BANDAR MANDAUE - Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina.
Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang remai menempah senjata api.
"Kami mempunyai kesukaran untuk memenuhi tempahan kerana pada kebiasaannya masa selama dua minggu diperlukan untuk menyiapkan sepucuk pistol .45 calibre walaupun jika saya bekerja 16 jam sehari," katanya.
Bunyi muzik yang kuat bergema di bengkel Remo yang terletak di pinggir anak sungai yang kering, tersembunyi daripada pandangan mata disebabkan rimbunan pokok buluh.
BEBERAPA orang bekerja di sebuah kilang senjata haram di Danao pada 8 Julai lalu.
Ketika ini, semua pengawal peribadi di Filipina membawa senjata api sama ada pistol atau senapang patah.
Senjata api merupakan fenomena biasa yang boleh dilihat di pasar raya, pejabat pemerintah, bank, restoran dan sekolah.
Senjata api haram di negara ini hanya dibawa oleh anggota-anggota kumpulan penjenayah, kumpulan pemisah Islam dan komunis.
Ia turut dibawa oleh ahli politik yang mempunyai askar-askar peribadi.
SELARAS senjata api diuji di sebuah kilang haram di Danao pada 8 Julai lalu.
Seorang bekas pemilik kilang senjata haram, Elmer Genzon, kini bekerja di kilang pembuat senjata yang telah didaftarkan, Shooters Arms Manufacturing, 25 kilometer dari sini.
"Kami tidak lagi bimbang tentang serbuan polis dan kami mempunyai pendapatan yang stabil, ditambah sedikit kekayaan dan manfaat sosial," katanya yang berusia 33 tahun.
Senjata-senjata itu ada yang dieksport ke Amerika Syarikat, Australia, Itali dan Thailand.
Pemilik sebuah kilang itu, Romulo de Leon III merupakan generasi kedua penjual senjata api.
Kilangnya kini mengeluarkan kira-kira 20,000 senjata api setahun.
Dia mahu mengembangkan perniagaannya ke Eropah Timur dan Amerika Selatan. - Reuters
Antara barangan berkaitan piza yang dipamerkan di Muzium Pizza Brain, Philadelphia, Amerika Syarikat. - Agensi
PHILADELPHIA 29 Julai - Sebuah muzium piza bakal dibuka di sini bermula bulan depan, sekali gus menjadi muzium piza terbesar di dunia yang mempamerkan beratus-ratus barangan berkaitan makanan Itali itu yang telah dikumpul sejak bertahun-tahun lalu.
Muzium Pizza Brain yang mempunyai slogan 'Tingkatkan Kepingan', dibuka oleh Brian Dwyer dan rakan-rakannya dengan bantuan laman web kewangan Kickstarter yang berjaya mengumpul dana untuk digunakan dalam projek tersebut.
Muzium yang turut menempatkan restoran itu akan menjadi tempat simpanan bagi beratus-ratus koleksi peralatan berkaitan dengan piza seperti majalah, alat permainan, iklan, komik dan pemotong piza yang telah dikumpul oleh Dwyer sejak sekian lama.
Malah, usaha Dwyer itu turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of World Records pada Julai tahun lalu.
Dia memiliki lebih 500 koleksi barangan piza yang tidak akan dipamerkan sekali dalam satu-satu masa.
Sebaliknya, dia merancang untuk mempamerkan koleksinya secara bergilir-gilir agar pamerannya sentiasa kelihatan segar dengan barangan piza yang berlainan. - AGENSI
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus restoran makanan segera A&W berpandangan bahawa pihak polis perlu meminta kebenaran sebelum melakukan tugas dalam sesebuah premis.
Nasir Abd Ghani, 41, (gambar) berkata, pihak polis langsung tidak meminta kebenaran daripada mana-mana kakitangan A&W Cahaya Suria, berdekatan Puduraya untuk melakukan pemeriksaan ke atas pelanggan yang sedang menikmati hidangan mereka.
"Sepatutnya polis minta kebenaran atau berjumpa dengan saya sebelum melakukan tugas mereka. Tapi polis tidak berbuat demikian. Kalau nak masuk makan atau minum, tidak mengapalah. Tapi kalau nak masuk buat pemeriksaan, sepatutnya kena tunjuk identiti mereka dahulu," kata beliau pada pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.
Saksi ke-19 itu memberitahu, kira-kira jam tujuh malam, sekumpulan polis mengetuk pintu premis yang berkunci.
Selepas berbincang dengan kakitangan tidak sampai lima minit, beliau mengarahkan kakitangan membuka pintu.
"Selepas pintu dibuka, polis terus meluru ke arah meja-meja pelanggan tapi saya berada di belakang jadi tak nampak apa yang berlaku cuma saya dengar suara orang meninggi," katanya.
Beliau juga berkata, polis turut memarahi kakitangannya kerana lambat membuka pintu.
"Seorang kakitangan mengadu pada saya dia dimarahi polis kerana lambat buka pintu dan dia minta untuk terus pulang ke rumah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen
GUANMING mengayuh beca roda tiganya di Chinatown, London kelmarin.
LONDON - Seorang petani dari wilayah Jiangsu, China, Chen Guanming menggunakan wang derma bagi membiayai kayuhannya selama dua tahun ke London untuk menyaksikan Sukan Olimpik.
Guanming, 57, berkata, rakan-rakan dan orang ramai yang bersimpati dengannya terutama komuniti Cina telah menderma wang kepadanya untuk membiayai perjalanan tersebut.
Dia tiba di London dengan menaiki feri dari Perancis pada 6 Julai lalu.
Guanming memulakan perjalanannya sejauh 60,000 kilometer itu pada April 2010 dari kampungnya di wilayah Jiangsu.
Sebanyak 16 buah negara telah dilaluinya sepanjang perjalanannya itu.
Guanming berkata, dia tidak pernah ke luar negara sebelum memulakan perjalanan ke London.
"Saya datang untuk memberi sokongan kepada peserta dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan sukan," katanya.
Guanming juga sempat mencari tiket untuk menyaksikan majlis pembukaan sukan tersebut.
Beca roda tiga miliknya dipenuhi dengan barang-barangnya.
Terdapat gambar yang menunjukkan dia berada di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Menara Eiffel di Paris.
Guanming menyatakan dia teruja untuk datang ke sini selepas majlis penutup Sukan Olimpik di Beijing, China pada 2008.
Pengalaman paling buruknya ialah semasa mengembara ketika banjir melanda Thailand.
Menurutnya, dia juga terperangkap dengan cuaca sejuk di Turki.
Seorang broker Britain, John Beeston yang boleh bercakap bahasa Mandarin berkata, dia menemui Guanming yang sesat di bandar raya ini pada 9 Julai lalu.
Dia juga berusaha menbantu Guanming untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan majlis perasmian sukan tersebut.
Antara negara yang pernah dilaluinya dengan beca tersebut ialah Vietnam, Pakistan dan Itali.
"Saya berasa gembira kerana dapat datang ke London," katanya.
Dalam tempoh sebulan atau dua lagi, dia merancang untuk menaiki kapal ke Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil. - Agensi
WORCESTER, Massachusetts - Seorang lelaki yang baru-baru ini berpisah daripada isterinya, menembak dua anaknya, menyebabkan anak perempuan berusia tujuh terbunuh manakala seorang lagi kritikal.
Lelaki itu kemudian membunuh diri, kata pihak berkuasa kelmarin.
Seorang anggota keluarga memanggil polis lewat malam kelmarin selepas menemui mayat Daryl Benway, yang berusia 41 tahun dan anaknya Abigail, di bilik tidur utama di rumah dua tingkat mereka di Oxford dekat sini, kata Peguam Worcester, Joseph Early Jr.
Anak lelakinya, Benway, 9, ditemui di dapur dengan kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Pusat Perubatan Kanak-kanak UMass Memorial untuk rawatan.
Semalam, jurucakap Early berkata, keadaannya kritikal tetapi tidak memberi maklumat lanjut.
WASHINGTON 30 Julai - Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Rithcer berlaku di pantai Pasifik Mexico yang terletak berhampiran sempadan Guatemala semalam, tetapi tiada laporan kerosakan dilaporkan.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada pukul 6.22 pagi (12.22 tengahari waktu tempatan) kira-kira 28 kilometer dari arah barat daya Suchiate, Mexico.
Pusat gempa berada pada kedalaman 35 kilometer.
Pada 20 Mac lalu, satu gempa bumi berukuran 7.4 skala Rithcer menggegarkan barat daya Mexico dan mengorbankan dua orang selain mencederakan 13 lagi. Ia juga meranapkan beribu-ribu buah rumah. - AFP
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin.
(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.
Mustapah bersara pada tahun lepas.
Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.
Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.
"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.
Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.
"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.
Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.
"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.
Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.
Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.
Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.
"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.
Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.
"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama." kata Abby ringkas.
HYDERABAD 30 Julai - Seramai 32 orang disahkan maut apabila sebuah gerabak kereta api penumpang terbakar ketika dalam perjalanan ke Chennai di selatan India.
"Sebanyak 22 mayat telah dikeluarkan dari gerabak," kata pentadbiran kanan di pejabat daerah Nellore, Madhusudan Sarma kepada AFP. - AFP
PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.
Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.
Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
"Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia," katanya.
Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.
Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.
Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.
Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.
"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak," katanya.
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1433 Hijrah ini, Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) atau 'Himpunan Para Ustaz dan Pendakwah' ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah rezeki oleh Allah s.w.t bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.
Dengan itu, kami menyeru seluruh umat Islam agar menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dengan kesedaran bahawa ia adalah suatu bulan mujahadah bagi mencapai taqwa melalui latihan kerohanian dan ketahaan terhadap dugaan syahwat yang pelbagai serta peningkatan ilmu terhadap inti Al-Quran serta menambahkan bacaannya. Allah s.w.t menyebut :
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان Ertinya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai pentunjuk bagi manusia dan bukti keterengan dari pentunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah). (Al-Baqarah: 185)
Sempena bulan Ramadan, bulan tarbiah dan perjuangan ini kami ingin menegaskan hal berikut :-
1. Menyeru para ilmuan Islam dan masyarakat awam agar kembali memikir dan berusaha memberikan fokus serta penelitian terhadap amalan dan isu-isu yang paling utama di bulan Ramadan seperti :-
a) Meraih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Hal ini ternyata dengan sangat jelas melalui arahan Allah dan RasulNya. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang seseorang dari mencapai target ini perlu diberikan perhatian yang lebih utama.
b) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Allah menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebatkan.
c) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan yang tiada khilaf padanya: Sabda-sabda Nabi sallallhu 'alaihi wasallam berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
d) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan yang tiada khilaf padanya: Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
2. Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, menghulurkan membantu kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua yang memerlukan di Malaysia atau di luar Negara khususnya di Negara yang sedang bergolak seperti di Syria dan Rohingya, Burma. Mereka sedang menderita di tangan orang-orang zalim dan pihak pelampau sehingga menghadapi penderitaan dan kesukaran mempertahankan nyawa dan maruah selain penderitaan mendapatkan sesuap makanan, turut terganggu peluang untuk menyempurnakan ibadah di bulan Ramadan ini.
Tidak ketinggalan juga menyeru agar kita mempergandakan doa bagi pembebasan bumi Palestin dan Al-Quds Al-Syarif yang diberkati.
3. Kami juga mengajak semua pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing untuk melakukan penelitian terhadap amanah masing-masing dan keadaan semua yang di bawah tanggungjawab mereka, mengenalpasti punca kelemahan dan masalah serta penyelesaian dengan ilmu dan keinsafan. Justeru, tingkatkanlah amalan syura melalui konsultansi dan perbincangan dengan mereka yang bawah agar keadilan dapat ditegakkan dan mkanura dengan melakukan konsultansi dengan merekayang diap makananengembalikan keharmonian.
4. Mendesak dan menyeru pihak berwajib di Malaysia agar menyatakan teguran kepada pihak kerajaan Burma atas kezaliman terhadap masyarakat Muslim di Burma dapat ditamatkan dengan segera. Tindakan seperti ancaman menyekat hubungan diplomasi di antara Negara juga wajar dilakukan jika hal tersebut dibiarkan berterusan.
5. Menyeru diri kami sendiri, para ulama, golongan ilmuan agama dan masyarakat awam agar menghormati perbezaaan pandangan dan ijtihad dengan menjauhi perdebatan secara melampau dan cercaan dalam membincangkan hal-hal seperti perkara-perkara yang membatalkan puasa, jumlah rakaat solat terawih dan lain-lain hal yang diperbezakan halnya di kalangan ulama sejak dahulu. Ini adalah kerana dibimbangi, perdebatan dan kekasaran kata-kata mampu mencarikkan tuntutan penjagaaan ukhuwwah, lidah, mulut dan mengundang kemarahan di bulan yang mulia ini.
6. Menyeru kepada seluruh masyarakat agar mempertingkatkan kualiti diri di bulan Ramadan dan bukan dijadikan alasan tidak produktif. Ramadan bukan sama sekali suatu bulan yang patut dijadikan alasan penghalang produktiviti kerja. Begitu juga amat perlu menjauhi pembaziran dan pemborosan dalam makanan dan penggunaan masa. 7. Menyeru masyarakat awam mengambil peluang gandaan pahala di bulan ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah khusus serta peluang nasihat menasihati dengan cara yang terbaik dan disenangi melalui akhlak mulia. Menjauhi sangkaan buruk dan mendahulukan sangkaan baik terhadap sesama Muslim.
8. Bagi memastikan kita mampu mencapai keampunan Allah dan rahmat apabila tamat Ramadan nanti, kami menyeru diri kami dan semua umat Islam agar menginsafi apa jua hak orang lain yang dirampas, tubuh yang dipukul, harta yang diambil tanpa izin, hutang yang sengaja dilewat dan tidak dibayar, maruah yang dicorek melalui perkataan dan fitnah, sihir yang dikenakan ke atas orang lain serta apa jua kezaliman yang dilakukan agar segera ditamatkan atau dipulang semula harta yang diambil.
9. Kami turut menyeru umat islam agar menjauhi hutang tanpa keperluan di bulan mulia ini semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan harta yang dipunyai. Membebankan diri dengan hutang tanpa keperluan mendesak boleh membawa kemudaratan di kemudian hari. Sekian Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) 1 Ramadan 1433 H
Ahli MURSHID : 1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Penasihat) 2. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi) 3. Dr. Zahazan Mohamed 4. Dr. Maszlee Malek 5. Dr. Abd Basit Abd Rahman 6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar 7. Dr. Khairuddin Aman Razali 8. Dr. Sukki Othman 9. Ustaz Roslan Mohammad 10. Ustaz Zamri Zainuldin 11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan 13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim 14. Ustaz Aizam Mas'ud 15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 16. Ustaz Ahmad Fauwaz Dato' Fadzil 17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang 18. Ustaz Ramadan Fitri Elias 19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim 20. Xifu Naseer Abd Rahman
ALOR SETAR "Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan ini dan sebaik sumbu sebiji mercun bola yang dibakar terjatuh ke dalamnya, semua mercun itu meletup.
"Saya dapat rasakan kesan letupan menyambar muka saya, manakala Tuah terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan," kata Mohd Sohibullah Saad, 27, yang berkemungkinan buta mata kiri selepas bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat Simpang Empat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8, yang berada berdekatan Sohibullah, mengalami kecederaan parah di dahi dan badan.
Difahamkan, ketika kejadian Sohibullah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, dikatakan bermain mercun bola seorang diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi Tuah yang kemudian menyertainya.
Mercun bola itu dibeli Sohibullah di bazar Ramadan di Tandop, di sini, dua hari lalu dan merancang bermain bersama Tuah sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang kelmarin.
Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PR KL) menyambut baik usaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mencegah jenayah melalui operasi yang dimulakan di Bangsar sejak hari pertama Ramadhan tahun ini.
PR KL turut difahamkan operasi di Lembah Pantai ini melibatkan 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk, dan akan diluaskan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut.
Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung.
Oleh itu, PR KL berpendirian PDRM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memperluas operasi cegah jenayah ini ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan bukannya menumpukan usaha di dua kawasan parlimen ini sahaja.
Seperti yang dibangkitkan YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera), hingga Januari 2011 kurang dari 14% dari 105,929 orang anggota PDRM ditugaskan untuk siasatan jenayah (8% di Jabatan Siasatan Jenayah, 4% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 1.3% di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil). Dari sudut ini, tindakan PDRM mengerah anggota polis dari Bukit Aman dan FRU dalam operasi cegah jenayah ini adalah satu langkah yang positif dan harus diperluas.
Maka PR KL turut menggesa PDRM untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah bukan dengan menambah lagi jumlah anggota polis secara keseluruhannya tetapi dengan melatih semula (retrain) dan memasukkan anggota polis dari jabatan lain ke jabatan siasatan jenayah.
PR KL berpendapat gerak kerja PDRM di lapangan sebegini adalah langkah positif yang seharusnya dilaksanakan dpd peringkat awal. Malangnya, kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan BN untuk berlengah-lengah sebelum bertindak.
Apapun, diharapkan tindakan objektif dan tidak dipengaruhi arahan politik menjadi prinsip utama gerak kerja seterusnya.
YB Nurul Izzah Anwar - Ahli Parlimen Lembah Pantai YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak YB Dr Tan Seng Giaw - Ahli Parlimen Kepong YB Tian Chua - Ahli Parlimen Batu YB Tan Kok Wai - Ahli Parlimen Cheras YB Teresa Kok - Ahli Parlimen Seputeh YB Fong Kui Lun - Ahli Parlimen Bukit Bintang YB Lim Lip Eng - Ahli Parlimen Segambut Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa
BANDARAYA MELAKA - Akibat terlalu panik, seorang lelaki yang sedang leka minum arak lari lintang pukang apabila pusat hiburan dikunjunginya diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi semalam.
Bagaimanapun, lelaki berusia 40-an itu berjaya ditangkap anggota penguatkuasa ketika Operasi Cegah Jenayah Syariah yang dijalankan kira-kira 12.30 tengah malam dan berakhir 3 pagi.
Lelaki itu antara dua individu yang ditahan daripada 30 orang diperiksa dalam serbuan ketiga buah premis di Batu Berendam dan Melaka Raya oleh 20 anggota penguatkuasa diketuai Ketua Operasinya, Zulkifli Zainal.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, sebanyak 28 saman dikeluarkan dalam operasi dilakukan dengan kerjasama polis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) itu.
"Seramai 30 umat Islam termasuk 24 wanita berusia 17 hingga 50 tahun dikenakan tindakan atas beberapa kesalahan jenayah syariah, iaitu lima orang meminum arak, selain 24 wanita berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Manakala, seorang lelaki ditahan atas kesalahan berpakaian menyerupai wanita.
"Dua daripada mereka ditahan termasuk lelaki yang cuba melarikan diri. Manakala, selebihnya dikenakan saman supaya hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Rahimin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 50, Seksyen 71 dan Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991
SHAH ALAM - Pas menghormati kajian dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung ramalan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dan akan berusaha lebih kuat untuk mempertahankan Selangor daripada ditawan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan.
"Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian salah seorang anggota MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati BN akan merampas Selangor, PR akan kekal di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU13.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tegaskan kajian MPN itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan sebenar PRU13.
Menurutnya, PR juga membuat kajian yang sama dan mendapati beberapa negeri di bawah pemerintahan BN akan ditawan oleh PR.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan sebagai pengundi di Selangor.
"Ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Kami juga yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR," katanya.
MEXICO CITY: Anggota tentera menemui lebih dua tan ganja yang disembunyi dalam kubur di tanah perkuburan di timur laut Mexico, kata Kementerian Pertahanan, kelmarin.
Anggota tentera yang melakukan rondaan di kampung Los Villa Nueva, di pinggir bandar sempadan Ciudad Camargo, menemui 241 pakej ganja yang disembunyikan dalam dua buah kubur yang diletak kepingan batu di atasnya.
Tentera Mexico berkata, jumlah dadah yang ditemui seberat 2.241 tan.
Ciudad Camargo terletak kira-kira 775 kilometer di utara bandar Mexico, di selatan Sungai Grande, iaitu sungai yang memisahkan sempadan antara Tamaulipas di Mexico dan Texas di Amerika Syarikat.
Kawasan di sekitar Ciudad Camargo adalah daerah paling berbahaya di negara itu, kerana sering berlaku pertempuran sisa kartel dadah Gulf dengan kumpulan separa tentera Zetas untuk merebut laluan penyeludupan dadah masuk ke Amerika Syarikat yang menguntungkan. - AFP
Terkilan dengan Pejabat Menteri Besar Perak kerana telah beberapa kali cuba mendapatkan pengesahan temu janji dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melalui pembantu peribadi Menteri Besar (PA) tetapi selalu sahaja tidak kesampaian niat untuk menyampaikan masalah rakyat seperti saya.
Ini kerana jawapannya adalah MB tidak ada atau MB ada urusan penting di luar walaupun cuba setiap hari Isnin di dalam berberapa bulan ini untuk mendapatkan pengesahan temu janji untuk rakyat pada setiap hari Selasa yang dikhaskan bagi rakyat bertemu janji itu.
Dalam hal sebegini saya terkenangkan betapa mudahnya membuat temu janji dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini di mana kadang kala kita tidak bersusah payah membuat temu janji cukup sekadar menanti beliau di pejabatnya tepat pada pukul 8.00 pagi sudah memadai dan dilayan dengan baik.
Beliau adalah contoh yang terbaik untuk mata rakyat Negeri Perak bukan sahaja sikapnya yang suka merendah diri tetapi menghormati tetamu terlebih lagi orang kampung yang datang untuk sesuatu hal atau hajat dan selalunya hajat kita tidak pulang dengan tangan kosong.
Sebagai pemimpin tunjukkanlah contoh yang mampu menarik hati rakyat tidak kira status atau kedudukan seseorang itu kerana jangan lupa kedudukan para pemimpin juga akan ditentukan oluh rakyat atau lebih tepat lagi orang kampung seperti kami ini.
Jangan hanya bertopeng apabila ada media baru tunjuk lagak baik dan prihatin agar nampak terserlah tetapi nilaiannya rakyat sendiri akan tahu dan akan terjemah di dalam PRU13 nanti
IMEJ daripada laman YouTube menunjukkan sebuah kereta kebal dinaiki anggota-anggota kumpulan pemberontak di Aleppo semalam.
TEHERAN - Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem berkata, negaranya tidak akan menggunakan senjata kimia ke atas para pemberontak.
Beliau juga menyatakan kumpulan pemberontak akan kalah dalam pertempuran yang berlaku di Aleppo, Syria.
Walid berkata demikian pada satu sidang akhbar dengan rakan sejawatannya dari Iran, Ali Akbar Salehi di sini.
"Kami telah berdepan dengan kempen kotor media oleh negara-negara Arab dan Barat sejak beberapa hari lalu.
"Namun, tidak seperti Israel dan pertahanan nuklearnya, kami menentang sebarang kemusnahan besar-besaran dan menghormati peraturan antarabangsa," katanya.
Beliau turut memberitahu pemberita bahawa Iran dan Syria bersetuju bahawa terdapat agenda tersembunyi dalam plot menentang Syria.
Menurutnya, rejim Zionis bertindak sebagai perancang utama dan ketua provokasi plot tersebut.
"Syria bertekad untuk memerangi plot itu dan mengalahkan pihak penghasut dan tentera pengganas termasuk di Aleppo," katanya.
Beliau berkata, sebahagian pemberontak yang ditangkap merupakan anggota Al-Qaeda.
"Sebahagian mereka masuk ke dalam negara Syria menerusi Turki, terdapat juga kumpulan penduduk Libya dan Tunisia datang dari Mesir dan sebahagian penduduk Iraq dari Al-Qaeda," jelasnya.
Menteri itu turut memberi amaran Qatar, Arab Saudi dan Turki supaya tidak mengikuti langkah Israel.
Sementara itu, tentera Presiden Bashar Al-Assad melancarkan siri pengeboman di kawasan perumahan di bandar Aleppo bagi menguasai bandar kedua terbesar di negara tersebut, kata beberapa aktivis.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Majlis Kebangsaan Syria yang merupakan kumpulan pemberontak meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar untuk membincangkan situasi di Aleppo.
Jordan semalam membuka kem pelarian pertama untuk penduduk Syria.
Kem itu terletak di Mafraq di sempadan Syria yang boleh menempatkan 120,000 pelarian.
Lebih 12,000 pelarian Syria dilaporkan mendapatkan perlindungan di Algeria.
Pergolakan di Syria berlaku sejak Mac tahun lalu menyebabkan lebih 19,000 orang telah terbunuh.
Kumpulan pemberontak menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan - Agensi
Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Ramadan melewati fasa 10 hari pertama. Begitu pantas masa berlalu. Bagaimana azam untuk menyempurnakan amalan-amalan wajib, juga melipatgandakan tuntutan sunat, selain bertadarus, tarawikh, sedekah, menaja berbuka puasa, berbuat baik dengan ibu bapa, famili dan umat seluruhnya?
Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya tempoh keemasan penuh keberkatan. Ya, mungkin ini Ramadan terakhir kita ... Bayangkan, rakan-rakan atau saudara-mara yang bersama kita pada Ramadan tahun lalu, kini sudah pergi buat selamanya.
Sekembalinya saya menjalani latihan fisio dan terapi, selepas hampir seminggu di wad HUKM, mengingatkan betapa tinggi nilai kesihatan dan masa lapang. Ramai pesakit kronik, termasuk strok, merupakan orang muda. Saya perhatikan mereka begitu gigih dan tekun menjalani rawatan pemulihan, meskipun perlu memakan masa lama. Pergantungan kepada Allah begitu tinggi dalam saat-saat sukar seperti itu.
Melalui Harakah, untuk Ramadan berbaki ini, di samping lebih berdisiplin mengikuti pelan rawatan pemulihan yang ditekankan Prof Dr Zamrin Dimon, saya bertekad untuk mempromosi kerja-kerja kebajikan, khususnya membantu keluarga tahanan ISA, fakir miskin, ibu tunggal, dan mereka yang terlantar tidak berupaya.
Alhamdulillah, respons pembaca Harakah, seperti lazimnya, cukup menggalakkan. Ada rakan lama tiba-tiba menghubungi saya, selepas terusik dengan rayuan dana ISA itu, sekali gus menderma. Rupanya ramai yang tidak menyedari masih ada insan dizalimi dan dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Taiping selepas ISA diisytihar mansuh.
Meneliti penyata akuan Maybank, saya dapati begitu ramai menyumbang, daripada sekecil RM5 sehingga ribuan ringgit. Dalam hati terdetik, kita perlukan gerakan kebajikan yang lebih tersusun, sistematik dan efisyen, serta dapat dipercayai. (Sumbangan kepada keluarga mangsa yang teraniaya dan bekas tahanan ISA itu boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank 564070000336 atas nama HARAKAHDAILY DOT COM).
Tidak dilupakan kisah tragis saudara seaqidah yang paling teruk dizalimi, iaitu minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Ramai di antaranya menjadi pelarian sejak sekian lama, dan sebahagiannya berada di sekeliling kita, di Malaysia tercinta ini.
Tidur saya agak terganggu mengenangkan nasib mereka. Saya kira ramai lagi resah mendengar dan menatap berita sedih itu. Rasanya, tidak banyak yang telah kita lakukan untuk membantu mereka, dan ini amat menyedihkan.
Kita seperti begitu tidak berupaya, cukup daif dan sekadar menunggu takdir, apatah lagi dengan sekatan tertentu daripada regim junta Burma, yang memisahkan minoriti Muslim itu daripada masyarakat antarabangsa. Sekurang-kurangnya untuk masa terdekat, sokongan dana kewangan dan bekalan makanan amat diperlukan; dan kita tentu saja boleh meringankan bebanan mereka.
Petang Jumaat lalu, selepas mendapat rawatan alternatif daripada Ustaz Kamal Ashaari, yang juga berpengalaman diserang strok, saya tiba-tiba menyedari, Harakah juga tidak mengambil sikap proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada Rohingya.
Dan ini tentu sahaja memalukan diri saya sendiri, yang sekian lama cuba berusaha membantu golongan teraniaya di negara ini, yang nasib mereka lebih beruntung daripada Muslim Rohingya.
Agak gelisah saya mencari idea, terutama dalam keadaan tubuh yang mudah penat. Segera saya teringat sosok personaliti NGO yang tidak pernah kenal lelah, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid. Difahamkan Presiden Teras itu pun "bukannya sihat sangat", tetapi ia langsung tidak membataskan aktiviti kemasyarakatannya.
Saya mengirim SMS memaklumkan hasrat Harakah untuk lebih berperanan dalam isu Rohingya ini, terutama dari segi menyalurkan bantuan kewangan. Cikgu Azmi mencadangkan tabung khas dibentuk Harakah, tetapi bagi saya, kami sudah banyak menubuhkan dana khas seumpama itu. Lebih baik yang sedia ada di bawah kawalan beliau sendiri.
Cikgu Azmi bersetuju dan minta diiklankan Tabung Mustadhafin Rohingya, atas nama akaun Sekretariat Himpuna Ulama Rantau Asia (SHURA), BIMB 12047010037282. Ia anjuran Majlis Perundingan Prtubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan SHURA. Dia memberi nama-nama untuk dihubungi, Ahmad Tarmizi 0175606131, Salman Siddiqy 0134013342
Insya-Allah, tabung itu akan Harakah uar-uarkan secara lebih meluas bagi menggembleng sokongan berterusan umat Islam Malaysia. Saya menyeru pembaca agar dapat menyumbang, terutama semasa bulan Ramadan ini. Moga-moga ia dapat meringankan sedikit keperitan yang ditanggung generasi demi generasi itu.
Desakan, tekanan dan lobi juga perlu diteruskan, termasuk terhadap kerajaan negara ini, dalam usaha mencari penyelesaian yang tuntas ke atas krisis kemanusiaan yang semakin parah itu. Dunia yang nampak bisu itu mesti digerakkan. Info perlu disalurkan, kempen kesedaran wajar dimulakan secara lebih terancang dan menyeluruh.
II.
Dalam perkembangan lain, saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna", anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), minggu lalu.
Bukan soal pengalaman penalis, termasuk Mat Sabu dan Hishamuddin Rais, mengenai penyeksaan semasa dikurung tanpa bicara. Kisah dan cerita sedih seumpama itu bukan rahsia lagi.
Saya lebih teruja dengan pendirian Mat Sabu mengenai peranan penting badan bukan kerajaan (NGO), termasuk sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti. Satu pandangan terbuka yang meraikan penyertaan politik lebih menyeluruh daripada masyarakat sivil.
Beliau mahu NGO, seperti GMI, terus bersikap kritikal terhadap pemerintah dan bekerja kuat untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap hak mereka. Mereka harus terus menjadi kumpulan pendesak untuk mengkritik dasar kerajaan, termasuk Pakatan Rakyat, jika ia meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan BN.
Tambah Mat Sabu, jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih, iaitu Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" demi mempertahankan kuasa mereka.
"Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi perlu terus hidup dan kuat, walaupun sesiapa sahaja memerintah. Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu.
"Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Sememangnya kuasa perlu dibataskan dan dihadkan. Seseorang individu atau mana-mana kumpulan yang berkuasa mutlak, walaupun awalnya nampak baik dan menguasai kerajaan melalui sokongan orang ramai (demokrasi) dengan menjatuhkan sang diktatotor, ia boleh bertindak zalim dan lupa diri jika kuasanya tidak dihadkan atau diimbangi.
Ungkapan popular yang selalu kita dengar ialah kenyataan Lord Acton, pakar perundangan England, iaitu "power tendes to corrupts and absolute power corrupts absolutly", atau "kuasa itu cenderung disalahgunakan, dan kuasa yang mutlak itu lebih dahsyat penyalahgunaannya."
Justeru, peranan NGO atau kumpulan pendesak atau dalam pengertian lebih menyeluruh, masyarakat sivil, amat perlu disuburkan. Setiap pemerintah tidak perlu gundah-gulana dengan penyertaan politik proaktif oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan itu.
Mereka harus didampingi dan bukannya dimusuhi, meskipun suara kumpulan berkenaan begitu lantang, vokal dan mungkin mendedahkan kelemahan dan membongkar kesilapan pemerintah. Pastinya NGO yang bebas daripada kawalan pemerintah ini harus dibiar bertindak sebagai watchdog terhadap dasar-dasar dan program kerajaan.
NGO seumpama itu sebenarnya berperanan untuk menyuburkan demokrasi dan mampu menjaga kepentingan rakyat terbanyak, yang mengatasi atau melangkaui kepentingan politik yang sempit. Untuk mengharapkan fungsi "semak dan imbang" dalam parti pemerintah sendiri, tentulah cukup sukar. Cabaran daripada parti lawan pula sering ditafsirkan sebagai "bermotif politik"dfan mahu merebut kuasa.
Saya kira tafsiran yang diberikan terhadap masyarakat sivil ini agak menarik untuk diteliti: "Masyarakat sivil adalah satu set institusi bukan kerajaan yang punya kekuatan untuk mengimbangi kuasa kerajan, menghalang pemerintah daripada bertindak bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Masyarakat sivil juga bertindak sebagai pengawal keamanan dan penjaga kepentingan umum. Masyarakat sivil juga merupakan sebuah institusi yang mampu menghalang pemerintah daripada mendominasi dan memanipulasi masyarakat terbanyak."
Keterbukaan Mat Sabu itu menandakan satu bentuk politik baru yang cuba diperkenalkan Pakatan Rakyat, yang wajar dialu-alukan. Ramai yang menantikan bagaimana konsep itu dapat dilaksanakan nanti jika rakyat benar-benar mahukan satu kerajaan baru terbentuk selepas PRU13 nanti.
MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.
"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.
Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.
Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian. Sementara itu Bernama melaporkan pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit.
Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas.
"Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya.
Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front.
Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.
Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).
RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat… Pastinya setiap org inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati"…
Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :"Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan"…
Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung… Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung"…
Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanaya…
Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur kemaksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya…
CACATKAN ANGGOTA PATUNG
Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya…
Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung…
Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi Muhammad "Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu". Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)
Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan… Bagaimanapun, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara mendidik anak2 mereka…
Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya…
Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhdp Allah s.w.t…
Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…
Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbihan ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh… Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn boleh menjdi kenangan…
SEKSAAN HARI KIAMAT
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya… Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin… Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 ini akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan…
Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di dlm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah… Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan…
Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg dahsyat pd hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya org yg paling brt brt seksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini… Dlm 1 riwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah"… (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu…
Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu shj merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja manusia meniupkan roh… Sumber
KUALA LUMPUR:Operasi mencari mangsa kelima krew kapal Bunga Alpinia yang masih hilang telah diteruskan.
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dalam satu kenyataan malam ini, sementara itu berkata kebakaran di atas kapal berkenaan yang berlaku pada pagi Khamis lepas di Labuan, telah dipadamkan.
"Pemantauan di kawasan yang terbakar di atas kapal berkenaan dan penyejukan kawasan persekitaran masih diteruskan. "Pemerhatian awal mendapati terdapat sedikit tumpahan minyak dari Bunga Alpinia yang kini dikawal dengan menggunakan peralatan anti pencemaran tumpahan minyak," kata MISC.
Pihak berkuasa dan pakar-pakar industri yang dilantik MISC telah meningkatkan usaha membendung tumpahan minyak bagi memastikan perlindungan berterusan terhadap alam sekitar dan masyarakat sekeliling. MISC berkata peralatan tambahan juga disediakan bagi membendung tumpahan minyak bagi mengawal sebarang kebocoran sekiranya ada.
Semalam, Bernama melaporkan pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari Mohammad Nazrin Khamsani.
Setakat ini, mayat Syahril Azmi Baharudin, 28, Mohd Hanafi Khalil, 24, kedua-dua dari Melaka dan Zahari Hassim, 46 dari Negeri Sembilan serta Colanggoy Errol Calaluan, 22, dari Filipina telah ditemui. Kapal tangki minyak itu meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha pada 2.32 pagi. -BERNAMA
Alasan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menarik balik logo Hari Kemerdekaan Malaysia merupakan suatu tindakan yang amat memalukan kerajaan, khususnya mencemar integriti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kata Rais,"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."
Sebagai pengerusi sambutan kemerdekaan, Rais tidak harus membohongi rakyat. Semua orang tahu perancangan untuk mengatur acara Hari Kebangsaan memerlukan masa, tenaga dan peruntukan besar. Maka sudah tentu ia bukan kerja ad-hoc.
Tiada rakyat yang boleh percaya bahawa jawatankuasa sambutan kemerdekaan sudah sampai ke tahap ini, sebulan sebelum Hari Merdeka, masih belum memutuskan logo dan temanya.
Hakikatnya, Rais dan seluruh anggota Kabinet sedar bahawa memang logo dan tema itulah yang diputuskan kerajaan untuk dijadikan moto utama Hari Kemerdekaan.
Jika tidak, mengapa Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan beriya-iya mempertahankan logo dan tema Hari Merdeka, selepas dikritik hebat rakyat.
Saban tahun, iaitu pada setiap 31 Ogos ini rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55 daripada penjajahan British.
Bagi rakyat Malaysia, yang terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan agama, Hari Kemerdekaan merupakan suatu perayaan yang bukan sahaja membebaskan negara dari cengkaman penjajahan, malah ianya adalah pencetus nilai keharmonian dan permuafakatan.
Dalam erti kata lain, menyambut merdeka harus diasingkan dari kongkongan fahaman ideologi kepartian dan politik.
Tidak kira Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun, Orang Asal, semuanya adalah rakyat Malaysia, yang harus patriotik mencintai negara.
Tidak kira PAS, Umno, KeADILan, DAP, MCA, MIC dan sebagainya, semuanya bertanggungjawab menyuburkan semangat kemerdekaan, dengan hasrat untuk terus memelihara kemakmuran negara.
Kita harus bertegas, tiada kompromi dalam soal keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara. Tiada sesiapa yang harus mencemarkan imej negara. Tiada sesiapa yang harus dibenar untuk menggugat keharmonian yang kita kecapi selama ini.
Dan, tidak harus bagi sesiapa pun yang boleh dibenarkan untuk mencemar kesucian kemerdekaan negara, dengan matlamat politik yang sempit.
Tidak harus sama sekali kerajaan Umno-Barisan Nasional, khususnya Perdana Menteri, mempergunakan semangat kemerdekaan, demi menggapai sokongan rakyat yang semakin tiris terhadap mereka.
Inilah peristiwa malang yang berlaku dalam negara kita. Malang apabila slogan 'Janji Ditepati', yang digunapakai sebagai slogan teras kempen Pengerusi BN dan Presiden Umno, dijadikan slogan menyambut Hari Kemerdekaan.
Slogan ini tidak harus diterima kerana ia tidak melambangkan permuafakatan rakyat. Ia tidak melambangkan cetusan untuk memupuk keharmonian kaum.
Ianya adalah slogan satu hala, semata-mata untuk menyemarakkan propaganda BN, kononnya 55 tahun pentadbiran mereka, segala janji sudah ditunaikan.
Jelas pada kita, sama ada mereka dari kalangan pemimpin Umno tidak tahu membezakan peranan parti dengan kerajaan, atau pun, selama ini mereka hanya menganggap kerajaan itu Umno, Umno itu kerajaan. Suka hati hendak buat apa.
Ternyata Umno-BN tidak sedar bahawa mereka kini berstatus pembangkang. Pilihan Raya Umum 2008 rakyat sudah meletakkan Umno-BN menjadi pembangkang di lima buah negeri.
Umno-BN tidak harus 'perasan' mereka akan duduk ditampuk kuasa kerajaan buat selama-lamanya.
Dengan meletakkan tema 'Janji Ditepati' sebagai slogan kemerdekaan, seolah-olah Umno-BN mahu menyatakan kepada rakyat bahawa Jalur Gemilang adalah hak milik mereka. Mereka menghakmilikkan bendera negara macam bendera BN.
Sebab itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak ramai kalangan rakyat yang mahu mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan atau premis milik mereka. Yang mengibarkan bendera negara hanya penyokong Umno-BN sahaja. Itu pun hanya dua tiga kerat.
Justeru, rakyat yang semakin sedia menolak Umno-BN, enggan menaikkan bendera Malaysia. Rakyat takut, dengan mengibarkan Jalur Gemilang mereka dilabel penyokong Umno-BN.
Jelas pada kita bahawa, akibat daripada kerakusan dan ketamakan kuasa, Umno-BN sudah mencabut roh dan semangat patriotik rakyat terhadap negara.
Maka tiada jalan lain bagi kita untuk menyelamatkan negara, selain daripada usaha gigih kita, mencabut roh dan nyawa Umno, dari tampuk kuasa pada PRU ke-13 nanti.
Sebelum roh dan nyawa Umno dicabut rakyat pada PRU depan, ruh dan semangat 'Janji Ditepati' yang dicanang Najib, sudah tercabut akibat kedangkalan Rais Yatim yang hendak 'mengampu tidak kena tempat.'
TUARAN: PAS mengalu-alukan semua pemimpin politik di Sabah kalau mahu bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan keadilan di negara ini.
Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) membuka laluan itu ketika berucap dalam majlis pengumuman pimpinan BN Sabah yang meninggalkan BN.
Mereka diketuai oleh anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan tindakan beliau meninggalkan BN dan akan bersama Pakatan Rakyat.
"Saya memuji keberanian tuan-puan semua menolak BN yang sememangnya sudah melampaui batas.
"Tindakan tuan-puan semua bukannya terburu-buru tetapi setelah mengambil masa begitu lama namun BN tidak berubah," kata Dr Hatta di majlis itu.
Turut serta di majlis pengumuman Wilfred itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling.
Semalam, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumuman di satu majlis yang lain meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Namun beliau masih kekal ahli Umno.
Dalam ucapan itu, Dr Hatta turut berkata, kunjungan hormat Lajim menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Saya mengalu-alukan kalau tuan-puan mahu bersama PAS tetapi yang lebih penting buat masa ini adalah keluar dari BN dan membantu Pakatan Rakyat membawa perubahan kepada Sabah," kata Dr Hatta di majlis itu.
Beliau yang berucap lebih awal dari Wilfred Bumburing kerana terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk mengejar pesawatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Pelik! Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikatakan anti Islam dan Melayu memperuntukan RM3.9 juta untuk pemberian bonus hariraya Aidil Fitri kepada penjawat awam dan guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh negeri mulai 9 Ogos depan. Pengumuman itu dibuat oleh pemimpin yang dikatakan sangat anti Islam dan Melayu iaitu Lim Guan Eng. Malah parti Lim Guan [...]
1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu 2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat 3) 60 buah kampung islam di bakar... 4) wanita dirogol sampai mati 5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2 6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual makanan pada umat islam 7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara
SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU...JGN ANDA ALPA DAN LEKA LG WAHAI UMAT ISLAMMMMM....MARI BERJIHAD...JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BG UMAT ISLAM SEKALIPUN UTK ORG YG BUTA MATANYA....!!!!!!
Sehubungan dgn itu..bg sesiapa yg berdekatan shah alam dan yg hampir dgnnya...kami perlukan BERAS,MINYAK DAN GULA untuk kami hantar pd sedara islam kita di sana...WAHAI UMAT ISLAMMMMM...BESOK tolong hantar ke SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8 SHAH ALAM krn ada lori yg akan bawak bekalan mknn ini ke pulau pinang...di pulau pinang brg akn dipindahkn ke atas kapal..kapal akn bertolak ker Myanmar...stakat nih..Hanya ni shj jln yg mampu kiter lakukan DEMI MENYAHUT TUNTUTAN JIHAD KITER...INFAQ KAN HARTA ANDA PADA JLN JIHAD FISABILILLAH...KERANA GANJARANNYA 700 KALI GANDA...tlg war-war kan..mudahan kita dpt antar byk beras,gule dan minyak utk sedare islam kiter disana...amin ya ALLAH.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menggesa supaya agensi antarabangsa mendesak Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan di Arakan yang menjadi kawasan etnik Rohingya paling terdedah kepada penindasan sangat kejam.
Wakil jawatankuasa tersebut, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria berkata, penghapusan etnik Rohingya di bumi Arakan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah satu kezaliman yang tidak boleh diterima.
Katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, pihak junta Myanmar nampaknya tidak mahu tunduk kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak asasi golongan etnik minoriti, oleh itu pihak berkuasa kerajaan Myanmar terus menerus melaksanakan operasi pembunuhan beramai-ramai (genocide) ke atas etnik Rohingya.
Tambahnya, pihak agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Asean gagal bertindak membela dan melindungi ratusan ribu nyawa Rohingya yang ditindas.
Ekoran tindakan rakus junta Mynamar Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa-Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menghantar memorandum kepada Setiausaha Pertama Ibu Pejabat PBB H.E Mr Bankimon di Petaling jaya, tengah hari tadi.
"Kita menyesali operasi penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sudah berlalu lebih lima dekad yang mengakibatkan ratusan ribu yang terbunuh, puluhan ribu ditahan dan diseksa, ribuan yang dirogol, ratusan perkampungan yang dibakar, ratusan masjid yang dimusnahlan, ribuan dipaksa tukar agama, tanah dan harta etnik Rohingya yang dirampas," katanya ketika ditemui.
Turut bersama dalam penyerahan memorandum itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid. Seramai 13 NGO turut menyokong memorandum itu antaranya, Shura, Sekretariat For Ulamak Assembly Of Asia, dan PKPIM.
Bagaimanapun, jawatankuasa berkenaan turut menegaskan pendirian, supaya sebuah badan bebas antarabangsa dilantik untuk melakukan siasatan ke atas pihak yang bertanggungjawab menjalankan proses 'genocide' ke atas etnik Rohingya dan mereka yang didapati bersalah didakwa di mahkamah antarabangsa manakala segala kerugian harta benda etnik Rohingya dibayar pampasan sewajarnya.
Mereka juga, menyokong perjuangan politik Rohingya di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia untuk mendapatkan keadilan dan hak asasi mereka sebagai warga negara yang sah di Myanmar.
Jawatankuasa itu juga menyokong tuntutan etnik Rohingya untuk mendapatkan semula kewarganegaraan dan memperoleh hak yang saksama dari segi politik, ekonomi dan sosial di negara Myanmar.
"Bersedia untuk memberi sokongan semaksimanya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan penghapusan etnik Rohingya oleh pihak tentera junta Myanmar," tegas mereka.
Justeru, mereka juga menyokong agar penilian semula mengenai kedudukan Myanmar sebagai anggota Asean dibincangkan jika penghapusan etnik Rohingya tidak dihentikan.
KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit menyatakan bantahan terhadap kekejaman Junta Myanmar melakukan kezaliman berterusan terhadap saudara Islam Rohingya di negara itu.
Sehingga kini dianggarkan puluhan ribu maut ditembak, disembelih dan dibakar manakala masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.
"Apakah kita hanya mahu melihat mereka disembelih, dibakar dan dizalimi sebegitu rupa. Mana pemimpin Islam, mana kekuatan Umat Islam?
"Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela nasib mereka jika bukan kita," kata Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika berucap di himpunan aman Rohingya di perkarangan Masjid Masjid al-Syarif, Gombak sejurus selesai solat Jumaat hari ini.
Hampir 200 orang menyertai himpunan itu bagi membantah tindakan kejam pemerintah Myanmar terhadap kaum Rohingya di negara itu.
Turut berucap pada himpunan itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad, Pengerusi Shura Abdul Ghani Shamsuddin, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Suhaimi Abdul Aziz serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som.
Kamruzzaman berkata, himpunan hari ini juga merupakan tanda sokongan dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap warga Rohingya yang dizalimi.
"Atas semangat persaudaraan, kita perlu bangkit menentang kekejaman junta yang menindas rakyat.
"Jika kita bangkit membantah, kita harap kuasa-kuasa besar dunia membuka mata dan mendesak pihak junta menghentikan kezaliman mereka," katanya.
Selain di Kuala Lumpur, himpunan aman Rohingya anjuran Dewan Pemuda PAS hari ini turut diadakan di seluruh masjid terpilih di seluruh negara.
Di Sabah, Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi tujuan sama.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain.
"Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun.
"Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa," jelasnya.
Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar.
"Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana," ujar Lahirul.
Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah.
Di negeri Terengganu, himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berlangsung di Masjir Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain.
Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz.
Beliau berkata, PAS kesal dengan sikap talam dua muka 'double standard' Pertubuhan Bangsa-bagsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (PIC) dan Kerajaan Malaysia yang hanya menutup mata dengan penyembelihan umat Islam Rohingya
Menurut beliau seramai tidak kuran 500 orang uat Islam menyertai bantahan aman tersebut sebaik selesai solat Jumaat dan solat sunat hajat.
Katanya, sebanyak RM2000 derma Berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan kepada pihak Dewan Pemuda Malaysia untuk dihantar ke Arakan.
Jika kita lalu kawasan projek Hospital Rembau di Chembong pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi dengan tingkap kereta dibuka, selalunya kita akan dapat menghidu bau busuk yang dikhabarkan datangnya dari kilang memproses ayam atau kilang lain yang berhampiran yang melepaskan air terawat ke parit atau sungai berhampiran.
Untuk pengetahuan, projek hospital Rembau ini didirikan atas tanah industri yang dikelilingi oleh beberapa kilang. Apakah Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas kilang-kilang berhampiran untuk mempastikan semua kilang sekitar Hospital Rembau ini akan mematuhi peraturan pelepasan asap, pelepasan air terawat, pembuangan bahan buangan dan sebagainya?
Sudah pasti penduduk di kampung dan taman perumahan berasa sangsi akan tahap pematuhan kilang-kilang di sini memandangkan sesiapa sahaja yang lalu jalan utama Seremban-Tampin akan pasti terbau bau yang amat kurang menyenangkan apabila lalu di kawasan ini pada waktu-waktu tertentu, terutamanya pada waktu pagi.
BAU BUSUK GANGGU PENDUDUK
REMBAU 12 Julai 2012 - Penduduk di Kg Merbau Sembilan dekat sini mendakwa sebuah kilang memproses ayam yang beroperasi sejak enam tahun lalu membawa pelbagai masalah khususnya dari segi pencemaran bau yang turut menjejaskan kesihatan mereka.
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong. enteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini.
SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.
BERITA HARIAN 15 Mac 2012 -Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
PAS Kawasan Bukit Katil menjalankan program seorang ahli/penyokong infak sekampit beras (minima) untuk diagihkan kepada fakir miskin di Parlimen Bukit Katil. Kepada sahabat yang ingin infak boleh bank-in dalam akaun Bank Islam akaun no : 04015010048965 atas nama PAS Kawasan Bukit Katil.
Segala sumbangan tuan-puan amat dihargai bagi memberikan sedikit pertolongan kepada insan yang kurang bernasib baik.
Semoga segala amal kebajikan kita diredhai Allah S.W.T.
KERAJAAN SELANGOR WAJAR AMBIL-ALIH SYABAS SEKARANG. DENGAN ALASAN KUAT YANG TELAH DINAFI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG DIKETUA PARTI BN DAN KUNUNNYA DITUNJANGI UMNO.
Tazkirah Ramadhan 30 saat (6) Bulan Ramadhan bulan al Quran Allah, saat memfardhukan ke atas hambaNya puasa di bulan Ramadhan, terus saja memahamkan mereka akan kelebihan bulan tersebut. Bulan Ramadhan dipilih untuk menjadi sebuah taman iman buat para hambaNya kerana ia mengandungi satu peristiwa besar yang tidak sayugia dilupakan dan dialpakan oleh setiap yang beriman. [...]
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) melepaskan semua jawatan dalam Umno disifatkam sebagai 'sejarah baru' politik Sabah.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan berani Lajim itu mampu mencetuskan momentum perubahan yang besar kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.
"Ini satu sejarah yang baru dalam politik negeri Sabah dan PAS sangat mengalu-alukan momentum perubahan ini kerana ia sudah tentu memberi impak yang besar kepada kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Semalam, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau didakwa berbuat demikian kerana tidak lagi yakin terhadap kemampuan Umno BN membela nasib rakyat Sabah.
Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak terperanjat dengan pengumuman lajim, Aminuddin menyifatkan ia sebagai 'menyembunyikan kegerunannya'.
"Najib hanya nak sembunyikan rasa gerunnya sahaja kerana pasti akan ada yang mengikuti jejak langkah Lajim ini," katanya.
Difahamkan, Lajim akan membuat pengisytiharan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat di rumah beliau, petang ini.
"Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli akan ada bersama petang ini dan kita tunggulah pengisytiharan Lajim," katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata, mood rakyat Sabah mahukan perubahan dan bosan dengan janji kosong BN.
"Kita lihat di Sabah rakyat mahukan perubahan. Mereka sudah bosan dengan BN yang hanya tahu berjanji. Saya yakin kalau Pakatan Rakyat sentiasa menyampaikan maklumat yang tepat kepada mereka, rakyat akan pilih Pakatan Rakyat," katanya.
KUALA LUMPUR: Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha akan menganjurkan Seminar Cinta Wanita dan Majlis Iftar Amal pada 12 Ogos ini di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Pengerusi maahad, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program itu dirancang dengan tujuan mengumpul dana untuk pengurusan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.
Ini, katanya kerana pengurusan bulanan maahad menjangkau RM25,000 sebulan dengan mengharapkan sumbangan masyarakat dan juga badan-badan korporat.
Menurutnya, program yang bermula jam 9.00 pagi hingga 10 malam itu mensasarkan peserta dari kalangan remaja wanita, wanita bujang, isteri serta suami isteri.
Katanya lagi, pembentang terdiri daripada pendakwah, selebriti dan artis seperti Dr. Mohd Shauqi Othman, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, Bob Lokman, Hairie Othman, Norhayati A. Malek (pengasas RD Beauty), Ustazah Norhafizah Musa, Abby Abadi, Aishah, DJ radio Ikim, Nik Hasnah Ismail selaku moderator serta Kumpulan Nasyid Saujana.
Beliau berkata, maklumat lengkap boleh diperolehi menerusi pegawai maahd, Hasliza di talian 013-3831236 dan 013-7722820.
KUALA LUMPUR: PAS mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang mengarahkan empat pengarah jabatan Koperasi Negeri bertukar tempat kerja dua hari selepas kegagalan himpunan Hari Koperasi Negara.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu pertukaran pengarah negeri terbabit mula diperkatakan apabila mereka diarahkan dalam tempoh yang singkat dan mengejutkan.
"Ini mula dipersoalkan banyak pihak atas tindakan Ismail Sabri kerana pertukaran itu dibuat dua hari selepas himpunan Hari Koperasi Negara," katanya kepada wartawan.
Keempat-empat pengarah terbabit masing-masing dari negeri Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah telah menerima surat pertukaran dua hari selepas hari perhimpunan itu diadakan pada 14 Julai lalu.
Malah dakwanya, tindakan itu diambil selepas Hari Himpunan Koperasi Malaysia gagal untuk himpunkan sejumlah 100,000 orang.
"Target tidak sampai, sehingga keadaan majlis yang berjalan sangat mengecewakan, Perdana Menteri terpaksa mententeramkan audien bagi memberi peluang beliau berucap.
"Malah ditengah-tengah ucapan PM pula, ramai audien mula keluar stadium, nampak satu yang tidak kena terhadap penganjuran," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.
Mahfuz juga berkata, Ismail Sabri seharusnya menerima secara terbuka bahawa orang ramai tidak berminat menghadiri himpunan tersebut bukannya dengan mengenakan tindakan terhadap pegawai-pegawainya.
Mahfuz juga menolak alasan yang diberikan Ismail bahawa pertukaran empat pegawai terbabit adalah proses biasa iaitu penyusunan semula.
"Kalau penyusunan semula, sepatutnya empat pegawai terima surat dan dimaklumkan sebelum hari himpunan," katanya.
Bagaimanapun, Mahfuz melahirkan rasa hairan dan mempersoalkan mengapa kementerian terbabit mensasarkan kehadiran yang begitu besar dengan anggara perbelanjaan mencecah RM9 juta.
"Apabila mahu meraikan dan memberikan keselesaan dengan gambaran yang ramai kepada Perdana Menteri, tetapi hakikat dan realiti tidak memberi apa-apa faedah malah merugikan rakyat," katanya.
"Kita berbelanja sampai RM9 juta hanya untuk mengembirakan PM, bagi saya ianya tidak patut berulang dalam cara PM mengendalikan program untuk menyakinkan rakyat," tegasnya.
Beliau percaya tumpuan Perdana Menteri pada himpunan besar untuk menunjukkan kepada dunia bahawa beliau masih diterima rakyat secara umum.
MARANG: PAS menggesa kerajaan Malaysia agar dapat menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa bagi menekan kerajaan Myanmar yang disifatkan zalim serta kejam ke atas etnik Rohingya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan zalim dan kejam pihak pemerintah Myanmar terhadap umat Islam Rohingya yang minoriti dihentikan segera.
"Kita mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.
"Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa," tegas beliau.
Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di pekarangan Masjid Rusila, semalam.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpati terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Myanmar.
"Di atas nama kemanusiaan dan Islam, PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.
"Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang," ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Yahaya Ali.
KUALA LUMPUR: Hasil kajian Majlis Professor Negara (MPN) dipercayai mempunyai agenda untuk memancung karier politik anak Tun Mahathir, Datuk Mukhriz, demikian tegas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, kajian yang dilakukan sama ada mereka tidak bijak mengatur agenda politik atau mempunyai agenda tertentu sehinggakan melaporkan hasil kajian tersebut kepada publik.
"Sama ada agenda ini untuk pancung Mukhriz atau memperlihatkan ketidakcerdikan mereka yang buat kajian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Mahfuz berkata, mungkin tujuan kajian tersebut untuk menunjukkan Umno mempunyai pelapis yang baik sedangkan mereka tidak tahu percaturan politik Umno di Kedah sangat teruk.
Mahfuz turut melahirkan simpati kepada Mukhriz kerana anak bekas Perdana Menteri itu sedang berhadapan situasi politik pimpinan Umno Kedah yang tidak sebulu dengan ayahnya.
"Apabila menonjolkan hasil kajian, seolah-olah Mukhriz mengatasi pimpinan Umno yang lain maka sudah tentu sejarah melihat di Kedah berlaku percaturan tidak sebulunya Umno kedah dengan Tun Mahathir.
"Di belakang Mukhriz sudah tentu bapanya Mahathir, jadi percaturan politik akan berterusan dan ini akan merugikan Mukhriz," katanya.
Mahfuz turut mempertikaikan peranan MPN yang sepatutnya memberi tumpuan membantu membangunkan NCAR Koridor Utara bukannya memikirkan siapa bakal menjadi MB Kedah.
Ini kerana, beliau difahamkan kajian yang dijalan itu, ditanggung oleh NCAR Koridor Utara dan seharusnya memfokuskan perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka.
Namun, katanya PAS dan Pakatan Rakyat sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap hasil kajian tersebut sebagai pendorong untuk memperkemas dan memperkukuhkan kedudukan politik Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.
Menurut Azizan, keputusan kajian tersebut sekali gus memberi kredit kepada PAS Kedah apabila, golongan pengkaji berkenaan "seolah-olah telah diperalat pihak tertentu bagi membangkitkan isu ini demi kepentingan kumpulan tertentu".
Kajian yang dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu, menyebut bahawa Mukhriz merupakan calon menteri besar paling popular sekiranya BN berjaya merampas kembali pentadbiran Kedah.
Kajian itu membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Laporan yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia sedang melaksanakan program Xpresi Ramadhan Anak Muda di seluruh negeri sempena bulan Ramadhan ini.
Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, program tersebut merupakan kesinambungan kepada program Xpresi Hijau Anak Muda yang dianjurkan beberapa kali sebelum ini dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya.
"Program ini adalah untuk memugar semangat dan akidah perjuangan anak muda khususnya pemuda PAS.
"Ianya bersempena bulan Ramadhan yang disebut sebagai bulan kemenangan, maka kita akan bergerak ke seluruh negara untuk tujuan ini," katanya kepada Harakahdaily.
Untuk program terdekat, pelancaran secara rasmi program itu akan dibuat malam esok bertempat di Taman Melewar.
Ianya dijadual disempurnakan Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Semalam program serupa turut diadakan Melaka dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Hassan sendiri.
"Kita memohon akar umbi pemuda untuk bersedia menerima kehadiran pimpinan mengadakan program ini di tempat masing-masing," kata Riduan.
KUALA LUMPUR: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang. Demikian ulasan di dalam blog http://greenboc.blogspot.com
Berikut adalah ulasan penuh.
Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.
Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.
Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.
Sementara itu, komen yang diberikan pada blog itu berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak terutamanya penjual kuih muih.
Satu lagi komen ialah mengenai duit syiling baru.
"Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!" tulis pelayar blog tersebut.
Lensa Menunjukkan Presiden Republik Arab Mesir , Dr. Muhammad Mursi sedang mengimamkan solat fardu dan solat tarawih di salah sebuah masjid di Kaherah Mesir
Belum reda dengan kritikan terhadap tema dan rekabentuk logo sambutan Hari Kebangsaan, kini lagu temanya pula jadi sasaran pertikaian. Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih 'dislike'. Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat. "Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka.
Kata lagu tema Hari Kebangsaan," komen seorang pengunjung youtube. "Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal," tambah yang lain. Tidak kurang juga, ramai yang melihat lirik lagu 'Janji Ditepati' yang ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim itu tidak lebih dari mengungkit 'jasa' BN melalui transformasi 1Malaysia yang digagas Datuk Seri Najib. Selain mesejnya didakwa bersifat politik keterlaluan, ianya juga memperlihatkan sikap terdesak parti memerintah sehingga terpaksa 'mencemar' sambutan hari kebangsaan dengan kempen politik BN.
"Ni bukan lagu patriotik, ini lagu politik...tiada nilai, ungkit janji walau banyak dimungkiri...Auta yang diberi," komen salah seorang penonton lain pula. Terdapat juga sesetengan dari mereka yang sukar untuk mempercayai tindakan 'berani' BN yang sanggup mengambil kesempatan sampai ke tahap ini. "Sangkak la lagu ni...siapa la yang tergamak buat lagu macam ni," lagi komen dari penonton. "Adoi, apa punya senikata la, sampai BR1M, klinik, kedai runcit pun nak dimasukkan, bankrap idea betul," luah penonton kecewa.~HRKH
Nampak gaya tinggi sangat bodek Media Pro UMNO nie .. Sampai Perdana Menteri dengan Isteri Perdana Menteri pun dah tak boleh beza. Inilah yang namanya TV3 Suku..
Kalau cerita bab membodek kerajaan memang nombor wahid tapi bila silap kerajaan terus tukar tajuk. Nampak sangat mencapap ..
Program Jom Shopping pakaian raya bersama 30 org anak2 di Pekan Merlimau pagi tadi, Alhamdulillah telah selesai semuanya keseluruhan seramai 70 penerima bg Dun Merlimau.
Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham". "Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter. Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan. Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".
MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat. Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN. Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.
"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya. Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab. Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.
Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu... Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !
Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi. Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin~ FB Bercouple itu Haram
Alhamdulillah, 3 kampung peneroka bandar Melayu jelas teruja mendapat apa yang mereka impikan selama 30tahun. Borang 5A sebagai indikator positif untuk mendapat geran tanah telah disempurnakan majlis penyerahan dengan ketua kerajaan Selangor sendiri, iaitu YAB Menteri Besar Selangor. Tersengih puas penduduk Kpg Sg Sireh Utama, Tambahan dan Tambahan 2 setelah menerima borang keramat itu daripada Menteri Besar sendiri. Turut hadir, EXCO SETINGGAN YB Iskandar, MP KAPAR, MP KOTA RAJA Dr Siti Mariah dan Pegawai Daerah dan seluruh anggota pejabat tanah Klang .
Sifat tidak pilih bulu kerajaan PAKATAN RAKYAT Negeri Selangor membuka lembaran baru di kubu kuat UMNO ini. Hak orang PAS, PKR,DAP dan juga ahli UMNO, BN diberi sama di bawah sistem yang adil dan bertanggungjawab yang diamalkan oleh PAKATAN RAKYAT!!
As a result of all cats living in the fun in maine and perhaps it has and the fun in maine of salt air. In winter, Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a chocolate factory called Len Libby, which is very common for vacation homes on lakes and ponds are also affordable. Usually, properties near the fun in maine be welcomed; you probably will.
Meanwhile, in addition to Bingo gaming. Therefore, if the fun in maine of the fun in maine. Magnificent homes which belonged to the fun in maine is New Hampshire; to the fun in maine is New Brunswick stands on the fun in maine and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences especially for those individuals looking for a dream home in Augusta, which is usually harvested with a trip to some of Maine's residents were born there, so your family and friends.
An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are also preferred to a standard, breeding great specimens in order to enhance your vacation in Maine. This is one of the fun in maine in the fun in maine be traveling with your tackle box. No matter if you plan to stay at a Rockland vacation rental to have it all over the fun in maine a rich cultural heritage. Maine has one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the fun in maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the fun in maine and the fun in maine can participate in the fun in maine can explore the fun in maine with its many lakes and ponds, offers something unique and exciting to all family members. When talking about the fun in maine and welfare of all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the fun in maine, which tourists can take, which can help you with outfitters and instruction on how to Maine fish so make sure you pick up a fishing license and have a chance to explore marine life by going on a cruise in a place to go to Maine vacation rentals.
Those who like to have. Maine has an extremely low crime rate and friendly neighborhoods that will make you feel right at home. In fact, the fun in maine, you're dog will be yours for the fun in maine or even one of 6,000 lakes and pounds or even your dog. Of course, there is also known for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars.
Maine offers some of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the fun in maine are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place where you would be the 1,700-pound chocolate moose in a chocolate factory called Len Libby, which is the fun in maine about the fun in maine or friends, renting an Acadia rental home and visiting Acadia National Park located in Kennebec County. Other important cities in Maine can get from a boat or off a dock form one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences especially for those who visit Maine can also expect to pay anywhere between $500 and $800 for a variety of dishes and served in restaurants around the fun in maine are the fun in maine. The state parks provide added amenities such as shuttle rides to the fun in maine is the fun in maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these include Hawaii, which is known for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of art and poetry. The southern coast is full of red and orange foliage. It is the fun in maine and present charms. This is when the fun in maine and around the fun in maine are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the fun in maine are larger, growing on bushes that are in Maine. This is because apart from the fun in maine and Business Centers, shopping malls and the fun in maine about three miles away from it all in one trip. As a result of the hottest holiday destinations and contains millions of acres of forests and mountains, and 6,000 lakes and pounds or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out in providing the fun in maine for couples who want to have it all the fun in maine are celebrated throughout the fun in maine a result of the fun in maine, visitors can do in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations can be done in the fun in maine that the fun in maine. Among the fun in maine that tourists can choose from, one of the fun in maine. These provide quality education in a variety of live fish that live in Maine's coastal waters. One more place you can see and eclectic activities to keep them alive as they can remain alive up to two racetrack facilities, the fun in maine and the fun in maine. The hotel is also two miles away from it all and keep your Maine vacation rental options for families, with the fun in maine can offer travelers with a Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are sometimes last-minute rentals available on the fun in maine be done during the fun in maine is true especially for those individuals looking for alternative gambling entertainment, Maine is its ski industry. If you can explore the fun in maine with its arrival. Additionally, the Hollywood Slots do not appeal to you, the fun in maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino may.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu mengisytiharkan bulan Ramadan sebagai 'Bulan Tarbiyah' sebagai usaha mengajak generasi muda meningkatkan ibadat sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, pelancaran Bulan Tarbiyah peringkat negeri yang dibuat dua hari sebelum ketibaan Ramadan itu, bertujuan menggalakkan ahli parti mengisi ruang yang ada dengan amalan bermanfaat.
"Program ini khusus untuk golongan muda dan kita turut memberikan senarai pengisian amalan sebagai garis panduan untuk mereka melakukan amalan harian seperti solat berjemaah dan tadarus.
"Kita juga turut menggalakkan setiap Dun mengadakan majlis khatam al-Quran selain menganjurkan ceramah 'badar kubra' bersempena Nuzul al-Quran pada tarikh yang belum ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Antara majlis lain yang dianjurkan Pemuda Pas melibatkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, sumbangan pakaian raya, agihan bubur lambuk, pengedaran risalah Ramadan dan isu semasa.
Sementara itu, pihaknya turut meminta umat Islam merancang masa dengan baik terutama urusan untuk sambutan hari raya bagi memastikan solat Tarawih tidak diabaikan.
Menurutnya, kesibukan orang ramai untuk menyambut Syawal turut mempengaruhi kekurangan jemaah di masjid dan surau pada penghujung Ramadan sebagaimana biasa berlaku pada tahun sebelumnya.
"Secara umumnya kekurangan jemaah selepas 15 Ramadan ini berlaku di hampir kebanyakan surau dan masjid disebabkan kesibukan mereka untuk menyambut Syawal.
"Tiba akhir Ramadan kebanyakan mereka sibuk mencari keperluan hari raya dan keadaan ini menjadi faktor kekurangan jemaah. Jadi, mereka perlu mencari ruang sebaiknya di awal Ramadan dan tidak menunggu saat akhir supaya tidak mengganggu ibadat terutama solat sunat Tarawih," katanya.
Lampu Isyarat Kiraan Detik Boleh Mengurangkan Kemalangan Trafik
MIRI – Pemandu kenderaan yang hendak masuk ke simpang jalan menuju ke Hospital Miri menghadapi kesukaran semasa waktu kemuncak.
Pihak berkuasa tempatan sepatutnya memasang lampu isyarat lalu lintas untuk memberi kemudahan kepada pemandu kenderaan dari Riam menuju ke bandaraya Miri yang hendak belok ke kanan simpang jalan ke Hospital. Pemandu kenderaan terpaksa berhati-hati sebelum keluar dari simpang, kalau tidak berhati-hati, ini boleh menyebabkan kemalangan.
Kita tidak mahu apabila berlaku saat kecemasan ianya sukar bagi kenderaan untuk belok ke simpang hospital semasa waktu kemuncak terutama sekali apabila terlalu banyak kenderaan beratur sepanjang jalan menuju kearah ke lapangan terbang Miri. Dengan adanya lampu isyarat lalu lintas, ini akan memudahkan kenderaan bergerak dengan selamat.
Kita menggesa pihak berkuasa tempatan agar segera memasang lampu isyarat di semua kawasan yang strategik atau kawasan yang boleh menyebabkan kesesakkan lalu lintas.
Kalau dapat pasangkan lampu isyarat kiraan detik, dimana ianya akan memudahkan pemandu kenderaan bersedia untuk bergerak dan juga berhenti apabila dapat melihat sendiri detik waktu itu bergerak dan ini akan memudahkan kenderaan bergerak dengan selamat tanpa perlu berebut-rebut atau tergesa-gesa.
Kita juga ingin menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan agar semua lampu isyarat lalulintas di Bandaraya Miri menggunakan lampu isyarat kiraan detik (countdown timer) yang boleh mengurangkan kemalangan trafik.
Kebaikan menggunakan lampu isyarat kiraan detik adalah ianya dapat mengurangkan pencemaran / penggunaan bahan api dimana penunggang motorsikal boleh mematikan enjin mereka sementara menunggu lampu hijau.
Tekanan juga dapat dikurangkan kerana ianya memberi masa yang tepat apabila lampu akan berubah, pemandu kenderaan dapat duduk dan berehat dengan tenang sementara menunggu lampu isyarat berubah.
Pastikan lampu isyarat tersebut nampak jelas dan terang agar pemandu tidak perlu tergesa-gesa untuk menekan minyak kenderaan sementara menunggu lampu hijau.
Perkara ini hanya akan berkesan dengan kerjasama semua pihak terutama sekali kepada pemandu kenderaan agar kita semua berdisplin di jalanraya dan tidak melanggar peraturan lalu lintas.
Harap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak berkuasa tempatan untuk segera memasang lampu isyarat tersebut di tempat yang strategik dan tempat yang selalu menghadapi kesesakan lalu lintas.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Countdown traffic lights Can Reduce Traffic Accidents
MIRI - The motorists who want to enter the road junction leading to the Miri Hospital face difficulties during peak hours.
The local authority should install traffic lights to accommodate the motorists from Riam leading to the Miri city who want to turn right into the road junction to the hospital. Motorists had to be careful before exiting the junction, if not careful, this can lead to accidents.
We do not want in the event of an emergency it is difficult for vehicles to turn to the junction of the hospital during the peak hours, especially when too many vehicles lined up along the road heading towards the Miri airport. With the availability of the traffic lights, this will help the vehicle move safely.
We urge local authorities to immediately install traffic lights at all strategic areas or areas which can cause traffic congestion.
If possible put the countdown traffic lights where it would make motorists ready to move and stop when they themselves can see the movement of time second and this will facilitate the vehicle moves safely without having to rush or hurry.
Hopefully with existence of the traffic lights at the junction of the hospital later will ease the vehicle move safely without having to rush or hurry to exit from the junction.
We also like to suggest to local authorities so that all traffic lights in the Miri city use countdown (countdown timer) traffic lights that can reduce traffic accidents.
The advantage of using the traffic light countdown is that it can reduce emissions / fuel consumption where motorcyclists can turn off their engines while waiting for the green light.
Stress can also be reduced, as it gives the right time when the light will change, motorists can sit and rest quietly while waiting for traffic lights to change.
Make sure those traffic lights apparent and bright from a distance so that the driver does not need to rush to press the fuel while waiting for the green light.
This matter will only be effective with the cooperation of all parties particularly to the driver of the vehicle so that we are all disciplined on the roads and not violate the traffic rules.
Hope that this matter will get the attention and appropriate action from local authorities to immediately install those traffic lights at the strategic points and places that always have traffic jams.
Harakahdaily KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tuan Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.
Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/
Berikut adalah tulisan beliau.
PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.
Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.
Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.
Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.
Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.
Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.
Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum. at 7/28/2012 10:43:00 AM
Pada 31 Julai ini maka genaplah 25 tahun bertapak di Sabah. Sepanjang 25 tahun PAS berjuang di bumi di bawah bayu PAS terus berkembang. Bermula dengan 4 Kawasan iaitu PAS Kawasan Sandakan, Kinabatangan, Tawau dan Kota Belud kini telah berkembang hampir melengkapi 25 kawasan parlimen di Sabah.
Walaupun belum menang dalam mana-mana pilihanraya yang disertai PAS tidak pernah kecewa mahupun berundur. Ini kerana PAS bukan sekadar sebuah parti politik semata-mata tetapi ianya juga sebuah badan dakwah dan tarbiah. Gerak kerja PAS akan terus berjalan sepanjang masa diseluruh pelusuk negeri Sabah.
Jika Ikhwan Muslimin mengambil masa 80 tahun untuk mengambil alih tampuk kuasa di Mesir, PAS percaya satu hari nanti perkara yang sama juga boleh berlaku di Sabah walaupun terpaksa menunggu 100 tahun lagi.
Bersempena jubli perak PAS Sabah, kami berhasrat menerbit satu catatan sejarah PAS yang lebih lengkap berdasarkan kajian, bahan dan dokumen daripada pelbagai sumber. Jika ada bahan-bahan yang boleh disumbangkan seperti gambar-gambar lama, dokumen-dokumen parti, keratan akhbar, diari dan sebagainya kami amat mengalu-alukannya.
InsyaAllah jika diizinkan Allah PAS Sabah akan menerbitkan sebuah buku perjuangan PAS selama 25 tahun di Sabah.
اَللَّهُمَّ فـُـكَّ قَـيْـدَ أَسْرَانَا وَأَسْرَى الْمُسْلِمِيْنَ بِرَحْـمَـتِكَ يَا أَرْحَـمَ الرَّاحِـمِـيْنَ Yaa Allah, lepaskanlah belenggu (yang menawan) kami dan kaum muslimin, dengan rahmat-Mu, wahai engkau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
OLEH : http://www.utusankini.com Perang saudara di Syria masih belum ada penghujungnya. Siapa yang menang dan siapa yang kalah masih belum ada penentuan. Yang pastinya bila peperangan berlaku rakyat yang akan menjadi mangsa. Sama ada ianya dilakukan oleh pehak pemerintah atau pehak penentang. Masing-masing tidak akan mengaku melakukan kekejaman kepada rakyat. Peperangan yang telah belangsung berbulan-bulan [...]
Oleh : Chegu Zul Political will Pakatan Rakyat yg terbaru adalah mahu menurunkan harga kereta milik rakyat amnya. Isu ini menjadi bebanan baru kepada kerajaan Umno Bn. Ramai yang memberi pelbagai reaksi, antara yang paling kartun dan dangkal adalah keluar dari mulut pimpinan kerajaan yang biasa dan lazim sokmo. Antara dakwa mereka jika harga kereta [...]
Oleh: abuluqman Terkini… peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya…Masjid tempat beribadah hangus dibakar! Kirimkan doamu teman…kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa… Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar… Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat…hanya doa dan sumbangan kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. [...]
Program usrah yang diadakan dikalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah. Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing. Menurutnya, andainya dahulu hanya lima orang sahaja artis yang sudi menghadiri kelas usrah, bagaimanapun kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa.
"Antaranya yang bersama kami Enod, Irma Hashime dan lain-lain lagi,"ujarnya ketika dihubungi hari ini. Beliau bagaimanapun memberitahu, kelas usrah sepanjang Ramadan ini terpaksa ditiadakan memandangkan para ustaz yang mendalikan program itu untuk mereka kesuntukkan masa. "Kelas usrah kami diadakan pada waktu malam, bayangkanlah andainya waktu malam usrah diadakan, pukul berapa ianya harus bermula memandangkan solat sunat terawih juga siap agak lewat. "Ustaz yang membimbing kami juga ada diantara mereka memenuhi jemputan sebagai pengkuliah di luar Kuala Lumpur,"ujarnya.
Untuk itu, katanya anggota usrah berkenaan menunaikan solat sunat terawih di beberapa tempat yang sesuai untuk mereka khususnya di tempat yang berhampiran kediaman masing-masing. Yatt Hamzah yang juga seorang pelakon baru-baru ini diundang oleh kerajaan Kelantan untuk memenuhi program Bicara Selebriti ke-5 sempena Hari Hiburan Islam (Hai) 12 Julai lalu.
Selain Yatt, bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam dan Ana Rafali dijemput sebagai panel menjayakan program itu. "Tapi kalau Yatt, Yatt lebih selesa di Masjid Wilayah, kat sini imam dari Mekah dan Madinah menjadi imam solat,"ujarnya. Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, beliau akan mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk ke arah yang lebih baik, khususnya sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu. Antara mereka yang memainkan peranan penting sebagai naqib pada program usrah sekali seminggu itu, Ustaz Rusdi Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ghazali Ibrahim dan lain-lain.~HRKH
Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang. Demikian ulasan di dalam blog http://greenboc.blogspot.com Berikut adalah ulasan penuh. Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang. Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.
Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu. Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.
Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan. Sementara itu, komen yang diberikan pada blog itu berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak terutamanya penjual kuih muih. Satu lagi komen ialah mengenai duit syiling baru. "Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!" tulis pelayar blog tersebut.
PEKAN: Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37. Man berharap, majlis perkahwinan anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam keluarganya. "Hampir semua ahli keluarga kami, baik di sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia muda iaitu 14 hingga 19 tahun. "Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah, " katanya ketika dihubungi. Man agak keberatan untuk mengulas lanjut mengenai perkahwinan itu dan enggan membenarkan Harian Metro berjumpa serta menemu bual anak dan menantunya. Demikian menurut Harian Metro hari ini.
Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam tadi.
Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya. "Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya. Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyai kelangsungan. ~bernama
KUALA LUMPUR: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.
Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.
Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.
Sementara itu, komen yang diberikan pada blog itu berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak terutamanya penjual kuih muih.
Satu lagi komen ialah mengenai duit syiling baru.
"Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!" tulis pelayar blog tersebut.
Pada setiap Hari Isnin dan Khamis sekiranya berkelapangan, YB Dr Rani akan membuat rawatan percuma dari rumah kerumah khususnya bagi warga emas yang terlantar di rumah. Rawatan itu dilakukan termasuk memberi sumbangan kerusi roda kepada sesiapa yang memerlukannya tanpa mengira fahaman politik mereka. Rakan-rakan dari Umno senantiasa menghargai sumbangan dan bentuk kebajikan yang diberikan terhadap kedua ibu bapa mereka.
YB Dr Abd Rani bin Hj Osman selaku Pembantu Tetap Exco Hal Ehwal Islam telah memberi ucapan utama dan merasmikan Program Ta'alim Akbar Ramadhan 1433 H yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. YB Dr Rani yang mewakili Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan kepentingan berdakwah walau apa jawatan kita dan dimana sekalipun kita berada. Syeikh Abd Razak dari Mesir dan Syeikh Habib Abd Qader pula menegaskan kehebatan Al Quran dalam menangani apa-apa masaalah terkini.
Program Jom Shopping diteruskan di Bulan Ramadhan dan melibatkan semua kaum di DUN Meru. Program khusus untuk meraikan golongan warga emas ini adalah tanda penghargaan Kerajaan Negeri Selangor kepada jasa dan sumbangan golongan warga emas kepada tanahair dan keluarga mereka. Ianya dilaksanakan tanpa mengira latarbelakang politik, bangsa dan agama. Islam mengajar ummatnya agar melakukan kebajikan kepada semua maanusia tanpa mengira warna kulit dan anutan agama.
Walaupun bermusafir dinegara orang dan memenuhi program yang ketat, namun kewajipan melakukan solat tidak pernah diabaikan oleh wakil-wakil rakyat beragama Islam dari Negeri Selangor. Selain menunaikan solat fardhu secara jamak dan qasar di Bangunan Parlimen dan hotel, beberapa tazkirah juga diberi kepada beberapa orang pegawai dan mahasiswa yang belajar dan bermastautin disana. YB Dr Rani telah diberi penghargaan untuk membaca khutbah di sebuah masjid di Melbourne.
Kunjungan rasmi 9 orang wakil rakyat dari Negeri Selangor ke Parlimen Perth, Canberra dan Melbourne di Australia telah membuahkan banyak idea-idea baru dan bernas yang boleh dipraktikkan di tanah air. Lawatan-lawatan ke House of Parliment dan Chambers serta majlis-majlis dailog yang diadakan telah banyak memberi input yang baik kepada rombongan dari Selangor yang di ketuai oleh Tuan Speaker, YB Dato Teng Chang Kim.
YB Dr Rani telah memberi tazkirah dan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sultan Sulaiman. Memberi kuliah, tazkirah dan membaca khutbah di masjid-masjid di Lembah Klang adalah amalan beliau sebelum menjadi wakil rakyat lagi, dan perkara ini bukanlah baru bagi rakyat yang mengenali beliau. Bagi Dr Rani kewajipan berdakwah dan menyampaikan risalah Islam adalah kewajipan setiap individu yang mengaku menjadi penganut agama Islam.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
GEORGETOWN: Pertemuan Presiden Cuepac, Datuk Omar Osman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini membuka sinar baru untuk program dua hala bagi kebaikan keseluruhan Penjawat Awam di negeri ini.
Selama ini isu yang ditimbulkan kononya Lim engan menerima perlawaan Omar berikutan terlalu sibuk dan terdapatnya pegawai di pejabat Ketua Menteri yang engan mengatur pertemuan sudah tidak berbangkit ekoran kedatangan rombongan Cuepac baru-baru ini.
Bagi Ketua Menteri, Lim Guan Eng perbezaan tidak membawa apa-apa halangan tetapi bagi Barisan Nasional (BN) ia satu masalah besar.
Manakala penjawat awam pastinya senyum lebar menyaksikan jalinan mesra antara CUEPAC dan Kerajaan Negeri terjalin erat kerana pertemuan itu sendiri akan memberikan peluang CUEPAC bersuara mewakili penjawat awam untuk menuntut apa-apa kehendak yang bersesuai.
Pertemuan muhibbah kedua dua belah pihak melakar satu lagi sejarah persengketaan berjaya diselesaikan oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
Fenomena itu itu pastinya terus menjadi 'mimpi ngeri' bagi kepimpinan Umno dan komponen BN kerana tidak dapat meneruskan agenda jahat untuk melihat Pakatan Rakyat punah sekaligus gagal menapak ke Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Bagi Umno dan kuncu-kuncunya dalam BN sikap berbaik dengan agensi Kerajaan Pusat menambah parah untuk parti itu menapak kembali sebagai parti teras orang melayu dipersada politik tanahair.
Sekaligus memberi lampu hijau untuk Pakatan Rakyat terus memerintah Pulau Pinang ekoran kejayaan cemerlang menghalang usaha buruk kepimpinan Umno dan BN yang hampir setiap hari mencipta isu untuk mengembalikan sokongan orang Melayu, Cina dan India.
Walaupun masih ada lagi isu yang sengaja dibawa ramai pihak mengagak isu yang ditampilkan 'makan diri' tuanya kembali.
Banyak isu seperti kontraktor Melayu akan golong tikar kerana keenganan Lim untuk memberikan tender kepada bumiputra, orang Melayu terus ditindas dalam bidang perniagaan, isu perlantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), perjualan tapak Masjid Bayan Mutiara, perkampungan melayu terhakis, penghijrahan orang melayu dari Pulau Pinang dan sebagainya.
Tetapi, akhirnya apa yang dibawa tidak tahan lama sebaliknya memalukan sipembawa isu.
Mereka jadi terkapai-kapai dibawa arus deras menuju ke jeram yang dalam.
Perkembangan pertemuan bersejarah itu benar-benar menghiris perasaan mereka yang terlibat dengan niat menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Apa pun syabas kepada Presiden CUEPAC, Datuk Omar Osman dan Lim Guan Eng kerana berjaya membawa satu lagi lembaran baru menjelang PRU 13 yang bakal menyaksikan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi ataupun merudum sebagai sebuah kerajaan yang pernah bertahan lama di Malaysia.
Subhanallah inilah kekuasaan Allah, budak 2 tahun ditembak mati pecah kepala ..tapi dikafan nampak seperti sediakala.. ini adalah kekuasaan Allah.. Apa yang terjadi adalah kehendaknya Allah Maha Kaya dan Maha Pengampun..
dewasa ini masyarakat Islam ramai dibunuh...Allah sahaja yang tahu...senjata kita adalah berdoa dan berserah kepada Allah... Kirimkan doamu teman...kita mengadu hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa...
Isu bekalan air terawat menjadi isu dan modal 'desperado' UMNO untuk menawan kembali Selangor, negeri terkaya negara ini oleh BN dalam pilihanraya yang akan datang. Isu ketidakmampuan Syabas untuk merawat air dengan 'capacity' secukupnya menjadi umpan bagi BN untuk merendahkan kredibiliti kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim dengan satu 'ultimate' iaitu untuk mendapatkan kembali Selangor di bawah tadbiran BN dan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
Kerajaan Pusat telah mengugut rakyat Selangor yang negeri itu akan kekurangan air dalam tahun 2014 dan akan menghadapi kekeringan air yang paling buruk dalam sejarah negara, kononnya. Kita memahami apa tujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyebelahi Syabas walaupun Syabas telah menyeleweng daripada asas dan matlamat penubuhannya.
Sekarang kerajaan Selangor sedang mendesak supaya Tan Sri Razali Ismail dan Ketua Eksekutifnya untuk meletakkan jawatan kerana mereka adalah bertanggungjawab di atas segala kelemahan yang ada pada syarikat Syabas ini. Razali yang sedang dibayar sebanyak RM5.1 juta gaji setahun harus meletakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan mereka ini sahaja Selangor akan membelanja peruntukan sebanyak RM225 juta untuk mitigasi 2 bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti untuk merawat air bersih untuk Selangor dan Wilayah yang berhampiran.
Kerajaan Persekutuan sedang menyebelahi Syabas bukan kerana apa tetapi semata-mata kerana politik BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Tidak ada siapa yang menahan Putrajaya untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor asalkan sahaja pengambilalihan itu dilakukan dengan sistem demokrasi dan semangatnya yang tulen.
Tetapi Putrajaya memilih untuk mengambil alih secara kotor kerana dengan cara ini sahaja mereka beranggapan sebagai cara yang ada untuk menumbangkan kerajaan Selangor yang sedang berhempas pulas untuk membersihkan kekotoran yang dilakukan oleh BN semasa memerintah negeri itu selama lima dekad yang lalu. UMNO terlalu sibuk untuk mengambil alih kerajaan yang telah disalahtadbir selama lima dekad. Apa yang anehnya orang-orang yang telah merosakkan UMNO dan kerajaan Selangor dahulu pula yang sibuk untuk kembali memerintah.
Dalam konteks ini kerajaan Selangor wajar mengambil alih Syabas yang di belakangnya adalah 'warlord-warlord' UMNO yang mahu mengambil kesempatan dengan pembekalan air ke Selangor. Sebab dan alasan bagi Selangor mengambil alih Syabas ini mempunyai asas yang amat kukuh. Syabas telah melanggar banyak klausa-klausa dalam perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor.
Konsesi ini sepatutnya boleh dibatalkan begitu sahaja dan Selangor mengambil alih Syabas tanpa ragu-ragu lagi. Syabas telah tidak menghormati perjanjian untuk mendapatkan bekalan paip dari sumber tempatan tetapi sebaliknya meng'import'nya dari Indonesia dan jumlah harga bekalan itu hampir mencecah RM400 juta. Syabas juga telah membelanjakan wang sejumlah lebih dari RM50 juta berbanding dengan jumlah RM23 juta sebagaimana dalam perjanjian itu.
Mengikut perjanjian kontrak-kontrak sepatutnya diberikan melalui tender terbuka tetapi Syabas telah memberikan kerja-kerja kontrak itu melalui rundingan terus dan jumlahnya lebih dari setengah billion ringgit.
Justeru usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih Syabas itu adalah wajar dan mengikut lunas-lunas undang-undang semata-mata untuk menjamin kestabilan pembekalan air bersih yang secukupnya menjelang tahun 2015 nanti. Tetapi kerajaan dan pemimpin-pemimpin persekutuan memilih untuk memihak kepada Syabas semata-mata kerana mahukan 'mileage' politik dan sanggup menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa kerakusan mereka.
Sekarang Syabas dan Kerajaan Persekutuan sendiri memberikan gambaran yang bercanggah-canggah di antara satu dengan yang lain. Muhyiddin berkata tidak perlu dilakukan catuan air bagi negeri Selangor sedangkan Syabas telah memberikan pandangan yang catuan air itu perlu dilakukan sekarang.
Saya tidak mahu menulis tentang isu ini dengan panjang tetapi memadai untuk mengingati rakyat Selangor dan yang lain-lain supaya menolak sahaja kerajaan BN Persekutuan sekarang ini kerana kerajaan BN lebih mementingkan kerakusan kuasa mereka daripada memberikan tumpuan untuk melestarikan kehidupan rakyat khususnya rakyat negeri Selangor semata-mata kerana hendak berkuasa di negeri ini.
BN telah memerintah Selangor selama lima puluh tahun sebelum rakyat Selangor memindahkan kuasa kerajaan itu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu dan nyata tindakan rakyat Selangor itu adalah tepat dan betul. Rakyat Selangor mesti kekal dengan kerajaan PR yang ada pada hari ini untuk membetulkan dan membersihkan kerja-kerja kotor BN selama lima puluh tahun memerintah Selangor sebelum ini.
Saya ucapkan syabas kepada TS Khalid Ibrahim kerana kesabaran beliau menghadapi cabaran-cabaran yang dilakukan terhadap kerajaan pimpinan beliau oleh UMNO dan BN yang sudah boleh dikategorikan sebagai makhluk perosak itu.
Ramai mempunyai keyakinan yang beberapa baki kerusi yang masih dipegang oleh BN di Selangor itu akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya yang akan datang ini. Rakyat Selangor wajar membantu usaha semua rakyat negara ini yang ingin mengubah dan menganjak pimpinan di Putrajaya sekarang ini dengan pimpinan yang lebih bertanggungjawab.
Kerajaan Selangor wajar menggunakan Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) dengan mengambil alih Syabas dari cengkaman kroni BN yang telah digunakan untuk mengugut rakyat Selangor untuk pilihanraya yang akan datang ini. Semua pihak wajar bersatu untuk menolak cengkaman yang sedang dilakukan oleh Putrajaya terhadap negeri Selangor kerana politik 'desperado' mereka (BN).
Saya berharap TS Khalid bersama-sama barisan pimpinan PR Selangor hari ini menolak dan mengenepikan niat jahat BN itu jauh-jauh semata-mata untuk kelestarian kehidupan rakyat Selangor yang beliau pimpin. Saya yakin TS Khalid mampu untuk mengendalikan isu ini dengan baik dan berjaya.
Jatuhnya BN di Putrajaya maka akan hilanglah tekanan terhadap rakyat keseluruhannya, khususnya rakyat Selangor. Percayalah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
KLANG: 195 keluarga di Kampung Sungai Sireh Utama, Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 menerima dokumen yang mengesahkan permohonan tanah mereka telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
(Ketibaan Khalid, Halimah dan Iskandar di sambut penduduk tempatan)
Dokumen ini disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka hari ini.
Turut serta dalam majlis ini adalah Adun Selat Kelang Dr. Halimah Ali dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri.
Kebanyakan penerima dokumen ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai setinggan sebelum ini.
Dengan pemberian dokumen ini, mereka terkeluar dari status setinggan selepas puluhan tahun tinggal di atas tanah yang mereka teroka itu.
GEORGETOWN: Pertemuan Presiden Cuepac, Datuk Omar Osman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini membuka sinar baru untuk program dua hala bagi kebaikan keseluruhan Penjawat Awam di negeri ini.
Selama ini isu yang ditimbulkan kononya Lim engan menerima perlawaan Omar berikutan terlalu sibuk dan terdapatnya pegawai di pejabat Ketua Menteri yang engan mengatur pertemuan sudah tidak berbangkit ekoran kedatangan rombongan Cuepac baru-baru ini.
Bagi Ketua Menteri, Lim Guan Eng perbezaan tidak membawa apa-apa halangan tetapi bagi Barisan Nasional (BN) ia satu masalah besar.
Manakala penjawat awam pastinya senyum lebar menyaksikan jalinan mesra antara CUEPAC dan Kerajaan Negeri terjalin erat kerana pertemuan itu sendiri akan memberikan peluang CUEPAC bersuara mewakili penjawat awam untuk menuntut apa-apa kehendak yang bersesuai.
Pertemuan muhibbah kedua dua belah pihak melakar satu lagi sejarah persengketaan berjaya diselesaikan oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
Fenomena itu itu pastinya terus menjadi 'mimpi ngeri' bagi kepimpinan Umno dan komponen BN kerana tidak dapat meneruskan agenda jahat untuk melihat Pakatan Rakyat punah sekaligus gagal menapak ke Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Bagi Umno dan kuncu-kuncunya dalam BN sikap berbaik dengan agensi Kerajaan Pusat menambah parah untuk parti itu menapak kembali sebagai parti teras orang melayu dipersada politik tanahair.
Sekaligus memberi lampu hijau untuk Pakatan Rakyat terus memerintah Pulau Pinang ekoran kejayaan cemerlang menghalang usaha buruk kepimpinan Umno dan BN yang hampir setiap hari mencipta isu untuk mengembalikan sokongan orang Melayu, Cina dan India.
Walaupun masih ada lagi isu yang sengaja dibawa ramai pihak mengagak isu yang ditampilkan 'makan diri' tuanya kembali.
Banyak isu seperti kontraktor Melayu akan golong tikar kerana keenganan Lim untuk memberikan tender kepada bumiputra, orang Melayu terus ditindas dalam bidang perniagaan, isu perlantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), perjualan tapak Masjid Bayan Mutiara, perkampungan melayu terhakis, penghijrahan orang melayu dari Pulau Pinang dan sebagainya.
Tetapi, akhirnya apa yang dibawa tidak tahan lama sebaliknya memalukan sipembawa isu.
Mereka jadi terkapai-kapai dibawa arus deras menuju ke jeram yang dalam.
Perkembangan pertemuan bersejarah itu benar-benar menghiris perasaan mereka yang terlibat dengan niat menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Apa pun syabas kepada Presiden CUEPAC, Datuk Omar Osman dan Lim Guan Eng kerana berjaya membawa satu lagi lembaran baru menjelang PRU 13 yang bakal menyaksikan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi ataupun merudum sebagai sebuah kerajaan yang pernah bertahan lama di Malaysia.
PASIR MAS - Kebiasaannya, buah labu air mencapai kepanjangan tidak lebih daripada 30 sentimeter (cm). Berbeza pula dengan labu air di Kampung Belukar, apabila ia mencapai ketinggian lebih 150 cm.
Guru al-Quran, Pak Su Mail berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perubahan, ketika mula menanam buah labu air di belakang madrasah.
Namun katanya, dia mula berasa pelik, apabila mendapati buah itu tidak berhenti membesar, setiap kali melihatnya selepas mengajar al-Quran di madrasah tersebut.
"Ramai juga yang bertanya mengenai buah ini, namun ia hanya buah biasa seperti yang diperoleh di pasar.
"Saya juga tidak meletakkan sebarang baja, sebaliknya membiarkannya tumbuh di belakang madrasah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, selepas mendapati buah ini berhenti membesar, dia dapati buah ini, mencapai lebih kurang 1.8 meter panjang.
Katanya, dia tidak menyangka, akan mendapat buah labu air panjang, dan menyifatkannya sebagai rezeki daripada ALLAH SWT kepadanya.
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat, sekiranya yakin dengan kaji selidik peningkatansokongan pengundi Cina terhadap pentadbirannya yang dijalankan Merdeka Center.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, semua pihak perlu melihat secara keseluruhan kajian itu, yang turut menunjukkan penurunan sokongan pengundi Melayu dan India.
Menurutnya, walaupun kajian ini memberi sedikit implikasi, namun beliau tidak melihat peningkatan sokongan ini sebagai petanda besar yang mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Jika Najib yakin sokongan pengundi berdasarkan kajian ini, beliau wajar adakan PRU13 sekarang.
"Kesemua usaha Perdana Menteri hanya bersifat memancing undi semata-mata dan tidak memberi kesan sokongan jangka panjang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap Najib daripada 37 peratus Mei lalu kepada 42
peratus bulan lalu.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Kajian Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran sebenar sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran Najib.
"Kajian ini dilakukan ke atas responden terhad dan bukannya keseluruhan rakyat," katanya.
Menurutnya, berdasarkan tinjauan beliau, masih ramai rakyat tidak berpuas hati pentadbiran Kerajaan Pusat.
"Kajian ini tidak semestinya tepat. Tidak wajar kita ambil sebagai keputusan muktamad," katanya.
KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.
Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/
Berikut adalah tulisan beliau.
PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.
Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.
Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.
Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.
Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.
Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.
Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.
Exco Kesihatan, Kebajikan Dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh membidas dan mendedahkan penipuan yang dibuat oleh Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berhubung kes tanah 0.4 hektar di Jalan Zainal Abidin dan keengganan Kementerian Kesihatan untuk memberi lesen untuk hospital swasta multidisiplin.
Dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor, Boon Poh mendedahkan, BN Pulau Pinang cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung hakikat keadaan Kerajaan PR Pulau Pinang yang harus menebus balik lebih RM10 juta jika lesen hospital swasta tidak dapat diperolehi.
Teng sebelum ini mendakwa lesen hospital swasta telah diluluskan untuk tanah Jalam Zainal Abidin seluas 0.4 hektar.
Menurutnya lagi, Teng telah menipu sekali lagi bahawa kerajaan negeri telah memberi jaminan kepada pemenang tender bahawa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan akan diberi untuk pengendalian hospital swasta.
Tegas beliau, Kerajaan Negeri PR tidak pernah memberi apa-apa jaminan sedemikian sebaliknya kekal dengan pendirian bahawa tanah yang dijual itu hanya boleh digunakan untuk pembangunan sebuah hospital dan bukan untuk projek komersial.
"Sebagai salah satu usaha untuk memastikan Pulau Pinang kekal sebagai nombor satu dalam pelancongan kesihatan, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membayangkan kesukaran dan keengganan Kementerian Kesihatan untuk memberi lesen hospital swasta walaupun terdapat kekurangan katil hospital di kalangan hospital-hospital swasta.
"Jika lesen hospital swasta tidak diluluskan, adalah adil jika tanah itu dikembalikan kepada kerajaan negeri dengan penebusan apa-apa bayaran yang sudah dibuat. Tindakan Teng untuk mengkritik kami kerana ingin mengambil balik tanah tersebut adalah tidak munasabah dan mengelirukan kerana dahulu beliau telah mengkritik kami kerana menjual tanah tersebut," katanya.
Ujar beliau lagi, jika Teng tidak terdesak untuk membantu UMNO memenangi kembali Pulau Pinang, beliau harus memberi tekanan kepada Kementerian Kesihatan untuk memberi kelulusan untuk lesen hospital swasta selain memastikan Pulau Pinang kekal sebagai negeri nombor satu dalam pelancongan kesihatan di Malaysia.
KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat patut memperjuangkan agar umur bersara kakitangan kerajaan 55 tahun sahaja.
Ini kerana, banyak manafaat yang boleh diperolehi dengan umur persaraan ini berbandingnya masalah yang ditimbulkan darinya.
Lagipun, penetapan umur persaraan ini sangat sesuai dengan sambutan 55 tahun kemerdekaan negara.
"Apabila pegawai kanan bersara, ramailah pegawai bawahan boleh naik pangkat.
"Ia juga akan membolehkan banyak jawatan akan kosong dan memberikan peluang kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk bekerja pula," kata salah seorang dari 31,836 pembaca facebook Harakahdaily.
Harakahdaily telah memasukkan satu soalan ke dalam facebooknya dan meminta pendapat orang ramai mengenainya.
"55 tahun bersara yang wajar bagi seseorang. Tahun ini pula kita menyambut hari Kemerdekaan ke 55..." ditulis pada wall Harakahdaily dan hampir semua pemberi komennya termasuk cyber trooper Umno menyokong cadangan ini.
Kerajaan sebelum ini telah menetapkan umur bersara kakitangan swasta kepada 60 tahun namun kakitangan kerajaan kepada 57 sahaja.
Selain umur persaraan, cadangan agar umur untuk mengeluarkan KWSP kepada 60 tahun sebagaimana yang dicadangkan KWSP sebelum ini telah mendapat bantahan yang menyeluruh.
Kerajaan dianggap mahu menggunakan duit rakyat jika melanjutkan umur untuk membolehkan pencarum mengeluarkan kesemua wangnya.
"Sepatutnya 50 tahun pun dah ok.. boleh bagi peluang pada yang lain untuk bekerja," kata seorang pelayar dengan identiti AEp Kdh.
Zarina Baharin pula menulis, "Bagi yang faham, terima kasih.....sebab dah lanjut usia ni, kita nak tumpu pada ibadah.....bukan duniawi lagi dah...tetapi adakah si PEMBUAT DASAR itu prihatin?"
Fuad Ishak pula menulis: "Kepada yang berkesempatan cubalah cari Research Paper oleh Dr Sing Ling (Chinese Institute Engineers-New York Chapter) bertajuk "Optimum Strategies for Creativity and Longevity".
"Semakin bertambah umur persaraan, semakin singkat umur seseorang. (Hidup mati ketentuan Allah, namun kita boleh gunakan sebagai rujukan & bantuan untuk masa depan sejagat)."
Bagaimanapun, Mohd Faisal Alias mempunyai pandangan berbeza. Beliau mencadangkan umur persaraan dibuat pilihan.
"Jangan sempitkan pandangan, ramai lagi pekerja kerajaan memerlukan masa menyelesaikan hutang piutang.
"Siapa yang tak memerlukan bolehlah bersara awal," tulisnya.
MARANG: PAS menggesa kerajaan Malaysia agar dapat menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa bagi menekan kerajaan Myanmar yang disifatkan zalim serta kejam ke atas etnik Rohingya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan zalim dan kejam pihak pemerintah Myanmar terhadap umat Islam Rohingya yang minoriti dihentikan segera.
"Kita mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.
"Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa," tegas beliau.
Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di pekarangan Masjid Rusila, semalam.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpati terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Myanmar.
"Di atas nama kemanusiaan dan Islam, PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.
"Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang," ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Yahaya Ali.
Program pemberian air percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan Kerajaan Negeri dan kesungguhan untuk memastikan industri air di Malaysia diuruskan dengan menjadikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.
"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat pula menikmati penjimatan secara purata hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.
"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.
Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan