Rabu, 11 April 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 10 Apr 2012 11:35 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Daulat Tuanku

Posted: 10 Apr 2012 08:17 PM PDT

Dirgahayu Duli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Baginda merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja'afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Pertabalan kedua baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun selamat dilaksanakan di Istana Negara pada 11 April 2012.

Daulat Tuanku!!!

LYNAS : AGENDA KAFIR HARBI DAP DIDEDAHKAN!

Posted: 10 Apr 2012 04:34 AM PDT

Umum sedia maklum bahawa kaum Cina yang paling kuat menentang operasi kilang Lynas sehinggakan Lim Guan Eng sendiri dengan megah menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu ini.  

Dan sebagai hamba abdi yang setia lagi dungu, puak-puak PAS dan PKR pun turut sama menunjuk sokongan terhadap para pengkhianat Cina yang tegar melindungi kepentingan negara asal nenek moyang mereka dalam memonopoli pengeluaran nadir bumi. 

Untuk yang masih kabur mengenai punca sebenar penentangan terhadap Lynas, sila ambil maklum bahawa Negara China merupakan pengeluar nadir bumi terbesar iaitu 97% dari bekalan dunia dan pembukaan kilang Lynas di Malaysia akan menjejaskan monopoli mereka. 

Sehubungan dengan itu, Himpunan Hijau, pencinta alam dan risiko pendedahan radioaktif semuanya hanyalah 'gimmick' semata-mata kerana mereka sebenarnya tahu bahawa kilang Lynas adalah kilang kimia biasa yang telah menepati standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa. 

Namun, demi semangat keChinaan DAP dan semangat mengampu Cina puak-puak PAS dan PKR pun berikrar untuk terus menentang Lynas.   Seperti biasa, masjid menjadi pilihan mereka untuk membuat demonstrasi untuk tujuan ini.   Dan seperti biasa juga, masa demonstrasi yang paling digemari ialah selepas solat Jumaat dan kali ini, ialah pada 13 April, Jumaat ini. 

Pelik sekali kerana yang paling kuat menentang Lynas adalah kaum Cina, tetapi kenapakah demonstrasi ini tidak diadakan di gereja atau di tokong Cina?  Kenapa masjid yang menjadi pilihan mereka untuk membuat kekecohan? 

Apakah kerana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan tempat sembahyang mereka dicemarkan dengan politik kerana mereka sendiri tahu bahawa isu Lynas adalah isu politik dan bukannya isu kemanusiaan atau alam sekitar?

Jelas sekali bahawa puak-puak PAS dan PKR tidak menghormati masjid dan dengan sengaja menggunakan solat Jumaat sebagai alat mengumpul orang ramai untuk tujuan berpolitik.   Sekali gus, tindakan ini juga menjadikan mereka sebagai bersubahat dengan pengkhianat yang ingin mengsabotaj ekonomi negara sendiri.  

Dunia sedang bergelut mencari bekalan nadir bumi.  Di Amerika sahaja permintaan bagi sumber ini adalah antara 15,000 dan 18,000 tan setahun.   Nadir bumi digunakan untuk membuat berbagai-bagai alatan termasuk magnet paling berkuasa sehinggalah kepada teknologi tinggi seperti telefon bimbit dan alatan komputer. 

Sumber nadir bumi adalah penyebab kenapa barangan elektronik boleh dihasilkan dalam saiz yang teramat kecil.  Ia juga digunakan untuk membuat mesin atau produk yang mesra alam antaranya, sebiji bateri dalam Toyota Prius mengandungi lebih 20 paun elemen lanthanum dari nadir bumi.   Selain itu, ia juga digunakan untuk menghasilkan keperluan ketenteraan seperti teropong dengan pandangan malam (night-vision goggles), peluru berpandu dan berbagai-bagai senjata lagi.

Maka, terbuktilah bahawa nadir bumi merupakan sumber semulajadi yang amat penting di zaman ini, sama seperti  minyak dan gas.   Sekali gus menunjukkan bahawa menentang operasi kilang Lynas adalah sama seperti menolak rezeki iaitu satu tindakan yang amat bodoh sekali.  

Kaum Cina punya agenda sendiri untuk menjaga kepentingan negara asal nenek moyang mereka, tetapi kaum Melayu dari PAS dan PKR yang terhegeh-hegeh berdemonstrasi demi kepentingan orang lain sehingga mencemarkan masjid, tempat ibadah sendiri adalah manusia yang paling baghal kalaupun tidak jahil. 

Hakikatnya, kilang Lynas adalah tidak merbahaya dan ia telah pun disahkan oleh badan-badan antarabangsa.  Belum ada sejarah di mana kilang-kilang yang memproses nadir bumi di Amerika, Rusia, Perancis, Australia, India mahupun China sendiri yang pernah mengalami bencana sehingga menyebabkan pencemaran radioaktif di negara mereka. 

Justeru, bukankah ini membuktikan bahawa penentang-penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda tersendiri yang melangkaui publisiti politik?  

Sumber: Blog Bersih 3 Suku
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 10 Apr 2012 03:11 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SKANDEL ANUAR GATE : SIAPA DI BELAKANG IPP?

Posted: 10 Apr 2012 01:39 AM PDT

Ketika IPP mula dibenarkan beroperasi di Malaysia pada tahun 1993, siapaMENTERI KEWANGAN yang menjaga PERBENDAHARAAN NEGARA? Pastinya dia ialah ANWAR IBRAHIM. Kenapa aku katakan dia harus dipersalahkan? Mudah sahaja, Mahathir bukan pakar ekonomi, dan tentu sekali dia mempercayai apa sahaja yang diucapkan oleh Anwar kerana dia bukan Menteri Kewangan....Ini dapat dibuktikan, Mahathir tidak pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Beliau naik menjadi Perdana Menteri tanpa memegang jawatan Menteri Kewangan, sedangkan mantan Perdana Menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn pernah memegang jawatan berkenaan sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri.

Natijahnya disini jika MAHATHIR melakukan kesilapan dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan kewangan, dia TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN SERATUS PERATUS kerana dia sememangnya tidak begitu terdedah dalam urusan berkenaan. Bak kata Tun Dr. Mahathir "I'am A Doctor"

Sedangkan Anwar Ibrahim pula dilantik menjadi Menteri Kewangan bermula pada tahun 1991 sehingga 1998. Antara rekod seorang AHLI PARLIMEN memegang jawatan MENTERI KEWANGAN PALING LAMA dalam kabinet kerajaan selepas Tun Tan Siew Sin.

Jadi adalah mustahil untuk menyatakan ANWAR tidak nampak atau 'KELABU' dalam melihat perjanjian yang berat sebelah yang bakal memberikan impak kepada negara. Jadi apa peranan ANWAR ketika IPP hendak dibenarkan beroperasi di Malaysia?

Tidakkah dia memberi nasihat kepada Tun Dr. Mahathir akan perihal impak negatif IPP kepada TNB sekiranya IPP diberikan perjanjian berat sebelah?

Dimanakah suara Anwar ketika itu? Dimana hujjah bantahan Anwar dan nasihatnya kepada Mahathir? Untuk mengatakan Mahathir akan menolak hujjahnya, ianya adalah satu perkara yang mustahil, kerana Tun Dr Mahathirlah orang yang membawa Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO dan melantiknya sebagai Menteri Kewangan. Dan apa guna ada Menteri Kewangan jika nasihatnya tidak diterima??? Pastinya sebagai seorang PERDANA MENTERI yang TIDAK PERNAH MEMEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN sebelum ANWAR DIPECAT, akan menerima bulat-bulat perkataan Anwar. Dan anda lihat pada Krisis Ekonomi yang berlaku pada 1997 pun Anwar masih belum dipecat, walaupun tugasnya itu diambil alih oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bukti Mahathir masih SAYANGKAN Anwar, walaupun pada masa yang sama ANWAR telah menyarankan Perdana Menteri mengambil langkah serupa yang diambil oleh Suharto di Indonesia : PINJAM WANG DARI IMF.

Kembali kepada perjanjian IPP. Sepertimana BARISAN NASIONAL yang berpegang pada janji begitulah juga Kerajaan Malaysia. Setiap perjanjian yang ditandatangani akan dipatuhi. Itulah konsep UMNO dan BARISAN NASIONAL : JANJI DITEPATI . Untuk rekod YTL Power Station di Pasir Gudang akan menamatkan operasinya pada tahun 2015.

Moralnya
 sama apa yang berlaku pada Dakwaan Anwar berkenaan PTPTN. Beliau melaung-laungkan PTPTN adalah ZALIM sedangkan dia sendiri yang memberikan 'Lampu Hijau' kepada penubuhan PTPTN ketika dia menjadi Menteri Kewangan. Malah rakan sebantalnya LIM KIT SIANG sendiri BERSETUJU malah MENYOKONG penubuhan PTPTN. Anda boleh baca kenyataan Lim Kit Siang melalui Hazard Parlimen pada tanggal 14 Mei 1997. Malah YANG PALING BARU, dalam BUKU 'JINGGAY' tidak menyatakan akan MENGHAPUSKAN PTPTN sebaliknya mengurangkan kadar 'bunga' yang mana ianya telah DILAKSANAKAN OLEH PTPTN melalui SISTEM UJRAH yang hanya mengenakan kadar 1% sebagai khidmat pentadbiran.

Kesimpulannya disini, setiap apa yang berlaku pada hari ini ada punca yang terjadi pada era yang lepas. Oleh itu, jangan mudah-mudah menyalahkan pihak-pihak yang lain tanpa melihat dan mengkaji sejarah. Dan ingatlah "SEJARAH MENGAJAR KITA MENGENALI PERISTIWA YANG TERJADI HARI INI".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan