Semasa ceramah Umi Hafilda di Taman Janggus sebentar tadi , memang ramai penyokong PKR dan PAS hadir untuk mendengar ceramah wanita yang cukup ditakuti Anwar ini .
Tapi ada seekor pencacai Anwar yang cukup tak tahan lanyakkan Umi Hafilda terhadap pemimpin agungnya Anwar Ibrahim iaitu Ketua AMK Prmtg Pauh ,Amir Ghazali . Beliau yang duduk berdiri dibelakang padang awam dengan beberapa rakannya terus menyalak sekuat hati menjerit nama Umi Hafilda sebagai perempuan fitnah .
Ekoran provokasi ini , kawalan ketat oleh penganjur terpaksa dibuat bagi menjaga keselamatan Umi Hafilda daripada disentuh oleh pencacai dihantar Anwar ini . Tetapi hasrat Amir Ghazali menyalak terus menarik perhatian orang ramai yang hadir lalu menyerbu ke arahnya supaya diberhentikan .
Mereka memberi amaran kepadanya supaya beredar dari kawasan ceramah . Akhirnya beliau terpaksa beredar ..kalau tidak dah kena tumbuk dah ..hahaha
bodyguard pihak penganjur iaitu NGO terpaksa
mengawal kawasan pentas ceramah Umi.
Amir Ghazali dihalau oleh orang ramai & pihak keselamatan
Skuad bawah 22 tahun negara meneruskan rentak cemerlang di Yangon, Myanmar apabila menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi keempat Kumpulan G kelayakan Piala AFC 2013. Penjaring terbanyak skuad negara, Rozaimi Abdul Rahman terus membuktikan bisanya sekali lagi apabila meledak hatrik pada minit ke-52, 92 dan masa kecederaan untuk membolehkan pemain Sabah itu merekodkan sembilan gol pada kejohanan itu.
Kemenangan tersebut membawa Malaysia kini meraih sembilan mata daripada empat perlawanan dan wajib mencatatkan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G, Selasa ini jika mahu memastikan tempat ke pusingan akhir. - UTUSAN
– Pelakon jelita Neelofa yang kini hangat "berperang" dengan seorang lagi artis tempatan bernama Anzalna Nasir bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka daripada bintang baru itu tetapi dengan beberapa syarat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia sudah menghantar sepucuk surat melalui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi pada Jumaat yang antara lain meminta Anzalna, 24, memenuhi syarat-syarat berkenaan.
"Saya bersedia menerima permohonan maaf terbuka daripada Anzalna kerana kenyataan fitnahnya terhadap saya. Namun sebelum itu, dia perlu menandatangani sepucuk surat yang menyatakan persetujuan terhadap beberapa syarat yang saya tetapkan.
"Surat itu sudah saya serahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi pada hari ini (Jumaat). Saya merancang untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini pada Ahad," katanya secara eksklusif kepada mStar Online.
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" menerusi akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.
Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.
Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.
Sementara itu Neelofa berkata, beberapa syarat yang ditetapkan kepada Anzalna dalam surat tersebut adalah sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
"Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci butiran surat itu atas nasihat peguam tetapi antara syaratnya dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di media selepas ini.
"Saya mahu perkara ini berlaku secara ringkas agar dia memohon maaf secara terbuka dengan ikhlas dan belajar sesuatu daripada kejadian ini. Yang penting, nama dan maruah saya dibersihkan semula," katanya.
Ditanya pandangannya mengenai kenyataan seorang lagi bintang baru iaitu Tasha Shilla terhadap dirinya sebelum ini, Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dan menghormati pendapat aktres itu.
"Saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Tasha. Saya tidak terasa hati kerana dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya.
"Malah saya menghormati pendekatannya yang berdiam diri selepas pelbagai kontroversi antara kami bertiga mendapat liputan meluas di media," katanya.
Presiden Seniman Zed Zaidi yang dihubungi mStar Online memberitahu yang beliau telah menerima surat berkenaan dan akan berbincang dengan Anzalna sama ada dia bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang diberikan itu. – mStar Online
Abby abadi pada malam ini telah memberi ceramah di Pasir Putih Kelantan,ceramah diadakan di Padang Majlis Daerah.Dalam ceramah itu moderator ingin menyerahkan borang keahlian kepada Abby Abadi akan tetapi telah ditolak dihadapan hadirin yang hadir.
Untuk menutup kemaluan itu moderator pun tersipu malu kerana sebelum ini mereka telah menyatakan kepada hadirin yang hadir akan ada kejutan dari Abby Abadi yang mungkin menyertai PAS pada malam ini.
Tambah-tambah pulak dengar khabar, Abby berkawan baik dengan muslimat PAS di kawasan tempat tinggal dia.., lagi lah senang nak 'terpengaruh' kann... Apapun, selamat maju jayalah buat bekas bini Norman Hakim tu.. Semoga dia dapat 'tiket syorga' dari Pok Nik.. Dah join PAS, lepas ni dapatlah lesen nak maki hamun kerajaan sesuka hati kann... Jangan bimbang.., masuk PAS semuanya jadi 'halal'... Hahahaha...
Kepada rakyat Permatang Pauh ... jom pakat hadir hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana " Bongkar Pembohongan Anwar Ibrahim oleh Umi Hafilda malam ini di Tmn Janggus ,Permatang Pauh .
Isu RM3 Billion, skandal Anwar -Shamsidar , liwat 98 , isu gelaran Al Juburi , salahgunakuasa Anwar , isu kemunafikan Azmin Ali & kekayaannya bakal dilondehkan malam ini . Mengapa Anwar cukup takut dan tak berani saman wanita ini... jom pakai mai dengaq malam ini !
GPB akan nantikan reaksi juak-juak taksub PAS masjid batu jika depa panas telinga bila dengan idola mereka dilondehkan rahsianya ..Samada depa nak mai kacau atau serang ..kita tunggu malam ini !
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau campur tangan dalam urusan pemberian tender projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang sebagaimana didakwa oleh PKR baru-baru ini. Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, segala urusan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. "Semuanya dilakukan dengan betul.
Tidak ada perkara seperti itu," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi. PKR mendesak kerajaan memberi penjelasan berhubung pemberian kontrak pembinaan projek tambahan itu kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak mempunyai pengalaman.
Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli mendakwa bahawa pemberian kontrak bernilai hampir RM1.1 bilion kepada syarikat tersebut mendapat campur tangan kerajaan.
Jawabnya ringkas," semuanya dibuat ikut prosedur...tiada ada perkara seperti (didakwa) itu ".- agenda daily
"Saya tidak akan berpatah balik daripada keputusan untuk meninggalkan Kubang Kerian, seterusnya membawa balik apa yang saya belajar ke Johor walaupun ada yang mengatakan saya cuba membunuh diri.
"Kita akan lihat siapa yang akan dibunuh dan siapa akan terbunuh? Menang atau kalah dalam pilihan raya adalah adat bertanding dan kita akan tetap meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam dan orang Melayu," katanya.
Salahuddin berkata demikian dalam ucapannya bersempena Jamuan Makan Bersama Tok Guru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Tampoi di sini, semalam. - SH
kehkehkeh kesian tengok din puduraya..baru letak bontot kat johor terus gali liang lahad sendiri..walaupun sebelum ni beliau puas menghina kaum india beberapa kali namun beliau masih tetap mengekalkan kenyataan asal. tak cukup dengan stetmen maut mengatakan perayaan thaipusam umpama pehimpunan haram, beliau tambah lagi penghinaan agar kaum india cari guru bahasa malaysia seolah2 kaum india cetek bahasa!
kalau camtu tak payah ler din pudu susah2kan diri nak menjuarai rakyat kalau dia sendiri tak tahu jaga hati masyarakat!..ulamak spesis ape dia nih? dia sepatutnya tau dia dah bunuh diri sendiri sebelum PRU!..
p/s: aikk..menghasut rakyat kat PPRT plak? dah takde tempat lain nak berpolitik kerr din? huhuhu >XD
Pas mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas kepada penyokongnya.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika UMNO percaya perjuangannya selari dengan apa yang dikehendaki Islam, maka tidak ada salahnya untuk parti itu membuat dakwaan seperti Pas. - Utusan Malaysiaku sayang
lagi satu helah pasrael nak pedajal umno supaya jadi macam mereka yang dah termasuk jerat anuwar dan deeayypig...pasrael kini cuba memerangkap ulama2 umno agar mengeluarkan fatwa sama seperti bapak kapir supaya sama2 di persalahkan atas kekeliruan akidah yang telah pasrael lakukan.
pasrael menjaja pahala dan syurga kepada pengundi seolah2 mereka adalah pegawai pemasaran yang mewakili allah s.w.t semata2 nak mengejar keuntungan politik. pasrael sanggup menggunakan agama untuk mencapai matlamat dengan memesongkan kepercayaan dan akidah umat.
pasrael telah menyaksikan bagaimana anuwar begitu mudah perkudakan ulama tersohor seperti al qardawi. Malahan ramai sekali ketua2 penganut agama pasrael pun dah jadi mangsa penipuan anuwar. dan kini pasrael pulak menggunakan pendekatan anuwar untuk memesongkan orang islam di malaysia..
semestinya umno tak perlu melayan karenah pasrael...umno tak perlu membuktikan ape2 pun kepada rakyat selain terus memantapkan syiar islam. yang menentukan pahala dan dosa bukan manusia macam bapak kapir ketua penganut ajaran sesat yang mengutamakan kedudukan politik melebihi segala2nye! >:]
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lynas plant in Gebeng, Kuantan, a rare earth processing plant which is one of the most important necessity material in the world today for the production of modern technology devices, is still in issue. It is not too much to say that Lynas has become a political victim for the opposition only because they are out of issues to play. It is not shocking if Lynas would become the victim of foreign power to ensure that they would not be able to break the monopoly of the rare earth production by China. As for today, all experts, international atomic and nuclear organizations and the select committee which was formed to observe the safety aspect of Lynas had came to a decision where the plant is safe. Not just that, the infrastructure was also said to be far more advanced than plants that are in developed countries. But, the opposition who took themselves as 'nature lovers' still denies that fact. Instead, they kept on arguing saying that the plant is not safe, without any concrete evidence. In a way, their arguments had raised doubts among rakyat around Indera Mahkota and Kuantan. And obviously, rakyat do not want to have any doubts in matter as this. That is why there is nothing wrong is the government take a little time to provide space to rakyat to go through the details of this issue. Lynas would not suffer loss if the government asks them to stop their operation until things are cleared up. In other word, stop for a while rather than cancelling the whole project just like that. We cannot deny that residents that live at the surrounding area of the plant do have their worries due to talks given by the opposition about Lynas. That is why we need to take a smart measure in explaining and convincing them about scientific evidence which shows that Lynas is safe. This can be done through a few sessions tto residents. besides that, rakyat should be given easy access to find the right information about Lynas so that they would not feel cheated. Only by taking those measures, Lynas controversy can be put to a full stop. We do not want Lynas's operations to be stopped and politicized because of certain agendas. With this, we believe that delaying the operations of Lynas would be the best for the government, the country and rakyat.
tunku : again some people are falling into the oppositions trap. scientific evidence which shows that Lynas is safe. we agree that the government should go down and meet the people to explain to them with scientific evidence. we don't want the country losses it's revenue just because the opposition don't want to see the success of bn's government.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi. Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.
Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.
Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya. Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.
Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api. Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi. Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya 'paling Islamik' dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.
Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf. Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.
Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS. Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya. Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka. Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.
Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.
Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap 'mesra' dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.
Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa. Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.
Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.
Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi. Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.
Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain. Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.
Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini. Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini. Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.
Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak. Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.
4 langkah tersebut ialah:
1. Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat
2. Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.
3. Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri.
4. Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas.
Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.
Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir.
Kilang Lynas di Gebeng, Kuantan iaitu kilang memproses nadir bumi yang menjadi antara keperluan paling penting di dunia hari ini bagi penghasilan barangan berteknologi tinggi, masih lagi menjadi kontroversi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Lynas menjadi mangsa politik pihak pembangkang yang ketandusan isu. Tidak mengejutkan juga jika Lynas menjadi mangsa percaturan pihak luar untuk memastikan Malaysia tidak mampu memecahkan monopoli pemrosesan nadir bumi oleh negara China.
Setakat hari ini, kesemua pakar-pakar, pertubuhan-pertubuhan berkenaan atom dan nuklear antarabangsa serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menilai tahap keselamatan Lynas telah sepakat menyatakan bahawa kilang tersebut selamat. Bukan itu saja, malah infrastrukturnya juga disahkan sebagai jauh lebih canggih dari kilang-kilang yang sama dengannya, di negara maju.
Namun, pihak pembangkang yang memakai penyamaran 'pencinta alam' tetap berdegil menolak keputusan tersebut. Sebaliknya, mereka terus berhujah menyatakan Lynas adalah tidak selamat dan terus melaung-laung kata-kata ini tanpa berasaskan apa-apa bukti.
Sedikit sebanyak, hujah mereka berjaya menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekitar Indera Mahkota dan Kuantan. Dan sudah tentulah kita tidak mahu rakyat walau di mana jua merasa ragu-ragu walaupun sedikit dalam hal ini.
Oleh itu, kita lihat tidak ada salahnya jika kerajaan mengambil sedikit masa untuk memberi ruang kepada rakyat meneliti isu ini dengan lebih mendalam.
Tidak menjadi satu kerugian jika kerajaan mengarahkan Lynas agar menangguhkan operasi sehingga keadaan benar-benar tenang. Atau dalam erti kata lain, hanya meminta mereka berhenti sejenak dan bukannya berundur ke belakang mahupun membatalkan terus.
Tidak boleh dinafikan bahawa penduduk-penduduk sekitar kilang tersebut sedikit sebanyak tetap mengalami kesan psikologi akibat dihasut dan disogok dengan berbagai versi mengenai Lynas oleh pihak pembangkang.
Oleh yang demikian, kita perlu bijak mengambil langkah untuk menjelaskan dan benar-benar meyakinkan mereka mengenai bukti-bukti saintifik yang menunjukkan Lynas adalah selamat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan sessi penjelasan dan penerangan secara berperingkat di kalangan penduduk setempat. Selain itu, rakyat juga perlu diberi akses mudah untuk mencari maklumat tepat mengenai Lynas agar mereka tidak merasa tertipu.
Hanya dengan cara ini maka kontroversi Lynas dapat dihentikan sama sekali. Kita tidak mahu apabila beroperasi nanti, Lynas masih mengalami gangguan dan masih dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang gila publisiti dan mempunyai agenda-agenda tertentu.
Dengan ini, kita percaya, menangguhkan operasi Lynas adalah tindakan yang sebaik-baiknya untuk kerajaan, negara dan juga rakyat. - BB
Gerakan Mansuhkan ISA yang didokong oleh parti politik pembangkang akan buat kerja jahiliah malam ini di depan ibu pejabat polis Bukit Aman Kuala Lumpur. Boss GMI merupakan orang kuat sebuah pertubuhan Islam dan presiden sebuah NGO yang memantau pilihan raya. Di fahamkan NGO itu adalah anjuran barat. Vigil ini ialah amalan kristian ortodok yang dibuat pada malam minggu. Jadi mana dia cerdik pandai dalam Pas seperti Azhar Idrus, Dr Fadzli, dan lain-lain lagi. Kita biasa tengok Badrul Amin, Nizar Jamaluddin dan ramai lagi muslimat Pas sering turut serta dalam program vigil usung lilin dahulu. Malam ini kita tengok siapa pula yang akan turut serta.
LIHAT SENDIRI PERANGAI MUNAFIK PUAK PUAK AHZAB. MASA ORANG ASLI DI KAWASAN KELANTAN YANG TAK JAUH DARI SINI, AHZAB BUAT TAK AMBIL KISAH. MEREKA HANYA MELIHAT SAHAJA KAPIR HARBI YANG MENEROKA SECARA HARAM DENGAN NAMA LADANG RAKYAT.
TETAPI BILA KEJADIA SEUMPAMA INI BERLAKU DINEGERI ORANG, MEREKA LAH YANG KE HADAPAN KONONNYA UNTUK MEMBANTU, PADAHAL BANTUAN MEREKA ADALAH BANTUAN PENIPU, HANYA UNTUK MERACUN PEMIKIRAN MANGSA AGAR MEMBENCI KERAJAAN YANG MEMERINTAH..
Published on Jun 27, 2012 by malaysiakini WAWANCARA Walaupun diharamkan kerajaan sejak 26 tahun lalu, buku 'anti-hadis' didakwa tetap meninggalkan kesan secara perlahan-lahan, termasuk melibatkan jaringan ahli politik yang dikaitkan dengan dua bekas perdana menteri.
Malah, pelopornya Dr Kassim Ahmad berkata, atas keyakinan berada di pihak benar, lambat laun masyarakat akan menerima ideanya yang diungkap dalam Hadis: Satu Penilaian Semula yang diharamkan kerajaan.
Published on Jun 29, 2012 by malaysiakini Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.
Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.
Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.
Cerita Berkaitan: http://www.malaysiakini.com/news/202210 http://www.malaysiakini.com/news/202210
Apa pula nak berdalih , bagi alasan macam-macam, sememangnya Pas telah lama memburu artis agar masuk Pas tetapi ada yang gagal. Antara mereka yang gagal diheret ke kancah tentera ahzab ialah Amy Search dan Mus May.
Pas sanggup berpanas di depan rumah Amy semata-mata mahukan dia sain borang keahlian seperti yang dilakukan oleh Bob Lokman dan beberapa orang artis lagi.
Baru-baru ini Bob Lokman terpaksa dikejarkan ke hospital Taiping selepas hadiri program Pas di sini. Selagi mampu tenaga Bob Lokman akan diperah, bila dah letih dan lunyai Pas akan abaikan.
Seperkara lagi ialah , bila dah jadi ahli Pas, artis akan dibawa berjumpa dengan tok guru untuk makan bersama, entah serbuk apa yang dimasukkan dalam makanan dan minuman mereka agar mereka menjadi taksub kepada pemimpin mereka.
PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan program 2Wheels Palooza 2012 atau Karnival Motosikal selama dua hari mulai esok di pekarangan parkir A dan B Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kenyataan KBS menyebut karnival itu merupakan acara perhimpunan tahunan terbesar yang menggabungkan pelbagai aktiviti sukan permotoran, perhimpunan kelab permotoran, pertandingan autoshow motosikal, pertandingan sukan ekstrem dan sebagainya.
Objektif penganjuran karnival itu ialah memberi kesedaran kepada komuniti belia berhubung keburukan lumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial, selain menyediakan program alternatif kepada mereka untuk menunjukkan bakat serta kemahiran dalam suasana terkawal, sistematik dan selamat.
Turut diadakan ialah pameran Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba.
Penyertaan dalam aktiviti karnival terbuka kepada semua tetapi perlu melepasi syarat yang ditetapkan penganjur dan pelbagai hadiah disediakan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM80,000 beserta trofi. - Bernama
Pelakon dan pelawak veteran, Osman Kering, 58, yang koma sejak 10 Jun lalu meninggal dunia di PPUKM, sebentar tadi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hisap rokok atas green, tak ada etika punya golfer...
Ada satu cerita yang orang emailakan pada aku, cerita pasal perangai seorang adun nie yang gila main golf, aku rase dia nak ganti tiger woods kut...
Gila tak gila adun sekor nie main golf, hari isnin sampai khamis dia main golf di jakarta di sponsor oleh seorang su politik pak menteri, baliknye hari jumaat boleh sambung main tasik puteri golf club, rawang, sabtu dan ahad mungkin dia cuti, tu maklumat aku tak dapat.
Isnin main golf di kelab golf negara subang (kgns) dan hari selasa pulak dia main tropicana golf club, woii.... agak-agak la, dia buat main golf nie macam kerjaya, weekdays main golf weekend cuti...
Kau tu adun, kalau 5 hari seminggu asyik dok kat padang golf, bila masanye pulak nak jenguk masaalah rakyat di kawasan, orang pilih kau jadi wakil rakyat untuk selesaikan masaalah rakyat, bukan untuk jadi pemain golf.
Aku harap najib tak pilih lagi hamlau sekor ni jadi calon bn, kalau dia nak merajuk, kalau dia nak lompat parti biarkan, aku ada lagi gambar-gambar dia main permainan yang jarang di main oleh bangsa melayu, kalau dia cerita banyak, aku keluarkan je gambar tu, biar orang tahu bertapa ini orang memang tak boleh pakai.
Pelik bin ajaib, kenapa ramai artis masuk pas? kenapa mereka tidak masuk pkr, adakah kerana nik ajis boleh beri syafaat untuk mereka masuk syurga atau mereka melihat pas lebih berwibawa dari pkr... atau dia takut kena liwat dengan anwar kalau masuk pkr, ye la mamat tu kira jambu jugak la, apa pun itu kena tanya artis tu sendiri.... korang baca sendiri kenyataan dari mulut hero leftenan adnan nie...
Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan,
Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini.
Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.
Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!"Masuk PAS? Nak makan apa?
Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.
Aku terbaca kisah kamal hisham, seorang peguam ( betul ke) yang nampaknya sedang mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang dicptanya sendiri.
Kamal hisham mula dipopularkan namanya oleh penulis yang tak laku siri TVnya. Penulis ini sedang mereka cipta fantasi melampau dan cuba mengaitkan nama Tuanku Sultan Johor dengan pelbagai skandal palsu yang memburukkan nama Tuanku Sultan Johor.
Bagaimana terujanya penulis merekayasa cipta fitnah memburukkan nama Tuanku Sultan, hingga ke tahap terpaksa menyakinkan segelintir pembaca untuk percaya setiap artikel yang ditulisnya dengan selitan pelbagai tuduhan dan cacian.
Aku meneliti satu persatu artikel tulisan si penulis. Membaca isi kandungannya umpama membaca tulisan si mat jenin politik, berangan tak sudah, penuh andaian dan cerita tidak digalaskan dengan fakta.
Untuk menyakinkan pembaca, maka pelbagai gelaran dan kutukan terpaksa digunapakai bagi menguatkan hujah lemah. Tuanku Sultan Johor dikutuk dengan pelbagai gelaran, ianya tak lain bagi menyedapkan jalan cerita.
Ini adalah permulaan. Kisah benar si putar alam bernama kamal hisham ini akan dibongkarkan edisinya satu persatu kelak.
Kepada si putar alam kamal hisham, jangan tersentak jantungmu dengan pendedahan kisah benar yang akan disulami dengan 'beberapa fakta berdokumentasi'.
Nantikan pendedahan bahagian pertama tak lama lagi.
Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?
Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.
"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?
Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?
Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.
Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.
Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut?
Persoalannya disini adalah mengapa Tan Sri Khalid yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?
Apa hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I-City Berhad Dato Lim Kim Hong? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Sila baca di sini.
Sementara itu kelmarin Pemuda MIC minta SPRM siasat!
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan tiga isu penjualan tanah yang didakwa wujud unsur penyelewengan dengan melibatkan nilai puluhan juta ringgit.
Tiga tanah itu adalah bekas tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midlands, Ladang Bukit Raja di Klang dan Ladang Coalfield di Batang Berjuntai.
Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh mendakwa kerajaan PKR Selangor telah melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan ketiga-tiga tanah tersebut.
"Sekolah Tamil itu terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai I-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun hanya lebih kurang RM3 juta diberikan oleh syarikat I-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.
"Bagaimanapun, baki untuk bina sekolah sebanyak hampir RM1.9 juta disumbangkan orang ramai, badan lain dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apa yang meragukan di manakah baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung penjualan tanah-tanah itu di sini hari ini.
Menurut Sivarraajh, lebih meragukan apabila sebuah dewan konvensyen dibina menggunakan sumbangan orang ramai tetapi diswastakan kepada pihak ketiga yang mengenakan caj yang mahal kepada pengguna.
Dalam pada itu, beliau berkata, isu berkaitan Ladang Bukit Raja dan Ladang Coalfield mempunyai persamaan apabila kedua-dua tanah itu yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2006 kepada penduduk di kawasan tersebut diambil lebih separuh keluasannya oleh kerajaan negeri sekarang.
"Kerajaan BN dulu telah meluluskan tanah seluas lebih enam hektar untuk penduduk ladang itu namun yang menjadi persoalannya kerajaan negeri sekarang telah mengurangkan lebih kurang sebanyak dua hektar.
"Di Ladang Coalfield pula kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak tujuh hektar tanah melalui syarikat KL Kepong, namun kerajaan negeri sekarang telah mengurangkannya kepada lebih kurang dua hektar," katanya.
Dakwanya lagi, hasil siasatan mendapati tanah di Ladang Bukit Raja akan didirikan projek perumahan mewah manakala di Ladang Coalfield bakal dibangunkan projek komersial.
Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat perkara tersebut kerana jelas terdapat isu penyelewengan yang akan memberi kesan negatif kepada penduduk.
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin menegaskan Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi memberikannya kepercayaan kepadanya menjalankan tugas-tugasnya.
"Saya bertemu MB semalam dan soal penamatan tugas (saya) langsung tidak disebutkan.
"Malah, saya diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab," kata Faekah ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik portal pro-Umno AgendaDaily bahawa bahawa Faekah dijangka meletak jawatan pada Jumaat (esok).
Semakan di laman AgendaDaily bagaimanapun mendapati tiada artikel berkaitan dakwaan itu dimuatkan. Difahamkan khabar angin itu hanya perbincangan 'BBM Group' di kalangan wartawan.
Manakala NST dalam laporannya menyebut, khabar angin itu antaranya mendakwa terdapat exco kerajaan Selangor dalam mesyuarat exco kelmarin menuntut Faekah berundur atas dakwaan menyalahguna kepala surat pejabat menteri besar.
Berundur selepas nasihat Wan Azizah?
Faekah dijangka meletakkan jawatan esok selepas mendapat nasihat daripada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, lapor harian berbahasa Inggeris itu lagi.
Akhbar sama bagaimanapun melaporkan exco kanan negeri Ronnie Liu sebagai menolak dakwaan itu dengan berkata ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat mereka.
Sumber pejabat menteri besar pula berkata, jika benar pun cakap-cakap itu, Khalid tidak memerlukan kelulusan daripada mesyuarat exco untuk mengeluarkan Faekah kerana ia kuasa prerogatifnya.
Menurut NST lagi, mereka tidak dapat menghubungi Faekah untuk tujuan pengesahan ketika laporan itu ditulis.
Faekah sebelum ini mendapat perhatian ramai sejak wujudnya penolakan dalaman PKR terhadap kedudukan beliau sebagai orang kanan Abdul Khalid.
Malahan, terdapat pihak yang tidak dikenali turut melancarkan kempen terhadap Faekah menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangpkr di Twitter.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Najib lancar program iTR1M bantu pelajar UPSR, SPM di Selangor..
Kerajaan meluluskan peruntukan RM2 juta daripada Dana Khas untuk melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakmelancarkan program yang dilaksanakan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di kediamannya, Seri Perdana di sini hari ini. Hadir sama ialah Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Alimuddin berkata projek perintis yang dilaksanakan di negeri Selangor akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.
"Program iTR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di sini hari ini.
Alimuddin berkata program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah, iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.
Beliau berkata seramai 350 guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jummat.
"Matlamat Program iTR1M adalah untuk memberi bimbingan di luar waktu sekolah secara percuma kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah pelbagai kaum dan membantu mereka mengoptimumkan penggunaan 'Netbook 1Malaysia' dan kemudahan ICT yang disediakan kerajaan," katanya.
Alimuddin berkata di bawah program ini, calon UPSR menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah, sekolah dan pusat komuniti (Perpustakaan Desa, Pusat Jalur Lebar Komuniti dan medan Infodesa).
Beliau berkata bagi calon PMR dan SPM, bimbingan secara konvensional di beberapa sekolah menengah terpilih diadakan dari pukul 3 hingga 5 petang, pada setiap Isnin, Rabu, dan Jumaat.
Selain itu, beliau berkata calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia dan Fizik) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah.
"Seminar dan bengkel persediaan menghadapi peperiksaan yang akan diadakan menjelang tarikh peperiksaan," katanya.- Bernama
Sebahagian penduduk Pangsapuri Mega Indah, Ampang berkumpul bagi menggesa Syabas supaya segera menyelesaikan masalah air yang terputus sejak seminggu lalu di Ampang, semalam.
Benar kata pepatah melayu, gajah dengan gajah bergaduh...semut ditengah mati tersepit! PKR sibuk dengan sengketa dalaman, rakyat pula yang menjadi mangsa. MB Khalid sibuk mempertahankan Faekah, sehingga lupa mendengar masalah rakyat.
Beberapa kawasan di ibu negara dan Hulu Langat kini mengalami gangguan bekalan air serius melibatkan kira-kira 42,080 akaun pengguna.
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau di kedua-dua wilayah ekoran penurunan paras kolam utama.
Menurutnya, langkah itu bagi memastikan pihak Syabas dapat membuat pemantauan rapi dan membantu pengguna di kawasan terlibat.
"Setakat jam 5 petang semalam, Syabas telah menerima sejumlah 183 aduan dari kawasan Hulu Langat, manakala 258 aduan dari Kuala Lumpur berhubung ketiadaan bekalan air sejak 25 Jun lalu.
''Daripada 42,080 akaun pengguna, 23,000 merupakan pengguna di Kuala Lumpur, manakala 19,000 bagi Hulu Langat,'' katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini.
Di Kuala Lumpur, kawasan terlibat ialah, Taman Bukit Permai; Kampung Cheras Baru; Taman Muda; Taman Mastika dan Taman Mawar.
Turut terlibat Taman Putra; Taman Pandan Mewah; Taman Lembah Maju; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Jalan Chan Sow Lin, Persiaran Putra; Jalan Robson dan Brickfields.
Di Hulu Langat, kawasan terlibat ialah Taman Puncak Utama; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Impian Indah dan Taman Desa Karunmas. Terlibat sama, Taman Harmoni; Taman Sri Timah; Taman Sungai Besi Indah; Taman Tanming Jaya; Taman Juara Jaya; Taman Bukit Belimbing dan Taman Impian Ehsan.
Sebelum ini, Syabas telah melaporkan sebanyak 47 kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat dan Klang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah. Ia kesan daripada penyusutan paras kolam-kolam utama akibat peningkatan permintaan melebihi kadar pengeluaran air sepanjang cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini.
"Hasil pemantauan berterusan didapati kadar permintaan air masih tinggi berbanding pengeluaran dan kawasan gangguan telah bertambah yang turut melibatkan beberapa kawasan baru di Kuala Lumpur," katanya.
Abdul Halem berkata, bagi mengurangkan kesan terhadap pengguna, pihaknya telah menyusun semula agihan air selain menyediakan 28 lori tangki dan 32 tangki statik bagi membekalkan air di kawasan terlibat.
Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.
Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.
Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.
Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.
Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahumengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.
Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka.
Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja. Melihat dengan apa yang berlaku, adakah MB Khalid masih lagi mahu bermain tarik tali dengan kerajaan pusat!
Jangan terlalu sibuk nak pertahankan Faekah sehingga terlupa dengan masalah rakyat yang putus bekalan air sekarang! Siapa yang harus dipersalahkan?
Sebarang aduan atau maklumat boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Pendedahan tentang perangai buruk Anwar Ibrahim oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad Khalid sungguh menjijikkan.
Ini membuktikan dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa pertalian Anwar dengan Barat adalah konspirasi yang terbesar bukan sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tetapi juga pemimpin kesayangan Barat.
Dalam Akuan Berkanun, Murad berkata Anwar mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk menjaga kepentingannya.
Pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak lain dan perlakuan melampau Anwar sendiri dengan pemimpin-pemimpin Barat membuktikan bahawa Anwar licik berkonspirasi semasa Dr. Mahathir sibuk membangunkan negara.
Dari akuan-akuan tersebut, dia memperuntukkan wang untuk beberapa individu yang rapat dengannya dan organisasi-organisasi untuk meningkatkan imejnya, termasuk Pusat Dasar Asia Pasifik yang mendapat RM38 juta.
Ini merupakan satu angka yang sangat menakjubkan untuk kerja-kerja mempromosikan seorang pemimpin dan bukannya sebuah negara.
Kepentingan Pusat Dasar Asia Pasifik untuk Malaysia tidak dapat dinilai kerana ia hanya merupakan kuda tunggangan Anwar untuk menaikkan imejnya dan menjadikannya Perdana Menteri.
Pusat ini hanya beroperasi untuk Anwar kerana selepas Anwar dipecat, pusat ini tidak lagi aktif. Kalau dilihat laman webnya, input terakhir ialah pada 24 Ogos 1998, lebih kurang seminggu sebelum Anwar dipecat akibat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksnya.
Mungkin pada masa itu Anwar tidak lagi menyalurkan wang kepada pusat tersebut kerana menghadapi masalah yang amat besar akibat dari salah lakunya.
Pelik lagi ajaib, ketua pusat tersebut, Douglas H. Paal yang mendapat wang yang banyak ini hanya merupakan seorang pakar lobi dan kerjanya untuk meyakinkan dunia Barat bahawa Anwarlah sepatutnya menjadi PM. Hasil dari kerja-kerja inilah yang memberikan Anwar harapan palsu bahawa dia adalah pemimpin terpilih di Asia.
Perasaan ini membuak-buak sehingga Anwar menjadi terlampau yakin dan mula merancang untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.
Anwar boleh menafikan semua ini tetapi Murad Khalid sudah ada segala bukti-bukti dan telah membuat pertimbangan yang komprehensif sebelum membuat Akuan Berkanunnya. Pendedahan Anwar membuktikan bahawa dialah "BAPAK SEGALA KONSPIRASI".
Dialah yang merancang untuk menjatuhkan Ghaffar Baba sebagai TPM. Dia telah menderhaka dengan menyimpan berkotak-kotak surat rahsia kerajaan di luar negara untuk mengugut kerajaan. Dia juga telah bersekongkol dengan IMF dan menggunakan kaedah-kaedah mereka semasa gawat melanda Malaysia yang hampir melumpuhkan ekonomi negara ini.
Sepertimana dia mengadu diracun dan apabila didapati tidak benar, Anwar selamba sahaja kerana kegagalan terakhir ini hanya merupakan salah satu dari puluhan atau ratusan malah ribuan rangkaian konspirasinya.
Anwar tidak boleh melarikan diri lagi. Dia terperangkap dengan sistem konspirasi yang telah dia sendiri wujudkan. Akhirnya, jerat makan tuan. Sesungguhnya pembalasan Tuhan bukan sahaja di akhirat.
Kepada semua rakyat, selamatkanlah negara ini dari pemimpin yang sedemikian rupa.
Pembantu kepada Ahli Parlimen (MP) Serdang, Teo Nie Ching didakwa melakukan penyelewengan kadar sewa premis Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Serdang sebanyak RM14,500 sejak 2009.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa, penyelewengan tersebut berdasarkan perjanjian rahsia Chan Hung Guan iaitu pembantu Nie Ching dengan tuan premis pusat khidmat berkenaan.
Katanya, jumlah RM14,500 itu merangkumi kadar sewa selama dua tahun lima bulan di premis yang terletak di Batu 9, Cheras yang sewanya dibayar oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
"Premis yang disewa Nie Ching itu diuruskan oleh Hung Guan yang sewa sebulan hanya RM500. Namun mengikut perjanjian rahsia, RM1,000 akan dibayar kepada tuan premis sebelum tuan premis mengembalikan kepada Hung Guan baki RM500 setiap bulan.
"Saya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan pembantu Nie Ching dalam penyelewengan itu, malah tuan premis berkenaan juga bersetuju tampil mendedahkan perlakuan Hung Guan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan itu di sini hari ini.
Menurut Tee Beng, beberapa laporan juga telah dibuat kepada kerajaan PKR Selangor mengenai penyelewengan tersebut, namun sehingga kini tiada tindakan atau siasatan dilakukan ke atas Hung Guan.
"Selain membuat laporan kepada SPRM, saya juga sebelum ini turut membuat laporan polis mengenai penyelewengan itu," katanya.
Dalam pada itu, Tee Beng turut mencabar Nie Ching tampil menyelesaikan masalah membabitkan Hung Guan, bukannya berdiam diri.
"Saya cabar Nie Ching membuat kenyataan terbuka menafikan pembabitannya dalam hal itu, jika betul tidak bersubahat atau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut beliau patut membantu pihak berkuasa menyiasat dakwaan berkenaan.
"Nie Ching tidak perlu takut, saya bukan tuduh beliau yang terbabit dalam penyelewengan itu tetapi hanya pembantunya. Jika tidak mahu terus dipergunakan oleh Hung Guan, sila tampil bantu siasatan," katanya.
Sementara itu, Nie Ching ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkan Tee Beng bertindak sedemikian untuk mencari publisiti murahan.
Beliau menegaskan, pihaknya kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar tuduhan tersebut.
''Semua itu tidak betul. Mungkin Tee Beng ada masalah kewangan atau masalah yang saya sendiri pun tidak tahu.
''Saya yakin Hung Guan tidak bersalah dan tidak ada apa yang boleh dibuktikan dengan melaporkan kepada SPRM," katanya.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selalunya papan tanda atau iklan akan dikawal oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah.
Dan semua PBT ini di bawah seliaan Exco Kerajaan Tempatan. Kalau di Selangor, Exconya adalah Ronnie Liu.
Jom kita tengok papan tanda yang boleh dinaikkan secara berleluasa di Selangor
Lokasi : Kota Damansara
Pergh. Perempuan berbogel sambil baring boleh dijadikan iklan di Selangor!
Itulah yang di HALALkan di Selangor.
Mari kita tengok apa pula yang diharamkan oleh Ronnie Liu dan PBT di Selangor.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri ini.
Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.
Logo 1Malaysia diharamkan tapi gambar urut bogel halal. Pak Haji dalam PAS pun dok sokong gambar bogel macam ni boleh ditayangkan di tempat umum.
Itu pun PAS masukkan doa Negeri Berkebajikan dalam khutbah Jumaat. Ini bukan negeri berkebajikan, tapi BERKEMAKSIATAN!
*MyMassa percaya banyak lagi papan tanda seperti ini di kawasan anda. Anda boleh ambil gambar-gambar ini kemudian upload dalam facebook supaya rakan-rakan anda tahu inilah realitinya di Selangor bila DAP, PKR dan PAS memerintah.
Baru sebentar tadi MyMassa mendapat maklumat dari orang Ulu Yam berkenaan kegagalan pertanian Negeri Selangor di bawah PKR. Pemberi maklumat ini bersungguh-sungguh mahu MyMassa dedahkan kegagalan ini. Menurutnya, Kerajaan Selangor gagal mengurus Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) atau Selangor Veggie Park.
Untuk makluman pembaca, kegagalan Kerajaan Selangor telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009. Maklumat terperinci mengenai hasil audit akan MyMassa bongkarkan selepas ini.
*MyMassa masih cuba untuk muat turun gambar yang dihantar oleh pemberi maklumat. Namun masih lagi gagal kerana masalah teknikal. Gambar-gambar terbaru TKPM akan MyMassa masukkan dalam pendedahan berikutnya.
Ketakutan yang dipasarkan oleh Pas dan Lim Guan Eng, kononnya menentang PRU diadakan semasa musim Haji amat melucukan. Mereka bermain persepsi sendiri, mereka syok sendiri, malah mereka kelihatan Ketakutan sendiri.
Isunya bila masa DS Najib membuat kenyataan akan membuat PRU pada musim Haji. Kenapa takut sangat dengan bayang-bayang sendiri? Amat kasihan puak-puak Pas kebuluran hendak BerPilihanraya sejak tahun 2009 lagi.
Dahulu, apabila DS Najib mengambialih kepimpinan negara, maka berdegar-degar Din Puduraya membuat imaginasi kononnya PRU13 akan diadakan bulan Disember 2009! Anwar pun turut memukul canang kononnya DS Najib tidak ada jalan lain melainkan mengadakan PRU13 pada Disember 2009!
Najib Oh Najib Pening Kepala Ku, Bila Lah Nak Bubar
Kemudian, Mustapha Ali pun memperbodohkan Haji Hadi dan Nik Aziz dengan menyeru semua dalam Pas supaya bersedia akan diadakan PRU13 pada bulan Jun 2010. Tunggu punya tunggu tak ada juga, akhirnya mereka ubah lagi, kita mesti bersedia bulan Disember 2010, kata mereka.
Masuk tahgun 2011, mereka memperbodohkan lagi ahli-ahlinya supaya kami yakin sangat-sangat yakin PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa tahun 2011. Semua jentera mesti bergerak sekarang seru mereka memperbodohkan ahli mereka sendiri. Tak jadi-jadi jugak.
Masuk tahun 2012, mereka pun mula pasang impian, mula bercakap tentang bulan Mac, 2012 kononnya dah dapat hint dari pejabat PM. Mahpuz Omar yang seringkali bercakap dusta itu pun menyebutlah tarikh baru bulan April 2012, bila mana tak jadi-jadi jugak bercakap lagi mereka konon bersedia bulan Jun 2012.
Sekarang ini mereka Mempromosikan Ketakutan mereka sendiri, ketakutan dalam diri mereka, kononnya PRU13 akan diadakan bulan Haji 2012. Maka bercakaplah Guru Politik mereka supaya tangguhkan Haji, mengundi lebih penting dari Rukun Islam. Tuan Ibrahim pun mengeluarkanlah fatwa supaya ibadah Haji diketepikan. Tangguh katanya.
Lim Guan Eng yang menolak Hudud dan menolak Negara Islam pun bercakaplah juga tak bersetuju PRU13 diadakan pada bulan Haji.
Mereka terpekik-pekik, terpekok-pekok nak pilihanaraya. Isunya bila masa DS Najib kata nak adakan PRU13 pada bulan Haji.
Malah DS Najib, menegaskan Ibadah Haji mesti diberi keUtamaan malah lebih penting dari pilihanraya.
Akibat Suka Sangat Menipu, YB Dr Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, YB Nasha bakal
Pagi tadi seorang blogger ternama, McTheory membangkitkan isu twitter Jabatan Penerangan yang tiba-tiba agak berbeza hari ini.
Baca betul2 apa yang di retweet oleh Tweethandle Jabatan Penerangan. Kenapa twitter Jabatan Penerangan boleh me'retweet' benda yang tidak ada kena mengena dengan langsung dengan dasar kerajaan pusat?
Bah kan perkara yang di retweet tu berkait rapat dengan dasar kerajaan di negeri pembangkang, apakah ada trojan horse yang telah meresapi unit IT jabatan penerangan?
Patutlah dasar kerajaan yang patut disampaikan kepada rakyat, tidak sampai ke akar umbi. Rupanya banyak virus dan trojan horse yang cuba mensabotaj.
Terima kasih kerana teguran blogger tersebut. Selepas menyedari keadaan tersebut, admin twitter jabatan tersebut cuba mengesan masalah tersebut dan terus mengambil langkah untuk menanganinya.
Menurut admin twitter Jabatan Penerangan, akaun mereka telah di'hack'.
MyMassa tidak terkejut dengan alasan tersebut kerana secara kebetulan MyMassa dapat info pada hari Isnin bahawa operasi hacking pembangkang terhadap media siber BN akan bermula tidak lama lagi. Nampaknya info tersebut begitu tepat. Jabatan Penerangan adalah mangsa pertama.
Mungkin alasan bahawa akaun twitter Jabatan telah dihack tidak dapat diterima oleh segilintir pengamal siber pro BN. Cuma apa yang MyMassa boleh kongsi, musuh yang kita hadapi sekarang bukan musuh dalam negara sahaja iaitu pembangkang tetapi mereka juga dapat bantuan dari luar negara. Untuk makluman pembaca, Amerika Syarikat telah memulakan perang siber untuk mencampuri urusan negara lain.
Untuk yang tak dapat tengok video, mungkin berita ini dapat membantu.
The US is training anti-government activists from the Middle East and North Africa on how to spread democracy with the help of modern computer technology.
One of the latest developments is the "panic button".
According to the State Department, the application can be uploaded onto activists' cell phones. In case they get detained, the software instantly erases the contact book in their phones and sends a warning alert signal to other activists.
It looks like the application could soon be in demand – one push of a button and the evidence is gone. American officials claim the best of intentions, saying it is to protect pro-democracy forces in other countries. But many will be wondering if the innovation will be something also welcomed by drug dealers, criminals and terrorists.
To help use the technology more effectively, the US has organized training sessions for thousands of activists. One held just weeks ago in the Middle East included anti-government campaigners from Tunisia, Egypt, Syria and Lebanon. And as the newly trained and equipped activists return home, the US, as one State Department official put it, counts on the ripple effect.
"Foreign interference doesn't have to be a military invasion and a bombing campaign or some kind of a special operation in that country. It can also be the training and funding and political support given to individuals who then promote those foreign interests. That's one of the newest strategies that the US government has successfully been executing in different countries around the world, that it doesn't consider subordinate to their agenda. And they do it subtly, so it's harder to detect and denounce it, which is often more effective", claimed Eva Golinger, a journalist.
The US perceives the internet and social networking platforms as major tools for spreading democracy, and pumps millions of dollars into developing systems to help people in the Middle East and China get around internet-blocking firewalls.
But at the same time, American companies provide Bahrain, Saudi Arabia and Kuwait with the technology to effectively block websites.
The US military has recently launched an online management program which enables it to generate multiple fake identities on social networks. The false personas are designed to contribute to the flow of conversations on Facebook, Twitter and other websites.
"People are using social media for cyber warfare. That's what we are going to see – governments or non-state actors are going to try to find ways to use the internet and social media to gain an advantage in their own battle", Shadi Hamid from the Brookings Doha Center told RT.
The recent turmoil in Libya suggests the orchestration of Twitter with fake users. Only around five per cent of Libyans have access to the internet and the number of twitter users there is so small that analysts could not even calculate it. Yet, in February this year, a surge of Libyan Twitter accounts appeared, reporting in English and virtually all begging for intervention.
"We know that since the beginning of the war Libyans have no longer got access to the internet, but somehow people don't check the essential facts and they take all the information coming from social media at face value, which then serves the broader purpose of fabricating the news", said Michel Chossudovsky, Director of the Center for Research on Globalization.
Trained activists, provided with panic buttons and other technology, scores of false identities on the internet spreading certain ideas – the US says this is all about promoting democracy. But do these declared intentions justify direct interference in other countries' domestic affairs?
Persoalannya, SIAPAKAH PIHAK YANG ANTI KERAJAAN DAN MENGGUNAKAN NAMA PRO DEMOKRASI dalam negara kita kalau bukan parti pembangkang serta NGO seperti BERSIH dan SUARAM?
Semasa seorang otai blogger persoalkan kenapa media siber Kerajaan gagal mengimbangi kekuatan siber pembangkang ketika BERSIH 3.0 kerana jumlah like dan dislike untuk video satira politik hasil artis tempatan, sebenarnya MyMassa sudah ada jawapannya ketika itu. Yang menaikkan rating video tersebut bukannya sibertrooper tempatan pembangkang tetapi mereka telah mendapat bantuan asing. Jika siber trooper pembangkang begitu hebat, kenapa video tersebut sahaja mempunyai jumlah dislike yang begitu tinggi?
Jangan lupa bahawa aktivis anti Kerajaan dan pro demokrasi yang dilatih Amerika mempunyai program komputer yang boleh mencipta fake account dengan pantas. Tidak hairanlah kenapa jumlah like komen-komen siber trooper pembangkang di Malaysiakini begitu tinggi. Bukan rakyat Malaysia suka komen tersebut tetapi mereka menggunakan fake user untuk mewujudkan persepsi bahawa rakyat Malaysia bencikan Kerajaan. Kalau program yang canggih macam tu pun mereka ada, apalah sangat dengan hack menghack ni.
Kepada pengamal siber pro Kerajaan terutamanya yang top, harap anda berhati-hati untuk menjaga akaun anda. Anda mungkin mangsa seterusnya.
*Hari tu Dr. MiM dah kena. MyMassa pun pernah kena jugak bulan ni. Ingat sebelum kena.
Khawarij PAS percaya orang tua nyanyok ni wali,mursyid dan punyai pelbagai lagi mukjizat yang maha hebat.
Ada yang kata Nik Aziz ni boleh ada 2 tempat dalam satu masa, ada yang kata bersalam dan cium tangan Nik Aziz boleh membawa ke syurga.Ada juga kata wali selipar ini pemegang kunci dan tiket syurga PAS.
Bagi Pisau,orang tua nyanyok ni tak lebih daripada politic animal dalam bahasa jawa binatang politik. Binatang politik lagaknya boleh bermuka muka,berlakon dan adakalanya munafik.Orang tua ini juga hina bangsa melayu katanya politik nasionalis dan kebangsaan adalah asoiybiah,beliau juga halalkan ngentot Mat Sabu dengan bini orang dibilik 121.Orang tau ini juga halalkan senamrobik seksi didalam kawasan masjid,Dia juga halalkan Allah dan islam dilacurkan demi kepentingan cita cita politik.
Orang tua ini juga halalkan darah pejuang ditangan komunis,beliau juga berpeluk cium dengan musuh Islam paling utama Kit Siang dan juga Karpal.Orang tua ini juga kata Nabi Muhammad budak kampung yang kebetulan di pilih jadi rasul.Orang tua ini juga kata halal sokong Ambiga yang pro LGBT dan Murtad.
Orang tua ini juga menghalalkan kroni anak menantu kononnya ia adalah amalan rasullulah apabila menantunya kantoi.
Orang tua ini juga beri arahan dalam surat pekeliling agar gelaran Tok Guru digunakan kepada dirinya sebaik saja menjadi menteri besar Kelantan.
Depan rakyat lagaknya lain macam.. dibelakang rakyat lain macam pulak..
Pisau kata " Nik Aziz dah kata dia tetap akan jadi MB sampai mati.."
Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi. Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.
Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.
Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya. Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.
Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api. Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi. Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya 'paling Islamik' dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.
Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf. Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.
Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS. Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya. Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka. Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.
Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.
Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap 'mesra' dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.
Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa. Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.
Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.
Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi. Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.
Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain. Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.
Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini. Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini. Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.
Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak. Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.
4 langkah tersebut ialah:
1. Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat
2. Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.
3. Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri.
4. Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas.
Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.
Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir.
Lim Guan Eng ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang mengulangi pendirian beliau bahawa beliau menolak hudud.Dalam pada itu tidak ada seekor pemimpin khawarij PAS berani menyangah kenyataan bos besar mereka. Nik Aziz,Hadi,Nizar,Mahfuz,Mat Sabu ,Din Pudu,Husam,Tuan Ibrahim dan sekarang ini paling popular Ustaz Azhar Idrus.
Baru baru ini panas kononnya Nik Aziz mahu laksanakan hudud hingga habis seluruh khawarij menitik air mata kononnya perjuangan wali selipar ini begitu istiqamah dan mahukan syiar Islam ditegakkan. Dah hampir setahun korang sendiri tengok habuk pun tak ada,malah jawatankuasa untuk hudud sehingga sekarang pun belum ditubuhkan di Kelantan...apahalnya?
Ini semua berpunca daripada Lim Guan Eng,Karpal dan Kit Siang berdehem..habis serban dan ketayap khawarij terjatuh lari ketakutan.Malah ada yang mengigil tunduk dengan penuh rasa hormat terhadap DAP.
Realiti politiknya seperti yang pernah Pisau katakan,PAS memang anjing dan suruhan kepada DAP.Pembohongan PAS kepada penyokongnya adalah paling gampang yang pernah dicatatkan didalam sejarah politik negara.Di sana sini berjanji mahu laksanakan hudud,disana sini berjanji mahu jadikan negara ini sebuah negara yang melaksanakan perundangan Islam.Malangnya PAS hanya sasarkan 20 kerusi parlimen untuk menang,selebihnya diberikan kepada DAP.
Pisau kata " PAS dah banyak hilang undi melayu..."
Selalunya cadangan dan tindakan kerajaan untuk kebaikkan rakyat akan dibangkang habis oleh haprak pakatan. Sama ada untuk ekonomi atau pun pembangunan kesemuanya akan dibangkang.
Asalkan nama saja pembangkang kesemua tindakan kerajaan akan dibangkang.Pembangkang dinegara ini adalah pembangkang yang bodoh.Kita faham fungsi sebagai pembangkang untuk bertindak sebagai check & balance dalam sebarang tindakan dan dasar kerajaan .Kita ambil contoh pembinaan Jambatan Pulau Pinang,lebuh raya utara selatan,MSC,KLCC.Kesemuanya sebelum ini dibangkang.
Penyenaraian FGVH adalah salah satu pencapaian terbesar kerajaan dalam menjana kekayaan malah yang untungnya adalah para peneroka.Siapa sangka peneroka yang ditinggal di estet estet sawit sekarang ini menjadi pemegang saham blue chip dinegara ini dan menjadi pemegang saham kedua terbesar didunia selepas Facebook.
Kalau diikutkan bangkang dari longkang oleh haprak pakatan,kesemua ini pasti akan menemui kegagalan. Malah ada blog haprak pakatan sudah harakiri untuk menutup blog jika sehingga Jumaat ini jika harga saham tidak turun dibawah RM4.
Setakat ini selepas IPO harga saham meningkat paling tinggi RM5.46 seunit dan paling rendah RM5.24 seunit.Akhirnya ditutup dengan 530mata...
Untungnya para peneroka sekarang ini sudah mampu mempunyai saham mewah dinegara ini.Jika diperhatikan,para peneroka yang dahulunya adalah miskin tegar sekarang kerajaan BN yang dipimpin PM dari UMNO berjaya tarik keluar miskin tegar ini hingga mampu memilik saham mewah.Jika nak diharapkan daripada para khawarij PAS atau haprak pakatan haram habuk pun tak ada...
Yang menariknya menurut sumber Pisau,beberapa pemimpin pakatan dari PAS dan PKR turut sama membeli saham FGVH. Salah seorangnya adalah Anwar bin Ibrahim ..
Datuk Seri Najib Razak bersyukur atas kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semalam iaitu tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia selepas Facebook. Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu adalah pengiktirafan terhadap keupayaan kerajaan menjana kekayaan menggunakan strategi tersendiri yang patut dibanggakan kerana adalah cetusan idea dalam negara.
"Saya diberitahu mengenai kejayaan penyenaraian FGV. Ini satu pencapaian besar bagi kita. "Ia IPO yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook, boleh tahan, bukan calang-calang. Ia lahir daripada kita sebab kita ada idea dan kita mampu jana kekayaan.
"Bila kita jana kekayaan baru kita agih pada peneroka FELDA. Semua dapat durian runtuh, bukan melalui kerajaan tetapi menerusi Felda, 112,000 keluarga peneroka FELDA dapat manfaat," katanya pada majlis Sembang Petang Perdana Menteri bersama Profesor dan Profesor Madya Institut Pengajian Tinggi Awam, di sini semalam.
FGV mengakhiri dagangan pada paras lebih kukuh dengan harga RM5.30 sesaham selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39. Kata Najib, penyenaraian FGV juga menjana modal pasaran sekitar RM20 bilion yang boleh dianggap sebagai penjanaan kekayaan kepada negara. Perdana Menteri turut menegaskan perolehan kekayaan itu membolehkan negara menambah baik kedudukan dalam pelbagai bidang berkaitan.
Pisau kata " ada juga yang dah bagi betis nak paha..."
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam isu ini, nampaknya Khalid Ibrahim akan terperangkap bila namanya dikaitkan sebagai antara orang yang bertanggungjawab mempengaruhi keputusan untuk mengubah status tanah padang bolasepak PKNS kepada status komersial.
Mana Khalid Ibrahim hendak lari lagi? Khabarnya, bekas Setiausaha Politiknya iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad turut sama menyokong usaha selamatkan padang PKNS daripada dikomersialkan. Apakah ini bermaksud Nik Nazmi sudah berpaling tadah masuk ke kem Azmin Ali?
Tidak mustahil kerana bekas Setiausaha Politik Khalid itu berpaling tadah. Ini kerana sebelum ini, Nik Nazmi adalah orang Anwar Ibrahim sebelum terjun menjadi seorang wakil rakyat. Rafizi sudah berhenti, Faekah tidak mahu berhenti, sekarang "game" seterusnya di pihak Azmin adalah untuk menghentikan terus karier Khalid di Selagnor.
Padang PKNS adalah satu lagi strategi tersusun Azmin untuk mencemarkan imej Khalid selain isu surat sokongan Faekah. Azmin Ali sanggup dimaki dahulu oleh penduduk kerana isu padang ini, tetapi selepas itu Azmin Ali mula mengenakan Khalid Ibrahim.
Apa pun padang PKNS ini perlu diselamatkan dari menjadi mangsa kroni-kroni Khalid dan Azmin Ali. Rakyat sudah mula muak dengan pergaduhan dua kem ini, mereka mahu selamatkan Selangor daripada PKR-DAP-PAS. Cukuplah sepenggal.
Hendak bertanding lagi? Ya, memang itulah yang dimahukan oleh Nik Aziz dan penyokong Nik Aziz. Apa yang pasti, jika bertanding lagi, maka terlepaslah peluang Husam Musa hendak menjadi MB.
Maka khabarnya, untuk naik cepat dan tidak mahu menunggu lama. Husam mungkin ke parlimen. Kerusi mana? Sudah tentu kerusi yang paling selamat dengan menyingkirkan secara terhormat seorang ahli parlimen balik ke negeri asalnya.
27 Jun 2012, Pertubuhan NGO India meminta Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan ganas Bersih 3.0.
Presiden Nambikai, Kalai Vanar berkata, Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan.
"Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Kami hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum.
"Beliau tidak boleh mengaitkan Bersih dengan upacara agama kami Thaipusam. Kami mahu dia turun sekarang dan mohon maaf kepada kaum india," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di hadapan bangunan Parlimen.
Tambahnya, jika Salahuddin tidak mohon maaf, kumpulan mereka akan mengadakan demostrasi di seluruh Malaysia.
"Kami dah sedar, Pas adalah sebuah parti yang rasis dan fanatik," tambahnya lagi. Bukti PAS rasis terhadap masyarakat India. Mahukah PAS memohon maaf atas ketelanjuran cakap Salahuddin ini?
Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.
"Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.
Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali," ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, sebentar tadi.
Tambahnya, menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ, Ahli Majlis, Tiew Way Keng telah mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella, Lim & Co diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ. Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.
Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000. Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.
30 April 2008, Dr. Jamil Osman, dilantik sebagai Rektor baru Kolej Universiti Insaniah (Kuin) oleh Azizan Razak. 19 Februari 2012, Rektor diminta letak jawatan oleh pelajar bila ada isu wang zakat diambil tanpa pengetahuan pelajar.
50% wang zakat pelajar dipotong tanpa pengetahuan pelajar dengan alasan ada pelajar yang mempunyai tunggakan melebihi RM2,000. Ini isu yang pertama.
Kedua, Rektor diminta letak jawatan kerana dua blok asrama Farabi, Mergong dan enam blok asrama berdekatan Stargate tidak punyai sijil layak menduduki dan tiada ciri keselamatan.
Ketiga, Rektor telah naikkan yuran RM200 untuk setiap jam kredit dan menaikkan caj RM25 untuk semakan status akademik.
Keempat, Rektor telah menyalahgunakan kuasa dengan menghadiri mesyuarat pada 23 April 2012 dan membuat keputusan ketika sedang bercuti. Sedangkan tempoh bercuti tamat pada 11 Mei 2012.
Kelima, Rektor sudah dilantik melebihi 4 tahun sedangkan tempoh kontrak adalah 3 tahun seperti mana yang terkandung dalam peruntukan OS11000 dan OS2900.
Keenam, Rektor KUIN tersebut telah melantik 6 orang yang mempunyai kaitan keluarga dengan beliau dalam KUIN dan juga anak syarikat yang ada hubung kait dengan KUIN.
Ketujuh, Rektor KUIN telah melantik 8 orang dalam KUIN yang mempunyai gaji yang agak lumayan dan tidak setimpal dengan justifikasi kerja yang ada.
Tujuh bukti ini cukup untuk membuatkan Azizan Razak pening kepala lagi selagi Rektor KUIN ini tidak diturunkan. Ini bukti jelas PAS mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran mereka.
Sebelum ini Pas bersungguh-sungguh untuk menawan kembali Terengganu dalam PRU 13 selepas kecundang dalam PRU 2004 dan 2008.
Kita ikuti apa yang diungkapkan oleh Haji Hadi sebelum ini....
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.
Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan "majoriti kecil" sambil mengatakan majoriti dua pertiga "tidak diperlukan" untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.
Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan .
Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan.Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik
Orang-orang Pas juga mencanangkan cerita yang Pesuruhjaya Pas Terengganu, Wahid Endut bakal dilantik sebagai MB selepas Pas berjaya menawan semula Terengganu. Bakal MB dari parti Pas itu juga sedang sibuk keliling Terengganu sekarang untuk menabur pelbagai janji manis.
Namun sungguh mengejutkan dan menghairankan apabila tiba-tiba hari ini Pas melalui laporan di harakahdaily menobatkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum nanti. Lihat di sini....
Shabery Cheek orang Umno....
Maknanya apa ?
Maknanya Pas sudah menyerah kalah dan tidak yakin mereka akan menang dalam PRU akan datang dan BN akan kekal memerintah Terengganu. Kalau mereka yakin menang mereka tidak akan lapor berita berkenaan. Sudah tentu mereka akan melaporkan berita yang Wahid Endut akan ganti Ahmad Said sebagai MB.
Kasihan penyokong-penyokong Pas yang diperbodohkan Pas bekerja bertungkus lumus siang dan malam serta korbankan wang ringgit ke dalam tabung Pas kononnya untuk menawan Terengganu. Sedangkan pucuk pimpinan Pas Terengganu pun tak yakin yang mereka akan menang dan awal-awal lagi sudah menyerah kalah.
MB Terengganu sekarang , Datuk Ahmad Said memang bijak politiknya. Taichi dia memang kelas satu beb. Pas sering menjadi sasau dengan beliau. Tempohari Pas melompat-lompat apabila MB kata Pas parti ajaran sesat. Itu belum dikira lagi gerak kerja beliau di peringkat bawah untuk melemahkan Pas yang sering membuatkan Pas berang terhadapnya. Tiba-tiba sekarang sebelum perang bermula Pas sudah angkat bendera putih dan mengistiharkan MB baru Terengganu dari parti Umno.
Dalam Umno kalau nak berlawan dengan Pas Ahmad Said antara yang perlu diletak dibarisan depan. Beliau tahu dimana tempat untuk dipukul bagi melemah dan merebahkan Pas. Dari sejarah penubuhan Pas sehingga kepada Pas yang ada hari ini beliau boleh lawan satu persatu.
Sebab itu sampai hari ini Pas tak berani nak saman beliau berhubung isu Pas parti ajaran sesat. Tempohari gegak gempita bukan main lagi nak saman. Pas tahu mereka akan rebah dikaki Mat Said sebab itu mereka tak berani.
Ada satu perkara lagi yang ramai orang tak tahu pasal Pas. Saya tahu melalui Datuk Ahmad Said. Kalau anda dengar perkara ini pasti anda akan ketawa berdekah-dekah. Insyallah saya akan cerita dalam masa terdekat....
Berhubung isu Ahli Parlimen Sri Gading yang dikatakan oleh Lim Guan Eng sebagai satu hasutan, berbau perkauman dan mengancam kerana ditujukan kepada seorang India dan seorang Hindu yang bernama Ambiga.
Cekap Lim Guan Eng putar.....dia memang cekap.....
Bukan sekadar cekap memutar dia juga cekap mengambil kesempatan untuk mencuci dosa-dosanya terhadap orang-orang india dalam tragedi Kampung Buah Pala.
Datuk Md Aziz (MP Sri Gading) tidak pernah sesekali meminta supaya Ambiga digantung....
Ceritanya, ketika gilirannya berucap di Dewan Rakyat pada hari Selasa lepas, beliau memilih untuk bercakap berhubung isu keselamatan negara. Beliau membangkitkan isu berhubung kebanjiran pendatang asing dan kemasukan pendatang yang menggunakan pelbagai pas lawatan termasuk pas belajar yang akhirnya mereka bukan pergi pelajar tetapi membuat kerja lain di negara ini.
Datuk Md Aziz menyifatkan ejen-ejen tempatan yang bertanggungjawab membawa orang asing sebagai pengkhianat kepada negara. Beliau turut mengaitkan tindakan Ambiga yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia untuk tujuan demonstrasi haram juga sebagai pengkhianatan kepada negara kerana dilihat sebagai cuba meruntuhkan kerajaan yang sah dengan bersubahat bersama orang asing.
Beliau bertanya, jika kumpulan Al Maunah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana menderhaka kepada negara dan Agung, apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia ???
Itu soalan beliau....saya ulang sekali lagi...beliau bertanya....kemudian soalan beliau akan dijawab oleh Menteri apabila sampai sesi penggulungan.
Tidak pernah sesekali beliau berkata, "perempuan india hindu itu perlu dihukum gantung" atau berkata "jika melayu Al Maunah kita hukum gantung maka betina india hindu itu kita mesti gantung juga".
Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar mengarahkan Datuk Md Aziz menarik balik kenyataan itu. Mengenangkan itu arahan Timbalan Speaker dan mengenangkan semangat persaudaraan komponen-komponen BN , beliau menarik balik soalan itu.
"Saya seorang yang berdisiplin. Saya dari parti yang berdisiplin. Jika kata-kata saya telah menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakan saya dari MIC atau PPP dalam semangat persaudaraan BN, saya menarik balik kenyataan saya yang dibuat pada hari Selasa".
Inilah perbezaan antara BN dan pembangkang dan semangat seperti itu tiada dalam pembangkang. Hari ini Pas dan DAP bergerak seiring sejalan, tetapi sampai ke saat ini pun Karpal Singh tidak pernah tarik balik ungkapannya kepada Pas yang meminta Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara islam. Malah tanpa segan silu dan dengan penuh hinanya pula seorang pemimpin Pas mengatakan sesiapa sahaja yang nak ambil Karpal Singh perlu langkah mayatnya terlebih dahulu. Dan lebih memalukan lagi Pas pula yang buang perjuangan negara islam.
Azmin Ali dalam satu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PKR , di depan Wan Azizah beliau secara terang-terangan merujuk kepada orang india dengan perkataan PARIA. Mengamuk-ngamuk N.Gobalakrishan pada masa itu dan beliau mengadu kepada Anwar Ibrahim. Anwar berjanji akan selesaikan perkara tersebut. Setelah didesak berkali-kali oleh Gobala, akhirnya Anwar berkata itu perkara kecil. Sampai hari ini pun Azmin belum tarik balik dan Anwar tidak menyelesaikan perkara tersebut.
Theresa Kok dan beberapa pimpinan DAP secara terang-terangan mempertikai dan membantah penggunaan tulisan jawi di papan-papan tanda jalan raya. Sampai hari ini pun DAP tidak pernah minta maaf atau tarik balik.
DAP Pulau Pinang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang terang-terangan menghina orang melayu. Namun sehingga ke hari ini mereka tidak pernah tarik balik atau minta maaf.
Kartun dalam risalah My Balik Pulau diatas terang-terangan menghina orang melayu. Menggambarkan orang melayu yang berpakaian buruk dan koyak-koyak serta berkaki ayam meminjam duit daripada ceti untuk majlis perkahwinan anak. Manakala orang cina yang berpakain kemas serta berkasut meminjam duit untuk membuka perniagaan baru. Ulasan lanjut dalam beberapa episod boleh dilihat di sini.
Bulan lepas satu kejadian di Subang Jaya dimana seorang ahli majlis dari DAP menghina orang india dengan memperolokkan bahasa tamil, sampai hari ini pun mereka belum tarik balik lagi. Video kekecohan perkara berkenaan ada di sini.
Kalau nak bercakap bab rasis, DAP lah bapak segala rasis di Malaysia. DAP sendiri lahir dari ketidakpuasan hati terhadap orang-orang bumiputra.
Siapa yang nak sapu melayu tahun 1969 ?
Siapa yang berarak di Kampung Baru dan suruh melayu balik kampung pada tahun 1969 ?
Siapa yang berdiri atas lori dan pancut kencing depan pelajar-pelajar perempuan melayu depan ITM Shah Alam pada masa itu ?
Kononnya matlamat perjuangan mereka Malaysian Malaysia, tetapi siapakah yang membantah keras penubuhan Sekolah Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr M untuk memupuk semangat muhibbah antara kaum ?
Malaysian Malaysia konon.......khaik ptuihhhhhhhh.........
Akhir kata , sebagai ahli Umno saya menyokong apa yang dilakukan oleh Datuk Md Aziz. Sebagai orang lama dan faham sifir kira-kira politik beliau lebih arif tentang apa yang dilakukannya.
Berundur setapak ke belakang bukan beerti kita lemah. Sesungguhnya unduran yang setapak itu akan akan membawa kita mara 10 tapak ke hadapan. Inilah rahsia kekuatan Umno dan BN yang sehingga kini mampu bertahan sehingga lebih 50 tahun.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Hussin menegaskan Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi memberikannya kepercayaan kepadanya menjalankan tugas-tugasnya.
"Saya bertemu MB semalam dan soal penamatan tugas (saya) langsung tidak disebutkan.
"Malah, saya diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab," kata Faekah kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik portal pro-Umno AgendaDaily bahawa bahawa Faekah dijangka meletak jawatan...
Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.
Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.
Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.
Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok – beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).
Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.
Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.
Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.
Di antara Mac hingga Mei 1998, beberapa rusuhan besar berlaku. Antaranya rusuhan di Medan dan Yogjakarta yang berlaku hampir serentak bermula 4 Mei hingga 8 Mei 1998. Beberapa korban nyawa melayang dan banyak harta benda musnah terbakar.
Hampir seminggu kemudian, Tragedi Trisakti pula berlaku hampir serentak dengan peristiwa pembunuhan besar-besaran terhadap kaum Tionghoa Indonesia pada tanggal 12 Mei hingga 15 Mei 1998.
Gedung beli belah, kedai dan kediaman kaum Tionghoa di ceroboh kemudian dibakar manakala gadis-gadis di perkosa dan dibunuh kejam. Dianggarkan lebih seribu nyawa melayang dan ribuan lagi cedera sewaktu konflik itu berlangsung.
Berpuluh ribu lagi kaum Tionghoa meninggalkan Indonesia menyelamatkan diri dari amukan dan keganasan tika itu. Pembaharuan dan perubahan politik yang dituntut secara gerakan jalanan nyata tidak seindah yang diangankan oleh ramai pihak.
Ramai yang lari ke Malaysia dan Singapura dengan membawa banyak barangan berharga di samping kisah-kisah sedih yang berlaku.
Mereka ini kemudiannya menyebarkan cerita yang berlaku secara lisan kepada orang Cina di Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa gerun di kalangan penduduk negara jiran.
Walaupun demikian keributan yang berlaku, penggerak reformasi dari kalangan pemimpin politik dan mahasiswa Indonesia terus menerus mengadakan rapat umum besar-besaran di Surakarta, Medan, Bandung, Monas, Yogjakarta dan Jakarta mendesak Presiden Soeharto segera mengundur diri.
Pada tanggal 21 Mei 1998, Presiden Soeharto membuat pengumuman mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan. Penggantinya, Prof. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) akhirnya mengambil alih jawatan tersebut sekalipun menerima bantahan dari ramai kelompok mahasiswa.
Biarpun umumnya kejatuhan Soeharto dianggap kejayaan penting hasil gerakan reformasi jalanan yang dipelopori golongan mahasiswa, natijahnya selepas itu pucuk pimpinan bersilih ganti dan terpalit dengan pelbagai cabaran.
Pertembungan dan pergeseran antara etnik dan agama kian memuncak. Tunjuk perasaan dan gerakan jalanan masih berterusan, korban sengketa dan ledakan bom bertukar ganti saban bulan.
Kelihatannya, sinar kedamaian dan perubahan indah yang diimpikan kian jauh sayup mata memandang. Kini, 14 tahun berlalu rata-rata rakyat Indonesia seia sekata gerakan reformasi telah mengalami kegagalan total.
Dan ramai berpendapat, reformasi hanya indah dari rupa. Kerana kebodohan dan kerakusan pihak tertentu yang berkuasa, beribu nyawa melayang tanpa sebab dan ada antaranya di penggal kepala mereka hanya kerana perbazaan agama dan kaum.
Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia?
Kehadiran artis dalam parti politik bagaikan trend apabila seorang demi seorang menyatakan sokongan terhadap sesebuah parti politik. Terbaru, Hairie Othman menjadi ahli Pas dan Abby Abadi sebagai penyokong Pas.
Walaupun agak janggal mengaitkan artis dengan Pas, namun ia bukanlah sesuatu yang baru, ekoran sebelum ini beberapa nama sudah dikaitkan dengan Pas, antaranya, Yassin Brothers, Ringgo Arrow, Bob Lokman, Azmil Mustafa dan Akhil Hayy.
Ketika ditanya trend artis sertai parti politik, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia suatu perkembangan yang baik kerana Pas adalah sebuah parti politik yang terbuka untuk semua.
"Artis sekarang lebih berfikiran terbuka dan tidak takut hilang peminat gara-gara mereka memilih Pas sebagai parti pilihan, malah kita juga ada selebriti politik yang diibaratkan sebagai orang ternama dalam politik yang disenangi ramai iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Menurutnya, kebanyakan artis yang menyatakan sokongan pada Pas menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon mereka dan menyanjung keperibadian beliau.
Bagaimana pun, Mahfuz menafikan Pas mempergunakan golongan artis untuk menarik golongan belia, khususnya pengundi muda untuk mendekati parti itu, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Apa yang berlaku ialah selebriti politik (Nik Abdul Aziz) berjaya tarik golongan artis untuk mendekati Pas. Selain timbul kesedaran politik yang tinggi dalam diri masing-masing, ia bukan paksaan tetapi mereka lakukan secara sukarela," katanya.
Mahfuz berkata, pembabitan beberapa artis sebelum ini dalam parti politik membuktikan kerjaya mereka tidak terjejas, sebaliknya pendekatan mereka berubah kepada lebih Islamik.
"Artis sekarang tak takut umum mereka sokong siapa, mereka tak bimbang peluang dalam industri hiburan terjejas. Memang ramai yang sertai atau sokong Pas dan peminat tetap minat mereka," katanya.
Menurutnya, Pas mendekati semua golongan dalam kempennya, termasuk artis.
Malah diwujudkan lajnah kebudayaan dan keseniaan untuk mendekati golongan itu secara berkesan.
"Kita tidak sekat hiburan dalam Pas. Artis yang cenderung dengan Pas boleh berdakwah dan giat dalam seni secara Islamik. Mereka sering dijemput memeriahkan ceramah untuk berkongsi penghijrahan selain membuat persembahan berlandaskan Islam," katanya.
Mahfuz berkata, industri hiburan dan politik saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain, dengan cara tersendiri berlandaskan pendekatan Islamik
KELANTAN berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu malam tadi.
Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan.
Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.
Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.
Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol.
Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.
Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.
Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.
Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.
Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.
Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.
Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan. - Bernama
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata beliau tidak mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri.
Sebaliknya, kata Rafizi, beliau lebih yakin dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) polis, yang menurutnya lebih tulen, jujur dan profesional.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau .
Rafizi (kanan) menjelaskan bahawa rasa tidak selesa dengan SPRM itu berpunca daripada sikap tergesa-gesa dan pantas mereka menyoalnya selepas beliau mendedahkan dakwaan yang melibatkan perdana menteri berhubung projek LRT Ampang dua hari lalu.
Beliau juga berkata bahawa pengalaman beliau sewaktu skandal NFC juga memberinya sebab untuk kurang mempercayai SPRM berbanding dengan JSJK.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan penyalahgunaan kuasa.
Beliau mendakwa perdana menteri campurtangan dalam proses perolehan Kementerian Kewangan dalam anugerah tender pembinaan projek sambungan LRT Ampang.
Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Tapi Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.
Inilah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.
Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berani berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu.
Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni, Pakwe atau teman rapat dia tu? Mangga muda rasa macam pernah perasan kelibat rakan-rakan Lana tu dalam iklan. Kira mereka aktif dalam peragaanlah.
Mangga Muda: Agaknya cuaca di Jakarta panas sangat, sebab itulah Lana tak nak pakai baju yang menutup tubuh dia.
Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.
Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih. Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.
"Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti," kata Dr Mahathir (gambar) merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir, yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer (MobTV).
"Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.
"Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita 'jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan "penyertaan" beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.
Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).
"Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; tappi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baijk, atau kahwin sesama lelaki itu baik."
BEIJING: Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital, semalam.
Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.
Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.
"Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan," kata jurucakap polis.
"Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital," katanya.
Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.
Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cdera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka.
Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.
Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati.
"Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam," kata pendakwa raya. - DM
MUAR - Dek kerana kemaruk asmara, seorang lelaki berusia 59 tahun yang layak dipanggil datuk, sanggup memandu lebih 50 kilometer dari Batu Pahat untuk bersama kekasih gelapnya memadu kasih di dalam warung usang di Bakri, kelmarin.
Bagaimanapun, drama jam 1.30 pagi pasangan terababit tidak berpanjangan apabila mereka ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar (PPADM) di warung yang terletak di kawasan Persindustrian Batu 8, Bukit Bakri.
Lelaki terbabit juga dipercayai sering berdua-duaan dengan kekasih gelapnya iaitu wanita warga Indonesia berusia 47 tahun di warung itu sebelum ini.
Namun kehadiran pasangan terbabit dihidu orang awam yang kemudiaan menghubungi PPADM.
Bertindak daripada aduan, empat anggota penguat kuasa dan pegawai PPADM melakukan siasatan sebelum menyerbu warung berkenaan.
Menurut jurucakap PPADM, keadaan warung yang usang dan berlubang di sana sini membolehkna gerak-geri pasangan itu dilihat dari luar.
"Ketika diserbu, pasangan yang didapati dalam keadaan memalukan itu gagal berbuat apa-apa dan hanya menurut arahan kami yang meminta izin untuk memeriksa dokumen mereka.
"Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk dirakam keterangan sebelum dijamin ahli keluarga," katanya.
Sementara itu, Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed berkara, pasangan terbabit ditahan selepasa gagal membuktikan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.
"Lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 manakal pasangannya di bawah Seksyen 27 (1) (B) enakmen sama," katanya.
Datuk Seri Wan Azizah hari ini berkata PKR tidak akan campurtangan dalam isu yang melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Sebaliknya, Presiden PKR ini menegaskan isu tersebut telah pun diselesaikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kita ada banyak isu besar untuk dibincangkan dan isu Faekah ini telah diselesaikan oleh menteri besar.
"Masalah dalam parti itu saya rasa tidak penting dan tidak perlu dibincangkan secara terbuka, biar ia diselesaikan diperingkat dalaman," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Beliau juga menggesa agar semua pihak memberikan lebih penekanan terhadap isu-isu penyelewengan yang lebih besar berbanding pergolakan dalaman parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Wan Azizah juga mendakwa terdapat isu yang lebih besar seperti penyelewengan yang didakwanya Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan isu kapal selam Scorpene, kerana ia melibatkan kepentingan negara.
"Isu-isu itu lebih penting, isu-isu dalaman parti tidak melibatkan kepentingan awam," katanya.
Kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah dipercayai bermula di laman sosial apabila wujudnya akaun Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah.
Kempen berkenaan turut melihatkan luahan rasa tidak puas hati pengikut PKR selepas Faekah dikatakan telah mempertikai keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR.
Malah, beliau turut didakwa mempunyai kuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagaimanapun menyifatkan dakwaan gerakan menjatuhkan Faekah sebagai "tidak penting dan perlu diabaikan."
"Ada gerakan juga untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), (gerakan menjatuhkan individu) dalaman atau luaran parti pun serupa.
"Politik adalah 'dynamic games' tetapi ada juga yang banyak kenyataan itu ialah kenyataan spekulasi. Jadi kita tidak mengambil usaha itu sebagai satu usaha yang penting," katanya.
Khalid turut menambah, beliau sedia maklum perkara itu dan PR mempunyai objektif jelas di mana ketiga-tiga parti dalam parti pembangkang itu bekerjasama dengan satu jiwa untuk membentuk sebuah kerajaan alternatif.
Beliau juga turut memuji Faekah ketika ditanya dakwaan setiausaha politiknya itu didakwa bersikap melangkaui dirinya ketika mengeluarkan sesetengah kenyataan media.
"Itu bermakna beliau melakukan tugasnya dengan baik.
"Tujuan utama kita adalah komunikasi, bermakna kita harus menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat," katanya.
Faekah memetik laporan akhbar Sabtu lalu, mengakui telah menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan.
Faekah turut menjelaskan surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.
RASAH 28 Jun - Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof dihukum penjara 15 bulan dan denda RM200,000 selepas didapati bersalah atas 20 tuduhan memberi rasuah berjumlah RM24,700 kepada para pemain skuad berkenaan bagi mengatur keputusan satu perlawanan bola sepak pada tahun lalu.
Yusarman, 36, yang memakai kemeja putih kelihatan tenang semasa hukuman tersebut dijatuhkan hari ini oleh Hakim Mahkamah Sesyen Seremban di sini, Datin Nursinah Adzmi.
Nursinah memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Yusarman bersama dua lelaki yang masih bebas didakwa memberi rasuah berjumlah RM24,700 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan di antara 19 dan 22 April tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Selepas menang dua saman terhadap Utusan sebelum ini, Lim Guan Eng memfailkan lagi saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.
Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.
Dalam sidang media di Parlimen semalam, beliau menegaskan, laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing.
"Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya," kata Guan Eng.
Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu.
Kata Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.
"Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung).
"Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya," katanya.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 Disember tahun lalu mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu ekoran laporan fitnahnya.
Mahkamah itu juga mendapati Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak anti Melayu atau anti Islam tetapi itu adalah niat buruk Utusan.
Sebelum itu, pada 22 Jun, kerana laporan kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga mendapati lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.
Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.
Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk "DEB: Guan Eng Tetap Berdegil" bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.
Sebentar tadi, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah menulis status di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa Osman Kering telah meninggal dunia sebentar tadi.
Berita ini telah disampaikan menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi.
Osman Kering telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Takziah kami ucapkan pada keluarga Osman Kering. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
PAGOH: Seorang warga tua cuba bersembunyi di dapur, sejurus menyedari dia dan pasangannya yang juga isteri orang, dikepung penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka berkhalwat.
Warga tua berusia 59 tahun itu serta pasangannya yang berusia 27 tahun dikesan melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah teres di sini, awal pagi semalam.
Helah lelaki itu meninggalkan keretanya di tepi jalan kira-kira 100 meter dari rumah pasangannya sebelum masuk melalui pintu dapur terbongkar apabila mereka diserbu penduduk dan empat anggota dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar.
Lebih memalukan, perbuatan itu dilakukan ketika anak perempuan wanita berkenaan yang berusia lima tahun sedang tidur dalam bilik, manakala suami wanita terbabit yang juga kakitangan kerajaan tiada di rumah kerana bermalam di rumah isteri pertamanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, penduduk menyedari pasangan terbabit melakukan maksiat dan penduduk segera menghubungi pihak berkuasa.
Penduduk, Ahmad Zam, 45, berkata mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa agama kerana tidak sanggup menanggung dosa bersubahat membiarkan maksiat berlaku di kawasan mereka.
"Selama ini, kami sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan berkenaan di sekitar Pagoh, namun semalam, kami nekad tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas dengan membantu penguat kuasa Pejabat Agama Muar menahan mereka," katanya.
Ahmad berkata, ketika keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 9.30 malam, beliau terserempak dengan lelaki itu yang sedang memandu sebuah kereta memasuki taman berkenaan.
Katanya, beliau menghubungi tiga rakannya sebelum mereka mengekori kenderaan lelaki itu selama hampir 10 minit sebelum melihat dia meninggalkan kereta di persimpangan jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah wanita terbabit.
Difahamkan, warga tua bukan Islam itu bertugas sebagai pengurus sebuah kilang sawit di sini, manakala pasangannya bekerja di tempat sama.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di kawasan perindustrian Batu 8 Bukit Bakri dekat Muar, di sini, seorang pemandu teksi berusia 59 tahun tidak sempat berbuat apa-apa apabila ditahan bersama warga Indonesia berusia 47 tahun ketika berkhalwat dalam sebuah bilik kosong belakang warung milik wanita terbabit.
Pemandu teksi berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat itu dipercayai beberapa kali melakukan perbuatan itu bersama pasangannya sebelum disedari penduduk sekitar.
SHAH ALAM – Pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari kedua, semalam hangat apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) saling menuding jari dan mempertahankan 'pasukan' masing-masing.
Malah lebih mengejutkan, pegawai MBPJ mengaitkan individu yang bertanggungjawab mengarahkan pertukaran status zon tanah PKNS daripada kawasan lapang dan rekreasi kepada komersial dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ianya disangkal pegawai JPBD.
Jawatankuasa Selcat terutama Pengerusinya, Datuk Teng Chang Khim pula dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan saksi ketiga, iaitu bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noraini Roslan.
Ini kerana jawatankuasa Selcat masih tidak memperoleh jawapan siapakah yang mengarahkan pertukaran zon tanah tersebut beliau terpaksa mengulangi soalan sama kepada Noraini.
Noraini yang kini Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor berkata, beberapa pindaan RTPJ2 itu dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang sebaliknya ia dilakukan hanya berdasarkan amalan biasa.
"MBPJ akan membuat sebarang pindaan di dalam RTPJ 2 itu meskipun selepas ia diberi kelulusan MMKN dan diwartakan.
Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan ia langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon pada sesuatu kawasan itu," katanya.
Saksi lain yang dipanggil Selcat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli akademik yang pakar dalam bidang berkaitan, Datuk Dr. Goh Ban Lee.
Selcat bagaimanapun ditangguh 5 Julai ini untuk mendapatkan maklumat lengkap mesyuarat berkaitan pindaan RTPJ2 tersebut.
MBPJ mengaku tidak patuh peraturan
Chang Khim: Bagaimana MBPJ dan JBPD boleh melakukan pindaan kalau tiada peruntukan. Di mana kuasa untuk meminda apabila ia telah digazet? Noraini: Setuju Tuan Pengerusi, pemindaan ini ada dua perkara. Satu adalah kepada guna tanah sedia ada, pelan guna tanah itu sepatutnya betul pada tarikh pewartaan dan cetakan. Sekiranya pada tarikh pewartaan itu juga tidak betul. Amalan biasa, menjadi tanggungjawab pegawai membetulkannya sehinggalah ianya diwarta.
Chang Khim: Selepas diwartakan, di mana peruntukan yang membenarkan pindaan? Seksyen mana yang membenarkan pembetulan dibuat selepas diwartakan? Noraini: Pembetulan boleh dibuat dengan kebenaran Kerajaan Negeri.
Chang Khim: Di mana seksyen itu? Noraini: Di dalam Seksyen 16 "Pihak berkuasa kerajaan tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk mengubah atau menggantikan sesuatu rancangan tempatan. Seksyen ini membenarkan perubahan itu dibuat setelah diwartakan. Tetapi, perubahan hendaklah melalui prosedur yang berbalik kepada seksyen awal tadi.
Chang Khim: Dalam erti kata senang, rancangan tempatan yang diwartakan tidak boleh dipinda melainkan melalui proses asal, seolah-olah tidak ada rancangan tempatan. Jadi, adakah proses ini dipatuhi? Noraini: Seperti saya katakan tadi, guna tanah semasa pembetulannya memang perlu dibuat kerana guna tanah semasa...(belum sempat dihabiskan ayat, Chang Khim mencelah)
Chang Khim: Ya, soalan saya. Rancangan tempatan tidak boleh dipinda melainkan balik kepada proses asal. Jadi, adakah proses ini dipatuhi. Noraini: Errr...tidak.
Chang Khim: Tidak dipatuhi dan dalam keadaan tidak dipatuhi, versi ketiga dikeluarkan dan dipamerkan untuk orang ramai dan digunakan. Noraini: Itulah yang berlaku.
Siapa arah ubah status tanah?
Chang Khim: Adakah Puan Noraini mempunyai pengetahuan ada cadangan untuk perubahan 'zoning' tanah padang PKNS? Noraini: Saya cuma boleh mengingat sewaktu memberikan nasihat kepada pemaju sahaja. Tidak adil bagi saya untuk saya katakan tahu atau tidak tetapi arahan untuk mengubah mana-mana 'zoning' itu tidak saya beri secara bertulis.
Chang Kim: Jadi, kalau arahan tidak datangdari pengarah perancang MBPJ pada masa itu, arahan daripada siapa? Noraini: Perubahan seperti saya katakan, pembetulan terhenti ke atas guna tanah sedia ada di mana perubahan itu dikatakan perubahan 'zoning'..saya perlukan bantuan dari pegawai MBPJ, saya ingat Puan Faiwos boleh bantu saya.
MBPJ salahkan JPBD
Faiwos: Arahan pengubahan ini adalah lanjutan daripada arahan JBPD mengenai pembetulan terhadap laporan RTPJ2. Pihak JPBD juga itu sama masa pada tarikh diwartakan masih memanggil pihak MBPJ dan JBPD Federal (Pusat) untuk berbincang mengenai pindaan-pindaan dalam laporan RTPJ2 ini.
Chang Khim: Pindaan 'zoning'? Saya tidak nampak dalam ini (rujukan yang disediakan) ada mengatakan, cuma ada surat penyelarasan laporan akhir. Faiwos: Pindaan itu termasuklah mengemaskinikan maklumat rancangan termasuk mengambil kira pelan yang diluluskan oleh MBPJ.
Chang Khim: Surat ini menyatakan adalah dimaklumkan mesyuarat penyelarasan laporan akhir RTPJ..itu sudah lain dengan pengubahan 'zoning'. Faiwos: Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah untuk mengemaskinikan lagi pelan di dalam laporan termasuk guna tanah semasa dan juga apa-apa mengenai kelulusan MBPJ.
Chang Khim: Sepanjang tempoh menyediakan draf rancangan tempatan sehingga ke peringkat kerajaan tempatan, adakah mana mana pihak yang mengemukakan bantahan terhadap 'zoning' tanah padang PKNS sebagai tanah lapang dan rekreasi.
Faiwos: Tidak ada. *** Ketika ini Timbalan Pengarah JPBD, Norasiah Bee Mohd Hanif bangun mencelah menyangkal jawapan Faiwos. Norasiah: Apa yang dikatakan Puan Fairos bahawa JPBD yang mengarahkan pindaan 'zoning' bagi lot tanah PKNS, itu adalah tidak benar sama sekali. Kita terpaksa menyangkal sebab walaupun ada mesyuarat pada 13 Januari 2011, tetapi nama mesyuarat kita (consisten dari mesyuarat pertama) 'Mesyuarat Pindaan Rancangan Tempatan' tetapi mesyuarat itu tidak membincangkan pindaan rancangan tempatan.
Pada peringkat itu, pindaan telah berakhir. Pindaan dimuktamadkan selepas mesyuarat pada 22 Oktober 2010 dan laporan JPBD daripada draf RTPJ2 sehingga laporan yang dihantar ke Exco serta diwartakan konsisten sebagai tanah lapang dan rekreasi.
Faiwos : YB Tuan Pengerusi, sebenarnya Cik Norasiah ini tidak pernah ada untuk mesyuarat kerja-kerja pindaan yang dibuat, ia dipengerusikan Tuan Haji Azman Talib (Ketua Penolong Pengarah JPBD). Mungkin dia (Norasiah) tidak pasti apa yang dibincangkan. Semalam Tuan Haji Azman sudah bagitahu yang MBPJ dipertanggungjawabkan untuk pinda pelan, JPBD pinda teks.
Norasiah: Tuan Pengerusi, betul. Pembahagian tugas memang benar tapi pembahagian itu berakhir 22 Oktober untuk proses pindaan selesai. Saya tidak hadir pada mesyuarat itu tetapi saya adalah ketua yang memantau pelaksanaan semua projek di bahagian rancangan pembangunan dan korporat JPBD. Segala proses kerja bagi rancangan tempatan akan dimaklumkan ketua-ketua bahagian kepada saya setelah selesai mesyuarat.
Chang Khim: Jadi, tidak ada inisiatif diambil JPBD untuk meminda 'zoning' bagi tanah padang PKNS? Norasiah: Tiada langsung.
Chang Khim: MBPJ pula, siapa yang mengambil inisiatif ubah 'zoning' tanah padang PKNS. Faiwos: Tuan Pengerusi, pengubahan 'zoning' tanah PKNS ini adalah lanjutan kerja-kerja selepas MBPJ dan JPBD. Kita mengambil 'spirit' daripada arahan Tan Sri Menteri Besar di dalam mesyuarat perancang negeri. Dalam mesyuarat tersebut, MB menekankan PBT mengambil kira syarat nyata, ini disebabkan semasa mesyuarat tersebut ada PBT yang kemukakan pindaan RT tak sampai enam bulan diwartakan.
Chang Khim: Baik. Itu adalah satu pandangan daripada Menteri Besar. Norasiah: Datuk Pengerusi, boleh saya mencelah? Saya merujuk balik kepada mesyuarat jawatankuasa perancang negeri diadakan Julai 2011. Pada ketika itu, saya menanggung kerja sebagai Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, saya juga menjadi setiausaha kepada jawatankuasa perancang bandar dan desa.
Arahan atau teguran yang diberikan Tan Sri pada ketika itu adalah secara umum sebab pada ketika itu, rancangan tempatan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dibentangkan untuk pengubahan. Tiada dibincangkan berkenaan RTPJ2, RTPJ2, sudah selesai ketika itu. Hanya rancangan tempatan pengubahan MBSA dan MPSJ.
Teguran Tan Sri pada ketika itu supaya diselaraskan dengan syarat nyata tanah tapi Tan Sri juga beri peringatan bahawa walau apa prosedur perlu diikuti.
KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.
Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.
"Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat sini pada 24 Jun lalu.
"Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.
"Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.
Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.
Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.
"Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali," katanya.
Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.
Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman berkata status janda yang digalasnya sejak petang Rabu lalu membuatkan dia bertekad untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Raja Azmi,53, yang bercerai atas persefahaman dengan bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek,49, berkata, dia mahu mempertingkatkan amalan solat yang tidak pernah lengkap dilakukannya sebelum ini.
"Selepas bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi (Khamis), hati saya nekad untuk memperbaiki kelalaian saya dalam aspek beribadah.
"Sebelum ini solat saya tidak pernah lengkap lima waktu, kini saya berazam untuk menjaga solat. Itu adalah matlamat saya sekarang dan semoga Allah menetapkan iman saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Khamis.
Ditanya mengenai sebarang perubahan yang dialaminya selepas 24 jam bergelar janda, Raja Azmi berkata, dia berasa semakin lega dan tenang.
"Alhamdulillah saya berasa lega dan tenang apabila perceraian ini menjadi kenyataan. Malah, saya tidak berasa janggal pun kerana ia perkara yang sudah lama saya nantikan.
"Saya reda menerima hukuman atas kecuaian saya dan hanya Jalani dan Allah sahaja yang layak menghukum kesilapan itu. Tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain diri saya sendiri," kongsinya.
Beralih kepada pertanyaan mengenai tempat tinggalnya selepas perceraian itu, Raja Azmi berkata dia akan terus menetap di rumah keluarga mereka di Ukay Perdana bersama anak-anaknya.
"Selepas berbincang mengenai tempat tinggal kami pada semalam (Rabu), Jalani menyuruh saya terus tinggal di rumah kami bersama anak-anak. Dia yang akan keluar dan tinggal di tempat lain," ujarnya.
Raja Azmi dan Jalani bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin pada pukul 3.25 petang Rabu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini.
Pasangan itu mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan selama ini.
Hasil perkahwinan selama 28 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.
Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan, anak kepada Puteri Suraya dan pengarah filem, Mohd Shadan Hashim.
Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.
Dalam pertemuan yang mendebarkan, Itali mendahului Jerman 2-0 sebelum lawannya itu menjaringkan gol tunggal pada minit-minit terakhir pertemuan, menerusi tendangan penalti.
Dengan kemenangan ini, Itali akan bertemu juara bertahan, Sepanyol dalam aksi final setelah menewaskan Portugal awal pagi semalam.
Sebaliknya, Jerman selaku pilihan kedua kejohanan bukan sahaja gagal untuk mara buat kali kedua berturut-turut, malah terpaksa akur apabila terus gagal menamatkan badi kekalahan ke atas Itali.
Kekalahan ini jelas mengecewakan rata-rata penyokong yang ingin menyaksikan pasukan itu mara ke final menentang Sepanyol untuk mengulangi sejarah empat tahun lepas.
Pada babak awal perlawanan, Itali yang menguasai perlawanan banyak melakukan serangan ke atas Jerman. Bagaimanapun berjaya dikekang oleh pertahanan pasukan itu.
Namun, semangat juang Itali nyata membuahkan hasil apabila Mario Balotelli berjaya menjaringkan gol awal untuk berada selesa di depan.
Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan terus melakukan asakan untuk mencipta gol.
Mario Balotelli sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila menghasilkan gol kedua untuk terus melebarkan kedudukan di depan.
Bersambung babak kedua, Jerman yang tersentak dengan dua jaringan Itali, mula encari rentak dan melakukan serangan balas, namun semuanya menemui jalan buntu apabila terus gagal menghasilkan sebarang gol.
Namun, Jerman berjaya menjaringkn gol pertama pada minit ke-91 menerusi sepakan penalti oleh Mesut Ozil.
Bagaimanapun, jaringan itu tidak berjaya menyekat kemaraan Itali untuk menempah tiket ke final.
Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif dimana tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.
Azan Ismail mengaku cuba disogok dengan 5 juta oleh individu yang dikatakan dari pihak Barisan Nasional untuk melompat parti.
Azan Ismail ini digambarkan oleh blogger pembangkang sendiri sebagai seorang wakil rakyat yang bermasalah. Beliau telah dipandang sepi oleh PKR sendiri malah dibenci oleh penganut-penganut PAS dek kerana cuba merebut kerusi PAS di Terengganu.
Beliau juga dilabelkan sebagai wakil rakyat pemalas dan jarang turun padang. Ada ketikanya, beliau dikatakan tidak akan tercalon lagi sebagai calon PKR. Akibat dari situasi tersebut, beliau juga sanggup mengorbankan maruahnya untuk bertanding di atas kerusi DAP.
Jadi, tidak hairanlah dia sanggup sensasikan perkara jual beli wakil rakyat ini untuk menunjukkan betapa 'lakunya' beliau lagi dimata Barisan Nasional.
Wakil rakyat jenis sudah banyak ditendang keluar oleh Barisan Nasional, Barisan Nasional tidak memerlukan pecacai jenis ini. Pengakuan beliau hanyalah retorik semata-mata untuk meletakkan namanya kembali di mata pemimpin PKR.
Tak sangka pula Azmin Ali sanggup melayan berita sedemikian mengenai Azan ini. Mungkin kerana mahu menutup kelemahan parti serta kebebalan ahlinya itu, maka dijawablah sedemikian rupa.
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ada pihak tertentu cuba menawarkan habuan lumayan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka melompat parti.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, ia adalah tindakan terdesak khususnya pihak kerajaan (Umno) yang dilihat terus menyuburkan politik wang dengan cubaan membeli pemimpin lain.
Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) tidak terpedaya dengan janji dan tawaran yang diberikan kepada mereka.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dalam laporan muka depan Sinar Harian semalam bahawa beliau pernah ditawar jutaan ringgit untuk melompat parti.
"Ini bukan cara PR, sebaliknya kita mengalu-alukan pemimpin daripada mereka (kerajaan) yang ingin menyertai kita, bukan sogokkan dengan wang sebaliknya meminta mereka memahami dasar perjuangan PR," katanya.
Sinar
Azmin Ali juga macam bodoh membuat ulasan sedangkan Bos besarnya dulu juga adalah bapak segala pembohong dengan membawah cerita 16 September yang tak kunjung tiba.
Tak guna bercakap mengenai aktiviti melompat parti, kalau anda dahulu yang memulakannya.
Selalunya kita lihat kalau artis-artis barat memakai pakaian mandi atau bikini di tepi pantai, pastinya ada yang terbayang-bayang bonjol sana, bonjol sini, pakai pun macam tak pakai aja bikini mereka.
Yang dipakai seringkali dua helai kain kecil yang menutupi payudara dan segi tiga emas sahaja.
Tetapi, Jessica Beil, bintang Total Recall ini menampilkan gaya bikininya tersendiri yang lebih sopan...errr...sopan di atas ajalah..hehehe...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal ditentukan oleh pengundi Cina.
Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, beliau melihat undi kaum itu bakal menjadi faktor penentu siapakah yang layak mentadbir negara memandangkan Melayu bukan lagi masyarakat majoriti di negara ini.
Dr Mahathir menegaskan, faktor itu juga menjadi punca meningkatnya politik perkauman.
"Hakikatnya kesemua tiga parti Melayu cuba memikat pengundi Cina dan jadi, mereka menjadi sangat perkauman," kata beliau dipetik Astro Awani.
Beliau berkata demikan pada majlis Politik dan Perniagaan: Kaitan Malaysia' di sini semalam.
Kata Dr Mahathir, untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan kaya, rakyat perlu memberikan sokongan majoriti kepada parti yang mempunyai agenda serta idea pembangunan yang baik.
Dalam pada itu, dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum hendaklah sanggup melepaskan sesuatu demi mencapai pembangunan ekonomi dan kestabilan sosial jangka panjang.
"Mana-mana kaum janganlah berfikir untuk mengambil semuanya untuk mereka. Anda mesti mengakui bahawa orang lain juga perlu mendapat sebahagian.
"Semua kaum hendaklah menumpukan ke arah membangunkan ekonomi bersama, supaya pembahagian setiap orang adalah lebih besar di samping mengurangkan jurang perbezaan," katanya.
Dr Mahathir berkata, semasa pilihan raya 1955, orang Melayu telah mengambil keputusan melepaskan kerusi di kawasan di mana pengundi kebanyakannya orang Melayu.
"Bagi memastikan semua kaum bekerjasama, kawasan pilihan raya orang Melayu diberi kepada rakan kongsi mereka daripada kaum Cina dan India serta memastikan mereka menyokong calon-calon daripada Perikatan," katanya.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.
Dr Mohamad Khir, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.- Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TIADA yang pelu dibincangkan berhubung kes yang melanda Faekah Husin, demikian kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.
Faekah menulis surat menggunakan Logo Rasmi Pejabat Menteri Besar Selangor, bagi menyokong permohonan anak saudaranya untuk menjadi panel peguam bagi syarikat-syarikat di bawah kerajaan Selangor.
Menurut Wan Azizah, kelakuan Faekah itu tiada kepentingan umum, kerana hanya membabitkan surat sokongan.
Lihatlah bagaimana, pemimpin Pakatan menghalakan cara, jika berkaitan dengan orang-orangnya. Cover up total.
Bayangkan jika berkuasa di negara, ini, cover up seumpama ini akan berleluasa, sehingga rakyatlah yang gigit jari, sedangkan kekayaan negara akan mereka kongsi sesama mereka sendiri.
Contoh paling kecilpun, yakni panel peguam, mereka dah salahguna kuasa, apatah lagi berkaitan dengan projek mega, seperti LRT Ampang, yang bernilai bilion atau projek MRT yang bernilai bilion-bilion.
Kita kena sedar, menyokong Pakatan Rakyat, sama dengan menggali kubur sendiri.
Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.
Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.
Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.
"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.
Beliau melihat isu hubungan perdana menteri dengan wanita Mongolia itu sebagai "fitnah" Anwar semata-mata.
Dr Kassim juga menambah, pihak berkuasa tidak perlu takut bertindak terhadap Anwar walaupun bekas aktivis mahasiswa itu pandai bercakap kerana dia didakwa sering berbohong.
Belum sempat Malaysiakini menemubualnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim mengambil kesempatan membacakan surat dalam TheStar yang mengkritik Anwar berhubung kumpulan pemantau asing sewaktu BERSIH 3.0.
Kasta 'ulama' dan pendewaan pada Nik Aziz Surat itu antaranya mendakwa kumpulan pengumpul fakta asing berhubung sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya terdiri daripada kawan-kawan Anwar sendiri.
Dr Kassim turut mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.
Ahli akademik yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.
Terus mengulas kepemimpinan bekas menteri kewangan itu, Dr Kassim berkata, perasaan tidak senang terhadap Anwar dalam Pakatan Rakyat juga boleh dilihat melalui isyarat pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa sengaja "tersilap lidah" dalam isu perdana menteri bukan Melayu bulan lalu.
Sementara itu, mengulas tindakan rakan seperjuangannya Senator Dr Syed Husin Ali bersama Pakatan, Dr Kassim berkata bekas timbalan presiden PKR itu "cuma terpengaruh".
"Bila Anwar kena buang (daripada Umno dan kerajaan pada 1998), dia bercakap, ribuan datang dengar dia. Lebih kurang dia kata, inilah kebangkitan rakyat. Saya kata masya-Allah, (Adolf) Hitler pun dia kumpul berjuta orang," kata bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.
'Satu lambat, kedua bodoh' Dr Kassim sebelum ini pernah bersama-sama Dr Syed Husin dalam PSRM. Beliau mengepalai parti kiri itu antaran 1966 hingga 1984 sebelum digantikan Kampo Radjo dan seterusnya Syed Husin.
Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semula.
Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal.
Dr Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.
Malah, dedahnya, pertemuan pertama kalinya dengan Anwar semasa beliau seorang menteri tidak memberangsangkan apabila bekas pemimpin Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) itu didakwa lewat 45 minit.
"Bila saya masuk, saya cakap. Dia dengar sepatah pun tak cakap. Itu Anwar. Dia takutlah. Dia memang takut. Takut nanti saya catit, (atau) tanya dia apa-apa. Ini saya punya pengalaman dengan Anwar, satu lambat, satu dia macam bodoh," katanya.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dr Mohamad Khir, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama semalam: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai menteri besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan PKR pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.- Bernama
Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene.
Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.
Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut? Ahmad Zahid menjawab-TIDAK PERLU, KERANA pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai 'ganti'.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?
SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.
Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?
Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung.
Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu 'tulin' untuk menyerang Perdana Menteri.
Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?
Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.
Justeru, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki yang segala apa yang dituduh oleh pembangkang terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini, adalah sebenarnya apa yang telah dilakukan sendiri oleh mereka dengan niat untuk memerangkap kerajaan.
Dengan itu, Nurul Izzah boleh meneruskan lakonannya di parlimen dan SUARAM boleh meneruskan penipuan mereka di media tetapi rakyat jua yang akan menghakimkan mereka. Di mata rakyat, kredibiliti SUARAM, Nurul Izzah dan pembangkang keseluruhannya telah musnah sama sekali.
Malah, ramai rakyat yang sinis berkata bahawa mereka mengesyaki para penulis komen menyokong SUARAM dan Nurul Izzah di portal-portal dan blog-blog pro-pembangkang adalah kebanyakannya orang yang sama yang diupah oleh SUARAM untuk menyedapkan hati sendiri kononnya masih ramai yang menyokong mereka.
Tidak apa, teruskanlah menyedapkan hati sendiri buat masa ini, kerana jumlah sokongan sebenar tetap akan terserlah dalam pilihanraya.
TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012
Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.
b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.
Tuan yang di-Pertua,
Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.
Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia ( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )
Tuan Yang di-Pertua,
Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;
1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;
Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.
2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;
Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.
3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;
Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.
4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;
Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.
Sekian terima kasih
YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia
Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.
Kenyataan itu berdasarkan 'perisikan teknikal' iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa "ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya".
Walaupun selera seks atau mungkin juga 'ketagihan' seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.
Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah 'basi' atau tidak benar sama sekali.
Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.
Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.
Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.
Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.
Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.
Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.
Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.
Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai 'keupayaan' manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.
Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya
Nak tau tak apa benda paling lawak pada hari ni. Mc terbaca satu posting yang cukup HEBAT. TAJUKNYA MACAM NI. : BAKAL BESAN NAJIB SEORANG PENJENAYAH.. LIHAT BUKTI INI!
Mc pun KLIK, namun apa yang kelakarnya ialah apabila BUKTI yang kononnya diberi tu dalam tulisan kazakstan.. pehh.. bukti menatang apa kalau kita sendiri pun tak boleh baca. Korang nak baca bukti yang dia bagi tu? Cuba tengok dokumen menatang apa kat bawah ni.
Mc haram tak faham satu patah perkataan pun. Kalau surat ni dok maki-maki hamun pun Mc taktau. Kalau korang pembaca tau baca, tolong terjemaah sat pada Mc.
Kat bawah ni ayat dalam posting yang Mc kutip dari blog yang nama Addin.. Addin kot.. kiranya dia ni blogger puak Pakatan la senang.
"Sejak semalam kita dikejutkan bakal besan Najib dan Rosmah Mansor itu dikhabarkan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa, Interpol mewakili pihak berkuasa Kazakhstan atas dakwaan jenayah culik dan peras ugut. Bagi menguatkan lagi berita tersebut, di bawah ini disiarkan salinan waran tangkap beliau yang berbahasa Kazakhstan. Perempuan itu didakwa memiliki enam kes jenayah."
Apa kejadahnya blog ni merepek. Mc taktau la kalau dia faham bahasa Kazakhstan. Bukti pun merapu.. Malah yang paling lawak, ada diantara blogger Pakatan pula yang membuat posting dengan mengatakan Besan dan bakal Menantu DS Najib ni bersembunyi di Malaysia. Oiittt.. yang mana satu ni? dah kena tangkap ka, atau bersembunyi di Malaysia? adehh laa..
Apa pun, Mc nak terima kasih pada blogger Pakatan ni, sebab dah buat Mc gelak terguling-guling.. kebodohan korang memang tidak syak lagi. ha ha..
McTheory: Blogger macam depa ni pun ada orang percaya ka?
Akhirnya dosa Hairie Othman telah disucikan oleh Nik Aziz NIKMAT. Ini sebenarnya yang dicari oleh seorang artis yang menyertai Pas. Mereka mahu berjumpa Nik Aziz, cium tangan sampai meleleh sikit, lepas tu dapat la tiket ke syorga. he he..
Alamakk.. bro.. siap makan bersila kat lantai lagi. Ini dah tahap tertinggi, selamatlah tak suap menyuap silang tangan, kalau tak mesti dah jadi macam pengantin baru. ha ha ha..
Apa yang Mc nak tergelakkk.. meleleh-leleh si Hairie ni puji Nik Aziz NIKMAT tu.. tak payah la Mc nyatakan apa yang dia kata, Cukuplah gambar kat atas tu sebagai tatapan semua.
P/s: cium tangan ulamak politik nak BOLEH APA?
McTheory: Rosak-rosak akhlak artis kat Malaysia ni.. adehh..
Pagi tadi Mc mempertikaikan kenapa Tweet Handle Jabatan Penerangan (@JPenerangan) meretweet (RT) dasar yang berkaitan dengan negeri pembangkang? Contoh seperti gambar diatas dan artikelnya boleh baca di SINI.
Kemudian Mc diberitahu oleh sahabat-sahabat yang lain bahawa @JPenerangan sudah memaklumkan bahawa Twitter mereka di HACK oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Seperti gambar di bawah,
Oklah Mc menerima dengan hati yang terbuka bahawa Twitter @JPenerangan telah di HACK! Namun apa yang Mc curiga, ialah kenapa Twitter @McTheoryCroniez di BLOCK oleh @JPenerangan? Apa salah Mc? Mendedahkan trojan horse dalam Jabatan Penerangan adalah satu kesalahan?
Kalau tak percaya cuba tengok gambar dibawah!
Untuk kali kedua Mc nak minta penjelasan dari Jabatan Penerangan, kenapa block Twitter Mc, kalau mereka tak takut dan tak salah? Apakah torjan horse dalam Penerangan dah KANTOI? Malah alasan Tweet Handle di HACK adalah semata-mata penipuan?
Sila jawab wahai @JPenerangan.. orang tak salah dia takkan takut!!
Baca betul2 apa yang di retweet oleh Tweethandle Jabatan Penerangan. Kenapa twitter Jabatan Penerangan boleh me'retweet' benda yang tidak ada kena mengena dengan langsung dengan dasar kerajaan pusat?
Bah kan perkara yang di retweet tu berkait rapat dengan dasar kerajaan di negeri pembangkang, apakah ada trojan horse yang telah meresapi unit IT jabatan penerangan?
Patutlah dasar kerajaan yang patut disampaikan kepada rakyat, tidak sampai ke akar umbi. Rupanya banyak virus dan trojan horse yang cuba mensabotaj.
Rasanya pihak yang bertanggung jawab, perlu lebih prihatin dalam perkara ini. Sebelum ada unsur-unsur sabotaj lain yang mereka lakukan.
Mc mendapat maklumat mengenai kejadian di Kupang Baling. Seorang tukang sembelihan ayam di sebuah sekolah agama telah menyertai UMNO dan puak Pas yang selalu memakan ayam sembelihannya, menjatuhkan fatwa sendiri dengan mengatakan ayam sembelihannya TIDAK HALAL.
Sedangkan beliau sudah menyembelih ayam berpuluh-puluh tahun. Apabila beliau mengumumkan dan mengaku, menyertai UMNO. Puak Pas di Kupang, Baling terus mengelupur dan menuduh beliau dengan panggilan yang bukan-bukan malah membuat FATWA sendiri dengan menyatakan SEMBELIHAN beliau TIDAK HALAL!!
Apakah dengan menyertai UMNO, beliau umpama menukar agama? Apakah orang ISLAM PAS tidak layak memakan sembelihan ayam ORANG ISLAM UMNO?
Apakah beliau dengan menyertai UMNO bermakna beliau bukan lagi orang ISLAM?
Mc kenal tukang sembelih ayam ni. Malah dia juga diantara sukarelawan yang bekerja di pejabat penyelaras sebuah dun. Dun yang dimenangi oleh Pas, tapi tak buat apa pun lepas menang.
Jika sampai sembelihan orang UMNO pun orang Pas kata ianya tidak HALAL, maka kesesatan yang berlaku terhadap puak Pas ni sudah sampai tahap kritikal.
Kalau orang UMNO sembelih tidak HALAL, agaknya kalau orang DAP sembelih, tentu orang Pas dengan lahapnya menjamah.. almaklumlah DAP kan sahabat se'telur' dengan Pas.
McTheory: Hukum Halal, Haram ni berat.. jangan sesukahati menjatuhkan hukuman!!
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam banyak keadaan penyokong pembangkang yang bekerja dalam kerajaan tidak akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka secara bersungguh-sungguh dan berkesan atas beberapa sebab : pertama, mereka sendiri menentang dasar kerajaan sedia ada, iaitu dasar kerajaan BN, kedua, mereka sengaja tidak melakukan tugas dengan jujur dan baik kerana mereka tidak mahu kerajaan BN nampak bagus di mata rakyat; ketiga, mereka akan mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan BN atau melaksanakan sesuatu yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat; keempat, menggunakan kemudahan dan pembiayaan dari kerajaan BN bukan untuk menjelaskan dasar-dasar BN, tetapi untuk menyebarkan ideologi pembangkang.
Atas keempat-empat sebab ini, bolehkah dikatakan yang penyokong pembangkang yang menjawat jawatan di dalam kerajaan hidup dan menyara keluarga dengan gaji yang halal?
Mengambil kira kes Timbalan Pengarah Jakim ini, mungkin ini merupakan antara punca kenapa Nik Aziz boleh mengeluarkan pandangan Tuhan pun mencarut tanpa sebarang teguran dan tindakan tegas. Mungkin ini juga punca kenapa dasar-dasar Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan BN tidak dijelaskan dengan baik di akar umbi sebaliknya jawatan, elaun dan pembiayaan yang diberikan oleh kerajaan BN ini digunakan pula untuk tugas dan kerja pembangkang.
Ada mana-mana ustaz yang berani mengatakan sumber gaji penjawat awam yang menyokong pembangkang masih halal sekiranya mereka melakukan salah satu dari empat perkara di atas?
Penjawat awam tidak memutuskan dasar, tetapi diamanahkan menjadi pelaksana dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah. Bukankah mereka seharusnya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pembayar gaji mereka dengan bersungguh-sungguh?
Jika mereka tidak bersetuju dengan sesetengah aspek pelaksanaan, bukankah mereka bertanggung jawab untuk menegur kerajaan menggunakan platform yang mereka ada sebagai penjawat awam dan melakukan penambah baikan? Atau, jika benar, mereka tidak boleh mentaati pemimpin tertinggi kerajaan BN dan melaksanakan apa yang diamanahkan kepada mereka, bukankah lebih `halal' gaji mereka jika mereka meletakkan jawatan?
Jangan gunakan alasan gaji ini adalah gaji yang dibayar oleh pembayar cukai. Fahamkan dulu bahawa cukai yang dikenakan kerajaan bukan seperti menyimpan wang di dalam akaun bank. Selepas cukai dibayar, ia menjadi hasil kerajaan sedia ada yang akan dibelanjakan mengikut dasar dan perancangan kewangan yang diluluskan di Parlimen.
Sebagai penjawat awam, untuk setiap sen yang mereka terima, tanggung jawab mereka adalah untuk melaksanakan dengan bersungguh-sungguh amanah pemimpin kerajaan sedia ada, iaitu untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan penuh integriti dan tepat pada waktunya untuk manfaat rakyat dan negara. Mereka juga bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan dasar-dasar ini dan manfaatnya kepada rakyat dan negara.
Jika mereka langsung tidak bersetuju dan tidak mampu melaksanakan amanah ini, maka adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan dari terus menerus makan gaji dan menyara keluarga dengan gaji yang `tidak halal'.
DEDAH!!! Ramai pencacai PAS didalam JAKIM rupanya..
Baru-baru ini bekas Timb Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan telah menyerahkan borang untuk sertai PAS ke tangan Presiden PAS sendiri DS Abd Hadi Awang bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya.
"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti.
Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya.
Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.
Patutlah Pas semakin berleluasa mempermainkan Islam tanpa sebarang kawalan, rupanya dalam Jakim sendiri banyak talibarut Pas..
Gua rasa, sebagai institusi agama yang dipenuhi oleh ulama, Jakim perlu serius dan bukan hanya menjadi penonton kepada sandiwara politik Pas.
Jakim mempunyai kemampuan melalui penggemblengan organisasi seperti Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Institut Kefahaman Islam (IKIM) serta ulama yang dibiayai oleh kerajaan.
Jakim boleh membuat penjelasan segera di seluruh negara terhadap sebarang kenyataan Pas yang bercanggah dengan Islam. Jangan hanya meletakkan tugas itu kepada UMNO sahaja.
Tindakan UMNO tak mudah diterima oleh sesetengah pihak kerana ia dianggap sebagai parti politik, tetapi Jakim adalah institusi agama tertinggi dalam negara.
So.., dengan pendedahan bahawa ramai penyokong Pas berkerja dalam Jakim, gua harap pihak tertinggi dapat 'berbuat sesuatu' demi menjaga aqidah umat Islam di Malaysia..
Kalau Jakim pun tak boleh diharap nak halang Pas menyelewengkan agama, pada siapa lagi nak kita harapkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan