Rabu, 11 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Apr 2012 01:26 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pemuda PAS ucap tahniah kepada Agong

Posted: 10 Apr 2012 04:44 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 10 April:Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada 11 April, esok.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

"Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh DPPM.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada hari Rabu, 11 April 2012.

DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini.

DPPM juga menyanjung tinggi konsep Raja Perlembagaan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, menjadi harapan seluruh umat Islam agar DYMM Tuanku terus memayungi umat Islam dan memartabatkan agama Islam di negara ini.

DPPM berharap dengan pertabalan Tuanku ini juga akan merancakkan lagi terhadap pemerkasaan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat dan hukum-hukum Islam yang semakin subur dalam pemahaman rakyat jelata.

DPPM yakin hanya Islam lah penyelamat dan faktor penyatuan ummat dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Sejarah telah membuktikan sejak zaman kesultanan Melaka dahulu, Islam menjadi agama yang dihormati dan diterima apabila Sultan dan Rajanya menjadi penauang dan pelaksana baginya.

Akhirnya, DPPM mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya

Posted: 10 Apr 2012 04:40 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

(Setev [kiri sekali] dalam sidang media di pejabat Suaram hari ini)

KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.

Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Suaram hari ini.

Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.

"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar.

"Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.

Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau.

"Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya.

Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu.

Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.

Harakahdaily/-

Tekanan baru kepada Najib, Bapa Altantuya dakwa lihat gambar anak dengan PM

Posted: 10 Apr 2012 04:37 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki.

Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda.

Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk "beberapa syarikat."

Razak didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Malaysiakini/-

Presiden Malawi hubungi penderma

Posted: 10 Apr 2012 04:34 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LILONGWE 11 April – Presiden baru Malawi, Joyce Banda semalam mengumumkan dia telah menghubungi penderma - penderma antarabangsa dan berharap mereka akan membantu masyarakat miskin di Afrika Selatan.

Sebelum ini, bekas presiden Bingu Mutharika yang meninggal Khamis lalu tidak bersetuju untuk meminta bantuan daripada Britain dan Amerika Syarikat serta menolak pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

"Kami telah menghubungi rakan-rakan di negara pembangunan dan kebanyakan mereka memberi keyakinan untuk membantu kami, ujar Banda kepada media tempatan.

Enam terbunuh di utara bandar Iraq

Posted: 10 Apr 2012 04:31 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MOSUL 11 April - Enam terbunuh dalam satu serangan di utara bandar Iraq semalam, lapor pihak keselamatan.

Dalam kejadian tersebut, seorang doktor telah di culik sebelum dibunuh di bandar itu yang terletak kira-kira 400 kilometer daripada ibukota Baghdad, sehari selepas perayaan Easter.

Sementara itu, dalam dua letupan yang berasingan, lima terkorban termasuklah dua orang awam dan tiga anggota polis. – DPA

Liverpool menang saingan Liga Perdana Inggeris

Posted: 10 Apr 2012 04:16 PM PDT


19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENJAGA gol Liverpool, Brad Jones (kiri) menolak penyerang Blackburn Rovers, Yakubu, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Ewood Park, Blackburn awal pagi ini. Tindakan Brad Jones itu mengakibatkan dia dilayangkan kad kuning serta menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Blackburn. Keputusan Liverpool 3, Blackburn 2. - Foto REUTERS

[BONGKAR] Terdapat Lebih 400,000 Pengundi Meragukan Dalam Daftar Pemilih

Posted: 10 Apr 2012 02:00 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

400,000 pengundi meragukan mungkin penentu 35 kerusi, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 10 April — Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu untuk mengubah 35 kerusi bagi menentukan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau Barisan Nasional (BN) kembali memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air.

Penganalisis bebas Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100,000 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan "menjadi 400,000 pengundi meragukan".

Membersihkan daftar penfundi adalah tuntutan utama pembangkang. Dan kumpulan aktivis walaupun BN menegaskan kemenangan PR di lima negeri membuktikan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap daftar berkenaan.

Ong (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider, perkara itu "hanyalah sebahagian masalah kecil" daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pastioleh kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta.

"Sekiranya dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800 pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi," katanya merujuk kepada kerusi yang memperolehi kemenangan tipis.

"Sekiranya sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR, atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti," tambah penganalisis politik ini lagi.

Kerajaan BN hanya memperolehi 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu.

Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga.

Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan - pengundi berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan (IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara, pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang melebihi had umur rekrut.

Namun begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu pengundi didaftarkan pada alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ong turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akan menawan kembali dengan "apa cara sekalipun".

Tambahnya, daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus.

Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008.

Kredibiliti daftar pengundi seringkali dipersoalkan sejak Jawatankuasa Khas Piihan Parlimen (PSC) dibentuk pada tahun lepas bagi menambah baik sistem pilihan raya.

Panel itu telah menyiapkan laporan dalam tempoh enam bulan dan menyerahkan laporan lengkap tersebut kepada Parlimen minggu lepas, namun pembangkang dan pertubuhan awam telah mengkritik berikutan terdapatnya kekurangan cadangan bagaimana ia akan membersihkan daftar pengundi.

Pemerhati pilihan raya Bersih kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perhimpunan ketiganya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April.

Perdana Menteri Najib telah mengumumkan pembentukan jawatankuasa dwipartisan pada Ogos 2011, selepas dikritik hebat berkenaan pentadbirannya menguruskan perhimpuanan Bersih pada 9 Julai yang menyaksikan ribuan rakyat mengadakan protes jalanan. -TMI

Pasukan peronda cegah maksiat di Aceh

Posted: 10 Apr 2012 01:45 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BANDA ACEH – Anggota-anggota polis pencegah maksiat di sini melakukan rondaan dengan menaiki trak dan kenderaan lain bagi memastikan penduduk beragama Islam tidak melakukan perbuatan yang menyalahi ajaran agama itu.

Mereka akan menghampiri pasangan yang dilihat berdua-duaan dan memberi nasihat kepada mereka supaya pulang ke rumah.

Aceh merupakan sebuah wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah.

Terdapat 1,000 anggota polis itu yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah di sini.

Pada minggu lalu, seorang wanita memakai tudung dengan tergesa-gesa manakala satu pasangan kekasih yang menaiki motosikal beredar di sebuah kawasan di tepi pantai apabila melihat anggota-anggota peronda Wilayatul Hisbah menghampiri mereka.

Namun, satu pasangan kekasih lain yang bersembunyi di belakang sebuah batu besar ditahan oleh anggota-anggota polis itu.

"Adakah kamu sudah berkahwin?" soal seorang anggota polis tersebut yang bermisai tebal.

Pasangan kekasih itu kemudian menggelengkan kepala mereka.

"Perbuatan ini tidak dapat diterima di Aceh. Kita mempunyai undang-undang syariah di sini. Pergi pulang sekarang," kata anggota polis tersebut selepas memeriksa kad pengenalan pemuda dan gadis itu. – AFP

Himpunan 13 April isyarat rakyat tolak PSC Lynas

Posted: 10 Apr 2012 01:44 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 April: Himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di 11 lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, 13 April ini bakal menjadi isyarat jelas menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia menolak penubuhan PSC Lynas sebagai tipu helah untuk melengah-lengahkan pembatalan projek Lynas.

Menurut Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) lokasi-lokasi yang disenaraikan antaranya Dataran Shah Alam (Selangor dan Kuala Lumpur), Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan (Pahang), Tapak Kilang Are bukit Merak (Perak), Masjid Permatatng Janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang), Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka), Masjid Daerah Batu Pahat (Johor), Dataran Jam Besar, Sungai Petani (Kedah), Taman Tasik Seremban Hadapan Masjid Negeri (Negeri Sembilan), Dataran Ilmu Kota Bharu (Kelantan) dan Masjid At Takwa, Miri (Sarawak).

Himpunan di Kelantan akan dimulakan selepas kuliah mingguan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.30 pagi.

Jurucakap SHS-SL, Zulkefly Mohamad Omar berkata, pehimpunan aman ini bertujuan mematahkan putar belit pihak tertentu yang cuba memomokkan bahawa kempen hentikan Lynas ini cuma sekadar isu terpencil yang hanya melibatkan masalah tempatan penduduk Kuantan semata-mata.

Tambahanya, kerajaan cuba menyekat kemarahan rakyat dengan mewujudkan PSC, walhal jawatankuasa itu bertujuan mengalihkan tumpuan, kritikan dan perhatian terhadap isu berkenaan.

"Dari pusat kuasa pemutus di Putrajaya ke arah mewujudkan jawatankuasa lemah dan tanpa kuasa dengan matlamat utama menyediakan ruang (kononya saluran sah) bersuara supaya dapat meredakan penentangan lantas menyejukkan kemarahan rakyat," katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, di sini tengah hari tadi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa hanya setelah projek itu hampir 95 peratus selesai dan setelah syarikat Lynas dianugerahkan Temporary Operating Licence (TOL) baru ditubuhkan jawatankuasa yang kononya mengkaji kes ini?

Himpunan itu juga menurut Zulkefly sebagai membina momentum dan sokongan menjelang Himpunan Hijau 3.0 dan bersih 3.0 yang akan diadakan serentak pada 28 April nanti.

Beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini.

Zulkefly turut menangkis dakwaan beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina.

"Ini bukan isu orang Cina, jika inilah dakwaan mereka ia satu yang mendukacitakan. Rakyat Kuantan 90 peratus adalah Melayu sudah tentulah ianya adalah berkaitan dengan orang Melayu, apa yang penting isu ini adalah isu bersama semua terlibat kerana ia membabitkan soal kesihatan rakyat negara ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam berkata, Gabungan Solidariti SeMalaysia ini tidak takut dengan gertakan oleh mana-mana pihak yang cuba menghalang tindakan mereka.

Malah beliau turut dimaklumkan pihak Lynas Coporation mendesak Ngo yang terlibat membantah projeknya, memohon maaf kepada Lynas kerana menyifatkan tindakan NGO terbabit tidak betul.

"Kita harus bersatu, kita minta NGO lain terus bersama-sama dengan kita. Kita tidak gentar dengan ugutan Lynas itu, " katanya.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, hampir 90 peratus penduduk tempatan tidak bersetuju dengan adanya kilang Lynas di kawasan mereka.

"Pihak kami ada membuat tinjauan dan berjumpa dengan hampir setiap penduduk di situ rata-rata mereka kecewa dengan kerajaan yang meluluskan pembinaan dan operasi kilang Lynas, " katanya.

SHS-SL adalah gabungan daripada 23 Ngo di seluruh negara antaranya, Badan Bertindak Anti-Rare Earth (Badar), Stop Lynas Coalition (SLC, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Asalkan Bukan Umno (Abu), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Himpunan Hijau dan Green Clean World.

Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.

Harakah Daily

Salam Perjuangan

Posted: 10 Apr 2012 11:25 PM PDT

Salam Perjuangan


BN KHIANATI NEGARA DEMI SATU UNDI?

Posted: 10 Apr 2012 02:19 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433 H | 11 April 2012
PAS mengingatkan seluruh rakyat bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kian berkhianat terhadap masa depan negara.

Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang diketuai oleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN, merupakan suatu malapetaka bagi negara.

Tindakan terdesak ini jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara. Dengan memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara.

Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan rakyat dalam negara ini?

Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini.

Bahkan, apa yang lebih mendukacitakan badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang. 

Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini.

Sehubungan itu, PAS akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini. Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan itu.

DPP PADANG TERAP

Posted: 10 Apr 2012 09:08 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Ceramah di Kg Dalam, Perik, -9 April 2012

Posted: 10 Apr 2012 09:04 AM PDT









Dr Azman Ibrahim

Posted: 10 Apr 2012 07:21 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Khairat kematian DUN Jabi, agenda memperkasakan program kebajikan

Posted: 09 Apr 2012 08:46 PM PDT

Anak Arwah Ayah Lah Tok Dor menerima sumbangan khairat kematian DUN Jabi


Alfatihah... Ketika mentari melabuhkan sinarnya petang semalam, PAS Jabi kehilangan seorang lagi veteran parti yang sangat istiqamah dan berjasa, melalui susah, senang serta jatuh bangun bersama perjuangan, sekalipun tak begitu dikenali di bumi, tapi insyaAllah, dikenali penghuni langit.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Allahyarham Ayah Lah, antara teraju utama PAS Cawangan Tok Dor dipanggil mengadap 'Yang Maha Pencipta' sebagaimana janji Allah kepada setiap yang hidup setelah beberapa bulan berada dalam keadaan keuzuran. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi.

Sebelum jenazahnya diusung ke tempat persemadian abadi, saya sempat menziarahi arwah dan keluarga serta menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,000. Semoga sumbangan yang tidak seberapa mampu meringankan sedikit bebanan dalam menghadapi saat-saat kesukaran sebegini. Kekurangan sumber kewangan tidak sekali-kali dijadikan alasan untuk mengabaikan agenda kebajikan ahli yang telah banyak menyumbang bakti demi kelangsungan perjuangan Islam. Innalillah wainna ilaihi raajiuun...

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 10 Apr 2012 03:44 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


DAYANG KU INTAN MASUK PKR

Posted: 09 Apr 2012 09:25 PM PDT

Nampaknya Makin Ramai penyayi dah  bosan dengan UMNO

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Apr 2012 03:23 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BAPA ALTANTUYA PERGI PARLIMEN

Posted: 10 Apr 2012 03:11 AM PDT

Bapa Altantuya bersua muka dengan Najib
Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.M'Kini

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 Apr 2012 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ALTANTUYA DIBUNUH SEBAB KAPAL SELAM : SHAARIIBUU

Posted: 10 Apr 2012 01:58 AM PDT

Dr Setev Shaariibuu telah menawarkan dirinya sebagai saksi berhubung kes siasatan pembelian kapal selam Scorpene yang disiasat pihak berkuasa Perancis dan mendakwa kematian anaknya mempunyai hubung kait dengan kes tersebut.
Bapa kepada model Mongolia yang dibunuh Altantuya Shaariibuu itu berkata hari ini, testimoninya akan berupaya "menghubungkan kaitan" kematian anaknya dan kes Scorpene yang akan didengar di mahkamah di Perancis.

"Beliau (Shariibuu) tahu terdapatnya kaitan antara kes di Perancis itu dan kes pembunuhan anaknya, dan akan membantu menyelesaikan kes tersebut.

"Sekiranya beliau memberikan keterangan di mahkamah, beliau akan memberikan maklumat lanjut," kata usahawan Mongolia Tsoggerel Och, yang merupakan jurubahasa Shariibuu.

Shaaribuu turut ditemani oleh Pengarah Suaran Cynthia Gabriel.

"Kami sedia maklum siasatan sedang dijalankan di Perancis bukan berkenaan pembunuhan, tapi ada kaitan terhadap rasuah Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri) Najib (Razak) dan rakannya di Perancis," kata Gabriel.

Menurutnya, Suaram akan mengemukakan saksi-saksi terlibat untuk dihantar ke mahkamah Perancis dan Shariibuu akan menjadi salah seorang daripadanya,

HUSNI KANTOIKAN CHE DET PERNAH HUTANG DUNIA TAHUN 1999...HUHUHUHU

Posted: 09 Apr 2012 09:55 PM PDT

Menteri Kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah mendakwa pinjaman kerajaan berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara 1965 dan 1999 sekaligus menafikan dakwaan Tun Mahadthir yang Malaysia tidak pernah meminjam dengan Bank Dunia.

masih ingatlagi kenyataan Tun Mahadhir "Saya cabar Anwar kemukakan surat itu kerana tidak mahu dituduh yang bukan-bukan. Saya bersedia bersumpah untuk membuktikan apa yang dicakapkannya itu merupakan pembohongan semata-mata. Sudahlah, hentikan sifat pembohongan itu kerana ia tidak baik dijadikan amalan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah di mana-mana masjid untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahannya.


Tun Mahathir Mohamad menafikan bahawa pentadbiran beliau mengambil bantuan kewangan dari Bank Dunia dalam tahun 1999, seperti yang dilaporkan BERNAMA pada 19 Disember 2011. Beliau juga mempersoalkan kesahihan dokumen-dokumen perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia yang dikemukakan PR.

....APA LAGI...BILA CHE DET NAK JADI SESUMPAH...

HUTANG BANK DUNIA RM7B 12 TAHUN BARU LANGSAI ... HUTANG RM456B 2012???

Posted: 09 Apr 2012 09:30 PM PDT



(UTUSAN) Pinjaman kerajaan berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara 1965 dan 1999 sudah sepenuhnya dilangsaikan pada 2011.



"Pinjaman ADB pula yang diperoleh pada 1968 hingga 2002 berjumlah AS$1.285 bilion (RM3.855 bilion) sehingga Disember 2011 masih lagi berbaki AS$124 juta (RM372 juta)," katanya ketika menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Ahmad Husni memberitahu, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan dari Bank Dunia dan ADB antara 1965 dan 2002 berjumlah AS$3.931 bilion (RM11.793 bilion) yang dibuat setelah mengambil kira kemampuan kerajaan untuk membayarnya semula.


Hutang Malaysia 2007-2011

Ini pula statistik penuh yang dihasilkan oleh pusat Kajian Politik Untuk Perubahan KPRU) berdasarkan hutang kerajaan Malaysia daripada tahun 2007-2011


Kalau diikutkan Malaysia mengamalkan ekonomi yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hakikatnya sekarang ini ekonomi dunia tidak berapa baik. Berdasarkan pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 lepas, kerajaan meletakkan sasaran :

untuk mengurang defisit sebanyak 4.7%

unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 sekitar 5-6%

RHB Research Center membentangkan laporan mereka sebelum ini memberitahu, risiko kemelesetan ekonomi global yang berlaku sekarang ini sebenarnya dan hakikatnya akan memberikan impak yang sangat tinggi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dijangka pada tahun 2013 ekonomi Malaysia akan bergerak perlahan sehingga ke tahap 3.5%. Kalau begitu, apa akan jadi akan Malaysia?

Akibatnya……..angka hutang Malaysia yang anda lihat hari ini iaitu sebanyak RM456.1 billion akan terus meningkat ke angka yang lebih membimbangkan!! Dan lebih memburukkan lagi keadaan apabila ekonomi China dan ekonomi global menuju ke era kemelesetan.

P/S : Adakah kita mahu terus menunggu sehingga hutang Malaysia sudah mencecah RM1 trillion baru, barulah kita akan mula nak melatah?

DEMO LYNAS : SIAPA YANG BAKAL 'BERGADUH' DENGAN MEREKA???

Posted: 09 Apr 2012 06:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa bakal berlaku pergaduhan sempena rancangan Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau untuk menggunakan masjid sebagai lokasi perhimpunan protes mereka terhadap pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan.


Perhimpunan tersebut dijangka berlangsung di masjid seluruh negara selepas solat Jumaat 13 April ini.

"Kenapa perlu gunakan masjid? Masjid tempat beribadah, bukannya tempat bergaduh," kata Harussani.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya menentang rancangan berkenaan yang padanya bermotifkan politik.

"Jangan bawa perkara politik ke masjid, itu tempat ibadah. Masjid seharusnya digunakan sebagai tempat untuk menyatupadukan ummah," tegasnya lagi.

pihak mana yang akan bergaduh dengan Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau... mungkin polis wajib siasat dakwaan yang akan timbul pergaduhan di Masjid....

400K PENGUNDI MERAGUKAN : PENGANALISIS

Posted: 09 Apr 2012 05:59 PM PDT

Penganalisis bebas Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100,000 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan "menjadi 400,000 pengundi meragukan".
Membersihkan daftar penfundi adalah tuntutan utama pembangkang. Dan kumpulan aktivis walaupun BN menegaskan kemenangan PR di lima negeri membuktikan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap daftar berkenaan.

Ong berkata perkara itu "hanyalah sebahagian masalah kecil" daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pastioleh kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta.

"Sekiranya dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800 pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi," katanya merujuk kepada kerusi yang memperolehi kemenangan tipis.

"Sekiranya sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR, atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti," tambah penganalisis politik ini lagi.

Kerajaan BN hanya memperolehi 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu.

Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga.

Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan - pengundi berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan (IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara, pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang melebihi had umur rekrut.

Namun begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu pengundi didaftarkan pada alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ong turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akan menawan kembali dengan "apa cara sekalipun".

Tambahnya, daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus.

Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008.

DUN Lembah Jaya

Posted: 10 Apr 2012 11:49 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Ganjaran daripada Allah bagi mereka yang bersabar - Ustaz Rashdan

Posted: 09 Apr 2012 07:34 PM PDT

Ustaz Rashdan Yunus

7 April 2012, Lembah Jaya Utara - Seramai lebih dua ratus keluarga mangsa banjir hari ini menerima sumbangan tambahan daripada pihak kerajaan negeri Selangor bertempat di Surau Ihsaniah Pangsapuri Lembah Permai, Lembah Jaya Utara. Sumbangan disampaikan oleh YB Tuan Hj Khasim bagi meringankan beban mangsa banjir sebulan lalu.

Penerima bantuan sebelum itu dihidangkan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh NAzir Masjid Al-Aman, Kg. Lembah Jaya Selatan, Ustaz Rashdan Yunus. Dalam tazkirahnya beliau menasihatkan agar semua mangsa terlibat bersabar dan bermuhasabah atas segala yang berlaku. Ini kerana musibah seumpama ini bukanlah berlaku disebabkan fenomena alam semata-mata, ianya adalah ujian daripada Allah untuk melihat siapa diantara hambanya yang. Lalu, sesiapa yang bersabar pasti akan dikurniakan ganjaran yang tidak diduga.

Turut hadir di majlis ini ialah Penghulu Mukim Ampang 1, Tuan Abdul Rashid Bin Saman dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Puan Norfaizah Binti Omar.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 10 Apr 2012 11:16 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti

Posted: 09 Apr 2012 04:58 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana  Menteri  untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan. 

Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.

"Bukan RM 43 bilion  seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap?

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau.
Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam  ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual  pembayaran tahunan yang tertentu.

Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman.

Jangan petik buah putik, jangan tunggu buah buruk

Posted: 09 Apr 2012 04:57 PM PDT

Setelah tiga tahun dilancarkan, Government Transformation Programme (GTP) yang diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mula dibentangkan hasilnya kepada rakyat. Semasa program 'Jelajah Janji Ditepati' di Johor baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pencapaian GTP berdasarkan 6 National Key Result Area (NKRA) telah melebihi target yang disasarkan dalam tempoh yang singkat.

Antara yang dibentangkan di dalam laporan itu ialah Malaysia diisytiharkan sebagai negara paling aman di asia tenggara dan juga negara paling selamat antara 19 buah negara. Sudah pasti prestasi sebegini menyerlahkan kemajuan cemerlang yang dicapai di bawah NKRA Mengurangkan Jenayah. Turut dicatatkan, berlaku pengurangan sebanyak 39.7% Jenayah Jalanan dan 11.1% Jenayah Indeks.

Namun begitu, sehingga ke saat mayat Dirang yang ditemui rentung dalam sebuah lubang berhampiran kediamannya pada 8 Mac lalu, angka-angka ini ternyata tidak mampu melegakan hati rakyat. Saban hari, kes rompakan, rasuah, ragut, lari dari rumah, pembunuhan, rogol dan buang bayi berselang-seli menjadi tajuk utama di dada akhbar dan siaran berita di televisyen.

Keadaan ini sudah pasti menimbulkan tanda tanya dan rasa sangsi rakyat terhadap laporan yang telah diuar-uarkan. Lebih membimbangkan adalah, adakah kami semua selamat untuk menjalani kehidupan seharian? Ataupun pasti sekali kami juga akan menjadi mangsa, cuma 'tunggu' giliran?

Tidak dapat dinafikan bahawa masalah jenayah ini ada hubungkaitnya dengan keadaan ekonomi sesebuah negara dan rakyatnya. Antaranya berpunca daripada tekanan hidup akibat peningkatan kos sara diri dan bebanan hutang. Secara tidak langsung, ia menjadi punca kepada individu-individu tertentu untuk melakukan sesuatu tindakan luar jangka yang membahayakan orang lain.

Lebih parah lagi apabila rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa jenayah-jenayah yang sering dibawa kepada muka pengadilan hakikatnya lebih tertumpu kepada rakyat bawahan. Apabila melibatkan orang kenamaan atau berjawatan, semacam ia selesai dalam diam.

Ini membuktikan kegagalan sistem kehakiman dan undang-undang dalam menangani masalah ini dan barangkali juga ia adalah cara golongan atasan untuk mengalih perhatian umum terhadap penindasan yang berlaku.

Program atau rancangan hiburan yang tidak dikawal dan melampau juga telah  menyumbang kepada berkembangnya budaya hidup yang merosakkan seterusnya kemungkinan berlakunya pelbagai jenayah.

Sebagai contoh,  penganjuran konsert artis antarabangsa, Girls Generation dari Korea Selatan baru-baru ini yang terkenal dengan penampilan yang menjolok mata dan tarian mengghairahkan. Hal ini pasti sekali memberi pengaruh negatif kepada anak-anak muda khususnya dalam cara pemakaian dan pergaulan mereka.

Di sisi yang lain pula, berlaku gejala sosial meruncing yang akhirnya menjerumuskan mereka sehingga ke tahap melakukan penzinaan dan pembuangan serta pembunuhan bayi. Hiburan yang diketengahkan sepatutnya mestilah dalam kerangka untuk membina perpaduan dikalangan masyarakat serta sebagai medium pendidikan dan lebih penting daripada itu mestilah mematuhi norma masyarakat setempat dan batasan agama.

Tentang keselamatan di jalan raya juga seharusnya diberi perhatian. Soal infrastruktur atau sikap pengguna, kedua-duanya perlu diselesaikan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Saman umpama tidak lagi berkesan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan perlu segera mengambil langkah proaktif dalam hal ini.

Menyedari hakikat ini, kerajaan perlu menilai kembali usaha yang dijalankan agar hasilnya selepas ini bukan sahaja sekadar mampu membentangkan angka-angka yang sedap mata memandang dan telinga mendengar, tetapi mestilah sehingga hilang rasa ragu dan sangsi serta lahir perasaan percaya dan yakin rakyat Malaysia bahawa Malaysia benar-benar sebuah negara yang aman dan selamat.

Apa yang lebih menarik, mutakhir ini menunjukkan bagaimana respon anak muda terhadap ceramah-ceramah agama di Youtube khususnya oleh Ustaz Azhar Idrus, mendapat sambutan yang cukup menghangatkan.

Ini membuktikan bahawa anak-anak muda hari ini sudahpun menunjukkan isyarat dan menyatakan kesediaan mereka untuk menerima Islam sepenuhnya sebagai cara hidup mereka, termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam.

Tinggal lagi, bagaimana usaha kerajaan untuk memanfaatkan peluang ini bagi menyediakan suasana yang lebih kondusif pada masa hadapan ke arah pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam yang pasti dapat menjamin keselamatan negara dan rakyat Malaysia untuk hidup bahagia di dunia dan selamat di akhirat. Jangan Petik Buah Putik, Jangan Tunggu Buah Buruk.

Wallahua'lam


Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gamis

Apabila artis dan sasterawan sertai PAS

Posted: 09 Apr 2012 04:57 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.

Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.

Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.

"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.


(Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia)

Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.

Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.

"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.

Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.

Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.

Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..

"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kita bantah, seperti kita menderhaka...

"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu dan berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.

Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.

Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.

"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...

"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.

Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.

Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH?

Posted: 09 Apr 2012 04:56 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.

Ketika bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu.

"Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird?

"Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau.

Dalam ucapannya mengenai TH di Dewan Rakyat pula, Mahfuz membangkitkan beberapa isu yang penting dalam permaslahan TH iaitu kerugian yang dihadapi anak syarikatnya, Silverbird Bhd akibat penyelewengan wang syarikat, penggunaan wang TH berjumlah kira-kira RM500 juta untuk kompleks bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dan arahan pindahan wang tersebut.

Mengenai Silverbird, beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa penyelewengan kewangan di dalam syarikat tersebut tidak disedari oleh wakil-wakil TH dalam Lembaga Pengarah Silverbird?

"Apa tindakan disiplin dan tata tertib yang diambil oleh TH terhadap wakil-wakilnya dalam lembaga pengarah Silverbird?

"Adakah elaun Ahli Lembaga Pengarah diambil tetapi tidak ada akauntabiliti?" soal Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan mengapa TH tidak menempatkan wakilnya dalam pengurusan Silverbird sebagai Pengarah Eksekutif?

"Jika terdapat wakil Tabung Haji dalam pengurusan Silverbird kemungkinan pemyelewengan tersebut tidak berlaku," katanya.

TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu.

Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta.

Silverbird kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia.

"Apa tindakan pemantauan Jabatan Perdana Menteri terhadap isu ini dan terhadap kealpaan lembaga pengarah dan pengurusan TH sehingga menyebabkan kerugian berjuta wang pendeposit-pendeposit TH?

"Mengapa CEO TH tidak dipertanggung jawabkan terhadap kerugian Tabung Haji dalam Silverbird?

"Atau adakan JPM juga menghadapi Sindrom JK?!" katanya.

Mahfuz bagaimanapun tidak menjelaskan adakah sindrom JK itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengenai pembinaan kompleks pejabat kerajaan dengan menggunakan dana TH, beliau mempersoalkan adakah kerajaan akan menyewa kompleks tersebut daripada TH?

"Kalau sewa, berapa sewanya dan berapa tahun pula baru dapat diperoleh semula kos binaan dan membuat untung?

"Kalau TH sewa kepada kerajaan, sila bentangkan perjanjian penyewaan dalam Parlimen," katanya.

Mahfuz juga mahu dibentangkan resolusi lembaga pengarah TH dalam pembinaan kompleks tersebut.

Tahniah PM ‘lantik’ Najib pangku Menteri Wanita

Posted: 09 Apr 2012 04:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana 'melantik' dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

'Pelantikan' itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai senator, semalam.

"DPPM merasakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat sesuai dengan dirinya memandangkan tidak ada lagi pemimpin Umno dari kalangan wanita yang layak menggantikan tempat Datuk Seri Shahrizat," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Menurutnya, mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam Umno mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin Umno yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri.

Katanya, kehebatan Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuktikan bahawa sememangnya beliau pemimpin serba boleh sehinggakan portfolio yang berkaitan dengan wanita juga beliau perlu jaga.

"Pelantikan ini melengkapkan tiga portfolio kabinet yang dipegang oleh beliau iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya kepada Harakahdaily.

Malah, ujarnya DPPM juga mencadangkan supaya Najib membolot semua jawatan Menteri Kabinet yang lain.

"Cadangan ini penting supaya membolehkan beliau dikenali dan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia.

"Menteri-menteri kabinet yang lain boleh dikesampingkan, kerana yang pentingnya Datuk Seri Najib popular dan diminati ramai, bukan pemimpin-pemimpin Umno yang lainnya," kata Riduan lagi.

Paling penting, kata beliau adalah untuk memastikan Najib menang dalam PRU ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya.

Mungkin juga, ujarnya Datuk Seri Najib boleh mengagih-agihkan tugasan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada isterinya.

"Mana-mana program yang tidak sempat dihadirinya boleh diserahkan kepada isterinya, kerana isterinya juga bukan calang-calang orang.

"Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara," katanya lagi.

Selain itu, kata Riduan banyak idea dan projek negara serta peruntukan-peruntukan besar boleh 'disalurkan' melalui isterinya.

"Ini barulah dinamakan 'perkongsian bijak' antara suami dan isteri yang boleh mem'faraid' kan portfolio menteri antara keduanya," katanya.

Guna kedudukan Exco dapatkan tanah kerajaan?

Posted: 09 Apr 2012 04:55 PM PDT

TUMPAT, 9 April: Pada tahun 1950-an seramai 45 penduduk mendirikan rumah sebagai tempat berteduh di atas tanah milik kerajaan di pekan ini.

Malangnya selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan pada 1980-an tiba-tiba tanah tersebut dipindah milik kepada seorang pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.

Sedangkan tanah berkenaan terletak berhampiran Pasar Tumpat dan Masjid Ismailiah menjadi kediaman penduduk Melayu sejak sebelum merdeka lagi.

Semasa pilihanraya 1980-an, Foo Chow Yong calon tunggal daripada MCA menang di kerusi Dun Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

Difahamkan dengan kedudukan sebagai anggota Exco membolehkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung.

Mengulas isu berkenaan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim (gambar) berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga.

Katanya, berdasar maklumat banyak tanah dimiliki keluarga pemimpin berkenaan di jajahan Tumpat.

"Ketika itu pemimpin Umno dan BN boleh melakukan apa sahaja termasuk mengambil tanah-tanah diduduki rakyat bagi kepentingan peribadi.

"Mereka tidak kira tanah tersebut diduduki penduduk kampung atau tidak. Mungkin ini yang berlaku di Tumpat sekarang apabila 45 keluarga terpaksa berpindah biar pun sebelum merdeka sudah menduduki tanah berkenaan," katanya di sini.

Kes berkenaan dibawa ke mahkamah oleh keluarga pemilik tanah. Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 26 Mac lalu. Bagaimanapun penduduk berharap mendapat perintah membolehkan tempoh perpindahan dilanjut dan dibayar pampasan.

Prosiding kes berkenaan dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, esok. Adun Kelaboran menyediakan khidmat peguam bagi mewakili penduduk.

Dfahamkan sebahagian besar penduduk Melayu yang tinggal ditanah milik keluarga Foo Chow Yong merupakan penyokong Umno.

"Mereka datang menemui saya menceritakan isu berkenaan apabila keluarga mendiang Foo mengarahkan mereka supaya berpindah di atas tanah yang mereka diami sebelum merdeka.

"Penduduk akur tanah tersebut bukan lagi menjadi milik mereka biar pun lebih awal meneroka di situ, namun mereka menuntut keadilan dibayar pampasan setimpal dan tempoh masa berpindah lebih sesuai," kata Mohd Zaki.

Difahamkan perkampungan Melayu itu akan hanya tinggal nama sahaja sedikit masa lagi apabila rumah-rumah diroboh bagi membolehkan bangunan perniagaan dibina.

Pemuda Guchil

Posted: 10 Apr 2012 09:38 AM PDT

PAS Kawasan Gerik

Posted: 10 Apr 2012 09:23 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


MUNAJAT RAKYAT 070412 MOHD SABU Media Sorok Kebenaran

Posted: 10 Apr 2012 06:54 AM PDT

MUNAJAT RAKYAT 070412 MOHD SABU Benarkah Lim Guan Eng Anti Islam

Posted: 10 Apr 2012 06:53 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 10 Apr 2012 09:13 AM PDT

Jasindaily Online


CERAMAH UMUM 16 April 2012

Posted: 09 Apr 2012 05:02 PM PDT

Tiga Anak Syarikat MAIM Berhutang dengan Kerajaan Negeri

Posted: 09 Apr 2012 04:44 PM PDT

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai hutang dengan kerajaan negeri berjumlah  RM11.99juta (RM11,990,437.84juta). MAIM selaku agensi atau sebuah badan berkanun yang dikawal selia oleh kerajaan Negeri Melaka. Hutang MAIM tersebut adalah berdasarkan kepada hutang yang berakhir pada 31 Disember 2011 yang lalu.

Di bawah MAIM mempunyai 3 anak syarikat milik MAIM iaitu Pusat Zakat Melaka (PZM), MAIM Holdings Berhad dan Pusat Latihan Al–Khawarizmi.

1. Pusat Zakat Melaka (PZM)

Pusat Zakat Melaka (PZM) telah dikorporatkan pada April 2001 dimana pengurusan kutipan zakat diletakkan dibawah PZM manakala agihan zakat diletakkan dibawah Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka.

Kutipan zakat di negeri ini sehingga 28 Mac 2012 mencecah RM7.48 juta iaitu meningkat sebanyak RM226,143 atau 3.12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Tahun lalu, jumlah kutipan yang diperoleh adalah RM7.25 juta.

Zakat wang simpanan menunjukkan jumlah kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM3.29 juta berbanding tahun lalu hanya RM2.72 juta.Ini diikuti zakat pendapatan sebanyak RM2.89 juta berbanding tahun lalu, RM2.04 juta manakala zakat ternakan pula mencatatkan kutipan terendah iaitu RM10,750.

Zakat korporat pula disumbangkan oleh lapan syarikat yang bernilai RM2.29 juta. Pada masa yang sama Lembaga Tabung Haji menyerahkan zakat korporat bagi tahun 2011 berjumlah RM1.194 juta. Turut menyerahkan zakat korporat ialah Ahli Lembaga Pengarah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Datuk Mohd. Aini Taib yang berjumlah RM623,812. Tidak ketinggalan ialah Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. iaitu sebanyak RM186,474.

2. MAIM Holdings Berhad

MAIM Holdings Berhad telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Melaka berdasarkan Seksyen 27(B) 2(e) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka Tahun 1994 yang memperuntukkan kuasa di bawah Majlis Agama Islam Melaka untuk menubuhkan syarikatnya di bawah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. MAIM Holding Bhd telah menubuhkan 3 anak syarikat yang bergerak aktif dalam aktiviti.


a) MAIM Bentara Sdn.Bhd.
b) MAIM Bentara Security Sdn.Bhd.
c) MAIM Industries Sdn.Bhd.


3. Pusat Latihan Al–Khawarizmi

Kompleks Falak Al Khawarizmi telah ditubuhkan pada tahun 2008 yang berstatus syarikat dibawah kawalan Majlis Agama Islam Melaka.

Menjadi persoalan di sini mengapa MAIM itu sendiri tidak dapat membayar hutang kerajaan negeri dan kita tahu bahawa MAIM Holdings Berhad itu menjalankan aktiviti perniagaan tetapi tidak dapat melunaskan hutang negeri sehinggakan kerajaan negeri hampir muflis. Sepatutnya ketiga-tiga anak syarikat milik MAIM itu dapat melangsai hutang MAIM itu sendiri tetapi ke mana pulangan itu digunakan?




Apakah fungsi utama kerajaan negeri memberi dana tetapi tiada sebarang pulangan dari agensi ataupun badan berkanun milik kerajaan? Adakah dengan nilai mencecah RM12juta itu terlalu kecil dan adakah pulangan keuntungan bagi 3 anak syarikat milik MAIM gagal membayar hutang kepada MAIM sekali gus untuk MAIM menyelesaikan duit kepada kerajaan negeri.

Sumber : PAS MELAKA

Nazir Masjid di pukul Pemuda UMNO

Posted: 09 Apr 2012 04:39 PM PDT

Nazir Masjid Al-Salihin Teras Jernang (DUN Bangi, Kawasan Serdang) diserang Pemuda Umno hingga LEBAM mata kanan. Laporan polis dah dibuat. Saya bersimpati dengan Pemuda2 UMNO yang dipergunakan oleh pemimpin2 mereka utk kerja jahat spt ini.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Apr 2012 09:08 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Husam: Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b

Posted: 09 Apr 2012 05:58 PM PDT



Apr 9, 2012

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan Perdana Menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.

http://malaysiakini.com/news/194576

500 Penumpang KTM Komuter Terperangkap Akibat Kerosakan

Posted: 09 Apr 2012 05:58 PM PDT

Isnin April 9, 2012

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penumpang KTM Komuter terperangkap apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan ketika berada di laluan berhampiran Bank Rakyat di sini malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, seorang wanita cedera ringan selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada gerabak.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada 7.50 malam dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian.

"Operasi menyelamat mengambil masa selama sejam dan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Pusat dan Sentul," katanya ketika dihubungi Bernama.

Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/4/9/mstar_berita/20120409230200&sec=mstar_berita

KHIDMAT MERU

Posted: 10 Apr 2012 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


MASAALAH BANJIR KILAT SEGERA DIATASI

Posted: 09 Apr 2012 02:26 PM PDT









Masaalah banjir kilat yang melanda Jalan Pusara dan beberapa kawasan lagi berhampiran tanah perkuburan Meru ikutan hujan lebat yang turun selama 2 jam alhamdulilah dapat diatasi segera dengan kerjasama pihak MPK, Pejabat tanah Klang dan JKKK Meru.

Beberapa kawasan yang di kenalpasti sebagai penghalang kepada saliran air yang laju telah dikorek dan mana-mana kelongkong kecil telah dikeluarkan dan insyaAllah akan di gantikan dengan kelongkong yang lebih besar.

YB Dr Rani yang turut turun padang dengan pihak-pihak yang berkenaan telah mengarahkan agar segala usaha kearah memperbaiki saluran air yang baik hendaklah dilakukan dengan kadar yang segera.

BUAL SANTAI BERSAMA PIMPINAN

Posted: 09 Apr 2012 01:37 PM PDT








Satu Majlis Hi Tea bersama pimpinan Pas yang diberi nama Bual Santai Bersama pimpinan telah di adakan di salah sebuah dewan orang ramai di Sementa.

YB Dr Hj Abd Rani dan isterinya Puan Hajjah Afidah Anum bt Moghni serta Puan Cikgu Normala Sudirman adalah antara pimpinan yang dijemput khas di majlis berkenaan.

Selain memberi motivasi kepada hadirin dan hadirat, YB Dr Rani juga berharap setiap dari mereka memasang niat untuk menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan yang mulia iaitu mempertahankan kedaulatan Islam agar ianya tidak dicemari oleh tangan-tangan perompak dan penjenayah yang berselindung disebalik kuasa-kuasa politik yang dikuasai mereka.

PAS Kulaijaya

Posted: 10 Apr 2012 07:42 AM PDT

PAS Kulaijaya


PESANAN HARI INI

Posted: 09 Apr 2012 06:54 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 10 Apr 2012 07:36 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau


Posted: 10 Apr 2012 06:23 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Apr 2012 01:43 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mengapa rizab tunai Felda merudum masa Najib?

Posted: 10 Apr 2012 01:41 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 April: Jika Felda serius mengenai integriti korporat, bentangkan Kertas Putih kepada Parlimen dan jelaskan mengapa rizab tunai Felda merudum sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih penyeliaannya, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar).

Menurut beliau, dalam tahun 2001, rizab tunai Felda berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan tiada hutang.

Tetapi, berdasarkan jawapan di Parlimen, katanya, rizab tunai Felda hanya berjumlah RM1.35 bilion tahun ini.

Lebih mendukacitakan, kata Salahuddin, Felda berhutang pula sehingga RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Semua ini berlaku sejak Najib mengambil alih penyeliaan Felda pada tahun 2005," katanya.

Satu lagi perkara penting yang mesti dilakukan untuk menunaikan ikrar integriti, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mestilah diundurkan dari jawatannya sebagai pengerusi badan tersebut, kata Salahuddin.

Sambil mengalu-alukan tindakan Felda dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pakatan Integriti (IP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau mengingatkan, apa yang dilakukan akan dilihat sebagai pembohongan semata-mata jika Isa kekal sebagai Pengerusi Felda.

"Ikrar boleh dibuat, tetapi adakah Felda dan semua entiti di bawahnya benar-benar dilihat mempunyai integriti oleh para pelabur dalam dan luar negara.

"Adakah pelabur boleh yakin Felda mempunyai integriti dengan ikrar tersebut sedangkan kedudukan Isa sebagai pengerusinya terus menjadi bahan ejekan dan persendaan umum," katanya.

Para pelabur, katanya, tentu tidak lupa bagaimana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak Isa sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Ketika itu, akhbar melaporkan Dr Mahathir berkata, Isa tidak sepatutnya dicalonkan dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau juga dilaporkan berkata, imej Umno terjejas jika memilih calon yang sudah pun didapati bersalah kerana rasuah politik.

Pada 2005, Isa digantung jawatan dan keahliannya di dalam Umno selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti itu.

"Kalau Dr Mahathir kata Isa boleh menjejaskan imej Umno, adakah imej Felda tidak terjejas di kalangan masyarakat perniagaan di dalam dan di luar negara apabila beliau menjadi pengerusi badan itu?" Salahuddin mempersoalkan.

Soal integriti, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, tidak sepatutnya menjadi bahan gurauan.

"Menandatangani ikrar itu dan pada masa yang sama membiarkan Felda dipertikaikan integritinya adalah tindakan menjadikan integriti satu bahan gurauan.

"Dan, bila SPRM pun terlibat, ia juga boleh dituduh mempermain-mainkan integriti," katanya.

Bagi menunaikan ikrar integriti tersebut, Salahuddin juga meminta setiap ahli lembaga pengarah Felda dan FGV mengisytiharkan harta masing-masing serta harta keluarga mereka jika benar-benar serius tentang integriti.

"Felda dan FGV juga mesti membentangkan segala akaun dan laporan audit kepada Parlimen.
"Ketelusan perlu disini. Ketelusan bagaimana Felda dan FGVH diuruskan mesti selaras dengan ikrar tersebut

"Contohnya, proses penganugerahan pembinaan bangunan Felda dekat KLCC perlu dibuka kepada umum untuk memastikan ketelusan - bagaimana kontraktor dibayar 30 peratus sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan," katanya.

FGV pula, katanya, mestilah bersikap telus dan mengemukakan kepada Parlimen tentang keuntungan dan kerugiannya serta anak-anak syarikatnya sejak dari penubuhan FGV sehinggalah kini.

Kesimpulannya, kata Salahuddin, Felda dan FGV mestilah membuktikan kepada semua pemegang saham mereka bahawa operasi perniagaan mereka tidak termasuk apa-apa kos dan risiko tersembunyi yang berkait dengan amalan rasuah.

Harakah Daily

Lebih berdaya saing di bawah kerajaan Reformasi

Posted: 10 Apr 2012 01:40 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Lebih dari 7,000 pelajar ditaja selama setahun dari tingkatan satu hingga lima sekiranya RM500 juta wang Yayasan Selangor tidak bocor hilang entah kemana.

Bahkan, Yayasan Selangor dapat membina tiga sekolah berasrama penuh untuk pelajar-pelajar tajaan di lima sekolah, sekiranya wang Yayasan tidak diselewengkan.

Dalam masa empat tahun ini, terlalu banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk memperbaiki kebobrokan yang telah berlaku.

selangorku/-

Gerakan Anti-Lynas Tidak Akan Tunduk Kepada Ancaman Undang-Undang

Posted: 10 Apr 2012 01:00 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 APR : Gerakan penentang loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) tidak akan tunduk kepada ugutan daripada syarikat Lynas Corp untuk menyaman mereka sekiranya mereka tidak memohon maaf.

Sebaliknya, mereka akan teruskan kempen mereka untuk menghentikan loji itu yang dibina di Gebeng, Pahang, kata Ahli Jawatankuasa Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Steve Hang.

Beliau mengulas tindakan Lynas Corp, pengendali LAMP, yang menghantar surat setebal 15 halaman kepada 47 NGO yang terlibat di dalam gerakan SMSL pada 31 Mac.

Antara enam tuntutan Lynas Corp adalah agar SMSL menghentikan kritikan mereka terhadap LAMP dan memohon maaf terhadap syarikat itu melalui laman web SMSL dan iklan surat khabar.

"Kami ingin memaklumkan kepada media dan semua rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu Lynas ini, bahawa kami tidak akan sesekali tunduk kepada taktik ugutan apa-apa perbadanan gergasi besar seperti Lynas," Steve berkata dalam satu sidang media di sini hari ini.

Surat tuntutan maaf dari Lynas itu di hantar melalui peguam Jeff Wong, Poon & Leong Associates and Solicitors.
"Surat itu cuba untuk mempertahankan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan bersama kami dalam bentuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat terbuka kepada Perdana Menteri yang dikeluarkan SMSL itu dihebahkan kepada akhbar-akhbar tempatan pada Mac 22.

Steve berkata ancaman dari Lynas itu akan memperkukuhkan lagi semangat mereka untuk terus melindungi negara dan kepentingan awam.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa perhimpunan anti-Lynas akan di adakan di Bukit Merah, Johor pada 28 April depan bagi memberikan peluang kepada aktivis di negeri itu yang tidak dapat ke Kuala Lumpur.

SMSL akan mengadakan sebuah perhimpunan besar-besaran di KLCC pada tarikh yang sama dan ia akan bergabung dengan perhimpunan Bersih 2.0 di Dataran Merdeka.

selangorku/-

Lagi 3.2 Ekar Di Serah Pada Umno Tanjung Karang

Posted: 10 Apr 2012 12:50 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 10 APR: Pemimpin Umno ketika menerajui kerajaan negeri sebelum ini sekali lagi didapati menyalahguna kuasa dengan memindah milikan tanah milik kerajaan negeri kepada Umno Tanjung Karang demi kepentingan parti dan politik individu tertentu dalam parti itu.

Dalam satu carian rasmi yang dibuat mengikut Seksyen 385, Kanun Tanah Negara yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor telah mendapati tanah tersebut telah dipindah milik kepada Umno Tanjung Karang pada 3 Ogos 2005

Tanah seluas 12,100 meter persegi atau atau 3.195 ekar tersebut terletak di Jalan Sungai Kajang, Tanjung Karang, bernombor Hakmilik HSD 15384 dan lot PT 303.

Demikian menurut satu lagi pendedahan berhubung tindakan salahguna kuasa Umno ketika berkuasa yang dibuat oleh Naib Yang DiPertua Pas Tanjung Karang, Misran Serman baru-baru ini.

"Saya dah teliti dokumen rasmi pejabat tanah dan memang tanah yang asalnya milik Kerajaan Negeri kini telah dimiliki oleh Umno Tanjung Karang.

"Ini jelas merupakan salah guna kuasa mempergunakan kuasa yang ada di dalam kerajaan untuk kepentingan parti politik dan peribadi.

"Ini merugikan rakyat Selangor kerana Kalau tanah ini dibangunkan kerajaan negeri, semua lapisan masyarakat dapat manfaatnya, tetapi bila diserah kepada Umno, Umno sahajalah yang dapat manfaatnya," kata Misran.

Menurut Misran, sebuah syarikat swasta, Bumi Utama Constructions yang beralamat di 12-02, Tingkat 1, USJ 21/4, UEP Subang Jaya, Selangor turut mempunyai kepentingan atas tanah tersebut apabila syarikat terbabit mengkaveat tanah itu pada 3 Ogos 2007.

"Selain itu, tanah tersebut telah dikaveatkan oleh Bumi Utama Constructions pada Ogos 2007," katanya lagi.

Kaveat Persendirian (Private Caveats) adalah kaveat atau sekatan yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah.

Apabila kaveat dikenakan kepada mana-mana hartanah, hartanah tersebut tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai dengan kebenaran pihak berkuasa dan pihak yang membuat kaveat itu untuk jangkamasa sekurang-kurangnya enam tahun.

Misran yang juga merupakan Ahli Majlis Kuala Selangor turut memberitahu satu permohonan untuk mendirikan bangunan yang dinamakan Kompleks umno Bahagian Tanjung Karang telah dikemukakan kepada Majlis Daerah terbabit.

"Saya difahamkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor, kompleks Umno akan dibina di situ, tetapi tak tahu bila mula," katanya lagi.

Terdahulu, beberapa isu berkaitan pemilikan tanah secara meragukan turut dibangkitkan oleh beberapa pemimpin setempat yang membabitkan Umno Tanjung Karang.

Antara yang didedahkan termasuk pemilikan tanah bekas milik Kerajaan Negeri Selangor bernombor hakmilik HSD 10440, nombor lot PT115, terletak di Pekan Tanjung Karang yang diserahkan kepada Umno Bahagian Tanjung Karang.

Tanah seluas 4,370 meter persegi itu kemudiannya dijual kepada Bumi Utama Building Material Sdn Bhd sekaligus membolehkan Umno memperolehi keuntungan mudah.

Syarikat yang sama telah mengemukakan permohonan untuk mendirikan sebuah hotel di atas tanah terbabit, tetapi telah ditolak dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Kuala Selangor.

Pada masa ini Umno Tanjung Karang menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional, Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Karang dan sebuah dewan gimnasium yang telah dikosongkan.

Misran turut memberitahu TVS pagi ini, satu laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibuat dalam sedikit masa lagi.

selangorku/-

'Task force': Pegawai kerajaan jangan sembelih diri sendiri

Posted: 10 Apr 2012 12:50 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan tindakan Umno menubuhkan 'task force' untuk mendaftar pengundi warga asing satu tindakan mencabul konsep perlembagaan yang amalkan demokrasi sebenar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai kerajaan jangan terpengaruh dengan pemberian duit dan pangkat dari Umno kerana ia hanya menyembelih diri sendiri.

"Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.

"Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya lah," kata Abdul Hadi mengulas penubuhan 'task force' khas oleh Umno untuk mendaftar warga asing menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mhafuz Omar baru-baru ini mendedahkan penglibatan beberapa orang termasuk pegawai kerajaan dalam 'task force' untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Bagi Abdul Hadi, yang lebih malang lagi adalah orang Melayu yang terpengaruh dengan hujah kononnya tindakan ini dibuat untuk menjaga kepentingan politik Melayu.

"Malangnya yang paling tertipu adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana mereka percaya dengan alasan inilah cara untuk pertahankan Melayu dan Islam.

"Pertahankan Melayu dan Islam bukan cara tipu, kena guna jati diri Islam. Yang hakis Melayu adalah kerana kerja-kerja penyelewengan yang dibuat Umno sebelum, semasa dan selepas pilihan raya," kata Abdul Hadi dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Bagi beliau, kerja menipu melalui Mykad dan daftar pemilih bukan saja menghasilkan kemenangan yang rapuh untuk BN tetapi ia bakal menjadi sebab kejatuhan BN

Beliau juga kesal dengan tindakan ini kerana tindakan untuk mempertahankan kuasa, mereka sanggup memanggil sendiri penjajah datang untuk menjajah negara.

"Sangat malang politik negara ditentukan oleh orang luar, orang asing yang kita panggil untuk jajah diri sendiri.

"Ini tindakan yang sangat salah dan sangat silap," kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada Umno agar belajar dari negara barat.

"Kita kena belajar dengan barat yang kalah pilihan raya dan jatuh belajar dari kesilapan untuk naik balik," kata beliau.

Beliau juga memaklumkan, PAS mempunyai maklumat BN menggunakan duit dan pegawai kerajaan dan pasukan keselamatqn untuk kawal tempat menyediakan Mykad untuk warga asing.

"Ini kita tahu semua," kata beliau kesal.

Harakah Daily

Ikrar: Isa Samad, Sabri wajar 'cermin diri'

Posted: 10 Apr 2012 12:48 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 April: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) meminta Tan Sri Isa Abdul Samad dan Datuk Sabri Ahmad yang membuat ikrar integriti semalam supaya 'cermin diri'.

Menurutnya, tindakan kedua-duanya yang masing-masing memimpin Felda dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) menandatangani ikrar integriti korporat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam itu tidak lebih sebagai sandiwara semata-mata.

"Saya mintak kepada Isa Samad dan Sabri Ahmad suluh diri mereka lah, tak perlu nak main sandiwara ikrar integriti depan Perdana Menteri.

"Mereka buat deklarasi itu untuk tutup segala penyelewengan mereka," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Semalam, Felda dan FGVH menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pakatan Integriti (IP) dengan SPRM.

CIP dan IP itu ditandatangani Pemangku Pengurus Besar Felda, Datuk Suhaimi Zainuddin, Presiden Kumpulan FGVH Datuk Sabri Ahmad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed disaksikan Datuk Seri Najib Razak dan Isa selaku pengerusi Felda.

Tindakan itu bagaimanapun dilihat banyak pihak sebagai cubaan membersihkan imej khususnya Isa.

Ini kerana Isa diragui integritinya ekoran pernah terpalit dengan isu rasuah dalam pemilihan Umno.

Lebih diragui apabila orang seperti beliau diberi pula kepercayaan oleh perdana menteri untuk menerajui Felda termasuk dalam usaha menyenaraiakan FGVH ke Bursa Malaysia.

"Mereka sebenarnya cuba nak bagitahu Felda dan FGVH berada di landasan yang betul.

"Padahal kehadiran mereka berdua dalam Felda hanya menimbulkan kacau bilau," kata Mazlan lagi.

Pada masa yang sama, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat laporan ke SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa oleh Isa pada 12 April ini.

"Kita juga sedang mempersiapkan dokumen untuk mendapatkan deklarasi mahkamah terhadap status Isa sebagai pengerusi Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan juga deklarasi berhubung integriti beliau," tegasnya.

Harakah Daily

Pemuda PAS kecam tindakan serang nazir masjid

Posted: 10 Apr 2012 12:46 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan serangan ke atas Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Dr Abd Basir Alias yang dikenalpasti didalangi oleh pemimpin Umno setempat.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa di atas tindakan liar pemimpin Umno yang sanggup menyerang seorang pemimpin masyarakat hanya kerana perasaan tidak puas hati dan dengki terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar).

Beliau menyifatkan tindakan pemimpin Umno tersebut sebagai tindakan orang yang tidak bertamadun dan dan cubaan untuk menyemai budaya samseng yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.

Kejadian tersebut berlaku semasa nazir masjid baru memulakan Mesyuarat Agong Tahunan Pemilihan Jawatankuasa Masjis tersebut apabila beliau didatangi oleh pemimpin Umno setempat.

Seterusnya salah seorang penyokong Umno telah enghantukkan kepala kepada Abdul Basir sehingga mengakibatkan mata beliau lebam dan bengkak.

Hasbullah berkata, pihaknya berasa cukup kesal kerana pemimpin Umno sanggup bersikap biadab dan mengambil tindakan untuk tidak menghormati proses demokrasi di dalam sesuatu pemilihan dan menyerang seorang pemimpin masyarakat hanya kerana perasaan dendam dan iri hati yang tidak berkesudahan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menerima maklumat bahawa ada ahli jawatankuasa beberapa buah masjid di dalam negeri Selangor turut mendapat ancaman untuk dicederakan oleh pemimpin Umno setempat," ujarnya lagi.

Setakat ini, ujarnya ahli jawatankuasa yang diancam telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat melakukan siasatan dan pemantauan terhadap laporan tersebut dengan lebih serius.

Menurutnya lagi, pihaknya merasakan Umno dan Barisan Nasional kini sudah terdesak disebabkan semakin kehilangan kuasa dan sokongan sehingga sanggup mengambil tindakan kekerasan terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat.

"Berkemungkinan inilah hasrat Perdana Menteri Malaysia apabila menyatakan bahawa Umno dan Barisan Nasional akan mengambil apa jua cara dan tindakan bagi mempastikan kemenangan berpihak kepada mereka di dalam pilihanraya yang akan datangm," ujarnya.

Justeru, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga masyarakat menyedari tindakan ganas yang dilakukan oleh Umno itulah yang menyebabkan keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat Selangor kini semakin terjejas.

Harakah Daily

PAS tubuh JK Anti Pemalsuan IC

Posted: 10 Apr 2012 12:45 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 April: PAS menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) bagi menangani isu pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi pada Pilihan raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan pengerusi API berkata, jawatankuasa itu akan menuntut Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kewujudan 'task force' pemberian kerakyatan kepada warga asing yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Hari Isnin ini ahli jawatankuasa akan bermesyuarat bagi mengatur pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menghantar memorandum menuntut Suruhanjaya Diraja," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, API juga akan menyaring maklumat peribadi warga asing yang diberikan mykad itu.

"Kita mempunyai sangat banyak maklumat warga asing ini oleh itu kita perlu menyaring maklumat-maklumat ini sebagai pembuktian wujudnya task force ini.

"Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat task force ini," katanya.

API turut dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat dan Adram Musa serta peguam Zul Hazmi Shariff serta beberapa peguam lain.

Harakah Daily

PAC terima tekanan politik teruskan siasatan?

Posted: 10 Apr 2012 12:42 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 April: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) didakwa seolah-olah menerima tekanan politik daripada pihak-pihak tertentu dalam usaha meneruskan siasatan terhadap empat perkara yang dipersetujui bersama.

Tekanan itu didakwa berlaku memandangkan jawatankuasa itu tidak dipanggil bermesyuarat sejak dua minggu lalu, biarpun sidang parlimen akan berakhir minggu hadapan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua (gambar) berkata PAC telah bersetuju untuk menyelesaikan empat perkara utama pada sidang kali ini, termasuk kes membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).

Bagaimanapun, sejak dua minggu lalu tiada mesyuarat dipanggil, yang menyaksikan seolah-olah empat perkara tersebut tidak akan diselesaikan pada sidang kali ini.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media di parlimen, hari ini Tony berkata, selain NFC, tiga perkara yang dipersetujui untuk diselesaikan ialah kes perlupusan hutang RM589 juta yang diberikan kepada Tan Sri Tajudin Ramli, pengurusan penyiasatan terhadap wang 1MDB dengan pelaburan mereka ke atas Petro Saudi, dan perbelanjaan KLIA II yang berlaku peningkatan kos dari RM1.7 bilion hingga RM3.9 bilion.

"Selain NFC, ketiga-tiga perkara ini tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat sebelum ini, sedangkan ia tel,ah dipersetujui bersama sama ada daripada anggota BN mahupun pembangkang," tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar menegaskan menjadi tugas dan tanggungjawab PAC untuk melihat dan mengawasi bagaimana wang kerajaan dibelanjakan.

"Khususnya berkaitan NFC, kita mahu tahu bagaimana wang yang diluluskan itu diluluskan, dan selepas diluluskan bagaimana ia dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan, sama ada melalui Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan sebagainya," tegas beliau.

"Bagi memastikan siasatan itu diteruskan, kita telah bersetuju untuk membuat lawatan ke Gemas, yang merupakan lokasi fidlot itu, namun dibatalkan tanpa dimaklumkan kepada anggota jawatankuasa," kata beliau.

Justeru, tegas beliau selagi parlimen tidak dibubarkan, selagi itu jawatankuasa ini akan meneruskan siasatan terhadap perkara yang telah dipersetujui bersama.

Selain Kamaruddin, anggota pembangkang yang turut menyertai PAC ialah Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw; dan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Harakah Daily

Projek Kereta Api Haramain ikut jadual

Posted: 10 Apr 2012 12:40 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MAKKAH: Stesen utama Kereta Api Haramain di Makkah dibina dengan kos SR3.2 bilion (RM2.6 bilion).

Menteri Pengangkutan, Jabara Al-Seraisy berkata demikian setelah melawat kerja pembinaan stesen itu semalam.

Dia berkata hartanah yang dianggarkan berharga RM491 juta adalah bertepatan untuk projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungi Makkah dan Madinah melalui Jeddah.

Jabara diberi taklimat mengenai projek yang berjalan dalam beberapa fasa itu.

"Projek itu berjalan mengikut rancangan walaupun menghadapi kesukaran dalam proses pengambilalihan tanah," katanya.

Katanya: "Tujuan kami ialah meneruskan projek ini tanpa mencetuskan masalah kepada penduduk."

Projek kereta api berkelajuan tinggi itu akan selesai pada 2014 apabila kereta api penumpang mula beroperasi.

Stesen utama di Makkah akan disiapkan sebelum itu.

Katanya, pemilik hartanah dan bangunan akan diberikan ganjaran sewajarnya sekiranya mereka mempunyai geran milik yang sah.

"Sekiranya mereka tidak mempunyai geran, pampasan sewajarnya akan diberikan," katanya. - SG

PTPTN: BN bebankan kehidupan anak muda

Posted: 10 Apr 2012 12:40 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH, 10 April: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian (gambar) berkata, penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak memikirkan nasib generasi muda di negara ini.

Beliau berkata, pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah menunjukkan sikap tidak ambil peduli suara anak muda berhubung isu PTPTN, dan ianya membuktikan kelemahan pemimpin Umno BN menguruskan sumber ekonomi negara.

Menurut beliau, Najib terpaksa membohongi rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion, padahal jumlah pinjaman peminjam seramai 1.9 sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.

Katanya, apabila Pakatan Rakyat memberikan komitmen untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 ini telah menyebabkan pemimpin Umno BN bercelaru dan buntu.

"Kita ingin memberi jalan dan harapan baru kepada anak muda khasnya yang masih belum bekerja dan kebanyakan mereka diburu surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah.

"Hutang PTPTN ini telah mengekang kehidupan anak muda, ia menjadi beban buat lepasan mahasiswa yang baru ingin memulakan kehidupan," ujarnya.

Justeru, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu, Umno BN kini panik dalam isu PTPTN, mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya, lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrap kalau wang PTPTN itu dilupuskan.

Harakah Daily

Task force: Jangan pekak pendedahan Mahfuz

Posted: 10 Apr 2012 12:36 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PAS mengingatkan seluruh rakyat bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kian khianat terhadap masa depan negara.

Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang diketuai oleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN merupakan suatu malapetaka bagi negara.

Tindakan terdesak ini jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara.

Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini? Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini.

Bahkan, apa yang lebih mendukacitakan badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang.

Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini.

Sehubungan itu, PAS akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini. Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan oleh ahli parlimen Pokok Sena.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Harakah Daily

Gara-gara suapan RM50, pemandu lori didenda RM10,000

Posted: 10 Apr 2012 12:34 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Gara-gara memberi suapan RM50 kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang pemandu lori hari ini didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan di sini hari ini.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mat Nasir Dullah, 48, selepas dia mengaku bersalah dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun Mat Nasir membayar denda itu.

Mat Nasir didakwa memberi suapan itu kepada Ketua Penguat kuasa JPJ KLIA, Azlee Ahmad sebagai dorongan tidak menyaman tertuduh di atas kesalahan memandu kenderaan WGU 7392 yang lesennya telah tamat tempoh di Km 12 Jalan Kuantan-Cherating pada 9.40 pagi, 27 Mei, 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mat Nasir yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin.- Bernama

Sinar Harian

Polis Terengganu tumpaskan sindiket tipu peniaga

Posted: 10 Apr 2012 12:31 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menumpaskan satu sindiket yang menipu peniaga dengan membeli barangan tanpa membuat bayaran dengan tertangkapnya empat lelaki di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Khoh Ah Tiam, berkata dengan tertangkap suspek yang merupakan warga tempatan berusia antara 40 dan 55 tahun, polis dapat menyelesaikan sembilan kes melibatkan kerguain RM300,000 yang dilaporkan sejak tahun 2008.

"Sasaran mereka adalah kedai barangan elektrik, peniaga beras dan pengusaha ikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya modus operadi yang digunakan kumpulan ini amat mudah iaitu mereka menelefon peniaga bagi membuat tempahan dan kemudian akan mengirimkan borang tawaran serta memasukkan slip bank palsu kepada peniaga.

"Kumpulan ini amat licik, mereka hanya membuat tempahan seperti beras sebanyak 10 hingga 20 tan tanpa membuat bayaran dan mereka menjual kembali kepada orang lain dengan harga yang lebih rendah," kata Khoh. - Bernama

Sinar Harian

Jangan buang helaian al-Quran sesuka hati – JHEAT

Posted: 10 Apr 2012 12:30 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Pengusaha pusat fotostat dinasihatkan supaya jangan membuang helaian al-Quran sewenang-wenangnya bagi memelihara kesucian ayat suci itu.

Timbalan Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, pengusaha pusat fotostat perlu lebih peka dalam menjaga kesucian al-Quran dengan tidak membiarkan naskhah suci itu terabai.

"Kita tidak mahu kertas-kertas al-Quran ini dicampakkan begitu sahaja dan dibuang ke dalam tong sampah bersama-sama sampah dan kotoran lain selepas melakukan proses salinan," tegasnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Selain itu, menurut Muhammad Ramli, jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini dinasihatkan supaya melupuskan al-Quran buruk secara baik dan jangan membiarkannya berlonggok di dalam stor.

Justeru, katanya, satu pekeliling akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) kepada semua masjid agar naskhah al-Quran yang telah rosak dapat dilupuskan dengan baik.

kosmo/-

Nenek nyaris dipatuk ular tedung

Posted: 10 Apr 2012 12:29 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BATU HAMPAR, KUALA TERENGGANU – Keasyikan seorang nenek lapan cucu menyediakan juadah makan malam bertukar igauan ngeri apabila dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang lebih satu meter.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, Mahani Mamat, 56, terpana seketika apabila reptilia tidak diundang di ruangan kabinet dapur rumahnya secara tiba-tiba mengembangkan kepalanya.

Menceritakan detik cemas tersebut, Mahani berkata, ketika kejadian dia bersendirian di rumah kerana suaminya, Abu Bakar Mat

Amin, 65, dan ahli keluarganya yang lain berada di luar kerana mempunyai urusan masing-masing.

"Ketika memasak lauk untuk makan malam, makcik keluar rumah sekejap untuk mengambil barang berhampiran pintu dapur.

"Pada waktu itu, makcik sudah ternampak kelibat sesuatu yang bergerak atas batang paip berdekatan sinki, namun tidak mengesyaki apa-apa," katanya.

Menurutnya, selesai mengambil barang, dia kembali menuju ke dapur untuk memasak dan ketika itu terdengar bunyi dengusan ular.

"Makcik berpaling ke arah kabinet dapur dan alangkah terkejutnya apabila terlihat seekor ular tedung mengembangkan kepalanya.

"Perasaan berdebar dan ketakutan menyebabkan makcik tidak mampu berbuat apa-apa sebelum mengambil keputusan berlari keluar dan meminta pertolongan jiran, namun dia juga tidak boleh berbuat kerana masing-masing tidak berani," katanya.

Mahani berkata, dia mengambil keputusan menghubungi suaminya memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, berikutan reptilia berkenaan sudah masuk dalam ruangan kabinet dapur, mereka mengambil keputusan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Terengganu bagi meminta pertolongan.

"Terima kasih kepada anggota yang membantu makcik sehinggakan mereka sanggup bersusah-payah hampir setengah jam.

"Makcik sendiri tidak tahu dari mana haiwan ini muncul apatah lagi ini kejadian pertama kali. Bagaimanapun, makcik bersyukur kerana terselamat dan sempat melarikan diri," katanya.

Sinar Harian

Rezeki selepas setengah jam

Posted: 10 Apr 2012 12:27 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MELAKA - Mengambil masa kira-kira setengah jam selepas umpan dilontarkan, seorang peserta pertandingan memancing berjaya menggondol ­gelaran juara sekali gus memenangi RM10,000 dalam satu pertandingan memancing yang diadakan di bawah anjuran Joran Emas, kelmarin.

Nordin Bakar. 48, menjadi juara baru pertandingan memancing mingguan yang diadakan setiap malam minggu di Pantai Eye On Malaysia, Bandar Hilir, dekat sini menewaskan ratusan peserta ­memancing lain yang terdiri dari dalam dan luar negeri ini.

Menurutnya, setiap minggu dia pasti menyertai ­pertandingan memancing yang diadakan di sini malah ia merupakan aktiviti riadahnya di waktu lapang.

"Selain untuk memancing, saya juga mengharapkan rezeki jika berjaya menaikkan ikan terberat biarpun persaingan begitu sengit antara kaki pancing lain.

"Saya juga berniat jika ada rezeki dan menang, duit ­kemenangan ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk membaiki rumah yang uzur," katanya.

Nordin berkata, dia tidak menduga persaingan sengit antara lebih 500 kaki pancing dari dalam dan luar Melaka menguji kesabaran dan ­membakar semangatnya untuk terus bertarung menaikkan ikan terberat.

"Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam dan sempat menukar umpan dua kali sebelum pancing disentap sebelum seekor ikan pari seberat 1.4 kilogram berjaya didaratkan kira-kira 10.45 malam.

"Namun kira-kira 10 minit selepas itu, rakan saya menaikkan seekor ikan sembilan besar yang turut mempunyai berat sama dengan ikan pari saya," katanya yang pernah menjadi juara lapan tahun lalu.

Katanya, atas kebijaksanaan juri, keputusan akhirnya memihak kepada saya selepas diumumkan pemenang ­berikutan perbezaan masa terawal menyelamatkannya dari berputih mata.

Pertandingan anjuran Kelab Joran Emas menyaksikan Nordin berjaya meraih wang tunai RM10,000 sebagai juara, Zamri Sariman, 43, dari Muar, Johor tempat kedua membawa pulang RM3,000 manakala Md Nor Md Said, 50, dari Klebang tempat ketiga mendapat RM1,000.

Sementara Zamri berkata, idea mengadakan pertandingan memancing waktu malam amat berkesan berikutan ­sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang tidak mahu ketinggalan untuk turut serta.

"Selain memancing, peserta juga berpeluang mengunjungi Melaka.

"Menang atau kalah bukan ukuran asalkan kami semua dapat berkumpul selain bermesra dan bertukar pendapat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Memancing Joran Emas, Amran Othman, acara memancing mingguan yang diadakan berjaya menarik pengunjung dari dalam dan luar untuk bersantai bersama keluarga bagi mengelak gejala negatif.

Sinar Harian

Mayat mangsa bunuh ditemui dalam semak

Posted: 10 Apr 2012 12:24 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Kehilangan seorang lelaki akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui sekitar kawasan semak dekat Jalan Seremban - Mantin, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai A Thiruna Vukarus, 43, ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum dicampak dekat kawasan berkenaan.

Mangsa yang bekerja di Thailand sebelum ini dilaporkan hilang selama semingggu berdasarkan laporan polis dibuat keluarganya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat dipercayai dipukul dengan objek tajam dan polis tidak menafikan bahawa mangsa sudah mati beberapa hari lalu dan dibunuh di tempat lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian Hotline 06-7619999.

Sinar Harian

Terpedaya pakej pelancongan

Posted: 10 Apr 2012 12:23 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PASIR MAS – Seramai 10 ahli Kelab Motor RMC hampir kerugian RM 930, apabila dijanjikan percutian ke Pulai Perhentian, 23 Mac lalu.

Mereka hampir ditipu oleh salah satu agensi pelancongan dari Kuala Lumpur, yang dikatakan menggelapkan wang pendahuluan mereka, sebanyak RM60.

Pengerusinya, Jailani berkata, dia hampir terpedaya dengan janji kosong agen pelancongan berkenaan, ketika mereka membuka 'booth', di pusat membeli belah di Kota Bharu.

Menurutnya, ejen terbabit menjanjikan pakej pelancongan tiga hari dua malam, ke Pulau Perhentian Terengganu, dengan bayaran hanya RM93 seorang.

"Memandangkan harga yang ditawarkan amat murah, saya bersetuju dengan pakej itu dan membayar RM60 sebagai wang pendahuluan dan baki bayaran pula, akan diberikan pada keesokan harinya," katanya, selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas, semalam.

Jailani berkata, sehari selepas bayaran, ejen berkenaan menghubunginya dan meminta untuk melunaskan baki bayaran secepat mungkin.

Namun katanya, dia mula curiga apabila ejen itu enggan memberi nombor telefon pejabat, untuk pengesahan.

Menurutnya, nombor telefon pejabat urusan pusat pelancongan ini, akan diberikan sekiranya bayaran penuh dilunaskan ke akaun peribadinya.

"Saya mula syak ejen ini cuba menipu wang kelab, maka saya memintanya untuk mendapatkan bayaran balik.

"Ejen berkenaan berjanji, pihak pejabat urusannya akan menghubunginya dalam masa seminggu," katanya.

Dua minggu selepas itu, dia masih tidak mendapat sebarang panggilan, malah ejen berkenaan mengaku dia sudah berhenti kerja dan tidak mempunyai sebarang urusan berkenaan perkara terbabit.

"Bukan nilai wang yang saya pentingkan, tetapi saya tidak mahu ada pengguna lain turut sama teraniaya akibat penipuan agensi pelancongan terbabit, di masa hadapan.

"Saya berharap, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap agensi pelancongan ini, agar mereka tidak lagi menipu wang pengguna dengan cara sebegini," katanya.

Sinar Harian

Korea Utara sedia ujian nuklear

Posted: 10 Apr 2012 12:22 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Kumpulan wartawan lalu di hadapan roket UNHA-3 (Milky Way 3) yang sudah bersiap sedia untuk dilancarkan di Tapak Pelancaran Satelit Laut Barat semasa lawatan wartawan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa Korea Utara di barat laut Pyongyang, kelmarin. – REUTERS

SEOUL 9 April – Korea Utara dipercayai sedang menggali sebuah terowong baru bawah tanah sebagai persiapan untuk menjalankan ujian nuklear ketiga.

Imej satelit, baru-baru ini menunjukkan kerja menggali di tapak Punggye-ri, timur laut Korea Selatan, di mana ujian nuklear dijalankan pada 2006 dan 2009, sudah berada pada peringkat akhir, menurut laporan perisikan Korea Selatan yang disiarkan kepada Associated Press (AP), hari ini.

Penyiaran itu dibuat ketika Korea Utara sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah roket jarak jauh yang disyaki oleh Washington dan negara lain sebagai helah untuk menguji teknologi peluru berpandu yang boleh digunakan untuk menyerang Amerika Syarikat (AS).

utusan malaysia/-

‘Barca boleh ditewaskan’

Posted: 10 Apr 2012 12:20 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PEMAIN tengah Chelsea, Michael Essien yakin Barcelona mampu ditumbangkan selepas mereka bertemu pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara, musim ini.

Kelab barat London itu menjadi tuan rumah terlebih dahulu pada 18 April dan pemain kelahiran Accra itu mahu meranapkan impian Blaugrana ke final.

"Gerak hati ini kuat mengatakan Chelsea boleh menumbangkan Barca pada perlawanan penting itu nanti," katanya.

The Blues ditunjukkan jalan keluar oleh Barcelona pada 2009 hasil jaringan kontroversi Andres Iniesta beberapa minit sebelum tamat perlawanan.

Sinar Harian

11 maut letupan bom di pasar Somalia

Posted: 10 Apr 2012 12:19 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MOGADISHU 10 April - Sebutir bom meletup di sebuah pasar sibuk di Somalia, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan kira-kira 35 lagi cedera, kata seorang pegawai.

Pegawai tempatan, Mohamed Ibrahim Habsade berkata, kebanyakan mangsa yang maut dalam serangan yang berlaku di pekan Baidoa merupakan kanak-kanak dan wanita.

Saksi kejadian berkata, bom itu diletupkan selepas askar kerajaan Somalia memasuki pasar tersebut, namun kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah orang awam. - AFP

Gara-gara motosikal tiada lampu

Posted: 10 Apr 2012 12:17 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Dua penunggang motosikal maut apabila kenderaan yang ditunggang bertembung antara satu sama lain dalam satu kejadian dekat Jalan Kepala Batas, berhadapan Pasar Awam Penanti, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.21 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Mohd Tarmizi Wahab, 26, yang menunggang motosikal jenis Suzuki RGV120 dalam perjalanan dari Kubang Semang menuju ke Guar Perahu.

Mangsa yang dipercayai menunggang laju itu dikatakan telah memasuki lorong bertentangan ketika tiba di lokasi, lalu bertembung dengan motosikal Honda EX5 ditunggang seorang lagi mangsa, Muhammad Ishaizal Ishak, 24, yang kebetulan melalui jalan itu.

Akibatnya, kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Mayat kedua-dua mangsa yang bekerja sendiri itu kemudiannya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing.

Sementara itu, Ketua Trafik/Ketenteraman Awam Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Superintendan S Manogaran ketika ditemui mengesahkan menerima laporan mengenai kejdian.

Menurutnya, selain memasuki lorong bertentangan, lampu hadapan motosikal jenis Suzuki RGV120 yang tidak berfungsi dipercayai menjadi punca kemalangan.

Ia menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis EX5 tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran.

"Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa yang berasal dari Mukim 19 Mengkuang Titi dan Mukim 20 Penanti itu tidak mempunyai lesen memandu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sinar Harian

Pengalaman City kurang: Mancini

Posted: 10 Apr 2012 12:16 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini berkata, anak didiknya memerlukan lebih banyak pengalaman selepas tunduk 1-0 kepada Arsenal di Emirates semalam.

Kekalahan itu menyebabkan City ketinggalan lapan mata berbanding pendahulu liga, Manchester United.

"Ternyata pengalaman memisahkan keputusan ini. Samer Nasri bagaikan hilang arah, manakala Mario Balotelli terkeluar daripada aksi sebenar.

"Perlawanan ini kelihatan sukar bagi kita dan Arsenal bijak menghidu peluang.

"Malah, pemain tertekan selepas mengetahui kemenangan United ke atas QPR sebelum perlawanan," katanya.

Sinar Harian

Padah liat bayar sewa tertunggak

Posted: 10 Apr 2012 12:13 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Sikap gemar menangguhkan bayaran sewa bulanan premis menyebabkan lapan pemilik medan selera terpaksa berdepan dengan tindakan sita yang diambil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Pada operasi sitaan tunggakan gerai dan harta majlis yang dilakukan MBAS semalam, dua premis di Medan Selera Mergong dan satu premis di Sudut Selera Putra disita.

Ketua Unit Sewaan MBAS, Shaari Abdullah berkata, operasi yang disertai 25 penguat kuasa MBAS itu melibatkan gerai yang gagal menjelaskan tunggakan melebihi tiga bulan.

"Dua pemilik premis di Sudut Selera Putra menjelaskan separuh daripada jumlah tunggakan yang menyebabkan tiada tindakan diambil terhadap gerai mereka.

"Kita masih memberi peluang kepada pemilik premis sekiranya mereka mahu membuat bayaran walaupun separuh dan mereka perlu ke pejabat MBAS untuk kita memberi jadual pembayaran untuk masa akan datang," katanya kepada pemberita, semalam.

Shaari berkata, pada operasi kali ini jumlah tunggakan membabitkan RM22,720 manakala tunggakan tertinggi melibatkan gerai minuman di Sudut Selera Putra dengan jumlah tertunggak sebanyak RM5,600.

Menurutnya, pemilik gerai itu gagal membuat sebarang pembayaran menyebabkan peralatan perniagaannya terpaksa disita.

Tempoh tujuh hari waktu bekerja diberikan kepada pemilik untuk membuat bayaran bagi membolehkan mereka mengambil semula barang miliknya yang disita.

Menurutnya, dua gerai di Sudut Selera Putra ditutup namun, pemiliknya masih belum menjelaskan jumlah sewa tertunggak.

"Walaupun mereka tidak lagi beroperasi namun, ini tidak bermakna mereka tidak perlu menjelaskan bayaran tertunggak kerana kita akan mencari mereka untuk melunaskan bayaran itu.

"Kita juga tidak akan membenarkan mereka menyewa mana-mana gerai MBAS sekiranya belum membuat pembayaran," katanya.

Shaari berkata, operasi sitaan yang dijalankan itu diadakan pada setiap minggu dan akan berakhir pada Disember depan.

Sinar Harian

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 10 Apr 2012 01:05 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Propaganda UMNO BN Semakin Gagal – Mat Sabu

Posted: 09 Apr 2012 07:35 AM PDT

Penyanyi Aishah Sertai PAS

Posted: 09 Apr 2012 07:34 AM PDT

Idris Ahmad

Posted: 09 Apr 2012 11:26 PM PDT

Idris Ahmad


HAPUS PTPTN MELAYU TERGUGAT ALASAN PAK PANDIR

Posted: 09 Apr 2012 02:48 AM PDT

Sekali lagi Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan. Pelik bin ajaib, inilah kenayataan Pak Pandir yang kelaur daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin . Apa kena mengena dengan Melayu?. Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. Bukankah yang miskin ialah orang Melayu. Alasannya, akan menjejaskan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta). Apa kaitan  IPTS dengan orang Melayu? Ini semuanya kaitan dengan kroni Umno. Nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi  kroni Umno. Peminjam PTPTN hampir 1.87 juta.

Begitulah juga kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa. Sebaliknya subsidi untuk syarikat Independent Power Producer ( IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.. Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit. Menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian  terakhir Umno untuk menyelamatkan  kuasa mereka. Sewaktu ada kuasa, Melayu tidak dibela. Ditangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir   55 tahun. Umno merancang supaya Melayu susah dengan ini boleh dijadikan modal ketika kuasa tergugat.  
Jika kerajaan BN tidak mampu mencari wang RM43 bilion untuk hapus PTPTN maka lebih baik serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk buktikan.  Najib rasa bimbang isu PTPTN adalah isu anak muda yang menjadi penentu di dalam PRU akan datang. Bukan mustahil Najib akan istiharkan PTPTN akan dimansuhkan jika kuasa mereka tergugat. Terbaru mereka sudah menghapuskan tol Cheras-Kajang pada 2 Mac 2012. Walaupun sebelumnya mereka mengejek PR berjanji hendak menghapuskan, kerana ini melibatkan perjanjian. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Ekonomi, Pendidikan

MTD N24 Bemban

Posted: 09 Apr 2012 09:39 PM PDT

MTD N24 Bemban


USRAH BULANAN MTD N24 BEMBAN @ UPU TEHEL

Posted: 09 Apr 2012 03:14 AM PDT

Alhamdulilah wa syukurilla .... pada 7hb April 2012 yang lalu PAS Cawangan Tehel telah menjadi tuan rumah usrah bulanan MTD Bemban. Ini kali pertama usrah bulanan MTD Bemban dapat dilaksanakan di Markas PAS Tehel yang baru. Berkat kerjasama dan dokongan bersama , majlis telah dapat dijalankan dengan lancar . Kehadiran ahli dan sahabat-sahabat perjuangan dari cawangan-cawangan lain menjadikan pertemuan kali ini amat bermakna. Usrah dengan menggunakan kemudahan ICT didalam mengupas isu-isu semasa untuk difikir-fikirkan bersama menampilkan kelainan dalam bentuk menyampaikan dakwah kepada para ahli dan petugas bagi menghadapi "Peperangan" dalam tempoh yang terdekat.Mudah-mudahan pertemuan singkat ini akan menyuntik semangat perjuangan yang kental bagi meruntuhkan tembok kemenangan UBN dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru dibawah teraju Pakatan Rakyat (PR) yang lebih berintegriti dan berwibawa .... Apa-apa pun jom kita layannnnnnnnn


Majlis dimulakan dengan laungan azan oleh bakal pewaris perjuangan adik Abdul Jalil B Jumary untuk Solat Maghrib berjemaah
Pengerusi PAS Tehel Tuan Haji Hamid Kamat sedang membuka bicara ...


Antara ahli yang istiqamah dalam perjuangan ..

Muafakat yang insyallah akan membawa kemenangan ..

Pengerusi MTD Ustaz Jumary Al Hafiz sedang memulakan usrah ..

Fokus terhadap isu yang dikupas ..

UMNO memang banyak jasanya pada negara ?

Ini usaha yang telah dilakukan .... pendokong UBN masih tidak mahu akui bahawa parti merekalah yang menjadi punca ..


Ada makna yang tersirat ..

Banyak sungguh jasa UMNO ?

Penyerahan dokumen Jasa-jasa UMNO pada negara ?

Penyerahan sumbangan untuk diagihkan kepada yang layak dibantu bagi PAS Cawangan Tehel

Sicomelku pun turut bersama ...





Terima kasih daun keladi kepada semua yang telah menjayakan usrah kali ini . Muga isu yang dikupas akan memberikan input yang terbaik bagi membolehkan maklumat dapat disampaikan keseluruh masyarakat dengan mesej yang cukup jelas .... CUKUPLAH peluang yang telah kami berikan selama 54 tahun kepada UBN .Pakatan Rakyat akan jadikan Melaka amnya dan Malaysia khasnya sebuah negara yang lebih baik untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA selepas PRU 13 nanti ....Insyallah.
Sekalung Tahniah buat warga PAS Cawangan@UPU Tehel..insyallah bulan hadapan kita bertemu di UPU yang lain pula
ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR!
 Dipetik dari http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/2012/04/usrah-bersama-pimpinan-tehel.html

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 09 Apr 2012 09:16 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda PAS gesa kembalikan hak, maruah Sabah

Posted: 09 Apr 2012 10:30 AM PDT

KOTA KINABALU, 9 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mengajak seluruh rakyat Sabah agar menggunakan kuasa yang ada bagi menggembalikan maruah dan martabat negeri ini.
 
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata kemerdekaan negeri Sabah sejak 48 tahun lalu sudah tidak mempunyai pengertian, ekoran penjajahan bentuk baru yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.

"Penyatuan Sabah bersama Sarawak, Singapura, dan Tanah Malayu akhirnya membentuk Malaysia melalui perjanjian 1963 hanya berlaku pada 16 September 1963 yang sepatutnya membawa lebih kemakmuran kepada Sabah.


"Namun setelah 48 tahun, Sabah telah jauh ke belakang dihambat kemiskinan. Sedangkan Sabah kaya dengan khazanah alam yang melimpah ruah di laut dan daratan," kata beliau dalam ucapan dasarnya semasa Muktamar DPPNS kali ke-25 di sini, kelmarin.

Para perwakilan dan pemerhati khusyuk mendengar ucapan dasar

Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar mengenai kuasa dan hak dalam penentuan survival politik negeri.

"Rakyat Sabah mesti sedar akan bargaining power yang sekarang terletak di tangan rakyat. Rakyat Sabah perlu mengambil kesempatan ini untuk menuntut segala hak yang begitu jauh dinafikan sekian lama oleh regim Umno/ Bn.

"Rakyat Sabah juga harus bangkit dan memastikan pilihanraya ke-13 ini sebagai satu pungutan suara rakyat (referendum) untuk menolak kepimpinan Umno/ Bn bukan saja di Sabah malah di seluruh Malaysia," ujar beliau.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Apr 2012 09:13 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Sasaran DUN Kota

Posted: 09 Apr 2012 01:58 AM PDT



PAS Kawasan Miri

Posted: 09 Apr 2012 07:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Siapa Towkey? BN atau Rakyat?

Posted: 09 Apr 2012 04:25 AM PDT

PAS Tidak Pernah Hina Kaum Peribumi Sarawak
PAS tidak pernah menghina mana-mana kaum dalam Negara ini termasuk penduduk Sarawak. Mengulas kenyataan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata, beliau antara komuniti Iban yang masih mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan Abdul Hadi selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009 yang lalu mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat, ini bukan bermaksud penghinaan terhadap kaum Iban tetapi ini menunjukkan bagaimana masyarakat Iban di pendalaman diperbodohkan oleh pemimpin BN dengan janji kosong sehingga lupa yang mereka berhak untuk memilih mana-mana pemimpin selain BN. Kenyataan ini sengaja diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk menghasut kaum Iban supaya membenci PAS.

Dr James jangan lupa beliau sebenarnya yang menghina kaum Iban dan pengundi dengan kenyataan beliau "jangan lawan towkey" dimana beliau mengganggap rakyat sebagai kuli dan pemimpin BN sebagai towkey yang harus ditaati dan dipatuhi.

Orang Iban dan orang Sarawak tidak perlu takut dan terpengaruh dengan tuduhan serta fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin BN terhadap PAS. Masyarakat Iban sekarang ramai yang terpelajar dan dapat menilai sendiri kenyataan dan tuduhan pemimpin BN terhadap PAS. Mereka bukan boleh diperbodohkan seperti orang yang tidak mempunyai maklumat. Hanya mereka yang ada kepentingan dan mereka yang jahil saja menentang PAS di Sarawak.

Perlu diingat bahawa Malaysia mengamal demokrasi maka sesiapa saja boleh menyuarakan pandangan dan memilih mana-mana parti yang mereka rasa betul dan boleh dipercayai sebagai pemerintah.

Mengapa pemimpin BN mesti takut dengan PAS, kalau mereka rasa PAS tidak ada kekuatan dan pengaruh di Sarawak mereka tidak perlu takut,dan resah gelisah dengan mengeluarkan kenyataan yang
bukan-bukan, terhadap PAS.

Biarkan pengundi yang menentukan siapa yang layak untuk memerintah negara ini bukannya pemimpin BN.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

PAS Never Contempt Sarawak Indigenous People
PAS has never insult any race in this country, including Sarawak people. Commenting on the President, Sarawak People's Party (PRS) Tan Sri James Masing said he was among the Iban community who still remember the insult to the races, by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi's statement after the Batang Ai by-election in April 2009, said Iban voters in favor of the Barisan Nasional (BN) because they still wear loincloths or 'cawat', this does not mean contempt for the Iban, but this shows how the Iban community in the interior fooled by the BN leaders with the empty promises until forget that they have the right to choose any other than BN leaders. This statement is deliberately repeated by BN leaders to incite the Iban to hate PAS.

Dr James do not forget that he is actually insulting the Iban and the voters with the statement "do not opposing towkey", which he considers the people as porters and BN leaders as towkey that should be obeyed and followed.

Iban and the people of Sarawak should not be afraid and influenced by the allegations and slander leveled by the BN leaders against PAS. Now many of the Iban community are educated and able to evaluate the statements and accusations against PAS by BN leaders. They cannot be besotted as those who do not have the information. Those only who have an interest and those who are ignorant only against PAS in the state.

Keep in mind that Malaysia is practicing democracy so anyone can voice their views and choose whichever party they think right and reliable as the government. Why BN leaders must be afraid of PAS, if they feel PAS has no strength and influence in Sarawak they should not fear and impatient with issuing the statement that is not realistic about PAS.

Let the voters decide who deserves to rule the country is not BN leaders.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Rembau Hari Ini

Posted: 09 Apr 2012 07:17 PM PDT

Rembau Hari Ini


Sasaran DUN Kota

Posted: 09 Apr 2012 01:57 AM PDT



Mobilisasi BERSIH 3.0 di Rembau 14 April 2012

Posted: 09 Apr 2012 01:10 AM PDT



CERAMAH UMUM
Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN
Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau
Penceramah :
~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung
~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Apr 2012 03:28 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DULU BOLEHLAH KAU TENYEH RAKYAT SAMPAI LUMAT

Posted: 09 Apr 2012 01:50 AM PDT

KINI RAKYAT BERMAKLUMAT ! JANGAN TIPU/TEMBERANG RAKYAT.

Najib, PTPTN dan Norway tapai rakyat jawap No WAY hanya dengan BERSIH 3.0.


Tergelak aku bila membaca kenyataan PM kita yang dalam dunia ni, hanya 3 negara aje yang support education rakyat dia sampai tertiary level. Keh keh keh, kelako. Dah la dibaginya contoh NORWAY!

Takde negara lebih buruk ke dia boleh ambik nak dijadikan perbandingan dengan Malaysia...sebab kalau nak dibandingkan dengan Norway ni..Malaysia tak jauh ke belakang sebenarnya. Norway nombor satu dalam kadar cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia. Nombor satu paling tinggi dalam dunia memastikan rakyat dia membayar cukai semata2 untuk membeli kenderaan.

KIta? Nombor dua! Dalam banyak2 negara, negara kita adalah negara nombor dua cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia, selepas Norway.

Ada nampak hasil dia? Hasil dia kepada negara..kita ada Proton, kita ada Perodua. Hasil dia kepada rakyat...ramai antara kita bawak Perodua Viva, kereta canggih, terbaik, terhebat, cukup selesa dan mampu milik.

Fikir sejenak ; makin lama budak makin ramai yang dapat berbelas A dalam SPM. (apa magik diorang buat aku tak nak sentuh hari ni) dan tempat ke IPTA makin lama akan makin berkurangan. Jadi pasti ramai yang terpaksa carik jalan ke IPTS untuk sambung pelajaran. Average kursus IPTS diploma di Malaysia lebih kurang Rm21 ribu dan average course degree adalah RM48 ribu plus...

Persoalan aku adalah ; kenapa kerajaan membenarkan benda ni terjadi? Seolah-olah tertiary education adalah sesuatu yang golongan mampu sahaja akan dapat. Bagaimana pulak dengan golongan kurang mampu? Golongan yang tidak punya wang ringgit akan jadi terpinggir dan dari situlah akan berlaku keciciran.

Dari situ PTPTN datang. Jeng jeng jeng!
Cantik sungguh model bisnes ini. Tak mampu, kita berhutang. Tolong rakyat.

Kalau benarlah PM kita ikhlas nak membantu rakyat , tolong, tolong..break these chain of business. Rakyat tidak sepatutnya jadi pelanggan dan rakyat tidak sepatutnya diajar untuk berhutang. PM kata "cukai kena tinggi kalau nak abolish PTPTN." Masalahnya cukai kita memang dah tinggi. Mungkin kita tak sedar dan kita hanya sedar pasal cukai pendapatan tapi terlalu banyak sebenarnya cukai yang berlegar2 dalam hidup semua rakyat Malaysia.

1. Kau nak jaga warranty kereta kau, kau kena servis dekat authorized service centre...ada 6% cukai.
2. Anak kau nak makan KFC takpun Pizza Hut...6% lagi kau kena.
3. Kau bayar kereta tiap2 bulan..ada jugak cukai bergantung kepada jenis kereta apa kau beli.
4. Beli rumah...ada cukai ikut jenis2 dia.

dan bermacam2 lagilah indirect taxes yang kita main bayar tapi kita tak pernah totalkan berapa sebenarnya yang kita bayar sebab mentaliti kita automatik akan rasa berat bila kena bayar cukai selambak...macam cukai pendapatan..tapi cubalah kira dan totalkan berapa sebenarnya kau bayar dekat kerajaan dalam sebulan.

Itu aku tak masuk lagi tol...toll is a form of taxes.

Nak laksanakan GST, laksanakan lah tapi be fair. Ada sesetengah cukai yang kerajaan dah implement yang diorang kena let go. Benda macam rokok,arak dan kasino nak cukai sampai mampus pengguna dia..cukaikan lah.

Berkaitan dengan PTPTN atau nama glemer dia PTPTipu, hutang is still hutang. Aku tak mintak benda tu nak abolish. Kalau dapat, bagus jugak kalau tak dapat pun aku takde nak pegi riot.

Tapi pernah tak PM kita ni tanya kenapa kalau budak IPTS pinjam RM65 ribu dia kena bayar balik in total dekat RM80 ribu lebih? PTPTN ni ikhlas nak membantu orang yang tak dapat masuk IPTA atau sebenarnya sebuah badan bisnes serupa along nak cekik darah fresh grad? Itu tak termasuk lagi bayaran servis perkhidmatan PTPTN yang agak besar jugak jumlahnya.

Kenapa nak berbisnes dengan rakyat?

Tak salah nak tax tinggi tapi masalahnya di Malaysia ni tak nampak hasilnya. Tak payahlah nak compare dengan Norway. Rakyat Norway dicukaikan 36% daripada income diorang tapi 10% daripada tu akan dikembalikan untuk rakyat pergi bercuti. Hari Ahad kedai semua tutup sebab kerajaan dia nak galakkan rakyat spend masa dengan family.

Persoalannya, kalau cukai kita dinaikkan pun, mampu ke kerajaan kita push untuk tingkatkan kualiti hidup kita? Sebab selama ni apa yang aku nampak, kerajaan selalu assume...gaji naik, kualiti hidup naik. Sebab tu diorang push nak dapatkan "gaji negara maju" menjelang 2020.

Gaji besar pun tapi masa untuk spend dengan family tak ada, buat apa? Mana kualitinya? Macam mana nak melahirkan rakyat yang berkualiti?

Aku pastekan sket beberapa kisah mengenai Norway sebab Najib dah buat perbandingan...

Norway has for decades been built up as an open, transparent, informal society with strong egalitarian principles and a regulated social welfare system based on what the Norwegians love to call fellesskap (fellowship). This is a country where the prime minister bicycles to work, where approachable politicians walk freely around town and where the chief executive of the country's biggest bank can be spotted doing his family's grocery shopping, all alone, in short-sleeves.

This is a country where it's not at all unusual to hear its citizens say that they "pay their taxes with joy," because they're keen to spread the wealth and know that they can get a lot back in return, from free university tuition to total coverage of all hospitalization costs.

Kalau kerajaan tak ada vision nak achieve sesuatu yang macam ni...sila step down. Bagi peluang kepada orang lain memimpin Malaysia dan nak try sesuatu yang lebih baik. Bad leaders lead to bad

AMARAN TERAKHIR RAKYAT SPR TERGELIAT

Posted: 08 Apr 2012 08:50 PM PDT

Anwar: Kekuatan raksasa untuk Bersih 3.0
SHAH ALAM 8 April: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan sistem pilihan raya, 28 April ini.


"Saya ulang, kali ini himpunan Bersih pada 28 haribulan, biar ada kekuatan raksasa di kalangan rakyat. Hentikan penipuan ini. Cukuplah!," kata Anwar pada program 'Rapat Rakyat Sempena 25 Tahun Pas Shah Alam', di Stadium Melawati, semalam.
Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1500 penyokong Pakatan Rakyat itu, Anwar berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga kini gagal membersihkan daftar pemilih, termasuk pengundi meragukan.
Ia termasuk pertindihan nombor kad pengenalan, kewujudan lebih 100 pengundi pada satu alamat dan pengundi yang telah mati tidak dikeluarkan dalam daftar pemilih.
Perkara itu katanya menunjukkan kerajaan tidak berniat untuk menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.
"Termasuk di Permatang Pauh pun, ada 123 nama (pengundi meragukan). Sampai begitu sekali. Inilah penipunya mereka," kata Anwar.
Malah katanya, laporan minoriti yang dikemukakan wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik pilihan raya, juga ditolak.
"Sebab laporan (eseluruhan) PSC tidak menjelaskan secara terperinci. Macam mana nak adakan pilihan? Nak cakap, tak boleh. Nak bantah, tak boleh," kata Ahli ParlimenPermatang Pauh itu.
Beliau memberikan contoh kira-kira 40,000 nama pengundi meragukan tidak dibersihkan SPR, sepertimana didedahkan oleh Mimos Bhd yang membuat semakan audit.
Dalam pada itu, Anwar mengarahkan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat, bersiap sedia mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.
"Jangan pandang ringan. Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, undi 51 peratus kepada kita belum boleh dikira menang.
"Kerja, usaha dan ikhtiar mesti dilebihkan. Tanggungjawab kita bukan sekadar pertahankan Selangor, tetapi menjadikan Selangor sebagai kubu menuju Putrajaya," katanya
Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah, hari

ini berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan Bersih asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak.

"Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih).

"Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama," katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran Bersih yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka.

"Selagi perkara itu selari dengan objektif kami, Amanah akan sertai," katanya lagi ketika sidang media selepas perasmian Hari Keluarga Amanah Selangor di sini.

Menurut veteran Umno itu, Amanah yang kini mempunyai sekitar 450 ahli di Selangor juga akan bekerjasama dengan NGO lain dan mencari persetujuan bagi mendapat perhatian kerajaan untuk membela nasib rakyat.

"Amanah akan bekerjasama dengan mana-mana NGO, termasuk orang ramai, demi mendapatkan perhatian kerajaan serta menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang selama ini terbiar dan tidak dipandang," tegasnya.

Jelas Ku Li, ketika ucapannya sebelum itu, NGO adalah penentu dasar kerajaan memerintah bagi menentukan corak kehidupan rakyat, sama seperti diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat.

"Melalui penubuhan NGO, kerajaan akan dapat mendengar segala tuntutan rakyat di peringkat akar umbi.

"Dengan itu kerajaan dapat mengemukakan dasar-dasar baru yang memberikan kesan kepada rakyat," katanya lagi.- TMI

INIKAH TRANFORMASI KG LYNAS?

Posted: 08 Apr 2012 05:48 PM PDT


http://blogserius.blogspot.com/2012/04/serius-lol-kampung-radioaktif.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan