Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 29 Mar 2012 11:27 PM PDT Tuan rumah sidang gas dunia, M’sia rayu Israel Posted: 29 Mar 2012 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.
"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan)
Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.
Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.
Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.
"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Sumber: Harakahdaily
| GMI desak Najib tunai janji mansuh ISA Posted: 29 Mar 2012 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mac: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengulangi desakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada sidang parlimen ini.
Menurut Sekretariat GMI, Nalini, rakyat sudah mula bertanya bila ISA akan dimansuhkan, ekoran Perdana Menteri sudah berjanji akan memansuhkan akta itu pada Mac ini.
"Hari ini, sudah akhir Mac, tetapi tidak nampak riak-riak Perdana Menteri mahu mansuhkan ISA, rakyat sudah bertanya, dan mereka tidak boleh tunggu lama-lama sangat," katanya semasa dihubungi.
Tegasnya, GMI akan mengadakan protes di hadapan Parlimen pada 9 April ini jam 11 pagi, jika sekiranya Najib dan kerajaan gagal untuk memansuhkan ISA seperti yang dijanjikan pada tahun lepas.
Sebelum ini, Najib berjanji akan meminda atau memansuhkan beberapa akta penting seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat, akta membabitkan perintah sekatan atau buang daerah, Akta Percetakan dan Penerbitan.
Najib telah membuat kejutan besar apabila mengumumkan akta itu akan dimansuhkan, pada Hari Malaysia, 16 September lalu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz pula pemansuhan ISA memerlukan tempoh lebih lama, kerana perlu ada pengganti kepada akta itu.
"Apa yang perlu ditegaskan ialah kenyataan Perdana Menteri ialah pernyataan dasar yang akan ditunaikan kerajaan BN...ISA tetap akan dimansuhkan cuma kita kena kaji dengan teliti akta yang boleh menggantikannya," kata Nazri.
Sumber: Harakahdaily
| Zunar ketuai program 'Kartunis Bantah-Lynas' Posted: 29 Mar 2012 01:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kartunis Zunar (gambar) akan mengetuai sekumpulan pelukis kartun untuk mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk tempatan di Kuantan pada 31 Mac ini.
Antara program yang akan diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun, kata Zunar yang nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaque.
Antara kartunis yang akan turut mengambil bahagian dalam program tersebut ialah Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.
Syarikat dari Australia, Lynas telah membina kilang yang merbahaya kepada alam sekitar dan manusia itu di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari Kuantan
"Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat.
"Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang," katanya.
Sebanyak dua program berasingan akan diadakan iaitu di Balok pada sebelah petang dan malam di Pantai Teluk Chempedak.
Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8 malam.
Program anjuran bersama Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan BADAR ini adalah terbuka dan percuma untuk orang ramai.
Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja di mana hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat pertandingan pada hari tersebut.
Manakala orang dewasa boleh mengambil bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur.
Sumber: Harakahdaily
| Mat Sabu: Noh Dijangkiti Sindrom ‘Flip-Flop’ PM Posted: 29 Mar 2012 01:25 AM PDT SHAH ALAM, 29 MAC: Pengumuman Datuk Seri Noh Omar tentang pembukaan tender untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) merupakan satu tindakan 'flip-flop'.
Menurut Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu kenyataan terbaru Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu jelas bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini bahawa projek berkenaan berjalan lancar.
Pembukaan tender tersebut itu juga bertentangan dengan kenyataan Noh sebelum ini yang NFC hampir memenuhi sasaran pengeluaran yang ditetapkan kementerian terbabit.
"Kerajaan mesti dapatkan semula duit pinjaman RM250 juta atau kalau susah, mereka mesti mengambil tindakan menerusi undang-undang.
"Tak boleh biarkan macam itu sahaja, tetapi dia nak pulangkan balik duit tu macam mana, syarikat itu dah jadi macam tu," Mohamad berkata apabila dihubungi.
Pembukaan tender itu kata Noh, adalah untuk memastikan projek tersebut mencapai sasaran pembekalan daging lembu tempatan.
Sebelum ini sasaran yang ditetapkan untuk NFC adalah sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun untuk memenuhi pasaran tempatan.
Tetapi mengikut laporan Ketua Audit Negara, NFC hanya mencapai 8,016 ekor lembu antara tahun 2008 dan 2010, angka yang amat jauh dari sasaran.
NFC, yang diberi pinjaman terus RM250 juta dibelengu berbagai kontroversi termasuk menggunakan dana pinjamannya untuk membeli kondominium mewah, tanah dan membiayai perjalanan ke luar negara.
Isu yang juga menimbulkan persoalan adalah bagaimana projek mega tersebut diberi terus kepada suami menteri yang tidak berpengalaman di dalam industri ternakan lembu.
Mohd Sabu turut menyamakan keputusan Noh dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sering berubah-ubah dalam membuat beberapa keputusan penting kerajaan.
"Tu kira flip-flop lah sebab mula-mula dulu dia ingat tak terbongkar, nak lindungi, tetapi tidak berupaya kerana maklumat dari pembangkang sangat lengkap.
"Samalah juga dengan PM yang dah banyak kali flip-flop dalam banyak isu, kejap-kejap tukar keputusan" ujar beliau.
Sumber: Selangorku
| Perhimpunan tuntut mansuh pinjaman PTPTN bulan depan Posted: 29 Mar 2012 01:20 AM PDT Perhimpunan menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan diadakan di ibunegara pertengahan bulan depan.
Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata 'Himpunan Mansuh PTPTN' disokong oleh 10 kumpulan gabungan mahasiswa - antaranya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, beliau yang juga pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mereka malam tadi.
Katanya, maklumat terperinci mengenai tarikh, masa, lokasi dan jumlah peserta yang dijangka hadir dalam perhimpunan itu akan diumumkan dalam satu sidang akhbar esok.
Sidang media itu juga akan dihadiri Gerakan 'Malaysia Bangkit' - yang memperjuangkan pendidikan percuma - yang turut dianggotai pemimpin LMP Adam Adli.
"Memansuhkan PTPTN dianggap realistik untuk dilaksanakan walapun kerajaan tegas untuk menetapkannya tanpa perubahan langsung," tegas Muhamad Safwan.
"Tuntutan mengurangkan faedah tidak dilayan, walaupun dikurangkan satu peratus, (tetapi) ia belum menyeluruh dan tetap membebankan," tambahnya.
Isnin lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilapor berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan mahasiswa yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut pinjaman itu dihapuskan.
Bagaimanapun Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa adalah "tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan".
Sementara Pemuda PAS Pusat menempelak kenyataan Khaled dengan mempersoalkan kerajaan BN tidak prihatin dengan masalah pelajar yang sepatutnya lebih utama, berbanding hanya memikirkan bebanan yang ditanggung kerajaan.
Sumber: malaysiakini
| PKR: Tiada peruntukan untuk 'impeachment' di Parlimen Posted: 29 Mar 2012 01:15 AM PDT Tiada peruntukan atau duluan (precedent) di Dewan Rakyat bagi mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual, kata PKR.
Naib Presiden N Surendran berkata, dengan evolusi proses seperti usul tidak percaya dan siasatan jawatankuasa terpilih parlimen, mekanisne impeachment kini sudah lapuk dan di England sendiri kali terakhir berlaku 200 tahun lalu.
"Rasional penggunaan impeachment untuk memastikan menteri dan pihak yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara bersikap telus.
"Mencadangkannya ia digunakan terhadap ketua pembangkang menunjukkan salah faham terhadap proses impeachment itu.
Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment terhadap Anwar. Peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.
Sumber: malaysiakini
| 'Siasat anak PM berhubung manipulasi harga saham' Posted: 29 Mar 2012 01:10 AM PDT Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat anak kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Nazifuddin - berhubung dakwaan manipulasi harga saham.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kiri) berkata penglibatan Nazifuddin baru-baru ini dalam dua syarikat yang harga saham banyak turun naik, adalah sangat mencurigakan.
Dalam kes pertama, harga saham Harvest Court Industries Bhd melonjak 2.575 peratus selepas Nazifuddin menyertai lembaga pengarahnya akhir tahun lalu, dan harganya merudum selepas dia berhenti sebulan kemudian.
Kes terbaru melibatkan Supercomnet Technologies Bhd, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak 362 peratus selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah ditawarkan pilihan untuk memperolehi 18.66 peratus saham.
Harga saham Supercomnet merudum dua hari kemudian selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah menolak tawaran saham tersebut.
Sumber: Malaysiakini
| DAP gesa k'jaan dapatkan balik pinjaman pada NFC Posted: 29 Mar 2012 01:05 AM PDT Kerajaan persekutuan digesa mendapatkan balik pinjaman mudah kepada National Feedlot Corporation (NFC) memandangkan ia sedang mencari pelaksana baru bagi projek fidlot negara.
Ketua publisiti DAP Tony Pua berkata sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian, maka ia akan membawa mesej bahawa ia membiarkan kronisme dan naungan.
NFC diuruskan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang berdepan dengan bahang ekoran skandal berkaitan dengan syarikat berkenaan.
Dokumen telah muncul yang menunjukkan bahawa NFC telah menggunakan pinjaman mudah itu untuk membiayai pelaburan dalam hartanah serta bidang-bidang lain yang tidak berkaitan dengan ternakan lembu.
Bos NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Shahrizat telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat 1965 berhubung operasi NFC.
Pua berhujah sekiranya pinjaman mudah itu tidak diperolehi kembali, maka semua tindakan terhadap Salleh dan tindakan Shahrizat melepaskan jawatan kabinet, tidak memberi sebarang makna.
Sumber: Malaysiakini
| DAP: Jabatan Pelajaran kaji status pengundi guru Posted: 29 Mar 2012 01:00 AM PDT Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah menghantar memo dalaman meminta laporan mengenai "status pendaftaran pengundi di kalangan guru", dakwa Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.
Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Teo menunjukkan memo yang ditandatangani ketua bahagian pengurusan akademik jabatan tersebut, Hasnul Hadi Abdullah Sani dan dialamatkan kepada semua timbalan pegawai pendidikan daerah.
Borang yang memerlukan pegawai berkenaan menyenaraikan bilangan guru di setiap sekolah dan jumlah yang berdaftar sebagai pengundi serta kawasan pilihan raya parlimen dan negeri mereka, turut dikembarkan bersama memo yang bertarikh 22 Mac itu.
"Menurut seorang guru, ini adalah kali pertama kajiselidik seumpama itu dijalankan," kata Teo.
Selepas selesai menjalankan kajiselidik tersebut, katanya lagi, pegawai yang bertanggungjawab dikehendaki menghantar borang berkenaan kepada "Unit Vokasional dan Teknikal Jabatan Pelajaran".
"Ini membuat sesetengah guru rasa diganggu. Kami memandang berat yang kerajaan sedang cuba menyampaikan mesej kepada guru bahawa mereka sedang diperhatikan," tambah Teo.
Sumber: malaysiakini
| |
Anwar Ibrahim Posted: 29 Mar 2012 07:15 PM PDT Bitter Pill For Dr M: Old Foe Anwar Giving Him a Run For His Money in GE-13 Posted: 29 Mar 2012 06:55 PM PDT Malaysia Chronicle Former prime minister Mahathir Mohamad has admitted that it would be difficult to predict the results of the 13th general election due to the “confusing” signals received from the ground. “What is certain, it won’t be easy for BN to get two-thirds majority this time. The opposition now is not like that of the past, and the current situation is rather confusing,” Bernama reported Mahathir as saying. Such an acknowledgement must have been hard for Mahathir to make, given that the Pakatan Rakyat opposition coalition is led by Anwar Ibrahim, whom he has tried hard to chop down to size and even oust from the political arena completely. In 1998, fearing Anwar’s popularity and growing clout with the Malays, Mahathir threw trumped-up sodomy and corruption charges at his his former deputy and succeeded in jailing Anwar for 6 years. It was only after Mahathir retired that the Federal Court could summon enough courage to overthrow the charges and acquit Awar. Now 64, Anwar is poised to lead the Pakatan into its second general election as a coalition. Although denied formal registration by the Registrar of Societies, the Pakatan parties of PKR, PAS and DAP have signed a Common Policy Framework and agreed on a joint manifesto – the Buku Jingga – for GE-13.Meanwhile, GE-13 is expected to be held before the end of this year. Gaining strength Since the 12th general election in 2008, the Pakatan has been gaining from strength to strength, with two of the four states it governs – Selangor and Penang – praised by the Auditor General as the best managed. Both Penang and Selangor have also drawn most FDI, trouncing the BN-ruled states. A resurgent Anwar and Pakatan are now rated as having an even chance on improving on their 2008 electoral performance, with many pundits predicting they might even wrest the federal government from Prime Minister Najib Razak. Mahathir apparently shares this view, saying that the various assumptions made about the support for BN were fluid, with some people saying it was increasing and others saying otherwise. Mahathir did not point the finger at anyone, but a day ago, he called on Najib to allow ‘outsiders’ to contest for seats under the Umno ticket. Mahathir lamented the shortage of ‘smart’ Malays in Umno, a situation that perhaps he is most to blame for due to his refusal to soften his hardline stance during his 22-year rule from 1981 to 2003. Indeed, during his tenure, Malaysia experience huge ‘brain drain” including from the Malay community, but Mahathir had always dismissed the issue as minor and with a ‘let them leave if they wish’. “None of Mahathir policies contributed to building a succession line in Umno, so what is there to say now. And the damage was not only to Umno but extended to the overall economy, where Malaysia lost talent beyond what it could afford. The effects on the economy are being played out now and if not reversed soon by fresh policies and reforms, we can expect further all-encompassing deterioration,” Ramon Navaratnam, the chairman of the Centre for Public Policy Studies, told Malaysia Chronicle. Najib failed to deliver In recent weeks, former Finance minister Daim Zainuddin had predicted BN would easily win in only three states – Johor, Melaka and Pahang. A large portion of the blame has been directed at Najib for failing to lead Umno-BN out of its quagmire. Umno appointed Najib as their president in 2009 after forcing his predecessor Abdullah Badawi into early retirement for losing 5 states out of 13 to the Pakatan as well as the BN’s long-held two-thirds majority in Parliament. Mahathir and other Umno leaders had hoped that Najib would reverse the slide and regain the crucial two-thirds majority, which would allow them to amend key laws to stay in power for perhaps a few more decades. But Najib’s clumsy political maneuvers were soon rejected by the people, who now see him as a fraud. In his comments, it was telling for Daim to point out that if Najib failed to improve on Badawi’s results, he would have to step down in favor of either his deputy Muhyiddin Yassin or a ‘new challenger’. So far, no dark horse has emerged but bets are on that it could be Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah, who has lambasted Najib for his uneven-handed policies and lack of leadership. During Najib’s tenure which began in April 2009, Malaysia suffered its worst bouts of racial and religious intolerance. Extremist groups such as Perkasa and Jati were fostered and allowed to flourish. At the same time, Najib preached policies of moderation to the West. But it looks like even they have found him out, with the influential Washington Post slamming him as a “champion of double-talk”. Nonetheless, even with his mandate to rule expiring in March 2013, Najib has continued with the same strategies of gutter politicking against Anwar, using racism and religious bigotry to scare the Malays into voting for Umno so that it can ‘protect’ them from the non-Malays. Meawhile, the economy remains neglected and soft due to Najib’s frequent overseas trips which have been criticized for burning a hole in taxpayers’ pockets. Corruption remains at a record high, with Malaysia slipping 4 spots to 60 in the 2011 Transparency International Corruption Perception Index. Malaysia scored 4.3 compared to New Zealand, the least corrupt at 9.5, and Somalia and North Korea who each scored 1.0, making them the two most corrupt nations in the survey. In ASEAN, Singapore scored 9.3 and Brunei 6.3. | Ketua Pembangkang: Pakatan Rakyat Sedia Ganti Anwar Dengan Najib Selepas PRU-13 Posted: 29 Mar 2012 06:18 PM PDT Harakah Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya. "Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily. Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual. Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13. Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu. Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang. "Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah. "Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan. "Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi parlimen. | Anwar: Real Leaders Fight For The People, Not Cronies Posted: 29 Mar 2012 05:13 PM PDT The Malaysian Insider True leaders must have the courage to act in the best interests of the people to ensure the cost of living remains reasonable, Datuk Seri Anwar Ibrahim said yesterday. Focusing on the economy and rising cost of living, the opposition leader stressed that a prime minister should do what is best for the public, not pander to "cronies" who benefited from lopsided deals with the government at the expense of the people. Anwar gets up close and personal at last night's ceramah in Bangi. — Picture by Yow Hong Chieh He charged that Datuk Seri Najib Razak let vested interests gouge the people through deals such as power production agreements with independent producers and the MAS-AirAsia share swap as the latter was "afraid" to fight for what was right. "Do you think I'm like Najib? I went to jail but when they opened the door, I fought. I went to jail and got thrashed but after I fixed my back, I fought. Lawan tetap lawan!" he said to cheers from over 700 supporters at Stadium MPKJ here. Walking among the crowd with a wireless microphone in hand, the PKR de facto chief also challenged Najib yet again to debate him on policy matters, taunting the Umno president: "Face me if you are a real fighter." "A leader must be brave to defend his leadership, not focus on red carpets… Those are just the trappings of power," he said. "You are a leader, and so you must be responsible for your policies and answer my questions… This country is rich but the income gap between the wealthy and poor continues to widen." Najib has so far declined to debate with the opposition leader. Anwar said Najib has consistently failed to consider the "suffering" of low-income earners, citing the latter's volte face on the new government servant pay scheme as an example of his inability to understand the people. The former deputy prime minister also questioned why Najib had resorted to consultants in coming up with the new pay scheme instead of asking the civil service what it wanted. "The prime minister doesn't understand the suffering of the junior officers who serve the government. "I know suffering, what it means to be insulted and beaten every day. I know," he said, alluding to his six-year stint in prison following his arrest and conviction for sodomy, which was later overturned by the courts. Anwar concluded the night with a ditty characterising the Barisan Nasional (BN) coalition as "poison" and urging those in the audience to vote for Pakatan Rakyat (PR): "Madu di tangan kanan mu: Pakatan. Racun di tangan kiri mu: BN. I dah tahu mana satu pilihan ku. (Honey in your right hand: Pakatan. Poison in your left hand: BN. I know what my choice is.)" | Jemputan Media Isu Penduduk KG.Kerinchi Lembah Pantai Posted: 29 Mar 2012 10:45 AM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar akan mengadakan satu sidang media berkaitan MASALAH DI ANTARA PENDUDUK DAN PEMAJU PEMBANGUNAN FLAT KG KERINCHI. Dijemput wartawan dan jurugambar untuk membuat liputan sidang media tersebut seperti dibawah: Tarikh: JUMAAT, 30 Mac 2012 Masa: 10.00 pagi Tempat: Dataran Kerinchi, Blok F, Flat 4 Tingkat PKNS Kg Kerinchi Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pengarah Biro Aduan & Kemasyarakatan, Izhar Yusof dan Setiausaha Parlimen, Ridzuan Othman. "Demi Rakyat" | Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan Posted: 29 Mar 2012 09:19 AM PDT 31 Mac 2012 (Sabtu) 1) 7.00 -12.00 mlm – Majlis Makan Malam DAP : P> Kepong. Lokasi : Restoran Sinchoiwah, Bandar Menjalara, Kepong Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Lim Kit Siang iii. YB Dato' Seri Haji Hadi Awang iv. YB Tan Seng Giaw v. YB Teressa Kok 2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana : P> Wangsa Maju Lokasi: Padang Blok A8, Seksyen 1, Wangsa Maju (Sebelah Sek Men Wangsa Maju Seksyen 1) Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Zuraida Kamaruddin iii. YBhg Dr Tan Kee Kwong iv. YBhg Haji Isyak Surin | “Impeach” Atau Pecat? Najib Cuma Takutkan Perdebatan Rasional Dengan Anwar Posted: 29 Mar 2012 08:18 AM PDT Saya merujuk kepada kenyataan oleh peguam Umno Shafee Abdullah dan Senator BN S Nallakaruppan pada 28 Mac bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dicabar oleh Parlimen kerana ‘salah laku’. Mereka bergantung dan merungut tentang tuduhan lama yang sama salah laku seksual yang direka oleh kerajaan BN terhadap Anwar Ibrahim, dengan kerjasama polis dan Peguam Negara. Rakyat tidak pernah percaya pembohongan yang memalukan ini, dan telah memberikan sokongan, kepercayaan dan simpati mereka terhadap Anwar Ibrahim dan gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat yang diketuai beliau. Kejahilan terlampau biasa bagi Umno dan BN Kenyataan Shafee dan Nalla juga menunjukkan kejahilan terlampau mengenai prosedur pemecatan dan parlimen di Malaysia dan Komanwel. Tiada peruntukan atau pendahuluan bagi pemecatan di Dewan Rakyat. Di England, prosedur pemecatan kali terakhir digunakan lebih 200 tahun lalu dalam kes Lord Melville dan kini ia lapuk. Rasional penyelesaian pemecatan tersebut adalah untuk memegang Menteri dan Eksekutif yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara. Untuk mencadangkan bahawa ia akan digunakan terhadap Ketua Pembangkang menunjukkan salah faham yang besar tentang proses pemecatan. Dengan evolusi usul tidak percaya, jawatankuasa pilihan dan diteliti dengan mendalam oleh parlimen dan disoal siasat,mekanisme pemecatan lama telah ketinggalan zaman. Jatuh kembali ke dalam politik kotor Contoh Shafee ialah pemecatan Bill Clinton yang menunjukkan dia tidak memahami mekanisme pemecatan di Amerika, di mana pemecatan digunakan sebagai satu kaedah untuk mengeluarkan ahli-ahli kerajaan Persekutuan seperti Presiden. Ia adalah tidak munasabah dan pelik bagi Shafee dan Nalla untuk mengancam Ketua Pembangkang dengan proses pemecatan yang purba dan telah digantikan . Sekali lagi, kita dapat melihat ketidakupayaan lengkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN untuk melibatkan diri dalam perbahasan dan perbincangan rasional bersama pembangkang. Sebaliknya, Najib dan Umno terus bergantung kepada serangan peribadi yang cetek dan tidak berasas oleh orang-orang seperti Nallakaruppan dan sekutu beliau, yang jelas dilaporkan dalam media elektronik dan cetak yang dimiliki Umno. N SURENDRAN NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT | Keterlibatan Kerajaan Malaysia Merayu Kepada Badan Israel Untuk Mendapatkan Sokongan Penganjuran Persidangan Gas Dunia Posted: 28 Mar 2012 10:57 PM PDT KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel. Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel. Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra. Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia. Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain. KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China. Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini. Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa. Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel. KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin. KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini. DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGONG KEADILAN MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN | |
Wee Choo Keong Posted: 29 Mar 2012 03:40 PM PDT MAS 12:26 am e-mail on the Re-Accommodation Agreement with AirAsia X Posted: 29 Mar 2012 09:34 AM PDT On 15-3-2012 yours truly has highlighted the uplifting of AirAsia X Sdn Bhd (AA X)‘s passengers where MAS ticket showed that NO FARE was charged. On 17-3-2012 yours truly has also lodged a police report over this matter. Out of a sudden MAS management saw it fit to send out an e-mail on 28-3-2012 at [...] | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 29 Mar 2012 09:49 AM PDT |
Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan Posted: 29 Mar 2012 07:25 AM PDT IMAM HOSLAN ISLAMKAN 2 BANDUAN DALAM PENJARA....... Posted: 28 Mar 2012 09:30 PM PDT Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara. Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah. "Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu. Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin. Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh. Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun. DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan. Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah. Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan