Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu? Anak : Sebab saya anak mak kan? Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.. Anak : Apa tu mak? Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti.. Anak : Mak! Janganlah... Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sumber dalaman Umno menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi akan dikekalkan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas. Maknanya Umno tidak mempunyai calon lain yang diyakini mampu mempertahankan kerusi tersebut. Ini bererti bahawa Abdullah adalah calon boleh menang. Selain dari Abdullah, nama-nama lain seperti Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz dan Ahli Parlimen Tasek Gelugot, [...]
KUALA LUMPUR, 4 Mac: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesilapan yang dilakukan Umno BN selama ini membuktikan bahawa perjuangan PAS menentang dasar-dasar Umno BN selama ini adalah benar. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan media [...]
Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata dewan itu akan mengadakan dialog dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu dalam isu hudud.
Nasruddin berkata mereka itu ingin mendengar sendiri penjelasan daripada Mahathir yang sebelum ini dilaporkan telah menafikan bahawa hukum hudud wujud dalam al-Quran.
pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan"Kita mahu selesaikan secara berdepan dengan Tun Mahathir," katanya yang ingin memastikan sekiranya Mahathir benar-benar telah bermaksud demikian.
Dalam ulasannya sebelum ini, Nasruddin (kiri) berkata beliau telah menyatakan bahawa pandangan seperti itu tidak betul.
"Tetapi kemudiannya ada pula yang cuba tafsir bahawa mungkin Tun maksudkan terma (hudud) itu yang tidak ada dalam al-Quran," katanya.
Debat mengenai isu itu pula telah berlarutan di Internet, kata Nasruddin lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Atas dasar itulah maka pergerakan itu berniat untuk bertemu Mahathir.
Selain dialog dengan mahathir, pergerakan itu juga merancang untuk berdialog dengan ketua pengarang akhbar The Star ekoran isu yang timbul dari liputan akhbar berkenaan.
Katanya, isu berkenaan kebanyakannya adalah berhubung sikap Pemuda PÀS dalam perkara melibatkan hiburan dan juga berkaitan sensitiviti agama seperti sambutan Hari Valentine.
TUMPAT – Tiga lelaki dan seorang wanita nyaris maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Pasir Puteh, Chabang Empat di sini malam kelmarin.
Ketiga–tiga kenderaan itu melibatkan lori satu tan, kereta Proton Wira dan pacuan empat roda hampir hancur dalam kemalangan tersebut.
Difahamkan kesemua mangsa selamat dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Kesemua identiti mangsa masih belum dikenal pasti, bagaimana pun dikatakan mangsa yang menaiki lori yang sarat dengan muatan sotong segar adalah suami isteri.
Ketua Operasi Balai Bomba Pengkalan Kubor, Rosli Mohammad berkata, dua pemandu iaitu pemandu pacuan empat roda dan pemandu lori tersepit dalam kemalangan tersebut.
"Selepas menerima panggilan kira–kira jam 10.50 malam, anggota bomba terus bergegas ke tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dan Tumpat bersama dua jentera, ke lokasi kejadian kemalangan tersebut untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersempit.
"Sebaik saja tiba, pemandu kereta Proton Wira bersama isteri pemandu lori tersebut sudah dikeluarkan orang ramai dan dihantar ke hospital," katanya.
Menurutnya, anggota bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan kedua–dua mangsa yang tersempit itu.
Katanya, ketika operasi menyelamat itu mendapati pemandu pacuan empat roda itu patah tangan dan cedera di kepala, manakala pemandu lori terbabit cedera pada bahagian muka dan kepala.
Katanya, operasi mengeluarkan mangsa tersepit selesai kira–kira jam 11.45 malam.
"Saya telah beberapa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisme dan apa itu Yahudi. Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua perkara ini. Dua perkara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh 'lebai-lebai kampung yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi.
Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dariUtusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin parti PAS dan pemimpin PKR.
Biar saya cuba sekali lagi jelaskan di sini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisme. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memeluk agama Judaisme. Contohnya penyanyi pop Madonna, aktres Elizebeth Taylor dan pemuzik kulit hitam Sammy Davis Junior. Mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisme. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisme. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisme ini.
Saya harap ini jelas - Yahudi ialah bangsa dan Judaisme ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama, dua perkara yang jauh berbeza.
Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini daripada bahasa Yahudi. Hanya Nabi Muhammad dari bangsa Arab Qaraish dan Nabi Saleh sahaja mempunyai nama Arab.
Apa yang ingin saya terangkan di sini, apabila kita mengutuk Israel, yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi. Justeru yang wajib kita kutuk, lawan dan tentang ialah fahaman Zionisme, bukan bangsa Yahudi.
Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisme? Zionisme ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke-19 ini. Gerakan ini dimulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisme ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit putih. Ini adalah fakta sejarah.
Pensejarahan intim Yahudi dengan Palestin
Justeru gerakan Zionis ini telah berkongres pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari menteri luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah yang dipanggil Balfour Declaration 1917.
Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua, Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi Jerman. Maka Eropah merasakan perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi.
Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu, Palestin telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.
Palestin akhirnya dipilih kerana di Palestin telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestin. Malah agama Judaisme juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestin.
Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisme ditentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisme.
Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisme memiliki ideologi. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan ideologi politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.
Asas utama ideologi Zionisme ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongan ini kaum Zionis juga mengistirahatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja.
Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisme sahaja yang betul dan tepat. Agama lain dianggap salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini, orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa 'pilihan tuhan' atau 'the choosen people'. Salah satu cabang ideologi Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeru kaum Zionis antarabangsa menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada, bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.
Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis Antarabangsa. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit putih sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionis berada di Washington DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.
Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan begitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.
Ini bukan teori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti sahih tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.
Kita semua telah diberitahu bagaimana APCO telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan yang dikaitkan dengan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan dikaitkan dengan Zionis telah didakwa menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Gerombolan ini dikatakan telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini bukan teori.
Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) - media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro-Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.
Parti PAS melalui Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikut PAS, Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza - sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan PAS terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa perpecahan.
Sebenarnya isu Palestin ini bukan isu politik asas - bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan agenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.
Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di TV isu 'sokongan Anwar terhadap Israel' ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah - terus melaporkan berhari-hari tentang 'sokongan Anwar terhadap Israel' di muka depan mereka.
Teladan dari Front Sosialis
Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan agenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel walhal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel, maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.
Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan agenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.
Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya: Kenapa TV atau media kita tidak membuat berita dan penyelidikan tentang bom nuklear Israel? Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.
Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kisah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.
Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Agenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca.
Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu perkara yang tidak fundamental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah agenda utama. Bahasa hanyalah agenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.
Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan teladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa - racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. Dua-dua debat ini bukan agenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.
Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.
KUALA LUMPUR, 5 Mac: "Sepatutnya pemimpin BN perlu bertanya kenapa majoriti kakitangan kerajaan tidak bersama dengan BN?
"Apakah mereka ini jahil dan hilang pertimbangan sehingga menjadi penentang senyap kerajaan BN?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Ini, katanya sudah tentu ada perkara yang tidak betul, walaupun otak mereka dibasuh di dalam kursus Biro Tata Negara (BTN).
Baginya, jawapannya mudah kerana mereka adalah orang cerdik dan rakyat yang bermaklumat.
Justeru, kata beliau segala propaganda yang diberi oleh media perdana, penceramah pada kursus BTN tidak memberi apa-apa makna.
"Mereka hanya mendengar, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri," ujarnya kepada Haralkahdaily.
Sehubungan itu, ujarnya kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika program bersama Timbalan Perdana Menteri yang menggesa supaya kakitangan awam mesti menyokong kerajaan kerana banyak kemudahan yang diberi oleh kerajaan hanya sia-sia sahaja.
Katanya lagi, kakitangan kerajaan yang cerdik tidak akan rela negara diperintah oleh mereka yang korup, walaupun Presiden Umno memain taktik baru iaitu mengaku silap dan memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan itu.
Pada mereka, ujarnya lebih lima dekad diberi amanah untuk mentadbir negara bukan satu jangka masa yang singkat, sehingga negara menuju bankrap dan seluruh sistem negara habis rosak.
Tambahnya, tindakan pemimpin Umno hendak memaksa kakitangan kerajaan supaya jangan menentang BN bolehlah diibaratkan seperti pepatah Arab, 'kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda supaya minum air'.
KOTA BHARU, 5 Mac: Ana Raffali, artis yang popular dengan lagu 'Kalau Berpacaran' bersama Shohaimi Meor Hassan, diraikan dalam suasana yang penuh santai tapi meriah sempena program berbulan madunya ke negeri itu semalam.
(Ana Raffali bersama suaminya, Naim, menunjukan bilik yang ditaja oleh pihak KTC)
Program berkenaan ditaja oleh Kelantan Trade Cantre selama empat hari sempena bulan madunya itu dengan diselitkan beberapa aktiviti menarik untuk dinikmati sempena Tahun Melawat Kelantan.
Usaha itu dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa sempena perkahwinan mereka pada 25 Febuari lalu.
Ana Raffali, 26, anak kelahiran Kuala Lumpur manakala suaminya Ahmad Aznaim Abdullah, 30 Negeri Sembilan melahirkan rasa gembira apabila ditawarkan pekej bulan madu ke negeri Cik Siti Wan Kembang, memandangkan keduanya begitu meminati negeri itu.
Beliau memberitahu, dengan cuti selama dua minggu memberi peluang kepadanya untuk melawat saudara maranya di Kelantan, terutama sebelah suaminya.
Ana Rafali yang sebelum ini menampilkan imej 'baju kurung' kini sudah bertudung pada bulan Rabiulawal lalu mengambil berkat kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.
"Memang saya telah lama menyimpan hasrat untuk bertudung, namun saya tidak dapat tentukan bila waktu yang sesuai, esok, atau lusa atau bila tarikhnya.
"Namun saya bersyukur kerana tiba-tiba hati kecil saya berkata inilah saat yang paling sesuai untuk saya bertudung, waktu tu saya ingin keluar rumah,"ujarnya.
Lagipun, menurutnya beliau sudah biasa memakai tidung, khususnya ke majlis-majlis kenduri kendara.
Sementara itu, Aziz Desa memberitahu bilik yang menempatkan Ana Raffali dan suami akan dinamakan 'Ana Raffali' sebagai simbolik penginapannya di KTC.
Ana kini masih dalam proses mempersiapkan album baru 'singlenya 'Lisa Jatuh Cinta'.
Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata siri permohonan maaf yang dilakukan perdana menteri sejak akhir-akhir menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kesilapan mereka dalam mentadbir negara.
Namun, kesilapan itu tidak hanya boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf, tetapi diiringi dengan "mengembalikan hak rakyat," kata Nasruddin (kiri).
"Macam orang yang curi motosikal kita, dia boleh minta maaf tapi dia kena pulangkan motosikal kita," tegasnya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau mengemukakan analogi itu ketika menyenaraikan "hak rakyat" yang perlu dikembalikan perdana menteri, antaranya bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.
Selain itu, perdana menteri juga perlu mengembalikan hak mangsa yang ditahan di bawah ISA sebelum ini, katanya.
Tambahnya, perdana menteri juga tidak boleh lari daripada isu "rampasan kuasa ke atas kerajaan Perak" dan perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan itu.
Seseorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.
Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.
"Saya tidak mempunyai pendapatan tetap sejak tujuh tahun yang lalu. Jika kerajaan tidak mahu beri wang, tidak ada masalah, tetapi jangan nafikan hak orang yang benar-benar memerlukan bantuan," kata Dewi.
Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini.tv, Dewi berkata tangan kirinya mengalami kecacatan sehingga menyukarkan mendapatkan pekerjaan.
Antara alasan penolakan permohonan BR1M yang diberikan adalah bahawa gaji Dewi tidak berada di bawah paras RM3,000, dan namanya tidak berada dalam senarai pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau kemudian mengeluarkan kad pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraannya.
'JPN dakwa saya bukan rakyat Malaysia'
"Apa yang dimaksudkan JPN... bermakna saya bukan rakyat Malaysia dan bukan seorang pengundi di negara saya sendiri.
"Selepas negara ini maju, mereka mahu menyingkirkan orang-orang seperti diri saya," kata bapa kepada empat orang anak yang melakukan kerja-kerja am bagi menyara keluarganya.
Anak-anak Dewi berumur 16, 17, 25 dan 27 tahun dan seorang daripada mereka menghadapi masalah jantung kongenital.
Dua anaknya yang sulung, masing-masing bekerja sebagai tukang cuci dan pengawal keselamatan manakala dua yang lain masih di bangku persekolahan, tetapi Dewi tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pendidikan mereka.
BR1M adalah bantuan RM500 daripada kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ia hanya dibayar sekali sahaja.
Bulan lalu, pengerusi MCA Bahagian Bera Datuk Tang Hock Lok, menimbulkan kejutan apabila beliau juga disenaraikan untuk layak menerima bantuan RM500 daripada kerajaan.
Walau bagaimanapun, Tang menafikan wujudnya sebarang unsur penipuan. Katanya, niat beliau memohon adalah untuk mendermakan wang berkenaan kepada pihak kebajikan.
Dalam beberapa hari yang lepas kita mendengar pihak berkuasa memberikan isyarat yang bertentangan berhubung pembuangan sisa radioaktif dari Lynas.
Menurut Menteri Kesihatan, Lynas diberitahu supaya memindahkan sisa radioaktif ke luar dari Kuantan atau mengangkutnya kembali ke Australia. Ini adalah perjanjian yang dicapai oleh beliau dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Empat hari kemudian iaitu pada 26 Februari, Perdana Menteri berkata sisa radioaktif itu akan dibuang jauh daripada kawasan kediaman penduduk.
Dua hari kemudian iaitu pada 28 Februari, orang ramai diberitahu bahawa empat kementerian telah memutuskan untuk menyimpan sisa radioaktif di Malaysia dan tapaknya telah ditemui.
Pada hari berikutnya, Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau berkata Kabinet belum memuktamadkan untuk mengembalikan semula sisa radioaktif ke Australia sebagai pilihan.
Pada hakikatnya gambaran yang diberikan ialah Malaysia sedang memikirkan pilihan sama ada untuk menghantar semula sisa radioaktif dari Lynas ke Australia.
Dalam kes ini, kami hairan kenapa kerajaan Malaysia tidak terfikir untuk mengarahkan Mitsubishi, syarikat yang menghasilkan sisa radioaktif dalam kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak lebih 30 tahun lalu untuk menghantar kembali sisa itu ke Jepun. Masih belum terlambat memandangkan sisa radioaktif mungkin akan terus mencemarkan alam sekitar kita dan mengancam rakyat Malaysia untuk beberapa generasi, terima kasih kepada sikap endah tak endah kerajaan dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Jika kerajaan fikir bahawa ia boleh mengangkut sisa radioaktif kembali ke Australia, kami pasti perkara yang sama telah dilakukan untuk sisa ARE.
Jika kerajaan melakukan perkara ini lebih awal, kita tidak akan dibebankan dengan terpaksa menangani sisa radioaktif ini yang mempunyai separuh hayat 13.9 bilion tahun. Dalam perkataan lain, kita kini dibiarkan dengan terpaksa menguruskan sisa radioaktif ini yang akan kekal radioaktif selamanya.
Ini merupakan subsidi yang amat besar bagi Mitsubishi (dan Jepun). Sisa radioaktif yang ditinggalkan itu menjadi sumber pencemaran tanah, hutan, air dan udara kita. (Thorium, apabila reput, menghasilkan gas radon radioaktif yang boleh dibawa dalam jarak yang jauh meliputi udara yang disedut oleh rakyat Malaysia).
Ini adalah liabiliti yang amat besar bagi Malaysia, begitu juga dengan ekosistem, kesihatan dan keselamatan kita. Kerosakan kepada tanah, hutan, air dan udara serta kosnya kepada kesihatan rakyat Malaysia tidak dapat dikira. Kos masa depan ini tidak pernah diambilkira apabila Mitsubishi dibenarkan beroperasi.
Dengan ketiadaan pengetahuan mengenai risiko dan kos di masa depan, kerajaan (AELB) memutuskan ia merupakan peluang keemasan pelaburan. Mitsubishi membawa pulang keuntungan dan meninggalkan legasi toksik ini yang akan berakhir selama berbilion tahun atau selamanya.
Walaupun pada hakikatnya kerja-kerja telah dimulakan untuk membina sistem simpanan bawah tanah (dengan kos RM300 juta), tiada jaminan simpanan bawah tanah bagi kira-kira 80,000 tong 200 liter sisa radioaktif dari kilang ARE akan kekal stabil dari segi geologinya untuk 100 tahun akan datang, apatah lagi 1,000 tahun.
Perlu diingat bahawa Malaysia sebahagiannya terdiri daripada batu kapur yang amat poros, tidak stabil dan terdedah kepada hakisan, menjadikannya amat tidak sesuai untuk simpanan sisa radioaktif dalam jangka panjang. Perubahan iklim, tsunami, gempa bumi, kejadian banjir yang tidak dijangka dan bencana alam perlu menjadi amaran yang jelas. Sekiranya sebarang bencana berlaku, pembayar cukai Malaysia yang akan mengeluarkan belanja.
Kilang ARE di Bukit Merah ditaja jamin dengan subsidi awam yang amat besar di mana semua risiko dan kos ditanggung oleh rakyat Malaysia dan generasi dan masa depan.
Membenarkan Lynas membuang sisa radioaktif di tanah Malaysia menjadi satu subsidi. Selain itu berbilion dolar akan diperolehi daripada bebas cukai sebagai keuntungan. Perlu diingat bahawa pengeluaran nadir bumi Lynas akan menjadi 10 kali ganda lebih banyak daripada yang dihasilkan di kilang ARE, oleh itu paras sisanya amat besar. Jika kerosakan dan dan kos ini tidak ditangani oleh pihak berkuasa, ia akan membebankan generasi masa depan Malaysia dengan sisa radioaktif yang tidak dihasilkan oleh mereka.
Bayaran $10 juta setahun yang akan dibuat oleh Lynas kepada Malaysia selama lima tahun adalah tidak memadai sama sekali. Ia sesuatu yang melucukan apabila ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, komuniti, tanah, hutan, air dan laut serta generasi masa depan berjumlah hanya $50 juta. Membenarkan Lynas membuang sisa radioaktif di Malaysia tidak dapat dimaafkan selamanya.
S. M. Mohamed Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Malaysia
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjelaskan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan juga akhbar The Star pada 12 Mac.
Jelas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, pertemuan itu adalah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang telah mencetuskan kontroversi di dalam negara ini.
"Mengenai pertemuan DPPM dengan Tun Mahathir, kita ingin mendapat sendiri kepastian kenyataan beliau terhadap hukum hudud yang mana sebelum ini beliau mengatakan hudud tidak ada di dalam Al-Quran.
"Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini sebelum mendengar sendiri penjelasan darinya," jelas beliau.
Tambahnya lagi, perkara itu perlu diselesaikan secara berhadapan bagi mengelakkan dari berlakunya andaian yang lain daripada apa yang dimaksudkan oleh mantan perdana menteri itu.
"Perkara ini perlu diselesaikan secara berdepan bukannya boleh dibuat andaian mengikut suka hati.
"Kita mahu dengan sendiri apa sebenarnya motif serta maksud sebenar kenyataan beliau, selepas penjelasan diperolehi baru kita akan berbincang terhadap isu yang beliau timbulkan itu," sambungnya lagi.
Sementara itu, pada hari yang sama DPPM juga turut berhasrat mengadakan kunjungan kerja dan dialog dengan Ketua Pengarang dan Pengarang akhbar The Star berkaitan dengan penyiaran gambar artis antarabangsa, Erykah Badu.
Tambahnya, pertemuan itu bagi menyatakan isu kontroversi yang melibatkan sensitiviti umat Islam dan juga bukan Islam di negara ini.
"Pada pertemuan itu nanti kita akan memberitahu apa yang harus dilakukan dalam kita memelihara sensitiviti pelbagai kaum negara ini.
"Kita akan turut menyatakan pendirian kita (DPPM) sebagai orang Islam terhadap isu-isu hiburan terutama jika ia boleh mencetuskan kontroversi," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini.
Menurutnya, surat bagi pertemuan tersebut telah dihantar hari ini dan hanya menunggu jawapan dari pihak terbabit.
DPPM akan mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada jam 11 pagi manakala akhbar The Star pada jam 3 petang.
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menyifatkan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjaja kononnya memohon maaf atas kesilapan lalu BN sebagai 'buang tabiat'.
Sambil berkata ianya 'agak luar biasa' bagi Umno yang selama ini dilihat angkuh du puncak kuasa, tindakan itu juga membayangkan Najib tahu bahawa kuasa mereka akan berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
"Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana Umno selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba-tiba roadshow ke seluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka. Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti "buang tebiat".
"Seolah-olah Umno sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu Umno memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, kelmarin yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008.
Permohonan maaf secara terbuka itu adalah yang kedua dalam tempoh enam hari di mana kali pertama Najib yang juga perdana menteri itu bertindak demikian dalam satu program pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, apa yang lebih pelik, Umno khususnya Najib juga seperti tidak percaya lagi kepada senjata propaganda mereka iaitu media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah itu.
"Saya melihat perkara ini sebagai pelik dan menghairankan kerana Datuk Seri Najib boleh memilih televisyen untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat dalam negara kita dan memadai dengan sekali mohon maaf.
"Tetapi, apabila tindakan mohon maaf ini dibuat berulang kali, rakyat akan tertanya-tanya sebenarnya apa yang telah berlaku pada Umno?," soal beliau.
Biarpun permohonan maaf satu sifat yang baik dalam Islam, namun kata Nasrudin, ianya tidak selesai hanya dengan kata-kata, malah perlu dibuktikan dengan perbuatan.
Jika benar permohonan maaf Najib itu ikhlas, beliau mencabar agar perdana menteri itu memulangkan kembali hak rakyat seperti contoh royalti minyak di Kelantan, kerajaan Perak yang 'dirampas' dan pampasan terhadap mangsa pengainayaan ISA.
"Jika ini (mohon maaf kerana sedar telah melakukan kepada rakyat), ertinya selama ini apa yang kita sebut bahawa Umno telah melakukan kesalahan besar kepada rakyat adalah benar.
"Saya melihat satu kewajaran untuk Umno berundur, menginsafi kesilapan lampau dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pula membuktikan keupayaan mereka menggalas amanah rakyat," tegasnya.
PERMATANG PAUH – Sebuah kedai menjual alat-alat pertukangan, yang terletak di Jalan Permatang Pauh, dekat sini, musnah dalam kebakaran, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu, menyebabkan premis yang berusia lebih 20 tahun itu kerugian hampir RM1 juta.
Difahamkan, api dilihat bermula dari belakang premis, dan litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran berkenaan.
Pemilik premis, Sim Boon Pee, 47, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah di Sama Gagah, yang terletak tidak jauh dari kawasan premis.
Dia terkejut apabila seorang rakan menelefonnya kira-kira jam 10.30 pagi, memaklumkan bahawa premisnya sedang terbakar.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Perai, Timbalan Penguasa Bomba A'azelan Hassan ketika ditemui berkata, 30 anggota dari Balai Bomba Perai, Bandar Perda, Bukit Mertajam dan Butterworth bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan orang awam.
A'azelan berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan bahagian stor yang menyimpan simen dan papan, selain sebuah van, sebuah lori dan juga sebuah forklift yang berada di dalam premis.
PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad di Yabroud dekat Damsyik pada Jumaat lalu.
JOHOR BAHRU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan ekoran pergolakan politik yang berterusan di negara itu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar kecil) berkata, para pelajar telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara yang sedang bergolak tersebut.
"Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan bahawa mereka tahu akan akibat daripada keputusan mereka itu," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini semalam.
Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang telah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana.
Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan.
KPT kini sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun, ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar.
LUNAS - Seorang pemandu lori penunda kenderaan kemalangan berusia 30-an terkejut apabila menemui dua peluru hidup di tepi jalan.
Dia yang enggan namanya disiarkan berkata, sebelum penemuan peluru itu, dia datang ke Bukit Sarang Ayam untuk menunda dua kereta yang terlibat dalam kemalangan kira-kira 8.45 pagi semalam.
Menurutnya, ketika mahu pergi ke bahu jalan untuk membuang air kecil, dia terkejut apabila ternampak dua peluru hidup di tanah.
"Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim," katanya.
Eng Khim berkata, dia mengarahkan ahli PPKM supaya tidak memegang peluru berkenaan kerana khuatir ia kemungkinan dimiliki oleh mana-mana kumpulan kongsi gelap.
Menurutnya, dia kemudiannya memaklumkan penemuan peluru itu kepada pihak bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
"PPKM menemui dua peluru di dalam longkang, manakala 17 lagi tertanam di dalam tanah. Sehingga kini jenis peluru yang ditemui itu masih dalam siasatan.
"Kesemua peluru terlibat dirampas polis bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Di antara sebab atau faktor utama mengapa PAS mesti mengganti Umno sebagai pemerintah, sama ada di peringkat negeri-negeri mahu pun Pusat, ialah demi kedaulatan agama. Umno selaku parti yang telah diberikan mandat menguasai pemerintahan negara, begitu juga hampir kesemua negeri, sejak sebelum merdeka, terbukti gagal meletakkan Islam di tempat sepatutnya.
Islam tidak dijadikan asas pemerintahan. Ajaran agama itu tidak diletakkan sebagai rujukan hukum dan peraturan negara/negeri. Wujudnya jabatan atau kementerian khusus berhubung hal ehwal Islam hanya tidak lebih daripada salah satu juzuk kecil daripada keseluruhan pentadbiran kerajaan.
Ibarat kata yang kerap disebut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno, "Islam dijadikan agama yang diperintah, bukan agama yang memerintah". Dalam ertikata lain, apa-apa yang berkaitan hal ehwal Islam dihadkan penerimapakaiannya hanya dalam batasan sebuah jabatan/kementerian.
Manakala seluruh penguatkuasaan atau pelaksanaan berhubung Islam tertakluk di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Persekutuan. Justeru, apa-apa hukum dan peraturan Islam hanya terpakai sejauh mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan yang dianggap hukum tertinggi bagi negara ini.
Tidak syak lagi perbezaan pendirian mengenai letakduduk yang sepatutnya bagi Islam dalam pemerintahan menjadi punca utama PAS dan Umno gagal menemui titik persamaan sejak dulu. Perbezaan antara dua parti itu tambah menjarak apabila para pemimpin dan pendukung kedua-dua parti turut memahami ajaran agama secara berbeza.
Perbezaannya jelas dapat dilihat pada perlembagaan parti masing-masing, yang merupakan perakuan bertulis mengenai agenda perjuangan mereka. Sementara PAS secara jelas dan terbuka mengisytiharkan Islam sebagai dasar perjuangannya, Umno pula sekadar berselindung di sebalik perisytiharan Islam sebagai agama Persekutuan. Sedangkan undang-undang tubuh parti itu sendiri gagal menerangkan letakduduk Islam dalam agenda perjuangannya.
Perbezaan ini dibuktikan secara praktikal apabila kedua-dua parti diberi peluang memerintah. Ternyata ketegasan menegakkan Islam dalam pemerintahan antara dua parti itu amat berbeza. PAS telah membuktikan menerusi dua negeri diperintahnya secara hampir mutlak, iaitu Kelantan dan Terengganu, bahawa keseriusannya mendaulatkan hukum Islam bukan omong kosong.
Islam mengharamkan riba dan judi, maka kerajaan PAS terus mengharamkannya sebaik memerintah. Sedangkan Umno yang telah memerintah puluhan tahun gagal, bahkan tidak terlintas menyempurnakan perintah agama itu.
Islam membataskan peminuman arak hanya kepada bukan Islam, maka PAS menyusun semula penggunaan arak, sesuatu yang juga tidak diambil berat oleh kerajaan Umno. Islam menggalakkan pemakmuran masjid dan surau, terutama dengan melipatgandakan majlis-majlis ilmu dan amal, maka itulah yang dipergiatkan oleh kerajaan PAS.
Sebaliknya, kerajaan pimpinan Umno lebih bermusim dalam menghidupkan rumah-rumah Allah. Parti itu malah dilihat lebih gemar mengutamakan perkara-perkara yang dianggap sebagai "syiar" agama, berbanding penegakan syariat seperti yang diutamakan PAS.
Sebab itu para pendukung Umno, sama ada di peringkat tertinggi mahu pun bawahan amat bersungguh dalam bab mengacau bubur Asyura ata menyambut malam nisfu Syaaban, sebagai contoh. Kedua-dua amalan tradisi itu sebenarnya tidak ada sandaran nas yang jelas menggalakkannya, tetapi itulah yang kerap dijadikan agenda penting para pendukung Umno saban tahun.
Beberapa minggu kebelakangan ini terserlah lagi satu tabiat sedemikian. Kedatangan Rabiul Awal yang sinonim dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad saw bagaikan tibanya saat penting dalam kalendar tahunan Umno. Di sana-sini dapat dilihat betapa bersungguhnya para pendukung parti itu menganjurkan majlis sambutan Maulidurrasul. Tidak cukup sekadar berceramah dan mengadakan jamuan di masjid dan surau, diadakan pula acara perarakan.
Lalu dikumandangkan selawat ke hadrat Junjungan saw. Sedangkan suasana perjalanan majlis itu dipenuhi unsur-unsur maksiat, terutama apabila berlaku percampuran dan pergaulan bebas antara peserta lelaki-perempuan yang bukan mahram. Manakala beberapa pihak berkuasa tempatan pula sampai menganjurkan pertandingan antara kontinjen perarakan.
Sudah jelas ia bukan bertujuan ibadat. Walau pun diserikan dengan selawat kepada Nabi saw, ia sebenarnya sekadar "alat" untuk menjayakan agenda duniawi, yang sebenarnya tidak pun disuruh agama meraikannya secara sedemikian.
Itulah antara bukti jelas betapa kefahaman Umno terhadap ajaran dan tuntutan agama amat jauh menyimpang dari sepatutnya. Ia gemar meninggalkan apa yang sepatutnya dibuat, sebaliknya gemar melakukan apa yang tidak digalakkan.
LANGGAR, KEDAH - Seorang isteri tidak menyangka pesanan kepada suami yang demam supaya berehat dan makan ubat merupakan pesanan terakhir sebelum suaminya ditemui terbakar di rumah mereka di Flat Taman Sri Gemilang, semalam.
Mangsa, R Paranjothi, 41, merupakan seorang pemandu lori ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran bilik air rumahnya kira-kira jam 8.30 pagi.
Isterinya, R Ramgama, 33, berkata, sebelum kejadian suaminya pergi menghantar tiga anak mereka yang berusia 8 hingga 12 tahun ke sekolah.
"Suami saya demam sejak dua hari lalu dan sebelum keluar pergi kerja, saya ada pesan kepada dia supaya makan ubat dan kunci rumah.
"Dia (mangsa) mungkin berselimut selepas makan ubat dan dipercayai hisap rokok, mungkin disebabkan api rokok terkena pada kusyen atau selimut," katanya.
Ramgama berkata, mereka tinggal di rumah itu selepas berkahwin dan hubungan mereka tidak pernah ada sebarang masalah.
Kakak mangsa, R Kelechelvi, 53, berkata, kejadian itu disedari setelah menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan rumah adiknya terbakar.
Menurutnya, dia yang ketika menerima panggilan berada di pasar bergegas pulang ke kedai yang terletak di Lorong Merpati.
"Isteri mangsa bekerja sebagai pembantu di kedai saya yang menjual tosai, apabila sampai di kedai dia memberitahu suaminya sudah mati," katanya kepada Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan berlaku kebakaran teruk pada mangsa.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.43 pagi.
Katanya, anggota bomba tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bara api walaupun sewaktu tiba api sudah dipadamkan.
KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Beliau berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran.
"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya kepada Bernama, Isnin.
Namun Othman berkata pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimnapun ia patut dielakkan.
"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," jelasnya.
Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
Katanya mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan Jakim, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.
Beliau berkata pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.
"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya.
Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan tentang pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.
"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya. - BERNAMA
[TERKINI] KUALA LUMPUR - Sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang, pelancong-pelancong warga India, terbalik di Kilometer 4.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada jam 8.15 pagi tadi.
Berdasarkan maklumat awal yang diterima, dua orang termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an disahkan maut manakala dua terperangkap.
Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur.
Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.
"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong.
Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.
Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.
Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya.
TAIPING – Penduduk di Taman Aun Say, di sini, bimbang apabila batu yang diletupkan di atas bukit berhampiran menghentam bumbung rumah mereka.
Dalam kejadian itu, dua rumah di Jalan Saw Boon Thye taman berkenaan menjadi mangsa batu tersebut.
Mangsa, Ang Mooi Eng, 72, berkata, dia terkejut setelah mendengar bunyi yang kuat dan kemudiannya melihat seketul batu berada dalam rumahnya.
Menurutnya, sebaik sahaja memandang ke siling, dia mendapati bumbung rumahnya berlubang akibat hempasan batu itu.
"Batu berkenaan mungkin datang dari kawasan atas bukit yang bakal didirikan untuk projek pembinaan kondominium 18 tingkat.
"Nasib baik tiada sesiapa cedera, tetapi amat menghairankan kerana projek pembinaan kondominium itu berada jauh dari rumah saya," katanya kepada Sinar Harian.
Kata Mooi Eng, bukan hanya rumahnya, malah rumah jiran turut terjejas gara-gara batu melayang itu.
Katanya, jika dibiarkan mungkin masalah ini akan berulang lagi, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut.
Sementara itu, wakil pemaju, Bryan Yeo berkata, kerja meletupkan batu di kawasan projek tersebut bertujuan meratakan tanah bagi pembinaan kondominium itu.
Pihaknya meminta maaf atas perkara tersebut dan akan menanggung kesemua perbelanjaan pembaikan rumah yang terlibat.
Penyelaras Dun Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wang berkata, dia meminta pemaju menghentikan kerja meletup batu untuk seketika bagi keselamatan penduduk.
Katanya, kontraktor boleh menyambung semula setelah bertemu pihak berkaitan untuk mendapatkan kelulusan seterusnya.
"Penghuni rumah yang terlibat diminta membuat laporan polis dan menyerahkan bil pembaikan rumah tersebut kepada saya untuk diberikan pada pemaju," katanya.
MELBOURNE: Kalangan wanita yang memakai purdah akan dikehendaki membuka penutup muka mereka itu sebagai sebahagian daripada undang-undang pemeriksaan identiti yang baru di New South Wales (NSW).
Mulai 30 April, sesiapa yang meminta jaksa pendamai (JP) atau peguam untuk menjadi saksi kepada akuan berkanun atau afidavit perlu membuka kesemua penutup kepala termasuk topi keledar dan topeng untuk membuktikan diri mereka yang sebenarnya, kata Kerajaan NSW.
Perubahan ini susulan kes seorang ibu tujuh anak dari Sydney, Carnita Matthews, yang dijatuhi hukuman penjara pada 2010 kerana mendakwa seorang anggota polis cuba menanggalkan niqab yang dipakainya ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan.
Sabitan kesalahannya dibatalkan selepas mengemukakan rayuan setelah pendakwaan gagal membuktikan Matthews adalah orang yang memfailkan aduan terhadap pegawai polis itu disebabkan orang berkenaan memakai purdah.
Peguam Besar Negeri NSW Greg Smith berkata pada masa hadapan, JP dan peguam dikehendaki melihat wajah orang yang membuat akuan berkanun atau afidavit dan mengesahkan identiti mereka.
"Dalam keadaan tertentu, ini bermakna individu yang memakai pakaian yang menutupi muka sama ada separuh atau sepenuhnya perlu mendedahkan wajah mereka bagi tujuan pengenalan," kata Smith menerusi satu kenyataan pada Isnin.
"Jika seseorang itu memakai purdah, seorang saksi yang diberi kuasa perlu dengan sopan dan hormat meminta mereka menunjukkan wajah masing-masing," katanya.
Kerajaan NSW mengumumkan Ogos lepas bahawa polis akan mendapatkan perintah untuk memaksa pengguna jalan raya membuka penutup kepala untuk mengesahkan identiti mereka.
Pemandu yang enggan berbuat demikian berdepan denda sehingga A$5,500 (RM17,790).
JP dan peguam yang gagal mematuhi undang-undang identiti yang diumumkan pada Isnin itu boleh didenda sehingga A$220 (RM711). - BERNAMA
KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.
"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.
"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.
Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.
Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.
Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.
Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama.
Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai.
"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.
"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya.
Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi.
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyokong penuh usaha badan NGO, Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dan NGO-NGO lain untuk mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123Bangkit).
"DPPNS tampil menyahut kebangkitan ini dengan akan menggerakkan hampir 1,000 ahli dan pimpinan pelbagai peringkat sama ada peringkat negeri, kawasan atau cawangan seluruh Sabah untuk bersama-sama dalam himpunan 123Bangkit bagi menyatakan sokongan dan memperjuangkan keadilan rakyat," ujar Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, DPPNS turut mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak NGO, pertubuhan politik dan orang perseorangan dalam menyahut semangat itu.
Menurutnya, himpunan aman itu hendaklah dijadikan sebagai salah satu medan menyuarakan pandangan dan perhatian rakyat secara keseluruhannya setelah pelbagai cara dan alternatif dilakukan bagi menyelamatkan tanah rakyat daripada terus dicerobohi dan dirampas.
"Apa yang pasti ialah, memorandum demi memorandum telah dihantar namun apa yang mengecewakan ialah perhatian daripada YAB Datuk Seri Musa Aman tidak menyeluruh dan disifatkan sebagai 'sambil lewa'," katanya.
Justeru, ujarnya DPPNS mengharapkan kerjasama pasukan keselamatan dan peserta himpunan untuk memberikan komitmen terbaik sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas himpunan itu berjalan.
Beliau berkata, ianya sebagai cerminan kepada sebuah negara dan negeri yang berdemokrasi.
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) memberitahu pertemuan yang diadakan pada peringkat awal di Alor Setar berlangsung secara profesional tanpa ada sebarang ketegangan pendapat.
Menurut beliau yang ditanggungjawabkan oleh PAS Pusat dalam perbincangan awal di Kedah malam semalam berkata, tugasnya adalah untuk mempertemukan kedua-dua pemimpin tersebut.
"Pertemuaan yang diadakan berlaku secara aman dan profesional, semua pihak memberi kerjasama yang baik.
"Akhirnya semua bersetuju untuk menyerahkan isu ini kepada PAS Pusat," jelasnya.
Tambahnya, keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat adalah yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
"Tidak ada apa-apa masalah yang merumitkan keadaan malah keputusan telah kita capai, ini merupakan keputusan terbaik dari PAS Pusat.
"Malah semua pihak bersetuju untuk menerima keputusan tersebut," sambungnya.
Malam kelamrin, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.
Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.
Difahamkan pertemuan itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.
Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.
Ketika menjawab pertanyaan wartawan terhadap reaksi kedua-dua exco tersebut semasa keputusan dibuat, Salahuddin berkata ia tidak melihat kepada riak muka.
"Dalam kes ini kita tidak main melihat riak-riak muka atau reaksi kedua-dua mereka sebab itu bukan jawapan kepada keputusan tersebut," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.
Jelas beliau, setelah itu kedua-dua mereka bersetuju untuk mematuhi keputusan peringkat pusat setelah pertemuan diadakan.
"Dalam hal ini tidak timbul ketidakpuashatian kerana kedua-dua mereka telah bersetuju untuk patuh kepada keputusan PAS Pusat," jelas beliau.
KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isu Lynas adalah tidak munasabah dan membingungkan rakyat.
Menurut Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, kenyataan Najib mahu memindahkan bahan sisa (waste disposal) Kilang Lynas dari Gebeng adalah tidak berbaloi kerana ia tetap menjadikan negara ini sebagai tempat pembuangan sisa toksid negara-negara maju.
"Selain Najib mengatakan akan memindahkan lokasi pembuangan sisa ke tempat lain, beliau turut memberitahu bahawa sisa tersebut tidak merbahaya.
"Sekiranya tidak merbahaya kenapa perlu memindahkan tempat pembuangan sisa tersebut, ini amat mengelirukan rakyat," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan sememangnya mengetahui akan bahaya dan kemudharatan sisa toksid dari Kilang Lynas.
"PAS Malaysia merasakan ia hanyalah kenyataan retorik politik semata-mata untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan keputusan tanpa mengendahkan keselamatan rakyat.
"PAS memohon agar kerajaan tidak mengganggu kehidupan rakyat Malaysia dengan projek yang berisiko tinggi terhadap kesihatan, nyawa serta alam sekitar," katanya.
Zulkefly berpendapat Australia merupakan sebuah negara yang luas serta kawasan lapang dan gurun yang sesuai untuk projek berisiko tinggi itu.
"Kita berpendirian agar kerajaan menghantar balik sisa tersebut ke Australia dan bukan ke mana-mana lokasi di Malaysia.
"Selain itu kita juga menegaskan bahawa rakyat mahukan Kilang Lynas ini keluar dari Malaysia, dalam pada itu PAS akan terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat dari kerakusan kapitalis dan penyalahgunaan kuasa ahli politik," sambungnya.
Beliau yang turut menyatakan jika kerajaan masih meneruskan operasi Lynas, satu Himpunan Hijau 3.0 akan diadakan.
Selain itu juga beliau memberitahu, pendedahan akan dilakukan bagi memberitahu siapa yang sebenarnya di belakang projek Lynas itu sehinggakan kerajaan masih lagi mempertahankan pembinaan loji tersebut.
"Kita menyarankan kepada Najib agar lebih bertanggungjawab, isu Lynas ini menggambarkan kepimpinan yang tidak mengendahkan suara rakyat serta masa depan mereka dan negara," katanya.
10 Rabi'ul Akhir 1433 H | 4 March 2012 Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf atas kesilapan lalu BN tidak membawa sebarang makna melainkan ia disusuli dengan langkah-langkah pembetulan.
Menurut beliau, antara keutamaan Najib kini ia menyelesaikan gejala rasuah dan salah urus dana awam, seperti yang melanda projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Sama ada memohon maaf atau tidak, kata Saifuddin, hukuman sedia menanti pemimpin BN dan sekiranya rakyat memutuskan bahawa Pakatan Rakyat berkuasa, mereka akan bertindak ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan menyalahgunakan kuasa.
"Kita akan heret mereka satu per satu untuk dibicarakan di mahkamah jika kita mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya akan datang," katanya pada ceramah di Sungai Petani, malam semalam.
Saifuddin mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, semalam yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008.
Permohonan maaf secara terbuka itu adalah yang kedua dalam tempoh enam hari berhubung kepincangan pentadbiran BN, khususnya Umno sehingga membawa kepada kekalahan mereka di Selangor dan Kedah.
Kali pertama, Najib mengakui kesilapan BN dan Umno itu adalah pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.
Mengulas permohonan maaf itu, Saifuddin berkata, walaupun pengundi di Selangor, Kedah dan tiga lagi negeri lain telah "menghukum" BN pada tahun 2008, namun pilihan raya umum akan datang adalah peluang untuk menghukum Najib pula.
Ini, kerana menurut Saifuddin, Najib selepas mengambil-alih pentadbiran Putrajaya daripada Tun Abdullah Badawi yang digulingkan oleh Umno pada tahun 2009, tidak mengambil sebarang tindakan bagi memperbetulkan segala kepincangan BN.
"Kita masih belum menghukum Najib. Kita akan berbuat demikian pada pilihan raya umum akan datang ini," katanya, seambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin. - Malaysiakini
CERAMAH PERDANA MAULIDURRASUL Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban Bersama : YB Dato Taib Azamuddin Ustaz Akhil Hayy
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk pertanyaan sila hubungi Cikgu Hassan 013-3426346
(Yunus menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Ustaz Idris)
PADANG TERAP, 5 Mac: Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36, Pedu, Mohd Yunus Harun, 36.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini.
"Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat.
"Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan rakyat terhimpit dengan masalah hidup," katanya.
(Yunus berucap menceritakan pengalamannya dalam Umno)
Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini.
"Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.
"Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno," katanya lagi.
Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada dalam perjuangan Umno.
Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet.
"Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet.
"Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet," ujarnya.
Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS.
Dari Blog Dr Rosli Yaakop - Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan / AJK PAS Rembau
Chembong 3 Mac 2012 - Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008. Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.
Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.
Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi: "Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.") . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.
Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapat hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai "projek gagal."
Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari "kejayaan" projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?
Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan. Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.
Bilangan kandang 17
Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor
Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000
Bilangan peserta 92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan
Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.
Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta 92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000
Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun
Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan. Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.
Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: "Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin" adalah tepat sekali.
Juga didedahkan pada Hari Raya Kordan 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjula 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor
Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?
Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra. Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.
Penduduk Miri Minum Air Yang Tercemar? MIRI - Penduduk Miri menghadapi krisis bekalan air bersih yang paling teruk akibat kebocoran dan tumpahan minyak diesel yang mengalir ke dalam Sungai Liku yang merupa sumber utama bekalan air bersih kepada pengguna di Miri.
Sebuah syarikat pembinaan jalan kira-kira 2 kilometer dari Loji Rawatan Air di Lambir, telah didapati mencemarkan Sungai Liku, dengan tumpahan minyak diesel akibat kebocoran.
Akibat pencemaran sungai tersebut, pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) telah menutup operasi loji serta-merta bagi mengelak air yang tercemar masuk ke takungan penapisan dan rawatan.
Seorang pengguna dari kawasan Lutong mengadu kepada pihak kami, adakah air yang diminum oleh penduduk Miri selamat di minum dan tidak menjejaskan kesihatan pengguna.
Apakah jaminan pihak LAKU, sekiranya berlaku keracunan, akibat terminum air tersebut terhadap pengguna?
Adakah pihak LAKU ada memberitahu kepada pengguna akan kesan dari pencemaran air tersebut dan cara mengatasinya?
Pengguna berhak tahu masalah yang berlaku akibat pencemaran air tersebut, kerana ianya melibatkan kesihatan dan keselamatan pengguna yang mengguna air yang dibekalkan oleh pihak LAKU.
Ramai pengguna merungut kerana sepatutnya pihak LAKU segera memberitahu pengguna akan pencemaran air tersebut kerana mereka khuatir air yang mereka gunakan untuk minum tersebut boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Kita bukan hendak menyalahkan sesiapa dalam soal ini, tetapi pihak yang menjalankan kerja-kerja yang melibatkan alam sekitar dan yang berkaitan seharusnya berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka. Akibat kecuaian mereka, ramai yang jadi mangsa dan ini boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Kita mendesak agar pihak yang bertanggungjawab mencemarkan air bersih tersebut, patut diambil tindakan sewajarnya kerana akibatnya kecuaian mereka melibatkan ramai pengguna dan kehidupan serta alam sekitar terjejas dengan pencemaran tersebut.
Kita berharap pihak LAKU dapat mengatasi masalah bekalan air bersih ini dengan segera kerana ramai pengguna terkesan akibat pencemaran air bersih dan juga penyatuan air yang bakal mereka hadapi. Semoga semua pihak dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih bertanggunjawab, amanah serta menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Miri Residents Drink Contaminated Water? MIRI - Miri residents face clean water supply crisis, the most severe due to leaks and spills of diesel oil which flows into the Sungai Liku which was the main source of potable water supply to consumers in Miri.
A road construction company about 2 kilometers from the Water Treatment Plant in Lambir, was found polluting the Sungai Liku with leaking diesel oil spill.
As a result of river pollution, the LAKU (Northern Region Water Board) has shut down the plant immediately to prevent contaminated water into the reservoir filtration and treatment.
A consumer from Lutong complained to us, is the water consumed by the people of Miri safe to drink and does not affect health of consumers.
What is the warranty of the LAKU, in the event of poisoning, due to drink of the water to consumers? Does the LAKU told to consumers about the impact of water pollution and how to fix it?
Consumers have the right to know the problems caused by water pollution, because it involves the health and safety of consumers who use water supplied by the LAKU.
Many users complained about the LAKU, should promptly notify the consumer, will be contamination of the water, because they worry that they use the water for drinking can affect their health.
We're not blaming anyone in this matter, but those who carry out work involving environmental and related should be careful in carrying out their duties. As a result of their negligence, that so many victims, and this may result death if not controlled properly.
We urges the responsible party that polluting the treated water, should be taken appropriate action, as a result of their negligence involves many consumers and life and the environment affected by the pollution. We hope the LAKU to overcome this water supply as soon as possible because many users affected by water pollution and water consolidation will affect them.
Hopefully all parties can carry out their duties more responsible, trustworthy and welfare of the people regardless of race, religion and political belief.
KUALA LUMPUR, 4 Mac: Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.
"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.
"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.
Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.
Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.
Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.
Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.
Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.
Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.
"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi," ujarnya.
Salam pembaca blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 yang budiman tak kira manusia atau jin yang penting terbuka hati untuk mencari keadilan dan kebenaran. Nak citer semalam teman mimum teh dan roti canai(Kat Singapore dipanggil roti prata) berhampiran rumah di Bukit Sentosa 2 bersama pak cik teman yang bernama Hasan (tapi bukan hasan tut atau Hasan tutttt) .Beliau ni dah berumur lebih 60 tahun tapi memang hebat kesedarannya tentang ketidak relevan UMNO atau BN mentadbir Malaysia. Beliau pernah berbual dengan seorang pemuda bawah umur 40 tahun di sebelah taman beliau . Pemuda tersebut terus mengeluh dan memberi komen bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia akan jadi 2 kali 5 juga akhirnya macam perangai UMNO. Pak cik teman tersentak dan terus berkata untuk membalas dan menjelas kepada pemuda itu bahawa andai beliau ada anak, yang sudah layak berkahwin, bolehkah pemuda itu kata pada anaknya tak perlu kahwin ..bukan kamu boleh dapat anakpun tak perlu kahwinlah. Bila pemuda itu tak menjawab, Pak cik teman kata bahawa sebab itu ada hikmah Allah kurniakan jari tangan kita tidak sama panjang tapi sempurna.Sebab kejadian masa hadapan hanya Allah yang tahu , kita tak boleh beri andaian kerana Allah tapi tahu.
Oleh: Merong “Berikut ini saya kutipkan Beberapa Kisah Ajaib tentang Pertolongan ALLAH di Bumi Afganistan, yang diambil dari buku "Ayyaturahman fi Jihadil Afgan" karangan As Syahid Syeikh Dr Abdullah Azzam rohimahulloh. Kisah-kisah ini diambil langsung dari medan pertempuran dan ditulis oleh beliau dengan memperhatikan secara serius jalur periwayatan yang benar dari orang-orang terpercaya yang mengalami [...]
http://perantaukite.blogspot.com/ Membaca dan melihat entri berita Anak Muda Meluat Dengan Nasaruddin Tantawi adalah satu bentuk suara kritikan ke dalam yang jarang kedapatan dan jarang berlaku. Situasi ini, adalah manifestasi sebahagian harapan generasi muda yang mahu melihat sesuatu yang luarbiasa dan agresif daripada perjuangan sayap parti islam dalam melahirkan kaderisasi kepimpinan massa. Kepimpinan yang diterima massa [...]
Oleh Anti Parasit Isu di Kedah kain terserlah. Jawab menjawab di dada akhbar sudah mula menjadi lumrah.Dulu akhbar-akhbar ini menjadi bahan bungkusan nasi lemak di kola atau ke bendang. Tiada makna membaca kerana kebanyakan berita politik hanya mengarut belaka. Tapi kini dibuatnya sidang media untuk menjelaskan tentang kedudukannya. Bercakap seolah-olah kami para penyokong dan pengundi [...]
Mimpi Senja, Gua tak sangka bahawa rakyat selangor amnya dan penduduk kampung melayu subang khususnya begitu tertarik untuk datang ke majlis ceramah akidah Hasan Ali.. Dengan itu gua pun tidak teragak agak menyatakan bahawa sebentar tadi seramai 10 ribu org hadir mendengar ceramah beliau mengenai isu akidah, melayu dan raja.. kah kah kah Selamat melihat [...]
KEMAMAN: Gelombang PAS Ganti UMNO (PGU) yang digerakkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu berjaya mengumpulkan ratusan ribu rakyat dalam tiga perhimpunannya yang bermula di Zon Selatan (Kemaman dan Dungun), Zon Utara (Besut dan Setiu) serta Zon Tengah (Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus).
PGU Pertama di Dataran Tok Guru Geliga, Kemaman dilancarkan pada 14 dan 15 Januari 2011, PGU di Dataran PGU Jertih, Besut pula 'meletup' pada 18 dan 19 Mac 2011 dan PGU100K di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu pada 14 dan 15 Oktober 2011.
Namun begitu, perhimpunan besar yang diadakan di Kampung Baung, Kuala Berang Hulu Terengganu tidak dinamakan PGU tetapi dikenali sebagai sambutan 100 Tahun 'Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk'.
Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh beberapa pihak termasuk PAS mendapati kesemua perhimpunan besar yang rancang itu mendapat sambutan serta sokongan rakyat di semua peringkat akar umbi.
UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu semakin tertekan di negeri ini apabila dipercayai hilang sokongan rakyat dan pengaruh UMNO-BN terhakis.
UMNO-BN bukan sahaja hilang pengaruhnya ditambah pula dengan masalah 'dalaman' mereka dalam kelompok serta team politik yang banyak antara 'Team AS' (Ahmad Said) dengan 'Team IJ' (Idris Jusoh).
Sebab itu, UMNO-BN Terengganu dan UMNO-BN Malaysia tidak berani mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hingga ke saat ini.
Sehubungan itu, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai kini cukup kreatif serta komited mahu melihat "PAS Ganti UMNO" meski setelah selesai satu pusingan PGU di negeri ini.
Maka, diadakan pula satu perhimpunan lain yang dijangka lebih besar, lebih hebat dan lebih berprestej dinamakan "Himpunan Tolak UMNO" di Dataran Tok Guru, Geliga Besar, Chukai, Kemaman.
Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.
"Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun 2011 lepas telah menghasilkan satu 'gelombang'.
"Seluruh rakyat pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS. PGU di kawasan Besut berjaya menghimpunkan lebih 50,000 rakyat dan kemuncak di Kuala Terengganu melepasi sasaran 100,000 orang," ujarnya.
Menurutnya, sumber risikan memaklumkan aura kejayaan penganjuran himpunan PGU di negeri ini bakal menjatuhkan kerajaan UMNO-BN Terengganu.
"Hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (UMNO-BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.
"Mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku ini, PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya.
"Bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita (rakyat) berhimpun untuk menolak UMNO dan Barisan Nasional," tegasnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin agenda 'Himpunan Tolak UMNO' (HTU) di DUN Chukai ini akan 'merebak' ke kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.
Menurutnya, program HTU tersebut bagi menghimpunkan warga DUN Chukai khususnya dalam satu agenda besar sebelum tiba pilihan raya.
Katanya, berdasarkan persekitaran dan suasana politik masa kini semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.
"Ya, Saya cukup yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti.
"Mereka (rakyat) akan memberikan kerjasama bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga," tegasnya.
Katanya, program HTU diadakan selama empat hari dan empat malam penuh dengan pengisian untuk rakyat di semua peringkat umur dan jantina.
Antaranya, program Bicara Santai bersama Bob Lokman dan Kuliah Maghrib di Kampung Paya Berenjut.
Pada sebelah malamnya, Ceramah Pembukaan HTU yang menampilkan aktivis SAMM, Che'gu Bard, pendakwah bebas, Bob Lokman, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran dan Timbalan YDP Kemaman, Ustaz Nik Nasri.
Hari dua, 2 Mac 2012 pula dimulakan dengan Karnival Jualan dengan disertai hampir 180 gerai peniagaan. Pertandingan Bola Futsal yang disertai 32 pasukan bermain secara liga dan pertandingan gasing oleh 10 pasukan dengan 30 pemainnya.
Program Muslimat bersama Ustaz Yusuf Embong diadakan selepas Jumaat dalam suasana hujan serta cuaca tidak menentu. Namun, sambutan tetap meriah di kalangan rakyat dan penduduk setempat.
Ceramah Perasmian HTU diadakan pada malam tersebut yang menampilkan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Naib Pengerusi PKR Pusat,Chua Jui Meng, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan YDP Kemaman, Ismail Harun.
Pada hari ketiga (Sabtu) 3 Mac 2012, diisi dengan karnival, bola sepak, pertandingan mewarna KAFA dan Pasti, Santai Halwa dan Ameerah bersama Imam Muda, Fakhrul Rozi Husain dan Zahroni.
Malamnya, diadakan Hiburan Alternatif bersama bekas artis dangdut, Iwan Shahman (Iwan Dangdut), kumpulan Dikir Barat oleh Megat Nordin, Jen Endoro, Shoutul Amal dan lain-lain lagi.
Dan pada hari keempat pula, dimulakan dengan aktiviti Kayuh Fixei, Karnival Jualaan, Cabutan Bertuah, Sukan Rakyat, Jamuan Rakyat, Sumbangan Fakir Miskin dan Ceramah Perdana.
Difahamkan, sebanyak 50 buah basikal Fixei dijadikan hadiah cabutan bertuah di Gerai Pemuda DUN Chukai.
Ceramah Perdana dibarisi ahli pemidato terkenal seperti Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat.
Hanafiah mendakwa penyertaan orang ramai ke program HTO disertai oleh penyokong UMNO-BN setempat dalam beberapa aktiviti.
KUALA LUMPUR, 4 Mac: Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.
"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.
"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.
Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.
Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.
Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.
Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.
Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.
Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.
"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi," ujarnya.
TEMERLOH, 3 Mac: Lapan orang warga Felda sekitar Jengka hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.
Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.
Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak-anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan sejak dua minggu lalu itu, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan.
Polis juga didesak menyiasat sejauh mana benarnya pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh (hasil penyenaraian saham) sedangkan mesyuarat (EGM) KPF telah dibatalkan.
Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV) seperti diumumkan Isa Samad.
Jurucakap warga Felda yang membuat laporan polis berkenaan, Aris Fezul Ismail berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan.
"Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan.
"Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia masih samar-samar ekoran EGM KPF pada 22 Februari yang lalu dibatalkan sedangkan durian runtuh itu apabila disenaraikan.
"Jadi terdapat sebahgian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu (Ahmad Maslan dan Isa Samad) yang mempertegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan," katanya.
Tambah Aris, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan sandiwara pemimpin tertentu yang berselindung di sebalik tawaran durian runtuh.
Sementara itu, kira-kira 200 peneroka hadir memberi sokongan. Turut hadir Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, peguam Harris Abdullah, Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim serta ketua-ketua peneroka.
Dalam pada itu Mazlan menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu.
"Segala kemungkinan boleh berlaku, umpamanya mungkin dokumen penting yang diserahkan dibimbangi untuk tujuan tetap menyenaraikan Felda di bursa saham dan tidak mustahil geran hak milik ladang dan rumah dijadikan cagaran sebab geran besar tanah peneroka ada dalam simpanan Felda.
"Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda atau laporan polis akan dibuat seluruh negara," tegasnya.
KUALA LUMPUR, 3 Mac: PAS dan pelbagai NGO menuntut supaya bahan sisa dari kilang Lynas di Gebeng di bawa keluar dari negara ini.
Ini kerana, sisa itu mempunyai bahan radioaktif yang bakal kekal di bumi Malaysia jutaan tahun dan memudharatkan penduduknya di masa depan.
"Jika tuntutan ini tidak diharaukan, kita tidak menolak Himpunan Hijau 3.0 dianjurkan," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PASA, Zulkefli Mohd Omar kepada Harakahdaily.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, sisa dari kilang Lynas di Gebeng akan dibuang di tempat lain yang akan dikenalpasti kemudian.
Ia bertujuan untuk menghilangkan kerisauan penduduk tempatan walaupun pihak kerajaan yakin ia selamat.
Anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam komennya mencadangkan kepada Najib agar mengumumkan saja tempat baru sisa itu adalah dalam kawasan parlimennya iaitu Pekan.
Hujjah Najib kononnya sisa ini tidak bahaya juga ditolak oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berdasarkan apa yang berlaku kepada kilang ARE yang terletak di Bukit Merah, Ipoh sebelum ini.
Kerajaan terpaksa membuang semua tanah seluruh tapak kilang dan kawasan sekitarnya di Bukit Merah dan di simpan dalam tong dan seterusnya di masukkan ke dalam sebuah bukit di Perak.
Persoalannya, sampai berapa lama 80,000 unit tong drum 200L dan kawasan takungan itu akan selamat dan tidak pecah atau rosak akibat perubahan cuaca dan jenis tanah di kawasan itu.
Sedangkan, separuh hayat kepada bahan radioaktif yang dihasilkan dari Thorium itu akan berumur ribuan tahun kalau tidak jutaan tahun pun.
Menurut laporan sebuah akhbar Cina, Menteri Kesihatan telah mencapai kata sepakat dengan Menteri Perindustrian Antarabangsa agar sisa ini dihantar balik ke Australia atau sekurang-kurangnya luar dari Kuantan.
Namun, Australia telah membuat keputusan tidak akan menerima sisa itu balik ke negara mereka.
Dalam kes kilang ARE Bukit Merah yang dimiliki syarikat Jepun, Mitshubishi, tuntutan juga dibuat agar sisa yang memenuhi sebuah bukit itu dibawa balik ke Jepun.
"Membenarkan Lynas membuang sisa kilang ini di Malaysia adalah satu subsidi besar buat syarikat Australia itu," kata Presiden CAP, S M Mohamad Idris.
Jangkaan pendapatan yang mungkin diperolehi dari kilang ini adalah sebanyak RM30 juta untuk lima tahun.
"Namun, kesan kepada ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, masyarakat sekitar, tanah, air, lautan dan jenerasi akan datang dijangka berjumlah sehingga RM150 juta," kata S M Mohamad Idris lagi.
KUALA LUMPUR, 3 Mac: Lembaga Tabung Haji (TH) bertanggungjawab menjelaskan kepada penyimpan-penyimpannya mengapa beratus-ratus juta ringgit pelaburannya mengalami kerugian, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Penyimpan-penyimpan akaun TH rata-ratanya adalah umat Islam terutama yang mahu mengerjakan haji.
"TH perlu menjelaskan mengapa wang mereka dileburkan dalam perniagaan-perniagaan yang merugikan. Amat malang bagi mereka jika TH terus meleburkan wang mereka dan bukan melabur," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyatakan kekesalan apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja.
TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu.
Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta.
Akibat kemelut kewangan itu, tiga pegawai kanan Silver Bird digantung tugas termasuk pengarah urusannya, Datuk Jackson Tan Han Kook.
"TH bertanggungjawab menjelaskan adakah wang penyimpan-penyimpan akaun TH terpelihara?
"Perlu juga dijelaskan mengapa tatacara pelaburan dan pengurusan serta pemantauan TH begitu lemah?" Mahfuz (gambar) mempersoalkan sambil membangkitkan apa yang terjadi dalam Silver Bird itu bukan yang pertama kali.
Sebelum ini, katanya, rakyat mendengar TH rugi beratus-ratus juta dalam pelaburan yang dilaporkan melibatkan percaturan dalam tukaran wang asing sehingga dua pegawainya yang tidak bersalah diheret ke mahkamah dan diaibkan walaupun akhirnya didapati tidak bersalah dan misteri siapa yang sebenar bersalah tidak pernah terungkai.
"Kita juga mendengar pelaburan TH dalam Lityan Holdings Bhd mengalami masalah. Amat malang sungguh nasib penyimpan-penyimpan TH apabila wang mereka dileburkan dengan begitu tidak berhemah," katanya.
Silver Bird adalah pengeluar roti High 5 yang menghadapi kempen boikot oleh pengguna apabila tersebar gambar-gambar yang didakwa diambil di kilang roti tersebut yang menunjukkan proses pembuatannya yang sangat kotor.
Perjanjian strategik antara TH dan Silver Bird ditandatangani pada 2008.
Ketika tersiar berita mengenai pelaburan TH dalam Silver Bird itu, ramai pihak membantah tindakan itu.
KOTA BHARU, 3 Mac: Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, malam tadi. Sempena majlis bersejarah itu, tiga artis yang mewakili tiga negara telah membuat persembahan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kumpulan Raihan (Malaysia), papa rock Ramli Sharif (Singapura) dan Opick (Indonesia).
Hampir 5,000 orang hadir pada program yang penuh warna warni itu walaupun keadaan hujan.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Sempena majlis itu, dua pertunjukkan bunga api telah diadakan di samping persembahan lagu tema TMK@12.
Takiyuddin ketika berucap pada majlis itu memberitahu pihaknya akan berusaha untuk menjayakan hasrat mencapai kehadiran pelancong dalam dan luar negara seramai 6 juta orang.
Katanya, untuk menjayakan hasrat itu pelbagai persembahan dan program telah diatur untuk menarik lebih ramai pelancong.
"Selain persembahan malam ini, diadakan juga Pesata Sukan Air, pertunjukan kereta berhias dan lain-lain lagi," ujarnya.
Ramli Sarip mendendangkan beberapa buah lagu popularnya Doaku Buat Mu Kekasih, Nyanyian Serambi, Kasturi, manakala Opick Cahaya Hati serta lagu popularnya Rapuh dan Raihan lagu-lagu nostalgia kumpulan itu seperti Syukur, Allahu.
KUALA LUMPUR, 2 Mac: "Insya Allah rakyat Terengganu akan pastikan gelombang biru akan dibenamkan oleh Gelombang Hijau di dalam PRU13 akan datang," tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Terengganu, semalam bahawa Terengganu akan menjadi 'negeri biru'.
Katanya, rakyat Terengganu sudah mual dengan gelagat kepimpinan Umno yang gagal urus tadbir negeri yang memililiki emas hitam.
"Semuanya gara-gara tidak amanah dan diskriminasi pimpinan Umno menyebabkan rakyat Terengganu masih miskin di tahap kedua selepas negeri Sabah," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, janji manifesto BN pada tahun 2004 untuk memberi peluang 25,000 pekerjaan masih tidak tertunai lagi.
Beliau berkata, apabila PAS menawarkan 17,000 pekerjaan di dalam manifesto di dalam PRU akan datang, maka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjanjikan peluang pekerjaan sebanyak 80 ribu.
Baginya, rakyat ketawa melihat gelagat pembohongan pemimpin Umno dengan janji yang tidak tertunai.
Jelasnya, rakyat negeri itu tidak boleh menerima sikap sambil lewa pemimpin Umno yang gagal mengurus tadbir sehingga berlaku kerugian seperti runtuhnya Stadium Sultan Mizan RM292 juta, kos hendak membaiki pula RM25 juta.
Begitu juga, ujarnya dengan kerosakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud bernilai RM123 juta, kolam renang di Batu Buruk berharga RM18 juta untuk Sukma 2008 rosak setelah setahun digunakan, bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kemaman berharga RM2.1 juta runtuh, perhentian bas di Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta juga runtuh walaupun baru 80% siap.
(Antara banner yang dinaikkan untuk menyambut kedatangan Najib)
KOTA BHARU, 2 Mac: Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan disambut meriah oleh rakyat negeri itu termasuk mengantung banner.
Di Jeli, tempat Najib dibawa oleh Datuk Mustapha Mohamad bertemu rakyat, kain-kain pemidang dinaikkan oleh rakyat kawasan itu.
Najib dalam rangka lawatannya ke Kelantan hari ini dijangka akan bertemu rakyat di Jeli, kawasan Parlimen pengerusi perhubungan Umno Kelantan.
Lawatan terakhir Najib ke Kelantan adalah Julai tahun lalu di mana beliau telah melawat daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.
Di Pasir Puteh, beliau telah melawat stesen teksi Pasir Puteh dan berjanji akan membina stesen teksi baru di situ.
Untuk lawatan kali ini, Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, akan mengiringi lawatan Perdana Menteri itu.
KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menuntut Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan kewujudan Cawangan Strategik dan Urat Saraf di bawah kementerian itu yang didakwa digunakan untuk tujuan pilihan raya.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewujudan cawangan itu sangat diragui ketelusannya lebih-lebih lagi ia tidak mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurutnya, cawangan tersebut tiada organisasi khusus, malah peruntukannya diambil daripada bahagian lain dalam kementerian.
"Banyak peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan ini digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.
"Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambil peruntukan dari bahagian lain.
"Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menambah, Ketua Setiausaha Kementerian juga telah mengarahkan cawangan ini untuk mengadakan program politik di semua daerah lebih iaitu 2,000 program setiap negeri dengan kos RM30 juta untuk Pakar Motivasi, Datuk Dr. Hasan Ali berceramah kepada pengundi muda.
"Nampak sangat Umno guna peruntukan untuk kepentingan politik Umno. Sekarang mereka tak perlu turun padang, hanya guna Hasan Ali sebagai mata kapak dan hulu kapak," katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoal "kehilangan RM8juta peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk belia pada Himpunan Sejuta Belia 2011.
Menurut maklumat, hanya RM2 juta diterima oleh Majlis Belia.
"Saya setuju kalau peruntukan untuk pembangunan belia, tapi bukan dalam bentuk program himpunan sehari yang tidak memberi apa-apa kesan, hanya seperti Karnival Jom Heboh dan sebagainya," katanya.
Turut dipersoal beliau, kos yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pembatalan belia kreatif 2012 yang sepatutnya diadakan pada 10 hingga 12 Februari lalu serta sebab pembatalannnya.
"Karnival ini telah diiklan secara meluas di media massa tapi akhirnya dibatalkan. Kenapa program ini dibatalkan dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan setelah pelbagai promosi telah dilakukan?" soalnya.
Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian terbabit menjelaskan bagaimana projek perkhidmatan kafe di 17 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hanya diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kelantan.
"Kalau betul kerajaan ingin membangunkan syarikat bumiputera, kenapa hanya beri kepada sebuah syarikat? Sepatutnya kalau ada 17 IKBN, berilah kepada 17 syarikat," katanya.
Kenyataan Bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah
1. Dewan Ulamak PAS Kedah dengan ini menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wakil-Wakil Rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini. Hal ini berlandaskan arahan Allah Taala bermaksud: "Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka." (Surah al-Syura ayat 38)
2. Dewan Ulamak PAS Kedah menegaskan sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.
3. Dewan Ulamak PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.
4. Dewan Ulamak PAS Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya.
YB Datuk Tuan Guru Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Tuan Guru Syeikh Mohamad Abdullah,
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.
Jumaat, 2 Mac 2012 bersamaan 8 Rabi'ulAkhir 1433H, 5.30 petang
Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Hj Abdullah Kecil, Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman.
Bantuan RM500 BR1M kepada mereka yang layak adalah untuk Bajet 2012. Ini bermakna tarikh Bajet 2012 ini sah sehingga 31 Disember 2012. Bagaimana jika ada pasangan yang berkahwin dari 16 Mac 2012 hingga 31 Disember 2012 yang sudah pasti dikira satu isi rumah, jika pendapatan isi rumah ini kurang RM 3,000 mereka ini sepatutnya layak mendapat RM 500 tersebut.
Rayuan BR1M dilanjut selepas 15 Mac
2012/02/16
Perdana Menteri berkata, langkah itu memberi peluang kepada mereka yang gagal dalam permohonan lalu untuk mendapatkan bantuan RM500, dan menikmati faedah daripada program berkenaan."BR1M adalah satu bentuk bantuan dan faedah yang sangat berkesan dan dihargai rakyat. "Kita ambil maklum jika ada yang tidak diluluskan tetapi difikirkan layak menikmati bantuan itu masih boleh buat rayuan dan rayuan boleh dibuat terus hingga 15 Mac depan.
112. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:
Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Syarat Permohonan BR1M
~ Warganegara Malaysia
~ Berkahwin
~ Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah.
~ Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah
Dari Blog Dr Rosli Yaakop - Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan / AJK PAS Rembau
Chembong 3 Mac 2012 - Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008. Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.
Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.
Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi: "Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.") . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.
Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapat hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai "projek gagal."
Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari "kejayaan" projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?
Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan. Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.
Bilangan kandang 17
Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor
Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000
Bilangan peserta 92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan
Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.
Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta 92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000
Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun
Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan. Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.
Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: "Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin" adalah tepat sekali.
Juga didedahkan pada Hari Raya Kordan 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjula 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor
Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?
Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra. Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.
Kapasiti enjin kereta menjadi salah satu faktor kenapa pemohon bantuan RM500 ditolak. Sebanyak 23,360 pemohon ditolak permohonan mereka atas faktor ini. Sebelum ini kerajaan telah menetapkan mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak, kenapa perlu ada syarat tambahan ini? Apakah akan ada syarat tambahan lain pula selepas ini? Bagaimana jika pemohon ketika memilik kereta sebut bergaji RM4,000 tetapi akibat kilang ditutup dia kini bergaji RM2,000 sebulan? Bagaimana pula jika nama mereka digunakan oleh adik beradik lain untuk membeli kereta walaupun pendapatan mereka dibawah RM3,000 sebulan?
Car factor in BR1M rejections
Saturday March 3, 2012
PETALING JAYA: The type of car a person owns could be the deciding factor whether they qualify for the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) payment. Many applications have been rejected because the applicants owned vehicles that exceeded the stipulated engine capacity.
Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai said those who owned Proton or Perodua cars (registered between 2007 and 2011) of more than 1,600cc and cars of other brands (registered from 2007 to 2011) with an engine capacity of more than 1,500cc would not qualify for the aid.
Applicants who owned motorcycles (made from 2007 to 2011) of an engine capacity of more than 500cc or equivalent have also been rejected.
Some 2.38% or 23,360 applicants were rejected because of this.
PTRS 2012 Dun Meru diadakan di SRA Pekan Meru sejak 2009. Tempat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, kantin, kelas yang lengkap, damai menceriakan pelajar PTRS yang hadir hari pertama tuisyen. Seramai 130 pelajar telah berjaya mendaftar dengan dibekalkan buku kerja PTRS percuma. Semua pelajar juga disediakan makanan tengahari dengan nilai RM 1.00 sahaja oleh pihak pengurusan. Semoga keceriaan ini kekal untuk mereka terus berusaha untuk mencari kejayaan cemerlang.
Seramai 130 pelajar telah terpilih dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor 2012 untuk Dun Meru. Permintaan yang amat tinggi dikalangan pelajar terpaksa penganjur menapis permohonan dan hanya memilih 130 pelajar melebihi sasaran kuota 100 pelajar yang diperuntukan. Program motivasi pelajar PTRS bersama ibubapa diadakan bagi melengkapkan sesi program PTRS ini. Ketua Kampung Meru, tuan Hj Thaifor Nor yang mewakili Yb Dr Rani menyarankan semua ibubapa perihatin terhadap anak mereka agar menitikberatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak. Program PTRS yang diadakan perlulah disyukuri dan dihayati dengan berusaha berterusan untuk hadir program tuisyen hingga hujung tahun hinggalah berjaya.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kedah La dihujani pertanyaan macam mana keputusan akhir Jawatankuasa PAS Pusat jumpa Ustaz Azizan dan Phahrolrazi semalam dalam majlis muqobalah (bersemuka).
PAS Pusat dengan disaksikan oleh AJK Perhubungan PAS Kedah mendengar hujah2 dari dua orang terbabit. Pukui 12 lebih mesyuarat berakhir. Maka bermesyuaratlah pulak AJK PAS Pusat. Maka selepas pukoi 3 lebih terumuslah satu keputusan iaitu sekurang-kurangnya sehingga PRU13:
1. Ustaz Azizan kekal sebagai MB Kedah.
2. Phahrolrazi dan Ismail mesti menerima balik jawatan Exco.
Ini keputusan tidak rasmi (macam keputusan pilihanraya jugaklah ada rasmi ada tak rasmi, tapi keputusannya tak lari lari punya) adapun keputusan rasminya tunggu PAS Pusat buat kenyataan rasmi.
HaHaHa.. Lawak Apakah Ini?.. Hari Tue Minta Maaf Kat Rakyat Selangor... Hari Nie Minta Maaf Kat Rakyat Kedah Pulak Atas Kesilapan BN Yang Lalu... Lepas Nie Apa Pulak? P.Pinang?.. Kalau Dah Sampai Banyak Sangat Negeri Nak Kena Minta Maaf, Tu Namanya Kesilapan Yang Disengajakan... Awat Tak Minta Maaf Dengan Negeri-Negeri Yang BN Perintah Sekarang? Nak Tunggu Tumbang Baru Nak Mintak Maaf Ker, Najib Razak? ::.kikiki.::
BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sedangkan Ustaz Azhar Idrus Pun Tidak Diberikan Tauliah Oleh JAIK, Macamner Pulak Al-Fadzil Ustaz Hj Najib Razak Boleh Dapat Tauliah "Segera" Dari JAIK Nie Buat Kuliah Kat Masjid ? ::.kikiki.::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan