Satu waktu dulu mereka beriya-iya menentang projek ini dengan pelbagai alasan. Malah mereka turut berdemontrasi mengajak rakyat untuk sama-sama membantahnya. Tidak cukup dalam negeri pakar-pakar luar juga dijadikan bahan bukti betapa merbahayanya projek ini.
Demikian hebatnya suara pembangkang, demi memastikan sokongan masyarakat kepada mereka berterusan sehingga PRU 13. Isu ini diputarbelitkan sehingga pandangan pakar mereka sendiri tidak dihiraukan malah ketika pembentangan dan perbahasan isu ini di parlimen, ada suara ganjil yang mengarahkan agar pakar tersebut tidak berada dalam dewan.
Demikianlah antara dua sikap yang berbeza yang dipamirkan oleh pembangkang yang selama ini dilakukan atas dasar demi kepentingan rakyat. Malah sebut sahaja perkataan "RAKYAT" ianya seolah-olah sangat sinomin dengan pembangkang. "Good Habits" pembangkang menutup segala "Bad Habits" mereka selama ini.
Kini bila isu ini dibincangkan di Dewan Rakyat dan meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), dengan di anggotai 9 Jawatankuasa yang terdiri dari 5 wakil BN, 3 wakil pembangkang dan seorang Bebas, mereka terus "lari" dari tanggungjawab itu. Soalnya mengapa? Jika selama ini mereka berkata demi rakyat, kini kenapa lari dari tanggungjawab itu?
Isu Lynas: PSC tingkatkan kesedaran orang ramai
17/03/2012 7:02pm
IPOH 17 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti berhubung isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, merupakan proses penglibatan bersama dengan orang ramai bagi memastikan mereka memahami perkara itu.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib projek itu.
"Ia perlu dilakukan melalui proses penglibatan dengan orang ramai dan bagi mereka (PSC) meneliti semua aspek projek itu terutama faktor keselamatan dan sebarang ancaman yang mungkin timbul kepada kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa yang menelan kos RM9 juta, di sini.
Laporan menyebut bahawa Kabinet yang bermesyuarat semalam memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.- BERNAMA
Adakah mereka takut KUANTAN akan jatuh ke tangan.......pada PRU akan datang, maka bersungguh-sungguh mereka mempertahankannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan