Malaysia has taken small steps towards eradicating money politics but still has a long way to catch up with its Asian neighbours.
PETALING JAYA: Early this month, Prime Minister Najib Tun Razak promised new political financing initiatives that will end the secrecy behind personal political funds and eventually expunge corruption from Malaysia's political landscape. Two weeks later, Transparency International Malaysia (TI-M) waged its own battle against political patronage and graft with the introduction of an Election Integrity Pledge. When taken at face value, it appeared that Malaysia was finally beginning to edge closer towards ending its money-riddled political culture. Read More / Baca Lagi >>
ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.
GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu 'menu tambahan' disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur. Diibaratkan seperti 'dangdut rimba', lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia 'syurga' buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.
Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.
Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur.
Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu. Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut. Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
" 1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.
2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir. Read More / Baca Lagi >>
Hebatkan,,, kejadian yang berlaku disebuah negeri diselatan tanah air, negeri yang paling tinggi semangat kemelayuannya,,, negeri yang dimana ahli parlimennya menjadi Menteri Pelajaran zaman berzaman,,, apa tidaknya,,, Hishammudin Auww, kemudian sekarang Muhyiddin, Johor brand semua....tup-tup seorang guru telah dipecat,,,
Aku tak percaya 100% apa yang diceritakan oleh guru yang dipecat tu,,, tetapi apa yang lebih aku percaya di zaman UMNO serba serbi boleh berlaku,, tak ada yang mustahil.....
"Saban hari saya dihujani panggilan telefon bertanyakan di mana hendak mencari rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang bermasalah. Saya hanya boleh berikan mereka beberapa nombor telefon untuk dihubungi. Ini menunjukkan masalah ini adalah merupakan satu bala yang melanda Malaysia ketika ini.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, selagi kita tidak dapat melaksanakan syariat Islam sepenuhnya, sebarang usaha untuk menyelamatkan remaja ini haruslah disokong oleh semua pihak dan individu.
Saya mendapat maklumat dari Puan Azlin Hezri isteri kepada Dr Dzulkifli Ahmad yang lebih dikenali sebagai Ibu Lin. Ibu Lin adalah merupakan salah seorang sukarelawan Rumah Perlindungan Puteri Arafiah di Seksyen 7, Shah Alam.
Antara syarat kemasukan remaja bermasalah ke Rumah Perlindungan Puteri Arafiah ialah keluarga akan menempatkan anak mereka di sini sehingga bersalin (jika mengandung) dan sambung sehingga 2 tahun untuk menjalani pemulihan.
Oleh Shahbudin Husin Petang Selasa 27 Mac lalu, saya dan beberapa aktivis politik telah berkesempatan bertemu dan bertukar-tukar fikiran bersama dengan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Turut sama ialah Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Akhbarnya, Sdr Nassae. Read More / Baca Lagi >>
Oleh Subky Latif BERKATALAH Perdana Menteri Najib, pembangkang umumnya auta dan menyatakan fakta.Untuk berkata, isu-isu tertentu adalah auta, ia mungkin betul atau ia mungkin fakta. Tetapi kalau semuanya auta ia adalah satu auta yang nyata. Najib dan UMNO mulai sekarang kena buktikan apa saja yang pembangkang timbulkan ada auta.
Contohnya tuduhan kerajaan Najib menggunakan firma perunding Apco, sebuah syarikat milik Yahudi Amerika adalah auta. Adakah auta Apco tiada apa-apa urusan dan peranan di Israel? Adakah auta kerajaan IMalaysia membayar puluhan juta kepada Apco untuk mempromosikan Malaysia di luar negara? Read More / Baca Lagi >>
Oleh Mohd Sayuti Omar Pendedahan dibuat Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut mengenai wakil rakyat Umno mendapat tanah sesuatu yang mengejutkan. Barang kali perkara itu sudah tidak menjadi isu lagi bagi rakyat Terengganu. Tetapi bagi saya sungguh diluar jangka.
Apa lagi kerajaan UBN selalu mengakui mereka mendahului rakyat daripada kepentingan mereka sendiri. Dengan pendedahan itu mendedahkan apa jenis sebenarnya kerajaan UBN ini. Jenis jin makan tanahkah? Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar negara bahkan mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank.
Seorang peguam, Abdul Malik Abdul Hakim berkata, peminjam tidak boleh membuat pinjaman peribadi, kad kredit, rumah atau kenderaan sekiranya disenaraihitamkan.
"Tiga bulan tidak bayar hutang PTPTN, tiga bulan hutang tertunggak yang dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sudah di'blacklist' terus," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.
Malah beliau menyifatkan PTPTN lebih 'teruk' berbanding bank-bank yang ada di negara ini. Read More / Baca Lagi >>
TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong. Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.
"Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.
SAMA ADA BERSIH 3.0 KE JALAN RAYA ... KERAJAAN YANG TENTUKAN !!! BERSIH mengambil kira sikap kerajaan, sebelum menentukan sama ada untuk mengadakan perhimpunan atau tidak.
Jika kerajaan enggan menunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebelum PRU 13, maka kerja persediaan "JOM 100" (JOM100 ~ untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihanraya ke-13) ... bakal ditukar menjadi persediaan perhimpunan BERSIH 3.0.
...seandai PSC tidak mencadangkan dalam laporannya, LAPAN TUNTUTAN BERSIH 2.0 dilaksana sebelum PRU 13, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0.
jadi ... LU PIKIR LA SENDIRI , mahu nya yang mana wahai KERAjaan ku ... wakakakakaaa !!!!!
NOTA: cuba teka apa persamaan mat mongol dengan menantu ayah? kah kah kah
REMBAU BAKAL DITIPU LAGI ? 1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.
2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.
3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.
4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.
5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.
6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.
7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.
8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?
9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.
10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.
11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).
BADRUL HISHAM SHAHARIN (che'GuBard) Ketua Cabang PKR Rembau
NOTA: anak anak muda pelajar dan mahsiswa penyokong bersih para demokrat
sila tunggu pengumuman sila nanti perincian
sila layari tukar tiub untuk maklumat terkini tentang ke jalan raya sebelum ke pilihan raya
TEORI DAN PRATIK KE JALAN RAYA
Pada 9 Julai 2011 yang lalu berpuluh ribu warga telah turun ke jalan raya. Ini demo Bersih 2.0. Kota Kuala Lumpur – Stadium Negara - menjadi sasaran berhimpun. Demo atau tunjuk perasaan ini bukan hanya di Kuala Lumpur. Ianya menjadi global apabila warga Malaysia di kota-kota lain di seluruh dunia turut sama turun ke jalan raya.
Rakyat yang berpayung dibawah Bersih telah mengajukan 8 tuntutan kepada pihak berwajib. Tuntutan-tuntutan ini diajukan untuk memastikan perjalanan pilihanraya akan datang menjadi lebih bersih, telus dan adil. Tuntutan ini untuk memastikan Pilihan Raya ke 13 (PRU13) tidak menipu. Untuk memastikan rakyat yang akan turun mengundi TIDAK ditipu.
Dari kajian Bersih – empat dari lapan tuntutan ini boleh ditunaikan tanpa memerlu perubahan undang-undang. Empat tuntuan ini boleh ditunaikan dengan serta merta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa memerlukan pindaan perlambagaan. Empat perkara ini untuk dijalankan tidak perlu dibawa ke Parlimen. SPR hanya perlu membuat arahan pentabiran.
Empat tuntutan ini ialah : panjangkan masa berkempen, bersihkan senarai nama pengundi, reformasikan undi pos dan pengunaan dakwat kekal. Apa yang terjadi - telah hampir satu tahun - hanya pengunaan dakwat kekal yang diterima oleh SPR.
Semua warga sedar bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Jika lapan tuntutan ini tidak ditunaikan maka ertinya penipuan dan penyelewengan akan terus berlaku. Ertinya gerombolan United Malays National Organsiation masih mahu mengadakan pilihanraya yang berat sebelah. Gerombolan mahu meneruskan kekuasaan melalui penipuan. Ertinya pilihan raya yang akan datang ini adalah tidak adil. Juga jelas terbukti lembaga SPR masih lagi menjadi barua setia kepada United Malays National Organsiation.
Semua ini memberi makna bahawa PRU13 nanti adalah pilihan raya tipu. Jika United Malays National Organisation menang bermakna kemenangan melalui penipuan.
Justeru – melihat semua fakta ini dihadapan mata maka sebagai warga yang bertanggungh jawab - kita semua wajib turun ke jalan raya sekali lagi. Justeru kerana ini saya kini melaungkan suara : Ke Jalan Raya Sebelum ke Pilihan Raya.
Slogan ini jika tidak difahami maknanya maka ianya hanya menjadi kata-kata kosong. Justeru, dalam tulisan kali ini, saya ingin memberi pemahaman teoritikal tentang politik jalan raya. Ini amat penting. Sebelum ke jalan raya kita wajib memahami apakah sebenarnya politik jalan raya? Dan bagaimana politik jalan raya ini dapat memberikan manafaat dan kebajikan untuk kita semua.
Untuk memahami ini saya ingin membuka pencerahan dengan memberi latar belakang sejarah politik Iran. Iran yang kita ketahui hari ini berbeza jauh dari Iran pada tahun 70'an dahulu. Ketika itu Iran dibawah pemerentah Ahmad Reza Pahlevi yang mengelarkan dirinya Raja Segala Raja Raja.
Ahmad Reza ini dengan sokongan Amerika dan CIA telah memerentah Iran dengan kuku besi. Special Branch Iran yang dipanggil Savak sering menangkap, memenjara, menyeksa dan membunuh anak anak muda, anak mahasiswa, kaum agamawan - imam dan Ayatollah – atau siapa sahaja yang berani mengkritik atau melawan Shah.
Untuk terus berkuasa Ahmad Reza telah mengadakan 'pilihan raya' untuk melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimennya.
Dari Iran saya bawa pembaca ke negara yang lebih dekat – Filipina. Sama seperti Iran, Filipiina juga di bawah cengkaman Amerika melalui budak suruhan yang bernama Ferdinand Marcos. Kalau Ahmad Reza naik tahta melalui rampas kuasa, Si Marcos ini naik tahtha dengan mengunakan pilihan raya.
Dari Dewan Senate, Marcos telah menggunakan piliharaya hingga berjaya menjadi Presiden kali pertama pada tahun 1965. Pada tahun 1969 Marcos telah mempertahankan kerusi presidennya . Hingga ke hari ini warga Filipian masih lagi mengingati bagaimana pada tahun 1969 itu Marcos telah membeli undi untuk terus menjadi Presiden. Satelah mendapat kuasa melalui penipuan Marcos terus menjadi ditaktor selama 30 tahun - 1965-1986.
Dari Filipina saya ingin membawa latar belakang yang lebih dekat. Pada tahun 1965 Jeneral Haji Muhamad Suharto telah merampas kuasa dari Presiden Sukarno. Sama seperti rampasan kuasa di Iran, rampasan kuasa di Jakarta ini juga telah di rancang oleh CIA.
Pada awalnya Jeneral ini telah menggunakan kuasa tentera untuk terus berkuasa. Kemudian untuk meneruskan kuasanya Jeneral Suharto telah mengadakan pilihan raya. Pilihan raya Suharto ini samalah seperti pilihan raya Ahmad Reza Pahlevi, sama seperti pilihan raya Marcos dan tidak jauh bezanya dari PRU13 yang akan dijalankan oleh Najib Razak jika 8 Tuntutan Bersih tidak ditunaikan Ahkirnya – di Iran pada tahun 1979 anak anak muda dan mahasiswa telah turun ke jalan raya untuk menghalau Shah Reza. Akhirnya pada tahun 1986 Kuasa Rakyat telah turun ke jalan raya di Manila untuk menghumbankan Marcos.
Di Indonesia, Jeneral Haji Muhamad menang tanpa lawan untuk menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1973, 1978, 1983, 1993 dan 1998. Akhirnya pada tahun 1998 anak anak muda dan pelajar di Jakarta telah turun ke jalan raya untuk menamatkan kuasa ditaktor Suharto.
Apa yang jelas dari pencerahan ini ialah semua 'orang jahat ' ini telah mengunakan pilihan raya untuk menghalalkan pemerintahan mereka. Orang jahat ini mahu dilihat 'dipilih ' oleh rakyat. Orang jahat ini sedar bahawa masyarakat dunia tidak akan menerima mereka jika mereka tidak dilantik melalui pilihan raya.
Apa yang jelas ialah kesemua orang jahat ini hanya turun dari tahta apabila rakyat turun ke jalan raya. Apakah ini ada persamaan dengan Malaysia? Jawabnya tentu sama.
Kita jangan lupa bagaimana Mahathir Muhamad juga telah menggunakan pilihan raya untuk terus berkuasa selama 22 tahun. Ketika berkuasa Mahahir Muhamad telah meminda Perlembagaan, telah membuang Ketua Hakim Negara, telah memenjarakan lawan, telah membuat pelbagai akta dan undang-undang untuk memastikan dirinya terus berkuasa.
Pada tahun 1998 anak muda, pelajar dan orang ramai telah turun ke jalan raya untuk menghumbankan Mahathir ke dalam tong sampah sejarah. Wajib diakui jika tidak ada gerakan Reformasi Jalan Raya untuk mengundurkan Mahathir – saya yakin hari in – 2012 – Mahathir Muhamad telah menjadi seorang Emperor anaknya Mukhriz menjadi Raja Muda.
Contoh-contoh ini memberi pencerahan kepada pembaca bahawa untuk ditaktor, untuk perampas kuasa dan untuk pemimpin yang zalim – pilihan raya hanya tipu helah. Untuk yang zalim dan yang menipu dipilihan raya jawapan yang tepat ialah jalan raya.
Secara teoritikal turun ke jalan raya ini adalah satu proses memperkasa keyakinan politik. Ceramah yang kita dengar itu boleh ditakrif sebagai kuliah politik. Dari kuliah ini kita diberitahu tentang Aminulrasyid mati dibunuh, Francis mati dibunuh, Teo Beng Hock mati dibunuh, Altantuya mati dibunuh. Dari kuliah ini juga kita diberi penerangan bagaimana Najib mendapat beratus juta ringgit duit komisen apabila membeli kapal selam. Kita juga diberi pemahaman bagaimana hutang Tajuddin Ramli lebih dari 500 juta ringgit dilupuskan oleh kerajaan.
Kuliah terbaru pula memberi kita sedar tentang bagaimana anak Nazri Aziz yang terlibat dalam kes bunuh dan kes pukul tetapi tidak didakwa. Kuliah-kuliah ini menjadikan kita marah. Justeru apabila ada jempuatan untuk turun ke jalan raya dengan cepat kita bersetuju untuk ikut serta. Ke jalan raya ialah latihan pratikal politik kita.
Apabila kita bersama dengan ribuan orang ramai di jalan raya – maka kita akan merasa yang diri kita tidak terpencil. Kita mula sedar bahawa bukan kita seorang sahaja yang merasa marah terhadap kejahatan United Malays National Organisation. Ribuan lagi yang memiliki perasaan yang sama. Proses ini adalah proses memperkasa keyakinan diri.
Kemarahan yang kita bawa ke jalan raya ini kita terjemahkan kepada pengundian. Kita telah berkuliah, kita telah membuat pratikal dan kita juga wajib mengambil pepereksaan. Justeru, mengundi itu adalah pepereksaan akhir. Inilah proses demokrasi. Kerana saya yakinkan proses demokrasi ini maka saya berani melaungkan : Ke Jalan Raya Sebelum Ke Pilihan Raya.
Inilah pengalaman anak anak muda di Tehran, di Manila dan di Jakarta. Sesudah Shah Iran lari ke Mesir, satelah Marcos lari ke Hawaii dan satelah Suharto berhenti maka di semua negara ini telah diadakan pilihanraya yang bersih, telus dan adil. Siapa yang menang dan siapa yang kalah saya tidak ambil port. Yang penting pilihan raya bersih, adil dan telus.
Justeru, jangan silap faham kita ke jalan raya ini bukan bertujuan untuk mengganas atau buat kacau. Kita ke jalan raya kerana kita mahu pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Kita ke jalan raya kerana mahu tuntutan kita ditunaikan. Kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya kerana 7 Tuntuan Bersih masih tidak dipedulikan.
Sikap SPR tidak mempedulikan 7 Tuntutan Bersih ini menjadikan seluruh rakyat Malaysia marah. Kita marah kerana kita tahu telah ada perancangan licik untuk menipu kita. Jika 7 Tuntutan Bersih ini tidak ditunaikan maka PRU13 ini saheh satu pilihan raya tipu.(TT)
INI TUNTUTAN KITA
NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbarSUARA KEADILAN yang terbaru - sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03-22-72-40-45
maknanya ransangan seks maknanya ransangan duit lebih kuat
ini bukan satu pekara yang baru satu ketika dahulu di petaling jaya ada tim lampu picit ada tim mat skodeng atas nama agama pergi pau pasaangan yang memadu cinta
semua ini adalah contoh menggunakan agama untuk jadi mat pau
menggunakan agama untuk jadi mat skodeng
MAT LOOSER TAK DPT AWEK JADI MAT SKODENG
PETUGAS MAIM DIDAKWA MINTA RASUAH WANG, SEKS - merloya
MELAKA 27 Mac – Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.
Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. – TIEWNAMA
siapa Tanpa Nama ini? yang menulis tentang lebai maadah? tukar tiub ucapakan terima kaseh
juga ucapan yang sama kepada yang hantar biodata lebai maadah
sila baca biodata lebai maadah
dalam biodata ini ada dinyatakan bahawa salah seorang murid lebai maadah ialah shamsiah fakeh nasionalis komunis penentang penjajah british
ada satu yang tidak tertulisdibio data ini salah seorang dari murid lebai maadah ialah rais bin manaf rakan sakelas dengan shamsiah fakeh
rais datang dari jelebu menjadi murid di sekolah pondok lebai maadah lalu bertemu dengan zahela binti sidek
yang lainnya sejarah yang masih belum ditulis...
TANPA NAMA BEERKATA...
yang menuduh melulu TukarTiub tak tahu dan tak belajar agama tu, tolonglah jgn buat fitnah.
selidik dulu latar belakang keluarganya, dia ni waris Alamarhum Lebai Maadah, mudir Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan. Antara pemuka gerakan Kaum Muda dan teman Prof. Hamka. kahkahkah
drpd kau persoalkan tukartiub yg miskin, baik kau soal kenapa anak Madey jd kaya raya hingga boleh memiliki kilang arak san miguel.
keimanan, keikhlasan dan kejujuran hanya Allah Taala saja yg tahu. betulkan syahadah dulu. sebelum berbuih mulut berckp pong pang pasal kesyumulan Islam, pertama-tamanya, hendaklah dihentikan amalan meminta beribu-ribu keAMPUNan dan menyembah Tuan Devaraj 27 Mac 2012 6:58 PTG
baca disini:
http://maadah.blogdrive.com/
By Anonymous on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/27/12
KALAU JAHIL salam, Dah lama aku follow tukartiub ni sejak ia dilancarkan dan menjadi bahan bacaan diawal pagi sblom wat keja. byk ulasan yg menarik mengenai isu semasa. cuma sejak kebelakangan ni bila sentuh bab agama ia nampak kejahilan terserlah dan terbongkar.islam bukan didasar oleh hukum akal dan nampak cara penulisan TT ni dalam bab agama cenderung dengan cara orientalis barat yg nampak islam tu secara 'zahir' sahaja.
komen2 yg ditulis memang menampakkan kejahilan dalam agama apatah lagi amalan. suburkan akidah dan tegakkan solat. jgn bercerita tentang agama klau perkara asas pun masih kelam kabut lagi. cerita pasal syurga neraka. itu apa yg telah Allah janjikan untuk org yg beriman kepadaNya, tak semestinya orang itu islam. apatahlagi islam yg hanya pada nama.sebab tu dalam al quran byk disebut ' wahai orang2 yg beriman'....bukan disebut 'wahai orang2 islam'. Matlamat hidup orang beriman ialah mengabdikan diri kepada Allah dan ikhlas beribadah kepadaNya. Allah shj yg berhak tentukan kemana kita akan pergi setelah mati.
Kita hidup utk dapatkan keredhaan Allah semata bukan setakat ganjaran semata. Kepercayaan syurga dan neraka memang ada dalam agama lain spt kristian, yahudi, hindu, buddha dan lain2 sebab Allah dah turunkan setiap bangsa tu nabi dan rasul cuma bila berlaku peredaran masa, ia berubah bila ada pengikutnya yg suka mengikut hawa nafsu telah menukarkan ayat2 Allah dan menyembah selain Allah. al quran tetap tidak berubah kerana jaminan Allah yang menjaganya sehingga hari kiamat. cukup2lah komen dan gerakan2 yg menampakkan kejahilan. teringat kata2 TT dulu ' klau bodoh jangan la tunjuk kat orang...' so la ni ' klau jahil, jangan la bagitau kat orang....'...wsalam. By Wakmeli on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/28/12 BACA TT DARI DULU bro TT wa dok baca lu punya blog dr awal sampai dah 20 juta hit dah.. wa suka lu punya pandangan kritis dan fakta yang banyak orang dah rabun dengan tipu daya pemerintah. Wa tahu lu banyak baca buku dan ada tulis buku, tapi wa suggest lu bacalah jugak buku buku agama (mungkin lu ada baca, baguslah). Bukan apa, walaupun kenkadang kita rasa kita dah tahu banyak, tetapi sebagai manusia kenkadang kita terlupa, jadi pembacaan akan mengingatkan kita.
Wa rasa, lu punya post pasal Islam ni agak tersasar sedikit dari landasan. Memang banyak kita tengok orang yang sepatutnya alim tapi tak bertindak/menzahirkan peribadi sebagai seorang ilmuan islam.. tapi biarlah mereka terjun dengan labu labunya.. tapi wa harap lu, yang wa anggap byk jasa dalam merevolusikan kebangkitan rakyat melawan kedurjanaan pmerintah, menambahkan sedikit keberkatan dalam perjuangan lu semoga perjuangan lu ini di rahmati Allah..
Wa tak nak lu menang dunia saja, tapi lu juga menang diakhirat.. wa tak nak tengok lu sebagai seorang yang hanya menggunakkan logik akal yang pendek seperti kebanyakkan ahli politik yang lu sedia maklum.. lu kena ingat ilmu Allah ini luas dan Islam itu sangat flexible.. tapi kita sebagai umat yang jahil ini, pada pendapat gua cukuplah sekadar kita tahu yang mana halal dan haram, buat apa yang di suruh dan jauhi apa yang ditegah..
Pada pendapat wa, biar wa jahil asalkan tak sesat. Jadi wa harap dalam menggarap isu agama, lu lebih berhati-hati pasal dalam khalayak yang membaca blog lu ada macam-macam pegangan agama. Biar orang tak nak ikut agama Islam tapi jangan orang menghina agama Islam.. semoga lu terus berkarya (walaupun tak kaya didunia, tapi kaya di akhirat). wa akan tetap doakan lu punya kebahagiaan di dunia dan diakhirat.. Amin By Anonymous on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/28/12
ISLAM DAHULU Tanpa Nama berkata... Mangkok mana yg kata konsep syurga neraka tu adalah konsep hindu???memang bodoh melantun2 la mamat yg komen tuh...kalau x tahu,jgn komen woii....agama Islam ni wujud sejak azali lagi dmasa xde lg agama2 lain wktu Allah ciptakan seluruh alam ni...agama Islam mendahului agama2 lain d alam ni..
napelah bangang sgt x paham2??agama2 lain spt hindu,buddha dsbgainya adalah ciplak dr agama Islam yg sedia ada..ada paham???kalau bodoh,cari tok guru,belajar...jgn belajar dgn thamby chik jer bodoh!!! 27 Mac 2012 11:23 PTG Mangkuk nih lagi bodo piang. Islam tu wujud lepas Nabi Muhammad iaitu baru berusia lebih kurang 1600 tahun sekarang. Agama tu wujud lebih lama dari Islam la bodo.
Lagi satu naper Nabi Muhammad binasakan 360 patung di Kaaba? Ini menunjukkan agama Hindu dah wujud sebelum itu. Banyakkan membaca! Kalau bodo tu jgn bagitau org lain. Nah, baca nih ckit: http://www.hinduism.co.za/kaabaa.htm By Kuda Kepang on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/28/12
TENDER BARU UNTUK MENGENDALIKAN NFC BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN PERDANA MENTERI
KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:
1. 1) Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;
2. 2) Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.
Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato' Seri Shahrizat Jalil.
Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.
Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.
KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.
Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.
Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil.
Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.
MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 28 MAC 2012
MARI BERSAMA JUMAAT INI
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kawasan perkampungan 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di 'perkampungan langit' itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian."Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.
"Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya," beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.
Kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.
Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang 'kesaktian' selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.
Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.
Harian itu difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.
Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.
Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.
Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan itu.
MELAKA – Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira jam 6.30 petang, 10 Januari 2010.
Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira jam 1.15 petang 13 Februari 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam.
Harga sebiji Chopper 1Malaysia ini adalah USD150,000.Kalau convert ke RM sudah tentu ia mencecah RM450,000.Chopper 1Malaysia ini di tempah khas oleh Tourism Malaysia dan kononnya akan menjadi salah satu daya tarikan bagi aktiviti promosi Malaysia nanti. Chopper ini di tempah khas dan dibuat sendiri oleh crew Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr di Amerika dan di bawa khas ke Malaysia setelah siap. Terbukti Najib tiada tandingannya,dah la pandai ikat bata..dia jugak seorang bikers berwibawa...kah!kah!kah!
Motor ni sama antik dengan BN...tengok plat tu
Tapi sehandal-handal Najib,takdak sapa boleh lawan yang ni...kah! kah! kah!
Ketika kejadian Jefry berada di Dewan Sungai Rokam dan dalam masa penghujung ceramah Cikgu Ali telah menelefon Jefri katanya diminta datang untuk memberi penghargaan kepadanya. Maka Jefri pun pergi ke khemah ceramah Pas dan diumumkan untuk naik ke pentas. Apabila Jefri berada di atas pentas, pihak Pas mengumumkan bahawa bekas ketua pemuda Umno Kg Sg Rapat telah menyertai Pas.
Korang tengok gambar Jefri yang tercongok depan majlis ceramah kita orang. Siapa yang Munafiq? kah! kah! kah! Sendiri tuduh orang Munafiq , sekarang sendirilah tanggung akibatnya.
Baginda Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'Kafir' atau 'musuh Allah' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya (orang yang menuduh)" - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Begitulah juga sesiapa yang menggelar orang lain dengan 'Munafiq' atau 'pembohong' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepada orang tadi yang menuduh.
Jangan mudah percaya berita buruk atau cerita yang mengaibkan seorang Muslim. Allah swt berpesan di dalam Al-Quran :
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang yang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat : 6)
Seterusnya saya sertakan penjelasan saudara Jefri yang datang ke rumah saya petang tadi untuk membuat penjelasan seperti berikut:
Pada 25 Mac 2012 malam Isnin satu ceramah telah diadakan oleh PAS Cawangan Sungai Rokam di Kg Sg Rokam, Ipoh. Yang lucunya, Hamidah pun ikut buat juga. Mana-mana Pakatan Rakyat buat ceramah
Bila Hamidah dapat tahu, dia terhegeh-hegeh membatalkan majlis ceramah 'Yahudi Laknatullah' nya yang pada mulanya dirancang akan diadakan di Arena Square Batu Gajah. Lalu dipindahkan ke Dewan Ahmad Said, Sg Rokam, untuk menyaingi ceramah Pakatan Rakyat yang telah dirancang terlebih awal.
Dalam risalah yang Hamidah edarkan, dia tidak berani menyebut anjuran Umno atau olehnya. Mungkin dia sedar, orang ramai memang menyampah dan tidak akan pergi kalau tahu dia adalah penganjurnya.
Kalau tidak kerana ada makan percuma dan 5 buah bas untuk mengangkut orang luar ke sini, sudah tentu sunyi sepi lah majlis Hamidah.
Atas tujuan untuk menganggu ceramah PR, Hamidah telah memasang dua corong speaker dan satu speaker box di luar kawasan dewan. Dia ikat corong-corong tu pada tiang telepon kat luar pagar dan dihalakan ke arah lokasi ceramah PR.Tiga speaker box lain juga turut di halakan ke arah lokasi ceramah PR.Dahsyat betul perangai Midah ni – mengalahkan Yahudi!
Sewaktu majlis ceramahnya sudah kehabisan modal, dan pihak kami masih garang dengan penampilan DS Nizar, puak Hamidah mengulang-ulang rakaman ceramah Hamidah semata-mata untuk menganggu ceramah Nizar.Mujurlah PA sistem kami pun cukup power!
Ceramah Midah laknatullah itu tidak mencapai sasarannya.Seketika bila DS Nizar menarik nafas dan 'pause' sebentar, maka ketika itulah kami sempat mendengar laungan lolongan Midah yang terlalak terlolong. Kami semua sekadar gelak dan terasa lucu dengan sikap Midah tersebut!
Dalam blog bangang ini dia kata Pas/PR telah mempergunakan saudara Jefry Bin Saudi iaitu bekas ketua pemuda Umno Kg Sungai Rokam sebagai penerima penghargaan tetapi diumumkan bahawa saudara Jefry telah menyertai Pas secara rasminya bersama 20 orang rakan-rakannya ….. ha! ha! ha!
Jefry telah dianiayai oleh Cikgu Ali @Alhussein juga kawan rapatnya. Saudara Radhi Zainon pula adalah perancang utama penipuan ini agar penyokong tegar Pas tetap menyokong mereka. Ha! ha! ha!
Sebelah ni gambar Jefri yang datang ke rumah saya sebentar tadi membuat penjelasan kepada saya. Saya dah rakam, tunggu diupload nanti...
Nampak sangat menggelabah puak-puak Hamidah ni – nak membohong pun tak pandai.
Mereka buru Jefri dan membawanya ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Hamidah dan paksa dia buat pengakuan.Mereka paksa Jefri baca skrip yang telah mereka sediakan.
Jefri dan rakan-rakanya sudah lama masuk PAS.Cawangan kami ini pun hampir setahun tidak buat ceramah kerana keuzuran saya.
Pada kesempatan kami mengadakan ceramah pada malam tersebut, maka kami pun umumkan kemasukan Jefri dan rakan-rakanya yang lain.
Itu yang buat Hamidah tersentak dan kelam kabut. Dia rasa macam tidak percaya.Pagi-pagi esoknya dia arahkan orang-orang cari Jefri dan paksa buat pengakuan 'turning over' Ha! Ha! Ha!
Korang tengoklah sendiri sijil ahli Pas saudara Jefri bawah ini – lihat tarikhnya – 13 MAC 2011. Alhusseyn mana ada tipu punya.
Umno/BN memang dajal yang telah lahir untuk memusnahkan umat Islam dan wajar ditentang sehabis-habisnya. Mereka sanggup buat apa saja walaupun menipu, berbohong dan kelentong demi mengekalkan rampasan kuasa kepimpinan di negeri Perak.
Tunggulah videonya nanti.Seorang sahabat sedang memprosesnya.Bukan baca skripnyalah!
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KM cabar Pakatan, media dedah ADUN diperiksa polis
Elissa Helmy
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.
Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.
"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.
"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.
Malaysiakini semalam melaporkan ketua menteri Melaka diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang didakwa diperiksa polis itu atau mereka akan mengambil tindakan itu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Mohd Ali perlu mengambil tindakan itu memandangkan rakyat selaku pengundi ingin tahu siapakah wakil rakyat berkenaan.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis dikatakan memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.
Pemeriksaan awal itu juga mendapati seramai 12 orang didapati positif dadah.
Malaysiakini sudah menghubungi ADUN terbabit tetapi masih belum mendapat reaksi.
Buka Pintu Bagi Golongan Profesional Cerdik Pandai Sertai Umno - Dr Mahathir
MELAKA: Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini, Rabu.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya. - BERNAMA
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.
ADUN Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh Rahim Man.
Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.
Sebelum ini, terdapat dakwaan di blog yang tidak dikenali berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan itu.
[BH] KANGAR: Padah mengikuti seorang lelaki ke Perlis, remaja perempuan berusia 15 tahun dari Alor Setar dikurung sebelum dirogol lelaki terbabit sekurang-kurangnya dua kali sepanjang tiga hari sejak Sabtu lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama datuknya diperlakukan sedemikian oleh suspek berusia 23 tahun, yang turut dikenalinya selepas dikatakan terpedaya pujukan lelaki terbabit ketika keluar bersiar bersamanya, petang Sabtu lalu.
Berdasarkan maklumat diterima, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Alor Setar dikatakan dijemput suspek di rumah datuknya di Kampung Pokok Pauh, Alor Setar, sebelum dibawa ke rumah lelaki itu di Kampung Kenangan, dekat Behor Mali, di sini.
Mangsa kemudian dirogol suspek sekurang-kurangnya dua kali, selain dikurung di rumah itu sebelum mangsa berjaya melepaskan diri petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan dibuat datuk mangsa di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.
Katanya, mangsa mendakwa dirogol suspek dua kali kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu. Malah, mangsa turut dikurung suspek tiga hari selepas dibawa ke rumah tidak bernombor itu.
"Mangsa nekad melarikan diri sebelum pulang ke Alor Setar dan memaklumkan kejadian itu kepada datuknya," katanya.
Polis kini memburu suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis.
[MK] Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.
"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan.
Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.
"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.
Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.
Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.
"Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai sebanyak RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX," kata Pakatan sambil mendakwa wang itu tidak akan dipulangkan kepada rakyat.
[KD] KUALA LUMPUR 26 Mac: Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang.
"Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti," kata Anwar.
Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.
"Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan," tegas Ketua Pembangkang itu lagi.
Beliau berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin di Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam.
Dalam ceramah sama, Anwar turut mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk menurunkan kadar tarif elektrik sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kelak.
"Dalam masa sebulan Pakatan memerintah, kita akan turunkan kadar tarif elektrik. Saya akan panggil tauke-tauke IPP dan minta mereka fikir cara untuk menurunkan kadar elektrik agar tidak membebankan rakyat.
"Pemimpin harus berani berhadapan dengan mereka. Jangan kita apabila nampak tauke kita takut, nampak Obama takut, nampak bini lagi takut," kata Anwar dan disambut ketawa hadirin di stadium.
Katanya lagi, usaha mendahulukan kebajikan rakyat ini sudah pun dibuktikan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.
Menurutnya, kerajaan negeri berjaya mengutip hutang-hutang dan aset-aset lama bernilai hampir RM500juta dan memulangkannya kembali kepada rakyat melalui program-program di bawah inisiatif Selangorku.
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor selama dua hari itu menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.
Majlis pada malam itu dibuka dengan jenaka pentas oleh penulis dan aktivis terkenal Hishamuddin Rais. Turut memberi ucapan sebelum Anwar adalah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
P/s: Tidak salah untuk anda mencuba. Ada kalangan pembaca sudah pun memberi UMNO peluang memerintah lebih 50 tahun. Tidak rugi memberi Pakatan Rakyat peluang membuktikan kata-kata mereka, sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun.
The Straits Timesmelaporkan seorang lelakimengadakan hubungan kelamin dengan adik iparnya ketika tinggal bersama-sama denganibu bapa mentuanyadi Singapura. Isterinya ketika itu sedang sarat mengandunganak keduamereka.Sewaktu isterinya beradaberada di hospitalkeranamelahirkan anak,lelaki itu mengadakan hubungan seksdenganadik iparnya yangberusia12tahun.
Pada Selasa lalu, mahkamah menjatuhi lelaki yang berusia32tahun itu hukumanpenjara 60bulan atas dua tuduhanpenembusanseksual terhadap kanak-kanak.
Kedua-dua nama tertuduh dan mangsa tidak didedahkan untuk melindungiidentitikanak-kanak itu.
Menurut sumber, kejadian itubukanlah kali pertamalelaki itu terlibat dalamsalah lakuseksdengan kanak-kanak tersebut. Mahkamah diberitahu bahawalelaki itu pertama kali menumpang di rumahibu bapa mentuanya bersama-samadengan isteri dananak perempuanyangberusiatigatahun,selama seminggupada Jun tahun lepas.
Suatu malam,lelaki itu menonton klip lucah di telefon bimbitnya di dapur. Ketika mangsa ke dapur, lelaki itu mengajak mangsa menonton klip tersebut bersama-sama dengannya.
Kiriman mangsa di Facebook telah membantu ibu bapanya membongkar kejadian tersebut. -DCM
P/s: Kiriman ini bukan untuk membangkitkan berahi atau imaginasi anda. Kiriman ini untuk memberikan pengajaran kepada anda bahawa nafsu tidak mengenal usia, pangkat, atau hubungan kekeluargaan. Berkira dan bertegaslah dengan batas atau perkara yang membabitkan hubungan antara lelaki dengan perempuan walaupun mereka adalah ahli keluarga sendiri.
[Bernama] PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas.
Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.
Beliau berkata tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih sehingga proses mewartakan daftar pemilih mengambil masa kira-kira empat bulan setengah.
"Secara puratanya, SPR mengendalikan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi setiap DPT ST," katanya.
Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Dis tahun lepas, Abdul Aziz berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih tidak berdaftar sebagai pengundi.
Sehingga Februari tahun ini, beliau berkata warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun dan layak untuk mengundi ialah 15,683,808 orang.
Permohonan baru atau pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.
[MK] Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.
Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.
"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.
"Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi.
Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat."
Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula.
Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.
"Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan.
"Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi.
Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.' "Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan.
Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu.
"Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'.
"Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi.
Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.
Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut.
Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat.
Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008.
"Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya.
"Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan.
"Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi.
PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
[HM] RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.
"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.
"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.
Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.
"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.
"Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya.
Katanya, bapanya, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.
"Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula tetapi Nur Aqilah hanya menjerit dan menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.
"Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital," katanya.
Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.
"Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa," katanya.
Osman yang bekerja sebagai tukang mesin rumput berharap pihak berkuasa lebih kerap meronda di kawasan kejadian dan dua lelaki terbabit segera ditangkap kerana bimbang jenayah sama berulang.
"Penjenayah terbabit memang tidak berhati perut, sudahlah meragut kemudian simbah asid pula," katanya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek.
Menurutnya, pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di HS manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang guru wanita, S Rani, 47, cedera di muka, leher, tangan dan dada serta masih dirawat di hospital sama.
Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana ketika kejadian hari masih gelap dan ia berlaku dengan pantas. Malah, suspek tidak menaiki kenderaan sebaliknya melarikan diri ke lorong berhampiran.
[HM] PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai 'perempuan joget' bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.
Majlis yang mendapat jolokan 'disko desa' itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.
Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam
P/s: Parit, Kuala Kangsar bukanlah tempat asing bagi TM. Kampung teman kete orang Peghak. Persembahan kugiran menyambut pengantin juga bukanlah perkara asing walaupun pentas kugiran sudah jarang-jarang dibuka oleh tuan rumah yang menyambut menantu hari ini.
Waktu TM kecil dan remaja, memang kerap tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan mengupah kugiran untuk meraikan pengantin pada sebelah malam. Rasanya, paling teruk pada waktu itu, hanya gelagat anak muda berjoget lambak. Anak muda yang terlibat pun hanya kaum lelaki. Tiada unsur mabuk, berahi, pergaulan bebas, dan luar kawalan pada waktu itu.
[SH] TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah 'tutup mulut'.
Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera.
Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya.
Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.
Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut.
Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian.
Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam.
Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu.
Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan.
[MK] Kerajaan Selangor menganugerahkan kontrak RM4.8 juta melalui rundingan terus pada 2011 - 98.8 peratus berkurangan berbanding pada 2007 ketika BN memerintah.
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, sejumlah 87 kontrak tanpa tender terbuka dianugerahkan pada 2007, bernilai RM396.4 juta.
Beliau berkata, pada 2007 - sebelum tahun pilihan raya - mencatatkan kontrak tertinggi melalui tender rundingan dianugerahkan oleh negeri.
Sebelum ini, jumlah tertinggi direkodkan pada 2005, di mana 31 kontrak rundingan terus bernilai RM190.7 juta dianugerahkan dan 66 kontrak bernilai RM171.9 juta pada 2006.
Khalid menegaskan bahawa jumlah ini dikurangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008.
P/s: Sesuatu yang tidak mungkin berlaku berlaku di bawah BN!
[SH] CHANGLUN - Terkejut. Itulah perasaan seorang pemilik salun kecantikan di sini, apabila mendapati susu cair dalam tin yang digunakan isterinya untuk membancuh air yang dibeli lebih sebulan lalu di sebuah pasar raya mengandungi tompokan hitam dipercayai serbuk logam.
Goh Shau Chen, 30, berkata, selepas diperiksa, dia menemui tompokan hitam berkenaan di bahagian bawah selepas susu cair itu dituangkan ke dalam bekas lain.
Menurutnya, perkara itu hanya disedari mereka selepas isterinya, Erni Farida, 27, terhidu bau sesuatu selepas meminum air yang dibancuh dengan menggunakan susu berkenaan Sabtu lalu.
Shau Chen, dia kemudian membuka keseluruhan tin susu cair itu bagi melihat apa yang terdapat di dalam tin berkenaan.
"Kami terkejut apabila mendapati ada tompokan hitam seakan-akan serbuk logam di bahagian bawah permukaan susu itu," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Pekan Changlun Dua di sini.
Shau Chen berkata, mereka juga cuba menghubungi talian khidmat pengguna syarikat pengeluar susu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun talian itu tidak dijawab.
"Kami kesal dengan apa yang berlaku dan seharusnya ia tidak terjadi memandangkan tarikh luput susu berkenaan juga masih berbaki hampir lima bulan lagi," katanya.
Shau Chen pada masa sama meminta pengguna lain supaya lebih berhati-hati dan sebaik-baiknya memastikan susu cair dalam tin seperti itu betul-betul selamat sebelum digunakan.
"Kita tahu banyak kedai minuman yang menggunakan susu cair dalam tin, jadi lebih baik peniaga memeriksa susu yang ingin digunakan sebelum menyediakan minuman kepada pelanggan mereka," katanya.
P/s: Seperti biasa, maklumat terperinci produk tidak disiarkan atas alasan perundangan dan sebagainya.Tanpa maklumat tersebut, berita ini tidak memberikan manfaat yang sebenar-benarnya kepada pengguna. Pengeluar produk juga tidak akan mengambil inisiatif yang proaktif untuk memastikan produk mereka selamat untuk pengguna. Jika hal ini dilaporkan kepada pihak yang berkenaan, percayalah, tindakan yang dikenakan tidak menggerunkan pengeluar makanan. Contohnya, mi kuning yang cukup popular dengan penggunaan asid borik masih banyak di pasaran, walaupun pengeluarnya sudah banyak kali kantoi dan dikenakan tindakan.
Sultan Kelantan (kiri) berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Kerabat (DK) daripada Sultan Kedah yang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Bendahara Kedah (dua, kanan) di Istana Negeri, Kubang Kerian. | foto Sinar Harian
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini menerima Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) daripada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negeri, Kubang Kerian di Kota Bharu.
Pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu, Sultan Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
SHAH ALAM, 28 MAC : Penjualan tanah oleh segelintir pemimpin Umno-BN yang menyalahgunakan pengaruh mereka dalam pentadbiran lama adalah tidak bermoral walaupun transaksi mereka mengikut undang-undang.
ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menambah sesetangah kes penjualan tanah tersebut kepada syarikat swasta di mana pemimpin Umno itu ada kepentingan.
Shuhaimi juga berkata, kebanyakan pemimpin Umno-BN mematuhi peraturan yang betul semasa menjual tanah rizab Melayu, namun mereka mengambil kesempatan atas kedudukan yang dimiliki untuk mempercepatkan proses jualan tanah.
Menurutnya, situasi itu dilihat melibatkan isu penyalahgunaan kuasa ke atas jawatan yang dimiliki selain tidak menjaga kebajikan rakyat.
"Pemimpin Umno menggunakan undang-undang yang betul, tetapi cara mereka itu tidak kena dan dilihat membelakangkan rakyat.
"Mereka menggunakan pengaruh yang ada untuk mempercepatkan proses penjualan tanah yang berkemungkinan mengambil masa panjang untuk orang biasa.
Maka, atas faktor itu kita sifatkan ia sebagai salah satu isu penyalahgunaan kuasa," tegasnya.
Shuhaimi sebelum ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Umno-BN terdahulu dalam isu pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.
Beliau berkata, pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN dalam sesi Dewan Negeri Selangor baru-baru ini supaya beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN.
Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong, Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.
Satim juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.
Shuhaimi berkata, pihaknya akan meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tanah di Jalan Bukit Kemuning.
"Umno Kota Raja tidak bayar seperti yang dibayar oleh orang lain. Dia bayar secara nominal iaitu seringgit sekaki dan menggunakan perkongsian geran bersama majlis untuk mendapat manfaat.
"Isu penyalahgunaan dana dan kuasa ini yang perlu diketengahkan supaya rakyat dapat menilai bahawa ia tidak bermoral," katanya.- TVS
KUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.
Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.
Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.
Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat.
"Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin," ujarnya.
Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Tambahnya, tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.
"Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak," ujarnya lagi.
Justeru, tegasnya PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ia cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.
"Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC," katanya lagi.
Beliau menegaskan, hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat.
Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan, katanya. -Hrkh
Kerajaan buka tender ambil alih projek pusat Fidlot Nasional
KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. -- Bernama
Aset NFC belum dibekukan, wang rakyat RM250 belum dipulangkan, tiba-tiba keluar tender untuk ambil-alih NFC.
Pada 19 Februari yang lalu, ahli parlimen Pasir Mas yang tidak menganggotai mana-mana parti, Ibrahim Ali telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya sejak tahun 2008 yang lalu, tetapi tidak menyatakan pula sama ada beliau akan bertanding semula sebagai calon bebas ataupun menyertai mana-mana parti politik yang pilihan beliau. Pada pilihanraya umum yang lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi parlimennya atas bantuan dan sokongan ahli-ahli dan para penyokong PAS di kawasan Pasir Mas, tetapi tidak pernah memohon menyertai parti tersebut selepas itu.
Pemimpin pertubuhan perkauman ekstremis Perkasa itu, turut mendakwa sokongan masyarakat Cina kepadanya turut bertambah dan disebabkan oleh faktor tersebutlah yang telah mendorong Ibrahim berhasrat untuk bertanding mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya pada pilihanraya umum akan datang yang akan bakal diadakan pada bila-bila masa lagi.
Selain daripada Ibrahim, ahli-ahli parlimen bebas yang lain termasuklah Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Kebetulan pula kesemua ahli-ahli parlimen bebas ini telah meninggalkan parti asal mereka, PKR selepas pilihanraya umum tahun 2008 yang lalu.
Halatuju ahli-ahli bebas ini
Persoalannya adalah sama ada ahli-ahli parlimen bebas ini akan mempertahankan kerusi parlimen sandangan mereka pada pilihanraya umum yang akan datang masih menjadi tanda tanya semua pihak dan para pemerhati politik khususnya.
Pada bulan Jun 2010, kumpulan ahli-ahli parlimen bebas ini telah "bergabung" secara tidak formal untuk membentuk sebuah kumpulan yang bergelar Konsensus Bebas di dalam parlimen bagi mempraktikkan status bebas mereka. Ahli-ahli Konsensus Bebas ini terdiri daripada Zahrain, Choo Keong, Zulkifli, Tee Beng dan Mohsin. Ibrahim pula enggan menyertai konsensus tersebut kerana berpendapat bahawa konsensus itu tidak memberikan sebarang manfaat kepada beliau.
Yang menarik perhatian adalah kelima-lima ahli Yang Berhormat ini adalah berasal daripada parti yang sama, iaitu PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan telah meninggalkan PKR setelah dikatakan telah berselisih dengan ketua pembangkang parlimen tersebut.
Bagi Tee Beng, setelah meninggalkan PKR, beliau telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan dilantik menjadi pengerusi KITA Pulau Pinang. Namun, karier politiknya dalam KITA taman apabila disingkirkan daripada parti tersebut kerana memberontak menentang pemimpin KITA Zaid Ibrahim. Sementara itu, Zulkifli kini adalah salah seorang naib-presiden Perkasa yang kini diterajui oleh Ibrahim Ali.
Berkenaan dengan kedudukan ahli-ahli parlimen bebas ini, umumnya rakyat memandang remeh akan status yang mereka pilih sekarang kerana dikatakan tidak ada halatuju dan perjuangan yang sebenarnya di dalam diri mereka. Siapakah sebenarnya mereka wakili, apakah konsep dan pendirian mereka, bagaimana pula dengan fahaman yang mereka pelopori dan apakah yang mereka dapat tawarkan kepada rakyat itu semuanya masih kabur dan kurang jelas.
Yang rakyat ketahui adalah kesemua ahli-ahli bebas ini dahulunya menganggotai PKR, bertanding atas tiket PKR dan memenangi kerusi masing-masing atas usaha dan sokongan daripada PKR dan penyokong-penyokong parti tersebut, dan selepas itu mengkhianati PKR dengan keluar parti dan kini secara tidak langsung "menyokong" Barisan Nasional (BN).
Soal mungkinkah mereka ini akan menyertai Umno ataupun mana-mana parti komponen BN yang lain sebelum pilihanraya umum yang akan datang masih menjadi tanda tanya. Sama ada parti-parti komponen BN ini akan membenarkan para "pengkhianat" ini bertanding semula juga turut menjadi tanda tanya kerana para pemimpin BN juga dikatakan risau akan isi hati ahli-ahli bebas ini yang dianggap masih tidak tentu arah dan halatuju mereka.
Kesetiaan yang tidak jelas
Selain daripada arah dan halatuju yang tidak jelas pada ahli-ahli parlimen bebas ini, kesetiaan mereka turut dipersoal ramai pihak berdasarkan sejarah politik beberapa Yang Berhormat bebas ini.
Zahrain adalah seorang bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, sementara Zulkifli yang sebelum menyertai PKR, adalah seorang ahli PAS, manakala Tee Beng dahulunya adalah ahli Gerakan sebelum menyertai PKR, meninggalkan parti tersebut dan kemudiannya menyertai KITA yang selepas itu memecat beliau. Ibrahim pula yang bertanding atas tiket PAS tetapi tidak menyertai parti tersebut dan kemudiannya menjauhkan dirinya daripada parti yang pernah mendukungnya.
Jadi adalah amat jelas sekali label "lompat" itu melekat pada mereka semua ini walaupun apajua penjelasan yang mereka telah cuba berikan kepada umum dan para pengundi di kawasan-kawasan mereka khususnya.
Oleh yang demikian, sememangnya amat sukar untuk mempercayai akan kredibiliti dan kesetiaan mereka yang sebenarnya dan jika sekiranya mereka menyatakan pendirian mereka di dalam sesuatu perkara kesetiaan mereka pada pendirian yang mereka ketengahkan juga perlu diragui berdasarkan beberapa kenyataan yang pernah mereka keluarkan pada umum sebelum ini.
Yang rakyat akan terus melihat mereka adalah dari segi, kesemua mereka ini pernah dan banyak kali melompat parti dan itu adalah hakikatnya dan pada masa yang sama di dalam beberapa siri "lompatan" mereka adakah soal kewangan turut terlibat di dalam mempengaruhi keputusan mereka dari masa ke semasa. Itulah yang senantiasa akan menjadi tanda tanya di samping terus menimbulkan pelbagai keraguan di mata semua pihak akan keihlasan mereka yang sebenarnya.
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.
"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.
Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.
"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.
"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.
Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.
"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.
Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.
"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.
"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.
Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.
"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.
"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,
Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.
"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.
"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya. -Hrkh
[1] Hahaha.. biasalah.. time gua camni, bila lagi nak susahkan kengkawan. Ngeee.. Ada sesiapa yang kenal driving school area KB tak? Yang bleh kaw tim harga sket la. Bini gua dah pandai bawak kete lama dah. Cuma nak ajar sikit2 jer lagi. So, dengan kurangnya jumlah jam belajar, maybe harga bleh kurang lagi kot.
Kos mahal nak buat lesen ni gua nak bawak ke parlimen, lambat sangat pulak. Gua kena bertanding jadi MP pulak dulu. Kah3. Gua kena stanby la. Kot2 gua ke penjara. Skang ni hampir kebanyakan perkara settle dah. Alhamdulillah.
[2] UTTV akan dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2012 bersamaan hari Aprilfool negara. Hua3.. Acara dimulakan dengan solat hajat. Mula2 gua kena jadi imam. Tapi Ostad Wan Ji telah mensabotaj dengan meminta gua dibatalkan tauliah imam. So, UTTV guna khidmat Ostad Jaa.
Kepada yang mahu turut sama bersolat dan mendoakan medium media baru UTTV ini terus berada di landasan yang sepatutnya, marilah sama bersolat hajat di Wisma Suara Muda. Nak kecek tak panda, kawe wi peta jah.
Kedua-dua gambar ni gua ambil dari Group Facebook UMNO tumPAS.
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenapa buat macam ni. kesahan yg didepan mata tu patut di tegur.Salah ke setakat menegur.hebat tara mana sangat sampai tak berani nak cakap. itu baru ikat bata. kesalahan yg lain lagi la tak berani. itu la sifat manusia yg penakut.
Kalau tegur la.agak agak najib makan depa ke?
Bila tak di tegur.najib fikir ape yang di buat nya betul.sape yang bersalah di dalam hal yang sedemikian kecil. pengampu atau pemimpin?
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Suarapakatanrakyat.Com: Bukti Kejayaan Unit Saraf Siber Umno
Oleh EX-BLOGGER UMNO
Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang 'masyuk' berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia).
Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk 'budak tingkat empat' dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu.
Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan:
1) Individu - Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan 'pengurusan persepsi' dan menjatuhkan pihak lawan.
2) Jabatan Perdana Menteri - Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan 'value for money' setiap artikel dan post dikeluarkan
3) GLC / Yayasan / NGO - Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures
4) Unit Media Baru UMNO - Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan KJ. Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger 'nyamuk' dan 'tiada kelas' dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger.
Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka:
Blogger Elitis Penyerang Individu:
1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan.
2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja
3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam.
4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia
5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.
Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan:
1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu
2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail
3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru/Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi contents
4. Antara kumpulan ini dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger 'nyamuk'.
Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim.
Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan "Manusia Paling Suci" oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portalTranungkite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.
p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?
........
Komen WM : Oleh kerana artikel ini dihantar secara terus kepada saya, saya keluarkan semula walaupun artikel ini telah pun dikeluarkan di TKO melalui laman petikan PahangDaily.
Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?
Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.
Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.
Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.
Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.
Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).
Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
Daslam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).
Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.
Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.
Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.
Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.
Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat.
Pak Long ni orang kampung yang di besaqkan dalam era segalanya Umno. Umno diterima pasai orang kampung dulu tak banyak songeh macam orang la. Depa malaih nak bertoje pasai-pasai parti nih. Depa pun tak tau dasar parti tu menatang apa. Orang dulu-dulu mudah percaya dan depa pakai percaya ja kat orang yang depa lantik sebagai pemimpin depa. Asai ada cukup makan, boleh motong ngan turun bendang, tidoq pulak tak kena hujan... dah cukup baguih bagi depa.
Seingat Pak Long walaupun Pak Long ni bukannya ahli Umno... depa lain banyak ngan Umno la... segala yang orang kampung nak, mai dari Umno sampaikan kain pelikat yang dok berebut ngan Mak Long hang tu pun Umno yang bagi... hehe... Depa tak nampak pentingkan tembolok depa ja...
Banyak aktiviti kampung semuanya ada kaitan ngan Umno. Lawan takraw bulat, orang Umno yang urus... Tim bola kampung, puak Umno yang sponsor... Fardhu Ain bawah madrasah, wanita Umno punya usaha... Sejadah madrasah, Umno bahagian yang bagi... Kugiran kampung pun Umno jugak yang sedia... haha... Boleh katakan tak dak yang Umno melainkan Umno belaka. Ada la sejemput puak-puak PAS hujung kampung sebelah rumah Pak Long... yang malu tersipu-sipu... hehe...
Dah bila segala mak neneknya Umno bagi maka ada la orang-orang kampung yang pikiaq tak dak Umno, tak dak la kemajuan. Tak dak Umno, Melayu akan punah ranah baham tanah... apa pun tak boleh. Maklum sajalah Umno ni dah jadi tiang seri pada politik kampung, dah jadi tunjang pada politik tanah ayaq.
Tapi tu dulu... zaman dinasour tunjuk hebat yang dah menjadi sejarah. Umno pun terpaksa berubah ikut masa, terasa jelaih perubahan yang berlaku dalam Umno nih. Tapi perubahan budaya dan etika dalam Umno tu dah makin pelik, depa berubah kot belah kejatuhan dan bukannya kot belah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh Umno untuk kedaulatan rakyat...
Pak Long pun tak nampak dah Umno nak buat camana lagi untuk balik jadi parti yang dihormati rakyat bukan saja oleh orang Melayu tapi jugak dari bangsa-bangsa lain macam dulu kala... Pokok moktan depan rumah, buat menyemak kalau tak berbuah. Dah tua dan sampai masa, boh baja pun tak jadi apa... Pujuk-pujuk dok tak mau jugak, pikiaq senang boh kapak...
Yang sahihnya, Umno jadi serabut camni bukan pasai PAS kuat, tapi kelaku hodoh pemimpin Umno yang rakyat meluat. Depa tak tau nak uruskan kejayaan depa... Masalah mai bila Umno diwariskan pada kutu berahak yang tak berjiwa rakyat sebagai pemimpin. Mak pak depa keluarga bangsawan, anak-anak tak kenai jerit perih rakyat bawahan... Depa sedaq-sedaq dah jadi negarawan, hanya pandai berteriak yang tak ketahuan... Jerit bukan main kuat, tapi rakyat tetap melarat.... Umno di perguna, untuk kepentingan tembolok depa dan keluarga semata-mata...
Maka timbui la kisah-kisah ngeri yang dulu orang kampung tak pikiaq nak jadi. Anak menteri bertunang belasah duit rakyat... Anak menteri pukui orang tetiba kes hilang tak nampak bayang... Beli kapai selam ngan harga mahai nak mampuih... Badan Kehakiman demam sampai la tak kebah-kebah... Sambut harijadi pun rakyat yang sedekah...
Hutang berjuta bagi kat kroni, depa lenyap sunyi sepi... hutang PTPTN bebudak nak mengaji, depa ligan siap ngan nak saman lagi... Ini yang buatkan rakyat menyampah, nampak Umno dah macam pemintak sedekah...
Di sebalik pendiriannya yang berbeza dengan kepimpinan Umno lain, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak akan mengikuti langkah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir untuk keluar parti.
Anggota parlimen Gua Musang itu masih mahu mempertaruhkan kesetiaannya kepada Umno dan berpuas hati dengan kedudukannya dalam parti setakat ini, laporOriental Daily.
"Saya bebas lakukan dan berkata apa saya mahu dalam Umno. Walaupun sebahagian daripada kenyataan saya membuatkan orang dalam Umno tidak berpuas hati, tidak bermakna saya harus tinggalkan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.
Beliau menyamakannya dengan situasi perhubungan dua saudara dalam keluarga yang kadang kala selalu bergaduh tetapi tidak bermakna membuang satu sama lain.
Bekas menteri kewangan itu kini presiden Amanah, NGO yang ditubuhkannya bersama bekas-bekas pemimpin BN.
Cerita dari gambar perihal PM 1Malaysia Dato Seri Najib..
Sumber yang aku ambik dari akhbar resmi negara iaitu BERNAMA.... Kisah sebenar hangpa cari sendiri, cuma apa yang aku nak tonjolkan inilah situasi yang berlaku kepada PM 1Malaysia...
Tidak ada niat walaupun sebesar biji sawi didalam perasaan minda aku nak menghina apa yang berlaku seperti didalam gambar ini.., apa yang aku nak kalian semua berfikir,, inikah nilai sebenar PM 1Malaysia yang dikatakan berjiwa rakyat....
Lihat cara gerak kerja PM,, terlalu berhati-hati.... seolah-olah beliau seorang yang pakar dalam nak melaksanakan tugas tersebut,, betulkah apa yang belia laksanakan.... Kalau hangpa tak ada asas knowledge ikat bata memang hangpa tak persaan.
Ha, ha, ha... aku dah berjaya,,, tengok hand glove pun aku dah takut,,, betui kani .... Moral of the story... Kenapa yang ada kat sekeliling PM tu bengong juga atau takut nak tegur apa yang PM buat tu salah !!!!
Kalau inilah apa yang berlaku didalam pentadbiran Najib,, maka bernasib malanglah rakyat Malaysia,,, - MM
Khairy dilantik pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 April
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 April.
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy (kanan), yang juga ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai pengerusi di PUNB sejak 1998.
PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB.
Ada satu kisah yang membuatkan saya sangat terharu. Terdapat seorang lelaki di Hulu Selangor yang merupakan seorang India-Muslim. Beliau bukan mualaf kerana keturunan keluarga beliau sememangnya Islam. Beliau berkerja dalam hutan di kawasan turbin di Hulu Selangor.
Gajinya cuma RM800 sebulan. Ibunya menghidap katarak, isterinya pula mempunyai jantung berlubang, beliau mempunyai 3 anak kecil dan yang paling bongsu merupakan anak kurang upaya. Dengan hanya RM800, beliau kena buat segala-galanya.
Rumah yang didiami dibayar secara silih ganti. Maksudnya, sebulan dia bayar rumah, bulan kedua dia bayar bil. Beliau cuba untuk memusingkan wang tersebut sebaik yang mungkin.
Saya mendapat tahu bahawa terdapat seseorang di Pejabat Tanah Hulu Selangor yang inginkan tanah dan rumah yang didiami beliau sekeluarga. Oleh kerana rekod kurang baik pembayaran dan sebagainya, maka bank sememangnya mempunyai kuasa untuk melelongkan rumah tersebut.
Meminta bantuan
Beliau bersusah payah mencari bantuan di sana sini dan akhirnya datang kepada pejabat kami kerana tiada lagi tempat yang mahu mengadu. Masa itu saya bekerja di pejabat Ronnie Liu yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.
Kita telah pergi ke bank untuk membantu orang yang susah itu. Kita telah bertanya kepada bank berapa yang perlu dibayar dahulu untuk mengelak rumah tersebut daripada ditarik.
Tetapi mereka enggan mendengar. Bank berkata bahawa Pejabat Tanah telah mengarahkan kami menarik rumah tersebut dan kami hanya membuat dan menyediakan kertas kerja.
Apabila saya menyemak dengan Pejabat Tanah, mereka berkata kepada kita, "tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. Jika beliau tak bayar, maka bank akan memberikan surat". Jadi siapa yang berkata benar?
Saya tidak datang dari latar belakang perbankan jadi saya tak tahu nak percaya pada siapa. Tiada sesiapa pun yang mahu berkerjasama dengan saya untuk melihat hitam putih bagi menjelaskan perkara sebenar. Siapa yang memberi arahan pada siapa?
Perkara ini berlanjutan sehingga sebuah surat diterima mengatakan tarikh rumah tersebut akan dilelong. Orang yang kita mahu bantu itu amat sedih dan hampir berputus harapan. Namun kita tetap juga berusaha membantu beliau. Lagi pun semangat wajanya memberi inspirasi kepada saya.
Kita kena faham bahawa mereka enggan berkerjasama dengan kita dari awal sehingga akhir – apabila Exco Kerajaan Selangor minta pun tak mahu bagi ke nombor-nombor telefon orang yang patut dihubungi.
Tidak putus asa
Pada saat akhir kita dapat juga nombor pegawai yang bertanggungjawab. Kita telah meminta beliau untuk menghentikan lelongan tersebut. Kita telah mengumpulkan duit untuk beliau, tapi bank tidak mahu mendengar. Ada duit nak bayar pun bank tak mahu dengar.
Apabila tanya kepada bank, bank berkata, Pejabat Tanah mengarahkan kami supaya tidak menerimanya. Banyak sungguh permainan kotor dan politik. Kita kena faham, Pejabat Tanah dan Pegawai Daerah hanya melapor terus kepada bos besar mereka, iaitu Kerajaan Pusat. Semua tahu kerajaan pusat dikuasai oleh BN.
Saya tidak pernah berdoa begitu banyak untuk membantu beliau, mengharapkan suatu keajaiban berlaku. Saya amat marah ketika itu. Namun kita tidak patut putus asa. Mereka berkuasa untuk buat dan hentikan lelongan itu berlaku tapi mereka tetap tidak mahu. Duit ada nak bayar pun mereka tak mahu terima.
Kita lawan mati-matian untuk orang yang susah itu. Kita tahu dia enggan mengalah kerana itulah satu-satunya tempat berteduh untuk beliau dan keluarganya. Sehari sebelum lelongan, saya melawat ibu saya di hospital yang selesai menjalani pembedahan. Sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku.
Saya terima SMS daripada lelaki tersebut yang berbunyi, "Alhamdulillah, kita berjaya mengeluarkan nama rumah saya dari senarai lelongan, dan rumah saya selamat. Ibu saya akan tidur aman malam ini dan saya tidak akan lupa jasa anda."
Doa aku tidak dimakbulkan oleh Allah.Setiap hari aku berdoa kepadaNya tanpa terlepas sekalipun. Semakin aku berdoa semakin hati aku dihimpit kesusahan. Dimanakah Allah? Adakah Allah tidak mahu mendengar permintaan aku? Adakah Allah tidak mahu melayan permintaan aku. Sedangkan Allah berfirman ,' mintalah padaku,nescaya Aku makbulkan permintaan kamu'. Aku berdoa pada Mu walaupun aku ini berdosa yang terlalu banyak,baik dosa yang besar mahupun dosa yang kecil....Allah dengarlah permintaan aku yang hina ini..
Rupanya baru ku tahu kenapa Allah 'mendiamkan' diriNya dari mendengar permintaan aku..
Engkau bukakan rahsiaMu melalui seorang insan yang jauh memahami kehendakMu. Baru ku tahu siapalah aku ketika memohon padaMu.Ku panjangkan tulisan insan hebat ini disini untuk aku mengerti dimana aku sebenarnya kini.
Rahasia Terkabulnya Do'a
Part 1
Seorang sahabat saya yang berprofesi sebagai Trainer bercerita bahwa impiannya di tahun 2010 adalah mendapatkan penghasilan 1M.
Ternyata, hingga Desember 2010 penghasilannya masih jauh dari 1M. Sampai pada suatu saat di akhir bulan Desember 2010, ketika ia tengah mengisi sebuah acara di hadapan sekitar 1000 audien, ia mengalami sebuah peristiwa yang sungguh menyakitkan, yakni : dakwahnya tidak diterima oleh audien di sana, bahkan ada yang berteriak : "Turuuuuun...." padahal training baru berlangsung 15 menit-an ....
Akhirnya, dia pun menghentikan trainingnya dan berkata pada dirinya sendiri : "Do'aku sedang dikabulkan Allah, aku tak boleh marah".
Dan, subhaanallaah, sekitar 2 pekan kemudian, ia mendapat rejeki tak terduga dalam bentuk uang yang sangat besar (atas permintaan beliau, maka nominalnya tidak boleh disebutkan), hingga jika ditotalkan dalam satu tahun mencapai lebih dari 1M, yang besarnya dalam bentuk uang plus dalam bentuk lainnya : anak yang semakin sholeh, koneksi yang bertambah banyak, istri yang semakin sholihah, kesehatan yang semakin membaik, dan lain sebagainya...
So, sahabat semesta, bersabarlah, sebab RAHASIA PERTAMA yang perlu Anda ketahui adalah bahwa : Ketika kesulitanmu memuncak, berarti saat itu do'amu sedang dikabulkan-Nya.
Mari kita lanjutkan ke Part-2 ....
Ketahuilah, bahwa Allah tidak terikat oleh tempat dan waktu, melainkan waktu dan tempat yang terikat kepada Allah.
Itu sebabnya, RAHASIA KEDUA bahwa do'a Anda pasti dikabulkan-Nya di "saat ini" juga adalah apabila Anda meminimalisir keterikatan Anda terhadap waktu dan lalu mengoptimalkan keterikatan Anda kepada Yang Maha Menguasai Waktu.
Ciri orang yang masih terikat kepada waktu adalah "bosan dan letih dalam menunggu". Dengan demikian, ketika Anda sedang berdo'a maka jangan tunggu kapan do'a itu terkabul, sebab seringkali apapun yang "ditunggu" akan terasa lama serta seringkali hanya akan menyiksa jiwa Anda.
Nikmatilah hidup Anda saat ini juga, sebab dalam pandangan-Nya "saat ini" do'a Anda sedang dikabulkan-Nya. Firman-Nya : "Berdo'alah kepada-Ku, langsung Aku kabulkan".
Part 3
Sebetulnya, do'a itu dilakukan agar kita tak lagi fokus kepada APA yang kita pinta, tapi kembali tenang dan fokus kepada SIAPA kita meminta. So, RAHASIA KETIGA do'a Anda sedang dikabulkan-Nya adalah ketika Anda lebih sering mengingat-Nya dibandingkan mengingat apa yang Anda pinta kepada-Nya.
Misalkan, jika Anda berdo'a meminta mobil, maka jika Anda PERCAYA bahwa DIA pasti mengabulkan atau mengganti dengan yang terBAIK, maka Anda tak perlu lagi istiqomah melakukan Dzikrul Mobil (Mengingat Mobil) melainkan kembali fokus melakukan Dzikrul Allah (Mengingat Allah).
Do'a itu adalah teknik melepaskan, mengembalikan, dan menyerahkan keinginan Anda kepada-Nya, sehingga Anda bisa kembali tenang mengingat dan mengabdi kepada-Nya.
Ya, kita memang disuruh MEMINTA kepada-Nya, tapi kita tidak disuruh BANYAK MEMINTA kepada-Nya, melainkan kita disuruh BANYAK BERDZIKIR kepada-Nya. Itu mengapa, jangan sampai justru Do'a yang kita panjatkan kepada-Nya malah melalaikan kita dari mengingat-Nya. Ini adalah hal yang sungguh tidak mulia ...
"Hai orang-orang yang beriman, berDZIKIRlah kepada Allah dengan DZIKIR yang seBANYAK-banyaknya.. "(Q.S. 33 : 41-42)
Bahkan jika kita perhatikan hadits berikut, berDZIKIR memang lebih ampuh dibandingkan dengan meminta.
"Barang siapa yang disibukkan berDZIKIR kepadaKU daripada MEMINTA kepadaKU, maka AKU akan memberinya lebih dari yang biasa diminta oleh para peminta" (H.R. Bukhori).
"BerDZIKIRlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung." (Q.S. 62:10).
Part 4
Dengan demikian, FUNGSI UTAMA dari berdo'a adalah untuk MENGINGAT ALLAH, dan FUNGSI KEDUA dari berdo'a adalah agar kita tidak TERIKAT terhadap apa yang kita pinta, dan kembali hidup MERDEKA bersama-NYA.
Ya, do'a itu berfungsi agar kita tak lagi terlalu memikirkan apa yang kita pinta kepada-Nya, karena kita sudah sungguh-sungguh PERCAYA bahwa DIA pasti mengabulkan do'a kita ... Nah, inilah RAHASIA KEEMPAT terkabulnya do'a adalah bahwa Anda sudah tidak terikat lagi atas apa yang Anda pinta kepada-Nya sebab Anda sudah sangat percaya bahwa DIA pasti mengabulkan do'a Anda.
Cobalah pikirkan, apakah Anda sering mengingat-ingat orang yang berhutang kepada Anda karena Anda tak percaya kepada orang tersebut?
Begitu pun, jika Anda ragu bahwa apa yang Anda pinta tidak dikabulkan-Nya, maka SADARILAH bahwa tak mungkin Dia ingkar janji, tak mungkin Dia tidak mengabulkan do'a Anda. Sungguh Tidak Mungkin, kecuali Anda mengkhianati-Nya.
Silakan Anda meminta kepada-Nya berulang-ulang, tapi bukan dalam rangka meragukan keahlian-Nya dalam mengabulkan do'a-do'a Anda, melainkan dalam rangka mendekatkan diri Anda kepada-Nya, dan bukan sekedar dalam rangka mendekatkan diri Anda kepada apa yang Anda pinta.
"Dikabulkan do'a salah seorang dari kamu, selama ia tidak tergesa-gesa mengucapkan 'saya sudah berdo'a tapi belum juga dikabulkan'" (H.R. bukhori dan Muslim)
Part 5
Dan RAHASIA KELIMA bahwa do'a Anda pasti dikabulkan-Nya adalah ketika Anda SEDANG MERASA DEKAT kepada-NYA. Bagaimana caranya?
Begini, misalkan Anda ingin pulang kampung, anggap kampung Anda di Padang. Eh, ternyata Anda salah menaiki pesawat, maka mau-tidak mau Anda harus segera keluar dari pesawat tersebut serta MENDEKAT dan KEMBALI kepada pesawat yang benar sehingga ANDA bisa MENDEKAT dan KEMBALI ke kampung halaman Anda, dan bukan ke kampung halaman orang lain.
Jika Anda sudah KEMBALI ke peswat yang benar, maka Anda bisa mengatakan kepada Pilotnya "Om Pilot, bisa tolong antar saya ke Padang ya?" Maka Om Pilot akan mengantarkan Anda ke Padang, bahkan sekalipun Anda tidak memintanya, sebab pesawat tersebut memang bertujuan ke Padang.
Allah berfirman "Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku iniDEKAT. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam keLURUSan." (Al-Baqarah: 186)
Berdasarkan ayat di atas dapat disimpulkan bahwa do'a akan dikabulkan-Nya manakala kita menyadari bahwa Allah itu DEKAT, dan agar kita MERASA DEKAT kepada-NYA tentu saja kita harus mendekat kepada ALLAH. Namun, jika kita masih berada di jalan yang salah, bergelimang dosa, maka berarti kita "salah naik pesawat". Sehingga, jika kita KEMBALI (taubat) dari jalan yang salah menuju jalan yang benar, yaitu jalan-Nya yang LURUS, maka kita pun menjadi DEKAT kepada-Nya. Perhatikan kembali firman-Nya "maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam keLURUSan."
Dan sebagai penegasan akhir, maka ada 3 macam tipe Pendo'a, yaitu :
1. Pendo'a yang Tersesat, yaitu Pendo'a yang Meminta selain kepada Allah (misal meminta kepada alam semesta, dukun dlsb)
2. Pendo'a yang Terjebak, yaitu Pendo'a yang meminta kepada Allah tapi yang dia ingat bukan Allah melainkan berbagai hal yang dia pinta pada-Nya
3. Pendo'a yang Terbimbing, yaitu Pendo'a yang menjadikan aktivitas Do'a sebagai upaya dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah
Baru-baru ni kita digemparkan dengan anjing menyerang dan menggigit kanak-kanak dan lama-lama dah jadi biasa dah pun. Apa yang terjadi bukan sekali dua berlaku tapi banyak kali dah tapi kali ni lebih sadis lagi.
Lebih sadis kerana anjing tersebut memakan tuannya sendiri yang dah mati digigit, bukan di Malaysia tapi di Brazil.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nalla cari jalan lucut Anwar sebagai ketua pembangkang
Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual. Peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.
"Secara teknikalnya usul ini boleh dibawa dan kita perlu teliti dan study mengenai perkara ini terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas sidang media di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.
Beliau mengambil contoh dalam kes kes bekas presiden Amerika Bill Clinton dengan Monica Lewinsky dalam skandal seks yang berakhir dengan pengundurannya.
Addin :
Ini adalah kerja jahat Umno BN untuk lucutkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Dengan pelbagai cara telah dilakukan untuk mencemar dan menjatuhkan Anwar Ibrahim tidak berjaya kini cara komplot terbaru melalui Nallakarupan.
Anda sedang cari tempat untuk melancong bersama keluarga? Dengan Melancong Juga Kita Dapat Mengisi Masa Lapang Dengan Perkara Yang Berfaedah. Anak - Anak Terhindar Daripada Melakukan Perkara Negatit Terutama Pada Waktu Cuti Sekolah Seperti Bercampur Gaul Dengan Remaja Yang Rosak Akhlak. Ibu Bapa Juga Dapat Mengetahui Aktiviti Anak-Anak Kerana Sepanjang Waktu Melancong, Anak-Anak Sentiasa Bersama Mereka.Dengan Melancong Kita Akan Dapat Menambahkan Pengetahuan Dan Meluaskan Pandangan Ke Tempat-Tempat Yang Belum Pernah Kita Lawati.
Contohnya Kita Akan Dapat Melihat Kebudayaan Yang Diamalkan Di Sesebuah Tempat Yang Jauh Berbeza Dengan Tempat Kita. Selain Itu, Melancong Juga Dapat Melapangkan Fikiran. Fikiran Kita Perlu Juga Direhatkan Daripada Terus Bekerja.
Melancong Juga Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan. Dengan Melancong Kaum Keluarga Dapat Beramah Mesra Dan Bersenda Gurau Sambi Berhibur. Hal Ini Amat Digalakkan Oleh Islam, Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja Serta Anak-Anak Yang Sibuk Dengan Urusan Pelajaran Dapat Bertemu Dan Bersatu Serta Mengukuhkan Hubungan Yang Kian Longgar.
Menyaksikan Kehidupan Orang Yang Lebih Fakir / Miskin Dari Kita Membuatkan Nikmat Kesyukuran Itu Dapat Dirasi, ( Imam Muda Asyraf )
JOM PERGI MELANCONG KE NEGARA CAMBODIA,
KAMI SEDIAKAN PAKEJ-PAKEJ YANG AMAT MURAH UNTUK ANDA.
Umno cukup terdesak, untuk menarik hadirin sanggup buat apa sahaja. Bagi duit poket, sediakan bas dan makanan.. dan yang terkini sediakan hiburan tari menari untuk menarik orang ramai hadir ke ceramahnya..
Kah..kah..kah.. inilah wasatiyyah yang di anjurkan oleh PM Najib..
KUALA TERENGGANU – Semua pihak sepatutnya berbangga dengan kejayaan Terengganu dalam bidang pendidikan dan bukan membuat fitnah untuk mempertikaikan kejayaan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau berasa cukup kecewa apabila ada pihak membuat fitnah kononnya keputusan cemerlang peperiksaan awam berterusan di Terengganu ekoran pelajar negeri itu diberi soalan bocor. "Orang seperti ini (pembuat fitnah) tidak mahu mengiktiraf kebolehan orang lain dengan membuat tuduhan dan fitnah.
Kalau soalan bocor (pasti) semua pelajar kita dapat keputusan 'A'," katanya pada majlis Penyampaian e-Book kepada 667 pelajar Tahun Empat di sini hari ini.
Ahmad seterusnya berkata, fitnah tersebut secara tidak langsung telah menafikan usaha keras kerajaan, guru-guru dan ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan pelajaran di Terengganu.
Justeru, katanya, beliau meminta pihak yang membuat fitnah tersebut supaya menghentikan perbuatan itu dan menerapkan rasa bangga dalam diri dengan kemajuan pendidikan negara.
"Kerajaan negeri akan terus berperanan dalam mencapai kecemerlangan pelajar negeri ini," katanya lagi. ~mynewshub
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihan raya. "Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihan raya," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam satu kenyataan. Bagi DPPM, katanya dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihan raya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius.
"Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya.
"Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno," ujarnya.
Baginya, kedua-dua pemimpin itu adalah orang kanan Umno dan mereka tahu malah terlibat secara langsung dalam strategi Umno untuk memenangi pilihan raya umum yang mana sudah tentu dakwaan mereka berasas.
Justeru itu, ujarnya tidak hairanlah Umno mudah memenangi pilihan raya yang terdahulu meskipun rakyat sudah lama menolak Umno.
Menurutnya, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa mereka dapat dicapai sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran mereka.
"Bukan suatu kebetulan semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihan raya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno BN," katanya lagi.
Justeru, jelasnya DPPM amat berharap, taktik jahat Umno itu dapat dibongkarkan agar ia dipatahkan dan tidak dibuat kembali menjelang PRU13.
Beliau menambah, sudah beberapa kali pilihan raya umum berlangsung dan sudah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan sistem pilihan raya yang kotor di negara ini.
"Akhirnya, dengan dakwaan ini membuktikan Umno BN tidak layak memerintah negara," katanya lagi.
Beliau menambah, mereka berlagak seolah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak, hakikatnya mereka menang dengan segala unsur penipuan.
"Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat," ujarnya. ~harakahdaily
K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.
Dalam ucapannya, Noh tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek tersebut.
Beliau juga tidak menyebut sama ada kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga Shahrizat.
Masalah yang melibatkan NFC pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menunjukkan syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007.
Berikutan ini, PKR mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa pinjaman mudah RM250 juta didakwa telah disalahgunakan untuk beberapa pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri pemeliharaan lembu.
Ini termasuk pembelian beberapa unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan luar negara, meneroka industri restoran dan pasar raya serta sebidang tanah di Putrajaya.
Selepas berbulan-bulan menafikan sebarang salahlaku, Shahrizat mengumumkan pada 11 Mac bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator apabila tempohnya tamat pada 8 April.
Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas dua tuduhan pecah amanah jenayah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965. ~bernama
Sebahagian dari dokumen ini membuktikan bahawa Parti yang selama ini gah melaungkan kononnya merekalah pejuang bangsa adalah pengkhianat bangsa yang sebenar. Kerana mereka telah menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka untuk menjadikan tanah milik Kerajaan sebagai tanah milik Parti mereka..Tidakkah khianat namanya itu bilamana diamanahkan untuk mentadbir Kerajaan dalam masa yang sama mengagihkan Tanah Milik Kerajaan kepada Parti mereka?
Dokumen ini menyatakan dalam satu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 mereka telah meluluskan seluas 7 ekar tanah kepada UMNO Bahagian Kota Raja.
Perlu diketahui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 adalah dibawah penguasaan UMNO/BN, oleh itu dalam hal ini UMNO telah meluluskan tanah kerajaan untuk dimiliki oleh UMNO.. ~anaksungaiderhaka
Addin :
Umno bukan sahaja pengkhianat kepada bangsa.. malah yang lebih teruk Umno pengkhianat kepada agama. Dalam isu terbaru di Melaka, Adun Umno yang memegang jawatan Timbalan pengerusi JK Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka telah di cekup di kelab dangdut. Di katakan bersama GRO dan minuman keras..
Ini akhlak yang hendak di contohi oleh seluruh pengundi Melaka? Sehingga ke saat ini, Ketua Menteri Melaka Ali Rustam masih menyembunyikan identiti Adun terbabit. Umno muflis akhlak..
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) versi 3.0 akan dilaksanakan pada bulan April nanti bagi menuntut apa yang telah dituntut tidak dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab. BERSIH juga akan memastikan segala tuntutan yang dikemukan diterima oleh pihak yang menguruskan kepincangan sistem pilihanraya dalam negara.
Semua rakyat boleh bersiap sedia untuk memastikan pilihanraya berfungsi dengan adil dan saksama. Kita semarakan gelombang rakyat untuk kali ketiga. Kemungkinan hujung bulan April akan diadakan himpunan ini dan hari yang akan dilaksanakan adalah pada hari sabtu. Tunggu!
ADUN Kelab Malam Melaka dari UMNO cuba mengelak pertanyaan media mengenai tindakannya yang ditangkap bersama 27 orang di kelab malam di Melaka Raya. Beliau cuba mengelak dari menjawab persoalan yang diajukan oleh media. Jika benar beliau tidak terlibat, nafikan sahaja pendedahan dari blog-blog yang menyebarkan berita ini.
Jika tiada sebarang penafian maka terbukti bahawa beliau memang terlibat. Mengapa para exco Melaka cuba melindungi ADUN UMNO yang mempunyai masalah sosial sehinggakan terlibat dengan gejala kurang sihat. Sekarang UMNO bukan pembela Melayu sebaliknya perosak agama Islam?
Pihak media ada membuat panggilan namun tidak dijawab oleh ADUN Kelab Malam tersebut. Patutlah orang Melayu Islam Melaka banyak bercampur gaul dengan maksiat. Apa tidaknya, ADUN Melayu yang pegang portfolio agama pun sudah berak cair.
Orang UMNO nak sokong lagi ke? Kepentingan mana yang lebih utama? Kepentingan Islam atau kerosakkan UMNO? Kalau ADUN Pakatan Rakyat sudah lama tersiar nama tetapi jika ADUN UMNO maka beginilah jadinya. So, kami akan dedahkan sebagai medium alternatif kepada RTM dan gerombolannya.
Letak sahaja jawatan. Ibarat membela anjing untuk menjaga tulang manusia ataupun ibarat syaitan menjaga pintu tandas.
Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathirseperti yang boleh dibaca di atas ialah, setelah berpuluh tahun golonganProffesional dan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO, maka UMNO kiniketandusan golongan tersebut.
Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apayang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalamUMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai.
Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan Bodoh dan Bangangserta Bengong yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidakmembenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO.
Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh dilantik memimpin UMNO.
Setelah berpuluh tahun hasilnya kita telah melihat kinidimana kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO jelasmempunyai unsur-unsur Bodoh dan Bangang serta Bengong..
Antara kenyataan tersebut ialah :
1 1-Hutang negara masih tidak kritikal biarpun ianyatinggal lagi 2% untuk sama dengan KDNK negara iaitu 55%, peratus yangdibenarkan oleh Bank Negara.
2 2-Saya tidak terlibat dengan NFC dan saya tidaktahu menahu urusan NFC sedangkan mereka tidur dalam satu selimut dan satu katilyang sama.
3
3 3-Saya tidak bertanggungjawap atas perbuatan anaksaya.
a 4- Mansuh PTPTN akan membebankan negara sedangkanmereka telah memansuhkan hutang Tajuddin Ramli berjumlah RM589Juta begitu saja.
Dan banyak lagi kalau nak disenaraikan..
Selain dari itu segelintir bijak pandai yang tinggal didalam UMNO kini kebanyakkan dari mereka telah ditranformasikan daya fikir dantahap intelektual mereka agar sama atau setaraf dengan ternakan KeluargaSharizat..
Ini adalah penting bagi yang sedang berkuasa, keranaahli-ahli yang tahap intelektualnya setaraf ternakan keluarga Sharizat mudahdiperlembukan mereka…
************************************
Tun Dr Mahathir: Buka pintu bagi golongan profesional cerdik pandai sertai Umno
28 Mac 2012
MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama
Hanya berdasarkan gambar di atas dan juga beberapa keping gambar di bawah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man yang juga ADUN Permatang Pasir didakwa mahu melompat Parti.
Gambar yang dirakam dan disiarkan oleh sebuah Blog Pencacai UMNO ini menunjukkan Datuk Saleh Man bersama dengan Penyelaras Dun Permatang Pasir, Tuan Hj Rahim Man dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh, Cikgu Zaidi (baju merah).
Ianya telah dirakamkan di sebuah Restaurant Mee Udang, Pengkalan Tambang, Sungai Dua ketika Ustaz Salleh man secara kebetulan berada di kedai Mee Udang itu.
Sememangnya ia satu spekulasi yang bodoh oleh pencacai UMNO itu kerana jika difikirkan memang tidak rasional langsung jika Ustaz Salleh Man menyatakan hasratnya mahu keluar parti kepada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dan Penyelaras DUN..
Tak ada faedah dan buang masa saja… sebab kalau nak keluar parti dan cepat kaya lebih baik Ustaz Salleh Man bagitahu kat Najib atau Muhyiddin.
Selain dari memperlihatkan ianya satu tuduhan pihak yang sangat terdesak ianya juga memperlihatkan sifat ketidakcerdikan atau dalam lain ayat 'Bodoh' tuan empunya blog yang telah membuat tuduhan tersebut.
Berikut adalah print screen fitnah Blogger Pencacai UMNO itu..
Jawapan dari Ustaz Salleh Man yang dipetik dari HarakahDaily..
Kerana salam di kedai kopi, dituduh lompat parti
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Hanya kerana bersalam dengan Ketua Pemuda Umno, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) dituduh mahu melompat parti.
Salleh yang kebetulan berjumpa dengan pemuda Umno itu ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai mi udang di Sungai Dua.
"Ketua Pemuda Umno datang jumpa saya, bagitahu abang iparnya sudah meninggal dunia, dan memang saya kenal sebab duduk satu kampung," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.
Beliau baru pulang dari Mekah dan tidak mengetahui kematian abang ipar Pemuda Umno berkenaan.
Semasa menghubungi Harakahdaily, kedengaran beliau ceria dan bergelak tawa sebaik sahaja diajukan dakwaan itu.
Kebetulan pula, menurut beliau, pemuda dan wanita serta puteri Umno pun menjamu selera di kedai yang sama.
"Mungkin mereka yang ambil gambar saya bersalam dengan pemuda Umno sudah membuat persepsi saya keluar PAS. Ingat senang-senang ke nak lompat parti? Tuduhan tak kena orang," katanya.
Salleh yang menganggap tuduhan itu sangat terdesak dan mempamerkan ketidakcerdikan orang yang melaporkan tanpa bersandarkan kepada sumber yang tepat.
"Saya minta, rakyat Pulau Pinang jangaan terpengaruh dengan dakyah Umno. Mereka tidak ada modal. Saya dan PAS Pulau Pinang berdiri teguh dengan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng," katanya yang meminta pihak berkenaan tarik balik kenyataan itu.
Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.
Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh, Rahim Man.
Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.
Dan ini adalah Blog Pencacai UMNO yang menyebarkan fitnah itu..
Mungkin ada yang sudah terlupa, ketika pendedahan mengenai Scandal Fidlot ini baru bermula Noh Omar menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.
"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.
Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.
"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya – dipetik dari Malaysiakini
Kini setelah segalanya berjalan tunggang langgang sekali lagi Kerajaan UMNO/BN akan membuka membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) pula..
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.
Eloklah tu… buat open tender sekali lagi .. panggil 5 atau 6 syarikat kroni kemudian anugerahkan kepada salah seorang dari mereka.. bila dah lingkup, buat lagi open tender.. ulang perkara yang sama..
Tak apa .. dana dari EPF ada banyak lagi..
**************************************
Berikut adalah kenyataan Media dari Pengarah Strategik PKR
TENDER BARU UNTUK MENGENDALIKAN NFC BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN PERDANA MENTERI
KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:
1. 1) Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;
2. 2) Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.
Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato' Seri Shahrizat Jalil.
Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.
Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.
KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.
Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.
Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil.
Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.
Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.
Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.
"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.
"Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi.
Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat."
Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula.
Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.
"Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan.
"Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi.
Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.'
"Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan.
Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu.
"Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'.
"Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi.
Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.
Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut.
Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat.
Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008.
"Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya.
"Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan.
"Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi.
Ayah Pin kini dilaporkan telah kembali semula ke daerah kelahirannya di Besut setelah sekian lama dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa.
Malangnya kini beliau berada dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar .
Biarpun dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut namun masih tiada tangkapan keatasnya.
Adakah kerana beliau lumpuh maka pihak berkuasa tidak menangkapnya atau adakah kerana beliau seorang Ahli UMNO Cawangan Batu 13, Hulu Besut yang memegang keahlian bernombor 00791672 beliau tidak boleh ditangkap?
Berita berkaitan..
Mulut herot
BACHOK: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.
Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.
Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.
KUALA LUMPUR – 'Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul'.
Itu antara ugutan diterima oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan semasa didatangi dua lelaki tidak dikenali petang semalam.
Insiden ugutan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.
Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semasa berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini pada pukul 3 petang semalam.
Beliau yang bimbang perkara buruk menimpanya dan keluarga membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini pada pukul 12 tengah malam tadi.
"Dua orang mendekati saya. Dia orang kata 'awak tak usah cakap Anwar punya hal, Suresh Kumar (pemimpin PKR) punya hal, jangan bagi kenyataan akhbar
"Dia orang menakutkan saya. Jadi saya sudah buat laporan polis. Saya buat laporan untuk keselamatan keluarga saya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul pada awal pagi ini iaitu selepas dua jam membuat laporan dan diambil keterangan.
Menurut Nallakaruppan, selain didatangi dua lelaki berkenaan, beliau turut menerima ugutan berkaitan perkara sama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari sama.
Pada 20 Mac lalu, Nallakaruppan membuat kenyataan mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan Anwar yang juga bekas rakan karibnya itu sebagai biseksual dan disiarkan oleh Utusan Malaysia.
Berikutan kenyataan tersebut, Anwar melalui peguamnya memberi notis kepada Nallakaruppan mengarahkannya berhenti bercakap mengenai perkara itu dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.
Desakan Anwar bagaimanapun tidak diendahkan oleh Nallakaruppan, malah mencabar Ketua Pembangkang itu agar segera menyamannya.
Sebagai reaksi balas, Anwar diwakili peguam, R. Sivarasa pada pukul 10.30 pagi semalam, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. kerana mendakwa memfitnahnya melalui kenyataan tersebut.
Saman itu berhubung petikan ringkas disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'. – mynewshub.my
Sebahagian dari dokumen ini membuktikan bahawa Parti yang selama ini gah melaungkan kononnya merekalah pejuang bangsa adalah pengkhianat bangsa yang sebenar.
Kerana mereka telah menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka untuk menjadikan tanah milik Kerajaan sebagai tanah milik Parti mereka..
Tidakkah khianat namanya itu bilamana diamanahkan untuk mentadbir Kerajaan dalam masa yang sama mengagihkan Tanah Milik Kerajaan kepada Parti mereka?
Dokumen ini menyatakan dalam satu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 mereka telah meluluskan seluas 7 ekar tanah kepada UMNO Bahagian Kota Raja.
Perlu diketahui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 adalah dibawah penguasaan UMNO/BN, oleh itu dalam hal ini UMNO telah meluluskan tanah kerajaan untuk dimiliki oleh UMNO..
"Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.
"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.
Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau."
150 KERUSI. Itulah jumlah kerusi Parlimen yang akan dimenangi Barisan Nasional di dalam PRU-13 nanti sekaligus memberinya mandat 2/3. Selangor dan Kedah akan jatuh ke tangan Umno.
Itulah laporan yang dikatakan dibentangkan oleh Rais Yatim menerusi Kementerian Penerangan kepada Perdana Menteri Najib Razak semasa pertemuan dengan pegawai-pegawai penerangan di PICC semalam.
Rata-rata di kedai kopi termasuk di Riverside orang bercakap mengenainya. Orang bercakap mengenai laporan kajian kebarangkalian keputusan PRU-13 yang disediakan oleh jentera penerangan di bawah Rais.
Lebih mengelikan hati, orang bercakap mengenai Menteri Penerangan naik ke pentas meminta pegawai-pegawai penerangan memberi tepukan gemuruh dan berterusan dari mula Najib masuk ke dewan sehinggalah beliau duduk.
Khabarnya, Najib sendiri merasa segan selepas dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku apabila beliau masuk ke dewan PICC nanti.
Kita tabik Najib. Beliau tidak mudah digula-gula dengan perkara seumpama itu.
Katanya, Najib di dalam ucapannya, memberi gambaran bahawa beliau tidak mudah dilalikan dengan "bunga-bunga" Kementerian Penerangan yang kononnya BN akan menang 150 kerusi.
Malahan Najib dikatakan berkata beliau mempunyai maklumatnya sendiri bahawa suasana politik bukan seperti yang digambarkan oleh Kementerian Penerangan dan BN menghadapi tentangan hebat di 6 negeri.
Kalau lah kita yang menyediakan laporan tersebut, kita akan malu sendiri.
Tetapi tidak kepada mereka yang tebal mukanya termasuk mereka-mereka yang pernah membakar jambatan yang mahu menongkat langit.
PRU 13 pastinya menjanjikan persaingan sengit BN dan PR di Negeri Sembilan. Pada PRU 12 , BN menang 21 kerusi Dun, PR menang 15 kerusi. Manakala BN menang 5 kerusi Parlimen, PR menang 3 kerusi.
Tidak seperti Johor dan Melaka , jumlah pengundi Melayu yang menyokong PR di Negeri Sembilan melebihi 30 % malah di sesetengah Dun melebihi 45 %. Buktinya, PAS menang kerusi Paroi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu 65 %.
Pengundi Cina juga memberi undi yang tinggi kepada DAP dalam PRU 12 lalu sehingga membolehkan DAP menang 10 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Bagaimanapun , undi orang Cina kepada PKR dan PAS tidak setinggi undi kepada DAP.
PKR menang 2 kerusi Dun yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di bawah 35 %. Manakala 2 lagi kerusi Dun yang PKR menangi mempunyai pengundi Melayu hampir 60 %. Kedua-dua kerusi ini PKR menang dengan majoriti yang tipis.
Pada PRU 13, peluang untuk PR mempertahankan kesemua 12 kerusi yang dimenangi adalah cerah kerana potensi undi orang Cina kepada PR menjangkau purata lebih 70% melebihi semasa PRU 12 hanya dalam purata 60 %.
3 kerusi lagi yang dimenangi PAS iaitu Paroi dan PKR iaitu Ampangan dan Sikamat memerlukan peningkatan undi orang Cina dan India sehingga 65 % . Undi Melayu dijangka tidak banyak berubah malah kemungkinan akan mengalami sedikit penurunan.
Pengundi India juga akan banyak mempengaruhi keputusan pilihanraya di Negeri Sembilan kerana banyak kerusi mempunyai jumlah pengundi India yang agak ramai. Terdapat 13 kerusi Dun yang mempunyai jumlah pengundi India melebihi 20 %. Justeru, penentu penting kemenangan kesemua kerusi ini adalah orang India.
PRU 12 menunjukkan undi orang India kepada PR adalah dalam purata 60 % . Bagi , PRU 13 dijangka akan berlaku sedikit penurunan undi orang India kepada PR. Namun, sedikit penurunan ini mampu ditampung oleh peningkatan undi orang Cina.
Jangkaan peningkatan undi orang Cina akan memberi kesan kepada 4 kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 50 % iaitu Chennah, Jeram Padang, Rantau dan Linggi . Bagaimanapun , kemenangan PR di Jeram Padang, Rantau dan Linggi turut dipengaruhi pengundi India.
Sekiranya, peratus undi India kepada PR tidak kurang dari 50 %. PR berpeluang cerah menang di ketiga-tiga kerusi ini. Bagi kerusi Chennah , DAP dijangka tiada masalah memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Cina melebihi 53 %.
Jumlah pengundi Melayu yang menyokong PAS dan PKR di 5 kerusi iaitu Klawang, Lenggeng, Pilah, Johol dan Labu semasa PRU 12 mencapai 35 hingga 45 % . Sekiranya ,jumlah pengundi Cina melonjak melebihi 60 - 65 % , PR berpotensi memenangi kesemua kerusi ini dengan syarat undi India kepada PR juga tidak menurun di bawah 50 %.
Manakala 12 kerusi lain yang dimenangi BN dijangka masih kekal di tangan BN. Hanya perubahan undi orang Melayu kepada PR sahaja mampu mengubah penguasaan BN. Namun , jika undi Melayu masih sama seperti PRU 12, amat sukar kerusi ini terlepas kepada PR.
Sungguhpun begitu gerak kerja PR di 12 kerusi ini boleh membantu mengubah minda orang Melayu untuk menyokong PR. Sekiranya, jentera PR tidak bergerak di sini , jangan harap lah nak rampas kerusi-kerusi ini. 12 kerusi tersebut ialah ;
1. Pertang
2. Sungai Lui
3. Serting
4. Palong
5. Seri Menanti
6. Senaling
7. Juaseh
8. Chembong
9. Kota
10. Gemas
11. Gemencheh
12. Bagan Pinang
Bagi kerusi Parlimen , peluang PR untuk menambah kerusi adalah tipis sekiranya BN masih menguasai 12 Dun di atas. PR kekal di Seremban , Rasah dan Teluk Kemang. Manakala BN di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin.
Hanya Rembau dalam kedudukan 50 : 50
Wassalam
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual. Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis. Beliau Juga berkata Anwar ada hubungan dengan isteri Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa Azmin Ali, iaitu Shamsidar Taharin.
KUANTAN, 28 Mac - Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi nampaknya UMNO Barisan Nasional Pahang bakal berhadapan dengan satu lagi masalah besar terutamanya dalam menghadapi bantahan rakyat terhadap isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semakin hari rakyat semakin jemu dan muak dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh kerajaan terutamanya Menteri Besar Pahang sendiri Dato' Sri Adnan Yaakob(foto). Rakyat mula hilang keyakinan untuk terus mempunyai ketua negeri seperti Adnan kerana beliau ternyata tidak mahu bercakap benar dan cuba menyembunyikan sesuatu dalam isu yang panas seperti ini. Baru-baru ini MB mengatakan kononnya pasaran hartanah di kawasan Gebeng, Balok, Beserah serta sekitarnya tidak terjejas sedangkan rakyat dan penduduk kawasan sekitar mendapati sebaliknya. Mereka terlalu sukar untuk menjual hartanah masing-masing akibat tiada pembeli. Malah ada sesetengan syarikat pemaju perumahan yang hampir gulungg tikar akibat masalah yang sama. Namun, Adnan sanggup bercakap sebaliknya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Beliau berkata demikian ketika melancarkan majlis pecah tanah RD Prima Suites yang dipunyai oleh Rangkaian Delima iaitu syarikat yang ada hubungan rapat dengan UMNO Pahang sebenarnya. Adnan boleh berkata demikian kerana projek terbabit di bandar Kuantan. Kenapa RD Prima Suites tidak dibina di kawasan sekitar Balok, Beserah, Gebeng dan sebagainya, jika benar Adnan merasakan Lynas tidak memperi kesan kepada pembangunan hartanah di kawasan terbabit?. Inilah yang menghairankan kita, kenapa perlu dibina lagi di tengah bandar sedangkan sudah banyak pembangunan sedemikian sedia ada dan sedang dimajukan. Kenapa tidak berani membina projek UMNO di kawasan sekitar Gebeng?.
Laporan Tahunan Buktikan Lynas Banyak Risiko
Mungkin sudah suratan takdir agaknya. Jika sebelum ini MB Pahang banyak mengatakan projek Lynas itu tidak bahaya dan boleh menjejaskan kesihatan rakyat, namun kini satu dokumen sulit telah berjaya di dedah kepada umum. Dokumen "Laporan Tahunan Lynas" yang berakhir 31 Disember 2011 itu telah didedahkan oleh blog salah seorang pejuang anti Lynastahirnisa(foto) atas tajuk "Lynas Tidak Akan Menipu Pemegang Saham Mereka". Menurut blog terbabit "Dalam penyata kewangan Lynas untuk pertengahan kedua tahun 2011, dinyatakan dengan jelas bahawa Lynas mengalami kerugian hampir AUD39 juta dan kerugian ini makin lama makin meningkat kerana setakat ini Lynas tidak mempunyai sebarang perniagaan lain selain dari perlombongan dan pemprosesan nadir bumi. Bagi sebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham sesebuah negara, untuk mempunyai hanya satu perniagaan, adalah amat berisiko tinggi kerana sekiranya perniagaan yang mereka terajui ini gagal, maka keseluruhan perniagaan mereka akan gagal. Mereka tidak mempunyai perniagaan sokongan untuk memberi imbangan kepada pendapatan syarikat". Sementara itu, pada perengan terakhir pendedahan tersebut, blog terbabit turut menyatakaan dengan jelas "Pada "Cleansing Document" bertarikh 28hb Februari 2012, item bernombor 3 berkenaan "Risk Factor" tertulis dengan jelas semua risiko yang kemungkinan boleh terjadi terhadap LAMP dan perniagaan Lynas. Tertulis bahawa tembok konkrit empangan yang kemungkinan retak dan runtuh juga disenaraikan sebagai risiko yang berkemungkinan terjadi. Bacalah dengan lengkap dokumen tersebut dan anda sebagai rakyat Malaysia akan faham bahawa kata-kata Lynas dan kerajaan BN bahawa LAMP ini tidak merbahaya dan tidak mempunyai risiko hanyalah pembohongan yang nyata. Lynas mampu menipu kita tetapi mereka tidak boleh menipu pemegang saham mereka justeru semua risiko terpaksa disenaraikan dengan terperinci lagi".
Untuk Dokumen Lanjut yang lebih jelas, sila klik di SINI
[Dengan pendedahan terbaru ini, maka ia jelas membuktikan apa yang diperjuangkan oleh rakyat itu adalah dipihak yang benar sebenarnya. Soalnya kenapa mereka masih mahu "menegakkan benang yang basah"?. Sedangkan laporan tahunan ini jelas membuktikan memang projek Lynas mempunyai risiko pada masa akan datang. Makanya, jika ia mempunyai risiko untuk rakyat, tidak sepatutnya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang menerima projek itu. Semua ini bukan lagi fitnah dan omongan kosong semata-mata, namun ia berdasarkan dokumen yang sah yang dikeluarkan oleh Lynas untuk para pemegang saham mereka. Lynas tidak mungkin akan menipu pemegang saham kerana mereka pasti mahu keuntungan di masa akan datang. Justeru, siapakah yang menipu rakyat dalam hal ini?. Tidak timbul soal orang Cina menentang, buat cerita rekaaan atau sebagainya. Kini terserlah bahawa merekalah yang mencipta berbagai alasan untuk membenarkan projek tersebut diteruskan. Apakah ada diantara pemimpin UMNO BN itu sendiri kini menjadi pemegang saham Lynas atau mendapat "cukai 12 tahun" dari Lynas itu agaknya. Jika tidak, kenapa mereka beriya-iya benar mahukan projek itu diteruskan?. Kini rakyat berhak menolak Lynas dalam apa jua cara sekalipun. Mereka sebenarnya sudah mendapat "habuan" masing-masing, lantaran itu terdesak untuk "meneruskan projek" berkenaan biar pun tahu risikonya].
Orang ramai yang sudah bosan dengan masalah saluran air paip yang kotor dan berklorin, dipelawa menggunakan produk Water Purifier (penulen air) jenama Coway yang sedang hangat dipasaran sekarang. Coway dikeluarkan oleh Woongjin Coway (M) Sdn Bhd kini menjadi antara penapis air yang popular di negara kita. Ramai pengguna produk ini yang berpuas hati dan yakin dengan kualiti Coway. Dengan harga yang menjimatkan dan sistem pembayaran yang fleksibel kini semua rakyat Malaysia boleh menggunakannya. Coway menawarkan tiga cara pembayaran iaitu sistem sewa beli (sewa beli), belian terus (beli terus) dan ansuran (installment). Coway kini semakin digemari kerana dengan hanya RM70 ke atas, anda akan menikmati khidmat percuma setiap dua bulan (selama 5 tahun); tiada caj pemasangan; pemeriksaan produk dan khidmat penukaran penapis yang percuma secara berkala; khimat selepas jualan yang percuma untuk semua alat ganti dan penukaran hak milik selepas 5 tahun. Mekanisme rawatan air Coway menggunakan teknologi Reverse Osmosis (RO) ataupun hyperfiltration, dimana kandungan air ditapis sehingga 0.0001 mikron atau dengan kata lain, antara air minuman paling tulen, bersih dan pure yang ada di pasaran. Pihak Coway juga menyedari akan sensitiviti masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam yang mahukan produk yang halal digunakan, justeru Coway diiktiraf dan memperoleh sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam produk-produknya. Menurut salah seorang agen Coway, Alex berkata ramai orang mempunyai water filter, tetapi ramai tidak servis dan tukar water filter. "Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bagaimana?. Ada juga yang akan mengatakan, saya selalu servis water filter saya, tapi mula mula rajin. Lama lama tak buat. Dengan COWAY, servis adalah percuma. CODY (Coway Lady) akan datang ke rumah anda secara berkala. Kini hidup lebih senang dan selesa. Kita mempunyai banyak tugasan lain yang perlu diuruskan. Biar CODY bertanggungjawab ke atas servis water filter kita. Inilah kehebatannya Coway", kata Alex.
Keratan akhbar Harian Metro, bukti isu masalah air tercemar di Kuantan
[Kepada anda yang berminat bolehlah bertukar kepada Coway sekarang juga. Jangan berlengah lagi, kini Coway akan membantu kesihatan anda seisi keluarga dengan hanya RM3.70 sehari. Untuk menikmati produk ini sila hubungi 012 - 474 9119 (Alex). Tawaran khas untuk rakyat Malaysia].
Mari talqinkan UMNO. Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya. Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap. Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik. Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can you offer a bright future when you have created only a dark past?
Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik. Kenapa?
kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan 'arrangement' macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!. Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya. Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu. Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat. Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa. Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM.
Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too. Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar. Sebetulnya kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim.
Lebih 5,000 memenuhi padang bola Taman Kosas Ampang malam tadi mengikut ceramah Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Walaupun di laman Fb ada gesaan dan ancaman oleh golong tertentu akan bertindak ke atas orang ramai yang hadir ke situ namun ancaman berkenaan tidak dihiraukan.
Antara ancaman yang dibuat oleh pihak tertentu di Fb mengajak orang ramai datang untuk menghalang 'Israel' menjejaki bumi Ampang. "Mari kita ramai-ramai menghalang Isrel daripada memijak bumi Ampang". Begitulah salah satu ancaman yang dihantar ke Fb.
Ada dipercayai ancaman atau konotasi 'Israel' itu ditujukan kepada Anwar Ibrahim.
Bagaimana pun orang ramai khasnya anak-anak muda, orang Cina dan India yang datang ke padang bola untuk mengikuti ceramah perdana itu sedikit pun tidak gentar kepada ancaman itu. Sebaliknya ancaman tidak bertamdun itu menjadi cabaran dan semangat untuk mereka hadir.
Malam tadi tidak ada laporan berlaku kekacauan terhadap ceramah berkenaan. Anwar dan Mohamad Sabu dapat berceramah dengan elok sehingga ke akhir majlis.
Melihat kepada sambutan hangat pada ceramah malam tadi ia memberi petanda bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah dan kuat. Dipercayai keadaan itu akan lebih hangat lagi selepas parlimen dibubarkan.
Selain Mohamad Sabu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin juga turut sama hadir.
Dalam perkembangan lain pada malam Jumaat (30 Mac 2012) Anwar akan bersolat hajat dan berceramah bersama Tok Guru Nik Aziz dan Dr Tan Seng Geow akan di Padang Perdana Kota Bharu.
Di sebelah petang Anwar akan berada di Paloh Gua Musang untuk meraikan majlis kemasukan lebih 100 orang ahli dan penyokong Umno ke dalam parti PKR. Maklumat terbaru katanya Tengku Razaleigh Hamzah juga pada hari sama akan berada di Gua Musang.
Apakah beliau akan bertemu dengan Tengku Razaleigh atau tidak tidak dapat dipastikan. [wm.kl.4:46 pm 28/03/12]
Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?
Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.
Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.
Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.
Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.
Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).
Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
Daslam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).
Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.
Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.
Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.
Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.
Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang?Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat. [wm.kl.7:34 pm 27/03/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan