Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama, tetapi mampu hidup dengan aman dan tenteram tanpa apa-apa kacau bilau seperti negara-negara lain terutamanya di seluruh Asia Tenggara. Tiada pembunuhan etnik minoriti seperti di Myanmmar, ataupun kawalan ketat terhadap penduduk agama tertentu seperti di Thailand dan kita juga tidak mempunyai masalah perkauman seperti di Indonesia. Malaysia adalah negara paling bebas dan selamat di rantau Asia Tenggara.
Mungkin ada yang berkata Singapura adalah lebih selamat dan hebat daripada Malaysia. Namun disini saya ingin tegaskan, di Singapura terdapat terlalu banyak kawalan yang di letakkan oleh pemerintah, azan tidak dibenarkan berkumandang diudara, pembakaran kertas untuk sembahyang Cina pun tidak dibenarkan dan yang paling penting, di Singapura, orang Melayu adalah penduduk kelas ketiga yang tidak diendahkan manakala orang Cina pula menguasai dari segala aspek dari pendidikan, ketenteraan, pentadbiran awam sehinggalah kuasa politik di kawal selia oleh orang Cina. Nasib orang India hanya sedikit lebih baik dari orang Melayu, kerana masih lagi ada orang India yang dibenarkan untuk bertanding jawatan Presiden Singapura. Di Malaysia, segalanya dibolehkan, orang Cina menguasai ekonomi, tetapi pemerintahan yang dikuasai oleh orang Melayu tidak menghalang usaha orang Cina untuk maju. Bahkan bantuan terus diberikan agar ekonomi orang Cina dapat menjadi terus maju. Malaysia adalah negara paling adil diantara semua negara di Asia Tenggara.
Namun begitu masalah utama orang Melayu / Islam di Malaysia adalah perasaan benci kepada diri sendiri. Perkara ini telah disebutkan oleh Syeikh Ahmad Deedat dalam bukunya "Muhammad The Greatest" dimana beliau menyifatkan orang-orang Islam di seluruh dunia mempunyai masalah "inferiority complex" dimana seseorang itu merasakan diri mereka tidak cukup bagus dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk memperjuangkan hak dirinya. Masalah "inferiority complex" ini sedang berlaku kepada seluruh umat Islam didunia dan umat Islam Malaysia tidak berkecuali di dalam hal ini. Oleh itu kita dapat lihat umat Melayu/Islam di negara kita ini amat takut untuk membincangkan hak dan ketuanan mereka di bumi sendiri. Mereka takut untuk memperjuangkan agama mereka dan takut untuk memperjuangkan hak asasi mereka hanya kerana tidak mahu digelar "racist".
Jika dilihat dari suatu sudut anjal, orang-orang bukan Melayu/Islam di Malaysia wajar bersyukur kerana mereka telah diberikan segala peluang untuk maju tanpa meninggalkan agama dan budaya bangsa mereka. Setiap agama dan kebudayaan di Malaysia diberikan tempat untuk dipraktikkan asal ia tidak menganggu-gugat hak orang-orang Melayu/Islam. Namun begitu pelbagai pihak yang masih lagi tidak berpuas hati dengan senario sekarang. Ada dikalangan mereka yang mempertikaikan Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia atas dasar mahukan kesamarataan.
Persoalannya, adakah orang-orang bukan Melayu/Islam ini terfikirkan tentang kesannya kepada masyarakat yang ada sekarang? Ataupun mereka mahu menjadi seperti indonesia yang mengamalkan dasar asimilasi dimana tiada lagi bangsa Cina, Melayu ataupun India, yang hanya ada adalah bangsa Malaysia? Adakah adil sekiranya ekonomi dan politik dikuasai oleh orang Cina dan orang Melayu/Islam hanya menjadi pekerja dan kuli seperti yang berlaku di Singapura? Jika hak kesamarataan diaplikasikan sanggupkah orang-orang India dan Cina menghapuskan sekolah-sekolah vernakular dan asas bahasa pendidikan hanyalah Bahasa Melayu sahaja?
Pendek kata, sistem yang ada sekarang adalah yang paling sempurna untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama. Namun kenapa ada suara-suara sumbang yang mahukan lebih lagi untuk bangsa tertentu? Adakah orang-orang Cina dan India tidak bersyukur dengan keamanan dan kekayaan yang mereka nikamti selama ini, sehingga mahu menukar sistem Raja BerPelembagaan kepada sistem Republik?
Orang-orang Cina dan India WAJIB bersyukur kerana walaupun kuasa politik tidak dibawah pengaruh mereka, ekonomi Malaysia adalah tempat permainan mereka. Bayangkan jika orang-orang Bumiputera Malaysia yang merupakan majoriti penduduk di Malaysia tidak dapat hak istimewa yang dinikmati sekarang, adakah kekayaan bangsa bukan Melayu/Isalam dapat dinikmati dengan aman. Ataupun Malaysia akan terus bertelagah seperti di Indonesia dimana hasil daripada proses asimilasi memperlihatkan orang-orang Islam Indonesia masih lagi mundur dan hanya layak menjadi kuli dan pekerja orang-orang Cina Indonesia.
Orang-orang Melayu/Islam tidak pernah mempertikaikan penguasaan ekonomi orang-orang bukan Melayu di Malaysia. Bahkan pernah di dalam ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad menyuruh orang Melayu/Islam untuk menjadikan orang-orang Cina sebagai contoh kejayaan terutamanya di dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Tidak pernah sekalipun mana-mana persatuan ataupun kelab yang dipelopori oleh orang-orang Melayu mempertikaikan kekayaan bangsa Cina dan India di Malaysia.Orang-orang Melayu/Islam tidak pernah membenci orang Cina, malah menganggap orang Cina adalah sebahagian daripada saudara senegara mereka. Dan ramai orang Cina faham perkara ini kerana itulah Malaysia masih lagi kekal utuh sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan sentosa untuk didiami pelbagai bangsa. Namun begitu terdapat beberapa pihak yang masih mahu menghancurkan keutuhan persaudaraan patriotik ini. Media alternatif terutamanya yang menyokong pembangkang tanpa segan silu memainkan isu yang mengatakan orang-orang Melayu/Islam adalah "racist".
Media alternatif seperti Malaysiakini dan juga suratkhabar arus perdana seperti Sin Chew Jit Poh masih lagi mencurahkan minyak di dalam api perkauman yang sedang giat cuba dipadamkan oleh Kerajaan Persekutuan. Setiap kali isu perpaduan dibangkitkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan media-media ini akan mengatakan bahawa orang Melayu adalah "racist". Persatuan melayu seperti PEKIDA dan PERKASA akan diungkit dan dijongketkan oleh media pembangkang untuk menunjukkan orang Melayu/Islam benci akan kaum lain. Walhal kedua-dua persatuan ini diasaskan bukan untuk membenci orang Cina atau India, ia diasaskan untuk melindungi dan memperjuangkan hak orang-orang Melayu. Namun begitu media alternatif pembangkang akan menjadi berat sebelah sekiranya perjuangan bangsa lain diutarakan. Persatuan Cina seperti Don Zong dan persatuan India seperti Hindraf yang memperjuangkan hak bangsa mereka dengan tuntutan yang tidak masuk akal akan diangkat menjadi wira. Kenapa media pembangakang bersikap berat seperti itu? Persatuan yang memperjuangkan bangsa Melayu akan sentiasa dilihat sebagai penjahat manakala persatuan kebajikan Cina dan India akan diangkat menjadi pejuang negara. Adakah ini dikira adil?
Perjuangan yang diciptakan oleh media "chauvinist" seperti Rocket dan Malaysiakini haruslah dihentikan dengan serta merta. Jika dibiarkan terlalu lama ia akan merosakkan perpaduan yang telah lama dicapai semenjak dari dulu lagi. Orang-orang Melayu/Islam di Malaysia diharap jangan lupa kepada slogan pembangkang pada 11-13 May 1969 dimana "Sapu Melayu" dilaungkan oleh Lim Kit Siang tanpa segan silu. Orang-orang Cina dan India pun jangan lupa jikalau tidak kerana Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Melayu yang menahan pendekar-pendekar Melayu daripada terus mengamuk diatas provokasi hina DAP, nescaya anda tidak akan aman dan kaya raya seperti yang dapat dinikmati sekarang.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersyukur dengan keamanan, keharmonian dan perpaduan yang dapat kita semua nikmati pada ketika ini. Janganlah kerana tamakkan kuasa pihak-pihak tertentu sanggup menggadaikan segala-galanya. Ingatlah Malaysia tidak akan menjadi seperti Singapura, kerana disini ramai lagi yang masih berakal dan mampu bangkit untuk menentang kezaliman diselubungi rapat oleh tirai lakonan perjuangan demokrasi hasil lakon layar pencacai musuh-musuh negara.
This post was submitted by Che_Yan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan