dipetik dari Keadilan Daily
(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 18 Jun: Cadangan menaikkan had umur persaraan pekerja swasta kepada 60 tahun bertujuan melengah-lengahkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, langkah itu memudahkan Umno BN
menggunakan sewenang-wenangnya caruman KWSP untuk survival politik mereka.
"Pada masa ini, had umur mengeluarkan KWSP adalah 55 tahun. Apabila dinaikkan persaraan kepada 60 tahun, had umur
pengeluaran KWSP juga akan dilanjutkan.
"Apabila lebih banyak wang terkumpul, maka wang itu akan disalah guna untuk dilabur dalam syarikat kroni mereka,"
katanya.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Langat itu lagi, penyalahgunaan wang KWSP terbukti apabila Perdana Menteri sewenang-
wenang menggunakan RM75.3 bilion dana awam itu untuk melabur di luar negara pada tahun lalu.
Katanya, wang tersebut sekiranya dilaburkan di dalam negara boleh membina rumah kos sederhana atau mampu milik yang memberi manfaat kepada pencarum.
"Hutang negara pada masa ini dianggarkan berjumlah RM456 bilion. Kalau RM75.3 bilion itu dilaburkan dalam negara ia
membantu mengembangkan ekonomi," ujarnya yang juga Ketua Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia.
Abdulah juga mempersoal sama ada golongan pekerja masih dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika had umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.
Mengulas isu sama, bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud membidas
istilah 'persaraan' yang digunakan oleh kerajaan kepada pekerja sawsta.
"Kalau sektor swasta, mereka mendapat wang KWSP bukan wang pencen. Istilah ini suruh dia (Najib Razak) perbetulkan
dahulu. Istilah yang betul adalah 'tamat tempoh usia perkhidmatan'," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak tempoh perkhidmatan swasta dinaikkan kepada 60 tahun asalkan ia dilaksanakan
secara adil dan tidak menjejaskan kebajikan pekerja bawahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan