Jumaat, 13 Julai 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 12 Jul 2012 01:45 PM PDT

tun faisal dot com


Cybertroopers PR takut kepada Unit Media Baru Pemuda UMNO @NajibRazak

Posted: 12 Jul 2012 01:07 PM PDT




Kerja kita bukan memfitnah, kerja kita menangkis fitnah dan 
penipuan pembangkang, boleh percaya tak? :) Tak percaya tak apa, 
sebab kita bukan nak Cybertrooper PR percaya pun :)

contoh pembohongan nyata Cybertroopers PR seperti di bawah:


Fitnah Cybertroopers PR - di Malaysia


Kisah sebenar - di Indonesia


Ulama tidak boleh sesuka hati menjatuhkan hukum

Posted: 11 Jul 2012 11:30 PM PDT


Ulama, umara perlu elak politik kepartian 

FEB 9 — Ulama dan umara mempunyai hubungan istimewa. Mereka menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Kuasa ulama dan umara disebutkan secara khusus dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan jika kedua-duanya rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak, mereka itu ialah ulama dan umara." (Riwayat Ibn Abdul Barr).

Oleh itu, harapan tinggi diletakkan kepada dua kelompok itu untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan serta isu membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan cabaran.

Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata ulama salih akan sentiasa berusaha memberi nasihat kepada sesiapa saja termasuk pemerintah.

Katanya, nasihat ulama bukan saja memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat di bawah pemerintahannya sehingga ulama salaf berpendapat memberi nasihat kepada pemerintah adalah lebih baik daripada menderhaka terhadap mereka.

"Apabila Imam Malik ditanya hukum memusuhi orang yang memberontak terhadap kerajaan, beliau berkata, harus jika kerajaan itu sama seperti Umar Ibn Abdul Aziz. Apabila ditanya jika pemerintah tidak seperti Umar, jawab Imam Malik, biarkan Allah bertindak terhadap kedua-dua golongan itu.

"Ulama lain juga berpandangan apa yang perlu dilakukan terhadap pemerintah ialah memberi nasihat secara baik," katanya pada sesi pembentangan kertas kerja sempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Ulama dan Umara Dalam Memperkasa Pembangunan Ummah. Katanya, pemerintah pula hendaklah sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama dan melaksanakannya.

Majlis itu bertemakan: 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' dan bertujuan menyatukan fikrah ulama dan umara bagi melahirkan generasi berkebolehan dalam segenap bidang demi mengembalikan kegemilangan Islam. Pertemuan itu juga bertujuan memberi ruang ulama dan umara berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bagi mencipta modul pembangunan generasi serta masyarakat sebagai penyumbang pembangunan negara.

Mahmood Zuhdi berkata, pembangunan ummah hanya akan tercapai melalui hubungan baik serta kerjasama antara golongan bijak pandai dan barisan kepemimpinan. Pemuafakatan itu nanti menentukan kestabilan politik yang menjurus kepada pembangunan ekonomi.

Beliau berkata, kemajuan tidak dapat dilaksanakan di negara yang mengalami pergolakan politik tetapi sebaliknya jika politik negara itu stabil.

"Realiti di Malaysia pun sama. Kenyataan banyak menunjukkan kemajuan menjadi pesat pada waktu kepemimpinan politik stabil. Sebaliknya jika politik goyah, tiada kemajuan dicapai dan pembangunan ummah menjadi lembap," katanya.

Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim, pula membentangkan kertas kerja: 'Ulama dan Umara: Siapa Memimpin Siapa?' Beliau berkata, kekuatan negara bergantung kepada empat perkara. Empat perkara yang mesti ada dalam satu negara ialah ilmu ulama, pemerintah yang adil, kemurahan hati hartawan yang bersedia menghulurkan bantuan dan doa orang fakir.

Justeru katanya, status hubungan ulama dan umara ialah 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' dalam melaksanakan tanggungjawab serta pengaruh masing-masing, bukan bergabung hanya pada masa tertentu.

"Ulama dan umara perlu tahu kelemahan serta kekuatan masing-masing selain bersedia membantu, menambah mana kurang, memperkuat mana yang lemah. Kelemahan dan kekuatan salah satu daripada dua golongan ini akan menggugat kekuatan serta maruah negara," katanya.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan status tinggi kepada Islam sebagai agama negara menuntut kerjasama antara umara dan ulama melalui pembentukan agensi agama, pusat pendidikan, perundangan serta muamalat berasaskan agama.

Ismail berkata, pentadbiran dan barisan kepemimpinan memerlukan bantuan ulama serta cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang. "Kerajaan memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu dibangkitkan dan kerajaan memerlukan kefahaman daripada sudut fatwa serta hukum Islam. Ini dapat dilakukan melalui hubungan erat ulama dan umara," katanya.

Pada masa sama katanya, institusi ulama perlu dimantapkan supaya tampil kuat, disegani serta dihormati.

Ismail berkata, tidak dinafikan ulama sekarang lahir dengan pelbagai wajah seperti dalam pergolakan mendapat kuasa politik, maka akan lahir ulama politik dan bagi yang mencari rezeki lebih pula, jadilah ulama duta produk tertentu.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan itu tidak menjejaskan institusi ulama selagi mereka bersatu, jujur serta ikhlas menunaikan kewajipan ketika menghadapi cabaran yang menggugat agama dan umat Islam.

"Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara terutama isu agama perlu dipolitikkan. Isu kalimah Allah juga dipolitikkan untuk mencari keuntungan politik.

"Amat menyedihkan apabila ulama sanggup menegakkan hujah yang bercanggah berdasarkan ideologi politik kepartian. Taksub dan fanatik parti politik ini sudah merebak, sekali gus menjatuh serta mencemar imej perjuangan Islam di negara ini," katanya.

Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan Lembaga Ulama Malaysia untuk meletakkan kerjasama ulama dan umara di peringkat lebih serius. Hubungan ulama dan umara yang diinstitusikan itu membolehkan ulama bekerjasama dengan kerajaan, menasihati daripada sudut agama serta menjalankan aktiviti dipersetujui bersama. — Berita Harian


Panggung Wayang: Pas Selangor buktikan fatwa Nik Aziz kolot #balaciSosialis

Posted: 11 Jul 2012 09:00 PM PDT



PAS Selangor kena 'ngap' lagi dengan DAP...
KHAMIS, 12 JULAI 2012 00:21 ROSLAN BIAN  
inShare

Mana satu yang betul? Ini yang boleh peningkan kepala bila tiga pemimpin PAS Selangor memberi pendapat berbeza dalam isu peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengasingkan lelaki dan wanita belum berkahwin ketika menonton wayang di daerah itu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pertahan keputusan MDKS tetapi ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kata itu hanya notis macam amaran larang orang Melayu Islam beli arak dan nombor ekor.

Ketua mereka, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula dakwa keputusan itu dibuat Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu dan belum dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis.

Namun yang pasti cadangan dan pelaksanaan tersebut dibuat Ahli Majlis MDKS mewakili PAS.

Jadi 'flip flop' pula bila teliti kenyataan Khalid, Dzulkefly dan Dr Rani yang berbeza-beza itu.

Apapun, semua itu tidak lebih wayang PAS untuk jaga hati Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu yang arahkan pelaksanaan garis panduan pisahkan lelaki dan wanita  belum berkahwin dalam pawagam ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai.

Arahan itu dibuat selepas media melaporkan panduan baru yang diperkenalkan MDKS terhadap pengunjung panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas bertempat di pusat membeli-belah 1 Plaza.

Garis panduan itu menghendaki pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan kedudukan tempat duduk ketika menonton wayang.

Peliknya, cepat sungguh Ronnie keluarkan arahan itu sedangkan dalam isu kebimbangan rakyat Selangor pasal rumah urut yang tumbuh macam cendawan selepas kerajaan PKR memerintah, wakil rakyat DAP itu buat-buat tidak dengar saja.

Bukan rahsia lagi beribu-ribu rumah urut terutama tanpa lesen di kawasan pinggir dan luar bandar naik satu demi satu sedangkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, jumlahnya cuma beratus sahaja.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga jaga Hal Ehwal Agama Islam mengakui perkara itu selepas pendedahan Utusan Malaysia tidak lama dulu.

Beliau janji nak ambil tindakan tetapi hingga sekarang yang bertindak hanya polis dan pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen.

Dalam isu peraturan MDKS, Khalid masih tutup mulut kerana Ronnie awal-awal lagi sudah bersuara.

Amat menghairankan suara Ronnie buat pemimpin PAS akur saja padahal arahan itu berkaitan tuntutan agama yang melarang bukan muhrim berdua-duaan.

Sepatutnya PAS Selangor secara total menyokong  peraturan itu lagipun ianya dicadangkan ahli majlis dari PAS selepas aduan orang ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak menonton tetapi ada pasangan lelaki dan wanita pula 'berlakon' aksi tidak senonoh dalam pawagam.

Ini diakui sendiri Khalid Samad kerana katanya pawagam tempat awam bukan tempat pasangan  memadu kasih.

Bila tiga pemimpin PAS ini 'flip flop', teringat kes Datuk Dr Hasan Ali dalam serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama tahun lalu.

Khalid dilihat menentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan isu itu berlarutan hingga akhirnya Dr Hasan kena pecat dari PAS dan gugur jawatan Exco Agama.

Kali ini, ahli majlis MDKS dari PAS yang kemukakan cadangan itu tentu kena 'taram' juga oleh PAS Selangor kerana dianggap memandai-mandai buat peraturan tersebut.

Silap haribulan, ahli majlis itu juga boleh digugurkan keahlian atau dipecat dari PAS.

Patut sangatlah Dr Hasan pening kepala masa jadi Pesuruhjaya PAS Selangor kerana banyak hal berkaitan kepentingan agama Islam diperkotak-katik oleh DAP termasuk isu rampasan jualan arak di tempat awam sekitar Shah Alam.

Bila Ronnie bersuara, arak dirampas boleh dipulangkan semula dan Dr Hasan terpaksa 'berjabat tangan' dengan Ronnie bagi menunjukkan PAS dan DAP 'ngam' tetapi sebaliknya PAS Selangor sudah kena 'ngap' dengan DAP.

Sekarang ramai nak lihat apa reaksi Khalid Ibrahim yang jaga Exco Agama.

Beranikah dia buat keputusan kekalkan peraturan itu serta kuatkuasakan di pawagam seluruh Selangor.

Jawapannya mungkin sudah ada kerana Menteri Besar itu tentu tidak mahu kena 'ngap' dengan Ronnie pula.

Maklumlah, kalau Ronnie akur keputusan PAS, beliau pula nanti kena 'ngap' dengan pengundi-pengundi Cina yang menyokong DAP.

Jadi kesudahannya dalam isu untuk jaga kepentingan Islam ini, PAS Selangor sekali lagi kena 'ngap'.

Kalau hal-hal kecil begini sudah kena 'ngap'...beranikah ambil langkah yang lebih besar tanpa 'menyinggung' DAP? – 11/7/2012- OLEH ROSLAN BIAN


#FitnahPR Lagi pembohongan Cybertrooper PR #PenipuaRakyat

Posted: 11 Jul 2012 06:00 PM PDT


Kalau ulama mereka pun jenis menipu, apa lagi cybertroopers mereka...


Fitnah Facebookers PR Terkantoi Lagi...


Tertarik dengan gambar yang dimainkan oleh cybertroopers 'low class' Pakatan Rakyat di laman facebook mereka kebelakangan ini. Gambar di atas disebarkan oleh cybertroopers PR dalam usaha mereka memburukkan kerajaan Barisan Nasional.

Setelah diselidik rupanya jambatan serta gambar yang dimainkan oleh mereka merupakan satu fitnah jahat ke atas kerajaan. Nampaknya Nik Aziz masih gagal menerangkan tentang dosa fitnah ke atas cybertroopers mereka yang siang malam membicarakan soal perjuangan Islam.

Dari blog Cucu Tok Selampit :
Kalau tidak menipu bukanlah namanya pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Sudah menjadi "trend" perangai buruk pemimpin-pemimpin mereka iaitu berbohong dan menipu akan diikuti oleh juak-juak mereka yang menjadi cybertroopers berbayar sama ada di blog, laman sosial Facebook maupun di Twitter. 
Terbaru, pembohongan dan spin jahat yang cuba dilakukan ialah gambar sebuah jambatan gantung yang kononnya terdapat di Malaysia yang kononnya membahayakan pelajar-pelajar kita yang hendak ke sekolah.
Kalau melihatkan posting di atas yang dibuat oleh facebookers "Jom Lawan UMNO", sememangnya Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Pihak cybertroppers pembangkang terlupa bahawa maklumat di zaman maklumat hanya di hujung jari, bantuan Google adalah semudah ABC. Cuba lihat realiti di bawah:
Haish! Semakin hari lawak yang dibuat oleh Pakatan Haram sudah mencapai tahap lawak bodoh gaban!
YY : Cuba tanya Nik Aziz apa dosa fitnah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan