PAS Kawasan Padang Besar Posted: 07 Jun 2012 01:22 AM PDT |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 07 Jun 2012 01:12 AM PDT Kenyataan Media : Isu Tarian ala K-Pop dalam majlis makan malam ‘Bertam Nite’. Posted: 06 Jun 2012 08:01 AM PDT KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG Isu Tarian ala K-Pop dalam majlis makan malam ‘Bertam Nite’. Merujuk kepada video ‘Bertam Nite’ yang dimuat naik dalam laman youtube serta gambar-gambar berkaitan yang disebarkan dalam laman sosial Facebook, DPPN P.Pinang difahamkan bahawa program tersebut adalah program makan malam anjuran PKR DUN Bertam, dalam Parlimen K.Batas. DPPN P.Pinang [...] | |
Peghelih La... Posted: 06 Jun 2012 11:39 PM PDT Himpunan Hijau: Peserta hadir secara sukarela tanpa dibayar Posted: 06 Jun 2012 02:44 AM PDT KANGAR - PAS Perlis mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong PAS yang hadir ke Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar 1 Jun lalu dengan kehendak sendiri tanpa dibiayai mana-mana pihak.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, kehadiran ahli dan penyokong PAS ke Alor Setar yang dijangka melebihi 100 ribu orang memberikan satu petunjuk bahawa PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang dibina dengan semangat juang yang tinggi, penuh kesukarelaan dan semangat fi sabilillah. Beliau menyanggah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini yang menyatakan peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar supaya hadir.
"Kenyataan Muhyidin itu nampak sangat melucukan. Kalau dalam Umno/BN memanglah macam tu. Mana-mana himpunan yang mereka buat, peserta akan dibayar tambang pengangkutan, wang saku atau imbuhan. Ada pula kumpulan tertentu seperti kakitangan kerajaan atau pelajar yang kena paksa untuk ke program Umno, malah ada pula yang ditipu dan dibawa ke program mereka.
"Jangan anggap semua orang macam mereka. Dalam PAS, sejak zaman-berzaman sudah terbina budaya berkorban untuk jemaah. Bukan himpunan ini shaja, malah untuk ke demonstrasi atau himpunan seperti Bersih 1,2 dan 3, orang-orang PAS datang dengan kehendak dan belanja sendiri.
"Malahan para peserta himpunan Hijau atau Bersih mengeluarkan wang saku mereka sendiri pula untuk membeli baju T," jelasnya.
Menyentuh tentang Himpunan Bersih, Mohd Anuar berkata beliau bertemu dengan rombongan dari Perlis yang menyewa bas untuk ke Alor Setar dan ada pula yang datang dengan meunggang motosikal.
"Saya jumpa seorang ketua cawangan PAS yang berusia 70 tahun yang datang dari Perlis dengan menunggang motosikal. Ada yang menyewa bas, ada yang datang dengan kereta sendiri.
"Di Alor Setar sendiri kita lihat ratusan bas disewa dan saya mendapat laporan bahawa ahli PAS Langkawi turut menyewa sebuah feri untuk ke himpunnan hijau. Ini buktinya ahli PAS mempunyai jati diri dan semangat pengorbanan yang tinggi. Tak perlu dibayar, mereka akan datng sendiri dengan sukarela," katanya lagi. | Ceramah Pakatan Rakyat Posted: 06 Jun 2012 02:27 AM PDT | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 06 Jun 2012 09:46 PM PDT Ceramah Isu Semasa Posted: 06 Jun 2012 04:20 PM PDT | Blogger Sakmongkol di Rembau 12 Jun 2012 Posted: 06 Jun 2012 01:13 AM PDT CERAMAH PERDANA Tarikh : 12 Jun 2012, Selasa Masa : 9 mlm Tempat : DUN Chembong, Rembau Turut serta : YB Hj Taufek, Sani Hamzan, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan Maklumat lanjut sila hubungi Hakki 013-3840022 | |
DPP PADANG TERAP Posted: 06 Jun 2012 09:28 PM PDT |
Dr Azman Ibrahim Posted: 06 Jun 2012 07:27 PM PDT “Bo bo lah dengan Umno…” Saudara Zuki Posted: 05 Jun 2012 09:05 PM PDT | Saudara Zuki menyampaikan ucapan mewakili bekas ahli umno |
"Umno sudah terlalu rosak. Arwah ayah saya adalah salah seorang pengasas Umno Cawangan Kerandang, Jabi. Puluhan tahun dia berjuang dalam Umno. Diakhir usianya, dia ada pesan kepada kami anak-anak, bo bo lah dengan umno (cukuplah dengan Umno). Punoh (rosak) dari kepala sapa (sampai) ke ekor. Kita hidup ni nak mati. Mampukah Umno yang memisahkan antara politik dan agama menyelamatkan kita dalam kubur?"
Inilah antara luahan seorang bekas penyokong tegar Umno yang dikenali sebagai Saudara Zuki dalam pertemuan muhibbah bersama pimpinan Majlis Tindakan Dun Jabi semalam. Pertemuan di sebuah lokasi di Lata Belatan dihadiri 15 bekas penyokong tegar Umno dari beberapa cawangan antaranya, Gong Pasir, Kerandang, Anak Ikan dan Tok Dor dalam.
Atas kesedaran sendiri tanpa apa-apa janji ganjaran dan pemberian, mereka hadir dalam suatu majlis yang cukup ceria, kesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat, bertukar-tukar pendangan dengan janji mereka bahawa Umno sudah tiada tempat lagi di sudut hati mereka. Langkah seterusnya, komitmen telah diberikan untuk mengisi borang keahlian PAS dan di pihak Dun Jabi, saya telah berjanji untuk mengatur suatu majlis rasmi penyerahan borang dalam masa terdekat.
Sujud syukur kepada Allah di atas segala rahmatnya yang telah membuka pintu-pintu hati hambanya untuk bersama dengan perjuangan Islam. Pastinya kita sebagai manusia hanya berusaha, hidayah dan pertunjuk adalah hak mutlak dari Allah.
Dalam ucapan ringkas ketika mengalu-alukan mereka, saya mengingatkan… "Walau siapa pun kita, apa latar belakang kita, kita adalah hamba Allah. Inilah titik persamaan yang paling berharga antara kita. Atas dasar persamaan inilah kita berjumpa dan bermesra. Perjuangan Islam adalah hak kita bersama. Sebagai penumpang di atas muka bumi Allah serta setelah kita mengecapi segala nikmatnya yang tersedia, ada bakti yang perlu kita sumbangkan. Tiada bakti yang lebih besar dari kita sama-sama beri khidmat kepada Islam."
"Kerana kerja-kerja meninggikan Islam adalah tanggungjawab yang teramat berat, kita perlu lakukan secara bersama di atas suatu wadah dan platform. Inilah PAS, suatu wadah untuk memperjuangkan Islam. Satu-satunya Parti yang menyatakan secara jelas bahawa Al Quran, Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah sumber rujukan tertinggi! Kalah menang, jatuh bangun semuanya telah kita lalui di dalam perjuangan yang panjang ini. Syabas dan tahniah kerana saudara-saudara semua telah membuat pilihan yang sangat tepat untuk bersama-sama dengan bahtera perjuangan Islam."
| |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 06 Jun 2012 07:25 PM PDT Stadium: Runtuh anjur Himpun & Ingat Jumaat ini Posted: 06 Jun 2012 02:15 AM PDT
KUALA TERENGGANU:Badan Bertindak Menangani Isu Bangunan Runtuh (Runtuh) akan mengadakan program Runtuh & Ingat pada Jumaat, 8 Jun di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak bermula jam 5 petang.
Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah berkata ia sebagai mengingatkan kepada rakyat mengenai SSMZA yang runtuh pada 2 Jun 2009.
Jelasnya, program diisi dengan deklamasi sajak oleh SN Datuk A Samad Said, pidato rakyat, pimpinan masyarakat, NGO, pameran dan penyebaran risalah.
Katanya, pada 2 Jun 2009 yang lalu, Malaysia telah gempar dengan keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak yang dibina dengan kos RM292 juta dalam tempoh tidak sampai setahun disiapkan.
Tambahnya, turut mendukacitakan rakyat Terengganu apabila keluar dari mulut seorang wakil rakyat di pihak kerajaan yang mengatakan 'keruntuhan adalah satu rahmat' kepada rakyat sedangkan, ianya adalah satu musibah.
Malah, katanya suatu kerugian kerana ianya melibatkan wang rakyat.
"Episod malang keruntuhan bumbung SSMZA seberat 2,500 tan dengan teknologi tanpa tiang dari Korea itu bukan sahaja tamat di situ, malah kita juga telah didedahkan dengan isu kecurian pelbagai peralatan di SSMZA yang dianggarkan berjumlah RM50 juta termasuk dua set janakuasa yang bernilai RM70,000 seunit," katanya.
Jelasnya, Sabtu lalu, 2 Jun 2012 genaplah 3 tahun peristiwa memalukan itu berlaku, lebih memalukan apabila walaupun sudah 3 tahun, namun kerajaan negeri dilihat mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini.
Malah, ujarnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilihat sentiasa cuba mengelak untuk berhadapan isu itu walaupun pada peringkat awal beliau mengatakan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyelesaikan kes yang memalukan itu.
Katanya, kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan hanya dilakukan selepas setahun berlakunya runtuhan (selesai akhir 2010). Pada masa yang sama, ujarnya kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa tender sudah dikeluarkan.
Namun, tambah beliau sehingga hari ini tiada apa-apa yang dilakukan terhadap SSMZA tersebut.
"Atas rasa tanggungjawab, dan kesal dengan sikap sambil lewa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, maka Runtuh mengumumkan akan mengadakan satu himpunan aman bagi memperingati 3 tahun sudah berlalu dengan objektif utama memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan 'Stadium Runtuh' tersebut," ujarnya.(hrkhdaily) | |
PAS LENGGONG Posted: 06 Jun 2012 07:20 PM PDT Posted: 06 Jun 2012 06:38 PM PDT | Posted: 06 Jun 2012 06:36 PM PDT PAS NAK MENANG DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA' | Posted: 06 Jun 2012 06:34 PM PDT | Posted: 05 Jun 2012 09:09 PM PDT Muhammad Yusri Amin, | 06 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).
Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh.
(Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengiringi Sultan Muhammad V melawat gerai ekspo pertanian.)
Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'.
"Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS)," katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya.
Mengulas muzakarah itu, beliau hanya menyokong cadangannya adalah atas cadangan Presiden PAS, namun apabila cadangan itu ditarik balik, beliau pun menarik balik.
Tuan Guru Nik Aziz bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.
Ekspo bertemakan 'Bertani Satu Ibadah, 'Kelantan Ke Arah Pertanian Organik' bermula semalam hingga 10 Jun itu disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V.
| Posted: 05 Jun 2012 09:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.
Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.
Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com
Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.
Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.
Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.
"Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.
Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan," Hisahmuddin mengulas.
Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.
Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.
Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
| Posted: 05 Jun 2012 09:03 PM PDT http://greenboc.blogspot.com, | 06 Jun 2012 |
Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan... Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu: "Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".
Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.
Sumber:FB
Sultan tandatangani plak tuntutan royalti
KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.
Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.
Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com
Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.
Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.
Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.
"Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.
Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan," Hisahmuddin mengulas.
Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.
Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.
Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini. -HD Tetapi, tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah dari yang ini
| |
Rembau Hari Ini Posted: 06 Jun 2012 07:06 PM PDT Blogger Sakmongkol di Rembau 12 Jun 2012 Posted: 06 Jun 2012 01:15 AM PDT CERAMAH PERDANA Tarikh : 12 Jun 2012, Selasa Masa : 9 mlm Tempat : DUN Chembong, Rembau Turut serta : YB Hj Taufek, Sani Hamzan, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan Maklumat lanjut sila hubungi Hakki 013-3840022 | |
PAS Kawasan Miri Posted: 06 Jun 2012 07:06 PM PDT SPR Harus Kembali Bertanggungjawab Dengan Adil Dan Telus Dalam Urusan Pilihan Raya di Malaysia Posted: 06 Jun 2012 10:35 AM PDT SPR HENDAKLAH KEMBALI KEPADA PERANAN ASALSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Baru-baru ini SPR mencadangkan agar karikatur diharamkan semasa kempen dalam pilihanraya umum ke13 (PRU13). Pihak SPR sepatutnya tidak mengharamkan karikatur yang berbentuk nasihat dan peringatan untuk menarik perhatian pengundi untuk memilih pemimpin yang baik, bertanggungjawab serta adil untuk semua. Kecuali karikatur yang berbentuk menghasut, menghina dan membuat fitnah terhadap pihak lawan dan mereka boleh diambil tindakan sekiranya terbukti karikatur tersebut boleh menganggu ketenteraman awam. Sepatutnya SPR memberi tumpuan kepada pendaftaran pengundi yang meragukan serta membersihkan nama daftar pemilih yang sudah tiada dalam senarai pendaftaran Negara. SPR juga sepatutnya memberi tumpuan kepada tuntutan 8 perkara yang telah dikemukakan oleh pihak BERSIH bukannya mengusulkan peraturan baru yang remeh-temeh.
Kita minta pihak SPR jangan cuba berdolak-dalih dalam tuntutan 8 perkara yang dikemukakan oleh BERSIH yang lalu dan mereka sepatutnya sudah melaksanakan tuntutan tersebut bukannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tiada kaitan dengan membaik-pulih sistem pilihanraya yang ada sekarang seperti mengadakan peraturan-peraturan yang remeh-temeh yang hanya menguntungkan sebelah pihak saja dimana rakyat semakin muak dengan peraturan baru yang dibuat oleh pihak SPR.
Kita mendesak agar pihak SPR dapat melakukan tugas mereka dengan adil, telus dan bertanggungjawab seperti mana penubuhan SPR pada awal tahun 50an dan 60an dahulu, dimana mereka tidak memerlukan PACA (Polling Agent Counting Agent) untuk menjadi pemerhati sebab pada masa dulu orang ramai yakin akan peranan SPR yang memang benar-benar adil dan bebas dari cengkaman parti politik, sebab itulah pada zaman dulu, ada calon bebas boleh menang tanpa perlu ada PACA untuk jadi permerhati di pusat pengundian. Mereka yakin petugas SPR pada masa itu benar-benar amanah dan jujur dalam menjalankan tugas mereka. Tetapi sekarang SPR sudah dilihat sebagai sebuah badan yang tidak begitu bebas, telus dan terikat dengan kerajaan yang memerintah sehingga menyebabkan orang ramai merasa ragu akan peranan SPR yang sebenarnya. Maka sebab itulah kita menyeru agar mereka yang benar-benar mendapat kepercayaan awam saja yang dilantik menjadi anggota dan pengurusi SPR seperti mana yang diperuntukan dalam perlembagaan. Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Kita mendesak agar SPR benar-benar dapat menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan adil tanpa perlu tunduk dengan tekanan pihak yang tidak bertanggungjawab agar imej SPR akan dapat dipulihkan semula seperti mana tugasan mereka pada masa yang lalu. Sepatutnya SPR bebas dari sebarang cengkaman politik, kalau mahu badan tersebut dilihat sebagai sebuah badan yang bebas , telus dan adil dalam menjalankan tugas mereka seperti mana yang pernah mereka lakukan semasa sebelum merdeka dahulu. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak English version EC Should Back to it Origin RoleThe Election Commission of Malaysia (Malay: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)) is a commission set up for the purpose of regulating and conducting elections in Malaysia. Recently, the EC suggested that the caricature banned during the campaign in 13th general election (13th GE). The EC should not ban the caricatures in the form of advice and reminders to attract voters to choose a good leader, responsible and fair to all. Except caricature in the form of inflammatory, derogatory and make slander towards opponents. EC should focus on suspicious voter registration and clearing the names of the electoral roll that is not on the list of the National registration. The EC should also focus on the demands of 8 items that have been submitted by the BERSIH is not proposing a new regulations that is paltry. We requested the EC do not try to give excuses in the demands of 8 items raised by the BERSIH in the past and they are supposed to be implementing the claims rather than issuing statements that are not related to renovations of existing electoral system, such as conducting petty regulations which benefits only one party where people become disgusted with the new rules made by the EC. We urges the EC can do their job fair, transparent and accountable as the establishment of the EC in the early 50s and 60s before, where they do not need PACA (Polling Agent Counting Agent) to be an observer because in the past people have confidence in the role of the EC that really fair and free from the clutches of politics, that's why at the past time, there is an independent candidate can win without having to have PACA to become overseer at the polling station. They are convinced that the EC staff at that time really trustee and honesty in their work. But now the EC is seen as a body that is not free, transparent and be bound by the ruling government causing the public doubt the actual role of the EC. That is why we urge those who are really have a public trust only to be appointed as a member and the chairman of EC as provided in the constitution. Members of the Commission are appointed by the Yang di-Pertuan Agong (King), who must consult with the Conference of Rulers and appoint a Commission which has the confidence of the public. We urge the EC can really carry out their duties responsibly and fairly without having to bow to the pressure of the irresponsible parties so that the image of the EC will be restored as they do in the past, EC should be free from any political grip if you want the body is seen as an independent, transparent and impartial in carrying out their duties as they had done during the pre independence before. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 06 Jun 2012 03:39 PM PDT SKANDAL BAPAK PEMAIN FOREX ! DASYATNYA ! Posted: 06 Jun 2012 01:09 AM PDT Teman ambik kopi dan pes dan ringkaskan dari http://pasanggerikapt.blogspot.com/2012/06/skandal-bank-negara-dasyatnya.html Ramai hentam DSAI kerana merugikan Bank Negara Malaysia(BNM) atau Be End Em pada masa itu .Kebetulan DSAi masa tu baru dilantik Menteri Kewangan. Kini ada kata Forex tu haram lah dan ada halallah. Pastu Spekulasi tak boleh lah. Wang Haramlah. Rupanya selama ini BNM adalah Bapak segala pelaburan spekulasi sampai rugi RM30,000,000,000,000 .Bab tu BNM kini berjaga betul main pelaburan internet tak boleh dan seleweng guna pinjaman salah. Tapi kes NFC ...BNM tak ambil peduli langsung. Siap siasat pula siapa yang bocorkan rahsia penyangak. Apa dah jadi nie?
Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?
Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.
Kedua, bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?
BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan "budak suruhan" kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.
Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.
BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan "untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi." Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.
Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?
Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, "penyangak matawang." Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah "sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar."
Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi "mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi."
Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.
Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat "short selling" ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.
Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.
Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.
Akhbar "Malaysia Business" melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar "pembuli pasaran" (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain - pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah "nasi telah menjadi bubur" barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.
Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?
Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.
BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan "creative accounting" bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi "harta" dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, "deferred expenditure" atau "perbelanjaan tertunda" – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.
Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?
BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: "Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya."
Diyakini bahawa arahan "pergi buat duit di pasaran pertukaran asing" kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak "Yes Man" bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai "Yes Man" lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.
Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai "raja perompak" (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung - "nasi telah menjadi bubur." Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.
Beliau "membuang" Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.
Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.
Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan "kerja kotor" diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.
Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media - dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.
Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.
Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?
Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.
Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini?
Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.
Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?
Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.
Penulis mengucapkan terima kasih kepada Penang Institute kerana memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai. | PROJEK DIREKA UNTUK MEREKA ? TIADA BEBAN JANGAN DIGALAS Posted: 05 Jun 2012 09:28 PM PDT Komen : Teman memang tak sior bila PLKN nak menambah beban rakyat kunun nak beri silibus baru utk peserta PLKN. kalau ikut teman PLKN harus dihentikan dan biorlah diselenggara oleh pihak tentera di kem-kem yang sebenarnya. Hingga kini kita dah selalu dengar dan lihat kematian dan kejutan kecederaan serta kes moral rogol di PLKN, dan janganlah menambah lagi dengan kematian di kolam air pula. Nak bina kolam pun tengoklah berapa peratus kem PLKN adalah kepunyaan persendirian atau kerajaan. Dahlah merosakkan hutan simpan nak bina kolam dengan kos penyenggaraan yang akan meningkat nanti. Sapa nak tanggung???
Kerajaan sedang menimbang untuk menyediakan kolam renang di setiap kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara mulai tahun depan berikutan tidak ada lagi aktiviti elemen air di kolam semulajadi.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata dari segi keluasan, kedalaman, spesifikasi dan sebagainya akan ditentukan dan akan dimaklumkan kepada semua pengusaha kem PLKN di seluruh negara.
"Kolam renang itu akan dibina oleh pengusaha kem berkenaan dengan kosnya ditanggung pengusaha itu sendiri dengan spesifikasinya ditentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)," katanya.
"Untuk jadual pematuhan bermula tahun hadapan, tidak ada lagi aktiviti elemen air kolam semulajadi tetapi kerajaan sedang memikirkan untuk menyediakan kolam renang," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang dekat Port Dickson, hari ini.
Katanya pada masa ini hanya ada satu sahaja kem PLKN yang mempunyai kolam renang iaitu di Sibu, Sarawak.
Ini bermakna setiap kem perlu mempunyai kolam renang tetapi jika tidak ada kemudahan itu pun mereka perlu memastikan bahawa latihan air itu boleh menggunakan spesifikasi yang ditentukan oleh kerajaan.
Sebelum ini, katanya, hasil daripada keputusan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak ada lagi elemen latihan air kepada pelatih PLKN, apa yang dilakukan bukan sahaja elemen kolam semulajadi itu ditiadakan, tetapi apa-apa sahaja aktiviti fizikal yang melibatkan air juga dikeluarkan daripada elemen tersebut dan ia ditukar kepada pasir.
"Langkah ini diambil memandangkan air di kolam semulajadi dilihat tidak sesuai kerana risiko air ini tidak berkesudahan di mana Kementerian Kesihatan telah memutuskan jika sekali saja terdapat bakteria kencing tikus di dalam mana-mana air di kem tersebut, maka kem itu tidak boleh dipakai seumur hidup. Bermakna kita tidak mahu mengambil risiko itu," katanya.
Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.
Abdul Hadi berkata pada masa ini terdapat lebih 24,000 pelatih bagi kumpulan 2 2012 sedang mengikuti latihan PLKN di 79 buah kem di seluruh negara lebih sebulan lalu.
Katanya mereka selesai menjalani latihan dalam modul pembangunan karektor bermakna mereka bersedia untuk meneruskan modul yang lebih mencabar dan sekarang ini pelatih sedang mengikuti modul kenegaraan manakala selepas ia akan diteruskan dengan modul khidmat komuniti dan fizikal.
- Bernama | BERI RM5000 KITA AMBIL, YANG HAK KITA TUNTUT BIAR MATA TERKEBIL ! Posted: 05 Jun 2012 06:03 PM PDT Alhamdulillah , akhirnya FELDA Keratung 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan Keratung 10 memfailkan saman dan tuntut rugi sebanyak RM525,000,000 (RM525juta) berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan FELDA palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam. Tuntuntuta berhubung Kadar Perahan Gred(KPG) kelapa sawit didakwa rendah sepanjang 17tahun disamping FELDA tidak kembalikan tandan buah busuk dan tidak berguna kepada peneroka. Tuntutan diwakili R.Sivarasa,T Kumar dan Latheefa Koya jam 2 ptg semalam dan dihadiri 100 orang peneroka serta Pengerusi Biro Peneroka dari PKR ,Suhaimi Said.
| |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 06 Jun 2012 03:06 PM PDT TARIAN SEPARA BOGEL BERTAM NITE...SAPA NAK JAWAB? Posted: 06 Jun 2012 08:16 AM PDT Kecoh dalam blog-blog UMporNO berkenaan dengan 'Tarian Tradisional' di Bertam Nite yang telah dianjurkan oleh Jentera PKR DUN Bertam pada 3 June 2012 yang turut dihadiri oleh pimpinan PR termasuk PAS. Cukupkah dengan surat memohon maaf yang telah ditandatangani oleh Pengurus Besar syarikat Public Pavillion Holdings Sdn. Bhd. Iaitu Tuan Kenny Zhu yang menaja 'Tarian Tradisional' di Bertam Nite pada 3 June lalu? Surat yang difakskan kepada Pejabat Penerangan PKR Negeri dan ditujukan kepada Tuan Haji Johari Kassim pada 6 June 2012. Walaupun pihak penaja mengakui kesilapan dalam menentukan pakaian para penari dalam salah satu persembahan mereka dengan alasan ianya adalah disebabkan oleh kesilapan komunikasi (communication errors)... tetapi kesilapan yang sukar dimaafkan tersebut telah berlaku dan kini menjadi senjata kepada UMNO untuk menhentam semula PR berhbung isu RM2.04 juta bagi membawa artis separa bogel K-Pop Dal Shabet semasa Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru-baru ini. .... dan kali ini Hasan Ali dan Harussani pasti akan bersuara......huhuhuhuhuhuuhu | TERIMA KASIH BN : RON97 TURUN 10 SEN... Posted: 06 Jun 2012 07:38 AM PDT .... Itulah tanda rakyat didahulukan....hahahahaha....walaupun selama bertahun ditipu UMNO/BN dengan sumbangan subsidi yang banyak terhadap harga pasaran RON95 RM3.50 berbanding RON97 dengan harga pasaran RM2.80 mulai 7 Julai ...logik ada ka? pikir pakai kepala otak lutut pun lagi baik la.... Tolong jangan bagi hujah bahawa ron 97 masih ada subsidi lagi ye sebab dah banyak kali kita diberitahu oleh kerajaan bahawa ron 97 memang takde subsidi langsung. RON 97 biasanya minyak yang digunakan untuk kereta2 yang berprestasi baik masalah sekarang yang kita seme dok pakat2 heran pasal apa harga ron 95 tanpa subsidi lebih murah jika dibandingkan dengan ron 97?
kalau tak menipu bukan bangsa UMNO namanye.....
| LEBUHRAYA RAKYAT : NGOK UMNO MENYALAK DAH.. Posted: 06 Jun 2012 07:03 AM PDT Tengok saja aksi-aksi bodoh NGOk UMporno melalui Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) yang menyumbang peralatan pembinaan yang usang termasuk sebuah kereta sorong usang di hadapan pejabat Menteri Besar semalam berhubung dengan ketidak puasan hati atas cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk membina lebuhraya rakyat yang bakal menghubungkan Kota Bharu - Kuala Krai... puak-puak nie tak puas hati sebab pembinaan lebuhraya tersebut adalah menggunakan dana wakaf daripada rakyat... aku pun heran ngak puak anjing ... takde sape pun pakse dia bagi wakaf...dan kerajaan PAS sesen pun tak hingin duit puak-puak nie.... alih-alih nak menyalak depan pejabat menteri besar.... Walau bagaimana pun setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar mewakili pihak kerajaan menerima memorandum, kereta sorong, cangkul dll daripada NGO TUKAR di hadapan Kota Darulnaim pagi ini untuk sumbangan pembinaan lebuhraya. Terima kasih kepada NGO TUKAR yang menyokong penuh pembinaan lebuhraya ini dan turut menyumbang sekadar termampu. Aku pun tak tau la dengan NGOk UMporNO... tak kire tempat nak menyalak... biasa kalau nampak hantu je menyalak... tapi ini tak... menyalak je siang malam.... entah apa yang disalakkan pun tak tau lah... bagi tulang puak-puak nie senyap le dia....auuuwwwww | BRAHIM BAKAL BERTANDING ATAS PARTI KATAK PURU Posted: 06 Jun 2012 02:18 AM PDT KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13, namun enggan mengulas tiket yang akan digunakan.
Beliau berkata, ia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada mahu menerima tawaran daripada mana-mana parti.
Pada 2008, Ibrahim bertanding atas tiket Pas.
"Bertanding di PRU ini tidak kira parti ke tidak parti ke, kalau kita mahu bertanding kita boleh bertanding, jadi tiada masalah. Saya bertanding atas tiket apa itu soal lain. "Ia terpulang kepada saya, ini strategi saya, bila sampai masa nanti baru saya beritahu. Cuma kalau panjang umur, tubuh badan sihat, atas kehendak rakyat Pasir Mas, saya akan pertahankan posisi saya sebagai Ahli Parlimen," kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Beliau dalam sidang media sama turut menyatakan pendapat berhubung tarikh PRU13, yang mana katanya dijangka berlangsung bulan depan iaitu sebelum bulan Ramadan.
"Ia boleh berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu dari sekarang , ada yang kata September, November malah tahun hadapan, tetapi saya kata Julai, sebelum puasa.
"Saya tidak tolak kemungkinan kerana itu kerana saya punya kiraan biasanya selepas Dewan Rakyat dibubarkan, ia mengambil masa dua minggu untuk SPR membuat persediaan sebelum PRU, tidak semestinya dibuat pada musim cuti sekolah, Jadi, saya jangka ia boleh berlangsung pada tarikh 15 atau 16 Julai," katanya tidak menolak spekulasi yang dibuat antara lain sebagai motivasi kepada semua parti yang akan bertanding.SH
| KHIANAT : PINJAMAN PTPTN PELAJAR UNISEL & KUIS DISEKAT Posted: 06 Jun 2012 12:35 AM PDT Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut. Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel. Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut. Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu." Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel. Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu. Pinjaman 'ditangguhkan'Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu." Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu. Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan. Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu. Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi. "Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya. ..... kalau tak pendengki bukan UMNO namenya... kalu tak fikiran macam budak tadika bukan UMNO jugak namenya.... | SUSAH BILA ADA MENTERI KESIHATAN HILANG INGATAN Posted: 05 Jun 2012 05:34 PM PDT
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran "WWW 15" yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau. Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa yang membuat pembayaran tersebut, timbalan presiden MCA itu mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak membayar untuk nombor tersebut. Namun bila didesak, beliau teragak-agak untuk menjawab sebelum berkata "tidak pasti, saya perlu semak semula." Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang turut hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat MCA itu, dilihat cuba membantu Liow mengatakan "duit itu datang dari tangan kiri, ke kanan." "Bila saya membidanya, saya tidak memikirkan kos tersebut," kata Liow . Beliau turut mempertahankan dirinya dengan berkata "proses (bidaan) diuruskan JPJ" dan bidaan itu dibuat kerana perubahan kereta rasminya. Beliau berkata, "semua menteri perlu ada satu nombor (plat), saya tidak merasakan pilihan itu pada mulanya." Beliau menambah " nombor itu tidak penting, apa yang utama adalah servis kepada rakyat." HAHAHAHAHAHA
| |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 06 Jun 2012 01:23 PM PDT Kerajaan Umno Bayar Hampir 1 Juta Untuk Pompuan Korea Telanjang.. Posted: 05 Jun 2012 03:29 PM PDT
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata artis tempatan perlu diberi keutamaan untuk membuat persembahan peringkat kebangsaan seperti ketika sambutan Hari Belia Negara 2012.
Katanya, artis dan seniman itu perlu diberi keutamaan, selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diuar-uarkan kerajaan. "Kalau kita buat hari belia antarabangsa, mungkin wajarlah kita menjemput artis luar negara buat persembahan. "Kalau hendak beri peluang kepada artis luar negara biarlah berpada-pada. Kalau ada peluang, dahulukan artis tempatan," katanya kepada Malaysiakini. Katanya, artis tempatan perlu diutamakan, tidak kira jika bayaran itu dibuat oleh penaja atau kerajaan. Beliau mengulas isu berhubung kos sehingga AS$300,000 (RM900,000) untuk membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) untuk membuat persembahan di sambutan tersebut. Jumlah tersebut dinyatakan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed, susulan dakwaan bahawa persembahan kumpulan K-pop tersebut dibayar dengan harga tinggi berbanding artis tempatan. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini turut menyatakan bahawa kos yang ditanggung penganjur, Stadium First Sdn Bhd untuk membawa kumpulan tersebut Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss itu akan ditanggung penaja. | Laporan penuh: Hampir 100,000 hadir Himpunan Hijau Posted: 05 Jun 2012 03:16 PM PDT
ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara. Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS. "Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000. "Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium," katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi. Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang. Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco. Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah. Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His. Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda. Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan. Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit. Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno. Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal. Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib. Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak. Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar. Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah. Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning. Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah. Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS. Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan. Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup. - Hrkh | Seram sejuk tengok HIJAU... Posted: 05 Jun 2012 03:14 PM PDT
Salam semua... Jangan tanya Pak Long berapa ramai yang mai dalam program Himpunan Hijau ke Putrajaya tu, tapi hangpa pakat-pakat tekan si Rais Yatim tu suruh dia yang kira jugak-jugak berapa ramai yang mai menghijaukan stadium Darul Aman, Aloq Setaq nih... Boleh kencing tak lawaih la Rais oiii... haha... Dengaq cerita puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang lagi, tanpa nasik bungkuih buta punya... hihi... tanpa topi free... haha... tanpa bas percuma... addehh.... dan yang lebih penting lagi tanpa artis-artis K Pop haram jadah tue... kahkahkah... Ni ha, tengok... Bukan saja tang tempat duduk berbumbung yang penuh, tapi kat padang jugak penuh menepu ngan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biaq pun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Tak bersejarah lagi, naik seram sejuk tengok HIJAU... haha... Ikut kata Mak Long hang, stadium tu ada 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti ataih padang dan trek dia... tu pun dah penuh menepu... Maknanya lebih 100 000 dalam stadium tak campoq yang kat luar stadium lagi... Ni ha yang kat luaq stadium... siap ngan 2 skrin gergasi didirikan kat luaq stadium... Hadirin pakat-pakat kibaq kan bendera, takut Rais tak nampak yang memang orang ramai... maklum la, hijau takut dia kata rumput ataih padang plak... haha... Ini la ikon HIJAU yang paling digeruni Umno... hihi... Pelik bagi Umno, aneh bagi BN... puak-puak HIJAU ni boleh berhimpun penuh stadium tanpa artis K Pop... yang ada hanya Ostad Azhar Idrus jaa... Tinggai ni la saja lagi senjata terakhir rakyat yang gagal difahami untuk dikalahkan oleh APCO... haha... semangat juang rakyat yang berlandaskan ISLAM... Melimpah ruah... ada la yang tak lena tidoq nih... hehe... Agak-agak hangpa la, sapa gamaknya yang seram sejuk bila tertengok warna HIJAU lepaih nih... hihi... (Kredit kat GB ngan PASPB pasai gambaq-gambaq tu ha...)
Wassalam.. | Konvoi Orang Mude Geng Kite Posted: 05 Jun 2012 03:08 PM PDT
Konvoi Orang muda Geng kita dalam Xpresi Hijau Anak Muda ke Putra Jaya di antara Masjid Perwaja Gurun ke Stadium Darul Aman Alor Star | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 06 Jun 2012 11:25 AM PDT Majlis Perasmian Pesta Pantai Di Pantai Irama Bachok Posted: 05 Jun 2012 05:10 PM PDT | Himpunan Bersih haram, Himpunan Belia bagaimana Posted: 05 Jun 2012 05:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpandangan negatif pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. "Bagi DPPM, pendirian Majlis Syura Ulamak PAS adalah jelas iaitu perhimpunan ini adalah sebahagian daripada usaha mencegah kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah dalam negara ini," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar). Tambahan lagi, ujarnya tidak ada insiden pelanggaran syariat dalam perhimpunan yang dianjurkan itu. Katanya, peserta perhimpunan yang hadir tempoh hari amat beradab dan menjaga tatasusila semasa majlis perhimpunan. Menurutnya, mereka semuanya sepakat menyatakan sistem pilihanraya di Malaysia masih kotor dan dipenuhi dengan unsur penipuan. "Mereka tidak rela membiarkan kemungkaran dalam sistem pilihanraya di negara ini yang memungkinkan ada pihak memenanginya dengan cara yang tidak bermaruah," ujarnya. Bagi DPPM, ujarnya soal perhimpunan tersebut yang dicemari dengan keganasan adalah alasan bagi memburukkan imej Bersih 2.0 dan peserta yang menghadirinya. "Sebenarnya setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 mahupun parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional akan berlangsung dengan aman jika tiada sabotaj atau provokasi," jelasnya. Jelas beliau lagi, PAS telah membuktikan dalam Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dihadiri seramai 100,000 orang berjaya diadakan dengan aman jika tiada provokasi. Tambahnya, perhimpunan Bersih 3.0 akan berlangsung dengan baik dan aman jika tiadanya pihak yang melakukan provokasi melampau sehingga insiden keganasan itu berlaku. Sehubungan itu, katanya DPPM juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berlaku adil dengan turut melihat sama kepada program Himpunan Jutaan Belia anjuran kerajaan Malaysia di Putrajaya baru-baru ini. "Antara artis yang diundang bagi memeriahkan majlis ini adalah kumpulan K-Pop dari Korea. "Soalnya, apakah mesej baik yang boleh difahami dari penganjuran program ini dan bagaimana hukum bagi umat Islam menghadirinya serta hukum bagi penganjurannya," ujarnya. Beliau berkata, dalam keadaan bukti dengan gembar yang jelas memaparkan aksi menjolok mata dari artis-artis tersebut, disambut pula dengan meriah oleh pemimpin-pemimpin negara, Majlis Fatwa Kebangsaan diharapkan tidak membisu seribu bahasa dan menutup mata melihat kemungkaran yang lebih terang di depan mata. | Hidup mati: Muhyiddin pamer ketakutan Umno Posted: 05 Jun 2012 05:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Seseorang yang berada dalam keadaan selesa, hanya mengeluarkan keyakinan dalam setiap kata-kata yang dituturkan. Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka. Ia terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai penentu hidup mati BN. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, berkata Timbalan Presiden Umno itu tanpa beliau sedar telah mempamerkan kebimbangan dan cemasnya BN menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Hanya orang yang bimbang sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Tanpa sedar, ia membayangkan ketakutan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyatakan PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN. Beliau juga dilaporkan berkata "zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita." Ditanya mengapa BN berasa cemas, sedangkan saban hari media melaporkan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya mendapat sokongan rakyat, Mujahid berkata BN cemas dengan kebangkitan rakyat yang dilihat banyak menyokong Pakatan Rakyat. "Mereka cemas kerana pelbagai usaha yang mereka lakukan, nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi apabila merek lihat rakyat bangkit ketika perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya, baru-baru ini," kata beliau. Biarpun serangan BN terhadap Pakatan Rakyat begitu kuat, tegas Mujahid ia tidak meninggalkan sebarang kesan kepada rakyat, sebaliknya rakyat melihat BN tidak mampu mengemudi bahtera negara. Lebih-lebih lagi, katanya Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mentadbir di empat negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang. Sehubungan itu, beliau menggesa jentera Pakatan Rakyat terus memantapkan kemaraan bagi menyelamatkan negara. "Pilihan raya akan datang bukan soal Pakatan Rakyat menang atau kalah, tapi soal adakah rakyat mahu selamatkan Malaysia dari tangan BN yang melakukan kerosakan. Jadi, jentera Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan negara dapat diselamatkan," tegas beliau. | Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 Posted: 05 Jun 2012 05:01 PM PDT | Malaysia bawa imej pengeksport judi dunia Posted: 05 Jun 2012 04:58 PM PDT KUALA LUMPUR: "Dengan dasar kerajaan yang liberal, Malaysia kini membawa imej pengeksport industri judi terkenal di dunia," kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar). Katanya, hal ini dapat dilihat dalam laporan akhbar NST semalam (5 Jun) di ruangan Business Times yang melaporkan syarikat Malaysia iaitu Genting Malaysia Bhd kini sedang berusaha untuk mendapat kelulusan mengembangkan pelaburan kasino perjudian sehingga ke New York, Amerika Syarikat. Dalam kenyataannya berdasarkan aliran tunainya yang kukuh ia mungkin membida salah satu lesen kasino yang ditawarkan di New York atau di Florida. Ia berdasarkan operasi kasino yang dijalankan oleh Resorts World Genting yang didapati sangat kukuh. Mohd Azmi berkata, dalam laporan NST semalam, berita mengenai cadangan syarikat judi itu berunding dengan pihak kerajaan di Amerika Syarikat sedang diusahakan. Beliau menambah, World Resorts Genting memang terkenal dengan industri judi, malah Singapura sendiri telah mengundangnya untuk membina kasino di negara itu beberapa tahun yang lalu. Katanya, ditambah lagi kini laporan berjudi dalam Kejohanan Bola sepak Negara Eropah (Euro) @012 sudah bermula dan akan melibatkan pertaruhan berjuta ringgit dan Malaysia tidak ketinggalan. "Sindiket pertaruhan setiap perlawanan bolasepak dunia sudah lama bertapak di Malaysia. Hanya semada pertaruhan itu beroperasi secara berlesen atau tidak," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, dianggarkan nilai industri judi di Malaysia mencecah anggaran RM10 bilion setahun. "Soalnya dasar kerajaan yang liberal mengenai judi menyebabkan amalan berjudi sangat berleluasa," katanya lagi. Sehubungan itu, ujarnya Mapim menyatakan pendiriannya bahawa kerajaan sepatutnya mewujudkan polisi yang tegas untuk menghapuskan industri judi secara beransur-ansur kerana implikasi negatif kepada sosial, ekonomi dan keselamatan negara sangat jelas. "Kami percaya bahawa semua kaum dan agama di negara ini menerima hakikat bahawa keburukan judi adalah jauh lebih besar berbanding manfaat," ujarnya. Oleh itu, tegasnya tidak ada sebab kenapa kerajaan harus terus melanjutkan polisi mewujudkan lesen judi untuk mengawal judi haram. Beliau berkata, Mapim menilai bahawa isu lesen judi bola yang pernah dilulus oleh kerajaan dan kemudian ditarik balik dan ditangguh kelulusannya tiga tahun yang lalu menunjukkan kerajaan sendiri tidak tegas dengan menghapus sebuah industri yang mendatangkan kesan buruk kepada negara. "Kami dengan ini menuntut supaya pengeluaran lesen judi dinilai semula dan polisi ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara sifar judi harus menjadi dasar yang diamalkan di Malaysia," ujarnya. | Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS Posted: 05 Jun 2012 04:57 PM PDT LARUT: Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno. "Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno. "Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar. Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut. (Gambar: Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya) Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu. "Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya. Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti. Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka. "Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi. | Selangorku Bersih: Kenapa Noh takut sangat? Posted: 05 Jun 2012 04:56 PM PDT SHAH ALAM: Timbul persoalan kenapa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menolak mentah-mentah usaha kerajaan negeri Selangor membersihkan daftar pemilih di negeri itu melalui program Selangorku Bersih.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya menghalang.
Namun malang katanya apabila Noh seperti "anjing yang takutkan bayang-bayang" dan menuduh kerajaan Selangor menyalahgunakan kuasa.
"Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih," kata Faekah dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Selepas PRU 2008, berlaku peningkatan pengundi luar biasa jumlah pengundi baharu di Selangor dan lebih mengejutkan apabila SPR semalam mengumumkan terdapat 600,000 orang pengundi baharu di negeri itu.
Program Selangorku Bersih pula dilancarkan untuk membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.
Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.
Noh dalam kenyataannya semalam bagaimanapun meminta rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu yang datang menjalankan pemeriksaan.
Menyifatkan Noh sebagai buta demokrasi, Faekah juga mendakwa kenyataan menteri kanan BN itu adalah berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.
Lebih malang katanya, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut.
Sedangkan kerajaan negeri telah pun memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.
"Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut.
"Sebaliknya pula hari ini....tiba-tiba SPR menjadi seperti cacing kepanasan," katanya. | Malang sungguh Perdana Menteri kita Posted: 05 Jun 2012 04:56 PM PDT KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar. Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut. Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai. Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa. Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd. Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong. Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar "jutaan" belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak. Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis "Saya sayang PM". Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM. PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara. "Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara," ujar Najib di majlis itu. Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0. Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita. Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia. Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik. Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata. Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini." Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 06 Jun 2012 11:10 AM PDT SHABERY CHEEK BELANJA RM 2.4 JUTA UNTUK K POP Posted: 05 Jun 2012 06:29 PM PDT KEMAMAN – Bekas Exco Pergeraan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Tamrin Ghaffar mendakwa Menteri Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek membelanjakan sebanyak RM2.4 juta duit kerajaan membawa masuk kumpulan K-Pop dan menghidangkannya pada Himpunan Sejuta Belia baru-baru ini. Beliau yang menyampaikan ceramah di Kampung Mak Chili dekat sini pada Rabu 5 Jun berkata Umno ada senjata 6 T. "Umno ada 6T (iaitu) topi, transport, t-shirt, token(duit), tapau (nasi bungkus) (dan) tipu. Umno bawa K-Pop bayar RM2.4 juta (dibawa masuk) oleh Ahli Parlimen Kemaman (Shabery), "itulah kehebatan MP kemaman sampai mulut berbuih, K-Pop angkat 'skirt' PM suka sampai berbuih mulut,"ujarnya. Tamrin yang masih lagi menjadi ahli Umno berkata parti Umno sudah melupakan perjuangan asalnya kerana terlalu lama berkuasa. Beliau meramalkan Umno akan hancur pada bila-bila masa sahaja. "Umno bila lama (berkuasa) sudah lupa perjuangan asal dan akan hancur bila-bila masa. Saya ahli Umno tetapi Umno hari ini sudah lari landasan, "pemimpin mengejar kekayaan, ini sebab saya berdiri dipentas PAS,"tegasnya yang turut mengambil kesempatan meminta maaf kepada ahli-ahli dan penyokong PAS kerana sering menghentam PAS pada masa dulu. Tamrin turut menempelak Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad said yang disifatkannya lebih mengutamakan binatang dari rakyat negeri Terengganu. "Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said) sangat hebat kerana beli badak sumbu 3 ekor berharga RM1 juta, (daripada) belanja makan binatang lebih baik tolong orang miskin. "saya dah beritahu Tok Guru Haji Hadi saya tak mahu jadi calon saya hanya membantu PAS dan Pakatan Rakyat demi melihat rakyat Malaysia terbela,"jelasnya. Turut menyampaikan ceramah adalah Ketua Dewan Pemuda PAS merangkap ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah. Hadir sama dalam ceramah tersebut adalah Penolong Setiausha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat dan Yang DiPertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 06 Jun 2012 09:07 AM PDT PINJAMAN PELAJARAN PENGAJIAN TINGGI KERAJAAN SELANGOR TANPA FAEDAH Posted: 06 Jun 2012 08:56 AM PDT http://www.selangor.gov.my/main.php SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN | Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
Bil | Syarat-Syarat Permohonan | Keterangan | i. | Kelahiran | - Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
| ii | Peringkat Pengajian | - Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
| iii | Penajaan | - Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja akan diberi keutamaan;
| iv | Pencapaian Akademik | - Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;
| v | Tahun Pengajian | - Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
| Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Bil | Peringkat Pengajian | Kelayakan Akademik | i. | Ijazah Pertama | - Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
| ii | Diploma | - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
| iii | Sijil (IPTA) | - Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM
| iv | Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja) | - Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;
|
TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN | Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) | Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor: | | Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan). | (ii) | Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor: | | Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja. |
KADAR TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN | Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut: Peringkat Pengajian | Kadar Pinjaman (Setahun) | Ijazah (Perubatan) | RM 7,000.00 | Ijazah (Lain-lain) | RM 6,500.00 | Diploma | RM 4,900.00 | Sijil | RM 4,000.00 | Nota: Kadar tajaan pinjaman ini tersebut adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran akan dimulakan selepas tempoh enam (6) bulan pelajar menamatkan pengajian.
| UNISEL will stand tall and prosper despite UMNO-BN's WRATH!! Posted: 06 Jun 2012 06:08 AM PDT PTPTN and Universiti Selangor We are allowing the new students to continue their studies and are asking that they only pay RM500 in registration fee for the time being. Anuar Ahmad, Unisel vice-chancellor, on the sudden freeze of loans imposed by National Higher Education Fund to new students enrolled in Selangor government-owned Universiti Selangor (Unisel)They say 1Malaysia but they discriminate against Unisel students...This matter can be dealt with swiftly if PTPTN acts professionally. Halimah Ali, Selangor exco member in charge of higher education | PTPTN: UMNO -BN zalimi siswa-siswi UNISEL, KUIS kerana dendam politik Posted: 06 Jun 2012 04:17 AM PDT Isu pinjaman siswa Unisel: Menteri salahkan Anwar Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pinjaman kepada pelajar baru Universiti Selangor kerana menggesa supaya siswa tidak membayar semula pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sedangkan, exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali sendiri mengakui bahawa "PTPTN diwujud untuk membantu golongan yag perlukan pembiayaan," katanya. "Beritahu Anwar yang gesa peminjam jangan bayar hutang PTPTN. Bagi Pakatan Rakyat dan PKR, PTPTN menyebabkan pelajar berhutang dan atas sebab itu mereka gesa pelajar jangan bayar balik hutang PTPTN," katanya. Halimah yang tidak mahu pelajar dijadikan "mangsa politik pihak tertentu" berkata demikian ketika mengulas tindakan PTPTN menggantung pinjaman untuk siswa baru Universiti Selangor, seperti dilaporkan semalam. Mengulas perkara itu, Khaled berkata Unisel boleh menghapuskan yuran pengajiannya memandangkan Anwar telah menganjurkan supaya PTPTN ditutup. "Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anwar dan Pakatan," katanya lagi dalam tulisan di laman Twitter malam tadi. Anwar pada Sabtu lalu dilaporkan membuat seruan itu dalam ucapannya kepada 10,000 orang di kawasan parlimennya, Permatang Pauh. Anwar dipetik sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi. | |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar Posted: 06 Jun 2012 09:06 AM PDT Pemuda PAS Sabah: Rakyat Mesti Beralih Dari 'Perkara 20' Kepada 'Perjanjian Malaysia 1963' Posted: 06 Jun 2012 06:14 AM PDT Salam Perjuangan, Jika dulu '20 Perkara' ini diketagorikan sebagai isu sensitif, namun sekarang ianya tidak lagi. Orang ramai sudah mula menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan. Walau bagaimanapun saya dikhabarkan bahawa '20 Perkara' sebenarnya tidak wujud, bahkan tiada dokumen yang sah.Baru-baru ini, isu ini diperkatakan kembali di dada-dada akhbar apabila kenyataan bertentangan daripada dua pemimpin BN Sabah. Datuk Salleh mengatakan '20 Point no longer valid' dan ini mengundang kemarahan kebanyakan pihak. Lantas Dr. Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan Datuk Salleh, Ongkili mengatakan bahawa '20 Perkara Sah & Relevan sampai bila-bila'. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama iaitu "20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan," Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa "Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom. Petikan dalam laman Wikipedia pula tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut. "Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja." Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat hitam putih berkaitan perkara tersebut. Sekiranya dikatakan '20 Perkara' sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14, namun ia masih belum ada asas yang jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi. Maka, '20 Perkara' sebenarmya tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Sekiranya masih ada pihak yang berkeras tentang wujudnya '20 Perkara', sila buktikan di manakah dokumen tersebut? Maka dengan itu, Pemuda PAS Sabah bersama-sama DPP Sepanggar mengajak rakyat untuk kembali beralih kepada sesuatu yang benar-benar mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk diperjuangkan. Tinggalkan '20 Perkara' kerana BN sendiri mula menolak kewujudannya dan kembali beralih kepada dokumen perjanjian Malaysia 1963 (sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan). Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20? Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. Beberapa pelan tindakan telah pun dirangka secara bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO tempatan bagi memahamkan rakyat berkaitan isu ini. Sekian, terima kasih. Ikhwan NainKetua Penerangan DPP Sepanggar | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 06 Jun 2012 09:06 AM PDT Blogger Sakmongkol di Rembau 12 Jun 2012 Posted: 06 Jun 2012 01:14 AM PDT CERAMAH PERDANA Tarikh : 12 Jun 2012, Selasa Masa : 9 mlm Tempat : DUN Chembong, Rembau Turut serta : YB Hj Taufek, Sani Hamzan, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan Maklumat lanjut sila hubungi Hakki 013-3840022 | Permohonan Terbuka UPIM Pengambilan Julai 2012 Posted: 05 Jun 2012 09:01 PM PDT PERMOHONAN TERBUKA UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM) PENGAMBILAN JULAI 2012
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Bahgian Pendidikan Tinggi (PBT) akan mengadakan Permohonan Terbuka yang akan disertai oleh kesemua Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dan ke atas khususnya pelajar Bumiputera yang masih belum mendapat tempat di mana-mana IPT di samping dapat mempromosikan program-program yang dijalankan di IPMa.
IPMa yang turut sama dalam program ini adalah seperti berikut :-
i. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ii. Kolej Profesional MARA (KPM) iii. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) iv. German Malaysian Institute (GMI) v. Institut Kemahiran MARA (IKM) / Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Pejabat MARA Negeri Sembilan Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban, NEGERI SEMBILAN No Tel : 06-762 2429
Bertarikh : 11 & 12 Jun 2012 (Isnin & Selasa) Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
| Seminar Keluarga Muslim 1 Julai 2012 di Seremban Posted: 05 Jun 2012 07:37 PM PDT SEMINAR KELUARGA MUSLIM 2012 Tarikh : 1 Julai 2012, Ahad Masa : 8 pg - 6 ptg Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Panelis Seminar : 1) Dato' Haji Mohd Yusof b. Hj Ahmad (Mufti N.Sembilan) 2) Dr.Zulkifli Mohd Al-Bakri (Penceramah IKIM.FM, penulis, penceramah bebas) 3) Us.Pahrol b. Mohd Juoi (Penceramah Motivasi, Penulis Terkenal) 4) Ust.Isfadiah b. Mohd Dasuki (Pensyarah UIA, Juri Rancangan Solehah TV9) 5) En.Shamsudin Kadir ( Perunding Motivasi & Pakar Kewangan) 6) Ust.Azrul Azlan Iskandar ( Pensyarah USIM & Pakar kewangan) 7) En.Zuhairi Nopiah - Ateh Zuhairi ( Perunding Motivasi LUA) 8) Us. Khusyairi b. Hamdan ( Penceramah Radio N9, penceramah bebas) 9) Us.Khazri b. Othman ( Pensyarah UKM dan Penceramah bebas) 10) Ust.Siti Khadijah bt Abd Ghaffar ( Guru dan Pengamal Teknik Mendorong Cara Nabi)
Sasaran Peserta : 1) Mereka yang sudah berumah tangga 2) Mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat 3) Mahasiswa-mahasiswi di universiti / kolej
Yuran Program 1) RM 100 yuran asal 2) RM 50 jika mendaftar awal sebelum 26 Jun 2012 3) RM 90 jika mendaftar berpasangan
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi : 1) Ust.Hawa ( 019-3714035) atau 2) Ust.Aina (010-2414233)
Anjuran : 1) Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS) 2)Akademi Latihan Al-Fateh (A.L.A.F) 3)Nisa' Motivation Centre
Apakah yang akan dipelajari?
Kategori Komunikasi Suami Isteri 1) Teknik Komunikasi Suami Isteri Mengikut Panduan Quran & Hadis 2) Teknik Mengurut Ego Pasangan & Mentua/ Bakal Mentua 3) Teknik Mempengaruhi Pasangan Kaedah NLP
Kategori Kewangan 1) Teknik Menjadi Kaya Dengan Makan Gaji 2) Teknik Memilih Pinjaman Peribadi, Kenderaan dan Perumahan
Kategori Pendidikan Anak-Anak 1) Teknik Mendidik Anak di Awal Usia 1-7 tahun Mengikut Panduan Al-Quran & Hadith 2) Teknik Mendorong Anak Corot Mengikut Kaedah Nabi 3) Ibu Bapa Derhaka?
| Ceramah Umum Posted: 05 Jun 2012 07:36 PM PDT | Jom Ubah Posted: 05 Jun 2012 07:35 PM PDT | Rapat Rakyat Posted: 05 Jun 2012 07:34 PM PDT | Dapat RM1,500 untuk anak N.Sembilan sambung ijazah Posted: 05 Jun 2012 06:03 PM PDT Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada bab Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu , Fasal 4.0 Pendidikan , 4.3 menyatakan : "Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf."
Sekarang ialah musim anak-anak Negeri Sembilan melangkah ke IPTA, Politeknik dan sebagainya untuk meneruskan pengajian di peringkat Diploma serta Ijazah yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari kos sara hidup, persiapan awal dan sebagainya.
Berapakah sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Umno/BN pada ketika ini kepada setiap anak Negeri Sembilan yang melanjutkan pelajaran ke IPT? Adakah ianya diberi secara menyeluruh?
| Semakin menakutkan kes culik Posted: 05 Jun 2012 04:14 PM PDT Semakin menakutkan kes culik semakin menjadi-jadi ketika ini yang melibatkan anak gadis di Malaysia.
'Mereka nak jual'
BUTTERWORTH 5 Jun 2012 : "Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima." Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak. Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.
"Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu," katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.
Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.
| 57 rumah rosak dilanda ribut Posted: 05 Jun 2012 04:13 PM PDT JEMPOL 5 Jun 2012 - Sebanyak 57 buah rumah termasuk beberapa premis awam di Felda Palong Dua dekat sini rosak akibat dilanda ribut petang semalam. Ribut yang melanda kawasan berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang itu turut mengakibatkan atap masjid, pejabat Felda, pondok polis, premis wisma belia serta pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diterbangkan angin. Menurut seorang penduduk, Siti Zaharah Chen Abdullah, 43, kejadian tersebut bermula dengan tiupan angin kuat dan tidak lama selepas itu disusuli dengan hujan lebat. "Ketika kejadian saya berada di rumah bersama suami serta seorang anak. Risau dengan keadaan angin yang bertiup kuat, kami mula memindahkan barang berharga ke ruang tengah rumah.
| PATI punca tibi sukar dikawal Posted: 05 Jun 2012 04:11 PM PDT KUALA LUMPUR 5 Jun 2012 - Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Muttalif. Beliau berkata, kebanjiran PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan yang diselia oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi pembawa utama penyakit itu turut merebak di kalangan penduduk negara ini. "Melalui pemerhatian IPR, kami lihat faktor PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya penyakit ini. "Selain itu, faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit ini yang boleh dirawat menjadi sukar untuk dicegah," katanya. - BERNAMA
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 06 Jun 2012 07:13 AM PDT |
PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 06 Jun 2012 03:18 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan