bakal menggugat kedudukannya apabila maklumat mengenainya tersebar luas.

Sehubungan itu, beliau kesal dengan kenyataan Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

"Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?

"Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?" tanya beliau.

Paling dikesali, ujarnya pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

Jelas sekali, tambah Rafizi kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar "kepentingan awam".

"Saya sedar tanggungjawab yang perlu kami galas dan risiko yang perlu dihadapi," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal itu adalah sia-sia.

"Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin, 9 Julai ini seperti biasa.

"Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen "Utamakan Keselamatan Rakyat" di seluruh LRT laluan Ampang," ujarnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 06 Jul 2012 01:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 06 Jul 2012 12:02 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Александр Сибиряков
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (495) 661-6100
Web: www.future-adv.ru

KHIDMAT MERU

Posted: 06 Jul 2012 09:37 AM PDT

KHIDMAT MERU


YB MERU LAWAT PASAR CINA

Posted: 06 Jul 2012 07:30 AM PDT








MERU HANTAR 4 BAS PESERTA KE PESTA BUKU DI SHAH ALAM

Posted: 06 Jul 2012 06:57 AM PDT





Pusat Khidmat Meru berjaya menghantar 4 buah bas penuh dengan peserta ke Pesta Buku yang dianjurkan pleh Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Para ibu dan bapa yang mengahntar anak-anak mereka berkumpul di Masjid As Syariff Meru berasa gembira melepaskan anak-anak mereka dan bersyukur diberikan peluang untuk menyertai rombongan tersebut dari pagi hingga ke petang.
YB Dr Rani turut hadir dipagi tersebut dan sempat memberi ucapan membakar semangat membaca dikalangan peserta.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Jul 2012 09:29 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Soalan Parlimen Isu PTPTN-Apakah ini bukti Pendidikan diniagakan?

Posted: 06 Jul 2012 02:32 AM PDT

Dari blog Ahli Parlimen Telok Kemang

Saya berkongsi dengan anak-anak muda mahasiswa akan data ini berdasarkan soalan Parlimen tempoh hari. Ini dapat kita lihat bahawa pembiayaan untuk pelajar IPTA adalah sebanyak RM 23.6 bilion berbanding untuk pelajar IPTS iaitu sebanyak RM 20.4 bilion. Sedangkan jika perbandingan dibuat RM 23.6 bilion tadi adalah untuk 1.36 juta pelajar/peminjam yang secara peratusannya mewakil seramai 69% daripada jumlah peminjam. Berbanding pelajar IPTS - 0.61 juta pelajar (31%) mendapat jumlah pinjaman RM 20.4 bilion.

Apakah munasabah untuk pinjaman kepada pelajar IPTS seramai 0.61 juta yang mewakili 31% daripada jumlah peminjam PTPTN itu mendapat jumlah pinjaman yang bernilai RM 20.4 bilion iaitu hampir menyamai jumlah pinjaman pelajar IPTA yang mewakili 69% peminjam PTPTN.

Ini membuktikan bahawa kos pendidikan di IPTS lebih tinggi berbanding IPTA. Namun persoalan rakyat ialah, siapakah empunya IPTS-IPTS yang tumbuh bakkan cendawan dalam negara pada hari ini? Apakah ini bukti bahawa pendidikan diniagakan secara kasar dan berat ke atas rakyat. Kita maklum bahawa penempatan di IPTA adalah kurang untuk menampung jumlah pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian tinggi. Sudah pasti IPTS akan menjadi kampus alternatif untuk para pelajar. Namun mengapa yuran IPTS begitu tinggi yang mana dapat kita bandingkan dengan ratio jumlah pinjaman PTPTN oleh pelajar IPTS berbanding IPTA.

Apapun saya tegaskan disini bahawa tawaran Pakatan Rakyat ialah memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang mahasiswa seluruh negara secara berperingkat. Ini mampu dilaksanakan jika PR diberi mandat oleh rakyat untuk menguruskan negara.

Salam Perjuangan,
Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan

RUJUKAN SOALAN PARLIMEN

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
a.      Jumlah hutang pendidikan yang ditanggung oleh mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) secara berasingan yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini; dan
b.      Berapakah jumlah mahasiswa IPTA dan IPTS secara berasingan yang sedang membayar hutang tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk maluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan kepada seramai 1.97 juta peminjam dengan amoun sebanyak RM 44.01 bilion sehingga pelajar tamat pengajian. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.36 juta (69.0%) peminjam adalah terdiri daripada pelajar IPTA melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan sebanyak RM 23.6 bilion dan sebanyak dan sebanyak 0.61 juta pelajar (31.0%) terdiri daripada pelajar IPTS yang melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan RM 20.4 bilion.

Bagi tempoh yang sama, jumlah yang perlu dibayar balik oleh peminjam PTPTN ialah sebanyak RM 6.7 bilion melibatkan 1.02 juta peminjam. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 3.24 bilion telah berjaya dikutip melibatkan seramai 763,488 peminjam.

1,000 juruterbang menganggur, siapa untung dari PTPTN?

Posted: 06 Jul 2012 01:27 AM PDT

Kenapa setelah didedahkan media bahawa 1,000 juruterbang menganggur, baru kerajaan nak ambil tindakan hadkan pengambilan pelatih juruterbang? Bagaimana pula dengan graduan bidang lain yang ramai menganggur seperti jururawat, apakah kerajaan akan menghadkan ambilan kursus kejururawatan dan lain-lain bidang? Apakah PTPTN dan lain-lain institusi kewangan yang memberi pinujaman pelajaran hanya menguntungkan sesetengah pihak?

Pengambilan pelatih wajib kelulusan DCA
6 Julai 2012

Isu juruterbang menganggur: DCA, sekolah penerbangan kerjasama wujud pangkalan data

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa serta-merta, semua sekolah penerbangan perlu mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum mengambil pelatih juruterbang baru bagi membendung masalah juruterbang menganggur. Juruterbang terbabit juga diminta mendaftar dengan sistem pangkalan data juruterbang yang akan dibangunkan DCA menerusi laman web, www.dca.gov.my.

Pihak berkuasa industri penerbangan itu juga akan bermesyuarat dengan pihak terbabit termasuk syarikat penerbangan, dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terbaik menangani isu itu.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata DCA sudah menghantar surat kepada lima sekolah penerbangan mengenai penguatkuasaan peraturan baru pengambilan pelatih juruterbang itu.

"Selaras arahan menteri supaya pengambilan pelatih dihadkan, DCA mengeluarkan surat kepada semua sekolah penerbangan berhubung isu ini. Bermakna kalau mereka nak ambil pelatih juruterbang baru perlu kelulusan DCA.

"Mengenai pangkalan data juruterbang, DCA akan bekerjasama dengan sekolah penerbangan, selain menggesa juruterbang (menganggur) tampil mendaftar dengan DCA menerusi laman web www.dca.gov.my. Bagaimanapun, DCA memerlukan sedikit masa untuk membangunkan sistem pangkalan data itu," katanya.

Hadkan jumlah pelatih

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengarahkan DCA membangunkan sistem pangkalan data juruterbang dan mengehadkan jumlah pelatih yang diambil sekolah penerbangan selaras permintaan semasa industri penerbangan.

Ia susulan pendedahan eksklusif BH Selasa lalu, mengenai kira-kira 1,000 juruterbang muda yang memiliki lesen juruterbang komersial (CPL) gagal mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan negara.

Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapatkan lesen itu, kini terpaksa bekerja sambilan termasuk di kilang, pasar raya dan restoran makanan segera bagi menampung kos sara hidup serta membayar pinjaman.

Mengikut statistik DCA, 2,292 juruterbang tempatan bertauliah dikeluarkan sejak 2005 hingga tahun lalu, tetapi 1,174 saja mendapat pekerjaan di syarikat penerbangan tempatan dengan 100 yang lain bertugas di luar negara, terutama Indonesia.

Azharuddin berkata, antara syor akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang ialah syarikat penerbangan diminta mengutamakan juruterbang sedia ada berbanding pengambilan kadet juruterbang baru. Bagi sekolah penerbangan dicadangkan juruterbang dilatih menjadi instruktor.

"Kita juga nasihatkan pihak terbabit supaya tidak hanya menumpukan untuk bekerja dengan syarikat penerbangan tetapi juga menceburi sektor penerbangan awam (termasuk menjadi pengawal udara dan jurulatih)," katanya.


Pilot training
23 May 2012

Many options exist in the market but students should always do their homework before enrolling in any centre as they wouldn't want to end up with a qualification that is not recognised.

Commercial airline pilot training, for instance, has to be carried out in an Approved Flying Training Organisation (AFTO). These AFTOs are approved by and come under the purview of the Malaysian Department of Civil Aviation (DCA).

For those who dream of becoming an airline pilot or commercial helicopter pilot, the minimum qualification for pilot training is SPM or O-level or equivalent, with five credits that must include Mathematics, English, and a Science subject.

This allows to offer the Diploma in Aviation (Pilot Training) course. For this, students can apply to PTPTN to secure a loan of up to RM35,000.


PTPTN, peminjam jadi mangsa, orang lain untung

Posted: 06 Jul 2012 12:32 AM PDT

PTPTN , apakah akhirnya peminjam(pelajar) yang menjadi mangsa, sedangkan kolej swasta kaut keuntungan? Kenapa Kementerian Kesihatan tidak membuka lebih banyak kolej kejururawatan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk belajar pada kos yang minima tanpa memikirkan keuntungan?

Pindah pelajar kolej kejururawatan ke IPT lain
6 Julai 2012

Nasib 553 pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di Seri Kembangan, Selangor yang terjejas berikutan pusat pengajian berkenaan gagal meneruskan operasi mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kementerian berusaha memindahkan kesemua mereka yang dipaksa berhenti pengajian itu ke mana-mana kolej kejururawatan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, senarai kolej terlibat akan diserahkan kepada pelajar, Isnin ini untuk proses pemilihan.

Beliau berkata, KPT sebenarnya sudah melakukan beberapa pertemuan dengan pihak pengurusan kolej yang gagal meneruskan operasi bersama pelajar dan ibu bapa sebelum ini.

"Pertemuan dilakukan sebelum keputusan dibuat dan pelajar boleh meneruskan pengajian ke kolej-kolej kejururawatan di seluruh negara melalui aktiviti pemudahcara.

"Keputusan ini agak lewat kerana melibatkan banyak isu seperti akademik, pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sehinggalah kita mengambil keputusan memindahkan pelajar yang sudah berada  di semester empat, lima dan enam," katanya pada sidang media sempena Majlis KPT Bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Zon Selatan, di sini, semalam.

Kok Chung berkata, bagi mengelakkan masalah sama berulang, kementerian akan memastikan kesemua pelajar terlibat dipindahkan ke kolej bertaraf empat atau lima bintang dari segi kualiti.

Katanya. KPT tidak akan berkompromi dengan IPTS yang tidak memenuhi standard ditetapkan kementerian. "Kolej terbabit bakal dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sebagai peringatan kepada IPTS lain untuk tidak mengabaikan kualiti dan standard operasi," katanya.

Lagi wanita diserang di tempat awam, selamatkah Malaysia?

Posted: 05 Jul 2012 05:34 PM PDT

Seorang lagi wanita menjadi mangsa serangan penjenayah di tempat letak kereta sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Nooralida M. Noor 26 tahun telah diserang ketika hendak masuk keretanya pada pukul 2.50 petang. Penjenayah telah mengelar tangan dan leher mangsa, namun lari apabila mangsa menjerit. Selamatkah rakyat di Malaysia, khususnya para wanita?

Another woman attacked in car park
Friday July 6, 2012

KUALA LUMPUR: Another woman has been brutally attacked in broad daylight at a car park near a hypermarket here.

Nooralida M. Noor was getting into her car at a shopping centre at around 2.50pm on Tuesday when a man forcibly entered her car and slashed her left arm and neck.

Although she fought back and tried shouting, the man pinned her down and warned her "not to be stupid", she said in her Facebook account.

The commotion attracted the attentions of another woman and her son. The attacker then panicked and fled.

Nooralida drove to a police station before seeking treatment at the Gleneagles Hospital. Ampang Jaya OCPD Asst Comm Amiruddin Jamaluddin has asked witnesses to call the Selangor police hotline at 03-2052 9999.

Recently, Internet marketeer Chin Xin-Ci posted on Facebook her ordeal of being almost kidnapped by two men at a shopping mall car park on May 27.

Less than 24 hours later, two women were robbed of RM80,000 at the same place while another woman was robbed at the outdoor parking lot near a shopping centre on June 4.

On June 24, a woman nearly had her finger severed by an armed robber as she stopped in front of her friend's house at Taman Tun Dr Ismail.

Just 32 hours earlier, another woman was robbed and slashed on the head while she was walking towards her car at a shopping mall car park.

Meanwhile, MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Seri Michael Chong advised the people to be careful of being approached by those who claimed to be policemen.

He said that in the latest case on April 27, 22-year-old student Teng Sheng Hao was robbed at a shopping mall in the city by a bogus policeman.

Teng claimed a man in plainclothes came up to him and accused him of being involved in a credit card theft.

Teng agreed to cooperate after he believed that the man was a policeman although he didn't show his authority card.

The man then robbed Teng of his car keys, handphone and his wallet. He was also forced to give up his ATM card number.

The victim later found out that about RM10,000 had been withdrawn from his account.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 06 Jul 2012 09:10 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


UNISEL dijangka akan menjadi 'punching bag' UMNO-BN hingga PRU13

Posted: 06 Jul 2012 08:12 AM PDT

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/ee/Logo_of_Unisel_universiti_Selangor.png 
UMNO BN akan terus menghentam UNISEL sebagai satu satunya Universiti kepunyaan penuh kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR kerana ia telah tersenarai di antara target untuk dijadikan modal spin pakar perang saraf mereka bagi mengelirukan rakyat Selangor.
Justeru, tidak hairan kalau hampir setiap hari ada sahaja isu yang dikaitkan dengan UNISEL Bermula dengan isu canselor sejak DATIN SERI ROSMAH MANSOR tamat tempoh jadi Canselor Unisel. Sengaja dicetuskan isu mengenai Naib Canselor yang dulunya dijadikan proxi UMNO dalam Unisel. Mantan Naib-naib Canselor ini sebenarnya ok.Tetapi dikatakan mendapat tekanan hingga tidak boleh bertindak secara professional kerana masih dipantau oleh 'informer dalaman' yang di 'remote control' oleh politikus UMNO.
Terlalu banyak cerita kait mengait yang berpunca daripada hilang kompas akhirat dan menatijahkan gangguan kepada kemajuan sesbuah IPT yang berpotensi dilonjakkan ke mercu kejayaan. Akan insyaallah dikongsi bersama sesi akan datang.

RAJA LAWAK LEMAN fed up layan UMNO

Posted: 06 Jul 2012 07:25 AM PDT

PELAKON HAIRIE OTHMAN TERUS TERANG MENYOKONG PAS...atas kesedaran sendiri!!

Posted: 06 Jul 2012 06:53 AM PDT

Hairie Othman kata kerajaan BN dah terlalu lama memerintah. Beliau akan bersama PAS berjuang untuk menegakkan yanh hak dan memusnahkan yang batil. Anda bila lagi?!

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 Jul 2012 03:29 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


UMNO LAKSANA HUDUD?

Posted: 05 Jul 2012 10:14 PM PDT

Alhamdulillah, akhirnya tergerak hati seorang ADUN UMNO (Kemelah, Johor) untuk mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor. Beliau mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud. PAS akan menyokong sekiranya UMNO Johor serius. PAS gagal melaksanakan Hudud walaupun  Enakmen mengenai Hudud sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu beberapa tahun yang lepas, PAS tetap merasakan cadangan ini timbul hasil dari perjuangan PAS sejak bertahun lamanya memberi kesedaran kepada perlunya manusia kepada hukum Allah swt. Tidak kiralah siapa yang memulakan dahulu. Insyaallah, PAS tidak akan menimbulkan polimik yang ini Hudud UMNO seperti mana UMNO sering menuduh yang hukum hudud yang PAS visikan tidak menepati kehendak Quran dan Sunnah dan dipanggil pula Hudud PAS.

Perlaksanaan Hudud memerlukan prasarana dan sokongan Kerajaan Pusat kerana perlaksanaannya memerlukan kerjasama dan penglibatan dari pelbagai pihak. Seperti kesalahan jenayah lain, proses penyiasatan, pembelaan diri dan pengadilan menuntut pihak polis (PDRM), pihak penjara, pendakwa, peguam dan hakim mempunyai ilmu dan kuasa untuk melaksankannya. Ramai mempunyai tanggapan yang hudud kejam kerana mereka membayangkan yang bila pencuri atau pesalah (dalam kategeri hudud) ditangkap, beliau akan terus menjalani hukuman -tangan dipotong atau penzina dirotan tanpa perbicaraan. Mereka lupa yang orang kena tuduh (OKT) perlu melalui proses seperti mana yang dilalui oleh orang kena tuduh (OKT) di dalam kesalahan jenayah lain di bawah undang-undang sivil.Orang yang dituduh belum boleh dijatuhkan hukuman selagi belum didapati bersalah oleh mahkamah.Selepas beliau ada lagi peluang untuk merayu dan sebagainya. Ketara berbeza ialah jenis hukuman yang dijatuhkan. Sekiranya tidak cukup syarat maka hukuman takzir yang mungkin seperti hukuman di dalam kesalahan jenayah di dalam undang-undang yang sedia ada. Jika  kesalahan yang dilakukan dapat dibuktikan "beyond reasonable doubt"   baru hukuman hudud boleh dijatuhkan.

Sudah tentu Kerajaan Pusatlah yang perlu menerajui pindaan undang-undang yang diperlukan untuk membolehkan perlaksanaan.Kerajaan Pusat perlu juga membuat keputusan samaada ianya akan dilaksanakan oleh Mahkamah Jenayah Syari'ah atau sebaliknya. Banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum perlaksanaan tetapi ia tidak mustahil sekiranya ada keseriusan dan kemahuan politik. Malaysia mempunyai ramai ilmuan dan pakar Syari'ah. Kumpulkan mereka dari pelbagai pihak -universiti, NGO dan badan politik -bukan sahaja dalam negara tapi boleh juga dari luar negara.Kesatuan umat Islam akan terserlah jika bersungguh-sungguh hendak melaksanakan perintah Allah swt. Julung kali saya melihat yang semua pihak beragama Islam melihatkan persetujuan dalam isu Hudud kali ini. Kalau dulu bila PAS mengemukakan, pemimpin UMNO tidak berani menyokong secara terbuka malah tohmah lagi kat Hudud PAS.  Tapi pemimpin PAS dari awal lagi menunjukkan sokongan walaupun ianya datang dari ADUN UMNO. Maka tidak benarlah tuduhan UMNO/BN selama ini yang PAS mengutarakan Hudud untuk kepentingan politik dan hanya timbul semasa pilihanraya. Bagi PAS yang penting perintah Allah swt di ta'ati.

Terlibatnya PAS dalam politik adalah kerana hasrat untuk melihat Islam terlaksana dalam masyarakat. Kalau UMNO mahu melaksankan Islam, kita bersyukur. Nak tahu UMNO serius atau tidak mengenai Hudud ni, kita tunggu  kenyataan PM, Dato' Seri Najib Razak. Sedikit masa dulu beliau telah mengistiharkan yang UMNO/BN tidak akan melaksankan hudud. Apa pula kata Tun Mahathir yang sangat jelas penentangannya terhadap hudud dulu, kini dan harapan kita tidak selamanyalah.Lebih hebat lagi kalau UMNO/BN menjadikan perlaksanaan hudud sebagai manifestonya! Baru boleh mengatakan membela Islam dan Melayu.Orang Melayu Islam dalam UMNO semakin berpengetahuan tentang agama dan sekarang ada kumpulan Ulamak Muda pula yang berusaha mentarbiyyah ahli UMNO. Lama kelamaan wajah UMNO akan berubah insyaallah.

Tetapi telahan saya yang sudah ada kesedaran agama akan meninggalkan UMNO juga kerana UMNO tidak memperjuangkan Islam yang syumul. UMNO memilih aspek mana yang akan di terima dan dilaksanakan. Bila amal Islami melibatkan duit ringgit atau ekonomi dan kuasa cepatlah UMNO hendak menguasai. Perbankan Islam dan pungutan zakat sebagai contoh sudah lama dapat dilaksanakan. Bab lesen arak dan judi masih lagi memberi alasan negara ini negara majmuk.Lagi pun cukai dari pendapatan judi dan arak ni berjuta-juta.Lumayan.  Hendak mengasingkan pendapatan haram dari yang halal pun Menteri Kewangan masih tidak mahu laksanakan.UMNO/BN masih tidak boleh mengarahkan MAS untuk merekakan  pakaian yang menutup aurat untuk pekerjanya. Sekurang-kurangnya bagi mereka yang ingin menutup aurat, mereka ada pilihan uniform yang memenuhi amal Islami.Perkara yang relatif mudah untuk dilaksanakan pun masih lagi terkial-kial. Ini kan pula Hudud.

Reaksi MCA sudah dijangka. Menentang Hudud "all the way" malah telah berikrar akan menceraikan BN jika Hudud hendak dilaksanakan.UMNO hendak  angan-angan hendak laksanakan Hudud pun tidak boleh! PAS tidak meyembunyikan hasrat melaksanakan Hudud di negeri-negeri majoriti Islam dan PAS kukuh jika memerintah. Dua negeri ini ialah Kelantan dan Terengganu (sebelum dimenangi semula oleh BN).Namun niat ini masih terhalang lagi. Enakmen sudah ada namum keupayaan perlaksanaan belum mengizinkan.Tentangan dari orang bukan Islam adalah kerana kejahilan mereka tentang Hudud. Tidak menghairankan kerana orang Islam sendiri mempunyai tanggapan yang salah tentang Hudud atau jahil murakab tentang Hudud.


Perubahan sikap DAP terhadap Hudud sudah boleh dilihat. Dari kenyataan "langkah mayat" kepada "PAS perlu menjelaskan" dan "PAS berhak kepada ideologi partinya" sudah menunjukkan kebersediaan untuk mendengar walaupun tidak menerima lagi. Lebih baik dari MCA yang mengugut untuk keluar BN jika UMNO bercakap mengenai Hudud malah sampai tahap menghina hukum Islam dan menghina ADUN Kemelah. PAS baru berkawan rapat dengan DAP kurang 5 tahun yang lalu. Kita boleh berbangga dengan perubahan sikap ini. Mereka tidak menghina hukum Islam tetapi meragui keadilan hukum Islam. Maklumlah pemikiran yang sekian lama tidak pernah mengenali Islam walaupun tinggal di "Negara Islam". Orang Islam pula tidak menunjukkan kecantikkan Islam malah akhlak kebanyakan orang Islam yang mereka kenali berkelakuan bertentangan dengan ajaran Islam. Insyaallah dengan adanya pentas demokrasi dan kebebasan media, penjelasan berterusan mengenai semua aspek Islam bakal memberi pencerahan kepada mereka yang menentang.Tugas muslimin ialah menyampaikan risalah Islam dan tiada siapa mampu memberi petunjuk dan hidayah kerana ia milik Sang Pencipta Rabbul Jalil, Allah swt.


Menjadi tanggung jawab muslimin diseluruh dunia umumnya dan di Malaysia khasnya untuk mendirikan Islam dalam dirinya dan berakhlak dengan akhlak Islam seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Mengamalkan Islam secara tidak berpilih dan tindak tanduk yang tidak bercanggah dalam diri sendiri,






Artis serta PAS hakis pemikiran Ortodoks

Posted: 05 Jul 2012 04:06 AM PDT

Pas kini dilihat menjadi pilihan artis di negara ini kerana disifatkan sebagai sebuah parti yang berjuang atas landasan Islam sebenar.
Naib Presiden, Datuk Husam Musa berkata, situasi tersebut menunjukkan Pas sebuah parti yang diyakini dan bersifat terbuka.
Beliau berkata, penyertaan artis ke dalam Pas juga dapat menghakis pemikiran ortodoks yang menganggap Islam menghalang kerjaya artis.

"Keadaan ini menjadikan selama ini konsep bahawa Islam dianggap menghalang kegiatan artis adalah salah dan pada masa sama mereka bo-leh beribadat melalui karier, asalkan mereka mengikut jalur-jalur yang diizinkan dalam Islam.

"Perkara yang boleh membawa manusia kepada kebaikan adalah ibadah termasuk kerjaya artis menerusi perfileman, drama dan nyanyian yang dapat memberikan kesedaran," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Husam berkata, trend tersebut akan meluaskan peranan industri hiburan menerusi karya artis ke arah kebaikan kerana berupaya memberikan pendidikan moral kepada generasi muda pada masa hadapan.
"Industri hiburan pada masa akan datang boleh berganding sekali dengan pendidikan moral untuk generasi muda iaitu bukan hanya bertindak sebagai industri liar semata-mata, tetapi hiburan yang terarah dan pengabdian diri kepada ALLAH SWT," katanya.
Baru-baru ini pelakon popular, Hairie Othman mengambil keputusan menyertai Pas kerana melihat parti itu berjuang berlandaskan syariat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan