The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 29 Jul 2012 11:30 PM PDT Sabah menunggu perubahan di Semenanjung Posted: 29 Jul 2012 11:06 AM PDT Semasa saya berada di Sabah untuk lawatan kerja di beberapa kawasan Parlimen di Pantai Timur Sabah, saya sempat meninjau pendapat dan pandangan dari kalangan pimpinan dan juga rakyat jelata Sabah diatas kemungkinan Sabah boleh berubah didalam PRU-13.
Kebanyakan mereka berpendapat bahawa rakyat Sabah tidak sukar untuk berubah, yang mereka tunggu-tunggukan adalah perubahan kepada rakyat Semenanjung. Jika rakyat di Semenanjung berubah dan dapat buktikan didalam Pilihanraya Umum maka rakyat Sabah akan turut berubah.
Didalam Pilihanraya ke-11 dan sebelumnya rakyat Sabah tidak nampak bahawa pengundi-pengundi di Semenanjung mahu berubah. Demikian keadaannya mereka juga tidak mahu berubah dibimbangkan Kerajaan BN di Pusat akan mengambil tindakan menganaktirikan rakyat Sabah.
Tetapi setelah mereka melihat bahawa didalam PRU-13 rakyat di Semenanjung sudah menunjukkan jalan untuk berubah, maka tidaklah akan sukar lagi bagi rakyat Sabah mengikut jejak langkah rakyat Semenanjung untuk berubah.
Penarikan diri dua orang Ahli Parlimen Barisan Nasional, Lajim yang juga Timbalan Menteri dan Bumburing adalah permulaan kepada perubahan rakyat Sabah. Dua orang Ahli Parlimen yang berpengaruh di Sabah itu menandakan bahawa Barisan Nasional di Sabah tidak akan mampu bertahan didalam PRU-13 nanti.
Ada beberapa orang Ahli Parlimen dari UMNO yang dulunya kelihatan akrab dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat juga sedang mengintai-intai untuk turut keluar dari UMNO/BN, mereka itu juga tertunggu-tunggu akan masa yang lebih sesuai untuk keluar dari Barisan Nasional.
Mungkin dengan penarikan diri Lajim dan Bumburing dari Barisan Nasional ini akan menggerakkan mereka untuk turut serta, dan kini rakyat Sabah sedang menunjukan jari telunjuk mereka kepada rakan-rakan Dato Seri Anwar Ibrahim yang masih menjadi Ahli-Ahli Parlimen mewakili Sabah.
Mereka itu juga menunggukan saat yang paling sesuai untuk meninggalkan Barisan Nasional, dan masa yang sesuai itu kini sedang berlaku dan tentunya sudah mengetuk pintu hati mereka untuk bersama-sama Lajim dan Bumburing untuk membawa perubahan baru di Sabah. | KedahLanie.info: Jadilah seorang warga negara yang bijak....jangan ... Posted: 29 Jul 2012 10:45 AM PDT | KedahLanie.info: Politik baru di Sabah mula dibentuk Posted: 29 Jul 2012 10:44 AM PDT | KedahLanie.info: Lajim: Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin Posted: 29 Jul 2012 10:43 AM PDT | KedahLanie.info: LIVE !! Kebangkitan Rakyat Sabah dari Tuaran bersa... Posted: 29 Jul 2012 10:41 AM PDT | KedahLanie.info: Tsunami sudah bermula di Sabah Posted: 29 Jul 2012 10:40 AM PDT | KedahLanie.info: National Day or BN Day? Posted: 29 Jul 2012 10:40 AM PDT | KedahLanie.info: National Day or BN Day? Posted: 29 Jul 2012 10:39 AM PDT | RAKYAT MARHAEN: Anwar & Najib sama-sama makin hampir.. Posted: 29 Jul 2012 10:31 AM PDT | RAKYAT MARHAEN: Tsunami politik Sabah atau hanya 'ribut kecil'..??... Posted: 29 Jul 2012 10:26 AM PDT | RAKYAT MARHAEN: Lajim : Saya keluar BN demi kepentingan rakyat Posted: 29 Jul 2012 10:25 AM PDT | RAKYAT MARHAEN: Anwar Sifatkan Wilfred Dan Lajim Pencetus Politik ... Posted: 29 Jul 2012 10:24 AM PDT | Laman Rasmi: AHLI PARLIMEN SABAH YAKIN ANWAR JADI PM KE 7 Posted: 29 Jul 2012 10:04 AM PDT | Kedahkini: Terkini!!! Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Paka... Posted: 29 Jul 2012 04:16 AM PDT | Kedahkini: Terkini!!! Najib semakin Gawat, Lajim mendapat sokongan PPS di 17 Parlimen Posted: 29 Jul 2012 04:13 AM PDT | |
Anwar Ibrahim Posted: 29 Jul 2012 07:18 PM PDT Najib, Drop All These Nonsense, Rakyat Will Teach You A Lesson Posted: 29 Jul 2012 03:06 PM PDT | Lajim, Wilfred Lebih Berani Daripada PM Posted: 29 Jul 2012 03:04 PM PDT KeadilanDaily Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing atas keberanian mereka melawan regim penguasa yang zalim. Menyifatkan sifat itu tidak dimiliki Perdana Menteri, Ketua Pembangkang itu secara seloroh, berkata mereka mengambil jalan susah demi kepentingan rakyat. "Saya kagum dengan keberanian Lajim, Wilfred. Inilah ciri-ciri kualiti seorang pemimpin – berani. Mereka cari jalan susah, nak lawan PM, nak lawan seluruh jentera BN. "Sebab itu saya salut, inilah hero rakyat yang sebenar," katanya sambil menempelak Datuk Seri Najib Razak yang takut berdebat, malah tidak berani mengumum tarikh pilihan raya. Beliau juga bersyukur kerana Lajim dan Wilfred tidak keseorangan, sebaliknya dikerumuni rakyat segenap kaum apabila memutuskan untuk meninggalkan BN. Anwar turut mengingatkan mereka, berapa jentera media Umno BN akan menyerang mereka setiap hari berikutan keberanian kedua-dua pemimpin itu. "Saya cakap dengan isteri Lajim, kena kuat. Umno BN takkan biar begitu sahaja. Tapi, dengan rakyat bersama kita, Insya-Allah semua akan berjalan lancar. "Ada yang kata Anwar beli Lajim, beli Wilfred. Akupun mana ada duit. Umno lainlah, bolot dan rampas kekayaan rakyat Sabah," katanya. Beliau turut meminta rakyat Sabah supaya memilih pemimpin yang betul bagi memastikan nasib mereka dibela, bukannya ditentukan seorang dua pemimpin atasan. Berucap depan lebih 20,000 pengundi Beaufort pada majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Anwar berkata, kejutan akan terus berlaku. "Dulu, bila saya kata ada kejutan di Sabah, pemimpin Umno BN permainkan saya tapi kejutan sebenar bukan penyertaan mereka (Lajim dan Wilfred) tetapi kebangkitan rakyat Sabah," katanya. | Sabah Untuk Pemimpin Sabah Yang Baik Posted: 29 Jul 2012 03:46 AM PDT Harakah Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar “Sabah untuk orang Sabah sahaja.” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap “Sabah untuk orang Sabah sahaja.” tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu. “Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan. “Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah,” kata Anwar. Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat. Janji Pakatan Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah. Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini. Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara. “Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol,” kata beliau. Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti. “Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu. “Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih,” kata Anwar. | Wilfred Bumburing Keluar BN, Masuk Pakatan Dan Akan Jelajah Sabah Posted: 29 Jul 2012 02:24 AM PDT The Malaysian Insider Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya. Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI). "Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah," kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat. Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional. "Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara. "Pada zaman Dr M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya. "Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah. "Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya," kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO). Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri. "Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah," kata Bumburing lagi. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat. "Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah. "Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri," katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini. | MP Tuaran Keluar BN, Sokong Pakatan Posted: 29 Jul 2012 01:21 AM PDT Malaysiakini MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat. Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN. Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran. “Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN,” katanya. Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab. Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian. | |
Wee Choo Keong Posted: 29 Jul 2012 03:08 PM PDT Indon MOT yet to give approval for acquisition of Batavia Air by AirAsia Posted: 29 Jul 2012 08:25 AM PDT Indonesian Govt Says It Has Not Yet Approved AirAsia's Acquisition of Batavia Air July 27, 2012 Asia's largest low-cost carrier, AirAsia Bhd, this week announced plans to acquire Indonesia's Batavia Air to expand in Southeast Asia's biggest economy. (Reuters Photo/Beawiharta) I think Lion’s concept and structure of the company will not be the same or [...] | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 29 Jul 2012 06:53 PM PDT Umur 12 tahun dah pandai samun guna parang Posted: 28 Jul 2012 07:52 PM PDT 29 Julai 2012 KUALA PILAH – Dua kanak-kanak antara suspek yang diburu oleh pihak polis selepas melakukan kegiatan samun di Taman Bukit Intan, kelmarin. Kejadian itu berlaku jam 12.15 tengah hari ketika mangsa seorang wanita Melayu berusia, 48, tinggal sendirian di rumah.
Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, tiga suspek itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 20-an bersama dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun.
Menurutnya, suspek lelaki menggunakan parang panjang manakala salah seorang kanak-kanak itu menggunakan parang pendek.
"Ketiga suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu utama kerana tidak berkunci. Mangsa ketika itu sedang menjahit baju di bilik belakang dan tidak perasan suspek masuk ke dalam rumah.
"Dia hanya terkejut apabila suspek memasuki ke dalam bilik belakang dan dua kanak-kanak terus memegang kedua-dua belah tangannya. Manakala lelaki tersebut terus merampas rantai mangsa.
"Namun rentapan itu tidak berjaya mengambil kesemua rantai kerana terputus dua. Suspek berjaya melarikan loket dan sebahagian rantai anggaran RM1,000," katanya kepada Sinar Harian.
Jaafar berkata, sejurus itu mangsa yang berjaya meloloskan diri berlari ke arah belakang rumah untuk meminta pertolongan jiran terdekat.
"Apabila suasana menjadi kecoh, ketiga-tiga suspek sudah berada di dalam kereta milik mangsa selepas mengambil kunci kereta jenis Proton Pesona yang tergantung di dinding, namun cubaan itu tidak berjaya apabila terdengar mangsa menjerit meminta tolong.
"Akibat panik, suspek lelaki berpatah balik dan menyerang mangsa dengan cubaan menetak kepala tetapi berjaya ditahan mangsa. Akibatnya, tangan kanan mangsa luka terkena parang. Ketiga-tiga suspek berlari keluar menaiki kereta jenis perodua Myvi berwarna 'silver' yang dipercayai kereta curi dari Mantin," katanya.
Walau bagaimanapun katanya, mangsa hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan kerana parang tersebut tumpul.
"Saya menasihatkan kepada suri rumah agar lebih berhati-hati ketika tinggal bersendirian di rumah dan mengunci pintu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terjadi terutama pada musim perayaan," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan kerana samun bersenjata berkumpulan.
"Sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Normanshah Din menerusi talian 019-2096474,"katanya.
| |
BULETIN RAKYAT Posted: 29 Jul 2012 07:24 PM PDT Kerajaan BN Sabah bakal tumbang ? Posted: 28 Jul 2012 04:43 PM PDT KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu."Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985."Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak," katanya kepada Keadilan Daily.Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim."Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi."Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia," katanya. | |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 29 Jul 2012 07:14 PM PDT |
Anwar Ibrahim Posted: 29 Jul 2012 07:12 PM PDT ‘Janji Ditepati’ Lagu Hari Merdeka Terburuk Dalam Sejarah — Najwan Halimi Posted: 28 Jul 2012 04:26 AM PDT The Malaysian Insider Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia. Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu "Janji Ditepati" yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak Internet khususnya di kalangan anak-anak muda. Semakan saya di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini. Malang bagi lagu ini kerana bukan hanya susunan muzik dan melodinya yang "cincai" dan tidak teratur, bahkan apa yang jelas adalah lirik lagu ini secara tersurat bersifat propaganda picisan dan bertujuan untuk memesongkan minda rakyat dari menghayati matlamat sebenar sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur — "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari" — diikuti dengan "satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati", pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini. Apa kaitan malam, siang, bulan dan matahari dengan konsep 1 Malaysia? Apakah 1 Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti bulan dan matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat? Jika kiasan dalam lirik ini dihurai dari sudut astronomi, ternyata ianya bercanggah dengan hukum alam. Bulan dan matahari tidak berada di orbit yang sama dan adalah mustahil untuk bulan "mengikuti" matahari. Logiknya, bulan akan muncul pada sebelah malam manakala matahari pula akan dilihat di waktu siang. Maka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar. Pendengar kemudiannya akan "dibuai" dengan lirik perihal janji dikota (kononnya) dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu "janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya "kini masa balas budi"? Pendengar yang bijak pasti akan dapat memahami bahawa lirik ini secara tersirat bertujuan memerangkap minda khalayak seolah-olah Umno-BN (kerajaan sekarang) telah berjaya menepati janji dan kini telah sampai masanya rakyat (pendengar) supaya mengundi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai membalas budi atas janji-janji tersebut. Lantaran itu, timbul persoalan apakah kewajaran bagi sesebuah lagu yang seharusnya bertemakan penghayatan kemerdekaan diolah sebagai medium propaganda picis dan "ditransformasikan" menjadi lagu kempen untuk meraih undi dalam pilihan raya? Pada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah "wahyu penguasa" yang diturunkan sebagai "ingatan" kepada rakyat. Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat. Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong "Janji 1 Malaysia" yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan. Akhir sekali adalah pada rangkap "rap" — lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan. Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1 Malaysia! Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Langsung tiada kena mengena! Dan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan! Jelas, menerusi lagu ini, Umno-BN cuba untuk memanipulasi sentimen patriotisme bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan menerapkan propaganda lekeh dalam usaha terdesak mereka untuk meraih undi menjelang PRU yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme di dalam lagu ini melainkan puja-puji dan sanjungan melangit ke atas retorik 1 Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan Umno-BN. Semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini. Justeru, rakyat khususnya anak muda tidak wajar untuk terus membiarkan diri mereka dihenyak dan diperbodohkan oleh propaganda sempit ini. Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu "kemerdekaan" paling buruk dalam sejarah negara! * Najwan Halimi adalah timbalan ketua penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia. | Anwar Confirmed Heading to Sabah Posted: 28 Jul 2012 03:52 AM PDT The Malaysian Insider Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is expected to be in Beaufort tomorrow, offering a clear signal to date of shifting allegiances in the ruling Barisan National (BN) coalition's eastern stronghold. However, aides to the PKR de facto leader were mum over whether Anwar would attend the launch of the Sabah Reform Front (SRF), a new political movement set up by Sabah's Kadazandusun community. Earlier today, Anwar (picture) had tweeted that he "would be breaking fast in Tuaran and Beaufort tomorrow". His chief of staff, Ibrahim Yaacob, confirmed only the trip to Beaufort but could not say what activities Anwar would be attending. "He has just arrived from Medina this morning and will be Beaufort tomorrow, but what programmes he will be attending we don't know," he said. Speculation is rife that the SRF will ally with the opposition Pakatan Rakyat (PR) pact ahead of key national polls due within the next nine months. Yesterday, Sabah PKR chief Ahmad Tamrin Jaini was reported as having received an invite for Anwar to launch the SRF. Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin and Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing were said to be the organisers of the event. Lajim quit his post as Kerambai Kebatu Umno branch chief last month but maintained that he was not leaving the party to join the opposition, while Bumburing, who is also deputy president of the United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), quit his BN division chief post last week and has been coy of his chances of crossing over to PKR. | Lagu Tema Merdeka Propaganda ‘Kasar’,- Penulis Lirik Posted: 28 Jul 2012 03:06 AM PDT Malaysiakini Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan. Bagi Buddhi Hekayat – penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano – lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu “propaganda yang kasar”. “Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri,” katanya. Beliau menambah bahawa lirik “Janji sudah ditepati, kini masa balas budi” adalah seperti “meletak pisau ke leher rakyat”. “Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya,” kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim. Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini. Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six. Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman, yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an – Isabella – yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu “murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik.” “Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan,” tambahnya. | |
BULETIN RAKYAT Posted: 29 Jul 2012 07:12 PM PDT Wang kertas baru mudah lusuh ? Posted: 27 Jul 2012 04:09 PM PDT Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook. Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan. | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 29 Jul 2012 07:03 PM PDT Dari FELDA ke FGV, lagi satu KUB dalam pembikinan? Posted: 27 Jul 2012 03:08 PM PDT Agak lama saya tidak menulis mengenai FGV dan FELDA. Masa rehat ini , membolehkan saya menghalusi fikiran keatas isiu FELDA. Tidak menulis , tidak bererti sudah lupa. Jauh dimata, dekat dihati. Apa yang sebenarnya sudah terjadi?
Harga saham FGV nampak konstan pada tahap RM 5.35-5.50. paling akhir, harga saham ditutup pada harga RM5.20. ianya sudah menunjukkan pola menurun harga. Lama kelamaan FGV jadi macam KUB. Orang UMNO ingatkah lagi KUB? Orang Melayu ingatkah lagi KUB? Ianya sudah kaput! Inilah nasib yang akan menanti FGV.
Pada harga RM5.20 premium saham ini ialah sekitar 65 sen- 70 sen. Adakah ini bagus? Ia hanya bagus kepada mereka yang mempunyai jumlah saham ratusan ribu dan juta juta. Yang ada 5,000,000 dapat untung bila dijual sebanyak RM3 juta. Yang lebih jumlah saham lagi untung besar. Orang bukan FELDA dapat juta juta, peneroka dapat auta.
Kepada peneroka bagus atau tidak? Pandangan saya kepada perkara ini masih tetap. Kalau peneroka yang diutamakan, maka berikan semua kepada peneroka FELDA. Kalau peneroka diutamakan, FELDA Holdings patut mengambil alih FGV dan kekalkan perniagaan ini dalam tangan FELDA 100%.
Biarkan orang2 yang tidak ada kena mengena dengan FELDA membeli saham FGV setelah ianya di jual oleh peneroka. Atau pun paling tidak, sesuai dengan diskrimanasi positif, berikan 30% kepada peneroka. Mengapa hanya 5.5% dari jumlah saham yang di terbitkan? Bolehkah 5.5% dibaca sebagai `mengutamakan' Felda.
Ianya lebih tepat dilihat sebagai diutamakan untuk disembelih dan dikorbankan.
Jelas sekali ianya baik untuk yang ada duit yang membeli banyak unit dan baik kepada konco2 UMNO yang di beri MUkhriz banyak unit. Kepada penerima 810 unit saham, mereka akan hanya dapat RM526. Setelah di tolah fee pinjaman RM200, maka tinggallah RM326.
Bukan peneroka dapat juta2, peneroka dapat sisa2. Peneroka dapat RM15,000 rasuah pendahuluan dan RM326 pemberian sisa2. Kalau tunggu lama2, harga jatuh dan nanti lagi teruklah peneroka FELDA yang akhir nya mendapat durian yang mengkal.
Dengan langkah yang `menggumbirakan' hati rakyat, populatiti Najib merudum? Mustahil dan ajaib. Tidak mustahil dan tidak ajaib kerana semua orang tahu, Najib hanya berlakun. Najib is really a simple man mengikut kata diplomat Arab yang menemui nya disuatu majlis buka puasa. Bukan simple man lah dol- political simpleton lagi tepat.
Jangan tunggu lama2, nanti di kebas orang!. Demikianlah nasib peneoka FELDA di hari mendatang. Di tipu hidup2 oleh pengambil kesempatan. Sekoyong koyong dengan pengapungan ini, kerajaan yang dikuasai UMNO menjadikan ramai jutawan segera. Bolehlah mereka beli rumah dan kondominum berjiran dengan lembu2 yang mendiami 1 Menerung di Bangsar. Atau mereka boleh setiap hari dibulan Puasa ini berbuka di Meatworks restoren daging bakar milik keluarga Shahrizat Abdul Jalil.
Adakah ini adil untuk peneroka yang di atas nama mereka FELDA di ujudkan dan dijadikan sumber kekayaan orang yang bukan peneroka? Sebab itu saya katakan pengapungan FGV ini adalah suatu tindakan yang tidak berhati perut atau unconscionable.
Kemudian, cuba kita fikir mengapa harga saham RM 5.20-5.35? kenapa tidak lagi terus ke RM6? Apa yang berlaku ialah ramai yang jual saham menyebabkan harga saham jatuh kearah RM5. Maka bergegas lah kerajaan Najib mengarahkan pengurus dana dari GLC kerajaan membeli saham dari pasaran untuk price support.
Tapi berapa lama boleh mereka bertahan? GLC menggunakan dana milik awam untuk menyokong harga keparas yang artifisial. Ini bererti setiap hari, semakin banyak sumber kewangan akan di komit kepada menyokong harga saham FGV. Jika ini berterusan, semata mata untuk tujuan politik, cara Najib mengurus ekonomi negara akan membengkrapkan negara kita.
Bagus ke untuk FELDA? Tidak disedari oleh rakyat, Kerajaan Najib perlahan lahan menjual harta benda rakyat untuk mengumpul dana politik. FELDA adalah milik kerajaan. Dengan melakukan penyenaraian, apa yang sebenar nya berlaku? Selepas pengapungan, kerajaan punya kepentingan tinggal 40%. Bererti 60% sudah di jual. Ini sebetulnya pemindahan harta milik rakyat kedalam tangan individu dan syarikat2 dana yang ada kaitan dengan UMNO.
Inilah dia proses piratization- sebab itu saya kata UMNO ini akan terus merompak dan melanun khazanah negara.
Penyenaraian FELDA sebetulnya penganiayaan kepada peneroka dan kepada idea memerdekakan pemikiran peneroka.
| |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 29 Jul 2012 07:05 PM PDT |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 29 Jul 2012 07:34 PM PDT RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM... Posted: 27 Jul 2012 05:31 PM PDT | RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM... Posted: 27 Jul 2012 04:40 PM PDT | Jemaah pimpinan Orang Asal Negeri Pahang Posted: 27 Jul 2012 04:35 PM PDT (102) Suhaimi Bin Said: Wanita Orang Asal menunggu ketibaan YB Abdullah Sani yang merasmikan Himpunan Orang Asal Se Pahang pada 8hb Julai 2012 di Kg Penderas, Kuala Krau, Pahang Sdr Jahidin, Timbalan Ketua PKR Ranting Kg Mendoi berucap di Majlis Santai meraikan PACABA & Sukarelawan PKR Ranting Felda Jenderak Selatan Orang Asal memerlukan perumahan setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini. Bekas Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Rekoh kini memimpin Ranting Parti Keadilan Rakyat Kg Paya Rekoh Sdr Sambut, Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Mendoi sentiasa memberikan galakan bagi meningkatkan perjuangan Orang Asal Sdr Bakar Panjang, bekas AJK UMNO Cawangan Kg Seboi, kini memimpin PKR Ranting Kg Seboi Sdr Romani Mohamad, pemimpin Orang Asal kaum Semelai berucap di Majlis Himpunan Orang Asal Se Pahang anjuran KEADILAN Pahang pada 8.7.12 Sdr Ismail Leh, pemimpin masyarakat Orang Asal dari kaum Jakun Pekan bersama isterinya Pn Fatimah bergerak memberikan kesedaran kepada Orang Asal Negeri Pahang Sdr Shafei Deris, pemimpin NGO yang mengembara ke seluruh pelusuk tanah air memberikan kesedaran kepada masyarakat Orang Asal. Beliau juga terlibat membuat filem-filem yang kini turut ditayangkan di Eropah. Pimpinan anak muda Orang Asal Kg Pasu menawarkan diri menjadi PACABA dan Sukarelawan bagi membantu PKR didalam PRU akan datang. Sdr Leman Bilal dan anak buahnya dari Kg Paya Pelong akan memimpin masyarakat Orang Asal Kg Paya Pelong didalam PRU akan datang.
-- Setelah berkecimpung dengan perjuangan masyarakat Orang Asal Negeri Pahang saya mengesani bahawa mereka adalah masyarakat yang mahukan perubahan. Selama ini mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dan ketinggalan didalam semua arus kehidupan. Mereka hidup didalam kemiskinan dan tidak mendapat pembelaan didalam kehidupan mereka baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan awam. Orang Asal adalah golongan yang cinta damai, tidak suka mendesak dan terlalu mudah dipermainkan oleh pemerintah. Dengan janji yang tak sebanyak mana mereka sudah terpaut dengan harapan yang tinggi. Mereka adalah golongan yang paling setia dengan UMNO sehingga mereka tidak percaya bahawa UMNO itu adalah parti Melayu dan bukan parti politik untuk Orang Asal. Bukan senang untuk menanggalkan sikap setia mereka kepada UMNO, bagi mereka baik atau buruk, UMNOlah tempat mereka bergantung. UMNO juga tahu akan sikap Orang Asal ini, dan mereka akan hadir ke dalam masyarakat Orang Asal sekali sekala didalam tempoh Pilihanraya. Cukup bagi mereka membawakan sedikit makanan seperti beras, tepung, sardin, minyak masak untuk diagih-agihkan kepada orang Asal dan yang lebih dahsyat lagi UMNO akan mengadakan Majlis Karaoke dan Joget dan mengedarkan arak kepada mereka. Saya mendapati bahawa aspirasi Orang Asal adalah sama seperti aspirasi kaum-kaum lain di Negara ini. Mereka mahukan kehidupan yang selesa, ada perumahan yang selesa, pendapatan yang selesa, pendidikan seperlunya dari sekolah rendah hingga ke sekolah tinggi dan universiti, kesihatan yang terjamin dan bebas dari penyakit sosial seperti pengambilan arak dan dadah yang kini sudah melanda dikalangan anak-anak muda mereka. Melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat kami cuba membawakan kesedaran dan keinsafan perjuangan di kalangan mereka. Kami tubuhkan Ranting-Ranting Parti Keadilan Rakyat, dan bersama-sama mereka, kami adakan ceramah-ceramah kesedaran dan pendidikan dan kursus-kursus agar masayarakat Orang Asal memahami hala tuju sebenar perjuangan mereka supaya tidak dihayalkan dengan habuan-habuan yang berbentuk sementara tetapi yang berpijak di bumi nyata. Badan-badan NGO Orang Asal seperti JOAS dan Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang memainkan peranan yang tidak sedikit untuk mendidik Orang Asal. Melalui kefahaman ini, Orang Asal mulai bergerak menuntut perkara-perkara hak asasi mereka. Kepada mereka perkara yang paling penting adalah tanah sehingga menjadi slogan kepada masyarakat mereka bahawa tanah adalah maruah mereka. "Tek hek maruah hek" atau "Tanah kitak nyawa kitak" merupakan slogan yang semakin diterima oleh Orang Asal. Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan sidang diskusi tentang tuntutan Orang Asal dan Orang Asal di Negeri Pahang memperjuangkan hak mereka keatas tanah dengan menuntut supaya tanah komuniti mereka diwartakan. Dengan penwartaan tanah komuniti mereka ini kawasan-kawasan hutan dan tanah-tanah adat mereka dapat dipertahankan daripada diceroboh oleh mana-mana pihak. Pihak Kerajaan UMNO tidak mengiktiraf tanah Orang Asal. Kalau semasa pemerintahan Penjajah Inggeris dahulu wujud Rezab Orang Asal tetapi kesemua Rezab Orang Asal ini sudah dibatalkan oleh Kerajaan UMNO/BN menjadikan kawasan-kawasan hutan yang dahulunya menjadi tanah Orang Asal dan didiami oleh nenek moyang mereka kini sudah menjadi Rezab Perhilitan dan menjadi satu kesalahan pula jika Orang Asal memasuki kawasan hutan berkenaan menjadikan sumber rezeki masyarakat Orang Asal terhakis. Parti Keadilan Rakyat Pahang telah mengadakan Himpunan Orang Asal Se Pahang pada tahun 2012 dan 2013 dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh Bob Manolan, pemimpin Orang Asal yang kini menjadi Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat. Bob memberikan tumpuan di bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan dan Parti Keadilan Rakyat juga telah mengeluarkan Manifesto Perjuangan untuk Orang Asal mengandungi 3 aspek perjuangan asas Orang Asal berhubung dengan masalah Tanah, Ekonomi dan Pendidikan. Manakala badan NGO yang dipimpin oleh Sdr Yusri Ahon dan Shafei Deris tidak henti-henti memberikan penerangan ke seluruh Pahang mengenai perjuangan Orang Asal khususnya yang membabitkan hak asasi mereka. Dengan gerakan yang tidak henti-henti yang dijalankan oleh pimpinan Orang Asal sendiri, kesedaran dikalangan Orang Asal sudah bertambah tinggi. Mereka tidak lagi menunggu habuan untuk melalaikan mereka dari buah tangan pimpinan UMNO, tetapi mereka perjuangkan hak mereka keatas tanah, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan perumahan dan mereka bertekad untuk membawakan kehidupan Orang Asal setaraf dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Memandangkan tuntutan yang hebat dikalangan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan Seminar Kepimpinan Orang Asal Negeri Pahang yang akan diadakan di sebuah Hotel di Kuantan selepas bulan Ramadhan ini. Seminar ini terbuka kepada semua pimpinan masyarakat Orang Asal Negeri Pahang tanpa mengira pegangan politik mereka. Melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang nama-nama pemimpin Orang Asal dari seluruh perkampongan Negeri Pahang telah disenaraikan dan seramai lebih kurang 200 orang pemimpin-pemimpin Orang Asal Negeri Pahang akan menghadiri Seminar Kepimpinan Orang Asal Negeri Pahang. Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang sudah pun memberikan lampu hijau supaya Seminar ini dapat diadakan secepat mungkin sebaik sahaja berakhirnya bulan Ramadhan. Jemaah pimpinan Orang Asal Negeri Pahang akan memikul tanggungjawab yang berat selepas ini untuk menyatukan perjuangan Orang Asal Pahang kedalam saf perjuangan keinsafan dan kesedaran agar perjuangan Orang Asal dapat digembelingkan bagi menyahut cabaran reformasi dan perubahan yang sebenar. | RAKYAT MARHAEN: Pergolakan Sabah mangkin kejatuhan BN Posted: 27 Jul 2012 12:47 AM PDT | JPJ sasar murid-murid sekolah untuk keluarkan saman Posted: 27 Jul 2012 12:38 AM PDT JPJ hari ini menjalankan tugas mengikut undang-undang dan menahan semua murid-murid sekolah yang menggunakan motosikal untuk kembali dari Sekolah Menengah di Felda Jengka 12 ke Felda Jengka 9.
Diantara kesalahan-kesalahan yang dikeluarkan notis saman adalah seperti berikut:
1. Tidak memakai topi keledar 2. Tidak memiliki lesen menunggang
Sekatan jalanraya telah dibuat oleh JPJ mensasarkan murid-murid sekolah, dan sasaran yang dibuat oleh JPJ menepati kehendak Negara supaya memperbanyakkan pengeluaran notis saman bagi membolehkan Negara memperolehi pendapatan yang lebih tinggi.
Ibu bapa di Felda Jengka 9 mengakui bahawa tindakan JPJ itu menepati dengan kehendak undang-undang. Tetapi mereka mempertikaikan kenapa JPJ memilih hari persekolahan di waktu murid-murid sekolah keluar dari sekolah untuk pulang.
Mereka menyatakan bahawa tindakan JPJ itu menepati kehendak undang-undang, tetapi tidakkah JPJ mempunyai tanggungjawab sosial?
Jalanraya yang terlibat diantara Felda Jengka 9 ke Felda Jengka 12 bolehlah dianggap sebagai jalan kampong. Dan dari Jengka 9 hingga ke Felda Jengka 12 tidak mempunyai sebarang perkhidmatan bas, samada bas yang disediakan oleh Felda mahupun yang disediakan oleh syarikat swasta.
Murid-murid hanya boleh menghadiri sekolah dengan menaiki motosikal sahaja.
Ibu bapa menganggap tindakan JPJ itu sebagai perangkap yang senang mengena. Dan pihak ibu bapa bersetuju bahawa mereka tidak akan membayarkan kompoun untuk kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Mereka akan membawa anak-anak mereka ke Mahkamah, dan di Mahkamah nanti anak-anak mereka tidak akan mengaku bersalah.
Ibu bapa akan memohon kepada pihak sekolah untuk mengambil cuti sehari semasa kes anak-anak mereka disebut di Mahkamah nanti. Dan sudah tentu melibat jumlah yang sangat besar dari murid-murid sekolah tersebut.
Jika semasa perbicaraan nanti ditakdirkan bahawa murid-murid ini didapati bersalah, mereka tidak akan membayar sebarang denda. Pada waktu itu apakah hukuman yang akan dikenakan oleh Mahkamah?
1. Memberi amaran? 2. Menjatuhkan hukuman untuk menghantar murid-murid ini ke Sekolah Latihan Kanak-Kanak (Sekolah Budak Jahat)?
Adakah murid-murid ini dikategorikan sebagai kanak-kanak jahat kerana mereka melanggar peraturan memakai keledar atau tidak memiliki lesen menunggang motosikal? Bolehkah kanak-kanak berumur 12 tahun - 14 tahun memiliki lesen mengikut undang-undang?
Alternatif kepada semua masalah ini ialah supaya murid-murid ini berhenti dari sekolah, dan sekalung bunga kepada JPJ dan Kerajaan UMNO/BN yang menghancurkan harapan anak Melayu untuk mendapatkan pendidikan.
Kes ini meminta pihak Sekolah dan Kementerian Pelajaran supaya mengadakan bas untuk membawa murid-murid kesekolah pergi dan balik, kegagalan pihak sekolah dan Kementerian mengadakan bas untuk murid-murid akan menyebabkan kanak-kanak Melayu didalam rancangan Felda tidak lagi dapat bersekolah.
Ada diantara ibu-bapa juga meminta JPJ supaya menunggu di depan pintu masjid-masjid pada Hari Jumaat, kerana hampir keseluruhan peneroka-peneroka yang menunaikan Solat Jumaat biasanya tidak memakai topi keledar dan tidak pula membawa lesen memandu apabila menunggang motosikal mereka ke Masjid. Dengan cara itu lebih banyak saman boleh dikeluarkan dan lebih banyak wang boleh dikumpulkan oleh Negara bagi menampung masalah kewangan Negara yang sudah tenat ini. | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 29 Jul 2012 10:13 PM PDT Do not damage the full potential and future of SRJK(T) Effingham Posted: 27 Jul 2012 12:57 AM PDT 27th July 2012
Do not damage the full potential and future of SRJK(T) Effingham - return the land to the school I am completely disappointed with Dato Seri Palanivel's announcement on Effingham on Monday this week. Instead of correcting an injustice committed by MIC by stealing the land from the school, he is now trying to hoodwink the public with his announcement that MIC will build a hostel for poor students and a multi-purpose hall/ sports centre on the land to be used by all the 523 Tamil schools in the country. Palanivel needs to understand and recognise first that MIC should never have made the application to the BN Selangor government in 1999 to take 3 acres of the original 6 acre site allocated by the developer for a primary school. MIC should instead have insisted with the BN government, which they are part of, that SRJK (T) Effingham was entitled to 6 acres like all the primary schools in the area including the nearby SRJK (C) Puay Chai which is sitting on 6 acres of land. Instead MIC looked selfishly at its own interest and applied for the land to build its party headquarters. As far as I am concerned, this was a foul theft of the highest order of the land from the school. Today because of the public pressure to return the land to the school, MIC is forced to give up its original plan to build its party headquarters. They also know that as long as the Pakatan Rakyat rules Selangor, they will never be allowed to build that party headquarters. So Palanivel's announcement has no sincerity. It is simply a meaningless exercise in damage control which does not address the real issue - the need for the 3 acres for SRJK (T) Effingham to ensure that that generations of Effingham Tamil school children have a decent school with decent facilities. It is ridiculous to expect that 523 Tamil schools all over the country can enjoy the use of a hostel located in Bandar Utama. It is a foolish proposition. Equally foolish is the idea that the Tamil schools all over the country can enjoy the sports facilities that the MIC intend to build on the 3 acres. Such facilities should be available close to the Tamil schools wherever they are. Palanivel is burying his head in the sand like the proverbial ostrich and refusing to see the need of SRJK (T) Effingham is paramount. The school does not need a hostel or those sports facilities. Right now they cannot even have a proper 100 meter running track because MIC stole those 3 acres. Why is he talking nonsense about building sports facilities? What SRJK (T) Effingham needs is the 3 acres of land so that the school can provide decent facilities to its 500 students. It needs the 3 acres so that Tamil parents in the area can see that the school can provide decent facilities of an acceptable standard to the children there. Only then will more Tamil parents be encouraged to send their children there. What Palanivel and MIC are doing now by refusing to return the 3 acres is to destroy the full potential of SRJK (T) Effingham to best educate generations of Tamil children. This statement by Palanivel only further confirms the hypocrisy of MIC when they claim themselves as so-called guardians of the interest of the Indian community in Malaysia.
Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat | Public debates on racial lines must be rejected Posted: 27 Jul 2012 12:51 AM PDT PRESS RELEASE: Public debates on racial lines must be rejected We refer to recent calls for a public debate between Indian leaders from the MIC and Pakatan Rakyat. We categorically reject debates between political leaders organised purely on racial lines. Single-race debates are an unhealthy reflection of the BN's race-based and 'divide and rule' politics, which has been rejected in toto by Pakatan Rakyat. The problems faced by the marginalised Indian community is a key national issue, and not just a matter which concerns Malaysian Indians alone. Any public debate upon this issue should involve all interested and responsible parties, irrespective of their race. The MIC, which is subservient to UMNO, is powerless and incapable of bringing positive change and development to the Indian community. Any debate solely with MIC Indian leaders on the future of the Indian community is an exercise in futility. Further, it is UMNO which has held real power in the BN and is to blame for the serious and long unresolved problems faced by the Indian community today. It is time UMNO stopped deceiving the public that the MIC can effectively represent Indians or resolve their manifold problems. These problems include poverty, lack of educational opportunities, poor employment prospects, disproportionate crime rate, statelessness and an inequitable share of the national wealth. As such we call upon the UMNO/BN to make available senior UMNO Cabinet Ministers for a public debate with Pakatan Rakyat leaders upon the problems and future of the Indian community. This would afford all Malaysians an opportunity to evaluate both parties' plans and commitment to resolve the problems of the Indian community. In view of the urgency and importance of the matter, we call for a response from UMNO/BN to our invitation for a public debate within 48 hours. Issued by, N SURENDRAN VICE PRESIDENT KEADILAN R.SIVARASA MEMBER OF POLITICAL BUREAU SUBANG Member of Parliament M.MANOGARAN TELUK INTAN Member of Parliament S.MANIKAVASAGAM MEMBER OF KEADILAN CENTRAL COMMITTEE KAPAR Member of Parliament 9.7.12 | |
Anwar Ibrahim Posted: 29 Jul 2012 08:44 PM PDT Photo Dato Seri Anwar Ibrahim Bersama Mantan Presiden Indonesia B.J Habibie Posted: 27 Jul 2012 05:28 AM PDT Photo Dato Seri Anwar Ibrahim Mengunjungi Mantan Presiden Indonesia BJ Habibie ini dirakam ketika Dato Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Jakarta tanggal 17 Julai 2012 bagi memenuhi undangan ke forum Strategic Review dan peluncuran Jurnal Strategic Review. Dalam Forum tersebut Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono turut diundang untuk menyampaikan syarahan. | MP BN Jemput Anwar ke Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah Posted: 27 Jul 2012 02:30 AM PDT Malaysiakini Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran Angkatan Perubahan Sabah oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran). “Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi. Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya. “Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah,” katanya. | Kaji Selidik Terbaru Tunjukkan BN Makin Bahaya Posted: 27 Jul 2012 01:15 AM PDT The Malaysian Insider PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu. Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu "bread and butter" menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib. "Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri. "Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik … tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Rafizi Ramli: Isu "bread and butter" akan memainkan peranan penting. — Foto fail Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut. "Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka. "Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center," katanya. "Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan," tambahnya lagi. Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai "presiden" dan berkempen secara individu. "Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center … kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden. "Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan team effort, tapi personal strenght," kata Rafizi lagi dan menambah,"PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR)." Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu. Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus. Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu. Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013. Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya. Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka "gembira" dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012. Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012. | Pemotongan Cukai Eksais Kereta: Jumlah Perbelanjaan Tidak Terancang Oleh PM Melebihi Kutipan Cukai Eksais Setiap Tahun Posted: 27 Jul 2012 12:55 AM PDT KEADILAN mengalu-alukan pelbagai maklumbalas setakat ini berhubung cadangan menurunkan harga kereta melalui kaedah rombakan struktur cukai yang dikenakan ke atas kereta terutamanya cukai eksais dan cukai import. Maklumbalas yang bertalu-talu mengesahkan pandangan KEADILAN bahawa isu ini adalah isu rakyat yang perlu dibincangkan di peringkat nasional. Kenyataan beberapa pimpinan Umno/Barisan Nasional yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa setara dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais. Cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh yang tidak membezakan di antara jenama dan model kereta tempatan atau antarabangsa. Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan, maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian kereta pada kadar yang sama. Struktur cukai-cukai yang kini dikuatkuasakan ke atas pembelian kereta adalah seperti berikut: A) Kereta (termasuk station wagon, sports cars dan racing cars) | | DUTI IMPORT | CUKAI TEMPATAN | CBU | CKD | MSP | CBU & CKD | Engine Capacity (cc) | MFN | ASEAN CEPT | MFN | ASEAN CEPT | MFN | ASEAN CEPT | CUKAI EKSAIS | CUKAI JUALAN | < 1,800 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 75% | 10% | 1,800 – 1,999 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 80% | 10% | 2,000 – 2,499 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 90% | 10% | Above 2,500 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 105% | 10% | | | B) Kenderaan Pacuan 4 Roda | | DUTI IMPORT | CUKAI TEMPATAN | CBU | CKD | MSP | CBU & CKD | Engine Capacity (cc) | MFN | ASEAN CEPT | MFN | ASEAN CEPT | MFN | ASEAN CEPT | CUKAI EKSAIS | CUKAI JUALAN | < 1,800 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 65% | 10% | 1,800 – 1,999 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 75% | 10% | 2,000 – 2,499 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 90% | 10% | Above 2,500 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 105% | 10% | | | C) Lain-lain (MPV & van) | | DUTI IMPORT | CUKAI TEMPATAN | CBU | CKD | MSP | CBU & CKD | Engine Capacity (cc) | MFN | ASEAN CEPT | MFN | ASEAN CEPT | MFN | ASEAN CEPT | CUKAI EKSAIS | CUKAI JUALAN | < 1,500 | 30% | 0% | NIL | 0% | NIL | n.a | 60% | 10% | 1,500 – 1,799 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 65% | 10% | 1,800 – 1,999 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 75% | 10% | 2,000 – 2,499 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 90% | 10% | Above 2,500 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 105% | 10% | | | Ini bermakna, hampir semua kereta yang dijual oleh Proton dan Perodua dicukai sekurang-kurangnya 85% dalam bentuk cukai eksais dan cukai jualan; samalah dengan model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain. Oleh itu, jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini. Maka, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata. Ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan mengurangkan bebanan mereka. Saya juga membidas reaksi awal pimpinan Umno/Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai rombakan struktur cukai kereta ini. Anggaran KEADILAN menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalah RM8 bilion. Semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini. Contoh-contoh perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia; serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang Jelajah Janji Ditepati (dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini). Jika jumlah ini (sebanyak RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru kepada kakitangan awam sebanyak RM2.2 bilion, jumlah segala gula-gula yang sewenang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk membeli undi rakyat adalah RM5.77 bilion. Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion. Ini bermakna, jumlah keseluruhan perbelanjaan diluar perancangan dan perbelanjaan tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri setiap tahun adalah seperti berikut: Perbelanjaan diluar perancangan RM5.8 bilion Peningkatan belanja mengurus JPM RM1.4 bilion Peningkatan belanja pembangunan JPM RM4.6 bilion Jumlah RM11.8 bilion Sebab itu KEADILAN yakin bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan Perdana Menteri dihentikan. Malah, KEADILAN juga telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais kelak akan diganti dengan sumber pendapatan yang baru. Mekanisme ini akan diumumkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim minggu depan sekembalinya beliau dari mengerjakan ibadah umrah. Perkara ini perlu diperdebatkan dengan lebih halus supaya rakyat boleh membuat keputusan mengenai kaedah percukaian kereta yang paling adil kepada mereka. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN YB NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN YB SIM TZE TZIN TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN | Pakatan Rakyat Mengajak Rakyat Bersama Mencipta Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Posted: 27 Jul 2012 12:50 AM PDT Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa. Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa. Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka. Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat. Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar. Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012. Y.Bhg Dato Mustafa Ali YB Nurul Izzah Anwar YB Teresa Kok Setiausaha Agung PAS Naib Presiden PKR Setiausaha Pengelola DAP | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 29 Jul 2012 07:10 PM PDT Benarkah Lt Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap? Posted: 26 Jul 2012 05:21 PM PDT Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.
Maka pada tahun 1875 berlakulah perang Bukit Putus antara Inggeris yang dibantu oleh Datuk Klana Sungai Ujung dengan angkatan perang Seri Menanti yang dipimpin oleh Datuk Siamang Gagap. Kerana bilangan musuh lebih ramai ditambah pula dengan senjata meriam akhirnya angkatan perang Seri Menanti kalah.
Kekalahan itu menyebabkan Inggeris berjaya campur tangan di Seri Menanti namun Datuk Siamang Gagap tidak mahu tunduk kepada Inggeris. Beliau akhirnya meninggalkan Seri Menanti untuk meneruskan perjuangan menentang Inggeris.
Ada yang mengatakan Datuk Siamang Gagap pergi ke Pahang lalu bergabung dengan Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi ada pula mengatakan beliau pergi menunaikan haji ke Mekah dan meninggal disana.
Namun ada mengatakan beliau bersembunyi di sebuah kampong bernama Juaseh yang terletak tidak jauh dari pekan Bahau. Menurut ceritanya Datuk Siamang Gagap meninggal di sana dan ada sebuah kubur lama yang dipercayai kubur Datuk Siamang Gagap.
Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang.
Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.
| Rumah EXCO Melaka dimasuki pencuri Posted: 26 Jul 2012 05:20 PM PDT 27 Julai 2012 : Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik, 63, kerugian RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga penjenayah, Selasa lalu.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam di Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, dekat sini, suspek berusia 20-an hingga 30-an berkenaan masuk ke banglo setingkat itu dengan memecahkan tingkap hadapan dan jeriji besi sebelum menggeledah rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata ketika kejadian banglo itu tidak berpenghuni kerana Adun berkenaan menunaikan solat Tarawih manakala isterinya, Datin Umul Khair, 52, berada di rumah jiran.
"Bagaimanapun ketika suspek yang tidak bertopeng itu keluar, mereka terserempak dengan isteri mangsa yang menjerit sebelum ketiga-tiga penjenayah itu melarikan diri menaiki BMW putih diletakkan di hadapan rumah mangsa.
"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa barangan berharga milik mangsa hilang termasuk jam tangan jenama Rolex dan Chopard serta wang tunai dianggarkan bernilai RM200,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
| |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 29 Jul 2012 07:28 PM PDT |
Suara Sri Andalas Posted: 29 Jul 2012 11:52 PM PDT Rafizi Dakwa SYABAS Cuba Cipta Krisis Air Posted: 26 Jul 2012 02:29 AM PDT Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menangguhkan bayaran kepada loji rawatan air antara enam hingga tujuh bulan, dengan tunggakan yang meningkat hingga RM2 bilion.
"Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd memungut wang daripada anda dan saya; ia memungut wang daripada keluarga kita, tetapi menyekat wang ini," kata Rafizi dalam satu forum di Subang Jaya pada malam tadi.
Beliau mendakwa SYABAS berusaha untuk mencipta satu krisis air dalam tindakan terdesak untuk membantu Umno merampas semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.
Jika masalah ini berterusan, tambahnya, pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail terus menikmati gaya hidup "superstar" dengan gaji tahunan sebanyak RM5 juta, walaupun negeri itu mempunyai kadar air tak berhasil yang paling tinggi di negara ini. "Jika Rozali mahu terus sekat bayaran kepada loji pemprosesan air untuk menghilangkan keupayaan mereka dan mencipta krisis air di Selangor, sekurang-kurangnnya dia boleh lepaskan (gaji) RM5 juta setahun. "Setuju atau tidak?," soalnya yang disambut dengan jawapan "Ya" oleh para hadirin. SYABAS merupakan salah satu daripada empat pemegang konsesi pembekal air di Selangor.
Sumber: Malaysiakini | Krisis Air : MTUC Serah Memo Minta SYABAS Jawab Sebelum 7 Ogos Posted: 26 Jul 2012 02:25 AM PDT KUALA LUMPUR 26 JULAI : Syabas diberi tempoh sehingga 7 Ogos ini bagi menjawab persoalan berhubung krisis air yang didakwa berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sekiranya tiada jawapan dikemukakan syarikat konsesi air itu sehingga tempoh dinyatakan maka adalah jelas 'krisis air yang berlaku' hanyalah tidak benar dan retorik politik bagi kepentingan pihak tertentu.
Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika menghantar memorandum kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) di ibu pejabat syarikat itu di sini pagi tadi.
Beliau berkata, jawapan perlu diberikan berhubung perkara itu bagi mengelak sebarang implikasi negatif kepada orang ramai di Lembah Klang yang bimbang akan krisis tersebut. "Kita menyerahkan memorandum kepada Syabas dengan menyenaraikaan tujuh isu yang perlu dijawab sebelum kita dapat mengatakan bahawa krisis air ini sebenarnya berlaku. Ketujuh-tujuh isu disenaraikan di sini di mana MTUC dan CAWP mengadakan perbincangan dengan golongan pakar serta ahli akademik yang mahir dalam isu air di mana memberikan kita beberapa panduan. "Saya minta Syabas memberikan segala jawapan dan maklumat berkaitan malah saya juga meminta kerjasama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bertangungjawab dalam isu krisis air ini supaya mengarahkan Syabas melakukan sebelum 7 Ogos ini," katanya dalam sidang media. Antara yang terlibat dalam penyerahan memorandum itu adalah Senator Syed Shahir Syed Mohamud; Setiausaha Kehormat MTUC, Abdul Halim Mansor dan Presiden Aliran, Sarajun Hoda Abdul Hassan. Ketujuh-tujuh isu itu ialah pengaliran air mentah dari empangan dan stesen pengepaman ke dalam loji rawatan, bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke loji rawatan masing-masing bagi tempoh yang sama, bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke sistem pengagihan kepada pengguna melalui Syabas, buku log dan meter tentukur yang disahkan, bil-bil elektrik dari 1 Januari hingga 15 Julai tahun ini, penggunaan kimia bagi tempoh yang sama dan bil pembayaran Puncak Niaga Sdn Bhd kepada Syabas untuk air yang dijual bagi tempoh yang sama. "Saya fikir dalam kes air di Selangor ia bukan lagi penswastaan tetapi kaedah pelanunan (piratisation)," katanya dengan merujuk Syabas hanya memberikan keuntungan kepada pihak tertentu yang berkepentingan. Memorandum sama akan turut diserahkan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor selepas ini.
Sumber: Selangorku | Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Dan Simpanan Selangorku Posted: 26 Jul 2012 02:23 AM PDT SHAH ALAM, 26 JULAI : Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata , Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
"Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).
"Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan. Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini," kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya hari ini. Abdul Khalid berkata dengan pemberian bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan," kata Abdul Khalid.
Sumber: Selangorku | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 29 Jul 2012 09:04 PM PDT Kerusi UMNO akan kehilangan sebahagiannya, tetapi kerusi MCA dan Gerakan akan hilang kesemuanya! Posted: 26 Jul 2012 12:24 AM PDT Ramai pemerhati politik memikirkan bahawa Dato Seri Najib Tun Razak masih enggan membubarkan Parlimen kerana ketidakyakinan beliau bahawa Barisan Nasional dapat mempertahankan Putrajaya didalam PRU-13. Tetapi berapa ramaikah daripada mereka yang memikirkan bahawa Najib masih enggan menasihatkan Yang Di Pertuan Agung supaya membubarkan Parlimen oleh kerana ketidaksediaan parti-parti didalam Barisan Nasional berhadapan dengan PRU ini?
MCA dan Gerakan cukup gentar berhadapan dengan PRU kali ini kerana majoriti pengundi-pengundi bukan Melayu sudah pun membacakan TALQIN (bukan bermaksud dari segi agama) untuk MCA dan Gerakan, dan apabila PRU diadakan menandakan bahawa kedua-dua parti itu akan menjadi parti-parti yang hanya disebut didalam lipatan sejarah. Tak usah sebutlah PPP, kerana semasa BN kuat pun, parti itu gagal menambat hati pengundi-pengundi.
Sebuah parti lagi yang akan menjadi korban didalam PRU akan datang ini adalah SUPP. Di Sarawak, SUPP menjadi tunggak parti BN mewakili pengundi-pengundi Cina, tetapi dengan kedudukan hari ini, SUPP sudah kehilangan semua taringnya, dan hanya menunggu saat sahaja untuk dikuburkan.
Kekuatan BN kini hanya bergantung kepada UMNO dan PBB, tetapi dengan perkembangan mutakhir ini, UMNO akan kehilangan kerusi yang besar di Sabah dan digambarkan bahawa 60% daripada wakil-wakil rakyat BN akan kecundang di Sabah. Manakala UMNO di Semenanjung masih boleh bertahan tetapi dengan kehilangan beberapa buah kerusi.
Sementara itu PBB tidak lagi dapat mempertahankan kemenangan 100% untuk BN di Sarawak, sebahagian, walaupun tidak besar dari kerusi-kerusi BN yang diwakili oleh PBB akan jatuh ke tangan pembangkang di Sarawak khususnya ke tangan Parti Keadilan Rakyat.
Semasa PRU 2008, BN di Semenanjung hanya berjaya mengutip undi popular sebanyak 49%, dan undi popular BN di Semenanjung didalam PRU akan datang ini diyakini akan menurun lebih bawah dari paras 40%.
Fixed deposit yang sentiasa dikaitkan dengan kekuatan BN di Sabah dan Sarawak tidak lagi dapat dipertahankan oleh BN.
Kebanyakan rakyat Sabah tidak yakin bahawa kedudukan BN di Semenanjung sebelum PRU-12 dulu dapat dihakis, dan mereka tidak mahu mengundi Pembangkang dibimbangkan mereka akan menjadi mangsa kepada Barisan Nasional didalam pemberian projek-projek pembangunan. Tetapi apabila mereka sudah melihat bahawa pengundi-pengundi Semenanjung sudah pun mulai beralih rasa didalam PRU-12 dulu, kebimbangan mereka untuk memilih Pembangkang di Sabah tidak lagi dapat mereka pertahankan dan justeru itu mereka bersedia untuk mengundi perubahan.
Di Sarawak pula penganalisis politik dengan mudah meletakkan bahawa Pakatan Rakyat boleh mengambil alih tidak kurang daripada 15 kerusi Parlimen.
Dengan perkembangan ini, Barisan Nasional tidak lagi dapat mempertahankan Putrajaya, dan dengan keyakinan rakyat Sabah dan Sarawak bahawa Barisan Nasional akan kecundang mempertahankan Putrajaya, mereka akan lebih berani dan ghairah lagi memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi Kerajaan Pusat.
Faktor-faktor inilah yang menyebabkan kenapa Najib masih berhati-hati untuk mengambil tindakan membubarkan Parlimen.
Bagaimana pun, beliau tidak boleh menangguhkan pembubaran kerana menjelang Mac 2013, tempoh Parlimen ini akan tamat, dan Najib terpaksa memilih tarikh yang sesuai untuk Barisan Nasional. Tarikh yang paling sesuai adalah pada bulan September 2012. Menjelang 2013, ekonomi dunia akan merudum dan keadaan itu tidak baik bagi BN.
Menurut maklumat tertentu, pihak Polis dan pihak Tentera sudah pun menjalani taklimat Pilihanraya, begitu juga tenaga-tenaga awam yang akan berkhidmat untuk SPR. Maka tarikh yang sesuai untuk BN memanggil PRU baru ialah pada bulan September 2012.
Alhamdulillah, Pakatan Rakyat yang sudah menjangkakan PRU diadakan lebih awal pada tahun 2012, setentunya sudah berada didalam keadaan yang sangat bersedia menghadapi PRU ini.
Masalah yang dihadapi ialah berhubung dengan pengundi hantu dan pengundi-pengundi Mee Segera yang kini belum dapat dibuang daripada senarai pemilih, ratus ribuan mereka masihi mengotori senarai pemilih, dan keengganan SPR membersihkan senarai pengundi adalah suatu perkara yang sangat menjijikkan sistem Pilihanraya di Negara ini. | Annuar, berumur 2 tahun, berlatih ambil gambar foto Posted: 25 Jul 2012 11:51 PM PDT Annuar ambil gambar adiknya, Helena, yang baru nak celik matanya dari tidur Gambar aki sedang mengagah-agah cucunya, Helena. Ini dah tentu cerita cartoon, Annuar memang minat betul dengan cerita kartun, dia boleh pasang cd dia sendiri Ini gambar basikal kakaknya, Aina, yang tumbang Helena sudah mulai sedar Helena dah sedar, celik betul matanya Dah nak tidur balik | |
Anwar Ibrahim Posted: 29 Jul 2012 07:45 PM PDT THE END IS NEAR: Najib’s Rating Falls Again, Now Only 64%, While BN Plunges to 42% Posted: 26 Jul 2012 03:09 PM PDT Malaysia Chronicle It looks like political rivals from the Pakatan Rakyat may be right about embattled Prime Minister Najib Razak being in a panic mode after seeing the latest internal surveys conducted by his party. According to Pakatan leaders, these had shown a downhill slide in public support for Najib and his government, prompting him to hint of holding the 13th general election after the Hari Raya celebrations instead of waiting until early next year when the results of the Budget 2013, due to be tabled on Sept 28, filter through. This appears to have been borne out by an independent survey released by the Merdeka Centre on Thursday that showed Najib’s rating falling another 1 percentage point in June to 64%. When compared to the 71% rating held by his predecessor Abdullah Badawi just prior to the 2008 general election, it becomes clear that Najib’s performance has been even more disastrous than thought. No one to blame but himself for refusing to heed voters’ wishes The Merdeka survey results also bolsters pundits’ predictions that the Pakatan led by Opposition Leader Anwar Ibrahim could snatch the federal government at the 13th general election, with Malaysians negatively weighing the prospect of another “5 damaging years” with the BN in charge. It was also telling that in the same survey, Najib’s BN coalition plunged 6 percentage points to 42% in approval rating. The major drop in satisfaction came from the largest electorate – the Malay voters – and this should sound all alarm bells in the BN, which has ruled Malaysia since 1957. “Now it becomes clear why suddenly Najib announced half-month bonus for civil servants and RM500 cash aid for pensioners even before Budget 2013 can be tabled. The overall allocation comes up to RM2.2bil. This is a massive sum and highly unusual to be announced outside of the Budget. It is also significant that payment will be made on August 9. All these point to GE-13 after Hari Raya,” PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. “Of course, Najib can still chicken out and use the Merdeka poll as an excuse to recapture the hearts and minds of the voters. But RM2.2bil is too massive a bullet to waste. Chances are high he will go through with GE-13 before the approval ratings for himself and BN plunge even further. He should not try to blame BN because BN is dominated by Umno and he is the president of Umno. Frankly, MCA, Gerakan and MIC were finished long ago. This latest BN plunge is due to Umno’s loss of ground with the Malays who are sickened by the corruption.” Voters no longer believe in his reform pledges The opinion survey conducted among voters in peninsular Malaysia showed that satisfaction with the prime minister's performance declined among Malay and Indian voters from 79 per cent to 75 per cent, and from 72 per cent to 69 per cent, respectively. But Najib's numbers among Chinese voters rose from 37 per cent in May to 42 per cent in June. “The mixed views from the communities may likely be influenced by increased concerns over the state of the economy and, among Indian respondents, coupled with dissatisfaction over statements towards civil society activist Datuk Ambiga Sreenivasan,” Merdeka Center for Opinion Research said in a statement today. “On the other hand, some respondents may have been well disposed towards the government's intention to replace the Sedition Act, recognition of the degrees awarded by Tunku Abdul Rahman college as well as easing anger over the response to last April's Bersih protests,” the country’s most respected polling centre said. Cash aid and goodies galore Najib’s approval ratings have been falling from the 60 to 70 per cent band over the past three surveys by Merdeka Center as speculation mounts that he will call snap elections this year before the BN mandate expires in April 2013. Even with 71% rating, Badawi received a drubbing at the 2008 ballot, losing control of 5 states and the BN’s customary two-thirds control of Parliament. Under pressure, Najib has been forced to boost his flagging popularity with giveaways such as direct cash aids to lower-income households and reforms to repressive security laws. He also announced Malaysia's first national minimum wage at the end of April in another boost for poorer voters but the plan was slammed as “too little” by worker groups. The Malaysian PM’s biggest blunder was his mishandling of the April 28 Bersih 3.0 rally for clean elections. More than 250,000 people turned up to support the rally but a panicky Najib ordered one of the the bloodiest police crackdowns in recent history. Big drop for the BN due mostly to Umno The Merdeka survey also showed gloomy results reflected for the BN government. The survey showed voters' views of the government continued to decline with 42 per cent of respondents reporting that "they were happy with the government", a drop of six per cent compared to the survey conducted in the middle of May 2012. The decline was particularly noticeable among Malay voters, where responses of those saying "happy" with the government declined from 65 per cent in May to 58 per cent in June 2012. “In our view, the decline may have less to do with politics or how they perceive the prime minister but with how voters perceive the economy is performing and its effect on their livelihood,” Merdeka Center said. The same survey found that concerns over economic issues, particularly cost of living and wages, were topmost on the minds of voters, at 39 per cent of them compared to 33 per cent in May 2012. This is followed by concerns over crime and social problems at 12 per cent and political issues at eight per cent. The survey found that rising concerns over the economy may have also dampened the national outlook with 54 per cent saying the country is headed on the right track compared to 58 per cent in April 2012. The survey was carried out by the Merdeka Center between June 22 and 29 among 1,010 registered voters comprising 59 per cent Malay, 32 per cent Chinese and nine per cent Indian respondents who were interviewed by telephone in the poll. | SYABAS Cuba Cipta Krisis Air Posted: 26 Jul 2012 02:51 AM PDT Malaysiakini Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menangguhkan bayaran kepada loji rawatan air antara enam hingga tujuh bulan, dengan tunggakan yang meningkat hingga RM2 bilion. “Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd memungut wang daripada anda dan saya; ia memungut wang daripada keluarga kita, tetapi menyekat wang ini,” kata Rafizi dalam satu forum di Subang Jaya pada malam tadi. Beliau mendakwa SYABAS berusaha untuk mencipta satu krisis air dalam tindakan terdesak untuk membantu Umno merampas semula Selangor dalam pilihan raya akan datang. Jika masalah ini berterusan, tambahnya, pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail terus menikmati gaya hidup “superstar” dengan gaji tahunan sebanyak RM5 juta, walaupun negeri itu mempunyai kadar air tak berhasil yang paling tinggi di negara ini. “Jika Rozali mahu terus sekat bayaran kepada loji pemprosesan air untuk menghilangkan keupayaan mereka dan mencipta krisis air di Selangor, sekurang-kurangnnya dia boleh lepaskan (gaji) RM5 juta setahun. “Setuju atau tidak?,” soalnya yang disambut dengan jawapan “Ya” oleh para hadirin. SYABAS merupakan salah satu daripada empat pemegang konsesi pembekal air di Selangor. | 14 Tahun Utusan Menabur Fitnah – Kebebasan Media? Posted: 26 Jul 2012 01:21 AM PDT KeadilanDaily Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan media yang dimaksudkan Umno BN adalah akhbar yang dikuasai mereka bebas memfitnah parti Pembangkang setiap hari. "Mereka (Umno BN) hentam, maki dan fitnah kita setiap hari, inikah dinamakan kebebasan media? " katanya. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan tidak menyekat kebebasan media di negara ini dan sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan media memainkan peranan dalam proses demokrasi. Anwar berkata demikian di hadapan 3,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, 19 Julai lalu. Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, berikutan fitnah melampau Umno BN, beliau memutuskan menyaman akhbar kawalan parti itu, Utusan Malaysia. "Peguam Utusan Malaysia kata ini bukan fitnah, ini hanya keterangan. Utusantiada maksud nak memfitah..Utusan tak pernah kata Anwar menyokong homoseksual. "Saya kata sudah 14 tahun Utusan fitnah saya. Tidak ada langsung nilai akhlak yang baik untuk menjaga maruah orang. "Langsung tiada perasaan untuk menolak makan duit haram tetapi memilih untuk menipu dan memfitnah setiap hari. "Apa yang tidak fitnah? Kata saya ajen Israel, Kristian kemudian Hindu…(hubungan) dengan lelaki, perempuan. Lepas ni dengan 'lembu' pula. Saya memilih untuk saman sebab sudah keterlaluan," katanya. Anwar hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 18 Julai lalu sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadapUtusanberkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC. Tindakan itu ekoran akhbar tunggangan Umno itu mengatakan beliau menghalalkan homoseksual dalam terbitannya 17 Januari lalu. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah mendukung hubungan sejenis tetapi tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana dianggap zalim. "Bila ditanya BBC, selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat apa pendapat kamu tentang hubungan sejenis? Saya jawab, sebagai orang Islam dan saya percaya orang bukan Islam di negara kita menerima kemuliaan institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan. "Kita tidak mendukung hubungan sejenis. Cuma saya tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana zalim. Tak 'bocor' dan tiada saksi pun dia boleh dakwa. Tapi tafsiran Umno dan Utusan Malaysia saya menyokong homoseksual," katanya. | ‘Umno P.Pinang Dinasihat Jelaskan Tarikh Sebenar Tanah Melayu Kg.Terang Selesai Dijual’ Posted: 25 Jul 2012 11:16 PM PDT Dari Faqar.blogspot MAiSON Height Sdn. Bhd. dinasihat menjelaskan tarikh sebenar syarikat hartanah itu mendapat hak milik 9.362 ekar tanah Kampung Terang, Balik Pulau serta tarikh sebenar tanah pindah milik kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dilakukan. Abdul Halim Nasihat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain itu ditujukan dua pemimpin utama Umno Pulau Pinang yang juga peneraju syarikat hartanah tersebut. Mereka, Pengarah Urusan syarikat berkenaan merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi syarikat berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang). “Pemilik tanah (asal) dibayar 10 peratus pada 4 Oktober 2010 sahaja tetapi nama pemilik baru baru (Maison Height) didaftar pada 31 Januari (2010) apabila bayaran penuh kepada 31 Melayu selesai. Sesiapapun akan melakukan pindah milik apabila bayaran penuh diterima “16 Mei (2012),9.362 ekar tanah milik Melayu itu dijual pula oleh Maison Height kepada Kay Pride dengan anggaran keuntungan kira-kira RM5 juta. Kita tak bangkit pun isu proses jual beli itu bermula pada 4 Oktober 2010 tetapi bila proses itu selesai dan bila pindah milik kepada pihak ketiga selesai,” ujar Abdul Halim di Pejabat Penyelaras Kawasan DUN (KADUN) Balik Pulau, Balik Pulau semalam. Omar Sehubungan itu, Omar dan Musa dinasihatkan supaya berhenti dari berdalih kononnya keuntungan hasil pindah milik tanah 31 Melayu sebanyak RM5 juta itu bukan dilakukan dalam masa kira-kira 4 bulan. “Kita membangkitkan isu ini kerana kedua-dua mereka ini bukan orang biasa. Mereka ini tokoh politik dan pada masa yang sama pemaju yang selalu membangkitkan isu Bumiputera seperti Melayu teringgir (dan) tanah Melayu kononnya dirampas oleh Kerajaan Negeri (Pulau Pinang),” ujar beliau. Terdahulu, Omar dan Musa menuduh Abdul Halim mengfitnah mereka berdua selepas rahsia jual beli tanah 31 Melayu dari Kampung Terang itu didedah kepada media. Musa Difahamkan, proses pindah milik tanah tersebut oleh 31 Melayu kepada Maison Height selesai pada 31 Januari lepas menelan kos RM8.5 juta. Empat bulan kemudian, iaitu pada 16 Mei lepas, tanah tersebut dijual kepada Kay Pride dengan harga hampir RM13.5 juta dan mendapat untung kira-kira RM5 juta. Selepas didedah proses pindah milik yang dikatakan kontroversi ini, Abdul Halim didesak melepaskan jawatan sebagai Speaker DUN Pulau Pinang serta meninggalkan arena politik. Perkembangan terbaru ini sekaligus seakan menyerlahkan wajah sebenar pemimpin Umno Pulau Pinang sungguhpun pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng acapkali digambarkan cuba meminggirkan Melayu di negeri berkenaan. | |
Ali potrebujete posojilo? Ce je tako, nas Menghubungi uporabljati di Via.
BalasPadamE-Posta: bobhardyloanfirm@gmail.com
Nama Pengguna:
država:
spol:
Starost:
Znesek posojila:
Pinjaman Trajanje:
telefonska Å¡tevilka: