Ahad, 1 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 01 Jul 2012 03:13 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tiga Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Tekad Bersama PAS Gantikan Umno di Putrajaya

Posted: 30 Jun 2012 10:48 AM PDT

Sumber : Buletin Online

MARANG – Tiga bekas pegawai tinggi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ditemukan dan berceramah diatas satu pentas pada program 'PAS Ganti Umno' Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung Padang Mengkuasng dekat sini Jumaat malam 29 Jun.

Ketiga-tiga mereka adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Setiausaha Negara Datuk Ismail Yahya dan Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peldang Tuan Haji Abdul Rahman Taib .

Mereka yang telah pun menjadi ahli PAS, melahirkan tekad dan keazaman bersama dengan PAS bagi menggantikan Umno menuju Purajaya bagi menggantikan Umno sebagai pemerintah.

Haji Abdul Rahman Taib (gambar atas) yang sebelum ini pernah berucap pada program Selamat Tinggal Umno di Chukai Kemaman berkata, Umno mesti digantikan kerana parti itu bukan sahaja tidak lagi relevan, bahkan ia dalam keadaaan yang bercelaru.

Datuk Ismail Yahya (gambar tengah) pula mendedahkan, beliau telah menjadi ahli PAS sejak lama dulu bahkan ketika mememegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dibawah mantan Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir, beliau terus memegang prinsip tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Manakala, Datuk Fauzi Shaari (gambar kiri)memberi peringatan kepada kerajaan walaupun beliau terikat dengan etika sebagai seorang bekas pegawai, namun beliau akan mendedahkan 'kebobrokan' kerajaan Umno-BN apabila tiba waktunya.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyampaikan ucapan, kehadiran ketiga-tiga bekas pegawai kanan kerajaan itu sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, perubahan mesti dibuat pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS peringkat Perhubungan Negeri.

Dengar dan lihat ucapan-ucapan malam pertama PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu di Buletinonline Channel dan Kembali ke Buletinonline.net Untuk Berita Lanjut

Batu Gajah Mari

Posted: 30 Jun 2012 11:14 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS bantah pembinaan Sekolah Agama adalah fitnah jahat Umno!

Posted: 29 Jun 2012 11:14 PM PDT

Ipoh, 30 Jun : Dalam satu sessi penerangan di sini, Ust Radzi Zainon telah memberikan penjelasan mengenai rentetan isu sekolah agama rakyat Taman Desa Aman.

Menurutnya, beliau berasa kesal kerana telah dihalau oleh Hamidah Osman sewaktu beliau dan Ahli Parlimen, Dr Lee Boon Chye datang ke majlis Ramah Mesra dan Dialog Bersama Rakyat dan dituduh sebagai penceroboh sedangkan tujuan mereka ke majlis tersebut adalah untuk mencari titik tolak ke arah penyelesaian.

Beliau berharap, semua perkara dapat diselesaikan dan tidaklah timbul pandangan negatif antara satu sama lain setelah hari itu.Tetapi, 16 Jun itu, kami dihalang untuk mengambil bahagian, memberikan pandangan kepada pihak Yang Berhormat ( Adun Sungai Rapat).

Ust Radzi menjelaskan, "Secara prinsipnya, PAS mahupun PKR tidak pernah menentang atau menghalang mana-mana sekolah rakyat.Tidak pernah wujud dalam sejarah dimana PAS menentang, menghalang , lebih-lebih lagi mahu merobohkan.

Seruan 'fi sabilillah' mereka mengatakan kami nak robohkan, sebab itu pada 1 Julai ini mereka nak berkumpul . Bagi saya, ini adalah fitnah paling jahat . Surat fitnah diedar berleluasa di sekitar Parlimen Gopeng mengatakan saya, bersama Major (B) Yaakub dan Encik Megat Ikmal merupakan dalang-dalang dan penghasut kepada pembinaan sekolah agama rakyat ini" katanya dengan kesal.

Menurutnya lagi, kehadirannya dan Encik Megat Ikmal adalah untuk melahirkan rasa simpati kepada penduduk-penduduk yang terlibat yang majoritinya adalah berbangsa Cina; terutama yang menghadap bahagian – padang tersebut.

"Mereka telah menghantar satu memorandum kepada Datuk Hamidah Osman pada 4 Mei, 2012.Memorandum yang sama dihantar kepada Datuk Rashidi, Datuk Bandaraya Ipoh pada tarikh yang sama.

Mereka meminta diadakan dialog dan sessi taklimat dan mereka ingin bertanya berkenaan pembinaan suatu binaan diatas padang permainan Taman Desa Aman, tetapi tidak dihiraukan oleh Datuk Hamidah." Terang Radzi.

Menurut Radzi, itulah perkara pertama yang mereka mahu tahu sebab mereka sendiri keliru dan tidak pasti kerana bangunan yang didirikan tidak ada 'signboard' memaklumkan mengenai projek tersebut dari segi nama projek, nama kontraktor , kelulusan dan sebagainya sebagaimana lazimnya.

Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan Pembinaan secara
terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan orang ramai.

Radzi memberi tahu, bahawa salah seorang penduduk yang prihatin, adalah bekas kakitangan MBI dan dia tahu prosedur-prosedur yang berkaitan.

"Jadi setelah 20 hari mereka bersabar setelah menghantar memo kepada DUN Sungai Rapat, yang merupakan Exco Kanan Negeri Perak,tapi malangnya, beliau tidak memberikan respon dan tidak ada maklum balas , barulah mereka memaklumkan kepada YB Dr Lee Boon Chye kerana mereka yang terlibat ini berbangsa Cina dan kurang faseh berbahasa Melayu dan merasakan lebih selesa berurusan dengan Ahli Parlimen Kawasan tersebut.

Setelah dipersetujui, maka satu pertemuan diaturkan untuk bersama mereka pada 24 Mei 2012."

Jadi apa yang kita nampak bahawa kesilapan yang berlaku adalah kerana sikap Datuk Hamidah tidak mahu melayan dan tidak mahu bertanggung jawab keatas pembinaan tersebut.Ini merupakan punca kenapa mereka memanggil Dr Lee Boon Chye dan Ust Radzi Zainon berjumpa dengan mereka.

Jika Datuk Hamidah berjumpa mereka, selesaikan masalah, berbincang hati ke hati, berunding dengan mereka, perkara ini tidak akan sampai ke peringkat sebagaimana sekarang.

Radzi berkata, rentetan yang kedua ialah pada 29 Mei, 2012 dimana mereka mengajak kami bersama mengadakan untuk sidang akhbar di padang berkenaan kerana penghantaran memo pada 4 Mei yang lepas itu masih tidak memberi kesan apa-apa pun.

"Sewaktu mengadakan sidang akhbar tersebut mereka menaikan sepanduk dan sebagainya. Tetapi pada sepanduk-sepanduk tersebut hanya merupan tulisan 'Bangunan Tanpa Kelulusan' dan 'Rampas Tanah Rakyat'.

Gambar yang kononnya mereka mengadakan demo waima mereka sekadar
mengadakan sidang akhbar bersama Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon

Tidak ada perkatan yang mengatakan membantah atau menghalang pembinaan sekolah rakyat kerana ketika itu mereka sendiri pun tidak tahu bahawa bangunan tersebut adalah sekolah agama rakyat atau pihak Umno mahu dirikan bangunan bilik gerakan Umno," jelas Radzi.

(Umno/BN tuduh mereka mendakan demo menentang pembinaan sekolah agama rakyat walhal keadaan sebenarnya adalah satu sidang akhbar membantah projek membina satu bangunan tanpa kelulusan diatas tanah lapang yang di gazet sebagai padang permainan.)

Dihalau keluar dari dewan - anak-anak jadi mangsa Umno yang
kononnya prihatin terhadap SAR

Radzi berkata, "Anak-anak kita dikeluarkan dari dewan dibelakang surau Desa Aman tersebut dan terpaksa belajar di bawah khemah berpanas dan berhujan selama dua minggu itu adalah semata-mata bertujuan untuk memberikan laluan kepada Umno menggunakan dewan tersebut sebagai bilik Gerakan mereka dalam menghadapi Pilihanraya yang digembargemburkan ketika itu.

"Ini terbukti dengan pengakuan dalam blog Sungai Rapat Online mengenainya – Umno mahu menggunakan dewan tersebut sebagai bilik gerakan bagi persiapan pilihanraya (Sila klik di sini).

Lawatan kami secara mengejut ke khemah tempat anak-anak kita belajar itu menyebabkan pada hari yang sama di sebelah petang itu juga, Hamidah telah mengarahkan mereka supaya kembali semula ke dalam dewan seperti biasa," terang Radzi.

Sumber: http://alhusseyn51.blogspot.com/



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrgmuIfp-ntuyub8jdO-5GmiNJWy0tIlaJBo7QUiYx89MyEDys_tArWJI4Z0LzwYoMfgLgZs2zVnp9QPPYuMnJpw1mCXq30167Ex_QLCTC_0i2mwQbzysu53K9QQY5Xbl3f0yFkshdBR8/s1600/sahab.jpg
Kapten Sahak oh Kapten Sahak.. haha.

Dupahang's Weblog

Posted: 30 Jun 2012 11:06 AM PDT

Dupahang's Weblog


Utusan lapor saham FGV melonjak.. Reuters lapor saham bakal merudum..

Posted: 29 Jun 2012 08:54 PM PDT

Khamis lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings melonjak ketika ianya mula didagangkan. Antara yang dilaporkan pihak mereka..  Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini. Dibuka pada harga RM4.55, harga [...]

Saham FGVH : Isa Samad Dapat 180,000 Saham. Peneroka dapat 800 unit sahaja.

Posted: 29 Jun 2012 07:42 PM PDT

Oleh: imamsurau “ Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada "pasaran terbuka" semalam. Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu saham termasuklah peneroka [...]

Jasindaily Online

Posted: 30 Jun 2012 09:45 AM PDT

Jasindaily Online


ADUN UMNO CUBA MAIN WAYANG ?

Posted: 30 Jun 2012 04:47 AM PDT

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

 Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam. "Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya. Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. 'Sokong Umno kalau ikhlas' Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.

 Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. "Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya. Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar. Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam "Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya. Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan.

Haram Buat PRU Masa Musim Haji - Murshid

Posted: 30 Jun 2012 04:42 AM PDT

Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), kumpulan pendakwah dan asatizah, mengambil ketetapan bahawa adalah haram jika kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sekretariat sekumpulan 20 pendakwah berkata, jika PRU13 diadakan pada musim haji, ia merupakan satu pengkhianatan kepada amanah dan sistem pemilihan. "Kami juga bersepakat bahawa pilihan raya dan proses pengundian tidak boleh atau haram dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar negara. "Sekiranya pilihan raya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan satu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini kerana proses pengundi adalah satu proses kesajsian," kata kenyataan itu. Sekretariat itu membuat pendirian ini ketika spekulasi bahawa PRU13 akan dipanggil pada musim haji menjadi kontroversi. 

 Dua minggu lalu, Pas membuat kenyataan ia khuatir kemungkinan PRU13 akan diadakan pada musim haji. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno mendakwa Pas membuat tuduhan tidak berasas. Sehubungan itu, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh PRU13 lebih awal dan mengelakkan ia diadakan ketika musim haji. Pada 22 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya. 

 Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya. Kenyataan itu juga berkata, pihaknya telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihan raya sewaktu musim haji. Katanya, proses pengundian adalah ibarat satu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah. "Maka, sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah memastikan semaksimum mungkin penyertaan rakyat dalam pilihan raya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanah air. 

 "Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai," katanya lagi. Kenyataan itu menambah, dalil-dalil menunjukkan, apabila rakyat berada dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian. Justeru tambah kenyataan itu, dalam konteks pilihan raya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai saksi sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. "Justeru, sekiranya pihak berkuasa memutuskan pilihan raya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

 "Jika seorang saksi tidak dibenarkan untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya diharamkan juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara," jelas kenyataan itu. Justeru menurut kenyataan itu, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian sama ada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihan raya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun Sehubungan itu kenyataan Murshid berkata, pihak berkuasa perlu teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. "Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini," katanya.

Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’

Posted: 30 Jun 2012 04:41 AM PDT

Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu. Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat.

 "Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi. "Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. 

Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia di sini, malam tadi. Hadir sama, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Pada program berkenaan Hairie turut menyerahkan borang keahliannya kepada Nik Aziz sambil diperhatikan kira-kira 5,000 pengunjung yang hadir sekali. Hairie yang sudah bergiat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun berkata, penyertaannya dalam Pas bukan bermaksud dia sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon seperti dahulu, malah akuinya, dia kini lebih popular. 

 "Ada yang dakwa saya sudah jadi pelakon suam-suam kuku, sebab itu saya pilih Pas. Namun, saya begitu terharu dengan kehadiran ramai orang pada malam ini. Saya rasa jadi 'lebih artis' berbanding sebelum ini," katanya. Hairie berkata, jadual hariannya kini juga padat sejak minggu lalu bagi memenuhi undangan bersama Pas di merata-rata tempat. 

 "Kali pertama bertemu Tok Guru, beliau bertanya sebab apa saya mahu masuk Pas. Saya jawab saya ingin berubah. Saya pilih Pas, tiada niat apa-apa. "Saya hanyalah penyokong kepada perjuangan yang berlandaskan Islam dan bukan bersifat perkauman atau bangsa," katanya.~Sinar

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 30 Jun 2012 09:41 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Sears Bangor Maine Mall

Posted: 30 Jun 2012 09:33 AM PDT



Whether a young couple looking for more romantic activities, couples can choose from, one of 6,000 lakes and streams that flow through it for some of the sears bangor maine mall or Acadia vacation rentals offer all support for enjoying outdoor activities such as fresh blueberry pie prepared with locally grown berries, and decadent Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed with activity - much of it is a thrill that everyone of all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the sears bangor maine mall, the sears bangor maine mall in Bangor Maine. The various lodging options on Maine's beautiful lakes, ponds and over 17 million acres of forested beauty and splendid scenery. In fact the sears bangor maine mall can fish them, you can explore the sears bangor maine mall with its secluded beaches, the sears bangor maine mall. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine to choose from. Of the sears bangor maine mall, which tourists can travel through the sears bangor maine mall are spread over a very large area, and it is home to two racetrack facilities, the sears bangor maine mall a year round tourist spot in Maine so the sears bangor maine mall can migrate.

Alternatively, among the sears bangor maine mall a pure breed Maine Coon Cats are mysterious and alluring. Of course, while one is in Maine, they would do themselves a serious injustice if they failed to visit the sears bangor maine mall of this region, which offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine vacation home to countless species of birds, fish, and other wildlife. For sports enthusiasts, they can also go on a two-hour cruise to catch fish and this will give the sears bangor maine mall and take it easy, drinking in the sears bangor maine mall of Maine. Some of these lodgings.

You could collect various brochures and Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this region, it would be a relatively expensive investment. All owners will agree that they are cooked. Lobsters are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters are used to prepare a variety of thrill rides, family rides and kids rides, it is home to Mt. Katahdin, the sears bangor maine mall of Mount Katahdin and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters is done by Maine lobster is famous all over Maine to ensure that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan