CINA ISLAM (林川興) Posted: 22 Mar 2012 01:19 AM PDT Anwar mahu debat Najib & RPK sekali gus Posted: 22 Mar 2012 12:52 AM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya". Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter. Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu. malaysiakini/- | Pemuda Maut Motosikal Rempuh Babi Hutan Posted: 22 Mar 2012 12:50 AM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - IPOH: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas merempuh sekumpulan babi hutan yang melintas di tengah jalan di Km 25 Jalan Damai Laut-Batu Hampar dekat Sitiawan malam Rabu. Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, Deputi Superitendan Mohamad Roy Hashim berkata, Azlan Harun, 26, berasal dari Pantai Remis yang mengalami kecederaan di kepala dan badan, meninggal dunia ketika dirawat di sebuah kelinik di Pantai Remis. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika di hubungi pada Khamis. Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.50 malam ketika Azlan dalam perjalanan dari Sitiawan ke rumahnya apabila dia merempuh sekumpulan babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa terbabas dan tercampak di atas jalan. Seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu kemudian membantu Azlan membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan tetapi dia meninggal dunia ketika dirawat, kata Mohamad Roy. Dalam kejadian lain, seorang remaja berusia 19 tahun mati di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta pelbagai guna di Km 3 Jalan Kampung Koh-Simpang Dua, juga dekat Sitiawan malam Rabu. Kejadian berlaku pada 8.30 malam, apabila Welfred Markus a/l Usan dari Taman Jati, Sitiawan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila dirempuh kenderaan berkenaan dari arah bertentangan. - BERNAMA | Kenapa sampai 240,000 pengundi pos SPR? Posted: 22 Mar 2012 12:48 AM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli bahawa jumlah pengundi pos SPR seramai 240,000 orang. Bagi DPPM, jumlah yang dilaporkan itu terlalu ramai dan cukup untuk memberi impak yang besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13). Justeru, Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor mempersoalkan mengapa SPR mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos. "SPR sepatutnya menghadkan petugasnya sebagai pengundi pos agar tidak mengganggu sebarang keputusan di mana-mana peti undi," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini, sudah acap kali undi pos menjadi faktor kemenangan calon dan ia mampu mengubah keputusan pilihanraya. Baginya, jumlah yang dicatatkan itu belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka. Dengan jumlah seramai itu, kata beliau ia akan menambah prejudis rakyat bahawa SPR berniat untuk memastikan kemenangan mudah sebelah pihak seperti mana yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini. "Rakyat mengesyaki modus operandi yang sama akan digunakan pada PRU13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan satu pihak yang sedang terdesak," ujarnya lagi. Oleh itu, tegasnya DPPM mendesak agar SPR segera mengurangkan jumlah petugas SPR sebagai pengundi pos bagi mengelakkan berlakunya pertikaian rakyat. "DPPM mengingatkan SPR agar berlaku telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13. "Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya dalam sistem pilihan raya di negara ini," jelasnya. harakahdaily/- | Minta susu dapat sirap Posted: 22 Mar 2012 12:30 AM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - BUKTI...Noor Hamidahwati menunjukkan gambar tiga anaknya yang dijaga rumah kebajikan di Kuantan. PENYAKIT...tangan kanan Nur Fatin berkudis. PENYAKIT...tangan kanan Nur Fatin berkudis. JOHOR BAHRU: "Memang saya orang susah dan tak mampu jaga anak dengan baik, tapi saya tak sanggup lihat anak diperlakukan begitu. Jadi saya rayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pulangkan semula tiga anak saya. "Saya lebih rela beri anak makan nasi berlauk kicap setiap hari daripada melihat mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan di rumah perlindungan JKM." Itu rayuan seorang ibu tunggal, Noor Hamidahwati Abdul Hamid, 31 yang mendakwa tiga anaknya tidak dijaga dengan baik sejak ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak kelolaan JKM di Kuantan, Pahang, setahun lalu. Tiga anaknya yang mendapatkan perlindungan di situ ialah anak kedua, Muhammad Imran Hakim Abdullah, 9, Nur Fatin Nadiah, 7, dan Nur Hamzah Nadiah, 5, manakala anak sulungnya, Nur Aini Nadirah Abdullah, 11, tinggal bersamanya. Noor Hamidahwati yang lebih mesra dengan panggilan Hamidah berkata, ketika mengunjungi tiga anaknya itu di rumah perlindungan berkenaan 10 Mac lalu, dia terkejut dan sedih apabila keadaan fizikal mereka berubah berbanding sebelumnya. metro/- | Inilah Cinta Posted: 22 Mar 2012 12:30 AM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Di Rumah Amalia, seorang Ibu bertutur, empat puluh tahun yang lalu disaat dirinya menikah dengan orang yang dicintai, "kami saling bertukar kata mutiara." Dilembar kertas itu ia mendapatkan sebuah kata mutiara yang indah dari sang suami. "aku mencintaimu karena aku mencintai Allah." Kata itu terpatri didalam hatinya sehingga mampu mengarungi bahtera rumah tangganya. Sampai satu hari suaminya jatuh sakit, terbaring lemah di rumah sakit, suaminya tak sadarkan diri. Ia selalu berada disisinya, berdoa di dalam hati memohon kepada Allah untuk kesembuhan suaminya. Beberapa kali suaminya tersadar dan senyum seolah mendengar semua doa-doanya. Ia bersyukur disaat suaminya lemah masih selalu ingat tiba waktu sholat, selalu ingat Allah. Ia merasakan kasih sayang Allah yang begitu besar. "Mas, terima kasih atas cintamu kepadaku, karena cintamu kepada Allah. " Suaminya tersenyum lemah, menggenggam erat tangannya disaat ia mengucapkan kata-kata itu. Sang suami akhirnya menghembuskan napas terakhir. Air matanya mengalir tak tertahankan. Kepedihan begitu teramat mendalam. Sekalipun suaminya telah tiada, senyumnya masih tertinggal didalam lubuk hatinya. Ia merasakan cinta yang tumbuh dihatinya berasal dari limpahan cinta Allah untuk dirinya dan suaminya. Sahabatku, Rasulullah bersabda "Apabila seorang suami memandang istrinya dengan kasih sayang & istrinyapun memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari tangan keduanyanya." (HR. Rafi'i). Yuk, kita menjaga & merawat pernikahan kita dengan kesabaran agar Allah melimpahkan keberkahan untuk keluarga kita. posted by :agussyafii | Fekah: Kenapa Noh saman kalau nak rampas Selangor Posted: 22 Mar 2012 12:00 AM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor sedia berhadapan dang saman RM10 juta oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung artikel dalam akhbar rasmi Selangor Kini yang didakwa memfitnah dirinya. Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, dengan saman itu juga kerajaan negeri akan membuat pendedahan lanjut di mahkamah. "Saya melihat ini tindakan yang tepat kerana ia dibawa ke mahkamah dan kita akan terus membuat pendedahan selebihnya di mahkamah nanti," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima notis saman itu di sini hari ini. Dalam saman itu, Noh menamakan Mohd Ezli Mashut sebagai defenden pertama, Arfa'eza Abdul Aziz kedua, Najib Hashim ketiga, Risudah Salim keempat dan Faekah Husin sebagai defenden kelima. Manakala Angkatan Edaran Enterprise dan Kerajaan Negeri Selangor masing-masing dinamakan sebagai defenden keenam dan ketujuh. Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun. Saman tesebut telah difailkan melalui Tetuan Hafarizan Wan & Aisha Mubarak. Mengulas lanjut, Faekah berkata, tindakan Noh menamakan Kerajaan Selangor sebagai salah satu defenden dalam saman itu, bercanggah dengan hasrat BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merampas negeri itu. Ini kerana, jika Noh mahu menawan Selangor bermakna beliau sedang menyaman kerajaan negeri dia mahu kuasai nanti. "Jika saya ingin merampas balik Selangor sudah pasti saya tidak akan menyaman kerajaan negeri, tetapi tidak kepada Noh kerana beliau meletakkan kerajaan negeri sebagai defenden ketujuh dalam saman tersebut. "Saman ini akan kita telitikan dan dalam masa yang sama kita akan memutuskan siapa peguam yang bertindak mewakili kerajaan negeri nanti," katanya. harakahdaily/- | Usul radiasi Bukit Merah dibahas petang ini Posted: 21 Mar 2012 11:41 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Mac: Dewan Rakyat pagi ini meluluskan usul tergempar bagi membahaskan dakwaan masih terdapat radiasi berlebihan di sekeliling tapak bekas loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan tapak pelupusan sisa kekal di Bukit Kledang, di Ipoh. Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menetapkan usul tersebut akan dibahaskan sejam bermula jam 4.30 petang ini. Menurut Pandikar, usul berkenaan diluluskan berdasarkan Peraturan Mesyuarat di mana ia perlu disegerakan. Usul tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam ekoran laporan bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) yang didapati bercanggah dengan angka yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Dalam ususlnya semalam, Fong berkata, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk. Sabtu lalu, SMSL iaitu aktivis anti-Lynas melawat ke tapak bekas loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Biarpun sudah ditutup pada tahun 1992, namun bacaan tahap radiasi yang diperolehi oleh pihak SMSL di kawasan tersebut didapati masih pada tahap berbahaya. Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam. Menurut mereka, kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). harakahdaily/- | Kapsul angkasa Dragon ke ISS Posted: 21 Mar 2012 11:30 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SEBUAH roket SpaceX Falcon 9 yang membawa kapsul Dragon menjalani ujian di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada 1 Mac lalu. WASHINGTON - Persediaan pelancaran kapsul kapal angkasa komersial, Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berjalan dengan lancar, kata seorang pegawai kanan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin. Kapsul itu dijadualkan berlepas pada 30 April depan dari Cape Canaveral, Florida. Kapal angkasa itu dimiliki oleh sebuah syarikat penerbangan angkasa lepas komersial AS, SpaceX. "Persiapan turut melibatkan simulasi pelancaran kapal angkasa ini," kata Pengurus Stesen Angkasa NASA, Mike Suffredini pada satu sidang media. Menurutnya, jika misi itu gagal atau berjaya, ia tidak boleh dianggap sebagai penentu masa depan penerbangan komersial angkasa lepas. Jurucakap SpaceX, Kirstin Grantham pada satu kenyataan memberitahu, NASA belum memberikan kelulusan muktamad berhubung tarikh pelancaran tersebut. Mengulas tentang halangan yang dihadapi pasukan pengendali SpaceX, Suffredini berkata, ia turut melibatkan proses berlabuh di ISS yang bergerak mengelilingi orbit. Menurutnya, pelancaran kapal angkasa Dragon merupakan percubaan pertama daripada sebuah syarikat swasta untuk berlabuh di ISS. Kapsul itu sepatutnya dilancarkan pada Februari lalu tetapi ia ditangguhkan kerana sebab-sebab teknikal. Ia dimiliki usahawan Internet, Elon Musk. Syarikat miliknya itu mencipta sejarah kerana membuat penerbangan sulung ke orbit dengan menggunakan Dragon pada 2010. SpaceX dan beberapa syarikat lain kini bersaing untuk membina dan mengendalikan kapsul kapal angkasa swasta yang boleh membawa angkasawan dan kargo ke ISS yang mengelilingi orbit pada ketinggian 350 meter dari Bumi. Syarikat-syarikat itu termasuk Boeing bersaing untuk dipilih bagi menggantikan kapal angkasa NASA yang telah menamatkan operasi penerbangan ke ISS pada tahun lalu. - AGENSI | Selangor perkenal premium RM1,000 milikan tanah Posted: 21 Mar 2012 09:00 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memperkenal inisiatif untuk melaksanakan program bayaran premium RM1000 bagi pemberimilikan tanah di negeri itu. Meneurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, program itu bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan bagi sekaligus memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing. "Bagaimanapun mereka masih perlu membayar caruman berasingan seperti parit yang tidak termasuk dalam premium RM1,000 itu. "Dan sekiranya mereka menjual tanah untuk diberi milikan kepada orang lain, premium penuh akan dikenakan kecuali jika dipindah milik kepada waris, maka premium tidak perlu dibayar," jelas Abdul Khalid. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Adun Balakong, Yap Lum Chin di Sidang DUN semalam. "Nilaian tanah yang akan digunakan adalah berdasarkan nilaian yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Pekhidmatan Harta Negeri Selangor," sambungnya lagi. Sementara itu jumlah pemohon yang telah menjelaskan bayaran premium RM1,000 jika dipecahkan mengikut kaum adalah seperti berikut; Melayu seramai 226 orang, Cina seramai 32 orang manakala India sebanyak 98 orang, meliputi lapan daripada sembilan daerah. Daerah-daerah yang terlibat adalah Hulu Selangor seramai lima pemohon, Hulu Langat (136) pemohon, Kuala Selangor (89) Petaling (65), Sepang (3), Kuala Lamgat (4), Gombak (48), Klang (6)dan bagi Sabak Bernam tiada pemohonan diperolehi. harakahdaily/- | Thai lulus beli 860,000 komputer tablet Posted: 21 Mar 2012 08:30 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - BANGKOK - Kabinet Thailand kelmarin meluluskan pembelian 860,000 komputer tablet dihasilkan sebuah syarikat di China untuk kegunaan murid tahun satu di negara itu. Menteri Maklumat, Anudith Nakornthap berharap, kontrak perjanjian dengan Syarikat Pembangunan Data Saintifik Shenzhen dapat ditandatangani segera supaya komputer tablet tersebut dapat digunakan bermula penggal baru persekolahan pada Mei depan. Harga ditawarkan untuk setiap unit komputer sesentuh selebar tujuh inci tersebut adalah AS$102 (RM314). Membekalkan komputer tablet kepada murid sekolah adalah janji yang diutarakan oleh Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, semasa kempen pilihan raya pada tahun lalu. SINAR HARIAN/- | Hutang negara: Nak bankrap masih kata 'tidak apa'! Posted: 21 Mar 2012 08:00 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 MAC: Kerajaan harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan hutang negara dan mengelakkan negara daripada bankrap. Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob berkata, adalah tidak wajar kerajaan mengambil sikap 'tidak apa' walaupun hutang negara hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan. Malaysia mencatatkan 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu dua peratus sebelum mencecah had 55 peratus daripada KDNK. "Satu perkara yang tidak sihat apabila kerajaan menganggap kadar hutang negara belum berada pada tahap kritikal walaupun cuma kurang dua peratus daripada had yang ditetapkan. "Sedangkan Malaysia mengalami sejak 10 tahun yang lepas. Kalau perbelanjaan terus defisit, hutang negara akan terus bearada pada tahap bahaya," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semalam bahawa Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan. Dr Rosli juga berkata, kerajaan harus menentukan piawaian yang selamat bagi hutang negara iaitu ia tidak harus melebihi 30 hingga 35 peratus dariapda KDNK. "Negara-negara maju yang berhemah dalam perbelanjaan tidak akan membenarkan hutang negara melebihi 30 hingga 35 peratus. "Contohnya negara Jerman, Norway, Sweeden, mereka mengamalkan urusan ekonomi yang bagus menyebabkan hutang negara tidak pernah melebihi paras ini," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara. Justeru, untuk memastikan hutang negara tidak terus meningkat, kerajaan harus mula mengawal perbelanjaan negara dan mengelakkan pemborosan. Ia katanya termasuk tidak meneruskan projek-projek mega dan projek gajah putih yang tidak memberi manfaat kepada negara. "Kerajaan juga harus melaksanakan tender terbuka dalam setiap projek yang dibangunkan bagi langkah penjimatan dan apa yang lebih mustahak, elakkan terus membuat pinjaman luar negeri," katanya. harakahdaily/- | Mexico bergegar seminit Posted: 21 Mar 2012 07:30 PM PDT SEBAHAGIAN mangsa gempa yang cedera dirawat di hospital Ometepec, Guerrero. SEBUAH bas hancur dihempap jambatan yang runtuh selepas gempa melanda Mexico, kelmarin. Gempa bumi 7.4 skala Richter rosakkan 800 kediaman BANDARAYA MEXICO: Gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter menggegarkan selatan Mexico kelmarin, merosakkan lebih 800 rumah berhampiran pusat gegaran dan menyebabkan bangunan bergoyang serta menimbulkan kebimbangan serta panik di kalangan penduduk termasuk yang tinggal beratus-ratus kilometer dari ibu negara. Pekerja dan penduduk dalam keadaan takut memenuhi jalan raya di ibu negara. Perkhidmatan telefon tergendala di bandar raya itu dan seluruh kawasan yang merasai gegaran sekurang-kurangnya satu minit. Gempa bumi itu sangat kuat. - Campos Benitez, pengarah hospital Beberapa kawasan penempatan mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut Datuk Bandar Marcelo Ebrard, yang mewujudkan talian hotline untuk orang ramai membuat aduan. Sebuah jambatan pejalan kaki turut runtuh menghempap sebuah bas transit yang kosong. Seramai 40 penumpang terkandas untuk seketika di dalam tren di lapangan terbang Bandaraya Mexico tetapi dikeluarkan tidak lama kemudian. Lapangan terbang ditutup untuk sementara tetapi pegawai berkata, landasan tidak rosak dan operasi disambung semula. Perunding alam sekitar, Samantha Rodriguez, 37, yang dipindahkan dari tingkat 11 bangunan pejabat Menara Angel, berkata dia menyangka keadaan akan berlaku sekejap tetapi tembok mula retak dan bergegas keluar bersama rakan sepejabat. Gempa bumi terbaru adalah terkuat menggegarkan Mexico sejak gegaran maut pada 1985 yang membunuh beribu-ribu orang di Bandaraya Mexico. Kawasan paling teruk ialah di negeri Oaxaca dan Guerrero, selatan Mexico. Di Guerrero, pegawai mengesahkan 800 rumah rosak, dengan 60 lagi runtuh. Tiada laporan kematian diterima lama selepas gegaran itu berlaku tengah hari waktu tempatan, walaupun selepas gegaran susulan pada skala 5.1 dirasakan di bandar raya itu dan beberapa gegaran susulan lain berhampiran pusat gempa di kawasan pergunungan daerah pedalaman. Setiausaha Dalam Negeri Mexico, Alejandro Poire, berkata sembilan penduduk cedera di Oaxaca dan dua lagi di Bandaraya Mexico tetapi tiada yang maut. "Gempa bumi itu sangat kuat," kata pengarah hospital, Campos Benitez, di Ometepec, yang terletak 25 kilometer dari pusat gegaran. Gabenor Guerrero, Angel Aguirre, yang berasal dari Ometepec, bergegas ke tempat terjejas untuk meninjau kerosakan dan mengarahkan krew bantuan kecemasan dan perlindungan awam ke kawasan itu untuk membantu. Negeri itu tidak menyatakan berapa ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal. Bandaraya Mexico musnah teruk pada 1985 apabila gempa bumi membunuh sekurang-kurangnya 10,000 orang. Ia pada awalnya diukur pada skala 8.1 tetapi kini diletakkan pada ukuran 8.0 pada skala Richter oleh Tinjauan Geologi Amerika Syarikat. Sejak beberapa tahun lalu, Guerrero dilanda beberapa gempa bumi besar, termasuk berukuran 7.9 pada skala Richter pada 1957 yang membunuh anggaran 68 orang dan gegaran pada skala 7.4 pada 1995 yang meragut tiga nyawa. – AP/Agensi | Meraung tangan tersepit bawah tayar lori Posted: 21 Mar 2012 07:20 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA PILAH – Seorang kelindan lori meraung kesakitan selepas lori yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan, menyebabkan tangan kirinya tertindih tayar lori di Kilometer 18.5, Jalan Seremban-Kuala Pilah, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, mangsa, Ramburuj Kapar, 31, warga Myanmar cedera di tangan selepas tangannya tertindih tayar depan lori bermuatan bawang. Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati, kereta Proton Perdana V6 yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan, lalu bertembung lori dipandu Abd Sallam Omar, 33, yang menuju ke arah Banting, Selangor. - Bernama | Lagi protes naik harga minyak di Jakarta Posted: 21 Mar 2012 07:00 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Pekerja Indonesia merempuh halangan yang dibina pasukan keselamatan Indonesia semasa satu tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak di Jakarta, semalam. - REUTERS JAKARTA 21 Mac - Polis Jakarta menempatkan 14,000 anggotanya termasuk di hadapan Istana Presiden di sini hari ini, untuk mengawal keadaan berikutan satu tunjuk perasaan oleh kesatuan buruh yang membantah kenaikan harga minyak. Jurucakap polis Senior Komisioner Rikwanto berkata, selain memastikan tunjuk perasaan diadakan secara aman, anggota polis yang ditempatkan di situ turut bertanggungjawab menjaga keselamatan stesen-stesen minyak. Menurut Gabungan Kesatuan Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) semalam, mereka menjangkakan tunjuk perasaan yang menentang kenaikan bahan bakar itu bermula 1 April ini akan dihadiri antara 25,000 dan 30,000 orang. berita harian/- | Seorang Maut, Dua Cedera Kereta Langgar Pokok Di Lebuh Raya Posted: 21 Mar 2012 06:50 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - ALOR SETAR: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas lalu melanggar pokok jati di KM66.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah ke selatan, dekat Pendang, Rabu. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi ini menyebabkan mangsa Mohd Aizat Jamal, 20, yang memandu kereta Perodua Kancil maut di tempat kejadian akibat terpelanting keluar dari kereta dan terhumban ke dalam parit berhampiran dengan tempat kejadian. Sementara itu, dua rakan mangsa Nor Shuhada Mohamad, 22, dan Mohd Hazwan Hamzah, 19, mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. "Mayat mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga," kata Abdul Aziz ketika dihubungi di sini, Rabu. Abdul Aziz berkata dalam kejadian kemalangan berasingan kira-kira 12 tengah malam tadi, seorang anggota tentera maut setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan di Kampung Bukit Choras, Pendang. Mohd Fikri Ahmad, 25, yang cedera parah maut di tempat kejadian, katanya. - BERNAMA | Macamana Najib nak hadapi ketua-ketua puak di Kedah? Posted: 21 Mar 2012 06:40 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Panas politik PAS Kedah tiba-tiba diredakan dengan tindakan mengejut bekas pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri cabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan keluar dari Umno. Meskipun tindakan Kadir itu tiada kena mengena dengan PAS atau Pakatan Rakyat tetapi ia tetap berita yang menggembirakan kerana ia menggambarkan kepincangan dalam UMNO. Kadir bukan calang-calang orang dalam Umno, selama 56 tahun (sejak 1956) memegang jawatan dalam parti sehingga sebelum isytihar keluar parti. Mungkin hanya boleh dibilang dengan jari, pemimpin Umno yang mampu bertahan dengan jawatan dalam Umno selama itu. Beliau pernah menjadi exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya. Beliau juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk Penerangan dan Pelancongan. Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiadak kebebasan bersuara dalam parti itu. 17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir berkenaan dan akan bertindak ke atasnya. Belum pun tindakan diambil dia terlebih dahulu keluar. Berbeza dengan Dato' Dr. Hassan Ali yang keluar PAS kerana dipecat. Lazimnya orang yang dipecat lebih hilang maruah dan wibawanya berbanding orang yang tahu mencari pintu keluar sendiri. Itulah kelebihan Kadir. Dalam PRU12 lalu beliau memilih untuk mengundur dari dari bertanding secara sukarela. Itupun tindakan berwibawa juga berbanding jika dia digugurkan sebagai calon. Hakikatnya apabila beliau sudah bersara secara sukarela dari politik Pusat dan kerajaan, maka kritikannya terhadap Umno, BN dan kerajaan bukan kerana tiada tempat lagi dalam politik atau kerana mahu menyebelahi pembangkang sebaliknya segala kritikan terhadap Umno dan BN lahir dari keikhlasan hatinya yang menyaksikan sendiri kepincangan dalam parti rasuah itu selama hampir 6 dekad. Jika Dr. Hassan Ali ada JATI, maka Kadir ada AMANAH. Jika Kadir memilih untuk tidak duduk berehat di rumah di waktu bersaranya ini, maka segala maklumat dalaman Umno darinya tentulah dinanti-nantikan oleh rakyat untuk melihat dia beraksi di pentas ceramah. Ceramahnya pasti akan menghimpun ribuan manusia, lebih mendapat sambutan berbanding ceramah Hassan Ali, Ibrahim Ali dan Umi Hafilda Ali. Inilah yang sangat dirisaukan oleh Umno menjelang hampirnya pilihanraya. Datuk Seri Najib Razak dan BN pasti tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Mereka akan menggunakan apa saja cara supaya Kadir tidak bebas bersuara. Tawaran dan ugutan adalah strategi yang lumrah digunakan oleh BN, hatta ke peringkat menggunakan perkakas kerajaan sekalipun. Kadir anak Kedah. Elok juga dia mengkucarkacirkan Umno di Kedah di saat PAS belum kebah sepenuhnya dari demam. Minggu lalu ada mesyuarat Perhubungan PAS Kedah. Kononnya ada desakan supaya Pesuruhjaya Ustaz Azizan Razak menukarkan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2 yang disandang oleh Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh. Itu hanya andaian kerana tiada siapa tahu apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup melainkan mereka yang layak hadir. Yang pentingnya ialah apabila Pesuruhjaya mengumumkan selepas mesyuarat tersebut bahawa tiada rombakan untuk kedua-dua jawatan timbalan pesuruhjaya. Pesuruhjaya tidak perlu mempunyai jiwa yang terlalu besar untuk membuat keputusan tersebut kerana itu kehendak PAS Pusat yang mahu semua pihak yang dianggap berkonflik berada dalam satu saf yang mantap menjelang pilihanraya. Tindakan yang diambil oleh Ustaz Azizan dan kesediaan dua timbalannya untuk terus bersama memimpin PAS Kedah mempunyai impak positif yang sangat besar terhadap PAS di seluruh negara. Imej yang bukan sedikit tercalar tempohari kembali bersinar. Tugas penting PAS Kedah sekarang ialah menggerakkan semula jentera pilihanraya dengan kekuatan berganda setelah tergendala hampir sebulan. Sepanjang tempoh PAS alami ribut dalam cawan, BN Kedah tidaklah sekuat mana mengumpul kekuatan. Tiada manfaat yang mereka dapati dari 'konflik' PAS kerana jika PAS berkonflik di pucuk dan dahan maka BN khususnya Umno berkonflik hingga ke akar umbi. Tiga bulan menjelang pilihanraya yang dijangkakan adalah tempoh yang kritikal bagi Umno kerana sekaranglah masa kemuncak untuk melobi jadi calon. Selagi Pengerusi Perhubungan Umno tidak mengumumkan calon yang sahkan oleh Presiden parti maka selama itulah ruang dan peluang masih sama rata. Sesiapa saja yang mahu menjadi calon Umno dalam sesuatu kawasan (DUN atau Parlimen) mestilah mempunyai kekuatan sokongan hingga ke akar umbi dalam parti. Sokongan tidak boleh diraih percuma melainkan mesti dibeli. Itu budaya baru dalam Umno kini. Setiap bakal calon Umno mempunyai rangkaian penyokong Umno masing-masing. Hampir tidak ada kawasan di Kedah, dimana seorang calon payung terjun selesa untuk turun bertanding sekalipun dengan restu Presiden parti. Contohnya Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang diura-urakan akan bertanding di kampung halamannya di kawasan parlimen Pokok Sena sudah siap disediakan pagar halangan oleh orang penting Umno Bahagian Pokok Sena. Ia bukan rahsia lagi. Datuk Latt Shariman (pegawai khas Perdana Menteri) yang sudah tiga tahun memugar kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Dato' Seri Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) yang empat tahun memancing rakyat Jerai juga masih tidak selesa untuk menjadi calon BN. Masih ada tembok hadangan dari 'orang asal' bahagian. Itu cerita nama-nama besar Umno, pun sudah bermasalah. Nama-nama biasa dan kecil apatah lagi, lebih sukar untuk menempatkan diri dengan selesa sebagai calon yang mendapat sokongan padu dari semua pihak macam Umno/BN di zaman Dr. Mahathir dahulu. Semua ketua-ketua puak yang tersenarai sebagai bakal calon ini tidak akan duduk diam jika tidak terpilih sebagai calon. Pilihan yang ada bagi Umno untuk menyelesaikan masalah puak ini ialah memenuhi tuntutan alternatif ketua puak mereka setelah tidak terpilih sebagai calon. Percayalah untuk PRU13 ini Umno terpaksa menggunakan berguni-guni duit bagi mendapat kerjasama dari ketua-ketua puak dalam Umno. Duit negara boleh habis untuk membela ketua puak dalam Umno tetapi sokongan terhadap BN belum tentu diperolehi. Itu masalah besar Umno. Sekarang Najib sedang menjelajah ke seluruh negara untuk menabur duit membeli undi. Bermula dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia bernilai RM500 yang dihulurkan 54 tahun sekali, kini setiap pertemuan Najib dengan mana-mana komuniti umpannya ialah peruntukan yang bernilai berjuta-juta. Peruntukan itu duit rakyat, kempen politik BN pun semuanya dibiayai oleh duit rakyat. Apa yang disebutkan oleh Tan Sri Kadir perihal Umno yang membeli kuasa dengan wang adalah benar. Negara boleh bangkrap angkara pemimpin yang semakin hilang kewarasan menggunakan duit dari tabung khazanah negara untuk mengekalkan kekuasaan. Oleh: ZULKIFLI YAHAYA harakahdaily/- | Letupan di Kedutaan Indonesia di Paris Posted: 21 Mar 2012 06:30 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - JAKARTA — Satu kejadian letupan berlaku berhampiran Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) di Paris pada pagi semalam namun tidak ada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan. Jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia, Michael Tene berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.15 pagi waktu tempatan atau pukul 11.15 pagi waktu Indonesia Barat. "Letupan mengakibatkan kaca di bangunan KBRI Paris pecah akibat ledakan tersebut. Kerosakan turut berlaku di sekitar lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Tene berkata, kejadian itu sedang disiasat oleh pihak polis Paris bagaimanapun sehingga kini belum dapat dipastikan sasaran letupan itu. Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa telah bercakap dengan Duta Besar Indonesia di Paris dan meminta semua petugas di kedutaan itu serta warganegara Indonesia yang lainnya untuk meningkatkan kewaspadaan. KBRI Paris juga diminta untuk terus memantau keadaan warganegara Indonesia di Perancis, katanya. — BERNAMA | CAP gesa siasat projek arowana di Bukit Merah Posted: 21 Mar 2012 06:15 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Perak dan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menyiasat secara terperinci pelaksanaan projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah, daerah Kerian. Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, sejak projek itu bermula 10 tahun lalu banyak perkara berkaitan undang-undang tidak dipatuhi terutama mengenai kesan ke atas alam sekitar dan masalah kehidupan penduduk tempatan. Katanya, gesaan itu dibuat oleh CAP berikutan laporan akhbar tempatan kelmarin (BH: 21.3.2012) mengenai pemalsuan dokumen oleh seorang pengusaha projek tersebut yang juga Pengarah Urusan Bukit Merah Akuakultur yang melibatkan 36 lot tanah seluas 28.8 hektar kepunyaan 21 penduduk Kampung Selamat, Simpang Empat Semanggol. CAP, jelasnya kesal dengan kejadian itu kerana sebelum ini CAPmendapati terdapat banyak peraturan yang tidak dipatuhi para pengusaha projek ternakan ikan Arowana di kawasan tersebut tetapi tidak diberi perhatian serius dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkenaan. "Kami telah mengemukakan banyak persoalan berkaitan projek ini melalui surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan negeri Perak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini namun projek tersebut terus dilaksanakan," ujarnya dalam satu kenyataan. Selain tidak melakukan Kajian Kesan Ke Atas Alam Sekeliling (EIA) sebelum pelaksanaannya, beliau berkata tanah-tanah sawah yang terlibat dengan projek itu juga tidak ditukar status dari tanah pertanian kepada tanah industri. Malah, menrutunya lagi pada tahun lalu (2011) CAP telah menghantar surat kepada Menteri Besar Perak menggesa projek itu dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan sumber bekalan air di Tasik Bukit Merah dan mengancam kehidupan 9,000 petani serta 200,000 pengguna air. Beliau menjelaskan, air yang digunakan oleh sebuah kolam ikan Arowana seluas 0.4 hektar boleh digunakan untuk mengairi 12 hektar sawah padi. "Jika di kawasan ini terdapat 3,800 buah kolam, maka lebih banyak air yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha ikan hiasan itu. "Akibatnya petani-petani di daerah ini akan terdedah kepada masalah kekurangan bekalan air untuk tanaman padi di kawasan sawah seluas 24,000 hektar termasuk juga tanah sawah di daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang," ujarnya lagi. Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa siasatan menyeluruh dan berterusan dilakukan segera ke atas projek ini dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang terlibat dengan pelanggaran undang-undang yang ada. Justeru, katanya CAP sekali lagi meminta pihak kerajaan menutup dan membatalkan projek tersebut kerana ia bakal mengundang berbagai masalah ke atas alam sekitar dan kehidupan rakyat. "CAP percaya jika kerajaan tidak membatalkan projek ini daerah Kerian yang merupakan salah satu jelapang padi negara akan musnah dan ia boleh menggugat sektor pertanian dan sumber makanan untuk rakyat pada masa akan datang," katanya lagi. harakahdaily/- | Bayu Berusia 2 Minggu Ditemui Pintu Masuk Masjid Di Pekan Pahang Posted: 21 Mar 2012 06:00 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PEKAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini. Gambar oleh Mohd Rafi Mamat Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi. Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu. "Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," kata Khasli. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama | Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat Posted: 21 Mar 2012 05:40 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini. Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik. "Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia. "Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail. "Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu," katanya. Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion. "Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya. Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik. Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007. selangorku/- | ‘Jumpa penduduk Kuantan dulu sebelum jumpa saya’ Posted: 21 Mar 2012 05:30 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, adalah lebih penting berjumpa dengan penduduk Kuantan sebelum bertemu dengan beliau. Ini, kerana katanya para penduduk di Kuantan yang akan terjejas dan oleh itu menjadi pihak yang mempunyai kepentingan langsung yang perlu pihak Lynas berjumpa dengan mereka. "Saya tidak tahu bagaimana perjumpaan dengan Ketua Menteir Pulau Pinang dan bukan penduduk-penduduk yang terjejas boleh menjadi relevan atau penting dalam kontroversi ini," ujarnya di dalam surat terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Nick Cutris yang beralamat Level 7, 56 Pitt Street Sydney, NSW 2000, hari ini. Berikut adalah kandungan surat tersebut yang bertajuk 'Perjumpaan Dengan Ketua Menteri Pulau Pinang'. Terima kasih atas jemputan anda untuk bertemu dan membincangkan Loji Bahan-Bahan Maju Lynas di Gebeng, Pahang, yang telah dilanjutkan bagi pihak anda oleh Cik Jacey Lee daripada Ogilvy Public Relationship Worldwide melalui emel pada 5 Mac 2012. Saya telah memberi maklumbalas melalui media pada 6 Mac 2012, di mana saya telah menyatakan keputusan untuk tidak menerima jemputan anda demi kepentingan penduduk-penduduk Kuantan yang terjejas serta kebimbangan kesihatan dan keselamatan mereka akibat operasi syarikat anda dalam pemprosesan nadir bumi. Kebimbangan penduduk-penduduk mengenai sisa radioaktif atau kesan-kesan daripada loji pemprosesan belum lagi ditangani. Sebelum bertemu dengan saya, adalah lebih penting jika pihak anda melibatkan penduduk-penduduk Kuantan, kerana merekalah yang akan terjejas dan oleh itu menjadi pihak yang mempunyai kepentingan langsung. Saya tidak tahu bagaimana perjumpaan dengan Ketua Menteir Pulau Pinang dan bukan penduduk-penduduk yang terjejas boleh menjadi relevan atau penting dalam kontroversi ini. Kedua, penduduk-penduduk Kuantan tidak dapat memahami bagaimana, walaupun pelbagai kebimbangan alam sekitar telah diutarakan, Kerajaan Malaysia boleh memberi pengecualian cukai kepada syarikat anda selama 12 tahun. Tambahan pula isu-isu mengenai tempat simpanan bahan-bahan sisa radioaktif belum lagi diselesaikan. Sampai hari ini, kita belum lagi diberi kata putus sama ada sisa itu akan disimpan di kawasan tempatan atau dikembalikan kepada Australia. Sepatutnya, daripada mendapat pengecualian cukai atas keuntungan yang diperolehi, Lynas seharusnya membayar cukai yang lebih tinggi atas kepentingan alam sekitar. Sungguhpun begitu, ia harus ditegaskan bahawa tiada jumlah wang yang boleh menggantikan kesihatan kita dan anak-anak kita. Untuk sebab itu, kegagalan untuk berunding dengan pihak awam sebelum pembinaan loji dan langkah-langkah terdesak Kerajaan Malaysia untuk menutup kebimbangan awam tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan adalah amat menyedihkan. Tidak ada seorang pun yang percaya bahawa Lynas akan menghentikan pemprosesan nadir bumi apabila mereka sudah belanja sebanyak RM700 juta untuk pembinaan loji. Saya percaya bahawa soalan-soalan di atas harus dijawab terdahulu sebelum apa-apa perbincangan boleh diadakan. Lebih penting sekali, anda harus menjawab secara langsung kepada penduduk-penduduk yang terjejas. Sebagai seorang warga Australia, sudah tentu anda akan menghargai bahawa proses rundingan umum itu adalah sebahagian daripada demokrasi. Dalam semangat itu, Lynas harus mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan loji itu sekiranya mereka tidak dapat memuaskan kebimbangan teknikal dan juga keraguan penduduk-penduduk yang terjejas. Sekian, terima kasih. Yang benar, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. | QPR tumbangkan Liverpool 3-2 Posted: 21 Mar 2012 04:36 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
LONDON: Queen's Park Rangers mengulangi sejarah 20 tahun apabila berjaya menewaskan Liverpool 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris dl Stadium Loftus Road, awal pagi tadi.
Liverpool terlebih dahulu menyumbat dua gol menerusi jaringan Sebastian Coates pada minit ke-54 dan Dirk Kuyt (72). Namun semangat kental pamain tuan rumah harus dipuji yang terus mengasak pintu gol Liverpool.
Hasilnya QPR berjaya menyumbat tiga gol dalam masa 13 minit menerusi Shaun Derry (77), Djibril Cisse (86) dan Jamie Mackie (90+1).
Dengan keputusan itu Liverpool tercicir di tangga ketujuh liga manakala QPR terkeluar daripada kelompok tiga kelab tercorot. | Bayern berjaya melangkah ke akhir Piala Jerman Posted: 21 Mar 2012 04:33 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer (tengah) dikerumuni pemain pasukannya apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti pasukan Borussia Moenchengladbach dalam peringkat separuh akhir saingan Piala Jerman (DFB-Pokal), pagi ini. Keputusan Bayern berjaya melangkah ke akhir apabila menang melalui sepakan penalti 4-2 setelah terikat 0-0 di perlawanan sebenar. - Foto AP | Harga minyak cecah AS$107 setong, dijangka terus naik Posted: 21 Mar 2012 04:28 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SINGAPURA 22 Mac - Harga minyak meningkat kepada AS$107 (RM329.3) setong semalam selepas laporan menunjukkan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh diluar jangkaan, satu tanda permintaan bahan tersebut akan terus meningkat di negara ekonomi terbesar dunia itu.
Setakat awal petang, di Eropah, penanda aras minyak bagi penghantaran Mei meningkat sebanyak AS0.49 (RM1.5) kepada AS$106.56 (RM328) satu tong dalam pasaran elektronik New York Mercantile Exchange.
Kontrak itu jatuh AS$2.49 (RM7.6) untuk berada pada AS$106.07 (RM326.4) setong di New York kelmarin selepas Arab Saudi berkata ia boleh mengepam lebih banyak minyak untuk menampung mana-mana kekurangan bekalan bahan mentah itu. - AGENSI | Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula? Posted: 21 Mar 2012 04:25 PM PDT 29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan yang bergelumang rasuah berkata adalah sesuatu yang benar dan betul bila beliau menyeru rakyat memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang terbukti.Tapi yang sedihnya, beliau memerangkap dirinya dan ketidakyakinan nya bila beliau menggunakan contoh yang salah untuk menerangkan maksud kata-katanya. "PM (Najib) boleh mentadbir, dan telah membuktikan kebolehan nya," beliau dilapurkan berkata demikian kepada media kerajaan.. Jika ada seseorang yang boleh membuktikan dirinya ialah pemimpin yang tidak peka dan tanpa sebarang idea bagaimana hendak mentadbir negara,pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PM Najib Razak. Membodek
Bukan satu yang memeranjatkan bila dengan segera Rafidah menjadi sasaran kritikan beliau cuba membodek Najib. Sokongan nya mengimbas kembali kenangan tentang rekod buruk beliau sendiri, bagaimana kukuhnya akar rasuah yang membuatkan Badawai mengambil masa bertahun tahun sebelum berjaya mengenepikan beliau. Sekarang beliau cuba menumpang tuah Najib-mungkinn risaukan nasib kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipegangnya.Adakah Najib akan memberi ruang kepada beliau yang berusia hampir 70 tahun untuk mempertahankan kubu kuatnya di KK atau menjadi ketua Wanita sekali lagi? Hakikatnya Rafidah ialah 'lanun' Umno sebenar-terma yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merujuk pemimpin parti yang oportunis yang sentiasa dalam mengikis antara satu sama lain. Apapun yang beliau katakan, Rafidah sendiri digugurkan dari kabinet oleh mantan Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana desakan rakyat berkenaan cara beliau memilih menantu lelakinya untuk mendapat permit impot kenderaan motor dan juga berkenaan beberapa saham di firma tertentu. Serahkan ke tangan yang salah
Mari kita kaji apa yang Najib buat setakat ini bagi mengiyakan komen yang dibuat oleh beliau? Adakah Rafidah hanya beri komen sewenangnya tanpa berfikri dan mengambil kira semua fakta? Adakah beliau telah menjadi terlalu naif atau tidak berpijak di bumi nyata? Sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana bila seseorang pemimpin sewenangnya berpandangan sedemikian, ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada hak atau keupayaan untuk dipilih atau dilantik ke jawatan tinggi/penting. Beliau mungkin hanya akan jadi pak turut ,dan sudah tentu tidak berguna kepada rakyat Malaysia. Terbukti Najib sudah berkali kali membuat helah dan putar belit. Terbaru ialah isu-isu penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Bill Perhimpunan Aman, skim saraan baru kakitangan kerajaan dan pertukaran saham MAS-AirAsia, juga kegagalan Skim Rumah Pertama. Tahap ekonomi tiada peningkatan dan situasi sangat buruk sehingga Najib tiada ilham bila kan beliau patut mengumumkan pilihanraya umum kke 13 walaupun hanya tinggal 1 tahun sebelum tempoh penggal pemerintahan kerajaan BN tamat. "Jangan serahkan negara ke tangan yang salah kerana anda akan susah," kata Rafidah, sambil menambah bahawa jawatan PM tidak seharusnya diberikan kepada seseorang yang"hanya ingin menjadi PM,". Mulut yang celupar
Rafidah sendiri ialah tangan yang 'salah', sebagaimana yang beliau sendiri gembar gemburkan. Dan Najib sendiri sanggup bersusah payah untuk menjadi PM.Sehingga hari ni, kata-kata jelas isteri Rzak Baginda ketika kes bunuh Altantuya menjadi peringatan tentang usaha Najib dan isterinya Rosmah sanggup lakukan bagi menjamin jawatan PM. "Bukan suami saya yang ingin jadi Perdana Menteri," kata isteri Razak. Jelas,Najib ialah tangan yang 'salah' Begitu juga kuasa besar UMNO seperti Mahathir Mohamad,Abdullah Badawi,Isa Samad ,Shahrizat Jalil.Semua pemilik tangan yang salah ini ada dalam kapal lanun UMNO. Tidakkah Rafidah baca apa komen terbaru Shahrizat."Beritahu saya siapa dalam UMNO yang tiada masalah..?" apabila beliau ditanya tentang peranannya dalam kes salahguna RM250juta NFC. Sepatutnya Rafidah menutup mulutnya dan [ulangkan semuala semua harta kekayaan yang di ambil secara salah dan tidak bermoral dari orangramai. Bahan jenaka
Beliau bukan hanya menjadi bahan jenaka , malahan beliau juga menunjukkan kejahilan dalam arena antarabangsa –satu yang memeranjatkan bagi seorang yang luas pemandangan seperti beliau." Kita perlu sebuah pentadbiran yang terbukti boleh berurusan dengan isu serantau,dalam negeri dan global," tambah Rafidah lagi. Sudah la Rafidah.Takkan lah kamu tidak baca akhbar atau menonton BBC,yang dipaksa memohon maaf kepada penonton global mereka kerana usaha memalukan Najib menonjolkan publisiti media yang baik untuk dirinya. Kita kena akui Najib gagal membentuk imej baik bagi dirinya walaupun setelaah berbelanja jutaan duit rakyat untuk perunding dari UK,FBC Media. Sehingga kan Ratu England sendiri mempersendakan Najib bila Queen memakai pakain warna kuning ketika Najib melawat nya, beberapa hari selepas arahan membenteras penunjuk perasaan dalam Bersih 2.0 yang menganjur untuk pilihanraya adil dan bebas. Terlalu dangkal fikiran nya sehingga melarang pemakaian warna kuning di Malaysia untuk menakutkan rakyat dari menyokong pilihanraya adil dan bebas.Bagaimana ini boleh membuktikan Najib ialah pemimpin yang baik? Bagaiman nak buktikan Rafidah tidak berbohong bila beliau memuji Najib? Bagaimana nak buktikan beliau tiada motif disebalik komen bodeknya ini? Ucap selamat dan selamat tinggal untuk Rafidah!
Masih samar bila Rafidah berani berkata –"Malaysia ialah destinasi pilihan untuk berbagai operasi dan perniagaan terkini,jadi jika keadaan berubah-maka selamat lahkepada kamu!" Haha! Beliau tidak membaca komen sahabatnya Ng Yen Yen,menteri pelanconagn dalam akhbar bahawa sebab orang luar tidak berminat menjadikan Malaysia rumah kedua mereka ialah kerana mereka tidak melihat Malaysia sebagai aman atau stabil.Ini berlaku selepas 5 dekad pemeritahan berterusan UMNO-BN. Pada masa sekarang pelaburan terus secara langsung di Malaysia kebanyakan nya ke negeri2 Pakatan Rakyat, dan ini bukti pemerintahan yang baik. Jika Rafidah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya. Tidak cukup professional untuk mengetahui hal tersebut ,dan memilih untuk berbohong kepada rakyat,maka beliau tidak sepatutnya diberi peluang kedua oleh rakyat. Rasuah dalam apa bentuk telah berakar dalam jiwanya, dan beliau akan jadi ancaman sebaik saja beliau berkuasa semula. Lebih baik beliau ditempatkan di muzium dan baik untuk Umno membina muzium berhampiran padang dimana Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan. Dan lain-lain pemimpin UMNO yang patut menyertai beliau termasuklah Mahathir,daim,Shahrizat,Najib dan lain-lain lagi. UMNO –BN, dengan semua skandal dan salah urus termasuk lebih RM1 trillion yang mengalir keluar negara secara haram, peningkatan hutang negara RM450 billion,tidak layak untuk menjadi sebuah kerajaan. Malaysia Chronicle | |
DPP PADANG TERAP Posted: 21 Mar 2012 09:15 PM PDT Rogol: Perlu penyelesaian cara Islam Posted: 21 Mar 2012 12:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkodkan di seluruh negara bagi tahun 2003 hingga 2011. Demikian dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara bertulis kepada soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) di Dewan Rakyat. Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301). Mengulas statistik tersebut, Nasir berkata, melihat kepada jumlah kes yang semakin meningkat dari setahun ke setahun, ternyata umat Islam memerlukan undang-undang yang lebih berkesan bangi menanganinya. Maka katanya, sangat wajar jika undang-undang syariah dilaksanakan kerana ianya bukan sahaja sekadar untuk menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi untuk mendidik dan mencegah mereka dan masyarakat daripada melakukan jenayah. "Tahun lalu saya ada mengemukakan soalan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman tentang memperkasakan undang-undang jenayah Islam apabila statistik jenayah pada 2008 adalah sebanyak 211 kes. "Tapi beliau hanya menjawab kerajaan akan mengekalkan undang-undang yang sedia ada," katanya.
Hazayani Zakaria, | 20 Mac 2012 |
| |
PAS Negeri Sembilan Posted: 21 Mar 2012 09:15 PM PDT Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012 Posted: 21 Mar 2012 02:24 AM PDT CERAMAH DAN DIALOG Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Bt 3 1/4 , Jln Tampin-Gemas, Tampin Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS Siti Aisyah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi PKR Semua dijemput hadir | Ceramah Umum 25 Mac 2012 di DUN Ampangan, N.Sembilan Posted: 21 Mar 2012 02:13 AM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Markas PKR, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban Bersama : ~ YB Fuziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan / Naib Presiden PKR ~ YB Ahmad Kassim , Ahli Parlimen Kuala Kedah / MPP ~ Dr Mohamad Rafie Ab Malek , Penyelaras DUN Ampangan / MPP Semua dijemput hadir | |
PAS Kawasan Miri Posted: 21 Mar 2012 07:33 PM PDT Baitulmal Sarawak Mewah Tapi Rakyat Masih Miskin!!! Posted: 21 Mar 2012 06:06 AM PDT Baitulmal Sarawak Kurang Perihatin
Tabung Baitulmal Sarawak yang telah ditubuh sejak suku dekad yang lalu adalah merupakan sebuah badan yang diberi tanggungjawab oleh umat Islam di negeri Sarawak untuk menyediakan kemudahan mengutip, mengagih dan mentadbir tiga jenis dana iaitu, Dana Zakat, Dana Wakaf dan Dana Baitulmal. Tabung ini adalah dibawah kuasa Majlis Islam Sarawak dan merupakan wakil yang bertanggungjawab di dalam pengurusan zakat. Menariknya Tabung Baitulmal Sarawak adalah sebuah badan yang mengamalkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan serta mempunyai Visi, Misi dan Objektif untuk memastikan sumber zakat yang dikutip itu juga diagihkan dengan cepat dan berkesan. "VISI: MENJADI SEBUAH ORGANISASI ISLAM YANG DINAMIK DAN PEMBELA KEPADA UMAT MANUSIA KHUSUSNYA MASYARAKAT ISLAM SARAWAK". Untuk mencapai Visi dan Misi organisasi, badan ini menubuhkan 9 tatacara Piagam Pelanggan untuk dijadikan sebagai piawai dalaman untuk memastikan amanah dan tanggungjawab dilaksanakan dengan mesra, telus, adil dan saksama. Di samping itu, badan ini terus melangkah maju ke hadapan dengan mengadaptasi kaedah gaya kerja yang diamalkan oleh negara Jepun iaitu 5S, Seiri (Sisih), Seiton(susun), Seiso(sapu), Seiketsu(seragam) dan Shitsuke(sentiasa amalkan). Tujuan penggunaan 5S oleh badan ini untuk meningkatkan produktiviti organisasi dari segi proses kerja penyimpanan dan penggunaan kesemua barangan pejabat dan pengamalan persekitaran yang bersih untuk menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan. Pengurusan yang cekap telah terbukti apabila baru-baru ini Baitulmal menggondol anugerah Anugerah Innovasi Pengurusan Kewangan 2010 Peringkat Kebangsaan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada sebuah badan yang tidak dapat dinafikan kecekapan dari segi pengurusan kewangan. Namun, persoalan di sini tercapaikah Visi dan Misi tabung ini? Melalui Dana Zakat, pihak Baitulmal telah mengagihkan beberapa bantuan kepada masyarakat seperti Bantuan Rawatan/Perubatan dan Pembedahan kepada pesakit, bantuan untuk musafir yang terkandas dari dalam dan luar negeri, bantuan fardhu kifayah, bantuan sara hidup fakir miskin, bantuan kecemasan bencana alam, bantuan bagi Asnaf Al-Gharimin (menyelesaikan hutang) dan bantuan Am bagi Asnaf Muallaf. Secara amnya, pelbagai bantuan yang disenaraikan oleh pihak Baitulmal kepada masyarakat. Bagaimanakah sistem ini dilaksanakan? Sejauh manakah keberkesanan wang agihan Dana Zakat sampai dengan cepat, tepat dan berkesan kepada Fakir Miskin, Bencana Alam, Muallaf, Pesakit yang memerlukan, penyelesaian hutang dan bentuk kewajipan yang lain oleh tabung ini. Tabung ini merupakan wakil zakat kepada Majlis Islam Sarawak dan sumber kutipan diperolehi secara langsung oleh umat Islam di negeri Sarawak maka sudah pastinya pemberi zakat adalah pemegang saham kepada Dana tersebut. Di dalam sesebuah organisasi, pemegang saham yakni Pemberi Zakat memberi tanggungjawab dan amanah kepada Tabung untuk mengagihkan kepada yang benar-benar layak dengan cepat, tepat dan berkesan. Sekiranya dana tersebut tidak sampai kepada yang memerlukan, natijahnya, pemegang saham dana atau pemberi Zakat tidak akan berpuas hati kerana badan yang dilantik untuk mengurus tidak memenuhi impian si pemberi Zakat, contohnya dalam isu bencana alam seperti banjir dan kebakaran. Laporan yang kami terima di sekitar Kuching, orang ramai mendapat bantuan kewangan, keperluan beras dan keusi roda dari Persatuan Buddha. Kami ucapkan terima kasih kepada Persatuan Buddha atas keprihatinan kemanusiaan yang dipamerkan cemerlang oleh persatuan tersebut. Bagaimana pula peranan oleh Tabung Baitulmal Sarawak dalam isu ini. Si pemberi Zakat bercita-cita supaya wang yang dizakat dapat disalurkan secara cepat, tepat dan berkesan kepada yang sangat memerlukan. Sudah tercapaikah impian si pemberi zakat? Selain itu, laporan yang kami terima ketika berlakunya bencana dan musibah seperti banjir dan kebakaran, yang datang lebih awal ke tempat kejadian ialah dari Persatuan Buddha. Seterusnya ialah isu berhubung dengan pengisian borang yang menyusahkan si fakir dan si miskin. Sejajar dengan perkembangan teknologi moden seperti Internet, borang-borang boleh didapati secara 'online' atas talian, tidak memerlukan si fakir dan si miskin untuk pergi ke pejabat Tabung Baitulmal. Sudahlah tidak mampu dari segi kewangan, apatah lagi memiliki alat moden dan mempunyai cukup wang untuk akses ke internet. Kalau si fakir dan si miskin sudah memiliki sumber, kemahiran dan fasiliti tersebut, sudah tentu mereka tidak perlu menagih simpati dari pihak Tabung untuk menghulurkan wang kepada mereka. Sudah tercapaikan impian si pemberi Zakat? Baru-baru ini juga pihak kami telah menghubungi Mufti Perlis untuk mendapat kepastian dari segi syariah berkenaan pembahagian Asnaf. Asnaf ialah lapan golongan yang layak menerima agihan zakat iaitu Kaum Fakir, Kaum Miskin, Para Pengurus, Muallaf, Hamba-Hamba yang hendak dimerdekakan, orang-orang yang terlilit hutang, di jalan Allah dan orang yang kehabisan perbekalan di perjalanan. Seperti Firman Allah yang bermaksud:-'Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60). Berdasarkan Ibnu Katsir, kaum fakir didahulukan dari golongan lain dalam ayat ini sebab mereka lah orang yang sangat-sangat memerlukan bantuan jika dibanding dengan golongan yang lain. Kenapakah golongan fakir sangat diutamakan? Pertama, ahli tafsir berpendapat orang fakir tidak mahu meminta-minta sedangkan orang miskin adalah orang yang meminta-minta dan berkeliling mengikuti manusia. Kedua, orang fakir adalah orang yang memiliki penyakit bertahun lama sedangkan orang miskin ialah orang yang memerlukan sedangkan fizikalnya sihat belaka. Mengikut pendapat Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya, setiap asnaf dibahagikan kepada 25%. Dari tinjaun kami, asnaf amil boleh dianggarkan melebihi 40%, sila lihat gambar bangunan baitulmal. Amil zakat juga dilihat terlalu mewah dengan kereta mewah, bukanlah satu kesalahan untuk memiliki kereta mewah untuk individu, tetapi agak janggal dan tidak rasional jika kereta dan fasiliti mewah bersumberkan dari Dana Zakat itu sendiri kerana asnaf manakah yang lebih diutamakan dalam pembahagian zakat mengikut ayat 60, surah Taubah di atas. Sudah tercapaikah impian si pemberi Zakat? Daripada hasil tinjauan kami, pihak Tabung Baitulmal tidak memilliki Panel Shariah untuk mengesahkan dan mengakreditasi tatacara perlaksanaan penyaluran wang zakat secara terus, cepat, tepat dan berkesan terutamanya kepada golongan yang diutamakan dalam ayat 60 Surah Taubah, iaitu golongan Fakir dan miskin. Sekiranya, proses kerja dan tatacara pengagihan itu jelas (transparent) dan dipaparkan (dislosure) secara terbuka dan diakreditasi oleh Panel Shariah, insyaAllah ketelusan dan integriti menguruskan wang zakat akan datang secara luhur dan ikhlas mengikut lunas dan keutamaan golongan yang diutamakan dalam ayat al-quran yang dibincangkan tadi. Salah satu dari sembilan piagam pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak ialah "Prihatin terhadap isu dan masalah yang dihadapi pelanggan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan cepat, tepat dan berkesan." Piagam ini mestilah mengutamakan golongan yang diutamakan, bukanlah mengutamakan golongan yang tidak diutamakan kerana kegagalan mengikuti lunas syariah menimbulkan ketidakcekapan seperti wang zakat tidak diagihkan pada tahun tersebut juga dan akses menggunakan teknologi Internet menyusahkan golongan fakir dan miskin. Peranan Baitulmal Sarawak Kurang Berkesan
Dari tinjauan dan maklumat yang kami terima, Baitulmal Sarawak kurang memberi perhatian kepada 8 golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan sehingga ada diantara mereka ini tidak tahu akan keujudan dan fungsi Baitulmal yang ada sekarang. Disebabkan kurang promosi dan juga penerangan maka golongan sasaran ini jarang mendapat bantuan seperti yang sepatutnya. Sekiranya Baitulmal Sarawak benar-benar perihatin terhadap 8 golongan asnaf ini sudah pasti kita akan melihat kadar kemiskinan dikalangan umat Islam di Sarawak pasti menurun walaupun peranan ini sepatutnya dilakukan oleh pihak pemerintah. Kutipan hasil zakat daripada umat Islam mampu untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan umat Islam di Sarawak sekiranya Kerajaan menggalakkan umat Islam supaya memotong gaji bulanan mereka untuk pembayaran zakat disamping pembayaran cukai hasil pendapatan. Kita sering mendengar rintihan penduduk Islam yang mengatakan susah sangat berurusan dengan Baitulmal Sarawak terutama sekali fakir miskin yang kurang pengetahuan atau tidak terdedah dengan maklumat tentang keujudan Baitulmal di Sarawak. Apabila mereka memohon bantuan kebajikan, mereka perlu mengisi borang tertentu yang agak sulit terutama sekali kepada golongan buta huruf dan mereka yang sangat daif dimana kadang-kadang mereka ini tidak mempunyai dokumen yang diminta oleh pihak Baitulmal untuk dipenuhi. Sekiranya mereka gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang ketat tersebut akhirnya pemohonan mereka tergantung atau ditolak dengan alasan tidak memenuhi syarat. Perkara semacam ini sepatutnya dikaji semula sebab bukan semua golongan fakir miskin mempunyai pelajaran atau ilmu pengetahuan tentang syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak Baitulmal sehingga menyulitkan mereka untuk mendapat bantuan kebajikan. Sepatutnya pihak Baitulmal kena selalu turun padang berjumpa, membantu dan memberi penerangan kepada 8 golongan asnaf ini supaya mereka ini faham tujuan dan matlamat Baitulmal. Mungkin Baitulmal akan memberi alasan yang mereka tidak mempunyai cukup tenaga kerja untuk menjalankan semua tugas tersebut, maka mereka tidak dapat turun padang menemui semua 8 golongan asnaf ini dari mendapat bantuan yang sewajarnya sekiranya mereka tidak mendapat sebarang laporan atau aduan dari orang ramai. Wang hasil pembayar zakat sepatutnya digunakan semaksima mungkin supaya segala amal jariah mereka yang membayar zakat tersebut dapat digunakan sepenuhnya kepada golongan sasaran. Kalau persatuan bukan Islam dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan dalam soal kebajikan, Baitulmal Sarawak sepatutnya lebih baik lagi dalam soal kebajikan kerana agama Islam sendiri pun menyeru agar umatnya sentiasa memberi bantuan kepada fakir miskin dan mereka yang amat memerlukan bantuan. Beberapa persoalan yang sering timbul dikalangan umat Islam tentang pengurusan dalam pengagihan wang zakat terhadap 8 golongan asnaf yang tidak begitu telus. Begitu juga dengan wang zakat yang digunakan untuk tujuan pembinaan bangunan Baitulmal dan kita juga ada mendengar wang zakat digunakan untuk meraikan pemimpin tertentu dalam sesuatu majlis. Adakah perkara ini dibenarkan oleh hukum syarak atau sebaliknya? Pihak pengurusan Baitulmal perlu telus dalam hal ini agar wang pembayar zakat dapat digunakan dengan sebaik mungkin seperti mana yang dituntut oleh syarak. Masih ramai lagi pembayar zakat yang belum tahu atau tertanya-tanya kemana perginya hasil wang zakat mereka sumbangkan kepada Baitulmal. Adakah wang zakat tersebut sampai kepada golongan sasaran atau digunakan untuk tujuan lain?. Wang zakat yang disumbangkan oleh orang ramai tersebut jangan hanya digunakan untuk keperluan pejabat atau membina bangunan Baitulmal semata-mata tetapi perlu diberi keutamaan kepada golongan sasaran. Dimana matlamat utama dan tujuan asalnya Tabung Baitulmal adalah digunakan untuk membantu 8 golongan asnaf. Persoalan inilah yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh pihak Baitulmal kepada pembayar zakat dan juga mereka yang memotong gaji bulanan. Mereka berhak untuk mendapat penjelasan tentang hasil wang zakat tersebut digunakan. Kita juga mencadangkan agar Baitulmal Sarawak dapat memberi bantuan sepenuhnya kepada pelajar Islam miskin dan yang kurang berkemampuan tetapi cemerlang dalam pelajaran. Pelajar Islam yang cemerlang dalam pelajaran ini mesti diberi didikan agama yang cukupnya supaya mereka ini nanti akan jadi asset yang akan menjanakan ekonomi umat Islam di Sarawak suatu masa nanti. VISI Baitulmal Sarawak untuk menjadikan sebuah organisasi Islam yang dinamik dan pembela umat manusia khususnya masyarakat Islam Sarawak hendaklah dilaksanakan dengan berpandukan Al Quran dan Hadis bukannya mengikut telunjuk golongan tertentu yang mempunyai kepentingan sehingga fungsi sebenar dan tujuan asal Baitulmal Sarawak ditubuhkan tercemar akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan kepentingan umat Islam. Mungkin pihak Baitulmal Sarawak boleh mengkaji semula cara-cara terbaik membantu dan meringankan nasib golongan fakir miskin yang Islam dan bukan Islam dimana mereka juga perlu diberi bantuan sama seperti fakir miskin yang beragama Islam agar mereka yang bukan Islam akan melihat betapa indahnya dan adilnya Islam untuk semua golongan tanpa mengira golongan bangsa, agama dan fahaman politik. Kita harap pihak Baitulmal dapat menerima cadangan dan pandangan ini dengan hati terbuka demi kebaikan umat Islam dan juga mereka yang amat memerlukan bantuan kebajikan agar mereka tidak hidup melarat dan terpinggir dari arus pembangunan. Semoga usaha Baitulmal Sarawak untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sarawak berjaya tanpa mengira bangsa dan fahaman politik. Jofri Jaraiee PAS Miri, SARAWAK
English version The role of Sarawak Baitulmal Less Effective From the surveys and the information we receive, Baitulmal Sarawak lack focus on eight of the recipients in need of help until some of them are not aware of the existence and the functions of the current Baitulmal. Due to the lack of promotional and information, then this target group rarely get help as they should. If Baitulmal Sarawak really cares for eight of the recipients, I'm sure we will see the rate of poverty among Muslims in Sarawak will decrease even though this role should be done by the government. Revenue collection of zakat from the Muslim ummah is able to reduce the poverty rate among Muslims in Sarawak if the Government is encouraging the Muslims to deduct their monthly salary to pay Zakat as well as income tax payments. We often hear the grievances of Muslims who say very difficult to deal with Baitulmal Sarawak, especially the poor who lack of knowledge or are not exposed to information about the existence of the Baitulmal in the State. When they apply for welfare assistance, they need to fill in relevant form that rather difficult especially to the illiterate and those who are very poor, which sometimes they do not have the documents requested by the the Baitulmal to be met. If they fail to meet the stringent conditions that finally their application suspended or rejected with reason are not eligible. Things like this should be reviewed because not all the poor have education or knowledge about conditions that required by the Baitulmal until make it difficult to get welfare assistance. The Baitulmal should be always on the field to meet, assist and provide information for the eight recipients of this group so that they understand the purpose and the goals of the Baitulmal. Perhaps the Baitulmal will say, they do not have enough manpower to carry out all these duties, and then they cannot go into the field to meet all of the eight recipients from getting the necessary assistance if they do not have any reports or complaints from the public. Zakat payer's money should be used by the maximum possible, so that all the good deeds of the people who pay zakat to be fully utilized to target group. If non-Muslim societies can play their role in welfare, Baitulmal Sarawak should be better in terms of welfare, because Islam itself was called for his followers always provide assistance to the deprived and those who are really need assistance. There a few questions that often arise among the Muslims about the management of the distribution of zakat money to the eight recipients that are not transparent. Similarly, the zakat money used for construction of Baitulmal building and we also heard the zakat money is used to celebrate a particular leader in an event. Is this allowed by Islamic law, or vice versa? The Baitulmal management should be transparent in this case, so that the zakat payers money could be used as best as possible as required by the Islamic law. There are still many zakat payers do not know or wondering where goes the results of their zakat funds contributed to the treasury. Does the zakat money reach the target group or used for other purposes? Zakat funds contributed by the public are not only used for office or treasury building alone but should be given priority to the target group. Where the main objectives and the purpose of the Baitulmal fund was originally used to help the 8 recipients. This question should be answered and explained by the treasury to zakat payers and those who deduct their monthly salary. They have the right to seek clarification of the outcome of zakat funds being used. We also propose that the Baitulmal Sarawak can provide full support to the poor Muslim students and the less fortunate, but brilliant in their studies. Muslim students who excel in these subjects must be given an adequate religious education so that they later would become assets, which one day will generate economies of the Muslims in Sarawak. VISION of the Baitulmal Sarawak to make a dynamic Islamic organizations and defenders of human beings particularly the Muslim community of Sarawak should be implemented based on the Quran and the Hadith rather than following the dictates of the certain groups who have an interest until the actual function and the original purpose of Baitulmal Sarawak formed was contaminated as a result of their irresponsible actions and abusing of the Muslims interests. Maybe the Baitulmal Sarawak can review the best ways to helps and alleviate the plight of the poor Muslims and non-Muslims, where they also should be given assistance as poor Muslims and non-Muslims so that they will see how marvelous and fairness of Islam for all the people regardless of race, religion and political belief. We hope that the Baitulmal can accept the comments and suggestions with an open heart for the good of Muslims and also those who are in dire need of welfare assistance so that they do not live impoverished and marginalized from the mainstream development. We hope that the Baitulmal Sarawak to reduce poverty in Sarawak will succeed regardless of race or political affiliation. Yours faithfully Jofri Jaraiee PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 21 Mar 2012 03:48 PM PDT MUNGKIN INI ISTERI KE-3 USTAZ AZHAR!!! Posted: 20 Mar 2012 11:11 PM PDT Biodata Ustaz Azhar Idrus BIODATA LENGKAP USTAZ AZHAR IDRUS Nama Penuh: Ustaz Azhar Idrus Tarikh Lahir: 12 Februari 1964 Umur: 48 Tahun Asal: Kuala Terengganu, Terengganu. Kerjaya: Pendakwah & Penceramah Bebas Latar Belakang Pendidikan: Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah. Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2) Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6) Pengalaman Mengajar: Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. Hobi: Fotografi Isteri: Rogayah Binti Sulung (42), Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (26) Anak: Nur Madihah Asyiqin (20), Nur Farhah (19), Mohd Faqihuddin (18), Mohd Zuhaili (16), Ikhwan Najmi (14), Khairul Mukmin (7), Rasydan (6). mungkin yang berjubah putih ini???
bukan jubah putih nie... nie CEO Proton Holdings Sorry BOH.... Jangan lupa kuliah Ustaz di Masjid Cheras and KLIA Sabtu Ahad ini.... | REMAJA 'DIROGOL' SEBULAN LALU DI SHOPPING COMPLEX BUAT REPOT SEMALAM Posted: 20 Mar 2012 09:02 PM PDT Seorang remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, gadis tersebut membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama. Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol. Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. .... pelik bin ajaib... camne berlaku rogol ditangga shopping complex ... takkan takde orang dengar jeritan??... mesti kes rogol suka same suka.... bila Pak Guard tue nak putuskan cinta baru report polis kate dirogol... *gambar hiasan. | SARAWAK BUKAN FIXED DEPOSIT TAPI TALIAN HIDUP BN Posted: 20 Mar 2012 08:43 PM PDT Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik jika PRU 13 ini diadakan selepas perayaan Kaamatan dan Gawai yang akan jatuh pada 30-31 Mei dan 1 Jun. Beliau menambah, "Jika Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional, janganlah adakan pilihan raya ketika itu kerana ramai yang mungkin tidak dapat mengundi. "Sekiranya pilihan raya diadakan jauh kemudian, kesannya sudah hilang kerana kesan BR1M hanya mempunyai jangka hayat tiga bulan saja.. ..... hanya Rosmah yang tahu rahsia luar dalam Pok Jib... | SAPA2 NAK BUAT KENDURI... HATI-HATI MUNGKIN TIME TU PRU13 Posted: 20 Mar 2012 05:18 PM PDT Najib Altantuyya terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan sama ada cuti sekolah bulan Jun atau selepas itu menjadikan negara dalam keadaan caca merba.. rakyat dlm keadaan bingung... Bayangkan rakyat yang sudah merancang sekian lama dengan jadual mereka yang pelbagai itu, seperti mengadakan kenduri kahwin pasti jemputan akan kurang atau kenduri sendiri terpaksa ditukar dengan bertukarnya kad jemputan kahwin ataupun tarikh akad nikah itu sendiri dipinda memandangkan Tok Kadi terpaksa menjadi PACA semasa PRU nanti. Manakala yang telah menempah tiket penerbangan menunaikan umrah atau haji, atau bercuti didalam negara atau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, perniagaan dan lain-lain lagi, tiba-tiba terpaksa membatalkannya saat akhir untuk menyertai pilihanraya di negara ini.... segala tempahan mungkin dibatalkan!!! Berapa kos kerugian rakyat yang terpaksa membatalkan segala aktiviti mereka kerana pilihanraya mengejut. Najib tidak sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai jadual hidup mereka sendiri. Kehidupan rakyat bukan seperti kehidupan Perdana Menteri yang serba serbi diuruskan oleh pembantu-pembantu beliau. Rakyat tidak boleh hanya tunggu di depan kaca TV menanti tarikh pembubaran parlimen untuk mengisi jadual mereka. Mereka ada keluarga, ada kehidupan, ada kerjaya, peniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi. Tidakkah dengan merahsiakan tarikh pilihanraya menjadikan negara dalam keadaan caca merba. Jadual hidup rakyat akan bercempera dengan sikap beliau begitu bodoh. | Calon Datuk Bandar London Berjanji Menjadikan London Mercu Tanda Islam Posted: 20 Mar 2012 03:12 PM PDT Jika sumpah untuk menjadikan bandar sebagai panduan Islam yang dinyatakan oleh pegawai-pegawai calon Islam tidak mungkin memeranjatkan, tetapi kali ini ia adalah diucapkan oleh calon Kristian dari Datuk Bandar London Buruh, Ken Livingstone berikrar untuk menjadikan London ke beaconIslam dan mendidik warga London tentang agama Islam "Hal ini akan membantu bandar kami sebagai rambu yang mempertujukkan makna dari kata-kata Nabi Muhammad," kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yang dikutip oleh Daily Telegraph pada hari Isnin lalu (19/3/2012). Livingstone juga berjanji untuk "mendidik masyarakat London" tentang Islam. Kenyataan Livingstone dikeluarkan pada ketika solat Jumaat di Pusat Masjid Central di London Utara, juga dikenali sebagai Masjid Finsbury Park, yang ditetapkan oleh Persatuan Muslim Inggeris. Livingstone terkenal atas sokongan yang kuat terhadap minoriti Muslim serta menentang kempen Islamophobia. Dia pernah mendapatkan serangan sengit dari sayap kanan pada tahun 2004 kerana mengundang Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, presiden persatuan Cendekiawan Muslim, pada sebuah persidangan pro-hijab. Livingstone sering muncul di acara-acara seperti IslamExpo, yang menarik puluhan ribu orang setiap tahun. Dia mengatakan bahawa akan berusaha untuk mendidik warga London tentang tradisi-tradisi Nabi Muhammad. "Saya ingin menghabiskan empat tahun ke depan memastikan bahawa setiap non-Muslim di London mengetahui dan memahami kata-kata dan mesej (Nabi Muhammad)," katanya kepada jemaah di masjid, dikutip Onislam. Livingstone bahkan mengetahui betul pesan Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wa salam pada khutbah terkini yang ia fahami sebagai "agenda untuk seluruh umat manusia."
Muslim di Inggeris jumlahnya semakin meningkat, terkhusus di London. Ini terlihat dari jumlah kaum Muslimin yang melaksanan solat berjemaah - terutama hari Jumaat - hingga membludak ke jalan-jalan kota London kerana Masjid yang ada sudah tidak dapat menampung jumlah jemaah yang sangat banyak. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 21 Mar 2012 01:45 PM PDT Sokong Debat KM Melaka dengan Pesuruhjaya PAS Posted: 21 Mar 2012 01:43 AM PDT
Jika diperhatikan, sudah tiba masanya untuk PAS dengan UMNO berdebat. Kita tahu setiap kali mengadakan ceramah di sekitar Parlimen Bukit Katil, ada sahaja pengacau yang cuba mengganggu ketenteraman awam dengan mengadakan ceramah di sebelah pihak PAS. Adakah ini debat yang sering dilaungkan oleh Ketua Menteri Melaka dengan mengganggu ceramah pihak PAS?
Sungguh dangkal jika beranggapan demikian. Sekiranya Ketua Menteri Melaka seorang yang berani, sahutlah hujah debat bersama Pesuruhjaya PAS Melaka. Jangan diberi seribu alasan untuk tidak berdebat. Mereka yang yang petah bercakap dengan mengganggu ceramah PAS, diseru untuk berlawan di medan 'face to face'. Jika seruan debat ini disambut, maka Ketua Menteri Melaka memang lelaki sejati jika dibandingkan dengan bosnya di Putrajaya.
Debat yang kita mahukan itu bukan untuk melihat siapa menang dan siapa kalah. Cuma kita ingin melihat bagaimana hujah dan jawapan Ketua Menteri Melaka apabila berdepan dengan Pesuruhjaya PAS Melaka. Jangan takut sebelum berjuang dan jangan hebat berkokok dalam menafikan sebarang sahutan debat ini. Debat juga akan melahirkan cara seorangan pemimpin berhujah dan menonjolkan diri dalam berdepan dengan pelbagai soalan.
Ketua Menteri tidak perlu takut kerana kita tidak ada pemenangnya dan tidak juga ada siapa yang tewas. Harapan golongan muda adalah ingin melihat dua watak besar dalam arena politik Melaka iaitu PAS dan UMNO dalam berhujah. Debat bukan medan mencari kelemahan atau menjatuhkan maruah sebaliknya mengasah bakat dalam berhujah.
Cuma dari pihak kami menunggu jawapan daripada Ketua Menteri untuk menerima debat ini memandangkan Pesuruhjaya PAS Melaka telah bersetuju seperti kenyataan di dalam blognya. Ayuh anak jantan berkokok dihadapan orang ramai dan jangan menyalak di dalam pagar yang tertutup. Bertempurlah di atas medan yang satu dan bukannya mengganggu ceramah orang lain. | |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 21 Mar 2012 01:23 PM PDT Penyampaian khemah untuk setiap kampung Posted: 20 Mar 2012 08:51 PM PDT
Aktiviti komuniti wajar disokongkerana ia medium perpaduan. Walaupun sumbangan ini kecil, namun saya berharapprogram di peringkat kampung dapat berjalan lancar.PKWR menyumbangkan sebuahkhemah untuk setiap Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) dalam kawasan DUNTanjung Dawai. Saya juga berharap agar setiap kampung memanfaatkan khemah yangdiberikan untuk giat dan terus melakukan aktiviti kemasyarakatan agar ikatanukhuwah sesame manusia akan terus erat dan kukuh. | Bantuan Kelengkapan Nelayan Posted: 20 Mar 2012 08:49 PM PDT
Para nelayan dalam kawasan DUNTanjung Dawai sememangnya sering melakukan aktiviti tangkapan hasil laut secarakecil-kecilan. Saya bersama PKWR DUN Tanjung Dawai merasakan satu keseronokanapabila para nelayan menerima sumbangan tangkul ketan dan bubu. Saya seringmengingatkan masyarakat bahawa segala wang dan sumbangan yang mereka terimasebenarnya adalah wang mereka sendiri. Saya akui bahawa sumbangan tangkul ketamdan bubu ini tidaklah mewah namun saya yakin ia memeberi semangat untuk paranelayan terus berusaha. Hendak Berjaya, kita beri joran, jangan beri ikannyakerana usaha itu tangga kejayaan. | Sukan Teras Perpaduan Posted: 20 Mar 2012 08:46 PM PDT
Sukan TerasPerpaduan. Hakikatnya, sukan menjadi salah satu elemen dalam memupuk perpaduandalam kalangan masyarakat dan mendidik agar menjadi warga yang cintakan riadah.Oleh itu, saya merasakan peruntukan yang ada wajar disalurkan kepada golonganbelia. Banyak pasukan bola sepak menerima sumbangan jersi pasukan dan bolasepak sebagai satu suntikan agar anak-anak muda beriadah dan bersemangat untukbersukan, selain itu, perlatan sukan lain turut diberikan seperti takraw,badminton, muay thai dan lain- lain. Saya cukup gembira pabila pihak sayamenganjurkan pelbagai aktiviti sukan sebagai salah satu medium menyatupadukanrakyat. PKWR menganjurkan kejohanan bola sepak, pertandingan wau, pertandingansepak raga tuju, Mini motor cross belia sejahtera dan pelbagai lagi kejohanansukan. Harapan semoga dengan penganjuran kejohanan dan pemberian peralatan inimampu mencungkil bakat-bakat muda ke arah mencipta kegemilangan.
| Program Santapan Mahabbah dan Mini Motor Cross Sejahtera Posted: 20 Mar 2012 08:44 PM PDT
Tanggal 2 Disember 2011 telah berlangsungnya Program SantapanMahabbah Di Pekan Tanjung Dawai. Program ini dianjurkan oleh Pusat KhidmatWakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai bersama Persatuan Anak-Anak KelantanPerantauan (PERAKAN). Program yang bertujuan untuk meraikan anak-anak Kelantanyang menetap di Tanjung Dawai dam masyarakat setempat amnya turut menganjurkanbeberapa pengisian antaranya Pamearan oleh PKWR dan agensi kerajaan,pemeriksaan kesihatan percuma, jamuan rakyat dan pertunjukan silat. Serentakdengan itu, Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK) telah menjayakan Mini Motor CrossBelia Sejahtera yang menghimpunkan penunggang-penunggang handalan seluruh zonutara. Lebih membanggakan, masyarakat setempat dan peserta inginkan programMini Motor Belia Sejahtera dianjurkan lagi kerana sambutan yang amatmenggalakkan. Kemuncak program ialah Persembahan Dikir Barat Sri Manjongbersama Jen Endoro dan ceramah motivasi oleh Saudara Bob Lokman. | |
PAS KAWASAN PENGKALAN HULU Posted: 21 Mar 2012 11:45 AM PDT Penyerahan papan tanda PAS Cawangan Kuak Hulu Posted: 21 Mar 2012 09:12 AM PDT Bekas calon D.U.N. Pengkalan Hulu Lee Sing Long menyerahkan papan tanda PAS Cawangan Kuak Hulu, bendera bercantum 3 parti & 1 helai bendera besar PAS kpd Pemuda PAS Kuak Hulu pada 18-3-2012 jam 3 ptg. | Konvoi Pemuda PAS Kuak Hulu Posted: 21 Mar 2012 09:11 AM PDT Konvoi Pemuda PAS Kuak Hulu bertolak dari Kuak Hulu ke Karangan, Kedah untuk menghadiri Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus pada 18-3-2012 jam 3ptg. | |
Dupahang's Weblog Posted: 21 Mar 2012 11:33 AM PDT Kisah Wanita Kristen Berjilbab yang Berbicara Tentang Islam Posted: 20 Mar 2012 06:04 PM PDT Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan mengenakan jilbab apalagi berbicara tentang Islam, berbeda 180 derajat dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristen namun lebih suka mengenakan jilbab dan berani berbicara tentang Islam. Terlepas dari [...] | Boikot PSC tepat – PAS Indera Mahkota Posted: 20 Mar 2012 05:49 PM PDT KUANTAN: PAS Kawasan Indera Mahkota menganggap tindakan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot dan tidak menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas adalah tepat kerana tidak mempunyai apa-apa kuasa. Yang Dipertuanya Nasrun Amir Abdullah berkata, lagipun badan tersebut hanya bersifat pelapor dan ditubuhkan sebagai gimik bagi mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya akan [...] | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 21 Mar 2012 09:48 AM PDT Biasakan Dalam Keadaan Suci Posted: 20 Mar 2012 07:03 PM PDT Kenapa kita diajak untuk senantiasa dalam keadaan suci, dimanapun kita berada dan kapanpun. memang dalam keseharian kita hanya bersuci ketika akan melaksanakan ibadah saja, seperti sholat, membaca al qu'ran, puasa dan dzikir. kita hanya membersihkan diri ini ketika akan menghadap kepada sang illahi, Allah swt. tetapi taukah kita, bahwa maut, ajal dan kematian tidak ada yang tahu, tidak ada yang bisa menebak, datang tak diundang dan pergi membawa nyawa kita. untuk itulah ayo selagi kita masih mampu, bersihkan diri kita, sucikan tubuh kita sucikan hati kita dari segala kotoran yang masih menempel dalam tubuh kita ini.
hal lain yang terpenting dari membersihkan diri dan bersuci ini adalah kondisi dimana setan dan jin akan lebih mudah masuk kedalam tubuh kita ketika kita dalam keadaan tidak bersih alias kotor. godaan demi godaan, rayuan demi rayuan akan semakin menjepit kita dan menjadikan kita mudah terhasut / termakan oleh setan. bagaimana bila kita dipanggil allah ketika dalam kondisi tersebut?.
bersuci adalah membersihkan tubuh kita dari kotoran yang dikelompokkan menjadi dua, yaitu hadas kecil dan hadas besar. jika habis terkena hadas kecil kita cukup dengan berwudlu. akan tetapi ketika kita abis melakukan hadas besar, maka kita diwajibkan untuk melakukan mandi besar. BACA LAGI.... | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 21 Mar 2012 09:38 AM PDT Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012 Posted: 21 Mar 2012 02:26 AM PDT CERAMAH DAN DIALOG Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Bt 3 1/4 , Jln Tampin-Gemas, Tampin Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS Siti Aisyah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi PKR Semua dijemput hadir | Ceramah Umum 25 Mac 2012 di DUN Ampangan, N.Sembilan Posted: 21 Mar 2012 02:11 AM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Markas PKR, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban Bersama : ~ YB Fuziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan / Naib Presiden PKR ~ YB Ahmad Kassim , Ahli Parlimen Kuala Kedah / MPP ~ Dr Mohamad Rafie Ab Malek , Penyelaras DUN Ampangan / MPP Semua dijemput hadir | Banduan lebih berpeluang melanjutkan pelajaran Posted: 21 Mar 2012 01:06 AM PDT Alangkah baiknya lepasan SPM dan STPM kita yang kurang berkemampuan dapat melanjutkan pelajaran dengan yuran yang minima sepertimana banduan-banduan di bawah ini, tanpa perlu memohon PTPTN. Laporan Khas: 11 banduan akan dapat ijazah Sekolah integriti buka peluang pendidikan pesalah juvana terus pengajian KUALA LUMPUR: Sebelas banduan muda, termasuk juvana yang dijatuhkan hukuman kerana kes bunuh bakal menjadi pemegang ijazah sarjana muda dan diploma menjelang 2013 melalui skim peluang kedua pendidikan yang disediakan Jabatan Penjara di sekolah integriti di seluruh negara. Sembilan daripada mereka mengikuti pengajian ijazah dalam bidang Pendidikan, Teknologi Maklumat (IT), Perundangan, Pengajian Islam, Pengurusan Perniagaan, manakala dua lagi pada peringkat diploma di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Mereka adalah antara 544 pelajar yang dipilih daripada 1,733 banduan muda, termasuk yang dikenakan perintah reman untuk menyertai skim pendidikan dalam tahanan sebagai persiapan menghadapi cabaran hidup sekiranya dibebaskan selepas tamat tempoh hukuman. Ketika ini, 11 pelajar itu adalah kumpulan pertama yang mengikuti pengajian tahun kedua peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang dan dijangka akan menamatkan pengajian dalam tempoh empat setengah tahun. Walaupun hidup dalam kurungan dengan kemudahan dan kebebasan terhad, mereka berjaya mengikuti pengajian dengan baik secara on-line dan berhubung dengan pensyarah melalui internet. Kumpulan pelajar itu mendapat keistimewaan menggunakan kemudahan komputer untuk mengakses internet secara bersyarat dan kawalan ketat berbanding kumpulan lain yang cuma diajar asas menggunakan komputer. Selain program ijazah dan diploma, banduan muda juga berpeluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Pra SPM, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Pra PMR dan kelas asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Berdasarkan tinjauan Berita Minggu di Sekolah Integriti Kajang, mereka disediakan kemudahan perpustakaan mini, kelas multimedia, bilik komputer dengan bantuan guru sepenuh masa Kementerian Pelajaran dibantu Guru Mentor (kakitangan Penjara). Waktu persekolahan juga sama seperti sekolah harian biasa dengan setiap murid terpilih untuk meneruskan pengajian diwajibkan memakai pakaian sekolah putih yang dibezakan dengan warna kolar baju menandakan tahap pemulihan serta tempoh tahanan. Timbalan Komandan Sekolah Integriti Kajang, Cif Inspektor Ahmad Nasir Md Ali, berkata pelajar peringkat tinggi dibenarkan mengakses internet seperti laman web pendidikan bagi mengelakkan salah guna kemudahan. "Waktu pembelajaran terhad digunakan sepenuhnya untuk belajar dan faktor disiplin tinggi banyak membantu mereka untuk menggunakan masa yang ada secara berkualiti. Bukan semuanya layak menyertai skim ini kerana mereka akan melalui tapisan pemilihan. "Usia mereka masih muda, ada yang dihukum penjara 10 tahun...sekurang-kurangnya apabila dibebaskan, mereka mempunyai 'bekalan' untuk hidup," katanya. Kos pengajian mereka ditanggung universiti tempat mereka belajar melalui program derma siswa dan keluarga banduan cuma perlu membawa yuran peperiksaan serta yuran berulang. Setiap program pengajian siswazah memerlukan kos sehingga RM20,000 manakala peringkat diploma dianggarkan RM13,000 bagi setiap pelajar. Bagi pelajar OUM, mereka akan mengikuti kelas tutorial pada setiap hujung minggu bersama seorang tutor khas OUM di Sekolah Integrasi. Ini membolehkan mereka berbincang terus mengenai topik pengajian yang sebelum ini diikuti melalui online. Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/LaporanKhas_11banduanakandapatijazah/Article/print_html | Keputusan SPM 2011 meningkat, tapi masih ramai yang buta huruf Posted: 20 Mar 2012 11:18 PM PDT Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2011. Tahniah juga kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang, khususnya para pelajar, guru, ibu bapa serta penjaga. Walaubagaimana pun usah dilupakan mereka yang tidak berjaya, khususnya mereka yang buta huruf. Semoga pengambilan pelatih PLKN selepas ini dilakukan tapisan yang rapi agar tidak menjejaskan modul latihan PLKN. Semoga pelajar yang gagal dan buta huruf ini dibimbing mengikut kemampuan mereka di institusi yang khusus. 559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+ Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_berita/20120321104211&sec=mstar_berita8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf 11 Jan 2012 - Jika 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka yang buta huruf, ini bermakna secara statistiknya 8 peratus calon SPM 2011 juga adalah mereka yang buta huruf. Jika ada 468,808 orang calon SPM pada tahun 2011, ini bermakna secara puratanya 37,504 orang calon SPM 2011 adalah mereka yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Sumber : http://beritaplkn.blogspot.com/2012/01/8-peratus-dari-6667-orang-pelatih-plkn.html | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 21 Mar 2012 09:31 AM PDT GURU: Timb Menteri MCA umum selesaikan masalah kekurangan guru SJKC serta merta, Menteri UMNO bolehkah lihat semua sekolah? Posted: 21 Mar 2012 07:10 AM PDT Kekurangan guru SJKC disi serta-merta Kekosongan jawatan guru di 1,294 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara perlu diisi dengan guru-guru interim serta merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas bagi menangani isu kekurangan guru di SJKC setelah mengadakan tiga mesyuarat dan dua perbincangan meja bulat bersama pihak berkepentingan termasuk Jiaozong Huazong, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia. Katanya sehingga Januari lepas, kementerian telah menempatkan seramai 1,482 guru interim di beberapa SJKC bagi menampung kekurangan 1,874 guru di sekolah jenis itu di seluruh negara. "Penambahan 392 guru lagi sedang diusahakan dengan kadar segera. Kuasa akan diturunkan kepada guru besar SJKC untuk melantik guru interim mengikut keperluan dengan penyelarasan Jabatan Pelajaran Negeri," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ini. Wee berkata perkhidmatan guru interim di SJKC sedia ada akan terus dikekalkan sehingga guru terlatih ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut kelak. Beliau berkata bagi mengatasi masalah kira-kira 100 guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, mereka akan dipindahkan serta-merta dari SJKC dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. "Ini kerana murid-murid yang mengikuti program pemulihan LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) di SJKC sudah tersedia lemah dan merasa sukar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina," katanya. Kekosongan guru pemulihan yang dipindah keluar itu perlu diganti dengan guru berpengalaman dan berkelulusan dwibahasa dari sekolah yang sama, dan guru besar perlu mengambil guru interim dengan segera mengisi kekosongan tersebut. Wee berkata kementerian menetapkan pengajaran subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi tahap satu diajar oleh guru berkelayakan dwibahasa, manakala bagi tahap dua diajar oleh guru opsyen kedua-dua bahasa. "Semua guru tahap satu dan tahap dua SJKC dalam kategori sekolah kurang murid perlu berkelayakan dwibahasa kerana perlu melaksanakan pengajaran pelbagai gred," katanya. Selain itu, katanya, guru-guru bukan opsyen BM dan BI yang telah mengajar subjek itu lebih daripada lima tahun di SJKC akan ditawarkan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) bagi memperkukuhkan penguasaan mereka dalam kedua-dua bahasa itu. - Bernama | HUTANG NEGARA KRITIKAL BILA SAMPAI 55% KDNK, sekarang baru 53% kata MENTERI UMNO-BN Posted: 21 Mar 2012 06:28 AM PDT Hutang negara kini pada paras 53% KDNK Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin. "Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini. Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat. Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan. | SPM 2011: Setinggi tahniah kepada semua calon yang telah berjaya! Posted: 21 Mar 2012 06:10 AM PDT 559 calon SPM 2011 peroleh semua A+ Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010. "Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini. Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu. Abd Ghafar berkata seramai tujuh calon memperoleh semua A+ dalam 12 mata pelajaran, 72 calon (11 mata pelajaran), 284 calon (10 mata pelajaran) dan 143 calon (sembilan pelajaran). Berdasarkan GPN, Abd Ghafar berkata keputusan SPM 2011 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun. Beliau berkata pencapaian GPN calon bandar dan luar bandar bertambah baik dengan calon bandar sebanyak 0.22 iaitu daripada 4.89 pada tahun 2010 kepada 4.67 pada tahun 2011 dan calon luar bandar sebanyak 0.13 iaitu daripada 5.52 pada tahun 2010 kepada 5.39 pada tahun 2011. Luar bandar bertambah baik"Namun, jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar bertambah sebanyak 0.09," katanya. Abd Ghafar berkata pencapaian sekolah pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan dengan sekolah dalam kategori Cemerlang dan Baik masing-masing bertambah sebanyak 13 dan 60 buah manakala sekolah dalam kategori memuaskan dan berpotensi masing-masing berkurang sebanyak empat dan 17 buah. Beliau berkata kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik, Memuaskan dan Berpotensi adalah berdasarkan indeks Gred Purata Sekolah (GPS). Abd Ghafar berkata seramai 662 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas dan seramai 343 calon berjaya mendapat sijil SPM berbanding 319 pada tahun 2010. "Tiga calon rabun, seorang calon cacat pendengaran dan tiga calon lain-lain jenis kecacatan mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki. "Kejayaan tujuh calon berkeperluan khas ini menunjukkan semua calon, tanpa mengira kekurangan mereka, berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM," katanya. Bagi pretasi mata pelajaran, Abd Ghafar berkata sebanyak 63 daripada 112 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, manakala 35 mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi. Mata pelajaran teras Beliau berkata prestasi lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi calon di bandar adalah jauh lebih baik daripada calon luar bandar. "Bagaimanapun, prestasi mata pelajaran sains bagi calon di luar bandar adalah lebih baik daripada calon di bandar, iaitu 92.6 peratus berbanding 91.4 peratus," katanya. Untuk memastikan peperiksaan SPM mendapat pengiktirafan antarabangsa, Abd Ghafar berkata Kementerian Pelajaran menggunakan pakar-pakar pentaksiran dari luar negara, iaitu Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA) Australia dan London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) United Kingdom. "Para Pentaksiran yang hadir amat berpuas hati dengan proses penentuan standard, pembinaan instrumen dan pemeriksaan yang dilaksanakan dengan penuh profesionalisme dan kredibiliti. "Mereka juga berpendapat bahawa semua proses itu menepati ciri-ciri pentaksiran pendidikan dan telah diurus secara sistemaik bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi," katanya. - Bernama | |
MTD Jeneri Posted: 21 Mar 2012 09:12 AM PDT |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 21 Mar 2012 07:08 AM PDT |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri Posted: 21 Mar 2012 03:43 AM PDT |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 21 Mar 2012 03:38 AM PDT Sekitar Santar Anak Muda Kota Raja Posted: 20 Mar 2012 08:24 AM PDT Sham Kamikaze berkongsi pengalaman beliau
Antara pengunjung yang hadir
Skuad Briged Amal Kota Raja berkonvoi mengiringi YB Dr Ahmad Yunus
Taklimat oleh Komanden Jabatan Amal sebelum berkonvoi
Bersiap sedia untuk berkonvoi
Penuh bersemangat membawa bendera Malaysia dan Selangor
Dari kanan: YB Dr Ahmad Yunus (Exco Selangor), Tn Hj Norhalim (Ahli Majlis MBSA), Azmi (Ahli Majlis Klang), Tn Hj Salehan (Ketua Kampung Jln Kebun)
Bersama Imam Muda Asyraf (baju hijau)
Santai bersama Imam Muda Asyraf dan bekas pelumba cup prix | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 21 Mar 2012 03:33 AM PDT Najib urus Negara macam Syarikat Sdn Bhd Posted: 20 Mar 2012 07:55 AM PDT PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu mengurus negara kerana tidak faham maslahat rakyat dengan terus merahsiakan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dari pengetahuan rakyat.
Bagi PAS WP, mungkin Najib menganggap negara ini kepunyaan beliau seorang sehingga beliau tidak sanggup berkongsikan tarikh pilihanraya kepada umum.
"Beliau tidak sedar bahawa negara ini dikongsi oleh sejumlah 27 juta rakyat Malaysia, sebahagiannya adalah pengundi yang sah dan berdaftar.
"Najib tidak sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai jadual hidup mereka sendiri," kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Katanya, kehidupan rakyat bukan seperti kehidupan Perdana Menteri yang serba serbi diuruskan oleh pembantu-pembantu beliau.
Beliau berkata, rakyat tidak boleh hanya tunggu di depan kaca TV menanti tarikh pembubaran parlimen untuk mengisi jadual mereka.
"Mereka ada keluarga, ada kehidupan, ada kerjaya, peniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi.
"Tidakkah Najib mengetahui dengan merahsiakan tarikh pilihanraya menjadikan negara dalam keadaan cacamerba?" tanya beliau dalam satu kenyataan.
Ini, katanya menjadikan jadual hidup rakyat akan bercempera dengan sikap beliau begitu.
"Bayangkan rakyat yang sudah merancang sekian lama dengan jadual mereka yang pelbagai itu, seperti mengadakan kenduri kahwin sanak saudara, yang telah menempah tiket penerbangan menunaikan umrah atau haji, atau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, perniagaan dan lain-lain lagi, tiba-tiba terpaksa membatalkannya saat akhir untuk menyertai pilihanraya di negara ini," ujarnya lagi.
Tambahnya, Najib mungkin tidak pernah terfikir berapa kos kerugian rakyat yang terpaksa membatalkan segala aktiviti mereka kerana pilihan raya mengejut.
Malaysia pula, ujar beliau mengamalkan konsep demokrasi berparlimen di mana terdapat parti-parti politik yang berdaftar yang merupakan pelanggan tetap pilihan raya umum di negara ini.
Justeru, katanya setiap parti politik berhak mengetahui tarikh bubar parlimen dan tarikh mengundi untuk persiapan mereka.
PAS WP, ujar beliau menganggap kerahsiaan Najib menandakan suatu pengkhianatan terhadap parti-parti politik yang sah.
"Sudah tentu Najib akan memilih tarikh yang paling sesuai bagi partinya dalam keadaan sedia manakala parti lawan dalam keaadaan tidak bersedia.
"Mungkin juga Najib merasakan beliau sedang menguruskan sebuah syarikat besar milik peribadinya," katanya.
Tambahnya, Najib tidak faham bahawa beliau diberi amanah oleh rakyat Malaysia untuk menguruskan negara, bukan menguruskan negara seperti mengurus syarikat miliknya sendiri | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan