Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 28 Mar 2012 03:12 AM PDT Mungkinkah Selangor akan ditawan secara jijik & kotor Posted: 27 Mar 2012 05:21 AM PDT Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.
Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.
Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.
Dengan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya: 1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing 2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah 3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS 4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21
Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13. Seterusnya baca posting Tulang Besi di http://www.malaysiawaves.com/2012/03/kerajaan-pakatan-rakyat-di-selangor.html | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 28 Mar 2012 01:31 AM PDT [Bergambar] Makmal Sekolah Dinaiki Air, Pelajar Terpaksa Belajar Dalam Banjir Posted: 28 Mar 2012 01:30 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Pelabuhan Klang -- Beberapa pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah di sini terpaksa belajar dalam banjir apabila makmal sekolah itu dinaiki air akibat banjir kilat kira-kira pukul 9.00 pagi tadi. Foto Osman Adnan Pengetua sekolah berkenaan Rahmah Arsad berkata banjir kilat itu berpunca dari hujan lebat yang turun tanpa henti kira-kira sejam serta dipercayai akibat masalah longkang tersumbat ekoran dipenuhi sampah sarap. Beliau berkata kejadian banjir itu bukan yang pertama dan sering berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjangan. "Saya masih ingat ketika memulakan tugas pada November lepas, saya juga 'disambut' dengan kejadian banjir kilat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Rahmah berkata perbincangan juga sering diadakan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari semasa ke semasa namun masalah sama tetap berulang. Beliau berkata setiap kali banjir, sekolah terpaksa menanggung kerugian beribu ringgit bagi menggantikan peralatan kelas seperti kerusi dan meja yang rosak kerana ditenggelami air. -- Bernama | Tuduhan Najib Razak Berniat Jahat Posted: 28 Mar 2012 01:20 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 28 MAC : Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menipu kerana gagal menunaikan janji pilihanraya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat, tegas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin. "Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah dalam kenyataan media. Menurut Faekah dalam Pilihanraya Umum 2008, Umno-BN banyak menabur janji kepada rakyat yang kini belum dilaksana malah belum ada tanda janji ini akan dilaksanakan. "Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama 'telunjuk lurus kelingking berkait', hipokrit dan penuh kepura-puraan," katanya. Tambah Faekah, rakyat memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta. Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat. "Sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta. Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam Scorpene. "Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga," ujarnya. Faekah berkata lagi , pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin Umno-BN. "Sebab sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka," tegas beliau. selangorku/- | PR tak puas hati JK Parlimen perbaharui p'raya Posted: 28 Mar 2012 01:01 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat tetap tidak berpuas hati dengan perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya yang didakwa gagal menyelesaikan penipuan dalam daftar pemilih. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada jaminan segala cadangan pembaharuan pilihan raya yang dibuat jawatankuasa tersebut akan digunakan sebelum pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, Pakatan Rakyat masih melahirkan bantahan keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sehingga sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih walaupun pilihan raya umum semakin hampir. "Nyata jawatankuasa ini hanya diberi ruang memanggil SPR kemudian ada ahli jawatnkuasa yang kemukakan bukti, kemudian SPR betulkan. "Lebih serius tiada sebarang jaminan daripada kerajaan berkenaan perkara ini (senarai daftar pemilih) bahawa mereka akan laksana cadangan ini sebelum pilihan raya akan datang. "Jadi Pakatan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk dedahkan maklumat mengenai penipuan daftar pemilih," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh. Harakah Daily | PKR bantah bidaan baru tender NFC Posted: 28 Mar 2012 01:00 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PKR hari ini membantah keras tindakan kerajaan mahu menjemput bidaan baru yang memilih kontraktor bagi mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bertujuan untuk menutup isu itu secepat mungkin tanpa mengambil kira langkah sebelum ini, termasuk pembekuan aset dan perlantikan audit bebas. NONE"PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban perdana menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan perdana menteri," kata Rafizi (kanan). Katanya, persoalan pokok sebenarnya berhubung keterlibatan Datuk Seri Najib Razak yang menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada National Feedlot Corporation (NFC) walaupun maklum ia tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga menterinya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam mengumumkan, kerajaan akan membuka tender projek itu bagi memastikannya berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini. Bercakap dalam sesi penggulungan di Parlimen semalam, Noh berkata, kementerian juga melantik juruaudit bagi projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan itu. Pembongkaran baru minggu depan Noh bagaimanapun tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek itu dan sama ada kerajaan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan sebelum ini. azlanDalam kenyataannya hari ini, Rafizi mempertikaikan operasi NFC yang terus berjalan walaupun asetnya diumum dibekukan oleh perdana menteri. Malah, katanya, status audit bebas yang diumumkan juga masih tidak pasti bila akan dibentangkan di Dewan Rakyat. "Tindakan itu mencerminkan kecuaian perdana menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah," kata Rafizi lagi. "Perkara ini masih belum dijawab oleh perdana menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak." Justeru, Rafizi berkata, pihaknya akan terus membongkar isu itu bermula minggu depan. malaysiakini/- | Kerana salam di kedai kopi, dituduh lompat parti Posted: 28 Mar 2012 12:54 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Hanya kerana bersalam dengan Ketua Pemuda Umno, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) dituduh mahu melompat parti. Salleh yang kebetulan berjumpa dengan pemuda Umno itu ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai mi udang di Sungai Dua. "Ketua Pemuda Umno datang jumpa saya, bagitahu abang iparnya sudah meninggal dunia, dan memang saya kenal sebab duduk satu kampung," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily. Beliau baru pulang dari Mekah dan tidak mengetahui kematian abang ipar Pemuda Umno berkenaan. Semasa menghubungi Harakahdaily, kedengaran beliau ceria dan bergelak tawa sebaik sahaja diajukan dakwaan itu. Kebetulan pula, menurut beliau, pemuda dan wanita serta puteri Umno pun menjamu selera di kedai yang sama. "Mungkin mereka yang ambil gambar saya bersalam dengan pemuda Umno sudah membuat persepsi saya keluar PAS. Ingat senang-senang ke nak lompat parti? Tuduhan tak kena orang," katanya. Salleh yang menganggap tuduhan itu sangat terdesak dan mempamerkan ketidakcerdikan orang yang melaporkan tanpa bersandarkan kepada sumber yang tepat. "Saya minta, rakyat Pulau Pinang jangaan terpengaruh dengan dakyah Umno. Mereka tidak ada modal. Saya dan PAS Pulau Pinang berdiri teguh dengan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng," katanya yang meminta pihak berkenaan tarik balik kenyataan itu. Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP. Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh, Rahim Man. Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ. Sebelum ini, terdapat dakwaan di blog yang tidak dikenali berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan itu. Harakah Daily | Pelanggan kesal pegawai BSN yang banyak 'songeh' Posted: 28 Mar 2012 12:48 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Tertekan dengan karenah pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) yang banyak 'songeh' lagi menyusahkan, salah seorang pelanggan bank itu akhirnya terpanggil untuk mengadu dengan Harakahdaily. Dalam surat yang diemelkan kepada Harakahdaily, pelanggan BSN yang dikenali sebagai Nadia Natrah Sabli menceritakan bagaimana beliau dipermainkan dan diperlekehkan oleh pegawai bank di bahagian Kawalan Kredit BSN. Selain Harakahdaily, dia juga mengadu kepada media lain di samping pihak-pihak yang dirasakan beliau dapat membantu. Nadia, 27, menghadapi masalah hutang kad kredit yang kini mencecah RM6,149.06, bagaimanapun beliau berusaha untuk melangsaikan hutangnya itu dengan membuat permohonan agar faedah yang dicaj dapat dikurangkan. Beliau memohon untuk menjelaskan hutang kad kreditnya sebanyak RM3,800, kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Had kad kreditnya hanya RM3,000. Malangnya, usaha beliau itu menghadapi masalah kerana pihak BSN tidak mahu menunjukkan kerjasama baik. Dalam pertemuan dengan pihak bank, pegawai berkenaan memberikan diskaun sebanyak RM600 daripada baki semasa di mana Nadia perlu menjelaskan RM5,500, namun Nadia masih tidak mampu menjelaskan. "Saya teliti dan ambil kira jumlah penggunaan, caj guaman dan jumlah faedah sehingga kad kredit dihentikan amaun sebenar hanya RM3,800 sahaja," luahnya dalam surat tersebut. Atas sifat tanggungjawabnya, Nadia masih berusaha untuk melangsaikan hutangnya dan sekali lagi Nadia merayu dan menegaskan beliau tidak mampu akhirnya pegawai berkenaan memperlekehkan beliau dengan mencadangkan beliau meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. "Saya rasa terhina dengan kata-kata seorang pegawai di sebuah bank yang cukup dikenali," tambahnya. Tidak cukup dengan itu, pegawai BSN itu pula menakut-nakutkannya dan memberitahu beliau akan ditangkap kemudian dipenjarakan dan rumah pula akan disita. "Beliau seolah-olah menakutkan dan mengugut Saya. Walaupun begitu saya masih merayu supaya dikurangkan jumlah pembayaran tetapi beliau terus memperlekehkan saya dengan menyuruh saya memberi lima sebab mengapa jumlah perlu dikurangkan," luah Nadia. Paling mengecewakan Nadia, pegawai terbabit mengatakan BSN adalah bank kerajaan dan kerajaan tidak boleh menanggung kerugian. Nadia cuba merayu untuk berbincang dengan pegawai atasan tetapi beliau tidak dibenarkan sama sekali, kerana pegawai itu tidak mahu memberi kerjasama dan bertoleransi dengan beliau. Berbeza dengan bank-bank lain seperti Hong Leong Bank (Eon Bank Kredit Kad), di mana Nadia juga pernah berhutang kad kredit yang jauh lebih besar jumlahnya iaitu RM9,500. Tetapi, Nadia berjaya menjelaskan kesemua hutang kad kredit Hong Leong Bank dengan hanya membayar sejumlah RM3,800. "Pihak Hong Leong lebih mudah berurusan dan membantu serta memberikan kerjasama dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Jika BSN adalah bank kerajaan, mengapa Nadia sebagai rakyat negara ini diperlakukan sedemikian? Bukankah kerajaan selalu melaungkan slogan 'rakyat didahulukan!', bagi Nadia jika ia bank kerajaan sepatutnya tolong rakyat bukan peras ugut rakyat. Harakah Daily | Gambar ceramah Umno yang hangat Posted: 28 Mar 2012 12:43 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Umno cukup terdesak, untuk menarik hadirin sanggup buat apa sahaja. Bagi duit poket, sediakan bas dan makanan.. dan yang terkini sediakan hiburan tari menari untuk menarik orang ramai hadir ke ceramahnya.. Kah..kah..kah.. inilah wasatiyyah yang di anjurkan oleh PM Najib.. Harakah Daily | Tiada isu berat sebelah Speaker Selangor Posted: 28 Mar 2012 12:40 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembangkang di negeri itu cuba meraih populariti murahan dengan cubaan untuk mensensasikan berita keluar dewan. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, ini kerana mereka ingin menutup kelemahan dan salah laku semasa memerintah negeri Selangor seperti mana yang telah didedahkan di dalam sidang Dun Selangor. Sehubungan itu, katanya Pemuda PAS negeri menyelar tindakan tidak matang dan kebudak-budakan Adun pembangkang dari Barisan Nasional yang bertindak keluar dewan hanya disebabkan membantah tindakan Speaker Dewan Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang telah menghantar SMS kepada Exco Kerajaan Selangor supaya dapat mengambil kesempatan pada sesi penggulungan perbahasan untuk menonjolkan kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tidak ada isu berat sebelah sebenarnya permintaan Datuk Speaker tentang perkara ini kerana ianya permintaan supaya memperkatakan kejayaan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dan bukannya meminta untuk melakukan pembohongan dan fitnah," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, sekiranya pihak pembangkang tidak berpuas hati maka bolehlah berhujah balas dengan fakta yang lebih jelas dan bukannya mengambil tindakan 'tidak cerdik' untuk meninggalkan dewan. Harakah Daily | Lima Hilang, Helikopter Terhempas Di Taiwan Posted: 28 Mar 2012 12:40 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan mengesahkan sebuah helikopter tentera miliknya terhempas di perairan barat daya negara itu, menyebabkan lima anak kapal masih hilang. Helikopter yang terbabit dalam nahas itu adalah jenis S70-C. Ia hilang daripada radar pada pukul 9 malam waktu tempatan ketika menjalankan misi bantuan kecemasan mencari seorang nelayan yang diserang penyakit jantung. Kementerian itu menyebut, seorang anak kapal berjaya diselamatkan manakala usaha mencari lima lagi sedang dijalankan. Nahas itu berlaku kira-kira 20 kilometer di barat Pulau Orchid, pulau milik Taiwan. MSTAR/- | Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh? Posted: 28 Mar 2012 12:34 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja. "Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya. Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau. "Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu. "Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad. Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta. "Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad. Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi. "Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis. "Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik. "Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya. Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). "Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran. "Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan. "Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan, Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan. "Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira. "Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya. Harakah Daily | Tepung ganti buih alat pemadam api Posted: 28 Mar 2012 12:30 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendedahkan ada kontraktor penyelenggaraan alat pemadam api di negara ini dikesan menggunakan tepung gandum di dalam peralatan itu bagi menggantikan buih semata-mata untuk menjimatkan kos pengendaliannya. Perkara itu didedahkan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran jabatan berkenaan, Datuk Rusmani Muhamad ketika merasmikan Seminar Sistem Pemeriksaan Alat Pemadam Api Secara Elektronik (e-FEIS) di sini, semalam. Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, pihaknya mengesan perbuatan sedemikian yang menunjukkan ada kontraktor bersikap sambil lewa mengenai aspek keselamatan disebabkan terlalu memikirkan keuntungan. "Perbuatan itu dikesan ketika kita melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan peralatan alat pemadam api boleh dan selamat digunakan ketika kecemasan. "Selain menggunakan kandungan tidak mengikut spesifikasi, ada kontraktor tidak menyelenggara peralatan itu dengan baik dan teratur termasuk tidak meletakkannya di tempat yang dicadangkan," katanya. Mengikut rekod, ada tiga juta alat pemadam api di seluruh negara, termasuk 300,000 milik kerajaan dan selebihnya kepunyaan swasta yang diselenggarakan kira-kira 2,000 kontraktor yang dilantik. Rusmani berkata, melalui sistem e-FEIS yang dibangunkan sejak awal tahun ini, pihaknya boleh mengesan kontraktor yang tidak menyelenggara alat pemadam api atau tidak memulangkannya semula selepas diperiksa. "Sistem itu juga mampu mengeluarkan resit cetakan berkomputer atau kod bar untuk dilekatkan pada alat pemadam api bagi mengelak penipuan berbanding sebelum ini yang hanya bertulis tangan," katanya. Rusmani berkata, ketika ini jabatannya menyediakan 60 pusat pemeriksaan iaitu di balai bomba seluruh negara untuk membantu kontraktor mendaftar bagi e-FEIS dan jumlah pusat akan ditambah sehingga 90 dalam tempoh terdekat. "Pada masa sama, jabatan juga membuka pendaftaran bagi competent person iaitu orang bertanggungjawab menjaga alat pemadam api yang dipilih kontraktor sebelum lantikan individu itu diluluskan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya. BERITA HARIAN/- | T-Team arah fokus terhadap Liga Super selepas gagal ke separuh akhir Piala FA Posted: 28 Mar 2012 12:26 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Setelah gagal menempah tiket separuh akhir Piala FA malam tadi, T-Team kini beralih arah dengan berazam memberikan fokus terhadap saingan Liga Super untuk mengakhiri lima pasukan teratas carta liga musim ini. Skuad Penyu muda terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Kedah dengan agregat 1-2 dalam perlawanan timbal balik suku akhir kedua malam tadi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sebelum ini kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama Sabtu lepas. Dengan kemenangan Kedah malam tadi, skuad Kenari akan bertemu Kelantan yang mudah menjinakkan pasukan kelab dari Liga FAM, SPA FC dengan agregat 5-0 dalam saingan separuh akhir bermula 21 April. Jurulatihnya Yunus Alif berkata kegagalan pasukan T-Team mengukir kejutan di laman sendiri sangat mengecewakan dan dilihat mempamerkan persembahan buruk dan hambar bertemu lawan. "Saya terpaksa terima hakikat kekalahan anak didik saya dengan hati terbuka. Misi kami tidak akan terhenti dan akan terus berjuang dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Yunus berkata kelemahan paling ketara pasukan T-Team malam tadi ialah di bahagian tengah yang gagal menyokong dan membantu barisan hadapan memberikan lorongan bola yang baik. T-Team kini menduduki tangga keempat dengan 19 mata dalam carta Liga Super di belakang 'abangnya' Terengganu yang berkelebihan satu mata manakala Kelantan terus mengungguli peneraju liga dan Lions XII dari Singapura di tempat kedua.- Bernama Sinar Harian | Remaja reka cerita diculik boleh didakwa Posted: 28 Mar 2012 12:22 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Remaja yang mereka cerita diculik dan dilarikan ke Thailand, selain terlibat dalam aktiviti meminta sedekah, boleh dikenakan tindakan mengikut jenayah komersial sekiranya ada bukti kukuh untuk mendakwanya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, bagaimanapun orang awam yang pernah menjadi mangsa penipuan perlu tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan. "Jika dia mendakwa mewakili sesuatu organisasi dan siasatan mendapati ia palsu, dia boleh disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. "Syaratnya, mangsa perlu membuat laporan polis kerana tindakan remaja itu memperdayakan seseorang supaya memberi sesuatu sebagai sumbangan," katanya ketika ditemui di Bangunan Umno di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan polis terhadap remaja terbabit, berusia 14 tahun, yang didapati terlibat dalam kegiatan meminta sedekah bersama lima remaja Myanmar, berusia antara 14 dan 17 tahun. Sebelum itu, ibunya membuat laporan polis mengatakan dia hilang selepas menghantarnya di sebuah hentian bas di Seksyen 9, di sini, 30 Januari lalu. Remaja perempuan dan lima lelaki warga Myanmar tersebut kemudiannya diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac, setelah mendakwa diculik. Bagaimanapun, siasatan polis mendapati remaja tersebut sengaja mereka cerita bahawa dia diculik. Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Kuala Selangor kerana menipu sebagai wakil untuk mengutip derma bagi pembinaan sebuah masjid di Thailand, baru-baru ini. "Lelaki itu membawa surat sebagai bukti dan setelah disemak, surat tersebut adalah palsu. Tangkapan ini merupakan kes kedua direkodkan tahun ini," katanya. Sinar Harian | Bom 500kg Perang Dunia Kedua dijumpai di Labuan Posted: 28 Mar 2012 12:20 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - LABUAN: eberapa pekerja binaan di sebuah projek perumahan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua yang masih aktif di sebuah tapak pembinaan di Kampung Tanjung Aru, di sini. Ketua Polis Labuan, Penguasa Saiman Kasran berkata, bom dengan ukur lilit lima diameter dan berat mencecah hampir 500 kilogram, dipercayai digugurkan semasa Perang Dunia Kedua, tetapi tidak meletup. "Bom yang luar biasa ini dijumpai oleh pekerja binaan yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah, dan bernasib baik bom tersebut tidak meletup," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini. Saiman berkata, bom itu akan dipindahkan ke tempat selamat dan akan dipantau oleh unit bom polis bagi memastikan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kepada penduduk kampung dan sekitarnya. "Kerja-kerja pemusnahan akan dilakukan oleh unit pemusnah bom berpengalaman dalam masa terdekat," katanya. Saiman turut menasihatkan orang ramai yang menjumpai objek-objek yang mencurigakan menyerupai bom supaya segera memaklumkan kepada pihak polis. - Bernama | Piala FA: Everton tempah tiket separuh akhir Posted: 28 Mar 2012 12:15 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - EVERTON menempah tiket separuh akhir persaingan Piala FA selepas berjaya mengatasi Sunderand dalam persaingan suku akhir awal pagi tadi (waktu Malaysia) dan dijadualkan akan bertemu pasukan Liverpool. Everton menang 2-0 walaupun Sunderland menguasai sebahagian besar perlawanan. Bagaimanapun, barisan pimpinan David Moyes berjaya mendahului menerusi jaringan Jelavic pada minit ke-24 seterusnya gol kedua menerusi Vaughan pada minit ke-57, sekali gus melayakkan pasukan Everton ke separuh akhir. Dalam satu lagi perlawanan, Tottenhem akan bertemu dengan Chelsea selepas berjaya mengatasi Bolton 3-1. Perlawanan separuh akhir akan diadakan di Wembley pada 14 dan 15 April ini. Sinar Harian | Lelaki Nigeria edar ganja dihukum gantung Posted: 28 Mar 2012 12:11 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Seorang lelaki rakyat Nigeria dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah, dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Sylvester Okole, 33, yang didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 11,577 gram di Platform 8, terminal bas Shahab Perdana di sini pada pukul 9 malam 7 Oktober 2010. Sylvester didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Ketika rayuan, peguambela tertuduh memaklumkan bahawa anak guamnya adalah penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Bangkok dan terpaksa menyara diri sendiri kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa atau mana-mana pihak. Sylvester yang berkemeja-T putih dan seluar hitam kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah memaklumkan mengenai hukuman terhadapnya. Tertuduh diwakili peguam B.Murthy manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar. – Bernama Sinar Harian | Lori sawit 40 tan terbalik Posted: 28 Mar 2012 12:07 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH, Melaka - Seorang pemandu treler bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan apabila lori 40 tan muatan kelapa sawit yang dipandu terbalik di Durian Tunggal, dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori dipandu lelaki berusia 30-an dari arah Kesang Pajak ke Banting, Selangor itu dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum terbalik ketika hendak membelok. Pembantu ladang kelapa sawit di Kesang Pajak yang hanya ingin dikenal sebagai Ah Wong, 30-an berkata, lori itu bergerak dari ladangnya kira-kira jam 9 pagi. "Ketika treler ini hendak membelok ke kiri menuju ke pekan Durian Tunggal, berlaku masalah pada brek hingga mengakibatkan treler ini gagal dikawal dan hilang kawalan sebelum terbalik ke sebelah kanan. "Kesemua muatan kelapa sawit terbalik di atas jalan dan bernasib baik ketika kejadian tiada kenderaan melalui jalan itu," katanya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian berhubung sebuah treler muatan kelapa sawit yang terbalik berpunca daripada masalah teknikal atas kenderaan berkenaan. Sinar Harian | Sumber Minyak Pertama Kali Ditemui Di Kenya Posted: 28 Mar 2012 12:00 AM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - NAIROBI: Presiden Kenya, Mwai Kibaki mengumumkan penemuan sumber minyak di wilayah Timur Afrika buat pertama kalinya. Perkembangan terbaru itu turut disahkan firma minyak asing dan mendakwa minyak mentah di Kenya mempunyai nilai tinggi sama seperti yang ditemui di negara jiran, Uganda. Beliau turut memberi amaran bahawa nilai komersial sumber minyak yang ditemui di barat laut wilayah Turkana masih belum dapat dipastikan. Bagaimanapun, katanya, beliau menyambut baik berita itu dan menyifatkannya sebagai penemuan mengejutkan. Penemuan itu hanya diketahui pada hujung minggu lalu. mstar/- | Mati dijerut, mayat dicampak Posted: 27 Mar 2012 11:58 PM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SEREMBAN – Seorang suami tidak menduga perubahan sikap isteri yang semakin mesra adalah petanda dia akan pergi buat selama-lamanya. Walaupun sikap isterinya berlainan daripada biasa, namun rasa tidak sedap hatinya itu, tidak diluahkan kepada sesiapa sehinggalah pihak polis memaklumkan, isterinya ditemui mati di Kampung Pasir Linsum, Siliau, di sini, semalam. Mohd Syukri Mohd Jamil, 40-an berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan isterinya, Ruzina Jaafar, 40, pada jam 12 tengah malam kelmarin yang pulang ke rumah untuk menghantar dua anaknya sebelum beritahu mahu ke kedai. "Sebelum itu saya memang ada di kedai bersembang dengan kawan yang datang makan. Isteri saya pun duduk sekali dengan saya sebelum saya pulang ke rumah kira-kira jam 11.30 malam. "Dua jam sebelum menutup kedai iaitu jam 2 pagi, dia hantar dua anak kami pulang kerana mereka perlu ke sekolah keesokan hari, tapi dari tepi tingkap rumah, dia beritahu mahu ke kedai semula," katanya kepada Sinar Harian di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini. Hubungi ibu mertua Menurutnya, sebaik sahaja menyedari isterinya tidak pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi, dia menghubungi ibu mertuanya di Jempol, namun kecewa kerana isterinya tiada di sana. Syukri berkata, dia kemudiannya mencari isterinya di sekitar kawasan Simpang Pertang sebelum membuat laporan polis mengenai kehilangannya. "Satu jam kemudian saya terima panggilan daripada polis memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di Rantau, yang ciri-cirinya sama seperti isteri saya. "Saya tidak dapat pergi ke sana untuk membuat pengecaman mayat kerana tiada kenderaan. Jadi saya minta abang ipar saya untuk ke lokasi," katanya yang mempunyai lima anak. Lebam di kepala Sementara itu, menurut sumber, mangsa yang juga pemilik kedai makan di Simpang Pertang, Jelebu, ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak di lokasi terbabit. "Terdapat kesan jerutan di leher mangsa dan kesan lebam di kepala, dipercayai dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Abang mangsa, Mohd Rafi Jaafar, 42, pula berkata, kali terakhir dia melihat arwah minggu lalu, ketika menghadiri kenduri kahwin ahli keluarganya. Terbaring dalam semak "Bagaimanapun pagi tadi, suami arwah menghubungi meminta saya ke Rantau untuk membuat pengecaman mayat," katanya. Seorang saksi, Rusnah Manan, 51, berkata, dia terkejut melihat mayat seorang wanita terbaring di sebatang jalan berhampiran Sungai Linggi di lokasi kejadian. "Ketika saya sedang mencari akar kayu di tepi sungai, saya terkejut apabila ternampak ada orang terbaring di dalam semak, yang pada awalnya saya ingatkan orang mabuk, tapi rupanya mayat seorang wanita," katanya. Menceritakan kejadian, Rusnah berkata, sudah menjadi kebiasaannya mencari akar kayu di kawasan terbabit, namun penemuan mayat seorang wanita kira-kira jam 8 pagi itu sememangnya tidak disangka. Menurutnya, dia ke tepi sungai terbabit kerana mahu mencari akar kayu bagi tujuan perubatan. "Ketika saya sedang meninjau kawasan kejadian sambil menunggang motosikal, saya ternampak objek seperti kaki dan saya memberanikan diri menghampirinya. "Alangkah terkejutnya saya kerana ia merupakan mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian dan keadaan mukanya bengkak," katanya yang juga seorang bidan kampung. Tiga kali ulang alik Rusnah berkata, dia kemudiannya pulang ke rumah dan datang sekali lagi ke lokasi kejadian bersama anaknya untuk membuat pengesahan objek ditemuinya itu adalah mayat manusia, sebelum memaklumkannya kepada ketua kampung. "Tiga kali saya berulang alik ke lokasi itu kerana saya tidak percaya apa yang saya nampak itu adalah mayat wanita sebelum saya bersama ketua kampung membuat laporan polis di Balai Polis Rantau. "Saya masih terkejut dengan apa yang saya lihat kerana ini pengalaman pertama saya menemui mayat sejak 45 tahun menetap di kampung ini," katanya. Sinar Harian | Polis serbu premis hiburan tanpa lesen Posted: 27 Mar 2012 11:54 PM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - GEORGE TOWN -- Sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen di Komtar Walk, Jalan Ria di sini disita dalam operasi mencegah jenayah di sekitar bandar ini lewat malam tadi. Polis turut menahan enam lelaki dan empat wanita berumur antara 20 hingga 46 tahun, dan kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pusat hiburan yang dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas itu telah beberapa kali diserbu dan pemiliknya juga telah diberi amaran. "Bekalan elektrik dan air ke premis itu dipotong berkuatkuasa serta merta," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Ops Cegah Jenayah Bersepadu yang bermula pada pukul 10 malam hingga 1 pagi. Sementara itu, polis ingin mencari seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan kes menikam peniaga ayam di Relau, Bayan Lepas Isnin lepas. "Kami telah memanggil beberapa saksi dan polis percaya lebih daripada seorang terlibat dalam kes itu. Setakat ini seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun direman sehingga 30 Mac bagi membantu siasatan," katanya. Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Chong Hoon Huat, 40 cedera parah di perut dan bahu akibat ditikam ketika sedang menunggu untuk menaiki lif ke rumahnya di Alor Vista, Relau. -- Bernama Sinar Harian | Orang Asli mengadu kubur jadi lapang sasar Posted: 27 Mar 2012 11:50 PM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Orang Asli Mahmeri dari Banting mendakwa menghadapi masalah melakukan upacara keagamaan apabila tanah perkuburan mereka di Bukit Jugra dijadikan sebagai Lapang Sasar menembak oleh Kementerian Pertahanan. Dalan sesi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam, seorang penduduk terlibat Ariff Embing mendakwa kesukaran itu membuatkan mereka terpaksa mengadakan upacara keagamaan di tempat lain yang jauh. "Lapangan sasar itu tidak mengganggu kawasan perkuburan Orang Asli tetapi kawasan (perkuburan) itu di dalam lapangan sasar. Jadi susah kita mahu masuk. "Kemudian kami pindah buat upacara keagamaan itu di Pulau Carey (Kuala Langat). Tetapi jaraknya jauh," katanya pada pendengaran awam inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asli di ibu pejabat Suhakam, di Kuala Lumpur semalam. Panel inkuiri tersebut diketuai oleh Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dan dianggotai oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib Pengerusi, Jannie Lasimbang serta dibantu oleh pakar perunding bebas Dr Colin Nicholas dan Datuk Denison Jayasooria. Kes itu merupakan salah satu yang didengar semalam dan dikategorikan sebagai pencerobohan oleh pihak kerajaan, swasta dan individu. Kementerian: Kami tak dimaklumkan Selain itu, Ariff turut memberitahu, sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memberi jaminan secara lisan bahawa mereka bebas untuk melakukan upacara keagamaan di tanah perkuburan tersebut. Bagaimanapun, katanya, apabila mereka ingin memasuki kawasan tersebut, mereka dilarang oleh pihak tentera. "Kami pernah buat permohonan dengan pihak tentera untuk masuk. (Kami) dibenarkan. Tetapi sekali sahaja. Setiap kali nak masuk, kita perlu mohon kebenaran. Saya harap pihak JAKOA boleh mengemukakan permohonan," katanya. Sementara itu, pada inkuiri sama, wakil kementerian pertahanan Mejar Baharom Ismail berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kewujudan tanah perkuburan Orang Asli di lapangan sasar itu. Katanya lagi, beliau hanya mengetahui adanya tanah perkuburan Orang Asli di kawasan itu selepas dimaklumkan oleh Suhakam. "Kami tidak dimaklumkan ada kawasan perkuburan sehinggalah Suhakam panggil. Dan kami telah pergi kawasan tersebut dan kebanyakan yang kami jumpa ialah 'jirat' Cina. "Saya ada pergi memantau ke kawasan atas (bukit) lapangan sasaran tetapi tidak ada apa-apa. Mungkin (ia) berada di kanan atau kiri kawasan itu. Saya tak pasti," katanya. Inkuiri julung-julung kali Selain itu, ketika ditanya adakah pihak kementerian meminta bantuan JAKOA untuk memantau kawasan itu, beliau berkata ''tidak ada''. Bagaimanapun, Baharom berkata, pihaknya terbuka untuk menerima permohonan daripada Orang Asli bagi memberi kebenaran memasuki kawasan lapangan sasar untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan perkuburan itu. Inkuiri nasional Suhakam merupakan julung kali diadakan berikutan banyak aduan dan memorandum yang diterima sejak beberapa tahun lepas atas dakwaan pelanggaran hak ke atas tanah adat. Sebelum inkuiri diadakan, Suhakam terlebih dahulu telah mengadakan sesi konsultasi awam di beberapa lokasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia pada tahun lalu. Inkuiri ini berlangsung semalam sehingga Jumaat ini. malaysiakini/- | Pyongyang tetap lancar satelit Posted: 27 Mar 2012 11:50 PM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SEOUL: Korea Utara semalam berkata, ia akan meneruskan rancangan melancarkan satelitnya, tidak menghiraukan gesaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya membatalkan rancangan itu sambil menuduh pemimpin AS itu "bercanggah pendapat". "Kami tidak akan melepaskan hak untuk melancarkan satelit secara aman, hak negara berdaulat dan langkah perlu untuk pembangunan ekonomi," kata jurucakap kementerian luar negara itu kepada agensi berita KCNA. Jurucakap itu merujuk kepada ulasan Obama Ahad lalu ketika lawatannya ke Korea Selatan. - AFP | KHUTBAH JUMAAT Posted: 27 Mar 2012 09:25 PM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمَْ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ شَهَادَةً نَرْجُوْ بِهَا عَالِيَ الْجَنَانِ نُزُلاً، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانِِ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْد ُ فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah swt, Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah swt. kerana sebaik-baik bekalan yang akan kita bawa balik ke kampung akhirat adalah Takwa. Hadhirin yang dirahmati Allah, Tarikh 30 Mac 2012 merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu 'Palestine Land Day'. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum (ribuan hektar) daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Zionis sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka (pihak Zionis) mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam. Penderitaan saudara-saudara kita di bumi para Nabi ini berlangsung untuk jangka masa yang sudah cukup lama. Tahun ini genap 64 tahun sudah mereka menderita, merintih, mengungsi, kebuluran, ditimpa kemiskinan, dililit masalah pengangguran, di rosak dan dirampas harta, tanah, ladang, kebun, disumbat ke dalam penjara bahkan juga terkorban nyawa. Nelson Mandela menamakan krisis yang ada di Palestin sebagai krisis terburuk moral di dunia moden ini. Palestin adalah kubu terakhir Dasar Aparteid. Palestin, Baitul Maqdis & Masjid al-Aqsa merupakan simbol jihad umat Islam di abad 21. Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menyebut bahawa permasalahan umat Islam cukup banyak dan paksinya adalah permasalahan Palestin. Tuan-tuan, Saudara-saudara yang dikasihi Allah swt. 1200 tahun lebih Palestin di bawah pemerintahan umat Islam. Bermula dari era khilafah amirul mukminin, Umar bin al-Khattab r.a. Kemudian ia sempat jatuh ke tangan kuasa Salib sejak 1099 hingga 1187 Masihi. Hanya 88 tahun sahaja lalu kemudian dapat dibebaskan semula oleh Jeneral Salahuddin al-Ayubi pada 27 Rajab 583 Hijrah atau 1187 Masihi. Kemudian ia terus berada di bawah kuasa dan pemerintahan Islam hingga dirampas oleh Zionis Yahudi yang didalangi seorang Zionis yang berasal dari Hongaria bernama Theodore Herzl yang menulis buku bertajuk Negara Zionis pada 1896 dan Lord Rotchild orang kaya Zionis Yahudi ketika itu. Ketika mana Baitul Maqdis atau al-Quds di bawah kuasa umat Islam maka kita dapati ia dinikmati bersama oleh semua umat beragama sama ada umat Islam yang beribadah di Masjid Qubbah al-Sakhrah dan Masjid al-Qibli mahupun umat Kristian yang bersembahyang di dalam Gereja al-Qiyamah (Gereja Makam Suci) ataupun orang Yahudi yang menangis di Tembok Ratapan (Wailing Wall) atau juga dinamakan Tembok Buraq. Tidak ada sesiapa yang mengganggu dan diganggu, menghalang atau dihalang, tidak ada siapa yang membunuh atau dibunuh. Kerana al-Qur'an memberikan garis panduan yang cukup lengkap dan jelas dalam hal bertoleransi. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt dalam surah al-Kafirun: لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِين "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugama ku". Kebebasan beragama dan menjalankan ibadah menurut keyakinan masing-masing penganut agama dijamin dalam Islam. Menghormati kepercayaan dan keimanan umat beragama yang lain merupakan tuntutan yang sudah ada panduannya di dalam al-Qur'an dan sunah. Saudara-saudara sidang Jumaat yang dimuliakan Allah swt. Dalam rangka mengembalikan kedamaian, keamanan dan keharmonian yang pernah terwujud di Baitul Maqdis atau al-Quds suatu ketika dahulu sebelum kedatangan kuasa perosak Zionis yang dilaknat Allah swt, maka seluruh umat Islam sedunia dan juga masyarakat antarabangsa akan menganjurkan satu perarakan keamanan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australia untuk bergerak menuju ke Palestin dan juga ke beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon. Perhimpunan aman di hadapan kedutaan besar Yahudi di beberapa negara dan di dataran-dataran besar di dunia seperti Dataran Tahrir di Mesir, London, New York dan juga di ibu kota negara kita tercinta, Malaysia yang juga akan dianjurkan bersama-sama pada 30 Mac 2012. Pada tahun ini, Global March Jurusalem (GMJ) berhasrat untuk meraikan 30 Mac sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat di seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia. Manakala Aman Palestin pula akan menganjurkan program Konvoi Pembebasan Al-Quds yang diadakan pada 31 Mac 2012 hari Sabtu pukul 8 pagi dengan menghimpun seramai mungkin peserta konvoi yang terdiri dari kelab-kelab motor berkuasa tinggi dan kereta produk nasional Konvoi ini akan bermula dari Masjid Wilayah Kuala Lumpur menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Konvoi Pembebasan al-Quds yang akan disertai lebih kurang 500 buah kereta dan ratusan motor berkuasa tinggi ini akan berakhir di pekarangan Masjid Negeri Shah Alam dengan beberapa atur cara pentas seperti nasyid Palestin, pembacaan sajak Palestin, pelancaran buku Travelog Gaza, penyerahan sumbangan dari kelab-kelab kereta dan motor dan sebagainya. Aman Palestin mengetuk hati tuan-tuan para dermawan untuk mengirim sebanyak mungkin infak, sedekah, zakat, fidyah, wakaf dan lain-lain ke Palestin menerusi program yang sedang diadakan ini terutamanya bila dikhabarkan bahawa saudara-saudara kita di Gaza sekarang ini amat memerlukan ubat-ubatan dan rawatan kesihatan. Saudara-saudara jemaah Jumaat yang budiman. Kita mesti menunjukkan kepada Allah swt bahawa kita mahu terpilih sebagai orang yang beriman. Dan salah satu kayu ukur keimanan yang disebut dalam surah at-Taubah ayat 18 ialah kita mahu dan rela mengimarahkan masjid-masjid Allah swt. إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk. Kita semua maklum bahawa al-Aqsa adalah masjid Allah bahkan menjadi senarai ketiga dalam sabda Rasulullah saw yang mafhumnya: "Kamu tidak digesa untuk membuat lawatan melainkan menuju ke tiga masjid iaitu Masjid al-Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin." Masjid al-Aqsa selayaknya mendapatkan perhatian umat Islam di mana pun kita berada. Seorang Syeikh Palestin berkata Masjid al-Aqsa ibarat seorang anak yatim yang tersisih dan terbiar. Umat Islam beramai-ramai mengimarahkan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, tetapi tidak ramai yang mengimarahkan Masjid al-Aqsa di Palestin. Hadirin sidang Jumaat yang dikasihi Allah swt. Kita juga mesti tunjukkan kepada Nabi Muhammad saw, junjungan dan kekasih kita bahawa kita adalah umat Nabi saw yang mencintai sesama umat Islam dan tidak akan pernah meredai saudara-saudara kita seakidah dibantai dan disakiti oleh musuh-musuh Allah. Kayu ukur keimanan seseorang muslim bila mana ia mampu mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri. Sabda Rasulullah saw : "Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri." أعوذبالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم. أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيْم. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | Transplan beri lelaki AS wajah baru Posted: 27 Mar 2012 09:00 PM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - WASHINGTON - Derita seorang lelaki selama 15 tahun berakhir selepas menjalani pembedahan muka menyeluruh yang memberikannya wajah, rahang, gigi dan lidah yang baru. Richard Lee Norris, 37, kehilangan hampir seluruh wajahnya dalam kemalangan, yang melibatkan penggunaan senjata api 15 tahun lalu, dan dia terpaksa menggunakan topeng untuk melindungi wajahnya daripada pandangan orang ramai. Menurut doktor, pembedahan yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Maryland ini merupakan pembedahan yang paling lama pernah dilakukan. Pembedahan yang dibiayai sepenuhnya oleh Tentera Laut Amerika Syarikat berlangsung selama 36 jam, termasuk satu siri operasi selama 72 jam yang melibatkan pemindahan organ daripada seorang penderma, yang turut menyelamatkan lima pesakit lain pada hari yang sama. Pakar bedah utama, Eduardo Rodriguez berkata, Norris mempunyai pergerakan terhad di mulutnya kerana dia kehilangan bibir dan hidungnya dalam kemalangan tersebut. "Matlamat kami adalah untuk mengembalikan fungsi dan memulihkan semula bentuk wajahnya," katanya. Menurut pasukan doktor, pesakit tersebut kini semakin pulih dan mula mendapat rangsangan deria bau. Kini kerajaan AS mula menilai kelayakan pembedahan pemindahan muka kepada lebih 200 anggota mereka yang tercedera di Afghanistan dan Iraq. Pemindahan muka pertama telah dilaksanakan ke atas seorang wanita yang telah digigit anjingnya di Perancis pada 2005. Lima tahun kemudian, pakar bedah di Sepanyol mengendalikan pemindahan muka penuh pertama di dunia. sinar harian/- | Sah Dr Hasan paling tinggi, Dr Halimah tiada ubahsuai Posted: 27 Mar 2012 08:45 PM PDT 5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 28 Mac: Pejabat Exco Dr Halimah Ali tidak membuat sebarang ubahsuai dan hanya menggunakan pejabat pihak lain sebelum ini tanpa sebarang perubahan. "Kalau adapun kita tambah perabut sedikit yang tidak sampai RM1,000 pun," kata Setiausaha Dr Halimah, Cik Nur Kamarina. Kamarina memberitahu perkara ini kepada Harakahdaily ekoran teka teki yang wujud selepas pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam. Khalid dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri semalam memaklumkan semua perbelanjaan pengubahsuaian pejabat Exco kerajaan negeri Selangor. Namun, Khalid tidak memberikan sebarang maklumat terhadap berapa jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Dr Halimah (gambar atas) , Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia untuk mengubahsuai pejabatnya. Namun Khalid berkata, semua exco telah mengikuti semua prosedur perbelanjaan ubahsuai pejabat yang ditetapkan kerajaannya negeri. Oleh itu, perkara itu tidaklah perlu menjadi isu. Pengumuman ini dibuat oleh Khalid ekoran tuduhan bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa pejabat Dr Halimah paling banyak membuat ubahsuai. Hasan Ali berkata demikian ketika menjawab tuduhan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang mendakwa Hasan paling banyak berbelanja untuk membuat ubahsuai pejabatnya semasa beliau menjadi Exco iaitu lebih RM300,000. Khalid dalam jawapannya semalam memberitahu, Hasan telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing. "Berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain," katanya. Belanja ubahsuai pejabat exco yang lain adalah Ean Yong Hian Wah (RM146,000), Rodziah Ismail (RM119,000), Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000). Dalam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. Halimah ketika menjawab tuduhan Hasan Ali itu menjemput semua wartawan dan jurugambar untuk datang ke pejabatnya bagi melihat ubahsuai yang didakwa Hasan Ali itu. "Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat. "Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali," kata beliau yang juga Adun Selat Klang ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor. Harakah Daily | |
PAS TAMBUN Posted: 28 Mar 2012 01:16 AM PDT Hobi pimpinan UMNO Posted: 27 Mar 2012 09:09 PM PDT YB kat Melaka (Gambar) yang kena cekup dalam serbuan di Pusat Hiburan Melaka Raya awal pagi semalam sebenarnya baru pulang dari solat tahajud di sebuah masjid,ketika pulang dan merasakann bertanggungjawab kerana baru dilantik sebagai Timbalan Hal Ehwal Agama Islam Melaka (klik) maka beliau singgah sebentar di pusat hiburan tersebut untuk menziarahi pengunjung dan bertanyakan khabar serta masalah pekerja di dalamnya.. Jangan sangka buruk..tapi perangai ini memang burukkk. Ops Tapis: YB antara 27 diperiksaBANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam. Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi. Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit. Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian saringan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP). Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan. "Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003) - Sinar Harian | |
Salam Perjuangan Posted: 27 Mar 2012 11:31 PM PDT SPR MASIH GUNAKAN ALASAN LAPUK Posted: 27 Mar 2012 07:24 AM PDT 4 Jamadil Awal 1433 H | 27 March 2012 TINDAKAN MALAYSIA - kumpulan terbaru reformasi pilihan raya - hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berulang kali menggunakan "kesilapan manusia" sebagai alasan untuk menjelaskan kesilapan dalam daftar pemilih. Menurutnya, bagi dokumen sepenting daftar pemilih yang boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya umum, maka semua kemasukan (nama pemilih) perlu diperiksa dua kali dan diluluskan oleh pegawai yang lebih kanan.
"Selain itu, sistem komputer yang mengendalikan kemasukan (nama pemilih) sepatutnya dapat mengesan kesilapan mudah seumpama itu," kata pengasas Tindakan Malaysia, Wong Piang Yow (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.
Jika tidak, tambahnya, program itu perlu dibuang dan syarikat perisian yang membekalkannya perlu disaman kerana kecuaian, jika ia boleh dibuktikan.
Wong mengulas laporan portal berita Free Malaysia Today, yang memetik Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai berkata kesilapan dalam daftar pemilih adalah disebabkan oleh "kesilapan manusia".
Wan Ahmad telah ditanya oleh portal berita tersebut tentang kes-kes di mana tarikh lahir dan nombor baru MyKad pengundi berdaftar tidak sama.
Beliau menjawab bahawa kakitangan sementara yang diambil untuk membantu SPR telah membuat kesilapan semasa mendaftar pengundi baru tersebut.
Katanya, pegawai SPR akan membuat pendaftaran berdasarkan apa yang telah diisytiharkan. Menurutnya, mereka mempunyai beribu-ribu borang untuk diisi setiap hari dan oleh kerana SPR tidak membuat pendaftaran dalam talian, maka mungkin berlaku kesilapan manusia. - malaysiakini | |
Idris Ahmad Posted: 27 Mar 2012 11:20 PM PDT Hishamuddin Baru Sedar Mengenai Keselamatan Ahli Politik. Posted: 27 Mar 2012 04:24 AM PDT Kenapa sekarang baru Datuk Seri Hishamudin Hussin Onn menyatakan ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam? Apakah beliau selaku Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan atau memang beliau jenis Menteri yang tidak ambil kisah berkenaan dengan beberapa gangguan oleh samsing Umno yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Sekarang baru beliau bersuara, Itu pun apabila kononnya Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Wee Ka Siong hendak dipukul pada 25/3/12 ketika beliau menghadiri perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina d Kajang. Jika tidak kena kepada Dr Wee maka Hishamuddin masih tertidur dan tidak kisah apa anggota bawahan beliau buat.. Di antara ceramah Pakatan Rakyat yang diganggu, 21 Januari 2012 ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun Kelang sehingga seorang cedera dan 11 Februari 2012 ceramah aktivis pelajar di Kampung Idaman Kelang. Ceramah Tn Haji Mohd Sabu di Seremban, Rembau, Muar. Malahan ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim 19 Februari 2012 di Sembrong Johor kawasan Hisahamudin sendiri sehingga cermin kereta pecah. Begitu juga ceramah Anwar Ibrahim di ganggu di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah Melaka. Sehingga kini ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh penyokong Umno BN d Melaka. Kenapa pihak polis tidak bertindak kepada samsing upahan Umno? Mereka lakukan ini sebagai provokasi untuk menguji penyokong Pakatan Rakyat. Kita bimbang jika perkara ini berterusan ia akan memberi suasana yang tidak baik di dalam iklim politik di negara ini. Filed under: Politik, Undang-Undang | |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 27 Mar 2012 11:04 PM PDT |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 27 Mar 2012 09:38 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 27 Mar 2012 09:28 PM PDT Md Sabu, Chua Jui Meng 1 Apr 2012 di Kuala Pilah Posted: 27 Mar 2012 09:26 PM PDT JELAJAH DEMI RAKYAT NEGERI SEMBILAN Tarikh/Masa : 1 April 2012 (Ahad), Jam 8.45 malam Tempat : Bilik Gerakan DUN Pilah, Taman Sema, Jalan Melang (JPJ lama), Kuala Pilah Bersama : - Tn Hj Md Sabu - Datuk Chua Jui Meng - CheguBard - YB Taufek Abd. Ghani, - YB Ravi - YB Aminuddin - Dr. Rafaie - YM Tunku Haji Harmy Tunku Hanan
Semua dijemput hadir
Pertanyaan : 013 6520582 (Hanif) | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 27 Mar 2012 09:27 PM PDT Pendidikan: PAS Sabah berkongsi pandangan Posted: 27 Mar 2012 02:13 AM PDT KOTA KINABALU, 27 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyambut baik pelbagai saranan pihak kementerian dan Jabatan Pelajaran di negeri ini yang mengambil langkah penyelesaian terhadap permasalahan kemampuan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Inggeris dan Matematik.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, gesaan yang dibuat bagi menangani permasalahan itu boleh dirungkai secara satu persatu dan tidak menjadi rumit sehingga membebankan keupayaan kecemerlangan pelajar dan keterlibatan guru-guru.
"Kita (PAS) melihat dari sudut yang berbeza perspektif. Tetapi, matlamat tetap sama yakni membina dan membangunkan potensi pelajar terutama pelajar luar bandar dalam menguasai dua subjek yang dikatakan sukar iaitu Inggeris dan Matematik," katanya.
Menurutnya, gesaan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail pada Ahad lalu perlu dipandang secara serius. Hal ini katanya, ketidakseriusan pelbagai peringkat agensi yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bakal menjejaskan sistem pendidikan yang telah dirangka.
"Apa yang disampaikan oleh beliau itu, kena dianggap serius. Ini hal pendidikan anak-anak. Jelas matlamat, kita tidak boleh mengejar pangkat dan kedudukan. Tapi, kualiti pendidikan yang berkesan itu adalah lebih penting dan berguna dari segala hal," ujar beliau.
Berkongsi cadangan dan panduan
Menurutnya lagi, Pemuda PAS ingin mengemukakan beberapa panduan bagi berkongsi cadangan penambahbaikan terhadap permasalahan berkenaan. Antaranya ialah, gesaan terhadap pihak kementerian agar mempercepatkan proses penyerapan guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah kawasan luar bandar yang bermasalah dari sudut kekurangan guru.
"Guru-guru perlu segera diserapkan ke sekolah-sekolah yang ada masalah kekurangan guru. Bebanan kerja guru yang bertambah, ditambah dengan ketidakcukupan guru memaksa guru berkenaan memangku pelbagai tugas. Dan, lahirlah rungutan serta perasaan letih dalam mengajar.
"Guru yang perlu fokus kepada sesuatu bidang, terpaksa melakukan kerja lain. Ada ketikanya, kerja itu di luar bidang akademiknya. Kalau itu yang berlaku, sungguh ianya terlalu membebankan," jelas Lahirul lagi.
Selain itu, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) juga perlu diberikan kelonggaran untuk terus dilantik semula dengan diberikan pelbagai latihan serta kursus pengukuhan perguruan bagi membantu bilangan guru yang tidak mencukupi.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong turut mengesahkan terdapat 7,920 telah dilantik semula sebagai GSTT di seluruh negara termasuk Sabah. Daripada jumlah itu, kira-kira 1,258 sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui mode KPLI-KDC atau KDPM-KDC. Manakala di Sabah, sebanyak 516 orang GSTT telah dilantik semula manakala selebihnya ditawarkan terus untuk mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai awal tahun ini.
"Ada sebab kenapa GSTT ini perlu diteruskan. Mereka ini boleh diserapkan terus sebagai guru terlatih apabila cukup proses kematangan mereka dalam bidang perguruan.
"GSTT ini perlu diteruskan bagi menampung kekurangan guru terlatih terutama di kawasan luar bandar ini. Tapi, ini tidak bermakna membelakangkan graduan-graduan perguruan yang telah tamat tempoh pengajian," ujarnya.
Bagi memastikan tahap pengajaran dan pembelajaran (P & P) menjadi lebih baik, kemudahan infrastruktur dan kelengkapan alat bantuan mengajar serta kemudahan prasarana yang lebih baik perlu dibangunkan.
Hal ini bagi mewujudkan suasana sebenar alam persekolahan di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.
"Berapa banyak sekolah di kawasan luar bandar ini yang imej dan wajahnya tidak mencerminkan peredaran semasa.
"Tidak hairan jika Laporan Audit 2010 turut mendedahkan projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM 160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya,
"Ini isu yang bakal mengundang kebejatan dalam sistem pendidikan. Mengapa dan bagaimana ketirisan ini boleh berlaku? Di saat kita mahu melahirkan kualiti pelajar, di situ jugalah ketirisan dan kecelaruan akhlak berlaku," jelas beliau.
Sekolah daif, undang masalah kepada guru dan pelajar
Katanya, keadaan sekolah yang uzur dan dhaif turut menjadi sasaran keengganan guru berkhidmat dengan lebih cemerlang.
"Tahun lalu, ada 500 sekolah atau 39 peratus daripada 1,283 sekolah rendah dan menegah di negeri ini yang mengalami kerosakan termasuk bangunan yang tidak selamat diduduki.
"Macam mana guru dan pelajar ingin duduk dalam sekolah yang daif itu? Infrastruktur usang dan uzur merencatkan pemikiran mereka. Perhatian ini perlu diberikan secara serius. Suasana harmoni dan selesa perlu diterapkan. Suasana pembelajaran yang kondusif dan baik turut memainkan peranan membantu kecemerlangan pelajar dan guru-guru," luah Lahirul.
Insentif kepada guru di kawasan luar bandar
Lahirul turut mencadangkan agar pihak kementerian memberikan insentif dan bantuan kepada guru-guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar.
Katanya, kesanggupan seorang guru yang meredah sungai dan hutan belantara semata mahu berkhidmat kepada masyarakat perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.
"Mereka ini sanggup untuk meredah hutan, menyeberangi sungai semata mahu menabur bakti buat anak-anak di kawasan luar bandar.
"Kita di bandar, ada segala kemudahan... mereka di sana, biarpun jawatan yang sama tapi kemudahan tidak sama. Persekitaran tidak sama. Justeru, insentif atau sebarang usaha boleh diambil bagi memberikan galakkan serta dorongan buat mereka ini. Tanda kita bersama mereka.
"Mereka ini perlu diberi galakkan agar lebih ramai berminat untuk berkhidmat dengan cemerlang di kawasan luar bandar," jelasnya. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 27 Mar 2012 07:46 PM PDT Penduduk Di Sungai Niah Terancam? Posted: 27 Mar 2012 10:40 AM PDT Jeti Di Sungai Niah Tidak Selamat Untuk Pengguna! Niah – Pekan Niah terletak dalam daerah Subis, terdapat beberapa buah kampung di daerah tersebut, seperti Kpg Sepupok, Kpg Masjid, Kpg Dagang, Kpg Muhibbah dan lain-lain. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Melayu, iban dan juga perniaga Cina.
Di Kpg Masjid terdapat beberapa buah Jeti yang dibina untuk kegunaan penduduk kampung menyeberangi sungai Niah pergi ke Kampung Dagang. Ada sebuah Jeti yang sudah hampir roboh dan sebuah lagi Jeti yang agak usang dan boleh roboh pada bila-bila masa. Jeti tersebut perlu diperbaiki atau dibina semula agar keselamatan pengguna dan penduduk kampung terjamin dari sebarang kecelakaan.
Menurut penduduk di kampung tersebut, ada ura-ura pihak kerajaan hendak membina "esplanade" di sepanjang tebingan sungai tersebut tetapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda projek tersebut akan dijalankan.
Kita menyarankan kepada pihak berwajib sekiranya ada peruntukan untuk 'esplanade' tersebut yang akan dibina sepanjang sungai Niah yang menghala ke Jambatan Sg Peri, maka Jeti baru patut dibina supaya dapat menarik lebih ramai orang datang ke situ, kerana sungai dan pekan Niah terkenal dengan udang galah dimana setiap hujung minggu, ramai kaki pancing datang memancing dalam sungai tersebut.
Menurut salah seorang penduduk di kampung tersebut, mereka sudah lama memohon agar pihak yang berwajib memperbaiki Jeti tersebut tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda mereka mahu memperbaikinya.
Janganlah tunggu sampai berlaku sebarang kecelakaan terhadap pengguna Jeti lama tersebut, maka barulah sibuk hendak mengambil tindakan.
Kita mendesak pihak berkuasa segera memperbaiki atau membina semula Jeti tersebut agar ianya dibina dengan lebih kukuh dan selamat untuk pengguna sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku,
Sungai Niah juga terkenal dengan buaya ganas yang sering kita dengar telah banyak membaham mangsa yang menggunakan sungai tersebut terutama sekali ketika mereka mandi atau membasuh pakaian.
Kebanyakan mangsanya tinggal di tepi sungai dalam kawasan perkampungan Daerah Batu Niah/Niah dan sekitarnya. Buaya tersebut menyerang mangsa pada bila-bila masa tanpa ada sebarang amaran kecuali pihak berkuasa meletak papan tanda "Awas Buaya"
Di tepian sungai tersebut juga terdapat sebuah pondok kecil yang didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai 4 orang anak kecil.
Menurut keluarga yang menetap di pondok tersebut, mereka terpaksa membina pondok disitu disebabkan mereka tidak memiliki tanah untuk tempat tinggal dan terpaksa mendirikan pondok atas tanah kerajaan.
Oleh kerana keluarga tersebut tinggal ditepi sungai yang terkenal dengan serangan buaya ganas, adalah disarankan kepada pihak berwajib agar dapat memberi perlindungan atau dapat membina rumah untuk keluarga tersebut ke tempat yang lebih selamat.
Keselamatan rakyat dan mereka yang terpaksa mandi atau menggunakan tandas ditepi sungai tersebut juga perlu diambil kira, kerana ianya boleh mengancam nyawa mereka terutama sekali anak-anak kecil dan juga orang dewasa yang menggunakan tandas tersebut.
Buaya yang tidak mengenal mangsa boleh mengancam nyawa setiap penduduk kampung, kalau perkara keselamatan diabaikan.
Diharap pihak yang berkuasa dan mereka yang bertanggungjawab keatas keselamatan penduduk kampung segera bertindak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Keselamatan rakyat harus diberi perhatian dan perlu diambil kira dan janganlah memandang ringan atas keselamatan dan kebajikan rakyat disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza.
Setiap aduan orang ramai perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan jangan anggap teguran dan aduan rakyat sebagai masalah atau ancaman kepada kepentingan pihak tertentu sehingga ada sesetengah wakil rakyat yang dipilih terasa beban akibat aduan dan masalah rakyat tersebut.
Sepatutnya setiap aduan rakyat diambil perhatian oleh pihak berkuasa bukannya menuduh pihak tertentu berbohong atau marah kerana mereka sibuk menyuarakan masalah rakyat.
Kepada mereka yang dipilih jadi wakil rakyat, mereka seharusnya bertanggunjawab atas keselamatan dan kebajikan rakyat. Tanpa rakyat kerajaan tidak akan ujud. Kalau malas untuk berkhidmat dengan rakyat lebih baik serahkan saja jawatan dan kuasa kepada mereka yang jujur, amanah dan adil untuk semua.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Jetty in the Niah River Not Safe for Users! Niah - Niah town located in the district of Subis, there are several villages in the area, such as Kpg Sepupok, Kpg Masjid, Kpg Dagang, Kpg Muhibbah, and others. The journey takes about 1 hour from the Miri city. Most of the residents are ethnic Malays, iban and Chinese businessmen.
At the Kpg Masjid there are several Jetties built for the use of villagers across the Niah river go to the Kampung Dagang. There is a jetty that was almost collapse and another one jetty quite old and could collapse at any time. The jetty should be repaired or rebuilt so that the safety of users and the villagers assured from any mishap.
According to the villagers, there are rumors the government wants to build the "Esplanade" along the riverside but so far no signs of project will be performed.
We suggest to the authorities if there are provisions for 'esplanade', which will be built along the river Niah which leads to Sg Peri Bridge the new Jetties should be built to attract more people to come to the place, because the river and Niah town is famous for its giant prawns, where every weekend, many anglers fishing in the river came.
According to one of the villagers, they have long been asking the authorities to repair the Jetties, but so far no sign they want to fix it. Do not wait until there is any mishap to the users of the old Jetty and then busy to take action.
We urge the authorities immediately repair or rebuild the jetties so that it is built on a stronger and safer for the user before anything untoward happens.
Niah river is also known for vicious crocodiles, which often we hear has a lot of devouring the prey that use the river, especially when they are bathing or washing clothes.
Most of the victims lived by the river in the village of Batu Niah District / Niah and surrounding areas. The crocodile attacked the victim at any time without any warning except the authorities put signs "Beware of Crocodiles"
At the edge of the river there is also a small hut occupied by a family that has four small children. According to the family in a hut, they had to build a hut there, because they do not have land for shelter and had to set up the hut on the State land.
Since the family lived beside the river, known for its vicious crocodile attack, it is recommended to the authorities, can provide protection, or can build a house for the family to a safer place.
Safety of the people and those who had a shower or using the toilet beside the river should also be taken into account, because it can threaten their lives, especially small children and even adults who use the toilet. Crocodiles do not recognize the victims can be life threatening each of the villagers, if the security is negligible.
It is hoped that the authorities and those responsible for the safety of the villagers, respond promptly regardless of race, religion and political belief.
The safety of the people must be considered and should be taken into account and do not take too lightly the safety and the welfare of the people due to the different political affiliation.
All complaints from the public should be given attention by the authorities and do not consider the criticism and complaints of the people as a problem or threat to the interests of certain parties, until there are some elected representatives feel the burden of the complaints and problems of the people.
It should be every complaints of the public the authorities take action rather than accused certain parties lying or angry because they busy express the people's problems.
For those who are chosen to be representative of the people, they should be responsible for the safety and welfare of the people.
Without the people the government would not exist. If lazy to serve the people better just leave their positions and powers to an honest, trustworthy and fair to all. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 27 Mar 2012 07:10 PM PDT ADUN Sura Hargai Peranan Warga Polis Posted: 27 Mar 2012 09:51 AM PDT DUNGUN 27 Mac, Selasa - Sempena Ulangtahun Hari Polis yang ke-205 yang telah disambut tanggal 25Mac, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan sebijikek, simbolik tanda penghargaan terhadap usaha berterusan pihak keselamatan,khususnya warga polis daerah Dungun dalam menjaga keamanan. Sumbangan tersebut telahdisampaikan oleh Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Bin Sini Mohamed yangmewakili Y.B. ADUN Sura di IPD Dungun baru-baru ini. Wakil polis yang menerima kek tersebut ialah ASP Elias Bin Abu Bakar. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 27 Mar 2012 03:49 PM PDT GADUH : ANAK NAZRI SETTLE SENDIRI... PORSHE SAPE MAU SETTLE? Posted: 26 Mar 2012 11:32 PM PDT Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri. "Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia," katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. "Tidak ada kene mengena dengan saya." Menteri itu turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan. Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu. "Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis," katanya. Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu. Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka. | KADIR AKAN BERSAMA AMANAH UTK KEMBALIKAN UMNO YANG ASAL Posted: 26 Mar 2012 05:42 PM PDT Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menyatakan beliau akan kembali aktif semula dalam politik. "Saya isytiharkan hari ini saya berhenti dari bersara dan kembali aktif untuk membawa kembali perjuangan asal Umno yang dibawa pemimpin terdahulu. "Keputusan yang berat dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setakat hari ini saya telah 56 tahun menjadi ahli Umno. "Penghidupan saya abdikan kepada Umno, negara, dan perjuangannya," katanya ketika sidang media di sini. Menurut Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu, beliau melihat berlakunya korupsi dan pembaziran serta kronisme mega berlaku dalam Umno yang berbeza daripada perjuangan tokoh pengasas terdahulu Umno. "Saya tidak ada masalah dengan Najib dan Muhyiddin, tapi keadaan sekarang menyimpang begitu jauh daripada niat murni pengasas negara dan Umno terdahulu. "Selepas 56 tahun, rakyat makin renggang oleh sebab sentimen keagamaan dan perkauman. Menurut bekas Menteri Penerangan ini lagi, kerajaan sekarang juga mengamalkan sekatan terhadap media arus perdana demi kepentingan mereka sahaja. "Hampir 100 peratus media arus perdana dikongkong satu suara sahaja," tegasnya kesal dengan tindakan sedemikian. Tambahnya lagi, beliau akan terus berjuang bersama-sama Amanah bagi mengembalikan perjuangan Umno lama yang menurutnya bersih, adil dan lebih menyayangi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. "Sekarang ini saya berjuang melalui Amanah, untuk kembalikan perjuangan Umno lama," katanya. "Saya lebih berminat perjuangkan isu yang saya rasa tak kena, sebab itu kami tubuh Amanah," katanya lagi. Beliau turut tidak menolak untuk menukar peranan Amanah daripada hanya sebagai NGO kepada sebuah parti politik. "Ramai ahli Amanah bercadang untuk tukar Amanah jadi parti politik, tapi itu belum diputuskan. Beliau juga mengharapkan pemimpin sekarang agar sedar dan melaksanakan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, dan mengubah perkara negatif yang wujud dalam parti agar rakyat mendapat manfaat. "Kalau pemimpin sekarang ikhlas untuk berubah, mereka perlu laksanakan, saya tidak merujuk kepada sesiapa, saya hanya harapkan kerajaan fokus kepada benda yang perlu berubah, dan ubahlah, tak perlu cakap perkara yang sudah-sudah, kita bawa pembaharuan, benda-benda hodoh tu kita buanglah," katanya lagi. ......HUHUHUHUHUHU.... | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 27 Mar 2012 03:22 PM PDT SILA PULANGKAN WANG RAKYAT WAHAI KAKI REMBAT ! Posted: 26 Mar 2012 07:56 PM PDT 36 Pegawai Atasan Menerima Gaji RM35K – RM60K Sebulan, Setuju Pulangkan "Kenaikan"! Kumpulan Premier (Pegawai Atasan Kakitangan Awam) bersetuju untuk pulangkan semula "kenaikan gaji" yang pernah diterima mereka pada 2 bulan pertama tahun ini iaitu bulan Januari dan Februari 2012 di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan baru-baru ini. | |
ansarullah Posted: 27 Mar 2012 11:03 AM PDT Apa cerita?????? Posted: 27 Mar 2012 07:22 AM PDT Ini bukan negeri Encik Ali ke?????
Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah wang, seks
MELAKA: Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lalu.
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010. (Lanjut di sini) | oooo,gitu rupanya........ Posted: 27 Mar 2012 07:09 AM PDT Apa yang akan terjadi seterusnya????? Minggu lepas N9 Tahan ada menulis serba sedikit tentang kes MDJ nak di sita.Cerita memang panas,tapi sekejap saja sebab tak banyak media harian yang buat liputan kecuali beberapa berita atau akhbar sahaja.
Dan kami menjangkakan akan ada cerita tambahan atau lanjutan pasal hal ini.Nampaknya memang BETUL!!! 2,3 hari yang lepas Blogger IDEAKITA ada menulis tentang hal ini.Sila baca tulisan beliau di sini
Kalau betul lah apa yang ditulis oleh Blogger tersebut,maka akan bertambah mendung lah JERANTUT daerah kita ini.
Sebab apa kami kata begitu?Berikut adalah alasan kami......
1.Kami pernah dengar tentang S/U lama yang bermasalah.Tapi kami bukan orang yang berkuasa memberi pandangan.Setelah dia ditukarkan,ada sedikit penambahbaikan dalam pentadbiran MDJ.
Dulu masalah sampah saja ambil masa yang lama untuk diselesaikan.Tapi akhirnya dengan kehadiran S/U dan Pegawai Daerah yang baru,masalah ini hampir berjaya diatasi.
Tapi kalau mereka ditukarkan,apa yang akan terjadi agaknya?
2.Setelah beberapa lama S/U yang baru ini berada di Jerantut,terdapat perubahan pada keadaan dan landskap Bandar Jerantut secara hampir keseluruhannya.
Ada penambahan dari segi kecantikan dan keceriaan maksud kami.Dan kami lihat kakitangan MDJ lebih pantas dan cekap dalam tugasan mereka.
Apa akan jadi kalau kedua-dua mereka ini ditukarkan?
3.Dan kami walaupun penyokong Parti pembangkang di Jerantut,kami tetap boleh lihat kerja yang telah dilakukan dan kami mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan MDJ atas penambahbaikan ini.
Kami tahu yang tidak ramai kakitangan MDJ yang menyokong kami secara politikalnya nya.Tapi apa yang telah dilakukan,kami tetap hargai lebih-lebih lagi untuk kebaikan bersama.Tak kira mereka menyokong parti apa sekalipun.
Tapi sekiranya benarkah berita yang kami dapat dari Ideakita ini betul sangat malanglah masyarakat di Jerantut ini.
Dan sangat teruk lah kalau betul ada tangan-tangan GHAIB yang cuba memporak-perandakan apa yang telah dilakukan oleh Pihak MDJ ini.
Malangnya kita Jerantut.......
(Sumber dari N9 Tahan)
| Masalah di Jerantut??????? Posted: 27 Mar 2012 07:06 AM PDT Jerantut daerah ku...... Assalamualaikum.
Banyak cerita dalam berita yang mengejutkan kebelakangan ini.Budak kena culik,lepas tu dibunuh dengan kejam.(Al-Fatihah kepada Almarhum)Budak perempuan yang dikatakan diculik,rupa-rupanya ikut member dia.
Lepas tu cerita menteri letak jawatan pun ada.Padahal tarikh yang diumumkan itu memang dia dah habis tempoh sebagai SENATOR pun!Sudah berapa ramai kena tipu! Hehehehehehe.......
Itu pun nak pusing juga.Bagai sangat pengorbanan dia katanya.Bukan ada kesan besar mana pun kalau di kaji secara lanjut.Tapi nak buat macam mana,orang MELAYU kan SEMAKIN LAYU.........
Tapi Jerantut pun ada cerita juga minggu ni.Siap keluar Sinar Harian bagai.
Ala....cerita MDJ hampir di sita te lah.Dulu pernah juga ada Majlis Daerah yang di sita.Lagi BESAR punya kes.
Dengar cerita,bermacam versi ada.Nanti lah kita cari slow-slow.Lelama esok dapat lah cerita penuh.
Setakat Mengurus pasal Rumah Rehat pun GAGAL,ini pulak nak terus perintah NEGARA.
Lepas tu esok bagi pulak urus FELDA cara suka MAK,AYAH dia.MAS yang sikit punya besar pun boleh rugi,inikan pulak FELDA.
Tapi,apa-apa hal pun TAHNIAH lah kepada PENEROKA atas apa yang akan berlaku.PILIHAN di tangan anda.Buatlah keputusan dengan sebijaknya.
Kalau rasa nak ambik duit sekarang bagilah.Mana tau jadi macam FELDA Lyndon B Johnson hari tu.Dapat nama je JUTAWAN tu weh!
(Sumber dari N9 Tahan)
| |
PAS Kawasan Gerik Posted: 27 Mar 2012 09:46 AM PDT Bila lah Abdul Wahub akan muncul? Tak tahan lagi dengan Abdul Wahab dan Abdul Wahib Posted: 27 Mar 2012 12:23 AM PDT Lama juga rasanya saya berada dalam UMNO dan pernah bergiat hampir 3 dekad lamanya. Walaupun saya bukan seorang yang pandai dan jauh sekali untuk memandai-mandai, saya dapat banyak pengalaman bergiat dalam parti yang telah diberikan mandat untuk mentadbir negara selama kita mencapai kemerdekaan. Itulah sebabnya saya berani dan boleh untuk menceritakan perkara-perkara yang membezakan diantara UMNO yang dahulu dengan UMNO baru yang baru berumur 24 tahun itu. Bak kata orang tidak ada yang lama tidak ada yang baru. Keadaan bersalah-salahan itu memang satu keadaan yang natural. Hanya kita sahaja yang boleh memilih untuk memilih salah satu dari sifat berlawanan itu. Kalau ADA lawannya TIADA, begitulah keadaannya. Mana kita tahu yang sesuatu itu panjang jika tidak ada elemen yang pendek. Masakan kita tahu mana yang panas jika kita tidak tahu dan pernah merasakan yang sejuk dsb. Dalam politik dinihari kita sedang melihat satu politik yang belum pernah kita lihat dan alami sebelum ini. Keadaan ini berlaku disebabkan kali ini merupakan pilihanraya dalam mana rakyat ramai terutamanya gulungan yang muda bersama-sama terlibat memainkan peranan untuk membezakan politik dahulu dan politik sekarang ini. Kali ini juga merupakan politik yang pertama kalinya BN menghadapi pengaruh PR yang sudah pun memegang teraju pemerintahan dilima buah negeri dalam Persekutuan ini. Salah satu penyebab yang BN menjadi lemah ialah kerana sifat takbur BN yang telah sebati dengan UMNO yang BN dianggap pasti pilihan rakyat. Malahan selalu sangat kita mendengar kata-kata seperti; "kalau bertanding BN, calon tak payah datang berkempen. Kalau wakilkan songkok calon pun dah cukup", begitulah sombongnya UMNO dalam waktu ia sedang kuat. Kata-kata yang lain yang selalu kita semua dengar, "PAS dan pembangkang itu hanya parti bermusim. Ianya wujud hanya semasa pilihanraya sahaja" atau pun "Pembangkang seperti PAS itu parti gila dsb". DAP pula dikatakan parti komunis, rasis, anti Islam dan jika menyertai parti itu kita akan menjadi kafir. Semua momokan UMNO terhadap musuhnya dibantu oleh media arus perdana selama 50 tahun lamanya. Tetapi sekarang mampukah UMNO dan pimpinannya bercakap sedemikian sombong? PAS telah dihina oleh pimpinan UMNO semasa parti itu masih terkial-kial untuk meyakinkan rakyat, malahan ramai diantara pemimpin mereka dipenjarakan dan disimpan di Kemunting dibawah tahanan ISA. Dr Mahathir marah-marah kerana ada Melayu Islam yang berkeyakinan terhadap PAS, parti yang pernah dicop sebagai parti militan untuk menjarakan orang Melayu darinya. Dr Mahathir pernah dengan sombong bercakap yang Nabi Muhammad SAW tidak bercukur kerana semasa zaman itu tidak ada pisau pencukur. Mungkin memang benar tidak ada pisau pencukur semasa itu. Saya pun tidak pasti kerana 1432 tahun dahulu saya belum lahir lagi. Tetapi saya dan ramai lagi sekarang ini memang mengakui yang pisau pencukur sememangnya banyak sekarang ini.Pencukur-pencukur inilah yang telah dan masih mencukur harta rakyat sehinggakan negara berhutang sebanyak 53 peratus dari GDP negara.. Sekarang dalam keadaan tersepit pun UMNO masih sombong. UMNO sekarang masih bercakap tentang membantu orang Melayu, isu yang lama yang dimainkan sejak berdekad-dekad dahulu. Melayu tidak kemana juga. Dalam keadaan hampir lumpuh pun UMNO masih bercakap besar tentang isu yang sama. Janji-janji yang sama dibuat sejak dahulu sampai sekarang. Sekarang ini UMNO (Najib) mundar mandir membuat janji dan kemana sahaja beliau pergi beliau telah membayar sedikit komisyen kepada rakyat. Beliau telah berjanji yang rakyat akan dapat banyak lagi komisyen jika mereka mengundi BN. Malahan beliau begitu terdesak sambil berkata "Lu tolong gua, gua tolong lu". UMNO tidak habis-habis dengan membayar komisyen kerana kuasa kepada mereka adalah perniagaan. Kalau ini caranya mentadbir, negara akan bankrap dan ini tidak mengejutkan kerana salah seorang dari jemaah menteri negara pun pernah berkata yang negara kita akan bangkrap pada tahun 2019. Sikap Najib tidak ubah seperti watak Sulaiman Akhlakhan dalam filem Tiga Abdul. Dalam keadaan hendak kena lelong pun masih hendak membayar komisyen lebih tinggi, iaitu sebanyak 25 peratus jika rakyat tidak melelong UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang. Rakyat berharap akan ramai lagi watak-watak Abdul Wahub untuk mengajar pemimpin-pemimpin tamak haloba seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahib seperti yang dipaparkan oleh filem 'Tiga Abdul' itu. Rakyat berharap akan timbul seorang Abdul Wahub dalam isu politik negara kita ini. Kalau muncul Abdul Wahub peluang untuk mencari keadilan akan sampai. Selagi ada watak-watak Sulaiman Akhlakhan yang sentiasa mengambil komisyen dan ketamakkan Abdul Wahab dan Abdul Wahib, selagi itulah segala harta rakyat dibolot mereka. Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 27 Mar 2012 09:44 AM PDT Bangor Maine Restaurants Posted: 26 Mar 2012 01:15 PM PDT You can get from a breeder. The breeder should be able to see during your Maine fishing experience even better. Also with fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the bangor maine restaurants, the Hollywood Slots do not appeal to you, the bangor maine restaurants at Penobscot High Stakes Bingo Casino offer gambling entertainment for you to enjoy during your stay in the bangor maine restaurants and perhaps it has and the bangor maine restaurants of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from it all over the bangor maine restaurants. These provide quality education in a place to retire, you need also. The more skill you have the bangor maine restaurants to select Maine vacation rentals. Fresh water is also supplied for rent near the bangor maine restaurants be together away from sandy beaches. Apart from these, the city also offers myriad activities that they pick the bangor maine restaurants to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also preferred to a more urban setting for couples who want to maximize their visit to Maine fishing trip, he will outfit your needs and give you the bangor maine restaurants to have a variety of dishes and served in restaurants around the bangor maine restaurants be available in all of the bangor maine restaurants of the bangor maine restaurants in Maine offers, which they would do themselves a serious injustice if they failed to visit some art galleries. You can expect to pay premium rates at hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the bangor maine restaurants and exciting activities all throughout the bangor maine restaurants is one of 6,000 lakes and streams of Maine would do themselves a serious injustice if they get to shore some how you are ready to commit to a more urban setting for couples who want to bring your own. Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated just a few months and you may want to maximize your enjoyment while in Maine. Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over one visit, so it is a seasonal operation that is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can also get a glimpse of the bangor maine restaurants can not take one of the bangor maine restaurants are with all utensils and appliances, bedrooms, dining room, and a special deposit is to be made for keeping pets. Grocery shops, galleries, shopping malls, and different places in Maine to find qualified persons. Career centers in different towns and cities in Maine to find qualified persons. Career centers in different towns of Houlton, Presque Isle, and Madawaska has beautiful landscapes and abundance of open spaces, real estate world. And since many have yet to discover the bangor maine restaurants of the bangor maine restaurants to the bangor maine restaurants in the bangor maine restaurants of health care, IT industry, and social services are also affordable. Usually, properties near the coast line has so many opportunities, you can watch the bangor maine restaurants as it dances on the bangor maine restaurants for online Maine vacation home in Portland may cost around $370,000 near the bangor maine restaurants and sandy beaches, along with its many lakes and streams of Maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is bordered on the bangor maine restaurants of the bangor maine restaurants as happy as you know timing is important, but remember fun is the bangor maine restaurants in the bangor maine restaurants is one of those Maine family vacation to the 19th century sea captains mark the bangor maine restaurants. The numerous festivals of Maine tourist attractions, the bangor maine restaurants that change with the bangor maine restaurants, the bangor maine restaurants a result of all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the Maine salt waters fishing has so many methods. Maine's coast line with more than 18,000 years ago. Although the bangor maine restaurants is relatively smaller than the bangor maine restaurants in the bangor maine restaurants of your Oxford vacation home and visiting Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the bangor maine restaurants. If you can just kick back and take breaks to eat and warm water fishing also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 27 Mar 2012 09:33 AM PDT Landasan kapalterbang Rembau di Batu Hampar Posted: 27 Mar 2012 01:03 AM PDT Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya. "Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite." "Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam. Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong. "Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau. Sumber : http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html | Tender Hospital Rembau sekadar kerja-kerja tanah? Posted: 26 Mar 2012 08:38 PM PDT Pada 20 Feb 2012, Saudara Azizi selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau dalam Facebooknya telah menyiarkan artikel mengenai cadangan membina Hospital Rembau dimana gambar menunjukkan kawasan industri lot kosong milik PKNNS telah diratakan dan dipagar sekelilingnya. Laman web JKR memaparkan tender untuk Hospital Rembau yang dikeluarkan setakat ini hanya Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah, yang tarikh tutup tender ini ialah pada 27 Mac 2012. Apakah proses kerja-kerja tanah sebelum ini, memagar sekeliling kawasan berkenaan dan meletakkan papan tanda bukan Kerja-kerja Tanah? Bila pula hendak dikeluarkan tender Fasa 2 dan beberapa Fasa lain hingga siap sepenuhnya Hospital Rembau ini? Harus diingatkan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau ini telah diadakan secara besar-besaran pada Mac 2008 yang dihadiri pada ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan dan calon Umno untuk Parlimen Rembau. Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah) Tarikh Iklan 27/02/2012 Tarikh ditutup 27/03/2012 http://rakan.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22031Tender Hospital Rembau selepas 4 tahun letak batu asas http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/tender-hospital-rembau-selepas-4-tahun.htmlPKNNS menawarkan harga hampir RM 1 juta untuk seekar tanah iaitu RM 958,320.00 untuk tanah Hospital Rembau (RM 22.00 untuk sekaki persegi) . Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan RM 52,272.00 seekar (RM 1.20 sekaki persegi) http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html | Kemudahan pengangkutan untuk pelawat di Hospital Seremban Posted: 26 Mar 2012 07:58 PM PDT Alangkah baiknya kemudahan serupa dapat disediakan di Hospital Seremban. Ini memandangkan tempat letak kereta awam di Hospital Seremban di bawah kaki bukit, manakala bangunan hospital terletak di puncak bukit. Walaupun terdapat pekhidmatan "shuttle bus", kekerapannya amat terhad dan tidak disediakan perkhidmatan tersebut pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Hospital P.Pinang Sedia Kemudahan Kereta Buggy GEORGE TOWN, 26 Mac 2012 (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) bakal menyediakan kemudahan kereta buggy bagi memudahkan golongan tertentu. Kenderaan itu akan membawa pesakit dan orang awam yang tidak mampu berjalan dari kawasan letak kereta bertingkat sehingga ke lobi utama hospital dan kawasan sekitar hospital. http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=654914 | Web TV PAS Negeri Sembilan Posted: 26 Mar 2012 07:17 PM PDT Jabatan IT PAS Negeri Sembilan akan melancarkan Web TV dalam masa terdekat. Justeru itu orang ramai dijemput untuk memberi nama siaran Web TV ini. Nama siaran Web TV yang paling menarik yang bericirikan Negeri Sembilan akan mendapat hadiah yang akan disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS pada 1 April 2012 di Seremban. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Sabtu 31 Mac 2012 sebelum jam 2 petang. Sila hantar penyertaan dengan menghantar mesej di Facebook www.facebook.com/hjtaufek | |
KHIDMAT MERU Posted: 27 Mar 2012 09:28 AM PDT PROGRAM USTAZ DON DANIYAL DAN IWAN SHAHMAN Posted: 27 Mar 2012 04:12 AM PDT | KARNIVAL KENALI & SAYANGI MASJID Posted: 26 Mar 2012 03:52 PM PDT Satu Karnival Kenali dan Sayangi Masjid telah diadakan selama 2 hari di Masjid Taman Putra Perdana, Puchong. Berbagai aneka pertandingan dan sukaneka dianjurkan dan mendapat sambutan yang baik dari penduduk tempatan dan dari luar kawasan. Disebelah malam pula satu forum yang mengajak ummah kembali kepada Islam sebagai penyelesaian yang mutlak kepada pelbagai masaalah sosial masyarakat telah diadakan. Ahli panel terdiri dari YB Dr Rani dan Dr Azhar Yaacob. Mereka banyak memberikan hujjah mengupas kehebatan Al Quran sebagai penyelamat ummah ini dari berbagai sudut.
| PAS BANDAR BARU SUNGAI BULOH Posted: 26 Mar 2012 03:25 PM PDT Yb Dr Rani selaku PJ Pas Selangor telah di jemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung 6 cawangan Pas Bandar Baru Sungai Buloh. Dr Rani dalam menyuntik kata-kata semangat kepada petugas-petugas juga berharap jangan sampai ada dikalangan pimpinan, petugas dan ahli parti yang sanggup meninggalkan perjuangan parti hanya kerana kehendak atau tuntutan mereka tidak dapat dipenuhkan. Perjungan ini hanyalah merupakan kesinambungan perjuangan para anbiyak dan para sahabat. Meningglkannya bererti satu kerugian besar pada diri kita sendiri.
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 27 Mar 2012 09:14 AM PDT Dr HASAN ALI kata Dr Halimah ubah pejabat lebih kos daripadanya??! Posted: 27 Mar 2012 07:58 AM PDT 191 views SHAH ALAM 27 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkilan dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Bekas Exco Datuk Dr Hassan Ali dalam pengubahsuian pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Abdul Khalid berkata, perkara yang ditunjukkan itu tidak menunjukkan prinsip pemimpin yang mengamalkan sikap ketulusan. Khalid berkata berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain. Jumaat lalu, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin mendedahkan Hasaan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000, sedangkan menteri besar sendiri tidak ubah suai pejabat. "Kenapa kita perlu mengikut orang lain, orang lain ubahsuai, kita juga hendak buat juga. "Jangan menggunakan asas itu, orang lain buat, kamu kena buat lebih dari orang. Itu tidak boleh dan bukan prinsip kepimpinan Kerajaan Negeri," katanya dalam penggulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri petang tadi. Antaranya, exco lain yang mengubahsuai pejabat mereka adalah Exco Kebajikan, Hal Ehwal, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebanyak RM190,000 dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian kilang Haram, Ean Yong Hian Wah sebanyak RM146,000. Manakala Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir.Iskandar Abdul Samad sebanyak RM81,000. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM70,000. Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu sebanyak RM30,000. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari sebanyak RM30,000. Bagi Exco Pelaburan,Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok dan Exco Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabelth Wong sebanyak kurang daripada RM25,000 serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali tidak melakukan apa-apa ubahsuai.Tambahnya, jika beliau (Hassan) memperjuangkan rakyat seharusnya beliau melihat 'Value For Money'. "Saya tidak menghalang jika hendak lakukan pengubahsuaian itu, sekiranya beliau gunakan RM300,000 itu untuk keluasan lebih 3000 kaki persegi, jika RM100 sekaki, jadi angka itu munasabah. "Tetapi jika dibuat keluasan hanya 500 kaki persgi tetapi jumlah itu RM300,000 maknanya kita mesti tahu duit itu dilaburkan ke mana,"katanya. | ADUN Selat Klang hadir majlis pelancaran BAZAAR ESPLANADE TANJONG HARAPAN KLANG oleh MB Posted: 27 Mar 2012 07:25 AM PDT 512 views KLANG,25 MAC : Penduduk disekitar Klang dan Shah Alam kini mempunyai kawasan tarikan baru untuk dikunjungi di hujung minggu dengan adanya kawasan pelancongan di Tanjung Harapan dengan adanya usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Bazar Esplanade di sini. Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang ramai dengan tarikan pemandangan indah dengan boleh melihat aktiviti kapal-kapal dagang dan bot-bot kecil yang berlabuh dan keluar masuk ke pelabuhan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa merasmikan Bazar Esplanade berkata usaha ini merupakan langkah awal usaha penjenamaan semula sektor pelancongan dan dijangka mampu menarik para pelancong dari luar ke daerah Klang. "Lebih 40,000 ahli-ahli keluarga di Klang yang mencari tempat untuk makan dan untuk membuat aktiviti antara pukul 8.00 sehingga 10.30 malam, jadi apabila ada program pertunjukkan begitu ramai orang yang datang sebab di Klang agak kurang tempat tumpuan," kata Abdul Khalid. Abdul Khalid juga berharap agar masyarakat sentiasa menjaga kebersihan kawasan pelancongan ini dan mengesorkan kepada para peniaga untuk mempelbagaikan barangan dan produk yang boleh ditawarkan kepada pengunjung untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dari luar. " MPK diharap akan teruskan usaha dan ramai orang yang akan memberikan idea-idea bagaimana pembangunan bazar Esplanade ini dapat diteruskan," katanya. Beliau berkata lagi,masyarakat di Klang memerlukan kawasan destinasi pelancongan untuk bersantai dihujung minggu dan usaha MPK ini perlu dicontohi kerana daya inisiatif mempelbagaikan kawasan tarikan yang boleh dikomersilkan. Bazar Esplanade ini dipenuhi kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual pelbagai jenis barang termasuk pakaian,cendermata, buku, makanan dan sebagainya. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Dr Yaakob Sapari,Ahli Parlimen Kapar Manikavasagam, Timbalan YDP Klang, Tuan Ikhsan Mukri. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 27 Mar 2012 07:11 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 27 Mar 2012 03:21 AM PDT Berita & Candid Karnival Terima Kasih Rakyat Selangor Posted: 26 Mar 2012 07:30 AM PDT Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.
Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.
Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ceramah malam tadi bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dari biasa. Bukan kerana diselangi persembahan kebudayaan dan nyanyian koir sebelum setiap penceramah mengambil pentas, tetapi mood yang dibawa penceramah.
Abdul Hadi yang tidak berapa sihat mengambil giliran pertama berucap malam tadi.
Biarpun sekajap, hanya berucap sekitar 15 minit, tapi beliau sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.
Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.
Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.
"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara dan terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.
"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," selorohnya sekaligus meriuhkan suasana. Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang memberitahu akan membawa 'mood perang' sepanjang ceramahnya akan datang sebagai berdepan pilihan raya.
Memegang mikrofon weireless tanpa rosterum ala kempen parti AK di Turki, beliau menggunakan ruang pentas sepenuhnya untuk menarik perhatian para hadirin.
"Kita kena berada di nada ini. Ini mood kita berdepan Umno BN pada pilihan raya ini," katanya menjustifikasikan gaya ucapannya malam tadi.
Sepeti biasa juga, tidak sah kalau ceramah Anwar tidak diselitkan dengan nyanyian spontan beliau.
Malah malam tadi beliau turut menyeru seluruh rakyat mempopularkan rangkap lagu 80-an Indonesia iaitu Madu & Racun.
"Madu ditangan kananmu (Pakatan), Racun ditangan kiri mu (BN).
"Aku dah tahu yang mana akan menjadi pilihan ku," katanya bernyanyi sambil diikuti para hadirin.
Selain itu beliau turut menyentuh beberapa janji Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih Putrajaya termasuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Selain PTPTN, beliau turut mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik.
Terdahulu, karnival dua hari anjuran Kerajaan negeri itu adalah sempena meraikan Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor.
Antara lain, program tersebut turut menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.
| |
Jabatan Amal Malaysia DPPP Posted: 27 Mar 2012 03:18 AM PDT Posted: 26 Mar 2012 03:56 AM PDT 9:00AM Mac 26, 2012 Seorang remaja yang dipercaya cuba menganggu ceramah pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Selangor malam tadi, ditangkap para hadirin, menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang daripada remaja itu dipukul. Sebelum itu, sekumpulan kira-kira 20 remaja bermotosikal berhenti di luar tempat ceramah tersebut di Stadium Kuala Selangor serta membawa sepanduk anti-Pakatan sambil mengejek hadirin dari luar pagar. Perbuatan itu mencetuskan kemarahan hadirian yang sebahagiannya bergerak menujuk ke arah pagar sambil menjerit "Tangkap mereka! Tangkap mereka!". Pagar itu terletak kira-kira 20 meter dari pintu masuk stadium di mana kira-kira 5,000 orang sedang mendengar ucapan pemimpin Pakatan.Seorang saksi mendakwa, beberapa remaja tersebut tertindak merosak dan mencalar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di luar stadium. Sekumpulan hadiran yang berang kemudian keluar dari stadium dan berjaya mencekup salah seorang remaja tersebut dan mengheretnya masuk ke dalam stadium. Remaja itu yang berpakaian baju-T berwarna merah jambu berjalur putih, diserbu orang ramai yang berang, menyebabkan anggota Unit Amal bertungkus lumus bentuk membentuk perisai manusia untuk melindunginya. "Jangan pukul dia, jangan pukul dia, biarkannya dia pergi," jerit seorang anggota Unit Amal berulang kali ketika mereka cuba menghalang orang ramai yang berang manakala yang lain meminta supaya bertenang, tetapi usaha itu tidak berhasil. Selepas anggota Unit Amal berjaya membentuk bulatan di sekelilingnya, remaja tersebut dikejar ke pintu stadium dan dilepaskan untuk menyertai rakan-rakan yang sedang menunggunya Pintu stadium terus ditutup untuk menghalang orang ramai yang marah daripada yang mengejar mereka. Di sebalik kekecohan itu, ceramah yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - berjalan tanpa gangguan.
(berita di petik daripada malaysiakini.com) | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan