Semalam satu lagi bencana kebakaran telah berlaku di Segambut dan kejadian kali ini berlaku di Kg Segambut Stesen.
Kejadian yang berlaku tengahari semalam telah memusnahkan lebih kurang 50 buah rumah. Pihak Bomba agak sukar memadamkan kebakaran kerana tekanan air yg rendah di Pili Bomba yang berdekatan.
Mangsa2 telah di tempatkan di Dewan Komuniti DBKL Taman Sri Segambut dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di dewan tersebut bagi mendaftar keluarga2 yang terlibat bagi memudahkan urusan menyalurkan bantuan.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah turun menghantar bantuan kepada mangsa berbentuk makanan, bantal, selimut, pakaian terpakai dan juga keperluan toiletries.
SP: Terima kasihlah untuk YB yang datang bawak meehoon dan air mineral. Patutnya YB boleh bagi lebih lagi untuk mangsa.
Seorang jurutera hari ini dihukum penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui sebuah laman web, tiga tahun lalu.
Keputusan terhadap Chan Hon Keong (gambar), 29, dibuat oleh Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin selepas beliau meneliti fakta kes dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang perbicaraan berlangsung.
Ikmal Hishan berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan melibatkan kepentingan orang ramai.
''Ini satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.
''Selepas meneliti dan berpuas hati dengan fakta dan hujah yang dikemukakan oleh kedua- dua pihak, dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini dan denda maksimum RM50,000 dan jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,'' katanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Md. Yusuf Idris menggantung pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Bagi tujuan tersebut, Ikmal Hishan memerintahkan jumlah jaminan tertuduh ditambah daripada RM6,000 kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut kertas pertuduhan, Hon Keong didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet melalui alamat protokol 60.48.49.212 secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen berbaur lucah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 12.05 tengah malam, 13 Februari 2009 di alamat No. 5, Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh dekat sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Sub Seksyen 233(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara minimum setahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.
Tertuduh dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin.-UMO
Pilihanraya ke 13 yang akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi pastinya menjanjikan banyak peristiwa menarik, antara yang akan menjadi tumpuan ramai ialah politik dinasti. Apabila disebut politik dinasti ia berkait langsung dengan isu kronisme dan nepotisme ataupun boleh juga dikenali sebagai politik suku sakat.
Suatu ketika dulu, isu sebegini kerap dipalitkan pada batang tubuh UMNO khususnya di era kegawatan emosi 1998. Antara tuduhan popular tika itu ialah pemimpin UMNO banyak mengkayakan kroni dan ahli keluarga sendiri. Tukang rintis mempopularkan isu pula tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim.
Kebetulannya, tatkala Anwar menikmati puncak kuasa sewaktu bersama UMNO, dialah orangnya yang banyak mempelopori mencipta kekayaan untuk kroni melalui pemilikan saham percuma, jawatan penting parti dan kerajaan serta pembahagian kontrak termasuklah berjaya menjadikan abang kandung dan ayahnya jutawan segera dalam sekelip mata.
Kini, Anwar terus mengekalkan reputasinya sebagai pelopor kronisme dan nepotisme sekalipun sudah bertukar sikap menjadi pembangkang tegar. Parti yang di dukungnya, PKR lebih dikenali sebagai parti keluarga berbanding parti untuk rakyat. Anwar adalah Ketua Umum, isterinya Wan Azizah sebagai Presiden, anak perempuannya Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden.
Dalam pada itu, PAS juga tidak lepas dari terjebak dengan masalah kroni dan nepotisme, saling tak tumpah dengan PKR. Ura-ura terbaru dari Kelantan menyebut, ramai pemimpin PAS sedang berusaha mengangkat anak Menteri Besar, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian.
Nik Abduh yang kini dikenali sebagai orang kaya baru di Kelantan juga pernah merasa empuknya kerusi sebagai Ahli Majlis MPKB selama bertahun-tahun sebelum meletakkan jawatan kira-kira 3 tahun lalu.
Hangpa semua tengoklah bangunan2 cantik di Kuala Lumpur ni. Hangpa rasa, owner bangunan2 dan hartanah di KL seperti YTL, Mah Sing Group, TEMASIK dan lain2 tu rugi ka? MEREKA SEMUA DAH BUAT BERBILLION RINGGIT DAH! Habih tu kenapa PNB tak boleh???
LimKit Siang telah membuat petisyen mengenai penglibatan PNB dalam pelaburan besar di Kuala Lumpur (lihat sini). Kita juga patut buat petisyen juga kepada Kit Siang. Petisyen itu berbunyi begini : Kenapa syarikat seperti Temasik, YTL, Mah Sing Group dll adalah dibenarkan membuat asset di KL tetapi PNB tidak boleh??
Bagi saya, orang2 yang tidak mahu PNB membuat pelaburan hartanah secara besar – besaran di Kuala Lumpur hanyalah kerana hendak menjaga kepentingan individu kapitalis seperti YTL, Mah Sing, Temasik dll supaya PNB tidak bersaing dengan mereka dan turut mengaut keuntungan seperti mereka.
Ianya bukan hanya mengenai orang Cina. Ia juga mengenai orang2 kaya yang menguasai bidang hartanah di KL dan PNB ialah terdiri daripada orang2 biasa macam kita yang ada kepentingan dalam Amanah Saham. Kebanyakan pemegang saham PNB adalah diperolehi melalui Amanah Saham di mana terdiri daripada orang Malaysia kelas bawahan yang pelbagai kaum. Situasi ini adalah seperti orang kaya yang tidak mahukan orang sederhana dan orang miskin bersatu melalui Amanah Saham (PNB) untuk mengatasi mereka dalam bidang pelaburan hartanah di KL.
Beberapa individu telah merekacipta retorik untuk menampakkan pelaburan besar yang dibuat oleh PNB adalah salah di mata rakyat Malaysia. Mereka mahu memastikan PNB membatalkan hasrat mereka untuk melabur. Jadi, tanah2 yang bernilai di KL hanyalah layak dimiliki oleh individu kaya yang tidak bertanggungjawab untuk membuat lebih duit.
Kadang2, kita sebagai rakyat patut buka mata dan lihat perkara ini dalam perspektif yang berbeza, kenapa syarikat lain dibenarkan membuat berbillion duit, tetapi PNB tidak?
PNB sepatutnya membawa keluar idea ini pada 20 tahun yang lepas. Temasik, YTL dll telah lama membuat berbillion duit! Jika PNB membina bangunan 100 tingkat pada 20 tahun lalu, kita sebagai rakyat yang ada KWSP dan Amanah Saham dah boleh dapat duit lebih daripada hari ini. PNB perlu berhenti daripada bersikap konservatif dalam pelaburan mereka dan berhenti mengekalkan polisi "TUNGGU DAN LIHAT" sementara yang lain sudahpun membuat berbillion duit dalam pelaburan hartanah utama seperti KL. Pada masa sekarang, mereka patut memiliki paling kurang 2 daripada 100 menara bertingkat, tidak hanya bercadang memiliki sebuah bangunan.
Saya mengatakan yang PNB patut membuat pelaburan jenis ini pada 20 tahun lalu adalah kerana harga tanah dan bahan2 membina bangunan adalah murah pada masa itu. Jika mereka membina / memilik bangunan pada 20 tahun lalu, berapakah nilainya pada masa sekarang? Dan berapa yang kita akan perolehi sebagai pemegang saham? Tidaklah bermakna PNB perlu membina bangunan dalam jangka masa yang cepat selama 20 tahun itu, tetapi dalam jangka masa itu PNB sudah patut memilik sekurang – kurangnya 2 daripada 100 unit bangunan di KL.
Kenapa pengurus dana tidak nampak perkara ini apabila orang lain telah membuat berbillion duit di hadapan mata mereka? Contohnya, mereka boleh lihat sekeliling mereka melalui salah satu kawasan utama di KL yang dipanggil "Darby Park", bangunan Rumah Kewangan Kuwait, YTL, K Avenue tumbuh macam cendawan dan mereka telah membuat banyak duit. Untuk jangka masa yang lama, pengurus dana tidak melakukan "anjakan". Untuk info, penthouse di kawasan K Avenue berharga 18million untuk satu unit telah habis dijual.
Mereka hanya "bergerak" setelah melihat orang lain telah membuat berbillion duit, setelah harga bahan2 pembinaan dan tanah melambung tinggi. Ini iadalah kurang bijak.
Secara peribadinya, saya faham yang syarikat2 swasta kita tidaklah begitu "bersih" dan beberapa daripadanya dipaliti oleh skandal perniagaan. Ianya adalah tidak mustahil bagi pengurus dana yang tahu mengenai potensi bidang hartanah ini, tidak melaporkan kepada pegawai2 rasmi untuk membuat keputusan, tetapi menjual cadangan mereka kepada orang lain atau syarikat swasta lain.
Apakah jaminan yang PNB AKAN HILANG DUIT PELABURAN DALAM KAWASAN UTAMA DI KL? JIKA TEMASIK BOLEH BUAT DUIT, KENAPA PNB TIDAK BOLEH?
Jika Temasik dan syarikat swasta lain seperti YTL boleh memiliki bangunan di Bukit Bintang atau mana2 kawasan KL, kenapa PNB tidak boleh berbuat perkara yang sama dan memiliki beberapa kawasan strategic di KL?
Oleh kerana secara asasnya, rakyat marhaen seperti kita adalah pemegang dividen minoriti dalam PNB, PNB TIDAK SEPATUTNYA MEMBUAT SEBUAH BANGUNAN, tetapi 10 bangunan di KL.
Mereka sepatutnya memikirkan untuk memiliki separuh minimum kawasan utama di KL, jadi rakyat marhaen seperti kita juga "ada tastes" untuk membuat aset dalam bidang hartanah di KL, dan ianya bukan hanya untuk orang kaya atau kapitalis seperti YTL.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dan akan marah dengan tajuk artikel SP ni tapi sesungguhnya bukan SP yang cakap bertakbir PAS itu bercanggah dengan sunnah. Ustaz Idris Sulaiman yang cakap. Tengok video ini........
SEJAK Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan dokumen-dokumen rahsia, hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995, penulis lihat sedikit sahaja yang keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya. Itupun kalau boleh dipanggil 'keluar dari mulut', sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.
Sama ada dia sendiri atau orang lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya, tidaklah diketahui.
Tapi yang nyata, sekali lagi Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah. Dalam soal seumpama ini, sepatutnya Azmin dan Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau benarlah tidak ada pendapatan luar biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.
Apa yang susah sangat dengan isytihar harta? Setakat jawab dalam twitter saja, mana cukup untuk menyakinkan rakyat. Lagipun memang resmi manusia, mana pernah mengaku salah, apatah lagi salah jenis yang besar macam ini. Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk percaya dengan penafian Azmin.
Penulis juga pelik bila Azmin memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bilamana jalan senang, mudah dan lapang sudah ada di depan mata.
Macam kes derhaka dengan ibunya jugalah, apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu, peluk cium ibunya dan kemudian ambil gambar besar-besar, nescaya selesailah masalah itu. Kalau tak selesai dari segi hubungan anak beranak, sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan.
Tapi sehingga kini, Azmin masih gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya, jarak rumahnya dengan ibunya tidaklah sampai sepelaung. Malah Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut, kalau takpun, Azmin masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Ambillah peluang untuk jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.
Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau tidak akan berhenti dari memperjuangkan bukan Melayu untuk memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini, memperlihatkan bahawa usaha untuk menguasai tampuk kepimpinan tertinggi di negara ini tidak pernah padam di kalangan pemimpin dan ahli DAP.
Malah, Karpal 'tersasul' pula menyebut Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri membuktikan bahawa Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Haji Hadi, ahli-ahli PKR dan Pas hanyalah menjadi kuda tunggangan atau balaci mereka untuk mencapai matlamat tersebut.
Namun, perlu diingat, bahawa kenyataan atau impian Karpal itu bakal menjadi kenyataan, sekiranya umat Melayu di negara ini terus berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat dan pendekatan di dalam politik seperti yang berlaku hari ini.
Lihat sahajalah hari ini, biarpun perpecahan umat Melayu di negara ini belum sampai ke tahap yang amat kritikal, namun golongan pejuang politik yang rasis dan liberal seperti DAP sudah mula memperlihatkan belang mereka. Hari ini, mereka tidak lagi segan silu atau takut untuk bersuara mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi, Raja-Raja Melayu apatah lagi untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu yang menjadi sasaran dan kecaman mereka pada setiap masa. Justeru itu, umat Melayu perlulah sedar dan sentiasa beringat, bahawa segala nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada umat Melayu di negara ini adalah sesuatu yang boleh ditarik balik, sekiranya umat Melayu terus berpecah belah dan tidak mahu bersatu padu dalam membela agama dan kuasa politik Melayu sebagai syarat utama untuk mensyiarkan daulah Islam di negara ini.
Umat Melayu perlu sedar bahawa perpecahan yang berlaku di kalangan umat Melayu ini bukanlah sesuatu yang tidak sengaja atau timbul secara semulajadi, tetapi ia merupakan satu gerakan terancang oleh golongan tertentu yang mahu menguasai pentadbiran di negara ini dan hanya satu caranya, iaitu dengan memecah belahkan umat Melayu sehingga hilang kekuatan mereka, biarpun pada angkanya umat Melayu menjadi bangsa majoriti di negara ini. Malahan, apa yang lebih bahaya hari ini ialah apabila sikap sebahagian dari umat Melayu yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengambil tahu tentang politik, serta bersikap jahil dalam ilmu dan lebih tertumpu kepada perkara-perkara negatif yang berbentuk hiburan semata-mata. Sedangkan medan politiklah yang menjadi saluran golongan politikus rasis dan liberal yang anti Islam dan Melayu untuk menguasai pentadbiran negara dalam usaha untuk menjadikan Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu tinggal sebagai satu lipatan sejarah di negara ini.
Apakah umat Melayu merasakan bahawa sekiranya Perdana Menteri negara ini bukan di kalangan orang Melayu, maka dia akan memelihara Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu seperti mana yang wujud pada hari ini? Sudah tentu tidak!
Ada juga suara-suara yang sesetengah umat Melayu yang jahil mengatakan, apa yang nak dirisaukan kerana orang Melayu tetap akan menjadi pemimpin tertinggi baik di peringkat pusat ataupun negeri, sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pentadbiran negara, kerana itu sudah termaktub di dalam perlembagaan. Golongan ini tidak tahu kerana kejahilan mereka, bahawa perlembagaan boleh dipinda, atau ditukar sekiranya majoriti 2/3 yang dimiliki oleh Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO berpindah milik kepada Pakatan Pembangkang satu hari nanti. Ini sudah terbukti apabila kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang bercadang untuk meminda perlembagaan baru-baru ini kerana mereka adalah majoriti yang menguasai kerajaan di negeri tersebut.
Tidakah umat Melayu sedar, bahawa usaha Pakatan Pembangkang, terutama DAP adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik di mana Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, Raja-Raja akan dipaksa untuk turun takhta dan hak-hak istimewa Melayu akan dihapuskan!
Lihatlah nasib agama Islam, Raja Melayu dan bangsa Melayu yang hidup di pulau di selatan tanahair, yang satu ketika dulu dipanggil Temasik, di mana har ini kemuliaan dan keagungan Melayunya sudah tinggal dalam lipatan sejarah yang usang dan tidak dipedulikan lagi.
Justeru itu, umat Melayu di negara ini perlu cepat-cepat sedar dan bangkit sebelum nasi menjadi bubur. Bersatulah umat Melayu dalam dua perkara yang diikat oleh Allah s.w.t. kepada kita sebagai tali kekuatan iaitu atas nama Islam dan bangsa. Janganlah kita berpecah hanya kerana perbezaan pendapat politik dan pendekatan cara pentadbiran negara, kerana ia akan menyebabkan datangnya bencana dan kehancuran yang besar terhadap umat Melayu secara keseluruhannya.
Ambillah iktibar daripada sejarah sebagai satu pengajaran. Dan ingatlah pepatah orang-orang tua kita dulu yang berpesan, jangan sudah terantuk baru nak terngadah dan janganlah kita hanya menang bersorak, sedangkan kelak Islam, Bangsa, Tanahair dan maruah umat Melayu tergadai tanpa dapat ditebus kembali.
Semalam bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan. Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan telah menyampaikanmesej jelas mengenai "sokong siapa saja calon BN". Pada pilihan raya umum (PRU)yangke 13nanti, apa yang penting ialah kemenangan parti bukannya calon yang bertanding.
Kata Tan Sri Muhyiddin: "Walaupun kawasan itu kawasan yang bukan Umno, kemenangan rakan-rakan kita dalam BN menentukan kemenangan parti kita walaupun yang bertanding itu MCA atau Gerakan (misalnya), kita harus menyokong parti yang bertanding kerana mereka bertanding atas tiket BN dan kemenangan itu kelak adalah kemenangan BN".
Mesej ini bukan sekadar untuk Wilayah Persekutuan sahaja sebaliknya di seluruh negara. Tetapi bagi Wilayah Persekutuan terutama di Kuala Lumpur, setiap anggota parti komponen BN perlu menerima baik mesej ini jika mereka mahu "gelombang biru" membersihkan tsunami politik 2008.
Apakah Umno / BarisanNasional terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah bersedia untuk bangkit semula? Tsunami politik 2008 menyebabkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan DAP, PKR, Pas. Bukannya luar biasa bagi pembangkang menguasai kerusi di ibu negara dan sekitarnya tetapi dengan hanya satu kerusi, keputusan PRU yang lalu bagi BN amat memeritkan.
Daripada 11 yang ditandingi, Barisan Nasional tewas di 10 kerusi. Setiawangsa yang ditandingi Dato' Seri Zulhasnan Rafique "menyelamatkan" keadaan. Berbekalkan Parlimen Setiawangsa, Umno /BN masih "terus bernafas di pusat sehenti"yang menjadi nadi urusan politik, pentadbiran dan pengurusan negara.
Menyelak kembali keputusan PRU lalu di Wilayah Persekutuan, Umno bertanding di lima kerusi termasuk Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan. Keputusan mengejutkan apabila Dato Shahrizat Abdul Jalil kalah kepada calon PKR, Nurul Izah Anwar (PKR) di Lembah Pantai dengan majoriti 2,895 undi. Dato Shahrizat gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2004 dengan majoriti 15,288 undi. Satu lagi kerusi ialah di Parlimen Titiwangsa apabila muka baru, Aziz Jamaluddin Mhd Tahir tewas kepada Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas) dengan majoriti 1,972 undi berbanding kemenangan calon BN 2004 dengan majoriti 11,815 undi.
Mampukah BN menguasai semula Lembah Pantai dan Titiwangsa dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan?
Semuanya terletak kepada kepimpinan dan anggota parti di kawasan berkenaan sejauh mana mereka dapat menerima amaran, nasihat dan teguran Tan Sri Muhyiddin. Jika masih mahu berebut, "pijak kepala" kawan, sabotaj dan macam-macam lagi, maka lupakan saja kemenangan. Bagaimana pula dengan lapan kerusi yang ditandingi MCA dan Gerakan? MCA dan Gerakan tersungkur dan tersingkir di KL pada PRU lalu.
Antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Lembah Klang termasuklah kehilangan undi yang ketara daripada masyarakat Cina dan India. MCA gagal mempertahankan Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak apabila tewas kepada PKR sementara DAP pula menyapu bersih kerusi yang menjadi "kubu kuat" mereka di Seputeh, Bukit Bintang dan Cheras.
Gerakan pula gagal mempertahankan Segambut dan Batu yang jatuh kepada DAP dan PKR serta terus mengalami kekalahan di Kepong, kerusi tradisi DAP. Kecuali di Bandar Tun Razak, majoriti pengundi ketika itu adalah masyarakat Cina dan kedudukan itu mungkin masih kekal sehingga sekarang.
Mungkin untuk PRU akan datang, BN melalui mana-mana parti komponen sekurang-kurangnya perlu "mengambil semula" Segambut, Batu, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak sementara kerusi lain boleh dianggap bukan pilihan utama untuk menang. Jika menang, mungkin di Bukit Bintang, ia adalah satu bonus kepada BN.
Ramai yang menjangkakan BN mampu "mengambil semula" Wangsa Maju, kawasan yang dilihat mempunyai ramai pengundi Melayu. Pada PRU lalu, calon PKR, YB Wee Choo Keong menang dengan majoriti 150 undi mengalahkan penyandang, Yew Teong Look yang sebelum itu menang dengan majoriti 10,185 undi.
Khabarnya, Umno berminat dengan kerusi Parlimen Wangsa Maju, sementara PKR dijangka meletakkan Dr Tan Kee Kwong, bekas Ahli Parlimen Segambut yang juga bekas Pengerusi Gerakan WP KL. Bekas timbalan menteri itu kini mengetuai Wangsa Maju selepas YB Wee Choo Keong menjadi wakil rakyat Bebas.
Begitu juga dengan Bandar Tun Razak. Adakah strategi PKR menurunkan calon Melayu, Khalid Ibrahim yang memenangi kawasan itu akan menjadi turutan BN? Mungkin formula ini boleh diguna pakai untuk sekurang-kurangnya PRU akan datang dengan matlamat untuk menang dan berdasarkan kepada "calon boleh menang" yang boleh diterima pengundi serta penduduk setempat. Maka setiap parti komponen BN perlu sedia "berkorban" demi strategi yang dapat menjamin kemenangan BN.
Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin berpengaruh di WilayahPersekutuan boleh menjadi faktor kekuatan untuk menggerakkan jentera Umno seperti Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta dua bekas Pengerusi Umno WP iaitu YBDato Seri Zulhasnan Rafique, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee.
Mereka boleh memainkan peranan yang penting untuk memperkuatkan lagi jentera BN dan Umno Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri itu perlu diberi sokongan yang kuat oleh setiap pemimpin parti komponen BN di WP supaya tidak timbul masalah menjelang PRU.
Semua pemimpin BN di semua peringkat iaitu Umno, MCA, MIC , Gerakan dan PPP perlu bersatu untuk memperkukuh, memperkasa dan memperkuatkan lagi jentera parti. Di Wilayah Persekutuan, pemilihan calon amat sensitif kerana tidak ada kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini menjadi cabaran kepada pemimpin untuk mencari calon boleh menang yang terbaik dari segala aspek.
Harus diingat, geografi politik Kuala Lumpur melibatkan kumpulan campuran iaitu golongan elit dan sederhana termasuk pengundi baru dari seluruh negara yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Merekalah yang akan menentukan gelombang pilihan pada PRU akan datang.
Dibuat di Stadium Darul Aman yang merupakan sebuah stadium negeri bagi Kedah. Ia telah dibina pada tahun 1967. Stadium ini terletak di sebelah Lebuhraya Darul Aman. Stadium ini boleh menempatkan kira-kira 32,387penontondalam satu-satu masa. Ia juga pernah digunakan sebagai venue utama Sukan Malaysia pada 2006.
Sambutan Ulangtahun UMNO 2012
Dibuat di Stadium Bukit Jalil. Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton.
Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Trek sintetik9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.
Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.
100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visualyang menarik apabila stadium tidak digunakan.
Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.
Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.
Hanya sekadar berkongsi fakta yang ada di laman Wikipedia berkenaan kapasiti dua stadium tersebut diatas......
Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain. Inilah definisi yang menjadi topik perbincangan kita.
Daripada definisi itu sendiri, kita dapat fahami bahawa demonstrasi tidak membawa apa-apa konotasi yang negatif, apalagi yang menjurus kepada kesalahan. Demonstrasi pada hakikatnya merupakan salah satu cara untuk menampakkan aspirasi ataupun pendapat (ta'bir ar-ra'yi) masyarakat secara berkumpulan. Namun demikian, apa yang lebih penting bagi kita sebagai umat Islam adalah untuk memandang pengertian demonstrasi dari perspektif Islam. Secara umum, aktiviti menampakkan aspirasi atau pendapat di dalam Islam adalah perkara yang dibolehkan (mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan pandangan atau pendapat tentang suatu perkara, cuma dalam hal ini ia dilakukan oleh sekumpulan orang.
Di dalam pengistilahan bahasa Arab, demonstrasi boleh dibahagikan kepada dua:
1) Demonstrasi Liar (Muzhaharah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.
2) Demonstrasi Aman (Masiirah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan (Masiirah) ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.
Pemuda UMNO Johor anjur `Himpunan Menjunjung Taat Setia' 10 Jun ini Adakah 10 Jun 2012 PemudaUMNO Johor akan berDEMONTRASI atau dianggap berDEMONTRASI atas sokongan padu rakyat Johor kepada Sultan Johor yang dikasihi. Sokongan padu dan sejuta tahniah kepada Pemuda UMNO Johor di atas keprihatinan mereka. Kami ahli akar umbi UMNO Dunsemarang akan tetap bersatu dan menyokong.
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Keadaan di dalam Stadium Titiwangsa sudah mula dipenuhi geng2 berbaju biru yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa. Masing2 begitu bersemangat ingin mendengar amanat daripada YAB Pengerusi BN WP, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ruang2 tempat duduk di dalam stadium sudah mula dipenuhi orang ramai. SP akan membawa liputan dari semasa kesemasa suasana di sini.
Dahsyat ceramah Isu2 Semasa Pakatan Haram di Segambut malam tadi. Ceramah yg dibuat di kawasan lapang berhadapan dengan Mandy Villa penuh dengan penyokong2 P (kurg drpd 150 org yg hadir).
SP tak taulah sejak bila PR buka keahlian kepada warga asing kerana yg hadir semalam majoriti pekerja kontrak Indonesia yang mungkin menyangka ada wayang pacak di sana semalam.
Tabik spring jugak kpd penceramah2 hebat daripada Pas dan PKR yang hebat menjaja kisah dongeng kepada "orang2 segambut" especially YB Kuala Langat yg hebat memaki daripada mula hingga akhir ceramah.
Malas nak cerita panjang2. Tengok jelah gambar tapi gambar kurang memuaskan kerana tempat ceramah gelap. Penganjur tak mampu nak sediakan lampu.
Twitter: @MazniM Email: cintasue78@gmail.com Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Pas dicabar mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap biadab dengan mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pembidaan nombor plat WWW 1.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas wajar mengenakan tindakan disiplin ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana seolah-olah menuduh Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi.
Sambil mempersoalkan sikap kepimpinan Pas yang terus membisu dalam isu tersebut, Ahmad Zahid menegaskan, adalah amat memalukan jika parti itu gagal bertindak tegas seolah-olah bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu.
''Pas kena ingat, kalau parti lain boleh mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin celupar seperti Mohammad Nizar, maka Pas juga patut berbuat demikian.
''Jadi, amat memalukan jika Pas tidak mengambil tindakan, seolah- olah bersekongkol dan bersetuju dengan kenyataan Mohammad Nizar itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan wang bantuan baiki rumah Bank Affin Islamic kepada 68 golongan asnaf di Kampung Parit 17 Darat, di sini hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan; Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil dan Ketua Pengurusan Zakat dan Promosi bank tersebut, Puziah Abu Bakar.
Sementara itu, Mohamad Nizar telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila mengeluarkan komen menerusi akaun Twitter kononnya Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui akaun Twitternya @HRHJohor2 menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil satu sen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.
Ekoran itu, Polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Mohammad Nizar mengikut Akta Hasutan 1948 manakala pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu memohon ampun kepada Sultan Ibrahim.
Ahmad Zahid membidas kepimpinan Pas yang seolah-olah lari daripada isu tersebut sedangkan Mohammad Nizar sepatutnya diambil tindakan ekoran kenyataannya itu.
''Saya tidak tahu apa tindakan kerana dia (Mohammad Nizar) parti lain, tetapi paling baik jangan bertanding (dalam pilihan raya). Pas sendiri tahu, kalau dia ada jawatan, lebih banyak kerosakan yang akan dilakukannya," ujar beliau.
Beliau berkata, dalam konteks undang-undang negara, terdapat akta yang boleh digunakan ke atas mana-mana individu yang mempertikaikan hak peribadi sultan.
Warga BN WP jom ramai2 kita support Pelancaran Jentera BN WP pada 2hb Jun 2012, Jam 9.00 pagi bertempat di Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa. Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jom ramai2 kita banjiri stadium dengan Gelombang Biru sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bagi.
Menurut sembang politik di kedai kopi terdapat tiga jendela waktu yang dikira sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu sebelum Ramadan (akhir Jun/awal Julai), selepas raya- September dan sesudah Tahun Baru Cina 2013.
Justeru, Perdana Menteri ada fleksibiliti tinggi dalam memilih antara jendela waktu ini.
Namun, situasi ekonomi global yang tidak menentu menyulitkan pilihan ini. Kemenangan pemimpin sosialis Perancis, Francois Hollande dalam Pilihan Raya Presiden, kemelesetan di Greece dan kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat serta perkembangan ekonomi China yang semakin perlahan bermakna kita juga pasti akan merasa tempiasnya.
Pada masa sama, kemenangan calon Parti Pekerja dalam Pilihan Raya Kecil Hougang di Singapura hujung minggu lalu memperlihatkan pola pengundian yang menentang jentera parti pemerintah yang kuat.
Menentukan tarikh pilihan raya itu sendiri merupakan suatu seni. Banyak faktor harus dipertimbangkan dari kesiap sediaan parti, mesej di media dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.
Pilihan raya tidak pernah berlaku dalam ruang vakum.
Kita tidak boleh mengetepikan arena antarabangsa, terutama perkembangan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi kita. Malangnya, hari ini kita masih terlalu fokus kepada pertempuran politik domestik dari persoalan kebebasan sivil, mengenai kaum dan agama.
Berlatarbelakangkan iklim ekonomi dunia yang malap, Perdana Menteri tidak lagi mempunyai lebihan masa untuk membubarkan Parlimen awal tahun hadapan.
Pemacu pertumbuhan ekonomi semuanya sedang mengalami penurunan. Lihat pada statistik yang ada, pertumbuhan ekonomi China menurun kepada 8.1 peratus berbanding 8.3 peratus yang diramalkan. Sememangnya ini melebihi unjuran awal kerajaan dan jauh mengatasi Barat.
Namun, ketepatan angka ini diragui. Seperti dilaporkan akhbar Financial Times baru-baru ini, petunjuk lain seperti pertumbuhan pengeluaran industri mengalami penurunan ke 9.3 peratus pada April berbanding 11.9 peratus sebulan sebelumnya serta pertumbuhan import yang lemah (0.3 peratus sahaja pada April berbanding tahun sebelumnya) sememangnya mengesahkan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi China yang cukup membimbangkan.
Dalam satu lagi indeks dikeluarkan bank HSBC yang mengukur aktiviti perindustrian di China setiap bulan, indeks Mei masih mengekalkan tren menurun ke 48.7 peratus dari 49.3 peratus (April). Ini bulan ketujuh indeks ini berada di bawah paras 50, mengesahkan perlahannya pertumbuhan ekonomi China.
Angka-angka yang agak memeranjatkan ini muncul kala ketidakstabilan politik di China ekoran pemecatan dan penahanan salah seorang pemimpinnya yang popular, Bo Xilai dan pertelingkahan Laut China Selatan dengan Filipina.
Amerika Syarikat pula masih gagal baik pulih ekonominya dengan pantas setelah kegawatan 2008/2009. Jumlah pekerjaan baru bukan ladang yang berjaya dihasilkan pada April 2012 hanya 170,000, dan ini menyulitkan penurunan kadar pengangguran yang masih di tahap tinggi iaitu 8.2 peratus. Pertumbuhan satu lagi gergasi Asia, India pula dijangka tidak sebesar sasaran iaitu 9 peratus dan hanya akan mencapai sekitar 6.9 peratus ekoran kelemahan kerajaan lakukan reformasi yang secukupnya.
Eropah pula sedang alami masa gelap dan kemungkinan terpaksa melakukan devaluasi mata wang untuk selamatkan ekonomi mereka, situasi yang hampir serupa dengan Asia Tenggara di penghujung 1990an.
Dengan dasar yang bercanggah dari satu negara ke negara lain, dari penjimatan ke populisme, ternyata mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan sekata dalam mengambil langkah berkesan untuk menangani krisis ekonomi sedang melanda.
Sememangnya, perkembangan ini tidak untungkan Malaysia sama sekali. Semua negara di atas adalah pelanggan barangan eksport kita. Sebarang kegawatan ekonomi global pasti akan beri kesan yang besar kepada negara kita.
Situasi politik domestik di Malaysia sudah berada dalam kedudukan terbaik. Masalah lebih besar menanti kerajaan ialah bagaimana untuk berdepan ekonomi global yang buruk.
Kita memerlukan pilihan raya secepat mungkin supaya kerajaan dengan mandat yang kuat dan baru dapat dibentuk untuk menyediakan negara berdepan dengan krisis ekonomi dunia.
Akhiri teka-teki pilihan raya dan fokus kepada mentadbir negara. Perdana Menteri kita sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin tidak gemar mengambil risiko.
Justeru, memandangkan kita sudah melangkah ke bulan Jun dan ditambah dengan senario ekonomi global yang malap, melambatkan pilihan raya bukanlah langkah bernas kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk parti dan kerajaan!
Tahniah BROOOOO....tahniah...semuga menjadi pedoman kepada mereka yang lalai.
(terima kasih m.jinggo13)
Tak tau apa apa berlak..selama ini tidur kaaa...kepada namawee sila buat klip video..kutuk kau punya bangsa...jangan bila Melayu dan Pegawai kerajaan kau maki dan hina..tapi bila kaum sundri...apa lu buat.... Tahniah BROO...teruskan..teruskan..
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dah lama betul x menulis. memang dah lama nak update, tapi dok simpan je haajat nak mengupdate ni... So apa cerita la korang semua. Aku macam ni ajelah... Hari ni aku nak sembang sikit pasal Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Negeri Melaka. ini bertujuan utk menghimpunkan penggiat media sosial seluruh negeri Melaka dan juga sebagai satu cara untuk menghargai mereka. Antara aturacara: Forum oleh Penggiat Media sosial yang hebat, Persembahan Nanyian oleh artis Youtube, Penmapaian Deklarasi oleh peserta Konvensyen dan macam2 lagi laaaaa.....
JOM JOIN..... hari Ahad 10-06-2012 jam 8am samnpailah ke 1pm...
Macam-macam gajet akan mananti anda utk cabutan bertuah.... ipad/ blackberry (bukan blueberry tau...) / galaxy tab, Kamera DLSR, Notebook.....
Pendedahan oleh Raja Petra mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada masa itu untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) terhadap Setiausaha Sulit beliau ketika itu, Azmin Ali berhubung siasatan kes kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya Shamsidar adalah bukan satu pendedahan yang mengejutkan. Malah, pendedahan ini terus mencerminkan peribadi sebenar pemimpin pembangkang ini yang telah campur tangan dalam siasatan BPR tersebut yang mana pada masa itu mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk menahan dan mendakwa Azmin atas kesalahan rasuah kerana mempunyai harta kekayaan yang luarbiasa walaupun hanya berpendapatan sebagai penjawat awam pada 17 tahun yang lalu.
AIDCNews – 29/05/12 – Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan olehRaja Petra Kamaruddin (RPK)di dalam lamannya menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.
Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.
Kenyataan pegawai BPR yang asal
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana 'corrupt' seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita 'corrupt' dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi
Pergerakan Puteri UMNO mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka siasatan atas pendedahan ini kerana ini juga melibatkan integriti Pegawai Kanan Badan Pencegah Rasuah pada masa itu yang telah bertindak di luar bidang kuasa sewaktu menutup kertas siasatan itu. Ini jelas bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin yang sentiasa mengecam kerajaan Barisan Nasional kini yang dikatakan penuh dengan amalan rasuah. Yang jelasnya, dakwaan yang didedahkan oleh Raja Petra ini wajar disiasat dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemimpin pembangkang dan pihak-pihak yang terlibat dalam dakwaan ini.
Pergerakan Puteri UMNO juga ingin melihat penjelasan yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam PKR seperi Zuraida, Nurul Izzah dan juga Srikandi PKR berhubung dengan dakwaan ini. Adakah mereka akan juga meminta supaya kes ini disiasat atau ada "double standard" dalam parti pembangkang ini kerana dakwaan ini melibatkan pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR. Jika benar dakwaan ini, pendedahan ini akan terus membuktikan kepincangan dan amalan rasuah yang berlaku di dalam kepimpinan tertinggi PKR yang kononya mengamalkan kepimpinan yang telus dan bersih.
The United Chinese School Association of Malaysia (Dong Zong) in its 61st AGM again displayed the unabated 'kiasuness' of the group.All the while, this organization has been demanding all sorts of unreasonable, unpractical, even impossible things from the government just to satisfy their racist needs.They make it clear that they wouldn't be happy until their demands are met in total.Tolerance and understanding, or even sense of respect, just don't seem to exist in their dictionary and vocabulary.Patriotic, nation-building, practical even factual reasons and explainations by the government would only fall on deaf ear.
And we can only shake our heads in disbelieve when they now complaining about the longer Bahasa Malaysia (BM) periods for standard 4-6 in Chinese primary schools.Presently, BM takes 6 periods of the timetable and will be increased to 9 periods beginning 2014.Of course, Dong Zong opposed to this, claiming it is too much.Too much of what?Too much Malaysia?Are they afraid that their kids would become true Malaysians?
The Ministry must have a very good reason to propose the increase of BM periods in Chinese schools, and it is not hard for us to see the reasons.
Just ask around some simple questions like how many times do you walk into a salon and have to repeat yourself three or four times just to tell the Chinese hairdresser what you want to do with your hair because she has trouble understanding BM, and her English is worse.
And I remember accompanying a friend to a car showroom and the Chinese salesperson couldn't give us satisfying information of the specs or the procedures of purchase because his BM and English sucks!
And have you ever experienced anger of dealing with Chinese officers, supposedly at Executive or Managerial level, but they can't convey the message through because their BM and English is terrible and you ended up screaming at them?
These are Malaysian Chinese for God's sake, and how dare they even call themselves Malaysians and even claim to have the rights to an equal treatment as Bumiputeras?
And yet, Dong Zong insists on remaining totally detached from the Malaysian ground.Chinese schools, Chinese teachers, Chinese language, Chinese, Chinese and Chinese are all that matters.Ironically, they would never admit to being hard-core racists.
Don't they have some integrity to at least not be hypocrites too?
It is official that Dong Zong is clearly blinded by racism.They failed to see that this blind racism is not going to benefit the Chinese, or the country – which I don't think they give a damn about.Whereas, in order to survive, all races must learn to live together and in order to live together we must be able to communicate well with each other.
Even their original motherland, China, is aware now that they have to acknowledge the existence of other countries and other races.China is now extending its hand to others, opening its market and reaching out.The country managed to 'conquer' the world to some extent.But already, it is experiencing setbacks.
Believe it or not, China companies may have profited a lot from business all over the world but they could or should have profited more should they practice openness in learning other languages and culture.The Chinese may not admit it, but there are great many deals lost due to language problem.Wrong shipment, wrong instruction, wrong translation, wrong interpretation can be very costly.Customers from other parts of the world are pissed-off and reputation is not good for China.Apart from that, the Chinese may not know that they are being laughed at, ridiculed and cursed by customers and even their own employees around the world for their mistakes that are caused by miscommunication.Sooner or later they will start to feel the effect and consequences of their 'don't-care-less-about-others' attitude.
As Malaysians, we have the chance to witness first-hand, this 'kiasuness' of the Chinese.The problem with being a 'kiasu' or arrogance, is that you tend to lose touch of reality and ended up losing a lot more.
Dong Zong may think that the Chinese are strong enough and don't need others in order to make profit (if not survive) but they forget that they would not lose anything but may get more profit should they blend-in with others.As an example, my friend who wanted to buy the car that I mentioned above, just bought one from a Bumi company after the frustrating experience with the Chinese car dealer.
Bottomline is, DongZong has to choose whether to hang on to their roots in China or to start planting new roots in Malaysia.In other words, Dong Zong has no choice but to be less Chinese and more Malaysian, or stop harping on equality, or better still, give up their citizenships.Whichever way, they can't have everything their way.You win some and lose some, that's what life is all about.
It is hard enough for this country to build its own identity, and many of us are still struggling to 'identify' our identity.So let's not entertain Dong Zong who is doing nothing but trying to deviate us away from our noble cause
Membaca twitter YB Batu, Tian Chua yang mengatakan bahawa Raja Petra Kamarudin (RPK) telah dibayar oleh UMNO & BN untuk menjatuhkan YB Gombak, Azmin Ali membuatkan saya tertanya-tanya dimana logiknya dakwaan bahawa RPK mahu membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Azmin Ali semata-mata. Azmin Ali hanya individu dan jika benar ramai yang termakan cerita RPK tentang rasuah yang dibongkarkan, kesannya terlalu kecil kepada Pakatan Rakyat.
Tambahan pula, laman portal RPK, The Malaysia Today lebih banyak (99%) menceritakan keburukan kerajaan BN dan parti UMNO.
Tetapi jika Azmin Ali tersingkir akibat serangan bertali arus ini, yang paling untung adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri yang selama ini banyak menyimpan dendam terhadap Azmin Ali. Umum mengetahui bahawa ramai kalangan pemimpin dan wakil rakyat yang bertanding atas tiket PKR bertindak keluar parti selepas pemilihan PKR yang memperlihatkan dominasi kumpulan pro Azmin Ali menang besar. Mereka ini lebih kenal siapa sebenarnya Azmin Ali.
Apa yang dapat saya mahu nyatakan disini ialah, Azmin Ali menjadi sasaran dari kalangan pemimpin dan ahli PKR sendiri. Tuduhan terhadap UMNO hanya sekadar menutup kisah sebenar. Tian Chua tahu dan ramai yang tahu tetapi hanya berdiam diri bagi memesongkan perhatian rakyat terhadap masalah dalaman PKR.
Jika benar pendedahan RPK itu mainan politik UMNO, sudah tentu dokumen-dokumen itu didedahkan oleh kumpulan blogger pro-UMNO sendiri dan dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia. Tetapi kenapa RPK dan The Malaysia Today menjadi pilihan ?
Tidak ramai yang punyai kebolehan mengatur strategi sedemikian rupa. Sepengetahuan saya antara yang berkebolehan ialah Pengarah Strategik PKR yang kita tahu punyai cita-cita yang cukup tinggi.
KUALA LUMPUR: Empat unit rumah setinggan berhampiran Bulatan Segambut di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini mengakibatkan 15 penghuni kehilangan tempat tinggal.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran kira-kira jam 8.00 pagi itu kerana semua penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri, kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Khadiron Md Diah.
"Kita masih siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, sambil menambah api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit oleh tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Jinjang, Balai Bomba Sentul dan bomba sukarelawan dari Bukit Bintang.
Seorang mangsa, Yong Wai Yan, 21, berkata dia tidak menyedari rumahnya sedang terbakar kerana nyenyak tidur dan mula sedar apabila terasa panas dan kedengaran orang menjerit.
"Hanya saya seorang di rumah kerana mak dan ayah keluar bekerja. Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di rumah termasuk wang tunai RM10,000.
"Kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 secara keseluruhan termasuk barangan elektrik, pakaian, perabot dan lain-lain lagi,"katanya.
Seorang lagi mangsa, Alan Sam Khai Long, 36, berkata dia menyedari kebakaran berlaku apabila ada orang menjerit mengatakan rumah terbakar.
"Saya perasan orang menjerit kira-kira jam 8 pagi dan saya menyelamatkan diri secepat mungkin termasuk ahli keluarga dan barangan yang lain. Saya hanya sempat mengeluarkan barang-barang seperti mesin basuh, televisyen dan pakaian sahaja...yang lain tidak dapat diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan insiden itu dan memikirkan di mana keluarganya akan tinggal selepas ini
Sumber Berita Harian
SP: Tahniah buat Pengerusi Penyelaras BN Segambut, Puan Jayanthi Devi Balaguru yang telah turun melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran. Warga Segambut dah seharusnya punya pilihan yang tetap untuk mengundi Barisan Nasional untuk PRU13 nanti. YB kita yang sekarang ni nampaknya terlalu sibuk dengan urusan2 di kawasan lain. Apa kata kita bagi dia berehat pulak dan kita pilih calon yang betul2 nak buat kerja di Segambut.
Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.
Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.
Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.
Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.
Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.
Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.
Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.
Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?
Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?
Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.
Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?
SP: Mohon maaf melalui Twitter/ Ikhlas ke permohonan maaf tue? Melayu Hibrid memang macam ni kot kurang adab sopan. Harus lebih memahami Prinsip RUKUNEGARA
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaan beliau berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 BACA DI SINI
Difahamkan, Polis Johor telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk melakukan siasatan selepas lima laporan polis dilaporkan di negeri itu berkaitan dengan dakwaan tersebut sejak Selasa.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan mengenai pasukan petugas itu yang telah memulakan siasatan.
"Kami akan menyiasat perkara berkenaan secara telus dan profesional. Kami akan mengendalikan tugas kami tanpa sebarang tekanan bagi memastikan ia berlaku adil kepada kedua-dua pihak," kata beliau.
Kritikan Nizar mengenai kerabat diraja Johor memperoleh bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter membawa padah.
Beliau menulis di Twitter bahawa wang RM520,000 yang dibelanjakan untuk bidaan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan miskin.
Beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor.
RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.
Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.
Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas.Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang 'meletus-meletus' di atas, dan apa yang tertinggal dibawah?Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.
Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.
Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang.Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda 'kemarau air terawat', waima dimusim hujan.
Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan.
Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.
Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya.Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.
Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini.Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid?
Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?
Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat.
Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.
Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan.Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.
Pelbagai pihak mengata orang Melayu macam-macam. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu dikatakan macam-macam. Tidak sesuailah dengan zaman. Orang Melayu kena kuasai bahasa Inggeris untuk selamat.
Biarlah mereka kata macam-macam, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu.
Bukan pilihan mereka untuk menjadi Melayu. Tetapi lahir-lahir sudah jadi Melayu. Tidak kiralah ada antara Melayu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.
Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu.
Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri. Walaupun Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain. Jadi bangsa Amerika umpamanya. Atau China , Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.
Ciri utama orang Melayu Malaysia adalah agamanya. Walaupun banyak orang Melayu lemah dalam amalan agamanya, atau jahil tentang agamanya tetapi mereka tetap mahu berpegang pada Islam. Tetapi bukan sebarang Islam. Agama yang diamalkan oleh orang Melayu ialah Sunnah wal Jamaah, jenis mazhab Syafii. Kecuali Perlis.
Walaupun ada orang Melayu yang mempunyai fahaman liberal tentang agama, tetapi asasnya dalam kehidupan masyarakat mereka mahu mengamalkan agama seperti yang digariskan oleh ulama-ulama Melayu.
Golongan ulama inilah yang antaranya bekerja dengan pihak berkuasa negeri-negeri yang mentafsirkan agama untuk diikuti oleh orang Melayu. Ulama ini seperti antaranya ialah mufti dilantik oleh Raja-raja Melayu di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja.
Agama
Maka agama di negara ini dikaitkan pula dengan Raja-raja Melayu. Inilah juga ciri-ciri orang Melayu iaitu meletakkan kedaulatan raja-raja mereka. Mungkin segelintir orang Melayu bersifat anti-feudal dan republikan, tetapi umumnya orang Melayu tetap mempertahankan raja mereka.
Daripada istana-istana ini, mengalirlah budaya bagi adat-adat istiadat Melayu, baik di peringkat pertabalan raja-raja hinggalah kepada amalan masyarakat. Orang Melayu ditentukan oleh dua adat iaitu Adat Temenggong dan Adat Perpatih. Adat Perpatih hanya berlaku di Negeri Sembilan.
Walaupun orang Melayu sudah moden dan kurang memerhati adat tetapi apabila mereka bertunang dan berkahwin, terserlahlah bahawa mereka masih mahu mengikut adat Melayu.
Bila hari raya pula, mereka bersungguh-sungguh menyambutnya mengikut adat Melayu. Mereka seronok menjadi orang Melayu. Mereka menggunakan bahan-bahan kraf tangan Melayu. Mereka pakai pakaian Melayu. Mereka makan kuih Melayu dan makanan tradisional lainnya. Di atas segalanya, mereka suka dengar lagu Melayu, menonton konsert dan teater Melayu. Klasik Nasional menjadi rakaman jiwa Melayu.
Namun begitu, ciri utama yang menjadikan Melayu istimewa adalah penggunaan bahasa Melayu. Walaupun ada pihak menghina bahasa Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu mempunyai keindahannya tersendiri yang tidak akan dilepaskan oleh orang Melayu.
Mungkin mereka bercakap secara bahasa rojak. Atau menguasai bahasa Inggeris untuk memajukan kerjaya mereka. Tetapi bahasa Melayu akan mereka pertahankan dan kembangkan. Mereka akan menjunjung sastera Melayu. Buku-buku dalam bahasa Melayu akan terus ditulis dan diterbitkan walaupun ia tidak tersebar ke seluruh dunia. Mengapa pula orang Cina mempertahankan bahasa China dan orang India mempertahankan bahasa Tamil tidak dihina sebegitu rupa berbanding kalau orang Melayu mempertahankan bahasanya sendiri?
Agama, raja, adat istiadat, budaya dan bahasa mencirikan orang Melayu. Tetapi bukan itu saja. Ada dua lagi yang menjadikan kehidupan orang Melayu menyeronokkan.
Ia adalah negara dan usaha memajukan diri. Seringkali disebut bahawa perjuangan orang Melayu adalah mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya. Walaupun orang Melayu bersedia untuk berkongsi tanah air dengan kaum lain yang menjadikan Malaysia negara mereka, tetapi orang Melayu tetap menganggap negara ini asas dan asalnya adalah Melayu. Biarlah orang menamakan Tanah Melayu itu Malaya. Tetapi ia tetap asal dan asasnya negeri-negeri Melayu. Malaysia hanyalah sebuah persekutuan tetapi entiti sebenar adalah negeri-negeri yang bergabung di dalamnya.
Dari Perlis hingga ke Sabah, inilah tanah air orang Melayu yang hidup bersama dengan kaum-kaum lain. Walaupun ada antara mereka merantau ke seluruh dunia, tetapi jika diberi pilihan, kebanyakannya mahu kembali bermastautin di Malaysia, terutama di kampung-kampung. Apabila setelah bersara, kebanyakan orang Melayu akan menghabiskan masa hidupnya berkisar kepada surau dan masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Kalau ia mampu, hendak rasanya mereka membina rumah berseni bina Melayu.
Akhir sekali, ciri penting orang Melayu ialah kesediaannya untuk berubah bagi mencapai kemajuan dalam pendidikan dan ekonomi untuk diri dan bangsanya.
Sejarah pendidikan orang Melayu dan usaha untuk memajukan diri dalam ekonomi sentiasa menjadi tema para cendekiawan Melayu, baik dari kalangan agama mahupun sastera dalam tahun-tahun 1920-an. Orang Melayu sentiasa sedar tentang kelemahan bangsanya dan dari situ akan terus berusaha untuk maju.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian oleh pemimpin dan pihak berkuasa Syria di dalam menangani konflik dalamannya sehingga mengakibatkan lebih sepuluh ribu kematian di kalangan orang awam, termasuklah insiden terkini di Houla yang mana menyaksikan 108 rakyat Syria terbunuh dengan kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak.
Apa perlu nya lebuhraya yang menghubungkan Kota Bahru - Kuala Krai jika rakyat terpaksa menjadi korban kerajaan negeri?
Saya sendiri tidak nampak di mana kewajaran kerajaan negeri meminta rakyat berkorban, berwakaf dan bergolok gadai untuk mendapatkan kemudahan lebuhraya tersebut.
Apa ni Nik Aziz, main² ker? Adakah lebuhraya ini untuk memperlihatkan kerajaan negeri berjaya membangunkan negeri Kelantan secara keseluruhannya? Atau lebuhraya ini sekadar untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan berjaya membangunkan projek mega yang menelan kos berbillion² ringgit?
Tak dinafikan dengan kewujudan lebuhraya seperti ini dapat memendekkan waktu perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain selain dapat menjana ekonomi yang baik untuk penduduk setempat.
Tapi jika rakyat terpaksa melakukan pengorbanan daripada segi wang ringgit, tanah pusaka, tanah kebun dan pelbagainya, itu sudah kelihatan umpama kerajaan cuba memiliki hasil titik peluh rakyat sendiri atau dalam bahasa mudahnya merompak duit rakyat secara terang²an.
Di mana letaknya pula tanggungjawab kerajaan negeri selaku pemerintah di Kelantan selama lebih 20 tahun? Masih tidak cukup pengalaman lagi kah kerajaan negeri menguruskan setiap tanah jajahan negeri Kelantan atau sebenarnya kerajaan negeri Kelantan tamak?
Tahun 2012 bukanlah seperti kondisi negara semasa zaman perang dan sebelum merdeka. Di mana rakyat terpaksa berkorban jiwa raga, harta benda dan bergolok gadai membantu Tunku Abdul Rahman dan rombongan ke London untuk mendapatkan kemerdekaan.
Zaman sekarang ini merupakan zaman serba maju dan canggih. Kerajaan negeri Kelantan seharusnya bijak menguruskan tadbir negeri sendiri dengan lebih baik dan berjaya. Bukankah kerajaan PAS Kelantan mempunyai sumber yang besar melalui pembalakan haram yang dikerjakan oleh Husam Musa. Di mana perginya segala hasil² cukai pembalakan? Di mana perginya hasil² cukai pendapatan?
Aduhaiii~ Contoh yang boleh dianggap penyelewengan bodoh daripada kerajaan negeri Kelantan yang tak bijak langsung ialah perjanjian (MoU) menantu Nik Aziz yang ingin membangunkan Bazaar Tok Guru di atas tapak berkeluasan 5.9 ekar. Namun hanya 1.5 ekar saja digunakan untuk Bazaar tersebut.
MoU ditandatangi di antara pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan 2 persatuan peniaga dan penjaja sekitar Kota Bharu. Kandungan MoU tersebut menyatakan bahawa projek Bazaar Tok Guru tidak berorientasikan keuntungan (bodoh 1). Kerana ia lebih kepada hasrat murni Nik Aziz melihat para penjaja dari arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang selesa untuk berniaga.
Namun kebodohan 2 mulai timbul apabila baki tanah seluas 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd yakni syarikat yang membangunkan Bazaar Tok Guru.
Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian tersebut hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazaar Tok Guru sahaja. Itupun selepas PMBK membayar semula sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang si menantu a.k.a hantu Nik Aziz pinjam bagi pihak PMBK dari pemaju (Sensa Timur Sdn Bhd). Akhirnya PMBK dan kerajaan negeri tidak menerima apa² keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama satu abad.
PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.
'Penjelasan' ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.
Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam.Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.
Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga.Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.
Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010.Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.
Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.
Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat.Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui 'membenci' sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya.Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.
DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.
Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.
Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya.Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.
Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya.Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi.Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).
BeruangBiru
SP: Nizar ni lupa nak cermin diri dia. Mungkin dia terlupa tentang kereta Toyota Camry sebanyak 16 bijik sewaktu zaman kegemilangan sekejap dia sebagai Menteri Besar Perak dulu. Dia dah lupa no plat2 ini AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AGS828 DAN AEU606 yang mana semuanya telah didaftarkan pada 9 Januari 2009. agak2nya nombor2 tue didaftarkan guna duit poket Nizar sendiri ke atau duit rakyat?
Dua perkara berlaku sepanjang minggu lalu; pertama, terserlah niat sebenar parti rasis DAP yang telah dizahirkan secara lisan apabila Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh secara jelas mengatakan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di Malaysia pada suatu hari nanti.
Kedua pula, atas dasar tamakkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong sepenuhnya idea Karpal tersebut dengan sedikit perubahan iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri negara ini asalkan ia beragama Islam.
Bermakna jika esok Lim Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang hatta Karpal memeluk agama Islam, mereka secara otomatik, menurut pandangan Nik Aziz, akan layak dipertimbangkan untuk kedudukan Perdana Menteri.
Bagi orang Melayu yang akal fikirannya masih waras dan siuman, dan jika tidak mengetahui bahawa idea tersebut tercetus daripada minda seorang 'Tok Guru', sudah tentu mengatakan bahawa ia datangnya dari seorang yang gila atau sudah nyanyuk.
Apahal pun kedua-dua anggapan tersebut tidak tersasar jauh dari keadaan sebenar kerana Nik Aziz sememangnya sudah lanjut umurnya yang mencecah 80 tahun.
Mungkin sedikit sebanyak faktor nyanyuk sudah meresap ke dalam dirinya sebagaimana yang dibuktikan dengan sikap 'flip flop' berhubung isu muzakarah dengan Umno - sekejap bersetuju kemudian tidak bersetuju pula.
Mungkin juga Nik Aziz belum nyanyuk tetapi hanya gilakan kuasa kerana pada usia yang lanjut begitu masih mahu bertanding mempertahankan kerusinya dan kalau boleh kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
PAS telah membuktikan bahawa sememangnya parti itu tamakkan kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.
Jika dahulunya PAS berdegar-degar mencanangkan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangannya tetapi setelah selesa tidur sebantal dengan DAP, semangat itu sudahpun berjaya dilunturkan oleh sebuah parti yang rata-ratanya diterjaui oleh orang bukan Islam.
Kini PAS tidak mahu lagi negara Islam tetapi cukup sekadar negara kebajikan kerana hendak menjaga hati DAP!
Beginilah sifat munafik pemimpin-pemimpin beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat - semuanya gilakan kuasa dan sanggup menjual maruah agama dan masa depan bangsa sendiri, semata-mata kerana gilakan kuasa.
Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR yang buruk moral dan keperibadiannya dan dituduh sebagai peliwat pun sanggup dipertahankan oleh Nik Aziz.
Jadi tidak hairanlah jika beliau juga sanggup berkompromi dengan DAP jika itu diperlukan untuk mendapat kuasa politik.
Nik Aziz seolah-olah buta sejarah atau berpura-pura jahil apabila dengan senangnya mengatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri asalkan beragama Islam.
Sanggupkah Nik Aziz meletak jawatan sekarang dan menyerahkan posisi itu kepada Anuar Tan yang menjadi Exco Kanan dalam kabinet negeri Kelantan?
Kita mahu lihat samada Nik Aziz seorang yang berpegang kepada apa yang dicakapnya atau seorang yang bercakap secara sembrono, tidak mengggunakan akal.
Hakikatnya hanya Umno satu-satunya parti politik yang sanggup bergadai nyawa dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah dan kedudukan umat Melayu di negara ini.
PAS dengan kata-kata kosongnya hanya bermimpi disiang hari dan tidak mampu untuk melindungi sehelai rambut pun pada tubuh badan orang Melayu kerana ia sudah melacurkan diri pada golongan kafir yang anti-Melayu.
Bagaimanapun berlainan pula dangan apa yang disebut oleh Karpal kerana ia bukan sesuatu yang kosong dan lawak.
Tidakkah Nik Aziz peka dengan sejarah politik bagaimana hanya pada Projek Tanjung ketiga yang mula dilancarkan oleh DAP sejak tahun 1970an baru parti itu berjaya menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.
Meskipun memakan masa lebih 30 tahun tetapi DAP konsisten dengan impiannya, ia berjaya juga mencapai cita-citanya.
DAP tidak akan sesekali berjaya untuk menguasai Pulau Pinang jika pemimpin PAS dan PKR tidak mengkhianati orang Melayu.
Orang Melayu perlu buka mata mereka dan sedar dari tidur kerana tidak mustahil PAS dan PKR akan sanggup menyerahkan teraju kepimpinan Malaysia kepada DAP jika ia berkuasa di Putrajaya kelak.
BERAPA ramaikah wakil rakyat yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang merupakan golongan yang termasuk dalam kumpulan tersilap pilih? Persoalan ini dilontarkan apabila kepimpinan parti itu secara terbuka menyatakan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung tersilap memilih calon.
Kini PRU 13 yang masih menjadi tanda tanya bilakah berlangsungnya, apakah sekali lagi PKR akan tersilap pilih calon lagi? Seperti kata pepatah "pisang berbuah dua kali". Sebagai sebuah parti yang baru, tentunya calon-calon yang bertanding atas tiket PKR sama ada calon lama atau calon baru.
Akibatnya wakil rakyat ini 'tidak kuat' dan 'mudah goyang' sehingga akhirnya membawa peletakan jawatan atau meninggalkan parti itu. Ada juga wakil rakyat yang dikatakan tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan setelah mereka dipilih oleh rakyat.
Dalam erti kata lain, adakah kebanyakan wakil rakyat PKR merupakan calon 'tangkap muat' (mengambil mana yang sempat sahaja) yang tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik sebagai wakil rakyat? Malang sungguh rakyat jika ini benar-benar berlaku. Mungkin bagi bagi wakil rakyat yang dikenal pasti berada dalam kumpulan 'tersalah pilih', tiba masanya parti menasihatkan mereka meletak jawatan.
Jika tidak silap, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PKR bertanding di 96 kerusi Parlimen dan menang di 31 kawasan manakala bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), parti itu meletakkan calon di 176 kawasan dan memenangi 40 kerusi.
Mungkin kenyataan 'tersalah pilih' hanya terpakai kepada mereka yang mengambil keputusan meninggalkan PKR. Sekadar meletak jawatan untuk memberi laluan kepada orang lain tidak apa. Meletak jawatan dalam parti tetapi kekal sebagai wakil rakyat juga boleh dimaafkan.
Tidak mampu bekerja tetapi kekalkan jawatan juga tidak apa. Jangan sekali-kali marahkan parti kemudian tinggalkan parti. Ini tentunya tidak boleh dimaafkan dan akan tergolonglah dalam senarai 'tersalah pilih'. Justeru, kalau tidak mahu dilabelkan sebagai 'tersalah pilih' eloklah duduk 'diam-diam' dalam parti.
Biarlah sampai parti singkirkan mereka. Kalau nak keluar juga sebelum disingkirkan bersedialah dilabel sebagai calon tersilap pilih dan sebagainya. Lainlah jika wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menyertai mereka (PKR) tentulah disambut dengan kata-kata yang enak didengar.
Samalah seperti apabila wakil rakyat pembangkang keluar parti, mereka disuruh letak jawatan tetapi apabila wakil BN sertai mereka, tidak pula kedengaran disuruh letak jawatan untuk pilihan raya kecil. Bak kata orang, 'halal haram' dan 'adil atau berat sebelah' ditentukan oleh mereka. Kalau sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka, itu 'adil dan halal' tetapi kalau memihak kepada orang lain, hukumnya 'haram dan berat sebelah'.
Cuma yang peliknya ketika ada wakil rakyat yang dikatakan 'tersalah pilih atau tidak kuat' itu, kebanyakan yang meninggalkan PKR juga bukanlah calang-calang orang. Mereka pernah diberi tanggungjawab sebagai Exco kerajaan negeri dan ada yang pernah memimpin parti di negeri.
Menyelak kembali ketika Badrul Hisham Abdullah (DUN Pelabuhan Klang) meninggalkan PKR, pemimpin parti itu mengakui tersilap memilih calon untuk bertanding pada PRU pada Mac 2008.
Menurut Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali, disebabkan kesilapan itu, calon yang menang gagal memberikan perkhidmatan berkesan kepada pengundi.
''PKR terlalu ghairah menidakkan kemenangan Barisan Nasional, tersilap memilih calon tidak berwibawa dan tidak layak menjadi wakil rakyat,'' katanya seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.
"PKR berdepan masalah meletakkan calon yang benar-benar berwibawa di kerusi yang diperuntukkan untuk PKR.
"Kita hadapi masalah mencari calon kerana ramai tidak menyangka parti menang besar sehingga orang 'baik-baik' takut bertanding. Sesiapa saja yang sanggup bertanding ketika itu kita ambil tanpa memeriksa latar belakang mereka," katanya.
Bagaimanapun Syed Husin berkata, PKR banyak belajar daripada kesilapan dan mendakwa mempunyai ramai pemimpin berwibawa untuk diketengahkan pada PRU akan datang.
Nada yang sama juga diucapkan oleh Penasihat PKR apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi anggota Bebas.
Menurut laporan Bernama, Anwar mengakui salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada PRU lepas.
''Calon bagi kerusi Parlimen, saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka),'' katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR di Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada PRU akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.
Begitulah pandangan yang dilontarkan oleh pemimpin PKR apabila Badrul Hisham dan Zahrain meninggalkan parti itu. Tidak pasti sama ada kenyataan yang sama boleh terpakai kepada wakil rakyat yang sama ada meletak jawatan di peringkat DUN atau Parlimen, meletak jawatan dalam parti atau meninggalkan parti.
Bagi yang sudah lupa mengenai senarai nama mereka yang sama ada meletak jawatan sebagai wakil rakyat, meletak jawatan dalam parti atau keluar parti, lihatlah senarai yang disediakan. Rasanya itulah jumlahnya yang penulis masih ingat. Bagaimanapun ia tidak termasuk senarai yang meletak jawatan dalam parti tetapi kekal sebagai ahli atau wakil rakyat.
Mendahului senarai tentulah Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Bagaimanapun tujuan jelas beliau berbuat demikian adalah untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar. Ini diikuti V. Arumugam (DUN Bukit Selambau) yang ketika itu sebagai Exco Kerajaan negeri Kedah.
Arumugam mulanya bertanding atas tiket Bebas tetapi kemudiannya menyertai PKR. Adakah PKR tersilap menerima wakil rakyat? Manakala Mohammad Fairus Khairuddin (DUN Penanti) pula ketika itu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Alasan yang diberi oleh wakil rakyat ini untuk sambung belajar.
Tidak pasti sama ada peletakan jawatan itu juga boleh dikategorikan sebagai tersalah pilih calon kerana peletakan jawatan berlaku dalam tempoh yang singkat selepas PRU. Sama ada tersilap pilih calon atau tersalah pilih parti, rakyat jangan diabaikan. Mereka sebagai wakil rakyat yang sudah diberi mandat perlu memikul amanah ini dalam apa keadaan sekalipun.
THE ORIGINAL STATEMENT BY THE MACC OFFICER (IN BAHASA MALAYSIA)
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana 'corrupt' seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita 'corrupt' dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR's style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato' Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) "Telah maklumkan kepada YAB TP" dan beliau menulis "KUS". Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT
Untuk makluman, pada waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????
Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.
Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.
Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagaibayaran pahala kepada mereka.Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.
Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya.Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.
Menarik sekali!Cuma kita ada sedikit kemusykilan:
Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala?Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya?Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?
Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram?Apakah mereka juga mendapat pahala?Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?
Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz?Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?
Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.
Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu.Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.
Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat 'saham akhirat', ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol.Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa "Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim."
Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.
Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala?Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?
Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.
Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T.Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan.Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.
Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.
PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.
Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran.Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya?Bagaimana hendak ke syurga jika kufur?Apakah hanya dengan mengundi PAS?
Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen 'Undilah PAS' sempena pilihanraya yang semakin hampir?
Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya
Kuala Lumpur, 25 Mei-Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini mencabar kerajaan negeri Selangor yang dipimpin PKR untuk membuka semula Institut Kemahiran yayasan Selangor di Sabak Bernam dan memulangkan semula tanah di Serendah kepada Yayasan basmi Kemiskinan (YBK) untuk didirikan UiTM. … Continue reading →
Pada hari ini 26 Mei 2012 pada jam 3.00 petang, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akan bersama -sama dalam program Himpunan Sejuta Belia 2012.
Dato' Seri Najib Tun Razak sudah tidak sabar untuk bersama dengan para belia seluruh negara pada petang ini sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Keterujaan itu diluahkan beliau melalui twitternya...
Perdana Menteri dijangka melakukan walkabout dari jam 3.00 petang di sekitar 6 km karnival untuk anak2 muda ini dalam sesi WALKABOUT FOR YOUTH.
Pastikan anda berada di Putrajaya untuk bersama - sama mendengarkan amanat yang akan di smapaikan oleh Perdana Menteri kepada belia - belia negara dan jom kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Tun Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan