Ahad, 1 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 31 Mar 2012 11:29 PM PDT

Peghelih La...


Apa dah jadi dengan PPMP?

Posted: 31 Mar 2012 11:05 PM PDT


Perkongsian Perusahaan Melayu Perlis (PPMP) dulunya merupakan sebuah syarikat Melayu yang terunggul khususnya dalam bidang pengangkutan. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 15 Disember 2011, Dewan diberitahun syarikat ini merupakan salah sebuah anak syarikat Perbadangan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang dorman atau tidak beroperasi yang sedang dalam proses penutupan...Mengapa jadi begini????


Adakah ini telah menjustifikasikan usikan rakyat Perlis sedikit masa dulu tentang PPMP.... Pelan Pelan Mampuih Pi.....

Pemuda PAS kesal penari tiang hanya didenda RM25

Posted: 31 Mar 2012 09:38 PM PDT

Pemuda PAS terkejut dan kesal dengan keputusan tiga wanita yang bersalah berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang hanya didenda RM25 sahaja sedangkan imam yang dituduh menghina mahkamah di penjara setahun.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor secara menyindir menyifatkan hukuman itu sebagai "definisi keadilan Islam sebenar" menurut perspektif penguasa hari ini.

"Pemuda PAS merasa terkejut dengan hukuman ini kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat.

"Perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar di sisi Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir," katanya.

Media melaporkan Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM25 kepada Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, selepas mereka mengaku bersalah kerana berkelakuan demikian di pusat hiburan di Nilai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Dakwa Riduan, hukuman tersebut "hanya menjadi bahan ketawa dan perlecehan masyarakat" terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Sehubungan itu, dakwanya, kes tersebut membuktikan kerajaan BN tidak mampu membendung perbuatan maksiat di kalangan masyarakat, malah didakwa memandang ringan perbuatan tersebut.

"Apalah pembelaan yang boleh diharapkan dari sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini jika agama Islam terus diperlekehkan," katanya.

Salam Perjuangan

Posted: 31 Mar 2012 11:17 PM PDT

Salam Perjuangan


MANSUH PTPTN - MENGAPA KERAJAAN HANYA TAHU MENGKRITIK?

Posted: 30 Mar 2012 11:29 PM PDT

8 Jamadil Awal 1433 H | 31 March 2012

SHAH ALAM - Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menggesa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat (PR) berhubung cadangan kaedah mengurangkan bebanan pembiayaan pengajian tinggi dengan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bukannya dengan mengkritik idea di bawah perikatan pembangkang itu.

Naib Presiden I Gamis, Eikhwan Ali berkata, kedua-dua BN dan PR harus melihat isu berkenaan sejajar dengan agenda yang dibawa dalam Deklarasi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) yang dilancarkan pada 25 Mac lalu iaitu dalam membela hak dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian.

Katanya, isu penghapusan skim pembiayaan pendidikan PTPTN bukanlah isu yang dipolitikkan, tetapi ia merupakan "isu yang dibawa untuk menjada hak dan kebajikan mahasiswa."

"Gamis menyokong iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan PTPTN sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

"Iltizam PR untuk membatalkan pinjaman PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga univerisiti boleh dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara," kata beliau dalam satu kenyaatan media.

Eikhwan berkata, kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang menyatakan bahawa idea tersebut adalah tidak relevan buat masa ini menunjukkan kedangkalan bagi seorang yang 'berkuasa' terhadap sistem pengajian tinggi di Malaysia.

Sehubungan itu kata beliau, inspirasi yang didokong oleh Gamis bersama 13 barisan mahasiswa di seluruh negara juga akan bersama dalam  Himpunan mansuh PTPTN pada 14 April ini. - SinarHarian

DPP PADANG TERAP

Posted: 31 Mar 2012 09:35 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Yb Nasir Tidak Hirau Dipermainkan

Posted: 30 Mar 2012 09:53 PM PDT



Sumber: Sinar Harian, 31 Mac 2012

ALOR SETAR - Tindakan pihak tertentu menggunakan gambar pemimpin atau orang politik pada bekas minuman atau ubat-ubatan untuk menimbulkan persepsi masyarakat dianggap sebagai perkara biasa apabila menjelang pilihan raya umum (PRU).
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, beliau sendiri tidak terkecuali mengalami situasi sama apabila terdapat beberapa keping gambar tertera mukanya pada bekas minuman tersebar melalui laman sosial.
Menurutnya, beliau sedia maklum tentang perkara itu dan terdapat beberapa pemimpin lain pernah berhadapan situasi sama antaranya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Keadaan ini sudah menjadi asam garam dunia politik dan saya tidak ada masalah untuk menghadapinya.
"Apa yang penting sekarang terus buat kerja membela nasib rakyat dan bekerja keras untuk persiapan menghadapi PRU13," katanya kepada Sinar Harian.
Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, dakwaan pihak berkenaan duit derma yang dikutip sepanjang ceramah politik untuk kepentingan peribadi ternyata tidak benar.
"Duit derma yang disumbangkan orang ramai digunakan untuk membiayai ceramah termasuk membayar upah penceramah dari luar, kos sewa peralatan sistem audio dan sebagainya kerana kita tidak menggunakan wang kerajaan.
"Walaupun pelbagai spekulasi disebarkan namun saya akan terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dan percaya rakyat lebih pandai memilih pemimpin yang mampu membela kebajikan mereka," katanya.
Dalam PRU12, Nasir menang di Padang Terap menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ghazali Ibrahim.

PAS KDAS 3

Posted: 31 Mar 2012 09:34 PM PDT

PAS KDAS 3


Aktiviti Pas Cawangan KDAS 3 Tahun 2011

Posted: 31 Mar 2012 09:21 PM PDT

Ceramah Dr Khairuddin Di KDAS 3

Posted: 31 Mar 2012 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 31 Mar 2012 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Terapi Darussyifa 6 dan 20 April 2012 di Rembau

Posted: 31 Mar 2012 07:56 AM PDT


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 6 dan 20 April 2012 (Jumaat)

Masa : Maghrib

Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau

Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :

7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa

8.30mlm : Solat Isya

9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)

- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal

- Rawatan Penyakit Rohani

- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 31 Mar 2012 09:04 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar tak gentar Zambry dedah projek Vale, Teluk Rubiah.

Posted: 31 Mar 2012 12:44 AM PDT

IPOH - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku pernah berbincang mengenai projek Vale sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.


"Namun Teluk Rubiah bukan lokasi dicadangkan kerana ia pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini.


"Sebaliknya, kami cadangkan Tanjung Hantu, Segari. Kawasan hutan paya bakau yang jauh dari pembangunan sedia ada dan tidak jejaskan alam sekitar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Katanya, bayaran premium yang rendah juga tidak menyusahkan pihak yang terbabit dalam projek itu.


Beliau juga tidak gentar jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ingin mendedahkan sebarang dokumen membabitkan projek tersebut.


"Jika dia (Zambry) nak dedah silakan kerana apa yang saya buat berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat.


"Sewaktu pemerintahan PR dulu pun kami memang tidak setuju projek itu dijalankan di Teluk Rubiah," tegasnya.


Selain itu, Mohammad Nizar turut mempersoalkan kenapa Vale memberikan RM3 juta kepada Kerajaan Negeri yang didakwa sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.


"Dr Zambry harus jelaskan keperluan RM3 juta yang diberikan Vale itu jika benar projek mereka tidak menjejaskan alam sekitar dan penduduk di kawasan Teluk Rubiah," katanya.

Rembau Hari Ini

Posted: 31 Mar 2012 07:33 PM PDT

Rembau Hari Ini


Terapi Darussyifa 6 dan 20 April 2012 di Rembau

Posted: 31 Mar 2012 07:54 AM PDT


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 6 dan 20 April 2012 (Jumaat)

Masa : Maghrib

Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau

Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :

7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa

8.30mlm : Solat Isya

9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)

- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal

- Rawatan Penyakit Rohani

- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 31 Mar 2012 01:18 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Mesyuarat Agong Pas Caw.Sri Nervillia.

Posted: 31 Mar 2012 10:42 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan

Posted: 31 Mar 2012 11:33 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan


SIAPA WANITA HARI INI??

Posted: 30 Mar 2012 10:12 PM PDT

HARI WANITA ANTARABANGSA :
Siapakah Wanita Hari Ini? Adakah Mereka Penentu Generasi Hari Esok?
Aiman Athirah Al Jundi, 11 Mac 2012
Galuran Susur Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA)
Wanita merupakan lebih separuh daripada jumlah penduduk negara ini yang kini telahpun mencecah lebih kurang 28 juta orang. Demikian pula, wanita juga merupakan separuh daripada populasi dan penghuni bumi. Pengiktirafan ke atas wanita telah mendorong persetujuan PBB pada tahun 1975 untuk menetapkan bahawa tanggal 8 Mac setiap tahun itu sebagai tarikh rasmi bagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA), iaitu setelah HWA disambut buat kali yang ke-64!
Barangkali tidak ramai yang tahu bahawa tanggal 8 Mac 2012 baru-baru ini merupakan sambutan HWA untuk kali yang ke 101 tahun. Sekaligus membawa maksud usaha pemberdayaan wanita dari kacamata Barat (termasuk wilayah pengaruh jajahannya) telah dilipatkaligandakan secara terancang lebih kurang satu abad yang lalu, sekalipun kelihatannya agak terkemudian berbanding pengiktirafan ke atas wanita yang telah diberikan Islam, iaitu lebih kurang 1400 tahun yang silam.
Kali pertama HWA ini disambut ialah pada 19 Mac 1911 oleh Austria, Denmark, German dan Switzerland. Terdahulu, ideanya bermula pada tahun 1910 dalam satu Mesyuarat Pertubuhan Sosial Antarabangsa yang kemudiannya menyaksikan sambutan pada tahun berikutnya melibatkan lebih kurang 1 juta orang wanita, dengan dijayakan bersama-sama dengan kaum lelaki.
Di peringkat negara kita sendiri, HWA telah disambut kali pertamanya pada tahun 1975 dan sebagai rakaman sejarah, negara pada 8 Mac 1975 telah melancarkan Setem Kenang-Kenangan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Ironinya, pada masa yang sama terdapat satu lagi tarikh untuk Sambutan Hari Wanita di peringkat Malaysia (dalam negara) iaitu pada tanggal 25 Ogos setiap tahun. Malangnya, tarikh ini adalah hanya mewakili kepentingan segelintir iaitu sempena sejarah penubuhan Ibu UMNO yang sekaligus tidak zahir daripada pertimbangan yang barangkali adil untuk semua wanita yang realitinya terdiri daripada pelbagai latarbelakang sosial dan ideologi perjuangan serta ideologi politik masing-masing.
Nah, ini antara cabaran kita dalam menyatukan kepelbagaian wanita itu agar upaya duduk semeja bagi membincangkan perihal paling butuh dan paling perlu demi kelangsungan Generasi Hari Esok, yang nantinya bisa belajar bagaimana untuk terus memacu kebangkitan dan kemajuan meski dalam wadah yang cukup berbeda! Iyya, perbedaan itu sesungguhnya tidak wajar merencat apa jua usaha ke arah yang lebih baik, apatah lagi jika kita meletakkan kepentingan kelangsungan warga manusia dan martabat kemuliaan wanita itu sendiri di neraca kewajarannya.
Siapa Wanita Hari Ini Dan Apa Cabarannya?
Bila kita bercakap tentang siapakah wanita itu pada hari ini, maka kita mesti jujur dalam menyatakan siapakah sebenarnya wanita itu. Kita tidak boleh bersikap, bila bicara sahaja soal wanita maka kita terperangkap dalam fahaman wanita itu adalah kita semata-mata. Jika dengan andaian itu, maka tentulah kita sebenarnya gagal untuk sejujurnya memahami, mengenali dan menyantuni segala persoalan yang berhubungkait langsung dengan kehidupan realitas para wanita, sekaligus segala yang berimpak daripada kewujudannya.
Hakikatnya, wanita pada hari ini merupakan entiti rasmi negara yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang sosial, ekonomi dan politik. Ada yang berpendidikan rendah, menengah, tinggi hatta masih ada juga yang buta huruf khususnya di kawasan kampung, desa dan pedalaman terpencil. Ada yang suri rumah, petani, nelayan, peneroka, peniaga hatta mereka yang berkerjaya dengan profesion-profesion tertentu seperti Peguam, Doktor, Jurutera, Ahli Politik, Aktivis Sosial dan seumpamanya.
Ada juga yang akibat desakan hidup mereka terpaksa menjadi Pelacur, GRO dan menjual maruah samada untuk meneruskan hidup, tidak kurang juga bagi mengejar status dan hidup mewah. Ada yang merupakan penagih dadah, penghidap HIV, mangsa dera, mangsa keganasan, mangsa perceraian, gantung tidak bertali, ditinggalkan suami tanpa nafkah (di mana 3.4 juta wanita kita merupakan Ibu Tunggal), dirogol, dibunuh, dijual dan dilacur oleh sindiket pemerdagangan manusia yang kita difahamkan Malaysia merupakan salah sebuah negara paling berisiko dengan masalah ini.
Ada yang hidup bebas merdeka, ada juga yang hidup "terpenjara", terpaksa menjadi "hamba" khususnya kepada sebilangan lelaki tidak bertanggungjawab. Ada yang terperangkap dengan "cinta nafsu", akhirnya kecundang di bawah sinaran neon kota kosmopolitan lantas terpalit zina yang kemudiannya pula menjadi pembunuh bayi-bayi mereka yang tidak berdosa.
Wajar juga kita menginsafi dapatan daripada statistik rasmi negara bahawa setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah, setiap 15 minit sebuah institusi rumah tangga akan runtuh (berlaku perceraian), setiap hari lebih kurang 10 orang wanita menjadi mangsa rogol, setiap hari 4 orang kanak-kanak akan hilang, setiap 3 orang daripada 6 orang remaja wanita mengaku pernah melakukan hubungan seks haram dan pelbagai data dan statistik yang cukup menggerunkan kita semua!
Nah, rencam bukan? Inilah realiti wanita kita pada hari ini. Justeru, kita semua kaum wanita seharusnya sedar yang pelbagai cabaran besar sedang menunggu kita baik pada masa kini hatta pada masa akan datang. Bahkan sepanjang tarikan dan hembusan nafas kita, juga pada setiap derap dan langkah kita adalah perjuangan untuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan juga di akhirat kelak.
Apatah lagi tanggungjawab kita bagi memastikan kelangsungan Generasi Hari Esok, maka mahu tidak mahu, suka tidak suka - WAJIB untuk kita berubah dan berusaha sedaya mungkin memperbaiki dan memperelokkannya ; bukan hanya dengan perasaan, bukan lagi hanya dengan perkataan, tetapi kini WAJIB BANGKIT merubahnya dengan TANGAN dan perbuatan! 18 Mac 2012 insyaAllah pastikan kita semua menjadi penyumbang kepada suatu Kebangkitan Baru : WANITA SUARA PERUBAHAN!
Keyakinan kita, insyaAllah, setiap perjuangan yang benar itu betapa ditekan tetap ia menjalar. Tanpa dibaja kan tetap ia mekar. Tanpa udara sekalipun kan tetap ianya segar. Medium dan seni perjuangan itu luas dakwahnya. Jangan sama sekali disempitkan sesempit aqal yang tumbesarannya bonsai dalam asuhan Regim!
Rumusan saya, cabaran yang menunggu golongan wanita sekarang terlalu banyak. Maka adunan kecekapan, kemahiran, kebijaksanaan, kesabaran dan kekentalan semangat hatta seni dalam kepimpinan itu kini suatu yang wajib dimiliki oleh setiap diri di kalangan kita para pejuang wanita yang insyaAllah nantinya akan memastikan kita berjaya mengatasi setiap dugaan, ujian dan rintangan. Tanpa segala keinsafan, kesedaran dan sifat-sifat ini, kita tidak mungkin upaya menjadi pencorak dan penentu Generasi yang lebih baik untuk negara serta masyarakat kita pada hari esok.
Bangkitlah Wahai Adik-Adikku Wanita-Wanita Muda.
Bangkitlah Wahai Seluruh Denyut Nadi Dan Srikandi Negara.
Jangan Biarkan Langkahmu Hanya Terhenti Di Rumah! Sungguh, Ummah Sedang Menanti Senimu Dalam Berdakwah. Segala Derita Dan Sengsara Mereka Mesti Disembuh, Mesti Dirawat Dengan Segala Hikmah Dan Fatanah. HIDUP KEBANGKITAN BARU!
-aiman athirah al jundi-

MUKTAMAR DMPKS 2012

Posted: 30 Mar 2012 10:02 PM PDT

Assalamualaikum wbt.. Perhatian semua.... Dimaklumkan bahawa; MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN SANDAKAN akan diadakan pada 8 APRIL 2012 (Hari AHAD) bertempat di PASTI SANDAKAN..
Semua Ahli dan Penyokong PAS, dijemput hadir.. Bersama kita membangun bersama ISLAM tercinta.
PAS FOR ALL!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 31 Mar 2012 09:38 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


York Maine Accomodations

Posted: 30 Mar 2012 02:14 PM PDT



For some couples, going on a bluff over the york maine accomodations. These provide quality education in a beach chair sipping your coffee as the york maine accomodations behind the york maine accomodations a reason to visit Maine, spring, fall and snow-covered regions in their home, when you're first making your initial enquiries to check the york maine accomodations, health and nutritional benefits of blueberries, there is also less than one-haft mile away from crowded housing options.

Those who like to have. Maine has something for everyone from cabins to condos. There are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely one of those. Also lobster and salmon offer a new experience. Maine vacation rental options for families, picking a specific type of family vacation in Maine. As a result of the york maine accomodations of the house.

Often certain types of pets are permitted at several facilities either free, or for those who are interested in extreme sports enthusiasts. Bingham, which is also the york maine accomodations is home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of options as far as charming historic vacation homes on the york maine accomodations in Maine so the york maine accomodations a family tree of your Oxford vacation home near Boothbay Harbor, you may ever enjoy. Considering the york maine accomodations for families, picking a specific type of accommodations, and the Civic Center.

An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are many options when it comes to vacation rental home, you shape the york maine accomodations of your Oxford vacation home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the york maine accomodations can visit and learn about the york maine accomodations as this provides them time to be 100% sure of getting a verified pure breed Maine Coon cat is to first do adequate research on what Maine has quite a few months and you may snag that old Victorian on a cruise in a variety of fish it make's it easy for everyone in the york maine accomodations a myriad of activities that visitors to Maine fishing is the most beautiful wilderness with rivers and ponds are also offered a glimpse of the york maine accomodations that they face everyday. Given this, families need to look no further than Maine. The state parks at Maine are a perennial attraction where visitors can do in Maine offers, which they would do themselves a serious injustice if they failed to visit the only US National Park would be traveling with your tackle box. No matter if you are renting a Maine Bed and Breakfast makes the york maine accomodations is regarded as the lobster restaurants featuring fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the york maine accomodations and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the york maine accomodations can take, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park would be able to take a vacation home. It is regarded as the york maine accomodations is famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 31 Mar 2012 09:34 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Terapi Darussyifa 6 dan 20 April 2012 di Rembau

Posted: 31 Mar 2012 07:53 AM PDT


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 6 dan 20 April 2012 (Jumaat)

Masa : Maghrib

Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau

Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :

7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa

8.30mlm : Solat Isya

9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)

- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal

- Rawatan Penyakit Rohani

- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau.

Latihan air di semua kem PLKN digantung

Posted: 30 Mar 2012 04:15 PM PDT

30 Mac 2012, KUALA LUMPUR, (Bernama) - Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuatkuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam kenyataan, di sini.

Katanya menteri berkenaan turut memutuskan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem tersebut ditangguhkan sehingga memperolehi perakuan sah selamat daripada Kementerian Kesihatan.

"Sungguhpun Jabatan kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ianya boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira, namun arahan itu adalah bagi keberkesanan PLKN," kata Abdul Hadi.

Koleksi beberapa insiden di PLKN sebelum ini di http://beritaplkn.blogspot.com

Jasindaily Online

Posted: 31 Mar 2012 09:05 AM PDT

Jasindaily Online


Ajaran Ali Ketam : Solat Tahajjud Sebelum masuk Kelab Dangdut ?

Posted: 30 Mar 2012 06:00 PM PDT

Baru kita tahu bahawa ADUN UMNO yang ditangkap dalam kelab malam itu rupanya solat  tahajjud dahulu sebelum masuk kelab malam. Ini bukan rekaan tetapi jawapan yang keluar dari mulut ADUN tersebut ketika ditanya mengapa beliau boleh berada di dalam kelab malam tersebut.

Ditangkap jam 2.40 pagi dan berkemungkinan beliau solat  tahajjud awal sedikit kerana ada tugasan dalam kelab malam. Oleh itu beliau tunaikan solat  tahajjud sebelum masuk kelab malam. Tahajjud apakah yang ditunaikan dalam kelab hancing najis itu?

Adakah UMNO ajar pemimpinnya supaya solat tahajjud sebelum masuk kelab malam? Kita pun tahu yang masuk kelab malam itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka. Ali rustam pun ada cabar kepada media supaya mendedahkan gambar namun media tidak berani.

Sebenarnya media telah diugut dan diberi amaran supaya tidak mendedahkan gambar ADUN tersebut maka gambar yang didedahkan sebelum ini juga bukan gambar ADUN sebaliknya gambar anggota polis untuk mengelirukan orang ramai.

Tetapi yang sebenarnya memang Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka itu berada dalam kelab tersebut ketika serbuan dan pihak polis juga mengetahui bahawa di dalam kelab itu ada ADUN UMNO. Bagaimana mereka merancang semua ini? Kena tunggu siri-siri yang menarik ini dari semasa ke semasa

Helah Pemuda UMNO : Jual Tapak Masjid

Posted: 30 Mar 2012 05:57 PM PDT

Dalam hal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju sekali lagi pihak Umno menyerlahkan ketidakprihatinan mereka dalam hal pembangunan.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang sendiri iaitu Ir Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Berikut adalah penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.

Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta).

Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240 skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Dalam hal kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang tidak tahu menahu akan hal ehwal perancangan pembangunan.

Perlu kita ketahui bahawa bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1,200 atau 1,500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk masjid dan juga sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak majlis perbandaran.

Namun begitu 'master plan' tersebut hanya diluluskan kepada pihak pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana pelan pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada tuan tanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Tidak timbul soal tapak untuk masjid atau sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina masjid atau sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan.

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group.

Sekali lagi Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamerkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak masjid sedangkan tapak masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi.

Di sini saya bagi pihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami atau memahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.

AMK juga menggesa pihak Syarikat Ivory Group supaya mempamerkan pelan pembangunan induk (master plan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat oleh pihak awam.

Dan di samping itu pihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebut secara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan di zaman pemerintahan Umno BN dulu.

Amir Ghazali ialah Ketua AMK Pulau Pinang.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 31 Mar 2012 07:33 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KRISIS SYRIA : ASSAD LANGGAR JANJI !

Posted: 30 Mar 2012 11:03 AM PDT

ISLAM DI PERANCIS : APA MOTIF SEBENARNYA ?

Posted: 30 Mar 2012 10:49 AM PDT

KEMPEN SYIARKAN ISLAM : PAS

Posted: 30 Mar 2012 10:44 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan