Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 14 Jul 2012 03:32 AM PDT Oren ...aman Posted: 14 Jul 2012 12:46 AM PDT Malaysiakini : Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.
Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Itana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang menganjurkan perhimpunan tersebut semalam dilaporkan berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan tersebut.
Koordinatornya Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.
GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 14 Jul 2012 01:14 AM PDT Hudud dan politik Posted: 13 Jul 2012 01:17 AM PDT 23 Syaaban 1433H. [MOD] - Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad. Kesedaran sepatutnya berlaku dengan merebaknya jenayah yang menakutkan dan penjenayah yang tidak takut kepada undang-undang yang ada walau pun hukumannya lebih keras daripada hudud, seperti hukuman gantung mati mandatori kepada pengedar dadah. Bahkan tidak ada rasa gerun terhadap anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, sehingga rumah pegawai tinggi polis juga menjadi mangsa yang sama dan dadah boleh diedar ke dalam lokap, penjara dan pusat seranti. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan undang-undang itu kerana mendidik masyarakat bukan menghukum tanpa mendidik walau pun terlalu keras hukumannya, ia tidak memberi kesan kepada penjenayah dan bakal penjenayah. Hudud adalah salah satu daripada tiga jenis undang-undang jenayah yang dibahagikan oleh hukum Islam iaitu, qisas, hudud dan takzir. Menurut hukum Islam, politik adalah syarat melaksanakan undang-undang jenayah. Salah satu daripadanya ialah hudud, saperti juga politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Apabila Allah tidak menurunkan ayat-ayat hukuman jenayah termasuk hudud ketika Rasulullah S.A.W. berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Rasulullah juga tidak melaksanakan mana-mana undang jenayah ketika berada di Makkah. Maka mengikut hukum Islam tidak diizinkan bagi seseorang bahkan haram berdosa sekiranya menangkap pencuri di rumahnya dan melaksanakan hukum hudud sendiri. Begitulah juga terhadap penjenayah yang lain. Pelaksanaannya mewajibkan penyiasatan dan kehakiman yang adil dibawah kuasa politik yang mengadakan kerajaan yang sah berdaulatnya. Maka Rasulullah S.A.W. terpaksa berhijrah ke Madinah setelah dihalang berpolitik di Makkah. Boleh jadi mereka yang melarang hukum hudud dipolitik itu jahil ilmu politik, khususnya politik Islam. Ada pun MCA yang menuduh Umno sudah hilang akal, menandakan Umno tidak berdakwah. Ini kerana politik tidak dihubungkan dengan dakwah. Sebenarnya Umno tidak hilang akal, tetapi akalnya datang semula setelah hilang. Tahun 80-an pernah seorang wakil rakyat Umno daripada negeri Johor mencadangkan wanita diberi pakai cawat besi. Di waktu itu hukum hudud dianggap jumud atau tidak bertamadun dan berbagai-bagai kenyataan songsang dikeluarkan mereka. Namun kita mengharapkan ia timbul kerana kejahilan mereka. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biro agama Umno yang diam membisu atau bersilat di hadapan Allah bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan, atau dengan ungkapan 'kami pun mahu melaksanakan juga, tetapi belum tiba masanya'. Sekarang sudah lima puluh tahun lebih Umno memimpin negara, masih belum tiba masanya. Bersyukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mencetuskan kesedaran kembali kepada Islam, sehingga suaranya bukan sahaja berjaya menerima kedatangan beberapa tokoh Umno untuk menyertai PAS secara terbuka atau secara senyap, tetapi juga menerima kedatangan kalangan pagawai kerajaan dan para ilmuan. Tercetusnya suara pelaksanaan Islam dalam diri Umno menandakan suara PAS sudah masuk ke dalam telinga mereka yang berada dalam bahtera Umno. Mengapa masa lebih setengah abad bahtera Umno masih tidak sampai ke destinasi melaksanakan Islam yang ditunggu-tunggu? Mungkin laksana mereka yang menaiki bas ekspres yang tidak membaca tiket yang dibeli atau apa yang ditulis ke mana arahnya politik kenderaan Umno. DAP yang bergaul dengan PAS menentang hukum hudud secara terbuka dan berhujah dengan tegas. PAS terpaksa menjawab hujah DAP dan melayan media Umno yang mahu melagakan PAS dengan DAP. Namun tidaklah sampai DAP menuduh PAS hilang akal sebagaimana MCA sebut kepada Umno. Presiden PAS Harakah Daily | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 13 Jul 2012 07:25 PM PDT "Kerana Banyak Jenayahlah Menteri-menteri Dan Orang Besar Perlukan Bodyguard", Musa Hassan, Bekas KPN Posted: 13 Jul 2012 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. Musa Hassan: "Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'." - Foto oleh Amin Iskandar "Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah. "Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insidersemalam. | |
Rembau Hari Ini Posted: 13 Jul 2012 07:21 PM PDT Sama-sama kita membantu, insyaAllah Posted: 12 Jul 2012 07:59 PM PDT Ibu tunggal hidup serba kekurangan perlukan bantuan
SEREMBAN 11 Julai 2012 - Seorang ibu tunggal amat mengharapkan simpati orang ramai membantunya menjalani kehidupan seharian yang kian mendesak.
Maimunah Yusof, 47, berkata, keadaan lebih menyedihkan apabila memikirkan kedatangan Ramadan serta Syawal ini kerana dia tidak mampu menyediakan keperluan untuk anak-anak.
"Saya bersama anak perempuan pernah berlapar kerana tiada wang. Kadangkala kami berpuasa atau sekadar makan lauk telur dan ikan bilis," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Sungai Gadut, dekat sini hari ini.
Dia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah menengah dekat sini, hanya menerima gaji RM450 dan sebahagiannya diperuntukkan membayar pinjaman perumahan.
Maimunah kini menetap bersama anak bongsunya, Nurhidayah Abdullah, 8, selepas kematian suaminya pada 2003.
"Bil air dan elektrik sudah tertunggak, keadaan dalam rumah juga banyak yang rosak," jelas Maimunah yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140 sebulan bagi membantu persekolahan anaknya.
"Saya pernah memohon bantuan lain dengan Baitulmal serta JKM, selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi tidak mendapat sebarang jawapan," kata ibu kepada empat anak ini.
Berikutan kesempitan wang, dia dan anaknya terpaksa mengutip tin minuman kosong serta kotak untuk mencari sesuap nasi.
"Anak saya masih kecil dan dia terpaksa melalui keperitan hidup sebegini. Saya buntu dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, masih ada jiran yang prihatin dan selalu membantu memberi makanan kepada mereka anak-beranak.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 13 Jul 2012 03:25 PM PDT TERKEJUT BERUK BN BILA NOH OMAR MENGAKU ! Posted: 13 Jul 2012 12:52 AM PDT Rujuk Akhbar SINAR hari ini 13 Julai 2012, yang menjelaskan akhirnya selepas ditekan bermacam kes penyelewengan dan kebodohannya serta dihenyak soalan wartawan akhirnya YB UMNO/BN Noh Omar akan teruskan air percuma Selangor malah nak bagi lebih dari 20 meter padu. Beliau lupa , dulu kutuk Selangor akan bengkrap kalau bagi air percuma. Mana blogger yang mengutuk dan tak nak air percuma?SHAH ALAM: Kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang akan meneruskan projek air percuma di Selangor membuktikan pengiktarafan terhadap projek ini. Sebelum ini pimpinan UMNO Selangor mengkritik keras dasar pemberian air percuma kepada rakyat dan menganggap tindakan tersebut akan memufliskan kerajaan negeri. "Ternyata mereka kini telah mulai menerima hakikat bahawa dasar tersebut sememangnya memberikan manfaat besar kepada rakyat," kata satu kenyataan yang dikeluarkan AMK Selangor. Semalam media melaporkan, Noh Omar berkata, BN akan menyambung pemberian air percuma kepada rakyat Selangor sekiranya berjaya menawan kembali negeri Selangor dalam PRU akan datang. Kenyataan beliau ini jelas mengiktiraf pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri. AMK Selangor mengalu-alukan kenyataan Noh Omar semalam yang mana secara tidak langsung menunjukkan bahawa UMNO semakin cenderung meniru idea serta dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya dalam soal melibatkan kebajikan rakyat, kata kenyataan itu. Justeru, AMK Selangor menyeru agar Noh Omar bersikap matang dan terbuka serta turut sama-sama membantu kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu-isu tertentu yang merumitkan kelancaran pelaksanaan dasar pemberian air percuma ini demi kebaikan rakyat Selangor seluruhnya. Harakah Daily | SELANGOR TERBONGKAR ! HILANG MARUAH BELI TANAH MURAH Posted: 12 Jul 2012 09:35 PM PDT Skandal Noh Omar Terbongkar: Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang Shah Alam : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.
Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.
Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.
Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.
Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.
"Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.
Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.
Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
"Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.
"Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya.
Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.
Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas. -selangorku
Muslimeen United | TINDAKAN PELIK DAN TERBALIK WAJAR UNDI MEREKA RAKYAT TARIK BALIK ! Posted: 12 Jul 2012 07:55 PM PDT BN atau Barisan Nasional juga dikenali sebagai parti terbesar di Malaysia dengan komponennya terdiri parti utama seperti UMNO, MCA dan MIC serta lain-lain. BN juga dikenali sebgai Be End kebelakangan ini.Almaklumlah BN diibaratkan orang gemuk yang telah susut isi badannya hari demi hari di mana ramai ahlinya samada UMNO, MCA dan MIC lebih-lebih lagi di Sabah dan Serawak sudah ramai keluar dari BN dan berterusan akan berpaling ,sedar, dah celik dan berubah akan mengundi Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti PAS, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang mandatnya sehingga bulan April 2013.
BN dah celik? memang Ya ..mereka baru perasaan yang rakyat yang mereka gulakan dulu dan mereka subsidikan dulu adalah manusia yang ada perasaan dan tubuh badan dan berketurunan. Bila penangan Buku Jingga dan tekanan sokongan rakyat kepada bukan BN bertambah maka barulah mereka terhegeh-hegeh beri itu ini.Beri wang dan tayar dan banyak lagi. Mereka (BN) sudah hilang punca dan kecewa dengan sambutan dan sokongan rakyat yang berkurangan amat ketara.
Sehinggakan Najib turun padang buat kedai 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia dan tidak cukup lagi akan ditambah dengan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia. Najib pilih jalan terbalik dan menyusahkan parti dan kerajaan BN menguruskannya. Sebenarnya mudah saja untuk mentadbir dan mengambil hati rakyat Malaysia iaitu menurunkan dan jangan menaikan harga petrol dan mengurangkan bayaran tol ke arah bayaran percuma. Dengan cara ini harga barang sukar naik, bahan binaan juga sukar ada alasan untuk dinaikan dan ecara tak langsung harga rumah tidak melambung sehinggakan ada projek terbengkalai dan akhirnya menonjolkan ketidak perluan Kementerian Perumahan . Kini Allah bukakan hati seorang ahli UMNO iaiatu DUN KEMELAH dari Johor untuk menuntut Hudud dilaksana di Johor. Kita hanya pandang positif atas inisiatif beliau dan akan menyokong beliau sepertimana sokongan Tok Guru Nik Aziz pada beliau. Dulu mereka selalau menentang Hudud yang disuarakan oleh PAS bertahun-tahun tapi tiba2 ada UMNO berubah kebetulan YB Salahudin dikatakan akan bertanding di Johor.
Pelik? BN memang buat kerja pelik sejak dulu lagi dari lambang kapal layar (Perikatan) sehinggakan lambang dacing. Mereka sewajarya mengurus rakyat dan memberi khidmat tapi mendera dan menekan serta memerah rakyat dengan cara 'terhormat'.
Banyak masalah yang lakukan oleh BN dulu dibetulkan dan dimajukan oleh Patkatan Rakyat akan dimomokkan dan di persenda dan diganggu oleh UMNO/BN contohnya projek olehterbengkalai dan rumah tak diduduki di Hulu Selangor. Bila dapat diselamatkan dan dihidupkan dalam masa kurang 5 tahun seperti kes rumah terbengkalai seperti projek bukit Botak namun BN pula mengasak mencari kelemahan bukan membantu menyelesaikan projek yang sudah bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan semasa mereka memerintah.
Pelik bila Bn tertekan bila kuncu dan kroni samada manusia atau media terus membuat kesilapan dan keburukan seperti kes amuk di Putrajaya. Mereka sanggup mengatakan 2 orang itu cuba merampas pemerintahan Malaysia selepas menudun BERSIH 3.0 cuba merampas kerajaan BN melalui penggunaan air dan garam.
Pelik, bila polis menyatakan lelaki tersebut tidak siuman tetapi kenapa tindakan berwajib melampau sehingga membunuh beliau. Tidak bolehkah gunakan Kayu Renjatan Letrik atau penembak tepat hanya untuk mencederakan beliau dan menangkap beliau. Polis juga mengatakan tiada rekod jenayah . Mangsa Allahyarham adalah seorang Islam kenapa dikatakan ahli keluarga Allahyarham tidak diberi menghadiri pengkebumian tersebut? Pelik ! Bukan nak memburukkan maruah polis tapi teman hanya menjelaskan kepelikan yang berlaku dan pihak berkuasa tidak nampakkah kepelikan itu? Buatlah khidmat dengan betul dan telus agar Pihak Polis dapat dilihat mulia dari segi tugasnya dan tindakannya bukan ditakuti dan dibenci.wallahualam.
| |
Jasindaily Online Posted: 13 Jul 2012 09:34 AM PDT Mungkinkah MUBARAK MELAKA Juga Begini ? Posted: 13 Jul 2012 12:42 AM PDT Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti 'alternative' dalam PRU akan datang ini. Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. "Dah nak tergolek baru panggil kami," kata salah seorang yang menghubungi saya itu.
Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu. "Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang 'dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja," kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu. Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, "Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup," katanya kepada saya. Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada 'moral standing' untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.
Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit. Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan 'consultant-consultant' politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata. Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. "Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. "Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara," kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu
. "Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. "Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak," Sambungnya lagi. Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul.
Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja. Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan 'supervision' terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan. Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.
Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS. Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi. Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, "Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!" kata beliau marah-marah. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 13 Jul 2012 09:33 AM PDT Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan Posted: 12 Jul 2012 07:57 PM PDT Musa Hassan : "Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'."
13 Julai 2012 - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
"Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
"Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'.
"Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa.
Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.
Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.
Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.
Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.
"Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.
"Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta," kata Musa lagi.
Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.
"Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.
"Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, 'especially' dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.
"Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara," kata Musa lagi.
Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada 'intelligence procurement' atau 'perolehan risikan'.
"Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.
"Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.
"Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni," kata bekas KPN itu lagi.
| Sama-sama kita membantu, insyaAllah Posted: 12 Jul 2012 07:56 PM PDT Ibu tunggal hidup serba kekurangan perlukan bantuan
SEREMBAN 11 Julai 2012 - Seorang ibu tunggal amat mengharapkan simpati orang ramai membantunya menjalani kehidupan seharian yang kian mendesak.
Maimunah Yusof, 47, berkata, keadaan lebih menyedihkan apabila memikirkan kedatangan Ramadan serta Syawal ini kerana dia tidak mampu menyediakan keperluan untuk anak-anak.
"Saya bersama anak perempuan pernah berlapar kerana tiada wang. Kadangkala kami berpuasa atau sekadar makan lauk telur dan ikan bilis," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Sungai Gadut, dekat sini hari ini.
Dia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah menengah dekat sini, hanya menerima gaji RM450 dan sebahagiannya diperuntukkan membayar pinjaman perumahan.
Maimunah kini menetap bersama anak bongsunya, Nurhidayah Abdullah, 8, selepas kematian suaminya pada 2003.
"Bil air dan elektrik sudah tertunggak, keadaan dalam rumah juga banyak yang rosak," jelas Maimunah yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140 sebulan bagi membantu persekolahan anaknya.
"Saya pernah memohon bantuan lain dengan Baitulmal serta JKM, selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi tidak mendapat sebarang jawapan," kata ibu kepada empat anak ini.
Berikutan kesempitan wang, dia dan anaknya terpaksa mengutip tin minuman kosong serta kotak untuk mencari sesuap nasi.
"Anak saya masih kecil dan dia terpaksa melalui keperitan hidup sebegini. Saya buntu dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, masih ada jiran yang prihatin dan selalu membantu memberi makanan kepada mereka anak-beranak.
| Belasah isteri 6 jam Posted: 12 Jul 2012 07:55 PM PDT Ini bukan kes terpencil. Semoga lebih banyak lagi agensi digerakkan untuk menangani kes-kes seperti ini yang semakin hari semakin meningkat dan membimbangkan.
Belasah isteri 6 jam 13 Julai 2012
Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini.
Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memukul dua daripada empat anak mereka termasuk yang baru berusia dua tahun hingga terpaksa menerima 18 jahitan di kepala manakala anak sulung berusia empat tahun cedera di bawah mata kanan selepas terkena kabel elektrik dihayun bapanya.
Menurut sumber, suspek yang menganggur berusia 30 tahun didakwa bertindak demikian terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu dan kemuncaknya pada 4 Julai lalu apabila dia membelasah mangsa dengan kabel elektrik tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 1.50 tengah hari di rumah mereka.
"Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun, seorang pengawal keselamatan mengalami lebam di tangan, kaki, seluruh badan, kepala dan muka.
"Sebelum ini, lelaki itu pernah mengugut merampas semua anak jika mangsa membuat laporan polis selain mahu membunuhnya jika melarikan diri," katanya.
| Pelabur tanaman cili fertigasi di NS lapor polis dakwa ditipu Posted: 12 Jul 2012 07:55 PM PDT 12 Julai 2012 - Sekumpulan 30 individu yang melabur dalam projek tanaman cili secara fertigasi di Negeri Sembilan mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat yang diuruskan sepasang suami isteri apabila pelaburan yang dibuat sejak tahun 2008 tidak mendatangkan sebarang hasil.
Kesemua mangsa yang kebanyakannya pekerja kilang itu difahamkan melabur antara RM5,000 hingga RM50,000 seorang kepada syarikat itu untuk tanaman cili di Jempol.
Bagaimanapun, selepas mendapat keuntungan bulan pertama iaitu kira-kira RM1,500, pasangan suami isteri yang menguruskan syarikat itu mula membuat hal apabila hanya membayar separuh keuntungan selama beberapa bulan namun selepas itu, tiada lagi hasil sehingga sekarang.
Salah seorang mangsa, Mazli Ismail, 40, mereka menyedari tertipu setelah pasangan suami isteri itu mula berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan untuk membuat pembayaran selain mengelak daripada berjumpa dengan pelabur.
| JOM UBAH Posted: 12 Jul 2012 06:48 PM PDT | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 13 Jul 2012 07:31 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan