Peghelih La... Posted: 19 Jun 2012 11:12 PM PDT |
Salam Perjuangan Posted: 19 Jun 2012 11:02 PM PDT FGVH - SIRI PENGKHIANATAN MELAYU TERBESAR Posted: 19 Jun 2012 04:08 PM PDT | "Kita tidak punyai masa yang lama lagi...." | 30 Rejab 1433 H | 20 Jun 2012
UMNO meneruskan siri-siri menggagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam PPSMI dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.
Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Malaysia.
Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan tiga peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada syarikat asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.
Tidak mustahil pada masa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual.
Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.
Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Pas menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan Umno yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.
Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual di bawah pemerintahan Umno-BN hari ini. - | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 19 Jun 2012 09:38 PM PDT |
misbahul munir Posted: 19 Jun 2012 09:17 PM PDT |
PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 19 Jun 2012 09:13 PM PDT |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 19 Jun 2012 09:02 PM PDT Hasutan UMNO untuk orang Melayu benci Nizar,gagal. Posted: 19 Jun 2012 05:20 AM PDT Orang muda minta diambil fotonya bersama DS Nizar,sewaktu bertembung dengan YB DS Nizar di Pasar Minggu Ckt Jering pada 16 Jun lalu. Budak kecil didukung DS Nizar untuk diambil gambar oleh ayahnya. Tak ada pula peniaga Melayu tak menjual kepada DS Nizar .DS Nizar membeli ulam-ulaman. | Nenek ini sempat bersembang dengan YB Bukit Gantang,Mak Cik ini tidak pula cabut lari atau termakan hasutan UMNO.
Changkat Jering- Nizar sewaktu hendak ke Himpunan Hijau Perak di Bagan Serai malam 16 Jun lalu. Sempat singgah Pasar Minggu Changkat Jering yang berusia seratus tahun itu.Orang Melayu tidak marah dan cabut lari atau tidak terpengaruh dengan fitnah UMNO .Mereka tetap senang dengan YB Bukit Gantang itu. |
| H/P dan notebook diambil polis- Nizar Posted: 19 Jun 2012 04:25 AM PDT Mesej Twitter Nizar SHAH ALAM - Dua barang peribadi berupa telefon bimbit dan komputer riba bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas oleh polis Johor, semalam. Dalam mesej Twitternya pagi tadi, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, memaklumkan telefon bimbit dan komputer ribanya diambil polis Johor ketika serbuan dibuat di tiga pejabat operasinya dan kediamannya di Sungai Rokam, Ipoh.
Dalam mesej yang dipaparkan kira-kira jam 11.46 pagi itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut memaklumkan bahawa dua pejabat khidmatnya masing-masing di Bukit Gantang dan Manjong diserbu.
"Ibu Pejabat Pas Perak dan rumah saya (juga) diserbu polis dari Johor, H/P (telefon bimbit) dan notebook (komputer riba) diambil," katanya.
Semalam, tiga pejabat operasi Mohammad Nizar masing-masing di Pejabat Pas Negeri di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Manjung digeledah sepasukan polis dari Johor yang menjalankan operasi secara serentak.
Turut menerima situasi sama, kediaman Adun Pasir Panjang itu di Sungai Rokam.
Sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.
| |
PAS LENGGONG Posted: 19 Jun 2012 07:37 PM PDT Posted: 18 Jun 2012 10:23 PM PDT | Posted: 18 Jun 2012 09:51 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS meminta kuasa-kuasa Barat dan seluruh masyarakat dunia menerima secara terbuka keputusan Pilihan raya Presiden Mesir yang dibuat melalui satu proses yang lebih demokratik, setelah puluhan tahun suasana pilihanraya di Mesir telah menjadi contoh demokrasi yang pincang.
Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata rakyat Mesir telah menyatakan pilihan mereka, dan tidak wajar mana-mana pihak terutamanya pihak Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) untuk menafikan hak rakyat membuat pilihan dalam satu proses demokrasi itu.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Muhammad Morsi dari Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP) yang mencapai lebih dari 50% undi dalam Pilihan raya Presiden Mesir yang baru sahaja berakhir.
Sehubungan dengan itu juga, PAS meminta kuasa-kuasa Barat dan seluruh masyarakat dunia menerima secara terbuka keputusan tersebut yang dibuat melalui satu proses yang lebih demokratik, setelah puluhan tahun suasana pilihanraya di Mesir telah menjadi contoh demokrasi yang pincang. Rakyat Mesir telah menyatakan pilihan mereka, dan tidak wajar mana-mana pihak terutamanya pihak Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) untuk menafikan hak rakyat membuat pilihan dalam satu proses demokrasi itu.
Sebarang usaha menafikan kemenangan ini sama ada oleh kuasa-kuasa Barat dan Regim Zionis Israel juga melalui tangan-tangan ghaib mereka di Mesir sendiri akan membawa akibat yang buruk kepada keamanan rantau Asia Barat, dan iklim politik dan keamanan dunia juga akan turut terjejas.
Dunia mesti memberi ruang kepada pentadbiran pemimpin dan kerajaan baru Mesir untuk berkhidmat dengan penuh keadilan kepada rakyat. Adalah amat tidak wajar rakyat dihukum dengan dinafikan pilihan mereka setelah ianya berjalan secara demokrasi. | Posted: 18 Jun 2012 09:38 PM PDT Menyertai PAS. pernah mengajar di SMDA lenggong. Tahniah cikgu. | Posted: 18 Jun 2012 09:33 PM PDT Sokongan terhadap Nizar, tempelak buat Umno | |
Posted on Sunday, June 17 @ 05:47:21 MYT by paktamOleh Mohd Rashidi Hassan Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Da to' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.
Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.
Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.
"Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.
"Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.
"Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan," katanya
Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana.
Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah.
Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali.
Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar. Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno. Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu.
Umno-BN harus ingat. Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia. Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.
Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.
Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.
Inilah keunikan Malaysia. Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain.
Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi.
Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi. Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT.
Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah. Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa. Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.
Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.
Di dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa yang tidak boleh ditegur. Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah.
Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya. Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.
Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak. Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT?
Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh. Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat. Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita. Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat.
Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka.
Golongan ini adalah Umno. Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja. Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja.
Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.
Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja.
Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan.
Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial".
Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan admin masih ingat terlibat bersama PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,
Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja.
Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno. Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja.
Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII):
Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri. Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja. Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat. Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu. Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai. Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti. Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta. |
| Posted: 18 Jun 2012 09:29 PM PDT Majlis munajat dan tazkirah bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa dari Pondok Sik.kedah pada 23jun 2012 tempat Dataran rumah Kak Yam sila beramai-ramai. | Posted: 18 Jun 2012 09:07 PM PDT | Posted: 18 Jun 2012 09:06 PM PDT Inilah Amanah untuk rakyat Mesir | Posted: 18 Jun 2012 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR: "Umno BN yang lemas untuk mendapat sokongan terpaksa menggunakan khidmat 'bomoh' (ulama) luar setelah 'bomoh' dalam tidak boleh pakai," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya seperti yang dijangka, 'Seminar Feqh Mentaati Pemimpin' telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini.
Pembentang yang dijemput kebanyakan daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini.
"Pemimpin Umno tahu bahawa orang Melayu begitu kagum dengan orang Arab, maka mereka bawa tokoh-tokoh ulama daripada Timur Tengah untuk menghalalkan tindakan kerajaan BN," katanya.
Menurutnya, mungkin mereka sendiri tidak tahu kerajaan BN adalah kerajaan yang khianat amanah rakyat, buktinya daripada laporan Ketua Audit Negara.
"Apakah ulama ini mengetahui kepincangan dalam pilihan raya di negara ini?" soalnya dalam satu kenyataan.
Satu lagi persoalan yang timbul, ujarnya ulama yang datang ke seminar itu adakah mereka berperanan menasihat pemimpin negara mereka yang tidak demokratik.
"Apakah peranan mereka ketika pemimpin Jordan, Mesir, Saudi yang menjadi tali barut kepada Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan kepada negara Palestin?" soalnya lagi.
Beliau juga mempersoalkan apakah nasihat mereka kepada pemimpin negara mereka yang menjadi tali barut kepada Amerika Syarikat.
"Kita mengharapkan kepada ulama ini jangan dikatakan orang kuman seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak," katanya lagi. | Posted: 18 Jun 2012 08:41 PM PDT Harmoni dan keharmonian tergambar dengan persefahaman menolak kezaliman dan penindasan ke atas manusia.. Ayuh segera berusaha tolak umno-bn | Posted: 18 Jun 2012 08:36 PM PDT Tahniah! Kerja yang bersungguh serta istiqamah. Kejayaan dunia akan tiba dan kejayaan hakiki di akhirat adalah pasti. | Posted: 18 Jun 2012 08:28 PM PDT | Posted: 18 Jun 2012 08:25 PM PDT | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 19 Jun 2012 07:33 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 19 Jun 2012 07:28 PM PDT Orang Bukan Islam Tidak Takut Bersama PAS, Bagaimana Dengan Umat Islam? Posted: 19 Jun 2012 09:34 AM PDT Masyarakat Iban Sudah Bersedia bersama PAS, Bagaimana dengan Melayu Muslim? BEKENU - Rumah (RH) Kudang yang terletak lebih kurang 80 Km dari bandaraya Miri menuju kearah Bintulu. Rumah panjang dua tingkat dengan konkrit bertetulang yang terletak diatas bukit itu nampak lebih cantik kalau dibandingkan dengan rumah teres yang ada di bandar. Kos pembinaan rumah panjang lebih murah dari kos membeli rumah teres yang ada di bandar sekarang.
Harga rumah di bandaraya Miri sekarang amat tinggi yang boleh mencecah sehingga RM300 ribu keatas jika bertingkat seperti rumah panjang Kudang. Inilah nasib yang menimpa penduduk di Sarawak, tanahnya luas tapi rumahnya kecil sempit dengan harga rumah yang mahal kalau duduk di kawasan bandar.
Baru-baru ini PAS Miri telah berkunjung ke Rh Kudang sempena Hari Gawai dimana penduduk disitu amat mesra serta menerima kedatangan rombongan PAS dengan sambutan yang hangat. Pada sebelah malamnya diadakan majlis penerimaan borang keahlian baru DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS ) serta penubuhan cawangan DHPP bahagian Bekenu. Majlis yang dihadiri oleh pimpinan PR (Pakatan Rakyat) terdiri dari YDP PAS Miri, wakil dari PKR (KeAdilan) sdr Bill Kayong dan beberapa pimpinan kawasan, ahli serta penyokong Pakatan turut hadir memeriahkan lagi majlis pelancaran dan penubuhan cawangan DHPP bahagian Bekenu.
Alhamdulillah dengan kehadiran wakil-wakil dari 5 buah rumah panjang yang lain juga turut hadir bersama rombongan mereka datang ke program tersebut di Rh Kudang ini semata-mata untuk menyerahkan borang menjadi ahli DHPP. Wakil setiap rumah panjang juga diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam ucapan pelancaran tersebut.
Pada majlis tersebut juga beberapa bekas pimpinan BN (Barisan Nasional) yang hadir turut menyerahkan borang ahli DHPP kepada PAS Miri, diantaranya Ramba seorang penduduk dari Rh Suyong serta mengatakan akan terus berjuang bersama PAS untuk membebaskan kaum Iban dari terus dibelenggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selama ini beliau merupakan seorang ketua Pemuda yang setia dengan BN tetapi setelah beliau tahu ramai pimpinan BN banyak melakukan penyelewengan menyebabkan beliau keluar BN.
Ucapan penghargaan terima kasih serta sedikit penerangan oleh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang berkunjung di tempat tersebut telah menarik minat kaum iban untuk mendengar serta ingin terus bersama dengan PAS untuk berjuang menuntut hak serta keadilan rakyat Sarawak. Isu-isu tanah serta peruntukan yang tidak pernah sampai di kawasan mereka menjadi topik hangat pada malam itu.
PAS melalui DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS ) akan terus memberi penerangan dan mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan 'PAS for All' yang sesuai untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan tertubuhnya DHPP bagi cawangan Bekenu ini akan menguatkan lagi sokongan serta harapan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU13 nanti. Insyallah.
Kaum peribumi Sarawak khususnya masyarakat Iban telah menunjukkan kesedaran kerana selama ini mereka rasa tertipu dengan janji-janji parti yang memerintah kononnya hendak membangunkan kawasan mereka tetapi sehingga kini keadaan jalan masih teruk, banyak kawasan tanah adat mereka diambil alih oleh syarikat swasta yang ada kaitan dengan kroni pihak pemerintah menyebabkan mereka bangkit untuk menuntut hak mereka semula.
Kalau orang bukan Islam sudah bersedia berjuang bersama Parti Islam mengapa ada pula orang Melayu Islam masih takut untuk bersama-sama berjuang bersama PAS? Tentu rasanya pelik kalau orang Islam sendiri menjauhkan diri dari parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa mesti takut dengan kehadiran PAS? PAS berjuang untuk menegak keadilan untuk semua bangsa dan agama.
Kita yakin dengan kesedaran, kebangkitan serta sokongan padu daripada berbagai masyarakat peribumi,Melayu serta Cina akan memberi saingan hebat antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang akan datang. Ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menentukan siapa yang selayaknya mengambil alih kuasa diperingkat pusat selepas PRU13 nanti.
Rakyatlah yang akan menentukan nasib pemerintah sekarang dan siapa yang seharusnya menjadi pemerintah baru mestilah yang terbaik, bertanggungjawab, telus dan adil untuk semua rakyat tanpa pilih kasih. Kerajaan yang ada intergriti akan disokong, Kerajaan yang rasuah akan ditolak, itulah prinsip yang dikehendaki oleh rakyat yang bijaksana.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Iban Community Ready to Joint PAS, What about the Malay Muslim?
BEKENU - Home (RH) Kudang which is located about 80 km from Miri city towards Bintulu. The double storey longhouse with reinforced concrete located on the hill looks more beautiful compared to the existing terraced houses in the city. The longhouse construction cost is cheaper than the cost of purchasing the existing terraced houses in the city now.
House prices in Miri city now is very high which can reach up to RM300 thousand and above if elevated such as Kudang longhouse. This is the fate that befell the people in Sarawak, extensive land but narrow small house with the house prices are expensive if seated in urban areas.
Recently PAS Miri had visited to Rh Kudang in conjunction with Gawai day where the people there were very friendly and welcomed PAS entourage with overwhelming response. In the evening was held acceptance event of new PSC (Pas Supporters Congress) membership form and the set up of PSC Bekenu branch.
The function was attended by the leadership of PR (Pakatan Rakyat) consists of PAS Miri Chief, representatives from PKR (Keadilan) Bill Kayong and several area leaders, members and supporters were present enliven the launching and the establishment of the Bekenu PSC branches.
Alhamdulillah with the presence of representatives from the five longhouses and others were also present together with their entourage came into the program at this Rh Kudang merely to give form to become a PSC member. The representatives of each longhouse were also given the opportunity to take part in a speech during the launch.
In the ceremony, leadership of some former BN (Barisan Nasional) which was present also submit the PSC form to PAS Miri, among them are Ramba a residents from Rh Suyong and said it would continue to fight with the PAS to release the Iban from continued plagued by irresponsible parties. All this while he was a youth leader that loyal with BN, but after he knew that many of the BN leaders also did a lot of fraud caused him to leave BN.
Appreciation thank you and a brief explanation by PAS and Pakatan Rakyat leaders who visited the place has attracted iban community to hear and want to continue with the PAS to fight claim rights and justice of Sarawakians. Land issues and the provision has not been reached in their area become a hot topic of the evening.
PAS through PSC (Pas Supporters Congress) will continue to provide information and approach non-Muslim voters to persuade them with the slogan "PAS for All" which is suitable for all levels of society regardless of race and religion. With the setting up of PSC for Bekenu branch, this will strengthen the support and the hope of PAS and Pakatan Rakyat to capture Putrajaya on the 13th General Election later. God Willing
Sarawak indigenous Iban community in particular has shown awareness for all this while they feel deceived by the promises of the ruling party allegedly to develop their area, but until now the road conditions still poor, many of their ancestral lands were taken over by private companies that are associated with the ruling party cronies makes them rise up to demand their rights back.
If non-Muslims are ready to fight with the Islamic Party of why there are Malay Muslims still afraid to join together fight with PAS? Of course it is strange that the Muslims away from the party that championed Islam. Why must be afraid the presence of PAS? PAS fight for justice for all races and religions.
We are confident that with awareness, arousal, cooperation and full support from indigenous communities, the Malays and the Chinese will gives stiff competition between the Pakatan Rakyat and Barisan Nasional in the next 13th GE. This will provide an opportunity for the people to choose and decide who deserves to take over power at the central after 13th GE later.
The people who will determine the fate of current government and who should become a new government must be the best, accountable, transparent and fair to all people without favoritism. The Government that has integrity will be supported, the Government that corruption will be rejected, and that is the principles required by the wise people.
| |
Rembau Hari Ini Posted: 19 Jun 2012 07:07 PM PDT Jamuan Rakyat dan Ceramah Perdana Posted: 19 Jun 2012 06:35 AM PDT | Munajat dan Solat Hajat DUN Chembong 21 Jun 2012 Posted: 19 Jun 2012 01:25 AM PDT MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT Tarikh : 21/06/2012 ( Khamis) Masa : 9.30 Malam Tempat : Bilik Operasi PR Kg. Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah)
| Terpaksa jalan kaki 4 jam Posted: 18 Jun 2012 11:48 PM PDT | Jamuan Rakyat 23 Jun 2012 di Rembau Posted: 18 Jun 2012 08:39 PM PDT JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA Tarikh : 23 Jun 2012, Sabtu Masa : 8.45 mlm Tempat : Pusat Khidmat PR DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau) Penceramah : ~ Dato' Paduka Husam Musa ~ YB Taufek ~ YB Dato Kamarul Baharin ~ YB Anthony Loke ~ Dr. Rosli Yaakop ~ Chegubard
Semua dijemput hadir
Aturcara : 8.45 pm - Jamuan Makan / Tayangan video isu semasa. 9.15 pm - Ceramah Umum
Jamuan makan adalah percuma
Maklumat lanjut sila hubungi Azmy 012-6833740 , Ustaz Nazri 019-6823159
Anjuran: MTD PAS Chembong dengan kerjasama MTD PAS Kota dan PKR Cabang Rembau | Mazlan Aliman 20 Jun 2012 di DUN Paroi Posted: 18 Jun 2012 07:55 PM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 20 Jun 2012, Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah : 1. Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat/Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) 2. Sdr Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan) 3. Ustaz Kamaruddin Sidek (Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka) 4. Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 19 Jun 2012 03:31 PM PDT PENGERUSI HAL EHWAL FELDA PAHANG KRITIKAL ! Posted: 18 Jun 2012 07:07 PM PDT KUANTAN - Keadaan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh masih kritikal.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata semasa melawat Exco itu di hospital pada Jumaat lepas, doktor memaklumkan keadaan beliau masih kritikal.
"Saya dimaklumkan oleh doktor yang merawat beliau bahawa beliau masih kritikal dan kita sama-sama berdoa semoga beliau cepat sembuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Bank Al-Rajhi cawangan Kuantan di sini, hari ini.
Katanya, buat masa ini tugas Tan Mohd Aminuddin digalas secara bergilir-gilir oleh anggota Exco yang lain.
"Contohnya untuk tugas membabitkan Sukan Malaysia, digalas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif," katanya. Tan Mohd Aminuddin dihantar ke Hoshas pada 11 pagi, 8 Jun lepas oleh anggota keluarganya kerana keracunan makanan dan komplikasi penyakit lain sebelum ditempatkan di ICU untuk rawatan lanjut. – Bernama | KETUA UMNO BEUFORT LETAK JAWATAN ! Posted: 18 Jun 2012 05:42 PM PDT Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin telah meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas pendedahan sebelum ini yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.
Ini, menurut Sabah Times, telah diumumkan Lajim pada hari Sabtu ketika satu majlis menyambut harijadinya yang ke-57.
lajim ukin"Surat peletakan jawatan saya sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno bahagian Beaufort beberapa hari lalu," beliau dipetik sebagai berkata.
Lajim (kanan), yang merupakan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan di peringkat persekutuan, adalah antara pemimpin Sabah yang dispekulasi akan melompat parti untuk menyertai PKR semasa lawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah Ahad lepas.
Lajim telah menafikan dakwaan tersebut selepas ia tidak menjadi kenyataan apabila penerbangan Anwar ke Kota Kinabalu tertangguh berikutan cuaca buruk, tetapi berkata "apa saja boleh berlaku".
Di majlis sambutan harijadinya itu, Lajim berkata terdapat desakan supaya beliau keluar Umno dan kerajaan, tetapi menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan itu.
Bagaimanapun, menurut Sabah Times, beliau mencabar BN dan kepimpinan Umno supaya memecatnya dan bahawa "rakyat Klias dan Beaufort telah bersedia" untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Siapakah mereka untuk menuntut saya berbuat demikian (meletak jawatan). Jika saya telah melakukan kesalahan, maka ia terpulang kepada parti dan kerajaan untuk memecat saya, lagi pun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, tetapi penduduk kawasan pilihan raya ini," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan kira-kira 5,000 penyokong di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Beaufort itu dilihat membayangkan bahawa beliau mungkin tidak lama terus berada dalam parti lama.
"Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan kedudukan saya sebagai ketua bahagian, langkah kedua ialah untuk meletakkan jawatan sebagai ketua cawangan, apakah langkah ketiga, kita tunggu dan lihat," beliau dipetik sebagai berkata.
Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Sabah.
| |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 19 Jun 2012 11:45 AM PDT Perdana Menteri ‘Kurang Ajar’ Posted: 18 Jun 2012 04:45 PM PDT KEMAMAN – Umat Islam diminta tidak termakan 'fitnah' dan memahami bahawa ibadah haji adalah ibadah fardhu yang boleh ditangguhkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh RasuluLlah SAW semasa hidupnya. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Mohd Yusof Embong (gambar kanan) kebanyakkan orang Melayu Islam bercakap mengenai sesuatu isu berkaitan agama tanpa mengetahui hukum sebenarnya. Beliau berkata, melaksanakan fardhu haji ada wajib, begitu juga mengundi untuk memilih kepimpinan yang baik adalah menjadi wajib kepada umat Islam. "buat haji wajib, mengundi (pun) wajib kerana nak memilih pemimpin yang terbaik, bilakah haji di fardhukan pada zaman haji? "haji wajib pada tahun ke enam (apabila ayat perintah diturukan) (tetapi) tahun ke tujuh Nabi tak pergi haji lagi, tahun ke lapan nabi tak pergi lagi, ke sembilan tak pergi lagi……. tahun ke sepuluh baru Nabi pergi (menunaikan) haji, "maksudnya, pekerjaan haji itu adalah kerja yang wajib dibuat tetapi boleh ditangguhkan,"jelasnya. Beliau berkata demikian pada program ketika menerangkan isu haji yang sedang diputarbelitkan pada Program Santai anjuran Muslimat DUN Chukai, di sini petang Sabtu 16 Jun. Sehubungan itu, mengulas isu yang sama, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree (gambar bawah) berkata, kewajiban ibadah haji sebagaimana pendapat para ulamak adalah ibadah yang berbentuk 'muwassak' atau luas tempohnya. Menurutnya, Haji tidak seperti ibadat sembahyang yang telah ditetapkan waktu-waktu utnuk melakukannnya. "(ibadah) haji kalaupun kita (sudah) ada kemampuan pada tahun ini, tetapi tidak pergi lagi tahun ini, kita tidak berdosa, para ulamak kata haji wajibnya berbentuk 'muwassak' (iaitu) luas (tempohnya), "maknanya kalau tak buat tahun ini, boleh buat tahun hadapan, bukan macam sembahyang pasal sembahyang dia ada waktunya,"ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Forum yang diadakan di Kampung Geliga, Kuala Kemaman dekat sini, Sabtu malam, 16 Jun. Katanya, mereka yang 'jahil' sahaja yang berkata, ibadah haji tidak boleh ditangguhkan Beliau menegaskan, sebaliknya adalah menjadi satu kesalahan kepada pihak yang membubarkan parlimen dan melaksanakan pilihanraya pada waktu musim haji. Katanya, yang terbaik kepada kerajaan adalah mengelak dari membubarkan parlimen pada musim haji kerana ia akan menghilangkan keresahan kepada para bakal haji. Justeru, kata beliau, Perdana Menteri boleh dianggap sebagai 'kurang ajar' kepada umat Islam sekiranya membubarkan parlimen pada musim haji. Turut hadir dalam kedua-dua majlis tersebut adalah Penolong Setiausan PAS Terengganu merangkap Pengarah MTD Chukai Haji Hanafiah Mat dan juga tetamu undangan yang merupakan selebriti, Abby Abadi.-BO | Forum Bersama Ustaz Suhaimi Saad,Ustaz Azman Shapawi, Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree & Abby Abadi di Geliga Posted: 17 Jun 2012 04:55 PM PDT | |
Jasindaily Online Posted: 19 Jun 2012 09:17 AM PDT RAMPAS TALEFON BIMBIT : POLIS MELAMPAU Posted: 19 Jun 2012 08:27 AM PDT Polis tidak sepatunya bersikap keterlaluan dalam siasatannya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung nombor pendaftaran WWW1, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu."Kita tidak ada halangan jika polis hendak menjalankan tugas mereka dengan rasional mengikut peruntukan undang-undang, tidak kisahlah Akta Hasutan atau apa-apa sekalipun."Tetapi janganlah bertindak melampau sehingga merampas telefon dan komputer," kata beliau.
Menurut Mohamad, kenyataan Nizar yang menyebabkan polis bertindak itu adalah kenyataan umum dan terbuka yang tersiar dalam laman Twitternya."Kenyataan itu tersiar dalam laman sosial yang boleh dilihat oleh semua orang."Nizar bukan buat ucapan dalam video conferencing sulit atau perhimpunan bawah tanah di alam maya, dia buat teguran terbuka. Apa yang polis hendak korek lagi dalam telefon dan komputernya?" kata Mohamad sambil menyifatkan tindakan polis itu tidak munasabah.Nizar sebelum itu memberitahu bahawa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam satu operasi mengejut yang dijalankan ke atas pejabat dan rumahnya semalam.
"Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," kata bekas Menteri Besar Perak itu di Twitter.Sambil menyifatkan tindakan itu seperti tindakan gestapo, Mohamad yakin apa yang berlaku itu akan memarakkan lagi api kemarahan rakyat."Saya yakin rakyat semakin marah. Mereka akan balas dendam terhadap Umno," katanya.
Mohamad berkata, pihaknya boleh menerima jika teguran Nizar itu dikecam atau dimarahi oleh pihak yang merasa marah."Ini negara demokrasi. Boleh balas teguran Nizar terhadap plat kereta Sultan Johor itu tidak kiralah melalui kecaman, kemarahan atau demontrasi sekalipun walaupun kita sangat yakin semua itu menyebabkan rakyat semakin meluat dan berdendam."Tetapi, kalau sampai ke peringkat rampas telefon dan komputer, itu sudah melampau," katanya.Tambalan pula, kata Mohamad lagi, Nizar sudah memohon maaf jika tegurannya itu tidak disenangi. | Isu WWW1: Pejabat Nizar Di Geledah Posted: 19 Jun 2012 08:24 AM PDT Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu tiga barang miliknya telah diambil pihak Polis Johor semalam.Ianya sebuah komputer pejabat, komputer riba dan telefon bimbit yang diambil dalam tiga operasi geledah di tiga tempat berlainan.Komputer pejabat diambil sewaktu polis menggeledah di Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang semalam.Komputer riba pula dihantar oleh anaknya semalam selepas polis menggeledah kediamannya di Sungai Rokam, manakala telefon bimbit dirampas malam tadi ketika beliau berada di sebuah hotel di ibu negara sempena menghadiri sidang parlimen.
"Malam tadi kira-kira jam 9 malam, enam orang polis datang dengan waran mahkamah majistret untuk menggeledah di hotel tempat saya menginap."Mereka juga mengambil telefon bimbit Nokia yang saya guna," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui Harakahdaily.Menurut Nizar, operasi menggeledah dihotel tersebut malam tadi tamat kira-kira jam 11 malam dan beliau memberi kerjasama penuh kepada polis tersebut.Semalam polis Johor menggeledah tiga pejabat operasi Nizar masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang.Difahamkan Operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.
Tindakan sama turut dibuat ke atas kediaman beliau di Sungai Rokam.Bagaimanapun ketika operasi penggeledahan, Nizar tiada di kesemua tempat itu kerana masih berada di ibu negara bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.Beliau hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.Tindakan geledah itu dipercayai ada kaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1."Untuk sekarang ini saya akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam-peguam PAS sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.
Sumber : harakahdaily | ALFATIHAH : EXCO PAHANG MENINGGAL DUNIA Posted: 18 Jun 2012 10:47 PM PDT Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pagi ini, selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 9 pagi ini, menurut anak saudara allahyarham, Saiful Azman Mokhtar Affendi.Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.
Saiful Azman berkata isteri Allahyarham juga sedang dirawat di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi.Tan Mohd Aminuddin dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun lepas kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit lain termasuk sakit jantung dan kencing manis.Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.Beliau juga pernah menjawat jawatan timbalan menteri besar Pahang sebelum ini.Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.
-Bernama | BEKAS TIMBALAN MENTERI PELAJARAN SERTAI PAS Posted: 18 Jun 2012 10:42 PM PDT Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini, demikian dilaporkan oleh Harakahdaily.Laporan itu menyebut, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dengan disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.Harakahdaily memetik Salleh sebagai berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.
"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah."Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan," katanya.Salleh, 68 pernah menjadi ADUN dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.
Sumber : Harakahdaily | GELOMBANG HIJAU DI EMPAT NEGERI Posted: 18 Jun 2012 08:03 PM PDT Bermula dengan kejayaan besar PAS melancarkan Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman, Alor Setar 1 Jun lalu dengan mengumpulkan lebih 100,000 ahli dan penyokong, kini himpunan itu menjadi gelombang hijau dan sudah sampai ke Johor, Perak dan Selangor.Gelombang hijau di Batu Pahat dan Muar Johor dan di Bagan Serai Perak dua hari lalu disertai lebih sepuluh ribu orang. Bagi negeri Johor yang selama ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kubu Umno, kini sudah semakin jelas kubu itu akan runtuh segera, walaupun ia dinafikan oleh pemimpin Umno. Ini berdasarkan sambutan rakyat Johor terhadap PAS semakin meningkat.PAS Selangor pula merancang mengadakan Himpunan Hijau 2 di Stadium Kuala Selangor, kawasan parlimen Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS. Himpunan tersebut akan berlansung pada 15 Julai dan sasarannya 'seramai yang boleh' , kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman.
Semalam (Ahad), PAS Selangor telah mengadakan Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Kira-kira 2,000 petugas pilihanraya PAS Selangor telah hadir. Ia berupa pembentangan kertas kerja oleh Dato' Kamarudin Jaafar. Dr. Khairuddin At-Takiri dan Dr. Hatta Ramli.Himpunan di Shah Alam itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan penutupnya mendengar amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang. Di majlis itu, Muhamad Sabu melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor, sementara Presiden melancarkan stesen TV Impian. Ia adalah sebuah stesen televisyen internet yang menyediakan lima saluran alternatif untuk dinikmati rakyat Selangor dan lain-lain negeri.Pengguna hanya perlu membeli dekoder untuk mendapatkan siaran dan tiada bayaran bulanan dikenakan. TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan oleh media kerajaan BN.
Sementara itu, dua hari lalu di Johor , ribuan rakyat pelbagai kaum telah hadir di Himpunan Hijau negeri itu di Ledang, sebuah kawasan tidak jauh dari Gunung Ledang. Rekod kehadiran memperlihatkan bahawa sokongan rakyat Johor terhadap PAS demikian menyerlah.Program itu bermula dengan jamuan rakyat pada paginya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum disambung sebelah petangnya dengan majlis Hi-Tea bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Kemuncak program malam itu ialah munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Presiden yang menyaksikan lebih 5,000 hadir.Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Ghazaley Ayub berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS Sabtu itu tercapai."Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada Himpunan Hijau ini bermula dari jamuan rakyat hingga ke program kemuncak adalah mencapai sasaran lebih 10,000 orang," katanya.
Presiden PAS telah menyampaikan amanat dan turut berucap Naib Presiden Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed. Turut hadir, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim.Sementara itu Himpunan Hijau PAS Perak di Bagan Serai pada hari yang sama juga dihadiri lebih 10,000 orang yang kebanyakanya para pesawah, menunjukkan mereka juga mendukung perjuangan PAS.Di majlis tersebut, seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan telah menyertai PAS, iaitu bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Zabidi Shamsuddin. Beliau telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.Zabidi sebelum ini pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun, dengan 10 tahun beliau diletakkan di Kementerian Pelajaran. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.
Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Haji Nazri Nordin.Sebelum Zabidi, Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof telah pun menyertai PAS awal bulan lalu. Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi dan sebelum ini juga, PAS telah menerima keahlian bekas penyanyi terkenal, Aishah atau Wan Aishah.Di Melaka, Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012 di mana Mohamad Sabu menjadi tetamu utama program tersebut. Di samping itu PAS turut mengundang pimpinan Pakatan Rakyat Negeri ke Himpunan tersebut.
Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Di samping itu Zulkifly Mohamad Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia yang akan turut hadir.Semua perkembangan menarik ini adalah sebahagian usaha PAS/Pakatan Rakyat menyusun gerak kerja yang menyeluruh untuk menang dalam PRU Ke-13 nanti, yang akan menghantarnya ke pusat kuasa di Putrajaya.Negeri Johor, Perak dan Selangor menjadi negeri tumpuan perhatian pelbagai pihak, terutama penganalisis politik, justru pertarungan di tiga negeri tersebut dalam PRU akan datang sangat crucial. PAS Johor bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat berusaha keras untuk meruntuhkan tembok kekuatan Umno/BN di negeri itu. Jika temmbok ini berjaya diruntuhkan, ia menjadi sejarah penting tanah air, bahawa kerajaan Umno yang mendominasi negeri itu sejak lebih setengah abad akan mengakhiri zamannya.
Selangor pula sedang dicabar dengan hebatnya oleh BN untuk merampasnya kembali setelah kalah pada 2008 di tangan Pakatan Rakyat. Demikian juga Perak, di mana Pakatan Rakyat pula bertekad untuk 'mengambil semula' negeri itu dari Umno/BN yang merampasnya dua tahun lali. Gelombang atau Himpunan Hijau akan diadakan di negeri yang belum mengadakannya dalam waktu terdekat.Gelombang hijau bukan sekadar air yang berombak, tetapi ia gelombang rakyat yang secara simbolis mahukan perubahan. Tidak mustahil gelombang hijau ini akan menjelma menjadi kuasa yang menakutkan Umno/BN. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 19 Jun 2012 09:11 AM PDT ADUN SELAT KLANG bersyukur boleh selesai masalah tanah setinggan 40tahun Posted: 19 Jun 2012 09:10 AM PDT ISU masalah penduduk Kpg Keretapi di DUN SELAT KLANG alhamdulillah boleh diselesaikan setelah 4 tahun ADUN Selat Klang YB Dr Hjh Halimah Alin bertungkus lumus berurusan dengan pihak Pengurusan Aset Keretapi, Pejabat Tanah Klang, EXCO Kerajaan Selangor dan wakil penduduk yang berbilang ideologi politik. KLANG 15 JUN : Hasrat 125 penduduk di Kampung Keretapi, di sini untuk memiliki geran tanah setelah menunggu lebih 40 tahun kini menjadi kenyataan. Penderitaan penduduk itu mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah sekian lama hak mereka dinafikan Kerajaan Umno-BN dahulu. Penduduk mendakwa sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno-BN dahulu yang bertukar ganti sering berjanji untuk memberi hak milik menjelang pilihanraya. Tetapi apabila pilihanraya berlepas, janji itu tidak ditunaikan. Pengerusi penduduk, Redzuan Dahlan, 63, berkata rata-rata penduduk di kampung terbabit merupakan peneroka asal sejak tahun 1973. Sebelum ini katanya, kebanyakkan penduduk memberi kepercayaan penuh kepada pentadbiran Umno-BN lalu. Tetapi kini tidak lagi. "Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu penduduk. Kami penduduk sangat terharu dan gembira dengan pemberian ini," katanya ketika ditemui. Walaupun sangat teruja, beliau juga berasa sedih. Ramai penduduk kampung yang sudah lama mengejarkan tanah itu tidak sempat menikmati keistimewaan hari ini kerana sudah meninggal dunia. Majlis Penyerahan Geran Hak Milik itu di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hadir sama Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Adun Meru, Dr Rani Osman dan MP Kapar, S Manikavasagam. Turut disampaikan dalam Majlis Program Terima Kasih Rakyat Daerah Klang itu ialah kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada penduduk Jalan Kenangan dan Jalan Benteng. Abdul Khalid juga menyerahkan sijil Skim Pinjaman ASB negeri dan menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua. Penduduk Jalan Kenangan, Hamdan Bakri, 43, berkata seramai 67 orang menerima kelulusan TOL. Kebanyakkan yang menerima merupakan waris yang tinggal di kawasan tanah milik ibu bapa mereka sebelum ini. Beliau berkata beliau kesal apabila pimpinan kerajaan terdahulu menabur pelbagai janji kosong untuk membantu pemohon namun janji tinggal janji. "Setiap kali menjelang pilihan raya umum parti politik tertentu sering kali memainkan isu ini dan berjanji untuk menyelesaikannya. "Demi meraih undi dan sokongan namun itu, hanyalah omong kosong semata-mata," katanya. Hamdan berkata beliau bersyukur kerana penantian itu berakhir dan perjuangan untuk generasi ketiga itu tercapai. "Kita akan usahakan untuk mendapatkan geran hak milik selepas ini. "Tindakan Kerajaan Negeri ini kita nampak ketulusannya. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan mentadbir negeri Selangor dengan baik," katanya. | UNISEL memBAKAU ditempuh ge;lora Posted: 19 Jun 2012 08:52 AM PDT – June 16, 2012Posted in:selangorkuKLANG, 15 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) terbukti melahirkan pelajar-pelajar berkualiti dan diiktiraf seluruh Malaysia selepas dua orang pelajarnya berjaya menerima anugerah dalam bidang industri masing-masing. Sufi Habibullah Roslan, 24, pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal diberi penghargaan oleh Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), badan profesional bidang itu, di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini. Beliau mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM. Sufi ketika ditemui berkata, UNISEL berjaya mewujudkan suasana pembelajaran menarik kerana dibantu oleh barisan pensyarah-pensyarah berkualiti. "Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi seluruh warga UNISEL perlu merasa bangga kerana ini membuktikan universiti ini mampu melahirkan graduan-graduan yang berjaya," katanya. Sementara itu, Kerajaan Selangor berbesar hati memberikan sumbangan penghargaan di atas usaha yang dipamerkan kedua-dua pelajar terbabit. Penyampaian sumbangan dilakukan Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di iringi Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Anuar Ahmad bersama barisan Exco Selangor di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Kerayong, Kapar hari ini. Seorang lagi pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama 11 wakil universiti-universiti lain di Malaysia. Beliau yang berasal dari Sri Aman, Sarawak juga menerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut kerana mendapat PNGK 3.8 sepanjang pembelajarannya di UNISEL. Katanya, UNISEL merupakan salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia kerana mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing. "Walaupun terdapat banyak universiti lain di Malaysia, saya memilih UNISEL untuk menimba pengalaman berdikari untuk mencapai cita-citanya," katanya. | ISA DAPAT PERINTAH MAHKAMAH TIDAK BOLEH SERTAI MESYUARAT FELDA Posted: 19 Jun 2012 03:27 AM PDT Mahkamah benar cabar Isa sebagai pengerusi KPF KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peneroka Felda bagi mencabar Tan Sri Isa Samad dari menjadi pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi itu. Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati kes itu mempunyai merit dan menolak semua bantahan awal dari peguam Isa, kata Peguam Mohamed Hanipa Maidan. Oleh itu, Hakim itu membuat keputusan dalam kamarnya untuk membenarkan judicial review dan membenarkan sekatan sementara ke atas Isa sebagai ahli KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi. "Oleh itu, Mohd Isa tidak boleh menyertai mesyuarat esok," kata Hanipa kepada wartawan. Sumber: Harakahdaily | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 19 Jun 2012 09:09 AM PDT Landscapes Of Maine Posted: 18 Jun 2012 11:27 AM PDT Renting a house for your Maine fishing you just need a rod and reel with your tackle box. No matter where you fish, if it's the landscapes of maine, but they get to shore some how you are with all utensils and appliances, bedrooms, dining room, and a number of snowmobile trails while some are steps away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the landscapes of maine. And looking at the landscapes of maine across Sebago lake as the landscapes of maine behind the landscapes of maine a seasonal operation that is to be together away from it all and keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for both adults and kids alike. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are indigenous to Maine, but did you plan to stay at one of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the 19th century sea captains mark the landscapes of maine. The numerous festivals of Maine that depend only on Maine lobster is famous for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some bridges worth mentioning. Maine vacations are extremely popular these days. Maine is really like. Some consider Portland, Maine as an entertainment center for outdoor and extreme sports enthusiasts. Bingham, which is very popular time to visit Maine have the landscapes of maine to select Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the landscapes of maine to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the landscapes of maine. The other hot spot in the landscapes of maine a standard, breeding great specimens in order to enhance your vacation in Maine to choose from. Of the Maine salt waters fishing has so many opportunities, you can go hunting, fishing, biking, hiking, kayaking, biking and rafting. Across the landscapes of maine with the landscapes of maine are hundreds of miles of coastline, and lobsters underline the landscapes of maine in many Maine restaurants. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine to find that there are a truly wonderful breed and will often stay ripe right into early autumn. Wild blueberries require minimal management and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the landscapes of maine are sometimes last-minute rentals available on the landscapes of maine and to the landscapes of maine of the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle. Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in education, health care, and social services are also quite a number of recreational activities that couples can avail of during their vacations. Some of the landscapes of maine than 18,000 years ago. Although the landscapes of maine in Maine, they would not be able to see it all throughout the landscapes of maine and Aspen, which is known for being home to a new vacation experience. Given this, all travelers to the landscapes of maine can offer something to those who love outdoors, this region would be to participate in the highlands support all outdoor activities such as white water rafting, canoeing, camping, snowmobiling, skiing, snowshoeing, hunting, and fishing. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 19 Jun 2012 09:07 AM PDT Jamuan Rakyat dan Ceramah Perdana Posted: 19 Jun 2012 06:36 AM PDT | Munajat dan Solat Hajat DUN Chembong 21 Jun 2012 Posted: 19 Jun 2012 01:24 AM PDT MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT Tarikh : 21/06/2012 ( Khamis) Masa : 9.30 Malam Tempat : Bilik Operasi PR Kg. Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah)
| Duit habis, masalah CF belum selesai Posted: 19 Jun 2012 12:29 AM PDT 19 Jun 2012
SEREMBAN – Impiannya untuk menduduki rumah banglo di Taman Tuanku Ja'afar, di sini masih belum jadi kenyataan angkara masalah sijil layak menduduki (CF).
Itulah nasib menimpa sepasang suami isteri di sini apabila rumah idaman sepatutnya siap pada 2007 masih belum ada tanda boleh diduduki selepas diberitahu rumah berkenaan masih belum punyai CF.
Zulkifli Mohd Ghadzali, 56, dan isteri, Mazenah Ibrahim, 55, mendakwa mengikut perjanjian awal, rumah tersebut yang dibeli pada tahun 2005 sepatutnya dapat diduduki dua tahun kemudian. Namun, katanya, pihak pemaju berhadapan masalah dengan pihak kontraktor menyebabkan rumah berkenaan hanya dapat dimulakan pembinaan pada 2009.
Menurutnya, rumah tersebut kini telah siap sepenuhnya dan pihak pemaju telah pun menyerahkan kunci kepada pembeli, 7 Januari lalu. "Saya dimaklumkan bahawa kami boleh masuk rumah berkenaan selewat-lewatnya lepas Tahun Baru Cina lalu.
Tapi sampai sekarang, masalah CF masih belum selesai," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Zulkifli berkata, lebih membingungkan apabila dia sudah pun menjelaskan sepenuhnya harga tanah dan rumah terbabit kira-kira RM165,000 kepada pihak pemaju. Akibat masalah itu, katanya, dia kini terpaksa menumpang di rumah anaknya di Kuala Lumpur. "Saya dan isteri beli rumah itu kerana berhasrat tinggal di Negeri Sembilan selepas bersara. Kami tidak mahu menyusahkan anak-anak dengan berterusan tinggal dengan mereka.
"Saya telah menghabiskan semua duit simpanan dan wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk membayar rumah tersebut. Tapi, lain pula jadinya dan saya tidak boleh bersabar lagi," katanya. Menurutnya, ditambah pula rasa tidak puas hati apabila perlu menjelaskan bil cukai taksiran sejak 2005, walaupun rumah tersebut belum lagi mempunyai CF.
"Saya ada menghubungi pihak bertanggungjawab untuk mendapatkan kepastian soal status rumah terbabit, namun saya dimaklumkan pihak pemaju dan kontraktor tidak menyerahkan borang permohonan untuk dapatkan CF," katanya.
Sehubungan itu, katanya, dia tidak menolak kemungkinan akan menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
| Program Pocket Talk Sempena MAHA NS 2012 Posted: 18 Jun 2012 11:48 PM PDT Sumber dari http://usahawann9.blogspot.com
JEMPUTAN PROGRAM POCKET TALK DAN BUSINESS MATCHING MAHA NS 2012 DAN SAMBUTAN MINGGU PKS PADA 25 JUN 2012 HINGGA 1 JULAI 2012
Untuk makluman, SME Corporation Malaysia dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan (UPEN) dan agensi akan mengadakan program pocket talk/ ceramah dan business matching sempena sambutan MAHA NS 2012 serta Sambutan Minggu PKS yang akan berlangsung pada 25 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012.
Pocket talk dan business matching ini akan diadakan di marquee tent/ khemah / pavilion Minggu PKS di Tapak Bekas Kem Paroi, Seremban. Jadual Pocket talk dan business matching adalah seperti berikut:
Bil ; Tarikh ; Nama Agensi ; Masa
1. 25 Jun 2012 (Isnin) (Pocket Talk / Ceramah) Credit Guarantee Corporation (CGC) ; 3.00 petang
2. 26 Jun 2012 (Selasa) (Pocket Talk / Ceramah) SME Bank ; 10.00 pagi SME Corp. Malaysia ; 3.00 petang
3. 27 Jun 2012 (Rabu) (Sesi Business Matching) Business Matching ; Pasaraya Carrefour ; 10.00 pagi hingga 5.00 petang
4. 28 Jun 2012 (Khamis) (Sesi Business Matching) Business Matching ; Pasaraya Mydin ; 10.00 pagi hingga 5.00 petang
5. 29 Jun 2012 (Jumaat) (Pocket Talk / Ceramah) Koperasi KUAT ; 10.00 pagi Pernec Corporation ; 3.00 petang
6. 30 Jun 2012 & 1 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad) ; Product Presentation ; Sepanjang hari
Tuan/ Puan adalah dijemput untuk hadir untuk mendengar dan mendapat maklumat serta sesi soal jawab semasa program pocket talk/ ceramah dan sesi business matching ini. Sekian terima kasih
SME Corporation Malaysia (Negeri Sembilan State Office) Tel: 06-763 5264 Fax: 06-763 5260 | Terpaksa jalan kaki 4 jam Posted: 18 Jun 2012 11:47 PM PDT | Jamuan Rakyat 23 Jun 2012 di Rembau Posted: 18 Jun 2012 08:42 PM PDT JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA Tarikh : 23 Jun 2012, Sabtu Masa : 8.45 mlm Tempat : Pusat Khidmat PR DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau) Penceramah : ~ Dato' Paduka Husam Musa ~ YB Taufek ~ YB Dato Kamarul Baharin ~ YB Anthony Loke ~ Dr. Rosli Yaakop ~ Chegubard
Semua dijemput hadir
Aturcara : 8.45 pm - Jamuan Makan / Tayangan video isu semasa. 9.15 pm - Ceramah Umum
Jamuan makan adalah percuma
Maklumat lanjut sila hubungi Azmy 012-6833740 , Ustaz Nazri 019-6823159
Anjuran: MTD PAS Chembong dengan kerjasama MTD PAS Kota dan PKR Cabang Rembau | Mazlan Aliman 20 Jun 2012 di DUN Paroi Posted: 18 Jun 2012 07:50 PM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 20 Jun 2012, Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah : 1. Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat/Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) 2. Sdr Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan) 3. Ustaz Kamaruddin Sidek (Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka) 4. Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)
| |
KHIDMAT MERU Posted: 19 Jun 2012 09:05 AM PDT PROGRAM KHAS BERSAMA RAKYAT Posted: 18 Jun 2012 04:27 PM PDT YAB Dato Seri Khalid Ibrahim bersama pimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah turun padang menemui rakyat dalam Program Khas Terima Kasih Rakyat Daerah Klang. Selain menyelesaikan banyak masaalah pemberimilikan tanah, Menteri Besar juga turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana alam di Kampung Nelayan, Telok Gong dan Pelabuhan Klang. Sesi dailog bersama pimpinan juga diadakan pada masa yang sama | |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH Posted: 19 Jun 2012 03:38 AM PDT IKTIBAR DARI PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ Posted: 18 Jun 2012 08:27 PM PDT Iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj . Oleh :Us.Zakaria Omar ( Ketua Penerangan Urusan Ulamak Pas Kawasan Temerloh) ISRAK Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan daripada Masjidil Haram ( Mekah ) ke Masjidil Aqsa ( Palestin ) MIKRAJ Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan dari Masjidil Aqsa ( Palestin ) ke Sidratul Muntaha TARIKH BERLAKU Berlaku pada malam Isnin 27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan. bersamaan 621M ( 52 tahun). Kira-kira ½ tahun sebelum hijrah ke Madinah MENGAPA BERLAKU? Mukjizat Rasul. Menghiburkan hati yang duka. (Tahun Dukacita). Memaparkan kekuasaan Allah. Menerima perintah solat PERISTIWA SEBELUM ISRAK Menurut Imam Bukhari : Nabi tidur bersama Hamzah dan Jaafar. Didatangi malaikat Jibril & Mikail Mengangkat nabi ke telaga zam zam.Dibedah, dibersihkan hati dan dimasukkan ilmu, hikmah dan iman. Ditutup dan dicop kenabian pada belikatnya. KTIBAR : Buang sifat buruk dari hati kita. PERSINGGAHAN 1. Kota Yathrib (Madinah). 2. Madyan. 3. Bukit Tursinah. 4. Baitullaham 5. Baitul Muqaddis Di semua tempat disuruh solat sunat oleh Jibril. IKTIBAR:- 1. Banyakkan solat sunat bagi mencari keredhaan Ilahi. 2. Solat sunat bila masuk ke Masjid MENGHAYATI PENGAJARAN ISRA' DAN MIKRAJ. PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ ADALAH PERISTIWA AGONG YANG BERLAKU DALAM SIRAH PERJUANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.WALUPUN PARA ULAMA' BERBEZA PENDAPAT DALAM MENENTUKAN BULAN DAN TAHUN BERLAKUNYA ISRA' DAN MIKRAJ,TETAPI PERISTIWA INI BENAR – BENAR BERLAKU KEPADA RASULULLAH S.A.W , KERANA PERISTIWA INI DINYATAKAN OLEH AL-QURAN AL-KARIM DAN DICERITAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. DALAM HADIS – HADIS SAHIH,YANG DIRIWAYATKAN OLEH PARA ULAMA' SECARA SAHIH LAGI MUTAWATIR SEHINGGA TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN LAGI. MATLAMAT YANG PENTING DARIPADA PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ INI IALAH PENGAJARAN YANG BESAR APABILA RASULULLAH S.A.W. DIJEMPUT OLEH ALLAH S.W.T. MENJADI TAMUNYA PADA MALAM YANG BERSEJARAH INI.FIRMAN ALLAH S.W.T: سُبْحَانَ الَّذِيْ أَسْرَي بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَمِ إِلَي الْمَسْجِدِ الْأَقْصَي الَّذِيْ بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعِ الْبَصِيْرِ . Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Israk :1) APAKAH KEINDERAAN YANG NABI MUHAMMAD S.A.W NAIK DI WAKTU BELAKUNYA ISRAK ITU ? NABI NAIK "BURAQ" Binatang di Syurga yang luar biasa. IKTIBAR : Kenderaan yang sempurna.Perjalanan ke alam akhirat Memerlukan kenderaan iaitu amal soleh. Kenderaan cepat = Membuat kerja cepat.(Tidak bertangguh-tangguh). PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ SEBAGAI BUKTI BENARNYA KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG DIPILIH OLEH ALLAH S.W.T. DAN MEMBAWA SATU AGAMA DAN PENGAJARAN YANG BERNAMA ISLAM إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدِ اللهِ الْإِسْلاَمُ. SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM ( ALI IMRAN :19) وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسَلاَمِ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْأَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . DAN SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM MAKA TIDAK AKAN DITERIMA DARIPADANYA, DAN PADA HARI AKHIRAT KELAK DARI ORANG YANG RUGI. (ALI IMRAN:85 ) PADA MALAM YANG BERSEJARAH ITU, RASULULLAH S.A.W. DIHIMPUN BERSAMA DENGAN RUH PARA NABI DAN RASUL AS DI MASJID AL-AQSA. MEREKA SEMBAHYANG BERJEMAAH BERSAMA-SAMA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W MENJADI IMAM KEPADA MEREKA, INI MENANDAKAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW ADALAH SALAH SATU MATA RANTAI AJARAN ISLAM YANG BERSAMBUNG SAMBUNG DARI SEORANG NABI DAN RASUL KEPADA SEORANG NABI DAN RASUL YANG LALU. BERMULA DARI NABI ADAM SEHINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH NABI AKHIR ZAMAN.TIDAK ADA NABI SELEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W. ALLAH S.W.T. MEMILIH NABI – NABI DAN RASUL – RASUL DALAM KALANGAN MANUSIA.MEREKA TERDIRI DARIPADA MANUSIA YANG MEMILIKI AKHLAK YANG LUHUR LAGI TINGGI,BERSIFAT BENAR,AMANAH,MENYAMPAIKAN,CERDIK DAN BIJAKSANA DALAM KALANGAN KAUMNYA DAN DIPERLIHARA DARIPADA MELAKUKAN DOSA. ADAPUN MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI DAN BUTA AL-QURAN TIDAK AKAN PERCAYA KEPADA PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ KERANA PADA MALAM ISRA' DAN MIKRAJ,RASULULLAH S.A.W. DITEMUKAN DENGAN NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN BANI ISRAEL,NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN UMAT YANG LAIN, YANG CERITA MEREKA DISEBUT DALAM AL-QURAN, SEBUAH KITAB ALLAH YANG MASIH ADA SEHINGGA HARI INI. INI MENANDAKAN KEBENARAN AL-QURAN KEBENARAN AL-QURAN BUKAN SAHAJA MENANDAKAN BETULNYA RASULULLAH S.A.W.,BAHKAN JUGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA UMATNYA.SEMUA NABI MENGANUT AGAMA YANG SATU IAITU AGAMA ISLAM.SEMUA MEREKA BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MENGHADAP ALLAH SWT DENGAN CARA – CARA SEMBAHYANG YANG DIAJAR OLEH ALLAH. SEMUA NABI BERPEGANG DENGAN AQIDAH TAUHID لا اله إلا الله TIADA TUHAN YANG SEBENR MELAINKAN ALLAH. TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH KEPADANYA,TUHAN YANG MENJADIKAN DAN MENGURUSKAN ALAM INI. ALAM INI TUNDUK DI BAWAH UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN ALLAH,MAKA WAJIB KEPADA MANUSIA HANYA TUNDUK KEPADA UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN ALLAH S.W.T.ITULAH AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI – NABI DAN RASUL – RASUL YANG TERPAKSA BERJUANG MENGHARUNG PERJUANGAN YANG PANJANG. DALAM PERISTIWA ITU JUGA DITUNJUKKAN KEPADA RASULULLAH S.A.W RASUL YANG DISERTAI OLEH PENGIKUT YANG RAMAI.ADA RASUL YANG DISERTAI OLEH PENGIKUT YANG SEDIKIT , ADA YANG BERJALAN SEORANG DIRI,ADA NABI YANG DIBUNUH DAN ADA YANG DIPENJARA .ITULAH NABI-NABI DAN RASUL –RASUL YANG MEMBAWA AJARAN ALLAH YANG BERDEPAN DENGAN CABARAN GOLONGAN MANUSAI YANG MENJADI BALA TENTERA IBLIS SEHINGGA KIAMAT. Sabda Rasulullah SAW : قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُلَهُ فِي الاَرْضِ ثُمَّ يُؤْتِي بِالْمِنْشَارِ فَيُجْعَلُ عَلَي رَأْسِهِ فِرْقَتَيْنِ مَا يُصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ مَادُوْنَ عَظْمِهِ مِنْ لَحْمٍ وَعَصَبٍ مَا يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kita diuji dan dicuba oleh Allah SWT, ada di antara mereka yang ditimbus hidup-hidup,dibelah tubuhnya dengan gergaji sehingga terbelah dua, tetapi mereka tetap tidak berganjak dari agamanya, dan ada di antara mereka yang disikat tubuhnya dengan sikat besi sehingga luruh daging dan kulitnya,mereka juga tidak berganjak dari agamanya.. PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ ADALAH BAGI MENINGGIKAN SEMANGAT RASULULLAH S.A.W SUPAYA JANGAN TAKUT DAN GENTAR DALAM PERJUANGAN ISLAM KERANA ISLAM YANG DIBAWA ITU IALAH AGAMA ALLAH S.W.T.SELURUH KUASA BESAR YANG ADA DALAM DUNIA ADALAH HABUK – HABUK YANG KECIL YANG BOLEH DITIUP ANGIN,BAHKAN IA LEBIH KECIL LAGI APABILA BERDEPAN DENGAN KETUHANAN ALLAH S.W.T PADA HARI KIAMAT. SEORANG YANG MENGANUT ISLAM HENDAKLAH BERASA MULIA ,TINGGI DAN HEBAT DENGAN ISLAM, DENGAN SYARAT MEREKA BERPEGANG DENGAN ISLAM.ALLAH MEMULIAKAN UMAT INI DENGAN ISLAM .KEHINAAN YANG MENIMPA UMAT INI ADALAH APABILA MEREKA MENINGGALKAN ISLAM.DITUNJUKKAN PADA MALAM ISRA' DAN MIRAJ ITU.ORANG YANG BERPEGANG DENGAN ISLAM MASUK SYURGA DAN YANG MENINGGALKAN ISLAM MASUK NERAKA. UMAR BIN ALKHATTAB BERKATA"KAMI ADALAH KAUM YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH DENGAN ISLAM.JIKA KITA MENCARI KEMULIAAN (AGAMA) SELAIN DARINYA MAKA ALLAH AKAN MENGHINAKAN KITA." SEBAGAI MENGAKHIRI CERAMAH INI MARILAH KITA LIHAT PENGAJARAN YANG PALING PENTING DALAM ISRA' DAN MIKRAJ IAITU NABI DIFERDUKAN SOLAT . KERANA SOLAT ITU ADALAH MERUPAKAN SEBESAR- BESAR AMALAN DALAM ISLAM.SESIAPA MEMELIHARANYA, MAKA AKAN MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN DAN KEUNTUNGAN .SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI KECELAKAAN DAN KERUGIAN. IA MERUPAKAN ASAS BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.SABDA RASULULLAH SAW "AMALAN PERTAMA YANG DIHISAB BAGI HAMBA PADA HARI KIAMAT ADALAH SOLAT.SEKIRANYA SOLATNYA BAIK,MAKA BAIKLAH SEGALA AMALANNYA.SEKIRANYA SOLATNYA ROSAK, MAKA ROSAKLAH SEGALA AMALANNYA YANG LAIN." (H.RIWAYAT AL TABRANI SABDA RASULULLAH SAW "PERJANJIAN DI ANTARA KITA (NABI) DENGAN MEREKA (ORANG ISLAM) IALAH SEMBAHYANG, SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA SESUNGGUHNYA IA MENJADI KAFIR ". Balasan orang yang meninggalkan sembahyang . Di dalam kitab "Tanbihul ghafilin" menyebutkan bahawa 15 azab bagi mereka yang meninggalkan sembahyang : 6 azab di dunia: 1. Dihilangkan keberkatan umurnya 2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya 3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala 4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah 5. Tiada doa daripada para solehin untuknya 6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman 3 azab ketika hampir mati: 1. Kematiannya penuh kehinaan 2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat 3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat 3 azab ketika di dalam kubur 1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut 3 Datanglah seekor ular bernama Syujja'ul Aqra', suaranya laksana petir, ia berkata "Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar", begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat. 3 azab ketika bertemu Allah s.w.t: 1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar. 2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya 3. Baginya azab yang amat pedih PENUTUP MARILAH KITA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MENGHAYATI PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ,BUKAN HANYA KITA MENDENGAR CERITA YANG BERLAKU DI DALAMNYA,TETAPI YANG LEBIH PENTING ADALAH BAGI MENAMBAH IMAN KEPADA ALLAH,NABI MUHAMMAD SAW DAN AJARAN ISLAM UNTUK SEHIDUP SEMATI DENGAN ISLAM SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH SWT. يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ . Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar –benar taqwa, dan jangan sekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam . ( Ali Imran :102) | Hak politik adalah amanah: Hadi Posted: 18 Jun 2012 11:42 AM PDT SHAH ALAM – PAS tidak akan mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat untuk menunanaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah. Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam. Beliau berkata,Rasulullah SAW bersabda,menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya. "Pilihan raya adalah amalan politil yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan.Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun pilihan raya itu dikatakan asalnya dari Barat. "Pilihan raya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab sesat," katanya dalam satu kenyataan semalam. Kenyataan ketua penerangan PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahlinya menangguhkan ibadat haji untuk memberi fokas kepada persediaan Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13)telah menimbulkan kontravesi. Abdul Hadi berkata,susulan daripada kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi sasaran media Umno. Menurutnya Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya kerana parti itu tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Dalam kenyataan semalam Abdul Hadi berkata,beberapa surah dalam al-Quran menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang dihisab pada hari kiamat nanti. "Amaran ini lebih banyak daripada ayat mengenai haji dan umrah.Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam , seperti kepala dan badan," katanya. Abdul Hadi berkata,Imam Al-Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf menegaskan agama adalah asas,kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas.Kalau tidak ada asas,ia akan runtuh dan jika tidak ada pengawas ia akan tercicir. "Banyak hokum Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan.Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam walaupun politl tidak termasuk dalam rukun Islam dan rukun Iman," katanya. (Sinar Harian Isnin 18 Jun 2012 ).
| |
PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 19 Jun 2012 03:27 AM PDT KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH FOTO Posted: 18 Jun 2012 04:03 AM PDT KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH PIALA PGU 2012 TEMPAT : PADANG BOLA TUNAS HARAPAN, GONG PASIR (PADANG KEM) TARIKH : 15 & 16 JUN 2012 ANJURAN : PEMUDA PAS DUN RANTAU ABANG | |
This info iѕ priсeless. When cаn I find out more?
BalasPadamHerе is my hοmepage - Arjun Kanuri