Peghelih La... Posted: 20 Jul 2012 11:16 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 20 Jul 2012 09:28 PM PDT KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK Posted: 20 Jul 2012 04:22 PM PDT KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK Tarikh : 21/07/12 & 28/07/12 & 04/08/12 & 11/08/12 Setiap Sabtu sepanjang Ramadhan ( 2 sesi) iaitu 8.30 pg – 10.00 pg 10.30 pg – 12.00 tgh (Yuran : RM 15 seorang bagi setiap sesi)
Penyertaan : PAS kawasan-3 ahli, Dewan Pemuda PAS kawasan-3 ahli dan Dewan Muslimat PAS kawasan-3 ahli. Tempat : Dewan D'Ark ( Siri 1) , Gedung Lalang ( 3 Siri berikutnya )
Rujukan : 1. Us. Sofi 019-4766747 2. Us. Hadi 019-6627374 3. Us. Ghani 012-6761187
| JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M Posted: 20 Jul 2012 04:21 PM PDT JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M PAS NEGERI SEMBILAN
Kawasan : RASAH Tarikh & Hari : 27 JULAI 2012 / 07 RAMADHAN 1433 ( JUMAAT ) Tempat : SRIIDU Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan :
Kawasan : SEREMBAN Tarikh & Hari : 28 JULAI 2012 / 08 RAMADHAN 1433 (SABTU) Tempat : PASTI WILDAN / AMPANGAN Hadir Wakil Perhubungan : HJ. Anuar (Timb. PJ2) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan,Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan : PELANCARAN MADRASAH RAMADHAN OLEH TN HJ MOHAMAD SABU
Kawasan : REMBAU Tarikh & Hari : 04 OGOS 2012 / 15 RAMADHAN 1433 (SABTU) Tempat : DUN CHEMBONG @ DUN KOTA Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan : Kawasan : TAMPIN Tarikh & Hari : 05 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD) Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN Kawasan : TELOK KEMANG Tarikh & Hari : 10 OGOS 2012 / 21 RAMADHAN 1433 (JUMAAT) Tempat : Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JEMPOL Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU) Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA
Kawasan : KUALA PILAH Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD) Tempat : Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JELEBU Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA) Tempat : Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat | Program Ramadhan 1433 H Surau Taman Pinggiran Senawang Posted: 19 Jul 2012 09:37 PM PDT | Program Ramadhan 1433 H Madrasah Islamiah Posted: 19 Jul 2012 09:36 PM PDT | |
Rembau Hari Ini Posted: 20 Jul 2012 07:38 PM PDT JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M Posted: 20 Jul 2012 04:23 PM PDT JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M PAS NEGERI SEMBILAN
Kawasan : RASAH Tarikh & Hari : 27 JULAI 2012 / 07 RAMADHAN 1433 ( JUMAAT ) Tempat : SRIIDU Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan :
Kawasan : SEREMBAN Tarikh & Hari : 28 JULAI 2012 / 08 RAMADHAN 1433 (SABTU) Tempat : PASTI WILDAN / AMPANGAN Hadir Wakil Perhubungan : HJ. Anuar (Timb. PJ2) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan,Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan : PELANCARAN MADRASAH RAMADHAN OLEH TN HJ MOHAMAD SABU
Kawasan : REMBAU Tarikh & Hari : 04 OGOS 2012 / 15 RAMADHAN 1433 (SABTU) Tempat : DUN CHEMBONG @ DUN KOTA Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan : Kawasan : TAMPIN Tarikh & Hari : 05 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD) Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN Kawasan : TELOK KEMANG Tarikh & Hari : 10 OGOS 2012 / 21 RAMADHAN 1433 (JUMAAT) Tempat : Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JEMPOL Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU) Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA
Kawasan : KUALA PILAH Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD) Tempat : Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JELEBU Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA) Tempat : Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat | KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK Posted: 20 Jul 2012 04:23 PM PDT KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK Tarikh : 21/07/12 & 28/07/12 & 04/08/12 & 11/08/12 Setiap Sabtu sepanjang Ramadhan ( 2 sesi) iaitu 8.30 pg – 10.00 pg 10.30 pg – 12.00 tgh (Yuran : RM 15 seorang bagi setiap sesi)
Penyertaan : PAS kawasan-3 ahli, Dewan Pemuda PAS kawasan-3 ahli dan Dewan Muslimat PAS kawasan-3 ahli. Tempat : Dewan D'Ark ( Siri 1) , Gedung Lalang ( 3 Siri berikutnya )
Rujukan : 1. Us. Sofi 019-4766747 2. Us. Hadi 019-6627374 3. Us. Ghani 012-6761187
| Program Ramadhan 1433 H Madrasah Islamiah Posted: 19 Jul 2012 09:40 PM PDT | Program Ramadhan 1433 H Surau Taman Pinggiran Senawang Posted: 19 Jul 2012 09:39 PM PDT | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 20 Jul 2012 07:29 PM PDT ADUN Sura & Pengarah MTD Sura Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433 Posted: 19 Jul 2012 07:51 PM PDT DUNGUN, 20 Julai Jumaat - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433 kepada semua pengundi dan warga DUN Sura samada yang menetap di DUN Sura atau yang sedang bertugas dan berkhidmat di luar kawasan. "Semoga kehadiran Ramadhan tahun ini dikurniakan kekuatan dari sisiNya untuk meningkatkan ketaqwaan seterusnya menghasilkan natijah yang bermanfaat samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negeri serta negara yang akan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T" - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik.
Sementara itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 20 Jul 2012 07:29 PM PDT Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1433H/2012 Posted: 20 Jul 2012 09:09 AM PDT Ramadan Al-Mubarak 1433H/2012 Jalan Menuju Kejayaan
Ahlan wa sahlan ya ramadhan
Allah Ta'ala berfirman : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kama agar kamu bertaqwa. (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. " (Al-Baqarah: 183-184)
Alhamdullillah kita bersyukur kepada Allah kerana kita diberi kesempatan sekali lagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini pada tahun 2012. Allah telah memberi kita peluang sekali lagi untuk kita sebagai umat Islam melaksanakan amanah ini, supaya kita dapat muhasabah diri dengan penuh ikhlas dan jujur tanpa ada sifat lemah dan malas untuk mengerjakan kewajiban ini.
Kita diwajib menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang hari bulan puasa, ini merupakan tarbiyah atau latihan bagi kita menahan diri kita dari hawa nafsu makan sepanjang tahun. Bukan itu saja, bahkan kita juga perlu banyak bersabar menghadapi berbagai ujian termasuk berjuang untuk membebaskan diri dan negara kita dari jajahan yang boleh menghancurkan masa depan negara ini dari mereka yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan kuasa mereka terhadap amanah yang diberi oleh rakyat. Semoga, hasrat dan impian rakyat untuk melihat perubahan yang menyeluruh akan menjadi kenyataan, apabila semua rakyat bersatu dan sedar akan tanggungjawab mereka dengan memilih pemimpin yang amanah, jujur, ikhlas, dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Bagi yang bukan beragama Islam, jangan takut kepada Islam kerana Islam itu adil untuk semua. Marilah kita sama-sama bersatu dan berjuang untuk mendirikan sebuah Negara kebajikan yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.
Akhir sekali, saya bagi pihak PAS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia ini kepada seluruh umat Islam walaupun dimana mereka berada. Kita sebagai umat Islam wajib melaksanakan ibadah puasa ini semata-mata kerana Allah bukan hanya ikut-ikutan atau sebagai adat saja tapi lebih kepada beribadat kepada Allah untuk mendapat keredaanNya. Semoga Allah menerima amal ibadah dan memperkenankan doa kita semua. Insya-Allah. Ameen.
Wasalam Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Ramadan 1433H/2012 the Road to Success
"Observing Saum (fasts)] for a fixed number of days, but if any of you is ill or on a journey, the same number (should be made up) from other days. And as for those who can fast with difficulty, (e.g. an old man, etc.), they have (a choice either to fast or) to feed a Miskîn (poor person) (for every day). But whoever does well of his own accord, it is better for him. And fast is better for you if you know." Al-Baqarah Verse 184 (2:184)
Thankfully, we are grateful to Allah, because we are given the opportunity to once again celebrate Ramadan full of glory and blessings in the year 2012.Allah has given us another chance for us as Muslims to perform this trust, so we can self-reflection with sincerity and honesty without any vulnerability and lazy to do this obligations. We are required to abstain from food and drinks throughout the day during the fasting month this is Tarbiyah (Education & Upbringing) or training to withhold ourselves from our desires to eat throughout the year.Not only that, but we also need a lot of patience to face many tests including the struggle to liberate ourselves and our country from the colonies that could destroy the future of this country from those irresponsible and abuse their power against the trust given by the people.
Hopefully, aspirations and dreams the people to see an overall change will be realized, when all the people united and aware of their responsibility to elect leaders who are trustworthy, honest, sincere, and fair to all regardless of race, religion and political belief. For those who are not Muslims, do not be afraid of Islam because Islam is fair to all. Let us all unite and fight to build a welfare State which is better than what it is today. Finally, I on behalf of the PAS Sarawak, would like to Welcome to this holy month of Ramadan to all Muslims wherever they are located.We as Muslims must perform this fast simply because of Allah is not just a followed-vogue or as custom only but more to serve of Allah for seek His good pleasure.May Allah accept deeds and listens to us all. God willing Ameen Yours faithfully Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
| Nasib Penjaja Kecil Miri Tidak Menentu Posted: 20 Jul 2012 04:28 AM PDT Jangan Sekat Perniagaan Kami - Penjaja Kecil MIRI - Penjaja kecil di Mosjaya Miri telah diberi arahan oleh pihak penguasa MBM (Majlis Bandaraya Miri) dari terus berniaga di kawasan tapak letak kereta dan disekitar kawasan kedai disitu. Mereka telah diberi surat saman atau amaran agar mereka tinggalkan kawasan tersebut dan sekiranya mereka masih juga berniaga dikawasan tersebut, tindakan tegas akan diambil. Salah seorang peniaga burger, Adonese telah mengadu kepada kami yang beliau telah diberi surat saman dan arahan, agar jangan berniaga disitu lagi. Sebenarnya ramai lagi mengalami nasib yang sama dengan beliau, dimana kawasan tersebut telah dilarang untuk peniaga kecil menjual hasil mereka. Pihak MBM seharusnya jangan bertindak tanpa ada perasaan perikemanusiaan, sebab mereka ini hanya bergantung pendapatan dengan menjual makanan dan hasil pertanian mereka, bukannya mereka ini penjaja haram yang menjual barang yang dilarang oleh undang-undang Negara. Sebelum bertindak sesuatu, pihak MBM seharusnya menyediakan tempat perniagaan yang sesuai untuk penjaja kecil ini meneruskan perniagaan mereka, agar punca pendapatan mereka tidak terganggu dengan tindakan pihak MBM. Kalau pihak MBM menyediakan tempat yang sesuai dan memberi mereka lesen peniagaan sudah pasti perkara semacam ini tidak berlaku. Menurut mereka, dulu mereka pernah memohon lesen jualan dari pihak MBM tetapi permohonan mereka ditolak tanpa ada sebarang alasan. Sehingga kini mereka terpaksa berniaga dikawasan tersebut semata-mata untuk menampung pembelanjaan dan juga meneruskan kehidupan harian mereka tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Mereka berusaha untuk hidup berdikari tetapi mengapa pula ada pihak yang cuba menyekat rezeki mereka dengan menghalang mereka dari terus berniaga dalam kawasan tersebut. Dimana tanggungjawab pihak berkuasa untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini? Apa yang harus mereka lakukan sekiranya pihak berkuasa menghalang mereka dari terus berniaga dalam kawasan tersebut? Mereka ini seharusnya diberi peluang oleh pihak MBM, jangan bertindak tanpa memikir masa depan mereka yang mempunyai tanggungan keluarga yang harus diberi makan dan tempat tinggal. Tanpa berniaga, adakah pihak MBM bersedia untuk menanggung pembelanjaan mereka seharian? Kita mendesak pihak MBM dan pihak berkuasa jangan menganggu dan menyekat mereka dari terus mencari rezeki dikawasan tersebut tanpa memberi pilihan untuk mereka terus berniaga. Harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan masalah ini patut diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak MBM dan pihak berkuasa tempatan untuk memberi ruang perniagaan yang sesuai kepada golongan peniaga kecil ini. Kerjasama pihak MBM dan pihak yang berkenaan sangat dihargai. Jofri Jaraiee PAS Miri,Sarawak English version Do Not Blockade Our Trading – Petty TradersMIRI - Petty traders in Mosjaya Miri have been given instructions by authorities of MCC (Miri City Council) from further trading in the parking lot and around the shops there. They were given a summons or a warning letter so that they leave the area and if they still do trade in that area, stern action will be taken. One of the burger traders, Adonese have complained to us that he was given a letter of summons and direction, which do not do any business there again. Actually, many more suffered the same fate with him, where the area has been prohibited for small traders sell their produce. The MCC should not act without any sense of humanity, because they depend only on income by selling their food and agricultural products, not their illegal hawkers who sell goods that are prohibited by State law. Before acting on something, the MCC should provide a suitable place of business for small traders to continue their business, so that their livelihoods are not affected by the action of the MCC. If the MCC provides a convenient place and give them a trade license of course this sort of thing does not happen. According to them, before they ever apply for a trade license from the MCC but their application is rejected without giving any reason. Until now they have to do business in that area just to cover expenses and also continue with their daily lives without being dependent on others. They strive to live independently, but why would any party that tried to block their livelihood by preventing them from continuing to do business in the area. Where are the responsibilities of the authorities to help the less fortunate? What should they do if the authorities continue to prevent them from dealing in the area? They should be given the opportunity by the MCC, do not act without thinking about the future of those who have family obligations that must be given food and shelter. Without trade, are the MCC willing to take their daily spending? We urge the MCC and the authorities do not interfere and stop them from continuing to make a living in that area without giving them the option to continue trading. Hope this matter can be settled amicably and this problem should be given appropriate attention from the MCC and local authorities to provide suitable business space to small traders. The cooperation of the MCC and the parties concerned are very much appreciated.
| |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 20 Jul 2012 07:29 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 20 Jul 2012 03:32 PM PDT PM 'PEMURAH', 14,254 IMAM DAPAT JUBAH ! Posted: 20 Jul 2012 12:25 AM PDT SERDANG - Jumlah imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang berbanding 111 orang tahun lepas. Komen : Agak-agak sapa pembekal kain utk buat jubah ini??? Apa lagi PM nak bagi, syorkan cepat ! Tak lama lagi BN nak umum bajet bulan 9. BR1M 500 dah, RM100 anak sekolah dah ,TR1M dah, Klinik, kedai 1Malaysia, Kedai kain , RM5000 utk peneroka dan kini imam dan ajk masjid. Pas nie pemandu bas, pemandu lori , segala pemandu kena minta tayar 2 biji. Dengonyer rakyat nak minta minyak makan dan minyak petrol !Malaysia plak.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini semalam. Beliau turut mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam dan 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah di samping dua tong air zam-zam kepada setiap masjid. Menurutnya, kain dari jenis yang cukup berkualiti itu dipilihnya sendiri dan diberi awal agar penerima dapat membuat jubah khas untuk dipakai pada 1 Syawal nanti. Najib berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat termasuk para imam dan guru-guru agama yang bekerja keras berjuang demi memartabatkan syiar Islam di seluruh pelosok negara. | ISU TILAM BUAT UMNO TAK TIDUR MALAM , ISU TALAM BUAT MCA KELAM ! Posted: 19 Jul 2012 08:48 PM PDT Ketua Pemuda Profesional MCA, Chua Tee Yong telah mengadakan sidang media yang kelimanya semalam, 17 Julai 2012. Sidang akhbar tersebut dilakukan untuk meneruskan lagi tuduhan perlakuan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ketika menandatangani Perjanjian Penyelesaian bersama Syarikat Talam dua tahun yang lalu. MCA dalam sidang media yang terbaru ini kini mendakwa Kerajaan Selangor mengelak dari menjawab dakwaan-dakwaan Chua Tee Yong.
KELEMAHAN DALAM HUJAH-HUJAH MCA
MCA dan Chua Tee Yong seharusnya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menghina kebijaksanaan rakyat. Chua Tee Yong seharusnya memberhentikan dakwaan-dakwaan palsu mengenai isu ini. Apabila dikaji secara logik, dakwaan-dakwaan palsu ini adalah terlalu nyata untuk tidak mempercayainya. Hujah-hujah palsu selalunya digunapakai oleh mereka yang secara intelek tidak jujur dengan memberikan kesimpulan yang tidak benar yang gagal untuk membuktikan apa-apa, terutamanya apabila penipuan-penipuan tersebut dididedahkan.
KENYATAAN SEPARUH BENAR
Kenyataan separuh benar ialah falasi kekeliruan dengan memberitahu kebenaran tetapi pada masa yang sama, sengaja menyembunyikan butir-butir penting dengan tujuan untuk memalsukan dan menyokong kesimpulan palsu. Falasi kekeliruan pertama dakwaan-dakwaan MCA ialah penggunaan kenyataan separuh benar, di samping sengaja menyembunyikan fakta-fakta penting berikut:
a) MCA gagal mendedahkan hutang-hutang yang ditanggung oleh Kerajaan BN sewaktu mentadbir Kerajaan Selangor; b) Kerajaan Selangor telah bertindak dengan mendapatkan kembali hutang-hutang berjumlah RM392 juta yang dipegang oleh Talam kepada Kumpulan Darul Ehsan, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Yayasan Pendidikan Selangor berhubung beberapa pembangunan hartanah yang dilaksana sepanjang 10 tahun yang lalu; c) Kerajaan Selangor BN telah membenarkan Talam untuk menanggung hutang-hutang ketika 3 orang wakil MCA merupakan ahli EXCO Selangor; d) Kerajaan negeri BN/MCA telah membenarkan syarikat-syarikat GLC negeri dan agensi-agensi berkaitan untuk menandatangani urus-urus niaga yang diragui di mana Talam diberikan tanah sebagai balasan dalam kontrak-kontrak di mana Talam masih belum melaksanakan tanggungjawab mereka; e) Kerajaan negeri BN/MCA gagal mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam sehingga Perakaunan Tahunan Talam 2007 tidak menganggap hutang-hutang tersebut sebagai liabiliti kini tetapi sebaliknya sebagai hutang jangka panjang; f) Kerajaan negeri BN/MCA gagal, mengabaikan dan/atau enggan untuk mengambil apa-apa tindakan atau tindakan sewajarnya untuk mengutip hutang-hutang:
· Walaupun selepas Talam telah diisytiharkan sebagai penerbit terjejas mengikut Nota Amalan 17/2005 Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia pada 1 September 2006; · Walaupun selepas Talam telah mengumpul hutang sebanyak RM446.53 juta, dan sehingga 31 Julai 2008, mengumpul pinjaman sebanyak RM1.184 bilion di mana RM924.8 juta atau 78.1 peratus daripada pinjaman tersebut tidak dibayar; · Walaupun selepas Talam tidak mempunyai keupayaan untuk membayar hutang-hutang terkumpulnya apabila tiba masanya kerana Talam mempunyai hutang dan pemiutang perdagangan lebih daripada RM2 bilion, pada masa yang sama mempunyai penerimaan dan wang tunai kurang daripada RM280 juta;
g) Hutang-hutang tersebut tidak dicagar dan dalam situasi penggulungan Talam, pemiutang pilihan dan pemiutang bercagar akan diberikan keutamaan sebelum negeri dan lain-lain pemiutang tidak bercagar; h) Talam pernah mencadangkan penstrukturan semula untuk menyelesaikan hutang-hutang takberbayar dengan mengeluarkan pelbagai bentuk saham keutamaan dan pinjaman stok kepada para peminjam yang mengecualikan GLC dan agensi-agensi negeri; i) Suruhanjaya Sekuriti dalam surat bertarikh 25 September 2007 menolak Rancangan Rombakan Cadangan Talam; dan j) Terdapat pelbagai petisyen difailkan oleh beberapa orang pemiutang untuk menggulungkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Talam.
MCA telah menyembunyikan maklumat-maklumat di atas daripada orang awam dalam sidang media mereka. Ianya terbukti jelas kepada mana-mana pihak yang melakukan pemeriksaan kepada maklumat-maklumat awam seperti pengumuman awam Talam mengenai Perjanjian Penyelesaian tersebut, laporan tahunan Talam dan pekeliling-pekeliling kepada para pemegang saham di mana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak akan mendapat kembali apa-apa wang. Penyelesaian terbaik ialah untuk mengambil kembali 13 bidang tanah kepunyaan Talam.
MENIPU MENGGUNAKAN STATISTIK
Cara hujahan palsu lazim ialah menipu menggunakan statistik. Ianya ialah penggunaan angka dan bilangan untuk "membuktikan" tuntutan-tuntutan tidak berkaitan. MCA telah menipu menggunakan statistik dengan hanya memfokuskan kepada 1 daripada 13 bidang tanah. MCA mendakwa Kerajaan Negeri memberikan nilai berlebihan sebanyak RM181,082,000.00 bagi tanah di Bestari Jaya di mana nilai di pasarannya ialah RM139,090,000.00. Namun begitu, MCA gagal dalam memahami fakta bahawa Menteri Besar dan Kerajaan Selangor telah mendapatkan kembali 13 bidang tanah yang biarpun nilai pasarannya ialah RM685,230,000.00, tetapi dinilai pada RM676,094,000.00 sebagai balasan.
Walau apa-apa pun, MCA tidak mengemukakan dokumen sama yang mendedahkan nilai pasaran dan balasan nilai tanah di Bestari Jaya, di mana nilai bukunya ialah RM215,128,000.00. Oleh itu, Talam telah mengalami kerugian nilai buku sebanyak RM34,046,000.00. Dakwaan MCAbahawa Talam mempunyai kemampuan untuk berunding "urus janji" adalah suatu dakwaan tidak berasas.
MEMAINKAN EMOSI
Memainkan emosi ialah suatu falasi kekeliruan klasik dengan mengabaikan fakta dan menggunakan emosi semata-mata. MCA mendakwa "bebas hutang" Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kini dibeban dengan hutang bernilai sebanyak RM230 juta kerana membeli aset-aset Talam, menaikkan emosi sementara mengabaikan fakta bahawa ianya di bawah pentadbiran BN/MCA, GLC-GLCdan agensi-agensi Selangor mula dibeban dengan masalah RM392 juta tersebut.
TANGAN BERSIH
Ini ialah prinsip terkenal "dia yang datang ke ekuiti, hendaklah datang dengan tangan bersih". MCA dikecualikan dari mempersoalkan usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam tanpa MCA diri sendiri mengambil sebarang tindakan ke atas ahli-ahli EXCO mereka yang membenarkan hutang-hutang tersebut terkumpul dan akhirnya gagal, enggan dan/atau mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan kembali hutang-hutang tersebut.
PENIPUAN BESAR
Teknik penipuan besar ini ialah falasi kekeliruan moden dengan mengulang kembali berulang kali penipuan atau penipuan separuh, terutamanya dalam media, sehingga orang awam mempercayainya tanpa memerlukan sebarang bukti. MCA dalam mengulang dakwaan-dakwaan terhadap Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat dalam lima sidang media selepas penjelasan telah diberikan oleh Menteri Besar dan lain-lain sedang mempraktiskan kata-kata Joseph Goebbels:
"Jika sesorang memberitahu sebarang penipuan besar dan terus mengulanginya, rakyat akan kelama-lamaan mempercayainya. Penipuan tersebut hanya dapat dikekalkan pada jangka masa yang tertentu kerana Pentadbir Negara mempunyai keupayaan untuk melindungi rakyat dari akibat politik, ekonomi dan/atau tentera penipuan tersebut. Lantas, ia menjadi amat kritikal untuk Pentadbir Negara untuk menggunakan segala kuasanya untuk mengekang sebarang percanggahan pendapat, kerana kebenaran ialah musuh utama penipuan, dan seterusnya, kebenaran menjadi musuh terbesar Negara."
Ia juga merupakan suatu kebiasaan falasi kekeliruan yang menimpa sesiapa yang mempercayai penipuan tersebut perlu untuk meneruskan kepercayaan songsang mereka selepas didedahkan kepada mereka kepercayaan songsang tersebut merupakan suatu kesilapan. Ini adalah kerana ketakutan mereka bahawa dengan mengakui kesilapan mereka, akan berlakunya akibat yang tidak dapat dibayangkan ke atas ketua negara.
Falasi kekeliruan menggunakan teknik "penipuan besar" dan doktrine Goebbel telah didedahkan pada 19 November 1863 di suatu majlis dedikasi di sebuah tanah perkuburan tentera di Gettysburg, dengan pepatah "seseorang tidak boleh menipu kesemua orang pada semua masa".
KEJUJURAN INTELEKTUAL
Ia adalah sukar untuk mencari lagi sebuah penghujahan intelektual yang tidak jujur walaupun dalam keadaan politik kini daripada pendakwaan berterusan MCA terhadap Pakatan Rakyat dalam mendapatkan kembali hutang Talam dengan harapan sia-sia untuk menarik sokongan politik di Selangor. Episod ini ialah sebuah petunjuk jelas bahawa MCA tidak berminat untuk berbicara secara jujur dengan rakyat Malaysia. Jika MCA jujur dalam membantu rakyat negeri Selangor, maka mereka seharusnya membantu dalam menukarkan 13 bidang tanah Talam kepada bentuk tunai untuk kepentingan rakyat.
Terdapat masa dan situasi di mana ahli politik seharusnya berhenti berusaha untuk meraih mata murah politik dan bertindak demi kepentingan rakyat. Kehilangan aset-aset Negeri Selangor dan kesulitan yang dihadapi untuk mendapat kembali hutang Talam ialah contoh sebuah peristiwa tragis.
Jika MCA masih ingin meneruskan lagi dakwaan-dakwaan ini, ianya terpulang kepada rakyat untuk menghakimi pihak mana yang sibuk bermain permainan politk kotor dan pihak mana yang bekerja dalam senyap dalam usaha serius mendapatkan kembali hutang bernilai RM392 juta. | ALHAMDULILLAH RAMADHAN MENJELANG, 'INSPEKTOR ALIZA ' SERAH BORANG Posted: 19 Jul 2012 05:30 PM PDT Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup malam tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu. Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya. Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri. Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah. "Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. "Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya. Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini. | |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 20 Jul 2012 03:06 PM PDT tazkirah ramadhan 30 saat (1) Posted: 20 Jul 2012 04:09 AM PDT Tazkirah Ramadhan 30 saat (1) Umat Islam memulakan sambutan hangat malam pertama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan akur dan patuh kepada larangan baginda nabi صلى الله عليه وسلم daripada berpuasa pada hari terakhir bulan Syaaban. Ertinya, hendaklah puasa sunat di bulan Syaaban tidak bersambungan ke awal Ramadhan, bahkan wajib dipisahkan walau satu hari di [...] | |
Dupahang's Weblog Posted: 20 Jul 2012 11:33 AM PDT Debat PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? Posted: 19 Jul 2012 08:46 PM PDT | Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup Posted: 19 Jul 2012 08:14 PM PDT http://greenboc.blogspot.com, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri. Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam [...] | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 20 Jul 2012 11:25 AM PDT Bulan ‘mengambang’ di Dun Chukai Posted: 20 Jul 2012 08:30 AM PDT SALAM FOR ALL & FOR RAMADAN KEMAMAN: Salam Ramadan khas untuk umat Islam khususnya kepada rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, Kemaman yang akan berpuasa bersama-sama umat Islam seluruhnya. Ini bermakna, 1 Ramadan yang bakal disambut pada hari Sabtu (21 Julai 2012) menjadi bulan tarbiyyah kepada umat Islam khususnya para pejuang agama Allah swt. Apa yang menariknya, sehari sebelum Ramadan dalam kesibukkan pihak berkuasa melihat dan menentukan nampaknya 'anak bulan' bagi membolehkan umat Islam di negara ini berpuasa. Di Bandar Chukai Kemaman, telah muncul 'ibu bulan' yang amat besar dan setakat ini paling besar pernah dinaikkan khususnya di Dun Chukai ini. Besarnya, 'ibu bulan' tersebut diterjemahkan dalam bentuk bendera sebuah wadah perjuangan Islam yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata setakat ini pihak Dun Chukai telah berjaya memasang hampir 25 buah bendera 'gergasi' dan yang ini paling besar berbanding sebelumnya. Menurutnya, bendera ini bersaiz 16 x 20 kaki yang dipasang di hadapan Pasar Besar Chukai di Kampung Tengah, Chukai Kemaman. "Insya'Allah, setakat ini kita (PAS) telah pasang hampir 25 buah bendera besar di Dun Chukai ini dan mungkin kita akan buat lagi yang lebih besar dari ini jika pilihan raya masih jauh. "Ini semua, semangat anak-anak muda yang inginkan perubahan. Kita (PAS) ikut 'mood' orang muda yang mahukan bendera kita bagi bendera," ujarnya ketika ditemui selepas menaikkan bendera tersebut. Katanya, bendera PAS yang besar itu seolah-olah sedang 'mengambang' dan petanda kemenangan Islam semakin dekat. Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin Umno semakin lumpuh di negeri ini dan Barisan Nasional (BN) akan 'stroke'. "Marilah kita (rakyat) sama-sama berdoakan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu dan amnya berjaya ke Putrajaya. "Umno nampak sudah lumpuh dan BN juga bakal terkena 'stroke' berhadapan dengan kuasa rakyat pada PRU13 ini, Insya'Allah," tegasnya. Justeru, Haji Hanafiah menyarankan agar rakyat meletakkan dalam minda masing-masing yang Umno-BN sudah kalah dan digantikan dengan PAS. Menurutnya, sudah tiba masa pengundi pula mempergunakan Umno-BN dan bukan lagi membiarkan parti itu mempermainkan rakyat. | |
Jasindaily Online Posted: 20 Jul 2012 09:35 AM PDT Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi - projek Jho Low Posted: 20 Jul 2012 08:59 AM PDT Pelbagai keraguan timbul berhubung Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dikenali sebagai projek Jho Low, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Malah katanya, projek berkenaan menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2012 dan turut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10).
"Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu, dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya lagi, sehingga kini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur sebanyak RM3.5 bilion dalam Petrosaudi International Limited yang kemudian melabur lebih RM1.5 bilion dalam UBG Berhad. UBG Bhd ialah syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mana Jho Low merupakan salah seorang ahli lembaga pengarahnya.
Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dipertikaikan itu. Salahuddin juga melihat Belanjawan 2012 lebih mementingkan projek-projek yang bersifat 'projek Taek Jho Low' dari menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat seperti projek tebatan banjir di negeri Kelantan, Kedah dan Sabah.
"Ini belanjawan rakyat atau belanjawan Taek Jho Low?" soal beliau seperti dilapor Harakahdaily. Sebelum ini menjadi pengetahuan umum Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan jutawan muda tersebut. Malah Jho Low baru-baru ini mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah dan turut dilapor memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co. Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co.
Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1MDB. Pada Jun 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB. KEADILAN sebelum ini turut mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.
| KALAH BIDA DAPAT PROJEK KAWAL UDARA NEGARA Posted: 20 Jul 2012 08:55 AM PDT Setelah rakyat Malaysia dikejutkan isu masalah sistem radar yang dibangunkan Selex Sistemi Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT) di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang, kini KEADILAN difahamkan salah satu syarikat tersebut telah mendapat projek di KLIA2 walaupun ia pembida yang kalah. KLIA2 sebelum ini pernah menghadapi kontroversi antaranya, pemilihan tapak dengan permukaan tanah yang lembut dan tidak sesuai untuk membangunkan lapangan terbang – maklumat yang tidak diketengahkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada rakyat. Selain itu, kenaikan kos dari RM1.7 bilion kepada RM 3.6 bilion dan penundaan tarikh siap pembinaan dari September 2011 ke April 2013; menambahkan lagi kontroversi, dan tentunya penggunaan wang rakyat apabila nilai projek KLIA2 melambung tinggi nanti.
Terkini, KEADILAN telah mendapat maklumat bahawa AAT merupakan salah satu dari tiga syarikat yang telah memasukkan bidaan untuk membangunkan sistem kawalan udara di KLIA2. Bagi projek KLIA2, syarikat AECOM dilantik menjadi konsultan kepada MAHB dan telah memulakan pengumpulan maklumat, data dan laporan sejak Februari 2010 untuk memberikan pendapat komprehensif; terutamanya di dalam tiga aspek iaitu sistem kawalan udara, prosedur dan peralatan. AECOM juga mendapati ada keraguan dalam keberkesanan sistem kawalan udara SELEX dan mengesyorkan peningkatan sistem kawalan udara supaya ia dinaiktaraf dan kekal relevan supaya dapat menangani kapasiti penerbangan dengan lebih baik dan berkesan apabila KLIA2 dibuka nanti. Meskipun laporan penilaian teknikal AECOM bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (AMCOP) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih, namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada AAT – sebuah syarikat yang, mengikut laporan penilaian teknikal tersebut, tidak memenuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan untuk projek ini.
Walaupun nilai bidaan AAT adalah lebih rendah daripada AMCOP, kelulusan hanya boleh diberikan sekiranya AAT menepati kesemua keperluan teknikal yang disenaraikan. Tambahan lagi, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perolehan MAHB juga telah dengan jelas memberikan penilaian dan rekomendasi seperti berikut pada 15 Mac 2012. Pemilihan AAT mengejutkan kerana sebelum ini AAT juga terjerumus di dalam kontroversi yang mengancam keberkesanan keselamatan sistem kawalan udara di Malaysia serta para penumpang pengangkutan udara menerusi makluman dalaman tentang senarai kecacatan dan kestabilan penyenggaraan sistem radar MIP-2 di Lapangan Terbang Subang. Insiden-insiden kecacatan di dalam sistem MIP-2 juga diakui oleh Jabatan Penerbangan Awam, dan emel dalaman pegawai DCA dan ATC yang menggambarkan sistem radar kelolaan SELEX tidak berfungsi secara memuaskan.
Diperingatkan bahawa senarai kecacatan di dalam sistem MIP-2 adalah mirip masalah teknikal yang dihadapi oleh sistem LEFCO keluaran SELEX yang dibatalkan di Cyprus. Kalau Parlimen Cyprus berani membatalkan projek, saya desak Kementerian Pengangkutan menjemput ICAO untuk mengadakan audit ke atas sistem MIP-2 dan sekaligus melenyapkan tanda tanya terhadap keberkesanan sistem radar di Malaysia. MAHB dan MOT wajib menjawab dan menjustifikasikan penganugerahan projek sistem kawalan udara KLIA2 kepada AAT kerana kita tidak mahu keselamatan orang awam diperjudikan dengan pemilihan semberono.
Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN | UMNO AGEN KOMUNIS Posted: 20 Jul 2012 08:52 AM PDT Kerajaan Umno BN kini umpama 'senjata makan tuan' kerana menuduh kononnya terdapat usaha oleh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menghidupkan semula ideologi Komunis di negara ini. Walhal tuduhan itu memakan diri mereka sendiri apabila delegasi Parti Komunis China tiba di negara ini semalam kononnya bagi perkukuh hubungan. Menurut portal kawalan Umno, Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari. Ketibaan He, yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ab Rauf dilapor berkata, ketibaan He adalah atas jemputan Kerajaan Malaysia dan Umno untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara. "Malah peminjaman sepasang beruang panda dari Kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara," katanya dipetik. Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 26 Jun tahun lalu, 30 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dalam kempen bertemakan 'Udahlah..Bersaralah.." Kerajaan BN menerusi polis pernah menuduh aktivis berkenaan menghidupkan semula gerakan Komunis dan cubaan memerangi yang Dipertuan Agong. Tindakan Umno BN itu bertujuan menyekat Perhimpunan Aman Bersih 9 Julai tahun lalu. Tuduhan ini kononnya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani. Namun, hari ini, tuduhan itu balik semula memakan diri kerajaan Umno BN. Short URL: http://www.keadilandaily.com | Hantar Balik Pelarian - UMNO Pembongak Posted: 20 Jul 2012 08:50 AM PDT Tindakan menghantar pulang pelarian Uigur ke China dikutuk KEADILAN lantaran pentadbiran negara tunduk kepada desakan negara komunis itu. Di sebalik retorik Umno kononnya memperjuang Islam dan menolak ideologi komunis, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata: "KEADILAN mengutuk keras sifat hipokrit dan pelanggaran hak asasi manusia. Etnik Uighur adalah orang Islam daripada wilayah Xinjiang di China.
"Memulangkan pelarian Islam Uigur kepada kerajaan komunis China mendedahkan mereka kepada risiko diseksa." Beliau berkata demikian pada kenyataan media sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan Umno menghantar pulang 11 daripada 16 pelarian Islam Uighur kepada kerajaan komunis itu, baru-baru ini. Kata Nik Nazmi, China menekan negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan supaya memulangkan pelarian Uighur dan menyifatkan ia tidak patut berlaku ketika Malaysia merai hari sambutan dan Aidilfitri.
"Ini bukti terbaru kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Mengapakah Malaysia membenar campur tangan kerajaan Komunis China dalam isu melibatkan hak asasi manusia umat Islam yang kononnya diperjuang Umno?" katanya. Beliau berkata, kerajaan Umno perlu sedar penindasan kerajaan China terhadap masyarakat Uighur Islam sehingga tergamak menyamakan mereka sebagai pengganas.
"Kerajaan China berterusan menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur dana mengamal Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan. Sehubungan itu, Nik Nazmi mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya memberi jaminan baki lima pelarian Uighur yang masih ditahan di Malaysia, dilayan sebagai pelarian sah. Beliau turut mempersoal dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kononnya pelarian itu dihantar pulang kerana terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. "Jika benar, mengapakah mereka tidak didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia sebaliknya dihantar pulang ke China?" katanya.
| Tak Patut Kait Pembangkang dengan Komunis Posted: 20 Jul 2012 08:45 AM PDT DAP menyelar kerajaan BN yang mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang. Justeru beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai. "Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya dilapor Malaysiakini. Lim berkata, laporan itu hanya jadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara. Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilapor berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. | Pemimpin Zalim, Korup itu Mufsidun - Dr. Mohd Nur Manuty Posted: 20 Jul 2012 08:43 AM PDT Pemimpin yang zalim, amal rasuah, aibkan orang dan merosakkan masyarakat itu lebih layak digelar 'mufsidun', kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melabel peserta Bersih sebagai 'mufsidun' yang bermaksud golongan membuat kerosakan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam dan imej negara.
Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara di Serdang pagi semalam. "Istilah yang digunakan Najib itu tidak tepat sama sekali, peserta yang mengambil bahagian dalam Bersih termasuklah sasterawan negara, A. Samad Said, ilmuan agama, peguam dan ahli profesional, adakah mereka semua 'mufsidun'?" soal Mohd Nor.
Menurut Muhamad Nur, istilah 'mufsidun' sepatutnya digunakan dalam konteks yang 'syumul' iaitu secara menyeluruh, bukan hanya kerana rakyat berhimpun menuntut keadilan terus dilabel sedemikian rupa. "Mereka yang hadir pada himpunan 28 April lalu lebih sesuai digelar 'al-muslihun' kerana mereka berjuang memperbaiki sistem pemerintahan negara yang semakin korup dan zalim," katanya.
"Bukan hanya tok imam yang perlu jadi 'muslihun', tapi setiap orang, tak kira pengamal undang-undang, pegawai kerajaan malah pemimpin sendiri, bukannya ambil duit rakyat kemudian mengagihkan sesama keluarga mereka," sindirnya.
| Yatt Hamzah - Doakan Saya Terus Istiqamah Posted: 20 Jul 2012 08:37 AM PDT | Adam Hamid -Pengarah Muda Sertai PAS Posted: 20 Jul 2012 08:34 AM PDT | Polis Jaga Negara Bukan Jaga UMNO Posted: 20 Jul 2012 08:31 AM PDT Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain. Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis. Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia.
"Jika benar perkara ini kenapa polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan. "Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?" soal Idris. Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini, kata Idris. Beliau seterusnya mempersoalkan, mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak. "Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum.
"Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu. "Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak," soal beliau. Idris juga bertanya, kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka.
"Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang. "Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media. "PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno," pinta beliau. | Tema Merdeka : Jangan guna Tema UMNO Posted: 20 Jul 2012 08:15 AM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menggunakan tema Hari Merdeka kerajaan Umno Barisan Nasional iaitu "Janji Ditepati". "Tema itu direka khusus untuk kempen pilihan raya Umno BN dan bukan tema yang berjiwa patriotik yang boleh dikongsi oleh semua rakyat," katanya. Tema "Janji Ditepati" itu, katanya, adalah tema yang bersifat kempen yang tidak berbeza sama sekali dengan kempen lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Jika rakyat tidak mahu menyambut Hari Merdeka secara terbuka tahun ini, jangan salahkan mereka kerana itu salah kerajaan Umno BN sendiri.
"Semua itu kerana mereka menolak slogan tidak patriotik itu yang terang-terang berkempen untuk Umno BN. Rakyat tak nak tema itu," kata Mahfuz sambil menyelar kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak salahgunakan sambutan Hari Merdeka untuk kepentingan kuasanya dan parti yang dipimpinnya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyeru negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan PR supaya menggunakan tema Hari Merdeka yang melambangkan kecintaan kepada negara.
"Boleh guna tema seperti "Demi Malaysia" di mana kita mengajak semua rakyat selamatkan Malaysia dari cengkaman rasuah, penyalahgunaan kuasa, perkauman, kronisme dan sebagainya," kata Mahfuz. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam mengakui tema tersebut adalah slogan kempen pilihan raya. "Jika pembangkang merasakan ini adalah satu slogan kempen pilihan raya, saya rasa tidak salahnya untuk mengatakan demikian," kata beliau. Katanya, parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong, sambil mendakwa tindakan sedemikian adalah sistem Linkdemokrasi yang juga digunapakai oleh banyak negara lain. | Krisis Air Selangor Di Musim Hujan ? Posted: 20 Jul 2012 05:26 AM PDT Dr. Zulkifly Ahmad
Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat. Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.
Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini? Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat.
Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah 'jenayah' dan 'dosa' yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali. Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan 'selamatkan' dengan satu dasar bernama "Penstrukturan Semula Industri Air".
Terlalu banyak yang diselamatkan atau 'bailout'. Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat 'penstrukturan' dan 'migrasi' dari 'regim konsesi' ke 'regim pajakan', kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa? Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan 'migrasi' dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi 'merawat dan mengurus pengedaran' air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta.
Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri. Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta? Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya.
Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau "Air Tak Berfaedah" hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau 'procurement'. Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan 'pemberian kontrak dan konsesi' seperti ini. Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang 'menswastakan sektor yang untung' yakni 'rawatan air' dan 'merakyatkan' sektor yang rugi yakni 'pengedaran'.
Umum masih ingat tabiat 'kecurangan dan pengkhianatan' ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu 'aspek pengedaran' yang 'tak menguntungkan' dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005). Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka.
Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah 'The Edge' yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu 'Air Selangor' 'lead story' mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya. Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru. Ini macam pendekatan "Shock Doctrine' buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik.
Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan 'shock doctrine' melalukan 'morning raid' di Bursa 'London Stock Exchange' bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981? Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan 'pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas'. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian. Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi. Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset. Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.
Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu 'krisis kerkurangan air' di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?! Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya? Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani 'krisis air' ini. Lebih 'aib lagi adalah keanggotaannya!
Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk 'power' penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja. Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada? Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah!
---------------------------------------------------------------- Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor. | Ramadhan : Universiti Tarbiyah Posted: 20 Jul 2012 05:22 AM PDT Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita.
Terapi Ramadhan insya Allah akan terus menyemarak semangat Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam.
1. Buat semua exco DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini.
2. Bulan Ramadhan telah diisytiharkan sebagai bulan kempen bebaskan mangsa ISA. Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezaliman ISA dan betapa mangsanya perlu dibebaskan segera atau dakwa di mahkamah.
3. Tingkatkan amal kebajikan, maksimumkan penglibatan bersama masyarakat melalui program iftar Jamaei dan lainnya.
4. Ramadhan jua adalah bulan munajat untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan ini mendapat tempat dihati rakyat dan kita berjaya mempersadakan perjuangan ini ke mercu jaya.
5. Titipkan doa buat seluruh mangsa kezaliman regim Myanmar dan Syria yang telah mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah. Demikian jua buat semua mangsa kezaliman di seluruh dunia termasuk dalam negara kita.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Pemuda Guchil Posted: 20 Jul 2012 09:25 AM PDT |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 20 Jul 2012 09:13 AM PDT TOLAK HUDUD = PERTIKAI AL-QURAN Posted: 20 Jul 2012 01:55 AM PDT JOHOR BAHRU - Hukum hudud perlu diterima semua umat Islam dan menolaknya boleh dianggap sama seperti mempertikaikan al-Quran kerana hukum berkenaan telah disebut di dalam kitab itu.
Pendakwah, Dr Mohd Sukki Othman berkata, perbincangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini perlu diadakan bagi membentuk kefahaman yang jelas dalam kalangan masyarakat khususnya golongan bukan Islam.
"Hudud adalah sesuatu yang disebut dalam al-Quran dan kalau kita cakap ia tidak sesuai, maknanya kita telah menafikan kesahihan kitab itu.
"Umat Islam perlu terima hukum ini cuma pelaksanaannya perlu dibentuk dengan lebih efisien dan teratur agar ia mendatangkan kebaikan secara menyeluruh kepada semua pihak.
"Di samping itu, pendidikan dan kefahaman berterusan yang jelas mengenai hukum ini amat penting supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan rungutan di kemudian hari," katanya.
Mohd Sukki yang juga Pensyarah di Universiti Putra Malaysia berkata, hukum hudud tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara ini yang mendukung agama Islam sebagai agama Persekutuan.
"Apabila Islam dijadikan agama Persekutuan negara ini bermakna kita (Malaysia) menerima secara keseluruhan, jadi hukum hudud ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara," katanya.
Katanya, cadangan yang dikemukakan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengenai pelaksanaan hudud menunjukkan ruang untuk melaksanakan undang-undang itu lebih mudah.
"Melihat kepada senario hari ini menunjukkan hukum hudud mula diterima kedua-dua pihak (Umno dan Pas), jadi ada ruang lebih mudah untuk dibincang ke arah pelaksanaan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Himpunan Ustaz dan Ulama (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini sentiasa relevan terutamanya dalam keadaan masalah sosial yang semakin membimbangkan dan makin meruncing pada masa ini.
"Saya percaya hukum hudud dapat membantu mengurangkan gejala negatif dan membentuk akhlak masyarakat dengan lebih baik.
"Namun pelaksanaan perlu diproses dengan penjelasan yang menyeluruh kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan salah faham," katanya.
Katanya, isu ketidakadilan dalam pelaksanaan hudud bagi bukan Islam tidak timbul kerana undang-undang itu merupakan pilihan bagi mereka, malah undang-undang sedia ada juga tidak terbatal setelah hudud diguna pakai.
| |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 20 Jul 2012 09:09 AM PDT Susulan pegawai polis mengamuk di Seremban dan penyelesaiannya Posted: 20 Jul 2012 12:57 AM PDT Dengan angka 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia, sebagai orang Islam, jalan penyelesaian kepada semua permasalahan ini ialah kembali kepada Islam sepenuhnya. Buat semua yang diperintahkan Allah, serta tinggalkan semua yang ditegah Allah.
TERTEKAN MASALAH KELUARGA Harian Metro 20 Julai 2012
SEREMBAN: Tekanan akibat menghadapi masalah keluarga dikatakan menjadi punca seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja hotel Seremban 2, di sini, gara-gara ais krim dibeli di hotel berkenaan dikatakan mahal dalam kejadian Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan, berkata berdasarkan soal siasat terhadap pegawai polis itu, dia didapati berada dalam keadaan tertekan akibat masalah keluarga.
"Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan 'stress' menyebabkan dia mengamuk.
POLIS MENGAMUK DIDAKWA Sinar Harian 20 Julai 2012
SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan, berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.
Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.
"Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.
"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadinya," katanya.
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU Berita Harian 27 Sep 2011
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.
Malah, sesetengah kes yang disiasat SEPERTI KES BUNUH ATAU YANG MEMBABITKAN GOLONGAN BERPENGARUH ADA KALANYA MEMBERIKAN TEKANAN terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
MALAH, DIKHUATIRI, JIKA TAHAP TEKANAN YANG DIHADAPI BEGITU KRITIKAL, SENJATA YANG DIMILIKI DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MELAKUKAN UGUTAN ATAU SEBARANG AKTIVITI JENAYAH TERMASUK RASUAH, katanya.
NEGERI SEMBILAN PALING RAMAI SAKIT MENTAL Kosmo 27 Nov 2008
Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.
11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL Berita Harian 14 Nov 2010
MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit
KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.
Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa.
KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS 21 hb November 2004
Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini bagaikan bom jangka.
ONLY 233 PSYCHIATRISTS TO TREAT 28 MILLION MALAYSIANS The Star November 8, 2010
IPOH: Malaysia is running short of psychiatrists. Health Ministry technical adviser on psychiatry Datuk Dr Suaran Singh Jasmit Singh said the country only has 233 psychiatrists to treat the population, which works out to a ratio of 0.8:100,000.
"The ideal ratio is 1:50,000," he said after the opening of a public forum on handling stress at Ipoh City Hall yesterday.
Dr Suaran, who is Hospital Bahagia Ulu Kinta director, said of the 233 psychiatrists available, 15 were attached with the Health Ministry and three with the Defence Ministry.
Rujukan : | Program Ramadhan 1433 H Surau Taman Pinggiran Senawang Posted: 19 Jul 2012 09:38 PM PDT | Program Ramadhan 1433 H Madrasah Islamiah Posted: 19 Jul 2012 09:38 PM PDT | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 20 Jul 2012 03:44 AM PDT Ramadhan Tarbiyyah Jihad Menuju Kemenangan Posted: 20 Jul 2012 03:20 AM PDT Bismillahir rahmaanir rahiim Ramadhan merupakan madrasah yang disusun oleh Allah dengan sukatan tarbiyah yang melahirkan muslim yang mencapai kemenangan di dunia dan akhirat. Kemenangan di akhir dengan ketakwaan dan kemerdekaan daripada neraka.Firman Allah : يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Firman Allah : وَلَيۡسَ ٱلۡبِرُّ بِأَن تَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِنۡ أَبۡوَٲبِهَاۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ 189. dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki Rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang Yang bertaqwa; dan masuklah ke Rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berja ya." Ramadhan telah melakar sejarah kemenangan dalam pertembungan dengan musuh Islam. Kemenangan yang dicatat dengan darah mujahid yang ditarbiyah di madrasah Ramadhan. 1- Kefarduan puasa Ramadhan dan Jihad pada tahun 2H. 2- Kemenangan dalam peperangan Badar Kubra pada tahun ke 2H. 3- Penyediaan khandaq untuk perang Ahzab yang disambut kemenangan pada bulan syawal tahun 5H. 4- Pembukaan Mekah pada tahun ke 8H. 5- Peperangan Taif pada 8H. 6- Peperanga Tabuk pada tahun 9H. 7- Pembukaan Buit, kota milik Parsi yang hampir dengan Kufah pada tahun 13H. 8- Ketibaan Umar Al-Khattab dan pembukaan Baitul Maqdis pada 15H. 9- Peperangan Qadisiyyah tahun 15H dengan kepimpinan Saad bin Abi Waqqas. 10- Pembukaan kerajaan Nubah, selatan Mesir pada tahun 31H. 11- Pembukaan Andalus oleh tariq bin Ziyad pada 92H. 12- Kemenangan Kerajaan Abasiyyah terhadap Kerajaan Baizantin dalam peperangan Amuriyyah pada 223H. 13- Kemenangan tentera Salahuddin di Hithin pada 584H. 14- Kemenangan berhadapan dengan tentera Tartar di Ain Jalut pada tahun 658H. 15- Kemenangan di Mansurah daripada tentera Solibiyyah pada tahun 647H. 16- Kemenangan Kerajaan Othmaniyyah ke atas Rusia dalam peperangan Tatarijah pada 1809M 17- Kemenangan Mesir ke atas yahudi dalam perang 6 Oktober pada 1973M TARBIYAH RAMADHAN DENGAN NILAI-NILAI JIHAD. 1- Ikhlas. Ramadhan mendidik hati supaya ikhlas dalam melakukan segala amalan dan perjuangan. Sabda Rasulullah : من صام رمضان إيمانا واحتسابا غُفر له ماتقدم من ذنبه)متفق عليه Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya diampunkan apa yang telah lalu daripada dosanya." رب صائم حظه من الصيام الجوع والعطش (رواه أحمد ) Maksudnya : "Betapa ramai orang yang berpuasa, bahagiannya daripada puasa hanya lapar dan dahaga." 2- Takwa. Nilai ketakwaan penting dalam diri mujahid sebagaimana yang dipesan oleh Umar bin Al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqqas dan tenteranya. Katanya : "Aku berpesan kepadamu dan tentera yang bersamamu dengan takwa kepada Allah." 3- Jihad mendidik dan mengawal nafsu. Ramadhan menuntut jihad nafsi dan mujahadah dengan galakan Rasulullah tentang syafaat puasa dan al-quraan pada hari kiamat. Sabda Rasulullah : الصيـــام والقــــرآن يشــــفعان للعبد يوم القيامة ، يقول الصيـــام : أى رب منعته الطعام والشهوة فشــــفعنى فيه ، ويقول القرآن : أى رب منعته النوم بالليل فشـــفعنى فيه، قال : فيشفعان " (رواه الإمام أحمد والطبرانى) Maksudnya : Puasa dan al-Quraan akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat. Puasa berkata ; Wahai Tuhan ! Aku telah menghalangnya daripada makan dan syahwat, maka berilah kepadaKu untuk mensyafaatkannya. Al-Quraan berkata : "Wahai Tuhan ! Aku menghalangnya daripada tidur, maka berlah kepadaKu untuk mensyafaatkannya. Firman tuhan : Kamu berdua berilah syafaat kepadanya." 4- Jihad harta benda. Sabda Rasulullah : روى الترمذي في صحيحه عن أنس قال : سئل النبي – صلى الله عليه وسلم – أي الصدقة أفضل ؟ فقال :صدقة في رمضان" Maksudnya : "Rasulullah pernah ditanya – Apakah sedekah yang paling afdhal? Rasulullah menjawab : Sedekah pada bulan ramadhan. 5- Jihad untuk laksana kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Sabda Rasulullah : وينادي مناد يا باغي الخير أقبل ويا باغي الشر أقصر Maksudnya : Menyerulah malaikat, "Wahai orang yang mencari untuk melakukan kerja-kerja kebaikan dan kebajikan, teruskanlah. Wahai orang yang mencari-cari kerja-kerja kejahatan, cukuplah dan berhentilah." فقد كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان اجود مايكون في رمضان حين يلقاه جبريل يلقاه كل ليلة فيدارسه القرآن فرسول الله صلى الله عليه وسلم حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة.) متفق عليه( Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah adalah orang yang paling pemurah. Rasulullah lebih bersifat pemurah di bulan Ramadhan, ketika Jibrail menemui pada setiap malam, maka baginda bertadarus al_quraan bersama Jibrail. Seterusnya Rasulullah sangat pemurah untuk melakukan kerja-kerja kebajikan bagaikan tiupan angin yang bertiup 6- Sabar. Sabda Rasulullah : الصوم نصف الصبر»أخرجه الترمذي Maksudnya : Puasa adalah separuh kesabaran. 7- Tawakal dan bergantung harap kepada Allah. ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر ) رواه البيهقي وصححه الألباني( Maksudnya : "Tiga doa yang dimustajab oleh Allah ; Doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa musafir." 8- Jihad untuk menegakkan pemisahan antara kebenaran dan kebatilan (furqan). Rasulullah telah mencontohi semangat jihad dan perjuangannya untuk menghadapi musuh di bulan Ramadhan bagi mencapai kemenangan Islam daripada kebatilan. Sabda Rasulullah : وجاهدوا المشركين بأموالكم وأنفسكم وألسنتكم " ( رواه أبو داود) . Maksudnya : "Berjihadlah menentang musyrikin dengan harta kamu, diri kamu dan lidah kamu." Agenda tarbiyah jihad di bulan Ramadhan yang sangat murni dengan nilai-nilai penting untuk menuju kemenangan Islam dan partinya perlu dihayati oleh setiap pimpinan dan penyokong PAS dengan ibadat puasa, tarawih, qiamulail, tadarus al-Quraan, iktikaf, sedekah dan zakat fitrah, kerja-kerja kebajikan, amal jamai dan solat jemaah. Wallahua'lam | Memohon sumbangan bagi program ramadhan Posted: 19 Jul 2012 06:20 AM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkirim salam kepada semua dengan ucapan Assalamualaikum dan ingin memohon sumbangan bagi menjayakan program bantuan bulan ramadhan kepada yang memerlukan di DUN BUkit Payong.Kepada sesiapa yang berhajat untuk memberikan sumbangan bolehlah menyalurkannya ke akaun Maybank Tabung Rakyat Sejahtera 5630 1902 4338.Segala sumbangan dari pihak tuan beliau dahulukan dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.Sekian terima kasih | |
PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 20 Jul 2012 03:44 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 20 Jul 2012 03:36 AM PDT |
TAHUN BARU PINJAMAN TAWARAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA DARI JESSICABROWNFINANCEFIRM !!!
BalasPadamKami ingin semua pelanggan kami yang dihormati tahun baru gembira, dan mengalu-alukan anda semua untuk syarikat pinjaman pinjaman global kami. Adakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan? Adakah anda memerlukan wang untuk membeli peralatan, skala strategi pemasaran anda, atau mengambil pekerja-pekerja baru? Tidak kira apa keperluan anda, ada satu perkara yang anda perlu ingat: mencari pinjaman perniagaan adalah lebih mudah hari ini dalam tahun 2017 berbanding sebelum ini. Kami adalah sebuah organisasi syarikat pinjaman global; kita adalah yang paling cepat bahawa apa-apa pinjaman kepada individu yang layak, syarikat swasta dan orang ramai pada kadar faedah 4% tanpa cagaran.
Hubungi kami hari ini untuk permintaan pinjaman anda melalui e-mel: jessicabrownfinancefirm@gmail.com PINJAMAN Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
========================== ======
* Commercial Lending.
* Pinjaman peribadi.
* Perniagaan Kredit.
* Pinjaman Pelaburan.
* Pinjaman Pembangunan.
* Pinjaman Hasil.
* Pembinaan Pinjaman.
* Pinjaman Perniagaan Dan lain-lain lagi:
BORANG PINJAMAN:
=================
DATA PERMOHONAN
1) Nama Penuh:
2) Tempoh pinjaman:
3) Alamat:
4) Seks:
5) Status perkahwinan:
6) Tempat Kerja:
7) Nombor Telefon:
8) Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Nama Facebook:
11) Agama:
12) Tarikh lahir:
13¬) Kemudian kaum kerabat
Selamat sejahtera.
Pengarah Pinjaman: MRS JESSICA BROWN
Regional kepala ibu pejabat Alamat: Nehru Place 13th Floor Eros Corporate Tower New Delhi 110 019.INDIA
Jessicabrownfinancefirm - Copyright © 2017. Hak Cipta Terpelihara
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
BalasPadamNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com