Isnin, 5 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 04 Mar 2012 11:04 PM PST

Razlan's


Keputusan KDN vs The Star

Posted: 04 Mar 2012 09:56 PM PST

Kenyataan Rasmi.


Susulan dari desakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkenaan isu akhbar The Star menyiarkan gambar Erykah Badu bertatukan Kalimah Allah.


Sudah genap seminggu kesalahan ini dilakukan dan saya diberitahu surat tunjuk sebab sepatutnya sudah diberi kepada KDN dan menunggu apakah langkah seterusnya.


Ramai pihak tidak berpuas hati sekiranya KDN hanya memberi amaran dan meminta kepada Akhbar The Star memohon maaf.


Ini kerana kesalahan melibatkan penghinaan ke atas Agama Islam sudah dilakukan 2 kali dalam jangka masa 6 bulan dan 3 kali dalam jangka masa 1 tahun.


Harunssani dan Dr Juandah dan juga NGO lain juga tidak mahu tindakan sekadar "permohonan maaf" daripada The Star.


Di sini Pemuda Seputeh ingin meningatkan sekali lagi desakan yang kami buat tempoh hari kepada KDN agar mengantung sekurang-kurangnya akhbar The Star selama 1 tahun.


Akhbar The Star mesti di ajar bagaimana untuk menjaga kesucian agama, bukan sahaja agama Islam tetapi kene jaga semua agama lain.


Kami menunggu keputusan KDN minggu ini....


Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Servis Motor Percuma Pemuda Seputeh.

Posted: 04 Mar 2012 05:06 AM PST



Program Jom Service motor percuma Pemuda UMNO seputeh bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat UMNO Bahagian Seputeh.


Dibuat pada  4 mac 2012 Masa dari 9am - 4pm Perasmi.


Program ini telah dirasmikan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua Bahagian UMNO Seputeh.


Program ini telah dihehadiri seramai  400 Buah motor yang datang dati sekitar kawasan Seputeh.


Program ini bertujuan untuk merapatkan orang muda bersama dengan kepimpinan BN Seputeh.


Dalam ucapan perasmian oleh Datuk Mustapa beliau mengajak semua anak muda untuk mengelakkan gejala kurang sihat, jangan terlibat dengan lumba haram.


Beliau mencadangkan agar Satu perlumbaan di tengah-tengah bandar kuala lumpur diadakan untuk menarik minat anak muda daripada terlibat dengan sukan bermotor.


Sdr Mohd Razlan yakin Orang muda hari ini sudah  dekat dengan Barisan Nasional. Slogan BN Pilihan Orang Muda sudah menampakan impak dan ini kita dapat lihat kehadiran hari ini.


"YB Teresakok tidak peduli orang muda di Parlimen Seputeh. Selama beliau menjadi wakil rakyat, tidak ada satu program pun yang di buat untuk memberi kebajikan kepada orang muda, peruntukan yang diberikan kepada beliau selama menjadi wakil rakyat, Orang Muda Parlimen Seputeh tidak pernah merasa dan kita sendiri tak tahu mana pergi peruntukan yang diberikan selama ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 04 Mar 2012 03:33 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KERJA WALAU PUN TIDAK TERPILIH.

Posted: 03 Mar 2012 10:03 PM PST



Pemimpin BN jangan angkuh, elak berebut jadi calon

BALING 3 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat di negeri yang ditadbir oleh pembangkang khususnya Kedah melakukan perubahan politik dengan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, BN berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan perancangan teliti untuk membawa negara ke taraf maju dan berpendapatan tinggi.

"Kalau dahulu sedikit sebanyak kita buat silap, maka, saya hendak menyatakan bagi pihak BN, kita minta maaf kepada semua, yang menang minta maaf dan yang kalah pun minta maaf.

"Kita berjanji untuk belajar daripada kesilapan itu dan akan melaksanakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Kuala Ketil, di sini hari ini.

SIKAP RENDAH DIRI PM WAJAR JADI IKUTAN.

Memohon maaf kepada rakyat Kedah, kesilapan yang dilakukan olej pemimpin UMNO/BN Kedah semasa PRU 12 2008. Ini menggambarkan kehalusan budi pekerti dalam usaha rakyat didahulukan.

30 peratus belum daftar mengundi - Nasional - Sinar Harian

Posted: 03 Mar 2012 09:41 PM PST

PPUBJ MOHON EXCO BERKENAAN DAN YAB KM DAPAT AMBIL TINDAKAN.

Posted: 03 Mar 2012 09:28 PM PST


SATURDAY, MARCH 03, 2012

BUKIT SERINDIT DAN BUKIT GEDUNG: MANIFESTASI MELAYU HILANG KUASA…

Ruhanie Ahmad
Pada Khamis 1 Mac 2012, saya dan dua orang sahabat, meluangkan waktu untuk meninjau beberapa makam pembesar Melayu/Islam di zaman kegemilangan Empayer Melayu di Melaka.

Pertama sekali kami ziarahi dua makam Raja-Raja Melayu di zaman Empayer Melayu Melaka di Bukit Serindit. Sedihnya hati kami tidak terkira apabila mendapati sebuah permakaman Raja-Raja Melayu/Islam Empayer Melayu Melaka di bukit berkenaan dikelilingi oleh beratus-ratus pusara kristian.

Keduanya, kami ziarahi Makam Tun Mamat dan ayahandanya di Bukit Gedung. Kawasan permakaman ini pernah menjadi salah satu lokasi Pesta Mandi Safar sebelum ianya diharamkan.

Makam pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di bukit ini juga dikelilingi oleh ratusan jirat Cina. Lantas sedih hati kami pun kian memuncak.

Ketiganya, kami ziarahi sebuah permakaman rahsia beberapa pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di sebuah bukit di Kampung Duyong.

Salah seorang sahabat kami jadi amat sedih kerana menurutnya, antara makam itu adalah makam salah seorang anggota Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.

Malangnya, makam-makam rahsia ini sudah dimusnahkan untuk satu projek pelancongan kononnya untuk mengabadikan kegemilangan era Hang Tuah.

Persoalannya, bagaimanakah makam pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di Bukit Serindit dan Bukit Gedung boleh dicerobohi oleh ratusan kubur kristian dan Cina?

Adakah ini bermakna bahawa ketika Empayer Melayu Melaka lumpuh diserang Portugis, maka kawasan permakaman Islam Empayer Melayu Melaka juga diizinkan untuk dijadikan perkuburan bukan Islam?

Persoalan seterusnya, bagaimanakah fenomena berkenaan diizinkan oleh penjajah Portugis, Belanda dan British? Adakah sesudah Empayer Melayu Melaka musnah, maka permakaman Islam Empayer Melayu Melaka juga boleh dijadikan perkuburan bukan Islam?

Paling malang sekali, bagaimanakah makam rahsia pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di bukit di Kampung Duyong boleh di pindahkan ke tempat lain semata-mata kerana penduduk di situ gagal memberikan fakta nyata bahawa di antara makam-makam itu adalah makam salah seorang anggota Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.

Seluruh persoalan di atas memang akademik untuk dihujah pada hari ini. Tetapi, kami merumuskan bahawa inilah iktibarnya apabila orang Melayu/Islam kehilangan kuasa di buminya sendiri.

Itulah sebabnya bila Empayer Melayu Melaka dimusnahkan oleh penjajah Portugis, Belanda dan British, maka orang Melayu/Islam Melaka ketika itu gagal mempertahankan permakaman pembesar Melayu/Islam Empayer Melayu Melaka daripada dicerobohi pihak bukan Islam.

Jika inilah iktibarnya sejarah tersebut, kami tidak dapat membayangkan apa yang boleh terjadi jika Melayu di Malaysia kontemporari kehilangan kuasanya secara total menerusi PRU13 kelak!!!

KOMEN PEMBACA.

Anonymous said...
Alhamdulillah, syukor ke hdhrat Allah kerana ada juga insan yang sudi menulis berkenaan negeriku yang mana aku sangat sangat ternanti nantikan artikel sebigini. Terima kasih dan semuga Allah berkati perjuangan mu.

Sememangnya kuasa dan keistimewaan orang orang Melayu Melaka sudah semakin terhakis. Belum adapun blogger blogger tempatan yang ambil berat hal ini. Mereka mereka ini asyik menumpukan perhatian kepada perkembangan semasa dinegeri negeri lain seolah olahnya di Melaka semuanya aman belaka. Ramai dikalangan orang orang Melayu Melaka terasa terpinggir. Pemimpin kami adalah orang Melayu, tetapi …………………………………………..

Ketua Menteri Melaka tidak langsung mengambil tau akan sensitivity orang orang Melayu. Dari artikel yang disiarkan ini, anda telah pun melawat kampong Hang Tuah di Kampung Duyung. Aku yakin anda dapat menyaksikan keadaan sekeliling dan telah pun berbual mesra dengan peniaga disana.

Sepatutnyalah Kampung Duyung boleh dijadikan tarikan pelancung berdasarkan sejarah gemilangnya yang silam, tetapi apa dah jadi??????? Perigi Puteri Hang Lipoh pula yang lebih diutamakan dan dijadikan tarikan pelancongnya. Belum ada satu pun lokasi sejarah orang orang Melayu yang kerajaan Negeri promosikan sebagai tarikan pelancong. Boleh dirumuskan disini bahawa sejarah silam orang orang Melayu hanya untuk untuk orang orang Melayu sahaja; sebaliknya sejarah orang orang bukan Melayu khususnya orang orang Cina diberikan tumpuan.

Mungkin juga anda telah ke Jongker's Walk dan melihat sekeliling tempat. Semuanya adalah kepunyaan orang orang Cina yang sangat terkenal dengan tarikan pelanconganya.

Persoalanya ialah dimanakah perginya identity Melayu yang punyai majority penduduk? Mungkin kepada sebahagian pelancong yang datang kenegeri Melaka terfikir bahawa negeri Melaka diperintah oleh orang bukan Melayu, orang Cina khususnya.

Kalau di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng membangunkan kawasan Melayu dengan menempatkan orang orang Cina patut, kerana beliau berketurunan Cina dan darah yang mengalir di seluruh tubuh beliau adalah darah Cina. Bagaimana pula halnya diMelaka? Tanah asal hak orang orang Melayu dibangunkan dengan menempatkan orang orang Cina, dimana ada diantara kawasan taman yang didiami oleh 99% penduduk Cina.

Sangat sedih sekali nasib orang orang Melayu Melaka khususnya dan orang orang Melayu Semenanjung umumnya. Kemana kah perginya slogan perjuangan untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Dari kaca mata aku, dapat aku lihat negeri Melaka sememangnya membangun sejak dari Ketua Menteri Tan Sri Rahim Tamby Chik lagi, tetapi orang orang Melayu telah "lari" jauh dari Bandar. Tanah tanah mereka dibandar telah dibangunkan dengan rumah rumah kediaman dan pusat pusat perniagaan yang harganya terlalu tinggi untuk dibeli oleh kebanyakan Melayu.

Pemimpin yang diatas perlu ingat tahap kesabaran orang orang Melayu ada hadnya. Janganlah pula orang orang Melayu di Melaka menjadi silent majority. Pemimpin UMNO di Bahagian dan juga Wakil Wakil Rakyat tidak langsung turun padang untuk memahami rintihan orang orang Melayu.

Sekali difikirkan memang betul saperti dikatakan oleh setengah orang bukan Melayu, yang Melayu ni sememangnya bodoh; mungkin juga aku sendiri pun sama bodoh, kerana aku memilih Wakil Rakyat yang aku semdiri pun tak kenal dan tak pernah jumpa. Aku fikirkan kalau aku pilih orang Melayu, sekurang kurangnya beliau faham akan sensitivity orang Melayu, tapi nampaknya masuk angin keluar asap.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada anda Ruhanie Ahmad kerana artikel ini. Aku berharap akan tampil lebih ramai lagi para blogger yang buat pendedahan sebigini. Papa Gomo, GAP, parpukari tak sudi ke nak tulis artikel negeri ku.
9:01 AM
Anonymous malayzombie said...
Bagaimana perasaan Datuk jika saya katakan, orang Melayu yang khianat pada bangsanya sendiri? SIAPA yang menjual tanah, dan atas arahan SIAPA makam lama di Kg. Duyong boleh dipindahkan dan kawasan itu boleh dibangunkan? SIAPA Datuk? SIAPA? Saya tahu, Datuk tahu SIAPA orang yang saya maksudkan.

Kubur/makam orang Melayu sesuka hati boleh dialihkan, malahan surau/madrasah, tempat ibadat penganut Islam juga sewenang-wenangnya boleh dipindahkan ke tapak lain, atas alasan apa Datuk? Mari saya jawabkan, atas alasan pembangunan untuk kesejahteraan dan kemajuan ekonomi masyarakat setempat. Ceh! Datuk pernah dengar ke, jirat Cina dipindahkan, tokong lama/kuil dipindahkan? Memang kita pernah dengar, tapi apa kesudahan di akhirnya? Hampa dan GAGAL! Tanah kubur/tempat ibadat mereka tidak kita usik, kononnya tidak mahu menyentuh sensitiviti kaum. Lihat betapa hebatnya kaum lain menjaga hak mereka, seinci pun mereka tidak akan berganjak dari tempat mereka berdiri. Hebatkan pemimpin Melayu, kera di hutan disusukan, anak dipangkuan kelaparan!

Terbaru, projek pelancongan nak dibangunkan di Kg. Duyong. Cukuplah Datuk, saya tidak bodoh dan saya tidak buta! Ini salah 1 strategi kaum lain untuk menceroboh tanah Melayu. Unsur-unsur dan suasana kemelayuan zaman dahulukala yang ada di situ bakal hilang dengan kerakusan pemimpin Melayu yang tamak dengan harta duniawi. Biarkan luncai terjun dengan labunya, biarkan....

Masih layakkah pemimpin sebegini digelar Melayu? Siapalah agaknya pemimpin terletaknya Kg. Duyong itu. Kasihan orang Hang Tuah. Kan bagus jika Hang Tuah masih ada, terbela rakyatnya. :)
7:45 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan