Rabu, 25 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Apr 2012 03:30 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Tamrin Ghafar Baba: Jangan biarkan BN gadai negara kita

Posted: 24 Apr 2012 07:07 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 25 Apr 2012 01:25 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Ceramah Bersih 3.0

Posted: 24 Apr 2012 08:37 AM PDT


PAS TAMBUN

Posted: 25 Apr 2012 01:21 AM PDT

PAS TAMBUN


Posted: 24 Apr 2012 04:24 AM PDT





Sekalian Pemuda Tambun dijemput untuk menghadiri program ini, kerana menjemput Dewan Pemuda PAS Tambun melalui PASTI KDAS2 yang mana handbill ini dimasukkan kedalam peti surat Pasti tersebut.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Apr 2012 01:08 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Penyamun tidak berhati perut, pukul warga emas

Posted: 25 Apr 2012 01:01 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GONG MEDANG - Seorang penyamun tidak ada hati perut apabila tergamak memukul seorang wanita warga emas dengan sekeping papan tebal sebanyak tiga kali di kampung ini dekat Kampung Raja, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa Sharipah Khasipah Syed Mohd Nor, 64, terpaksa dirawat di Hospital Besut selama tiga hari tiga malam akibat kecederaan di kanan kepala manakala penyamun hanya berjaya melarikan bungkusan Milo sahaja.

Dia yang baru keluar dari hospital kelmarin berkata, pada petang kejadian dia berada seorang diri di kedai runcit di rumahnya di sini dan didatangi seorang lelaki berlagak pelanggan.

"Lelaki itu datang dengan kereta Perodua Kenari warna merah manakala seorang rakannya menunggu dalam kereta. Lelaki yang masuk ke kedai itu bertanya Nescafe tetapi saya beritahu tidak ada jual di kedai saya lalu dia mengambil enam bungkusan plastik Milo seberat 400 gram setiap satu dan diletakkan di meja," kata Sharipah yang masih menahan sakit.


Dipukul ketika kira harga barang

Sharifah berkata, ketika dia asyik mengira jumlah harga barangan itu lelaki tersebut keluar ke depan kedai dan selepas itu dia terdengar bunyi seperti kayu ditarik di depan kedai namun dia tidak begitu menghiraukannya.

Menurutnya, hanya selang beberapa saat kemudian lelaki itu muncul lalu memukul kepalanya menyebabkan dia terhuyung-hayang.

"Saya masih sempat bertanya kepada dia mengapa melakukan demikian sambil saya gagahkan kudrat menjerit meminta tolong dengan harapan didengari suami yang berada di dalam rumah.

"Mungkin tidak berpuas hati apabila saya masih mampu menjerit lelaki itu memukul lagi kepala saya dengan kayu sepanjang 30 sentimeter itu sebanyak dua kali lagi menyebabkan saya rebah sambil memegang kepala yang berasa begitu sakit manakala mata berpinar-pinar," katanya.

Akibat jeritan itu penjenayah terbabit hanya sempat membuka satu daripada dua laci dan gagal menemui wang tunai di situ kerana wang RM300 berada di laci sebelah kiri meja menyebabkan dia hanya melarikan Milo berkenaan.


Tiga benjolan sebesar penumbuk di kepala

Suaminya Ariffin Ismail, 67, yang bergegas keluar dari dalam rumah segera membawa Sharipah ke Hospital Besut sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Selepas HUSM mengesahkan Sharipah tidak ada pendarahan dalaman, dia dirujuk semula ke Hospital Besut dan ditahan selama tiga hari kerana sakit akibat dihentak dengan kayu.

"Ada tiga benjolan sebesar penumbuk pada kepala saya akibat pukulan tersebut dan saya muntah pada hari pertama kejadian, sakitnya Tuhan sahaja yang tahu," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.

Sharipah berkata, suspek terbabit dipercayai pernah datang beberapa kali ke kedainya sebelum ini malah salah seorang jirannya pernah menasihatinya agar berhati-hati kerana lelaki itu adalah penagih dadah dan sering keluar masuk penjara.

Menurutnya kebetulan pada sebelah pagi hari kejadian hatinya tergerak menanggalkan semua barang kemas yang dipakainya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk menahan suspek yang masih bebas setakat ini.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 382 Kanun Keseksaan iaitu samun dan mendatangkan kecederaan.

Manakala dua minggu lalu juga seorang wanita warga emas, Staja Hamat, 67, dari Kampung Gong Nering, Jertih turut menjadi mangsa samun apabila muntah darah dan dirawat selama dua hari di hospital selepas dipukul penyamun dengan topi keledar di kepala.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang Rabu itu, Staja kerugian kira-kira RM3,000 apabila penyamun melarikan barang kemasnya ketika dia sedang memberi lembu peliharaannya makan berdekatan sawah padi.

Sinar Harian

Ragut beg: Tiga ditahan direman empat hari

Posted: 25 Apr 2012 12:59 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JELI – Seorang peniaga sayur terpaksa berputih mata apabila beg tangannya dicuri ketika membeli kad nilai pra bayar telefon bimbit dekat kedai telekomunikasi jam 12 tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Nik Nor Aimah Nik Yusuf, 52, yang berasal dari Kampung Lubok Bonggor kerugian kerugian hampir RM100 serta pelbagai dokumen penting yang dilarikan oleh tiga suspek yang menaiki kereta jenis Naza Citra berwarna hitam.

Aimah berkata, kejadian berlaku sangat pantas dan dia hanya mampu melihat salah seorang suspek melarikan beg tangan yang diletakkan di sebelahnya ketika itu.

"Ketika berada di kedai terbabit sebuah kereta jenis Naza citra yang dinaiki tiga suspek yang tidak dikenali tiba-tiba berhenti lalu mengambil beg tangan saya dan melarikan diri. Nasib baik wang dalam beg tidak banyak hanya RM70 tetapi ia digunakan sebagai perbelanjaan harian untuk persekolahan anak hasil jualan sayur, saya memang terkejut kerana ia kali pertama berlaku," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Sheik Azhar Sheik Omar mengesahkan ada menerima berikutan kejadian tersebut.

Sheik Azhar berkata, hasil maklumat orang awam dan bantuan Skim Rondaan Sukarela( SRS), polis berjaya mengesan dan menahan tiga suspek terbabit ketika mereka sedang makan di sebuah kedai makan dekat Batu Gajah, Tanah Merah kira-kira jam 3 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui semula kenderaan yang dinaiki suspek, barangan yang dicuri, sebilah parang dan nombor plat palsu turut ada dalam MPV tersebut.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 24 hingga 29 tahun tersebut direman empat hari bermula semalam dan didakwa mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan. Seorang daripada tiga suspek terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau dan mereka masing-masing berasal dari Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah," katanya.

Sinar Harian

Maut dihentak benda tumpul

Posted: 25 Apr 2012 12:55 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki ditemui mati berhampiran kilang UMW dekat Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, lelaki berusia 44 tahun dan masih bujang itu ditemui orang awam dalam keadaan terlentang di sebuah kawasan lapang dekat kilang terbabit, jam 8 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

"Lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang dekat Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan dan siasatan awal, kita percaya mangsa mati tidak kurang dari 24 jam sebelum ditemui.

"Malah, kita mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut kerana tidak terdapat unsur-unsur jenayah mahupun senjata di tempat kejadian­, melainkan botol minuman keras dan juga ubat kencing manis, dipercayai milik mangsa," katanya.

Bagaimanapun, Azman berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mangsa di Hospital Seberang Jaya (HSJ) menemui kesan kecederaan dalaman, dipercayai akibat hentakan benda tumpul di bahagian­ muka.

Berikutan itu, polis mengklasifikasikan semula kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Justeru, pihaknya merayu saksi yang terlihat kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran­ bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Suspek kes langgar anggota polis ditahan

Posted: 25 Apr 2012 12:53 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Suspek kes langgar lari yang menyebabkan kematian seorang anggota polis dari Balai Machang Bubok, dekat Permatang Tinggi, 12 April lalu, berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Rizal Zainol Rashid, 38, itu ditahan di Kulim, Kedah, 21 April lalu.

"Kita membuat serbuan ke atas rumahnya di Lunas pada malam kejadian (12 April), dan menahan kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu ketika kejadian, namun, suspek tiada di rumah, dipercayai melarikan diri sebelum polis tiba.

"Bagaimanapun, hasil usaha dan bantuan orang awam, akhirnya suspek berjaya ditahan Sabtu lepas," katanya.

Azman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kematian.

Katanya, suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengesan seorang lagi lelaki, dipercayai kenalan suspek dan dikenali sebagai Sham yang turut sama berada di dalam kenderaan berkenaan pada malam kejadian.

Menurutnya, mereka yang mempunyai maklumat dirayu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik SPT, Inspektor Azwan Kamarudin di talian 012-2651045.

Terdahulu, seorang anggota polis berpangkat Konstabel maut digilis lori selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika menjalankan tugas, dalam satu kejadian, dekat Permatang Tinggi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 malam, ketika mangsa, Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang baru enam bulan bertugas di Balai Polis Machang Bubok itu cuba memintas sebuah kereta untuk diperiksa, selepas mendapati kereta tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Sinar Harian

Kakitangan IT PAS Kelantan disamun

Posted: 25 Apr 2012 12:51 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Seorang kakitangan Unit IT PAS Kelantan cedera di kedua-dua belah lengan akibat disamun dua lelaki bermotosikal menggunakan senjata besi malam tadi.

Pengarahnya, Mohd Ruslan Muhd Zain berkata, ketika kejadian tiga pegawai wanita terbabit sedang menunggu kunci untuk menaiki pejabat IT PAS Kelantan di Jalan Kota Darulnaim.

"Bagaimanapun ketika menunggu dua lelaki datang dengan menaiki motosikal dan terus menyamun mangsa di hadapan bangunan tersebut.

"Ekoran itu berlaku pergelutan namun penyamun sempat melarikan sebuah beg dipegang kakitangan berkenaan yang mengandungi telefon bimbit dan wang tunai," katanya di sini.

Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu sejurus selepas kejadian.

Menurutnya mangsa mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menerima beberapa jahitan.

Dan hari ini pula dilakukan pemeriksaan x-ray dan didapati tidak berlaku keretakan tulang dan sebarang kecederaan serius.

Kata beliau juga di tempat kejadian pernah berlaku kejadian samun yang membabit seorang wanita tua.

Sehubungan itu beliau berharap pihak polis melakukan kawalan lebih kerap ke kawasan berkenaan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Harakah Daily

Abim seru pencinta kebenaran ke Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 12:50 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyokong penganjuran perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, Abim menilai penganjuran Bersih 3.0 adalah manifestasi keprihatinan rakyat terhadap kelemahan tatacara pengendalian pilihanraya di negara ini.

"Pilihanraya adalah wahana untuk mengangkat pemimpin yang didokong oleh rakyat.

"Pilihanraya juga merupakan mekanisme berkesan dalam menguruskan perbezaan pendapat serta aliran politik dalam sesebuah negara secara harmoni sekiranya ia dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, tambahnya adalah amat penting institusi serta tatacara pengendalian sesebuah pilihanraya beroleh kepercayaan serta keyakinan yang tidak berbelah bagi dari rakyat.

Sehubungan itu, Abim menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seharusnya mengambil sikap proaktif dan lebih serius untuk menangani sebarang aduan serta desakan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 serta masyarakat terhadap isu-isu berkenaan.

"Dalam hal ini Abim ingin mendesak SPR agar menngamati setiap tuntutan serta aduan yang dikemukakan seperti pembersihan senarai pengundi, penambahbaikan terhadap pengendalian undi pos, akses media yang saksama untuk semua parti di samping membendung budaya politik kotor dan ganas menerusi pengukuhan institusi-institusi awam yang berkaitan," ujarnya lagi.

Menurutnya, SPR tidak seharusnya bersikap acuh tidak acuh dalam menangani sebarang aduan serta tuntutan yang dikemukakan, kerana ia merupakan manifestasi terhadap tingginya kesedaran sivil dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap hak politik mereka.

Beliau menegaskan, kegagalan berbuat demikian (menangani aduan serta tuntutan yang dikemukakan dengan sewajarnya) tidak sahaja akan membentuk persepsi negatif terhadap SPR, bahkan ia menafikan peluang untuk badan terbabit memperbaiki serta mengembangkan tatacara pengendalian pilihanraya yang lebih cekap dan berintegriti.

"Menilai suasana politik semasa yang banyak dipengaruhi dengan teka teki PRU 13 yang akan datang, Abim merasakan isu penambahbaikan pengendalian pilihanraya seharusnya diberikan keutamaan yang paling tinggi oleh SPR serta pihak-pihak yang berkenaan," katanya.

Menurut Amidi lagi, kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan PRU13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan.

"Justeru, Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Mahasiswa terus bertahan di Dataran Merdeka

Posted: 25 Apr 2012 12:49 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Biarpun beberapa kali dirempuh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semangat anak-anak muda yang berkhemah di Dataran Merdeka tidak patah, yang kini sudah masuk hari ke-12.

Dilarang mendirikan khemah, kini mereka duduk berpayung dari terikan matahari di sebuah sudut di Dataran Merdeka.

Jika sebelum ini mereka berkumpul di sudut berdekatan air pancut, selepas ditutup dengan pita kuning DBKL, mahasiswa ini beralih ke arah padang.

Seorang mahasiswa yang telah berada di sana sejak 12 hari lalu, Alif Asyraf, berkata mereka cuba bertahan untuk terus berada di dataran tersebut hingga menjelang himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Menyedari mungkin DBKL akan melakukan lebih banyak sekatan menjelang Bersih 3.0, pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata kumpulan mahasiswa itu cuba tidak berganjak dari situ bagi menuntut pendidikan percuma di negara ini.

Tinjauan Harakahdaily, hari ini menyaksikan beberapa aktivis berada di tapak mereka berkhemah, manakala sebahagian mahasiswa pula berada di mahkamah.

Biarpun tidak dibenarkan memasang khemah, mereka tetap berkumpul dan berpayung bagi melindungi diri mereka dari terik matahari.

Sepanjang tinjauan Harakahdaily di sana, orang ramai dilihat turut menyinggah ke kawasan mahasiswa tersebut untuk menyatakan sokongan dan menghulurkan sumbangan.

Tengah malam tadi, DBKL didakwa menyerbu ke atas perkhemahan mahasiswa dan dikatakan merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200.

Serbuan itu merupakan serbuan ketiga DBKL ke atas mahasiswa tersebut dalam tempoh kurang 24 jam.

Dalam serbuan sebelum ini, enam mahasiswa ditahan, dan dibebaskan kemudiannya dengan jaminan.

Seorang dari mereka, Umar Mohd Azmi, bagaimanapun didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBKL, dari menahan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Harakah Daily

Kes Scorpene: Keengganan Zahid kerjasama dikesali

Posted: 25 Apr 2012 12:46 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mengotakan kata-kata beliau sebelum ini yang mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu komisen kapal selam Scorpene.

"Dalam pertengahan tahun lepas bila isu Scorpene ini dibangkitkan, dia seolah-olah bongkak di dalam negara.

"Dia kata tak ada masalah kalau diperlukan di mana juga mahkamah, dia berikan kenyataan, 'sanggup beri kerjasama' kononnya tiada benda yang nak diselindungkan dan berikan mahkamah tegakan keadilan.

"Tetapi yang terbaru sekali, bila kes ini betul-betul disebut di mahkamah Perancis ternyata dia pulak takut dengan alasan tak ada sebab nak gunakan duit sendiri untuk pergi ke mahkamah Perancis.

"Kata mahu mahkamah tegakkan keadilan tetapi tak mahu beri kerjasama. Cakap apa ini, selalu nak putar belit," kata Chegubard ketika dihubungi harakahdaily hari ini.

Semalam Zahid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan hadir ke mahkamah di Perancis samada dibiayai kerajaan mahupun dengan menggunakan wang dari poket sendiri.

Menurut Chegu Bard keengganan menteri pertahanan untuk hadir dalam siasatan di mahkamah Perancis akan memalukan rakyat dan menjejaskan imej negara.

"Kita difahamkan bahawa mahkamah Perancis telah menerima Najib dan Zahid selaku saksi dalam kes tersebut.

"Oleh kerana itu, jika Najib dan Zahid mengelak untuk hadir ketika dipanggil, menurut sumber perundangan, mahkamah Perancis boleh mengeluarkan waran tangkap kepada Najib yang suatu ketika dahulu adalah Menteri Pertahanan dan juga Menteri Pertahanan sekarang.

"Lebih penting lagi sekiranya ianya berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan soal imej negara tetapi juga soal keselamatan negara," katanya.

Beliau turut meminta agar rakyat malaysia fikir "Apakah rasanya sebagai rakyat Malaysia apabila PM kita menjadi buruan di peringkat antarabangsa? Tentu memalukan kita semua.

"Ia tak mustahil, jika tak hadir sudah tentu waran tangkap boleh dikeluarkan melalui rangkaian Interpol dan sebagainya dan ini pernah berlaku terhadap diktaktor Augusto Pinochet yang ditangkap oleh rangkaian interpol di hospital," ujar beliau merangkap Ketua PKR Cabang Rembau.

Terdahulu pada 29 Mei 2011, Zahid ketika menjawab soalan wartawan dalam isu yang sama berkata, di samping mahukan ketelusan dalam siasatan beliau juga mahukan mahkamah menentukan kebenaran.

Zahid turut memberitahu bahawa beliau bersedia untuk ke mahkamah sekiranya diminta berbuat demikian oleh mahkamah.

"Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran.

"Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi, syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet

"Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi," menurut Zahid ketika itu yang jelas bertentangan dengan kenyataan terbaru beliau yang enggan berkerjasama untuk mahkamah membuktikan kebenaran," ujar Chegu Bard.

Skandal pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia menimbulkan pelbagai kontroversi termasuk dikaitkan dengan pembunuhan warga monggolia, Altantuya Shaariibu.

Harakah Daily

Rakyat Sabah diajak turun ke Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 12:45 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di sini.

Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, ia merupakan himpunan lanjutan yang terpaksa diambil setelah pelbagai kaedah yang sama sebelum ini gagal diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri terutama melibatkan tanah rakyat.

"Isu ini bukan pertama kali diketengahkan, bahkan kita juga sudah banyak menerima rungutan dan keluhan rakyat yang mengalami masalah tanah.

"Kita juga sudah membawa isu ini ke pengetahuan media dan perhatian Pejabat Ketua Menteri, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan dan perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan tidak dipedulikan malah menyulitkan lagi keadaan," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Sabah, dekat Kingfisher pagi tadi.

Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar dan bangkit dalam menuntut hak dan keadilan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya penindasan di kalangan rakyat.

"Sebagai rakyat, kita perlu sedar bahawa kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan. Seperti apa yang berlaku sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja mengelak untuk berjumpa dengan rakyat malahan melayan rakyat dengan cara yang tidak masuk akal.

"Tanah ini bukan untuk seminggu dua saja, tapi ianya digunapakai buat kepada generasi-generasi yang akan datang. Bila tanah kita ini dirampas dengan cara yang jahat, maka hak kita turut dinafikan oleh mereka.

Hisammuddin berkata, pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma terbaik dan bertindak secara adil untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

"Sudah menjadi kewajipan setiap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan cara yang bijak dan bukan dengan cara menindas golongan rakyat. Beberapa isu berkaitan perlu ditangani berkenaan seperti ketelusan dalam pemberian tanah, Tanah Hak Adat Sabah, pampasan dan sebagainya," jelasnya.

Beliau juga katanya akan memobilisasi rakyat bagi membangkitkan kesedaran untuk sama-sama turun dalam himpunan kelak yang juga turut dihadiri Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3.

Harakah Daily

50,000 muslimat PAS dijangka sertai Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 12:43 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggarkan tidak kurang 50,000 ahli dari seluruh Malaysia akan menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, DMPP mensasarkan 1,000 orang bagi setiap Dun dan surat pemberitahuan telah dikeluarkan oleh pusat ke setiap negeri dan kawasan.

"DMPP mengarahkan seluruh ahli dan jentera kita di peringkat cawangan, kawasan dan negeri untuk turun ke Bersih 3.0 dan DMPP mensasarkan 1,000 orang setiap Dun.

"Kerahan ini sudah diselaraskan mengikut negeri dan surat pun sudah dikeluarkan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga, terserah kepada setiap negeri untuk mengatur perjalanan ahli-ahlinya pada hari tersebut.

"Mekanisme perjalanan dan pergerakan terpulang kepada setiap negeri tapi DMPP menggalakkan mereka yang hadir berpakaian mengikut warna tema iaitu kuning.

Katanya lagi, DMPP juga giat mempromosikan program tersebut melalui media baru seperti facebook, twitter, blog dan medium ceramah ke setiap kawasan.

"DMPP memang sentiasa mewarwarkan Bersih 3.0 di laman sosial dan saya sendiri pun setiap kali ceramah sakan menyebut mengenai kepentinagn muslimat menyertai Bersih 3.0," katanya.

Justeru beliau berharap muslimat dapat bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) lain bagi menunjukkan solidariti terhadap tuntutan rakyat.

"DMPP berharap gelombang muslimat dapat menyemarakkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil walaupuin mendapat pelbagai tentangan," katanya.

Harakah Daily

Persada seru ahli turun Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 12:42 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) sebagai sebuah NGO bebas menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah memastikan PRU di Malaysia telus, bersih dan profesional.

Persada juga berpendapat, penganjuran Himpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' adalah satu tindakan yang proaktif dalam mencapai hasrat murni seluruh masyarakat yang cintakan keadilan dan integriti.

"Ia sesuatu yang harus disokong dan didokong oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira anutan agama mereka batasan kaum, pegangan ideologi politik dan sahsiah," demikian tegas Setiausaha Agong Persada Razali Mat Ail.

Katanya, Himpunan Bersiah 3.0 pada 28 April ini tidak harus dilihat sebagai satu tindakan politik tertentu tetapi menjangkau lebih daripada itu.

Jelasnya kepada Harakahdaily, semua pihak perlu melihat dari pelbagai aspek lain yang lebih penting terutamanya dalam mendesak pengendalian proses pilihan raya yang harus diperbaiki untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hasil yang bersih dan adil.

"Imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh kerajaan yang diberi mandat secara sah telus dan adil perlu diperbaiki dan tidak diragui," katanya.

Justeru, Persada juga ingin menyeru ahli-ahlinya untuk turut mengambil bahagian secara aktif dalam usaha ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan Perhimpunan Bersih 3.0 dan menegaskan bahawa perhimpunan secara aman adalah menjadi hak rakyat Malaysia.

Harakah Daily

Teras tuntut Felda batal penyenaraian

Posted: 25 Apr 2012 12:39 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut agar langkah penyenaraian Felda melalui Felda Global Ventures Berhad Holdings (FGVH) dibatalkan segera.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata tujuan penyenaraian tersebut semakin jelas tidak memihak kepada kebajikan dan manfaat jangka panjang peneroka Felda.

Apatah lagi, katanya dalam pengagihan saham nanti telah terdedah wujudnya peruntukan untuk Felda memberi laluan kepada strategic partner yang melibatkan syarikat luar dari Israel.

"Felda yang kini adalah sebuah agensi cash rich. Oleh itu tidak perlu menyenaraikan Felda dalam bursa saham yang terdedah kepada naik surutnya harga saham," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga mempersoalkan apa perlu Felda menyenaraikan aset peneroka dalam pasaran saham untuk mengumpul modal jika jelas Felda memiliki wang tunai yang banyak.

Katanya, Teras berpendapat jika aset peneroka ditukar dalam bentuk saham yang tidak menentu harganya dan di luar kawalan Felda, maka risiko jangka panjang amat tinggi bila monopoli oleh syarikat besar akan mengambilalih seluruh saham Felda.

"Apa jaminan pihak kerajaan bahawa aset tanah peneroka akhirnya tidak juga terheret dalam perniagaan saham terbuka?" soalnya lagi.

Setakat ini, ujarnya jaminan Perdana Menteri bahawa tanah Felda yang ada peneroka tidak akan dilibatkan hanya pengumuman lisan dan tidak ada jaminan ia tidak akan berlaku.

Menurutnya, pihak kerajaan tidak menjelaskan bagaimana aset tanah akan terhindar dari pemindahan milik jika Felda tidak ada kuasa menentukan hal ini di Bursa Malaysia.


"Malah, pengagihan saham bila IPO diisytiharkan setakat ini tidak dijelaskan bagaimana ia tidak akan merugikan peneroka bila pihak lain mula membeli saham secara proksi," katanya.

Setakat ini, ujarnya bantahan oleh peneroka tidak boleh diketepikan hanya dengan keputusan sebuah mesyuarat agung KPF yang tidak sebenarnya diwakili oleh majoriti peneroka.

Mohd Azmi menambah, oleh kerana penyenaraian itu adalah suatu langkah yang sangat besar dan melibatkan masa depan peneroka Felda, maka suara bantahan yang wujud di kalangan peneroka tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

"Teras menuntut supaya ia dibatalkan di atas fakta bahawa sekarang isu ini berada di tahap penuh kontroversi yang memerlukan pihak kerajaan perlu menimbang semula keputusannya," ujarnya.

Beliau berkata, kini Felda adalah satu-satunya agensi yang mengendalikan aset tanah paling luas dalam negara.

Katanya lagi, aset tanah yang ada tidak boleh diperjudikan melalui pasaran saham kerana ia adalah aset strategik sebuah negara, ia bukan aset Felda tetapi hanya menguruskannya.

Tambahnya, tidak ada gunanya harga saham mencapai tahap tinggi sedangkan aset sebenar telah dimiliki pihak lain.

"Teras menuntut agar penolakan peneroka yang tidak sedikit terhadap penyenaraian ini akan mengujudkan keadaan yang tidak stabil kerana Felda bukan lagi dilihat sebagai pembela nasib peneroka," katanya.

Perlu diingatkan, ujarnya peneroka tidak mendapat harta tanah dalam rancangan Felda secara percuma.

Malah, katanya setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Felda perlu dibayar semula oleh peneroka melalui pemotongan hasil yang diperolehi dari hasil ladang.

"Malah masih ramai di kalangan mereka yang dicatat sebagai peneroka yang masih berhutang kepada Felda.

"Oleh kerana itu peneroka berhak bersuara ke atas sebarang usaha yang melibatkan nasib mereka dalam jangka panjang," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Kereta bakal pengantin terbalik

Posted: 25 Apr 2012 12:38 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini, nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Masjid Tanah-Hutan Simpan, dekat sini, kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Viva yang dipandu, Norhidayah Zakaria, 27, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang di Batu Berendam menuju ke rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, di sini.

Difahamkan mangsa yang memandu dalam keletihan selepas tamat waktu bekerja pada jam 7 pagi, hilang kawalan sebelum melepasi satu selekoh mengakibatkan keretanya terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang tiang elektrik.

Norhidayah berkata, dia tidak menyedari kereta dipandunya semakin menghampiri sebatang tiang elektrik di kiri jalan.

"Saya tidak sedar kereta sudah menghala ke arah kiri jalan dan terkejut sebaik melihat jarak antara kereta dengan tiang elektrik di hadapan semakin hampir.

"Dalam keadaan panik, saya cuba memaut stereng ke arah kanan bagi mengelak daripada merempuh tiang elektrik, namun gagal kerana jaraknya terlalu dekat," katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan keretanya terseret dan berpusing menghala semula ke arah bandar Melaka.

"Saya tersempit di tempat pemandu dan gagal keluar sendiri sebelum dibantu orang awam melalui pintu sebelah penumpang hadapan.

"Kemudian saya dihantar ke sebuah klinik panel di pekan Masjid Tanah oleh seorang wanita sebelum menghubungi keluarga memaklumkan kejadian yang berlaku," katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang menimpa.

Bagaimanapun, Norhidayah yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Syukur Amin Mohd Arifin, 24, tidak mengalami kecederaan serius dan menerima rawatan pesakit luar.

Sinar Harian

Restoran milik VIP dikesan curi air

Posted: 25 Apr 2012 12:35 AM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Sebuah restoran dipercayai milik seorang kenamaan atau VIP bergelar Datuk diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), semalam kerana disyaki mencuri air sejak tiga hari lalu.

Restoran terletak di Seremban 2, dekat sini itu dipercayai melakukan sambungan­ haram untuk kegunaan harian premis yang baru dibuka Sabtu lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguat kuasaan Sains dan Span diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan Span (Bhepp Span), Mohadir Hid, dalam pemeriksaan kira-kira 12 tengahari.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya mendapati wujud penyambungan paip tanpa kebenaran di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati sambungan secara tidak sah berkenaan dilakukan menggunakan paip jenis mudah lentur bersaiz 15 milimeter (mm).

"Hasil ujian klorin yang dilakukan menunjukkan air berkenaan adalah air terawat milik Sains," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, pihak Span telah mengeluarkan notis memaklumkan kesalahan terhadap pemilik premis dan paip itu disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

"Siasatan awal mendapati air itu dipercayai digunakan untuk kegunaan harian premis berkenaan," katanya.

Azlan berkata, Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan terhadap kegiatan mencuri air di seluruh negeri ini tanpa mengira kes membabitkan pengguna komersial atau domestik.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982 untuk tindakan lanjut dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Sinar Harian

P.Pinang wujudkan akademi pembelajaran, badminton

Posted: 24 Apr 2012 08:35 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bakal menyediakan pusat pembelajaran dan akademi badminton yang pertama khususnya kepada anak muda negeri itu.

Menurut Ketua Menterinya Lim Guang Eng, Pusat Pembelajaran Pulau Pinang (PLC) dan Akademi Badminton Pulau Pinang (PBA) yang menelan belanja RM4 juta ini akan mengambil masa selama 18 bulan untuk siap.

Beliau percaya bahawa PLC dan PBA akan memberikan khidmat kepada masyarakat dari segi menyediakan lokasi yang unik di mana pelajar yang kurang bernasib baik akan mempunyai tempat yang sesuai untuk mengikuti kelas tuisyen dan mempelajari bahasa baru serta cemerlang dalam badminton.

Katanya, pembinaan kedua-dua tempat berkenaan disumbang oleh Yayasan ECMLibra dan 3 rakan kongsinya iaitu, Lim Kian Onn, Dato' Seri Kalimullah Hassan dan Dato' David Chua Ming Huat.

Tanah seluas 2.9 ekar milik Kerajaan Negeri ini terletak berhampiran Kampung Buah Pala di Sri Delima dan Bukit Gelugor.

Pembinaan Pusat Pembelajaran Pulau Pinang dan Akademi Badminton Pulau Pinang akan memenuhi keluasan sebanyak 1 ekar.

Apabila siap, katanya dua buah bangunan tersebut akan diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri yang juga akan menguruskannya.

"Sebuah perpustakaan, tujuh buah kelas bahasa dan tuisyen, enam hingga lapan gelanggang badminton dan kantin akan disediakan.

"Antara bahasa yang akan diberi tumpuan ialah bahasa asing selain daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Pengguna juga boleh mendapatkan makanan dan minuman di dalam bangunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada Yayasan ECM Libra yang telah banyak menyumbang ke arah menggalakkan pendidikan dan penguasaan bahasa terutamanya untuk generasi muda.

Katanya, ini akan membantu Pulau Pinang mencapai aspirasi menjadi sebuah bandar antarabangsa dan pintar yang bersih, hijau, selamat dan sihat.

Baru-baru ini, ECA International mengesahkan George Town sebagai bandar yang paling sesuai didiami di Malaysia, menduduki tangga ke-8 di Asia dan 73 di peringkat global.

George Town mendahului Kuala Lumpur buat pertama kalinya pada 2011 apabila mengekalkan kedudukannya sebagai bandaraya paling selamat didiami di Asia manakala Kuala Lumpur turun ke tangga 9.

George Town membuktikan bahawa pencapaian ini adalah bukan suatu kebetulan tetapi suatu fakta apabila George Town mengekalkan kedudukan bandar ke - 8 paling selamat didiami di Asia pada tahun 2012, manakala Kuala Lumpur turun ke tangga 10.

Harakah Daily

OKU dijatuhi hukuman denda kerana dadah

Posted: 24 Apr 2012 08:33 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang orang kelainan upaya (OKU) dijatuhi hukuman­ denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam atas dua pertuduhan memiliki dan menghisap dadah, bulan lalu.

Tertuduh, Rosli Md Isa, 45, yang tempang kaki dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif pada hari sebutan semula semalam.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati memiliki dadah berbahaya heroin dan monoacetylmorphines dengan berat bersih 1.45 gram di sebuah rumah kira-kira 7.30 malam pada 4 Mac 2012.

Bagi pertuduhan kedua, Rosli didapati memberikan kepada diri sendiri dadah jenis morfin kira-kira 7.55 malam pada hari sama.

Tertuduh diwakili Pelatih Dalam Kamar dari Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam negeri memohon mahkamah memberikan hukuman ringan terhadap tertuduh yang memiliki kad OKU .

Agency

Saya masih merindui United

Posted: 24 Apr 2012 08:05 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGGEMPUR berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan dirinya tetap merindui bekas kelab, Manchester United dan akui masih berhubung baik dengan Sir Alex Ferguson.

Ronaldo menghabiskan masa enam tahun di Old Trafford sebelum mengambil keputu­san berhijrah ke gergasi Sepanyol pada 2009 yang memecah rekod pembelian paling tinggi iaitu sebanyak RM396 juta.

"Kadang-kadang saya masih bercakap dengan Alex. Saya menganggap pemain United seperti keluarga sendiri.

"Saya juga mempunyai hubungan baik bersama Rio Ferdinand, Nani, Anderson dan Patrice Evra," katanya yang sudah meledak 40 jaringan di saingan La Liga musim ini.

Ronaldo juga menjaringkan gol kemenangan pada pertemuan El Clasico menentang Barcelona Ahad lepas dan kini memimpin Madrid dalam pemburuan mengejar kejuaraan liga buat pertama kali sejak 2008.

Sinar Harian

Rumah Mazlan Aliman disimbah cat merah

Posted: 24 Apr 2012 07:30 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rumah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Felda Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi.

Mazlan berkata, perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata.

Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah.

"Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat.

"Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi.

"Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah (gambar) tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan Felda.

"Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar.

"Saya dah berada dalam PAS selama 30 tahun dan sudah hadapi macam-macam. InsyaAllah saya boleh hadapi semua ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus perjuangkan hak rakyat," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dilakukan menjelang Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, Johor Bharu 5 Mei depan.

"Kita akan adakan himpunan tanah besar-besaran dan kita sudah buat roadshow ke seluruh tempat dan dedahkan perkara-perkara berkaitan isu tanah.

"Kita dedahkan bagaimana pemimpin Umno ada tanah yang banyak sedangkan rakyat yang buat permohonan 40 tahun tak dapat-dapat.

"Mungkin perbuatan ini untuk menggagalkan usaha kita memberi maklumat kepada rakyat," katanya.

Harakah Daily

Simbah cat merah rumah Mazlan ke-3 masa seminggu

Posted: 24 Apr 2012 07:29 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) cukup kesal dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat merah di rumah Pengerusi Tanah yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Setiausaha Tanah, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, kejadian itu disedari oleh isteri Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong.

"Isteri beliau terhidu bau cat minyak di bekalang rumahnya di Felda Bukit Ramun, Kulai," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, kejadian itu merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh seminggu di Negeri Johor.

Jelasnya, insiden pertama berlaku pada 19 April lepas di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan kedua pada 22 April di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang (PAP), Azhar Mansor.

Baginya, perbuatan tidak bermoral itu berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan Tanah yang akan menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei depan bermula jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Menurut Suhaizan lagi, antara tuntutan Tanah adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTMB Tanjung Pagar, menghentikan pengurniaan tanah kepada KPRJ/kroni dan merampas tanah penyeleweng.

Semalam, Mazlan dalam kenyataannya kepada media memberitahu akan menurunkan 10 ribu ahli dan penyokong-penyokong Tanah ke Dataran Merdeka pada 28 April ini sebagai tanda sokongan Tanah kepada Himpunan Bersih 3.0.

Katanya, Tanah akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

Ekoran kejadian di rumah Mazlan itu, Suhaizan berkata, Tanah mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

"Ini bagi mengelakkan kejadian di ingini berlaku selepas ini," ujarnya.

Harakah Daily

Liga Juara: Di Matteo anggap pencapaian Chelsea luar biasa

Posted: 24 Apr 2012 07:24 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGURUS sementara Chelsea, Roberto Di Matteo menganggap kejayaan pasukannya layak ke peringkat akhir Liga Juara-juara merupakan satu pencapaian luar biasa pemainnya setelah menewaskan Barcelona.

Chelsea yang beraksi dengan 10 orang pemain, nyata tidak tergugat dalam memperoleh kemenangan apabila berjaya mengatasi Barcelona dengan kiraan agregat 3-2 selepas seri 2-2 di Stadium Nou Camp.

"Dengan kemenangan ini kita telah buktikan kemampuan sebenar pemain kepada pihak yang selama ini memandang rendah terhadap Chelsea.

"Kita tahu Barcelona adalah sebuah pasukan yang hebat, namun kami telah buktikan yang kelab ini mampu melakukannya walaupun berhadapan dengan kelab terhebat dunia," kata Di Matteo.

Insiden membabitkan kapten Chelsea, John Terry yang menerima kad merah pada minit ke-35, tidak menimbulkan kemarahan Di Matteo, sebaliknya memberi pujian kepada pemain itu kerana beraksi dengan semangat yang tinggi pada perlawanan tersebut.

"Terry adalah seorang ketua yang hebat, dan bagi saya semua orang pernah melakukan kesilapan, apa yang penting semangat yang ditunjukkan oleh Terry patut dibanggakan," tambah beliau.

Chelsea bakal bertemu dengan pasukan Real Madrid atau Bayern Munich yang akan bersaing dalam merebut satu lagi tiket ke pentas akhir Liga Juara-juara, awal pagi esok (waktu Malaysia).

Sinar Harian

Bom lama dalam saluran longkang

Posted: 24 Apr 2012 07:23 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEGAMAT - Seorang pekerja awam Majlis Daerah Segamat (MDS) menemui sebutir bom lama di dalam sebuah saluran longkang di kawasan perindustrian berdekatan dengan Hospital Segamat kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin.

Ramli Abd Kadir berkata, dia menemui bom tersebut ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan bersama empat rakannya di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sepanjang 13 tahun bertugas dengan MDS, inilah pertama kali dia menemui bom meskipun sering memungut besi besi buruk ketika melakukan kerja pembersihan untuk dikumpulkan di bengkel MDS, Jalan Muar.

"Ketika sedang bersihkan longkang, saya ternampak besi bulat panjang, namun tidak sangka itu bom lama.

"Tanpa berlengah, saya ambil besi tersebut dengan niat untuk menjualnya.

"Namun sebaik tiba di bengkel MDS, seorang kawan menyatakan itu adalah bom lama," katanya.

Katanya, sebaik mengetahui itu adalah bom lama, rakannya membuat laporan polis bagi memaklumkan mengenai penemuannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud telah mengesahkan besi buruk yang ditemui itu adalah bom lama dan ia telah diletupkan kelmarin.

Sinar Harian

Annan khuatir konflik Syria berterusan, kematian meningkat

Posted: 24 Apr 2012 07:21 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Kerajaan Syria didakwa gagal menarik balik senjata-senjata berat dari kawasan konflik, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pelan damai yang diusahakan Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan akan berhadapan dengan kegagalan.

Syria masih menyaksikan keganasan yang berterusan meskipun pasukan pemantau awal sudah pun berada di negara itu sejak minggu lalu.

Dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan secara tertutup semalam, Annan dipetik berkata, beliau bimbang dengan keganasan baru di sebalik kehadiran pemantau-pemantau PBB.

Aktivis mendakwa 70 orang terbunuh kelmarin, kebanyakan di bandar Hama.

PBB mahu menambah pasukan pemantau kepada 300 orang.

Annan berkata, keseluruhan situasi di Syria bercanggah dengan kehendak masyarakat antarabangsa.

Sinar Harian

Chong Wei harus lebih berhati-hati

Posted: 24 Apr 2012 07:19 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Datuk Lee Chong Wei yang menjadikan pentas Siri Super Terbuka India sebagai medan ujian untuk menilai pemulihan kecederaan bahu kananya itu, tidak di sokong oleh bekas pemain Kebangsaan, Jalani Sidek.

Sebaliknya, beliau beranggapan Chong Wei seharusnya lebih berhati-hati serta mendapatkan rehat secukupnya dalam memastikan kecederaannya itu pulih seratus peratus bagi menjamin peluang beliau untuk beraksi di sukan Olimpik nanti

"Pada pendapat saya, Chong Wei tidak perlulah beraksi, sebaliknya hanya bagi tumpuan kepada kejohanan Olimpik yang lebih penting kepada negara dalam memastikan misi meraih emas pertama di London akan tercapai," kata Jalani.

Chong Wei yang sembuh daripada kecederaan bahu kanan bulan lalu membuat keputusan untuk beraksi di Siri Super Terbuka India yang bermula semalam serta Kejohanan GP Emas Terbuka Malaysia sebelum mengambil bahagian dalam Piala Thomas Mei nanti.

Bagaimanapun bagi Jalani, beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang keputusan Chong Wei daripada beraksi, sekiranya pemain berusia 29 tahun itu sudah nekad untuk bermain.

"Keputusan terletak ditangan Chong Wei, kerana dia yang mengalami kecederaan, jadi sekiranya Chong Wei yakin dengan kemampuanya untuk beraksi, terpulang lah.

"Lagipun, saya tahu dia lebih arif tentang tahap pemulihan kecederaannya itu, dan saya yakin keputusannya untuk beraksi adalah satu keputusan yang bijak," kata Jalani kepada Sinar Harian Online semalam.

Pada masa sama, ketika ditanya kemampuan skuad badmintan dalam merampas kembali Piala Thomas Mei nanti, beliau berkata, melihat prestasi pemain yang masih terumbang ambing mungkin akan memberi sedikit kesulitan kepada kem negara dalam memenangi Piala tersebut.

"Sebenarnya bukan mudah untuk memenangi Piala Thomas lebih-lebih lagi mempunyai saingan hebat daripada negara lain terutamanta China dan Korea.

"Jika atas kertas, memang mustahil untuk kita menang, namun itu semua bergantung kepada pemain kerana kalau mempunyai semangat juang yang tinggi, insyallah kita boleh pergi ke peringkat akhir nanti ," katanya lagi.

SKUAD Piala Thomas negara berdepan ujian getir pada kejohanan yang akan berlangsung Mei ini, selepas diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara lapan kali, Denmark serta Afrika Selatan.

Sinar Harian

Mak nyah lari dipaksa kahwin

Posted: 24 Apr 2012 07:17 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang mak nyah warga Filipina sanggup lari ke Malaysia gara-gara pernah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun, namun menyerah diri ke Balai Polis Kulim kira-kira jam 7.20 petang semalam, setelah menyedari kedatangannya ke negara ini tanpa dokumen sah.

Menurutnya, yang hanya mahu dikenali dengan nama Telani, 26, sebelum ini dia memasuki Malaysia menggunakan jalan laut untuk cuba mengubah nasib dengan bekerja di negara ini.

"Bagaimanapun, setelah enam bulan berada di negara ini, saya takut kerana pihak polis dan Jabatan Imigresen sering membuat serbuan.

"Atas nasihat rakan, akhirnya saya menyerahkan diri ke balai polis dan berharap dapat dihantar balik ke negara asal," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai seorang pendandan rambut di sebuah salon di pekan kecil di Filipina.

Telani berkata, untuk masuk ke negara ini secara sah dia harus mempunyai modal sekurangnya RM10,000, namun dengan pendapatan yang tidak seberapa memaksanya mengupah tekong bot nelayan untuk masuk ke Malaysia.

"Di negara ini, saya cuba bekerja mengikut kemahiran yang saya ada, tetapi tiada majikan yang mahu mengajikan saya kerana tiada permit sah.

"Justeru, saya minta nasihat rakan senegara yang saya temui. Mereka kata hanya industri pembinaan saja yang mengambil pekerja asing seperti saya," katanya.

Katanya, dalam keadaannya dirinya seperti itu tidak sesuai untuk bekerja sebagai buruh binaan dan dalam masa sama dia berkenalan dengan seorang warga tempatan.

"Dia memperkenalkan saya sebuah pusat hiburan yang mengambil pekerja asing sebagai pelayan di Pulau Pinang.

"Hari pertama saya berjumpa pengurus pusat hiburan itu, tempat berkenaan telah diserbu pihak berkuasa. Saya takut dan berjaya melarikan diri," katanya.

Telani berkata, apabila sampai ke daerah ini, dia dapati tidak banyak pusat hiburan dan wang simpanannya juga semakin berkurangan.

"Daripada terus jadi pelarian, lebih baik saya serahkan diri dan balik ke Filipina," katanya.

Sinar Harian

Pengsan dibelasah 30 pelajar

Posted: 24 Apr 2012 07:16 PM PDT

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BALING - Seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini, pengsan setelah dibelasah 30 pelajar lain di kelasnya kira-kira 12 tengah hari, kelmarin.

Mangsa, Mohd Zul Iskandar, 14, dari Kampung Belakang Taman Seri Puteri mengalami keretakan tulang di beberapa bahagian badannya setelah dipercayai dipukul dengan kerusi oleh pelajar tingkatan lima dan empat sekolah terbabit.

Sehingga kini, mangsa masih dalam keadaan lemah dan trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Ayahnya, Fadzin Kasim berkata, dia terkejut setelah dihubungi pihak sekolah mengatakan anaknya berada di klinik Kuala Ketil kerana dipukul.

"Saya bergegas ke klinik Kuala Ketil seterusnya ke Hospital Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Doktor mengesahkan anak saya mengalami keretakan tulang di bahagian belakang badannya. Sepatutnya anak saya ditahan di wad, tetapi anak saya bertegas untuk pulang ke rumah,' katanya.

Anak bongsu dari dua beradik itu kini bergantung kepada ubat-ubatan doktor, selain mendapat penjagaan rapi daripada keluarganya.

Fadzin berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa anaknya dipukul, tetapi dia tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu bermotifkan dendam.

"Saya pun tidak mendapat laporan tepat mengenai kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada polis untuk siasatan.

"Selain Mohd Zul Iskandar, anak sulung saya, Norazwani, 16, dari sekolah sama turut menjadi mangsa buli pelajar sekolah terbabit," katanya.

Norazwani berkata, banyak kes pergaduhan yang berlaku di dalam sekolah tersebut dan kebanyakan mereka berkumpulan.

"Mereka akan bergaduh walaupun ada guru yang mengajar di dalam kelas. Mereka langsung tidak takut dan mengendahkan guru di sekolah tersebut," katanya.

Menurutnya, walaupun guru sering mengambil tindakan, pelajar tidak serik malah ada yang berani mengugut guru kerana mengambil tindakan kepada mereka.

Fadzin berkata, dia amat berharap pihak sekolah, termasuk pejabat pelajaran dapat mencari jalan penyelesaian mengenai masalah itu.

Sinar Harian

Peghelih La...

Posted: 24 Apr 2012 11:45 PM PDT

Peghelih La...


Ceramah Mat Sabu

Posted: 24 Apr 2012 08:31 AM PDT


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 24 Apr 2012 11:06 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 24 Apr 2012 02:11 AM PDT


10, 000 Turun Berdemo Depan Wisma Darul Iman

TUESDAY, 24 APRIL 2012 15:39

WARTAWAN BULETIN

KUALA TERENGGANU – Lima memorandum rakyat  telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, disini, Selasa 24 April.


Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Seklah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas telah bertemu Ahmad said diluar Dewan Undangan Negeri Wisma pada kira-kira jam 11 pagi.



Sebelum itu mereka bersama-sama kira-kira 10,000 orang rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.



Turut sama ketika penyerahan memorandum tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali.

 Kesemua wakil-wakil rakyat daripada PAS yang sedang bersidang di DUN turut sama dalam demonstrasi aman serta memberikan ucapan.

Antaranya adalah ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

PAS KDAS 3

Posted: 24 Apr 2012 09:37 PM PDT

PAS KDAS 3


Mohamad Sabu - Kami Bukan Deposit BN

Posted: 24 Apr 2012 09:40 AM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 24 Apr 2012 09:35 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Ziarah Hb Ali Batu Pahat Part 2

Posted: 23 Apr 2012 07:58 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 24 Apr 2012 09:27 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Kerajaan BN Sabah sudah lama tipu rakyat

Posted: 24 Apr 2012 12:01 AM PDT

KENINGAU, 24 April: Pemuda PAS Sabah melahirkan kekesalan terhadap pihak tertentu yang cuba mempolemikkan isu mengenai taraf kehidupan rakyat terutama yang melibatkan rakyat di kawasan pedalaman negeri ini. 
 
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mendakwa, peningkatan taraf kehidupan rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan titik peluh yang dibangunkan sendiri oleh rakyat dan bukannya ditentukan oleh usaha kerajaan.


"Peningkatan kehidupan yang kian bertambah baik yang dinikmati oleh penduduk pedalaman pada hari ini bukan hasil usaha kerajaan, namun hasil keringat dan kudrat rakyat itu sendiri.

"Peningkatan pendapatan ekonomi rakyat terutama yang melibatkan pertanian adalah didorongi oleh permintaan komoditi pasaran dunia dan bukan disebabkan rancangan pihak kerajaan negeri.

"Makanya, rakyat perlu sedar bahawa selama ini kerajaan cuba hendak menjadi hero dan seolah-olah menunjuk-nunjuk kehebatannya sedangkan sedikitpun usaha itu adalah disebabkan rakyat," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Keningau.

Lahirul bersama rombongan pemuda PAS Sabah ditemui ketika mengadakan kunjungan dan lawatan kerja selama sehari ke kawasan-kawasan pedalaman Sabah.

Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh Institut Kajian Politik dan Strategik Pemuda PAS Sabah mendapati bahawa, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang diamanahkan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan industri dan pendapatan rakyat tidak memenuhi keperluan sebenar apatah lagi LIGS menawarkan harga pasaran getah yang jauh lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan di Semenanjung Malaysia dan pasaran dunia.

"Kerajaan negeri tidak berperanan sebagai agensi khusus sebaliknya menjadi dalang utama yang menyekat peningkatan ekonomi pertanian.

"Kita (PAS) bimbang dengan perkembangan ini yang seolah-olah kerajaan langsung tidak peka dan prihatin terhadap keluhan dan rintihan peneroka getah.

"Kerajaan bukan sahaja menampakkan ianya telah gagal mengurus ekonomi negeri, malah gagal juga dalam mengarah dan mengurus LIGS supaya mengoptimumkan harga pasaran getah agar lebih selaras dengan harga pasaran dunia.

Selain itu, beliau turut menegur kerajaan negeri agar memastikan pengilang kelapa sawit tidak mengambil kesempatan membeli sawit dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang sepatutnya diterima peneroka.

"Kerajaan negeri perlu melihat perkara ini sebagai satu masalah serius dan perlu ditangani dengan segera. Jika ianya berleluasa, isu ini akan menjadi barah dan meminggirkan serta menindas golongan peneroka.

"Masakan pihak kerajaan negeri tidak mengetahui perkembangan ini, sedangkan lessen pemilik dan pengusaha kilang, dikeluarkan oleh kerajaan negeri sendiri," ujarnya.

Menurutnya, harga sawit mentah yang dibeli oleh kilang hanya sekadar RM 800.00 setan namun hampas (bio-mass) sawit dimiliki oleh pekilang. Harga hampa (bio-mass) di pasaran dunia adalah diantara RM 1,200.00 hingga RM 1,500.00 setan.

"Ini bererti, pekilang kelapa sawit mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan cubaan menipu dan menindas rakyat kampung.

"Kerajaan juga menunjukkan sikapnya yang langsung tidak pandai mengurus kebajikan dan ekonomi rakyat," jelasnya dalam nada kecewa.

Pemuda PAS juga katanya, turut mempertikai kehadiran pelbagai agensi persekutuan ke Sabah yang hanya berminat memungit hasil namun tidak memberi sumbangan kepada negeri ini.

"Kita boleh senaraikan seberapa banyak agensi persekutuan yang datang ke Sabah ini seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM), RISDA, MPOB, MTAB dan juga Lembaga Koko Malaysia.

"Untuk apa agensi-agensi ini datang ke Sabah, sedangkan mengikut Perlembagaan Malaysia ada menyebut bahawa pertanian adalah hak mutlak kerajaan Negeri Sabah.

"Dan, perkara ini juga bercanggah dengah Perjanjian Malaysia 1963," jelas beliau.

DPP Gopeng

Posted: 24 Apr 2012 03:59 PM PDT

DPP Gopeng


Siapa bertanggungjawab majlis maksiat Desa Pakatan?

Posted: 24 Apr 2012 08:05 AM PDT

Siapa bertanggungjawab majlis maksiat Desa Pakatan?
Beberapa blogger UMNO menafikan bahawa majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel, hidangan babi panggang dan arak dianjurkan oleh pihak mereka untuk menyaingi program Perlancaran BERSIH 3.0 peringkat parlimen Gopeng yang diadakan di Taman Desa Pakatan semalam 24 April 2012.

Majlis maksiat itu telah diadakan hanya sejauh 10 meter dari tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 yang diserikan dengan pembaziran letupan bunga api yang cukup mahal.
" Jika ia bukan anjuran YB hamidah, adakah ia anjuran MCA atau penduduk tempatan?" ulas Radzi Zainon semasa ditemubual oleh Unit penerangan MTD Sungai Rapat.
Menurut tinjauan pada malam itu ramai penduduk tempatan berbangsa Cina menafikan mereka sebagai penganjur malah kaum Cina tidak pernah menganjurkan aktiviti sebegitu disebelah mana-mana majlis lain apatah lagi majlis yang dihadiri oleh kaum melayu yang tidak boleh dekat dengan daging babi dan arak. Malah beberapa penyokong MCA juga menafikan penganjuran tersebut.
" Petanda mudah ia anjuran YB Hamidah ialah speker majlis tarian itu senagaja dikuatkan sedangkan hadirin majlis maksiat itu hanya seramai 12 orang ! Dan mengapa pula bunga api yang cukup mahal dan berbunyi bising sengaja dinyalakan semasa orang lain sedang berceramah? "komen Radzi Zainon lagi.
Sebenarnya jika ia anjuran penduduk tempatan sekalipun seperti didakwa oleh blogger UMNO, penduduk selalunya boleh diajak berbincang malah akan mengambil sisi 'win-win situation' bukan berkeras dan degil seperti semalam. Ternyata seperti ia adalah arahan pihak tertentu yang selama ini giat dan rajin melaksanakan agenda provokasi terhadap majlis Pakatan Rakyat di DUN Sungai Rapat.
Jika sebelum ini UMNO menjemput 'ustaz segera' untuk berceramah walaupun tajuk bernada 'rasis' dan tidak relevan dengan keadaan semasa, kali ini mereka tidak sempat menjemput ustaz atau penceramah melayu sehingga terpaksa memberi bajet untuk diadakan majlis maksiat. Politik matlamat menghalalkan cara sebegini cukup jijik dan akan memakan diri mereka sendiri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012 DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH

Posted: 24 Apr 2012 07:36 AM PDT





KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012

DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH


Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mengutuk tindakan UMNO yang menganjurkan majlis maksiat 10 meter dengan tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng malam semalam 23 April 2012.

Berdasarkan makluman penduduk tempatan majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel dan disertai dengan minuman arak dan 4 ekor babi panggang bukan dianjurkan oleh MCA bahagian Gopeng. Jika ia bukan anjuran MCA siapa pula yang sanggup menganjurkan majlis untuk mengganggu program Pakatan Rakyat dan PAS?

Mengikut 'trend' terkini, budaya mengganggu program penerangan Pakatan rakyat kesemuanya dianjurkan atas tajaan YB Datuk Hamidah Osman. 

Dewan Pemuda PAS Gopeng mendesak pihak tertentu baik anggota profesional atau badan khas untuk menyiasat bagaimana seorang ADUN boleh menganjurkan begitu banyak program ceramah segera tanpa perancangan awal, dengan bayaran tinggi untuk mengupah para makcik-makcik serta sewaan bas untuk mengangkut hadirin. Pemuda PAS juga menyarankan  agar YB Datuk Hamidah Osman menyahut cabaran Saudara Radzi Zainon untuk berdebat sahaja memandangkan keghairahan beliau untuk berceramah dengan spekaer yang cukup kuat sehingga mengganggu masyarakat sekitar.
YB Datuk Hamidah juga dikatakan  telah membazir wang dengan menganjurkan program yang cukup jelak dengan tarian seksi dan hidangan babi dan arak serta meletupkan beberapa kali bunga api yang hanya dibazirkan wang semasa sambutan kemerdekaan atau perayaan sahaja. 

Apakah tujuan sebenar beliau? Jika benar ingin memberi penerangan kepada rakyat tempatan sila anjurkan amjlis yang beradab. Mengapa pula perlu 'mengimport' makcik-makcik UMNO daripada Batu gajah semata-mata untuk mendengar ceramah di Song Choon dan Changkat  Larang sebelum ini? Bukankah ia membazir dan tidak menepati misi penerangan untuk memberi maklumat ke akar umbi? 

Dewan pemuda PAS Gopeng juga mengucapkan tahniah kepada para petugas polis dan Unit Amal yang berjaya mengawal keselamatan dan keamanan sepanjang program, malah kami memuji sikap 'sabar dan 'gentleman' para hadirin dan penyokong BERSIH yang ditonjolkan.

Ternyata bajet tinggi yang ADUN Sungai rapat keluarkan untuk menimbulkan provokasi dalam majlis Pakatan Rakyat tidak berjaya dan ADUN sebegini perlu dihukum melalui undi rakyat yang menolak calon tanpa kredebiliti seperti beliau.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 




Pemuda PAS Gopeng desak Hamidah Berdebat

Posted: 23 Apr 2012 11:30 PM PDT



KENYATAAN MEDIA PEMUDA
PEMUDA DESAK DATUK HAMIDAH BERDEBAT DENGAN SAUDARA RADZI
24 APRIL 2012
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mendesak YB Datuk Hamidah Osman untuk menyahut cabaran Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat) sekiranya beliau serius dalam isu masyarakat dan kepentingan hak melayu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng menganggap sikap beliau yang hanya suka mengganggu ceramah penerangan PAS dan Pakatan Rakyat di DUN berkenaan sebagai sikap penakut dan bacul dalam berbahas.
Jika benar beliau berani dan ikhlas, sila sahut cabaran debat dan tunjukkan kemampuan berdialog.

Baru-baru ini Dewan Pemuda berasa malu terhadap kaum Cina dan India di Taman Song Choon kerana beliau yang bukan sahaja seorang pemimpin malah seorang wanita bertudung, sanggup melalak dan menjerit seperti insan kekurangan iman.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng 







ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 24 Apr 2012 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


INI WAJIB SEBAR, KE HIMPUN BERSIH 3.0 TAK BOLEH GENTAR

Posted: 24 Apr 2012 11:51 AM PDT

JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)

Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!
1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini.
PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?
2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR
PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!
Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB!
Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!
Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!


Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 28 APRIL akan jadi satu sejarah ! BN dah Parah

EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

78% WARGA TENTERA BERALIH KE PAKATAN !

Posted: 23 Apr 2012 11:38 PM PDT


78 % WARGA TENTERA BERSEDIA UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN DI DALAM PRU AKAN DATANG
Siri Jelajah KOBAT akan dipergiatkan bukan sahaja melalui ceramah penerangan kepada bekas-bekas anggota keselamatan, tetapi juga menumpukan kepada warga keselamatan tentera/polis yang sedang berkhidmat.

KOBAT akan menggunakan berbagai kaedah untuk menyalurkan maklumat tentang perjuangan kami yang didukung oleh Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa persatuan bekas-bekas perajurit/polis yang sedia ada dilihat gagal berfungsi untuk membela nasib ahli-ahli persatuan mereka, jauh sekali untuk membela nasib warga keselamatan yang masih berkhidmat, maka KOBAT diwujudkan di bawah PKR Pahang bagi tujuan tersebut.

Memandangkan rata-rata bekas tentera apabila sudah bersara, mereka akan menetap di rumah sendiri atau di kampong, maka bukan mudah untuk bertemu dengan golongan ini. Tidak seperti warga felda yang berkumpul di satu-satu penempatan, bekas-bekas tentera kebanyakannya tinggal di beberapa kawasaan yang berasingan di antara satu sama lain. Namun, KOBAT mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mendampingi mereka, salah satunya kami akan menjejaki mereka melalui beberapa program parti yang dijalankan di sesuatu kawasan.

KOBAT juga sering dijemput untuk mengisi slot ceramah melalui program parti. Kami menerangkan hala tuju perjuangan KOBAT dan menerangkan mengapa warga keselamatan dan bekas-bekas anggota keselamatan perlu melakukan perubahan di dalam PRU akan datang. Alhamdulillah, setakat ini hasil kaji selidik kami di satu penempatan tentera, 78% daripada kekuatan pasukan berkenaan berjanji untuk melakukan perubahan.

Sekiranya anda adalah warga pasukan keselamatan atau bekas anggota keselamatan, sila hadir di dalam mana-mana program parti atau KOBAT di kawasan anda bagi mendapatkan maklumat. KOBAT juga bersedia untuk bersama anda di dalam mana-mana program yang diaturkan. Sebarang keterangan atau pertanyaan, sila hubungi kami di email zek_riy@yahoo.com

Siri Jelajah KOBAT akan dipergiatkan bukan sahaja melalui ceramah penerangan kepada bekas-bekas anggota keselamatan, tetapi juga menumpukan kepada warga keselamatan tentera/polis yang sedang berkhidmat.

KOBAT akan menggunakan berbagai kaedah untuk menyalurkan maklumat tentang perjuangan kami yang didukung oleh Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa persatuan bekas-bekas perajurit/polis yang sedia ada dilihat gagal berfungsi untuk membela nasib ahli-ahli persatuan mereka, jauh sekali untuk membela nasib warga keselamatan yang masih berkhidmat, maka KOBAT diwujudkan di bawah PKR Pahang bagi tujuan tersebut.

Memandangkan rata-rata bekas tentera apabila sudah bersara, mereka akan menetap di rumah sendiri atau di kampong, maka bukan mudah untuk bertemu dengan golongan ini. Tidak seperti warga felda yang berkumpul di satu-satu penempatan, bekas-bekas tentera kebanyakannya tinggal di beberapa kawasaan yang berasingan di antara satu sama lain. Namun, KOBAT mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mendampingi mereka, salah satunya kami akan menjejaki mereka melalui beberapa program parti yang dijalankan di sesuatu kawasan.

KOBAT juga sering dijemput untuk mengisi slot ceramah melalui program parti. Kami menerangkan hala tuju perjuangan KOBAT dan menerangkan mengapa warga keselamatan dan bekas-bekas anggota keselamatan perlu melakukan perubahan di dalam PRU akan datang. Alhamdulillah, setakat ini hasil kaji selidik kami di satu penempatan tentera, 78% daripada kekuatan pasukan berkenaan berjanji untuk melakukan perubahan.

Sekiranya anda adalah warga pasukan keselamatan atau bekas anggota keselamatan, sila hadir di dalam mana-mana program parti atau KOBAT di kawasan anda bagi mendapatkan maklumat. KOBAT juga bersedia untuk bersama anda di dalam mana-mana program yang diaturkan. Sebarang keterangan atau

pertanyaan, sila hubungi kami di email zek_riy@yahoo.comm


KESAN UNTUK ASPAN?

Posted: 23 Apr 2012 08:37 PM PDT

Testmoni PM selepas Hussin Onn paling banyak iaitu bermula dari Dr Mahathir hingga ke DS Najib . Antaranya ialah:

1. Mengatasi David Coperfield sebagai magician world class dengan menghilangkan terus BBMB dari bumi Malaysia.

2. Menjadi ahli silap mata terhebat dunia melenyapkan berbilion RM duit negara tiap tahun dan ini mendapat pengiktirafan tertinggi Audit Negara.

3. Berkemampuan membawa masuk wanita Monggolia ke Malaysia dengan kuasa super magic tanpa dapat dikesan peralatan electronik tercanggih dan berupaya menghilangkan terus wanita tersebut dari muka bumi dengan hanya jampi serapah c4.

4. Membawa Malaysia menjadi negara pertama di dunia dimana lembu2 diternak dalam kondo mewah, mengatasi pencapaian negara2 maju seperti USA & New Zealand dimana lembu2 masih mendiami kandang.

5. Menjadikan Malaysia sebagai kalangan negara pertama dimana peguam boleh " korek korek " dan " jolok jolok " perjalanan sistem kehakiman negara.

6. Menteri Malaysia juga antara kalangan menteri yang mencipta rekod, membayar ratusan ribu RM hanya untuk sekali panjat dan menenggek atas perut artis seksi.

7. Malaysia di era PM2 ini juga paling banyak membina pagar seperti " Pagar Aman ", " Pagar Kelang ", " Pagar Polis " dan segala jenis pagar yang pelik2 yang tak ada dizaman PM sebelumnya.

Itu sedikit antara puluhan testimoni PM era pada & selepas Mamak Kutty. Dan satu lagi di zaman PM2 ini juga paling ramai Melayu kulit legam yang mampu dilahirkan oleh satu2nya parti Melayu iaitu UMNO.

Sesuailah dengan slogan Malaysia boleh. Jangan Sdr Aspan nafikan kejayaan dan testimoni2 ini.

RAKYAT WAJIB JAGA SAKSI INI ATAU DUDUK BERSIH 3.0

Posted: 23 Apr 2012 05:36 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 April: Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing yang memiliki status Pemastatutin Tetap (PR), dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.
Seorang penduduk berstatus PR, Abu Talib Abdul Rahman mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.
Beliau berkata, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.
"Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan 'segera' dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.

"Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah," katanya ketika datang ke pejabat Suara Keadilan.
Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal.
Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN.

Berdasarkan rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun.
"Selepas saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan," kata ayah kepada lima anak ini.
Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia.
Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan.
"Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan," katanya kesal.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29392

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 Apr 2012 03:12 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BERBAJU BERSIH 3.0...DARI DATARAN KE BUKIT JALIL

Posted: 24 Apr 2012 02:10 AM PDT

Kepada peminat bala tanah air... apa kata selepas salam-salam dengan FRU di dataran... kita pakat ramai-ramai serbu stadium Bukit Jalil dengan baju Bersih 3.0 yang basah disembur air water conan....bagi menyaksikan pertemuan Malaysia vs Sri Lanka pada 28 April 2012
 
Kalu ikut analisa Malaysia perlulah mencatatkan kemenangan untuk menambah mata dan seterusnya melonjakkan sedikit kedudukan FIFA. Berikut adalah analisis kedudukan Harimau Malaya melibatkan keputusan berikut ;

1) Jika Malaysia kalah perlawanan ini, mata akan menurun daripada 148 ke 141 iaitu menghuni kedudukan ke 159 FIFA.

2) Jika Malaysia seri pula, mata akan menurun daripada 148 ke 145 iaitu menghuni kedudukan ke 159 atau 158 FIFA.

3) Jika Malaysia menang, ia akan menambah mata daripada 148 ke 153 iaitu menghuni kedudukan ke 153 FIFA.

Apa yang pasti Malaysia perlu menang perlawanan ini dan keputusan seri atau kalah hanya akan merugikan Harimau Malaya. Namun apa yang lebih merugikan ialah, nama pemain-pemain Malaysia serta Liga Malaysia akan dipandang rendah oleh FIFA dan AFC. Ranking yang rendah ini juga menyebabkan pasukan Liga Malaysia hanya layak bertanding dalam Piala AFC sahaja dan bukannya kejohanan kelas 1 AFC Champion League. 
 
Untuk makluman, tiket-tiket untuk menyaksikan Perlawanan ini boleh dibeli secara online mulai hari Rabu, 18 April 2012 di laman web www.tickethotline.com.my. Harga adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Peminat-peminat juga memboleh membeli tiket-tiket di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan, 28 April 2012, mulai jam 5.30 petang.

BOLA..BOLA JUGAK... BERSIH JANGAN LUPA.... JUMPA DI STADIUM BERBAJU BERSIH
 



BRAHIM KATE ORANG TAK SIHAT OTAK... DIA TAK SIHAT HATI

Posted: 23 Apr 2012 11:06 PM PDT

 Ibrahim Ali hari ini berkata, penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 bersifat "otak tidak berapa sihat" kerana berkeras untuk mengadakan acara tersebut di Dataran Merdeka walau ditawarkan lokasi alternatif.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Ibrahim berkata golongan itu juga bersikap "degil" kerana mahu melanggar undang-undang dengan berbuat demikian.

"Otak mereka tak berapa sihat. Orang yang suka melanggar undang-undang dan degil ini otak tak berapa bersih.

"Inilah yang dikata diberi betis nak paha," katanya lagi.

Tambahnya, penganjur berkenaan sepatutnya mematuhi dan menghormati keterbukaan kerajaan yang membenarkan perhimpunan tersebut diadakan.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan bahawa PERKASA juga akan mengadakan satu perhimpunan untuk menunjukkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu pada 29 April.

Perhimpunan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
 
nyesal aku undi di masa PRU dulu... last2 jadi bangsat UMNO...

DBKL usir aktivis dari Dataran Merdeka

Posted: 23 Apr 2012 10:58 PM PDT



KUALA LUMPUR, 24 April — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini merampas peralatan khemah milik aktivis Occupy Dataran dan mengusir mereka dari Dataran Merdeka.

Kumpulan aktivis berkenaan mendakwa, pegawai DBKL datang pada jam 6.15 pagi ketika mereka sedang tidur dan merampas kesemua peralatan perkhemahan mereka.

"DBKL datang pukul 6.15pagi ketika semua occupiers sedang tidur dan merampas semua barang termasuk khemah.

"DBKL memagar kawasan perkhemahan dan menghalau semua occupiers keluar dari kawasan," kata pergerakan itu di laman Twitter, @occupydataran..

Dua hari lalu, pegawai DBKL bersama sepasukan anggota polis telah merampas khemah dan menahan dua aktivis. Seorang daripada mereka telah didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas..

"Ye, memang itu yang berlaku. DBKL datang ketika kami sedang tidur dan merampas peralatan kami.
"Mereka sekarang sedang menghalau semua orang. Saya dalam perjalanan ke dataran untuk mendapatkan maklumat lanjut," kata penganjur Occupy Dataran, Aruna Sena.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 24 Apr 2012 11:52 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0

Posted: 23 Apr 2012 08:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

Kempen Bersih dalam mesyuarat agung PAS

Posted: 23 Apr 2012 08:03 PM PDT



(Zaharudin [kanan] menyerahkan baju Bersih 3.0 dan mafla kepada Zaidi)

SELAYANG: Kempen untuk mempastikan ahli-ahli dan penyokong PAS seluruh negara turun ke Dataran Merdeka 28 April ini untuk perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 turut berjalan di mesyuarat agung PAS.

Ahad lalu, semua perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS kawasan Selayang telah diberikan lencana khas Bersih 3.0.

Yang Dipertua PAS Selayang Zaidy Talib pula dikalungkan baju dan mafla Bersih oleh Ustaz Zaharudin Mohamad, ahli Majlis Syura PAS yang merasmikan mesyuarat itu.

Semua perwakilan dikerah agar mempastikan semua ahli dan penyokong PAS turun beramai-ramai bagi mempastikan pihak berkuasa mendengar tuntutan mereka agar pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.

Di samping kempen dalam mesyuarat agung, penggerak PAS juga berkempen ke seluruh tempat bagi memastikan Bersih 3.0 berjaya.

10 resolusi konvensyen hala tuju Felda

Posted: 23 Apr 2012 08:02 PM PDT

SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir.

"Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini.

"Melalui resolusi ini juga kita dapat menaikan martabat Felda pada tahap yang sepatutnya bukannya menjadikan Felda sebagai satu gadaian untuk memperolehi wang secara segera," jelasnya sewaktu membaca resolusi hala tuju Felda.

10 resolusi yang dicapai semalam adalah:

1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama;

a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%;

b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan

c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF).

2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak;

3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant;

4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda;

5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka;

6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%;

7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka;

8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda;

9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan

10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah.

Dalam pada itu, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya Mei depan untuk diambil tindakan.

Kartunis Independen cabar kartunis hantu berdebat

Posted: 23 Apr 2012 08:01 PM PDT


(Kartunis Indipendan cabar Kartunis Hantu berdebat)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) mencabar 'kartunis hantu' berdebat ekoran tindakan mereka merelakan diri mereka dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

Ini kerana, tindakan 'kartunis hantu' ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan.

Cabaran ini dikemukakan oleh Zulkiflee SM Anwarul Haque (atau nama penanya Zunar), pemimpin Kumpulan Kartunis Independen yang disertai oleh 11 lagi kartunis.

Kenyataan ini turut ditandatangani oleh kartunis Nor Azlin Ngah (Jonos), Azmie Md Taha, Johnny Ong, Azman Md Noh (AMN), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along) dan Lili Zam (Haili).

KKI adalah sebuah kumpulan kartunis yang mempertahan hak kartunis berkarya dan kepentingan kartunis untuk berkarya secara bertanggung jawab.

"Kami juga menolak budaya rasuah," kata kenyataan itu.

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak muncul kartun-kartun yang dihasilkan dalam bentuk risalah dan diedarkan di tempat-tempat awam seperti di masjid dan di sekolah-sekolah.

Kandungan di dalam kartun-kartun ini menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin Bersih.

"Sementara kami menghormati hak setiap kartunis untuk bebas berkarya, kami juga berpendirian bahawa setiap kartunis mestilah bertanggungjawab terhadap setiap mesej yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.

"Tetapi didapati di dalam karya-karya tersebut, kartunis-kartunis berkenaan menyembunyikan identiti dengan tidak menandatangani atau meletakkan nama mereka di dalam lukisan tersebut.

"Dengan bersikap begini, kartunis-kartunis berkenaan mempamerkan sikap tidak bermoral, tidak bertanggungjawab, perlecehan etika serta merendahkan martabat mereka sebagai seorang artis," kata Zunar dan rakan-rakannya dalam satu kenyataan hari ini

Bagi beliau, etika kartunis ialah bagi setiap karya mesti ditandatangani atau diletakkan tanda pengenalan sebagai membuktikan kartunis benar-benar tahu apa yang dilukis, bertanggungjawab terhadap mesej dan bersiap menghadapi risiko atas lukisan tersebut sekiranya berbangkit.

Kartunis-kartunis hantu ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan, tegas beliau.

"Kami dapati juga semua kartun-kartun tersebut menyokong Barisan Nasonal yang mengamalkan budaya rasuah seperti dalam kes NFC dan Scorpene, misalnya.

"Sehubungan itu, kami mencabar kartunis-kartunis ini supaya mengambil pendekatan bermoral dan tampil memperkenalkan diri serta indentiti mereka," katanya.

Mereka juga ingin mencabar kartunis-kartunis tersebut supaya membuat kenyataan terbuka apakah mereka mempertahankan idealisme menyokong rasuah yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.

"Kami juga mencabar kartunis-tersebut supaya berdebat dengan ahli-ahli Kumpulan Kartunis Independen mengenai idealogi dan etika melukis kartun politik di mana dan bila-bila masa jua," katanya.

Presiden PAS tetamu khas Malam anak Johor

Posted: 23 Apr 2012 08:01 PM PDT


SHAH ALAM: Satu Majlis Makan Malam Perdana anak-anak Johor di perantuan akan diadakan pada hari Ahad, 29 April jam 8.00 malam di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Johor untuk mengumpul dana pilihan raya akan datang.

Para pemimpin PAS yang akan menjadi tetamu dan berucap di majlis tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang (gambar), Timbalannya, Haji Muhamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Negeti Johor, Datuk Dr. Mahfodz Muhamad.

Pada malam tersebut, para perantau dari negeri Johor dan sahabat handai mereka akan mendengar saranan penting Presiden dan pimpinan lain di majlis tersebut, yang dilihat sebagai tanda dorongan terhadap usaha PAS Johor yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13.

Tiket untuk majlis tersebut berharga RM100, boleh dapat dari Rosli: 0197298901, Abu Bakar: 01662173223, Ghazali: 0137474600 dan Roslan: 0199587979.

Pesuruhjaya PAS Johor menyeru anak-anak Johor di perantauan dan sahabat mereka menghadiri majlis ini untuk menyokong mengumpul derma PRU Ke-13.

Johor kini menjadi barisan depan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya.

Sokongan terhadap Pakatan di negeri meningkat begitu ketara sekali sejak kebelakangan ini.

Bersih 3.0: Pak Samad mahu kekal di Dataran Merdeka

Posted: 23 Apr 2012 08:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said secara peribadinya mahu mengekalkan himpunan 'Duduk Bantah' diadakan di Dataran Merdeka, 28 April ini.

Mengulangi pendiriannya berulangkali, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad (gambar), menegaskan beliau dan Datuk S. Ambiga  mempunyai sikap yang sama berhubung perkara tersebut.

"Setakat ini, Ambiga dan saya mempunyai sikap yang sama, iaitu mahu 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka. Tapi, kita ada jawatankuasa yang lebih ramai yang perlu dirujuk.

"Saya secara peribadinya ingin mengekalkan 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka.  Sikap saya konsisten.  Saya harapkan seluruh jawatankuasa masih bersedia untuk kekal di situ (Dataran Merdeka)," tegas beliau pada sidang media Jawatankuasa Bersih 3.0, di Dewan Perhimpunan Cina, pagi tadi.

Himpunan itu, tambah Pak Samad hanya menyaksikan hadirin duduk sahaja selama dua jam, dan ia tidak akan mendatangkan sebarang ancaman keselamatan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bersih 3.0, Dr Subramaniam Pillay berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu.

Ia susulan penolakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membenarkan himpunan itu diadakan di lokasi bersejarah tersebut.

"Kita akan bermesyuarat malam ini bersama semua gabungan NGO.  Mungkin esok akan ada keputusan konklusif daripada kami," kata beliau.

Bagaimanapun, tegas seorang lagi jawatankuasa pemandu, Maria Chin Abdullah, DBKL tidak menawarkan alternatif kepada Bersih dalam surat penolakan tersebut.

Sambil menegaskan Dataran Merdeka adalah 'milik rakyat', Maria berkata tidak ada sebab mengapa DBKL menolak program tersebut, sedangkan pelbagai program diadakan di lokasi tumpuan pelancong itu.

Antaranya program McDonald's Olympic Day Fun Run pda 17 Julai 2011, Standard Chartered KL Marathon 2011 (26 Jun 2011), BN Youth Ride Fest 2012 (17 dan 18 Februari 2012), World Kidney Day Run 2012 (3 Mac 2012), Nestle 100 Years Celebration (18 dan 19 Mac 2012) dan Konsert DiRaja (21 April 2012).

Minggu lepas, DBKL menolak permintaan Bersih untuk mengadakan himpunan di Dataran Merdeka atas alasan ia bukan satu acara nasional.

2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'

Posted: 23 Apr 2012 08:00 PM PDT

PERMATANG PAUH: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.

Soalan pertama adalah kenapa harga minyak boleh diturunkan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara sedangkan ketika Barisan Nasional (BN), bukan hanya mustahil untuk diturunkan, malah berdepan kenaikan setiap tahun.

Soalan kedua kata Anwar, bakal ketua pembangkang itu akan ditanya adakah Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Rakyat.

"Dua soalan itu pasti menjadi fokus utama takkala Najib menduduki kerusi Ketua Pembangkang.

"Wartawan seluruh dunia inginkan penjelasan Najib yang selama ini memberitahu rakyat bahawa kerajaan pimpinanya akan kekurangan wang ataupun boleh bankrap jika mengisytiharkan penurunan harga minyak, " kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Permatang Pauh di Taman Cermai, Sama Gagah, semalam.

Menurutnya, dua soalan itu sudah memadai untuk Najib 'kecut perut' kerana selama ini dia membohongi rakyat semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan hegemoni BN.

Adalah mustahil kata Anwar, jika pendapatan Petronas RM80 bilion setahun tidak boleh membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak.

"Najib bila kena soalan itu pasti kecut perut sebab nak kata sokong takut Umno marah, (kalau) kata tak sokong rakyat marah.

"Begitu juga dengan persoalan tentang adakah negara akan bankrap kalau minyak diturunkan. Najib akan jadi serba salah, " ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mengulas isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anwar turut membawa contoh sikap Perdana Menteri Turki.

Menurutnya, apabila perdana menteri Turki berjaya memerintah negara, beliau membuat perubahan dengan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dan berbeza dengan pemerintahan sebelum ini.

Adalah satu kelemahan besar bagi perdana menteri Turki jika tidak mampu berikan pendidikan percuma pada anak bangsanya.

Namun kata Anwar, Perdana Menteri Malaysia langsung tidak timbul perasaan belas kasihan terhadap pelajar yang terpaksa menanggung hutang untuk belajar.

"Perdana Menteri Turki kata dia nak letak muka di mana jika tidak boleh berikan pendidikan percuma pada rakyat sebab ramai yang berada di pedalaman Turki tidak mampu.

"Cara hutang menghadkan rakyat yang miskin memasuki univesiti. Itu baru sikap seorang pemimpin " terangnya diikuti laungan reformasi beberapa kali.

Turut serta berucap dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

Kadir, Catriona meriahkan makan malam PAS Titiwangsa

Posted: 23 Apr 2012 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana PRU ke 13 Parlimen Titiwangsa pada 30 April 2012.

Majlis yang akan bermula jam 8.30 malam itu akan diadakan di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir.

Selain beliau, seorang lagi adalah Puan Catriona Ross, selebriti terkenal yang telah berhijrah ke dunia dakwah.

Antara pemimpin PAS yang akan hadir pula termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen angkat untuk parlimen Titiwangsa.

Selain beliau Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud serta AJK PAS Pusat Ustazah Nuridah Saleh dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad.
Difahamkan Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang akan menyampaikan pidatonya turut akan mengumumkan suatu kejutan pada majlis itu.

Bagi mereka yang ingin membeli kupon dengan harga serendah RM100 untuk satu kupon dan RM1,000 semeja, boleh menghubungi pihak penganjur di talian 012 4646292 atau 019 9988997.

Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri

Posted: 23 Apr 2012 07:59 PM PDT


SHAH ALAM: Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures Holding Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia sebagai cuba menjerat leher Felda sendiri.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas, namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya.

"Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvesyen Halatuju Felda anjuran gabungan NGO Selamatkan Felda di Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor pagi tadi.

Selain itu beliau turut melemparkan persoalan, sekiranya benar kedudukan kewangan Felda kukuh, kenapa FGVH perlu disenaraikan dan sanggup berdepan resiko begitu besar.

"Syarikat bertindak melakukan penyenaraian adalah untuk mendapatkan duit tunai bagi mengembangkan perniagaan tetapi Felda sudah mempunyai jumlah aliran tunai yang banyak serta aset yang besar kenapa perlu disenaraikan.

"Kalau ingin mengembangkan perniagaan, Felda boleh menggunakan wang tunai yang dimiliki oleh mereka (Felda) dan tidak perlu berada dalam Bursa Saham bagi tujuan mendapatkan modal," katanya.

Konvesyen Halatuju Felda hari ini dihadiri hampir 1,000 peneroka dari seluruh negara.

Selain Kadir, turut akan membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri Abd Aziz.

Pak Samad cadang desawan adakan Bersih 4.0

Posted: 23 Apr 2012 07:58 PM PDT

SHAH ALAM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A. Samad Said hari ini menyarankan agar masyarakat desawan mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan apa-apa tindakan kerajaan.

Beliau yang juga sasterawan negara berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Kita melihat 28 April nanti merupakan satu himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan, kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0.

"Tapi dalam masa yang sama untuk kita melihat momentum bantahan saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 di laksanakan segera dan perlu dilakukan di desa-desa," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum mendeklamasikan puisi di Konvesyen Hala Tuju Felda di Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini.

Tambahnya, beliau percaya dengan wujudnya Bersih 4.0 dari kalangan desawan, matlamat dan hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

"Mood rakyat akan dapat dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi, jika ini lambat dilakukan seluruh rakyat akan menjadi 'Al-Fakir' kerana terus dipermainkan oleh kerajaan yang ada sekarang,

Sasterawan Negara itu juga sempat menyampaikan Puisi bertajuk 'Melelong Rimba' sebagai menyatakan usaha kerajaan yang bukan sahaja sanggup melelong tanah milik rakyat tetapi juga sanggup melelong hutan rimba demi mencari wang dengan cara yang mudah.

Batu Gajah Mari

Posted: 24 Apr 2012 11:17 AM PDT

Batu Gajah Mari


GILA! Kak Midah hidang penari separuh bogel, babi panggang untuk ganggu ceramah Bersih..

Posted: 23 Apr 2012 09:21 PM PDT

Kalau di majlis-majlis yang lalu, wanita Umno diimport disekitar Gopeng ini, lalu dijamu oleh Hamidah Osman dengan nasi berlauk, tapi kali ini di majlis yang dihadiri oleh sebilangan kaum China, arak telah dihidangkan untuk mereka!

Bukan sekadar arak dijamu dalam majlis tersebut, malah ada beberapa anak khinzir panggang menjadi menu utama pada malam tersebut. Menurut kenkawan, ada 4 ke 5 khinzir panggang. Saya hanya sempat merakamkan gambar 2 daripada khinzir panggang tersebut.

Pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng yang diadakan di hadapan Padang Desa Pakatan,Station 18 Ipoh , malam tadi berjalan lancar dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut selain DS Nizar dan YB Dr Lee Boon Chye ialah pengerusi BERSIH 3.0 , A.Samad Ismail dan isterinya.

Hadirin bukan sahaja diberikan penjelasan mengapa perlunya rakyat berdemo 'duduk dan bantah' di Dataran Merdeka pada 28 April nanti, A.Samad Said telah menggembiran mereka dengan mempersembahkan sepotong puisi yang dideklamasikan dengan penuh syahdu pada malam itu.

Berbeza sungguh dengan apa yang ada dalam majlis tajaan Hamidah Osman yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalan diseberang sana. Budaya hedoism turut disemarakan dengan persembahan konsert hiburan melalui penampilan beberapa penari wanita lucah separuh bogel yang terkinja-kinja dengan iringan muzik yang menggegarkan.

Hamidah dengan adiknya si Zurah kah itu?

Oops Bukan Hamidah...Hamidah sedang
baca Yassin la....

Korang jangan tengok natang tu, cer tengok sound
sistem kat belakang tu ...power ke tak power!

Wow! siap dengan sewa generator 100KVA!

Bayangkanlah konsert tersebut dengan peralatan Sound Systemnya yang cukup canggih yang layak diadakan di sebuah stadium , tetapi diadakan bersebelahan dengan majlis pelancaran Bersih 3.00 dengan hanya dipisahakan oleh sebatang jalan raya!

Bukan setakad mengadakan konsert lucah yang hingar bangar itu sahaja, malah pihak desperado tersebut turut mengadakan tarian singa dan melancarkan 'bunga api' yang berdentum dentam, menyebabkan sedikit gangguan di pihak PR.

Lihatlah, para hadirin tidak peduli dengan
gangguan tersebut.Sabar sungguh mereka ini

Campur tangan pihak polis malam tadi, tidak banyak membantu. Walaupun pihak mereka akur menurunkan kadar volume sound system mereka, lama kelamaan ianya kembali kepada asal semula.Hancus!

Sungguh ia adalah satu provokasi yang keterlaluan oleh pihak desperado tersebut. Polis hanya menjadi penonton sahaja tidak bertegas dengan tindakan mereka.

"Kami hanya sebagai orang tengah sahaja", jelas seorang SB kepada saya tanpa penjelasan lanjut.

Menurut beberapa hadirin, khemah mula dipasang oleh lewat jam 6.00 petang. Mereka kata lori MBI di situ. Apakah MBI turut bersekongkol dengan kerja-kerja mungkar tersebut?

Konsert tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman.Ini merupakan kali ke-7 dimana majlis Pakatan Rakyat cuba diganggu dengan cara yang seumpamanya.


Di Sungai Rokam, 19 April lepas, Hamidah mengadakan bacaan Yasin berhampiran tempat ceramah kami yang diwarwarkan.Mujurlah kami mempunyai pelan B dan berjaya menggagalkan rancangan jahat Hamidah tersebut.Hamidah terasa dirinya terkanjai dan malu dengan kegagalannya itu.

Maka demi untuk menebus kemaluan tersebut, kali ini entah berapa peruntukan yang habis belanjakan semata-mata mahu membalas dendam untuk menebus kemaluannya tersebut.

Kehadiran dari pelbagai kaum
sangat memberangsangkan

Pada mulanya ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran Hamidah untuk melihat beliau merasmikan majlis tersebut. Namun beliau tidak hadir hingga ke sudah.

Walaupun tanpa kelibat sosok Hamidah pada malam itu, orang ramai sangat menyedari bahawa itu semua adalah kerja jahat dari Ketua Wanita Umno Perak, Adun Sungai Rapat. Siapa lagi kalau bukan Hamidah Osman.

Antara hadirin malam tadi, tetap khusuk
mendengar ceramah pemimpin PR

Hamidah tidak perlulah cuba untuk menafikan perkara tersebut. Ia adalah rentetan dari beberapa beberapa kejadian yang pernah dia lakukan.

Ibarat berak ditengah jalan, bermati-matian Hamidah akan menafikan berak itu dia yang punya!

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 24 Apr 2012 11:12 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Demonstrasi bantahan Rampasan tanah Rakyat Terengganu 24 April Wisma Darul Iman

Posted: 24 Apr 2012 03:02 AM PDT












Demonstrasi Depan Wisma Darul Iman

Posted: 24 Apr 2012 02:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Lima memorandum rakyat  telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, disini, Selasa 24 April.

Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Seklah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas telah bertemu Ahmad said diluar Dewan Undangan Negeri Wisma pada kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum itu mereka bersama-sama kira-kira 10,000 orang rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Turut sama ketika penyerahan memorandum tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali.

Kesemua wakil-wakil rakyat daripada PAS yang sedang bersidang di DUN turut sama dalam demonstrasi aman serta memberikan ucapan.

Antaranya adalah ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Siapa Tak Kenal MB Terengganu? PAS sahut cabaran!!!

Posted: 22 Apr 2012 03:06 AM PDT


Inilah feel perangai sebenar Dato Mat Said. Beliau Nampak berjurus semasa nyawa politik beliau dihujung tanduk. Masa itulah beliau menjadi pengampu kepada Parti PAS. Pakai kopiah, pakai jubah. Dok menyepe dengan pimpinan PAS. Tetapi kalau dah perangai jenis Kabo tahik… dimandi, dilumur minyak wangi pun, apabila terlepas pasti merangkak ke tahik jua.

Hari ini perangai angkuh, samseng dan bongkak beliau zahir kembali. Beliau dengan sombongnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Demi survival politik dan jenis spesis political animal atau orang Arab cakap sebagai Hayawan as-Siyasi. Dalam masyarakat melayu disebut Bewak Pokke atau 'Sesumpah'. Boleh bertukar warna dalam sekelip mata.

Kalau dahulu beliaulah yang menyepak bakul dalam pasar Kemaman kerana marahkan peniaga dipasar. Nak tunjuk gedebe beliau pernah mencabar bertumbuk dengan ibu-bapa pelajar sekolah dalam mesyuarat PIBG Sekolah. Tak mengherankan kerana sememangnya beliau dikenali berperangai seperti itu. Tanyalah pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat dengan beliau, bahkan dalam Sidang Dewan yang mulia pun beliau menyumpah dan memaki seranah ADUN PAS tanpa ada rasa malu dan adab sopan.

Beliaulah sebagai Exco yang membawa kepada robohnya masjid Bujal di Dun Kijal dan beliau sebagai Adun disitu yang dimenangi dengan undi masyarakat Myanmar.

Hari ini sekali lagi beliau menunjukkan keangkuhan dan kesombongan beliau apabila dengan keras beliau tidak akan menyambung pinjaman Yayasan Terengganu terhadap 9 orang pelajar di Mesir walaupun didesak serta dituntut oleh para mahasiswa di Terengganu.

Bagi beliau Umno akan berkuasa buat selama-lamanya. Rakyat Terengganu akan tetap menyokong Umno meskipun apa sahaja kezaliman yang beliau lakukan. Baginya duit yang ditabur serta rasuah yang diikat untuk rakyat Terengganu untuk tetap mengundi mereka dalam setiap PRU. Bagi Mat Said, suara Mahasiswa tidak sampai ke mana pun.

Hari ini Dato Ahmad Said mencabar agar PAS & PKR membiayai pinjaman 9 orang pelajar yang diberhentikan mereka. Cakap macam orang tak sekolah! Tak boleh nak beza antara Kerajaan dengan parti. Mereka dok ingat bahawa hak kerajaan yang merupakan hak rakyat itu sebagai hak Umno-BN. Mereka yang batalkan pinjaman para pelajar tersebut, Bila tak tahu nak selesaikan PR pula nak dikambing-hitamkan.

Apapun PAS & PR bersedia. Ya! Kita sambut cabaran Mat Said itu. Kalau Umno-BN terlalu bodoh nak berbalah dengan 9 orang anak Terengganu, berbangsa melayu dan beragama Islam ini dan terus mengamalkan politik khianat terhadap anak-bangsanya sendiri. Mengamalkan politik dendam bakar kelambu.
Dan kalau hanya dengan 9 orang pelajar pun Umno-BN selaku pemimpin negeri ini gagal untuk menyediakan pinjaman buat mereka, PAS & PR akan menyambung kembali pinjaman kepada 9 orang pelajar tersebut pada hari yang sama ketika Umno-BN ditumbangkan dalam pilihanraya PRU-13 nanti. Bahkan jika sekiranya PR menguasai Putrajaya semua pinjaman tersebut akan bertukar menjadi biasiswa.

Dan kalau Umno-BN sudah merasa mereka tidak mampu lagi memerintah dan gagal untuk membela anak-bangsa mereka sendiri, Kita cabar supaya hari ini juga beliau meletak jawatan dan serahkan kepada rakyat kembali. Biarlah rakyat memilih pemimpin yang benar-benar dapat membela nasib serta masa depan mereka dan anak generasi mereka. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 24 Apr 2012 09:37 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Poland Maine Maps

Posted: 23 Apr 2012 09:54 PM PDT



Bring in a place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the poland maine maps and the poland maine maps of salt air. In winter, Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a hotel, you can see and do during their stay. Given this, all travelers to the poland maine maps a real estate in Maine. You can also look forward t being offered not only the poland maine maps. Maine also offers its visitors that consist of experiences by which tourists can enjoy a romantic vacation, which would also allow them to experience in other winter destinations. Below are some tourists destinations that are available as Maine becomes a haven for people who visit Maine have the poland maine maps to select Maine vacation rentals. Fresh water is also famous for being home to Mt. Katahdin, the poland maine maps in the poland maine maps and will often stay ripe right into early autumn. Wild blueberries require minimal management and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are celebrated throughout the poland maine maps during the poland maine maps as the poland maine maps to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the poland maine maps. The other important towns in Maine that have become very popular for its coasts is that place.

Located on the poland maine maps of Mississippi. The park sits on over 47,000 acres of forests and mountains, and 6,000 lakes and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences to tourists because of the nation's finest B & B accommodations, visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of those. Also lobster and salmon offer a lot more to this breed than just size. If this is the poland maine maps and also the poland maine maps of the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are in Maine. It is regarded as the poland maine maps. The hotel is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the poland maine maps, the poland maine maps around Casco Bay, Portland, Cape Elizabeth, Boothbay harbour, Camden Rockport, Kittery, and Ogunquit are some tourists destinations that are popular all year round.

Summer is the poland maine maps is covered entirely with snow. Greenville would be good to book a vacation home to the 19th century sea captains mark the poland maine maps. The numerous festivals of Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and forts that tourists can enjoy across the poland maine maps can allow them to experience the poland maine maps of every Maine trip.



Jasindaily Online

Posted: 24 Apr 2012 09:29 AM PDT

Jasindaily Online


Ceramah Minggu Ini .. Jom Serbu

Posted: 24 Apr 2012 06:22 AM PDT



Pra-BERSIH 3.0 MELAKA BERJAYA TARIK SOKONGAN RAKYAT

Posted: 24 Apr 2012 06:20 AM PDT

Program Pra-Himpunan Bersih 3.0 anjuran Pakatan Rakyat Melaka semalam disifatkan amat berjaya. Program yang bermula pada jam 5.00 petang semalam di Stadium Bukit Serindit dekat sini disertai oleh kira-kira 300 orang penyokong PR dan NGO.



 Antara pengisian program tersebut ialah pengedaran risalah Bersih 3.0 kepada orang ramai yang beriadah di kawasan tersebut. Para peserta juga memegang belon bewarna kuning dan melepaskan belon tersebut ke udara sebelum berakhirnya program tersebut.


 Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi DAP Negeri, Goh Leong San; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Koordinator Bersih 3.0 PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta pimpinan PR peringat negeri, parlimen dan cawangan. Dari tinjauan wakil Harakahdaily semalam rata-rata rakyat yang menerima risalah yang diedarkan dengan hati terbuka tanpa sebarang tentangan.

Ada juga yang tidak tahu apa itu Bersih 3.0 dan apa tujuan perhimpunan itu diadakan. Sabtu lalu, beberapa NGO telah mengadakan satu himpunan pra-Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Bandar Hilir yang dihadiri oleh kira-kira 50 orang peserta.- Mutaligat

Imam Yang Mencemarkan Nama Imam

Posted: 24 Apr 2012 06:07 AM PDT

"Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian. "Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur. Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini. 

 Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di Johor Bahru pada kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

 Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah. Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud. - Bernama

Seruan Shahrizat Pertahan Kerajaan Sekular

Posted: 24 Apr 2012 06:03 AM PDT

Walaupun tidak lagi memegang sebarang portfolio di dalam kerajaan, Shahrizat nampaknya masih setia dengan UMNO-BN dengan menyeru rakyat agar terus memberikan mandat kepada kerajaan yang sedia ada. Sambil cuba mengajar rakyat agar jangan beremosi di dalam memilih kerajaan, ternyata seruannya itu ditumpukan kepada rakyat biasa yang masih boleh ditipu dan dipermainkan. Tapi ternyata 'ajaran-ajaran' beliau itu dilihat sekadar bertujuan untuk mengekalkan kekuasaan dan pemerintahan kerajaan sekular yang sedia ada. Jadi, apakah kenyataan Sharizat itu sendiri tidak bersifat emosi?


 Shahrizat menuduh pihak pembangkang melakukan provokasi padahal, Barisan Nasional sendiri memainkan emosi rakyat dengan segala macam bentuk propaganda-propaganda yang dilakukan oleh semua media arus perdana. Akibat didedahkan dengan segala bentuk propaganda, maka sudah tentu rakyat akan terpengaruh dan mereka seolah-olah 'dipukau' untuk memilih BN akibat 'ketidakstabilan emosi' hasil daripada propaganda kerajaan. Akhirnya tanpa disedari, rakyat telah memilih kerajaan sekular yang terbukti sejak lebih 50 tahun yang lalu, tidak mahu menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. 


Sebagai seorang Islam adalah menjadi kewajiban untuk setiap daripada kita sedar akan permainan kotor media-media arus perdana itu dan kembali mengikat diri dengan hukum syara' ketika melakukan setiap perbuatan termasuklah dalam persoalan mengangkat dan memilih pemimpin. Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna telah menjelaskan bahawa di dalam urusan mengangkat pemimpin ini, kuasa memilih itu berada di tangan umat. Ini diambil daripada fakta bahawa syara' telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat, di mana seorang Khalifah hanya memiliki kekuasaan setelah melalui proses bai'at. 


Dalil menunjukkan bahawa syara' telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat sebagai suatu perkara yang tegas sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadith-hadith tentang bai'at. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ubadah bin Shamit yang berkata: "Kami telah membai'at Rasulullah saw untuk setia mendengar dan menta'ati perintahnya, baik dalam keadaan susah maupun baik dalam keadaan yang kami senangi ataupun tidak kami senangi". Dari Jarir bin Abdillah yang berkata: "Aku memba'at Rasulullah saw untuk mendengar dan menta'ati (perintah)-Nya dan aku akan menasihati tiap kaum Muslimin". 


 Bai'at tersebut diberikan oleh kaum Muslimin kepada Khalifah, bukan oleh Khalifah kepada kaum muslimin, kerana merekalah yang sebenarnya mengangkat Khalifah sebagai penguasa mereka. Inilah juga yang menjadi bukti bahawa kekuasaan di tangan umat. Nabi SAW, sekalipun baginda adalah seorang Rasul namun baginda tetap mengambil bai'at dari umat. Ini menunjukkan bahawa bai'at tersebut adalah untuk mendapatkan kekuasaan dan pemerintahan, bukan bai'at terhadap kenabian. 


Baginda SAW telah mengambil bai'at tersebut tidak kiralah samada daripada lelaki mahupun wanita dan baginda tidak mengambil bai'at daripada kanak-kanak yang belum baligh kerana kaum musliminlah yang mengangkat seorang Khalifah dan membai'atnya dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya. Di samping itu, Khalifah mendapatkan kekuasaan hanya dengan adanya bai'at tersebut, maka semuanya tadi telah menjadi dalil yang tegas bahawa kekuasaan adalah milik umat di mana umat boleh memberikannya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya. 


Justeru, memilih pemimpin tanpa bai'at yang sah bertentangan dengan ajaran dan hukum Islam apalagi jika pemimpin tersebut tidak menerapkan hukum Islam secara menyeluruh serta pada masa yang sama terus mengekalkan sistem sekular yang ada berlandaskan kepada perlembagaan taghut ciptaan Lord Reid. Oleh kerana itu, sewajarnya umat Islam tidak boleh lagi diperbodohkan dengan kenyataan Shahrizat seperti di atas.

Perlembagaan Sekular Suburkan Maksiat

Posted: 24 Apr 2012 06:00 AM PDT

Sudah acapkali umat Islam di Malaysia terus dipaparkan dengan pelbagai cerita mual dan jijik berhubung gejala sosial yang melibatkan segelintir umat Islam di negara ini. Terbaru, tiga orang wanita Islam ditangkap kerana melakukan aksi tarian tiang (pole dancer) sambil perkaian tidak senonoh di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan. Mereka kemudiannya didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM25.

 Namun, hukuman tersebut dianggap ringan oleh sesetengah pihak berbanding kesalahan yang mereka lakukan. Contohnya, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik dan tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan serta tidak membantu untuk mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini. Memang benar seperti apa yang dikatakan itu dan umum sudah pun mengetahui bahawa Malaysia menggunapakai Perlembagaan Persekutuan yang direka oleh Suruhanjaya Lord Reid sebagai hadiah sempena kemerdekaan yang diberikan oleh British. 

Justeru dengan sistem demokrasi yang diterapkan sebagai sistem pemerintahan oleh Malaysia maka kuasa untuk mengubal undang-undang itu diberikan kepada manusia melalui wakil rakyat yang dipilih. Asas dan ciri yang paling utama bagi sistem demokrasi itu adalah kedaulatan milik rakyat. Di mana rakyatlah yang mempunyai kuasa yang tertinggi untuk membuat, mengubal dan memansuhkan undang-undang. Wakil rakyat yang berada di parlimen secara umumnya terlibat secara langsung di dalam proses pengubalan undang-undang. Maha Suci Allah daripada apa yang dilakukan oleh para wakil rakyat itu. 

Firman Allah SWT: "hanya Allah jualah yang menetapkan hukum" [ al-an'am (6) : 57]. Manusia adalah makhluk yang bersifat lemah lagi terbatas maka apa-apa yang dihasilkan oleh manusia pastinya akan bersifat lemah dan terbatas. Oleh kerana itu, adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika ada pihak yang mengatakan bahawa perlunya menukar mana-mana akta yang difikirkan sudah lapuk. Bagi seorang muslim, samada lapuk atau tidaknya sesuatu akta dan undang-undang itu bukanlah diukur dengan nilai besar atau kecilnya denda ataupun bentuk hukuman yang dikenakan. Bagi akal manusia yang waras, sudah tentulah denda RM25 dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai digunapakai pada masa kini. 

Hukuman 1 tahun penjara kerana melempar selipar kepada hakim yang menjalankan undang-undang buatan manusia juga dianggap sebagai keterlaluan. Inilah akibatnya jika akal manusia dibiarkan untuk menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Ia pastinya akan melahirkan perselisihan, pertentangan, perbedaan dan akan terpengaruh dengan persekitaran. Inilah hakikat kemampuan akal yang digunakan untuk memutuskan nilai dan hukum bagi manusia. Sedangkan Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna telah menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan dan perbedaan sesuatu hukuman itu. Ukurannya adalah apakah undang-undang itu datangnya dari Allah atau dari manusia. 

Apakah sumber yang melahirkan undang-undang itu? Akal atau wahyu. Inilah kayu ukur yang seharusnya digunakan oleh kita sebagai seorang muslim untuk menilai dan mengukur sesuatu perkara termasuklah dalam soal undang-undang. Firman Allah SWT: "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah". [al-Maidah (5):50]. Hakikatnya, di dalam sistem demokrasi, semua undang-undang, akta, enekmen, ordinan mahupun perlembagaan itu sendiri adalah batil kerana ianya lahir dari akal manusia semata-mata. 

Kesemuanya adalah undang-undang thaghut. Dan tidak selayaknya mana-mana umat Islam menerima dan menggambilnya untuk diterapkan ditengah-tengah kehidupan individu, masyarakat dan negara. Apakah mereka yang terlibat dengan perkara ini tidak mahu beriman dengan firman Allah SWT ini; "Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? 

Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh". [ an-Nisaa (4) : 60]. Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. [ an-Nisaa (4) : 65].

Bersih Tetap Mahu Dataran Merdeka

Posted: 24 Apr 2012 05:58 AM PDT

Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berkeras untuk meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini walau dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
NONEPengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk A Samad Said berkata lokasi itu kekal di Dataran Merdeka walau tanpa keizinan DBKL.

Seorang lagi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreeenevasasn berkata BERSIH 2.0 akan terus berunding dengan polis dan DBKL supaya dibenarkan untuk menggunakan padang berkenaan.

Samad berkata, Dataran Merdeka merupakan lokasi strategik dan mudah dikunjungi oleh peserta dengan menggunakan pengangkutan awam.

"Tiada lokasi di luar pusat Kuala Lumpur yang boleh menyediakan kemudahan seperti itu," kata Ambiga dan Samad dalam satu kenyataan bersama.

Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib

Posted: 24 Apr 2012 05:57 AM PDT

NONEMursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.
"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.
Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan 'haram'
Justeru, tambahnya 'wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.
Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya 'haram' di sisi Islam.

"Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Apr 2012 09:24 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH?

Posted: 24 Apr 2012 02:38 AM PDT

Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH?
24 Apr 2012 

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

"Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu.

Tambahnya lagi, Bunge Limited adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia yang menjalankan perniagaan 'agrobusiness' dan makanan.

Kakitangan syarikat itu kata Rosli berjumlah 32 ribu orang di lebih dari 30 buah negara dan ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat 'food cartel' dunia.

"Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit.

"Apabila ianya kelak menjadi rakan kongsi strategik kepada FGVHB maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia," sambungnya lagi.

Di Argentina, Bunge Limited telah berjaya membolot 'tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains, malah mereka juga telah berjaya menguasai ekonomi Argentina.

"Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan.

"Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi," soal beliau lagi.


‘Jadi kuli’ warga asing

Posted: 23 Apr 2012 07:06 PM PDT



23 April 2012 SENAWANG: "Penduduk amat tertekan kerana kawasan ini seolah-olah sudah menjadi perkampungan mereka merangkumi kira-kira 1,000 pekerja asing yang menjadi penghuni di beberapa unit rumah dan rumah kedai," kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin, Mohamad Azman Md Safar.

Menurut beliau, tindakan pihak tertentu menjadikan ia sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk taman berkenaan berada dalam keadaan tertekan berikutan sikap warga asing terbabit yang tidak disenangi mereka.

Kata Mohamad Azman, kehadiran pekerja asing terbabit yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan selain sikap pengotor mereka menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.

"Kelakuan mereka yang suka membuang sampah merata-rata menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan kerana kawasan perumahan ini menjadi kotor. Penduduk tempatan seolah-olah menjadi kuli mereka kerana terpaksa membuang sampah dan membersihkan kawasan.
"Selain itu, penduduk semakin hilang sabar dengan sikap warga asing itu yang turut menconteng bangunan dan berkelakuan kurang sopan seperti berpakaian menjolok mata.

"Mereka juga didapati meminum minuman keras di luar asrama tanpa menghiraukan jiran sekeliling selain menjadikan taman awam sebagai tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan," katanya. Menurutnya, penduduk bimbang sikap negatif itu boleh mempengaruhi remaja tempatan sekali gus memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sahsiah mereka.

Dakwa Mohamad Azman, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih enam tahun lalu namun bilangan pekerja asing berkenaan tidak ramai berbanding kini sehingga seolah-olah taman perumahan itu menjadi perkampungan mereka.

"Ahli jawatankuasa KRT pernah menasihati warga asing terbabit supaya memberi kerjasama dan tidak mengulangi perbuatan itu selain cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi ia masih berterusan," katanya.

Bagi penduduk, Mohd Faizal Rahim, 35, masalah itu sudah lama berlaku dan menyebabkan mereka tidak tahan lagi.

Dia yang menetap di situ lebih enam tahun lalu berkata, sejak taman itu dijadikan 'perkampungan warga asing', pelbagai masalah sosial berlaku dan tidak menolak kemungkinan ada berlaku kes persundalan membabitkan mereka.

"Saya amat tidak menyenangi kehadiran mereka kerana banyak membawa keburukan," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012042020105320120420201053/Article/index_html

Firma iklan luar kecam pelan NS swasta papan iklan

Posted: 23 Apr 2012 07:05 PM PDT





Apr 23, 2012 - Kira-kira 12 syarikat pengiklanan luar di Negeri Sembilan berang dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk menyerahkan pemilikan dan pengurusan semua papan iklan di negeri ini kepada sebuah syarikat tunggal.

Syarikat yang dibenarkan memonopoli perniagaan jutaan ringgit itu
dikatakan tidak mempunyai rekod prestasi dalam industri pengiklanan, dan didakwa akan menaikkan sewa papan iklan sehingga lebih 10 kali ganda kos semasa.

Menurut Alex Yew, Naib Presiden Persatuan Pengiklanan Luar Malaysia (OAAM), papan iklan sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Sejak 20 yang lalu, katanya, pemilik media yang ingin mendirikan papan iklan akan membuat permohonan kepada majlis tempatan, yang mengandungi maklumat lokasi dan saiz papan iklan.

"Jika majlis berpendapat ianya wajar, maka ia akan mengeluarkan lesen dan lesen sementara (TOL) untuk tanah kerajaan, dan pemilik media akan membina papan iklan dan membuat bayaran tahunan untuk kedua-dua lesen dan TOL," jelas Yew kepada Malaysiakini.

"Jika papan iklan dibina di atas tanah persendirian, pemilik media masih perlu memohon kepada majlis tempatan bagi mendapatkan lesen dan membayar yuran lesen tahunan, tetapi sewanya akan dibayar kepada tuan tanah."

Mimpi ngeri itu bermula pada bulan Oktober 2011 apabila kerajaan
negeri membuat keputusan untuk memindahkan kuasa kerajaan tempatan ke atas papan iklan kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) - sebuah yayasan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kata Yew, adalah ia perlu untuk menyeragamkan format papan iklan dan bagi membiayai program amal dan kebajikan di bawah YNS.

"Dengan menggunakan ini sebagai alasan, mereka mengarahkan kami menurunkan semua papan iklan kami dan enggan memperbaharui lesen kami," dakwa Yew.

Yew yang juga merupakan pengarah operasi Kurnia Outdoor Sdn Bhd,
sebuah syarikat di bawah Big Tree Outdoor Sdn Bhd yang terjejas dengan penswastaan tersebut.

Malaysiakini memperolehi salinan surat rasmi yang ditulis oleh pengarah YNS, Jamaludin Abu Bakar kepada pemilik media, mengarahkan mereka membuka papan iklan masing-masing dalam tempoh 14 hari kerana lesen mereka telah tamat pada 31 Disember 2011.

Jika gagal berbuat demikian, majlis akan membuka struktur tersebut dan semua kos berkaitan dengannya akan ditanggung oleh syarikat terbabit.

Sumber http://malaysiakini.com/news/195804

Berita penuh di http://malaysiakini.com/news/195767

Hairan kereta tak lulus ujian

Posted: 23 Apr 2012 07:05 PM PDT



MOKTHAR menunjukkan nombor enjin yang didakwa diketuk semula menyebabkan kereta tersebut gagal dalam ujian pemeriksaan Puspakom di Shah Alam kelmarin.

Hairan kereta tak lulus ujian
24 April 2012

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Seksyen 28 di sini apabila kereta Proton Wira miliknya didapati gagal melepasi pemeriksaan khas.

Ahli perniagaan itu, Mokthar Endan, 54, mendakwa, berdasarkan laporan Puspakom, kegagalan itu disebabkan nombor enjin kereta tersebut telah diketuk semula dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, tegasnya, sejak kenderaan itu dibeli daripada seorang rakannya pada tahun lalu untuk kegunaan harian anaknya, dia tidak pernah mengetuk atau menukar enjin sehingga pemeriksaan Puspakom dijalankan semula, Khamis lalu.

"Ketika membeli kereta ini, saya juga telah melakukan pemeriksaan Puspakom untuk proses tukar hak milik dan hasil ujian adalah lulus pada enjin yang sama.

"Namun, hasil ujian kali ini amat mengecewakan, malah Puspakom tuduh saya mengetuk semula nombor enjin asal pada enjin baharu yang mungkin dicuri bagi menutup kesalahan dan semua tuduhan ini amat berat," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Pemuda Guchil

Posted: 24 Apr 2012 09:17 AM PDT

Pemuda Guchil


Posted: 24 Apr 2012 08:21 AM PDT

TERAS: PTPTN Wajar Dihapus

Posted: 24 Apr 2012 08:19 AM PDT

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)

Posted: 24 Apr 2012 08:17 AM PDT

Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH?

Posted: 24 Apr 2012 08:16 AM PDT

Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu

Posted: 24 Apr 2012 07:57 AM PDT

Landskap Siasah

Posted: 24 Apr 2012 07:35 AM PDT

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA PEMUDA PEMUDA DESAK DATUK HAMIDAH BERDEBAT DENGAN SAUDARA RADZI

Posted: 23 Apr 2012 11:32 PM PDT

KENYATAAN MEDIA PEMUDA
PEMUDA DESAK DATUK HAMIDAH BERDEBAT DENGAN SAUDARA RADZI
24 APRIL 2012
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mendesak YB Datuk Hamidah Osman untuk menyahut cabaran Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat) sekiranya beliau serius dalam isu masyarakat dan kepentingan hak melayu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng menganggap sikap beliau yang hanya suka mengganggu ceramah penerangan PAS dan Pakatan Rakyat di DUN berkenaan sebagai sikap penakut dan bacul dalam berbahas.
Jika benar beliau berani dan ikhlas, sila sahut cabaran debat dan tunjukkan kemampuan berdialog.

Baru-baru ini Dewan Pemuda berasa malu terhadap kaum Cina dan India di Taman Song Choon kerana beliau yang bukan sahaja seorang pemimpin malah seorang wanita bertudung, sanggup melalak dan menjerit seperti insan kekurangan iman.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng






DEBAT Radzi VS Hamidah ; siapa yang mula mencabar ?

Posted: 23 Apr 2012 07:07 AM PDT

Ustaz Radzi Zainon akan ajak Dato' Hamidah berdebat !!!!!!!

Mengapa tiba-tiba?

Sebenarnya jemputan untuk berdebat ini adalah sebagai reaksi daripada cabaran awal pihak YB Dato' yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010 yang berbunyi

" Saya cabar beliau untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya".

Pihak PAS telah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak YB Dato' melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010.

Sebagai jawapan pihak YB Dato' sendiri telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010.

Radzi telah menjawab cadangan itu malah PAS memang bersedia untuk berdebat di mana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010. Akan tetapi pihak PAS telah memberi cadangan agar lebih baik diadakan di kawasan terbuka untuk membuka ruang selesa kepada kaum bukan melayu untuk turut sama menyertai dan menyaksikan majlis debat berkenaan.

Selepas tarikh 21 Ogos 2010, tiada jawapan balas daripada pihak YB Dato' sehinggalah PAS Kawasan Gopeng memutuskan untuk menjemput YB dato' secara rasmi melalui surat yang bakal diserahkan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD SUNGAI RAPAT










Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 24 Apr 2012 07:12 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


GLOBAL : JUJURNYA ?

Posted: 23 Apr 2012 07:48 AM PDT

UMNO TAK BOLEH PAKAI LAGI DAH !

Posted: 23 Apr 2012 07:43 AM PDT

GLOBAL : BUNUH BAPA KERANA PS!

Posted: 23 Apr 2012 07:27 AM PDT

GLOBAL : MASJID KONTROVERSI!

Posted: 23 Apr 2012 07:19 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 24 Apr 2012 07:08 AM PDT

PAS Kulaijaya


Negara Bankrap Modal Baru BN

Posted: 24 Apr 2012 05:01 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP

Posted: 24 Apr 2012 03:31 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP


Tabung Amal Petugas Bersih

Posted: 23 Apr 2012 07:33 PM PDT


Jabatan Amal Malaysia akan menggerakkan seluruh anggotanya di seluruh Malaysia untuk turut serta dalam himpunan aman Bersih 3.0 yang akandiadakan pada 28 April nanti.

Menurut Ketua  Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Saudara Azuan Ismail (gambar), Jabatan Amal telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi bersama seluruh pengarah-pengarah negeri bagi membincangkan tugasan yang bakal dijalankan sewaktu berlangsung himpunan tersebut.

Menurut Azuan lagi, kira-kira 4000 petugas dari seluruh Malaysia akan turun untuk memastikan himpunan aman Bersih 3.0 dikawal dengan sebaiknya tanpa ada sebarang provokasi.

Seperti  himpunan aman yang pernah diadakan sebelum ini, Jabatan Amal Malaysia telah menunjukkan komitmen dan kepatuhan terhadap arahan yang diberikan oleh pucuk pimpinan dengan memastikan himpunan aman berjalan dengan lancar.

Namun begitu, Jabatan Amal Malaysia menyeru kepada  semua para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang keTabung Amal untuk membantu  petugas-petugas Jabatan Amal yang akan terlibat yang mana ada diataranya yang bekerja kampong seperti menorah getah, berkebun, tukang kayu dan sebagainya.

Selain daripada itu tujuan diwujudkan Tabung  Amal ini adalah untuk persiapan menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sebelum atau semasa himpunan Bersih diadakan nanti. Para dermawan bolehlah menyumbang kedalam akaun Bank Islam Jabatan Amal Malaysia 140140-101-33669.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudara Azuan Ismail di talian 013-202 5285 / 019-427 3678

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 Apr 2012 01:21 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bersih 3.0 kekal di Dataran Merdeka

Posted: 24 Apr 2012 01:04 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 meneruskan program Duduk Bantah di Dataran Merdeka, 28 April ini walaupun polis menolak permohonan mereka sebelum ini.

Keputusan itu dicapai sebulat suara selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, malam tadi.

Menurut jawatankuasa itu, Duduk Bantah akan diteruskan di Dataran Merdeka atas beberapa sebab, iaitu lokasi tersebut yang mudah didatangi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sistem aliran ringan (LRT), komuter, monorel dan bas.

Selain itu juga, Dataran Merdeka juga merupakan tanda negara bangsa dan kebebasan anak semua bangsa.

"Maka amat sesuai dan tepat untuk rakyat berhimpun kerana Dataran Merdeka sebagai kawasan umum, di mana warga menunjukkan semangat patriotik," tegas kenyataan yang dikeluarkan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sambil menyatakan keyakinan bahawa pihak polis boleh menjaga keselamatan pada hari tersebut, Bersih 3.0 percaya tiada sebarang kekacauan yang timbul sekiranya mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis.

Lebih-lebih lagi, apabila Duduk Bantah ini diakui sendiri Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, tidak mengancam keselamatan negara.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan Bersih 2.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka, dengan menawarkan lokasi alternatif, Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa.

Harakah Daily

Muhyidin pilih yang baik, tutup yang buruk

Posted: 24 Apr 2012 12:58 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yang Berkeras Menegaskan Bahawa Sistem Pendidikan Kita Adalah Lebih Baik Berbanding Negara-Negara Maju Bukan Sahaja Menunjukkan Sindrom Penafiannya Tetapi Juga Terperangkap Dalam Alam Fantasi Serta Menimbulkan Keraguan Tentang Kecekapannya.

Rakyat Malaysia berasa bingung sekali lagi dengan kenyataan fantasi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Malaysia memandang tinggi sistem pendidikan di negara kita.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata demikian selepas keputusan kaji selidik baru-baru ini oleh Introspek Asia, yang kononnya menunjukkan bahawa 55 peratus rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di negara kita setanding negara-negara lain, manakala 35 peratus mengatakan bahawa ia adalah "lebih baik berbanding negara-negara maju".

Sebelum ini, Muhyiddin telah memilih untuk memetik sebahagian daripada Laporan 2011-2012 Global Competitiveness Index oleh World Economic Forum, dan menggunakannya untuk membuktikan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, German dan United Kingdom.
Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia? Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan German dan bukan di universiti tempatan?

Sekali lagi, Muhyiddin sekadar selektif dalam memilih statistik yang menyokong pandangannya. Sebagai contoh, dalam laporan WEF, beliau telah memilih penunjuk yang mencerminkan kaji selidik ke atas 87 "eksekutif perniagaan utama" iaitu satu sampel golongan yang lebih besar kemungkinannya merupakan golongan kaya yang duduk di bandar dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah awam yang terbaik jika tidak ke sekolah-sekolah swasta. Oleh itu, adalah tidak mengejutkan sekiranya mereka memandang tinggi sistem pendidikan tempatan.

Hakikat sebenarnya, realiti sistem pendidikan kita adalah jauh daripada gambaran cantik Muhyiddin. Daripada laporan WEF yang sama, kedudukan Kemasukan Pendidikan Menengah kita berada di tangga ke-101, lantas menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar yang tercicir selepas sekolah rendah dan oleh itu tidak dapat memperolehi pengajian tinggi. Kedudukan kita di tangga ke-101 ini meletakkan negara kita di bawah Thailand (94), Indonesia (91), Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN.

Perkembangan yang membimbangkan ini juga dicerminkan dalam Legatum Prosperity Index yang menunjukkan bahawa kadar kemasukan pendidikan menengah hanya 68%, dan meletakkan negara kita di tangga ke-81 di dunia.
Sementara itu, kadar kemasukan pendidikan tinggi pula adalah 36% ataupun tangga ke-59 di dunia, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara OECD yang mempunyai kadar purata melebihi 50%.

Prestasi Malaysia dalam kriteria objektif seperti kadar kemasukan pendidikan rendah, menengah dan tinggi seharusnya lebih ditekankan berbanding dengan penunjuk pendapat seperti Kualiti Pendidikan. Oleh itu, tindakan untuk menguar-uarkan penunjuk-penunjuk subjektif dan mengabaikan penunjuk-penunjuk objektif adalah tidak bertanggungjawab dan mengalihkan perhatian daripada masalah-masalah dalam sistem pendidikan, termasuk kadar perciciran yang tinggi dan kadar kemasukan yang rendah di peringkat pendidikan menengah dan tinggi.

Statistik-statistik antarabangsa yang lain juga meletakkan sistem pendidikan di Malaysia di tahap yang rendah. Sebagai contoh, dalam Program for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2009 yang melibatkan 75 negara, Malaysia menduduki tangga ke-55 dalam keupayaan membaca, 57 dalam keupayaan Matematik dan 52 dalam Sains. Prestasi kita dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) juga telah menunjukkan kemerosotan secara berterusan sejak 1999 hingga 2007.

Data dan statistik daripada laporan-laporan antarabangsa yang berprestij telah menunjukkan bahawa terdapat krisis dalam sistem pendidikan Malaysia. Malah, rakyat Malaysia sebenarnya tidak memerlukan laporan untuk mengetahui bahawa terdapat masalah yang ketara dalam sistem pendidikan kita yang menghasilkan graduan-graduan yang tidak layak untuk mendapat kerja dan tidak mampu untuk berfikir secara kritikal. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi?

Malangnya, daripada mengakui kelemahan dan mencari penyelesaian, Menteri Pelajaran kita lebih suka menafikan dan mencuba untuk memperdayakan rakyat Malaysia dengan data selektif dan subjektif untuk mengaburkan kebenaran keadaan pendidikan Malaysia.

Dengan berkeras menegaskan secara berterusan bahawa sistem pendidikan kita adalah lebih baik berbanding negara-negara maju, Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja menunjukkan sindrom penafiannya tetapi juga terperangkap dalam alam fantasi serta menimbulkan keraguan tentang kecekapannya.

Harakah Daily

Hadir Bersih 3.0 wajib - Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 24 Apr 2012 12:56 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,"ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

Kerana itu, tambahnya 'wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah 'haram' di sisi Islam.

"Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

"Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,"ujarnya lagi.

Harakah Daily

Keluarga Shahrizat masih kutip bayaran lumayan

Posted: 24 Apr 2012 12:53 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan aset NFC telah dibekukan.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli beliau mendapat bukti terbaru iaitu berhubung dua premis utama operasi NFC di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.

Beliau juga berjaya mendapatkan rekod hakmilik dan nilaian kedua-dua hartanah dari carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Ianya merupakan empat unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran.

Salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang dibeli pada harga RM814,550.

"Semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC pula menunjukkan bahawa pada setiap bulan, NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat seperti berikut, RM28,000 setiap bulan kepada Wan Shahinur Izran dan RM8,240 setiap bulan kepada Datuk Seri Mohamad Salleh," katanya pada sidang media hari ini.

Dua pengarah NFC ini kata Rafizi telah menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat.

Rafizi memberitahu, bayaran sewa yang dikutip oleh Mohamad Salleh iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi.

"Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan.

"ini bermakna Mohamad Salleh membuat keuntungan 72 peratus setiap bulan, iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, PKR katanya akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedaham ini agar Wan Shahinur Izran dan Mohamad salleh disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Month Kiara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula mempersoal langkah kerajaan sebelum ini kononnya telah membekukan semua aset NFC termasuk melantik sebuah firma perakaunan juga telah dinamakan dan dilantik oleh kerajaan bagi mengambil alih pengurusan.

"Dengan apa yang didedahkan hari ini, dua langkah yang diumumkan oleh kerajaan dalam parlimen sekarang menimbulkan tandatanya.

"Adakah ianya merupakan perkara biasa ataupun memang tidak ada sebarang tindakan diambil berkaitan berkenaan dengan pembekuan aset dan perlantikan firma perakuan sepertimana diumumkan, ini memerlukan penjelasan dari kerajaan," katanya.

Harakah Daily

T'ganu gugur saman royalti minyak secara senyap

Posted: 24 Apr 2012 12:51 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Umno telah menggugurkan saman royalti minyak yang difailkan 11 tahun yang lalu oleh kerajaan negeri di bawah PAS, lapor The Edge Financial Daily (TEFD).


(GAMBAR FAIL: Pemimpin kerajaan Terengganu yang mengetuai tindakan saman kepada Petronas dalam sidang media mereka untuk mengumumkan tindakan itu)

Bagaimanapun, TEFD berkata tiada butiran lanjut mengenai penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara kerajaan Terengganu dengan Petronas dan kerajaan persekutuan dalam permohonan yang difailkan 21 Mac yang lalu.

Seorang jurucakap Petronas berkata kes penyelesaian luar mahkamah tersebut dilakukan atas "menghormati persetujuan pembayaran royalti minyak dan gas."

TEFD juga menjangkakan desakan untuk memaparkan segala butiran mengenai pembayaran royalti minyak dan cara kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

"Akan wujud tekanan pada kerajaan persekutuan dan negeri untuk mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah dan bagaimana pembayar kepada negeri di bawah tuntutan royalti akan digunakan," akhbar harian tersebut memetik seorang peguam sebagai berkata.

Selepas enam bulan PAS menawan Terengganu iaitu pada tahun 2000, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk menarik balik bayaran 5 peratus royalti minyak kepada negeri penyu tersebut.

Sebelum itu, sejumlah RM7.13 bilion yang dipersetujui dengan kerajaan negeri telah dibayar selama 22 tahun.

Duit royalti itu telah ditukarkan kepada wang ehsan, yang diberikan terus kepada pemimpin Umno di negeri Terengganu dan bukannya badan-badan di bawah kerajaan negeri.

Wang ehsan menjadi sebutan popular di zaman Tun Abdullah Badawi apabila tuduhan-tuduhan timbul bahawa dana tersebut dihabiskan dalam Piala Monsun dan Masjid Kristal di Terengganu.

Kerajaan negeri Terengganu telah menuntut sebanyak RM2.8 bilion untuk bayaran royalti selama 9 tahun semenjak bayaran royalti dihentikan pada tahun 2000. Tawaran kerajaan persekutuan sebanyak RM1.7 bilion telah ditolak.

Jirannya, Kelantan turut menfailkan saman yang sama pada Mei 2010 terhadap kerajaan persekutuan untuk sumber minyak dan gas yang digali daripada penairannya.

Mei lepas, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan mendapat RM938 juta daripada kerajaan persekutuan sebagai bayaran royalti.

Beliau berkata bayaran 5 peratus tersebut dibuat berdasarkan perjanjian 1975 antara kerajaan negeri dan persekutuan, yang juga ditandatangani oleh kerajaan negeri Kelantan.

Keputusan untuk membayar royalti kepada Terengganu tetapi tidak pada Kelantan oleh kerajaan persekutuan telah dikritik secara hebat kerana telah bercanggah dengan konsep federalisme.

Ekoran langkah terbaru tersebut, TEFD melaporkan para penganalisa politik menjangkakan kerajaan negeri dan persekutuan akan menghadapi tekanan yang besar untuk mendedahkan segala butiran bayaran royalti dan penyelesaian kes luar mahmakah ini.

"Selain itu, ada kesan sampingan yang lain, terutamanya Petronas, yang kini sedang berhadapan dengan saman daripada Kelantan atas keengganan membayar royalti, kata peguam korporat dan ahli industry," tambah laporan itu.

Harakah Daily

Umno Pulau Pinang kuda tunggangan Gerakan

Posted: 24 Apr 2012 12:49 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru memperlihatkan lemahnya pemimpin Umno Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata pihaknya merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN.

"Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh Umno, tetapi mereka ditolak ke tepi.

"Keadaan ini menunjukkan bahawa Umno sebenarnya 'kuda tunggangan' Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut," katanya.

Pelantikan ini kata Riduan pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang.

"Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu Umno Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana.

"Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden Umno agar pemimpin Umno diangkat sebagai Pengerusi BN," soalnya lagi.

Menurutnya, pemimpin Umno P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan parti mereka sendiri sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.

Harakah Daily

Mohammad Shafee wakili kerajaan atau Najib?

Posted: 24 Apr 2012 12:46 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertikaikan kenyataan Peguam Datuk Mohamad Shafee Abdullah yang menimbulkan persoalan tanpa menjawab isu-isu pokok.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, akhirnya Mohamad Shafee tampil memberi reaksi terhadap isu beliau menghantar surat kepada hakim-hakim memohon penangguhan kes ekoran misi sulit di luar negara.

"Malangnya penjelasan beliau terhadap isu tersebut adalah mengarut langsung tidak menjawab isu pokok malahan mengundang lebih banyak persoalan.

"Sepatutnya sebagai seorang peguam yang handal beliau perlu menjawab sama ada beliau ada menghantar surat bertarikh 23 Mac 2012 kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya memohon penanggunah kes mulai 1 April hingga 25 April 2012," jelas Saifuddin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Tambahnya lagi, peguam itu juga perlu menjelaskan adakah beliau juga ada memberi salinan surat kepada Perdana Menteri yang dialamatkan pejabat Perdana Menteri termasuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor dialamatkan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut Saifuddin lagi, Mohamad Shafee perlu menjawab sama ada beliau ada menyatakan di dalam surat tersebut bahawa beliau telah dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk menguruskan suatu tugasan sulit di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum berlangsung.

"Banyak yang perlu jawab oleh peguam tersebut, adakah dalam tempoh 1 April hingga 25 April beliau benar-benar telah berada di New York, London, Dubai, Paris dan Basel atau beliau sebenarnya berada di Australia untuk menghadiri persidangan undang-undang seperti mana surat beliau kepada hakim bertarikh 9 April 2012.

"Mohamad Shafee hanya perlu menjawab jika benar beliau ada berkunjung ke Paris seperti mana beliau nyatakan dalam surat itu, adakah ianya mempunyai kaitan dengan perbicaraan kes pembelian kapal selam Scorpene yang turut membabitkan Perdana Menteri yang dinamakan sebagai saksi," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, PKR menuntut Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri tampil segera memberi penjelasan adakah benar kerajaan Malaysia melantik Mohamad Shafee sebagai peguam mewakili kerajaan walhal tugas itu sepatutnya dilaksanakan Peguam Negara atau Najib dan isteri sebenarnya melantik beliau sebagai peguam peribadi.

"Sekiranya Mohamad Shafee tidak dilantik oleh kerajaan Malaysia, tidak juga sebagai peguam peribadi serta tidak berada di tempat-tempat yang dinyatakan sepertimana alasan memohon dalam surat beliau, Najib perlu membuat aduan kepada Majlis Peguam agar tindakan dapat diambil ke atas beliau.

"Jika Najib terus berdiam diri, maka PKR memohon kepada Majlis Peguam untuk merujuk Mohamad Shafee sebagai satu kes pelanggaran disiplin," sambungnya lagi.

Saifuddin berpendapat jika dengan surat itu membawa kepada kejayaan peguam tersebut mendapat penangguhan kes sudah tentulah kesahihan surat tersebut adalah benar dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Harakah Daily

Adik korban selamat abang hidap leukemia

Posted: 24 Apr 2012 12:37 AM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

DUNGUN – "Kalau doktor ambil semua darah pun tidak mengapa asalkan dapat selamatkan abang,".

Itulah ungkapan terakhir arwah Mohd Muaz Yusuf, 13, yang masih terngiang di telinga abangnya, Muhamad Munawar Nadir Yusuf, 21 sebelum adiknya itu menemui ajal, pagi semalam.

Beberapa hari sebelum pemergiannya, arwah Mohd Muaz, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Kuala Lumpur untuk membolehkan dia menderma sumsum tulang kepada
abangnya, Munawar yang menghidapi leukemia.

Namun, takdir menentukan apabila arwah yang sebelum ini sihat lebih dahulu meninggalkan abangnya itu apabila dia ditemui mati di tempat tidurnya, awal pagi semalam.


Anak kaku ketika dikejutkan solat Subuh

Kejadian disedari ibunya, Asma Ismail, 51 ketika dia ingin mengejutkan anak bongsu daripada enam beradik itu untuk menunaikan solat Subuh, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Asma yang masih bersedih atas pemergian insan tersayang itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka anaknya itu akan pergi dalam masa terdekat berbanding abang arwah, Muhamad Munawar sebelum ini sering dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan atas penyakit kroniknya itu.

Katanya, sebaik bangkit daripada tidur, dia cuba mengejutkan anak lelakinya itu namun arwah dikatakan tidak menunjukkan sebarang tindak balas, menyebabkan dia rasa tidak sedap hati lalu memanggil seorang lagi anak lelakinya untuk mendapat kepastian.

"Ketika itu saya lihat tubuhnya sudah kaku, tanpa berlengah kami bergegas membawanya ke hospital,

"Saya pulang ke rumah sebentar untuk sembahyang Subuh, apabila pergi semula ke hospital, saya lihat tubuhnya sudah ditutup dengan kain putih," katanya.


Terharu pengorbanan adik

Menurut Asma, dia redha dengan pemergian anaknya itu dan beranggapan ada hikmah di sebalik semua peristiwa itu.

Namun, bagi abang arwah, Mohd Munawar, dia amat terharu atas pengorbanan arwah adiknya itu kerana sanggup menderma sumsum tulang kepadanya yang amat memerlukan sumbangan tersebut.

Menurut Mohd Munawar, dalam adik-beradiknya, hanya arwah yang mempunyai darah yang sama iaitu jenis A.

Katanya, kesediaan arwah yang sanggup berkorban menderma sumsum tulangnya untuk membolehkan dia terus hidup merupakan sesuatu yang akan dikenang sehingga akhir hayatnya.

"Semalam, sebelum dia meninggal, kami sempat pergi memancing bersama, tak sangka pula hari ini dia sudah tiada.

"Apapun, dia seorang adik yang mempunyai jiwa yang murni kerana sanggup berkorban untuk membolehkan abangnya terus hidup," katanya.

Mayat arwah kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Hasil bedah siasat oleh Pegawai Perubatan mendapati mangsa mati akibat paru-paru berair.

Jenazah arwah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, dekat Jalan Nibong selepas solat asar, petang semalam.

Sinar Harian

Mangsa kemalangan minta bayaran insurans

Posted: 23 Apr 2012 11:54 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU- Mangsa kemalangan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), di Kampung Pendek, Salor, yang mengalami patah tiga gigi dan cedera di bahagian muka, kecewa di atas tuntutan pampasannya terhadap sebuah syarikat insurans yang masih belum diterima setakat ini.

Norizan Jusoh, 49 berkata, akibat kemalangan itu, dia bukan sahaja terpaksa menanggung kesakitan, malah tidak dapat meneruskan pekerjaan menjahit baju.

"Kemalangan terbabit memberikan kesan trauma yang mendalam terhadap diri. Sudah lima bulan berlalu, namun usaha suami, berjumpa dengan pihak insurans terbabit yang beribu pejabat di Kuala Lumpur hanya sia-sia apabila pihak itu melengah-lengahkan bayaran pampasan," katanya.

Norizan berkata, sebelum ini suaminya, Mohd Nazar Zaid, 42, membawa perkara terbabit ke peringkat atasan TNB dan pihak berkenaan cuba menyelesaikan perkara itu dengan merujuk kepada syarikat insurans itu yang di carumnya.

Menurutnya, insurans berkenaan dicarum untuk kakitangan dan orang awam yang terlibat dalam kemalangan berkaitan dengan syarikat berkenaan.

"Saya sudah serahkan laporan lengkap mengenai kemalangan itu termasuk laporan polis selain surat doktor. Namun sehingga kini syarikat terbabit tidak memberi sebarang jawapan dan kami harap mereka dapat memberikan penjelasan segera berhubung tuntutan ini," katanya.

Pada 3 Disember lepas, Norizan cedera di bahagian muka, patah gigi dan beberapa bahagian badan akibat terlanggar kabel TNB yang merentangi jalan terbabit ketika membonceng motosikal bersama anaknya. Akibat kemalangan itu, Norizan menerima lebih lima jahitan di mulut dan masih mengalami kesan trauma.

Sinar Harian

32 nelayan Vietnam ditahan

Posted: 23 Apr 2012 11:52 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PASIR PUTEH - Hasrat 32 nelayan Vietnam menangkap ikan di perairan negara tanpa permit sah gagal apabila aktiviti mereka itu berjaya dikesan oleh Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tok Bali, awal pagi semalam.

Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, kesemua mereka yang berumur dari lingkungan 20 hingga 61 tahun itu melakukan aktiviti tersebut dengan menggunakan tiga buah bot.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, kami menghadapi masalah komunikasi dan hasil pemeriksaan yang teliti didapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Operasi Ops Perkasa Timur tersebut diketuai oleh Pegawai Memerintah Leftenan Komander Maritim Suhaizan Saadin bersama 25 anggota.

Nilai kesemua rampasan tersebut adalah kira-kira RM150,000 dan kesemua bot tersebut dibawa ke Jeti APMM di Tok Bali untuk tindakan selanjutnya.

Zainin berkata, hasil laut di perairan negara ini yang banyak serta dijaga dengan baik menyebabkan mereka sanggup bergadai nyawa walaupun perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang.

Beliau berkata, kesemua mereka boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah melakukan aktiviti penangkapan ikan di Perairan Perikanan Malaysia tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta atau enam bulan penjara bagi tekong dan RM100,000 atau enam bulan penjara bagi setiap awak-awak atau kedua duanya sekali.

"Mengikut statistik terkini, ini merupakan tangkapan yang ke 14 yang melibatkan bot nelayan asing dan kesemua orang kena tahan (OKT) adalah seramai 169 orang.

"Peningkatan tangkapan ini amat ketara berbanding tahun lepas hanya 13 kes sahaja sepanjang tahun 2011 yang melibatkan bot asing," katanya.

Sinar Harian

3 kereta dipecah cermin perbuatan penjenayah

Posted: 23 Apr 2012 11:49 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GUA MUSANG - Tiga kereta yang diletak di kawasan parkir Jalan Besar Bandar Lama, di sini, pecah cermin sebelah penumpang depan dipercayai perbuatan penjenayah awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku lingkungan jam 1 pagi ketika pemiliknya termasuk seorang guru dan penyewa sebuah hotel bajet masing-masing nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan perkara itu.

Bagaimanapun, pemilik kereta tersebut yang membuat pemeriksaan selepas mengetahui kejadian berkenaan tidak berlaku kehilangan barang yang disimpan dalam kenderaan masing-masing.

Menurut seorang pemilik sebuah kereta tersebut yang tidak mahu disebut namanya, dia dikejutkan penjaga hotel lingkungan jam 1.30 pagi sebelum bergegas melihat cermin keretanya pecah.

Beliau berkata, sebaik tiba dekat kereta mendapati beberapa individu termasuk anggota polis berkawal di situ manakala mereka yang disyaki melakukan perbuatan tersebut menghilang diri.

"Saya turut melakukan pemeriksaan dalam kereta, tetapi tidak ada barang yang hilang dan mungkin penjenayah itu belum sempat masuki kereta apabila terserempak dengan pengguna lain yang melalui kawasan tersebut. Lagi pun, saya tidak menyimpan barang berharga dalam kereta tersebut dan saya terpaksa menutup cermin kereta yang pecah itu dengan kain mengelakkan basah dimasuki air hujan," katanya.

Sinar Harian

Tebing longkang runtuh

Posted: 23 Apr 2012 11:42 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TAIPING – Keadaan tebing longkang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Larut, di sini, yang semakin rebak menimbulkan kebimbangan penduduk sekitar.

Ketua Kampung Larut Ulu, Tajei Hussin berkata, sejak dua bulan lalu, tebing longkang itu telah beberapa kali rebak dan kini keadaannya semakin teruk.

Menurutnya, air longkang yang deras menjadi salah satu faktor tebing terhakis, ditambah dengan struktur tanah di kawasan itu yang agak longgar.

"Longkang ini menjadi laluan air utama apabila banjir dan jika tebing ini semakin rebak dan tanah yang runtuh akan menyebabkan longkang ini menjadi cetek," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dia telah membawa hal ini ke pengetahuan jabatan berkenaan di Ipoh, bagaimanapun, mereka berjanji akan berbuat sesuatu.

Katanya, selepas itu, pihak berkenaan telah meletakkan batu-batu sebagai penghalang supaya tebing tidak rebak.

"Batu-batu yang diletakkan itu bukan satu penyelesaian kerana akan jatuh ke dalam sungai setiap kali hujan.

"Selain itu, jalan di situ hanya di hadang dengan kon dan menyebabkan penduduk bimbang jika ada murid dari sekolah berhampiran terjatuh ke dalam longkang berkenaan," katanya.

Kata beliau, pihaknya berharap masalah tersebut mendapat perhatian pihak bertanggungjawab agar tiada kejadian tidak dingini berlaku.

Sinar Harian

Budak 4 Tahun Tembak Bapa Kerana PlayStation

Posted: 23 Apr 2012 08:44 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

RIYADH – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menembak mati bapanya yang enggan membelikan PlayStation.

Akhbar Asharq memetik jurucakap polis di bandar Jizan, selatan Arab Saudi, sebagai berkata, kanak-kanak itu mengambil pistol bapanya dan menembak kepala lelaki berkenaan.

Menurut laporan akhbar itu, kanak-kanak terbabit meminta bapanya membeli sebuah PlayStation dan kejadian berlaku selepas lelaki itu pulang tanpa membawa mainan yang dihajati.

Ketika menanggalkan pakaian, lelaki berkenaan meletakkan senjata di bawah. Anaknya mengambil pistol itu lalu menembaknya dari jarak dekat. – AFP

Agency

Buruh binaan dihempap jentera cerucuk

Posted: 23 Apr 2012 08:41 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MUAR – Seorang pekerja buruh binaan maut dalam keadaan menyayat hati selepas dihempap sebuah jentera tanam cerucuk di Kampung Tengah Air Hitam dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa Chong Kim Fatt, 46, dipercayai cuba membetulkan kedudukan jentera berat terbabit yang senget kerana struktur tanah di kawasan itu lembik.

Malangnya, ketika mangsa sedang leka memasukkan besi dan kayu di bawah jentera berkenaan, secara tiba-tiba jentera itu terbalik lalu menghempapnya.

Kejadian tersebut disedari dua rakannya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan cuba membantu mangsa tetapi gagal.

Kim Fatt berasal dari Rawang, Selangor dan baru beberapa hari melakukan kerja pembinaan masjid di Kampung Parit Tengah, Air Hitam sebelum berlakunya kejadian itu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Jamil berkata, projek pembinaan masjid berkenaan mula dilakukan kira-kira tiga bulan lalu.

Menurutnya, jentera berat itu berada di bekas tapak kolam lama menyebabkan kedudukannya senget sejak dua hari ditinggalkan di situ.

"Penduduk kampung yang mendengar tentang kemalangan terbabit segera datang ke situ untuk memberi bantuan bagi menyelamatkan mangsa yang terbenam dalam tanah di bawah jentera tersebut.

"Satu jam kemudian, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan sebuah jentera lain tetapi sudah meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, penduduk kampung turut menghubungi pihak polis dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk memaklumkan kejadian itu.

Sinar Harian

Letupan kuat meteor cetus panik

Posted: 23 Apr 2012 08:39 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.

Sinar Harian

Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0

Posted: 23 Apr 2012 08:32 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

Harakah Daily

Negara bankrap modal baru BN

Posted: 23 Apr 2012 08:27 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bankrap adalah satu modal baru Umno BN untuk menakutkan rakyat supaya jangan memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

"Sebelumnya mereka menggunakan isu agama, bangsa dan raja," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan.

Menurutnya, oleh kerana ketiga-tiga isu itu sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap tiga perkara yang diperkatakan.

Maka, katanya Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah.

Beliau menamvbah, semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilabelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno.

"Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi," ujarnya lagi.

Maka, beliau menambah terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN.

Apa yang pelik, kata Idris semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan.

"Sebenarnya taktik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat," katanya.

Apa tidaknya, kata beliau hutang negara 53%, paras bahaya ialah 55%.

Tambahnya, hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011 sementara wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009).

Selain itu, katanya lagi saham Bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang Tajudin dihapus kira, NFC sebanyak RM250 juta.

Beliau menambah, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 pula melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucer.

Ini, tegasnya membuktikan bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa.

"Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insya Allah negara selamat, rakyat mendapat rahmat," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Rumah jadi sarang ular

Posted: 23 Apr 2012 08:24 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BALING - Sebuah keluarga terkejut setelah mendapati rumah yang dihuni selama ini merupakan sarang ular berikutan penemuan 12 ekor anak tedung senduk di lubang lantai rumahnya di kawasan Jalan Bakar Sampah, di sini, kelmarin.

M Krishanabeni, 37, berkata, dia dan suaminya, Budik, 44, terkejut setelah menjumpai seekor anak ular keluar dari lubang lantai rumahnya awal pagi kelmarin.

"Pada mulanya saya hanya lihat seekor anak ular. Kemudian, suami tangkap dan buang ular itu ke dalam hutan.

"Keesokannya, terdapat seekor lagi anak ular keluar dari lubang sama. Disebabkan risau terdapat lebih dari seekor ular di dalam lubang itu saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, lima anggota JPAM dikerahkan ke tempat kejadian dan mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan 12 anak ular yang terdapat di dalam lubang lantai itu.

Krishanabeni berkata, sebelum ini dia perasan kucingnya sering menghidu dan mengorek sesuatu di lubang lantai itu dan tidak menyangka ia rupanya petanda bahawa terdapat sarang ular di rumahnya.

Katanya, dia dan suami serta enam anaknya terpaksa tidur di ruang tamu sejak malam kelmarin kerana bimbang dengan kehadiran ular itu.

"Hati saya tidak tenteram dan tidak mustahil terdapat ular besar di dalam rumahnya berikutan penemuan anak ular itu.

"Saya ingin berpindah, tetapi saya tidak mampu menyewa di rumah lain. Kami sekeluarga terpaksa tinggal di sini," katanya.

Sementara itu, jurucakap JPAM cawangan Baling berkata, semua anak ular itu dipercayai berusia antara setahun berdasarkan saiz anak ular tersebut.

Kesemua anak ular itu di bawah ke Pejabat JPAM cawangan Baling sebelum dibuang ke dalam hutan.

Sinar Harian

Mansour puji Mancini, mahu kekal kendali Manc City

Posted: 23 Apr 2012 08:19 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PEMILIK Manchester City, Sheikh Mansour menyatakan kegembiraan dengan pengurusan Roberto Mancini dalam mengendalikan pasukan itu.

Melihat Mancini seorang pengurus yang sesuai untuk membimbing kelab itu dalam usaha membantunya menjadi kelab terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), Mansour menegaskan beliau akan terus kekal dalam mengendali kelab itu walaupun misi untuk memenangi gelaran EPL gagal kelak.

Mancini yang mengambil alih jawatan Mark Hughes sebagai pengurus pada Disember 2009 telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam misi untuk memenangi gelaran EPL pertama sejak 1968.

Dalam satu kenyataan dipetik BBC, Monsour berkata: "Perbezaan tiga mata di belakang Manchester United tidak menggambarkan bahawa City tidak boleh mengejar The Red Devils, dan kami masih mempunyai peluang."

"Tetapi apa yang berlaku nanti sama ada menang atapun kalah, saya tetap gembira dan berpuas hati dengan pemain serta pihak pengurusan," kata Mansour.

Tambah Mansour, prestasi City yang cemerlang dalam memenangi enam perlawanan daripada tujuh turut menunjukkan satu peningkatan yang baik.

"Mereka telah menunjukkan satu prestasi yang sangat baik dan saya berharap mereka akan menjadi lebih baik menjelang baki tiga perlawanan nanti," katanya.

Sejak 2008, Monsour telah membelanjakan sebanyak £1 bilion dalam melakukan perubahan sekali gus menjadikan kelab itu sebagai kelab terkaya di dunia.

Sinar Harian

Padah pukul rakan sekerja

Posted: 23 Apr 2012 08:17 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang operator mesin dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana memukul rakan sekerjanya hingga patah tangan kiri, awal bulan ini.

Nordin Kassim, 50, dari Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Nordin didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Loi Fui Liang, 44, menggunakan sebatang besi di kantin sebuah kilang di Kampung Air Hitam Darat, Alor Gajah, kira-kira jam 5 petang pada 9 April 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Ishak meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, Nordin diwakili peguam bela, Mohd Fadil Hassan meminta mahkamah kurangkan wang jaminan dengan alasan menyara tiga anak dan ibu yang uzur.

Ahmad Sazali membenarkan Nordin diikat jamin RM6,000 dan menetapkan 14 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sinar Harian

Remaja tak sempat rompak syiling

Posted: 23 Apr 2012 08:16 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Empat lelaki, dua daripadanya adalah pelajar diberkas polis cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sekitar bandar Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi semalam.

Mereka ditahan kerana cuba merompak syiling dalam mesin air suling di sebuah taman di Durian Tunggal.

Operasi berkenaan diketuai Inspektor Abd Rashid Idris, berjaya menahan empat remaja, dipercayai dari Seremban, yang melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua suspek menendang mesin air berkenaan untuk mengeluarkan syiling tetapi disedari seorang lelaki.

Menurutnya, mereka segera melarikan diri tetapi lelaki terbabit bertindak membaling topi keledar ke arah kereta dinaiki empat suspek berkenaan.

"Balingannya terkena cermin belakang kereta menyebabkan ia pecah.

"Polis berusaha menjejaki mereka berdasarkan alamat pendaftaran kenderaan tetapi suspek tiada di rumah sebelum operasi mengesan suspek dilakukan berhampiran Tesco Seremban Jaya, kira-kira jam 3 pagi, semalam," katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, pihaknya cuba mengenal pasti kereta terbabit berdasarkan kesan pecah.

"Kami berjaya mengesan mereka selepas melihat kereta terbabit berhampiran sebuah pasar raya di Seremban Jaya.

"Suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis dan kami juga menemui sebilah kapak serta topi keledar milik saksi," katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia belasan tahun dan awal 20-an dibawa ke IPD Alor Gajah untuk siasat lanjut.

"Mereka direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 kerana cubaan mencuri," katanya.

Sinar Harian

Nasib berbeza 5 rakan bunuh remaja

Posted: 23 Apr 2012 08:13 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Lima sekawan menghadapi nasib berbeza apabila menerima hukuman masing-masing selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan pada seorang remaja sehingga mati pada Mei tahun lalu sehingga mati di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Tertuduh pertama, Mohd Salahuddin Shamsul, 20 dan tertuduh kedua, Mohd Masyadi Mohd Zainal, 21 hanya mampu menarik nafas lega selepas Hakim Datuk Mariana Yahya menetapkan hukuman penjara sembilan bulan berkuat kuasa dari kedua-duanya ditangkap iaitu pada 31 Mei 2011.

Sebelum ini, kedua-duanya berada dalam tahanan di Penjara Penor selama 10 bulan dan 23 hari.

Manakala tertuduh keempat dan kelima yang masing-masing berumur 17 dan 18 tahun dibebaskan dengan jaminan bon berkelakuan baik selama setahun dan dikenakan cagaran sebanyak RM1,000.

Namun kedua-duanya diminta melaporkan diri ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran ditemani ibu bapa dan penjaga masing-masing pada minggu pertama setiap bulan selama setahun berkuat kuasa Mei depan.

Keempat-empat mereka menghadapi pertuduhan dan disabitkan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas si mati, Zulkifli Ali, 17 di Medan Pelancongan Benteng, Jalan Besar di sini pada 21 Mei tahun lalu kira-kira jam 1.30 pagi.

Kesemuanya disabitkan di bawah Seksyen 32 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh ketiga iaitu Mohd Zubaikhan Abdul Halim, 22 dari Sri Damai di sini pula menghadapi nasib berlainan berbanding rakan-rakannya dan terpaksa meringkuk di penjara selama 12 tahun selepas Mariana menetapkan keputusan tersebut selepas mendengar penggulungan hujah dan rayuan yang dikemukakan peguam belanya,Arifin Che Ali.

Sebelum itu, Arifin mengemukakan tertuduh hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM600 sebulan dan tinggal bersama ibunya yang juga seorang ibu tunggal yang hanya meniaga secara kecil-kecilan.

Menurutnya, tertuduh anak keempat daripada 12 adik-beradik dan ketika kejadian berlaku pada 21 Mei lalu, tertuduh berusia 21 tahun 2 bulan dan tidak menggunakan senjata terhadap mangsa.

Mariana menetapkan hukuman tersebut berkuat kuasa daripada tarikh Zubaikhan ditangkap iaitu pada 31 Mei tahun lalu.

Sebelum itu dalam kenyataannya, Mariana memberitahu, tertuduh dikira bernasib baik selepas pertuduhannya ditukar dari membunuh ke pertuduhan mematikan orang dengan salah.

Menurutnya, beliau mendengar rayuan itunamun hukuman tersebut dijalankan mengikut kepentingan awam kerana nyawa manusia tiada nilai.

"Perlakuan tertuduh telah menyebabkan kehilangan nyawa pada mangsa dan kehilangan untuk keluarga mangsa yang dijadikan harapan buat mereka.

"Kalau sudah hilang nyawa, saya tak tahu apa nak diganti dan saya memandang serius perkara ini," katanya.

Mengikut pertuduhan, Zubaikhan disabitkan menyebabkan kematian pada mangsa, Zulkifli Ali, 17 dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang menyebabkan kematian pada mangsa pada 21 Mei tahun lalu di Medan Pelancongan Benteng, Jalan Besar di sini kira-kira jam 1.30 pagi.

Tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, kejadian bermula apabila si mati bersama rakannya berada di tempat kejadian untuk melihat orang memancing di lokasi tersebut.

Sebelum kejadian kawan si mati telah meminta mangsa menunggu kerana ingin membuang air dan sebaik keluar dari tandas, dia melihat si mati telah dipukul lebih kurang lima orang lelaki.

Rakannya ternampak tertuduh ketiga telah menghentak kepala si mati ke pintu besi kedai makan dan mangsa rebah ke lantai namun tertuduh terbabit masih lagi menyepak belakang badan dan kepala hingga si mati tidak sedarkan diri.

Selepas kumpulan lelaki itu beredar, mangsa dibawa ke hospital dan tidak sedarkan diri sehingga disahkan meninggal dunia pada 30 Mei tahun lalu.

Hasil pemeriksaan pakar patologi mendapati terdapat kesan retakan di tiga lokasi bahagian tengkorak kepala iaitu salah satunya di sebelah kiri depan tengkorak kepala berdekatan mata sebelah kiri dan pendarahan dalam kepala.

Selain itu terdapat juga kesan lebam pada paru-paru sebelah kanan dan paru-paru dan buah pinggang kedua-duanya tidak berfungsi dengan baik akibat komplikasi dari koma.

Tertuduh pertama, kedua dan keempat diwakili peguam bela, Bob Arumugam dan tertuduh kelima diwakili Azizan Abdullah. Manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad.

Sinar Harian

Liga Juara: Di Matteo janji tewaskan Barcelona

Posted: 23 Apr 2012 08:10 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGENDALI sementara Chelsea, Roberto Di Matteo berjanji pasukannya akan memberi peningkatan yang positif menjelang pertemuan dengan Barcelona dalam persaingan separuh akhir kedua Liga Juara-juara, Rabu ini.

Di Matteo menegaskan meskipun memiliki kelebihan pada saingan separuh akhir pertama Khamis lalu, Chelsea akan tetap memburu jaringan di Nou Camp walapun menyedari bukan mudah untuk bermain di hadapan penyokong lawan.

"Peluang kedua-dua pasukan dilihat seimbang, dan mana-mana pasukan yang melakukan sedikit kesilapan akan pastinya menerima padah,

"Apa-apa pun kita akan cuba skor gol pada perlawanan itu nanti kerana ia akan menjadi masalah sekiranya seri tanpa jaringan," kata Di Matteo.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Chelsea menang 1-0 ke atas Barcelona.

Tambah Di Matteo, Barcelona akan melakukan apa sahaja dalam misi memburu gol, dan "kami akan cuba menghalang peluang itu sekali gus memusnahkan impian mereka untuk layak ke peringkat akhir nanti."
Chelsea turut mencipta kejayaan apabila layak ke peringkat akhir menentang Liverpool dalam perlawanan Piala FA
5 Mei ini.

Sinar Harian

Lelaki kes dera dicari

Posted: 23 Apr 2012 07:37 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes dera melibatkan anak teman wanitanya berusia dua tahun di Kampung Tualang, Manir, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki berusia 31 tahun dan tidak bekerja itu dipercayai memukul mangsa, Mohd Danish Aiman Abdullah selepas berang dengan kanak-kanak itu yang dikatakan terlalu aktif.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata, lelaki terbabit melarikan diri sebaik menyedari teman wanitanya yang berusia 22 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Bagaimanapun, kami yakin lelaki berkenaan masih bersembunyi di negeri ini dan kini usaha menjejaki sedang dipergiatkan," katanya selepas melawat kanak-kanak malang itu di wad Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), semalam.

Menurut Jamshah, siasatan awal mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk rusuhan, culik, dadah dan lain-lain jenayah.

Katanya, kerjasama orang awam menjejakinya amat dialu-alukan dan kepada mereka yang mempunyai maklumat terkini diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.

Mohd Danish Aiman yang mengalami pendarahan otak dipercayai akibat ditampar kini dilaporkan stabil selepas selamat menjalani pembedahan pada petang Sabtu lalu.

Sinar Harian

Mesir tamat perjanjian gas dengan Israel

Posted: 23 Apr 2012 07:34 PM PDT

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Ketua Syarikat Gas Asli Mesir Holding, menamatkan kontrak menghantar bekalan gas ke Israel disebabkan adanya pencabulan terhadap kontrak yang dipertanggungjawabkan, namun Israel menafikan dan berkata, ia membelakangi perjanjian damai dua buah negara itu.

Pegawai tertinggi syarikat gas, Mohamed Shoeb berkata, keputusan berkenaan bukan bersifat politik dan tidak berkaitan dengan perhubungan perdagangan luar.

Katanya, dalam tempoh empat bulan, negara iitu gagal membayar khidmat gas berkenaan sebaliknya jurucakap kementerian luar Israel, Yigal Palmor menafikan tuntutan berkenaan.

Perjanjian gas Mesir-Israel pada 2005 turut mendapat kritikan lantang daripada pemimpin pemberontakan popular yang menjatuhkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tahun lalu.

Para pengkritik menuduh Israel mendapat harga di bawah tawaran termasuk beberapa kroni Mubarak yang menggelap berjuta-juta ringgit daripada hasil dagangan sumber itu.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan